The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-66138932, 2021-11-05 11:41:24

MODUL PP GABUNGAN 3 PENGGAL

MODUL PP GABUNGAN 3 PENGGAL KPM

tersebut MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Daft (2010) kecil dielakkan dan bagi setiap urusan syarat-syarat pembayaran dipatuhi sepenuhnya seperti
Sabri Hj Hussin (2008) pembayaran dibuat dengan segera seperti dijanjikan.
 Memastikan supaya pembekal tidak menggunakan sumbernya untuk menerima pesanan jangka
panjang kecuali terdapat jaminan yang munasabah bahawa pesanan-pesanan yang diterima daripada
perusahaan perniagaan tidak akan dibatalkan sewenang-wenangnya.
5. Pelanggan
 Menjaga mutu barang-barang dan perkhidmatan supaya terjamin penggunaannya yang cekap
 Tidak menghasilkan atau menjual barang-barang palsu atau bermutu lebih rendah daripada yang
ditetapkan atau barang-barang seludup atau apa-apa barang yang membahayakan kesihatan dan
keselamatan pengguna.
 Memastikan ejen atau wakil yang dilantik tidak mengenakan harga yang lebih tinggi daripada harga
yang disyorkan.
 Menentukan dan memelihara ketetapatan timbangan dan sukatan bagi barang-barang yang dijual.
6. Peruncit
 Membekalkan barang yang diperlukan tepat pada masa, kuantiti dan kualiti yang ditetapkan
 Memberikan maklumat yang lengkap dan tepat
 Mendapatkan maklum balas dari peruncit
 Member ganjaran kepada peruncit untuk meningkatkan motivasi
7. Pemborong
 Membekalkan barang yang diperlukan oleh pemborong
 Mengadakan perjanjian yang adil dan sesuai
 Memberikan maklumat yang lengkap dan cukup
Sekunder
1. Kerajaan
 Mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai undang-undang yang dicadangkan
 Memberikan sumbangan yang positif ke arah penggunaan sumber tenaga manusia dan bahan-bahan
mentah negara yang lebih baik.
 Menyokong program-program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.

MUKA SURAT 401

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

2. Media
 Membekalkan maklumat yang benar kepada media untuk disebarkan
 Menggunakan media dengan jujur dan bukan untuk kepentingan peribadi
 Memberikan kerjasama dan hubungan yang baik dan dengan pihak media
 Sentiasa membekalkan maklumat yang dikendaki media tepat pada masanya

3. Masyarakat
 Memberikan sumbangan kepada masyarakat seperti biasiswa, pinjaman kepada pelajar tempatan.
 Mengenalpasti keperluan masyarakat dan dapat membekalnya mengikut permintaan
 Membiayai projek-projek social seperti taman permainan, pondok bas dan tempat rekreasi.
 Memastikan aktiviti perniagaan tidak memudaratkan alam sekitar

4. Kumpulan Pendesak
 Memberikan maklumat yang benar kepada kumpulan pendesak tentang satu-satu isu yang tepat.
 Memberikan kerjasama yang diperlukan oleh kumpulan pendesak
 Menyediakan ruang dan kemudahan kepada kumpulan pendesak untuk menyuarakan pendapat
tentang produk atau perkhidmatan syarikat.

13.2.2 Kebaikan dan Kebaikan Perlaksanaan Tanggungjawab Sosial Terhadap Organisasi
kelemahan
 Meningkatkan imej atau jenama organisasi yang mana sebuah syarikat mempunyai imej atau jenama
d) membincangkan yang baik dari perlaksanaan tanggungjawab sosial dan akan dipandang tinggi berbanding pesaing. Firma
kebaikan dan akan dilabelkan sebagai organisasi baik dan bersih. Ini sangat diperlukan untuk meningkatkan jualan dan
kelemahan terhadap sokongan orang ramai.
organisasi yang
menjalankan  Menikmati keuntungan jangka masa panjang. Ini disebabkan oleh sokongan masyarakat ke atas
tanggungjawab sosial organisasi terbabit di atas imej baik yang ditunjukkan.Jadi tidak menjadi masalah syarikat mengeluarkan
kos untuk menjalankan tanggungjawab sosial.

 Memberi keyakinan kepada pelabur dalam negeri dan pelabur asing bahawa syarikat
bertanggungjawab,beretika dan telus dalam operasinya.

 Syarikat berupaya membetulkan masalah sosial dan persekitaran disebabkan operasinya. Antaranya
masalah pencemaran diatasi supaya dapat mencipta hidup dan persekitaran yang lebih baik.

MUKA SURAT 402

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

 Pelaksanaan tanggungjawab sosial dengan baik akan menyebabkan harga saham perniagaannya
meningkat dalam jangkamasa panjang. Ini disebabkan organisasi dilihat sebagai kurang berisiko dan
menghasilkan pulangan yang tinggi kepada pemegang-pemegang saham.

 Mempunyai kaitan positif dengan harga saham syarikat di bursa saham. Harga saham akan meningkat
dalam jangka panjang kerana pada pandangan awam, syarikat kurang terdedah kepada kritikan awam dan
risiko imej terjejas.

Kelemahan Perlaksanaan Tanggungjawab Sosial Terhadap Organisasi

 Organisasi merasakan kurang bertanggungjawab atau akauntabiliti terhadap masyarakat awam kerana
tiada saluran dan masa untuk berbuat demikian. Ini kerana segala keputusan dilaksanakan dalam syarikat
datangnya daripada para pengurus, bukan oleh syarikat. Jadi segala kesilapan akan ditanggung oleh
individu bukan firma.

 Tanggungjawab sosial melibatkan kos yang tinggi ini akan menjejaskan keuntungan syarikat.
Kebiasaannya organisasi akan menyerap kos ini kepada pengguna dengan cara meletakkan harga yang
tinggi. Permintaan akan berkurang dan ini akan menjejaskan keuntungan syarikat.

 Pelanggaran matlamat mencapai keuntungan maksimum kerana tanggungjawab sosial bukan antara
matlamat syarikat kerana tidak termasuk dalam agenda aktiviti yang diutamakan.Pelaksanaan
tanggungjawab sosial melemahkan matlamat utama perniagaan.

 Setiap organisasi mempunyai kepakaran dalam bidang pernigaan atau ekonomi sahaja tetapi kurang
kepakaran menangani isu-isu sosial. Jika mereka dipaksa melakukan tanggungjawab sosial ini akan
meningkatkan kos sahaja.

 Faedah daripada tanggungjawab sosial hanya dinikmati oleh masyarakat luar dan tidak memberi
faedah kepada perniagaan tersebut.

 Syarikat telah pun membayar cukai korporat kepada kerajaan jadi kerajaan patut gunakan cukai
tersebut untuk menyediakan kemudahan untuk masyarakat.

MUKA SURAT 403

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

13.2.3 Warga Korporat Takrif Warga Korporat

e) menjelaskan maksud  Peringkat pengurusan atasan yang terlibat dalam aktiviti perniagaan korporat.
warga korporat  Golongan warga korporat ialah

o Pemegang saham iaitu pelabur yang menyumbangkan modal untuk membiayai aktiviti-aktiviti
perniagaan

o Lembaga Pengarah iaitu mereka yang dilantik oleh pemegang saham dan bertanggungjawab
menentukan dasar dan hala tuju syarikat tersebut.

o Pihak pengurusan syarikat / pengurus syarikat iaitu golongan profesional yang bertanggungjawab
untuk menjalankan fungsi pengurusan dalam usaha untuk mencapai matlamat perniagaan yang telah
ditetapkan.

f) menyatakan peranan Peranan warga korporat
warga korporat
1. Gelagat Beretika Dalam Perniagaan.
Griffin (2015)  Melibatkan diri dalam perhubungan dengan pihak pelbagai kepentingan secara adil dan jujur
Stoner (2009)  Menetapkan piawaian gelagat yang tinggi antara semua pekerja
 Melaksanakan pemantauan etika terhadap eksekutif atasan dan para pengarah

2. Komited Terhadap Pihak Berkepentingan

Masyarakat
 Mengukuhkan hubungan dua hala antara firma dengan masyarakat
 Melabur untuk kepentingan masyarakat di mana firma beroperasi
 Menggunakan sumber untuk memberikan faedah optimum kepada masyarakat tanpa wujud
percanggahan seperti pembaziran sumber dan pencemaran.

Pelanggan
 Menawarkan keluaran dan perkhidmatan yang berkualiti
 Menyediakan maklumat yang berguna dan benar
 Menghormati pelanggan sebagai pengguna yang sentiasa berhak menuntut haknya

MUKA SURAT 404

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Pekerja

 Menyediakan persekitaran kerja yang mesra keluarga

 Melaksanakan pengurusan sumber manusia yang bertanggungjawab

 Menyediakan ganjaran dan sistem upah yang adil

 Menyediakan suasana komunikasi yang terbuka dan fleksibel

 Melabur untuk pembangunan kerjaya para pekerja

Pelabur

 Berusaha untuk mendapatkan pulangan ke atas pelaburan yang berdaya saing

 Menggunakan sumber kewangan dengan cekap dan penuh tanggungjawab

 Memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada.

Pembekal

 Melaksanakan amalan perniagaan yang adil dimana sentisasa mematuhi perjanjian yang telah

 dipersetujui

 Memastikan pembekal akan membekalkan keperluan tepat pada masanya.

 Memastikan bayaran yang dibuat kepada pembekal menepati masa

3. Komited Terhadap Persekitaran Dalam Jangka Masa Panjang
 Menjamin kelestarian persekitaran dalam jangka panjang iaitu sentiasa kekal lama dan tidak pupus
 Memastikan persekitaran bebas dari sebarang masalah pencemaran
 Menggunakan bahan mentah atau bahan semulajadi secara optimum bagi mengelakkan pembaziran
 Mengelakkan masalah terhadap persekitaran seperti banjir, tanah runtuh dan lain-lain

MUKA SURAT 405

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

13.3 Kepenggunaan

a) menjelaskan hak-hak Takrif Kepenggunaan
pengguna  Kepenggunaan ialah satu pergerakan yang bersifat sosial, ekonomi dan politik bertujuan melindungi

Laman web KPDNKK keselamatan dan hak pengguna keseluruhannya.
(2014)
Hak-hak pengguna:
Sabri Hj Hussin(2005)
1. Hak untuk mendapatkan keperluan asas
 Pengguna berhak mendapatkan keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan.
 Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan,
kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya

2. Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat
 Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan , proses pengeluaran dan perkhidmatan yang
boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.

3. Hak untuk mendapatkan maklumat
 Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat
pilihan yang tepat.
 Pengguna dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan.

4. Hak untuk membuat pilihan
 Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada
harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan.

5. Hak untuk menyuarakan pendapat
 Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan
yang sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan, serta dalam pembangunan
barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.

6. Hak untuk mendapat ganti rugi
 Pengguna berhak mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian barangan
yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, kurang bermutu atau perkhidmatan yang
tidak memuaskan.

MUKA SURAT 406

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

7. Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna

 Pengguna berhak mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka

membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan perkhidmatan, serta mengamalkan hak

dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.

8. Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat

 Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih, sihat dan tidak berbahaya

kepada generasi masa kini dan akan datang.



b) menjelaskan peranan Empat Agensi Berkaitan Kepenggunaan
agensi berkaitan iaitu:
1. Persatuan Pengguna

Laman web rasmi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca)
FOMCA,BBB dan  Sebuah pertubuhan sukarela, tidak mementingkan keuntungan, bukan politik dan pertubuhan sivik.
TTPM
Menjadi payung bagi persatuan pengguna gabungannya seperti Persatuan Pengguna Selangor,
Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Persatuan Pengguna Negeri Sembilan dan lain-lain yang sentiasa
berusaha memperjuangkan hak pengguna di Malaysia.
 FOMCA bekerja rapat dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa dalam memberikan maklumat, pendidikan dan perlindungan pengguna.
 Antara peranannya ialah :

i. memberi dan menyebarkan maklumat.
ii. memberi pendidikan kepada semua pengguna.
iii. melindungi pengguna
iv. menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk memperolehi maklumat yang benar
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
 Sebuah pertubuhan yang bertujuan menjaga dan membela hak dan mengembalikan maruah para
pengguna Islam melalui perlaksanaan aktivit-aktiviti yang proaktif dan berstrategi.
 Melalui penyebaran maklumat dan pendidikan yang terancang adalah diharapkan setiap pengguna
Islam benar-benar sedar dan bersama-sama menyumbang bagi mengembalikan maruah yang kian
tercemar.

MUKA SURAT 407

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

 Objektif penubuhan
i. Memberi kesedaran kepada setiap pengguna Islam akan tanggungjawab diri sendiri bagi
memperjuangkan hak kepenggunaan Islam
ii. Memberi kesedaran kepada pihak pembekal akan tanggungjawab mereka tentang tuntutan
Islam dari segi kepenggunaan

iii. Menjadi pemangkin kepada permasalahan ekonomi umat Islam, khasnya dan ekonomi
Malaysia amnya

iv. Mencari penyelesaian kepada permasalahan kepenggunaan Islam melalui aktiviti-aktiviti
terancang dan proaktif

v. Menjadi sebuah organisasi yang berpengaruh dan menyertai arus pembangunan negara secara
positif.

2. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepengunaan
 Matlamat penubuhan untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan
melindungi kepentingan pengguna.
 Menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan
perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan.
 Peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri:
1. Menentukan dan memantau harga barang-barang kawalan
2. Melesenkan penjualan dan pengedaran barang-barang kawalan
3. Melesenkan penjualan dan pengeluaran barangan petroleum dan petrokimia
4. Menyelaraskan dasar, peraturan dan aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia
dan gas
5. Melesenkan urusniaga jualan langsung
6. Melaksanakan peraturan timbang dan sukat
7. Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan
8. Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik
9. Mentadbir dan membangunkan sistem perlindungan harta intelek
10. Membangunkan kedudukan sosio-ekonomi rakyat melalui koperasi
11. Mengembangkan peluang perniagaan baharu berasaskan konsep francais

MUKA SURAT 408

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

12. Membangunkan penjaja dan peniaga kecil

13. Menggubal dasar-dasar sektor koperasi

14. Mengawal selia sektor koperasi (Akta Koperasi 1993)

15. Melaksanakan projek dan program pembangunan koperasi

16. Melaksanakan latihan sektor koperasi

17. Melaksanakan program pendidikan pengguna

18. Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna

19. Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan

3. Better Business Bureau
 Persatuan/pertubuhan yang ditubuhkan oleh para peniaga bagi membantu pengguna mengelak atau
mengambil tindakan ke atas firma yang menjalankan perniagaan secara tidak beretika.
 Peranan :
1. Membekalkan maklumat syarikat kepada pengguna.
2. Membekalkan maklumat kepenggunaan kepada pengguna supaya pengguna boleh membuat
keputusan pembelian yang tepat.
3. Membekalkan maklumat kepenggunaan kepada media massa.
4. Memaklumkan kepada pengguna supaya berjaga-jaga tentang amalan perniagaan dan pengiklanan
yang tidak sihat.
5. Membantu menyelesaikan sesuatu aduan pengguna tanpa bayaran dan khidrnat timbang tara.
6. Menyiasat tempat perniagaan yang menjalankan aktiviti tidak beretika.

4. Tribunal Pengguna
 Merupakan satu badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh
pengguna di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.
 Menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut
gantirugi dengan cara mudah, murah dan cepat.

MUKA SURAT 409

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Bidang kuasa:
 Tribunal Mempunyai Bidang Kuasa Mendengar:

1. Apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar
seperti diperuntukkan di bawah Akta;

2. Di mana amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00
3. Apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh mahkamah melalui perintah yang disiarkan dalam

warta
4. Bidang kuasa tribunal hendaklah dilaksanakan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan mana-

mana anggota yang dipilih oleh Pengerusi yang akan bersidang sendirian.
 Jenis-jenis tuntutan
 Mana-mana pengguna boleh menfailkan tuntutan di TTPM menuntut gantirugi bagi kerugian yang

ditanggung berhubung apa-apa perkara yang melibatkan kepentingan pengguna iaitu
o Perlakuan mengelirukan dan memperdaya berkaitan dengan jenis, proses pengilangan, kesesuaian,

kualiti dan kuantiti.
o Keselamatan barang dan perkhidmatan yang digunakan
o Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat dengan pembekalan barang-barang seperti

mematuhi perihal, mematuhi sampel dan harga munasabah
o Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan dengan pembekal perkhidmatan

seperti ketelitian dan kemahiran munasabah, masa siap yang munasabah, harga yang munasabah.
o Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan dengan pembekalan barang-barang

seperti kualiti prestasi atau ciri-ciri barang, pemberian perkhidmatan yang diperlukan dan
pemulangan wang atau balasan sekiranya barang tidak memenuhi apa-apa akujanji.

MUKA SURAT 410

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Contoh Soalan

1. Huraikan lima tindakan yang boleh diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan
Kepenggunaan (KPDNKK) bagi menangani isu kenaikkan harga minyak di pasaran. [5]

Cadangan Jawapan:

Lima tindakan yang boleh diambil oleh KPDNKK bagi menangani isu kenaikan harga minyak di pasaran:
 Menerima dan menjalankan penyiasatan terhadap aduan pengguna yang berkaitan dengan harga minyak
 Menjalankan penyiasatan terhadap mana-mana perniagaan yang menaikkan harga minyak tanpa kebenaran pihak KPDNKK
 Memantau dan mengawal aktiviti perniagaan yang mempunyai kaitan langsung dengan kenaikkan harga minyak
 Menetapkan harga maksimum terhadap barangan yang menpunyai kaitan langung dengan kenaikkan minyak seperti tambang

pengangkutan awam, harga makanan
 Mengenakan hukuman yang sewajarnya contohnya kepada penyeludup minyak dan yang bersubahat dengannya yang menjadi salah satu

faktor kenaikan minyak
 Memberikan subsidi minyak kepada mereka yang memerlukan seperti nelayan.

2. Terangkan dua hak pengguna untuk mendapatkan maklumat ketika membeli barangan elektrik. [4]

Cadangan Jawapan:
Hak mendapat maklumat kepada pengguna ketika membeli barangan elektrik:
 Pengguna perlu dimaklumkan cara untuk mengendalikan barangan tersebut dengan selamat.
 Pengguna perlu dimaklumkan potensi risiko sekiranya cara mengendalikan tidak mengikut arahan yang dinyatakan.
 Pengguna diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan tepat.
 Dilindungi daripada pengiklanan yang tidak jujur/mengelirukan/palsu.
 Pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan seperti kuasa voltan, nama syarikat pengeluar, jaminan kualiti dll yang berkaitan.

MUKA SURAT 411

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

3. Terangkan dua peranan persatuan pengguna dalam usaha untuk menangani isu sijil halal di premis menjual makanan. [6]

Cadangan Jawapan

 Menerima laporan daripada pengguna berkaitan dengan sijil halal di premis menjual makanan.
 Menyiasat kes yang berkaitan sijil halal dipremis menjual makanan
 Berkerjasama dengan pihak kerajaanuntuk mengadakan pemantauan atau serbuan ke permis makanan yang tidak mempunyai sijil

halal
 Menyebarkan maklumat kepada pengguna tentang permis makanan yang tidak mempunyai sijil halal
 Mengmbil tindakan undang-undang terhadap pemilik permis makanan yang mempunyaimasalah sijil halal nbagi pihak pengguna
 Menyediakan khidmat guaman kepada pelanggan yang telah menghadapi masalah berkaitan sijil halal di premis menjual makanan

MUKA SURAT 412

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

CONTOH SOALAN KAJIAN KES (STPM 2013)

AirAsia: Tan Sri Tony Fernandes

2 (a) Pemilik syarikat penerbangan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pernah bersekolah di England ketika beliau berusia 12 tahun. Pada
ketika itu, beliau perlu menaiki bas ke sekolah secara bersendirian. Beliau pernah bertanya kepada ibunya sama ada beliau boleh pulang ke
kampung semasa cuti penggal persekolahan atau tidak. Namun begitu, ibunya tidak membenarkan kerana tiket kapal terbang terlalu mahal pada
waktu itu. Dari saat itu beliau berazam bahawa pada satu hari nanti beliau ingin menubuhkan syarikat penerbangan tambang rendah.

Semasa remaja, beliau seringkali mengikuti ibunya menaiki pesawat ke pelbagai destinasi termasuk ke luar negara atas urusan perniagaan.
Apabila dewasa, beliau menceburi bidang hiburan. Namun begitu, minat beliau terhadap perniagaan penerbangan tambang rendah semakin
tinggi setelah melihat kejayaan syarikat tambang rendah England, EasyJet. Bersama-sama dengan rakannya, Kamarudin, beliau berusaha untuk
menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Disebabkan ini merupakan idea beliau, pegangan ekuiti syarikat sebanyak 51
peratus menjadi miliknya dan selebihnya diberikan kepada Kamarudin. Seorang lagi rakan mereka, iaitu Aziz Bakar turut serta menjadi rakan
kongsi. Disebabkan kekangan modal, mereka mencagarkan rumah mereka kepada bank untuk mendapatkan modal sebanyak RM1 juta. Mereka
memulakan perniagaan syarikat penerbangan tambang rendah dengan mengambil alih sebuah syarikat penerbangan yang bermasalah.

Pada tahun 2001, Tan Sri Tony Fernandes dan rakan kongsinya mengambil alih syarikat AirAsia daripada DRB Hicom pada harga RM1
berserta hutang sebanyak RM40 juta. Ketika itu, AirAsia mempunyai hanya dua buah kapal terbang Boeing 737 terpakai, terbang ke hanya
satu destinasi, membawa 250,000 penumpang setahun dan mempunyai 250 pekerja. Selepas sembilan tahun beroperasi, AirAsia kini bernilai
RM4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85 pesawat Airbus A230 dan A330, melakukan penerbangan melalui
130 laluan ke 70 destinasi seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun, dan kini mempunyai lebih 8000 pekerja di
Malaysia, Thailand, dan Indonesia.

(Dipetik dan disesuaikan daripada http://www.agendadaily.com, dicapai pada 24 Jun 2012
Berdasarkan kes di atas,

(i) jelaskan bagaimana Tan Sri Tony Fernandes memulakan perniagaan penerbangan tambang rendah. [4]

(ii) apakah sumber modal yang telah digunakan oleh Tan Sri Tony Fernandes dalam perniagaan penerbangan tambang rendah? [4]

(iii) huraikan tiga sumber pencetus idea Tan Sri Tony Fernandes untuk menjalankan perniagaan penerbangan tambang rendah. [12]

(iv) huraikan lima ciri usahawan berjaya yang ada pada Tan Sri Tony Fernandes [10]

MUKA SURAT 413

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Cadangan Jawapan Kajian Kes:

2 (a): Fakta Huraian Kaitan kes
(i)
Pengambilalihan membeli perniagaan  Memulakan perniagaan syarikat penerbangan tambang rendah dengan

perniagaan sedia ada mengambil alih sebuah syarikat penerbangan yang bermasalah.

 Tan Sri Tony Fernandes mengambil alih syarikat AirAsia daripada DRB Hicom
pada harga RM1 berserta hutang sebanyak RM40 juta.

Memulakan membina ATAU
sendiri perniagaan baharu  Tan Sri Tony Fernandes bekerjasama dengan rakannya, Kamarudin, Aziz Bakar.
perniagaan / bermula dari awal
perniagaan  Dengan pegangan ekuiti sebanyak 51 peratus, syarikat tersebut menjadi
sendiri miliknya dan selebihnya diberikan kepada Kamarudin.

 Bentuk milikan perkongsian

(II)

Fakta Huraian Kaitan kes

Pinjaman membuat pinjaman  Tan Sri Tony bersama-sama dengan rakannya telah mencagarkan rumah mereka

bercagaran/ dengan mencagar kepada bank untuk mendapatkan modal sebanyak RM1 juta.

Pinjaman aset yang dimiliki

kepada bank

ATAU

Ekuiti pelaburan peribadi  Dengan pegangan ekuiti sebanyak 51 peratus, syarikat menjadi miliknya dan
pemilik perniagaan selebihnya diberikan kepada rakannya Kamarudin

MUKA SURAT 414

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

(III) Huraian Kaitan kes
Fakta
Minat kecenderungan dan  Tan Sri Tony berazam bahawa pada satu hari nanti beliau ingin menubuhkan

keinginan terhadap syarikat penerbangan tambang rendah.

sesuatu bidang yang

ingin diceburi  Beliau semakin berminat terhadap perniagaan penerbangan tambang rendah

setelah melihat kejayaan syarikat tambang rendah England.

Pengalaman Situasi atau  Semasa kecil, beliau yang berada jauh di perantauan sering tidak dapat pulang
keadaan yang ke kampung kerana tambang kapal terbang yang mahal.
pernah dilalui atau
dialami pada masa  Pengalaman mengikut ibu berniaga yang memerlukan beliau terbang ke
lalu banyak destinasi lain.

Syarikat sedia Menilai kekuatan,  Pengamatan diri terhadap produk sedia ada EasyJet.
ada kelemahan,
peluang, dan  Berdasarkan analisis kekuatan dan peluang (SO), beliau telah mengambil alih
ancaman syarikat syarikat AirAsia daripada DRB Hicom yang bermasalah.
sedia ada (SWOT)

Produk sedia Produk sedia ada  Ketika itu, AirAsia mempunyai hanya dua buah kapal terbang Boeing 737
ada dalam pasaran dan terpakai.
strategi
pembaharuan  Terbang ke hanya satu destinasi.
produk iaitu inovasi
terhadap produk
sedia ada

MUKA SURAT 415

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

(IV)

Bil Fakta Kaitan kes

1 Kreatif  Beliau berazam bahawa pada satu hari nanti beliau ingin menubuhkan syarikat penerbangan

tambang rendah. Pada ketika itu syarikat penerbangan sedia ada belum menawarkan perkhidmatan

penerbangan tambang rendah.

2 Inovatif  Boeing 737 terpakai kepada Airbus A230 dan A330

 Menambah destinasi penerbangan iaitu melakukan penerbangan melalui 130 laluan ke 70 destinasi

seluruh dunia

3 Inisiatif yang tinggi  Tan Sri Tony Fernandes dan rakan beliau berusaha untuk menubuhkan sebuah syarikat

penerbangan tambang rendah.

 Mereka memulakan perniagaan syarikat penerbangan tambang rendah dengan mengambil alih

sebuah syarikat penerbangan yang bermasalah.

 Disebabkan kekangan modal, mereka sanggup mencagarkan rumah mereka kepada bank untuk

mendapatkan modal sebanyak RM1 juta.

4 Berani menanggung  Mereka memulakan perniagaan syarikat penerbangan tambang rendah dengan mengambil alih

risiko sebuah syarikat penerbangan yang bermasalah.

 Mengambil alih syarikat AirAsia daripada DRB Hicom pada harga RM1 berserta hutang sebanyak

RM40 juta.

 Risiko kehilangan rumah yang dicagarkan

5 Bijak mengambil  Melakukan penerbangan melalui 130 laluan ke 70 destinasi seluruh dunia

peluang  Syarikat penerbangan tambang mahal dijadikan peluang bagi mewujudkan syarikat tambang rendah

6 Berpandangan jauh  Beliau berazam bahawa pada satu hari nanti beliau ingin menubuhkan syarikat penerbangan

atau berwawasan tambang rendah.

atau berorentasi

masa depan

7 Mempunyai  Mengambil alih syarikat AirAsia daripada DRB Hicom pada harga RM1 berserta hutang sebanyak

keyakinan tinggi RM40 juta.

 Beralih dari bidang hiburan kepada bidang penerbangan

8 Sanggup berkorban  Mereka mencagarkan rumah mereka kepada bank untuk mendapatkan modal sebanyak RM1 juta

MUKA SURAT 416

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof, Zakaria Yusof. 2004. Prinsip Keusahawanan, Pearson Malaysia Sdn Bhd., Kuala Lumpur.

Abu Bakar Hamed, 2005. Kertas 1 (946/1) Pengajian Perniagaan STPM. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn.Bhd..

Abu Bakar Hamed et. al., 2007. Pengajian Perniagaan STPM Kertas 2. Shah Alam : Cerdik Publication.

Armstrong, Gary & Kotler, Philip. 2011. Marketing: An Introduction, Tenth Edition.England; Pearson Education Limited.

Bruce R. Barringer and R. Duane Ireland, 2008. Entrepreneurship Succesfully Launching New Ventures, (Second Edition), Pearson Prentice Hall:
Upper Saddle River NJ.

Covey, Stephen R.. (Penterjemah: Leo Ann Mean. Penyunting: Adibah Amin),1996. 7 Tabiat Orang Yang Sangat Berkesan. Petaling Jaya: Prentice
Hall Malaysia.

Dr. Sohaimi Mohd. Salleh , Utusan Online, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0401&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#
ixzz33R7Lv7gC

Gillham, B., 2008. Developing a questionnaire (2nd ed.). London, UK: Continuum International Publishing Group Ltd.

Lim Wing Hooi, 2011. Bicara Wang Bersama Gergasi Asia: Pemikiran Pemimpin Ekonomi & Raksasa Perniagaan Tersingkap.Puchong : AMX
Capital Sdn.Bhd..

Mohd Asri Hj Abdullah et. al., 2001. Pengurusan Perniagaan Kecil, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd, Selangor DE.

Mohd. Asri Hj Abdullah, 1999. Industri Kecil Di Malaysia Pembangunan dan Masa Depan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mohd. Salleh Din et.al, (2005) Asas Keusahawanan.Kuala Lumpur: Thomson.

Norita Deraman et. al.,2010. Keusahawanan Teori Dan Praktis, Mc Graw Hill, Kuala Lumpur.

Rosli Mahmud et.al.,2010. Prinsip-prinsip Keusahawanan, Pendekatan Gunaan Edisi Kedua. Kuala Lumpur:Cengage Learning.

Richard L Daft, 2010, The New Era Of Management,

MUKA SURAT 417

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

R.W. Griffin 2013, International Business, Pearson

Griffin, R.W 2015, Business Essentials, Pearson.

Sabri Hj Hussin, 2002. Pengenalan Kepada Perniagaan. Kuala Lumpur: Thomson Learning.

Stoner,James A.F, Freeman, R.Edward, JR. Gilbert , Daniel R. (2009). Management 6th Edition. Pearson.

Syarifah Akmam Syed Zakaria, Hardiman Muhammad Yatim, 2007. Rancangan Perniagaan, PTS Professional Publishing Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Syed Zamberi Ahmad, 2009. Keusahawanan: Teori, Proses Dan Amalan.Petaling Jaya: Leeds Publications.

Wan Liz Ozman dan Sulzari Muhamed, 2002.Memperkasa Usahawan, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.: Selangor D.E.

MUKA SURAT 418


Click to View FlipBook Version