The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ruszarinazanuar, 2023-10-08 23:01:00

MODUL PP GABUNGAN 3 PENGGAL

MODUL PP GABUNGAN 3 PENGGAL

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 101 negeri Bil pertukaran dikeluarkan oleh pelanggan mengikut perintah yang perlu dibayar pada tarikh dan masa tertentu oleh pihak bank 4. Trust receipt Jaminan pembayaran oleh pihak bank kepada peniaga daripada dalam dan luar negara Peniaga mendapat barangan belian walaupun belum membuat bayaran Bank akan membuat bayaran dahulu bersandarkan kepada nilai bil 5. Pinjaman berjangka Bank memberi kemudahan pinjaman untuk tempoh singkat Mengenakan kadar faedah megikut bulanan Kos pinjaman bergantung pada jumlah pinjaman, waktu aliran tunai dan tempoh pinjaman. 6. Kredit dagangan Kemudahan kredit yang ditawarkan oleh pembekal kepada peniaga bertujuan melariskan jualan. Merupakan liabiliti semasa bagi pihak peniaga Pembeli bersetuju dengan syarat kredit yang ditetapkan oleh pembekal dalam bentuk a/b bersih c melambangkan kadar diskaun, b melambangkan tempoh diskaun dan c melambangkan tempoh kredit. 7. Nota janji Satu bentuk pinjaman jangka pendek daripada pihak perniagaan dan bukannya badan kewangan Merupakan satu dokumen yang mengandungi satu janji oleh pihak peminjam akan membayar sejumlah wang kepada pemberi pinjam. Nota janji diterbitkan oleh perniagaan yang kukuh dan ternama yang boleh diyakini oleh pelabur (pemberi pinjaman) dan tanpa ada cagaran Nota janji diterbitkan pada harga diskaun iaitu nilai muka setelah ditolak dengan faedah pada tarikah matang perniagaan akan membayar kepada pelabur.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 102 i) Menjelaskan jenis penggunaan dana mengikut keperluan semasa, jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Rujukan: Knott, G. (2004) 1. Keperluan semasa Keperluan tunai membiaya aktiviti urus niaga harian Memastikan operasi perniagaan harian berjalan dengan lancar Contoh membayar baki hutang pembekal bagi mendapat bekalan seterusnya. 2. Jangka masa pendek Keperluan pembiayaan perniagaan dalam tempoh kurang daripada setahun Melibatkan pembiayaan pengurusan modal kerja Contoh perbelanjaan pemasaran iaitu menyedaikan promosi dan diskaun jualan untuk meningkatkan kuantiti jualan pada tahun semasa 3. Jangka masa panjang Keperluan dana dalam membuat pelaburan modal Melibatkan jangka masa melebihi setahun Contoh membeli mesin yang berteknologi tinggi supaya kecekapan perniagaan setanding dengan persaingan semasa.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 103 j) Menyediakan bajet tunai k) Mengaplikasikan bajet tunai kepada peniaga Rujukan: Saiful Bahri Sufar, Muhamad Muda, Othman Yong (2001) Faudziah Zainal Abidin. Et. al. (2001) Menyediakan bajet tunai Unjuran aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai yang dijangka dalam tempoh masa yang singkat supaya ramalan dapat dibuat dengan tepat Dapat menjangka defisit tunai supaya dapat membuat rancangan mendapat modal Lebihan tunai dapat melaburkan dana yang ada 1. Aliran masuk Ramalan aliran masuk berdasarkan unjuran jualan yang melibatkan jualan kredit dan jualan tunai Sumber aliran masuk yang lain ialah jualan aset tetap, pemulangan cukai pendapatan dan tuntutan insurans. 2. Aliran keluar Kegunaan tunai dalam sesebuah firma termasuklah akaun belum bayar, upah/gaji, kos pentadbiran, perbelanjaan modal, pembayaran dividen, cukai pendapatan dan faedah. 3. Aliran tunai bersih Perbezaan jumlah aliran masuk dengan jumlah aliran keluar setiap tempoh Aliran masuk yang besar berbanding dengan aliran keluar merupakan lebihan tunai Aliran keluar lebih besar daripada aliran tunai masuk merupakan kurang tunai Langkah mengatasi kurangan tunai Membuat pinjaman tidak bercagar Memanjangkan tempoh bayaran akaun belum bayar Meminjam dengan menggunakan akaun belum terima Menjual sekuriti boleh pasar Membuat pinjaman jangka panjang jika ingin membuat pelaburan modal.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 104 Contoh bajet tunai Pengurus kewangan Sudi Manufacturing sedang menyediakan bajet tunai bulan Oktober hingga Disember. Perancangan tunai syarikat adalah berdasarkan beberapa andaian berikut: 1. Jualan sebenar dan ramalan adalah seperti berikut: Bulan Jualan Ogos (sebenar) RM200 000 September (sebenar) 400 000 Oktober (ramalan) 800 000 November (ramalan) 600 000 Disember (ramalan) 400 000 2. 20% daripada jualan dikutip dalam bulan jualan dibuat, 50% dikutip sebulan kemudian dan 30% dikutip dua bulan kemudian 3. Dalam bulan Disember syarikat akan menerima RM60 000 dividen tunai daripada portfolio pelaburan sahamnya 4. Pembelian barangan merupakan 70% daripada jualan, 10% daripada jumlah ini dibayar secara tunai, 70% dibayar sebulan kemudian dan baki 20% dibayar dua bulan kemudian. 5. Upah buruh dijangka adalah RM96 000 dalam bulan Oktober, RM76 000 pada bulan November dan RM56 000 pada bulan Disember. 6. Sewa sebanyak RM10 000 dibayar setiap bulan 7. Bayaran cukai sebanyak RM50 000 pada bulan Disember 8. Syarikat akan membeli sebuah peralatan baharu pada harga RM260 000 dalam bulan November 9. Bayaran prinspal berjumlah RM40 000 akan dibayar pada bulan Disember 10. Syarikat menjangka akan membayar dividen tunai sebanyak RM40 000 dalam bulan Oktober 11. Baki tunai pada akhir September ialah RM100 000. 12. Syarikat ingin mengekalkan baki minmum tunai sebanyak RM50 000


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 105 Anggaran jualan (RM) Ogos 200 000 Sept 400 000 Okt 800 000 Nov 600 000 Dis 400 000 Jualan tunai 20% (RM) 40 000 80 000 160 000 120 000 80 000 Kutipan akaun belum terima (RM) Terlewat sebulan 50% 100 000 200 000 400 000 300 000 Terlewat 2 bulan 30% 60 000 120 000 240 000 Jumlah kutipan jualan (RM) 420 000 640 000 620 000 Penerimaan dividen tunai (RM) 60 000 Jumlah penerimaan tunai (RM) 420 000 640 000 680 000 Ogos Sept Okt Nov Dis Penerimaan tunai (RM) 420 000 640 000 680 000 Anggaran belian 70% x Jualan 140 000 140 000 560 000 420 000 280 000 Pembelian tunai 10% 14 000 28 000 56 000 42 000 28 000 Bayaran akaun belum bayar Terlewat sebulan 70% 98 000 196 000 392 000 294 000 Terlewat 2 bulan 20% 28 000 56 000 112 000 Bayaran upah buruh 96 000 76 000 56 000 Bayaran sewa 10 000 10 000 10 000 Bayaran cukai 50 000 Pembelian peralatan baharu 260 000 Bayaran prinspal atas pinjaman 40 000 Bayaran dividen tunai 40 000 Jumlah pembayaran tunai 426 000 836 000 590 000 Aliran baki bersih (penerimaan tunai tolak pembayaran tunai (6 000) (196 000) 90 000


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 106 l) Memahami jenis risiko Rujukan: Lim Chee Chee (2003) Campur: baki awal tunai 100 000 94 000 50 000 Tolak: faedah atas pinjaman jangka pendek 1 520 Baki akhir tunai sebelum pembiayaan 94 000 (102 000) 138 000 Pembiayaan yang diperlukan 152 000 (88 480) Baki akhir tunai 94 000 50 000 50 000 Pinjaman kumulatif - 152 000 63 520 Jenis-jenis risiko Risiko tulen Merujuk keadaan tidak pasti individu/organisasi yang mengalami kerugian atau tidak mengalami kerugian dan terus berada dalam keadaan yang sama Contoh risiko tulen: Risiko terlibat dalam kemalangan jalan raya Risiko kilang terbakar Risiko inventori di gudang hilang Jenis-jenis risiko tulen 1. Risiko peribadi Risiko yang memberi kesan secara langsung kepada invidu 2. Risiko harta Risiko yang dihadapi oleh pemilik harta disebabkan harta rosak, musnah dan hilang disebabkan kerugian langsung dan kerugian tidak langsung


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 107 3. Risiko liabiliti Merujuk risiko yang dihadapi oleh individu/organisasi di bawah undang-undang ekoran tindakannya menyebabkan kecederaan anggota atau kemusnahan harta pihak lain. Risiko spekulatif merujuk keadaan tidak pasti individu/organisasi menghadapi kemungkinan kemungkinan: memperoleh keuntungan, mengalami kerugian dan masih berada dalam keadaan yang sama. Contoh risiko spekulatif 1. Risiko yang dihadapi oleh pelabur yang melabur di pasaran saham Keuntungan modal jika harga saham naik Kerugian jika harga saham turun Tidak mengalami kerugian/keuntungan jika harga saham tidak berubah 2. Risiko yang dihadapi oleh organisasi jika strategi meletakkan harga yang tinggi Mungkin menghadapi keuntungan, kerugian dan pulang modal. Definisi insurans Pengemblengan kerugian yang tidak disengajakan dan beban untuk menanggung kerugian di pindahkan kepada syarikat insurans Syarikat membayar pampasan kepada pemegang polisi insurans yang mengalami kerugian Kerugian dibayar melalui tunai, pembaikan, penggantian dan memberikan perkhidmatan.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 108 m) Menjelaskan prinsip insurans termasuklah ganti rugi (termasuk subrogasi, caruman, dan limpah), doktrin punca terdekat, kepentingan boleh diinsuranskan, penuh percaya mutlak Prinsip insurans 1. Gantirugi Pampasan insurans setakat ganti rugi sahaja Pemegang polisi tidak boleh membuat keuntungan ke atas risiko yang dilindungi Syarikat insurans mempunyai semua hak ke atas harta pemegang polisi insurans 1. Subrogasi Syarikat insurans mempunyai semua hak ke atas harta pemegang polisi insurans 2. Caruman Pemegang insurans mengambil beberapa syarikat insurans untuk melindungi harta yang sama Syarikat-syarikat insurans tidak akan membayar pampasan melebihi daripada jumlah ganti rugi Syarikat-syarikat insurans membayar gantirugi sama rata ke atas kerugian yang dialami 3. Limpah Nilai perlindungan insurans lebih besar daripada nilai harta yang sebenar. 4. Doktrin punca terdekat Pampasan ke atas kerugian akan dibayar jika punca kerugian yang berlaku secara langsung daripada risiko yang diinsuranskan 5. Kepentingan boleh diinsuranskan Seseorang yang mempunyai kepentingan ke atas harta dan nyawa yang diinsuranskan untuk mendapat perlindungan daripada menghadapi sebarang risiko. 6. Penuh percaya mutlak Pemegang polisi mesti memberi maklumat yang lengkap ke atas harta dan nyawa yang diinsuranskan Pemyembunyian maklumat dianggap sebagai pelanggaran kontrak insurans


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 109 n) Menjelaskan prinsip takaful termasuklah kepatuhan syariah (gharar, riba’, akad, jual beli), menanggung risiko bersama, tabarru’ (sedekah), dan simpanan atau pelaburan. Rujukan: Lim Chee Chee (2003) Takaful Perkataan asal takaful ialah kafal bermaksud menjamin, menjaga atau memeliara Takafala membawa maksud saling menjamin, saling menjaga dan saling memeliara Akta Takaful 1984 memberi definisi skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan saling bantumembantu dalam menyediakan bantuan dari segi kewangan dan pertolongan sekiranya perlu di kalangan peserta dan mereka bersetuju menyumbang untuk tujuan tersebut. Kepatuhan syariah 1. Gharar Bermaksud ketidakpastian Terdapat sesuatu yang disembunyikan dan boleh menimbulkan ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak lain. Empat gharar : ketidakpastian dalam hasil, ketidakpastian dalam kewujudan, ketidakpastian dalam tempoh kontrak dan ketidakpastian dalam perubahan hasil 2. Maisir Bermaksud perjudian Transaksi yang mengandungi unsur gharar secara tidak langsung melibatkan unsur perjudian Kemungkinan premium yang dibayar akan diganti dengan ganjaran kewangan yang besar atau kecil. Peserta membayar premium yang kecil mengharapkan ganjaran yang besar Peserta hilang wang premium apabila kerugian ingin dilindungi tidak berlaku syarikat insurans akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima. 3. Riba Syarikat insurans mengenakan faedah ke atas pemegang polisi yang membuat pinjaman Unsur faedah dalam penjanaan untung yang digunakan pembayaran pampasan Pelaburan dan urusniaga syarikat insurans dalam instrumen kewangan mengamalkan perbankan Konvensional yang mengamalkan aktiviti perniagaan mengamalkan riba.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 110 4. Akad Jual beli Persetujuan bersama dikalangan peserta takaful dengan pengendali takaful (syarikat takaful) dalam menjalankan peranan masing-masing. Peserta melanggan produk yang ditawarkan oleh syarikat takaful syarikat takaful menjalankan peranan seperti mengurus perlindungan risiko dan pengagihan keuntungan. 5. Menanggung risiko bersama Peserta takaful yang mengalami risiko akan menerima bantuan daripada peserta lain dalam menghadapi sebarang risiko Mengamalkan konsep kerjasama, tolong menolong dan bermuafakat pihak lain yang mengalami kerugian 6. Simpanan atau pelaburan Sumbangan peserta dalam takaful merupakan milik peserta Fungsi utama pelaburan untuk mendapatkan keuntungan Syarikat takaful pemegang amanah memastikan bidang dan kegiatan pelaburan selamat dan selaras dengan syariah Bidang pelaburan termasuklah saham, hartanah, kemudahan pembiayaan, pelaburan dan simpanan bank


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 111 Contoh Soalan 1. Berikan maksud penyata pendapatan dan penyata aliran dana, dan jelaskan dua kegunaan bagi setiap penyata tersebut.[6] Cadangan jawapan: Maksud penyata pendapatan ialah: Penyata kewangan perniagaan yang menunjukkan tentang ringkasan hasil, belanja, dan untung rugi dalam tempoh masa kewangan perniagaan. Kegunaan penyata pendapatan ialah: Memberi garis panduan kepada pengurusan syarikat membuat perancangan dalam menentukan sasaran jualan tahunan, bulanan atau harian. Mempengaruhi keputusan pelabur dan pembiaya memberi komitmen kewangan terhadap syarikat. Maksud penyata aliran dana ialah: Penyata kewangan yang mempamerkan punca perolehan dan penggunaan dana bagi satu tempoh kewangan syarikat tertentu. Kegunaan penyata aliran dana ialah: Menunjukkan anggaran perolehan dan pelupusan aset jangka panjang dan sebarang pelaburan lain. Memberi petunjuk terhadap keupayaan syarikat untuk menjelaskan liabiliti semasa syarikat dalam operasi syarikat.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 112 2. Jelaskan prinsip kepentingan yang boleh diinsuranskan dan berikan satu contoh bagaimana prinsip ini diguna pakai oleh syarikat insurans.[4] Prinsip kepentingan yang boleh diinsuranskan ialah: Pemegang polisis insurans (sidiinsurans) ada mempunyai kepentingan terhadap harta atau nyawa yang diinsuranskan. Keadaannya ialah sidiinsurans akan mengalami kerugian jika berlaku kerosakan atau kemalangan ke atas harta atau nyawa. Contoh prinsip ini diguna pakai oleh syarikat insurans ialah: Rahman yang merupakan jiran kepada Razak (pemilik kilang baju) ingin menginsuranskan stok perniagaan Razak kerana Razak tidak berminat berbuat demikian. Syarikat insurans akan menolak memberi permohonan perlindungan insurans ini kerana Rahman dianggap tidak mempunyai kepentingan terhadap harta perniagaan jirannya. 3. Jelaskan lima sumber pembiayaan jangka panjang [15] Lima sumber pembiayaan jangka panjang ialah: 1. Bon Merujuk kepada instrumen yang merupakan kemudahan pinjaman yang mana pihak yang membuat pinjaman menerbitkan sekuriti hutang. Contoh Syarikat Cemerlang Berhad menerbitkan bon untuk mendapat pinjaman daripada perniagaan lain bagi pembiayaan satu projek yang dijalankan. 2. Saham biasa Syer yang diterbitkan dan dijual kepada pelabur, pemilik saham biasa menggambarkan hak pemilikan syarikat. Contoh Suhaizan membeli saham biasa daripada Syarikat Rasak, ini bermakna Suhaizan merupakan sebahagian pemilik Syarikat Razak.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 113 3. Pinjaman jangka panjang Pinjaman yang diberikan oleh pihak institusi kewangan kepada perniagaan dan pinjaman itu dijelaskan dalam tempoh lebih daripada 1 tahun. Contoh Maybank memberi pinjaman perniagaan kepada sebuah syarikat dan syarikat tersebut melunaskan hutang tersebut dalam masa lima tahun. 4. Syer keutamaan Syer yang diterbitkan dan dijual kepada pelabur yang terpilih dan sebagai balasan dividen yang tetap diberikan kepada pelabur tersebut. Syarikat Maju Bhd menerbitkan syer keutamaan kepada pelabur syarikat tersebut dalam mendapatkan tambahan pembiayaan dengan dibayar dividen dengan kadar sebanyak 10% setahun. 5. Debentur Tindakan sesebuah syarikat swasta mengeluarkan terbitan sekuriti kepada awam untuk mendapat pembiayaan dalam bentuk pinjaman, Contoh syarikat IQ Bhd mengeluarkan debentur kepada orang ramai bagi membolehkan mendapat pinjaman untuk membiaya aktiviti perniagaan yang dijalankan.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 114 TAJUK HASIL PEMBELAJARAN RUJUKAN HURAIAN 5.0 SUMBER MANUSIA 5.1 Pengurusan Sumber Manusia 5.1.1Fungsi dan peranan pengurus sumber manusia a) Mentakrifkan pengurusan sumber manusia dan menjelaskan kepentingannya; Rujukan Sabri Hj Hussin (2002) Sabri Hj Hussin (2005) Maimunah Aminuddin (1999) Takrif Satu proses menganalisis dan mengurus keperluan sumber manusia oleh organisasi untuk mencapai matlamat strategiknya. Peranan Untuk mendapatkan pekerja yang mempunyai kelayakan dan kemahiran yang diperlukan Memastikan bilangan pekerja yang diperlukan dapat dipenuhi Mengurus aspek pampasan dan ganjaran pekerja supaya berdaya saing Menyediakan program latihan dan pembangunan yang diperlukan pekerja Kepentingan Memastikan bahwa manusia yang diambil bekerja oleh sesebuah organisasi digunakan dengan berkesan dan cekap


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 115 b) Menjelaskan fungsi pengurus sumber manusia; Fungsi seorang pengurus sumber manusia 1. Perancang Bertanggungjawab untuk merancang segala keperluan sumber manusia bagi jangka masa panjang dan pendek. Jenis, jumlah pekerja dan bila masa diperlukan oleh organisasi perlu dikaji dari masa ke semasa bagi memenuhi permintaan terhadap guna tenaga kerja organisasi 2. Penyelaras Menyelaras dasar dan peraturan yang telah diterima pakai oleh organisasi sama ada masih relevan dengan perubahan dan desakan semasa. Melihat sejauh mana dasar dan peraturan selari dengan tuntutan pekerja, perundangan Negara dan keperluan sejagat 3. Fasilitator Memastikan kehendak organisasi sesuai dengan keperluan latihan pekerja.Perlu mengenal pasti keperluan latihan, siapa yang perlu dilatih, belanjawan untuk latihan dan siapa yang sepatutnya memberikan latihan 4. Auditor Menyediakan carta pergerakan pekerja yang dapat menunjukkan tarikh tamat tempoh kontrak, tarikh pekerja perlu hadir temuduga, masa untuk latihan dan tarikh persaraan pekerja 5. Bertindak sebagai orang tengah Menjadi perantara antara majikan dan pihak kesatuan sekerja. Bertindak sebagai pihak ketiga dalam setiap pertelingkahan yang berlaku c) Membincangkan cabaran pengurusan sumber manusia; Rujukan : Ab Aziz Yusof (2014) Sabri Hj Hussin (2002) Cabaran 1. Peningkatan bilangan pekerja wanita Pusat penjagaan anak perlu disediakan, cuti yang panjang,kemudahan penyusuan bayi, waktu kerja yang anjal 2. Kepelbagaian tenaga kerja (jantina, bangsa, oku,kemahiran, pendidikan) Memerlukan kemudahan asas yang berbeza


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 116 3. Globalisasi Organisasi hari ini tidak lagi beroperasi dalam lingkungan sempadan tertentu. Apabila beroperasi di luar sempadan negara , pekerja perlu didedahkan dengan keperluan, sikap dan budaya luar 4. Peningkatan buruh asing Mereka membawa budaya luar yang memerlukan pengurus menyediakan persekitaran kerja yang saling memahami, menghormati masyarakat setempat . 5. Perkembangan teknologi Memerlukan latihan dan kemahiran tinggi untuk mengendalikannya 6. Penguatkuasaan undang-undang buruh yang ketat Caruman KWSP yang perlu dipatuhi untuk simpanan masa depan pekerja 7. Perubahan semasa (dasar kerajaan, penstrukturan semula Berkaitan undang-undang buruh seperti visa atau gaji minima buruh yang digubal oleh kerajaan 5.1.2 Pengurusan sumber manusia strategik d) menjelaskan pengurusan sumber manusia strategik yang merangkumi menarik, membangun, dan mengekal sumber manusia. Rujukan : Ab Wahab Mat (2007) Griffin dan Ebert (2002) Tujuan proses pengurusan strategik sumber manusia adalah bagi mengoptimumkan prestasi kerja supaya segala misi dan visi organisasi dapat dicapai. Pengurusan sumber manusia menurut Griffin dan Ebert (2002) adalah merujuk kepada set aktiviti organisasi yang dapat menarik, membangunkan dan mengekalkan pekerja yang berkesan. 1. Menarik sumber manusia yang berkesan menerusi perancangan rekrut dan pemilihan 2. Membangun sumber manusia menerusi penilaian, latihan, dan meningkatkan produktiviti. 3. Mengekalkan sumber manusia menerusi ganjaran, hubungan pekerja dan penyelenggaran pekerja


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 117 5.2 Perancangan sumber manusia 5.2.1 Proses perancangan sumber manusia a) menjelaskan maksud dan objektif perancangan sumber manusia; Rujukan : Ab Aziz Yusof (2014) Maksud perancangan sumber manusia Merupakan aktiviti yang sistematik dan komprehensif melibatkan sumber tenaga kerja secara menyeluruh dalam organisasi untuk jangka masa panjang, juga melibatkan pelan pembangunan yang memerlukan simpanan tenaga tersebut untuk kegunaan pada masa akan datang. Objektif perancangan sumber manusia 1. Meramalkan bilangan dan jenis pekerja yang diperlukan pada masa depan 2. Meramalkan bilangan dan jenis pekerja yang sedia ada 3. Membandingkan permintaan dan penawaran sumber manusia 4. Membentuk dan melaksanakan rancangan sumber manusia 5. Menilai rancangan yang terlaksana untuk menentukan keberkesanannya b) menjelaskan proses perancangan sumber manusia yang meliputi analisis kerja (penghuraian kerja dan spesifikasi kerja), menentukan keperluan, dan memenuhi keperluan; c) menjelaskan analisis kerja yang merangkumi penghuraian dan spesifikasi kerja; Rujukan ; Ab Aziz Yusof (2014) Maimunah Aminuddin (1994) Analisa Kerja Satu teknik mengkaji sesuatu kerja untuk mengenalpasti kemahiran,pengetahuan, pengalaman dan keperluan lain yang penting untuk melaksanakan sesuatu tugas. Penghuraian kerja Satu profil bertulis mengenai sesuatu kerja yang mengandungi nama jawatan,lokasi, pengredan, hubungan, penyata ringkas tentang tujuan kerja, senarai tugas dan tanggungjawab, tempoh dan syarat-syarat kerja. Spesifikasi kerja Mengandungi aspek individu yang sesuai untuk sesuatu kerja seperti faktor fizikal, pencapaian, kecenderungan, kebijaksanaan, keadaan, minat dan sifat semulajadi pemikiran serta sikap. Menentukan keperluan Merupakan suatu anggaran bilangan dan jenis pekerja yang diperlukan oleh organisasi pada masa depan. Memenuhi keperluan Memastikan matlamat organisasi untuk mendapatkan pekerja dikehendaki tercapai


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 118 5.2.2 Penentuan keperluan sumber manusia d) menjelaskan kaedah menentukan keperluan sumber manusia termasuklah meramal sumber dalaman dan luaran; carta penggantian; dan inventori kemahiran; Rujukan ; Ab Aziz Yusof (2014) Meramal sumber dalaman dan sumber luaran Merupakan suatu anggaran bilangan dan jenis pekerja yang diperlukan oleh organisasi pada masa depan. Sumber dalaman terdiri dari daripada pekerja organisasi yang sedia ada dan boleh dinaikkan pangkat, diturunkan pangkat atau dipindahkan ke bahagian lain untuk memenuhi kekosongan jawatan yang ada. Sumber luaran pula terdiri daripada individu di luar organisasi seperti penganggur dan pekerja organisasi lain. Carta penggantian Senarai pemegang jawatan semasa dan mereka yang berkemungkinan boleh menggantikan tempat jika jawatan tersebut dikosongkan. Inventori kemahiran Fail peribadi pekerja yang mengandungi maklumat tentang pendidikan, pengalaman, minat dan kemahiran yang membolehkan pengurus memadankan dengan cepat jawatan yang sesuai dengan latar belakang pekerja. e) menghuraikan faktorfaktor penentuan keperluan sumber manusia termasuklah perubahan teknologi, perubahan sosioekonomi, pertumbuhan perniagaan, dan penamatan perkhidmatan; Khulida Kirana Yahya (2002) Ab Aziz Yusof (2014) Perubahan teknologi Teknologi moden dan canggih pada masa kini membolehkan pengurus sumber manusia menjadi lebih berkesan disamping dapat mempercepatkan perjalanan berbagai fungsian sumber manusia. Contohnya, penggunaan sistem komputer untuk mengira gaji dan bonus para pekerja, menyimpan rekod dan data pekerja yang membolehkan pencarian data dibuat dalam masa yang singkat, Khulida Kirana Yahya (2002) Perubahan sosioekonomi Termasuk trend persaingan, pengangguran dan inflasi Pertumbuhan perniagaan Perniagaan berkembang maka keperluan sumber manusia juga bertambah.Mementingkan kewujudan pekerja berpengetahuan (knowledge workers) dalam organisasi. Penamatan perkhidmatan Untuk memberhentikan pekerja dalam suasana yang konsisten dengan matlamat organisasi. Di samping tidak merendahkan martabat pekerja tersebut di mata pekerja lain.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 119 5.2.3 Pengambilan sumber manusia f) menjelaskan proses pengambilan yang merangkumi menarik minat, pemilihan, penawaran kerja, dan induksi; Maimunah Aminuddin (1994) Sabri Hj Hussin (2005) Proses Pengambilan Pekerja 1. Menarik minat/ merekrut Melibatkan usaha mencari dan menarik sekumpulan calon-calon yang berpotensi dan berkelayakan untuk memenuhi sesuatu jawatan kosong dalam organisasi. Iklan Hebahan umum Head –hunting Walk in agensi pekerjaan awam(jabatan tenaga rakyat), agensi pekerjaan swasta, firma pencari eksekutif, persatuan profesional, institusi pengajian tinggi/kolej, rujukan pekerja, pemohon tidak diundang 2. Pemilihan Satu proses untuk mengenalpasti individu yang mempunyai kelayakan yang relevan untuk mengisi kekosongan jawatan sedia ada atau jawatan yang bakal wujud melalui : Borang permohonan (mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja dan minat) Semakan rujukan ( menyediakan perujuk untuk memeriksa kebenaran penyata calon tentang diri mereka) Temuduga (mendapatkan maklumat tentang calon melalui maklum balas terhadap soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan) Ujian (ujian prestasi, ujian cenderung jelas, ujian perwatakan, ujian kecerdasan, ujian kesihatan.ujian dadah) 3. Penawaran kerja Calon yang berjaya dalam proses pemilihan akan ditawarkan kerja dengan syarat-syarat perkhidmatan Semua pekerja dilindungi oleh Akta Pekerjaan diberi dalam suatu kontrak pekerjaan bertulis 4. Induksi Proses pekerja baru dibiasakan/orientasi dengan persekitaran kerja


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 120 (i) merekrut g) menjelaskan tindakan menarik minat termasuklah iklan, hebahan umum, headhunting, walk-in, dan lain-lain; Rujukan : Maimunah Aminuddin (1994) Sabri Hj Hussin (2005) Tindakan menarik minat calon 1. Calon-calon luaran Agensi pekerjaan dan perunding Pengambilan di kampus Perujuk-perujuk pekerja Calon yang menawarkan diri sendiri Iklan dalam media massa 2. Calon dalaman Pekerja sedia ada Audit pekerja Pemberitahuan Kerja kosong (ii) Pemilihan h) menjelaskan aspek pemilihan yang merangkumi borang permohonan, semakan rujukan, temu duga, dan ujian; Aspek pemilihan 1. Borang permohonan Mengandungi maklumat peribadi tentang nama calon,alamat untuk dihubungi,latar belakang pendidikan, kelulusan akademik, pengalaman kerja dan maklumat kesihatan diri individu 2. Semakan rujukan Semakan dilakukan tentang calon bagi mengetahui maklumat calon daripada mereka yang kenal rapat dengannya 3. Temuduga Melibatkan sesi perbualan yang selalunya formal bagi membolehkan penemuduga menilai calon yang ingin dipertimbangkan bagi mengisi sesuatu jawatan. 4. Ujian Pemeriksaan terhadap kualiti sumber manusia yang berkaitan dengan kerja atau jawatan yang akan diisi. Ujian boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu ujian kecenderungan, pencapaian, minat vokasional dan personaliti.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 121 (iii) Penawaran kerja i) menjelaskan penawaran kerja meliputi syaratsyarat perkhidmatan; Maimunah Aminuddin (1994) Sabri Hj Hussin (2005) Syarat Perkhidmatan Nama jawatan yang ditawarkan Senarai tugas yang dipertanggungjawabkan Gaji dan elaun serta kenaikan gaji Faedah-faedah yang akan didapati oleh pekerja Tempoh percubaan dan pengesahan jawatan Syarat-syarat pengesahan jawatan Waktu dan hari bekerja Rahsia-rahsia syarikat Pemberhentiaan dan persaraan (iv) Induksi j) menjelaskan induksi yang merangkumi tujuan, kandungan program, dan masalah perlaksanaan. Maimunah Aminuddin (1994) Sabri Hj Hussin (2005) Tujuan: 1. Memudahkan pekerja baru menyesuaikan diri dengan suasana organisasi. 2. Mengurangkan kebimbangan dalam pekerjaan 3. Memberi keyakinan kepada pekerja baru 4. Menggambarkan imej dan status organisasi Kandungan program 1. Maklumat umum organisasi. Cth: Sejarah, misi, visi 2. Dasar dan peraturan. Cth: Etika kerja, disiplin dalam pekerjaan 3. Ganjaran. Cth gaji, bonus, faedah lain 4. Persekitaran fizikal tempat kerja. Cth: peralatan pejabat, mesin-mesin berkaitan kerja, bilik-bilik pejabat 5. Tugas-tugas. Cth: tugas dan tanggungjawab, kontrak pekerjaan, rakan sekerja,ketua dan orang bawahan 6. Kawasan fizikal organisasi. Cth: bangunan-bangunan, kafeteria, dewan Masalah Pelaksanaan: 1. Penggunaan program yang tidak dikemaskini mengikut perubahan organisasi 2. Menggunakan hanya satu kaedah program untuk semua jenis pekerjaan 3. Pegawai yang terlibat dalam kursus induksi ini tidak berpengalaman atau berkemahiran 4. Program induksi ini hanya dijalankan dalam bilik kuliah sahaja 5. Tidak mendapat kerjasama daripada pekerja lama dalam organisasi


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 122 5.3 Latihan dan pembangunan a) mentakrifkan maksud latihan dan pembangunan serta peranan dan kepentingannya; Rujukan : Ab Aziz Yusof (2014) Latihan Satu pembelajaran yang disusun untuk mengubah sikap, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan agar prestasi kerja mereka dapat dipertingkatkan.Perubahan perlakuan ini dapat memberikan sumbangan ke arah pencapaian sesuatu matlamat organisasi, Ab Aziz Yusof (2014) Pembangunan Usaha meluaskan pengetahuan,kebolehan dan kemahiran pekerja bagi menyediakan mereka untuk kerja-kerja dan jawatan yang bakal mereka pegang di masa akan datang dan pada masa yang sama juga meningkatkan kapasiti mereka dalam melaksanakan tugas mereka sekarang ini, Faizuniah Pangil (2002) Peranan dan kepentingan Program latihan yang berkesan dapat membantu organisasi mencapai matlamatnya ,Buckley dan Caple (1992) Kepentingan latihan 1. Boleh meningkatkan produktiviti pekerja 2. Meningkatkan kepuasan bekerja 3. Memastikan kemahiran pekerja terkini 4. Memotivasikan pekerja 5. Dapat mengurangkan masa untuk belajar dan kos


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 123 5.4 Penilaian prestasi pekerja a) mentakrifkan maksud penilaian prestasi serta menjelaskan peranan dan kepentingannya; Rujukan : Sabri Hj Hussin (2005) Takrif Penilaian Prestasi Merupakan proses menilai semula aktiviti kerja yang dilakukan oleh seseorang individu pada masa lalu bagi memastikan ianya telah memberi sumbangan ke arah pencapaian objektif organisasi. Peranan: 1. Untuk memberi ganjaran atau insentif. 2. Memberi maklum balas terhadap pencapaian pekerja. 3. Memberi latihan kepada pekerja yang kurang mahir. 4. Memberi kenaikan pangkat. 5. Merancang sumber tenaga manusia. 6. Pengurangan tenaga kerja dan pemberhentian 7. Untuk menyimpan rekod pekerja dalam menghadapi kes mahkamah 8. Untuk membuat kajian berhubung dengan tenaga kerja. 9. pengadilan pekerja Kepentingan: 1. Memberi maklum balas mengenai prestasi pekerja. 2. Menyediakan langkah-langkah tertentu untuk membantu pekerja meningkatkan prestasi mereka 3. Menjadi asas / panduan kepada pengurusan dalam menentukan pakej ganjaran pekerja 4. Memberi maklumat tentang keberkesanan aktiviti pengambilan, pemilihan, latihan dan pembangunan pekerja. 5. Memberi maklumat kepada pengurus tentang kualiti sumber manusia yang ada untuk tujuan pertumbuhan dan pembesaran organisasi


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 124 b) menjelaskan kaedahkaedah penilaian prestasi; Rujukan : Sabri Hj Hussin (2005) 1. Skala pekadaran Digunakan dengan menggunakan boring yang diformatkan bagi membolehkan penilai menilai kualiti dan ciri-ciri lain pekerja.Contoh ciri yang dinilai adalah seperti sering mengemukakan buah fikiran yang bernas, amanah, inisiatif, kepimpinan, prihatin terhadap masalah organisasi dan sebagainya.Setiap factor dinilai berdasarkan skala contohnya dari 1 (sangat memuaskan) ke 7 (sangat tidak memuaskan) 2. Perbandingan pekerja Pegawai penilai terlebih dahulu mengkelaskan pekerja berdasarkan factor-faktor seperti prestasi kerja dan nilainya kepada organisasi. Hanya seorang individu sahaja yang boleh diletakkan di kelas tertentu 3. Esei Penilai menghuraikan prestasi pekerja yang merangkumi kelebihan dan kelemahan pekerja dalam bentuk esei. c) menjelaskan ciri-ciri penilaian prestasi yang berkesan; Penilaian yang berkesan 1. Dilakukan secara berterusan iaitu tidak tunggu sehingga ke akhir tahun. 2. Direka berdasarkan penghuraian kerja iaitu tidak sesuka hati pengurus. 3. Dibuat dengan adil dan dianggap adil oleh pekerja. 4. Penilai tahu apa yang patut dinilai 5. Penilai tahu teknik menilai dengan betul. 6. Bebas dari sifat berat sebelah. d) membincangkan masalah dalam penilaian prestasi. Masalah: 1. Kaedah / penilai kurang objektif 2. Kesilapan hak / penilaian berdasarkan satu faktor sahaja. 3. Terlalu bermurah hati 4. Terlalu tegas 5. Kecenderungan penilaian pertengahan (central tendency) – masalah organisasi 6. Kecenderungan peribadi.( aspek manusia)


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 125 5.5 Pampasan a) menjelaskan maksud pampasan, tujuan, dan kepentingannya; Rujukan : Zafir Mohd Makhbul (2003) Maksud Pampasan Merupakan sebarang bentuk ganjaran yang diterima oleh pekerja daripada organisasi disebabkan oleh sumbangan yang mereka berikan kepada organisasi Tujuan 1. Untuk pekerja Satu elemen penting untuk meningkatkan prestasi kerja 2. Untuk majikan Satu usaha awal menarik minat pekerja baru untuk berkhidmat dalam organisasi Kepentingan 1. Membantu memikat kakitangan untuk memasuki organisasi 2. Membantu membendung pekerja sedia ada untuk kekal dalam organisasi 3. Meningkatkan motivasi pekerja yang akan membawa kepada peningkatan motivasi Menurut Benardin dan Rusell (1998) ganjaran merujuk kepada semua bentuk pulangan kewangan, faedah ketara yang diterima pekerja sebagai sebahagian daripada sumbangan yang telah diberikan terhadap pekerjaan yang dilakukan. b) menjelaskan ganjaran merangkumi gaji, upah, dan elaun [elaun sara hidup (COLA), elaun khidmat awam, elaun perumahan dan sebagainya]; Rujukan : Ab Aziz Yusof (2014) 1. Gaji Dinyatakan dalam bentuk bulanan atau tahunan. Contohnya, Abu mendapat gaji sebanyak RM1,000 sebulan atau RM12,000 setahun 2. Upah Dibayar mengikut jam bekerja.Contohnya Halim dibayar sebanyak RM50 sejam untuk kerja mengecat bangunan tinggi 3. Elaun (Elaun sara hidup COLA, elaun khidmat awam elaun perumahan)


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 126 c) menjelaskan faedah yang berbentuk wang dan bukan wang termasuklah insurans pekerja, caruman KWSP, kemudahan kesihatan, percutian, kemudahan pinjaman, tempat penjagaan kanak-kanak, keahlian badan profesional dan kelab, kemudahan kebajikan dan keselamatan pekerja, dan seumpamanya; Rujukan : Sabri Hj Hussin (2005) Zafir Mohd Makhbul (2003) Berbentuk wang Merujuk kepada bayaran kewangan yang dibayar kepada para pekerja. Cth: gaji/upah, elaun, KWSP, SOCSO/PEKESO, Bonus, kemudahan pinjaman perumahan. Berbentuk Bukan Wang Merujuk ganjaran bukan dalam bentuk kewangan. Cth: cuti, faedah perubatan, kemudahan meningkatkan kerjaya, tempat tinggal, tempat penjagaan anak Faedah berbentuk wang 1. gaji/upah, 2. elaun, 3. SOCSO/PEKESO, 4. Bonus, 5. kemudahan pinjaman perumahan. Faedah bukan wang 1. Insurans pekerja 2. Caruman KWSP 3. kemudahan kesihatan, 4. percutian, 5. kemudahan pinjaman, 6. tempat penjagaan kanak-kanak, 7. keahlian badan profesional dan kelab, 8. kemudahan kebajikan dan keselamatan pekerja,


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 127 d) menjelaskan penentupenentu pampasan. Penentu Ganjaran 1. Pasaran buruh Menunjukkan hubungan penawaran dan permintaan tenaga kerja yang berkelayakan.Jika penawaran tenaga kerja lebih rendah dari permintaan maka ganjaran lebih tinggi ditawarkan 2. Jenis pekerjaan Jika nilai sesuatu pekerjaan itu penting kepada sesebuah organisasi maka ganjaran adalah lebih tinggi 3. Pekerja itu sendiri Jika nilai pekerja seperti pengalaman, kemahiran dan tahap pendidikan tinggi maka ganjaran juga lebih menarik dan tinggi 4. Faktor organisasi Jika organisasi atau majikan berkemampuan untuk memberikan ganjaran yang tinggi kerana mendapat keuntungan yang tinggi maka pekerja juga boleh mendapat ganjaran yang tinggi. 5.6 Tindakan disiplin dan penamatan perkhidmatan d) mentakrifkan maksud disiplin dalam perjawatan; Tindakan Disiplin Definisi Tindakan yang diambil oleh majikan terhadap pekerja yang melanggar standard dan peraturan organisasi. d) menjelaskan proses tindakan disiplin yang merangkumi amaran lisan, amaran bertulis, surat tunjuk sebab, inkuiri, dan hukuman; Proses Tindakan Disiplin 1. Amaran lisan, Diberi terhadap kesalahan ringan yang dilakukan bagi pekerja melakukan kesalahan pertam 2. Amaran bertulis, Tindakan disiplin yang direkodkan dalam fail peribadi pekerja


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 128 Maimunah Aminuddin (2011) 3. Surat tunjuk sebab Surat tunjuk dijawab oleh pekerja sebab mengapa tindakan disiplin tidak harus dikenakan terhadapnya. 4. Inkuiri, Jawatankuasa disiplin yang akan menjalankan penyiasatan ke atas pekerja setelah menerima surat tunjuk sebab 5. Hukuman Tindakan disiplin terhadap pekerja berkenaan bersesuaian dengan jenis kesalahan yang dilakukan. e) menjelaskan masalah dalam tindakan disiplin; Masalah Dalam Tindakan Disiplin 1. Gagal mengubah tingkah laku 2. Sukar kumpul bukti kesalahan 3. Masalah mendapatkan pekerja ganti 4. Risiko didakwa f) menjelaskan jenis-jenis hukuman berkaitan disiplin; Jenis-jenis hukuman berkaitan Disiplin 1. Turun pangkat mengurangkan tanggungjawab dan autoriti sedia ada pekerja serta diturunkan ganjaran yang diterima 2. Gantung kerja pekerja tidak dibenarkan bekerja suatu tempoh tertentu sementara siasatan dijalankan ke atas untuk mengesahkan perlanggaran disiplin 3. Pemecatan memberhentikan pekerja daripada bekerja dalam organisasi


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 129 g) menjelaskan skim kemudahan penamatan perkhidmatan sama ada secara wajib, sukarela, atau diberhentikan (retrenchment). Skim kemudahan penamatan perkhidmatan 1. Wajib seseorang pekerja telah mencapai peringkat umur persaraa 2. Sukarela Berhenti daripada terus berkhidmat dalam sesebuah organisasi secara sukarela 3. Diberhentikan Berlaku perlanggaran syarat kontrak perkhidmatan antara pekerja dengan majikan Fungsi,peranan dan kepentingan kesatuan sekerja 1. Perundingan pekerja-majikan Menyelesaikan masalah yang wujud antara pekerja dengan majikan 2. Memperjuang nasib pekerja Mengelakkan pekerja daripada ditindas oleh majikan 3. Mewakili pekerja dalam tindakan perusahaan Jika berlaku pertikaian diantara pekerja dengan majikan 4. Menyediakan pelbagai aktiviti dan kemudahan kepada pekerja Untuk menjaga kepentingan dan kebajikan pekerja


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 130 5.7 Perhubungan industri a) mentakrifkan maksud perhubungan industri dan kepentingannya; Merujuk kepada interaksi antara pihak pengurusan organisasi dengan pekerja. Dalam hal interaksi antara majikan dengan pekerja, ia merujuk kepada hubungan antara majikan dengan kesatuan sekerja. b) menjelaskan fungsi, peranan, dan kepentingan kesatuan sekerja termasuklah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan lain-lain; Rujukan : Sabri Hj Hussin (2005) Fungsi kesatuan sekerja Penubuhan kesatuan-kesatuan sekerja tersebut akan berfungsi bagi mencapai matlamat seperti yang telah disebut di atas. Antara fungsi-fungsi persatuan sekerja adalah: 1. Untuk menjamin dan meningkat taraf hidup dan status ekonomi ahli. 2. Untuk meningkat dan menjamin keselamatan ahli terhadap ancaman dan ketidakpastian yang disebabkan oleh perubahan pasaran, perubahan teknologi, atau keputusan pihak pengurusan. 3. Untuk mempengaruhi hubungan kuasa dalam sistem sosial agar pihak tertentu tidak mengancam keperluan dan matlamat kesatuan. 4. Untuk menjamin kebajikan kepada seluruh pekerja dalam organisasi. 5. Untuk membentuk makanisma dalam menangani dasar dan amalan menekan dan berat sebelah ditempat kerja. Peranan Kesatuan Sekerja(MTUC/CUEPACS/DAN LAIN-LAIN) 1. Menangani isu pekerja wanita 2. Penetapan gaji minimum dan gaji maksimum 3. Membantu menangani kegawatan ekonomi 4. Mempercepatkan penyelesaian pertikaian perdagangan 5. Pasaran buruh di masa hadapan 6. Mengambil langkah-langkah bagi melindungi hak-hak ahli mereka seperti: Menasihati ahli tentang hak-hak mereka. Meminta kerajaan meluluskan perundangan Memperkenalkan polisi-polisi yang akan memberikan faedah kepada ahli-ahlinya.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 131 d) menjelaskan kaedah mengekalkan hubungan harmoni antara majikan dengan pekerja. Kaedah Mengekalkan Hubungan Harmoni majikan –pekerja 1. Sikap sedia berunding majikan –pekerja 2. Menggunakan pihak ketiga sebagai orang tengah 3. Perundingan dengan niat yang baik antara majikan dan pihak Kesatuan sekerja 4. Kedua pihak menunjukkan kesanggupan untuk berhubung dan berunding 5. Sanggup bekerjasama untuk memenuhi peruntukan undang-undang dan menyelesaikan masalah yang timbul 6. Melakukan penyiasatan dan mendapatkan maklumat yang lengkap sebelum sebarang keputusan dibuat Kaedah Mengekalkan Hubungan Harmoni majikan –pekerja 1. Sikap sedia berunding majikan –pekerja 2. Menggunakan pihak ketiga sebagai orang tengah 3. Perundingan dengan niat yang baik antara majikan dan pihak Kesatuan sekerja 4. Kedua pihak menunjukkan kesanggupan untuk berhubung dan berunding 5. Sanggup bekerjasama untuk memenuhi peruntukan undang-undang dan menyelesaikan masalah yang timbul 6. Melakukan penyiasatan dan mendapatkan maklumat yang lengkap sebelum sebarang keputusan dibuat.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 132 Contoh soalan 1. Huraikan maksud pengurusan sumber manusia dan kepentingannya kepada organisasi. [5] Cadangan Jawapan Maksud pengurusan sumber manusia ialah Aktiviti-aktiviti yang berlaku berkaitan dengan pengurusan sumber manusia untuk mencapai matlamat organisasi Kepentingan 1. Menarik sumber manusia yang berkesan melalui perancangan pengrekrutan dan pemilihan 2. Membangunkan sumber manusia melalui penilaian, latihan dan meningkatkan produktiviti 3. Mengekalkan pekerja melalui sistem ganjaran dan penyelenggaraan pekerja 2. Jelaskan maksud pengrekrutan pekerja dan terangkan bagaimana proses pengrekrutan boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi. [6] Cadangan jawapan Maksud pengrekrutan Proses menarik minat calon yang berkelayakan untuk memohon sesuatu jawatan kosong (2) Proses pengrekrutan: (i) Mengenalpasti keperluan jawatan Huraian kerja melibatkan nama jawatan, tanggungjawab/bidang tugas Spesifikasi kerja melibatkan kelayakan dan pengalaman (ii) Mengenalpasti sumber pengrkrutan calon Sumber dalaman merujuk kepada pekerja sedia ada dalam syarikat. Sumber luaran merujuk kepada sumber dari luar organisasi seperti calon ‘fresh’ atau dari syarikat lain. (iii)Mengenalpati kaedah pengrekrutan Kaedah rekrut dalaman seperti inventori kemahiran tenaga kerja dan kenaikan pangkat pengiklanan dalaman kaedah rekrut luaran seperti pengiklanan, agensi perkhidmatan, kampus, rujukan pekerja.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 133 3. Jelaskan cabaran-cabaran yang wujud dalam aktiviti pengurusan sumber manusia.[15] (i) Peningkatan bilangan wanita dalam sektor pekerjaan (ii) Globalisasi (iii)Kepelbagaian tenaga kerja Cadangan jawapan Cabaran-cabaran yang wujud dalam aktiviti pengurusan sumber manusia ialah: 1. Peningkatan bilangan wanita dalam sektor pekerjaan Kemudahan tambahan – pusat jagaan anak Masalah gangguan seksual Cuti – bersalin Ego lelaki untuk terima ketua wanita Persaingan yang tidak sihat – fesyen 2. Globalisasi Perlu bersaing dengan syarikat antarabangsa Pekerja perlu dilatih supaya setanding Untuk membina semangat pekerja yang patriotik Pekerja lebih mobiliti Pengaruh pekerja luar negara tinggi 3. Kepelbagaian tenaga kerja Wanita perlu diberi peluang naik pangkat yang sama Setiap pekerja perlu diberikan peluang sama rata untuk sebarang kemudahan Golongan cacat dan minoriti perlu diberi peluang yang sama Pertembungan kepebagaian budaya mewujudkan masalah sosial Penyediaan khusus bagi golongan wanita yang berkeluaga seperti pusat menjaga anak


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 134 Soalan Kajian Kes Penggal 1 Pada bulan April tahun 1982, Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. (GARSB) telah membuka restoran McDonald’s yang pertama di Malaysia. GARSB telah menempa kejayaan cemerlang yang mana lebih daripada 200 restoran telah pun beroperasi dan kini masih berkembang dengan pembukaan sekitar 20 hingga 25 buah restoran setiap tahun. Bagi menyokong kejayaan setiap restoran baharu, pengurus restoran pelatih dikehendaki mengikuti latihan berpandukan Kurikulum Pengurusan Restoran McDonald’s yang terdiri daripada kaedah latihan seperti latihan semasa kerja, menghadiri kelas dan pembelajaran sendiri. Melalui perbincangan di dalam kelas dan latihan semasa kerja, pelatih akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran pengurusan syif restoran. Pelatih mendapat latihan pengurusan melalui simulasi peranan, perbincangan, dan latihan interaktif di dalam dan di luar restoran. Pelatih perlu mengikuti latihan dalam kelas selama lima hari sebagai pendedahan tentang amalan kepimpinan restoran yang berkesan untuk membantu pelatih membuat keputusan bagi menangani masalah tentang operasi restoran. Apabila pelatih sudah berpengalaman mengurus restoran selama setahun, mereka akan diberi latihan berkaitan dengan amalan kepimpinan perniagaan pula. Di samping itu, kawalan kualiti makanan yang ketat turut diamalkan oleh Restoran McDonald’s. Restoran ini juga mengikut Standard Antarabangsa Kualiti Makanan dan Keselamatan serta peraturan kerajaan termasuk mematuhi syarat JAKIM untuk mendapatkan sijil Halal bagi meyakini pelanggan mereka. Semua bahan mentah yang dihantar ke restoran diperiksa kualitinya sebelum diterima dan disimpan di dalam peti penyejuk beku mengikut keperluan suhu bagi setiap bahan. Contohnya, telur perlu disimpan pada suhu 1-4 C dengan tempoh jangka hayat selama 14 hari sahaja bagi menjamin kelazatan produk siap. Bagi bahan mentah yang sedang diproses, seperti telur, tidak boleh didedahkan kepada suhu bilik melebihi 30 minit. Bawang, kubis, dan tomato yang sudah diproses pula tidak boleh dibiarkan melebihi dua jam. Bahan mentah yang dimasak perlu dikawal suhunya, dan suhu diperiksa sepanjang tempoh masakan. Produk yang siap perlu disimpan dalam kabinet makanan pada suhu tidak melebihi 60 C. Semua pekerja diwajibkan mengguna sarung tangan pakai buang semasa pengendalian bahan mentah sehinggalah produk siap. Mereka juga wajib mencuci tangan setiap jam dengan bahan pencuci tangan pembasmi kuman. Walaupun restoran McDonald’s terus berkembang, restoran ini tetap mengalami masalah persaingan terutamanya daripada restoran makanan segera yang lain. Restoran ini juga mengambil kira keprihatinan pengguna masa kini yang mementingkan cara pemakanan yang sihat. Makanan segera sering dikaitkan dengan risiko kesihatan dan obesiti. Oleh itu, GARSB mendedahkan maklumat nutrisi produknya secara berleluasa melalui laman web, brosur, dan alas dulang. GARSB juga bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan produknya memenuhi garis panduan pemakanan sihat. (Disesuaikan daripada www.mcdonalds.com.my capaian 1 Ogos 2011)


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 135 Berdasarkan kes di atas, (i) Jelaskan tiga jenis latihan yang digunakan oleh GARSB bagi melatih pengurus restoran McDonald’s. [15] (ii) Terangkan bagaimana kawalan kualiti produk dilakukan melalui kawalan input, kawalan proses, dan kawalan output dalam operasi harian restoran McDonald’s.[13] (iii)Terangkan tiga faktor persekitaran umum yang mempengaruhi perkembangan perniagaan restoran McDonald’s.[10] (i) Tiga jenis latihan yang digunakan oleh GARSB bagi melatih pengurus restoran McDonald’s ialah: 1. Latihan luar kerja Huraian: Latihan yang dikendalikan oleh syarikat sendiri atau pihak luar organisasi dan dijalankan di luar waktu bekerja serta di luar tempat kerja. Kaitan dengan kes: Pekerja Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. (GARSB) menjalani latihan pengurusan melalui simulasi peranan yang dijalankan. Pekerja Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. (GARSB) hadir, bincang dan latihan di dalam kelas Pekerja Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. (GARSB) menghadiri latihan interaktif di luar restoran 2. Latihan sambil bekerja Huraian: latihan yang dijalankan di dalam organisasi dalam tempoh waktu bekerja. Kaitan dengan kes: Pekerja Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. (GARSB) menjalani latihan interaktif di dalam restoran tersebut. Pekerja Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. (GARSB) menjalani latihan sambil kerja sebenar sebagai pengurus restoran selama setahun.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 136 3. Pembelajaran sepanjang hayat Huraian: Pembelajaran secara sendiri yang memerlukan penglibatan secara peribadi, berinisiatif sendiri, penilaian kendiri dan memberi kesan sepanjang masa berdasarkan pengalaman kerja dan kehidupan. Kaitan dengan kes: Pekerja Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. (GARSB) mendapat pembelajaran dan pengetahuan melalui brosur, Internet, menghadiri kursus-kursus selain daripada yang disyaratkan oleh syarikat dan pengamatan kendiri. (ii) Kawalan kualiti produk dilakukan melalui kawalan input, kawalan proses, dan kawalan output dalam operasi harian restoran McDonald’s. Ialah: 1. Kawalan input Huraian: Pengawalan ke atas semua faktor pengeluaran dijalankan sebelum aktiviti pengeluaran bermula bertujuan mengelakkan penyelewengan dan memastikan pengeluaran mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Kaitan dengan kes: Bahan mentah yang sampai ke restoran diperiksa kualitinya sebelum diterima bagi memastikan bahan mentah selaras dengan standard antarabangsa kualiti makanan,keselamatan dan peraturan kerajaan. Bahan mentah disimpan di dalam peti beku atau peti dingin mengikut keperluan suhu setiap bahan Semua kawalan ini bertujuan mengekalkan kesegaran bahan mentah Bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan produknya memenuhi garis panduan pemakanan sihat . telur perlu disimpan pada suhu 1-4 C dengan tempoh tamat hayat 14 hari sahaja bagi menjamin kelazatan produk siap.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 137 2. Kawalan proses Huraian: Pengawalan yang berlaku ke atas bahan mentah pada peringkat penukaran input kepada output bertujuan mengeluarkan barangan yang cacat daripada proses pengeluaran. Kaitan dengan kes: Semua krew GARSB diwajibkan untuk menggunakan sarung tangan pakai buang semasa mengendalikan bahan mentah bertujuan mengelakkan bahan mentah tercemar. Semua krew GARSB restoran yang mengendali bahan mentah wajib mencuci tangan setiap jam dengan bahan pencuci tangan anti kuman bagi menjamin kebersihan dan mengelakkan jangkitan kuman. Bawang, kubis dan tomato yang telah diproses tidak boleh dibiarkan melebihi 2 jam supaya dapat mengekalkan kandungan nutrisi dan rasa. Bahan mentah yang sedang diproses, contoh ialah telur, tidak boleh didedahkan kepada suhu bilik melebihi 30 minit bertujuan mengekalkan kesegaran. Bahan mentah yang sedang dimasak dikawal suhunya dan suhu diperiksa sepanjang tempoh masakan bertujuan mengekalkan kelazatan. 3. Kawalan output Huraian: Kawalan dibuat setelah aktiviti pengeluaran tamat atau produk siap diproses bertujuan membuat pembaikan terhadap proses, jika ada penyelewengan tindakan pembetulan perlu diambil Kaitan dengan kes: Produk yang siap perlu disimpan dalam kabinet makanan pada suhu tidak melebihi 60 C bertujuan mengekalkan kelazatan produk siap.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 138 (iii)Tiga faktor persekitaran umum yang mempengaruhi perkembangan perniagaan restoran McDonald’s ialah: 1. Persaingan Huraian: Firma-firma lain yang berada dalam industri atau pasaran yang sama dengan mengeluarkan produk yang sama. Kaitan dengan kes: Pesaing lain menawarkan menu yang hampir sama memberi saingan kepada Restoran McDonald’s. Persekitaran ini menyebabkan permintaan produk McDonald’s boleh terjejas jika pesaing bertindak agresif Contohnya mengeluarkan produk baharu, melakukan promosi harga, melakukan pengiklanan menarik. 2. Sosiobudaya Huraian: Nilai-nilai dan cara hidup bersama yang dikongsi oleh satu kumpulan masyarakat. Kaitan dengan kes: Perubahan cita rasa pengguna berlaku kerana keprihatinan pengguna masa kini menumpu kepada amalan pemakanan yang sihat di mana makanan segera sering dikaitkan dengan risiko kesihatan dan obesiti. Perubahan gaya hidup masyarakat yang semakin sibuk, perlu bergerak pantas serta ibu bekerja menyebabkan permintaan terhadap makanan segera termasuk McDonald’s semakin meningkat. 3. Perundangan Huraian: Peraturan atau undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan kerajaan yang berkuasa ke atas operasi sesebuah perniagaan.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 139 Kaitan dengan kes: Standard Antarabangsa Kualiti Makanan dan Keselamatan menjadi garis panduan bagi tahap kualiti bahan mentah yang digunakan dan produk yang dikeluarkan oleh perniagaan. Perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan pemakanan sihat. Syarat JAKIM bagi mendapatkan sijil Halal untuk meyakinkan pelanggan, dengan itu McDonald’s perlu mematuhi syarat tersebut. Senarai Rujukan: Abu Bakar Hamed, Rusmala Mohd Daud & Siti Nabiha Abdul Khalid, 1996. Asas Pengurusan Perniagaan. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Banking Info. Laman sesawang www.bankinginfo.com.my. Capaian pada 20 Jun 2014 Faudziah Zainal Abidin. Et. al. 2001. Prinsip Pengurusan Kewangan. Petaling Jaya: Prentice Hall. Heizer, J O Render, B, 2011, Operation Management. Tenth Ed, USA : Courier/Kendallville Knott, G. 2004. Financial Management. 4 Ed. New York : Palgrave Ma Millan Lim Chee Chee. 2003. Pengurusan Risiko & Insurans. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Russell R.S., Taylor B.W., 2006. Operations Management: Quality And Competitiveness In A Global Environment. Fith Ed. USA: Von Hoffmann. Sabri Hj Hussin, 2002. Pengenalan Kepada Perniagaan. Kuala Lumpur: Thomson Learning. Sabri Hj Hussin, 2005. Pengurusan Perniagaan Jilid 2. Malaysia: Cengage Learning Asia Pte Ltd Saiful Bahri Sufar, Muhamad Muda, Othman Yong. 2001. Pengurusan Kewangan. Ampang: Dewan Bahasa dan Pustaka.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 140 TAJUK HASIL PEMBELAJARAN RUJUKAN HURAIAN 6.0 PENGURUSAN 6.1 Pengenalan Kepada Pengursan 6.1.1 Fungsi Pengurusan a) Mentakrifkan maksud pengurusan dan menjelaskan kepentingannya. Daft (2010) Griffin (2011) b) Menjelaskan fungsi pengurusan merangkumi perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, dan pengawalan; Maksud pengurusan. Merujuk kepada proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber-sumber organisasi dengan cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat dan objektif organisasi. Kepentingan pengurusan. 1. Penyelarasan Sumber Mengagihkan sumber mengikut kesesuaian tahap pengetahuan, kemahiran dan kecekapan yang dimiliki oleh setiap pekerja. 2. Penggunaan Sumber Secara Berkesan Memastikan supaya semua sumber dilaksanakan secara efektif dan efisien bagi membolehkan matlamat organisasi dapat dicapai. 3. Mencapai Matlamat Organisasi Pengurusan organisasi yang teratur dan sistematik membolehkan organisasi dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi mencapai matlamat organisasi. 4. Mengurangkan Pembaziran Pengurusan yang cekap dapat menjimatkan kos ketika melaksanakan aktiviti-aktiviti organisasi. Kesannya akan memolehkan organisasi terus beroperasi pada tahap yang optimum. Fungsi pengurusan. 1. Perancangan Proses menentukan matlamat yang ingin dicapai dan tindakan yang perlu diambil untuk mencapai matlamat organisasi. 2. Pengorganisasian Proses menyusun dan mengagihkan sumber sumber organisasi untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan supaya matlamat organisasi dapat dicapai.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 141 Daft (2010) Griffin (2011) 6.1.2 Konsep Keberkesanan dan Kecekapan c) Membincangkan konsep keberkesanan dan kecekapan pengurusan; Griffin (2011) 3. Kepimpinan Proses dimana pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekerja untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. 4. Pengawalan Proses pemantauan prestasi dan memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti yang telah dijangkakan. Keberkesanan: (efectivenees) Sebagai melakukan sesuatu kerja yang betul (doing the right things), iaitu menyempurnakan sesuatu kerja yang membantu ke arah memenuhi objektif organisasi. Contohnya, Seorang pekerja berupaya melaksanakan tugas mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pengurus terhadapnya. Kecekapan: (efficiency) Sebagai melakukan sesuatu kerja dengan betul (doing things right), iaitu melaksanakan sesuatu kerja dengan usaha, perbelanjaan dan sisa yang minimum. Kebolehan meminimumkan kos dan mencapai matlamat. Contohnya,Seorang jurujual dikehendaki membuat jualan sebanyak RM 1,000,000 setahun, pada tahun kewangan tersebut beliau berjaya membuat jualan sebanyak RM 1,200,000. Ini bemakna jurujual tersebut telah berjaya melaksanakan tugas dengan cekap serta dapat meningkatkan produktiviti dan dapat mengawal kos operasi supaya tidak melebihi yang ditetapkan.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 142 6.1.3 Peranan Pengurus d) Menerangkan peranan pengurus dalam sesebuah organisasi mengikut Teori Mintzberg, iaitu antaraperorangan (interpersonal), peranan bermaklumat (informational), dan pembuatan keputusan (decision making); Daft (2010) Griffin (2011) Peranan Pengurus Dalam Sesebuah Organisasi Mengikut Teori Mintzberg. 1. Antara Perorangan (Interpersenal) i. Sebagai Orang Terpenting Menjadi wakil dalam sebuah jabatan. Maka pengurus perlu membina imej,tingkahlaku dan reputasi yang tinggi. Pengurus juga perlu berempati dan menjadi teladan yang baik. ii. Sebagai Pemimpin/Ketua Bertanggungjawab menjadi ketua dalam sesebuah organisasi. Menjadi ikuti kepada pekerja lain iii.Sebagai Penghubung Menjadi penghubung antara organisasi dengan pihak luar organisasi. Mendapat makulumat tentang perubahan yang berlaku dipersekitaran luaran organisasi 2. Peranan Bermaklumat (Informational) i. Sebagai pengawas/ pemantau Pengurus perlu peka terhadap perubahan persekitaran dalaman dan luaran organisasi agar dapat mengumpul maklumat sama ada dari pihak dalam atau luar organisasi. Sebahagian maklumat didapati dari laporan, mesyuarat, perbincangan dengan pihak-pihak tertentu. Dengan memantau maklumat perniagaan dan pekerjaan, pengurus boleh membuat perancangan dengan lebih baik bagi meningkatkan prestasi syarikat. ii. Sebagai Penyampai Perlu sampaikan maklumat kepada para pekerja didalam organisasinya. Boleh sampaikan maklumat melalui mesyuarat, memo, telefon dan media. Contohnya, perancangan yang digariskan oleh pengurusan atasan mestilah disampaikan kepada semua staf organisasi.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 143 iii. Sebagai Jurucakap Pengurus perlu menyampaikan maklumat kepada orang lain di luar organisasi. Ini boleh dilakukan melalui laporan tahunan pemegang saham, ucapan, memo, persidangan akhbar. Contohnya, pengurus menyampaikan maklumat mengenai prestasi organisasi kepada media massa. 3. Pembuat Keputusan (Decision Making) i. Sebagai keusahawanan Pengurus sentiasa berusaha untuk meningkatkan perniagaan melalui idea-idea baru dan secara inovatif, kreatif dan kritis. ii. Sebagai pengawal ganguan/ Penyelesai masalah Pengurus berperanan sebagai penyelesai masalah jika berlaku sebarang masalah. Contohnya, pengurus bekerjasama dan membantu pekerja dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja. iii.Sebagai Pembahagi Sumber Sumber organisasi seperi pekerja, wang, bahan mentah, peralatan, mesin akan diagihkan kepada jabatan tertentu mengikut keperluan , organisasi mengikut keutamaan dan kepentingan tugas. iv.Sebagai Perunding. Pengurus dalam organisasi juga adalah merupakan juru runding organisasi dengan pihak luar. Contoh: pengurus pemasaran membuat rundingan dengan pelanggan bagi mendapatkan kontrak membekal keluaran syarikat.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 144 6.1.4 Pendekatan Pemikiran Pengurusan e) Menjelaskan pendekatanpendekatan pemikiran pengurusan, ciri-ciri dan pelopornya termasuklah Pendekatan klasikal, Pendekatan kemanusiaan atau gelagat, Pendekatan sains pengurusan atau kuantitatif, dan Pendekatan moden atau kontemporari. 1. Pendekatan Klasikal Bermula apabila berlaku perkembangan pesat perindustian pada abad ke 20. Pendekatan klasikal bertumpu kepada usaha menguruskan kerja dan organisasi dengan berkesan bagi meningkatkan kecekapan serta produktiviti kerja. i. Pengurusan Saintifik Menekankan kajian saintifik untuk meningkatkan produktiviti kerja. Antara pelopornya ialah; a.Frederick Taylor Merupakan “Bapa pengurusan saintifik”, memperkenalkan pengkhususan kerja. Antara 4 prinsip pengurusan beliau ialah; i. Kaedah terbaik dikenalpasti untuk setiap tugas ii. Memilih dan melatih pekerja secara saintifik iii.Pembahagian tugas yang adil iv. Menitikberatkan kerjasama antara pengurus dengan pekerja demi mencapai matlamat organisasi. b. Frank dan Lilian Gilbreth Melakukan kajian berkaitan dengan masa pergerakkan kerja (time and motion). Jangkamasa untuk menyelesaikan sesuatu tugas dapat dikenalpasti dengan menganalisis setiap pergerakkan pekerja, segala bentuk pergerakkan yang tidak perlu dan tidak cekap perlu dihapuskan bagi mengelak berlakunya pembaziran tenaga dan akan dapat menghasilkan prestasi kerja yang optimum. c.Henry L.Gantt Memperkenalkan kaedah penjadualan tugas melalui Carta Gantt untuk merancang, menjadual, melaksana dan mengawal perjalanan sesuatu tugas dan juga operasi. Gantt juga memperkenalkan sistem ganjaran seperti bonus bagi pekerja yang dapat menunjukkan prestasi yang baik dan dapat melaksanakan tugas seperti mana yang ditetapkan.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 145 ii. Pengurusan Pentadbiran Menekankan kepada bagaimana pengurus mengurus organisasi secara menyeluruh. Pelopornya ialah; a. Henry Fayol Digelar sebagai “bapa Pengurusan” kerana orang pertama yang membincangkan pengurusan sebagai satu proses. Beliau membahagikan pengurusan kepada lima fungsi 1. Perancangan 2. Pengorganisasian 3. Pengarahan 4. Penyelarasan 5. Pengawalan Beliau juga memperkenalkan 14 prinsip antaranya; 1. Pembahagian kerja 2. Autoriti 3. Disiplin 4. Paduan Perintah 5. Paduan Arahan 6. Mengutamakan Kepentingan Organisasi 7. Ganjaran 8. Pemusatan 9. Rantaian Skalar 10. Susunan tertib 11. Ekuiti/ Kesamarataan 12. Kestabilan Personal 13. Inisiatif 14. Esprit de Corps (Rasa Kekitaan)


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 146 b. Mary Parke Follett Menyarankan pengurus harus menggunakan pendekatan kolaboratif dengan pekerja untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam menjalankan tugas. Perlunya kepada kumpulan informal bagi membantu sesebuah organisasi. c. Chester Bernard Berpendapat perlu adanya persamaan matlamat individu dengan matlamat organisasi, supaya organisasi dapat ditadbir dengan cekap. Hubungan yang wujud antara majikan adalah atas dasar saling hormat menghormati. Pekerja akan patuh pada arahan tanpa mempersoalkan autoriti pengurus, akibat dari wujudnya hubungan yang baik. d. Pengurusan Birokrasi. Menekankan autoriti dan hierarki pengurusan Antara pelopornya ialah; Max Weber Penekatan kepada autoriti dan hierarki pengurusan. Beliau memperkenalkan teori Birokrasi Pengurusan bagi mewujudkan kecekapan dan keberkesanan dalam organisasi. Antara prinsip yang diperkenalkan oleh Max Waber. 1. Pembahagian dan pengkhususan kerja akan meningkatkan kemahiran pekerja. 2. Hierarki dan autoriti yang jelas supaya segala aktiviti dapat dikoordinasikan. 3. Pengamalan peraturan dan prosedur agar wujud kesamarataan dalam membuat keputusan 4. Tiada sifat pilih kasih. 5. Kenaikan pangkat berdasarkan prestasi. Masalah konsep birokrasi terutamanya kepada organisasi besar. 1. Melibatkan banyak peringkat dalam membuat keputusan 2. Memerlukan masa yang lama dalam membuat keputusan 3. Memerlukan staf yang ramai 4. Lebih mementingkan proses daripada hasil kerja.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 147 Daft (2010) Griffin (2011) 2. Pendekatan kemanusiaan / Gelagat i. Pergerakan hubungan kemanusiaan Malalui Kajian Howtthorne yang diketuai oleh Elton Mayo. Kajian ini menekankan kepada aspek sosial dan pengiktirafan kumpulan kerja. Kajian ini menyatakan bahawa peningkatan dalam produktiviti akibat daripada faktor sosial ditempat kerja seperti semangat berkeja secara berpasukan dan juga hubungan baik antara ahli dalam kumpulan. Pengurus perlu memberi perhatian antara hubungan baik antara pekerja. ii. Sains gelagat Mengkaji tentang gelagat manusia dalam bidang saintifik, psikologi,ekonomi dan sosiologi. Antara pelopornya ialah; a. Abraham Maslow- Teori Hierarki Keperluan Maslow Rajah: Hierarki Keperluan Maslow


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 148 Keperluan Luar Kerja Hierarki Keperluan Maslow Keperluan Semasa Kerja Kepuasan jiwa berkaitan pendidikan, keagamaan , hobi, peningkatan diri. Keperluan Sempurna Kendiri Peluang latihan, kemajuan kerjaya, kreativiti, peningkatan kerjaya Penghargaan dari keluarga, rakan dan masyarakat Keperluan Penghargaan Pengiktirafan, status yang tinggi, peningkatan kepada tanggungjawab Keluarga, kawan-kawan dan kumpulan masyarakat. Keperluan Kasih Sayang Kerja Berpasukan, pelanggan, rakan sekerja, penyelia Kebebasan dari perang, pencemaran dan keganasan, perlindungan undang-undang. Keperluan Keselamatan Kerja yang selamat, tugas yang selamat, faedah tambahan selain gaji. Makanan, air dan oksigen, pakaian, tempat tinggal Keperluan Fisiologi Tempat kerja tidak panas, gaji asas yang mencukupi Jadual: Perbezaan keperluan bukan kerja dengan keperluan pekerjaan berdasarkan teori keperluan Maslow. b. Dauglas McGregor – Teori X dan Y Teori X Pekerja tidak suka bekerja dan cuba mengelak diri dari membuat kerja. Pekerja perlu dipaksa,diancam dan di arah bekerja. Pekerja malas dan cuba mengelak diri dari tanggungjawab, tiada cita-cita dan lebih mementingkan keselamatan diri. Pekerja cuba mengelak diri daripada memimpin. Hanya melakukan kerja dengan baik jika ada imbuhan kewangan. Teori Y Sebahagian besar pekerja suka melakukan kerja. Suka mengambil tanggungjawab dan suka memimpin.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 149 Mempunyai komitmen untuk mencapai matlamat organisasi dan berkeinginan untuk melakukan kerja dengan baik. Inisiatif kewangan bukan factor utama. Motivasi dan potensi pekerja sudah wujud dalam diri pekerja dan pihak pengurusan hanya perlu mengilap potensi tersebut sahaja. 3. Pendekatan Sains Pengurusan/ Kuantitatif. i. Sains Pengurusan Operasi. Menekankan kepada penggunaan sains dan matematik dalam ppengurusan dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam membuat keputusan. ii. Sistem Pengurusan Maklumat Melibatkan penggunaan teknologi maklumat atau sistem komputer untuk menguruskan data organisasi serta dapat juga meningkatkan kecekapan proses membuat keputusan. 4. Pendekatan Moden atau Kontemporari. i. Teori Sistem Menganggap organisasi sebagai satu sistem yang mengandaikan setiap bahagian dalam organisasi yang berlainan mempunyai hubungkait antara satu sama lain. Setiap tindakan satu bahagaian akan memberi kesan kepada organisasi secara keseluruhannya. Sebagai satu sistem organisasi menerima input dan mengubah melalui proses tranfomasi untuk menghasilkan output. ii. Teori kontinjensi. Teori ini juga dikenali sebagai teori situasi. Mengikut sistem ini tiada satu pendekatan yang terbaik yang boleh digunakan untuk semua situasi. Pengurusan adalah bergantung kepada faktor kontingensi organisasi (Faktor dalaman dan faktor luaran organisasi). Pengurus perlu mengenalpasti ciri-ciri sesuatu situasi dahulu sebelum memilih teknik atau kaedah atau pendekatan pengurusan yang bersesuaian berdasarkan kepada perubahan persekitaran.


MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946 MUKA SURAT 150 6.2 Kemahiran pengurusan a) Menjelaskan kepentingan kemahiran dalam pengurusan 6.2.1 Peringkat Pengurusan b) Menjelaskan tiga peringkat pengurusan iaitu peringkat bawahan, peringkat pertengahan, dan peringkat atasan Griffin (2011) Kemahiran Pengurusan Merujuk kepada kebolehan sesorang pengurus bertindak dengan cekap dalam proses membuat keputusan. Kepentingan Kemahiran pengurusan. Membolehkan pengurus mengurus dengan cekap dan berkesan Membolehkan pengurus membuat keputusan yang tepat Membolehkan pengurus mengurus sumber manusia dalam organisasi dengan cekap Kemahiran membolehkan pengurus membuat penyelarasan kerja bagi setiap unit dalam organisasi. Tiga peringkat pengurusan 1. Pengurusan Atasan Terdiri dari pengurus besar atau presiden atau ketua eksekutif. ahli lembaga pengarah syarikat yang dilantik oleh lembaga pengarah. Terlibat dalam aktiviti pengurusan strategik Bertanggungjawab membentuk arah tujuan dan wawasan perniagaan. Mengenalpasti dan menganalisis persekitaran, menentukan bagaimana persekitaran memberi kesan kepada perniagaan, dan menggunakan persekitaran untuk membentuk strategi bagi menjayakan perniagaan. Pengurusan Pertengahan Merupakan pengurus fungsian atau jabatan seperti pengurus bahagian pemasaran, pengeluaran, kewangan, atau pengurus jabatan mengikut produk. Bertanggungjawab terhadap fungsi masing-masing atau mengikut penjabatanan masing-masing. Terlibat dalam membuat perancangan taktikal.


Click to View FlipBook Version