MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
dengan lebih berkesan.
3. Pasukan dapat membantu dalam mengawal gelagat dan disiplin ahli-ahlli kumpulan.
4. Pasukan dapat membantu ahli-ahli baru dalam memahami kerja, budaya dan persekitaran organisasi.
5. Pasukan dapat membantu ahli-ahli mempelajari kemahiran dan pengetahuan baru.
6. Pasukan dapat memenuhi keperluan sosial ahli-ahlinya.
7. Pasukan dapat memberi motivasi kepada ahli agar dapat meningkatkan produktiviti, kecepatan bekerja dan
inovatif.
8. Pasukan dapat membantu mempercepatkan proses perubahan dalam orgnasasi.
Pembinaan Pasukan yang Berkesan
Perkara yang utama bagi pengurus adalah untuk membentuk pasukan yang berkesan.
1. Produktiviti merupakan pasukan yang mengeluarkan output yang melebihi standard, kualiti yang terbaik
dan diterima dengan senang hati oleh pelanggan.
2. Kepuasan untuk ahli-ahli pasukan kerana kumpulan dapat memenuhi dan mencapai matlamat peribadi.
3. Ahli adalah lebih komited kepada kumpulan mereka.
MUKA SURAT 201
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Perkara-perkara yang perlu diberi keutamaan bagi membina satu pasukan yang berkesan.
Fokus kepada matlamat.
Perkara utama yang melibatkan keberkesanan pasukan adalah komited dengan matlamat bersama. Oleh itu,
pasukan harus mewujudkan kesefahaman antara ahli-ahli dan mengahargai sumbangan masing-masing.
Mereka akan bekerja bersama-sama dengan harmoni dan saling bantu membantu untuk mencapai matlamat
bersama dengan prestasi yang cemerlang.
1. Memotivasi pasukan.
Pasukan yang berkesan akan mewujudkan motivasi dikalangan ahli-ahli. Motivasi kumpulan ini akan
berterusan atau konsisten dalam semua aktiviti kerja. Semangat kerjasama dan tolong menolong adalah
menjadi budaya kerja mereka.
2. Sumbangan ahli.
Ahli pasukan adalah dipilih dan dilatih untuk melakukan kerja mereka secara berkesan. Setiap ahli
mempunyai kemahiran tertentu dan memberi sumbangan yang bermakna kepada pasukan. Sumbangan yang
diberi oleh ahli harus di hargai oleh rakan-rakan dan harus saling mempercayai.
3. Norma Kumpulan.
Norma kumpulan adalah nilai dan kepercayaan yang menjadi standard bagi mengawal perlakuan ahli-ahli.
Ia merupakan kepercayaan bagaimana ahli harus berfikir dan bertindak. Norma boleh jadi positif atau
negatif kepada organisasi. Sebahagian pasukan mungkin akan bekerja kuat, manakala pasukan yang lain
mungkin akan timbul perbalahan dengan pihak pengurusan.
4. Peranan.
Peranan merujuk kepada satu set gelagat dan tugas-tugas di mana seseorang ahli sesebuah pasukan dijangka
akan melaksanakan tugas-tugasnya. Di sebabkan ia merupakan ahli pasukan, ia telah diberi tanggungjawab
dan autoriti melakukan sesuatu kerja. Setiap ahli akan menjangkakan ahli-ahli lain dalam pasukan akan
memainkan peranan masing-masing dengan cekap dan berkesan.
MUKA SURAT 202
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Keeratan.
Keeratan merujuk kepada berapa akrab hubungan atau interaksi diantara ahli-ahli pasukan. Pasukan yang
bermotivasi tinggi dan komited kepada matlamat bersama dijangka akan mempunyai keeratan yang kuat.
Keeratan menunjukk pasukan kerja tersebut dapat menyumbang kearah pencapaian matlamat bersama.
j) Menjelaskan proses Proses Membina Pasukan
pembentukan pasukan 1. Pembentukan(forming)
yang meliputi;
pembentukan (forming), 5. Peringkat permulaan kemasukkan individu ke dalam pasukan.
pendebatan/peributan 6. Peringkat ini melibatkan orientasi tugas peringkat awal dan percubaan hubungan antara ahli pasukan.
(storming), penyesuaian 7. Ahli-ahli pasukan yang baru ditubuhkan dijemput ke satu tempat dan diperkenalkan antara mereka.
(norming), pelaksanaan 8. Mereka kemudiannya akan berkenalan antara satu sama lain dan cuba untuk menyesuaikan diri.
(performing), 9. Mereka akan mendapatkan maklumat latar belakang ahli-ahli pasukan.
penanggugan/ 10. Pada masa ini ahli-ahli pasukan masih belum mengenali dengan jelas antara satu dengan yang lain.
pembubaran
(adjourning) 2. Pendebatan/ peributan (storming)
Peringkat pendebatan ini melibatkan wujudnya konflik tugas dan kaedah mengurus pasukan.
Pada masa ini pembentukan pasukan diperingkat emosional.
Ketegangan wujud antara ahli-ahli terhadap tugas yang akan dilakukan dan hubungan interpersonal.
Ahli-ahli lebih lantang menjelaskan pendapat dan peranan masing-masing.
Dalam peringkat ini ahli-ahli masih lagi tidak bersatu dan saling cabar mencabar sebelum pasukan
berfungsi.
Pada peringkat ini ahli-ahli digalakkan meluahkan perasaan mereka terhadap isu-isu yang yang
dipertanggungjawabkan.
Pendebatan ini akan berlaku secara berterusan sehinggalah pasukan mengambil kata sepakat dalam
menentukan kaedah untuk mencapai matlamat.
Dengan ini, ahli-ahli akan dapat lebih memahami antara satu sama lain.
MUKA SURAT 203
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Penyesuaian (norming)
Peringkat ini melibatkan ahli pasukan telah mengenali ahli lain dengan lebih dekat dan hubungan
semakin mesra.
Kerjasama antara ahli sedang berlaku dan semakin kuat hubungan mereka dalam mencapai
matlamat.
Ahli-ahli bersetuju tentang peranan, peraturan dan norma pasukan.
Mereka telah mula memainkan peranan masing-masing dan menghindari sebarang konflik yang timbul.
4. Perlaksanaan(performing)
Pada peringkat ini, pasukan lebih memfokuskan kepada perlaksanaan tugas yang diberikan kepada
mereka.
Mereka akan cuba menyelesaikan isu-isu yang telah dibangkitkan dan cuba mencapai matlamat yang
ditetapkan.
Pasukan pada peringkat ini telah bersatu dan lebih integrasi antara ahli-ahli. Ahli-ahli telah mengenali
antara satu dengan yang lain dan saling berkerjasama.
Pasukan lebih proaktif serta produktif dan berkesan dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.
5. Pembubaran/penangguhan (adjourning)
Peringkat ini hanya akan berlaku apabila matlamat bagi menyelesaikan isu yang diketengahkan kepada
mereka berjaya.
Ahli-ahli pasukan pada peringkat ini akan berasa sedih dan emosional kerana mereka terpaksa berpisah.
Maka dengan itu berlakulah proses pembubaran.
5.5.8 Pengurusan Stres Maksud Stres
k) Mentakrifkan Stres kerja adalah tekanan yang dirasai oleh pekerja apabila menghadapi permintaan, kekangan, ancaman
maksud stres dan atau peluang yang melampau dan mereka tidak pasti tentang keupayaan mereka melakukan kerja tersebut.
pengurusan stres
Holmes dan Rahe mentakrifkan stres sebagai tindak balas fizikal dan psikologi yang berlaku apabila
seseorang individu gagal memenuhi sesuatu tuntutan terhadap diri dalam jangka masa yang singkat.
MUKA SURAT 204
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Definisi di atas menerangkan ketegangan boleh wujud apabila ketidakseimbangan berlaku antara tahap
kehendak atau permintaan oleh organisasi dengan keupayaan pekerja. Ia boleh memberi kesan kepada
psikologi, fisiologi dan gelagat pekerja. Seterusnya akan melibatkan prestasi kerja dan syarikat secara
amnya. Oleh itu, seseorang pengurus perlu memahami ketegangan kerja, puncanya dan cara mengatasinya
bagi tujuan pencapaian matlamat organisasi dengan berkesan.
i)Menjelaskan punca- Punca Stres
Kita dapat membahagikan punca-punca masalah tersebut kepada tiga faktor utama iaitu faktor berkaitan
punca stres;
dengan pekerjaan, faktor individu atau personal dan faktor luar.
Faktor Berkaitan Dengan Pekerjaan.
1. Beban Tugas (Terlalu banyak atau terlalu sedikit tugas)
Pekerja adalah manusia yang mempunyai keupayaan yang terhad. Jika ia diberi terlalu banyak tugas
atau beban kerja yang banyak maka ia akan merasa tertekan.
Pekerja yang diberi tugas orang lain untuk dilakukannya juga berasa tidak adil dan tertekan.
Sebaliknya jika tidak ada apa-apa kerja atau terlalu sedikit tugas yang hendak dilakukan oleh pekerja
juga akan menyebabkan ketegangan.
Tekanan juga akan dirasai oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran dan diarah melakukan tugas
yang memerlukan kemahiran.
Dalam hal ini, pengurus harus memahami keupayaan pekerja mereka dan beban tugas yang optimum
dapat dilaksanakan oleh pekerja.
2. Konflik Peranan
Merujuk kepada subordinat bertanggungjawab kepada lebih dari satu peranan.
Subordinat menghadapi masalah dalam memilih untuk menjalankan peranan yang lebih utama.
Contohnya seorang penyelia akaun diarahkan oleh pengurus menjalankan peranan penyelia pemasaran.
Ini akan menimbulkan konflik kepada beliau.
MUKA SURAT 205
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Kekaburan Peranan
Keadaan ini berlaku apabila pengurus tidak menerangkan dengan jelas akan peranan yang harus
dimainkan oleh subordinat. Ini menyebabkan subordinat tidak faham akan tugas dan
tanggungjawabnya.
Dalam kes ini, pengurus harus menjelaskan peranan yang harus dimainkan oleh subordinat.
4. Gangguan seksual
Gangguan ini kerap berlaku kepada pekerja wanita.
Bagi mengatasi masalah ini pihak pengurusan syarikat harus menyediakan tempat rujukkan, bantuan dan
penasihat kepada pekerja wanita yang diganggu.
Faktor Organisasi
1. Pengamalan dasar, prosedur, dan peraturan yang ketat
Faktor organisasi berkaitan dengan dasar, peraturan dan prosedur yang terlalu ketat akan
menyebabkan tekanan kepada pekerja.
Tekanan juga boleh berlaku disebabkan olek struktur organisasi yang terlalu rigid atau tidak luwes.
Subordinat menjalankan kerja mereka seperti mesin dan hanya menerima arahan dari ketua sahaja.
Pekerja tidak dibenarkan mencadangkan apa-apa.
Kesalahan pekerja dihukum dan kejayaan tidak diberi ganjaran. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan
ketegangan.
2. Keadaan Tempat kerja
Tempat kerja yang terlalu kotor, panas, bising, tidak cukup udara dan cahaya, dan merbahaya akan
mewujudkan ketegangan kepada pekerja. Lebih-lebih lagi apabila kesihatan pekerja terjejas. Pengurus
harus menitik beratkan perkara ini dan menyediakan tempat kerja yang selesa untuk pekerja.
MUKA SURAT 206
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Faktor Individu Atau Personal
1. Personaliti
Sahsiah atau personaliti pekerja adalah berbeza. Ada pekerja yang suka mengambil tanggungjawab,
kreatif dan suka bekerja.
Sebahagian pekerja pula tidak suka diarah oleh ketua, malas dan tidak kreatif.
Dalam hal ini, pengurus harus memberi tugas yang bersesuain dengan pekerja.
Rekabentuk kerja yang tepat dengan personaliti pekerja akan mengurangkan ketegangan.
2. Keperluan
Kadangkala pekerja mempunyai keperluan tertentu yang mereka harap akan dapat dicapai dengan
memberi sumbangan kepada organisasi. mereka akan bekerja kuat jika apa yang dikejar mereka
tercapai.
Tetapi sekiranya sumbangan mereka tidak dibalas dengan setimpal oleh organisasi mereka akan berasa
tidak puashati dan tertekan.
3. Pengalaman
Pekerja yang kurang berpengalaman mungkin mudah menghadapi ketegangan kerja. Pekerja yang muda
juga mungkin lebih tidak sabar.
Pengalaman mengajar pekerja tenang dan sabar dalam menghadapi dugaan dan cabaran kerja.
Kadar ketegangan bagi pekerja yang berpengalaman adalah lebih rendah dari pekerja yang baru dan
tiada pengalaman.
4. Keupayaan
Pekerja yang kurang kemahiran akan lebih tertekan dalam melakukan kerja.
Semakin tinggi kemahiran eseorang itu maka pekerja berkenaan dijangka dapat menyerap segala
tekanan dalam melakukan pekerjaan.
MUKA SURAT 207
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Faktor luaran
Punca ketegangan berkaitan dengan faktor luaran adalah berkaitan dengan persekitaran luar organisasi dan
individu. Diantaranya adalah seperti faktor keluarga, ekonomi dan hubungan personal.
1. Faktor Keluarga dan saudara mara
Keluarga akan mempengaruhi ketegangan kerja. Umpamanya seorang pekerja yang kematian isteri
(suami) boleh menjejaskan aktiviti kerjanya.
Begitu juga jika anak atau keluarga pekerja itu sakit, bercerai dan sebagainya boleh meningkatkan
tekanan.
Oleh itu, sebarang musibah yang berlaku kepada pekerja akan menjejaskan pekerjaannya.
2. Masalah Kewangan
Masalah kewangan memberi tekanan kepada pekerja membuatkan seseorang itu tidak dapat
menumpukan sepenuh perhatian terhadap pekerjaannya.
Keadaan ini lebih ketara apabila ekonomi meleset dan harga barang meningkat.
Pekerja mempunyai anak dan isteri untuk disara hidup mereka. Jika mereka menghadapi masalah
kewangan mereka akan menghadapi ketegangan.
3. Faktor Ekonomi
Keadaan ekonomi yang tidak menentu akan mengakibatkan pekerja menghadapi tekanan kerana mereka
tidak pasti sama ada boleh kekal bekerja dengan syarikat atau tidak.
Apabila syarikat menghadapi masalah prestai maka kemungkinan mereka akan menggunakan strategi
pembuangan pekerja untuk mengurangkan kos.
Ini akan mengakibatkan pekerja tidak senang dengan kedudukan mereka sebagai pekerja. Mereka akan
merasai ketegangan kerja.
4. Hubungan Personal
Hubungan peribadi dengan jiran, rakan, masyarakat memainkan peranan dan memberi kesan terhadap
prestasi pekerja.
MUKA SURAT 208
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Pekerja yang mempunyai masalah ditempat tinggalnya akan membawa masalah tersebut bersama
mereka ke pejabat. Ini akan menyebabkan berlakunya ketegangan di tempat pekerjaan.
a) menjelaskan Kesan Ketegangan/stres Atau Tanda-tanda Ketegangan/ stres
kesan stres
kepada individu a) Kesan Ketegangan Kepada Pekerja/ Individu
dan organisasi Apabila pekerja menghadapi ketegangan, Ia akan menunjukkan tanda-tanda atau kesan pada dirinya
sendiri. Diantara tanda-tanda atau kesan akibat ketegangan kerja kepeda pekerja adalah seperti berikut:
1. Kesan Fisiologi.
Ketegangan boleh menyebabkan kesan fisiologi yang rendah biasa hinggalah mencapai tekanan tinggi
kepada pekerja.
Antara kesan fisiologi ini adalah seperti masalah atau ganguan tidur, berpeluh, pening, sakit kepala,
sakit belakang, sakit perut, rasa hendak muntah, muntah, tekanan darah naik, penat, serangan jantung
dan sistem badan tidak berfungsi dengan baik.
Sebahagian individu dapat bertahan dengan ketegangan dan mungkin hanya pening, berpeluh, gangguan
tidur dan sebagainya. Perkara ini mungkin berlaku pada permulaan ketegangan.
Tetapi setelah menghadapinya dalam jangka masa panjang ia akan memberi kesan yang serius
menyebabkan tekanan darah tinggi, penat dan serangan jantung.
2. Kesan Psikologi.
Apabila ketegangan berlaku kepada pekerja maka ia mungkin akan menunjukkan kesan psikologi.
Diantara kesan psikologi yang ditunjukkan adalah seperti berdiam diri /murung, memosi tidak baik, rasa
bimbang, marah, meradang, kecewa, sedih dan sebaginya.
Perasaan seperti ini akan dibawa bersama dalam pekerjaan.
Ini akan mengakibatkan kepuasan kerja dan prestasi kerja terjejas.
Jika perasaan ini berlarutan ia akan mengakibatkan masalah kepada organisasi.
MUKA SURAT 209
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Kesan Gelagat/ Perlakuan.
Ketegangan dapat memberi kessan kepada perlakuan pekerja dalam melaksanakan aktiviti pekerjaan. Ia
mungkin melibatkan kesan negatif atau postif kepada prestasi organisasi.
Jika terlalu berat tekanan yang ditanggung oleh pekeja kemungkinan pekerja akan meletakkan jawatan,
tidak menunjukkan prsetasi yang baik, bergaduh dengan pengurus, merosakkan harta pejabat dan
sebagainya.
Jika terlalu ringan pula ketegangan maka pekerja mungkin akan ponteng kerja, tidur semasa bekerja,
bersembang, tidak bersungguh-sungguh dalam bekerja, lalai dan sebagainya.
b) Kesan Ketegangan Kepada Organisasi.
Apabila pekerja menghadapi ketegangan, kesannya bukan sahaja ditanggung oleh pekerja berkenaan
malah organisasi juga turut terjejas.
Diantara tanda-tanda atau kesan yang akan dihadapi oleh organisasi adalah seperti berikut:
1. Moral dan motivasi pekerja berkurangan.
Pekerja yang berada dalam ketegangan mungkin tidak dapat menumpukan sepenuhnya terhadap tugas
mereka.
Mereka tidak dapat memberi sumbangan sepenuhnya dalam melakukan pekerjaan.
2. Bertambahnya kadar lantikhenti.
Ketegangan menyebabkan pekerja akan berhenti kerja dan mendapatkan pekerjaan lain.
Organisasi akan kerugian jika pekerja yang berhenti itu adalah pekerja yang berkemahiran dan cekap
dalam kerja mereka.
3. Bertambahnya kadar ponteng kerja.
Dalam keadaan tertekan pekerja mungkin akan ponteng dari hadir ketempat kerja.
Pekerja mungkin akan mengambil terlalu banyak cuti biasa atau cuti sakit.
Mereka sentiasa mengelakkan diri dari mengambil tanggungjawab.
MUKA SURAT 210
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Kerosakkan harta organisasi.
Pekerja akan melakukan kerosakkan terhadap harta organisasi seperti mesin, peralatan pejabat,
bangunan dan sebagainya.
Apabila mereka tertekan mereka akan cuba memuaskan hati dengan merosakkan apa sahaja agar boleh
meredakan tekanan kerja.
5. Kemalangan kerja.
Ketegangan akan menyebabkan pekerja lalai dan tertekan dan ini akan mengakibatkan berlakunya
kemalangan semasa bekerja.
.
6. Prestasi akan menurun.
Apabila pekerja tertekan sudah tentu mereka tidak dapat menumpukan sepenuhnya terhadap tugas dan
tanggungjawab mereka.
Dengan itu, produktiviti akan menurun dan akan mengakibatkan organisasi tidak dapat mencapai
matlamat yang ditetapkan.
c) Hubungan Ketegangan dengan Prestasi Kerja
Persoalannya sekarang setakat manakah ketegangan harus diberikan kepada pekerja.
Persoalan ini adalah kompleks kerana pekerja itu adalah kompleks.
Berlainan pekerja memberi reaksi yang berbeza kepada darjah ketegangan.
Walaupun begitu, cadangan telah dibuat oleh ahli-ahli dalam pengurusan ketegangan bahawa pekerja
dapat menerima ketegangan yang sederhana.
Jika pihak pengurusan memberikan tekanan yang sederhana kepada pekerja mereka dapat menunjukkan
prestasi yang optimum.
Jika terlalu rendah tekanan maka prestasi adalah rendah.
Dalam hal ini pengurus harus meningkatkan tekanan sehinggalah sampai ketahap yang optimum.
Jika diteruskan tekanan selepas ini maka prestasi pekerja akan menurun.
MUKA SURAT 211
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
n) Menjelaskan kaedah Kaedah atau Pendekatan Mengurus Ketegangan/ stres
menguruskan kesan
stres oleh individu a) Pendekatan Organisasi
dan organisasi. Berlainan pekerja berlainan pendekatan yang boleh digunakan.
Pengurus boleh memilih cara-cara yang sesuai dengan pekerja dan persekitaran mereka dalam
menguruskan ketegangan.
Teknik pengurusan ketegangan oeleh organisasi.
1. Pemilihan dan penempatan pekerja.
Pihak pengurusan harus menggunakan kaedah pemilihan pekerja yang disyorkan agar dapat memilih
pekerja yang benar-benar berkeupayaan dan sesuai dalam menjalankan kerja mereka.
Pastikan pekerja diberi tugas yang sesuai dengan kemahiran dan pengalaman mereka.
Jika pekerja yang tidak berkemahiran diberi tugas baru maka pekerja berkenaan perlu diberi latihan.
Ini bagi membolehkan mereka menjalankan tugas mereka dengan mudah dan tanpa ketegangan.
2. Program pembangunan kerohanian dan mental
Pihak pengurusan boleh memberi latihan pembangunan diri kepada pekerja seperti kuliah ugama, kemah
ibadat, meditasi, dan perkara-perkara yang berkaitan.
Mengingatkan pekerja agar selalu sabar, tabah, tenang dan relaks dalam menjalankan tugas dapat
membantu mengurangkan ketegangan.
Pekerja juga perlu diberi ilmu bukan sahaja untuk keperluan pekerjaan sahaja malah juga untuk
pembangunan mental mereka.
Pengurusan dapat mengadakan kursus pembangunan diri, etika, motivasi dan sebagainya.
Disamping itu organisasi boleh juga menyediakan ruangan membaca ataupun perpustkaan kecil untuk
memberi peluang kepada pekerja menambah pengetahuan mereka.
3. Program pembangunan fizikal dan sosial
Program pembangunan fizikal seperti bersukan, riadah, senaman, hari keluarga dan sebagainya boleh
dianjurkan oleh organisasi.
MUKA SURAT 212
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Bersukan umpamanya boleh memberi ruang kepada pekerja melupakan masalah dan ketegangan.
Disamping itu bersukan juga dapat memberi peluang kepada pekerja berinteraksi dan bersosial
dikalangan pekerja.
Riadah dan senaman juga boleh melapangkan fikiran pekerja.
Organisasi dalam hal ini dinasihati menyediakan tempat bersukan seperti padang atau gimnisium.
Pekerja boleh menggunakan tempat-tempat ini untuk senaman dan bersukan.
Aktiviti-aktiviti tersebut dapat mengurangkan tekanan kepada pekerja dan dapat meningkatkan tahap
kesihatan pekerja.
4. Sistem mentor dan kaunseling
Pekerja akan menghadapi berbagai masalah sama ada masalah kerja, hubungan sosial atau masalah
peribadi. Sistem mentor boleh membantu pekerja dalam soal pekerjaan. Pekerja boleh merujuk kepada
mentor mereka jika mereka menghadapi masalah dalam pekerjaan. Sebaliknya jika mereka menghadapi
masalah hubungan, kerjaya dan personal maka mereka boleh mendapat nasihat dari unit kaunseling.
Penasihat dari unit ini harus terlatih dan mahir. Dengan meluahkan perasaan mereka kepada pihak
tertentu pekerja dijangka dapat mengurangkan ketegangan kerja yang mereka hadapi.
5. Persekitaran kerja
Keadaan kerja yang kotor, bising, gelap, panas dan tidak menyihatkan akan membuat pekerja tidak
bermotivasi dan tertekan.
Lebih-lebih lagi apabila suasana kerja yang boleh mendatangkan penyakit.
Oleh itu, pihak pengurusan harus menyediakan suasana tempat kerja yang sesuai kepada pekerja kerana
pekerja adalah manusia yang memerlukan keselesaan.
Ketegangan kerja dapat dikurangkan jika pekerja bertugas di dalam persekitaran yang kondusif.
6. Iklim organisasi dan rekabentuk organisasi
Iklim organisasi berhubung struktur organisasi, jika struktur terlalu rigid akan menyebabkan pekerja
rasa tertekan.
Umpamanya, jika peraturan atau prosedur terlalu ketat boleh mengakibatkan pekerja tertekan.
MUKA SURAT 213
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Selain dari itu, ketua terlalu autokratik, komunikasi tertutup, teknik motivasi negatif yang digunakan
oleh ketua akan memberi kesan yang negatif kepada pekerja.
Untuk mengatasi masalah ini, pihak pengurusan harus merekabentuk struktur organisasi agar lebih
fleksibel atau luwes.
Jelaskan peranan pekerja dan hindari dari berlakunya pertindihan peranan.
7. Program sokongan keluarga
Program sokongan keluarga seperti menyediakan pusat asuhan kanak-kanak dapat membantu pekerja
meringankan masalah keluarga mereka.
Dengan adanya program ini akan memudahkan terutama ibu-ibu menghantar anak mereka dipusat
penjagaan kanak-kanak yang disediakan oleh syarikat.
Dengan ini, mereka dapat menumpukan kepada kerja mereka.
Disamping itu, pihak pengurusan juga boleh mewujudkan waktu kerja anjal kepada pekerja.
Mungkin bagi sesetengah kerja sesuai dan kerja yang lain pula kerang sesuai.
Dalam hal ini pekerja dapat menyesuaikan waktu kerja mengikut keperluan mereka.
Organisasi juga boleh menyediakan tempat tinggal, pengankutan ke pejabat, tempat letak kereta dan
lain-lain faedah kepada pekerja.
b) Pendekatan Individu
Pengurusan ketegangan tidak sahaja menjadi tanggungjawab organisasi.
Pekerja seharusnya lebih bertanggungjawab dalam soal ini.
Kesan ketegangan kerja bukan sahaja melibatkan prestasi organisasi malah kesihatan pekerja juga.
Teknik boleh diamalkan oleh pekerja.
1. Pengurusan masa
Pekerja harus dilatih menggunakan masa dengan betul dalam melakukan kerja mereka.
Kegagalan mereka menggunkan masa akan menyebabkan mereka tertekan.
Sebahagian pekerja menantikan saat-saat terakhir untuk menyiapkan kerja mereka.
Ini akan menyebabkan kerja tersebut kurang berkualiti dan mereka akan berasa tertekan.
MUKA SURAT 214
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Dalam hal ini, penjadualan kerja boleh dilakukan oleh pekerja atau penyelia dan wujudkan sistem
pemantauan agar kerja dapat disiapkan dalam waktunya.
Dengan pengurusan masa yang cekap oleh pekerja dapat mengurangkan kertegangan.
2. Amalan permakanan
Amalan permakanan yang tidak sihat akan memberi kesan kepada diri pekerja.
Apabila pekerja kurang sihat mereka bukan sahaja menjejaskan produktiviti organisasi malah melemah
diri mereka secara perlahan.
Pekerja perlu diberi pengetahuan tentang amalan permakanan yang sihat.
Pekerja yang sihat akan memberi sumbanagan kepada organisasi yang sihat.
Kesihatan pekerja ada kaitannya dengan prestasi kerja mereka.
3. Amalan kerohanian
Ibadat sama ada ibadat khusus seperti sembahyang, puasa, dan zakat dapat memberi ketenangan kepada
pekerja.
Selain dari itu, ibadat umum seperti sedekah, berzikir, beruzlah, mencari ilmu ugama dapat meringankan
ketegangan kerja dan memberi ketenangan jiwa.
Dalam hal ini, meditasi mungkin sesuai bagi pekerja bukan Islam.
4. Pembangunan mental
Pekerja perlu membangunkan minda agar dapat menghadapi sebarang gangguan.
Oleh itu, meningkatkan pengetahuan dan pengalaman boleh mempertajamkan minda dan memberi
ketahanan minda.
Melakukan aktiviti yang mencabar juga dapat melatih ketahanan minda.
Sebahagian dari masalah ketegangan adalah berpunca dari minda yang lemah.
Jika pekerja dapat menguatkan minda mereka maka mereka dapat mengurangkan ketegangan pada diri
mereka.
MUKA SURAT 215
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Pembangunan fizikal
Ketegangan dapat di kurangkan jika badan pekerja sihat.
Badan yang sihat juga dapat melawan penyakit seperti selsema, pening, jantung dan sebaginya.
Individu mesti mengambil initiatif dengan bersukan, senaman dan riadah agar fizikal mereka kuat dan
sihat untuk bekerja.
Badan yang sihat juga mewujudkan ketahanan pada minda.
6.6 Pengawalan
6.6.1 Jenis kawalan Maksud pengawalan.
Pengawalan adalah proses mengukur kemajuan perlaksanaan atau pencapaian sesuatu rancangan dan
a) Mentakrifkan
maksud mengambil tindakan pembetulan jika ianya menyimpang dari rancangan asal atau standard.
pengawalan dan Dalam definisi di atas terdapat beberapa perkara utama dalam aktiviti pengawalan iaitu rancangan, mengukur
menjelaskan
kepentingannya; prestasi, membandingkan prestasi dengan stadard dan membuat tindakan pembetulan.
Ia merupakan satu proses yang berterusan dan melibatkan seluruh warga organisasi.
Kepentingan pengawalan
1. Memastikan agar perlaksanaan mengikut perancangan dan matlamat organisasi dapat dicapai.
2. Membantu pengurus dalam meramal, mengesan dan mengambil tindakan terhadap sebarang perubahan
dalam persekitaran. Contoh: perubahan ekonomi, teknologi, cita rasa pengguna, peraturan kerajaan dan
sebagainya.
3. Mengesan kesilapan-kesilapan kecil dalam organisasi seperti penigkatan kos operasi, kerosakkan produk,
pekerja berhenti, rungutan pelanggan dan sebagainya.
4. Dapat mengurangkan kos buruh, mengurangkan kerosakkan dan meningkatkan produktiviti. Dengan
membuat pengawalan segera dan menyeluruh, syarikat dapat mengesan kesilapan dan kerosakkan dan
dapat mengambil tindakan pembetulan dengan segera.
5. Mengesan peluang-peluang yang berlaku dalam persekitaran seperti perubahan harga bahan mentah,
perubahan tren populasi, pasaran baru dan sebagainya.
6. Memastikan agar warga organisasi melakukan pekerjaan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
MUKA SURAT 216
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
b) Membincangkan Jenis kawalan
jenis kawalan
dalaman (audit 1. Kawalan Dalaman
dalaman, dasar a. Audit Dalaman
organisasi, dan Merujuk kepada kerja-kerja pengauditan yang dilakukan oleh juruaudit dalam organisasi untuk kegunaan
prosedur kerja) dalaman organisasi.
dan luaran (audit Peranan:
luar, peraturan, Menilai pengendalian akaun dalaman dan aktiviti penyimpanan stok.
dan undang- Bagi memastikan pematuhan terhadap prosedur atau tatacara kawalan diikuti dalam organisasi.
undang); Menentukan kebolehpercayaan amalan perakaunan dan menilai mutu prestasi pengurusan.
Menyediakan laporan audit dalaman untuk pengesahan audit luar.
b. Dasar Organisasi
Merujuk kepada garis panduan yang digunakan oleh sekumpulan pekerja yang berada dalam sesebuah
organisasi untuk melakukan aktiviti-aktiviti organisasi secara sistematik, efektif dan efesien agar matlamat
organisasi dapat dicapai dengan berkesan.
Peranan:
Untuk memastikan dasar dipatuhi agar visi, misi dan objektif organisasi dapat dicapai.
Memastikan pematuhan terhadap dasar supaya aktiviti berada dalam landasan yang betul.
Sebagai rujukan kepada pekerja berkaitan kedudukan mereka dalam organisasi melalui carta
organisasi.
Memastikan supaya setiap dasar organisasi adalah sama dengan dasar yang terdapat pada setiap
subsistem dalam sesebuah organisasi.
c. Prosedur Kerja
Merujuk kepada tata cara yang perlu dilakukan oleh pekerja dalam membuat aktiviti seperti membuat
keputusan dan tindakan.
Peranan:
Pekerja mesti mematuhi prosedur kerja supaya aktiviti kerja dapat dijalankan dengan sistematik dan
MUKA SURAT 217
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
dapat menghasilkan proses kerja yang seragam.
Setiap unit atau bahagian perlu mempunyai prosedur kerja yang seragam supaya dapat menyokong
dasar organisasi.
2. Kawalan Luaran
a. Audit Luar
Merujuk kepada kerja-kerja audit yang dilakukan oleh juruaudit profesional atau akauntan bertauliah yang
dibayar oleh organisasi secara kontrak.
Peranan:
Menyemak dan menilai audit yang dilakukan oleh audit dalaman bagi memastikan kerja audit
dipatuhi.
Memastikan pematuhan organisasi dalam tatacara pengawalan luaran organisasi.
Berperanan sebagai penyemak semula kerja-kerja audit yang dilakukan oleh juru audit dalaman.
Memastikan kebolehpercayaan perakauanan dan menilai mutu prestasi perniagaan.
Melaporkan kerja-kerja audit kepada pihak pengurusan atasan.
Memperakukan audit perakaunan untuk kegunaan pihak ketiga, seperti kerajaan untuk tujuan
pentaksiran percukaian.
b. Peraturan
Merujuk kepada satu set undang-undang kecil yang terdapat dalam sesebuah organisasi bertujuan
menentukan keharmonian, ketenteraman dan memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang didalam
sesebuah organisasi.
Peranan:
Akan mengikat ahli-ahli dalam organisasi mematuhinya
Membentuk sikap atau disiplin yang positif dalam kalangan ahli organisasi.
Menentukan hukuman yang setimpal untuk setiap ahli dalam organisasi yang tidak patuh terhadap
peraturan yang telah ditetapkan.
Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam setiap kalangan ahli sesebuah organisasi.
MUKA SURAT 218
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
c. Undang-Undang
Merujuk kepada peraturan-peraturan yang termaktub yang telah dibentuk dan ditetapkan oleh
sekumpulan masyarakat untuk mengawal kelakuan anggota masyarakat itu sendiri.
Contohnya undang-undang perkongsian, undang-undang syarikat, undang-undang alam sekitar.
Peranan;
Satu garis panduan yang dicipta khas untuk dipatuhi oleh semua golongan yang mendiami sesuatu
kawasan.
Memastikan agar organisasi mematuhi undang-undang untuk kepentingan masyarakat keseluruhan
6.6.2 Proses kawalan Proses Kawalan
c) Menjelaskan 1. Menetapkan Standard
proses kawalan
iaitu menetapkan Standard merujuk kepada tahap prestasi yang diharapkan untuk sesuatu matlamat.
standard, Standard boleh jadi dalam standard input atau standard output.
mengukur Standard input merujuk kepada prestasi kerja individu.
pencapaian, Manakala standard output adalah merujuk kepada standard kuantiti, kualiti, kos, atau masa.
membandingkan Contoh, syarikat ABI merancang untuk menjual 2 juta produk setahun dan dijual dengan harga RM 10
pencapaian seunit. Syarikat berharap untuk mendapat hasil sebanyak RM 20 juta (objektif).
dengan standard,
dan membuat 2. Mengukur Pencapaian
langkah Mengukur pencapaian adalah untuk mengukur prestasi sebenar perlaksanaan perancangan.
pembetulan; Tujuan pengukuran adalah untuk mengukur dengan tepat prestasi hasil atau standard output yang dihasilkan
dan prestasi pekerja.
Contohnya, hasil jualan syarikat ABI adalah mencapai RM 18 juta dengan jualan sebanyak 2 juta produk.
Ini menunjukkan matlamat untuk menjual output sebanyak 2 juta unit tercapai. Tetapi, syarikat hanya
mendapat hasil jualan sebanyak RM 18 juta iaitu RM 2 juta dibawah target yang hendak dicapai.
3. Membandingkan Pencapaian Dengan Standard
Langkah ketiga adalah membandingkan prestasi sebenar yang telah diukur dengan standard yang telah
dirancang.
MUKA SURAT 219
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contohnya, dalam kes di atas syarikat ABI telah berjaya menjual sebanyak 2 juta produk seperti yang
dirancangkan dalam setahun. Walau bagaimanapun syarikat gagal mencapai hasil jualan seperti yang
diharapkan iaitu RM 20 juta. Syarikat hanya mencapai 18 juta kurang RM 2 juta dari matlamat.
Pihak pengurusan terpaksa mencari sebab untuk tindakan pembetulan. Perkara yang nyata di sini
kemungkinan sebahagian output di jual denga harga kurang dari RM 10 seunit. Kenapa ini berlaku?
Kenapa harga dikurangkan? Bagaimana dengan kualiti produk? Bagaimana pula dengan promosi?
Persaingan? Masa? dan sebagainya. Pengurus dalam hal ini perlu mencari jawapan dan cuba menyediakan
alternatif penyelesaian masalah untuk operasi tahun depan.
4. Membuat Langkah Pembetulan
Langkah yang terakhir yang perlu dibuat oleh pengurus adalah mengambil tindakan pembetulan dengan
segera kerana pencapaian tidak menyamai standard.
Syarikat ABI gagal mencapai matlamat jualan sebanayk RM 20 juta. Kekurangan RM 2 juta perlu disiasat
dengan teliti untuk pembetulan. Kemungkinan produk syarikat kurang berkualiti menyebabkan mereka
terpaksa menurunkan harga seunit output. Mungkin juga persaingan yang begitu sengit atau promosi yang
dijalankan kurang berkesan.
Selepas tindakan pembetulan maka langkah seterusnya adalah kembali ke langkah pertama dan seterusnya
ia akan berulang-ulang.
6.6.3 Kaedah kawalan Kaedah kawalan
d) Membincangkan 1. Awalan
kaedah kawalan Kawalan awalan dibuat sebelum sesuatu aktiviti pengeluaran dilaksanakan.
iaitu awalan, Ia mungkin melibatkan dasar, prosedur atau peraturan.
semasa, dan Biasanya ia berkaitan dengan input sama ada dari segi proses mendapatkan input atau kualiti input yang
selepas; dikehendaki.
Contohnya, pengurus pembelian hendaklah memastikan bahan mentah yang dibeli adalah berkualiti.
Organisasi mungkin akan menggubal dasar atau peraturan pembelian agar ia menjadi panduan kepada
pengurus pembelian.
MUKA SURAT 220
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Semasa
Kawalan semasa dilakukan semasa sesuatu kerja atau proses pengeluaran berjalan.
Pembetulan akan dibuat apabila didapati kerja yang dilakukan tidak betul atau kualiti produk dalam proses
pengeluaran tidak mengikut piawai.
Setiap peringkat proses pengeluaran harus diselia dan dipantau agar sebarang penyimpangan atau kesilapan
dapat dibetulkan dengan cepat.
3. Selepas
Kawalan selepas atau maklum balas melibatkan penilaian sesuatu kerja atau produk yang telah siap.
Contohnya, apabila produk telah siap, pihak kawalan kualiti akan memeriksa produk berkenaan sama ada ia
mengikut piawai yang telah ditetapkan ataupun tidak.
Jika tidak mencapai standard produk mungkin tidak akan dipasarkan di pasaran, produk yang mencapai
standard akan di pasarkan.
6.6.4 Alat-alat kawalan Alat-alat kawalan.
e) Menggunakan alat- 1. Analisis Pulang Modal
alat kawalan Analisis pulang modal adalah satu teknik untuk menentukan satu titik dimana jumlah hasil cukup untuk
termasuk analisis membayar jumlah kos.
titik pulang modal, Dalam pengiraan titik pulang modal, seseorang pengurus haruslah menentukan jumlah bilangan output yang
bajet, carta Gantt,
dan analisis Teknik akan dijual yang boleh membayar jumlah kos yang terlibat dalam pengeluaran ouput tersebut.
Untung boleh disasarkan bergantung kepada harga seunit output dan bilanagn yang akan dijual.
Menilai dan
Menyemak Sebelum membuat perkiraan titik pulang modal beberapa terma yang berkaitan dengan kos harus diketahui.
Program Untung kasar (u) adalah wang yang tinggal setelah ditolak semua kos atau belanja dan sebelum
(Programme
Evaluation and pembayaran cukai.
Review Technique Jumlah kos (jk) adalah kos-kos yang dibayar oleh syarikat dalam mengeluarkan dan memasarkan sesuatu
[PERT]), Cara
Laluan Genting barang. Ia adalah jumlah kos tetap dicampur jumlah kos berubah (kt + kb).
(Critical Path Kos tetap (kt) adalah jumlah belanja yang dikeluarkan oleh syarikat yang tidak berubah sama ada produk
dikeluarkan atau tidak seperti gaji pengurus, sewa bangunan, mesin dan sebagainya.
MUKA SURAT 221
Method [CPM]). MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kos berubah (kb) adalah jumlah semua belanja yang berubah mengikut perubahan jumlah pengeluaran
seperti kos bahan mentah dan sebagainya.
Formula untuk mengira titik pulang modal (TPM) adalah:
Kos Tetap .
Harga Seunit – Kos Berubah Seunit
Contoh sebuah syarikat yang mengeluarkan sos. Kos tetap syarikat sebanyak RM 2000.00 Harga sebotol
sos adalah RM 2.00 dan kos berubah sebotol adalah RM 1.00.
Maka titik pulang modal syarikat berkenaan adalah:
Titik pulang modal: 2000 = 2000 botol
2–1
Margin keuntungan seunit: RM 2.00 – RM 1.00 = RM 1.00
Analisisnya, syarikat harus mengeluar dan menjual sebanyak 2000 botol sos dan menjualnya dengan
harga RM 2.00 sebotol untuk mendapat pulangan modal. Jika syarikat menjual lebih daripada 2000 botol
sos, barulah syarikat akan mendapat keuntungan. Syarikat akan kerugian jika menjual produk kurang
daripada 2000 botol dalam sesuatu tempoh tertentu.
Contohnya, syarikat akan kerugian RM1000 jika kita menjual hanya 1000 botol sos. Sebaliknya jika
syarikat menjual 6000 botol sos keuntungan sebanyak RM4000 akan didapati.
MUKA SURAT 222
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Jadual di bawah menunjukkan analisis pulang modal bagi syarikat menjual sos.
Kuantiti Harga Jumlah Kos Jumlah Kos Tetap Untung
Jualan Seunit Hasil Berubah Kos
(KJ) (H) (JH) Seunit Berubah (KT) Jumlah (JH – JK)
(KB) (JKB)
(JKB+KT) Kos (JK)
1 0
020 1 1000 2000 0 -2000
1 2000 2000 2000 -1000
1000 2 2000 1 3000 2000 4000
1 4000 2000 6000 0
2000 2 4000 1 5000 2000 8000 1000
1 6000 2000 10000 2000
3000 2 6000 2000 12000 3000
4000
4000 2 8000
5000 2 10000
6000 2 12000
Jadual : Analisis Pulang Modal
MUKA SURAT 223
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Jumlah kos Dan Jumlah Hasil Jumlah Hasil
1000
0
9000 Jumlah Kos
8000 Untung
7000
6000
5000 Titik Pulangan Modal
4000
3000 Kos Tetap
2000 Rugi
1000
0 5000
0 1000 2000 3000 4000 Unit Jualan
Graf : Titik Pulang Modal
MUKA SURAT 224
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Belanjawan / Bajet
Belanjawan atau bajet adalah merujuk kepada rancangan terperinci yang dinyatakan dalam bentuk nilai
kewangan.
Ia merupakan ramalan atau jangkaan hasil, belanja dan perbelanjaan modal.
Belanjawan terhadap sumber-sumber organisasi adalah seperti gaji, upah, kos bahan, pengangkutan,
overhed dan sebaginya.
Bajet dibentuk mengikut tempoh masa tertentu seperti bualanan dan tahunan.
Bajet terdapat dalam berbagai jenis seperti belanjawan hasil, perbelanjaan, projek, tunai dan program.
Jenis-jenis belanjawan
1. Belanjawan tunai
Merujuk kepada ramalan aliran tunai yang diperlukan oleh syarikat untuk membayar perbelanjaan
dan yang perlu ada pada syarikat.
Ia biasanya dibentuk mengikut mingguan, bulanan atau tahunan.
Belanjawan tunai meramalkan belanjawan dan hasil syarikat.
Ia menjadi panduan penting kepada pengurus bagi menjangkakan jumlah pinjaman yang syarikat
perlukan, bayaran hutang, perbelanjaan, dan pelaburan jangka pendek.
Ia juga dapat memberitahu syariakat berkenaan dengan kedudukan tunai syarikat sama ada lebihan
atau kurangan.
2. Belanjawan modal
Merupakan ramalan berkaitan dengan pelaburan terhadap pembelian aset seperti tanah, bangunan,
mesin dan peralatan utama syarikat.
Ia dapat menggambarkan kepada pengurus bahawa syarikat mempunyai tunai yang cukup atau tidak
untuk membeli aset-aset tertentu.
3. Belanjawan operasi
Merujuk kepada ramalan peruntukkan kewangan untuk berbagai perbelanjaan untuk melaksanakan
sesuatu aktiviti perniagaan dalam jangkamasa tertentu.
MUKA SURAT 225
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Perbelanjaan ini melibatkan keperluan kewangan bagi syarikat membelanjakan untuk perjalanan,
sewaan, bahan mentah, pengiklanan, gaji dan sebagainya.
4. Belanjawan hasil
Meramalkan hasil jualan produk yang dijangka akan dijual dalam satu tempoh masa.
Pengurus dalam hal ini akan menjangkakan kuantiti jualan output dan harga seunit output tersebut.
Dengan mendarabkan bilangan output yang akan dijual dengan harga jualan seunit output maka
pengurus dapat menjangkakan hasil jualan.
3. Carta Gantt
Carta Gantt adalah merupakan satu penjadualan rancangan berbentuk graf mendatar menunjukkan
aktiviti-aktiviti mengikut susunan untuk disiapkan berdasarkan masa yang ditetapkan.
Carta ini dapat mengesan aktiviti projek dari ia dimulakan hingga projek itu tamat.
Ia amat sesuai bagi sesuatu projek yang mempunyai aktiviti yang berurutan. Pengurus juga dapat
mengesan aktiviti yang menyebabkan kelewatan sesuatu projek dan boleh mengambil tindakan
pembetulan dengan segera. Ia amat berguna untuk kawalan sesuatu projek.
Carta ini juga dikenali sebagai carta bar yang berbentuk mendatar.
Carta ini diwakili oleh masa pada paksi x dan aktiviti pada paksi y.
Untuk membentuk carta ini kita mesti mengetahui aktivi-aktivit pekerjaan yang kita akan lakukan dan
masa yang diperlukan untk menyiapkan aktiviti-aktiviti tersebut.
Contoh adalah seperti dalam pembinaan rumah.
Bil Aktiviti Tempoh Masa
1 Penyediaan tapak 1 ½ bulan
2 Menyediakan kerangka rumah 2 ½ bulan
3 Mengikat bata dinding rumah 2 bulan
4 Bumbung 1 bulan
5 Kerja-kerja pendawaian letrik dan paip air 1 bulan
MUKA SURAT 226
6 Memplaster dinding MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
7 Memasang pintu/tingkap
8 Memasang jubin, alat letrik dan bilik air 1 bulan
9 Mengecat rumah
½ bulan
Jadual menunjukkan aktiviti pembinaan rumah 1 bulan
½ bulan
Aktiviti Bulan
1234567 8 9
1. Penyedian tapak
2.Menyediakan kerangka rumah
3. Mengikat bata dinding rumah
4. Bumbung
5. Kerja-kerja letrik dan paip air
6. Memplaster dinding
7. Memasang pintu/tingkap
8.Memasang jubin, alat letrik, ,paip
9. Mengecat rumah
10. Rumah Siap
Contoh Carta Gantt Bagi Pembianaan Rumah
Carta Gantt ini dapat digunakan bagi mengawal proses kemajuan dalam membina rumah tersebut.
MUKA SURAT 227
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Analisis PERT/CPM
Analisis Teknik Menilai dan Menyemak Program atau PERT adalah satu teknik penjadualan projek
yang mengandungi urutan aktiviti-aktiviti yang sebahagiannya berkaitan antara satu dengan lain.
PERT ini biasanya digunakan dalam projek pembinaan, pembangunan produk, perkilangan, dan lain-
lain bidang yang berkaitan.
Seseorang pengurus projek yang menggunakan PERT ini harus hendaklah memikirkan apa yang
harus dilakukan, menentukan peristiwa yang berurutan dan berkaitan, dan menentukan masalah yang
akan wujud.
Cara laluan genting atau CPM adalah merujuk kepada laluan yang terpanjang penggunaan masa
melalui aktiviti dan peristiwa yang berurutan dalam rangkaian PERT.
CPM digunakan dalam industri pembuatan, pembinaan bagi mengetahui masa aktiviti sesuatu projek
dilaksanakan dengan tepat mengikut tempoh masa tertentu.
CPM dapat membantu pengurus mengenalpasti aktiviti yang kritikal yang perlu diberi perhatian agar
projek yang dirancang dapat dihabiskan mengikut masa yang ditetapkan.
PERT dan CPM merupakan alat perancangan dan pengawalan kepada aktiviti perancangan agar
ianya dapat dijalankan mengikut masa yang ditetapkan. Sebarang masaalah yang dikesan juga dapat
diambil tindakan pembetulan dengan cepat.
Untuk menyediakan CPM kita harus memahami PERT dulu. Untuk membina PERT kita harus
mengetahui tiga perkara utama ia itu peristiwa, aktiviti dan laluan genting.
Peristiwa adalah merupakan titik akhir menunjukkan sesuatu aktiviti itu siap.
Aktiviti pula adalah melibatkan masa atau sumber yang diperlukan untuk menyiapkan satu peristiwa
kepada peristiwa seterusnya.
Laluan genting pula merujuk kepada CPM.
MUKA SURAT 228
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Peristiwa
Aktiviti
Aktiviti Peristiwa Aktiviti Tempoh
Membersih kawasan dan merata tapak awal (hari)
A Membina tiang - 1
B Mengkonkrit lantai A 2
C Membuat rangka bumbung A 3
D Memasang zing (atap) pada bumbung B 5
E C,D 4
Jadual menunjukkan aktiviti dan masa yang diperlukan bagi setiap aktiviti.
B: 2 Hari
D: 5 Hari
A: 1 Hari C: 3 Hari E: 4 Hari
Rajah menunjukkan PERT dan CPM.
MUKA SURAT 229
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Terdapat dua laluan dalam projek di atas.
Pertama laluan ACE yang mengambil masa 8 hari.
Laluan kedua ialah ABDE yang memakan masa 12 hari.
Jadi masa yang terpanjang adalah merupakan laluan genting iaitu laluan kedua yakni ABDE.
Kesimpulannya, untuk menyiapkan gerai tersebut anda memerlukan minimum 12 hari berdasarkan
keupayaan anda. Kelewatan sesuatu aktiviti akan menyebabkan projek akan memakan masa lebih dari 12
hari.
MUKA SURAT 230
Contoh Soalan. MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
1. Jelaskan bagaimana pemimpin tidak formal boleh mempengaruhi keberkesanan organisasi.
[5]
Cadangan Jawapan
Pemimpin tidak formal boleh mempengaruhi keberkesanan organisasi dengan :
1. Membantu pemimpin formal menyelesaikan masalah / konflik antara pekerja dengan pekerja /pekerja dengan majikan.
2. Menjadi wakil kepada pekerja-pekerja.
3. Memberi nasihat dan bimbingan kepada pekerja-pekerja lain.
4. Membantu meningkatkan semangat kerjasama antara pekerja/ahli kumpulan kerjanya.
5. Meningkatkan produktiviti melalui motivasi pekerja.
2. Huraikan empat kesan terhadap syarikat jika pekerja mengalami tekanan (stress) yang berlebihan. [4]
Cadangan Jawapan
Empat kesan terhadap syarikat jika pekerja mengalami tekanan (stress) yang berlebihan:
1. Prestasi pekerja menurun menyebabkan penurunan produktiviti syarikat.
2. Kerosakan akan berlaku pada bahan/input menyebabkan kualiti output dihasilkan rendah.
3. Pekerja akan berkelakuan agresif menyebabkan kerosakan harta benda syarikat
4. Pekerja tidak datang ke pejabat/ponteng kerja/cuti sakit mengakibatkan kerja tidak siap/produk tidak dapat
dihasilkan pada masa yang ditetapkan.
5. Kadar lantikhenti tinggi menyebabkan syarikat menanggung kos pengurusan sumber manusia yang tinggi.
6. Hubungan interpersonal terganggu memberi kesan kepada iklim syarikat yang tidak baik.
7. Pekerja yang sakit/kemalangan disebabkan tekanan kerja akan menyebabkan kos penjagaan kesihatan kesihatan bertambah.
MUKA SURAT 231
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Nyatakan ciri-ciri gaya kepemimpinan autokratik dan bincangkan kesesuaian gaya kepemimpinan ini terhadap pekerja yang bercirikan teori
X. [6]
Cadangan Jawapan
Ciri-ciri Gaya kepimpinan autokratik ialah :
- Semua keputusan dibuat oleh pengurus
- pengurus mengarah pekerja
- pandangan pekerja tidak diambil kira
Gaya kepimpinan ini sesuai digunakan untuk pekerja Teori X kerana :
- pekerja ini adalah berciri mengelak diri dari membuat kerja atau mengelak dari menerima tanggung jawab
- tidak suka bekerja / tidak berminat / malas /tidak bermotivasi
- pekerja yang berpengetahuan rendah dan rendah kemahiran
- perlu diarah untuk bekerja / tidak suka memimpin
4. Huraikan lima kepentingan pembinaan pasukan bagi sesebuah organisasi.
Cadangan Jawapan
Lima kepentingan pembinaan pasukan bagi sesebuah organisasi ialah:
1. Organisasi boleh mendapat banyak idea untuk tujuan inovasi.
2. Bertanggungjawab menyempurnakan dan mengawal aktiviti kerja secara bersama/komitmen
3. Ahli dapat belajar kemahiran baru membantu organisasi dalam melatih pekerja.
4. Meningkatkan keharmonian dalam organisasi dan membantu sosialisasi dan pembudayaan ahli baru
5. Pekerja bermotivasi untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi organisasi.
6. Tugas tidak dapat dilakukan oleh individu seorang diri/ Kerja secara berpasukan.
7. Kerjasama mewujudkan semangat kerja antara ahli kumpulan.
MUKA SURAT 232
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perkaitan antara kaedah kawalan dengan peringkat dalam proses pengeluaran. [20]
Gambar rajah proses pengeluaran
INPUT PROSES OUTPUT
TRANSFORMAS
- buruh kereta
- mesin I
- bahan mentah
proses
- tayar pemasangan
- kereta output
Kawalan awalan Kawalan semasa Kawalan selepas
Kawalan awalan
Pengawalan ke atas input seperti tenaga kerja, bahan mentah, kaedah dan mesin.
Dijalankan sebelum aktiviti pengeluaran bermula.
Kawalan dibuat untuk mengelakkan pemesongan; memastikan pengeluaran mengikut spesifikasi.
Kawalan semasa
Pengawalan pada peringkat proses penukaran input kepada output.
Memasang, mencantum, menggred, mengawet, mengadun.
Kawalan dibuat untuk menyisih barang cacat daripada proses.
Kawalan selepas
Pengawalan dibuat setelah aktiviti pengeluaran tamat/setelah output dikeluarkan /kawalan ke atas output
Menyemak output, membanding output dengan standard membuat pembetulan/pembaikan terhadap
produk/proses.
Kawalan ini dibuat untukt pembaikan / pembetulan terhadap proses
MUKA SURAT 233
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
TAJUK
HASIL PEMBELAJARAN HURAIAN
RUJUKAN
7.0 ASPEK PERUNDANGAN PERNIAGAAN
7.1 Undang-Undang Kontrak
a) Mentakrifkan Akta Maksud Kontrak
Kontrak Akta Kontrak 1950 Seksyen 2 (h) suatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang
1950(termasuk adalah satu kontrak.
pindaan)
Sesuatu perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat
kontrak untuk sesuatu balasan yang sah dan dengan tujuan yang sah
Contoh – Ahmad bercadang untuk menjual kereta miliknya kepada Azli dengan harga RM40,000. Azli
pula bersetuju untuk membeli dan membayar harga kereta tersebut kepada Ahmad. Oleh itu telah wujud
kontrak antara Ahmad dan Azli.
b) Menjelaskan elemen- Elemen-Elemen Kontrak.
eleman Kontrak iaitu; 1. Tawaran.
Tawaran
Penerimaan Seksyen 2(a) Akta Kontrak 1950, tawaran ditakrifkan “apabila seseorang menyatakan kesediaannya
Balasan kepada seorang lain untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu dengan
Niat maksud memperoleh persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri daripada
Ketentuan berbuat seseorang itu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan”.
Salleh Abas, H.M.P mengemukakan bahawa tawaran ialah “satu tanda kesediaan pembuat tawaran
untuk menjalin satu kontrak yang sah dan mengikat di sisi undang-undang. Terma-termanya sama
ada secara nyata ataupun termaklum hendaklah menunjukkan bahawa ia akan menjadi mengikat
sebaik sahaja diterima oleh pembuat tawaran”
Keupayaan Tawaran atau cadangan adalah satu janji yang telah dibuat oleh pembuat tawaran kepada penerima
tawaran dengan niat untuk mengujudkan hubungan yang mengikat disisi undang-undang apabila janji
itu diterima oleh penerima tawaran.
MUKA SURAT 234
Shaik Mohd. Noor Alam MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
S.M. Hussain, (2002)
Contohnya, A membuat tawaran untuk menjual mesin jahit jenama Singer dengan harga RM 400
kepada B. Dengan itu A telah membuat satu janji dengan niat untuk terikat di sisi undang-undang
sekiranya B bersetuju menerima tawaran itu.
Syarat Membuat Tawaran/ elemen penting
Tawaran mesti jelas, lengkap dan muktamad iaitu perkara yang berkaitan dengan barang, tujuan, nilai
dan tempoh masa
Tawaran perlu dibuat kepada pihak tertentu iaitu kepada individu tertentu atau sekumpulan orang.
Tawaran perlu dibezakan daripada pelawaan tawaran iaitu pelawaan tawaran ialah satu pernyataan
bahawa seseorang ingin membuat perundingan tetapi tidak mahu terikat dengan syarat atau terma
kontrak dalam perundingan tersebut.
Peragaan Barang Di Kedai Layan Diri.
Lelongan
Edaran dan Iklan
Jualan melalui katalog
Akta Kontrak 1950 Penamatan Tawaran / Cadangan (Seksyen 6)
(ILBS) Pembuat tawaran membatalkan tawaran sebelum penerimaan dibuat. Contoh A bercadang untuk
menjual rumah kepada B. A boleh membatalkan cadangannya pada bila-bila`masa sebelum B
membuat penerimaan.
Penolakan tawaran oleh penerima tawaran
Luputnya waktu tawaran
Kematian atau ketidaksiuman pembuat tawaran
2. Penerimaan
Menurut seksyen 2(b)Akta Kontrak 1950.
“Penerimaan berlaku apabila orang kepada sesiapa cadangan itu dibuat menyatakan persetujuan dengan
cadangan itu maka bolehlah dikatakan bahawa cadangan itu diterima: sesuatu cadangan bila diterima,
adalah menjadi janji.”
MUKA SURAT 235
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Elemen penting penerimaan
1. Jelas, pasti dan tidak bersyarat (Seksyen 7a)
Penerimaan harus menepati terma tawaran dan jika wujud penerimaan bersyarat maka ia akan
membatalkan tawaran asal di namakan tawaran balas.
2. Dibuat secara biasa dan munasabah(Seksyen 7b)
Penerima tarawan dikehendaki membuat penerimaa dengan cara yang munasabah tetapi jika pembuat
tawaran telah menyatakan cara penerimaan yang dikehendaki, maka penerima tawaran berkewajipan
menunaikan cara tersebut.
3. Penerimaan mestilah dikomunikasikan (Seksyen 4)
Penerima tawaran mesti memberitahu kepada pembuat tawaran samada menerima tawaran itu atau
sebaliknya. Perbuatan mendiamkan diri tidak menunjukkan penerimaan di sisi undang-undang kerana
berdiam diri tidak dapat untuk melahirkan pertemuan minda yang menjadi asas hubungan kontrak
4. Penerimaan dalam jangkamasa yang munasabah
Sesuatu kontrak tidak akan terbuka selama-lamanya. Akta Kontrak 1950 sekyen 6 (a) “sesuatu
tawaran tidak akan luput jika penerimaan tidak akan dikomunikasi dalam masa yang munasabah
atau jika masa untuk penerimaan ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan.”
5. Penerimaan lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui dan menerimanya (Seksyen 4)
Ini bermaksud, sekiranya penerimaan tersebut tidak sampai kepada pengetahuan pembuat tawaran
sama ada dia sendiri tidak memberitahu akan penerimaannya ataupun sudah diberitahu tetapi tidak
sampai pemberitahuan tersebut kepada pembuat tawaran, penerimaan tersebut adalah tidak lengkap.
Walaubagaimanapun terdapat pengecualian bagi keadaan yang berikut:
i. Penerimaan dengan penunaian syarat (Seksyen 8)
Kontrak unilateral iaitu tawaran yang ditujukan kepada orang ramai dan penerimaan lengkap
sebaik sahaja penerima tawaran telah melaksanakan syarat-syarat tawaran tersebut.
MUKA SURAT 236
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
ii. Kaedah pos terpakai (Seksyen 4 (2)(a))
Penerimaan lengkap sebaik sahaja penerima mengepos surat penerimaan tersebut.
iii. Jualan lelong
Abdul Aziz Hussin (2012) Penerimaan lengkap sebaik sahaja pelelong menjatuhkan tukul kayu.
3. Balasan
Menurut seksyen 2(d), Akta Kontrak 1950.
“ Menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau
menahan diri dari membuat sesuatu, atau membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu maka
perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.”
Elemen penting balasan
1. Balasan mesti mempunyai unsur timbal balik
Kedua-dua pihak berkontrak mesti mempunyai balasan masing-masing terhadap kontrak yang
dijalankan.
2. Balasan tidak semestinya berpadanan
Balasan yang diberikan oleh penerima tawaran tidak semestinya berharga dan mempunyai nilai yang
berpadanan dengan sesuatu yang diberikan oleh pembuat tawaran atas dasar persetujuan bersama.
3. Balasan semestinya sah di sisi undang-undang
Sesuatu balasan mesti sesuatu yang tidak bertentangan dengan undang-undang.
4. Balasan tidak semestinya datang dari penerima janji
Sesiapa sahaja boleh memberi balasan walaupun ia bukan pihak yang terlibat untuk kontrak tersebut.
5. Balasan lampau adalah sah di sisi undang-undang
Balasan lampau adalah janji yang dibuat untuk membalas sesuatu perbuatan yang telahpun dilakukan
terdahulu.
MUKA SURAT 237
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Perjanjian tanpa balasan (Sekyen 26)
(a) la dinyatakan dalam tulisan dan didaftar mengikut undang- undang (jika ada) yang pada masa ini
berkuat kuasa bagi pendaftaran dokumen sedemikian, dan dibuat atas dasar kasih dan sayang sejati
antara pihak-pihak yang ada kaitan akrab antara mereka;
(b) la satu janji untuk memampaskan, keseluruhan atan sebahagiannya, kepada seseorang yang telah
dengan rela melakukan sesuatu kepada si pembuat janji;
(c) la satu janji, dibuat dalam tulisan dan ditandatangani oleh orang yang akan dituntut mengenainya,
atau oleh ejennya yang umumnya atau khususnya diberi kuasa untuk berbuat demikian, untuk
membayar keseluruhan atau sebahagian, suatu hutang yang, kalau tidak kerana undang-undang
sekatan guaman, pasti akan dituntut bayarannya oleh si pemiutang.
4. Niat
Keadaan minda yang tidak dapat dilihat secara zahir dan ia merupakan suatu yang ada pada hati yang
berbeza dengan perbuatan atau kelakuan. Akta Kontrak 1950, Seksyen 2(a) dan 2(d) perkataan `dengan
maksud’ dan `kehendak’ secara tersiratnya mengandungi elemen niat di dalamnya.
Perjanjian Berdasarkan Niat
Penentuan samada wujud niat atau tidak dalam berkontrak di mahkamah adalah berdasarkan kepada
jenis kontrak yang masuki oleh pihak-pihak yang berkontrak;
Perjanjian yang berbentuk domestik atau kekeluargaan tiada niat untuk mengikat di sisi undang-
undang
Perjanjian berbentuk komersial ataupun berbentuk perniagaan ada niat untuk terikat di sisi undang-
undang
5. Ketentuan
Merujuk kepada terma-terma dan syarat-syarat kontrak untuk menjadikan kontrak sah di sisi undang-
undang. Terma dan syarat kontrak mestilah jelas, nyata , terang dan tentu kepada sesiapa ianya ditujukan.
“ Perjanjian-perjanjian, yang mana maknanya tidak tertentu atau tidak boleh ditentukan, adalah batal”.
MUKA SURAT 238
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Faktor ketidaktentuan
Bahasa yang kabur dan samar-samar.
Perjanjian gagal mencapai persetujuan terhadap perkara pokok atau syarat utama perjanjian.
6. Keupayaan
Kelayakan seseorang untuk memasuki kontrak iaitu seseorang yang berkontrak mestilah bersetuju untuk
menerima kewajipan dan berfikiran waras serta dapat memahami terma kontrak dan kesan kontrak.
Elemen keupayaan (Sek 11 Akta Kontrak 1950)
Dewasa
Menurut Akta Umur Dewasa 1971, usia dewasa seseorang di Malaysia ialah 18 tahun tidak
termasuk perkara berkaitan perkahwinan, perceraian dan pengambilan anak angkat.
Terdapat tiga pengecualian seseorang yang berusia bawah 18 tahun boleh memasuki kontrak
berikut:
i. Kontrak Keperluan Hidup.
Orang yang membekalkan barangan keperluan kepada kanak-kanak berhak untuk
mendapat bayaran dari harta kanak-kanak tersebut.
ii. Kontrak Biasiswa
Kanak-kanak berhak menandatangani perjanjian biasiswa walaupun belum mencapai
usia 18 tahun dan perjanjian ini adalah sah serta mengikat di sisi undang-undang
iii. Kontrak Insurans
Seorang kanak-kanak berusia lebih 10 tahun hingga 16 tahun berhak memasuki
kontrak insuran dengan syarat mendapat kebenaran bertulis dari ibubapa atau
penjaganya.
MUKA SURAT 239
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Berakal Sempurna (Seksyen 11(1),(2),(3))
Bermaksud seseorang yang berkontrak hendaklah berfikiran waras serta dapat memahami terma
dan syarat kontrak atau berkeupayaan memahami kontrak yang diperbuatnya dan berkeupayaan
membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya.
Contoh : Seorang yang siuman, yang meracau kerana demam, atau yang begitu mabuk hingga ia
tidak dapat memahami syarat-syarat suatu kontrak atau tidak dapat membuat pertimbangan yang
rasional terhadap kesan kepentingannya, tidak boleh membuat kontrak selama tempoh racun atau
kemabukan itu. (Seksyen 12 (3)(b)
Tidak hilang kelayakan berkontrak.
Seseorang mestilah tiada halangan atau tiada mana-mana undang-undang yang melarangnya atau
tiada tertakluk mana-mana undang-undang ke atasnya untuk berkontrak.
Contoh : Seorang banduan tidak boleh berkontrak.
c) Menerangkan syarat- 1. Kontrak Sah
syarat kontrak ;
termasuklah kontrak Kontrak yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang dan memenuhi eleman utama kontrak iaitu
sah, kontrak tidak tawaran atau cadangan, penerimaan, balasan, niat , ketentuan dan juga keupayaan untuk berkontrak
sah, kontrak batal,
pelepasan kontrak, 2. Kontrak Batal (Void Contract)
dan remedi
Menurut Seksyen 2 (g), satu perjanjian atau kontrak yang batal sejak dari awal lagi dan tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang serta tidak boleh diwujudkan.
Sebab-sebab batal (Seksyen 24)
Dilarang undang-undang kerana tujuan kontrak yang melanggar dan bertentangan dengan undang-
undang
Contoh: kontrak perjudian dan pembunuhan
MUKA SURAT 240
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Bersifat mengecewakan dan mengelak dari peruntukan undang-undang
Contoh: perjanjian untuk mengelak sekatan dan undang-undang yang dikenakan seperti mengelak dari
Pengenalan Undang- membayar cukai jalan atau cukai perniagaan
undang Kontrak (DBP) Frod atau penipuan iaitu perjanjian yang bermotif untuk menipu pihak lain dan memperdayakan orang
(Abdul Aziz Hussin) Contoh: perjanjian yang dibuat untuk mendapat harta seseorang
Perjanjian yang mendatangkan bencana pada diri dan harta orang lain
Contoh: perjanjian yang dibuat untuk mencederakan seseorang atau mendatangkan kerugian kepada
seseorang
Perjanjian yang tidak bermoral dan bertentangan dengan muslihat awam
Contoh: Kontrak pemerdagangan manusia
3. Kontrak Boleh Batal
Kontrak yang sah pada peringkat awal (memenuhi keperluan undang-undang) tetapi terdapat unsur-unsur
negatif yang boleh membatalkan kontrak iaitu;
1. Paksaan (Seksyen 15)
Sebarang bentuk kekerasan atau ancaman kepada sesuatu pihak dalam kontrak contohnya
perjanjian yang dibuat atas dasar ugutan.
Contoh: Kes Kaufman lwn Gerson, Gerson telah menyalahgunakan wang yang diamanahkan
kepadanya oleh Kaufman. Kaufman mengugut akan mendakwa Gerson kecuali isteri Gerson
berjanji akan membayar kepada Kaufman . Isteri Gerson berjanji melaksanakan arahan tersebut
untuk menjaga nama suaminya. Mahkamah memutuskan bahawa isteri Gerson tidak terikat untuk
melaksanakan janjinya itu kerana ia dibuat lantaran dipaksa.
2. Pengaruh tidak berpatutan / tidak wajar (Seksyen 16)
Wujud apabila perhubungan pihak-pihak dalam sesuatu kontrak itu tidak diasaskan kepada
kesamarataan iaitu apabila sesuatu pihak menguasai pihak yang satu lagi.
Contoh : Pesakit didorong oleh pegawai perubatan untuk membeli ubatan yang memerlukan kos
yang tinggi, maka persetujuan ini dibawah pengaruh tidak wajar.
MUKA SURAT 241
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Pengenalan Undang-undang 3. Salahnyataan
Kontrak (DBP)
(Abdul Aziz Hussin) Merujuk kepada kenyataan yang tidak benar atau mengelirukan yang mendorong seseorang yang lain
untuk memasuki kontrak.
Berdasarkan kepada seksyen 18 Akta Kontrak mentakrifkan salah nyata sebagai;
18(a), “ Ketegasan positif … yang tidak benar tetapi dipercayai benar,
18(b), “Mana-mana pelanggaran kewajipan yang, tanpa niat menipu, memberi satu kelebihan kepada
orang yang melanggarnya….
18(c), “menyebabkan, walaupun dengan ikhlas, satu pihak berkontrak membuat kesilapan tentang
keadaan benda yang menjadi pokok perjanjian itu.”
Contohnya A dan B terlibat dengan perjanjian jual beli ladang ternakan yang pada hakikatnya A
sendiri tidak pernah memasuki dan menilai keupayaan ladangnya. A telah menyakinkan B bahawa
ladangnya mencukupi untuk menampung sejumlah 2000 ekor ternakan.
4. Frod/tipuan (Seksyen 17)
Kontrak yang dibuat untuk tujuan memperdayakan pihak lain dengan cara menyembunyikan fakta
penting, menyakinkan sesorang fakta yang tidak benar dan sebagainya.
Perbuatan yang disifatkan sebagai frod;
i. Satu saranan mengenai suatu fakta yang tidak benar oleh seseorang yang tidak
mempercayai sebagai tidak benar;
ii. Menyembunyikan secara aktif sesuatu fakta oleh seseorang yang mengetahui atau
mempercayai kebenaran fakta itu;
iii. Membuat janji tanpa sebarang niat untuk menepati janji itu;
iv. Mana-mana perbuatan lain yang sesuai untuk tujuan memperdaya;
v. Mana-mana perbuatan atau ketinggalan yang secara khusus dinyatakan oleh undang-
undang sebagai tipu.
MUKA SURAT 242
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contoh, jika A mendapat maklumat tentang pembangunan sesuatu tempat menjelang 5 tahun
akan datang telah berjumpa dengan B yang memiliki tanah dikawasan tersebut dan mendesak B
hingga bersetuju untuk menjual tanah tersebut kepada A. Oleh itu wujud unsur tipuan dan
kontrak boleh dibatalkan atas opsyen B
5. Khilaf
Jika kedua-dua pihak dalam kontrak itu silap tentang sesuatu fakta yang mustahak bagi kontrak
tersebut.
(a) Sesuatu perjanjian itu boleh batal atas alasan khilaf, jika khilaf itu berlaku disebabkan oleh
kedua-dua pihak yang berkontrak, jika satu pihak sahaja yang melakukan khilaf atau
melakukan khilaf tentang fakta penting maka perjanjian tesebut tidak akan menjadi batal.
o Kedua-dua pihak silap fakta tentang perkara pokok dalam kontrak.
o Contoh kes Raffles lwn Wichelhaus, W bersetuju menjual kapas yang diangkut dengan
kapal Peerless dari Bombay pada bulan Oktober manakala R bersetuju membeli kapas
yang diangkut pada bulan Disember. Maka terdapat kesilapan fakta tentang bulan
pengangkutan kapal.
(b) Khilaf yang dilakukan oleh pihak-pihak yang berkontrak itu mestilah terhadap sesuatu fakta
yang penting di dalam kontrak, yang bermaksud perkara pokok ataupun terma yang mustahak
dalam perjanjian tersebut.
o Dalam kes Couturier vs(lwn). Hastie (1852) 8 Exch. 40, A dan B memasuki perjanjian
penjualan jagung. Kedua-dua pihak menjangkakan jagung itu dalam pelayaran dari
Salonica ke England. Tanpa diketahui oleh mereka, jagung itu telah dijual di pelabuhan
Tunis kerana tempat simpanan jagung terlampau panas dan jagung itu telah rosak.
Mahkamah memutuskan bahawa kontrak yang sah antara A dan B tidak wujud kerana
mereka khilaf tentang kewujudan perkara itu.
MUKA SURAT 243
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Pelepasan Kontrak
Bermaksud keadaan kontrak boleh dilepaskan atau ditamatkan
i. Perlaksanaan syarat kontrak
Iaitu apabila setiap pihak memenuhi sepenuhnya tanggungjawab yang dinyatakan dalam kontrak. Ini
bermaksud jika satu pihak sahaja yang memenuhi tanggungjawab, sedangkan satu pihak lagi tidak
memenuhinya, maka pelepasan tidak dapat dilaksanakan.
Contoh : A berkontrak dengan B untuk membeli rumah B dengan harga RM200,000. A membuat
pembayaran kepada B dan B bersetuju untuk menjual rumahnya kepada A. Apabila selesai
perlaksanaan syarat-syarat kontrak tersebut, maka kontrak itu boleh dilepaskan.
ii. Dengan persetujuan pihak yang berkontrak
Seksyen 63 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan bahawa jika pihak-pihak dalam kontrak bersetuju
menggantikan sesuatu kontrak dengan kontrak yang baharu, atau bersetuju membatalkan atau
meminda kontrak, maka kontrak asal tidak perlu dilaksanakan.
Contoh : A dan B berkontrak untuk menjalankan projek perniagaan bersama untuk tempoh masa
tertentu. A dan B kemudiannya tidak berminat untuk meneruskan kontrak tersebut, maka jika kedua-
duanya bersetuju untuk tidak meneruskan kontrak tersebut, maka kontrak itu boleh dilepaskan.
iii. Dengan kemungkiran kontrak
Apabila suatu pihak dalam kontrak enggan melaksanakan kontrak seperti yang dijanjikan, maka pihak
yang satu lagi boleh menamatkan kontrak tersebut.
Contoh : A seorang penyanyi, membuat kontrak dengan B, seorang pengurus panggung, untuk
menyanyi di panggungnya dua malam seminggu selama dua bulan yang akan datang,dan B berjanji
membayarnya RM100 bagi setiap pertunjukan setiap malam. Pada malam keenam, A dengan sengaja
tidak datang ke panggung itu. B adalah bebas untuk menamatkan kontrak itu.
MUKA SURAT 244
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iv. Dengan kekecewaan kontrak
Bermaksud sesuatu kontrak untuk melakukan sesuatu perbuatan yang selepas kontrak dibuat,
menjadi mustahil atau oleh sebab peristiwa tertentu yang tidak dapat dihalang oleh pejanji, menjadi
batal apabila perbuatan itu menjadi mustahil atau tidak sah. Kekecewaan kontrak berlaku kerana
terdapat perubahan undang-undang, perkara penting dalam kontrak musnah, berlaku kematian atau
ketidakupayaan pihak yang berkontrak dan jika terdapat perubahan keadaan yang diluar dugaan pihak
yang berkontrak.
Contoh : Dalam kes Taylor Iwn Caldwell,102 Calder telah menyewakan dewan muziknya kepada
Taylor beberapa hari. Dewan itu telah terbakar sebelum Taylor mengadakan konsert. Mahkamah
memutuskan bahawa kontrak itu dilepaskan kerana perkara penting (iaitu dewan) telah musnah,
menyebabkan kontrak itu kecewa.
v. Dengan penguatkuasaan undang-undang
Apabila suatu kontrak dibuat dan disebut tempoh kontrak itu perlu dilaksanakan, maka selepas tamat
tempoh (melampaui) kontrak itu dilepaskan. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah mengakhiri had
masa (luput).
Contoh : A berkontrak dengan B bahawa A akan menyewa kereta B dari 1 Januari 2005 hingga 30
Jun 2005. Ini bermakna selepas 30 Jun 2005, kontrak itu telah luput dan boleh dilepaskan.
5. Remedi
Pemulihan atau tuntutan ke atas kemungkiran sesuatu kontrak .
Bentuk remedi iaitu:
i. Penamatan kontrak
Pihak yang menanggung kerugian boleh memilih untuk menamatkan kontrak dan seterusnya enggan
melaksanakan tugas selanjutnya seperti yang diperuntukkan dalam kontrak.
MUKA SURAT 245
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Akta Kontrak 1950 (ILBS) ii. Gantirugi
Bertujuan untuk membolehkan pihak yang rugi akibat kemungkiran kontrak mendapat pampasan.
Gantirugi ini meletakan pihak yang menanggung kerugian pada tempat yang sepatutnya ia berada
sekiranya tidak berlaku perlanggaran kontrak.
Contoh : A berkontrak untuk membaiki rumah B dengan cara tertentu, dan telah mendapat bayaran
terlebih dahulu. A membaiki rumah itu tetapi tidak mengikut kontrak. B berhak mendapat balik
daripada A harga untuk membaikinya selaras dengan kontrak itu.
iii. Injuksi
Satu remedi di bawah undang-undang ekuiti yang boleh dipohon oleh satu pihak bagi mengekalkan
`status quo’ sesuatu perkara ketika kes sedang ditangguh. Remedi yang berbentuk arahan mahkamah
supaya defenden membetulkan tingkahlakunya yang menjadi punca kemungkiran. Terbahagi kepada
dua ;
i. Injuksi Positif adalah satu perintah mengkehendaki seseorang melakukan sesuatu
ii. Injuksi Negatif pula adalah satu perintah melarang (restraining orfer)sesuatu pihak dari
melakukan sesuatu atau melakukan sesuatu seperti melaksanakan janji dalam kontrak
perkhidmatan.
Contoh : A seorang penyanyi berkontrak dengan Syarikat rakaman B untuk selama setahun dan dalam
kontrak perjanjian tersebut A tidak boleh mengikat kontrak dengan syarikat rakaman lain. A telah
mungkir janji dan Syarikat Rakaman B boleh mendapatkan remedi berbentuk Injuksi untuk
menghalang A dari mengikat kontrak dengan pihak lain semasa berkontrak dengan Syaikat Rakaman
B.
iv. Perlaksanaan Spesifik
Perintah mahkamah kepada satu pihak untuk melaksanakan obligasinya seperti mana yang terdapat
dalam kontrak. Remedi ini bergantung kepada budi bicara mahkamah sekiranya mahkamah
MUKA SURAT 246
Rujukan Kes Perniagaan MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
berpuashati pampasan wang tidak dapat memberikan relif yang mencukupi. Remedi ini hanya akan
diberi kepada kontrak harta tidak alih seperti tanah dan pajakan tanah serta barang-barang tertentu
yang sukar didapati di pasaran seperti saham, buku-buku antik dan barang antik.
Contoh : A memegang beberapa stok sebagai amanah untuk B. A secara salah melupuskan stok itu.
Undang-undang mewujudkan suatu kewajipan ke atas A untuk memulangkan kuantiti stok yang sama
kepada B, dan B boleh menguatkuasakan perlaksanaan spesifik kewajipan ini.
v. Quantum Meruit
Pihak yang teraniaya boleh memohon sejumlah bayaran terhadap apa yang telah dilakukannya dalam
kontrak itu yang dikenali sebagai quantum meruit (sejumlah yang perlu diperolehnya). Jika suatu
pihak enggan meneruskan sesuatu kontrak, maka pihak yang satu lagi boleh memperoleh bayaran bagi
kerja yang telah dilakukannya.
Contoh : Dalam kes Planche lwn Colburn, P bersetuju menulis dalam majalah yang diterbitkan oleh C
dengan bayaran $100. P telah menulis sebahagian tetapi C kemudian memberhentikan penerbitan
majalah itu. Dalam hal ini mahkamah memutuskan P berhak mendapat bayaran bagi tulisan yang
telah dibuatnya itu.
1. Tan Geok Khoo &Gerald Francis Robless lwn. Paya Terubong Est. Sdn. Bhd (1988)2MLJ672
i. Elemen Perkaitan kes
Kes ini berkaitan dengan elemen utama dalam kontrak iaitu eleman tawaran
ii. Isu Utama kes
Adakah terbatal kontrak jual beli tanah seluas 20 ekar selepas plantif gagal membayar mengikut
tempoh yang ditetapkan
iii. Fakta Kes
Plantif telah membayar sebanyak RM 6000 sebagai deposit kepada defenden untuk kontrak jual
MUKA SURAT 247
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
beli tanah estet seluas 20 ekar.
Defenden telah menerima bayaran deposit tersebut dan menghantar surat meminta bakinya yang
berjumlah RM 54000 daripada plantif dalam tempoh dua minggu.
Plantif membayar baki sebanyak RM 54000 selepas dua minggu seperti tarikh yang ditetapkan
kepada defendan dan pihak defenden telah mengeluarkan resit tanda penerimaan bayaran
Defenden memulangkan RM60000 kepada plantif keranan kontrak telah batal atau ditamatkan
memandangkan plantif telah gagal menjelaskan baki dalam tempoh yang ditetapkan.
iv. Keputusan Mahkamah
Mahkamah memutuskan telah wujud kontrak dan alasan kelewatan bayaran tidak boleh dijadikan
alasan kerana defenden telah memutuskan surat meminta bayaran dan telah menerima bayaran.
2. Preston Corp. Sdn. Bhd lwn Edward Leong & Ors (1982) 2MLJ22
i. Isu Elemen Perkaitan kes
Kes ini berkenaan tawaran dan penerimaan dalam sesuatu kontrak.
ii. Isu Utama kes
Terdapat dua isu, iaitu isu bayaran tambahan kos percetakan RM 500.00 yang tidak termasuk
perjanjian dan isu hak milik filem positif percetakan.
iii. Fakta Kes
Dalam kes ini plantif(Preston) adalah sebuah syarikat penerbitan buku dan defenden (Edward
Leong) ialah sebuah firma percetakan. Plantif telah membayar semua bayaran percetakan kecuali
satu jumlah bernilai RM500 yang dikatakan ialah bayaran lebihan yang telah dicaj.
Defenden mengatakan bawah RM 500 adalah sebahagian daripada kos percetakan yang patut
ditanggung oleh plantif iaitu kos yang digunakan untuk membuat semula filem positif untuk
cetakan semula.
Plantif enggan membayar wang tersebut dan kedua-dua pihak menuntut hak milik filem positif
tersebut.
MUKA SURAT 248
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iv. Keputusan Mahkamah:
Mahkamah memutuskan bahawa isu bayaran RM500 tidak disebut dalam perjanjian dan ia tidak
boleh dikuatkuasakan dan kedua-dua pihak perlu mengemukakan bukti lebih lanjut lagi bagi isu
pemilikan filem positif.
Plantif tidak perlu membayar sejumlah wang tersebut kerana tidak termasuk dalam perjanjian dan
kedua-dua pihak perlu kemukakan bukti masing-masing untuk menentukan hakmilik filem positif
tersebut.
3. Murugesu lwn. Nadarajah (1980)2MLJ22
i. Elemen Perkaitan kes
Kes ini berkaitan dengan elemen penting balasan dan perjanjian dalam kontrak
ii. Isu Utama kes
Defenden memohon mahkamah membatalkan kontrak penjualan rumah kepada plantif yang
merupakan penyewa rumah tersebut
Adakah wujud kontrak antara plantif dan defenden atas kontrak yang tiada unsur balasan
iii. Fakta Kes
Murugesu ( defenden) telah bersetuju menjual rumah kepada Nadarajah (plantif) yang juga
merupakan penyewa rumah tersebut dengan harga RM26,000.
Perjanjian dibuat secara bertulis di atas sehelai kertas sahaja.
Apabila tiba masanya, defenden enggan menjual rumah tersebut atas alasan kontrak tidak wujud
sebab tiada unsur balasan yang diberi.
Plantif memohon mahkamah mengeluarkan perintah pelaksanaan spesifik bagi kontrak tersebut
kerana ia menganggap perjanjian telah wujud.
MUKA SURAT 249
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iv. Keputusan Mahkamah
Mahkamah memutuskan bahawa balasan terhadap kontrak telah wujud kerana sesuatu balasan
boleh terdiri daripada janji secara bersama yang telah dibuat dan alasan pihak defenden bahawa
kontrak tidak wujud adalah tidak berasas.
4. Tan Swee Hoe Co. Ltd. Lwn. Ali Hussain Bros.(1980) 2MLJ16
i. Elemen Perkaitan kes
Kes ini berkatan dengan perjanjian lisan yang dibuat semasa berkontrak untuk menyewa tanah
ii. Isu Utama kes
Bolehkah perjanjian lisan diterima walaupun perjanjian bertulis tidak konsisten dengan perjanjian
lisan yang telah dipersetujui.
iii. Fakta Kes
Kes ini berkaitan dengan satu perjanjian yang telah dibuat secara lisan di antara seorang tuan
tanah(plantif) dan penyewa (responden).
Tuan tanah tersebut secara lisan telah berjanji membenarkan responden bermastautin di premisnya
selama yang diingini. Satu perjanjian bertulis telah dibuat, untuk menaikan sewa.
Responden enggan bayar dan diarahkan keluar dari tanah tersebut. Responden tidak setuju kerana
perjanjian bertulis yang dibuat tidak mengambil kira perjanjian lisan.
Plantif akhirnya mendakwa responden di mahkamah atas sebab-sebab tertentu.
iv. Keputusan Mahkamah:
Hakim menetapkan yang responden hanya boleh tinggal di premis tersebut selama 28 tahun sahaja
dengan bayaran RM293.40 sebagai sewa bulanan.
Perjanjian lisan adalah sah apabila perjanjian tersebut mendorong sesuatu pihak untuk
memasukinya dan boleh mengatasi mana-mana perjanjian bertulis yang bertentangan dengannya.
MUKA SURAT 250