The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by miekab, 2020-09-24 21:11:32

KOMPILASI PBL (PROJECT-BASED LEARNING) VERSI PKP PPD TAWAU

Penerbit Sektor Pembelajaran

Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

Aras 5, Wisma Persekutuan


Peti Surat 499, 91007 Tawau,Sabah









@Penerbit Pejabat Pendidikan Daerah Tawau 2020

Cetakan Pertama September 2020



2

Sidang Redaksi


E-Book KOMPILASI PBL VERSI PKP
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau



Pengerusi Zamri bin Haji Pehakan
Pegawai Pendidikan Daerah Tawau


Timbalan Pengerusi Abd Majis bin Haji Saprin
Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor
Pembelajaran

Penyelaras Sekolah Madslin Bin Madalasin@Madlasim
Menengah/Rendah (Pegawai SISC+ )
Lena Binti Nuar @Anuar (Pegawai SISC+ )
Ketua Panel Editor Lena Binti Nuar @Anuar
Pegawai SISC+

Timbalan Panel Editor Mohammad Bin Said
Pegawai SISC+


Madslin Bin Madalasin@Madlasim
Pegawai SISC+

Tn. Hj Adanan Bin Abdul Rahman
Pegawai SISC+

Hajah Jannet Dela Cruz@ Norshakila
Pegawai SISC+

Musnia Binti Abdullah
Pegawai SISC+

Andi Muliati Binti Andi Paramata
Pegawai SISC+

Chu Ket Mee
Pegawai SISC+

Tn. Haji Haerom Bin Marjuki
Pegawai SISC+

Mohd . Zamzairi Bin Nordin
Pegawai SISC+

Ustaz Johan Bin Ishak
Penolong Pegawai
3

Ustazah Russana Binti Paty
Penolong Pegawai


Sitti Asidah Binti Yakim
Penolong Pegawai

Suzamreh Bin Salleh
Penolong Pegawai


Ririn Angraini Binti Mohd Terang
Penolong Pegawai


Siow Lee Kian
Penolong Pegawai


Pereka Grafik Ishahzulfian Bin S. Mardi, Patimah Binti Cohlli


Pengurusan Data PBL Nur Ain Binti Bahtiar, Al Faridah Binti Judin,

Muhammad Nur Bin Bedu Herman, Siti Hawa Binti

Sudirman, Kasniedar Binti Dahrud










































4

ISI KANDUNGAN







MUKA
SURAT
DARI MEJA EDITOR 7 – 8


KATA ALU-ALUAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI 9 – 10
SABAH

SEKALUNG PENGHARGAAN TIMB. PENGARAH 11 – 12
PENDIDIKAN NEGERI SABAH SEKTOR
PEMBELAJARAN

SEINDAH MADAH 13 – 14
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TAWAU

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PEMBELAJARAN 15
BERASASKAN PROJEK/PROJECT-BASED LEARNING
(PBL)

1.1 DEFINISI PBL 16
1.2 KONSEP PBL 16


1.3 PERBEZAAN PBL DENGAN PROJEK MUDAH 17
1.4 CONTOH APLIKASI PBL 17


1.5 GARIS PANDUAN PBL SEPANJANG TEMPOH 18 – 20
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

1.6 DATA PENGHANTARAN PBL 21

BAB 2 KOMPILASI CONTOH PBL TERBAIK 22

2.1 PBL PRASEKOLAH (PELBAGAI TUNJANG) 23 – 43


2.2 PBL SEKOLAH RENDAH TAHAP 1 (PELBAGAI MATA 44 – 89
PELAJARAN)

2.3 PBL SEKOLAH RENDAH TAHAP 2 (PELBAGAI MATA 90 – 180
PELAJARAN)
2.4 PBL SEKOLAH MENENGAH RENDAH (PELBAGAI MATA 181 – 240
PELAJARAN)




5

2.5 PBL SEKOLAH MENENGAH ATAS (PELBAGAI MATA 241 – 323
PELAJARAN)
2.6 PBL PRAUNIVERSITI (TINGKATAN 6) 324 – 248

BAB 3 KOMPILASI CONTOH PBL ISTIMEWA 349 – 396

PENGHARGAAN 397 - 399


































































6

DARI MEJA EDITOR



Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Sabah Hebat Katakan Tidak Pada

Nombor 16! PPD Tawau Ikhlas Memacu Kecemerlangan.



“Musibah Membawa Hikmah”, begitulah tajuk lagu yang dinyanyikan oleh Marsha Milan
sempena Hari Kebangsaan Malaysia 2020, yang membawa erti tersendiri bagi dunia

pendidikan khususnya warga pendidik di Tawau. Covid-19, pandemik yang melanda
memberi musibah di mana sekolah ditutup yang menyaksikan pengajaran dan

pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dijalankan . Namun begitu, pengajaran
dan pembelajaran tetap perlu dilaksanakan walaupun secara maya atau secara jarak
jauh. Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning - PBL)

dipilih sebagai alternatif pendekatan pedagogi yang dapat memenuhi pengajaran dan
pembelajaran sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Teknik PBL

merupakan pembelajaran berpusatkan pelajar, memerlukan masa untuk disiapkan,
merentasi kurikulum dan melibatkan kemahiran pelbagai . Melalui PBL pelajar disajikan

dengan kemahiran abad ke-21 yang meraikan kebolehan, kemahiran berfikir,
mencungkil bakat pelajar di samping berinteraksi dengan isu dan amalan dunia

sebenar.



Hikmahnya, ratusan bahan artifak dan produk telah dihasilkan oleh pelajar yang
dihantar ke PPD Tawau daripada peringkat prasekolah hingga pra- Universiti seluruh

daerah Tawau. Dalam ratusan bahan hasil artifak dan produk pelajar yang diterima,
pihak editor telah berusaha sedaya upaya meneliti dan memilih yang terbaik untuk

dijilid. Pendek kata, kami mendapat inspirasi daripada ratusan bahan yang diterima
untuk menghasilkan kompilasi kali ini. Kompilasi PBL Versi PKP PPD Tawau ini

mengandung 6 bahagian iaitu, PBL Prasekolah, PBL Sekolah Rendah Tahap 1, PBL
Sekolah Rendah Tahap 2, PBL Menengah Rendah, PBL Menengah Atas, PBL Pra-
Universiti dan PBL Istimewa . Pembahagian sedemikian dilakukan untuk memudahkan

para guru merujuk kategori yangberkenaan.





7

Kami selaku barisan editor, memohon maaf sekiranya terdapat

kekurangan dalam kompilasi ini, kami telah berusaha sebaik mungkin untuk
memastikan kualiti kompilasi ini berada pada tahap selayak dijadikan rujukan

pelaksanaan PBL . Kami bersyukur kerana akhirnya e-Book Kompilasi PBL Versi PKP
PPD Tawau berjaya disiapkan hasil kerjasama semua pengetua, guru besar, guru dan

para pegawai Pendidikan Daerah Tawau. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
juga kepada Barisan Panel Editor e- Book Kompilasi PBL JPN Sabah terutama kepada

Puan Sylvia Miting (pegawai SISC+ PPD Kota Marudu) atas segala bimbingan, nasihat,
dan tunjuk ajar yang diberi. Bimbingan profesional yang dihulurkan merupakan resipi

yang membolehkan banyak masalah diselesaikan dalam kadar segera. Penghargaan
juga ditujukan kepada Pengetua Cemerlang, cikgu Jackson Siga atas perkongsian “
Teknik PBL10 “ secara Online Webinar.




Akhir sekali, semoga usaha ini memberi manfaat kepada seluruh warga pendidik
Tawau yang akhirnya memberi impak positif terhadap kualiti pengajaran guru dalam
usaha melahirkan pelajar mempunyai kemahiran abad ke 21 seperti bekerjasama ,

berfikir secara kritikal, berkomunikasi dan berjaya mencipta artifak dan produk sesuai
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, melahirkan modal insan yang holistik.




Sekian dan terima kasih.































8

Yang Berusaha Dr. Mistirine binti Radin
Pengarah Pendidikan NegeriSabah




KATA ALU-ALUAN


Salam sejahtera, salam perpaduan kepada semua murid dan warga pendidikan
negeri Sabah.

Salam SABAH HEBAT Katakan Tidak Kepada Nombor 16 dan Salam PPD
Tawau Ikhlas Memacu Kecemerlangan.

Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada AJK penyelaras dan sidang editor atas
kejayaan menerbitkan e-Book Kompilasi Bahan Pembelajaran Berasaskan

Projek (Project Based Learning - PBL) Versi Perintah Kawalan Pergerakan
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau Tahun 2020 yang istimewa ini. Terima kasih

kerana memberi kesempatan dan peluang untuk saya mencoretkan sepatah dua
kata dalam kompilasi e-Bookini.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada

semua murid dan warga guru daerah Tawau yang telah menyumbangkan hasil
aktiviti PdP yang menggunakan kaedah Project Based Learning (PBL) ini. PBL
ini juga merupakan salah satu kaedah pembelajaran semasa PKP yang mampu

menggalakkan pembelajaran secara berterusan. Selain itu, PBL ini juga memberi
pendedahan kepada murid tentang dunia sebenar, membuka minda murid ke arah

tujuan dan matlamat hidup yang melibatkan fizikal, minda dan emosi secara aktif
disamping membekalkan juga murid dengan ilmu dan kemahiran Pembelajaran
Abad Ke-21 (PAK21).










9

Sehubungan dengan itu, saya berharap PBL ini akan terus menjadi salah satu
medium pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam memupuk minat

murid atau pelajar menerokai ilmu selari atau sejajar dengan keperluan Revolusi
Industri 4.0 dan saya juga mengharapkan agar murid dan guru dapat
membudayakan PBL ini sebagai pembelajaran yang menyeronokkan dalam era

teknologi masa kini.

Budayakanlah pedagogi berasaskan PBL ini sebagai sokongan kepada
kemenjadian murid seperti mana yang diharapkan dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM2013-2025).


Sekian, terimakasih.






DR. MISTIRINE BINTI RADIN
Pengarah Pendidikan NegeriSabah












































10

Tuan Haji Abidin bin Marjan
Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah




SEKALUNG PENGHARGAAN


Assalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuh.

Salam Sabah HEBAT, Katakan Tidak kepada nombor 16!
Salam PPD Tawau Ikhlas MemacuKecemerlangan.

Terlebih dahulu marilah kita merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana

dengan limpah berkat dan keizinan daripada-Nya, kita dapat menerbitkan e-Book
Kompilasi Bahan Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning - PBL)
Versi PKP Pejabat Pendidikan Daerah Tawau Tahun 2020 yang diadakan buat

julung-julung kalinya ini.

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah bekerjasama memberikan
komitmen yang tinggi dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran terus berjalan

lancar, meskipun negara masih berada dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih terutamanya kepada guru
yang telah menyumbangkan hasil aktiviti PdP yang menggunakan kaedah Project
Based Learning (PBL). Hal ini membuktikan bahawa guru, murid, ibu bapa dan

pegawai di PPD telah menjalankan tugas dengan sangat komited dalam memastikan
pengajaran dan pembelajaran berlaku walaupun dalam tempoh yang sangat mencabar.
Terima kasih juga diucapkan kepada pasukan editor yang telah bertungkus-lumus
mengedit dan memurnikan hasil PBLmurid.

Akhir kata, semoga dengan penerbitan e-Book Kompilasi PBL Versi PKP Pejabat

Pendidikan Daerah Tawau ini diharapkan dapat membantu guru dan dijadikan
panduan dalam melaksanakan Project Based Learning (PBL), di samping memberi
idea kepada guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kaedah
pentaksiran bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang menyeronokkan.


Sekian dan selamat majujaya.






TUAN HAJI ABIDIN BIN MARJAN
Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah






















































12

Tuan Zamri bin Haji Pehakan
Pegawai Pendidikan Daerah Tawau




SEINDAH MADAH



Bismilahhirahmanirahim

Assalamualaikum warahmatulahiwabarakatuh


Salam Sabah HEBAT Katakan Tidak Kepada Nombor 16
Salam PPD Tawau, Ikhlas MemacuKecemerlangan.


Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada warga pendidik yang telah

berusaha dengan gigih bagi mengeluarkan idea, strategi dan pendekatan dalam

menghadapi segala kemungkinan selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),
walaupun keadaan yang berlaku sedikit membimbingkan namun itu bukan alasan bagi
warga pendidik untuk terus menggalas tugas melalui aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang tetap dilakukan dari rumah yang mana secara tidak langsung telah
melibatakan ibu bapa murid. Hal ini telah memberikan komitmen pada semua orang

tertutama kepada murid itu sendiri begitu juga pada ibu bapa mereka serta warga
pendidik yang berhasil menciptakan metodologi yang berorentasi lebih kepada

pembentukan karaktor mampu berkarya dan menggali potensi diri yang diaktualkan
dalam bentuk karya yang nyata seperti PBL yang telah dilaksanakan dengan jayanya

sehingga menghasilkan e-Book Kompilasi Bahan Pembelajaran Berasaskan Projek
(Project Based Learning - PBL) Versi PKP Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

Tahun 2020.

Dengan ini saya ingin katakan pada seluruh warga pendidik yang terlibat bahwa kalian

semua adalah pahlawan yang memberikan informasi bahawa semua tempat boleh
dijadikan sekolah dan semua orang boleh dijadikan guru kerana semasa PKP rumah

adalah sekolah, kita warga pendidik dan ibu bapa adalah guru. Lebih-lebih lagi, hal ini
semakin mempertegas bahawa institusi pendidikan punya peranan penting dalam

mencerdaskan kehidupan anak-anak kita, yang tentunya dengan peningkatan kualiti
pendidikan maka semakin berkembang potensi pelajar seiring dengan perkembangan
teknologi yang semakin pelbagai kaedah yang digunakan dalam pendidikan seperti

kaedah Project Based Learning yang telah mencungkil kreativiti pelajar-pelajar kita

sehingga dapat menghasilkan sebuah e-Book PBL mengikut acuan yang telah
diketengahkan oleh para guru kita sepanjang PKP patutlah disanjung dan dihargai demi
memastikan pelajaran anak-anak murid kita tidak terabai walaupun banyak cabarannya

sepanjang PKP baru-baru ini.

Tidak dilupakan juga peranan ibu bapa yang telah membimbing anak-anak di rumah

akhirnya menjadikan PBL versi PKP ini lebih bermakna kerana dilakukan bersama
keluarga di rumah. Sekalung tahniah juga kepada pasukan sidang editor yang telah

bertungkus-lumus mengedit dan memurnikan hasil PBL murid yang dapat direalisasikan
dalam edisi kali ini. Syabas saya ucapkan. Semoga Kompilasi PBL Versi PKP dalam

bentuk e-Book ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan utama guru dan murid
bukan sahaja di daerah Tawau malahan di negeri Sabah amnya.




Sekian.








ZAMRI BIN HAJI PEHAKAN
Pegawai Pendidikan Daerah Tawau













14

BAB 1







PENGENALAN KEPADA


PEMBELAJARAN


BERASASKAN PROJEK /


PROJECT-BASED LEARNING

































15

1. DEFINISI PBL

“MURID MENGKAJI SECARA MENDAKAM TENTANG SESUATU ISU ATAU
TOPIK BAGI MENGHASILKAN SESUATU PRODUK.”


Sumber : KIT PAK21 Kementerian Pendidikan Malaysia



2. KONSEP PBL

KONSEP PROJECT BASED LEARNING (PBL)

Murid mengkaji secara mendalam tentang sesuatu isu atau topik bagi
menghasilkan sesuatu produk.




Membina Soalan Utama Suara Dan Pilihan Murid


Membentuk soalan berbentuk Murid menentukan tajuk, soalan
provikatif, terbukan danberkaitan utama, sumber dan produkyanga
dengan apa yang perlu dipelajari akan dihasilkan yang bermakna
oleh murid - memberi tujuan dan kepada mereka.
cabaran





Kemahiran Abad Ke - 21 Inkuiri Dan Inovasi


Murid berkerja secara kolaboratif, Bimbing murid untuk membina
berkomunikasi dan menjana lebih banyak soalan berdasarkan
pemikiran kritis dan kreatif dalam soalan utama, membuat hipotesis
situasi yang sebenar. Murid dan terbuka kepada idea dan
berpeluang meningkatkan perspektif baharu.
kemahiran 4C melalui penilaian
kendiri.




Maklum Balas & Semakan Pembentangan Produk


Murid memberi pandangan Murid membentangkan produk dan
berdasarkan exemplar dan rubrik membuat refleksi terhadap produk
untuk menambahbaik hasil kepada audien yang autentik.
produk.Pandangan daripada pakar
juga digalakkan.

1.3 PERBEZAAN PBL DAN PROJEK


PROJEK\ PBL

Boleh dilaksanakan secara individu Memerlukan kolaboratif dan bimbingan
guru

Mementingkan produk / hasil akhir Mementingkan proses menghasilkan
produk / hasil akhir

Berorientasikan guru Berorientasikan murid

Hasil akhir / produk yang sama untuk Murid menentukan hasil akhir / produk
murid

Produk dihantak kepada guru Produk dibentangkan kepada audiens
sebenar

Tidak semestinya berkaitan dengan Berdasarkan pengalaman atau isu dunia
dunia sebenar. sebenar
Dilksanakan setelah pembelajaran Pembelajaran murid berlaku melalui
berlaku pengalaman menyiapkan projek




1.4 CONTOH APLIKASI PBL

1.5 GARIS PANDUAN PBL SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN (PKP)




TINDAKAN SEKOLAH (RUJUK CARTA ALIR PBL)



1. Taklimat kepada sekolah (guru-guru)berkaitan:
• Garis Panduan PBL Versi PKP: JPNSBH.SP,PENTD.100-3/1/1 ( ) bertarikh 27 April
2020.

• Kompilasi PBL dan Projek Mudah Versi PKP
• Melantik AJK PBL peringkat sekolah - penyediaan takwim pelaksanaan PBL

melibatkan subjek teras dan elektif
• Jika guru merancang untuk melaksanakan PBL semasa PdP Jarak Jauh, makaguru

perlu mengisi link PDP PJJ PKP dalam https://gg.gg/HOME-PDPJJ



2. Penghasilan bahan PBL (Guru-guru)
• Guru boleh menghasilkan bahan PBL yang baharu ataupun menggunakan PBL yang

pernah dihasilkan oleh guru lain sebelum ini.
• Guru kategori sekolah rendah dan menengah menghantar bahan PBL kealamat

https://forms.gle/FfVceQMB1SXTdZR89
• Guru kategori Prasekolah menghantar bahan PBL kealamat

https://forms.gle/JVz8xVh19NeTUXbQ7



3. Guru memberikan tajuk mengikut mata pelajaran teras/ elektif berdasarkan DSKP
kepada murid.

• Guru boleh merujuk bahan PBL melalui :
 https://bit.ly/koleksi-pbl-sabah

 Kompilasi PBL dan Projek Mudah versi PKP













18

4. Pelaksanaan PBL (Murid-murid)

• Penerangan guru berkaitan tajuk PBL.
• PBL Akademik (Cadangan 1 minggu bagi setiap mata pelajaran) merujukkepada

setiap mata pelajaran teras/elektif yang akan dihasilkan oleh murid.
• Format dan tajuk PBL ditetapkan oleh guru sendiri berdasarkanDSKP.
• Murid digalakkan melaksanakan PBL secara individu dan bagi sekolah rendah perlu

mendapat bimbingan daripada ibu bapa/ penjaga.
• Konsep dalam talian / luar talian (Rujuk dalam Panduan Pelaksanaan PdP PJJ

PKP).
• PBL Ko-akademik (1 Mei – 31 Julai) merujuk kepada borang penyertaan yang

disediakan oleh Sektor Pembangunan Murid ( SPM), JPN.

5. Guru menerima dan menilai PBL Murid
• Guru memberi markah berdasarkan Tahap Penguasaan (TP) murid – Rujukcontoh
rubrik dalam eBook Garis Panduan PBL.

• Hasil kerja murid ini boleh diambil sebagai markah akademik Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) murid.

• Menyenarai penerima anugerah sijil akademik (Emas, Perak, Gangsa dan sijil
penyertaan).




6. Guru menghantar hasil kerja PBL murid ke alamat e-melPPD
• Hantar ke alamat e-mel PPD Tawau : [email protected]
• Pihak sekolah digalakkan menghantar seberapa banyak PBL yang dicadangkan ke

PPD.
• Penyertaan ko-akademik hendaklah dihantar terus ke Sektor Pembangunan Murid

(SPM), JPN https://bit.ly/356nkTQ



7. Pemilihan oleh Sektor Pembelajaran, PPD (PBL Akademik)

• Sektor Pembelajaran , PPD akan memilih hasil PBL murid yang terbaik dan menepati
kriteria ditetapkan sebelum dihantar ke JPN.




8. Hantar ke Sektor Pembelajaran (SPb), JPN Sabah
• Tindakan Sektor Pembelajaran (SPb), PPD


19

20

1.6 DATA PENGHANTARAN PBL


STATUS PBL PRASEKOLAH SEKOLAH RENDAH SEKOLAH
VERSI PKP MENENGAH

HASIL 6 64 62
PROJEK
MURID

SEKOLAH 4 23 10
TERLIBAT

GURU 8 92 45
TERLIBAT
MATA 3 13 13
PELAJARAN
TP MURID 214 5288 2411
DINILAI

ANALISIS TP TP 1: 30 TP 3: 677 TP3: 245
TP 2 : 78 TP4 : 1782 TP4 : 714
TP3 : 106 TP5: 1875 TP5: 875
TP6: 954 TP6: 577
Nota : Data dikumpul sehingga 15 Ogos 2020



KOMPILASI PBL SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH
VERSI PKP
HASIL PROJEK 22 22
MURID

SEKOLAH TERLIBAT 14 10

GURU TERLIBAT 22 22


MATA PELAJARAN 12 12


TAHAP 1 8 X

TAHAP 2 14 X


MENENGAH RENDAH X 8


MENENGAH ATAS X 14

Nota : Data dikumpul sehingga 15 Ogos 2020


21

BAB 2







KOMPILASI CONTOH PBL


TERBAIK





































22

2.1



PBL PRASEKOLAH



(PELBAGAI TUNJANG)






































23

BAHAGIAN A: PERANCANGAN

Maklumat Guru dan Murid


Nama Kumpulan/Murid Mohamad Nur Raid Rusyaidi Bin Rano


Nama Guru Pembimbing Rosni Binti Ambo Illang


Kelas Prasekolah UKM


Sekolah SK Kukusan


Maklumat Projek


Mata pelajaran Sains Awal


Tema Cuaca


Mata Pelajaran Lain 1. Bahasa Melayu
(Merentas Kurikulum) 2. Kreativiti dan Estetika



Tempoh Pelaksanaan 1 Minggu (23.6.20-30.6.20)


Kandungan Kurikulum


Standard Kandungan SK 5.1 : Meneroka alam fizikal dalam kehidupan

seharian
Standard Pembelajaran SP 5.1.4 : Memerhati dan menceritakan keadaan cuaca

yang berbeza



Objektif Pembelajaran Pada akhir penghasilan projek ini murid dapat :


1. menjalankan penerokaan dan merekodkeadaan

cuaca di persekitaran
2. menceritakan proses perubahan cuaca di sekeliling
iaitu panas, hujan, mendung dan berangin.






24

Soalan Kurikulum
Soalan Asas Mengapa cuaca sangat penting dalam kehidupan

seharian ?
Soalan Unit Apakah ciri-ciri yang ada pada setiap keadaan cuaca?
Soalan Kandungan 1. Apakah yang dimaksudkan dengan cuaca?
2. Mengapakah kita perlukan cuaca dalamkehidupan

seharian?

3. Apakah keadaan cuaca di sekeliling?
4. Apakah tanda-tanda cuaca hujan?

5. Hujan dari mana?
6. Apakah tanda-tanda cuaca panas?

7. Mengapa matahari panas?
8. Apakah tanda-tanda cuaca mendung?

9. Apakah tanda-tanda cuaca berangin?
10. Apakah tanda-tanda cuaca ribut?

11. Apakah bahan-bahan yang kamu gunakan untuk
menghasilkan projek ini?
12. Apakah yang telah kamu pelajari semasa

menyiapkan projek ini?





Proses Pembelajaran

Fasa Perancangan 1. Guru memilih tunjang, fokus danStandard
Kandungan projek PBL
2. Menentukan tugasan PBL yang sesuai dengan

murid

3. Menyediakan panduan lengkap penyiapan projek









Fasa Pelaksanaan 1. Murid menyiapkan projek PBL dengan bimbingan
guru dan ibu bapa (ahli keluarga)




25

Fasa Penilaian 2. Projek PBL dihantar mengikut tempoh masa yang
ditetapkan
3. Murid menerangkan tentang projek PBL yang telah

disiapkan



Kaedah Pentaksiran 1. Guru memberi skor Tahap Penguasaan(TP)
mengikut rubrik yang disediakan dalam bahan PBL
2. Guru menyediakan senarai nama murid dan Tahap

Penguasaan murid.



Instrumen Pentaksiran 1. Senarai Semak
yang digunakan 2. Rubrik

3. Video penerangan hasil kerja murid
4. Produk PBL murid



Bahan sumber yang 1. Kapas
digunakan 2. Gam

3. Gunting

4. Pensel
5. Warna

6. Pen Marker
7. Penyedut minuman

8. Batang aiskrim




Artifak/Produk yang Buku Skrap :
dihasilkan Tajuk : Cuaca


Pembentangan Hasil 1. Murid membentangkan hasil kerja secara dalam

Pembelajaran talian
2. Murid menerangkan hasil kerja semasa pameran

PBL di dalam kelas iaitu sewaktu murid telah
memulakan persekolahan




26

BAHAGIAN B: PELAKSANAAN


Gambar / Penerangan Aktiviti
Fasa Perancangan 1. Guru menghantar makluman tugasan PBLsecara

dalam talian
2. Ibu bapa anak-anak prasekolah disarankan
membuka link youtube yang berkaitan cuaca dan

memperlihatkan kepada anak-anak video tersebut.
Tajuk Video : Sains Awal : Mengenal Cuaca

Link youtube tersebut :

https://youtu.be/xMbIUvlmtJg
3. Setelah murid belajar mengenai topik cuaca, murid
perlu menghasilkan model atau buku skrap atau

apa-apa produk yang boleh menerangkan tentang
perubahan cuaca di persekitaran.

4. Guru menerangkan panduan lengkap (langkah–
langkah) penyediaan projek .

5. Guru memaklumkan tarikh mula dan hantarprojek.

6. Ibu bapa disarankan turut serta membimbingdan
membantu anak-anak meyiapkan projek tersebut.
7. Ibu bapa dikehendaki mengambil gambarsemasa

murid menyiapkan PBL dan hasil kerja murid. Ibu
bapa juga perlu merakam video pembentangan

projek PBL anak-anak sebagai evidens hasil kerja
murid.






















7
2

Fasa Pelaksanaan 1. Guru membimbing murid
2. Murid menyiapkan projek dengan bimbingan ibu
bapa mahupun ahli keluarga yang lain.

3. Fasa Perlaksanaan :



1. Langkah-langkah menyiapkan projek




1. Aktiviti menyediakan bahan
2. Aktiviti menggunting bahan

3. Aktiviti mewarna bahan
4. Aktiviti melekat bahan

5. Aktiviti menghias projek



2. Hasil Projek : Cuaca
Definisi : Cuaca ialah keadaan udara (cahaya
matahari, angin, hujan dan lain-lain) pada ketika tertentu.




Perubahan Cuaca di Persekitaran :



1. Cuaca hujan
2. Cuaca panas

3. Cuaca berangin

4. Cuaca mendung



3. Pembentangan PBL menggunakan rakaman
video murid.

















28

Fasa Penilaian 1. Murid menghantar gambar atau video yang
berkaitan keadaan cuaca yang berbeza yang
telah dihasilkan .

2. Murid menerangkan gambar-gambar atau binaan
yang dihasilkan yang berkaitan cuaca.

3. Murid menghantar hasil projek ketika minggu
pertama pembukaan sekolah.
4. Guru membuat pentaksiran berdasarkansenarai


semak dan rubrik tahap penguasaan murid.


Fasa Artifak/Produk Yang 1. Buku Skrap :

Dihasilkan Tajuk : Cuaca



Instrumen/Rubrik SENARAI SEMAK PBL
digunakan Nama Murid : Muhammad Nur Raid Rusyaidi
Kelas :Pra UKM

Kriteria Penilaian Catatan

Aspek
Rekabentauk
Hasil Projek mengandungi :
1. Maklumat 
Murid

2. Tajuk 
3. Tarikh 
4. Jenis Produk 


Proses / Fasa Langkah/prosedur :

Perlaksanaan
1. Senarai 
alatan
2. Langkah- 

langkah projek


3. Cuaca 
persekitaran

4. Gambar 

aktiviti 2 9

Instrumen/Rubrik Proses / Fasa 5. Gambar 

digunakan Perlaksanaan produk

Aplikasi Kemahiran yang terlibat :




1. Penyelesaian 
masalah




2. Kemahiran 

penerokaan




3. Kemahiran 
berkomunikasi




4. Kemahiran 
berfikir



Kriteria Penilaian Aspek Catatan



Pengetahuan

1. Produk yang 
dihasilkan
memenuhi
konsep sains

Persembahan
1. Bahan bukti 

(model/folio/buk
u skrap/video

dan lain-lain)

2. Kreativiti 

(persembahan
produk)

30

STANDARD PRESTASI
KETERANGAN /
KOD KONSTRUK TAHAP CADANGAN
PENGUASAAN TAFSIRAN
PELAKSANAAN
Boleh menjalankan Murid diminta

1 penerokaan dengan menyediakan “
rangsangan. model atau bahan
Boleh menjalankan yang menerangkan
penerokaan tentang perubahan
2
berdasarkan aktiviti cuaca.
yang ditetapkan.
Murid menjalankan

penerokaan untuk
melihat keadaan
cuaca di
persekitaran.


Rujuk aktiviti.

TP1 : Murid
Kemahiran menjalankan

SA 6 membuat penerokaan
penerokaan dengan
Boleh menjalankan rangsangan.
( 5.1) penerokaan dan

merekodserta TP2 : Murid dapat
3 menjalankan
menceritakan
proses yang penerokaan
berlaku. berdasarkan
aktiviti yang
ditetapkan.


TP3 : Murid boleh
menjalankan
penerokaan dan
merekod serta
menceritakan
proses yang
berlaku.



31

Rumusan : Refleksi 1.Pentaksiran : Tahap Penguasaan 3 (TP3)

Pembelajaran
Muhammad Nur Raid memperolehi Tahap Penguasaan

3 (TP 3).


Muhammad Nur Raid boleh menjalankan penerokaan

dan merekod serta menceritakan proses perubahan

cuaca di sekeliling iaitu panas, hujan, mendung dan
berangin.



Projek ini sangat bermakna kerana dapat

mengembangkan sikap ingin tahu anak-anaktentang
dunia di sekeliling.



Pada setiap masa kita semua akan berhadapan dengan

cuaca. Justeru itu anak-anak perlu tahu tentang
keadaan cuaca di sekeliling.




Senarai rujukan/Sumber 1. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
digunakan (DSKP) Pendidikan Prasekolah
2. Laman YouTube https://youtu.be/xMbIUvlmtJg

3. Lembaran Aktiviti Prasekolah : Sains Awal,
Terbitan Sasbadi

























32

Gambar aktiviti menyiapkan projek :




















Aktiviti menyediakan bahan projek























Aktiviti menggunting bahan Aktviti mewarna bahan



























Aktiviti melekat bahan Aktiviti menghias projek





33

Hasil Projek : Keadaan Cuaca di Persekitaran
















































































34

BAHAGIAN A: PERANCANGAN
Maklumat Guru dan Murid

Nama Kumpulan/Murid Nur Ayatul Husna binti Alaudin Hasbah
Nama Guru Pembimbing Nur Farha Adila binti Mahmud

Kelas Prasekolah Cemerlang

Sekolah Sekolah Kebangsaan Indersabah, Tawau
Maklumat Projek

Mata pelajaran Tunjang Sains & Teknologi ( Matematik Awal)

Tema -

Mata Pelajaran Lain Tunjang Kemanusiaan
(Merentas Kurikulum)

Tempoh Pelaksanaan 6 hari (10 Jun 2020-17 Jun 2020)

Kandungan Kurikulum
Standard Kandungan MA 3.1 Menyelesaikan masalah operasi tambah dalam

lingkungan 18
KM 4.1 Memahami warisan budaya masyarakat
Malaysia.


Standard Pembelajaran MA 3.1.3 Menyatakan hasil tambah dengan

membilang terus dari suatu nombor.
KM 4.1.6 Menghasilkan produk warisan budaya.




Objektif Pembelajaran Pada akhir penghasilan projek ini murid dapat :
i. Menyelesaikan operasi tambah terus dari suatu

nombor.

ii. Mengecam nombor-nombor dalam lingkungan 10
dengan baik.


iii. Menamakan hasil warisan budaya yang dihasilkan.








35

Soalan Kurikulum

Soalan Asas  Adakah murid boleh menghasilkan kraf layang-

layang yang mengandungi hasil operasi tambah
dalam lingkungan 10?



Soalan Unit  Adakah murid boleh mengecam nombor 0-10

dengan baik?
 Adakah murid boleh menamakan hasil warisan
budaya yang akan dihasilkan?




Soalan Kandungan  Pernah kah kamu menghasilkan layang-layang?
 Tahukah kamu bahagian layang-layang yang perlu

ada?
 Apakah bahan-bahan yang digunakan untuk

menghasilkan kraf layang-layang?
 Adakah murid sudah mengecam nombor0-10

dengan baik?
 Bolehkah murid menggunakan semuanombor

dalam lingkungan 0-10 dalam membuat hasil

tambah?
 Mengapakah murid perlu menggunakansemua
nombor dalam lingkungan 10 sahaja?

 Bagaimanakah murid boleh mendapat hasil
tambah 10 daripada dua nombor?

 Bagaimanakah murid boleh menunjukkan hasil
produk apabila sudah siap?

















36

Proses Pembelajaran

Fasa Perancangan  Murid perlu mengetahui apa yang perlu dihasilkan
dan apa yang perlu dicapai melalui penghasilan

produk ini.
 Murid menyediakan bahan yang diperlukan untuk

menghasilkan kraf layang-layang.

 Murid juga perlu memastikan bahawa murid boleh
mengecam dan menghasilkan operasi tambah
daripada dua nombor.

 Murid boleh meminta bantuan dan bimbingan
daripada ibu mahupun orang dewasa bagi

memastikan hasil kraf sama seperti layang-layang
dan hasil tambah juga dibuat secara langsung.
 Ibu bapa boleh menarik minat murid dengan

bercerita mengenai warisan budaya iaitu layang-

layang yang masih dimainkan oleh kanak-kanak
mahupun orang dewasa.


Fasa Pelaksanaan  Murid perlu menulis hasil tambah dua nombor
terlebih dahulu bagi memudahkan proses

menghasilkan kraf layang-layang.
 Murid perlu memulakan aktiviti menghasolkan kraf

layang-layang dimulai dengan rangka-rangkanya.
 Setelah siap, murid boleh menampal hasil tambah

dua nombor pada ekor layang-layang tersebut.
 Hiasan boleh dibuat pada kraf tersebut bagi

menarik minat dan melatih koordinasi mata-tangan
murid secara sekaligus.

 Murid boleh memeriksa sekali lagi hasil tambah dua

nombor yang ditulis dan memastikan hasil tersebut
akan menjadi 10.






37

Fasa Penilaian  Guru akan menilai terlebih dahulu hasil tambah dua

nombor yang ditulis.
 Setelah itu, barulah guru memberikan fokuskepada

penghasilan kraf layang-layang tersebut.
 Guru juga akan melihat samada murid pekadan

tahu mengenai layang-layang ataupun tidak.
 Instrumen penilaian disediakan bagi melihat

keberhasilan produk seseorang murid.









Kaedah Pentaksiran  Pentaksiran Kendiri







Instrumen Pentaksiran yang  Senarai semak
digunakan  Standard Prestasi yang dirujuk pada KSPK

 Laporan Bergambar






Bahan sumber yang  https://www.pinterest.com/pin/
95771929562454192/
digunakan
 Kad manila, pensel warna, gam cair, gunting



Artifak/Produk yang  Dokumen Bergambar
dihasilkan  Hasil kraf layang-layang









Pembentangan Hasil  Laporan Bergambar
Pembelajaran





38

BAHAGIAN B: PELAKSANAAN

Gambar / Penerangan Aktiviti

Fasa Perancangan  Ibu bapa mendapatkan maklumat melalui aplikasi
whatsapp mengenai projek yang perlu dihasilkan

oleh murid.
 Ibu bapa membimbing murid untukmenyediakan

bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kraf
layang-layang tersebut.
 Murid menunjukkan fasa perancangan melalui

gambar di dalam group whatsapp prasekolah

cemerlang sebagai bukti projek sedang
berlangsung.

Fasa Pelaksanaan  Murid pada mulanya membentuk rangka layang-
layang dan menulis nombor dan beberapa

perkataan yang perlu.
 Murid menggunakan pensel warna untuk menulis

nombor-nombor tersebut dan membentuk ekor
pada layang-layang.

 Murid turut meminta bimbingan daripada ibu bapa
untuk menulis nombor yang sesuai dalam

menghasilkan nombor 10 sebagai jawapan hasil
tambah dua nombor.

 Hiasan turut diberikan bimbingan oleh ibu bapa
dan murid meletakkannya mengikut kreativiti

sendiri.

Fasa Penilaian  Guru membuat penilaian dengan menggunakan
boring senarai semak yang dihasilkan sendiri.
 Hasil produk murid turut diteliti samada memenuhi

kriteria dan standard prestasi yang sudah

ditetapkan di dalam KSPK.

Fasa Artifak/Produk Yang  Kraf layang-layang.

Dihasilkan
39

Instrumen/Rubrik  Standard Prestasi (rujuk KSPK).
digunakan  Senarai Semak



Rumusan : Refleksi  Melihat kepada standard prestasi yang sedia ada,

Pembelajaran murid ini sudah mencapai tahap penguasaan yang
ketiga iaitu boleh menyelesaikan masalah operasi
tambah dalam lingkungan 18. Bagi projek ini,

murid hanya memberi fokus kepada nombordalam
lingkungan 10 sahaja.

 Bagi standard pembelajaran KM 4.1.6, murid
mencapai tahap penguasaan yang kedua iaitu

boleh melibatkan diri dalam aktiviti warisan budaya
Malaysia.

 Walaupun guru tidak dapat membimbing murid
secara bersemuka, namun guru yakin ibu bapa

sentiasa memberikan bimbingan secara
scaffolding iaitu berperingkat mengikutkeperluan

murid tersebut.
 Guru juga sudah memberikan pelbagai jenis kerja

matematik yang melibatkan operasi tambah bagi
memudahkan murid menyiapkan projek ini.

















Senarai rujukan/Sumber  https://www.pinterest.com/pin/
95771929562454192/
digunakan

 Kad manila, pensel warna, gam cair, gunting






40

LAMPIRAN 1
CONTOH RUBRIK TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN PROJEK


•Murid menggunakan rubrik ini untuk menentukan tahap penguasaankendiri.
•Murid juga menggunakan boring senarai semak yang disediakan oleh guru untuk
menentukan tahap penguasaan kendiri dengan bimbingan ibubapa.


Tahap Penguasaan Huaraian Kriteria





1  Boleh menyatakan jumlah dari gabungan dua

himpunan objek.
 Boleh menyebut perayaan utama di Malaysia.










2  Boleh menyelesaikan masalah operasi tambah

dalam lingkungan 18 menggunakan objek konkrit.
 Boleh bercerita tentang warisan budaya Malaysia.















3  Boleh menyelesaikan masalah operasi tambah

dalam lingkungan 18.
 Melibatkan diri dalam aktiviti warisan budaya

Malaysia.













41

LAMPIRAN 2
BORANG SENARAI SEMAK













































































42

LAMPIRAN 3
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR BAGI PROJEK ‘TEN KITE CRAFT’


LANGKAH-LANGKAH GAMBAR




FASA PERANCANGAN

PROJEK


















FASA PELAKSANAAN

PROJEK




















FASA KESIMPULAN
PROJEK



















43

2.2



PBL SEKOLAH RENDAH TAHAP 1



(PELBAGAI MATA PELAJARAN)






































44

BAHAGIAN A: PERANCANGAN

Maklumat Guru dan Murid
Nama Kumpulan/Murid Ainul Mardhiya Binti Widie
Nama Guru Pembimbing Hasanudin Bin Chongge
Kelas Tahun 1 Inovatif
Sekolah Sekolah Kebangsaan Indersabah
Maklumat Projek
Mata pelajaran Matematik
Tema Nombor 1 Hingga 100
Mata Pelajaran Lain Seni Visual dan Bahasa Melayu
(Merentas Kurikulum)
Tempoh Pelaksanaan 1 Minggu (10 Jun – 16 Jun 2020)
Kandungan Kurikulum
Standard Kandungan 1. Nilai Nombor.
2. Menulis nombor.
1.10 Penyelesaian masalah
Standard Pembelajaran 1. Menamakan nombor hingga 100:

(i) Membilang objek dalam kumpulan.
(ii) Menamakan nombor bagi kumpulan objeksebagai
mewakili kuantiti.

1.3.1 Menulis nombor dalam angka dan perkataan.
1.10 Penyelesaian masalah


Objektif Pembelajaran Pada akhir penghasilan projek ini murid dapat :
1. Mengecam nombor-nombor dalam lingkungan 10
dengan baik.

2. Menyusun nombor mengikut turutan yang betul.
3. Memadankan nombor dalam angka dan perkataan
dengan bilangan objek.

4. Menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif



Soalan Kurikulum
Soalan Asas Adakah kamu mengecam nombor 1 sehingga 10 dengan
baik?
Soalan Unit Bolehkah murid mengenal dan menyebut nombor dalan
bentuk angka dan perkataanbaik?







45

Soalan Kandungan 1. Apakah bahan-bahan yang kamu gunakan untuk
menghasilkan buku skraf nombor?
2. Adakah murid mengecam nombor yang boleh
menghasilkan susunan nombor 1 hingga 10dengan
betul?
3. Berapakah bilangan nombor daripada 1 hingga 10
yang disebut dengan 2 sukukata. Nyatakan nombor
tersebut?



Proses Pembelajaran
Fasa Perancangan 1. Guru memilih kemahiran yang telah murid kuasai.
2. Guru memaklumkan tugasan PBL kepadamurid
melalui grup whatsapp kelas.
3. Murid dengan bantuan ibubapa cuba memahami
kehendak arahan tugasan
4. Murid menyediakan bahan-bahan yang diperlukan.

Fasa Pelaksanaan 1. Murid membentuk nombor 1 hingga 10.
2. Murid menulis perkataan SATU hingga SEPULUH


Fasa Penilaian 1. Murid menghantar gambar/video ringkas hasil yang
telah disiapkan.
2. Murid menyatakan proses penghasilan projek dan
menyatakan hasil projek mereka

Kaedah Pentaksiran Pentaksiran Kendiri

1. Penilaian berdasarkan arahan dan kesesuaian
dengan contoh yang diberi.
2. Kebolehan murid membentangkan secara ringkas
hasil kerja mereka.

Instrumen Pentaksiran yang 1. Lembaran Pentaksiran Kendiri atau Refleksi
digunakan
2. Gambar aktiviti

3. Rakaman video ringkas
Bahan sumber yang 1. Kertas keras, kertas origami, gunting,gam
digunakan
Artifak/Produk yang 1. Buku skrap nombor
dihasilkan
Pembentangan Hasil 1. Murid bentangkan hasil kerja dalam bentuk video
Pembelajaran ringkas




46

Gambar / Penerangan Aktiviti
Fasa Perancangan 1. Penghantaran maklumat/arahan dalam grup
whatapps kelas.
2. Respon ibubapa murid
Fasa Pelaksanaan






















Fasa Penilaian
















































47

Fasa Artifak/Produk Yang
Dihasilkan










































Pautan Video: https://youtu.be/
JgICMAGxCUU



Instrumen/Rubrik 1. Arahan projek
digunakan
2. Langkah-langkah kerja projek
3. Persembahan hasil projek
Rumusan : Refleksi 1. Murid dapat mengenal dan menamakan nombor
Pembelajaran dalam bentuk angka dan perkataan.
2. Murid dapat menyediakan satu buku skrap nombor
yang boleh dijadikan rujukan dan tahan untuk
jangka masa panjang.
Senarai rujukan/Sumber 1. Buku Teks Tahun 1, Jilid 1, muka surat 5 dan6.
digunakan 2. Buku Aktivit Tahun 1, Jilid 1, muka surat 6.
3. Bahan-bahan yang mudah diperolehi oleh murid
(Kertas warna, gunting, gam, kertas kadboard,
kertas pembalut hadiah).


48

BAHAGIAN A: PERANCANGAN

Maklumat Guru dan Murid
Nama Kumpulan/Murid MOHAMAD QAYYUM RAMADAN BIN ALIMUDDIN

Nama Guru Pembimbing SAMISAH @ SAMISAH LEE BINTI LEE SIONG
Kelas 2 BERLIAN
Sekolah SK TANJONG BATU, TAWAU
Maklumat Projek
Mata pelajaran SAINS TAHUN 2
Tema SAINS HAYAT

Mata Pelajaran Lain -
(Merentas Kurikulum)
Tempoh Pelaksanaan 1 BULAN (14 Mei – 14 Jun 2020)
Kandungan Kurikulum

Standard Kandungan 5.1 Tumbesaran Tumbuhan
Standard Pembelajaran 2. Menyatakan keperluan asas untuk biji benih
bercambah.

3. Merekod perubahan tumbesaran tumbuhan
bermula daripada percambahan biji benih dengan

biji benih sebenar.
4. Menyusun mengikut urutan peringkat tumbesaran
tumbuhan.

5. Membuat kesimpulan keperluan asas untuk

tumbesaran tumbuhan dengan menjalankan
penyiasatan.

6. Menjelaskan pemerhatian tentang proseshidup
tumbuhan melalui lakaran TMK, penulisan atau
lisan.

Objektif Pembelajaran Pada akhir penghasilan projek ini murid dapat :
i) Mengetahui keperluan asas biji benih bercambah.
ii) Merekod perubahan sebenar semasa proses

tumbesaran tumbuhan daripada biji benih sehingga

besar.




49

iii) Menyenaraikan keperluan asas tumbuhan

sepanjang proses penyiasatan.
iv) Mempersembahkan hasil penyiasatan dan

pemerhatian ke atas proses hidup tumbuhan
melalui gaya persembahan dan kreativiti murid.



Soalan Kurikulum
Soalan Asas Adakah tumbuhan sebahagian daripada benda hidup?

Dari manakah tumbuhan datang?
Soalan Unit Bagaimanakah tumbuhan menjalani proseshidup?
Soalan Kandungan 1. Daripada apakah tumbuhan bermula?
2. Apakah yang membantu biji benih bercambah?

3. Apakah keadaan yang membantu percambahanbiji

benih dengan baik?
4. Lukiskan/susun fasa percambahan bijibenih
mengikut urutan sebenar.

5. Apakah keadaan yang membantu tumbuhantumbuh

dengan baik?
6. Apakah urutan tumbesaran tumbuhanyang
sebenar?

7. Apakah yang berubah pada tumbuhan apabila ia

membesar?
8. Lukiskan/susun fasa tumbesarantumbuhan
mengikut uruatan sebenar.

9. Selepas uji kaji 2, Sebutkan keperluan asas bagi

tumbuhan?


Proses Pembelajaran
Fasa Perancangan 1. Guru memaklumkan berkenaan PBL kepada murid
dan ibu bapa melalui Group Whatsapp kelas dan

topik yang akan terlibat bagi mata pelajaran sains.
2. Murid bersama ibu bapa mencari maklumat

berkenaan tajuk melalui buku teks, internet dan
Youtube.
50


Click to View FlipBook Version