The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sebuah Buku Digital yang memuatkan penulisan inovasi guru.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by matsyahir, 2024-03-11 18:12:26

KOMPILASI INOVASI PENDIDIKAN KINTA UTARA 2023/24

Sebuah Buku Digital yang memuatkan penulisan inovasi guru.

328 Huraian Inovasi (bahan/cara/kos/keberkesanan) Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan prototaip asal terbahagi kepada dua, iaitu bahan cetakan berbentuk harcopy dan reka bentuk bahan berbentuk softcopy. Bahan cetakan hardcopy terdiri daripada 10 keping Glossy Paper bersaiz A4 (satu keping Glossy Paper boleh menghasilkan 10 keping kad permainan), kertas bersaiz A4 sebanyak 2 keping dan pelekat berwarna sebanyak 5 keping (warna merah, merah jambu, jingga, kuning dan hijau). Seterusnya, kad permainan ini direka bentuknya menggunakan perisian komputer iaitu Microsoft Word dan Canva. Template yang dikongsi dalam laman Facebook Permainan B-Yat juga direka dalam dua jenis iaitu yang telah siap bertaip dengan perkataan manakala template kosong pula untuk memudahkan proses pengubahsuaian oleh pemain sesuai dengan keperluan pembelajaran masing-masing. Cara permainan Setiap pemain akan diberi sebanyak 25 keping kad setiap seorang (4 orang pemain). Setelah itu, pemain akan memulakan permainan dengan membentuk frasa dan ayat menggunakan kad yang diambil. Untuk pusingan pertama, pemain bergilir-gilir mengeluarkan sekurangkurangnya 3 kad yang telah membentuk frasa. Contoh frasanya, ayah mencuci kereta, menyapu dedaun kering dan sebagainya. Untuk pusingan kedua, pemain menambah frasa pada kad masing-masing secara bergilir-gilir (bermula dari tukang cong kad). Contoh ayatnya, ayah mencuci kereta di bawah sebatang pokok, ibu menyapu dedaun kering di halaman rumah dan sebagainya. Pemain dibolehkan untuk LEPAS jika tiada kad yang sesuai dipadankan pada kad sedia ada. Para pemain akan mengulang kaedah yang sama mengikut giliran ikut arah jam. Pemainpemain yang dapat menghabiskan kad yang diambil dikira mencapai TAMAT. Terdapat 2 kad khas dalam permainan ini iaitu Kad Joker dan Kad Switch. Kad Joker membolehkan pemain mencatat apa-apa perkataan pada kad Joker bagi melengkapkan ayatnya. Kad Switch pula membolehkan pemain menukar kadnya dengan kad pemain lain. Kos Penerangan lanjut mengenai kos penghasilan alat Permainan B-Yat ditunjukkan dalam jadual berikut: Jadual 1: Kos Penghasilan Alat Permainan B-Yat Bil Jenis bahan Harga/ keping Kuantiti Jumlah harga(RM) 1. Glossy Paper A4 0.20 10 keping 2.00 2. Kertas A4 0.10 2 keping 0.20 3 Sticker Warna 0.10 5 0.50 Jumlah 2.70


329 Keberkesanan Data yang diperolehi daripada ujian pra dan ujian pasca telah dianalisis secara kualitatif menggunakan set soalan yang sama. Sebanyak 16 orang murid Tahun Tiga dari 2 kelas berbeza telah menjalani ujian pra. Selepas 6 minggu penggunaan Permainan B-Yat, murid menjalani ujian pasca. Keputusan ujian pra dan ujian pasca pada jadual menunjukkan murid mencapai peningkatan markah yang ketara selepas diperkenalkan dengan permainan B-Yat. Jadual 2: Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Bina Ayat Nama Keputusan Ujian Pra (%) Keputusan Ujian Pasca (%) Tan Chun Kit 60 90 Patricia 70 90 Siew Tian Yan 30 80 Tracy Chan 30 80 Liew Yu Fei 40 90 Ho Yi Xian 40 70 Moh En Tong 50 100 Chah Yi Yee 30 100 Chin Zi Qing 80 70 Kelly Chia 90 70 Jaeden Chong 50 100 Fong Weng Zhi 60 40 Loh Yu Him 70 100 Jasper Cheng 30 90 Chen Jien Cien 0 70 Rain Heong 0 80 Jadual 3: Graf Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Bina Ayat Perbandingan Keputusan Pra Ujian dan Pasca Ujian 100 80 60 40 20 0 Pra Ujian (%) Pasca Ujian (%)


330 Berdasarkan pemerhatian dan analisis yang telah dijalankan, Permainan B-Yat dapat membantu murid untuk membina ayat aktif yang lengkap dan betul berpandukan prinsip Subjek + Aktiviti + Huraian. Selain itu, murid didapati mengetahui lebih banyak kosa kata untuk membina ayat selepas memainkan Permainan B-Yat. Permainan B-Yat ini juga secara tidak langsung mengubah tingkah laku murid semasa dan selepas intervensi dijalankan. Mereka menyiapkan set soalan yang diberi dengan bersungguhsungguh pada masa yang ditetapkan. Di samping itu, sesi pembelajaran lebih kondusif terhasil kerana mereka memberikan tumpuan dan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 4. PENUTUP Permainan B-Yat terbukti berjaya meningkatkan tahap penguasaan murid bagi kemahiran menulis iaitu aspek bina ayat. Permainan ini diharap dapat meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu khususnya bagi kemahiran menulis. Permainan ini juga diharap dapat digunakan secara meluas bukan sahaja dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, malah untuk semua mata pelajaran melalui beberapa pengubahsuaian pada template yang disebarluaskan. Bahan Permainan B-Yat boleh dimuat turun secara percuma oleh umum melalui laman Permainan B-Yat dalam aplikasi Facebook. Rajah 1: Kod QR tentang Gambar Permainan B-Yat Rajah 2: Kod QR untuk Maklumat lanjut tentang Permainan B-Yat di Facebook 5. RUJUKAN Fauziah Ibrahim, Khadijah Alavi & Nazirah Hassan. 2021. Penulisan Tesis: Kajian Kualitatif dan Kuantitatif ISBN 978-967-412-932-3 (Cetakan Kedua) Maslida Yusof, Karim Harun & Rahim Aman. 2021. Kaedah dan Teknik Penyelidikan Lingusitik Melayu, Selangor Darul Ehsan; Universiti Kebangsaan Malaysia. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. 2004. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka. Syahir Bahiran bin Hilmi. 2022. Panduan Inovasi Pendidikan: Multi PDP Kit, Ipoh, Perak.


331 PUTARAN HIJAIYAH Zool Amri bin Nordin Sekolah Kebangsaan Tasek [email protected] Suryati Hanum binti Hashim Sekolah Kebangsaan Tasek [email protected] 1. SINOPSIS Matlamat pembinaan inovasi ini pada asalnya ialah untuk membolehkan murid di sekolah mengenal dan menyebut Huruf Hijaiyah berbaris fathah dengan betul khususnya murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Penggunaan inovasi ini meransang murid berkembang dari sudut kognitif dengan memadankan perkara maujud yang ada di sekeliling mereka. Kemuncak pencapaian pembelajaran murid dengan penggunaan inovasi ini ialah mereka dapat mengingat huruf Hijaiyah melalui padanan bahan maujud. Idea Inovasi asal ini terhasil adalah apabila wujudnya masalah dan ketidakfahaman murid semasa pembelajaran. Masalah ini sentiasa wujud bagi muridmurid yang dikategorikan lembam. Bahan utama inovasi ini hanya menggunakan kotak-kotak susu terbuang Program RMT. Kita memang melihat ramai rakan-rakan dari sekolah sekitar telah menjadikannya sebagai BBM bagi pelbagai mata pelajaran. Pembelajaran menggunakan Inovasi Putaran Hijaiyah memudahkan murid untuk mengenal huruf .Murid akan berlatih mengenal huruf disamping itu murid juga akan menyebut dengan betul dan tepat. Peringkat seterusnya murid akan dapat mengaitkan huruf dengan benda-benda disekeliling mereka. Kaedah pembelajaran menggunakan Inovasi Putaran Hijaiyah ini dapat membantu murid meningkatkan kefahaman dalam pembelajaran. Dalam menggunakan Inovasi Putaran Hijaiyah, murid boleh bermain secara kumpulan kecil atau individu dengan penglibatan ibu bapa di rumah. 2.PENGENALAN Pemerhatian guru dalam kelas mendapati ramai murid masih tidak dapat mengenal dan menyebut huruf Hijaiyah. Dalam tempoh sebegini mereka akan banyak ketinggalan. Oleh itu murid lembam yang masih tidak mengenal dan menyebut huruf Hijaiyah , maka inovasi diketengahkan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Tambahan pula pembacaan IQRA atau al Quran sentiasa bertambah dari hari ke hari masa ke masa. Silibus tidak akan menunggu mereka dan rakan-rakan dalam sekelas juga tidak akan menunggu mereka. Pemerhatian menunjukkan


332 mereka sangat memerlukan inovasi bagi membantu mereka dalam mengenal dan menyebut huruf Hijaiyah. Sebelum kajian dibuat, guru telah membuat beberapa aktiviti menguji minda murid dengan latih tubi berfokus. Hasil semakan latih tubi yang dibuat di dalam kelasmendapati murid tidak boleh mengenal dan menyebut dengan tepat huruf Hijaiyah. Satu post mortem kelemahan murid telah dilakukan kepada murid yang tidak menunjukkan perubahan. Apabila guru bertanya pelaja kenapa tidak boleh menjawab soalan kajian kes atau kenapa tidak dapat menjawab dengan baik , murid memberi maklum balas tidak boleh mengingat dengan tepat kerana semua huruf hampir sama bunyi. Ini menyebabkan murid tidak menjawab dengan bersungguh-sungguh. Kajian ini bertujuan untuk membantu murid menjawab dengan tepat dan cepat bagi mencapai objektif umum dan objektif khusus dengan baik. a) Keberkesanan teknik Putaran Hijaiyah dalam pembelajaran murid b) Murid dapat mengenal dan menyebut huruf Hijaiyah yang berbaris satu diatas dengan betul dan bertajwid dengan menggunakan teknik Putaran Hijaiyah c) Dapat meningkatkan bilangan murid peratus mengenal dan menyebut huruf Hijaiyah yang berbaris satu di atas dengan betul dan bertajwid d) Dapat meningkatkan minat murid dengan menyediakan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk permainan. Kajian ini melibatkan murid dari kelas 1 IBS yang menghadapi masalah mengenal dan menyebut huruf Hijaiyah yang berbaris satu di atas dengan betul dan bertajwid Jadual 1: Jangka Masa Mengatasi Isu Pada Penggal Ke 2 Mata Pelajaran PENGGAL 1 2 Pendidikan Agama Islam (Al-Quran) / 3.PENERANGAN INOVASI Kotak Putaran Hijaiyah ini mempunyai empat bahagian iaitu bahagian satu, dua, tiga dan empat. Keempat-empat bahagian ini mempunyai aktiviti kemahiran berbeza. a) Pengumpulan bahan kandungan pembelajaran Bahan Inovasi merangkumi sukatan pelajaran Mata Pelajaran Pendidikan Agama Islam al-Quran Tahun 1.


333 Latar belakang Inovasi berdasarkan situasi penulis melihat kepada terdapat ramai murid yang belum boleh mengenal dan menyebut huruf Hijaiyah semasa pembelajaran di kelas. Terdapat sebahagian murid yang lambat menguasai huruf Hijaiyah. Ini adalah sesuatu yang memungkinkan keciciran dalam pembelajaran. Penghasilan produk Inovasi adalah rekabentuk daripada kotak susu Program RMT yang dibalut dengan kertas berwarna dan bercetak. Semua bahan direkabentuk menggunakan perisian Microsoft Word dan dicetak menggunakan printer. Bahan-bahannya seperti berikut: i. Kertas berwarna memenuhi setiap saiz kotak ii. berbentuk 4 bahagian muka beraktiviti iii. Tahan lama, ringan dan senang didapati Pada keliling setiap bahagian kotak ada bahan aktiviti. Kekangan yang dihadapi semasa pdpc ialah kekurangan bahan BBM yang bersesuaian dan tepat bagi mengatasi masalah pembelajaran murid khusus seperti di atas. Gambar 1: Kotak berbalut warna menarik dan terang Murid diberi ransangan dengan meneka nombor, murid menyebut nombor berdasarkan suku kata dengan bimbingan guru atau rakan sebaya. Fokus aktiviti murid pada suku kata yang dikehendaki. Sebutan pada suku kata seperti satu. Gambar 2: Sisi kotak mempunyai aktiviti berfokus Murid membaca berdasarkan perkataan maujud yang telah difokuskan sebelum itu iaitu suku kata satu. Murid berulang-ulang membaca huruf hijaiyah dengan penuh perasaan teruja dan gembira dengan bermain Putaran Hijaiyah.


334 Jadual 2: Impak Putaran Hijaiyah Terhadap Murid Daripada dapatan kajian menunjukkan ramai murid mendapati inovasi ini meningkatkan pembelajaran (6.8) min. Terdapat murid yang menyatakan rekabentuk amat sesuai (6.4) min. Min yang paling rendah (2) menunjukkan murid kurang lancar dalam penggunaan berkemungkinan mereka masih baru dalam penggunaan. Namun begitu guruguru amat memberikan sokongan dalam penggunaan, murid-murid yang belum lancar semestinya akan lebih maju selepas ini. Bil Item STS (1) TS (2) SDS (3) S (4) SS (5) Min 1 Saya mendapati inovasi ini dapat meningkatkan pembelajaran saya 1 0 0 2 7 6.8 2 Penggunaan inovasi ini membantu saya lebih lancar dalam pembelajaran saya 0 0 3 5 2 2 3 Inovasi ini adalah cepat untuk saya mengingati pembelajaran saya 0 1 0 4 5 4.6 4 Saya mendapati inovasi ini amat senang dikendalikan 1 1 1 2 6 5.4 5 Reka bentuk inovasi ini amat sesuai untuk saya 1 0 1 4 4 6.4 6 Cara penggunaannya jelas dan mudah 1 1 0 2 6 5.4 7 Saya dapat menggunakan bersama rakan-rakan 0 0 0 3 7 4.6 8 Saya seronok dapat menggunakan inovasi ini 0 0 0 3 7 4.6 9 Rakan-rakan saya juga bersetuju inovasi ini bermanfaat 0 0 0 4 6 2.8 10 Guru-guru memberikan sokongan menggunakan inovasi ini 0 0 0 2 8 6.4


335 4.PENUTUP Kami percaya , penerapan pelbagai kaedah interversi mampu menarik minat murid. Putaran Hijaiyah ini akan disebar luas kepada guru-guru lain. Selain daripada itu, ibubapa dan ahli keluarga juga boleh bersama-sama memantau dan memberi bimbingan kepada anak-anak mereka dirumah. Semoga hasil kajian ini dapat menarik minat murid dan menjadikan proses pdpc lebih menyeronokkan. Penggunaan Putaran Hijaiyah juga boleh dimanfaatkan dan dijadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik, interaktif, berkesan dan menyeronokkan pada masa akan datang 5.RUJUKAN Bahagian Pembangunan Kurikulum (Mei 2015), Dokumen Standard Kurikulum Dan jjjjjjjjjjjjjjPentaksiran Pendidikan Islam Tahun 1 Semakan 2017. Putrajaya: Kementerian jjjjjjjjjjjjjjPendidikan Malaysia. Nor Suhanna Binti Abdullah, Zarina dan Upiq Asma, Pendidikan Islam Tahun 1- buku jjjjjjjjjjjjjjjaktiviti. Kuala Lumpur: DBP 2021 Saemah Rahman dan Zamri Mahmood, Inovasi pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala jjjjjjjjjjjjjjjLumpur: DBP 2019 Syahir Bahiran Bin Hilmi, Panduan Inovasi Pendidikan. Ipoh: Maxday Printing (M) Sdn jjjjjjjjjjjjjjjBhd 2022


336 SHOPFOOD BOARD Nurshibrah Wan Abdullah SK Raja DiHilir Ekram [email protected] Rajvinderjeet Kaur A/P Kalwant Singh SK Raja DiHilir Ekram [email protected] 1. SINOPSIS Matlamat pembelajaran yang diperolehi menggunakan Shopfood Board adalah murid akan dapat mempelajari Modul 5: Eating Right . Topik ini merangkumi Sukatan Pelajaran Malaysia bagi subjek Bahasa Inggeris (SK) Tahun 4. Selain itu, kit permainan ini juga boleh digunakan dalam kelas Bahasa Inggeris bagi submodul Bahasa Inggeris Tahun 1bagi Unit 4: Lunchtime, submodul Bahasa Inggeris Tahun 3 bagi Unit 6: Food, please! dan submodul Bahasa Inggeris Tahun 5 bagi Unit 5: Food and health. Kit Permainan Shopfood Board dibangunkan menggunakan papan yang mengandungi maklumat pembelajaran iaitu kad imbasan dan kad perkataan dan kad kata nama kolektif (collection nouns).Pembelajaran menggunakan Shopfood Board ni memudahkan pelajar untuk mengingati ejaan nama makanan/minuman serta menyesuaikannya dengan kata nama kolektif yang betul. Shopfood Board ini juga dapat membantu meransang murid untuk berkomunikasi dengan Bahasa Inggeris melalui aktiviti “role play” . Teknik pembelajaran menggunakan kit ini turut membantu murid melalui pembelajaran berpasangan/ berkumpulan untuk mempertingkatkan kemahiran mendengar, bercakap, membaca dan juga menulis mereka iaitu selaras dengan standard kandungan English Year 4 iaitu ;1.3 Use appropiate listening strategies in a variety of contexts, 2.1 Communicate simple information intelligibly,3.3 Read independently for information and enjoyment, 4.2 Communicate basic information intelligibly for a range of purposes in print and digital media. Standard Pembelajaran yang boleh dicapai ialah 1.3.1 Guess the meaning of unfamiliar words from clues provided by knowledge of the topic,2.1.5 Describe people, and objects using statements,3.3.1 Read and enjoy A1 fiction/non fiction print and digital texts and interest, 4.2.4 Describe people and objects using suitable statements. 2. PENGENALAN Dalam permainan menggunakan kit ini, murid boleh bermain secara berpasangan atau berkumpulan oleh 3-4 orang pemain. Pemain memulakan permainan dengan membaca kad imbasan beserta kata nama kolektif. Kemudian pemain memilih kad situasi, “situation card”. Pemain akan membaca kad situasi dan berdialog bersama pasangan bagi melengkapkan “shopping list” yang bersesuaian dengan situasi. Kemudian, pemain akan melekatkan kad kata nama kolektif dan kad gambar di petak “Shopping List”. Permainan berakhir apabila kesemua pemain selesai “membeli belah”. Seorang pengadil akan dilantik untuk menyemak jawapan


337 pada kad jawapan. Sebagai latihan pengukuhan, murid boleh menyenaraikan “shopping list” di atas “erasable white card” Shopfood board dapat membantu dalam mengkaji teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid bagi memudahkan murid/guru mencapai objektif pembelajaran. Shopfood Board dapat menjadi bahan yang sesuai bagi menangani masalah pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke 21. Menggunakan konsep belajar sambil bermain, Shopfood Board dapat meningkatkan keseronokan belajar dari cara konvensional kepada teknik baru. Ianya turut mendorong murid berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris dengan lebih yakin dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Malah, penggunaan bahan grafik dapat membantu murid mengingat perkataan/ejaan dalam Bahasa Inggeris. Shopfood Board adalah kit permainan yang merangkumi sukatan mata pelajaran Bahasa Inggeris (SK) Tahun 4 Modul 5: Eating Right. Penggunaannya pada mulanya adalah berfokus pada murid pemulihan khas Tahun 4 dan merangkumi seluruh murid Tahun 4 (SK). Memandangkan topik ini juga berkait rapat dengan topik Bahasa Inggeris Tahun 1, Unit 4: Lunchtime, Bahasa Inggeris Tahun 3 Unit 6: Food, please! dan Bahasa Inggeris Tahun 5: Unit 5: Food and health, kit ini turut dapat digunakan di dalam kelas-kelas tersebut. Selain itu, terdapat 2 murid inklusif dan separa PPKi di dalam Kelas Tahun 4. Oleh itu, kit ini bukan sahaja sesuai buat murid lemah dan sederhana,malah turut mampu membantu murid-murid PPKi ini untuk lebih faham dalam topik yang difokuskan. 3. PENERANGAN INOVASI Latar Belakang Shopfood Board dibangunkan dengan 1 tapak yang mempunyai 6 poket untuk meletakkan kad dimana setiap poket mengandungi kad imbasan/kad situasi/kad kata nama/ kad gambar,kad jawapan dan erasable white card. Terdapat 24 keping kad imbasan kata kolektif berserta gambar dan 5 keping kad situasi beserta 13 keping kad nama kolektif. 24 keping kad gambar turut disediakan untuk dilekatkan dan dipadankan dengan kad nama kolektif di atas 1 tapak gambar (shopping list). Poket ke 5 pula disertakan dengan 5 keping kad jawapan untuk semakan oleh pengadil permainan dan poket ke 6 disertakan dengan Erasable white card untuk aktiviti pengukuhan dimana murid diminta menulis senarai “Shopping List” yang betul setelah jawapan mereka disemak. Penerangan Penghasilan Inovasi Permainan ini dimainkan oleh 2-4 orang murid dan seorang pengadil.Pemain memulakan permainan mengikut langkah-langkah pada poket. Poket bernombor 1 merupakan langkah pertama permainan. Pemain diminta membaca dan meneliti kad imbasan.Kad situasi terletak di poket bernombor 2 dimana pemain akan memilih satu kad situasi. Pemain kemudiannya akan melakukan aktiviti role-play berdasarkan situasi dan dialog di dalam kad tersebut. Pemain menjawab soalan di dalam kad situasi dengan memilih kata nama kolektif beserta kad gambar makanan/minuman bersesuaian dengan situasi diberikan di poket bernombor 3 & 4.Pemain melekatkan kad gambar dan memadankan dengan kad kata nama kolektif yang sesuai di tapak (shopping list). Pengadil akan menyemak jawapan pemain dan meminta pemain menulis jawapan yang betul di Erasable White Card sebagai aktiviti pengukuhan. Sementara pemain pertama bermain, pemain seterusnya boleh memulakan permainan dengan membaca dan


338 meneliti kad imbasan terlebih dahulu. Langkah permainan akan diulangi oleh pemain berikutnya. Isu dan masalah yang ditangani Antara isu dan masalah yang dapat dikenal pasti ialah murid-murid lemah dan sederhana kurang minat pada subjek Bahasa Inggeris sehingga kurang fokus dan kurang penglibatan semasa pdp. Melalui penggunaan Shopfood Board,murid-murid yang lemah lebih bersemangat untuk tahu dan memahami Bahasa Inggeris kerana mahu bermain permainan ini sekaligus lebih aktif dalam pdp. Murid-murid juga didapati sukar memahami kandungan subjek Bahasa Inggeris melalui kaedah dan cara belajar yang biasa. Melalui permainan ini, murid-murid lebih faham dan mampu mengaitkan situasi dengan kandungan pelajaran. Grafik dan gambar lebih memudahkan murid untuk memahami kandungan pelajaran. Sebahagian murid juga sukar mengingati kandungan pelajaran dengan hanya membaca dari buku teks. Dengan menggunakan kit permainan ini, murid lebih mudah mengingati info dan sasaran kandungan pelajaran melalui bahan hands-on dan gambar. Malah, murid lebih fokus dalam bacaan apabila memegang sendiri kad info sambil membaca. Bagi murid yang kurang yakin berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Inggeris, permainan ini memberi ruang untuk mereka lebih yakin berkomunikasi dan menggunakan Bahasa Inggeris. Murid-murid yang malu,tidak mahu dan takut untuk mencuba aktiviti berkaitan Bahasa Inggeris pula lebih tertarik dan mahu mencuba melakukan aktiviti yang melibatkan Bahasa Inggeris melalui permainan ini. Huraian Inovasi (bahan/cara/kos/keberkesanan) Bahan utama dalam membangunkan Shopfood Board ialah kotak yang dikitar semula sebagai tapak asas. Untuk menjadikan kotak ini lebih tahan lama dan menarik, Double sided tape,kad manila dan Wallpaper turut digunakan. Kertas A4 yang ditampal di atas Kertas Laminating A3 digunakan untuk memastikan kad nama, kad imbasan dan kad gambar lebih tahan lama. Tape Velcro juga digunakan untuk sebagai pelekat bagi kad nama kolektif dan kad gambar. Google Images sebagai platform download gambar dan grafik dan Google.com berfungsi sebagai platform pencarian maklumat. Shopfood Board dimainkan oleh murid secara berkumpulan. Murid perlu membaca kad info dan bermain pemainan dengan membaca kad info dan kemudiannya melengkapkan senarai beli belah mengikut situasi yang dipilih. Permainan dimainkan dengan mengikut turutan langkah permainan yang telah dilekatkan di poket 1,2,3,4 yang terdapat pada tapak Shopfood Board. Kos Penghasilan Inovasi Jadual 1. Kos penghasilan inovasi Bil Bahan Harga (RM) Kuantiti Jumlah 1. Kotak Segi Empat Kitar Semula 1 0 2. Tape Velcro 3.80 (1m) 1 3.80 3. Double Sided Tape 2.60 segulung 1 2.60 4. Wallpaper 3.90 segulung 1 3.90 5. Laminating paper 2.00 sehelai 4 8.00 6. A4 paper 0.13 sehelai 15 1.95 7. Kad manila 1.20 sehelai 1 1.20 JUMLAH RM 21.45


339 Melalui ujian pra dan pasca inovasi, terdapat peningkatan pada jumlah jawapan yang betul oleh murid-murid Tahun 4 SK Raja Dihilir Ekram. Dapatan ujian murid-murid ditunjukkan dalam Rajah 1. Rajah 1: Keputusan Ujian Pra dan Pasca Inovasi Berdasarkan keputusan Ujian Pra dan Pasca Inovasi bagi murid Tahun 4, jumlah murid mendapat 8/8 markah meningkat daripada 2 orang kepada 15 orang. Ini jelas menunjukkan murid dapat memahami lebih baik kandungan pelajaran menggunakan bahan inovasi yang dijalankan. 4. PENUTUP Secara keseluruhannya, Shopfood Board dapat menjadi salah satu bahan pembelajaran menarik dan interaktif bagi murid-murid memhami isi kandungan pelajaran di samping meningkatkan kemahiran mendengar, berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, membaca dan menulis. Shopfood Board ini juga boleh digunakan di kelas-kelas Bahasa Inggeris Tahun 1, Tahun 3 & Tahun 5 bagi topik yang berkait rapat seperti; Bahasa Inggeris Tahun 1 : Unit 4: Lunchtime, Bahasa Inggeris Tahun 3: Unit 6: Food, please! dan Bahasa Inggeris Tahun 5: Unit 5: Food and health. Rajah 2: Kod QR untuk imej Shopfood Board, aktiviti bersama murid dan gambar- gambar semasa ujian pra dan pasca inovasi. 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 1 markah 2 markah 3 markah 4 markah 5 markah 6 markah 7 markah 8 markah JUMLAH MURID JUMLAH MARKAH KEPUTUSAN UJIAN PRA DAN PASCA INOVASI Pra Pasca


340 5. RUJUKAN Bahagian Pembangunan Kurikulum. Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Bahasa Inggeris Tahun 4. Putrajaya, Kementerian Pendidikan Malaysia, Apr. 2018. H.Q, Mitchell. Get Smart plus 4. Vol. 0002, Kajang, Selangor, MM Publications, 2019.


341 SUAR IL RAB SATU TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN BAHASA ARAB Quszaini bin Abd Manan Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan [email protected] Mohd Amzari Zharfan bin Amran Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan [email protected] 1. SINOPSIS Dalam meniti era globalisasi kini, Ramai murid-murid di sekolah suka akan suasana pengajaran yang menyeronokkan. Tetapi dalam suasana pendemik covid 19 ini, guru-guru perlu memikirkan kaedah untuk memberi keseronokan yang berterusan kepada murid-murid dalam menguasai Bahasa arab di sekolah rendah. Arus kemodenan kini, mempengaruhi proses mendidik murid menjadi bertambah kompleks Mahasan Mahmood (2003). Guru merupakan individu yang mempunyai hubungan langsung dengan kanak-kanak sepanjang tempoh perkhidmatan.(Hazizah Kassim , 2020). Guru bukan sahaja bertugas untuk mendidik dan menyampaikan ilmu, malahan juga menjadi ibu bapa gentian kepada anak murid. Di samping itu, Pandangan Yahya(2012), mengaitkan humor dengan kelucuan yang boleh menyebabkan seseorang menjadi seronok apabila mendengarnya. Kaedah pengajaran seperti kaedah chalk and talk sudah tidak relevan lagi buat masa kini. Justeru, guru perlu mengambil inisiatif untuk menghasilkan sesuatu produk atau bahan bagi penggunaan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran melalui proses modifikasi atau penambahbaikan. Ia adalah langkah peningkatan kualiti dan produktiviti organisasi. Sehubungan itu, pengkaji telah menghasilkan satu bahan inovasi yang dinamakan “SUAR IL-RAB” untuk membantu murid secara khususnya dalam meningkatkan kemahiran membentuk huruf, menulis perkataan, mengeja dan membaca bagi mata pelajaran Bahasa Arab. “SUAR IL-RAB” adalah alat yang menggunakan kaedah latih tubi dan teknik membaca seperti Flash card. Penggunaan bahan yang menarik dan pelbagai seperti “SUAR IL-RAB” semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan akan membuahkan hasil yang memberansangkan. Ia bukan sahaja dapat membantu murid dalam peningkatan pelajaran Jawi malah dapat mengawal emosi murid supaya lebih tertumpu pada pelajaran. Secara tidak langsung, ia juga dapat membentuk akhlak yang baik. “SUAR IL-RAB” ternyata sesuai diaplikasikan pada semua matapelajaran.


342 2. PENGENALAN Secara umumya, belum wujud sebarang kaedah yang menggunakan “SUAR IL-RAB” sebagai bahan bantu mengajar di dalam subjek Bahasa Arab di SK Pasukan Polis Hutan Ipoh, Perak. Aktiviti yang sering menjadi pilihan guru antaranya ialah kad imbasan dan latih tubi. Tidak dinafikan bahawa bahan-bahan dan kaedah ini juga memberi kesan kepada murid dalam menguasai objektif pengajaran dan pembelajaran, namun masih ada kekurangan dan memerlukan penambahbaikan dan kepelbagaian. “SUAR IL-RAB” yang dihasilkan ini adalah berkaitan murid perlu menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Semua kemahiran tersebut dinyatakan secara spesifik dalam Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang telah ditentukan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Arab Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi setiap tahun. Pada peringkat awal sebelum projek inovasi dilaksanakan, pengkaji dapat mengesan beberapa masalah yang dihadapi, iaitu: 1. Murid kurang mahir dalam membentuk huruf dengan baik. Tulisan mereka tidak kemas dan lemah dalam menulis perkataan. Sebilangan murid masih lemah dalam menceraikan huruf dan menyambung huruf. 2. Murid memerlukan kepelbagaian aktiviti untuk peneguhan kemahiran menulis Bahasa Arab. 3. Peniruan formal tidak dapat dijalankan dengan tepat kerana guru tidak dapat fokus secara serentak untuk jumlah murid yang terlalu ramai pada setiap kapasiti dalam satu kelas. 4. Perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mempunyai masa yang terlalu terhad kerana murid terlalu ramai dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dengan itu, keperluan guru untuk fokus secara individu kepada satu individu yang lain tidak sempat untuk dilaksanakan. 5. Keadaan ini secara langsung menimbulkan rasa kurang minat terhadap matapelajaran Bahasa arab apabila disuruh menulis berulang kali perkataan yang sama tanpa bimbingan khusus. Disini akan timbulnya sifat bosan dan tiada kemahiran kendiri. Objektif Objektif Umum : Meningkatkan kemahiran murid membentuk huruf, menulis perkataan, menyebut dan membaca huruf-huruf atau perkataan. ● Objektif Khusus : i. Meningkatkan kemahiran murid membentuk huruf, menulis perkataan, menyebut dan membaca huruf-huruf atau perkataan Bahasa arab. ii. Menarik minat murid untuk mendalami matapelajaran Bahasa arab dengan mudah dan cepat. iii. Menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih ceria, menarik dan berkesan.


343 3. PENERANGAN INOVASI Teknik “SUAR IL-RAB” membantu peningkatan keberkesanan pengurusan atau pengajaran dan pembelajaran. “SUAR IL-RAB” juga sesuai untuk semua matapelajaran termasuklah matapelajaran akademik seperti Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Seni, Khat dan sebagainya. Graf dibawah menunjukkan perubahan kemajuan murid sebelum dan selepas menggunakan “SUAR IL-RAB”. Jadual 1: Graf peningkatan penggunaan Suar il-Rab terhadap murid pemulihan. Tujuan utama “SUAR IL-RAB” direka untuk memaparkan sesuatu huruf, perkataan, ayat pendek, gambar dan sebagainya. Teknik peniruan membantu murid membentuk dan menulis huruf atau perkataan dengan baik. Ia juga membantu peningkatan tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis perkataan di kalangan murid. Murid merasa lebih ceria dan berlumba-lumba untuk mencuba “SUAR IL-RAB”. Guru berasa amat berpuas hati kerana “SUAR IL-RAB” dapat membantu guru membuat perancangan dengan lebih teratur dan lancar. Guru juga cuba menggunakan “SUAR IL-RAB” dengan memaparkan doa dan potongan ayat Al-Quran untuk dibaca sendiri. Penerangan penghasilan inovasi “SUAR IL-RAB” adalah satu bahan yang diinovasikan dengan menggunakan bahan mudah diperolehi. “SUAR” direka bentuk menggunakan lampu suluh kepala dan corong itu pula diperbuat daripada kotak terpakai. Setiap sesuatu pasti ada kelemahan, begitu juga “SUAR ILRAB”. Ada beberapa kelemahan pada “SUAR” iaitu pancaran “SUAR” kurang jelas dalam suasana yang terang. “SUAR” juga tidak jelas apabila dipancarkan bagi satu jarak yang jauh tetapi kesesuaian penggunaan “SUAR IL-RAB” dapat di atasi dengan menggunakannya dalam satu kelompok yang kecil atau individu dan dipaparkan pada kertas atau buku tulis atau


344 Rajah 1: Paparan penringkat penambahbaikan alat inovasi Suar il-Rab. mini papan putih. Pengkaji telah menambahbaik “SUAR” dengan menggunakan “SUAR” mempunyai volt yang lebih tinggi. Apabila alat yang melibatkan cahaya, maka akan wujudnya masalah silau pada mata. Kami telah membuat beberapa penyelidikan kesihatan mata untuk masalah silau, daripada itu fakta menyatakan bahawa ujian silau menggunakan lampu suluh yang boleh menyebabkan silau apabila penggunaan lampu suluh dengan memancarkan cahaya tepat pada mata. Melihat kepada konsep “SUAR IL-RAB”, alat ini tidak dipancarkan pada mata tetapi dipancarkan kepada kertas, buku tulis, papan putih dan lain-lain alat pengajaran dan pembelajaran. Bagi langkah penambahbaikan, pengkaji juga telah membuat dua jenis “SUAR” iaitu yang mempunyai pancaran putih dan pancaran kuning. Daripada itu, “SUAR IL-RAB” memancarkan cahaya mengikut kesuaian tempat. Refleksi “SUAR IL-RAB” yang dapat diperolehi antaranya ialah dapat membentuk akhlak yang baik tatkala keadaan kelas terkawal dan ceria dari sudut emosi serta cukup keperluan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat juga murid yang disahkan dyslexia (hyper aktif) tetapi dengan “SUAR IL-RAB” emosi dan perlakuannya terkawal. “SUAR IL-RAB” memudahkan perancangan guru mengajar. Secara tidak langsung emosi guru juga dapat dikawal dengan baik. Peringkat penambahbaikan alat 4. PENUTUP Cadangan untuk kajian seterusnya ialah penggunaan “SUAR IL-RAB” diperluaskan untuk mata pelajaran lain dan tidak tertumpu kepada matapelajaran Bahasa Arab sahaja. Selain itu, boleh membuat “SUAR IL-RAB” dengan menggunakan alat (lampu suluh) yang lebih besar supaya pancaran tulisan tersebut lebih terang dan jelas. Selain itu, inovasi ini juga telah didaftarkan di myIPO pada 30 November 2023, dan application number LY2023W06022. Inovasi ini juga telah diterbitkan oleh akhbar sinarharian pada 28 Disember 2023 boleh dibaca melalui pautan : https://sinarbestari.sinarharian.com.my/guru-komuniti/inovasi-suar-il-rab-bantu-muridkuasai-bahasa-arab. Pemilihan lampu suluh yang sesuai yang mempunyai 1 LED sahaja dan menggunakan bateri serta wolt yang rendah Corong lampu suluh yang dibuat menegak menyebabkan tulisan yang dipaparkan tidak jelas disebabkan ibu cahaya. Corong lampu suluh di condongkan kebawah supaya ibu cahaya tidak menghalang pancaran tulisan menggunakan lampu suluh yang mempunyai wolt lebih tinggi (1 wolt) dan bateri yang boleh di cas semula.


345 Rajah 2: Kod QR untuk video inovasi Suar il-Rab. Rajah 3: Kod QR untuk maklumat mengenai Suar il-Rab di Anyflip. Begitu juga pada 17 November 2023, kami telah kongsikan inovasi ini dengan murid kelas tahun 4 DLP dan dua orang guru IPG Kampus Ipoh. Kesimpulannya “SUAR IL-RAB” ini memberi impak yang amat baik dan sesuai untuk semua Matapelajaran. Selain menarik minat murid, ia juga membantu tugas guru dalam meningkatan tahap kualiti organisasi. Projek inovasi yang dicipta amat berguna dalam dunia pendidikan. Jelaslah di sini bahawa “SUAR IL-RAB” sesuai digunakan bukan sahaja untuk semua murid malah untuk semua matapelajaran. 5. RUJUKAN Abdulrahman Essa Al Lily, Abdelrahim Fathy Ismail, Fathi Mohammed Abunasser & Rafdan Hassan Alhajhoj Alqahtani. (2020). Distance education as a response to pandemics: Coronavirus and Arab culture. Technology in Society, 6,(3). 207-217. Mathew, I. R. & Iloanya, J. E. (2016). Open and Distance Learning: Benefits and Challenges of Technology Usage for Online Teaching and Learning in Africa. Commonwealth of Learning. http://oasis.col.org/bitstream/handle/11599/2543/PDF?sequence=4 Mahasan Mahmood(2003), Kaedah Nemonik dalam P&P Matematik.SMK Yaacob Latiff Jalan Peel Kuala Lumpur Hazizah Kassim. (2020) Literasi undang-undang untukmu guru. Bangi: Akademi Hazizah Yahya Othman. (2012) Humor dalam pengajaran bahasa. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.


KATEGORI PEMULIHAN KHAS


346 BUKU PADI SAYA ZUHASNANI BINTI ZAKARIA SK RAPAT SETIA, IPOH [email protected] 1. SINOPSIS Buku Padi Saya yang dihasilkan untuk murid Pemulihan Khas Bahasa Melayu adalah satu bahan bacaan untuk meningkatkan kemahiran membaca murid pemulihan khas yang belum menguasai kemahiran asas bacaan. Buku ini membantu murid pemulihan khas membaca dengan lebih mudah kerana ia ditulis secara bergred warna iaitu suku kata dipisahkan dengan warna hitam dan merah untuk memudahkan murid pemulihan khas membatangkan suku kata. Buku ini dihasilkan dalam Bahasa Melayu dan bertemakan penanaman padi dalam kawasan sekolah iaitu dari Projek Ecorise SK Rapat Setia. Grafik dan gambar berwarna yang dimuatkan dalam Buku Padi Saya mampu meningkatkan minat terhadap pembacaan murid. Ia memberikan pengalaman dalam pembelajaran dengan kaedah yang menarik bukan sahaja secara visual tetapi juga pengisian buku ini dikaitkan dengan benda maujud atau bahan konkrit dalam persekitaran sekolah . Setiap mukasurat gambar disusun berpandukan konstruk Literasi Bahasa Melayu ; konstruk 1 hingga konstruk 12. Buku Padi Saya bukan hanya bertujuan untuk meningkatkan skor pembacaan murid pemulihan khas, ia juga bertujuan menambah perbendaharaan kata murid dalam kehidupan harian. 2. PENGENALAN Buku Padi Saya adalah suatu bahan bacaan yang amat menarik untuk murid pemulihan khas Bahasa Melayu . Ia dihasilkan dalam bentuk bercetak yang mempunyai grafik dan tulisan. Penggunaan bahan dan alat pengajaran untuk murid pemulihan perlu menekankan aspek pendengaran, penglihatan dan psikomotor; grafik yang digunakan terang, jelas dan menarik(Kamarudin et al. ,2011) . Ia berpandukan kemahiran bacaan mengikut konstruk Literasi Bahasa Melayu dari ejaan sehingga ayat mudah. Reka bentuk ciri visual yang terkandung dalam Buku Padi saya merupakan integrasi kandungan teks yang menggunakan tulisan bergred warna untuk memudahkan murid membatangkan suku kata . Perbezaan warna huruf atau suku kata dalam perkataan adalah mustahak (Kamarudin et al, 2011) Buku Padi Saya diinspirasi daripada projek penanaman padi dalam kawasan sekolah di SK Rapat Setia. Sebaik-baik bahan mengajar ialah bahan-bahan konkrit yang ditunjukkan di dalam keadaannya yang semulajadi. (Atan Long, 1993).Murid-murid berpeluang melihat dan mengaitkan pembacaan dengan bahan konkrit iaitu persekitaran penanaman padi dan replika di galeri padi sekolah. Gambar-gambar yang digunakan dalam buku ini amat menarik dan berkaitan dengan bacaan. Guru boleh menggunakan gambar bagi membolehkan murid menguasai konsep yang hendak disampaikan (Atan Long, 1993) .Di samping itu Buku Padi Saya juga berkonsep bacaan ekstensif iaitu mengandaikan murid membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seberapa yang mungkin dengan perasaan puas, seronok dan terhibur . Ia bertujuan memperkaya bahasa, dan perbendaharaan kata juga menambahkan minat membaca (Kamarudin et al, 2011)


347 3. PENERANGAN INOVASI Latar Belakang Buku Padi Saya dihasilkan berdasarkan keperluan bahan bacaan untuk murid-murid pemulihan khas. Pendekatan yang digunakan dalam Buku Padi Saya ialah pendekatan belajar membaca dan kemudiannya mengeja secara berperingkat. Untuk memudahkan pembacaan, murid pemulihan khas diperkenalkan dengan gabungan bunyi suku kata, seterusnya frasa atau rangkai kata dan ayat yang bersesuaian. (Rosmimah,2018). Tulisan yang digunakan adalah bergred warna dan gambar digunakan amat menarik dan berwarna, serta berkaitan dengan persekitaran murid. Menurut Kamarudin et al), aspek penglihatan iaitu bahan hendaklah terang, jelas dan menarik, warnaka, dan benda maujud adalah perlu diberi perhatian sebagai alat pengajaran untuk pendidikan pemulihan. Penerangan penghasilan inovasi Buku Padi Saya dihasilkan dalam bentuk buku fizikal iaitu dicetak di atas kertas (bukan secara maya). Tulisan ditulis secara bergred warna hitam dan merah, dipisahkan mengikut suku kata supaya murid pemulihan khas mudah membatangkan suku kata. Gambar-gambar yang digunakan juga dicetak secara berwarna dan diambil dari persekitaran penanaman padi sekolah. (Rajah 1) Isu dan masalah yang ditangani Untuk meningkatkan tahap penguasaan bacaan, murid pemulihan khas perlu bahan bacaan yang menarik perhatian, unik dan mempunyai pengisian yang mudah untuk dipelajari. Kekurangan bahan bacaan yang menarik di sekolah dapat ditangani melalui penghasilan Buku Padi Saya. Buku ini dapat dapat membantu dengan menyediakan bahan bacaan yang dapat menarik minat murid pemulihan khas untuk membaca. Penulisan bergred warna memudahkan murid pemulihan khas untuk membatangkan suku kata sebelum menguasai sesuatu bacaan .Pengisian buku padi saya ini amat menarik bukan hanya dengan penggunaan gambar yang berwarna tetapi ia juga menggunakan gambar yang berkait rapat dengan suasana persekitaran iaitu penanaman padi dalam kawasan sekolah. Murid lemah akan cepat bosan dan hilang arah sekiranya mereka tidak melihat sendiri bahan konkrit atau benda maujud dalam pembacaan mereka.( Atan Long ,1993 ) Dengan menggunakan buku ini, murid akan lebih berminat untuk membaca sekaligus mereka dapat meningkatkan kemahiran bacaan mereka. RAJAH 1 : MUKA HADAPAN DAN BELAKANG BUKU PADI SAYA


348 Huraian Inovasi (bahan/cara/kos/keberkesanan) Jadual 1 menunjukkan bahan dan kos yang terlibat dalam percetakan Buku Padi Saya. JADUAL 1 : KOS DAN BAHAN PERCETAKAN BUKU PADI SAYA BAHAN Harga seunit Harga Saiz A5 - Cetakan berwarna Kandungan - Kertas Simili 80gsm Kulit buku 260gsm Art Card Gloss,Perfect binding 28 sen x 48 muka surat RM 4.90 per unit RM 13.44 RM 4.90 JUMLAH KOS CETAKAN SEBUAH BUKU RM 18.34 Instrumen Saringan Bacaan Buku Padi Saya (rujuk QR Code di rajah 2) digunakan dalam praujian pada bulan November. Setelah dikenalpasti tahap penguasaan, murid-murid dibimbing oleh guru pemulihan khas sebelum waktu persekolahan bermula.(rujuk gambar rajah 3). Pada bulan Januari, skor murid direkodkan berdasarkan pasca ujian bacaan yang diberikan menggunakan instrumen yang sama. Skor murid direkodkan dalam Jadual 2. RAJAH 3 : AKTIVITI BACAAN BUKU PADI SAYA RAJAH 2 : QR CODE INSTRUMEN SARINGAN BACAAN BUKU PADI SAYA


349 JADUAL 2 : PERBANDINGAN SKOR MURID SEBELUM DAN SELEPAS MENGGUNAKAN BUKU PADI SAYA. BIL NAMA MURID SKOR MURID SEBELUM MENGGUNAKAN BUKU PADI SAYA SKOR MURID SELEPAS MENGGUNAKAN BUKU PADI SAYA 1 MZ 2 AR 7/50 25/50 2 AZ 2AR 10/50 30/50 3 AQ 2 AR 2/50 15/50 4 HF 3 AR 10/50 20/50 5 QA 5 AR 15/50 45/50 JADUAL 3 : GRAF PERBANDINGAN SKOR MURID SEBELUM DAN SELEPAS MENGGUNAKAN BUKU PADI SAYA. JADUAL 4 : RUBRIK PENILAIAN BUKU PADI SAYA KRITERIA 1 2 3 4 5 SS S SDS TS STS TUJUAN - Bertepatan dengan tujuan dan amat jelas dinyatakan / KANDUNGAN Tulisan - jelas dan bergred warna / Elemen visual - grafik berwarna, terang dan menarik minat murid / Penggunaan bahasa - deskriptif dan informatif / Struktur- sesuai dengan tahap intelektual murid / Penyusunan- mengikut perancangan, konsisten dan tersusun. / Perkembangan topik - jelas / KREATIVITI - Sisipan idea sendiri yang amat menarik / BAHAN DIGUNAKAN Saiz dan bahan - bersesuaian / Kos berpatutan / Jumlah skor : 96/100 *Nota: SS-Sangat setuju, S-Setuju, SDS-Sederhana Setuju, TS-Tidak Setuju, STS – Sangat Tidak Setuju 7 10 2 10 15 25 30 15 20 45 0 20 40 60 MZ 2 AR AZ 2 AR AQ 2 AR HF 3 AR QA 5 AR PERBANDINGAN SKOR MURID SEBELUM DAN SELEPAS MENGGUNAKAN BUKU PADI SAYA NOVEMBER JANUARI


350 4. PENUTUP Secara keseluruhannya, penghasilan Buku Padi Saya ini adalah sangat baik . Ia bukan sahaja satu bahan bacaan yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran bacaan murid pemulihan khas tetapi ia juga menarik, informatif dan dapat menambahkan pengetahuan am murid. Potensi untuk disebar luas juga kelihatan cerah memandangkan telah ada promosi dalam media sosial berkenaan penghasilan buku ini. atau https://youtu.be/hYRzcjlrSGU?si=RRWNjwD8IVyw8nYR RAJAH 4 : KOD QR DAN PAUTAN KE YOUTUBE UNTUK HEBAHAN PROJEK ECORISE SK RAPAT SETIA DAN BUKU PADI SAYA. 5. RUJUKAN Atan Long (1993) Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Amiza Publishing Sdn Bhd. Azizi Alias. Kamisah Osman (2018) Pentaksiran Alternatif Pembinaan dan Pelaksanaan Rubrik dalam Pendidikan Sains. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Chuah Kee Man (2020) Panduan Mudah Format Rujukan APA edisi ke 7. Kamarudin Husin,Abdullah Yusof, Mohd Raín Shaari (2011)Pedagogi Bahasa : Amalan Bilik Darjah. Emeritus Publications. Rosmimah Embi.(2018) Kaedah Rangsangan Membaca Bersistematik.Latihan Asas Literasi BM e-Batu.Kaedah RMB . https://youtu.be/hYRzcjlrSGU?si=RRWNjwD8IVyw8nYR https://www.academia.edu/44617624/Panduan_Mudah_Format_Rujukan_APA_Edisi_Ke _7


KAEDAH / KAD SAMA BUNYI (KSB) Roshana Binti Mohamad Yusof Sekolah Kebangsaan Convent [email protected] 1. SINOPSIS Inovasi Kaedah Sama Bunyi (KSB) ini adalah satu kaedah yang diamalkan dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan saya yang turut dijelmakan dengan penghasilan serta penggunaan Kad Sama Bunyi (KSB) bagi membantu murid Pemulihan Khas dalam meningkatkan penguasaan membaca suku kata Konsonan Vokal Konsonan (KVK) dan perkataan yang mengandungi kata tertutup KVK ini. Inovasi bagi kaedah KSB ini diwujudkan berikutan dapatan daripada pemerhatian dan ujian yang dijalankan saya mendapati ramai murid pemulihan yang lemah dan sukar meneruskan pembacaan apabila bertemu perkataan mengandungi suku kata tertutup KVK. Keadaan ini menyukarkan mereka meneruskan pembacaan ayat dan petikan mudah. Pada permulaannya, kaedah ini tidak menggunakan sebarang alat dalam menyelesaikan masalah bacaan suku kata KVK yang dialami oleh murid. Murid hanya menggunakan formula Sama Bunyi bagi suku kata KVK dan digabungjalinkan dengan menggunakan kemahiran asas yang sedia ada iaitu suku kata KV. Sebagai contoh, bermula bunyi –ak murid boleh membaca suku kata bak sehingga zak. Murid kemudiannya diberikan perkataan untuk bacaan seperti lobak sehingga nazak. Dalam masa yang sama murid sudah boleh membaca ayat seperti Ibu beli lobak tanpa perlu menunggu pelajaran pada hari yang lain. Ejaan perkataan dapat dilakukan dalam minda murid dalam masa yang singkat. Kebiasaannya jawapan ejaan yang diberikan adalah cepat (imlak) kerana prosesnya sangat mudah. Oleh sebab kaedah mengingat bunyi sama digunakan bagi setiap suku kata/perkataan, maka kaedah ini dinamakan sebagai Kaedah Sama Bunyi (KSB). Melalui kaedah ini juga dapat menggalakkan murid menggunakan mindanya sepanjang masa.Secara tidak langsung minda murid akan bertambah aktif mengingat dan menggabung suku kata. Kaedah ini juga memberi peluang kepada murid untuk membaca cepat dan menjawab soalan melibatkan perkataan yang ada suku kata KVK sama ada dari segi kemahiran mendengar, bertutur dengan lebih mudah atau dapat meningkatkan lagi kemahiran menulis dalam masa yang sama. Seterusnya, penggunaan Kad Sama Bunyi digunakan dan menjadi panduan bacaan lancar murid walaupun inovasi ini memberi penekanan terhadap suku kata KVK tetapi kaedah inovasi ini menjadi panduan murid untuk menguasai sehingga Konstruk terakhir (K12) iaitu memahami petikan dalam masa yang sangat singkat. Dengan ini saya yakin bahawa setelah murid dapat menguasai kaedah inovasi ini maka murid tersebut akan mampu untuk menyelesaikan soalan pemahaman (Kemahiran Pemulihan:KP 32) dan seterusnya menguasai kemahiran pemulihan. 2. PENGENALAN Inovasi ini bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVK dalam kalangan murid pemulihan. (bermula dengan Kemahiran 9 sehingga 15) dalam buku Panduan PdP Bahasa Melayu Pemulihan Khas. Objektif Objektif Umum: Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam membaca perkataan dan ayat serta menjawab soalan saringan melibatkan perkataan yang mengandungi suku kata tertutup KVK. 351


Objektif Khusus a. Memastikan murid dapat mengeja, membaca dan menulis pelbagai perkataan mengandungi suku kata KVK dengan menggunakan kaedah/kad sama bunyi ini. b. Memastikan murid dapat membaca dan menulis ayat mudah melibatkan pelbagai perkataan bersuku kata KVK dengan menggunakan KSB ini. c. Memastikan murid dapat membaca petikan mudah yang mengandungi suku kata KVK dengan menggunakan KSB ini. Kumpulan Sasaran Kajian menggunakan inovasi ini melibatkan seramai 10 orang murid Tahun 2 yang juga merupakan murid-murid pemulihan di Sekolah Kebangsaan Convent,Ipoh. Mereka semuanya terdiri daripada murid perempuan di mana empat orang daripadanya adalah berbangsa Melayu, seorang berbangsa Cina dan lima orang berbangsa India. 3. PENERANGAN INOVASI Latar Belakang Tercetusnya idea untuk mencipta kaedah inovasi ini iaitu Kaedah/Kad Sama Bunyi ini adalah berdasarkan pemerhatian saya terhadap kesukaran dan ketidakupayaan murid-murid pemulihan saya untuk membaca dan menjawab soalan saringan bagi perkataan yang mengandungi suku kata tertutup KVK. Untuk membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup KVK ini, murid terlebih dahulu mempunyai asas konsonan vokal (KV) dan perlu mahir membaca suku kata KVK terlebih dahulu. Akan tetapi murid pemulihan saya menghadapi masalah menyebut,mengeja dan tidak mampu membaca suku kata KVK ini. Setelah mengenal pasti masalah ini, saya telah menjalankan Saringan 1, data yang diperolehi menunjukkan bahawa semua murid belum menguasai bagi Konstruk 4 dan 5. Ini membuktikan bahawa murid-murid ini amat memerlukan bantuan untuk menguasai kemahiran membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVK. Saya yakin dengan menguasai asas membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup (KVK, KV KVK dan KVK KVK) dengan baik, mereka dapat belajar seiring dengan murid lain di dalam kelas bersama murid aliran perdana. Kesedaran daripada ketidakupayaan dan hasil dari tinjauan awal inilah, saya mula memikirkan idea dan cara untuk memahirkan semua murid pemulihan dalam menjawab soalan saringan melibatkan suku kata tertutup KVK supaya mereka dapat menguasai kesemua konstruk yang dinilai dalam saringan. Jadi saya memperkenalkan inovasi kaedah bacaan menggunakan konsep sama bunyi (KSB) bagi membantu murid pemulihan saya supaya dapat membaca suku kata KVK dan perkataan yang mengandungi suku kata KVK ini. Penerangan penghasilan Inovasi Inovasi KSB ini adalah satu kaedah yang diamalkan dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan saya yang kemudiannya turut dijelmakan dengan penghasilan Inovasi Kad Sama Bunyi (KSB) bagi membantu murid Pemulihan Khas dalam menguasai kemahiran membaca suku kata tertutup KVK dan perkataan yang melibatkan suku kata ini. Pada asalnya, ini adalah satu kaedah ejaan dan bacaan menggunakan bunyi yang sama. Ia melibatkan pergerakan dan gerakan dua tangan,menggunakan carta suku kata KV sedia ada di dalam kelas beserta pengetahuan sedia ada murid bagi suku kata KV dengan pengajaran bunyi suku kata vk-kvk(sama bunyi) yang ditulis pada papan putih. 352


Guru menggunakan gerak tangan supaya murid fokus untuk menggabungkan suku kata menjadi perkataan.Melalui aktiviti ini mereka diberi kebebasan untuk mencuba menjawab soalan secara kumpulan dan individu. Kemudiannya bagi memudahkan tumpuan, guru menyediakan kad sama bunyi bersaiz A4 sebagai panduan secara individu.Mereka juga mempunyai masa yang bebas untuk menggunakan kaedah KSB dalam menulis perkataan dalam lembaran yang disediakan atau dalam buku atau papan tulis. Murid didapati amat berminat dengan aktiviti imlak kerana mereka mendapati kaedah membaca menggunakan KSB yang diberikan/dipaparkan kepada mereka amat mudah dan ini membolehkan mereka menjawab soalan dengan betul. Murid-murid tidak mengambil masa yang lama untuk mengeja perkataan yang diminta secara spontan. Mereka berasa seronok kerana berjaya menunjukkan jawapan yang tepat di papan putih dengan merujuk kepada kaedah membaca menggunakan KSB. Semua murid diberikan pujian dan tepukan setiap kali mereka berjaya mengeja,membaca dan menulis dengan tepat. Walaubagaimanapun ada murid yang agak perlahan mengambil imlak menggunakan kaedah ini. Apabila diperhatikan ada murid yang agak lemah dalam kosa kata dan mencari/membina perkataan, jadi saya membuat satu lagi intervensi dalam KSB dengan menambahbaik KSB menjadi kad yang lebih kecil bersekali dengan perkataan yang mempunyai suku kata KVK yang sama bunyi. Terdapat murid yang masih agak lemah memahami perkataan dan memerlukan bantuan visual. Jadi saya bertindak menambahbaik amalan PdP dengan menambah kad sama bunyi dengan panduan visual/gambar. Saya menambah gambar dan suku kata KVK yang membentuk perkataan bagi membantu murid yang arasnya lebih rendah supaya kekal boleh membaca perkataan yang ada suku kata KVK.Ini selaras dengan soalan saringan yang ada panduan gambar. Aktiviti membaca menggunakan kad ini sangat menarik dan murid dapat meningkatkan kemahiran membaca dan membina perkataan mengandungi suku kata KVK berpandukan gambar. Kehadiran visual pada kad KSB dilihat sangat membantu pemahaman murid India dan Cina dalam memahami kosa kata Bahasa Melayu serta membantu mereka membaca perkataan bagi gambar tersebut dengan lancar. Rajah 1 menunjukkan kepada ringkasan penambahbaikan terhadap inovasi Kad KSB ini. Rajah 1: Paparan penambahbaikan Inovasi kad KSB mengikut keperluan murid 353


Isu dan masalah yang ditangani Penggunaan Inovasi KSB ini membantu menangani isu/masalah seperti berikut: 1. Masalah murid tidak dapat menjawab soalan Saringan melibatkan perkataan bersuku kata tertutup KVK. Kaedah/kad Sama Bunyi(KSB) membantu murid menjawab soalan Saringan melibatkan perkataan bersuku kata tertutup KVK dengan betul. 2. Masalah murid tidak dapat mengeja, membaca dan menulis pelbagai perkataan mengandungi suku kata KVK. Inovasi KSB ini sangat memudahkan murid membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup KVK yang pelbagai secara imlak walaupun tanpa panduan gambar. 3. Masalah murid tidak dapat membaca dan menulis ayat mudah melibatkan pelbagai perkataan bersuku kata KVK. Inovasi KSB ini membantu murid membaca dan menulis ayat mudah melibatkan perkataan yang mengandungi suku kata tertutup KVK. 4. Masalah murid tidak dapat membaca petikan mudah yang mengandungi suku kata KVK. Inovasi KSB ini membantu murid membaca petikan mudah yang mengandungi suku kata KVK dalam masa yang sangat singkat.(satu atau dua sesi PdP). Huraian Inovasi Kaedah KSB ini membantu peningkatan penguasaan murid pemulihan dalam menjawab soalan saringan. Dapatan kajian menunjukkan pembacaan menggunakan inovasi kaedah KSB ini telah banyak membantu murid pemulihan Tahun 2 meningkatkan penguasaan mereka membaca perkataan dan kemudiannya ayat yang melibatkan suku kata tertutup KVK. Penilaian terhadap keberkesanan penggunaan inovasi ini dilakukan dengan mengadakan Saringan 2 ke atas kumpulan sasaran. Dapatan yang diperolehi oleh murid semasa Saringan 1 dibandingkan dengan Saringan 2. Perbandingan pencapaian saringan ini adalah seperti di dalam jadual 1 berikut: Jadual 1 : Perbandingan Markah Antara Saringan 1 dan Saringan 2 Murid Saringan 1 Saringan 2 Peningkatan 1 4/10 10/10 +6 2 8/10 10/10 +2 3 5/10 9/10 +4 4 5/10 8/10 +3 5 8/10 10/10 +2 6 7/10 9/10 +2 7 6/10 10/10 +4 8 4/10 10/10 +6 9 4/10 9/10 +5 10 8/10 10/10 +2 Rajah 2: Carta Palang Perbandingan Keputusan Saringan 354 Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 Murid 7 Murid 8 Murid 9 Murid 10 Saringan 1 4 8 5 5 8 7 6 4 4 8 Saringan 2 10 10 9 8 10 9 10 10 9 10 0 5 10 15 Perbandingan Saringan 1 dan Saringan 2 Saringan 1 Saringan 2


Berdasarkan Rajah 2, jelas menunjukkan penggunaan Inovasi kaedah/kad KSB ini membantu menambahbaik prestasi murid-murid saya dalam meningkatkan penguasaan bacaan perkataan mengandungi suku kata KVK dan membantu menambahbaik amalan pembelajaran dan pemudahcaraan saya dalam mengajar kemahiran ini. 4. PENUTUP Secara keseluruhannya, pelaksanaan inovasi KSB dalam pembelajaran bagi kemahiran suku kata KVK dan perkataan yang mengandungi suku kata tertutup KVK menunjukkan hasil yang baik serta positif. Objektif pembelajaran yang ditetapkan bagi melaksanakan inovasi ini juga dapat dicapai dengan kerjasama dan penglibatan aktif murid. Inovasi KSB ini membantu murid mengingat dan menguasai kemahiran suku kata KVK dengan cara yang lebih cepat dan menarik. Di samping itu, inovasi ini dilihat mampu membantu murid pemulihan menumpukan perhatian dan meningkatkan daya ingatan minda mereka. Saya percaya, penerapan pelbagai kaedah intervensi sama bunyi ini mampu menarik minat murid dan memudahkan murid mengingat. Inovasi Kaedah/Kad Sama Bunyi ini berpotensi disebar luaskan bukan hanya kepada murid-murid pemulihan tetapi sangat sesuai disebarkan kepada murid-murid di kelas lain yang masih lemah 2M,murid-murid pra sekolah/pendidikan khas,ibu bapa, guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu Tahun 1-3 di sekolah saya dan sekolah berhampiran dan seluruh Malaysia melalui pelbagai medium sama ada secara bersemuka/ secara atas talian (Google Meet,Facebook,Whatsapp,Telegram dan sebagainya). Walaupun pelbagai halangan dihadapi sepanjang melaksanakan kajian ini, saya berasa cukup berpuas hati apabila melihat murid pemulihan Khas Tahun 2 yang menghadapi kesukaran membaca perkataan bersuku kata KVK sebelum ini, dapat melibatkan diri secara aktif dan menyatakan ‘seronok’ belajar dengan menggunakan Inovasi KSB dengan mengaplikasikannya dalam pelbagai aktiviti. Kajian ini juga dapat membantu saya meningkatkan amalan baik dalam PdP bagi pengajaran kemahiran ini. Rajah 3: Kod QR untuk Maklumat Lanjut Mengenai Inovasi KSB 5. RUJUKAN Norlela Ahmad & Shamsudin Othman (2020). Penggunaan Kaedah Didik Hibur dalam Pengajaran Kemahiran Membaca Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah: International Journal of Education and Training (InjET), 6(2), 1-11. http://www.injet.upm.edu.my&hl=en&as_sdt=0&as_vis=1&oi=scholart Siti Aishah Sembai. Aban Abdullah & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad (2022) Cabaran Pengaplikasian Pendekatan Didik Hibur Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu Dari Aspek Kemahiran Membaca Dalam Talian: Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 349-362. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/18129 355


356 KIT AIS KRIM – JOM PADAN! Lam Li Min SJK(C) Sam Chai, Ipoh [email protected] 1. SINOPSIS Menurut Norlela Ahmad & Shamsudin Othman (2020), didik hibur merupakan satu pembaharuan yang diperkenalkan kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran sesuatu subjek. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi seronok untuk diikuti murid-murid. Matlamat pembelajaran yang diperolehi menggunakan Kit Ais Krim adalah murid pemulihan dapat mempelajari untuk mengecam huruf besar dan huruf kecil. Kit dibangunkan menggunakan 52 keping kad yang berbentuk ais krim dan kon ais krim. Asas penggunaan Kit Ais Krim ini ialah berunsur permainan padanan “matching game”. Pembelajaran menggunakan Kit Ais Krim ini memudahkan murid pemulihan untuk mengingati huruf besar dan huruf kecil dengan kaedah didik hibur. Dalam permainan menggunakan kit ini, murid boleh bermain secara individu ataupun berkumpulan. Penggunaan Kit Ais Krim ini juga sesuai untuk semua mata pelajaran dan tidak terhad kepada sesuatu mata pelajaran ataupun topik sahaja. Guru boleh menggunakan Kit Ais Krim ini untuk mengajar isi pelajaran lain. Sebagai contoh, guru Bahasa Melayu boleh melabelkan penjodoh bilangan pada kad kon ais krim, dan nama objek pada kad ais krim. Murid perlu memadankan objek berdasarkan penjodoh bilangan. Guru Matematik juga boleh menggunakan Kit Ais Krim ini untuk mengajar operasi asas. Contohnya padankan ayat matematik dan jawapan. 2. PENGENALAN Asas penggunaan Kit Ais Krim ini ialah berunsur permainan padanan “matching game”. Pembelajaran menggunakan Kit Ais Krim ini memudahkan murid pemulihan untuk mengingati huruf besar dan huruf kecil dengan kaedah didik hibur. Dalam permainan menggunakan kit ini, murid boleh bermain secara individu ataupun berkumpulan. Objektif pembinaan bahan inovasi ini adalah untuk membantu murid mengecam huruf kecil dan huruf besar. Murid pemulihan mudah keliru dengan penggunaan huruf kecil dan huruf besar. Selain itu, Kit Ais Krim ini juga dapat meningkatkan keseronokan semasa belajar. Dengan penggunaan Kit Ais Krim ini, murid dapat belajar dengan seronok. Penggunaan Kit Ais Krim ini juga bermatlamat untuk menyemai budaya pembelajaran berpusatkan pelajar dan guru sebagai pembimbing. Dengan menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar, murid dapat melibatkan diri secara aktif dan dapat belajar mengikut kemampuan. Murid berasa tersekat sekiranya pembelajaran berpusatkan guru. Kit Ais Krim digunakan berdasarkan sukatan mata pelajaran Pendidikan Pemulihan Bahasa Melayu, iaitu Kemahiran Pemulihan 2 (Huruf-huruf kecil) dan Kemahiran Pemulihan 3 (Huruf-huruf besar). Penggunaannya merangkumi murid pemulihan yang lemah mengenal huruf besar dan huruf kecil. Jadual 1 berikut ialah jadual bagi Sasaran Penggunaan Jadual Berkala Kit Ais Krim.


357 Jadual 1. Sasaran Penggunaan Jadual Berkala Kit Ais Krim Subjek Tahun 1 2 3 Pemulihan Bahasa Melayu 3. PENERANGAN INOVASI Latar Belakang Semasa saya mengajar dalam kelas pemulihan, saya mendapati ramai murid pemulihan mengalami masalah keliru dengan huruf-huruf kecil dan huruf-huruf besar. Murid menghadapi kesukaran untuk membezakan huruf-huruf kecil dan huruf-huruf besar. Sekiranya murid mengalami kesukaran mengenal huruf, maka mereka akan turut mempunyai masalah apabila mereka belajar suku kata, perkataan dan ayat pada masa akan datang. Masalah inilah yang menjadi punca utama tercetusnya idea untuk menghasilkan inovasi Kit Ais Krim. Sebagai seorang guru, saya perlu memikirkan kaedah dan teknik yang sesuai untuk meningkatkan tahap penguasaan murid untuk mengenal huruf. Dalam hal ini, saya perlu memikirkan sebuah alat atau bahan bantu belajar yang sesuai dengan keupayaan murid dan juga menarik minat murid. (Siti Rosni Mohamad Yusoff & Abd Samad Hanif, 2019). Oleh itu, saya telah membuat keputusan untuk menghasilkan bahan inovasi Kit Ais Krim yang dijadikan sebagai bahan bantu belajar bagi meningkatkan kefahaman murid untuk mengenal huruf. Isu dan masalah yang ditangani Semasa seseorang guru ingin mencari bahan bantu mengajar, kebanyakan guru akan mendapati bahawa kekurangan alat bantu mengajar (ABM) berkesan mengikut kesesuaian murid, kerana bukan semua ABM yang terdapat di sekolah sesuai untuk semua pelajar. Kit ini dapat menyelesaikan masalah ini sebagai Alat Bantu Mengajar yang berkesan kepada semua jenis pelajar. Ianya amat sesuai sekali digunakan oleh pelajar lemah dan sederhana untuk meningkatkan minat belajar. Manakala bagi pelajar cemerlang, ianya mampu menghilangkan tekanan dan kebosanan. Selain itu, pelajar lemah dan sederhana kurang berminat belajar cara biasa menyebabkan mereka tidak fokus kepada guru semasa PdPc. Kit Ais Krim ini dapat meningkatkan minat pelajar dengan menyediakan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk interaktif, menjadikan proses PdPc lebih menyeronokkan dan mampu mencapai objektif yang dikehendaki. Masalah sesuatu Alat Bantu Mengajar hanya boleh digunakan pada subjek tertentu sahaja juga merunsingkan guru untuk mencari bahan yang sesuai. Dengan Kit Ais Krim, guru boleh menggunakan Kit ini pada pelbagai subjek dan topik. Sebagai contoh, guru BM boleh menulis “penjodoh bilangan” pada kad berbentuk kon ais krim, dan menulis nama benda pada kad berbentuk ais krim. Murid perlu memadankan nama benda yang sesuai pada penjodoh bilangan. Rajah 1 menunjukkan contoh padanan bagi topik penjodoh bilangan.


358 Rajah 1. Contoh padanan kad-kad Kit Ais Krim (Topik Penjodoh Bilangan) Bagi guru Sains pula, guru boleh menulis “haiwan herbivor” pada kad berbentuk kon ais krim, dan menulis nama haiwan pada kad berbentuk ais krim. Murid perlu memadankan nama haiwan yang sesuai padanya. Huraian Inovasi (bahan/cara/kos/keberkesanan) Setiap kit ada 26 keping kad berbentuk ais krim dan 26 keping kad berbentuk kon ais krim. Grafik Kit Ais Krim ini direkabentuk menggunakan perisian komputer. Perisian yang digunakan ialah Microsoft Word. Kad-kad huruf ini dicetak menggunakan kertas A4 dengan cetakan High Quality, seterusnya dilaminate. Guru boleh mengisi huruf kecil dan huruf besar pada ruang di kad-kad berbentuk ais krim atau kon ais krim. Murid perlu memadankan kad mengikut huruf besar dan huruf kecil secara bertanding. Sesiapa yang dapat habis memadankan kad-kad huruf kecil dan besar paling cepat, siapa yang menang. Rajah 2 berikut merupakan contoh padanan kad-kad huruf. Jadual 2 menunjukkan kos pembinaan Kit Ais Krim. Rajah 2. Contoh padanan kad-kad Kit Ais Krim Jadual 2. Kos pembinaan Kit Ais Krim Bil. Perkara Harga Unit Kos 1. Kos laminate film Sekotak RM35/ 100keping RM0.35 x 4 RM 1.40 2. Kertas A4 80GSM Sebungkus RM13/ 450keping RM0.03 x 4 RM 0.12 Jumlah RM 1.52 Sepanjang pengunaan Kit Ais Krim ini, murid pemulihan didapati lebih seronok dan suka belajar apabila menggunakan Kit Ais Krim. Kit ini dapat membantu murid belajar secara santai sambil bermatlamat. Murid bertindak secara aktif untuk menjawab soalan yang diberikan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kit Ais Krim bukan sahaja menjamin


359 keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid pemulihan, tetapi juga mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan. Kit ini dapat memudahkan tugas guru dengan meningkatkan kemahiran pelajar melalui pembelajaran abad ke 21 (PAK 21). Jadual 3. Dapatan Soal Selidik Berdasarkan Maklum Balas Responden Terhadap Kit Ais Krim Bil. Item Peratus Murid yang menjawab “Ya” Peratus Murid yang menjawab “Tidak” 1 Saya berasa seronok menggunakan Kit Ais Krim semasa belajar. 80% 20% 2 Saya berasa gembira apabila saya guna Kit Ais Krim untuk memadan huruf kecil dan huruf besar dengan betul. 60% 40% 3 Saya suka menggunakan Kit Ais Krim. 80% 20% Analisis dapatan soal selidik yang dimuatkan dalam Jadual 3 menunjukkan maklum balas responden terhadap Kit Ais Krim adalah positif. Sehubungan itu, boleh dirumuskan bahawa kebanyakan murid dalam kumpulan sasaran bersetuju bahawa mereka seronok dan suka menggunakan Kit Ais Krim. Jadual 4. Keputusan ujian pra dan ujian pos murid Keputusan Kemajuan Ujian Pra Ujian Pos Peratus (%) Murid 1 24/26 26/26 7.69 Murid 2 23/26 26/26 11.54 Murid 3 16/26 24/26 30.77 Murid 4 10/26 21/26 42.31 Murid 5 24/26 26/26 7.69 Murid 6 13/26 18/26 19.23 Murid 7 23/26 26/26 11.54 Murid 8 25/26 26/26 3.85 Murid 9 12/26 18/26 23.08 Murid 10 24/26 26/26 7.69 Analisis dapatan keputusan ujian pra dan ujian pasca yang dimuatkan dalam Jadual 4 menunjukkan keputusan ujian pasca kumpulan sasaran telah meningkat jika dibandingkan dengan keputusan ujian pra. Dapatan kajian menunjukkan murid mempunyai kemajuan dalam penguasaan huruf kecil dan huruf besar. Walaubagaimanapun, masih terdapat sebilangan murid yang belum menguasai kemahiran mengenal huruf kecil dan huruf besar. Ini mungkin disebabkan kekangan masa guru menjalankan intervensi dan mungkin juga murid kurang membuat ulangkaji sendiri.


360 4. PENUTUP Dengan kajian yang telah dijalankan, penggunaan Kit Ais Krim adalah berkesan untuk mengatasi masalah penguasaan kemahiran mengenal huruf dalam kalangan murid pemulihan. Penggunaan Kit Ais Krim dapat meningkatkan pencapaian kumpulan sasaran dalam kemahiran mengenal huruf. Dengan adanya inovasi Kit Ais Krim, proses pembelajaran mengenal huruf menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Ini kerana Kit Ais Krim menerapkan kaedah pembelajaran berasaskan permainan yang mampu menarik minat murid. Dalam pada itu, murid juga terdedah dengan konsep kalah dan menang dalam permainan lalu memperbaikinya dengan pengalaman yang diperoleh (Azlina Mohd Mydin et al., 2021). Dengan ini, murid akan merasai pengalaman belajar sebenar melalui kaedah yang lebih menyeronokkan. Selain itu, intervensi dicadangkan agar dapat dijalankan dalam tempoh yang lebih panjang bagi tujuan membuat pemerhatian dan tinjauan yang lebih mendalam untuk mengenalpasti kesan perubahan prestasi murid pemulihan. Namun, tempoh kajian lanjutan yang diperuntukkan haruslah memberi pertimbangan terhadap faktor perbezaan murid dari segi minat dan keperluan, kerana keberkesanan kajian lanjutan dapat dipertingkatkan sekiranya pertimbangan yang diberikan cukup teliti dan terperinci. Kit Ais Krim ini berpotensi untuk disebarluaskan kepada subjek lain kerana kit ini senang dibawa dan mudah digunakan. Selain itu, guru subjek lain boleh menggunakan kit ini untuk mengukuhkan penguasaan pembelajaran sesuatu topik. Dengan ini, inovasi Kit Ais Krim ini sangat berkesan kerana membantu dalam meningkatkan penguasaan pembelajaran murid. 5. RUJUKAN Azlina Mohd Mydin, Siti Nurleena Abd Mansor, Wan Anisha Wan Mohammad, Mahanim Omar, Rafizah Kechil & Siti Mariam Saad (2021). Pembelajaran Berasaskan Permainan. InCeS, 45-53. https://appspenang.uitm.edu.my/ Norlela Ahmad & Shamsudin Othman (2020). Penggunaan Kaedah Didik Hibur dalam Pengajaran Kemahiran Membaca Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. International Journal of Education and Training (InjET) 6(2): November: 1-11 (2020) Siti Rosni Mohamad Yusoff & Abd Samad Hanif (2019). Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Sasbadi Sdn. Bhd.


361 SPACE TOE - PAPAN PETAK 2TUC Lata a/p Muthaiah SK Perempuan Methodist [email protected] 1.SINOPSIS Program Pendidikan Pemulihan Khas merupakan program yang dilaksanakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Kemahiran membaca dan menulis merupakan fokus utama yang perlu dikuasai oleh murid-murid di peringkat rendah. Sejajar itu, maka tercetuslah idea untuk menghasilkan produk yang kreatif bagi pembelajaran dan pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu. Inovasi ini memfokuskan aspek pengajaran kemahiran KV+KV+KV yang terkandung dalam Pemulihan Khas. Space Toe adalah inovasi yang dicipta bertujuan untuk membantu murid-murid Pemulihan Khas tahap 1, tahap 2 dan pelajar peralihan di menengah rendah yang masih tidak dapat menguasai kemahiran mengeja, membaca dan menulis ayat dengan betul. Penggunaan Space Toe dalam pembelajaran Pemulihan Bahasa Melayu telah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis perkataan KV+KV+KV dan kemahiran yang seterusnya. Melalui Kit Space Toe ini, murid dapat mengeja suku kata, perkataan dan membina ayat yang mudah berdasarkan kemahiran ini. Space Toe merupakan produk inovasi yang berlandaskan kepada kaedah pembelajaran melalui pendekatan didik hibur. 2.PENGENALAN Inovasi ini dapat meningkatkan kefahaman konsep mengeja, membaca dan menulis perkataan KV+KV+KV dan kemahiran seterusnya dengan lebih efesien serta dapat meningkatkan potensi murid secara optimum. Murid menggunakan produk Space Toe di dalam kelas secara individu dan berkumpulan. Menurut Dhanapal & Lim (2013) kaedah baharu yang berunsurkan ‘fun learning’ dan kaedah bermain sambil belajar ini akan mencetuskan minda murid untuk menggunakan inovasi ini kerana ia berkonsepkan indoor dan outdoor learning. Produk ini dapat menarik minat murid untuk meneroka kemahiran-kemahiran yang seterusnya dan mampu meningkatkan pencapaian murid untuk mempelajari konstruk ini. Hasil kajian ini membuktilan bahawa produk ini dapat membantu murid dalam pemahaman dan penguasaan kemahiran ini kerana permainan ini dapat melatih, mengembangkan daya ingat dan meningkatkan minat murid. Penggunaan gambar, diagram, carta dan ilustrasi akan lebih membantu murid. Kaedah pembelajaran begini boleh digunakan dengan menggunakan pen pelbagai warna, kertas atau kad imbasan (Zuraidi K,2022). Dalam usaha mempertingkatkan kemahiran bahasa murid-murid ini, guru mempunyai peranan yang besar. Menurut Kamisah dan Aini, 2013, kemahiran dan pengetahuan kanak-kanak berkembang dengan baik apabila mereka melibatkan diri dengan aktiviti bermain yang akan dikongsi dengan rakan-rakan. Menurut Zulfaidah (2020) permainan ini mampu membantu


362 murid di mana permainan ini menyediakan banyak gambar dan perkataan yang boleh digunakan oleh murid untuk membentuk ayat dan dikongsikan kepada rakan-rakan. Objektif produk inovasi Space Toe adalah seperti berikut: (i) Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam kemahiran mengeja dan menulis suku kata terbuka yang mengandungi struktur KV+KV+KV berdasarkan gambar dengan betul. (ii) Meningkatkan kemahiran mengarang ayat mudah berdasarkan perkataan dan frasa dengan tepat. (iii) Meningkatkan tahap penguasaan dalam mengembangkan idea idea dan memperkukuhkan kemahiran menaakul dalam pembelajaran yang seterusnya. (iv )Meningkatkan keyakinan diri dan mewujudkan interaksi mesra antara guru. Kumpulan sasaran inovasi adalah : Murid tahap 1 yang terdiri daripada murid tahun 1, 2, dan 3 Murid tahap 2 yang terdiri daripada murid tahun 4, 5, dan 6 Pelajar menengah rendah dan atas 3.PENERANGAN INOVASI Latar Belakang Inovasi ini merupakan satu kaedah dan strategi pengajaran untuk memberi keseronokkan kepada murid-murid sepanjang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Produk pembelajaran ini dihasilkan adalah untuk membantu murid pemulihan menguasai kemahiaran asas memandangkan terdapat 32 kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid kerana ia merupakan bahan asas untuk pembelajaran seterusnya. Kemahiran asas 3M merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum memasuki alam persekolahan tahun satu. Bagi murid yang tidak menguasai kemahiran ini, ia akan menyukarkan murid tersebut mengikuti pembelajaran di dalam kelas berbanding dengan murid yang sudah menguasai kemahiran asas 3M di aliran perdana. Permainan Space Toe digunakan sebagai alat yang dapat melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran menggunakan kaedah ini. Inovasi ini diharapkan dapat menjadi pendekatan baharu yang menyeronokkan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraaan (PdPc) membaca gabungan perkataan suku kata terbuka KV+KV+KV. Secara tidak langsung kaedah ini akan mendorong murid mempelajari kemahiran ini dengan minda yang tenang. Oleh itu untuk meningkatkan tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran membaca dan menulis perkataan KV+KV+KV, saya telah mengaplikasikan inovasi Space Toe dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dalam kalangan murid-murid kerana penggunaan inovasi ini dapat mewujudkan suasana yang kondusif dan murid akan berasa seronok untuk belajar melalui teknik bermain. Penerangan penghasilan inovasi Inovasi ini dibina daripada bahan-bahan yang mesra alam sekitar (eco-friendly) dan selamat untuk digunakan oleh murid-murid. Produk ini amat sesuai digunakan untuk aktiviti berkumpulan dan boleh digunakan secara individu. Space Toe merupakan kit pembelajaran yang direkacipta berdasarkan elemen standard asas dalam Pembelajaran Abad Ke 21.


363 Isu dan masalah yang ditangani Terdapat beberapa isu atau masalah yang perlu ditangani oleh inovasi ini adalah seperti murid sukar untuk menguasai kemahiran mengeja, membaca, dan menulis serta lemah dalam membuat penaakulan kemahiran ini. Kos peralatan agak mahal dan penggunaan bahan maujud kurang berkesan. Selain itu, murid berasa sukar dan tidak dapat menguasai untuk encerakinkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka. Malah objektif pembelajaran tidak tercapai kerana murid mengambil tempoh masa yang lama untuk menjawab soalan. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang terhad di rumah memandangkan bahan bacaan di rumah lebih bertumpu kepada buku sahaja. Huraian inovasi Permainan Space Toe mempunyai bahan-bahan seperti tapak permaianan, Kad gambar , Kad perkataan, Kad suku kata berwarna dan kad ayat. Rajah 1 : Space Toe - Papan Petak 2tuc Berikut merupakan langkah mudah untuk bermain inovasi ini. Guru menetapkan giliran murid yang akan memulakan permainan ini. Murid diminta untuk memilih kad gambar KV KV KV yang terletak dalam kotak oleh guru. Murid diminta mencari kad suku kata yang tepat bagi membentuk perkataan KV KV KV berdasarkan kad gambar. Murid diminta untuk mengeja perkataan KV KV KV mengikut suku kata yang betul berdasarkan tapak permainan. Rakan lain dipanggil oleh guru untuk untuk menyemak kotak telah dipangkah samaada betul atau salah dalam masa 1 minit. Sekiranya betul, barulah murid boleh memangkah perkataan tersebut. Sekirannya salah, murid berkenaan tidak dibenarkan memangkah kotak tersebut. Murid diminta membina ayat ringkas berdasarkan perkataan yang telah dipangkah. Murid yang mendapat markah yang tinggi dinilai sebagai pemenang dalam permainan ini dan akan diberikan token ganjaran. Pengkaji telah melaksanakan satu pengujian berbentuk soal selidik kepada lima orang responden. Soal selidik telah diberikan untuk mengetahui keberkesanan penggunaan Space Toe. Setiap item dalam kertas soal selidik mengandungi tiga pilihan jawapan iaitu sangat setuju, kurang setuju dan tidak setuju. Berikut merupakan dapatan yang diperolehi daripada soal selidik.


364 Jadual 1 : Keputusan Soal Selidik selepas Intervensi Bil Item STS (1) Tidak Setuju Setuju Setuju Sangat Peratus Memilih Sangat Setuju 1. Saya suka menggunakan Space Toe. 0 0 1 4 80 % 2. Soalan yang diajukan oleh guru adalah senang dibuat melalui Space Toe. 0 0 2 3 80 % 3. Saya berasa lebih yakin untuk menjawab soalan 0 0 0 5 100 % 4. Saya berasa lebih mudah untuk menggunakan produk Space Toe 0 0 0 5 100 % 5. Saya berasa lebih seronok untuk menggunakan inovasi Space Toe 0 0 0 5 100 % 6. Space Toe dapat membantu pembelajaran saya untuk kemahiran seterusnya 0 0 2 3 80 % Nota : SS- Sangat setuju, S-Setuju, TS-Tidak Setuju, STS-Sangat Tidak Setuju Daripada keputusan soal selidik, didapati empat orang murid iaitu 80% sangat suka menggunakan Space Toe dan 100 % iaitu kesemua murid berasa soalan yang diajukan oleh guru adalah mudah. Selain itu, kesemua murid lebih yakin semasa menjawab soalan. Malah mereka berasa lebih mudah dan seronok dan suka akan produk ini. 80% iaitu empat murid berasa lebih seronok untuk menyelesaikan dengan kaedah ini. Akhirnya 3 murid daripada 5 murid iaitu 80 % berpendapat Space Toe mudah diikuti untuk menjawab soalan. 4. PENUTUP Keseluruhannya, inovasi ini memainkan peranan yang penting untuk setiap para pengguna kerana ciri-ciri yang mampu menarik perhatian semua. murid kajian telah mendapat pelbagai manfaat daripada produk Space Toe.yang diperkenalkan kepada mereka. Pertamanya, kaedah tersebut telah membantu meningkatkan prestasi pencapaian dalam Ujian Pos yang diberikan kepada mereka. Tambahan pula, mereka mempunyai persepsi yang baik terhadap kaedah ini. Mereka berasa sangat selesa dan mudah untuk menjawab soalan apabila dibimbing dengan kaedah tersebut.


365 Rajah 2 : Kod QR cara penggunaan SPACE TOE - Papan Petak 2Tuc Rajah 3 : Maklumat lanjut Inovasi SPACE TOE - Papan Petak 2Tuc di Anyflip 5. RUJUKAN Abdulrahman Essa Al Lily, Abdelrahim Fathy Ismail, Fathi Mohammed Abunasser & Rafdan Hassan Alhajhoj Alqahtani. (2020). Distance education as a response to pandemics: Coronavirus and Arab culture. Technology in Society, 6,(3). 207-217. Dhanapal and C. C. Lim. (2013). A Comparative Study of The Impacts And Students’ Perceptions of Indoor And Outdoor Learning in The Science Classroom of AsiaPacific Forum On Science Learning And Teaching, 21. Kamisah, O., & Aini, N. (2013). B.: Teachers and students as game designers: designing games for classroom integration. New Pedagogical Approaches in Game Enhanced Learning: Curriculum Integration, 102-113 Susanti, R. & Zainuddin. (2013). Improving the Students’ Vocabulary Achievement by Applying Tic-Tac-Toe Game. Register: Journal of English Language Teaching of FBS UNIMED, 2(3). Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia, (2003). Buku Panduan Pelaksanaan Prorgam Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) .Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad. KPM, BPK (2019), Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu., Kementerian Pendidikan Malaysia. Zulfaidah, Zulfaidah (2020) The Use Of Tic Tac Toe Game In Teaching Vocabulary At The Seventh Grade Students Of Mts Al-Raisiyah Sekarbela In Academic Year 2019/2020. Undergraduate Thesis, Universitas Muhammadiyah Mataram.


366 TUJU-TUJU ANGKA HASLIZA BINTI NGAH YAHYA SK RAJA PEREMPUAN, IPOH [email protected] 1. SINOPSIS INOVASI Kit inovasi permainan ‘Tuju-tuju Angka’ ini terilham apabila terdapat murid pemulihan khas Tahun 1 yang masih tidak lagi menguasai kemahiran tambah dan tolak dalam lingkungan 10. Permainan ini diharap dapat membantu murid-murid pemulihan tahun 1 untuk menguasai kemahiran tambah dan tolak dalam lingkungan 10. Beberapa aktviti boleh dilakukan di atas bahan bantu mengajar yang berupa banner ini . Ia juga mampu mewujudkan suasana seronok dan seterusnya menggalakkan murid-murid untuk menguasai kemahiran tambah dan tolak dalam lingkungan 10 dengan cara yang berinovasi. Kit inovasi ini merupakan cambahan idea yang terhasil daripada perbincangan di kalangan guru-guru Matematik di sekolah. Selain itu, pemainan ini juga adalah untuk menarik minat murid untuk belajar Matematik. ini. Malahan, hasil produk inovasi ini boleh dimainkan dengan pelbagai cara yang menarik dan kreatif untuk menguji penguasaan murid di dalam kemahiran tambah dan tolak dalam lingkungan 10. 2. PENGENALAN Kit inovasi permainan ‘Tuju-tuju Angka’ ini bertujuan umtuk membantu murid-murid pemulihan khas Tahun 1 yang masih tidak lagi menguasai kemahiran tambah dan tolak dalam lingkungan 10. Reka bentuk kit ini diharap dapat menarik minat murid untuk megingati dan memahami dengan cepat kemahiran yang diajar. Penghasilan kit inovasi permaian “Tuju-tuju Angka’ ini juga dapat membantu guru-guru Matematik yang lain untuk mengajar kemahiran tambah dan tolak dalam lingkungan 10. Secara tidak langsung guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Murid juga dapat bermain sambil belajar.


367 3. PENERANGAN INOVASI Latar Belakang Kit inovasi permainan ‘Tuju-tuju Angka” dibangunkan apabila terdapat murid pemulihan khas Tahun 1 yang masih tidak lagi menguasai kemahiran tambah dan tolak dalam lingkungan 10. Kit ini diharap dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran tambah dan tolak dalam lingkungan 10 seperti yang di dalam DSKP pemulihan khas. Kem 4.1 – Tambah dalam lingkungan 10 Kem 5.1 – Tolak dalam lingkungan 10 Kit permainan ini juga dapat membantu murid yang lemah untuk bersaing secara sihat bersamasama rakan yang lain untuk menguasai kemahiran tambah dan tolak dalam lingkungan 10. Isu dan Masalah Yang Ditangani Oleh Bahan Inovasi Kekurangan alat bantu mengajar (ABM) berkesan mengikut kesesuaian murid merupakan salah satu sebab punca masaalah ini berlaku. Tidak semua ABM yang terdapat di sekolah sesuai untuk semua murid. Oleh itu, penggunaan kit permainan ‘Tuju-tuju Angka’ ini diharap dapat menyelesaikan masalah ini sebagai Alat Bantu Mengajar yang berkesan kepada semua jenis murid. Ianya amat sesuai sekali digunakan oleh pelajar lemah dan sederhana untuk meningkatkan minat belajar. Selain itu, pelajar lemah kurang berminat belajar cara biasa menyebabkan mereka tidak fokus kepada guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.. Penggunaan kit ini dapat meningkatkan minat murid denganmenyediakan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk interaktif, menjadikan proses PdP lebih menyeronokkan dan mampu mencapai objektif yang dikehendaki. Teknik pembelajaran berpusatkanguru menyebabkan murid kurang memiliki kemahiran seperti kemahiran komunikasi, kepimpinan, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran sosial yang lain. Kit direkabentuk dapat menggabungkan pelbagai kemahiran yang dikehendaki melalui aktiviti yang berpusatkan murid, permainan yang berasaskan strategi dan perancangan ini juga mampu meningkatkan kemahiran pelajar dalam proses penyelesaian masalah.


368 KOS PENGHASILAN BAHAN INOVASI BIL PERKARA HARGA (RM) 1. Banner Tuju-tuju Angka 50.00 2. Pundi kacang 2.00 3. Kad nombor 3.00 4. Kad tutup npmbor 3.00 5. Pelekat 2.00 JUMLAH 60.00 Jadual 1 Kos penghasilan inovasi KEBERKESANAN INOVASI PADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) Kit inovasi permainan ‘Tuju-tuju Angka; ini telah digunakan oleh tujuh orang murid pemulihan khas yang lemah. Bahan inovasi ini terbukti dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran tambah dan tolak dalam lingkungan 10. Murid kelihatan seronok dapat bermain sambil belajar. Selain itu, kit inovasi ini juga dapat mempertingkatkan kemahiran murid melalui pembelajaran abad ke-21 (PAK 21). Ujian Pra diberikan kepada murid untuk mengenal pasti tahap kefahaman terhadap tajuk pembelajaran. Murid kemudiannya diberi masa untuk menggunakan bahan inovasi ini secara individu sebanyak 3 kali.. Ujian Pasca diberikan kepada murid untuk menilai semula tahap kefahaman murid terhadap isi kandungan pembelajaran. Jadual 2 Murid yang terlibat (Murid Pemulihan Khas) BIL NAMA MURID KELAS 1 AFRINA SHAZA KHAYLA 1 TERATAI 2 ASSYIFATUL NUR UFAIRA 1 TERATAI 3 IMAN NURWADIHAH TIHANI 1 TERATAI 4 NAARAIYANI 1 TERATAI 5 NOOR SHAMIRAH 1 TERATAI 6 PUTRI NUR INSYIRAH 1 TERATAI 7 ZARA AWNINA MARYAM 1 TERATAI


369 Jadual 3 Keputusan dan Analisis Ujian Pra dan Pasca Bil Nama Muird Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%) Peningkatan % 1 AFRINA SHAZA KHAYLA 60 76 16 2 ASSYIFATUL NUR UFAIRA 50 60 10 3 IMAN NURWADIHAH TIHANI 52 68 16 4 NAARAIYANI 56 70 14 5 NOOR SHAMIRAH 48 60 12 6 PUTRI NUR INSYIRAH 58 72 14 7 ZARA AZWINA MARYAM 60 74 14 Rajah 2 Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca 0 10 20 30 40 50 60 70 80 AFRINA UFAIRA IMAN NAARAIYANI SHAMIRAH PUTRI MARYAM Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%)


370 POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Kit inovasi permainan ‘Tuju-tuju Angka’ ini senang dibawa ke mana-mana. Kit ini mudah digunakan dengan mengikut manual yang diberikan bersama-sama kit. Guru boleh menggunakan kit inovasi ini sebagai aktiviti luar bilik darjah bersama-sama murid. Guru-guru Matematik yang juga lain boleh menggunakan kit inovasi ini bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. 4. PENUTUP Harapan yang tinggi supaya kit inovasi permainan Matematik ‘Tuju-tuju Angka’ ini mampu memberikan impak yang positif kepada murid-murid pemulihan khas SK Raja Perempuan, Ipoh. Seterusnya, diharapkan guru-guru mendapat input baharu mengenai inovasi permainan inovasi dalam Matematik. Akhir sekali, kit inovasi ini diharap mampu mengubah cara aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik di dalam bilik darjah seterusnya mampu membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran tambah dan tolak dalam lingkungan 10. Rajah 1 Latar belakang Inovasi Rajah 3 Video Penggunaan Inovasi


KATEGORI PRA SEKOLAH


2A-ANYWHERE ANYTIME ANYFLIP Jayanthi A/P Bathamanathan Sekolah Jenis Kebangsan Tamil Klebang [email protected] 1.SINOPSIS Tujuan inovasi ini adalah untuk menambah baik amalan PdPc saya dalam menerapkankemahiran bacaan dalam Tunjang Bahasa Tamil. Hal ini sejajar dengan penguasaankemahiran bacaan murid dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan buku Peter and Jane. iMaka kaedah ini diadaptasi dalam menerapkan kemahiran bacaan bahasa Tamil yangbersesuaian dengan murid prasekolah dengan teknik inovasi iaitu Digital Anyflip dalambacaan.Inovasi ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdPc saya dalampengajaran.Kaedah 2A -Anywhere & Anytime Anyflip Reading Book meningkatkan KefasihanDalam Bacaan Bahasa Tamil yang menggunakan kaedah inovasi berpandukan Anyflip digital method. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yangmelibatkan kumpulan sasaran seramai 20 orang murid prasekolah SJKT KLEBANG padatahun 2023. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan kaedah instrumen kajiandikumpul dengan seperti kaedah pemerhatian, senarai semak dan temu bual. Intervensi telahdilakukan dengan ini menggunakan teknologi terkini iaitu pendedahan terhadap aplikasi digital anyflip dalam Bahasa Tamil supaya fasih dalam menyebut serta membaca perkataanagar dapat meningkatkan kefahaman murid baik dalam kalangan murid. Ulangan perkataan(repeating) dapat meningkatkan daya ingatan bacaan secara berulang.Murid serta gambargambar yang terkandung pada flipbook tersebut menarik perhatian murid dalam untuk bacasecara pantas dan yakin membaca. Dapatan kajian membuktikan bahawa penggunaan anyflipbook sangat membantu murid-murid prasekolah kerana penggunaanya luas dan mudahdigunakan dengan adanya telefon pintar, malah kaedah ini sesuai dengan pendidikan mayadigunakan dalam alaf baharu ini. Secara umumnya, kajian ini dapat memudahkan tugas gurudisamping mampu menimbulkan keseronokan dan pengalaman terhadap murid-muridprasekolah semasa menjalankan aktiviti. Kajian ini juga dapat membantu saya memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya. Secara umumnya, kaedah inovasi yang menarik ini mewujudkan pengalaman baharu yang bermakna untuk murid di sampingmemantapkan pemahaman murid melalui pembacaan. 2.PENGENALAN (Machado, 2013: 252). Lenhart,et al.(2017: 1) mengemukakan pendapat serupa iaitumembaca buku cerita bergambar secara bersama-sama dapat memberikan intervensi dalampengembangan kosa kata murid. Penggunaan media merupakan hal yang efektif dalamamat membantu perkembangan kemampuan murid. Buku cerita bergambar merupakanpilihan meningkatkan yang baik dalam mengembangkan kemampuan berbahasa murid. Guru harus memahami terutamnaya dalam bahawa sewaktu membaca buku ceritabergambar dapat membantu murid mengenali kosa kata, meningkatkan daya ingatan dan371


kebolehan berkomunikasi. Disamping itu, menurut Mitchell (2003:87), “Picture storybooksare books in which the picture and text are tightly intertwined. Neither the pictures nor thewords are self sufficient; they need each other to tell the story”. Pernyataan tersebut menekankan bahawa buku cerita bergambar adalah kandungan buku yang mempunyai gambar dan perkataan. Ini bermakna cerita yang terbentuk daripada penggabunganperkataan yang memberikan makna yang tersendiri. Pada usia anak kecil pemilihanpenggunaan buku cerita bergambar merupakan salah satu pilihan yang efektif kerana padausia tersebut anak-anak masih menyukai cerita-cerita dan kanak- kanak suka gambargambar yang penuh berwarna-warni. Walaupun murid-murid sudah berada di prasekolah selama 3 bulan namun masih belumpetah menyebut perkataan. Hal ini menimbulkan rasa kebimbangan saya terhadap tahappenguasaan murid dalam kemahiran bacaan. Saya juga berasa kecewa kerana terhadapsegelintir murid yang bergantung dengan rakan untuk memberikan jawapan setiap kali diajukan soalan kepada murid.Oleh itu, saya telah menjalankan kajian tindakan denganmenggunakan teknik digital anyflip book. Konsep dan idea ini terhasil daripadapenggunaan Buku Peter and Jane Bahasa Inggeris dimana murid yang kurang menguasai kemahiran bacaan bahasa Tamil dapat menunjukkan kemahiran amat menggalakkan dalambahasa lain. Tujuan kajian ini adalah untuk menambah baik amalan PdPc saya dalam menerapkankemahiran bacaan dalam Tunjang Bahasa Tamil. Hal ini sejajar dengan penguasaankemahiran bacaan murid dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan buku Peter and Jane. Maka kaedah ini diadaptasi dalam menerapkan kemahiran bacaan bahasa Tamil yangbersesuaian dengan murid prasekolah dengan teknik inovasi iaitu Digital Anyflipdalambacaan.Anyflip ini boleh digunakan melalui semua jenis,komputer riba dan telefon pintar yang ada talian internet. Gambar-gambar yang digunakan bertepatan dengan tema yangdipilih berdasarkan KSPK Prasekolah.Tulisan yang digunakan dalam bahan bacaan Anyflipsesuai dengan murid prasekolah.Murid dapat membaca dan mengenali kosa kata baharuserta mengulanginya. Objektif Kajian inovasi ini dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran bacaan bahasa Tamil murid prasekolah dengan lihat dan baca melalui aplikasi digital anyflip.Berikut adalah objektifdalam kajian tindakan ini iaitu :Murid prasekolah dapat melihat dan menyebut perkataanbahasa Tamil dengan betul. i. Menarik minat murid prasekolah untuk mempelajari perkataan bahasa Tamil denganmudah. ii. Mengenal pasti kesan penggunaan anyflip digital reading e-book dalam membantukemahiran bacaan bahasa Tamil murid prasekolah dengan kaedah lihat dan baca perkataansecara berterusan. iii. Menambah baik pengajaran sesi bacaan melalui penggunaan anyfilip reading bookdalam membantu menguasai kemahiran bacaan bahasa Tamil murid prasekolah dalammengenal dan membaca perkataan dengan betul. 372


3. PENERANGAN INOVASI Latar belakang Berdasarkan latar belakang dengan menggunakan reka bentuk inovasi yang melibatkankumpulan sasaran seramai 20 orang murid prasekolah SJKT KLEBANG. Kaedahpemerhatian, senarai semak dan temu bual, intervensi telah dilakukan dengan menggunakanteknologi terkini iaitu pendedahan terhadap aplikasi digital anyflip dalam Bahasa Tamil supaya fasih dalam menyebut serta membaca perkataan agar dapat kefahaman baik dalamkalangan murid. Dengan inovasi ini murid dapat secara langsung melihat dan menimba pengalaman yangsedia ada serta mereka rasa seronok dengan paparan slaid yang berwarna-warni danmenarik.Akar Umbi inovasi ini ialah daripada konsep dan idea penggunaan Buku Peter andJane Bahasa Inggeris dimana murid yang kurang menguasai kemahiran bacaan bahasa Tamil dapat menunjukkan kemahiran amat menggalakkan dalam bahasa lain. Oleh itu, inovasi ini secara spontan menggalakan murid lebih giat terlibat dalam aktiviti bacaan secaraberterusan.Kaedah ‘flip book’ ini bukan sahaja, membantu kemahiran murid prasekolahuntuk mengenal perkataan malahan murid dapat mengeja dan menyebut perbendaharaan kata. Kemahiran mengenal huruf juga amat penting untuk seseorang murid prasekolah sebelummahir dalam kemahiran membaca.Oleh itu, saya memberi berfokus terhadap masalah muridyang masih belum menguasai perkataan. Menurut Oxford Advanced Learner’s Dictionary(1995) membaca bermakna;“ to look at and be able to understand something written orprinted: to say with one’s voice or one’s mind written words, to read something out, to get information about something, someone or event, ect.” Penerangan penghasilan inovasi Anywhere & Anytime tamil anyflip reading book merupakan produk inovasi yang dihasilkan untuk :- Murid prasekolah dapat melihat dan menyebut perkataan bahasa Tamil dengan betul.Menarikminat murid prasekolah untuk mempelajari perkataan bahasa Tamil dengan mudah.Mengenal pasti kesan penggunaan anyflip digital reading e-book dalam membantu kemahiran bacaanbahasa Tamil murid prasekolah dengan kaedah lihat dan baca perkataan secara berterusan. Isu dan masalah yang ditangani Isu- isu yang dinyatakan di atas telah berjaya ditangani dengan menggunakan produk inovasi ini mana murid- murid dapat perhatikan sendiri hasil perubahan secara pintar danpantas.Sebelum produk ini diimpikasikan murid sering keliru dengan dengan hasil perkataanbentuk daripada huruf-huruf.Mereka tidak dapat menyebut perkataan yang diminta oleh guruuntuk dibaca.Tajuk membaca perkataan ke ayat mudah ini murid tidak dapat di masteri keranakekangan penguasaan huruf-huruf tamil sebanyak 247.Oleh itu, guru berikthibar untukmencipta Kit Inovasi ini untuk menangani masalah dalam hasilan produk inovasi ini. Dapat mewujudkan perasaan ingin tahu serta mencungkil bakat ada pada murid. 373


Huraian Inovasi (bahan/cara/kos/keberkesanan) Inovasi asasnya daripada bahan berikut digunakan untuk melihat dapatan hasil daripada Kit Anywhere Anytime.Bahan dan kaedah ict yang digunakan untukmenghasilkan inovasi:- Komputer Riba Animasi gambar komik Anyflip Powerpoint slaid Rajah 1:- Muka Hadapan 2A“Anywhere & Anytime anyflip” Produk 2A“Anywhere & Anytime tamil anyflip” digunakan untuk merangsangkan kaedahUlangan perkataan (repeating) dapat meningkatkan daya ingatan murid serta gambar-gambaryang terkandung pada flipbook tersebut menarik perhatian murid untuk baca secara pantas. Jadual 1: Hasil Dapatan Daripada Pemerhatian Selepas Penggunaan Kaedah Anyflip Reading Method 374


4. PENUTUP Kajian terhadap kemahiran membaca perlu diperluaskan kepada frasa dan ayat pada masaakan datang. Murid-murid akan belajar untuk membezakan ketiga-tiga tahap iaitu melalui perkataan, frasa dan ayat. Kemahiran membaca perkataan sebenarnya amat penting kepadamurid-murid dalam konsep bacaan lancar. Guru secara tidak langsung dapat memperbaiki sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Guru seharusnya bertanggungjawabuntuk mendedahkan kemahiran tersebut kepada murid-murid.Kajian ini juga bolehdilanjutkan supaya teknik pengajaran ini dapat diperkembangkan penggunaannya bukansahaja kepada guru prasekolah tetapi juga ibu bapa murid-murid prasekolah yang jugaboleh menggunakan semasa mengajar anak-anak mereka di rumah.Kurikulum StandardPrasekolah Kebangsaan (KSKP) 2010 memfokuskan pembelajaran berpusatkan kanakkanak dan antara fokus utamanya ialah pembelajaran melalui bermain. 5.RUJUKAN Abdul Hadi Mat Dawi, Lee Siong Theam, Mohan Palaniandy, dan J. D. 2016. Penerimaan Alat Web 2.0 dalam Pelaksanaan Kurikulum Program Berasaskan Pembelajaran Abad Ke-21 di Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016. Basiron, I. (2012). Kesan Kaedah Pengajaran Multimedia Interaktif Dalam Pengajaran Seni Visual, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Laporan Projek Sarjana. Dayana Farzeeha Ali, Lee Yee Cheng & Mohd Nur Khafiz Hussin. 2014. Persepsi guruguru terhadap sistem KBSR dan KSSR: Satu Kajian tinjauan dari aspek kurikulum, kesedian guru dan pelaksanaannya. Kertas kerja dibentangkan di Persidangan AntarabangsaKelestarian Insan 2014, Batu Pahat, Johor. Fauziah Md Jaafar, (2010). Jurnal Pendidikan. Kepentingan Aktiviti Bermain DalamPendidikan Prasekolah, 1 – 8. Sharida Sharudin, (2001), Bacalah Sayang, Kuala Lumpur:Associated Educational Distributor(M)Sdn. Bhd. Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali (2011). Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa DanLiterasi Bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1(2):1-15 375 Rajah 2 :Kod QR Video Cara Penggunaan


Click to View FlipBook Version