The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pisadmkdri12345, 2022-08-14 03:41:01

Jurnal TELANGKAI SISWA 2020

TELANGKAI

Keywords: TELANGKAI

DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Soalan Kajian 2: Bagaimanakah teknik penyoalan sokratik diaplikasikan
oleh guru Sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran
Penyoalan kedua ini adalah untuk melihat cara pengaplikasian PK1 dan PK2
dalam menyoal murid dengan menggunakan teknik penyoalan sokratik.
Dapatan data untuk menjawab persoalan kedua ini lebih tertumpu kepada cara
perlaksanaan kedua-dua PK dalam menggunakan teknik penyoalan sokratik
terhadap murid-murid mereka sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Data dikumpul melalui proses pemerhatian merangkumi
penyoalan berterusan, perbincangan berkumpulan dan Analisis Dokumen
daripada lembaran kerja, buku latihan dan lain-lain. Cara pengaplikasian teknik
penyoalan Sokratik yang digunakan oleh kedua-dua PK adalah seperti berikut:

Rajah 1 : Penyoalan berterusan
Rajah 1 menunjukkan PK1 melaksanakan sesi soal jawab sewaktu bermulanya
sesi pengajaran dan pembelajaran. PK1 telah melaksanakan teknik penyoalan
iaitu berkenaan dengan sajak yang didendangkan ketika set induksi

160

pembelajaran hari tersebut berlangsung. Sajak tersebut adalah berkenaan
dengan tajuk ‘Bahasa Melayu Warisan Kita’. Sepanjang proses pemerhatian
berlangsung, penyelidik mendapati bahawa PK1 telah menggunakan sesi
penyoalan yang berterusan bermula dari set induksi sehingga kepada rumusan
isi pembelajaran. Sesi soal jawab ini juga berlaku secara dua hala, dimana PK1
memberikan sepenuhnya ruang kepada murid untuk bertanya soalan.
Sepanjang menyampaikan isi kandungan pembelajaran juga, penyelidik
mendapati bahawa PK1 banyak menyelitkan soal jawab secara spontan
kepada murid-muridnya. Hal ini telah membawakan suasana yang seronok
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana murid dapat
memahami isi pembelajaran dan mengetahui kebenaran terhadap suatu
kemusykilan yang terbuku didalam hati.

Rajah 2 : Perbincangan berkumpulan
Seterusnya seperti yang dapat dilihat pada Rajah 2 murid-murid sedang diminta
oleh PK untuk mengadakan perbincangan berkumpulan. Sewaktu proses
pemerhatian dilaksanakan, penyelidik mendapati bahawa kedua-dua PK

161

banyak memberikan galakan kepada murid untuk mengerak secara
berkumpulan dalam menjana idea, memberi pendapat dalam menyelesaikan
permasalahan berkenaan dengan soalan yang ditetapkan oleh guru. Sewaktu
proses ini berlangsung PK1 telah meminta murid untuk menyatakan kesan dan
akibat sekiranya bahasa Melayu tidak menjadi bahasa kebangsaan Negara kita
sekarang. Manakala PK2 telah memberikan soalan yang merangsang andaian
berkenaan dengan ramalan yang bakal berlaku sekiranya bahasa Melayu tidak
dimartabatkan.

Rajah 3 : Aktiviti pembelajaran (membuat peta minda)

Pada Rajah 3 pula, dapat dilihat bahawa cara perlaksaan yang digunakan oleh
kedua-dua PK adalah dengan melaksanakan aktiviti pembelajaran berasaskan
pembinaan Peta Minda. Penggunaan Peta Minda dalam menjawab sesuatu
persoalan secara tidak langsung memberi galakkan kepada para pelajar untuk
berfikir. Ini kerana peta minda adalah salah satu medium untuk murid
menyatakan jawapan melalui percambahan idea mereka. Selain itu, PK1 juga
turut menggunakan buku teks dalam menggalakkan sesi soal jawab bersama-
sama murid. Sebagai contoh, PK1 telah menggunakan buku teks untuk

162

bersajak bersama-sama murid dan mengadakan sesi soal jawab berlaku
apabila PK1 telah meminta murid untuk menjelaskan isi penting yang ingin
disampaikan melalui sajak tersebut.

Rajah 4 : Latihan bertulis
Kedua-dua PK juga turut melaksanakan latihan bertulis seperti yang dapat
dilihat pada Rajah 4 Antara pendekatan yang digunakan untuk melaksanakan
latihan bertulis ini adalah dengan cara memberikan latihan lembaran kerja dan
latihan yang perlu disalin oleh murid-murid ke dalam buku tulis mereka.
Berdasarkan pemerhatian dan analisis dokumen yang dilakukan, didapati
bahawa kedua-dua PK telah mengaplikasikan tenik penyoalan Sokratik ini
dengan pelbagai cara iaitu melalui penyoalan yang berterusan, perbincangan
berkumpulan, aktiviti pembelajaran serta latihan bertulis. Oleh itu kajian ini
mampu disokong oleh penulisan kajian yang dilakukan oleh Gopinat (2013),
dimana beliau menerangkan bahawa guru menggunakan 80% masa
pengajaran dan pembelajarannya untuk menyoal murid.

163

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Kesimpulan
Berdasarkan keseluruhan kajian, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa
teknik penyoalan merupakan satu proses yang sangat penting dan banyak
digunakan oleh peserta kajian ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung bagi mendapat maklum balas serta menguji tahap kefahaman
murid terhadap topik yang dipelajari pada hari tersebut. Dapatan kajian juga
merumuskan bahawa jenis soalan penjelasan, soalan merangsang pandangan
an soalan memereangsang kesan dan akibat sangat kerap digunakan oleh
kedua-dua PK. Namun, terdapat juga jenis soalan yang kurang diberikan
perhatian seperti soalan merangsang andaian dan soalan merangsang sebab
dan bukti. Terdapat juga terabai dari diajukan kepada murid, contohnya soalan
yang menyoal soalan. Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa PK
menggunakan kepelbagaian kaedah atau cara dalam menyoal murid-murid.
Antaranya soal jawab secara lisan samada terbuka atau individu, lembaran
kerja atau aktiviti berkumpulan.

Menurut Zamri Mahamod dan Nor Razah (2011), kepelbagaian teknik dan
kaedah seseorang guru semasa mengemukakan soalan merupakan salah satu
faktor yang penting bagi memastikan murid dapat memahami dan menerima isi
pengajaran yang disampaikan di dalam bilik darjah. Oleh itu, penyoalan guru
mestilah dirancang dengan baik bagi menepati penggunaan soalan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran agar ianya berkesan. Justeru, guru boleh
menggunakan soalan untuk mencabar pemikiran pelajar atau menimbulkan
perasaan ingin tahu dan minat pelajar pada awal pengajaran hinggalah ke akhir
pengajaran (M. Mojibur, 2010). Dengan ini, penyelidik dapat menyimpulkan
bahawa teknik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting
dilaksanakan, bukan sahaja kepada guru mata pelajaran Sejarah tetapi juga
untuk mata pelajaran yang lain kerana teknik penyoalan ini dapat menjadi salah
satu alat ukur dalam menilai kefahaman dan pengetahuan murid terhadap

164

pembelajarannya seterusnya memberikan ruang dan peluang kepada guru
untuk merangka gerak kerja yang sepatutnya

Cadangan

Terdapat tiga prinsip cadangan yang boleh digunakan sebagai panduan
penggunaan untuk guru melaksanakan kemahiran menyoal dengan berkesan.
Tiga prinsip berkenaan yang perlu difahami guru adalah prinsip pembentukan
soalan, prinsip teknik mengemukakan soalan, dan prinsip penerimaan jawapan.
Huraian lanjut bagi setiap prinsip menyoal adalah sebagaimana berikut.

a) Pembentukan soalan
b) Teknik mengemukakan soalan
c) Penerimaan jawapan

Bagi cadangan kajian lanjutan, para pengkaji boleh mengintegrasikan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT bagi mempraktikkan
teknik penyoalan sokratik ini. Integrasi teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran memainkan peranan penting dan seiring dengan perkembangan
pendidikan terkini terutama dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.
Kajian Ani Omar (2016), menyatakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi akan menukarkan cara pelajar menimba, menggunakan dan
mengedarkan ilmu pengetahuan secara besar-besaran. Hal ini tentu akan
membolehkan para pelajar bersedia untuk bersaing secara global. Kefahaman
penggunaan ICT dengan efektif dan efisien yang mampu membina dan
mengeluarkan idea baharu dalam pembelajaran dilihat begitu penting bagi
membolehkan pelajar bermotivasi untuk menjelajah isi pembelajaran dan
seterusnya memperkayakan proses pembelajaran mereka. Antara medium ICT
yang boleh digunakan oleh para guru adalah melalui aplikasi ‘Otus’, ‘NearPod’,
‘Cacoo’, ‘Lesson Paths’, ‘Voki’, ‘PowToon’, ’Power Point Interaktif’ dan banyak
lagi. Penggunaan Power Point Interaktif atau Slide Interaktif sangat membantu

165

guru dalam menarik minat pelajar untuk menjawab soalan berbanding dengan
kaedah lama (Muhammed Salleh, 2007). Sebagai contoh, melalui penggunaan
Slide Interaktif ini, guru dapat menyediakan soalan bertemakan kuiz. Slide ini
juga mudah diakses oleh guru, melibatkan kos yang rendah dan tidak
memerlukan rangkaian Internet. Sudah jelas disini bahawa kewujudan ICT telah
membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran

Implikasi kajian

Kajian yang telah dijalankan ini dapat membantu mengesan jenis kategori dan
cara sesebuah soalan itu dikemukakan serta mengkaji jenis frasa tanya atau
frasa tugasan yang digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran bacaan dan
pemahaman murid Tahun 4 dan 5 dalam subjek mata pelajaran sejarah. Hal ini
kerana kategori penyoalan juga memainkan peranan penting untuk
menggerakkan murid berfikir pada pelbagai tahap pemikiran. Penyelidikan ini
akan memberi maklumat yang berguna kepada semua guru mata pelajaran
Sejarah, khususnya yang ingin melakukan perubahan dalam penyoalan ketika
mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran bersama-sama murid. Hal ini
akan memberi manfaat kepada guru dalam membentuk intelek murid daripada
aras pemikiran rendah ke tahap pemikiran yang lebih berkualiti, iaitu untuk
memperoleh hasil pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif.

Selain itu, kajian ini akan memberi kesan kepada semua pendidik yang terdiri
daripada guru sekolah rendah dan sekolah menengah yang meliputi semua
kategori soalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut pendapat
Noor Rohana Mansor (2009), pendidik yang berkesan akan dapat membentuk
dan membimbing murid ke arah pemerolehan dan penggunaan ilmu dengan
baik. Tambahan pula, tanggungjawab guru adalah membekalkan murid dengan
ilmu dan merangsang minda agar dapat memberikan respon yang baik dalam
proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, kajian ini telah dilaksanakan
untuk dijadikan salah satu panduan kepada para guru dan juga kepada bakal-

166

bakal guru terhadap pemilihan item soalan sokratik yang boleh diaplikasikan
ketika proses pengajaran dan berlangsung. Disamping itu juga, kajian ini
diharapkan dapat menyumbang idea kepada para guru dan bakal guru
berkenaan dengan cara pengaplikasian teknik penyoalan sokratik di dalam
kelas masing-masing pada masa yang akan datang.

RUJUKAN

Ani Omar. (2016). Interasi Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Kesusasteraan Melayu Mempertingkatkan Keyakinan Dan
Keberhasilan Guru Semasa Latihan Mengajar. Jpbu Vol. 9, 1-13.

Balakrishnan A/L Govinthasamy. (2002). Penilaian Pelaksanaan Kemahiran
Berfikir Secara Kreatif Dan Kritis (Kbkk) Dalam Mata Pelajaran
Sejarah Kbsm Tingkatan 4: Satu Kajian Kes Di Daerah Tampin Dan
Rembau Negeri Sembilan. Kertas Projek Sarjana Pendidikan., Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Kamarul Azmi Jasmi. (2013). Sejarah, Kaedah, Model Pengajaran Dan
Pembelajran Al-Quran. Kertas Dibentang Di Konferens: Bengkel
Pemulihan Dan Pengayaan Pdp Al-Quran Sra Jawi.

Levin, T., & Long, R. (1981). Effective Instruction. Washington: Dc:
Association For Supervision And Curriculum Development.

M. Mojibur Rahman. (2010). Teaching Oral Communication Skills: A Task
Based Approach. Esp World Issue, 1 (27):, 1-11.

Muhammed Salleh A. (2007). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran
Berbantukan Komputer (Penggunaan Perisian Power Point
Interaktif)Terhadap Peningkatan Penguasaan Konsep Sains Dalam
Tajuk Sel Untuk Sains Tingkatan Satu). Universiti Terbuka Malaysia.

167

Muhundhan A/L Mayappan. (2002). Aplikasi Kemahiran Berfikir Melalui
Kaedah Penyoalan Oleh Guru Dalam Pengajaran Mata Pelajaran
Ekonomi Asas: Satu Kajian Kes. Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Noor Rohana Mansor. (2009). Model Analisis Aras Soalan Kognitif: Kajian
Terhadap Buku Teks Bahasa Melayu Sekolah Menengah Atas. Jurnal
Melayu, 4, 73-90.

Norazlin Mohd Rusdin' & Siti Rahimah Ali. (2019). Amalan Dan Cabaran
Pelaksanaan Pembelajaran. Research Institute For Islamic Product
And Malay Civilization (Inspire) Universiti Sultan Zainal Abidin
(Unisza), 87-105.

Roselan Baki. (2001). Interaksi Lisan Dalam Pengajaran Penulisan Bahasa
Melayu. Tesis Doktor Falsafah., Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Seman Salleh. (2005). Interaksi Lisan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Komponen Kesusasteraan Melayu (Komsas) Dalam Mata Pelajaran
Bahasa Melayu. Tesis Doktor Falsafah., Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Waheedawati Wahap. (2003). Penggunaan Penyoalan Lisan Dalam
Kalangan Guru Sejarah Di Sekitar Bandar Sibu. Kertas Projek Sarjana
Pendidikan., Falkuti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.

Wilen, W. W. (1995). A Rationale For Developing Students' Critical Thinking
Through Questioning. Jurnal Pendidikan Guru, 33-44.

Zamri Mahamod & Nor Razah Lim. (2011). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan
Lisan Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1), 51-65.

168

PENGGUNAAN KIT KARDEKA DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN
DAN INGATAN MURID TAHUN 5 DALAM KRONOLOGI PERJUANGAN

MENUNTUT KEMERDEKAAN

Nur Arifah binti Abdul Rashed
[email protected]
Mansor bin Abd. Rahman
Jabatan Sains Sosial

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu meningkatkan
kefahaman, ingatan dan minat murid dalam menguasai Kronologi Perjuangan
Menuntut Kemerdekaan dengan menggunakan Kit KaRDeka. Kajian ini telah
dijalankan terhadap empat orang peserta kajian dari Tahun 5 Ibnu Khaldun
yang mempunyai masalah dalam memahami, mengingati peristiwa perjuangan
menuntut kemerdekaan mengikut kronologi dengan betul selain kurangnya
minat terhadap topik ini. Intervensi Kit KaRDeka adalah hasil dari Analisis
Pareto 80/20 rule dan Diagram ‘Ishikawa’. Instrumen yang digunakan dalam
mengumpul data kajian termasuklah melalui pemerhatian, temu bual, analisis
dokumen dan soal selidik. Data dianalisis secara deskriptif serta disemak
menggunakan kaedah triangulasi. Pengkaji mendapati penggunaan Kit
KaRDeka yang menggabungkan elemen kod warna, nyanyian, permainan,
gambar, video dan augmented reality telah membantu meningkatkan
kefahaman, ingatan serta menarik minat mereka terhadap Kronologi
Perjuangan Menuntut Kemerdekaan. Hasil analisis data mendapati kesemua
peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang positf dari aspek
kefahaman, ingatan dan minat murid bagi topik ini.

Kata kunci: Kit KaRDeka, Merdeka, kefahaman, ingatan, minat.

169

PENGENALAN
Pendidikan Sejarah di peringkat rendah berperanan mendidik generasi muda
menghayati perjuangan masyarakat terdahulu bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang patriotik dan beridentiti nasional. Berpandukan Kemahiran Pemikiran
Sejarah (KPS), murid mestilah memahami kronologi peristiwa untuk
memperoleh kefahaman yang jitu. Oleh itu, teknik penyampaian PdPc perlu
mengambil kira keperluan kecerdasan murid serta penggunaan Bahan Bantu
Belajar (BBB) yang sesuai. Sebagaimana dijelaskan oleh Shahabuddin,
Rohizani & Mohd. Zohir (2007) penggunaan bahan bantu mengajar yang baik
akan membantu mengekal minat dan tumpuan murid, boleh mengaktifkan
murid melalui perbincangan yang berkaitan dengan bahan dan akhirnya
meningkatkan kefahaman murid berkenaan perkara yang ingin disampaikan.
Mengimbas kembali sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) semasa
praktikum fasa dua di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, pengkaji mendapati
murid-murid tahun 5 Ibnu Khaldun (5 IK) tidak dapat menguasai Standard
Pembelajaran 7.3.1 iaitu menyatakan peristiwa ke arah perjuangan
kemerdekaan. Di mana, analisis markah lembaran kerja menunjukkan 29
peratus murid berada pada kategori lemah dan gagal. Hal ini membimbangkan
pengkaji, lantas kajian ini dirancang bagi membantu murid untuk memahami
dan mengingati Kronologi Perjuangan Menuntut Kemerdekaan.

FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan menggunakan Kit KaRDeka berfokuskan kepada empat orang
peserta kajian (PK) dari tahun 5 IK. Berdasarkan pemerhatian, mereka dilihat
tidak dapat menyenaraikan peristiwa dengan betul bahkan keliru akan
turutannya. Hal ini jelas mempengaruhi keputusan lembaran kerja yang tidak
memuaskan. Menurut Mohd Mahzan, Abdul Razaq & Mohd Muhaimi (2014),
“…fakta dan jalan cerita yang meliputi pelbagai kronologi telah menyukarkan
pelajar untuk memahami, mengingati dan meminati mata pelajaran Sejarah.
Jelasnya, kaedah penceritaan pada sesi PdPc yang lalu tidak sesuai untuk

170

mereka. Oleh itu, hasil temu bual dengan peserta kajian yang mencadangkan
pengintegrasian muzik, video dan permainan telah diberikan perhatian dalam
kajian ini. Kaedah permainan sememangnya serasi dengan fitrah kanak-kanak.
Manakala aktiviti nyanyian, menurut Mohd Suhaimin (2017) “….dapat
menceriakan sesi pengajaran dan pembelajaran, mengukuhkan aspek
kemahiran asas berbahasa serta membantu murid mengingati apa-apa yang
dipelajari dengan mudah”. Justeru, gabungan elemen kod warna, nyanyian,
permainan, gambar, video dan augmented reality mampu memudahkan PK
memperoleh kefahaman yang jelas dan seterusnya membantu PK mengingati
turutan peristiwa dengan lebih baik.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Tujuan kajian adalah untuk membantu meningkatkan penguasaan murid dalam
Kronologi Perjuangan Menuntut Kemerdekaan dengan menggunakan Kit
KaRDeka. Objektif kajian adalah seperti berikut :

a) Membantu meningkatkan kefahaman peserta kajian dalam Kronologi
Perjuangan Menuntut Kemerdekaan melalui penggunaan Kit KaRDeka.

b) Membantu meningkatkan kemahiran mengingat peserta kajian
mengenai Kronologi Perjuangan Menuntut Kemerdekaan
menggunakan Kit KaRDeka.

Soalan Kajian

a) Adakah pengkaji dapat membantu meningkatkan kefahaman murid
mengenai Kronologi Perjuangan Menuntut Kemerdekaan melalui
penggunaan Kit KaRDeka?

b) Bagaimanakah penggunaan Kit KaRDeka dapat membantu
meningkatkan kemahiran mengingat peserta kajian mengenai Kronologi
Perjuangan Menuntut Kemerdekaan?

171

PESERTA KAJIAN
Pengkaji telah memilih empat orang peserta kajian berdasarkan dapatan awal
kajian berserta perbincangan dengan guru kelas dan guru mata pelajaran
Sejarah tahun 5 IK. PK1 merupakan seorang murid yang pendiam, pemalu dan
rajin bertanya apabila tidak memahami sesuatu perkara. Seterusnya, PK2
adalah murid yang rajin membuat kerja sekolah dan mempunyai akhlak yang
baik. PK3 pula diperhatikan mudah hilang tumpuan dalam kelas namun rajin
bertanya apabila tidak faham selain menerima teguran guru dengan hati yang
terbuka. Manakala, PK4 menunjukkan penguasaan akademik yang lemah
tetapi turut mempamerkan kesungguhan dalam memahami pelajaran selain
mempunyai budi pekerti yang baik.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Berdasarkan Model Penyelidikan Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988)
yang telah dipilih, langkah pertama yang dilakukan oleh pengkaji adalah
mereflek sesi PdPc lepas. Hal ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah PdPc
dan seterusnya menganalisis data awal yang dikumpul melalui kaedah
pemerhatian, analisis dokumen, temu bual dan soal selidik. Kemudian, pengkaji
merancang intervensi yang sesuai dengan kecerdasan pelbagai dan tahap
kognitif murid. Setelah itu, pengkaji bertindak melaksanakan intervensi
terhadap PK dan memerhati keberkesanannya. Berikut merupakan langkah
yang telah diambil dalam fasa bertindak.

Langkah 1:

a. Pengkaji menceritakan semula kronologi peristiwa menggunakan lirik
yang telah digubah dengan bantuan paparan video.
b. Pengkaji menerangkan cara bermain Kit KaRDeka kepada para peserta
kajian.

172

Langkah 2:
a. Peserta kajian menyanyikan lirik lagu yang telah diubahsuai dan
mengulanginya sehingga dapat mengingati fakta dalam lagu tersebut.
b. Peserta kajian mula bermain menggunakan dadu octagon berwarna
mengikut giliran. Sekiranya balingan dadu menunjukkan warna merah, peserta
kajian akan mencatatkan peristiwa dalam kotak berwarna merah dan suai
padan gambar dengan peristiwa berkaitan yang terdapat pada helaian latihan
pengukuhan yang telah disediakan.
c. Kemudian, peserta kajian perlu mencari kad dengan kod warna merah
dan memadankan gambar-gambar peristiwa yang berkaitan.
d. Peserta kajian boleh menyanyikan lirik lagu yang telah digubah untuk
membantunya menyelesaikan masalah tersebut.
e. Sekiranya peserta kajian mendapat balingan dadu dengan pelekat
bonus, mereka boleh meminta bantuan rakan untuk mengetahui padanan
peristiwa yang telah dilakukan adalah betul atau salah.

Langkah 3:
a. Peserta kajian menyemak padanan magnet bergambar menggunakan
aplikasi HP Reveal.
b. Sekiranya jawapan mereka betul, hasil imbasan akan memaparkan
animasi dan sebaliknya jika tiada animasi dipaparkan.
c. Peserta kajian boleh bermain beberapa kali sehingga berpuas hati
dengan markah yang diperoleh.

Selesai fasa bertindak, keberkesanan sesi intervensi diukur melalui analisis
hasil pemerhatian tingkah laku, analisis dokumen, temu bual dan soal selidik.
Di mana, kesemua data dianalisis menggunakan jenis analisis kandungan,
tematik dan pola bagi memberikan makna kepada data dan menjawab
persoalan kajian. Bagi meningkat kebolehpercayaan dan kesahan data,
triangulasi kaedah bagi memastikan data daripada pelbagai kaedah

173

menunjukkan corak yang sama lantas menyokong keberkesanan alat
intervensi. Jelasnya, triangulasi membolehkan pengkaji menilai jawapan atau
reaksi yang diberikan PK adalah selari atau bercanggah.
DAPATAN KAJIAN
a) Adakah pengkaji dapat membantu meningkatkan kefahaman murid
mengenai Kronologi Perjuangan Menuntut Kemerdekaan melalui
penggunaan Kit KaRDeka?
Hasil pemerhatian tingkah laku keempat-empat peserta kajian menunjukkan
perubahan tingkah laku yang positif. Di mana, mereka sebelum ini diperhatikan
tidak aktif dalam sesi PdPc serta kurang yakin dengan jawapan yang diberikan.
Tetapi setelah intervensi dilakukan, PK didapati berupaya mengenalpasti
peristiwa dengan baik, yakin dengan jawapan sendiri bahkan mampu
membetulkan jawapan rakan. Selain itu, hasil analisis dokumen turut
membuktikan peningkatan kefahaman murid yang dapat diukur melalui graf
perbandingan markah PK seperti berikut.

Rajah 1: Graf perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca.

174

Berdasarkan Rajah 1 kesemua PK telah berjaya beralih daripada gred gagal
kepada sekurang-kurangnya gred B dengan peningkatan tertinggi sebanyak
60% bagi PK3 sementara PK 2 memperoleh gred A. Hakikatnya, kefahaman
yang kukuh telah membantu peningkatan markah PK yang
memberangsangkan.

b) Bagaimanakah penggunaan Kit KaRDeka dapat membantu
meningkatkan kemahiran mengingat peserta kajian mengenai Kronologi
Perjuangan Menuntut Kemerdekaan?
Menerusi pemerhatian, kesemua PK diperhatikan dapat menyusun gambar
peristiwa mengikut kronologi yang betul. Begitu juga semasa temu bual, PK
ternyata berupaya menyenaraikan peristiwa secara lisan tanpa sebarang
masalah. Menerusi temu bual, PK menyatakan beberapa elemen yang telah
membantu mereka untuk mengingat dengan lebih baik. Antaranya,
penggunaan kod warna, gambar, lagu dan video. Hal ini turut disokong dapatan
soal selidik. Di mana, keempat-empat PK bersetuju penggunaan kod warna,
gambar, lagu dan video dan kaedah bermain dalam Kit KaRDeka telah
membantu mereka untuk fokus dalam pelajaran dan mengingat turutan
peristiwa dengan berkesan. Sementara analisis dokumen telah membuktikan
peningkatan penguasaan PK bagi item soalan aras mengingat seperti dalam
jadual berikut.

Jadual 1: Skor Markah Peserta Kajian Mengikut Aras Kesukaran Soalan

175

Jelasnya, dapatan kajian yang diperoleh saling menyokong antara satu dengan
yang lain serta telah dapat menjawab persoalan kajian mengenai peningkatan
kefahaman dan kemahiran mengingat peserta kajian terhadap Kronologi
Perjuangan Menuntut Kemerdekaan menggunakan Kit KaRDeka.

REFLEKSI
Sepanjang tempoh pelaksanaan kajian tindakan, pengkaji telah melakukan
refleksi kendiri. Melalui kajian ini, pengkaji menyedari kepentingan BBB perlu
menepati tahap kognitif murid. Hal ini kerana BBB yang sesuai dapat membantu
perkembangan pemikiran murid. Selanjutnya menyumbang kepada perubahan
tingkah laku dan peningkatan penguasaan dalam sesuatu subjek. Seterusnya,
penghasilan Kit KaRDeka telah membuka mata pengkaji akan keperluan
terhadap penggabungjalinan elemen-elemen yang berlainan dalam PdPc bagi
memenuhi tuntutan kecerdasan pelbagai murid-murid. Misalnya, penggunaan
gambar sesuai untuk murid visual-ruang sementara aktiviti nyanyian untuk
murid dengan kecerdasan muzik.

Selain itu, pengkaji turut menyedari pengaruh galakan dan sokongan daripada
guru terhadap motivasi dan prestasi murid dalam pembelajaran. Melalui
pembinaan “rapport” antara pengkaji dan peserta kajian telah menyumbang
kepada perubahan tingkah laku positif PK seperti berani menyuarakan
pendapat dan menjawab soalan dengan yakin. Di samping itu, kelancaran
pentadbiran intervensi menjadi panduan kepada pengkaji untuk mempunyai
hubungan yang baik dengan pihak sekolah dan ibu bapa. Kerjasama mereka
telah membolehkan penyelidikan dijalankan tanpa sebarang masalah dan
mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Jelasnya, pengalaman yang
diperoleh dapat dijadikan panduan apabila bergelar guru novis kelak.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Antara tindakan susulan yang dapat dikemukakan adalah menggabungkan
video dan muzik agar dapat digunakan secara serentak. Tindakan ini berupaya

176

menjimatkan masa dan memastikan sesi intervensi dapat dijalankan dengan
lebih efisien. Seterusnya, menambahkan unsur pergerakan semasa aktiviti
menyanyi. Hal ini menepati keperluan murid dengan kecerdasan kinestetik
selain memudahkan PK memahami dan mengingat turutan peristiwa. Selain itu,
cadangan mempelbagaikan penggunakan bahan dalam bentuk perisian
multimedia seperti website dan Quizizz dilihat sesuai dengan trend generasi
kini. Tindakan tersebut berupaya menarik minat mereka untuk memahami
pelajaran dengan lebih berkesan. Tuntasnya, pengkaji berharap kajian ini dapat
membantu lebih ramai lagi murid yang menghadapi kesukaran dalam
memahami dan mengingati fakta-fakta Sejarah.

RUJUKAN

Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Mohd Muhaimi Abdul Rahman.
(2014). Penggunaan Peta Minda Oleh Pelajar Pintar Cerdas Dalam
Pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 39 (2), 95-100.

Mohd Suhaimin Isnen. (2017). Elemen Didik Hibur Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu. Dilayari dari

http://www.cikgusuhaimin. com/2017/02/elemen-didik-hibur-dalam-
pengajaran-dan.html
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, Mohd. Zohir Ahmad. (2007).
Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd.

177

PENGGUNAAN FUN-MAP UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENGINGAT
NAMA DAN LOKASI KERAJAAN MELAYU AWAL

Teo Ke Xin
[email protected]
Anisah binti Harun
Jabatan Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Tajuk Kerajaan Melayu Awal dalam mata pelajaran Sejarah KSSR Tahun 4
kurang dikuasai oleh murid kerana murid sukar mengingati nama dan lokasi
tapak kerajaan awal. Sehubungan dengan itu, satu kajian tindakan
dilaksanakan untuk membantu murid mengingat nama dan lokasi tapak
kerajaan Melayu Awal menggunakan alat intervensi “Fun-Map”. Kajian tindakan
menggunakan model Kurt Lewin yang melibatkan empat fasa, iaitu fasa
merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Berdasarkan analisis terhadap
data awal, tiga orang murid Tahun 4 telah dipilih sebagai peserta kajian
berdasarkan kaedah pensampelan bertujuan. Data dikumpul menggunakan
kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Instrumen yang
digunakan dalam penyelidikan tindakan ini adalah senarai semak pemerhatian,
protokol temu bual dan borang analisis dokumen dan dianalisis menggunakan
pendekatan analisis bertema. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan alat
intervensi “Fun-Map” yang terdiri daripada kaedah mnemonik, kaedah EMK,
kaedah TMK, dan kaedah belajar sambil bermain ini dapat membantu guru
meningkatkan keupayaan murid untuk mengingat nama dan lokasi kerajaan-
kerajaan Melayu Awal. Rumusan yang dapat dibuat adalah kepelbagaian
kaedah mengajar dan penggunaan bahan bantu belajar yang menggalakkan
pembelajaran aktif dalam kalangan murid dapat meningkatkan keupayaan
murid untuk mengingat nama dan lokasi tapak kerajaan Melayu awal. Kajian ini
memberi implikasi kepada penambahbaikan amalan pengajaran guru dalam
bilik darjah serta pemupukan semangat dan motivasi kepada murid untuk
belajar Sejarah.

Kata Kunci: Fun-Map, kaedah mnemonik, kaedah EMK, kaedah TMK, kaedah
belajar sambil bermain.

178

PENGENALAN
Saya merupakan guru pelatih daripada Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan bagi mata pelajaran Sejarah ambilan Jun 2016 di Institut Pendidikan
Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Pada Semester 7, saya telah menjalankan
penyelidikan tindakan bagi mata pelajaran Sejarah di Sekolah Kebangsaan
Bukit Chempaka, Terengganu, yang merupakan sekolah Praktikum Fasa II
saya selama tiga bulan. Dengan ini, saya telah diamanahkan untuk mengajar
subjek Sejarah bagi kelas 4 Pintar dan bilangan murid adalah seramai 30 orang
yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga. Kelas ini memiliki
pelbagai sikap dan perangai yang memberikan cabaran mahupun kenangan
kepada saya.

Sehubungan dengan itu, semasa sesi PdP 4 Pintar, saya telah menggunakan
bahan konkrit yakni rumput lalang untuk memberikan pencambahan idea
kepada murid tentang kerajaan-kerajaan Melayu Awal yang menjalankan
kegiatan penanaman padi. Hal ini boleh dikaitkan dengan pendedahan
pembelajaran kontekstual kepada para murid semasa fasa induksi. Dengan ini,
sebagai seorang pengkaji guru transformasi yang mendepani cabaran era
globalisasi ini, guru tidak seharusnya mengamalkan kaedah Chalk and Talk
dalam sesi PdP. Kaedah Chalk and Talk merupakan suatu kaedah pengajaran
tradisional yang berpusatkan guru. (Abdullah Sani, Abdul Rashid, & Abdul
Ghani, 2007). Walaubagaimanapun, terdapat beberapa orang murid yang tidak
fokus dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, saya turut telah
mengaplikasikan kaedah belajar sambil bermain semasa langkah kedua namun
tetap mempunyai beberapa orang murid yang bersifat terlalu aktif mahupun
pasif semasa aktiviti dijalankan.

Tambahan pula, terdapat beberapa orang murid yang menunjukkan respon
yang pasif dan tidak memberikan kerjasama semasa proses PdP dijalankan.
Mereka tidak teruja dengan peta Malaysia yang telah terbahagi kepada
beberapa warna dan tidak memberikan tumpuan semasa kerja berkumpulan
membina “puzzle”. Dalam konteks ini, pembelajaran koperatif merupakan suatu

179

teknik pengajaran moden yang dapat meningkatkan pemahaman murid,
menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis, dan sebagainya. (Bhavani &
Zamri, 2017). Namun, beberapa orang murid tersebut bersifat pasif dan tidak
menyumbangkan tenaga mahupun idea kepada arahan yang ditujukan oleh
guru. Selepas itu, saya bertanyakan soalan kepada beberapa orang murid
tersebut namun terbukti bahawa mereka tidak dapat menjawab soalan dengan
tepat. Mereka keliru tentang nama dan tertukar lokasi Kerajaan-kerajaan
Melayu Awal pada peta Malaysia.

Pada akhir sesi PdP, murid diedarkan lembaran kerja sebagai ujian formatif
agar dapat menguji kefahaman murid dalam topik pelajaran ini. Ekoran
daripada lembaran kerja tersebut, terdapat beberapa orang murid yang gagal
menjawab soalan dengan baik. Pemilihan 3 orang peserta kajian telah
ditentukan berdasarkan analisis dokumen lembaran kerja ini. Maka, data ini
boleh dijadikan sebagai dapatan awal yang boleh menjadi bukti nyata dan
pengukuhan bagi pelaksanaan kajian tindakan ini. Berikut merupakan data awal
mengenai lembaran kerja bagi murid Tahun 4 Pintar ini.

Jadual 1: Markah Lembaran Kerja

Bil Nama (bukan nama sebenar) Markah

1 Insyirah 2/12
2 Anis Ikhwan 3/12
3 Akma 1/12

Jadual 1 menunjukkan bahawa ketiga-tiga peserta kajian tersebut tidak
berupaya untuk mengingat nama dan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu Awal
pada peta Malaysia. Tambahan pula, hasil temu bual bersama dengan peserta
kajian juga menunjukkan bahawa mereka mudah lupa dan ingat tentang apa
yang mereka pelajari dalam tajuk Kerajaan Melayu Awal. Jadual 2 merupakan
rumusan dapatan temu bual dengan peserta kajian.

180

Oleh itu, dapatan awal juga telah mengesahkan bahawa mereka tidak mampu
mengingat fakta tersebut. Secara tidak langsungnya, saya berharap kajian yang
dilaksanakan ini dapat membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran
mengingat murid terhadap tajuk Kerajaan Melayu Awal berasaskan
penggunaan “Fun-Map”.

FOKUS KAJIAN
Fokus kajian untuk penyelidikan tindakan saya adalah kesukaran murid Tahun
4 dalam mengingat nama dan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu Awal pada peta
Malaysia. Kesukaran ini telah dikesan melalui pengumpulan data awal yang
dikutip iaitu berdasarkan 3 instrumen, pemerhatian, temu bual, dan analisis
dokumen. Masalah ini jelas ditunjukkan semasa mereka menyiapkan lembaran

181

kerja yang disediakan. Mereka sukar untuk mengingat fakta tentang kerajaan
Melayu Awal tersebut dan ia menjadi satu tanggunjawab saya selaku guru
Sejarah berusaha mencari inisiatif untuk membantu mereka. Dengan ini, alat
intervensi yang akan digunakan dalam penyelidikan tindakan ini diberi nama
“Fun-Map”, di mana Fun iaitu bermaksud pembelajaran yang menyeronokkan,
Map yang bermaksud peta, iaitu suatu alat intervensi yang belajar melalui peta
dengan seronok iaitu berkisarkan kepada panduan yang akan digunakan oleh
peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran mengingat bagi tajuk Kerajaan-
kerajaan Melayu Awal.

Oleh itu, inisiatif yang telah saya gunakan untuk membantu mereka
meningkatkan kemahiran mengingat bagi topik kerajaan-kerajaan Melayu Awal
ini adalah menggunakan alat intervensi “Fun-Map”. Dengan ini, aspek
pemilihan fokus kajian dilihat berdasarkan kriteria berikut seperti
kebolehtadbiran, kerelevanan, kolaborasi, dan sebagainya.

Kebolehtadbiran. Fun-Map merupakan bahan bantu mengajar (BBM)
berasaskan prinsip pembelajaran menyeronokkan yang boleh digunakan dalam
mengajar topik Kerajaan Melayu Awal bagi murid Tahun 4. Fun-Map
merupakan suatu BBM yang bersifat konkrit yang diperlukan dan digunakan
oleh guru untuk membantu murid-murid belajar dengan lebih berkesan serta
menarik agar dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna.
(Nurul Haniza, Puteri Roslina, & Salinah, 2017).

Kerelevanan. Fun-Map boleh digunakan di semua sekolah memandangkan ia
merupakan BBM yang bersifat fizikal dan digital. Dengan ini, Fun-Map tetap
sesuai digunakan di sekolah yang berbentuk pedalaman mahupun bandar.
Oleh itu, dengan menggunakan Fun-Map ini, kandungan isi pelajarannya yang
sama dapat digunakan pada bila-bila masa.

Kolaborasi. Menurut Ahmad Marzuki (2005), perbincangan secara bersama
untuk membuat keputusan adalah lebih baik berbanding keputusan individu.
Justeru itu, saya telah berkolaborasi dengan rakan guru dan merujuk kepada

182

ketua panitia Sejarah dalam penghasilan ayat mnemonik yang sesuai dan
mudah bagi gabungan nama kerajaan-kerajaan Melayu Awal bagi memastikan
ayat yang dibina ini mudah difahami dan diingati oleh murid.

OBJEKTIF KAJIAN
a. Memperihalkan cara pengkaji menggunakan Fun-Map untuk membantu
murid mengingat nama kerajaan-kerajaan Melayu Awal dan lokasi kerajaan-
kerajaan Melayu Awal pada peta Malaysia.

b. Adakah pengkaji membantu murid mengingat nama kerajaan-kerajaan
Melayu Awal dan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu Awal pada peta Malaysia
menggunakan “Fun-Map’?

SOALAN KAJIAN
a. Bagaimanakah pengkaji menggunakan Fun-Map untuk membantu
murid mengingat nama kerajaan-kerajaan Melayu Awal dan lokasi kerajaan-
kerajaan Melayu Awal pada peta Malaysia?
b. Adakah pengkaji membantu murid mengingat nama kerajaan-kerajaan
Melayu Awal dan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu Awal pada peta Malaysia
menggunakan “Fun-Map’?

PESERTA KAJIAN
Kajian ini telah melibatkan saya sendiri sebagai pengkaji, di mana
membolehkan saya untuk menambah baik amalan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) sebagai seorang guru Sejarah. Kajian ini juga merujuk
kepada murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka, Terengganu.
Kajian ini melibatkan 3 orang peserta kajian (satu murid lelaki dan dua murid
perempuan) yang lemah pencapaian terutamanya bagi tajuk kerajaan-kerajaan
Melayu Awal. Mereka menghadapi masalah dari segi tidak mengingat nama

183

dan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu Awal pada peta Malaysia serta sentiasa
memerlukan bantuan dan bimbingan daripada guru. Dengan ini, tiga orang
murid yang terpilih sebagai peserta kajian saya mempunyai personaliti, gender,
kekuatan, kelemahan dan kebolehan yang berbeza. Jadual 2 merupakan
rumusan berkenaan dengan peserta kajian.

Jadual 2 :Peserta Kajian

Bil. Peserta KajianJantina Tahap Ciri-ciri
Pencapaian
(Bukan Nama Sebenar)

1. Akma Perempuan Sangat LemahSelalu berkhayal dan

(Gred: D) kurang fokus dalam

sesi PdP.

2. Anis Ikhwan Lelaki Lemah Aktif tetapi suka
(Gred: C) mengganggu rakan-
rakannya.

3. Insyirah Perempuan Sangat Lemah Pendiam dan agak

(Gred: D) pasif di dalam kelas.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Bagi tindakan yang harus diambil, saya telah memilih model Kajian Tindakan
Kurt Lewin sebagai panduan untuk tindakan yang saya lakukan. Menurut
Nataliya (2015), Model Lewin 1948 boleh diaplikasikan dalam kajian ini dan ia
merupakan suatu kitaran kajian tindakan yang mempunyai 4 langkah, iaitu
merancang (plan), bertindak (action), memerhati (observe), dan mereflek
(reflect) seperti Rajah 2 di bawah.

184

Rajah 2 : Model Kurt Lewin

Peringkat pertama bagi model Kurt Lewin ini ialah peringkat merancang. Pada
bahagian ini, saya telah merancang tindakan atau intervensi bagi mengatasi
masalah yang dihadapi. Dengan ini, saya juga telah membuat perancangan
dengan pemilihan alat intervensi. Sebagai bukti, saya telah mengambil kira
faktor masa, wang, dan tenaga dalam penghasilan alat intervensi “Fun-Map”
ini. Saya menghasilkan alat intervensi “Fun-Map” dengan berprinsip untuk
meminimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan penggunaan alat. Alat
intervensi ini diberi nama “Fun-Map” di mana ia berilhamkan aspek Learning Is
Fun. Dengan ini, sebuah peta berbentuk fizikal akan dibentuk melalui
penggunaan mounting board, dan pengadaptasian daripada QR Code, kaedah
mnemonik, Elemen Merentas Kurikulum, TMK, serta teknik belajar sambil
bermain telah diaplikasikan agar dapat memudahkan murid untuk mengingati
nama dan lokasi Kerajaan-kerajaan Melayu Awal pada peta Malaysia.

Selain itu, peringkat kedua bagi model Kurt Lewin ialah peringkat bertindak.
Setelah melalui fasa merancang, pengkaji mula melaksanakan tindakan bagi

185

mengatasi masalah yang dihadapi. Dalam konteks ini, pengkaji melakukan
rancangan intervensi yang telah dibuat. Pemilihan tempat bersesuaian
menggunakan alat intervensi iaitu “Fun-Map” dalam masa yang diperuntukkan
juga amat dititikberatkan. Pada peringkat ini, penggunaan “Fun-Map” telah mula
digunakan kepada PK. Berikut merupakan langkah penggunaan “Fun-Map” :

a. Pengkaji merangsang idea murid dengan video yang berkaitan dengan
topik kerajaan-kerajaan Melayu Awal.
b. Pengkaji memperkenalkan kaedah mnemonik iaitu GCB TSK kepada
PK berasaskan penggunaan “Fun-Map”.
c. Pengkaji memperkenalkan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu Awal pada
peta Malaysia kepada PK dengan mengaplikasikan teori sudut tirus berasaskan
penggunaan “Fun-Map”.
d. PK mengimbas kod QR dan melayari Laman Web KMA yang
mempunyai pelbagai pautan seperti Youtube, maklumat tambahan berkenaan
topik Kerajaan Melayu Awal, kuiz atas talian, dan sebagainya.
e. PK diminta untuk melihat bahan bantu mengajar konkrit (peta Malaysia)
yang dilengkapi dengan kepelbagaian warna dan lampu LED.
f. Seterusnya, PK diminta untuk belajar sambil bermain di samping
mewujudkan persaingan positif antara satu sama lain dengan mengenalpasti
nama kerajaan-kerajaan Melayu Awal dan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu
Awal pada peta Malaysia tersebut berasaskan kartun karakter yang telah
disediakan oleh pengkaji. Lampu LED hijau akan bernyala sekiranya jawapan
betul manakala lampu LED merah akan bernyala sekiranya jawapan salah.
g. Setelah itu, PK diminta untuk bersaing secara aktif dan positif antara
satu sama lain, dengan menuliskan nama kerajaan-kerajaan Melayu Awal pada
“Mini Whiteboard” serta mengenalpasti lokasi kerajaan-kerajaan Melayu Awal
berasaskan kad label pada kit “Fun-Map” tersebut.
h. Pengkaji membuat pemerhatian dan merekod setiap perkembangan
yang ditunjukkan oleh PK.

186

Di samping itu, peringkat ketiga adalah memerhati dalam model Kurt Lewin.
Saya telah melakukan pemerhatian semasa Fun-Map ini digunakan dalam
proses intervensi. Pemerhatian yang saya lakukan ini meliputi keberkesanan
alat yang digunakan dan penglibatan murid dalam aktiviti yang dikendalikan.
Dalam konteks ini, saya juga telah menggunakan tiga instrumen, iaitu
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen dalam peringkat memerhati ini.
Pemerhatian ini adalah untuk mengesan perubahan tingkah laku serta
tindakbalas yang ditunjukkan oleh murid semasa intervensi dijalankan.
Pemerhatian ini juga telah dilakukan oleh saya dengan pengaplikasian borang
rekod senarai semak dan rakaman video semasa intervensi dijalankan untuk
tujuan memudahkan proses menganalisis data. Seterusnya, temu bual juga
telah digunakan dalam peringkat memerhati ini. Temu bual merupakan satu
kaedah yang membolehkan seseorang penyelidik mendapat maklumat secara
mendalam kerana melibatkan hubungan bersua muka secara langsung dengan
peserta kajian. Selanjutnya, analisis dokumen iaitu lembaran kerja juga
merupakan suatu kaedah dalam proses pelaksanaan kajian ini. Saya
menggunakan lembaran kerja sebagai panduan data awal untuk pemilihan
peserta bagi kajian ini. Saya juga telah menjalankan ujian pra dalam kajian ini
untuk memastikan bahawa peserta kajian tersebut adalah amat sesuai dan
berkelayakan untuk menjalankan kajian intervensi tersebut. Menurut Mohd
Ridzuan (2012), ujian turut merupakan suatu prosedur yang sistematik bagi
mengukur perubahan tingkah laku murid dan pencapaian murid dalam sesuatu
pembelajaran. Dengan ini, saya telah menggunakan ujian pra dan pos dalam
pelaksanaan kajian ini.

Bukan itu sahaja, peringkat keempat bagi model Kurt Lewin adalah mereflek di
mana saya membuat refleksi berdasarkan pemerhatian untuk menentukan
sama ada intervensi perlu digunakan untuk gelungan kedua ataupun tidak.
Dalam konteks ini, kajian penyelidikan berasaskan penggunaan “Fun-Map” ini
hanya melibatkan gelungan pertama sahaja kerana para peserta kajian telah

187

mencapai tahap pencapaian yang tinggi dan menunjukkan perkembangan
kemajuan yang amat memuaskan.

Dari segi konteks lain pula, terdapat 3 kaedah pengumpulan data iaitu
pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Data yang diperoleh mesti
dikumpul dan memastikan kesahihan data-data tersebut supaya dapat
menghasilkan penyelidikan tindakan yang mempunyai kebolehpercayaan dan
kesahan yang tinggi. Seterusnya, kaedah menganalisis data pula terbahagi
kepada 2 iaitu analisis bertema dan analisis skor markah. Dalam konteks ini,
analisis bertema adalah untuk menjawab soalan kajian yang pertama dan
kedua manakala analisis skor markah adalah untuk menjawab soalan kajian
yang ketiga. Selanjutnya, kaedah penyemakan data pula adalah melalui
triangulasi kaedah dan triangulasi peserta kajian. Triangulasi bermaksud
penggunaan pelbagai sumber data, penyelidik, kaedah pemungutan data dan
analisis dengan cara membuat perbandingan data yang dikumpul daripada
pelbagai sumber. Dengan ini, saya telah menggunakan pelbagai kaedah seperti
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen bagi sebelum, semasa dan
selepas intervensi bagi memastikan objektif kajian tercapai dan soalan kajian
terjawab dalam kedua-dua triangulasi ini.

DAPATAN KAJIAN
a) Bagaimanakah pengkaji menggunakan Fun-Map untuk membantu
murid mengingat nama kerajaan-kerajaan Melayu Awal dan lokasi
kerajaan-kerajaan Melayu Awal pada peta Malaysia?

Kajian ini dapat membantu meningkatkan kemahiran murid untuk mengingat
nama dan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu Awal pada peta Malaysia melalui 4
cara, iaitu kaedah mnemonik, EMK, TMK, dan belajar sambil bermain
berasaskan Fun-Map.

188

Rajah 3 : Kaedah mnemonik pada Fun-Map
Murid hanya perlu menulis satu ayat sahaja bagi menyenaraikan kesemua
GCBTSK, iaitu “Grilled Chicken Burger Tak Sihat Kan” untuk menguasai nama
kerajaan-kerajaan Melayu Awal yakni Gangga Negara, Chih-Tu, Beruas,
Temasik, Santubong, dan Kedah Tua.
Selain itu, Fun-Map sebagai BBM juga dapat membantu peserta kajian
mengingati lokasi kerajaan Melayu Awal dengan jelas kerana mengaplikasikan
konsep sudut tirus dalam Matematik. Sudut tirus kecil mewakili GCB (Gangga
Negara, Chih Tu, Beruas) manakala sudut tirus besar mewakili TSK (Temasik,
Santubong, Kedah Tua).

189

Rajah 4 - Sudut Tirus Kecil (GCB) Rajah 5 - Sudut Tirus Besar (TSK)

Bukan itu sahaja, Fun-Map juga mengaplikasikan kaedah TMK yang dapat
meningkatkan kemahiran murid dalam mengingat nama dan lokasi kerajaan-
kerajaan Melayu Awal pada peta Malaysia. Dalam konteks ini, laman web
Yolasite Kerajaan Melayu Awal @ Cikgu Teo dan Kod QR yang terdapat pada
Fun-Map membolehkan peserta kajian untuk mudah mengingat kerana mereka
amat teruja dan mempunyai minat yang tinggi dalam penggunaan teknologi
berasaskan telefon pintar serta komputer riba selaras dengan konsep
pembelajaran abad ke-21 (PAK-21).

Di samping itu, Fun-Map yang menerapkan kaedah belajar sambil bermain juga
dapat meningkatkan ingatan murid terhadap nama dan lokasi kerajaan-
kerajaan Melayu Awal. Dengan ini, PK akan mengambil giliran untuk bermain
pada Fun-Map tersebut dengan penerapan kartun karakter dan permainan
secara round boardgame. Penggunaan lampu LED juga memberi rasa seronok
kepada PK untuk belajar kerana ia mempunyai pelbagai warna di mana LED
hijau adalah untuk jawapan betul dan LED merah adalah untuk jawapan salah.
Murid bersemangat gigih untuk belajar sambil bermain kerana persaingan
positif dalam kalangan mereka dapat membakar semangat dalam diri sendiri
supaya belajar dalam keseronokan. Berdasarkan Jadual 3, terbuktilah bahawa

190

peserta kajian mengukuhkan bahawa aktiviti belajar sambil bermain
merangsang mereka untuk mempelajari topik ini.

Jadual 3 : Transkrip Temu Bual

Bil Soalan Temu Bual Jawapan

1 Adakah anda mengingati kerajaan-kerajaanAkma :

Melayu Awal manakah yang terletak di negeri“Ye cikgu... Gangga Negara dan

Perak? Beruas...”

Insyirah :
“Ye cikgu.. Mestilah saya ingat!
Gangga Negara dan Beruas..”

Anis :
“Ye cikgu... ingat! Gangga Negara
dan Beruas..”

2 Antara kaedah mnemonik, kaedah EMK, belajarAnis :

melalui TMK, belajar sambil bermain, yang“Ye cikgu.. Saya suka bermain

diaplikasikan dalam Fun-Map ini, manakahsambil belajar hok yang bermain

yang lebih berkesan bagi anda? sekali dengan member lain tu...

Dengan menggunakan kartun

karakter tu... Debar boh main tadi..

Nak main lagi cikgu..”

Oleh itu, setelah penggunaan “Fun-Map” terhadap peserta kajian, saya dapati
keberkesanan alat ini menunjukkan impak yang positif di mana Anis berjaya
menjawab kesemua soalan dengan betul dalam ujian pos manakala Akma dan
Insyirah yang hanya salah satu soalan bagi ujian pos masing-masing. Hal ini
telah menunjukkan perbezaan tahap pencapaian kemajuan yang amat ketara
dan keberkesanan selepas penggunaan “Fun-Map” bagi pengajaran topik

191

Kerajaan-kerajaan Melayu Awal tersebut. Dengan ini, hasil daripada ujian pra
dan pos dapat dilihat melalui Rajah 5 dan Jadual 5 di bawah.

b) Adakah pengkaji dapat membantu murid mengingat nama
kerajaan-kerajaan Melayu Awal dan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu Awal
pada peta Malaysia menggunakan “Fun-Map’?
Berdasarkan ujian pra dan ujian pos, penggunaan “Fun-Map” dapat membantu
murid mengingat nama kerajaan Melayu Awal dan lokasi kerajaan Melayu Awal
pada peta Malaysia. Keterangan lanjut seperti dalam Rajah 6.

18 17 18
16 17
14
Markah 12
10
4
8 3
64
4 Anis Ikhwan Insyirah
2
0

Akma

Peserta Kajian (Bukan Nama Sebenar)
Ujian Pra Ujian Pos

Rajah 6 : Analisis perbandingan hasil dapatan ujian pra dan ujian pos

Skor markah peserta kajian dalam ujian pra dan ujian pos adalah seperti dalam
Jadual 4.

192

Jadual 4 : Markah Peserta Kajian dalam Ujian Pra dan Ujian Pos

Bil Peserta KajianMarkah Ujian Pra Markah Ujian Pos
(Bukan Nama Sebenar)

1. Akma 4/18 17/18

2. Insyirah 4/18 17/18

3. Anis Ikhwan 3/18 18/18

Kesimpulannya, “Fun-Map” dapat membantu peserta kajian untuk
meningkatkan kemahiran mengingat dalam nama dan lokasi kerajaan-kerajaan
Melayu Awal pada peta Malaysia.

REFLEKSI

Sepanjang tempoh menjalani kajian tindakan, saya telah memperoleh banyak
ilmu pengetahuan dan pengalaman baharu khususnya bagi diri sendiri untuk
menambah baik amalan pengajaran sebagai seorang pendidik yang
mempunyai profesionalisme yang tinggi dalam mengajar murid Tahun 4 untuk
membantu mereka meningkatkan kemahiran mengingat tentang nama dan
lokasi Kerajaan-kerajaan Melayu Awal pada peta Malaysia. Dengan ini, melalui
penyelidikan tindakan ini juga saya telah banyak didedahkan dengan
kepelbagaian kaedah pembelajaran dan pengajaran. Secara izharnya,
kepelbagaian dalam kaedah pengajaran bertujuan untuk memberi pengalaman
pengajaran dan pembelajaran yang bermakna kepada para murid malah
meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. (Kamarul Azmi, Ab Halim, &
Mohd Izham, 2011).

Tambahan pula, saya dapat mengenal pasti kekuatan penggunaan “Fun-Map”
terhadap para peserta kajian. Dalam konteks ini, antara kekuatan “Fun-Map”
adalah cirinnya yang mempunyai pelbagai elemen tambahan iaitu kaedah
mnemonik, kaedah Elemen Merentas Kurikulum dengan teori sudut tirus dalam
subjek Matematik, kaedah Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK), kaedah
belajar sambil bermain dan sebagainya. Ciri-ciri yang istimewa ini telah
membolehkan peserta kajian mampu mengingat nama dan lokasi Kerajaan-

193

kerajaan Melayu Awal dengan mudah dan jelas. Selain itu, kekuatan yang lain
adalah murid menunjukkan minat dan semangat belajar yang tinggi semasa
berlakunya proses intervensi berasaskan penggunaan “Fun-Map”. Hal ini
demikian kerana penggunaan “Fun-Map” telah menarik perhatian mereka untuk
belajar kerana pengkaji berupaya untuk membentuk suatu suasana
pembelajaran yang fleksibel, bebas dan menyeronokkan.

Maka, penggunaan “Fun-Map” ini telah memberikan beberapa kesan positif
yang dilihat mampu memberikan manfaat kepada murid Tahun 4 dalam
meningkatkan kemahiran mengingat bagi topik Kerajaan-kerajaan Melayu Awal
di samping mempelajari dan meminati subjek Sejarah. Selain itu, “Fun-Map” ini
juga mempraktikkan amalan pembelajaran berpusatkan murid iaitu aktiviti
berdasarkan hands-on dan minds-on. Dalam konteks ini, guru hanya
berperanan sebagai fasilitator yang membimbing murid dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran selaras dengan zaman VUCA, yakni V untuk volatility
(kemeruapan), U untuk uncertainty (ketidakpastian), C untuk complexity
(kerumitan), dan A untuk ambiguity (kekaburan), yang turut bertepatan dengan
gagasan Malaysia baharu iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB
2030) yang merupakan kelangsungan kepada Wawasan 2020. (Afandi, 2017).
Dengan ini, saya perlu sentiasa membudayakan nilai kreativiti dalam PdP
Sejarah agar ia tidak lagi bersifat jumud dan membosankan.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
“Fun-Map” merupakan suatu alat bantu yang berfungsi untuk meningkatkan
kemahiran mengingat murid Tahun 4 tentang nama dan lokasi Kerajaan-
kerajaan Melayu Awal. Berdasarkan pengalaman melaksanakan penyelidikan
tindakan ini selama berberapa bulan secara berterusan, saya telah melihat
beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan. Dengan ini,
cadangan yang pertama adalah saya seharusnya menyediakan petak ruangan
pada peta Malaysia agar dapat meningkatkan kefahaman murid. Pada
pendapat saya, petak ruangan yang disediakan ini adalah lebih memudahkan

194

murid untuk mengenali lokasi Kerajaan-kerajaan Melayu Awal pada peta
Malaysia.

Selain itu, kajian pada masa hadapan juga boleh ditambah baik dengan
mengaplikasikan idea ini kepada tajuk Perjuangan Tokoh Tempatan
menentang British yang akan dipelajari oleh murid semasa Tahun 5. Ini boleh
dilaksanakan dengan mudah memandangkan konsepnya adalah sama iaitu
menggunakan kaedah mnemonik, kaedah belajar sambil bermain, kaedah
Teknologi Maklumat Komunikasi, dan sebagainya. Ia boleh dilakukan dengan
menggantikan lokasi kerajaan Melayu Awal dengan lokasi penempatan
perjuangan tokoh tempatan di negeri-negeri Malaysia. Seterusnya, cadangan
yang ketiga pula adalah menghasilkan Kit Pembelajaran Kerajaan Melayu
Awal. Hal ini boleh dikaitkan kerana bahan-bahan bantu belajar yang telah
dihasilkan bagi memenuhi objektif pembelajaran tajuk ini boleh dijadikan
sebuah modul pembelajaran yang ringan, kecil, dan mudah dibawa oleh semua
warga pendidik.

RUJUKAN

Abdullah Sani, Y., Abdul Rashid, M., & Abdul Ghani, A. (2007). Guru sebagai
Pemimpin. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Afandi, A. (2017). Mendepani cabaran dunia empat dimensi. Retrieved Mac 6,
2020, from BH Online:
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/09/321156/mendepani-
cabaran-dunia-empat-dimensi

Ahmad Marzuki, I. (2005). Mengenali anggota dan koperasi. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Bhavani, S., & Zamri, M. (2017). Keberkesanan Pembelajaran Koperatif
terhadap Pencapaian dan Motivasi Murid Sekolah Menengah dalam

195

Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM
(Malay Language Education Journal – MyLEJ), 7(1), 11-23.
Kamarul Azmi, J., Ab Halim, T., & Mohd Izham, M. (2011). Kajian Kes
Penggunaan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Guru Cemerlang
Pendidikan Islam (GCPI) Sekolah Bandar dan Luar Bandar: Satu Kajian
Perbandingan. Jurnal Teknologi, 56(3), 179-198.
Mohd Ridzuan, A. (2012). Aplikasi "Empat Warna" dalam Meningkatkan
Kemahiran Menyambung Huruf Nga bagi Murid Tahun 4. Koleksi Artikel
Penyelidikan Tindakan PISMP Pengajian Agama Ambilan Januari 2009 (pp.
101-111). Kuching: Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.
Nataliya, I. (2015). Mixed Methods Applications in Action Research. London:
SAGE Publications Inc.
Nurul Haniza, S., Puteri Roslina, A., & Salinah, J. (2017). Pembelajaran Bahasa
Melayu Kanak-kanak Pemulihan Khas: Pembinaan Bahan Bantu Mengajar.
Jurnal Pengajian Melayu, 28(3), 164-193.

196

TAHAP EFIKASI GURU PELATIH MELAKSANAKAN KAEDAH
PENGAJARAN PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH (PLBD) DALAM

PDP SEJARAH

Vikcittra A/P Chuang
[email protected]

Anisah binti Harun
Jabatan Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Efikasi guru ialah keyakinan seseorang guru terhadap kebolehannya mengajar
dan memotivasikan murid. Kajian yang menggunakan reka bentuk tinjauan ini
dijalankan untuk mengenal pasti tahap efikasi guru pelatih melaksanakan
kaedah pengajaran PLBD dalam PdP Sejarah. Kajian yang melibatkan 52
orang sampel kajian daripada populasi seramai 61 orang ini dipilih melalui
kaedah rawak mudah dengan merujuk kepada jadual Krejcie dan Morgan.
Sampel kajian terdiri daripada guru pelatih opsyen Sejarah semester 8 di IPG
Zon Timur. Pengumpulan data kajian ini adalah melalui instrumen soal selidik
yang diterjemah dan diubahsuai daripada Teachers’ Sense of Efficacy Scale
(TSES). Instrumen yang diedarkan melalui Google Form ini mengandungi tiga
konstruk utama iaitu efikasi guru dari aspek penglibatan murid, strategi
pengajaran dan pengurusan bilik darjah. Hasil analisis data kajian mendapati
konstruk penglibatan murid berada pada tahap tinggi (min=8.24, SP=1.16),
konstruk strategi pengajaran juga pada tahap tinggi (min=8.20, SP=1.15) dan
konstruk yang terakhir iaitu pengurusan bilik darjah turut berada pada tahap
tinggi (min=8.05, SP=1.30). Hal ini menunjukkan bahawa guru-guru pelatih
opsyen Sejarah di IPG Zon Timur mempunyai tahap efikasi yang tinggi untuk
melaksanakan kaedah PLBD dalam PdP Sejarah. Kajian ini memberi implikasi
kepada pengupayaan kemahiran guru dan sokongan pelbagai pihak bagi
menggalakkan guru melaksanakan PLBD.

Kata kunci: efikasi, guru pelatih, kaedah pengajaran, PLBD, PdP Sejarah

197

PENGENALAN

Mata pelajaran Sejarah peringkat sekolah rendah yang mula diajar kepada
murid tahun 4 bertujuan mendidik murid untuk memahami latar belakang
negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan yang berlaku serta
kesinambungan yang masih dikekalkan terutamanya dalam kehidupan
masyarakat di Malaysia (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014).
Keberkesanan dan kejayaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sejarah
bergantung kepada kreativiti guru merancang, mengolah dan melaksanakan
pendekatan, kaedah, teknik secara bersepadu dan sistematik.

Salah satu ciri pengajaran berkesan ialah kepelbagaian dalam kaedah PdP di
dalam kelas yang bertujuan untuk memberi pengalaman yang bermakna
kepada murid-murid malah turut meningkatkan motivasi mereka untuk belajar.
Antara kaedah yang dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) untuk dilaksanakan dalam PdP Sejarah ialah kajian kes, pembelajaran
akses kendiri, pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran berasaskan kajian
masa depan dan pelbagai lagi. Pembelajaran menggunakan kaedah-kaedah ini
melibatkan murid secara aktif yang akan mewujudkan pemerolehan
pengetahuan, penguasaan kemahiran dan pemupukan nilai yang lebih
berkesan (Ishak, 2005).

PERNYATAAN MASALAH

Sejak kebelakangan ini, negara-negara maju menghadapi masalah untuk
menyampaikan pendidikan sejarah yang dapat diterima oleh semua lapisan
masyarakat. Menurut Mohd dan Shahizan (2012), hal ini termasuklah
pengajaran mata pelajaran sejarah di Australia yang mengalami persepsi
negatif murid kerana beranggapan bahawa pembelajaran sejarah
membosankan dan berulangan. Menurut Mohd Mahzan, Abdul Razaq dan Nur
Syazwani (2016), kelemahan sebenar dalam menguasai kurikulum sejarah
adalah disebabkan gaya penyampaian yang kurang berkesan iaitu bergantung

198

pada gaya kreativiti guru Sejarah dalam memantapkan ilmu sejarah dan
melibatkan murid dalam semua kemahiran belajar sejarah yang ada.

Oleh itu, bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berpusatkan
murid dan tidak berpusatkan guru semata-mata, kaedah pembelajaran luar bilik
darjah (PLBD) merupakan salah satu kaedah yang boleh diaplikasikan dalam
PdP Sejarah di sekolah. Menurut S. Azman et al., (2017) KPM telah
memperkenalkan PLBD sejak tahun 2000 bertujuan untuk mengimbangi jadual
persekolahan yang padat agar PdP lebih bermakna dan lebih berbentuk
kontekstual.

Walaubagaimanapun, penggunaan kaedah PLBD dalam sesebuah PdP
memerlukan guru membuat perancangan yang rapi terutamanya dari segi
pengurusan masa, pengisian aktiviti dalam PdP, kawalan tingkah laku murid,
alat bantu mengajar dan lain-lain lagi. Oleh itu, pembelajaran di luar bilik darjah
masih kurang dijalankan di sekolah rendah terutama bagi kanak-kanak berusia
antara 7 hingga 11 tahun (Azizi, 2019).

Kesediaan guru menghadapi cabaran dan tanggungjawab ini secara tidak
langsung dipengaruhi oleh kepercayaan mereka terhadap kemampuan serta
keupayaan diri dalam melaksanakan sesuatu tugas. Kepercayaan peribadi ini
dikenali sebagai efikasi kendiri yang merujuk kepada tahap keyakinan dan
kepercayaan seseorang guru pelatih untuk melaksanakan tugas mengajar dan
tanggungjawab mereka untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik mengikut
kemampuan masing-masing (Tschannen-Moran dan Hoy, 2001). Efikasi guru
boleh diukur daripada tiga aspek iaitu penglibatan murid, strategi pengajaran
dan pengurusan bilik darjah.

Banyak kajian yang dijalankan mendapati bahawa efikasi guru di Malaysia
adalah tinggi, namun terdapat beberapa kajian yang menunjukkan dapatan
bertentangan seperti kajian Rahimah et al. (2014) terhadap 419 orang guru
mendapati bahawa tahap efikasi kendiri guru berada pada tahap sederhana
berdasarkan skor min. Cadangan daripada Ahmad (2016) yang menyatakan

199

bahawa masih wujud keperluan untuk mengukur efikasi guru pelatih
terutamanya mengenal pasti aspek yang belum dikuasai turut mendorong
penyelidik untuk menjalankan kajian ini. Lantaran itu, kajian ini dilaksanakan
bagi mengenal pasti tahap efikasi guru pelatih melaksanakan kaedah
pengajaran PLBD dalam PdP Sejarah. Kajian yang dilaksanakan terhadap guru
pelatih opsyen Sejarah ambilan Jun 2016 di IPG Zon Timur tidak boleh
digeneralisasikan kepada semua guru pelatih di seluruh Malaysia.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
Objektif kajian ini adalah:

i) Mengenal pasti tahap efikasi guru pelatih melaksanakan kaedah
pengajaran Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) dalam PdP Sejarah.

Kajian ini akan menjawab persoalan berdasarkan objektif kajian seperti berikut:
i) Apakah tahap efikasi guru pelatih melaksanakan kaedah pengajaran
Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) dalam PdP Sejarah?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan
berbentuk deskriptif bagi mengkaji tahap efikasi guru pelatih melaksanakan
kaedah PLBD dalam PdP Sejarah. Populasi kajian ini adalah melibatkan guru
pelatih opsyen Sejarah ambilan Jun 2016 di IPG di Zon Timur iaitu daripada
IPGK Kota Bharu seramai 30 orang, IPGK Sultan Mizan seramai 17 orang dan
IPGK Dato’ Razali Ismail seramai 14 orang. Dengan menggunakan kaedah
pensampelan rawak mudah, bilangan sampel yang dipilih dalam kajian ini
adalah seramai 52 orang mengikut saiz sampel bagi populasi (N=60)
sebagaimana yang dicadangkan oleh Krejcie dan Morgan (1970).

200

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merupakan soal selidik yang
diedarkan kepada responden melalui aplikasi Google Form. Instrumen ini
terbahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian A adalah berkenaan
maklumat demografi iaitu jantina dan kampus pengajian. Seterusnya, soal
selidik akan berfokus kepada aspek yang ingin dikaji untuk mengetahui tahap
efikasi responden iaitu bahagian B adalah berkenaan aspek penglibatan murid,
bahagian C berkenaan aspek strategi pengajaran dan bahagian D berkenaan
aspek pengurusan bilik darjah. Bahagian B, bahagian C dan bahagian D dalam
soal selidik ini masing-masing mengandungi 10 item yang menggunakan skala
Likert daripada skala 1 untuk menunjukkan guru pelatih sangat tidak bersetuju
hingga 10 yang menunjukkan guru pelatih sangat bersetuju dengan pernyataan
seperti yang dinyatakan dalam soal selidik seperti yang disarankan oleh Wittink
dan Bayer (2003) memandangkan skala tersebut lebih tinggi ketepatannya
berbanding skala lima atau skala tujuh.

Seramai tiga orang pakar dalam bidang penyelidikan telah dipilih untuk
membuat penilaian kesahan kandungan dan kesahan muka instrumen kajian
ini. Penyelidik turut menjalankan kajian rintis menggunakan instrumen kajian
terhadap 35 orang responden opsyen Sejarah ambilan Jun 2016 daripada tiga
kampus di Zon Utara iaitu IPGK Perlis, IPGK Sultan Abdul Halim dan IPGK
Pulau Pinang kerana mempunyai ciri-ciri yang sama seperti sampel kajian iaitu
daripada opsyen Sejarah dan telah menjalani praktikum Fasa 1 dan Fasa 2.
Dapatan kajian rintis menunjukkan nilai pekali Alpha keseluruhan item kajian
adalah 0.978 manakala 0.937 untuk kajian sebenar dan bermaksud instrumen
ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Sebelum instrumen soal selidik diedarkan kepada peserta kajian rintis dan
sampel kajian, penyelidik terlebih dahulu menghantar surat permohonan secara
bertulis melalui pos kepada Pengarah IPG Kampus yang berkenaan untuk
menjalankan kajian. Setelah itu, penyelidik mengadakan hebahan melalui
aplikasi Whatsapp yang mengandungi pautan untuk ke Google Form yang
mengandungi soal selidik kajian ini.

201

Dalam kajian ini, analisis deskriptif iaitu kekerapan dan peratus digunakan untuk
menghuraikan maklumat demografi responden seperti jantina dan kampus
pengajian. Selain itu, analisis deskriptif seperti skor min dan sisihan piawai
digunakan untuk mewakili maklum balas responden berdasarkan skala dalam
instrumen soal selidik yang diterima.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Analisis deskriptif digunakan untuk menentukan tahap efikasi guru pelatih
melaksanakan kaedah pengajaran PLBD dalam PdP Sejarah berdasarkan skor
min dan sisihan piawai. Hasil analisis deskriptif adalah seperti dalam Jadual 1
berikut:

Jadual 1 : Efikasi guru pelatih melaksanakan kaedah pengajaran PLBD dalam
PdP Sejarah

Efikasi Guru Pelatih Min Sisihan Piawai Interpretasi Skor

(SP) Min

Aspek Penglibatan Murid 8.24 1.16 Tinggi
8.20 1.15 Tinggi
Aspek Strategi Pengajaran 8.05 1.30 Tinggi

Aspek Pengurusan Bilik 8.17 1.13 Tinggi
Darjah

Keseluruhan

Jadual 1 menunjukkan analisis terperinci efikasi guru pelatih melaksanakan
kaedah pengajaran PLBD dalam PdP Sejarah. Hasil analisis mendapati secara
keseluruhannya, efikasi guru pelatih berada pada tahap yang tinggi (min=8.17,
SP=1.13). Perincian mengikut setiap aspek juga mendapati efikasi dalam aspek
penglibatan murid berada pada tahap tinggi (min=8.24, SP=1.16), aspek
strategi pengajaran juga menunjukkan tahap tinggi (min=8.20, SP= 1.15) dan

202

aspek pengurusan bilik darjah turut berada pada tahap tinggi (min=8.05, SP=
1.30).

Selain itu, taburan kekerapan efikasi guru pelatih melaksanakan kaedah
pengajaran PLBD dalam PdP Sejarah mengikut tahap interpretasi min adalah
seperti Jadual 2 berikut:

Jadual 2 : Taburan kekerapan tahap efikasi guru pelatih melaksanakan
kaedah pengajaran PLBD dalam PdP Sejarah

Kategori Tahap Kekerapan, n Peratus (%)
Rendah 0 0
7
Sederhana 45 13.5
Tinggi 52 86.5
Jumlah 100.0

Jadual 2 menunjukkan tahap efikasi kebanyakan guru pelatih berada pada
tahap tinggi iaitu seramai 45 orang (86.5%). Manakala hanya 7 orang guru
pelatih (13.5%) berada pada tahap sederhana. Hal ini menunjukkan bahawa
sebilangan besar guru pelatih mempunyai tahap efikasi yang tinggi untuk
melaksanakan kaedah pengajaran PLBD dalam PdP Sejarah.

Dapatan kajian menunjukkan guru-guru pelatih mendapati bahawa murid-murid
lebih ceria dan aktif untuk mempelajari Sejarah ketika kaedah PLBD
dilaksanakan. Dapatan ini dapat disokong dengan pernyataan S. Azman (2017)
iaitu murid memperoleh keseronokan apabila diberikan peranan dan dapat
mengambil bahagian secara aktif dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Selain
itu, ramai guru pelatih yang kurang berkeyakinan dapat menguruskan masa
dengan baik untuk melaksanakan kaedah PLBD dalam PdP Sejarah. Dapatan
kajian ini selari dengan kajian terhadap guru pelatih di Universiti Sains Malaysia

203

yang turut menunjukkan aspek pengurusan bilik darjah paling kurang diyakini
(Syed et al., 2011).

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Berdasarkan dapatan daripada analisis data kajian ini, kesimpulannya adalah
efikasi guru pelatih melaksanakan kaedah pengajaran PLBD dalam PdP
Sejarah berada pada tahap tinggi berdasarkan analisis deskriptif yang telah
dijalankan dengan merujuk kepada skor min keseluruhan item iaitu 8.17 (rujuk
Jadual 1). Taburan kekerapan tahap efikasi juga menunjukkan kebanyakan
iaitu 86.5% guru pelatih berada pada tahap tinggi manakala hanya 13.5% guru
pelatih berada pada tahap sederhana (rujuk Jadual 2).

Menjadi satu keperluan kepada guru pelatih yang bakal menyandang jawatan
sebagai guru dalam perkhidmatan untuk memupuk efikasi kendiri dalam diri
masing-masing supaya dapat melaksanakan kaedah pengajaran yang
memenuhi keperluan murid dalam pembelajaran abad ke-21 kini melalui
kaedah PLBD misalnya. Hal ini kerana, individu yang berefikasi tinggi akan
menghadapi tugasan-tugasan sukar sebagai cabaran yang perlu diatasi, malah
mempunyai daya usaha yang kuat untuk meningkatkan pencapaian dan
perwatakan (Azwan et al., 2005).

Pihak pentadbir dalam kampus juga boleh berkolaborasi dengan mana-mana
tokoh guru di Malaysia supaya dapat berkongsi sesuatu ilmu yang berharga
daripada insan-insan yang disegani ini. Cikgu Nawi dan Cikgu Khuzaimah
merupakan nama-nama yang tidak asing lagi dalam bidang perguruan di
Malaysia kerana pernah dinobatkan sebagai Tokoh Guru Kebangsaan. Sebagai
insan yang bergelar Tokoh Guru Kebangsaan, semestinya mereka menguasai
efikasi kendiri untuk memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan.

Kajian lanjutan boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah gabungan
kuantitatif dan kualitatif iaitu menggunakan prosedur pemerhatian dan temu

204

bual untuk mendapatkan maklumat kajian selain daripada instrumen soal
selidik. Bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat dan dapat
digeneralisasikan kepada semua, kajian lanjutan perlu melibatkan semua guru
pelatih opsyen Sejarah di IPG seluruh Malaysia. Kajian selanjutnya boleh
menggunakan ujian korelasi, regrasi, MANOVA dan lain-lain yang bersesuaian
untuk menjawab soalan kajian supaya dapatan kajian tepat, berkualiti dan boleh
digunapakai untuk tujuan laporan serta tidak boleh dipertikai oleh mana-mana
pihak.

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap efikasi guru pelatih
melaksanakan kaedah pengajaran PLBD dalam PdP Sejarah. Secara
keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa efikasi guru pelatih
melaksanakan kaedah pengajaran PLBD berada pada tahap yang tinggi.

Hal ini membuktikan bahawa guru pelatih opsyen Sejarah di IPG Zon Timur
mempunyai keyakinan yang tinggi untuk melaksanakan kaedah pengajaran
PLBD dalam PdP. Inisiatif daripada guru pelatih sendiri untuk memantapkan
efikasi kendiri adalah perlu supaya dapat menjadi seorang guru yang berkualiti
dalam menyampaikan pengajaran. KPM juga perlu berusaha untuk mengerah
institusi-institusi yang terlibat seperti IPG agar lebih proaktif dalam membantu
guru pelatih meningkatkan efikasi kendiri mereka.

RUJUKAN

Ahmad Zamri Khairani. (2016). Mengukur Efikasi Pengajaran Guru Pelatih
Universiti Sains Malaysia. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol.
31, 15–25.

Azizi Ahmad. (2019). Pembelajaran di Luar Bilik Darjah Mempunyai Manfaat

Besar. Dicapai daripada Portal GPS Bestari :

https://www.gpsbestari.com/artikel/ rencana/pembelajaran-di-luar-bilik-darjah-

mempunyai-manfaat-besar-1.928026 pada 10 Januari 2020.

205

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim
Hamdan. (2007). Menguasai Penyelidikan Pendidikan: Teori, Analisis dan
Interpretasi Data. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, Mohammad Zohir Ahmad & Abd.
Rahman Abd. Aziz. (2005). Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap
Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 15-24.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014). Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Sejarah Tahun Enam. Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Ishak Ramly. (2005). Inilah Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research
Activities. Educational and Psychological Measurement, 607-610.

Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Nur Syazwani Abdul Talib.
(2016). Penggunaan Multimedia dalam Pendidikan Sejarah pada Abad ke-21
dan Hubungannya dengan Minat Belajar Sejarah. Jurnal Pemikir Pendidikan, 7,
47.

Mohd Samsudin & Shahizan Shaharuddin. (2012). Pendidikan dan Pengajaran
Mata Pelajaran Sejarah di Sekolah di Malaysia. Jebat: Malaysian Journal of
History, Politics & Strategy, Vol. 39 (2), 116-141.

Rahimah Jamaluddin, Rosini Abu, Abdullah Mat Rashid & Habsah Ismail.
(2014). Tahap Efikasi Kendiri Guru Dalam Melaksanakan Pengajaran
Kekeluargaan. Sains Humanika 2:4, 163-168.

S. Azman Ligun, Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Mohd Isa
Hamzah. (2017). Muzium sebagai Instrumen Pembelajaran Sejarah Luar Bilik
Darjah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, Bil. 5(1), 19-30.

206

Syed Mohammad Syed Abdullah, Ahmad Zamri Khairani, Nordin Abd. Razak,
Jamalsafri Saibon & Azlinda Mohd. Ariff. (2011). Teaching Efficacy among
College Student-Teachers of Diverse Background. World Applied Sciences
Journal 14, 28-33.
Tschannen-Moran, M., & Hoy, A. (2001). Teacher Efficacy: Capturing an
Elusive Construct. Teaching and Teacher Education 17, 783-805.
Wittink, D. & Bayer, L. (2003). The Measurement Imperative. Marketing
Research, 6 (4), 14-22.

207

METHODS USED BY AN EXPERIENCED MUET TEACHER IN TEACHING
WRITING SKILL TO MUET CANDIDATES

Nurul Aina Umairah binti Mohd Khalid
[email protected]
English Department
Mohd Jalani Bin Hasan, Ph.D

Institute of Teacher Education Dato’ Razali Ismail Campus

ABSTRACT

The Malaysian University English Test (MUET) has been used as a tool to
measure students’ proficiency in the English language. It serves as a
prerequisite for entry to tertiary education, as well as a requirement for
graduating students. Students’ continuous poor performances in the writing
component in MUET resulted in the revamp by the Malaysian Examination
Council. In analysing the cause for such poor performances, this case study
design was carried out to identify and explore the methods used by an
experienced MUET teacher in teaching writing skill to MUET candidates. This
research was conducted based on a purposive sampling to one experienced
MUET teacher who has contributed a lot in MUET field since the first year of its
establishment in 1999. The instrumens for the data collection were interview as
a main instrumen, observation and document analysis. The data collection was
also supported by the field notes and diaries. The interviews were carried out
by using a semi-structured protocol meanwhile the observation and document
analysis were carried out by having a checklist forms. The method of the data
triangulation was used to enhance the validity and reliability of this research.
The finding of the research shown that there are six methods used by the
respondents in teaching MUET writing skill including grouping method, focusing
on the basic component of writing, guided writing and practices, samples and
answer keys, integration of skills and technology. These methods used can
produce a competent student, specifically in writing skill, which is parallel to the
Malaysian Blueprint Education 2013-2025 aspiration. This research will also
provide another alternative for effective teaching methods of MUET writing skill
to not only all MUET teachers in school but also to all lecturers who are teaching
MUET in matriculation and university.

Keyword:
Malaysian University English Test (MUET), writing skill, teaching and learning
(T&L) process, teaching methods, competent,

208

INTRODUCTION

In Malaysia, The Malaysian Examinations Council (MEC), which operates under
the aegis of the Ministry of Education is responsible to conduct specified
examinations or tests which is the Malaysian University English Test (MUET)
as a measure of students’ English proficiency level, prerequisite for admission,
as well as placement in various academic programmes. However, MUET can
be onerous especially in writing (Ministry of Education Malaysia, 2013).
Therefore, preparing students with writing skill is necessary at the MUET level.
In the light of this discussion, it can be deduced that there are many effective
methods in teaching writing skills for MUET candidates that MUET teachers can
draw on in improving writing skill for MUET candidates. This study is focused
on the methods used by a very experienced MUET teacher in teaching writing
skills that lead to the excellent result of the test.

STATEMENT OF PROBLEM

Problems can be seen in MUET result that deteriorating over the years. The
number of candidates for (MUET) has increased drastically, but the prestige of
MUET achievements of MUET 2005-2019 has decreased drastically (Malaysian
Examination Council, 2019). A report by the Malaysian Examination Council
shows that 33.15% of 72701 candidates who sat for the November 2013 MUET
paper only scored Band 3, classifying them as ‘Modest User’ (Bernama, 2014).
The final analysis of MUET-END 2019 by the Malaysian Examination Council,
for example, revealed that 89% of students fell below Band 3 (80%) in their
writing component. It was noted that 39% of test-takers were categorised as
limited users (Band 2). Also, the percentage of students obtaining the upper
bands (Band 4 - Band 6) is small. A report from the Majlis Peperiksaan Malaysia
(Malaysian Examination Council, 2019) shows that 63.75% of 81 013
candidates who sat for the May Writing paper in 2019 scored Bands 1 and 2.

209


Click to View FlipBook Version