The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg wanie, 2022-08-11 19:41:21

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BM FORM4

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BM FORM4

150

Filem tentang penentangan terhadap penjajah

Laman sesawang yang berkaitan:
https://patriotikblog.wordpress.com/2017/09/25/tokoh-tokoh-perjuangan-tempatan-
menentangbritish/

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

151

SEJARAH MENDEWASAKAN KITA (HALAMAN 106 - 107)

KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.4.4 Menulis untuk membuat kesimpulan yang lengkap dan menepati tema menggunakan ayat yang
gramatis dan ungkapan yang menarik.

AKTIVITI 1 - Teliti bahan dan tentukan jenis kesimpulan yang sesuai mengikut tema daripada bahan
tersebut. Kemudian, tulis perenggan kesimpulan tersebut dengan menggunakan ayat yang gramatis dan
ungkapan yang menarik.

Contoh 1
Kesimpulannya, mata pelajaran Sejarah terbukti mempunyai pelbagai kepentingan, terutamanya

kepada para pelajar. Sejarah merupakan ilmu hidup yang memandu manusia untuk menjalani kehidupan
yang sempurna. Di sebalik setiap lembaran teks sejarah, terkandung pelbagai pedoman hidup dan
pengajaran bagi memandu generasi muda hari ini. Subjek ini harus diberikan perhatian sewajarnya oleh
para pendidik, ibu bapa, dan pelajar. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlulah berusaha mencapai
matlamat mata pelajaran Sejarah demi kesejahteraan dan keamanan negara.

Contoh 2
Tuntasnya, kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah negara amat penting dalam

pembentukan masyarakat yang sentiasa menghayati dan menghargai jasa-jasa pejuang tanah air yang
berjuang untuk kebebasan kita pada hari ini. Jadi, pelajar terutamanya tidak sewajarnya mengeluh untuk
mempelajari matapelajaran kerana di dalamnya terkandung 1001 iktibar, teladan serta pengajaran untuk
pedoman hidup.

AKTIVITI 2 - Apakah peristiwa penting yang tidak dapat dilupakan dalam hidup anda?
Mengapakah anda menganggap peristiwa tersebut penting?

Peristiwa yang tidak dapat dilupakan dalam hidup:

- pemergian Ibu buat selama-lamanya - peristiwa ini penting kerana:
- bermula saat pemergian ibu buat selama-lamanya itu, saya terpaksa berdikari untuk meneruskan

hidup bersama ayah.
- tidak ada lagi tempat untuk meluahkan perasaan.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

152

- kehilangan kasih sayang seorang ibu.
- tidak ada lagi orang yang mengajar saya memasak.
- tidak ada lagi orang yang menegur jika saya melakukan kesalahan dengan penuh kasih sayang.

TEKSTIL WARISAN (HALAMAN 108 - 109)

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta hujah daripada pelbagai situasi dengan
betul, tepat dan bermakna.

AKTIVITI 1 - Dengar dan sebut semula fakta serta hujah berdasarkan bahan.

1. Murid mendengar maklumat yang diperdengarkan melalui alat perakam.
2. Murid menyebut semula fakta serta hujah yang didengar berdasarkan bahan.
3. Murid berinteraksi dengan kawan-kawan secara berkumpulan tentang definisi kain telepuk dan kelebihan

kain telepuk kepada si pemakai serta proses membuat kain telepuk.
4. Murid menyusun fakta serta hujah dengan betul, tepat dan bermakna.

Teks imbasan (Kod QR) Tekstil Warisan

Telepuk merupakan karya seni menghiasi kain dengan serbuk berwarna emas yang amat unik sekali.
Berdasarkan sastera lama, telepuk bermakna bunga atau lain-lain yang diperbuat daripada emas. Seni ini
banyak berkembang di negeri Pahang dan Johor suatu ketika dahulu. Telepuk biasanya menghiasi baju
kurung labuh Riau, kain sarung dan kain ikat kepala. Penghasilan kain telepuk melalui beberapa proses iaitu
proses menenun kain, membuat penerap ukiran bunga, menggerus dan menelepuk. Kain untuk ditelepuk
hendaklah daripada jenis kain yang halus dan padat tenunannya. Penerap atau acuan pula perlu diukir
dengan motif-motif tradisional secara cermat. Proses menggerus pula menggunakan siput gerus bertujuan
untuk menggilap dan melicinkan kain. Proses menelepuk bermula dengan menyapukan sejenis gam yang
dinamakan gam Arab pada lengan. Kemudian penerap akan ditekap pada gam di lengan dan dipindahkan ke
permukaan kain. Selepas itu, serbuk emas dalam bentuk perada ditekap di atas kain untuk meninggalkan
kesan emas pada motif yang telah diukir. Hasil kraf tekstil ini amat unik kerana motif bagi setiap jenis kain
berbeza. Bagi baju kurung, motif bunga pecah lapan membentuk hiasan hati berantai digunakan. Kain
sarung pula dipenuhi lingkaran dan urutan motif bunga pecah enam dan lapan. Kain ikat kepala pula lebih
berpusat kepada motif bunga cengkih pecah empat bahagian dalam dan kelopak disusun berantai serta

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

153

mengarah ke dalam. Kain telepuk amat menarik ketika dipakai kerana serbuk emas akan menampakkan
kilauan pancaran cahayanya.

Perkara-perkara yang boleh disebut semula oleh murid-murid selepas mendengar audio

1. Definisi telepuk – merupakan karya seni menghiasi kain dengan serbuk berwarna emas yang amat unik
sekali.

2. Tempat berkembangnya seni telepuk – Pahang dan Johor.
3. Tiga bahagian baju dihiasi telepuk – baju kurung labuh Riau, kain sarung dan kain ikat kepala.
4. Proses menghasilkan kain telepuk – empat proses.
5. Keistimewaan kain telepuk – menarik ketika dipakai kerana serbuk emas akan menampakkan kilauan

pancaran cahayanya.

AKTIVITI 2 - Susun fakta dan hujah daripada pelbagai situasi.

Cadangan penyusunan fakta dan hujah dalam pelbagai situasi

BIL FAKTA HURAIAN HUJAH
(PEMBINAAN
1 Definisi telepuk merupakan karya seni menghiasi kain KARANGAN
dengan serbuk berwarna emas yang amat
unik sekali FAKTA)
PENDAHULUAN
2 Sejarah bermula di Pahang dan Johor
PENDAHULUAN
perkembangan seni
ISI
telepuk

3 Proses menghasilkan proses menelepuk bermula dengan

kain telepuk menyapukan sejenis gam yang

dinamakan gam Arab pada lengan.

Kemudian penerap akan ditekap pada

gam di lengan dan dipindahkan ke

permukaan kain. Selepas itu, serbuk

emas dalam bentuk perada ditekap di

atas kain untuk meninggalkan kesan

emas pada motif yang telah diukir

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

154

4 Keistimewaan kain menarik ketika dipakai kerana serbuk PENUTUP
telepuk emas akan menampakkan kilauan
pancaran cahayanya
ASPEK SENI BAHASA

SP: 4.3.1 Menghasilkan skrip drama secara berpandu dengan menggunakan gaya bahasa yang sesuai dan
menarik.

AKTIVITI 3 - Hasilkan skrip drama tentang pengalaman menjalankan usaha untuk menghidupkan tekstil
warisan.

Skrip drama: Pengalaman menjalankan usaha untuk menghidupkan tekstil warisan

*Contoh Tekstil Warisan - Batik, songket, tenun Pahang Diraja, pua dan dastar

TAJUK PENGALAMAN DI GALERI POHON BUDI

DURASI 30 MINIT

WATAK BUDIN

LATAR TEMPAT AH HONG
LATAR MASA
BUDIN VINTHIYA

AH HONG PUTRI
VINTHIYA
PUTRI BILIK SENI SEKOLAH
BUDIN WAKTU PAGI
Selamat pagi rakan-rakan yang dikasihi. Apa khabar semua?
Selamat pagi, Budin. Kami semua sihat. Apa cerita pagi-pagi ni, Budin?
Awak kelihatan sangat ceria.

Saya ingin berkongsi satu cerita tentang pengalaman saya semasa saya berada di
Galeri Pohon Budi. Adakah awak semua mahu mendengar cerita saya?

AH HONG Wah….. macam menarik je pengalaman yang awak ingin ceritakan tu.
BUDIN Ceritalah Budin.
Baiklah. Untuk pengetahuan kawan-kawan , pada cuti sekolah baru-baru ini saya
VINTHIYA telah membantu abang saya yang terlibat dalam menjalankan usaha
menghidupkan tekstil warisan di Galeri Pohon Budi.

Tekstil warisan? Apa tu?

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

155

PUTRI Tekstil warisan ialah jenis-jenis kain yang dihasilkan masyarakat terdahulu serta
perhiasan yang dipakai sebagai lambang kemegahan atau status sosial contohnya
batik, tenunan, songket, tekatan, sulaman dan lain-lain lagi .

VINTHIYA DAN AH 0ooo… faham.. faham. Teruskan cerita awak Budin.
HONG
BUDIN Pada mulanya abang saya meminta bantuan saya membuat kertas kerja
berkaitan bengkel ini selepas perbincangan teliti dilakukan. Antara isi
perbincangan kami ialah pengenalan berkaitan bengkel yang akan diadakan,
objektif bengkel, jenis-jenis produk pameran, sasaran dan tarikh cadangan.

AH HONG Sudah tentu banyak perkara yang harus difikirkan untuk membuat kertas kerja.
Nampaknya bukan mudah hendak mengadakan bengkel ya, Budin.
BUDIN
Ya, betul tu. Abang saya menyemak kertas kerja yang telah saya siapkan agar
VINTHIYA projek pameran galeri berjalan dengan lancar.
BUDIN
Selepas itu, apa yang perlu dilakukan?

Selepas saya menyiapkan kertas kerja tersebut, saya mengikut abang saya ke
Pasar Payang, Terengganu kerana di sana terdapat beberapa pengusaha yang
menjalankan perniagaan warisan tekstil. Selepas berbincang dengan pengusaha-
pengusaha di sana, mereka bersetuju untuk meminjamkan beberapa produk
warisan tekstil milik mereka untuk dijadikan bahan pameran.

PUTRI Sudah tentu produk tekstil mereka cantik-cantik dan unik.
BUDIN
Betul tu, Putri. Saya sangat kagum dengan warisan tekstil kita yang telah
AH HONG diusahakan sejak zaman masyarakat tradisional seperti telepuk, sulaman dan
tekatan.

Sambunglah cerita awak lagi, Budin.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

156

BUDIN Oleh sebab tujuan abang saya mengadakan Galeri Pohon Budi adalah untuk
mengadakan pameran tekstil warisan dengan objektif untuk menghidupkan
tekstil warisan, abang saya menghebahkan usahanya melalui banner yang
dipasang di jalan-jalan raya utama di sekitar tempat kami. Rasa seronok sangat
semasa aktiviti menggantung banner. Tetapi sebelum itu, kami perlu meminta
kebenaran daripada Majlis Perbandaran di tempat kami.

AH HONG Seronoknya….
BUDIN
Pada hari yang telah ditetapkan, ramai pengunjung yang datang ke galeri kami.
Abang saya meletakkan produk-produk tekstil yang dipinjamkan oleh pengusaha
teksil di Pasar Payang dalam bekas kaca yang cantik untuk menjaga kualiti
produk tersebut.

VINTHIYA Ramaikah pengunjung yang datang pada hari tersebut?
BUDIN
Ya, sambutan yang diberikan sungguh luar biasa. Pengunjung yang datang terdiri
PUTRI daripada pelbagai generasi iaitu murid-murid sekolah, pegawai-pegawai dari
BUDI sektor kerajaan dan swasta serta orang awam.

Apakah yang berlaku di pameran tersebut?

Pengunjung yang datang bertanya pelbagai soalan tentang produk yang
dipamerkan. Abang saya dan rakannya sungguh sibuk menjawab persoalan-
persoalan daripada pengunjung antaranya alat yang digunakan untuk
menghasilkan telepuk, sulaman dan tekatan.

AH HONG Adakah peralatan yang digunakan untuk menghasilkan tekstil warisan
BUDIN dipamerkan juga, Budin?

Ya, selain mempamerkan produk tekstil, abang saya juga telah diperkenalkan
oleh pengusaha warisan tekstil dengan orang-orang yang masih menggunakan
peralatan untuk menghasilkan kain telepuk, alat sulaman dan alat menenun
tekat.

PUTRI Sungguh menarik cerita awak Budin. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita
dengan kami.

AH HONG Betul tu. Cerita awak memberikan banyak manfaat kepada kami. Terima kasih,
VINTHIYA Budin.

AKTIVITI 4 - Rancang dan adakan pameran mini tentang tekstil warisan di bilik darjah anda.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

157

Tugasan AJK Huraian Tugas AJK
Penyediaan kertas kerja Penyelaras Projek
Kelulusan kertas kerja Pengurus Projek
Mesyuarat 1 Semua AJK
Pameran Semua AJK
Penutup / Dokumentasi Semua AJK

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

158

TERCATAT DALAM SEJARAH (HALAMAN 110 - 111)

KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul.

AKTIVITI 1 - Baca bahan dengan telitinya dan senaraikan maklumat yang terkandung dalam bahan tersebut.
Kemudian, buat kesimpulan.

TEKNIK QUACK
Q Question mark (Tanda soal) diletakkan pada perkataan, rangkai kata & idea yang kabur

dan tidak difahami
U Underline (Garis) menggarisi takrif
A Asterisk (Asterik) meletakkan tanda * pada maklumat atau idea yang penting atau

menarik
C Circle (Bulatkan) membulatkan fakta dan definisi panjang
K Keyword (Kata kunci) meletakkan huruf besar K di sebelah kata kunci (biasanya berhuruf

condong)
Contoh Penggunaan Teknik Bacaan QUACK

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

159

Contoh Kesimpulan

Bagi mengakhiri diskusi pintar ini, dapat kita rumuskan bahawa bandar Taiping merupakan salah
sebuah bandar warisan di Malaysia yang telah tercatat dalam lakaran sejarah negara. Sudah pastinya
bandar Taiping perlu dijaga terutama dari segi kebersihan dan keamanan bagi menjamin pengekalan bandar
warisan. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan memainkan peranan utama dalam melestarikan bandar
warisan dengan memelihara dan memulihara khazanah ini dari lapuk dek zaman. Namun begitu, jika semua
pihak tidak menjalankan obligasi masing-masing, maka pengiktirafan bandar Taiping sebagai bandar ketiga
terbaik dunia bagi kategori Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia 2018 tidak mampu dikecapi
semula pada masa akan datang. Justeru, biarlah matahari terus bersinar , biarlah pepohon terus menghijau
dan biarlah Malaysia terus gemilang dengan masyarakat yang bekerjasama dan berganding bahu bagai aur
dengan tebing dalam mengekalkan bandar Taping sebagai bandar warisan . Saya berharap agar semua pihak
dapat bersama-sama mengekalkan bandar Taiping agar tetap unggul dengan ciri-ciri sejarahnya walaupun
arus kemodenan semakin berkembang pesat. Oleh itu, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa bandar

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

160

Taiping merupakan Bandar Warisan yang perlu dijaga demi memastikan nama Malaysia semakin dikenali di
seantero dunia.
AKTIVITI 2 - Tulis puisi tentang keistimewaan bandar tempat tinggal anda.
Contoh Puisi

Murid boleh diminta mencipta puisi tentang keistimewaan bandar tempat tinggal mereka secara
berkumpulan.
BACAAN LUAS - ALA, EMAK KAHWINKAN AKU! (HALAMAN 112 -113)

AKTIVITI 1 - Baca petikan dengan telitinya. Kemudian, nyatakan sikap yang ditunjukkan oleh Tahir.

Sikap yang ditujukkan oleh Tahir ialah:
1. Seorang yang pandai mengambil hati.
Sebagai contoh, Tahir menurut permintaan daripada ibu, bapa dan Maryam mengenai persiapan
perkahwinannya agar tidak melukakan hati mereka.

2. Seorang yang sukar dan buntu membuat keputusan

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

161

Sebagai contoh, Tahir buntu untuk memberitahu Maryam mengenai rancangan ibunya.

3. Seorang yang cepat bertindak
Sebagai contoh, Tahir cepat dan sempat menghubungi Pak Long Mat lebih awal kerana dibimbangi merajuk
jika lewat memberitahu berkenaan urusan masak-memasak

4. Seorang yang penyayang
Sebagai contoh, Tahir tidak pernah menolak permintaan kekasihnya Maryam.

5 .Seorang yang bijak merancang
Sebagai contoh, Tahir telah merencanakan majlis perkahwinannya selama lima tahun.

AKTIVITI 2 - Jika anda menjadi Tahir, apakah keputusan yang anda akan ambil? Berikan alasan anda.

Sekiranya saya Tahir, keputusan yang saya akan ambil ialah:
1. Berterus terang mengenai rancangan yang dirancang oleh ibu saya dan Maryam.
Alasannya ialah bagi mengelakkan perkara-perkara yang mendatangkan kemudaratan pada hari kejadian
dan akan datang.
2. Membawa ibu dan Maryam berbincang secara bersemuka
Alasannya ialah bagi memastikan kedua-duanya mendengar pendapat masing-masing dan kemudiaannya
mencari kata putus dalam persiapan perkahwinan.
3. Menggabungkan idea ibu dan Maryam
Alasannya ialah bagi memastikan hati dan perasaan kedua-dua pihak dapat dijaga kerana keduadua akan
menjadi mentua dan menantu.
4. Mengadakan majlis perkahwinan dengan penuh kesederhanaan.
Alasannya ialah kos perkahwinan yang dirancang sangat tinggi dan tidak perlu diadakan semua kerana ada
aktiviti tidak menjejaskan majlis.

AKTIVITI 3 - Bincangkan persamaan dan perbezaan majlis perkahwinan Melayu tradisional dengan majlis
perkahwinan moden.

1. Persamaan Perkahwinan Melayu Tradsional dan Perkahwinan Moden
i) Mempunyai atur cara yang sama seperti jamuan makan dan majlis persandingan ii) Memerlukan
masa dan perancangan yang rapi sebelum dan semasa majlis perkahwinan iii) Mengandungi unsur

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

162

hiburan kepada tetamu seperti bersilat, berbalas pantun, rebana dan karaoke. iv) Menyediakan
buah tangan kepada tetamu yang hadir

2. Perbezaan Perkahwinan Melayu Tradsional dan Perkahwinan Moden

Aspek Berbeza Tradisional Moden

Lokasi Diadakan di rumah ibu bapa Diadakan di dewan, hotel dan
pengantin tempat yang eksklusif

Masa Diadakan dalam masa yang lama Perjalanan masa majlis terhad pagi
sekurang-kurang tiga hari hingga petang

Jemputan Ramai terdiri daripada keluarga sanak Terhad kerana ruang majlis hanya

saudara dan orang kampung mengikut kapasiti tempat

Urusan Majlis Diuruskan oleh keluarga dan sanak Diuruskan oleh perancang
saudara serta orang kampung melalui perkahwinan dengan bayaran yang
amalan gotong-royong mahal

Pakaian Pengantin memakai busana pakaian Pengantin memakai pelbagai
Pengantin raja sehari busana pakaian budaya lain
seperti tuksedo, pakaian orang
India, Cina dan Korea.

Pakaian tetamu Bebas asal mengikut kesesuaian Mengikut tema pengantin

PEMULIHAN - YANG LAMA JANGAN DILUPA (HALAMAN 114)

AKTIVITI 1 - Susun maklumat yang diberikan untuk menulis perenggan kesimpulan. Kemudian, tulis
perenggan tersebut selengkapnya.

Mengapakah kuih warisan perlu dipelihara?
Kesimpulan Kuih warisan mempunyai keunikan dan nilai estetika yang tersendiri

Cadangan Kuih warisan diperkenalkan kepada generasi kini dengan pelbagai cara.
Ancaman Generasi akan datang tidak mengenali dan menghargai kuih warisan.

Huraian Menganggap kuih warisan sebagai sesuatu yang tidak bernilai.

Harapan Kuih warisan masih dinikmati oleh masyarakat sampai bila-bila

Kesimpulannya, kuih warisan mempunyai keunikan dan nilai estetika yang tersendiri. Oleh yang demikian,
kuih warisan harus diperkenalkan kepada generasi kini dengan pelbagai cara. Kita bimbang sekiranya

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

163

generasi akan datang tidak mengenali dan menghargai kuih warisan. Mungkin ada antara mereka
menganggap kuih warisan sebagai sesuatu yang tidak bernilai. Oleh itu, harapan kita biarlah kuih warisan
masih dinikmati oleh masyarakat sampai bila-bila.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

164

TEMA 9 - SAYANGI MALAYSIAKU

BUKAN SEBARANG SENIMAN (HALAMAN 116 - 117)

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.5.2 Mendengar dan menilai keseluruhan soalan serta memberikan respons yang betul secara
berhemah dan bertatasusila.

AKTIVITI 1 - Teliti bahan kemudian dengar dan nilai soalan dengan menggunakan borang yang diberikan.

Borang penilaian soalan: Soalan tertutup Ya Tidak
No. Soalan

1. Pernahkah anda membaca buku yang membangkitkan semangat
patriotisme?

2. Adakah pengkarya seni menyampaikan mesej kepada masyarakat melalui
karya seni mereka?

3. Adakah kartun dan filem termasuk dalam jenis karya seni?

AKTIVITI 2 - Berikan respons terhadap soalan secara berhemah dan bertatasusila.

Soalan terbuka: Jawab soalan berikut menggunakan ayat yang gramatis.

1. Perhatikan lukisan mural di Sekolah Menengah kebangsaan Seksyen 16, Shah Alam, Selangor yang
terdapat dalam buku teks halaman 116. Nyatakan pandangan anda tentang mural ini.
2. Hayati lukisan karya Ahmad Syukri bin Muhammad seperti yang terdapat pada halaman 116,
kemudian nyatakan tafsiran anda tentang lukisan ini.
3. Berdasarkan kartun karya Hana pada halaman 117, nyatakan nilai patriotisme yang terkandung dalam
kartun ini.
4. Baca dan hayati lirik lagu Pesan Pak Dollah melalui kod QR pada halaman 117 kemudian jawab soalan-
soalan berikut:

i) Huraikan maksud rangkap pertama lagu ini.
ii) Apakah yang dimaksudkan oleh penulis tentang baris “ras dan warna bukan hak

membeda”? iii) Pada pendapat anda apakah kepentingan-kepentingan memelihara
perpaduan kaum di negara ini?

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

165

iv) Generasi alaf baharu semakin obses dengan media sosial. Pada pendapat anda,
bagaimanakah anda menggunakan media sosial sebagai platform untuk memupuk nilai
patriotisme dalam kalangan generasi muda?

v) Sejak akhir-akhir ini terdapat segelintir pihak yang gemar memainkan sentimen perkauman
dan agama untuk memecahbelahkan perpaduan kaum.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sewajarnya diambil oleh pelbagai pihak
untuk mengatasi masalah ini daripada terus mengancam keamanan negara?

vi) Pandemik Covid-19 yang melanda negara kita telah menyedarkan banyak pihak tentang
pentingnya kesepakatan semua pihak dalam usaha mengekang penularan wabak ini.

Sebagai warganegara prihatin, apakah sumbangan anda untuk membantu negara
menghentikan wabak ini?

Cadangan Jawapan:
1. Pandangan saya tentang mural ini:
• Lukisan potret Tunku Abdul Rahman dan Jalur Gemilang pada mural membangkitkan
semangat untuk kita menghargai kemerdekaan negara yang kita kecapi pada hari ini hasil
pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu.
• Bangunan-bangunan pada mural seperti KLCC menggambarkan mercu kejayaan Malaysia
yang mencipta pelbagai kejayaan sejak mencapai kemerdekaan.

2. Tafsiran saya tentang lukisan karya Ahmad Syukri bin Muhammad:
Gambaran potret lelaki bersongkok mewakili bangsa Melayu, wanita berpakaian cheongsam
mewakili bangsa Cina dan tiga individu dalam lukisan yang sedang berbual mesra
melambangkan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

3. Nilai patriotisme yang terkandung dalam kartun karya Hana:
Perbualan dalam lakaran kartun menunjukkan nilai patriotisme yang ditunjukkan melalui
perbualan sebuah keluarga. Contohnya mereka menyatakan keprihatinan terhadap
penyalahgunaan bahasa kebangsaan, iaitu penggunaan bahasa rojak yang digunakan dalam
drama televisyen negara ini.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

166

4. Baca dan hayati lirik lagu Pesan Pak Dollah melalui kod QR pada halaman 117 kemudian jawab
soalan-soalan berikut:
(i) Huraikan maksud rangkap pertama lagu ini.
Maksud rangkap pertama lirik lagu ini ialah tanah air kita Malaysia dibina dan dimajukan
sedikit demi sedikit oleh tokoh-tokoh cendekiawan dan masyarakat yang mempunyai
minda kelas pertama. Masyarakat juga mengukuhkan perpaduan dengan mengelakkan
prasangka sesama kaum

(ii) Apakah yang dimaksudkan oleh penulis tentang baris “ras dan warna bukan hak
membeda”?
Maksudnya ialah bangsa atau kaum serta warna kulit bukanlah untuk dibezabezakan atau
didiskriminasikan oleh sesiapa sahaja kerana kita semua mempunyai hak yang sama sebagai
warganegara.

(iii) Pada pendapat anda apakah kepentingan-kepentingan memelihara perpaduan kaum di
negara ini?
- dapat melahirkan negara yang maju dan setaraf dengan negara-negara maju yang lain
- dapat mengelakkan permusuhan dan persengketaan antara kaum seperti yang pernah
terjadi pada 13 Mei 1969
- mampu melahirkan negara yang mapan dari semua aspek sosial, politik dan ekonomi.
- dapat mencapat Transformasi Nasional 2050 seperti aspirasi negara kita.
- mampu mengelakkan negara kita daripada dijajah oleh kuasa asing sekali lagi.
- memupuk keharmonian dan kesejahteraan masyarakat negara ini dalam menempuh apa-
apa jua rintangan.

(iv) Generasi alaf baharu semakin obses dengan media sosial. Pada pendapat anda
bagaimanakan anda menggunakan media sosial sebagai platform untuk memupuk nilai
patriotisme dalam kalangan generasi muda?
- saya akan menggunakan media sosial seperti Twitter dan Instagram untuk
menyebarkan nilai-nilai integriti dan patriotisme melalui gambar-gambar keharmonian kaum
negara ini
- saya akan menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan secara dalam talian
seperti pertandingan pidato, pantun atau deklamasi sajak yang bertemakan kemerdekaan.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

167

- saya akan menyatakan bantahan terhadap individu yang tidak bertanggungjawab
menyebarkan berita palsu tentang negara kita dengan melaporkan akaun mereka kepada
pihak berkuasa.
- saya akan mempamerkan keindahan dan keunikan adat resam masyarakat Malaysia
sama ada melalui pakaian tradisional,makanan tradisional mahu pun perayaan-perayaan
pelbagai kaum.

(v) Sejak akhir-akhir ini terdapat segelintir pihak yang gemar memainkan sentimen perkauman
dan agama untuk memecahbelahkan perpaduan kaum.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sewajarnya diambil oleh pelbagai pihak
untuk mengatasi masalah ini daripada terus mengancam keamanan negara?
- pihak kerajaan harus mewujudkan akta khas untuk mendakwa pihak yang melakukan
onar mencemarkan imej negara
- pihak berkuasa harus mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada
pihak yang sewenang-wenangnya cuba memecahkan perpaduan kaum. - masyarakat harus
bekerjasama untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat pihak yang cuba
memainkan api perkauman di negara ini.

(vi) Pandemik Covid-19 yang melanda negara kita telah menyedarkan banyak pihak tentang
pentingnya kesepakatan semua pihak dalam usaha mengekang penularan wabak ini.
Sebagai warganegara prihatin,apakah sumbangan anda untuk membantu negara
menghentikan wabak ini?
- saya akan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan seperti yang telah
ditetapkan
- saya akan cuba menjaga diri sendiri dan keluarga untuk mengelakkan
kebolehjangkitan virus dengan duduk di rumah sekiranya tiada urusan seperti slogan “kita
jaga kita”
- saya akan menasihati rakan-rakan melalui media sosial dengan menguar-uarkan
kepentingan menjaga kebersihan serta mengambil vaksin
- saya akan mendaftar dalam MySejahtera untuk mengemas kini maklumat dari masa
ke masa.

AKTIVITI 3 - Rancang satu projek karya seni yang bertemakan patriotisme dan pamerkannya di dalam kelas.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

168

1. Murid boleh berbincang untuk mengadakan sudut pameran karya seni bertemakan patriotisme.
2. Murid melukis poster bertemakan patriotisme, menulis kata-kata semangat atau slogan bertemakan

patriotisme.
3. Murid mencipta puisi, cerpen dan esei bertemakan patriotisme.
4. Murid membina diorama bertemakan patriotisme.
5. Semua hasil ciptaan dipamerkan sebagai projek karya seni.
IDENTITIKU (HALAMAN 118 - 119)

KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.3. Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul.

AKTIVITI 1- Baca bahan dengan telitinya. Kemudian, buat kesimpulan

tentang evolusi kad pengenalan.

Kesimpulannya, evolusi kad pengenalan ini telah membuktikan bahawa negara kita sentiasa
menitikberatkan teknologi moden agar rakyatnya sentiasa berada dalam keadaan yang selamat. Hal ini
dikatakan sedemikian kerana, golongan penjenayah siber akan sentiasa mengambil peluang untuk
membuat kad pengenalan palsu bagi pelbagai tujuan terutamanya dalam aktiviti jenayah. Pada masa yang
sama jua, pendekatan teknologi dalam penciptaan kad pengenalan ini akan memudahkan rakyat Malaysia
untuk melakukan pelbagai aktiviti dalam kehidupan dengan mudah, selamat dan pantas. Sikap dan
keprihatinan rakyat menjadi tonggak utama agar penggunaan kad pengenalan ini sentiasa berada dalam
keadaan yang baik dan selamat. Sesungguhnya, kad pengenalan ini merupakan identiti rakyat sesebuah
negara sekaligus menjadi perisai kepada kewarganegaraan seseorang yang menjadi lambang kepada
kedaulatan sesebuah negara.

ASPEK TATABAHASA
SP: 5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks.

AKTIVITI 2 - Kategorikan kata hubung yang terdapat dalam bahan. Kemudian, tulis dialog dengan
mengunakan kata hubung tersebut.

KATA HUBUNG GABUNGAN KATA HUBUNG PANCANGAN

serta kerana (pancangan keterangan)

tetapi untuk (pancangan komplemen)

dan yang (pancangan relatif)

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

169

Dialog: Najihah, bolehkah awak terangkan kepada saya tentang pembelajaran digital?
Salihin

Najihah Boleh, tetapi saya nak tahu daripada awak setakat mana kefahaman awak
Salihin tentang pembelajaran digital ini dan awak pernah menyertainya?

Ok. Saya hanya memahami pembelajaran digital itu ialah belajar melalui alat peranti
elektronik untuk berinteraksi dengan guru serta rakan-rakan. Saya tidak pernah
menyertai pembelajaran digital kerana tiada talian Internet di rumah saya.

Najihah Oh, begitu rupanya! Pembelajaran digital ini akan menggunakan pelbagai aplikasi
yang terdapat dalam sistem teknologi kita. Guru akan menggunakan aplikasi ini
untuk memudahkan proses pembelajaran kita agar lebih menarik dan mudah kita
fahami memandangkan kita semua tidak boleh bersemuka.

AKTIVITI 3 - Gambarkan penggunaan kad pengenalan pada masa akan datang dan ceritakan ramalan
tersebut.

Mungkin beberapa tahun akan datang, kad pengenalan kita bukan lagi dalam bentuk fizikal tetapi dalam
bentuk digital. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila dalam bentuk digital, kad pengenalan diri atau
identiti kita akan lebih selamat dan terjamin. Bentuk digital ini ialah melalui mickrocip yang akan diletakkan
dalam badan kita sama ada di tangan atau melalui gerakan retina mata. Apabila berada dalam tubuh kita
melalui sistem ini, mikrocip ini akan dapat berfungsi pada bila-bila masa terutama melibatkan urusan yang
menggunakan kad pengenalan. Dengan pendekatan ini, sistem yang membabitkan urusan perbankan,
perkhidmatan kaunter, aplikasi dalam talian dan urusan yang berkaitan akan lebih mudah dan selamat.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

170

AMALAN HIDUP BERMASYARAKAT (HALAMAN 120 - 121)

KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.4.5 Menulis untuk menghasilkan karangan dengan wacana yang lengkap, bahasa yang gramatis dan
ungkapan yang menarik.

AKTIVITI 1 - Analisis bahan dan sediakan rangka karangan yang mengandungi ungkapan menarik dan urutan
isi yang lengkap.
AKTIVITI 2 - Tulis karangan lengkap berdasarkan rangka yang telah disediakan.

Cadangan Jawapan Aktiviti 1 dan 2 (Untuk Karangan Lengkap)

KERANGKA KARANGAN HURAIAN
BIL PERENGGAN

1. Pendahuluan - kejiranan didefinisikan sebagai hubungan erat dalam kalangan
masyarakat yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-
menolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga.

- jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita.
Masyarakat yang mengamalkan sikap kejiranan dapat
mewujudkan suasana harmoni dan aman kerana hidup berjiran
membawa bahagia.

- hubungan kejiranan bagaikan isi dengan kuku, umpama dakwat
dan dapat mencetuskan toleransi dan keharmonian hidup.

2. Isi 1 - pelbagai aktiviti boleh dijalankan untuk mengeratkan hubungan
kejiranan pada alaf baharu
Komuniti
Beriadah - aktiviti beriadah merupakan aktiviti yang dapat memupuk
hubungan antara jiran

- boleh dijalankan pada hujung minggu di setiap kawasan
kejiranan.

- contoh aktiviti beriadah ialah senamrobik, berjoging.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

171

- beriadah dapat menyihatkan tubuh badan serta mencerdaskan

minda kerana badan yang sihat akan

menghasilkan otak yang cerdas
- penganjuran aktiviti riadah di sesuatu kejiranan mampu

memupuk semangat saling bekerjasama antara jiran tetangga

3. Isi 2 - bimbingan tambahan kepada anak-anak yang bakal menduduki
Bimbingan peperiksaan juga merupakan aktiviti yang dapat mengukuhkan
Tambahan hubungan kejiranan pada alaf baharu ini

4 Isi 3 - boleh dijalankan dua kali seminggu oleh mereka yang pakar
Sambutan dalam subjek tertentu
Perayaan
- tamsilnya, kelas bimbingan secara percuma untuk mata pelajaran
Rumah Terbuka yang kritikal seperti Bahasa Inggeris dan Matematik dapat
membantu anak-anak di kawasan kejiranan.

- bimbingan tambahan tersebut mampu mengurangkan beban ibu
bapa yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak-anak
mereka ke pusat tuisyen berbayar kerana adat pulau limburan
pasang

- mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu
sambutan perayaan merupakan sebahagian aktiviti kejiranan alaf
baharu yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat di Malaysia
dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh
semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat.

-

- melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanyakan khabar dan
bercerita tentang pengalaman masing-masing dengan lebih
dekat.

- melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat
berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati
juadah yang disediakan oleh tuan rumah.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

172

- sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun
Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis
rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Maka, dengan
adanya pengimplimentasian program seperti “Rumah Terbuka
Kebangsaan” bagi setiap sambutan perayaan, rakyat dapat
diterapkan dengan nilai hormat-menghormati dan sayang-
menyayangi antara satu sama lain ibarat kata bidalan,
“serumpun seperti serai, seikat seperti sirih”.

- majlis rumah terbuka mampu mengeratkan hubungan kejiranan
dan memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat
alaf baharu.

5 Isi 4 - penyebaran maklumat berguna merupakan aktiviti atau amalan

Penyebaran kejiranan alaf baharu seiring dengan
Maklumat
Berguna perkembangan dunia dan teknologi maklumat berguna dapat
- disebarkan kepada masyarakat dalam kejiranan dengan pantas

kerana semuanya hanya dihujung jari.

- penggunaan aplikasi “WhatsApp, Facebook, Telegram,

Instagram merupakan aplikasi yang paling popular

menyampaikan maklumat kepada ahli masyarakat dalam
kejiranan yang sama

- jika berlaku sesuatu musibah yang menimpa ahli kejiranan

seperti kehilangan ahli keluarga, penyebaran maklumat

tersebut akan membantu mengesan kehilangan

untuk tersebut.

- aktiviti berfaedah yang akan dianjurkan pada hujung minggu juga
mudah diketahui oleh semua penduduk dengan lebih pantas

- akan menyemai benih sikap tolong-menolong dan prihatin antara
satu sama lain

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

173

6 Penutup - penyebaran maklumat yang berguna akan mewujudkan
masyarakat jiran alaf baharu yang aman bak kata cendekiawan
hidup berjiran membawa bahagia

- secara intihanya, sudah terang lagi bersuluh, kejiranan alaf

baharu pada masa kini menjadi amalan hidup

bermasyarakat di Malaysia yang signifikan
- amalan yang murni ini menjadikan negara kita unik di mata

negara lain dan semakin dikenali di seluruh dunia.

- oleh itu, rakyat Malaysia perlu bangkit daripada kealpaan
tentang amalan hidup bermasyarakat.

- rakyat Malaysia tidak seharusnya bersikap evatif dan bernafsi-
nafsi bagi enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing malah perlu berganding bahu ibarat berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing dalam usaha menjayakan budaya kejiranan
alaf baharu.

ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.4.1 Mempersembahkan sketsa dalam bentuk multimedia secara kreatif dan menarik.

AKTIVITI 3 - Persembahkan sketsa tentang kejiranan dalam bentuk multimedia secara kreatif.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

174

AKTIVITI 4 - Rancang satu aktiviti untuk mengeratkan hubungan kejiranan dan bentangkannya.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

175

MENU MALAYSIA DI SERATA DUNIA (HALAMAN 122 - 123)

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.6.1 Menyampaikan maklumat yang betul dan tepat dalam bentuk pembentangan serta perbahasan
dengan jelas dan intonasi yang sesuai secara bertatasusila.

AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, buat pembentangan tentang dua buah restoran Malaysia di luar negara.

Cadangan aktiviti pembentangan :

1. Guru boleh membahagikan murid kepada beberapa kumpulan atau memilih beberapa murid secara
berpasangan untuk membentangkan isi-isi penting dalam memperkenalkan dua buah restoran Malaysia di
luar negara seperti yang terdapat dalam bahan.

2. Guru boleh memberikan tugasan pembentangan ini mengikut kreativiti murid melalui dua pilihan
medium sama ada pembentangan secara manual (menggunakan kertas mahjung) atau penggunaan teknologi
komputer (power point, video).

Contoh isi pembentangan seperti berikut : ***rujuk bahan dalam buku teks

Restoran My Rasa, Perth Kafe Rasa Malaysia, London

Latar Belakang
- Pengasas: Encik Jamal bin Kamaludin. - Pengasas: Puan Noor Azlina binti Zainal Abidin.

- Beroperasi sejak bulan Disember - Beroperasi mulai tahun 2011.
2015 di Manning, Perth, Western Keunikan dan Tarikan
Australia.

- Menu : sate, nasi lemak, mi rebus - Menu : sate, nasi lemak, roti jala, asam laksa
Johor, apam balik Johor, kopi Johor, Pulau Pinang, martabak daging, roti canai, dan
dan cendol. kuih muih.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

176

- Menjadi destinasi tumpuan pelancong - Menjadi lokasi penggambaran beberapa
dan pemimpin dari Malaysia serta produksi drama dari Malaysia.
lokasi penggambaran beberapa
produksi drama dari Malaysia.

AKTIVITI 2 - Pada pendapat anda, sejauh manakah makanan dapat menonjolkan jati diri?
Apakah maksud jati diri?

- sifat atau ciri yang unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yang menjadi teras dan
lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb, identiti :- (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Cadangan Jawapan : ***mestilah bersesuaian dan munasabah

1. Mencerminkan identiti sesuatu bangsa dan negara terutamanya melalui makanan warisan yang semakin
terpinggir dek arus pemodenan.

2. Melambangkan keunikan sesuatu budaya dan bangsa.
3. Mewarisi makanan tradisional secara turun-temurun oleh nenek moyang masyarakat majmuk di Malaysia.
4. Menggalakkan penyatuan bangsa dan mengeratkan ikatan perpaduan di Malaysia.
5. Menghargai keenakan pelbagai makanan setiap kaum.
6. Simbol keistimewaan yang unik dikongsi bersama oleh pelbagai kaum di Malaysia.

AKTIVITI 3 - Bina blog untuk mempromosikan makanan tradisional.

Cadangan Aktiviti:
- Lima langkah mudah untuk membina blog menggunakan aplikasi Blogspot atau Blogger secara
percuma.

- Anda boleh menonton https://www.youtube.com/watch?v=Y1cp-Y_0Xi4
untuk lebih memahami langkah tersebut.

1. Pastikan mempunyai e-mel terlebih dahulu (akaun gmail).
2. Buka laman sesawang www.blogger.com
3. Daftar masuk akaun bagi permulaan

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

177

4. Isikan kesemua maklumat yang diperlukan dalam laman Blogger / Blogspot tersebut dan pilih
tapak blog yang sesuai dan menarik minat anda.

5. Apabila blog anda sudah tersedia, boleh mulakan menulis blog berkaitan pengisian makanan
tradisional Malaysia untuk dipromosi ke seluruh negara.

MISI KEMANUSIAAN (HALAMAN 124 - 125)

KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks.

AKTIVITI 1 - Analisis kesalahan bahasa dalam teks di bawah dan betulkannnya.

YAYASAN SALAM (m/s 124 ) Pembetulan
Bil Kesalahan Bahasa

Kenali SALAM

1 menanamkan lagi semangat menanamkan semangat lagi

2 di kalangan masyarakat dalam kalangan masyarakat

3 pelbagi jenis program-program pelbagai jenis program

4 sumbangan dari badan korporat sumbangan daripada badan korporat

5 luar negara di luar negara

6 Tsunami tsunami

7 menghulur bantuan kemanusiaan menghulurkan bantuan kemanusiaan

8 pada mangsa perang kepada mangsa peperangan

9 kembali di pangkal kembali pada pangkal

10 bimbingan pada ibu tunggal bimbingan kepada ibu tunggal

Misi SALAM

1 menganggap berkhidmat sebagai menganggap perkhidmatan sebagai

2 amat bermakna berkesan amat bermakna dan berkesan

3 Justeru itu Oleh itu

4 kemahiran di antara sukarelawan kemahiran antara sukarelawan

5 boleh dapat mewujudkan dapat mewujudkan

6 saling bantu-membantu saling membantu/bantu-membantu

7 saling sayang-menyayangi saling menyayangi/sayang-menyayangi

8 18 tahun di atas 18 tahun ke atas

9 dialukan dialu-alukan

Rumah Perlindungan SALAM

1 dua buah rumah-rumah perlindungan dua buah rumah perlindungan

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

178

2 jagaan pusat kanak-kanak jalanan pusat jagaan kanak-kanak jalanan

BANTUAN RAKYAT SARAWAK KEPADA MANGSA BANJIR (m/s 125)

Bil Kesalahan Bahasa Pembetulan

Perenggan kedua

1 berkata yang berkata bahawa

2 di dalam bentuk pakaian dalam bentuk pakaian

3 di berapa daerah di Semenanjung di beberapa daerah di Semenanjung

Perenggan ketiga

1 daripada Sarawak dari Sarawak

Perenggan keempat

1 dari beberapa bahagian di negeri ini daripada beberapa bahagian di negeri ini

2 paling lewat sekali pada paling lewat pada

Perenggan kelima

1 memohon bantuan menerbangkan memohon bantuan untuk menerbangkan

Perenggan keenam

1 di antara paling banyak antara paling banyak
2 daripada Sarawak dari Sarawak
Perenggan ketujuh

1 mengalukan mengalu-alukan
Perenggan kelapan

1 di atas kerjasama atas kerjasama

Aktiviti 2 - Terokai maklumat tentang badan kebajikan yang lain dan buat buku skrap berkaitan dengan

badan tersebut.

Cadangan : Aktiviti Kumpulan
Berikut merupakan beberapa contoh badan kebajikan yang ada di Malayisa. Guru boleh memberikan
contoh lain ikut kesesuaian.

1. Yayasan Amal Malaysia https://www.amalmalaysia.org.my/
2. Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
https://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Kanser_Nasional
3. St John Ambulance Malaysia

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

179

https://sjam.org.my/
4. Pertubuhan Kebajikan Islam Malayisa (Perkim) https://www.perkim.net.my/latar-

belakang/ 5. Bulan Sabit Merah Malaysia http://bsmm2014.blogspot.com/
PEMULIHAN - SEBUTIR PERMATA BUDAYA (HALAMAN 126)
AKTIVITI 1 - Betulkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat yang bercetak merah dalam teks di bawah
ini.

NO AYAT
1. Jelita dan anggun dengan penampilan baju kurung pesak Johor pada kebanyakan masa. Di

mata kebanyakkan orang, beliau ialah wanita yang sempurna.

Di mata – Pada mata

kebanyakkan -> kebanyakan

2. Pemilik nama Sharifah Azah binti Mohamed Alsagoff tidak hanya tokoh yang disegani dalam
bidang budayawan namun sejarah panjang hidupnya memberi impak luar biasa dalam
bidang kewartawanan negara kita.

tidak -> bukan

memberi – memberikan

3. Wanita yang lebih dikenali dengan Azah Aziz ini telah menghembuskan nafas terakhir pada
9 Julai 2012 ketika berusia 84 tahun.

dengan -> dengan nama

4. Negara kita kehilangan wanita selama ini begitu teguh mempertahan nilai budaya agar tidak
ditelan zaman.

mempertahan -> mempertahankan

5. Menelusuri jejak hidupnya, Azah ternyata tidak lahir dalam calang keluarga.

tidak lahir – lahir

calang keluarga – keluarga yang bukan calang-calang

6. Azah bergelar anak yatim semasa kehilangan ayahnya ketika beliau berusia dua tahun di
Singapura.

semasa – selepas

7. Daripada detik itulah, Azizah sememangnya orang yang paling memberikan impak dalam
kehidupan Azah.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

180

Daripada - Dari | (kerana detik bermaksud saat)
8. Selepas bergelar setia usaha kepada Ketua Pengarang New Strait Times, Tan Sri Leslie

Hoffman pada tahun 1957, Azah kemudian ditawarkan menjadi wartawan.
setia usaha – setiausaha
9. Sejak 12 tahun di Berita Harian, Azah Aziz kemudian menerima pelawaan bertugas di
Utusan Melayu sebagai Pengarang Rencana.
Sejak - Setelah bertugas –
untuk bertugas
PENGUKUHAN - AMALAN HIDUP BERMASYARAKAT (HALAMAN 127)

Berdasarkan bahan, tulis karangan lengkap dengan menggunakan bahasa yang gramatis dan ungkapan yang
menarik.

KERANGKA KARANGAN Gunakan pantun yang tertera ( ms 127)
Pendahuluan Kaitkan dengan situasi semasa tentang amalan tersebut.
Kepentingan amalan berbudi bahasa.
Kehendak soalan Individu – menjadi insan yang dihormati.
Isi 1 Apakah sebab pentingnya menjadi insan yang dihormati?
Mengapa

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

181

Bagaimana Nyatakan cara yang perlu dilakukan supaya seseorang itu
dihormati.
Contoh
Kesan Berikan contoh yang sesuai.
Ungkapan
Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya.
Isi 2
Mengapa Harimau mati meninggalkan belang, manusia
Bagaimana
mati meninggalkan nama.
Contoh
Kesan Masyarakat - mewujudkan perpaduan kaum.
Ungkapan
Apakah sebab pentingnya mewujudkan perpaduan?
Isi 3
Mengapa Nyatakan cara yang perlu dilakukan supaya masyarakat
Bagaimana mengamalkan perpaduan.

Contoh Berikan contoh yang sesuai.
Kesan Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya.
Ungkapan Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Isi 4
Mengapa Pelancong – berasa seronok melancong di sini.
Apakah sebab pelancong berasa seronok melancong di sini?
Bagaimana Nyatakan cara yang perlu dilakukan supaya pelancong berasa
seronok melancong di sini.
Contoh
Kesan Berikan contoh yang sesuai.
Ungkapan Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya.
Penutup Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
Penegas Pemimpin – mudah didampingi rakyat
Harapan Apakah sebab pentingnya pemimpin itu mudah didampingi rakyat?

Nyatakan cara yang perlu dilakukan supaya pemimpin itu
dihormati dan mudah didampingi oleh rakyat.

Berikan contoh yang sesuai.
Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya.
Ular menyusur akar tak akan hilang bisanya.
Apakah kesimpulan tentang kepentingan amalan tersebut.
Tegaskan tindakan yang perlu dilakukan.
Terangkan harapan daripada tindakan yang bakal dijalankan.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

182

Seruan Mengajak semua pihak cakna dengan amalan berkenaan

Ungkapan Seikat bak sireh, serumpun bak serai,

PENGAYAAN - TIADA RINTANGAN DAPAT MENGHALANG (HALAMAN 128)

AKTIVITI 1 - Terokai pelbagai maklumat tentang orang kurang upaya yang berjaya dalam hidup mereka.
Berdasarkan pelbagai bahan yang anda baca, buat satu kesimpulan.

1. Profesor Datuk Dr. Ismail bin Md Salleh

Ismail dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 September 1947. Sebagai seorang anak yang dibesarkan
dalam keadaan serba kekurangan, keazaman dan kecekalan beliau untuk berjaya menjadi aspirasi ramai
anggota masyarakat, terutama golongan kurang upaya. Beliau antara orang yang layak disifatkan sebagai
'Towering Malays'. Mendapatkan Sarjana Muda Ekonomi dan Sains Politik dari Universiti New York pada
1973 sebelum menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan doktor falsafah (PhD) dalam bidang
ekonomi di Universiti Illinois, Amerika Syarikat pada 1974 dan 1977. Pernah memegang pelbagai jawatan
dalam bidang akademik termasuklah sebagai Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi
Twintech (IUCTT) dan Presiden Persatuan Kebangsaan Kolej Swasta Bumiputera. Dalam bidang ekonomi,
beliau diamanahkan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS),
Timbalan Pengarah Eksekutif Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Ekonomi, Pusat Perniagaan Malaysia
serta Ahli Majlis Perunding Ekonomi Negara II (MAPEN II) - Jawatankuasa Kerja bagi Penyusunan Semula
Masyarakat. Pada 18 Disember 2007, Dr Ismail terus melakar sejarah apabila dilantik sebagai Senator dari

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

183

kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) pertama. Apa pun, setiap yang hidup memang sudah dijanjikan
dengan sebuah kematian. Pada 27 Ogos baru lalu pakar ekonomi itu meninggal dunia semasa dalam
penerbangan dari China ke Singapura. Ismail ke China kerana menghadiri satu mesyuarat mengenai urusan
universitinya, International University College of Technology Twintech.
2. Zy Kher Lee

Zy Kher Lee, 12, dilahirkan dengan tangan kiri yang sempurna, separuh tangan kanan, tidak mempunyai kaki
kanan dan kaki kiri yang cacat dengan hanya tiga jari kaki. Dia yang pada mulanya takut dengan air, tidak
menyangka aktiviti itu berjaya membuatkannya jatuh cinta pada sukan renang sekali gus bercita-cita
menjadi atlet paralimpik untuk mewakili negara pada Sukan Paralimpik 2020. “Berenang menjadikan saya
rasa diri saya normal. Saya suka berenang. Pada mulanya saya takut dengan air, walaupun agak sukar pada
awalnya tetapi tidak lama kemudian saya mula belajar berenang dengan bapa saya dan jurulatih, saya jatuh
cinta pada sukan ini,” katanya kepada BERNAMA di sini.

3. Tengku Arman Harris bin Tengku Ismail

Golongan orang kurang upaya (OKU) kini bukan sahaja mampu menonjolkan kejayaan mereka sebagai
penjawat awam malahan dalam bidang keusahawanan. Golongan ini dilihat begitu gigih serta memiliki
kesabaran yang tinggi apabila menceburi satu-satu bidang, seolah-olah kecacatan bukan penghalang untuk
mengecapi kejayaan. Bagi Tengku Arman Harris Tengku Ismail, 36, yang cacat pendengaran, kegigihan dan
ketabahannya menjadikan beliau antara usahawan OKU yang berjaya dalam perusahaan membuat batik
sutera di Terengganu. Menceritakan pengalaman sebelum menceburi perusahan berkenaan sejak 10 tahun
lepas, beliau mula bekerja sebagai pengimpal di sebuah bengkel kenderaan di Kuala Lumpur pada 1990
selepas menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas di Pulau Pinang dan Sekolah
Menengah Vokasional di Shah Alam, Selangor. Setahun selepas bekerja di ibu kota, beliau yang merupakan
anak sulung daripada enam beradik terpaksa pulang ke Terengganu untuk mengambilalih tugas sebagai
ketua keluarga selepas kematian bapanya, yang terkorban dalam nahas jalan raya.

4. Haziqah Nurulhuda binti Harun

Enam tahun lalu, gadis manis ini pernah putus asa dan tertekan selepas disahkan lumpuh akibat demam
panas hingga hilang semangat untuk meneruskan hidup. Namun, kini Haziqah Nurul Huda Harun, 22, yang
lumpuh daripada paras pinggang ke bawah sejak 2012, mampu tersenyum kerana beliau bukan saja bangkit
dari zaman kekecewaannya, malah mampu berbangga kerana berupaya berdikari menerusi perniagaan kuih
bulan yang diusahakannya. Malah, berkat usaha dan kesungguhannya, membolehkan perniagaan itu

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

184

bertambah maju dan kuih bulan yang dihasilkan bukan setakat menerima tempahan tempatan, malah
menembusi pasaran luar negara termasuk Qatar, Abu Dhabi, Russia, Australia, Kuwait, Korea Selatan,
Thailand dan Singapura. Ketika ditemui di kilangnya yang dinamakan Victory Yaya dekat Kampung Bukit
Kuang, di sini, gadis yang mesra disapa dengan panggilan nama Yaya ini, rancak bercerita mengenai
perancangannya pada tahun ini termasuk mahu membuka francais kuih bulan.
5. Razilawali bin A.Wahab
Terpilih mewakili skuad bola sepak Malaysia Deaf Tigers (MDT) di pentas antarabangsa hadiah paling
bernilai buat Razilawali A Wahab, insan istimewa yang mengalami masalah pendengaran sejak lahir. Lebih
membanggakan apabila insan berusia 34 tahun itu mengetuai skuad berkenaan melayakkan diri ke
Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Orang Pekak 2020 di Korea Selatan iaitu yang pertama bagi pasukan dari
negara ini. Razilawali berkata, mereka berjaya layak ke Piala Dunia selepas menduduki tangga keenam pada
saingan Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Asia Pasifik di Changwon, Korea Selatan tahun lalu.

6. Suresh a/l Selvathamby
Hidup sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), ditinggalkan bapa ketika masih kecil dan menjalani hidup yang
sukar menjadi penyebab S.Suresh mencapai gelaran juara dunia acara sukan yang diceburinya sejak tujuh
tahun lalu. Pemilik nama itu juga berdepan kecacatan kekal pada usia muda dan hidupnya yang penuh
dengan ranjau berduri sama sekali tidak mematahkan semangat kental atlet para memanah negara ini
untuk mencipta nama di pentas dunia biar pun ia bukan sesuatu yang mudah. Mengimbas kembali
perjalanan hidup Suresh, percaya atau tidak, bukan semua orang boleh bertahan dan bersabar menembuhi
kesusahan hidup. Jika mental tidak kuat, pastinya Suresh tidak berada di tempat sekarang. Malahan,
kejayaan merangkul pingat emas pada Kejohanan Memanah Para Dunia 2019 di Hertogenbosch, Belanda,
Ahad lalu membuktikan atlet 25 tahun ini berjiwa kental.

AKTIVITI 2 - Dengan menggunakan persembahan multimedia, susun dan bentangkan maklumat yang anda
peroleh kepada kelas.

1. Murid boleh mengimbas kod QR di bawah untuk melihat slaid tentang Insan Istimewa Yang Berjaya dan
mendengar lagu Fikirkan Boleh.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

185

PERSEMBAHAN POWER POINT LAGU FIKIRKAN BOLEH

INSAN ISTIMEWA YANG BERJAYA

TEMA 10 - BAHASA BUGAR, SASTERA KEKAR

TUKANG TULIS (HALAMAN 130 - 131)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

186

SP: 1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang pendidikan
dan kerjaya dengan yakin.

AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, bincangkan soalan-soalan yang mungkin ditanya dalam sesi pemilihan
penulis skrip drama.

1. Murid secara individu diminta meneliti ketiga-tiga bahan (Iklan ms 130 , Infografik ms 131 dan Petikan
Tahukah Anda? ms 131)
2. Murid secara berkumpulan 4 orang diminta membincangkan soalan-soalan temu duga yang boleh
dibina berdasarkan bahan.
3. Murid menulis skrip / dialog sesi temuduga yang terdiri daripada 3 panel penemu duga dan seorang
calon.
**Nota: Contoh Jawapan Aktiviti 1 : [ lihat contoh skrip temuduga pada muka surat 35 ]

AKTIVITI 2 - Jalankan simulasi bersoal jawab dalam sesi pemilihan penulis skrip drama.

Setiap kumpulan murid membuat simulasi temu duga dengan skrip yang dihasilkan (PBD 1.5.3)

Asrul Sani : Assalamualaikum dan selamat sejahtera tuan-tuan.

Panel A : Waalaikumsalam saudara, selamat datang ke sesi temu duga pencarian Penulis Skrip Penerbitan
Suria Kencana. Sila duduk.

Asrul Sani : Terima kasih tuan-tuan kerana memberikan peluang untuk saya mengetengahkan bakat dan karya
saya pada hari ini.

Panel B : Baiklah saudara, bolehkah saudara memperkenalkan serba sedikit latar

belakang saudara?

Asrul Sani : Terima kasih. Saya Asrul Sani bin Abdullah berasal dari Kulim, Kedah. Saya mendapat pendidikan
awal di SK Labu Besar, Kulim dan kemudian ke SMK Sultan Badlishah. Selepas tamat tingkatan 6
saya melanjutkan pelajaran dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara di Shah
Alam.

Panel C : Wah saudara mempunyai ijazah dalam bidang Komunikasi Massa, tentulah saudara mempunyai
banyak pengalaman dalam bidang drama dan penulisan skrip ini!

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

187

Asrul Sani : Terima kasih. Sebenarnya saya sudah berjinak-jinak dalam bidang pementasan drama sewaktu di
bangku sekolah kerana menyertai Kelab Kebudayaan dan Kesenian Sekolah dan Kelab Penulis
Muda Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya dan rakan-rakan pernah menyertai pertandingan drama di
peringkat Daerah Kulim dan kemudian mewakili daerah ke peringkat negeri. Melalui Kelab Penulis
Muda DBP pula, saya turut serta dalam beberapa siri bengkel penulisan yang mencambahkan
minat saya dalam bidang ini. Itulah sebabnya saya memilih jurusan Komunikasi Massa di peringkat
Ijazah. Di universiti juga saya aktif dalam aktiviti-aktiviti pementasan drama di fakulti.

Panel A : Baiklah saudara, bolehkah saudara jelaskan mengapakah saudara memilih bidang penulisan skrip
Asrul Sani : drama dan bukannya novel atau cerpen?

Sebenarnya semua bentuk penulisan karya sastera ada kelebihan tersendiri. Namun begitu saya
memilih genre drama kerana keseluruhan skrip drama digerakkan oleh dialog. Mesej dan
pemikiran pengarang disampaikan melalui dialog watak-watak yang berinteraksi dalam drama.
Skrip drama yang baik akan dapat memberikan gambaran yang jelas tentang pemikiran pengarang
melalui unsur-unsur dramatik dalam dialog. Manakala dalam novel dan cerpen pengarang boleh
menjelaskan situasi, konflik dan perwatakan secara rinci bukan hanya dalam bentuk dialog watak
malah secara pemerian.

Panel B : Saya tertarik dengan penerangan saudara tentang perbezaan genre-genre tersebut. Sebelum
saudara menulis sesebuah skrip, apakah persediaan-persediaan yang biasa saudara lakukan?

Asrul Sani : Ya, lazimnya sebelum menulis sesebuah skrip saya akan menetapkan tema dan kemudian
membuat kajian tentang isu berkenaan. Saya suka memerhati tabiat masyarakat, oleh itu saya
Panel C : akan turun padang bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat. Saya juga akan membaca
Asrul Sani : penulisan-penulisan seperti novel dan cerpen oleh penulis-penulis terkenal serta artikel-artikel di
dalam akhbar ataupun majalah.

Baiklah, bolehkah saudara jelaskan kelebihan-kelebihan skrip drama anda kepada kami?

Skrip drama saya pada kali ini berjudul ‘Menggenggam Impian’ mengetengahkan isu dan mesej
yang menarik tentang kehidupan anak gelandangan yang bercita-cita tinggi. Drama ini juga
mempunyai dialog-dialog yang mampu menyentuh emosi penonton, malah jalan ceritanya amat
menarik dan tidak seperti drama biasa sebaliknya mempunyai banyak unsur kejutan. Drama ini
juga tidak berfokus kepada satu watak sahaja sebaliknya terdapat pelbagai watak dengan pelbagai
karakter.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

188

Panel A : Terima kasih saudara Asrul. Saudara sangat berbakat, kami akan meneliti skrip drama saudara itu
nanti, dan kami akan menghubungi saudara jika saudara terpilih sebagai salah seorang penulis
skrip Suria Kencana nanti.

Asrul Sani : Terima kasih dan selamat sejahtera tuan-tuan

AKTIVITI 3 - Gambarkan keistimewaan drama televisyen yang menjadi kegemaran anda dalam bentuk

infografik.

Contoh:
1. Murid boleh menggambarkan keistimewaan drama Ayahanda dalam bentuk infografik.

Sinopsis Drama Ayahanda
Mengisahkan tentang Haji Abdullah (Jalil Hamid), seorang Tok Imam, jurunikah dan mengajarkan kitab di
surau yang berusia lebih daripada 100 tahun. Surau itu kemudian dibina semula setelah dilanda ribut yang
hampir meragut nyawa Haji dan isterinya, Hajah Noriah (Fauziah Ahmad Daud) ketika itu. Haji Abdullah
dilihat sebagai seorang imam tua yang degil dan mahu mempertahankan semua jawatannya di masjid
kampungnya. Walaupun Haji Abdullah sudah tidak diterima oleh masyarakat kerana kaedah pengajaran dan
kitabnya yang dianggap lapuk tetapi beliau tetap melunaskan tanggungjawabnya. Hanya Hajah Noriah yang
masih setia dan sentiasa memberikan sokongan padu kepada suaminya. Di kampung, seorang imam baharu
telah dilantik iaitu Ustaz Hamidi, 20-an dan lulusan Al-Azhar, Mesir. Jemaah pun semakin ramai di masjid.
Haji Abdullah tercabar dan tetap mahu menjadi imam.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

189

Haji Abdullah dan Hajah Noriah mempunyai empat orang anak iaitu Halimah (Noorkhiriah), Ramli
(Shahz Jaszle), Ahmad (Hairi Safwan) dan Aziz (Fikry Ibrahim). Halimah, anak sulung yang tinggal di belakang
rumah Haji sering diharapkan oleh adik-beradiknya untuk menjaga ibu bapa mereka. Halimah juga terpaksa
bersabar dengan perangai suaminya, Mat Diah (Sobri Anuar) yang terlalu taksub dengan pertandingan suara
burung. Ramli, anak kedua Haji Abdullah pula sibuk berulang-alik menghantar Piah (Nurmiziana Rosli),
isterinya ke kampung asalnya kerana emaknya sakit. Manakala, Ahmad, anak ketiga yang mahu menambah
pendapatan dengan mengusahakan kebun sayur di kaki bukit. Isteri Ahmad, Hasnah, telah meninggal dunia
bersama anak ketiganya semasa bersalin. Hajah Noriah dan Halimah sentiasa cuba mencarikan jodoh
baharu untuk Ahmad tetapi Ahmad belum bersedia. Aziz, anak bongsu Haji Abdullah bekerja sebagai
juruteknik di sebuah kilang dan minat penulisan. Isterinya, Mazni (Rita Nadira) lebih mementingkan
kesenangan diri dan mula mengambil kesempatan atas kesibukan suaminya yang mahu menjaga orang
tuanya, anak mereka dan juga menyiapkan penulisannya.

Haji Abdullah mahukan sokongan anak-anaknya untuk dia meneruskan tanggungjawabnya sebagai
imam, namun semua anaknya tidak berpihak kepadanya membuatkan Haji Abdullah terasa hati. Aziz yang
menjadi harapan Haji Abdullah juga menentang hasrat ayahnya lebih-lebih lagi hubungan mereka pernah
terpalit dengan sejarah lampau yang merenggangkan hubungan mereka berdua. Sikap degil dan ego Hj
Abdullah menyebabkan dirinya dilanda sepi dan tiada siapa yang peduli. Terleraikah kesepian hati seorang
ayah dan dapatkan anak-anaknya memahaminya? Dapatkah anak-anak Haji Abdullah menebus kelemahan
mereka yang sudah mengabaikan hati seorang ayah? Mengertikah mereka tentang pengorbanan seorang
ayah?

2. Murid juga boleh menonton ulasan dan sinopsis drama Ayahanda melalui You Tube
https://www.youtube.com/watch?v=6V_FAA0ANkY

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

190

SASTERAWAN DARI UTARA (HALAMAN 132 - 133)

KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul.

AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, catatkan kelebihan karya Azizi bin Abdullah.

BIL KARYA KELEBIHAN

1. Novel Seorang Tua di Kaki - Meraih tempat kedua dalam Sayembara Hadiah

Gunung Novel GAPENA – Yayasan Sabah II (1981)

- Memenangi hadiah novel berunsurkan Islam
anjuran Yayasan Pendidikan Islam.

2. Novel Ayahanda - Bahasa yang digunakan mudah difahami walaupun
terdapat dialek Kedah
- Ciri-ciri peribadi kebapaan dan keanakan yang
ditimbulkan dalam novel ini mengundang pelbagai perasaan
dalam jiwa pembaca
- Watak-watak yang ditonjolkan dalam novel ini
merupakan watak sebenar yang hidup dalam alam realiti.

3. Novel Harga Sebuah Maruah - Memenangi tempat kedua Sayembara Mengarang Novel
Sempena Perayaan Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka.

AKTIVITI 2 - Buat kesimpulan tentang hasil karya Azizi bin Abdullah.

Karya Azizi bin Abdullah lebih ke arah tema kekeluargaan. Kesemua watak yang terdapat dalam
ketiga-tiga novel tersebut ialah watak warga tua iaitu watak bapa dan ibu. Novel-novel tersebut
mengisahkan kehidupan, sumbangan dan pengorbanan warga tua dalam sesebuah keluarga. Watak-watak
tersebut juga berpendirian teguh dan mempunyai prinsip hidup yang tersendiri. Mereka tidak mahu
mengalah kepada sesiapapun dan ingin menjaga maruah diri

Contohnya, dalam novel Seorang Tua di Kaki Gunung, lelaki tua yang dikenali sebagai Tukya
mempertahankan corak kehidupan tradisi dan kehidupan hariannya yang amat rapat dengan alam semula
jadi di Gunung Bongsu. Beliau yang berprinsip hidup berdikari, mahu membuktikan masih memiliki tenaga
kepada anak dan cucunya. Tukya ingin menebang pokok cengal batu agar dapat membina rumah baharu

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

191

tanpa bantuan orang lain. Manakala dalam novel Ayahanda, jalan ceritanya lebih kepada kehidupan
seorang bapa yang sengsara dan dilanda sepi setelah kehilangan isterinya. Dalam novel Harga Sebuah
Maruah pula memaparkan kisah Cah, seorang ibu tua yang berpendirian teguh tidak mahu tanah sawah
peninggalan arwah suaminya jatuh ke tangan pihak kerajaan untuk tujuan pembangunan. Cah
mempertahankan tanah sawah kerana tanah sawah itu melambangkan maruah dan harga diri seorang
pesawah dan merupakan sumber rezeki mereka.

.
AKTIVITI 3 - Tulis sinopsis sebuah novel yang pernah anda baca.

Novel Kabus Di Perbukitan (Mohamad Kholid Hamzah)

Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah,yang
mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Apabila Kamarudin ditugaskan sebagai Pegawai
Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan Hamidah. Kamarudin diarahkan
bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah
bermulanya perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-
samanya, manakala Faridah dijaga oleh Salmah. Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang
sama-sama belajar di Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu telah
dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu disahkan
menghidap kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum pulang Faridah
pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan untuk perjalanan pulang pada
pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam van, Faridah gagal mengawal
pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalan lalu menjunam ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal
tidak dapat dikesan oleh pasukan penyelamat. Setelah dua minggu usaha menyelamat gagal, operasi
menyelamat dihentikan. Namun, bapanya, Kamarudin dan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan
mencari Faridah dan Iqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan
ke hospital yang sama dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia
menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu dan tamat pengajian di
universiti, Azrul berhasrat menjadi penternak kambing yang berjaya, sebagaimana yang dicita-citakan oleh
Rahayu semasa mereka sama-sama belajar. Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai Kebajikan
Masyarakat bernama Ghazali. Tidak lama kemudian Salmah, ibu kepada Faridah dan Rahayu meninggal
dunia kerana terlalu rindu akan Rahayu. Selepas itu, Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan.
Kemudian Faridah ditawarkan mengikuti kursus Community Services for Disable People di New Zealand

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

192

selama enam bulan. Di situlah dia berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dia terus menetap di sana. Mereka
mendapat sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne. Melina berkenalan dengan Jabbar al – Anbia atau
dikenali sebagai “Benny”. Secara tidak sengaja, Anne pula bertemu dengan Zain yang membantunya semasa
keretanya rosak. Akhirnya Melina berkahwin dengan Benny di Masjid al-Noor, Christchurch. Mereka
berpindah ke Malaysia kerana Benny ditugaskan menerajui operasi minyak di situ. Mereka menetap di
Terengganu. Di Malaysia, Benny berkawan baik dengan Mohamed Attar dan Mehmood yang cenderung
mencapai sesuatu matlamat berhubung dengan Islam secara kekerasan. Muhamed Attar telah ditangkap
oleh pihak berkuasa Interpol kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengganas. Benny yang bimbang akan
keselamatan dirinya telah melarikan diri ke Dubai dengan bantuan keluarganya. Faridah dan Soleh pulang
ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan Anne dan Zain. Mereka menginap di Cameron
Highlands. Di situlah Faridah mengetahui bahawa Zain ialah anak lelaki bekas teman lelaki adiknya, arwah
Rahayu. Majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah. Akhirnya, Melina yang sedang sarat
mengandung ke Dubai bersama-sama dengan ayahnya, Soleh untuk berjumpa dengan Benny. Melina dan
Benny menetap di Dubai. Anne dan Zain pula mengambil alih syarikat penternakan keluarga Johnson di New
Zealand. Datuk Azrul dan Soleh Johnsons membuka perniagaan kotej di Cameron Highlands.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

193

BAHASA MURNI, WAJAH PERIBADI (HALAMAN 134 - 135)

KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai.

AKTIVITI 1 - Teliti dan olah bahan yang diberikan untuk menghasilkan karangan yang lengkap.

Bahasa Pakaian Budaya

Kita sering mendengar ungkapan seperti bahasa jiwa bangsa, bahasa ialah pakaian budaya, dan
bahasa yang sopan mengangkat tamadun bangsa. Walau bagaimanapun, hal ini berbeza dalam kehidupan
seharian terutamanya penggunaan bahasa di luar media sosial dan dalam media sosial. Dalam kalangan kita,
ada yang berpura-pura baik dalam media sosial, ada yang bahasa kasarnya berubah dalam media sosial dan
ada yang tutur katanya sopan di manamana sahaja. Justeru, bagaimanakah penggunaan bahasa yang
sepatutnya ?

Penggunaan bahasa yang sepatutnya dalam kehidupan ialah menggunakan bahasa yang sopan baik
di luar media sosial ataupun dalam media sosial. Penggunaan bahasa yang sopan tidak akan menyakitkan
dan mengaibkan perasaan mana-mana pihak. Misalnya, menggunakan tutur kata yang sopan, menggunakan
kata sapaan mengikut usia dan pangkat, menggunakan nada dan intonasi yang mesra dan lain-lain.
Kesannya, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pergaduhan sesama netizen dapat dielakkan.
Jelaslah, menggunakan bahasa yang sopan baik di luar media sosial atau dalam media sosial ialah cara
penggunaan bahasa yang sepatutnya dalam kehidupan seharian.

Selain itu, menggunakan bahasa dengan betul ialah penggunaan bahasa yang sepatutnya. Kita perlu
menggunakan bahasa yang tidak melanggar peraturan tatabahasa dan tidak menggunakan perkataan atau
ejaan yang tidak wujud dalam kamus sesuka hati. Buktinya, perkataan “ tidak cukup tidur” dieja “ x cukup
tido” , ejaan ungkapan Inggeris yang dimelayukan seperti “gaiss” dan sebagainya. Kesan penggunaan bahasa
sebegini akan merosakkan bahasa sekali gus merendahkan martabat diri penutur bahasa Melayu. Sudah
terang lagi bersuluh, menggunakan bahasa dengan betul ialah penggunaan bahasa yang sepatutnya dalam
kehidupan.

Tuntasnya,langkah pragmatik harus dilaksanakan bagi memastikan kita semua menggunakan
bahasa dengan baik. Penggunaan bahasa yang baik bukan sahaja harus diaplikasikan di luar media sosial
malah, dalam media sosia oleh pelbagai pihak. Hal ini sudah pastinya akan memberikan seribu satu
kebaikan kepada kita.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

194

ASPEK SENI BAHASA

SP: 4.3.2 Menghasilkan seloka menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yang indah dan

bertatasusila.

AKTIVITI 2 - Berdasarkan bahan, tulis seloka tentang penggunaan bahasa dalam media sosial.

Antara Realiti dengan Media Sosial

Andai sudi mendengar kata,
Dengarkan pesan daku titipkan, Sopan
santun dalam bicara, Supaya diri dapat
kebaikan.

Media sosial medan ukhuwah,
Jangan dicemar bahasa kasar, Sekejap di
atas sekejap di bawah, Kelak diri
mendapat gusar.

Sering didengar kata ‘kipidap’,
Ejaan Inggeris nak dimelayukan,
Bagaimana cara perlu kuhadap ? Bahasa
Melayu nak dirosakkan.

Kawal hati kawal diri,
Takut dibaling dengan batu, Nafsu
amarah kuasai diri, Habis dikecam
pihak tertentu.

Kalau tiada bicara yang baik, Lebih
baik berdiam diri,
Apa guna bicara tak baik? Kalau
nanti merosak diri.

AKTIVITI 3 - Tangkap skrin dan cetak penggunaan bahasa yang salah dalam media sosial.
Kemudian, betulkan.
Penggunaan bahasa yang salah dalam media sosial Penggunaan bahasa yang betul

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

195

Mohon doa daripada kalian.

Jangan berasa berat untuk bersedekah. Itulah
pelaburan yang paling berbaloi dan kekal lama
selepas kematian kita.

Perempuan : Sayang, tambah nilaikan sayang RM 5
boleh ?

Alia, awak hendak beli makanan di kafekah?
Saya hendak beli tetapi lambat sedikit.
Nanti kita jumpa di kafe ye.
Kalau tidak sempat jumpa tidak mengapalah.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

196

Kak Ainun: Mari kita turun makan.
Pah: Marilah kawan-kawan, saya tunggu di bawah ni.
Nana 1: Saya tak bolehlah.
Saya: Saya tunggu di kafe.
Atiqah: Saya tunggu kamu semua di kafe ok.
Daisy: Kafe sudah tutup.

SASTERA UNTUK MASYARAKAT (HALAMAN 136 - 137)

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.5.2 Mendengar dan menilai keseluruhan soalan serta memberikan respons yang betul secara
berhemah dan bertatasusila.

AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, dengar soalan dan nilai maksud keseluruhan soalan, serta berikan respons
yang sesuai.

* Mengimbas kod QR muka surat 137 , mendengar soalan dan memberikan respons yang sesuai.

1. Anda membaca karya sastera pada masa lapang?
➢ Ya. Saya suka membaca karya sastera pada masa lapang.

2. Apakah peranan sastera dalam masyarakat?
➢ Memaparkan realiti masyarakat dengan jujurnya
➢ Mengemukakan ilmu dan pemikiran bagi memajukan masyarakat
➢ Penulis menjadi wakil menyampaikan suara golongan yang tertindas tanpa mengira latar belakang,

keturunan, kaum, jantina, atau agama.
➢ Karya sastera boleh digunakan untuk memupuk semangat cinta akan negara,memupuk perpaduan, dan

menyerlahkan identiti bangsa
➢ Dapat melahirkan masyarakat yang mencintai keamanan, persekitaran, dan kemanusiaan.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

197

3. Bagaimanakah cara untuk memupuk minat murid terhadap sastera?
➢ menganjurkan kursus penulisan karya sastera terutamanya dalam kalangan pelajar

sekolah. Dengan ini, pelajar-pelajar akan dapat mengetahui apa yang dimaksudkan dengan karya
sastera dan juga mengetahui cara-cara untuk membaca karya sastera yang baik dan bagus. Dengan
adanya kursus seperti ini mereka akan dapat membaca karya sastera dengan menggunakan daya
kreatifiviti mereka yang asli dan mempunyai idea yang tersendiri. Contohnya menganjurkan
Perkampungan Penulis Muda bagi pelajar sekolah dan juga masyarakat. Ibu bapa juga perlu memberi
dorongan yang kuat terhadap anak mereka yang meminati karya sastera. Bagaimana? Membenarkan
anak mereka mengikuti program yang dianjurkan oleh kerajaan seperti,bengkel mengarang cerpen,puisi
dan pelbagai karya sastera yang lain.
➢ mengadakan kempen membaca secara besar-besaran bagi memupuk minat membaca
dalam kalangan pelajar mahupun masyarakat. Justeru, untuk menghasilkan sebuah karya yang
baik memupuk minat membaca dalam diri seseorang merupakan satu insentif yang bijak. Dengan
wujudnya minat membaca, para pelajar mahupun masyarakat dapat memperoleh perkataan yang
baharu dan indah sebutannya untuk menghasilkan karya sastera yang baik. Kempen seperti ini perlu
dianjurkan dengan lebih kerap lagi, agar minat membaca dan minat terhadap karya sastera tidak akan
hilang begitu sahaja. Melalui kempen seperti ini, para pelajar dan juga masyarakat akan dapat melihat
pelbagai jenis karya sastera yang telah dikarang oleh pengarang mahupun Sasterawan Negara.
Contohnya, kempen ini perlu dianjurkan sebulan sekali atau dua bulan sekali agar minat terhadap
membaca dan juga minat terhadap karya sastera dapat dikembangkan dan diperluaskan dengan lebih
pesat lagi.
➢ menerapkan minat membaca karya sastera semasa pembelajaran dan pengajaran di
dalam bilik darjah. Sekiranya cara ini dijalankan, kemungkinan besar minat membaca karya sastera
dapat ditanamkan dalam diri para pelajar dan juga guru-guru. Terdapat juga guru yang tidak tahu apa itu
karya sastera, Walaupun tugasnya sebagai seorang guru, belum pasti guru itu tahu apa yang
dimaksudkan dengan karya sastera. Justeru,dengan menerapkan minat membaca karya sastera semasa
pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah, secara automatiknya para pelajar akan mengetahui serba
sedikit tentang karya sastera. Pihak sekolah atau pihak yang berkenaan perlulah menitikberatkan perkara
sebegini agar minat terhadap karya sastera tidak akan hilang daripada jiwa para pelajar mahupun guru-
guru. Contohnya,menambahkan masa mata pelajaran Bahasa Melayu agar guru dapat menerangkan
dengan lebih terperinci, memberikan perhatian semasa guru mengajar. Guru juga perlulah memberi
komitmen yang terbaik sekiranya para pelajar bertanya soalan tentang karya sastera.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

198

➢ Kementerian Pendidikan Malaysia perlulah mengadakan minggu sastera seperti minggu
yang diadakan sekarang. Contohnya, Minggu Bahasa Melayu, Minggu Bahasa Inggeris dan
sebagainya. Dengan adanya minggu sastera ini, karya sastera tidak akan luput ditelan zaman dan para
pelajar dapat mengembangkan minat membaca karya sastera. Minggu sastera ini juga dapat memupuk
sikap suka membaca kepada para pelajar yang malas untuk membaca karya sastera. Melalui minggu
sastera ini, pihak sekolah dapat mencungkil bakat-bakat baharu untuk menghasilkan karya para pelajar,
selain memupuk minat membaca karya sastera. Secara tidak langsung, minggu sastera ini dapat
memberkani input yang positif terhadap usaha kerajaan untuk memupuk minat membaca karya sastera
dalam kalangan para pelajar, guru-guru dan juga masyarakat. Dengan wujudnya minggu sastera di semua
sekolah di Malaysia, minat membaca karya sastera tidak akan hilang ditelan zaman.

➢ memperluas perpustakaan di sekolah dan memperbanyak buku tentang karya sastera di
perpustakaan sekolah dan juga perpustakaan awam. Setiap sekolah mempunyai perpustakaan
sendiri, namun kadar kemasukan para pelajar sangat mengecewakan. Untuk memupuk minat membaca
karya sastera dan juga minat membaca buku, kerajaan dan juga pihak sekolah perlu menaiktarafkan
perpustakaan di sekolah. Contohnya, sebuah perpustakaan perlu dilengkapi dengan pelbagai jenis buku
dan juga karya sastera, menambahkan kemudahan asas yang diperlukan dan sebagainya.

4. Mengapakah dikatakan bahawa sastera memainkan peranan penting dalam masyarakat?
➢ Karya sastera boleh digunakan untuk memupuk semangat cinta akan negara, memupuk perpaduan, dan

menyerlahkan identiti bangsa
➢ Dapat melahirkan masyarakat yang mencintai keamanan, persekitaran, dan kemanusiaan.
➢ Tulang belakang hampir semua disiplin ilmu
➢ Sastera ialah hiburan yang mewarnai kehidupan masyarakat

5. Bandingkan nilai sastera yang terdapat dalam muzik dengan filem.

Nilai sastera dalam muzik - Nilai sastera dalam filem

Menggunakan estetika puisi dalam lirik - Diterjemahkan melalui teknik

lagu sinematografi

- Elemen sastera dalam video muzik - Permainan visual yang sinematik
yang sarat dengan metafora,simbol dan dijelmakan melalui penghayatan
peringatan terhadap kualiti penulisan skrip -
Melahirkan dialog bermutu

- Ada naratif / cerita
6. Bincangkan langkah-langkah untuk menggalakkan masyarakat membaca karya sastera?

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

199

GOLONGAN KARYAWAN
1. Mereka perlu turun padang menjalankan kempen kepada golongan masyarakat seperti mengadakan
ceramah, pameran, diskusi, jualan murah karya sastera.
2. Mereka perlu mendekati golongan pembaca untuk mengetahui cita rasa dan kecenderungan serta
minat agar karya yang dihasilkan itu menepati kehendak masyarakat.
3. Mereka perlu meningkatkan kualiti karya yang dihasilkan sesuai dengan perkembangan semasa.
4. Mewujudkan persatuan karyawan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka.

PIHAK KERAJAAN
1. Menguatkuasakan undang-undang hak cipta dengan lebih berkesan agar masalah cetak rompak serta
kualiti karya sentiasa terjamin.
2. Mengecualikan cukai terhadap hasil karya agar harga sesebuah karya lebih murah dan lebih
kompetitif.
3. Mengurangkan harga kertas dan bahan-bahan percetakan.
4. Melancarkan kempen membaca dalam kalangan masyarakat.
5. Memperbanyak penubuhan perpustakaan awam terutamanya di luar bandar.
6. Menyediakan insentif menarik kepada golongan karyawan yang aktif menulis karya sastera.
7. Mewujudkan kedai buku 1Malaysia yang menjual buku sastera dengan lebih murah.
8. Menubuhkan outlet karya sastera di semua pejabat kerajaan.
9. Menggalakkkan kakitangan awam membaca dan membeli karya sastera.
10. Memperkenalkan skim potongan harga kepada golongan pekerja awam.

GOLONGAN PELAJAR
1. Menggiatkan lagi Program Nilam dalam kalangan pelajar.
2. Mewajibkan subjek sastera kepada golongan pelajar tertentu.
3. Kempen kesedaran perlu dilaksanakan di peringkat sekolah.
4. Memperbanyak karya sastera di perpustakaan sekolah.
5. Menjadikan karya sastera sebagai bahan kajian kepada pelajar.
6. Menjadikan sesetengah karya sastera yang sesuai sebagai buku teks sekolah.

GOLONGAN MASYARAKAT
1. Menjadikan hobi membaca karya sastera dalam kehidupan seharian.
2. Menjadi contoh teladan kepada golongan muda.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM


Click to View FlipBook Version