The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pisadmkdri12345, 2022-08-14 03:41:01

Jurnal TELANGKAI SISWA 2020

TELANGKAI

Keywords: TELANGKAI

BIDANG JAWI
Bidang Jawi merupakan bidang kedua dalam kurikulum pendidikan yang
diajar oleh siswa guru major Pendidikan Islam di sekolah semasa
berpraktikum. Kedua-dua responden berpendapat bahawa nilai yang boleh
digunakan dalam bidang Jawi adalah nilai yang berkaitan dengan tema dalam
isi kandungan pelajaran. Responden 1 mengajar bidang Jawi dalam tema
Kebudayaan Malaysia. Manakala, responden 2 mengajar bidang Jawi dalam
tema Sukan. Kedua-dua responden menyatakan, pemilihan nilai untuk
pengaplikasian perlu sesuai dengan tema yang ada. Kepelbagaian teknik
pengajaran yang digunakan oleh kedua-dua siswa guru sebenarnya menepati
kaedah Pendidikan Abad Ke 21 (PAK 21). PAK 21 mengalakkan keterlibatan
murid dalam sesuatu proses PdPc. Hal ini dipersetujui oleh kedua-dua
responden bahawa PAK 21 dapat membentuk nilai secara tidak langsung
dalam diri murid. Namun, guru berperanan menerangkan semula nilai
tersebut agar murid tahu dan faham tentang nilai-nilai yang ada.
Kesimpulannya, kedua-dua responden dalam temu bual yang dilaksanakan
juga menyatakan kepentingan guru melihat nilai yang mahu diaplikasikan
kepada murid. Perkara ini perlu meliputi kesesuaian tajuk, isi pelajaran dan
aktiviti yang dirancang dalam RPH. kedua-dua responden merancang aktiviti
pengajaran berdasarkan amalan pengajaran yang sesuai dengan memilih
nilai-nilai yang sesuai untuk diterapkan kepada murid. Perancangan dan
pengaplikasian nilai berlaku semasa proses PdPc dalam bidang Jawi.

BIDANG ULUM SYARIAH
Terdapat empat pecahan yang ada dalam bidang Ulum Syariah. Bidang-
bidang tersebut adalah akidah, ibadat, sirah dan adab. Menurut kedua-dua
responden, pengaplikasian nilai dalam keempat-empat pecahan dalam
bidang ini sangat luas dan banyak. Kepelbagaian aktiviti boleh dilakukan dan
pelbagai nilai boleh diaplikasikan untuk murid-murid. Walaupun kedua-dua
responden menyatakan kepelbagaian dalam nilai dan aktiviti yang boleh
digunakan, namun dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) menyatakan

10

nilai yang sama digunakan. Perkara ini berbeza dengan temu bual yang
dilakukan. Hal ini menunjukkan ketidak sejajaran antara pengetahuan dan
praktikal yang dilakukan. Bagi menjawab persoalan yang dilontarkan
pengkaji, kedua-dua responden menjelaskan bahawa nilai-nilai yang
digunakan adalah nilai yang mudah digunakan. Menurut responden 1, nilai
kerjasama dan nilai keberanian sebagai contoh lebih difahami dan jelas
perbuatannya. Responden 2 pula berpendapat bahawa murid tidak perlu
didedahkan dengan banyak nilai yang berbeza tetapi perlu ditekankan dan
dibiasakan nilai-nilai yang biasa digunakan. Dalam melihat perubahan sikap
murid, kedua-dua responden menyatakan bahawa perubahan yang jelas dan
tidak ketara boleh dilihat dalam diri murid selepas berlakunya satu-satu proses
PdPc. Hal ini demikian bagi melihat keberkesanana nilai yang diaplikasikan
oleh siswa guru dalam satu-satu proses PdPc.

Secara keseluruhannya, kedua-dua responden menggunakan kaedah
pengajaran yang bersesuai dengan murid untuk diaplikasikan murid.
Persediaan sebelum mengajar dilakukan dengan baik oleh responden.
Melalui persediaan yang rapi, guru dapat mengenalpasti nilai yang boleh
diaplikasikan mengikut amalan pengajaran yang ada. Bagi responden pula,
pendekatan yang gunakan menjurus kepada nilai yang sesuai. Kedua-dua
responden menggunakan nilai yang hampir sama tetapi berbeza teknik
pengajaran. Dalam menerapkan nilai yang ada dalam KSSR Pendidikan
Islam, kedua-dua responden menggunakan pendekatan berpusatkan murid
secara keseluruhannya.

PERBINCANGAN

Hasil analisis data menunjukkan pengetahuan responden adalah berada
dalam keadaan yang memuaskan. Responden dapat memberitahu konsep
dan cara pengaplikasian nilai dilakukan. Malahan, perkara ini dibuktikan
dengan responden yang dapat menerangkan mengenai Komponen yang

11

terdapat dalam pengaplikasian nilai. Dengan cara ini pengkaji dapat
mengetahui bahawa responden dapat menganalisis dan dapat membuat
penilaian terhadap Komponen-kompene yang boleh diaplikasikan nilai.
Menurut Benjamin (1956), bidang kognitif ini dapat dibahagikan kepada enam
peringkat iaitu pengetahuan, pemahaman, analisis, penilaian, sintesis dan
aplikasi. Jelaslah bahawa responden bukan sekadar tahu pada peringkat
pengetahuan sahaja, malah dapat menyenaraikan nilai-nilai dalam KSSR
Pendidikan Islam serta dapat menjelaskan sesuatu konsep. Hammond (2007)
menyatakan bahawa pengajaran guru perlu melibatkan kefahaman terhadap
aktiviti pengajaran di dalam kelas. Oleh itu, responden telah menunjukkan
bahawa mereka faham berkenaan konsep pengaplikasian nilai dalam amalan
pengajaran yang dillakukan. Malah, mereka juga megapliaksikan nilai
tersebut kepada murid. Taksonomi Bloom menyatakan tahap aplikasi adalah
tahap tinggi dalam tingkatan pembelajaran. Ini jelas membukti pembelajaran
sebelum praktikum melalui teori dan praktikal memberi responden kelebihan.
Berdasarkan kepada dapatan kajian, pengetahun responden adalah berkisar
kepada nilai-nilai dalam KSSR Pendidikan Islam serta Komponen-Komponen
dalam pengajaran yang boleh digunakan dalam pengapliaksian nilai tersebut.
Dalam nilai yang terdapat dalam KSSR Pendidikan Islam, responden telah
menyatakan dengan baik nilai-nilai yang terdapat dalam KSSR Pendidikan
Islam. Dalam Komponen pengajaran untuk pengaplikasian nilai hanya
seorang responden sahaja yang menggunakan ketiga-tiga Komponen dalam
pengaplikasian nilai.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi melihat
amalan pengajaran siswa guru dalam pengaplikasian nilai semasa PdPc.
Pengkaji seterusnya memberikan cadangan penambahbaikan berkaitan
dengan pengetahuan dan pendekatan yang digunakan dalam pengaplikasian
nilai. Pengkaji banyak menggunakan kajian literatur dalam melakukan

12

penilaian terhadap dapatan kajian yang diperoleh. Dalam kajian ini juga,
pengkaji menggunakan teori akhlak Imam Al Ghazali sebagai kerangka utama
kajian. Dapatan ini dapat dilihat melalui sudut teori akhlak Imam Al Ghazali
mengikut kajian-kajian lepas.
Kajian ini menggunakan data kualitatif melalui kaedah temu bual yang
berstruktur dan separa berstruktur. Dua orang responden telah dipilih untuk
mendapatkan data. Bagi mendapatkan data yang baik, pengkaji
menggunakan kaedah analisa dokumen terhadap dua dokumen utama.
Dokumen tersebut adalah Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan borang
bimbingan Praktikum (PR1). Dokumen ini juga dianalisa dengan dilakukan
senarai semak bagi memudahkan rujukan silang dilakukan.

CADANGAN

Keseluruhannya, berdasarkan kepada hasil dapatan kajian, pengkaji ingin
mengemukakan beberapa cadangan dalam kajian ini bagi membantu semua
pihak dalam kajian ini dalam mempertingkatkan dan memantapkan
pengaplikasian nilai dalam amalan pengajaran siswa guru selaras dengan
memperkukuhkan latihan iktisas perguruan di Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM). Secara keseluruhannya, beberapa cadangan berikut
disarankan bagi memantapkan pengaplikasian nilai dalam amalan pengajaran
siswa guru sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah selepas tamat latihan
perguruan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Kemahiran teori, praktikal dan pedagogi merupakan asas yang penting dalam
melaksanakan sesuatu pengajaran. Pengajaran di dalam kelas merupakan
bentuk pengajaran dalam membentuk kemenjadian murid. Seharusnya,
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) IPGK Dato’ Razali Ismail perlu
optimis dalam memberi bimbingan dan pengetahuan dengan mengadakan
kursus-kursus berkaitan dengan pedagogi pengajaran bukan sahaja
pengaplikasian nilai dalam amalan pengajaran mereka.

13

Dalam memantapkan pengetahuan dalam pengaplikasian nilai dalam amalan
pengajaran semasa PdPc, siswa guru boleh berkolaborasi sesama mereka.
Kolaborasi adalah salah satu aspek yang penting kerana siswa guru adalah
menjadi pelaksana dalam kelas semasa berpraktikum. Pelaksana pengajaran
ini bukan sahaja semasa praktikum malahan pelaksanaan pengajaran
dilakukan juga semasa berkhidmat sebagai pegawai pendidikan setelah
tamatnya program latihan perguruan, PISMP. Dalam berkolaborasi juga siswa
guru boleh menekankan akan kemahiran dalam PdPc yang boleh digunakan
dengan kaedah pengajaran yang sesuai. Hal ini secara tidak langsung,
pandangan dari siswa guru yang lain dapat digunakan untuk situasi sebenar.
Kaedah kolaborasi ini boleh menggunakan laman Google Classroom untuk
mewujudkan komuniti pembelajaran yang dipantau oleh seorang pensyarah
pembimbing.
Dalam menghasilkan komuniti yang baik, maka kerjasama dari semua pihak
hendaklah memfokuskan sistem pendidikan yang selari dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. IPGM umpamanya bertanggungjawab dalam
melahirkan guru-guru yang berkualiti dan sekolah bertanggungjawab
menyediakan kemudahan pendidikan.

RUJUKAN

Nor Lela Ahmad. (2018). Program Praktikum Sebagai Medium Pengukuhan
Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Guru Pelatih. Jurnal
Pendidikan Malaysia .

Berg, B. L. (2007). Qualitative Research Method for the Social Science. San
Francisco: Pearson Education.

Mohammad Khairi. (2016). Pembentukan Akhlak dalam Diri Pelajar Menerusi
Teknik Pengajaran. The Online Jurnal of Islamic Education.

14

Khairul Mohammad. (2010). Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam
Berkesan Berteraskan Konsep Mualim. Journal of Islamic and Arabic
Education.

Mohammad Majid Konting. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendiidkan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Shukor Shaari. (2016). Amalan Pedagogi Berpusatkan Pelajar Dan
Masalah Yang Dihadapi Guruguru Pelatih Program Pensiswazahan
Guru Untuk Mengamalkan Pedagogi Berpusatkan Pelajar Semasa
Praktikum. Proceeding of ICECRS.

15

HAYATAN AKHLAK DAN BIAH SOLEHAH SISWA GURU IPG ZON
TIMUR

Muhamaad Shahir bin Mohamed Bakri
[email protected]

Mohammad Rusdi bin Ab Majid, Ph.D
Jabatan Pengajian Islam dan Moral

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penghayatan akhlak siswa guru
yang menuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia serta pelaksanaan biah
solehah yang terdapat di kampus tersebut. Skop dan batasan kajian
tertumpu kepada siswa guru semester 8 di empat Institut Pendidikan Guru
Malaysia di Zon Timur iaitu IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, IPG Kampus
Tengku Ampuan Afzan, IPG Kampus Kota Bharu dan IPG Kampus Sultan
Mizan. Kajian ini telah dilaksanakan secara kuantitatif ke atas siswa guru
muslim semester lapan. Instrumen soal selidik yang digunakan adalah
untuk mengenalpasti tahap penghayatan akhlak siswa guru dan tahap
pelaksanaan biah solehah di Institut Pendidikan Guru Malaysia Zon Timur.
Metodologi kajian melibatkan proses pembinaan instrumen, proses
pemurnian instrumen dan proses penentuan kebolehpercayaan serta
kesahan instrumen. Nilai Alpha Cronbach yang diperolehi adalah 0.80 yang
menunjukkan kebolehpercayaan soal selidik berada pada tahap baik.
Sampel kajian terdiri daripada 209 orang siswa guru semester 8 Institut
Pendidikan Guru dari kempat-empat kampus. Data diperoleh dan dianalisis
secara deskriptif dan inferensi dalam bentuk kekerapan, peratusan, min dan
sisihan piawai dan Ujian Korelasi menggunakan perisian Statiscal Package
for Sosial Sciences (SPSS) versi 23.0. Dapatan Kajian menunjukkan tahap
penghayatan Akhlak dan Biah Solehah adalah pada tahap tinggi. Kajian
juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan sederhana antara
penghayatan akhlak dan biah solehah di Institut Pendidikan Guru Malaysia
(Zon Timur). Kajian ini memberi gambaran tentang tahap penghayatan
akhlak dan biah solehah siswa guru di Institut Pendidikan Zon Timur.

Kata kunci: Penghayatan, Akhlak, Biah Solehah, Siswa Guru Institut
Pendidikan Guru Malaysia

16

PENGENALAN
Peta Akhlak adalah cermin keimanan seseorang. Dengan erti kata lain, iman
yang sempurna akan menghasilkan akhlak yang mulia atau dengan
perumpamaan yang mudah, ibarat pohon yang semata-mata bergantung
kepada keelokan akarnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksudnya, Di
kalangan mu'minin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik
akhlaknya (HR Tirmizi No: 1082). Hal ini jelas menunjukkan betapa agama
Islam sebagai agama ad-Deen atau Islam sebagai cara hidup amat
mementingkan kepada pendidikan akhlak. Selain itu, mereka yang berakhlak
mulia juga diangkat darjatnya oleh Allah. Pernyataan ini didapati di dalam al-
Quran menerusi surah al-Hujurat ayat ke 13:

Maksudnya: Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah
orang-orang yang bertakwa"

Biah Solehah merupakan satu istilah yang digunakan bagi
menggambarkan keadaaan persekitaran yang harmoni dan mampu untuk
mentarbiah keperibadian insan ke arah kebaikan. Konsep ini merujuk kepada
suasana keagamaan yang melibatkan pembangunan insan secara bersepadu
meliputi pembangunan intelek, rohani, emosi dan jasmani yang dijana melalui
penghayatan nilai yang berterusan berasaskan kepada ajaran tauhid
berteraskan al-Quran dan as-Assunnah (Norhisham Mohamad, 2015). Secara
asasnya, mana-mana kawasan yang menerapkan biah solehah pasti
penghayatan akhlak penduduk di sesebuah kawasan itu tinggi.

Secara kesimpulannya, berdasarkan penelitian dan pemerhatian
pengkaji, bidang akhlak ini bukan lagi perkara asing bagi kita semua. Apa yang
menjadi persoalan kepada kita sebenarnya adalah bagaimana kita hendak
membina generasi yang mewarisi keindahan akhlak yang telah ditinggalkan
oleh baginda nabi Muhammad SAW serta para sahabat RA. Manakala dari
sudut pelaksanaan biah solehah di kampus pula, semua pihak perlu
bekerjasama untuk menjadi agen penggerak kepada kemenjadian biah

17

solehah. Kegemillangan Islam yang satu ketika dahulu digeruni dan ditakuti
oleh musuh-musuh Allah dan pada hari ini dipijak-pijak serta dihina oleh
mereka. Kedaulatan dan maruah negara Islam yang dahulunya mulia, akan
tetapi sekarang telah dinodai dan diratah oleh musuh-musuh Islam dek kerana
kelalaian kita sendiri.

PERNYATAAN MASALAH

Masyarakat kita pada hari ini sedang mengalami krisis akhlak yang sangat
membimbangkan kerana dicemari dengan pelbagai bentuk kerosakan akhlak
yang sangat ekstrem (Nasarudin Desa, Tengku Intan Zarina Tengku Puji &
Sabri Mohamad, 2018). Masalah akhlak ini timbul di setiap sudut lapisan
masyarakat diseluruh dunia Islam (Norhisham Mohamad, 2015). Tidak kira
tua atau muda, isu ini tetap menjadi bualan utama yang mesti diambil
perhatian. Namun begitu, apa yang lebih menjadi kerisauan adalah generasi
muda khususnya golongan remaja begitu mudah untuk tergelincir dan
terjerumus dalam kancah kemaksiatan.

Pernyataan masalah dalam kajian bermula dengan statistik Kementerian
Kesihatan pada tahun 2017 telah mendedahkan sebanyak 3980 kes iaitu 28.8
peratus daripada 13,831 remaja yang mengandung anak luar nikah berusia
sekitar 10 hingga 19 tahun (Nurul Husna Rosidi, 2017). Usia yang masih di
bangku persekolahan dan tidak matang, namun, sudahpun terpalit dengan isu
akhlak sebegini. Hal ini amat perit untuk diterima oleh kita semua, akan tetapi
inilah harga sebuah realiti kerosakkan umat Islam yang perlu dibayar dek
kerana kegagalan kita menerapkan dan mengamalkan akhlak yang
dianjurkan oleh agama Islam secara menyeluruh.

Menurut Melati Sumari (2006), Institut Pengajian Tinggi (IPT) masa kini
menghadapi pelbagai cabaran seiring dengan meningkatnya perkembangan
teknologi. Kesalahan seperti khalwat, bersekedudukan dan menjual maruah
diri adalah sebahagian dariapda salah laku yang banyak berlaku pada masa

18

kini. Apa yang lebih menyedihkan adalah majoriti daripada pesalah laku
tersebut terdiri daripada bangsa Melayu dan beragama Islam. Hal ini
memberikan gambaran yang sangat jelas kepada kita betapa pincang dan
teruknya akhlak yang dimiliki oleh para mahasiswa.

Seterusnya, kita melihat isu mahasiswa yang semakin pincang dalam kancah
dunia yang serba moden ini. Menurut kajian Zulaiha Ali Othman et.al (2016),
dalam mengenalpasti sejauhmana remaja bercinta, faktor remaja bercinta dan
hubungannya terhadap pencapaian akademik. Kajian mereka mendapati
bahawa aspek penting yang menghalang remaja bercinta adalah dengan
meningkatkan faktor dalaman iaitu dengan memberi kefahaman tentang
akhlak, adab, sivik, keagamaan (batasan syarak), tanggungjawab, jati diri dan
pendidikan seks. Dapatan ini menunjukkan keruntuhan akhlak seperti remaja
bercinta adalah berpunca dari kelemahan kefahaman akhlak mereka itu
sendiri dan hanya mengikut hawa nafsu. Maka tidak hairan pelbagai implikasi
buruk lahir daripada mengikut hawa nafsu semata-mata.

Berdasarkan kajian-kajian lalu berkaitan akhlak dalam kalangan pelajar dapat
memberi input yang bermanfaat bagi memantapkan ilmu mengenai akhlak
dan juga dapat menzahirkan nilai-nilai Islam yang mantap. Namun,
sejauhmanakah penghayatan akhlak dan biah solehah siswa mereka di
kampus. Adakah Pendidikan Islam yang diterapkan di kampus berhasrat
melahirkan insan yang bertakwa dan berakhlak mulia berjaya direalisasikan?

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:
1 Mengenal pasti tahap penghayatan akhlak agama dalam

kalangan siswa guru Institut Pendidikan Guru Malaysia.

19

2 Mengenal pasti tahap penghayatan akhlak peribadi dalam
kalangan siswa guru Institut Pendidikan Guru Malaysia.

3 Mengenal pasti tahap penghayatan akhlak sosial dalam
kalangan siswa guru Institut Pendidikan Guru Malaysia.

4 Mengenal pasti tahap biah solehah siswa guru di Institut
Pendidikan Guru Malaysia.

5 Mengenalpasti hubungan tahap penghayatan akhlak dengan
tahap biah solehah di Institut Pendidikan Guru Malaysia

Soalan Kajian
1 Apakah tahap penghayatan akhlak agama siswa guru di
Institut Pendidikan Guru Malaysia?
2 Apakah tahap penghayatan akhlak peribadi siswa guru di
Institut Pendidikan Guru Malaysia?
3 Apakah tahap penghayatan akhlak sosial siswa guru di
Institut Pendidikan Guru Malaysia?
4 Apakah tahap biah solehah siswa guru di Institut Pendidikan
Guru Malaysia?

5 Adakah terdapat hubungan signifikan terhadap tahap
penghayatan akhlak dengan biah solehah di Institut
Pendidikan Guru Malaysia?

20

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif
berbentuk kajian tinjauan. Kajian ini dilaksanakan di beberapa buah sekolah
di Terengganu. Sampel kajian terdiri daripada murid tahun empat di daerah
Kuala Nerus. Hasil dapatan kajian ini dilihat melalui bentuk perkiraan yang
merangkumi nombor dan formula tertentu. Menurut Cresswell (1998), reka
bentuk kajian menunjukkan keseluruhan proses penyelidikan, daripada
proses pengkonseptual masalah kepada proses menulis laporan,
(Othman,2012). Kaedah tinjauan ini menggunakan kaedah soal selidik
bertujuan untuk melakukan penilaian terhadap beberapa aspek yang ingin
dikaji.

Menurut Mok Soon Sang (2010) pula, kajian tinjauan yang menggunakan
kaedah soal selidik ini bagi meninjau sesuatu idea, pandangan artau
gambaran isu atau situasi secara mendalam. Kajian ini bertujuan untuk
mengumpul data secara besar-besaran untuk membuat generalisasi,
menjanakan data statistik yang boleh dimanipulasi dan mengumpul data
bebas daripada kontektual. Ianya bersifat deskriptif. Ciri-ciri kaedah ini
perwakilan populasi yang luas, pengumpulan data berangka dan penggunaan
data questionaires dengan pengujian dan penilaian.

Menurut Mohd Majid Konting (2004), penyelidikan deskriptif merupakan
penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang
sedang berlaku. Tujuan penyelidik menjalankan kajian ini adalahountuk
melihat tahap penghayatan akhlak dan biah solehah siswa guru IPG Zon
Timur. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk menganalisis hubungan
antara pengahayatan akhlak dan biah solehah di IPG Zon Timur

Penyelidik memilih kaedah tinjauan ini adalah kerana kajian yang dibuat ini
melibatkan penggunaan soal selidik atau maklumat statistik untuk
mengumpulkan data mengenai sesuatu populasi, pemikiran atau tingkah laku

21

responden. Analisis deskriptif seperti min, mod, median, peratus dan
kekerapan yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat dan data mengenai
perkara di atas melalui sampel yang diperolehi daripada responden dengan
lebih tepat dan cepat.

Pensampelan
Siswa guru semester lapan dari IPG Zon Timur telah dipilih sebagai sampel
bagi menjayakan kajian ini. Menurut Noraini Idris (2013), tujuan pensampelan
adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi. Oleh itu,
pensampelan rawak mudah digunakan dalam memilih sampel yang mana
setiap responden akan mempunyai peratus peluang yang sama untuk terpilih
sebagai sampel dalam kajian ini.
Antara langkah yang penting yang perlu dilakukan ialah menentukan populasi
kajian di peringkat awal proses pemilihan sampel. Populasi dalam kajian ini
terdiri daripada siswa guru Semester lapan Institut Pendidikan Guru Zon
Timur. Jumlah populasi yang terdapat di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail,
Kampus Sultan Mizan, Kampus Tengku Ampuan Afzan dan Kampus Kota
Bharu adalah seramai 294 orang. Merujuk kepada jadual Krejcie & Morgan
(1970), seramai 209 orang sampel diperlukan untuk mewakili populasi
tersebut.

22

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat utama dalam
kajian. Instrumen kajian kuantitatif ini terdiri daripada soal selidik dan ujian
bahasa. Penyelidik memilih kaedah kajian melalui soal selidik kerana data
dapat dikumpulkan dengan mudah, terkini dan fleksibel. Soal selidik yang
digunakan mengandungi lima bahagian dan keseluruhan item berjumlah 38
item. Soal selidik bahagian A mengandungi 3 item berkaitan latar belakang
responden. Bahagian B pula mengandungi 10 item yang merangkumi soalan-
soalan yang berkaitan dengan akhlak agama. Bahagian C mengandungi 10
item tentang akhlak peribadi. Bahagian D pula mengandungi sembilan item
tentang akhlak sosial. Akhir sekali bahagian E mempunyai sembilan item
berkaitan pelaksanaan biah solehah.

Kesahan dan Kebolehpercayaan
Kesahan merupakan kebolehan alat ukur mengukur apa yang sepatutnya
diukur. Kajian ini diperoleh dripada pengesahan oleh pakar-pakar yang
mempunyai autoriti dalam pelbagai bidang. Antara aspek yang disahkan oleh
pakar dalam instrumen kajian ini ialah kesahan muka, kandungan dan
konstruk. Kesahan soal selidik kajian ini telah dinilai oleh empat orang pakar
iaitu Dr Aznida binti Abdul Aziz sebagai pakar kandungan, Dr Irfan Nyia bin
Abdullah sebagai pakar bahasa, Dr Yuslaini binti Yunus sebagai pakar
konstruk dan En Mat Ali Bin Ghani. Instrumen kajian ini telah dibaiki dan
disahkan oleh pakar-pakar dalam bidang Pendidikan Islam.

Kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan adalah merujuk kepada
keupayaan suatu kajian untuk memperoleh nilai yang serupa apabila
pengukuran yang sama diulangi. Sesuatu kajian dikatakan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi jika pengukuran pada kali yang kedua, ketiga
atau pada kali yang seterusnya dilakukan, nilai yang diperoleh adalah serupa
(Chua, 2011). Kebolehpercayan juga boleh ditafsirkan sebagai ketekalan dan
kestabilan dalaman instrumen dalam mengukur sesuatu konsep (Beins,2009).
Menurut Lee et al. (2014), kebolehpercayaan adalah sesuatu kajian yang

23

boleh diguna pakai semula di mana kajian tersebut boleh menjadi rujukan
semula untuk kajian yang seterusnya. Dapatan kajian rintis menunjukkan
pekali kebolehpercayaan keseluruhan item soal selidik adalah 0.80. Nilai ini
mencukupi untuk mencapai tahap kebolehpercayaan soal selidik dan boleh
digunakan untuk pengumpulan data kajian.

Kaedah Pengumpulan Data

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan (kuantitatif) dan
dilaksanakan terhadap 209 orang siswa guru IPG Zon Timur. Soal selidik yang
telah dibina terdapat lima bahagian iaitu A,B,C,D dan E. Dalam setiap
bahagian mengandungi 9 hingga 10 item. Borang soal selidik telah disebarkan
ke beberapa institutusi yang berkenaan. Di dalam kajian ini penyelidik akan
menggunakan kaedah analisis data deskriptif. Analisis ini digunakan bagi
tujuan terperinci tentang sesuatu pemboleh ubah dikaji. Data yang diperolehi
akan dibincangkan dalam bentuk statistik deskriptif yang menggunakan
indeks mod, min, frekuensi dan peratusan. Data boleh diproses menggunakan
program Statistical Package For the Social Science Version 20.0 (SPSS
Ver.20.0).

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Pengenalan
Seramai 209 responden yang telah dipilih secara rawak mudah bagi kajian ini
melibatkan siswa guru IPG Zon Timur. Semua keputusan dan dapatan kajian
ditunjukkan dalam bentuk jadual.

Terdapat lima bahagian utama yang perlu dianalisis iaitu berkaitan konstruk
tahap pengahayatan akhlak agama siswa guru. Konstruk kedua pula
berkaitan dengan tahap pengahayatan akhlak peribadi siswa guru IPG Zon

24

Timur. Ketiga, konstruk tentang tahap penghayatan akhlak sosial siswa guru
IPG Zon Timur. Keempat, konstruk berkaitan tahap biah solehah siswa guru
IPG Zon Timur. Akhir sekali adalah hubungan antara penghayatan akhlak dan
biah solehah siswa guru IPG Zon Timur.

Analisis Data

Data bagi kajian ini diproses menggunakan program Statistical Package For
the Social Science Version 20.0 (SPSS Ver.20.0). Pengkaji menggunakan
kaedah analisis data deskriptif. Analisis ini digunakan bagi tujuan terperinci
tentang sesuatu pemboleh ubah dikaji. Data yang diperolehi akan
dibincangkan dalam bentuk statistik deskriptif yang menggunakan indeks,
min, frekuensi dan peratusan. Manakala analisis korelasi digunakan bagi
melihat hubungan antara tahap penghayatan akhlak dan biah solehah siswa
guru IPG Zon Timur. Analisis deskriptif digunakan bagi menjelaskan tahap
pengahyatan akhlak (agama, peribadi dan sosial) serta tahap biah solehah
siswa guru IPG Zon Timur. Bagi menjawab soalan berikut, pengkaji
menggunakan interpretasi skor min seperti dalam jadual 1.

Jadual 1: Interpretasi skor min

Pengiraan Sela Kelas Skor min Interpretasi skor min

5 – 1 = 1.33 1.00 hingga 2.33 Rendah
3 2.34 hingga 3.67 Sederhana
3.68 hingga 5.00
Tinggi

Sumber: Zainudin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Megat Aman Zahiri
Megat Zakariadan Mohd Ali Ibrahim (2007)

25

DAPATAN KAJIAN
Hasil dapatan kajian yang dikemukakaan dalam bab ini adalah untuk
menghuraikan jawapan kepada soalan kajian iaitu mengenal pasti tahap
penghayatan akhlak agama, tahap penghayatan akhlak peribadi, tahap
penghayatan akhlak sosial dan tahap biah solehah siswa guru Institut
Pendidikan Guru di Malaysia. Akhir sekali, kajian juga dibuat untuk
mengenalpasti hubungan tahap penghayatan akhlak dengan biah solehah di
Institut Pendidikan Guru Zon Timur

Profil Peserta Kajian
Kajian ini melibatkan 209 orang terdiri daripada siswa guru semester 8 dan
belajar di Institut Pendidikan Guru Zon Timur. Huraian latar belakang sampel
kajian adalah merangkumi jantina dan tempat belajar. Berikut merupakan
analisis dan ulasan mengenai latar belakang sampel kajian yang terlibat
dalam kajian ini.

Analisis pertama dalam bahagian ini ialah berkaitan dengan jantina
responden. Kajian menunjukkan keseluruhan jumlah responden ialah seramai
209 orang. Daripada jumlah tersebut, jantina lelaki sebanyak 56 orang
manakala jantina perempuan sebanyak 153 orang. Ini menjadikan bilangan
perempuan yang menjawab soal selidik adalah sebanyak 73.2% manakala
bilangan lelaki yang menjawab soal selidik adalah sebanyak 26.8%. Analisis
seterusnya ialah berkaitan dengan tempat belajar responden. Kajian
menunjukkan seramai 50 orang (23.9%) responden belajar di IPG Kampus
Dato Razali Ismail, 50 orang (23.9%) responden belajar di IPG Kampus Sultan
Mizan, 57 orang (27.3%) responden belajar di IPG Kampus Kota Bharu dan
52 orang (24.9%) responden belajar di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

26

Tahap penghayatan akhlak agama siswa guru IPG Zon Timur

Pengkaji telah menganalisis sebanyak 10 item soal selidik untuk mengetahui
tahap penghayatan akhlak agama siswa guru di Institut Pendidikan Guru
Malaysia. Hasil kajian keseluruhan mendapati tahap penghayatan akhlak
agama siswa guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia berada pada tahap
yang tinggi iaitu pada skor min=4.61 dan SP=0.36. Kesemua 10 item berada
pada tahap tinggi antara skor min=4.84 dan SP=0.42 bagi item B7 iaitu ‘Saya
melaksanakan solat fardu lima waktu sehari semalam’ hingga min=4.20 dan
SP=0.86 bagi item B10 iaitu ‘Saya berusaha melakukan solat fardu secara
berjemaah’. Bagi item B1 iaitu ‘Saya utamakan perintah Allah’ skor min=4.77
dan SP=0.43. Seterusnya, bagi item B2 iaitu ‘Saya berselawat apabila
mendengar nama Nabi Muhammad’ skor min=4.84 dan SP=0.37. Bagi item
B3 iaitu ‘Saya berfikir tentang keadaan selepas mati’, skor min=4.62 dan
SP=0.55. Item B4 iaitu ‘Saya menerima qada dan qadar Allah’ pula
menunjukkan nilai skor min=4.63 dan SP=0.56. Seterusnya, item B5 iaitu
‘Saya sentiasa memohon pertolongan daripada Allah S.W.T’ menunjukkan
nilai min=4.77 dan SP=0.44. Item B6 iaitu ‘Saya memperbaharui Syahadah
saya setiap hari’ pula menunjukkan min=4.56 dan SP=0.65. Selain itu, item
B7 iaitu ‘Saya melaksanakan solat fardu lima waktu sehari semalam’
menunjukkan min=4.84 dan SP=0.42. Bagi item B8 iaitu ‘Saya berpuasa
penuh di bulan Ramadan’ menunjukkan min=4.48 dan SP=0.93. Seterusnya,
item B9 iaitu ‘Saya memperbanyakkan sedekah di bulan Ramadan’
menunjukkan min=4.39 dan SP=0.66. Akhir sekali, item B10 iaitu ‘Saya
berusaha melakukan solat fardu secara berjemaah’ menunjukkan min=4.20
dan SP=0.86.

Secara keseluruhannya, tahap penghayatan akhlak agama siswa guru di
Institut Pendidikan Guru Malaysia berada pada tahap yang tinggi. Item B7 iaitu
‘Saya melaksanakan solat fardu lima waktu sehari semalam’ merupakan item
yang mempunyai min yang paling tinggi sekali berbanding item-item lain.
melalui dapatan kajian, pengkaji mendapati siswa guru di Institut Pendidikan

27

Guru Malaysia amat menekankan dan menjaga solat fardhu lima waktu sehari
semalam. Namun, masih terdapat siswa guru yang tidak berusaha untuk
melakukan solat secara berjemaah walaupun umum mengetahui tentang
kelebihan solat berjemaah. Hal ini terbukti apabila item B10 iaitu ‘Saya
berusaha melakukan solat fardu secara berjemaah’ merupakan item yang
mempunyai min yang paling rendah berbanding dengan item lain. Hal ini
memberi implikasi kepada perlunya kerjasama semua pihak seperti Pihak
Pentadbir, para pensyarah dan Jawatankuasa Balai untuk merangka lebih
banyak program dan inisiatif untuk menambahkan kesedaran kepada siswa
guru tentang kelebihan solat berjemaah.

Tahap Penghayatan Akhlak Peribadi Siswa Guru IPG Zon Timur

Pengkaji telah menganalisis sebanyak 10 item soal selidik untuk mengetahui
tahap penghayatan akhlak peribadi siswa guru di Institut Pendidikan Guru
Malaysia. Hasil kajian keseluruhan mendapati tahap penghayatan akhlak
peribadi siswa guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia berada pada tahap
yang tinggi iaitu pada skor min=4.36 dan SP=0.42. Kesemua 10 item berada
pada tahap tinggi antara skor min=4.76 dan SP=0.45 bagi item C5 iaitu ‘Saya
memastikan makanan yang saya makan adalah halal’ hingga min=3.76 dan
SP=1.02 bagi item C4 iaitu ‘Saya sentiasa mengamalkan doa keluar masuk
tandas’. Hal ini menunjukkan siswa guru sangat menjaga sumber pemakanan
yang mereka. Aspek halal dan haram menjadi keutamaan mereka dalam bab
memilih makanan. Sebagai muslim, lebih-lebih lagi bergelar guru kita
sepatutnya menjaga sumber pemakanan kita.

Bagi item C1 iaitu ‘Saya sentiasa mendahulukan langkah kanan apabila
hendak masuk ke masjid’ menunjukkan skor min=4.53 dan SP=0.63.
Seterusnya, bagi item C2 iaitu ‘Saya sentiasa menutup aurat’ skor min=4.49
dan SP=0.71. Bagi item C3 iaitu ‘Saya menjaga pandangan saya’, skor
min=4.06 dan SP=0.76. Item C4 iaitu ‘Saya menerima qada dan qadar Allah’

28

juga menunjukkan nilai min dan SP yang paling rendah berbanding yang lain
dengan nilai skor min=3.76 dan SP=1.02. Seterusnya, item C5 iaitu ‘Saya
memastikan makanan yang saya makan adalah halal’ menunjukkan nilai min
yang paling tinggi berbanding item yang lain iaitu min=4.76 dan SP=0.45. Item
C6 iaitu ‘Saya akur kepada sesuatu perkara apabila saya dapati ia benar’ pula
menunjukkan min=4.59 dan SP=0.53. Selain itu, item C7 iaitu ‘Saya berlapang
dada menerima teguran orang lain’ menunjukkan min=4.41 dan SP=0.62.
Bagi item C8 iaitu ‘Saya berjabat tangan apabila bertemu dengan orang’
menunjukkan min=4.07 dan SP=0.89. Seterusnya, item C9 iaitu ‘Saya suka
memberikan senyuman’ menunjukkan min=4.48 dan SP=0.68. Akhir sekali,
item C10 iaitu ‘Saya akan segera meminta maaf sekiranya melakukan
kesalahan’ menunjukkan min=4.44 dan SP=0.68.

Rumusan daripada penghayatan akhlak terhadap peribadi bagi siswa guru
yang berada di IPG Zon Timur adalah pada tahap yang tinggi.
Walaubagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan masih lagi terdapat siswa
guru yang tidak mengamalkan akhlak peribadi yang mulia dalam kehidupan
seharian seperti doa keluar masuk tandas,menutup aurat, berjabat tangan
apabila bertemu dengan orang, suka memberikan senyuman, menjaga
pandangan, mendahulukan langkah kanan apabila hendak masuk ke masjid
dan segera meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan.

Tahap Penghayatan Akhlak Sosial

Pengkaji telah menganalisis sebanyak 9 item soal selidik untuk mengetahui
tahap penghayatan akhlak sosial siswa guru di Institut Pendidikan Guru
Malaysia. Hasil kajian keseluruhan mendapati tahap penghayatan akhlak
sosial siswa guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia berada pada tahap
yang tinggi iaitu pada skor min=4.36 dan SP=0.42. Kesemua 9 item berada
pada tahap tinggi antara skor min=4.91 dan SP=0.29 bagi item D3 iaitu ‘Saya
mengasihi kedua-dua orang tua saya’ hingga min=4.38 dan SP=0.69 bagi
item D6 iaitu ‘Saya menasihati sahabat saya supaya bersabar.

29

Bagi item D1 iaitu ‘Saya mentaati ibu saya’ menunjukkan skor min=4.76 dan
SP=0.44. Seterusnya, bagi item D2 iaitu ‘Saya mentaati bapa saya’
menunjukkan skor min=4.71 dan SP=0.49. Bagi item D3 iaitu ‘Saya mengasihi
kedua-dua orang tua saya’, skor min menunjukkan skor min paling tinggi iaitu
skor min=4.91 dan SP=0.29. Item D4 iaitu ‘Saya berjabat tangan apabila
bertemu sahabat’ menunjukkan nilai skor min=4.42 dan SP=0.75. Seterusnya,
item D5 iaitu ‘Saya sentiasa berusaha membantu sahabat saya’ menunjukkan
nilai min=4.52 dan SP=0.55. Item D6 iaitu ‘Saya menasihati sahabat saya
supaya bersabar’ pula menunjukkan min yang paling rendah berbanding item
yang lain iaitu min=4.38 dan SP=0.69. Selain itu, item D7 iaitu ‘Saya
menghormati pensyarah saya’ menunjukkan min=4.67 dan SP=0.48. Bagi
item D8 iaitu ‘Saya memberi salam kepada pensyarah saya’ menunjukkan
min=4.71 dan SP=0.54. Akhir sekali, item D9 iaitu ‘Saya melakukan tugas
yang telah diamanahkan oleh pensyarah kepada saya’ menunjukkan
min=4.55 dan SP=0.60.

Rumusan daripada data tentang penghayatan akhlak terhadap sosial bagi
siswa guru yang yang berada di IPG Zon Timur menunjukkan dapatan yang
baik tentang penghayatan akhlak terhadap sosial bagi siswa guru yang yang
berada di IPG Zon Timur namun 1% siswa guru masih lagi tidak memberi
salam kepada pensyarah, 0.5% siswa guru yang tidak melakukan tugas yang
telah diamanahkan oleh pensyarah kepada mereka, 6% lagi siswa guru yang
tidak berjabat tangan apabila bertemu sahabat dan 1.9% siswa guru yang
tidak menasihati sahabat mereka supaya bersabar

Tahap Biah Solehah Siswa Guru IPG Zon Timur

Pengkaji telah menganalisis sebanyak 9 item soal selidik untuk mengetahui
tahap pelaksanaan biah solehah di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Hasil
dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan biah solehah di
Institut Pendidikan Guru Malaysia Zon Timur berada pada tahap yang sangat
baik. Hal ini dibuktikan dengan nilai min purata secara keseluruhan bagi
konstruk biah solehah ini adalah sebanyak min=4.58 dan nilai SP= 0.39.

30

Kesemua 9 item berada pada tahap tinggi antara skor min=4.66 dan SP=0.59
bagi item E9 iaitu ‘Saya berpendapat bahawa pensyarah sentiasa
mengajarkan adab bersopan-santun secara informal kepada siswa guru’
hingga min=4.44 dan SP=0.63 bagi item E2 iaitu ‘Saya berpendapat pihak
pentadbiran mudah membenarkan penganjuran program-program
keagamaan di kampus’.

Bagi item E1 iaitu ‘Saya berpendapat pihak pentadbiran menggalakkan
pelbagai aktiviti keagamaan’ menunjukkan skor min=4.50 dan SP=0.61.
Seterusnya, bagi item E2 iaitu ‘Saya berpendapat pihak pentadbiran mudah
membenarkan penganjuran program-program keagamaan di kampus’
menunjukkan skor min yang paling rendah berbanding item lain iaitu min=4.44
dan SP=0.63. Bagi item E3 iaitu ‘Saya berpendapat pihak pentadbiran
sentiasa menekankan tentang kehadiran solat berjemaah’, skor min
menunjukkan min=4.62 dan SP=0.57. Item E4 iaitu ‘Saya berpendapat Balai
Islam sentiasa melaksanakan program tarbiyyah kepada siswa guru’
menunjukkan nilai skor min=4.66 dan SP=0.53. Seterusnya, item E5 iaitu
‘Saya berpendapat Balai Islam sentiasa melaksanakan program puasa sunat
dan iftar mingguan’ menunjukkan nilai min=4.52 dan SP=0.65. Item E6 iaitu
‘Saya berpendapat Balai Islam selalu menekankan tentang kehadiran solat
berjemaah di Balai Islam’ pula menunjukkan min=4.65 dan SP=0.56. Selain
itu, item E7 iaitu ‘Saya berpendapat pensyarah sentiasa menasihati siswa
guru ke arah kebaikan’ menunjukkan min=4.63 dan SP=0.53. Bagi item E8
iaitu ‘Saya berpendapat pensyarah mengambil berat akan perihal akhlak
siswa guru’ menunjukkan min=4.58 dan SP=0.40. Akhir sekali, item E9 iaitu
‘Saya berpendapat bahawa pensyarah sentiasa mengajarkan adab bersopan-
santun secara informal kepada siswa guru’ menunjukkan skor min yang
tertinggi berbanding item-item lain iaitu nilai min=4.66 dan SP=0.59.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan biah solehah
di Insitut Pendidikan Guru Malaysia Zon Timur berada pada tahap yang

31

sangat baik. Hal ini dibuktikan dengan nilai min purata secara keseluruhan
bagi konstruk biah solehah ini adalah sebanyak min=4.58 dan SP= 0.39.

Hubungan antara Penghayatan Akhlak dan Biah Solehah Siswa Guru
IPG Zon Timur

Tafsiran pekali Pearson ‘r’ digunakan untuk mengenalpasti hubungan tahap
penghayatan akhlak dengan biah solehah di Institut Pendidikan Guru
Malaysia. Berdasarkan Jadual 4.8 menunjukkan terdapat perhubungan
sederhana yang signifikan antara tahap penghayatan akhlak dengan biah
solehah di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Hubungan antara tahap
penghayatan akhlak agama dengan biah solehah di Institut Pendidikan Guru
Malaysia menunjukkan hubungan sederhana yang signifikan dengan nilai
r=0.398. Selain itu, hubungan antara tahap penghayatan akhlak peribadi
dengan biah solehah di Institut Pendidikan Guru Malaysia juga menunjukkan
hubungan sederhana yang signifikan dengan nilai r=0.396. Akhir sekali,
terdapat perhubungan sederhana yang signifikan antara tahap penghayatan
akhlak sosial dengan biah solehah di Institut Pendidikan Guru Malaysia
dengan nilai r=0.396.

KESIMPULAN
Kajian ini bertujuan mengkaji tahap penghayatan akhlak dan biah solehah
siswa guru Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Secara keseluruhan, dapatan
kajian menunjukkan tahap penghayatan akhlak siswa guru IPG berada pada
tahap yang tinggi. Selain itu tahap biah solehah juga berada pada tahap yang
sangat baik dan memberangsangkan. Hasil kajian juga mendapati bahawa
wujudnya hubungan yang sederhana signifikan antara tahap penghayatan
akhlak dan biah solehah siswa guru IPG. Kajian ini telah memberi persepsi
yang sangat baik terhadap pihak pentadbiran, para penysarah dan juga balai
Islam kerana saling bekerjasama dalam mengamalkan biah solehah sehingga
mempengaruhi tahap penghayatan akhlak siswa guru. Kajian ini perlu

32

diperkembangkan di peringkat sekolah bagi melihat sejauhmana pula tahap
penghayatan akhlak guru sebenar di sekolah sekaligus memberi sumbangan
dalam pembangunan pendidikan Malaysia yang syumul.

RUJUKAN

Abdul Malik AbdulKarim Amirullah. (1990). Tafsir al-Azhar. Singapura:
Pustaka Nasional Pte Ltd .

Abdul Rashid Zainal. 2012. Biah Solehah Pemangkin Kecemerlangan
Sahsiah Pelajar. PKPI. Institut Pendidikan Guru. Bangi Selangor

Al-Quran al-Karim. (n.d.).

Cresswell, J. W. (1998). Educational Research. University of Nebraska–
Lincoln.

Chua Yan Piawa. (2011). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan: Kaedah
Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Hamka (1990), Tasauf Moderen [Modern Sufism], Pustaka Panjimas, Jakarta
first publish in 1939.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008). Bahagian Pendidikan Islam Dan
Moral.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research
activities. Educational & psychological measurement, 30 (3), 25-39.

Melati Sumari & Zaharah Hussin. (2006). Cabaran IPT Dalam Menangani
Salah Laku Dan Kepincangan Akhlak Mahasiswa. Nasdec
Conference.

Mok Soon Sang (2011). Psikologi Pendidikan. Malaysia: Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.

Mohd. Majid Konting. (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan, (2nd ed),
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

33

Nasarudin Desa, Tengku Intan Zarina Tengku Puji & Sabri Mohamad. (2018).
Menangani Keruntuhan Akhlak Masa Kini Menurut Islam. Jurnal al-
Turath: Vol.3, No. 1, 57.

Noraini. (2013). Penggunaan Inovasi Teknologi Dalam Pengajaran: Cabaran
Guru Dalam E- Pembelajaran. Proceedings Of The 7 International
Malaysian Educational Technology Convention (IMETC 2013).

Norhisham Mohamad. (2015). Biah Solehah dan Penghayatan Akhlak
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama . Fakulti Kemanusiaan,
Universiti Perguruan Sultan Idris.

Nurul Husna Rosidi. (2017, Mei 8). Akhlak Remaja Melayu Semakin
Meruncing. Retrieved from Utusan Online:
http://www.utusan.com.my/rencana/forum/akhlak-remaja-melayu-
semakin-meruncing-1.478633

Othman, T. (2013). Asas penulisan tesis, pengkajian dan statistik. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Rashid Zainal, Sumaiyyah Sulaiman & Siti Jaafar. (2014). Biah Solehah
Pemangkin Kecermelangan Sahsiah Pelajar.

Zainudin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Megat Aman Zahiri Megat
Zakaria dan Mohd Ali Ibrahim (2007). Kemahiran ICT guru pelatih
Universiti Teknologi Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan JPPG
2007. 18 – 20 November 2007. Royal Adelphi, Seremban.

Zulaiha Othman, Roslan Ahmad, Umi Nadzrah & Zurina Muda. (2016).
Remaja Bercinta: Kajian Terhadap Tiga Jenis Sekolah Menengah
Kebangsaan, Agama dan Agama Swasta. Jurnal Hadhari.

34

Meningkatkan Penguasaan Membaca Jawi Murid Tahun 2 di SK
Kompleks Tembesu Menggunakan Buku Cerita Jawi Fun

Nur’Atiqah binti Norselin
[email protected]
Asyraf Ridwan bin Ali, Ph.D
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Pembelajaran Jawi merupakan salah satu bidang penting dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam. Kajian tindakan ini bertujuan meningkatkan
penguasaan membaca Jawi dalam kalangan murid tahun 2 SK Kompleks
Tembesu dengan menggunakan Buku Cerita Jawi Fun. Refleksi pengajaran
dan pembelajaran lepas menunjukkan beberapa orang murid tidak mahir
membaca jawi terutamanya apabila melibatkan suku kata tertutup. Objektif
kajian ini adalah untuk membantu murid meningkatkan penguasaan
membaca Jawi dengan menggunakan Buku Cerita Jawi Fun yang membawa
tema perwira sebagai elemen penarik. Model yang digunakan dalam kajian ini
ialah model Kurt Lewin. Peserta kajian terdiri daripada seorang murid
perempuan dan dua orang murid lelaki yang dipilih melalui ujian bacaan Jawi
oleh guru. Data kajian yang telah dikumpul menggunakan instrumen ujian pra
dan pos, borang soal selidik dan borang maklum balas serta dianalisis secara
naratif mengikut objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan intervensi Buku
Cerita Jawi Fun ini telah berjaya membantu peserta kajian untuk membaca
Jawi dengan lebih lancar. Dapatan kajian 1 menunjukkan peserta kajian 1 dan
2 mengalami peningkatan sebanyak 15% manakala peserta kajian 3
mengalami peningkatan 4%. Dapatan kajian 2 pula menunjukkan tahap minat
peserta kajian terhadap pelajaran Jawi selepas menggunakan Buku Cerita
Jawi Fun berada pada tahap baik. Rumusannya, Buku Cerita Jawi Fun telah
berupaya membantu murid menguasai kemahiran membaca Jawi perkataan
suku kata tertutup dengan lebih sempurna. Justeru, dicadangkan supaya
Buku Cerita Jawi Fun diaplikasikan kepada semua lapisan tahap murid
supaya ianya menjadi alat bantu mengajar yang lebih menyeronokkan serta
bermanfaat.

Kata Kunci : Buku Cerita Jawi Fun, Membaca Jawi, Suku Kata Tertutup

35

PENGENALAN

Tersebarnya Islam ke negara kita melalui tulisan Jawi yang merupakan
tulisan difahami oleh rakyat tempatan. Kitab-kitab Jawi yang membentuk
ketamadunan bangsa suatu masa dahulu berperanan sebagai alat untuk
mengasaskan akidah tauhid dalam di alam Melayu pada tahun 1200 hingga
1400 (Ahmad Farid, Rahimin, Siti Maimunah, et al, 2018). Dari situ juga,
bermulalah pendidikan yang menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi.
Kewujudan tulisan rumi menyebabkan tulisan jawi agak dipiggirkan dan
wujudlah satu mata pelajaran khusus untuk mempelajari jawi. Pendidikan
Jawi merangkumi pelbagai jenis kemahiran seperti mengenal, mengeja,
menyebut, membaca, dan menulis jawi dengan matlamat untuk membolehkan
pelajar menguasai pelbagai pelajaran dalam Pendidikan Islam (Asyraf Ridwan
Ali & Burhanuddin Abdullah, 2015)

Satu kajian yang telah dilakukan oleh pihak Lembaga Penasihat Cawangan
Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) Bahagian
Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1993, yang mengatakan bahawa:
….”Sudah memadai” kemahiran Jawi (menulis dan membaca) didedahkan di
Sekolah Rendah Kebangsaan masa kini. Cuma, guru yang mengajar
kemahiran Jawi ini perlu kreatif, inovatif dan positif. Pelajar-pelajar perlu diberi
situasi belajar Jawi yang menggalakkan seperti penggunaan akhbar, buku-
buku cerita Jawi dan membuat latihan pengukuhan dan pengayaan di rumah
(Che Siah Che Mat, 2006).

Menurut Che Siah Che Man (2006), kaedah ayat atau cerita di dalam
pembelajaran Jawi ini senang dan diakui mudah oleh guru untuk
melaksanakan dalam kelas. Hal ini kerana murid-murid pada zaman sekarang
lebih banyak terdedah dengan peranti mudah alih dan karikatur di televisyen.
Jika pembelajaran Jawi ini tidak mengikut peredarannya maka ia akan
mengurangkan minat serta perhatian murid. Keadaan ini perlulah seimbang
di antara minat serta pengisian yang boleh dipelajari murid. Hal ini
menunjukkan pengetahuan dan minat murid terhadap mata pelajaran Jawi

36

perlulah seimbang. Oleh itu, satu langkah perlulah diambil bagi mengatasi
masalah ini.

Menurut Gianluca Lancana Indonesia, Hardman Budiarjo dan Sigit Prayitnoo
Yosep (2017), media buku cerita bergambar yang ditujukan untuk anak usia
6-9 tahun ini cukup relevan kerana sifat buku cerita yang terbuka dan luas
namun tetap fungsional dan membatasi. Satu kajian yang dilakukan oleh Md
Sidin (2005), ternyata bahawa tujuan utama penerbitan buku kanak-kanak
adalah untuk mengajar mereka membaca dan menulis. Beliau menyambung
dalam perenggan yang sama dengan mengatakan buku cerita diterbitkan
bukan sahaja mengasah mereka kemahiran membaca tetapi juga untuk
membolehkan mereka menikmati dan menghayati cerita-cerita yang dapat
memberi pengajaran.

i) Konteks

Pengkaji merupakan siswa guru tahun akhir di Institut Pendidikan Guru (IPG)
Kampus Dato’ Razali Ismail dalam pengkhususan Pendidikan Islam Sekolah
Rendah bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun
2016. Pengkaji telah menjalani praktikum selama 3 bulan dan internship
selama empat minggu bermula 23 Februari 2020 hingga 25 Mac 2020 di
Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu. Sepanjang pelaksanaan latihan
praktikum pengkaji telah mengenalpasti beberapa permasalahan Jawi yang
dialami oleh murid tahap 1 khususnya.

ii) Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lepas

Pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar murid Tahun 3 dalam Subjek
Pendidikan Islam. Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung
pengkaji telah mengesan beberapa masalah yang ketara terhadap murid.
Antara masalah tersebut ialah kelemahan murid dalam membaca Jawi.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan selepas ujian diagnostik bacaan
Jawi dilakukan, kebanyakan murid tidak boleh membaca Jawi dengan betul
terutamanya apabila berjumpa dengan suku kata tertutup. Menurut Che Siah

37

Che Man (2006), beliau mendapati bahawa dua kemahiran yang perlu
dikuasai oleh murid dalam subjek Jawi iaitu membaca dan menulis. Antara
kedua-dua kemahiran tersebut, kemahiran membaca adalah kemahiran yang
paling kompleks sekali.

Dalam kemahiran membaca Jawi, perkara utama yang perlu dipelajari ialah
mengenal huruf tunggal jawi, menyambung huruf jawi, membentuk suku kata
dan seterusnya menyambung dan membaca huruf jawi membentuk
perkataan. Petikan daripada Sukatan Pelajaran Jawi Sekolah Rendah 1994
mengatakan bahawa matlamat pelajaran Jawi adalah melengkapkan murid
dengan kemahiran membaca dan menulis jawi bagi membolehkan mereka
mempelajari pelbagai bidang ilmu khususnya Pendidikan Islam.

iii) Pengumpulan Data Awal

Pengkaji telah menggunakan dua instrumen bagi mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh murid dalam mata pelajaran Jawi. Instrumen yang
digunapakai oleh pengkaji dalam kajian ini ialah pemerhatian untuk menilai
aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan dan penulisan. Pengkaji juga
telah melakukan ujian diagnostik bagi mengesan murid yang mempunyai
masalah bacaan suku kata tertutup.

Pemerhatian yang dilakukan adalah untuk mengesan kemahiran membaca
Jawi suku kata tertutup. Pemerhatian yang dilakukan adalah secara tidak
berstruktur dan merupakan nota lapangan. Pengkaji telah mengajar
berkenaan perkataan suku kata tertutup di kelas.

Jadual 1 : Analisa Pemerhatian

Bil Masalah Huraian Masalah

1 Murid tidak menumpukanSemasa pengkaji mengajar tentang

perhatian suku kata tertutup, terdapat murid yang

tidak memberikan perhatian dengan

sepenuhnya. Murid lebih cenderung

38

untuk bermain di bawah meja, membaca

buku cerita yang tiada kaitan dengan

pembelajaran serta berimaginasi

sendiri.

2 Murid tidak mampuApabila pengkaji bertanya beberapa

menjawab soalan apabilaorang murid berkenaan sesi

ditanya. pembelajaran, murid tidak mampu untuk

menjawabnya dengan tepat.

Jadual 1 menunjukkan masih ramai murid yang tidak berminat dengan
bidang Jawi kerana mereka sukar menumpukan perhatian semasa sesi
Pengajaran dan Pembelajaran berlaku. Murid memerlukan pendekatan
yang berbeza supaya mereka lebih tertarik untuk mempelajari Jawi. Selain
itu, pengkaji juga telah menggunakan kaedah ujian diagnostik terhadap
murid bagi mengetahui keadaan semasa murid.

Jadual 2 : Peratusan Ujian Diagnostik (ujian lisan)

Tahap Bilangan (n) Peratus (%)
1 (LANCAR) 1 3.13

2 (AGAK LANCAR) 4 12.5
3 (SEDERHANA) 6 18.8
4 (KURANG LANCAR) 12 37.5
5 (TIDAK MENGUASAI) 9 28.1

39

28.10% 3.13% 12.50%
18.80%

37.50%
12345

Rajah 1 : Pembahagian Tahap Penguasaan Membaca Jawi Murid Tahun 2
Al-Kauthar

Data ini menunjukkan bahawa terdapat lebih separuh daripada jumlah murid
dalam kelas 2 Al-Kauthar masih tidak menguasai pembacaan Jawi dengan
baik. Murid tahun 2 Al-Kauthar masih memerlukan bimbingan dalam
meningkatkan pembacaan Jawi. Pengkaji dengan mengambil keputusan
untuk memilih 3 orang peserta kajian daripada kelas ini untuk melakukan sesi
intervensi.

FOKUS KAJIAN

Pengajar Jawi perlu anjakan paradigma dan lebih terbuka dalam soal
pengajaran dan pembelajaran Jawi (Che Siah Che Man, 2006). Guru
Pendidikan Islam, khususnya yang mengajar bidang Jawi perlu lebih peka
untuk menyelesaikan masalah membaca atau menulis jawi yang berlarutan.
Oleh itu, guru perlu lebih terkehadapan dalam melakukan rawatan terhadap
masalah Jawi yang dihadapi oleh anak murid.

Pengkaji telah memilih fokus kajian kemahiran membaca suku kata tertutup
Jawi bagi murid Tahun 2 di SK Kompleks Tembesu, Kuala Terengganu.
Keputusan ujian dianostik yang dilakukan terhadap murid Tahun 2 ini, lebih
daripada 70 peratus murid tidak boleh membaca suku kata terbuka dan
tertutup jawi. Hal ini membimbangkan kerana sukatan pembelajaran suku
kata tertutup perlu dikuasai pada akhir Tahun 1. Kebanyakan murid masih lagi
tidak menguasai bacaan mudah Jawi walaupun sudah berada pada Tahun 2.

40

Berbekalkan pengalaman yang pernah dilalui sepanjang praktikum sesi lalu,
semasa pengkaji ditugaskan untuk mengajar di kelas Tahun 3 dan Tahun 4
pengkaji mendapati masalah yang hampir serupa masih lagi dialami oleh
mereka. Walaupun peratusan lemah membaca Jawi semakin berkurang
seiring dengan peningkatan umur murid namun masih lagi wujud murid yang
lemah dalam pembacaan Jawi serta menimbulkan kerisauan berkenaan
bagaimana murid mahu memahami subjek Pendidikan Islam sedangkan
mereka masih lagi tidak menguasai kemahiran membaca Jawi.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
i) Objektif Kajian

1. Meningkatkan penguasaan bacaan jawi suku kata tertutup dalam
kalangan murid sekolah rendah Tahun 2 Al-Kauthar dengan menggunakan
Buku Cerita Jawi-Fun
2. Mengenal pasti tahap minat murid untuk mempelajari pelajaran Jawi
selepas menggunakan modul Buku Cerita Jawi fun
ii) Soalan Kajian
1. Adakah Buku Cerita Jawi Fun mampu meningkatkan penguasaan
bacaan jawi suku Kata tertutup dalam kalangan murid sekolah rendah
Tahun 2 Al Kauthar?
2. Apakah tahap minat murid untuk mempelajari pelajaran Jawi selepas
menggunakan modul Buku Cerita Jawi Fun?

41

PESERTA KAJIAN

Jadual 3: Peserta Kajian

Peserta Nama Jantina Markah Ujian Ciri-ciri Unik
Kajian (bukan Nama P Diagnostik
- Pendiam dan
1 sebenar) 55% kurang keyakinan
Sarah diri

2 Hilmi L 59% - Aktif tetapi selalu
cuai ketika
3 Mikhael L 41% membaca

- Kurang
menumpukan
perhatian dan
suka bermain

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

a) Langkah-langkah Tindakan

Dalam proses menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji menggunakan
model Kurt Lewin. Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan
suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps), di mana ia mempunyai
empat langkah iaiatu merancang (planning), bertindak (action), memerhati
(observing) dan mereflek (reflection).

Pengkaji telah merancang untuk membina alat intervensi selepas melihat
masalah yang dihadapi oleh murid. Perancangan ini telah mengambil kira
minat dan kecenderungan murid terhadap mata pelajaran Jawi selepas
melakukan pemerhatian kasar. Perancangan yang dibina merangkumi
aspek merancang penyediaan bahan intervensi, pemilihan peserta kajian
dan pelaksanaan intervensi.

Bagi melaksanakan tindakan ini, pengkaji telah memanggil 3 orang peserta
kajian dari kelas Tahun 2 Al-Kauthar untuk melaksanakan intervensi ini.
Tempoh pelaksanaan intervensi ini memakan masa selama 30 minit bagi

42

setiap sesi. Pengkaji telah merancang untuk menggunakan 4 langkah untuk
melaksanakan kajian tindakan ini.

Jadual 4 : Tindakan Pelaksanaan Intervensi

Tindakan Kaedah Ringkasan Langkah
Langkah 1 Penerangan - Pengkaji membuat penerangan secara
ringkas berkenaan buku ini. Contohnya
Langkah 2 Sesi Bacaa-n berkenaan kulit hadapan buku cerita,
Bimbingan sinopsis cerita dan cara pembacaannya.
Langkah 3
Langkah 4 Sesi Bacaa-n Murid akan membaca satu muka surat buku
Kendiri cerita ini dengan bimbingan pengkaji. Hal ini
bertujuan untuk murid memahami secara
Sesi So-al umum perjalanan cerita bagi muka surat
Jawab dan yang dibaca
beramah Murid diminta untuk membaca sekali lagi
mesra buku berkenaan dengan sendiri tanpa
bantuan daripada guru
Sesi ini pengkaji akan bertanya beberapa
soalan berkenaan topik bagi setiap muka
surat yang dibaca dengan cara yang santai
dan menarik bertujuan untuk melahirkan
perasaan gembira daripada murid

Pada peringkat ini, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap hasil
penerimaan murid terhadap alat intervensi yang dibina serta menguji
keberkesanannya sama ada ia dapat meningkatkan penguasaan peserta
dalam kemahiran membaca dengan betul dan sebaliknya. Pengkaji akan
mengambil kira refleksi yang diperoleh untuk melakukan penambahbaikan.

b) Kaedah mengumpul Data
Bagi menjamin kelancaran kajian, pengkaji telah memilih beberapa instrumen
atau kaedah yang boleh digunakan untuk menguji kajian yang dijalankan.
i) Ujian pra dan pos

43

Ujian Pra dan Pos digunakan untuk menguji tahap peningkatan murid
setelah menggunakan alat intervensi. Kedua-dua ujian pra dan pos ini
mempunyai item yang sama. Ujian ini mengandungi 15 soalan lisan. Rubrik
ujian lisan juga telah disediakan. Skala yang terdapat pada rubrik ujian lisan
tersebut ialah lancar, agak lancar, sederhana, lambat, dan tidak kuasai.
Ujian Lisan pra yang dilakukan mengandungi tiga tahap bacaan Jawi iaitu
senang, sederhana dan susah. Hal ini kerana, Boon Pong Ying, Lee Leh
Hong & Lawrence Aloysius Aeria. (2017). telah mengatakan bahawa cara
untuk menguji kebolehan kognitif mengikut konsep Taksonomi Bloom ialah
dengan melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baharu dan
terbahagi kepada 3 tahap iaitu tahap pertama ialah penterjemahan yang
mewakili tahap senang, intrepretasi mewakili tahap sederhana dan
extrapolasi yang mewakili tahap susah.

Jadual 4 : Tahap dan Kriteria Bacaan Jawi

TAHAP KRITERIA
Senang Terdiri daripada salah satu di antara ciri-ciri berikut:-
Sederhana
- Satu dan dua suku kata
Susah - Perkataan yang sering ditemui
Terdiri daripada salah satu di antara ciri-ciri berikut :-
- tiga suku kata
- mempunyai imbuhan apitan
- perkataan Bahasa Arab
- mempunyai imbuhan di hadapan
Terdiri daripada salah satu di antara cirI-ciri berikut :-
- Perkataan pinjaman Bahasa Inggeris
- Mempunyai imbuhan di dahapan dan di belakang
- Perkataan yang jarang dijumpai

ii) Soal Selidik

Kaedah soal selidik telah digunakan sebagai salah satu instrumen untuk
mengukur keberkesanan inetervensi ini terhadap murid. Ia juga merupakan
salah instrumen untuk menilai tahap minat murid terhadap matapelajaran

44

Jawi selepas menggunakan modul Buku Cerita Jawi Fun ini. Kaedah Soal
Selidik ini dilakukan ke atas ibu atau bapa murid.

iii) Borang Maklum Balas

Seterusnya, borang maklum balas yang diedarkan ini bertujuan untuk
mengetahui respon daripada peserta kajian. Terdapat beberapa item dalam
borang berkenaan tentang Buku Cerita Jawi Fun. Peserta kajian perlu
memilih skala daripada skala satu hingga lima. Skala satu mewakili jawapan
sangat setuju dan skala lima mewakili jawapan sangat tidak setuju.

C) Cara Menganalisis Data

i) Ujian Pra Pos
Data yang dikumpul melalui ujian pra dan ujian pos dianalisis berdasarkan
skema pemarkahan analitik. Skema pemarkahan analitik bertujuan untuk
menentukan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah dalam
pembelajaran dan pengajaran melalui peratusan (%).

ii) Soal selidik
Pengkaji telah menggunakan instrumen soal selidik terhadap ibu bapa
murid. Instrumen soal selidik dijalankan untuk menyokong hasil dapatan
pengkaji sebelum dan selepas. Pengkaji menganalisis peratusan bagi
setiap item yang dikemukakan bagi melakukan analisis terhadap borang
soal selidik yang diedarkan.

iii) Borang Maklum Balas

Borang maklum balas yang diberikan kepada murid akan dianalisis bagi

mengetahui tahap minat dan kecenderungan murid terhadap mata pelajaran

jawi selepas melakukan sesi intervensi. Borang ini mengandungi beberapa

item yang perlu dijawab oleh murid. Jawapan yang diberikan akan

menggambarkan peratusan minat dan kecenderungan murid. Cara untuk

menganalisis borang maklum balas ini adalah dengan menggunakan jadual

pengagihan skor. Peratusan akan dikira bagi setiap item untuk melihat

kecenderungan yang diperoleh.

45

D) Cara Menyemak Data
Kesemua hasil instrumen yang dilakukan menunjukkan kesan yang positif
dan saling berkait antara satu sama lain. Sebagai contoh, soal selidik yang
dilakukan terhadap ibu bapa terkandung dalamnya item untuk menyokong
ujian pra dan pos bagi melihat tahap keberkesanan alat intervensi yang
digunakan. Dalam masa yang sama juga, borang maklum balas telah
mengesahkan soal selidik yang dilakukan iaitu untuk mengetahui minat
murid terhadap mata pelajaran Jawi selepas menggunakan Buku Cerita
Jawi Fun.

DAPATAN KAJIAN
a) Soalan Kajian 1 : Adakah Buku Cerita Jawi Fun mampu meningkatkan
penguasaan bacaan jawi suku kata tertutu dalam kalangan murid
sekolah tahun 2 Al Kauthar?
Bagi menjawab persoalan kajian adakah Buku Cerita Jawi Fun mampu
meningkatkan penguasaan bacaan Jawi suku kata tertutup dalam kalangan
murid sekolah Tahun 2 Al-Kauthar, pengkaji telah menggunakan instrumen
ujian bacaan pra dan pos.
Berikut merupakan perbandingan markah pra dan pos yang dilakukan
terhadap ketiga-tiga Peserta Kajian.

46

Markah Ujian 90% 83% 45%
68% 41%
80% Peserta Kajian 3
70% Peserta Kajian 2
Peserta Kajian
70%

60% 55%

50%

40%

30%

20%

10%

0%
Peserta Kajian 1

PRA POS

Rajah 2 : Perbandingan Markah Pra dan Pos Peserta Kajian

Jadual 5 : Perincian Markah Ujian Pra dan Pos Peserta Kajian

BIL TAHAP PERKATAAN MARKAH PRA MARKAH POS

PK 1 PK 2 PK 3 PK 1 PK 2 PK 3

1 MUDAH ‫ميره‬ 4 53554
4 44554
2 ‫ماسوق‬ 5 54554
4 41453
3 ‫لافن‬ 5 55555
5 55552
4 ‫واتق‬ 2 32342
2 32342
5 ‫دان‬ 2 32332
2 22341
6 SEDERHANA ‫سماغت‬ 1 21331
1 21231
7 ‫السن‬ 1 21131
1 21341
8 ‫سبواه‬ 2 31341
55 68 41 70 83 45
9 ‫ملغكه‬
47
10 ‫برسينر‬

11 SUKAR ‫امبولن س‬

12 ‫دوكتور‬

13 ‫كفتن‬

14 ‫هوسفيتل‬

15 ‫كساكيتن‬

JUMLAH MARKAH (%)

Setelah analisis dilakukan, pengkaji mendapati PK 1 menunjukkan
peningkatan pada ujian pos berbanding ujian pra yang dilakukan. PK 1 telah
mendapat markah ujian pra sebanyak 55% dan 70% pada markah ujian pos.
Keadaan ini bermakna tahap penguasaan perkataan suku kata tertutup yang
diuji telah mengalami peningkatan. Walaupun tahap peningkatan hanyalah
sebanyak 15% tetapi sedikit sebanyak ia tetap membantu murid untuk lebih
menguasai perkataan suku kata tertutup.

Seterusnya, PK 2 merupakan peserta kajian yang telah mendapat
peningkatan penguasaan membaca suku kata tertutup jawi sebanyak 15%.
Peratusan yang diperolehi oleh PK 2 untuk ujian pos adalah sebanyak 83%
sekaligus menjadikannya sebagai peserta kajian yang mendapat markah
yang tertinggi antara ketiga-tiga peserta kajian. Walaupun begitu, terdapat
beberapa kelemahan yang tidak mampu untuk dibaiki terutamanya
melibatkan perkataan-perkataan yang berada pada tahap sukar seperti
perkataan ‫ كفتن‬،‫ دوكتور‬،‫ امبولن س‬. Namun begitu, ia boleh diatasi dengan
memperbanyakkan membaca dan melazimi buku cerita Jawi.

Akhir sekali, analisis ujian pra dan pos terhadap PK 3 mendapati bahawa
berlaku sedikit peningkatan penguasaan bacaan perkataan suku kata tertutup
iaitu sebanyak 4%. Peningkatan ditunjukkan oleh PK 3 ini tidaklah banyak
kerana PK 3 masih keliru dalam membunyikan beberapa huruf yang hampir
serupa. Pengkaji berpendapat bahawa intervensi yang dijalankan terhadap
PK 3 tidak memberi kesan yang banyak dan peserta kajian memerlukan
rawatan yang berbeza ataupun mengulang rawatan sedia ada beberapa kali
sehingga mendapat hasil yang lebih baik.

Oleh hal demikian, boleh dirumuskan melalui ujian pra dan pos ini kesemua
peserta kajian mengalami peningkatan. Peserta Kajian 1 berjaya memperoleh
markah pos 70% berbanding markah pra 55%, yang bermaksud pembacaan
keseluruhannya mencapai tahap agak lancar menurut skor pemarkahan
analitik. PK 2 pula telah mencapai tahap lancar dengan mendapat markah

48

keseluruhan 85% berbanding markah pra yang berjumlah 68% dan yang
terakhir PK 3 telah mendapat markah pos 45% berbanding 41% markah pra
yang bermaksud masih lagi berada pada tahap sederhana. PK 1 dan PK 2
masing masing mencatatkan peningkatan sebanyak 15% manakala PK 3
mencatatkan peningkatan sebanyak 3%.

b) Soalan Kajian 2 : Apakah tahap minat murid untuk mempelajari
pelajaran Jawi selepas menggunakan modul Buku Cerita Jawi Fun?

Kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk mengenalpasti tahap minat
murid terhadap bidang Jawi selepas menggunakan Buku Cerita Jawi Fun ini
adalah melalui borang soal selidik terhadap ibu bapa dan borang maklum
balas yang diedarkan kepada peserta kajian.

i) Soal Selidik

Pengkaji telah memilih ibu bapa sebagai responden kerana mereka mampu
memerhati bagaimana penerimaan peserta kajian terhadap Buku Cerita Jawi
Fun ketika di rumah.

Jadual 6 : Perincian Soal Selidik Ibu Bapa

Item Sangat Setuju Tidak Kurang Sangat
Kurang
Setuju Pasti Setuju Setuju
0
1. Adakah anak 2 1 0 0
(67%) (33%) 0 0
tuan/puan mengetahui 0
1 0 0
huruf jawi dengan (33%)
0
tepat? 0

2. Adakah anak tuan/ 0 2 0
(67%)
puan boleh membaca

perkataan jawi suku

kata tertutup?

3. Adakah anak 1 2
(33%) (67%)
tuan/puan boleh

membaca karangan

jawi dengan lancar?

4. Adakah anak puan 30
(100%)
berminat menggunakan

Buku Cerita Jawi Fun?

49

5. Adakah anak 0 2 1 0 0
tuan/puan 0 (67%) (33%) 0
menggunakan Buku
Cerita Jawi Fun ini 03 0
tanpa disuruh di (100%)
rumah?
6. Adakah anak puan
berusaha membaca
jawi di mana-mana
sumber bacaan selepas
menggunakan Buku
Cerita Jawi Fun?

Berdasarkan jadual Perincian Soal Selidik Ibu Bapa ini, dapat disimpulkan
bahawa kesemua ibu bapa bersetuju bahawa peserta kajian sudah melepasi
tahap pengetahuan asas jawi seperti pengetahuan tentang huruf jawi dan
pembacaan suku kata tertutup jawi. Kesemua responden juga bersetuju
dengan soalan tentang minat peserta kajian terhadap modul Buku Cerita Jawi
Fun. Walaupun begitu, masih terdapat ibu bapa yang masih ragu-ragu dengan
menjawab tidak pasti bagi kenyataan kemampuan peserta kajian membaca
karangan jawi, penggunaan Buku Cerita Jawi Fun di rumah dan kemampuan
peserta kajian berusaha mencari sendiri sumber bacaan Jawi. Daripada
dapatan kajian tersebut 66% pernyataan yang dikemukakan dipersetujui oleh
ibu bapa. Dapat disimpulkan bahawa peserta kajian berminat terhadap Buku
Cerita Jawi Fun tetapi masih tidak mampu membuatkan peserta kajian
memiliki minat yang mendalam terhadap mata pelajaran Jawi.

ii) Borang Maklum Balas

Borang maklum balas ini juga melihat sejauh mana pandangan peserta kajian
terhadap Buku Cerita Jawi Fun serta jangkaan penggunaan buku cerita ini
pada masa akan datang. Borang maklum balas ini telah diedarkan kepada
tiga orang peserta kajian yang dipilih dan peserta kajian perlu menjawabnya
dengan menanda pada skala likert yang mengandungi pilihan sangat setuju,
setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju.

50

Kesemua peserta kajian bersetuju bahawa Buku Cerita Jawi Fun ini
menyeronokkan, dapat membantu mereka mengeja Jawi dengan betul,
mampu menningkatkan minat mereka terhadap mata pelajaran Jawi,
merupakan satu perkara yang baharu dan kecenderungan peserta kajian
membaca Buku Cerita Jawi Fun ini pada masa lapang.

REFLEKSI

Hasil dapatan yang diperoleh daripada instrumen ujian pra pos, borang soal
selidik dan borang maklum balas telah berjaya menjawab objektif kajian iaitu
murid mampu menguasai bacaan perkataan Jawi suku kata tertutup dan
meningkatkan minat murid untuk mempelajari pelajaran Jawi selepas
menggunakan Buku Cerita Jawi Fun. Hasil dapatan yang diperoleh melalui
instrumen-instrumen tersebut membuktikan bahawa Buku Cerita Jawi Fun
telah berjaya meningkatkan penguasaan membaca suku kata tertutup jawi
dan meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Jawi. Peserta kajian
telah menunjukkan tingkah laku yang positif malah penguasaan yang
diperoleh sepanjang intervensi ini juga amat memuaskan.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Antara cadangan yang boleh dilakukan ialah dengan cara memilih skop
yang berlainan. Pada kali ini pengkaji telah memilih suku kata tertutup
sebagai fokus kajian, berkemungkinan kajian seterusnya boleh memilih
tajuk berlainan seperti suku kata terbuka, kata pinjaman, perkataan tradisi
dan sebagainya.

Selain daripada itu, kajian seterusnya juga boleh menghasilkan satu cerita
yang lebih menarik dan memenuhi keperluan murid. Kajian yang dilakukan
perlulah bersifat futuristik dan memahami minat semasa murid. Ia juga
mestilah menarik dan boleh diakses melalui pebagai cara sama ada secara

51

realiti ataupun dimuatnaik ke alam maya. Hakikatnya, pembelajaran Jawi
hari ini perlu bersaing dengan kemajuan teknologi animasi supaya ia boleh
menarik perhatian murid.

RUJUKAN
Ahmad Farid, Rahimin, Siti Maimunah, Muhammad Sayuti, AB Halim,
Huzaimah,

Muhammad Ikhlas, Ahnaf Wafi. (2018). Kitab Jawi sebagai asas
tamadun Melayu Islam. Asian Journal of Environment, History and
Heritage, 156.
Asyraf Ridwan Ali, Burhanuddin Abdullah. (2015). Falsafah Pendidikan Jawi
dalam Memperkasa Tamadun Islam di Malaysia. International
Conference on Empowering Islamic Civilizationin the 21st Century (p.
576). Kuala Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin.
Boon Pong Ying, Lee Leh Hong, Lawrence Aloysius Aeria. (2017).
Pentaksiran dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.
Che Siah Che Mat (2006). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gianluca Lancana Indonesia, Hardman Budiarjo, Sigit Prayitnoo Yosep.
(2017). Perancangan Buku Cerita Bergambar Tentang Sikap Anak
Terhadap Tindak Kekerasan Orang Tua Sebagai Media Edukasi Anak.
Surabaya: Institut Bisnis dan Informatika Stikom Surabaya.
Md Sidin. (2005). Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Malaysia.
Selangor: Cerdik Publication.

52

AMALAN CIRI-CIRI RABBANI DALAM KEPEMIMPINAN SISWA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

Khairul Nissak binti Muhamad Kharii
[email protected]

Rofishah Bt. Rashid, Ph.D
Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

ABSTRAK
Kepimpinan dapat dikaitkan dengan gaya dan sifat seseorang pemimpin
membawa organisasinya ke arah satu matlamat yang hendak dicapai.
Hakikatnya, kepimpinan, motivasi dan komitmen dalam kalangan siswa guru
mempunyai kaitan di antara satu sama lain dan boleh memberi kesan kepada
organisasi di Institut Pendidikan Guru (IPG). Kemenjadian siswa adalah
sangat penting di mana kepemimpinan yang berkualiti mampu mempengaruhi
dan meningkatkan tahap perubahan dalam membina jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sahsiah sesebuah kelompok masyarakat kampus. Kajian ini
bertujuan untuk membincangkan amalan ciri-ciri rabbani dalam
kepemimpinan siswa guru di Institut Pendidikan Guru. Antara ciri-ciri rabbani
dalam kepemimpinan yang akan dibincangkan dalam kajian ini ialah: i)
Ketuhanan ii)Keinsanan dan iii)Pembangunan diri. Metodologi kajian ini
adalah melibatkan kajian tinjauan menerusi borang soal selidik yang
diadaptasi dan diubah suai daripada sorotan-sorotan literatur kajian yang
berkaitan. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik
inferensi menerusi perisian Statistical Package for the Social Science Version
22.0. Hasil dapatan kajian dikelaskan kepada dua bahagian iaitu analisis data
demografi profil peserta kajian dan analisis soal selidik yang bertujuan
menjawab soalan kajian di samping untuk memenuhi objektif kajian yang
dijalankan. Semoga kajian ini dapat memberi impak kepada organisasi di IPG
dan seterusnya dibuat penambahbaikan pada masa akan datang.

Kata kunci: Rabbani, kepemimpinan, keinsanan, ketuhanan, pembangunan
diri

53

PENGENALAN

Kepimpinan merupakan tunjang kepada sesebuah organisasi di mana ianya
dapat dikaitkan dengan cara seseorang pemimpin membawa organisasinya
ke arah satu matlamat yang hendak dicapai. Sebagai orang penting,
pemimpin mencerminkan organisasi yang dipimpinnya. Setiap tampuk
kepimpinan mempunyai corak pemerintahan yang berbeza-beza mengikut
gaya pemikiran pemimpin itu sendiri.

Ciri-ciri kepimpinan dalam diri seorang guru pelatih boleh dipupuk melalui
penglibatan siswa guru dalam sesebuah organisasi. Salah satu medium untuk
guru pelatih mencungkil personaliti diri adalah dengan melibatkan diri dalam
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), biro-biro, jabatan-jabatan, badan-
badan NGO atau bukan NGO. Kejayaan sesebuah organisasi dapat dinilai
melalui perancangan yang tersusun (munazzamah) serta pengurusan yang
mantap.

Menurut Syaari (2014), pemimpin yang berjiwa kerdil sentiasa memberikan
alasan supaya tidak melakukan perubahan dan perkara yang mustahil.
Sebaliknya, pemimpin yang berjiwa besar akan menganggap masalah yang
menghalang visinya tercapai sebagai sesuatu yang mesti secara positif. Ciulla
(2004) telah menjelaskan kepemimpinan mempunyai kaitan dengan cara
menggerakkan orang lain melakukan gerak kerja dengan baik dan keupayaan
menyempurnakan visi dan misi. Kepemimpinan yang berkualiti dan berintegriti
seharusnya dimiliki bagi seorang pemimpin di Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail dalam membentuk organisasi yang unggul dan
mantap dari segi pengurusan serta kecekapan dalam melaksanakan
sesebuah program.

54

PERNYATAAN MASALAH

Menurut kajian Shaharir (2010), teori kepimpinan yang dipelopori Barat
berakar umbi daripada budaya kehidupan hariannya, tokoh-tokoh besarnya,
dan juga dari tamadun lain yang disesuaikan dengan acuan Barat. Namun,
dalam Islam aspek kepemimpinan perlu memfokus kepada pembangunan
ilmu dan bertunjangkan pengangkatan paradigma tauhid agar dapat
membangunkan modal insan yang seimbang seiring dengan tuntutan agama
(Hailan 2015). Kualiti kepemimpinan sering dikaitkan dengan sifat peribadi
guru pelatih itu sendiri.

Menurut Hackman dan Johnson (2004), perlu diwujudkan amalan komunikasi
kepimpinan untuk para pemimpin atasan agar dapat memperbaiki
pengurusan organisasi dengan lebih berkesan dan cekap. Selan itu, kajian
Hailan Salamun (2012), pula mendapati bahawa kepimpinan guru bukan
sekadar memiliki komunikasi yang baik, tetapi guru-guru boleh membuktikan
melalui pengurusan pentadbiran yang baik. Oleh itu, terbukti bahawa
kepemimpinan mempunyai pelbagai aspek dan perlu dipelajari serta diamati
oleh para pemimpin dari semasa ke semasa. Kajian yang dilakukan oleh
Rorlinda (2014), kecekapan pemikiran merupakan kualiti utama dalam diri
seseorang pemimpin. Seseorang yang dilantik atas sesuatu jawatan sifatnya
mesti orang yang berkelayakan.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ilawati (2012) pula, tidak dapat
dinafikan gaya dapat menentukan corak kepimpinan seseorang pemimpin.
Begitu juga kajian yang dijalankan oleh Suhaila (2013) dalam konteks
pendidikan, kepimpinan memainkan peranan penting membimbing pelajar ke
arah matlamat menjadikan insan seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial.

Selain itu, McNair, Durea dan Ebbers (2011) mengatakan bahawa pemimpin
pendidikan harus mempunyai kemahiran dan juga kompetensi bagi
menghadapi cabaran memimpin serta mengurus institusi pendidikan masa

55

kini. Dari perspektif Islam, aspek kepemimpinan perlu memfokus kepada
pembangunan ilmu dan bertunjangkan pengangkatan paradigma tauhid agar
dapat membangunkan modal insan yang seimbang seiring dengan tuntutan
agama (Hailan 2015)..

Oleh itu, siswa guru perlu menyedari bahawa sifat-sifat kepemimpinan perlu
ada dalam diri seorang pendidik. Kemahiran memimpin merupakan suatu
yang dipertingkatkan dari semasa ke semasa (Sidek et.al, 2018). Justeru,
hasil dapatan daripada kajian ini dapat membantu siswa guru di IPGKDRI
malah di institusi-institusi lain dalam mengetahui tahap amalan ciri-ciri rabbani
malah memperbaikinya pada masa yang akan datang.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian ini ialah:

1. Mengenal pasti tahap amalan ciri-ciri rabbani dalam kepemimpinan
siswa guru Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.

2. Mengkaji amalan ciri-ciri rabbani tertinggi dalam kepemimpinan siswa
guru Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.

3. Mengenal pasti tahap perbezaan antara faktor jantina dengan amalan
ciri-ciri rabbani dalam kepemimpinan siswa guru Institut Pendidikan
Guru Kampus Dato’ Razali Ismail dari aspek pembangunan diri.

Soalan kajian ini adalah seperti berikut :

1. Apakah tahap amalan ciri-ciri rabbani dalam kepemimpinan siswa
guru Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail dari aspek
ketuhanan?

2. Apakah tahap amalan ciri-ciri rabbani tertinggi dalam kepemimpinan
siswa guru Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail?

56

3. Adakah terdapat perbezaan signifikan antara faktor jantina dengan
amalan ciri-ciri rabbani dalam kepemimpinan siswa guru Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail dari aspek
pembangunan diri?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian tinjauan yang
menggunakan kaedah kuantitatif. Menurut Noraini (2013), kajian tinjauan
merupakan kaedah penyelidikan yang melibatkan pungutan data dari populasi
untuk memahami suatu situasi terkini berhubung populasi dan satu atau lebih
pemboleh ubah. Kajian ini dijalankan kepada kepada siswa guru muslim
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 6 dan 8 di Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Soal selidik yang dirangka
mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C dan
bahagian D. Bahagian merupakan soalan berkenaan demografi respoden,
manakala bahagian B, C, D masing-masing soalan berkaitan dengan ciri
rabbani dari aspek ketuhanan, keinsanan dan pembangunan diri.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Berikut merupakan hasil analisis tiga item soalan kajian yang melibatkan
bahagian B, C dan D yang berkaitan dengan amalan ciri-ciri rabbani dalam
kepemimpinan siswa guru IPGKDRI.

5.1 Tahap amalan ciri-ciri rabbani dalam kepemimpinan siswa guru
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

57

Jadual 1: Taburan Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min tahap
amalan ciri-ciri rabbani dalam kepemimpinan siswa guru mengikut

keutamaan

Ciri - ciri rabbani dalam Min S.P Interpretasi

kepemimpinan mengikut

keutamaan

Ketuhanan 4.87 0.26 T

Pembangunan diri 4.83 0.28 T
Keinsanan 4.76 0.34 T

Berdasarkan jadual 5.1, hasil analisis data min dan sisihan piawai, terdapat
turutan ciri rabbani dalam kepemimpinan yang dipilih oleh siswa guru
semester 6 dan semester 8. Keutamaan ciri rabbani yang pertama ialah dari
aspek ketuhanan yang. Bacaan nilai min bagi konstruk ini adalah 4.87
manakala sisihan piawai adalah 4.87. Bagi ciri rabbani kepemimpinan utama
yang kedua dipilih oleh siswa guru ialah dari aspek pembangunan. Bacaan
min yang dicatatkan adalah 4.83 manakala bacaan sisihan piawai sebanyak
0.28. Turutan keutamaan bagi ciri rabbani yang ketiga adalah dari aspek
keinsanan di mana hasil bacaan min 4.76 serta nilai sisihan piawai adalah
0.34.

Secara keseluruhannya, tahap amalan ciri-ciri rabbani dalam kepemimpinan
siswa guru di IPGKDRI berada pada tahap yang tinggi. Aspek utama yang
diamalkan oleh siswa guru adalah ketuhanan. Hal ini menunjukkan bahawa
siswa guru IPGKDRI amat menekankan hubungan dengan Allah dalam
memimpin. Walaupun terdapat urutan “ranking” keutamaan bagi ketiga-tiga
ciri rabbani tersebut. Namun, ketiga-ketiganya merupakan aspek yang utama

58

dalam kepemimpinan siswa guru yang berkesan. Aspek ketuhanan,
keinsanan dan pembangunan diri tidak boleh dipandang ringan oleh siswa
guru kerana ketiga-tiganya merupakan kunci keberkesanan siswa guru dalam
memegang jawatan di institusi.

5.2 Tahap amalan ciri-ciri rabbani tertinggi dalam kepemimpinan siswa
guru Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

Jadual 2: Tahap amalan ciri rabbani dari aspek ketuhanan.

Penyataan Kekerapan Min S.P Interpretas
Saya percaya… STS TS TP S SS i

1.Saya perlu 0 0 0 15 103 4.87 0.33 T
menitikberatkan nilai 0% 0% 0% 12.7% 87.3%
kebaikan berasaskan T
aqidah dalam segala 0 0 0 11 107 4.91 0.29 T
urusan 0% 0% 0% 9.3% 90.7% T

2.Saya perlu 0 0 0 12 106 4.90 0.30
mengutamakan amalan 0% 0% 0% 10.2% 89.8%
yang boleh mendapat
keredhaan Allah SWT 1 0 0 11 106 4.87 0.46
0.8% 0% 0% 9.3% 89.8%
3.Amalan kerohanian
dalam kehidupan perlu
dititikberatkan

4.Kekuatan rohani perlu
ditingkatkan untuk
memikul tanggungjawab

5.Saya perlu menetapkan 0 0 2 17 99 4.82 0.42 T
misi agama untuk 0% 0% 1.7% 14.4% 83.9% T
membangunkan potensi
diri 0 0 0 12 106 4.90 0.30
0% 0% 0% 10.2% 89.8%
6.Bahawa tugas amal
makruf nahi mungkar
merupakan satu

59


Click to View FlipBook Version