The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sebuah Buku Digital yang memuatkan penulisan inovasi guru.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by matsyahir, 2024-03-11 18:12:26

KOMPILASI INOVASI PENDIDIKAN KINTA UTARA 2023/24

Sebuah Buku Digital yang memuatkan penulisan inovasi guru.

179 Jadual 1: Ujian Pra dan Ujian Pasca Kit Bijak Mengeja Bil Nama Markah Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%) 1 NAVATHIS 58% 100% 2 PARVIN 33% 67% 3 LEIVINA 42% 83% 4 THIYALINI 33% 100% 5 THARAN 42% 100% 6 ABINESH 25% 100% Kajian di atas menunjukkan bahawa Kit mengeja amat diminati oleh murid dan penguasaan Bahasa Melayu juga meningkat. Ini juga menunjukkan keyakinan murid untuk belajar suku kata, perkataan Bahasa Melayu bertambah. Murid terus mencuba untuk membaca perkataan, frasa kata dan ayat. Kit Mengeja terbukti sebagai alat membantu mengajar yang menarik minat murid dan mengatasi masalah penguasaan suku kata dan perkataan Bahasa Melayu. Dapatan terhadap murid lemah bacaan Tahun 1 ditunjukkan dalam Rajah 3. Rajah 3: Ujian Pra dan Ujian Pasca Kit Bijak Mengeja Dapatan ujian pra menunjukkan peratus markah murid adalah sangat rendah iaitu 5 murid telah mendapat 42% markah ke bawah, malah seorang murid telah mendapat markah yang sangat kurang sebanyak 25% di mana murid sukar mengeja dan menyebut perkataan. Selepas penggunaan Kit Bijak Mengeja berulang kali, pencapaian murid meningkat secara mendadak di mana semua 6 murid pun mendapat markah 60% ke atas (4 orang mendapat 100 markah). Refleksi yang dibuat murid lebih mudah menguasai perkataan Bahasa Melayu dalam bentuk permainan yang dimainkan berulang kali. 4. PENUTUP 0 50 100 150 Navathis Parvin Leivina Thiyalini Tharan Abinesh Ujian Pra dan Ujian Post Kit Bijak Mengeja Ujian Pasca Ujian Pra


180 Kit Bijak Mengeja ini telah disebarluas kepada murid pemulihan dan murid pra sekolah di sekolah yang sama. Secara keseluruhan dapatan kajian menyatakan Kit Bijak Mengeja merupakan alat bantu mengajar yang sangat diminati oleh murid-murid yang lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu. Ia sangat membantu guru-guru untuk menarik perhatian murid ke kelas mereka. Projek inovasi Kit Bijak Mengeja membolehkan murid bermain sambil belajar yang dapat menarik minat pelajar serta mampu meningkatkan pemahaman pelajar serta pencapaian keputusan pelajar kelak. Kesimpulannya, inovasi mampu memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran guru. Rajah 4 : Kod QR Video Murid Sebelum Menggunakan Kit Bijak Mengeja Rajah 5 : Kod QR Video Murid Selepas Menggunakan Kit Bijak Mengeja Rajah 6 : Kod QR untuk Maklumat Lanjut Mengenai Kit Bijak Mengeja di Flipbook 5. RUJUKAN Zentner, M. R. (2001) Preferences for colours and colour-emotion combinations in early childhood. Developmental Science,389-398. Ardiansyah, t. (2019). penerapan metode suku kata dengan reposisi bunyi melalui aplikasi complete the text dalam meningkatkan kemampuan membaca permulaan anak tunagrahita ringan di sekolah hayat school bandung (Doctoral dissertation, Universitas Pendidikan Indonesia). Yusuf, M. S., Shaffeei, K., & Razalli, A. R. (2023). Construction of Kits ‘Jom Bantu Anak Murid’(JOBA) Improve the Reading Mastery of Special Recovery Students: Pembinaan kit Jom Bantu Anak Murid (JOBA) Meningkatkan Penguasaan Membaca Murid Pemulihan Khas. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 16, 105-122. Kuslan, N. L. (2014). Aktiviti pemulihan bacaan di sebuah sekolah rendah: Satu kajian kes (Doctoral dissertation, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya).


181 KIT CKK(CONGKAK KOSA KATA) Chang Fei Yee SJKC Bercham [email protected] 1. SINOPSIS Kit CKK yang dibangunkan untuk semua murid tahap 1 dan tahap 2 sekolah rendah adalah satu bahan bantu mengajar berasaskan permainan. Kit ini bermatlamat untuk meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Melayu murid dengan mengintergrasikan kaedah didik hibur. Permainan interaktif yang bersifat pendidikan dapat menarik minat dan memberi motivasi kepada murid untuk belajar dan lebih berfokus terhadap proses pembelajaran. Tambahan pula, Kit CKK yang bercirikan pembelajaran berpusatkan murid juga dapat mendorong murid bertindak aktif, berdikari dan lebih produktif ketika dalam proses pembelajaran serta memenuhi tuntutan pembelajaran abad ke-21. 2. PENGENALAN Perbendaharaan kata merupakan asas dalam penguasaan bahasa terutamanya bahasa asing atau bahasa kedua. Penguasaan perbendaharaan kata yang baik dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran bahasa yang lain. Murid memerlukan semangat dan motivasi kerana pembelajaran bahasa merupakan satu proses pembelajaran yang sukar. Kanak-kanak mempunyai naluri semula jadi yang cenderung dan suka untuk bermain. Rentetan daripada itu, minat belajar boleh dipupuk melalui kaedah permainan. Hal ini sejajar dengan Siti Rohani, Suhaila dan Hakim (2018) bahawa pembelajaran berasaskan permainan merupakan salah satu pembelajaran melalui kaedah pemusatan pelajar yang dapat menarik minat menggalakkan pelajar dalam bidang pendidikan termasuklah pembelajaran bahasa kedua. Kit CKK merupakan satu pembelajaran berasaskan permainan yang bermatlamat meningkatkan tahap penguasaan kosa kata Bahasa Melayu murid. Kit CKK juga dapat membantu guru membentuk PdPc secara didik hibur. Penglibatan pelajar secara berkumpulan dapat menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran di samping teknik permainan yang digunakan mampu menghasilkan kaedah yang mencabar minda pelajar dengan memupuk pelbagai kemahiran. Kit ini sesuai digunakan untuk semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Penggunaannya juga amat sesuai untuk murid yang lemah dalam penghafalan kosa kata.


182 3. PENERANGAN INOVASI Latar Belakang Bahasa merupakan satu medium perhubungan yang membolehkan proses komunikasi berlaku antara dua pihak atau lebih khasnya semasa proses pembelajaran berlangsung yang melibatkan interaksi antara guru dan kanak-kanak serta kanak-kanak dengan kanak-kanak. Penghasilan inovasi ini memfokuskan penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu dari aspek kosa kata untuk membantu kanak-kanak menguasai bahasa kedua dengan menggunakan Kit CKK yang berbentuk didik hibur. Penerangan penghasilan inovasi Penguasaan kosa kata yang terhad telah menyebabkan murid menghadapi kesukaran dalam mendengar dan bertutur dengan perkataan yang tepat, membaca, memahami dan menaakul petikan serta menghasilkan penulisan yang mantap. Pernyataan ini selari dengan pandangan Bayuong et al. (2019) iaitu murid menghadapi masalah dalam penguasaan kemahiran berbahasa disebabkan kekurangan kosa kata dalam diri mereka. Pendaftaran kosa kata pada tahap yang rendah merupakan punca kesukaran untuk memperoleh kemahiran bahasa lain. Erti katanya, dengan kosa kata yang banyak, murid barulah dapat mengikuti aktiviti susulan seperti membuat penaakulan sesuatu teks bacaan atau menulis karangan. Berikutan dengan kajian-kajian lepas mendapati kaedah pengajaran tradisional yang sudah lapuk masih dipergunakan oleh guru semasa membuat penerangan makna perkataan di sekolah-sekolah. Pengimplementasian teknik pengajaran yang tidak sesuai membawa kepada kelemahan dalam pembelajaran murid di mana mampu mengekang prestasi akademik murid. Kaedah pengajaran tradisional di bilik darjah menyebabkan murid menemui kebosanan dalam pembelajaran berbanding dengan kaedah pembelajaran berasaskan permainan digital . Dalam konteks ini, teknik pengajaran konvensional yang berpandukan penerangan guru secara lisan iaitu komunikasi satu hala, turut tidak cukup menarik perhatian murid, di samping menjadikan murid kurang berfokus dalam pembelajaran. Maka, guru perlu bersikap inovatif merancang kaedah pembelajaran yang menyeronokkan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran sehingga mereka dapat menguasai ilmu yang dipelajari. Isu dan masalah yang ditangani Pembelajaran kosa kata bukan sahaja tentang mengetahui kata-kata baharu dan mengambil masa untuk menghafal tetapi juga tentang cara menyimpan kata-kata dalam ingatan jangka panjang dengan cara yang kreatif. Hal ini memberi iktibar kepada pendidik dalam menggunakan kaedah pengajaran kreatif kerana pembelajaran kosa kata bukan hanya bergantung kepada penghafalan kata baharu. Dapatan Akdogan(2017) memaparkan bahawa penggunaan alat permainan memainkan peranan dalam mengembangkan perbendaharaan kata. Seperti dapatan Yunus dan Azman(2019) turut membuktikan bahawa penggunaan alat gamifikasi berjaya mengekalkan ingatan murid dan meningkatkan kata kerja dalam kalangan murid sekolah rendah. Dengan kata lain, penyaluran kosa kata baharu kepada murid melalui alat gamifikasi menggalakkan pemikiran kognitif yang aktif sehingga menghasilkan sesuatu bahasa yang dipelajari. Maka, Kit CKK direka bagi menarik minat pelajar di samping boleh digunakan oleh pelajar dengan keperluan pembelajaran yang berbeza.


183 Huraian Inovasi (bahan/cara/kos/keberkesanan) Kit CKK yang direka bentuk senang mengikut kesesuaian isi pelajaran oleh para pendidik dan boleh dimainkan oleh semua pelajar semasa pembelajaran. Kit CKK dibangunkan menggunakan satu set permainan congkak dan kad bertulis. Murid disediakan 10 kosa kata yang perlu dikuasai. Murid menggunakan Kit CKK secara berpasangan. Murid bermain secara bergiliran dan murid perlu menuliskan satu kosa kata di kad bertulis apabila ingin memasukkan buah guli ke dalam “Rumah”. Murid tidak dapat memasukkan buah guli ke dalam “Rumah” sekiranya tidak dapat menulis kosa kata dengan betul dan serahkan giliran kepada rakan lawan. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak pada penghujung permainan. Keberkesanan Kit CKK berpandukan alat gamifikasi sebagai sistem tindak balas murid ini dapat difahami melalui model pembelajaran berasaskan model pembelajaran berasaskan permainan digital input-proses-output Garris, Ahlers dan Driskell (2002). Pendekatan pembelajaran ini menekankan pelajar mengikuti, memahami, membina dan mengukuhkan isi pembelajaran baharu berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar. Secara tidak langsung, pelajar meneroka ilmu baharu dengan melibatkan diri dalam pembelajaran di samping menunjukkan motivasi yang berterusan dalam permainan untuk mencapai pembelajaran berkesan. Dengan ini, model teoretis ini menunjukkan bahawa, disebabkan sistem tindak balasnya telah menggalakkan penglibatan yang lebih besar, pembelajaran mungkin meningkat melebihi apa yang diharapkan daripada kaedah tradisional. Lantaran, guru menggalakkan pelajar terlibat dalam pembelajaran yang lebih mendalam daripada menghafal perkataana baharu seperti yang berlaku semasa penggunaan sistem tindak balas pelajar(Licorish,Owen, Danirel& George, 2018). Kit CKK digunakan oleh sekumpulan murid Tahun 3 sebagai responden kajian. Seramai 30 murid telah dipilih untuk menjalankan PdPc dengan menggunakan kit CKK. Jadual 1 menunjukkan perbandingan markah ujian awal dan ujian akhir responden. Jadual 1. Perbandingan ujian awal dan ujian akhir responden Responden Ujian awal Ujian akhir R1 10% 100% R2 0% 70% R3 20% 90% R4 30% 100% R5 0% 80% R6 50% 100% R7 10% 90% R8 20% 100% R9 30% 90% R10 10% 80% R11 20% 100% R12 10% 100% R13 20% 100% R14 10% 90% R15 10% 100% R16 10% 100% R17 50% 100%


184 R18 10% 80% R19 30% 100% R20 60% 100% R21 50% 90% R22 40% 100% R23 30% 100% R24 60% 100% R25 50% 100% R26 10% 80% R27 40% 100% R28 20% 90% R29 50% 100% R30 0% 90% Selepas ujian awal dijalankan, purata markah yang diperoleh oleh murid adalah sebanyak 25%. Setelah PdPc dijalankan dengan menggunakan kit CKK, data dianalisis selepas menjalankan ujian akhir ke atas responden. Jadual 1 di atas jelas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang ketara dalam ujian akhir di mana purata markah yang diperoleh oleh murid adalah sebanyak 94%. Melalui dapatan kajian dapat dilihat inovasi yang dijalankan iaitu dengan menggunakan strategi belajar melalui bermain dalam penguasaan kosa kata berjaya mencapai objektif. 4. PENUTUP Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan inovasi KIT CKK bukan sahaja menarik minat malah mampu meningkatkan kefahaman dan kebolehan mengingat kosa kata Bahasa Melayu dengan mudah. Dapatan kajian ini secara langsung dapat membuktikan bahawa dengan wujudnya inovasi dalam pengajaran, motivasi pelajar terhadap pembelajaran meningkat dengan lebih tinggi. Sehubungan itu, para guru dapat mempelbagaikan teknik dan pelaksanaan aktiviti di samping menjimatkan masa, kos dan tenaga. Selain itu, ia turut memberi kemudahan murid untuk mengingati kosa kata secara interaktif dan fleksibel. Hasil kajian ini diharap dapat dijadikan pemangkin semangat untuk guru dan murid menggunakan teknologi dalam pembelajaran bagi memudahkan PdPc. Rajah 1: Kod QR untuk Gambar-gambar Pelaksanaan Kit CKK


185 RUJUKAN Akdogan, E. (2017). Developing vocabulary in game activities and game materials. Journal of Teaching and Education, 7(1), 31-66. Bayuong, P. D., Ajop, R. N. C., Legak, T. C., & Yunus, M. M. (2019). Vocab-T: enhancing young learners’ vocabulary. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 9(1), 210–220. Garris, R., Ahlers, R. & Driskell, J. E. (2002). Games, motivation, and learning: A research and practice model. Simulation & Gaming, 33(4), 441-467. Licorish, S. A., Owen, H. E., Danirel, B.,& George, J. L. (2018). Students’ perception of Kahoot’s influence on teaching and learning. Research and Practice in Technology Enhanced Learning, 1-23. Yunus, M. M., & Azman, M. A. (2019). Memory Stay Or Stray?: Irregular Verbs Learning Using Kahoot. Arab World English Journal (AWEJ) Special Issue on CALL, 5,206-219.


186 KIT DAM ULAR TMK Nor Haslinda Binti Samsudin SK Coronation Park [email protected] 1. SINOPSIS Melalui penggunaan Kit Dam Ular, matlamat pembelajaran yang ingin dicapai adalah agar pelajar dapat mempelajari subjek TMK dengan cara yang menarik dan berkesan. Kit ini dirancang untuk mencakup Sukatan Pelajaran Malaysia bagi subjek Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi rendah Tahun 5 (KSSR), khususnya dalam konteks Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Kit ini memanfaatkan 30 keping kad soalan yang mengandungi maklumat pembelajaran, berserta set tapak permainan lengkap dengan dadu dan bidak. Rekabentuk tapak permainan asal memanfaatkan konsep Dam Ular klasik, dan pemilihan ini dimaksudkan untuk memudahkan dan merangsang pelajar dalam menjawab soalan-soalan pembelajaran. Teknik pembelajaran menggunakan Dam Ular diharapkan dapat membantu pelajar melalui pembelajaran berkumpulan, dengan tujuan meningkatkan minat mereka terhadap mata pelajaran ini. Dalam permainan menggunakan Kit Dam Ular, pelajar dapat bermain secara berkumpulan, membolehkan hingga 6 orang pemain terlibat. Permainan bermula dengan melemparkan dadu dan menggerakkan bidak berdasarkan hasil dadu. Apabila bidak pelajar landas pada petak yang menunjukkan ular, pelajar diuji dengan menjawab soalan berkaitan dengan mata pelajaran yang telah disediakan. Permainan berakhir apabila bidak pertama mencapai garisan penamat, menandakan akhir sesi pembelajaran dengan cara yang seronok dan interaktif 2. PENGENALAN Permainan Dam Ular dan Tangga telah diadaptasikan sebagai alat pengajaran dalam pelbagai mata pelajaran dan peringkat darjah, termasuk biologi dan matematik (Daulay & Rambe, 2023). Penelitian menunjukkan peningkatan hasil pembelajaran, motivasi dan semangat belajar pelajar (Permana & Mulyati, Rohmah, Mualimin & Suhardi, 2023). Bagi memastikan pencapaian objektif pembelajaran, adalah penting untuk melakukan kajian teliti terhadap teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pelajar. Ini bukan sahaja akan memudahkan interaksi antara pelajar dan guru dalam proses pembelajaran, tetapi juga memastikan bahan ajar yang disediakan adalah relevan untuk menangani masalah pembelajaran. Dalam usaha mengintegrasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke21, transisi dari cara konvensional kepada teknik baru menjadi keutamaan utama, kerana ia dapat meningkatkan keseronokan belajar. Langkah-langkah dalam transisi ini boleh mencakup penggunaan teknologi, penyelenggaraan aktiviti berinteraktif, dan penerapan kaedah pembelajaran yang lebih dinamik. Salah satu inisiatif yang menonjol ialah penggunaan Kit Dam Ular TMK dalam konteks sukatan mata pelajaran TMK Tahun 5 (KSSR) Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, yang melibatkan semua pelajar Tahun 5 (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Gambar penulis


187 Pembelajaran. elain itu, penting juga untuk mengambil kesempatan daripada kandungan grafik dalam kit tersebut sebagai alat bantu untuk membantu pelajar menguasai pemikiran kreatif dan kritis. Dengan pendekatan ini, diharapkan pembelajaran tidak hanya memberi tumpuan kepada pemahaman konsep semata-mata, tetapi juga pada perkembangan kemahiran berfikir yang lebih mendalam bagi memastikan kejayaan dalam proses pembelajaran. 3. PENERANGAN INOVASI Latar Belakang Inovasi Permainan Kit Dam Ular merupakan kolaborasi antara konsep permainan papan klasik Ular dan Tangga dengan penambahan elemen teknologi yang memberikan sentuhan moden. Komponen-komponen permainan ini terdiri daripada 30 soalan yang terdapat dalam bentuk Kod QR "Flip book", 1 tapak "Play n Learn", 1 dadu, 6 bidak berwarna, dan 8 tapak ular. Reka bentuk permainan ini mengambil kira keterlibatan hingga 6 pelajar bersama dengan seorang pengadil. Dalam permainan, pengadil memainkan peranan penting dengan mengendalikan kadkad soalan yang menjadi elemen kunci dalam permainan. Setiap pemain akan melemparkan dadu untuk menentukan jumlah langkah yang mereka boleh gerak dan mengikuti arahan yang ditunjukkan oleh simbol pada dadu. Apabila pemain bergerak, mereka harus mematuhi arahan yang muncul pada petak yang mereka lalui. Ketika pemain mencapai petak yang mempunyai ular, mereka diuji dengan satu soalan tertentu. Jawapan yang tepat membolehkan pemain terus bergerak, sementara jawapan yang salah akan mengakibatkan kehilangan satu pusingan giliran. Dengan adanya unsur kejutan dan cabaran dalam permainan, pemain mungkin mengalami pergolakan pergerakan melalui papan permainan. Tujuan utama permainan adalah mencapai garis penamat yang berlabel 100 dengan menggerakkan bidak melalui papan. Pemain yang mencapai tapak 100 pertama kali akan diiktiraf sebagai pemenang. Keseluruhan konsep permainan ini menawarkan pengalaman seronok dan menarik sambil merangsang pemikiran strategik dan pengetahuan pelajar. Penerangan penghasilan inovasi Permainan Kit Dam Ular TMK ini merupakan hasil adaptasi kreatif dari permainan papan klasik Ular dan Tangga. Konsep permainan ini diwujudkan dengan memanfaatkan bahan-bahan terbuang yang mudah didapati, seperti kotak terbuang dan penutup botol. Selain daripada unsur kelestarian alam, permainan ini turut dilengkapi dengan kad-kad soalan yang dipersembahkan dalam bentuk Kod Pengesanan Cepat atau Kod QR. Walaupun Kit Dam Ular TMK yang tersedia pada masa ini masih menumpukan kepada penggunaan bahan-bahan sederhana, namun rancangan masa depan merangkumi peralihan permainan ini ke peringkat digital dengan memanfaatkan kemajuan teknologi yang pesat. Transformasi ini bertujuan untuk mengenrichkan lagi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menggabungkan kelebihan teknologi, sambil memberikan kemudahan akses dan penggunaan permainan ini dalam era digital yang semakin berkembang. Dengan ini, diharapkan permainan ini tidak hanya memberikan keseronokan semata-mata, tetapi juga menyumbang kepada pembelajaran yang lebih dinamik dan inovatif bagi pelajar di seluruh platform pembelajaran.


188 Isu dan masalah yang ditangani Untuk mencapai minat belajar pelajar berkeperluan khas tahap 2, cabaran bagi guru adalah cukup besar. Pelajar ini kerap terlibat dalam pelbagai aktiviti termasuk latihan untuk persembahan, pertandingan sukan, ko-kurikulum, dan ko-akademik. Guru, dengan masa yang terhad, perlu memastikan pembelajaran berjalan seiring dengan silibus yang ditetapkan. Pembelajaran yang menyeronokkan menjadi kunci untuk memastikan pelajar terus berminat dan mempertahankan momentum pembelajaran hingga ke akhir sesi. Kit Dam Ular TMK membuktikan ia sebagai alat yang sangat membantu dalam mencipta persekitaran yang menyeronokkan. Dalam situasi ini, kit tersebut mampu mengatasi rasa bosan pelajar terhadap proses pembelajaran di dalam kelas. Penggunaan Kit Dam Ular TMK ini khususnya berguna dalam sesi ulang kaji untuk pelajar dari pelbagai tahap kebolehan – lemah, sederhana, dan pandai. Penggunaan kit ini tidak hanya meningkatkan motivasi pelajar tetapi juga mendorong penyertaan penuh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, permainan ini memberikan peluang untuk interaksi sosial, kerjasama, dan persaingan yang sihat di antara pelajar. Hal ini tidak hanya memperkukuhkan hubungan interpesonal, tetapi juga memberikan peluang untuk memupuk nilai-nilai murni seperti pematuhan terhadap peraturan dan arahan. Arahan atau soalan pada papan permainan juga dapat dioptimumkan untuk meningkatkan kemahiran bahasa, merangsang kemahiran membaca, dan pemahaman. Dengan semua kelebihan ini, Kit Dam Ular TMK tidak hanya menjadi datu alat pengajaran, tetapi juga satu medium pembelajaran yang holistik. Huraian inovasi (bahan/cara/kos/keberkesanan) Permainan Kit Dam Ular TMK mengandungi komponen-komponen yang memanfaatkan bahan-bahan terbuang, menyumbang kepada aspek kelestarian alam. Penggunaan kotak terbuang dan penutup botol sebagai bahan utama bagi reka bentuk permainan menunjukkan pendekatan yang kreatif dalam memanfaatkan sumber-sumber yang sedia ada. Tambahan pula, kad-kad soalan dalam bentuk Kod Pengesanan Cepat atau Kod QR menambah dimensi teknologi kepada permainan, meningkatkan interaktiviti dan kerelevanan dengan perkembangan masa kini. Kos pembuatan Kit Dam Ular TMK pada peringkat awal mungkin terkawal kerana penggunaan bahan-bahan sederhana yang mudah didapati dan terbuang. Walau bagaimanapun, peralihan ke peringkat digital pada masa depan mungkin melibatkan kos yang lebih tinggi, seperti pembangunan aplikasi, rekabentuk grafik digital, dan lain-lain. Kos tambahan juga mungkin termasuk pengeluaran kad-kad soalan dengan teknologi QR. Permainan ini dijangka memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan inovatif kepada pelajar. Kelebihan teknologi yang diintegrasikan dalam bentuk Kod QR meningkatkan daya tarikan dan interaktiviti permainan. Transformasi ke peringkat digital dijangka memberi akses lebih mudah dan fleksibiliti kepada pengguna, meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan terbuang juga memberikan kesedaran kelestarian alam kepada pelajar, sambil memberikan nilai tambah dalam konteks pembangunan produk yang berdaya tahan. Keberhasilan Kit Dam Ular TMK akan dinilai melalui sejauh mana ia dapat mempertingkatkan minat dan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran TMK.


189 Kit Dam Ular TMK telah digunakan sebagai alat kajian oleh sekumpulan pelajar yang terlibat sebagai responden. Sebanyak 7 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam penggunaan permainan ini dan memberikan maklum balas melalui soal selidik yang telah disediakan. Keputusan daripada analisis soal selidik terhadap pelajar dapat dilihat dalam Jadual 1. Jadual 1: Dapatan Kajian Bil. Item TS S SS 1. Saya suka bermain permainan Kit Dam Ular TMK. 0 0 7 2. Permainan ini dapat menarik minat untuk saya belajar mata pelajaran TMK. 0 0 7 3. Saya merasa gembira dan seronok bermain permainan ini. 0 0 7 4. Saya dapat ilmu sambil bermain permainan ini. 0 0 7 5. Permainan ini dapat memupuk semangat kerjasama dengan rakan sekelas. 0 0 7 6. Saya lebih suka belajar seperti biasa berbanding belajar sambil bermain dengan permainan ini. 0 0 7 7. Saya belajar mematuhi arahan di dalam permainan ini. 0 0 7 8. Saya membantu rakan di dalam permainan ini. 0 0 7 9. Saya seronok belajar mata pelajaran TMK 0 0 7 10. Soalan dalam kad soalan sangat mudah dijawab 3 4 0 Nota: SS- Sangat Setuju, S – Setuju, TS – Tidak Setuju Berdasarkan keputusan soal selidik yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa pengalaman pelajar dengan permainan Kit Dam Ular TMK adalah sangat positif. Pelajar menyatakan bahawa permainan ini menarik minat mereka untuk mempelajari mata pelajaran TMK dan memberikan perasaan kegembiraan serta keseronokan semasa bermain. Mereka juga menyebut bahawa permainan ini memberikan peluang untuk memperoleh ilmu sambil bermain, yang menunjukkan keberkesanan pendekatan pembelajaran yang diintegrasikan dalam permainan. Selain itu, perkembangan semangat kerjasama dengan rakan sekelas juga dianggap sebagai satu aspek positif dalam pengalaman permainan ini.Walaupun begitu, terdapat beberapa pelajar yang menganggap bahawa soalan-soalan yang diajukan agak sukar dijawab. Secara keseluruhan, keputusan soal selidik menunjukkan bahawa permainan Kit Dam Ular TMK berjaya memenuhi objektifnya untuk meningkatkan minat, memberikan kegembiraan, dan menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna bagi anda dalam memahami mata pelajaran TMK.


190 4. PENUTUP Kit Dam Ular ini dianggap sebagai alat yang dapat membantu guru mencipta suasana pembelajaran yang menyeronokkan di dalam kelas. Meskipun dibina menggunakan bahanbahan terbuang, konsep bermain sambil belajar yang diterapkan mampu memotivasikan pelajar untuk terus bercita-cita dan bersemangat sepanjang sesi pembelajaran. Penggunaan bahan terbuang juga menunjukkan pendekatan lestari dalam pendidikan. Dengan adanya Kit Dam Ular, diharapkan guru dapat mencipta pengalaman pembelajaran yang lebih menarik dan relevan untuk generasi kini. Selain itu, melihat kepada pesatnya kemajuan teknologi, rancangan untuk menghasilkan Kit Dam Ular Digital sedang dirancang untuk masa akan datang. Transformasi ke versi digital ini bertujuan untuk memberikan pengalaman belajar yang lebih dinamik, memenuhi keperluan generasi terkini yang semakin terbiasa dengan teknologi digital, dan meningkatkan daya tarikan dalam proses pembelajaran. RUJUKAN Joel Ongko Halim, Dewi Muliyati & A Handjoko Permana. (2023). Desain Permainan Ular Tangga yang Terintegrasi dengan Pembelajaran Fisika. Mitra Pilar: Jurnal Pendidikan, Inovasi, dan Terapan Teknologi, Vol. 2 No:1. Pp 11-20. Fenny Adnina Daulay & Nana Ronawan Rambe. (2023). Penerapan Media Ular Tangga dalam Meningkatkan Hasil Belajar Siswa Kelas VII di SMP Neger 2 Tehoru. Indonesian Journal of Teaching and Teacher Education, Vol.3 No.1, Pp 34-39. Ana Ainur Rohmah, Mualimin Mualimin & Andi Suhardi (2023). The Use of Snake and Ladder Media in Developing Students’ Cognitive Development. Journal of Education and Technology. Vol.6, No:3. Rajah 1: Kod QR untuk muat turun Dam Ular TMK Rajah 2: Kod QR untuk muat turun 30 soalan kuiz TMK


191 KIT PENANDA VOKAL BAHASA TAMIL Mugileswari A/P M.Letchamanan SJK(T) Taman Desa Pinji [email protected] 1.SINOPSIS Tulisan Tamil mengandungi 216 huruf gugusan (uiymeyyelutthu) yang mewakili setiap kombinasi konsonan dan vokal yang boleh dibentuk. Huruf gugusan ini dibentuk dengan membubuh tanda vokal pada konsonan. Tanda vokal yang berbeza bentuk digunakan untuk membezakan bunyi vokal pendek (kuril) dan panjang (nedil). Dalam Kit Penanda Vokal Bahasa Tamil ini, sebanyak 18 huruf gugusan digunakan. Tanda vokal bagi bunyi vokal pendek adalah ‘ெ ’ dan tanda vokal bunyi panjang adalah ‘ே ’. Maka, pelajar dapat mempelajari 18 bunyi vokal pendek dan 18 bunyi vokel panjang melalui kit ini. Matlamat pembelajaran yang diperolehi menggunakan Kit Vokal Bahasa Tamil adalah pelajar akan dapat mengenali sebutan huruf gugusan Bahasa Tamil yang berbunyi panjang dan pendek. Pembelajaran menggunakan kit ini memudahkan pelajar untuk mengingati huruf gugusan Tamil (uyirmeyyelutthu) serta bunyi vokal panjang dan pendek. Teknik pembelajaran menggunakan kit ini dapat membantu pelajar melalui pembelajaran individu atau berkumpulan mempertingkatkan kemahiran membaca dalam Bahasa Tamil. 2.PENGENALAN Matlamat pembelajaran yang diperolehi menggunakan kit Penanda Vokal Bahasa Tamil adalah pelajar akan dapat mengenali dan menyebut vokal Tamil pendek dan vokal Tamil panjang. Pelajar menggerakkan kad tanda vokal ‘ெ ’ dan ‘ே ’ pada kiri konsonan dan membentuk ‘huruf kembar’. Pelajar menyebut ‘huruf kembar’ tersebut sebagai vokal pendek atau vokal panjang. Contoh: ெெ (vokal pendek) ேெ (vokal panjang) Kit ini dapat membantu pelajar melalui pembelajaran secara individu atau berkumpulan untuk mempertingkatkan kemahiran menyebut dan membaca huruf Bahasa Tamil yang terdiri daripada vokal panjang dan vokal pendek. Dengan hanya menggerakkan tanda vokal, pelajar dapat menghafal vokal panjang dan pendek dengan lebih cepat. Kit ini sesuai kepada pelajar tahun 1 atau pelajar pemulihan yang belum menguasai kemahiran membaca dalam Bahasa Tamil.


192 3.PENERANGAN INOVASI Latar Belakang Kit Penanda Vokal ini dihasilkan dengan menggunakan laminating film. Huruf gugusan Tamil (uyirmeyyelutthu) dicetak dengan menggunakan kertas A4. Huruf gugusan dibahagi kepada 3 jenis, iaitu Vallinam, mellinam, idayyinam. Sebanyak 3 keping laminating film digunakan. Setiap laminating film diselitkan satu kertas A4 yang dicetak dengan 6 huruf gugusan. Rajah 1 : ெ, ச, ட, த, ப, ற (6 huruf gugusan) (vallinam) Rajah 2 : ங, ஞ, ண, ந, ம, ன (6 huruf gugusan) (mellinam) Rajah 3 : ய, ர,ல, வ, ழ, ள (6 huruf gugusan) (idayyinam) 2 jenis Tanda vokal iaitu, tanda bunyi vokal pendek dan tanda bunyi vokal panjang dicetak dalam bentuk kad segiempat tepat. Kad tersebut dipotong dan dilekatkan pada hujung lidi sate. ெ : tanda vokal bagi bunyi vokal pendek ே : tanda vokal bagi bunyi vokal panjang


193 Rajah 4 : 2 jenis tanda vokal dilekatkan pada lidi sate Pelajar menyelitkan kad vokal ini dalam laminating film dan menggerakkannya ke setiap huruf gugusan. Kad tersebut diletakkan di sebelah kiri setiap huruf dan menjadikannya sebagai ‘huruf kembar’ serta sebutkan huruf sebagai bunyi vokal pendek atau pendek. Guru membimbing dan membetulkan sebutan pelajar. Isu dan masalah yang ditangani Isu yang dikenalpasti adalah pelajar pelajar tahun 1 tidak dapat mengenali 18 bunyi vokal pendek dan 18 bunyi vokal panjang dalam Bahasa Tamil. Selain itu, pelajar juga menghadapi kesukaran untuk menghafal vokal pendek dan vokal panjang Bahasa Tamil. Pelajar juga tidak dapat mengeja dengan betul perkataan yang terdiri daripada vokal pendek atau panjang dalam sesuatu ayat. Ini menyebabkan pelajar menulis perkataan yang ejaannya salah dalam aktiviti bina ayat. Dengan menggunakan Kit Penanda Vokal Bahasa Tamil ini, pelajar dapat mengenali dan menyebut 18 bunyi vokal pendek dan 18 bunyi vokal panjang. Dengan hanya menggerakkan tanda vokal, pelajar juga dapat menghafal vokal panjang dan pendek dengan lebih cepat. Huraian Inovasi (bahan/cara/kos/keberkesanan) Kit Penanda Vokal ini dihasilkan dengan menggunakan laminating film. Huruf gugusan Tamil (uyirmeyyelutthu) dicetak dalam kertas A4. 2 jenis Tanda vokal iaitu, tanda bunyi vokal pendek dan tanda bunyi vakal panjang dicetak dan dijadikan sebagai kad segiempat tepat yang kecil. ெ : tanda vokal bagi bunyi vokal pendek ே : tanda vokal bagi bunyi vokal panjang Pelajar perlu menggerakkan kad vokal ெ atau ே yang deselitkan dalam laminating film ke setiap huruf gugusan. Kad tersebut diletakkan di sebelah kiri setiap huruf dan menjadikannya sebagai ‘huruf kembar’ serta sebutkan huruf sebagai bunyi vokal pendek atau pendek. Guru berada bersama pelajar untuk memastikan pelajar menyebutnya dengan betul. Aktiviti ini diteruskan sehingga pelajar berjaya menyebut bunyi vokal pendek dan bunyi vokal panjang. Kos penghasilan inovasi adalah sangat murah. iannya hanya melibatkan kos Laminating Film RM2 bagi satu set, kertas A4 untuk menghasilkan kad vokal RM0.10 bagi satu set dan lidi satay RM1.00. Jumlah kos bagi penghasilan satu set adalah sebanyak RM3.10 sahaja. Maka, keseluruhan penghasilan Kit Penanda Vokal ini yang terdiri daripada 3 set adalah sebanyak RM9.30.


194 Keberkesanan Inovasi Kit Penanda Vokal Bahasa Tamil ini digunakan oleh sekumpulan pelajar sebagai responden kajian. Seramai 6 pelajar Tahun 1 menggunakan kit ini dan menjawab soal selidik yang disediakan. Dapatan terhadap soal selidik terhadap pelajar ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 1 : Soal selidik Terhadap Pelajar BIL. ITEM (STS) (1) (TS) (2) (SDS) (3) (S) (4) (SS) (5) 1. Saya mendapati kit ini dapat meningkatkan tahap bacaan saya dalam Bahasa Tamil. 0 0 0 2 4 2. Saya mendapati kit ini jelas dan mudah digunakan. 0 0 0 0 6 3. Saya mendapati kit ini membantu dalam mengenali bunyi vokal pendek dan panjang dalam Bahasa Tamil. 0 0 0 3 3 4. Saya mendapati kit ini membantu dalam menghafal bunyi vokal pendek dan panjang dalam Bahasa Tamil. 0 0 0 1 5 5. Saya mendapati kit ini membantu dalam menyebut bunyi vokal pendek dan panjang dalam Bahasa Tamil. 0 0 0 1 5 6. Saya menerima bimbingan dari guru untuk menggunakan kit ini. 0 0 0 0 6 Nota : SS-Sangat setuju, S-Setuju, SDS-Sederhana Setuju, TS-Tidak Setuju,STS-Sangat Tidak Setuju Dalam kajian menunjukkan pelajar menunjukkan persepsi yang baik dalam penggunaan Kit Penanda Vokal Bahasa Tamil ini. Dengan adanya bimbingan guru, pelajar lebih berkeyakinan untuk mengenali dan menghafal bunyi vokal pendek dan panjang dalam Bahasa Tamil. Kit Penanda Vokal ini telah dikongsi bersama guru mata pelajaran Bahasa Tamil tahap 1 dan guru tadika. Kit ini juga boleh diubahsuai dan digunakan untuk mengenali dan membaca beberapa konsonan dalam Bahasa Tamil seperti dalam Rajah 5. Rajah 5 : Konsonan Bahasa Tamil


195 4.PENUTUP Kit Penanda Vokal Bahasa Tamil ini merupakan satu inovasi yang amat mudah digunakan di kalangan pelajar. Kit ini dapat digunakan berulang kali. Kit ini dapat mengatasi masalah penguasaan kemahiran sebutan vokal pendek dan vokal panjang dalam Bahasa Tamil. Pelajar juga dapat belajar dengan seronok dan dengan tanpa rasa tertekan. Rajah 6 : Kod QR Gambar Pelaksanaan Inovasi 5.RUJUKAN Subbu Reddiar,N.(2000).Pedagogy of Tamil(2nd ed.).Meiappan Tamil Aaivagam Seenivaasan.Raa.(1980).Mozhiyiyal(8th ed.).Aniyagam Panneerselvam.S.K.(2008).Tamil Teaching Methods.Barathidasan University Steever, Sanford B (1996) "Tamil Writing" in William R. Bright and Peter B. Daniels (eds.) The World's Writing Systems. New York: Oxford University Press. ISBN 0-19-507993-0


196 KIT PENYOALAN LISAN GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH Muhamad Fadzlan bin Sa’aidin SK Dato’ Ahmad Said Tambahan [email protected] 1. SINOPSIS Komunikasi adalah sebahagian daripada proses pembelajaran matematik, dan keberkesanan komunikasi sangat mempengaruhi kefahaman bermakna seseorang murid (Mahmud et al., 2020). Antara cara yang dapat meningkatkan komunikasi dalam kelas matematik adalah dengan menggunakan penyoalan lisan. Bagi memastikan penyoalan lisan memainkan peranan dalam meningkatkan pembelajaran murid, guru perlu mereka bentuk pelbagai aras soalan yang sesuai dengan tahap pembelajaran dan objektif pembelajaran murid (Mahmud, 2020). Namun, masih ramai guru yang mengajukan soalan aras rendah dan menekankan konsep menghafal sesuatu fakta berbanding mengajukan soalan yang menjurus kepada proses menaakul (Johnny & Abdullah, 2020). Justeru itu, kit penyoalan lisan ini dihasilkan bagi membantu guru matematik untuk melaksanakan penyoalan lisan yang lebih berkesan dalam pengajaran matematik. Kit ini mengandungi kad soalan yang dibina berdasarkan Taksonomi Blomm edisi Semakan yang merangkumi enam aras bermula mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Kit ini juga akan dihasilkan untuk semua bidang yang terdapat dalam DSKP Matematik Sekolah Rendah. Elemen yang terdapat dalam dalam kad soalan tersebut termasuklah warna berbeza mengikut aras, cadangan masa menunggu, cadangan jawapan (hint@clue), tips untuk merangsang idea murid, tahap penguasaan (TP) dan ruang catatan sekiranya guru ingin membuat nota. 2. PENGENALAN Kit penyoalan lisan adalah alat bantu mengajar yang dapat meningkatkan keberkesanan kemahiran penyoalan lisan yang berkesan khasnya untuk guru matematik sekolah rendah. Kit ini dibina berdasarkan Taksonomi Bloom edisi Semakan dan merangkumi enam aras iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Kit ini dihasilkan untuk merangsang pemikiran kritis dan kreatif dalam mata pelajaran matematik matematik. Aspek novelti kit ini terletak pada gabungan pelbagai strategi penyoalan lisan dalam satu kit, memberikan lebih banyak pilihan kepada guru dalam memberikan soalan lisan kepada pelajar. Elemen ini membolehkan guru untuk menyesuaikan pengajaran mereka berdasarkan keperluan dan kemampuan murid mereka, menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik.


197 Kit Penyoalan Lisan ini dirancang dengan tujuan utama untuk memperkaya kemahiran penyoalan lisan guru matematik sekolah. Dengan menggunakan kit ini, guru-guru dapat merancang dan melaksanakan penyoalan lisan yang berkesan, yang bukan sahaja dapat meningkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran, tetapi juga menerapkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran ini sangat penting dalam pendidikan matematik, kerana KBAT membantu murid untuk memahami konsep matematik pada tahap yang lebih mendalam dan membolehkan mereka untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam situasi kehidupan sebenar (Seman et al., 2017). Selain itu, kit ini juga boleh digunakan sebagai alat pentaksiran dalam pengajaran matematik. Dengan menggunakan soalan-soalan yang terdapat dalam kit ini, guru dapat menilai pemahaman dan kemampuan murid dalam matematik secara lebih holistik dan komprehensif. Ini bukan sahaja membantu guru untuk memantau perkembangan murid, tetapi juga membolehkan mereka untuk menyesuaikan pengajaran mereka berdasarkan keperluan dan kemampuan murid (Yang, 2017). Secara keseluruhan, kit ini adalah alat yang sangat berharga yang dapat membantu guru matematik sekolah rendah untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mereka. Kit Penyoalan Lisan ini ditujukan kepada tiga kumpulan sasaran utama iaitu guru pelatih matematik, guru novis matematik, dan guru matematik sekolah rendah. Bagi guru pelatih dan guru novis, kit ini boleh menjadi alat yang sangat berharga untuk membantu mereka membangun dan memperkaya kemahiran penyoalan lisan mereka. Bagi guru matematik sekolah rendah yang lebih berpengalaman, kit ini boleh digunakan sebagai rujukan dan panduan untuk melaksanakan penyoalan lisan yang berkesan dalam pengajaran mereka. Kit ini merangkumi soalan lisan untuk semua bidang dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tahun 4, 5 dan 6, termasuk Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Algebara, serta Statistik dan Kebarangkalian. 3. PENERANGAN INOVASI Latar Belakang Kit Penyoalan Lisan ini dihasilkan berdasarkan tesis dan jurnal yang mengkaji penyoalan lisan. Kit ini adalah hasil dari penelitian ilmiah yang mendalam dan teliti, yang mencerminkan komitmen untuk kecemerlangan dalam pendidikan. Selain itu, kit ini juga dihasilkan berpandukan Kerangka Penyoalan Lisan Guru Matematik Sekolah Rendah (KPLGMSR) yang dihasilkan oleh Dr Muhammad Sofwan Mahmud. Kerangka ini memberikan panduan yang jelas dan sistematik untuk penyoalan lisan dalam pengajaran matematik, memastikan bahawa setiap soalan yang dimasukkan dalam kit ini adalah relevan, berkesan, dan sesuai dengan tahap pemahaman murid. Oleh yang demikian, kit ini ialah gabungan antara teori dan praktik yang terbaik, yang dirancang untuk membantu guru matematik sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Selain itu, kit ini juga mengandungi elemen-elemen lain seperti cadangan masa menunggu, cadangan jawapan, dan tips untuk merangsang idea murid. Hal ini membolehkan guru untuk memberikan bimbingan yang diperlukan kepada murid mereka, sambil memberi mereka ruang untuk berfikir dan belajar secara mandiri.


198 Penerangan penghasilan inovasi Penghasilan Kit Penyoalan Lisan ini adalah proses yang inovatif dan berterusan, yang melibatkan penyelidikan, perancangan, dan pembangunan. Proses ini bermula dengan kajian mendalam terhadap tesis dan jurnal yang berkaitan dengan penyoalan lisan. Maklumat dan pengetahuan yang diperoleh daripada kajian ini kemudian digunakan untuk merancang dan menghasilkan kit ini. Proses penghasilan ini juga melibatkan ujian dan penilaian berterusan untuk memastikan bahawa kit ini memenuhi keperluan dan harapan guru matematik sekolah rendah. Setiap elemen dalam kit ini, daripada soalan hingga cadangan jawapan, telah diuji dan dinilai untuk memastikan keberkesanannya dalam bilik darjah. Secara keseluruhan, penghasilan Kit Penyoalan Lisan ini adalah proses yang inovatif dan berterusan, yang mencerminkan komitmen untuk kecemerlangan dalam pendidikan. Dengan menggunakan pendekatan yang berdasarkan penyelidikan dan amalan terbaik, kit ini dihasilkan untuk membantu guru matematik sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Rajah 1. Kod QR untuk gambar penghasilan dan penggunaan inovasi Isu dan masalah yang ditangani Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa isu yang sering dihadapi oleh guru. Antaranya guru banyak memberikan soalan aras rendah yang kurang merangsang pemikiran murid. Kesannya, murid kurang didedahkan dengan soalan aras tinggi yang memerlukan mereka untuk menganalisis, menilai dan akhirnya mampu mencipta sesuatu yang dapat membantu mereka menyelesaikan soalan penyelesaian masalah bukan rutin. Justeru, penggunaan kit penyoalan lisan ini dilihat sebagai satu jalan penyelesaian dalam menangani isu tersebut untuk memperkaya kemahiran penyoalan lisan guru matematik sekolah. Selain itu juga, guru matematik sekolah rendah berhadapan dengan kekangan masa dalam melaksanakan tugas pengajaran mereka. Mereka perlu merancang pelajaran, mengajar, menilai pekerjaan murid, dan melakukan banyak tugas lain dalam masa yang terhad. Kit Penyoalan Lisan ini dihasilkan untuk mengurangkan beban ini. Malahan, guru juga dapat menjimatkan masa dalam merancang soalan penyoalan lisan. Di samping itu, untuk mendapatkan maklum balas yang efektif dan aktif daripada murid adalah cabaran bagi guru. Kad soalan dalam kit ini dilengkapi dengan cadangan masa menunggu, cadangan jawapan, dan tips untuk merangsang idea murid, secara tidak langsung memudahkan guru untuk memberikan maklum balas yang tepat dan membantu murid memahami konsep dengan lebih baik. Isu dan masalah yang berjaya ditangani juga termasuklah membantu guru matematik untuk membuat pentaksiran dan menilai tahap penguasaan murid terhadap konsep matematik. Kit ini mempunyai tahap penguasaan (TP) pada setiap kad soalan, yang membolehkan guru untuk menilai tahap pemahaman murid dan merancang pengajaran mereka dengan lebih efektif. Akhir sekali, kit ini membantu guru yang menghadapi kesukaran dalam merangsang pemikiran kritis dan kreatif murid. Dengan menggunakan soalan-soalan yang dirancang berdasarkan Taksonomi Bloom, kit ini dapat membantu guru untuk merangsang pemikiran kritis dan kreatif murid dalam mata pelajaran matematik.


199 Huraian Inovasi (bahan/cara/kos/keberkesanan) Kit ini dihasilkan menggunakan kad A4 berat 80 gsm yang dilaminasi, memberikan tahan lama dan mudah digunakan. Kad-kad ini dicetak berwarna untuk memudahkan penggunaan dan organisasi. Selain itu, kit ini disimpan dalam Transparent Storage Boxes untuk kemudahan penyimpanan dan pengendalian. Soalan-soalan dalam kit ini dihasilkan dengan berpandukan jurnal dan tesis sebelum dimurnikan dengan menggunakan beberapa perisian AI seperti ChatGPT-4, dan Microsoft Copilot, memastikan soalan yang berkualiti dan relevan. Untuk menggunakan kit ini, guru hanya perlu memilih kad soalan yang sesuai dengan tahap pemahaman murid dan topik yang sedang diajar. Setiap kad soalan dilengkapi dengan cadangan masa menunggu, cadangan jawapan, dan tips untuk merangsang idea murid, memudahkan guru dalam melaksanakan penyoalan lisan. Kos penghasilan kit ini dijaga agar tetap berpatutan. Bahan-bahan utama yang digunakan dalam penghasilan kit ini adalah kertas A4 80gsm dan laminating film. Kit penyoalan lisan ini digunakan oleh 3 orang guru matematik tahap 2 dan dinilai melalui pemerhatian sebelum dan selepas menggunakan kit ini. Data pemerhatian dinyatakan dalam bentuk peratus seperti ditunjukkan dalam jadual (Rajah 2) dan (Rajah 3) di bawah. Rajah 2 Pemerhatian Penggunaan Kit Penyoalan Lisan Rajah 3 Dapatan Sebelum dan Selepas Menggunakan Kit Penyoalan Lisan Dapatan pemerhatian menunjukkan penggunaan Kit Penyoalan Lisan oleh tiga orang guru matematik tahap 2 telah membantu meningkatkan kemahiran penyoalan lisan mereka. Bahagian A menunjukkan perubahan dari segi kualiti soalan lisan yang guru gunakan dalam 0.0 10.0 20.0 30.0 40.0 50.0 60.0 70.0 80.0 90.0 100.0 Dapatan Pemerhatian Sebelum dan Selepas Menggunakan Kit Penyoalan Lisan Sebelum (%) Selepas (%)


200 meningkatkan penerapan elemen KBAT dalam sesi pengajaran. Bagi Bahagian B pula, maklum balas murid telah membantu guru dalam mentaksir tahap penguasaan murid apabila guru menggunakan soalan susulan untuk mendalami jawapan murid. bagi bahagian C pula, kit ini terbukti berjaya meningkatkan penglibatan murid dalam sesi pengajaran guru. 4. PENUTUP Kit Penyoalan Lisan ini adalah inovasi yang dapat membantu meningkatkan amalan pengajaran guru dalam pendidikan matematik. Dengan mempertimbangkan keperluan dan kemampuan guru, kit ini dirancang untuk menjadi alat yang berkesan dan mudah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Melalui penggunaan kit ini, guru dapat merangsang pemikiran kritis dan kreatif murid, melaksanakan penyoalan lisan yang berkesan, dan menilai tahap penguasaan murid dengan lebih efektif. Kit ini adalah langkah penting dalam usaha kita untuk memastikan bahawa setiap murid mendapat peluang yang sama untuk berjaya dalam matematik. 5. RUJUKAN Johnny, J., & Abdullah, T. (2020). Asking the right questions: Insights from a mathematics teacher support programme. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 35(1), 173–182. https://doi.org/10.21315/apjee2020.35.1.10 Mahmud, M. S. (2020). Pembangunan kerangka penyoalan lisan dalam proses pengajaran matematik di sekolah rendah [Universiti Putra Malaysia]. http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90881 Mahmud, M. S., Yunus, A. S. Md., Ayub, A. F. M., & Sulaiman, T. (2020). Enhancing Mathematical Language through Oral Questioning in Primary Schools. International Journal of Learning, Teaching and Educational Research, 19(5), 395–410. https://doi.org/10.26803/IJLTER.19.5.24 Seman, S. C., Yusoff, W. M. W., & Embong, R. (2017). Teachers Challenges in Teaching and Learning for Higher Order Thinking Skills (HOTS) in Primary School. International Journal of Asian Social Science, 7(7), 534–545. https://doi.org/10.18488/journal.1.2017.77.534.545 Yang, H. (2017). A Research on the Effective Questioning Strategies in Class. Science Journal of Education, 5(4), 158. https://doi.org/10.11648/j.sjedu.20170504.16


201 KIT TRANSPARENT BODY Ng Shik Khuan SJKC Gunong Rapat [email protected] 1. SINOPSIS Matlamat utama penghasilan kit pembelajaran ini adalah untuk mengatasi miskonsepsi murid sekolah rendah dan meningkatkan kefahaman murid dalam topik tubuh badan subjek Sains Sekolah Rendah. Berdasarkan Dokumen Standard Pelajaran Malaysia Sains Tahun 3-5, murid perlu belajar tentang sistem tubuh badan manusia yang berbeza sepanjang 4 tahun. Antara sistem badan yang terlibat adalah sistem hadam, darah, tulang, pernafasan, dan perkumuhan. Murid mempunyai kesukaran mengingati semua sistem yang berbeza dan juga membuat perjalinan antara sistem yang berkaitan, seperti sistem pernafasan dan sistem peredaran darah. Ini adalah kerana murid belajar sistem yang berbeza secara berasingan dalam jangka masa yang panjang. Ini akan mewujudkan satu situasi di mana pelbagai miskonsepsi akan terlahir di kalangan murid. Contohnya seperti murid beranggap kebanyakan organ manusia ataupun sistem badan manusia adalah bebas bekerja sendiri dan tidak bergantung dengan pihak lain. Oleh sebab itu, apabila murid perlu belajar tentang perhubungan antara sistem badan manusia di Tahun 5, miskonsepsi sedia ada murid perlu dicungkil, dicabar dan diatasi. Jikalau tidak, proses pembelajaran tidak akan berlaku dengan efektif dan miskonsepsi murid akan kekal dalam minda mereka sampai dewasa. Kit Transparent Body ini direka cipta untuk memberi peluang kepada murid untuk membandingkan semua sistem badan manusia secara serentak dan melihat perhubungan antara mereka. Apabila murid dapat melihat kedudukan semua organ dalam sistem badan kita, mereka akan mempunyai satu gambaran yang lebih konkrit dalam minda mereka. Selain dari mengatasi masalah miskonsepsi, kit ini dapat digunakan untuk tujuan pembelajaran sejak dari Tahun 3 di mana murid mula mempelajari tentang sistem penghadaman manusia. Murid yang dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti bilik darjah akan dapat meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran mereka. 2. PENGENALAN Kit Transparent Body ini merupakan sejenis Bahan Bantu Mengajar mauwujud. Penghasilan kit ini mempunyai beberapa objektif. Pertama sekali, murid sekolah rendah dikehendaki untuk belajar tentang tubuh badan manusia dalam tahun yang berbeza dari tahun 3 sampai tahun 5. Salah satu isu yang tertimbul adalah murid mempunyai masalah mengaitkan sistem badan yang berbeza kerana murid menerima pendedahan pada masa yang berbeza. Kit ini dihasilkan untuk membantu murid mencapai objektif pembelajaran 2.3 Tahun 5 (Perkaitan antara Sistem dalam Tubuh manusia) di mana mereka dikehendaki untuk menjelaskan melalui contoh perkaitan antara sistem dalam tubuh manusia. Kumpulan sasaran utama bagi kit ini adalah berfokus pada murid Tahun 5.


202 Selain dari meningkatkan kefahaman murid, pembangunan kit ini juga bertujuan untuk meningkatkan keseronokan belajar dengan bertukar dari cara pembelajaran konvensional kepada teknik baru. Murid akan berasa lebih minat dan bermotivasi dalam PdP apabila mereka dilibatkan dalam aktiviti bilik darjah. Pada masa yang sama, kit ini juga boleh membantu murid menguasai pemikiran kritis melalui penggunaan kandungan bentuk grafik yang boleh dimanipulasi. 3. PENERANGAN INOVASI Isu/Masalah yang ingin Ditangani Kit pembelajaran Transparent Body dihasilkan dengan niat untuk membenarkan murid berinteraksi dengan benda mauwujud yang boleh dimanipulasi. Kit ini mengambil idea dari bahan VR yang dapat menunjukkan sistem badan manusia secara berasingan dan dapat menggabungkan sistem badan yang berbeza untuk melihat perhubungan antara mereka. Penghasilan kit ini mengambil kira faktor sumber sekolah dan murid yang terhad. Terdapat banyak sekolah dan murid tidak mempunyai akses kepada perkhimatan dan peralatan yang diperlukan dalam BBM berbentuk VR. Penghasilan Inovasi Kit pembelajaran ini memgunakan kertas PVC lutsinar dan gambar organ berlabel untuk memberikan gambaran kepada murid tentang perkaitan antara sistem tubuh badan. Murid dapat manipulasikan rajah sistem badan seperti dalam VR (Virtual Reality), ini dapat memberikan murid kefahaman yang lebih mendalam terhadap kandungan pelajaran. Kit ini boleh digunakan oleh murid secara individu ataupun berkumpulan. Satu set kit yang lengkap mengandungai rajah untuk dilabel, nama organ dalam sistem tersebut, dan fungi organ serta sistem yang berkaitan. Murid boleh memulakan sesi pembelajaran dengan mengelaskan organ dalam sistem yang berkaitan, ini dapat membantu murid mengenal pasti dan membezakan organ yang berlainan. Pada masa yang sama, murid dapat mengenal pasti organ yang terlibat dalam dua sistem berbeza, contohnya jantung. Kemudia murid akan menyusun organ dalam tubuh badan manusia dan melabelkan mereka. Akhir sekali, murid akan menindihkan kad sistem berbeza dan berbincang hubungan antara sistem yang berbeza. Cikgu boleh menggunakan kit pembelajaran ini sebagai alat pentaksiran PBD, alat pengukuhan ataupun sebagai aktiviti ulang kaji. Rajah 1 : Gambar kad organ mengikut sistem badan manusia.


203 Huraian Inovasi Untuk menggunakan kit sebagai sejenis ulangkaji, mula-mula murid diberi kad rajah organ yang bertaburan, murid dikehendaki untuk mengcategorikan organ yang berbeza dalam system masing-masing. Kemudian murid melabelkan organ dan sistem yang siap disusun. Aktiviti seterusnya melibatan murid mengenal pasti fungsi dan ciri-ciri organ dan system yang berbeza. Akhir sekali, Murid boleh menindih kad sistem yang berbeza dan mengenal pasti hubungan antara system yang bebeza. Contoh sistem pernafasan membenarkan oksigen masuk ke dalam salur darah dan dibawa ke seluruh badan, atau sistem tulang melindungi sistem pernafasan iaitu paru-paru dan jantung. Rajah 2 : Murid sedang menyusun organ mengikut sistem badan manusia. Bahan / Kos Kit Transparent Body ini menggunakan bahan yang mudah didapati. Cara penghasilan adalah mencetak gambar rajah yang siap direka dan menggunting mengikut bentuk sahaja. Untuk menghasilkan kit yang lebih tahan lasak dan boleh diguna pakai untuk masa yang lebih panjang, guru boleh berlaminakan kit yang siap dicetak. Hasilnya akan menjadi lebih cantik, kemas dan tahan lasak. Rajah 3 : Gambar kad yang telah dilaminasi Keberkesanan Kit Transparent Body diguna pakai oleh sekelas murid Tahun 5 sebagai responden kajian. Guru mengajar topik tubuh badan (objektif pembelajaran 2.3) kepada 20 orang murid menggunakan kit pembelajaran ini. Murid menjalankan ujian pra dan pasca sebelum dan selepas kajian untuk menentukan keberkesanan kit pembelajaran ini.


204 Murid diberi ujian pra sebelum menjalankan kajian dalambentuk item ujian bertulis berstruktur. Selepas rawatan, murid diberi ujian yang sama dan jawapan murid dibandingkan. Rajah 4 : Soalan dan Skema Jawapan Jawapan murid tidak perlu serupa dengan jawapan skema, jawapan akan dikira betul sekiranya membawa maksud yang sama dan dapat menunjukkan kefahaman murid. Jadual 1. Keputusan Ujian Pra dan Pasca Ujian Pra Ujian Pasca Item 1 11 20 Item 2 7 19 Item 3 8 20 Item 4 12 19 Item 5 12 19 Bilangan dalam jadual menunjukkan bilangan murid yang memberikan jawapan yang tepat dalam ujian pra dan pasca. Dapatan kajian menunjukkan murid menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam kefahaman mereka. Walapun topik ini sudah pernah diajar pada awal sesi persekolah 2023/2024 mereka, murid masih menunjukkan miskonsepsi dalam perhubungan antara tubuh badan. Selepas murid menggunakan kit Transparent Body ini, mereka dapat menggambarkan perhubungan antara sistem kita dengan lebih tepat. 1. Sistem tulang kita melindungi organ yang mana? Perut Paru-paru / Jantung / 2. Berapa saluran yang terdapat dalam bahagian leher kita? Dua, saluran makanan dan saluran pernafasan 3. Adakah saluran makanan kita sama dengan saluran pernafasan? Tidak 4. Selepas oksigen masuk ke dalam paru-paru kita, jelaskan bagaimana ia sampai ke sel-sel badan kita? Melalui sistem darah, oksigen akan meresap ke dalam saluran darah dan dibawa ke sel badan seluruh badan. 5. Menjelaskan bagaimana air yang kita minum dalam proses pencernaan pencernaan sampai ke sistem urin? Melalui sistem darah, air akan meresap ke dalam salurah darah dan air yang berlebihan akan dikeluarkan di buah pinggang dalam sistem urin.


205 4. PENUTUP Secara kesimpulannya, penggunakan kit Transparent Body ini dapat meningkatkan kefahaman murid dan menghapuskan miskonsepsi mereka dalam topik berkaitan dengan sistem tubuh badan manusia. Kit ini berkesan kerana ia memberikan murid satu peluang untuk memanipulasikan bahan mauwujud, ini membantu untuk mewujudkan satu gambaran yang lebih jelas dan kukuh dalam pengingatan murid. Kit pembelajaran perlulah berinteratif dan menarik untuk membenarkan murid menjalankan pembelaran kendiri. Pada masa yang sama, kit ini tidak memerlukan kos yang tinggi atau penyediaan yang banyak. Guru boleh membuat pengubahsuaian ke atasnya mengikut kesesuaian murid masingmasing. 5. RUJUKAN Abdullah., N. (2021). Pendidikan Sains Pada Era Revolusi Industri 4.0. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Arantika, J. S. (2019, February). Effectiveness of guided inquiry-based module to improve science process skills. Journal of physics: conference series (Vol. 1157, No. 4, p. 042019). Cheng, S. C. (2019). From reflective observation to active learning: A mobile experiential learning approach for environmental science education. British Journal of Educational Technology, 50(5), 2251-2270. Kurikulum Standard Sekolah Rendah. (2013). Kementerian Pendidikan Malaysia.


206 KIT WIQ (jaWI IQra) Kamilah Binti Che Mat SK Tambun,Ipoh [email protected] 1. SINOPSIS Inovasi Kit WIQ adalah satu permainan yang menekankan penguasaan murid untuk mengenal huruf Jawi tunggal dan huruf Hijaiyyah pelbagai baris satu. KIT WIQ adalah lebih memfokuskan murid untuk dapat membaca huruf Hijaiyyah Tunggal pelbagai baris satu di mana kandungan bacaan ini terdapat dalam sukatan Iqra 1 hingga Iqra 3. Kit Inovasi WIQ ini terdiri daripada pengenalan kepada 28 huruf Jawi dan huruf Hijaiyyah. Murid akan menyebut setiap huruf Jawi yang terdapat pada kad. Seterusnya baris-baris akan diperkenalkan dan murid akan menyebut setiap huruf dengan baris-baris yang berbeza. Permainan ini akan diulang sehingga selesai 28 huruf. Seterusnya setiap murid yang telah menguasai bacaan huruf Hijaiyyah pelbagai baris satu akan meneruskan permainan Dadu bacaan. Murid akan melontar dadu yang mempunyai nombor sampul yang telah disediakan untuk membaca potongan kalimah yang terdapat di dalam sampul tersebut. Permainan ini akan dibimbing dan dipantau oleh murid turus . 2. PENGENALAN Inovasi Kit WIQ yang dihasilkan ini adalah untuk membantu murid yang sederhana dan lemah khususnya yang masih belum menguasai Iqra 1 hingga Iqra 3 dengan baik. Kit WIQ ini akan dapat membantu murid mengenal Huruf Jawi dan Huruf Hijaiyyah Tunggal dengan lebih berkesan. Penggunaan kit ini dapat menarik minat murid untuk lebih seronok mengikuti aktiviti pembelajaran bacaan Iqra bersama guru dan rakan-rakan. Kit ini juga membolehkan murid dapat membezakan antara huruf Jawi dan huruf Hijaiyyah. Dengan ini secara tidak langsung murid boleh mengenalpasti perbezaan huruf Jawi dan huruf Hijaiyyah. Guru juga menghasilkan Kit WIQ ini untuk mempercepatkan penguasaan murid dalam bacaan Iqra agar murid dapat membaca Al-Quran dengan lebih cepat. Murid perlu menghabiskan bacaan Iqra 1 hingga Iqra 6 sebelum dapat membaca Al-Quran.


207 3. PENERANGAN INOVASI Inovasi WIQ ini melibatkan murid Tahun 2 Azalea yang masih belum menguasai Iqra 1 hingga Iqra 3. Penguasaan bacaan Iqra 1 hingga Iqra 3 sangat penting untuk mempercepatkan penguasaan murid-murid dapat membaca Al-Quran. Rajah 1 di bawah menunjukkan rekod bacaan Iqra murid sebelum penggunaan Kit WIQ. Seramai 4 orang murid yang masih membaca Iqra 2 dan 11 orang murid yang membaca Iqra 3. BACAAN IQRA IQRA 1 IQRA 2 IQRA 3 2 AZALEA 0 4 11 Rajah 1 : Rekod bacaan murid sebelum penggunaan Kit WIQ Latar Belakang Kit WIQ ini terhasil kerana guru mendapati murid sangat lemah dan lambat dalam menguasai bacaan Iqra 1-3. Mengikut sukatan bacaan Iqra, murid sepatutnya menghabiskan bacaan Iqra (1-6) di Tahun 1 lagi. Namun masih ada lagi murid yang tidak dapat menguasai Iqra sehingga ke Tahun 2. Oleh itu guru mencari idea dengan menghasilkan Kit WIQ ini untuk meningkatkan lagi penguasaan murid dalam bacaan Iqra. Setiap murid disediakan Buku Rekod Pencapaian di mana tahap bacaan murid akan direkod setiap kali ditasmik oleh guru. Rajah 2 : Buku Rekod Pencapaian Murid Buku Rekod Pencapaian Murid digunakan untuk merekodkan bacaan Iqra murid sehingga murid yang sudah membaca al- Quran. Nombor yang tertera adalah nombor muka surat buku Iqra yang digunakan. Murid yang sudah lancar bacaan akan meneruskan ke muka surat yang seterusnya sehingga habis setiap bahagian Iqra.


208 Reka bentuk Kad WIQ Rajah 3 : Kad WIQ Rekabentuk kad adalah mengunakan Microsoft Word huruf Jawi. Kad Huruf jawi & Hijaiyyah tunggal 28 huruf disertakan. Murid perlu mengenal kesemua 28 huruf tersebut. Papan bacaan digunakan untuk memasukkan huruf dan kad panjang yang terdapat baris huruf akan dimasukkan di tengah-tengah papan tersebut. Murid membaca huruf yang dipamerkan pada papan bacaan beserta baris yang ditunjukkan. Murid yang telah menguasai bacaan huruf Hijaiyyah tunggal berbaris satu di atas, bawah dan hadapan akan meneruskan permainan. Pemain boleh terdiri daripada 5-6 murid. Murid melempar dadu, dan dadu yang tertera adalah merujuk kepada sampul kad bacaan yang akan dibaca oleh murid. Permainan ini memerlukan murid membaca 10 kad kalimah yang terdapat dalam sampul tersebut. Setiap kad yang betul dibaca akan mendapat 10 markah. Permainan ini boleh dipantau oleh guru atau murid turus (murid yang sudah membaca Al-Quran). Huraian Inovasi ( Bahan, Kos, Potensi Disebarluaskan dan Hakcipta dan Cap Dagang) Penghasilan Kit WIQ ini menggunakan bahan yang murah dan mudah didapati. Bahan yang digunakan ialah Mounting Board A2,kertas warna 10 keping ,sampul surat, plastik liminate, cable tie dan dadu. Kos untuk satu set Kit WIQ ini adalah sebanyak RM 11.10. Untuk tujuan komersial, kit juga boleh disediakan kerana hanya menggunakan bahan yang murah. Guru juga boleh berkongsi penggunaan kit ini kepada guru-guru lain. Murid dapat menggunakan kit ini sebagai aktiviti tambahan setelah selesai proses PdPC bersama kawan-kawan. Kit ini belum didaftarkan untuk Hakcipta dan Cap Dagangan di bawah MYIPO. Keberkesanan Inovasi pada pembelajaran dan pengajaran (PdP) Kit ini telah dapat membantu murid lebih bersemangat dan fokus dalam gaya pembelajaran yang lebih santai dan menyeronokkan. Ini secara tidak langsung mendorong murid untuk lebih bersungguh-sungguh menguasai bacaan yang disediakan kerana mereka ingin mendapatkan markah yang tertinggi. Mereka bersaing sesama kawan-kawan dan sekaligus menggalakkan persaingan yang sihat.


209 Selepas diperkenalkan dengan permainan Kit WIQ ini guru mendapati murid-murid semakin bersemangat dan seronok mengikuti PDPC bacaan Iqra. Dengan bantuan Kit WIQ ini guru yakin murid yang masih lemah tahap penguasaan bacaan Iqra 1-3 akan dapat menguasai bacaan mereka dengan lebih cepat. Berikut adalah keputusan pencapaian bacaan Iqra murid dalam tempoh 3 bulan menggunakan Kit WIQ ini. Jadual 1 : Pencapaian bacaan Iqra sebelum dan selepas penggunaan Kit WIQ BIL NAMA BACAAN IQRA (sebelum Kit WIQ BACAAN IQRA (selepas Kit WIQ) 1. Murid 1 Iqra 2 Iqra 2 2. Murid 2 Iqra 2 Iqra 2 3. Murid 3 Iqra 2 Iqra 2 4. Murid 4 Iqra 2 Iqra 2 5. Murid 5 Iqra 3 Iqra 4 6. Murid 6 Iqra 3 Iqra 4 7. Murid 7 Iqra 3 Iqra 3 8. Murid 8 Iqra 3 Iqra 4 9. Murid 9 Iqra 3 Iqra 3 10. Murid 10 Iqra 3 Iqra 4 11. Murid 11 Iqra 3 Iqra 3 12. Murid 12 Iqra 3 Iqra 3 13. Murid 13 Iqra 3 Iqra 4 14. Murid 14 Iqra 3 Iqra 3 15. Murid 15 Iqra 3 Iqra 3 Guru membuat analisis pencapaian bacaan Iqra kepada 15 orang murid sebelum dan selepas penggunaan Kit WIQ. Hasil kajian penggunaan Kit WIQ, guru mendapati 5 orang murid telah berjaya naik ke Iqra 4. Secara keseluruhannya, guru melihat banyak perubahan yang berlaku kepada murid-murid. Mereka lebih peka, konsisten dan bersemangat dalam pembelajaran. Walaupun masih ramai murid yang statik bacaan Iqra, namun guru percaya murid akan dapat naik ke bacaan Iqra seterusnya dengan bantuan guru serta ibu bapa.


210 4. PENUTUP Alhamdulillah dalam tempoh 3 bulan penggunaan Kit WIQ ini kepada 15 orang murid Kelas 2 Azalea,guru sangat berpuas hati dan percaya keberkesanan Kit WIQ ini dalam pengajaran dan pembelajaran bacaan Iqra. Guru percaya ,murid-murid yang dibimbing dan menggunakan BBM yang menarik pasti akan memberikan impak yang besar dalam penguasaan pembelajaran mereka. Guru akan menyebarluaskan Kit WIQ ini kepada rakan guru yang lain. Akhir sekali, semoga kajian ini akan dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama agar dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. 5. RUJUKAN Abd. Ghafar M.D 2003. Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. 2011. Pedagogi Bilik Darjah dan Tingkah Laku (Edisi Ketiga). Selangor: Penerbit Multimedia Sdn. Bhd Siti Rosni Mohamad Yusoff & Abd Samad Hanif. 2018. Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Saedah Siraj, Zainun Ishak dan Tunku Mohani Tunku Mokhtar. 1996. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan: Motivasi dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Noriati A. rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah. 2009. Murid dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.


211211 LAGU PERUBAHAN SEBUTAN PERKATAAN “啊” Lee Lee Kang SJKC Chung Tack [email protected] 1. SINOPSIS Matlamat pembelajaran yang diperolehi menggunakan Lagu Perubahan Sebutan Perkataan “啊” adalah murid akan dapat mempelajari kemahiran Perubahan Sebutan Perkataan “啊” dengan lebih mudah dan menggunakan sebutan “啊” dengan betul mengikut keadaan. Kemahiran ini terkandung dalam Sukatan Pelajaran Malaysia bagi subjek Bahasa Cina SJKC (KSSR Semakan) Tahun 4 hingga Tahun 6. Perkataan “啊” mempunyai 6 sebutan yang berlainan iaitu “ya”, “wa”, “na”, “nga”, “ra” dan “za” apabila perkataan ini berada di hujung ayat. Sebutan-sebutan perkataan “啊” ini ditentukan berdasarkan sebutan perkataan yang berada di depannya dan penentuan sebutan perkataan “啊” ini ada peraturanperaturan yang perlu kita ikut. Oleh kerana perkataan “啊” ini mempunyai 6 sebutan yang berlainan dan peraturan-peraturannya yang agak rumit untuk murid mengingat, ini menyebabkan kebanyakan murid akan keliru dengan mana satu sebutan perkataan “啊” yang perlu digunakan dalam ayat yang diberi. Lama-kelamaan, minat murid terhadap kemahiran ini turut menjadi kurang. Bagi menyelesaikan isu ini, Lagu Perubahan Sebutan Perkataan “啊” ini dihasilkan. Lagu ini menggunakan melodi lagu Twinkle, Twinkle, Little Star dan liriknya ditukar menjadi peraturanperaturan perubahan sebutan perkataan “啊”. Pembelajaran menggunakan lagu ini dijalankan secara didik hibur. Lagu ini dapat memudahkan murid untuk mengingati peraturan-peraturan perubahan sebutan perkataan “啊” dan secara langsung dapat membantu murid menggukanan sebutan yang betul dalam ayat yang berbeza. Lagu ini juga dapat menarik minat murid untuk terus mengikuti pelajaran dalam kemahiran ini kerana murid dapat mempelajari kemahiran ini dalam keadaan yang menyeronokkan dan tidak membebankan. 2. PENGENALAN Perubahan Sebutan Perkataan “啊” merupakan salah satu kemahiran yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Malaysia bagi subjek Bahasa Cina SJKC (KSSR Semakan) Tahun 4 hingga Tahun 6. Perkataan “啊” mempunyai enam sebutan yang berbeza apabila ia berada di hujung ayat mengikut keadaan yang tertentu menjadikan murid akan keliru untuk menyebut perkataan “啊” dengan betul. 211


211212 Objektif menggunakan Lagu Perubahan Sebutan Perkataan “啊” adalah untuk mengkaji teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid bagi memudahkan murid mencapai objektif pembelajaran. Selain itu, Lagu Perubahan Sebutan Perkataan “啊” juga menyediakan teknik yang sesuai bagi menangani masalah pembelajaran dengan menggunakan kaedah didik hibur dan meningkatkan keseronokan belajar. Lagu ini sesuai bagi semua murid Tahun 4 hingga Tahun 6 untuk belajar topik Perubahan Sebutan Perkatan “啊” kerana kemahiran perubahan sebutan perkataan “啊” terkandung dalam Sukatan Pelajaran Malaysia bagi subjek Bahasa Cina SJKC (KSSR Semakan) Tahun 4 hingga Tahun 6. 3. PENERANGAN INOVASI Latar Belakang Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyarankan kaedah didik hibur supaya diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar dalam keadaan yang menyeronokkan. Menurut Norlela & Shamsudin (2020), didik hibur merupakan satu kaedah alternatif yang diperkenalkan kepada murid-murid semasa proses pengajaran sesuatu subjek. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi seronok untuk diikuti murid-murid. Daripada kajian yang telah dijalankan oleh Tan dan Khalijah (2023), mendapati bahawa teknik nyanyian berjaya menarik minat murid dan memudahkan ingatan murid terhadap kandungan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, Lagu Perubahan Sebutan Perkataan “啊” dihasilkan supaya dapat belajar kemahiran ini dengan mudah dan seronok. Penerangan Penghasilan Inovasi Memandangkan murid selalu keliru dengan pelbagai sebutan perkataan “啊”, penghasilan Lagu Perubahan Sebutan Perkataan “啊” ini dapat membantu murid untuk membezakan sebutan perkataan “啊” dengan mudah. 212


211213 Rajah 1: Lirik Lagu Perubahan Sebutan Rajah 2: Pelekat Lirik Lagu Perubahan Perkataan “啊” Sebutan Perkataan “啊” Isu dan Masalah yang Ditangani Isu atau masalah yang selalu dihadapi oleh murid dalam mempelajari topik perubahan sebutan perkataan “啊” adalah kekurangan kaedah yang berkesan bagi murid mengingati semua peraturan perubahan sebutan perkataan “啊” menyebabkan kekeliruan berlaku. Selain itu, murid juga kurang berminat belajar dengan cara biasa iaitu baca dan hafal menyebabkan murid tidak fokus semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Lagu Perubahan Sebutan Perkataan “啊” ini dapat menyelesaikan masalah susah mengingatkan peraturan-peraturan perubahan sebutan perkataan “啊” dengan menggunakan cara yang mudah iaitu melalui nyanyian. Di samping itu, Lagu Perubahan Sebutan Perkataan “啊” ini dapat meningkatkan minat dan fokus murid untuk mempelajari topik ini kerana kaedah pengajaran ini dijalankan secara didik hibur dan tidak membebankan murid. Semasa mengajar kemahiran perubahan sebutan perkataan “啊” , guru hanya perlu menunjukkan lirik lagu Perubahan Sebutan Perkataan “啊” dan membimbing murid untuk menyanyi lagu tersebut selepas penerangan peraturan-peraturan perubahan sebutan perkataan “啊”. Selain itu, guru juga boleh menyediakan lirik lagu dalam bentuk pelekat untuk murid melekat dalam buku nota. Jadual 1: Kos Penghasilan Pelekat Lirik Lagu Perubahan Sebutan “啊” Bil. Alatan Kuantiti Kos 1. Kertas Pelekat Bersaiz A4 Sehelai RM 0.30 Jumlah RM 0.30 213


211214 Jadual 2: Soal Selidik Keberkesanan Lagu Perubahan Sebutan Perkataan “啊” 214 Bil. Item Sangat Tidak Setuju (STS) Tidak Setuju (TS) Sederhana Setuju (SDS) Setuju (S) Sangat Setuju (SS) 1 2 3 4 5 1. Saya mendapati kaedah ini dapat meningkatkan kecekapan pembelajaran saya dalam topik ini. 1 0 11 8 4 2. Kaedah ini membantu saya menguasai topik ini dengan berkesan. 2 3 5 4 10 3. Kaedah ini menyediakan maklumat yang cepat dan tepat yang membantu dalam pembelajaran saya. 0 0 2 12 10 4. Saya dapati kaedah ini mudah difahami. 2 1 6 9 6 5. Guru saya menyokong penggunaan kaedah ini untuk tujuan belajar topik ini. 0 0 2 6 16 6. Rakan saya bersetuju bahawa menggunakan kaedah ini bermanfaat untuk pembelajaran tentang topik ini. 2 0 1 11 10 7. Saya menerima sokongan yang mencukupi (bantuan daripada guru) untuk menggunakan kaedah ini. 0 1 4 7 12


211215 Graf 1: Keberkesanan Lagu Perubahan Sebutan Perkataan “啊” Dapatan kajian ini menunjukkan Lagu Perubahan Sebutan Perkataan “啊” ini adalah berkesan bagi murid menguasai kemahirn perubahan sebutan perkataan “啊” kerana mendapat 50% dan ke atas murid bersetuju dengan kesemua item yang dikaji. 4. PENUTUP Lagu Perubahan Sebutan Perkataan “啊” ini berpotensi untuk disebar luas kerana mudah diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah tanpa perlu menggunakan teknologi yang canggih. Pada masa yang sama, Lagu Perubahan Sebutan Perkataan “啊” yang digunakan dalam kelas secara didik hibur ini juga dapat membantu murid belajar dalam suasana yang ceria dan bebas daripada tekanan kerana tidak lagi terbatas dengan cara traditional iaitu menghafal peraturan-peraturan yang banyak dan rumit. 5. RUJUKAN Norlela, A. & Shamsudin, O. (2020). Penggunaan Kaedah Didik Hibur dalam Pengajaran Kemahiran Membaca Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah. International Journal of Education and Training (InjET) 6(2), 1-11. Tan, W. X., & Ahmad, K. (2023). Penggunaan Teknik Nyanyian Dalam Pdp Sejarah: Satu Kajian Kes Dalam Kalangan Guru Pelatih Sejarah Ipgkda. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 21(1), 153-184. 215 1 0 2 3 0 0 2 1 0 0 2 0 0 1 11 5 2 6 2 1 4 8 4 12 9 6 11 7 4 10 10 6 16 10 12 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 Saya mendapati kaedah ini dapat meningkatkan kecekapan pembelajaran saya dalam topik ini. Kaedah ini membantu saya menguasai topik ini dengan berkesan. Kaedah ini menyediakan maklumat yang cepat dan tepat yang membantu dalam pembelajaran saya. Saya dapati kaedah ini mudah difahami. Guru saya menyokong penggunaan kaedah ini untuk tujuan belajar topik ini. Rakan saya bersetuju bahawa menggunakan kaedah ini bermanfaat untuk pembelajaran tentang topik ini. Saya menerima sokongan yang mencukupi (bantuan daripada guru) untuk menggunakan kaedah ini. Keberkesanan Lagu Perubahan Sebutan Perkataan “啊” Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Sederhana Setuju Setuju Sangat Setuju


216 MI: SESUCI HATI KEKASIH ALLAH Ahmad Yusuff Affandi Bin Shukeri Sekolah Kebangsaan Jalan Panglima Bukit Gantang [email protected] 1. SINOPSIS Pembelajaran Abad ke 21 telah mengubah paradigma spektrum pembelajaran yang suatu ketika dahulu berpusatkan guru, kini berpusatkan murid dan bahan. Strategi dan teknik yang semakin bervariasi memaksa guru-guru beradaptasi. Justeru, dalam mendepani era globalisasi, silibus pembelajaran juga tidak seharusnya ketinggalan dan bersifat “buku teks”. MI: Sesuci Hati Kekasih Allah adalah inovasi digital yang dihasilkan dalam bentuk media interaktif yang mengandungi pelbagai bentuk pendekatan pembelajaran seperti google slides, google sites dan interactive media. Menggabungkan pelbagai unsur teknologi maklumat yang mudah, inovasi ini mengandungi pelbagai media yang menarik dan interaktif. Berfokuskan tajuk Sesuci Hati Kekasih Allah tahun 2 Pendidikan Islam, pengkaji menghasilkan inovasi digital media interaktif yang merangkumi semua keperluan asas pembelajaran tersebut termasuk kefahaman, ransangan minda, media dan latihan pengukuhan secara media interaktif. 2. PENGENALAN Inovasi media digitial ini dihasilkan melalui dua aplikasi iaitu google sites dan google slides. DI dalam google sites, pembelajaran tertumpu kepada media online dan aktiviti kuiz manakala di dalam google slides, pembelajaran lebih terperinci dan bersifat media interaktif. Tiada kos yang perlu dikeluarkan bagi menghasilkan inovasi ini malah guru-guru yang berminat untuk menggunakan inovasi ini juga tidak perlu untuk mengeluarkan sebarang kos kerana hanya perlu mengakses ke pautan yang telah disediakan sahaja. Pengguna juga boleh memuat turun google slides tersebut untuk digunakan secara offline. Murid juga boleh mengakses dan menggunakan pembelajaran interaktif ini malah menggunakannya di rumah. Hal ini sekaligus nilai menerapkan pembelajaran sepanjang hayat. Objektif inovasi media interaktif ini adalah mengintergrasikan pembelajaran bilik darjah dan pembelajaran teknologi maklumat. Selain itu mendedahkan kepada murid pembelajaran silibus melalui teknologi maklumat yang ringkas kepada murid. Seterusnya, melahirkan murid yang celik teknologi maklumat dan mencapai objektif sukatan pembelajaran. Kumpulan sasaran bagi inovasi ini adalah murid tahun 2 khususnya bagi subjek Pedidikan Islam. Tajuk bagi bidang sirah Pendidikan Islam tahun 2.


217 3. PENERANGAN INOVASI Latar Belakang MI: Sesuci Hati Kekasih Allah ini dihasilkan berdasarkan keperluan untuk menyediakan alat pendidikan yang interaktif dan menarik dalam era digital. Pengkaji menilai bahawa muridmurid pada hari ini sudah jauh terkehadapan dari aspek teknologi digital kerana mereka sudah disajikan dengan penggunaan teknologi digital sejak dini. Oleh itu, MI: Sesuci Hati Kekasih Allah dibangunkan dengan memanfaatkan penggunaan suatu aplikasi mudah seperti googleslides dan googlesites sahaja. Kedua-dua aplikasi ini terkenal dengan cara penggunaan yang mudah, senang diakses dan senang diatur. Hal ini selari dengan pernyataan dari Ying, Hee, & Piaw (2017) yang menyatakan bahawa proses integrasi teknologi dalam pembelajaran menyokong inovasi pedagogi yang menjadi agenda pelbagai institusi pendidikan seluruh dunia yang sanggup menyediakan bajet dalam mengintegrasikan teknologi bagi meningkatkan kualiti amalan pedagogi (dalam penghasilan bahan pengajaran. Rajah 1: googleslides Rajah 2: googlesites Penghasilan Inovasi Pada peringkat awal bagi menghasilkan inovasi ini, perlunya kepada pendaftaran email google bagi mengakses google sites dan google slides. Pengkaji melihat, keberkesanan pembelajaran digital sangat memainkan peranan dalam kecemerlangan murid. Murid pada hari ini lahir dalam keadaan celik digital, justeru tidak seharusnya mereka dididik dalam keadaan pembelajaran papan putih. Terdapat dua proses penghasilan inovasi yang berbeza iaitu proses menghasilkan sites dan slides. Bagi googleslides, inovasi ini merangkumi 17 slide dan mempunyai 3 bahagian iaitu pemahaman, video dan latihan pengukuhan. Bagi latihan pengukuhan pula, terdapat 3 bahagian latihan pengukuhan yang merupakan media interaktif. Bagi googlesites pula, inovasi ini terbahagi kepada 4 paparan iaitu wajah (home), ransangan minda, kefahaman dan permainan kita. Secara amnya, pendekatan kedua-dua inovasi ini adalah selari namun mengandungi strategi dan teknik pembelajaran yang berbeza. Pelbagai input media yang menarik dimasukkan ke dalam inovasi ini bertujuan meningkatkan daya penarik dan interaktif inovasi ini. Antara input yang dimasukkan adalah seperti Gif, video, audio automatik, slides, morph dan lain-lain lagi.


218 Isu Dan Masalah Antara isu utama yang dapat ditangani oleh inovasi ini adalah murid kurang berminat. Murid kurang berminat dengan pembelajaran papan putih yang masih diamalkan pada hari ini dan perkara ini dapat ditangani kerana murid sangat berminat belajar menggunakan media. Hal ini selaras dengan kajian Abdul Rasid Jasman, Norhashimah Hashim dan Shamsudin Othman (2012) yang mengatakan penggunaan multimedia boleh memotivasikan murid untuk belajar sejarah di mana maklumat dapat diterima dengan cepat dan tepat. Jika ada yang berjaya, pencapaian murid berkenaan adalah sederhana sahaja. Oleh itu, proses pembelajaran yang berkesan melalui aplikasi pembelajaran mampu mempengaruhi pencapaian murid (M. Kaviza, 2019). Justeru, perlunya kita beradaptasi dengan perkembangan teknologi digital pada hari ini bagi melahirkan murid yang cemerlang. Huraian Inovasi (bahan/cara/kos/keberkesanan) Media Interaktif ini hanya melibatkan dua aplikasi sahaja iaitu googleslides dan googlesites. merangkumi integrasi pelbagai jenis perisian. Googlesites membolehkan pengkaji menyediakan laman sesawang yang membolehkan pengguna mengakses media interaktif ini manakala googleslide pula menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi pengguna. PowerPoint pula digunakan bagi penghasilan draf dan lakaran awal. PowerPoint membantu dalam proses menyusun dan membina konsep awal dalam bentuk visual mudah dan senang difahami. Background Remover membantu memberikan grafik animasi yang dapat disuaikan di dalam media interaktif tanpa latar yang mengganggu. Gif pula menyediakan banyak animasi yang membantu menceriakan suasana. Tiada sebarang kos untuk menggunakan inovasi digital media interaktif ini dan hanya perlu mengakses ke pautan googlesites yang telah disediakan. Cara Penggunaan Cara penggunaan kedua-dua aplikasi ini adalah melalui kaedah interaktif. Terdapat bahagian yang hanya perlu dengar dan hayati sahaja seperti kefahaman dan ransangan minda manakala terdapat bahagian yang perlu kepada interaktif seperti suaikan, pilih dan isi tempat kosong. Terdapat juga Quizziz yang bersifat kuiz dan objektif. Murid boleh menggunakan inovasi ini di mana-mana sahaja menggunalan peranti digital seperti telefon bimbit, komputer riba dan peranti tablet. Penggunaan yang terperinci boleh rujuk arahan di dalam aplikasi masing-masing yang telah disediakan.


219 Pengkaji melakukan kajian soal selidik ke atas 10 orang murid selepas mereka menggunakan media interaktif yang disediakan. Berikut merupakan jadual hasil soal selidik: Jadual 1. Soal Selidik Terhadap Murid Bil Item STS (1) TS (2) SDS (3) S (4) SS (5) Min 1 Saya mengetahui isi pembelajaran selepas saya menggunakan media interaktif ini. 0 0 0 3 7 4.7 2 Media interaktif ini membantu saya mencapai keputusan akademik yang lebih baik. 0 0 0 4 6 4.6 3 Media interaktif ini menyediakan maklumat yang cepat dan tepat yang membantu dalam pengajian saya. 0 0 0 5 5 4.5 4 Media interaktif ini mudah digunakan dan dikendalikan. 0 1 2 1 6 4.2 5 Media interaktif ini menarik dan meningkatkan motivasi belajar saya. 0 2 1 3 4 4.1 6 Pembahagian media interaktif ini jelas dan mudah difahami. 0 2 1 1 6 3.9 7 Media interaktif ini mudah digunakan di telefon bimbit dan komputer riba. 0 0 0 2 8 4.8 8 Guru saya menyokong penggunaan media interaktif ini. 0 0 0 2 8 4.8 9 Rakan saya bersetuju bahawa menggunakan media interaktif ini sangat membantu dalam memahami pembelajaran. 0 0 2 1 7 4.5 10 Saya mempunyai peranti yang diperlukan untuk menggunakan media interaktif ini dengan berkesan (seperti akses Internet, keserasian peranti). 3 0 0 2 5 3.6 Nota: SS-Sangat setuju, S-Setuju, SDS-Sederhana Setuju, TS-Tidak Setuju, STS-Sangat Tidak Setuju Dapatan kajian mendapati murid menilai MI: Sesuci Hati Kekasih Allah ini dengan persepsi yang baik. Item “media interaktif ini mudah digunakan di telefon bimbit dan komputer riba” dan item “guru saya menyokong penggunaan media interaktif ini” menunjukkan skor nilai yang tinggi iaitu sebanyak 4.8 manakala item “saya mempunyai peranti yang diperlukan untuk menggunakan media interaktif ini dengan berkesan” menerima skor yang terendah iaitu 3.6 sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa murid merasakan bahawa inovasi media interaktif ini sangat mudah digunakan di mana-mana sahaja. Namun ironinya, ramai di antara murid tidak mempunyai peranti yang sesuai untuk menggunakan media interaktif ini. Hal ini dinilai sebagai normal kerana respoden terdiri dari murid tahun 2.


220 4. PENUTUP Potensi Sebar Luas Potensi inovasi untuk tersebar luas sangatlah tinggi memandangkan hampir setiap rumah mempunyai peranti digital seperti telefon bimbit. Inovasi ini juga sangat mudah diakses dan percuma untuk digunakan menjadikan inovasi ini lebih mudah didapati. Inovasi ini juga dapat sesuai digunakan oleh guru untuk mengajar, murid untuk belajar dan ibu bapa untuk membimbing anak-anak mereka. Kesimpulan Kesimpulannya, penggunaan teknologi maklumat pada masa kini sangat penting dan sejajar dengan hasrat negara mewujudkan TS25. Justeru, kita perlulah melangkah seiring dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan generasi yang celik digital globalisasi. Qr Code Rajah 3: Kod QR untuk melayari googlesites RUJUKAN Abdul Muiez Ruslee. 2020. Pandemik COVID-19 ubah sistem pendidikan. Sinar Harian. Diakses pada 10 April 2022, dari https://www.sinarharian.com.my/article/113155/KHAS/ Mohan Rathakrishnan. 2020. Covid-19 ubah ubah pengajaran dan pembelajaran dari rumah. Berita Harian. Diakses pada 16 Ogos 2022, dari https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/07/710464/covid-19-ubah-pengajarandan-pembelajaran-dari-rumah. Zamri Mahamood, Anita Abdul Rahman, Zarien Atierah Zamri. 2021. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah: Isu dan Cabaran Pendidikan Dalam Norma Baharu. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia Ally, M. (2004). Foundations of educational theory for online learning. Theory and practice of online learning, 2, 15-44. Diakses pada 17 April 2022, dari https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=RifNwzU3HR4C&oi=fnd&pg=PA15&d q=foundations+of+educational+theory+for+online+learning&ots=ShbiMeMVpt&sig=8MKZN7BerURk9uXIv26K3rY_Y0#v=onepage&q=foundations%20of%20educational%20theory %20for%20online%20learning&f=false


221 ‘MY BIG BOOK – MATH IS FUN’ Pathamavathy a/p Pandi SK Bandar Baru Putera [email protected] 1. SINOPSIS ‘My Big Book’ adalah suatu alat bantu pembelajaran berupa buku bersaiz besar dengan tapak penulisan yang luas dan selesa. Buku bersaiz A3 ini berfungsi sebagai tapak penulisan, pendorong pembelajaran dan pencetus idea kreatif dan kritis dalam pembelajaran Matematik. Penggunaannya berpusatkan murid dan bahan secara ‘hands on’ dalam penyampaian konsep Matematik. Inovasi ‘My Big Book’ dapat meningkatkan fokus dan keyakinan murid terhadap pembelajaran Matematik dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna. ‘My Big Book’juga digunakan sebagai bahan sokongan PBD dan boleh dipamerkan kelak sebagai buku bacaan atau rujukan konsep Matematik. 2. PENGENALAN Didapati murid Tahun 1 yang baru memasuki alam persekolahan keliru, kurang yakin dan kurang minat ketika pembelajaran Matematik terutamanya dalam aliran DLP. Ini menyebabkan murid kurang berfokus dalam pembelajaran Matematik. Situasi sedemikian menjadi rintangan kepada guru dan melambatkan proses pembelajaran Matematik. Walau apapun alasannya, guru sebagai pemudah cara perlu menarik perhatian murid Tahun 1 terhadap pembelajaran Matematik. Maka, murid-murid aliran DLP yang masih dalam proses pengenalan, penyesuaian dan pengamalan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris diberi pendedahan kepada ‘My Big Book’ sebagai alat pendorong pembelajaran Matematik. Objektif utama inovasi ini adalah untuk meningkatkan keyakinan, minat dan fokus murid dalam pembelajaran Matematik aliran DLP dengan teknik penggunaan ‘My Big Book - Math is fun’. Sejajar dengan DSKP Tahun 1 inovasi ini dapat memudahkan penyampaian konsep matematik yang berkesan dengan aktiviti yang seronok dan bermakna berlandaskan ‘My Big Book’. Dalam pada itu, penggunaan ‘My Big Book’juga dapat mencungkil kemahiran berfikiran kreatif dan kritis dalam pembelajaran Matematik. Secara keseluruhan, inovasi ini menggalakkan kemenjadian murid dengan meminimumkan tahap penguasan TP1 hingga TP3 dan meningkatkan tahap penguasan TP4 hingga TP6. Gambar penulis


222 3. PENERANGAN INOVASI Latar Belakang Terlebih dahulu, fahaman konsep adalah penting dalam pembelajaran Matematik. Guru sebagai penyampai, khususnya guru Tahun 1 harus memastikan murid memahami konsep Matematik. Di samping itu, dalam era transformasi, murid wajar diberi peluang untuk meneroka dan mencuba perkara baru yang menarik lagi mencabar. Maka, setelah meneliti kehendak dan kegemaran murid mengikut usia dan tingkah laku, guru bertindak mereka cipta ‘My Big Book’ sebagai alat sokongan belajar. Menurut pengalaman guru sepanjang mengajar murid pelbagai kecerdasan, dapat dikenal pasti bahawa murid gemar menggunakan tapak penulisan yang lebih besar dan selesa. Didapati aktiviti yang bersandarkan kertas A4, kertas mahjong dan kertas lukisan lebih memberangsangkan berbanding buku tulis dan buku aktiviti yang biasa digunakan di kelas sekian lama. Diperhatikan juga murid menjadi ghairah ketika menggunakan gambar rajah, warna, pelekat, cop, replika, marker dalam pelbagai aktiviti ‘hands on’ seperti melukis, melorek, mewarna, melipat, menggunting, menampal, mengecop, membentuk dan membina. Aktiviti seperti kuiz, permainan, silangkata dan peta minda juga menjadi tumpuan murid. Berpandukan pertimbangan ini, guru memanipulasikan segala aktiviti kegemaran murid bersama idea tapak penulisan yang besar lagi selesa, menyerupai konsep ‘Big Book’ yang biasanya digunakan oleh guru-guru Bahasa Inggeris untuk mencungkil kemahiran membaca. Isu dan Masalah yang Ditangani Didapati sebahagian besar murid Tahun 1 bersifat pasif ketika pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris akibat kurang yakin dan minat. Ramai di antara mereka memilih cara mudah dengan kerap meniru atau merujuk jawapan kawan. Akibatnya, fahaman konsep Matematik sukar diterapkan. Isu ini harus ditangani pada peringkat awalan lagi untuk mengelakkan masalah pembelajaran berpanjangan dan seterusnya menjadi serius. Tujuan penggunaan ‘My Big Book’ tercapai dengan perubahan tingkah laku yang dikehendaki dalam kalangan murid-murid Tahun 1 aliran DLP. Masalah yang dihadapi hampir diselesaikan dalam jangka masa 5 bulan. Ia berjaya menarik perhatian murid dan meyakinkan murid bahawa pembelajaran Matematik adalah mudah dan seronok walau apapun bahasanya. Secara tidak langsung, ‘My Big Book’ dengan tapak yang besar dan selesa membuka peluang kepada penerokaan perkara baru. Di samping mempelajari konsep Matematik, murid bebas dan selesa menggunakan ‘My Big Book’ sebagai tapak melahirkan dan mempersembahkan idea secara kreatif dan kritis. Keseluruhannya, ia dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran Matematik. Pada masa yang sama, guru sebagai perancang turut menghadapi cabaran dalam pemikiran kaedah-kaedah pengajaran baru, menarik dan berimpak yang berkesinambungan dengan DSKP Tahun 1 dan ‘My Big Book’. Dengan ini, motivasi, tahap pemikiran dan kualiti pengajaran guru juga dapat dipertingkatkan. Dalam tempoh masa tertentu, guru menjadi proaktif dalam proses perancangan, pengendalian, penilaian dan penambahbaikkan inovasi ini.


223 Huraian Inovasi (Bahan/Cara/Kos/Keberkesanan) Rajah 1: Carta aliran penghasilan inovasi Pada peringkat rintis, guru mengenalpasti bahawa ‘drawing block’ sesuai dijadikan tapak penulisan yang besar kerana ianya hampir menyerupai saiz dan bentuk ‘Big Book’. Setelah menitik beratkan ciri-ciri pengendalian, ‘drawing block’ berganti dengan ‘sketch pad’ bergelung dan digunakan sebagai ‘My Big Book’. Setelah beberapa tahun dipraktikkan, guru bertindak untuk mencetak ‘My Big Book’ secara eksklusif dengan hasil kerjasama PIBG, Pentadbir dan Ahli Panitia. Kali ini ianya dikaji dan direkodkan sebagi projek inovasi. Jadual 1: Anggaran Kos ‘My Big Book’ Bil Perkara Harga 1. Muka depan berkulit keras bersaiz A3 RM 1.50 2. 25 helaian kosong A3 RM 1.60 3. 25 helaian bergrid A3 RM 3.30 4. Comb ring 10 mm RM 0.40 Kos Seunit RM 6.80 Saiz ‘My Big Book’ yang ditentukan ialah A3. Muka depan ‘My Big Book’ berkulit keras dengan ilustrasi berwarna yang menarik direkabentuk dan dicetak. 50 helaian dalamnya berupa kertas putih (25 helaian) dan kertas bercetak grid (25 helaian) untuk aktiviti


224 pembelajaran pelbagai topik Matematik. Sebagai contoh, kertas grid sesuai digunakan untuk latihan pengiraan bentuk lazim; lakaran koordinat pada satah Cartesan; lukisan gambar rajah pecahan dan bentuk 2D dan 3D; pembinaan pelbagai garis nombor, jadual dan graf; lakaran kotak seratus dalam pembelajaran pecahan, perpuluhan dan peratus dan banyak lagi aktiviti mengikut saranan DSKP Matematik. Manakala, kertas putih pula boleh dijadikan tapak aktiviti tampalan, mengecop, ‘Projek Based Learning’, peta minda dan sebagainya. Setelah setahun penggunaan ‘My Big Book’, respon murid sebagai pengguna, bersama ibu bapa sebagai pemerhati melalui video aktiviti kelas dititik beratkan dalam penilaian kesesuaian dan impak inovasi. Ibu bapa sebagai penyokong inovasi, tidak keberatan untuk membelikan ‘My Big Book’ berharga RM7. Rajah 2: Rumusan soal selidik penggunaan ‘My Big Book’ dalam kalangan murid Rajah 3: Rumusan pencapaian PBD sebelum dan selepas penggunaan‘My Big Book’ 1 3 2 5 19 What's My Favourite Text Book Activity Book Exercise Book Work sheets My Big Book PBD 1 PBD 2 0 10 20 TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6 PBD 1 0 2 12 16 0 0 PBD 2 0 0 5 18 7 0 0 2 12 16 0 0 0 0 5 18 7 0 PBD Progress PBD 1 PBD 2 24 30 28 1 2 2 Easy Math Happy Fun Boring Difficult Tired M y B i g B o o k F e e d b a c k


225 Rutin penggunaan ‘My Big Book’ melatih murid Tahun 1 untuk berfikir dan berfokus ketika aktiviti pembelajaran Matematik. Ia berjaya meyakinkan dan menarik perhatian murid terhadap pembelajaran Matematik walaupun dalam Bahasa Inggeris. Konsep Matematik yang abstrak mudah disampaikan dengan aktiviti menarik lagi bermakna berasaskan ‘My Big Book’. Fenomena ini berjaya membentuk amalan terbaik dalam pembelajaran Matematik. Konklusinya, hasil usaha inovasi ini dapat meningkatkan prestasi PBD bagi murid-murid Tahun 1 aliran DLP dalam mata pelajaran Matematik. Bagi pencapaian yang stabil penggunaan ‘My Big Book’ harus diteruskan sehingga ke Tahun 3. PENUTUP Sesungguhnya, dalam skala masa yang tertentu murid dapat menghayati dan memahami pembelajaran Matematik dengan bantuan ‘My Big Book’. Penyampaian dan pemahaman konsep Matematik lebih mudah dicapai. Proses pembelajaran konsep Matematik dipercepatkan di samping meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Sebagai lanjutan, penggunaan ‘My Big Book’ juga boleh diadaptasikan sebagai buku aktiviti bagi semua mata pelajaran. Pastinya ia dapat memberikan pengalaman yang menyeronokkan dan bermakna malahan mencungkil kemahiran berfikir. Inovasi penggunaan ‘My Big Book’ juga telah diuji sebagai buku log Unit Beruniform. Pada masa akan datang, penghasilan kerja dalam ‘My Big Book’ sesuai dijadikan bahan pameran, buku bacaan ataupun rujukan Matematik kepada murid-murid lain. Rajah 4: QR code kumpulan Telegram ‘My Big Book Community’ Diharapkan inovasi ini dapat memanfaatkan guru dan murid ketika pembelajaran Matematik dalam jangkasa masa panjang. Visi ini juga disebar luas melalui aplikasi media sosial Telegram dengan terbentuknya kumpulan ‘My Big Book Community’ yang memuatkan perkongsian informasi, rakaman aktiviti kelas dan idea penggunaan ‘My Big Book’ dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Semoga inovasi ini diberkati dan berjaya melahirkan murid yang arif dalam mata pelajaran Matematik.


226 MY KNOWLEDGE BOX INDRA A/P SUBRAMANIAM SK TARCISIAN CONVENT [email protected] 1.SINOPSIS ‘My Knowledge Box’ (MBK) merupakan satu inovasi permainan kreatif yang dihasilkan untuk menarik minat dan fokus para murid dalam proses menyemai amalan membaca. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan amalan membaca dan penggunaan pusat sumber di kalangan murid SK Tarcisian Convent. Fokus kajian ini adalah untuk mengetahui faktor sebenar yang mempengaruhi tahap sebenar amalan membaca dan penggunaan pusat sumber di kalangan murid-murid SK Tarcisian Convent. Kajian ini melibatkan 30 responden daripada 132 orang murid tahun 2. Inovasi ini merangkumi bahagian soalan dan jawapan. Murid-murid difahamkan tentang lampu,tetikus dan bunyi pada MBK. Apabila murid memadankan jawapan yang betul dan menekan tetikus maka lampu akan bernyala dan berbunyi. Kit ini telah dibuat penambahbaikan dengan memasang litar supaya murid tidak mengetahui kedudukan jawapan di tempat yang sama. Rekaan sebegini menyeronokkan murid dan mereka harus membaca bahan bacaan yang disarankan dari pusat sumber untuk menjawab dengan betul untuk dapatkan ganjaran. Keterujaan murid untuk mencuba dan seterusnya dapat menambah ilmu melalui amalan membaca. Sebelum ini, murid-murid tidak menggunakan pusat sumber sebagai gedung ilmu. Penggunaan MBK menggalakkan murid membaca,memahami dan menaakul supaya objektif PdPc tercapai. Rajah 1: MY KNOWLEDGE BOX 226


227 2.PENGENALAN Tinjauan awal dilakukan melalui kaedah pemerhatian selama sebulan, kuiz pra dan pasca dijalankan dan menggunakan soalan soal selidik. Soalan soal selidik menunjukkan murid kurang berminat untuk membaca dan tumpuan mereka adalah dalam hiburan. Walaupun mereka boleh membaca dengan lancar tetapi kerana kekangan-kekangan yang dihadapi mereka tidak mengamalkan tabiat membaca sebagai budaya. Oleh kerana, murid sangat meminati bentuk hiburan maka, tidak membaca bahan bacaan seperti buku cerita dan majalah. Jadi, saya memikirkan satu inovasi yang membolehkan mereka membaca bahan bacaan dari pusat sumber sambil didik hibur. Oleh itu, saya menjana idea untuk menghasilkan inovasi yang boleh digunakan untuk menguji tahap tabiat bacaan murid. Soalan-soalan dihasilkan dari bahanbahan bacaan seperti majalah bulanan Teman Pintar, Matematik(kecerdasan pintar,IQ Test), kamus dan buku cerita. Murid-murid harus membaca kesemua bahan ini untuk menjawab soalan kuiz. Saya menggunakan inovasi ‘My Knowledge Box’ di dalam pusat sumber yang berbentuk permainan dan hiburan untuk menarik minat murid ke pusat sumber untuk membaca. Kuiz Pra dan Pasca membuktikan Inovasi ini menyeronokkan dan menggalakkan kehadiran murid ke pusat sumber dan membaca untuk menjawab soalan pada ‘My Knowledge Box’. Objektif Inovasi ini adalah memotivasikan murid untuk menyemai sikap membaca dan melestarikan budaya pembacaan yang berkualiti, meningkatkan kebolehan dan prestasi murid untuk membaca dan menjawab soalan pada ‘My Knowledge Box’,mengoptimumkan penggunaan pusat sumber, menyediakan bahan yang sesuai bagi menangani masalah pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 dan menjayakan matlamat program NILAM iaitu aktiviti galakan membaca yang melibatkan penilaian pembacaan dan menggalakkan menjana idea kreatif dan inovatif. Kajian ini melibatkan 30 responden daripada 132 orang murid tahun 2 yang boleh membaca supaya mendapat hasil kajian yang tepat. Jadi, saya memikirkan satu inovasi yang membolehkan mereka membaca bahan bacaan dari pusat sumber sambil didik hibur. Oleh itu, saya menjana idea untuk menghasilkan inovasi yang boleh digunakan untuk menguji tahap tabiat bacaan murid. 3.PENERANGAN INOVASI Latar Belakang Saya mendapati bahawa, murid-murid SK Tarcisian Convent jarang membaca dan meminjam buku di pusat sumber. Murid-murid tidak mengunjungi pusat sumber sebagai tempat menimba ilmu.Tinjauan awal dilakukan melalui kaedah pemerhatian selama sebulan, kuiz pra dan pasca dijalankan dan menggunakan soalan soal selidik. Soalan soal selidik menunjukkan murid kurang berminat untuk membaca dan tumpuan mereka adalah dalam hiburan. Maka, saya menggalakkan murid-murid membaca majalah dan menjawab soalan kuiz dari majalah. Namun maklum balasnya, tidak memuaskan kerana murid tidak suka membaca dan kebanyakkan jawapan kuiz didapati salah. Murid-murid hanya membaca buku teks dan tidak berusaha 227


228 untuk menimba ilmu pengetahuan am. Selain itu, didapati rekod catatan Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) tidak memenuhi kehendak minimum. Tambahan pula, bahagian rumusan di dalam buku NILAM menunjukkan beberapa baris ayat dan tidak menulis sinopsis cerita. Maka, kaedah baru harus digunakan untuk mengatasi masalah amalan membaca dalam kalangn murid-murid ini. Isu Dan Masalah Yang Ditangani Tinjauan awal saya melalui kaedah pemerhatian menunjukkan penggunaan pusat sumber pada tahap yang sangat membimbangkan. Murid-murid jarang menggunakan pusat sumber sebagai gedung ilmu. Proses membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan pada masa sekarang dan di masa hadapan. Tabiat membaca akan meningkatkan kemahiran mengarang, kemahiran tatabahasa dan komunikasi. Kesemua manfaat ini diperlukan oleh murid-murid SK Tarcisian Convent untuk menimba ilmu dan menguasai kemahiran mengarang dalam mata pelajaran bahasa. Hasil Inovasi ‘My Knowledge Box’ dapat diperhatikan dalam kalangan murid apabila murid membeli majalah dan meminjam buku cerita serta mencuba soalan kuiz ‘My Knowledge Box’. Penggunaan pusat sumber telah dipertingkatkan. Di samping itu, amalan membaca dalam kalangan murid turut meningkat. Selain itu, murid-murid memiliki kad pusat sumber untuk urusan pinjaman. Menarik minat murid untuk meminjam dan membaca buku mencerminkan perubahan sikap mereka terhadap amalan membaca. Ini membantu objektif PdPc yang dirancang tercapai.Soalan soal selidik yang dijalankan menunjukkan murid kurang berminat untuk membaca dan lebih gemar menceburi diri dalam alam hiburan. Soal selidik juga menyatakan murid kesuntukan masa untuk ke pusat sumber. Saya mendapati kuiz pra secara lisan dan kuiz bertulis yang biasa dilakukan telah membosankan murid. Maka, saya bercadang membina inovasi untuk menyeronokkan murid membaca,menaakul dan menjawab soalan. Kuiz pasca yang menggunakan inovasi menunjukkan dapatan yang maksimum Penerangan Penghasilan Inovasi Saya menggunakan wayar,bateri, mentol kecil berwarna merah dan buzzer. Pada mulanya dibuat rangka kotak dengan aluminium. Kemudian memasang wayar, mentol dan buzzer di dalam kotak dengan bantuan juruteknik. Tetikus digunakan, setelah memadankan jawapan dengan soalan, murid akan menekan tetikus. Jika jawapannya betul maka lampu akan bernyala sambil berbunyi. Terdapat 2 pasangan litar pada inovasi ini. Guru juga akan memastikan padanan jawapan sama ada betul atau tidak. Ini kerana, peralatan mekanikal ini tidak boleh ditukar/ dipasang secara kerap. Saya akan menukar litar ke-2 untuk kuiz berikutnya supaya murid tidak mengetahui kedudukan jawapan di tempat yang sama. Manual pengguna juga disediakan untuk memudahkan proses penggunaan ‘My Knowledge Box’. Murid-murid akan merujuk manual sebagai panduan. . 228


Click to View FlipBook Version