MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 401 tersebut Daft (2010) Sabri Hj Hussin (2008) kecil dielakkan dan bagi setiap urusan syarat-syarat pembayaran dipatuhi sepenuhnya seperti pembayaran dibuat dengan segera seperti dijanjikan. Memastikan supaya pembekal tidak menggunakan sumbernya untuk menerima pesanan jangka panjang kecuali terdapat jaminan yang munasabah bahawa pesanan-pesanan yang diterima daripada perusahaan perniagaan tidak akan dibatalkan sewenang-wenangnya. 5. Pelanggan Menjaga mutu barang-barang dan perkhidmatan supaya terjamin penggunaannya yang cekap Tidak menghasilkan atau menjual barang-barang palsu atau bermutu lebih rendah daripada yang ditetapkan atau barang-barang seludup atau apa-apa barang yang membahayakan kesihatan dan keselamatan pengguna. Memastikan ejen atau wakil yang dilantik tidak mengenakan harga yang lebih tinggi daripada harga yang disyorkan. Menentukan dan memelihara ketetapatan timbangan dan sukatan bagi barang-barang yang dijual. 6. Peruncit Membekalkan barang yang diperlukan tepat pada masa, kuantiti dan kualiti yang ditetapkan Memberikan maklumat yang lengkap dan tepat Mendapatkan maklum balas dari peruncit Member ganjaran kepada peruncit untuk meningkatkan motivasi 7. Pemborong Membekalkan barang yang diperlukan oleh pemborong Mengadakan perjanjian yang adil dan sesuai Memberikan maklumat yang lengkap dan cukup Sekunder 1. Kerajaan Mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai undang-undang yang dicadangkan Memberikan sumbangan yang positif ke arah penggunaan sumber tenaga manusia dan bahan-bahan mentah negara yang lebih baik. Menyokong program-program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 402 2. Media Membekalkan maklumat yang benar kepada media untuk disebarkan Menggunakan media dengan jujur dan bukan untuk kepentingan peribadi Memberikan kerjasama dan hubungan yang baik dan dengan pihak media Sentiasa membekalkan maklumat yang dikendaki media tepat pada masanya 3. Masyarakat Memberikan sumbangan kepada masyarakat seperti biasiswa, pinjaman kepada pelajar tempatan. Mengenalpasti keperluan masyarakat dan dapat membekalnya mengikut permintaan Membiayai projek-projek social seperti taman permainan, pondok bas dan tempat rekreasi. Memastikan aktiviti perniagaan tidak memudaratkan alam sekitar 4. Kumpulan Pendesak Memberikan maklumat yang benar kepada kumpulan pendesak tentang satu-satu isu yang tepat. Memberikan kerjasama yang diperlukan oleh kumpulan pendesak Menyediakan ruang dan kemudahan kepada kumpulan pendesak untuk menyuarakan pendapat tentang produk atau perkhidmatan syarikat. 13.2.2 Kebaikan dan kelemahan d) membincangkan kebaikan dan kelemahan terhadap organisasi yang menjalankan tanggungjawab sosial Kebaikan Perlaksanaan Tanggungjawab Sosial Terhadap Organisasi Meningkatkan imej atau jenama organisasi yang mana sebuah syarikat mempunyai imej atau jenama yang baik dari perlaksanaan tanggungjawab sosial dan akan dipandang tinggi berbanding pesaing. Firma akan dilabelkan sebagai organisasi baik dan bersih. Ini sangat diperlukan untuk meningkatkan jualan dan sokongan orang ramai. Menikmati keuntungan jangka masa panjang. Ini disebabkan oleh sokongan masyarakat ke atas organisasi terbabit di atas imej baik yang ditunjukkan.Jadi tidak menjadi masalah syarikat mengeluarkan kos untuk menjalankan tanggungjawab sosial. Memberi keyakinan kepada pelabur dalam negeri dan pelabur asing bahawa syarikat bertanggungjawab,beretika dan telus dalam operasinya. Syarikat berupaya membetulkan masalah sosial dan persekitaran disebabkan operasinya. Antaranya masalah pencemaran diatasi supaya dapat mencipta hidup dan persekitaran yang lebih baik.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 403 Pelaksanaan tanggungjawab sosial dengan baik akan menyebabkan harga saham perniagaannya meningkat dalam jangkamasa panjang. Ini disebabkan organisasi dilihat sebagai kurang berisiko dan menghasilkan pulangan yang tinggi kepada pemegang-pemegang saham. Mempunyai kaitan positif dengan harga saham syarikat di bursa saham. Harga saham akan meningkat dalam jangka panjang kerana pada pandangan awam, syarikat kurang terdedah kepada kritikan awam dan risiko imej terjejas. Kelemahan Perlaksanaan Tanggungjawab Sosial Terhadap Organisasi Organisasi merasakan kurang bertanggungjawab atau akauntabiliti terhadap masyarakat awam kerana tiada saluran dan masa untuk berbuat demikian. Ini kerana segala keputusan dilaksanakan dalam syarikat datangnya daripada para pengurus, bukan oleh syarikat. Jadi segala kesilapan akan ditanggung oleh individu bukan firma. Tanggungjawab sosial melibatkan kos yang tinggi ini akan menjejaskan keuntungan syarikat. Kebiasaannya organisasi akan menyerap kos ini kepada pengguna dengan cara meletakkan harga yang tinggi. Permintaan akan berkurang dan ini akan menjejaskan keuntungan syarikat. Pelanggaran matlamat mencapai keuntungan maksimum kerana tanggungjawab sosial bukan antara matlamat syarikat kerana tidak termasuk dalam agenda aktiviti yang diutamakan.Pelaksanaan tanggungjawab sosial melemahkan matlamat utama perniagaan. Setiap organisasi mempunyai kepakaran dalam bidang pernigaan atau ekonomi sahaja tetapi kurang kepakaran menangani isu-isu sosial. Jika mereka dipaksa melakukan tanggungjawab sosial ini akan meningkatkan kos sahaja. Faedah daripada tanggungjawab sosial hanya dinikmati oleh masyarakat luar dan tidak memberi faedah kepada perniagaan tersebut. Syarikat telah pun membayar cukai korporat kepada kerajaan jadi kerajaan patut gunakan cukai tersebut untuk menyediakan kemudahan untuk masyarakat.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 404 13.2.3 Warga Korporat e) menjelaskan maksud warga korporat f) menyatakan peranan warga korporat Griffin (2015) Stoner (2009) Takrif Warga Korporat Peringkat pengurusan atasan yang terlibat dalam aktiviti perniagaan korporat. Golongan warga korporat ialah o Pemegang saham iaitu pelabur yang menyumbangkan modal untuk membiayai aktiviti-aktiviti perniagaan o Lembaga Pengarah iaitu mereka yang dilantik oleh pemegang saham dan bertanggungjawab menentukan dasar dan hala tuju syarikat tersebut. o Pihak pengurusan syarikat / pengurus syarikat iaitu golongan profesional yang bertanggungjawab untuk menjalankan fungsi pengurusan dalam usaha untuk mencapai matlamat perniagaan yang telah ditetapkan. Peranan warga korporat 1. Gelagat Beretika Dalam Perniagaan. Melibatkan diri dalam perhubungan dengan pihak pelbagai kepentingan secara adil dan jujur Menetapkan piawaian gelagat yang tinggi antara semua pekerja Melaksanakan pemantauan etika terhadap eksekutif atasan dan para pengarah 2. Komited Terhadap Pihak Berkepentingan Masyarakat Mengukuhkan hubungan dua hala antara firma dengan masyarakat Melabur untuk kepentingan masyarakat di mana firma beroperasi Menggunakan sumber untuk memberikan faedah optimum kepada masyarakat tanpa wujud percanggahan seperti pembaziran sumber dan pencemaran. Pelanggan Menawarkan keluaran dan perkhidmatan yang berkualiti Menyediakan maklumat yang berguna dan benar Menghormati pelanggan sebagai pengguna yang sentiasa berhak menuntut haknya
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 405 Pekerja Menyediakan persekitaran kerja yang mesra keluarga Melaksanakan pengurusan sumber manusia yang bertanggungjawab Menyediakan ganjaran dan sistem upah yang adil Menyediakan suasana komunikasi yang terbuka dan fleksibel Melabur untuk pembangunan kerjaya para pekerja Pelabur Berusaha untuk mendapatkan pulangan ke atas pelaburan yang berdaya saing Menggunakan sumber kewangan dengan cekap dan penuh tanggungjawab Memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada. Pembekal Melaksanakan amalan perniagaan yang adil dimana sentisasa mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui Memastikan pembekal akan membekalkan keperluan tepat pada masanya. Memastikan bayaran yang dibuat kepada pembekal menepati masa 3. Komited Terhadap Persekitaran Dalam Jangka Masa Panjang Menjamin kelestarian persekitaran dalam jangka panjang iaitu sentiasa kekal lama dan tidak pupus Memastikan persekitaran bebas dari sebarang masalah pencemaran Menggunakan bahan mentah atau bahan semulajadi secara optimum bagi mengelakkan pembaziran Mengelakkan masalah terhadap persekitaran seperti banjir, tanah runtuh dan lain-lain
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 406 13.3 Kepenggunaan a) menjelaskan hak-hak pengguna Laman web KPDNKK (2014) Sabri Hj Hussin(2005) Takrif Kepenggunaan Kepenggunaan ialah satu pergerakan yang bersifat sosial, ekonomi dan politik bertujuan melindungi keselamatan dan hak pengguna keseluruhannya. Hak-hak pengguna: 1. Hak untuk mendapatkan keperluan asas Pengguna berhak mendapatkan keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya 2. Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan , proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan. 3. Hak untuk mendapatkan maklumat Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat. Pengguna dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan. 4. Hak untuk membuat pilihan Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan. 5. Hak untuk menyuarakan pendapat Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan, serta dalam pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar. 6. Hak untuk mendapat ganti rugi Pengguna berhak mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, kurang bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 407 b) menjelaskan peranan agensi berkaitan iaitu: Laman web rasmi FOMCA,BBB dan TTPM 7. Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna Pengguna berhak mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan perkhidmatan, serta mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna. 8. Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih, sihat dan tidak berbahaya kepada generasi masa kini dan akan datang. Empat Agensi Berkaitan Kepenggunaan 1. Persatuan Pengguna Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Sebuah pertubuhan sukarela, tidak mementingkan keuntungan, bukan politik dan pertubuhan sivik. Menjadi payung bagi persatuan pengguna gabungannya seperti Persatuan Pengguna Selangor, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Persatuan Pengguna Negeri Sembilan dan lain-lain yang sentiasa berusaha memperjuangkan hak pengguna di Malaysia. FOMCA bekerja rapat dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam memberikan maklumat, pendidikan dan perlindungan pengguna. Antara peranannya ialah : i. memberi dan menyebarkan maklumat. ii. memberi pendidikan kepada semua pengguna. iii. melindungi pengguna iv. menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk memperolehi maklumat yang benar Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Sebuah pertubuhan yang bertujuan menjaga dan membela hak dan mengembalikan maruah para pengguna Islam melalui perlaksanaan aktivit-aktiviti yang proaktif dan berstrategi. Melalui penyebaran maklumat dan pendidikan yang terancang adalah diharapkan setiap pengguna Islam benar-benar sedar dan bersama-sama menyumbang bagi mengembalikan maruah yang kian tercemar.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 408 Objektif penubuhan i. Memberi kesedaran kepada setiap pengguna Islam akan tanggungjawab diri sendiri bagi memperjuangkan hak kepenggunaan Islam ii. Memberi kesedaran kepada pihak pembekal akan tanggungjawab mereka tentang tuntutan Islam dari segi kepenggunaan iii. Menjadi pemangkin kepada permasalahan ekonomi umat Islam, khasnya dan ekonomi Malaysia amnya iv. Mencari penyelesaian kepada permasalahan kepenggunaan Islam melalui aktiviti-aktiviti terancang dan proaktif v. Menjadi sebuah organisasi yang berpengaruh dan menyertai arus pembangunan negara secara positif. 2. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepengunaan Matlamat penubuhan untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna. Menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan. Peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri: 1. Menentukan dan memantau harga barang-barang kawalan 2. Melesenkan penjualan dan pengedaran barang-barang kawalan 3. Melesenkan penjualan dan pengeluaran barangan petroleum dan petrokimia 4. Menyelaraskan dasar, peraturan dan aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas 5. Melesenkan urusniaga jualan langsung 6. Melaksanakan peraturan timbang dan sukat 7. Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan 8. Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik 9. Mentadbir dan membangunkan sistem perlindungan harta intelek 10. Membangunkan kedudukan sosio-ekonomi rakyat melalui koperasi 11. Mengembangkan peluang perniagaan baharu berasaskan konsep francais
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 409 12. Membangunkan penjaja dan peniaga kecil 13. Menggubal dasar-dasar sektor koperasi 14. Mengawal selia sektor koperasi (Akta Koperasi 1993) 15. Melaksanakan projek dan program pembangunan koperasi 16. Melaksanakan latihan sektor koperasi 17. Melaksanakan program pendidikan pengguna 18. Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna 19. Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan 3. Better Business Bureau Persatuan/pertubuhan yang ditubuhkan oleh para peniaga bagi membantu pengguna mengelak atau mengambil tindakan ke atas firma yang menjalankan perniagaan secara tidak beretika. Peranan : 1. Membekalkan maklumat syarikat kepada pengguna. 2. Membekalkan maklumat kepenggunaan kepada pengguna supaya pengguna boleh membuat keputusan pembelian yang tepat. 3. Membekalkan maklumat kepenggunaan kepada media massa. 4. Memaklumkan kepada pengguna supaya berjaga-jaga tentang amalan perniagaan dan pengiklanan yang tidak sihat. 5. Membantu menyelesaikan sesuatu aduan pengguna tanpa bayaran dan khidrnat timbang tara. 6. Menyiasat tempat perniagaan yang menjalankan aktiviti tidak beretika. 4. Tribunal Pengguna Merupakan satu badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh pengguna di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut gantirugi dengan cara mudah, murah dan cepat.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 410 Bidang kuasa: Tribunal Mempunyai Bidang Kuasa Mendengar: 1. Apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti diperuntukkan di bawah Akta; 2. Di mana amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00 3. Apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh mahkamah melalui perintah yang disiarkan dalam warta 4. Bidang kuasa tribunal hendaklah dilaksanakan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan manamana anggota yang dipilih oleh Pengerusi yang akan bersidang sendirian. Jenis-jenis tuntutan Mana-mana pengguna boleh menfailkan tuntutan di TTPM menuntut gantirugi bagi kerugian yang ditanggung berhubung apa-apa perkara yang melibatkan kepentingan pengguna iaitu o Perlakuan mengelirukan dan memperdaya berkaitan dengan jenis, proses pengilangan, kesesuaian, kualiti dan kuantiti. o Keselamatan barang dan perkhidmatan yang digunakan o Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat dengan pembekalan barang-barang seperti mematuhi perihal, mematuhi sampel dan harga munasabah o Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan dengan pembekal perkhidmatan seperti ketelitian dan kemahiran munasabah, masa siap yang munasabah, harga yang munasabah. o Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan dengan pembekalan barang-barang seperti kualiti prestasi atau ciri-ciri barang, pemberian perkhidmatan yang diperlukan dan pemulangan wang atau balasan sekiranya barang tidak memenuhi apa-apa akujanji.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 411 Contoh Soalan 1. Huraikan lima tindakan yang boleh diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi menangani isu kenaikkan harga minyak di pasaran. [5] Cadangan Jawapan: Lima tindakan yang boleh diambil oleh KPDNKK bagi menangani isu kenaikan harga minyak di pasaran: Menerima dan menjalankan penyiasatan terhadap aduan pengguna yang berkaitan dengan harga minyak Menjalankan penyiasatan terhadap mana-mana perniagaan yang menaikkan harga minyak tanpa kebenaran pihak KPDNKK Memantau dan mengawal aktiviti perniagaan yang mempunyai kaitan langsung dengan kenaikkan harga minyak Menetapkan harga maksimum terhadap barangan yang menpunyai kaitan langung dengan kenaikkan minyak seperti tambang pengangkutan awam, harga makanan Mengenakan hukuman yang sewajarnya contohnya kepada penyeludup minyak dan yang bersubahat dengannya yang menjadi salah satu faktor kenaikan minyak Memberikan subsidi minyak kepada mereka yang memerlukan seperti nelayan. 2. Terangkan dua hak pengguna untuk mendapatkan maklumat ketika membeli barangan elektrik. [4] Cadangan Jawapan: Hak mendapat maklumat kepada pengguna ketika membeli barangan elektrik: Pengguna perlu dimaklumkan cara untuk mengendalikan barangan tersebut dengan selamat. Pengguna perlu dimaklumkan potensi risiko sekiranya cara mengendalikan tidak mengikut arahan yang dinyatakan. Pengguna diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan tepat. Dilindungi daripada pengiklanan yang tidak jujur/mengelirukan/palsu. Pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan seperti kuasa voltan, nama syarikat pengeluar, jaminan kualiti dll yang berkaitan.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 412 3. Terangkan dua peranan persatuan pengguna dalam usaha untuk menangani isu sijil halal di premis menjual makanan. [6] Cadangan Jawapan Menerima laporan daripada pengguna berkaitan dengan sijil halal di premis menjual makanan. Menyiasat kes yang berkaitan sijil halal dipremis menjual makanan Berkerjasama dengan pihak kerajaanuntuk mengadakan pemantauan atau serbuan ke permis makanan yang tidak mempunyai sijil halal Menyebarkan maklumat kepada pengguna tentang permis makanan yang tidak mempunyai sijil halal Mengmbil tindakan undang-undang terhadap pemilik permis makanan yang mempunyaimasalah sijil halal nbagi pihak pengguna Menyediakan khidmat guaman kepada pelanggan yang telah menghadapi masalah berkaitan sijil halal di premis menjual makanan
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 413 CONTOH SOALAN KAJIAN KES (STPM 2013) AirAsia: Tan Sri Tony Fernandes 2 (a) Pemilik syarikat penerbangan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pernah bersekolah di England ketika beliau berusia 12 tahun. Pada ketika itu, beliau perlu menaiki bas ke sekolah secara bersendirian. Beliau pernah bertanya kepada ibunya sama ada beliau boleh pulang ke kampung semasa cuti penggal persekolahan atau tidak. Namun begitu, ibunya tidak membenarkan kerana tiket kapal terbang terlalu mahal pada waktu itu. Dari saat itu beliau berazam bahawa pada satu hari nanti beliau ingin menubuhkan syarikat penerbangan tambang rendah. Semasa remaja, beliau seringkali mengikuti ibunya menaiki pesawat ke pelbagai destinasi termasuk ke luar negara atas urusan perniagaan. Apabila dewasa, beliau menceburi bidang hiburan. Namun begitu, minat beliau terhadap perniagaan penerbangan tambang rendah semakin tinggi setelah melihat kejayaan syarikat tambang rendah England, EasyJet. Bersama-sama dengan rakannya, Kamarudin, beliau berusaha untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Disebabkan ini merupakan idea beliau, pegangan ekuiti syarikat sebanyak 51 peratus menjadi miliknya dan selebihnya diberikan kepada Kamarudin. Seorang lagi rakan mereka, iaitu Aziz Bakar turut serta menjadi rakan kongsi. Disebabkan kekangan modal, mereka mencagarkan rumah mereka kepada bank untuk mendapatkan modal sebanyak RM1 juta. Mereka memulakan perniagaan syarikat penerbangan tambang rendah dengan mengambil alih sebuah syarikat penerbangan yang bermasalah. Pada tahun 2001, Tan Sri Tony Fernandes dan rakan kongsinya mengambil alih syarikat AirAsia daripada DRB Hicom pada harga RM1 berserta hutang sebanyak RM40 juta. Ketika itu, AirAsia mempunyai hanya dua buah kapal terbang Boeing 737 terpakai, terbang ke hanya satu destinasi, membawa 250,000 penumpang setahun dan mempunyai 250 pekerja. Selepas sembilan tahun beroperasi, AirAsia kini bernilai RM4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85 pesawat Airbus A230 dan A330, melakukan penerbangan melalui 130 laluan ke 70 destinasi seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun, dan kini mempunyai lebih 8000 pekerja di Malaysia, Thailand, dan Indonesia. (Dipetik dan disesuaikan daripada http://www.agendadaily.com, dicapai pada 24 Jun 2012 Berdasarkan kes di atas, (i) jelaskan bagaimana Tan Sri Tony Fernandes memulakan perniagaan penerbangan tambang rendah. [4] (ii) apakah sumber modal yang telah digunakan oleh Tan Sri Tony Fernandes dalam perniagaan penerbangan tambang rendah? [4] (iii) huraikan tiga sumber pencetus idea Tan Sri Tony Fernandes untuk menjalankan perniagaan penerbangan tambang rendah. [12] (iv) huraikan lima ciri usahawan berjaya yang ada pada Tan Sri Tony Fernandes [10]
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 414 Cadangan Jawapan Kajian Kes: 2 (a): (i) (II) Fakta Huraian Kaitan kes Pinjaman bercagaran/ Pinjaman membuat pinjaman dengan mencagar aset yang dimiliki kepada bank Tan Sri Tony bersama-sama dengan rakannya telah mencagarkan rumah mereka kepada bank untuk mendapatkan modal sebanyak RM1 juta. ATAU Ekuiti pelaburan peribadi pemilik perniagaan Dengan pegangan ekuiti sebanyak 51 peratus, syarikat menjadi miliknya dan selebihnya diberikan kepada rakannya Kamarudin Fakta Huraian Kaitan kes Pengambilalihan perniagaan membeli perniagaan sedia ada Memulakan perniagaan syarikat penerbangan tambang rendah dengan mengambil alih sebuah syarikat penerbangan yang bermasalah. Tan Sri Tony Fernandes mengambil alih syarikat AirAsia daripada DRB Hicom pada harga RM1 berserta hutang sebanyak RM40 juta. ATAU Memulakan sendiri perniagaan / perniagaan sendiri membina perniagaan baharu bermula dari awal Tan Sri Tony Fernandes bekerjasama dengan rakannya, Kamarudin, Aziz Bakar. Dengan pegangan ekuiti sebanyak 51 peratus, syarikat tersebut menjadi miliknya dan selebihnya diberikan kepada Kamarudin. Bentuk milikan perkongsian
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 415 (III) Fakta Huraian Kaitan kes Minat kecenderungan dan keinginan terhadap sesuatu bidang yang ingin diceburi Tan Sri Tony berazam bahawa pada satu hari nanti beliau ingin menubuhkan syarikat penerbangan tambang rendah. Beliau semakin berminat terhadap perniagaan penerbangan tambang rendah setelah melihat kejayaan syarikat tambang rendah England. Pengalaman Situasi atau keadaan yang pernah dilalui atau dialami pada masa lalu Semasa kecil, beliau yang berada jauh di perantauan sering tidak dapat pulang ke kampung kerana tambang kapal terbang yang mahal. Pengalaman mengikut ibu berniaga yang memerlukan beliau terbang ke banyak destinasi lain. Syarikat sedia ada Menilai kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman syarikat sedia ada (SWOT) Pengamatan diri terhadap produk sedia ada EasyJet. Berdasarkan analisis kekuatan dan peluang (SO), beliau telah mengambil alih syarikat AirAsia daripada DRB Hicom yang bermasalah. Produk sedia ada Produk sedia ada dalam pasaran dan strategi pembaharuan produk iaitu inovasi terhadap produk sedia ada Ketika itu, AirAsia mempunyai hanya dua buah kapal terbang Boeing 737 terpakai. Terbang ke hanya satu destinasi.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 416 (IV) Bil Fakta Kaitan kes 1 Kreatif Beliau berazam bahawa pada satu hari nanti beliau ingin menubuhkan syarikat penerbangan tambang rendah. Pada ketika itu syarikat penerbangan sedia ada belum menawarkan perkhidmatan penerbangan tambang rendah. 2 Inovatif Boeing 737 terpakai kepada Airbus A230 dan A330 Menambah destinasi penerbangan iaitu melakukan penerbangan melalui 130 laluan ke 70 destinasi seluruh dunia 3 Inisiatif yang tinggi Tan Sri Tony Fernandes dan rakan beliau berusaha untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Mereka memulakan perniagaan syarikat penerbangan tambang rendah dengan mengambil alih sebuah syarikat penerbangan yang bermasalah. Disebabkan kekangan modal, mereka sanggup mencagarkan rumah mereka kepada bank untuk mendapatkan modal sebanyak RM1 juta. 4 Berani menanggung risiko Mereka memulakan perniagaan syarikat penerbangan tambang rendah dengan mengambil alih sebuah syarikat penerbangan yang bermasalah. Mengambil alih syarikat AirAsia daripada DRB Hicom pada harga RM1 berserta hutang sebanyak RM40 juta. Risiko kehilangan rumah yang dicagarkan 5 Bijak mengambil peluang Melakukan penerbangan melalui 130 laluan ke 70 destinasi seluruh dunia Syarikat penerbangan tambang mahal dijadikan peluang bagi mewujudkan syarikat tambang rendah 6 Berpandangan jauh atau berwawasan atau berorentasi masa depan Beliau berazam bahawa pada satu hari nanti beliau ingin menubuhkan syarikat penerbangan tambang rendah. 7 Mempunyai keyakinan tinggi Mengambil alih syarikat AirAsia daripada DRB Hicom pada harga RM1 berserta hutang sebanyak RM40 juta. Beralih dari bidang hiburan kepada bidang penerbangan 8 Sanggup berkorban Mereka mencagarkan rumah mereka kepada bank untuk mendapatkan modal sebanyak RM1 juta
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 417 RUJUKAN Ab. Aziz Yusof, Zakaria Yusof. 2004. Prinsip Keusahawanan, Pearson Malaysia Sdn Bhd., Kuala Lumpur. Abu Bakar Hamed, 2005. Kertas 1 (946/1) Pengajian Perniagaan STPM. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn.Bhd.. Abu Bakar Hamed et. al., 2007. Pengajian Perniagaan STPM Kertas 2. Shah Alam : Cerdik Publication. Armstrong, Gary & Kotler, Philip. 2011. Marketing: An Introduction, Tenth Edition.England; Pearson Education Limited. Bruce R. Barringer and R. Duane Ireland, 2008. Entrepreneurship Succesfully Launching New Ventures, (Second Edition), Pearson Prentice Hall: Upper Saddle River NJ. Covey, Stephen R.. (Penterjemah: Leo Ann Mean. Penyunting: Adibah Amin),1996. 7 Tabiat Orang Yang Sangat Berkesan. Petaling Jaya: Prentice Hall Malaysia. Dr. Sohaimi Mohd. Salleh , Utusan Online, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0401&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm# ixzz33R7Lv7gC Gillham, B., 2008. Developing a questionnaire (2nd ed.). London, UK: Continuum International Publishing Group Ltd. Lim Wing Hooi, 2011. Bicara Wang Bersama Gergasi Asia: Pemikiran Pemimpin Ekonomi & Raksasa Perniagaan Tersingkap.Puchong : AMX Capital Sdn.Bhd.. Mohd Asri Hj Abdullah et. al., 2001. Pengurusan Perniagaan Kecil, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd, Selangor DE. Mohd. Asri Hj Abdullah, 1999. Industri Kecil Di Malaysia Pembangunan dan Masa Depan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Mohd. Salleh Din et.al, (2005) Asas Keusahawanan.Kuala Lumpur: Thomson. Norita Deraman et. al.,2010. Keusahawanan Teori Dan Praktis, Mc Graw Hill, Kuala Lumpur. Rosli Mahmud et.al.,2010. Prinsip-prinsip Keusahawanan, Pendekatan Gunaan Edisi Kedua. Kuala Lumpur:Cengage Learning. Richard L Daft, 2010, The New Era Of Management,
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 418 R.W. Griffin 2013, International Business, Pearson Griffin, R.W 2015, Business Essentials, Pearson. Sabri Hj Hussin, 2002. Pengenalan Kepada Perniagaan. Kuala Lumpur: Thomson Learning. Stoner,James A.F, Freeman, R.Edward, JR. Gilbert , Daniel R. (2009). Management 6th Edition. Pearson. Syarifah Akmam Syed Zakaria, Hardiman Muhammad Yatim, 2007. Rancangan Perniagaan, PTS Professional Publishing Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Syed Zamberi Ahmad, 2009. Keusahawanan: Teori, Proses Dan Amalan.Petaling Jaya: Leeds Publications. Wan Liz Ozman dan Sulzari Muhamed, 2002.Memperkasa Usahawan, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.: Selangor D.E.