The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pisadmkdri12345, 2022-08-14 03:41:01

Jurnal TELANGKAI SISWA 2020

TELANGKAI

Keywords: TELANGKAI

(ii) Pemerhatian

Jadual 1: Analisis pemerhatian gelung kedua Tema 2 daripada borang
pemerhatian turut serta terhadap PK

Tema 1 Tema 2 Tema 3

Tema Tingkah laku Tahap penguasaan PK dalam penulisan Tahap

karangan menggunakan Kit B&KT kefahaman

peserta kajian

mengenai cara

penggunaan

Kit B&KT

Peserta Kajian Gelung 2 S2
Adam (PK1) S1 S2 S1 S2 S3 S4 S5 S6 S1

Syuhada (PK2)

Nasuha (PK3)

Berdasarkan analisis dalam Jadual 1 di atas, Syuhada (PK2) dan Nasuha (PK3)
dapat memenuhi kesemua kriteria- kriteria dalam tema 2. Hal ini kerana,
mereka dapat menggunakan bahan intervensi berpandukan penambahbaikan
yang saya lakukan iaitu buku manual Kit B&KT. Mereka dapat memahami input
yang ingin disampaikan melalui Kit B&KT ini.

110

Soalan kajian 2

Sejauh manakah Kit Bentuk & Kata Tanya (B&KT) dapat membantu
meningkatkan pencapaian murid dalam menulis karangan ulasan?

Perbandingan Peratusan Markah Keseluruhan Ujian
Pra, Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2

100

90

80

70 Peratus (%)

60

50

40

30

20 Ujian Pra Ujian Pasca 1 Ujian Pasca 2

Rajah 2: Graf Perbandingan Peratusan Markah Keseluruhan Ujian Pra, Ujian

Pasca 1 dan Ujian Pasca 2

Berdasarkan Rajah 2, dapat lihat dengan sangat jelas bahawa terdapat
kenaikan peratus keseluruhan dari ujian pra 53% kepada ujian pasca 2 100%.
Pencapaian PK dalam ujian pasca sehingga mencapai 100% menunjukkan
keberkesanaan Kit B&KT ini dalam membantu meningkat kemahiran menulis
karangan ulasan.

111

(i) Pemerhatian

Jadual 2: Analisis gelung kedua Tema 3 daripada borang pemerhatian turut
serta terhadap PK

Tema 1 Tema 2 Tema 3 Tahap

Tingkah laku Tahap penguasaan PK dalam penulisan kefahaman

Tema karangan menggunakan Kit B&KT peserta kajian

mengenai cara

penggunaan

Kit B&KT

Peserta Kajian Gelung 2 S2
Adam (PK1) S1 S2 S1 S2 S3 S4 S5 S6 S1

Syuhada (PK2)

Nasuha (PK3)

Berdasarkan Jadual 2, menunjukkan Syuhada (PK2) dan Nasuha (PK3) dapat
memahami cara penggunaan Kit B&KT. Hal ini membantu mereka untuk
meningkatkan tahap penguasaan dalam penulisan karangan. Konklusi
daripada analisis ini menunjukkan bahawa Kit B&KT dapat meningkatkan
pencapaian PK ke tahap yang maksima.

112

(ii) Temu bual

Analisis daripada temu bual saya mendapati ketiga- tiga PK dapat menguasai
kaedah yang telah saya ajar. Hal ini kerana, semasa menemu bual, PK
menyatakan bahawa mereka tidak lagi menghadapi masalah untuk
mengingati teknik 4W & 1H ini disebabkan kaedah yang telah dipelajari
daripada Kit B&KT. Mereka amat yakin bahawa ilmu yang dipelajari ini dapat
membantu mereka untuk menulis karangan ulasan yang bermutu pada masa-
masa akan datang. Kesungguhan mereka sememangnya memberikan saya
keyakinan bahawa penghasilan Kit B&KT ini berjaya untuk meningkatkan
kemahiran penulisan karangan ulasan dalam kalangan murid.

REFLEKSI
Penyelidikan tindakan merupakan ilmu baharu yang saya pelajari dan
aplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran semasa menjalani
praktikum di sekolah. Dalam penyelidikan tindakan, pengenalan Kit B&KT
mampu membantu murid- murid tahun 4 untuk menulis karangan ulasan
dengan mengaplikasikan teknik 4W & 1H. Pengenalan kaedah ini juga
membolehkan saya membuat refleksi bahawa penerapan elemen inovasi
dalam pendidikan sememangnya dapat membantu seseorang guru untuk
melakukan perubahan yang amat drastik terhadap tahap pencapaian murid.
Kepelbagaian dalam kaedah yang digunakan dalam PdP dapat menyemai
kesungguhan dalam diri murid untuk mendalami pengajaran yang
disampaikan oleh guru dengan lebih mendalam. Kit B&KT ini merupakan satu
perubahan yang membolehkan murid untuk lebih berminat dan menyukai
penulisan karangan ulasan. Kit B&KT menjadi salah satu cara yang efektif
untuk menjalankan sesi PdP. Saya sebagai pengkaji mendapat peluang
untuk memupuk nilai- nilai seperti berfikiran terbuka, tanggungjawab dan
dedikasi dalam diri saya yang dapat meningkatkan lagi amalan
profesionalisme saya dalam kerjaya sebagai pendidik.

113

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Saya bercadang untuk membuat penambahbaikan terhadap inovasi yang
dicipta ini dengan menyelitkan elemen teknologi maklumat supaya teknik
yang diajar ini dapat diaplikasikan oleh murid tanpa menggunakan kit ini.
Murid- murid dapat mengakses maklumat melalui talian untuk membantu
mereka menulis karangan ulasan dengan mudah. Senario ini mendekatkan
lagi diri murid untuk meneroka dunia teknologi dengan lebih meluas selaras
dengan Revolusi Perindustrian 4IR. Saya juga berpendapat aktiviti yang
dijalankan juga dapat divariasikan mengikut kesesuaian guru menjalankan
sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kit B&KT ini dapat dinaik
taraf pada masa akan datang dengan memasukkan bunyi yang dapat
membunyikan Kata Tanya mengikut urutan dalam Teknik 4W & 1H. Elemen
bunyi juga merupakan salah satu langkah untuk membantu murid
meningkatkan lagi tahap ingatan mereka mengenai perkara yang diajar oleh
guru. Selain itu, penerapan elemen inovasi dari segi penghasilan laman
sesawang atau aplikasi telefon bimbit dapat membantu murid untuk
mendapatkan informasi dengan cukup pantas dan mudah. Mereka juga boleh
mengakses medan- medan sebegitu di mana sahaja mereka berada.

RUJUKAN

Adenan Ayob, & Khairuddin Mohammad. (2012). Kaedah Pengajaran
Bahasa Melayu. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anizan Abd Rahman. (2012). Program Santai Murid: Memperkembang Isi
Karangan Fakta Murid Tahun Empat: Sekolah Kebangsaan Sultan
Ismail, Kemaman, Terengganu.

Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 67- 87 (atas talian) Dicapai
:http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/23

Faridah Nazir, & Tuan Jah. (2013). Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

114

Husin Fateh Din, & Nazariyah Sani. (2012). Bahasa Melayu II Akademik.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Ismail Ibrahim. (2012). Meningkatkan Kemahiran Penulisan Karangan
Menggunakan Kaedah BEBA: Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga,
Marang. Terengganu.

Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Selangor: Oxford
Fajar Sdn.

Norasiah Abdullah, Rosnah Ahmad Zain, & Mazilah Abdullah. (2011).
Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Selangor: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.

Norzila Abdul Rashid. (2015). Meningkatkan Kemahiran Penulis Karangan
Murid Tahun Lima Menggunakan Teknik Pemingam: Sekolah
Kebangsaan Kebor Besar, Kuala Terengganu.

Nur Hafizah Abdul Rahman. (2013). Meningkatkan Kemahiran Menulis Isi
Karangan Jenis Fakta Melalui Kaedah Celik Mengarang (KACEM):
Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, Kuala Terengganu, Terengganu.

Nurulain Joher. (2012). Peningkatan Penulisan Isi Karangan Jenis Fakta
Bahasa Melayu Menggunakan Peta Minda: Sekolah Kebangsaan
Taman Sri Permai, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Othman Lebar (2014). Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Perak: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Penyelidikan Tindakan : Panduan Penulisan Laporan. (2015). Kuala Lumpur:
Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Sri Kartika Rahman, Mesra Adikasuma Metussin, Suraya Tarasat, Abu Bakar
Madin & Noradinah Jaidi. (2013). Kesan bahan visual dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu. Procedia- Social and Behavioral Sciences,
ms. 454-462. (atas talian). Dicapai: http://www.sciencedirect.com/ (10
Januari 2020).

Suppiah Nachiappan. (2014). Panduan Pendidikan Awal Kanak- kanak:
Teori, Model, Kaedah dan Aktiviti ke Arah Perkembangan Kognisi.
Perak: Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

115

Suraini Abdullah. (2012). Pengajaran Penulisan Berdasarkan Gambar
Berdasarkan Gambar: Universiti Terbuka Malaysia, Cawangan
Kelantan.

Zamri Mahamod, Ruslin Amir, & Mohamed Amin Embi. (2015). Kepelbagaian
pelajar dan perbezaan pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

116

Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan KV+KV yang Melibatkan
Diftong dalam Kalangan Murid Tahun Dua Menggunakan Kit POMINO

Kesavi Indraa a/p Sivakumar
[email protected]
Bahtiar bin Omar
Jabatan Pengajian Melayu

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membaca
perkataan KV+KV yang melibatkan diftong dalam kalangan murid tahun dua.
Kajian ini dijalankan ke atas lima orang murid dari kelas Tahun 2 Elit di salah
sebuah sekolah di daerah Kuala Nerus, Terengganu. Kajian tindakan ini
menggunakan model Kemmis & McTaggart (1988). Antara instrumen yang
digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini ialah ujian penilaian,
pemerhatian tidak turut serta dan temu bual berstruktur. Tinjauan awal
mendapati peserta kajian menguasai kemahiran membaca perkataan KV+KV
yang tidak melibatkan diftong dengan baik dan mereka mengalami kesukaran
dalam membaca perkataan KV+KV yang melibatkan diftong. Oleh yang
demikian, Kit POMINO diperkenalkan dalam kalangan peserta kajian untuk
meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV yang melibatkan diftong.
Kit POMINO yang diperkenalkan oleh pengkaji terdiri daripada PowerPoint
interaktif dan permainan domino. Peserta kajian akan belajar cara melafazkan
diftong dan cara membaca perkataan KV+KV tertentu yang melibatkan diftong
melalui PowerPoint interaktif. Seterusnya, peserta kajian akan bermain
permainan domino. Tujuan utama permainan ini adalah untuk memperkenalkan
lebih banyak perkataan KV+KV yang melibatkan diftong dalam kalangan
peserta kajian melalui permainan. Pengaplikasian kaedah belajar sambil
bermain memberi kesan yang sangat memberangsangkan dalam kalangan
peserta kajian. Data-data yang dikutip sepanjang tempoh pelaksanaan kajian
dianalisis berdasarkan analisis bertema. Hasil kajian ini mendapati bahawa
penggunaan PowerPoint interaktif dan permainan domino dalam Kit POMINO
telah meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan KV+KV yang
melibatkan diftong dalam kalangan peserta kajian. Kit ini didapati telah berjaya
menarik minat peserta kajian untuk membaca dan berjaya mewujudkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

117

Kata Kunci: perkataan KV+KV, diftong, kemahiran membaca, belajar sambil
bermain, Kit POMINO

PENGENALAN
Mata pelajaran bahasa Melayu merupakan pemangkin yang sangat penting
dalam pertumbuhan dan perkembangan asas murid-murid. Keupayaan
membaca merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam
proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang berkesan dalam pelbagai
disiplin ilmu. Kemahiran membaca ini bermula daripada mengenal, mengecam
dan menyebut huruf, membunyikan suku kata, membatangkan suku kata
sehingga membaca perkataan dan ayat. Sementara itu, aspek mengajuk dan
menyebut perkataan yang mengandungi bunyi diftong juga merupakan
sebahagian daripada kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid semasa
berada di tahun satu lagi. Namun begitu, terdapat sesetengah murid tahun dua
yang gagal menguasai kemahiran tersebut.

Pengkaji mengenal pasti masalah ini semasa mengikuti program praktikum fasa
dua selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting. Tinjauan
awal mendapati peserta kajian mengalami kesukaran dalam membaca
perkataan KV+KV yang melibatkan diftong. Oleh itu, pengkaji mengintegrasikan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dan pendekatan belajar sambil
bermain demi membantu murid-murid yang menghadapi masalah tersebut.
Pengintegratasian bahan multimedia interaktif sebagai elemen TMK dan
pendekatan belajar sambil bermain diharapkan dapat menarik minat peserta
kajian sekali gus meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV yang
mengandungi diftong. Pengkaji juga telah menggunakan beberapa instrumen
untuk mengumpul data awal. Antaranya adalah seperti ujian diagnostik,
pemerhatian tidak turut serta dan temu bual berstruktur.

118

FOKUS KAJIAN

Berdasarkan refleksi PdPc, pengkaji mendapati pesertakajian berkemampuan
membaca perkataan KV+KV yang tidak melibatkan diftong dengan baik
manakala mereka menghadapi masalah dalam membaca perkataan KV+KV
yang melibatkan diftong. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah mengambil
langkah ke arah memperkenalkan diftong dan cara melafazkan diftong terlebih
dahulu sebelum bertindak meningkatkan kemahiran membaca perkataan
KV+KV yang melibatkan diftong dalam kalangan murid. Deanna Mascle (2006)
menjelaskan bahawa salah satu cara untuk berjaya dalam pembelajaran ialah
murid perlu menguasai kemahiran membaca yang menjadi asas kepada
pelbagai disiplin ilmu.

OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN

Objektif Kajian
• Mengenal pasti keberkesanan penggunaan Kit POMINO dalam
meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca perkataan KV+KV yang
melibatkan diftong.
• Menghuraikan ciri-ciri yang dimiliki oleh Kit POMINO yang mampu
meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV yang melibatkan diftong.
• Menjelaskan keberkesanan penggunaan Kit POMINO dalam
meningkatkan minat murid untuk membaca perkataan KV+KV yang melibatkan
diftong.

Persoalan Kajian
• Sejauh manakah penggunaan Kit POMINO dapat meningkatkan tahap
penguasaan kemahiran membaca perkataan KV+KV yang melibatkan diftong?
• Apakah ciri-ciri yang dimiliki oleh Kit POMINO sehingga mampu

119

meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV yang melibatkan
diftong?
• Sejauh manakah penggunaan Kit POMINO dapat meningkatkan minat
murid untuk membaca perkataan KV+KV yang melibatkan diftong?

PESERTA KAJIAN
Hasil daripada pengumpulan data awal, pengkaji berjaya memilih lima orang
peserta kajian yang paling sesuai untuk kajian ini. Kelima-lima peserta kajian
merupakan murid kelas 2 Elit yang terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan
dua orang murid perempuan. Kedua-dua murid perempuan merupakan murid
aliran arus perdana manakala ketiga-tiga murid lelaki merupakan murid
pemulihan. Semua peserta kajian berasal daripada latar belakang keluarga
yang kurang berkemampuan dan tinggal di kampung sekitar kawasan
persekolahan.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Kajian tindakan adalah untuk membekalkan guru-guru dengan maklumat yang
diperoleh secara sistematik bagi membantu mereka menambah baik kualiti sesi
PdPc. Pengkaji telah memilih Model Kemmis & McTaggart (1988) untuk
melaksanakan kajian tindakan ini. Model ini menyarankan empat langkah kajian
tindakan berdasarkan gelungan (cycle). Setiap gelung dalam model ini terdiri
daripada empat langkah, iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.
Sesi refleksi yang dilaksanakan oleh pengkaji berdasarkan sesi PdPc yang telah
dikendalikan merupakan titik tolak permulaan kajian tindakan ini dijalankan. Kit
POMINO yang diperkenalkan oleh pengkaji ini terdiri daripada PowerPoint
interaktif dan permainan domino.

Rajah 1 di bawah menunjukkan langkah-langkah tindakan yang telah diikuti
oleh peserta kajian dalam menggunakan Kit POMINO. Melalui penggunaan
PowerPoint interaktif peserta kajian akan mengenal diftong, belajar melafazkan

120

diftong, menyebut suku kata melibatkan diftong dan akhirnya membaca
perkataan yang melibatkan diftong. Pengkaji mengaplikasikan unsur ansur
maju dalam memupuk kemahiran membaca perkataan yang melibatkan diftong
dalam kalangan peserta kajian supaya dapat memastikan bahawa mereka
dapat menguasainya dengan baik dalam masa yang diperuntukkan. Setelah
selesai belajar menggunakan slaid, peserta kajian akan bermain permainan
domino. Permainan ini bertujuan untuk memperkenalkan lebih banyak
perkataan KV+KV yang melibatkan diftong menerusi permainan.

PowerPoint interaktif

Rajah 1. Langkah-langkah penggunaan Kit POMINO

Penyelidikan pendidikan secara amnya merujuk kepada pengumpulan data dan
analisis data secara sistematik. Dalam proses pelaksanaan kajian tindakan ini
pengkaji menggunakan tiga jenis instrumen untuk mengumpul data, iaitu ujian
penilaian, temu bual berstruktur dan pemerhatian tidak turut serta. Data-data
yang dikutip sepanjang tempoh pelaksanaan kajian dianalisis berdasarkan
analisis kuantitatif, kualitatif dan bertema. Di samping itu, pengaji telah memilih
triangulasi antara kaedah iaitu penggunaan kaedah yang berbeza untuk
mengumpul data daripada peserta kajian yang sama demi menyemak kesahan
dan kebolehpercayaan data. Tujuan triangulasi adalah untuk meningkatkan
kesahan dan kebolehpercayaan data berbentuk kualitatif, iaitu dengan

121

mendapatkan data daripada sumber yang berbeza. Sekiranya, lebih banyak
data ditriangulasikan maka lebih tinggi ketepatan fakta dan lagi kuat
kesahannya.

DAPATAN KAJIAN
Menurut Lisah (2011), analisis data ialah satu proses menyusun data yang
dikumpul, kemudian data tersebut akan dibahagikan kepada unit-unit yang lebih
ringkas untuk menonjolkan pola-pola berstruktur untuk memudahkan proses
penginterpretasian. Setiap data yang dikumpul serta instrumen yang digunakan
diinterpretasi dengan lengkap dan terperinci untuk tujuan menjawab ketiga-tiga
persoalan kajian. Analisis pencapaian ujian penilaian digunakan untuk
menjawab persoalan kajian satu. Manakala, analisis temu bual bersama guru
digunakan untuk menjawab persoalan kajian kedua dan untuk menjawab
persoalan kajian ketiga pengkaji menggunakan penganalisisan data
pemerhatian dan temu bual bersama peserta kajian.

Perbezaan markah penilaian praujian,
pascaujian I dan pascaujian II

Markah (%) 12 8 9 10
3 7 2
10 2
8
33 3
8 36

6
4

4

21

PK PK PK PK PK
Peserta Kajian

Rajah 1. Perbezaan markah penilaian praujian, pascaujian I dan pascaujian II

122

Rajah 1, menunjukkan perbezaan markah praujian, pascaujian I dan pascaujian
II bagi setiap peserta kajian. Hasil analisis jelas menunjukkan bahawa terdapat
peningkatan markah yang sangat memberangsangkan ke atas pencapaian
setiap peserta kajian selepas menggunakan Kit POMINO. Berdasarkan
analisis, peserta kajian 1, 2, 4, dan 5 berjaya tergolong dalam tahap pencapaian
cemerlang dengan memperoleh markah lebih daripada 80% hingga 100%
dalam pascaujian II. Manakala, peserta kajian 3 berada pada tahap baik dengan
memperoleh markah sebanyak 72%. Peningkatan dalam pencapaian markah
peserta kajian menunjukkan keberkesanan Kit POMINO dalam meningkatkan
kemahiran membaca perkataan KV+KV yang melibatkan diftong. Hasil analisis
pencapaian ujian penilaian peserta kajian ini membuktikan bahawa Kit
POMINO dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV yang
melibatkan diftong

Temu bual

Berdasarkan hasil temu bual bersama guru, pengkaji dapat mengetahui ciri-ciri
Kit POMINO yang mampu meningkatkan kemahiran membaca perkataan
KV+KV yang melibatkan diftong dalam kalangan peserta kajian. Antara ciri Kit
POMINO yang membantu peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran
membaca ialah penggunaan PowerPoint interaktif. PowerPoint interaktif yang
digunakan dalam kit ini sangat menarik dengan mengintegrasikan pelbagai
animasi dan gambar di dalamnya. Gambar-gambar yang digunakan turut
membantu peserta kajian dalam meningkatkan kefahaman mereka mengenai
perkataan yang dipelajari. Seterusnya, dalam sistem multimedia interaktif,
elemen audio digunakan untuk membantu proses penyampaian persembahan
supaya menjadi lebih mantap dan berkesan. Penggunaan elemen audio dalam
slaid membantu peserta kajian dalam meningkatkan penguasaan kemahiran
membaca perkataan KV+KV.

123

Akhirnya, pengaplikasian kaedah belajar sambil bermain juga turut membantu
peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV
yang melibatkan diftong. Permainan domino amat sesuai digunakan kerana
mampu memperkenalkan lebih banyak perkataan yang melibatkan diftong
kepada peserta kajian. Menurut Kamaruddin (1998), permainan bahasa
berupaya meninggalkan kesan mendalam terhadap murid kerana aktiviti
bermain ini bersesuaian dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemarkan
hiburan. Konklusinya, ciri-ciri istimewa yang ada pada Kit POMINO berjaya
membantu peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran dan minat membaca
perkataan KV+KV yang melibatkan diftong. Hasil daripada analisis temu bual
bersama peserta kajian didapati mereka sangat suka akan Kit POMINO dan
bersetuju bahawa mereka lebih berminat untuk membaca selepas
menggunakan kit ini.

Pemerhatian
Hasil pemerhatian didapati bahawa penggunaan Kit POMINO membawa
banyak perubahan positif terhadap tingkah laku peserta kajian. Perubahan
pertama yang dapat dikenal pasti ialah peserta kajian bersikap aktif semasa
sesi PdPc. Kegagalan murid menumpukan perhatian semasa sesi PdPc juga
dapat diatasi selepas pengkaji menggunakan Kit POMINO. Hal ini demikian
kerana, PowerPoint interaktif dan permainan domino yang digunakan dalam Kit
POMINO berjaya menarik minat peserta kajian untuk belajar. Secara tidak
langsung penggunaan Kit POMINO juga berjaya mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan ini, jelaslah bahawa penggunaan
Kit POMINO telah membantu peserta kajian dalam menzahirkan minat
membaca dan secara tidak langsung meningkatkan kemahiran membaca
perkataan KV+KV yang melibatkan diftong dengan betul dalam kalangan
peserta kajian.

124

REFLEKSI
Penulisan kajian tindakan ini banyak memberikan impak positif kepada pengkaji
sebagai seorang bakal guru. Penulisan kajian tindakan ini membuka dimensi
pemikiran baharu kepada pengkaji tentang bidang penyelidikan dan
pendidikan. Seterusnya, melalui pelaksanaan kajian ini pengkaji telah belajar
membuat perancangan yang teliti, efektif dan praktikal. Sesungguhnya, pengkaji
juga menimba pengalaman yang bermakna dalam mereka cipta sebuah bahan
bantu belajar yang menarik dan sesuai dengan tahap perkembangan peserta
kajian. Akhirnya, pengkaji juga berpeluang untuk menyedari kepentingan
pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai bagi sesuatu sesi PdPc dalam
mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Kesimpulannya, kajian
tindakan ini telah memberikan pengalaman yang bermakna kepada pengkaji
dalam persediaan untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Antara cadangan penambahbaikan yang diketengahkan adalah agar
menambahkan dan mempelbagaikan aktiviti berbentuk permainan dalam Kit
POMINO supaya menjadi lebih bermanfaat. Cadangan penambahbaikan
seterusnya adalah dari segi tempoh masa pelaksanaan kajian. Tempoh
pelaksanaan kajian perlu dipanjangkan demi mendapatkan dapa yang lebih
tepat. Selain itu, pengkaji boleh mengasah bakatnya dalam menghasilkan
PowerPoint interaktif yang bertambah menarik untuk digunakan dalam sesi
PdPc bahasa Melayu. Kesimpulanya, berdasarkan kajian yang dijalankan
penggunaan Kit POMINO telah memberi kesan yang positif dalam
meningakatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV yang melibatkan
diftong dalam kalangan peserta kajian. Oleh hal yang demikian, pengkaji
berharap kajian yang dijalankan pada masa yang akan datang dapat
mengukuhkan lagi kajian ini. Pengkaji juga berharap penambahbaikan yang
dilakukan pada kit turut memberi kesan yang lebih signifikan kepada peserta
kajian.

125

RUJUKAN
Abdul Rashid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis

bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar: Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 1-12.

American Psychological Association. (2010). Publication manual of the
American Psychological Association (6th ed.). Washington, DC: Author.

Deanna Mascle. (2006). Teach your child the alphabet. Diperoleh pada 18
Februari 2020 dari http://ezinearticles.com/?Teach-Your-Child-
alphabet&id

Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2018). Buku panduan penyelidikan
tindakan.

Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru.

Ja’afar Faizah. (2017). Bahan bantu mengajar (bbm) dalam pengajaran dan
pembelajaran (p&p) di sekolah menengah kebangsaan (smk) daerah
pontian. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Jasmi, K.A. (2012). Metodologi pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif.
(Tesis sarjana yang tidak diterbitkan). Universiti Teknologi Malaysia.

Juliana, L.C.C. (2009). Membaiki tulisan murid tahun 3 dalam mata pelajaran
bahasa cina dengan kaedah ansur maju. Buku Koleksi Kertas Kerja
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, 145-146.

Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). Penyelidikan tindakan : Kaedah dan
penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Khairuddin Mohammad, Maridah Alias & Faizah. (2013). Bahasa Melayu
pemulihan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Siri pendidikan guru: Bahasa Melayu II. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

126

Syahrul Nizam Junaini. (2010). Persembahan hebat dengan Power Point.
Selangor: Pts Professional Publishing Sdn. Bhd.

127

KESEDIAAN GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
OPSYEN BAHASA MELAYU MENGAJAR KHAT JAWI

Nuur Shafika binti Shamsuddin
[email protected]
Mohd Asri bin Harun

Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Tulisan khat jawi merupakan satu warisan negara dan digunakan secara
meluas oleh masyarakat dahulu. Justeru, pada tahun 2014 satu perancangan
pengenalan tulisan khat jawi telah dilaksanakan melalui semakan semula
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Pada tahun 2020 pula, pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah bersetuju untuk memasukkan
seni khat jawi dalam pengajaran Bahasa Melayu Tahun 4 di semua sekolah
kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Selaras dengan perubahan ini,
satu kajian telah dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan guru-
guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu
bagi Ambilan Jun 2016 mengajar tulisan khat jawi dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Data kajian yang diambil adalah melalui edaran soal selidik kepada
responden yang terlibat. Populasi dalam kajian ini terdiri daripada 37 orang guru
pelatih IPG Kampus Dato’ Razali Ismail dan IPG Kampus Tengku Ampuan
Afzan. Kaedah kajian yang digunakan ialah kajian kuantitatif dan pensampelan
secara rawak mudah telah dijalankan bagi pengumpulan data kajian. Dalam
kajian ini, tiga konstruk utama yang difokuskan ialah konstruk pengetahuan
guru pelatih tentang tulisan khat jawi, kemahiran guru pelatih dalam menulis
khat jawi serta kesediaan guru pelatih untuk mengajar khat jawi. Hasil analisis
kajian telah mendapati bahawa konstruk pengetahuan guru-guru pelatih berada
pada tahap yang tinggi (Min=3.71), konstruk kemahiran guru pelatih dalam
menulis khat jawi pula berada pada tahap sederhana (Min=2.70) dan konstruk
terakhir iaitu kesediaan guru pelatih mengajar khat jawi juga berada pada tahap
sederhana (Min=3.34). Kesimpulannya, hasil analisis yang diperoleh ini telah
menunjukkan bahawa rata-rata guru pelatih di IPG Zon Timur belum mahir
untuk menulis menggunakan tulisan khat jawi dan kurang bersedia untuk
mengajar tulisan khat jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Kata kunci: khat, jawi, kesediaan guru pelatih, Institut Pendidikan Guru
Malaysia, Bahasa Melayu

128

PENGENALAN
Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan dan golongan pelaksana
segala dasar serta matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan melalui
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sehubungan dengan itu, guru mestilah
dibekalkan dengan program pendidikan yang sempurna bagi meningkatkan
kesediaan mereka dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Tanpa
kesediaan ini, matlamat kurikulum yang dirancang sukar untuk dicapai. Menurut
Mohd Izham dan Noraini (2007), kesediaan guru merupakan salah satu elemen
penting serta dapat memainkan peranan untuk membantu pelajar
menyesuaikan diri. Sekiranya guru tidak bersedia, maka segala program yang
sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak KPM tidak akan mencapai
objektifnya. Hal ini menjadi cabaran terbesar bagi guru. Mereka perlu
mempersiapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan penampilan yang
boleh diiktiraf agar kesinambungan hasrat negara dapat diteruskan mengikut
seperti yang dirancang.

PERNYATAAN MASALAH
Perubahan dalam sistem pendidikan dilaksanakan bagi memastikan
perkembangan pendidikan di Malaysia adalah sentiasa dinamik dalam arus
globalisasi. Pada tahun 2017 pula, Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) telah menerima penambahbaikan dan dijenamakan semula sebagai
KSSR Semakan 2017 secara berperingkat. Sehubungan itu, bagi Tahun 4
pelaksanaan KSSR Semakan 2017 adalah bermula pada tahun 2020. Dalam
semakan ini, pihak KPM telah bersetuju untuk memasukkan seni khat jawi
dalam pengajaran Bahasa Melayu sebagai pengisian tambahan bagi aspek
seni bahasa di semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.
Berikutan pelaksanaan ini, timbul beberapa isu dalam kalangan masyarakat
bertujuan untuk menolak pembelajaran tulisan khat jawi di dalam bahasa
Melayu kerana menyifatkannya bukan dalam konteks kepelbagaian. Isu yang
turut dibangkitkan ialah terdapat pihak yang mempersoalkan kesediaan guru-

129

guru Bahasa Melayu dalam mengajar seni khat jawi kerana dianggap akan
membebankan guru. Berdasarkan isu yang dibangkitkan maka satu kajian
wajarlah dijalankan bagi meninjau kesediaan guru-guru pelatih khususnya di
Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur dalam melaksanakan PdPc seni
tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Secara khususnya kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:

i. Mengenal pasti kesediaan pengetahuan guru-guru pelatih di Institut
Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016
dalam seni khat jawi.
ii. Mengenal pasti tahap kemahiran menulis khat jawi dalam kalangan
guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa
Melayu Ambilan Jun 2016.
iii. Mengenal pasti kesediaan guru-guru pelatih di Institut Pendidikan
Guru (IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016 mengajar seni
tulisan khat jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Dalam kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dikemukakan untuk dijawab
iaitu:

i. Apakah kesediaan pengetahuan guru-guru pelatih di Institut
Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016
dalam seni khat jawi?
ii. Apakah tahap kemahiran menulis khat jawi dalam kalangan guru-
guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa
Melayu Ambilan Jun 2016?
iii. Apakah kesediaan guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru
(IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016 mengajar seni
tulisan khat jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu?

130

METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Metodologi yang digunakan dalam kajian akan mempengaruhi ketepatan
maklumat mahupun data yang diperoleh. Dalam kajian ini, reka bentuk kajian
yang digunakan ialah kajian kuantitatif dan berdasarkan kaedah tinjauan.

Populasi dan Sampel Kajian
Mohd Majid (2000), mengingatkan bahawa pengenalpastian populasi yang tepat
dan teliti akan menentukan parameter populasi yang dikaji. Populasi dalam
kajian ini terdiri daripada guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon
Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016 iaitu IPG Kampus Dato’ Razali
Ismail di Kuala Terengganu dan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan di Pahang
iaitu seramai 37 orang. Saiz sampel yang diperlukan dalam kajian ini ialah
seramai 34 orang berdasarkan rumus Krejcie dan Morgan (1970).

Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan soal selidik
jawapan terpilih yang juga dikenali dengan soal selidik berstruktur atau soal
selidik tertutup (Mohd Majid, 2005). Responden dikehendaki memilih jawapan
berdasarkan skala Likert lima aras persetujuan iaitu sangat setuju, setuju, tidak
pasti, tidak setuju, dan sangat tidak setuju. Menurut Sugiyono (2013), skala
Likert digunakan untuk mengukur sikap, pendapat dan persepsi seseorang atau
sekelompok orang tentang fenomena sosial. Selain itu, borang soal selidik yang
digunakan mengandungi empat bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D seperti
Jadual 1 berikut.

131

Bahagian Jadual 1: Bahagian soal selidik
A
B Konstruk
C Maklumat Demografi
D Pengetahuan Tentang Tulisan Khat
Kemahiran Menulis Khat
Kesediaan Mengajar Khat dalam Mata Pelajaran Bahasa
Melayu

Kesahan dan Kebolehpercayaan
Bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian, satu kajian rintis
telah dijalankan di IPG Kampus Bahasa Melayu di Kuala Lumpur dan IPG
Kampus Pendidikan Islam di Selangor. Menurut Cooper dan Schindler (2011),
bilangan responden yang sesuai dalam kajian rintis adalah antara 25 hingga 100
orang. Oleh itu, 30 orang guru pelatih opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016
telah diambil dalam kajian rintis ini. Perisian Statistical Package for the Sosial
Science (SPSS) versi 22.0 telah digunakan bagi mendapatkan nilai Alpha
Cronbach. Hasil kajian rintis dijalankan, didapati nilai kebolehpercayaan item
adalah 0.92 iaitu amat baik (Lim, 2007).

Prosedur Pengumpulan Data
Setelah mendapatkan kesahan instrumen, borang soal selidik diedar secara
atas talian kepada responden-responden yang terlibat iaitu guru-guru pelatih
opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016 dengan menggunakan Google
Forms. Menurut Noraini (2010), kaedah ini dipilih kerana peluang untuk
mendapatkan semula soal selidik yang lengkap diisi adalah tinggi. Masa yang
diperuntukkan untuk memperoleh kembali maklum balas daripada soal selidik
pula adalah selama dua minggu.

Prosedur Penganalisisan Data
Data-data soal selidik yang diperoleh akan diproses dan dianalisis dengan

132

menggunakan perisian SPSS versi 22.0. Bentuk analisis data ialah analisis
secara deskriptif. Seterusnya, tahap interpretasi diambil kira dengan nilai lima
mata iaitu nilai tertinggi 5.00 dibahagikan kepada 3 tahap iaitu tahap rendah
(min=1.00-2.33), tahap sederhana (min=2.34-3.67) dan tahap tinggi (min=3.68-
5.00) seperti yang digunakan dalam kajian Sumarni dan Zamri (2018). Jadual
2 berikut menunjukkan interpretasi min yang digunakan dalam kajian.

Jadual 2: Interpretasi min Interpretasi
Rendah
Julat Min Sederhana
1.00-2.33 Tinggi
2.34-3.67
3.68-5.00

DAPATAN DAN PERBINCANGAN
i. Kesediaan Pengetahuan Guru-guru Pelatih di IPG Zon Timur Opsyen Bahasa
Melayu dalam Seni Khat Jawi

Jadual 3 menunjukkan skor min bagi kesediaan pengetahuan guru-guru pelatih
opsyen Bahasa Melayu tentang seni tulisan khat jawi. Berdasarkan dapatan
kajian, nilai minbagi keseluruhan item tahap pengetahuan guru pelatih tentang
tulisan khat jawi adalah sebanyak 3.71 iaitu pada tahap tinggi. Item B2
merupakan item yang memperoleh nilai min tertinggi dan berada pada tahap
tinggi iaitu 4.44, manakala item B1 merupakan item yang mendapat nilai min
terendah iaitu 2.58 dan berada pada tahap sederhana. Rumusannya,
kesediaan pengetahuan guru-guru pelatih tentang khat jawi dalam Bahasa
Melayu adalah tinggi. Hal ini selari dengan dapatan dalam kajian Mohd Fauzi
(2004) yang menyatakan bahawa sebagai seorang guru, penguasaan mata
pelajaran begitu penting untuk mengajar di sekolah.

133

Jadual 3: Skor min kesediaan pengetahuan guru pelatih tentang seni khat jawi

Bil. Item Sisihan Piawai
Min Interpretasi

(SP)

B1 Saya pernah belajar tulisan khat di
2.56 1.60 Sederhana
sekolah

B2 Saya tahu tulisan khat merupakan seni
4.44 1.02 Tinggi
tulisan bahasa Melayu

B3 Saya tahu tulisan khat mempuny3a.i77 1.33 Tinggi
pelbagai jenis 1.10 Sederhana
1.02 Tinggi
B4 Saya tahu cara menulis tulisan khat 3.24 1.00 Tinggi

B5 Saya tahu tatacara menulis tulisan kh3a.t85 1.23 Tinggi
semasa di IPG Tinggi

B6 Saya tahu kepentingan seni tulisan kh4a.t27
dalam bahasa Melayu

B7 Saya tahu seni tulisan khat ada dalam

sukatan mata pelajaran Bahasa Melay3u.85
sekolah rendah

Min Keseluruhan 3.71

ii. Apakah tahap kemahiran menulis khat jawi dalam kalangan guru-guru
pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu
Ambilan Jun 2016?

Jadual 4 menunjukkan skor min bagi tahap kemahiran menulis khat jawi dalam
kalangan guru-guru pelatih opsyen Bahasa Melayu. Berdasarkan dapatan
kajian yang diperoleh, skor min bagi keseluruhan item bagi tahap kemahiran
guru pelatih menulis khat jawi adalah tahap sederhana (min= 2.70). Item C1
merupakan item yang memperoleh nilai min tertinggi dan berada pada tahap
sederhana (min=3.09) manakala item C4 merupakan item yang mendapat nilai
min terendah dan interpretasi tahap rendah (min= 2.29). Rumusannya, tahap
pengetahuan guru-guru pelatih di IPG Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu dalam
menulis khat jawi masih berada pada tahap sederhana. Menurut Ahamad

134

(2005), perkembangan dan kemajuan dalam pendidikan tanah air mendesak
guru menguasai kemahiran dalam pengajaran. Justeru, menguasai kemahiran
dalam menulis khat jawi merupakan satu keperluan yang perlu ditekankan buat
guru-guru pelatih bagi memastikan mereka bersedia untuk melaksanakan PdPc
Bahasa Melayu dengan lebih berkesan.

Jadual 4: Skor min kemahiran menulis khat jawi dalam kalangan guru-guru
pelatih

Sisihan Piawai

Bil. Item Min Interpretasi
(SP)

C1 Saya mahir menulis huruf dalam 3.09 1.06 Sederhana
tulisan khat 1.15 Sederhana

C2 Saya mahir menulis 2.94 1.27 Sederhana
khat perkataan dalam tulisan 1.14 Rendah
1.13 Sederhana
C3 Saya mahir menulis ayat dalam 2.68 1.35 Sederhana
tulisan khat Sederhana

C4 Saya mahir menulis lebih 2.29
daripada dua jenis khat

C5 Saya mahir menghasilkan tulisan 2.65
khat yang betul

C6 Saya pernah diberi pengiktirafan 2.53
dalam penghasilan tulisan khat

Min Keseluruhan 2.70

iii. Apakah kesediaan guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG)
Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016 mengajar seni tulisan khat
jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu?

135

Jadual 5: Skor min kesediaan guru-guru pelatih mengajar seni tulisan khat
jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

Sisihan Piawai

Bil. Item Min Interpretasi
(SP)

D1 Saya yakin untuk mengajar tulisan kha3t.06 1.07 Sederhana
1.29 Sederhana
D2 Saya memahami sukatan pelajaran 1.18
tulisan khat dalam mata pelajara3n.27 1.14 Sederhana
Bahasa Melayu 1.27 Sederhana
Sederhana
D3 Saya mahir menyediakan rancangan 1.17
pengajaran harian (RPH) bagi se3n.i06 1.19 Tinggi
tulisan khat 1.14 Tinggi
Tinggi
D4 Saya mahir dalam melaksanakan PdP2c.91 Sederhana
tulisan khat

D5 Saya mahir melaksanakan penilaia2n.82
seni tulisan khat

D6 Saya bersedia mengikuti

kursus/bengkel/ latihan peningkata3n.88

pedagogi tulisan khat

D7 Saya bersedia meneroka aspek seni
tulisan khat bagi meningkatka3n.91
keyakinan mengajar

D8 Saya akan meningkatkan

penguasaan murid dalam se3n.i82

tulisan khat

Min Keseluruhan 3.34

Jadual 5 menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi item-item kesediaan
guru-guru pelatih IPG Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016
mengajar seni tulisan khat jawi. Dapatan kajian menunjukkan kesediaan guru-
guru pelatih mengajar seni tulisan khat adalah berada pada tahap sederhana
dengan skor min secara keseluruhannya adalah sebanyak 3.34. Item D7
merupakan item yang memperoleh skor min tertinggi iaitu sebanyak 3.91
dengan interpretasi tinggi. Item D5 pula merupakan item yang memperoleh skor

136

min terendah dengan interpretasi sederhana iaitu 2.82. Dapatan yang diperoleh
ini secara keseluruhannya menjelaskan bahawa kesediaan guru-guru pelatih
mengajar seni tulisan khat jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah
pada tahap sederhana. Hal ini selari dengan dapatan kajian Rohaida (2017)
yang menunjukkan, walaupun tahap pengetahuan dan pemahaman guru adalah
tinggi, namun masih terdapat sebilangan guru yang tidak bersedia.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Merujuk kepada kajian yang telah dijalankan dapat disimpulkan bahawa
kesemua persoalan kajian yang dikemukakan telah terjawab. Kesediaan
pengetahuan guru-guru pelatih opsyen Bahasa Melayu Semester 8 di IPG Zon
Timur adalah tinggi namun kesediaan kemahiran menulis dan mengajar masih
berada pada tahap sederhana. Justeru, diharapkan dengan terhasilnya kajian
ini dapat memberikan manfaat yang berguna kepada pihak pengurusan seperti
KPM, IPGM, pensyarah dan guru-guru pelatih untuk menambah baik
pengetahuan, kemahiran dan kesediaan mereka melalui bengkel atau kursus
khas bagi meningkatkan lagi kemahiran dan kesediaan guru-guru pelatih.

RUJUKAN Online:

Ahamad S. (2005). Perutusan Hari Guru,
http://www.moe.edu.my/hariguru/ perutusanKPPM.htm.

Cooper, D. R., & Schindler, P. S. (2011). Business research methods (11th ed.

ed.). NewYork: McGraw-Hill/Irwin.

Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research
activities.Educational and Psychological Measurement. 30, 608.

Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan pendidikan: Pendekatan kuantiatif dan
kualitatif. Selangor: McGraw- Hill (Malaysia).

Mohd Izham Mohd Hamzah & Noraini Attan. (2007). Tahap Kesediaan Guru
Sains dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer
dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi,
Universiti Teknologi Malaysia.

137

Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Fauzi Hamat. (2004). Pemikiran Islam dan Cabaran Semasa: Jabatan
Akidah dan Pemikiran Islam, APIUM (ISBN 983-99273-7-X).

Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Malaysia: Mcgraw-Hill
Sdn. Bhd.

Rohaida Mazlan. (2017). Tahap Pengetahuan, Pemahaman dan Kesediaam
Guru Bahasa Melayu dalam Melaksanakan Kajian Pengajaran. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2, 30-40.

Sugiyono. (2013). Metode Penelitian Pendidikan Pendekatan Kuantitatif,
Kualitatif dan R&D. Bandung: Alfabeta

Sumani Lapammu & Zamri Mahamod. (2018). Tahap pengetahuan, sikap dan
kesediaan pelajar tingkatan 4 terhadap penggunaan Pembelajaran
Persekitaran Maya VLE Frog dalam Pembelajaran Bahasa Melayu.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1), 53-62.

138

KESEDIAAN SISWA GURU OPSYEN SEJARAH MELAKSANAKAN
PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) MENGGUNAKAN

PERISIAN TMK

Ainul Anis Khairiya Binti Ismail
[email protected]

Hamidi bin Salleh
Rosmani binti Ali, Ph.D
Jabatan Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan siswa guru
opsyen Sejarah melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK. Aspek yang
dikaji adalah kemahiran, pengetahuan dan afektif (minat). Kajian ini dijalankan
dengan melibatkan populasi seramai 92 orang siswa guru opsyen Sejarah yang
terlibat sebagai responden. Berdasarkan kaedah penentuan sampel Krejcie &
Morgan, sebanyak 76 sampel telah diambil secara rawak. Kajian ini telah
dijalankan menggunakan kaedah soal selidik sebagai instrumen kajian dengan
nilai Cronbach Alpha yang diperoleh bagi item soal selidik adalah 0.908. Data
yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan SPSS version
23. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kesediaan kemahiran,
pengetahuan dan afektif (minat) para responden dalam melaksanakan PdPc
menggunakan perisian TMK adalah pada tahap yang tinggi. Dalam erti kata
lain, ia juga dapat disimpulkan bahawa rata-rata responden berada pada skala
mahir, berpengetahuan, berminat serta bersiap siaga bagi merealisasikan
matlamat keberhasilan dan kemenjadian murid dalam arus perdana
PAK21.Tuntasnya, melalui kajian yang dijalankan, secara tidak langsung dapat
membantu pihak KPM memenuhi aspirasi nasional iaitu menggalakkan para
pendidik mengoptimumkan penggunaan TMK seiring dengan perkembangan
dunia PAK21 dan Revolusi Industri 4.0. Hal ini juga sekali gus memberi ruang
dan peluang kepada para pendidik mengaplikasikan penggunaan perisian TMK
sebagai BBM dalam PdPc mereka tanpa sebarang masalah.

Kata kunci: kesediaan siswa guru, perisian TMK, PdPc Sejarah.

139

PENGENALAN
Perkembangan terkini TMK menjadi topik utama perbincangan terkini
terutamanya dalam menuju era globalisasi. Malaysia seperti negara-negara
lain tidak terlepas daripada turut bersaing dari segi perkembangan TMK demi
untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat dan negara. Peranan TMK menjadi
begitu penting terutamanya dalam bidang pendidikan sebagai asas penyaluran
ilmu. Penyaluran ilmu ini pula dapat disampaikan dengan berkesan melalui
proses PdPc antara guru dengan murid. TMK bukan sahaja merupakan bahan
perantara yang berpotensi dalam memudahkan kerja-kerja seharian malah ia
juga dapat menjadi bahan untuk menjayakan lagi persekitaran PdPc yang
berkesan (Ayob, 2018).

PERNYATAAN MASALAH
Jika dilihat pada masa kini, penggunaan TMK yang semakin mesra pengguna
telah menjadi salah satu penyumbang kepada penggunaan TMK sebagai alat
pemudahcara yang sangat bermakna dalam proses pembelajaran dan
pemudahcaraan (Khodijah, Siti Zaharah & Roslinda Ramli, 2018). Oleh itu,
penggunaan BBM berasaskan TMK mampu menjadikan suasana pembelajaran
lebih aktif dan murid tidak bosan kerana guru mengendalikan proses PdPc
dengan menggunakan kepelbagaian cara penyampaian. Oleh itu, perubahan
pengajaran tradisional kepada pengajaran berbantukan teknologi mampu
menghasilkan kesan positif ke atas diri pelajar. Namun begitu, biarpun kaedah
tradisional seperti kuliah dan syarahan masih tetap relevan dan bersesuaian
dengan topik-topik PdPc, akan tetapi tidak menjadi kesalahan sekiranya guru
pada masa kini mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan
perisian-perisian yang terdapat dalam TMK. supaya menjadikan PdPc lebih
seronok dan bermakna.

Selain itu, didapati kebanyakan guru serta siswa guru hanya tahu
menggunakan beberapa perisian dalam melaksanakan kerja-kerja yang

140

berkaitan dengan bidang seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft
Power Point dan perisian yang sedia ada (Mohd Izham & Noraini, 2007). Hal ini
kerana, mereka merasakan penggunaan perisian di dalam TMK bagi
menjalankan aktiviti pendidikan agak sukar kerana memerlukan kemahiran
tertentu dan mereka lebih selesa menggunakan perisian yang kerap digunakan
kebanyakan orang seperti yang dinyatakan di atas tanpa mahu mencuba
perisian yang baru.

Seterusnya, didapati bahawa sikap siswa guru itu sendiri yang akan
menentukan keberkesanan penggunaan perisian TMK dalam PdPc. Dalam hal
ini, sesetengah siswa guru yang pernah mempunyai pengalaman berpraktikum
dilihat kurang berminat untuk meneroka bidang perisian di dalam TMK sehingga
menjejaskan prestasi PdPc yang mereka kendalikan. Hal ini kerana, siswa guru
telah dibebankan dengan tugas-tugas yang banyak seperti aktiviti-aktiviti yang
wajib diikuti di IPG sehingga mengurangkan tumpuan mereka untuk meneroka
perisian dalam TMK (Rosnah & Siti, 2018).

Oleh yang demikian, berdasarkan pernyataan masalah tersebut, maka pengkaji
telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti kesediaan siswa guru opsyen
Sejarah (Zon Utara dan Timur) Ambilan Jun 2016 melaksanakan PdPc
menggunakan perisian TMK. Hal ini kerana, tahap kesediaan guru dalam
penggunaan perisian TMK merupakan salah satu aspek penting bagi
menangani perubahan ke arah PdPc Sejarah yang berkesan.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap kesediaan siswa guru opsyen
Sejarah (Zon Utara dan Timur) Ambilan Jun 2016 melaksanakan PdPc
menggunakan perisian TMK. Objektif kajian adalah:

141

I.Mengenal pasti tahap kesediaan kemahiran siswa guru opsyen Sejarah
melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK

II.Mengenal pasti tahap kesediaan pengetahuan siswa guru opsyen Sejarah
melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK

III.Mengenal pasti tahap kesediaan afektif (minat) siswa guru opsyen Sejarah
melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK.

SOALAN KAJIAN

Soalan kajian dinyatakan bagi menjawab persoalan-persoalan berdasarkan
objektif kajian yang dinyatakan iaitu :
I. Apakah tahap kesediaan kemahiran siswa guru opsyen Sejarah melaksanakan
PdPc menggunakan perisian TMK?
II.Apakah tahap kesediaan pengetahuan siswa guru opsyen Sejarah
melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK?
III.Apakah tahap kesediaan afektif (minat) siswa guru opsyen Sejarah
melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian
Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk tinjauan
deskriptif dengan menggunakan kaedah kuantitatif. yang mana kaedah kajian
ini adalah melalui borang selidik yang disediakan sebagai instrumen bagi kajian
ini.

Sampel kajian
Sampel adalah satu populasi berkadar kecil untuk pemerhatian dan analisis
terpilih. Oleh itu, sampel tidak dipilih sembarangan, ia dipilih dalam satu cara
yang sistematik secara rambang, supaya peluang atau operasi kebarangkalian
boleh digunakan (Creswell & Guetterman, 2019). Dalam kajian ini, seramai 76

142

siswa guru opsyen Sejarah dipilih secara rawak mudah dari lima buah IPG Zon
Utara dan Timur sebagai sammpel responden kajian.

Instrumen kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk borang soal
selidik. Hal ini kerana, reka bentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik
merupakan alat kajian yang paling sesuai kerana versatility, efisien dan boleh
membuat generalisasi (Cresswell, 2017). Instrumen kajian ini terdiri daripada
empat bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D yang merangkumi soalan
berkaitan kemahiran, pengetahuan dan afektif (minat) para responden dalam
melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK. Soalan yang dirangka
adalah berdasarkan kepada skala likert mata tujuh bagi mengukur jawapan
responden yang merujuk kepada Sangat Tidak Setuju (STS) dan Sangat Setuju
(SS).

Kebolehpercayaan
Kajian rintis dan kajian sebenar telah dijalankan oleh pengkaji bagi memastikan
kebolehpercayaan instrumen kesediaan siswa guru opsyen Sejarah (Zon Utara
dan Timur) Ambilan Jun 2016 berhubung penggunaan perisian TMK dalam
PdPc Sejarah berada pada tahap memuaskan. Tujuan menjalankan kedua-dua
kajian ini adalah untuk mengukur tahap kebolehpercayaan item-item dalam
instrumen serta melihat kestabilan nilai Cronbach Alpha yang diperoleh (Lily,
Maimun, Ashinida & Mus’ab, 2018). Nilai Cronbach Alpha yang telah diperoleh
bagi kajian ini adalah sebanyak 0.908. Hal ini menunjukkan kebolehpercayaan
yang amat baik.

Kaedah pengumpulan data
Pengkaji telah mendapatkan surat daripada Pengarah BPPDP untuk
menjalankan kajian rintis dan kajian tinjauan. Kemudian, pengkaji telah
mendapatkan surat pengenalan diri daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP).
Setelah itu, pengkaji telah memohon surat kebenaran secara bertulis kepada

143

Pengarah IPGKPM dan Pengarah IPGKRM untuk menjalankan kajian rintis.
Kemudian, pengkaji juga telah memohon kebenaran menjalankan kajian
sebenar kepada pengarah-pengarah IPGKP, IPGKI, IPGKDRI, IPGKSM dan
IPGKKB. Setelah mendapat kelulusan daripada pengarah-pengarah IPG
terbabit, pengkaji telah segera mengedarkan soal selidik kepada siswa guru
opsyen Sejarah (Zon Utara dan Timur) Ambilan Jun 2016 melalui medium atas
talian iaitu google form.

Kaedah menganalisis data
Pengkaji telah menggunakan perisian SPSS version 23 untuk menganalisis
data yang telah dikumpul dalam bentuk statistik deskriptif. Selain itu, ujian
kenormalan data turut telah dibuat terlebih dahulu sebelum analisis data dibuat.
Hal ini bertujuan untuk menguji data kajian sama ada bertaburan secara normal
atau pun tidak. Hasilnya, data responden yang diperoleh adalah normal.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

a) Profil Responden

Jadual 1: Profil responden yang berkaitan dengan maklumat demografi (jantina)

Demografi Faktor Bilangan Peratus

A1 Jantina Lelaki 28 36.80

Perempuan 48 63.20

Jumlah 76 100.00

Berdasarkan Jadual 1, didapati bilangan responden perempuan adalah seramai
48 orang manakala responden lelaki pula adalah seramai 28 orang. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa siswa guru lelaki opsyen Sejarah adalah sedikit
berbanding siswa guru perempuan opsyen Sejarah di Zon Utara dan Timur.

144

Jadual 2: Profil responden yang berkaitan dengan maklumat demografi

(tempat belajar)

Demografi Faktor Bilangan Peratus

A2 Tempat belajar IPG Kampus Perlis 15 19.70

IPG Kampus Ipoh 15 19.70
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail 14 18.40

IPG Kampus Sultan Mizan 17 22.40

IPG Kampus Kota Bharu 15 19.70

Jumlah 76 100

Berdasarkan Jadual 2, didapati IPG Kampus Sultan Mizan mempunyai bilangan
siswa guru opsyen Sejarah Ambilan Jun 2016 yang paling ramai di Zon Utara
dan Timur iaitu seramai 17 orang responden atau 22.40 peratus.

b) Soalan kajian 1: Apakah tahap kesediaan kemahiran siswa guru
opsyen Sejarah melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK

Jadual 3: Min, sisihan piawai dan tahap kemahiran

Pemboleh ubah Min Sisihan piawai Tahap
Tinggi
1 Saya sangat mahir 5.25 1.63
menyediakan blog untuk Tinggi
kemudahan murid membuat
rujukan yang berkaitan
dengan mata pelajaran
Sejarah.

B2 Saya mempunyai 5.18 1.61
kemahiran menggunakan
perisian live video streaming
(Facebook live dan Instagram
live) untuk diaplikasikan dalam
PdPc Sejarah.

145

B3 Saya sangat mahir 5.71 1.47 Tinggi
membuat slaid pembentangan 1.99
menggunakan perisian atas talian 1.88 Sederhana
seperti Prezi untuk diaplikasikan Sederhana
dalam PdPc Sejarah. 1.62
Tinggi
B4 Saya sangat mahir 4.08 Tinggi
menggunakan perisian seperti
Blender, Anime Studio dan Synfig
Studio untuk membuat animasi untuk
diaplikasikan dalam PdPc Sejarah.

B5 Saya sangat mahir menggunakan 4.67
perisian Adobe Photoshop untuk
menyunting grafik dan gambar
yang berkaitan dengan mata
pelajaran Sejarah.

B6 Saya sangat mahir mengendalikan 5.39
perisian Google Classroom untuk 5.05
diaplikasikan dalam PdPc Sejarah.
Min keseluruhan

Berdasarkan Jadual 3 berikut, dapatan kajian menunjukkan bahawa purata min
kesuluruhan bagi tahap kesediaan kemahiran siswa guru opsyen Sejarah
melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK adalah sebanyak 5.05.
Dalam erti kata lain, ia berada pada tahap yang tinggi. Perkara ini selari dengan
hasil dapatan kajian oleh Ahmad (2013) yang mendapati bahawa 71 peratus
guru Pendidikan Islam mahir dalam menggunakan perisian TMK.

Sisihan piawai bagi item soalan B4 telah mencatatkan sebanyak 1.99. Dalam
erti kata lain, nilai sisihan piawai bagi item soalan ini adalah yang paling besar.

146

Hal ini jelas menunjukkan bahawa jawapan yang dipilih oleh responden pada
item ini adalah pelbagai sehingga membolehkan data tersebar luas antara satu
sama lain (heterogen). Berlainan pula dengan sisihan piawai bagi item soalan
B3 yang mana nilai sisihan piawai yang direkodkan adalah paling kecil iaitu
sebanyak 1.47. Hal ini menunjukkan bahawa jawapan yang dipilih oleh
responden pada item soalan ini adalah hampir sama dan kurang pelbagai
sehingga menyebabkan data yang diperoleh berhampiran antara satu sama
lain (homogen).

Justeru, dapat dirumuskan bahawa rata-rata responden amat berkemahiran
melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK.

c) Tahap kesediaan pengetahuan siswa guru opsyen Sejarah
melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK?

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan bagi tiga soalan telah
dikemukakan di item soalan C1, C2 dan C3 mencatatkan tahap yang tinggi.
Secara tidak langsung telah menghasilkan purata min kesuluruhan bagi tahap
kesediaan pengetahuan siswa guru opsyen Sejarah melaksanakan PdPc
menggunakan perisian TMK adalah sebanyak 5.69. Dalam erti kata lain, ia
berada pada tahap yang tinggi. Perkara ini dilihat tidak selari dengan hasil
dapatan kajian oleh Baharin & Lim (2010) yang mendapati tahap pengetahuan
dalam kalangan guru-guru di sekolah menengah teknik menggunakan perisian
TMK adalah sederhana. Keterangan lanjut adalah seperti berikut:

147

Jadual 4 : Min, sisihan piawai dan tahap pengetahuan

Pemboleh ubah Min Sisihan piawai Tahap
C1 Saya sangat tahu 5.38 1.31 Tinggi
membina laman sesawang
yang berkaitan dengan mata
pelajaran Sejarah.

C2 Saya sangat tahu mencari 5.57 1.34 Tinggi
peluang bagi meningkatkan
pengetahuan mengenai perisian-
perisian terkini dalam TMK untuk
diaplikasikan dalam PdPc
Sejarah.

C3 Saya sangat tahu untuk 6.13 1.14 Tinggi
membuat demonstrasi menggunakan
perisian kuiz atas talian seperti Kahoot
dan Quizizz dalam mata pelajaran Sejarah

Min keseluruhan 5.69 Tinggi

Sisihan piawai bagi item soalan C2 telah mencatatkan sebanyak 1.34. Dalam
erti kata lain, nilai sisihan piawai bagi item soalan ini adalah yang paling besar
berbanding nilai item soalan yang lain. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
jawapan yang dipilih oleh responden pada item ini adalah pelbagai sehingga
membolehkan data tersebar luas antara satu sama lain (heterogen). Berlainan
pula dengan sisihan piawai bagi item soalan C3 telah merekodkan sisihan
piawai paling kecil iaitu sebanyak 1.14. Hal ini menunjukkan bahawa jawapan
yang dipilih oleh responden pada item ini adalah hampir sama dan kurang
pelbagai sehingga menyebabkan data yang diperoleh berhampiran antara satu
sama lain (homogen).

148

Justeru, berdasarkan kajian ini, dapat dirumuskan bahawa para responden
yang terlibat mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam menggunakan
perisian di dalam TMK.

Soalan kajian 3 : Apakah tahap kesediaan afektif (minat) siswa guru
opsyen Sejarah melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK?

Jadual 5 :Min, sisihan piawai dan tahap afektif (minat)

Pemboleh ubah Min Sisihan Piawai Tahap

D1 Saya berasa sangat teruja 5.89 1.14 Tinggi
mengikuti kursus yang berkaitan
dengan pembinaan aplikasi atas
talian untuk meningkatkan
kemahiran dalam perisian TMK.

D2 Saya sangat suka melayari 6.09 0.97 Tinggi
internet untuk mendapatkan
perisian terkini yang boleh digunakan
sebagai BBM dalam PdPc Sejarah.

D3 Saya lebih berminat menggunakan 5.70 1.33 Tinggi
perisian atas talian berbanding perisian
offline.

D4 Kepelbagaian perisian dalam 5.84 1.12 Tinggi
TMK telah menyebabkan saya
lebih berminat mengaplikasikannya
dalam sesi PdPc Sejarah.

D5 Saya berasa sangat seronok apabila 6.08 0.99 Tinggi
menggunakan perisian-perisian TMK

149

semasa sesi PdPc Sejarah.

D6 Keterujaan saya dalam menggunakan 6.05 0.95 Tinggi
perisian TMK telah menyebabkan saya Tinggi
berasa sangat berpuas hati semasa sesi
PdPc Sejarah dijalankan.

Min keseluruhan 5.94

Berdasarkan Jadual 5, dapatan kajian menunjukkan bahawa purata min
kesuluruhan bagi tahap kesediaan afektif (minat) siswa guru opsyen Sejarah
melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK adalah sebanyak 5.94.
Dalam erti kata lain, ia berada pada tahap yang tinggi. Perkara ini dilihat selari
dengan hasil dapatan kajian oleh Melvina & Jamaludin (2010). yang mendapati
bahawa tahap minat guru Bahasa Melayu menggunakan perisian TMK adalah
tinggi.

Sisihan piawai bagi item soalan D3 telah mencatatkan sebanyak 1.33. Dalam
erti kata lain, nilai sisihan piawai bagi item soalan ini adalah yang paling besar.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa jawapan yang dipilih oleh responden pada
item ini adalah pelbagai sehingga membolehkan data tersebar luas antara satu
sama lain (heterogen). Berlainan pula dengan sisihan piawai bagi item soalan
D6 yang mana nilai sisihan piawai yang direkodkan adalah paling kecil iaitu
sebanyak 0.95. Hal ini menunjukkan bahawa jawapan yang dipilih oleh
responden pada item soalan ini adalah hampir sama dan kurang pelbagai
sehingga menyebabkan data yang diperoleh berhampiran antara satu sama
lain (homogen). Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa siswa guru opsyen Sejarah
amat berminat dalam menggunakan perisian TMK sebagai Bahan Bantu
Mengajar (BBM).

150

Justeru, tahap kesediaan dari segi kemahiran, pengetahuan dan minat siswa
guru opsyen Sejarah (Zon Utara dan Timur) Ambilan Jun 2016 dalam
melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK adalah pada tahap yang
tinggi. Dalam erti kata lain, para responden amat berkemahiran,
berpengetahuan dan berminat dalam melaksanakan PdPc menggunakan
perisian TMK.

IMPLIKASI DAN CADANGAN
Implikasi

Pihak KPM menerima manfaat rentetan aspirasi nasional iaitu para pendidik
digalakkan mengoptimumkan penggunaan TMK seiring dengan perkembangan
dunia pendidikan yang sedang berada di abad ke-21 dan Revolusi Industri 4.0.
Berikutan hasil dapatan yang positif ini, maka secara tidak langsung akan
merealisasikan matlamat keberhasilan dan kemenjadian murid dalam arus
perdana PAK21.

Melalui hasil dapatan yang telah dilaporkan ini, maka secara tidak langsung
telah memberi impak yang positif kepada siswa guru opsyen Sejarah (Zon Utara
dan Timur) Ambilan Jun 2016. Dalam hal ini, mereka boleh mengaplikasikan
penggunaan perisian TMK sebagai BBM dalam PdPc tanpa sebarang masalah
kerana mereka telah pun mahir, berpengetahuan serta berminat terhadap
perkara ini. Lantaran itu, PdPc berasaskan kepada TMK boleh dijalankan
dengan teratur dan lancar sekali gus mendorong kepada peningkatan minat
murid terhadap PdPc yang dilaksanakan (Balakrishnan, 2002).

Cadangan
Cadangan untuk tindakan susulan berdasarkan hasil kajian ini adalah pihak
IPGM boleh mewajibkan setiap siswa guru mengambil elektif TMK sebagai
persiapan awal kepada mereka bagi mendepani sistem pendidikan negara ke

151

arah abad ke-21. Dalam hal ini, mereka akan mempelajari pelbagai aspek
dalam TMK seperti pembinaan aplikasi perisian-perisian terkini supaya dapat
diserapkan dalam aspek merentas kurikulum semasa PdPc berlangsung.

Selain itu, pihak IPGM turut perlu mewajibkan siswa guru menggunakan
pelbagai perisian TMK semasa pembentangan kerja kursus secara individu
atau berkumpulan. Secara tidak langsung, memberi peluang kepada mereka
meneroka dan mempelajari perisian-perisian yang sesuai untuk digunakan
dalam tugasan-tugasan yang tertentu.

Di samping itu, pihak IPG bagi setiap kampus melalui JPP boleh mengambil
inisiatif untuk menganjurkan bengkel membuat video menggunakan perisian
seperti Blender, Anime Studio dan Synfig Studio, bengkel menyunting grafik
dan gambar menggunakan perisian Adobe Photoshop serta bengkel
pembinaan perisian-perisian TMK supaya dapat menambahkan ilmu
pengetahuan berkaitan dengan TMK dalam kalangan mereka sekali gus
melahirkan siswa guru yang kreatif dan kompeten dalam segenap aspek
kehidupan.

Seterusnya, pengkaji di masa akan datang boleh mempelbagaikan objektif
kajian yang berkaitan dengan tajuk ini seperti mengenal pasti perbezaan tahap
kemahiran, pengetahuan dan minat siswa guru opsyen Sejarah dengan faktor
demografi (jantina dan tempat belajar). Hal ini secara tidak langsung mampu
mempelbagaikan lagi kajian yang berkaitan dengan topik ini supaya lebih
menarik.

KESIMPULAN
Tuntasnya, hasil kajian menunjukkan bahawa siswa guru opsyen Sejarah (Zon
Utara dan Timur) Ambilan Jun sudah bersedia dalam melaksanakan PdPc
menggunakan perisian TMK. Hal ini selari dengan pendidikan abad ke-21 dan

152

Revolusi Industri 4.0 yang sedang dilalui sekarang.

RUJUKAN

Ahmad Hambali Mat Daud. (2013). Tahap Kemahiran Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) Guru Pendidikan Islam MRSM: Satu Tinjauan, 1-12.

Ayob Jantan. (2018). Pak21 - Mentransformasikan Kepimpinan Berprestasi
Tinggi. Melaka: Bintang Printing Sdn. Bhd.

Baharin Abu & Lim, L.H. (2010). Tahap Pengetahuan Dan Penggunaan
Komputer Dalam Kalangan Guru-Guru Di Tiga Buah Sekolah Menengah Teknik
di Kuala Lumpur, 1-8.

Balakrishnan, M. (2002). Penggunaan komputer oleh guru pelatih: Dahulu,
sekarang dan harapan masa depan. Seminar teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pendidikan, MPBL.

Creswell, J.W., & Creswell, J.D. (2017). Research Design Qualitative,
Quantitative and Mixed Methods Approaches: Fifth edition. Los Angeles: Sage
Publication.

Creswell, J.W., & Guetterman, T.C. (2019). Educational Research: Planning,
Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research: 6th Edition.
New Jersey: Pearson Education.

Dawes, J. (2008). Do Data Characteristics Change According To The
Number of Scale Points Used? An Experiment Using 5-Point, 7-Point and 10-
Point Scales. International Journal of Market Research, 50(1), 61-104.

Khodijah Abdul Rahman, Siti Zaharah Mohid & Roslinda Ramli. (Oktober
2018). Kesediaan Guru Menggunakan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran
dan Pembelajaran di Sekolah Rendah Agama di Selangor. Dibentang di 4th
International Conference on Information Technology & Society, Selangor,
Malaysia.

Lily Hanefarezan Asbulah, Maimun Aqsha Lubis, Ashinida Aladdin & Mus’ab
Sahrim. (2018). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Strategi
Pembelajaran Kolokasi Bahasa Arab: Analisis Menggunakan Model Rasch.
Jurnal Pendidikan Malaysia, 1(1), 131-140.

Melvina, C.H.C., & Jamaludin Badusah. (2010). Sikap Guru Bahasa Melayu
terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam

153

Pengajaran di Sekolah-sekolah Rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 35(1), 59-65.
Mohd Izham Mohd Hamzah & Noraini Attan. (2007). Tahap Kesediaan Guru
Sains Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi, 46, 45-60.
Rosnah Ishak & Siti Nur Fatihah Rusman. (2018). Prestasi Kerja Guru dan
Hubungannya Dengan Faktor Beban Tugas, Persekitaran Kerja dan Personal:
Kajian Kes di Sebuah Sekolah di Sabah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5(1),
1-15.
Thomas, J. R., Nelson, J. K., & Silverman, S. J. (2011). Research Methods in
Physical Activity. Champaign: Human Kinetics.
Toth, M.J., Beardsley. A.A., & Foulger, T.S. (2010). Changing Delivery
Methods, Changing Practices: Exploring Instructional Practices in Face-to-Face
and Hybrid Courses. MERLOT Journal of Online Learning and Teaching, 6(3),
617-633.

154

TEKNIK PENYOALAN SOKRATIK GURU SEJARAH DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: SATU KAJIAN KES

Nur Khairul Bariah Binti Mohd Fauzi
[email protected]
Nurhijrah binti Zakaria, Phd
Jabatan Sains Sosial
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian kes yang dijalankan untuk mengenal pasti dan
meneroka cara pengaplikasian teknik penyoalan Sokratik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah. Kajian kualitatif
dilaksanakan terhadap dua orang guru mata pelajaran Sejarah yang dipilih
melalui kaedah pensampelan bertujuan. Kaedah pengumpulan data
menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen.
Instrumen temu bual menggunakan protokol temu bual separa berstuktur,
manakala kaedah pemerhatian menggunakan borang senarai semak. Analisis
dokumen yang digunakan terhadap buku latihan serta lembaran kerja murid.
Penganalisan data adalah menggunakan analisis bertema dan kaedah
triangulasi dibuat bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian.
Dapatan menunjukkan bahawa soalan berbentuk penjelasan lebih popular
digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran
Sejarah berlangsung. Kajian ini memberikan implikasi kepada
penambahbaikkan teknik penyoalan guru dalam PdP Sejarah.

Kata Kunci: Teknik Penyoalan Sokratik, Pengajaran dan Pembelajaran, Sejarah
KSSR,

155

PENGENALAN
Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah salah
satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mendapatkan tindak balas
daripada pelajar sama ada mereka memahami atau tidak tajuk yang
disampaikan. Selain itu, soalan juga dapat membantu pelajar secara langsung
dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Oleh hal yang demikian
kaedah menyoal dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah amat
penting untuk memastikan seseorang pelajar dapat memahami topik
pembelajaran yang dipelajari pada hari tersebut. Levin dan Long (1981)
mendefinisikan soalan sebagai sebarang ayat yang mempunyai fungsi atau
unsur pertanyaan. Mereka menerangkan bahawa soalan juga merupakan
rangsangan atau panduan yang berkeupayaan untuk menjelaskan kepada
pelajar tentang isi kandungan yang harus dipelajari dan mengapa serta
bagaimana ianya harus dipelajari. Penggunaan soalan merupakan salah satu
cara guru menyampaikan kandungan pelajaran kepada para pelajarnya.
Soalan-soalan yang dikemukakan berpotensi untuk membantu pelajar untuk
mencapai keupayaan kognitif optimum. Hal ini bersesuaian dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 yang menyasarkan
setiap pelajar di Malaysia akan mempunyai enam atribut utama untuk
memenuhi keperluan abad ke-21 iaitu salah satunya kemahiran berfikir
(Norazlin & Siti Rahimah, 2019).

Secara keseluruhannya, kajian ini berkisarkan tentang teknik-teknik penyoalan
sokratik guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dan bagaimana
teknik tersebut digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.
Melalui soalan dan penyoalan ini, murid dapat mengasah kemahiran pelbagai
dalam mendengar, bertutur, membaca, dan menulis begitu juga dalam
kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan
masalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan
kerjaya pelajar pada masa depan.

156

PENYATAAN MASALAH
Secara umumnya, semua guru dilatih menggunakan pelbagai jenis soalan
dalam pengajaran mereka. Mereka juga dikehendaki membentuk soalan-
soalan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran masing-masing.
Namun terdapat segelintir guru-guru yang lebih bergantung pada teks dan
soalan-soalan yang terkandung dalam buku teks semata-mata. Hal ini telah
menyebabkan perkembangan pemikiran murid agak terbantut. Penggunaan
kaedah penyoalan yang tidak betul ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
menyebabkan murid tidak berminat untuk menjawab soalan yang ditujukan oleh
guru (Wilen, 1999). Oleh itu, penyoalan guru mestilah dirancang dengan baik
bagi menepati penggunaan soalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan.

Kegagalan guru untuk merangsang pemikiran pelajar telah menyebabkan
kurangnya penglibatan pelajar dalam mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran guru mata pelajaran Sejarah. Hal ini kadang kalanya telah
mendorong seseorang guru tersebut mengambil langkah untuk meneruskan
pengajarannya dengan menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional,
iaitu bersyarah untuk memberi maklumat. Melalui kajian yang dilakukan oleh
Seman (2005), Waheedawati (2003) dan Roselan (2001) menunjukkan
penggunaan penyoalan guru hanya berkisar pada aras kognitif rendah atau
sederhana sahaja. Sebagai contoh, kajian Waheedawati (2003) mendapati
segelintir guru tidak dapat menguasai atau mengabaikan penyoalan di dalam
bilik darjah. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah dalam jumlah yang kecil
dan kurang merangsangkan daya pemikiran pelajar. Hal ini telah menyebabkan
perkembangan pemikiran murid agak terbantut.

Kaedah penyoalan yang diaplikasikan oleh guru di dalam kelas dapat menjadi
salah satu pencetus kepada aras kemahiran pelajar untuk berfikir.
Sebagaimana contoh kajian oleh Balakrishan (2002) dan Muhundhan (2002),
mendapati aplikasi kemahiran berfikir melalui kaedah penyoalan guru semasa
pengajaran dan pembelajaran adalah kurang. Apabila teknik penyoalan guru

157

kurang mengandungi unsur kemahiran berfikir, hal ini menyebabkan pemikiran
pelajar kurang berkembang melalui soalan yang dikemukakan oleh guru.

Skop kajian ini adalah berdasarkan dua persoalan kajian yang dinyatakan
berkenaan dengan kaedah penyoalan sokratik yang diaplikasikan oleh guru
serta cara kedua-dua guru mata pelajaran Sejarah tersebut menggunakan
teknik penyoalan tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Batasan kajian ini hanya melibatkan dua orang guru mata
pelajaran Sejarah yang mengajar di sebuah sekolah yang terletak di Kuala
Nerus. Nama-nama bagi peserta kajian dirahsiakan bagi menghormati privasi
setiap reponden dan digantikan dengan nama samara iaitu PK1 serta PK2. PK
disini membawa maksud Peserta Kajian. Kedua-dua peserta kajian merupakan
guru perempuan yang telah lama berkhidmat dan merupakan guru yang paling
lama mengajar mata pelajaran Sejarah sejak mata pelajaran Sejarah
diperkenalan pada tahun 2014.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif kajian adalah untuk meneroka teknik penyoalan sokratik yang
digunakan oleh guru Sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran. Soalan
kajian ini dijalankan adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan-
persoalan yang dinyatakan di bawah iaitu :

Bagaimanakah teknik penyoalan sokratik digunakan oleh guru Sejarah dalam
pengajaran dan pembelajaran

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Kajian kualitatif adalah kajian
yang menggunakan maklumat atau data yang bersifat kualitatif atau secara
mudahnya boleh diukur dan memerlukan beberapa insturumen pengukuran
seperti soal selidik dan ujian.

158

Pada dasarnya, pensampelan dilakukan bertujuan untuk memperoleh
maklumat berkenaan dengan sesuatu populasi atau yang mewakili kelompok
populasi. Menerusi kajian ini, penyelidik telah memilih dua peserta kajian (PK)
yang terdiri daripada dua orang gueu yang mengajar di salah sebuah sekolah
di Kuala Nerus, Terengganu. PK ini telah dipilih melalui pensampelan bertujuan
yang mana memberika penekanan terhadap pengalaman bekerja, tempoh
berkhidmat menjadi guru sejarah serta kelebihan mereka dalam subjek mata
pelajaran sejarah..

Antara instrumen kajian yang digunapakai dalam kajian ini adalah Borang
pemerhatian atau senarai semak, protokol temu bual dan analisis dokumen.
Kesahan dan kebolehpercayaan adalah dapat dikenal pasti melalui maklum
balas antara pengkaji Bersama-sama PK. Segala dapatan kajian yang
diperolehi oleh pengkaji akan melakukan sesi kolaboratif bersama dengan
penyarah penyelia dan pensyarah pakar bagi menganalisis dan mentafsir
dapatan kajian sepanjang proses pengumpulan data mentah kajian seperti
senarai semak, protokol temu bual dan analisis dokumen yang disediakan.
Perkara ini bertujuan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan yang terdapat
pada instrumen berkenaan dan akan dibuat penambahbaikan.

Kaedah pengumpulan data telah diambil dengan cara pemerhatian, temu bual
dan analisis dokumen. Pembinaan dan penetapan tema dalam sesebuah kajian
adalah amat penting bagi menjawab persoalan kajian dengan baik iaitu melalui
konsep kejujuran dalam menganalisis data (Kamarul, 2013). Beliau juga
memperakui bahawa perbezaan antara kajian kuantitatif dengan kualitatif
adalah kajian kualitatif lebih dekat dengan data yang dikaji sehingga boleh
menceritakan situasi sebenar yang berlaku semasa kajian sedang dijalankan.
Penganalisisan data yang digunakan oleh kajian ini adalah analisis bertema.
Analisis bertema merupakan kaedah penganalisisan data yang digunakan bagi
menjawab soalan kajian.

159


Click to View FlipBook Version