MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Peristiwa kebarangkalian :
Hasil alternatif 1: Kebarangkalian 0.3
a) Keuntungan RM 30,000 Kebarangkalian 0.7
b) Keuntungan RM10,000
Hasil alternatif 2 :
a) keuntungan RM 20,000 Kebarangkalian 0.6
b) keuntungan RM 15,000 Kebarangkalian 0.4
Pengiraan Jangkaan Nilai Kewangan (EMV):
EMV (membeli mesin) = 0.3 (30,000) + 0.7 (10,000) = RM16,000
EMV (menyewa mesin) = 0.6 (20,000) + 0.4 (15,000) = RM18,000
Keputusan: Oleh kerana EMV untuk menyewa mesin bagi menambah pengeluaran adalah lebih
tinggi, maka keputusan yang terbaik bagi Syarikat Bris Sdn. Bhd. adalah menyewa mesin.
MUKA SURAT 301
9.2.2 Alat Membuat MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Keputusan Kualitatif
Alat Membuat Keputusan Kualitatif
b) Mengaplikasikan alat Keputusan kualitatif pula adalah merujuk kepada penggunaan pertimbangan yang subjektif berdasarkan idea,
membuat keputusan
kualitatif seperti kreativiti, pengalaman, gerak hati dan pendapat dalam membantu pengurus membuat keputusan.
analisis tulang ikan, Contoh alat keputusan kualitatif adalah seperti analisis sebab dan kesan (analisis tulang ikan), sumbang saran,
sumbang saran,
kumpulan fokus, kumpulan fokus, teknik Delphi, dan teknik kumpulan nominal. kreativiti dan inovasi.
teknik Delphi, dan
teknik kumpulan 1. Analisis Tulang Ikan (Analisis Sebab dan Kesan)
nominal. Analisis tulang ikan merujuk kepada sumber masalah iaitu masalah manusia, mesin, kaedah dan bahan dan
kesan yang wujud.
Griffin(1993) Kaedah ini digunakan bagi mengenal pasti masalah sebenar melalui percambahan fikiran. Masalah
Daft (2008) dibahagikan kepada empat perkara utama iaitu sama ada ia berpunca dari manusia, bahan, mesin atau
kaedah. Untuk mengetahui masalah tersebut perbincangan dalam kumpulan amat diperlukan.
Semasa percambahan fikiran ahli-ahli akan memikirkan sebab atau punca masalah dan menyenaraikan
pecahan kecil masalah mengikut kategori masalah yang ditetapkan.
Kaedah ini akan mengeluarkan seberapa banyak pecahan kepada masalah dan mencadangkan kaedah
penyelesaian kepada masalah tersebut.
Kepala ikan :
Akibat (kesan) dari masalah seperti produk tidak berkualiti.
Cabang utama:
Adalah masalah utama yang mungkin disebabkan oleh mesin, manusia, bahan atau kaedah
Ranting:
Pecahan kecil kepada masalah utama.
Contoh jika masalah mesin, pecahan kepada masalah mesin adalah mesin lama, mesin selalu rosak, jenis
mesin yang tidak standard, kapasiti mesin tidak sesuai dan sebagainya.
Begitu juga dengan masalah manusia, kaedah dan bahan.
MUKA SURAT 302
Manusia Bahan MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Akibat
Mesin Kaedah
Rajah : Analisis Tulang Ikan
2. Sumbangsaran
Teknik sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah.
Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat
menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan.
Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus
dipatuhi iaitu ;
i. Topik perbincangan hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu.
ii. Pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan
lancar.
iii. Setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan.
iv. Semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum.
v. Cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.
vi. Kumpulan terdiri dari pekerja yang pelbagai kebolehan
MUKA SURAT 303
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Kumpulan focus
Merujuk kepada sekumpulan individu yang menyumbangkan maklumat dalam format berstruktur. Setiap
ahli kumpulan mesti mempunyai pelbagai kebolehan dan kemahiran.
Perkara yang perlu dilakukan sebelum sesuatu sesi perbincangan untuk membuat keputusan adalah seperti
berikut;
i. Seorang fasilitator akan dilantik untuk membantuk kumpulan membuat perbincangan.
ii. Penyertaan setiap ahli kumpulan amat diperlukan dalam setiap sesi perbincangan bagi meghasilkan
pelbagai idea baru.
iii.Ahli kumpulan akan dirangsang dengan kritikan-kritikan dari ahli kumpulan untuk menghasilkan idea
dalam proses membuat keputusan supaya idea menjadi lebih kreatif.
iv. Setiap idea akan disaring dan akhirnya satu keputusan akan dapat dicapai atas persetujuan setiap ahli di
dalam kumpulan fokus.
4.Teknik Delphi
Merujuk kepada pengutipan data atau maklumat berdasarkan kaedah tinjauan daripada ahli-ahli yang
terlibat.
Kaedah pelaksanaan teknik Delphi adalah seperti berikut;
i. Setiap ahli akan memberi idea kreatif secara bertulis, yang kemudiannya akan menjadi rujukan dalam
membuat keputusan.
ii. Tarkrifan keperluan maklumat atau data diberikan kepada setiap ahli.
iii.Ahli-ahli dalam kumpulan tidak bersua muka, mereka akan memberi idea secara bertulis dan tidak
bertemu antara satu sama lain, dengan itu setiap ahli bebas mengemukakan idea walaupun idea yang
diberi merupakan idea yang sensitif.
iv. Idea atau pandangan yang diberi akan dikumpul dan akan dinilai oleh ketua kumpulan yang pakar
dalam menganalisis serta akan disebarkan kepada ahli kumpulan sehinggalah idea tersebut akan
dipersetujui oleh setiap ahli kumpulan.
Kelemahan menggunakan kaedah teknik Delphi;
i. Ahli kumpulan yang terlibat mungkin bukan pakar dalam bidang yang dibincangkan.
ii. Sukar untuk membentuk kumpulan yang berakauntabiliti, kerana setiap ahli kumpulan tidak dikenali
MUKA SURAT 304
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
oleh ahli kumpulan lain.
iii.Mengambil masa yang lama dalam mengumpul data dan maklumat.
iv. Kemungkinan ahli dalam kumpulan akan bertukar disebabkan masa yang terlalu lama diambil, atau
masalah yang dibincangkan terlalu sukar.
v. Ahli kumpulan sukar memahami soalan dan akan menyebabkan persetujuan tidak dapat dicapai dengan
mudah.
5. Teknik Kumpulan Nominal
Merupakan satu kumpulan panel yang ditubuhkan dengan mempunyai struktur supaya dapat memberi
peluang kepada semua ahli memberi idea dan alternatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang wujud.
Proses menghasilkan idea melalui kumpulan nominal adalah seperti berikut;
i. Mengenalpasti masalah, kumpulan dikehendaki menulis seberapa banyak alternatif secara bebas.
ii. Setiap ahli diberi peluang menulis idea tersebut dipapan tulis untuk dibincangkan. Setiap ahli lain akan
diberi peluang membincangkan setiap idea yang diberikan, proses penambahbaikan idea dilakukan
pada peringkat ini.
iii.Proses pengundian awal akan dibuat untuk memilih idea yang bernas yang boleh menyelesaikan
masalah.
iv. Proses pengundian akhir dibuat untuk memilih satu alternatif yang terbaik bagi menyelesaikan sesuatu
masalah.
MUKA SURAT 305
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
9.3 Faktor Yang Mempengaruhi Pembuatan Keputusan
9.3.1 Faktor Kedapatan Pengaruh faktor kedapatan maklumat terhadap pembuatan keputusan
Maklumat Faktor kedapatan maklumat merujuk kepada maklumat yang diperolehi tepat ataupun sah, bagi
a) Membincangkan membolehkan sesuatu keputusan yang dibuat itu adalah betul dan berkualiti.
pengaruh faktor Pembuat keputusan boleh menggunakan Sistem Maklumat Pengurusan supaya sesuatu keputusan itu lebih
kedapatan maklumat
terhadap pembuatan berkualiti dan tepat.
keputusan. Sistem maklumat pengurusan dalam sesebuah organisasi melibatkan aktiviti memungut data, menyusun data,
Griffin(1993) membuat interpretasi data dan menyebarkan maklumat kepada pembuat keputusan.
Daft (2008) Faktor Kedapatan Maklumat.
Schermerhorn (2007) 1. Cara mendapatkan maklumat.
Sekirannya cara atau kaedah untuk mendapatkan maklumat adalah jelas dan sumber yang sahih maka
keputusan yang dibuat adalah lebih baik. Contoh: cara mendapatkan maklumat tentang lokasi perniagaan
dilakukan dengan cara soal selidik kepada bakal pengguna, mendapatkan maklumat daripada jabatan
penilaian, membuat pemerhatian terhadap persaingan dll. Maka kaedah yang digunakan adalah menyeluruh
dan seterusnya pemilihan lokasi perniagaan adalah lebih tepat.
2. Jumlah atau kuantiti maklumat
Sekiranya maklumat yang diperoleh adalah banyak dan dari perlbagai sumber, maka keputusan pemilihan
lokasi perniagaan yang lebih baik dapat dibuat.
3. Jangka masa atau tempoh mendapatkan maklumat
Sekiranya mempunyai jangka masa yang panjang, maka usahawan boleh mendapatkan maklumat yang
lebih banyak dan berkualiti, maka keptusan pemilihan lokasi perniagaan adalah lebih tepat.
4. Kualiti maklumat
Maklumat yang diperoleh berkualiti dan dari sumber yang sahih serta boleh diukur, maka keputusan
pemilihan lokasi adalah lebih baik. Contoh: mendapat maklumat berkualiti tentang harga tanah, harga
bangunan, potensi masa hadapan, jumlah persaingan dll dalam maklumat berangka, maka lebih mudah
untuk membuat keputusan.
MUKA SURAT 306
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Bentuk-bentuk maklumat yang boleh diperolehi.
1. Data pengeluaran.
Data yang menunjukkan jumlah pengeluaran , bilanggan pelanggan dan, penggunaan mesin.
2. Data komersial
Data yang menujukkan jualan, paras stok dan aktviti persaingan.
3. Data kewangan
Melibatkan data alir tunai masa kini dan masa hadapan dan data-data berkaitan dengan pelaburan
kewangan.
4. Data pekerja.
Merujuk kepada bilangan pekerja dan latihan yang diberi kepada pekerja.
Terdapat enam langkah dalam menghasilkan maklumat dalam proses pembuatan keputusan.
1. Sumber data
Merujuk kepada punca data yang bersesuaian yang boleh didapati.
2. Pemungutan data
Merujuk kepada bagaimana data diperolehi dari pelbagai sumber.
3. Analisis data
Melibatkan penyusunan dan mengketegorikan data.
4. Menginterpretasi data
Merujuk kepada aktiviti mentafsir data kepada satu bentuk data yang boleh digunakan.
5. Komunikasi
Melibatkan aktiviti menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada pihak yang membuat keputusan.
MUKA SURAT 307
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
6. Pembuatan keputusan.
Proses membuat keputusan dilakukan apabila pembuat keputusan mempunyai maklumat yang cukup.
Kegunaan Maklumat Kepada Pembuat keputusan
1. Boleh meningkatkan kualiti dalam membuat keputusan.
Sesuatu maklumat yang lengkap membolehkan keputusan yang dibuat lebih berkualiti.
2. Boleh diguna untuk meramalkan sesuatu perkara dimasa hadapan.
Data yang berkaitan dengan trend sesuatu senario membolehkan pembuat keputusan menjangkakan sesuatu
perkara yang akan berlaku dimasa akan datang.
3. Digunakan sebagai alat pemantauan tentang prestasi pencapaian sesebuah organisasi.
Maklumat berkaitan dengan pesaing umpamanya boleh dijadikan sebagai kayu pengukur bagi
membandingkan prestasi syarikat berbanding syarikat pesaing.
4. Sebagai strategi dalam menghadapi pesaing.
Maklumat yang diperolehi bagi mengetahui apakah yang dilakukan oleh pesaing dan seterusnya boleh
dijadikan panduan untuk membentu satu strategi bagi persaingan.
MUKA SURAT 308
9.3.2 Faktor Kecekapan MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Pembuat Keputusan
Pengaruh faktor kecekapan pembuat keputusan terhadap pembuatan keputusan
b) Membincangkan
pengaruh faktor Kecekapan merujuk kepada kebolehan seseorang melakukan sesuatu kerja dengan menghasilkan produk yang
kecekapan pembuat maksimum dengan kos yang minimum.
keputusan terhadap
pembuatan Faktor kecekapan pembuat keputusan itu sendiri antaranya ialah;
keputusan;
1. Personaliti
Griffin (1993), Personaliti pembuat keputusan terbahagi kepada dua iaitu konservertif dan kesempurnaan. Personaliti
Daft (2008) konsevertif merujuk kepada sifat berhati-hati mengambil keputusan terutamanya keputusan yang
berisiko tinggi.
2. Kebijaksanaan
Merujuk kepada tahap pendidikan, pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki. Golongan ini akan
membuat keputusan yang lebih berkesan berbanding dengan golongan yang kurang mempunyai tahap
pendidikan.
3. Nilai-nilai yang diamalkan oleh pembuat keputusan.
Merujuk kepada aspek penting dan berkaitan seperti kewangan dan kualiti kerja kehidupan. Antara nilai-
nilai yang sering digunakan antaranya nilai teoritikal, nilai ekonomi, nilai estetika, nilai sosial, nilai
politik dan nilai agama.
4. Intuisi
Merujuk kepada gerak hati pembuat keputusan dalam pertimbangan dalam membuat sesuatu keputusan.
Intuisi boleh terjadi akibat pengalaman atau pengetahuan dan kemunasabahan daripada pengalaman
tanpa bergantung kepada teknik analisis dan kaedah.
5. Kreativiti
Merujuk kepada satu proses menghasilkan satu idea baharu untuk digunakan dalam membuat satu
tindakan membuat keputusan.
MUKA SURAT 309
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
9.2.3 Faktor Situasi Faktor-aktor situasi dalam membuat keputusan.
Pembuatan
Keputusan. 1. Situasi membuat keputusan kepastian
(c) Membincangkan Keputusan dapat di buat dengan tepat kerana persekitaran terlibat dalam membuat keputusan dapat
pengaruh faktor
situasi terhadap dijangkakan
pembuatan
keputusan Maklumat boleh didapati dengan lengkap dan tepat.
termasuklah
kepastian, risiko, Keputusan ini mudah dan bercorak rutin.
ketidakpastian, dan
kesamaran. Contohnya, penyelenggraan pejabat, pembelian peralatan pejabat dan sebagainya.
Griffin (1993) 2. Situasi keputusan yang berisiko
Daft (2008) Keputusan yang akan dibuat dalam keadaan persekitaran yang berubah dan sukar untuk dijangkakan.
Maklumat yang dikutip kurang tepat dan tidak lengkap.
Contohnya seperti menjual produk di kawasan pasaran yang baru.
3. Situasi keputusan yang ketidakpastian
Keputusan yang dibuat dalam keadaan persekitaran yang tidak dapat diramalkan perubahannya.
Tidak terdapat maklumat untuk menjadi panduan dalam membuat keputusan.
Pengurus harus berhati-hati dalam mengambil keputusan bagi keadaan ini kerana risikonya tersangat
tinggi.
Contohnya, kemasukkan pesaing baru atau produk baru dalam pasaran yang tidak dijangkakan.
4. Situasi keputusan dalam keadaan kesamaran
Merupakan satu keadaan paling sukar pihak pembuat keputusan membuat keputusan.
Keadaan ini berlaku disebabkan pihak pembuat keputusan tidak mengetahui matlamat dengan jelas dan
masalah yang dihadapi secara terperinci.
Pembuat keputusan juga langsung tidak mempunyai maklumat lengkap dan jelas dalam menjana sebarang
alternatif.
Pembuat keputusan akan terdedah dengan konflik antara matlamat yang ingin dicapai dengan pemilihan
alternatif yang ada. Pengurus boleh menggunakan kaedah berimaginatif tentang masalah yang mungkin
berlaku ke atas organisasi serta boleh bersikap analitikal dalam pemerhatian terhadap persekitaran
MUKA SURAT 310
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contoh soalan
1. Jelaskan keputusan rutin yang perlu dibuat oleh seorang pengurus organisasi.[4]
Cadangan Jawapan
Keputusan rutin merujuk penyelesaian masalah yang dijangka/ masalah berstrukutur/maslah berulang-ulang.
Melibatkan keputusan diperingkat operasi harian.
Sangat penting bagi pengurus bawahan.
Keputusan yang dibuat memerlukan keputusan segera.
Melibatkan risiko yang rendah.
Contoh: pengurus menyelesaikan masalah bayaran gaji bulanan.
2. Jelaskan keputusan tak rutin yang perlu dibuat oleh pengurus atasan dalam sesebuah organisasi. [4]
Cadangan Jawapan
keputusan tak rutin merujuk kepada penyelesaian masalah bagi situasi yang tidak lazim/masalah tidak dijangka/masalah tak
terprogram/tidak berulang.
merupakan keputusan yang sangat penting bagi pengurus atasan.
keputusan tak rutin melibatkan komitmen sumber seperti modal yang besar.
melibatkan risiko yang tinggi.
boleh mempengaruhi keseluruhan organisasi.
contoh: pengarah urusan syariakt membuat keputusan mengenai pembentukan visi organisasi.
MUKA SURAT 311
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Seorang pengurus kilang biskut menghadapi masalah pengeluaran yang semakin berkurangan. Huraikan proses pembuatan keputusan yang
perlu diambil oleh pengurus untuk menyelesaikan masalah berkenaan.[18]
Cadangan Jawapan
Pengurus kilang biskut boleh menggunakan langkah-langkah berikut dalam proses pembuatan keputusan:
1. Mengenalpasti masalah
Langkah pertama dalam proses pembuatan keputusan ialah seseorang pengurus perlu mengetahui wujudnya masalah dalam
organisasi.
Sebarang keputusan yang dibuat adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang wujud.
Pengurus perlu mengetahui dengan jelas dan khusus masalah yang wujud dari aspek punca dan kesan masalah.
Bagi situasi di atas, masalah utama ialah pengeluaran yang semakin berkurangan.
2. Mengutip data
Sebelum membuat keputusan, seorang pengurus perlu mendapatkan maklumat dan data berkaitandengan masalah yang
dihadapi.
Maklumat dan data boleh diperoleh dari sumber dalam seperti jumlah pekerja dan kemahiran pekerja serta peralatan dalam
organisasi dan sebagainya.
Maklumat dan data lebih banyak diperoleh jika masa yang diberikan untuk mendapat maklumat mencukupi.
Maklumat dan data yang lengkap dan tepat dapat membantu pengurus membuat keputusan yang tepat.
Pengurus perlu mendapatkan maklumat lengkap mengapa berlaku pengurangan pengeluaran biskut di kilangnya.
3. Menganalisis data
Maklumat dan data mentah yang diperoleh mesti di analisis secara sitematik oleh pengurus.
Data boleh dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif.
Pengurus boleh menggunakan kaedah kualitatif iaitu gambarajah tulang ikan untuk menyelesaikan masalah.
Data yang telah dianalisis akan digunakan untuk mencari menjana alternatif.
MUKA SURAT 312
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Menjana alternatif
Menjana alternatif bermaksud pengurus akan mencari dan menyenaraikan alternatif-alternatif sebanyak mungkin untuk
menyelesaikan masalah.
Pengurus boleh menggunakan kaedah gambarajah tulang ikan untuk menyelesaikan masalah pengurangan pengeluaran.
Pengurus akan mencari punca utama masalah dan punca kecil masalah dengan menggunakan rajah dan data
Maklumat dan data yang mencukupi dapat membantu pengurus menjana alternatif yang berkualiti dan berkesan.
5. Menilai alternatif
Setelah alternatif telah dijana dan disenaraikan, pengurus akan membuat penilaian ke atas setiap alternatif yang disenaraikan.
Pengurus akan mencari kekuatan dan kelemahan bagi setiap alternatif.
Pengurus akan membandingkan setiap punca besar dan punca kecil masalah melalui gambarajah tulang ikan.
Pengurus akan membuat perbandingan setiap alternatif berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang ada.
Pengurus akan menyenaraikan alternatif mengikut keutamaan.
6. Memilih alternatif
Memilih alternatif bermaksud langkah yang akan diambil oleh pengurus organisasi untuk menyelesaikan masalah.
Pemilihan alternatif terbaik bergantung kepada penilaian yang dibuat ke atas setiap alternatif yang disenaraikan.
Pengurus akan memilih salah satu punca utama masalah dan menyelasaikan masalah yang wujud.
Alternatif yang dipilih mestilah dapat memberi pulangan paling tinggi kepada organisasi.
Alternatif dipilih juga mestilah dapat memastikan matlamat organisasi tercapai.
Pengurus mungkin memilih faktor manusia sebagai malasah utama dan kurang kemahiran sebagai punca kecil. Pengurus akan
menghantar pekerja untuk latihan kemahiran.
MUKA SURAT 313
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Senaraikan langkah yang perlu diambil dalam pembuatan keputusan rasional sebelum memilih alternative. [5]
Cadangan Jawapan
Langkah-langkah yang perlu diambil dalam pembuatan keputusan rasional ialah:
1. Mengenalpasti masalah
2. Mengutip dan menganalisis data dan maklumat
3. Menjana alternative penyelesaian
4. Menilai alternative
5. Memilih alternative terbaik
MUKA SURAT 314
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contoh soalan kajian Kes Penggal 2
AirAsia: Satu Budaya
AirAsia Berhad adalah sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Sepanjang pengoperasiannya AirAsia berjaya mendapat anugerah
syarikat tambang rendah terbaik dunia beberapa kali. Menurut sumber AirAsia, pelbagai faktor telah mempengaruhi kejayaannya. Antaranya
ialah pengurusan organisasi yang baik dan kepimpinan yang mantap.
Pada peringkat awal operasinya, semua jabatan termasuk pengiklanan, IT, undang-undang, promosi, sumber manusia, pejabat Tony
Fernandes, timbalannya dan juga pengerusi syarikat beroperasi di tingkat yang sama. Tony Fernandes sama sekali tidak ada bilik, ruang
terbuka, hanya satu meja kecil dengan dekorasi minimum dan koleksi topi di hujung dinding. Jabatan Sumber Manusia juga hanya terdiri
daripada ruang kecil dengan beberapa kerusi. Menurut Tony Fernandes, antara kriteria calon kakitangan yang akan dipilih dalam proses
temuduga adalah, “jika dia melihat pejabat dan cara kami bekerja ini dan berkata “wow”, dan itulah orangnya”. Falsafah AirAsia adalah
menarik yang terbaik, melatih, dan mengekalkan mereka. Bukan sahaja terbaik dari segi kelayakan akademik tetapi sikap yang betul,
keterbukaan kepada idea baru, keupayaan untuk berfikir dengan cara berbeza dan apabila keadaan sukar, mencuba dan terus mencuba.
Ahmad Faizul, kakitangan kelompok kelapan antara yang paling awal menyertai AirAsia, bertugas sebagai pengurus kabin. Dengan
bermula sebagai ahli krew dan kini diiktiraf oleh Tony Fernandes sebagai orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan
komunikasinya. Selain itu, ada kakitangan yang bermula sebagai penjaga kaunter bergaji seribu ringgit kini menjadi Kapten pesawat dengan
gaji RM 30,000 sebulan. AirAsia merupakan syarikat satu Malaysia dan juga syarikat bumiputera. Pengurus kanan AirAsia terdiri daripada
ramai bumiputera, tetapi bukan dilantik atas dasar kaum kerana semua kakitangan dinilai melalui merit masing-masing. Pembahagian tugas
bagi pengurusan tertinggi adalah seperti berikut; Kamarudin menjaga kewangan dan korporat, Aziz Bakar menjaga public relations (PR),
dan Tony Fernandes menjaga operasi dan pemasaran.
Tiada kesatuan sekerja di AirAsia. Hal ini demikian kerana kakitangan tidak mahukannya walaupun banyak pihak luar yang datang
melobi. Kakitangan merasakan bahawa mereka tidak perlu kepada kesatuan sekerja kerana mereka boleh bertemu dengan ketua mereka
pada bila-bila masa sahaja. Sejak tujuh tahun lalu, AirAsia tidak pernah memberhentikan pekerja mereka bahkan kakitangan berpeluang
dinaikkan pangkat dengan mudah jika berkebolehan dalam syarikat. Tiada protokol tertentu diamalkan antara ketua dengan kakitangan
bawahan. Mereka bekerja seperti satu keluarga besar.
Dipetik dan disesuaikan daripada http://www.agendadaily.com yang dicapai pada 24/6/2012)
Berdasarkan kes di atas:
MUKA SURAT 315
(i) Jelaskan bentuk penjabatanan organisasi AirAsia. MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(ii) Jelaskan lima cara AirAsia memupuk semangat pasukan dalam kalangan kakitangan mereka? [10]
(iii) Terangkan gaya kepimpinan Tony Fernandes.
[12]
[8]
Cadangan Jawapan
(i) Jelaskan bentuk penjabatanan organisasi AirAsia.
Bentuk penjabatanan AirAsia ialah fungsian fakta wajib
Penjabatanan dibentuk mengikut fungsian perniagaan/ memaparkan jabatan mengikut fungsi jabatan/tugas.
Kaitan Kes
Bentuk penjabatan AirAsia terdiri daripada :
1. Jabatan kewangan dan koperat – En kamaruddin
2. Jabatan operasi dan pemasaran – En Tony Fernandes
3. Jabatan perhubungan awam – En Aziz bakar
4. Jabatan pengiklanan
5. Jabatan IT
6. Jabatan Promosi
7. Jabatan undang-undang
8. Jabatan sumber manusia
9. Pejabat Tony Fernandes
10. Pejabat timbalannya dan juga pengerusi
MUKA SURAT 316
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(ii) Jelaskan lima cara AirAsia memupuk semangat pasukan dalam kalangan kakitangan mereka?
Pasukan merujuk kepada sekumpulan individu yang berkerja bersama untuk mencapai matlamat yang sama.
Lima cara bagaimana AirAsia memupuk semangat pasukan dikalangan kakitangan mereka ialah :
Kaitan dengan kes:
1. Pekerja dinaikkan pangkat kerana merit bukan sebab faktor lain.
2. Tiada kesatuan, kakitangan bebas berjumpa dengan bos pada bila-bila masa sahaja.- tiada protokol
3. Tidak pernah memberhentikan pekerja mereka.- mewujudkan kesetiaan
4. Dengan menggunakan falsafah AirAsia sebagai satu keluarga.
5. Menghargai kakitangan mereka dengan memberi ganjaran diatas semangat kesetiaan kepada AirAsia.
6. Sikap yang betul tidak pernah memberhentikan kerja
7. Layanan yang sama rata – tiada kelebihan dalam kemudahan
8. Toleransi – keupayaan berfikir secara berbeza
9. Keterbukaan kepada idea baru
iii) Terangkan gaya kepimpinan Tony Fernandes.
Gaya kepimpinan demokratik.
Pengurus menerima pandangan dari pekerja tetapi keputusan akhir terletak di tangan pengurus
Kaitan dengan kes:
1. Tiada protokol tertentu antara beliau dan kakitangannya.
2. Membenarkan kakitangan berjumpa dengannya pada bila-bila masa.
3. Ruang bilik yang serba ringkas, dekorasi minimum serta meja kecil.
4. Keterbukaan kepada idea baru+ huraian
5. Keupayaan berfikir dengan cara berbeza
MUKA SURAT 317
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Senarai Rujukan Modul Pengajian Perniagaan Penggal 2
Akta Jualan barangan 1957 (Akta 382) International Law Book Services, 2013
Akta Kontrak 1950 ( Akta 136) & Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Akta 120), International Law Book Services, 2013
Business Law, Lee Mei Pheng, Ivan Jeron Detta, 2011, Oxford University Press
Keusahawanan dan pengurusan perniagaan kecil – abu bakar hamed – [email protected]
Management: Principles and Practices – 10th edition – south western
New Era of management – Richard L. Daft, 9th edition – south western
Pengenalan Kepada Perniagaan , Sabri Hj. Hussin, Cengage Learning.
Pengenalan Undang-undang Kontrak Edisi ke 2, Abdul Aziz Hussin, Dewan Bahasa dan Pustaka (2012)
Pengurusan organisasi – edisi ketiga – zafir mohd makhbul, mohd. Hizam hanafiah dan fazilah mohamad hasun – cengage learning
Program Jarak Jauh, Undang-undang Perniagaan, Pusat Pengajian Kampus, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Undang-undang Komersial Malaysia, Shaik Mohd. Noor Alam S.M. Hussain, 2002, Dewan Bahasa dan Pustaka
MUKA SURAT 318
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
TAJUK
HASIL HURAIAN
PEMBELAJARAN
RUJUKAN
10.0 KEUSAHAWANAN
10.1 Skop keusahawanan
a) Mentakrifkan
usahawan dan Takrif usahawan
keusahawanan
Manusia yang mengenalpasti dan merebut peluang, berani mengambil risiko seterusnya mengambil inisiatif bagi
Rosli Mahmud memulakan perniagaan atau usaha teroka baharu, dengan mengurus sumber-sumber (faktor pengeluaran) dan
et.al.(2010) menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut bagi mendapatkan keuntungan.
Sabri Hj Hussin (2002) Takrif keusahawanan
Abu Bakar Hamed et. al. Satu proses merebut peluang perniagaan di dalam situasi yang berisiko.
(2007) Melibatkan perubahan, revolusi, perpindahan dan pengenalan pendekatan baharu.
Ebert , Griffin (2015) Dimensi Usahawan Peniaga
b) Membezakan antara Definisi
Manusia yang mengenalpasti dan merebut Menjalankan aktiviti perniagaan untuk
usahawan, peniaga peluang, berani mengambil risiko seterusnya mendapat keuntungan bagi saraan diri sendiri
dan pengurus mengambil inisiatif bagi memulakan dan keluarga sahaja.
perniagaan atau usaha teroka baharu, dengan
Rosli Mahmud et.al. mengurus sumber-sumber (faktor MUKA SURAT 319
(2010) pengeluaran) dan menambah nilai kepada
sumber-sumber tersebut bagi mendapatkan
keuntungan.
Pengam- Mengambil risiko sederhana dan terhitung MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
bilan risiko
Mengambil risiko yang rendah
Pengurusan dan Kaedah pengurusan yang cekap, sistematik
kepimpinan dan terkini serta mempunyai gaya Kaedah pengurusan yang statik dan
kepimpinan yang tinggi. mempunyai tahap kepimpinan yang rendah.
Menggemb- Berupaya menggemblengkan sumber secara Menggemblengkan sumber untuk penerusan
leng sumber kreatif dan inovatif bagi perkembangan perniagaan.
perniagaan.
Orientasi Sukar mengembangkan perniagaan kerana
terhadap Sentiasa mencari, melihat dan merebut tidak berupaya untuk mengenalpasti peluang
peluang peluang yang ada untuk mengembangkan perniagaan.
perniagaannya.
Dimensi Usahawan Pengurus
Definisi
Manusia yang mengenalpasti dan merebut Seorang yang bekerja dan menguruskan
Objektif peluang, berani mengambil risiko seterusnya sumber-sumber organisasi bagi pihak lain sama
mengambil inisiatif bagi memulakan ada untuk organisasi awam atau swasta.
perniagaan atau usaha teroka baharu, dengan
mengurus sumber-sumber (faktor Menurut arahan pihak atasan bagi
pengeluaran) dan menambah nilai kepada mengembangkan organisasi dan menginginkan
sumber-sumber tersebut bagi mendapatkan kenaikan pangkat, ganjaran dan kuasa.
keuntungan.
Memenuhi impian dan pencapaian diri
melalui kebebasan mencari peluang
perniagaan atau mencipta produk yang dapat
memanfaatkan masyarakat di samping
mendapatkan keuntungan.
MUKA SURAT 320
Orientasi Mempunyai orientasi jangka masa terhadap MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
terhadap masa matlamat yang agak panjang iaitu antara 5
hingga 10 tahun untuk mengembangkan Respon terhadap rancangan jangka pendek yang
perniagaan. bermatlamat untuk memenuhi kuota dan bajet
berdasarkan mingguan dan bulanan.
Kecenderungan Penglibatan sepenuhnya terhadap aktiviti dan Lebih kepada penyeliaan dan delegasi kerja.
bertindak operasi perniagaan yang dijalankan.
Kemahiran dan Mempunyai kelebihan dari segi pengurusan Mempunyai kelulusan akademik yang
kelulusan dan kemahiran perniagaan khususnya profesional terutama dalam bidang pengurusan.
kemahiran teknikal.
Nilai kendiri Mempunyai ciri-ciri keusahawanan. Ciri-ciri pada diri adalah berdasarkan matlamat
organisasi.
Fokus utama Fokus utama terhadap perancangan yang Fokus utama terhadap perancangan yang
dibuat sendiri di samping memberi tumpuan ditetapkan oleh pihak atasan.
terhadap permintaan pasaran (masyarakat
dan perubahan teknologi)
Sikap terhadap Berupaya mengambil risiko sederhana dan Berhati-hati dengan risiko kerana takut
dipersalahkan dan dipecat.
risiko terhitung.
MUKA SURAT 321
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
c) Menjelaskan Sudut Mikro
peranan usahawan Menyumbangkan idea dan pembaharuan
dalam masyarakat Merancang dan melaksanakan perancangan strategik
usahawan secara Menggemblengkan faktor-faktor pengeluaran
mikro dan makro Mengurus, mengeluar dan mengedar barangan ke pasaran
Menangani kekaburan dan ketidakpastian atau sebarang risiko kegagalan
Aini Hayati Muhammad Sudut Makro
et. al. (2013) Mewujudkan peluang pekerjaan
Meningkatkan taraf hidup rakyat
Membangunkan industri sokongan
Mempelbagaikan barangan di pasaran
Menggunakan sumber tempatan dengan cekap
Menjadi ‘role model’ dalam masyarakat
Menjalankan tanggungjawab sosial
10.2 Teori Keusahawanan
a) Menerangkan teori- Pendekatan Ekonomi
teori keusahawanan Bagi seorang usahawan kosnya (nilai atau perolehan) ialah keuntungan.
mengikut Keuntungan adalah harga yang dibayar kerana risiko yang diambil oleh seseorang usahawan.
pendekatan Pendekatan Psikologi
ekonomi, Sifat keusahawanan dikaitkan dengan gelagat diri yang lebih cenderung kepada fokus dalaman ( kejayaan dicapai
pendekatan
psikologi dan adalah hasil kekuatan dan keupayaan diri bukannya kerana faktor nasib).
pendekatan Ini termasuklah sifat-sifat peribadi seperti tekun, usaha, inovatif, kreatif dan semangat yang berterusan.
sosiologi Pendekatan Sosiologi
Usahawan bagi pengkaji sosial ialah seorang oportunis yang pandai mengambil peluang dan kesempatan daripada
Sabri Hj Hussin (2002)
persekitaran.
Seorang usahawan adalah orang yang pandai bergaul, mempengaruhi masyarakat untuk meyakinkan mereka
bahawa apa yang usahawan itu bawa adalah mempunyai kepentingan ramai.
MUKA SURAT 322
b) Mengaitkan teori Pelopor Teori Ekonomi MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
tersebut dengan Richard Cantillon (1725)
pelopornya Intipati Teori
Adam Smith (1776) Usahawan sebagai individu yang bersedia untuk memikul risiko dan
Rosli Mahmud et.al. Jean Babtiste Say (1830)
(2010) John Struat Mill (1848) amat berbeza daripada mereka yang hanya menawarkan modal
dengan mengharapkan pulangan tetap.
Dr. Syed Zamberi Carl Menger (1871)
Ahmad (2009) Joseph A. Schumpeter (1934) Usahawan sebagai individu yang membentuk organisasi untuk tujuan
komersial.
Alfred Marshall (1946)
Israel Kirzner (1973) Usahawan ialah pengusaha (organizer) bagi sesebuah firma
perniagaan dan usahawan memainkan peranan yang sangat penting
dalam proses pengeluaran dan pengedaran.
Usahawan dianggap sebagai faktor pengeluaran yang keempat dalam
teori ekonomi.
Usahawan dianggap sebagai agen ekonomi yang mengubah sumber
menjadi barangan dan perkhidmatan yang berguna dan membawa
kepada perkembangan perusahaan.
Inovasi sebagai intipati keusahawanan.
Usahawan sebagai seorang pengubahsuai atau ‘innovator’ tidak akan
membiarkan sistem ekonomi berada di dalam suasana yang beku.
Usahawan juga memajukan teknologi yang belum pernah dicuba.
Usahawan berkembang melalui proses evolusi iaitu hayat sesebuah
perniagaan dari peringkat awal hingga terus luput dari pasaran.
Usahawan berperanan sebagai orang tengah atau arbitrageur iaitu
segala peluang yang dilihatnya akan diambil kesempatan sepenuhnya.
Rosli Mahmud et.al.
(2010)
MUKA SURAT 323
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Pelopor Teori Psikologi Intipati Teori
Dr. Syed Zamberi David McClelland (1961) Individu-individu yang mempunyai kehendak pencapaian yang tinggi
Ahmad (2009)
Teori Kehendak Pada Pencapaian merupakan golongan yang lebih suka mengambil tanggungjawab ke
(merupakan cabang daripada model arah mencapai sesuatu matlamat dengan usaha sendiri.
Baka) Usahawan juga melakukan pengambilan risiko sederhana bertepatan
dengan kemahiran yang ada padanya.
De Vries dalam ‘Dollinger’ (1995) Usahawan merupakan individu yang semasa kecilnya tidak
Model Psikodinamik berpeluang untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan tertentu
menyebabkan mereka memberontak dengan mencari satu alternatif
baru bagi mengubah kehidupan mereka supaya lebih terjamin.
Pelopor Teori Sosiologi Intipati Teori
Max Weber (1958) Elemen agama sebagai asas kejayaan usahawan yang ketika itu
Everett Hagen (1962) merujuk kejayaan golongan Protestant di dalam ekonomi adalah
disebabkan oleh etika agama Protestant.
Gibb dan Ritchie (1981) Usahawan wujud di kalangan kumpulan yang tidak berpuas hati
Model Pembangunan Sosial dalam masyarakat.
Rasa tidak puas hati timbul kerana layanan atau tekanan yang mereka
Shapero & Sokol (1982) terima dan mendorong mereka untuk berusaha mengatasi
kepincangan ini.
Peranan sosialisasi dalam memberi anjakan ke arah melahirkan
usahawan-usahawan baharu.
Terdapat interaksi atau tindak balas di antara individu-individu yang
belum berniaga dengan suasana di alam perniagaan.
Shapero dan Sokol mengaitkan keadaan sosial dan dua faktor yang
mempengaruhi seseorang membuat keputusan untuk menjadi
usahawan, iaitu faktor dorongan keusahawanan dan faktor situasi.
MUKA SURAT 324
10.3 Ciri-ciri usahawan Berjaya MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
a) Menerangkan sifat- Sifat Peribadi Huraian
sifat peribadi Inisiatif yang tinggi Mempunyai semangat atau tabiat untuk melaksanakan
usahawan berjaya
tanggungjawab tanpa diarah atau dipaksa.
Rosli Mahmud Berani mengambil risiko Membuat penilaian dan pertimbangan terhadap risiko, ini
et.al.(2010) Kreatif
kerana risiko yang terhitung akan menjamin pulangan yang
Inovatif selamat.
Dorongan ke arah kejayaan Mempunyai banyak idea, panjang akal dan berupaya
Lokus kawalan dalaman menghasilkan produk baharu dan canggih serta unik.
Sentiasa ingin membuat pembaharuan.
Dapat melihat dan mengambil Mempunyai semangat dan keupayaan untuk maju.
peluang Kepercayaan seseorang individu terhadap kebolehan dirinya
Optimistik tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran.
Mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi adalah orang
Berorientasikan matlamat dan yang yakin keputusan yang dibuatnya itu merupakan
wawasan keputusan yang terbaik untuk kepentingan semua pihak.
Kebolehan membuat keputusan Dapat meramal dan menganalisis peluang yang boleh
membawa keuntungan.
Sentiasa berfikiran positif terhadap tindakan yang akan
diambil.
Merancang dan menetapkan segala matlamat.
Dinamis dalam membuat sebarang keputusan dengan
mengambilkira semua faktor dalaman dan luaran organisasi
serta pihak yang berkepentingan dengannya.
MUKA SURAT 325
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
b) Mengaitkan sifat- Sifat Peribadi Tokoh-tokoh Usahawan Semasa
sifat usahawan Inisiatif yang tinggi Tan Sri Dato’Sri (Dr) Teh Hong Piow.
dengan tokoh-tokoh Walaupun hidup miskin ketika zaman kanak-kanak, beliau akhirnya berjaya membuka
usahawan semasa Berani mengambil
risiko bank sendiri yang kini diiktiraf sebagai antara bank dan syarikat terbaik di rantau Asia
Mohd. Salleh Din et.al. iaitu Public Bank.
(2005) Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.
Membeli Johor Port melalui tender pada RM330 juta.
Rosli Mahmud et.al. Melalui Johor Port Sdn.Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.
(2010) Beliau berjaya mempopularkan pelabuhan tersebut sehingga dapat meyakinkan dua
buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan
Lim Wing Hooi (2011) Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke
Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kreatif Michael Dell.
Inovatif Usahawan pertama memperkenalkan pembelian komputer secara talian terus dengan
menggunakan talian internet kepada pengguna.
Muhammad Yunus.
Seorang usahawan dan ahli perniagaan sosial di Bangladesh telah mewujud dan
melaksanakan sebuah program perkongsian ladang yang dinamakan New Era Three
Share Farm yang mendorong petani mendapatkan keuntungan melalui kerjasama
dengan penduduk kampung dan pinjaman dari Bank Negara Bangladesh.
Berteraskan pendapat bahawa pinjaman untuk bekerja sendiri adalah hak kemanusiaan
yang asas, beliau menubuhkan Bank Grameen untuk membantu lebih ramai orang
miskin untuk bekerja menjana pendapatan sendiri.
MUKA SURAT 326
Dorongan ke arah MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
kejayaan
Tan Sri Lim Goh Tong.
Lokus kawalan Dapat menyiapkan projek Genting Highlands dengan jayanya walaupun pada peringkat
dalaman
awal projek ini amat mencabar kerana menghadapi pelbagai kekangan seperti modal
dan sebagainya.
Tun Daim Zainuddin.
Menegaskan bahawa sesiapa pun akan berjaya sekiranya sentiasa memberikan yang
terbaik dalam apa juga usaha dan berpegang kepada integriti peribadi yang tinggi.
Dapat melihat dan T Ananda Krishnan.
mengambil peluang Dapat merebut peluang dalam industri telekomunikasi Maxis dan penyiaran ASTRO.
Beliau memiliki sistem satelit Malaysia yang pertama.
Optimistik Harsukhlal Maganlal Kamdar.
Membuka sebuah kedai Kamdar di Jalan Chow Kit dan sebuah lagi di Globe Silk Store
Berorientasikan
matlamat dan pada tahun 1980an walaupun sebelum itu mereka telah menutup perniagaan di Jalan
wawasan
TAR ekoran kegawatan ekonomi pada tahun 1977.
Dato’ Tan Chin Nam.
Beliau selalu mengatakan “saya berdagang dan membina. Itulah yang dapat saya
lakukan dengan terbaik.”
Beliau telah membina Mid Valley City, projek mega yang terdiri daripada 8.78 juta
kaki per segi ruangan untuk disewa dan boleh menempatkan 16,000 kenderaan.
MUKA SURAT 327
Kebolehan membuat MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
keputusan
Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.
Berjaya mempertahankan perniagaannya dengan mengharungi tiga tempoh kemelesetan
ekonomi.
Membuat keputusan menukar bidang perniagaan syarikat bermula daripada melombong
bijih timah kepada melombong kuari dan pasir.
Beliau sekali lagi beralih arah ke sektor pembangunan hartanah, pelaburan hartanah,
pembuatan, perhotelan dan perniagaan berkaitan hiburan.
Hasil kepelbagaian itu, beliau berjaya menubuhkan Sunway City Berhad, Sunway
Construction Berhad dan Sunway Building Technology Berhad.
c) Menjelaskan ciri-ciri 1. Bersikap proaktif
orang yang efektif Seseorang yang proaktif ialah individu yang mempunyai inisiatif dan tanggungjawab untuk menyebabkan
berdasarkan Stephen sesuatu itu berlaku.
Covey (Tujuh Tabii
Orang Berjaya) 2. Berorientasikan matlamat
Bermula dengan mengingat matlamat bermakna pemahaman jelas tentang destinasi yang dituju.
Covey, Stephen R..
(Penterjemah: Leo Ann 3. Lakukan perkara utama dahulu
Mean. Penyunting: Mengutamakan perkara yang penting dahulu.
Adibah Amin) (1996)
4. Berfikiran “menang-menang”
Rangka pemikiran dan perasaan yang sentiasa mencari faedah bersama dalam semua interaksi manusia.
Persetujuan atau penyelesaian untuk kepentingan bersama dan kepuasan bersama.
5. Cuba memahami dahulu, dan kemudian cuba untuk difahami
Menggunakan pendengaran empati iaitu mendengar dengan tujuan untuk memahami.
Mencuba untuk memahami memerlukan timbang rasa manakala mencuba difahami memerlukan keberanian
yang tinggi.
MUKA SURAT 328
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
6. Bersinergi
Intipati sinergi adalah menghargai kelainan dan perbezaan.
Pemikiran ‘Menang-Menang” menjadi prasyarat untuk proses komunikasi sinergistik.
Manusia bekerjasama secara kreatif untuk menghasilkan penyelesaian atau alternatif baharu.
7. Tajamkan “gergaji”
Proses memperbaharui empat dimensi sifat semula jadi seseorang individu iaitu jasmani, emosi, rohani dan
intelek.
d) Menerangkan faktor Kejayaan seimbang melibatkan keseimbangan dimensi sifat manusia merangkumi intelek, rohani, emosi, dan
kejayaan seimbang jasmani.
Abu Bakar Hamed Intelek harus ditingkatkan, emosi memerlukan kestabilan, rohani perlu menghampirkan diri dengan tuhan, dan
( 2005) fizikal memerlukan kecemerlangan kesihatan
Intelek
Berhubung dengan minda atau mental manusia.
Bagi meningkatkan kemahiran intelek, seseorang itu hendaklah menganalisis, menulis, membentang, berbincang,
dan berkomunikasi.
Emosi
Emosi merupakan perkara dalaman individu.
Melibatkan perubahan psikologi seperti gembira, sabar, syukur, tabah, tenang, marah, meradang, kecewa, sedih,
dan sebagainya.
Rohani
Aspek dalaman yang berkaitan dengan jiwa.
Bagi mendapatkan keseimbangan rohani, seseorang individu itu hendaklah mendekatkan diri kepada Tuhan dan
melakukan ibadah-ibadah yang dituntut oleh agama.
Menyemai nilai-nilai murni dan sifat-sifat terpuji dalam diri seseorang.
Jasmani
Aspek fizikal yang merujuk kepada jasad atau tubuh badan.
Melibatkan penjagaan kesihatan, pengamalan pemakanan seimbang, senaman, istirahat dan lain-lain.
MUKA SURAT 329
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
10.4 Mencari, mengembang dan merealisasikan idea perniagaan
Menjelaskan sumber 1. Pelanggan
yang boleh memberi Merupakan pengguna kepada keluaran yang dihasilkan oleh pengeluar.
idea baharu Idea dan pendapat mereka tentang sesuatu produk atau perkhidmatan contohnya tentang produk yang tiada
dalam pasaran.
Rosli Mahmud et.al. Usahawan boleh menjalankan soal selidik, temu ramah dan pemerhatian terhadap pelanggan bagi mengetahui
(2010) cita rasa mereka.
Usahawan juga perlu sentiasa peka kepada perubahan citarasa, keperluan dan kehendak pelanggan.
Mohd. Salleh Din et.al.
(2005) 2. Produk Sedia Ada
Sabri Hj Hussin (2005) Usahawan akan menganalisa produk sedia ada di pasaran dengan menukarkan corak pembungkusan, reka
. bentuk, kualiti yang lebih baik dan sebagainya.
Pembaharuan terhadap produk sedia ada akan menambahkan fungsi produk.
Contohnya, syarikat-syarikat pembuat kereta dan telefon bimbit sering muncul dengan model-model baru.
3. Syarikat Sedia Ada
Perniagaan yang dimiliki oleh orang lain yang mendapat pasaran secara meluas.
Usahawan boleh mendapat idea untuk memulakan perniagaannya dengan mengaplikasikan atau meniru selepas
mengkaji kekuatan dan kelemahan syarikat tersebut.
Usahawan juga boleh mendapati idea dari teknologi baharu yang digunakan oleh syarikat sedia ada atau
mengubahsuai teknologi tersebut mengikut kesesuaian syarikatnya nanti.
4. Saluran Pengedaran
Terdiri daripada pemborong, agen dan peruncit.
Mereka membantu sesuatu keluaran diedarkan daripada pengeluar kepada pengguna akhir.
Mereka mengedar pelbagai barang dan jenama, mendapatkan idea terbaharu untuk perniagaan dan
membuat perbandingan terhadap pelbagai produk dan maklumbalas daripada pengguna.
MUKA SURAT 330
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Paten
Merupakan hakcipta yang dilindungi oleh undang-undang daripada ditiru atau dicetak.
Paten ini boleh dijual kepada pengusaha yang ingin mengeluarkan keluaran tersebut secara sah.
Hak mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang diterima oleh syarikat yang membolehkan syarikat
memiliki kelebihan persaingan.
6. Dasar kerajaan
Merangkumi aspek peraturan dan undang-undang yang dilaksanakan oleh kerajaan dan juga sebarang bentuk
perancangan kerajaan mengikut sektor seperti pertanian, pelancongan, perindustrian, pendidikan dan
sebagainya.
Beberapa contoh dasar kerajaan seperti galakan pelancongan, galakan Industri Desa, Homestay, kursus
persediaan sebelum bersara, proses pengeraman (incubator), konsep payung, skim bantuan dan pinjaman,
tabung-tabung kerajaan, dan juga kempen-kempen seperti ‘Belilah barangan buatan Malaysia”, “satu rumah
satu komputer” dan lain-lain lagi.
7. Penyelidikan dan pembangunan
Dijalankan oleh tenaga pakar atau badan tertentu yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan atau badan yang
ditubuhkan oleh syarikat itu sendiri.
Hasil penemuan R&D boleh menghasilkan produk yang dapat memenuhi keperluan semasa pengguna.
8. Profesional dan jururunding
Golongan pakar dalam satu-satu bidang seperti kewangan, pemasaran, perundangan dan lain-lain.
Usahawan mendapat idea perniagaan sama ada untuk mengatasi masalah atau membangunkan perniagaan
melalui cadangan, nasihat dan bimbingan pakar.
MUKA SURAT 331
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Menjelaskan kaedah 1. Soal selidik
menjana dan
mengembangkan Satu instrumen yang digunakan apabila usahawan membuat tinjauan.
idea
Responden akan ditanya beberapa soalan dan jawapan mereka akan dirumuskan oleh pengkaji.
Gillham, B. (2008)
2. Sumbang saran (Brainstorming)
Rosli Mahmud et.al.
(2010) Satu teknik perbincangan yang kreatif untuk menjana seberapa banyak idea daripada sesuatu kumpulan dalam
Barringer, Bruce R. & masa yang terkawal.
Ireland, R.Duane
(2008) Seorang ketua kumpulan akan mengendalikan sesi sumbang saran.
Peserta berperanan secara aktif dan bebas menyumbangkan idea.
Idea-idea yang dijana semasa sesi sumbang saran perlu disaring dan dianalisis selepas sesi tersebut tamat.
Antara panduan mengendalikan sumbang saran:
Suasana yang kondusif.
Sebarang bentuk kritikan tidak dibenarkan.
Bebas menyumbang seberapa banyak idea.
Semua idea diterima.
Semua idea dicatat.
Penilaian dibuat selepas selesai sesi sumbang saran.
3. Pemerhatian
Proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal seperti tingkahlaku, cara melaksanakan sesuatu, keadaan
persekitaran dan sebagainya.
Idea untuk menubuhkan urus niaga yang baharu mungkin terhasil daripada pemerhatian terhadap keperluan diri
sendiri atau orang-orang di sekeliling kita.
4. Kumpulan fokus
Melibatkan sekumpulan orang yang dipilih untuk berkongsi pendapat dan perasaan, sikap dan idea tentang
perkara tertentu.
Hasil daripada perbincangan kumpulan itu akan dijadikan input untuk menjana idea atau menyelesaikan
masalah.
Moderator akan memfokuskan perbincangan dengan menggunakan kaedah langsung dan tidak langsung.
Seorang moderator akan mengemukakan soalan-soalan mudah kepada peserta untuk mendapatkan tindak balas.
Ahli kumpulan boleh memberi komen terhadap cadangan atau pun pendapat yang dikemukakan.
MUKA SURAT 332
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Membincangkan Proses merealisasikan idea :
proses
merealisasikan idea 1. Idea
Sabri Hj Hussin (2002) Idea dijana, dikumpul dan disenaraikan.
Abu Bakar Hamed et. Sumber utama idea termasuk sumber dalaman (R&D) dan sumber luaran seperti pelanggan, pesaing,
al. (2007)
pengedar,pembekal dan lain-lain.
Armstrong, Gary &
Kotler, Philip (2011) 2. Menapis idea
. Idea-idea yang menjanjikan kejayaan dikenalpasti dan idea-idea yang kurang praktikal digugurkan.
Kaedah penilaian yang digunakan pada peringkat ini ialah senarai semakan penilaian sistematik pasaran yang
mana setiap idea produk baru dinyatakan dalam bentuk nilai utamanya, merit dan faedah-faedah.
3. Membina konsep
Penerangan idea secara terperinci daripada perspektif pelanggan.
Bertujuan memberikan kefahaman kepada bakal pelanggan tentang kualiti terbaik dan ciri-ciri produk tersebut.
Untuk mengukur penerimaan pengguna, temuduga dengan responden terpilih dijalankan yang mana mereka
didedahkan dengan kenyataan yang menggambarkan ciri-ciri dan sifat fizikal idea produk.
Konsep idea yang terbaik dan mendapat perhatian ramai akan dipilih.
4. Menguji konsep
Menguji konsep produk baru dengan kumpulan sasaran pengguna untuk mengetahui konsep produk yang
mana paling menarik kepada bakal pengguna.
Konsep yang dibina itu perlu diuji sama ada melalui perbincangan dengan pihak-pihak berkuasa atau
perunding
5. Membuat rancangan perniagaan
Sekiranya idea tersebut mempunyai asas yang baik, satu rancangan perniagaan perlu ditulis sebagai
memperincikan idea yang hendak direalisasikan.
6. Membina fizikal (prototaip)
Selepas idea melepasi semua peringkat itu barulah dibina fizikal atau prototaipnya.
7. Mengkomersialkan
Peringkat terakhir dalam proses perancangan dan pembangunan produk.
Melibatkan penghasilan produk untuk dijual di pasaran.
MUKA SURAT 333
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
10.5 Memula dan menjalankan perniagaan
10.5.1 Kaedah memulakan 1. Memulakan sendiri
perniagaan Menubuhkan sendiri satu perniagaan baharu dengan usaha mendaftarkan, mencari lokasi dan membuka
perniagaan bermula pada peringkat awal lagi.
a) Membincangkan
kaedah memulakan Kelebihan:
sesebuah Peluang merealisasikan idea sendiri kepada realiti
perniagaan, iaitu Kebebasan membuat keputusan dan perubahan kepada perniagaan
memulakan sendiri, Peluang memanfaatkan kepakaran, pengalaman dan minat
mengambilalih Berpeluang untuk memilih lokasi dan kemudahan fizikal
perniagaan sedia Berpeluang membina imej dan reputasi
ada, francais, dan Kelemahan:
pakatan strategik Perlu lebih tumpuan dan pengorbanan dari aspek kewangan, masa dan tenaga.
(pelesenan, kontrak Sukar mendapat pinjaman kerana tiada rekod perniagaan lepas, tiada bukti prestasi, dan mungkin tiada harta
pengeluaran, dan
usahasama) sebagai cagaran.
Tiada keuntungan di awal perniagaan, memerlukan beberapa tahun untuk memperoleh keuntungan.
Rosli Mahmud et.al. Risiko perniagaan tinggi dari segi mendapatkan pelanggan dan gagal bersaing dengan perniagaan yang sudah
(2010)
lama beroperasi.
Sabri Hj Hussin (2002) 2. Mengambil alih perniagaan sedia ada
Membeli perniagaan orang lain, menjadi rakan kongsi atau mewarisi perniagaan keluarga.
Wan Liz Ozman dan Kelebihan:
Sulzari Muhamed Pekerja mahir sedia ada
(2002) Perniagaan yang telah teguh dan mantap – nama telah dikenali, sistem pemasaran dan pengurusan yang telah
Ab. Aziz Yusof dan teruji, telah ada hubungan yang baik dengan pembekal dan pihak bank.
Zakaria Yusof (2004) Pasaran sedia ada – telah ada pelanggan
Lokasi yang strategik
MUKA SURAT 334
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kelemahan:
Menanggung beban kewangan kerana perniagaan yang diambilalih mungkin sedang mengalami kerugian.
Reputasi dan rekod yang buruk kerana kemungkinan pemilik asal menjual perniagaan tersebut berpunca dari
masalah urusniaga tidak jujur yang menimbulkan kemarahan pembekal, pelanggan dan sebagainya.
Pekerja lama mungkin berpindah ke organisasi lain apabila berlaku pertukaran pihak pengurusan.
Pekerja sedia ada mungkin tidak sesuai dengan perubahan yang hendak dilakukan dan memberi masalah
kepada pemilik baharu.
Peralatan dan kelengkapan usang.
Penilaian terlebih nilai – penilaian perniagaan yang hendak dibeli tidak dibuat dengan teliti menyebabkan
pemilik yang baharu membayar dengan harga yang tinggi.
3. Francais
Satu bentuk perniagaan di mana francaisor memberi kebenaran, hak atau keistimewaan seperti nama
perniagaan dan cop dagangan kepada seseorang individu atau syarikat tertentu (francaisi) untuk menjalankan
perniagaan mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan oleh francaisor. Sebagai balasan francaisi
dikehendaki membayar sejumlah royalti dan yuran-yuran lain.
Jenis-jenis francais:
i. Francais berformat
ii. Francais pengilangan (Product Manufacturing Licensing)
iii. Francais jenama / bertanda dagang (Trademark / Brand Name Licence)
iv. Francais Pengedaran (Dealership / Distributorship Franchaise)
v. Francais Penganjur (Promoter)
Kebaikan:
Kaedah yang telah terbukti berkesan dan berjaya
Mempunyai kaedah dan sistem latihan yang khusus
Reputasi yang telah sedia diketahui / perniagaan telah popular
Sokongan kewangan
MUKA SURAT 335
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Risiko yang rendah
Faedah ekonomi bidangan dari segi pengiklanan, promosi, pembelian peralatan dan bahan mentah secara pukal
Kelemahan:
Mengurangkan kebebasan francaisi kerana tertakluk kepada pelbagai peraturan dan kaedah operasi yang telah
ditetapkan
Perlu menjadi usahawan sepenuh masa dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan.
Tiada identiti tersendiri
Risiko kejatuhan seluruh rangkaian
Kesukaran bila berlaku krisis
Menanggung kos royalti dan yuran yang tinggi
Produk dan saiz pasaran yang terhad
4. Pakatan strategik (strategic alliance)
Satu kerjasama antara dua atau lebih syarikat atau unit-unit perniagaan bagi mencapai objektif masing-masing
secara bersama. Dalam pasaran yang baharu, pakatan strategik membenarkan seseorang usahawan untuk
mendapatkan kelebihan kompetetif menerusi akses kepada sumber-sumber rakan pakatan, termasuk juga
pasaran, teknologi, modal dan manusia.
Jenis-jenis pakatan strategik:
i. Pelesenan:
Pelesenan adalah persetujuan, iaitu sebuah syarikat utama atau pemegang lesen (licensor) memberi
hak-hak tertentu kepada sesebuah syarikat atau penerima lesen (licensee) di negara lain atau pasaran
berbeza dengan syarikat utama untuk menghasilkan dan / atau menjual produk syarikat berlesen
tersebut.
Syarikat licensor akan mendapat ganjaran dalam bentuk yuran dan royalti hasil jualan produk untuk
kepakaran teknikal yang diberikan kepada syarikat licensee.
MUKA SURAT 336
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kebaikan:
Syarikat tersebut menggunakan modal yang rendah dan mudah untuk memasuki pasaran antarabangsa
terutamanya dalam negara yang tidak mengamalkan ekonomi bebas.
Royalti dari pemberian lesen ini adalah dijamin dan berjangka. Syarikat tempatan akan mendapat
manfaat daripada pembangunan produk tanpa melibatkan perbelanjaan penyelidikan.
Kadar risiko perniagaan yang memberi lesen adalah rendah kerana kilang dan kemudahan di pasaran
tempatan berkenaan tidak perlu dibina. Pelaburan yang sedikit diperlukan dan pihak pengurusan tidak
perlu mengawal selia syarikat berkenaan.
Keburukan:
Syarikat penerima lesen mungkin hilang minat untuk memperbaharui kontrak jika syarikat pemberi
lesen tiada inovasi dan teknologi baharu.
Untuk menarik minat syarikat asing menjadi penerima lesen, syarikat pemberi lesen perlu mempunyai
teknologi yang unik, hak cipta tersendiri dan jenama yang mampu menarik perhatian pengguna
antarabangsa.
Pemberi lesen juga tidak mempunyai kawalan terhadap syarikat penerima lesen dari segi pengeluaran
dan pemasaran.
ii. Kontrak pengeluaran:
Sesuatu syarikat pengeluar akan membenarkan sesebuah syarikat tempatan untuk mengeluarkan produk
itu berdasarkan kontrak atau perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak.
Syarikat pengeluar akan mengenakan bayaran yang berlandaskan bilangan atau saiz pengeluaran yang
dikeluarkan oleh syarikat tempatan yang dilantik itu.
Syarikat pengeluar asal akan membekalkan komponen, bahan, acuan atau arahan pengeluaran terperinci
kepada syarikat pengeluar tempatan di negara asing.
Aktiviti pemasaran dan jualan adalah tanggungjawab syarikat tempatan yang dilantik itu.
MUKA SURAT 337
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Kebaikan:
Syarikat yang memberi kontrak dapat mengeluar dan memasarkan produk di pasaran asing tanpa
dikenakan cukai eksport dan import.
Penerima kontrak lebih mengetahui tentang pasaran tempatan dan dapat membuat keputusan yang lebih
tepat dan cepat.
Syarikat pengeluar berpeluang membeli pengeluar tempatan atau membentuk perkongsian pada masa
akan datang.
Keburukan:
Jika penerima kontrak sangat berjaya, pemberi kontrak tidak dapat menikmati keuntungan sepenuhnya,
sebaliknya ia hanya menerima royalti sahaja.
Pemberi kontrak hilang kawalan ke atas proses pengeluaran kerana jarak yang jauh.
Apabila kontrak tamat, penerima kontrak mungkin boleh memnjadi pesaing kepada pemberi kontrak
kerana penerima kontrak telah mempunyai kepakaran dan teknologi.
Penerima kontrak terpaksa membayar royalti yang tinggi sepanjang tempoh kontrak, dan ini
mengurangkan keuntungan.
iii. Usahasama:
Usaha perkongsian atau gabungan antara dua buah firma atau lebih dalam urusan perniagaan.
Gabungan ini melibatkan firma antarabangsa dengan firma tempatan atau dua buah firma antarabangsa.
Kesemua pihak yang terlibat akan menyumbang modal.
Kawalan dan kepunyaan entiti perniagaan itu akan dikongsi bersama.
Kebaikan:
Syarikat ini dapat memahami keadaan pasaran tempatan, keperluan dan peraturan kerajaan tempatan.
Berpeluang mendapatkan keupayaan pengeluaran dan kepakaran baharu.
Kesemua pihak yang terlibat dapat menggunakan sumber-sumber dari pihak terlibat dalam usahasama
tersebut.
MUKA SURAT 338
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Keburukan:
Pemindahan teknologi terpaksa dilakukan kepada syarikat yang bekerjasama. Mewujudkan persaingan
kepada syarikat yang membekalkan teknologi apabila kerjasama tamat kelak.
Perbezaan dalam budaya korporat, matlamat dan lain-lain menyebabkan percanggahan pendapat dan
konflik semasa membuat keputusan.
Kedua-dua syarikat tidak dapat membuat keputusan sendiri kerana mereka berkongsi tanggungjawab,
risiko dan keuntungan.
10.5.2 Pembiayaan dan 1. Modal teroka:
sumber modal Dana yang disediakan oleh syarikat, badan profesional atau individu kaya bertujuan untuk melabur bersama-
sama pemilik dalam projek atau perniagaan baharu, dan yang sedang berkembang pesat dan berpotensi
b) (i) Menjelaskan menghasilkan pulangan tinggi.
bentuk modal Pemodal teroka tidak memberi pinjaman, tetapi mereka membeli ekuiti dalam perniagaan yang akan
kewangan seperti memberikan hak pemilikan.
modal teroka, ekuiti, Menjurus kepada perkongsian jangka pertengahan iaitu antara tiga keenam tahun dengan syarikat yang
dan hutang menerima pembiayaannya.
Dua perkara asas apabila menimbangkan sama ada untuk melabur atau tidak didalam sesuatu perniagaan itu:
Syarifah Akmam Syed o Pulangan tinggi
Zakaria dan Hardiman o Mudah keluar
Muhammad Yatim Tiga kriteria yang digunakan oleh pelabur modal teroka apabila memilih perniagaan untuk membuat pelaburan
(2007) iaitu:
o Pasukan pengurusan yang kuat, mempunyai kepakaran, berpengalaman dan mantap serta komited terhadap
Barringer, Bruce R. & perniagaan.
Ireland, R.Duane (2008) o Produk dan peluang pasaran yang unik, mempunyai kelebihan persaingan dalam pasaran.
o Nilai perniagaan mempunyai potensi untuk meningkat.
MUKA SURAT 339
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
2. Modal ekuiti:
Modal yang diperolehi daripada pemilik perniagaan.
Pemilik perniagaan boleh memilih untuk menjual ekuiti syarikat dalam bentuk saham kepada para pelabur
Dilakukan dengan tawaran saham kepada umum atau penaja jamin seperti pihak bank.
Pelabur akan berkongsi keuntungan yang diperoleh oleh perniagaan.
Sumber modal ekuiti termasuklah modal pemilik, keluarga dan kenalan, pelabur tidak formal dan modal
teroka.
Kebaikan modal ekuiti:
o Modal tidak perlu dibayar balik sebagaimana pinjaman.
o Pelabur diberi hak untuk bersuara dalam operasi perniagaan.
o Pelabur berhak mendapat peratusan pendapatan tertentu daripada operasi perniagaan.
o Tidak memerlukan sandaran.
Keburukan modal ekuiti:
o Usahawan perlu menyerahkan sebahagian pemilikan perniagaan kepada orang luar (pelabur)
o Hak kawalan usahawan ke atas perniagaan akan berkurangan.
3. Modal hutang:
Modal yang diperolehi melalui pembiayaan berbentuk hutang yang melibatkan instrumen berasaskan faedah.
Dikenali sebagai pinjaman.
Usahawan perlu membayar balik pinjaman berserta faedah tidak kira sama ada perniagaannya memberikan
keuntungan atau kerugian.
Dua jenis pinjaman iaitu pinjaman jangka pendek dan jangka panjang.
Pinjaman jangka pendek perlu dibayar balik dalam tempoh dua belas bulan atau kurang.
Digunakan untuk mengendalikan operasi harian perniagaan seperti mendapatkan bekalan, membeli bahan
mentah, pembayaran gaji dan upah pekerja.
Contoh overdraf bank, pusingan kredit, kredit perdagangan dan pembelian melalui kad kredit.
Pinjaman jangka panjang biasanya diperoleh daripada pihak bank.
Tempoh pembayaran balik pinjaman ialah 5 tahun atau lebih.
Biasanya diberi dalam jumlah yang besar.
MUKA SURAT 340
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Memerlukan cagaran kerana risikonya yang tinggi.
Pinjaman boleh diperoleh dengan mengemukakan kertas kerja kepada pihak bank.
Kelebihan:
o Dapat mengekalkan pemilikan dan kawalan ke atas perniagaan.
o Pemilik perniagaan masih mempunyai mempunyai kuasa penuh dalam membuat sebarang keputusan dan
berhak ke atas segala keuntungan yang diperoleh perniagaannya.
o Usahawan juga mempunyai kebebasan penuh dalam membuat sebarang keputusan kewangan.
o Hubungan dengan pemiutang sebagai pembiaya perniagaannya terhad kepada pembayaran balik pinjaman
sahaja.
o Sekiranya kesemua pinjaman telah dibayar balik, pemiutang tidak akan mempunyai apa-apa tuntutan hak
ke atas perniagaannya.
o Kelemahan:
o Peminjam terpaksa membayar balik pinjaman apabila sampai tempoh
o Peminjam berhadapan dengan risiko tindakan seperti dikenakan kadar faedah yang tinggi dan penarafan
kredit yang rendah sekiranya gagal membayar balik pinjaman pada masa yang telah ditetapkan.
o Pembiayaan berbentuk hutang juga sukar diperoleh oleh perniagaan yang baharu dimulakan.
o Perniagaan baharu belum mempunyai rekod perniagaan yang diyakini dan mungkin dikenakan caj kadar
faedah yang lebih tinggi atau permohonan pinjaman ditolak sama sekali.
b) (ii) Menjelaskan Bentuk Modal Kewangan:
bentuk modal bukan Modal dalam bentuk bukan kewangan adalah termasuk kemahiran, peralatan dan idea.
kewangan seperti 1. Kemahiran:
aset-aset tetap
Pengetahuan khusus tentang suatu bidang.
Contoh kemahiran pengurusan, kemahiran dan pengetahuan dalam menyimpan akaun, kemahiran komunikasi,
kemahiran menggunakan komputer.
2. Aset tetap:
Aset yang digunakan untuk tempoh masa yang panjang, seperti hartanah, bangunan, peralatan dan perabot.
MUKA SURAT 341
c) Menjelaskan MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
sumber modal
formal (contoh: Modal formal:
pinjaman bank, Pinjaman daripada institusi formal.
bantuan kerajaan, Mempunyai perjanjian bertulis yang lengkap.
pelabur) dan sumber Perlu bayar balik modal yang dipinjam mengikut syarat yang ditetapkan.
tidak formal Jika gagal membayar balik modal yang dipinjam usahawan boleh di bawa ke mahkamah.
(contoh: simpanan
sendiri, pinjaman Sumber modal formal:
daripada saudara
mara / rakan) 1. Pinjaman bank:
Pinjaman jangka pendek atau jangka panjang.
Abu Bakar Hamed Pinjaman jangka pendek melibatkan pembayaran balik pinjaman oleh usahawan kurang daripada setahun.
(2005) Digunakan oleh usahawan untuk membeli inventori, membiayai jualan kredit kepada pelanggan, dan belanja
tunai yang lain.
Jumlah pinjaman tidak besar.
Pinjaman jangka panjang melibatkan jangka masa yang agak lama (biasanya tiga tahun ke atas)
Digunakan seperti untuk membeli bangunan, mesin, peralatan dan aset tetap yang lain.
2. Bantuan kerajaan:
Kerajaan menyediakan pinjaman dana daripada pelbagai agensi kerajaan.
Antara agensi tersebut ialah MARA, PKEN, Agensi Pembangunan Wilayah. (rujuk nota agensi kerajaan dan
badan berkanun)
3. Pelabur:
Orang perseorangan secara persendirian yang menggunakan sejumlah wang untuk dilaburkan dalam
perniagaan dengan jangkaan mendapatkan pulangan kewangan.
Tumpuan utama pelabur adalah untuk meminimakan risiko.
MUKA SURAT 342
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Modal tidak formal:
Pembiayaan modal melalui cara ekuiti.
Merupakan pelaburan peribadi pemilik (atau pemilik-pemilik) dalam urusniaga.
Sumber modal tidak formal:
1. Simpanan sendiri:
Diperoleh daripada simpanan peribadi pemilik itu sendiri atau daripada jualan aset peribadi beliau.
Tidak perlu membuat permohonan untuk mendapatkan dana,
Tidak perlu menghubungi bank atau institusi kewangan,
Tidak perlu membuat kertas kerja,
Tidak perlu membuat sebarang bayaran faedah.
Seseorang usahawan boleh mengekalkan kuasa dan kawalan penuh ke atas perjalanan perniagaannya itu.
2. Pinjaman daripada saudara mara / rakan:
Sumber ini umumnya digunakan untuk membiayai perniagaan yang baru bermula.
Mudah diperoleh oleh pengusaha-pengusaha kecil kerana mereka ini mengenali pemilik perniagaan.
Syarat-syarat pembayaran balik modal yang dilaburkan mungkin lebih longgar berbanding dengan institusi
yang lebih formal.
MUKA SURAT 343
10.5.3 Kemudahan dan Pihak-pihak yang memberi kemudahan dan bantuan: MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
bantuan
Agensi Kerajaan dan Pihak Swasta
d) Menerangkan Badan Berkanun Bank Perdagangan
pihak-pihak yang Institusi Kewangan
memberi 1. Majlis Amanah Rakyat (MARA) (www.mara.gov.my)
kemudahan dan 2. Tabung Ekonomi Usahawan Niaga (TEKUN) (www.tekun.gov.my)
bantuan, seperti 3. Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) (www.bpmb.com.my)
agensi kerajaan, 4. SME Bank (www.smebank.com.my)
badan-badan 5. Perbadanan Jaminan Kredit (CGC) (www.iguarantee.com.my)
berkanun, dan pihak 6. Agrobank (www.agrobank.com.my)
swasta. 7. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
(www.mosti.gov.my)
8. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) (www.kbs.gov.my)
9. Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)
(www.smidec.gov.my)
10. Multimedia Development Corporation Sdn Bhd. (MDec)
(www.mdec.com.my)
11. MIMOS Bhd (www.mimos.com.my)
12. Amanah ikhtiar Malaysia (AIM) (www.aim.gov.my)
13. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) (www.punb.com.my)
14. Bank Negara Malaysia (BNM) (www.bnm.gov.my)
MUKA SURAT 344
Menerangkan jenis MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
kemudahan yang
diberikan oleh 1. Bantuan Kewangan:
agensi-agensi Skim bantuan kewangan dan pinjaman untuk usahawan Bumiputera
tersebut seperti Dikendalikan oleh agensi-agensi seperti:
bantuan kewangan, o Bank Negara Malaysia,
tapak kilang, o Perbadanan Industri Kecil dan Sederhana(SMIDEC),
khidmat nasihat dan o Bank Pertanian Malaysia,
perundingan, dan o MARA,
pembangunan o dan beberapa buah kementerian.
usahawan. Antara skim yang disediakan ialah:
o Pinjaman Mudah untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS),
Mohd Asri Hj o Pinjaman Penempatan Semula Kilang (www.smidec.gov.my dan www.midf.com.my),
Abdullah et. al. o Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana ( www.mppb.com.my),
(2001) o Tabung Usahawan Baru (TUB 2 )(www.bnm.gov.my) dan sebagainya.
Tawarkan geran-geran tertentu untuk tujuan pembiayaan atau pembangunan perniagaan seperti:
Mohd. Asri Hj o geran bagi pembangunan PKS seperti Geran E-Dagang untuk Industri Kecil dan Sederhana,
Abdullah (1999) o Geran untuk Peningkatan Produk dan Proses,
o Geran untuk Peningkatan Produktiviti dan Kualiti dan Pensijilan oleh SME Corp Malaysia.
Norita Deraman et. Kemudahan pinjaman dari pihak bank dan institusi kewangan contohnya:
al. (2010) o kemudahan kredit biasa dengan kadar faedah ditentukan oleh institusi kewangan
o skim pembiayaan khas yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia untuk perniagaan francais.
2. Tapak Kilang:
Membantu usahawan mendapatkan premis atau lokasi perniagaan.
Agensi utama yang menyediakan kemudahan ini termasuklah:
o Malaysian Industrial Estate Limited (MIEL),
o Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA),
o MARA.
MIEL membina unit-unit kilang, ruang-ruang pejabat dan kilang dapat diperoleh melalui beberapa skim
termasuklah sewa, skim pinjaman pajak dan skim sewa beli.
MUKA SURAT 345
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
UDA membantu usahawan mendapatkan ruang perniagaan yang sesuai termasuklah ruang pejabat dan kedai
runcit di kawasan-kawasan bandar.
MARA menyediakan tapak kilang, kompleks jualan dan pejabat, rumah-rumah kedai, bazaar serta gerai untuk
usahawan bumiputera.
Pusat Bimbingan Usahawan Negara (PBUN) menyediakan kemudahan Pusat Inkubator Siswazah yang
menjadi ruang pejabat sementara bagi membantu siswazah memulakan perniagaan.
Kerajaan menyediakan tiga jenis lokasi industri iaitu:
o Zon Perdagangan Bebas (FTZs),
o Kawasan Keutamaan Kastam (PCAs) dan
o Licensed Manufacturing Warehouses (LMWs) untuk firma-firma berorientasikan ekspot beroperasi.
3. Khidmat Nasihat dan Perundingan:
Tiga bentuk program khidmat nasihat utama disediakan iaitu:
i. Perkhidmatan pengurusan perundingan
o Dari aspek merancang perniagaan, kaedah mengurus perakaunan, kaedah menganalisis penyata
kewangan dan keputusan pelaburan, keperluan menyediakan penyata pendapatan, pelaburan tunai,
sumber-sumber menggunakan tabung serta kaedah menganalisis kos pengeluaran.
o Agensi kerajaan utama yang terlibat antaranya NPC, MARA dan MEDEC.
ii. Program peningkatan kualiti barangan dan produktiviti
o Perkhidmatan berkaitan pendaftaran kawalan mutu, membuat penyelidikan dan pembangunan serta
bantuan bagi meningkatkan penggunaan teknologi tinggi, memodenkan sistem pengeluaran serta
meningkatkan mutu barangan dan produktiviti .
o Agensi utama yang terlibat adalah Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).
iii. Khidmat nasihat membangun dan mereka bentuk keluaran
o Mempertingkatkan pembangunan dan reka bentuk barangan yang sedia ada, mempertingkatkan
teknologi tempatan dengan menggalakkan syarikat tempatan mencipta keluaran baharu dan
memperbaiki aktiviti perkilangan yang berkaitan dengan pengeluaran keluaran.
o Agensi yang terlibat dalam khidmat nasihat ini ialah SIRIM.
MUKA SURAT 346
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Pembangunan Usahawan:
i. Program Pembangunan Vendor
Sebuah program khusus untuk membangunkan syarikat/usahawan Bumiputera dalam sektor pembuatan dan
perkhidmatan dalam industri berteknologi tinggi.
o Syarikat vendor ialah syarikat Bumiputera yang terlibat dalam sektor pembuatan dan
perkhidmatan berteknologi tinggi dan berdaftar dengan MITI di bawah PPV.
o Syarikat anchor ialah syarikat GLC/GLIC/MNC/ syarikat besar tempatan yang berdaftar dengan
MITI di bawah PPV, telah menandatangani MoU dengan MITI dan memenuhi kriteria yang
ditetapkan.
o Contoh Program Pembangunan Vendor yang dilaksanakan ialah Program Vendor perabot Guthrie,
Program Vendor petronas, Telekom Malaysia dan TNB.
Pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Program Pembangunan Vendor adalah seperti berikut:-
o Kerajaan diwakili oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI);
o Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLlC), syarikat
multinasional (MNC) dan syarikat-syarikat tempatan sebagai syarikat anchor;
o Bank/institusi kewangan yang menyediakan pakej pembiayaan;
o Usahawan PKS Bumiputera sebagai vendor; dan
o Agensi-agensi teknikal dan sokongan yang menyediakan dan memberi khidmat kepakaran teknikal dan
R&D, pembangunan keusahawanan, latihan, promosi dan pemasaran serta pembangunan produk.
ii. Program Pembangunan Franchais
o Satu program pemasaran berteraskan Konsep Persyarikatan Malaysia.
o Bertujuan untuk membangunkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana dalam sektor perdagangan,
perkhidmatan dan perindustrian.
o Objektif program:
1. untuk menambahkan bilangan francais induk, francaisi, dan francaisor bumiputera.
2. menggerakkan penglibatan golongan bumiputera dengan lebih aktif dalam perdagangan,
pengedaran, dan sektor perkhidmatan.
MUKA SURAT 347
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iii. Program Mentor
o Syarikat besar iaitu syarikat mentor memberi latihan, bimbingan, dan pendedahan kepada bakal-bakal
usahawan serta usahawan kecil dan sederhana bumiputera (mentee) supaya mereka boleh berdikari dan
bersaing dalam pasaran terbuka.
o Setiap syarikat mentor diminta untuk membimbing sekurang-kurangnya lima buah syarikat mentee.
o Tempoh bimbingan diantara tiga hingga lima tahun.
o Bentuk bimbingan termasuklah menyediakan latihan teknikal dan bukan teknikal, khidmat nasihat,
meluaskan rangka perniagaan, usahasama dan bantuan kewangan.
o Contoh syarikat mentor ialah EON Berhad, Proton Berhad, Indah Water Konsortium.
5. Pemasaran dan Penyelidikan Pasaran
i. Menyediakan bantuan pemasaran khususnya di peringkat pengurusan asas pemasaran.
ii. Sediakan kursus jangka pendek termasuklah:
o bidang –bidang pemasaran,
o promosi jualan,
o pengeksportan,
o rekabentuk produk,
o pembungkusan dan sebagainya.
iii. Agensi seperti MEDEC, NPC, Bank Pembangunan, SMIDEC, MARA, FAMA dan lain-lain.
iv. Contoh FAMA - membantu petani atau usahawantani memasarkan hasil keluaran pertanian seperti buah-
buahan, sayur-sayuran, koko, kopi dan sebagainya.
MUKA SURAT 348
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contoh soalan:
1. Terangkan peranan seseorang usahawan sebagai model ikutan kepada masyarakat. [6]
Cadangan jawapan:
Kejayaan dalam hidup usahawan memberi motivasi kepada masyarakat untuk mencontohi usahawan tersebut. Oleh itu lebih ramai
masyarakat akan menceburi bidang keusahawanan.
Sebagai alternatif kerjaya kepada masyarakat yang sedang mencari pekerjaan. Ini dapat mengurangkan kadar pengangguran.
Prinsip hidup dan ciri-ciri usahawan menjadi ikutan kepada masyarakat. Ini dapat memupuk budaya keusahawanan dalam masyarakat.
2. Huraikan konsep usahawan, pengurus dan peniaga. [6]
Cadangan jawapan:
Konsep Usahawan:
Usahawan adalah seseorang yang menubuh, menerajui, menjalan dan mengembangkan perniagaan sendiri bagi memenuhi impian dan
pencapaian diri untuk mendapat keuntungan di samping membuat kebajikan dan berkhidmat kepada masyarakat serta negara.
Konsep Pengurus
Pengurus adalah seorang yang bekerja dan menguruskan sumber-sumber organisasi bagi pihak lain sama ada untuk organisasi awam atau swasta.
Pengurus bertindak menurut arahan pihak atasan bagi mengembangkan organisasi dan menginginkan kenaikan pangkat, ganjaran dan kuasa.
Konsep Peniaga
Peniaga ialah seorang yang menjalankan aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi saraan diri sendiri dan keluarga sahaja.
Peniaga tidak menunjukkan kemahuan untuk berkembang, bentuk dan saiz asal perniagaan dikekalkan. Peniaga melakukan aktiviti membeli
dengan harga yang rendah dan menjual kepada pelanggan dengan harga yang tinggi.
MUKA SURAT 349
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3.Terangkan empat sifat peribadi usahawan yang berjaya. [8]
Cadangan jawapan:
Empat sifat peribadi usahawan yang berjaya:
1. Inisiatif yang tinggi
Usahawan yang mempunyai semangat atau tabiat untuk melaksanakan tanggungjawab tanpa diarah atau dipaksa.
Usahawan perlu mempunyai sifat inisiatif yang tinggi agar beliau cenderung untuk mengenal pasti dan menganalisis sesuatu situasi dan
seterusnya mengambil tindakan secara proaktif.
Usahawan perlu sentiasa berusaha untuk mencari peluang yang wujud dalam persekitaran dan menerokai bidang perniagaan yang belum
diterokai oleh peniaga lain.
2. Berani mengambil risiko
Seseorang yang berani mengambil risiko akan menghadapi keadaan ketidakpastian pada masa hadapan dengan penuh keyakinan.
Oleh itu apabila berdepan dengan risiko, seseorang usahawan harus membuat penilaian dan pertimbangan terhadap risiko.
Ini kerana risiko yang terhitung akan menjamin pulangan yang selamat.
3. Kreatif
Usahawan yang berjaya merupakan usahawan yang kreatif iaitu mempunyai banyak idea, panjang akal dan berupaya menghasilkan produk
baru dan canggih serta unik.
4. Inovatif
Usahawan sentiasa ingin memperkembang dan membuat pembaharuan dalam kerjayanya.
5. Dapat melihat dan mengambil peluang
Usahawan yang berjaya ialah usahawan yang dapat meramal dan menganalisis peluang, mereka tidak akan melepaskan peluang yang boleh
membawa keuntungan.
MUKA SURAT 350