MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Pengurus bawahan (penyelia).
Terdiri dari penyelia-penyelia.
Bertanggungjawab kepada pengurus pertengahan.
Terlibat dalam perancangan operasi
Mengikut kemahiran khusus seperti sebagai penyelia pengeluaran, penyelia mesin, pemasaran, akaun
dan sebagainya.
Menyusun kerja harian mereka dan mengarahkan pekerja bawahan melakukan kerja-kerja
6.2.2 Jenis-jenis kemahiran Maksud Kemahiran
Pengurusan Merujuk kepada keupayaan menterjemahkan atau menukarkan pengetahuan kepada tindakan yang
c) Menjelaskan boleh menghasilkan keputusan seperti yang dikehendaki.
berbagai-bagai jenis
kemahiran Jenis Kemahiran Pengurusan.
pengurusan 1. Kemahiran Konseptual
termasuklah
konseptual, antara- Keupayaan pengurus melihat organisasi secara keseluruhannya, hubungan antara bahagian-bahagian
perorangan/ dalam organisasi dan persekitaran organisasi yang terlibat.
kemanusiaan,
teknikal, Kemahiran ini untuk menangani isu-isu umum organisasi.
pengurusan masa, Pengurus juga perlu memahami bahawa organisasi terdiri dari bahagian-bahagian yang komplek
dan pembuatan Kemahiran konsep ini membolehkan pengurus melihat perkaitan antara syarikat dengan persekitaran
keputusan
seperti pelanggan, pesaing, pembekal, kerajaan dan sebagainya.
Keupayaan menyelesaikan masalah organisasi, melihat peluang serta ancaman dari persekitaran.
Pengurus akan dapat mencari, menganalsis dan menginterpretasi maklumat untuk mewujudkan
rancangan jangka masa panjang atau rancangan strategik yang akan menentukan arah perjalanan atau
halatuju organisasi.
Daft 2010 2. Kemahiran Antara Perorangan/ Kemanusian
Griffin 2011 Kemahiran Antara Perorangan / Kemanusian adalah keupayaan seseorang pengurus bekerja secara
efektif dengan orang lain.
Kemahiran memimpin, mengarah, menyelaras, berkomunikasi dan memotivasi pekerja.
MUKA SURAT 151
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kemahiran ini membolehkan pengurus berkerja sama dengan pekerja dalam satu pasukan kerja.
Pengurus bukan sahaja berinteraksi dengan pekerja malah dengan rakan sekerja dan semua pihak
yang berkaitan dalam organisasi. Pengurus juga akan terlibat dalam berinteraksi dengan pihak luar
syarikat seperti pelanggan, pembekal dan sebagainya.
3. Kemahiran Teknikal
Kemahiran teknikal merujuk kepada keupayaan dan kecekapan pengurus untuk memahami dan
menggunakan teknik, kaedah, peralatan dan prosedur tertentu dalam pekerjaan.
Penggunaan mesin dalam pengeluaran umpamanya memerlukan kemahiran ini.
Kemahiran teknik ini adalah diperlukan bagi tujaun mengoperasi mesin dan peralatan serta
penggunaan prosedur dan kaedah melakukan kerja.
4. Kemahiran Masa
Merujuk kepada penggunaan masa oleh pengurus secara cekap dan berkesan dalam merancang dan
melaksanakan aktiviti kerja.
Kemahiran menyusun tugasan atau kerja mengikut keutamaan
Kemahiran bekerja secara berkesan dan mengagihkan tugasan dan kerja secara tersusun dan
berjadual.
5. Kemahiran Pembuatan Keputusan
Kemahiran pengurus memahami dan menganalisis masalah, membentuk alternatif-alternatif
penyelesaian dan memilih alternatif terbaik dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Pengurus peringkat atasan terlibat dalam membuat keputusan yang besar berhubung dengan
perancangan strategik organisasi.
Mereka harus memiliki kemahiran konseptual dan analitikal bagi memahami persekitaran dan
meramalkan perubahan dalam persekitaran.
MUKA SURAT 152
6.3 Perancangan MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
6.3.1 Jenis-jenis
Mentakrifkan maksud perancangan
Perancangan Perancangan adalah proses penilaian persekitaran organisasi bagi membentuk matlamat dan menyediakan
a) Mentakrifkan pelan tindakan untuk mencapai matlamat tersebut.
maksud
perancangan dan Kepentingan perancangan
menjelaskan 1. Memahami persekitaran organisasi.
kepentingannya.
pengurusan. Perancangan dapat memberi tahu pengurus tentang faktor-faktor yang akan mempengaruhi keberkesanan
organisasi perniagaan seperti persaingan, politik, teknologi dan sebagainya.
Daft (2010)
Pengurus juga dalam hal ini boleh melihat dan menjangkakan peluang dan memahami ancaman
perniagaan.
Kekuatan dan kelemahan syarikat juga dapat diketahui. Pengurus dalam hal ini boleh menyusun
keutamaan terhadap strategi dan pendekatan syarikat bagi menghadapi persekitaran yang tidak menentu
dan berisiko.
2. Menyediakan halatuju organisasi.
Perancangan melibatkan penetapan matlamat.
Strategi syarikat akan dibentuk bagi mencapai matlamat.
Setiap aktiviti kerja yang akan dibentuk juga menjurus kearah pencapaian matlamat.
3. Panduan membuat keputusan.
Matlamat dan tindakan yang dibentuk dalam perancangan boleh menjadi panduan dalam membuat
keputusan dalam sebarang isu atau masalah berhubung dengan perlaksanaan.
Sebarang keputusan yang hendak dibuat haruslah berpandu kepada perancangan.
4. Menyelaras sumber.
Perancangan membantu pengurus mendapat dan menyelaras sumber-sumber organisasi seperti sumber
manusia, bahan mentah, kewangan, peralatan dan sebagainya agar ia dapat digunakan dengan lebih cekap
dan berkesan.
MUKA SURAT 153
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Perancangan yang baik akan memastikan sumber-sumber bagi menjalankan aktiviti organisasi tersedia
dan mencukupi mengikut keutamaan dan keperluan mencapai matlamat organisasi.
5. Menyelaras aktiviti kerja.
Perancangan dapat membantu dalam merancang dan menyelaras aktiviti kerja dengan pekerja dalam
syarikat terutamanya bagi fungsi pengurusan yang berbeza.
Contohnya adalah penyelarasan aktiviti antara fungsi pemasaran dengan kewangan. Umpamanya,
jabatan pemasaran berorientasikan jualan; manakala matlamat jabatan kewangan untuk mengurus wang
dengan berkesan.
6. Memahami aktiviti lalu.
Pengurus juga dapat memahami faktor-faktor pada masa lalu yang memberi kesan kepada kejayaan dan
kegagalan syarikat. Dengan ini syarikat akan lebih berhati-hati dalam merancang dan melaksanakan
operasinya.
7. Sebagai alat kawalan.
Perancangan merupakan standard yang telah ditetapkan untuk diikuti atau dicapai.
Dengan adanya perancangan, kerja-kerja pemantauan dan pengawalan dapat dilakukan.
Pada masa yang sama, penilaian terhadap prestasi pekerja dan pengurus dapat dijalankan.
b) Menjelaskan jenis Jenis-jenis perancangan.
perancangan 1. Jangka masa.
mengikut jangka
masa, kegunaan, dan i. Rancangan jangkamasa pendek
peringkatnya Biasanya kurang dari satu tahun.
(strategik, taktikal, Pihak pengurusan bawahan pula akan membentuk aktiviti jangka pendek mengikut tahunan bagi
dan operasi); organisasi.
Rancangan ini dikenali juga sebagai rancangan operasi.
MUKA SURAT 154
Griffin (2011) MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Daft (2010)
ii. Rancangan jangkamasa sederhana
Biasanya antara 1 hingga 3 tahun.
Pihak pengurusan pertengahan biasanya terlibat dalam rancangan peringkat ini.
Rancangan ini juga dikenali sebagi rancangan taktikal.
iii.Rancangan jangkamasa panjang
Pula biasanya adalah antara 3 dan 5 tahun.
Pihak pengurusan atasan biasanya telibat dalam rancangan jangkamasa panjang dan membentuk arah
tujuan organisasi.
Rancangan dikenali juga sebagai rancangan strategik.
2. Kegunaan.
i. Rancangan Tetap.
Merupakan rancangan yang dapat digunakan berulangkali tanpa sumber tertentu diperlukan.
Contohnya seperti dasar, prosedur dan peraturan.
ii. Rancangan sekali guna.
Merupakan rancangan yang hanya digunakan sekali sahaja atau digunakan mengikut jangkamasa
tertentu.
Contohnya seperti program dan belanjawan.
3. Peringkat. dan kekangan
i. Rancangan strategik.
Merupakan rancangan jangka panjang
Bagi mengurus peluang dan ancaman serta mengurus keupayaan (kekuatan)
(kelemahan) organisasi dengan cekap dan berkesan.
MUKA SURAT 155
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
ii. Rancangan taktikal.
Merupakan rancangan jangka masa sederhana
Menterjemahkan rancangan strategik yang luas ke dalam bentuk matlamat yang lebih spesifik dan
lebih mudah difahami.
iii. Rancangan operasi.
Merupakan rancangan jangka masa pendek
Yang akan melaksanakan rancangan taktikal yang lebih khusus.
6.3.2 Proses Perancangan Proses Perancangan
i) Menetapkan Matlamat dan objektif.
c) Menjelaskan proses
perancangan yang Pengurus atasan biasanya akan menetapkan matlamat umum organisasi yang melibatkan jangka masa
meliputi panjang.
menentukan
matlamat dan Matlamat ini akan menjadi panduan kepada pengurus pertengahan dan penyelia dalam membentuk
objektif, objektif dan strategi bahagian masing-masing.
menganalisis
persekitaran Contohnya, dalam membentuk objektif jualan umpamanya, pengurus boleh meletakkan beberapa
perniagaan, alternatif untuk objektif. Seperti target jualan pada tahun ini adalah RM 5 juta, atau RM 10 juta, atau
membentuk sebagainya.
alternatif tindakan,
menilai alternatif, ii) Menganalisis Persekitaran Perniagaan.
dan memilih Mengkaji persekitaran dalaman dan luaran.
alternatif tindakan. Pengurus harus mengenalpasti corak persekitaran sekarang bagi membuat ramalan perubahan
persekitaran pada masa depan.
Griffin (2011) Analisis persekitaran memerlukan pengurus memahami unsur-unsur dalam persekitaran umum dan
Daft (2010) tugas atau persekitaran industri syarikat.
Contohnya, pengurus boleh mengkaji pertumbuhan ekonomi negara pada tahun-tahun yang telah lepas,
tren permintaan produk, cita rasa pelanggan, kedapatan bahan mentah, kadar inflasi, perubahan
teknologi dan sebagainya.
MUKA SURAT 156
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iii) Membentuk Alternatif-Alternatif Tindakan.
Menyenaraikan tindakan alternatif yang akan diambil bagi mencapai objektif perniagaan.
Pengurus boleh memikirkan alternatif tindakan dengan mengkaji kekuatan dan kelemahan
perniagaan serta menganalisis peluang dan ancaman dari persekitaran.
Contohnya, syarikat ingin merancang berapakah target jualan pada tahun hadapan. Pada tahun lalu
keadaan ekonomi tidak menentu dan pasaran jatuh ke paras yang minima. Syarikat hanya mendapat
hasil RM 5 juta. Tetapi tahun depan ekonomi dijangka stabil dan keadaan pasaran diramal
meningkat. Bagi senario di atas, pengurus boleh menyediakan berbagai alternatif matlamat dan
strategi rancangan. Diantaranya adalah:
Alternatif 1: Target jualan tahun depan adalah RM 5 juta. Strategi perniagaan tidak melibatkan promosi
intensif sebab produk sudah dikenali dipasaran.
Alternatif 2: Target jualan tahun depan adalah RM 10 juta. Kawasan pasaran diperluaskan. Strategi
perniagaan melibatkan promosi yang intensif terutama bagi kawasan pasaran baru.
iv) Menilai Alternatif
Menilai kelebihan dan kelemahan setiap alternatif Setelah alternatif-alternatif perancangan dibentuk,
maka langkah seterusnya adalah untuk menilai kemungkinan kejayaan setiap alternatif perancangan
tersebut.
Penialaian boleh dibuat berdasarkan keupayaan syarikat dan juga mengambil kira kelemahan syarikat.
v) Memilih Alternatif Tindakan.
Setelah mempertimbang dan menilai setiap alternatif rancangan, pengurus bolehlah menyusun alternatif
rancangan tersebut mengikut keutamaannya.
Setelah itu, pilihlah alternatif rancangan yang terbaik yang boleh memberi kejayaan kepada syarikat.
MUKA SURAT 157
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
6.3.3 Alat-alat Perancangan 1. Analisis Pulangan Modal.
d) Menyediakan Satu cara menentukan berapa jumlah hasil yang diperlukan untuk hanya cukup membayar jumlah kos.
analisis pulang
modal; Formula
APM = Kos Tetap
Harga Seunit – Kos Berubah Seunit
Griffin (2011) Syarikat Jaya mengeluarkan kicap tetap ialah sebanyak RM 4000.00. Kos berubah sebotol kicap ialah
Daft (2010) RM 1.40. Harga sebotol kicap ialah RM 3.00 sebotol.
APM = RM 4000.00
RM 3.00 – RM 1.40
APM = RM 4000.00
RM 1.60
APM = 2500 unit
Rumusan; Syarikat Jaya haruslah merancang mengeluarkan 2500 unit keluaran bagi membolehkan
syarikat memperolehi pulangan modal, atau mengeluarkan lebih 2500 supaya syarikat memperolehi
keuntungan.
MUKA SURAT 158
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
e) Melakarkan carta 2. Melakarkan carta Gantt
Gantt
Merupakan satu penjadualan rancangan berbentuk graf mendatar menunjukkan aktiviti-aktiviti
mengikut susunan untuk disiapkan berdasarkan masa yang ditetapkan.
Contoh penggunaan carta Gantt dalam perancangan pembinaan sebuah rumah.
Aktiviti Perkara Tempoh
1. Penyediaan tapak 1 ½ bulan
2. Penyediaan kerangka rumah 1 ½ bulan
3. Mengikat bata dinding rumah 2 bulan
4. Memasang bumbung 1 bulan
5. Pendawaian elektrik dan paip air 1 bulan
6. Memplaster dinding 1 bulan
7. Memasang pintu dan tingkap ½ bulan
8. Memasang jubin, alatan elektrik dan paip air. 1 bulan
9. Mengecat rumah ½ bulan
Jadual: Aktiviti dan tempoh masa untuk menyiapkan sesebuah rumah
Aktiviti Bulan
123456789
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Carta Gantt : Menunjukkan perancangan pembinaan sebuah rumah.
Tempoh siap rumah 9 bulan sahaja kerana ada kerja yang boleh dijalankan serentak.
MUKA SURAT 159
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
f) Menjelaskan bajet dan 3. Bajet / Belanjawan
penggunaannya dalam
perancangan Merujuk kepada rancangan terperinci yang dinyatakan dalam bentuk nilai kewangan.
Ia merupakan ramalan atau jangkaan hasil, belanja dan perbelanjaan modal.
Belanjawan terhadap sumber-sumber organisasi adalah seperti gaji, upah, kos bahan, pengangkutan,
overhed dan sebaginya.
Bajet dibentuk mengikut tempoh masa tertentu seperti bulanan dan tahunan.
Bajet terdapat dalam berbagai jenis seperti belanjawan hasil, perbelanjaan, projek, tunai dan program.
Contoh bajet adalah seperti di bawah,
Item Anggaran Belanjawan (RM)
Gaji Suku tahun
Elaun
Peralatan Pejabat Pertama Kedua Ketiga Keempat
Perjalanan 20 000
Elektrik, telefon, air 20 000 20 000 20 000 12 000
Pembaikan 4 000
Insurans 5 000 8 000 10 000 6 000
Pengiklanan 1 500
Bonus 4 000 4 000 3 500 2 000
Lain-lain belanja -
6 000 6 000 6 000 2 000
8 000
1 500 1 500 1 500 1 000
1 000 1 000 2 000
1 200 - -
1 500 1 500 2 000
---
1 000 1 000 1 000
Jumlah 41 200 43 500 46 000 56 500
Belanjawan Operasi Syarikat.
MUKA SURAT 160
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Penggunaan bajet dalam perancangan.
Merancang perbelanjaan organisasi
Merancang pengagihan sumber yang terhad dengan cekap.
Digunakan sebagai panduan dalam menjalankan aktiviti kewangan.
Mengenalpasti punca perbelanjaan dan punca perolehan.
g) Menghitung dan 4. Critical Path Method (CPM).
melakarkan Critical Cara laluan genting adalah merujuk kepada laluan yang terpanjang penggunaan masanya melalui
Path Method (CPM); aktiviti dan peristiwa yang berurutan dalam rangkaian PERT.
CPM biasanya digunakan dalam industri pembuatan dan pembinaan bagi mengetahui masa aktiviti
sesuatu projek dilaksanakan dengan tepat.
Ia dapat membantu pengurus mengenalpasti aktiviti yang kritikal yang perlu diberi perhatian agar
projek yang dirancang dapat dihabiskan mengikut masa yang ditetapkan.
Aktiviti Peristiwa Aktiviti Awal Tempoh (Hari)
A Membersih kawasan dan merata tapak - 1
B Membina tiang A 2
C Mengkonkrit Lantai A 3
D Membuat rangka bumbung B 5
E Memasang bumbung 4
C,D
Jadual: Contoh pembinaan gerai makan.
MUKA SURAT 161
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
6.3.4 Perancangan 1. Visi
Strategik Visi merupakan wawasan yang diharapkan untuk dicapai pada masa hadapan.
Ia juga merujuk kepada arah tuju atau matlamat yang akan dicapai pad masa hadapan( berjangka
h) Menjelaskan unsur- panjang).
unsur perancangan Visi juga merujuk kepada satu pernyataan yang jelas, padat serta dapat merangsang orgaisasi
strategik yang bertindak serta boleh dikomunikasikan.
merangkumi visi, Visi juga berfokus kepada perancangan strategik.
misi, objektif
(VMO), strategik 2. Misi
dan taktik, Misi merujuk kepada tujuan atau sebab kenapa sesebuah organisasi ditubuhkan.
dasar/polisi, Ia biasanya dinyatakan dalam bentuk umum menjelaskan skop operasi syarikat dan produk yang
prosedur dan ditawarkan dipasaran.
standard. Misi boleh juga merangkumi falsafah perniagaan.
Pernyataan misi mempromosikan harapan pekerja dan dapat memotivasikan pekerja dalam
merealisasikan tujuan kewujudan organisasi.
MUKA SURAT 162
Griffin (2011) MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Daft (2010)
Pengurus juga boleh menggunakan misi sebagai menilai kejayaan pengurusannya.
Contoh misi adalah seperti berikut:
“Kami akan memastikan pelanggan kami mendapat kepuasan dan faedah biarpun kami terpaksa
berjaga malam.”
3. Objektif
Objektif merujuk kepada sasaran atau hasil akhir yang perlu dicapai oleh organisasi dalam
jangkamasa tertentu di masa depan.
Objektif atau matlamat adalah meletakkan halatuju perjalanan organisasi.
Matlamat organisasi merupakan rancangan asas syarikat, tetapi setiap bahagian dan jabatan juga
mempunyai matlamat mereka sendiri.
Ini berkaitan dengan rancangan strategik, rancangan taktikal dan rancangan operasi.
Ciri-ciri objektif yang baik adalah seperti berikut (berpandukan konsep SMART):
1. Khusus (Spesific)
Objektif hendaklah khusus atau spesifik yakni jelas dan terperinci.
2. Boleh diukur (Measurable)
Objektif yang spesifik tadi hendaklah boleh diukur dalam satu piawai.
3. Penugasan (Assignable)
Objektif mestilah boleh di beri penugasan kepada individu atau kumpulan kerja yang akan
bertanggung jawab melaksanakan tugas tersebut.
4. Rialistik (Realistic)
Objektif hendaklah mencabar dan memerlukan kerja kuat tetapi dalam lengkongan pekerja
berupaya dengan abiliti dan sumber yang ada bagi mencapai objektif tersebut.
5. Tempoh masa (Timely)
Objektif yang dibentuk perlulah mempunyai satu had jangka masa tertentu untuk disiapkan dan
dicapai.
MUKA SURAT 163
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Strategi
Merupakan satu rancangan umum yang komprehensif atau menyeluruh menerangkan bagaimana
organisasi dapat mencapai misi dan matlamat.
Menerangkan program umum bagaimana sumber didapati dan digunakan untuk mencapai
matlamat.
Tujuan strategi adalah untuk komunikasi antara objektif dan polisi dan menyokong program-
program yang dibentuk.
Strategi dapat di kelas kepada tiga jenis.
1. Strategi koperat
Merujuk kepada strategi keseluruhan yang memberi halatuju umum organisasi.
Strategi ini dibentuk oleh lembaga pengarah atau pengurusan atasan. Ia mengambil kira
keseluruhan aktiviti organisasi.
2. Strategi perniagaan
Merujuk kepada strategi yang dibentuk oleh syarikat atau unit perniagaan yang boleh
meningkatkan kelebihan saingan kepada perniagaan.
Strategi ini lebih menekankan kelebihan saingan barangan atau perkhidmatan yang
dihasilkan dan akan bersaing dalam pasaran.
3. Strategi fungsian
Merujuk kepada strategi yang dibentuk mengikut fungsi perniagaan untuk merealisasikan
strategi perniagaan.
5. Taktik
Taktik adalah satu pelan operasi yang spesifik yang memperincikan bagaimana, bila dan di mana
sesuatu strategi itu akan dilaksanakan.
Taktik mempunyai skop yang sempit dan tempoh yang lebih pendek dari strategi.
Ia adalah jelas dan lebih berorientasi tindakan.
Ia akan dilaksanakan oleh pekerja hadapan.
Contoh taktik adalah seperti taktik lokasi pasar, taktik ketepatan masa, taktik serangan, taktik
pertahanan dan sebagainya.
MUKA SURAT 164
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
6. Dasar /Polisi
Dasar adalah pernyataan asas syarikat yang menjadi panduan kepada pengurus dalam membuat
keputusan menjurus kearah pencapaian matlamat organisasi.
Dasar melibatkan skop yang luas
Menjadi panduan umum kepada tindakan
Dibentuk berasaskan matlamat dan strategi umum organisasi
Membentuk sempadan dalam membuat keputusan
7. Prosedur
Merujuk kepada langkah-langkah yang disusun secara sistematik mengikut urutan sebagai
panduan dalam melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai matlamat tertentu.
Ia merupakan satu rancangan yang kegunaannya berterusan dibentuk bagi memastikan aktiviti
kerja yang akan dilakukan mengikut cara yang betul.
Ia juga menjadi satu panduan untuk para pekerja bertindak.
Cara kerja atau aktiviti kerja yang dibuat perlu mengikut turutan yang telah ditetapkan.
Prosedur biasanya ditulis secara formal, dimaklum kepada pekerja dan disimpan sebagai rujukkan.
Contoh prosedur yang terdapat di dalam syarikat adalah seperti prosedur melakukan kerja,
memohon cuti, memohon pinjaman, prosedur keselamatan, rungutan pekerja, dan sebagainya.
8. Standard
Merupakan satu ukuran piawaian yang ditetapkan dan boleh digunakan untuk membuat
perbandingan dengan pencapaian semasa.
Standard juga menjadi tanda aras ataupun panduan serta pengukur dalam setiap tindakan yang
diambil.
Standard juga mestilah jelas, mudah difahami dan ianya berkait rapat dengan objektif organisasi.
MUKA SURAT 165
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
i) Mengaplikasikan analisis ANALISIS SWOT
kekuatan, kelemahan,
ancaman dan peluang
(SWOT).
Kekuatan (Strengths)
Merujuk kepada kekuatan yang adalam dalam organisasi yang boleh membantu dalam proses membuat
keputusan dalam perancangan.
Contoh kekuatan dalaman ialah, pekerja, sumber kewangan organisasi, kebolehan pengurus mengurus
dengan cekap.
Kelemahan (Weakness)
Merujuk kepada kelemahan yang ada dalam sesbuah organisasi yang boleh menjadi penghalang kepada
proses perancangan strategik.
Contoh kelemahan ialah, sumber bahan mentah yang tidak mencukupi, kekurangan pekerja yang
berkebolehan dan juga masalah lantik henti pekerja yang kerap.
Peluang (Opportunities)
Merujuk kepada keadaan persekitaran luaran yang boleh menyediakan ruang atau peluang kepada
organisasi membuat perancangan strategik yang baik.
Contoh peluang ialah, perubahan dasar kerajaan yang memberi peluang kepada peniagaan, contohnya
skim baucer buku untuk pelajar pengajian tinggi akan memebri ruang untuk industri buku.
Ancaman (Threats)
Merujuk kepada ancaman yang disebabkan oleh faktor persekitaran.
Contohnya wujud pesaing dalam sesebuah pasaran akan menyebakan jualan produk akan menjadi
merosot.
MUKA SURAT 166
6.4 Pengorganisasian MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
6.4.1 Reka bentuk Maksud Pengorganisasian
organisasi Pengorganisasian adalah satu proses mengatur dan menyelaras tugas-tugas dan sumber-sumber organisasi
a) Mentakrifkan untuk melaksanakan pelan tindakan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
maksud
pengorganisasian Kepentingannya Pengorganisasian
dan menjelaskan 1. Supaya organisasi dapat beroperasi dan diuruskan dengan lebih licin dan teratur.
kepentingannya. 2. Agar aktiviti kerja dapat dilakukan dengan cekap dan berkesan.
3. Dapat mengurangkan konflik tugas antara pekerja.
4. Membantu dalam pembangunan sumber manusia dengan rekabentuk semula kerja dan latihan sambil
kerja.
5. Membantu dalam merancang bilangan pekerja dan penggunaan tenaga kerja yang lebik cekap dan
berkesan.
6. Dapat menjelaskan peranan, tanggungjawab dan hubungan antara pekerja atau unit kerja.
7. Pengagihan dan penggunaan sumber-sumber organisasi dengan cekap dan berkesan.
8. Untuk menyelaras perlaksanaan perancangan dalam mencapai matlamat organisasi.
b) Membentuk carta Reka bentuk organisasi
organisasi dan 1. Carta Organisasi
membincangkan
rasional Carta organisasi merupakan diagram yang memaparkan pembahagian dan susunan kerja, jenis
penjabatanan jabatan, hubungan autoriti, rantaian arahan dan posisi individu dalam organisasi.
organisasi
mengikut fungsi, Tugas-tugas (pengkhususan)
divisyen (produk, Carta menunjukkan tugas atau fungsi yang berbeza antara satu bahagian dengan bahagian yang lain.
pasaran, dan Ia juga menunjukkan jawatan-jawatan tertentu.
geografi), Contohnya, penyelia akaun, penyelia pemasaran, pengurus pengeluaran dan sebagainya.
dan matriks
Pembahagian kerja
Kerja dikumpulkan dan dibahagikan mengikut bidang atau fungsi tertentu. Satu kotak dalam carta
mewakili satu posisi kerja dalam organisasi.
MUKA SURAT 167
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Peringkat pengurusan
Carta dapat menggambarkan hierarki pengurusan dimana presiden merupakan pengurusan peringkat
Griffin (2011) atas, pengurus fungsi (pengurusan pertengahan) dan penyelia (pengurusan bawahan) dan diikuti para
pekerja masing-masing.
Autoriti lini
Garis menegak dalam carta yang menyambung antara kotak-kotak menunjukkan kedudukan autoriti
seseorang ke atas pihak lain. Garis ini menghubung diantara ketua dengan subordinat.
Contoh: presiden dengan pengurus, pengurus dan penyelia).
Rantaian Arahan
Garis menegak juga menunjukkan aliran arahan dari presiden kepada pengurus kepada penyelia dan
seterusnya pekerja.
Jangkauan Kawalan
Menunjukkan tanggungjawab pengurus menyelia sebilangan pekerja di bawahnya dan pekerja-pekerja
tersebut secara terus melaporkan kerja mereka kepada pengurus tersebut.
Contoh: pengurus pengeluaran bertanggungjawab ke atas tiga orang penyelianya.
Carta Organisasi
Presiden
Pengurus Pengurus Pengurus
Pengeluaran Pemasaran Kewangan
PP1 PP2 PP3 PM PM PM PK1 PK2 PK3
1 23
Nota: PP = Penyelia Pengeluaran PM= Penyelia Pemasaran PK= Penyelia Kewangan
MUKA SURAT 168
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Penjabatanan
Mengelompokkan manusia dan kerja-kerja dalam satu unit kerja.
Pendekatan klasikal organisasi menyatakan aktiviti dalam organisasi dipecahkan kepada
pengkhususan atau menjadi tugas-tugas yang kecil dan spesifik.
Contohnya, seseorang pekerja mungkin akan diberi tugas atau kerja secara khusus mengikut
kemahiran yang dimilikinya (pengkhususan kerja). Tugas-tugas ini perlu dikelompokan mengikut
fungsi-fungsi tertentu bagi memudahkan kordinasi dan pengawalan.
Jenis-jenis penjabatanan (struktur organisasi) yang digunakan oleh organisasi adalah penjabatanan
mengikut fungsi, divisyen dan matrik.
i) Penjabatanan Mengikut Fungsi
Merujuk kepada mengelompokkan pekerja yang mempunyai kemahiran yang sama ke dalam
fungsi khusus yang berkaitan dengan kemahiran mereka.
Penjabatan mengikut fungsi ini adalah sesuai bagi digunakan oleh perniagaan kecil atau
sederhana dan perniagaan yang beroperasi dalam persekitaran yang stabil.
Contohnya, pekerja yang mahir dalam penjualan, promosi, hubungan pelanggan dan
sebagainya di kelompokkan ke dalam fungsi pemasaran; pekerja yang mahir tentang akaun,
simpan kira, belanjawan di kelompokkan ke dalam fungsi kewangan.
Antara Kelebihan penjabatanan mengikut fungsi:
1. Menggalakkan perkembangan kemahiran (kepakaran) dalam satu bidang khusus sahaja.
2. Kerja yang dilakukan lebih cekap kerana penumpuan satu bidang sahaja.
3. Dapat memberi peluang kepada penyelia dan subordinat berkongsi kemahiran.
4. Penyelesaian masalah lebih cekap kerana pekerja lebih mahir dalam bidang mereka.
Kelemahan penjabatanan mengikut fungsi:
1. Pekerja lebih mementingkan jabatan mereka.
2. Pengetahuan pekerja dalam fungsi atau bidang lain tidak dapat dikembangkan.
3. Komunikasi antara jabatan atau fungsi yang berbeza adalah kurang.
4. Mudah berlaku konflik antara jabatan atau fungsi yang berbeza.
MUKA SURAT 169
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Pengarah Urusan
Pengurus Pengurus Pengurus Pengurus Sumber
Pengeluaran Pemasaran Kewangan Manusia
P PP2 PP3 PM1 PM PM3 PM3 PM3 PM3 PSM PSM PSM
P1 2 3 3 3
Para pekerja Para pekerja Para pekerja Para pekerja
Rajah : Penjabatanan Mengikut Fungsi
ii. Penjabatanan Mengikut Divisyen
Merujuk kepada mengelompokkan pekerja dalam satu jabatan bagi menghasilkan produk
yang sama, atau melayan pelanggan yang sama, atau bekerja di kawasan yang sama.
Penjabatanan ini biasanya berasaskan kepada produk, lokasi atau pelanggan.
Pekerja akan dikelompokkan kedalam satu divisyen dan aktiviti kerja hanya fokus kepada satu
produk atau kumpulan pelanggan tertentu sahaja.
Organisasi perniagaan yang menggunakan penjabatanan ini biasanya syarikat besar, syarikat
yang mempunyai pelbagai produk, kawasan pasaran yang berbeza dan pelanggan yang
berbagai.
Kelebihan penjabatanan mengikut divisyen.
1. Fokus hanya pada satu produk atau pelanggan atau kawasan tertentu (mudah dan tidak
komplek)
2. Maklumat yang diperlukan mudah dikumpul dan mudah diurus.
3. Pekerja lebih komited memajukan jabatan atau divisyen.
4. Dapat melatih dan memajukan kepakaran pekerja dalam berbagai bidang
MUKA SURAT 170
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kelemahan penjabatanan mengikut divisyen.
1. Kordinasi antara divisyen produk yang berlainan agak sukar
2. Sebahagian pengurus mempunyai kepakaran umum dan mereka tidak memahami dengan
3. mendalam aspek-aspek fungsi perniagaan.
4. Berlaku duplikasi kerja, kerja dibuat oleh satu divisyen akan juga dibuat oleh divisyen
yang lain (contoh: fungsi pemasaran, kewangan dan sebagainya terdapat disemua divisyen
bagi produk yang berbeza).
5. Perebutan sumber organisasi oleh divisyen atau jabatan yang berbeza.
Tiga Jenis Penjabatanan
1. Penjabatanan Berasaskan Divisyen Produk
Aktiviti-aktiviti kerja dan pekerja dikumpulkan bersama untuk mengeluarkan satu produk atau servis
yang sama.
Penjabatanan ini membahagikan jabatan kepada produk yang berlainan yang dikeluarkan syarikat.
Jabatan yang bertanggungjawab ke atas sesuatu produk tersebut fokus kepada pelanggan dan pasaran
sendiri.
Penjabatanan berasaskan produk ini adalah sesuai bagi syarikat besar yang mempunyai pelbagai
barisan produk dan menghadapi persekitaran yang sentiasa berubah-ubah.
Pengarah Urusan
Pengurus Besar Pengurus Besar Pengurus Besar
Produk A Produk B Produk C
PM PK PP PM PK PP PM PK PP
PM = Pengurus Pemasaran PK = Pengurus Kewangan PP = Pengurus Pengeluaran
Rajah : Penjabatanan Berasaskan Produk
MUKA SURAT 171
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
ii) Penjabatanan Berasaskan Pelanggan
Merujuk kepada aktiviti-aktiviti kerja dan pekerja dikumpulkan bersama untuk melayan
pelanggan yang sama.
Andaian untuk pembentukkan penjabatanan ini adalah pelanggan mempunyai keperluan
tersendiri dan mengahadapi masalah yang sama.
Pelanggan boleh dikelompokkan megikut kategori atau pasaran tertentu seperti pasaran kanak-
kanak, orang dewasa, remaja, keluarga, lelaki, wanita dan sebagainya.
Penjabatanan berasaskan pelanggan ini membuatkan aktiviti membeli-belah oleh pelanggan
menjadi mudah. Biasanya pasaraya mengsegmenkan kawasan membeli-belah mereka mengikut
keperluan pelanggan yang berbeza-beza. Dalam hal ini pelanggan dijangka akan mendapat
layanan yang memuaskan. Rajah di bawah menunjukkan carta organisasi penjabatanan
berasaskan pelanggan.
Pengarah Urusan
Pengurus Divisyen Pengurus Divisyen Pengurus Divisyen
Peruncitan Pemborongan Kerajaan
Rajah : Penjabatanan Berasaskan Pelanggan
iii) Penjabatanan Berasaskan Divisyen Geografi
Penjabatanan berasaskan geografi merujuk kepada aktiviti-aktiviti kerja dan pekerja
dikumpulkan bagi melakukan kerja pada satu lokasi tertentu.
Digunakan apabila operasi syarikat berada di berlainan kawasan atau tempat.
Syarikat yang berorientasikan perkhidmatan seperti bank, insuran, pendidikan dan sebaginya
biasanya mempunyai struktur divisyen berasaskan geografi.
Penggunaan struktur ini memudahkan pihak syarikat menumpukan produk mereka dengan
kehendak pelanggan yang berbeza dari kawasan yang berlainan.
MUKA SURAT 172
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Pengarah Urusan
Pengurus Kawasan Pengurus Kawasan Pengurus Kawasan
Pantai Timur Utara Tengah
Rajah : Penjabatanan Berasaskan Geografi
3) Penjabatanan Mengikut Matrik
Penjabatanan matrik merupakan kombinasi penjabatanan mengikut fungsi dan penjabatanan mengikut
divisyen dimana kumpulan pekerja akan melakukan kerja-kerja dalam pasukan projek atau program.
Pekerja dalam organisasi matrik ini dimiliki oleh dua kumpulan formal. Pengurus atau penyelia akan
melaporkan kerjanya kepada dua orang ketua iaitu ketua jabatan fungsi dan ketua divisyen.
Ia meningkatkan fleksibiliti dan kerjasama bagi setiap peringkat organisasi.
Struktur ini sesuai bagi syarikat yang menghadapi persaingan yang kuat terutamanya dalam inovasi
produk, perubahan pasaran, perubahan teknologi, dan sumber tenaga manusia yang terhad.
Penjabatanan seperti ini banyak digunakan bagi syarikat konsultan, pengiklanan, pembinaan, dan lain-
lain syarikat profesional.
Kelebihan penjabatanan mengikut matrik
1. Penggunaan kepakaran pekerja mahir dengan cekap.
2. Fleksibilliti dan memudahkan pengurusan projek atau produk baru.
3. Meningkatkan kemahiran pekerja merentasi fungsi organisasi.
4. Menggalakkan kerjasama antara jabatan.
MUKA SURAT 173
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kelemahan penjabatanan mengikut matrik:
1. Pekerja yang terlibat akan keliru dan kecewa kerana melaporkan kerja kepada dua orang ketua
2. Konflik antara pengurus divisyen dan pengurus fungsi disebabkan oleh perebutan sumber
kepakaran dan keutamaan kerja.
3. Terlalu banyak masa digunakan untuk mengkordinasi keputusan.
4. Perlaksanaan struktur ini memerlukan kos yang tinggi.
Pengarah Urusan
Pengurus Besar Pengurus Besar Pengurus Besar
Pengeluaran Pemasaran Kewangan
Pengurus Penyelia Penyelia Penyelia
Projek A
Penyelia Penyelia Penyelia
Pengurus Penyelia
Projek B Penyelia Penyelia
Pengurus
Projek C
Rajah : Struktur Matrik
MUKA SURAT 174
c) Menjelaskan bentuk- MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
bentuk lain struktur
organisasi termasuklah Bentuk-Bentuk Lain Struktur Organisasi
struktur berdasarkan i) Struktur Berdasarkan Pasukan.
pasukan, projek, unit
perniagaan strategik Terdiri daripada pasukan kerja, setiap pasukan kerja menuju kearah mencapai satu matlamat yang
(SBU), dan organisasi sama.
tanpa sempadan
Organisasi pasukan berstruktur tidak mempuanyai hierarki atau rantaian arahan. Struktur dibentuk
berdasarkan kepercayaan bahawa matlamat organisasi tidak dapat dicapai melalui individu, melainkan
akan dapat dicapai melalui kerja berpasukan.
Setiap pasukan akan mempunyai akauntabiliti terhadap prestasi syarikat.
Kebaikan berdasarkan kerja berpasukan ialah dapat meningkatkan kualiti, produktiviti dan akan dapat
membawa kepada peningkatan prestasi organisasi.
ii) Projek.
Pekerja-pekerja akan diberi projek secara kekal. Ianya mirip kepada struktur matrik, apa yang
membezakannya ialah apabila sesuatu projek selesai pekerja tidak kembali kepada jabatan masing-masing,
tetapi akan terus sambung dengan projek yang baru.
Setiap pasukan projek, pekerja mempunyai kemahiran yang lengkap untuk menjalankan sesuatu projek.
iii) Unit Perniagaan Strategik (SBU).
SBU boleh merangkumi keseluruhan syarikat ataupun sebahagian kecil syarikat sahaja.
SBU mempunyai strategi dan juga objektif perniagaan yang berbeza dengan syarikat induk.
Eksekutif SBU bertangungjawab melaporkan kepada Pengarah Eksekutif syarikat induk.
Antara kelemahan struktur ini ialah berlaku peningkatan kos yang tinggi kerana Syarikat mempunyai
banyak SBU yang memerlukan kos pengurusan yang berasingan.
iv) Organisasi Tanpa Sempadan.
Merupakan organisasi yang tidak berstruktur kerana tidak wujud rantaian arahan, tidak ada had dalam
jangkauan kawalan dan pembinaan pasukan mengantikan penjabatanan.
Struktur ini menekankan kepada fleksibiliti dan tindak balas yang cepat. Organisasi boleh
menggunakan kelebihan yang ada pada seseorang dengan lebih cekap dan berkesan.
MUKA SURAT 175
6.4.2 Proses MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Pengorganisasian
Proses Pengorganisasian
d) Menjelaskan proses i) Penentuan Objektif
pengorganisasian
yang meliputi. Mengenal pasti matlamat organisasi dan objektif setiap jabatan dalam organisasi
Contohnya matlamat organisasi perniagaan yang ditetapkan oleh pengurus adalah untuk
(i) Penentuan
objektif; meningkatkan 10% keuntungan. Maka pengurus harus membentuk objektif pengorganisasian seperti
meningkatkan kordinasi kerja agar kos pengeluaran dapat dikurangkan 5%. Objektif bahagian
(ii) Pengenalpastian pemasaran pula adalah mengkordinasi usaha jurujual agar dapat meningkatkan jualan 20%. Oleh itu,
aktiviti; objektif setiap jabatan juga boleh mewujudkan penyelarasan usaha pekerja dan melicinkan proses
pengorganisasian.
(iii)Pengelasan
aktiviti; ii. Pengenalpastian Aktiviti
(iv) Pengelompokan Mengenal aktiviti- aktiviti perniagaan secara terperinci.
aktiviti, dan; Memahami aktiviti-aktiviti tugas yang kritikal agar ia dapat membuat pengorganisasian dengan cekap
(v)Pengagihan dan berkesan
tugas, Autoriti dan Contohnya aktiviti utama bagi sebuah perniagaan runcit pasar raya melibatkan penstoran,
tanggungjawab penyusunan, melayan pelanggan, pembelian, penghantaran, tempahan, juruwang, penggajian,
pengaturan kerja, pengambilan pekerja, pembungkusan, perakaunan, kewangan, simpan kira dan
sebagainya.
iii. Pengelasan Aktiviti
Membuat pengelasan aktiviti- aktiviti mengikut pengkhususan tertentu.
Contohnya, dalam kes pasaraya di atas aktiviti yang terlibat boleh dikelaskan mengikut aktiviti jualan
yang mungkin melibatkan berpuluh orang pekerja dan berbagai produk untuk dijual. Aktiviti
bahagian setor yang mungkin melibatkan berbagai produk memandangkan pasaraya adalah
perniagaan yang besar. Pengelasan aktiviti dibuat mengikut pengkhususan dan persamaan tugas.
MUKA SURAT 176
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iv: Pengelompokan aktiviti
Setelah aktiviti kerja secara terperinci disenaraikan dan tugas-tugas juga disenaraikan mengikut
pengelasan tertentu, maka pengurus harus mengelompok tugas-tugas yang telah dibuat pengelasan
mengikut fungsi tertentu.
Pengurus cuba mengelompok aktiviti kerja mengikut tabii kerja atau fungsi yang mudah diuruskan.
Contohnya seperti berdasarkan fungsi pemasaran, pengeluaran, kewangan dan pentadbiran.
Kerja-kerja yang berkaitan dengan jualan, promosi, iklan, penghantaran, dan lain-lain aktiviti yang
relevan dikelompokkan di bawah fungsi atau jabatan pemasaran.
Begitu juga kerja-kerja yang lain boleh dikelompokkan mengikut fungsi yang berkaitan dan mudah
diurus.
Dengan ini, penyelarasan kerja dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan dan seterusnya kos
pengeluaran akan dapat dikurangkan.
v. Pengagihan Tugas,Autoriti dan Tanggungjawab
Pengurus perlu mengagihkan tugas mengikut keupayaan dan kepakaran masing-masing.
Tugas yang diagihkan kepada pekerja seperti jurujual, juruwang, pembelian, promosi dan sebagainya
haruslah diterangkan dengan jelas.
Sumber-sumber organisasi seperti peralatan, bahan mentah, kewangan dan sebagainya juga diagihkan
kepada pekerja organisasi mengikut keperluan jabatan.
Autoriti dan tanggungjawab juga perlu diagihkan kepada pekerja agar mereka dapat menjalankan
kerja dengan cekap dan berkesan.
Apa yang harus dilakukan oleh pengurus adalah memantau dan menyelaras aktiviti kerja agar ia dapat
berjalan dengan cekap dan berkesan.
Contohnya seorang juruwang harus diberi autoriti menerima dan menyimpan wang semasa
perniagaan sedang berjalan. Penjaga setor juga perlu diberi kuasa untuk memeriksa stok barangan.
Begitu juga dengan jurujual, penghantar barang, kerani gaji dan sebagainya.
MUKA SURAT 177
(e) Menjelaskan manual MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
organisasi termasuklah
fail meja, manual Manual Organisasi
prosedur kerja, dan Dokumen yang mengandungi asas kewujudan dan aspek-aspek pengurusan yang menjadi panduan umum.
prosedur kualiti; Digunakan untuk rujukan dan panduan kepada pengurus-pengurus dalam membuat keputusan.
Pihak pengurusan atasan menyediakan manual asas yang mengandungi pernyataan asas untuk dijadikan
panduan pihak jabatan.
Mengandungi misi dan matlamat organisasi, strutur, dasar dan peraturan am.
Contohnya Pengurus jabatan seperti jabatan sumber manusia, kewangan, pemasaran dan pengeluaran
pula akan menyediakan manual mengikut fungsi masing-masing.
Manual yang disediakan oleh jabatan biasanya mengandungi misi organisasi dan matlamat jabatan,
aktiviti dan proses kerja, autoriti dan tanggungjawab, carta dan personel, dasar dan peraturan.
i) Fail Meja
Dokumen bagi peringkat individu, unit atau jabatan.
Dokumen ini mengandungi carta jabatanatau unit yang menunjukkan kedudukan individu yang
berkenaan serta penempatan individu tersebut serta menunjukkan prosedur kerja yang terlibat.
ii) Manual Prosedur Kerja.
Dokumen rasmi yang ada pada jabatan atau unit yang mengandungi prosedur-prosedur kerja secara
terperinci dan berperingkat serta mengikut urutan dalam proses melakukan sesuatu kerja.
Memberi gambaran bagaimana sesuatu kerja tersebut dapat dilaksanakan dengan bantuan grafik dan
juga rajah.
Panduan kepada kakitangan bagaimana melaksanakan sesuatu tugas dengan baik.
Memastikankeseragaman dalam melaksanakan aktiviti kerja untuk setiap
Sebagai alat kawalan oleh pihak pengurusan disetiap peringkat.
iii) Prosedur Kualiti
Merujuk kepada peningkatan kualiti dalaman dan luaran organisasi supaya kualiti dapat
ditingkatkan. Prosedur kualiti ini perlu diamalkan dalam setiap peringkat organisasi supaya kualiti
keseluruhan organisasi dapat dicapai.
MUKA SURAT 178
6.4.3 Konsep MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Pengorganisasian
Konsep-konsep pengorganisasian termasuklah autoriti, tanggungjawab, akauntabiliti, pemusatan dan
f) Membincangkan pemencaran autoriti, penugasan, empowermen, autoriti lini dan staf, jangkauan kawalan, dan rantaian arahan.
konsep- i) Autoriti
konsep
pengorganisasian Merupakan kuasa atau hak yang sah pada pengurus bagi membuat keputusan dan memberi arahan.
Pengurus diberi autoriti sebab mereka merlukan kuasa formal untuk mengarah, mengawal dan
menilai subordinat.
Autoriti mengalir dari atas ke bawah. Kedudukan pengurus diperingkat atas mempunyai autoriti
formal yang lebih besar.
ii) Tanggugjawab
Merujuk kepada kewajipan untuk melaksanakan tugas yang diserah atau diamanahkan kepada
pekerja.
Apabila seseorang itu baru bekerja dalam sesebuah organisasi, ia akan diserahkan dengan satu set
tugas untuk dilaksanakan. Pengurus mengarah pekerja untuk melakukan tugas. Pengurus dengan
autoriti yang ada padanya bertanggungjawab memastikan pekerja menjalankan tangungjawab mereka
dengan sempurna.
iii) Akauntabiliti
Merujuk kepada pekerja yang diberi autoriti dan tanggungjawab melaporkan hasil kerja mereka
kepada pihak atasan dan seseorang itu boleh dipersalahkan sekiranya mereka tidak menjalankan
tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.
Seseorang pekerja yang diberi tanggungjawab akan secara automatik mempunyai akauntabiliti.
iv) Pemusatan dan Pemencaran Autoriti
Pemusatan autoriti merujuk kepada autoriti ditumpukan atau terletak pada peringkat atas organisasi.
Segala keputusan atau arahan hanya datang dari peringkat atasan. Pekerja tidak diberi peluang untuk
bersuara dalam sebarang keputusan yang dibuat. Pemusatan dalam membuat keputusan boleh
mengkordinasi aktiviti-aktiviti dalam organisasi.
Pemencaran autoriti merujuk kepada pengagihan autoriti dimana autoriti diturunkan kepada pihak
bawahan dalam hirarki organisasi.
MUKA SURAT 179
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kakitangan bawahan diberi peluang untuk membuat keputusan dalam sesuatu isu tertentu. Autoriti
yang diturunkan pengurus atasan atau jabatan kepada pekerja bawahan dalam lengkongan had
tertentu berdasarkan keperluan dan kepakaran individu. Individu yang diberi autoriti akan
menggunakannya bagi menyelesaikan masalah kerja.
Kelebihan pemencaran autoriti kepada organisasi adalah seperti berikut:
1. Mengurangkan beban tugas pengurus atasan
2. Keputusan dibuat diperingkat bawah adalah lebih dekat dengan perlaksanaan dan lebih
3. berkesan kerana mereka terlibat dalam perlaksanaan kerja.
4. Meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja .
5. Menghindarkan karenah birokrasi.
Kelemahan pemencaran autoriti adalah seperti berikut:
1. Tidak semua pekerja yang sanggup menerima pemencaran autoriti
2. Pekerja yang menerima pemencaran mungkin menyalahgunakan kuasa
3. Pengurus tidak rela melakukan pemencaran kerana kerja berkenaan masih dibawah tanggungjawab
pengurus. Jika gagal maka pengurus terpaksa menanggung kegagalan tersebut.
v) Penugasan Autoriti
Merujuk kepada proses penyerahan tanggungjawab dan autoriti kepada subordinat untuk melaksanakan
tugas tertentu.
Antara panduan kepada pengurus untuk menjalankan penugasan autoriti yang efektif.
1. Pilih subordinat/pekerja yang sesuai untuk diberikan penugasan autoriti.
2. Mengenalpasti tugas-tugas yang akan terlibat dalam penugasan autoriti.
3. Membentuk objektif dan standard kerja yang dipersetujui bersama.
Kelebihan penugasan autoriti ialah:
1. Mengurangkan beban tugas pengurus.
2. Meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja.
MUKA SURAT 180
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Meningkatkan penglibatan dan pengalaman baru.
4. Menjimatkan masa pengurus dan pengurus dapat membuat kerja yang lebih penting.
Kelemahan dan halangan dalam penugasan autoriti ialah:
1. Penyalahgunaan autoriti oleh subordinat
2. Masalah untuk mengawal kemajuan kerja
3. Subordinat kurang sesuai dan tiada kebolehan/ pengalaman
4. Pengurus terpaksa mengambil masa dalam menerangkan tugas untuk penugasan
v) Empowermen
Merujuk kepada ialah pemberian kuasa, autoriti dan tanggungjawab, subordinat untuk membuat
keputusan dalam melaksanakan tugasnya.
Ia juga bermaksud delegasi tanggungjawab untuk membuat keputusan serta penurunan kuasa yang
terkawal.
Kebaikan empowermen ialah :
1. Dapat meningkatkan kualiti serta produktiviti dan akhir sekali dapat mengurangan kos.
2. Menggalakkan inovasi dan kreativiti dalam kalangan staf.
3. Dapat meningkatkan motivasi dan kesungguhan serta kepuasan dalam melakukan kerja.
vi) Autoriti Lini dan Autoriti Staf
Autoriti lini
Merujuk autoriti formal yang memberikan hak kepada pengurus untuk mengarah dan mengawal kerja
subordinat.
Ia menerangkan autoriti yang berhubung secara langsung dengan aktiviti utama syarikat yang
menyumbangkan kepada pencapaian matlamat organisasi.
Garisan hitam dalam carta organisasi yang menyambung pihak atas hirerki organisasi dengan pihak di
bawah mereka menggambarkan autoriti lini. Ia menunjukan hubungan ketua dengan subordinat.
Pengurus yang memegang autoriti lini sebagai pengurus lini. Pengurus lini bertanggung jawab
menyumbang (aktiviti kerja) secara terus kepada pencapaian matlamat organisasi.
MUKA SURAT 181
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contohnya, autoriti bahagian sumber manusia . Pengurus yang memegang autoriti ini berhak dalam
melakukan aktiviti-aktiviti seperti mengambil pekerja, memecat pekerja, menilai prestasi pekerja dan
memberi ganjaran kepada pekerja di bawah seliaan mereka.
Autoriti staf
Merujuk kepada pengurus yang mempunyai kepakaran untuk menasihat dan membantu pengurus lini
dan lain-lain pengurus dalam organisasi.
Autoriti staf menyediakan pengkhususan kepakaran tetapi tidak secara terus menyumbang kerja
mereka bagi mencapai matlamat organisasi.
Pengurus staf membantu dan menasihati pengurus lini dalam hal-hal tertentu dalam lengkongan
kepakaran mereka.
Contoh pengurus staf adalah seperti juruaudit syarikat, pegawai undang-undang syarikat dan pengurus
sumber manusia yang terlibat dalam menasihati kewangan syarikat, perundangan, dan keperluan dan
peraturan pekerja.
vii) Jangkauan Kawalan
Jangkauan kawalan menunjukkan bilangan pekerja yang melaporkan kerjanya secara terus kepada
seorang pengurus.
Terdapat dua bentuk jangkauan kawalan ia itu jangkawan kawalan yang lebar dan jangkauan kawalan
yang sempit.
1. Jangkauan kawalan yang lebar menunjukkan ramai subordinat melaporkan kerja mereka
kepada seorang ketua tertentu.
2. Jangkauan kawalan yang sempit menujukkan hanya beberapa orang subordinat di bawah
penyeliaan
seorang ketua sahaja.
MUKA SURAT 182
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Jadual dibawah menunjukkan faktor yang mempengaruhi penggunaan jangkauan kawalan
Jangkauan Kawalan Sempit Jangkauan Kawalan Lebar
Jenis kerja agak komplek dan berubah-ubah Kerja yang rutin dan standard
Subordinat tidak terlatih dan tidak mahir Subordinat terlatih dan mahir
Pengurus tidak berpengalaman dan tidak Pengurus berkeupayaan menyelia dan
mahir berpengalaman
Aktiviti pekerjaan yang berbeza-beza Kerja-kerja yang dilakukan oleh subordinat adalah
dilakukan oleh subordinat sama
Prestasi kerja sukar dinilai secara kuantitatif Prestasi kerja dapat diukur dengan jelas
Subordinat lebih suka bertanggungjawab dan
dan jelas
Subordinat lebih suka diberi arahan kerja memerlukan autonomi (teoriY)
Persekitaran dalaman dan luaran organisasi adalah
dan tidak suka mengambil tanggungjawab
(teoriX) stabil
Persekitaran luaran dan dalaman organisasi
sentiasa berubah
Jadual dibawah Kelebihan dan kelemahan jangkauan kawalan
Jangkauan Kawalan Sempit Jangkauan Kawalan Luas
Kelebihan Kelebihan
1. Penyeliaan subordinat adalah dekat 1. Pengurus dapat membuat penugasan kerja
2. Dapat mengawal subordinat dengan mudah 2. Pengurus dapat menumpukan terhadap kerja
3. Interaksi pengurus dengan subordinat adalah
lain
dekat 3. Subordinat tidak terlalu dikongkong
4. Mudah memahami masalah subordinat 4. Subordinat berasa bebas kerana kurang
penyeliaan
MUKA SURAT 183
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kelemahan Kelemahan
1. Pengurus mungkin akan banyak terlibat dalam 1. Sukar menyelia ramai subordinat pada satu
kerja-kerja subordinat masa
2. Terdapat banyak tingkat hirerki pengurusan 2. Pengurus dikhuatiri hilang kawalan ke atas
3. Kos operasi yang tinggi (banyak tingkat subordinat
pengurusan) 3. Interaksi pengurus dan subordinat agak kurang
4. Aliran komunikasi dari atas adalah lambat 4. Sukar pengurus memahami masalah pekerja
5. Subordinat berasa kurang bebas apabila
sentiasa diperhatikan
Jangkauan Kawalan Sempit
Jangkauan Kawalan Luas.
MUKA SURAT 184
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
viii) Rantaian Arahan
Rantaian Arahan menunjukkan aliran arahan dari pengurus atasan kepada pengurus pertengahan,
penyelia dan seterusnya pekerja.
Garisan menegak dalam carta organisasi yang menyambung setiap jabatan atau posisi pekerja
menunjukkan rantaian arahan.
Arahan bermula dari pengurus atasan kepada pengurus bawahan mereka hinggalah kepada pekerja di
posisi bawah carta organisasi. Ia membentuk rantaian garisan menegak yang menggambarkan arah
autoriti dan aliran komunikasi.
Rantaian arahan juga menerangkan konsep uniti arahan iaitu subordinat hanya perlu mendapat arahan
dari seorang ketua. Jika arahan datang dari banyak ketua maka ia akan mengakibatkan kerja yang
dihasilkan kurang berkualiti, tekanan kerja akan menjadi tinggi dan konflik peranan mungkin berlaku.
6.5 Kepimpinan Kepimpinan
Merujuk kepada proses seseorang ketua mempengaruhi perlakuan pengikutnya bagi menjalankan sesuatu
a) Mentakrifkan maksud
kepimpinan dan aktviti kerja untuk mencapai matlamat.
menjelaskan
kepentingannya; Kepentingan kepimpinan.
1. Membentuk visi dan halatuju organisasi.
2. Mempengaruhi dan memotivasikan pekerja dengan berkesan.
3. Memberi contoh yang baik kepada pekerja
4. Berupaya menganalisis situasi dengan berkesan
5. Memainkan peranan hubungan manusia dengan berkesan dalam organisasi.
6. Berani mengambil risiko
7. Berfikiran kreatif
8. Mengambil inisiatif terhadap perubahan
9. Lebih bersikap objektif
MUKA SURAT 185
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
6.5.1 Jenis Kuasa
b) Menjelaskan Kuasa
jenis-jenis kuasa Merupakan keupayaan ketua membuatkan orang lain melakukan sesuatu tugas yang dikehendaki olehnya.
pemimpin
termasuklah kuasa Jenis-jenis kuasa.
sah, kuasa 1. Kuasa sah
ganjaran, kuasa Merupakan keupayaan ketua mempengaruhi pengikut dengan kuasa yang diberikan kepadanya.
desakan, kuasa Ia merujuk kepada autoriti yakni kedudukan ketua dalam organisasi. Pengurus berdasarkan
rujukan, dan kedudukannya telah diberi autoriti bagi mengarah dan menagawal pekerja agar mereka bertanggungjawab
kuasa kepakaran dalam melakukan kerja.
Kuasa ini digunakan oleh seorang ketua dalam sesebuah organisasi berdasarkan kepada peruntukkan
kuasa yang diberi.
2. Kuasa ganjaran
Merupakan keupayaan pemimpin menawarkan sesuatu yang bernilai kepada pengikutnya.
Dengan menawarkan perkara yang bernilai tersebut pemimpin dapat mempengaruhi pengikutnya
melakukan kerja untuknya.
Ganjaran terbahagi kepada ganjaran kewangan dan bukan kewangan.
Antara ganjaran kewangan yang diberikan kepada pekerja dalam organisasi adalah seperti kenaikkan
gaji, bonus.
Ganjaran bukan kewangan ialah kenaikkan pangkat, anugerah cemerlang, cuti dan melancong,
3. Kuasa Desakan / paksaan
Merujuk kepada keupayaan ketua mempengaruhi gelagat pengikut dengan menggunakan tekanan atau
ugutan.
Pengurus atau ketua dalam organisasi berhak mengarah dan mengawal perlakuan pekerja mereka.
Dalam hal ini, pengurus menggunakan ugutan seperti memotong gaji, menurun pangkat, denda,
membuang kerja dan sebagainya.
Pengurus boleh mengambil tindakan demikian jika pekerja gagal menunaikan tanggungjawabnya.
MUKA SURAT 186
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Kuasa rujukkan
1. Merujuk keupayaan pemimpin mempengaruhi pengikutnya disebabkan oleh peribadi pemimpin tersebut.
2. Peribadi pemimpin seperti pandai bergaul, pandai berpidato, pandai menagambil hati, berjenaka,
memberi sokongan moral, kelihatan menarik dan sebagainya.
5. Kuasa kepakaran
Merujuk kepada keupayaan pemimpin mempengaruhi pengikutnya disebabkan oleh
pengetahuan atau kemahiran yang khusus dimiliki oleh pemimpin berkenaan.
Kepakaran pemimpin mungkin dalam bidang tertentu seperti komputer, teknologi, maklumat,
pengetahuan,dan perkara yang berkaitan.
6.5.2 Jenis-jenis Jenis-jenis kepimpinan
kepimpinan 1. Kepimpinan Transactional
c) Membincangkan Pemimpin transactional menentukan apa yang perlu dilakukan oleh subordinat untuk mencapai objektif
jenis-jenis organisasi.
kepimpinan
termasuklah Pemimpin menggunakan sumber dan ganjaran untuk mempengaruhi dan mendorong pekerja
transactional, melaksanakan tugas untuk mencapai matlamat organisasi.
transformational,
karismatik, dan Bagi pekerja yang menunjukkan kejayaan mencapai objektif akan diberi ganjaran dan sebaliknya bagi
berwawasan(vision pekerja yang gagal mencapai prestasi akan menerima denda atau hukuman.
ary)
2. Kepimpinan Transformational
Pemimpin transformational akan membuat perubahan yang drastik dalam sesebuah organisasi.
Perubahan yang dibuat terhadap Visi dan Misi serta melibatkan pekerja supaya melakukan perubahan di
dalam atau di luar organisasi.
Pemimpin jenis ini bertindak sebagai agen perubahan dan membina komitmen yang tinggi untuk
mencapai visi.
MUKA SURAT 187
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Kepimpinan Karismatik
Merupakan seorang pemimpin yang mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam mendorong, mengarah
dan mempengaruhi pekerjanya supaya mereka melakukan tugas.
Mereka juga merupakan orang yang yakin, serta sensitif terhadap perubahan yang berlaku dipersekitaran
dan akan menjadikan pengikut mereka yakin dan seterusnya menuruti apa yang diarahkan oleh
pemimpinnya.
Pemimpin karismatik juga mewujudkan hubungan baik dengan pengikutnya.
4. Kepimpinan Berwawasan (visionary)
Merupakan pemimpin yang mampu mewujudkan imej yang positif untuk masa depan organisasi dengan
cara memotivasikan pekerja dan berupaya menentukan halatuju organisasi berdasarkan perancangan dan
juga matlamat yang telah ditetapkan.
6.5.3 Gaya Gaya kepimpinan
kepimpinan Adalah berhubung dengan pendekatan yang digunakan oleh seseorang pemimpin untuk mempengaruhi
d) Membincangkan subordinatnya.
gaya kepimpinan Pemimpin boleh menggunakan berbagai gaya pengurusan untuk mempengaruhi perlakuan pekerja.
autokratik,
demokratik, 1. Kepimpinan autokratik
laissez-faire, dan Merujuk kepada semua keputusan adalah dibuat oleh pengurus tanpa perlu bertanya kepada orang lain.
kontingensi Pengurus menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mengarah pekerja melaksanakan sebarang
keputusan yang telah dibuat oleh beliau.
Sebarang pandangan subordinat tidak diterima.
Subordinat hanya menunggu arahan dari ketua.
Gaya kepimpinan ini adalah sesuai digunakan bagi pekerja-pekerja peringkat bawah seperti buruh binaan,
pekerja kontrak, pekerja pengeluaran dan sebagainya.
MUKA SURAT 188
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Kepimpinan Demokratik
Gaya kepimpinan demokratik melibatkan pengurus dan subordinat membuat keputusan secara bersama.
Perbincangan akan dibuat antara pengurus dengan subordinat bagi mengatasi sesuatu masalah dalam
pekerjaan.
Keputusan dijangka lebih berkualiti dan subordinat lebih bersemangat melakukan kerja sebab mereka
sama-sama terlibat dalam membuat keputusan.
Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai matlamat syarikat. Gaya ini sesuai digunakan
kepada penyelia jualan, penyelia kilang, pengurus pengeluaran dan sebagainya.
3. Laissez-faire
Gaya kepimpinanLaissez-faire / bebas merujuk kepada subordinat bebas membuat keputusan dan
melaksanakan kerja bagi mencapai objektif-objektif syarikat.
Bagi pekerja yang berkemahiran tinggi, pengurus tidak perlu mengawal dan memberi banyak arahan
kerana mereka telah faham kerja yang akan dibuat.
Subordinat akan membuat keputusan sendiri berdasarkan kepada lingkungan had-had tertentu yang
dibenarkan oleh pihak pengurusan untuk mencapai matlamat kerja.
Subordinat mempunyai kepakaran, pengalaman, kemahiran dan pengetahuan yang tinggi
bagi menyelesaikan masalah dalam bidang kepakarannya.
Gaya ini sesuai diamalkan bagi kepada pekerja profesional seperti peguam, akauntan, pensyarah, doktor
dan sebaginya.
4. Kontingensi
Teori kepimpinan kontingensi menyebut bahawa pemimpin perlu memahami situasi untuk menggunakan
gaya kepimpinan tertentu.
Dalam situasi ini merujuk kepada subordinat dan persekitaran organisasi.
Sabordinat mempunyai perbezaan dari segi keupayaan, pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan
personaliti.
Persekitaran organisasi pula dirujuk kepada struktur tugas (contoh : rutin, luwes, kompleks), autoriti
MUKA SURAT 189
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
yang dimiliki ketua, kumpulan keja, dan sistem ganjaran.
Gaya kepimpinan yang berbeza patut digunakan mengikut keadaan berbeza seperti kuasa ketua,
persekitaran kerja, tugas pekerja, personaliti pekerja, kemahiran dan keupayaan pekerja.
Ketua menilai situasi mereka dahulu sebelum memilih gaya kepimpinan yang digunakan. Ketua
menggunakan berbagai gaya kepimpinan seperti gaya kepimpinan autokratik, birokratik, demokratik
atau bebas.
Gaya kepimpinan yang digunakan bergantung kepada situasi jenis pekerja dan persekitaran kerja. Gaya
kepimpinan yang sesuai meningkatkan motivasi dan moral pekerja.
6.5.4 Pemimpin dan Pemimpin
Pengurus Merupakan pihak yang menggunakan kuasa formal dan kuasa tidak formal dalam mempengaruhi pekerjanya
untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
e) Membandingkan Pengurus
pemimpin dan Merupakan pihak-pihak yang menggunakan kuasa formal untuk merancang, melaksana dan mengawal semua
pengurus
aktiviti yang ditetapkan untuk mencapai matlamat organisasi.
Pemimpin boleh terdiri dari pengurus atasan, pengurus pertengahan dan juga penyelia.
Peranan yang akan dimainkan oleh pemimpin dalam organisasi :
1. Pendorong.
Pemimpin memberi motivasi kepada pekerja agar berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan
aktiviti pekerjaan.
2. Pembimbing/ fasilitator
Pemimpin membimbing pekerja mereka terutama yang baru bekerja atau kurang kemahiran dan pengalaman
agar dapat menjalankan kerja mereka dengan cekap dan berkesan.
3. Mentor / Jurulatih
Pemimpin adalah tempat rujukkan bagi pekerja dan tempat pekerja mendapat nasihat. Pemimpin juga dapat
memberi contoh kepada pekerja.
4. Penyelesai masalah.
Pemimpin mempunyai sifat membantu pekerja menyelesaikan masalah peribadi dan pekerjaan.
MUKA SURAT 190
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Perunding.
Pemimpin berperanan sebagai orang tengah kepada dua kumpulan yang bertelagah atau bermusuhan untuk
menyelesaikan masalah.
6. Jurucakap.
Pemimpin juga boleh bertindak sebagai jurucakap atau wakil kepada pengikut-pengikut bagi meluahkan isi
hati mereka atau membawa pandangan pengikut mereka kepada pihak pengurusan.
Jadual: Perbezaan Antara Pengurus dan Pemimpin
Dimensi Pengurus Pemimpin
Membentuk halatuju atau visi organisasi
1.Halatuju Membentuk perancangan dan belanjawan Menyusun atur pekerja kearah pencapaian
matlamat
2.Tugas Melaksanakan fungsi pengorganisasian dan Memberi inspirasi dan memotivasi pekerja
penstafan
3.Peranan Melakukan aktiviti pengawalan dan Memiliki kuasa dari sumber peribadi
penyelesaian masalah
4.Autoriti Mendapat kuasa dari sumber posisi atau Menekankan hubungan interpersonal yang
jawatan baik dan harmoni dengan pengikut
5.Tanggung Menekankan persiapan tugas kerana ia Penyelesaian masalah yang lebih
Jawab menjadi tanggungjawab pengurus menekankan konflik pekerja dan
Penyelesaian masalah melibatkan masalah menangani perubahan dalam oragnisasi
6.Tahap pengurusan dan kerumitan pekerjaan dalam
pembuatan organisasi
keputusan
6.5.5 Pemimpin formal 1. Pemimpin Formal
dan tidak formal Merupakan ahli organisasi yang dilantik secara rasmi bagi menjawat sesuatu kedudukan dalam
organisasi.
f) Membandingkan Pemimpin ini menjadi formal disebabkan oleh jawatan yang dipegang dalam organisasi.
pemimpin formal Mereka bertanggungjawab dalam aktiviti kerja bagi mencapai matlamat organisasi. Pemimpin formal
dan tidak formal. ini boleh jadi pengurus pada peringkat atasan, pertengahan atau penyelia. Pemimpin formal ini
MUKA SURAT 191
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
mendapat kuasa disebabkan oleh kedudukan mereka dalam organisasi. Mereka mempunyai kuasa
paksaan, kuasa ganjaran dan kuasa sah seperti yang telah kita bincangkan dahulu.
2. Pemimpin Tidak Formal
Merupakan individu yang dapat mempengaruhi perlakuan orang lain disebabkan oleh sifat-sifat
peribadinya. Jawatan ini tidak ditunjukkan dalam struktur organisasi.
Pemimpin tidak formal ini boleh jadi pekerja biasa tanpa sebarang jawatan tetapi mempunyai pengaruh
yang kuat terhadap lain-lain pekerja.
Mereka juga boleh jadi pengurus yang mempunyai jawatan dalam organisasi, atau penyelia, atau kerani,
jurutera, atau penghantar surat, atau pekerja am, atau siapa sahaja.
Mereka mempunyai kuasa untuk mempengaruhi perlakuan orang lain untuk mencapai matlamat tertentu.
Mereka ini mendapat kuasa untuk mempengaruhi orang lain disebabkan oleh kepakaran, kemahiran,
pengetahuan, dan tempat rujukan pekerja bagi sesuatu hal tertentu.
Pemimpin tidak formal ini wujud disebabkan oleh matlamat sosial yang sama yang telah membentuk
organisasi tidak formal dalam organisasi formal.
6.5.6 Motivasi Motivasi.
Merujuk kepada tenaga yang memberi semangat dan ketabahan kepada pekerja untuk berusaha
g) Menjelaskan teori
motivasi Maslow, mencapai sesuatu matlamat.
Herzberg, McGregor, Konsep motivasi dapat diterangkan dengan keperluan pekerja. Keperluan pekerja akan mewujudkan
dan McClelland
ransangan atau desakan naluri dari dalam diri pekerja. Ini menyebabkan pekerja akan bertindak bagi
mencapai ganjaran yang merupakan matlamat untuk memenuhi keperluan mereka.
Dua jenis ganjaran .
1. Ganjaran ekstrinsik
Merupakan ganjaran dari luar individu yang boleh mewujudkan motivasi seperti gaji, upah,
kenaikan pangkat dan lain-lain faedah syarikat.
Pengurus boleh menggunakan ganjaran ini bagi mempengaruhi gelagat pekerja sebagai balasan terhadap
prestasi yang dihasilkan oleh pekerja.
MUKA SURAT 192
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Ganjaran instrinsik
Merujuk kepada kepuasan yang didapati oleh individu dalam proses melakukan aktiviti kerja.
Ia juga boleh berlaku disebabkan faktor dalaman yakni dari dalam diri pekerja itu sendiri. Pekerja akan
berasa seronok melakukan kerja jika ia dapat menikmati kepuasan.
Kepentingan motivasi kepada organisasi.
1. Menyatukan usaha ahli organisasi ke satu arah bagi mencapai matlamat organisasi.
2. Mengekal pekerja terutama pekerja mahir dalam organisasi.
3. Mengurangkan kadar ponteng kerja.
4. Mengurangkan kadar lantik henti pekerja dalam organisasi.
5. Meningkatkan usaha dan prestasi pekerja.
6. Meningkatkan moral pekerja.
7. Meningkatkan kerjasama dalam kalangan ahli-ahli organisasi.
h) Membincangkan 1) Teori Motivasi Maslow
perkaitan amalan Teori ini dipelopori oleh Abraham Maslow dan dikenali juga sebagai teori hierarki keperluan Maslow.
dengan teori-teori Maslow mencadangkan bahawa pengurus harus memahami keperluan pekerja dan membantu mereka
motivasi; memenuhi keperluan agar mereka lebih berjaya dalam mencapai matlamat kerja. Menurut beliau, manusia
mempunyai lima keperluan yang hendak dipenuhi iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan
sosial, keperluan penghargaan dan keperluan hasrat diri.
MUKA SURAT 193
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Rajah : Peringkat-peringkat Keperluan Dalam Teori Maslow
1. Keperluan Fisiologi.
Merupakan keperluan asas manusia untuk terus hidup.
Keperluan ini adalah universal dan setiap manusia perlu mencapainya.
Implikasi dalam syarikat bahawa sebahagian pekerja akan berusaha bersungguh-sungguh jika ganjaran
kewangan seperti gaji, upah, kenaikan gaji, komisen atau bonus disediakan untuk prestasi pekerja yang
baik.
Pendapatan yang mereka perolehi mampu memenuhi keperluan asas seperti membeli makanan,
minuman dan juga pakaian.
2. Keperluan Keselamatan.
Keperluan keselamatan adalah untuk mengelakkan diri manusia daripada perkara yang boleh
mencederakan atau menjejaskan masa depan mereka.
Menurut Maslow, manusia akan mula mencari keperluan keselamatan apabila keperluan fisiologi sudah
dipenuhi.
Implikasi kepada syarikat adalah pekerja akan berasa selamat apabila mereka pasti bahawa mereka
tidak akan dibuang kerja atau dipecat.
Sebahagian organisasi menyediakan rumah untuk pekerja mereka, suasana kerja yang selamat, bersih,
skim insuran, pencen dan sebagainya bagi menjamin masa depan dan keselamatan pekerja.
MUKA SURAT 194
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Keperluan sosial.
Keperluan ini berhubung dengan penerimaan kumpulan atau masyarakat terhadap seseorang individu.
Keperluan ini akan diusahakan apabila keperluan fisiologi dan keselamatan sudah dicapai.
Manusia tidak dapat hidup sendiri. Ia memerlukan rakan-rakan atau kumpulan tertentu untuk
berinteraksi.
Implikasi kepada organisasi dimana pekerja di dalam organisasi akan dikelompokkan mengikut
kepakaran dan mereka diberi peluang untuk berinteraksi antara ahli kumpulan mereka.
Mereka memerlukan rakan untuk bercakap, berbincang dan meluahkan masalah dari seluruh aspek
hidup mereka.
Sebahagian syarikat menyediakan kelab atau persatuan dan mengadakan aktiviti sukan, riadah dan
sebagainya bagi membolehkan pekerja berinteraksi antara satu sama lain.
4. Keperluan Penghargaan.
Menurut Maslow keperluan ini akan diburui setelah ketiga-tiga keperluan terdahulu tercapai.
Pekerja berusaha kuat dan mempunyai motivasi dalaman akan lebih mudah mencapai tingkat keperluan
ini.
Keperluan ini berkaitan dengan penghargaan diri, penghormatan, status dan sebagainya.
Implikasi dalam syarikat adalah keperluan ini dapat dicapai oleh pekerja sekiranya mereka diberi
peluang dalam kenaikan pangkat, penghargaan kerja, surat pujian, ganjaran untuk pekerja terbaik,
kenaikan gaji dan lain-lain ganjaran.
5. Keperluan Pencapaian Hasrat Diri.
Keperluan ini adalah keperluan terakhir yang akan dipenuhi oleh manusia setelah keperluan lain
tercapai.
Keperluan ini berkaitan dengan penggunaan potensi diri atau bakat, kreativiti, kebebasan mencipta atau
melaksana.
Implikasinya, pekerja yang ingin memenuhi keperluan ini dipengaruhi oleh motivasi dalaman yang kuat.
Pekerja seperti ini suka kepada pekerjaan yang mencabar, berorientasi pencapaian, kreativiti, inovatif
dan bercita-cita tinggi.
MUKA SURAT 195
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kesimpulan
Untuk memahami dan mempraktikan teori maslow ini beberapa andaian asas perlu diambil kira.
Manusia adalah diandaikan akan memenuhi keperluan peringkat bawah dahulu mengikut hierarki keperluan
sebelum bertindak memenuhi keperluan peringkat yang lebih atas.
Apabila sesuatu peringkat keperluan telah dipenuhi ia tidak akan lagi menjadi asas motivasi bagi mendorong
manusia bertindak.
Sebaliknya tingkat keperluan yang berikutnya akan menjadi pendorong kepada perlakuan manusia
berkenaan. Manusia diandaikan dengan menggunakan berbagai cara untuk memenuhi keperluan mereka.
2. Teori Motivasi Herzberg.
Federick Herzberg telah mengkaji perlakuan manusia dan mengemukakan teori motivasi berasaskan
kepada motivasi-penjagaan (motivation-maintenance model atau dikenali juga sebagai motivator-
hygiene theory).
Herzberg menyarankan bahawa dua set faktor akan mempengaruhi perlakuan pekerja ia itu faktor
penjagaan (maintenance factor) dan faktor motivasi (motivation factor).
i. Faktor Penjagaan(hygiene).
Dikenali sebagai faktor yang menyihatkan (hygiene factor). Kadangkala ia juga dirujuk kepada
faktor ketidakpuasan. Ia menerangkan perkara-perkara yang disediakan oleh syarikat bagi
menghalang ketidakpuasan dalam organisasi.
Sekiranya wujud faktor penjagaan ini pekerja akan mengurangkan ketidakberpuasan.
Sebaliknya, jika faktor ini tidak wujud maka pekerja akan tidak berpuashati dalam
melaksanakan tugasnya.
Dalam faktor penjagaan ia tidak membincangkan kepuasan kerja.
Diantara faktor penjagaan tersebut adalah seperti:
i. Upah dan gaji yang berpatutan termasuk faedah-faedah kewangan lain yang diberi oleh
syarikat.
ii. Keselamatan kerja
iii. Keselamatan dan keselesaan tempat kerja.
MUKA SURAT 196
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iv. Polisi syarikat dan pentadbiran yang adil
v. Hubungan interpersonal dengan ketua, rakan sekerja dan subordinat
vi. Status pekerjaan
ii. Faktor Motivasi.
Faktor yang berkait rapat dengan pekerjaan atau kerja itu sendiri.
Ia kadangkala dikenali sebagai faktor yang memberi kepuasan.
Kewujudan faktor ini akan menyebabkankan pekerja lebih bermotivasi dan berpuashati.
Jika faktor ini tidak wujud dalam pekerjaan maka pekerja akan terus melakukan kerja seperti
biasa.
Cuma mereka tidak bermotivasi tetapi tidak pula menyebabkan berlakunya ketidakpuasan.
Diantara faktor yang berkaitan adalah:
i. Pencapaian; iaitu merujuk peluang-peluang bagi mencapai matlamat kerja yang
mencabar.
ii. Penghargaan; iaitu penghargaan terhadap sumbangan dan usaha pekerja.
iii. Tanggungjawab; iaitu pekerja diberi tugas dan autoriti bagi melaksanakan tugas
iv. Kemajuan; iaitu peluang untuk memajukan diri dan status kerja berdasarkan prestasi
kerja
v. Kerja itu sendiri; iaitu kerja yang dilakukan oleh pekerja dapat memberi kepuasan diri,
penonjolan diri dan kerja yang mencabar
Herzberg menyatakan bahawa faktor penjagaan adalah menjadi asas kepada sebarang jenis kerja yang
merupakan ganjaran ditempat kerja tetapi bukan merupakan fungsi motivasi yang kuat.
Faktor penjagaan adalah merupakan faktor ekstrinsik atau faktor motivasi luaran.
Berkurangannya kedapatan faktor ini dalam syarikat akan menyebabkan pekerja tidak berpuashati dan
mengakibatkan produktiviti menurun.
Pihak pengurusan mengawal tahap kewujudan faktor penjagaan dalam organisasi ketahap yang
berpatutan.
Kewujudan faktor motivasi pula dapat memberi dorongan kepada pekerja untuk berusaha meningkatkan
MUKA SURAT 197
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
tahap produktiviti. Berkurangnya faktor ini tidak menyebabkan ketidakpuasan pada pekerja.
Faktor motivasi ini lebih kepada motivasi instrinsik atau dalaman yakni yang datangnya dari dalam diri
dan dirasai oleh pekerja.
Teori Maslow Teori Herzberg
Keperluan Hasrat Diri Faktor Motivasi
Keperluan Penghargaan
Keperluan Sosial
Keperluan Keselamatan Faktor Penjagaan
Keperluan Fisiologi
Rajah: Perbandingan Antara Teori Motivasi Maslow Dengan Teori Motivasi Herzberg.
3. Douglas McGregor/ Teori X dan Teori Y
Ahli psikologi Douglas McGregor telah mempelopori teori X dan teori Y agar menjadi panduan kepada
pengurus dalam meningkatkan motivasi pekerja.
Andaian dibuat adalah manusia berbeza dari segi nilai, kepercayaan, sikap, personaliti dan beberapa
ciri lain yang menyebabkan gelagat mereka berbeza.
Oleh itu pengurus harus memahami perbezaan gelagat pekerja sebelum memotivasikan mereka.
Teori X dan teori Y mengelompok pekerja kepada dua kategori yang akan menjadi panduan kepada
pengurus dalam hal motivasi.
Teori X.
Teori ini dapat digunakan sebagai satu pendekatan kepada pengurusan bagi memotivasikan pekerja dengan
mengandaikan :
Pekerja tidak suka bekerja dan cuba mengelakkan diri dari membuat kerja.
Pekerja adalah lemah dan tidak begitu pandai.
Pekerja perlu dipaksa, diancam dan diarah bekerja untuk mencapai matlamat organisasi.
Pekerja malas, mengelak diri dari tanggungjawab, tiada cita-cita, dan lebih mementingkan keselamatan
diri sendiri.
MUKA SURAT 198
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Pekerja akan terdorong melakukan kerja dengan baik jika ada insentif kewangan.
Pekerja cuba mengelakkan diri dari memimpin orang lain.
Pekerja tidak suka pada perubahan.
.
Teori Y.
Teori Y pula mempunyai andaian yang berlawanan dari teori X antaranya :
Pekerja suka melakukan kerja.
Pekerja boleh mengawal diri dalam melakukan kerja.
Pekerja berani mengambil tanggungjawab dan suka meimpin orang lain.
Pekerja dimotivasi oleh kemahuan membuat kerja dan berinteraksi dengan rakan sekerja bukan
disebabkan oleh insentif kewangan.
Pekerja akan melakukan kerja yang tebaik sekiranya tiada banyak kawalan dan hukuman yang dikenakan
oleh pihak pengurusan.
Motivasi dan potensi diri untuk pembangunan kerja sudahpun wujud dalam diri pekerja dan pihak
pekerja hanya perlu mengilap mengilap motivasi dan potensi tersebut.
Pekerja bertenaga dan bijak.
Pekerja mahu menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan dan sanggup menghadapi sebarang
perubahan.
.
Jika kita meneliti dengan terperinci jenis pekerja yang terdapat dalam syarikat maka watak pekerja hampir
menyamai dua teori ini.
Mungkin seseorang pekerja mempunyai ciri-ciri yang bercampur-campur antara teori X dan teori Y.
Sebahagian yang lain pula menepati teori-teori tersebut tetapi mungkin darjah kecenderungannya terhadap
sama ada teori X atau teori Y berbeza.
Fokus teori ini adalah kepada pengurus agar dapat menyesuaikan potensi pekerja dengan gaya pengurusan.
Tidak semua kerja memerlukan manusia bersifat teori X atau sebaliknya.
Oleh itu, implikasi awal teori ini adalah pengurus perlu faham jenis tugas dan tabii kerja dan buatlah
pemilihan pekerja yang mempunyai ciri yang sesuai untuk tugas tersebut.
MUKA SURAT 199
6.5.7 Pasukan MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
i) Mentakrifkan
maksud pasukan 4. McClelland
dan menjelaskan McClelland (1978) dalam Abdul Rahman (1997), mengatakan bahawa motivasi individu akan
kepentingan meningkat jika;
pasukan. i. Dimotivasikan.
ii. Memahami unsur-unsur motivasi.
iii. Melibatkan diri secara aktif dalam usaha motivasi .
Proses motivasi itu bertindak secara dua hala, dan kedua-dua pihak pula mestilah saling memberi dan
menerima.
Motivasi merupakan satu set proses yang memberi tenaga kepada tingkah laku seseorang itu dan
menjuruskan tingkah laku itu kepada satu-satu matlamat. Seseorang yang bermotivasi akan membuat
pilihan positif untuk melaksanakan sesuatu itu kerana beliau akan mengetahui tindakan ini bermakna
kepadanya dan boleh memuaskan keperluannya.
Di samping itu, McClelland (1978) dalam Abdul Rahman (1997), menekankan juga tentang tingkah laku
individu yang bermotivasi pencapaian tinggi. Hal ini kerana individu ini mempunyai keinginan untuk
mengatasi rintangan dan sanggup bersusah-payah untuk mencapai sesuatu yang baik. Oleh itu, dalam
teori motivasi pencapaian ini menyebabkan harapan untuk kejayaan dan ketakutan untuk kegagalan
tertanam dalam jiwa individu tersebut.
Maksud Pasukan
Adalah himpunan manusia yang berinteraksi secara berterusan untuk mencapai matlamat bersama.
Ahli-ahli kumpulan terdiri dari individu yang mempunyai berbagai kemahiran. Mereka bekerja di dalam
satu pasukan untuk mencapai matlamat bersama.
Pasukan yang diurus dengan baik dapat memberi beberapa faedah kepada organisasi dan pekerja.
Manakala kegagalan pengurus menguruskan pasukan akan mengakibatkan bebanan kepada organisasi.
Kepentingan/Faedah-faedah pasukan.
1. Pasukan dapat melakukan tugas yang tidak boleh dilaksanakan oleh seorang individu.
2. Pasukan dapat mengumpulkan kemahiran dan bakat yang berbeza untuk melaksanakan tugas yang kompleks
MUKA SURAT 200