The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pisadmkdri12345, 2022-08-14 03:41:01

Jurnal TELANGKAI SISWA 2020

TELANGKAI

Keywords: TELANGKAI

kewajipan kepada 0 0 0 15 103 4.87 0.33 T
individu muslim 0% 0% 0% 12.7% 87.3%

7.Amalan solat
berjemaah lima waktu
sangat perlu
dititikberatkan

Pecahan soalan kajian yang pertama ialah mengenal pasti tahap amalan ciri-
ciri rabbani dalam kepemimpinan siswa guru di Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail. Soal selidik bahagian B ini menekankan amalan
ciri-ciri rabbani dalam kepemimpinan siswa guru dari aspek ketuhanan.
Jadual 5.2 menunjukkan taburan kekerapan min, sisihan piawai dan
interpretasi min bagi ciri rabbani dari aspek ketuhanan. Min keseluruhan
semua item bagi konstruk ketuhanan ialah 4.87 yang mana berada pada
tahap interpretasi min yang tinggi.

Interpretasi skor min merujuk kepada garis panduan yang telah ditetapkan
oleh Nunnally (1967). Menurut Nunally ini, skor min terbahagi kepada empat
tahap iaitu 1.00 - 2.00 dengan interpretasi skor minnya rendah, 2.01 – 3.00
dengan interpretasi skor minnya sederhana rendah, 3.01 - 4.00 dengan
interpretasi skor minnya sederhana tinggi dan 4.02 – 5.00 dengan interpretasi
skor minnya tinggi. Dapatan menunjukkan item saya perlu mengutamakan
amalan yang boleh mendapat keredhaan Allah SWT berada pada kedudukan
yang tertinggi (Min=4.91, SP=0.29). Interpretasi min bagi item ini berada pada
tahap yang tinggi iaitu 11 orang (9.3%) bersetuju dan seramai 107 orang
(90.7%) sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut.

Seterusnya, terdapat dua item yang berada pada tahap yang tinggi dengan
min yang sama (Min=4.90, SP=0.30) iaitu pada item amalan kerohanian
dalam kehidupan perlu dititikberatkan dan saya percaya bahawa tugas amal
makruf nahi mungkar merupakan satu kewajipan kepada individu muslim.

60

Seramai 12 orang (10.2%) yang bersetuju dan 106 orang (89.8%) yang sangat
bersetuju dengan pernyataan tersebut. Manakala item yang mempunyai min
terendah ialah pada item saya perlu menetapkan misi agama untuk
membangunkan potensi diri (Min=4.82, SP=0.42).

Namun, interpretasi min bagi item tersebut masih berada pada tahap yang
tinggi. Dapatan menunjukkan dua orang (1.7%) tidak pasti, 17orang (14.4%)
bersetuju dan 99 orang (83.9%) yang sangat beretuju dengan pernyataan
tersebut. Secara keseluruhan berdasarkan jadual tersebut, min item-item
dalam konstruk ini menunjukkan bahawa ciri rabbani dari aspek ketuhanan
berada pada tahap yang tinggi. Hal ini memberi gambaran kepada pengkaji
bahawa siswa guru muslim semester 6 dan semester 8 mempunyai ciri
kepemimpinan ke arah ketuhanan. Majoriti daripada mereka mengamalkan
amalan-amalan yang bersifat ketuhanan dalam melaksanakan tugas sebagai
seorang pemimpin.

5.3 Hubungan antara faktor jantina dengan amalan ciri rabbani dalam
kepemimpinan siswa guru dari aspek pembangunan diri

Jadual 3 menunjukkan hasil dapatan hubungan antara jantina dengan amalan
ciri rabbani dari aspek pembangunan diri siswa guru IPGKDRI.

Jadual 3: Hubungan antara jantina dengan amalan ciri rabbani dalam
kepemimpinan siswa guru dari aspek pembangunan diri

Jantina N Min S.P Nilai t Tahap
Pembangunan Lelaki 34 4.928 0.154 2.935 signifikan
0.004

Perempuan 84 4.801 0.315

61

Hasil kajian mendapati ujian - t bagi perbandingan tahap amalan ciri rabbani
dalam kepemimpinan dari aspek pembangunan diri bagi siswa guru lelaki dan
perempuan ialah (t=2.935,p<0.05). Oleh itu, hipotesis nol (Ho) tidak diterima.
Jadi, terdapat perbezaan yang signifikan amalan ciri rabbani dalam
kepemimpinan dari aspek pembangunan diri antara siswa guru lelaki dan
siswa guru perempuan. Skor min amalan ciri rabbani dalam kepemimpinan
dari aspek pembangunan diri siswa guru lelaki (Min=4.928) adalah lebih besar
berbanding siswa guru perempuan (Min=4.801). Ini bermakna tahap amalan
ciri rabbani dalam kepemimpinan dari aspek pembangunan diri siswa guru
lelaki dan perempuan adalah tidak sama. Hal ini membuktikan bahawa siswa
guru lelaki lebih menonjol dari aspek pembangunan diri berbanding siswa
perempuan.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kajian ini telah mengenal pasti tahap amalan ciri-ciri rabbani dalam
kepemimpinan siswa guru IPGKDRI, mengkaji amalan ciri-ciri rabbani
tertinggi dalam kepemimpinan siswa guru IPGKDRI dan mengenal pasti tahap
perbezaan antara faktor jantina dengan amalan ciri-ciri rabbani dalam
kepemimpinan siswa guru IPGKDRI dari aspek pembangunan diri.

Kajian Hailan (2015),Tafsir al-Baidhowi (1968) mengistilahkan rabbani
sebagai orang yang mempunyai ilmu yang sempurna dan diamalkannya.
Manakala Al Qardawy (1997) menjelaskan bahawa rabbani mempunyai dua
maksud iaitu meletakkan matlamat dan objektif kehidupannya adalah semata-
mata mendapatkan keredhaan-Nya dan segala kaedah dan sumber
rujukannya adalah berasaskan wahyu. Berdasarkan hasil dapatan yang
diperoleh, dapatlah disimpulkan bahawa siswa guru IPGKDRI mengetahui
bahawa tanggungjawab sebagai pemimpin adalah untuk mendapatkan
keredhaan daripada Allah SWT. Mereka bersetuju bahawa menjaga

62

hubungan dengan Allah di samping melaksanakan tanggungjawab sebagai
seorang pemimpin perlu seiring antara satu sama lain.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2017), istilah keinsanan membawa maksud
kemanusiaan. Menurut Ab Azizi (2007) dalam bukunya Keinsanan dalam
Pengurusan mengatakan bahawa aspek keinsanan perlu ditanam dalam jiwa
para pelajar kerana mereka merupakan operator dan juga jurutera yang akan
menentukan kejayaan atau kegagalan terhadap pelaksanaan projek
pembangunan insan dalam organisasi dan juga negara. Berdasarkan kajian,
hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap amalan ciri rabbani dari aspek
keinsanan dalam diri siswa guru berada pada tahap yang tinggi. Siswa guru
memahami kepentingan sifat keinsanan dalam mentadbir sesebuah
organisasi.

Kajian Spendlove (2007), pengalaman di universiti, kemahiran komunikasi
dan membina pasukan adalah penting untuk kepimpinan yang berkualiti.
Berdasarkan hasil dapatan berkenaan aspek pembangunan diri menunjukkan
siswa guru terutamanya lelaki yakin bahawa aspek ini memainkan peranan
yang penting dalam organisasi. Mereka bukan sahaja perlu memotivasikan
diri sendiri malah kepada siswa guru lain dalam meraih kejayaan bersamaa di
alam kampus.

Justeru, kepimpinan merupakan satu tanggungjawab atau amanah yang berat
untuk dipikul. Pemimpin terdiri daripada mereka yang mempunyai ciri-ciri
kepimpinan secara semula jadi dan pemimpin yang perlu dibentuk dari
semasa ke semasa. Hakikatnya, menjadi seorang pemimpin perlu menjalani
proses-proses tertentu bagi membina jati diri yang unggul dan daya tahan
yang kuat.

Menurut Muhammad Syaari (2017), Sejarah Islam membuktikan bahawa
pemimpin unggul yang tidak lahir secara kebetulan. Mereka sebenarnya lahir
daripada mekanisme didikan yang terancang sejak awal lagi. Ilmu
pengetahuan dan pengalaman amat penting dalam dunia kepimpinan
terutama dalam sektor pendidikan. Hal ini kerana dengan ilmu dan

63

pengalaman yang ada mampu menjadikan seseorang pemimpin itu semakin
mahir menyusun gerak kerja dan mengurus gelagat ahli dengan baik. Selain
itu, pemimpin juga perlu bijak memainkan peranan dalam setiap aspek tidak
kira dari segi merancang, mengelola, memobilasi ahli, membuat keputusan,
dan menanggung risiko yang bakal mendatang.

Kesimpulannya, IPG mahupun Institusi Pengajian Tinggi yang lain perlu
mengadakan kursus kepemimpinan dan kursus pengurusan organisasi bagi
meningkatkan kualiti siswa guru dari pelbagai aspek. Seterusnya, terdapat
beberapa cadangan yang perlu dilaksanakan untuk kajian lanjutan seperti
menjalankan kajian kepada IPG lain di seluruh Malaysia dan juga kepada
semester-semester lain bagi mendapatkan data yang lebih terperinci.

Oleh itu, kajian ini diharapkan agar dapat menjadi panduan serta sumber
kepada penyelidik yang lain agar terus melakukan kajian terhadap bidang
kepemimpinan serta pengurusan organisasi pada masa yang akan datang.
Sebagai rumusan, amalan ciri-ciri rabbani dalam kepemimpinan dari aspek
ketuhanan, keinsanan dan pembangunan diri perlu ditingkatkan dari semasa
ke semasa bagi melahirkan kepemimpinan siswa guru yang berkualiti dan
mampu mentadbir negara pada suatu hari nanti.

RUJUKAN

Ab Aziz Yusof (2007). Keinsanan dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rahim bin Haji Majid (2009). Imbasan Seorang Pendidik. Selangor :
Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

Adnan Mat Junoh & Khairunneezam Mohd Noor (2012). Model Of Muslims

Profesionals. Kerangka Integriti Kepimpinan Islam: Pengajaran

Daripada Model Kepimpinan Rasulullah SAW, Proceeding:

International Conference on Islamic Leadership 2, 134 141.

Diakses pada 18 November 2019 daripada

http://ddms.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/5992.

64

Aini Hayati Mohamed, Faridahwati Mohd. Shamsudin, Hani Che Ismail, Lim

Kong Teong, Mohammad Basir Saud, Nasruddin Zainudin, Norsiah

Mat dan Nurli Yaacob. (2005). Teks Pra-U Pengajian

Perniagaan 1: Bab 2 Fungsi Pengurusan Kepimpinan. Selangor;

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. (86-94).

Azman bin Mat Hassan (2012). Persepsi Gaya Kepimpinan Terhadap
Kepuasan Kerja. Diakses pada 21 November daripada
http://www.myjurnal.my/public/article download.php?id=83434

Ciulla, J. B. (2004). Ethics and leadership effectiveness. Dalam J. Antonakis,
A. T. Cianciolo, & R. J. Sternberg, The nature of leadership. Thousand
Oaks, CA: Sage. Fiedler, F.E. (1967). A Theoryof Leadership
Effectiveness. New York: Mc Graw-Hill.

Hailan Salamun dan Rahimah Hj. Ahmad (2012). Kepemimpinan Rabbani
Model Kepemimpinan Masa Depan. Diakese pada 18 November 2019
daripada

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/medc2012/pdf/43.pd
f

Kamus Dewan. (4th ed.). (2014). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Diakses pada 21 November 2019 daripada
http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=h.

Muhammad Shah Ahmad Nor (2017). Pesan Hamka Kepada Pendidik.
Selangor: Jejak Tarbiah Resources.

Muhammad Syaari Abdul Rahman (2014). Berfikir Gaya Al-Fateh. Batu
Caves: PTS Millennia Sdn. Bhd.

Muhammad Syaari Abdul Rahman (2017). Kuasa Kepemimpinan Al- Fateh.
Selangor: PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Mustafa Masyhur (2012). Jalan Dakwah Antara Qiyadah dan Jundiyyah.
Selangor: Dewan Pustaka Fajar.
65

Nor Hasliza Mohamad Yahaya (2012). Kepimpinan Aminuddin Baki. Diakses

pada 18 November 2019 daripada

https://www.academia.edu/4070890/Kepimpinan_Aminuddin_Baki

Roselena Mansor & Mohd Izham Mohd Hamzah (2015). Jurnal Pengurusan.
Kepimpinan Berkualiti: Perspektif Mengenai Kompetensi Yang
Diperlukan untuk Memimpin Dengan Berkesan. 45. 143-145.
Diakses pada 18 November 2019 daripada
http://ejournals.ukm.my/pengurusan/article/view/12187.

Samsudin Wahab (2004). Belajar Berucap. Pahang: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Sharif Putera Razali Ismail (2012). Arkitek Pendidikan Negara. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

66

HUBUNGAN MINAT MURID DALAM BIDANG AL-QURAN DENGAN
TAHAP PENGUASAAN AL-QURAN MURID

Rabiatul Adawiyah binti Azhan
[email protected]

Mohd So’od bin Chik
Sabawi bin Awang

Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Islam dan Moral

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tentang hubungan minat murid
dalam bidang al-Quran dengan tahap penguasaan al-Quran mereka. Minat
adalah merupakan suatu elemen yang menjadi asas dalam melakukan
sesuatu aktiviti. Minat yang mendalam terhadap al-Quran mampu
mendorong murid untuk menguasai al-Quran dengan lebih baik.
Responden dalam kajian ini terdiri daripada 139 murid Tahun Empat
Sekolah Kebangsaan Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu. Kaedah
kajian kuantitatif digunakan dan pensampelan secara rawak mudah
dijalankan bagi pengumpulan data. Data kajian dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package for the Sosial Science (SPSS) versi 22.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa Hubungan Minat Murid dalam
Bidang al-Quran dengan Tahap Penguasaan al-Quran berada pada tahap
sederhana (Min = 3.54, SP = 0.63). Ini menjelaskan bahawa hubungan
antara minat dan penguasaan murid mempunyai perkaitan yang rapat
antara satu sama lain. Kesimpulannya, berdasarkan kepada dapatan
kajian jelas menunjukkan bahawa murid yang meminati bidang al-Quran
secara tidak langsung akan menguasai al-Quran .

Kata kunci: Hubungan, Minat Murid dalam Bidang al-Quran, Tahap
Penguasaan al-Quran

67

PENGENALAN

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diutuskan kepada Rasulullah SAW
yang menjadi pegangan hidup dan rujukan umat Islam tanpa mengira
keturunan, bangsa mahupun latar belakang. Hal ini menunjukkan bahawa
sebagai umat Islam, kita haruslah sentiasa berpegang teguh kepada ajaran
Islam dan menjadikan al-Quran sebagai peneman hidup kita sepanjang masa.
Memahami dan mempelajari al-Quran bukan sahaja menjadi tuntutan kepada
orang dewasa sahaja malahan sejak kecil lagi, kanak-kanak harus diberi
pendedahan tentangnya. Menurut Shahabuddin dan Noor Miza (2014), anak-
anak banyak mengikuti teladan yang ditonjolkan oleh ibu bapa mereka. Hal
ini kerana kanak-kanak dibentuk dan diasuh melalui pendidikan yang
diberikan oleh ibu bapanya sejak dari dalam kandungan lagi.

Sebelum mempelajari al-Quran, kebiasaannya ibu bapa akan mengajarkan
anak-anak mereka membaca Iqra’ terlebih dahulu. Ini adalah kerana bacaan
Iqra’ dilihat lebih mudah dan tersusun mengikut peringkatnya iaitu bermula
dari Iqra’ Satu sehingga Iqra’ Enam. Kaedah pembacaan Iqra’ dalam kalangan
anak-anak ini dilihat sebagai pengenalan awal kepada mereka sebelum
diperkenalkan mereka kepada al-Quran. Menurut Kementerian Pendidikan
Malaysia (2004), kaedah pengajaran Iqra’ ini terus digunakan sehingga
sekarang sebagai modul asas dalam program j-QAF di seluruh Malaysia. Oleh
itu, pembacaan Iqra’ adalah merupakan suatu pembacaan yang sesuai
sepanjang zaman serta sebagai pendedahan awal kepada kanak-kanak
sebelum mereka mengenal al-Quran.

Dalam masa yang sama, pihak sekolah turut memikul tanggungjawab dalam
mendidik murid-murid menjadi golongan yang cinta akan ilmu pengetahuan
terutamanya dalam bidang al-Quran. Menurut H. Ramayulis (2011), pekerjaan
sebagai guru ini adalah merupakan suatu pekerjaan yang luhur dan mulia
sama ada dari sudut masyarakat, negara atau agama. Tambahan pula, salah
satu fungsi asas falsafah pendidikan adalah membimbing sikap guru-guru

68

(Hasan, 1991). Jika gurunya mempunyai sikap yang baik, maka anak
muridnya juga akan mencontohi sikap gurunya seperti mana mereka
mengikut contoh teladan daripada ibu bapa. Oleh itu, Guru Pendidikan Islam
(GPI) harus memiliki ilmu agama yang mencukupi sebelum disebarkan
kepada murid.

PERNYATAAN MASALAH
Terdapat banyak kajian yang dilakukan dengan menyatakan pelbagai
masalah tentang kelemahan murid dalam menguasai al-Quran dengan baik.
Salah satunya adalah berkaitan dengan kelemahan murid dalam menguasai
al-Quran akan membawa kesan kepada penguasaan Jawi mereka dan
sebaliknya (Nur Syamira et. al, 2017). Kelemahan dari aspek pedagogi guru
serta penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) juga menjadi antara faktor
yang menyebabkan murid lemah dalam penguasaan al-Quran. Oleh yang
demikian, minat murid terhadap al-Quran tidak dapat dipupuk oleh guru
kerana kelemahan tersebut berpunca daripada guru itu sendiri.

Selain itu, Sapie et. al. (2018) mengkaji tentang tahap penguasaan bacaan al-
Quran murid Tahun Lima. Dalam kajian ini, beliau menyatakan tentang
kekuatan dan kelemahan pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) al-Quran melalui kaedah dan bimbingan yang sesuai digunakan
terhadap murid. Walau bagaimanapun, di akhir kajian ini, beliau mendapati
bahawa masih terdapat murid yang gagal menguasai bacaan al-Quran
dengan baik disebabkan oleh beberapa faktor seperti proses PdPc dan
penilaian konteks terhadap tahap pelaksanaan pembelajaran al-Quran perlu
ditambah baik.

Di samping itu, kajian oleh Haziyah dan Masitah (2018) mengkaji tentang
keberkesanan kaedah al-Matien dalam pembelajaran tilawah al-Quran. Kajian
ini menunjukkan bahawa kelemahan penguasaan murid dalam tilawah al-
Quran secara bertajwid masih tidak dapat diselesaikan. Keadaan ini
memerlukan penciptaan inovasi dan kaedah baharu yang dapat

69

menyelesaikan masalah penguasaan tilawah al-Quran murid di samping
menarik minat mereka untuk lebih seronok dalam mempelajari al-Quran.
Kajian ini juga membuktikan bahawa murid itu sendiri memerlukan cara yang
baharu untuk mereka belajar al-Quran dengan cara yang sesuai mengikut
tahap mereka.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian:
a. Mengenal pasti tahap minat murid dalam bidang al-Quran.
b. Mengenal pasti tahap penguasaan al-Quran dalam kalangan murid.
c. Mengenal pasti perbezaan signifikan antara tahap minat murid dalam
bidang al-Quran dengan faktor jantina.
d. Mengenal pasti hubungan antara tahap minat murid dalam bidang al-
Quran dengan tahap penguasaan al-Quran dalam kalangan murid.

Soalan Kajian:
a. Apakah tahap minat murid dalam bidang al-Quran?
b. Apakah tahap penguasaan al-Quran dalam kalangan murid?
c. Apakah terdapat perbezaan signifikan antara tahap minat murid dalam
bidang al-Quran dengan faktor jantina?
d. Apakah terdapat hubungan signifikan antara tahap minat murid dalam
bidang al-Quran dengan tahap penguasaan al-Quran dalam kalangan
murid?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif secara tinjauan yang menggunakan
soal selidik untuk mengenal pasti tentang minat murid dalam bidang al-Quran

70

dengan tahap penguasaan al-Quran dalam kalangan murid. Kajian ini
dijalankan kepada murid Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan Tok Jembal,
Kuala Nerus, Terengganu.

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang menggunakan skala likert
untuk menilai setiap aspek yang disertakan. Instrumen ini terbahagi kepada
tiga bahagian iaitu demografi responden, minat murid dalam bidang al-Quran
dan tahap penguasaan al-Quran dalam kalangan murid. Soal selidik yang
dipilih telah diadaptasi dan dimodifikasi daripada soal selidik Syaza et. al.
(2014) iaitu berkaitan dengan minat murid dalam bidang al-Quran dan Mohd
Khairulazman (2014) tentang tahap penguasaan al-Quran dalam kalangan
murid.

Populasi bagi kajian ini ialah murid Tahun Empat di SK Tok Jembal, Kuala
Nerus, Terengganu iaitu seramai 169 orang. Setelah dirujuk menggunakan
jadual Krejcie dan Morgan (1970) (Kenpro, 2012), sampel kajian yang
digunakan dalam kajian ini adalah 139 orang murid Tahun Empat di SK Tok
Jembal. Maka soal selidik ini telah diedarkan pada seramai 139 orang murid
Tahun Empat di SK Tok Jembal tersebut.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Data-data soal selidik untuk kajian ini diproses dengan menggunakan
Statistical Package for the Sosial Science (SPSS) versi 22. Statistik seperti
min, sisihan piawai, kekerapan dan peratus digunakan dalam analisis
deskriptif. Analisis inferensi yang digunakan pula adalah ujian-t dan pekali
korelasi. Dalam menganalisis makna skor min skala likert lima, kajian ini
membahagikan interpretasi tersebut kepada tiga tahap seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 1 berikut.

71

Jadual 1: Interpretasi Skor Min (Sanger et. al, 2007)

Skor Min Interpretasi Skor Min
Rendah (R)
1.00 – 2.33
2.34 – 3.67 Sederhana (S)
3.68 – 5.00 Tinggi (T)

Tahap Minat Murid Dalam Bidang Al-Quran
Soal selidik dalam bahagian ini mengandungi 12 item yang berkaitan dengan
tahap minat murid dalam bidang al-Quran.

Jadual 2 : Statistik Deskriptif bagi Tahap Minat Murid dalam Bidang al-Quran

Bil Item Kekerapan dan Peratus Min Sisihan Tahap
STB TB TP B SB Piawai T
1.14
Saya seronok S
1.29
1 semasa 6 7 28 29 69
mempelajari 4.3% 5.0% 20.1% 20.9% 49.6% 4.06

al-Quran.

Saya selalu

bertanya

kepada guru

2 sekiranya 19 17 43 32 28 3.24
mempunyai 13.7% 12.2% 30.9% 23.0% 20.1%
masalah

berkaitan al-

Quran.

Saya selalu

bertanya

kepada ibu

3 bapa 17 14 32 43 33 1.29 S
sekiranya 12.2% 10.1% 23.0% 30.9% 23.7% 3.44
mempunyai

masalah

berkaitan al-

Quran.

Saya berasa

mempelajari

4 al-Quran 5 12 26 31 65 T
adalah 3.6% 8.6% 18.7% 22.3% 46.8% 4.00 1.16

sesuatu yang

mudah.

72

Saya berasa

5 mempelajari 6 7 22 42 62 4.06 1.10 T
al-Quran 4.3% 5.0% 15.8% 30.2% 44.6% 1.03 S
tidak 1.18 S
1.15 T
membosanka 1.11 T
1.17 S
n.
1.30 S
Saya selalu
73
menonton

6 program 18 23 59 34 5
berkaitan al- 12.9% 16.5% 42.4% 24.5% 3.6% 2.89

Quran di

televisyen.

Saya selalu

mendengar

7 program 17 13 59 28 22
berkaitan al- 12.2% 9.4% 42.4% 20.1% 15.8% 3.18

Quran di

radio.

Saya ingin

8 menguasai 7 7 16 26 83 4.23
al-Quran 5.0% 5.0% 11.5% 18.7% 59.7%
dengan lebih

baik.

Saya selalu

memberikan

9 perhatian 4 14 26 42 53
semasa 2.9% 10.1% 18.7% 30.2% 38.1% 3.91

pengajaran

al-Quran.

Saya

sentiasa

meminta

10 tunjuk ajar 10 10 39 41 39
dalam 7.2% 7.2% 28.1% 29.5% 28.1% 3.64

perkara

berkaitan al-

Quran.

Saya sering

mengikuti

program yang

berkaitan

11 dengan al- 28 18 49 24 20
Quran seperti 20.1% 12.9% 35.3% 17.3% 14.4% 2.93

pertandingan

tilawah al-

Quran dan

hafazan.

Saya

berazam

untuk belajar

12 bersungguh- 10 7 22 18 82 4.12 1.26 T
sungguh dan 7.2% 5.0% 15.8% 12.9% 59.0% 0.60 S
lulus

cemerlang

dalam al-
Quran.

Jumlah 3.64

Jadual 2 menunjukkan analisis deskriptif digunakan untuk menentukan tahap
minat murid dalam bidang al-Quran berdasarkan kekerapan, skor min dan
sisihan piawai. Analisis tahap minat murid dalam bidang al-Quran adalah
mengikut item. Item yang berada pada tahap yang tinggi adalah sebanyak
enam item manakala enam item lagi berada pada tahap sederhana. Dapatan
secara keseluruhannya menunjukkan bahawa tahap minat murid dalam
bidang al-Quran berada pada tahap sederhana.

Tahap Penguasaan Al-Quran Murid
Soal selidik dalam bahagian ini mengandungi lapan item yang berkaitan
dengan tahap penguasaan al-Quran murid.

Jadual 3 : Statistik Deskriptif bagi Tahap Penguasaan al-Quran dalam
kalangan Murid

Bil Item Kekerapan Min Sisihan Tahap
Piawai S
STB TB TP B SB
1.37
1 Saya

mengenal

huruf 16 10 34 24 55
hijaiyyah 11.5% 7.2% 24.5% 17.3% 39.6% 3.66

(huruf al-

Quran).

74

2 Saya boleh

menyebut

huruf

hijaiyyah 12 16 48 34 29 1.19 S
mengikut 8.6% 11.5% 34.5% 24.5% 20.9% 3.37 1.24 S
makhraj 1.33 S

(tempat 1.29 T

keluar huruf) 1.20 S
1.23 S
yang betul. 1.42 S
0.63 S
3 Saya boleh

menyebut 13 16 41 35 34
kalimah al- 9.4% 11.5% 29.5% 25.2% 24.5% 3.44

Quran.

4 Saya boleh

menyebut 15 11 37 27 49 3.60
kalimah al- 10.8% 7.9% 26.6% 19.4% 35.3%
Quran yang

bersambung.

5 Saya

mengenal

tanda-tanda

bacaan yang
12 14 29 34 50
terdapat al- 8.6% 10.1% 20.9% 24.5% 36.0% 3.69
dalam

Quran seperti

tanda waqaf

(berhenti).

6 Saya

mempunyai 21 15 49 38 16 3.09
pengetahuan 15.1% 10.8% 35.3% 27.3% 11.5%
tentang

hukum tajwid.

7 Saya boleh

membaca al-

Quran 20 13 54 30 22
mengikut 14.4% 9.4% 38.8% 21.6% 15.8% 3.15

hukum tajwid

yang betul.

8 Saya boleh

membaca al- 32 16 39 24 28 3.00
Quran 23.0% 11.5% 28.1% 17.3% 20.1%
dengan

berlagu.

Jumlah 3.38

Jadual 3 menunjukkan analisis kepada tahap penguasaan al-Quran dalam
kalangan murid. Item yang berada pada tahap tinggi hanya satu item iaitu item

75

saya mengenal tanda-tanda bacaan yang terdapat dalam al-Quran seperti
tanda waqaf (berhenti) manakala tujuh item yang lain berada pada tahap
sederhana. Min dan sisihan piawai bagi setiap item turut disertakan. Dapatan
tersebut menunjukkan tahap penguasaan al-Quran dalam kalangan murid
berada pada tahap sederhana.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa minat murid
dalam bidang al-Quran berada pada tahap yang sederhana manakala tahap
penguasaan al-Quran dalam kalangan murid juga berada pada tahap
sederhana. Ini menunjukkan bahawa minat murid dalam bidang al-Quran
berada pada tahap yang sama dengan tahap penguasaan al-Quran dalam
kalangan murid. Kedua-dua pemboleh ubah ini juga telah merekodkan nilai
min sebanyak 3.54 dan sisihan piawai, 0.63 iaitu berada pada tahap yang
sederhana.

Kajian ini memberi implikasi terhadap perlunya penambah baikkan dalam
meningkatkan lagi minat murid dalam bidang al-Quran dan tahap penguasaan
al-Quran mereka. Kajian ini juga akan memberi kesan kepada guru-guru
Pendidikan Islam, murid-murid serta Siswa Guru IPGM. Justeru itu, menjadi
suatu keperluan kepada seorang guru mahupun bakal guru menguasai
bidang al-Quran dengan sebaiknya sebelum mengajar kepada murid yang
bukan sahaja menambahkan minat murid terhadap al-Quran bahkan
meningkatkan tahap penguasaan al-Quran mereka.

Antara cadangan kepada kajian lanjutan pada masa hadapan adalah
pemboleh ubah boleh dipelbagaikan. Ini adalah kerana kajian ini hanya
mengkaji perkaitan antara dua pemboleh ubah sahaja iaitu minat dan
penguasaan al-Quran. Pemboleh ubah juga boleh dibanyakkan lagi dan tidak
terhad kepada dua sahaja. Seterusnya, kajian ini adalah merupakan kajian
tinjauan yang hanya menggunakan instrumen kajian soal selidik sahaja.

76

Kajian lanjutan boleh dipelbagaikan penggunaan instrumen kajian seperti
kaedah analisis dokumen. Di samping itu, populasi serta sampel kajian juga
boleh ditambah baik. Pada kajian ini hanya SK Tok Jembal yang dipilih
sebagai populasi kajian, oleh itu dengan memperluas populasi, maka kajian
ini akan menjadi bertambah tepat.

Kesimpulannya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara minat
murid dalam bidang al-Quran dengan tahap penguasaan al-Quran dalam
kalangan murid. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa
minat murid dalam bidang al-Quran berada pada tahap sederhana manakala
tahap penguasaan al-Quran dalam kalangan murid juga berada pada tahap
sederhana. Justeru, dapatan kajian ini memberi implikasi terhadap perlunya
penambah baikan dilakukan untuk memastikan bidang al-Quran ini sentiasa
dimantapkan dari semasa ke semasa. Semua pihak perlu mengambil peranan
masing-masing seperti murid, guru, siswa guru serta masyarakat dalam
usaha untuk menjadikan al-Quran sebahagian daripada hidup setiap orang.

RUJUKAN
H. Ramayulis. (2011). Ilmu Pendidikan Islam. Jakarta: Kalam Mulia.
Hasan Langgulung. (1991). Asas-Asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haziyah Husin & Masitah Ismail. (2018). Keberkesanan Kaedah al-Matien

dalam Pembelajaran Tilawah al-Quran. Jurnal al-Turath; Vol. 3, No.
2; 2018 e-ISSN 0128-0899.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2004). Buku Panduan Perlaksanaan

Program ra’ dan Jawi Enam Bulan Pertama. Kuala Lumpur: Jabatan
Pendidikan Islam dan Moral.
Kenpro. (2012). Sample Size Determination Using Krejcie and Morgan Table.
Diakses pada 1 Februari 2020. http://www.kenpro.org/sample-size-
determination-using-krejcie-and-morgan-table/.
Mohd Khairulazman Abu Bakar. (2014). Kebolehupayaan Pembacaan Al-
Quran dalam kalangan Pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
(PSMZA). Open University Malaysia.

77

Nur Syamira Abdul Wahab, Maimun Aqsha Lubis, Ramlee Mustapha, Aisyah

Sjahrony & Dedek Febrian. (2017). Kefahaman Al-Quran dan Jawi

Melalui Permainan Bahasa Bermultimedia. ASEAN Comparative

Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J)

Volume 1(1) January 2017, 41-53.

Sanger, D., Spilker, A. Williams, N. & Belau, D. (2007). Opinions Of Female
Juvenile Delinquents On Communication, Learning And Violence.
Journal of Correctional Education 58(1): 69-92.

Sapie Sabilan, Barinah Ibrahim, Suhana Mohamed Lip, Mohamad Fuad Ishak
& Siti Nga’ishah Mohni. (2018). Analisis Tahap Penguasaan Bacaan

AlQuran Murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Karang

Berdasarkan Model Khatam Al- Quran Dan Model Tasmik j-QAF.

International Islamic University College Selangor. Conference

Paper May 2018.

Shahabuddin Hashim & Noor Miza Abdul Rahman. (2014). Kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran Kerohanian Kanak-Kanak. Selangor: PTS
Media Groups Sdn. Bhd.

Syaza Mohd Sabri, Sharini Che Ishak & Asmawati Suhid. (2014). Kajian Minat
dan Motivasi Murid Terhadap Pengajaran Pendidikan Islam.
Seminar Pasca Siswazah dalam Pendidikan (GREDUC 2014).

78

PENGGUNAAN ‘KIT APPKAKE’ MEMBANTU MENINGKATKAN
KEMAHIRAN TAHUN 3 DALAM KATA KERJA AKTIF TRANSITIF DAN

TAK TRANSITIF

Ghayathri a/p Illango
[email protected]
Rosli Ab Rahman, Ph.D
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penguasaan
kata kerja aktif transitif dan tak transitif dalam kalangan murid Tahun 3 Ibnu
Khaldun di Sekolah Kebangsaan Maras, Kuala Nerus, Kuala Terengganu.
Hasil tinjauan saya mendapati, seramai lima orang murid yang terdiri daripada
tiga orang perempuan dan dua orang lelaki menghadapi masalah untuk
memahami kata kerja aktif transitif dan tak transitif. Kajian ini menggunakan
reka bentuk kajian tindakan berdasarkan Model Kemmis & Mc Taggart (1988).
Kajian ini dilaksanakan dengan alat intervensi ‘Kit AppKake’ dengan
menggunakan pelbagai bahan seperti peta minda melalui banner, Video
Powtoon, Kuiz Interaktif Plickers, Permainan Kahoot. Alat intervensi ini satu
medium dalam menyelesaikan masalah kata kerja aktif transitif dan tak
transitif dalam kalangan murid tahun 3 menerusi peta I-think dan
penggabungjalinan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Saya
menggunakan tiga instrumen untuk mengumpul data antaranya penilaian
melalui ujian bertulis, temu bual tidak berstruktur dan pemerhatian turut serta.
Hasil dapatan kajian selepas intervensi dijalankan, semua peserta kajian ini
menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dengan pencapaian
100 peratus lulus dalam ujian bertulis pasca pertama dan kedua berbanding
dengan ujian pra yang mempunyai pencapaian 0 peratus. Dapatan ini
membuktikan bahawa ‘Kit AppKake’ berjaya menjadi suatu wadah dalam
meningkatkan tahap kemahiran murid Tahun 3 dalam kata kerja aktif transitif
dan tak transitif secara menyeluruh.

Kata kunci: meningkatkan, ‘Kit AppKake’, kata kerja transitif dan tak transitif,
Model Kemmis & Mc Taggart

79

PENGENALAN

Tatabahasa sebenarnya menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah
dan mudah difahami oleh murid (Nik Safiah, Farid, Hashim dan Abdul Hamid,
2014). Namun begitu, kesalahan penggunaan tatabahasa ini kerap dilakukan
oleh murid-murid di sekolah rendah. Mereka masih lemah dalam penguasaan
bahasa, terutamanya dalam aspek tatabahasa kata kerja aktif transitif dan tak
transitif. Oleh hal demikian, saya telah memilih untuk mengkaji kesalahan
penggunaan kata kerja aktif transitif dan tak transitif yang kerap dilakukan oleh
murid-murid sekolah rendah khususnya ujian pemahaman dan penulisan.

REFLEKSI DAN PENGALAMAN PDP
Mengimbas kembali pengalaman mengajar, semasa menjalani praktikum fasa
dua di Sekolah Kebangsaan Maras, saya mendapati murid sekolah ini
mempunyai masalah dalam kata kerja aktif transitif dan tak transitif. Hal ini
lanjutan daripada semakan lembaran kerja saya berikan dalam buku latihan
aktiviti mereka. Daripada 34 murid, hanya sepuluh orang sahaja yang saya
perhatikan mempunyai prestasi yang membanggakan, yang lain berada pada
tahap sederhana dan lemah dalam penggunaan kata kerja aktif transitif dan
tak transitif ini.

HARAPAN TERHADAP KAJIAN YANG DICADANGKAN
Saya berharap ‘Kit AppKaKe’ dapat mengatasi masalah murid terhadap kata
kerja aktif transitif dan tak transitif. Menerusi kit ini, murid diberi nota yang
berunsurkan banner serta video tentang kata kerja aktif transitif dan tak
transitif dengan menggunakan aplikasi Powtoon manakala permainan kata
kerja aktif transitif dan tak transitif menggunakan aplikasi Plickers dan Kahoot.

PENGUMPULAN DATA AWAL
Saya telah menggunakan tiga cara mengumpul data awal untuk penyelidikan

80

tindakan saya iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.
PEMERHATIAN
Saya menggunakan gambar dan senarai semak tingkah laku dalam
mengumpul data melalui kaedah pemerhatian. Pemerhatian yang telah saya
dilakukan dalam bilik darjah adalah dari aspek sikap, penglibatan dalam kelas
dan pengetahuan murid terhadap kata kerja aktif transitif dan tak transitif.

TEMU BUAL
Saya menggunakan teknik temu bual dalam mengumpul data kajian saya.
Melalui temu bual, saya dapat memahami sebab peserta kajian saya
menunjukkan perlakuan tertentu. Temu bual yang telah saya jalankan
terhadap murid adalah dari aspek sikap, minat, pendapat atau pemahaman
mereka tentang pengajaran yang dilalui. Saya menjalankan temu bual ke atas
peserta kajian saya sebelum sesi PdPc.

ANALISIS DOKUMEN
Saya telah menggunakan analisis dokumen sebagai salah satu cara
mengumpul data. Antara instrumen analisis dokumen yang telah saya
gunakan ialah lembaran kerja. Melalui dokumen ini, saya dapat
mengumpulkan data yang dikehendaki secara tersusun dan sistematik. Data
daripada lembaran kerja atau latihan lebih jelas menunjukkan penguasaan
murid dalam kemahiran kata kerja aktif transitif dan tak transitif.

FOKUS KAJIAN
Berdasarkan refleksi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc), saya telah
menjalankan kajian berfokuskan masalah tatabahasa khususnya dalam kata
kerja aktif transitif dan tak transitif dalam kalangan murid 3 Bestari. Setelah
melakukan temu bual tidak berstruktur, saya mendapati bahawa murid agak
lemah untuk membezakan kata kerja transitif dan tak transitif. Mereka tidak
berminat untuk mempelajari topik ini kerana mereka beranggap topik ini susah

81

untuk dikuasai. Melalui pemerhatian tanpa turut-serta, saya mendapati murid
tidak dapat mengaplikasikan kata kerja aktif transitif dan tak transitif dalam
binaan ayat. Manakala, menerusi lembaran kerja, saya dapat mengetahui
murid lemah dalam mengenal pasti kata kerja aktif transitif dan tak transitif.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif kajian ini ialah:

i) Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam mengenal pasti
perbezaan kata kerja aktif transitif dan tak transitif melalui ‘Kit AppKaKe’.
ii) Membantu murid menguasai kemahiran kata kerja aktif
transitif dan tak transitif dalam soalan bahasa Melayu menggunakan ‘Kit
AppKaKe’.
iii) menjelaskan kelebihan ‘Kit AppKaKe’ alam membantu
meningkatkan kemahiran kata kerja aktif transitif dan tak transitif.

SOALAN KAJIAN
Soalan kajian ini ialah:

i) Bagaimanakah ‘Kit AppKaKe’ dapat meningkatkan tahap
pencapaian murid dalam mengenal pasti perbezaan kata kerja aktif transitif
dan tak transitif?
ii) Bagaimanakah ‘Kit AppKaKe’ dapat membantu menguasai
kata kerja aktif transitif dan tak transitif dalam soalan bahasa Melayu?
iii) Apakah kelebihan ‘Kit AppKaKe’ dalam membantu
meningkatkan kemahiran kata kerja aktif transitif dan tak transitif?

PESERTA KAJIAN
Kajian ini mensasarkan kepada Sekolah Kebangsaan Maras, 21020 Kuala
Nerus, Kuala Terengganu yang terletak berhampiran dengan bukit Maras.
Seramai lima orang murid dari Kelas 3 Ibnu Khaldun yang terdiri daripada tiga

82

orang murid perempuan dan dua orang lelaki dipilih sebagai peserta kajian.
Kesemua peserta kajian ini berketurunan Melayu, beragama Islam dan juga
dilahirkan di Kuala Nerus. Secara terperinci, latar belakang keluarga peserta
kajian terdiri daripada keluarga sederhana dan golongan miskin. Ibu bapa
peserta kajian kebanyakan bekerja sebagai buruh binaan, petani dan peniaga
kecil-kecilan.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Langkah-langkah tindakan PdPc

Terdapat beberapa aktiviti tindakan PdPc yang akan dilakukan dengan
menggunakan ‘Kit AppKaKe’ pada gelung pertama ini. Langkah-langkah yang
akan dijalankan adalah seperti berikut:
Langkah 1: Pengenalan ‘AppKaKe’
Sebelum sesi intervensi menggunakan ‘Kit AppKaKe’, saya akan cara untuk
mengendalikan kit ini iaitu mengakses laman wixsite terlebih dahulu. Laman
wixsite yang saya hasilkan ini merangkumi segala aktiviti yang dirancangkan
bagi mengatasi masalah ini.

Kemudian, saya juga akan menerangkan aktiviti dan kandungan yang terdapat
dalam ‘Kit AppKaKe’ kepada peserta kajian iaitu terbahagi kepada empat
aktiviti:

i) Video Powtoon mengenai Kata Kerja Aktif Transitif dan Tak Transitif

ii) Ingat Saya melalui peta minda menerusi banner

iii) Kuiz Interaktif mengenai Kata Kerja Aktif Transitif dan Tak Transitif
melalui aplikasi Plickers

iv) Permainan Kahoot mengenai Kata Kerja Aktif Transitif dan Tak
Transitif.

83

Bagi gelungan kedua saya telah membuat penambahbaikan dengan
menambahkan satu lagi permainan iaitu permainan Quizziz. Tambahan pula,
semua aplikasi ‘Kit AppKake’ disediakan dalam satu platform yang tersendiri.
Murid boleh memuat naik aplikasi ini dengan mengimbas kod imbasan yang
diberikan oleh guru melalui telefon pintar mereka.

KAEDAH MENGUMPUL DATA
Saya telah menggunakan tiga kaedah mengumpul data untuk penyelidikan
tindakan iaitu pemerhatian, temu bual dan ujian bertulis.

PEMERHATIAN
Kaedah pertama yang digunakan ialah melalui pemerhatian turut serta. Saya
melakukan pemerhatian berdasarkan tema iaitu minat belajar murid,
pengetahuan murid terhadap kata kerja aktif transitif dan tak transitif, kesulitan
dalam kata kerja aktif transitif dan tak transitif serta aplikasi kata kerja aktif
transitif dan tak transitif dalam binaan ayat.

TEMU BUAL
Temu bual yang saya jalankan ialah temu bual tidak berstruktur kerana
peserta kajian saya kurang memahami beberapa soalan dan akan
memudahkan saya bertanyakan soalan lain.

UJIAN BERTULIS
Ujian Pra dan Ujian Pasca yang mengandungi 20 soalan diberikan kepada
peserta kajian untuk mengenal pasti tahap kebolehan murid untuk menguasai
kata kerja transitif dan tak transitif. Ujian pra ini dijadikan sebagai pengukur
tahap pencapaian peserta kajian setelah semua tindakan dijalankan dan
keputusannya akan dibuat perbandingan dengan ujian pasca 1 dan 2 untuk
melihat pencapaian peserta kajian meningkat atau menurun.

84

CARA MENGANALISIS DATA
Saya menggunakan cara analisis data kualitatif dan kuantitatif dalam kajian
ini. Dalam analisis semasa berada di lapangan, segala pemerhatian turut-
serta, temu bual tidak berstruktur, dan sebagainya saya analisis terlebih
dahulu supaya data yang terkumpul tidak kabur. Maklumat yang dikumpul
daripada ujian pula akan dinilai terlebih dahulu. Saya mencari peratusan dan
dapat dilihat melalui carta bar, carta pai dan sebagainya. Bagi kajian ini, saya
memilih analisis bertema supaya memberi makna kepada data yang
dikumpulkan.

CARA MENYEMAK DATA
Untuk menyemak data, saya telah menggunakan kaedah triangulasi. Iaitu
menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan ujian bertulis. Pemerhatian
dilaksanakan bagi engenai tahap pencapaian murid. Manakala temu bual
telah dibuat setelah semua tindakan dilaksanakan untuk mendapatkan
maklum balas yang diberikan oleh peserta kajian ini. Seterusnya, ujian bertulis
dibuat untuk menguji keberkesanan ‘Kit AppKaKe’ yang dihasilkan.

DAPATAN KAJIAN
1. Bagaimanakah ‘Kit AppKaKe’ dapat meningkatkan tahap pencapaian
murid dalam mengenal pasti perbezaan kata kerja aktif transitif dan tak
transitif?
Bagi menjawab soalan kajian ini saya menggunakan instrumen pemerhatian
turut serta.

85

120 100

100 88
76

24 Ya
12 Tidak

Skor Sebelum Selepas Gelung 2

Ya 24 88 100

Tidak 76 12

Perbezaan Skor Senarai Semak Tingkah Laku Murid
Sebelum, Selepas Intervensi dan Gelung 2

Rajah 1. Perbezaan Skor Senarai Semak Sebelum, Selepas Intervensi dan
Gelung 2

Rajah 1 menunjukkan perbezaan skor sebanyak 76 peratus yang menjawab
‘Ya’ sebelum intervensi iaitu 24 peratus peserta kajian sahaja yang
mempunyai pengetahuan berkaitan aspek kata kerja aktif transitif dan transitif
berbanding peserta kajian yang tidak mengetahui kata kerja aktif transitif dan
tak transitif yang mendapat ‘Tidak’ sebanyak 88 peratus. Seterusnya, pada
gelung pertama, peratus bagi ‘Ya’ ialah ‘ 88 peratus berbanding dengan ‘Tidak’
iaitu 12 peratus. Setelah memasuki gelungan kedua dapatan yang menjawab
‘Ya’ telah meningkat kepada 100 peratus.

2. Bagaimanakah ‘Kit AppKaKe’ dapat membantu menguasai kata kerja
aktif transitif dan tak transitif dalam soalan bahasa Melayu?

Bagi menjawab soalan kajian ini, saya menggunakan instrumen ujian bertulis
iaitu ujian pra dan pos.

86

120 100 100
100
75 60 75 65 90 Ujian Pra
80 50 25 35 45 65 Ujian Pos 1
60
40Peratus15 10 25
20
0 PK 1 PK 2 PK 3 PK 4 PK 5
15 25 35 10 25
Ujian Pra 50 60 75 45 65
Ujian Pos 1 Perbandingan Ujian Pra, Pos 1 dan Pos 2

Rajah 2. Markah Ujian Pra, Pos 1 dan Pos 2 Peserta Kajian

Rajah 2 menunjukkan markah ujian pra, pos 1 dan pos 2. Jika diteliti analisis
perbandingan di antara ujian pra, pos 1 dan 2, dari semasa ke semasa telah
berlaku peningkatan prestasi antara kesemua peserta kajian. Hasil daripada
gelungan kedua setelah penambahbaikan terhadap ‘Kit AppKaKe’
menunjukkan peratusan lulus keseluruhan telah meningkat iaitu daripada sifar
peratus dalam ujian pra telah meningkat kepada 100 peratus dalam ujian pos
1 dan 2.

3. Apakah kelebihan ‘Kit AppKaKe’ dalam membantu meningkatkan
kemahiran kata kerja aktif transitif dan tak transitif?

Persoalan kajian ini dijawab melalui temu bual tidak berstruktur. Saya
mendapati bagi gelung pertama, murid seronok belajar kata kerja aktif transitif
dan tak transitif melalui ‘Kit AppKaKe’ ini. Namun begitu, mereka tidak
mengetahui cara untuk mengakses maklumat dalam kit ini. Sehubungan
dengan itu, saya telah membuat penambahbaikan dalam gelung kedua
dengan menghasilkan satu aplikasi bagi ‘AppKaKe’ dan menambahkan
permainan Quizziz bagi mengukuhkan ingatkan murid terhadap topik ini.

87

Implikasinya, saya mendapati semua peserta kajian dapat memberikan
respon yang positif terhadap ‘Kit AppKaKe’ ini.

REFLEKSI
Penggunaan ‘Kit AppKaKe’ telah meningkatkan kemahiran peserta kajian
saya tentang kemahiran kata kerja aktif transitif dan tak transitif. Melalui
penyelidikan tindakan ini, saya telah menyelesaikan masalah dengan lebih
sistematik setelah melakukan langkah penyelidikan menerusi Model Kemmis
dan Mc Taggart ini (1988).

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam ‘Kit AppKaKe telah dapat membantu
meningkatkan penguasaan murid dalam kata kerja aktif transitif dan tak
transitif. Saya bercadang untuk mengaplikasikan kit ini ke sekolah yang
berlainan demografi dan bangsa. Contohnya, kit ini diperluas ke sekolah
orang asli atau Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil.

RUJUKAN
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Australia:

Deakin University Press. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Lee Kook Choong, Zaki Abdullah & Chua Lay Nee. (2018). Siri Pendidikan

Guru: Penyelidikan dalam Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
Mohd Fuad Sam, Marina A. Majid, Rosnah A.Rajak & Nordin Mohd

Nik Safiah, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2014).

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu I Edisi
Kedua.
88

Tatabahasa Dewan: Edisi Ketiga: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ting Len Siong, Ahmad Sabry Othman & Ting Hun Yong. (2013). Penyelidikan

Tindakan dalam Pendidikan. Wilayah Persekutuan: Freemind Horizons
Sdn.Bhd.
Yusof. (2017). Murid dan Pembelajaran. Selangor: Sasbadi Sdn.Bhd.

89

MENINGKATKAN PENGUASAAN SIMPULAN BAHASA MENGGUNAKAN
KIT ‘SIMBAS’ DALAM KALANGAN MURID TAHUN TIGA

Archanaa A/P Krishnamoorthy Muhammad
[email protected]
Irfan Nyia bin Abdullah, Ph.D
Jabatan Pengajian Melayu

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bagi meninjau dan meningkatkan penguasaan
simpulan bahasa dalam kalangan murid tahun tiga. Seramai empat orang
murid Tahun 3 Bestari di Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting, Kuala
Nerus, Terengganu telah dipilih sebagai peserta kajian. Kajian ini telah
dijalankan selama empat minggu. Pengkaji telah menggunakan instrumen
ujian pra, ujian pos, temu bual dan pemerhatian untuk mengumpul data.
Melalui pengumpulan data, pengkaji dapat mengenal pasti pengetahuan asas
dan tahap penguasaan setiap peserta kajian dalam topik yang dipilih. Data
yang dikumpulkan melalui semua instrumen telah dianalisis dan diinterpretasi
berdasarkan analisis bertema. Pengkaji telah memperkenalkan satu kit
pembelajaran yang dikenali sebagai ‘Kit SimBas’ bagi mengatasi masalah
penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan peserta kajian. Tahap
penguasaan murid telah dinilai berdasarkan keputusan ujian-ujian yang
dilaksanakan. Berasaskan hasil analisis dapatan kajian, pengkaji mendapati
peningkatan ketara berlaku selepas Kit SimBas digunakan iaitu, keempat-
empat peserta kajian telah memperoleh markah sebanyak 100% dalam ujian
pasca 2 berbanding dengan ujian pasca 1 dan ujian pra. Keberkesanan
pembinaan kit SimBas bagi meningkatkan tahap penguasaan simpulan
bahasa dapat dilihat melalui hasil pencapaian peserta kajian dalam ujian yang
dikendalikan. Pengkaji mendapati bahawa peserta kajian telah menunjukkan
minat terhadap pembelajaran yang berkaitan dengan tajuk simpulan bahasa
setelah kit pembelajaran SimBas diperkenalkan dalam sesi pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc). Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan
penggunaan kit SimBas telah berjaya meningkatkan tahap penguasaan
simpulan bahasa dan membantu peserta kajian untuk menghasilkan penulisan
Bahasa Melayu yang gramatis dan berkualiti.

Kata kunci: Simpulan bahasa, Kit SimBas, Tahap penguasaan, Murid tahun
tiga Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting.

90

PENGENALAN
Gambaran awal

Topik simpulan bahasa telah menjadi pilihan pengkaji untuk melaksanakan
kajian. Rasional pengkaji memilih simpulan bahasa sebagai kajian adalah
kerana simpulan bahasa merupakan cabang peribahasa yang pertama
dipelajari oleh murid di sekolah rendah. Dalam konteks penulisan karangan di
sekolah, penggunaan simpulan bahasa sangat diberi perhatian. Oleh itu,
pengkaji telah mencipta sebuah BBM berdasarkan simpulan bahasa bagi
mengatasi masalah murid sukar mengingati susunan dan maksud simpulan
bahasa dengan tepat dalam kalangan murid tahun tiga.

REFLEKSI DAN PENGALAMAN PDPC
Semasa pengkaji menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Padang
Kemunting, pengkaji telah memberi ujian diagnostik. Pengkaji dapat mengenal
pasti bahawa segelintir murid tidak dapat membina ayat yang betul. Justeru,
sebuah BBM telah dibina oleh pengkaji bagi menangani masalah penguasaan
simpulan bahasa dalam kalangan murid tahun 3 Bestari.

HARAPAN
BBM yang dibina ini diharap dapat membantu murid untuk mengaplikasi
penggunaan simpulan bahasa dalam penulisan, membina ayat atau membina
perenggan.

PENGUMPULAN DATA AWAL
Pengkaji telah menggunakan empat kaedah untuk mengenal pasti
permasalahan murid, iaitu melalui ujian diagnostik, ujian pra, temu bual dan
pemerhatian.

91

FOKUS KAJIAN
Penguasaan simpulan bahasa dan memahahami maknanya menjadi isu
utama bagi murid tahun 3 di sekolah tersebut. Berdasarkan markah yang
diperoleh oleh murid dalam ujian diagnostik, terdapat segelintir murid
memperoleh keputusan rendah yang menunjukkan murid-murid tersebut
menghadapi masalah untuk menguasai simpulan bahasa.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian

i. Menjelaskan cara kit ‘SimBas’ dapat meningkatkan penguasaan
simpulan bahasa.
ii. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid semasa mengingati
maksud dan susunan simpulan bahasa.

Persoalan Kajian

i. Bagaimanakah kit SimBas dapat meningkatkan penguasaan simpulan
bahasa dalam kalangan murid tahun 3?
ii. Apakah masalah yang dihadapi oleh murid semasa mengingati
maksud dan susunan simpulan bahasa?

PESERTA KAJIAN

Pengkaji telah memilih seramai empat orang murid iaitu dua orang murid lelaki
dan dua orang murid perempuan sebagai peserta kajian daripada kelas 3
Bestari. Mereka telah dipilih berdasarkan empat instrumen iaitu ujian
diagnostik, ujian pra, temu bual dan pemerhatian yang dilakukan semasa
pengumpulan data awal.

92

TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pelaksanaan tindakan akan dihuraikan berdasarkan model yang dipilih iaitu
Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggert (1988) yang mengandungi
empat bahagian iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.

Mereflek
Berdasarkan data-data yang dikumpul, pengkaji telah memastikan bahawa
empat peserta kajian yang dipilih memang menghadapi masalah penguasaan
simpulan bahasa. Hal ini dapat dipastikan melalui instrumen pengumpulan
data awal.
Merancang
Pengkaji telah merancang suatu kit yang dikenali sebagai Kit SimBas. Kit ini
telah direka bagi mengatasi masalah mengingati makna simpulan bahasa.
Pengkaji telah memilih wadah Powerpoint kerana memudahkan pengkaji
membina bahan. Pengkaji juga menggunakan gambar berbentuk ‘GIF’ yang
menggambarkan setiap simpulan bahasa.

Bertindak
Pengkaji telah mengaplikasikan Kit SimBas semasa PdPc yang berkaitan
dengan topik simpulan bahasa. Langkah-langkah menggunakan Kit SimBas
telah ditunjukkan dalam jadual yang berikut.

93

Jadual 1 . Langkah-langkah penggunaan Kit SimBas (bentuk
Powerpoint)

Bil Langkah-Langkah Penggunaan Kit SimBas
1.

Selepas membuka slaid pertama, peserta kajian dikehandaki
menekankan tanda ( ) dalam papan kunci bagi bergerak ke slaid-slaid
yang berikutnya.
2.

Dalam slaid kedua, terdapat sebanyak 10 simpulan bahasa dalam peta minda
ini. Setiap perkataan ‘SimBas’ yang dilabel dari nombor satu hingga 10 dalam
setiap buih telah hyperlink dengan slaid yang tertentu.

94

3.

4.

Jika peserta kajian tekan tanda seterusnya, gambar anak dan gambar emas
dalam bentuk gif akan timbul. Pengkaji akan meminta murid untuk meneka
perkataan-perkataan yang sesuai dengan gambar-gambar yang ditunjukkan.
Setelah meneka simpulan bahasa, peserta kajian dikehendaki menekan ( )
untuk mendapatkan jawapan yang betul daripada audio.

95

5.

6.

Seterusnya, murid akan menekan tanda seterusnya bagi melihat simpulan
bahasa yang betul iaitu ‘anak emas’ dan juga audio yang berbunyi simpulan
bahasa tersebut.

96

7.

8.

Seterusnya, peserta kajian perlu menekan perkataan ‘SimBas 2’ bagi melihat
simpulan bahasa kedua.

Memerhati
Pengkaji telah memerhati tindakan peserta kajian menggunakan senarai
semak. Seterusnya, pengkaji akan mengendalikan ujian pasca dan temu
bual. Pengkaji akan merekodkan dan menganalisis semua data yang
diperolehi.
Kaedah mengumpul data
Pengkaji telah menggunakan tiga jenis instrumen bagi mengumpul data

97

seperti ujian, temu bual dan pemerhatian. Terdapat tiga jenis ujian yang
telah dilaksanakan iaitu ujian pra, ujian pasca 1 dan ujian pasca 2.
Seterusnya, kaedah temu bual berstruktur telah dipilih untuk merekod
respon peserta kajian. Pengkaji juga melaksanakan pemerhatian
berstruktur dilakukan dengan menggunakan senarai semak.

Cara menganalisis data
Pengkaji telah memilih analisis bertema untuk menganalisis data-data yang
dikumpul dengan instrumen ujian, temu bual dan pemerhatian.

DAPATAN KAJIAN
Pengkaji telah melaksanakan gelung kedua dengan mengulangi empat
bahagian dalam Model Kemmis & McTaggert (1988) dengan menghasilkan
rancangan baharu iaitu pembinaan Kit SimBas bentuk Big Book. Data yang
dikumpul melalui ujian pra, ujian pasca 1 dan 2, temu bual dan pemerhatian
bagi kedua-dua gelung akan dianalisis. Rumusan analisis data telah
diterangkan berlandaskan dua persoalan kajian berikut iaitu :

Soalan kajian 1
Bagaimanakah kit SimBas dapat meningkatkan penguasaan simpulan
bahasa dalam kalangan murid tahun 3?

Soalan kajian pertama ini dijawab dengan menggunakan instrumen temu
bual dan juga ujian pra, ujian pasca 1 dan 2.

Temu bual
Terdapat sebanyak lima soalan yang telah diutarakan kepada peserta kajian
(PK) setelah kedua-dua gelungan selesai dilaksanakan. Tujuan penyelidik
mengadakan sesi temu bual adalah untuk mengukur tahap penguasaan
simpulan bahasa peserta kajian. Berdasarkan respon yang diperoleh
daripada temu bual yang dijalankan selepas gelung pertama dilaksanakan,

98

pengkaji mengenal pasti bahawa dua daripada empat peserta kajian iaitu PK
1 dan PK 2 telah memberi respon yang positif. Walau bagaimanapun, PK 3
dan PK 4 telah memberi respon yang kurang positif. Oleh itu, pengkaji telah
mengadakan gelung kedua dan mengadakan sesi temu bual bagi kali
kedua. PK 3 dan PK 4 telah memberi respon yang positif di mana mereka
dapat mengendalikan Kit SimBas yang berbentuk Big Book dengan jayanya.

Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2
Pengkaji telah menjalankan ujian pra, pasca 1 dan 2 ke atas empat peserta
kajian. Ujian pra diberikan sebelum Kit SimBas diperkenalkan kepada
peserta kajian. Hasil pencapaian peratus empat peserta kajian telah
dianalisis dalam jadual yang berikut.

Jadual 2 : Pencapaian peratus murid dalam ujian pra dan ujian pra

Bil Peserta Kajian Ujian Pra Ujian Pasca 1 Ujian Pasca 2

1. Peserta Kajian 1 60% 100% 100%
2. Peserta Kajian 2 50% 100% 100%
3. Peserta Kajian 3 50% 70% 100%
4. Peserta Kajian 4 60% 80% 100%

Jadual ini telah menunjukkan peratusan peningkatan soalan yang dijawab
oleh peserta kajian berdasarkan tiga ujian secara berperingkat. Jelas
melihat bahawa peningkatan ketara yang berlaku pada ujian pasca 2 jika
dibanding dengan ujian pra. Dengan ini, pengkaji dapat melihat peningkatan
penguasaan simpulan bahasa yang berlaku dalam kalangan peserta kajian.

Menurut respon-respon dan keputusan yang diperoleh, pengkaji dapat
membuktikan bahawa kedua-dua jenis Kit Simbas yang telah dibina berjaya
meningkatkan penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan peserta
kajian. Dengan itu, persoalan kajian pertama dapat dijawab dan objektif
kajian berjaya dicapai melalui instrument temu bual dan ujian.

99

Soalan kajian 2
Apakah masalah yang dihadapi oleh murid semasa mengingati maksud
dan susunan simpulan bahasa?
Soalan kajian kedua ini dijawab dengan menggunakan instrumen
pemerhatian.
Pemerhatian
Pemerhatian berstruktur telah digunakan oleh peyelidik untuk merekod
tingkah laku peserta kajian semasa proses PdPc dijalankan menggunakan
bahan pembelajaran dengan menggunakan jadual senarai semak. Pengkaji
dapat mengenal pasti bahawa PK 3 dan 4 telah mengalami kesukaran bagi
mengendalikan Kit SimBas jika dibanding dengan PK 1 dan 2. Dengan itu,
pengkaji telah mengambil keputusan untuk melaksanakan gelung kedua
dengan membina Kit SimBas bentuk Big Book.

Pengkaji dapat melihat bahawa semua murid telah bertindak secara positif
bagi semua kriteria yang terdiri daripada tiga tema utama. Masalah yang
telah dikenal pasti pada gelung pertama iaitu dua peserta kajian yang
mengalami kesukaran untuk mengendalikan Kit SimBas turut dapat diatasi.

100

Jadi, dengan ini dapat membuktikan bahawa kedua-dua jenis Kit Simbas yang
telah dibina berjaya meningkatkan penguasaan simpulan bahasa dalam
kalangan peserta kajian. Sehubungan itu, persoalan kajian kedua dapat
dijawab dan objektif kajian kedua berjaya dicapai melalui instrumen
pemerhatian.

REFLEKSI
Kajian tindakan yang dilaksanakan oleh pengkaji dapat menunjukkan bahawa
pelaksanaan Kit SimBas dalam bentuk Powerpoint dan Big Book telah berjaya
mengatasi masalah penguasaan simpulan bahasa oleh murid. Terdapat
beberapa kebaikan yang telah diperoleh oleh pengkaji setelah menjalankan
penyelidikan tindakan ini seperti meningkatkan ilmu pengetahuan dan
memperbaiki nilai sosial dalam diri. Selain itu, pengkaji juga dapat menimba
pengalaman baharu dan lebih berkeyakinan untuk melaksanakan kajian yang
seterusnya.

CADANGAN TINDAKAN SUSUSLAN
Pengkaji telah mencadangkan beberapa cadangan kepada para pengkaji pada
masa akan datang. Pertama, pengkaji perlu menambah bilangan peserta kajian
untuk kajian yang akan datang. Kedua, pengkaji wajib memberi fokus kepada
galakan penggunaan simpulan bahasa dalam pembinaan ayat dan penulisan
karangan. Ketiga, pengkaji boleh melaksanakan simpulan bahasa berdasarkan
sesuatu tema yang spesifik dan membina bahan pembelajaran interaktif secara
atas talian.

RUJUKAN

Abdul Ghani Abdullah, Abd.Rahman Abd. Aziz & Abdul Rashid Mohamed.
(2007).

Humor dalam Pengajaran. PTS Profesionals : Kuala Lumpur.

101

Chow Fook Meng & Jaizah Mahmud. (2011). Kajian Tindakan : Konsep &
Amalan dalam Pangajaran. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.

Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin & Sabri Ahmad. (2007). Trend
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Utusan Publications &
Distributors Sdn.Bhd : Kuala Lumpur.

Faridah Abdul Rashid. (2010). Cabaran Penyelidikan dan Pendidikan dalam
Era Digital. Penerbit Universiti Sains Malaysia: Pulau Pinang.

James Ang Jit Eng. (2014). Pengurusan Bilik Darjah. PTS Akademia : Selangor.

Muhd Fitrah & Luthfiyah. (2017). Metodologi Penelitian Kualitatif, Tindakan
Kelas & Studi Kasus. Jawa Barat : Jejak Publisher.

Mohd.Sharani Ahmad. (2016). Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar.
PTS Profesionals : Kuala Lumpur.

Nazarudin Zainun. (2015). Wacana Warisan, Pelancongan dan Seni dalam
Kearifan Tempatan. Penerbit Universiti Sains Malaysia : Pulau Pinang.

Noresah Baharom.(2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Selangor Darul
Ehsan : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Ruslan Ismail, Narimah Samat & Nooriah Yusof. (2014). Kerja Lapangan :
Teknik, Prosedur dan Aplikasi dalam Geografi. Penerbit Universiti Sains
Malaysia : Pulau Pinang.

102

KIT B&KT MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 4
MENULIS KARANGAN ULASAN MENGGUNAKAN TEKNIK 4W & 1H

Yogehvalee a/p Kanabathy
[email protected]

Rosli bin Ab Rahman, Ph.D
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran menulis karangan
ulasan dalam kalangan murid tahun empat Ibnu Sina dengan menggunakan Kit
B&KT. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot, Kuala
Nerus. Kajian yang dijalankan melibatkan tiga orang peserta kajian yang terdiri
daripada seorang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Data kajian
telah dikutip menggunakan tiga instrumen utama iaitu ujian pra dan pasca,
pemerhatian dan temu bual. Setelah mengenal pasti kemampuan peserta kajian
berdasarkan ujian pra, peserta kajian yang terpilih kemudiannya diajarkan cara
untuk menghafal urutan kata tanya dalam Teknik 4W & 1H dengan
menggantikan kata tanya tersebut dengan bentuk- bentuk model 3D.
Seterusnya, peserta kajian diajarkan untuk melukis semula bentuk- bentuk
tersebut dan menghuraikan isi mengikut susunan bentuk model 3D yang
mewakili setiap kata tanya dalam Teknik 4W & 1H. Sepanjang peserta kajian
melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan, pemerhatian terhadap
penglibatan peserta kajian dalam sesi PdP telah direkodkan oleh pengkaji. Satu
temu bual yang melibatkan peserta kajian juga dijalankan bagi mendapatkan
data hasil daripada pembelajaran peserta kajian menggunakan kit ini. Setelah
intervensi dijalankan, peserta- peserta tersebut telah diberikan ujian pasca.
Data- data yang diperolehi dianalisis berdasarkan analisis bertema dengan
memberi makna kepada data yang telah dikutip oleh pengkaji. Ternyata hasil
analisis data yang telah dikumpul, Kit B&KT mampu meningkatkan kemahiran
menulis karangan ulasan dalam kalangan peserta kajian. Peserta kajian
mencatatkan peningkatan sehingga 47% berbanding ujian pra dan ujian pasca
setelah menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan Kit B&KT.
Pengkaji berharap agar kajian ini dapat membantu meningkatkan kemahiran
murid menguasai kemahiran penulisan karangan ulasan.

Kata kunci : Kit B&KT, Teknik 4W & 1H, Karangan ulasan

103

PENGENALAN
Kemahiran menulis merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa
yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Menurut
Adenan et al., (2012) keupayaan menulis merupakan satu proses penyaluran
maklumat yang bersifat mekanikal dan keupayaan ini disalurkan secara
bersistem atau berperingkat iaitu mengumpul maklumat, penggunaan bahasa
dan gaya penulisan. Kemahiran menulis ini dapat membentuk seseorang murid
yang dapat mengolah idea yang ada dalam bentuk penulisan yang ditulis
mengikut teknik penulisan yang betul.

Konteks
Saya memulakan sesi praktikum fasa kedua di Sekolah Kebangsaan
Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Kuala Terengganu. Sekolah berkenaan di
tengah- tengah Kampung Wakaf Tengah. Saya ditugaskan untuk mengajar
subjek BM bagi kelas 4 Ibnu Sina.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Semasa menjalani praktikum fasa kedua, saya menjalankan sesi pengajaran
dengan mengajar murid- murid menulis karangan bertajuk ‘Kebaikan
Mempopularkan Permainan Tradisional’. Saya memulakan sesi soal jawab
dengan murid berdasarkan teknik 4W & 1H bagi membincangkan isi pertama.
Sebahagian daripada mereka dapat menjawab soalan yang diajukan dengan
baik. Oleh itu, saya meminta mereka untuk menulis isi- isi yang dibincangkan
dalam bentuk perenggan. Setelah itu, saya mendapati bahawa murid- murid
hanya dapat menulis 2 hingga 3 isi yang dibincangkan dan isi yang dibina itu
tidak mengikut urutan berdasarkan teknik 4 W & 1 H. Kebanyakan daripada
mereka tidak berjaya menghuraikan isi dengan baik, karangan yang dibina agak
lemah dari segi struktur ayat. Murid- murid tersebut tidak berupaya menghurai
isi yang diberikan berdasarkan teknik 4 W & 1 H. Oleh itu, saya membina azam
untuk membantu murid- murid yang berkenaan agar berjaya membina
karangan yang menepati skema permarkahan dalam bahagian B penulisan

104

Bahasa Melayu.

Pengumpulan Data Awal

Pengumpulan data awal dilakukan melalui temu bual, ujian diagnostik,
penelitian dokumen (buku latihan), rekod pencapaian (TOV) dan ujian pra.
Kesemua data yang dikumpul dianalsis untuk mengetahui pengetahuan sedia
ada murid.

FOKUS KAJIAN

Pengajaran kemahiran menulis dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) memberi penekanan kepada keupayaan murid menulis perkataan dan
ayat serta menjana idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan
ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dilalui dengan menggunakan ayat
yang gramatis. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menyelesaikan
masalah murid dalam menghasilkan karangan ulasan. Saya mencipta satu
BBM iaitu Bentuk dan Kata Tanya (B&KT) yang dapat membantu PK untuk
menghasilkan karangan ulasan. Oleh itu, fokus kajian ini ialah untuk mengatasi
masalah murid yang lemah dalam kemahiran menulis karangan ulasan
menggunakan teknik 4W&1H dalam kalangan murid Tahun 4.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian:
i) meningkatkan kemahiran menulis karangan ulasan dengan
mengaplikasikan teknik 4W&1H menggunakan Kit Bentuk dan Kata Tanya
(B&KT).
ii) menilai keberkesanaan penggunaan Kit Bentuk & Kata Tanya (B&KT)
terhadap peningkatan kemahiran menulis karangan ulasan.

105

Soalan kajian:
i) bagaimanakah penggunaan Kit Bentuk dan Kata Tanya (B&KT) dapat
meningkatkan kemahiran menulis karangan ulasan dengan mengaplikasikan
teknik 4W&1H?
ii) sejauh manakah Kit Bentuk & Kata Tanya (B&KT) dapat membantu
meningkatkan pencapaian murid dalam menulis karangan ulasan?

PESERTA KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini telah melibatkan tiga orang PK iaitu dua perempuan
dan seorang yang didapati menghadapi masalah untuk menulis karangan
ulasan menggunakan teknik 4W&1H dengan betul. Maklumat umum bagi ketiga-
tiga PK itu ialah mereka berasal daripada kawasan tempat tinggal yang sama
iaitu Kampung Wakaf Tengah. Kesemua PK beragama Islam, berketurunan
Melayu. PK yang terlibat itu dipilih berdasarkan kepada data yang dikumpul
pada awal kajian.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Langkah- langkah tindakan

(i) Langkah 1: Pengenalan model 3D

Pengkaji memperkenalkan model 3D yang saya hasilkan dan memberikan
penerangan mengenai fungsi bagi setiap model kepada PK. Sesi soal jawab
juga dilaksanakan untuk memastikan PK dapat gambaran yang lebih jelas
mengenai model- model yang ditunjukkan itu.

106

(ii) Langkah 2: Aktiviti menyusun Kata Tanya
PK diminta untuk menghafal urutan model yang menggantikan kata soal dalam
teknik 4W&1H menggunakan model 3D yang ditunjukkan dalam langkah 1.
Murid diminta untuk memutarkan bentuk ‘Pentagonal Prism’ kedua yang
dilekatkan Kata Tanya untuk mendapatkan Kata Tanya yang betul mengikut
urutan kata soal dalam teknik 4W &1H. Selepas mengenal pasti Kata Tanya
yang betul, PK dikehendaki mencantumkan dengan ‘Pentagonal Prism’ yang
pertama untuk mengetahui jawapan itu betul atau tidak.

(iii) Langkah 3: Aktiviti mencantumkan model
PK dikehendaki untuk menyusun model 3D mengikut Kata Tanya yang telah
disusun dalam langkah 2.

(iv) Langkah 4: Aktiviti melukis semula bagi setiap model
PK diminta untuk melukiskan bentuk 2D tersebut pada papan putih. Setelah itu,
saya meminta PK untuk mengulang semula Kata Tanya yang menggantikan
setiap bentuk tersebut.

(v) Langkah 5: Ujian Pasca
Ujian pasca telah diberikan untuk menilai tahap kefahaman PK.

Kaedah mengumpul data
Data hasil penggunaan Kit B&KT dianalisis dengan menggunakan tiga kaedah
iaitu temu bual berstruktur, pemerhatian turut serta dan analisis dokumen iaitu
ujian pra dan ujian pasca.

107

Cara menganalisis data
Instrumen yang digunakan ialah temu bual berstruktur, pemerhatian turut serta
dan juga analisis dokumen ujian pra dan pasca. Kesemua kaedah yang
digunakan ini dianalisis menggunakan analisis bertema dalam memberi makna
kepada data yang dikumpul oleh pengkaji.
Cara menyemak data
Triangulasi adalah proses menggunakan pelbagai teknik pengumpulan data.
Menurut Fatimah (2010) dalam (Kartini et.al., 2012), maklumat yang didapati
sebagai data daripada satu sumber boleh disahkan dengan merujuk kepada
perkara yang sama dari sumber lain. Dalam kajian ini, saya menggunakan
triangulasi data untuk mendapatkan maklumat dan data daripada pelbagai
sumber.

DAPATAN KAJIAN
Soalan kajian 1
Bagaimanakah penggunaan Kit Bentuk dan Kata Tanya (B&KT) dapat
meningkatkan kemahiran menulis karangan ulasan dengan mengaplikasikan
teknik 4W&1H?

108

Markah (%)(i) Analisis dokumen (Ujian Pra dan Ujian Pasca)

Graf Perbandingan Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan
Ujian Pasca 2

100
80
60 Ujian Pra
40 Ujian Pasca 1
Ujian Pasca 2

Rajah 1: Graf Perbandingan Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2
Berdasarkan Rajah 1, dapat dilihat peningkatan antara ketiga- tiga penilaian
yang telah saya jalankan. Penambahbaikan yang dilakukan pada gelung kedua
sangat membantu Syuhada (PK2) dan juga Nasuha (PK3) untuk mencapai
markah yang penuh. Senario ini jelas menunjukkan bahawa Kit B&KT ini
sememangya berkesan dengan meningkatkan kemahiran murid daam
penulisan karangan ulasan dengan mengaplikasikan teknik 4W & 1H.

109


Click to View FlipBook Version