The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pisadmkdri12345, 2022-08-14 03:41:01

Jurnal TELANGKAI SISWA 2020

TELANGKAI

Keywords: TELANGKAI

i

Jurnal TELANGKAI SISWA Jilid 1
Terbitan:
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu
© Hak Cipta Terpelihara
Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian, artikel,
ilustrasi dan isi kandungan dalam jurnal ini dalam apa jua bentuk dengan
cara apapun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman
dan cara lain sebelum mendapat keizinan daripada Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus. Perundingan
tertaklum kepada royalty atau honorarium.
Diatur huruf:
Ahmad Fitri bin Mazlam
Muka taip teks: Arial 11
e-ISSN: 2735-1734

ii

JURNAL TELANGKAI SISWA JILID 1, 2020
Journal of Telangkai Siswa

KETUA EDITOR

Dr. Mas Norbany binti Abu Samah Jabatan Perancangan, Penyelidikan
dan Inovasi,
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030 Kuala Nerus, Terengganu.

SIDANG EDITOR Ketua Jabatan,
Dr. Yuslaini binti Yunus Jabatan Perancangan, Penyelidikan
dan Inovasi,
Dr. Nurhijrah binti Zakaria IPG Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030 Kuala Nerus, Terengganu.
Dr. Rosli bin Ab Rahman Ketua Jabatan
Dr. Mohd Jalani bin Hasan Jabatan Sains Sosial,
Dr. Aznida binti Aziz IPG Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030 Kuala Nerus, Terengganu.
Jabatan Pengajian Melayu,
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030 Kuala Nerus, Terengganu.
Jabatan Bahasa-Bahasa,
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030 Kuala Nerus, Terengganu.
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030 Kuala Nerus, Terengganu.

iii

SANTUN BICARA
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan dan
limpah kurnia-Nya, Telangkai Siswa bagi tahun 2020 bagi Jilid Pertama
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail dapat disiap dan
diterbitkan. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada para
siswa guru dan editor yang menyumbangkan idea untuk makalah ini.

Bidang penulisan merupakan medan bagi penulis menyatakan sesuatu
pendapat tentang pelbagai disiplin ilmu, kurikulum, metadologi, dapatan
kajian dan sebagainya. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, IPGKDRI
sangat menggalakkan para siswa guru agar menjadikan aktiviti penulisan
akademik ini dengan lebih giat untuk mencapai kecemerlangan dalam dunia
pendidikan. Jurnal Telangkai Siswa ini merupakan saluran untuk para siswa
guru IPGKDRI menyebarkan idea, pengalaman dan pemikiran mereka. Dalam
hal ini diharapkan warga IPGKDRI akan terus memupuk budaya penulisan
dan penyelidikan untuk dikongsi bersama dan ssterusnya boleh dimanfaatkan
kepada semua warga pendidik.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada
Jawatankuasa Telangkai Siswa 2020 dan semua pihak yang terlibat dalam
menghasilkan Jurnal Telangkai Siswa ini. Saya berharap jurnal ini akan
memberi manfaat kepada para pembaca dan menjadi sumber ilham kepada
bakal penulis artikel ilmiah.

Sekian, terima kasih.
DR. AZMAN BIN JUSOH

iv

Dari Meja Ketua Editor Jurnal Telangkai Siswa

Jurnal Telangkai Siswa Jilid 1 merupakan satu wadah penulisan ilmiah yang
intelek dalam bidang pendidikan. Selain itu, diharapkan Jurnal Telangkai
Siswaini berupaya menjadi medan ilmiah kepada para penyelidik untuk
menyebar luas hasil penyelidikan siswa guru dan berupaya menjadi satu
mekanisme membudayakan penyelidikan serta penulisan untuk dikongsi
kepada semua warga pendidikan.
Penerbitan Jurnal Telengkai Siswa Jilid 1 ini memuatkan 20 hasil penyelidikan
terbaik yang dijalankan oleh siswa guru merentas jabatan. Kandungan jurnal
ini memfokuskan kepada kualiti pendidikan, strategi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah dan perbincangan isu-isu dalam dunia
pendidikan pada masa kini.
Sekalung ucapan terima kasih wangian kasturi kepada pihak pengurusan
khususnya Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan Perancangan,
Penyelidikan dan Inovasi, penulis dan pensyarah yang telah memberi
kerjasama dan sokongan sehingga terbitnya Jurnal Telangkai Siswa Jilid
Pertama. Terima kasih juga dirakamkan buat para Editor yang sudi terlibat
dalam proses meningkatkan kualiti artikel Jurnal Telangkai Siswa tahun 2020.
Penerbitan Jurnal Telangkai Siswa ini akan diusahakan secara berterusan
dan mengharapkan semua siswa guru dapat menyumbangkan hasil
penyelidikan mereka. Diharapkan juga penerbitan jurnal ini akan
menambahkan lagi koleksi ilmu dalam bidang pendidikan yang boleh
dijadikan bahan rujukan bagi pihak-pihak yang memerlukan.

Sekian, terima kasih.
Dr. Mas Norbany binti Abu Samah

v

KANDUNGAN 1
16
1 Aplikasi Nilai Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Dalam 35
Kalangan Siswa Guru Praktikum Opsyen Pendidikan Islam 53
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail 67
Izzat Rifqi bin Roslan, Sukri bin Berahim, Ph.D 79
90
2 Hayatan Akhlak Dan Biah Solehah Siswa Guru Ipg Zon Timur 103
Muhamaad Shahir bin Mohamed Bakri, Mohammad Rusdi bin Ab 117
Majid, Ph.D 127

3 Meningkatkan Penguasaan Membaca Jawi Murid Tahun 2 di SK
Kompleks Tembesu Menggunakan Buku Cerita Jawi Fun
Nur’Atiqah binti Norselin, Asyraf Ridwan bin Ali, Ph.D

4 Amalan Ciri-Ciri Rabbani Dalam Kepemimpinan Siswa
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
Khairul Nissak binti Muhamad Kharii, Rofishah binti Rashid, Ph.D

5 Hubungan Minat Murid Dalam Bidang Al-Quran Dengan Tahapp
Penguasaan Al-Quran Murid
Rabiatul Adawiyah binti Azhan, Mohd So’od bin Chik, Sabawi bin
Awang

6 Penggunaan ‘Kit Appkake’ Membantu Meningkatkan Kemahiran
Tahun 3 Dalam Kata Kerja Aktif Transitif Dan Tak Transitif
Ghayathri A/P Illango, Rosli bin Ab Rahman, Ph.D

7 Meningkatkan Penguasaan Simpulan Bahasa Menggunakan Kit
‘Simbas’ Dalam Kalangan Murid Tahun Tiga
Archanaa A/P Krishnamoorthy, Muhammad Irfan Nyia bin
Abdullah, Ph.D

8 Kit B&Kt Membantu Meningkatkan Kemahiran Murid Tahun 4
Menulis Karangan Ulasan Menggunakan Tbeknik 4W & 1H
Yogehvalee A/P Kanabathy, Rosli bin Ab Rahman, Ph.D

9 Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan KV+KV yang
melibatkan Diftong dalam Kalangan Murid Tahun Dua Menggunakan
Kit POMINO
Kesavi Indraa a/p Sivakumar, Bahtiar bin Omar

10 Kesediaan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia
Opsyen Bahasa Melayu Mengajar Khat Jawi
Nuur Shafika binti Shamsuddin, Mohd Asri bin Harun

vi

11 Kesediaan Siswa Guru Opsyen Sejarah Melaksanakan 138
Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc) Menggunakan
Perisian TMK 154
Ainul Anis Khairiya binti Ismail, Hamidi bin Salleh, Rosmani binti 168
Ali, Ph.D 177
196
12 Teknik Penyoalan Sokratik Guru Sejarah Dalam Pengajaran Dan 207
Pembelajaran: Satu Kajian Kes 221
Nur Khairul Bariah binti Mohd Fauzi, Nurhijrah binti Zakaria, Ph.D 237
253
13 Penggunaan Kit Kardeka Dalam Meningkatkan Kefahaman 264
Dan Ingatan Murid Tahun 5 Dalam Kronologi
Perjuangan Menuntut Kemerdekaan
Nur Arifah binti Abdul Rashed, Mansor bin Abd. Rahman

14 Penggunaan Fun-Map Untuk Membantu Murid Tahun 4 Mengingat
Nama Dan Lokasi Kerajaan Melayu Awal
Teo Ke Xin, Anisah binti Harun

15 Tahap Efikasi Guru Pelatih Melaksanakan Kaedah Pengajaran
Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) Dalam PdP Sejarah
Vikcittra A/P Chuang, Anisah binti Harun

16 Methods Used By An Experienced Muet Teacher In Teaching
Writing Skill To Muet Candidates
Nurul Aina Umairah binti Mohd Khalid, Mohd Jalani bin Hj Hasan,
Ph.D

17 D - Magical Slides Model For Year 5 Pupils’ Academic Performance In
Learning English
Dharisini A/P Harisankara Rao, Azman bin Mohamed Nor

18 Using Escape-Room-Minion-Drawer ensure Year 3 pupils to
identify and differentiate S-V-0
Sanghari A/P Arumugam, Azman bin Mohamed Nor

19 MemBoost Games to Enhance Year 3 Pupils’ Vocabulary
Acquisition
Mysie Gracia Gositin, Mohd. Jalani bin Hassan, Ph.D

20 Teacher Readiness in Conducting English Language Classroom
Based Assessment among Level 1 Primary School Students
Nur Madihah Aqish Binti Muhammad Fadzli, Mohamad Jalani Bin
Hassan, Ph.D

vii

APLIKASI NILAI DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM
KALANGAN SISWA GURU PRAKTIKUM OPSYEN PENDIDIKAN ISLAM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

Izzat Rifqi bin Roslan
[email protected]
Sukri bin Berahim, Ph.D
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran wajib yang diajar di
sekolah untuk setiap pelajar yang beragama Islam. Pendidikan Islam
di sekolah bertujuan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri setiap
murid. Guru berperanan dan bertanggungjawab menerapkan nilai
dalam diri setiap murid semasa proses PdPc berlangsung. Aplikasi
nilai ini diterapkan mengikut mata pelajaran di sekolah oleh guru dalam
bidang masing-masing bukan sahaja mata pelajaran Pendidikan Islam
sahaja. Persoalannya, apakah pengetahuan dan amalan pengajaran
tentang pengaplikasian nilai diamalkan oleh siswa guru semasa
berpraktikum? Kajian ini bertujuan melihat pengetahuan tentang
pengaplikasian nilai dalam PdPc siswa guru dan amalan pengajaran
yang digunakan oleh siswa guru untuk pengaplikasian nilai mengikut
bidang dalam kurikulum Pendidikan Islam. Reka bentuk kajian ini
menggunakan kajian kualitatif yang menggunakan instrumen temu
bual dan analisis dokumen. Kajian temu bual dilakukan dengan
menggunakan temu bual berstruktur dan separa berstruktur. Hasil
dapatan kajian pula mendapati pengetahuan siswa guru berada pada
tahap cemerlang. Dapatan kajian bagi amalan pengajaran tentang
pengaplikasian nilai diamalkan oleh guru pelatih adalah pada tahap
sederhana. Implikasi kajian ini dapat memberi maklumat kepada pihak
berwajib dalam menambahbaik amalan profesionalisme keguruan di
IPG.

Kata kunci: Aplikasi Nilai, Siswa Guru, Praktikum, Amalan
Pengajaran, Professionalisme Keguruan

1

PENGENALAN

Pendidikan Islam di sekolah bertujuan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
setiap murid. Guru berperanan dan bertanggungjawab menerapkan nilai
dalam diri setiap murid semasa proses PdPc berlangsung. Aplikasi nilai ini
diterapkan mengikut mata pelajaran di sekolah oleh guru dalam bidang
masing-masing bukan sahaja mata pelajaran Pendidikan Islam sahaja. Dalam
pelaksanaan PdPc, nilai-nilai ini dinyatakan semasa penyediaan Rancangan
Pengajaran Harian setiap kali sesi PdPc. Terdapat beberapa nilai yang
digariskan sesuai dengan pelaksanaan PdPc di dalam kelas. Penekanan
kepada persoalan nilai-nilai mumi dalarn sistem pendidikan di Malaysia amat
diberi perhatian. Perhatian yang serius bemula dengan pelaksanaan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada 1989 yang menggalakkan guru-
guru melaksanakan pendekatan penerapan nilai merentas kurikulum (Khairi
dan Asmawati, 2010). Penerapan nilai-nilai mumi tidak terhad kepada mata
pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, malah diterapkan melalui semua mata pelajaran yang
diajar di sekolah, melalui aktiviti-aktiviti harian dan kegiatan kokurikulum
(Khairi,2014). lni jelas membuktikan bahawa penerapan nilai murni dalam
pengajaran menjadi agenda penting dalam sistem pendidikan negara.

PENYATAAN MASALAH

Kurikulum Institut Pendidikan Guru Malaysia yang digubal telah
memperuntukkan bahawa syarat memperoleh Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan ialah setiap pelajar perlu menjalani fasa praktikum. Tempoh
praktikum bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda ini adalah selama dua
fasa sepanjang mengikuti program ini yang dijalankan selama tiga bulan untuk
satu fasa dan melibatkan pelajar PISMP Semester 5 dan Semester 7.
Komponen praktikum ini menyediakan peluang kepada siswa guru
mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari secara teori di IPGM ke

2

dalam situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah (KPM,
2010). Amalan praktikum diterima dengan meluas sebagai komponen yang
amat penting dalam pendidikan guru dan sentiasa dipandang tinggi oleh siswa
guru sebagai komponen yang membantu mereka membangunkan kecekapan
dan identiti profesional mereka sebagai guru.
Justeru, dalam melihat amalan praktikum siswa guru maka pengakji
mengambil inisiatif falam menjalankan kajian kes pengaplikasian nilai dalam
amalan pengajaran siswa guru di IPGK Dato’ Razali Ismail bagi melihat
sejauhmana pengetahuan siswa guru dan amalan pengajaran yang
digunakan.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui dan meneliti
dengan lebih jelas akan aplikasi nilai semasa pengajaran dalam kalangan
siswa guru major Pendidikan Islam yang berpraktikum fasa dua di Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail. Oleh itu, terdapat beberapa sub-
objektif yang telah dipecahkan untuk memudahkan kajian. Antara objektif
tersebut ialah:
I.Mengkaji pengetahuan tentang aplikasi nilai dalam PdPc siswa guru
II.Mengkaji pendekatan dalam amalan pengajaran tentang aplikasi nilai yang
digunakan oleh siswa guru

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan penyataan masalah kajian yang telah dikemukakan sebelum ini,
maka terdapat beberapa soalan kajian yang timbul memerlukan kajian bagi
mendapatkan jawapan yang jelas. Antara soalan kajian yang timbul ialah:

Sejauhmanakah pengetahuan tentang pengaplikasian nilai dalam PdPc siswa
guru?

3

I. Apakah amalan pengajaran yang digunakan oleh siswa guru untuk
pengaplikasian nilai mengikut bidang dalam kurikulum Pendidikan
Islam?

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian
Menurut Bryman (2001), kajian kualitatif merupakan satu pendekatan yang
digunakan bagi penyelidikan sosial dan tidak memerlukan kepada
pengumpulan data. Dalam kajian ini, pengkaji memilih kajian berbentuk
kualitatif.

Pensampelan
Kajian kes membolehkan setiap pengkaji menggunakan pensampelan
dengan tujuan untuk mengumpul data dan maklumat. Dalam pemilihan
sampel, kajian ini memilih sampel dalam kalangan siswa guru PISMP major
Pendidikan Islam yang telah menjalani praktikum fasa 2 dan mendapat A
dalam praktikum. Hanya dua orang guru yang siswa guru yang dipilih dalam
kajian ini. Kedua-dua siswa guru ini berpraktikum di dua buah sekolah yang
berbeza iaitu di kawasan geografi yang berbeza di sekolah di kawasan
perbukitan dan pantai. Hal ini demikian kerana bagi melihat amalan
pengajaran siswa guru dalam pengaplikasian nilai semasa PdPc dalam bilik
darjah. Kajian ini tidak dijalankan pada populasi yang lebih besar kerana
pengkaji telah mendapatkan tema dan permasalahan umum dari temu bual
keseluruhan pelajar PISMP Pendidikan Islam yang telah menjalani praktikum
fasa 2 dan mendapat A dalam praktikum.
Instrumen
Kajian yang dilakukan adalah berbentuk kualitatif, maka pengkaji bertindak
sebagai instrumen utama dalam kajian. Perkara ini ditegaskan lagi oleh
Creswell (1994) melalui Majid (2004), dalam kajian kualitatif ini penyelidik
bertindak sebagai instrument kajian. Pengkaji akan bertindak dengan

4

memungut data secara temu bual dan analisa dokumen sebagai instrumen
kajian. Pengkaji perlu menganalisis perkara yang berlaku ketika data
dikumpulkan.

Kesahan dan kebolehpercayaan
Dalam memperkukuhkan kesahan kajian, pengkaji perlu menghurai maklumat
dan data-data yang dikumpul secara objektif tanpa dipengaruhi emosi dan
perasaan. Bagi mengelakkan kebolehpercayaan dipersoalkan, terdapat
beberapa strategi yang telah dilakukan untuk meningkatkan
kebolehpercayaan. Beberapa kaedah telah digunakan bagi mendapatkan
kesahan data supaya data-data tidak boleh dipertikaikan. Antara kaedah
kesahan dan kebolehpercayaan yang diambil oleh pengkaji adalah transkrip
temu bual dan mendapatkan pengesahan pakar melalui skala persetujuan
Cohen Kappa.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Pengkaji telah menggunakan instrumen temu bual dan analisa dokumen.
Temu bual yang dijalankan pula telah dilaksanakan kepada dua orang
responden daripada siswa guru yang telah menjalani praktikum fasa dua di
dalam sekolah-sekolah daerah Kuala Nerus.
Pengaplikasian nilai dalam amalan pengajaran siswa guru menepati kaedah-
kaedah yang ditetapkan. Dapatan kajian dianalisis dan dapatan menunjukkan
pengetahuan dan pengaplikasian nilai menggunakan pendekatan perlu
dipertingkatkan lagi agar berlakunya penerapan nilai yang lain daripada yang
biasa digunakan. Cadangan serta penambahbaikan amalan pengajaran perlu
dipertingkatkan oleh pihak berkenaan dan diketengahkan dalam amalan
profesionalismne keguruan.

Persoalan 1: Sejauhmanakah pengetahuan tentang pengaplikasian nilai
dalam PdPc siswa guru?

5

Terdapat 15 nilai yang telah digariskan dalam KSSR Pendidikan Islam selari
dengan kurikulum. Kedua-dua responden tahu akan nilai-nilai tersebut.
Jawapan yang telah diberikan agak memuaskan untuk kedua-dua responden.
Responden telah menyatakan dengan jelas 15 nilai yang terdapat dalam
KSSR Pendidikan Islam manakala responden kedua pula kurang pasti
dengan jumlah nilai yang ada tetapi mampu menyenaraikan 12/15 nilai yang
ada dalam KSSR Pendidikan Islam secara lisan.
Responden 1: “Ada lima belas nilai yang ada dalam kurikulum PAI. Nak sebut
semua kurang ingat”
Responden 2: “Banyak nilai-nilainya Tetapi, nak sebut satu-satu tak ingat”

Berdasarkan soalan berstruktur yang diberikan, kedua-dua responden telah
mengenalpasti nilai-nilai yang telah digariskan dalam KSSR Pendidikan Islam.
Responden telah menandakan nilai tersebut dengan jelas walaupun terdapat
penganggu dalam soalan. Kedua-duanya mendapat keputusan 15/15 dari
soalan yang diberikan. Hal ini menjelaskan kedua-dua responden tahu dan
faham akan nilai yang terdapat dalam KSSR Pendidikan Islam. Nilai-nilai ini
boleh diterapkan dalam beberapa Komponen pengajaran.

a) Komponen Isi Kandungan Pengajaran
Hasil daripada analisa data mendapati responden mempunyai pengetahuan
yang baik berkenaan pengaplikasian nilai dalam isi kandungan pelajaran,
Komponen ini memerlukan nilai diterapkan secara langsung dalam proses
PdPc. Kedua-dua responden menjelaskan bahawa tidak kesemua nilai sesuai
untuk diterapkan dalam subjek yang sama. Mereka menjelaskan juga bahawa
dalam isi kandungan, penekanan lebih diberikan kepada isi utama yang
menonjolkan nilai dalam satu-satu pelajaran. Kedua-dua responden
mengetahui nilai-nilai tersebut hanya boleh diterapkan satu hingga tiga dalam
satu-satu proses PdPc. Responden 1 menyatakan, nilai-nilai yang dipilih perlu
diterapkan dalam langkah yang berbeza. Responden 2 juga mengukuhkan

6

lagi dengan menyatakan hanya satu nilai sahaja yang boleh diaplikasikan
dalam satu langkah pengajaran. Hal ini menjelaskan kedua-dua responden
bahawa setiap isi dalam pelajaran perlu mempunyai nilai di dalamnya namun
untuk satu-satu pengaplikasian, hanya satu nilai sahaja yang boleh dalam
satu-satu langkah pengajaran. Dalam isi kandungan, responden telah
menyatakan dengan jelas isi kandungan perlu mengandungi input-input
pelajaran yang boleh diterapkan nilai-nilai tersebut. Seorang responden
menyatakan bahawa Komponen ini digunakan dalam beberapa subjek yang
khusus dalam sesi PdPc.

b) Komponen Aktiviti Dalam PdPc
Komponen seterusnya yang terdapat dalam pengaplikasian nilai dalam
amalan pengajaran adalah melalui aktiviti yang dilaksanakan dalam PdPc.
Aktiviti dalam PdPc perlu mempunyai nilai yang boleh diaplikasikan secara
langsung dan secara tidak langsung. Menurut pandangan Responden 2,
responden menggunakan nilai kerjasama dalam aktiviti dalam PdPc. Menurut
Responden 2 lagi, aktiviti-aktiviti yang kebanyakkan berpusatkan murid
kebiasaanya menggunakan nilai kerjasama dalam melengkapkan aktiviti
tersebut. Responden 1 juga turut memberikan satu contoh iaitu nilai
kerjasama dalam melakukan aktiviti. Responden 1 dan Responden 2
memberikan nilai kerjasama dalam contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan
nilai tersebut. Responden 1 menyatakan dalam melaksanakan aktiviti di
dalam kelas juga nilai-nilai juga boleh diaplikasikan. Secara konsepnya,
kedua-dua responden memahami bahawa nilai juga boleh diterapkan dalam
aktiviti-aktiviti di dalam kelas. Namun, kedua-dua responden berbeza
pendapat mengenai nilai yang boleh diterapkan dalam aktiviti di dalam kelas.
Selain itu, Responden 1 mevariasikan nilai dalam kepelbagaian aktiviti dalam
PdPc. Responden 1 tidak menggunakan nilai yang sama dalam aktiviti yang
berlainan. Responden 2 pula mengulang nilai yang sama setiap kali PdPc
walaupun aktiviti yang berbeza. Dengan penggunaan nilai yang sama, nilai-
nilai yang lain tidak digunakan setiap kali PdPc yang berbeza sepanjang tiga

7

bulan tempoh praktikum. Responden 1 menggunakan nilai yang berlainan
sepanjang tempoh berpraktikum. Hal ini menunjukkan Responden 1
mempunyai kepelbagaian idea dan teknik yang digunakan dalam
mengaplikasikan nilai dalam teknik yang berbeza manakala Responden 2
mempunyai kepelbagaian teknik untuk menerapkan nilai yang sama.

c) KOMPONEN PENUTUP PdPc
Dalam langkah penutup, pengaplikasian nilai juga boleh dilakukan.
Pengaplikasian nilai dilakukan secara langsung dalam penutup PdPc.
Responden 1 memberi contoh nilai bersungguh-sungguh dan nilai kerajinan.
Responden 1 dalam RPH yang dirangka menyatakan nilai bersungguh-
sungguh diaplikasikan melalui pesanan dan peneguhan oleh guru. Manakala,
nilai kerajinan digunakan oleh Responden 2 untuk diaplikasikan kepada
murid. Kedua-dua responden menjelaskan bahawa pada langkah penutup ini
biasanya guru menerangkan semula nilai yang terdapat dalam PdPc yang
terdapat dalam isi pelajaran dan aktiviti pada hari tersebut. Langkah penutup
juga dilakukan untuk menerapakn nilai selain itu kepada murid.

Kesimpulannya, kedua-dua responden mempunyai pengetahuan dalam nilai-
nilai dalam KSSR Pendidikan Islam. Perkara ini dapat dibuktikan melalui
kutipan data yang telah dilakukan. Responden dapat memberi tahu konsep
secara umum berkenaan amalan pengajaran yang dilakukan dalam
pengapliaksian nilai dengan baik. Malah, responden dapat menyenaraikan
satu persatu nilai yang terdapat dalam KSSR Pendidikan Islam. Berlaku
sedikit kelemahan apabila nilai yang diketahui tidak digunakan sepenuhnya
dalam proses PdPc. Mereka mengulang nilai yang sama setiap kali PdPc
berlangsung walaupun mempunyai kefahaman dan pengetahuan tentang
konsep pengaplikasian nilai. Dokumen RPH yang ditulis pula melihatkan
kesejajaran yang berlaku.

8

Persoalan 2: Apakah amalan pengajaran yang digunakan oleh siswa
guru untuk pengaplikasian nilai mengikut bidang dalam kurikulum
Pendidikan Islam?

BIDANG AL QURAN
Terdapat beberapa isi kandungan dan aktiviti yang sesuai untuk
pengaplikasian nilai semasa proses PdPc berlangsung. RPH yang dirancang
perlu mengikut kesesuaian tajuk pelajaran. Dari segi pemilihan aktiviti pula,
guru perlu membuat susunan aktiviti yang baik serta melihat kepada kognitif
murid. Hal ini demikian kerana guru perlu melihat tahap kemampuan murid
dalam melakukan perancangan dapat dilaksanakan serta hasil dapat dicapai.
Sekaligus, nilai yang ingin diaplikasikan dapat dilakukan. Dalam mencapai
tujuan tersebut, responden 1 membuat perancangan dengan memilih nilai
berusaha dan nilai keberanian. Amalan pengajaran yang digunakan talaqqi
musyafahah. Dengan menggunakan kaedah talaqqi musyafahah, responden
1 menjelaskan guru membacakan sepotong ayat kepada sekumpulan murid
dan kemudian murid mengikut bacaan guru secara berhadapan dengan guru
beramai-ramai. Murid perlu berusaha menyebut satu persatu ayat yang
dibaca dan guru akan memilih murid secara rawak untuk membacakan
potongan ayat Al Quran. Bagi responden 2 pula, rancangan pengajaran
sangat penting dalam melaksanakan pengajaran. Dengan adanya
perancangan, secara tidak langsung pengajaran akan lebih berfokus dan
pengaplikasian nilai dapat diterapkan dalam diri murid-murid.
Keseluruhannya, kedua-dua responden merancang aktiviti pengajaran
berdasarkan amalan pengajaran yang sesuai degan memilih nilai-nilai yang
sesuai untuk diterapkan kepada murid. Perancangan dan pengaplikasian nilai
berlaku semasa proses PdPc Al Quran.

BIDANG JAWI
Bidang Jawi merupakan bidang kedua dalam kurikulum pendidikan yang
diajar oleh siswa guru major Pendidikan Islam di sekolah semasa

9

berpraktikum. Kedua-dua responden berpendapat bahawa nilai yang boleh
digunakan dalam bidang Jawi adalah nilai yang berkaitan dengan tema dalam
isi kandungan pelajaran. Responden 1 mengajar bidang Jawi dalam tema
Kebudayaan Malaysia. Manakala, responden 2 mengajar bidang Jawi dalam
tema Sukan. Kedua-dua responden menyatakan, pemilihan nilai untuk
pengaplikasian perlu sesuai dengan tema yang ada. Kepelbagaian teknik
pengajaran yang digunakan oleh kedua-dua siswa guru sebenarnya menepati
kaedah Pendidikan Abad Ke 21 (PAK 21). PAK 21 mengalakkan keterlibatan
murid dalam sesuatu proses PdPc. Hal ini dipersetujui oleh kedua-dua
responden bahawa PAK 21 dapat membentuk nilai secara tidak langsung
dalam diri murid. Namun, guru berperanan menerangkan semula nilai
tersebut agar murid tahu dan faham tentang nilai-nilai yang ada.
Kesimpulannya, kedua-dua responden dalam temu bual yang dilaksanakan
juga menyatakan kepentingan guru melihat nilai yang mahu diaplikasikan
kepada murid. Perkara ini perlu meliputi kesesuaian tajuk, isi pelajaran dan
aktiviti yang dirancang dalam RPH. kedua-dua responden merancang aktiviti
pengajaran berdasarkan amalan pengajaran yang sesuai dengan memilih
nilai-nilai yang sesuai untuk diterapkan kepada murid. Perancangan dan
pengaplikasian nilai berlaku semasa proses PdPc dalam bidang Jawi.

BIDANG ULUM SYARIAH
Terdapat empat pecahan yang ada dalam bidang Ulum Syariah. Bidang-
bidang tersebut adalah akidah, ibadat, sirah dan adab. Menurut kedua-dua
responden, pengaplikasian nilai dalam keempat-empat pecahan dalam
bidang ini sangat luas dan banyak. Kepelbagaian aktiviti boleh dilakukan dan
pelbagai nilai boleh diaplikasikan untuk murid-murid. Walaupun kedua-dua
responden menyatakan kepelbagaian dalam nilai dan aktiviti yang boleh
digunakan, namun dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) menyatakan
nilai yang sama digunakan. Perkara ini berbeza dengan temu bual yang
dilakukan. Hal ini menunjukkan ketidak sejajaran antara pengetahuan dan
praktikal yang dilakukan. Bagi menjawab persoalan yang dilontarkan

10

pengkaji, kedua-dua responden menjelaskan bahawa nilai-nilai yang
digunakan adalah nilai yang mudah digunakan. Menurut responden 1, nilai
kerjasama dan nilai keberanian sebagai contoh lebih difahami dan jelas
perbuatannya. Responden 2 pula berpendapat bahawa murid tidak perlu
didedahkan dengan banyak nilai yang berbeza tetapi perlu ditekankan dan
dibiasakan nilai-nilai yang biasa digunakan. Dalam melihat perubahan sikap
murid, kedua-dua responden menyatakan bahawa perubahan yang jelas dan
tidak ketara boleh dilihat dalam diri murid selepas berlakunya satu-satu proses
PdPc. Hal ini demikian bagi melihat keberkesanana nilai yang diaplikasikan
oleh siswa guru dalam satu-satu proses PdPc.

Secara keseluruhannya, kedua-dua responden menggunakan kaedah
pengajaran yang bersesuai dengan murid untuk diaplikasikan murid.
Persediaan sebelum mengajar dilakukan dengan baik oleh responden.
Melalui persediaan yang rapi, guru dapat mengenalpasti nilai yang boleh
diaplikasikan mengikut amalan pengajaran yang ada. Bagi responden pula,
pendekatan yang gunakan menjurus kepada nilai yang sesuai. Kedua-dua
responden menggunakan nilai yang hampir sama tetapi berbeza teknik
pengajaran. Dalam menerapkan nilai yang ada dalam KSSR Pendidikan
Islam, kedua-dua responden menggunakan pendekatan berpusatkan murid
secara keseluruhannya.
PERBINCANGAN

Hasil analisis data menunjukkan pengetahuan responden adalah berada
dalam keadaan yang memuaskan. Responden dapat memberitahu konsep
dan cara pengaplikasian nilai dilakukan. Malahan, perkara ini dibuktikan
dengan responden yang dapat menerangkan mengenai Komponen yang
terdapat dalam pengaplikasian nilai. Dengan cara ini pengkaji dapat
mengetahui bahawa responden dapat menganalisis dan dapat membuat
penilaian terhadap Komponen-kompene yang boleh diaplikasikan nilai.
Menurut Benjamin (1956), bidang kognitif ini dapat dibahagikan kepada enam

11

peringkat iaitu pengetahuan, pemahaman, analisis, penilaian, sintesis dan
aplikasi. Jelaslah bahawa responden bukan sekadar tahu pada peringkat
pengetahuan sahaja, malah dapat menyenaraikan nilai-nilai dalam KSSR
Pendidikan Islam serta dapat menjelaskan sesuatu konsep. Hammond (2007)
menyatakan bahawa pengajaran guru perlu melibatkan kefahaman terhadap
aktiviti pengajaran di dalam kelas. Oleh itu, responden telah menunjukkan
bahawa mereka faham berkenaan konsep pengaplikasian nilai dalam amalan
pengajaran yang dillakukan. Malah, mereka juga megapliaksikan nilai
tersebut kepada murid. Taksonomi Bloom menyatakan tahap aplikasi adalah
tahap tinggi dalam tingkatan pembelajaran. Ini jelas membukti pembelajaran
sebelum praktikum melalui teori dan praktikal memberi responden kelebihan.
Berdasarkan kepada dapatan kajian, pengetahun responden adalah berkisar
kepada nilai-nilai dalam KSSR Pendidikan Islam serta Komponen-Komponen
dalam pengajaran yang boleh digunakan dalam pengapliaksian nilai tersebut.
Dalam nilai yang terdapat dalam KSSR Pendidikan Islam, responden telah
menyatakan dengan baik nilai-nilai yang terdapat dalam KSSR Pendidikan
Islam. Dalam Komponen pengajaran untuk pengaplikasian nilai hanya
seorang responden sahaja yang menggunakan ketiga-tiga Komponen dalam
pengaplikasian nilai.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi melihat
amalan pengajaran siswa guru dalam pengaplikasian nilai semasa PdPc.
Pengkaji seterusnya memberikan cadangan penambahbaikan berkaitan
dengan pengetahuan dan pendekatan yang digunakan dalam pengaplikasian
nilai. Pengkaji banyak menggunakan kajian literatur dalam melakukan
penilaian terhadap dapatan kajian yang diperoleh. Dalam kajian ini juga,
pengkaji menggunakan teori akhlak Imam Al Ghazali sebagai kerangka utama
kajian. Dapatan ini dapat dilihat melalui sudut teori akhlak Imam Al Ghazali
mengikut kajian-kajian lepas.

12

Kajian ini menggunakan data kualitatif melalui kaedah temu bual yang
berstruktur dan separa berstruktur. Dua orang responden telah dipilih untuk
mendapatkan data. Bagi mendapatkan data yang baik, pengkaji
menggunakan kaedah analisa dokumen terhadap dua dokumen utama.
Dokumen tersebut adalah Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan borang
bimbingan Praktikum (PR1). Dokumen ini juga dianalisa dengan dilakukan
senarai semak bagi memudahkan rujukan silang dilakukan.

CADANGAN

Keseluruhannya, berdasarkan kepada hasil dapatan kajian, pengkaji ingin
mengemukakan beberapa cadangan dalam kajian ini bagi membantu semua
pihak dalam kajian ini dalam mempertingkatkan dan memantapkan
pengaplikasian nilai dalam amalan pengajaran siswa guru selaras dengan
memperkukuhkan latihan iktisas perguruan di Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM). Secara keseluruhannya, beberapa cadangan berikut
disarankan bagi memantapkan pengaplikasian nilai dalam amalan pengajaran
siswa guru sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah selepas tamat latihan
perguruan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Kemahiran teori, praktikal dan pedagogi merupakan asas yang penting dalam
melaksanakan sesuatu pengajaran. Pengajaran di dalam kelas merupakan
bentuk pengajaran dalam membentuk kemenjadian murid. Seharusnya,
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) IPGK Dato’ Razali Ismail perlu
optimis dalam memberi bimbingan dan pengetahuan dengan mengadakan
kursus-kursus berkaitan dengan pedagogi pengajaran bukan sahaja
pengaplikasian nilai dalam amalan pengajaran mereka.

Dalam memantapkan pengetahuan dalam pengaplikasian nilai dalam amalan
pengajaran semasa PdPc, siswa guru boleh berkolaborasi sesama mereka.
Kolaborasi adalah salah satu aspek yang penting kerana siswa guru adalah
menjadi pelaksana dalam kelas semasa berpraktikum. Pelaksana pengajaran

13

ini bukan sahaja semasa praktikum malahan pelaksanaan pengajaran
dilakukan juga semasa berkhidmat sebagai pegawai pendidikan setelah
tamatnya program latihan perguruan, PISMP. Dalam berkolaborasi juga siswa
guru boleh menekankan akan kemahiran dalam PdPc yang boleh digunakan
dengan kaedah pengajaran yang sesuai. Hal ini secara tidak langsung,
pandangan dari siswa guru yang lain dapat digunakan untuk situasi sebenar.
Kaedah kolaborasi ini boleh menggunakan laman Google Classroom untuk
mewujudkan komuniti pembelajaran yang dipantau oleh seorang pensyarah
pembimbing.
Dalam menghasilkan komuniti yang baik, maka kerjasama dari semua pihak
hendaklah memfokuskan sistem pendidikan yang selari dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. IPGM umpamanya bertanggungjawab dalam
melahirkan guru-guru yang berkualiti dan sekolah bertanggungjawab
menyediakan kemudahan pendidikan.

RUJUKAN

Nor Lela Ahmad. (2018). Program Praktikum Sebagai Medium Pengukuhan
Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Guru Pelatih. Jurnal
Pendidikan Malaysia .

Berg, B. L. (2007). Qualitative Research Method for the Social Science. San
Francisco: Pearson Education.

Mohammad Khairi. (2016). Pembentukan Akhlak dalam Diri Pelajar Menerusi
Teknik Pengajaran. The Online Jurnal of Islamic Education.

Khairul Mohammad. (2010). Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam
Berkesan Berteraskan Konsep Mualim. Journal of Islamic and Arabic
Education.

14

Mohammad Majid Konting. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendiidkan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Shukor Shaari. (2016). Amalan Pedagogi Berpusatkan Pelajar Dan
Masalah Yang Dihadapi Guruguru Pelatih Program Pensiswazahan
Guru Untuk Mengamalkan Pedagogi Berpusatkan Pelajar Semasa
Praktikum. Proceeding of ICECRS.

15

HAYATAN AKHLAK DAN BIAH SOLEHAH SISWA GURU IPG ZON
TIMUR

Muhamaad Shahir bin Mohamed Bakri
Unit Pengajian Agama Islam
[email protected]

Mohammad Rusdi bin Ab Majid, Ph.D
Jabatan Pengajian Islam dan Moral

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penghayatan akhlak siswa guru
yang menuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia serta pelaksanaan biah
solehah yang terdapat di kampus tersebut. Skop dan batasan kajian
tertumpu kepada siswa guru semester 8 di empat Institut Pendidikan Guru
Malaysia di Zon Timur iaitu IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, IPG Kampus
Tengku Ampuan Afzan, IPG Kampus Kota Bharu dan IPG Kampus Sultan
Mizan. Kajian ini telah dilaksanakan secara kuantitatif ke atas siswa guru
muslim semester lapan. Instrumen soal selidik yang digunakan adalah
untuk mengenalpasti tahap penghayatan akhlak siswa guru dan tahap
pelaksanaan biah solehah di Institut Pendidikan Guru Malaysia Zon Timur.
Metodologi kajian melibatkan proses pembinaan instrumen, proses
pemurnian instrumen dan proses penentuan kebolehpercayaan serta
kesahan instrumen. Nilai Alpha Cronbach yang diperolehi adalah 0.80 yang
menunjukkan kebolehpercayaan soal selidik berada pada tahap baik.
Sampel kajian terdiri daripada 209 orang siswa guru semester 8 Institut
Pendidikan Guru dari kempat-empat kampus. Data diperoleh dan dianalisis
secara deskriptif dan inferensi dalam bentuk kekerapan, peratusan, min dan
sisihan piawai dan Ujian Korelasi menggunakan perisian Statiscal Package
for Sosial Sciences (SPSS) versi 23.0. Dapatan Kajian menunjukkan tahap
penghayatan Akhlak dan Biah Solehah adalah pada tahap tinggi. Kajian
juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan sederhana antara
penghayatan akhlak dan biah solehah di Institut Pendidikan Guru Malaysia
(Zon Timur). Kajian ini memberi gambaran tentang tahap penghayatan
akhlak dan biah solehah siswa guru di Institut Pendidikan Zon Timur.

Kata kunci: Penghayatan, Akhlak, Biah Solehah, Siswa Guru Institut
Pendidikan Guru Malaysia

16

PENGENALAN
Peta Akhlak adalah cermin keimanan seseorang. Dengan erti kata lain, iman
yang sempurna akan menghasilkan akhlak yang mulia atau dengan
perumpamaan yang mudah, ibarat pohon yang semata-mata bergantung
kepada keelokan akarnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksudnya, Di
kalangan mu'minin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik
akhlaknya (HR Tirmizi No: 1082). Hal ini jelas menunjukkan betapa agama
Islam sebagai agama ad-Deen atau Islam sebagai cara hidup amat
mementingkan kepada pendidikan akhlak. Selain itu, mereka yang berakhlak
mulia juga diangkat darjatnya oleh Allah. Pernyataan ini didapati di dalam al-
Quran menerusi surah al-Hujurat ayat ke 13:

Maksudnya: Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah
orang-orang yang bertakwa"

Biah Solehah merupakan satu istilah yang digunakan bagi
menggambarkan keadaaan persekitaran yang harmoni dan mampu untuk
mentarbiah keperibadian insan ke arah kebaikan. Konsep ini merujuk kepada
suasana keagamaan yang melibatkan pembangunan insan secara bersepadu
meliputi pembangunan intelek, rohani, emosi dan jasmani yang dijana melalui
penghayatan nilai yang berterusan berasaskan kepada ajaran tauhid
berteraskan al-Quran dan as-Assunnah (Norhisham Mohamad, 2015). Secara
asasnya, mana-mana kawasan yang menerapkan biah solehah pasti
penghayatan akhlak penduduk di sesebuah kawasan itu tinggi.

Secara kesimpulannya, berdasarkan penelitian dan pemerhatian
pengkaji, bidang akhlak ini bukan lagi perkara asing bagi kita semua. Apa yang
menjadi persoalan kepada kita sebenarnya adalah bagaimana kita hendak
membina generasi yang mewarisi keindahan akhlak yang telah ditinggalkan
oleh baginda nabi Muhammad SAW serta para sahabat RA. Manakala dari
sudut pelaksanaan biah solehah di kampus pula, semua pihak perlu
bekerjasama untuk menjadi agen penggerak kepada kemenjadian biah

17

solehah. Kegemillangan Islam yang satu ketika dahulu digeruni dan ditakuti
oleh musuh-musuh Allah dan pada hari ini dipijak-pijak serta dihina oleh
mereka. Kedaulatan dan maruah negara Islam yang dahulunya mulia, akan
tetapi sekarang telah dinodai dan diratah oleh musuh-musuh Islam dek kerana
kelalaian kita sendiri.

PERNYATAAN MASALAH
Masyarakat kita pada hari ini sedang mengalami krisis akhlak yang sangat
membimbangkan kerana dicemari dengan pelbagai bentuk kerosakan akhlak
yang sangat ekstrem (Nasarudin Desa, Tengku Intan Zarina Tengku Puji &
Sabri Mohamad, 2018). Masalah akhlak ini timbul di setiap sudut lapisan
masyarakat diseluruh dunia Islam (Norhisham Mohamad, 2015). Tidak kira
tua atau muda, isu ini tetap menjadi bualan utama yang mesti diambil
perhatian. Namun begitu, apa yang lebih menjadi kerisauan adalah generasi
muda khususnya golongan remaja begitu mudah untuk tergelincir dan
terjerumus dalam kancah kemaksiatan.

Pernyataan masalah dalam kajian bermula dengan statistik Kementerian
Kesihatan pada tahun 2017 telah mendedahkan sebanyak 3980 kes iaitu 28.8
peratus daripada 13,831 remaja yang mengandung anak luar nikah berusia
sekitar 10 hingga 19 tahun (Nurul Husna Rosidi, 2017). Usia yang masih di
bangku persekolahan dan tidak matang, namun, sudahpun terpalit dengan isu
akhlak sebegini. Hal ini amat perit untuk diterima oleh kita semua, akan tetapi
inilah harga sebuah realiti kerosakkan umat Islam yang perlu dibayar dek
kerana kegagalan kita menerapkan dan mengamalkan akhlak yang
dianjurkan oleh agama Islam secara menyeluruh.

Menurut Melati Sumari (2006), Institut Pengajian Tinggi (IPT) masa kini
menghadapi pelbagai cabaran seiring dengan meningkatnya perkembangan
teknologi. Kesalahan seperti khalwat, bersekedudukan dan menjual maruah
diri adalah sebahagian dariapda salah laku yang banyak berlaku pada masa

18

kini. Apa yang lebih menyedihkan adalah majoriti daripada pesalah laku
tersebut terdiri daripada bangsa Melayu dan beragama Islam. Hal ini
memberikan gambaran yang sangat jelas kepada kita betapa pincang dan
teruknya akhlak yang dimiliki oleh para mahasiswa.

Seterusnya, kita melihat isu mahasiswa yang semakin pincang dalam kancah
dunia yang serba moden ini. Menurut kajian Zulaiha Ali Othman et.al (2016),
dalam mengenalpasti sejauhmana remaja bercinta, faktor remaja bercinta dan
hubungannya terhadap pencapaian akademik. Kajian mereka mendapati
bahawa aspek penting yang menghalang remaja bercinta adalah dengan
meningkatkan faktor dalaman iaitu dengan memberi kefahaman tentang
akhlak, adab, sivik, keagamaan (batasan syarak), tanggungjawab, jati diri dan
pendidikan seks. Dapatan ini menunjukkan keruntuhan akhlak seperti remaja
bercinta adalah berpunca dari kelemahan kefahaman akhlak mereka itu
sendiri dan hanya mengikut hawa nafsu. Maka tidak hairan pelbagai implikasi
buruk lahir daripada mengikut hawa nafsu semata-mata.

Berdasarkan kajian-kajian lalu berkaitan akhlak dalam kalangan pelajar dapat
memberi input yang bermanfaat bagi memantapkan ilmu mengenai akhlak
dan juga dapat menzahirkan nilai-nilai Islam yang mantap. Namun,
sejauhmanakah penghayatan akhlak dan biah solehah siswa mereka di
kampus. Adakah Pendidikan Islam yang diterapkan di kampus berhasrat
melahirkan insan yang bertakwa dan berakhlak mulia berjaya direalisasikan?

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:
1 Mengenal pasti tahap penghayatan akhlak agama dalam

kalangan siswa guru Institut Pendidikan Guru Malaysia.

19

2 Mengenal pasti tahap penghayatan akhlak peribadi dalam
kalangan siswa guru Institut Pendidikan Guru Malaysia.

3 Mengenal pasti tahap penghayatan akhlak sosial dalam
kalangan siswa guru Institut Pendidikan Guru Malaysia.

4 Mengenal pasti tahap biah solehah siswa guru di Institut
Pendidikan Guru Malaysia.

5 Mengenalpasti hubungan tahap penghayatan akhlak dengan
tahap biah solehah di Institut Pendidikan Guru Malaysia

Soalan Kajian
1 Apakah tahap penghayatan akhlak agama siswa guru di
Institut Pendidikan Guru Malaysia?
2 Apakah tahap penghayatan akhlak peribadi siswa guru di
Institut Pendidikan Guru Malaysia?
3 Apakah tahap penghayatan akhlak sosial siswa guru di
Institut Pendidikan Guru Malaysia?
4 Apakah tahap biah solehah siswa guru di Institut Pendidikan
Guru Malaysia?

5 Adakah terdapat hubungan signifikan terhadap tahap
penghayatan akhlak dengan biah solehah di Institut
Pendidikan Guru Malaysia?

20

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif
berbentuk kajian tinjauan. Kajian ini dilaksanakan di beberapa buah sekolah
di Terengganu. Sampel kajian terdiri daripada murid tahun empat di daerah
Kuala Nerus. Hasil dapatan kajian ini dilihat melalui bentuk perkiraan yang
merangkumi nombor dan formula tertentu. Menurut Cresswell (1998), reka
bentuk kajian menunjukkan keseluruhan proses penyelidikan, daripada
proses pengkonseptual masalah kepada proses menulis laporan,
(Othman,2012). Kaedah tinjauan ini menggunakan kaedah soal selidik
bertujuan untuk melakukan penilaian terhadap beberapa aspek yang ingin
dikaji.

Menurut Mok Soon Sang (2010) pula, kajian tinjauan yang menggunakan
kaedah soal selidik ini bagi meninjau sesuatu idea, pandangan artau
gambaran isu atau situasi secara mendalam. Kajian ini bertujuan untuk
mengumpul data secara besar-besaran untuk membuat generalisasi,
menjanakan data statistik yang boleh dimanipulasi dan mengumpul data
bebas daripada kontektual. Ianya bersifat deskriptif. Ciri-ciri kaedah ini
perwakilan populasi yang luas, pengumpulan data berangka dan penggunaan
data questionaires dengan pengujian dan penilaian.

Menurut Mohd Majid Konting (2004), penyelidikan deskriptif merupakan
penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang
sedang berlaku. Tujuan penyelidik menjalankan kajian ini adalahountuk
melihat tahap penghayatan akhlak dan biah solehah siswa guru IPG Zon
Timur. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk menganalisis hubungan
antara pengahayatan akhlak dan biah solehah di IPG Zon Timur

Penyelidik memilih kaedah tinjauan ini adalah kerana kajian yang dibuat ini
melibatkan penggunaan soal selidik atau maklumat statistik untuk
mengumpulkan data mengenai sesuatu populasi, pemikiran atau tingkah laku

21

responden. Analisis deskriptif seperti min, mod, median, peratus dan
kekerapan yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat dan data mengenai
perkara di atas melalui sampel yang diperolehi daripada responden dengan
lebih tepat dan cepat.

Pensampelan
Siswa guru semester lapan dari IPG Zon Timur telah dipilih sebagai sampel
bagi menjayakan kajian ini. Menurut Noraini Idris (2013), tujuan pensampelan
adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi. Oleh itu,
pensampelan rawak mudah digunakan dalam memilih sampel yang mana
setiap responden akan mempunyai peratus peluang yang sama untuk terpilih
sebagai sampel dalam kajian ini.
Antara langkah yang penting yang perlu dilakukan ialah menentukan populasi
kajian di peringkat awal proses pemilihan sampel. Populasi dalam kajian ini
terdiri daripada siswa guru Semester lapan Institut Pendidikan Guru Zon
Timur. Jumlah populasi yang terdapat di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail,
Kampus Sultan Mizan, Kampus Tengku Ampuan Afzan dan Kampus Kota
Bharu adalah seramai 294 orang. Merujuk kepada jadual Krejcie & Morgan
(1970), seramai 209 orang sampel diperlukan untuk mewakili populasi
tersebut.

22

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat utama dalam
kajian. Instrumen kajian kuantitatif ini terdiri daripada soal selidik dan ujian
bahasa. Penyelidik memilih kaedah kajian melalui soal selidik kerana data
dapat dikumpulkan dengan mudah, terkini dan fleksibel. Soal selidik yang
digunakan mengandungi lima bahagian dan keseluruhan item berjumlah 38
item. Soal selidik bahagian A mengandungi 3 item berkaitan latar belakang
responden. Bahagian B pula mengandungi 10 item yang merangkumi soalan-
soalan yang berkaitan dengan akhlak agama. Bahagian C mengandungi 10
item tentang akhlak peribadi. Bahagian D pula mengandungi sembilan item
tentang akhlak sosial. Akhir sekali bahagian E mempunyai sembilan item
berkaitan pelaksanaan biah solehah.

Kesahan dan Kebolehpercayaan
Kesahan merupakan kebolehan alat ukur mengukur apa yang sepatutnya
diukur. Kajian ini diperoleh dripada pengesahan oleh pakar-pakar yang
mempunyai autoriti dalam pelbagai bidang. Antara aspek yang disahkan oleh
pakar dalam instrumen kajian ini ialah kesahan muka, kandungan dan
konstruk. Kesahan soal selidik kajian ini telah dinilai oleh empat orang pakar
iaitu Dr Aznida binti Abdul Aziz sebagai pakar kandungan, Dr Irfan Nyia bin
Abdullah sebagai pakar bahasa, Dr Yuslaini binti Yunus sebagai pakar
konstruk dan En Mat Ali Bin Ghani. Instrumen kajian ini telah dibaiki dan
disahkan oleh pakar-pakar dalam bidang Pendidikan Islam.

Kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan adalah merujuk kepada
keupayaan suatu kajian untuk memperoleh nilai yang serupa apabila
pengukuran yang sama diulangi. Sesuatu kajian dikatakan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi jika pengukuran pada kali yang kedua, ketiga
atau pada kali yang seterusnya dilakukan, nilai yang diperoleh adalah serupa
(Chua, 2011). Kebolehpercayan juga boleh ditafsirkan sebagai ketekalan dan
kestabilan dalaman instrumen dalam mengukur sesuatu konsep (Beins,2009).
Menurut Lee et al. (2014), kebolehpercayaan adalah sesuatu kajian yang

23

boleh diguna pakai semula di mana kajian tersebut boleh menjadi rujukan
semula untuk kajian yang seterusnya. Dapatan kajian rintis menunjukkan
pekali kebolehpercayaan keseluruhan item soal selidik adalah 0.80. Nilai ini
mencukupi untuk mencapai tahap kebolehpercayaan soal selidik dan boleh
digunakan untuk pengumpulan data kajian.

Kaedah Pengumpulan Data

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan (kuantitatif) dan
dilaksanakan terhadap 209 orang siswa guru IPG Zon Timur. Soal selidik yang
telah dibina terdapat lima bahagian iaitu A,B,C,D dan E. Dalam setiap
bahagian mengandungi 9 hingga 10 item. Borang soal selidik telah disebarkan
ke beberapa institutusi yang berkenaan. Di dalam kajian ini penyelidik akan
menggunakan kaedah analisis data deskriptif. Analisis ini digunakan bagi
tujuan terperinci tentang sesuatu pemboleh ubah dikaji. Data yang diperolehi
akan dibincangkan dalam bentuk statistik deskriptif yang menggunakan
indeks mod, min, frekuensi dan peratusan. Data boleh diproses menggunakan
program Statistical Package For the Social Science Version 20.0 (SPSS
Ver.20.0).

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Pengenalan
Seramai 209 responden yang telah dipilih secara rawak mudah bagi kajian ini
melibatkan siswa guru IPG Zon Timur. Semua keputusan dan dapatan kajian
ditunjukkan dalam bentuk jadual.

Terdapat lima bahagian utama yang perlu dianalisis iaitu berkaitan konstruk
tahap pengahayatan akhlak agama siswa guru. Konstruk kedua pula
berkaitan dengan tahap pengahayatan akhlak peribadi siswa guru IPG Zon

24

Timur. Ketiga, konstruk tentang tahap penghayatan akhlak sosial siswa guru
IPG Zon Timur. Keempat, konstruk berkaitan tahap biah solehah siswa guru
IPG Zon Timur. Akhir sekali adalah hubungan antara penghayatan akhlak dan
biah solehah siswa guru IPG Zon Timur.

Analisis Data

Data bagi kajian ini diproses menggunakan program Statistical Package For
the Social Science Version 20.0 (SPSS Ver.20.0). Pengkaji menggunakan
kaedah analisis data deskriptif. Analisis ini digunakan bagi tujuan terperinci
tentang sesuatu pemboleh ubah dikaji. Data yang diperolehi akan
dibincangkan dalam bentuk statistik deskriptif yang menggunakan indeks,
min, frekuensi dan peratusan. Manakala analisis korelasi digunakan bagi
melihat hubungan antara tahap penghayatan akhlak dan biah solehah siswa
guru IPG Zon Timur. Analisis deskriptif digunakan bagi menjelaskan tahap
pengahyatan akhlak (agama, peribadi dan sosial) serta tahap biah solehah
siswa guru IPG Zon Timur. Bagi menjawab soalan berikut, pengkaji
menggunakan interpretasi skor min seperti dalam jadual 1.

Jadual 1: Interpretasi skor min

Pengiraan Sela Kelas Skor min Interpretasi skor min

5 – 1 = 1.33 1.00 hingga 2.33 Rendah
3 2.34 hingga 3.67 Sederhana
3.68 hingga 5.00
Tinggi

Sumber: Zainudin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Megat Aman Zahiri

Megat Zakariadan Mohd Ali Ibrahim (2007)

DAPATAN KAJIAN
Hasil dapatan kajian yang dikemukakaan dalam bab ini adalah untuk
menghuraikan jawapan kepada soalan kajian iaitu mengenal pasti tahap
penghayatan akhlak agama, tahap penghayatan akhlak peribadi, tahap

25

penghayatan akhlak sosial dan tahap biah solehah siswa guru Institut
Pendidikan Guru di Malaysia. Akhir sekali, kajian juga dibuat untuk
mengenalpasti hubungan tahap penghayatan akhlak dengan biah solehah di
Institut Pendidikan Guru Zon Timur

Profil Peserta Kajian
Kajian ini melibatkan 209 orang terdiri daripada siswa guru semester 8 dan
belajar di Institut Pendidikan Guru Zon Timur. Huraian latar belakang sampel
kajian adalah merangkumi jantina dan tempat belajar. Berikut merupakan
analisis dan ulasan mengenai latar belakang sampel kajian yang terlibat
dalam kajian ini.

Analisis pertama dalam bahagian ini ialah berkaitan dengan jantina
responden. Kajian menunjukkan keseluruhan jumlah responden ialah seramai
209 orang. Daripada jumlah tersebut, jantina lelaki sebanyak 56 orang
manakala jantina perempuan sebanyak 153 orang. Ini menjadikan bilangan
perempuan yang menjawab soal selidik adalah sebanyak 73.2% manakala
bilangan lelaki yang menjawab soal selidik adalah sebanyak 26.8%. Analisis
seterusnya ialah berkaitan dengan tempat belajar responden. Kajian
menunjukkan seramai 50 orang (23.9%) responden belajar di IPG Kampus
Dato Razali Ismail, 50 orang (23.9%) responden belajar di IPG Kampus Sultan
Mizan, 57 orang (27.3%) responden belajar di IPG Kampus Kota Bharu dan
52 orang (24.9%) responden belajar di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Tahap penghayatan akhlak agama siswa guru IPG Zon Timur

Pengkaji telah menganalisis sebanyak 10 item soal selidik untuk mengetahui
tahap penghayatan akhlak agama siswa guru di Institut Pendidikan Guru
Malaysia. Hasil kajian keseluruhan mendapati tahap penghayatan akhlak
agama siswa guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia berada pada tahap
yang tinggi iaitu pada skor min=4.61 dan SP=0.36. Kesemua 10 item berada
pada tahap tinggi antara skor min=4.84 dan SP=0.42 bagi item B7 iaitu ‘Saya

26

melaksanakan solat fardu lima waktu sehari semalam’ hingga min=4.20 dan
SP=0.86 bagi item B10 iaitu ‘Saya berusaha melakukan solat fardu secara
berjemaah’. Bagi item B1 iaitu ‘Saya utamakan perintah Allah’ skor min=4.77
dan SP=0.43. Seterusnya, bagi item B2 iaitu ‘Saya berselawat apabila
mendengar nama Nabi Muhammad’ skor min=4.84 dan SP=0.37. Bagi item
B3 iaitu ‘Saya berfikir tentang keadaan selepas mati’, skor min=4.62 dan
SP=0.55. Item B4 iaitu ‘Saya menerima qada dan qadar Allah’ pula
menunjukkan nilai skor min=4.63 dan SP=0.56. Seterusnya, item B5 iaitu
‘Saya sentiasa memohon pertolongan daripada Allah S.W.T’ menunjukkan
nilai min=4.77 dan SP=0.44. Item B6 iaitu ‘Saya memperbaharui Syahadah
saya setiap hari’ pula menunjukkan min=4.56 dan SP=0.65. Selain itu, item
B7 iaitu ‘Saya melaksanakan solat fardu lima waktu sehari semalam’
menunjukkan min=4.84 dan SP=0.42. Bagi item B8 iaitu ‘Saya berpuasa
penuh di bulan Ramadan’ menunjukkan min=4.48 dan SP=0.93. Seterusnya,
item B9 iaitu ‘Saya memperbanyakkan sedekah di bulan Ramadan’
menunjukkan min=4.39 dan SP=0.66. Akhir sekali, item B10 iaitu ‘Saya
berusaha melakukan solat fardu secara berjemaah’ menunjukkan min=4.20
dan SP=0.86.

Secara keseluruhannya, tahap penghayatan akhlak agama siswa guru di
Institut Pendidikan Guru Malaysia berada pada tahap yang tinggi. Item B7 iaitu
‘Saya melaksanakan solat fardu lima waktu sehari semalam’ merupakan item
yang mempunyai min yang paling tinggi sekali berbanding item-item lain.
melalui dapatan kajian, pengkaji mendapati siswa guru di Institut Pendidikan
Guru Malaysia amat menekankan dan menjaga solat fardhu lima waktu sehari
semalam. Namun, masih terdapat siswa guru yang tidak berusaha untuk
melakukan solat secara berjemaah walaupun umum mengetahui tentang
kelebihan solat berjemaah. Hal ini terbukti apabila item B10 iaitu ‘Saya
berusaha melakukan solat fardu secara berjemaah’ merupakan item yang
mempunyai min yang paling rendah berbanding dengan item lain. Hal ini
memberi implikasi kepada perlunya kerjasama semua pihak seperti Pihak

27

Pentadbir, para pensyarah dan Jawatankuasa Balai untuk merangka lebih
banyak program dan inisiatif untuk menambahkan kesedaran kepada siswa
guru tentang kelebihan solat berjemaah.

Tahap Penghayatan Akhlak Peribadi Siswa Guru IPG Zon Timur

Pengkaji telah menganalisis sebanyak 10 item soal selidik untuk mengetahui
tahap penghayatan akhlak peribadi siswa guru di Institut Pendidikan Guru
Malaysia. Hasil kajian keseluruhan mendapati tahap penghayatan akhlak
peribadi siswa guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia berada pada tahap
yang tinggi iaitu pada skor min=4.36 dan SP=0.42. Kesemua 10 item berada
pada tahap tinggi antara skor min=4.76 dan SP=0.45 bagi item C5 iaitu ‘Saya
memastikan makanan yang saya makan adalah halal’ hingga min=3.76 dan
SP=1.02 bagi item C4 iaitu ‘Saya sentiasa mengamalkan doa keluar masuk
tandas’. Hal ini menunjukkan siswa guru sangat menjaga sumber pemakanan
yang mereka. Aspek halal dan haram menjadi keutamaan mereka dalam bab
memilih makanan. Sebagai muslim, lebih-lebih lagi bergelar guru kita
sepatutnya menjaga sumber pemakanan kita.

Bagi item C1 iaitu ‘Saya sentiasa mendahulukan langkah kanan apabila
hendak masuk ke masjid’ menunjukkan skor min=4.53 dan SP=0.63.
Seterusnya, bagi item C2 iaitu ‘Saya sentiasa menutup aurat’ skor min=4.49
dan SP=0.71. Bagi item C3 iaitu ‘Saya menjaga pandangan saya’, skor
min=4.06 dan SP=0.76. Item C4 iaitu ‘Saya menerima qada dan qadar Allah’
juga menunjukkan nilai min dan SP yang paling rendah berbanding yang lain
dengan nilai skor min=3.76 dan SP=1.02. Seterusnya, item C5 iaitu ‘Saya
memastikan makanan yang saya makan adalah halal’ menunjukkan nilai min
yang paling tinggi berbanding item yang lain iaitu min=4.76 dan SP=0.45. Item
C6 iaitu ‘Saya akur kepada sesuatu perkara apabila saya dapati ia benar’ pula
menunjukkan min=4.59 dan SP=0.53. Selain itu, item C7 iaitu ‘Saya berlapang
dada menerima teguran orang lain’ menunjukkan min=4.41 dan SP=0.62.

28

Bagi item C8 iaitu ‘Saya berjabat tangan apabila bertemu dengan orang’
menunjukkan min=4.07 dan SP=0.89. Seterusnya, item C9 iaitu ‘Saya suka
memberikan senyuman’ menunjukkan min=4.48 dan SP=0.68. Akhir sekali,
item C10 iaitu ‘Saya akan segera meminta maaf sekiranya melakukan
kesalahan’ menunjukkan min=4.44 dan SP=0.68.

Rumusan daripada penghayatan akhlak terhadap peribadi bagi siswa guru
yang berada di IPG Zon Timur adalah pada tahap yang tinggi.
Walaubagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan masih lagi terdapat siswa
guru yang tidak mengamalkan akhlak peribadi yang mulia dalam kehidupan
seharian seperti doa keluar masuk tandas,menutup aurat, berjabat tangan
apabila bertemu dengan orang, suka memberikan senyuman, menjaga
pandangan, mendahulukan langkah kanan apabila hendak masuk ke masjid
dan segera meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan.

Tahap Penghayatan Akhlak Sosial

Pengkaji telah menganalisis sebanyak 9 item soal selidik untuk mengetahui
tahap penghayatan akhlak sosial siswa guru di Institut Pendidikan Guru
Malaysia. Hasil kajian keseluruhan mendapati tahap penghayatan akhlak
sosial siswa guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia berada pada tahap
yang tinggi iaitu pada skor min=4.36 dan SP=0.42. Kesemua 9 item berada
pada tahap tinggi antara skor min=4.91 dan SP=0.29 bagi item D3 iaitu ‘Saya
mengasihi kedua-dua orang tua saya’ hingga min=4.38 dan SP=0.69 bagi
item D6 iaitu ‘Saya menasihati sahabat saya supaya bersabar.
Bagi item D1 iaitu ‘Saya mentaati ibu saya’ menunjukkan skor min=4.76 dan
SP=0.44. Seterusnya, bagi item D2 iaitu ‘Saya mentaati bapa saya’
menunjukkan skor min=4.71 dan SP=0.49. Bagi item D3 iaitu ‘Saya mengasihi
kedua-dua orang tua saya’, skor min menunjukkan skor min paling tinggi iaitu
skor min=4.91 dan SP=0.29. Item D4 iaitu ‘Saya berjabat tangan apabila
bertemu sahabat’ menunjukkan nilai skor min=4.42 dan SP=0.75. Seterusnya,
item D5 iaitu ‘Saya sentiasa berusaha membantu sahabat saya’ menunjukkan
nilai min=4.52 dan SP=0.55. Item D6 iaitu ‘Saya menasihati sahabat saya

29

supaya bersabar’ pula menunjukkan min yang paling rendah berbanding item
yang lain iaitu min=4.38 dan SP=0.69. Selain itu, item D7 iaitu ‘Saya
menghormati pensyarah saya’ menunjukkan min=4.67 dan SP=0.48. Bagi
item D8 iaitu ‘Saya memberi salam kepada pensyarah saya’ menunjukkan
min=4.71 dan SP=0.54. Akhir sekali, item D9 iaitu ‘Saya melakukan tugas
yang telah diamanahkan oleh pensyarah kepada saya’ menunjukkan
min=4.55 dan SP=0.60.

Rumusan daripada data tentang penghayatan akhlak terhadap sosial bagi
siswa guru yang yang berada di IPG Zon Timur menunjukkan dapatan yang
baik tentang penghayatan akhlak terhadap sosial bagi siswa guru yang yang
berada di IPG Zon Timur namun 1% siswa guru masih lagi tidak memberi
salam kepada pensyarah, 0.5% siswa guru yang tidak melakukan tugas yang
telah diamanahkan oleh pensyarah kepada mereka, 6% lagi siswa guru yang
tidak berjabat tangan apabila bertemu sahabat dan 1.9% siswa guru yang
tidak menasihati sahabat mereka supaya bersabar

Tahap Biah Solehah Siswa Guru IPG Zon Timur

Pengkaji telah menganalisis sebanyak 9 item soal selidik untuk mengetahui
tahap pelaksanaan biah solehah di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Hasil
dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan biah solehah di
Institut Pendidikan Guru Malaysia Zon Timur berada pada tahap yang sangat
baik. Hal ini dibuktikan dengan nilai min purata secara keseluruhan bagi
konstruk biah solehah ini adalah sebanyak min=4.58 dan nilai SP= 0.39.
Kesemua 9 item berada pada tahap tinggi antara skor min=4.66 dan SP=0.59
bagi item E9 iaitu ‘Saya berpendapat bahawa pensyarah sentiasa
mengajarkan adab bersopan-santun secara informal kepada siswa guru’
hingga min=4.44 dan SP=0.63 bagi item E2 iaitu ‘Saya berpendapat pihak
pentadbiran mudah membenarkan penganjuran program-program
keagamaan di kampus’.

30

Bagi item E1 iaitu ‘Saya berpendapat pihak pentadbiran menggalakkan
pelbagai aktiviti keagamaan’ menunjukkan skor min=4.50 dan SP=0.61.
Seterusnya, bagi item E2 iaitu ‘Saya berpendapat pihak pentadbiran mudah
membenarkan penganjuran program-program keagamaan di kampus’
menunjukkan skor min yang paling rendah berbanding item lain iaitu min=4.44
dan SP=0.63. Bagi item E3 iaitu ‘Saya berpendapat pihak pentadbiran
sentiasa menekankan tentang kehadiran solat berjemaah’, skor min
menunjukkan min=4.62 dan SP=0.57. Item E4 iaitu ‘Saya berpendapat Balai
Islam sentiasa melaksanakan program tarbiyyah kepada siswa guru’
menunjukkan nilai skor min=4.66 dan SP=0.53. Seterusnya, item E5 iaitu
‘Saya berpendapat Balai Islam sentiasa melaksanakan program puasa sunat
dan iftar mingguan’ menunjukkan nilai min=4.52 dan SP=0.65. Item E6 iaitu
‘Saya berpendapat Balai Islam selalu menekankan tentang kehadiran solat
berjemaah di Balai Islam’ pula menunjukkan min=4.65 dan SP=0.56. Selain
itu, item E7 iaitu ‘Saya berpendapat pensyarah sentiasa menasihati siswa
guru ke arah kebaikan’ menunjukkan min=4.63 dan SP=0.53. Bagi item E8
iaitu ‘Saya berpendapat pensyarah mengambil berat akan perihal akhlak
siswa guru’ menunjukkan min=4.58 dan SP=0.40. Akhir sekali, item E9 iaitu
‘Saya berpendapat bahawa pensyarah sentiasa mengajarkan adab bersopan-
santun secara informal kepada siswa guru’ menunjukkan skor min yang
tertinggi berbanding item-item lain iaitu nilai min=4.66 dan SP=0.59.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan biah solehah
di Insitut Pendidikan Guru Malaysia Zon Timur berada pada tahap yang
sangat baik. Hal ini dibuktikan dengan nilai min purata secara keseluruhan
bagi konstruk biah solehah ini adalah sebanyak min=4.58 dan SP= 0.39.

Hubungan antara Penghayatan Akhlak dan Biah Solehah Siswa Guru
IPG Zon Timur

Tafsiran pekali Pearson ‘r’ digunakan untuk mengenalpasti hubungan tahap
penghayatan akhlak dengan biah solehah di Institut Pendidikan Guru
Malaysia. Berdasarkan Jadual 4.8 menunjukkan terdapat perhubungan

31

sederhana yang signifikan antara tahap penghayatan akhlak dengan biah
solehah di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Hubungan antara tahap
penghayatan akhlak agama dengan biah solehah di Institut Pendidikan Guru
Malaysia menunjukkan hubungan sederhana yang signifikan dengan nilai
r=0.398. Selain itu, hubungan antara tahap penghayatan akhlak peribadi
dengan biah solehah di Institut Pendidikan Guru Malaysia juga menunjukkan
hubungan sederhana yang signifikan dengan nilai r=0.396. Akhir sekali,
terdapat perhubungan sederhana yang signifikan antara tahap penghayatan
akhlak sosial dengan biah solehah di Institut Pendidikan Guru Malaysia
dengan nilai r=0.396.

KESIMPULAN
Kajian ini bertujuan mengkaji tahap penghayatan akhlak dan biah solehah
siswa guru Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Secara keseluruhan, dapatan
kajian menunjukkan tahap penghayatan akhlak siswa guru IPG berada pada
tahap yang tinggi. Selain itu tahap biah solehah juga berada pada tahap yang
sangat baik dan memberangsangkan. Hasil kajian juga mendapati bahawa
wujudnya hubungan yang sederhana signifikan antara tahap penghayatan
akhlak dan biah solehah siswa guru IPG. Kajian ini telah memberi persepsi
yang sangat baik terhadap pihak pentadbiran, para penysarah dan juga balai
Islam kerana saling bekerjasama dalam mengamalkan biah solehah sehingga
mempengaruhi tahap penghayatan akhlak siswa guru. Kajian ini perlu
diperkembangkan di peringkat sekolah bagi melihat sejauhmana pula tahap
penghayatan akhlak guru sebenar di sekolah sekaligus memberi sumbangan
dalam pembangunan pendidikan Malaysia yang syumul.

RUJUKAN

Abdul Malik AbdulKarim Amirullah. (1990). Tafsir al-Azhar. Singapura:
Pustaka Nasional Pte Ltd .

32

Abdul Rashid Zainal. 2012. Biah Solehah Pemangkin Kecemerlangan
Sahsiah Pelajar. PKPI. Institut Pendidikan Guru. Bangi Selangor

Al-Quran al-Karim. (n.d.).

Cresswell, J. W. (1998). Educational Research. University of Nebraska–
Lincoln.

Chua Yan Piawa. (2011). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan: Kaedah
Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Hamka (1990), Tasauf Moderen [Modern Sufism], Pustaka Panjimas, Jakarta
first publish in 1939.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008). Bahagian Pendidikan Islam Dan
Moral.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research
activities. Educational & psychological measurement, 30 (3), 25-39.

Melati Sumari & Zaharah Hussin. (2006). Cabaran IPT Dalam Menangani
Salah Laku Dan Kepincangan Akhlak Mahasiswa. Nasdec
Conference.

Mok Soon Sang (2011). Psikologi Pendidikan. Malaysia: Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.

Mohd. Majid Konting. (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan, (2nd ed),
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nasarudin Desa, Tengku Intan Zarina Tengku Puji & Sabri Mohamad. (2018).
Menangani Keruntuhan Akhlak Masa Kini Menurut Islam. Jurnal al-
Turath: Vol.3, No. 1, 57.

Noraini. (2013). Penggunaan Inovasi Teknologi Dalam Pengajaran: Cabaran
Guru Dalam E- Pembelajaran. Proceedings Of The 7 International
Malaysian Educational Technology Convention (IMETC 2013).

Norhisham Mohamad. (2015). Biah Solehah dan Penghayatan Akhlak
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama . Fakulti Kemanusiaan,
Universiti Perguruan Sultan Idris.

33

Nurul Husna Rosidi. (2017, Mei 8). Akhlak Remaja Melayu Semakin

Meruncing. Retrieved from Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/rencana/forum/akhlak-remaja-melayu-

semakin-meruncing-1.478633

Othman, T. (2013). Asas penulisan tesis, pengkajian dan statistik. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Rashid Zainal, Sumaiyyah Sulaiman & Siti Jaafar. (2014). Biah Solehah
Pemangkin Kecermelangan Sahsiah Pelajar.

Zainudin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Megat Aman Zahiri Megat
Zakaria dan Mohd Ali Ibrahim (2007). Kemahiran ICT guru pelatih
Universiti Teknologi Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan JPPG
2007. 18 – 20 November 2007. Royal Adelphi, Seremban.

Zulaiha Othman, Roslan Ahmad, Umi Nadzrah & Zurina Muda. (2016).
Remaja Bercinta: Kajian Terhadap Tiga Jenis Sekolah Menengah
Kebangsaan, Agama dan Agama Swasta. Jurnal Hadhari.

34

Meningkatkan Penguasaan Membaca Jawi Murid Tahun 2 di SK

Kompleks Tembesu Menggunakan Buku Cerita Jawi Fun

Nur’Atiqah binti Norselin
[email protected]
Asyraf Ridwan bin Ali, Ph.D
Jabatan Pengajian Islam dan Moral
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Pembelajaran Jawi merupakan salah satu bidang penting dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam. Kajian tindakan ini bertujuan meningkatkan
penguasaan membaca Jawi dalam kalangan murid tahun 2 SK Kompleks
Tembesu dengan menggunakan Buku Cerita Jawi Fun. Refleksi pengajaran
dan pembelajaran lepas menunjukkan beberapa orang murid tidak mahir
membaca jawi terutamanya apabila melibatkan suku kata tertutup. Objektif
kajian ini adalah untuk membantu murid meningkatkan penguasaan
membaca Jawi dengan menggunakan Buku Cerita Jawi Fun yang membawa
tema perwira sebagai elemen penarik. Model yang digunakan dalam kajian ini
ialah model Kurt Lewin. Peserta kajian terdiri daripada seorang murid
perempuan dan dua orang murid lelaki yang dipilih melalui ujian bacaan Jawi
oleh guru. Data kajian yang telah dikumpul menggunakan instrumen ujian pra
dan pos, borang soal selidik dan borang maklum balas serta dianalisis secara
naratif mengikut objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan intervensi Buku
Cerita Jawi Fun ini telah berjaya membantu peserta kajian untuk membaca
Jawi dengan lebih lancar. Dapatan kajian 1 menunjukkan peserta kajian 1 dan
2 mengalami peningkatan sebanyak 15% manakala peserta kajian 3
mengalami peningkatan 4%. Dapatan kajian 2 pula menunjukkan tahap minat
peserta kajian terhadap pelajaran Jawi selepas menggunakan Buku Cerita
Jawi Fun berada pada tahap baik. Rumusannya, Buku Cerita Jawi Fun telah
berupaya membantu murid menguasai kemahiran membaca Jawi perkataan
suku kata tertutup dengan lebih sempurna. Justeru, dicadangkan supaya
Buku Cerita Jawi Fun diaplikasikan kepada semua lapisan tahap murid
supaya ianya menjadi alat bantu mengajar yang lebih menyeronokkan serta
bermanfaat.

Kata Kunci : Buku Cerita Jawi Fun, Membaca Jawi, Suku Kata Tertutup

35

PENGENALAN

Tersebarnya Islam ke negara kita melalui tulisan Jawi yang merupakan
tulisan difahami oleh rakyat tempatan. Kitab-kitab Jawi yang membentuk
ketamadunan bangsa suatu masa dahulu berperanan sebagai alat untuk
mengasaskan akidah tauhid dalam di alam Melayu pada tahun 1200 hingga
1400 (Ahmad Farid, Rahimin, Siti Maimunah, et al, 2018). Dari situ juga,
bermulalah pendidikan yang menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi.
Kewujudan tulisan rumi menyebabkan tulisan jawi agak dipiggirkan dan
wujudlah satu mata pelajaran khusus untuk mempelajari jawi. Pendidikan
Jawi merangkumi pelbagai jenis kemahiran seperti mengenal, mengeja,
menyebut, membaca, dan menulis jawi dengan matlamat untuk membolehkan
pelajar menguasai pelbagai pelajaran dalam Pendidikan Islam (Asyraf Ridwan
Ali & Burhanuddin Abdullah, 2015)

Satu kajian yang telah dilakukan oleh pihak Lembaga Penasihat Cawangan
Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) Bahagian
Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1993, yang mengatakan bahawa:
….”Sudah memadai” kemahiran Jawi (menulis dan membaca) didedahkan di
Sekolah Rendah Kebangsaan masa kini. Cuma, guru yang mengajar
kemahiran Jawi ini perlu kreatif, inovatif dan positif. Pelajar-pelajar perlu diberi
situasi belajar Jawi yang menggalakkan seperti penggunaan akhbar, buku-
buku cerita Jawi dan membuat latihan pengukuhan dan pengayaan di rumah
(Che Siah Che Mat, 2006).

Menurut Che Siah Che Man (2006), kaedah ayat atau cerita di dalam
pembelajaran Jawi ini senang dan diakui mudah oleh guru untuk
melaksanakan dalam kelas. Hal ini kerana murid-murid pada zaman sekarang
lebih banyak terdedah dengan peranti mudah alih dan karikatur di televisyen.
Jika pembelajaran Jawi ini tidak mengikut peredarannya maka ia akan
mengurangkan minat serta perhatian murid. Keadaan ini perlulah seimbang
di antara minat serta pengisian yang boleh dipelajari murid. Hal ini
menunjukkan pengetahuan dan minat murid terhadap mata pelajaran Jawi

36

perlulah seimbang. Oleh itu, satu langkah perlulah diambil bagi mengatasi
masalah ini.

Menurut Gianluca Lancana Indonesia, Hardman Budiarjo dan Sigit Prayitnoo
Yosep (2017), media buku cerita bergambar yang ditujukan untuk anak usia
6-9 tahun ini cukup relevan kerana sifat buku cerita yang terbuka dan luas
namun tetap fungsional dan membatasi. Satu kajian yang dilakukan oleh Md
Sidin (2005), ternyata bahawa tujuan utama penerbitan buku kanak-kanak
adalah untuk mengajar mereka membaca dan menulis. Beliau menyambung
dalam perenggan yang sama dengan mengatakan buku cerita diterbitkan
bukan sahaja mengasah mereka kemahiran membaca tetapi juga untuk
membolehkan mereka menikmati dan menghayati cerita-cerita yang dapat
memberi pengajaran.

i) Konteks

Pengkaji merupakan siswa guru tahun akhir di Institut Pendidikan Guru (IPG)
Kampus Dato’ Razali Ismail dalam pengkhususan Pendidikan Islam Sekolah
Rendah bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun
2016. Pengkaji telah menjalani praktikum selama 3 bulan dan internship
selama empat minggu bermula 23 Februari 2020 hingga 25 Mac 2020 di
Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu. Sepanjang pelaksanaan latihan
praktikum pengkaji telah mengenalpasti beberapa permasalahan Jawi yang
dialami oleh murid tahap 1 khususnya.

ii) Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lepas

Pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar murid Tahun 3 dalam Subjek
Pendidikan Islam. Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung
pengkaji telah mengesan beberapa masalah yang ketara terhadap murid.
Antara masalah tersebut ialah kelemahan murid dalam membaca Jawi.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan selepas ujian diagnostik bacaan
Jawi dilakukan, kebanyakan murid tidak boleh membaca Jawi dengan betul
terutamanya apabila berjumpa dengan suku kata tertutup. Menurut Che Siah

37

Che Man (2006), beliau mendapati bahawa dua kemahiran yang perlu
dikuasai oleh murid dalam subjek Jawi iaitu membaca dan menulis. Antara
kedua-dua kemahiran tersebut, kemahiran membaca adalah kemahiran yang
paling kompleks sekali.

Dalam kemahiran membaca Jawi, perkara utama yang perlu dipelajari ialah
mengenal huruf tunggal jawi, menyambung huruf jawi, membentuk suku kata
dan seterusnya menyambung dan membaca huruf jawi membentuk
perkataan. Petikan daripada Sukatan Pelajaran Jawi Sekolah Rendah 1994
mengatakan bahawa matlamat pelajaran Jawi adalah melengkapkan murid
dengan kemahiran membaca dan menulis jawi bagi membolehkan mereka
mempelajari pelbagai bidang ilmu khususnya Pendidikan Islam.

iii) Pengumpulan Data Awal

Pengkaji telah menggunakan dua instrumen bagi mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh murid dalam mata pelajaran Jawi. Instrumen yang
digunapakai oleh pengkaji dalam kajian ini ialah pemerhatian untuk menilai
aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan dan penulisan. Pengkaji juga
telah melakukan ujian diagnostik bagi mengesan murid yang mempunyai
masalah bacaan suku kata tertutup.

Pemerhatian yang dilakukan adalah untuk mengesan kemahiran membaca
Jawi suku kata tertutup. Pemerhatian yang dilakukan adalah secara tidak
berstruktur dan merupakan nota lapangan. Pengkaji telah mengajar
berkenaan perkataan suku kata tertutup di kelas.

Jadual 1 : Analisa Pemerhatian

Bil Masalah Huraian Masalah

1 Murid tidak menumpukanSemasa pengkaji mengajar tentang

perhatian suku kata tertutup, terdapat murid yang

tidak memberikan perhatian dengan

sepenuhnya. Murid lebih cenderung

38

untuk bermain di bawah meja, membaca

buku cerita yang tiada kaitan dengan

pembelajaran serta berimaginas

sendiri.

2 Murid tidak mampuApabila pengkaji bertanya beberapa

menjawab soalan apabilaorang murid berkenaan ses

ditanya. pembelajaran, murid tidak mampu untu

menjawabnya dengan tepat.

Jadual 1 menunjukkan masih ramai murid yang tidak berminat dengan
bidang Jawi kerana mereka sukar menumpukan perhatian semasa sesi
Pengajaran dan Pembelajaran berlaku. Murid memerlukan pendekatan
yang berbeza supaya mereka lebih tertarik untuk mempelajari Jawi. Selain
itu, pengkaji juga telah menggunakan kaedah ujian diagnostik terhadap
murid bagi mengetahui keadaan semasa murid.

Jadual 2 : Peratusan Ujian Diagnostik (ujian lisan)

Tahap Bilangan (n) Peratus (%)
1 (LANCAR) 1 3.13

2 (AGAK LANCAR) 4 12.5
18.8
3 (SEDERHANA) 6 37.5
28.1
4 (KURANG LANCAR) 12

5 (TIDAK MENGUASAI) 9

28.10% 3.13% 12.50%

18.80%

37.50%
12345

Rajah 1 : Pembahagian Tahap Penguasaan Membaca Jawi Murid Tahun 2
Al-Kauthar

39

Data ini menunjukkan bahawa terdapat lebih separuh daripada jumlah murid
dalam kelas 2 Al-Kauthar masih tidak menguasai pembacaan Jawi dengan
baik. Murid tahun 2 Al-Kauthar masih memerlukan bimbingan dalam
meningkatkan pembacaan Jawi. Pengkaji dengan mengambil keputusan
untuk memilih 3 orang peserta kajian daripada kelas ini untuk melakukan sesi
intervensi.

FOKUS KAJIAN

Pengajar Jawi perlu anjakan paradigma dan lebih terbuka dalam soal
pengajaran dan pembelajaran Jawi (Che Siah Che Man, 2006). Guru
Pendidikan Islam, khususnya yang mengajar bidang Jawi perlu lebih peka
untuk menyelesaikan masalah membaca atau menulis jawi yang berlarutan.
Oleh itu, guru perlu lebih terkehadapan dalam melakukan rawatan terhadap
masalah Jawi yang dihadapi oleh anak murid.

Pengkaji telah memilih fokus kajian kemahiran membaca suku kata tertutup
Jawi bagi murid Tahun 2 di SK Kompleks Tembesu, Kuala Terengganu.
Keputusan ujian dianostik yang dilakukan terhadap murid Tahun 2 ini, lebih
daripada 70 peratus murid tidak boleh membaca suku kata terbuka dan
tertutup jawi. Hal ini membimbangkan kerana sukatan pembelajaran suku
kata tertutup perlu dikuasai pada akhir Tahun 1. Kebanyakan murid masih lagi
tidak menguasai bacaan mudah Jawi walaupun sudah berada pada Tahun 2.

Berbekalkan pengalaman yang pernah dilalui sepanjang praktikum sesi lalu,
semasa pengkaji ditugaskan untuk mengajar di kelas Tahun 3 dan Tahun 4
pengkaji mendapati masalah yang hampir serupa masih lagi dialami oleh
mereka. Walaupun peratusan lemah membaca Jawi semakin berkurang
seiring dengan peningkatan umur murid namun masih lagi wujud murid yang
lemah dalam pembacaan Jawi serta menimbulkan kerisauan berkenaan
bagaimana murid mahu memahami subjek Pendidikan Islam sedangkan
mereka masih lagi tidak menguasai kemahiran membaca Jawi.

40

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

i) Objektif Kajian
1. Meningkatkan penguasaan bacaan jawi suku kata tertutup dalam
kalangan murid sekolah rendah Tahun 2 Al-Kauthar dengan menggunakan
Buku Cerita Jawi-Fun

2. Mengenal pasti tahap minat murid untuk mempelajari pelajaran Jawi
selepas menggunakan modul Buku Cerita Jawi fun

ii) Soalan Kajian
1. Adakah Buku Cerita Jawi Fun mampu meningkatkan penguasaan
bacaan jawi suku Kata tertutup dalam kalangan murid sekolah rendah
Tahun 2 Al Kauthar?

2. Apakah tahap minat murid untuk mempelajari pelajaran Jawi selepas
menggunakan modul Buku Cerita Jawi Fun?

PESERTA KAJIAN

Jadual 3: Peserta Kajian

Peserta Nama Jantina Markah Ujian Ciri-ciri Unik
Kajian (bukan Nama P Diagnostik
- Pendiam dan
1 sebenar) 55% kurang keyakinan
Sarah diri

2 Hilmi L 59% - Aktif tetapi selalu
cuai ketika
3 Mikhael L 41% membaca

- Kurang
menumpukan
perhatian dan
suka bermain

41

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

a) Langkah-langkah Tindakan

Dalam proses menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji menggunakan
model Kurt Lewin. Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan
suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps), di mana ia mempunyai
empat langkah iaiatu merancang (planning), bertindak (action), memerhati
(observing) dan mereflek (reflection).

Pengkaji telah merancang untuk membina alat intervensi selepas melihat
masalah yang dihadapi oleh murid. Perancangan ini telah mengambil kira
minat dan kecenderungan murid terhadap mata pelajaran Jawi selepas
melakukan pemerhatian kasar. Perancangan yang dibina merangkumi
aspek merancang penyediaan bahan intervensi, pemilihan peserta kajian
dan pelaksanaan intervensi.

Bagi melaksanakan tindakan ini, pengkaji telah memanggil 3 orang peserta
kajian dari kelas Tahun 2 Al-Kauthar untuk melaksanakan intervensi ini.
Tempoh pelaksanaan intervensi ini memakan masa selama 30 minit bagi
setiap sesi. Pengkaji telah merancang untuk menggunakan 4 langkah untuk
melaksanakan kajian tindakan ini.

Jadual 4 : Tindakan Pelaksanaan Intervensi

Tindakan Kaedah Ringkasan Langkah
Langkah 1 Penerangan Pengkaji membuat penerangan secara
ringkas berkenaan buku ini. Contohnya
Langkah 2 Sesi Bacaa berkenaan kulit hadapan buku cerita
Bimbingan sinopsis cerita dan cara pembacaannya.
Langkah 3 Murid akan membaca satu muka surat buk
Sesi Bacaa cerita ini dengan bimbingan pengkaji. Hal in
Kendiri bertujuan untuk murid memahami secar
umum perjalanan cerita bagi muka sura
yang dibaca
Murid diminta untuk membaca sekali lag
buku berkenaan dengan sendiri tanpa
bantuan daripada guru

42

Langkah 4 Sesi Soa Sesi ini pengkaji akan bertanya beberapa
soalan berkenaan topik bagi setiap muk
Jawab da surat yang dibaca dengan cara yang santa
dan menarik bertujuan untuk melahirka
beramah perasaan gembira daripada murid

mesra

Pada peringkat ini, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap hasil
penerimaan murid terhadap alat intervensi yang dibina serta menguji
keberkesanannya sama ada ia dapat meningkatkan penguasaan peserta
dalam kemahiran membaca dengan betul dan sebaliknya. Pengkaji akan
mengambil kira refleksi yang diperoleh untuk melakukan penambahbaikan.

b) Kaedah mengumpul Data

Bagi menjamin kelancaran kajian, pengkaji telah memilih beberapa instrumen
atau kaedah yang boleh digunakan untuk menguji kajian yang dijalankan.

i) Ujian pra dan pos

Ujian Pra dan Pos digunakan untuk menguji tahap peningkatan murid
setelah menggunakan alat intervensi. Kedua-dua ujian pra dan pos ini
mempunyai item yang sama. Ujian ini mengandungi 15 soalan lisan. Rubrik
ujian lisan juga telah disediakan. Skala yang terdapat pada rubrik ujian lisan
tersebut ialah lancar, agak lancar, sederhana, lambat, dan tidak kuasai.
Ujian Lisan pra yang dilakukan mengandungi tiga tahap bacaan Jawi iaitu
senang, sederhana dan susah. Hal ini kerana, Boon Pong Ying, Lee Leh
Hong & Lawrence Aloysius Aeria. (2017). telah mengatakan bahawa cara
untuk menguji kebolehan kognitif mengikut konsep Taksonomi Bloom ialah
dengan melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baharu dan
terbahagi kepada 3 tahap iaitu tahap pertama ialah penterjemahan yang
mewakili tahap senang, intrepretasi mewakili tahap sederhana dan
extrapolasi yang mewakili tahap susah.

43


Click to View FlipBook Version