The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ruszarinazanuar, 2023-10-08 23:01:00

MODUL PP GABUNGAN 3 PENGGAL

MODUL PP GABUNGAN 3 PENGGAL

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 351 TAJUK HASIL PEMBELAJARAN RUJUKAN HURAIAN 11.0 RANCANGAN PERNIAGAAN a) Mentakrif Rancangan Perniagaan dan (a) Kepentingannya (b) b) Menjelaskan kegunaan Rancangan Perniagaan kepada usahawan dan pihak berkepentingan Takrif Rancangan Perniagaan (RP): Dokumen bertulis yang menggambarkan keseluruhan operasi perniagaan atau usaha teroka yang merangkumi penetapan visi, misi, objektif, rancangan pengeluaran, strategi pemasaran, rancangan kewangan kewangan, dll, Kepentingan Rancangan Perniagaan 1. RP merupakan hala tuju perniagaan. RP memberikan gambaran menyeluruh berkenaan operasi perniagaan secara komprehensif yang menjadi garispanduan dalam melaksanakan sesuatu usaha teroka. Rp akan dapat meningkatkan keyakinan dan keupayaan usahawan untuk menjalankan operasi perniagaan. 2. RP yang merupakan pendokumentasian idea-idea perniagaan di samping mengenalpasti masalah-masalah yang berpotensi serta mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut. Oleh itu usahawan dapat mengurangkan risiko kegagalan apabila melakukan perancangan di peringkat awal . 3. RP dapat digunakan untuk menilai potensi, keunikan perniagaan, nilai komersial teknologi, pasaran dan persaingan. 4. RP berperanan dalam mengagihkan sumber-sumber seperti kewangan, tenaga kerja, mesin, bahan dan lainlain dalam menjalankan operasi perniagaan.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 352 c) Menjelaskan kegunaan RP kepada usahawan dan pihak berkepentingan Kegunaan RP kepada Usahawan 1. Garis panduan untuk menguruskan perniagaan Sebagai garis panduan kepada usahawan/pengursan syarikat untuk melaksanakan aktiviti perniagaan yang dirancang dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Ia merupakan perancangan yang jelas tentang misi, matlamat, objektif, belanjawan, ramalan kewangan, target pasaran dan sebagainya. 2. Mengurangkan kesilapan RP menjadi garispanduan kepada setiap pekerja yang terdiri daripada pegawai atasan hinggalah pekerja bawahan mengenai sasaran yang dikongsi bersama serta perlu dicapai dalam usaha untuk mencapai matlamat yang sama. RP turut memberi gambaran yang jelas tentang tugas mereka dalam melaksanakan misi organisasi. Ini akan dapat mengurangkan kesilapan semasa menjalankan tugas. 3. Menggunakan sumber-sumber organisasi dan meningkatkan produktiviti Sumber-sumber pengeluaran dapat digunakan dengan optimum melalui perancangan yang terkandung dalam RP. Penggunaan sumber yang optimum akan dapat mengelakkan pembaziran. 4. Memudahkan kawalan Kawalan bertujuan untuk memastikan pelaksanaan berdasarkan perancangan di dalam RP Usahawan akan dapat mengukur serta menilai sejauh mana perancangan itu mencapai matlamatnya. Sekiranya matlamat tidak dicapai, penambahbaikan perlu dilakukan. 5. Meyakinkan pihak-pihak berkepentingan Pihak-pihak berkepentingan terdiri daripada pelabur, pembekal pihak bank dan lain-lain. Mereka menyumbangkan modal serta memberi kredit kepada organisasi perniagaan. RP dapat menyediakan maklumat yang diperlukan oleh pihak tersebut.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 353 Pihak-pihak ini juga akan turut menilai perancangan yang dibuat serta menjangkakan prestasi dan pertumbuhan syarikat. Pemberian kredit dan modal untuk meluaskan operasi perniagaan akan di berikan sekiranya pelabur yakin tentang masa depan syarikat. 6. Menilai prestasi dan kemajuan syarikat RP memberi peluang kepada usahawan untuk menilai prestasi pengurusan operasi kemajuan syarikat Penilaian dapat dilakukan dengan memastikan apa yang dirancang adalah sama dengan apa yang dilaksanakan. 7. Menggunakan sumber-sumber organisasi dengan cekap Sumber-sumber pengeluaran dapat digunakan dengan optimum melalui perancangan yang teliti bermula dari awal lagi. Penggunaan sumber yang optimum akan dapat mengelakkan pembaziran dan membantu mencapai kapasiti penuh. Kegunaan RP kepada Pihak-pihak Berkepentingan. Pihak-pihak berkepentingan adalah seperti berikut: 1. Pembekal Pembekal menyediakan sumber modal yang cepat dan murah kepada perniagaan melalui jualan kredit. Pembekal perlu meneliti RP sebelum bersetuju untuk menandatangani perjanjian untuk membekalkan barang mentah, separuh siap atau bahan siap perniagaan terbabit. Penelitian ini bertujuan untuk melihat kemampuan usahawan membuat bayaran terhadap barangan yang dibekalkan. Pembekal akan hanya memberikan jualan kredit jika kedudukan kewangan dan perniagaan usahawan mempunyai potensi untuk berjaya.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 354 2. Pelanggan Pelanggan merujuk kepada syarikat atau organisasi yang akan menggunakan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Oleh itu mereka perlu meneliti terlebih dahulu keupayaan dan kemampuan syarikat yang menawarkan perkhidmatanyang diperlukan supaya tidak menghadapi masalah bekalan pada masa hadapan. 3. Pembiaya/Pemberi Pinjam Pihak bank atau institusi kewangan perlu memastikan perniagaan yang bakal dijalankan itu berdaya maju. Penelitian dan penganalisisan dilakukan untuk mengenalpasti kemampuan bayar balik pinjaman sebelum permohonan pinjaman diluluskan atau sebaliknya. 4. Pelabur Bagi pelabur khususnya pemodal perniagaan (venture capitalist) mereka juga perlu menilai dan memperhalusi RP. Penilaian yang terperinci dibuat bertujuan untuk memastikan keputusan pelaburan dapat dilakukan dengan tepat dan menguntungkan pelabur.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 355 d) Menyediakan Rancangan Perniagaan berdasarkan format berikut: 1. Rumusan Eksekutif 2. Pengenalan Sabri Hj. Hussin, (2005). Norita Deraman et. al (2010) Sharifah Akmam Syed Zakaria (2007) Format RP adalah seperti berikut: 1. Rumusan Eksekutif Mengandungi maklumat, di antaranya: Tujuan RP di sediakan Kos Projek dan cara pembiayaan. Jika ingin memohon pembiayaan nyatakan jumlah dan tempoh pembiayaan. Butiran ringkas tentang usahawan dan kakitangan utama dalam perniagaan. Ringkasan produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan serta keunikannya. Ringkasan pemasaran yang member fokus kepada sasaran pasaran, pesaing-pesaing utama dan strategi pemasaran Rekod-rekod kewangan yang lalu jika ada atau ramalan kewangan bagi sesuatu perniagaan baru. 2. Pengenalan Mengandungi maklumat diantaranya: Menyatakan jenis perniagaan yang diceburi dan maklumat penting berkenaan perniagaan Tempat ataupun liputan perniagaan dijalankan Tarikh perniagaan ini dimulakan atau hendak dimulakan Cara-cara perniagaan ini diuruskan atau dilaksanakan Menyatakan sama ada RE ini kali pertama atau yang ditambahbaik drpd yang lepas Strategi-strategi utama yang mapan dan berkesan sebagai penyokong pelaksanaan perniagaan ataupun projek.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 356 3. Objektif 4. Latar belakang Syarikat 5. Latar belakang Pemilik Sabri Hj. Hussin, (2005). Norita Deraman et. al (2010) Sharifah Akmam Syed Zakaria (2007) 3. Objektif Mengandungi maklumat diantaranya : Visi, misi syarikat atau perniagaan Matlamat jangka panjang, matlamat jangka pendek. Kekuatan syarikat yang boleh menjadi strategi perniagaan bagi mencapai matlamat tersebut, jika terdapat kelemahan atau masalah, tunjukkan strategi mengatasi masalah tersebut. 4. Latarbelakang Syarikat Mengandungi maklumat-maklumat di antaranya : Menyatakan pengasas syarikat/perniagaan Menjelaskan sebab asalnya produk disediakan dan rasional keperluan atau kesesuaian dengan pasaran atau keadaan Menyatakan bentuk/entiti perniagaan Latarbelakang atau biodata syarikat pemilik syarikat Tarikh syarikat dan lokasi syarikat Modal asal syarikat Menjelaskan tahap kejayaan yang dicapai Masalah-masalah tertentu yang dihadapi oleh syarikat serta penyelesaiannya dan kesan terhadap perniagaan. 5. Latarbelakang Pemilik/ Ahli Kongsi Perlu mengandungi maklumat diantaranya: Nama pemilik/rakan kongsi, alamat, nombor telefon, faks Umur, kelulusan, pengalaman pemilik dan rakan kongsi Kemahiran pemilik dan rakan kongsi Syer pemilikan modal/saham


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 357 6. Latar belakang Projek 7. Rancangan Organisasi 8. Rancangan Pemasaran Sabri Hj. Hussin, (2005). Norita Deraman et. al (2010) Sharifah Akmam Syed Zakaria (2007) 6. Latar belakang Projek Perlu mengandungi elemen-elemen berikut: Menjelaskan lokasi tapak projek hendak dijalankan. Sertakan pelan lokasi Kelebihan lokasi Menjelaskan jenis dan struktur bangunan. Pelan bangunan perlu disertakan. Menjelaskan kemudahan asas yang ada (contoh, talian tel, elektrik, air, jalanraya) 7. Rancangan Organisasi Mengandungi elemen-elemen di antaranya adalah seperti berikut: Senarai jawatan dan bilangan pekerja Carta organisasi Tanggungjawab dan tugas pekerja Imbuhan gaji pekerja Keperluan pejabat 8. Rancangan Pemasaran Perlu mengandungi maklumat diantaranya: Pelanggan Trend Pasaran Saiz pasaran Ciri-ciri pasaran Sasaran pasaran Pesaing-pesaing Strategi Pemasaran Ramalan jualan Kos pemasaran Kaedah promosi


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 358 9. Rancangan Pengeluaran 10. Rancangan Kewangan Sabri Hj. Hussin, (2005). Norita Deraman et. al (2010) Sharifah Akmam Syed Zakaria (2007) 11. Kesimpulan 12. Lampiran 9. Rancangan Pengeluaran/Operasi Dalam bahagian ini, perlu mengandungi pelbagai elemen. Di antaranya adalah seperti berikut: Huraian tapak projek, kesesuaian, dan pelan lokasi kilang Susun atur ruang opersai Mesin dan peralatan yang digunakan Proses pengeluaran (langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk dan perkhidmatan Carta aliran operasi Penggunaan bahan mentah Stok simpanan bulanan atau tahunan Jadual pelaksanaa projek Premis perniagaan dibeli, disewa atau dipajak 10. Rancangan Kewangan Mengandungi elemen-elemen berikut: Kos pelaksanaan projek Peruntukan modal pusingan Perbelanjaan-perbelanjaan lain seperti perbelanjaan praoperasi dan peruntukan luar jangka Sumber pembiayaan Keperluan Pembiayaan Penyata-penyata Kewangan Analisis Titik Pulangan Modal 11. Kesimpulan Bahagian ini menekankan keunikan dan kelebihan perniagaan. 12. Lampiran Bahagian ini menyertakan maklumat tambahan seperti pelbagai ilustrasi, senarai, data, borang, carta, laporan dan lain-lain maklumat yang menyokong dan berkaitan dengan perniagaan dan syarikat. Contoh-contoh lampiran ialah Sijil Pendaftaran Perniagaan, Perjanjian Perkongsian, gambar atau contoh brosur produk yang dikeluarkan, statistik atau maklumat kajian pasaran, pelan lokasi tapak kilang atau perniagaan,sebut harga daripada kontraktor pembelian aset dan lain-lain.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 359 Contoh Soalan 1. Terangkan kepentingan Rancangan Perniagaan sebagai kepada pembiaya dan pelabur sebuah syarikat perabot [4] Cadangan Jawapan Kepentingan RP kepada Pembiaya Pembiaya yang terdiri daripada pihak bank atau institusi kewangan memerlukan RP bagi memastikan perniagaan mempunyai prospek pasaran dan keuntungan yang baik serta beroperasi dalam pasaran atau industri yang berdaya maju. Penelitian dan penganalisisan perlu dilakukan untuk melihat jangkaan perolehan keuntungan untuk memastikan kemampuan bayar balik pinjaman sebelum permohonan pinjaman diluluskan. Kepentingan RP kepada Pelabur Pelabur yang terdiri daripada pelabur individu, syarikat persendirian dan juga syarikat-syarikat khusus memerlukan RP untuk diteliti bagi memastikan mereka melabur dalam perniagaan yang berpotensi menjana keuntungan dan berdaya maju. Penilaian yang terperinci juga dibuat terhadap unjuran kewangan syarikat bertujuan untuk mengenalpasti pelaburan yang dilakukan mendapat pulangan. 2. Huraikan elemen yang berkaitan dengan produk, sasaran pasaran dan persaingan yang terdapat dalam Rancangan Pemasaran bagi sebuah Rancangan Perniagaan. [9 markah] Cadangan Jawapan 1. Produk Menyatakan ciri-ciri produk – harga, jenama, paten, saiz produk dll Keistimewaan produk – kos pengeluaran rendah, kegunaan pelbagai, kelainan dengan produk pesaing, dll Jenis-jenis produk yang dikeluarkan – barisan/lini produk, kedalaman dan kelebaran


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 360 2.Sasaran pasaran Perlu menyatakan siapa yang menjadi sasaran contoh kumpulan sasaran seperti mengikut jantina, pendapatan, demografi, dll Kawasan tempat yang diliputi sasaran itu/geografi Menyatakan pemetakan pasaran Pasaran tertumpu, pasaran terbeza dan tak terbeza Saiz pasaran – kecil atau besar pasaran Syer pasaran – peratusan bahagian dalam pasaran 3.Persaingan Mengenalpasti siapa pesaing - bilangan dan lokasi pesaing Tahap persaingan sedia ada - mempertimbangkan tahap persaingan dalam persekitaran perniagaan yang ingin dibuka, tahap persaingan yang tinggi tidak digalakkan Kekuatan dan kelemahan pesaing Syer pasaran – peratusan bahagian pesaing dalam pasaran


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 361 3. Sediakan Rumusan Eksekutif bagi sebuah Rancangan Perniagaan Melati Bakery Enterprise. yang beroperasi dalam pengeluaran biskut, kek dan roti [10] Cadangan Jawapan Melati Confectionary Enterprise (MCE) merupakan perniagaan berasaskan kek, roti, pastri dan biskut yang dijual secara runcit dan borong. Perniagaan ini dijalankan secara perkongsian di antara Encik Faris Hakim dan Pn. Sofea Jusri pada tahun 2012 bertempat di Sungai Besar Business Center, Sungai Besar Selangor. MCE menjual kek, roti, pastri dan biskut menggunakan jenama ‘Enakrasa’. MCE turut menyediakan perkhidmatan hantaran perkahwinan dan hamper untuk dijadikan hadiah atau cenderamata. Produk ini disasarkan kepada semua golongan masyarakat sama ada individu, kumpulan, syarikat jabatan-jabatan kerajaan dan swasta tanpa mengira umur dan pendapatan. Produk-produk MCE juga boleh didapati di kedai-kedai runcit, kedai makan, restoran-restoran, setesen minyak serta pasaraya-pasaraya sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka. Tujuan utama Rancangan Perniagaan (RP ) ini disediakan adalah untuk mendapatkan pembiayaan tambahan bagi membuka cawangan baru di Lot 4, Jalan Siantan, Taman Delima Kuala Selangor pada Mei 2014. Dengan pembukaan cawangan baru ini, diharapkan jumlah pengeluaran MCE dapat dipertingkatkan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang sentisa meningkat dari masa ke semasa. Rancangan Perniagaan ini ditujukan kepada Small Medium Enterprise Bank untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak RM200,000 yang dipohon di bawah skim Credit Guarantee Corporation. Pembiayaan ini diperlukan untuk membeli mesin, peralatan dan sebuah van. MCE amat mementingkan kualiti pengeluaran dan kebersihan serta telah mendapat Sijil Halal bagi produk-produk yang dikeluarkan.Justeru iti, pengeluaran produ-produk MCE adalah menggunakan mesin dan peralatan yang menggunakan teknologi terkini di samping pekerja-pekerja yang mahir dan berpengalaman.Memandangkan tahap persaingan yang tinggi daripada perniagaan bakeri dan konfeksionari yang lain seperi Anis Confectionary Enterprise, Harum Bakery Sdn. Bhd, Seribu Rasa Bakery dan Pastri Sdn. Bhd dan perniagaan-perniagaan yang lain, MCE telah mengatur strategi pengeluaran dan pemasaran supaya syer pasaran dapat di pertingkatkan. Sehubungan dengan itu MCE telah mempelbagaikan lagi produk roti, kek dan pastri seiring dengan perubahan citarasa bagi menarik pelanggan baru dan mengekalkan pelanggan sedia ada. Berdasarkan kepada rekod-rekod kewangan lampau dan unjuran keuntungan pada tiga tahun berikutnya, MCE diyakini akan terus berkembang maju dan menguasai 30% pasaran roti, biskut, kek dan pastri di bahagian pantai barat Semenanjung. MCE turut bercadang untuk meluaskan pasaran ke negeri-negeri di sebelah selatan dan Pantai Timur dan Selatan untuk tempoh lima tahun akan datang.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 362 TAJUK HASIL PEMBELAJARAN RUJUKAN HURAIAN 12.0 PERNIAGAAN ANTARABANGSA (PAB) 12.1 Skop perniagaan antarabangsa 12.1.1 Peranan dan kepentingan a) Mentakrif maksud perniagaan antarabangsa R. W. Griffin dan M. W. Pustay (2013) b) Menjelaskan kepentingan perniagaan antarabangsa dalam ekonomi merangkumi tukaran asing, pasaran luas, guna tenaga, pemindahan teknologi Takrif Perniagaan Antarabangsa Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara lain. Dijalankan melangkaui sempadan geografi dan politik sesebuah negara untuk mencapai objektif individu atau organisasi. Kepentingan PAB Dalam Ekonomi: 1. Tukaran asing Aktiviti eksport akan membawa masuk tukaran wang asing dalam negara Menambahkan pendapatan negara 2. Pasaran luas 1. Lebihan keluaran yang terdapat dalam sesebuah negara boleh dipasarkan ke negara luar 2. Memberi peluang kepada sesebuah syarikat untuk terus berkembang. 3. Guna tenaga PAB seperti eksport, import, pelesenan dan lain-lain memerlukan pekerja Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk negara. 4. Pemindahan teknologi Teknologi dan kepakaran negara luar dipindahkan ke dalam sesebuah negara Tenaga kerja tempatan perlu dilatih untuk mengendalikan peralatan. Proses ini memindahkan teknologi ke negara yang menggunakan peralatan tersebut. Contoh: kepakaran teknologi Jepun (robot) di bawa masuk ke Malaysia.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 363 12.1.2 Tahap perniagaan antarabangsa c) Menjelaskan tahap perniagaan antarabangsa termasuk domestik, antarabangsa, multinasional, dan global Daft (2010) Bartlett, CA & Ghoshal (2002) Tahap perniagaan antarabangsa 1. Domestik Perniagaan yang beroperasi di dalam sesebuah negara. Pengeluaran dan pemasaran adalah untuk pasaran tempatan di negara tersebut sahaja. Melibatkan mata wang tempatan. 2. Antarabangsa Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara lain. Menggunakan keupayaan semasa untuk berkembang di pasaran luar. Di peringkat ini eksport meningkat dan persaingan dikendalikan sendiri bagi setiap negara. Melibatkan pertukaran mata wang asing. 3. Multinasional Beberapa subsidiari beroperasi sebagai entiti tersendiri di pelbagai negara Syarikat mempunyai pemasaran dan pengeluaran di beberapa negara Lebih daripada 25 % hasil jualan syarikat adalah daripada negara luar. Contoh Maybank, Samsung dan Air Asia. 4. Global Melihat dunia sebagai pasaran tunggal Operasi dikawal oleh ibu pejabat korporat pemilikan, kawalan dan pengurusan peringkat atasan terdiri melibatkan kakitangan beberapa negara.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 364 12.1.3 Strategi memasuki perniagaan antarabangsa d) Menjelaskan strategi memasuki perniagaan antarabangsa termasuk import, eksport, kontrak pengeluaran, pelesenan, francais, usaha sama, subsidiari, dan operasi serah kunci. R.J. Ebert and R.W. Griffin (2015) R.W. Griffin and M.W. Pustay (2013) Straregi memasuki perniagaan antarabangsa 1. Import Sebarang aktiviti perniagaan yang membabitkan pembelian produk atau perkhidmatan dari negara luar Negara yang mengalami kekurangan sesuatu jenis produk atau perkhidmatan membeli daripada negara luar. Dilakukan untuk tujuan pempelbagaian produk untuk memenuhi citarasa pengguna. Mercedez Benz diimport dari negara Jerman dsb. 2. Eksport Penghasilan produk di sebuah Negara untuk dijual ke negara luar. 3. Kontrak pengeluaran Pengimport dan pengeluar bersetuju untuk menandatangani kontrak mengeluarkan. Pengeluaran produk oleh sesebuah syarikat dengan menggunakan label atau jenama syarikat lain. Contoh : Syarikat Nike lebih memfokuskan segala usaha syarikat dalam pemasaran produk dan telah mengikat kontrak dengan beberapa kilang sekitar Asia Tenggara untuk mengeluarkan kasut dan pakaian sukan syarikat. 4. Pelesenan satu perjanjian antara pemegang lesen dengan penerima lesen bagi membolehkan penerima lesen berhak terhadap proses pengeluaran, cap dagang, paten kepunyaan pemegang lesen. Penerima lesen akan memberi royalti atau yuran kepada pemegang lesen. Tumpuan adalah organisasi perkilangan. Penerima lesen mencari sumber modal untuk menjalankan pengeluaran di negaranya tanpa bantuan daripada pemegang lesen.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 365 5. Francais Satu bentuk perniagaan di mana francaisor memberi kebenaran, hak atau keistimewaan seperti nama perniagaan dan cop dagangan kepada seseorang individu atau syarikat tertentu (francaisi) untuk menjalankan perniagaan mengikut peraturan dn tatacara yang telah ditetapkan oleh francaisor. Francaisi membayar royalti atau yuran tertentu kepada syarikat induk. Francaisor menawarkan berbagai bantuan kepada francaisi. 6. Usaha sama Dua atau lebih perniagaan bersetuju untuk bergabung bagi sama-sama menembusi pasaran antarangsa atau membentuk entiti perniagaan baharu. Gabungan beberapa syarikat antarabangsa dengan syarikat luar yang bertujuan untuk memperoleh pengetahuan rakan kongsi tentang persaingan, budaya dan sistem politik. Syarikat yang bergabung akan berkongsi bersama modal, risiko, kepakaran dan untung diagihkan berdasarkan jumlah modal yang dilaburkan. 7. Subsidiari Operasi tempatan yang dimiliki penuh dan dikawal oleh syarikat asing. Melalui pelaburan langsung (greenfield ventures) bagi syarikat baru (start up operations) atau melalui pembelian ekuiti bagi syarikat sedia ada. 8. Operasi serah kunci Sebuah syarikat mereka bentuk, membina dan menyiapkan sesuatu kemudahan di negara asing di samping melatih pekerja negara itu untuk mengambil alih operasi kemudahan yang dibina. Projek yang telah siap untuk beroperasi diserahkan kepada pembeli. Contoh: kilang janakuasa nuklear, lapangan terbang dan pelantar minyak.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 366 12.2 Konsep-Konsep Penting a) Mentakrifkan konsep-konsep http://www.businessd ictionary.com/definiti on/emerging-markets http://ssc.undp.org/co ntent/ssc.html Zafri http://www.businessd ictionary.com/definiti on/localization.html Konsep-konsep perniagaan antarabangsa 1. Dunia tanpa sempadan Pergerakan dan perkembangan sesebuah perniagaan merentasi sempadan Negara. Blok perdagangan bebas ditubuhkan bagi membebaskan Negara terbabit daripada belenggu yang diwujudkan oleh sempadan politik terhadap perdagangan antarabangsa. Tanpa sebarang tariff atau sekatan lain. Contoh, Kesatuan Eropah (EU) dan Kesatuan Perdaganagan Bebas Amerika Utara (NAFTA). 2. Pasaran menimbul (emerging market) Pasaran baharu yang muncul ekoran peningkatan kuasa beli pengguna dalam pasaran tersebut. Usaha dan tindakan yang diambil oleh sesebuah negara untuk mengubah dan meningkatkan taraf ekonomi di negara itu supaya setanding dengan negara membangun yang lain melalui pembukaan pasarannya kepada pelabur antarabangsa. 3. Selatan-Selatan Merujuk kepada kerjasama antara negara-negara yang sedang membangun. Negara-negara ini bersepakat mengatasi masalah harga bahan mentah, membaiki keadaan ekonomi dan memecahkan monopoli peluang perniagaan negara maju. 4. Globalisasi Globalisasi merupakan suatu proses dimana ekonomi dunia bergerak ke arah menjadi satu ekonomi yang saling bergantung iaitu tidak terasing lagi. Oleh itu, produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesuatu negara itu dapat dipasarkan secara menyeluruh melampaui sempadan geografi dan budaya di seluruh dunia. 5. Lokalisasi Proses mengubahsuai fungsi tertentu seperti bahasa, budaya, politik dan undang-undang mengikut perubahan citarasa pasaran ia beroperasi.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 367 6. Nasionalisasi merujuk kepada tindakan sesebuah kerajaan mengambil-alih pemilikan sesebuah firma asing dan menjadikan firma tersebut sebagai milik negara. Ia boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah:- i. “expropriation”- pengambilalihan firma asing dilakukan dengan pemberian pampasan. ii. “confiscation” - pengambilalihan firma asing dijalankan tanpa sebarang pampasan. 7. Penswastaan Satu proses pemindahan daripada sektor awam kepada sektor swasta di mana bukan lagi hak milik kerajaan. 12.3 Syarikat multinasional 12.3.1 Cabaran syarikat multinasional a) menjelaskan maksud syarikat multinasional dan tujuan organisasi menjadi syarikat multinasional Daft (2010) R.W. Griffin and M.W. Pustay (2015) Maksud Syarikat Multinasional: Syarikat besar yang beroperasi dengan cawangan-cawangannya terdapat di beberapa buah negara. Cawangan ini akan dikawal oleh syarikat induk di negara asalnya tetapi syarikat induk memberi kuasa kepada subsidiari untuk bertindakbalas dengan perubahan yang berlaku di pasaran tempatan. Lebih daripada 25% hasil jualan syarikat adalah daripada di luar negara. Tujuan Organisasi Menjadi Syarikat Multinasional 1. Mengembangkan kekuatan/keunikan syarikat 2. Meluaskan pasaran 3. Mendapatkan sumber yang murah (buruh dan bahan mentah) 4. Mempunyai daya saing untuk mengatasi pesaing


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 368 b) menjelaskan cabaran yang dihadapi oleh syarikat multinasional dari aspek: (i)Struktur organisasi (ii) Kawalan Pengurusan (iii) Politik dan perundangan (iv) Ekonomi (v) Sosiobudaya 1. Struktur organisasi Struktur organisasi syarikat berbeza Bergantung kepada persekitaran perniagaan, pasaran sasaran, keupayaan dan kemahiran pekerja dan kaedah operasi yang diamalkan oleh kedua-dua syarikat Sukar memilih bentuk penjabatan Sukar untuk menentukan pengagihan autonomi kepada subsidiari. 2. Kawalan pengurusan Kaedah kawalan berbeza Lokasi yang jauh menyukarkan penetapan kepada satu bentuk struktur pentadbiran sama ada pentadbiran berpusat atau tidak berpusat. Tidak berpusat, bermakna anak syarikat membuat keputusan, walaupun keputusan lebih tepat kerana anak syarikat lebih tahu selok-belok perniagaan di negara luar, namun syarikat induk sukar mengawal aktiviti anak syarikat. Pentadbiran berpusat, walaupun syarikat induk dapat mengawal aktiviti anak syarikat, keputusan yang diperoleh mungkin kurang tepat kerana syarikat induk tidak mahir selok-belok perniagaan di luar. 3. Politik dan perundangan Politik Kestabilan politik - kekuatan sistem politik dalaman tetapi juga ancaman dari luar. Dapat menjamin supaya pelaburan asing tidak terancam malah berterusan. Ketidakstabilan politik sering mengganggu operasi syarikat multinasional.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 369 Undang-undang Sistem perundangan antara negara berbeza. Contoh: produk yang dikeluarkan oleh anak syarikat multinasional mestilah berasaskan bahan mentah atau komponen-komponen tempatan. Peraturan-peraturan perdagangan yang ketat Tarif - kos mengimport barangan meningkat 4. Ekonomi Sistem ekonomi Sistem ekonomi berbeza antara sesebuah negara dan ini mempengaruhi aktiviti PAB. Contoh: sistem ekonomi, perancangan pusat - kerajaan akan menentukan dan mengawal kegiatan ekonomi negaranya seperti harga, cukai, jenis produk dan sebagainya. Kemelesetan ekonomi Berlaku pengangguran, hilang pekerjaan, maka permintaan terhadap produk multinasional kurang. 5. Sosiobudaya Perbezaan sosial dan budaya diantara negara di mana ia beroperasi (host country) dan negara asalnya (home country). Mengubahsuai amalan dan gaya pengurusan bagi menangani persekitaran kebudayaan di negara di mana mereka beroperasi. Mengelakkan konflik masalah komunikasi antara syarikat multinasional dan pekerja-pekerja tempatan.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 370 12.3. 2 Risiko syarikat multinasional c) Menerangkan jenis risiko antaranya risiko ekonomi, politik, kredit, pemilikan negara, penghantaran balik modal dan dividen, dan kadar pertukaran wang. R.W. Griffin dan M.W. Pustay (2013) Risiko syarikat multinasional 1. Risiko ekonomi Mengamalkan sistem ekonomi yang berbeza seperti perancangan pusat, kapitalis, dan ekonomi campuran Kuasa beli penduduk Kitar ekonomi seperti kemelesetan dan inflasi. 2. Risiko politik Sistem pemerintahan sesebuah negara adalah berbeza. Risiko operasi – kedudukan operasi atau pekerja terancam disebabkan oleh perubahan undang-undang, persekitaran dan penetapan cukai. 3. Risiko kredit Risiko untuk mendapatkan pembayaran dari luar negara kerana mungkin risiko untuk mendapatkan daripada negara tersebut sedang mengalami kemelesetan ekonomi, ketidakstabilan politik, bencana alam dan sebagainya. 4. Risiko pemilik negaraan Risiko kemungkinan berlakunya perubahan pemerintah negara tersebut Pengambilalihan aset melalui expropriation atau confiscation Contoh: pemerintahan demokrasi kepada pemerintahan komunisme. 5. Risiko penghantaran balik modal dan dividen Menyekat pengaliran keluar keuntungan dari operasi di negara tersebut ke negara asal anak syarikat multinasional Kerajaan mencampuri urusan syarikat memindahkan dana keluar/masuk dari negara syarikat beroperasi. 6. Risiko kadar pertukaran wang Perlu meramal pergerakan tukaran mata wang di masa hadapan yang akan memberi kesan kepada perniagaan.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 371 12.4 Pembayaran perdagangan dan pertukaran mata wang asing 12.4.1 Dokumen penghantaran a) Menjelaskan kegunaan dokumen penghantaran: Surat Pengesahan Penghantaran Laut (Bill of Lading), Surat Pengesahan Penghantaran Udara (Airway Bill), Sijil Pengesahan Tempat Asal (Certificate of Origin); Kegunaan dokumen penghantaran: 1. Surat pengesahan penghantaran laut.(Bill of Lading) satu dokumen tentang barang yang diterima oleh syarikat perkapalan untuk dihantar kepada penerima yang dinyatakan dalam dokumen itu. Dokumen ini diperlukan apabila penghantaran barang dibuat melalui kapal Bertindak sebagai pengakuan penerimaan barang-barang atas kapal yang dikeluarkan oleh syarikar perkapalan / agennya. 2. Surat Pengesahan Penghantaran Udara (Airway Bill) Satu dokumen tentang barang yang diterima oleh syarikat penerbangan untuk dihantar kepada penama yang dinyatakan dalam dokumen itu. Dokumen ini diperlukan apabila penghantaran barang dibuat melalui kapal terbang Bertindak sebagai pengakuan penerimaan barang- barang atas kapal terbang yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan. 3. Sijil Pengesahan Tempat Asal (Certificate of Origin) Satu pengakuan yang ditandatangani oleh pengeksport dan disahkan oleh pegawai jabatan perdagangan dari negara pengeksport bahawa barang itu dibuat di negara pengeksport. Ia diperlukan oleh pihak kastam negara pengimport untuk memberi takrif keistimewaan atau mengenakan kuota terhadap barangan import. 12.4.2 Kaedah pembayaran dan penyelesaian perdagangan b) Menjelaskan kaedah penyelesaian perdagangan iaitu Kaedah Penyelesaian Perdagangan: 1. Perdagangan barter Melibatkan pertukaran barangan eksport antara dua buah negara tanpa melibatkan penggunaan mata wang. 2. Perbankan koresponden Pengeksport melantik sebuah bank sebagai ejen untuk bertindak bagi pihaknya. Bank yang dilantik oleh pengeksport akan menerima bayaran daripada pengimport bagi pihak pengeksport


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 372 perdagangan barter dan perbankan koresponden; c) Menjelaskan kegunaan dokumen pembayaran perdagangan antarabangsa berikut: Surat Kredit (Letter of Credit), Tuntutan Ikut Perintah (Sign/Demand Order), dan lain-lain. Dokumen Pembayaran Perdagangan Antarabangsa: 1. Surat Kredit (Letter of Credit) Dokumen yang dikeluarkan oleh pengimport dengan bank pengimport sebagai penjamin untuk membayar sejumlah wang kepada pengeksport di bawah syarat-syarat. 2. Tuntutan Ikut Perintah (Sign/Demand Order) Arahan bertulis yang dikeluarkan pengeksport kepada pengimport , meminta pengimport membayar sejumlah wang kepadanya dalam tempoh yang telah ditetapkan @ dengan segera. Apabila pengimport mengesahan persetujuannya bil ini akan dikembalikan kepada pengeksport yang kemudiannya akan menghantar barangan kepadanya. 12.4.3 Peranan mata wang asing d) Menjelaskan kesan kadar pertukaran mata wang asing terhadap perniagaan antarabangsa Peranan mata wang asing Kadar nilai matawang sesebuah negara yang bertukar dengan nilai matawang sebuah negara yang lain. Dua cara iaitu kadar tukaran langsung dan kadar tukaran tidak langsung Apabila eksport membawa masuk tukaran asing. Eksport meningkat, maka tukaran asing juga meningkat. Menambahkan pendapatan negara Sistem kadar pertukaran berubah atau terapung (floating rate) Menetapkan nilai pertukaran asing berdasarkan permintaan dan penawaran mata wang asing dalam pasaran pertukaran asing Kesan kadar pertukaran mata wang asing terhadap perniagaan antarabangsa: Kenaikan kos faktor pengeluaran, keadaan ini akan menjejaskan persaingan keluaran tempatan dalam pasaran antarabangsa Mengalakkan pergerakan modal dari dalam keluar negara Para spekulator mengambil kesempatan daripada keadaan turun naik mata wang untuk mencari keuntungan.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 373 R.J. Ebert and R.W. Griffin (2015) R.W. Griffin and M.W. Pustay (2013) www.swlearning.com/ Sistem kadar pertukaran tetap (fixed rate) Melibatkan tindakan kerajaan melalui bank pusat, menentukan kadar pertukaran mata wang negara dengan mata wang asing pada satu kadar tertentu Kesannya: o Nilai perdagangan antarabangsa akan menjadi lebih stabil o Menghapuskan kegiatan spekulasi mata wang yang cuba meraih keuntungan o Kadar pertukaran asing yang lebih stabil akan meningkatkan pelabur asing untuk melabur dalam negara. 12.5 Galakan dan perlindungan perdagangan 12.5.1 Galakan a) menjelaskan peranan MATRADE dalam menggalakkan pemasaran antarabangsa Peranan MATRADE dalam menggalakkan pemasaran antarabangsa: 1. Untuk mempromosi, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan memberi penekanan ke atas eksport produk perkilangan dan separa kilang serta menjalankan import secara terpilih; 2. Untuk merangka dan melaksanakan satu strategi pemasaran eksport negara bagi menggalakkan eksport produk terkilang dan separa kilang; 3. Untuk menjalankan perisikan komersial dan penyelidikan pasaran serta mewujudkan satu pangkalan data maklumat yang komprehensif bagi peningkatan dan pembangunan perdagangan; 4. Untuk mengelolakan program-program latihan bagi meningkatkan kemahiran pengeksport Malaysia dalam pemasaran antarabangsa; 5. Untuk meningkatkan dan melindungi kepentingan-kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negara; 6. Untuk mewakili Malaysia di mana-mana forum antarabangsa yang berkaitan dengan perdagangan; 7. Untuk membangun, mempromosi, memudahkan dan membantu dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan perdagangan; dan 8. Untuk menasihati Kerajaan tentang perkara-perkara yang mempengaruhi atau sebarang cara yang berkaitan dengan perdagangan dan bertindak sebagai ejen kepada Kerajaan atau seseorang individu, badan atau organisasi mengenai perkara tersebut.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 374 b) menjelaskan galakan perniagaan antarabangsa. (i) Blok perdagangan Blok Perdagangan 1. AFTA (ASEAN Free Trade Area) Ditubuhkan oleh negara-negara ASEAN pada 1 Januari 1993. Di anggotai oleh Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Filipina, Indonesia, Laos Vietnam, Kemboja dan Mynmar. Objektif penubuhan adalah untuk meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN Peningkatan perdagangan akan meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang berdaya saing yang membolehkan pengkhususan dan pencapaian skala ekonomi serta usaha menarik pelabur menanam modal dengan memberi pelbagai insentif. Matlamat AFTA: i. menghapuskan tarif, kuota, dan lain-lain sekatan perdagangandi kalangan negara anggota ii. mengenakan tarif yang seragam kepada negara bukan anggota iii. mobiliti buruh, modal, syarikat yang bebas, menwujudkan polisi-polisi pengangkutan, pertanian, pendidikan persaingan dan perilaku perniagaan bersama. 2. NAFTA (North American Free Trade Agreement) Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara ditubuhkan pada 1 Januari 1994 hasil pakatan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara negara Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico Matlamat penubuhan adalah untuk memansuhkan tarif dan halangan bukan tarif dalam perdagangan di antara negara anggota. Merupakan blok perdagangan yang paling berkuasa berdasarkan kepada jumlah penduduk dan jumlah keluaran negara kasar.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 375 3. EU (EROPEAN UNION) Kesatuan Eropah pada awalnya di kenali sebagai Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) ditubuhkan pada tahun 1957 yang dianggotai oleh 12 negara iaitu Belgium, Perancis, Itali, Luxemborg, Belanda, Jerman, Denmark, Ireland, United Kingdom, Portugal, Greek, Sepanyol, Austria, Finland dan Sweden. Tujuan penubuhan kesatuan adalah untuk mengimbangi kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun yang sukar digugat oleh mana-mana negara waktu itu. Penubuhan Kesatuan Eropah membolehkan rakyat atau masyarakat negara-negara anggota bebas bergerak, mencari pekerjaan, membuat pelaburan dan menjalankan urusan perdagangan yang selama ini terhalang kerana setiap negara Eropah mempunyai kawalan sempadan yang ketat, system cukai dan subsidi masingmasing, polisi dalam negara serta dasar untuk melindungi industry tempatan daripa persaingan luar negara. Secara khusus, objektif penubuhan EU ialah adalah seperti berikut: i. Menghapuskan duti kastam untuk semua negara anggota ii. Memastikan perdagangan dijalankan secara bebas iii. Menyelaraskan dasar kewang dan fiskal semua negara anggota iv. Memberi kebebasan dalam pengaliran modal di kalangan negara anggota v. Menggariskan polisi umum terhadap perdagangan yang melibatkan negara anggota vi. Menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi antara negara anggota. Mata wang tunggal rasmi yang dinamakan Euro telah diperkenalkan untuk kegunaan setiap negara anggota. 4. ASEAN Persatuan negara-negara Asia Tenggara atau ASEAN ditubuhkan pada 1967 yang dianggotai oleh sepuluh buah negara yang terletak di rantau Asia Tenggara iaitu, Malaysia, Thailand. Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Laos, Vietnam, Kemboja dan Mynmar. Tiga tujuan utama penubuhan ASEAN ialah: i. Menggalakkan pembangunan ekonomi, social dan kebudayaan menerusi program-program kerjasama serantau ii. Mengukuhkan kestabilan politik dan ekonomi serantau agar dapat menghadapi kuasa-kuasa besar iii. Bertindak sebagai satu forum untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 376 Bagi menggalakkan perdagangan, negara-negara ASEAN telah membentuk Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA.) Kerjasama ekonomi ASEAN akan meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang kompetitif serta membolehkan negara-negara rantau ini memenuhi keperluan pasaran global ASEAN juga akan turut meningkatkan kecekapan industri serantau melalui pengeksploitasian kelebihan lokasi, sumber, pasaran. Bekerjasama untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur yang akan menyumbang kearah persekitaran perniagaan yang lebih berkesan serta memastikan sumber semulajadi ASEAN dimanfaatkan sepenuhnya dengan cekap. (ii) Perdagangan timbal balik Perdagangan Timbal Balik Perdagangan timbal balik ialah urusniaga di mana pengeksport menerima keseluruhan atau sebahagian bayaran dalam bentuk barangan yang dikeluarkan oleh pengimport. Contoh: Negara China membayar hampir US$300 juta dalam bentuk keluaran dalam negara China dan selebihnya dalam bentuk komponen kapal terbang kepada pembuat kapal terbang McDonnel Douglas yang menjual pesawat MD-82 bernilaiUS$ 1 ribu juta. (iii)Kempen kerajaan Kempen Kerajaan Kerajaan telah mengadakan pelbagai program bagi meransang kegiatan PAB melalui galakan cukai, pengecualian cukai, pembiayaan eksport, pemberian taraf perintis, subsidi, kempen Belilah Barangan buatan Malaysia dan mewujudkan Skim Jaminan Eksport serta pelbagai program lain. 1. Zon Perdagangan Bebas Menjalankan aktiviti perdagangan. Boleh memperolehi barang dan perkhidmatan tanpa bayaran duti kastam, duti eksais, cukai jualan atau cukai perkhidmatan. Semua pergerakan barang-barang keluar masuk dari/ke zon bebas hendaklah menggunakan borang atau dokumen yang ditetapkan.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 377 2. Koridor Raya Multimedia (MSC) Merupakan zon pelaburan khas yang dibentuk untuk membolehkan syarikat berteknologi tinggi tempatan dan antarabangsa membina teknologi baru. Usaha ini dibantu oleh persekitaran yang kondusif yang mampu menggalakkan inovasi dan reka cipta. Antara matlamat MSC ialah: i. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan inovasi serta kreatif dalam produk dan perkhidmatan multimedia. ii. Menggalakkan kerjasama antara syarikat tempatan dan antarabangsa dalam memajukan industri teknologi multimedia untuk membantu syarikat tempatan menjadi syarikat berdaya maju dan berdaya saing iii. Hasil penyelidikan dan pembangunan boleh diniagakan demi mendapat manfaat daripada penyelidikan dan cadangan yang dikemukakan oleh penyelidik. Fungsi MSC pula adalah seperti berikut: i. Menarik lebih banyak syarikat yang berasaskan teknologi canggih ke Malaysia dan seterusnya membangunkan industry tempatan, khusnya yang berkaitan dengan teknologi multimedia ii. Menawarkan persekitaran berpusat yang baik supaya rangkaian multimedia berbentuk barangan dan perkhidmatan boleh dikeluarkan di Malaysia serta disalurkan ke serata dunia iii. Membentuk kawasan yang menawarkan kebolehan serta kemampuan khusus dalam multimedia, teknologi, tenaga buruh mahir dan separuh mahir infrastruktur serta pengangkutan. iv. Menyediakan MSC sebagai satu makmal percubaan dengan teknologi-teknologi moden masa kini diuji dan disebarkan.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 378 3. Galakan Cukai Menyediakan elaun pelaburan sehingga 60% daripada perbelanjaan modal selama 5 tahun 4. Pengecualian Cukai Kelonggaran untuk tidak membayar cukai seperti yang ditetapkan. Contohnya pengecualian cukai terhadap pendapatan royalti. 5. Pembiayaan eksport Pembiayaan yang ditawarkan oleh kerajaan bertujuan untuk meningkatkan eksport dan membantu firma pesaing secara efektif di peringkat antarabangsa Potongan berganda terhadap perbelanjaan promosi eksport bertujuan untuk menggalakkan pelabur mempromosikan produk Malaysia di pasaran antarabangsa. Potongan berganda untuk premium yang menginsuranskan barang eksport bertujuan untuk memberi keyakinan kepada pelabur Malaysia untuk memasarkan barangan tempatan keluar negara. 6. Taraf perintis Galakan pelaburan yang berbentuk pelepasan cukai kepada syarikat yang mengeluarkan produk yang dianggap penting kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pengecualian termasuk cukai pendapatan, cukai pembangunan dan cukai untung berlebihan selama beberapa tahun bergantung kepada jumlah modal tetap syarikat. (Modal melebihi RM1 juta diberi pelepasan 5 tahun) 7. Subsidi Merupakan satu bentuk bantuan kewangan kepada industri tempatan bertujuan untuk melindungi industri tempatan daripada pesaing-pesaing luar negara. Pemberian subsidi dapat mengurangkan harga barangan tempatan berbanding dengan barang import dan memberi kelebihan kepada industri tempatan untuk bersaing dengan industri luar.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 379 8. Kempen Melilah Barang Buatan Malaysia Diadakan bagi meningkatkan tarikan dan minat pembeli domestik dan antarabangsa terhadap barangan yang dikeluarkan oleh rakyat Malaysia antarabangsa (iv)Promosi Pelaburan Promosi Pelaburan Malaysia sangat mengalu-alukan pelaburan di dalam negara sama ada daripada para pelabur asing mahupun pelabur tempatan. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan bagi mempromosikan pelaburan di Malaysia. Antara usaha yang giat dijalankan ialah: i. Menawarkan insentif pelaburan yang menarik melalui Akta Promosi Pelaburan ii. Mempromosikan produk atau perkhidmatan Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Insentif pelaburan mula-mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1958 di bawah Ordinan Insentif Pelaburan diikuti dengan Akta Insentif Pelaburan 1968. Pada bulan Mei 1986, kerajaan telah menguatkuasakan Akta Promosi Pelaburan 1986 bagi mempertingkatkan insentif pelaburan sedia ada. c) Menjelaskan fungsi, peranan dan kesan pakatan perniagaan antarabangsa. Fungsi, peranan, dan kesan pakatan perniagaan antarabangsa 1. AFTA (ASEAN Free Trade Area) Ditubuhkan oleh negara-negara ASEAN pada 1 Januari 1993. Di anggotai oleh Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Filipina, Indonesia, Laos Vietnam, Kemboja dan Mynmar. Objektif penubuhan adalah untuk meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN Peningkatan perdagangan akan meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang berdaya saing yang membolehkan pengkhususan dan pencapaian skala ekonomi serta usaha menarik pelabur menanam modal dengan memberi pelbagai insentif.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 380 Matlamat AFTA: i. menghapuskan tarif, kuota, dan lain-lain sekatan perdagangandi kalangan negara anggota ii. mengenakan tariff yang seragam kepada negara bukan anggota iii. mobiliti buruh, modal, syarikat yang bebas, menwujudkan polisi-polisi pengangkutan, pertanian, pendidikan persaingan dan perilaku perniagaan bersama. 2. NAFTA ( North American Free Trade Agreement) Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara ditubuhkan pada 1 Januari 1994 Hasil pakatan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara negara Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico Matlamat penubuhan adalah untuk memansuhkan tariff dan halangan bukan tariff dalam perdagangan di antara negara anggota. Merupakan blok perdagangan yang paling berkuasa berdasarkan kepada jumlah penduduk dan jumlah keluaran negara kasar. 3. EU (European Community) Kesatuan Eropah pada awalnya di kenali sebagai Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) ditubuhkan pada tahun 1957 yang dianggotai oleh 12 negara iaitu Belgium, Perancis, Itali, Luxemborg, Belanda, Jerman, Denmark, Ireland, United Kingdom, Portugal, Greek, Sepanyol, Austria, Finland dan Sweden. Tujuan penubuhan kesatuan adalah untuk mengimbangi kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun yang sukar digugat oleh mana-mana negara waktu itu. Penubuhan Kesatuan Eropah membolehkan rakyat atau masyarakat negara-negara anggota bebas bergerak, mencari pekerjaan, membuat pelaburan dan menjalankan urusan perdagangan yang selama ini terhalang kerana setiap negara Eropah mempunyai kawalan sempadan yang ketat, system cukai dan subsidi masingmasing, polisi dalam negara serta dasar untuk melindungi industry tempatan daripa persaingan luar negara.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 381 Secara khusus, objektif penubuhan EU ialah adalah seperti berikut: i. Menghapuskan duti kastam untuk semua negara anggota ii. Memastikan perdagangan dijalankan secara bebas iii. Menyelaraskan dasar kewang dan fiskal semua negara anggota iv. Memberi kebebasan dalam pengaliran modal di kalangan negara anggota v. Menggariskan polisi umum terhadap perdagangan yang melibatkan negara anggota vi. Menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi antara negara anggota. Mata wang tunggal rasmi yang dinamakan Euro telah diperkenalkan untuk kegunaan setiap negara anggota. 4. APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ini ditubuhkan pada tahun 1989 yang dianggotai oleh 21 negara yang bersidang untuk membincangkan serta mempromosikan perdagangan terbuka dan kerjasama ekonomi secara praktikal. Tujuan utama APEC adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di rantau Asia Pasifik dan memupuk semangat kerjasama di kalangan negara-negara anggota. Selain itu untuk mengembangkan kegiatan ekonomi serta kerjasama dalam bidang teknikal demi mengekal dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi serantau yang lebih cepat dan seimbang di kalangan negara anggota. Deklarasi Seoul pada tahun 1991, negara-negara anggota APEC telah mencapai persetujuan dan menetapkan objektif APEC sebagai berikut: i. Mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan rantau Asia Pasifik untuk kebaikan rakyatnya dan dengan itu member sumbangan kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi dunia ii. Meningkatkan perolehan positif untuk kedua-dua rantau dan ekonomi dunia hasil daripada kerjasama ekonomi antara negara-negara anggota, termasuklah menggalakkan pengaliran barangan, perkhidmatan, modal dan teknologi iii. Membangun dan mengukuhkan system perdagangan yang terbuka untuk kebaikan rantau Asia Pasifik dan dunia amnya. iv. Mengurangkan halangan-halangan dalam perdagangan barangan dan perkhidmatan antara negara anggota seiring dengan prinsip-prinsip GATT tanpa menganggu kepentingan ekonomi pihak lain.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 382 5. ASEAN ( Association of Southeast Asian Nations) Persatuan negara-negara Asia Tenggara atau ASEAN ditubuhkan pada 1967 yang dianggotai oleh sepuluh buah negara yang terletak di rantau Asia Tenggara iaitu, Malaysia, Thailand. Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Laos, Vietnam, Kemboja dan Mynmar. Tiga tujuan utama penubuhan ASEAN ialah: i. Menggalakkan pembangunan ekonomi, social dan kebudayaan menerusi program-program kerjasama serantau ii. Mengukuhkan kestabilan politik dan ekonomi serantau agar dapat menghadapi kuasa-kuasa besar iii. Bertindak sebagai satu forum untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul Bagi menggalakkan perdagangan, negara-negara ASEAN telah membentuk Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA.) Kerjasama ekonomi ASEAN akan meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang kompetitif serta membolehkan negara-negara rantau ini memenuhi keperluan pasaran global ASEAN juga akan turut meningkatkan kecekapan industri serantau melalui pengeksploitasian kelebihan lokasi, sumber, pasaran. Bekerjasama untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur yang akan menyumbang kearah persekitaran perniagaan yang lebih berkesan serta memastikan sumber semulajadi ASEAN dimanfaatkan sepenuhnya dengan cekap. 6. IMT-GT (Indonesia, Malaysia, Thailand Growth Triangle) Satu bentuk kerjasama serantau dengan polisi yang inovatif dan bermanfaat untuk semua pihak yang terlibat. Ia menekankan aspek-aspek kerjasama untuk memajukan aktiviti perniagaan dan sosioekonomi serantau dalam bidang pelaburan, pelancongan dan perdagangan.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 383 Matlamat utama penubuhan segitiga ini adalah untuk menggalakkan sector swasta mengambil bahagian dalammembangunkan kawasan serantau dengan kaedah berikut: i. Mengeksploitasi kelebihan bersaing dalam sector tertentu ii. Mempertingkatkan persaingan dalam pelaburan dan eksport iii. Mengurangkan kos logistic dan transaksi yang diakibatkan oleh kawasan geografi iv. Mengurangkan kos pengeluaran dan pengedaran. Kawasan pertumbuhan ini berkembang untuk membentuk dan mengukuhkan hubungan yang sedia ada dalam usaha menggunakan kepakaran, kemahiran dan tenaga penduduk yang ada dalam kawasan ini bagi membangunkan kuasa ekonomi serantau. 7. IMS-GT (Indonesia, Malaysia, Singapore Growth Triangle) Ditubuhkan pada tahun 1995. Merupakan satu konsep kerjasama antara serantau yang mengambil kesempatan ke atas zon-zon ekonomi yang berkembang pesat membangun di dalam wilayah ASEAN. Ia dibangunkan bagi membolehkan anggota-anggotanya menggabungkan segala kekuatan dan kelebihan yang ada untuk digunakan secara optimum. Kos juga dapat dikurangkan dan kecekapan dipertingkatkan terutama yang melibatkan pengaliran barangan, perkhidmatan dan sumber-sumber melangkaui sempadan 8. BIMP-EAGA (Brunei, Indonesia, Malaysia, Philipines-East ASEAN Growth Area) BIMP-EAGA ditubuhkan pada 1994 adalah merupakan satu usaha untuk membangunkan kawasan-kawasan yang kurang membangun tetapi berpotensi untuk dimajukan. Objektif penubuhan adalah untuk mengintegrasi dan mempertingkat pembangunan ekonomi empat negara berkenaan. Ini termasuklah mempercepat pembangunan kegiatan industry perdagangan, pelaburan, pelancongan, perladangan, perikanan, maritime serta pertanian. Program-program dan strategi disusun untuk meningkatkan pelaburan dan perdagangan antara keempat negara.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 384 d) menerangkan objektif perlindungan perdagangan Objektif Perlindungan Perdagangan Untuk melindungi industri tempatan yang masih belum mampu untuk bersaing dengan dengan firma asing terutama daripada segi modal Mengurangkan kadar pengaliran keluar mata wang negara agar dapat mengelakkan berlaku defisit dalam imbangan perdagangan. Dapat memastikan wujudnya peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat tem e) Menerangkan kaedah melindungi pasaran domestik termasuk tariff dan bukan tarif Kaedah Melindungi Pasaran Domestik Kaedah Tarif Tarif merupakan cukai langsung atau duti yang dikenakan ke atas produk atau perkhidmatan yang diimport masuk ke sesebuah negara. Tarif akan meningkatkan kos produk atau perkhidmatan yang diimport seterusnya akan meningkatkan harga produk tersebut. Ini akan mengurangkan minat pembeli untuk membeli produk tersebut Tindakan ini bertujuan supaya usahawan di negara berkenaan dapat bersaing dengan pesaing-pesaing mereka dari luar negara selain menjaga kepentingan usahawan negara tersebut. Tarif terbahagi kepada dua iaitu: o Tarif Khusus – dikenakan berdasarkan kepada berat atau bilangan barang o Ad valorem Tarif – yang dikenakan berdasarkan nilai atau harga sesuatu barang


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 385 Kaedah Bukan Tarif 1. Kuota Tindakan kerajaan menghadkan jumlah kemasukan produk atau perkhidmatan yang diimport dalam bentuk kuantitatif berdasarkan bilangan, jumlah atau nilai. Tujuan kuota – melindungi industri yang sama dipasaran tempatan daripada dimonopoli oleh produk atau perkhidmatan daripada syarikat luar negara 2. Embargo Tindakan memberhentikan atau tidak membenarkan sebarang usaha perdagangan atau perniagaan dijalankan dengan negara asing Embargo merupakan satu tindakan yang diambil oleh negara tertentu akibat daripada ketidakpuasan dasar, peraturan,,prosedur, sama ada disebabkan perbezaan politik atau ekonomi terhadap sesebuah negara lain Contoh: Malaysia tidak membenarkan segala urusan berbentuk politik, ekonomi atau perdagangan dengan Israel disebabkan pencerobohan negara Israel ke atas Palestin 3. Anti Lambakan Suatu tindakan membawa masuk produk dalam kuantiti yang banyak ke dalam sesebuah negara. Tindakan lambakan ini menyebabkan harga bagi semua produk berkaitan akan menjadi semakin rendah iaitu di bawah paras harga sebenar. Ini merupakan satu strategi yang bertujuan untuk meluaskan atau menembusi syer dengan cepat dipasaran negara asing. Namun demikian tindakan ini akan melemahkan dan menjejaskan industri di negara berkenaan. Bagi menyekat masalah lambakan ini, kerajaan memperkenalkan Akta Duti Timbal balas dan Anti lambakan (1993) bagi mengawal kemasukan produk dan perkhidmatan dari negara asing yang menyebabkan produk tempatan tidak dapat bersaing.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 386 4. Subsidi Merupakan satu bentuk bantuan kewangan kepada industri tempatan bertujuan untuk melindungi industri tempatan daripada pesaing-pesaing luar negara. Pemberian subsidi dapat mengurangkan harga barangan tempatan berbanding dengan barang import dan memberi kelebihan kepada industri tempatan untuk bersaing dengan industri luar.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 387 Contoh Soalan 1. Nyatakan empat matlamat penubuhan AFTA. Cadangan jawapan: Matlamat penubuhan AFTA. 1. Menghapuskan/mengurangkan tarif atau kuota atau bentuk-bentuk sekatan perdagangan lain di kalangan negara anggota. 2. Menetapkan kadar tarif yang seragam bagi negara-negara bukan anggota 3. Meningkatkan mobiliti pengaliran modal dan buruh di kalangan negara anggota 4. Mewujudkan polisi pengangkutan, pertanian, dan pendidikan 5. menggalakkan perdagangan bebas dikalangan negara anggota 6. menggalakkan usahasama modal dengan memberi pelbagai intensif 7. membentuk piawai bersama dalam kalangan anggota ASEAN 8. berkerjasama dalam membentuk peraturan untuk persaingan yang adil 9. membentuk pasaran bersama 2. Huraikan dokumen penghantaran yang digunakan dalam perniagaan antarabangsa. Cadangan jawapan Sijil Penghantaran Laut Satu dokumen yang dikeluarkan oleh syarikat perkapalan kepada pengeksport selepas menerima barangan yang perlu dihantar sebagai perakuan penerimaan barang-barang.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 388 Fungsi 1. Dokumen hak milik untuk membuat tuntutan keatas barang-barang yang sampai dipelabuhan. 1. Bukti kontrak / resit antara syarikat perkapalan dengan pengeksport 2. Nota makluman yang memberi maklumat tentang barangan yang dibawa. 3. Bil ini boleh diniagakan atau dicagar untuk mendapat pinjaman atau kemudahan overdraf. 4. Maklumat kepada pihak kastam untuk menentukan cukai. 5. Perakuan penerimaan barang dan melindungi pihak perkapalan dari tuntutan yang tidak munasabah. 3 Huraikan empat cabaran yang dihadapi oleh Syarikat Delima Berhad yang akan menembusi pasaran di India. [20] Cadangan jawapan Cabaran yang bakal dihadapi Syarikat Delima Berhad 1. Struktur organisasi Struktur organisasi syarikat di Malaysia berbeza dengan struktur organisasi syarikat di India. Kaedah kawalan kedua-dua syarikat jauh berbeza. Pemilihan struktur organisasi bergantung kepada persekitaran perniagaan, pasaran sasaran, keupayaan dan kemahiran pekerja dan kaedah operasi yang diamalkan oleh kedua-dua syarikat. Sesebuah syarikat multinasional boleh memilih empat bentuk penjabatan seperti penjabatan mengikut fungsi, penjabatan mengikut keluaran, penjabatan mengikut geografi dan penjabatan mengikut pelanggan. Perlu memahami serta mengkaji bentuk penjabatan yang diamalkan oleh syarikat yang akan diambil alih di India serta mencuba mengubah suai megikut keperluan setempat. 2. Politik dan undang-undang Sistem politik yang diamalkan di Malaysia dan sistem politik di India berbeza. Negara yang mengamalkan sistem pasaran bebas membenarkan pesaing beroperasi mengikut strategi dan kekuatan masing-masing. Walaubagaimana pun, bagi negara yang mengamalkan sistem sosialis atau perancangan pusat, pengurusan sesebuah syarikat perlu diubah suai mengikut sistem politik yang ada sekiranya Syarikat Delima ingin meneruskan perniagaan di negara itu.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 389 Sistem undang-undang yang diamalkan oleh di Malaysia adalah berbeza dengan sistem undang-undang yang diamalkan oleh India. Syarikat Delima perlu memahami undang-undang di negara India seperti pelaksanaan akta atau peraturan yang berkaitan dengan perniagaan, insentif yang ditawarkan, atau syarat dan peraturan yang berkaitan dengan produk, tanda dagang serta syarat pelaburan yang dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan di negara berkenaan. Syarikat Delima perlu memahami undang-undang yang meliputi pemindahan keluar mata wang asing dan tempatan, peraturan kadar pertukaran matawang asing ke dalam Ringgit Malaysia dan sebaliknya Sistem percukaian Syarikat Delima perlu memahami sistem percukaian yang dikenakan oleh India. Perlu mengetahui jenis cukai yang perlu dibayar oleh perniagaan beliau kepada kerajaan India seperti cukai keuntungan perniagaan, disamping lain-lain cukai seperti tarif, cukai perkhidmatan dan cukai pelaburan. Ini kerana setiap negara mengamalkan sistem percukaian yang berbeza-beza. 3. Ekonomi Syarikat Delima perlu mengambil tahu tentang aspek ekonomi negara India seperti kuasa beli pengguna di negara tersebut, penawaran mata wang dan sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara India. Syarikat Delima perlu membuat penyelidikan pasaran seperti mengetahui jumlah penduduk di negara tersebut, kadar inflasi, unjuran kadar pertumbuhan ekonomi negara India, ketersediaan tenaga buruh, bahan mentah, serta kemudahan infrastruktur yang sedia ada bagi memastikan beliau memperolehi manfaat dari pengambilalihan tersebut. 4. Sosiobudaya Syarikat Delima perlu sedar sosiobudaya negaranya dengan sosiobudaya negara India jauh berbeza. Amalan hidup masyarakat di India dari aspek adat, kebudayaan, cita rasa, dan lain-lain perlu diketahui. Ini kerana walau pun beliau mengambil alih perniagaan di negara tersebut, namun bagi memastikan beliau dapat terus bertahan dinegara tersebut beliau perlu membuat penyelidikan serta menggunakan pelbagai teknik yang bersesuaian dengan keadaan sosiobudaya di negara tersebut.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 390 4. Jelaskan lima kepentingan perniagaan antarabangsa kepada sesebuah organisasi perniagaan. [20] Cadangan Jawapan: Lima kepentingan perniagaan antarabangsa kepada sesebuah organisasi perniagaan 1. Mendapat pasaran baharu perniagaan antarabangsa akan memberi peluang untuk mendapatkan keuntungan barangan atau perkhidmatan dapat dipasarkan ke luar negara dan seterusnya meluaskan pasaran dan menambahkan permintaan 2. Memperoleh sumber pengeluaran sumber pengeluaran dengan kadar kos yang lebih murah berbanding di negara asal mendapatkan bahan mentah yang tidak dipunyai oleh negara asal 3. Memperoleh teknologi baharu penglibatan negara asing yang mempunyai teknologi yang baharu dapat digunakan oleh firma tersebut teknologi baharu dapat dipindahkan kepada pekerja dan organisasi yang terbabit. 4. Meningkatkan imej firma mempunyai reputasi yang tinggi imej firma akan meningkat apabila barangan atau perkhidmatan yang disediakan olehnya digunakan oleh penduduk negara asing 5. Meningkatkan keuntungan firma penambahan permintaan terhadap keluaran firma akan meningkatkan pengeluaran kos pengeluaran dapat dikurangkan kerana kuantiti pengeluaran meningkat dan seterusnya dapat menjana keuntungan yang lebih tinggi 6. Meningkatkan pengetahuan pengurusan memberikan pengalaman kepada firma bagaimana menguruskan cabaran dan risiko yang dihadapi menambahkan pengetahuan pengurusan melalui perkongsian idea dan pandangan. 7. Pempelbagaian pasaran Tidak tertumpu pada satu pasaran sahaja, ini boleh mengimbangkan risiko dan mengurangkan risiko perniagaan Kekurangan untung dari operasi sesebuah negara akan diatasi dengan lebihan untung daripada operasi di negara lain


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 391 TAJUK HASIL PEMBELAJARAN RUJUKAN HURAIAN 13.0 ETIKA PERNIAGAAN DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL 13.1 Etika Perniagaan 13.1.1 Pendekatan tindakan beretika a) Mentakrifkan etika perniagaan dan etika kerja Sabri Hj Hussin (2005) Rosli Mahmud et.al. (2010) Daft (2010) Maksud Etika Pengukuran individu terhadap nilai-nilai moral berkenaan dengan mana baik dan tidak baik, satu piawai yang mengawal moral tingkah laku. Maksud Etika Perniagaan Kajian ke atas perlakuan atau tingkah laku dan moral yang menghasilkan peraturan dan prinsip dalam situasi perniagaan. Menentukan sesuatu kelakuan itu betul atau salah dalam pengendalian perniagaan. Maksud Etika Kerja Tindakan etika pegawai-pegawai organisasi yang berkaitan dengan budaya organisasi itu sendiri yang telah diterapkan oleh pihak pengurusan atasan. b) menjelaskan maksud ‘dilema etika’ dan menghuraikan pendekatan tindakan beretika yang merangkumi utilitarian, individualisme, hak moral, dan keadilan Daft (2010) Dilema etika timbul dalam keadaan yang memaksa seseorang untuk mengenalpasti tindakan mana yang betul atau salah apabila nilai-nilai moral bercanggah. Etika selalunya melibatkan seseorang individu untuk membuat keputusan dan terdapat pelbagai isu yang sukar diselesaikan. Berikut adalah situasi apabila perlu membuat pilihan atau berada dalam dilema etika : Syarikat anda berhasrat untuk membina sebuah kilang pembuatan baru di luar negara. Anda boleh menyimpan dalam $5 juta dengan tidak memasang peralatan kawalan pencemaran standard yang digunakan di Amerika Syarikat. Kilang itu akan mengambil ramai pekerja tempatan di sebuah negara miskin di mana peluang pekerjaannya adalah terhad. Hasil penyelidikan anda mendapati bahawa sisa buangan dari kilang itu boleh menjejaskan industri perikanan tempatan berkenaan. Akan tetapi, memasang peralatan kawalan pencemaran besar kemungkinan akan menaikkan kos pembinaan kilang tersebut.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 392 Rosli Mahmood dan Azrain Nasyrah Mustapa (2010) Anda adalah pengurus perakaunan bahagian yang menghasilkan $15,000 pendapatan di bawah sasaran keuntungan. Lebih kurang $20,000 perkakasan pejabat telah dihantar pada 21 Disember. Peraturan perakaunan menetapkan bahawa ia wajib untuk membayar perbelanjaan apabila ditanggung. Pengurus besar bahagian anda meminta anda untuk tidak merekodkan invois sehingga bulan Februari. PENDEKATAN UTILITARIAN Model ini menilai kesan gelagat dan keputusan seseorang individu terhadap pihak lain. Tindakan yang dipilih mesti memberi kebaikan atau faedah kepada majoriti individu dalam masyarakat . Sesuatu keputusan yang dibuat bergantung kepada faedah yang diperolehi untuk kepentingan majoriti Sesuatu keputusan yang dibuat bergantung kepada hasil yang diperoleh daripada pelaksanaannya. Contoh : suatu pembangunan projek empangan di suatu daerah boleh dilaksanakan walaupun terpaksa memindahkan 100 penghuni kawasan berkenaan kerana memberi faedah kepada 10 juta penduduk yang lain, kerana 100 orang mangsa pemindahan tidak memberi makna besar kepada kebaikan yang diberi kepada 10 juta orang lain. PENDEKATAN INDIVIDUALISME Keputusan yang memberi kebaikan jangka panjang kepada seseorang individu itu dianggap tindakan yang betul. Kepentingan individu perlu diutamakan dan menjadi kayu pengukur dalam membuat sesuatu keputusan. Apabila semua individu berlumba-lumba untuk menjaga kepentingan masing-masing, kebaikan bersama akhirnya dapat dihasilkan kerana semua individu akan belajar untuk bertoleransi dengan yang lain untuk menjaga kepentingan jangka panjang mereka. Kesan pendekatan individualisme boleh membawa kepada kejujuran dan integriti untuk diaplikasikan dalam jangka masa panjang. Contoh jika seseorang usahawan membuat penipuan untuk kepentingan diri jangka pendek boleh mempengaruhi rakan-rakan perniagaan mereka juga membuat penipuan. Jadi tindakan seseorang memberi impak kepada individu-individu lain.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 393 PENDEKATAN HAK MORAL Menggariskan bahawa setiap individu mempunyai hak-hak asasi dan kebebasan yang tidak boleh dicabuli oleh keputusan yang dibuat seseorang individu. Keputusan beretika adalah langkah yang terbaik diambil untuk mengekalkan hak-hak setiap individu yang terlibat. Enam hak-hak moral harus diteliti semasa membuat keputusan: o Hak memberi persetujuan. Setiap individu berhak memberi persetujuannya sebelum diambil apa-apa tindakan. o Hak privasi.Kehidupan peribadi setiap individu berhak dihormati apabila di luar bidang pekerjaannya dan dia berhak mengawal kehidupan peribadinya. o Hak kebebasan suara hati.Setiap individu berhak mencegah daripada melakukan apa-apa yang boleh melanggari moral atau norma-norma agamanya. o Hak kebebasan bersuara. Setiap individu berhak menyuarakan pendapat berkenaan etika individu lain terhadapnya atau kesan-kesan dari tindakan mereka mengikut tatatertib undang-undang. o Hak untuk dibicarakan.Setiap individu berhak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan layanan yang saksama. o Hak untuk hidup dan keselamatan. Setiap individu berhak untuk hidup tanpa gangguan atau pencabulan kesihatan dan keselamatannya. Contohnya seseorang majikan perlu menghormati hak pekerja walaupun ini bertentangan dengan keperluan majikan untuk melihat pekerja-pekerja lebih cemerlang dan lebih produktif PENDEKATAN KEADILAN Keputusan moral yang hendak dibuat berdasarkan piawaian ekuiti, keadilan dan kesaksamaan. Keputusan dan gelagat beretika dinilai dari segi keadilan semasa mengagihkan kos dan faedah di kalangan individu dan kumpulan. Tiga jenis keadilan yang dititikberatkan oleh setiap pengurus : Pengagihan keadilan o Setiap individu perlu dilayan sama rata tanpa diskriminasi. o Individu tidak boleh dilayan dengan cara yang berbeza berdasarkan warna kulit, bangsa, agama dan


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 394 sebagainya o Contohnya, pekerja lelaki dan wanita tidak harus menerima gaji yang berlainan jika mereka melakukan kerja yang sama. Keadilan berprosedur o Semua peraturan ditadbir dengan saksama. o Peraturan-peraturan tersebut haruslah dinyatakan dengan jelas dan dikuatkuasakan secara konsisten. Keadilan pampasan o Setiap individu harus diberi pampasan sekiranya mendapat kecederaan oleh pihak yang bertanggungjawab. o Individu tidak seharusnya dipertanggungjawabkan untuk perkara-perkara di luar bidang kuasa mereka. 13.1.2 Faktor dalam pilihan pendekatan c) menjelaskan faktorfaktor yang mempengaruhi pilihan pendekatan tindakan beretika oleh pengurus dan organisasi; Daft (2010) 1. Pengurus Pengurus akan dipengaruhi oleh kehendak dalam kehidupan, latar belakang kehidupan, pegangan agama, pengaruh keluarga serta sikap pengurus itu sendiri. Sikap pengurus yang sentiasa beretika, mempunyai keyakinan yang tinggi akan mempengaruhi pembuatan keputusan yang beretika. Kekuatan ego adalah satu ciri personaliti yang mengukur kekuatan keyakinan seseorang. Tahap pembangunan moral juga mempengaruhi individu yang mana tahap kepatuhan bergantung kepada hukuman dan ganjaran yang akan diterima. Tiga tahap yang mempengaruhi keputusan etika seorang pengurus : o Tahap Prakonvensional Pengurus lebih mementingkan imbuhan, mematuhi peraturan dan mengelakkan daripada hukuman. Pengurus lebih bersifat autokratik. Matlamat utama ialah semua pekerja mesti menyelesaikan semua tugasan yang diberikan o Tahap konvensional Pengurus lebih mementingkan kerjasama kumpulan dan menggalakkan semua pekerja


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 395 mengambil bahagian. Pengurus akan membuat keputusan berdasarkan kehendak dan jangkaan pekerja, keluarga dan masyarakat Pengurus cenderung menjalinkan hubungan yang baik dengan organisasi. o Tahap Prinsip Pengurus berpegang kepada tahap moral dan etika yang sangat tinggi. Pengurus tidak akan melanggar peraturan kerana nilai moral dalamannya lebih penting daripada luaran. Pengurus akan melatih pekerja membuat keputusan tanpa ada dilema etika atau kepentingan peribadi. Pengurus akan menurunkan kuasa kepada pekerja membuat keputusan dan walaupun tanpa pengawasan, pekerja akan melakukan semua pekerjaan dengan beretika. 2. Organisasi Budaya kerja organisasi yang beretika tinggi dapat mengambarkan bahawa organisasi tersebut sentiasa menekankan nilai etika dan akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Organisasi yang melaksanakan aktiviti dengan beretika akan menerima pulangan yang positif dalam jangka masa panjang. Pengaruh etika akan sentiasa memberi kesan dalam perundangan dan polisi organisasi, peraturan bertulis, kerja berpasukan, ganjaran, keprihatinan organisasi kepada masyarakat, kepimpinan dan proses pembuatan keputusan.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 396 13.1.3 Jenayah kolar putih d) mentakrifkan maksud jenayah kolar putih (jenayah perdagangan) e) menjelaskan jenisjenis jenayah kolar putih seperti rasuah, penyelewengan, pecah amanah, konflik kepentingan, dan penyalahgunaan kuasa (Contoh: Akta Pencegahan Rasuah 1997); Akta Pencegahan Rasuah (1961) Akta Pencegahan Rasuah (1997) Takrif Jenayah Kolar Putih Perbuatan salah yang dilakukan oleh golongan pertengahan atau atasan yang bersangkutan dengan bidang tugas atau yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dalam organisasi. Jenis-Jenis Jenayah Kolar Putih Rasuah Dengan niat salah menerima daripada seseorang atau memberi kepada seseorang apa-apa suapan sebagai dorongan atau upah untuk melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan urusan rasmi atau urusan prinsipal berkenaan. Suapan ditakrifkan sebagai o Wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau apa-apa jenis harta sama ada alih atau tidak alih atau apa-apa manfaat seumpamanya o Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat. o Apa-apa bayaran, pelepasan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, obligasi, atau liabiliti lain sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya. o Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan o Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai atau benda berharga. o Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil, atau jenayah sama ada sudah atau belum dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi. o Apa-apa tawaran atau akujanji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana sebelum ini.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 397 Penyelewengan Tindakan seseorang atau sesuatu pihak menyalahgunakan harta dengan curang atau menggunakan harta orang lain atau pihak lain yang telah diamanahkan hak penjagaan kepadanya demi kepentingan diri sendiri. Antara contoh penyelewengan : o Menggelapkan harta dan wang syarikat menggunakan wang syarikat dalam amaun yang banyak untuk membuat pelaburan sendiri dengan hasrat untuk mengaut keuntungan yang besar. memalsukan rekod-rekod kewangan syarikat agar tindakan mereka tidak dapat dikesan o Memberikan harta yang bukan miliknya atau milik syarikat kepada orang lain harta syarikat disalahgunakan seperti mesin fotostat, telefon alat tulis dan sebagainya. o Melakukan penipuan yang boleh mendatangkan kerugian kepada pihak yang bertanggungjawab Menjual maklumat syarikat seperti rahsia perdagangan yang meliputi formula, paten, program dan produk baru. Tindakan ini mengambarkan ketidak setiaan kepada syarikat Pecah Amanah Seseorang yang diberi kuasa untuk menjalankan tanggungjawab telah meletakkan kepentingan peribadi atau kepentingan lain melebihi kepentingan amanah yang diberikan. Antara contoh pecah amanah ialah : o Pengurus menipu atau meniru tandatangan mana-mana pegawai o Tidak menjaga sesuatu senarai hasil, penyata, buku akaun, anggaran, daftar, resit catatan mensyuarat atau senarai pendermaan atau mengeluarkan sesuatu surat atau sijil o Penyalahgunaan duit/ harta/ wang syarikat untuk diri sendiri o Menggunakan kepakaran atau maklumat yang dimiliki untuk membeli saham atau aset untuk diri sendiri


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 398 Konflik Kepentingan Berlaku apabila seseorang yang mempunyai kuasa dan autoriti tertentu dalam organisasi dan tindakannya menunjukkan tanda-tanda percanggahan antara kepentingan peribadi dengan kepentingan tugasnya terhadap organisasi perniagaan tersebut. Antara contoh percanggahan yang mungkin wujud ialah : o Pengarah yang dilantik oleh lembaga pengarah mewakili kepentingan sesuatu kumpulan tertentu o Pengarah syarikat mungkin merupakan pengarah syarikat lain yng bersaing antara satu sama lain. o Mengambil atau menyimpan sebarang untung rahsia iaitu ganjaran yang diterima bagi pihak syarikat Penyalahgunaan Kuasa Berlaku apabila seseorang diberi kuasa untuk menjalankan tanggungjawab berdasarkan bidang tugas yang diamanahkan, mengambil tindakan atau membuat keputusan melanggar peraturan, prosedur dan undang-undang yang ditetapkan. Antara contoh penyalahgunaan kuasa ialah : o Mempunyai kuasa yang luas atau mengetahui maklumat dalaman sesebuah syarikat dan disalahgunakan o Menggunakan wang dan harta syarikat bukan untuk kepentingan syarikat o Meluluskan tender untuk kepentingan syarikat sendiri


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 399 f) menjelaskan hukuman terhadap kesalahan jenayah kolar putih. Akta Pencegahan Rasuah 1961 Kanun Keseksaan Akta Syarikat 1965 Hukuman terhadap kesalahan jenayah kolar putih Rasuah Penjara untuk tempoh tidak kurang 14 hari dan tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang tinggi. Penyelewengan Hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih enam tahun, sebatan dan denda. Pecah Amanah Hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih sepuluh tahun, serta sebatan. Bagi penjawat awam, jurubank, saudagar dan ejen - Hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, sebatan dan denda Konflik Kepentingan Hukuman pembatalan kontrak sekiranya wujud kontrak yang mengikat kedua belah pihak. Penyalahgunaan Kuasa Contoh kesalahan dan hukuman mengikut Akta Syarikat 1965 o Menjadi pengarah syarikat tanpa izin mahkamah setelah hilang kelayakan : hukuman penjara lima tahun atau denda RM100 000 atau keduanya o Gagal menzahirkan kepentingan dalam kontrak, harta jawatan dll : hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM150 000.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 400 13.2 Tanggungjawab sosial 13.2.1 Pihak berkepentingan (pemilik taruh) a) mentakrifkan maksud tanggungjawab sosial b) menjelaskan pihak berkepentingan dalam tanggungjawab sosial termasuk (i) Primer (pekerja, pemegang saham, pembiaya, pembekal, pelanggan, peruncit, dan pemborong) (ii)Sekunder (kerajaan, media, masyarakat, dan kumpulan pendesak) c) Menjelaskan tanggungjawab sosial terhadap pihak berkepentingan Maksud Tanggungjawab Sosial Satu kewajipan atau tanggungjawab pihak pengurusan organisasi dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan yang perlu demi menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat serta organisasi. Satu kepercayaan bahawa fungsi organisasi dan pengurus itu sebagai pembuat keputusan mestilah berasaskan kepentingan sosial dan ekonomi. Pihak-Pihak Berkepentingan Dalam Tanggungjawab Sosial Primer 1. Pekerja Menentukan bahawa dasar upah dan gaji adalah mengikut daya pengeluaran dan kecekapan Mengamalkan dasar pengambilan pekerja yang adil Menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat dimana dapat menjamin kebajikan pekerja Memberi jaminan kerja dan ganti rugi yang mencukupi apabila pekerja berhenti 2. Pemegang saham Menentukan kadar pulangan yang mencukupi dan memastikan pelaburan terjamin. Menggunakan sumber kewangan dengan penuh tanggungjawab dan cekap. Memberi maklumat yang perlu dengan syarat tidak menjejaskan keselamatan dan kecekapan perniagaan. Memastikan objektif tercapai selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip dalam etika. 3. Pembiaya Membayar balik pinjaman tepat pada masa dan jumlah seperti dalam perjanjian. Memberikan maklumat perniagaan yang lengkap dan jujur. Menggunakan sumber kewangan dengan sewajarnya untuk menghasilkan keuntungan. 4. Pembekal Memastikan supaya semua kontrak dinyatakan dengan jelas dan tidak meragukan, dan diterima sepenuhnya kecuali ditamatkan atau diubah atas persetujuan bersama. Memastikan bahawa penyalahgunaan kuasa ekonomi dalam hubungan urusniaga dengan pembekal


Click to View FlipBook Version