MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 251 5. Leha Jusoh lwn Awang Johari (1978)1MLJ202 i. Elemen Perkaitan kes Kes ini berkaitan dengan elemen keupayaan berkontrak dalam undang-undang kontrak. ii. Isu Utama kes Adakah sah kontrak yang dimasuki oleh seorang kanak-kanak. iii. Fakta Kes Plantif (Leha Jusoh) seorang kanak-kanak telah membuat perjanjian untuk membeli sebidang tanah daripada pihak responden iaitu Awang Johari yang merupakan pentadbir estet. Perjanjian tersebut dilakukan oleh pemegang amanah plantif . Plantif yang merupakan seorang kanak-kanak telah membuat bayaran RM 5000 dan dibenarkan untuk memasuki tanah tersebut. iv. Keputusan Mahkamah Mahkamah memutuskan perjanjian tersebut telah batal sejak dari awal lagi dan defenden perlu membayar balik wang RM 5000 kepada plantif apabila plantif keluar dari tanah itu.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 252 7.2 Kontrak Jualan Barang-Barang a) Mentakrifkan Akta Jualan Barangan 1957 Maksud Akta Jualan Barang. Dikenali sebagai Ordinan Jualan Barang-Barang (Negeri-negeri Melayu) 1957 dan dipakai diseluruh negeri-negeri Melayu kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak . Tahun1989 Ordinan ini disemak semula dan dinamakan Akta Jualan Barangan 1957 dan diperluaskan di negeri Melaka dan Pulau Pinang. b) Menerangkan maksud Kontrak Jualan Barangan Akta Jualan Barangan 1957 Definisi Kontrak Jualan Barangan ialah suatu kontrak di mana penjual memindahkan atau bersetuju untuk memindahkan milikan barang-barang itu kepada pembeli dengan suatu harga. Elemen utama maksud Kontrak Jualan; i. Wujud dua pihak iaitu penjual dan pembeli ii. Pemindahan hak milik dari penjual kepada pembeli iii. Barang sebagai subjek utama kontrak iv. Wujud balasan wang Maksud Barangan Seksyen 2 Akta Jualan Barangan 1957 mendefinisikan Barang sebagai: “Tiap-tiap jenis harta alih selain daripada tuntutan boleh dakwa dan wang; dan termasuklah stok dan syer, tanaman yang hidup, rumput dan benda yang dilekatkan kepada atau membentuk sebahagian tanah yang diakui keras sebelum jualan atau di bawah kontrak jualan”.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 253 Jenis Barangan Seksyen 6(1) Akta Jualan Barangan 1957 barang-barang dikelaskan kepada dua jenis; i. Barang-barang sedia ada/barang yang ada (existing gooods) Barang yang ada dipunyai/ dimiliki oleh penjual dan telah disimpan oleh penjual Contohnya barangan keperluan harian yang dijual di kedai runcit atau barang-barang yang dijual di pasaraya. Terbahagi kepada: a. Barang-barang tertentu ‘barang-barang yang dikenalpasti dan dipersetujui pada masa suatu kontrak jualan dibuat’ b. Barang Belum ditentukan ‘barang yang belum ditentukan dan dipersetujui pada masa kontrak jualan dibuat.’ ii. Barang masa hadapan/barang-barang hadapan (future goods) “Barang-barang untuk dikilang atau dihasilkan atau diperolehi oleh penjual seleaps kontrak jualan dibuat” Barang yang dihasilkan oleh penjual selepas kontrak jualan dibuat dan ditandatangan. Contohnya pembelian rumah yang sedang dalam pembinaan atau tempahan pembelian kereta. c) Membezakan syaratsyarat tersurat dan tersirat Akta Jualan Barangan 1957 (Akta 382) ILBS Maksud Syarat dan syarat Tersurat Syarat ialah suatu janji yang penting kepada maksud utama kontrak, jika mungkir memberikan suatu hak untuk menganggap kontrak itu sebagai ditolak. (Sekyen 12, (2)) Satu stipulasi utama kepada maksud kontrak atau perkara utama yang dinyatakan dalam kontrak. Syarat tersurat ialah syarat yang dinyatakan dan ditulis dengan jelas dalam kontrak serta dipersetujui dalam kontrak
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 254 Maksud Syarat Tersirat Satu stipulasi utama /penting kepada maksud kontrak . Syarat ini tidak dinyatakan secara jelas dalam kontrak tetapi wujud dan diandaikan diketahui oleh semua pihak yang berkontrak. Perlanggaran syarat boleh menyebabkan kontrak boleh ditamatkan dan boleh tuntut gantirugi Perbezaan Syarat Tersurat dan Tersirat Aspek Perbezaan Syarat Tersurat Syarat Tersirat Maksud Syarat/perkara utama yang dinyatakan secara jelas dalam kontrak Syarat/perkara utama yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam kontrak tetapi diandaikan wujud dan diketahui oleh pihak–pihak berkontrak / sedia maklum semasa berkontrak Contoh Kontrak pembelian kereta yang mengandungi perjanjian tentang harga, jenis kereta, kaedah pembayaran dan lain Kontrak jualan kereta mempunyai syarat tersirat mengenai hakmilik, kualiti dan kelayakan Jenis-jenis Syarat Tersirat/Termaklum 1. Syarat Tersirat Mengenai Hak milik Seksyen 14 (a) suatu syarat tersirat di pihak penjual, bahawa dalam kes suatu jualan, dia mempunyai hak untuk menjual barang-barang dan bahawa dalam kes suatu persetujuan untukmenjual, dia akan mempunyai hak untuk menjual barang-barang pada masa bila milikan itu berpindah; Penjual mesti mempunyai hak untuk menjual pada masa hak milik barang itu berpindah kepada pembeli. Ini bermaksud bahawa penjual mestilah mempunyai hak milik yang sah ke atas barang sebelum menjual kepada pembeli.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 255 2. Syarat Tersirat Mengenai Jualan melalui perihalan Sekyen 15 “..terdapat suatu syarat tersirat bahawa barang-barang itu hendaklah bersamaan dengan perihalan dan, jika jualan itu melalui contoh juga perihalan, ia tidak mencukupi bahawa kuantiti barang-barang bersamaan dengan contoh jika barang-barang juga tidak bersamaan dengan perihalan.” Barangan yang dijual berdasarkan deskripsi dan perihalan melalui risalah, katalog, iklan dan majalah, mestilah secocok ataupun sama dengan apa yang dinyatakan dengan deskripsinya. 3. Syarat Tersirat Mengenai Kualiti dan kelayakan (Seksyen 16) Tidak ada waranti atau syarat tersirat berkaitan dengan kualiti atau kelayakkan bagi apa-apa maksud tertentu bagi barang-barang yang dibekalkan dibawah sesuatu kontrak jualan kecuali; i. Pembeli secara nyata atau tersirat memberitahu penjual maksud tertentu bagi barang-barang yang diperlukan, untuk menunjukkan bahawa pembeli bergantung kepada kepakaran atau penghakiman penjual, dan barang-barang adalah daripada perihalannya dalam perjalanan urusan penjual untuk membekalkan ii. Kualiti boleh dagang - Dengan syarat jika pembeli telah memeriksa barang-barang itu, dan sebarang kecacatan yang dalam pemeriksaan itu patut didedahkan. 4. Syarat Tersirat Mengenai Jualan melalui contoh dan sampel Seksyen 17(2) Dalam kes suatu kontrak untuk menjual melalui contoh terdapat suatu syarat tersirat— (a) bahawa kuantiti hendaklah bersamaan dengan contoh dalam kualiti; (b) bahawa pembeli hendaklah mempunyai peluang munasabah bagi membandingkan kuantiti dengan contoh; (c) bahawa barang-barang hendaklah bebas daripada apa-apa kecacatan yang menjadikannya tidak boleh dagang yang mungkin tidak kelihatan pada pemeriksaan munasabah bagi contoh.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 256 d) Menerangkan elemeneleman yang perlu ada dalam Kontrak Jualan Barangan termasuk waranti, keterangan, bebas daripada kesulitan, boleh guna, dan mutu Elemen-eleman yang perlu ada dalam Kontrak Jualan Barangan 1. Waranti Sekyen 12(13) ..suatu janji kolateral kepada maksud utama kontrak, jika mungkir memberikan suatu hak untuk menuntut ganti rugi tetapi bukan hak untuk menolak barang-barang dan menganggap kontrak itu sebagai di tolak. Maksud waranti Tersurat dan tersirat Waranti Tersurat Waranti Tersirat Syarat sampingan (kolateral) ke atas maksud utama kontrak yang dinyatakan secara jelas dalam kontrak Syarat sampingan ke atas maksud utama kontrak yang tidak dinyatakan secara jelas tetapi wujud dalam kontrak dan diandaikan diketahui oleh pihak yang baerkontrak Perbezaan syarat dan waranti Aspek Syarat Waranti Maksud Suatu janji yang penting kepada maksud utama sesuatu kontrak Suatu janji kolateral/sampingan kepada maksud utama kontrak Kesan perlanggaran Kontrak boleh ditamatkan dan boleh menuntut gantirugi Kontrak tidak boleh ditamatkan tetapi boleh menuntut gantirugi Jenis waranti tersirat i. Pemilikan aman. Waranti tersirat berhubung dengan pemilikan aman boleh dirujuk kepada seksyen 14(b), yang menjelaskan bahawa pembeli sepatutnya berhak memiliki barang yang dibelinya dan dapat menikmatinya secara aman tanpa sebaarang gangguan dari pihak lain.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 257 Sabri Hj Husssin , Pengenalan kepada perniagaan ii. Barang bebas daripada cagaran atau bebanan . “Barang-barang hendaklah bebas daripada apa-apa caj atau bebanan yang memihak kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak diisytiharkan atau diketahui pembelinya sebelum atau pada masa kontrak itu dibuat” Seksyen 14 (c) Iaitu barang mestilah bebas daripada cagaran, caj atau bebanan bagi mana-mana pihak ketiga yang tidak diberitahu kepada pembeli sebelum atau semasa kontrak dibuat 2. Keterangan Segala barangan yang dijual hendaklah mempunyai maklumat dan keterangan barang yang jelas dan mencukupi serta tiada sebarang kekeliruan yang wujud tentang barang tersebut seperti jenis barang, jaminan , harga , isikandungan dan sebagainya 3. Bebas daripada kesulitan Barangan yang dibeli hendaklah bebas daripada sebarang kesulitan dam masalah termasuk mudah digunakan, tidak rosak pada kegunaan pertama, jarak masa penggunaan yang sesuai, tidak menyebabkan bahaya kepada pengguna dan sebagainya. 4. Boleh guna Barangan yang dijual mestilah boleh guna pada masa pembelian kecuali jika ia telah dijelaskan terlebih dahulu. 5. Mutu Kualiti barang pula mesti bersesuaian dengan tujuan penggunaan dan selamat digunakan. Barang juga mesti mempunyai kualiti boleh dagang.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 258 Kes-kes Rujukan 1. Low Kar Yit lwn Mohd. Isa & Anor (1963) MLJ165 i. Elemen Perkaitan kes Kes ini berkaitan Perjanjian Jualan Tanah. ii. Isu Utama kes Adakah wujud kontrak jualan tanah diantara plantif dan defenden iii. Fakta Kes Kes ini berkaitan dengan perjanjian jualan. Low Kar Yit merupakan plantif dan Mohd. Isa adalah defendan. Pada tahun 1961 Mohd.Isa bersetuju menjual tanah nya kepada Low Kar Yit. Tanah tersebut merupakan tanah hak milik bumiputra. Dalam perjanjian tersebut, pihak defenden setuju menjual tanah tersebut sekiranya pihak pantif melakukan dua perkara iaitu menukarkan hakmilik tanah itu kepada tanah bebas dan membuat satu surat perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Plantif kemudiannya telah mendapat kelulusan dari pihak Mahkamah Tinggi untuk menukarkan syarat hakmilik tanah dan menyediakan dokumen perjanjian tersebut. Malangnya defenden gagal menandatangani kontrak penjualan tanah kerana tidak setuju dengan dokumen perjanjian tersebut. Plantif mengambil langkah perbicaraan tentang perkara-perkara spesifik dan kerugian atas tindakan defenden yang mungkir janji. iv. Keputusan Mahkamah Mahkamah memutuskan tidak wujud lagi sebarang kontrak kerana defenden tidak pernah menandatangani sebarang kontrak dan plantif tidak berjaya mendapat gantirugi atas tuntutan perlaksanaan spesifiknya.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 259 1. Senaraikan enam elemen asas dalam undang-undang kontrak. [6] Cadangan Jawapan Enam elemen asas kontrak i.Tawaran ii. Penerimaan iii. Balasan iv. Niat v. Ketentuan vi. Keupayaan 2. Jelaskan lima elemen kontrak mengikut Akta Kontrak 1950. [20] Cadangan Jawapan Lima elemen kontrak mengikut Akta Kontrak 1950 Bil Elemen Kontrak Huraian Contoh yang jelas 1. Tawaran Maksud - Tawaran atau cadangan adalah satu janji yang telah dibuat oleh pembuat tawaran kepada penerima tawaran dengan niat untuk mengujudkan hubungan yang mengikat disisi undang-undang apabila janji itu diterima oleh penerima tawaran. Elemen penting tawaran Tawaran mesti jelas, lengkap dan muktamad iaitu perkara yang berkaitan dengan barang, tujuan, nilai dan tempoh masa Tawaran perlu dibuat kepada pihak tertentu iaitu kepada individu tertentu atau sekumpulan orang. Tawaran perlu dibezakan daripada pelawaan tawaran A membuat tawaran kepada B untuk menyewa rumah yang dimiliki oleh A bermula bulan Januari dengan harga sewaan RM400 sebulan.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 260 2. Penerimaan Maksud – Apabila sesuatu pihak menyatakan persetujuan atas sesuatu cadangan atau tawaran yang ditawarkan oleh pembuat tawaran. Elemen penting penerimaan 6. Penerimaan mestilah jelas, pasti dan tidak bersyarat 7. Penerimaan mesti dibuat secara biasa dan munasabah 8. Penerimaan mestilah dikomunikasikan 9. penerimaan dalam jangkamasa yang munasabah 10.penerimaan lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui dan menerimanya B menerima tawaran A dan bersetuju untuk menyewa rumah A pada bulan Januari 3. Balasan Maksud – faedah yang diperolehi kedua-dua pihak daripada urusniaga/kontrak yang telah dipersetujui Elemen penting balasan Balasan mesti mempunyai unsur timbal balik Balasan tidak semestinya berpadanan Balasan semestinya sah di sisi undang-undang Balasan tidak semestinya datang dari penerima janji Balasan lampau adalah sah di sisi undang-undang B telah menyewa rumah A dan balasannya B telah menerima bayaran sewaan sebanyak RM 400 4. Niat Maksud - keadaan minda yang tidak dapat dilihat secara zahir dan ia merupakan suatu yang ada pada hati yang berbeza dengan perbuatan atau kelakuan. Penentuan samada wujud niat atau tidak dalam berkontrak bergantung kepada jenis kontrak yang ditandatangani Perjanjian yang berbentuk domestik atau kekeluargaan tiada niat untuk mengikat di sisi undang-undang Perjanjian berbentuk komersial ataupun berbentuk perniagaan ada niat untuk terikat di sisi undang-undang A dan B masing-masing berniat untuk menyewa rumah dan memberi sewaan
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 261 5. Ketentuan Maksud – merujuk kepada terma-terma dan syarat-syarat kontrak untuk menjadikan kontrak sah di sisi undang-undang. Terma dan syarat kontrak mestilah jelas, nyata , terang dan tentu kepada sesiapa ianya ditujukan. Faktor ketidaktentuan wujud jika bahasa yang kabur dan samar-samar. Perjanjian yang gagal mencapai persetujuan terhadap perkara pokok atau syarat utama perjanjian juga menyebabkan ketidaktentuan. A merupakan pemilik yang sah ke atas rumah dan telah bersetuju dengan kadar sewaan 6. Keupayaan Maksud – Kelayakan seseorang untuk membuat kontrak Dewasa – 18 tahun Berakal Sempurna iaitu berfikrian waras dan berkeupayaan membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya. Tidak hilang kelayakan berkontrak A dan B telah memenuhi syarat untuk membuat kontrak iaitu dewasa dan berakal sempurna 3. Huraikan elemen kontrak tawaran dengan merujuk kepada kes Preston Corp. Sdn. Bhd lwn Edward Leong & Ors (1982)2MLJ22. [6] Cadangan Jawapan i. Elemen Perkaitan kes – Tawaran ialah satu tanda kesediaan pembuat tawaran untuk menjalin satu kontrak yang sah dan mengikat di sisi undang-undang. ii. Isu Utama kes - Keengganan plantif membayar sejumlah wang yang tidak termasuk dalam perjanjian dan isu hakmilik filem positif percetakan. iii.Fakta Kes - Dalam kes ini plantif adalah sebuah syarikat penerbitan buku dan defenden ialah sebuah firma percetakan. Plantif telah membayar semua bayaran percetakan kecuali satu jumlah bernilai RM500 yang dikatakan ialah bayaran lebihan yang telah dicaj.Defenden mengatakan bawah RM 500 adalah sebahagian daripada kos percetakan yang patut ditanggung oleh plantif iaitu kos yang digunakan untuk membuat semula filem positif untuk cetakan semula. iv.Keputusan Mahkamah - Mahkamah memutuskan bahawa isu bayaran RM500 tidak disebut dalam perjanjian dan ia tidak boleh dikuatkuasakan dan kedua-dua pihak perlu mengemukakan bukti lebih lanjut lagi bagi isu pemilikan filem positif.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 262 4. Berikan empat elemen kontrak dalam Akta Jualan Barangan 1957 (Akta 382) termasuk pindaan.[4] Cadangan Jawapan 1. Terdapat dua pihak iaitu penjual dan pembeli dalam kontrak jualan barang-barang 2. Berlaku perpindahan hak milik barang daripada penjual kepada pembeli 3. Mempunyai barang sebagai perkara pokok atau utama yang dikontrakkan 4. Wujudnya balasan ‘wang’ daripada satu pihak(pembeli) kepada pihak yang lain(penjual) 5. Jelaskan dua klasifikasi jualan barang-barang menurut Seksyen 6 Akta Jualan Barangan 1957(Akta 382) termasuk pindaan. [ 6] Cadangan Jawapan 1. Barang sedia ada Barang yang sudah pun dimiliki dan disimpan oleh penjual dalam perniagaannya. Contoh barang yang sedia ada ialah barang yang ada di kedai runcit seperti tepung, beras, gula, telor, makanan dan sebagainya. 2. Barang masa hadapan Barang masa hadapan ialah barang yang belum dibuat atau barang yang akan dihasilkan oleh penjual selepas kontrak jualan ditandatangani Contoh barang masa hadapan ialah pembelian rumah yang masih dalam pembinaan atau tempahan pakaian seragam mengikut saiz pembeli.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 263 TAJUK HASIL PEMBELAJARAN RUJUKAN HURAIAN 8.0 KEMAHIRAN KOMUNIKASI 8.1 Komunikasi 8.1.1 Proses Komunikasi a) Menjelaskan maksud kemahiran komunikasi. Griffin ( 2011 ) b) Menerangkan proses komunikasi yang meliputi penghantar, enkod, saluran, dekod, penerima dan maklum balas. Griffin, (2011) Maksud kemahiran komunikasi: Satu proses menghantar dan menerima idea atau maklumat (proses pertukaran) antara individu atau kumpulan manusia melalui media tertentu. Proses Komunikasi Rajah: Proses Komunikasi. 1. Penghantar Pengirim ialah sesiapa sahaja yang mempunyai idea dan maklumat yang ingin disampaikan dan dikongsi dengan pihak lain (penerima). Pengirim adalah punca sesuatu mesej. Keberkesanan pengiriman mesej bergantung kepada keupayaan, personaliti, tujuan komunikasi dan juga bagaimana pandangan orang lain terhadap penyampai. 2. Enkod Proses menukarkan mesej kepada simbol-simbol ataupun bahasa yang mudah difahami. Dipengaruhi oleh kepakaran, sikap dan pengetahuan serta budaya sesebuah organisasi. 3. Saluran Laluan atau platform di mana mesej bergerak dari pengirim kepada penerima. Pemilihan media (surat, memo, perbualan, e-mail, gambar, gerakan badan dan sebagainya) sebagai
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 264 saluran komunikasi adalah penting kerana ia akan membantu keberkesanan komunikasi. Setiap media mempunyai kelemahan dan kekuatan yang tertentu. Untuk mendapat kesan yang maksimum, penyampai perlu menggunakan beberapa jenis saluran bagi menyampaikan sesuatu mesej. Pemilihan saluran komunikasi mestilah disesuaikan dengan keupayaan penerima dan mesej. 4. Dekod Dekod adalah proses mentafsir dan cuba untuk memahami mesej yang disampaikan supaya boleh digunakan atau diambil tindakan oleh penerima. 5. Penerima Penerima adalah sesuatu pihak yang mana mesej disampaikan kepadanya. Penerima mungkin seorang individu, kumpulan kecil, sebuah organisasi, ataupun sejumlah orang yang ramai. Penerima boleh bertindak memberi maklumbalas agar kominikasi lebih berkesan. 6. Maklum balas Maklumbalas berlaku apabila penerima memberi reaksi terhadap mesej yang disampaikan kepadanya. Apabila maklumbalas positif, mungkin penyampai akan meneruskan komunikasinya dengan penerima. Bagaimanapun, jika maklumbalas itu negatif, kemungkinan penyampai akan berhenti di situ saja dengan tidak membuat susulan. Walau bagaimanapun ia boleh berlaku sebaliknya. Ini bergantung kepada tujuan komunikasi, sikap individu terlibat dan kepentingan komunikasi tersebut.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 265 8.1.2 Halangan komunikasi c) Menerangkan halangan-halangan komunikasi seperti fizikal, psikologikal, sosiologikal dan semantic. (Griffin, 2011) (Abu Bakar Hamed) Halangan-halangan komunikasi 1. Fizikal Sebarang gangguan fizikal yang wujud secara terus dan nyata dalam proses komunikasi akan memberi kesan kepada keberkesanan komunikasi. Contoh: gangguan ini adalah seperti gangguan telefon, bunyi mesin, percakapan manusia, bunyi kenderaan dan sebagainya. 2. Psikologikal Merujuk kepada halangan yang disebabkan oleh cara berfikir yang berlainan dan tanggapan yang berbeza antara pengirim dan penerima. Pekerja-pekerja dalam organisasi mempunyai persepsi berbeza terhadap sesuatu isu atau idea. Ini mungkin disebabkan oleh nilai atau sikap mereka yang bebeza. Contoh: Seorang pengurus mencadangkan perubahan dalam kerja untuk meningkatkan kualiti produk. Tetapi pihak kesatuan menjangkakan perubahan kerja ini akan mengurangkan pekerja. Persepsi ini adalah berbeza antara dua kumpulan tersebut. 3. Sosiologikal Halangan yang wujud dalam interaksi sosial dan budaya yang berbeza antara ahli-ahli masyarakat. Ia berkaitan dengan budaya, status dan latarbelakang sosial ahli-ahli masyarakat. Perbezaan latar belakang seperti perbezaan umur, jantina, taraf pendidikan, pangkat, pengalaman boleh mengahalang keberkesanan komunikasi. Contoh: Seorang pengurus berketurunan barat mengarahkan pekerja yang berketurunan Melayu dengan menggunakan pergerakan badan seperti kaki, bagi pekerja mesej tersebut dianggap sebagai biadap, manakala pengurus merupakan perkara biasa di negaranya. 4. Semantik Halangan penggunaan perkataan yang mempunyai makna yang berbeza. Satu perkataan yang sama tetapi memberi maksud yang berbeza kepada dua individu yang berlainan. Contoh: Seorang pengurus ingin menyampaikan arahan kepada pekerja asing yang baru datang ke negara ini, dimana pekerja tersebut tidak tahu berbahasa Melayu dan Inggeris.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 266 8.1.3 Bentuk Komunikasi d) Menerangkan bentuk-bentuk komunikasi iaitu sama ada menegak, mendatar dan melintang yang boleh berlaku secara sehala atau dua hala. (Griffin, 2011) Bentuk-Bentuk Komunikasi. 1. Menegak Komunikasi menegak berlaku apabila mesej dalam komunikasi mengalir (bergerak) secara menegak iaitu sama ada dari atas ke bawah atau dari bawah ke atas mengikut hirerki organisasi. Ia juga dikenali sebagai komunikasi vertikal. Pergerakan mesej secara menegak ini juga disebut sebagai komunikasi ke bawah dan komunikasi ke atas. Contoh: pekerja melaporkan aktiviti yang telah dijalankan kepada pengurus atasan ataupun pengurus atasan memberi taklimat kepada pekerja bawahan tentang aktiviti jabatan dalam organisasi. 2. Mendatar Merujuk kepada pergerakan mesej antara pengurus yang menjawat jawatan yang sama atau tahap pengurusan yang sama bagi jabatan yang berbeza dalam organisasi. Komunikasi ini kadangkala disebut juga sebagai komunikasi horizontal. Contoh: Pertukaran maklumat antara pengurus pengeluaran dan pengurus pemasaran. Pengurus pemasaran biasanya akan memaklumkan kepada pengurus pengeluaran akan jenis, kualiti dan jumlah produk serta bila diperlukan oleh pelanggan. Pengurus pengeluaran akan merancang untuk memenuhi permintaan pelanggan seperti yang dimaklumkan oleh pengurus pemasaran. 3. Melintang Komunikasi melintang ini merujuk kepada pergerakan mesej antara staf yang menduduki tingkat hirerki yang tidak sama bagi jabatan yang berbeza dalam organisasi. Contoh: Pertukaran maklumat boleh berlaku antara penyelia jabatan pengeluaran dengan pengurus jabatan pemasaran. Penyelia jabatan pengeluaran mungkin ingin memastikan maklumat atau mendapat maklumat tambahan terhadap produk yang diperlukan oleh pengurus pemasaran. Tujuan komuniakasi ini adalah sama seperti tujuan komunikasi mendatar iaitu untuk kordinasi dan integriti aktiviti kerja antara jabatan, penyelesaian masalah antara jabatan dan memaklumkan perubahan atau penambahbaikan.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 267 Bentuk-bentuk komunikasi di atas boleh berlaku secara. 1. Komunikasi sehala Komunikasi sehala adalah merujuk kepada komunikasi yang berlaku apabila penerima mesej tidak memberi respon atau maklumbalas kepada pengirim mesej tersebut Contoh: komunikasi ini dalam kehidupan seharian kita adalah apabila kita membaca surat khabar, medengar radio, melihat televesion, membaca majalah 2. Komunikasi dua hala Komunikasi dua hala ini melibatkan respon atau maklumbalas oleh penerima mesej kepada pengirim mesej Contoh: Komunikasi yang berlaku dalam bentuk program cadangan pekerja, perbincangan berkumpulan kerja, perbincangan antara jabatan, dailog antara pekerja dan majikan, 8.1.4 Jenis Komunikasi e) Menerangkan jenis komunikasi iaitu komunikasi lisan yang merangkumi perbincangan, mesyuarat, ucapan dan pembentangan dan komunikasi bukan lisan yang merangkumi visual, bertulis dan bahasa badan. Jenis-Jenis Komunikasi 1. Komunikasi Lisan. i. Perbincangan Perbincangan dalam organisasi boleh berlaku dalam kumpulan kerja atau antara kumpulan kerja. Contoh perbincangan dalam kumpulan kerja adalah seperti perbincangan antara pekerja dalam jabatan bagi tujuan membuat perancangan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Perbincangan antara kumpulan kerja pula adalah seperti perbincangan antara jabatan pemasaran dengan jabatan pengeluaran, atau perbincangan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan kewangan bagi tujuan penyelarasan atau kordinasi aktiviti organisasi. Sementara itu, perbincangan boleh terjadi secara formal atau tidak formal. ii. Mesyuarat Merupakan komunikasi melibatkan pengaliran dua hala antara ahli kumpulan dalam sesuatu situasi yang formal Contoh: mencetuskan idea yang bernas daripada ahli-ahli kumpulan untuk menghasilkan satu keputusan yang terbaik
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 268 iii. Ucapan Komunikasi sehala yang melibatkan pengaliran maklumat daripada pemberi ucapan kepada audiens. Ucapan melibatkan mesej yang ingin disampaikan oleh pengirim kepada satu kumpulan manusia. Dalam kontek orgnaisasi, ucapan melibatkan mesej yang ingin disampaikan oleh pengurus kepada pekerja-pekerjanya, rakan-rakan sekerja, warga organisasi, kepada pelawat, atau orang ramai. Contoh: Mesej ucapan kepada pekerja-pekerja adalah untuk memberi maklumat tentang pekerjaan, arahan kerja, dasar dan prosedur kerja, motivasi kerja. Mesej untuk rakan-rakan sekerja pula melibatkan perancangan dan penyelarasan kerja, maklumat untuk penyelesaian masalah, semasa persaraan dan pertukaran kerja. iv. Pembentangan Pembentangan melibatkan komunikasi formal oleh pembentang kepada pihak pendengar. Kebiasaannya, pembentangan melibatkan laporan yang disediakan secara lengkap oleh pembentang dan disokong oleh alat bantuan komunikasi seperti slaid, ‘power point,’ video, filem, tv dan sebagainya Contoh: Pembentangan yang melibatkan pekerja membentang laporan kepada pihak atasan, pengurus membentangkan proposal kepada pihak bank atau pembiaya, pemilik syarikat, pebentangan kepada pelanggan, pembekal, kerajaan atau pihak awam 2. Komunikasi Bukan Lisan. i. Visual Merupakan komunikasi melalui penggunaan carta atau graf, gambar, carta aliran atau gambarajah. Contoh: kain rentang, majalah dan papan kenyataan. ii. Bertulis Merupakan komunikasi melalui simbol bertulis atau perkataan dalam bentuk sehala dan formal. Contoh: surat menyurat, memorandum, laporan , buletin dan emel.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 269 iii. Bahasa badan Bahasa badan adalah merujuk kepada komunikasi bukan lisan atau bukan perkataan (nonverbal communication). Ia melibatkan pergerakan atau perawakan anggota manusia dari muka hingga ke kaki. Contoh: hubungan mata, air muka, pergerakan kepala, pergerakan tangan, pergerakan badan, sentuhan dan ruang. 8.1.5 Media Komunikasi f) Membandingkan media komunikasi dan kesesuaiannya termasuklah bersemuka, telefon, internet, intranet, memorandum, surat menyurat, laporan dan buletin Media Komunikasi. 1. Bersemuka Komunikasi secara bersemuka melibatkan dua atau lebih pihak yang melakukan proses komunikasi yang bertemu secara berhadapan untuk membincangkan sesuatu perkara di suatu tempat yang sama. Komunikasi bersemuka boleh jadi secara formal ataupun tidak formal. 2. Telefon Merupakan kaedah komunikasi yang dilakukan antara dua pihak yang berada di tempat yang berjauhan dan sukar untuk berjumpa secara bersemuka. 3. Internet Internet adalah merupakan satu rangkaian perhubungan antarabangsa yang diistilahkan hubungan tanpa sempadan. Internet merupakan satu sumber maklumat yang boleh dicapai oleh seseorang walaupun di mana ia berada dan boleh memberi maklumat kepada sesiapa sahaja walaupun di mana ia berada asalkan terdapat perkhidmatan yang menghubungkan komputernya kepada talian internet. 4. Intranet Intranet ialah menggunakan satu sistem perhubungan dalaman sebagai satu rangkaian maklumat korporat yang dapat menghubungkan antara staf. Intranet boleh digunakan oleh pihak pengurusan untuk menyampaikan maklumat secara tepat dan cepat kepada stafnya dan juga maklumat tersebut tidak boleh dicapai oleh pihak di luar organisasi.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 270 5. Memorandum Merupakan satu bentuk kenyataan yang mengandungi unsur desakan, permintaan dan rayuan daripada seseorang individu atau kumpulan terhadap pihak yang mempunyai kedudukan atau pangkat yang lebih tinggi atau lebih berkuasa dalam memutuskan beberapa isu yang berbangkit. 6. Surat-menyurat Merupakan satu bentuk komunikasi sehala yang biasanya diamalkan dalam sesebuah organisasi untuk berkomunikasi. Surat selalunya ditulis secara formal (rasmi) terutamanya apabila berhubung dengan organisasi lain atau dengan pihak-pihak berkuasa. 7. Laporan Merupakan satu bentuk komunikasi sehala yang melibatkan pemberian maklumat secara rasmi daripada pihak bawahan kepada pihak atasan. Laporan ini biasanya akan difail dan disimpan dan akan digunakan serta dibincangkan pada peringkat yang memerlukan maklumat berikut. 8. Buletin Merupakan juga komunikasi sehala yang diterbitkan oleh organisasi secara berkala sama ada secara mingguan ataupun secara bulanan. Pada kebiasaannya buletin dikeluarkan secara bercetak dan ada juga secara elektronik. Buletin diterbitkan bertujuan untuk menyebarkan maklumat yang berkaitan dengan perkembangan dan aktiviti semasa organisasi.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 271 8.2 Kemahiran Mendengar 8.2.1 Proses Mendengar a) Menjelaskan proses mendengar iaitu menerima, memahami, mengingat, menilai dan memberi tindakbalas. Maksud Kemahiran Mendengar. Satu proses penerimaan maklumat secara mental oleh seseorang individu dalam usaha untuk memahami, menterjemah dan memberi maklum balas terhadap mesej yang diterima secara berkesan. Proses Mendengar. 1. Menerima Seorang pendengar menggunakan telinga menerima maklumat yang disampaikan melalui perkataan. Penerima juga perlu memerhatikan maklumat yang disampaikan secara bukan lisan seperti memek muka atau bahasa badan yang lain untuk menjelaskan lagi masej suara yang didengarnya. 2. Memahami Pihak pendengar cuba atau berusaha mentafsir dan menganalisis maksud masej yang diterima. Proses memahami mesej melibatkan dua aspek pertimbangan iaitu aspek pemikiran dan aspek emosi. 3. Mengingati Mesej yang didengar akan disimpan didalam minda pendengar. Mesej yang didengar secara mental sahaja yang akan disimpan untuk dikeluarkan kembali apabila mesej tersebut diperlukan untuk maklumbalas. 4. Menilai Sesuatu mesej yang diterima akan dinilai berdasarkan memahaman dan bagaimana mesej tersebut akan dintrepretasi 5. Memberi tindak balas Pendengar akan memberi tindakbalas terhadap mesej melalui tindak balas seperti lisan dan bukan lisan, contohnya bertanya balik soalan.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 272 8.2.2 Mendengar secara berkesan b) Menjelaskan kaedah mendengar secara berkesan berasaskan: mendengar secara empati dan objektif; mendengar secara kritikal dan nonjudgement; dan mendengar secara cetek dan mendalam Kaedah mendengar secara berkesan. 1. Mendengar secara empati dan objektif Merupakan proses mendengar dengan memahami, mengenali, merasai perasaan orang yang menyampaikan mesej tersebut. Mesej yang disampaikan oleh penutur mungkin dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk emosi positif atau dalam bentuk emosi yang negatif. Contoh: Pendengar yang menerima mesej seharusnya mampu untuk mentafsirkan mesej tersebut akan cuba menyelami mesej yang disampaikan dengan menggunakan menggunakan kompenen empeti antaranya ialah dengan pemahaman, dengan merasai mesej yang disampaikan, dengan menyamakan perasaan pendengar dengan perasaan penutur dan dengan melihat akan aksi penutur semasa mereka menutur. 2. Mendengar secara kritikal dan nonjudgemental Mendengar secara kritikal: Merujuk kepada mendengar secara kritis dan cuba untuk memahami dengan tepat berkaitan dengan apa yang hendak disampaikan, kemudian harus menganalisis apa yang didengar dan juga memberi perhatian yang serius berkaitan dengan apa yang didengar. Mendengar secara nonjudgemental: Merujuk kepada pendengar yang mendengar dengan pemikiran yang terbuka untuk memahami apa yang disampaikan. Pendengar sebolehnya jangan cuba membuat persepsi awal berkaitan dengan penutur sebelum seseorang itu menuturkan kata-katanya. 3. Mendengar secara cetek dan mendalam Mendengar secara cetek: Merujuk kepada tindakan seseorang itu mendengar masej yang disampaikan berdasarkan kepada maklumat-maklumat asas sahaja.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 273 Mendengar secara mendalam: Pendengar akan cuba mendengar secara terperinci dengan apa yang disampaikan oleh penutur dan pendengar cuba untuk memberi maklumbalas dengan maklumat seperti berhujah, memberi pandangan. 8.2.3 Mendengar secara aktif. c) Menjelaskan fungsi mendengar secara secara aktif dan teknik-tekniknya yang meliputi: mengulang maksud pembicara, meluahkan kefahaman terhadap perasaan pembicara dan menanya soalan Maksud Mendengar Secara Aktif Merupakan teknik yang memerlukan seseorang pendengar beerupaya menterjemahkan semua bentuk mesej yang diterima samada dalam bentuk suara, bahasa badan dan juga berkebolehan mentafsirkan mesej yang tersirat yang disampaikan oleh seseorang penutur. Fungsi Mendengar Secara Aktif Dan Teknik-Tekniknya: 1. Mengulang maksud pembicara. Pendengar akan cuba mengulang atau menyatakan semula apa yang disampaikan oleh penutur. Kaedah ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa seseorang memahami apa yang disampaikan oleh penutur. 2. Meluahkan kefahaman terhadap perasaan pembicara. Pendengar sebolehnya perlu menunjukkan bahawa ia faham apa yang disampaikan oleh penutur. Kaedah ini bertujuan memberi keyakinan kepada penutur untuk menurus mesej yang seterusnya yang hendak disampaikan. 3. Menanya soalan Pendengar menaya soalah terhadap penutur berkaitan dengan apa yang disampaikan . Keadaan ini bagi membuktikan bahawa pendengar berminat berkaitan mesej yang disampaikan oleh penutur dan maka menyebabkan peyampai lebih selesa dan boleh meneruskan mesej yang selanjutnya untuk menjelaskan apa yang disoal oleh pendengar.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 274 8.3. Kemahiran Berunding (a)Menjelaskan prinsip berunding termasuklah: tumpuan kepada minat dan bukan kedudukan, asingkan manusia daripada masalah, jana pelbagai pilihan dan guna kriteria yang objektif dan boleh terima. Prinsip berunding. 1. Tumpuan kepada minat dan bukan kedudukan, Prinsip perundingan yang baik seharusnya mengambil kira minat pihak yang berunding bagi menyelesaikan masalah atau kata sepakat dalam mencapai keputusan rundingan. Perundingan sebolehnya mengelak dari menjurus ke arah kedudukan seseorang, kerana akan menyebabkan rundingan lebih memihak kepada perunding yang mentingkan kedudukan atau matlamat dirinya sendiri. 2. Asingkan manusia daripada masalah, Proses perundingan sebolehnya jangan melibatkan masalah perunding tetapi perlu beri penumpuan terhadap masalah yang ingin dirundingkan. Dalam melaksanakan rundingan seringkali perunding mencampur aduk masalah manusia dalam perundingan. Antara masalah manusia seperti masalah yang melibatkan persepsi, emosi dan juga masalah komunikasi. 3. Jana pelbagai pilihan, Menjana banyak pilihan perlu untuk menyelesaikan masalah kerana jika terdapat hanya satu pilihan sahaja, kemungkinan besar ia akan memihak kepada satu pihak sahaja. Jika pelbagai pilihan dibuat, ia akan menjurus kearah menyelesaikan masalah berasakan menangmenang di mana kedua-dua pihak mendapat menafaat apabila sesuatu keputusan dibuat. 4. Guna kriteria yang objektif dan boleh terima, Untuk memastikan keputusan rundingan diterima oleh kedua-dua pihak yang berunding, maka perlu ada satu kriteria yang khusus bagi memastikan kedua-dua pihak berpuas hati. Kejayaan perundingan bergantung kepada cara kedua dua pihak mencari penyelesaian yang sesuai berdasarkan objektif yang dipersetujui bersama.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 275 (b) Menjelaskan elemenelemen perundingan termasuklah maklumat, masa, kuasa, etika, budaya, pelaku/personaliti dan aspek sosial. Elemen-elemen perundingan. 1. Maklumat Dalam melaksanakan perundingan kedua-dua pihak perlu mempunyai maklumat yang lengkap serta fakta yang tepat berkaitan dengan apa yang hendak dirundingkan. 2. Masa Merujuk kepada jumlah peruntukan masa yang ditetapkan semasa hendak menjalankan rundingan. Sekiranya perkara yang hendak dirunding adalah sukar maka jumlah masa yang diperuntukan mestilah lebih berbanding dengan perkara yang mudah dirundingkan. 3. Kuasa Merujuk kepada keupayaan seseorang membuat keputusan semasa rundingan dibuat. Seseorang yang menjadi wakil dalam perundingan mestilah mempunyai kuasa yang berpunca dari kuasa kepakaran dan kuasa sah. 4. Etika Merupakan satu standard kelakuan seseorang dilindungi dengan kesesuaian moral atau akhlak sama ada betul atau salah berkaitan dengan sesuatu komunikasi. Semasa melaksanakan perundingan sebolehnya pihak yang terlibat cuba mematuhi etika yang dipersetujui bersama dan sebolehnya cuba mengelak perkara-perkara yang tidak beretika. Contoh: perkara yang perlu dielak seperti tidak melakukan perbuatan menipu semasa perundingan. Perbuatan lain yang dianggap tidak beretika seperti memalsukan fakta, di mana satu pihak dalam perundinagn cuba memalsukan data yang sebenarnya. 5. Budaya Merupakan satu set amalan cara hidup yang diamalkan secara tradisi oleh sekelompok masyarakat. Dalam melaksanakan perundingan terutama sekali bagi kedua pihak yang mempunyai latar budaya yang berlainan seharusnya mempelajari adat budaya pihak yang terlibat dalam perundingan supaya
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 276 sesuatu perundingan itu berjalan dengan baik. Contoh: amalan budaya seperti subbudaya etnik, sub budaya pekerjaan, sub budaya agama, sub budaya politik dan juga sub budaya geografi. 6. Pelaku/personaliti Merujuk kepada perlakuan individu yang terlibat dalam atau semasa proses perundingan. Antara perlakuan/ personaliti yang harus dimiliki semasa mengadakan perundingan adalah seperti berikut; i. Menunjukkan kesungguhan semasa mengadakan perundingan ii. Bersifat tolak ansur semasa mengadakan perundingan. iii.Saling mempercayai antara satu sama lain. iv.Bersifat fleksibel dan dapat menyesuaikan diri semasa perundingan. v. Mendengar secara aktif semasa mengadakan perundingan. vi.Bersedia dari segi fizikal yang sesuai, seperti berpakaian yang sesuai dengan situasi perundingan. 7. Aspek sosial Merujuk kepada norma hidup yang diamalkan oleh sekelompok masyarakat tertentu. Perkara ini penting untuk diketahui oleh mereka yang ingin mengadakan perundingan supaya aspek sosial tidak menjadi penghalang kepada proses perundingan.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 277 (c)Menjelaskan tahap tahap perundingan termasuklah intrapersonal, interpersonal, intrajabatan, interjabatan, nasional, dua hala, serantau, pelbagai hala dan antarabangsa/global. Tahap-tahap perundingan. 1. Intrapersonal Merujuk kepada perundingan yang berlaku dalam diri individu itu sendiri. Seseorang individu itu tidak membuat perundingan dengan individu yang lain tetapi memproses sendiri berdasarkan maklumat yang diperolehi. 2. Interpersonal Merujuk kepada perundingan yang dijalankan secara berkumpulan. Tahap perundingan ini adalah dinamik kerana sentiasa memikirkan cara bagaimana hendak mempengaruhi antara satu sama lain. 3. Intrajabatan Perundingan dijalankan dalam jabatan yang sama untuk menyelesaikan masalah yang hanya berlaku dalam jabatan sahaja. 4. Interjabatan Perundingan yang dijalankan untuk menyelesaikan konflik yang berlaku antara jabatan yang berlainan. Contohnya perundingan berkaitan dengan jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep promosi produk baru. 5. Nasional Merujuk kepada perundingan yang berlaku antara perunding yang berasal dari negara yang sama. Sebagai contoh perundingan antara dua syarikat yang berasal dari negara yang sama. 6. Dua hala Perundingan yang hanya melibatkan dua pihak sahaja. Contohnya antara kesatuan sekerja dengan majikan sahaja. 7. Serantau Merujuk kepada perundingan antara pihak yang berasal dari negara yang berjiran. Contohnya perundingan antara syarikat Malaysia dengan syarikat yang beroperasi di Thailand. 8. Pelbagai hala Merujuk kepada perundingan dengan pelbagai tujuan, tidak berfokus kepada satu matlamat sahaja. 9. Antarabangsa/global Merujuk kepada perundingan antara dua atau lebih syarikat yang melibat dua atau lebih negara yang berlainan.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 278 (d) Menjelaskan strategi dan taktik perundingan termasuklah good guy, bad guy, nibbling, trial balloon, red herring, outrageous, apparent, withdrawal dan limited authority Strategi dan taktik perundingan. 1. Good guy bad guy Good guy merujuk kepada sifat perunding yang bersifat lemah lembut, mesra dan bersifat bertolak ansur. Bad guy merujuk kepada sifat perunding yang yang agresif dan mendesak dan bersifat tegas dan tidak mahu bertolak ansur. Dalam keadaan tertentu berkemungkinan besar perunding boleh bertindak mewakili kedua-dua keadaan di atas dalam menyesuaikan diri dalam menyelesaikan sesuatu isu dalam perundingan. 2. Nibbling Jika sesuatu perundingan telah mencapai kata sepakat satu pihak akan cuba untuk membuat permintaan yang baru, dan apabila permintaan baru dipersetujui ada pula yang akan cuba mengemukakan satu permintaan baru yang lain. Contoh “berikan betis nakkan paha” 3. Trial balloon Satu pihak mengemukakan satu cadangan sebagai satu jalan penyelesaian masalah terakhir. Hal ini bertujuan untuk memastikan satu pihak dalam perundingan sanggup atau tidak menerima cadangan tersebut. Taktik ini digunakan untuk memastikan pihak perunding sanggup menerima atau tidak satu-satu cadangan atau ingin menamatkan atau meneruskan rundingan yang dijalankan. 4. Red herring Satu taktik yang digunakan oleh satu pihak berunding dengan cara mengemukan satu isu minor dibincangkan bagi tujuan untuk mengelak dari membincangkan satu isu yang utama. Tujuannya adalah untuk memastikan supaya isu utama tidak dibincangkan, kemungkinan isu utama tidak memihak kepada mereka.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 279 5. Outrageous Merupakan satu strategi psikologi yang dapat menggangu emosi atau perasaan orang yang berunding supaya menerima tawaran atau cadangan yang dirundingkan. Keadaan ini akan menyebabkan pihak lawan akan terasa tidak senang hati sekiranya tidak menerima cadangan yang dicadangkan. Antara taktiknya seperti menggunakan nada marah, nada sedih dengan menangis, mengunakan pujukan melampau dan ada juga mengaitkan dengan perbuatan berdosa. 6. Apparent withdrawal Merupakan satu taktik berbentuk konfrantasi yang bertujuan untuk tidak berunding lagi dan ingin menarik diri dari malaksanakan perundingan. Hal ini bertujuan untuk mengikat supaya pihak satu lagi akur akan keputusan yang telah ditetapkan lebih awal. 7. Limited authority Apabila berlakunya sesuatu keputusan yang sukar maka ada pihak yang berunding menyatakan bahawa mereka tiadak mempunyai kuasa yang cukup untuk membuat keputusan dan menyerahkan kepada pihak atasan untuk membuat keputusan. Keadaan ini mengakibatkan keputusan tidak dapat dibuat semasa berlakunya perundingan.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 280 8.4 Teknologi Maklumat (a) Menjelaskan peranan dan kepentingan ICT dalam pengurusan perniagaan. Peranan dan kepentingan ICT dalam pengurusan perniagaan. 1. Peranan dalam pengeluaran. Dalam bidang pengeluaran teknologi maklumat digunakan dengan sepenuhnya terutamanya dalam reka cipta produk iaitu dengan menggunakan Computer- Aided-Design (CAD) dan juga dalam proses pengeluaran kebanyakkan mesin diprogram untuk berjalan secara automatik dengan menggunakan sistem komputer. Pengunaan ICT dapat mempercepatkan proses pengeluaran dan dapat menghasilkan produk mengikut standard yang ditetapkan. 2. Peranan dalam pemasaran Kemudahan ICT dapat menpercepatkan data diperolehi dan dapat dianalisis dengan cepat dan tepat dalam proses melakukan penyelidikan pemasaran. Dengan mengunakan kemudahan peralatan dan media ICT sesuatu maklumat dapat disebarkan dengan cepat dan bekesan kepada bakal-bakal pengguna. Contoh media ICT seperti penggunaan WEB atau Blog organisasi ataupun menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace dan sebagainya dalam mempromosi dan memasar produk. 3. Peranan dalam kewangan Penggunaan ICT dapat mengurangkan kos penyediaan perancangan kewangan, serta penyediaan belanjawan kewangan syarikat. Contohnya mengunakan perisian khusus untuk menyediakan belanjawan serta juga laporan-laporan kewangan yang berkaitan. Segala bentuk pembayaran dan penerimaan wang boleh menggunakan kemudahan ICT seperti menggunakan kad debit dan kad kredit yang disediakan melalui mesin juruwang automatic (ATM). 4. Peranan dalam Pengurusan sumber manusia Penggunaan ICT dapat meningkatkan pengurusan sumber manusia berkaitan dengan system merekod kehadiran pekerja.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 281 Selain daripada itu ICT juga dapat digunakan dalam melakukan proses penilaian prestasi berdasarkan indikator yang telah ditetapkan. Pengunaan ICT juga dapat menjimatkan waktu kerja dan juga dapat meningkatkan produktiviti bagi setiap kerja. 5. Peranan dalam perakaunan Pengunaan ICT dalam bidang perakaunan dapat meningkatkan kecekapan dari segi penyimpanan rekod transaksi serta dapat digunakan dalam penyedian penyata-penyaa kewangan seperti penyata untung rugi serta penyata kunci kira-kira. Penggunaan perisian-perisian khusus seperti UBS Accounting dapat mempercepatkan proses penyediaan laporan kewangan dengan cepat dan tepat. 6. Peranan dalam komunikasi Pengunaan ICT dapat mempertingkatkan lagi sistem komunikasi terutamanya kemunikasi dalam organisasi, contohnya penggunaan sistem SMS dan e-mel. Komunikasi berkesan juga dapat digunakan di antara pihak organisasi dengan pihak luar organisasi dengan lebih berkesan dan cekap dengan menggunakan media seperti yang disebutkan di atas. 7. Peranan dalam pengawalan inventori. Pengawalan inventori juga dapat dijalankan dengan cepat dan tepat melalui penggunaan beberapa perisian yang khusus bagi mengesan kekurangan atau kelebihan sesuatu inventori supaya ianya sentiasa berada pada tahap yang dapat menjimatkan kos. Contoh sistem yang sering digunakan ialah UBS Point Of Sale (POS) dan lain-lain perisian yang berkaitan.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 282 Antara Peranan Lain Teknologi Maklumat. 1. Perbankan Melalui perkhidmatan perbankan, ianya menyediakan penyesuaian akaun, perakauanan pinjaman ansuran, pengiraan faedah, perakauan deposit perkhidmatan, khidmat amanah, pengeluaran wang dan mendeposit wang dan cek dengan menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) sistem pembayaran on-line, dan juga e-bank yang meluas digunakan pada hari ini 2. Bidang Pelaburan Saham/ Pasaran saham. Untuk berurusniaga dengan pasaran saham seseorang itu tidak perlu lagi pergi ke pasaran saham itu sendiri, mereka boleh berurusniaga di mana jua secara elektronik. Dalam keadaan ini pelabur boleh melihat turun naik saham hanya melalui skin komputer sahaja ataupun skrin televisyen melalui canel Astro secara langsung. 3. Dalam Bidang Pendidikan. Antara peranan teknologi maklumat dalam pendidikan ialah seperti sistem maklumat data pelajar, sistem maklumat pengurusan dan analisis keputusan peperiksaan, sistem maklumat staf serta maklumat-maklumat yang digunakan oleh tenaga pengajar dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang di amalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang mewajibkan pengajaran dan pembelajaran Mata Pelajaran matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan untuk mencapai hasrat tersebut sistem maklumat berkomputer digunakan sepenuhnya dengan setiap orang guru dibekalkan dengan komputer riba dan juga projektor. 4. Dalam Sektor Kerajaan. Kerajaan juga menggunakan sistem maklumat secara meluas terutamanya dalam pentadbirannya, pengesahan dan pengiraan cukai pendapatan, pendaftaran kenderaan bermotor, sistem belanjawan negara, penggunaan Maykad dan sebagainya. Terdapat bidang-bidang lain yang menggunakan sistem maklumat antaranya seperti penguat kuasaan undang-undang, urusan ketenteraan, sukan, hartanah, ramalan perniagaan, dalam bidang perubatan, penyiaran, penerbitan dan juga kegunaan pribadi komputer di rumah.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 283 (b) Menerangkan bagaimana internet boleh meluaskan peluang- peluang perniagaan seperti edagang, e-perolehan dan e-pemasaran. Bagaimana internet boleh meluaskan peluang-peluang perniagaan. 1. E-dagang. Perdagangan elektronik atau e-dagang merujuk kepada perniagaan atau perdagangan yang menggunakan peralatan dan infrastruktur teknologi komunikasi dan maklumat sebagai medium untuk tujuan komunikasi dan juga transaksi. Melalui konsep e-dagang ini, masa kerja dan urusniaga menjadi lebih fleksibel, boleh memiliki pertubuhan/pejabat maya atau hanya beroperasi di rumah, pasaran perniagaannya adalah lebih meluas iaitu serata dunia dan ia berjalan 24 jam tanpa henti. Selain itu, kaedah pembayaran di dalam bentuk baru ini (secara dalam talian) ternyata amat murah dan mudah dibandingkan dengan kaedah pembayaran yang dibuat secara konvensional dan sekaligus mengurangkan keperluan kepada pengaliran wang tunai. Kelebihan e-dagang i. Menggantikan konsep manual Konsep yang dahulunya memerlukan pelanggan datang ke kedai dan mengisi borang untuk membeli barang, boleh di minimumkan dengan hanya sekali ‘clik’ di internet tanpa membuang masa dan tenaga. ii. Pemasaran yang luas Pengguna internet yang semakin hari semakin ramai berupaya untuk mencapai jumlah pengguna di seluruh pelusuk dunia. Hanya dengan menggunakan komputer dan internet akses sahaja peniaga dapat menjelajah di dunia perniagaan tanpa sempadan. iii. Mengikut peredaran teknologi semasa Kebanyakan pengguna kini menginginkan sesuatu yang cepat walaupun barangan tersebut sukar dicari. Salah satu cara mereka ialah dengan mencari barangan di internet dan melakukan pembayaran terus secara online.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 284 iv. Cepat dan mudah Membolehkan penjual menjual barangan mereka serta merta dengan menembusi pasaran global secara cepat dan mudah. Hal ini kerana produk yang dipaparkan di internet adalah 24 jam sehari dan 7 hari seminggu tanpa sekatan. v. Mengurangkan kos Kos pembelian dapat diminimumkan. Pembeli boleh terus membeli daripada penjual atau pengeluar tanpa perlu membayar kos komisen kepada agen. Pembeli juga tidak perlu bersusah payah menghabiskan duit minyak untuk mendapatkan barangan tersebut. vi. Modal yang rendah Tidak memerlukan modal perniagaan yang tinggi seperti peniagaan offline, apa yang penting adalah idea, sebuah laman web dan internet. Modal yang diperlukan juga adalah rendah. vii. Menceburi lebih dari satu perniagaan Memandangkan modal untuk memulakan perniagaan di internet jauh lebih murah berbanding berniaga secara offline maka, ini membuka peluang yang lebih kepada usahawan untuk mempelbagaikan perniagaan lebih dari satu jenis. 2. E-perolehan, Sistem perolehan elektronik itu yang lebih dikenali sebagai e-Perolehan, akan memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. ePerolehan akan menukarkan proses perolehan tradisional (secara manual) di dalam jentera kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi Internet. e-Perolehan membolehkan para pembekal mempamerkan produk mereka di dalam jaringan web sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 285 daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet. Katalog produk pembekal akan ditukarkan ke bentuk katalog elektronik atau eCatalogue, yang boleh dilihat dari mana-mana desktop menggunakan perisian pelayar web. Pembekal juga berupaya menghantar sebut harga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar tawaran tender menerusi e-Perolehan. e-Perolehan membolehkan para pembekal mendaftar atau memperbaharui pendaftaran mereka dengan Kementerian Kewangan menerusi Internet. Para pembekal akan dapat menghantar permohonan, memeriksa status permohonan dan membayar bayaran pendaftaran melalui ePerolehan. Kelebihan Menggunakan ePerolehan i. Proses perolehan yang lebih ringkas dapat mengurangkan kos pentadbiran dan operasi. ii. Proses pembayaran melalui Pindahan Dana Elektronik (Electronic Funds Transfer) yang lebih cepat. iii. Transaksi dijamin selamat di mana ia menyekat kemasukan pihak yang tidak berkenaan dan kerahsiaan adalah terjamin. iv. Boleh berhubung secara terus dengan pelanggan, pada bila-bila waktu dan dari mana-mana lokasi, secara online melalui Internet. v. Berurus niaga melalui Internet membolehkan anda menceburi dunia perniagaan elektronik dan pasaran antarabangsa. vi. Semua tawaran akan dikumpul dan satu jadual perbandingan dijana secara automatik. Ciri ini membolehkan proses penilaian dapat dibuat dengan lebih efisien dan efektif. vii. Tawaran yang diterima daripada pembekal akan disimpan dengan selamat dan terjamin dengan menggunakan ciri ’data encryption’. Maklumat tawaran hanya boleh dibuka dan dilihat pada masa dan tarikh pembukaan yang telah ditetapkan melalui proses data ‘decryption’ yang terkawal. viii. E-Perolehan menyediakan kemudahan untuk memantau status pendaftaran, pembelian serta proses Sebut Harga, Tender dan eBidding.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 286 3. E-pemasaran E-Pemasaran ialah merujuk pada penerapan prinsip-prinsip pemasaran dan teknik melalui media elektronik dan lebih khusus kepada Internet . Kelebihan E-Pemasaran 1. Boleh berhubung terus dengan pelanggan. o E-pemasaran membolehkan organisasi membuat kempen interaktif menggunakan muzik, gambar ataupun video untuk menarik minat pelanggan. 2. Memudahkan pelanggan membuat pembelian. o Dengan menggunakan beberapa klik sahaja pelanggan dapat membuat transaksi belian secara dalam talian dengan mudah. 3. Dapat menjangkau terus kepada pelanggan yang ditujui. o Perniagaan dapat menggunakan e-pemasaran untuk menyampaikan maklumat terus kepada pengguna yang ingin mengetahui tentang produk yang ingin dipasarkan walaupun pada masa perniagaan tidak beroperasi. 4. Dapat mencapai pelanggan yang tepat pada kos yang paling rendah berbanding dengan kaedah pemasaran tradisional.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 287 (c) Menjelaskan kegunaan intranet dalam organisasi Intranet dalam organisasi. Intranet ialah menggunakan satu sistem perhubungan dalaman sebagai satu rangkaian maklumat korporat yang dapat menghubungkan antara staf. Intranet boleh digunakan oleh pihak pengurusan untuk menyampaikan maklumat secara tepat dan cepat kepada stafnya dan juga maklumat tersebut tidak boleh dicapai oleh pihak diluar organisasi. Kegunaan intranet dalam organisasi 1. Komunikasi dalaman yang lebih baik. Maklumat boleh disimpan dan diakses pada bila bila masa mengikut kesenangan kakitangan organisasi 2. Keselamatan data. Setiap pengguna rangkaian akan dibekalkan dengan kata laluan yang berbeza untuk memastikan keselamatan data organisasi terjamin. 3. Pengurangan penggunaan kertas. Penggunaan intranet boleh membantu mengurangkan aktiviti cetakan yang melibatkan penggunaan banyak kertas. 4. Menjimatkan masa. Semua maklumat dapat disampaikan secara serentak dalam masa yang sama kepada semua kakitangan dalam sesebuah organisasi. Kebaikan pengunaan intranet. 1. Dapat meningkatkan produktiviti tenaga kerja. 2. Dapat menjimatkan masa 3. Komunikasi antara bahagian dalam organisasi menjadi lebih mudah 4. Mengurangkan kos pembiayaan penyampaian maklumat 5. Dapat memajukan budaya organisasi 6. Dapat menyebarkan maklumat yang baharu dengan mudah dan cepat. Kelemahan Intranet 1. Maklumat yang salah atau tidak sesuai akan menyebabkan kerja tidak efesyien.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 288 2. Pengguna intranet yang tidak bertangungjawab akan mengganggu proses komunikasi dalam organisasi. 3. Perlu latihan yang khusus untuk anggota dalam menggunakan intranet 4. Perlu tenaga pakar dalam mengendalikan pembangunan dan perkembangan intranet dalam sebuah organisasi 5. Data menjadi penuh dan tidak releven sekiranya tidak diuruskan dengan baik.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 289 Contoh soalan 1. Jelaskan tiga jenis komunikasi lisan. [6] Cadangan Jawapan: 1. Perbincangan - pertemuan antara beberapa individu untuk bertukar tukar pendapat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. 2. Mesyuarat -pertemuan dua atau lebih pihak untuk membincangkan sesuatu isu dalam situasi yang formal bagi membuat satu keputusan. 3. Ucapan - Komunikasi sehala yang melibatkan pengaliran maklumat daripada pemberi ucapan kepada audiens. 2. Huraikan pengaruh elemen masa dan elemen etika ke atas keberkesanan perundingan seorang pengurus kewangan dengan pihak bank. [6] Cadangan Jawapan: Pengaruh elemen masa: Jika masa berunding adalah optimum, maka keputusan yang diambil lebih baik Menggunakan masa perundingan dengan baik Menepati masa – Pengurus kewangan datang ke pejabat bank tepat pada masa yang ditetapkan Pengaruh elemen etika: Mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak bank Memberikan maklumat yang diminta oleh pihak bank secara betul dan tepat Berunding dengan niat yang baik dan jujur.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 290 3. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan proses komunikasi. [20] Cadangan Jawapan: 1. Penghantar Orang yang mempunyai mesej untuk disampaikan. Sebagai contoh, pengurus pemasaran yang mempunyai maklumat yang ingin disampaikan kepada staf pemasaran. 2. Enkod Maklumat, idea atau pandangan diterjemahkan dalam bentuk-bentuk yang difahami oleh orang lain, sama ada menggunakan perkataan, bahasa atau simbol. Maklumat atau idea diterjemahkan secara lisan dan bertulis melalui carta, grafik dan lain lain. 3. Saluran/Media Mesej disalurkan kepada penerima sama ada melalui saluran lisan seperti percakapan atau melalui bukan lisan seperti tulisan, visual dan pergerakan badan. 4. Dekod Mesej diterima dan diterjemahkan atau ditafsirkan oleh penerima untuk memberi makna. Sebagai contoh pengurus pemasaran cuba menterjemahkan maklumat ke dalam bentuk yang mudah difahami. 5. Penerima Orang yang menjadi sasaran/penerima mesej. Contohnya, penerima staf pemasaran menerima mesej daripada pengurus pemasaran. 6. Maklum balas Tindak balas terhadap penerimaan dan pemahaman mesej oleh penerima. Ia boleh jadi berbentuk lisan atau bukan lisan. Contohnya maklumbalas daripada pengurus pemasaran berlaku apabila pengurus pemasaran memberi cadangan, bantahan atau arahan. Penghanta r Enkod Saluran Dekod Penerima Maklum balas
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 291 TAJUK HASIL PEMBELAJARAN RUJUKAN HURAIAN 9.0 PEMBUATAN KEPUTUSAN 9.1 Proses Pembuatan Keputusan 9.1.1 Jenis Keputusan a) Mentakrifkan maksud pembuatan keputusan; b)Menjelaskan jenis keputusan merangkumi keputusan rutin dan tak rutin; Griffin (1993) Daft (2008) Maksud Pembuatan Keputusan Merujuk kepada proses mengenalpasti masalah, membentuk alternatif-alternatif penyelesaian dan memilih alternatif terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut. Menjelaskan Jenis Keputusan 1. Keputusan rutin Merujuk kepada keputusan yang dibuat berdasarkan sesuatu masalah yang biasa berlaku Contoh: membeli peralatan, pembayaran cukai, pengambilan pekerja, penggajian, disiplin pekerja dan sebagainya. 2. Keputusan tak rutin Merujuk kepada keputusan yang akan dibuat terhadap sesuatu masalah yang tiada dapat dijangkakan dan dirancangkan dengan sempurna. Contoh: adalah seperti pekerja berhenti serta merta, pesaing meningkatkan kempem promosi, pesaing akan membuka perniagaannya berhampiran dengan sesebuah syarikat dan sebagainya lagi. 9.1.2 Proses Pembuatan Keputuan c) Menjelaskan langkah-langkah dalam proses pembuatan keputusan rasional iaitu mengenal pasti masalah, mengutip data, menganalisis Langkah-langkah dalam proses pembuatan keputusan rasional 1. Mengenalpasti Masalah Pengurus perlu memahami betul-betul adakah ia masalah sebenar atau tanda kepada masalah. Umpamanya produk yang dikeluarkan kurang kualiti. Adakah masalah sebenarnya adalah pekerja atau bahan yang kurang berkualiti digunakan. Contoh: Jika jualan syarikat merosot maka pengurus harus membuat kajian dan dapatkan maklumat pasaran dan maklumat produk berkenaan. Adakah disebabkan oleh persaingan yang sengit, atau syarikat kurang membuat promosi atau produk kita tidak berkualiti, atau jurujual tiada kemahiran atau mungkin upah yang dibayar tidak memadai menyebabkan jurujual tidak bermotivasi. Oleh itu pengurus harus mengutip maklumat bagi mengenalpasti apakah masalah yang sebenarnya.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 292 data, menjana alternatif, menilai alternatif, dan memilih alternatif. Griffin (1993) Daft (2008) 2. Mengutip Data Pengurus perlu mendapatkan maklumat berhubung dengan masalah tesebut sebanyak mungkin. Maklumat yang diperolehi boleh bersumberkan maklumat dalaman organisasi atau maklumat luaran organisasi. Contoh: Pengurus boleh membuat kajian, pemerhatian, temuduga, pembacaan dan sebagainya bagi mendapat maklumat yang berhubung dengan masalah tersebut. Setelah kajian terperinci dijalankan maka telah dikenalpasti bahawa masalah sebenar. 3. Menganalisis Data Menganalisis data merupakan tindakan pengurus membuat penilaian terhadap data yang diperolehi. Data yang diperolehi perlu dipastikan mempunyai kualiti dan boleh dipercayai dari aspek kesahihannya serta dapat meyelesaikan masalah. Contoh: Adakah masalah pesaing, promosi, kualiti produk atau jurujual. Setelah dikenalpasti bahawa masalah sebenar adalah berpunca kerana mesin yang lama dan sentiasa rosak menyebabkan produk yang dihasilkan tidak berkualiti. Kesannya adalah pelanggan tidak berminat membeli produk syarikat. Oleh itu pengurus harus menyediakan alternatif bagi memperbaiki kualiti produk. 4. Menjana Alternatif Pihak pengurusan harus mencari alternatif-alternatif sebelum dapat membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pengurus boleh berbincang dengan staf syarikat atau rakan atau konsultan untuk mendapat alternatif penyelesaian. Kemudian membentuk seberapa banyak alternatif atau jalan penyelesain yang berkaitan. Contoh: Kemorosotan jualan adalah disebabkan produk yang tidak berkualiti. Produk tidak berkualiti disebabkan oleh mesin yang lama dan selalu sahaja rosak. Oleh itu pihak pengurusan harus memikirkan sama ada mahu menggunakan mesin yang sedia ada atau mesin yang baru. Jika pengurusan bercadang untuk membeli mesin yang baru maka pihak pengurusan perlu mendapat maklumat di pasaran berhubung dengan jenis mesin, kapasiti, pembekal dan sebagainya. Pengurus juga perlu mengkaji kedudukan kewangan syarikat.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 293 5. Menilai Alternatif Setelah menyenaraikan beberapa alternatif maka pengurus boleh membuat analisis yang cermat dan kritikal terhadap alternatif-alternatif tersebut. Alternatif yang tidak memberi penyelesaian yang baik akan dihapuskan. Contoh: Dalam kes di atas, pengurus perlu meneliti dengan cermat akan alternatif yang telah dibentuk. Pengurus perlu melihat keupayaan syarikat dari segi sumber kewangan, kapasiti mesin-mesin berkenaan, jangka hayat mesin berkenaan. 6. Memilih Alternatif Pada peringkat ini pengurus harus memilih satu jalan penyelesain yang terbaik dan jadikan matlamat syarikat sebagai panduan. Contoh: Pengurus boleh menggunakan alat-alat membuat keputusan seperti pokok keputusan, analisis statistik, dan lain-lain alat untuk membantu dalam pemilihan alternatif terbaik. 9.2 Alat Membuat Keputusan 9.2.1 Alat Membuat Keputusan Kuantitatif a) Mengaplikasikan alat membuat keputusan secara kuantitatif seperti statistik deskriptif dan pokok keputusan; Griffin(1993) Daft (2008) Alat Membuat Keputusan Kuantitatif Keputusan kuantitif merujuk kepada penggunaan nilai angka yang membolehkan analisis matemetik atau statistik dilakukan dalam membantu pengurus membuat keputusan. Contoh alat keputusan kuantitatif adalah seperti statistik deskriptif dan pokok keputusan. Terdapat berbagai jenis alat keputusan kuantitatif seperti analisis statistik deskriptif, statistik inferensi, analisis pulang modal, PERT, dan sebagainya 1. Statistik Deskriptif Statistik deskriptif ini merujuk kepada mengumpul dan menyusun data dalam bentuk angka bagi membolehkan ianya dianalisis dan ditafsirkan dengan menggunakan model statistik mudah. Penggunaan statistik deskriptif ini melibatkan frekuensi, ukuran kecenderungan memusat (min, mod dan median) dan ukuran serakan (julat, varians dan sisihan piawai). Hasil maklumat dalam bentuk angka, pembentangan keputusan adalah lebih menarik iaitu boleh dibuat dalam berbagai bentuk gambar rajah seperti histogram, carta bar, jadual, graf dan carta pie.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 294 i. Min Min adalah jumlah semua nilai data dibahagikan dengan bilangan data. Min Jumlah Nilai Data Bilangan Data Contoh pengiraan: Sebuah syarikat pemasaran automobil di sebuah pekan mempunyai 5 orang jurujual kereta. Pada tahun lalu jurujual A, B, C, D dan E masing-masing dapat menjual 80 buah kereta, 75 buah, 92 buah, 88 buah dan 65 buah. Kira min kereta yang dijual oleh jurujual? Jurujual Kereta dijual A 80 B 75 C 92 D 88 E 65 Jumlah 400 Min Jumlah Kereta Dijual Setahun Bilangan Jurujual Min 400 Buah Kereta 5 Orang jurujual Min = 80 buah kereta. ii. Mod Mod adalah nombor yang paling kerap berulang atau kumpulan data dengan kekerapan yang paling tinggi.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 295 Contoh 1: Tinggi 10 pelajar dalam sentimeter adalah seperti berikut: Pelajar 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Tinggi (CM) 175 160 165 170 170 165 170 175 170 160 Nombor yang kerap berulang adalah 170. Oleh itu mod adalah 170 cm. iii.Median Median adalah nilai data yang terletak ditengah-tengah data yang telah disusun mengikut tertib. Contoh 1: Tujuh orang pekerja di sebuah kilang telah menyiapkan produk minggu lalu seperti berikut: Pekerja A B C D E F G Unit 70 65 85 65 95 80 90 65, 65, 70, 80, 85, 90, 95 Mod = 80 produk Contoh 2: Jika lapan orang jurujual menjual kasut pada minggu lalu adalah seperti berikut. 8, 8, 9, 10, 12, 14, 16, 18 10 + 12 Mod = ----------- = 11 pasang kasut 2
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 296 iv. Sisihan Piawai Sisihan piawai adalah purata jarak setiap nombor dari nilai purata yang diberi punca kuasa. Rumus bagi sisihan piawai adalah seperti berikut: Sisihan piawai = √ ∑( x - ẋ) 2 Contoh: output bagi pekerja A dan pekerja B adalah seperti berikut: HARI PEKERJA A PEKERJA B Isnin 82 95 Selasa 87 102 Rabu 83 88 Khamis 86 80 Jumaat 85 75 Sabtu 81 64 Sisihan piawai pekerja A HARI Output (x) Min (ẋ) x - ẋ ( x - ẋ) 2 Isnin 82 84 -2 4 Selasa 87 84 3 9 Rabu 83 84 -1 1 Khamis 86 84 2 4 Jumaat 85 84 1 1 Sabtu 81 84 -3 9 Jumlah 504 28 Sisihan piawai A = √ 28/5 = 2.37 n-1
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 297 Sisihan piawai pekerja B HARI Output (x) Min (ẋ) x - ẋ ( x - ẋ) 2 Isnin 95 84 11 121 Selasa 102 84 18 324 Rabu 88 84 4 16 Khamis 80 84 -4 16 Jumaat 75 84 -9 81 Sabtu 64 84 -20 400 Jumlah 504 958 Sisihan piawai B = √ 958/5 = 13.84 Rumusannya sisihan piawai pekerja A lebih kecil berbanding pekerja B. Ini bermakna pekerja A pengeluarannya lebih tekal atau konsisten dan boleh dipercayai prestasinya berbanding dengan pekerja B v. Pelbagai Carta dan Graf a. Histogram
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 298 b. Carta Bar c. Graf Garis output
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 299 d. Carta Pie e. Jadual Jurujual Jualan bulanan (unit kereta) A 80 B 75 C 92 D 88 E 65 Jumlah 400 2. Pokok Keputusan Pokok keputusan adalah satu gambarajah yang merujuk kepada pembentukan alternatif pilihan yang dapat membantu pembuat keputusan untuk memilih keputusan yang terbaik. Ia melibatkan kebarangkalian hasil yang akan diperolehi dari alternatif keputusan yang dibentuk. Ia biasanya dibentangkan dalam bentuk gambar rajah agar mudah difahami oleh pembuat keputusan. Dalam rajah pokok keputusan terdapat titik keputusan, peristiwa kebarangkalian atau keadaan, dan hasil yang mungkin didapati. Pokok keputusan digunakan apabila terdapat dua atau lebih urutan keputusan dan keputusan tersebut bergantung kepada peristiwa kebarangkalian.
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 300 RM30,000 RM10,000 A1 RM20,000 B RM15,000 Contoh: Syarikat Bris Sdn Bhd bercadang untuk membeli mesin baru atau menyewa mesin bagi menambah pengeluaran hasil syarikat. Maklumat dalam jadual di bawah menunjukkan peristiwa dan kebarangkalian yang akan dihadapi oleh syarikat. Alternatif Peristiwa (kebarangkalian) Ekonomi meningkat Ekonomi tetap Membeli mesin (hasil) RM 30,000 (0.3) RM 10,000 (0.7) Menyewa mesin (hasil) RM 20,000 (0.6) RM 15,000 (0.4) Jadual : Jangkaan Hasil Dalam Dua Situasi Titik Keputusan Peristiwa Kebarangkalian Hasil Rajah: Pokok Keputusan Titik Keputusan : Alternatif 1 – A1 - membeli mesin Alternatif 2 - A2 - menyewa mesin