MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 301 Peristiwa kebarangkalian : Hasil alternatif 1: a) Keuntungan RM 30,000 Kebarangkalian 0.3 b) Keuntungan RM10,000 Kebarangkalian 0.7 Hasil alternatif 2 : a) keuntungan RM 20,000 Kebarangkalian 0.6 b) keuntungan RM 15,000 Kebarangkalian 0.4 Pengiraan Jangkaan Nilai Kewangan (EMV): EMV (membeli mesin) = 0.3 (30,000) + 0.7 (10,000) = RM16,000 EMV (menyewa mesin) = 0.6 (20,000) + 0.4 (15,000) = RM18,000 Keputusan: Oleh kerana EMV untuk menyewa mesin bagi menambah pengeluaran adalah lebih tinggi, maka keputusan yang terbaik bagi Syarikat Bris Sdn. Bhd. adalah menyewa mesin.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 302 9.2.2 Alat Membuat Keputusan Kualitatif b)Mengaplikasikan alat membuat keputusan kualitatif seperti analisis tulang ikan, sumbang saran, kumpulan fokus, teknik Delphi, dan teknik kumpulan nominal. Griffin(1993) Daft (2008) Alat Membuat Keputusan Kualitatif Keputusan kualitatif pula adalah merujuk kepada penggunaan pertimbangan yang subjektif berdasarkan idea, kreativiti, pengalaman, gerak hati dan pendapat dalam membantu pengurus membuat keputusan. Contoh alat keputusan kualitatif adalah seperti analisis sebab dan kesan (analisis tulang ikan), sumbang saran, kumpulan fokus, teknik Delphi, dan teknik kumpulan nominal. kreativiti dan inovasi. 1. Analisis Tulang Ikan (Analisis Sebab dan Kesan) Analisis tulang ikan merujuk kepada sumber masalah iaitu masalah manusia, mesin, kaedah dan bahan dan kesan yang wujud. Kaedah ini digunakan bagi mengenal pasti masalah sebenar melalui percambahan fikiran. Masalah dibahagikan kepada empat perkara utama iaitu sama ada ia berpunca dari manusia, bahan, mesin atau kaedah. Untuk mengetahui masalah tersebut perbincangan dalam kumpulan amat diperlukan. Semasa percambahan fikiran ahli-ahli akan memikirkan sebab atau punca masalah dan menyenaraikan pecahan kecil masalah mengikut kategori masalah yang ditetapkan. Kaedah ini akan mengeluarkan seberapa banyak pecahan kepada masalah dan mencadangkan kaedah penyelesaian kepada masalah tersebut. Kepala ikan : Akibat (kesan) dari masalah seperti produk tidak berkualiti. Cabang utama: Adalah masalah utama yang mungkin disebabkan oleh mesin, manusia, bahan atau kaedah Ranting: Pecahan kecil kepada masalah utama. Contoh jika masalah mesin, pecahan kepada masalah mesin adalah mesin lama, mesin selalu rosak, jenis mesin yang tidak standard, kapasiti mesin tidak sesuai dan sebagainya. Begitu juga dengan masalah manusia, kaedah dan bahan.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 303 Manusia Bahan Mesin Kaedah Rajah : Analisis Tulang Ikan 2. Sumbangsaran Teknik sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu ; i. Topik perbincangan hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu. ii. Pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar. iii. Setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan. iv. Semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum. v. Cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik. vi. Kumpulan terdiri dari pekerja yang pelbagai kebolehan Akibat
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 304 3. Kumpulan focus Merujuk kepada sekumpulan individu yang menyumbangkan maklumat dalam format berstruktur. Setiap ahli kumpulan mesti mempunyai pelbagai kebolehan dan kemahiran. Perkara yang perlu dilakukan sebelum sesuatu sesi perbincangan untuk membuat keputusan adalah seperti berikut; i. Seorang fasilitator akan dilantik untuk membantuk kumpulan membuat perbincangan. ii. Penyertaan setiap ahli kumpulan amat diperlukan dalam setiap sesi perbincangan bagi meghasilkan pelbagai idea baru. iii.Ahli kumpulan akan dirangsang dengan kritikan-kritikan dari ahli kumpulan untuk menghasilkan idea dalam proses membuat keputusan supaya idea menjadi lebih kreatif. iv. Setiap idea akan disaring dan akhirnya satu keputusan akan dapat dicapai atas persetujuan setiap ahli di dalam kumpulan fokus. 4.Teknik Delphi Merujuk kepada pengutipan data atau maklumat berdasarkan kaedah tinjauan daripada ahli-ahli yang terlibat. Kaedah pelaksanaan teknik Delphi adalah seperti berikut; i. Setiap ahli akan memberi idea kreatif secara bertulis, yang kemudiannya akan menjadi rujukan dalam membuat keputusan. ii. Tarkrifan keperluan maklumat atau data diberikan kepada setiap ahli. iii.Ahli-ahli dalam kumpulan tidak bersua muka, mereka akan memberi idea secara bertulis dan tidak bertemu antara satu sama lain, dengan itu setiap ahli bebas mengemukakan idea walaupun idea yang diberi merupakan idea yang sensitif. iv.Idea atau pandangan yang diberi akan dikumpul dan akan dinilai oleh ketua kumpulan yang pakar dalam menganalisis serta akan disebarkan kepada ahli kumpulan sehinggalah idea tersebut akan dipersetujui oleh setiap ahli kumpulan. Kelemahan menggunakan kaedah teknik Delphi; i. Ahli kumpulan yang terlibat mungkin bukan pakar dalam bidang yang dibincangkan. ii. Sukar untuk membentuk kumpulan yang berakauntabiliti, kerana setiap ahli kumpulan tidak dikenali
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 305 oleh ahli kumpulan lain. iii.Mengambil masa yang lama dalam mengumpul data dan maklumat. iv. Kemungkinan ahli dalam kumpulan akan bertukar disebabkan masa yang terlalu lama diambil, atau masalah yang dibincangkan terlalu sukar. v. Ahli kumpulan sukar memahami soalan dan akan menyebabkan persetujuan tidak dapat dicapai dengan mudah. 5. Teknik Kumpulan Nominal Merupakan satu kumpulan panel yang ditubuhkan dengan mempunyai struktur supaya dapat memberi peluang kepada semua ahli memberi idea dan alternatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang wujud. Proses menghasilkan idea melalui kumpulan nominal adalah seperti berikut; i. Mengenalpasti masalah, kumpulan dikehendaki menulis seberapa banyak alternatif secara bebas. ii. Setiap ahli diberi peluang menulis idea tersebut dipapan tulis untuk dibincangkan. Setiap ahli lain akan diberi peluang membincangkan setiap idea yang diberikan, proses penambahbaikan idea dilakukan pada peringkat ini. iii.Proses pengundian awal akan dibuat untuk memilih idea yang bernas yang boleh menyelesaikan masalah. iv. Proses pengundian akhir dibuat untuk memilih satu alternatif yang terbaik bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 306 9.3 Faktor Yang Mempengaruhi Pembuatan Keputusan 9.3.1 Faktor Kedapatan Maklumat a) Membincangkan pengaruh faktor kedapatan maklumat terhadap pembuatan keputusan. Griffin(1993) Daft (2008) Schermerhorn (2007) Pengaruh faktor kedapatan maklumat terhadap pembuatan keputusan Faktor kedapatan maklumat merujuk kepada maklumat yang diperolehi tepat ataupun sah, bagi membolehkan sesuatu keputusan yang dibuat itu adalah betul dan berkualiti. Pembuat keputusan boleh menggunakan Sistem Maklumat Pengurusan supaya sesuatu keputusan itu lebih berkualiti dan tepat. Sistem maklumat pengurusan dalam sesebuah organisasi melibatkan aktiviti memungut data, menyusun data, membuat interpretasi data dan menyebarkan maklumat kepada pembuat keputusan. Faktor Kedapatan Maklumat. 1. Cara mendapatkan maklumat. Sekirannya cara atau kaedah untuk mendapatkan maklumat adalah jelas dan sumber yang sahih maka keputusan yang dibuat adalah lebih baik. Contoh: cara mendapatkan maklumat tentang lokasi perniagaan dilakukan dengan cara soal selidik kepada bakal pengguna, mendapatkan maklumat daripada jabatan penilaian, membuat pemerhatian terhadap persaingan dll. Maka kaedah yang digunakan adalah menyeluruh dan seterusnya pemilihan lokasi perniagaan adalah lebih tepat. 2. Jumlah atau kuantiti maklumat Sekiranya maklumat yang diperoleh adalah banyak dan dari perlbagai sumber, maka keputusan pemilihan lokasi perniagaan yang lebih baik dapat dibuat. 3. Jangka masa atau tempoh mendapatkan maklumat Sekiranya mempunyai jangka masa yang panjang, maka usahawan boleh mendapatkan maklumat yang lebih banyak dan berkualiti, maka keptusan pemilihan lokasi perniagaan adalah lebih tepat. 4. Kualiti maklumat Maklumat yang diperoleh berkualiti dan dari sumber yang sahih serta boleh diukur, maka keputusan pemilihan lokasi adalah lebih baik. Contoh: mendapat maklumat berkualiti tentang harga tanah, harga bangunan, potensi masa hadapan, jumlah persaingan dll dalam maklumat berangka, maka lebih mudah untuk membuat keputusan.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 307 Bentuk-bentuk maklumat yang boleh diperolehi. 1. Data pengeluaran. Data yang menunjukkan jumlah pengeluaran , bilanggan pelanggan dan, penggunaan mesin. 2. Data komersial Data yang menujukkan jualan, paras stok dan aktviti persaingan. 3. Data kewangan Melibatkan data alir tunai masa kini dan masa hadapan dan data-data berkaitan dengan pelaburan kewangan. 4. Data pekerja. Merujuk kepada bilangan pekerja dan latihan yang diberi kepada pekerja. Terdapat enam langkah dalam menghasilkan maklumat dalam proses pembuatan keputusan. 1. Sumber data Merujuk kepada punca data yang bersesuaian yang boleh didapati. 2. Pemungutan data Merujuk kepada bagaimana data diperolehi dari pelbagai sumber. 3. Analisis data Melibatkan penyusunan dan mengketegorikan data. 4. Menginterpretasi data Merujuk kepada aktiviti mentafsir data kepada satu bentuk data yang boleh digunakan. 5. Komunikasi Melibatkan aktiviti menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada pihak yang membuat keputusan.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 308 6. Pembuatan keputusan. Proses membuat keputusan dilakukan apabila pembuat keputusan mempunyai maklumat yang cukup. Kegunaan Maklumat Kepada Pembuat keputusan 1. Boleh meningkatkan kualiti dalam membuat keputusan. Sesuatu maklumat yang lengkap membolehkan keputusan yang dibuat lebih berkualiti. 2. Boleh diguna untuk meramalkan sesuatu perkara dimasa hadapan. Data yang berkaitan dengan trend sesuatu senario membolehkan pembuat keputusan menjangkakan sesuatu perkara yang akan berlaku dimasa akan datang. 3. Digunakan sebagai alat pemantauan tentang prestasi pencapaian sesebuah organisasi. Maklumat berkaitan dengan pesaing umpamanya boleh dijadikan sebagai kayu pengukur bagi membandingkan prestasi syarikat berbanding syarikat pesaing. 4. Sebagai strategi dalam menghadapi pesaing. Maklumat yang diperolehi bagi mengetahui apakah yang dilakukan oleh pesaing dan seterusnya boleh dijadikan panduan untuk membentu satu strategi bagi persaingan.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 309 9.3.2 Faktor Kecekapan Pembuat Keputusan b) Membincangkan pengaruh faktor kecekapan pembuat keputusan terhadap pembuatan keputusan; Griffin (1993), Daft (2008) Pengaruh faktor kecekapan pembuat keputusan terhadap pembuatan keputusan Kecekapan merujuk kepada kebolehan seseorang melakukan sesuatu kerja dengan menghasilkan produk yang maksimum dengan kos yang minimum. Faktor kecekapan pembuat keputusan itu sendiri antaranya ialah; 1. Personaliti Personaliti pembuat keputusan terbahagi kepada dua iaitu konservertif dan kesempurnaan. Personaliti konsevertif merujuk kepada sifat berhati-hati mengambil keputusan terutamanya keputusan yang berisiko tinggi. 2. Kebijaksanaan Merujuk kepada tahap pendidikan, pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki. Golongan ini akan membuat keputusan yang lebih berkesan berbanding dengan golongan yang kurang mempunyai tahap pendidikan. 3. Nilai-nilai yang diamalkan oleh pembuat keputusan. Merujuk kepada aspek penting dan berkaitan seperti kewangan dan kualiti kerja kehidupan. Antara nilainilai yang sering digunakan antaranya nilai teoritikal, nilai ekonomi, nilai estetika, nilai sosial, nilai politik dan nilai agama. 4. Intuisi Merujuk kepada gerak hati pembuat keputusan dalam pertimbangan dalam membuat sesuatu keputusan. Intuisi boleh terjadi akibat pengalaman atau pengetahuan dan kemunasabahan daripada pengalaman tanpa bergantung kepada teknik analisis dan kaedah. 5. Kreativiti Merujuk kepada satu proses menghasilkan satu idea baharu untuk digunakan dalam membuat satu tindakan membuat keputusan.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 310 9.2.3 Faktor Situasi Pembuatan Keputusan. (c) Membincangkan pengaruh faktor situasi terhadap pembuatan keputusan termasuklah kepastian, risiko, ketidakpastian, dan kesamaran. Griffin (1993) Daft (2008) Faktor-aktor situasi dalam membuat keputusan. 1. Situasi membuat keputusan kepastian Keputusan dapat di buat dengan tepat kerana persekitaran terlibat dalam membuat keputusan dapat dijangkakan Maklumat boleh didapati dengan lengkap dan tepat. Keputusan ini mudah dan bercorak rutin. Contohnya, penyelenggraan pejabat, pembelian peralatan pejabat dan sebagainya. 2. Situasi keputusan yang berisiko Keputusan yang akan dibuat dalam keadaan persekitaran yang berubah dan sukar untuk dijangkakan. Maklumat yang dikutip kurang tepat dan tidak lengkap. Contohnya seperti menjual produk di kawasan pasaran yang baru. 3. Situasi keputusan yang ketidakpastian Keputusan yang dibuat dalam keadaan persekitaran yang tidak dapat diramalkan perubahannya. Tidak terdapat maklumat untuk menjadi panduan dalam membuat keputusan. Pengurus harus berhati-hati dalam mengambil keputusan bagi keadaan ini kerana risikonya tersangat tinggi. Contohnya, kemasukkan pesaing baru atau produk baru dalam pasaran yang tidak dijangkakan. 4. Situasi keputusan dalam keadaan kesamaran Merupakan satu keadaan paling sukar pihak pembuat keputusan membuat keputusan. Keadaan ini berlaku disebabkan pihak pembuat keputusan tidak mengetahui matlamat dengan jelas dan masalah yang dihadapi secara terperinci. Pembuat keputusan juga langsung tidak mempunyai maklumat lengkap dan jelas dalam menjana sebarang alternatif. Pembuat keputusan akan terdedah dengan konflik antara matlamat yang ingin dicapai dengan pemilihan alternatif yang ada. Pengurus boleh menggunakan kaedah berimaginatif tentang masalah yang mungkin berlaku ke atas organisasi serta boleh bersikap analitikal dalam pemerhatian terhadap persekitaran
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 311 Contoh soalan 1. Jelaskan keputusan rutin yang perlu dibuat oleh seorang pengurus organisasi.[4] Cadangan Jawapan Keputusan rutin merujuk penyelesaian masalah yang dijangka/ masalah berstrukutur/maslah berulang-ulang. Melibatkan keputusan diperingkat operasi harian. Sangat penting bagi pengurus bawahan. Keputusan yang dibuat memerlukan keputusan segera. Melibatkan risiko yang rendah. Contoh: pengurus menyelesaikan masalah bayaran gaji bulanan. 2. Jelaskan keputusan tak rutin yang perlu dibuat oleh pengurus atasan dalam sesebuah organisasi. [4] Cadangan Jawapan keputusan tak rutin merujuk kepada penyelesaian masalah bagi situasi yang tidak lazim/masalah tidak dijangka/masalah tak terprogram/tidak berulang. merupakan keputusan yang sangat penting bagi pengurus atasan. keputusan tak rutin melibatkan komitmen sumber seperti modal yang besar. melibatkan risiko yang tinggi. boleh mempengaruhi keseluruhan organisasi. contoh: pengarah urusan syariakt membuat keputusan mengenai pembentukan visi organisasi.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 312 3. Seorang pengurus kilang biskut menghadapi masalah pengeluaran yang semakin berkurangan. Huraikan proses pembuatan keputusan yang perlu diambil oleh pengurus untuk menyelesaikan masalah berkenaan.[18] Cadangan Jawapan Pengurus kilang biskut boleh menggunakan langkah-langkah berikut dalam proses pembuatan keputusan: 1. Mengenalpasti masalah Langkah pertama dalam proses pembuatan keputusan ialah seseorang pengurus perlu mengetahui wujudnya masalah dalam organisasi. Sebarang keputusan yang dibuat adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang wujud. Pengurus perlu mengetahui dengan jelas dan khusus masalah yang wujud dari aspek punca dan kesan masalah. Bagi situasi di atas, masalah utama ialah pengeluaran yang semakin berkurangan. 2. Mengutip data Sebelum membuat keputusan, seorang pengurus perlu mendapatkan maklumat dan data berkaitandengan masalah yang dihadapi. Maklumat dan data boleh diperoleh dari sumber dalam seperti jumlah pekerja dan kemahiran pekerja serta peralatan dalam organisasi dan sebagainya. Maklumat dan data lebih banyak diperoleh jika masa yang diberikan untuk mendapat maklumat mencukupi. Maklumat dan data yang lengkap dan tepat dapat membantu pengurus membuat keputusan yang tepat. Pengurus perlu mendapatkan maklumat lengkap mengapa berlaku pengurangan pengeluaran biskut di kilangnya. 3. Menganalisis data Maklumat dan data mentah yang diperoleh mesti di analisis secara sitematik oleh pengurus. Data boleh dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Pengurus boleh menggunakan kaedah kualitatif iaitu gambarajah tulang ikan untuk menyelesaikan masalah. Data yang telah dianalisis akan digunakan untuk mencari menjana alternatif.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 313 4. Menjana alternatif Menjana alternatif bermaksud pengurus akan mencari dan menyenaraikan alternatif-alternatif sebanyak mungkin untuk menyelesaikan masalah. Pengurus boleh menggunakan kaedah gambarajah tulang ikan untuk menyelesaikan masalah pengurangan pengeluaran. Pengurus akan mencari punca utama masalah dan punca kecil masalah dengan menggunakan rajah dan data Maklumat dan data yang mencukupi dapat membantu pengurus menjana alternatif yang berkualiti dan berkesan. 5. Menilai alternatif Setelah alternatif telah dijana dan disenaraikan, pengurus akan membuat penilaian ke atas setiap alternatif yang disenaraikan. Pengurus akan mencari kekuatan dan kelemahan bagi setiap alternatif. Pengurus akan membandingkan setiap punca besar dan punca kecil masalah melalui gambarajah tulang ikan. Pengurus akan membuat perbandingan setiap alternatif berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang ada. Pengurus akan menyenaraikan alternatif mengikut keutamaan. 6. Memilih alternatif Memilih alternatif bermaksud langkah yang akan diambil oleh pengurus organisasi untuk menyelesaikan masalah. Pemilihan alternatif terbaik bergantung kepada penilaian yang dibuat ke atas setiap alternatif yang disenaraikan. Pengurus akan memilih salah satu punca utama masalah dan menyelasaikan masalah yang wujud. Alternatif yang dipilih mestilah dapat memberi pulangan paling tinggi kepada organisasi. Alternatif dipilih juga mestilah dapat memastikan matlamat organisasi tercapai. Pengurus mungkin memilih faktor manusia sebagai malasah utama dan kurang kemahiran sebagai punca kecil. Pengurus akan menghantar pekerja untuk latihan kemahiran.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 314 4. Senaraikan langkah yang perlu diambil dalam pembuatan keputusan rasional sebelum memilih alternative. [5] Cadangan Jawapan Langkah-langkah yang perlu diambil dalam pembuatan keputusan rasional ialah: 1. Mengenalpasti masalah 2. Mengutip dan menganalisis data dan maklumat 3. Menjana alternative penyelesaian 4. Menilai alternative 5. Memilih alternative terbaik
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 315 Contoh soalan kajian Kes Penggal 2 AirAsia: Satu Budaya AirAsia Berhad adalah sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Sepanjang pengoperasiannya AirAsia berjaya mendapat anugerah syarikat tambang rendah terbaik dunia beberapa kali. Menurut sumber AirAsia, pelbagai faktor telah mempengaruhi kejayaannya. Antaranya ialah pengurusan organisasi yang baik dan kepimpinan yang mantap. Pada peringkat awal operasinya, semua jabatan termasuk pengiklanan, IT, undang-undang, promosi, sumber manusia, pejabat Tony Fernandes, timbalannya dan juga pengerusi syarikat beroperasi di tingkat yang sama. Tony Fernandes sama sekali tidak ada bilik, ruang terbuka, hanya satu meja kecil dengan dekorasi minimum dan koleksi topi di hujung dinding. Jabatan Sumber Manusia juga hanya terdiri daripada ruang kecil dengan beberapa kerusi. Menurut Tony Fernandes, antara kriteria calon kakitangan yang akan dipilih dalam proses temuduga adalah, “jika dia melihat pejabat dan cara kami bekerja ini dan berkata “wow”, dan itulah orangnya”. Falsafah AirAsia adalah menarik yang terbaik, melatih, dan mengekalkan mereka. Bukan sahaja terbaik dari segi kelayakan akademik tetapi sikap yang betul, keterbukaan kepada idea baru, keupayaan untuk berfikir dengan cara berbeza dan apabila keadaan sukar, mencuba dan terus mencuba. Ahmad Faizul, kakitangan kelompok kelapan antara yang paling awal menyertai AirAsia, bertugas sebagai pengurus kabin. Dengan bermula sebagai ahli krew dan kini diiktiraf oleh Tony Fernandes sebagai orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan komunikasinya. Selain itu, ada kakitangan yang bermula sebagai penjaga kaunter bergaji seribu ringgit kini menjadi Kapten pesawat dengan gaji RM 30,000 sebulan. AirAsia merupakan syarikat satu Malaysia dan juga syarikat bumiputera. Pengurus kanan AirAsia terdiri daripada ramai bumiputera, tetapi bukan dilantik atas dasar kaum kerana semua kakitangan dinilai melalui merit masing-masing. Pembahagian tugas bagi pengurusan tertinggi adalah seperti berikut; Kamarudin menjaga kewangan dan korporat, Aziz Bakar menjaga public relations (PR), dan Tony Fernandes menjaga operasi dan pemasaran. Tiada kesatuan sekerja di AirAsia. Hal ini demikian kerana kakitangan tidak mahukannya walaupun banyak pihak luar yang datang melobi. Kakitangan merasakan bahawa mereka tidak perlu kepada kesatuan sekerja kerana mereka boleh bertemu dengan ketua mereka pada bila-bila masa sahaja. Sejak tujuh tahun lalu, AirAsia tidak pernah memberhentikan pekerja mereka bahkan kakitangan berpeluang dinaikkan pangkat dengan mudah jika berkebolehan dalam syarikat. Tiada protokol tertentu diamalkan antara ketua dengan kakitangan bawahan. Mereka bekerja seperti satu keluarga besar. Dipetik dan disesuaikan daripada http://www.agendadaily.com yang dicapai pada 24/6/2012) Berdasarkan kes di atas:
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 316 (i) Jelaskan bentuk penjabatanan organisasi AirAsia. [10] (ii) Jelaskan lima cara AirAsia memupuk semangat pasukan dalam kalangan kakitangan mereka? [12] (iii) Terangkan gaya kepimpinan Tony Fernandes. [8] Cadangan Jawapan (i) Jelaskan bentuk penjabatanan organisasi AirAsia. Bentuk penjabatanan AirAsia ialah fungsian fakta wajib Penjabatanan dibentuk mengikut fungsian perniagaan/ memaparkan jabatan mengikut fungsi jabatan/tugas. Kaitan Kes Bentuk penjabatan AirAsia terdiri daripada : 1. Jabatan kewangan dan koperat – En kamaruddin 2. Jabatan operasi dan pemasaran – En Tony Fernandes 3. Jabatan perhubungan awam – En Aziz bakar 4. Jabatan pengiklanan 5. Jabatan IT 6. Jabatan Promosi 7. Jabatan undang-undang 8. Jabatan sumber manusia 9. Pejabat Tony Fernandes 10. Pejabat timbalannya dan juga pengerusi
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 317 (ii) Jelaskan lima cara AirAsia memupuk semangat pasukan dalam kalangan kakitangan mereka? Pasukan merujuk kepada sekumpulan individu yang berkerja bersama untuk mencapai matlamat yang sama. Lima cara bagaimana AirAsia memupuk semangat pasukan dikalangan kakitangan mereka ialah : Kaitan dengan kes: 1. Pekerja dinaikkan pangkat kerana merit bukan sebab faktor lain. 2. Tiada kesatuan, kakitangan bebas berjumpa dengan bos pada bila-bila masa sahaja.- tiada protokol 3. Tidak pernah memberhentikan pekerja mereka.- mewujudkan kesetiaan 4. Dengan menggunakan falsafah AirAsia sebagai satu keluarga. 5. Menghargai kakitangan mereka dengan memberi ganjaran diatas semangat kesetiaan kepada AirAsia. 6. Sikap yang betul tidak pernah memberhentikan kerja 7. Layanan yang sama rata – tiada kelebihan dalam kemudahan 8. Toleransi – keupayaan berfikir secara berbeza 9. Keterbukaan kepada idea baru iii) Terangkan gaya kepimpinan Tony Fernandes. Gaya kepimpinan demokratik. Pengurus menerima pandangan dari pekerja tetapi keputusan akhir terletak di tangan pengurus Kaitan dengan kes: 1. Tiada protokol tertentu antara beliau dan kakitangannya. 2. Membenarkan kakitangan berjumpa dengannya pada bila-bila masa. 3. Ruang bilik yang serba ringkas, dekorasi minimum serta meja kecil. 4. Keterbukaan kepada idea baru+ huraian 5. Keupayaan berfikir dengan cara berbeza
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 318 Senarai Rujukan Modul Pengajian Perniagaan Penggal 2 Akta Jualan barangan 1957 (Akta 382) International Law Book Services, 2013 Akta Kontrak 1950 ( Akta 136) & Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Akta 120), International Law Book Services, 2013 Business Law, Lee Mei Pheng, Ivan Jeron Detta, 2011, Oxford University Press Keusahawanan dan pengurusan perniagaan kecil – abu bakar hamed – [email protected] Management: Principles and Practices – 10th edition – south western New Era of management – Richard L. Daft, 9th edition – south western Pengenalan Kepada Perniagaan , Sabri Hj. Hussin, Cengage Learning. Pengenalan Undang-undang Kontrak Edisi ke 2, Abdul Aziz Hussin, Dewan Bahasa dan Pustaka (2012) Pengurusan organisasi – edisi ketiga – zafir mohd makhbul, mohd. Hizam hanafiah dan fazilah mohamad hasun – cengage learning Program Jarak Jauh, Undang-undang Perniagaan, Pusat Pengajian Kampus, Universiti Kebangsaan Malaysia. Undang-undang Komersial Malaysia, Shaik Mohd. Noor Alam S.M. Hussain, 2002, Dewan Bahasa dan Pustaka
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 319 TAJUK HASIL PEMBELAJARAN RUJUKAN HURAIAN 10.0 KEUSAHAWANAN 10.1 Skop keusahawanan a) Mentakrifkan usahawan dan keusahawanan Rosli Mahmud et.al.(2010) Sabri Hj Hussin (2002) Abu Bakar Hamed et. al. (2007) Ebert , Griffin (2015) Takrif usahawan Manusia yang mengenalpasti dan merebut peluang, berani mengambil risiko seterusnya mengambil inisiatif bagi memulakan perniagaan atau usaha teroka baharu, dengan mengurus sumber-sumber (faktor pengeluaran) dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut bagi mendapatkan keuntungan. Takrif keusahawanan Satu proses merebut peluang perniagaan di dalam situasi yang berisiko. Melibatkan perubahan, revolusi, perpindahan dan pengenalan pendekatan baharu. b) Membezakan antara usahawan, peniaga dan pengurus Rosli Mahmud et.al. (2010) Dimensi Usahawan Peniaga Definisi Manusia yang mengenalpasti dan merebut peluang, berani mengambil risiko seterusnya mengambil inisiatif bagi memulakan perniagaan atau usaha teroka baharu, dengan mengurus sumber-sumber (faktor pengeluaran) dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut bagi mendapatkan keuntungan. Menjalankan aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi saraan diri sendiri dan keluarga sahaja.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 320 Pengambilan risiko Mengambil risiko sederhana dan terhitung Mengambil risiko yang rendah Pengurusan dan kepimpinan Kaedah pengurusan yang cekap, sistematik dan terkini serta mempunyai gaya kepimpinan yang tinggi. Kaedah pengurusan yang statik dan mempunyai tahap kepimpinan yang rendah. Menggembleng sumber Berupaya menggemblengkan sumber secara kreatif dan inovatif bagi perkembangan perniagaan. Menggemblengkan sumber untuk penerusan perniagaan. Orientasi terhadap peluang Sentiasa mencari, melihat dan merebut peluang yang ada untuk mengembangkan perniagaannya. Sukar mengembangkan perniagaan kerana tidak berupaya untuk mengenalpasti peluang perniagaan. Dimensi Usahawan Pengurus Definisi Manusia yang mengenalpasti dan merebut peluang, berani mengambil risiko seterusnya mengambil inisiatif bagi memulakan perniagaan atau usaha teroka baharu, dengan mengurus sumber-sumber (faktor pengeluaran) dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut bagi mendapatkan keuntungan. Seorang yang bekerja dan menguruskan sumber-sumber organisasi bagi pihak lain sama ada untuk organisasi awam atau swasta. Objektif Memenuhi impian dan pencapaian diri melalui kebebasan mencari peluang perniagaan atau mencipta produk yang dapat memanfaatkan masyarakat di samping mendapatkan keuntungan. Menurut arahan pihak atasan bagi mengembangkan organisasi dan menginginkan kenaikan pangkat, ganjaran dan kuasa.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 321 Orientasi terhadap masa Mempunyai orientasi jangka masa terhadap matlamat yang agak panjang iaitu antara 5 hingga 10 tahun untuk mengembangkan perniagaan. Respon terhadap rancangan jangka pendek yang bermatlamat untuk memenuhi kuota dan bajet berdasarkan mingguan dan bulanan. Kecenderungan bertindak Penglibatan sepenuhnya terhadap aktiviti dan operasi perniagaan yang dijalankan. Lebih kepada penyeliaan dan delegasi kerja. Kemahiran dan kelulusan Mempunyai kelebihan dari segi pengurusan dan kemahiran perniagaan khususnya kemahiran teknikal. Mempunyai kelulusan akademik yang profesional terutama dalam bidang pengurusan. Nilai kendiri Mempunyai ciri-ciri keusahawanan. Ciri-ciri pada diri adalah berdasarkan matlamat organisasi. Fokus utama Fokus utama terhadap perancangan yang dibuat sendiri di samping memberi tumpuan terhadap permintaan pasaran (masyarakat dan perubahan teknologi) Fokus utama terhadap perancangan yang ditetapkan oleh pihak atasan. Sikap terhadap risiko Berupaya mengambil risiko sederhana dan terhitung. Berhati-hati dengan risiko kerana takut dipersalahkan dan dipecat.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 322 c) Menjelaskan peranan usahawan dalam masyarakat usahawan secara mikro dan makro Aini Hayati Muhammad et. al. (2013) Sudut Mikro Menyumbangkan idea dan pembaharuan Merancang dan melaksanakan perancangan strategik Menggemblengkan faktor-faktor pengeluaran Mengurus, mengeluar dan mengedar barangan ke pasaran Menangani kekaburan dan ketidakpastian atau sebarang risiko kegagalan Sudut Makro Mewujudkan peluang pekerjaan Meningkatkan taraf hidup rakyat Membangunkan industri sokongan Mempelbagaikan barangan di pasaran Menggunakan sumber tempatan dengan cekap Menjadi ‘role model’ dalam masyarakat Menjalankan tanggungjawab sosial 10.2 Teori Keusahawanan a) Menerangkan teoriteori keusahawanan mengikut pendekatan ekonomi, pendekatan psikologi dan pendekatan sosiologi Sabri Hj Hussin (2002) Pendekatan Ekonomi Bagi seorang usahawan kosnya (nilai atau perolehan) ialah keuntungan. Keuntungan adalah harga yang dibayar kerana risiko yang diambil oleh seseorang usahawan. Pendekatan Psikologi Sifat keusahawanan dikaitkan dengan gelagat diri yang lebih cenderung kepada fokus dalaman ( kejayaan dicapai adalah hasil kekuatan dan keupayaan diri bukannya kerana faktor nasib). Ini termasuklah sifat-sifat peribadi seperti tekun, usaha, inovatif, kreatif dan semangat yang berterusan. Pendekatan Sosiologi Usahawan bagi pengkaji sosial ialah seorang oportunis yang pandai mengambil peluang dan kesempatan daripada persekitaran. Seorang usahawan adalah orang yang pandai bergaul, mempengaruhi masyarakat untuk meyakinkan mereka bahawa apa yang usahawan itu bawa adalah mempunyai kepentingan ramai.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 323 b) Mengaitkan teori tersebut dengan pelopornya Rosli Mahmud et.al. (2010) Dr. Syed Zamberi Ahmad (2009) Rosli Mahmud et.al. (2010) Pelopor Teori Ekonomi Intipati Teori Richard Cantillon (1725) Usahawan sebagai individu yang bersedia untuk memikul risiko dan amat berbeza daripada mereka yang hanya menawarkan modal dengan mengharapkan pulangan tetap. Adam Smith (1776) Usahawan sebagai individu yang membentuk organisasi untuk tujuan komersial. Jean Babtiste Say (1830) Usahawan ialah pengusaha (organizer) bagi sesebuah firma perniagaan dan usahawan memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pengeluaran dan pengedaran. John Struat Mill (1848) Usahawan dianggap sebagai faktor pengeluaran yang keempat dalam teori ekonomi. Carl Menger (1871) Usahawan dianggap sebagai agen ekonomi yang mengubah sumber menjadi barangan dan perkhidmatan yang berguna dan membawa kepada perkembangan perusahaan. Joseph A. Schumpeter (1934) Inovasi sebagai intipati keusahawanan. Usahawan sebagai seorang pengubahsuai atau ‘innovator’ tidak akan membiarkan sistem ekonomi berada di dalam suasana yang beku. Usahawan juga memajukan teknologi yang belum pernah dicuba. Alfred Marshall (1946) Usahawan berkembang melalui proses evolusi iaitu hayat sesebuah perniagaan dari peringkat awal hingga terus luput dari pasaran. Israel Kirzner (1973) Usahawan berperanan sebagai orang tengah atau arbitrageur iaitu segala peluang yang dilihatnya akan diambil kesempatan sepenuhnya.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 324 Dr. Syed Zamberi Ahmad (2009) Pelopor Teori Psikologi Intipati Teori David McClelland (1961) Teori Kehendak Pada Pencapaian (merupakan cabang daripada model Baka) Individu-individu yang mempunyai kehendak pencapaian yang tinggi merupakan golongan yang lebih suka mengambil tanggungjawab ke arah mencapai sesuatu matlamat dengan usaha sendiri. Usahawan juga melakukan pengambilan risiko sederhana bertepatan dengan kemahiran yang ada padanya. De Vries dalam ‘Dollinger’ (1995) Model Psikodinamik Usahawan merupakan individu yang semasa kecilnya tidak berpeluang untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan tertentu menyebabkan mereka memberontak dengan mencari satu alternatif baru bagi mengubah kehidupan mereka supaya lebih terjamin. Pelopor Teori Sosiologi Intipati Teori Max Weber (1958) Elemen agama sebagai asas kejayaan usahawan yang ketika itu merujuk kejayaan golongan Protestant di dalam ekonomi adalah disebabkan oleh etika agama Protestant. Everett Hagen (1962) Usahawan wujud di kalangan kumpulan yang tidak berpuas hati dalam masyarakat. Rasa tidak puas hati timbul kerana layanan atau tekanan yang mereka terima dan mendorong mereka untuk berusaha mengatasi kepincangan ini. Gibb dan Ritchie (1981) Model Pembangunan Sosial Peranan sosialisasi dalam memberi anjakan ke arah melahirkan usahawan-usahawan baharu. Terdapat interaksi atau tindak balas di antara individu-individu yang belum berniaga dengan suasana di alam perniagaan. Shapero & Sokol (1982) Shapero dan Sokol mengaitkan keadaan sosial dan dua faktor yang mempengaruhi seseorang membuat keputusan untuk menjadi usahawan, iaitu faktor dorongan keusahawanan dan faktor situasi.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 325 10.3 Ciri-ciri usahawan Berjaya a) Menerangkan sifatsifat peribadi usahawan berjaya Rosli Mahmud et.al.(2010) Sifat Peribadi Huraian Inisiatif yang tinggi Mempunyai semangat atau tabiat untuk melaksanakan tanggungjawab tanpa diarah atau dipaksa. Berani mengambil risiko Membuat penilaian dan pertimbangan terhadap risiko, ini kerana risiko yang terhitung akan menjamin pulangan yang selamat. Kreatif Mempunyai banyak idea, panjang akal dan berupaya menghasilkan produk baharu dan canggih serta unik. Inovatif Sentiasa ingin membuat pembaharuan. Dorongan ke arah kejayaan Mempunyai semangat dan keupayaan untuk maju. Lokus kawalan dalaman Kepercayaan seseorang individu terhadap kebolehan dirinya tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi adalah orang yang yakin keputusan yang dibuatnya itu merupakan keputusan yang terbaik untuk kepentingan semua pihak. Dapat melihat dan mengambil peluang Dapat meramal dan menganalisis peluang yang boleh membawa keuntungan. Optimistik Sentiasa berfikiran positif terhadap tindakan yang akan diambil. Berorientasikan matlamat dan wawasan Merancang dan menetapkan segala matlamat. Kebolehan membuat keputusan Dinamis dalam membuat sebarang keputusan dengan mengambilkira semua faktor dalaman dan luaran organisasi serta pihak yang berkepentingan dengannya.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 326 b) Mengaitkan sifatsifat usahawan dengan tokoh-tokoh usahawan semasa Mohd. Salleh Din et.al. (2005) Rosli Mahmud et.al. (2010) Lim Wing Hooi (2011) Sifat Peribadi Tokoh-tokoh Usahawan Semasa Inisiatif yang tinggi Tan Sri Dato’Sri (Dr) Teh Hong Piow. Walaupun hidup miskin ketika zaman kanak-kanak, beliau akhirnya berjaya membuka bank sendiri yang kini diiktiraf sebagai antara bank dan syarikat terbaik di rantau Asia iaitu Public Bank. Berani mengambil risiko Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari. Membeli Johor Port melalui tender pada RM330 juta. Melalui Johor Port Sdn.Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas. Beliau berjaya mempopularkan pelabuhan tersebut sehingga dapat meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Kreatif Michael Dell. Usahawan pertama memperkenalkan pembelian komputer secara talian terus dengan menggunakan talian internet kepada pengguna. Inovatif Muhammad Yunus. Seorang usahawan dan ahli perniagaan sosial di Bangladesh telah mewujud dan melaksanakan sebuah program perkongsian ladang yang dinamakan New Era Three Share Farm yang mendorong petani mendapatkan keuntungan melalui kerjasama dengan penduduk kampung dan pinjaman dari Bank Negara Bangladesh. Berteraskan pendapat bahawa pinjaman untuk bekerja sendiri adalah hak kemanusiaan yang asas, beliau menubuhkan Bank Grameen untuk membantu lebih ramai orang miskin untuk bekerja menjana pendapatan sendiri.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 327 Dorongan ke arah kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong. Dapat menyiapkan projek Genting Highlands dengan jayanya walaupun pada peringkat awal projek ini amat mencabar kerana menghadapi pelbagai kekangan seperti modal dan sebagainya. Lokus kawalan dalaman Tun Daim Zainuddin. Menegaskan bahawa sesiapa pun akan berjaya sekiranya sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa juga usaha dan berpegang kepada integriti peribadi yang tinggi. Dapat melihat dan mengambil peluang T Ananda Krishnan. Dapat merebut peluang dalam industri telekomunikasi Maxis dan penyiaran ASTRO. Beliau memiliki sistem satelit Malaysia yang pertama. Optimistik Harsukhlal Maganlal Kamdar. Membuka sebuah kedai Kamdar di Jalan Chow Kit dan sebuah lagi di Globe Silk Store pada tahun 1980an walaupun sebelum itu mereka telah menutup perniagaan di Jalan TAR ekoran kegawatan ekonomi pada tahun 1977. Berorientasikan matlamat dan wawasan Dato’ Tan Chin Nam. Beliau selalu mengatakan “saya berdagang dan membina. Itulah yang dapat saya lakukan dengan terbaik.” Beliau telah membina Mid Valley City, projek mega yang terdiri daripada 8.78 juta kaki per segi ruangan untuk disewa dan boleh menempatkan 16,000 kenderaan.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 328 Kebolehan membuat keputusan Tan Sri Dr Jeffrey Cheah. Berjaya mempertahankan perniagaannya dengan mengharungi tiga tempoh kemelesetan ekonomi. Membuat keputusan menukar bidang perniagaan syarikat bermula daripada melombong bijih timah kepada melombong kuari dan pasir. Beliau sekali lagi beralih arah ke sektor pembangunan hartanah, pelaburan hartanah, pembuatan, perhotelan dan perniagaan berkaitan hiburan. Hasil kepelbagaian itu, beliau berjaya menubuhkan Sunway City Berhad, Sunway Construction Berhad dan Sunway Building Technology Berhad. c) Menjelaskan ciri-ciri orang yang efektif berdasarkan Stephen Covey (Tujuh Tabii Orang Berjaya) Covey, Stephen R.. (Penterjemah: Leo Ann Mean. Penyunting: Adibah Amin) (1996) 1. Bersikap proaktif Seseorang yang proaktif ialah individu yang mempunyai inisiatif dan tanggungjawab untuk menyebabkan sesuatu itu berlaku. 2. Berorientasikan matlamat Bermula dengan mengingat matlamat bermakna pemahaman jelas tentang destinasi yang dituju. 3. Lakukan perkara utama dahulu Mengutamakan perkara yang penting dahulu. 4. Berfikiran “menang-menang” Rangka pemikiran dan perasaan yang sentiasa mencari faedah bersama dalam semua interaksi manusia. Persetujuan atau penyelesaian untuk kepentingan bersama dan kepuasan bersama. 5. Cuba memahami dahulu, dan kemudian cuba untuk difahami Menggunakan pendengaran empati iaitu mendengar dengan tujuan untuk memahami. Mencuba untuk memahami memerlukan timbang rasa manakala mencuba difahami memerlukan keberanian yang tinggi.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 329 6. Bersinergi Intipati sinergi adalah menghargai kelainan dan perbezaan. Pemikiran ‘Menang-Menang” menjadi prasyarat untuk proses komunikasi sinergistik. Manusia bekerjasama secara kreatif untuk menghasilkan penyelesaian atau alternatif baharu. 7. Tajamkan “gergaji” Proses memperbaharui empat dimensi sifat semula jadi seseorang individu iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. d) Menerangkan faktor kejayaan seimbang Abu Bakar Hamed ( 2005) Kejayaan seimbang melibatkan keseimbangan dimensi sifat manusia merangkumi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Intelek harus ditingkatkan, emosi memerlukan kestabilan, rohani perlu menghampirkan diri dengan tuhan, dan fizikal memerlukan kecemerlangan kesihatan Intelek Berhubung dengan minda atau mental manusia. Bagi meningkatkan kemahiran intelek, seseorang itu hendaklah menganalisis, menulis, membentang, berbincang, dan berkomunikasi. Emosi Emosi merupakan perkara dalaman individu. Melibatkan perubahan psikologi seperti gembira, sabar, syukur, tabah, tenang, marah, meradang, kecewa, sedih, dan sebagainya. Rohani Aspek dalaman yang berkaitan dengan jiwa. Bagi mendapatkan keseimbangan rohani, seseorang individu itu hendaklah mendekatkan diri kepada Tuhan dan melakukan ibadah-ibadah yang dituntut oleh agama. Menyemai nilai-nilai murni dan sifat-sifat terpuji dalam diri seseorang. Jasmani Aspek fizikal yang merujuk kepada jasad atau tubuh badan. Melibatkan penjagaan kesihatan, pengamalan pemakanan seimbang, senaman, istirahat dan lain-lain.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 330 10.4 Mencari, mengembang dan merealisasikan idea perniagaan Menjelaskan sumber yang boleh memberi idea baharu Rosli Mahmud et.al. (2010) Mohd. Salleh Din et.al. (2005) Sabri Hj Hussin (2005) . 1. Pelanggan Merupakan pengguna kepada keluaran yang dihasilkan oleh pengeluar. Idea dan pendapat mereka tentang sesuatu produk atau perkhidmatan contohnya tentang produk yang tiada dalam pasaran. Usahawan boleh menjalankan soal selidik, temu ramah dan pemerhatian terhadap pelanggan bagi mengetahui cita rasa mereka. Usahawan juga perlu sentiasa peka kepada perubahan citarasa, keperluan dan kehendak pelanggan. 2. Produk Sedia Ada Usahawan akan menganalisa produk sedia ada di pasaran dengan menukarkan corak pembungkusan, reka bentuk, kualiti yang lebih baik dan sebagainya. Pembaharuan terhadap produk sedia ada akan menambahkan fungsi produk. Contohnya, syarikat-syarikat pembuat kereta dan telefon bimbit sering muncul dengan model-model baru. 3. Syarikat Sedia Ada Perniagaan yang dimiliki oleh orang lain yang mendapat pasaran secara meluas. Usahawan boleh mendapat idea untuk memulakan perniagaannya dengan mengaplikasikan atau meniru selepas mengkaji kekuatan dan kelemahan syarikat tersebut. Usahawan juga boleh mendapati idea dari teknologi baharu yang digunakan oleh syarikat sedia ada atau mengubahsuai teknologi tersebut mengikut kesesuaian syarikatnya nanti. 4. Saluran Pengedaran Terdiri daripada pemborong, agen dan peruncit. Mereka membantu sesuatu keluaran diedarkan daripada pengeluar kepada pengguna akhir. Mereka mengedar pelbagai barang dan jenama, mendapatkan idea terbaharu untuk perniagaan dan membuat perbandingan terhadap pelbagai produk dan maklumbalas daripada pengguna.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 331 5. Paten Merupakan hakcipta yang dilindungi oleh undang-undang daripada ditiru atau dicetak. Paten ini boleh dijual kepada pengusaha yang ingin mengeluarkan keluaran tersebut secara sah. Hak mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang diterima oleh syarikat yang membolehkan syarikat memiliki kelebihan persaingan. 6. Dasar kerajaan Merangkumi aspek peraturan dan undang-undang yang dilaksanakan oleh kerajaan dan juga sebarang bentuk perancangan kerajaan mengikut sektor seperti pertanian, pelancongan, perindustrian, pendidikan dan sebagainya. Beberapa contoh dasar kerajaan seperti galakan pelancongan, galakan Industri Desa, Homestay, kursus persediaan sebelum bersara, proses pengeraman (incubator), konsep payung, skim bantuan dan pinjaman, tabung-tabung kerajaan, dan juga kempen-kempen seperti ‘Belilah barangan buatan Malaysia”, “satu rumah satu komputer” dan lain-lain lagi. 7. Penyelidikan dan pembangunan Dijalankan oleh tenaga pakar atau badan tertentu yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan atau badan yang ditubuhkan oleh syarikat itu sendiri. Hasil penemuan R&D boleh menghasilkan produk yang dapat memenuhi keperluan semasa pengguna. 8. Profesional dan jururunding Golongan pakar dalam satu-satu bidang seperti kewangan, pemasaran, perundangan dan lain-lain. Usahawan mendapat idea perniagaan sama ada untuk mengatasi masalah atau membangunkan perniagaan melalui cadangan, nasihat dan bimbingan pakar.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 332 Menjelaskan kaedah menjana dan mengembangkan idea Gillham, B. (2008) Rosli Mahmud et.al. (2010) Barringer, Bruce R. & Ireland, R.Duane (2008) 1. Soal selidik Satu instrumen yang digunakan apabila usahawan membuat tinjauan. Responden akan ditanya beberapa soalan dan jawapan mereka akan dirumuskan oleh pengkaji. 2. Sumbang saran (Brainstorming) Satu teknik perbincangan yang kreatif untuk menjana seberapa banyak idea daripada sesuatu kumpulan dalam masa yang terkawal. Seorang ketua kumpulan akan mengendalikan sesi sumbang saran. Peserta berperanan secara aktif dan bebas menyumbangkan idea. Idea-idea yang dijana semasa sesi sumbang saran perlu disaring dan dianalisis selepas sesi tersebut tamat. Antara panduan mengendalikan sumbang saran: Suasana yang kondusif. Sebarang bentuk kritikan tidak dibenarkan. Bebas menyumbang seberapa banyak idea. Semua idea diterima. Semua idea dicatat. Penilaian dibuat selepas selesai sesi sumbang saran. 3. Pemerhatian Proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal seperti tingkahlaku, cara melaksanakan sesuatu, keadaan persekitaran dan sebagainya. Idea untuk menubuhkan urus niaga yang baharu mungkin terhasil daripada pemerhatian terhadap keperluan diri sendiri atau orang-orang di sekeliling kita. 4. Kumpulan fokus Melibatkan sekumpulan orang yang dipilih untuk berkongsi pendapat dan perasaan, sikap dan idea tentang perkara tertentu. Hasil daripada perbincangan kumpulan itu akan dijadikan input untuk menjana idea atau menyelesaikan masalah. Moderator akan memfokuskan perbincangan dengan menggunakan kaedah langsung dan tidak langsung. Seorang moderator akan mengemukakan soalan-soalan mudah kepada peserta untuk mendapatkan tindak balas. Ahli kumpulan boleh memberi komen terhadap cadangan atau pun pendapat yang dikemukakan.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 333 Membincangkan proses merealisasikan idea Sabri Hj Hussin (2002) Abu Bakar Hamed et. al. (2007) Armstrong, Gary & Kotler, Philip (2011) . Proses merealisasikan idea : 1. Idea Idea dijana, dikumpul dan disenaraikan. Sumber utama idea termasuk sumber dalaman (R&D) dan sumber luaran seperti pelanggan, pesaing, pengedar,pembekal dan lain-lain. 2. Menapis idea Idea-idea yang menjanjikan kejayaan dikenalpasti dan idea-idea yang kurang praktikal digugurkan. Kaedah penilaian yang digunakan pada peringkat ini ialah senarai semakan penilaian sistematik pasaran yang mana setiap idea produk baru dinyatakan dalam bentuk nilai utamanya, merit dan faedah-faedah. 3. Membina konsep Penerangan idea secara terperinci daripada perspektif pelanggan. Bertujuan memberikan kefahaman kepada bakal pelanggan tentang kualiti terbaik dan ciri-ciri produk tersebut. Untuk mengukur penerimaan pengguna, temuduga dengan responden terpilih dijalankan yang mana mereka didedahkan dengan kenyataan yang menggambarkan ciri-ciri dan sifat fizikal idea produk. Konsep idea yang terbaik dan mendapat perhatian ramai akan dipilih. 4. Menguji konsep Menguji konsep produk baru dengan kumpulan sasaran pengguna untuk mengetahui konsep produk yang mana paling menarik kepada bakal pengguna. Konsep yang dibina itu perlu diuji sama ada melalui perbincangan dengan pihak-pihak berkuasa atau perunding 5. Membuat rancangan perniagaan Sekiranya idea tersebut mempunyai asas yang baik, satu rancangan perniagaan perlu ditulis sebagai memperincikan idea yang hendak direalisasikan. 6. Membina fizikal (prototaip) Selepas idea melepasi semua peringkat itu barulah dibina fizikal atau prototaipnya. 7. Mengkomersialkan Peringkat terakhir dalam proses perancangan dan pembangunan produk. Melibatkan penghasilan produk untuk dijual di pasaran.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 334 10.5 Memula dan menjalankan perniagaan 10.5.1 Kaedah memulakan perniagaan a) Membincangkan kaedah memulakan sesebuah perniagaan, iaitu memulakan sendiri, mengambilalih perniagaan sedia ada, francais, dan pakatan strategik (pelesenan, kontrak pengeluaran, dan usahasama) Rosli Mahmud et.al. (2010) Sabri Hj Hussin (2002) Wan Liz Ozman dan Sulzari Muhamed (2002) Ab. Aziz Yusof dan Zakaria Yusof (2004) 1. Memulakan sendiri Menubuhkan sendiri satu perniagaan baharu dengan usaha mendaftarkan, mencari lokasi dan membuka perniagaan bermula pada peringkat awal lagi. Kelebihan: Peluang merealisasikan idea sendiri kepada realiti Kebebasan membuat keputusan dan perubahan kepada perniagaan Peluang memanfaatkan kepakaran, pengalaman dan minat Berpeluang untuk memilih lokasi dan kemudahan fizikal Berpeluang membina imej dan reputasi Kelemahan: Perlu lebih tumpuan dan pengorbanan dari aspek kewangan, masa dan tenaga. Sukar mendapat pinjaman kerana tiada rekod perniagaan lepas, tiada bukti prestasi, dan mungkin tiada harta sebagai cagaran. Tiada keuntungan di awal perniagaan, memerlukan beberapa tahun untuk memperoleh keuntungan. Risiko perniagaan tinggi dari segi mendapatkan pelanggan dan gagal bersaing dengan perniagaan yang sudah lama beroperasi. 2. Mengambil alih perniagaan sedia ada Membeli perniagaan orang lain, menjadi rakan kongsi atau mewarisi perniagaan keluarga. Kelebihan: Pekerja mahir sedia ada Perniagaan yang telah teguh dan mantap – nama telah dikenali, sistem pemasaran dan pengurusan yang telah teruji, telah ada hubungan yang baik dengan pembekal dan pihak bank. Pasaran sedia ada – telah ada pelanggan Lokasi yang strategik
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 335 Kelemahan: Menanggung beban kewangan kerana perniagaan yang diambilalih mungkin sedang mengalami kerugian. Reputasi dan rekod yang buruk kerana kemungkinan pemilik asal menjual perniagaan tersebut berpunca dari masalah urusniaga tidak jujur yang menimbulkan kemarahan pembekal, pelanggan dan sebagainya. Pekerja lama mungkin berpindah ke organisasi lain apabila berlaku pertukaran pihak pengurusan. Pekerja sedia ada mungkin tidak sesuai dengan perubahan yang hendak dilakukan dan memberi masalah kepada pemilik baharu. Peralatan dan kelengkapan usang. Penilaian terlebih nilai – penilaian perniagaan yang hendak dibeli tidak dibuat dengan teliti menyebabkan pemilik yang baharu membayar dengan harga yang tinggi. 3. Francais Satu bentuk perniagaan di mana francaisor memberi kebenaran, hak atau keistimewaan seperti nama perniagaan dan cop dagangan kepada seseorang individu atau syarikat tertentu (francaisi) untuk menjalankan perniagaan mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan oleh francaisor. Sebagai balasan francaisi dikehendaki membayar sejumlah royalti dan yuran-yuran lain. Jenis-jenis francais: i. Francais berformat ii. Francais pengilangan (Product Manufacturing Licensing) iii. Francais jenama / bertanda dagang (Trademark / Brand Name Licence) iv. Francais Pengedaran (Dealership / Distributorship Franchaise) v. Francais Penganjur (Promoter) Kebaikan: Kaedah yang telah terbukti berkesan dan berjaya Mempunyai kaedah dan sistem latihan yang khusus Reputasi yang telah sedia diketahui / perniagaan telah popular Sokongan kewangan
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 336 Risiko yang rendah Faedah ekonomi bidangan dari segi pengiklanan, promosi, pembelian peralatan dan bahan mentah secara pukal Kelemahan: Mengurangkan kebebasan francaisi kerana tertakluk kepada pelbagai peraturan dan kaedah operasi yang telah ditetapkan Perlu menjadi usahawan sepenuh masa dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan. Tiada identiti tersendiri Risiko kejatuhan seluruh rangkaian Kesukaran bila berlaku krisis Menanggung kos royalti dan yuran yang tinggi Produk dan saiz pasaran yang terhad 4. Pakatan strategik (strategic alliance) Satu kerjasama antara dua atau lebih syarikat atau unit-unit perniagaan bagi mencapai objektif masing-masing secara bersama. Dalam pasaran yang baharu, pakatan strategik membenarkan seseorang usahawan untuk mendapatkan kelebihan kompetetif menerusi akses kepada sumber-sumber rakan pakatan, termasuk juga pasaran, teknologi, modal dan manusia. Jenis-jenis pakatan strategik: i. Pelesenan: Pelesenan adalah persetujuan, iaitu sebuah syarikat utama atau pemegang lesen (licensor) memberi hak-hak tertentu kepada sesebuah syarikat atau penerima lesen (licensee) di negara lain atau pasaran berbeza dengan syarikat utama untuk menghasilkan dan / atau menjual produk syarikat berlesen tersebut. Syarikat licensor akan mendapat ganjaran dalam bentuk yuran dan royalti hasil jualan produk untuk kepakaran teknikal yang diberikan kepada syarikat licensee.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 337 Kebaikan: Syarikat tersebut menggunakan modal yang rendah dan mudah untuk memasuki pasaran antarabangsa terutamanya dalam negara yang tidak mengamalkan ekonomi bebas. Royalti dari pemberian lesen ini adalah dijamin dan berjangka. Syarikat tempatan akan mendapat manfaat daripada pembangunan produk tanpa melibatkan perbelanjaan penyelidikan. Kadar risiko perniagaan yang memberi lesen adalah rendah kerana kilang dan kemudahan di pasaran tempatan berkenaan tidak perlu dibina. Pelaburan yang sedikit diperlukan dan pihak pengurusan tidak perlu mengawal selia syarikat berkenaan. Keburukan: Syarikat penerima lesen mungkin hilang minat untuk memperbaharui kontrak jika syarikat pemberi lesen tiada inovasi dan teknologi baharu. Untuk menarik minat syarikat asing menjadi penerima lesen, syarikat pemberi lesen perlu mempunyai teknologi yang unik, hak cipta tersendiri dan jenama yang mampu menarik perhatian pengguna antarabangsa. Pemberi lesen juga tidak mempunyai kawalan terhadap syarikat penerima lesen dari segi pengeluaran dan pemasaran. ii. Kontrak pengeluaran: Sesuatu syarikat pengeluar akan membenarkan sesebuah syarikat tempatan untuk mengeluarkan produk itu berdasarkan kontrak atau perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Syarikat pengeluar akan mengenakan bayaran yang berlandaskan bilangan atau saiz pengeluaran yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan yang dilantik itu. Syarikat pengeluar asal akan membekalkan komponen, bahan, acuan atau arahan pengeluaran terperinci kepada syarikat pengeluar tempatan di negara asing. Aktiviti pemasaran dan jualan adalah tanggungjawab syarikat tempatan yang dilantik itu.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 338 Kebaikan: Syarikat yang memberi kontrak dapat mengeluar dan memasarkan produk di pasaran asing tanpa dikenakan cukai eksport dan import. Penerima kontrak lebih mengetahui tentang pasaran tempatan dan dapat membuat keputusan yang lebih tepat dan cepat. Syarikat pengeluar berpeluang membeli pengeluar tempatan atau membentuk perkongsian pada masa akan datang. Keburukan: Jika penerima kontrak sangat berjaya, pemberi kontrak tidak dapat menikmati keuntungan sepenuhnya, sebaliknya ia hanya menerima royalti sahaja. Pemberi kontrak hilang kawalan ke atas proses pengeluaran kerana jarak yang jauh. Apabila kontrak tamat, penerima kontrak mungkin boleh memnjadi pesaing kepada pemberi kontrak kerana penerima kontrak telah mempunyai kepakaran dan teknologi. Penerima kontrak terpaksa membayar royalti yang tinggi sepanjang tempoh kontrak, dan ini mengurangkan keuntungan. iii. Usahasama: Usaha perkongsian atau gabungan antara dua buah firma atau lebih dalam urusan perniagaan. Gabungan ini melibatkan firma antarabangsa dengan firma tempatan atau dua buah firma antarabangsa. Kesemua pihak yang terlibat akan menyumbang modal. Kawalan dan kepunyaan entiti perniagaan itu akan dikongsi bersama. Kebaikan: Syarikat ini dapat memahami keadaan pasaran tempatan, keperluan dan peraturan kerajaan tempatan. Berpeluang mendapatkan keupayaan pengeluaran dan kepakaran baharu. Kesemua pihak yang terlibat dapat menggunakan sumber-sumber dari pihak terlibat dalam usahasama tersebut.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 339 Keburukan: Pemindahan teknologi terpaksa dilakukan kepada syarikat yang bekerjasama. Mewujudkan persaingan kepada syarikat yang membekalkan teknologi apabila kerjasama tamat kelak. Perbezaan dalam budaya korporat, matlamat dan lain-lain menyebabkan percanggahan pendapat dan konflik semasa membuat keputusan. Kedua-dua syarikat tidak dapat membuat keputusan sendiri kerana mereka berkongsi tanggungjawab, risiko dan keuntungan. 10.5.2 Pembiayaan dan sumber modal b) (i) Menjelaskan bentuk modal kewangan seperti modal teroka, ekuiti, dan hutang Syarifah Akmam Syed Zakaria dan Hardiman Muhammad Yatim (2007) Barringer, Bruce R. & Ireland, R.Duane (2008) 1. Modal teroka: Dana yang disediakan oleh syarikat, badan profesional atau individu kaya bertujuan untuk melabur bersamasama pemilik dalam projek atau perniagaan baharu, dan yang sedang berkembang pesat dan berpotensi menghasilkan pulangan tinggi. Pemodal teroka tidak memberi pinjaman, tetapi mereka membeli ekuiti dalam perniagaan yang akan memberikan hak pemilikan. Menjurus kepada perkongsian jangka pertengahan iaitu antara tiga keenam tahun dengan syarikat yang menerima pembiayaannya. Dua perkara asas apabila menimbangkan sama ada untuk melabur atau tidak didalam sesuatu perniagaan itu: o Pulangan tinggi o Mudah keluar Tiga kriteria yang digunakan oleh pelabur modal teroka apabila memilih perniagaan untuk membuat pelaburan iaitu: o Pasukan pengurusan yang kuat, mempunyai kepakaran, berpengalaman dan mantap serta komited terhadap perniagaan. o Produk dan peluang pasaran yang unik, mempunyai kelebihan persaingan dalam pasaran. o Nilai perniagaan mempunyai potensi untuk meningkat.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 340 2. Modal ekuiti: Modal yang diperolehi daripada pemilik perniagaan. Pemilik perniagaan boleh memilih untuk menjual ekuiti syarikat dalam bentuk saham kepada para pelabur Dilakukan dengan tawaran saham kepada umum atau penaja jamin seperti pihak bank. Pelabur akan berkongsi keuntungan yang diperoleh oleh perniagaan. Sumber modal ekuiti termasuklah modal pemilik, keluarga dan kenalan, pelabur tidak formal dan modal teroka. Kebaikan modal ekuiti: o Modal tidak perlu dibayar balik sebagaimana pinjaman. o Pelabur diberi hak untuk bersuara dalam operasi perniagaan. o Pelabur berhak mendapat peratusan pendapatan tertentu daripada operasi perniagaan. o Tidak memerlukan sandaran. Keburukan modal ekuiti: o Usahawan perlu menyerahkan sebahagian pemilikan perniagaan kepada orang luar (pelabur) o Hak kawalan usahawan ke atas perniagaan akan berkurangan. 3. Modal hutang: Modal yang diperolehi melalui pembiayaan berbentuk hutang yang melibatkan instrumen berasaskan faedah. Dikenali sebagai pinjaman. Usahawan perlu membayar balik pinjaman berserta faedah tidak kira sama ada perniagaannya memberikan keuntungan atau kerugian. Dua jenis pinjaman iaitu pinjaman jangka pendek dan jangka panjang. Pinjaman jangka pendek perlu dibayar balik dalam tempoh dua belas bulan atau kurang. Digunakan untuk mengendalikan operasi harian perniagaan seperti mendapatkan bekalan, membeli bahan mentah, pembayaran gaji dan upah pekerja. Contoh overdraf bank, pusingan kredit, kredit perdagangan dan pembelian melalui kad kredit. Pinjaman jangka panjang biasanya diperoleh daripada pihak bank. Tempoh pembayaran balik pinjaman ialah 5 tahun atau lebih. Biasanya diberi dalam jumlah yang besar.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 341 Memerlukan cagaran kerana risikonya yang tinggi. Pinjaman boleh diperoleh dengan mengemukakan kertas kerja kepada pihak bank. Kelebihan: o Dapat mengekalkan pemilikan dan kawalan ke atas perniagaan. o Pemilik perniagaan masih mempunyai mempunyai kuasa penuh dalam membuat sebarang keputusan dan berhak ke atas segala keuntungan yang diperoleh perniagaannya. o Usahawan juga mempunyai kebebasan penuh dalam membuat sebarang keputusan kewangan. o Hubungan dengan pemiutang sebagai pembiaya perniagaannya terhad kepada pembayaran balik pinjaman sahaja. o Sekiranya kesemua pinjaman telah dibayar balik, pemiutang tidak akan mempunyai apa-apa tuntutan hak ke atas perniagaannya. o Kelemahan: o Peminjam terpaksa membayar balik pinjaman apabila sampai tempoh o Peminjam berhadapan dengan risiko tindakan seperti dikenakan kadar faedah yang tinggi dan penarafan kredit yang rendah sekiranya gagal membayar balik pinjaman pada masa yang telah ditetapkan. o Pembiayaan berbentuk hutang juga sukar diperoleh oleh perniagaan yang baharu dimulakan. o Perniagaan baharu belum mempunyai rekod perniagaan yang diyakini dan mungkin dikenakan caj kadar faedah yang lebih tinggi atau permohonan pinjaman ditolak sama sekali. b) (ii) Menjelaskan bentuk modal bukan kewangan seperti aset-aset tetap Bentuk Modal Kewangan: Modal dalam bentuk bukan kewangan adalah termasuk kemahiran, peralatan dan idea. 1. Kemahiran: Pengetahuan khusus tentang suatu bidang. Contoh kemahiran pengurusan, kemahiran dan pengetahuan dalam menyimpan akaun, kemahiran komunikasi, kemahiran menggunakan komputer. 2. Aset tetap: Aset yang digunakan untuk tempoh masa yang panjang, seperti hartanah, bangunan, peralatan dan perabot.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 342 c) Menjelaskan sumber modal formal (contoh: pinjaman bank, bantuan kerajaan, pelabur) dan sumber tidak formal (contoh: simpanan sendiri, pinjaman daripada saudara mara / rakan) Abu Bakar Hamed (2005) Modal formal: Pinjaman daripada institusi formal. Mempunyai perjanjian bertulis yang lengkap. Perlu bayar balik modal yang dipinjam mengikut syarat yang ditetapkan. Jika gagal membayar balik modal yang dipinjam usahawan boleh di bawa ke mahkamah. Sumber modal formal: 1. Pinjaman bank: Pinjaman jangka pendek atau jangka panjang. Pinjaman jangka pendek melibatkan pembayaran balik pinjaman oleh usahawan kurang daripada setahun. Digunakan oleh usahawan untuk membeli inventori, membiayai jualan kredit kepada pelanggan, dan belanja tunai yang lain. Jumlah pinjaman tidak besar. Pinjaman jangka panjang melibatkan jangka masa yang agak lama (biasanya tiga tahun ke atas) Digunakan seperti untuk membeli bangunan, mesin, peralatan dan aset tetap yang lain. 2. Bantuan kerajaan: Kerajaan menyediakan pinjaman dana daripada pelbagai agensi kerajaan. Antara agensi tersebut ialah MARA, PKEN, Agensi Pembangunan Wilayah. (rujuk nota agensi kerajaan dan badan berkanun) 3. Pelabur: Orang perseorangan secara persendirian yang menggunakan sejumlah wang untuk dilaburkan dalam perniagaan dengan jangkaan mendapatkan pulangan kewangan. Tumpuan utama pelabur adalah untuk meminimakan risiko.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 343 Modal tidak formal: Pembiayaan modal melalui cara ekuiti. Merupakan pelaburan peribadi pemilik (atau pemilik-pemilik) dalam urusniaga. Sumber modal tidak formal: 1. Simpanan sendiri: Diperoleh daripada simpanan peribadi pemilik itu sendiri atau daripada jualan aset peribadi beliau. Tidak perlu membuat permohonan untuk mendapatkan dana, Tidak perlu menghubungi bank atau institusi kewangan, Tidak perlu membuat kertas kerja, Tidak perlu membuat sebarang bayaran faedah. Seseorang usahawan boleh mengekalkan kuasa dan kawalan penuh ke atas perjalanan perniagaannya itu. 2. Pinjaman daripada saudara mara / rakan: Sumber ini umumnya digunakan untuk membiayai perniagaan yang baru bermula. Mudah diperoleh oleh pengusaha-pengusaha kecil kerana mereka ini mengenali pemilik perniagaan. Syarat-syarat pembayaran balik modal yang dilaburkan mungkin lebih longgar berbanding dengan institusi yang lebih formal.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 344 10.5.3 Kemudahan dan bantuan d) Menerangkan pihak-pihak yang memberi kemudahan dan bantuan, seperti agensi kerajaan, badan-badan berkanun, dan pihak swasta. Pihak-pihak yang memberi kemudahan dan bantuan: Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun Pihak Swasta 1. Majlis Amanah Rakyat (MARA) (www.mara.gov.my) 2. Tabung Ekonomi Usahawan Niaga (TEKUN) (www.tekun.gov.my) 3. Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) (www.bpmb.com.my) 4. SME Bank (www.smebank.com.my) 5. Perbadanan Jaminan Kredit (CGC) (www.iguarantee.com.my) 6. Agrobank (www.agrobank.com.my) 7. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) (www.mosti.gov.my) 8. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) (www.kbs.gov.my) 9. Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) (www.smidec.gov.my) 10. Multimedia Development Corporation Sdn Bhd. (MDec) (www.mdec.com.my) 11. MIMOS Bhd (www.mimos.com.my) 12. Amanah ikhtiar Malaysia (AIM) (www.aim.gov.my) 13. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) (www.punb.com.my) 14. Bank Negara Malaysia (BNM) (www.bnm.gov.my) Bank Perdagangan Institusi Kewangan
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 345 Menerangkan jenis kemudahan yang diberikan oleh agensi-agensi tersebut seperti bantuan kewangan, tapak kilang, khidmat nasihat dan perundingan, dan pembangunan usahawan. Mohd Asri Hj Abdullah et. al. (2001) Mohd. Asri Hj Abdullah (1999) Norita Deraman et. al. (2010) 1. Bantuan Kewangan: Skim bantuan kewangan dan pinjaman untuk usahawan Bumiputera Dikendalikan oleh agensi-agensi seperti: o Bank Negara Malaysia, o Perbadanan Industri Kecil dan Sederhana(SMIDEC), o Bank Pertanian Malaysia, o MARA, o dan beberapa buah kementerian. Antara skim yang disediakan ialah: o Pinjaman Mudah untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS), o Pinjaman Penempatan Semula Kilang (www.smidec.gov.my dan www.midf.com.my), o Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana ( www.mppb.com.my), o Tabung Usahawan Baru (TUB 2 )(www.bnm.gov.my) dan sebagainya. Tawarkan geran-geran tertentu untuk tujuan pembiayaan atau pembangunan perniagaan seperti: o geran bagi pembangunan PKS seperti Geran E-Dagang untuk Industri Kecil dan Sederhana, o Geran untuk Peningkatan Produk dan Proses, o Geran untuk Peningkatan Produktiviti dan Kualiti dan Pensijilan oleh SME Corp Malaysia. Kemudahan pinjaman dari pihak bank dan institusi kewangan contohnya: o kemudahan kredit biasa dengan kadar faedah ditentukan oleh institusi kewangan o skim pembiayaan khas yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia untuk perniagaan francais. 2. Tapak Kilang: Membantu usahawan mendapatkan premis atau lokasi perniagaan. Agensi utama yang menyediakan kemudahan ini termasuklah: o Malaysian Industrial Estate Limited (MIEL), o Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), o MARA. MIEL membina unit-unit kilang, ruang-ruang pejabat dan kilang dapat diperoleh melalui beberapa skim termasuklah sewa, skim pinjaman pajak dan skim sewa beli.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 346 UDA membantu usahawan mendapatkan ruang perniagaan yang sesuai termasuklah ruang pejabat dan kedai runcit di kawasan-kawasan bandar. MARA menyediakan tapak kilang, kompleks jualan dan pejabat, rumah-rumah kedai, bazaar serta gerai untuk usahawan bumiputera. Pusat Bimbingan Usahawan Negara (PBUN) menyediakan kemudahan Pusat Inkubator Siswazah yang menjadi ruang pejabat sementara bagi membantu siswazah memulakan perniagaan. Kerajaan menyediakan tiga jenis lokasi industri iaitu: o Zon Perdagangan Bebas (FTZs), o Kawasan Keutamaan Kastam (PCAs) dan o Licensed Manufacturing Warehouses (LMWs) untuk firma-firma berorientasikan ekspot beroperasi. 3. Khidmat Nasihat dan Perundingan: Tiga bentuk program khidmat nasihat utama disediakan iaitu: i. Perkhidmatan pengurusan perundingan o Dari aspek merancang perniagaan, kaedah mengurus perakaunan, kaedah menganalisis penyata kewangan dan keputusan pelaburan, keperluan menyediakan penyata pendapatan, pelaburan tunai, sumber-sumber menggunakan tabung serta kaedah menganalisis kos pengeluaran. o Agensi kerajaan utama yang terlibat antaranya NPC, MARA dan MEDEC. ii. Program peningkatan kualiti barangan dan produktiviti o Perkhidmatan berkaitan pendaftaran kawalan mutu, membuat penyelidikan dan pembangunan serta bantuan bagi meningkatkan penggunaan teknologi tinggi, memodenkan sistem pengeluaran serta meningkatkan mutu barangan dan produktiviti . o Agensi utama yang terlibat adalah Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). iii. Khidmat nasihat membangun dan mereka bentuk keluaran o Mempertingkatkan pembangunan dan reka bentuk barangan yang sedia ada, mempertingkatkan teknologi tempatan dengan menggalakkan syarikat tempatan mencipta keluaran baharu dan memperbaiki aktiviti perkilangan yang berkaitan dengan pengeluaran keluaran. o Agensi yang terlibat dalam khidmat nasihat ini ialah SIRIM.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 347 4. Pembangunan Usahawan: i. Program Pembangunan Vendor Sebuah program khusus untuk membangunkan syarikat/usahawan Bumiputera dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan dalam industri berteknologi tinggi. o Syarikat vendor ialah syarikat Bumiputera yang terlibat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berteknologi tinggi dan berdaftar dengan MITI di bawah PPV. o Syarikat anchor ialah syarikat GLC/GLIC/MNC/ syarikat besar tempatan yang berdaftar dengan MITI di bawah PPV, telah menandatangani MoU dengan MITI dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. o Contoh Program Pembangunan Vendor yang dilaksanakan ialah Program Vendor perabot Guthrie, Program Vendor petronas, Telekom Malaysia dan TNB. Pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Program Pembangunan Vendor adalah seperti berikut:- o Kerajaan diwakili oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); o Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLlC), syarikat multinasional (MNC) dan syarikat-syarikat tempatan sebagai syarikat anchor; o Bank/institusi kewangan yang menyediakan pakej pembiayaan; o Usahawan PKS Bumiputera sebagai vendor; dan o Agensi-agensi teknikal dan sokongan yang menyediakan dan memberi khidmat kepakaran teknikal dan R&D, pembangunan keusahawanan, latihan, promosi dan pemasaran serta pembangunan produk. ii. Program Pembangunan Franchais o Satu program pemasaran berteraskan Konsep Persyarikatan Malaysia. o Bertujuan untuk membangunkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana dalam sektor perdagangan, perkhidmatan dan perindustrian. o Objektif program: 1. untuk menambahkan bilangan francais induk, francaisi, dan francaisor bumiputera. 2. menggerakkan penglibatan golongan bumiputera dengan lebih aktif dalam perdagangan, pengedaran, dan sektor perkhidmatan.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 348 iii. Program Mentor o Syarikat besar iaitu syarikat mentor memberi latihan, bimbingan, dan pendedahan kepada bakal-bakal usahawan serta usahawan kecil dan sederhana bumiputera (mentee) supaya mereka boleh berdikari dan bersaing dalam pasaran terbuka. o Setiap syarikat mentor diminta untuk membimbing sekurang-kurangnya lima buah syarikat mentee. o Tempoh bimbingan diantara tiga hingga lima tahun. o Bentuk bimbingan termasuklah menyediakan latihan teknikal dan bukan teknikal, khidmat nasihat, meluaskan rangka perniagaan, usahasama dan bantuan kewangan. o Contoh syarikat mentor ialah EON Berhad, Proton Berhad, Indah Water Konsortium. 5. Pemasaran dan Penyelidikan Pasaran i. Menyediakan bantuan pemasaran khususnya di peringkat pengurusan asas pemasaran. ii. Sediakan kursus jangka pendek termasuklah: o bidang –bidang pemasaran, o promosi jualan, o pengeksportan, o rekabentuk produk, o pembungkusan dan sebagainya. iii. Agensi seperti MEDEC, NPC, Bank Pembangunan, SMIDEC, MARA, FAMA dan lain-lain. iv. Contoh FAMA - membantu petani atau usahawantani memasarkan hasil keluaran pertanian seperti buahbuahan, sayur-sayuran, koko, kopi dan sebagainya.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 349 Contoh soalan: 1. Terangkan peranan seseorang usahawan sebagai model ikutan kepada masyarakat. [6] Cadangan jawapan: Kejayaan dalam hidup usahawan memberi motivasi kepada masyarakat untuk mencontohi usahawan tersebut. Oleh itu lebih ramai masyarakat akan menceburi bidang keusahawanan. Sebagai alternatif kerjaya kepada masyarakat yang sedang mencari pekerjaan. Ini dapat mengurangkan kadar pengangguran. Prinsip hidup dan ciri-ciri usahawan menjadi ikutan kepada masyarakat. Ini dapat memupuk budaya keusahawanan dalam masyarakat. 2. Huraikan konsep usahawan, pengurus dan peniaga. [6] Cadangan jawapan: Konsep Usahawan: Usahawan adalah seseorang yang menubuh, menerajui, menjalan dan mengembangkan perniagaan sendiri bagi memenuhi impian dan pencapaian diri untuk mendapat keuntungan di samping membuat kebajikan dan berkhidmat kepada masyarakat serta negara. Konsep Pengurus Pengurus adalah seorang yang bekerja dan menguruskan sumber-sumber organisasi bagi pihak lain sama ada untuk organisasi awam atau swasta. Pengurus bertindak menurut arahan pihak atasan bagi mengembangkan organisasi dan menginginkan kenaikan pangkat, ganjaran dan kuasa. Konsep Peniaga Peniaga ialah seorang yang menjalankan aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi saraan diri sendiri dan keluarga sahaja. Peniaga tidak menunjukkan kemahuan untuk berkembang, bentuk dan saiz asal perniagaan dikekalkan. Peniaga melakukan aktiviti membeli dengan harga yang rendah dan menjual kepada pelanggan dengan harga yang tinggi.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 350 3.Terangkan empat sifat peribadi usahawan yang berjaya. [8] Cadangan jawapan: Empat sifat peribadi usahawan yang berjaya: 1. Inisiatif yang tinggi Usahawan yang mempunyai semangat atau tabiat untuk melaksanakan tanggungjawab tanpa diarah atau dipaksa. Usahawan perlu mempunyai sifat inisiatif yang tinggi agar beliau cenderung untuk mengenal pasti dan menganalisis sesuatu situasi dan seterusnya mengambil tindakan secara proaktif. Usahawan perlu sentiasa berusaha untuk mencari peluang yang wujud dalam persekitaran dan menerokai bidang perniagaan yang belum diterokai oleh peniaga lain. 2. Berani mengambil risiko Seseorang yang berani mengambil risiko akan menghadapi keadaan ketidakpastian pada masa hadapan dengan penuh keyakinan. Oleh itu apabila berdepan dengan risiko, seseorang usahawan harus membuat penilaian dan pertimbangan terhadap risiko. Ini kerana risiko yang terhitung akan menjamin pulangan yang selamat. 3. Kreatif Usahawan yang berjaya merupakan usahawan yang kreatif iaitu mempunyai banyak idea, panjang akal dan berupaya menghasilkan produk baru dan canggih serta unik. 4. Inovatif Usahawan sentiasa ingin memperkembang dan membuat pembaharuan dalam kerjayanya. 5. Dapat melihat dan mengambil peluang Usahawan yang berjaya ialah usahawan yang dapat meramal dan menganalisis peluang, mereka tidak akan melepaskan peluang yang boleh membawa keuntungan.