The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-66138932, 2021-11-05 11:41:24

MODUL PP GABUNGAN 3 PENGGAL

MODUL PP GABUNGAN 3 PENGGAL KPM

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

TAJUK HURAIAN
HASIL PEMBELAJARAN
RUJUKAN
11.0 RANCANGAN PERNIAGAAN

a) Mentakrif Rancangan Takrif Rancangan Perniagaan (RP):

Perniagaan dan  Dokumen bertulis yang menggambarkan keseluruhan operasi perniagaan atau usaha teroka yang merangkumi

(a) Kepentingannya penetapan visi, misi, objektif, rancangan pengeluaran, strategi pemasaran, rancangan kewangan kewangan, dll,

(b)

b) Menjelaskan Kepentingan Rancangan Perniagaan

kegunaan Rancangan

Perniagaan 1. RP merupakan hala tuju perniagaan. RP memberikan gambaran menyeluruh berkenaan operasi perniagaan

kepada usahawan secara komprehensif yang menjadi garispanduan dalam melaksanakan sesuatu usaha teroka. Rp akan dapat

dan pihak meningkatkan keyakinan dan keupayaan usahawan untuk menjalankan operasi perniagaan.

berkepentingan

2. RP yang merupakan pendokumentasian idea-idea perniagaan di samping mengenalpasti masalah-masalah

yang berpotensi serta mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut. Oleh itu usahawan dapat

mengurangkan risiko kegagalan apabila melakukan perancangan di peringkat awal .

3. RP dapat digunakan untuk menilai potensi, keunikan perniagaan, nilai komersial teknologi, pasaran dan
persaingan.

4. RP berperanan dalam mengagihkan sumber-sumber seperti kewangan, tenaga kerja, mesin, bahan dan lain-
lain dalam menjalankan operasi perniagaan.

MUKA SURAT 351

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

c) Menjelaskan Kegunaan RP kepada Usahawan
kegunaan RP
kepada usahawan 1. Garis panduan untuk menguruskan perniagaan
dan pihak  Sebagai garis panduan kepada usahawan/pengursan syarikat untuk melaksanakan aktiviti perniagaan
berkepentingan yang dirancang dan mencapai matlamat yang ditetapkan.
 Ia merupakan perancangan yang jelas tentang misi, matlamat, objektif,
belanjawan, ramalan kewangan, target pasaran dan sebagainya.

2. Mengurangkan kesilapan
 RP menjadi garispanduan kepada setiap pekerja yang terdiri daripada pegawai atasan hinggalah pekerja
bawahan mengenai sasaran yang dikongsi bersama serta perlu dicapai dalam usaha untuk mencapai
matlamat yang sama.
 RP turut memberi gambaran yang jelas tentang tugas mereka dalam melaksanakan misi organisasi.
 Ini akan dapat mengurangkan kesilapan semasa menjalankan tugas.

3. Menggunakan sumber-sumber organisasi dan meningkatkan produktiviti
 Sumber-sumber pengeluaran dapat digunakan dengan optimum melalui perancangan yang terkandung
dalam RP.
 Penggunaan sumber yang optimum akan dapat mengelakkan pembaziran.

4. Memudahkan kawalan
 Kawalan bertujuan untuk memastikan pelaksanaan berdasarkan perancangan di dalam RP
 Usahawan akan dapat mengukur serta menilai sejauh mana perancangan itu mencapai matlamatnya.
 Sekiranya matlamat tidak dicapai, penambahbaikan perlu dilakukan.

5. Meyakinkan pihak-pihak berkepentingan
 Pihak-pihak berkepentingan terdiri daripada pelabur, pembekal pihak bank dan lain-lain.
 Mereka menyumbangkan modal serta memberi kredit kepada organisasi perniagaan. RP dapat
menyediakan maklumat yang diperlukan oleh pihak tersebut.

MUKA SURAT 352

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

 Pihak-pihak ini juga akan turut menilai perancangan yang dibuat serta menjangkakan prestasi dan
pertumbuhan syarikat.

 Pemberian kredit dan modal untuk meluaskan operasi perniagaan akan di berikan sekiranya pelabur
yakin tentang masa depan syarikat.

6. Menilai prestasi dan kemajuan syarikat
 RP memberi peluang kepada usahawan untuk menilai prestasi pengurusan operasi kemajuan syarikat
 Penilaian dapat dilakukan dengan memastikan apa yang dirancang adalah sama dengan apa yang
dilaksanakan.

7. Menggunakan sumber-sumber organisasi dengan cekap
 Sumber-sumber pengeluaran dapat digunakan dengan optimum melalui perancangan yang teliti bermula
dari awal lagi.
 Penggunaan sumber yang optimum akan dapat mengelakkan pembaziran dan membantu mencapai
kapasiti penuh.

Kegunaan RP kepada Pihak-pihak Berkepentingan.

Pihak-pihak berkepentingan adalah seperti berikut:

1. Pembekal
 Pembekal menyediakan sumber modal yang cepat dan murah kepada perniagaan melalui jualan kredit.
 Pembekal perlu meneliti RP sebelum bersetuju untuk menandatangani perjanjian untuk membekalkan barang
mentah, separuh siap atau bahan siap perniagaan terbabit.
 Penelitian ini bertujuan untuk melihat kemampuan usahawan membuat bayaran terhadap barangan yang
dibekalkan.
 Pembekal akan hanya memberikan jualan kredit jika kedudukan kewangan dan perniagaan usahawan
mempunyai potensi untuk berjaya.

MUKA SURAT 353

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

2. Pelanggan
 Pelanggan merujuk kepada syarikat atau organisasi yang akan menggunakan produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan.
 Oleh itu mereka perlu meneliti terlebih dahulu keupayaan dan kemampuan syarikat yang menawarkan
perkhidmatanyang diperlukan supaya tidak menghadapi masalah bekalan pada masa hadapan.

3. Pembiaya/Pemberi Pinjam
 Pihak bank atau institusi kewangan perlu memastikan perniagaan yang bakal dijalankan itu berdaya maju.
Penelitian dan penganalisisan dilakukan untuk mengenalpasti kemampuan bayar balik pinjaman sebelum
permohonan pinjaman diluluskan atau sebaliknya.

4. Pelabur
 Bagi pelabur khususnya pemodal perniagaan (venture capitalist) mereka juga perlu menilai dan memperhalusi
RP.
 Penilaian yang terperinci dibuat bertujuan untuk memastikan keputusan pelaburan dapat dilakukan dengan
tepat dan menguntungkan pelabur.

MUKA SURAT 354

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

d) Menyediakan Format RP adalah seperti berikut:
Rancangan
Perniagaan
berdasarkan
format berikut:

1. Rumusan 1. Rumusan Eksekutif
Eksekutif Mengandungi maklumat, di antaranya:
 Tujuan RP di sediakan
 Kos Projek dan cara pembiayaan. Jika ingin memohon pembiayaan nyatakan jumlah dan tempoh
pembiayaan.
 Butiran ringkas tentang usahawan dan kakitangan utama dalam perniagaan.
 Ringkasan produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan serta keunikannya.
 Ringkasan pemasaran yang member fokus kepada sasaran pasaran, pesaing-pesaing utama dan strategi
pemasaran
 Rekod-rekod kewangan yang lalu jika ada atau ramalan kewangan bagi sesuatu perniagaan baru.

2. Pengenalan 2. Pengenalan
Mengandungi maklumat diantaranya:
Sabri Hj. Hussin, (2005).  Menyatakan jenis perniagaan yang diceburi dan maklumat penting berkenaan perniagaan
Norita Deraman et. al  Tempat ataupun liputan perniagaan dijalankan
(2010)  Tarikh perniagaan ini dimulakan atau hendak dimulakan
Sharifah Akmam Syed  Cara-cara perniagaan ini diuruskan atau dilaksanakan
Zakaria (2007)  Menyatakan sama ada RE ini kali pertama atau yang ditambahbaik drpd yang lepas
 Strategi-strategi utama yang mapan dan berkesan sebagai penyokong pelaksanaan perniagaan ataupun
projek.

MUKA SURAT 355

3. Objektif MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

4. Latar belakang 3. Objektif
Syarikat Mengandungi maklumat diantaranya :
 Visi, misi syarikat atau perniagaan
 Matlamat jangka panjang, matlamat jangka pendek.
 Kekuatan syarikat yang boleh menjadi strategi perniagaan bagi mencapai matlamat tersebut, jika terdapat
kelemahan atau masalah, tunjukkan strategi mengatasi masalah tersebut.

4. Latarbelakang Syarikat
Mengandungi maklumat-maklumat di antaranya :
 Menyatakan pengasas syarikat/perniagaan
 Menjelaskan sebab asalnya produk disediakan dan rasional keperluan atau kesesuaian dengan pasaran atau
keadaan
 Menyatakan bentuk/entiti perniagaan
 Latarbelakang atau biodata syarikat pemilik syarikat
 Tarikh syarikat dan lokasi syarikat
 Modal asal syarikat
 Menjelaskan tahap kejayaan yang dicapai
 Masalah-masalah tertentu yang dihadapi oleh syarikat serta penyelesaiannya dan kesan terhadap perniagaan.

5. Latar belakang 5. Latarbelakang Pemilik/ Ahli Kongsi
Pemilik Perlu mengandungi maklumat diantaranya:
 Nama pemilik/rakan kongsi, alamat, nombor telefon, faks
Sabri Hj. Hussin, (2005).  Umur, kelulusan, pengalaman pemilik dan rakan kongsi
Norita Deraman et. al  Kemahiran pemilik dan rakan kongsi
(2010)  Syer pemilikan modal/saham
Sharifah Akmam Syed
Zakaria (2007)

MUKA SURAT 356

6. Latar belakang MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Projek
6. Latar belakang Projek
Perlu mengandungi elemen-elemen berikut:
 Menjelaskan lokasi tapak projek hendak dijalankan. Sertakan pelan lokasi
 Kelebihan lokasi
 Menjelaskan jenis dan struktur bangunan. Pelan bangunan perlu disertakan.
 Menjelaskan kemudahan asas yang ada (contoh, talian tel, elektrik, air, jalanraya)

7. Rancangan 7. Rancangan Organisasi
Organisasi Mengandungi elemen-elemen di antaranya adalah seperti berikut:
 Senarai jawatan dan bilangan pekerja
 Carta organisasi
 Tanggungjawab dan tugas pekerja
 Imbuhan gaji pekerja
 Keperluan pejabat

8. Rancangan 8. Rancangan Pemasaran
Pemasaran Perlu mengandungi maklumat diantaranya:
 Pelanggan
Sabri Hj. Hussin, (2005).  Trend Pasaran
Norita Deraman et. al  Saiz pasaran
(2010)  Ciri-ciri pasaran
Sharifah Akmam Syed  Sasaran pasaran
Zakaria (2007)  Pesaing-pesaing
 Strategi Pemasaran
 Ramalan jualan
 Kos pemasaran
 Kaedah promosi

MUKA SURAT 357

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

9. Rancangan 9. Rancangan Pengeluaran/Operasi
Pengeluaran
Dalam bahagian ini, perlu mengandungi pelbagai elemen. Di antaranya adalah seperti berikut:
10. Rancangan
Kewangan  Huraian tapak projek, kesesuaian, dan pelan lokasi kilang

Sabri Hj. Hussin, (2005).  Susun atur ruang opersai
Norita Deraman et. al
(2010)  Mesin dan peralatan yang digunakan
Sharifah Akmam Syed
Zakaria (2007)  Proses pengeluaran (langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk dan perkhidmatan

11. Kesimpulan  Carta aliran operasi
12. Lampiran
 Penggunaan bahan mentah

 Stok simpanan bulanan atau tahunan

 Jadual pelaksanaa projek

 Premis perniagaan dibeli, disewa atau dipajak

10. Rancangan Kewangan

Mengandungi elemen-elemen berikut:

 Kos pelaksanaan projek

 Peruntukan modal pusingan

 Perbelanjaan-perbelanjaan lain seperti perbelanjaan praoperasi dan peruntukan luar jangka

 Sumber pembiayaan

 Keperluan Pembiayaan

 Penyata-penyata Kewangan

 Analisis Titik Pulangan Modal

11. Kesimpulan

Bahagian ini menekankan keunikan dan kelebihan perniagaan.

12. Lampiran

 Bahagian ini menyertakan maklumat tambahan seperti pelbagai ilustrasi, senarai, data, borang, carta,

laporan dan lain-lain maklumat yang menyokong dan berkaitan dengan perniagaan dan syarikat.

 Contoh-contoh lampiran ialah Sijil Pendaftaran Perniagaan, Perjanjian Perkongsian, gambar atau contoh

brosur produk yang dikeluarkan, statistik atau maklumat kajian pasaran, pelan lokasi tapak kilang atau

perniagaan,sebut harga daripada kontraktor pembelian aset dan lain-lain.

MUKA SURAT 358

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Contoh Soalan

1. Terangkan kepentingan Rancangan Perniagaan sebagai kepada pembiaya dan pelabur sebuah syarikat perabot [4]

Cadangan Jawapan

Kepentingan RP kepada Pembiaya

 Pembiaya yang terdiri daripada pihak bank atau institusi kewangan memerlukan RP bagi memastikan perniagaan mempunyai prospek
pasaran dan keuntungan yang baik serta beroperasi dalam pasaran atau industri yang berdaya maju.

 Penelitian dan penganalisisan perlu dilakukan untuk melihat jangkaan perolehan keuntungan untuk memastikan kemampuan bayar balik
pinjaman sebelum permohonan pinjaman diluluskan.

Kepentingan RP kepada Pelabur

 Pelabur yang terdiri daripada pelabur individu, syarikat persendirian dan juga syarikat-syarikat khusus memerlukan RP untuk diteliti
bagi memastikan mereka melabur dalam perniagaan yang berpotensi menjana keuntungan dan berdaya maju.

 Penilaian yang terperinci juga dibuat terhadap unjuran kewangan syarikat bertujuan untuk mengenalpasti pelaburan yang dilakukan
mendapat pulangan.

2. Huraikan elemen yang berkaitan dengan produk, sasaran pasaran dan persaingan yang terdapat dalam Rancangan Pemasaran bagi sebuah
Rancangan Perniagaan. [9 markah]

Cadangan Jawapan

1. Produk produk pesaing, dll
 Menyatakan ciri-ciri produk – harga, jenama, paten, saiz produk dll
 Keistimewaan produk – kos pengeluaran rendah, kegunaan pelbagai, kelainan dengan
 Jenis-jenis produk yang dikeluarkan – barisan/lini produk, kedalaman dan kelebaran

MUKA SURAT 359

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

2.Sasaran pasaran

 Perlu menyatakan siapa yang menjadi sasaran contoh kumpulan sasaran seperti mengikut jantina, pendapatan, demografi, dll

 Kawasan tempat yang diliputi sasaran itu/geografi

 Menyatakan pemetakan pasaran

 Pasaran tertumpu, pasaran terbeza dan tak terbeza

 Saiz pasaran – kecil atau besar pasaran

 Syer pasaran – peratusan bahagian dalam pasaran

3.Persaingan
 Mengenalpasti siapa pesaing - bilangan dan lokasi pesaing
 Tahap persaingan sedia ada - mempertimbangkan tahap persaingan dalam persekitaran perniagaan yang ingin dibuka, tahap persaingan yang
tinggi tidak digalakkan
 Kekuatan dan kelemahan pesaing
 Syer pasaran – peratusan bahagian pesaing dalam pasaran

MUKA SURAT 360

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

3. Sediakan Rumusan Eksekutif bagi sebuah Rancangan Perniagaan Melati Bakery Enterprise. yang beroperasi dalam pengeluaran biskut, kek dan
roti [10]

Cadangan Jawapan

Melati Confectionary Enterprise (MCE) merupakan perniagaan berasaskan kek, roti, pastri dan biskut yang dijual secara runcit dan borong.
Perniagaan ini dijalankan secara perkongsian di antara Encik Faris Hakim dan Pn. Sofea Jusri pada tahun 2012 bertempat di Sungai Besar Business
Center, Sungai Besar Selangor. MCE menjual kek, roti, pastri dan biskut menggunakan jenama ‘Enakrasa’. MCE turut menyediakan perkhidmatan
hantaran perkahwinan dan hamper untuk dijadikan hadiah atau cenderamata. Produk ini disasarkan kepada semua golongan masyarakat sama ada
individu, kumpulan, syarikat jabatan-jabatan kerajaan dan swasta tanpa mengira umur dan pendapatan. Produk-produk MCE juga boleh didapati di
kedai-kedai runcit, kedai makan, restoran-restoran, setesen minyak serta pasaraya-pasaraya sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan
Melaka.

Tujuan utama Rancangan Perniagaan (RP ) ini disediakan adalah untuk mendapatkan pembiayaan tambahan bagi membuka cawangan baru di
Lot 4, Jalan Siantan, Taman Delima Kuala Selangor pada Mei 2014. Dengan pembukaan cawangan baru ini, diharapkan jumlah pengeluaran MCE
dapat dipertingkatkan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang sentisa meningkat dari masa ke semasa. Rancangan Perniagaan ini ditujukan
kepada Small Medium Enterprise Bank untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak RM200,000 yang dipohon di bawah skim Credit Guarantee
Corporation. Pembiayaan ini diperlukan untuk membeli mesin, peralatan dan sebuah van.

MCE amat mementingkan kualiti pengeluaran dan kebersihan serta telah mendapat Sijil Halal bagi produk-produk yang dikeluarkan.Justeru iti,
pengeluaran produ-produk MCE adalah menggunakan mesin dan peralatan yang menggunakan teknologi terkini di samping pekerja-pekerja yang
mahir dan berpengalaman.Memandangkan tahap persaingan yang tinggi daripada perniagaan bakeri dan konfeksionari yang lain seperi Anis
Confectionary Enterprise, Harum Bakery Sdn. Bhd, Seribu Rasa Bakery dan Pastri Sdn. Bhd dan perniagaan-perniagaan yang lain, MCE telah
mengatur strategi pengeluaran dan pemasaran supaya syer pasaran dapat di pertingkatkan. Sehubungan dengan itu MCE telah mempelbagaikan lagi
produk roti, kek dan pastri seiring dengan perubahan citarasa bagi menarik pelanggan baru dan mengekalkan pelanggan sedia ada.

Berdasarkan kepada rekod-rekod kewangan lampau dan unjuran keuntungan pada tiga tahun berikutnya, MCE diyakini akan terus berkembang
maju dan menguasai 30% pasaran roti, biskut, kek dan pastri di bahagian pantai barat Semenanjung. MCE turut bercadang untuk meluaskan pasaran
ke negeri-negeri di sebelah selatan dan Pantai Timur dan Selatan untuk tempoh lima tahun akan datang.

MUKA SURAT 361

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

TAJUK

HASIL PEMBELAJARAN HURAIAN
RUJUKAN

12.0 PERNIAGAAN ANTARABANGSA (PAB)

12.1 Skop perniagaan

antarabangsa

12.1.1 Peranan dan

kepentingan

a) Mentakrif maksud Takrif Perniagaan Antarabangsa

perniagaan  Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara lain.

antarabangsa  Dijalankan melangkaui sempadan geografi dan politik sesebuah negara untuk mencapai objektif individu atau

R. W. Griffin dan M. organisasi.

W. Pustay (2013)

b) Menjelaskan Kepentingan PAB Dalam Ekonomi:

kepentingan 1. Tukaran asing
perniagaan  Aktiviti eksport akan membawa masuk tukaran wang asing dalam negara
antarabangsa dalam  Menambahkan pendapatan negara
ekonomi merangkumi
tukaran asing, pasaran 2. Pasaran luas
luas, guna tenaga, 1. Lebihan keluaran yang terdapat dalam sesebuah negara boleh dipasarkan ke negara luar
pemindahan teknologi 2. Memberi peluang kepada sesebuah syarikat untuk terus berkembang.

3. Guna tenaga

 PAB seperti eksport, import, pelesenan dan lain-lain memerlukan pekerja

 Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk negara.

4. Pemindahan teknologi

 Teknologi dan kepakaran negara luar dipindahkan ke dalam sesebuah negara

 Tenaga kerja tempatan perlu dilatih untuk mengendalikan peralatan.

 Proses ini memindahkan teknologi ke negara yang menggunakan peralatan tersebut.

 Contoh: kepakaran teknologi Jepun (robot) di bawa masuk ke Malaysia.

MUKA SURAT 362

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

12.1.2 Tahap perniagaan Tahap perniagaan antarabangsa
antarabangsa
1. Domestik
c) Menjelaskan tahap  Perniagaan yang beroperasi di dalam sesebuah negara.
perniagaan  Pengeluaran dan pemasaran adalah untuk pasaran tempatan di negara tersebut sahaja.
antarabangsa  Melibatkan mata wang tempatan.
termasuk domestik,
antarabangsa, 2. Antarabangsa
multinasional, dan  Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara lain.
global  Menggunakan keupayaan semasa untuk berkembang di pasaran luar.
 Di peringkat ini eksport meningkat dan persaingan dikendalikan sendiri bagi setiap negara.
Daft (2010)  Melibatkan pertukaran mata wang asing.
Bartlett, CA & Ghoshal
(2002)

3. Multinasional
 Beberapa subsidiari beroperasi sebagai entiti tersendiri di pelbagai negara
 Syarikat mempunyai pemasaran dan pengeluaran di beberapa negara
 Lebih daripada 25 % hasil jualan syarikat adalah daripada negara luar.
 Contoh Maybank, Samsung dan Air Asia.

4. Global
 Melihat dunia sebagai pasaran tunggal
 Operasi dikawal oleh ibu pejabat korporat
 pemilikan, kawalan dan pengurusan peringkat atasan terdiri melibatkan kakitangan beberapa negara.

MUKA SURAT 363

12.1.3 Strategi memasuki MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
perniagaan antarabangsa
Straregi memasuki perniagaan antarabangsa
d) Menjelaskan strategi
memasuki perniagaan 1. Import
antarabangsa termasuk  Sebarang aktiviti perniagaan yang membabitkan pembelian produk atau perkhidmatan dari negara luar
import, eksport, kontrak  Negara yang mengalami kekurangan sesuatu jenis produk atau perkhidmatan membeli daripada negara
pengeluaran, pelesenan, luar.
francais, usaha sama,  Dilakukan untuk tujuan pempelbagaian produk untuk memenuhi citarasa pengguna.
subsidiari, dan operasi  Mercedez Benz diimport dari negara Jerman dsb.
serah kunci.
2. Eksport
R.J. Ebert and R.W.  Penghasilan produk di sebuah Negara untuk dijual ke negara luar.
Griffin (2015)
R.W. Griffin and M.W. 3. Kontrak pengeluaran
Pustay (2013)  Pengimport dan pengeluar bersetuju untuk menandatangani kontrak mengeluarkan.
 Pengeluaran produk oleh sesebuah syarikat dengan menggunakan label atau jenama syarikat lain.
 Contoh : Syarikat Nike lebih memfokuskan segala usaha syarikat dalam pemasaran produk dan telah
mengikat kontrak dengan beberapa kilang sekitar Asia Tenggara untuk mengeluarkan kasut dan pakaian
sukan syarikat.

4. Pelesenan
 satu perjanjian antara pemegang lesen dengan penerima lesen bagi membolehkan penerima lesen berhak
terhadap proses pengeluaran, cap dagang, paten kepunyaan pemegang lesen.
 Penerima lesen akan memberi royalti atau yuran kepada pemegang lesen.
 Tumpuan adalah organisasi perkilangan.
 Penerima lesen mencari sumber modal untuk menjalankan pengeluaran di negaranya tanpa bantuan
daripada pemegang lesen.

MUKA SURAT 364

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

5. Francais
 Satu bentuk perniagaan di mana francaisor memberi kebenaran, hak atau keistimewaan seperti nama
perniagaan dan cop dagangan kepada seseorang individu atau syarikat tertentu (francaisi) untuk
menjalankan perniagaan mengikut peraturan dn tatacara yang telah ditetapkan oleh francaisor.
 Francaisi membayar royalti atau yuran tertentu kepada syarikat induk.
 Francaisor menawarkan berbagai bantuan kepada francaisi.

6. Usaha sama
 Dua atau lebih perniagaan bersetuju untuk bergabung bagi sama-sama menembusi pasaran antarangsa
atau membentuk entiti perniagaan baharu.
 Gabungan beberapa syarikat antarabangsa dengan syarikat luar yang bertujuan untuk memperoleh
pengetahuan rakan kongsi tentang persaingan, budaya dan sistem politik.
 Syarikat yang bergabung akan berkongsi bersama modal, risiko, kepakaran dan untung diagihkan
berdasarkan jumlah modal yang dilaburkan.

7. Subsidiari
 Operasi tempatan yang dimiliki penuh dan dikawal oleh syarikat asing.
 Melalui pelaburan langsung (greenfield ventures) bagi syarikat baru (start up operations) atau melalui
pembelian ekuiti bagi syarikat sedia ada.

8. Operasi serah kunci
 Sebuah syarikat mereka bentuk, membina dan menyiapkan sesuatu kemudahan di negara asing di samping
melatih pekerja negara itu untuk mengambil alih operasi kemudahan yang dibina.
 Projek yang telah siap untuk beroperasi diserahkan kepada pembeli.
 Contoh: kilang janakuasa nuklear, lapangan terbang dan pelantar minyak.

MUKA SURAT 365

12.2 Konsep-Konsep MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Penting
Konsep-konsep perniagaan antarabangsa
a) Mentakrifkan
konsep-konsep 1. Dunia tanpa sempadan
 Pergerakan dan perkembangan sesebuah perniagaan merentasi sempadan Negara.
http://www.businessd  Blok perdagangan bebas ditubuhkan bagi membebaskan Negara terbabit daripada belenggu yang diwujudkan
ictionary.com/definiti oleh sempadan politik terhadap perdagangan antarabangsa.
on/emerging-markets  Tanpa sebarang tariff atau sekatan lain.
 Contoh, Kesatuan Eropah (EU) dan Kesatuan Perdaganagan Bebas Amerika Utara (NAFTA).

2. Pasaran menimbul (emerging market)
 Pasaran baharu yang muncul ekoran peningkatan kuasa beli pengguna dalam pasaran tersebut.
 Usaha dan tindakan yang diambil oleh sesebuah negara untuk mengubah dan meningkatkan taraf ekonomi di
negara itu supaya setanding dengan negara membangun yang lain melalui pembukaan pasarannya kepada
pelabur antarabangsa.

http://ssc.undp.org/co 3. Selatan-Selatan
ntent/ssc.html  Merujuk kepada kerjasama antara negara-negara yang sedang membangun.
 Negara-negara ini bersepakat mengatasi masalah harga bahan mentah, membaiki keadaan ekonomi dan
Zafri memecahkan monopoli peluang perniagaan negara maju.
http://www.businessd
ictionary.com/definiti 4. Globalisasi
on/localization.html  Globalisasi merupakan suatu proses dimana ekonomi dunia bergerak ke arah menjadi satu ekonomi yang
saling bergantung iaitu tidak terasing lagi.
 Oleh itu, produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesuatu negara itu dapat dipasarkan secara
menyeluruh melampaui sempadan geografi dan budaya di seluruh dunia.

5. Lokalisasi
 Proses mengubahsuai fungsi tertentu seperti bahasa, budaya, politik dan undang-undang mengikut perubahan
citarasa pasaran ia beroperasi.

MUKA SURAT 366

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

6. Nasionalisasi
 merujuk kepada tindakan sesebuah kerajaan mengambil-alih pemilikan sesebuah firma asing dan menjadikan
firma tersebut sebagai milik negara.
 Ia boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah:-
i. “expropriation”- pengambilalihan firma asing dilakukan dengan pemberian pampasan.
ii. “confiscation” - pengambilalihan firma asing dijalankan tanpa sebarang pampasan.

7. Penswastaan
 Satu proses pemindahan daripada sektor awam kepada sektor swasta di mana bukan lagi hak milik kerajaan.

12.3 Syarikat multinasional

12.3.1 Cabaran syarikat Maksud Syarikat Multinasional:
multinasional  Syarikat besar yang beroperasi dengan cawangan-cawangannya terdapat di beberapa buah negara.
 Cawangan ini akan dikawal oleh syarikat induk di negara asalnya tetapi syarikat induk memberi kuasa kepada
a) menjelaskan maksud
syarikat multinasional subsidiari untuk bertindakbalas dengan perubahan yang berlaku di pasaran tempatan.
dan tujuan organisasi  Lebih daripada 25% hasil jualan syarikat adalah daripada di luar negara.
menjadi syarikat

multinasional Tujuan Organisasi Menjadi Syarikat Multinasional

Daft (2010) 1. Mengembangkan kekuatan/keunikan syarikat
2. Meluaskan pasaran
R.W. Griffin and 3. Mendapatkan sumber yang murah (buruh dan bahan mentah)
M.W. Pustay (2015) 4. Mempunyai daya saing untuk mengatasi pesaing

MUKA SURAT 367

b) menjelaskan cabaran MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
yang dihadapi oleh
syarikat multinasional 1. Struktur organisasi
dari aspek:  Struktur organisasi syarikat berbeza
 Bergantung kepada persekitaran perniagaan, pasaran sasaran, keupayaan dan kemahiran pekerja dan kaedah
(i)Struktur organisasi operasi yang diamalkan oleh kedua-dua syarikat
 Sukar memilih bentuk penjabatan
 Sukar untuk menentukan pengagihan autonomi kepada subsidiari.

(ii) Kawalan 2. Kawalan pengurusan
Pengurusan  Kaedah kawalan berbeza
 Lokasi yang jauh menyukarkan penetapan kepada satu bentuk struktur pentadbiran sama ada pentadbiran
(iii) Politik dan berpusat atau tidak berpusat.
perundangan  Tidak berpusat, bermakna anak syarikat membuat keputusan, walaupun keputusan lebih tepat kerana anak
syarikat lebih tahu selok-belok perniagaan di negara luar, namun syarikat induk sukar mengawal aktiviti anak
(iv) Ekonomi syarikat.
(v) Sosiobudaya  Pentadbiran berpusat, walaupun syarikat induk dapat mengawal aktiviti anak syarikat, keputusan yang
diperoleh mungkin kurang tepat kerana syarikat induk tidak mahir selok-belok perniagaan di luar.

3. Politik dan perundangan

Politik
 Kestabilan politik - kekuatan sistem politik dalaman tetapi juga ancaman dari luar.
 Dapat menjamin supaya pelaburan asing tidak terancam malah berterusan.
 Ketidakstabilan politik sering mengganggu operasi syarikat multinasional.

MUKA SURAT 368

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Undang-undang
 Sistem perundangan antara negara berbeza.
 Contoh: produk yang dikeluarkan oleh anak syarikat multinasional mestilah berasaskan bahan mentah atau

komponen-komponen tempatan.
 Peraturan-peraturan perdagangan yang ketat
 Tarif - kos mengimport barangan meningkat

4. Ekonomi

Sistem ekonomi
 Sistem ekonomi berbeza antara sesebuah negara dan ini mempengaruhi aktiviti PAB.
 Contoh: sistem ekonomi, perancangan pusat - kerajaan akan menentukan dan mengawal kegiatan ekonomi

negaranya seperti harga, cukai, jenis produk dan sebagainya.

Kemelesetan ekonomi
 Berlaku pengangguran, hilang pekerjaan, maka permintaan terhadap produk multinasional kurang.

5. Sosiobudaya
 Perbezaan sosial dan budaya diantara negara di mana ia beroperasi (host country) dan negara asalnya (home
country).
 Mengubahsuai amalan dan gaya pengurusan bagi menangani persekitaran kebudayaan di negara di mana
mereka beroperasi.
 Mengelakkan konflik masalah komunikasi antara syarikat multinasional dan pekerja-pekerja tempatan.

MUKA SURAT 369

12.3. 2 Risiko syarikat MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
multinasional
Risiko syarikat multinasional
c) Menerangkan jenis 1. Risiko ekonomi
risiko antaranya
risiko ekonomi,  Mengamalkan sistem ekonomi yang berbeza seperti perancangan pusat, kapitalis, dan ekonomi campuran
politik, kredit,  Kuasa beli penduduk
pemilikan negara,  Kitar ekonomi seperti kemelesetan dan inflasi.
penghantaran balik
modal dan dividen, 2. Risiko politik
dan kadar pertukaran  Sistem pemerintahan sesebuah negara adalah berbeza.
wang.  Risiko operasi – kedudukan operasi atau pekerja terancam disebabkan oleh perubahan undang-undang,
persekitaran dan penetapan cukai.
R.W. Griffin dan M.W.
Pustay (2013) 3. Risiko kredit
 Risiko untuk mendapatkan pembayaran dari luar negara kerana mungkin risiko untuk mendapatkan
daripada negara tersebut sedang mengalami kemelesetan ekonomi, ketidakstabilan politik, bencana alam
dan sebagainya.

4. Risiko pemilik negaraan
 Risiko kemungkinan berlakunya perubahan pemerintah negara tersebut
 Pengambilalihan aset melalui expropriation atau confiscation
 Contoh: pemerintahan demokrasi kepada pemerintahan komunisme.

5. Risiko penghantaran balik modal dan dividen
 Menyekat pengaliran keluar keuntungan dari operasi di negara tersebut ke negara asal anak syarikat
multinasional
 Kerajaan mencampuri urusan syarikat memindahkan dana keluar/masuk dari negara syarikat beroperasi.

6. Risiko kadar pertukaran wang
 Perlu meramal pergerakan tukaran mata wang di masa hadapan yang akan memberi kesan kepada
perniagaan.

MUKA SURAT 370

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

12.4 Pembayaran perdagangan dan pertukaran mata wang asing

12.4.1 Dokumen Kegunaan dokumen penghantaran:
penghantaran 1. Surat pengesahan penghantaran laut.(Bill of Lading)

a) Menjelaskan  satu dokumen tentang barang yang diterima oleh syarikat perkapalan untuk dihantar kepada penerima yang
kegunaan dokumen dinyatakan dalam dokumen itu.
penghantaran: Surat
Pengesahan  Dokumen ini diperlukan apabila penghantaran barang dibuat melalui kapal
 Bertindak sebagai pengakuan penerimaan barang-barang atas kapal yang dikeluarkan oleh syarikar

Penghantaran Laut perkapalan / agennya.

(Bill of Lading), Surat 2. Surat Pengesahan Penghantaran Udara (Airway Bill)
Pengesahan  Satu dokumen tentang barang yang diterima oleh syarikat penerbangan untuk dihantar kepada penama yang
Penghantaran Udara dinyatakan dalam dokumen itu.
(Airway Bill), Sijil  Dokumen ini diperlukan apabila penghantaran barang dibuat melalui kapal terbang
Pengesahan Tempat  Bertindak sebagai pengakuan penerimaan barang- barang atas kapal terbang yang dikeluarkan oleh syarikat
Asal (Certificate of penerbangan.
Origin);
3. Sijil Pengesahan Tempat Asal (Certificate of Origin)

 Satu pengakuan yang ditandatangani oleh pengeksport dan disahkan oleh pegawai jabatan perdagangan dari

negara pengeksport bahawa barang itu dibuat di negara pengeksport.

 Ia diperlukan oleh pihak kastam negara pengimport untuk memberi takrif keistimewaan atau mengenakan

kuota terhadap barangan import.

12.4.2 Kaedah Kaedah Penyelesaian Perdagangan:
pembayaran dan 1. Perdagangan barter
penyelesaian
perdagangan  Melibatkan pertukaran barangan eksport antara dua buah negara tanpa melibatkan penggunaan mata wang.
2. Perbankan koresponden
b) Menjelaskan kaedah
penyelesaian  Pengeksport melantik sebuah bank sebagai ejen untuk bertindak bagi pihaknya.
perdagangan iaitu  Bank yang dilantik oleh pengeksport akan menerima bayaran daripada pengimport bagi pihak pengeksport

MUKA SURAT 371

perdagangan barter dan MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
perbankan koresponden;
Dokumen Pembayaran Perdagangan Antarabangsa:
c) Menjelaskan kegunaan
dokumen pembayaran 1. Surat Kredit (Letter of Credit)
perdagangan  Dokumen yang dikeluarkan oleh pengimport dengan bank pengimport sebagai penjamin untuk membayar
antarabangsa berikut: sejumlah wang kepada pengeksport di bawah syarat-syarat.
Surat Kredit (Letter of
Credit), Tuntutan Ikut 2. Tuntutan Ikut Perintah (Sign/Demand Order)
Perintah (Sign/Demand  Arahan bertulis yang dikeluarkan pengeksport kepada pengimport , meminta pengimport membayar
Order), dan lain-lain. sejumlah wang kepadanya dalam tempoh yang telah ditetapkan @ dengan segera.

 Apabila pengimport mengesahan persetujuannya bil ini akan dikembalikan kepada pengeksport yang
kemudiannya akan menghantar barangan kepadanya.

12.4.3 Peranan mata wang Peranan mata wang asing
asing  Kadar nilai matawang sesebuah negara yang bertukar dengan nilai matawang sebuah negara yang lain.
 Dua cara iaitu kadar tukaran langsung dan kadar tukaran tidak langsung
 Apabila eksport membawa masuk tukaran asing.
 Eksport meningkat, maka tukaran asing juga meningkat.
 Menambahkan pendapatan negara
 Sistem kadar pertukaran berubah atau terapung (floating rate)
 Menetapkan nilai pertukaran asing berdasarkan permintaan dan penawaran mata wang asing dalam pasaran

pertukaran asing

d) Menjelaskan kesan Kesan kadar pertukaran mata wang asing terhadap perniagaan antarabangsa:
kadar pertukaran  Kenaikan kos faktor pengeluaran, keadaan ini akan menjejaskan persaingan keluaran tempatan dalam pasaran
mata wang asing antarabangsa
terhadap perniagaan  Mengalakkan pergerakan modal dari dalam keluar negara
antarabangsa  Para spekulator mengambil kesempatan daripada keadaan turun naik mata wang untuk mencari keuntungan.

MUKA SURAT 372

R.J. Ebert and R.W. MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Griffin (2015)
R.W. Griffin and M.W. Sistem kadar pertukaran tetap (fixed rate)
Pustay (2013)  Melibatkan tindakan kerajaan melalui bank pusat, menentukan kadar pertukaran mata wang negara dengan
www.swlearning.com/
mata wang asing pada satu kadar tertentu

 Kesannya:
o Nilai perdagangan antarabangsa akan menjadi lebih stabil
o Menghapuskan kegiatan spekulasi mata wang yang cuba meraih keuntungan
o Kadar pertukaran asing yang lebih stabil akan meningkatkan pelabur asing untuk melabur dalam negara.

12.5 Galakan dan perlindungan perdagangan

12.5.1 Galakan Peranan MATRADE dalam menggalakkan pemasaran antarabangsa:
a) menjelaskan
peranan MATRADE 1. Untuk mempromosi, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan memberi penekanan ke
dalam menggalakkan atas eksport produk perkilangan dan separa kilang serta menjalankan import secara terpilih;
pemasaran
antarabangsa 2. Untuk merangka dan melaksanakan satu strategi pemasaran eksport negara bagi menggalakkan eksport produk
terkilang dan separa kilang;

3. Untuk menjalankan perisikan komersial dan penyelidikan pasaran serta mewujudkan satu pangkalan data
maklumat yang komprehensif bagi peningkatan dan pembangunan perdagangan;

4. Untuk mengelolakan program-program latihan bagi meningkatkan kemahiran pengeksport Malaysia dalam
pemasaran antarabangsa;

5. Untuk meningkatkan dan melindungi kepentingan-kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar
negara;

6. Untuk mewakili Malaysia di mana-mana forum antarabangsa yang berkaitan dengan perdagangan;
7. Untuk membangun, mempromosi, memudahkan dan membantu dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan

perdagangan; dan
8. Untuk menasihati Kerajaan tentang perkara-perkara yang mempengaruhi atau sebarang cara yang berkaitan

dengan perdagangan dan bertindak sebagai ejen kepada Kerajaan atau seseorang individu, badan atau organisasi
mengenai perkara tersebut.

MUKA SURAT 373

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

b) menjelaskan galakan
perniagaan antarabangsa.

(i) Blok perdagangan Blok Perdagangan
1. AFTA (ASEAN Free Trade Area)

 Ditubuhkan oleh negara-negara ASEAN pada 1 Januari 1993. Di anggotai oleh Malaysia, Singapura, Brunei,
Thailand, Filipina, Indonesia, Laos Vietnam, Kemboja dan Mynmar.

 Objektif penubuhan adalah untuk meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN
 Peningkatan perdagangan akan meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang berdaya

saing yang membolehkan pengkhususan dan pencapaian skala ekonomi serta usaha menarik pelabur menanam
modal dengan memberi pelbagai insentif.
 Matlamat AFTA:

i. menghapuskan tarif, kuota, dan lain-lain sekatan perdagangandi kalangan negara anggota
ii. mengenakan tarif yang seragam kepada negara bukan anggota
iii. mobiliti buruh, modal, syarikat yang bebas, menwujudkan polisi-polisi pengangkutan, pertanian,

pendidikan persaingan dan perilaku perniagaan bersama.

2. NAFTA (North American Free Trade Agreement)

 Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara ditubuhkan pada 1 Januari 1994
 hasil pakatan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara negara Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico
 Matlamat penubuhan adalah untuk memansuhkan tarif dan halangan bukan tarif dalam perdagangan di antara

negara anggota.
 Merupakan blok perdagangan yang paling berkuasa berdasarkan kepada jumlah penduduk dan jumlah

keluaran negara kasar.

MUKA SURAT 374

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

3. EU (EROPEAN UNION)

 Kesatuan Eropah pada awalnya di kenali sebagai Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) ditubuhkan pada tahun
1957 yang dianggotai oleh 12 negara iaitu Belgium, Perancis, Itali, Luxemborg, Belanda, Jerman, Denmark,
Ireland, United Kingdom, Portugal, Greek, Sepanyol, Austria, Finland dan Sweden. Tujuan penubuhan
kesatuan adalah untuk mengimbangi kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun yang sukar digugat oleh
mana-mana negara waktu itu.

 Penubuhan Kesatuan Eropah membolehkan rakyat atau masyarakat negara-negara anggota bebas bergerak,
mencari pekerjaan, membuat pelaburan dan menjalankan urusan perdagangan yang selama ini terhalang
kerana setiap negara Eropah mempunyai kawalan sempadan yang ketat, system cukai dan subsidi masing-
masing, polisi dalam negara serta dasar untuk melindungi industry tempatan daripa persaingan luar negara.

 Secara khusus, objektif penubuhan EU ialah adalah seperti berikut:
i. Menghapuskan duti kastam untuk semua negara anggota
ii. Memastikan perdagangan dijalankan secara bebas

iii. Menyelaraskan dasar kewang dan fiskal semua negara anggota
iv. Memberi kebebasan dalam pengaliran modal di kalangan negara anggota
v. Menggariskan polisi umum terhadap perdagangan yang melibatkan negara anggota
vi. Menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi antara negara anggota.
 Mata wang tunggal rasmi yang dinamakan Euro telah diperkenalkan untuk kegunaan setiap negara anggota.

4. ASEAN

 Persatuan negara-negara Asia Tenggara atau ASEAN ditubuhkan pada 1967 yang dianggotai oleh sepuluh
buah negara yang terletak di rantau Asia Tenggara iaitu, Malaysia, Thailand. Indonesia, Singapura, Brunei,
Filipina, Laos, Vietnam, Kemboja dan Mynmar.

 Tiga tujuan utama penubuhan ASEAN ialah:
i. Menggalakkan pembangunan ekonomi, social dan kebudayaan menerusi program-program kerjasama
serantau
ii. Mengukuhkan kestabilan politik dan ekonomi serantau agar dapat menghadapi kuasa-kuasa besar

iii. Bertindak sebagai satu forum untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul

MUKA SURAT 375

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

 Bagi menggalakkan perdagangan, negara-negara ASEAN telah membentuk Kawasan Perdagangan Bebas
ASEAN (AFTA.)

 Kerjasama ekonomi ASEAN akan meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang
kompetitif serta membolehkan negara-negara rantau ini memenuhi keperluan pasaran global

 ASEAN juga akan turut meningkatkan kecekapan industri serantau melalui pengeksploitasian kelebihan
lokasi, sumber, pasaran.

 Bekerjasama untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur yang akan menyumbang kearah persekitaran
perniagaan yang lebih berkesan serta memastikan sumber semulajadi ASEAN dimanfaatkan sepenuhnya
dengan cekap.

(ii) Perdagangan timbal Perdagangan Timbal Balik
balik
 Perdagangan timbal balik ialah urusniaga di mana pengeksport menerima keseluruhan atau sebahagian bayaran
dalam bentuk barangan yang dikeluarkan oleh pengimport.

 Contoh: Negara China membayar hampir US$300 juta dalam bentuk keluaran dalam negara China dan
selebihnya dalam bentuk komponen kapal terbang kepada pembuat kapal terbang McDonnel Douglas yang
menjual pesawat MD-82 bernilaiUS$ 1 ribu juta.

(iii)Kempen kerajaan Kempen Kerajaan
Kerajaan telah mengadakan pelbagai program bagi meransang kegiatan PAB melalui galakan cukai, pengecualian
cukai, pembiayaan eksport, pemberian taraf perintis, subsidi, kempen Belilah Barangan buatan Malaysia dan
mewujudkan Skim Jaminan Eksport serta pelbagai program lain.

1. Zon Perdagangan Bebas
 Menjalankan aktiviti perdagangan.
 Boleh memperolehi barang dan perkhidmatan tanpa bayaran duti kastam, duti eksais, cukai jualan atau
cukai perkhidmatan.
 Semua pergerakan barang-barang keluar masuk dari/ke zon bebas hendaklah menggunakan borang atau
dokumen yang ditetapkan.

MUKA SURAT 376

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

2. Koridor Raya Multimedia (MSC)

 Merupakan zon pelaburan khas yang dibentuk untuk membolehkan syarikat berteknologi tinggi
tempatan dan antarabangsa membina teknologi baru.

 Usaha ini dibantu oleh persekitaran yang kondusif yang mampu menggalakkan inovasi dan reka cipta.
 Antara matlamat MSC ialah:

i. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan inovasi serta kreatif dalam produk dan
perkhidmatan multimedia.

ii. Menggalakkan kerjasama antara syarikat tempatan dan antarabangsa dalam memajukan
industri teknologi multimedia untuk membantu syarikat tempatan menjadi syarikat berdaya
maju dan berdaya saing

iii. Hasil penyelidikan dan pembangunan boleh diniagakan demi mendapat manfaat daripada
penyelidikan dan cadangan yang dikemukakan oleh penyelidik.

 Fungsi MSC pula adalah seperti berikut:

i. Menarik lebih banyak syarikat yang berasaskan teknologi canggih ke Malaysia dan seterusnya
membangunkan industry tempatan, khusnya yang berkaitan dengan teknologi multimedia

ii. Menawarkan persekitaran berpusat yang baik supaya rangkaian multimedia berbentuk
barangan dan perkhidmatan boleh dikeluarkan di Malaysia serta disalurkan ke serata dunia

iii. Membentuk kawasan yang menawarkan kebolehan serta kemampuan khusus dalam
multimedia, teknologi, tenaga buruh mahir dan separuh mahir infrastruktur serta
pengangkutan.

iv. Menyediakan MSC sebagai satu makmal percubaan dengan teknologi-teknologi moden masa
kini diuji dan disebarkan.

MUKA SURAT 377

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

3. Galakan Cukai
 Menyediakan elaun pelaburan sehingga 60% daripada perbelanjaan modal selama 5 tahun

4. Pengecualian Cukai
 Kelonggaran untuk tidak membayar cukai seperti yang ditetapkan.
 Contohnya pengecualian cukai terhadap pendapatan royalti.

5. Pembiayaan eksport

 Pembiayaan yang ditawarkan oleh kerajaan bertujuan untuk meningkatkan eksport dan membantu
firma pesaing secara efektif di peringkat antarabangsa

 Potongan berganda terhadap perbelanjaan promosi eksport bertujuan untuk menggalakkan pelabur
mempromosikan produk Malaysia di pasaran antarabangsa.

 Potongan berganda untuk premium yang menginsuranskan barang eksport bertujuan untuk memberi
keyakinan kepada pelabur Malaysia untuk memasarkan barangan tempatan keluar negara.

6. Taraf perintis

 Galakan pelaburan yang berbentuk pelepasan cukai kepada syarikat yang mengeluarkan produk yang
dianggap penting kepada pertumbuhan ekonomi negara.

 Pengecualian termasuk cukai pendapatan, cukai pembangunan dan cukai untung berlebihan selama
beberapa tahun bergantung kepada jumlah modal tetap syarikat. (Modal melebihi RM1 juta diberi
pelepasan 5 tahun)

7. Subsidi

 Merupakan satu bentuk bantuan kewangan kepada industri tempatan bertujuan untuk melindungi
industri tempatan daripada pesaing-pesaing luar negara.

 Pemberian subsidi dapat mengurangkan harga barangan tempatan berbanding dengan barang import
dan memberi kelebihan kepada industri tempatan untuk bersaing dengan industri luar.

MUKA SURAT 378

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

8. Kempen Melilah Barang Buatan Malaysia

 Diadakan bagi meningkatkan tarikan dan minat pembeli domestik dan antarabangsa terhadap barangan
yang dikeluarkan oleh rakyat Malaysia antarabangsa

(iv)Promosi Pelaburan Promosi Pelaburan

 Malaysia sangat mengalu-alukan pelaburan di dalam negara sama ada daripada para pelabur asing mahupun
pelabur tempatan. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan bagi mempromosikan pelaburan di Malaysia.

 Antara usaha yang giat dijalankan ialah:
i. Menawarkan insentif pelaburan yang menarik melalui Akta Promosi Pelaburan
ii. Mempromosikan produk atau perkhidmatan Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa melalui
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

 Insentif pelaburan mula-mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1958 di bawah Ordinan Insentif Pelaburan
diikuti dengan Akta Insentif Pelaburan 1968. Pada bulan Mei 1986, kerajaan telah menguatkuasakan Akta
Promosi Pelaburan 1986 bagi mempertingkatkan insentif pelaburan sedia ada.

c) Menjelaskan fungsi, Fungsi, peranan, dan kesan pakatan perniagaan antarabangsa
peranan dan kesan
pakatan perniagaan 1. AFTA (ASEAN Free Trade Area)
antarabangsa.
 Ditubuhkan oleh negara-negara ASEAN pada 1 Januari 1993. Di anggotai oleh Malaysia, Singapura, Brunei,
Thailand, Filipina, Indonesia, Laos Vietnam, Kemboja dan Mynmar.

 Objektif penubuhan adalah untuk meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN
 Peningkatan perdagangan akan meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang

berdaya saing yang membolehkan pengkhususan dan pencapaian skala ekonomi serta usaha menarik pelabur
menanam modal dengan memberi pelbagai insentif.

MUKA SURAT 379

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

 Matlamat AFTA:

i. menghapuskan tarif, kuota, dan lain-lain sekatan perdagangandi kalangan negara anggota

ii. mengenakan tariff yang seragam kepada negara bukan anggota

iii. mobiliti buruh, modal, syarikat yang bebas, menwujudkan polisi-polisi pengangkutan, pertanian,

pendidikan persaingan dan perilaku perniagaan bersama.

2. NAFTA ( North American Free Trade Agreement)

 Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara ditubuhkan pada 1 Januari 1994
 Hasil pakatan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara negara Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico
 Matlamat penubuhan adalah untuk memansuhkan tariff dan halangan bukan tariff dalam perdagangan di

antara negara anggota.
 Merupakan blok perdagangan yang paling berkuasa berdasarkan kepada jumlah penduduk dan jumlah

keluaran negara kasar.

3. EU (European Community)

 Kesatuan Eropah pada awalnya di kenali sebagai Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) ditubuhkan pada tahun
1957 yang dianggotai oleh 12 negara iaitu Belgium, Perancis, Itali, Luxemborg, Belanda, Jerman, Denmark,
Ireland, United Kingdom, Portugal, Greek, Sepanyol, Austria, Finland dan Sweden. Tujuan penubuhan
kesatuan adalah untuk mengimbangi kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun yang sukar digugat oleh
mana-mana negara waktu itu.

 Penubuhan Kesatuan Eropah membolehkan rakyat atau masyarakat negara-negara anggota bebas bergerak,
mencari pekerjaan, membuat pelaburan dan menjalankan urusan perdagangan yang selama ini terhalang
kerana setiap negara Eropah mempunyai kawalan sempadan yang ketat, system cukai dan subsidi masing-
masing, polisi dalam negara serta dasar untuk melindungi industry tempatan daripa persaingan luar negara.

MUKA SURAT 380

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Secara khusus, objektif penubuhan EU ialah adalah seperti berikut:

i. Menghapuskan duti kastam untuk semua negara anggota

ii. Memastikan perdagangan dijalankan secara bebas

iii. Menyelaraskan dasar kewang dan fiskal semua negara anggota

iv. Memberi kebebasan dalam pengaliran modal di kalangan negara anggota

v. Menggariskan polisi umum terhadap perdagangan yang melibatkan negara anggota

vi. Menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi antara negara anggota.

 Mata wang tunggal rasmi yang dinamakan Euro telah diperkenalkan untuk kegunaan setiap negara anggota.

4. APEC (Asia Pacific Economic Cooperation)

 Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ini ditubuhkan pada tahun 1989 yang dianggotai oleh 21 negara yang
bersidang untuk membincangkan serta mempromosikan perdagangan terbuka dan kerjasama ekonomi secara
praktikal.

 Tujuan utama APEC adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di rantau Asia Pasifik dan
memupuk semangat kerjasama di kalangan negara-negara anggota. Selain itu untuk mengembangkan kegiatan
ekonomi serta kerjasama dalam bidang teknikal demi mengekal dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi
serantau yang lebih cepat dan seimbang di kalangan negara anggota.

 Deklarasi Seoul pada tahun 1991, negara-negara anggota APEC telah mencapai persetujuan dan menetapkan
objektif APEC sebagai berikut:
i. Mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan rantau Asia Pasifik untuk kebaikan rakyatnya dan
dengan itu member sumbangan kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi dunia
ii. Meningkatkan perolehan positif untuk kedua-dua rantau dan ekonomi dunia hasil daripada kerjasama
ekonomi antara negara-negara anggota, termasuklah menggalakkan pengaliran barangan,
perkhidmatan, modal dan teknologi
iii. Membangun dan mengukuhkan system perdagangan yang terbuka untuk kebaikan rantau Asia Pasifik
dan dunia amnya.
iv. Mengurangkan halangan-halangan dalam perdagangan barangan dan perkhidmatan antara negara
anggota seiring dengan prinsip-prinsip GATT tanpa menganggu kepentingan ekonomi pihak lain.

MUKA SURAT 381

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

5. ASEAN ( Association of Southeast Asian Nations)

 Persatuan negara-negara Asia Tenggara atau ASEAN ditubuhkan pada 1967 yang dianggotai oleh sepuluh
buah negara yang terletak di rantau Asia Tenggara iaitu, Malaysia, Thailand. Indonesia, Singapura, Brunei,
Filipina, Laos, Vietnam, Kemboja dan Mynmar.

 Tiga tujuan utama penubuhan ASEAN ialah:
i. Menggalakkan pembangunan ekonomi, social dan kebudayaan menerusi program-program kerjasama
serantau
ii. Mengukuhkan kestabilan politik dan ekonomi serantau agar dapat menghadapi kuasa-kuasa besar

iii. Bertindak sebagai satu forum untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul

 Bagi menggalakkan perdagangan, negara-negara ASEAN telah membentuk Kawasan Perdagangan Bebas
ASEAN (AFTA.)

 Kerjasama ekonomi ASEAN akan meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang
kompetitif serta membolehkan negara-negara rantau ini memenuhi keperluan pasaran global

 ASEAN juga akan turut meningkatkan kecekapan industri serantau melalui pengeksploitasian kelebihan
lokasi, sumber, pasaran.

 Bekerjasama untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur yang akan menyumbang kearah persekitaran
perniagaan yang lebih berkesan serta memastikan sumber semulajadi ASEAN dimanfaatkan sepenuhnya
dengan cekap.

6. IMT-GT (Indonesia, Malaysia, Thailand Growth Triangle)

 Satu bentuk kerjasama serantau dengan polisi yang inovatif dan bermanfaat untuk semua pihak yang terlibat.
Ia menekankan aspek-aspek kerjasama untuk memajukan aktiviti perniagaan dan sosioekonomi serantau
dalam bidang pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

MUKA SURAT 382

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

 Matlamat utama penubuhan segitiga ini adalah untuk menggalakkan sector swasta mengambil bahagian
dalammembangunkan kawasan serantau dengan kaedah berikut:
i. Mengeksploitasi kelebihan bersaing dalam sector tertentu
ii. Mempertingkatkan persaingan dalam pelaburan dan eksport
iii. Mengurangkan kos logistic dan transaksi yang diakibatkan oleh kawasan geografi
iv. Mengurangkan kos pengeluaran dan pengedaran.

 Kawasan pertumbuhan ini berkembang untuk membentuk dan mengukuhkan hubungan yang sedia ada dalam
usaha menggunakan kepakaran, kemahiran dan tenaga penduduk yang ada dalam kawasan ini bagi
membangunkan kuasa ekonomi serantau.

7. IMS-GT (Indonesia, Malaysia, Singapore Growth Triangle)

 Ditubuhkan pada tahun 1995. Merupakan satu konsep kerjasama antara serantau yang mengambil kesempatan
ke atas zon-zon ekonomi yang berkembang pesat membangun di dalam wilayah ASEAN.

 Ia dibangunkan bagi membolehkan anggota-anggotanya menggabungkan segala kekuatan dan kelebihan
yang ada untuk digunakan secara optimum.

 Kos juga dapat dikurangkan dan kecekapan dipertingkatkan terutama yang melibatkan pengaliran barangan,
perkhidmatan dan sumber-sumber melangkaui sempadan

8. BIMP-EAGA (Brunei, Indonesia, Malaysia, Philipines-East ASEAN Growth Area)

 BIMP-EAGA ditubuhkan pada 1994 adalah merupakan satu usaha untuk membangunkan kawasan-kawasan
yang kurang membangun tetapi berpotensi untuk dimajukan.

 Objektif penubuhan adalah untuk mengintegrasi dan mempertingkat pembangunan ekonomi empat negara
berkenaan.

 Ini termasuklah mempercepat pembangunan kegiatan industry perdagangan, pelaburan, pelancongan,
perladangan, perikanan, maritime serta pertanian.

 Program-program dan strategi disusun untuk meningkatkan pelaburan dan perdagangan antara keempat
negara.

MUKA SURAT 383

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

d) menerangkan objektif Objektif Perlindungan Perdagangan
perlindungan
perdagangan  Untuk melindungi industri tempatan yang masih belum mampu untuk bersaing dengan dengan firma asing
terutama daripada segi modal

 Mengurangkan kadar pengaliran keluar mata wang negara agar dapat mengelakkan berlaku defisit dalam
imbangan perdagangan.

 Dapat memastikan wujudnya peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat tem

e) Menerangkan kaedah Kaedah Melindungi Pasaran Domestik
melindungi pasaran Kaedah Tarif
domestik termasuk
tariff dan bukan tarif

 Tarif merupakan cukai langsung atau duti yang dikenakan ke atas produk atau perkhidmatan yang diimport
masuk ke sesebuah negara.

 Tarif akan meningkatkan kos produk atau perkhidmatan yang diimport seterusnya akan meningkatkan harga
produk tersebut. Ini akan mengurangkan minat pembeli untuk membeli produk tersebut

 Tindakan ini bertujuan supaya usahawan di negara berkenaan dapat bersaing dengan pesaing-pesaing mereka
dari luar negara selain menjaga kepentingan usahawan negara tersebut.

 Tarif terbahagi kepada dua iaitu:
o Tarif Khusus – dikenakan berdasarkan kepada berat atau bilangan barang
o Ad valorem Tarif – yang dikenakan berdasarkan nilai atau harga sesuatu barang

MUKA SURAT 384

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Kaedah Bukan Tarif

1. Kuota

 Tindakan kerajaan menghadkan jumlah kemasukan produk atau perkhidmatan yang diimport dalam
bentuk kuantitatif berdasarkan bilangan, jumlah atau nilai.

 Tujuan kuota – melindungi industri yang sama dipasaran tempatan daripada dimonopoli oleh produk atau
perkhidmatan daripada syarikat luar negara

2. Embargo

 Tindakan memberhentikan atau tidak membenarkan sebarang usaha perdagangan atau perniagaan
dijalankan dengan negara asing

 Embargo merupakan satu tindakan yang diambil oleh negara tertentu akibat daripada ketidakpuasan dasar,
peraturan,,prosedur, sama ada disebabkan perbezaan politik atau ekonomi terhadap sesebuah negara lain

 Contoh: Malaysia tidak membenarkan segala urusan berbentuk politik, ekonomi atau perdagangan dengan
Israel disebabkan pencerobohan negara Israel ke atas Palestin

3. Anti Lambakan

 Suatu tindakan membawa masuk produk dalam kuantiti yang banyak ke dalam sesebuah negara.
 Tindakan lambakan ini menyebabkan harga bagi semua produk berkaitan akan menjadi semakin rendah

iaitu di bawah paras harga sebenar.
 Ini merupakan satu strategi yang bertujuan untuk meluaskan atau menembusi syer dengan cepat

dipasaran negara asing.
 Namun demikian tindakan ini akan melemahkan dan menjejaskan industri di negara berkenaan.
 Bagi menyekat masalah lambakan ini, kerajaan memperkenalkan Akta Duti Timbal balas dan Anti

lambakan (1993) bagi mengawal kemasukan produk dan perkhidmatan dari negara asing yang
menyebabkan produk tempatan tidak dapat bersaing.

MUKA SURAT 385

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

4. Subsidi

 Merupakan satu bentuk bantuan kewangan kepada industri tempatan bertujuan untuk melindungi industri
tempatan daripada pesaing-pesaing luar negara.

 Pemberian subsidi dapat mengurangkan harga barangan tempatan berbanding dengan barang import dan
memberi kelebihan kepada industri tempatan untuk bersaing dengan industri luar.

MUKA SURAT 386

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Contoh Soalan

1. Nyatakan empat matlamat penubuhan AFTA.

Cadangan jawapan:

Matlamat penubuhan AFTA.
1. Menghapuskan/mengurangkan tarif atau kuota atau bentuk-bentuk sekatan perdagangan lain di kalangan negara anggota.
2. Menetapkan kadar tarif yang seragam bagi negara-negara bukan anggota
3. Meningkatkan mobiliti pengaliran modal dan buruh di kalangan negara anggota
4. Mewujudkan polisi pengangkutan, pertanian, dan pendidikan
5. menggalakkan perdagangan bebas dikalangan negara anggota
6. menggalakkan usahasama modal dengan memberi pelbagai intensif
7. membentuk piawai bersama dalam kalangan anggota ASEAN
8. berkerjasama dalam membentuk peraturan untuk persaingan yang adil
9. membentuk pasaran bersama

2. Huraikan dokumen penghantaran yang digunakan dalam perniagaan antarabangsa.

Cadangan jawapan

Sijil Penghantaran Laut
Satu dokumen yang dikeluarkan oleh syarikat perkapalan kepada pengeksport selepas menerima barangan yang perlu dihantar sebagai
perakuan penerimaan barang-barang.

MUKA SURAT 387

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Fungsi

1. Dokumen hak milik untuk membuat tuntutan keatas barang-barang yang sampai dipelabuhan.
1. Bukti kontrak / resit antara syarikat perkapalan dengan pengeksport
2. Nota makluman yang memberi maklumat tentang barangan yang dibawa.
3. Bil ini boleh diniagakan atau dicagar untuk mendapat pinjaman atau kemudahan overdraf.
4. Maklumat kepada pihak kastam untuk menentukan cukai.
5. Perakuan penerimaan barang dan melindungi pihak perkapalan dari tuntutan yang tidak munasabah.

3 Huraikan empat cabaran yang dihadapi oleh Syarikat Delima Berhad yang akan menembusi pasaran di India. [20]

Cadangan jawapan
Cabaran yang bakal dihadapi Syarikat Delima Berhad

1. Struktur organisasi
Struktur organisasi syarikat di Malaysia berbeza dengan struktur organisasi syarikat di India. Kaedah kawalan kedua-dua
syarikat jauh berbeza. Pemilihan struktur organisasi bergantung kepada persekitaran perniagaan, pasaran sasaran, keupayaan
dan kemahiran pekerja dan kaedah operasi yang diamalkan oleh kedua-dua syarikat. Sesebuah syarikat multinasional boleh
memilih empat bentuk penjabatan seperti penjabatan mengikut fungsi, penjabatan mengikut keluaran, penjabatan mengikut
geografi dan penjabatan mengikut pelanggan. Perlu memahami serta mengkaji bentuk penjabatan yang diamalkan oleh
syarikat yang akan diambil alih di India serta mencuba mengubah suai megikut keperluan setempat.

2. Politik dan undang-undang
Sistem politik yang diamalkan di Malaysia dan sistem politik di India berbeza. Negara yang mengamalkan sistem pasaran
bebas membenarkan pesaing beroperasi mengikut strategi dan kekuatan masing-masing. Walaubagaimana pun, bagi negara
yang mengamalkan sistem sosialis atau perancangan pusat, pengurusan sesebuah syarikat perlu diubah suai mengikut sistem
politik yang ada sekiranya Syarikat Delima ingin meneruskan perniagaan di negara itu.

MUKA SURAT 388

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Sistem undang-undang yang diamalkan oleh di Malaysia adalah berbeza dengan sistem undang-undang yang diamalkan oleh
India. Syarikat Delima perlu memahami undang-undang di negara India seperti pelaksanaan akta atau peraturan yang
berkaitan dengan perniagaan, insentif yang ditawarkan, atau syarat dan peraturan yang berkaitan dengan produk, tanda
dagang serta syarat pelaburan yang dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan di negara berkenaan. Syarikat Delima perlu
memahami undang-undang yang meliputi pemindahan keluar mata wang asing dan tempatan, peraturan kadar pertukaran
matawang asing ke dalam Ringgit Malaysia dan sebaliknya

Sistem percukaian
Syarikat Delima perlu memahami sistem percukaian yang dikenakan oleh India. Perlu mengetahui jenis cukai yang perlu
dibayar oleh perniagaan beliau kepada kerajaan India seperti cukai keuntungan perniagaan, disamping lain-lain cukai seperti
tarif, cukai perkhidmatan dan cukai pelaburan. Ini kerana setiap negara mengamalkan sistem percukaian yang berbeza-beza.

3. Ekonomi
Syarikat Delima perlu mengambil tahu tentang aspek ekonomi negara India seperti kuasa beli pengguna di negara tersebut,
penawaran mata wang dan sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara India. Syarikat Delima perlu membuat penyelidikan
pasaran seperti mengetahui jumlah penduduk di negara tersebut, kadar inflasi, unjuran kadar pertumbuhan ekonomi negara
India, ketersediaan tenaga buruh, bahan mentah, serta kemudahan infrastruktur yang sedia ada bagi memastikan beliau
memperolehi manfaat dari pengambilalihan tersebut.

4. Sosiobudaya
Syarikat Delima perlu sedar sosiobudaya negaranya dengan sosiobudaya negara India jauh berbeza. Amalan hidup
masyarakat di India dari aspek adat, kebudayaan, cita rasa, dan lain-lain perlu diketahui. Ini kerana walau pun beliau
mengambil alih perniagaan di negara tersebut, namun bagi memastikan beliau dapat terus bertahan dinegara tersebut beliau
perlu membuat penyelidikan serta menggunakan pelbagai teknik yang bersesuaian dengan keadaan sosiobudaya di negara
tersebut.

MUKA SURAT 389

4. Jelaskan lima kepentingan perniagaan antarabangsa kepada sesebuah organisasi perniagaan. MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

[20]

Cadangan Jawapan:
Lima kepentingan perniagaan antarabangsa kepada sesebuah organisasi perniagaan

1. Mendapat pasaran baharu
 perniagaan antarabangsa akan memberi peluang untuk mendapatkan keuntungan
 barangan atau perkhidmatan dapat dipasarkan ke luar negara dan seterusnya meluaskan pasaran dan menambahkan
permintaan

2. Memperoleh sumber pengeluaran
 sumber pengeluaran dengan kadar kos yang lebih murah berbanding di negara asal
 mendapatkan bahan mentah yang tidak dipunyai oleh negara asal

3. Memperoleh teknologi baharu
 penglibatan negara asing yang mempunyai teknologi yang baharu dapat digunakan oleh firma tersebut
 teknologi baharu dapat dipindahkan kepada pekerja dan organisasi yang terbabit.

4. Meningkatkan imej firma
 mempunyai reputasi yang tinggi
 imej firma akan meningkat apabila barangan atau perkhidmatan yang disediakan olehnya digunakan oleh penduduk
negara asing

5. Meningkatkan keuntungan firma
 penambahan permintaan terhadap keluaran firma akan meningkatkan pengeluaran
 kos pengeluaran dapat dikurangkan kerana kuantiti pengeluaran meningkat dan seterusnya dapat menjana keuntungan
yang lebih tinggi

6. Meningkatkan pengetahuan pengurusan
 memberikan pengalaman kepada firma bagaimana menguruskan cabaran dan risiko yang dihadapi
 menambahkan pengetahuan pengurusan melalui perkongsian idea dan pandangan.

7. Pempelbagaian pasaran
 Tidak tertumpu pada satu pasaran sahaja, ini boleh mengimbangkan risiko dan mengurangkan risiko perniagaan
 Kekurangan untung dari operasi sesebuah negara akan diatasi dengan lebihan untung daripada operasi di negara lain

MUKA SURAT 390

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

TAJUK HURAIAN
HASIL PEMBELAJARAN

RUJUKAN

13.0 ETIKA PERNIAGAAN DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

13.1 Etika Perniagaan

13.1.1 Pendekatan tindakan Maksud Etika

beretika  Pengukuran individu terhadap nilai-nilai moral berkenaan dengan mana baik dan tidak baik, satu piawai

a) Mentakrifkan etika yang mengawal moral tingkah laku.

perniagaan dan etika Maksud Etika Perniagaan

kerja  Kajian ke atas perlakuan atau tingkah laku dan moral yang menghasilkan peraturan dan prinsip dalam

Sabri Hj Hussin (2005) situasi perniagaan.

Rosli Mahmud et.al.  Menentukan sesuatu kelakuan itu betul atau salah dalam pengendalian perniagaan.
(2010)
Maksud Etika Kerja
Daft (2010) Tindakan etika pegawai-pegawai organisasi yang berkaitan dengan budaya organisasi itu sendiri yang telah

diterapkan oleh pihak pengurusan atasan.

b) menjelaskan maksud Dilema etika timbul dalam keadaan yang memaksa seseorang untuk mengenalpasti tindakan mana yang betul

‘dilema etika’ dan atau salah apabila nilai-nilai moral bercanggah. Etika selalunya melibatkan seseorang individu untuk

menghuraikan membuat keputusan dan terdapat pelbagai isu yang sukar diselesaikan.

pendekatan tindakan

beretika yang Berikut adalah situasi apabila perlu membuat pilihan atau berada dalam dilema etika :

merangkumi  Syarikat anda berhasrat untuk membina sebuah kilang pembuatan baru di luar negara. Anda boleh

utilitarian, menyimpan dalam $5 juta dengan tidak memasang peralatan kawalan pencemaran standard yang

individualisme, hak digunakan di Amerika Syarikat. Kilang itu akan mengambil ramai pekerja tempatan di sebuah negara

moral, dan keadilan miskin di mana peluang pekerjaannya adalah terhad. Hasil penyelidikan anda mendapati bahawa sisa

Daft (2010) buangan dari kilang itu boleh menjejaskan industri perikanan tempatan berkenaan. Akan tetapi,
memasang peralatan kawalan pencemaran besar kemungkinan akan menaikkan kos pembinaan kilang

tersebut.

MUKA SURAT 391

Rosli Mahmood dan MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Azrain Nasyrah Mustapa
(2010)  Anda adalah pengurus perakaunan bahagian yang menghasilkan $15,000 pendapatan di bawah sasaran
keuntungan. Lebih kurang $20,000 perkakasan pejabat telah dihantar pada 21 Disember. Peraturan
perakaunan menetapkan bahawa ia wajib untuk membayar perbelanjaan apabila ditanggung. Pengurus
besar bahagian anda meminta anda untuk tidak merekodkan invois sehingga bulan Februari.

PENDEKATAN UTILITARIAN
 Model ini menilai kesan gelagat dan keputusan seseorang individu terhadap pihak lain.
 Tindakan yang dipilih mesti memberi kebaikan atau faedah kepada majoriti individu dalam masyarakat .

Sesuatu keputusan yang dibuat bergantung kepada faedah yang diperolehi untuk kepentingan majoriti
 Sesuatu keputusan yang dibuat bergantung kepada hasil yang diperoleh daripada pelaksanaannya.
 Contoh : suatu pembangunan projek empangan di suatu daerah boleh dilaksanakan walaupun terpaksa

memindahkan 100 penghuni kawasan berkenaan kerana memberi faedah kepada 10 juta penduduk yang
lain, kerana 100 orang mangsa pemindahan tidak memberi makna besar kepada kebaikan yang diberi
kepada 10 juta orang lain.

PENDEKATAN INDIVIDUALISME
 Keputusan yang memberi kebaikan jangka panjang kepada seseorang individu itu dianggap tindakan

yang betul.
 Kepentingan individu perlu diutamakan dan menjadi kayu pengukur dalam membuat sesuatu keputusan.
 Apabila semua individu berlumba-lumba untuk menjaga kepentingan masing-masing, kebaikan bersama

akhirnya dapat dihasilkan kerana semua individu akan belajar untuk bertoleransi dengan yang lain untuk
menjaga kepentingan jangka panjang mereka.
 Kesan pendekatan individualisme boleh membawa kepada kejujuran dan integriti untuk diaplikasikan
dalam jangka masa panjang.
 Contoh jika seseorang usahawan membuat penipuan untuk kepentingan diri jangka pendek boleh
mempengaruhi rakan-rakan perniagaan mereka juga membuat penipuan. Jadi tindakan seseorang
memberi impak kepada individu-individu lain.

MUKA SURAT 392

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

PENDEKATAN HAK MORAL
 Menggariskan bahawa setiap individu mempunyai hak-hak asasi dan kebebasan yang tidak boleh

dicabuli oleh keputusan yang dibuat seseorang individu.
 Keputusan beretika adalah langkah yang terbaik diambil untuk mengekalkan hak-hak setiap individu

yang terlibat.
 Enam hak-hak moral harus diteliti semasa membuat keputusan:

o Hak memberi persetujuan. Setiap individu berhak memberi persetujuannya sebelum diambil apa-apa
tindakan.

o Hak privasi.Kehidupan peribadi setiap individu berhak dihormati apabila di luar bidang pekerjaannya
dan dia berhak mengawal kehidupan peribadinya.

o Hak kebebasan suara hati.Setiap individu berhak mencegah daripada melakukan apa-apa yang boleh
melanggari moral atau norma-norma agamanya.

o Hak kebebasan bersuara. Setiap individu berhak menyuarakan pendapat berkenaan etika individu lain
terhadapnya atau kesan-kesan dari tindakan mereka mengikut tatatertib undang-undang.

o Hak untuk dibicarakan.Setiap individu berhak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan layanan
yang saksama.

o Hak untuk hidup dan keselamatan. Setiap individu berhak untuk hidup tanpa gangguan atau
pencabulan kesihatan dan keselamatannya.

 Contohnya seseorang majikan perlu menghormati hak pekerja walaupun ini bertentangan dengan
keperluan majikan untuk melihat pekerja-pekerja lebih cemerlang dan lebih produktif

PENDEKATAN KEADILAN
 Keputusan moral yang hendak dibuat berdasarkan piawaian ekuiti, keadilan dan kesaksamaan.
 Keputusan dan gelagat beretika dinilai dari segi keadilan semasa mengagihkan kos dan faedah di

kalangan individu dan kumpulan.
 Tiga jenis keadilan yang dititikberatkan oleh setiap pengurus :
 Pengagihan keadilan

o Setiap individu perlu dilayan sama rata tanpa diskriminasi.
o Individu tidak boleh dilayan dengan cara yang berbeza berdasarkan warna kulit, bangsa, agama dan

MUKA SURAT 393

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

sebagainya

o Contohnya, pekerja lelaki dan wanita tidak harus menerima gaji yang berlainan jika mereka

melakukan kerja yang sama.

 Keadilan berprosedur
o Semua peraturan ditadbir dengan saksama.
o Peraturan-peraturan tersebut haruslah dinyatakan dengan jelas dan dikuatkuasakan secara konsisten.

13.1.2 Faktor dalam pilihan  Keadilan pampasan
pendekatan o Setiap individu harus diberi pampasan sekiranya mendapat kecederaan oleh pihak yang
bertanggungjawab.
c) menjelaskan faktor- o Individu tidak seharusnya dipertanggungjawabkan untuk perkara-perkara di luar bidang kuasa
faktor yang mereka.
mempengaruhi pilihan
pendekatan tindakan 1. Pengurus
beretika oleh pengurus
dan organisasi;  Pengurus akan dipengaruhi oleh kehendak dalam kehidupan, latar belakang kehidupan, pegangan agama,
pengaruh keluarga serta sikap pengurus itu sendiri.
Daft (2010)
 Sikap pengurus yang sentiasa beretika, mempunyai keyakinan yang tinggi akan mempengaruhi
pembuatan keputusan yang beretika.

 Kekuatan ego adalah satu ciri personaliti yang mengukur kekuatan keyakinan seseorang.
 Tahap pembangunan moral juga mempengaruhi individu yang mana tahap kepatuhan bergantung kepada

hukuman dan ganjaran yang akan diterima.
 Tiga tahap yang mempengaruhi keputusan etika seorang pengurus :

o Tahap Prakonvensional
 Pengurus lebih mementingkan imbuhan, mematuhi peraturan dan mengelakkan daripada
hukuman.
 Pengurus lebih bersifat autokratik.
 Matlamat utama ialah semua pekerja mesti menyelesaikan semua tugasan yang diberikan

o Tahap konvensional
 Pengurus lebih mementingkan kerjasama kumpulan dan menggalakkan semua pekerja

MUKA SURAT 394

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

mengambil bahagian.
 Pengurus akan membuat keputusan berdasarkan kehendak dan jangkaan pekerja, keluarga

dan masyarakat
 Pengurus cenderung menjalinkan hubungan yang baik dengan organisasi.
o Tahap Prinsip
 Pengurus berpegang kepada tahap moral dan etika yang sangat tinggi.
 Pengurus tidak akan melanggar peraturan kerana nilai moral dalamannya lebih penting

daripada luaran.
 Pengurus akan melatih pekerja membuat keputusan tanpa ada dilema etika atau

kepentingan peribadi.
 Pengurus akan menurunkan kuasa kepada pekerja membuat keputusan dan walaupun

tanpa pengawasan, pekerja akan melakukan semua pekerjaan dengan beretika.
2. Organisasi

 Budaya kerja organisasi yang beretika tinggi dapat mengambarkan bahawa organisasi tersebut
sentiasa menekankan nilai etika dan akan dipandang tinggi oleh masyarakat.

 Organisasi yang melaksanakan aktiviti dengan beretika akan menerima pulangan yang positif dalam
jangka masa panjang.

 Pengaruh etika akan sentiasa memberi kesan dalam perundangan dan polisi organisasi, peraturan
bertulis, kerja berpasukan, ganjaran, keprihatinan organisasi kepada masyarakat, kepimpinan dan
proses pembuatan keputusan.

MUKA SURAT 395

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

13.1.3 Jenayah kolar putih Takrif Jenayah Kolar Putih

d) mentakrifkan maksud Perbuatan salah yang dilakukan oleh golongan pertengahan atau atasan yang bersangkutan dengan bidang
jenayah kolar putih tugas atau yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dalam organisasi.
(jenayah
perdagangan)

e) menjelaskan jenis- Jenis-Jenis Jenayah Kolar Putih
jenis jenayah kolar
putih seperti rasuah, Rasuah
penyelewengan, pecah
amanah, konflik  Dengan niat salah menerima daripada seseorang atau memberi kepada seseorang apa-apa suapan sebagai
kepentingan, dan dorongan atau upah untuk melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan urusan rasmi atau urusan
penyalahgunaan kuasa prinsipal berkenaan.
(Contoh: Akta
Pencegahan Rasuah  Suapan ditakrifkan sebagai
1997);
o Wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau apa-apa jenis harta sama ada
Akta Pencegahan Rasuah alih atau tidak alih atau apa-apa manfaat seumpamanya
(1961)
o Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian
Akta Pencegahan Rasuah untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat.
(1997)
o Apa-apa bayaran, pelepasan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, obligasi, atau liabiliti lain sama
ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya.

o Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan
o Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai atau benda berharga.
o Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau

ketakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding
yang bersifat tatatertib, sivil, atau jenayah sama ada sudah atau belum dimulakan, dan termasuk
penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau
kewajipan rasmi.
o Apa-apa tawaran atau akujanji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat untuk memberikan suapan
mengikut pengertian mana-mana sebelum ini.

MUKA SURAT 396

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Penyelewengan

 Tindakan seseorang atau sesuatu pihak menyalahgunakan harta dengan curang atau menggunakan harta

orang lain atau pihak lain yang telah diamanahkan hak penjagaan kepadanya demi kepentingan diri

sendiri.

 Antara contoh penyelewengan :
o Menggelapkan harta dan wang syarikat
 menggunakan wang syarikat dalam amaun yang banyak untuk membuat pelaburan sendiri

dengan hasrat untuk mengaut keuntungan yang besar.
 memalsukan rekod-rekod kewangan syarikat agar tindakan mereka tidak dapat dikesan
o Memberikan harta yang bukan miliknya atau milik syarikat kepada orang lain
 harta syarikat disalahgunakan seperti mesin fotostat, telefon alat tulis dan sebagainya.
o Melakukan penipuan yang boleh mendatangkan kerugian kepada pihak yang bertanggungjawab
 Menjual maklumat syarikat seperti rahsia perdagangan yang meliputi formula, paten, program

dan produk baru. Tindakan ini mengambarkan ketidak setiaan kepada syarikat

Pecah Amanah

 Seseorang yang diberi kuasa untuk menjalankan tanggungjawab telah meletakkan kepentingan peribadi
atau kepentingan lain melebihi kepentingan amanah yang diberikan.

 Antara contoh pecah amanah ialah :
o Pengurus menipu atau meniru tandatangan mana-mana pegawai
o Tidak menjaga sesuatu senarai hasil, penyata, buku akaun, anggaran, daftar, resit catatan mensyuarat
atau senarai pendermaan atau mengeluarkan sesuatu surat atau sijil
o Penyalahgunaan duit/ harta/ wang syarikat untuk diri sendiri
o Menggunakan kepakaran atau maklumat yang dimiliki untuk membeli saham atau aset untuk diri
sendiri

MUKA SURAT 397

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Konflik Kepentingan

 Berlaku apabila seseorang yang mempunyai kuasa dan autoriti tertentu dalam organisasi dan tindakannya
menunjukkan tanda-tanda percanggahan antara kepentingan peribadi dengan kepentingan tugasnya
terhadap organisasi perniagaan tersebut.

 Antara contoh percanggahan yang mungkin wujud ialah :
o Pengarah yang dilantik oleh lembaga pengarah mewakili kepentingan sesuatu kumpulan tertentu
o Pengarah syarikat mungkin merupakan pengarah syarikat lain yng bersaing antara satu sama lain.
o Mengambil atau menyimpan sebarang untung rahsia iaitu ganjaran yang diterima bagi pihak
syarikat

Penyalahgunaan Kuasa

 Berlaku apabila seseorang diberi kuasa untuk menjalankan tanggungjawab berdasarkan bidang tugas
yang diamanahkan, mengambil tindakan atau membuat keputusan melanggar peraturan, prosedur dan
undang-undang yang ditetapkan.

 Antara contoh penyalahgunaan kuasa ialah :
o Mempunyai kuasa yang luas atau mengetahui maklumat dalaman sesebuah syarikat dan
disalahgunakan
o Menggunakan wang dan harta syarikat bukan untuk kepentingan syarikat
o Meluluskan tender untuk kepentingan syarikat sendiri

MUKA SURAT 398

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

Hukuman terhadap kesalahan jenayah kolar putih

f) menjelaskan hukuman Rasuah
terhadap kesalahan  Penjara untuk tempoh tidak kurang 14 hari dan tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada
jenayah kolar putih.
lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang tinggi.

Akta Pencegahan Rasuah Penyelewengan
1961  Hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih enam tahun, sebatan dan denda.

Kanun Keseksaan Pecah Amanah
 Hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih sepuluh tahun, serta sebatan.
Akta Syarikat 1965  Bagi penjawat awam, jurubank, saudagar dan ejen - Hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun

dan tidak lebih 20 tahun, sebatan dan denda

Konflik Kepentingan
 Hukuman pembatalan kontrak sekiranya wujud kontrak yang mengikat kedua belah pihak.

Penyalahgunaan Kuasa
 Contoh kesalahan dan hukuman mengikut Akta Syarikat 1965

o Menjadi pengarah syarikat tanpa izin mahkamah setelah hilang kelayakan : hukuman penjara lima
tahun atau denda RM100 000 atau keduanya

o Gagal menzahirkan kepentingan dalam kontrak, harta jawatan dll : hukuman penjara tujuh tahun
atau denda RM150 000.

MUKA SURAT 399

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

13.2 Tanggungjawab sosial

13.2.1 Pihak Maksud Tanggungjawab Sosial
berkepentingan  Satu kewajipan atau tanggungjawab pihak pengurusan organisasi dalam membuat keputusan dan
(pemilik taruh)
mengambil tindakan yang perlu demi menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat serta organisasi.
a) mentakrifkan maksud  Satu kepercayaan bahawa fungsi organisasi dan pengurus itu sebagai pembuat keputusan mestilah
tanggungjawab sosial
berasaskan kepentingan sosial dan ekonomi.

b) menjelaskan pihak Pihak-Pihak Berkepentingan Dalam Tanggungjawab Sosial
berkepentingan dalam Primer
tanggungjawab sosial 1. Pekerja
termasuk
 Menentukan bahawa dasar upah dan gaji adalah mengikut daya pengeluaran dan kecekapan
(i) Primer (pekerja,  Mengamalkan dasar pengambilan pekerja yang adil
pemegang saham,  Menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat dimana dapat menjamin kebajikan pekerja
pembiaya,  Memberi jaminan kerja dan ganti rugi yang mencukupi apabila pekerja berhenti
pembekal, 2. Pemegang saham
pelanggan,  Menentukan kadar pulangan yang mencukupi dan memastikan pelaburan terjamin.
peruncit, dan  Menggunakan sumber kewangan dengan penuh tanggungjawab dan cekap.
pemborong)  Memberi maklumat yang perlu dengan syarat tidak menjejaskan keselamatan dan kecekapan

(ii)Sekunder perniagaan.
(kerajaan, media,  Memastikan objektif tercapai selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip dalam etika.
masyarakat, dan 3. Pembiaya
kumpulan  Membayar balik pinjaman tepat pada masa dan jumlah seperti dalam perjanjian.
pendesak)  Memberikan maklumat perniagaan yang lengkap dan jujur.
 Menggunakan sumber kewangan dengan sewajarnya untuk menghasilkan keuntungan.
c) Menjelaskan 4. Pembekal
tanggungjawab sosial  Memastikan supaya semua kontrak dinyatakan dengan jelas dan tidak meragukan, dan diterima
terhadap pihak
berkepentingan sepenuhnya kecuali ditamatkan atau diubah atas persetujuan bersama.
 Memastikan bahawa penyalahgunaan kuasa ekonomi dalam hubungan urusniaga dengan pembekal

MUKA SURAT 400


Click to View FlipBook Version