The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ruszarinazanuar, 2023-10-08 23:01:00

MODUL PP GABUNGAN 3 PENGGAL

MODUL PP GABUNGAN 3 PENGGAL

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 201 dengan lebih berkesan. 3. Pasukan dapat membantu dalam mengawal gelagat dan disiplin ahli-ahlli kumpulan. 4. Pasukan dapat membantu ahli-ahli baru dalam memahami kerja, budaya dan persekitaran organisasi. 5. Pasukan dapat membantu ahli-ahli mempelajari kemahiran dan pengetahuan baru. 6. Pasukan dapat memenuhi keperluan sosial ahli-ahlinya. 7. Pasukan dapat memberi motivasi kepada ahli agar dapat meningkatkan produktiviti, kecepatan bekerja dan inovatif. 8. Pasukan dapat membantu mempercepatkan proses perubahan dalam orgnasasi. Pembinaan Pasukan yang Berkesan Perkara yang utama bagi pengurus adalah untuk membentuk pasukan yang berkesan. 1. Produktiviti merupakan pasukan yang mengeluarkan output yang melebihi standard, kualiti yang terbaik dan diterima dengan senang hati oleh pelanggan. 2. Kepuasan untuk ahli-ahli pasukan kerana kumpulan dapat memenuhi dan mencapai matlamat peribadi. 3. Ahli adalah lebih komited kepada kumpulan mereka.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 202 Perkara-perkara yang perlu diberi keutamaan bagi membina satu pasukan yang berkesan. Fokus kepada matlamat. Perkara utama yang melibatkan keberkesanan pasukan adalah komited dengan matlamat bersama. Oleh itu, pasukan harus mewujudkan kesefahaman antara ahli-ahli dan mengahargai sumbangan masing-masing. Mereka akan bekerja bersama-sama dengan harmoni dan saling bantu membantu untuk mencapai matlamat bersama dengan prestasi yang cemerlang. 1. Memotivasi pasukan. Pasukan yang berkesan akan mewujudkan motivasi dikalangan ahli-ahli. Motivasi kumpulan ini akan berterusan atau konsisten dalam semua aktiviti kerja. Semangat kerjasama dan tolong menolong adalah menjadi budaya kerja mereka. 2. Sumbangan ahli. Ahli pasukan adalah dipilih dan dilatih untuk melakukan kerja mereka secara berkesan. Setiap ahli mempunyai kemahiran tertentu dan memberi sumbangan yang bermakna kepada pasukan. Sumbangan yang diberi oleh ahli harus di hargai oleh rakan-rakan dan harus saling mempercayai. 3. Norma Kumpulan. Norma kumpulan adalah nilai dan kepercayaan yang menjadi standard bagi mengawal perlakuan ahli-ahli. Ia merupakan kepercayaan bagaimana ahli harus berfikir dan bertindak. Norma boleh jadi positif atau negatif kepada organisasi. Sebahagian pasukan mungkin akan bekerja kuat, manakala pasukan yang lain mungkin akan timbul perbalahan dengan pihak pengurusan. 4. Peranan. Peranan merujuk kepada satu set gelagat dan tugas-tugas di mana seseorang ahli sesebuah pasukan dijangka akan melaksanakan tugas-tugasnya. Di sebabkan ia merupakan ahli pasukan, ia telah diberi tanggungjawab dan autoriti melakukan sesuatu kerja. Setiap ahli akan menjangkakan ahli-ahli lain dalam pasukan akan memainkan peranan masing-masing dengan cekap dan berkesan.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 203 j) Menjelaskan proses pembentukan pasukan yang meliputi; pembentukan (forming), pendebatan/peributan (storming), penyesuaian (norming), pelaksanaan (performing), penanggugan/ pembubaran (adjourning) 5. Keeratan. Keeratan merujuk kepada berapa akrab hubungan atau interaksi diantara ahli-ahli pasukan. Pasukan yang bermotivasi tinggi dan komited kepada matlamat bersama dijangka akan mempunyai keeratan yang kuat. Keeratan menunjukk pasukan kerja tersebut dapat menyumbang kearah pencapaian matlamat bersama. Proses Membina Pasukan 1. Pembentukan(forming) 5. Peringkat permulaan kemasukkan individu ke dalam pasukan. 6. Peringkat ini melibatkan orientasi tugas peringkat awal dan percubaan hubungan antara ahli pasukan. 7. Ahli-ahli pasukan yang baru ditubuhkan dijemput ke satu tempat dan diperkenalkan antara mereka. 8. Mereka kemudiannya akan berkenalan antara satu sama lain dan cuba untuk menyesuaikan diri. 9. Mereka akan mendapatkan maklumat latar belakang ahli-ahli pasukan. 10. Pada masa ini ahli-ahli pasukan masih belum mengenali dengan jelas antara satu dengan yang lain. 2. Pendebatan/ peributan (storming) Peringkat pendebatan ini melibatkan wujudnya konflik tugas dan kaedah mengurus pasukan. Pada masa ini pembentukan pasukan diperingkat emosional. Ketegangan wujud antara ahli-ahli terhadap tugas yang akan dilakukan dan hubungan interpersonal. Ahli-ahli lebih lantang menjelaskan pendapat dan peranan masing-masing. Dalam peringkat ini ahli-ahli masih lagi tidak bersatu dan saling cabar mencabar sebelum pasukan berfungsi. Pada peringkat ini ahli-ahli digalakkan meluahkan perasaan mereka terhadap isu-isu yang yang dipertanggungjawabkan. Pendebatan ini akan berlaku secara berterusan sehinggalah pasukan mengambil kata sepakat dalam menentukan kaedah untuk mencapai matlamat. Dengan ini, ahli-ahli akan dapat lebih memahami antara satu sama lain.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 204 3. Penyesuaian (norming) Peringkat ini melibatkan ahli pasukan telah mengenali ahli lain dengan lebih dekat dan hubungan semakin mesra. Kerjasama antara ahli sedang berlaku dan semakin kuat hubungan mereka dalam mencapai matlamat. Ahli-ahli bersetuju tentang peranan, peraturan dan norma pasukan. Mereka telah mula memainkan peranan masing-masing dan menghindari sebarang konflik yang timbul. 4. Perlaksanaan(performing) Pada peringkat ini, pasukan lebih memfokuskan kepada perlaksanaan tugas yang diberikan kepada mereka. Mereka akan cuba menyelesaikan isu-isu yang telah dibangkitkan dan cuba mencapai matlamat yang ditetapkan. Pasukan pada peringkat ini telah bersatu dan lebih integrasi antara ahli-ahli. Ahli-ahli telah mengenali antara satu dengan yang lain dan saling berkerjasama. Pasukan lebih proaktif serta produktif dan berkesan dalam melaksanakan tugas-tugas mereka. 5. Pembubaran/penangguhan (adjourning) Peringkat ini hanya akan berlaku apabila matlamat bagi menyelesaikan isu yang diketengahkan kepada mereka berjaya. Ahli-ahli pasukan pada peringkat ini akan berasa sedih dan emosional kerana mereka terpaksa berpisah. Maka dengan itu berlakulah proses pembubaran. 5.5.8 Pengurusan Stres k) Mentakrifkan maksud stres dan pengurusan stres Maksud Stres Stres kerja adalah tekanan yang dirasai oleh pekerja apabila menghadapi permintaan, kekangan, ancaman atau peluang yang melampau dan mereka tidak pasti tentang keupayaan mereka melakukan kerja tersebut. Holmes dan Rahe mentakrifkan stres sebagai tindak balas fizikal dan psikologi yang berlaku apabila seseorang individu gagal memenuhi sesuatu tuntutan terhadap diri dalam jangka masa yang singkat.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 205 i)Menjelaskan puncapunca stres; Definisi di atas menerangkan ketegangan boleh wujud apabila ketidakseimbangan berlaku antara tahap kehendak atau permintaan oleh organisasi dengan keupayaan pekerja. Ia boleh memberi kesan kepada psikologi, fisiologi dan gelagat pekerja. Seterusnya akan melibatkan prestasi kerja dan syarikat secara amnya. Oleh itu, seseorang pengurus perlu memahami ketegangan kerja, puncanya dan cara mengatasinya bagi tujuan pencapaian matlamat organisasi dengan berkesan. Punca Stres Kita dapat membahagikan punca-punca masalah tersebut kepada tiga faktor utama iaitu faktor berkaitan dengan pekerjaan, faktor individu atau personal dan faktor luar. Faktor Berkaitan Dengan Pekerjaan. 1. Beban Tugas (Terlalu banyak atau terlalu sedikit tugas) Pekerja adalah manusia yang mempunyai keupayaan yang terhad. Jika ia diberi terlalu banyak tugas atau beban kerja yang banyak maka ia akan merasa tertekan. Pekerja yang diberi tugas orang lain untuk dilakukannya juga berasa tidak adil dan tertekan. Sebaliknya jika tidak ada apa-apa kerja atau terlalu sedikit tugas yang hendak dilakukan oleh pekerja juga akan menyebabkan ketegangan. Tekanan juga akan dirasai oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran dan diarah melakukan tugas yang memerlukan kemahiran. Dalam hal ini, pengurus harus memahami keupayaan pekerja mereka dan beban tugas yang optimum dapat dilaksanakan oleh pekerja. 2. Konflik Peranan Merujuk kepada subordinat bertanggungjawab kepada lebih dari satu peranan. Subordinat menghadapi masalah dalam memilih untuk menjalankan peranan yang lebih utama. Contohnya seorang penyelia akaun diarahkan oleh pengurus menjalankan peranan penyelia pemasaran. Ini akan menimbulkan konflik kepada beliau.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 206 3. Kekaburan Peranan Keadaan ini berlaku apabila pengurus tidak menerangkan dengan jelas akan peranan yang harus dimainkan oleh subordinat. Ini menyebabkan subordinat tidak faham akan tugas dan tanggungjawabnya. Dalam kes ini, pengurus harus menjelaskan peranan yang harus dimainkan oleh subordinat. 4. Gangguan seksual Gangguan ini kerap berlaku kepada pekerja wanita. Bagi mengatasi masalah ini pihak pengurusan syarikat harus menyediakan tempat rujukkan, bantuan dan penasihat kepada pekerja wanita yang diganggu. Faktor Organisasi 1. Pengamalan dasar, prosedur, dan peraturan yang ketat Faktor organisasi berkaitan dengan dasar, peraturan dan prosedur yang terlalu ketat akan menyebabkan tekanan kepada pekerja. Tekanan juga boleh berlaku disebabkan olek struktur organisasi yang terlalu rigid atau tidak luwes. Subordinat menjalankan kerja mereka seperti mesin dan hanya menerima arahan dari ketua sahaja. Pekerja tidak dibenarkan mencadangkan apa-apa. Kesalahan pekerja dihukum dan kejayaan tidak diberi ganjaran. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan ketegangan. 2. Keadaan Tempat kerja Tempat kerja yang terlalu kotor, panas, bising, tidak cukup udara dan cahaya, dan merbahaya akan mewujudkan ketegangan kepada pekerja. Lebih-lebih lagi apabila kesihatan pekerja terjejas. Pengurus harus menitik beratkan perkara ini dan menyediakan tempat kerja yang selesa untuk pekerja.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 207 Faktor Individu Atau Personal 1. Personaliti Sahsiah atau personaliti pekerja adalah berbeza. Ada pekerja yang suka mengambil tanggungjawab, kreatif dan suka bekerja. Sebahagian pekerja pula tidak suka diarah oleh ketua, malas dan tidak kreatif. Dalam hal ini, pengurus harus memberi tugas yang bersesuain dengan pekerja. Rekabentuk kerja yang tepat dengan personaliti pekerja akan mengurangkan ketegangan. 2. Keperluan Kadangkala pekerja mempunyai keperluan tertentu yang mereka harap akan dapat dicapai dengan memberi sumbangan kepada organisasi. mereka akan bekerja kuat jika apa yang dikejar mereka tercapai. Tetapi sekiranya sumbangan mereka tidak dibalas dengan setimpal oleh organisasi mereka akan berasa tidak puashati dan tertekan. 3. Pengalaman Pekerja yang kurang berpengalaman mungkin mudah menghadapi ketegangan kerja. Pekerja yang muda juga mungkin lebih tidak sabar. Pengalaman mengajar pekerja tenang dan sabar dalam menghadapi dugaan dan cabaran kerja. Kadar ketegangan bagi pekerja yang berpengalaman adalah lebih rendah dari pekerja yang baru dan tiada pengalaman. 4. Keupayaan Pekerja yang kurang kemahiran akan lebih tertekan dalam melakukan kerja. Semakin tinggi kemahiran eseorang itu maka pekerja berkenaan dijangka dapat menyerap segala tekanan dalam melakukan pekerjaan.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 208 Faktor luaran Punca ketegangan berkaitan dengan faktor luaran adalah berkaitan dengan persekitaran luar organisasi dan individu. Diantaranya adalah seperti faktor keluarga, ekonomi dan hubungan personal. 1. Faktor Keluarga dan saudara mara Keluarga akan mempengaruhi ketegangan kerja. Umpamanya seorang pekerja yang kematian isteri (suami) boleh menjejaskan aktiviti kerjanya. Begitu juga jika anak atau keluarga pekerja itu sakit, bercerai dan sebagainya boleh meningkatkan tekanan. Oleh itu, sebarang musibah yang berlaku kepada pekerja akan menjejaskan pekerjaannya. 2. Masalah Kewangan Masalah kewangan memberi tekanan kepada pekerja membuatkan seseorang itu tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pekerjaannya. Keadaan ini lebih ketara apabila ekonomi meleset dan harga barang meningkat. Pekerja mempunyai anak dan isteri untuk disara hidup mereka. Jika mereka menghadapi masalah kewangan mereka akan menghadapi ketegangan. 3. Faktor Ekonomi Keadaan ekonomi yang tidak menentu akan mengakibatkan pekerja menghadapi tekanan kerana mereka tidak pasti sama ada boleh kekal bekerja dengan syarikat atau tidak. Apabila syarikat menghadapi masalah prestai maka kemungkinan mereka akan menggunakan strategi pembuangan pekerja untuk mengurangkan kos. Ini akan mengakibatkan pekerja tidak senang dengan kedudukan mereka sebagai pekerja. Mereka akan merasai ketegangan kerja. 4. Hubungan Personal Hubungan peribadi dengan jiran, rakan, masyarakat memainkan peranan dan memberi kesan terhadap prestasi pekerja.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 209 a) menjelaskan kesan stres kepada individu dan organisasi Pekerja yang mempunyai masalah ditempat tinggalnya akan membawa masalah tersebut bersama mereka ke pejabat. Ini akan menyebabkan berlakunya ketegangan di tempat pekerjaan. Kesan Ketegangan/stres Atau Tanda-tanda Ketegangan/ stres a) Kesan Ketegangan Kepada Pekerja/ Individu Apabila pekerja menghadapi ketegangan, Ia akan menunjukkan tanda-tanda atau kesan pada dirinya sendiri. Diantara tanda-tanda atau kesan akibat ketegangan kerja kepeda pekerja adalah seperti berikut: 1. Kesan Fisiologi. Ketegangan boleh menyebabkan kesan fisiologi yang rendah biasa hinggalah mencapai tekanan tinggi kepada pekerja. Antara kesan fisiologi ini adalah seperti masalah atau ganguan tidur, berpeluh, pening, sakit kepala, sakit belakang, sakit perut, rasa hendak muntah, muntah, tekanan darah naik, penat, serangan jantung dan sistem badan tidak berfungsi dengan baik. Sebahagian individu dapat bertahan dengan ketegangan dan mungkin hanya pening, berpeluh, gangguan tidur dan sebagainya. Perkara ini mungkin berlaku pada permulaan ketegangan. Tetapi setelah menghadapinya dalam jangka masa panjang ia akan memberi kesan yang serius menyebabkan tekanan darah tinggi, penat dan serangan jantung. 2. Kesan Psikologi. Apabila ketegangan berlaku kepada pekerja maka ia mungkin akan menunjukkan kesan psikologi. Diantara kesan psikologi yang ditunjukkan adalah seperti berdiam diri /murung, memosi tidak baik, rasa bimbang, marah, meradang, kecewa, sedih dan sebaginya. Perasaan seperti ini akan dibawa bersama dalam pekerjaan. Ini akan mengakibatkan kepuasan kerja dan prestasi kerja terjejas. Jika perasaan ini berlarutan ia akan mengakibatkan masalah kepada organisasi.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 210 3. Kesan Gelagat/ Perlakuan. Ketegangan dapat memberi kessan kepada perlakuan pekerja dalam melaksanakan aktiviti pekerjaan. Ia mungkin melibatkan kesan negatif atau postif kepada prestasi organisasi. Jika terlalu berat tekanan yang ditanggung oleh pekeja kemungkinan pekerja akan meletakkan jawatan, tidak menunjukkan prsetasi yang baik, bergaduh dengan pengurus, merosakkan harta pejabat dan sebagainya. Jika terlalu ringan pula ketegangan maka pekerja mungkin akan ponteng kerja, tidur semasa bekerja, bersembang, tidak bersungguh-sungguh dalam bekerja, lalai dan sebagainya. b) Kesan Ketegangan Kepada Organisasi. Apabila pekerja menghadapi ketegangan, kesannya bukan sahaja ditanggung oleh pekerja berkenaan malah organisasi juga turut terjejas. Diantara tanda-tanda atau kesan yang akan dihadapi oleh organisasi adalah seperti berikut: 1. Moral dan motivasi pekerja berkurangan. Pekerja yang berada dalam ketegangan mungkin tidak dapat menumpukan sepenuhnya terhadap tugas mereka. Mereka tidak dapat memberi sumbangan sepenuhnya dalam melakukan pekerjaan. 2. Bertambahnya kadar lantikhenti. Ketegangan menyebabkan pekerja akan berhenti kerja dan mendapatkan pekerjaan lain. Organisasi akan kerugian jika pekerja yang berhenti itu adalah pekerja yang berkemahiran dan cekap dalam kerja mereka. 3. Bertambahnya kadar ponteng kerja. Dalam keadaan tertekan pekerja mungkin akan ponteng dari hadir ketempat kerja. Pekerja mungkin akan mengambil terlalu banyak cuti biasa atau cuti sakit. Mereka sentiasa mengelakkan diri dari mengambil tanggungjawab.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 211 4. Kerosakkan harta organisasi. Pekerja akan melakukan kerosakkan terhadap harta organisasi seperti mesin, peralatan pejabat, bangunan dan sebagainya. Apabila mereka tertekan mereka akan cuba memuaskan hati dengan merosakkan apa sahaja agar boleh meredakan tekanan kerja. 5. Kemalangan kerja. Ketegangan akan menyebabkan pekerja lalai dan tertekan dan ini akan mengakibatkan berlakunya kemalangan semasa bekerja. . 6. Prestasi akan menurun. Apabila pekerja tertekan sudah tentu mereka tidak dapat menumpukan sepenuhnya terhadap tugas dan tanggungjawab mereka. Dengan itu, produktiviti akan menurun dan akan mengakibatkan organisasi tidak dapat mencapai matlamat yang ditetapkan. c) Hubungan Ketegangan dengan Prestasi Kerja Persoalannya sekarang setakat manakah ketegangan harus diberikan kepada pekerja. Persoalan ini adalah kompleks kerana pekerja itu adalah kompleks. Berlainan pekerja memberi reaksi yang berbeza kepada darjah ketegangan. Walaupun begitu, cadangan telah dibuat oleh ahli-ahli dalam pengurusan ketegangan bahawa pekerja dapat menerima ketegangan yang sederhana. Jika pihak pengurusan memberikan tekanan yang sederhana kepada pekerja mereka dapat menunjukkan prestasi yang optimum. Jika terlalu rendah tekanan maka prestasi adalah rendah. Dalam hal ini pengurus harus meningkatkan tekanan sehinggalah sampai ketahap yang optimum. Jika diteruskan tekanan selepas ini maka prestasi pekerja akan menurun.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 212 n) Menjelaskan kaedah menguruskan kesan stres oleh individu dan organisasi. Kaedah atau Pendekatan Mengurus Ketegangan/ stres a) Pendekatan Organisasi Berlainan pekerja berlainan pendekatan yang boleh digunakan. Pengurus boleh memilih cara-cara yang sesuai dengan pekerja dan persekitaran mereka dalam menguruskan ketegangan. Teknik pengurusan ketegangan oeleh organisasi. 1. Pemilihan dan penempatan pekerja. Pihak pengurusan harus menggunakan kaedah pemilihan pekerja yang disyorkan agar dapat memilih pekerja yang benar-benar berkeupayaan dan sesuai dalam menjalankan kerja mereka. Pastikan pekerja diberi tugas yang sesuai dengan kemahiran dan pengalaman mereka. Jika pekerja yang tidak berkemahiran diberi tugas baru maka pekerja berkenaan perlu diberi latihan. Ini bagi membolehkan mereka menjalankan tugas mereka dengan mudah dan tanpa ketegangan. 2. Program pembangunan kerohanian dan mental Pihak pengurusan boleh memberi latihan pembangunan diri kepada pekerja seperti kuliah ugama, kemah ibadat, meditasi, dan perkara-perkara yang berkaitan. Mengingatkan pekerja agar selalu sabar, tabah, tenang dan relaks dalam menjalankan tugas dapat membantu mengurangkan ketegangan. Pekerja juga perlu diberi ilmu bukan sahaja untuk keperluan pekerjaan sahaja malah juga untuk pembangunan mental mereka. Pengurusan dapat mengadakan kursus pembangunan diri, etika, motivasi dan sebagainya. Disamping itu organisasi boleh juga menyediakan ruangan membaca ataupun perpustkaan kecil untuk memberi peluang kepada pekerja menambah pengetahuan mereka. 3. Program pembangunan fizikal dan sosial Program pembangunan fizikal seperti bersukan, riadah, senaman, hari keluarga dan sebagainya boleh dianjurkan oleh organisasi.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 213 Bersukan umpamanya boleh memberi ruang kepada pekerja melupakan masalah dan ketegangan. Disamping itu bersukan juga dapat memberi peluang kepada pekerja berinteraksi dan bersosial dikalangan pekerja. Riadah dan senaman juga boleh melapangkan fikiran pekerja. Organisasi dalam hal ini dinasihati menyediakan tempat bersukan seperti padang atau gimnisium. Pekerja boleh menggunakan tempat-tempat ini untuk senaman dan bersukan. Aktiviti-aktiviti tersebut dapat mengurangkan tekanan kepada pekerja dan dapat meningkatkan tahap kesihatan pekerja. 4. Sistem mentor dan kaunseling Pekerja akan menghadapi berbagai masalah sama ada masalah kerja, hubungan sosial atau masalah peribadi. Sistem mentor boleh membantu pekerja dalam soal pekerjaan. Pekerja boleh merujuk kepada mentor mereka jika mereka menghadapi masalah dalam pekerjaan. Sebaliknya jika mereka menghadapi masalah hubungan, kerjaya dan personal maka mereka boleh mendapat nasihat dari unit kaunseling. Penasihat dari unit ini harus terlatih dan mahir. Dengan meluahkan perasaan mereka kepada pihak tertentu pekerja dijangka dapat mengurangkan ketegangan kerja yang mereka hadapi. 5. Persekitaran kerja Keadaan kerja yang kotor, bising, gelap, panas dan tidak menyihatkan akan membuat pekerja tidak bermotivasi dan tertekan. Lebih-lebih lagi apabila suasana kerja yang boleh mendatangkan penyakit. Oleh itu, pihak pengurusan harus menyediakan suasana tempat kerja yang sesuai kepada pekerja kerana pekerja adalah manusia yang memerlukan keselesaan. Ketegangan kerja dapat dikurangkan jika pekerja bertugas di dalam persekitaran yang kondusif. 6. Iklim organisasi dan rekabentuk organisasi Iklim organisasi berhubung struktur organisasi, jika struktur terlalu rigid akan menyebabkan pekerja rasa tertekan. Umpamanya, jika peraturan atau prosedur terlalu ketat boleh mengakibatkan pekerja tertekan.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 214 Selain dari itu, ketua terlalu autokratik, komunikasi tertutup, teknik motivasi negatif yang digunakan oleh ketua akan memberi kesan yang negatif kepada pekerja. Untuk mengatasi masalah ini, pihak pengurusan harus merekabentuk struktur organisasi agar lebih fleksibel atau luwes. Jelaskan peranan pekerja dan hindari dari berlakunya pertindihan peranan. 7. Program sokongan keluarga Program sokongan keluarga seperti menyediakan pusat asuhan kanak-kanak dapat membantu pekerja meringankan masalah keluarga mereka. Dengan adanya program ini akan memudahkan terutama ibu-ibu menghantar anak mereka dipusat penjagaan kanak-kanak yang disediakan oleh syarikat. Dengan ini, mereka dapat menumpukan kepada kerja mereka. Disamping itu, pihak pengurusan juga boleh mewujudkan waktu kerja anjal kepada pekerja. Mungkin bagi sesetengah kerja sesuai dan kerja yang lain pula kerang sesuai. Dalam hal ini pekerja dapat menyesuaikan waktu kerja mengikut keperluan mereka. Organisasi juga boleh menyediakan tempat tinggal, pengankutan ke pejabat, tempat letak kereta dan lain-lain faedah kepada pekerja. b) Pendekatan Individu Pengurusan ketegangan tidak sahaja menjadi tanggungjawab organisasi. Pekerja seharusnya lebih bertanggungjawab dalam soal ini. Kesan ketegangan kerja bukan sahaja melibatkan prestasi organisasi malah kesihatan pekerja juga. Teknik boleh diamalkan oleh pekerja. 1. Pengurusan masa Pekerja harus dilatih menggunakan masa dengan betul dalam melakukan kerja mereka. Kegagalan mereka menggunkan masa akan menyebabkan mereka tertekan. Sebahagian pekerja menantikan saat-saat terakhir untuk menyiapkan kerja mereka. Ini akan menyebabkan kerja tersebut kurang berkualiti dan mereka akan berasa tertekan.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 215 Dalam hal ini, penjadualan kerja boleh dilakukan oleh pekerja atau penyelia dan wujudkan sistem pemantauan agar kerja dapat disiapkan dalam waktunya. Dengan pengurusan masa yang cekap oleh pekerja dapat mengurangkan kertegangan. 2. Amalan permakanan Amalan permakanan yang tidak sihat akan memberi kesan kepada diri pekerja. Apabila pekerja kurang sihat mereka bukan sahaja menjejaskan produktiviti organisasi malah melemah diri mereka secara perlahan. Pekerja perlu diberi pengetahuan tentang amalan permakanan yang sihat. Pekerja yang sihat akan memberi sumbanagan kepada organisasi yang sihat. Kesihatan pekerja ada kaitannya dengan prestasi kerja mereka. 3. Amalan kerohanian Ibadat sama ada ibadat khusus seperti sembahyang, puasa, dan zakat dapat memberi ketenangan kepada pekerja. Selain dari itu, ibadat umum seperti sedekah, berzikir, beruzlah, mencari ilmu ugama dapat meringankan ketegangan kerja dan memberi ketenangan jiwa. Dalam hal ini, meditasi mungkin sesuai bagi pekerja bukan Islam. 4. Pembangunan mental Pekerja perlu membangunkan minda agar dapat menghadapi sebarang gangguan. Oleh itu, meningkatkan pengetahuan dan pengalaman boleh mempertajamkan minda dan memberi ketahanan minda. Melakukan aktiviti yang mencabar juga dapat melatih ketahanan minda. Sebahagian dari masalah ketegangan adalah berpunca dari minda yang lemah. Jika pekerja dapat menguatkan minda mereka maka mereka dapat mengurangkan ketegangan pada diri mereka.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 216 5. Pembangunan fizikal Ketegangan dapat di kurangkan jika badan pekerja sihat. Badan yang sihat juga dapat melawan penyakit seperti selsema, pening, jantung dan sebaginya. Individu mesti mengambil initiatif dengan bersukan, senaman dan riadah agar fizikal mereka kuat dan sihat untuk bekerja. Badan yang sihat juga mewujudkan ketahanan pada minda. 6.6 Pengawalan 6.6.1 Jenis kawalan a) Mentakrifkan maksud pengawalan dan menjelaskan kepentingannya; Maksud pengawalan. Pengawalan adalah proses mengukur kemajuan perlaksanaan atau pencapaian sesuatu rancangan dan mengambil tindakan pembetulan jika ianya menyimpang dari rancangan asal atau standard. Dalam definisi di atas terdapat beberapa perkara utama dalam aktiviti pengawalan iaitu rancangan, mengukur prestasi, membandingkan prestasi dengan stadard dan membuat tindakan pembetulan. Ia merupakan satu proses yang berterusan dan melibatkan seluruh warga organisasi. Kepentingan pengawalan 1. Memastikan agar perlaksanaan mengikut perancangan dan matlamat organisasi dapat dicapai. 2. Membantu pengurus dalam meramal, mengesan dan mengambil tindakan terhadap sebarang perubahan dalam persekitaran. Contoh: perubahan ekonomi, teknologi, cita rasa pengguna, peraturan kerajaan dan sebagainya. 3. Mengesan kesilapan-kesilapan kecil dalam organisasi seperti penigkatan kos operasi, kerosakkan produk, pekerja berhenti, rungutan pelanggan dan sebagainya. 4. Dapat mengurangkan kos buruh, mengurangkan kerosakkan dan meningkatkan produktiviti. Dengan membuat pengawalan segera dan menyeluruh, syarikat dapat mengesan kesilapan dan kerosakkan dan dapat mengambil tindakan pembetulan dengan segera. 5. Mengesan peluang-peluang yang berlaku dalam persekitaran seperti perubahan harga bahan mentah, perubahan tren populasi, pasaran baru dan sebagainya. 6. Memastikan agar warga organisasi melakukan pekerjaan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 217 b) Membincangkan jenis kawalan dalaman (audit dalaman, dasar organisasi, dan prosedur kerja) dan luaran (audit luar, peraturan, dan undangundang); Jenis kawalan 1. Kawalan Dalaman a. Audit Dalaman Merujuk kepada kerja-kerja pengauditan yang dilakukan oleh juruaudit dalam organisasi untuk kegunaan dalaman organisasi. Peranan: Menilai pengendalian akaun dalaman dan aktiviti penyimpanan stok. Bagi memastikan pematuhan terhadap prosedur atau tatacara kawalan diikuti dalam organisasi. Menentukan kebolehpercayaan amalan perakaunan dan menilai mutu prestasi pengurusan. Menyediakan laporan audit dalaman untuk pengesahan audit luar. b. Dasar Organisasi Merujuk kepada garis panduan yang digunakan oleh sekumpulan pekerja yang berada dalam sesebuah organisasi untuk melakukan aktiviti-aktiviti organisasi secara sistematik, efektif dan efesien agar matlamat organisasi dapat dicapai dengan berkesan. Peranan: Untuk memastikan dasar dipatuhi agar visi, misi dan objektif organisasi dapat dicapai. Memastikan pematuhan terhadap dasar supaya aktiviti berada dalam landasan yang betul. Sebagai rujukan kepada pekerja berkaitan kedudukan mereka dalam organisasi melalui carta organisasi. Memastikan supaya setiap dasar organisasi adalah sama dengan dasar yang terdapat pada setiap subsistem dalam sesebuah organisasi. c. Prosedur Kerja Merujuk kepada tata cara yang perlu dilakukan oleh pekerja dalam membuat aktiviti seperti membuat keputusan dan tindakan. Peranan: Pekerja mesti mematuhi prosedur kerja supaya aktiviti kerja dapat dijalankan dengan sistematik dan


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 218 dapat menghasilkan proses kerja yang seragam. Setiap unit atau bahagian perlu mempunyai prosedur kerja yang seragam supaya dapat menyokong dasar organisasi. 2. Kawalan Luaran a. Audit Luar Merujuk kepada kerja-kerja audit yang dilakukan oleh juruaudit profesional atau akauntan bertauliah yang dibayar oleh organisasi secara kontrak. Peranan: Menyemak dan menilai audit yang dilakukan oleh audit dalaman bagi memastikan kerja audit dipatuhi. Memastikan pematuhan organisasi dalam tatacara pengawalan luaran organisasi. Berperanan sebagai penyemak semula kerja-kerja audit yang dilakukan oleh juru audit dalaman. Memastikan kebolehpercayaan perakauanan dan menilai mutu prestasi perniagaan. Melaporkan kerja-kerja audit kepada pihak pengurusan atasan. Memperakukan audit perakaunan untuk kegunaan pihak ketiga, seperti kerajaan untuk tujuan pentaksiran percukaian. b. Peraturan Merujuk kepada satu set undang-undang kecil yang terdapat dalam sesebuah organisasi bertujuan menentukan keharmonian, ketenteraman dan memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang didalam sesebuah organisasi. Peranan: Akan mengikat ahli-ahli dalam organisasi mematuhinya Membentuk sikap atau disiplin yang positif dalam kalangan ahli organisasi. Menentukan hukuman yang setimpal untuk setiap ahli dalam organisasi yang tidak patuh terhadap peraturan yang telah ditetapkan. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam setiap kalangan ahli sesebuah organisasi.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 219 c. Undang-Undang Merujuk kepada peraturan-peraturan yang termaktub yang telah dibentuk dan ditetapkan oleh sekumpulan masyarakat untuk mengawal kelakuan anggota masyarakat itu sendiri. Contohnya undang-undang perkongsian, undang-undang syarikat, undang-undang alam sekitar. Peranan; Satu garis panduan yang dicipta khas untuk dipatuhi oleh semua golongan yang mendiami sesuatu kawasan. Memastikan agar organisasi mematuhi undang-undang untuk kepentingan masyarakat keseluruhan 6.6.2 Proses kawalan c) Menjelaskan proses kawalan iaitu menetapkan standard, mengukur pencapaian, membandingkan pencapaian dengan standard, dan membuat langkah pembetulan; Proses Kawalan 1. Menetapkan Standard Standard merujuk kepada tahap prestasi yang diharapkan untuk sesuatu matlamat. Standard boleh jadi dalam standard input atau standard output. Standard input merujuk kepada prestasi kerja individu. Manakala standard output adalah merujuk kepada standard kuantiti, kualiti, kos, atau masa. Contoh, syarikat ABI merancang untuk menjual 2 juta produk setahun dan dijual dengan harga RM 10 seunit. Syarikat berharap untuk mendapat hasil sebanyak RM 20 juta (objektif). 2. Mengukur Pencapaian Mengukur pencapaian adalah untuk mengukur prestasi sebenar perlaksanaan perancangan. Tujuan pengukuran adalah untuk mengukur dengan tepat prestasi hasil atau standard output yang dihasilkan dan prestasi pekerja. Contohnya, hasil jualan syarikat ABI adalah mencapai RM 18 juta dengan jualan sebanyak 2 juta produk. Ini menunjukkan matlamat untuk menjual output sebanyak 2 juta unit tercapai. Tetapi, syarikat hanya mendapat hasil jualan sebanyak RM 18 juta iaitu RM 2 juta dibawah target yang hendak dicapai. 3. Membandingkan Pencapaian Dengan Standard Langkah ketiga adalah membandingkan prestasi sebenar yang telah diukur dengan standard yang telah dirancang.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 220 Contohnya, dalam kes di atas syarikat ABI telah berjaya menjual sebanyak 2 juta produk seperti yang dirancangkan dalam setahun. Walau bagaimanapun syarikat gagal mencapai hasil jualan seperti yang diharapkan iaitu RM 20 juta. Syarikat hanya mencapai 18 juta kurang RM 2 juta dari matlamat. Pihak pengurusan terpaksa mencari sebab untuk tindakan pembetulan. Perkara yang nyata di sini kemungkinan sebahagian output di jual denga harga kurang dari RM 10 seunit. Kenapa ini berlaku? Kenapa harga dikurangkan? Bagaimana dengan kualiti produk? Bagaimana pula dengan promosi? Persaingan? Masa? dan sebagainya. Pengurus dalam hal ini perlu mencari jawapan dan cuba menyediakan alternatif penyelesaian masalah untuk operasi tahun depan. 4. Membuat Langkah Pembetulan Langkah yang terakhir yang perlu dibuat oleh pengurus adalah mengambil tindakan pembetulan dengan segera kerana pencapaian tidak menyamai standard. Syarikat ABI gagal mencapai matlamat jualan sebanayk RM 20 juta. Kekurangan RM 2 juta perlu disiasat dengan teliti untuk pembetulan. Kemungkinan produk syarikat kurang berkualiti menyebabkan mereka terpaksa menurunkan harga seunit output. Mungkin juga persaingan yang begitu sengit atau promosi yang dijalankan kurang berkesan. Selepas tindakan pembetulan maka langkah seterusnya adalah kembali ke langkah pertama dan seterusnya ia akan berulang-ulang. 6.6.3 Kaedah kawalan d) Membincangkan kaedah kawalan iaitu awalan, semasa, dan selepas; Kaedah kawalan 1. Awalan Kawalan awalan dibuat sebelum sesuatu aktiviti pengeluaran dilaksanakan. Ia mungkin melibatkan dasar, prosedur atau peraturan. Biasanya ia berkaitan dengan input sama ada dari segi proses mendapatkan input atau kualiti input yang dikehendaki. Contohnya, pengurus pembelian hendaklah memastikan bahan mentah yang dibeli adalah berkualiti. Organisasi mungkin akan menggubal dasar atau peraturan pembelian agar ia menjadi panduan kepada pengurus pembelian.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 221 2. Semasa Kawalan semasa dilakukan semasa sesuatu kerja atau proses pengeluaran berjalan. Pembetulan akan dibuat apabila didapati kerja yang dilakukan tidak betul atau kualiti produk dalam proses pengeluaran tidak mengikut piawai. Setiap peringkat proses pengeluaran harus diselia dan dipantau agar sebarang penyimpangan atau kesilapan dapat dibetulkan dengan cepat. 3. Selepas Kawalan selepas atau maklum balas melibatkan penilaian sesuatu kerja atau produk yang telah siap. Contohnya, apabila produk telah siap, pihak kawalan kualiti akan memeriksa produk berkenaan sama ada ia mengikut piawai yang telah ditetapkan ataupun tidak. Jika tidak mencapai standard produk mungkin tidak akan dipasarkan di pasaran, produk yang mencapai standard akan di pasarkan. 6.6.4 Alat-alat kawalan e) Menggunakan alatalat kawalan termasuk analisis titik pulang modal, bajet, carta Gantt, dan analisis Teknik Menilai dan Menyemak Program (Programme Evaluation and Review Technique [PERT]), Cara Laluan Genting (Critical Path Alat-alat kawalan. 1. Analisis Pulang Modal Analisis pulang modal adalah satu teknik untuk menentukan satu titik dimana jumlah hasil cukup untuk membayar jumlah kos. Dalam pengiraan titik pulang modal, seseorang pengurus haruslah menentukan jumlah bilangan output yang akan dijual yang boleh membayar jumlah kos yang terlibat dalam pengeluaran ouput tersebut. Untung boleh disasarkan bergantung kepada harga seunit output dan bilanagn yang akan dijual. Sebelum membuat perkiraan titik pulang modal beberapa terma yang berkaitan dengan kos harus diketahui. Untung kasar (u) adalah wang yang tinggal setelah ditolak semua kos atau belanja dan sebelum pembayaran cukai. Jumlah kos (jk) adalah kos-kos yang dibayar oleh syarikat dalam mengeluarkan dan memasarkan sesuatu barang. Ia adalah jumlah kos tetap dicampur jumlah kos berubah (kt + kb). Kos tetap (kt) adalah jumlah belanja yang dikeluarkan oleh syarikat yang tidak berubah sama ada produk dikeluarkan atau tidak seperti gaji pengurus, sewa bangunan, mesin dan sebagainya.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 222 Method [CPM]). Kos berubah (kb) adalah jumlah semua belanja yang berubah mengikut perubahan jumlah pengeluaran seperti kos bahan mentah dan sebagainya. Formula untuk mengira titik pulang modal (TPM) adalah: Kos Tetap . Harga Seunit – Kos Berubah Seunit Contoh sebuah syarikat yang mengeluarkan sos. Kos tetap syarikat sebanyak RM 2000.00 Harga sebotol sos adalah RM 2.00 dan kos berubah sebotol adalah RM 1.00. Maka titik pulang modal syarikat berkenaan adalah: Titik pulang modal: 2000 = 2000 botol 2 – 1 Margin keuntungan seunit: RM 2.00 – RM 1.00 = RM 1.00 Analisisnya, syarikat harus mengeluar dan menjual sebanyak 2000 botol sos dan menjualnya dengan harga RM 2.00 sebotol untuk mendapat pulangan modal. Jika syarikat menjual lebih daripada 2000 botol sos, barulah syarikat akan mendapat keuntungan. Syarikat akan kerugian jika menjual produk kurang daripada 2000 botol dalam sesuatu tempoh tertentu. Contohnya, syarikat akan kerugian RM1000 jika kita menjual hanya 1000 botol sos. Sebaliknya jika syarikat menjual 6000 botol sos keuntungan sebanyak RM4000 akan didapati.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 223 Jadual di bawah menunjukkan analisis pulang modal bagi syarikat menjual sos. Kuantiti Jualan (KJ) Harga Seunit (H) Jumlah Hasil (JH) Kos Berubah Seunit (KB) Jumlah Kos Berubah (JKB) Kos Tetap (KT) (JKB+KT) Jumlah Kos (JK) Untung (JH – JK) 0 2 0 1 0 2000 0 -2000 1000 2 2000 1 1000 2000 2000 -1000 2000 2 4000 1 2000 2000 4000 0 3000 2 6000 1 3000 2000 6000 1000 4000 2 8000 1 4000 2000 8000 2000 5000 2 10000 1 5000 2000 10000 3000 6000 2 12000 1 6000 2000 12000 4000 Jadual : Analisis Pulang Modal


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 224 Jumlah kos Dan Jumlah Hasil 1000 0 9000 8000 7000 6000 5000 4000 3000 2000 Kos Tetap 1000 0 0 1000 2000 3000 4000 5000 Unit Jualan Graf : Titik Pulang Modal Rugi Untung Jumlah Kos Jumlah Hasil Titik Pulangan Modal


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 225 2. Belanjawan / Bajet Belanjawan atau bajet adalah merujuk kepada rancangan terperinci yang dinyatakan dalam bentuk nilai kewangan. Ia merupakan ramalan atau jangkaan hasil, belanja dan perbelanjaan modal. Belanjawan terhadap sumber-sumber organisasi adalah seperti gaji, upah, kos bahan, pengangkutan, overhed dan sebaginya. Bajet dibentuk mengikut tempoh masa tertentu seperti bualanan dan tahunan. Bajet terdapat dalam berbagai jenis seperti belanjawan hasil, perbelanjaan, projek, tunai dan program. Jenis-jenis belanjawan 1. Belanjawan tunai Merujuk kepada ramalan aliran tunai yang diperlukan oleh syarikat untuk membayar perbelanjaan dan yang perlu ada pada syarikat. Ia biasanya dibentuk mengikut mingguan, bulanan atau tahunan. Belanjawan tunai meramalkan belanjawan dan hasil syarikat. Ia menjadi panduan penting kepada pengurus bagi menjangkakan jumlah pinjaman yang syarikat perlukan, bayaran hutang, perbelanjaan, dan pelaburan jangka pendek. Ia juga dapat memberitahu syariakat berkenaan dengan kedudukan tunai syarikat sama ada lebihan atau kurangan. 2. Belanjawan modal Merupakan ramalan berkaitan dengan pelaburan terhadap pembelian aset seperti tanah, bangunan, mesin dan peralatan utama syarikat. Ia dapat menggambarkan kepada pengurus bahawa syarikat mempunyai tunai yang cukup atau tidak untuk membeli aset-aset tertentu. 3. Belanjawan operasi Merujuk kepada ramalan peruntukkan kewangan untuk berbagai perbelanjaan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti perniagaan dalam jangkamasa tertentu.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 226 Perbelanjaan ini melibatkan keperluan kewangan bagi syarikat membelanjakan untuk perjalanan, sewaan, bahan mentah, pengiklanan, gaji dan sebagainya. 4. Belanjawan hasil Meramalkan hasil jualan produk yang dijangka akan dijual dalam satu tempoh masa. Pengurus dalam hal ini akan menjangkakan kuantiti jualan output dan harga seunit output tersebut. Dengan mendarabkan bilangan output yang akan dijual dengan harga jualan seunit output maka pengurus dapat menjangkakan hasil jualan. 3. Carta Gantt Carta Gantt adalah merupakan satu penjadualan rancangan berbentuk graf mendatar menunjukkan aktiviti-aktiviti mengikut susunan untuk disiapkan berdasarkan masa yang ditetapkan. Carta ini dapat mengesan aktiviti projek dari ia dimulakan hingga projek itu tamat. Ia amat sesuai bagi sesuatu projek yang mempunyai aktiviti yang berurutan. Pengurus juga dapat mengesan aktiviti yang menyebabkan kelewatan sesuatu projek dan boleh mengambil tindakan pembetulan dengan segera. Ia amat berguna untuk kawalan sesuatu projek. Carta ini juga dikenali sebagai carta bar yang berbentuk mendatar. Carta ini diwakili oleh masa pada paksi x dan aktiviti pada paksi y. Untuk membentuk carta ini kita mesti mengetahui aktivi-aktivit pekerjaan yang kita akan lakukan dan masa yang diperlukan untk menyiapkan aktiviti-aktiviti tersebut. Contoh adalah seperti dalam pembinaan rumah. Bil Aktiviti Tempoh Masa 1 Penyediaan tapak 1 ½ bulan 2 Menyediakan kerangka rumah 2 ½ bulan 3 Mengikat bata dinding rumah 2 bulan 4 Bumbung 1 bulan 5 Kerja-kerja pendawaian letrik dan paip air 1 bulan


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 227 6 Memplaster dinding 1 bulan 7 Memasang pintu/tingkap ½ bulan 8 Memasang jubin, alat letrik dan bilik air 1 bulan 9 Mengecat rumah ½ bulan Jadual menunjukkan aktiviti pembinaan rumah Aktiviti Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1. Penyedian tapak 2.Menyediakan kerangka rumah 3. Mengikat bata dinding rumah 4. Bumbung 5. Kerja-kerja letrik dan paip air 6. Memplaster dinding 7. Memasang pintu/tingkap 8.Memasang jubin, alat letrik, ,paip 9. Mengecat rumah 10. Rumah Siap Contoh Carta Gantt Bagi Pembianaan Rumah Carta Gantt ini dapat digunakan bagi mengawal proses kemajuan dalam membina rumah tersebut.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 228 4. Analisis PERT/CPM Analisis Teknik Menilai dan Menyemak Program atau PERT adalah satu teknik penjadualan projek yang mengandungi urutan aktiviti-aktiviti yang sebahagiannya berkaitan antara satu dengan lain. PERT ini biasanya digunakan dalam projek pembinaan, pembangunan produk, perkilangan, dan lainlain bidang yang berkaitan. Seseorang pengurus projek yang menggunakan PERT ini harus hendaklah memikirkan apa yang harus dilakukan, menentukan peristiwa yang berurutan dan berkaitan, dan menentukan masalah yang akan wujud. Cara laluan genting atau CPM adalah merujuk kepada laluan yang terpanjang penggunaan masa melalui aktiviti dan peristiwa yang berurutan dalam rangkaian PERT. CPM digunakan dalam industri pembuatan, pembinaan bagi mengetahui masa aktiviti sesuatu projek dilaksanakan dengan tepat mengikut tempoh masa tertentu. CPM dapat membantu pengurus mengenalpasti aktiviti yang kritikal yang perlu diberi perhatian agar projek yang dirancang dapat dihabiskan mengikut masa yang ditetapkan. PERT dan CPM merupakan alat perancangan dan pengawalan kepada aktiviti perancangan agar ianya dapat dijalankan mengikut masa yang ditetapkan. Sebarang masaalah yang dikesan juga dapat diambil tindakan pembetulan dengan cepat. Untuk menyediakan CPM kita harus memahami PERT dulu. Untuk membina PERT kita harus mengetahui tiga perkara utama ia itu peristiwa, aktiviti dan laluan genting. Peristiwa adalah merupakan titik akhir menunjukkan sesuatu aktiviti itu siap. Aktiviti pula adalah melibatkan masa atau sumber yang diperlukan untuk menyiapkan satu peristiwa kepada peristiwa seterusnya. Laluan genting pula merujuk kepada CPM.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 229 Peristiwa Aktiviti Aktiviti Peristiwa Aktiviti awal Tempoh (hari) A Membersih kawasan dan merata tapak - 1 B Membina tiang A 2 C Mengkonkrit lantai A 3 D Membuat rangka bumbung B 5 E Memasang zing (atap) pada bumbung C,D 4 Jadual menunjukkan aktiviti dan masa yang diperlukan bagi setiap aktiviti. Rajah menunjukkan PERT dan CPM. B: 2 Hari D: 5 Hari A: 1 Hari C: 3 Hari E: 4 Hari


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 230 Terdapat dua laluan dalam projek di atas. Pertama laluan ACE yang mengambil masa 8 hari. Laluan kedua ialah ABDE yang memakan masa 12 hari. Jadi masa yang terpanjang adalah merupakan laluan genting iaitu laluan kedua yakni ABDE. Kesimpulannya, untuk menyiapkan gerai tersebut anda memerlukan minimum 12 hari berdasarkan keupayaan anda. Kelewatan sesuatu aktiviti akan menyebabkan projek akan memakan masa lebih dari 12 hari.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 231 Contoh Soalan. 1. Jelaskan bagaimana pemimpin tidak formal boleh mempengaruhi keberkesanan organisasi. [5] Cadangan Jawapan Pemimpin tidak formal boleh mempengaruhi keberkesanan organisasi dengan : 1. Membantu pemimpin formal menyelesaikan masalah / konflik antara pekerja dengan pekerja /pekerja dengan majikan. 2. Menjadi wakil kepada pekerja-pekerja. 3. Memberi nasihat dan bimbingan kepada pekerja-pekerja lain. 4. Membantu meningkatkan semangat kerjasama antara pekerja/ahli kumpulan kerjanya. 5. Meningkatkan produktiviti melalui motivasi pekerja. 2. Huraikan empat kesan terhadap syarikat jika pekerja mengalami tekanan (stress) yang berlebihan. [4] Cadangan Jawapan Empat kesan terhadap syarikat jika pekerja mengalami tekanan (stress) yang berlebihan: 1. Prestasi pekerja menurun menyebabkan penurunan produktiviti syarikat. 2. Kerosakan akan berlaku pada bahan/input menyebabkan kualiti output dihasilkan rendah. 3. Pekerja akan berkelakuan agresif menyebabkan kerosakan harta benda syarikat 4. Pekerja tidak datang ke pejabat/ponteng kerja/cuti sakit mengakibatkan kerja tidak siap/produk tidak dapat dihasilkan pada masa yang ditetapkan. 5. Kadar lantikhenti tinggi menyebabkan syarikat menanggung kos pengurusan sumber manusia yang tinggi. 6. Hubungan interpersonal terganggu memberi kesan kepada iklim syarikat yang tidak baik. 7. Pekerja yang sakit/kemalangan disebabkan tekanan kerja akan menyebabkan kos penjagaan kesihatan kesihatan bertambah.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 232 3. Nyatakan ciri-ciri gaya kepemimpinan autokratik dan bincangkan kesesuaian gaya kepemimpinan ini terhadap pekerja yang bercirikan teori X. [6] Cadangan Jawapan Ciri-ciri Gaya kepimpinan autokratik ialah : - Semua keputusan dibuat oleh pengurus - pengurus mengarah pekerja - pandangan pekerja tidak diambil kira Gaya kepimpinan ini sesuai digunakan untuk pekerja Teori X kerana : - pekerja ini adalah berciri mengelak diri dari membuat kerja atau mengelak dari menerima tanggung jawab - tidak suka bekerja / tidak berminat / malas /tidak bermotivasi - pekerja yang berpengetahuan rendah dan rendah kemahiran - perlu diarah untuk bekerja / tidak suka memimpin 4. Huraikan lima kepentingan pembinaan pasukan bagi sesebuah organisasi. Cadangan Jawapan Lima kepentingan pembinaan pasukan bagi sesebuah organisasi ialah: 1. Organisasi boleh mendapat banyak idea untuk tujuan inovasi. 2. Bertanggungjawab menyempurnakan dan mengawal aktiviti kerja secara bersama/komitmen 3. Ahli dapat belajar kemahiran baru membantu organisasi dalam melatih pekerja. 4. Meningkatkan keharmonian dalam organisasi dan membantu sosialisasi dan pembudayaan ahli baru 5. Pekerja bermotivasi untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi organisasi. 6. Tugas tidak dapat dilakukan oleh individu seorang diri/ Kerja secara berpasukan. 7. Kerjasama mewujudkan semangat kerja antara ahli kumpulan.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 233 5. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perkaitan antara kaedah kawalan dengan peringkat dalam proses pengeluaran. [20] Gambar rajah proses pengeluaran Kawalan awalan Pengawalan ke atas input seperti tenaga kerja, bahan mentah, kaedah dan mesin. Dijalankan sebelum aktiviti pengeluaran bermula. Kawalan dibuat untuk mengelakkan pemesongan; memastikan pengeluaran mengikut spesifikasi. Kawalan semasa Pengawalan pada peringkat proses penukaran input kepada output. Memasang, mencantum, menggred, mengawet, mengadun. Kawalan dibuat untuk menyisih barang cacat daripada proses. Kawalan selepas Pengawalan dibuat setelah aktiviti pengeluaran tamat/setelah output dikeluarkan /kawalan ke atas output Menyemak output, membanding output dengan standard membuat pembetulan/pembaikan terhadap produk/proses. Kawalan ini dibuat untukt pembaikan / pembetulan terhadap proses Kawalan awalan Kawalan semasa Kawalan selepas - buruh - mesin - bahan mentah - tayar - proses pemasangan kereta output kereta INPUT PROSES TRANSFORMAS I OUTPUT


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 234 TAJUK HASIL PEMBELAJARAN RUJUKAN HURAIAN 7.0 ASPEK PERUNDANGAN PERNIAGAAN 7.1 Undang-Undang Kontrak a) Mentakrifkan Akta Kontrak 1950(termasuk pindaan) Maksud Kontrak Akta Kontrak 1950 Seksyen 2 (h) suatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah satu kontrak. Sesuatu perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak untuk sesuatu balasan yang sah dan dengan tujuan yang sah Contoh – Ahmad bercadang untuk menjual kereta miliknya kepada Azli dengan harga RM40,000. Azli pula bersetuju untuk membeli dan membayar harga kereta tersebut kepada Ahmad. Oleh itu telah wujud kontrak antara Ahmad dan Azli. b) Menjelaskan elemeneleman Kontrak iaitu; Tawaran Penerimaan Balasan Niat Ketentuan Keupayaan Elemen-Elemen Kontrak. 1. Tawaran. Seksyen 2(a) Akta Kontrak 1950, tawaran ditakrifkan “apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada seorang lain untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu dengan maksud memperoleh persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri daripada berbuat seseorang itu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan”. Salleh Abas, H.M.P mengemukakan bahawa tawaran ialah “satu tanda kesediaan pembuat tawaran untuk menjalin satu kontrak yang sah dan mengikat di sisi undang-undang. Terma-termanya sama ada secara nyata ataupun termaklum hendaklah menunjukkan bahawa ia akan menjadi mengikat sebaik sahaja diterima oleh pembuat tawaran” Tawaran atau cadangan adalah satu janji yang telah dibuat oleh pembuat tawaran kepada penerima tawaran dengan niat untuk mengujudkan hubungan yang mengikat disisi undang-undang apabila janji itu diterima oleh penerima tawaran.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 235 Shaik Mohd. Noor Alam S.M. Hussain, (2002) Akta Kontrak 1950 (ILBS) Contohnya, A membuat tawaran untuk menjual mesin jahit jenama Singer dengan harga RM 400 kepada B. Dengan itu A telah membuat satu janji dengan niat untuk terikat di sisi undang-undang sekiranya B bersetuju menerima tawaran itu. Syarat Membuat Tawaran/ elemen penting Tawaran mesti jelas, lengkap dan muktamad iaitu perkara yang berkaitan dengan barang, tujuan, nilai dan tempoh masa Tawaran perlu dibuat kepada pihak tertentu iaitu kepada individu tertentu atau sekumpulan orang. Tawaran perlu dibezakan daripada pelawaan tawaran iaitu pelawaan tawaran ialah satu pernyataan bahawa seseorang ingin membuat perundingan tetapi tidak mahu terikat dengan syarat atau terma kontrak dalam perundingan tersebut. Peragaan Barang Di Kedai Layan Diri. Lelongan Edaran dan Iklan Jualan melalui katalog Penamatan Tawaran / Cadangan (Seksyen 6) Pembuat tawaran membatalkan tawaran sebelum penerimaan dibuat. Contoh A bercadang untuk menjual rumah kepada B. A boleh membatalkan cadangannya pada bila-bila`masa sebelum B membuat penerimaan. Penolakan tawaran oleh penerima tawaran Luputnya waktu tawaran Kematian atau ketidaksiuman pembuat tawaran 2. Penerimaan Menurut seksyen 2(b)Akta Kontrak 1950. “Penerimaan berlaku apabila orang kepada sesiapa cadangan itu dibuat menyatakan persetujuan dengan cadangan itu maka bolehlah dikatakan bahawa cadangan itu diterima: sesuatu cadangan bila diterima, adalah menjadi janji.”


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 236 Elemen penting penerimaan 1. Jelas, pasti dan tidak bersyarat (Seksyen 7a) Penerimaan harus menepati terma tawaran dan jika wujud penerimaan bersyarat maka ia akan membatalkan tawaran asal di namakan tawaran balas. 2. Dibuat secara biasa dan munasabah(Seksyen 7b) Penerima tarawan dikehendaki membuat penerimaa dengan cara yang munasabah tetapi jika pembuat tawaran telah menyatakan cara penerimaan yang dikehendaki, maka penerima tawaran berkewajipan menunaikan cara tersebut. 3. Penerimaan mestilah dikomunikasikan (Seksyen 4) Penerima tawaran mesti memberitahu kepada pembuat tawaran samada menerima tawaran itu atau sebaliknya. Perbuatan mendiamkan diri tidak menunjukkan penerimaan di sisi undang-undang kerana berdiam diri tidak dapat untuk melahirkan pertemuan minda yang menjadi asas hubungan kontrak 4. Penerimaan dalam jangkamasa yang munasabah Sesuatu kontrak tidak akan terbuka selama-lamanya. Akta Kontrak 1950 sekyen 6 (a) “sesuatu tawaran tidak akan luput jika penerimaan tidak akan dikomunikasi dalam masa yang munasabah atau jika masa untuk penerimaan ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan.” 5. Penerimaan lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui dan menerimanya (Seksyen 4) Ini bermaksud, sekiranya penerimaan tersebut tidak sampai kepada pengetahuan pembuat tawaran sama ada dia sendiri tidak memberitahu akan penerimaannya ataupun sudah diberitahu tetapi tidak sampai pemberitahuan tersebut kepada pembuat tawaran, penerimaan tersebut adalah tidak lengkap. Walaubagaimanapun terdapat pengecualian bagi keadaan yang berikut: i. Penerimaan dengan penunaian syarat (Seksyen 8) Kontrak unilateral iaitu tawaran yang ditujukan kepada orang ramai dan penerimaan lengkap sebaik sahaja penerima tawaran telah melaksanakan syarat-syarat tawaran tersebut.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 237 Abdul Aziz Hussin (2012) ii. Kaedah pos terpakai (Seksyen 4 (2)(a)) Penerimaan lengkap sebaik sahaja penerima mengepos surat penerimaan tersebut. iii. Jualan lelong Penerimaan lengkap sebaik sahaja pelelong menjatuhkan tukul kayu. 3. Balasan Menurut seksyen 2(d), Akta Kontrak 1950. “ Menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu, atau membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.” Elemen penting balasan 1. Balasan mesti mempunyai unsur timbal balik Kedua-dua pihak berkontrak mesti mempunyai balasan masing-masing terhadap kontrak yang dijalankan. 2. Balasan tidak semestinya berpadanan Balasan yang diberikan oleh penerima tawaran tidak semestinya berharga dan mempunyai nilai yang berpadanan dengan sesuatu yang diberikan oleh pembuat tawaran atas dasar persetujuan bersama. 3. Balasan semestinya sah di sisi undang-undang Sesuatu balasan mesti sesuatu yang tidak bertentangan dengan undang-undang. 4. Balasan tidak semestinya datang dari penerima janji Sesiapa sahaja boleh memberi balasan walaupun ia bukan pihak yang terlibat untuk kontrak tersebut. 5. Balasan lampau adalah sah di sisi undang-undang Balasan lampau adalah janji yang dibuat untuk membalas sesuatu perbuatan yang telahpun dilakukan terdahulu.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 238 Perjanjian tanpa balasan (Sekyen 26) (a) la dinyatakan dalam tulisan dan didaftar mengikut undang- undang (jika ada) yang pada masa ini berkuat kuasa bagi pendaftaran dokumen sedemikian, dan dibuat atas dasar kasih dan sayang sejati antara pihak-pihak yang ada kaitan akrab antara mereka; (b) la satu janji untuk memampaskan, keseluruhan atan sebahagiannya, kepada seseorang yang telah dengan rela melakukan sesuatu kepada si pembuat janji; (c) la satu janji, dibuat dalam tulisan dan ditandatangani oleh orang yang akan dituntut mengenainya, atau oleh ejennya yang umumnya atau khususnya diberi kuasa untuk berbuat demikian, untuk membayar keseluruhan atau sebahagian, suatu hutang yang, kalau tidak kerana undang-undang sekatan guaman, pasti akan dituntut bayarannya oleh si pemiutang. 4. Niat Keadaan minda yang tidak dapat dilihat secara zahir dan ia merupakan suatu yang ada pada hati yang berbeza dengan perbuatan atau kelakuan. Akta Kontrak 1950, Seksyen 2(a) dan 2(d) perkataan `dengan maksud’ dan `kehendak’ secara tersiratnya mengandungi elemen niat di dalamnya. Perjanjian Berdasarkan Niat Penentuan samada wujud niat atau tidak dalam berkontrak di mahkamah adalah berdasarkan kepada jenis kontrak yang masuki oleh pihak-pihak yang berkontrak; Perjanjian yang berbentuk domestik atau kekeluargaan tiada niat untuk mengikat di sisi undangundang Perjanjian berbentuk komersial ataupun berbentuk perniagaan ada niat untuk terikat di sisi undangundang 5. Ketentuan Merujuk kepada terma-terma dan syarat-syarat kontrak untuk menjadikan kontrak sah di sisi undangundang. Terma dan syarat kontrak mestilah jelas, nyata , terang dan tentu kepada sesiapa ianya ditujukan. “ Perjanjian-perjanjian, yang mana maknanya tidak tertentu atau tidak boleh ditentukan, adalah batal”.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 239 Faktor ketidaktentuan Bahasa yang kabur dan samar-samar. Perjanjian gagal mencapai persetujuan terhadap perkara pokok atau syarat utama perjanjian. 6. Keupayaan Kelayakan seseorang untuk memasuki kontrak iaitu seseorang yang berkontrak mestilah bersetuju untuk menerima kewajipan dan berfikiran waras serta dapat memahami terma kontrak dan kesan kontrak. Elemen keupayaan (Sek 11 Akta Kontrak 1950) Dewasa Menurut Akta Umur Dewasa 1971, usia dewasa seseorang di Malaysia ialah 18 tahun tidak termasuk perkara berkaitan perkahwinan, perceraian dan pengambilan anak angkat. Terdapat tiga pengecualian seseorang yang berusia bawah 18 tahun boleh memasuki kontrak berikut: i. Kontrak Keperluan Hidup. Orang yang membekalkan barangan keperluan kepada kanak-kanak berhak untuk mendapat bayaran dari harta kanak-kanak tersebut. ii. Kontrak Biasiswa Kanak-kanak berhak menandatangani perjanjian biasiswa walaupun belum mencapai usia 18 tahun dan perjanjian ini adalah sah serta mengikat di sisi undang-undang iii. Kontrak Insurans Seorang kanak-kanak berusia lebih 10 tahun hingga 16 tahun berhak memasuki kontrak insuran dengan syarat mendapat kebenaran bertulis dari ibubapa atau penjaganya.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 240 Berakal Sempurna (Seksyen 11(1),(2),(3)) Bermaksud seseorang yang berkontrak hendaklah berfikiran waras serta dapat memahami terma dan syarat kontrak atau berkeupayaan memahami kontrak yang diperbuatnya dan berkeupayaan membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya. Contoh : Seorang yang siuman, yang meracau kerana demam, atau yang begitu mabuk hingga ia tidak dapat memahami syarat-syarat suatu kontrak atau tidak dapat membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan kepentingannya, tidak boleh membuat kontrak selama tempoh racun atau kemabukan itu. (Seksyen 12 (3)(b) Tidak hilang kelayakan berkontrak. Seseorang mestilah tiada halangan atau tiada mana-mana undang-undang yang melarangnya atau tiada tertakluk mana-mana undang-undang ke atasnya untuk berkontrak. Contoh : Seorang banduan tidak boleh berkontrak. c) Menerangkan syaratsyarat kontrak ; termasuklah kontrak sah, kontrak tidak sah, kontrak batal, pelepasan kontrak, dan remedi 1. Kontrak Sah Kontrak yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang dan memenuhi eleman utama kontrak iaitu tawaran atau cadangan, penerimaan, balasan, niat , ketentuan dan juga keupayaan untuk berkontrak 2. Kontrak Batal (Void Contract) Menurut Seksyen 2 (g), satu perjanjian atau kontrak yang batal sejak dari awal lagi dan tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang serta tidak boleh diwujudkan. Sebab-sebab batal (Seksyen 24) Dilarang undang-undang kerana tujuan kontrak yang melanggar dan bertentangan dengan undangundang Contoh: kontrak perjudian dan pembunuhan


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 241 Pengenalan Undangundang Kontrak (DBP) (Abdul Aziz Hussin) Bersifat mengecewakan dan mengelak dari peruntukan undang-undang Contoh: perjanjian untuk mengelak sekatan dan undang-undang yang dikenakan seperti mengelak dari membayar cukai jalan atau cukai perniagaan Frod atau penipuan iaitu perjanjian yang bermotif untuk menipu pihak lain dan memperdayakan orang Contoh: perjanjian yang dibuat untuk mendapat harta seseorang Perjanjian yang mendatangkan bencana pada diri dan harta orang lain Contoh: perjanjian yang dibuat untuk mencederakan seseorang atau mendatangkan kerugian kepada seseorang Perjanjian yang tidak bermoral dan bertentangan dengan muslihat awam Contoh: Kontrak pemerdagangan manusia 3. Kontrak Boleh Batal Kontrak yang sah pada peringkat awal (memenuhi keperluan undang-undang) tetapi terdapat unsur-unsur negatif yang boleh membatalkan kontrak iaitu; 1. Paksaan (Seksyen 15) Sebarang bentuk kekerasan atau ancaman kepada sesuatu pihak dalam kontrak contohnya perjanjian yang dibuat atas dasar ugutan. Contoh: Kes Kaufman lwn Gerson, Gerson telah menyalahgunakan wang yang diamanahkan kepadanya oleh Kaufman. Kaufman mengugut akan mendakwa Gerson kecuali isteri Gerson berjanji akan membayar kepada Kaufman . Isteri Gerson berjanji melaksanakan arahan tersebut untuk menjaga nama suaminya. Mahkamah memutuskan bahawa isteri Gerson tidak terikat untuk melaksanakan janjinya itu kerana ia dibuat lantaran dipaksa. 2. Pengaruh tidak berpatutan / tidak wajar (Seksyen 16) Wujud apabila perhubungan pihak-pihak dalam sesuatu kontrak itu tidak diasaskan kepada kesamarataan iaitu apabila sesuatu pihak menguasai pihak yang satu lagi. Contoh : Pesakit didorong oleh pegawai perubatan untuk membeli ubatan yang memerlukan kos yang tinggi, maka persetujuan ini dibawah pengaruh tidak wajar.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 242 Pengenalan Undang-undang Kontrak (DBP) (Abdul Aziz Hussin) 3. Salahnyataan Merujuk kepada kenyataan yang tidak benar atau mengelirukan yang mendorong seseorang yang lain untuk memasuki kontrak. Berdasarkan kepada seksyen 18 Akta Kontrak mentakrifkan salah nyata sebagai; 18(a), “ Ketegasan positif … yang tidak benar tetapi dipercayai benar, 18(b), “Mana-mana pelanggaran kewajipan yang, tanpa niat menipu, memberi satu kelebihan kepada orang yang melanggarnya…. 18(c), “menyebabkan, walaupun dengan ikhlas, satu pihak berkontrak membuat kesilapan tentang keadaan benda yang menjadi pokok perjanjian itu.” Contohnya A dan B terlibat dengan perjanjian jual beli ladang ternakan yang pada hakikatnya A sendiri tidak pernah memasuki dan menilai keupayaan ladangnya. A telah menyakinkan B bahawa ladangnya mencukupi untuk menampung sejumlah 2000 ekor ternakan. 4. Frod/tipuan (Seksyen 17) Kontrak yang dibuat untuk tujuan memperdayakan pihak lain dengan cara menyembunyikan fakta penting, menyakinkan sesorang fakta yang tidak benar dan sebagainya. Perbuatan yang disifatkan sebagai frod; i. Satu saranan mengenai suatu fakta yang tidak benar oleh seseorang yang tidak mempercayai sebagai tidak benar; ii. Menyembunyikan secara aktif sesuatu fakta oleh seseorang yang mengetahui atau mempercayai kebenaran fakta itu; iii. Membuat janji tanpa sebarang niat untuk menepati janji itu; iv. Mana-mana perbuatan lain yang sesuai untuk tujuan memperdaya; v. Mana-mana perbuatan atau ketinggalan yang secara khusus dinyatakan oleh undangundang sebagai tipu.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 243 Contoh, jika A mendapat maklumat tentang pembangunan sesuatu tempat menjelang 5 tahun akan datang telah berjumpa dengan B yang memiliki tanah dikawasan tersebut dan mendesak B hingga bersetuju untuk menjual tanah tersebut kepada A. Oleh itu wujud unsur tipuan dan kontrak boleh dibatalkan atas opsyen B 5. Khilaf Jika kedua-dua pihak dalam kontrak itu silap tentang sesuatu fakta yang mustahak bagi kontrak tersebut. (a) Sesuatu perjanjian itu boleh batal atas alasan khilaf, jika khilaf itu berlaku disebabkan oleh kedua-dua pihak yang berkontrak, jika satu pihak sahaja yang melakukan khilaf atau melakukan khilaf tentang fakta penting maka perjanjian tesebut tidak akan menjadi batal. o Kedua-dua pihak silap fakta tentang perkara pokok dalam kontrak. o Contoh kes Raffles lwn Wichelhaus, W bersetuju menjual kapas yang diangkut dengan kapal Peerless dari Bombay pada bulan Oktober manakala R bersetuju membeli kapas yang diangkut pada bulan Disember. Maka terdapat kesilapan fakta tentang bulan pengangkutan kapal. (b) Khilaf yang dilakukan oleh pihak-pihak yang berkontrak itu mestilah terhadap sesuatu fakta yang penting di dalam kontrak, yang bermaksud perkara pokok ataupun terma yang mustahak dalam perjanjian tersebut. o Dalam kes Couturier vs(lwn). Hastie (1852) 8 Exch. 40, A dan B memasuki perjanjian penjualan jagung. Kedua-dua pihak menjangkakan jagung itu dalam pelayaran dari Salonica ke England. Tanpa diketahui oleh mereka, jagung itu telah dijual di pelabuhan Tunis kerana tempat simpanan jagung terlampau panas dan jagung itu telah rosak. Mahkamah memutuskan bahawa kontrak yang sah antara A dan B tidak wujud kerana mereka khilaf tentang kewujudan perkara itu.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 244 4. Pelepasan Kontrak Bermaksud keadaan kontrak boleh dilepaskan atau ditamatkan i. Perlaksanaan syarat kontrak Iaitu apabila setiap pihak memenuhi sepenuhnya tanggungjawab yang dinyatakan dalam kontrak. Ini bermaksud jika satu pihak sahaja yang memenuhi tanggungjawab, sedangkan satu pihak lagi tidak memenuhinya, maka pelepasan tidak dapat dilaksanakan. Contoh : A berkontrak dengan B untuk membeli rumah B dengan harga RM200,000. A membuat pembayaran kepada B dan B bersetuju untuk menjual rumahnya kepada A. Apabila selesai perlaksanaan syarat-syarat kontrak tersebut, maka kontrak itu boleh dilepaskan. ii. Dengan persetujuan pihak yang berkontrak Seksyen 63 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan bahawa jika pihak-pihak dalam kontrak bersetuju menggantikan sesuatu kontrak dengan kontrak yang baharu, atau bersetuju membatalkan atau meminda kontrak, maka kontrak asal tidak perlu dilaksanakan. Contoh : A dan B berkontrak untuk menjalankan projek perniagaan bersama untuk tempoh masa tertentu. A dan B kemudiannya tidak berminat untuk meneruskan kontrak tersebut, maka jika keduaduanya bersetuju untuk tidak meneruskan kontrak tersebut, maka kontrak itu boleh dilepaskan. iii. Dengan kemungkiran kontrak Apabila suatu pihak dalam kontrak enggan melaksanakan kontrak seperti yang dijanjikan, maka pihak yang satu lagi boleh menamatkan kontrak tersebut. Contoh : A seorang penyanyi, membuat kontrak dengan B, seorang pengurus panggung, untuk menyanyi di panggungnya dua malam seminggu selama dua bulan yang akan datang,dan B berjanji membayarnya RM100 bagi setiap pertunjukan setiap malam. Pada malam keenam, A dengan sengaja tidak datang ke panggung itu. B adalah bebas untuk menamatkan kontrak itu.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 245 iv. Dengan kekecewaan kontrak Bermaksud sesuatu kontrak untuk melakukan sesuatu perbuatan yang selepas kontrak dibuat, menjadi mustahil atau oleh sebab peristiwa tertentu yang tidak dapat dihalang oleh pejanji, menjadi batal apabila perbuatan itu menjadi mustahil atau tidak sah. Kekecewaan kontrak berlaku kerana terdapat perubahan undang-undang, perkara penting dalam kontrak musnah, berlaku kematian atau ketidakupayaan pihak yang berkontrak dan jika terdapat perubahan keadaan yang diluar dugaan pihak yang berkontrak. Contoh : Dalam kes Taylor Iwn Caldwell,102 Calder telah menyewakan dewan muziknya kepada Taylor beberapa hari. Dewan itu telah terbakar sebelum Taylor mengadakan konsert. Mahkamah memutuskan bahawa kontrak itu dilepaskan kerana perkara penting (iaitu dewan) telah musnah, menyebabkan kontrak itu kecewa. v. Dengan penguatkuasaan undang-undang Apabila suatu kontrak dibuat dan disebut tempoh kontrak itu perlu dilaksanakan, maka selepas tamat tempoh (melampaui) kontrak itu dilepaskan. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah mengakhiri had masa (luput). Contoh : A berkontrak dengan B bahawa A akan menyewa kereta B dari 1 Januari 2005 hingga 30 Jun 2005. Ini bermakna selepas 30 Jun 2005, kontrak itu telah luput dan boleh dilepaskan. 5. Remedi Pemulihan atau tuntutan ke atas kemungkiran sesuatu kontrak . Bentuk remedi iaitu: i. Penamatan kontrak Pihak yang menanggung kerugian boleh memilih untuk menamatkan kontrak dan seterusnya enggan melaksanakan tugas selanjutnya seperti yang diperuntukkan dalam kontrak.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 246 Akta Kontrak 1950 (ILBS) ii. Gantirugi Bertujuan untuk membolehkan pihak yang rugi akibat kemungkiran kontrak mendapat pampasan. Gantirugi ini meletakan pihak yang menanggung kerugian pada tempat yang sepatutnya ia berada sekiranya tidak berlaku perlanggaran kontrak. Contoh : A berkontrak untuk membaiki rumah B dengan cara tertentu, dan telah mendapat bayaran terlebih dahulu. A membaiki rumah itu tetapi tidak mengikut kontrak. B berhak mendapat balik daripada A harga untuk membaikinya selaras dengan kontrak itu. iii. Injuksi Satu remedi di bawah undang-undang ekuiti yang boleh dipohon oleh satu pihak bagi mengekalkan `status quo’ sesuatu perkara ketika kes sedang ditangguh. Remedi yang berbentuk arahan mahkamah supaya defenden membetulkan tingkahlakunya yang menjadi punca kemungkiran. Terbahagi kepada dua ; i. Injuksi Positif adalah satu perintah mengkehendaki seseorang melakukan sesuatu ii. Injuksi Negatif pula adalah satu perintah melarang (restraining orfer)sesuatu pihak dari melakukan sesuatu atau melakukan sesuatu seperti melaksanakan janji dalam kontrak perkhidmatan. Contoh : A seorang penyanyi berkontrak dengan Syarikat rakaman B untuk selama setahun dan dalam kontrak perjanjian tersebut A tidak boleh mengikat kontrak dengan syarikat rakaman lain. A telah mungkir janji dan Syarikat Rakaman B boleh mendapatkan remedi berbentuk Injuksi untuk menghalang A dari mengikat kontrak dengan pihak lain semasa berkontrak dengan Syaikat Rakaman B. iv. Perlaksanaan Spesifik Perintah mahkamah kepada satu pihak untuk melaksanakan obligasinya seperti mana yang terdapat dalam kontrak. Remedi ini bergantung kepada budi bicara mahkamah sekiranya mahkamah


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 247 berpuashati pampasan wang tidak dapat memberikan relif yang mencukupi. Remedi ini hanya akan diberi kepada kontrak harta tidak alih seperti tanah dan pajakan tanah serta barang-barang tertentu yang sukar didapati di pasaran seperti saham, buku-buku antik dan barang antik. Contoh : A memegang beberapa stok sebagai amanah untuk B. A secara salah melupuskan stok itu. Undang-undang mewujudkan suatu kewajipan ke atas A untuk memulangkan kuantiti stok yang sama kepada B, dan B boleh menguatkuasakan perlaksanaan spesifik kewajipan ini. v. Quantum Meruit Pihak yang teraniaya boleh memohon sejumlah bayaran terhadap apa yang telah dilakukannya dalam kontrak itu yang dikenali sebagai quantum meruit (sejumlah yang perlu diperolehnya). Jika suatu pihak enggan meneruskan sesuatu kontrak, maka pihak yang satu lagi boleh memperoleh bayaran bagi kerja yang telah dilakukannya. Contoh : Dalam kes Planche lwn Colburn, P bersetuju menulis dalam majalah yang diterbitkan oleh C dengan bayaran $100. P telah menulis sebahagian tetapi C kemudian memberhentikan penerbitan majalah itu. Dalam hal ini mahkamah memutuskan P berhak mendapat bayaran bagi tulisan yang telah dibuatnya itu. Rujukan Kes Perniagaan 1. Tan Geok Khoo &Gerald Francis Robless lwn. Paya Terubong Est. Sdn. Bhd (1988)2MLJ672 i. Elemen Perkaitan kes Kes ini berkaitan dengan elemen utama dalam kontrak iaitu eleman tawaran ii. Isu Utama kes Adakah terbatal kontrak jual beli tanah seluas 20 ekar selepas plantif gagal membayar mengikut tempoh yang ditetapkan iii. Fakta Kes Plantif telah membayar sebanyak RM 6000 sebagai deposit kepada defenden untuk kontrak jual


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 248 beli tanah estet seluas 20 ekar. Defenden telah menerima bayaran deposit tersebut dan menghantar surat meminta bakinya yang berjumlah RM 54000 daripada plantif dalam tempoh dua minggu. Plantif membayar baki sebanyak RM 54000 selepas dua minggu seperti tarikh yang ditetapkan kepada defendan dan pihak defenden telah mengeluarkan resit tanda penerimaan bayaran Defenden memulangkan RM60000 kepada plantif keranan kontrak telah batal atau ditamatkan memandangkan plantif telah gagal menjelaskan baki dalam tempoh yang ditetapkan. iv. Keputusan Mahkamah Mahkamah memutuskan telah wujud kontrak dan alasan kelewatan bayaran tidak boleh dijadikan alasan kerana defenden telah memutuskan surat meminta bayaran dan telah menerima bayaran. 2. Preston Corp. Sdn. Bhd lwn Edward Leong & Ors (1982) 2MLJ22 i. Isu Elemen Perkaitan kes Kes ini berkenaan tawaran dan penerimaan dalam sesuatu kontrak. ii. Isu Utama kes Terdapat dua isu, iaitu isu bayaran tambahan kos percetakan RM 500.00 yang tidak termasuk perjanjian dan isu hak milik filem positif percetakan. iii. Fakta Kes Dalam kes ini plantif(Preston) adalah sebuah syarikat penerbitan buku dan defenden (Edward Leong) ialah sebuah firma percetakan. Plantif telah membayar semua bayaran percetakan kecuali satu jumlah bernilai RM500 yang dikatakan ialah bayaran lebihan yang telah dicaj. Defenden mengatakan bawah RM 500 adalah sebahagian daripada kos percetakan yang patut ditanggung oleh plantif iaitu kos yang digunakan untuk membuat semula filem positif untuk cetakan semula. Plantif enggan membayar wang tersebut dan kedua-dua pihak menuntut hak milik filem positif tersebut.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 249 iv. Keputusan Mahkamah: Mahkamah memutuskan bahawa isu bayaran RM500 tidak disebut dalam perjanjian dan ia tidak boleh dikuatkuasakan dan kedua-dua pihak perlu mengemukakan bukti lebih lanjut lagi bagi isu pemilikan filem positif. Plantif tidak perlu membayar sejumlah wang tersebut kerana tidak termasuk dalam perjanjian dan kedua-dua pihak perlu kemukakan bukti masing-masing untuk menentukan hakmilik filem positif tersebut. 3. Murugesu lwn. Nadarajah (1980)2MLJ22 i. Elemen Perkaitan kes Kes ini berkaitan dengan elemen penting balasan dan perjanjian dalam kontrak ii. Isu Utama kes Defenden memohon mahkamah membatalkan kontrak penjualan rumah kepada plantif yang merupakan penyewa rumah tersebut Adakah wujud kontrak antara plantif dan defenden atas kontrak yang tiada unsur balasan iii. Fakta Kes Murugesu ( defenden) telah bersetuju menjual rumah kepada Nadarajah (plantif) yang juga merupakan penyewa rumah tersebut dengan harga RM26,000. Perjanjian dibuat secara bertulis di atas sehelai kertas sahaja. Apabila tiba masanya, defenden enggan menjual rumah tersebut atas alasan kontrak tidak wujud sebab tiada unsur balasan yang diberi. Plantif memohon mahkamah mengeluarkan perintah pelaksanaan spesifik bagi kontrak tersebut kerana ia menganggap perjanjian telah wujud.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 250 iv. Keputusan Mahkamah Mahkamah memutuskan bahawa balasan terhadap kontrak telah wujud kerana sesuatu balasan boleh terdiri daripada janji secara bersama yang telah dibuat dan alasan pihak defenden bahawa kontrak tidak wujud adalah tidak berasas. 4. Tan Swee Hoe Co. Ltd. Lwn. Ali Hussain Bros.(1980) 2MLJ16 i. Elemen Perkaitan kes Kes ini berkatan dengan perjanjian lisan yang dibuat semasa berkontrak untuk menyewa tanah ii. Isu Utama kes Bolehkah perjanjian lisan diterima walaupun perjanjian bertulis tidak konsisten dengan perjanjian lisan yang telah dipersetujui. iii. Fakta Kes Kes ini berkaitan dengan satu perjanjian yang telah dibuat secara lisan di antara seorang tuan tanah(plantif) dan penyewa (responden). Tuan tanah tersebut secara lisan telah berjanji membenarkan responden bermastautin di premisnya selama yang diingini. Satu perjanjian bertulis telah dibuat, untuk menaikan sewa. Responden enggan bayar dan diarahkan keluar dari tanah tersebut. Responden tidak setuju kerana perjanjian bertulis yang dibuat tidak mengambil kira perjanjian lisan. Plantif akhirnya mendakwa responden di mahkamah atas sebab-sebab tertentu. iv. Keputusan Mahkamah: Hakim menetapkan yang responden hanya boleh tinggal di premis tersebut selama 28 tahun sahaja dengan bayaran RM293.40 sebagai sewa bulanan. Perjanjian lisan adalah sah apabila perjanjian tersebut mendorong sesuatu pihak untuk memasukinya dan boleh mengatasi mana-mana perjanjian bertulis yang bertentangan dengannya.


Click to View FlipBook Version