The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pisadmkdri12345, 2022-08-14 03:41:01

Jurnal TELANGKAI SISWA 2020

TELANGKAI

Keywords: TELANGKAI

Jadual 1 . Langkah-langkah penggunaan Kit SimBas (bentuk
Powerpoint)

Bil Langkah-Langkah Penggunaan Kit SimBas
1.

Selepas membuka slaid pertama, peserta kajian dikehandaki

menekankan tanda ( -sl)aidda

yang berikutnya.

2.

Dalam slaid kedua, terdapat sebanyak 10 simpulan bahasa dalam peta minda
ini. Setiap perkataan ‘SimBas’ yang dilabel dari nombor satu hingga 10 dalam
setiap buih telah hyperlink dengan slaid yang tertentu.

94

3.

4.

Jika peserta kajian tekan tanda seterusnya, gambar anak dan gambar emas
dalam bentuk gif akan timbul. Pengkaji akan meminta murid untuk meneka
perkataan-perkataan yang sesuai dengan gambar-gambar yang ditunjukkan.
Setelah meneka simpulan bahasa, peserta kajian dikehendaki menekan ( )
untuk mendapatkan jawapan yang betul daripada audio.

95

5.

6.

Seterusnya, murid akan menekan tanda seterusnya bagi melihat simpulan
bahasa yang betul iaitu ‘anak emas’ dan juga audio yang berbunyi simpulan
bahasa tersebut.

96

7.

8.

Seterusnya, peserta kajian perlu menekan perkataan ‘SimBas 2’ bagi melih
simpulan bahasa kedua.

Memerhati
Pengkaji telah memerhati tindakan peserta kajian menggunakan senarai
semak. Seterusnya, pengkaji akan mengendalikan ujian pasca dan temu
bual. Pengkaji akan merekodkan dan menganalisis semua data yang
diperolehi.
Kaedah mengumpul data
Pengkaji telah menggunakan tiga jenis instrumen bagi mengumpul data

97

seperti ujian, temu bual dan pemerhatian. Terdapat tiga jenis ujian yang
telah dilaksanakan iaitu ujian pra, ujian pasca 1 dan ujian pasca 2.
Seterusnya, kaedah temu bual berstruktur telah dipilih untuk merekod
respon peserta kajian. Pengkaji juga melaksanakan pemerhatian
berstruktur dilakukan dengan menggunakan senarai semak.

Cara menganalisis data
Pengkaji telah memilih analisis bertema untuk menganalisis data-data yang
dikumpul dengan instrumen ujian, temu bual dan pemerhatian.

DAPATAN KAJIAN
Pengkaji telah melaksanakan gelung kedua dengan mengulangi empat
bahagian dalam Model Kemmis & McTaggert (1988) dengan menghasilkan
rancangan baharu iaitu pembinaan Kit SimBas bentuk Big Book. Data yang
dikumpul melalui ujian pra, ujian pasca 1 dan 2, temu bual dan pemerhatian
bagi kedua-dua gelung akan dianalisis. Rumusan analisis data telah
diterangkan berlandaskan dua persoalan kajian berikut iaitu :

Soalan kajian 1
Bagaimanakah kit SimBas dapat meningkatkan penguasaan simpulan
bahasa dalam kalangan murid tahun 3?

Soalan kajian pertama ini dijawab dengan menggunakan instrumen temu
bual dan juga ujian pra, ujian pasca 1 dan 2.

Temu bual
Terdapat sebanyak lima soalan yang telah diutarakan kepada peserta kajian
(PK) setelah kedua-dua gelungan selesai dilaksanakan. Tujuan penyelidik
mengadakan sesi temu bual adalah untuk mengukur tahap penguasaan
simpulan bahasa peserta kajian. Berdasarkan respon yang diperoleh
daripada temu bual yang dijalankan selepas gelung pertama dilaksanakan,

98

pengkaji mengenal pasti bahawa dua daripada empat peserta kajian iaitu PK
1 dan PK 2 telah memberi respon yang positif. Walau bagaimanapun, PK 3
dan PK 4 telah memberi respon yang kurang positif. Oleh itu, pengkaji telah
mengadakan gelung kedua dan mengadakan sesi temu bual bagi kali
kedua. PK 3 dan PK 4 telah memberi respon yang positif di mana mereka
dapat mengendalikan Kit SimBas yang berbentuk Big Book dengan jayanya.

Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2
Pengkaji telah menjalankan ujian pra, pasca 1 dan 2 ke atas empat peserta
kajian. Ujian pra diberikan sebelum Kit SimBas diperkenalkan kepada
peserta kajian. Hasil pencapaian peratus empat peserta kajian telah
dianalisis dalam jadual yang berikut.

Jadual 2 : Pencapaian peratus murid dalam ujian pra dan ujian pra

Bil Peserta Kajian Ujian Pra Ujian Pasca 1 Ujian Pasca 2
1. Peserta Kajian 1 60% 100% 100%
2. Peserta Kajian 2 50% 100% 100%
3. Peserta Kajian 3 50% 70% 100%
4. Peserta Kajian 4 60% 80% 100%

Jadual ini telah menunjukkan peratusan peningkatan soalan yang dijawab
oleh peserta kajian berdasarkan tiga ujian secara berperingkat. Jelas
melihat bahawa peningkatan ketara yang berlaku pada ujian pasca 2 jika
dibanding dengan ujian pra. Dengan ini, pengkaji dapat melihat peningkatan
penguasaan simpulan bahasa yang berlaku dalam kalangan peserta kajian.

Menurut respon-respon dan keputusan yang diperoleh, pengkaji dapat

membuktikan bahawa kedua-dua jenis Kit Simbas yang telah dibina berjaya

meningkatkan penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan peserta

kajian. Dengan itu, persoalan kajian pertama dapat dijawab dan objektif

kajian berjaya dicapai melalui instrument temu bual dan ujian.

99

Soalan kajian 2
Apakah masalah yang dihadapi oleh murid semasa mengingati maksud
dan susunan simpulan bahasa?
Soalan kajian kedua ini dijawab dengan menggunakan instrumen
pemerhatian.
Pemerhatian
Pemerhatian berstruktur telah digunakan oleh peyelidik untuk merekod
tingkah laku peserta kajian semasa proses PdPc dijalankan menggunakan
bahan pembelajaran dengan menggunakan jadual senarai semak. Pengkaji
dapat mengenal pasti bahawa PK 3 dan 4 telah mengalami kesukaran bagi
mengendalikan Kit SimBas jika dibanding dengan PK 1 dan 2. Dengan itu,
pengkaji telah mengambil keputusan untuk melaksanakan gelung kedua
dengan membina Kit SimBas bentuk Big Book.

Pengkaji dapat melihat bahawa semua murid telah bertindak secara positif
bagi semua kriteria yang terdiri daripada tiga tema utama. Masalah yang
telah dikenal pasti pada gelung pertama iaitu dua peserta kajian yang
mengalami kesukaran untuk mengendalikan Kit SimBas turut dapat diatasi.

100

Jadi, dengan ini dapat membuktikan bahawa kedua-dua jenis Kit Simbas
yang telah dibina berjaya meningkatkan penguasaan simpulan bahasa
dalam kalangan peserta kajian. Sehubungan itu, persoalan kajian kedua
dapat dijawab dan objektif kajian kedua berjaya dicapai melalui instrumen
pemerhatian.

REFLEKSI
Kajian tindakan yang dilaksanakan oleh pengkaji dapat menunjukkan
bahawa pelaksanaan Kit SimBas dalam bentuk Powerpoint dan Big Book
telah berjaya mengatasi masalah penguasaan simpulan bahasa oleh murid.
Terdapat beberapa kebaikan yang telah diperoleh oleh pengkaji setelah
menjalankan penyelidikan tindakan ini seperti meningkatkan ilmu
pengetahuan dan memperbaiki nilai sosial dalam diri. Selain itu, pengkaji
juga dapat menimba pengalaman baharu dan lebih berkeyakinan untuk
melaksanakan kajian yang seterusnya.

CADANGAN TINDAKAN SUSUSLAN
Pengkaji telah mencadangkan beberapa cadangan kepada para pengkaji
pada masa akan datang. Pertama, pengkaji perlu menambah bilangan
peserta kajian untuk kajian yang akan datang. Kedua, pengkaji wajib
memberi fokus kepada galakan penggunaan simpulan bahasa dalam
pembinaan ayat dan penulisan karangan. Ketiga, pengkaji boleh
melaksanakan simpulan bahasa berdasarkan sesuatu tema yang spesifik
dan membina bahan pembelajaran interaktif secara atas talian.

RUJUKAN

Abdul Ghani Abdullah, Abd.Rahman Abd. Aziz & Abdul Rashid Mohamed.
(2007).

Humor dalam Pengajaran. PTS Profesionals : Kuala Lumpur.

101

Chow Fook Meng & Jaizah Mahmud. (2011). Kajian Tindakan : Konsep &
Amalan dalam Pangajaran. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia
Sdn.Bhd.

Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin & Sabri Ahmad. (2007). Trend
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Utusan Publications &
Distributors Sdn.Bhd : Kuala Lumpur.

Faridah Abdul Rashid. (2010). Cabaran Penyelidikan dan Pendidikan dalam
Era Digital. Penerbit Universiti Sains Malaysia: Pulau Pinang.

James Ang Jit Eng. (2014). Pengurusan Bilik Darjah. PTS Akademia :
Selangor.

Muhd Fitrah & Luthfiyah. (2017). Metodologi Penelitian Kualitatif, Tindakan
Kelas & Studi Kasus. Jawa Barat : Jejak Publisher.

Mohd.Sharani Ahmad. (2016). Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar.
PTS Profesionals : Kuala Lumpur.

Nazarudin Zainun. (2015). Wacana Warisan, Pelancongan dan Seni dalam
Kearifan Tempatan. Penerbit Universiti Sains Malaysia : Pulau Pinang.

Noresah Baharom.(2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Selangor Darul
Ehsan : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Ruslan Ismail, Narimah Samat & Nooriah Yusof. (2014). Kerja Lapangan
: Teknik, Prosedur dan Aplikasi dalam Geografi. Penerbit Universiti Sains
Malaysia : Pulau Pinang.

102

KIT B&KT MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 4
MENULIS KARANGAN ULASAN MENGGUNAKAN TEKNIK 4W & 1H

Yogehvalee a/p Kanabathy
[email protected]

Rosli bin Ab Rahman, Ph.D
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran menulis
karangan ulasan dalam kalangan murid tahun empat Ibnu Sina dengan
menggunakan Kit B&KT. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan
Mengabang Telipot, Kuala Nerus. Kajian yang dijalankan melibatkan tiga
orang peserta kajian yang terdiri daripada seorang murid lelaki dan dua
orang murid perempuan. Data kajian telah dikutip menggunakan tiga
instrumen utama iaitu ujian pra dan pasca, pemerhatian dan temu bual.
Setelah mengenal pasti kemampuan peserta kajian berdasarkan ujian pra,
peserta kajian yang terpilih kemudiannya diajarkan cara untuk menghafal
urutan kata tanya dalam Teknik 4W & 1H dengan menggantikan kata tanya
tersebut dengan bentuk- bentuk model 3D. Seterusnya, peserta kajian
diajarkan untuk melukis semula bentuk- bentuk tersebut dan menghuraikan
isi mengikut susunan bentuk model 3D yang mewakili setiap kata tanya
dalam Teknik 4W & 1H. Sepanjang peserta kajian melibatkan diri dalam
aktiviti yang dijalankan, pemerhatian terhadap penglibatan peserta kajian
dalam sesi PdP telah direkodkan oleh pengkaji. Satu temu bual yang
melibatkan peserta kajian juga dijalankan bagi mendapatkan data hasil
daripada pembelajaran peserta kajian menggunakan kit ini. Setelah
intervensi dijalankan, peserta- peserta tersebut telah diberikan ujian pasca.
Data- data yang diperolehi dianalisis berdasarkan analisis bertema dengan
memberi makna kepada data yang telah dikutip oleh pengkaji. Ternyata
hasil analisis data yang telah dikumpul, Kit B&KT mampu meningkatkan
kemahiran menulis karangan ulasan dalam kalangan peserta kajian.
Peserta kajian mencatatkan peningkatan sehingga 47% berbanding ujian
pra dan ujian pasca setelah menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran
menggunakan Kit B&KT. Pengkaji berharap agar kajian ini dapat membantu
meningkatkan kemahiran murid menguasai kemahiran penulisan karangan
ulasan.

Kata kunci : Kit B&KT, Teknik 4W & 1H, Karangan ulasan

103

PENGENALAN
Kemahiran menulis merupakan salah satu daripada empat kemahiran
bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Menurut Adenan et al., (2012) keupayaan menulis merupakan satu proses
penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan keupayaan ini disalurkan
secara bersistem atau berperingkat iaitu mengumpul maklumat,
penggunaan bahasa dan gaya penulisan. Kemahiran menulis ini dapat
membentuk seseorang murid yang dapat mengolah idea yang ada dalam
bentuk penulisan yang ditulis mengikut teknik penulisan yang betul.

Konteks
Saya memulakan sesi praktikum fasa kedua di Sekolah Kebangsaan
Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Kuala Terengganu. Sekolah berkenaan di
tengah- tengah Kampung Wakaf Tengah. Saya ditugaskan untuk mengajar
subjek BM bagi kelas 4 Ibnu Sina.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Semasa menjalani praktikum fasa kedua, saya menjalankan sesi
pengajaran dengan mengajar murid- murid menulis karangan bertajuk
‘Kebaikan Mempopularkan Permainan Tradisional’. Saya memulakan sesi
soal jawab dengan murid berdasarkan teknik 4W & 1H bagi membincangkan
isi pertama. Sebahagian daripada mereka dapat menjawab soalan yang
diajukan dengan baik. Oleh itu, saya meminta mereka untuk menulis isi- isi
yang dibincangkan dalam bentuk perenggan. Setelah itu, saya mendapati
bahawa murid- murid hanya dapat menulis 2 hingga 3 isi yang dibincangkan
dan isi yang dibina itu tidak mengikut urutan berdasarkan teknik 4 W & 1
H. Kebanyakan daripada mereka tidak berjaya menghuraikan isi dengan
baik, karangan yang dibina agak lemah dari segi struktur ayat. Murid- murid
tersebut tidak berupaya menghurai isi yang diberikan berdasarkan teknik 4
W & 1 H. Oleh itu, saya membina azam untuk membantu murid- murid yang
berkenaan agar berjaya membina karangan yang menepati skema

104

permarkahan dalam bahagian B penulisan Bahasa Melayu.

Pengumpulan Data Awal

Pengumpulan data awal dilakukan melalui temu bual, ujian diagnostik,
penelitian dokumen (buku latihan), rekod pencapaian (TOV) dan ujian pra.
Kesemua data yang dikumpul dianalsis untuk mengetahui pengetahuan
sedia ada murid.

FOKUS KAJIAN

Pengajaran kemahiran menulis dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) memberi penekanan kepada keupayaan murid menulis perkataan
dan ayat serta menjana idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan
dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dilalui dengan
menggunakan ayat yang gramatis. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk
menyelesaikan masalah murid dalam menghasilkan karangan ulasan. Saya
mencipta satu BBM iaitu Bentuk dan Kata Tanya (B&KT) yang dapat
membantu PK untuk menghasilkan karangan ulasan. Oleh itu, fokus kajian
ini ialah untuk mengatasi masalah murid yang lemah dalam kemahiran
menulis karangan ulasan menggunakan teknik 4W&1H dalam kalangan
murid Tahun 4.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian:
i) meningkatkan kemahiran menulis karangan ulasan dengan
mengaplikasikan teknik 4W&1H menggunakan Kit Bentuk dan Kata Tanya
(B&KT).
ii) menilai keberkesanaan penggunaan Kit Bentuk & Kata Tanya

105

(B&KT) terhadap peningkatan kemahiran menulis karangan ulasan.
Soalan kajian:

i) bagaimanakah penggunaan Kit Bentuk dan Kata Tanya (B&KT)
dapat meningkatkan kemahiran menulis karangan ulasan dengan
mengaplikasikan teknik 4W&1H?
ii) sejauh manakah Kit Bentuk & Kata Tanya (B&KT) dapat membantu
meningkatkan pencapaian murid dalam menulis karangan ulasan?

PESERTA KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini telah melibatkan tiga orang PK iaitu dua
perempuan dan seorang yang didapati menghadapi masalah untuk menulis

Peserta kajian Ciri- ciri

Adam (PK1) - Aktif
- Boleh mengeja dan membaca
- Suka mengganggu rakan sebelah dan kurang

fokus.

- Menjawab soalan guru tanpa berfikir panjang.

Syuhada (PK2) - Aktif.
- Suka membuat bising untuk menarik minat

guru.

- Kurang berkeyakinan diri untuk menjawab dan

memerlukan bantuan rakan untuk menjawab soalan.

Nasuha (PK3) - Pasif dalam kerja kumpulan.
- Pemalu dan sangat pendiam.

karangan ulasan menggunakan teknik 4W&1H dengan betul. Maklumat
umum bagi ketiga- tiga PK itu ialah mereka berasal daripada kawasan
tempat tinggal yang sama iaitu Kampung Wakaf Tengah. Kesemua PK
beragama Islam, berketurunan Melayu. PK yang terlibat itu dipilih
berdasarkan kepada data yang dikumpul pada awal kajian.

106

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Langkah- langkah tindakan

(i) Langkah 1: Pengenalan model 3D

Pengkaji memperkenalkan model 3D yang saya hasilkan dan memberikan
penerangan mengenai fungsi bagi setiap model kepada PK. Sesi soal jawab
juga dilaksanakan untuk memastikan PK dapat gambaran yang lebih jelas
mengenai model- model yang ditunjukkan itu.

(ii) Langkah 2: Aktiviti menyusun Kata Tanya
PK diminta untuk menghafal urutan model yang menggantikan kata soal
dalam teknik 4W&1H menggunakan model 3D yang ditunjukkan dalam
langkah 1. Murid diminta untuk memutarkan bentuk ‘Pentagonal Prism’
kedua yang dilekatkan Kata Tanya untuk mendapatkan Kata Tanya yang
betul mengikut urutan kata soal dalam teknik 4W &1H. Selepas mengenal
pasti Kata Tanya yang betul, PK dikehendaki mencantumkan dengan
‘Pentagonal Prism’ yang pertama untuk mengetahui jawapan itu betul atau
tidak.

(iii) Langkah 3: Aktiviti mencantumkan model
PK dikehendaki untuk menyusun model 3D mengikut Kata Tanya yang telah
disusun dalam langkah 2.

(iv) Langkah 4: Aktiviti melukis semula bagi setiap model
PK diminta untuk melukiskan bentuk 2D tersebut pada papan putih. Setelah
itu, saya meminta PK untuk mengulang semula Kata Tanya yang

107

menggantikan setiap bentuk tersebut.

(v) Langkah 5: Ujian Pasca
Ujian pasca telah diberikan untuk menilai tahap kefahaman PK.

Kaedah mengumpul data
Data hasil penggunaan Kit B&KT dianalisis dengan menggunakan tiga
kaedah iaitu temu bual berstruktur, pemerhatian turut serta dan analisis
dokumen iaitu ujian pra dan ujian pasca.

Cara menganalisis data
Instrumen yang digunakan ialah temu bual berstruktur, pemerhatian turut
serta dan juga analisis dokumen ujian pra dan pasca. Kesemua kaedah
yang digunakan ini dianalisis menggunakan analisis bertema dalam
memberi makna kepada data yang dikumpul oleh pengkaji.
Cara menyemak data
Triangulasi adalah proses menggunakan pelbagai teknik pengumpulan
data. Menurut Fatimah (2010) dalam (Kartini et.al., 2012), maklumat yang
didapati sebagai data daripada satu sumber boleh disahkan dengan
merujuk kepada perkara yang sama dari sumber lain. Dalam kajian ini, saya
menggunakan triangulasi data untuk mendapatkan maklumat dan data
daripada pelbagai sumber.

108

Markah (%)DAPATAN KAJIAN
Soalan kajian 1

Bagaimanakah penggunaan Kit Bentuk dan Kata Tanya (B&KT) dapat
meningkatkan kemahiran menulis karangan ulasan dengan mengaplikasikan
teknik 4W&1H?

(i) Analisis dokumen (Ujian Pra dan Ujian Pasca)

Graf Perbandingan Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan
Ujian Pasca 2

100

80

60 Ujian Pra
40 Ujian Pasca 1

Rajah 1: Graf Perbandingan Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2

Berdasarkan Rajah 1 di atas dapat dilihat peningkatan antara ketiga- tiga
penilaian yang telah saya jalankan. Penambahbaikan yang dilakukan pada
gelung kedua sangat membantu Syuhada (PK2) dan juga Nasuha (PK3) untuk
mencapai markah yang penuh. Senario ini jelas menunjukkan bahawa Kit B&KT
ini sememangya berkesan dengan meningkatkan kemahiran murid daam
penulisan karangan ulasan dengan mengaplikasikan teknik 4W & 1H.

109

(ii) Pemerhatian

Jadual 1: Analisis pemerhatian gelung kedua Tema 2 daripada borang
pemerhatian turut serta terhadap PK

Tema 1 Tema 2 Tema 3

Tema Tingkah laku Tahap penguasaan PK dalam penulisanTahap

karangan menggunakan Kit B&KT kefahaman

peserta kajian

mengenai cara

penggunaan

Kit B&KT

Peserta Kajian Gelung 2 S2
Adam (PK1) S1 S2 S1 S2 S3 S4 S5 S6 S1

Syuhada (PK2)

Nasuha (PK3)

Berdasarkan analisis dalam Jadual 1 di atas, Syuhada (PK2) dan Nasuha (PK3)
dapat memenuhi kesemua kriteria- kriteria dalam tema 2. Hal ini kerana,
mereka dapat menggunakan bahan intervensi berpandukan penambahbaikan
yang saya lakukan iaitu buku manual Kit B&KT. Mereka dapat memahami input
yang ingin disampaikan melalui Kit B&KT ini.

110

Soalan kajian 2

Sejauh manakah Kit Bentuk & Kata Tanya (B&KT) dapat membantu
meningkatkan pencapaian murid dalam menulis karangan ulasan?

Perbandingan Peratusan Markah Keseluruhan Ujian
Pra, Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2

100

90

80

70 Peratus (%)

60

50

40

30

Ujian Pra Ujian Pasca 1 Ujian Pasca 2

Rajah 2: Graf Perbandingan Peratusan Markah Keseluruhan Ujian Pra, Ujian

Pasca 1 dan Ujian Pasca 2

Berdasarkan Rajah 2 di atas, graf di atas, dapat lihat dengan sangat jelas
bahawa terdapat kenaikan peratus keseluruhan dari ujian pra 53% kepada ujian
pasca 2 100%. Pencapaian PK dalam ujian pasca sehingga mencapai 100%
menunjukkan keberkesanaan Kit B&KT ini dalam membantu meningkat
kemahiran menulis karangan ulasan.

111

(i) Pemerhatian

Jadual 2: Analisis gelung kedua Tema 3 daripada borang pemerhatian turut
serta terhadap PK

Tema 1Tema 2 Tema 3 Tahap

Tingkah laku Tahap penguasaan PK dalam penulisankefahaman

Tema karangan menggunakan Kit B&KT peserta kajian

mengenai cara

penggunaan

Kit B&KT

Peserta Kajian Gelung 2 S2
Adam (PK1) S1 S2 S1 S2 S3 S4 S5 S6 S1

Syuhada (PK2)

Nasuha (PK3)

Berdasarkan Jadual 2 di atas, Analisis berdasarkan jadual di atas menunjukkan
Syuhada (PK2) dan Nasuha (PK3) dapat memahami cara penggunaan Kit
B&KT. Hal ini membantu mereka untuk meningkatkan tahap penguasaan dalam
penulisan karangan. Konklusi daripada analisis ini menunjukkan bahawa Kit
B&KT dapat meningkatkan pencapaian PK ke tahap yang maksima.

112

(ii) Temu bual

Analisis daripada temu bual saya mendapati ketiga- tiga PK dapat menguasai
kaedah yang telah saya ajar. Hal ini kerana, semasa menemu bual, PK
menyatakan bahawa mereka tidak lagi menghadapi masalah untuk
mengingati teknik 4W & 1H ini disebabkan kaedah yang telah dipelajari
daripada Kit B&KT. Mereka amat yakin bahawa ilmu yang dipelajari ini dapat
membantu mereka untuk menulis karangan ulasan yang bermutu pada masa-
masa akan datang. Kesungguhan mereka sememangnya memberikan saya
keyakinan bahawa penghasilan Kit B&KT ini berjaya untuk meningkatkan
kemahiran penulisan karangan ulasan dalam kalangan murid.

REFLEKSI
Penyelidikan tindakan merupakan ilmu baharu yang saya pelajari dan
aplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran semasa menjalani
praktikum di sekolah. Dalam penyelidikan tindakan, pengenalan Kit B&KT
mampu membantu murid- murid tahun 4 untuk menulis karangan ulasan
dengan mengaplikasikan teknik 4W & 1H. Pengenalan kaedah ini juga
membolehkan saya membuat refleksi bahawa penerapan elemen inovasi
dalam pendidikan sememangnya dapat membantu seseorang guru untuk
melakukan perubahan yang amat drastik terhadap tahap pencapaian murid.
Kepelbagaian dalam kaedah yang digunakan dalam PdP dapat menyemai
kesungguhan dalam diri murid untuk mendalami pengajaran yang
disampaikan oleh guru dengan lebih mendalam. Kit B&KT ini merupakan satu
perubahan yang membolehkan murid untuk lebih berminat dan menyukai
penulisan karangan ulasan. Kit B&KT menjadi salah satu cara yang efektif
untuk menjalankan sesi PdP. Saya sebagai pengkaji mendapat peluang
untuk memupuk nilai- nilai seperti berfikiran terbuka, tanggungjawab dan
dedikasi dalam diri saya yang dapat meningkatkan lagi amalan
profesionalisme saya dalam kerjaya sebagai pendidik.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

113

Saya bercadang untuk membuat penambahbaikan terhadap inovasi yang
dicipta ini dengan menyelitkan elemen teknologi maklumat supaya teknik
yang diajar ini dapat diaplikasikan oleh murid tanpa menggunakan kit ini.
Murid- murid dapat mengakses maklumat melalui talian untuk membantu
mereka menulis karangan ulasan dengan mudah. Senario ini mendekatkan
lagi diri murid untuk meneroka dunia teknologi dengan lebih meluas selaras
dengan Revolusi Perindustrian 4IR. Saya juga berpendapat aktiviti yang
dijalankan juga dapat divariasikan mengikut kesesuaian guru menjalankan
sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kit B&KT ini dapat dinaik
taraf pada masa akan datang dengan memasukkan bunyi yang dapat
membunyikan Kata Tanya mengikut urutan dalam Teknik 4W & 1H. Elemen
bunyi juga merupakan salah satu langkah untuk membantu murid
meningkatkan lagi tahap ingatan mereka mengenai perkara yang diajar oleh
guru. Selain itu, penerapan elemen inovasi dari segi penghasilan laman
sesawang atau aplikasi telefon bimbit dapat membantu murid untuk
mendapatkan informasi dengan cukup pantas dan mudah. Mereka juga boleh
mengakses medan- medan sebegitu di mana sahaja mereka berada.

RUJUKAN

Adenan Ayob, & Khairuddin Mohammad. (2012). Kaedah Pengajaran
Bahasa Melayu. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anizan Abd Rahman. (2012). Program Santai Murid: Memperkembang Isi
Karangan Fakta Murid Tahun Empat: Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail,
Kemaman, Terengganu.

Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 67- 87 (atas talian) Dicapai
:http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/23

Faridah Nazir, & Tuan Jah. (2013). Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Husin Fateh Din, & Nazariyah Sani. (2012). Bahasa Melayu II Akademik.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

114

Ismail Ibrahim. (2012). Meningkatkan Kemahiran Penulisan Karangan
Menggunakan Kaedah BEBA: Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga,
Marang. Terengganu.

Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Selangor: Oxford
Fajar Sdn.

Norasiah Abdullah, Rosnah Ahmad Zain, & Mazilah Abdullah. (2011).
Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.

Norzila Abdul Rashid. (2015). Meningkatkan Kemahiran Penulis Karangan
Murid Tahun Lima Menggunakan Teknik Pemingam: Sekolah Kebangsaan
Kebor Besar, Kuala Terengganu.

Nur Hafizah Abdul Rahman. (2013). Meningkatkan Kemahiran Menulis Isi
Karangan Jenis Fakta Melalui Kaedah Celik Mengarang (KACEM): Sekolah
Kebangsaan Tengku Bariah, Kuala Terengganu, Terengganu.

Nurulain Joher. (2012). Peningkatan Penulisan Isi Karangan Jenis Fakta
Bahasa Melayu Menggunakan Peta Minda: Sekolah Kebangsaan Taman Sri
Permai, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Othman Lebar (2014). Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Perak: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Penyelidikan Tindakan : Panduan Penulisan Laporan. (2015). Kuala Lumpur:
Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Sri Kartika Rahman, Mesra Adikasuma Metussin, Suraya Tarasat, Abu Bakar
Madin & Noradinah Jaidi. (2013). Kesan bahan visual dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu. Procedia- Social and Behavioral Sciences, ms.
454-462. (atas talian). Dicapai: http://www.sciencedirect.com/ (10 Januari
2020).

Suppiah Nachiappan. (2014). Panduan Pendidikan Awal Kanak- kanak:
Teori, Model, Kaedah dan Aktiviti ke Arah Perkembangan Kognisi. Perak:
Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Suraini Abdullah. (2012). Pengajaran Penulisan Berdasarkan Gambar
Berdasarkan Gambar: Universiti Terbuka Malaysia, Cawangan Kelantan.

115

Zamri Mahamod, Ruslin Amir, & Mohamed Amin Embi. (2015). Kepelbagaian
pelajar dan perbezaan pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

116

Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan KV+KV yang Melibatkan
Diftong dalam Kalangan Murid Tahun Dua Menggunakan Kit POMINO

Kesavi Indraa a/p Sivakumar
[email protected]
Bahtiar bin Omar
Jabatan Pengjian Melayu

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membaca
perkataan KV+KV yang melibatkan diftong dalam kalangan murid tahun dua.
Kajian ini dijalankan ke atas lima orang murid dari kelas Tahun 2 Elit di salah
sebuah sekolah di daerah Kuala Nerus, Terengganu. Kajian tindakan ini
menggunakan model Kemmis & McTaggart (1988). Antara instrumen yang
digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini ialah ujian penilaian,
pemerhatian tidak turut serta dan temu bual berstruktur. Tinjauan awal
mendapati peserta kajian menguasai kemahiran membaca perkataan KV+KV
yang tidak melibatkan diftong dengan baik dan mereka mengalami kesukaran
dalam membaca perkataan KV+KV yang melibatkan diftong. Oleh yang
demikian, Kit POMINO diperkenalkan dalam kalangan peserta kajian untuk
meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV yang melibatkan diftong.
Kit POMINO yang diperkenalkan oleh pengkaji terdiri daripada PowerPoint
interaktif dan permainan domino. Peserta kajian akan belajar cara melafazkan
diftong dan cara membaca perkataan KV+KV tertentu yang melibatkan diftong
melalui PowerPoint interaktif. Seterusnya, peserta kajian akan bermain
permainan domino. Tujuan utama permainan ini adalah untuk memperkenalkan
lebih banyak perkataan KV+KV yang melibatkan diftong dalam kalangan
peserta kajian melalui permainan. Pengaplikasian kaedah belajar sambil
bermain memberi kesan yang sangat memberangsangkan dalam kalangan
peserta kajian. Data-data yang dikutip sepanjang tempoh pelaksanaan kajian
dianalisis berdasarkan analisis bertema. Hasil kajian ini mendapati bahawa
penggunaan PowerPoint interaktif dan permainan domino dalam Kit POMINO
telah meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan KV+KV yang
melibatkan diftong dalam kalangan peserta kajian. Kit ini didapati telah berjaya
menarik minat peserta kajian untuk membaca dan berjaya mewujudkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

117

Kata Kunci: perkataan KV+KV, diftong, kemahiran membaca, belajar sambil
bermain, Kit POMINO
PENGENALAN
Mata pelajaran bahasa Melayu merupakan pemangkin yang sangat penting
dalam pertumbuhan dan perkembangan asas murid-murid. Keupayaan
membaca merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam
proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang berkesan dalam pelbagai
disiplin ilmu. Kemahiran membaca ini bermula daripada mengenal, mengecam
dan menyebut huruf, membunyikan suku kata, membatangkan suku kata
sehingga membaca perkataan dan ayat. Sementara itu, aspek mengajuk dan
menyebut perkataan yang mengandungi bunyi diftong juga merupakan
sebahagian daripada kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid semasa
berada di tahun satu lagi. Namun begitu, terdapat sesetengah murid tahun dua
yang gagal menguasai kemahiran tersebut.

Pengkaji mengenal pasti masalah ini semasa mengikuti program praktikum fasa
dua selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting. Tinjauan
awal mendapati peserta kajian mengalami kesukaran dalam membaca
perkataan KV+KV yang melibatkan diftong. Oleh itu, pengkaji mengintegrasikan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dan pendekatan belajar sambil
bermain demi membantu murid-murid yang menghadapi masalah tersebut.
Pengintegratasian bahan multimedia interaktif sebagai elemen TMK dan
pendekatan belajar sambil bermain diharapkan dapat menarik minat peserta
kajian sekali gus meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV yang
mengandungi diftong. Pengkaji juga telah menggunakan beberapa instrumen
untuk mengumpul data awal. Antaranya adalah seperti ujian diagnostik,
pemerhatian tidak turut serta dan temu bual berstruktur.

FOKUS KAJIAN

118

Berdasarkan refleksi PdPc, pengkaji mendapati pesertakajian berkemampuan
membaca perkataan KV+KV yang tidak melibatkan diftong dengan baik
manakala mereka menghadapi masalah dalam membaca perkataan KV+KV
yang melibatkan diftong. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah mengambil
langkah ke arah memperkenalkan diftong dan cara melafazkan diftong terlebih
dahulu sebelum bertindak meningkatkan kemahiran membaca perkataan
KV+KV yang melibatkan diftong dalam kalangan murid. Deanna Mascle (2006)
menjelaskan bahawa salah satu cara untuk berjaya dalam pembelajaran ialah
murid perlu menguasai kemahiran membaca yang menjadi asas kepada
pelbagai disiplin ilmu.

OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN

Objektif Kajian
• Mengenal pasti keberkesanan penggunaan Kit POMINO dalam
meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca perkataan KV+KV yang
melibatkan diftong.
• Menghuraikan ciri-ciri yang dimiliki oleh Kit POMINO yang mampu
meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV yang melibatkan diftong.
• Menjelaskan keberkesanan penggunaan Kit POMINO dalam
meningkatkan minat murid untuk membaca perkataan KV+KV yang melibatkan
diftong.

Persoalan Kajian
• Sejauh manakah penggunaan Kit POMINO dapat meningkatkan tahap
penguasaan kemahiran membaca perkataan KV+KV yang melibatkan diftong?
• Apakah ciri-ciri yang dimiliki oleh Kit POMINO sehingga mampu
meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV yang melibatkan
diftong?

119

• Sejauh manakah penggunaan Kit POMINO dapat meningkatkan minat
murid untuk membaca perkataan KV+KV yang melibatkan diftong?

PESERTA KAJIAN
Hasil daripada pengumpulan data awal, pengkaji berjaya memilih lima orang
peserta kajian yang paling sesuai untuk kajian ini. Kelima-lima peserta kajian
merupakan murid kelas 2 Elit yang terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan
dua orang murid perempuan. Kedua-dua murid perempuan merupakan murid
aliran arus perdana manakala ketiga-tiga murid lelaki merupakan murid
pemulihan. Semua peserta kajian berasal daripada latar belakang keluarga
yang kurang berkemampuan dan tinggal di kampung sekitar kawasan
persekolahan.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Kajian tindakan adalah untuk membekalkan guru-guru dengan maklumat yang
diperoleh secara sistematik bagi membantu mereka menambah baik kualiti sesi
PdPc. Pengkaji telah memilih Model Kemmis & McTaggart (1988) untuk
melaksanakan kajian tindakan ini. Model ini menyarankan empat langkah kajian
tindakan berdasarkan gelungan (cycle). Setiap gelung dalam model ini terdiri
daripada empat langkah, iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.
Sesi refleksi yang dilaksanakan oleh pengkaji berdasarkan sesi PdPc yang telah
dikendalikan merupakan titik tolak permulaan kajian tindakan ini dijalankan. Kit
POMINO yang diperkenalkan oleh pengkaji ini terdiri daripada PowerPoint
interaktif dan permainan domino.

Rajah 1 di bawah menunjukkan langkah-langkah tindakan yang telah diikuti
oleh peserta kajian dalam menggunakan Kit POMINO. Melalui penggunaan
PowerPoint interaktif peserta kajian akan mengenal diftong, belajar melafazkan
diftong, menyebut suku kata melibatkan diftong dan akhirnya membaca
perkataan yang melibatkan diftong. Pengkaji mengaplikasikan unsur ansur

120

maju dalam memupuk kemahiran membaca perkataan yang melibatkan diftong
dalam kalangan peserta kajian supaya dapat memastikan bahawa mereka
dapat menguasainya dengan baik dalam masa yang diperuntukkan. Setelah
selesai belajar menggunakan slaid, peserta kajian akan bermain permainan
domino. Permainan ini bertujuan untuk memperkenalkan lebih banyak
perkataan KV+KV yang melibatkan diftong menerusi permainan.

PowerPoint interaktif

Rajah 1. Langkah-langkah penggunaan Kit POMINO

Penyelidikan pendidikan secara amnya merujuk kepada pengumpulan data dan
analisis data secara sistematik. Dalam proses pelaksanaan kajian tindakan ini
pengkaji menggunakan tiga jenis instrumen untuk mengumpul data, iaitu ujian
penilaian, temu bual berstruktur dan pemerhatian tidak turut serta. Data-data
yang dikutip sepanjang tempoh pelaksanaan kajian dianalisis berdasarkan
analisis kuantitatif, kualitatif dan bertema. Di samping itu, pengaji telah memilih
triangulasi antara kaedah iaitu penggunaan kaedah yang berbeza untuk
mengumpul data daripada peserta kajian yang sama demi menyemak kesahan
dan kebolehpercayaan data. Tujuan triangulasi adalah untuk meningkatkan
kesahan dan kebolehpercayaan data berbentuk kualitatif, iaitu dengan
mendapatkan data daripada sumber yang berbeza. Sekiranya, lebih banyak
data ditriangulasikan maka lebih tinggi ketepatan fakta dan lagi kuat

121

kesahannya.

DAPATAN KAJIAN

Menurut Lisah (2011), analisis data ialah satu proses menyusun data yang
dikumpul, kemudian data tersebut akan dibahagikan kepada unit-unit yang lebih
ringkas untuk menonjolkan pola-pola berstruktur untuk memudahkan proses
penginterpretasian. Setiap data yang dikumpul serta instrumen yang digunakan
diinterpretasi dengan lengkap dan terperinci untuk tujuan menjawab ketiga-tiga
persoalan kajian. Analisis pencapaian ujian penilaian digunakan untuk
menjawab persoalan kajian satu. Manakala, analisis temu bual bersama guru
digunakan untuk menjawab persoalan kajian kedua dan untuk menjawab
persoalan kajian ketiga pengkaji menggunakan penganalisisan data
pemerhatian dan temu bual bersama peserta kajian.

Perbezaan markah penilaian praujian,
pascaujian I dan pascaujian II

Markah (%)120 84 7 94 100
33 33 36 33 22
100
89

80

60
45

40

20 17

PK 1 PK 2 PK 3 PK 4 PK 5
Peserta Kajian (PK)

Rajah 1. Perbezaan markah penilaian praujian, pascaujian I dan pascaujian II
Rajah 1, menunjukkan perbezaan markah praujian, pascaujian I dan pascaujian
II bagi setiap peserta kajian. Hasil analisis jelas menunjukkan bahawa terdapat

122

peningkatan markah yang sangat memberangsangkan ke atas pencapaian
setiap peserta kajian selepas menggunakan Kit POMINO. Berdasarkan
analisis, peserta kajian 1, 2, 4, dan 5 berjaya tergolong dalam tahap pencapaian
cemerlang dengan memperoleh markah lebih daripada 80% hingga 100%
dalam pascaujian II. Manakala, peserta kajian 3 berada pada tahap baik dengan
memperoleh markah sebanyak 72%. Peningkatan dalam pencapaian markah
peserta kajian menunjukkan keberkesanan Kit POMINO dalam meningkatkan
kemahiran membaca perkataan KV+KV yang melibatkan diftong. Hasil analisis
pencapaian ujian penilaian peserta kajian ini membuktikan bahawa Kit
POMINO dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV yang
melibatkan diftong

Temu bual

Berdasarkan hasil temu bual bersama guru, pengkaji dapat mengetahui ciri-ciri
Kit POMINO yang mampu meningkatkan kemahiran membaca perkataan
KV+KV yang melibatkan diftong dalam kalangan peserta kajian. Antara ciri Kit
POMINO yang membantu peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran
membaca ialah penggunaan PowerPoint interaktif. PowerPoint interaktif yang
digunakan dalam kit ini sangat menarik dengan mengintegrasikan pelbagai
animasi dan gambar di dalamnya. Gambar-gambar yang digunakan turut
membantu peserta kajian dalam meningkatkan kefahaman mereka mengenai
perkataan yang dipelajari. Seterusnya, dalam sistem multimedia interaktif,
elemen audio digunakan untuk membantu proses penyampaian persembahan
supaya menjadi lebih mantap dan berkesan. Penggunaan elemen audio dalam
slaid membantu peserta kajian dalam meningkatkan penguasaan kemahiran
membaca perkataan KV+KV.

Akhirnya, pengaplikasian kaedah belajar sambil bermain juga turut membantu
peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV

123

yang melibatkan diftong. Permainan domino amat sesuai digunakan kerana
mampu memperkenalkan lebih banyak perkataan yang melibatkan diftong
kepada peserta kajian. Menurut Kamaruddin (1998), permainan bahasa
berupaya meninggalkan kesan mendalam terhadap murid kerana aktiviti
bermain ini bersesuaian dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemarkan
hiburan. Konklusinya, ciri-ciri istimewa yang ada pada Kit POMINO berjaya
membantu peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran dan minat membaca
perkataan KV+KV yang melibatkan diftong. Hasil daripada analisis temu bual
bersama peserta kajian didapati mereka sangat suka akan Kit POMINO dan
bersetuju bahawa mereka lebih berminat untuk membaca selepas
menggunakan kit ini.

Pemerhatian
Hasil pemerhatian didapati bahawa penggunaan Kit POMINO membawa
banyak perubahan positif terhadap tingkah laku peserta kajian. Perubahan
pertama yang dapat dikenal pasti ialah peserta kajian bersikap aktif semasa
sesi PdPc. Kegagalan murid menumpukan perhatian semasa sesi PdPc juga
dapat diatasi selepas pengkaji menggunakan Kit POMINO. Hal ini demikian
kerana, PowerPoint interaktif dan permainan domino yang digunakan dalam Kit
POMINO berjaya menarik minat peserta kajian untuk belajar. Secara tidak
langsung penggunaan Kit POMINO juga berjaya mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan ini, jelaslah bahawa penggunaan
Kit POMINO telah membantu peserta kajian dalam menzahirkan minat
membaca dan secara tidak langsung meningkatkan kemahiran membaca
perkataan KV+KV yang melibatkan diftong dengan betul dalam kalangan
peserta kajian.

REFLEKSI
Penulisan kajian tindakan ini banyak memberikan impak positif kepada pengkaji
sebagai seorang bakal guru. Penulisan kajian tindakan ini membuka dimensi

124

pemikiran baharu kepada pengkaji tentang bidang penyelidikan dan
pendidikan. Seterusnya, melalui pelaksanaan kajian ini pengkaji telah belajar
membuat perancangan yang teliti, efektif dan praktikal. Sesungguhnya, pengkaji
juga menimba pengalaman yang bermakna dalam mereka cipta sebuah bahan
bantu belajar yang menarik dan sesuai dengan tahap perkembangan peserta
kajian. Akhirnya, pengkaji juga berpeluang untuk menyedari kepentingan
pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai bagi sesuatu sesi PdPc dalam
mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Kesimpulannya, kajian
tindakan ini telah memberikan pengalaman yang bermakna kepada pengkaji
dalam persediaan untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Antara cadangan penambahbaikan yang diketengahkan adalah agar
menambahkan dan mempelbagaikan aktiviti berbentuk permainan dalam Kit
POMINO supaya menjadi lebih bermanfaat. Cadangan penambahbaikan
seterusnya adalah dari segi tempoh masa pelaksanaan kajian. Tempoh
pelaksanaan kajian perlu dipanjangkan demi mendapatkan dapa yang lebih
tepat. Selain itu, pengkaji boleh mengasah bakatnya dalam menghasilkan
PowerPoint interaktif yang bertambah menarik untuk digunakan dalam sesi
PdPc bahasa Melayu. Kesimpulanya, berdasarkan kajian yang dijalankan
penggunaan Kit POMINO telah memberi kesan yang positif dalam
meningakatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV yang melibatkan
diftong dalam kalangan peserta kajian. Oleh hal yang demikian, pengkaji
berharap kajian yang dijalankan pada masa yang akan datang dapat
mengukuhkan lagi kajian ini. Pengkaji juga berharap penambahbaikan yang
dilakukan pada kit turut memberi kesan yang lebih signifikan kepada peserta
kajian.

125

RUJUKAN
Abdul Rashid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis
bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar: Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 1(1), 1-12.

American Psychological Association. (2010). Publication manual of the
American Psychological Association (6th ed.). Washington, DC: Author.

Deanna Mascle. (2006). Teach your child the alphabet. Diperoleh pada 18
Februari 2020 dari http://ezinearticles.com/?Teach-Your-Child- alphabet&id

Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2018). Buku panduan penyelidikan
tindakan.

Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru.

Ja’afar Faizah. (2017). Bahan bantu mengajar (bbm) dalam pengajaran dan
pembelajaran (p&p) di sekolah menengah kebangsaan (smk) daerah pontian.
Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Jasmi, K.A. (2012). Metodologi pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif.
(Tesis sarjana yang tidak diterbitkan). Universiti Teknologi Malaysia.

Juliana, L.C.C. (2009). Membaiki tulisan murid tahun 3 dalam mata pelajaran
bahasa cina dengan kaedah ansur maju. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar
Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, 145-146.

Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). Penyelidikan tindakan : Kaedah dan
penulisan.

Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Khairuddin Mohammad, Maridah Alias & Faizah. (2013). Bahasa Melayu
pemulihan.

Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

126

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Siri pendidikan guru: Bahasa Melayu II. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Syahrul Nizam Junaini. (2010). Persembahan hebat dengan Power Point.
Selangor: Pts Professional Publishing Sdn. Bhd.

KESEDIAAN GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
OPSYEN BAHASA MELAYU MENGAJAR KHAT JAWI

Nuur Shafika binti Shamsuddin
[email protected]
Mohd Asri bin Harun

Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Tulisan khat jawi merupakan satu warisan negara dan digunakan secara
meluas oleh masyarakat dahulu. Justeru, pada tahun 2014 satu perancangan
pengenalan tulisan khat jawi telah dilaksanakan melalui semakan semula
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Pada tahun 2020 pula, pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah bersetuju untuk memasukkan
seni khat jawi dalam pengajaran Bahasa Melayu Tahun 4 di semua sekolah
kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Selaras dengan perubahan ini,
satu kajian telah dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan guru-
guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu
bagi Ambilan Jun 2016 mengajar tulisan khat jawi dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Data kajian yang diambil adalah melalui edaran soal selidik kepada
responden yang terlibat. Populasi dalam kajian ini terdiri daripada 37 orang guru
pelatih IPG Kampus Dato’ Razali Ismail dan IPG Kampus Tengku Ampuan
Afzan. Kaedah kajian yang digunakan ialah kajian kuantitatif dan pensampelan
secara rawak mudah telah dijalankan bagi pengumpulan data kajian. Dalam
kajian ini, tiga konstruk utama yang difokuskan ialah konstruk pengetahuan
guru pelatih tentang tulisan khat jawi, kemahiran guru pelatih dalam menulis
khat jawi serta kesediaan guru pelatih untuk mengajar khat jawi. Hasil analisis
kajian telah mendapati bahawa konstruk pengetahuan guru-guru pelatih berada
pada tahap yang tinggi (Min=3.71), konstruk kemahiran guru pelatih dalam
menulis khat jawi pula berada pada tahap sederhana (Min=2.70) dan konstruk
terakhir iaitu kesediaan guru pelatih mengajar khat jawi juga berada pada tahap
sederhana (Min=3.34). Kesimpulannya, hasil analisis yang diperoleh ini telah
menunjukkan bahawa rata-rata guru pelatih di IPG Zon Timur belum mahir

127

untuk menulis menggunakan tulisan khat jawi dan kurang bersedia untuk
mengajar tulisan khat jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Kata kunci: khat, jawi, kesediaan guru pelatih, Institut Pendidikan Guru
Malaysia, Bahasa Melayu

PENGENALAN
Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan dan golongan pelaksana
segala dasar serta matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan melalui
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sehubungan dengan itu, guru mestilah
dibekalkan dengan program pendidikan yang sempurna bagi meningkatkan
kesediaan mereka dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Tanpa
kesediaan ini, matlamat kurikulum yang dirancang sukar untuk dicapai. Menurut
Mohd Izham dan Noraini (2007), kesediaan guru merupakan salah satu elemen
penting serta dapat memainkan peranan untuk membantu pelajar
menyesuaikan diri. Sekiranya guru tidak bersedia, maka segala program yang
sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak KPM tidak akan mencapai
objektifnya. Hal ini menjadi cabaran terbesar bagi guru. Mereka perlu
mempersiapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan penampilan yang
boleh diiktiraf agar kesinambungan hasrat negara dapat diteruskan mengikut
seperti yang dirancang.

PERNYATAAN MASALAH
Perubahan dalam sistem pendidikan dilaksanakan bagi memastikan
perkembangan pendidikan di Malaysia adalah sentiasa dinamik dalam arus
globalisasi. Pada tahun 2017 pula, Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) telah menerima penambahbaikan dan dijenamakan semula sebagai
KSSR Semakan 2017 secara berperingkat. Sehubungan itu, bagi Tahun 4
pelaksanaan KSSR Semakan 2017 adalah bermula pada tahun 2020. Dalam
semakan ini, pihak KPM telah bersetuju untuk memasukkan seni khat jawi
dalam pengajaran Bahasa Melayu sebagai pengisian tambahan bagi aspek

128

seni bahasa di semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.
Berikutan pelaksanaan ini, timbul beberapa isu dalam kalangan masyarakat
bertujuan untuk menolak pembelajaran tulisan khat jawi di dalam bahasa
Melayu kerana menyifatkannya bukan dalam konteks kepelbagaian. Isu yang
turut dibangkitkan ialah terdapat pihak yang mempersoalkan kesediaan guru-
guru Bahasa Melayu dalam mengajar seni khat jawi kerana dianggap akan
membebankan guru. Berdasarkan isu yang dibangkitkan maka satu kajian
wajarlah dijalankan bagi meninjau kesediaan guru-guru pelatih khususnya di
Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur dalam melaksanakan PdPc seni
tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Secara khususnya kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:

i. Mengenal pasti kesediaan pengetahuan guru-guru pelatih di Institut
Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016
dalam seni khat jawi.
ii. Mengenal pasti tahap kemahiran menulis khat jawi dalam kalangan
guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa
Melayu Ambilan Jun 2016.
iii. Mengenal pasti kesediaan guru-guru pelatih di Institut Pendidikan
Guru (IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016 mengajar seni
tulisan khat jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Dalam kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dikemukakan untuk dijawab
iaitu:

i. Apakah kesediaan pengetahuan guru-guru pelatih di Institut
Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016
dalam seni khat jawi?
ii. Apakah tahap kemahiran menulis khat jawi dalam kalangan guru-

129

guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa
Melayu Ambilan Jun 2016?
iii. Apakah kesediaan guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru
(IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016 mengajar seni
tulisan khat jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Metodologi yang digunakan dalam kajian akan mempengaruhi ketepatan
maklumat mahupun data yang diperoleh. Dalam kajian ini, reka bentuk kajian
yang digunakan ialah kajian kuantitatif dan berdasarkan kaedah tinjauan.

Populasi dan Sampel Kajian
Mohd Majid (2000), mengingatkan bahawa pengenalpastian populasi yang tepat
dan teliti akan menentukan parameter populasi yang dikaji. Populasi dalam
kajian ini terdiri daripada guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon
Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016 iaitu IPG Kampus Dato’ Razali
Ismail di Kuala Terengganu dan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan di Pahang
iaitu seramai 37 orang. Saiz sampel yang diperlukan dalam kajian ini ialah
seramai 34 orang berdasarkan rumus Krejcie dan Morgan (1970).

Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan soal selidik
jawapan terpilih yang juga dikenali dengan soal selidik berstruktur atau soal
selidik tertutup (Mohd Majid, 2005). Responden dikehendaki memilih jawapan
berdasarkan skala Likert lima aras persetujuan iaitu sangat setuju, setuju, tidak
pasti, tidak setuju, dan sangat tidak setuju. Menurut Sugiyono (2013), skala
Likert digunakan untuk mengukur sikap, pendapat dan persepsi seseorang atau
sekelompok orang tentang fenomena sosial. Selain itu, borang soal selidik yang
digunakan mengandungi empat bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D seperti

130

Jadual 1 berikut.

Bahagian Jadual 1: Bahagian soal selidik
A
B Konstruk
C Maklumat Demografi
D Pengetahuan Tentang Tulisan Khat
Kemahiran Menulis Khat
Kesediaan Mengajar Khat dalam Mata Pelajaran Bahasa
Melayu

Kesahan dan Kebolehpercayaan
Bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian, satu kajian rintis
telah dijalankan di IPG Kampus Bahasa Melayu di Kuala Lumpur dan IPG
Kampus Pendidikan Islam di Selangor. Menurut Cooper dan Schindler (2011),
bilangan responden yang sesuai dalam kajian rintis adalah antara 25 hingga 100
orang. Oleh itu, 30 orang guru pelatih opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016
telah diambil dalam kajian rintis ini. Perisian Statistical Package for the Sosial
Science (SPSS) versi 22.0 telah digunakan bagi mendapatkan nilai Alpha
Cronbach. Hasil kajian rintis dijalankan, didapati nilai kebolehpercayaan item
adalah 0.92 iaitu amat baik (Lim, 2007).

Prosedur Pengumpulan Data
Setelah mendapatkan kesahan instrumen, borang soal selidik diedar secara
atas talian kepada responden-responden yang terlibat iaitu guru-guru pelatih
opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016 dengan menggunakan Google
Forms. Menurut Noraini (2010), kaedah ini dipilih kerana peluang untuk
mendapatkan semula soal selidik yang lengkap diisi adalah tinggi. Masa yang
diperuntukkan untuk memperoleh kembali maklum balas daripada soal selidik
pula adalah selama dua minggu.

131

Prosedur Penganalisisan Data

Data-data soal selidik yang diperoleh akan diproses dan dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS versi 22.0. Bentuk analisis data ialah analisis
secara deskriptif. Seterusnya, tahap interpretasi diambil kira dengan nilai lima
mata iaitu nilai tertinggi 5.00 dibahagikan kepada 3 tahap iaitu tahap rendah
(min=1.00-2.33), tahap sederhana (min=2.34-3.67) dan tahap tinggi (min=3.68-
5.00) seperti yang digunakan dalam kajian Sumarni dan Zamri (2018). Jadual
2 berikut menunjukkan interpretasi min yang digunakan dalam kajian.

Jadual 2: Interpretasi min Interpretasi
Rendah
Julat Min Sederhana
1.00-2.33 Tinggi
2.34-3.67
3.68-5.00

DAPATAN DAN PERBINCANGAN
i. Kesediaan Pengetahuan Guru-guru Pelatih di IPG Zon Timur Opsyen Bahasa
Melayu dalam Seni Khat Jawi

Jadual 3 menunjukkan skor min bagi kesediaan pengetahuan guru-guru pelatih
opsyen Bahasa Melayu tentang seni tulisan khat jawi. Berdasarkan dapatan
kajian, nilai minbagi keseluruhan item tahap pengetahuan guru pelatih tentang
tulisan khat jawi adalah sebanyak 3.71 iaitu pada tahap tinggi. Item B2
merupakan item yang memperoleh nilai min tertinggi dan berada pada tahap
tinggi iaitu 4.44, manakala item B1 merupakan item yang mendapat nilai min
terendah iaitu 2.58 dan berada pada tahap sederhana. Rumusannya,
kesediaan pengetahuan guru-guru pelatih tentang khat jawi dalam Bahasa
Melayu adalah tinggi. Hal ini selari dengan dapatan dalam kajian Mohd Fauzi
(2004) yang menyatakan bahawa sebagai seorang guru, penguasaan mata

132

pelajaran begitu penting untuk mengajar di sekolah.
Jadual 3: Skor min kesediaan pengetahuan guru pelatih tentang seni khat jawi

Bil. Item Sisihan Piawai
Min Interpretasi

(SP)

B1 Saya pernah belajar tulisan khat 2.56 1.60 Sederhana

sekolah

B2 Saya tahu tulisan khat merupakan se4.44 1.02 Tinggi
tulisan bahasa Melayu

B3 Saya tahu tulisan khat mempuny3.77 1.33 Tinggi
pelbagai jenis 1.10 Sederhana
1.02 Tinggi
B4 Saya tahu cara menulis tulisan khat 3.24 1.00 Tinggi

B5 Saya tahu tatacara menulis tulisan kh3.85 1.23 Tinggi
semasa di IPG Tinggi

B6 Saya tahu kepentingan seni tulisan kh4.27
dalam bahasa Melayu

B7 Saya tahu seni tulisan khat ada dala

sukatan mata pelajaran Bahasa Mela3.85
sekolah rendah

Min Keseluruhan 3.71

ii. Apakah tahap kemahiran menulis khat jawi dalam kalangan guru-guru
pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu
Ambilan Jun 2016?

Jadual 4 menunjukkan skor min bagi tahap kemahiran menulis khat jawi dalam
kalangan guru-guru pelatih opsyen Bahasa Melayu. Berdasarkan dapatan
kajian yang diperoleh, skor min bagi keseluruhan item bagi tahap kemahiran
guru pelatih menulis khat jawi adalah tahap sederhana (min= 2.70). Item C1
merupakan item yang memperoleh nilai min tertinggi dan berada pada tahap
sederhana (min=3.09) manakala item C4 merupakan item yang mendapat nilai
min terendah dan interpretasi tahap rendah (min= 2.29). Rumusannya, tahap
pengetahuan guru-guru pelatih di IPG Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu dalam

133

menulis khat jawi masih berada pada tahap sederhana. Menurut Ahamad
(2005), perkembangan dan kemajuan dalam pendidikan tanah air mendesak
guru menguasai kemahiran dalam pengajaran. Justeru, menguasai kemahiran
dalam menulis khat jawi merupakan satu keperluan yang perlu ditekankan buat
guru-guru pelatih bagi memastikan mereka bersedia untuk melaksanakan PdPc
Bahasa Melayu dengan lebih berkesan.

Jadual 4: Skor min kemahiran menulis khat jawi dalam kalangan guru-guru
pelatih

Sisihan Piawa

Bil. Item Min Interpretasi
(SP)

C1 Saya mahir menulis huruf dalam 3.09 1.06 Sederhana
tulisan khat 1.15 Sederhana

C2 Saya mahir menulis 2.94 1.27 Sederhana
khat perkataan dalam tulisan 1.14 Rendah
1.13 Sederhana
C3 Saya mahir menulis ayat dalam 2.68 1.35 Sederhana
tulisan khat Sederhana

C4 Saya mahir menulis lebih 2.29
daripada dua jenis khat

C5 Saya mahir menghasilkan tulisan 2.65
khat yang betul

C6 Saya pernah diberi pengiktirafan 2.53
dalam penghasilan tulisan khat

Min Keseluruhan 2.70

iii. Apakah kesediaan guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG)
Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016 mengajar seni tulisan khat
jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu?

134

Jadual 5: Skor min kesediaan guru-guru pelatih mengajar seni tulisan khat
jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

Sisihan Piawa

Bil. Item Min Interpretasi
(SP)

D1 Saya yakin untuk mengajar tulisan kha3.06 1.07 Sederhana
1.29 Sederhana
D2 Saya memahami sukatan pelajara 1.18
tulisan khat dalam mata pelajara3.27 1.14 Sederhana
Bahasa Melayu 1.27 Sederhana
Sederhana
D3 Saya mahir menyediakan rancanga 1.17
pengajaran harian (RPH) bagi se3.06 1.19 Tinggi
tulisan khat 1.14 Tinggi
Tinggi
D4 Saya mahir dalam melaksanakan PdP2.91 Sederhana
tulisan khat

D5 Saya mahir melaksanakan penilaia2.82
seni tulisan khat

D6 Saya bersedia mengiku

kursus/bengkel/ latihan peningkata3.88

pedagogi tulisan khat

D7 Saya bersedia meneroka aspek se
tulisan khat bagi meningkatka3.91
keyakinan mengajar

D8 Saya akan meningkatka

penguasaan murid dalam se3.82

tulisan khat

Min Keseluruhan 3.34

Jadual 5 menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi item-item kesediaan
guru-guru pelatih IPG Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016
mengajar seni tulisan khat jawi. Dapatan kajian menunjukkan kesediaan guru-
guru pelatih mengajar seni tulisan khat adalah berada pada tahap sederhana
dengan skor min secara keseluruhannya adalah sebanyak 3.34. Item D7

135

merupakan item yang memperoleh skor min tertinggi iaitu sebanyak 3.91
dengan interpretasi tinggi. Item D5 pula merupakan item yang memperoleh skor
min terendah dengan interpretasi sederhana iaitu 2.82. Dapatan yang diperoleh
ini secara keseluruhannya menjelaskan bahawa kesediaan guru-guru pelatih
mengajar seni tulisan khat jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah
pada tahap sederhana. Hal ini selari dengan dapatan kajian Rohaida (2017)
yang menunjukkan, walaupun tahap pengetahuan dan pemahaman guru adalah
tinggi, namun masih terdapat sebilangan guru yang tidak bersedia.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Merujuk kepada kajian yang telah dijalankan dapat disimpulkan bahawa
kesemua persoalan kajian yang dikemukakan telah terjawab. Kesediaan
pengetahuan guru-guru pelatih opsyen Bahasa Melayu Semester 8 di IPG Zon
Timur adalah tinggi namun kesediaan kemahiran menulis dan mengajar masih
berada pada tahap sederhana. Justeru, diharapkan dengan terhasilnya kajian
ini dapat memberikan manfaat yang berguna kepada pihak pengurusan seperti
KPM, IPGM, pensyarah dan guru-guru pelatih untuk menambah baik
pengetahuan, kemahiran dan kesediaan mereka melalui bengkel atau kursus
khas bagi meningkatkan lagi kemahiran dan kesediaan guru-guru pelatih.

RUJUKAN

Ahamad S. (2005). Perutusan Hari Guru, Online:
http://www.moe.edu.my/hariguru/

perutusanKPPM.htm.

Cooper, D. R., & Schindler, P. S. (2011). Business research methods (11th ed.

ed.). NewYork: McGraw-Hill/Irwin.

Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research
activities.Educational and Psychological Measurement. 30, 608.

Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan pendidikan: Pendekatan kuantiatif dan
kualitatif. Selangor: McGraw- Hill (Malaysia).

136

Mohd Izham Mohd Hamzah & Noraini Attan. (2007). Tahap Kesediaan Guru
Sains dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi, Universiti Teknologi
Malaysia.

Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Fauzi Hamat. (2004). Pemikiran Islam dan Cabaran Semasa: Jabatan
Akidah dan Pemikiran Islam, APIUM (ISBN 983-99273-7-X).
Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Malaysia: Mcgraw-Hill
Sdn. Bhd.
Rohaida Mazlan. (2017). Tahap Pengetahuan, Pemahaman dan Kesediaam
Guru

Bahasa Melayu dalam Melaksanakan Kajian Pengajaran. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2, 30-40.
Sugiyono. (2013). Metode Penelitian Pendidikan Pendekatan Kuantitatif,
Kualitatif dan R&D. Bandung: Alfabeta
Sumani Lapammu & Zamri Mahamod. (2018). Tahap pengetahuan, sikap dan
kesediaan pelajar tingkatan 4 terhadap penggunaan Pembelajaran
Persekitaran Maya VLE Frog dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1), 53-62.

137

KESEDIAAN SISWA GURU OPSYEN SEJARAH MELAKSANAKAN
PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) MENGGUNAKAN

PERISIAN TMK

Ainul Anis Khairiya Binti Ismail
[email protected]

Hamidi bin Salleh
Rosmani binti Ali, Ph.D
Jabatan Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan siswa guru
opsyen Sejarah melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK. Aspek yang
dikaji adalah kemahiran, pengetahuan dan afektif (minat). Kajian ini dijalankan
dengan melibatkan populasi seramai 92 orang siswa guru opsyen Sejarah yang
terlibat sebagai responden. Berdasarkan kaedah penentuan sampel Krejcie &
Morgan, sebanyak 76 sampel telah diambil secara rawak. Kajian ini telah
dijalankan menggunakan kaedah soal selidik sebagai instrumen kajian dengan
nilai Cronbach Alpha yang diperoleh bagi item soal selidik adalah 0.908. Data
yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan SPSS version
23. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kesediaan kemahiran,
pengetahuan dan afektif (minat) para responden dalam melaksanakan PdPc
menggunakan perisian TMK adalah pada tahap yang tinggi. Dalam erti kata
lain, ia juga dapat disimpulkan bahawa rata-rata responden berada pada skala
mahir, berpengetahuan, berminat serta bersiap siaga bagi merealisasikan
matlamat keberhasilan dan kemenjadian murid dalam arus perdana
PAK21.Tuntasnya, melalui kajian yang dijalankan, secara tidak langsung dapat
membantu pihak KPM memenuhi aspirasi nasional iaitu menggalakkan para
pendidik mengoptimumkan penggunaan TMK seiring dengan perkembangan
dunia PAK21 dan Revolusi Industri 4.0. Hal ini juga sekali gus memberi ruang
dan peluang kepada para pendidik mengaplikasikan penggunaan perisian TMK
sebagai BBM dalam PdPc mereka tanpa sebarang masalah.

Kata kunci: kesediaan siswa guru, perisian TMK, PdPc Sejarah.

138

PENGENALAN
Perkembangan terkini TMK menjadi topik utama perbincangan terkini
terutamanya dalam menuju era globalisasi. Malaysia seperti negara-negara
lain tidak terlepas daripada turut bersaing dari segi perkembangan TMK demi
untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat dan negara. Peranan TMK menjadi
begitu penting terutamanya dalam bidang pendidikan sebagai asas penyaluran
ilmu. Penyaluran ilmu ini pula dapat disampaikan dengan berkesan melalui
proses PdPc antara guru dengan murid. TMK bukan sahaja merupakan bahan
perantara yang berpotensi dalam memudahkan kerja-kerja seharian malah ia
juga dapat menjadi bahan untuk menjayakan lagi persekitaran PdPc yang
berkesan (Ayob, 2018).

PERNYATAAN MASALAH
Jika dilihat pada masa kini, penggunaan TMK yang semakin mesra pengguna
telah menjadi salah satu penyumbang kepada penggunaan TMK sebagai alat
pemudahcara yang sangat bermakna dalam proses pembelajaran dan
pemudahcaraan (Khodijah, Siti Zaharah & Roslinda Ramli, 2018). Oleh itu,
penggunaan BBM berasaskan TMK mampu menjadikan suasana pembelajaran
lebih aktif dan murid tidak bosan kerana guru mengendalikan proses PdPc
dengan menggunakan kepelbagaian cara penyampaian. Oleh itu, perubahan
pengajaran tradisional kepada pengajaran berbantukan teknologi mampu
menghasilkan kesan positif ke atas diri pelajar. Namun begitu, biarpun kaedah
tradisional seperti kuliah dan syarahan masih tetap relevan dan bersesuaian
dengan topik-topik PdPc, akan tetapi tidak menjadi kesalahan sekiranya guru
pada masa kini mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan
perisian-perisian yang terdapat dalam TMK. supaya menjadikan PdPc lebih
seronok dan bermakna.

Selain itu, didapati kebanyakan guru serta siswa guru hanya tahu
menggunakan beberapa perisian dalam melaksanakan kerja-kerja yang

139

berkaitan dengan bidang seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft
Power Point dan perisian yang sedia ada (Mohd Izham & Noraini, 2007). Hal ini
kerana, mereka merasakan penggunaan perisian di dalam TMK bagi
menjalankan aktiviti pendidikan agak sukar kerana memerlukan kemahiran
tertentu dan mereka lebih selesa menggunakan perisian yang kerap digunakan
kebanyakan orang seperti yang dinyatakan di atas tanpa mahu mencuba
perisian yang baru.

Seterusnya, didapati bahawa sikap siswa guru itu sendiri yang akan
menentukan keberkesanan penggunaan perisian TMK dalam PdPc. Dalam hal
ini, sesetengah siswa guru yang pernah mempunyai pengalaman berpraktikum
dilihat kurang berminat untuk meneroka bidang perisian di dalam TMK sehingga
menjejaskan prestasi PdPc yang mereka kendalikan. Hal ini kerana, siswa guru
telah dibebankan dengan tugas-tugas yang banyak seperti aktiviti-aktiviti yang
wajib diikuti di IPG sehingga mengurangkan tumpuan mereka untuk meneroka
perisian dalam TMK (Rosnah & Siti, 2018).

Oleh yang demikian, berdasarkan pernyataan masalah tersebut, maka pengkaji
telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti kesediaan siswa guru opsyen
Sejarah (Zon Utara dan Timur) Ambilan Jun 2016 melaksanakan PdPc
menggunakan perisian TMK. Hal ini kerana, tahap kesediaan guru dalam
penggunaan perisian TMK merupakan salah satu aspek penting bagi
menangani perubahan ke arah PdPc Sejarah yang berkesan.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap kesediaan siswa guru opsyen
Sejarah (Zon Utara dan Timur) Ambilan Jun 2016 melaksanakan PdPc
menggunakan perisian TMK. Objektif kajian adalah:

140

I. Me
ngenal pasti tahap kesediaan kemahiran siswa guru opsyen Sejarah
melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK

II. Me
ngenal pasti tahap kesediaan pengetahuan siswa guru opsyen Sejarah
melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK

III. Me
ngenal pasti tahap kesediaan afektif (minat) siswa guru opsyen Sejarah
melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK.

SOALAN KAJIAN

Soalan kajian dinyatakan bagi menjawab persoalan-persoalan berdasarkan
objektif kajian yang dinyatakan iaitu :
I. Ap
akah tahap kesediaan kemahiran siswa guru opsyen Sejarah melaksanakan
PdPc menggunakan perisian TMK?
II. Ap
akah tahap kesediaan pengetahuan siswa guru opsyen Sejarah melaksanakan
PdPc menggunakan perisian TMK?
III. Ap
akah tahap kesediaan afektif (minat) siswa guru opsyen Sejarah melaksanakan
PdPc menggunakan perisian TMK?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian
Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk tinjauan
deskriptif dengan menggunakan kaedah kuantitatif. yang mana kaedah kajian
ini adalah melalui borang selidik yang disediakan sebagai instrumen bagi kajian
ini.

141

Sampel kajian
Sampel adalah satu populasi berkadar kecil untuk pemerhatian dan analisis
terpilih. Oleh itu, sampel tidak dipilih sembarangan, ia dipilih dalam satu cara
yang sistematik secara rambang, supaya peluang atau operasi kebarangkalian
boleh digunakan (Creswell & Guetterman, 2019). Dalam kajian ini, seramai 76
siswa guru opsyen Sejarah dipilih secara rawak mudah dari lima buah IPG Zon
Utara dan Timur sebagai sammpel responden kajian.

Instrumen kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk borang soal
selidik. Hal ini kerana, reka bentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik
merupakan alat kajian yang paling sesuai kerana versatility, efisien dan boleh
membuat generalisasi (Cresswell, 2017). Instrumen kajian ini terdiri daripada
empat bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D yang merangkumi soalan
berkaitan kemahiran, pengetahuan dan afektif (minat) para responden dalam
melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK. Soalan yang dirangka
adalah berdasarkan kepada skala likert mata tujuh bagi mengukur jawapan
responden yang merujuk kepada Sangat Tidak Setuju (STS) dan Sangat Setuju
(SS).

Kebolehpercayaan
Kajian rintis dan kajian sebenar telah dijalankan oleh pengkaji bagi memastikan
kebolehpercayaan instrumen kesediaan siswa guru opsyen Sejarah (Zon Utara
dan Timur) Ambilan Jun 2016 berhubung penggunaan perisian TMK dalam
PdPc Sejarah berada pada tahap memuaskan. Tujuan menjalankan kedua-dua
kajian ini adalah untuk mengukur tahap kebolehpercayaan item-item dalam
instrumen serta melihat kestabilan nilai Cronbach Alpha yang diperoleh (Lily,
Maimun, Ashinida & Mus’ab, 2018). Nilai Cronbach Alpha yang telah diperoleh
bagi kajian ini adalah sebanyak 0.908. Hal ini menunjukkan kebolehpercayaan
yang amat baik.

142

Kaedah pengumpulan data
Pengkaji telah mendapatkan surat daripada Pengarah BPPDP untuk
menjalankan kajian rintis dan kajian tinjauan. Kemudian, pengkaji telah
mendapatkan surat pengenalan diri daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP).
Setelah itu, pengkaji telah memohon surat kebenaran secara bertulis kepada
Pengarah IPGKPM dan Pengarah IPGKRM untuk menjalankan kajian rintis.
Kemudian, pengkaji juga telah memohon kebenaran menjalankan kajian
sebenar kepada pengarah-pengarah IPGKP, IPGKI, IPGKDRI, IPGKSM dan
IPGKKB. Setelah mendapat kelulusan daripada pengarah-pengarah IPG
terbabit, pengkaji telah segera mengedarkan soal selidik kepada siswa guru
opsyen Sejarah (Zon Utara dan Timur) Ambilan Jun 2016 melalui medium atas
talian iaitu google form.

Kaedah menganalisis data
Pengkaji telah menggunakan perisian SPSS version 23 untuk menganalisis
data yang telah dikumpul dalam bentuk statistik deskriptif. Selain itu, ujian
kenormalan data turut telah dibuat terlebih dahulu sebelum analisis data dibuat.
Hal ini bertujuan untuk menguji data kajian sama ada bertaburan secara normal
atau pun tidak. Hasilnya, data responden yang diperoleh adalah normal.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

a) Profil Responden

Jadual 1: Profil responden yang berkaitan dengan maklumat demografi (jantina)

Demografi Faktor Bilangan Peratus

A1 Jantina Lelaki 28 36.80

Perempuan 48 63.20

Jumlah 76 100.00

143


Click to View FlipBook Version