MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Leha Jusoh lwn Awang Johari (1978)1MLJ202
i. Elemen Perkaitan kes
Kes ini berkaitan dengan elemen keupayaan berkontrak dalam undang-undang kontrak.
ii. Isu Utama kes
Adakah sah kontrak yang dimasuki oleh seorang kanak-kanak.
iii. Fakta Kes
Plantif (Leha Jusoh) seorang kanak-kanak telah membuat perjanjian untuk membeli sebidang
tanah daripada pihak responden iaitu Awang Johari yang merupakan pentadbir estet.
Perjanjian tersebut dilakukan oleh pemegang amanah plantif . Plantif yang merupakan seorang
kanak-kanak telah membuat bayaran RM 5000 dan dibenarkan untuk memasuki tanah tersebut.
iv. Keputusan Mahkamah
Mahkamah memutuskan perjanjian tersebut telah batal sejak dari awal lagi dan defenden perlu
membayar balik wang RM 5000 kepada plantif apabila plantif keluar dari tanah itu.
MUKA SURAT 251
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
7.2 Kontrak Jualan Barang-Barang
a) Mentakrifkan Akta Maksud Akta Jualan Barang.
Jualan Barangan 1957 Dikenali sebagai Ordinan Jualan Barang-Barang (Negeri-negeri Melayu) 1957 dan dipakai diseluruh
negeri-negeri Melayu kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak . Tahun1989 Ordinan ini
disemak semula dan dinamakan Akta Jualan Barangan 1957 dan diperluaskan di negeri Melaka dan Pulau
Pinang.
b) Menerangkan maksud Definisi
Kontrak Jualan Kontrak Jualan Barangan ialah suatu kontrak di mana penjual memindahkan atau bersetuju untuk
Barangan memindahkan milikan barang-barang itu kepada pembeli dengan suatu harga.
Elemen utama maksud Kontrak Jualan;
i. Wujud dua pihak iaitu penjual dan pembeli
ii. Pemindahan hak milik dari penjual kepada pembeli
iii. Barang sebagai subjek utama kontrak
iv. Wujud balasan wang
Akta Jualan Barangan 1957 Maksud Barangan
Seksyen 2 Akta Jualan Barangan 1957 mendefinisikan Barang sebagai:
“Tiap-tiap jenis harta alih selain daripada tuntutan boleh dakwa dan wang; dan termasuklah stok dan
syer, tanaman yang hidup, rumput dan benda yang dilekatkan kepada atau membentuk sebahagian tanah
yang diakui keras sebelum jualan atau di bawah kontrak jualan”.
MUKA SURAT 252
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Jenis Barangan
Seksyen 6(1) Akta Jualan Barangan 1957 barang-barang dikelaskan kepada dua jenis;
i. Barang-barang sedia ada/barang yang ada (existing gooods)
Barang yang ada dipunyai/ dimiliki oleh penjual dan telah disimpan oleh penjual
Contohnya barangan keperluan harian yang dijual di kedai runcit atau barang-barang yang dijual
di pasaraya.
Terbahagi kepada:
a. Barang-barang tertentu
‘barang-barang yang dikenalpasti dan dipersetujui pada masa suatu kontrak jualan dibuat’
b. Barang Belum ditentukan
‘barang yang belum ditentukan dan dipersetujui pada masa kontrak jualan dibuat.’
ii. Barang masa hadapan/barang-barang hadapan (future goods)
“Barang-barang untuk dikilang atau dihasilkan atau diperolehi oleh penjual seleaps kontrak jualan
dibuat”
Barang yang dihasilkan oleh penjual selepas kontrak jualan dibuat dan ditandatangan.
Contohnya pembelian rumah yang sedang dalam pembinaan atau tempahan pembelian kereta.
c) Membezakan syarat- Maksud Syarat dan syarat Tersurat
syarat tersurat dan Syarat ialah suatu janji yang penting kepada maksud utama kontrak, jika mungkir memberikan suatu hak
tersirat
untuk menganggap kontrak itu sebagai ditolak. (Sekyen 12, (2))
Akta Jualan Barangan 1957 Satu stipulasi utama kepada maksud kontrak atau perkara utama yang dinyatakan dalam kontrak.
(Akta 382) Syarat tersurat ialah syarat yang dinyatakan dan ditulis dengan jelas dalam kontrak serta dipersetujui
ILBS
dalam kontrak
MUKA SURAT 253
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Maksud Syarat Tersirat
Satu stipulasi utama /penting kepada maksud kontrak .
Syarat ini tidak dinyatakan secara jelas dalam kontrak tetapi wujud dan diandaikan diketahui oleh semua
pihak yang berkontrak.
Perlanggaran syarat boleh menyebabkan kontrak boleh ditamatkan dan boleh tuntut gantirugi
Perbezaan Syarat Tersurat dan Tersirat
Aspek Syarat Tersurat Syarat Tersirat
Perbezaan
Maksud Syarat/perkara utama yang dinyatakan Syarat/perkara utama yang tidak dinyatakan
secara jelas dalam kontrak dengan jelas dalam kontrak tetapi diandaikan
Contoh wujud dan diketahui oleh pihak–pihak berkontrak
Kontrak pembelian kereta yang / sedia maklum semasa berkontrak
mengandungi perjanjian tentang harga,
jenis kereta, kaedah pembayaran dan Kontrak jualan kereta mempunyai syarat tersirat
lain mengenai hakmilik, kualiti dan kelayakan
Jenis-jenis Syarat Tersirat/Termaklum
1. Syarat Tersirat Mengenai Hak milik
Seksyen 14 (a) suatu syarat tersirat di pihak penjual, bahawa dalam kes suatu jualan, dia mempunyai
hak untuk menjual barang-barang dan bahawa dalam kes suatu persetujuan untukmenjual, dia akan
mempunyai hak untuk menjual barang-barang pada masa bila milikan itu berpindah;
Penjual mesti mempunyai hak untuk menjual pada masa hak milik barang itu berpindah kepada
pembeli. Ini bermaksud bahawa penjual mestilah mempunyai hak milik yang sah ke atas barang
sebelum menjual kepada pembeli.
MUKA SURAT 254
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Syarat Tersirat Mengenai Jualan melalui perihalan
Sekyen 15 “..terdapat suatu syarat tersirat bahawa barang-barang itu hendaklah bersamaan dengan
perihalan dan, jika jualan itu melalui contoh juga perihalan, ia tidak mencukupi bahawa kuantiti
barang-barang bersamaan dengan contoh jika barang-barang juga tidak bersamaan dengan
perihalan.”
Barangan yang dijual berdasarkan deskripsi dan perihalan melalui risalah, katalog, iklan dan
majalah, mestilah secocok ataupun sama dengan apa yang dinyatakan dengan deskripsinya.
3. Syarat Tersirat Mengenai Kualiti dan kelayakan (Seksyen 16)
Tidak ada waranti atau syarat tersirat berkaitan dengan kualiti atau kelayakkan bagi apa-apa maksud
tertentu bagi barang-barang yang dibekalkan dibawah sesuatu kontrak jualan kecuali;
i. Pembeli secara nyata atau tersirat memberitahu penjual maksud tertentu bagi barang-barang yang
diperlukan, untuk menunjukkan bahawa pembeli bergantung kepada kepakaran atau
penghakiman penjual, dan barang-barang adalah daripada perihalannya dalam perjalanan urusan
penjual untuk membekalkan
ii. Kualiti boleh dagang - Dengan syarat jika pembeli telah memeriksa barang-barang itu, dan
sebarang kecacatan yang dalam pemeriksaan itu patut didedahkan.
4. Syarat Tersirat Mengenai Jualan melalui contoh dan sampel
Seksyen 17(2) Dalam kes suatu kontrak untuk menjual melalui contoh terdapat suatu syarat
tersirat—
(a) bahawa kuantiti hendaklah bersamaan dengan contoh dalam kualiti;
(b) bahawa pembeli hendaklah mempunyai peluang munasabah bagi membandingkan kuantiti
dengan contoh;
(c) bahawa barang-barang hendaklah bebas daripada apa-apa kecacatan yang menjadikannya
tidak boleh dagang yang mungkin tidak kelihatan pada pemeriksaan munasabah bagi contoh.
MUKA SURAT 255
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
d) Menerangkan elemen- Elemen-eleman yang perlu ada dalam Kontrak Jualan Barangan
eleman yang perlu ada 1. Waranti
dalam Kontrak Jualan
Barangan termasuk Sekyen 12(13) ..suatu janji kolateral kepada maksud utama kontrak, jika mungkir memberikan suatu
waranti, keterangan, bebas hak untuk menuntut ganti rugi tetapi bukan hak untuk menolak barang-barang dan menganggap
daripada kesulitan, boleh kontrak itu sebagai di tolak.
guna, dan mutu
Maksud waranti Tersurat dan tersirat
Waranti Tersurat Waranti Tersirat
Syarat sampingan (kolateral) ke atas maksud Syarat sampingan ke atas maksud utama
utama kontrak yang dinyatakan secara jelas kontrak yang tidak dinyatakan secara jelas
dalam kontrak tetapi wujud dalam kontrak dan diandaikan
diketahui oleh pihak yang baerkontrak
Perbezaan syarat dan waranti
Aspek Syarat Waranti
Maksud Suatu janji yang penting kepada Suatu janji kolateral/sampingan kepada
Kesan maksud utama sesuatu kontrak maksud utama kontrak
perlanggaran
Kontrak boleh ditamatkan dan Kontrak tidak boleh ditamatkan tetapi
boleh menuntut gantirugi boleh menuntut gantirugi
Jenis waranti tersirat
i. Pemilikan aman.
Waranti tersirat berhubung dengan pemilikan aman boleh dirujuk kepada seksyen 14(b), yang
menjelaskan bahawa pembeli sepatutnya berhak memiliki barang yang dibelinya dan dapat
menikmatinya secara aman tanpa sebaarang gangguan dari pihak lain.
MUKA SURAT 256
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
ii. Barang bebas daripada cagaran atau bebanan .
Sabri Hj Husssin , “Barang-barang hendaklah bebas daripada apa-apa caj atau bebanan yang memihak kepada
Pengenalan kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak diisytiharkan atau diketahui pembelinya sebelum atau pada
masa kontrak itu dibuat” Seksyen 14 (c)
perniagaan Iaitu barang mestilah bebas daripada cagaran, caj atau bebanan bagi mana-mana pihak ketiga yang
tidak diberitahu kepada pembeli sebelum atau semasa kontrak dibuat
2. Keterangan
Segala barangan yang dijual hendaklah mempunyai maklumat dan keterangan barang yang jelas dan
mencukupi serta tiada sebarang kekeliruan yang wujud tentang barang tersebut seperti jenis barang,
jaminan , harga , isikandungan dan sebagainya
3. Bebas daripada kesulitan
Barangan yang dibeli hendaklah bebas daripada sebarang kesulitan dam masalah termasuk mudah
digunakan, tidak rosak pada kegunaan pertama, jarak masa penggunaan yang sesuai, tidak
menyebabkan bahaya kepada pengguna dan sebagainya.
4. Boleh guna
Barangan yang dijual mestilah boleh guna pada masa pembelian kecuali jika ia telah dijelaskan
terlebih dahulu.
5. Mutu
Kualiti barang pula mesti bersesuaian dengan tujuan penggunaan dan selamat digunakan. Barang
juga mesti mempunyai kualiti boleh dagang.
MUKA SURAT 257
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kes-kes Rujukan 1. Low Kar Yit lwn Mohd. Isa & Anor (1963) MLJ165
i. Elemen Perkaitan kes
Kes ini berkaitan Perjanjian Jualan Tanah.
ii. Isu Utama kes
Adakah wujud kontrak jualan tanah diantara plantif dan defenden
iii. Fakta Kes
Kes ini berkaitan dengan perjanjian jualan. Low Kar Yit merupakan plantif dan Mohd. Isa
adalah defendan. Pada tahun 1961 Mohd.Isa bersetuju menjual tanah nya kepada Low Kar Yit.
Tanah tersebut merupakan tanah hak milik bumiputra.
Dalam perjanjian tersebut, pihak defenden setuju menjual tanah tersebut sekiranya pihak
pantif melakukan dua perkara iaitu menukarkan hakmilik tanah itu kepada tanah bebas dan
membuat satu surat perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Plantif kemudiannya telah mendapat kelulusan dari pihak Mahkamah Tinggi untuk
menukarkan syarat hakmilik tanah dan menyediakan dokumen perjanjian tersebut.
Malangnya defenden gagal menandatangani kontrak penjualan tanah kerana tidak setuju
dengan dokumen perjanjian tersebut.
Plantif mengambil langkah perbicaraan tentang perkara-perkara spesifik dan kerugian atas
tindakan defenden yang mungkir janji.
iv. Keputusan Mahkamah
Mahkamah memutuskan tidak wujud lagi sebarang kontrak kerana defenden tidak pernah
menandatangani sebarang kontrak dan plantif tidak berjaya mendapat gantirugi atas tuntutan
perlaksanaan spesifiknya.
MUKA SURAT 258
1. Senaraikan enam elemen asas dalam undang-undang kontrak. MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
[6]
Cadangan Jawapan
Enam elemen asas kontrak
i. Tawaran
ii. Penerimaan
iii. Balasan
iv. Niat
v. Ketentuan
vi. Keupayaan
2. Jelaskan lima elemen kontrak mengikut Akta Kontrak 1950. [20]
Cadangan Jawapan
Lima elemen kontrak mengikut Akta Kontrak 1950
Bil Elemen Huraian Contoh yang jelas
Kontrak
1. Tawaran Maksud - Tawaran atau cadangan adalah satu janji yang telah dibuat oleh A membuat tawaran kepada B
pembuat tawaran kepada penerima tawaran dengan niat untuk untuk menyewa rumah yang
mengujudkan hubungan yang mengikat disisi undang-undang apabila dimiliki oleh A bermula bulan
janji itu diterima oleh penerima tawaran. Januari dengan harga sewaan
Elemen penting tawaran RM400 sebulan.
Tawaran mesti jelas, lengkap dan muktamad iaitu perkara yang berkaitan
dengan barang, tujuan, nilai dan tempoh masa
Tawaran perlu dibuat kepada pihak tertentu iaitu kepada individu tertentu
atau sekumpulan orang.
Tawaran perlu dibezakan daripada pelawaan tawaran
MUKA SURAT 259
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Penerimaan Maksud – Apabila sesuatu pihak menyatakan persetujuan atas sesuatu B menerima tawaran A dan
cadangan atau tawaran yang ditawarkan oleh pembuat tawaran. bersetuju untuk menyewa
Elemen penting penerimaan rumah A pada bulan Januari
6. Penerimaan mestilah jelas, pasti dan tidak bersyarat
7. Penerimaan mesti dibuat secara biasa dan munasabah
8. Penerimaan mestilah dikomunikasikan
9. penerimaan dalam jangkamasa yang munasabah
10.penerimaan lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui dan
menerimanya
3. Balasan Maksud – faedah yang diperolehi kedua-dua pihak daripada B telah menyewa rumah A dan
urusniaga/kontrak yang telah dipersetujui balasannya B telah menerima
Elemen penting balasan bayaran sewaan sebanyak RM
Balasan mesti mempunyai unsur timbal balik 400
Balasan tidak semestinya berpadanan
Balasan semestinya sah di sisi undang-undang
Balasan tidak semestinya datang dari penerima janji
Balasan lampau adalah sah di sisi undang-undang
4. Niat Maksud - keadaan minda yang tidak dapat dilihat secara zahir dan ia A dan B masing-masing
merupakan suatu yang ada pada hati yang berbeza dengan perbuatan atau berniat untuk menyewa rumah
kelakuan. dan memberi sewaan
Penentuan samada wujud niat atau tidak dalam berkontrak bergantung
kepada jenis kontrak yang ditandatangani
Perjanjian yang berbentuk domestik atau kekeluargaan tiada niat untuk
mengikat di sisi undang-undang
Perjanjian berbentuk komersial ataupun berbentuk perniagaan ada niat
untuk terikat di sisi undang-undang
MUKA SURAT 260
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Ketentuan Maksud – merujuk kepada terma-terma dan syarat-syarat kontrak untuk A merupakan pemilik yang sah
menjadikan kontrak sah di sisi undang-undang. ke atas rumah dan telah
Terma dan syarat kontrak mestilah jelas, nyata , terang dan tentu kepada bersetuju dengan kadar sewaan
sesiapa ianya ditujukan.
Faktor ketidaktentuan wujud jika bahasa yang kabur dan samar-samar.
Perjanjian yang gagal mencapai persetujuan terhadap perkara pokok atau
syarat utama perjanjian juga menyebabkan ketidaktentuan.
6. Keupayaan Maksud – Kelayakan seseorang untuk membuat kontrak A dan B telah memenuhi syarat
Dewasa – 18 tahun untuk membuat kontrak iaitu
Berakal Sempurna iaitu berfikrian waras dan berkeupayaan membuat dewasa dan berakal sempurna
pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya.
Tidak hilang kelayakan berkontrak
3. Huraikan elemen kontrak tawaran dengan merujuk kepada kes Preston Corp. Sdn. Bhd lwn Edward Leong & Ors (1982)2MLJ22. [6]
Cadangan Jawapan
i. Elemen Perkaitan kes – Tawaran ialah satu tanda kesediaan pembuat tawaran untuk menjalin satu kontrak yang sah dan mengikat di
sisi undang-undang.
ii. Isu Utama kes - Keengganan plantif membayar sejumlah wang yang tidak termasuk dalam perjanjian dan isu hakmilik filem positif
percetakan.
iii.Fakta Kes - Dalam kes ini plantif adalah sebuah syarikat penerbitan buku dan defenden ialah sebuah firma percetakan. Plantif telah
membayar semua bayaran percetakan kecuali satu jumlah bernilai RM500 yang dikatakan ialah bayaran lebihan yang telah
dicaj.Defenden mengatakan bawah RM 500 adalah sebahagian daripada kos percetakan yang patut ditanggung oleh plantif iaitu kos
yang digunakan untuk membuat semula filem positif untuk cetakan semula.
iv.Keputusan Mahkamah - Mahkamah memutuskan bahawa isu bayaran RM500 tidak disebut dalam perjanjian dan ia tidak boleh
dikuatkuasakan dan kedua-dua pihak perlu mengemukakan bukti lebih lanjut lagi bagi isu pemilikan filem positif.
MUKA SURAT 261
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Berikan empat elemen kontrak dalam Akta Jualan Barangan 1957 (Akta 382) termasuk pindaan.[4]
Cadangan Jawapan
1. Terdapat dua pihak iaitu penjual dan pembeli dalam kontrak jualan barang-barang
2. Berlaku perpindahan hak milik barang daripada penjual kepada pembeli
3. Mempunyai barang sebagai perkara pokok atau utama yang dikontrakkan
4. Wujudnya balasan ‘wang’ daripada satu pihak(pembeli) kepada pihak yang lain(penjual)
5. Jelaskan dua klasifikasi jualan barang-barang menurut Seksyen 6 Akta Jualan Barangan 1957(Akta 382) termasuk pindaan. [ 6]
Cadangan Jawapan
1. Barang sedia ada
Barang yang sudah pun dimiliki dan disimpan oleh penjual dalam perniagaannya.
Contoh barang yang sedia ada ialah barang yang ada di kedai runcit seperti tepung, beras, gula, telor, makanan dan sebagainya.
2. Barang masa hadapan
Barang masa hadapan ialah barang yang belum dibuat atau barang yang akan dihasilkan oleh penjual selepas kontrak jualan
ditandatangani
Contoh barang masa hadapan ialah pembelian rumah yang masih dalam pembinaan atau tempahan pakaian seragam mengikut
saiz pembeli.
MUKA SURAT 262
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
TAJUK
HASIL PEMBELAJARAN HURAIAN
RUJUKAN
8.0 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
8.1 Komunikasi
8.1.1 Proses Komunikasi Maksud kemahiran komunikasi:
a) Menjelaskan Satu proses menghantar dan menerima idea atau maklumat (proses pertukaran) antara individu atau
maksud kemahiran kumpulan manusia melalui media tertentu.
komunikasi. Proses Komunikasi
Griffin ( 2011 )
b) Menerangkan proses Rajah: Proses Komunikasi.
komunikasi yang 1. Penghantar
meliputi penghantar,
enkod, saluran, Pengirim ialah sesiapa sahaja yang mempunyai idea dan maklumat yang ingin disampaikan dan
dekod, penerima dan dikongsi dengan pihak lain (penerima).
maklum balas.
Pengirim adalah punca sesuatu mesej. Keberkesanan pengiriman mesej bergantung kepada keupayaan,
Griffin, (2011) personaliti, tujuan komunikasi dan juga bagaimana pandangan orang lain terhadap penyampai.
2. Enkod
Proses menukarkan mesej kepada simbol-simbol ataupun bahasa yang mudah difahami.
Dipengaruhi oleh kepakaran, sikap dan pengetahuan serta budaya sesebuah organisasi.
3. Saluran
Laluan atau platform di mana mesej bergerak dari pengirim kepada penerima.
Pemilihan media (surat, memo, perbualan, e-mail, gambar, gerakan badan dan sebagainya) sebagai
MUKA SURAT 263
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
saluran komunikasi adalah penting kerana ia akan membantu keberkesanan komunikasi. Setiap media
mempunyai kelemahan dan kekuatan yang tertentu.
Untuk mendapat kesan yang maksimum, penyampai perlu menggunakan beberapa jenis saluran bagi
menyampaikan sesuatu mesej.
Pemilihan saluran komunikasi mestilah disesuaikan dengan keupayaan penerima dan mesej.
4. Dekod
Dekod adalah proses mentafsir dan cuba untuk memahami mesej yang disampaikan supaya boleh
digunakan atau diambil tindakan oleh penerima.
5. Penerima
Penerima adalah sesuatu pihak yang mana mesej disampaikan kepadanya.
Penerima mungkin seorang individu, kumpulan kecil, sebuah organisasi, ataupun sejumlah orang yang
ramai.
Penerima boleh bertindak memberi maklumbalas agar kominikasi lebih berkesan.
6. Maklum balas
Maklumbalas berlaku apabila penerima memberi reaksi terhadap mesej yang disampaikan kepadanya.
Apabila maklumbalas positif, mungkin penyampai akan meneruskan komunikasinya dengan
penerima. Bagaimanapun, jika maklumbalas itu negatif, kemungkinan penyampai akan berhenti di situ
saja dengan tidak membuat susulan. Walau bagaimanapun ia boleh berlaku sebaliknya.
Ini bergantung kepada tujuan komunikasi, sikap individu terlibat dan kepentingan komunikasi tersebut.
MUKA SURAT 264
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
8.1.2 Halangan komunikasi Halangan-halangan komunikasi
c) Menerangkan 1. Fizikal
halangan-halangan Sebarang gangguan fizikal yang wujud secara terus dan nyata dalam proses komunikasi akan
komunikasi seperti memberi kesan kepada keberkesanan komunikasi.
fizikal, Contoh: gangguan ini adalah seperti gangguan telefon, bunyi mesin, percakapan manusia, bunyi
psikologikal, kenderaan dan sebagainya.
sosiologikal dan 2. Psikologikal
semantic. Merujuk kepada halangan yang disebabkan oleh cara berfikir yang berlainan dan tanggapan yang
(Griffin, 2011) berbeza antara pengirim dan penerima.
(Abu Bakar Pekerja-pekerja dalam organisasi mempunyai persepsi berbeza terhadap sesuatu isu atau idea. Ini
Hamed)
mungkin disebabkan oleh nilai atau sikap mereka yang bebeza.
Contoh: Seorang pengurus mencadangkan perubahan dalam kerja untuk meningkatkan kualiti produk.
Tetapi pihak kesatuan menjangkakan perubahan kerja ini akan mengurangkan pekerja. Persepsi ini
adalah berbeza antara dua kumpulan tersebut.
3. Sosiologikal
Halangan yang wujud dalam interaksi sosial dan budaya yang berbeza antara ahli-ahli masyarakat. Ia
berkaitan dengan budaya, status dan latarbelakang sosial ahli-ahli masyarakat.
Perbezaan latar belakang seperti perbezaan umur, jantina, taraf pendidikan, pangkat, pengalaman
boleh mengahalang keberkesanan komunikasi.
Contoh: Seorang pengurus berketurunan barat mengarahkan pekerja yang berketurunan Melayu
dengan menggunakan pergerakan badan seperti kaki, bagi pekerja mesej tersebut dianggap sebagai
biadap, manakala pengurus merupakan perkara biasa di negaranya.
4. Semantik
Halangan penggunaan perkataan yang mempunyai makna yang berbeza.
Satu perkataan yang sama tetapi memberi maksud yang berbeza kepada dua individu yang berlainan.
Contoh: Seorang pengurus ingin menyampaikan arahan kepada pekerja asing yang baru datang ke
negara ini, dimana pekerja tersebut tidak tahu berbahasa Melayu dan Inggeris.
MUKA SURAT 265
8.1.3 Bentuk Komunikasi MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
d) Menerangkan Bentuk-Bentuk Komunikasi.
bentuk-bentuk 1. Menegak
komunikasi iaitu
sama ada menegak, Komunikasi menegak berlaku apabila mesej dalam komunikasi mengalir (bergerak) secara menegak
mendatar dan iaitu sama ada dari atas ke bawah atau dari bawah ke atas mengikut hirerki organisasi.
melintang yang
boleh berlaku Ia juga dikenali sebagai komunikasi vertikal. Pergerakan mesej secara menegak ini juga disebut
secara sehala atau sebagai komunikasi ke bawah dan komunikasi ke atas.
dua hala.
Contoh: pekerja melaporkan aktiviti yang telah dijalankan kepada pengurus atasan ataupun pengurus
(Griffin, 2011) atasan memberi taklimat kepada pekerja bawahan tentang aktiviti jabatan dalam organisasi.
2. Mendatar
Merujuk kepada pergerakan mesej antara pengurus yang menjawat jawatan yang sama atau tahap
pengurusan yang sama bagi jabatan yang berbeza dalam organisasi.
Komunikasi ini kadangkala disebut juga sebagai komunikasi horizontal.
Contoh: Pertukaran maklumat antara pengurus pengeluaran dan pengurus pemasaran. Pengurus
pemasaran biasanya akan memaklumkan kepada pengurus pengeluaran akan jenis, kualiti dan jumlah
produk serta bila diperlukan oleh pelanggan. Pengurus pengeluaran akan merancang untuk
memenuhi permintaan pelanggan seperti yang dimaklumkan oleh pengurus pemasaran.
3. Melintang
Komunikasi melintang ini merujuk kepada pergerakan mesej antara staf yang menduduki tingkat
hirerki yang tidak sama bagi jabatan yang berbeza dalam organisasi.
Contoh: Pertukaran maklumat boleh berlaku antara penyelia jabatan pengeluaran dengan pengurus
jabatan pemasaran. Penyelia jabatan pengeluaran mungkin ingin memastikan maklumat atau
mendapat maklumat tambahan terhadap produk yang diperlukan oleh pengurus pemasaran. Tujuan
komuniakasi ini adalah sama seperti tujuan komunikasi mendatar iaitu untuk kordinasi dan integriti
aktiviti kerja antara jabatan, penyelesaian masalah antara jabatan dan memaklumkan perubahan atau
penambahbaikan.
MUKA SURAT 266
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Bentuk-bentuk komunikasi di atas boleh berlaku secara.
1. Komunikasi sehala
Komunikasi sehala adalah merujuk kepada komunikasi yang berlaku apabila penerima mesej tidak
memberi respon atau maklumbalas kepada pengirim mesej tersebut
Contoh: komunikasi ini dalam kehidupan seharian kita adalah apabila kita membaca surat khabar,
medengar radio, melihat televesion, membaca majalah
2. Komunikasi dua hala
Komunikasi dua hala ini melibatkan respon atau maklumbalas oleh penerima mesej kepada pengirim
mesej
Contoh: Komunikasi yang berlaku dalam bentuk program cadangan pekerja, perbincangan
berkumpulan kerja, perbincangan antara jabatan, dailog antara pekerja dan majikan,
8.1.4 Jenis Komunikasi Jenis-Jenis Komunikasi
1. Komunikasi Lisan.
e) Menerangkan jenis
komunikasi iaitu i. Perbincangan
komunikasi lisan Perbincangan dalam organisasi boleh berlaku dalam kumpulan kerja atau antara kumpulan kerja.
yang merangkumi Contoh perbincangan dalam kumpulan kerja adalah seperti perbincangan antara pekerja dalam
perbincangan, jabatan bagi tujuan membuat perancangan atau menyelesaikan sesuatu masalah.
mesyuarat, ucapan Perbincangan antara kumpulan kerja pula adalah seperti perbincangan antara jabatan pemasaran
dan pembentangan dengan jabatan pengeluaran, atau perbincangan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan
dan komunikasi kewangan bagi tujuan penyelarasan atau kordinasi aktiviti organisasi. Sementara itu,
bukan lisan yang perbincangan boleh terjadi secara formal atau tidak formal.
merangkumi visual,
bertulis dan bahasa ii. Mesyuarat
badan. Merupakan komunikasi melibatkan pengaliran dua hala antara ahli kumpulan dalam sesuatu
situasi yang formal
Contoh: mencetuskan idea yang bernas daripada ahli-ahli kumpulan untuk menghasilkan satu
keputusan yang terbaik
MUKA SURAT 267
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iii. Ucapan
Komunikasi sehala yang melibatkan pengaliran maklumat daripada pemberi ucapan kepada
audiens. Ucapan melibatkan mesej yang ingin disampaikan oleh pengirim kepada satu kumpulan
manusia. Dalam kontek orgnaisasi, ucapan melibatkan mesej yang ingin disampaikan oleh
pengurus kepada pekerja-pekerjanya, rakan-rakan sekerja, warga organisasi, kepada pelawat, atau
orang ramai.
Contoh: Mesej ucapan kepada pekerja-pekerja adalah untuk memberi maklumat tentang
pekerjaan, arahan kerja, dasar dan prosedur kerja, motivasi kerja. Mesej untuk rakan-rakan sekerja
pula melibatkan perancangan dan penyelarasan kerja, maklumat untuk penyelesaian masalah,
semasa persaraan dan pertukaran kerja.
iv. Pembentangan
Pembentangan melibatkan komunikasi formal oleh pembentang kepada pihak pendengar.
Kebiasaannya, pembentangan melibatkan laporan yang disediakan secara lengkap oleh
pembentang dan disokong oleh alat bantuan komunikasi seperti slaid, ‘power point,’ video, filem,
tv dan sebagainya
Contoh: Pembentangan yang melibatkan pekerja membentang laporan kepada pihak atasan,
pengurus membentangkan proposal kepada pihak bank atau pembiaya, pemilik syarikat,
pebentangan kepada pelanggan, pembekal, kerajaan atau pihak awam
2. Komunikasi Bukan Lisan.
i. Visual
Merupakan komunikasi melalui penggunaan carta atau graf, gambar, carta aliran atau gambarajah.
Contoh: kain rentang, majalah dan papan kenyataan.
ii. Bertulis
Merupakan komunikasi melalui simbol bertulis atau perkataan dalam bentuk sehala dan formal.
Contoh: surat menyurat, memorandum, laporan , buletin dan emel.
MUKA SURAT 268
8.1.5 Media Komunikasi MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iii. Bahasa badan
Bahasa badan adalah merujuk kepada komunikasi bukan lisan atau bukan perkataan (nonverbal
communication). Ia melibatkan pergerakan atau perawakan anggota manusia dari muka hingga ke
kaki.
Contoh: hubungan mata, air muka, pergerakan kepala, pergerakan tangan, pergerakan badan,
sentuhan dan ruang.
Media Komunikasi.
f) Membandingkan 1. Bersemuka
media komunikasi Komunikasi secara bersemuka melibatkan dua atau lebih pihak yang melakukan proses komunikasi
dan kesesuaiannya yang bertemu secara berhadapan untuk membincangkan sesuatu perkara di suatu tempat yang sama.
termasuklah Komunikasi bersemuka boleh jadi secara formal ataupun tidak formal.
bersemuka, telefon,
internet, intranet, 2. Telefon
memorandum, surat Merupakan kaedah komunikasi yang dilakukan antara dua pihak yang berada di tempat yang berjauhan
menyurat, laporan dan sukar untuk berjumpa secara bersemuka.
dan buletin
3. Internet
Internet adalah merupakan satu rangkaian perhubungan antarabangsa yang diistilahkan hubungan
tanpa sempadan.
Internet merupakan satu sumber maklumat yang boleh dicapai oleh seseorang walaupun di mana ia
berada dan boleh memberi maklumat kepada sesiapa sahaja walaupun di mana ia berada asalkan
terdapat perkhidmatan yang menghubungkan komputernya kepada talian internet.
4. Intranet
Intranet ialah menggunakan satu sistem perhubungan dalaman sebagai satu rangkaian maklumat
korporat yang dapat menghubungkan antara staf.
Intranet boleh digunakan oleh pihak pengurusan untuk menyampaikan maklumat secara tepat dan
cepat kepada stafnya dan juga maklumat tersebut tidak boleh dicapai oleh pihak di luar organisasi.
MUKA SURAT 269
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Memorandum
Merupakan satu bentuk kenyataan yang mengandungi unsur desakan, permintaan dan rayuan daripada
seseorang individu atau kumpulan terhadap pihak yang mempunyai kedudukan atau pangkat yang
lebih tinggi atau lebih berkuasa dalam memutuskan beberapa isu yang berbangkit.
6. Surat-menyurat
Merupakan satu bentuk komunikasi sehala yang biasanya diamalkan dalam sesebuah organisasi untuk
berkomunikasi.
Surat selalunya ditulis secara formal (rasmi) terutamanya apabila berhubung dengan organisasi lain
atau dengan pihak-pihak berkuasa.
7. Laporan
Merupakan satu bentuk komunikasi sehala yang melibatkan pemberian maklumat secara rasmi
daripada pihak bawahan kepada pihak atasan. Laporan ini biasanya akan difail dan disimpan dan akan
digunakan serta dibincangkan pada peringkat yang memerlukan maklumat berikut.
8. Buletin
Merupakan juga komunikasi sehala yang diterbitkan oleh organisasi secara berkala sama ada secara
mingguan ataupun secara bulanan.
Pada kebiasaannya buletin dikeluarkan secara bercetak dan ada juga secara elektronik.
Buletin diterbitkan bertujuan untuk menyebarkan maklumat yang berkaitan dengan perkembangan dan
aktiviti semasa organisasi.
MUKA SURAT 270
8.2 Kemahiran Mendengar MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
8.2.1 Proses Mendengar
Maksud Kemahiran Mendengar.
a) Menjelaskan proses Satu proses penerimaan maklumat secara mental oleh seseorang individu dalam usaha untuk memahami,
mendengar iaitu
menerima, menterjemah dan memberi maklum balas terhadap mesej yang diterima secara berkesan.
memahami,
mengingat, menilai Proses Mendengar.
dan memberi 1. Menerima
tindakbalas.
Seorang pendengar menggunakan telinga menerima maklumat yang disampaikan melalui perkataan.
Penerima juga perlu memerhatikan maklumat yang disampaikan secara bukan lisan seperti memek
muka atau bahasa badan yang lain untuk menjelaskan lagi masej suara yang didengarnya.
2. Memahami
Pihak pendengar cuba atau berusaha mentafsir dan menganalisis maksud masej yang diterima.
Proses memahami mesej melibatkan dua aspek pertimbangan iaitu aspek pemikiran dan aspek emosi.
3. Mengingati
Mesej yang didengar akan disimpan didalam minda pendengar. Mesej yang didengar secara mental
sahaja yang akan disimpan untuk dikeluarkan kembali apabila mesej tersebut diperlukan untuk
maklumbalas.
4. Menilai
Sesuatu mesej yang diterima akan dinilai berdasarkan memahaman dan bagaimana mesej tersebut akan
dintrepretasi
5. Memberi tindak balas
Pendengar akan memberi tindakbalas terhadap mesej melalui tindak balas seperti lisan dan bukan
lisan, contohnya bertanya balik soalan.
MUKA SURAT 271
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
8.2.2 Mendengar secara Kaedah mendengar secara berkesan.
berkesan
b) Menjelaskan kaedah 1. Mendengar secara empati dan objektif
mendengar secara Merupakan proses mendengar dengan memahami, mengenali, merasai perasaan orang yang
berkesan menyampaikan mesej tersebut.
berasaskan: Mesej yang disampaikan oleh penutur mungkin dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk emosi positif
mendengar secara atau dalam bentuk emosi yang negatif.
empati dan objektif; Contoh: Pendengar yang menerima mesej seharusnya mampu untuk mentafsirkan mesej tersebut
mendengar secara akan cuba menyelami mesej yang disampaikan dengan menggunakan menggunakan kompenen
kritikal dan non- empeti antaranya ialah dengan pemahaman, dengan merasai mesej yang disampaikan, dengan
judgement; dan menyamakan perasaan pendengar dengan perasaan penutur dan dengan melihat akan aksi penutur
mendengar secara semasa mereka menutur.
cetek dan mendalam
2. Mendengar secara kritikal dan nonjudgemental
Mendengar secara kritikal:
Merujuk kepada mendengar secara kritis dan cuba untuk memahami dengan tepat berkaitan dengan
apa yang hendak disampaikan, kemudian harus menganalisis apa yang didengar dan juga memberi
perhatian yang serius berkaitan dengan apa yang didengar.
Mendengar secara nonjudgemental:
Merujuk kepada pendengar yang mendengar dengan pemikiran yang terbuka untuk memahami apa
yang disampaikan.
Pendengar sebolehnya jangan cuba membuat persepsi awal berkaitan dengan penutur sebelum
seseorang itu menuturkan kata-katanya.
3. Mendengar secara cetek dan mendalam
Mendengar secara cetek:
Merujuk kepada tindakan seseorang itu mendengar masej yang disampaikan berdasarkan kepada
maklumat-maklumat asas sahaja.
MUKA SURAT 272
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Mendengar secara mendalam:
Pendengar akan cuba mendengar secara terperinci dengan apa yang disampaikan oleh penutur dan
pendengar cuba untuk memberi maklumbalas dengan maklumat seperti berhujah, memberi
pandangan.
8.2.3 Mendengar secara Maksud Mendengar Secara Aktif
aktif. Merupakan teknik yang memerlukan seseorang pendengar beerupaya menterjemahkan semua bentuk
c) Menjelaskan fungsi
mendengar secara mesej yang diterima samada dalam bentuk suara, bahasa badan dan juga berkebolehan mentafsirkan
secara aktif dan mesej yang tersirat yang disampaikan oleh seseorang penutur.
teknik-tekniknya
yang meliputi: Fungsi Mendengar Secara Aktif Dan Teknik-Tekniknya:
mengulang maksud
pembicara, 1. Mengulang maksud pembicara.
meluahkan Pendengar akan cuba mengulang atau menyatakan semula apa yang disampaikan oleh penutur.
kefahaman terhadap Kaedah ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa seseorang memahami apa yang disampaikan oleh
perasaan pembicara penutur.
dan menanya soalan
2. Meluahkan kefahaman terhadap perasaan pembicara.
Pendengar sebolehnya perlu menunjukkan bahawa ia faham apa yang disampaikan oleh penutur.
Kaedah ini bertujuan memberi keyakinan kepada penutur untuk menurus mesej yang seterusnya yang
hendak disampaikan.
3. Menanya soalan
Pendengar menaya soalah terhadap penutur berkaitan dengan apa yang disampaikan .
Keadaan ini bagi membuktikan bahawa pendengar berminat berkaitan mesej yang disampaikan oleh
penutur dan maka menyebabkan peyampai lebih selesa dan boleh meneruskan mesej yang
selanjutnya untuk menjelaskan apa yang disoal oleh pendengar.
MUKA SURAT 273
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
8.3. Kemahiran Berunding
(a)Menjelaskan prinsip Prinsip berunding.
berunding 1. Tumpuan kepada minat dan bukan kedudukan,
termasuklah: tumpuan
kepada minat dan Prinsip perundingan yang baik seharusnya mengambil kira minat pihak yang berunding bagi
bukan kedudukan, menyelesaikan masalah atau kata sepakat dalam mencapai keputusan rundingan.
asingkan manusia
daripada masalah, Perundingan sebolehnya mengelak dari menjurus ke arah kedudukan seseorang, kerana akan
jana pelbagai pilihan menyebabkan rundingan lebih memihak kepada perunding yang mentingkan kedudukan atau
dan guna kriteria yang matlamat dirinya sendiri.
objektif dan boleh
terima. 2. Asingkan manusia daripada masalah,
Proses perundingan sebolehnya jangan melibatkan masalah perunding tetapi perlu beri penumpuan
terhadap masalah yang ingin dirundingkan.
Dalam melaksanakan rundingan seringkali perunding mencampur aduk masalah manusia dalam
perundingan. Antara masalah manusia seperti masalah yang melibatkan persepsi, emosi dan juga
masalah komunikasi.
3. Jana pelbagai pilihan,
Menjana banyak pilihan perlu untuk menyelesaikan masalah kerana jika terdapat hanya satu pilihan
sahaja, kemungkinan besar ia akan memihak kepada satu pihak sahaja.
Jika pelbagai pilihan dibuat, ia akan menjurus kearah menyelesaikan masalah berasakan menang-
menang di mana kedua-dua pihak mendapat menafaat apabila sesuatu keputusan dibuat.
4. Guna kriteria yang objektif dan boleh terima,
Untuk memastikan keputusan rundingan diterima oleh kedua-dua pihak yang berunding, maka
perlu ada satu kriteria yang khusus bagi memastikan kedua-dua pihak berpuas hati.
Kejayaan perundingan bergantung kepada cara kedua dua pihak mencari penyelesaian yang sesuai
berdasarkan objektif yang dipersetujui bersama.
MUKA SURAT 274
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(b) Menjelaskan elemen- Elemen-elemen perundingan.
elemen perundingan
termasuklah 1. Maklumat
maklumat, masa, Dalam melaksanakan perundingan kedua-dua pihak perlu mempunyai maklumat yang lengkap serta
kuasa, etika, budaya, fakta yang tepat berkaitan dengan apa yang hendak dirundingkan.
pelaku/personaliti dan
aspek sosial. 2. Masa
Merujuk kepada jumlah peruntukan masa yang ditetapkan semasa hendak menjalankan rundingan.
Sekiranya perkara yang hendak dirunding adalah sukar maka jumlah masa yang diperuntukan mestilah
lebih berbanding dengan perkara yang mudah dirundingkan.
3. Kuasa
Merujuk kepada keupayaan seseorang membuat keputusan semasa rundingan dibuat.
Seseorang yang menjadi wakil dalam perundingan mestilah mempunyai kuasa yang berpunca dari
kuasa kepakaran dan kuasa sah.
4. Etika
Merupakan satu standard kelakuan seseorang dilindungi dengan kesesuaian moral atau akhlak sama
ada betul atau salah berkaitan dengan sesuatu komunikasi.
Semasa melaksanakan perundingan sebolehnya pihak yang terlibat cuba mematuhi etika yang
dipersetujui bersama dan sebolehnya cuba mengelak perkara-perkara yang tidak beretika.
Contoh: perkara yang perlu dielak seperti tidak melakukan perbuatan menipu semasa perundingan.
Perbuatan lain yang dianggap tidak beretika seperti memalsukan fakta, di mana satu pihak dalam
perundinagn cuba memalsukan data yang sebenarnya.
5. Budaya
Merupakan satu set amalan cara hidup yang diamalkan secara tradisi oleh sekelompok masyarakat.
Dalam melaksanakan perundingan terutama sekali bagi kedua pihak yang mempunyai latar budaya
yang berlainan seharusnya mempelajari adat budaya pihak yang terlibat dalam perundingan supaya
MUKA SURAT 275
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
sesuatu perundingan itu berjalan dengan baik.
Contoh: amalan budaya seperti subbudaya etnik, sub budaya pekerjaan, sub budaya agama, sub budaya
politik dan juga sub budaya geografi.
6. Pelaku/personaliti
Merujuk kepada perlakuan individu yang terlibat dalam atau semasa proses perundingan.
Antara perlakuan/ personaliti yang harus dimiliki semasa mengadakan perundingan adalah seperti
berikut;
i. Menunjukkan kesungguhan semasa mengadakan perundingan
ii. Bersifat tolak ansur semasa mengadakan perundingan.
iii.Saling mempercayai antara satu sama lain.
iv. Bersifat fleksibel dan dapat menyesuaikan diri semasa perundingan.
v. Mendengar secara aktif semasa mengadakan perundingan.
vi. Bersedia dari segi fizikal yang sesuai, seperti berpakaian yang sesuai dengan situasi perundingan.
7. Aspek sosial
Merujuk kepada norma hidup yang diamalkan oleh sekelompok masyarakat tertentu. Perkara ini
penting untuk diketahui oleh mereka yang ingin mengadakan perundingan supaya aspek sosial tidak
menjadi penghalang kepada proses perundingan.
MUKA SURAT 276
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(c)Menjelaskan tahap Tahap-tahap perundingan.
tahap perundingan
termasuklah 1. Intrapersonal
intrapersonal,
interpersonal, Merujuk kepada perundingan yang berlaku dalam diri individu itu sendiri. Seseorang individu itu
intrajabatan,
interjabatan, nasional, tidak membuat perundingan dengan individu yang lain tetapi memproses sendiri berdasarkan
dua hala, serantau,
pelbagai hala dan maklumat yang diperolehi.
antarabangsa/global.
2. Interpersonal
Merujuk kepada perundingan yang dijalankan secara berkumpulan. Tahap perundingan ini adalah
dinamik kerana sentiasa memikirkan cara bagaimana hendak mempengaruhi antara satu sama lain.
3. Intrajabatan
Perundingan dijalankan dalam jabatan yang sama untuk menyelesaikan masalah yang hanya berlaku
dalam jabatan sahaja.
4. Interjabatan
Perundingan yang dijalankan untuk menyelesaikan konflik yang berlaku antara jabatan yang berlainan.
Contohnya perundingan berkaitan dengan jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran bagi
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep promosi produk baru.
5. Nasional
Merujuk kepada perundingan yang berlaku antara perunding yang berasal dari negara yang sama.
Sebagai contoh perundingan antara dua syarikat yang berasal dari negara yang sama.
6. Dua hala
Perundingan yang hanya melibatkan dua pihak sahaja. Contohnya antara kesatuan sekerja dengan
majikan sahaja.
7. Serantau
Merujuk kepada perundingan antara pihak yang berasal dari negara yang berjiran. Contohnya
perundingan antara syarikat Malaysia dengan syarikat yang beroperasi di Thailand.
8. Pelbagai hala
Merujuk kepada perundingan dengan pelbagai tujuan, tidak berfokus kepada satu matlamat sahaja.
9. Antarabangsa/global
Merujuk kepada perundingan antara dua atau lebih syarikat yang melibat dua atau lebih negara yang
berlainan.
MUKA SURAT 277
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(d) Menjelaskan strategi Strategi dan taktik perundingan.
dan taktik
perundingan 1. Good guy bad guy
termasuklah good Good guy merujuk kepada sifat perunding yang bersifat lemah lembut, mesra dan bersifat bertolak
guy, bad guy, ansur.
nibbling, trial balloon, Bad guy merujuk kepada sifat perunding yang yang agresif dan mendesak dan bersifat tegas dan tidak
red herring, mahu bertolak ansur.
outrageous, apparent, Dalam keadaan tertentu berkemungkinan besar perunding boleh bertindak mewakili kedua-dua
withdrawal dan keadaan di atas dalam menyesuaikan diri dalam menyelesaikan sesuatu isu dalam perundingan.
limited authority
2. Nibbling
Jika sesuatu perundingan telah mencapai kata sepakat satu pihak akan cuba untuk membuat
permintaan yang baru, dan apabila permintaan baru dipersetujui ada pula yang akan cuba
mengemukakan satu permintaan baru yang lain.
Contoh “berikan betis nakkan paha”
3. Trial balloon
Satu pihak mengemukakan satu cadangan sebagai satu jalan penyelesaian masalah terakhir. Hal ini
bertujuan untuk memastikan satu pihak dalam perundingan sanggup atau tidak menerima cadangan
tersebut.
Taktik ini digunakan untuk memastikan pihak perunding sanggup menerima atau tidak satu-satu
cadangan atau ingin menamatkan atau meneruskan rundingan yang dijalankan.
4. Red herring
Satu taktik yang digunakan oleh satu pihak berunding dengan cara mengemukan satu isu minor
dibincangkan bagi tujuan untuk mengelak dari membincangkan satu isu yang utama. Tujuannya
adalah untuk memastikan supaya isu utama tidak dibincangkan, kemungkinan isu utama tidak
memihak kepada mereka.
MUKA SURAT 278
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Outrageous
Merupakan satu strategi psikologi yang dapat menggangu emosi atau perasaan orang yang berunding
supaya menerima tawaran atau cadangan yang dirundingkan.
Keadaan ini akan menyebabkan pihak lawan akan terasa tidak senang hati sekiranya tidak menerima
cadangan yang dicadangkan.
Antara taktiknya seperti menggunakan nada marah, nada sedih dengan menangis, mengunakan
pujukan melampau dan ada juga mengaitkan dengan perbuatan berdosa.
6. Apparent withdrawal
Merupakan satu taktik berbentuk konfrantasi yang bertujuan untuk tidak berunding lagi dan ingin
menarik diri dari malaksanakan perundingan. Hal ini bertujuan untuk mengikat supaya pihak satu
lagi akur akan keputusan yang telah ditetapkan lebih awal.
7. Limited authority
Apabila berlakunya sesuatu keputusan yang sukar maka ada pihak yang berunding menyatakan
bahawa mereka tiadak mempunyai kuasa yang cukup untuk membuat keputusan dan menyerahkan
kepada pihak atasan untuk membuat keputusan. Keadaan ini mengakibatkan keputusan tidak dapat
dibuat semasa berlakunya perundingan.
MUKA SURAT 279
8.4 Teknologi Maklumat MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(a) Menjelaskan peranan
dan kepentingan ICT Peranan dan kepentingan ICT dalam pengurusan perniagaan.
dalam pengurusan
perniagaan. 1. Peranan dalam pengeluaran.
Dalam bidang pengeluaran teknologi maklumat digunakan dengan sepenuhnya terutamanya dalam
reka cipta produk iaitu dengan menggunakan Computer- Aided-Design (CAD) dan juga dalam proses
pengeluaran kebanyakkan mesin diprogram untuk berjalan secara automatik dengan menggunakan
sistem komputer.
Pengunaan ICT dapat mempercepatkan proses pengeluaran dan dapat menghasilkan produk mengikut
standard yang ditetapkan.
2. Peranan dalam pemasaran
Kemudahan ICT dapat menpercepatkan data diperolehi dan dapat dianalisis dengan cepat dan tepat
dalam proses melakukan penyelidikan pemasaran.
Dengan mengunakan kemudahan peralatan dan media ICT sesuatu maklumat dapat disebarkan
dengan cepat dan bekesan kepada bakal-bakal pengguna.
Contoh media ICT seperti penggunaan WEB atau Blog organisasi ataupun menggunakan media sosial
seperti Facebook, Twitter, Myspace dan sebagainya dalam mempromosi dan memasar produk.
3. Peranan dalam kewangan
Penggunaan ICT dapat mengurangkan kos penyediaan perancangan kewangan, serta penyediaan
belanjawan kewangan syarikat. Contohnya mengunakan perisian khusus untuk menyediakan
belanjawan serta juga laporan-laporan kewangan yang berkaitan.
Segala bentuk pembayaran dan penerimaan wang boleh menggunakan kemudahan ICT seperti
menggunakan kad debit dan kad kredit yang disediakan melalui mesin juruwang automatic (ATM).
4. Peranan dalam Pengurusan sumber manusia
Penggunaan ICT dapat meningkatkan pengurusan sumber manusia berkaitan dengan system merekod
kehadiran pekerja.
MUKA SURAT 280
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Selain daripada itu ICT juga dapat digunakan dalam melakukan proses penilaian prestasi berdasarkan
indikator yang telah ditetapkan.
Pengunaan ICT juga dapat menjimatkan waktu kerja dan juga dapat meningkatkan produktiviti bagi
setiap kerja.
5. Peranan dalam perakaunan
Pengunaan ICT dalam bidang perakaunan dapat meningkatkan kecekapan dari segi penyimpanan
rekod transaksi serta dapat digunakan dalam penyedian penyata-penyaa kewangan seperti penyata
untung rugi serta penyata kunci kira-kira.
Penggunaan perisian-perisian khusus seperti UBS Accounting dapat mempercepatkan proses
penyediaan laporan kewangan dengan cepat dan tepat.
6. Peranan dalam komunikasi
Pengunaan ICT dapat mempertingkatkan lagi sistem komunikasi terutamanya kemunikasi dalam
organisasi, contohnya penggunaan sistem SMS dan e-mel.
Komunikasi berkesan juga dapat digunakan di antara pihak organisasi dengan pihak luar organisasi
dengan lebih berkesan dan cekap dengan menggunakan media seperti yang disebutkan di atas.
7. Peranan dalam pengawalan inventori.
Pengawalan inventori juga dapat dijalankan dengan cepat dan tepat melalui penggunaan beberapa
perisian yang khusus bagi mengesan kekurangan atau kelebihan sesuatu inventori supaya ianya
sentiasa berada pada tahap yang dapat menjimatkan kos.
Contoh sistem yang sering digunakan ialah UBS Point Of Sale (POS) dan lain-lain perisian yang
berkaitan.
MUKA SURAT 281
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Antara Peranan Lain Teknologi Maklumat.
1. Perbankan
Melalui perkhidmatan perbankan, ianya menyediakan penyesuaian akaun, perakauanan pinjaman
ansuran, pengiraan faedah, perakauan deposit perkhidmatan, khidmat amanah, pengeluaran wang
dan mendeposit wang dan cek dengan menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) sistem
pembayaran on-line, dan juga e-bank yang meluas digunakan pada hari ini
2. Bidang Pelaburan Saham/ Pasaran saham.
Untuk berurusniaga dengan pasaran saham seseorang itu tidak perlu lagi pergi ke pasaran saham
itu sendiri, mereka boleh berurusniaga di mana jua secara elektronik.
Dalam keadaan ini pelabur boleh melihat turun naik saham hanya melalui skin komputer sahaja
ataupun skrin televisyen melalui canel Astro secara langsung.
3. Dalam Bidang Pendidikan.
Antara peranan teknologi maklumat dalam pendidikan ialah seperti sistem maklumat data pelajar,
sistem maklumat pengurusan dan analisis keputusan peperiksaan, sistem maklumat staf serta
maklumat-maklumat yang digunakan oleh tenaga pengajar dalam pengajaran dan pembelajaran
seperti yang di amalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang mewajibkan pengajaran dan
pembelajaran Mata Pelajaran matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan untuk mencapai
hasrat tersebut sistem maklumat berkomputer digunakan sepenuhnya dengan setiap orang guru
dibekalkan dengan komputer riba dan juga projektor.
4. Dalam Sektor Kerajaan.
Kerajaan juga menggunakan sistem maklumat secara meluas terutamanya dalam pentadbirannya,
pengesahan dan pengiraan cukai pendapatan, pendaftaran kenderaan bermotor, sistem belanjawan
negara, penggunaan Maykad dan sebagainya.
Terdapat bidang-bidang lain yang menggunakan sistem maklumat antaranya seperti penguat
kuasaan undang-undang, urusan ketenteraan, sukan, hartanah, ramalan perniagaan, dalam bidang
perubatan, penyiaran, penerbitan dan juga kegunaan pribadi komputer di rumah.
MUKA SURAT 282
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(b) Menerangkan Bagaimana internet boleh meluaskan peluang-peluang perniagaan.
bagaimana internet
boleh meluaskan 1. E-dagang.
peluang- peluang Perdagangan elektronik atau e-dagang merujuk kepada perniagaan atau perdagangan yang
perniagaan seperti e- menggunakan peralatan dan infrastruktur teknologi komunikasi dan maklumat sebagai medium untuk
dagang, e-perolehan tujuan komunikasi dan juga transaksi.
dan e-pemasaran. Melalui konsep e-dagang ini, masa kerja dan urusniaga menjadi lebih fleksibel, boleh memiliki
pertubuhan/pejabat maya atau hanya beroperasi di rumah, pasaran perniagaannya adalah lebih meluas
iaitu serata dunia dan ia berjalan 24 jam tanpa henti.
Selain itu, kaedah pembayaran di dalam bentuk baru ini (secara dalam talian) ternyata amat murah
dan mudah dibandingkan dengan kaedah pembayaran yang dibuat secara konvensional dan sekaligus
mengurangkan keperluan kepada pengaliran wang tunai.
Kelebihan e-dagang
i. Menggantikan konsep manual
Konsep yang dahulunya memerlukan pelanggan datang ke kedai dan mengisi borang
untuk membeli barang, boleh di minimumkan dengan hanya sekali ‘clik’ di internet tanpa
membuang masa dan tenaga.
ii. Pemasaran yang luas
Pengguna internet yang semakin hari semakin ramai berupaya untuk mencapai jumlah
pengguna di seluruh pelusuk dunia. Hanya dengan menggunakan komputer dan internet
akses sahaja peniaga dapat menjelajah di dunia perniagaan tanpa sempadan.
iii. Mengikut peredaran teknologi semasa
Kebanyakan pengguna kini menginginkan sesuatu yang cepat walaupun barangan tersebut
sukar dicari. Salah satu cara mereka ialah dengan mencari barangan di internet dan
melakukan pembayaran terus secara online.
MUKA SURAT 283
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iv. Cepat dan mudah
Membolehkan penjual menjual barangan mereka serta merta dengan menembusi pasaran
global secara cepat dan mudah. Hal ini kerana produk yang dipaparkan di internet adalah
24 jam sehari dan 7 hari seminggu tanpa sekatan.
v. Mengurangkan kos
Kos pembelian dapat diminimumkan. Pembeli boleh terus membeli daripada penjual atau
pengeluar tanpa perlu membayar kos komisen kepada agen. Pembeli juga tidak perlu
bersusah payah menghabiskan duit minyak untuk mendapatkan barangan tersebut.
vi. Modal yang rendah
Tidak memerlukan modal perniagaan yang tinggi seperti peniagaan offline, apa yang
penting adalah idea, sebuah laman web dan internet. Modal yang diperlukan juga adalah
rendah.
vii. Menceburi lebih dari satu perniagaan
Memandangkan modal untuk memulakan perniagaan di internet jauh lebih murah
berbanding berniaga secara offline maka, ini membuka peluang yang lebih kepada
usahawan untuk mempelbagaikan perniagaan lebih dari satu jenis.
2. E-perolehan,
Sistem perolehan elektronik itu yang lebih dikenali sebagai e-Perolehan, akan memudahkan
aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang
disediakan.
ePerolehan akan menukarkan proses perolehan tradisional (secara manual) di dalam jentera
kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi Internet.
e-Perolehan membolehkan para pembekal mempamerkan produk mereka di dalam jaringan web
sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran
MUKA SURAT 284
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet.
Katalog produk pembekal akan ditukarkan ke bentuk katalog elektronik atau eCatalogue, yang
boleh dilihat dari mana-mana desktop menggunakan perisian pelayar web.
Pembekal juga berupaya menghantar sebut harga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar
tawaran tender menerusi e-Perolehan. e-Perolehan membolehkan para pembekal mendaftar atau
memperbaharui pendaftaran mereka dengan Kementerian Kewangan menerusi Internet.
Para pembekal akan dapat menghantar permohonan, memeriksa status permohonan dan
membayar bayaran pendaftaran melalui ePerolehan.
Kelebihan Menggunakan ePerolehan
i. Proses perolehan yang lebih ringkas dapat mengurangkan kos pentadbiran dan operasi.
ii. Proses pembayaran melalui Pindahan Dana Elektronik (Electronic Funds Transfer) yang lebih
cepat.
iii. Transaksi dijamin selamat di mana ia menyekat kemasukan pihak yang tidak berkenaan dan
kerahsiaan adalah terjamin.
iv. Boleh berhubung secara terus dengan pelanggan, pada bila-bila waktu dan dari mana-mana
lokasi, secara online melalui Internet.
v. Berurus niaga melalui Internet membolehkan anda menceburi dunia perniagaan elektronik dan
pasaran antarabangsa.
vi. Semua tawaran akan dikumpul dan satu jadual perbandingan dijana secara automatik. Ciri ini
membolehkan proses penilaian dapat dibuat dengan lebih efisien dan efektif.
vii. Tawaran yang diterima daripada pembekal akan disimpan dengan selamat dan terjamin dengan
menggunakan ciri ’data encryption’. Maklumat tawaran hanya boleh dibuka dan dilihat pada
masa dan tarikh pembukaan yang telah ditetapkan melalui proses data ‘decryption’ yang
terkawal.
viii. E-Perolehan menyediakan kemudahan untuk memantau status pendaftaran, pembelian serta
proses Sebut Harga, Tender dan eBidding.
MUKA SURAT 285
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. E-pemasaran
E-Pemasaran ialah merujuk pada penerapan prinsip-prinsip pemasaran dan teknik melalui media
elektronik dan lebih khusus kepada Internet .
Kelebihan E-Pemasaran
1. Boleh berhubung terus dengan pelanggan.
o E-pemasaran membolehkan organisasi membuat kempen interaktif menggunakan muzik,
gambar ataupun video untuk menarik minat pelanggan.
2. Memudahkan pelanggan membuat pembelian.
o Dengan menggunakan beberapa klik sahaja pelanggan dapat membuat transaksi belian secara
dalam talian dengan mudah.
3. Dapat menjangkau terus kepada pelanggan yang ditujui.
o Perniagaan dapat menggunakan e-pemasaran untuk menyampaikan maklumat terus kepada
pengguna yang ingin mengetahui tentang produk yang ingin dipasarkan walaupun pada masa
perniagaan tidak beroperasi.
4. Dapat mencapai pelanggan yang tepat pada kos yang paling rendah berbanding dengan kaedah
pemasaran tradisional.
MUKA SURAT 286
(c) Menjelaskan MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
kegunaan intranet
dalam organisasi Intranet dalam organisasi.
Intranet ialah menggunakan satu sistem perhubungan dalaman sebagai satu rangkaian maklumat korporat
yang dapat menghubungkan antara staf.
Intranet boleh digunakan oleh pihak pengurusan untuk menyampaikan maklumat secara tepat dan cepat
kepada stafnya dan juga maklumat tersebut tidak boleh dicapai oleh pihak diluar organisasi.
Kegunaan intranet dalam organisasi
1. Komunikasi dalaman yang lebih baik.
Maklumat boleh disimpan dan diakses pada bila bila masa mengikut kesenangan kakitangan organisasi
2. Keselamatan data.
Setiap pengguna rangkaian akan dibekalkan dengan kata laluan yang berbeza untuk memastikan
keselamatan data organisasi terjamin.
3. Pengurangan penggunaan kertas.
Penggunaan intranet boleh membantu mengurangkan aktiviti cetakan yang melibatkan penggunaan
banyak kertas.
4. Menjimatkan masa.
Semua maklumat dapat disampaikan secara serentak dalam masa yang sama kepada semua kakitangan
dalam sesebuah organisasi.
Kebaikan pengunaan intranet.
1. Dapat meningkatkan produktiviti tenaga kerja.
2. Dapat menjimatkan masa
3. Komunikasi antara bahagian dalam organisasi menjadi lebih mudah
4. Mengurangkan kos pembiayaan penyampaian maklumat
5. Dapat memajukan budaya organisasi
6. Dapat menyebarkan maklumat yang baharu dengan mudah dan cepat.
Kelemahan Intranet
1. Maklumat yang salah atau tidak sesuai akan menyebabkan kerja tidak efesyien.
MUKA SURAT 287
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Pengguna intranet yang tidak bertangungjawab akan mengganggu proses komunikasi dalam organisasi.
3. Perlu latihan yang khusus untuk anggota dalam menggunakan intranet
4. Perlu tenaga pakar dalam mengendalikan pembangunan dan perkembangan intranet dalam sebuah
organisasi
5. Data menjadi penuh dan tidak releven sekiranya tidak diuruskan dengan baik.
MUKA SURAT 288
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contoh soalan
1. Jelaskan tiga jenis komunikasi lisan. [6]
Cadangan Jawapan:
1. Perbincangan - pertemuan antara beberapa individu untuk bertukar tukar pendapat untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
2. Mesyuarat -pertemuan dua atau lebih pihak untuk membincangkan sesuatu isu dalam situasi yang formal bagi membuat satu keputusan.
3. Ucapan - Komunikasi sehala yang melibatkan pengaliran maklumat daripada pemberi ucapan kepada audiens.
2. Huraikan pengaruh elemen masa dan elemen etika ke atas keberkesanan perundingan seorang pengurus kewangan dengan pihak bank. [6]
Cadangan Jawapan:
Pengaruh elemen masa:
Jika masa berunding adalah optimum, maka keputusan yang diambil lebih baik
Menggunakan masa perundingan dengan baik
Menepati masa – Pengurus kewangan datang ke pejabat bank tepat pada masa yang ditetapkan
Pengaruh elemen etika:
Mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak bank
Memberikan maklumat yang diminta oleh pihak bank secara betul dan tepat
Berunding dengan niat yang baik dan jujur.
MUKA SURAT 289
3. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan proses komunikasi. [20] MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Cadangan Jawapan:
Penerima
Penghanta Enkod Saluran Dekod
r
Maklum
balas
1. Penghantar
Orang yang mempunyai mesej untuk disampaikan. Sebagai contoh, pengurus pemasaran yang mempunyai maklumat yang ingin
disampaikan kepada staf pemasaran.
2. Enkod
Maklumat, idea atau pandangan diterjemahkan dalam bentuk-bentuk yang difahami oleh orang lain, sama ada menggunakan perkataan,
bahasa atau simbol. Maklumat atau idea diterjemahkan secara lisan dan bertulis melalui carta, grafik dan lain lain.
3. Saluran/Media
Mesej disalurkan kepada penerima sama ada melalui saluran lisan seperti percakapan atau melalui bukan lisan seperti tulisan, visual dan
pergerakan badan.
4. Dekod
Mesej diterima dan diterjemahkan atau ditafsirkan oleh penerima untuk memberi makna. Sebagai contoh pengurus pemasaran cuba
menterjemahkan maklumat ke dalam bentuk yang mudah difahami.
5. Penerima
Orang yang menjadi sasaran/penerima mesej. Contohnya, penerima staf pemasaran menerima mesej daripada pengurus pemasaran.
6. Maklum balas
Tindak balas terhadap penerimaan dan pemahaman mesej oleh penerima. Ia boleh jadi berbentuk lisan atau bukan lisan. Contohnya
maklumbalas daripada pengurus pemasaran berlaku apabila pengurus pemasaran memberi cadangan, bantahan atau arahan.
MUKA SURAT 290
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
TAJUK
HASIL PEMBELAJARAN HURAIAN
RUJUKAN
9.0 PEMBUATAN KEPUTUSAN
9.1 Proses Pembuatan Keputusan
9.1.1 Jenis Keputusan Maksud Pembuatan Keputusan
a) Mentakrifkan maksud Merujuk kepada proses mengenalpasti masalah, membentuk alternatif-alternatif penyelesaian dan memilih
pembuatan alternatif terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut.
keputusan;
b) Menjelaskan jenis Menjelaskan Jenis Keputusan
keputusan 1. Keputusan rutin
merangkumi Merujuk kepada keputusan yang dibuat berdasarkan sesuatu masalah yang biasa berlaku
keputusan rutin dan Contoh: membeli peralatan, pembayaran cukai, pengambilan pekerja, penggajian, disiplin pekerja dan
tak rutin;
sebagainya.
Griffin (1993) 2. Keputusan tak rutin
Daft (2008) Merujuk kepada keputusan yang akan dibuat terhadap sesuatu masalah yang tiada dapat dijangkakan dan
dirancangkan dengan sempurna.
Contoh: adalah seperti pekerja berhenti serta merta, pesaing meningkatkan kempem promosi, pesaing
akan membuka perniagaannya berhampiran dengan sesebuah syarikat dan sebagainya lagi.
9.1.2 Proses Pembuatan Langkah-langkah dalam proses pembuatan keputusan rasional
Keputuan 1. Mengenalpasti Masalah
c) Menjelaskan Pengurus perlu memahami betul-betul adakah ia masalah sebenar atau tanda kepada masalah.
langkah-langkah Umpamanya produk yang dikeluarkan kurang kualiti. Adakah masalah sebenarnya adalah pekerja atau
dalam proses bahan yang kurang berkualiti digunakan.
pembuatan
keputusan rasional Contoh: Jika jualan syarikat merosot maka pengurus harus membuat kajian dan dapatkan maklumat
iaitu mengenal pasti pasaran dan maklumat produk berkenaan. Adakah disebabkan oleh persaingan yang sengit, atau syarikat
masalah, mengutip kurang membuat promosi atau produk kita tidak berkualiti, atau jurujual tiada kemahiran atau mungkin
data, menganalisis upah yang dibayar tidak memadai menyebabkan jurujual tidak bermotivasi.
Oleh itu pengurus harus mengutip maklumat bagi mengenalpasti apakah masalah yang sebenarnya.
MUKA SURAT 291
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
data, menjana 2. Mengutip Data
alternatif, menilai
alternatif, dan Pengurus perlu mendapatkan maklumat berhubung dengan masalah tesebut sebanyak mungkin. Maklumat
memilih alternatif.
yang diperolehi boleh bersumberkan maklumat dalaman organisasi atau maklumat luaran organisasi.
Griffin (1993)
Daft (2008) Contoh: Pengurus boleh membuat kajian, pemerhatian, temuduga, pembacaan dan sebagainya bagi
mendapat maklumat yang berhubung dengan masalah tersebut. Setelah kajian terperinci dijalankan maka
telah dikenalpasti bahawa masalah sebenar.
3. Menganalisis Data
Menganalisis data merupakan tindakan pengurus membuat penilaian terhadap data yang diperolehi. Data
yang diperolehi perlu dipastikan mempunyai kualiti dan boleh dipercayai dari aspek kesahihannya serta
dapat meyelesaikan masalah.
Contoh: Adakah masalah pesaing, promosi, kualiti produk atau jurujual. Setelah dikenalpasti bahawa
masalah sebenar adalah berpunca kerana mesin yang lama dan sentiasa rosak menyebabkan produk yang
dihasilkan tidak berkualiti. Kesannya adalah pelanggan tidak berminat membeli produk syarikat. Oleh
itu pengurus harus menyediakan alternatif bagi memperbaiki kualiti produk.
4. Menjana Alternatif
Pihak pengurusan harus mencari alternatif-alternatif sebelum dapat membuat keputusan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Pengurus boleh berbincang dengan staf syarikat atau rakan atau
konsultan untuk mendapat alternatif penyelesaian. Kemudian membentuk seberapa banyak alternatif atau
jalan penyelesain yang berkaitan.
Contoh: Kemorosotan jualan adalah disebabkan produk yang tidak berkualiti. Produk tidak berkualiti
disebabkan oleh mesin yang lama dan selalu sahaja rosak. Oleh itu pihak pengurusan harus memikirkan
sama ada mahu menggunakan mesin yang sedia ada atau mesin yang baru. Jika pengurusan bercadang
untuk membeli mesin yang baru maka pihak pengurusan perlu mendapat maklumat di pasaran berhubung
dengan jenis mesin, kapasiti, pembekal dan sebagainya. Pengurus juga perlu mengkaji kedudukan
kewangan syarikat.
MUKA SURAT 292
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Menilai Alternatif
Setelah menyenaraikan beberapa alternatif maka pengurus boleh membuat analisis yang cermat dan
kritikal terhadap alternatif-alternatif tersebut. Alternatif yang tidak memberi penyelesaian yang baik akan
dihapuskan.
Contoh: Dalam kes di atas, pengurus perlu meneliti dengan cermat akan alternatif yang telah dibentuk.
Pengurus perlu melihat keupayaan syarikat dari segi sumber kewangan, kapasiti mesin-mesin berkenaan,
jangka hayat mesin berkenaan.
9.2 Alat Membuat 6. Memilih Alternatif
Keputusan Pada peringkat ini pengurus harus memilih satu jalan penyelesain yang terbaik dan jadikan matlamat
syarikat sebagai panduan.
9.2.1 Alat Membuat Contoh: Pengurus boleh menggunakan alat-alat membuat keputusan seperti pokok keputusan, analisis
Keputusan Kuantitatif statistik, dan lain-lain alat untuk membantu dalam pemilihan alternatif terbaik.
a) Mengaplikasikan alat Alat Membuat Keputusan Kuantitatif
membuat keputusan Keputusan kuantitif merujuk kepada penggunaan nilai angka yang membolehkan analisis matemetik atau
secara kuantitatif
seperti statistik statistik dilakukan dalam membantu pengurus membuat keputusan.
deskriptif dan pokok Contoh alat keputusan kuantitatif adalah seperti statistik deskriptif dan pokok keputusan.
keputusan; Terdapat berbagai jenis alat keputusan kuantitatif seperti analisis statistik deskriptif, statistik inferensi,
Griffin(1993) analisis pulang modal, PERT, dan sebagainya
Daft (2008)
1. Statistik Deskriptif
Statistik deskriptif ini merujuk kepada mengumpul dan menyusun data dalam bentuk angka bagi
membolehkan ianya dianalisis dan ditafsirkan dengan menggunakan model statistik mudah.
Penggunaan statistik deskriptif ini melibatkan frekuensi, ukuran kecenderungan memusat (min, mod dan
median) dan ukuran serakan (julat, varians dan sisihan piawai).
Hasil maklumat dalam bentuk angka, pembentangan keputusan adalah lebih menarik iaitu boleh dibuat
dalam berbagai bentuk gambar rajah seperti histogram, carta bar, jadual, graf dan carta pie.
MUKA SURAT 293
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
i. Min
Min adalah jumlah semua nilai data dibahagikan dengan bilangan data.
Jumlah Nilai Data
Min
Bilangan Data
Contoh pengiraan: Sebuah syarikat pemasaran automobil di sebuah pekan mempunyai 5 orang jurujual
kereta. Pada tahun lalu jurujual A, B, C, D dan E masing-masing dapat menjual 80 buah kereta, 75
buah, 92 buah, 88 buah dan 65 buah. Kira min kereta yang dijual oleh jurujual?
Jurujual Kereta dijual
A 80
B 75
C 92
D 88
E 65
400
Jumlah
Jumlah Kereta Dijual Setahun
Min
Bilangan Jurujual
400 Buah Kereta
Min
5 Orang jurujual
Min = 80 buah kereta.
ii. Mod
Mod adalah nombor yang paling kerap berulang atau kumpulan data dengan kekerapan yang paling
tinggi.
MUKA SURAT 294
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contoh 1: Tinggi 10 pelajar dalam sentimeter adalah seperti berikut:
Pelajar 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Tinggi 175 160 165 170 170 165 170 175 170 160
(CM)
Nombor yang kerap berulang adalah 170.
Oleh itu mod adalah 170 cm.
iii. Median
Median adalah nilai data yang terletak ditengah-tengah data yang telah disusun mengikut tertib.
Contoh 1: Tujuh orang pekerja di sebuah kilang telah menyiapkan produk minggu lalu seperti berikut:
Pekerja A BCDE FG
Unit 70 65 85 65 95 80 90
65, 65, 70, 80, 85, 90, 95
Mod = 80 produk
Contoh 2: Jika lapan orang jurujual menjual kasut pada minggu lalu adalah seperti berikut.
8, 8, 9, 10, 12, 14, 16, 18
Mod = 10 + 12
----------- = 11 pasang kasut
2
MUKA SURAT 295
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iv. Sisihan Piawai
Sisihan piawai adalah purata jarak setiap nombor dari nilai purata yang diberi punca kuasa.
Rumus bagi sisihan piawai adalah seperti berikut:
Sisihan piawai = √ ∑( x - ẋ)2
n-1
Contoh: output bagi pekerja A dan pekerja B adalah seperti berikut:
HARI PEKERJA PEKERJA
AB
Isnin 82 95
Selasa 87 102
Rabu 83 88
Khamis 86 80
Jumaat 85 75
Sabtu 81 64
Sisihan piawai pekerja A
HARI Output (x) Min (ẋ) x-ẋ ( x - ẋ)2
84 -2 4
Isnin 82 84 3 9
84 -1 1
Selasa 87 84 2 4
84 1 1
Rabu 83 84 -3 9
28
Khamis 86
Jumaat 85
Sabtu 81
Jumlah 504
Sisihan piawai A = √ 28/5 = 2.37
MUKA SURAT 296
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Sisihan piawai pekerja B
HARI Output (x) Min (ẋ) x - ẋ ( x - ẋ)2
Isnin 95 84 11 121
Selasa 102 84 18 324
Rabu 88 84 4 16
Khamis 80 84 -4 16
Jumaat 75 84 -9 81
Sabtu 64 84 -20 400
Jumlah 504 958
Sisihan piawai B = √ 958/5 = 13.84
Rumusannya sisihan piawai pekerja A lebih kecil berbanding pekerja B. Ini bermakna pekerja A
pengeluarannya lebih tekal atau konsisten dan boleh dipercayai prestasinya berbanding dengan pekerja B
v. Pelbagai Carta dan Graf
a. Histogram
MUKA SURAT 297
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
b. Carta Bar
c. Graf Garis
output
MUKA SURAT 298
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
d. Carta Pie
e. Jadual Jualan bulanan
Jurujual (unit kereta)
80
A 75
B 92
C 88
D 65
E 400
Jumlah
2. Pokok Keputusan
Pokok keputusan adalah satu gambarajah yang merujuk kepada pembentukan alternatif pilihan yang dapat
membantu pembuat keputusan untuk memilih keputusan yang terbaik.
Ia melibatkan kebarangkalian hasil yang akan diperolehi dari alternatif keputusan yang dibentuk. Ia
biasanya dibentangkan dalam bentuk gambar rajah agar mudah difahami oleh pembuat keputusan.
Dalam rajah pokok keputusan terdapat titik keputusan, peristiwa kebarangkalian atau keadaan, dan hasil
yang mungkin didapati.
Pokok keputusan digunakan apabila terdapat dua atau lebih urutan keputusan dan keputusan tersebut
bergantung kepada peristiwa kebarangkalian.
MUKA SURAT 299
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contoh: Syarikat Bris Sdn Bhd bercadang untuk membeli mesin baru atau menyewa mesin bagi
menambah pengeluaran hasil syarikat. Maklumat dalam jadual di bawah menunjukkan peristiwa dan
kebarangkalian yang akan dihadapi oleh syarikat.
Alternatif Peristiwa (kebarangkalian)
Ekonomi meningkat Ekonomi tetap
Membeli mesin (hasil) RM 30,000 (0.3) RM 10,000 (0.7)
Menyewa mesin (hasil) RM 20,000 (0.6) RM 15,000 (0.4)
Jadual : Jangkaan Hasil Dalam Dua Situasi
Titik Keputusan Peristiwa Kebarangkalian Hasil
RM30,000
A1
RM10,000
RM20,000
B
RM15,000
Rajah: Pokok Keputusan
Titik Keputusan : Alternatif 1 – A1 - membeli mesin
Alternatif 2 - A2 - menyewa mesin
MUKA SURAT 300