The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pisadmkdri12345, 2022-08-14 03:41:01

Jurnal TELANGKAI SISWA 2020

TELANGKAI

Keywords: TELANGKAI

Jadual 4 : Tahap dan Kriteria Bacaan Jawi

TAHAP KRITERIA
Senang Terdiri daripada salah satu di antara ciri-ciri berikut:-
Sederhana
- Satu dan dua suku kata
Susah - Perkataan yang sering ditemui
Terdiri daripada salah satu di antara ciri-ciri berikut :-
- tiga suku kata
- mempunyai imbuhan apitan
- perkataan Bahasa Arab
- mempunyai imbuhan di hadapan
Terdiri daripada salah satu di antara cirI-ciri berikut :-
- Perkataan pinjaman Bahasa Inggeris
- Mempunyai imbuhan di dahapan dan di belakang
- Perkataan yang jarang dijumpai

ii) Soal Selidik

Kaedah soal selidik telah digunakan sebagai salah satu instrumen untuk
mengukur keberkesanan inetervensi ini terhadap murid. Ia juga merupakan
salah instrumen untuk menilai tahap minat murid terhadap matapelajaran
Jawi selepas menggunakan modul Buku Cerita Jawi Fun ini. Kaedah Soal
Selidik ini dilakukan ke atas ibu atau bapa murid.

iii) Borang Maklum Balas

Seterusnya, borang maklum balas yang diedarkan ini bertujuan untuk
mengetahui respon daripada peserta kajian. Terdapat beberapa item dalam
borang berkenaan tentang Buku Cerita Jawi Fun. Peserta kajian perlu
memilih skala daripada skala satu hingga lima. Skala satu mewakili jawapan
sangat setuju dan skala lima mewakili jawapan sangat tidak setuju.

C) Cara Menganalisis Data

i) Ujian Pra Pos
Data yang dikumpul melalui ujian pra dan ujian pos dianalisis berdasarkan
skema pemarkahan analitik. Skema pemarkahan analitik bertujuan untuk
menentukan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah dalam
pembelajaran dan pengajaran melalui peratusan (%).

44

ii) Soal selidik
Pengkaji telah menggunakan instrumen soal selidik terhadap ibu bapa
murid. Instrumen soal selidik dijalankan untuk menyokong hasil dapatan
pengkaji sebelum dan selepas. Pengkaji menganalisis peratusan bagi
setiap item yang dikemukakan bagi melakukan analisis terhadap borang
soal selidik yang diedarkan.
iii) Borang Maklum Balas
Borang maklum balas yang diberikan kepada murid akan dianalisis bagi
mengetahui tahap minat dan kecenderungan murid terhadap mata pelajaran
jawi selepas melakukan sesi intervensi. Borang ini mengandungi beberapa
item yang perlu dijawab oleh murid. Jawapan yang diberikan akan
menggambarkan peratusan minat dan kecenderungan murid. Cara untuk
menganalisis borang maklum balas ini adalah dengan menggunakan jadual
pengagihan skor. Peratusan akan dikira bagi setiap item untuk melihat
kecenderungan yang diperoleh.

D) Cara Menyemak Data
Kesemua hasil instrumen yang dilakukan menunjukkan kesan yang positif
dan saling berkait antara satu sama lain. Sebagai contoh, soal selidik yang
dilakukan terhadap ibu bapa terkandung dalamnya item untuk menyokong
ujian pra dan pos bagi melihat tahap keberkesanan alat intervensi yang
digunakan. Dalam masa yang sama juga, borang maklum balas telah
mengesahkan soal selidik yang dilakukan iaitu untuk mengetahui minat
murid terhadap mata pelajaran Jawi selepas menggunakan Buku Cerita
Jawi Fun.

45

DAPATAN KAJIAN

a) Soalan Kajian 1 : Adakah Buku Cerita Jawi Fun mampu meningkatkan
penguasaan bacaan jawi suku kata tertutu dalam kalangan murid
sekolah tahun 2 Al Kauthar?

Bagi menjawab persoalan kajian adakah Buku Cerita Jawi Fun mampu
meningkatkan penguasaan bacaan Jawi suku kata tertutup dalam kalangan
murid sekolah Tahun 2 Al-Kauthar, pengkaji telah menggunakan instrumen
ujian bacaan pra dan pos.

Berikut merupakan perbandingan markah pra dan pos yang dilakukan
terhadap ketiga-tiga Peserta Kajian.

Markah Ujian 90% 83% 41% 45%
80% 68% Peserta Kajian 3

70% Peserta Kajian 2
70% Peserta Kajian
60% 55%
50%
40%
30%
20%
10%

0%
Peserta Kajian 1

PRA POS

Rajah 2 : Perbandingan Markah Pra dan Pos Peserta Kajian

46

Jadual 5 : Perincian Markah Ujian Pra dan Pos Peserta Kajian

BIL TAHAP PERKATAAN MARKAH PRA MARKAH POS

PK 1 PK 2 PK 3 PK 1 PK 2 PK 3

1 MUDAH ‫ﻣﯾره‬ 4 53554
4 44554
2 ‫ﻣﺎﺳوق‬ 5 54554
4 41453
3 ‫ﻻﻓن‬ 5 55555
5 55552
4 ‫واﺗق‬ 2 32342
2 32342
5 ‫دان‬ 2 32332
2 22341
6 SEDERHANA ‫ﺳﻣﺎﻏت‬ 1 21331
1 21231
7 ‫اﻟﺳن‬ 1 21131
1 21341
8 ‫ﺳﺑواه‬ 2 31341
55 68 41 70 83 45
9 ‫ﻣﻠﻐﻛﮫ‬

10 ‫ﺑرﺳﯾﻧر‬

11 SUKAR ‫اﻣﺑوﻟن س‬

12 ‫دوﻛﺗور‬

13 ‫ﻛﻔﺗن‬

14 ‫ھوﺳﻔﯾﺗل‬

15 ‫ﻛﺳﺎﻛﯾﺗن‬

JUMLAH MARKAH (%)

Setelah analisis dilakukan, pengkaji mendapati PK 1 menunjukkan
peningkatan pada ujian pos berbanding ujian pra yang dilakukan. PK 1 telah
mendapat markah ujian pra sebanyak 55% dan 70% pada markah ujian pos.
Keadaan ini bermakna tahap penguasaan perkataan suku kata tertutup yang
diuji telah mengalami peningkatan. Walaupun tahap peningkatan hanyalah
sebanyak 15% tetapi sedikit sebanyak ia tetap membantu murid untuk lebih
menguasai perkataan suku kata tertutup.

Seterusnya, PK 2 merupakan peserta kajian yang telah mendapat

peningkatan penguasaan membaca suku kata tertutup jawi sebanyak 15%.

Peratusan yang diperolehi oleh PK 2 untuk ujian pos adalah sebanyak 83%

sekaligus menjadikannya sebagai peserta kajian yang mendapat markah

yang tertinggi antara ketiga-tiga peserta kajian. Walaupun begitu, terdapat

beberapa kelemahan yang tidak mampu untuk dibaiki terutamanya

melibatkan perkataan-perkataan yang berada pada tahap sukar seperti

perkataan ‫ ﻛﻔﺗن‬،‫ دوﻛﺗور‬،‫ اﻣﺑوﻟن س‬. Namun begitu, ia boleh diatasi dengan

memperbanyakkan membaca dan melazimi buku cerita Jawi.

47

Akhir sekali, analisis ujian pra dan pos terhadap PK 3 mendapati bahawa
berlaku sedikit peningkatan penguasaan bacaan perkataan suku kata tertutup
iaitu sebanyak 4%. Peningkatan ditunjukkan oleh PK 3 ini tidaklah banyak
kerana PK 3 masih keliru dalam membunyikan beberapa huruf yang hampir
serupa. Pengkaji berpendapat bahawa intervensi yang dijalankan terhadap
PK 3 tidak memberi kesan yang banyak dan peserta kajian memerlukan
rawatan yang berbeza ataupun mengulang rawatan sedia ada beberapa kali
sehingga mendapat hasil yang lebih baik.

Oleh hal demikian, boleh dirumuskan melalui ujian pra dan pos ini kesemua
peserta kajian mengalami peningkatan. Peserta Kajian 1 berjaya memperoleh
markah pos 70% berbanding markah pra 55%, yang bermaksud pembacaan
keseluruhannya mencapai tahap agak lancar menurut skor pemarkahan
analitik. PK 2 pula telah mencapai tahap lancar dengan mendapat markah
keseluruhan 85% berbanding markah pra yang berjumlah 68% dan yang
terakhir PK 3 telah mendapat markah pos 45% berbanding 41% markah pra
yang bermaksud masih lagi berada pada tahap sederhana. PK 1 dan PK 2
masing masing mencatatkan peningkatan sebanyak 15% manakala PK 3
mencatatkan peningkatan sebanyak 3%.

b) Soalan Kajian 2 : Apakah tahap minat murid untuk mempelajari
pelajaran Jawi selepas menggunakan modul Buku Cerita Jawi Fun?

Kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk mengenalpasti tahap minat
murid terhadap bidang Jawi selepas menggunakan Buku Cerita Jawi Fun ini
adalah melalui borang soal selidik terhadap ibu bapa dan borang maklum
balas yang diedarkan kepada peserta kajian.

i) Soal Selidik

Pengkaji telah memilih ibu bapa sebagai responden kerana mereka mampu

memerhati bagaimana penerimaan peserta kajian terhadap Buku Cerita Jawi

Fun ketika di rumah.

48

Jadual 6 : Perincian Soal Selidik Ibu Bapa

Item Sangat Setuju Tidak Kurang Sangat
Setuju Pasti Setuju Kurang
Setuju
1. Adakah ana 2 1 0 0 0
(67%) (33%)
tuan/puan mengetahu 1 0
(33%)
huruf jawi dengan 0 0

tepat? 0 0
0 0
2. Adakah anak tuan 2 0 0
0 (67%) 0
puan boleh membaca

perkataan jawi suk

kata tertutup?

3. Adakah ana 1 2 0
(33%) (67%)
tuan/puan boleh

membaca karangan

jawi dengan lancar?

4. Adakah anak puan 3 0 0
(100%) 0
berminat menggunakan 1
2 (33%)
Buku Cerita Jawi Fun? (67%)

5. Adakah ana

tuan/puan

menggunakan Buk

Cerita Jawi Fun in

tanpa disuruh d

rumah?

6. Adakah anak puan 03 0
(100%)
berusaha membaca

jawi di mana-mana

sumber bacaan selepa

menggunakan Buk

Cerita Jawi Fun?

Berdasarkan jadual Perincian Soal Selidik Ibu Bapa ini, dapat disimpulkan
bahawa kesemua ibu bapa bersetuju bahawa peserta kajian sudah melepasi
tahap pengetahuan asas jawi seperti pengetahuan tentang huruf jawi dan
pembacaan suku kata tertutup jawi. Kesemua responden juga bersetuju
dengan soalan tentang minat peserta kajian terhadap modul Buku Cerita Jawi
Fun. Walaupun begitu, masih terdapat ibu bapa yang masih ragu-ragu dengan
menjawab tidak pasti bagi kenyataan kemampuan peserta kajian membaca
karangan jawi, penggunaan Buku Cerita Jawi Fun di rumah dan kemampuan
peserta kajian berusaha mencari sendiri sumber bacaan Jawi. Daripada
dapatan kajian tersebut 66% pernyataan yang dikemukakan dipersetujui oleh

49

ibu bapa. Dapat disimpulkan bahawa peserta kajian berminat terhadap Buku
Cerita Jawi Fun tetapi masih tidak mampu membuatkan peserta kajian
memiliki minat yang mendalam terhadap mata pelajaran Jawi.

ii) Borang Maklum Balas

Borang maklum balas ini juga melihat sejauh mana pandangan peserta kajian
terhadap Buku Cerita Jawi Fun serta jangkaan penggunaan buku cerita ini
pada masa akan datang. Borang maklum balas ini telah diedarkan kepada
tiga orang peserta kajian yang dipilih dan peserta kajian perlu menjawabnya
dengan menanda pada skala likert yang mengandungi pilihan sangat setuju,
setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju.

Kesemua peserta kajian bersetuju bahawa Buku Cerita Jawi Fun ini
menyeronokkan, dapat membantu mereka mengeja Jawi dengan betul,
mampu menningkatkan minat mereka terhadap mata pelajaran Jawi,
merupakan satu perkara yang baharu dan kecenderungan peserta kajian
membaca Buku Cerita Jawi Fun ini pada masa lapang.

REFLEKSI

Hasil dapatan yang diperoleh daripada instrumen ujian pra pos, borang soal
selidik dan borang maklum balas telah berjaya menjawab objektif kajian iaitu
murid mampu menguasai bacaan perkataan Jawi suku kata tertutup dan
meningkatkan minat murid untuk mempelajari pelajaran Jawi selepas
menggunakan Buku Cerita Jawi Fun. Hasil dapatan yang diperoleh melalui
instrumen-instrumen tersebut membuktikan bahawa Buku Cerita Jawi Fun
telah berjaya meningkatkan penguasaan membaca suku kata tertutup jawi
dan meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Jawi. Peserta kajian
telah menunjukkan tingkah laku yang positif malah penguasaan yang
diperoleh sepanjang intervensi ini juga amat memuaskan.

50

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Antara cadangan yang boleh dilakukan ialah dengan cara memilih skop
yang berlainan. Pada kali ini pengkaji telah memilih suku kata tertutup
sebagai fokus kajian, berkemungkinan kajian seterusnya boleh memilih
tajuk berlainan seperti suku kata terbuka, kata pinjaman, perkataan tradisi
dan sebagainya.

Selain daripada itu, kajian seterusnya juga boleh menghasilkan satu cerita
yang lebih menarik dan memenuhi keperluan murid. Kajian yang dilakukan
perlulah bersifat futuristik dan memahami minat semasa murid. Ia juga
mestilah menarik dan boleh diakses melalui pebagai cara sama ada secara
realiti ataupun dimuatnaik ke alam maya. Hakikatnya, pembelajaran Jawi
hari ini perlu bersaing dengan kemajuan teknologi animasi supaya ia boleh
menarik perhatian murid.

RUJUKAN

Ahmad Farid, Rahimin, Siti Maimunah, Muhammad Sayuti, AB Halim,
Huzaimah,

Muhammad Ikhlas, Ahnaf Wafi. (2018). Kitab Jawi sebagai asas
tamadun Melayu Islam. Asian Journal of Environment, History and
Heritage, 156.

Asyraf Ridwan Ali, Burhanuddin Abdullah. (2015). Falsafah Pendidikan Jawi
dalam Memperkasa Tamadun Islam di Malaysia. International
Conference on Empowering Islamic Civilizationin the 21st Century (p.
576). Kuala Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin.

Boon Pong Ying, Lee Leh Hong, Lawrence Aloysius Aeria. (2017).
Pentaksiran dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.

51

Che Siah Che Mat (2006). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gianluca Lancana Indonesia, Hardman Budiarjo, Sigit Prayitnoo Yosep.
(2017). Perancangan Buku Cerita Bergambar Tentang Sikap Anak
Terhadap Tindak Kekerasan Orang Tua Sebagai Media Edukasi Anak.
Surabaya: Institut Bisnis dan Informatika Stikom Surabaya.

Md Sidin. (2005). Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Malaysia.
Selangor: Cerdik Publication.

52

AMALAN CIRI-CIRI RABBANI DALAM KEPEMIMPINAN SISWA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

Khairul Nissak binti Muhamad Kharii
[email protected]

Rofishah binti. Rashid, Ph.D
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK
Kepimpinan dapat dikaitkan dengan gaya dan sifat seseorang pemimpin
membawa organisasinya ke arah satu matlamat yang hendak dicapai.
Hakikatnya, kepimpinan, motivasi dan komitmen dalam kalangan siswa guru
mempunyai kaitan di antara satu sama lain dan boleh memberi kesan kepada
organisasi di Institut Pendidikan Guru (IPG). Kemenjadian siswa adalah
sangat penting di mana kepemimpinan yang berkualiti mampu mempengaruhi
dan meningkatkan tahap perubahan dalam membina jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sahsiah sesebuah kelompok masyarakat kampus. Kajian ini
bertujuan untuk membincangkan amalan ciri-ciri rabbani dalam
kepemimpinan siswa guru di Institut Pendidikan Guru. Antara ciri-ciri rabbani
dalam kepemimpinan yang akan dibincangkan dalam kajian ini ialah: i)
Ketuhanan ii)Keinsanan dan iii)Pembangunan diri. Metodologi kajian ini
adalah melibatkan kajian tinjauan menerusi borang soal selidik yang
diadaptasi dan diubah suai daripada sorotan-sorotan literatur kajian yang
berkaitan. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik
inferensi menerusi perisian Statistical Package for the Social Science Version
22.0. Hasil dapatan kajian dikelaskan kepada dua bahagian iaitu analisis data
demografi profil peserta kajian dan analisis soal selidik yang bertujuan
menjawab soalan kajian di samping untuk memenuhi objektif kajian yang
dijalankan. Semoga kajian ini dapat memberi impak kepada organisasi di IPG
dan seterusnya dibuat penambahbaikan pada masa akan datang.
Kata kunci: Rabbani, kepemimpinan, keinsanan, ketuhanan, pembangunan
diri

53

PENGENALAN

Kepimpinan merupakan tunjang kepada sesebuah organisasi di mana ianya
dapat dikaitkan dengan cara seseorang pemimpin membawa organisasinya
ke arah satu matlamat yang hendak dicapai. Sebagai orang penting,
pemimpin mencerminkan organisasi yang dipimpinnya. Setiap tampuk
kepimpinan mempunyai corak pemerintahan yang berbeza-beza mengikut
gaya pemikiran pemimpin itu sendiri.

Ciri-ciri kepimpinan dalam diri seorang guru pelatih boleh dipupuk melalui
penglibatan siswa guru dalam sesebuah organisasi. Salah satu medium untuk
guru pelatih mencungkil personaliti diri adalah dengan melibatkan diri dalam
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), biro-biro, jabatan-jabatan, badan-
badan NGO atau bukan NGO. Kejayaan sesebuah organisasi dapat dinilai
melalui perancangan yang tersusun (munazzamah) serta pengurusan yang
mantap.

Menurut Syaari (2014), pemimpin yang berjiwa kerdil sentiasa memberikan
alasan supaya tidak melakukan perubahan dan perkara yang mustahil.
Sebaliknya, pemimpin yang berjiwa besar akan menganggap masalah yang
menghalang visinya tercapai sebagai sesuatu yang mesti secara positif. Ciulla
(2004) telah menjelaskan kepemimpinan mempunyai kaitan dengan cara
menggerakkan orang lain melakukan gerak kerja dengan baik dan keupayaan
menyempurnakan visi dan misi. Kepemimpinan yang berkualiti dan berintegriti
seharusnya dimiliki bagi seorang pemimpin di Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail dalam membentuk organisasi yang unggul dan
mantap dari segi pengurusan serta kecekapan dalam melaksanakan
sesebuah program.

54

PERNYATAAN MASALAH

Menurut kajian Shaharir (2010), teori kepimpinan yang dipelopori Barat
berakar umbi daripada budaya kehidupan hariannya, tokoh-tokoh besarnya,
dan juga dari tamadun lain yang disesuaikan dengan acuan Barat. Namun,
dalam Islam aspek kepemimpinan perlu memfokus kepada pembangunan
ilmu dan bertunjangkan pengangkatan paradigma tauhid agar dapat
membangunkan modal insan yang seimbang seiring dengan tuntutan agama
(Hailan 2015). Kualiti kepemimpinan sering dikaitkan dengan sifat peribadi
guru pelatih itu sendiri.

Menurut Hackman dan Johnson (2004), perlu diwujudkan amalan komunikasi
kepimpinan untuk para pemimpin atasan agar dapat memperbaiki
pengurusan organisasi dengan lebih berkesan dan cekap. Selan itu, kajian
Hailan Salamun (2012), pula mendapati bahawa kepimpinan guru bukan
sekadar memiliki komunikasi yang baik, tetapi guru-guru boleh membuktikan
melalui pengurusan pentadbiran yang baik. Oleh itu, terbukti bahawa
kepemimpinan mempunyai pelbagai aspek dan perlu dipelajari serta diamati
oleh para pemimpin dari semasa ke semasa. Kajian yang dilakukan oleh
Rorlinda (2014), kecekapan pemikiran merupakan kualiti utama dalam diri
seseorang pemimpin. Seseorang yang dilantik atas sesuatu jawatan sifatnya
mesti orang yang berkelayakan.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ilawati (2012) pula, tidak dapat
dinafikan gaya dapat menentukan corak kepimpinan seseorang pemimpin.
Begitu juga kajian yang dijalankan oleh Suhaila (2013) dalam konteks
pendidikan, kepimpinan memainkan peranan penting membimbing pelajar ke
arah matlamat menjadikan insan seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial.

Selain itu, McNair, Durea dan Ebbers (2011) mengatakan bahawa pemimpin
pendidikan harus mempunyai kemahiran dan juga kompetensi bagi
menghadapi cabaran memimpin serta mengurus institusi pendidikan masa

55

kini. Dari perspektif Islam, aspek kepemimpinan perlu memfokus kepada
pembangunan ilmu dan bertunjangkan pengangkatan paradigma tauhid agar
dapat membangunkan modal insan yang seimbang seiring dengan tuntutan
agama (Hailan 2015)..

Oleh itu, siswa guru perlu menyedari bahawa sifat-sifat kepemimpinan perlu
ada dalam diri seorang pendidik. Kemahiran memimpin merupakan suatu
yang dipertingkatkan dari semasa ke semasa (Sidek et.al, 2018). Justeru,
hasil dapatan daripada kajian ini dapat membantu siswa guru di IPGKDRI
malah di institusi-institusi lain dalam mengetahui tahap amalan ciri-ciri rabbani
malah memperbaikinya pada masa yang akan datang.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian ini ialah:

1. Mengenal pasti tahap amalan ciri-ciri rabbani dalam kepemimpinan
siswa guru Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.

2. Mengkaji amalan ciri-ciri rabbani tertinggi dalam kepemimpinan siswa
guru Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.

3. Mengenal pasti tahap perbezaan antara faktor jantina dengan amalan
ciri-ciri rabbani dalam kepemimpinan siswa guru Institut Pendidikan
Guru Kampus Dato’ Razali Ismail dari aspek pembangunan diri.

Soalan kajian ini adalah seperti berikut :

1. Apakah tahap amalan ciri-ciri rabbani dalam kepemimpinan siswa
guru Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail dari aspek
ketuhanan?

2. Apakah tahap amalan ciri-ciri rabbani tertinggi dalam kepemimpinan
siswa guru Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail?

56

3. Adakah terdapat perbezaan signifikan antara faktor jantina dengan
amalan ciri-ciri rabbani dalam kepemimpinan siswa guru Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail dari aspek
pembangunan diri?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian tinjauan yang
menggunakan kaedah kuantitatif. Menurut Noraini (2013), kajian tinjauan
merupakan kaedah penyelidikan yang melibatkan pungutan data dari populasi
untuk memahami suatu situasi terkini berhubung populasi dan satu atau lebih
pemboleh ubah. Kajian ini dijalankan kepada kepada siswa guru muslim
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 6 dan 8 di Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Soal selidik yang dirangka
mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C dan
bahagian D. Bahagian merupakan soalan berkenaan demografi respoden,
manakala bahagian B, C, D masing-masing soalan berkaitan dengan ciri
rabbani dari aspek ketuhanan, keinsanan dan pembangunan diri.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Berikut merupakan hasil analisis tiga item soalan kajian yang melibatkan
bahagian B, C dan D yang berkaitan dengan amalan ciri-ciri rabbani dalam
kepemimpinan siswa guru IPGKDRI.

5.1 Tahap amalan ciri-ciri rabbani dalam kepemimpinan siswa guru
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

Jadual 1: Taburan Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min tahap
amalan ciri-ciri rabbani dalam kepemimpinan siswa guru mengikut

keutamaan
57

Ciri - ciri rabbani dalam Min S.P Interpretasi
kepemimpinan mengikut 4.87
0.26 T
keutamaan 0.28 T
0.34 T
Ketuhanan

Pembangunan diri 4.83
Keinsanan 4.76

Berdasarkan jadual 5.1, hasil analisis data min dan sisihan piawai, terdapat
turutan ciri rabbani dalam kepemimpinan yang dipilih oleh siswa guru
semester 6 dan semester 8. Keutamaan ciri rabbani yang pertama ialah dari
aspek ketuhanan yang. Bacaan nilai min bagi konstruk ini adalah 4.87
manakala sisihan piawai adalah 4.87. Bagi ciri rabbani kepemimpinan utama
yang kedua dipilih oleh siswa guru ialah dari aspek pembangunan. Bacaan
min yang dicatatkan adalah 4.83 manakala bacaan sisihan piawai sebanyak
0.28. Turutan keutamaan bagi ciri rabbani yang ketiga adalah dari aspek
keinsanan di mana hasil bacaan min 4.76 serta nilai sisihan piawai adalah
0.34.

Secara keseluruhannya, tahap amalan ciri-ciri rabbani dalam kepemimpinan
siswa guru di IPGKDRI berada pada tahap yang tinggi. Aspek utama yang
diamalkan oleh siswa guru adalah ketuhanan. Hal ini menunjukkan bahawa
siswa guru IPGKDRI amat menekankan hubungan dengan Allah dalam
memimpin. Walaupun terdapat urutan “ranking” keutamaan bagi ketiga-tiga
ciri rabbani tersebut. Namun, ketiga-ketiganya merupakan aspek yang utama
dalam kepemimpinan siswa guru yang berkesan. Aspek ketuhanan,
keinsanan dan pembangunan diri tidak boleh dipandang ringan oleh siswa

58

guru kerana ketiga-tiganya merupakan kunci keberkesanan siswa guru dalam
memegang jawatan di institusi.

5.2 Tahap amalan ciri-ciri rabbani tertinggi dalam kepemimpinan siswa
guru Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

Jadual 2: Tahap amalan ciri rabbani dari aspek ketuhanan.

Penyataan Kekerapan Min S.P Interpreta
Saya percaya… STS TS TP S SS i

1.Saya perlu 0 0 0 15 103 4.87 0.33 T
menitikberatkan nilai 0% 0% 0% 12.7% 87.3%
kebaikan berasaskan T
aqidah dalam segala 0 0 0 11 107 4.91 0.29 T
urusan 0% 0% 0% 9.3% 90.7% T

2.Saya perlu 0 0 0 12 106 4.90 0.30
mengutamakan amalan 0% 0% 0% 10.2% 89.8%
yang boleh mendapat
keredhaan Allah SWT 1 0 0 11 106 4.87 0.46
0.8% 0% 0% 9.3% 89.8%
3.Amalan kerohanian
dalam kehidupan perlu
dititikberatkan

4.Kekuatan rohani perlu
ditingkatkan untuk
memikul tanggungjawab

5.Saya perlu menetapkan 0 0 2 17 99 4.82 0.42 T
misi agama untuk 0% 0% 1.7% 14.4% 83.9% T
membangunkan potensi
diri 0 0 0 12 106 4.90 0.30
0% 0% 0% 10.2% 89.8%
6.Bahawa tugas amal
makruf nahi mungkar
merupakan satu
kewajipan kepada
individu muslim

59

0 0 0 15 103 4.87 0.33 T

7.Amalan solat 0% 0% 0% 12.7% 87.3%

berjemaah lima waktu

sangat perlu

dititikberatkan

Pecahan soalan kajian yang pertama ialah mengenal pasti tahap amalan ciri-

ciri rabbani dalam kepemimpinan siswa guru di Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismail. Soal selidik bahagian B ini menekankan amalan

ciri-ciri rabbani dalam kepemimpinan siswa guru dari aspek ketuhanan.

Jadual 5.2 menunjukkan taburan kekerapan min, sisihan piawai dan

interpretasi min bagi ciri rabbani dari aspek ketuhanan. Min keseluruhan

semua item bagi konstruk ketuhanan ialah 4.87 yang mana berada pada

tahap interpretasi min yang tinggi.

Interpretasi skor min merujuk kepada garis panduan yang telah ditetapkan
oleh Nunnally (1967). Menurut Nunally ini, skor min terbahagi kepada empat
tahap iaitu 1.00 - 2.00 dengan interpretasi skor minnya rendah, 2.01 – 3.00
dengan interpretasi skor minnya sederhana rendah, 3.01 - 4.00 dengan
interpretasi skor minnya sederhana tinggi dan 4.02 – 5.00 dengan interpretasi
skor minnya tinggi. Dapatan menunjukkan item saya perlu mengutamakan
amalan yang boleh mendapat keredhaan Allah SWT berada pada kedudukan
yang tertinggi (Min=4.91, SP=0.29). Interpretasi min bagi item ini berada pada
tahap yang tinggi iaitu 11 orang (9.3%) bersetuju dan seramai 107 orang
(90.7%) sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut.

Seterusnya, terdapat dua item yang berada pada tahap yang tinggi dengan

min yang sama (Min=4.90, SP=0.30) iaitu pada item amalan kerohanian

dalam kehidupan perlu dititikberatkan dan saya percaya bahawa tugas amal

makruf nahi mungkar merupakan satu kewajipan kepada individu muslim.

Seramai 12 orang (10.2%) yang bersetuju dan 106 orang (89.8%) yang sangat

bersetuju dengan pernyataan tersebut. Manakala item yang mempunyai min

terendah ialah pada item saya perlu menetapkan misi agama untuk

membangunkan potensi diri (Min=4.82, SP=0.42).

60

Namun, interpretasi min bagi item tersebut masih berada pada tahap yang
tinggi. Dapatan menunjukkan dua orang (1.7%) tidak pasti, 17orang (14.4%)
bersetuju dan 99 orang (83.9%) yang sangat beretuju dengan pernyataan
tersebut. Secara keseluruhan berdasarkan jadual tersebut, min item-item
dalam konstruk ini menunjukkan bahawa ciri rabbani dari aspek ketuhanan
berada pada tahap yang tinggi. Hal ini memberi gambaran kepada pengkaji
bahawa siswa guru muslim semester 6 dan semester 8 mempunyai ciri
kepemimpinan ke arah ketuhanan. Majoriti daripada mereka mengamalkan
amalan-amalan yang bersifat ketuhanan dalam melaksanakan tugas sebagai
seorang pemimpin.

5.3 Hubungan antara faktor jantina dengan amalan ciri rabbani dalam
kepemimpinan siswa guru dari aspek pembangunan diri

Jadual 3 menunjukkan hasil dapatan hubungan antara jantina dengan amalan
ciri rabbani dari aspek pembangunan diri siswa guru IPGKDRI.

Jadual 3: Hubungan antara jantina dengan amalan ciri rabbani dalam
kepemimpinan siswa guru dari aspek pembangunan diri

Jantina N Min S.P Nilai t Tahap
Pembangunan Lelaki 34 4.928 0.154 2.935 signifikan
0.004

Perempuan 84 4.801 0.315

Hasil kajian mendapati ujian - t bagi perbandingan tahap amalan ciri rabbani

dalam kepemimpinan dari aspek pembangunan diri bagi siswa guru lelaki dan

perempuan ialah (t=2.935,p<0.05). Oleh itu, hipotesis nol (Ho) tidak diterima.

Jadi, terdapat perbezaan yang signifikan amalan ciri rabbani dalam
61

kepemimpinan dari aspek pembangunan diri antara siswa guru lelaki dan
siswa guru perempuan. Skor min amalan ciri rabbani dalam kepemimpinan
dari aspek pembangunan diri siswa guru lelaki (Min=4.928) adalah lebih besar
berbanding siswa guru perempuan (Min=4.801). Ini bermakna tahap amalan
ciri rabbani dalam kepemimpinan dari aspek pembangunan diri siswa guru
lelaki dan perempuan adalah tidak sama. Hal ini membuktikan bahawa siswa
guru lelaki lebih menonjol dari aspek pembangunan diri berbanding siswa
perempuan.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kajian ini telah mengenal pasti tahap amalan ciri-ciri rabbani dalam
kepemimpinan siswa guru IPGKDRI, mengkaji amalan ciri-ciri rabbani
tertinggi dalam kepemimpinan siswa guru IPGKDRI dan mengenal pasti tahap
perbezaan antara faktor jantina dengan amalan ciri-ciri rabbani dalam
kepemimpinan siswa guru IPGKDRI dari aspek pembangunan diri.

Kajian Hailan (2015),Tafsir al-Baidhowi (1968) mengistilahkan rabbani
sebagai orang yang mempunyai ilmu yang sempurna dan diamalkannya.
Manakala Al Qardawy (1997) menjelaskan bahawa rabbani mempunyai dua
maksud iaitu meletakkan matlamat dan objektif kehidupannya adalah semata-
mata mendapatkan keredhaan-Nya dan segala kaedah dan sumber
rujukannya adalah berasaskan wahyu. Berdasarkan hasil dapatan yang
diperoleh, dapatlah disimpulkan bahawa siswa guru IPGKDRI mengetahui
bahawa tanggungjawab sebagai pemimpin adalah untuk mendapatkan
keredhaan daripada Allah SWT. Mereka bersetuju bahawa menjaga
hubungan dengan Allah di samping melaksanakan tanggungjawab sebagai
seorang pemimpin perlu seiring antara satu sama lain.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2017), istilah keinsanan membawa maksud
kemanusiaan. Menurut Ab Azizi (2007) dalam bukunya Keinsanan dalam
Pengurusan mengatakan bahawa aspek keinsanan perlu ditanam dalam jiwa

62

para pelajar kerana mereka merupakan operator dan juga jurutera yang akan
menentukan kejayaan atau kegagalan terhadap pelaksanaan projek
pembangunan insan dalam organisasi dan juga negara. Berdasarkan kajian,
hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap amalan ciri rabbani dari aspek
keinsanan dalam diri siswa guru berada pada tahap yang tinggi. Siswa guru
memahami kepentingan sifat keinsanan dalam mentadbir sesebuah
organisasi.

Kajian Spendlove (2007), pengalaman di universiti, kemahiran komunikasi
dan membina pasukan adalah penting untuk kepimpinan yang berkualiti.
Berdasarkan hasil dapatan berkenaan aspek pembangunan diri menunjukkan
siswa guru terutamanya lelaki yakin bahawa aspek ini memainkan peranan
yang penting dalam organisasi. Mereka bukan sahaja perlu memotivasikan
diri sendiri malah kepada siswa guru lain dalam meraih kejayaan bersamaa di
alam kampus.

Justeru, kepimpinan merupakan satu tanggungjawab atau amanah yang berat
untuk dipikul. Pemimpin terdiri daripada mereka yang mempunyai ciri-ciri
kepimpinan secara semula jadi dan pemimpin yang perlu dibentuk dari
semasa ke semasa. Hakikatnya, menjadi seorang pemimpin perlu menjalani
proses-proses tertentu bagi membina jati diri yang unggul dan daya tahan
yang kuat.

Menurut Muhammad Syaari (2017), Sejarah Islam membuktikan bahawa
pemimpin unggul yang tidak lahir secara kebetulan. Mereka sebenarnya lahir
daripada mekanisme didikan yang terancang sejak awal lagi. Ilmu
pengetahuan dan pengalaman amat penting dalam dunia kepimpinan
terutama dalam sektor pendidikan. Hal ini kerana dengan ilmu dan
pengalaman yang ada mampu menjadikan seseorang pemimpin itu semakin
mahir menyusun gerak kerja dan mengurus gelagat ahli dengan baik. Selain
itu, pemimpin juga perlu bijak memainkan peranan dalam setiap aspek tidak
kira dari segi merancang, mengelola, memobilasi ahli, membuat keputusan,
dan menanggung risiko yang bakal mendatang.

63

Kesimpulannya, IPG mahupun Institusi Pengajian Tinggi yang lain perlu
mengadakan kursus kepemimpinan dan kursus pengurusan organisasi bagi
meningkatkan kualiti siswa guru dari pelbagai aspek. Seterusnya, terdapat
beberapa cadangan yang perlu dilaksanakan untuk kajian lanjutan seperti
menjalankan kajian kepada IPG lain di seluruh Malaysia dan juga kepada
semester-semester lain bagi mendapatkan data yang lebih terperinci.

Oleh itu, kajian ini diharapkan agar dapat menjadi panduan serta sumber
kepada penyelidik yang lain agar terus melakukan kajian terhadap bidang
kepemimpinan serta pengurusan organisasi pada masa yang akan datang.
Sebagai rumusan, amalan ciri-ciri rabbani dalam kepemimpinan dari aspek
ketuhanan, keinsanan dan pembangunan diri perlu ditingkatkan dari semasa
ke semasa bagi melahirkan kepemimpinan siswa guru yang berkualiti dan
mampu mentadbir negara pada suatu hari nanti.

RUJUKAN

Ab Aziz Yusof (2007). Keinsanan dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rahim bin Haji Majid (2009). Imbasan Seorang Pendidik. Selangor :
Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

Adnan Mat Junoh & Khairunneezam Mohd Noor (2012). Model Of Muslims

Profesionals. Kerangka Integriti Kepimpinan Islam: Pengajaran

Daripada Model Kepimpinan Rasulullah SAW, Proceeding:

International Conference on Islamic Leadership 2, 134 141.

Diakses pada 18 November 2019 daripada

http://ddms.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/5992.

Aini Hayati Mohamed, Faridahwati Mohd. Shamsudin, Hani Che Ismail, Lim

Kong Teong, Mohammad Basir Saud, Nasruddin Zainudin, Norsiah

Mat dan Nurli Yaacob. (2005). Teks Pra-U Pengajian

Perniagaan 1: Bab 2 Fungsi Pengurusan Kepimpinan. Selangor;

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. (86-94).

64

Azman bin Mat Hassan (2012). Persepsi Gaya Kepimpinan Terhadap
Kepuasan Kerja. Diakses pada 21 November daripada
http://www.myjurnal.my/public/article download.php?id=83434

Ciulla, J. B. (2004). Ethics and leadership effectiveness. Dalam J. Antonakis,
A. T. Cianciolo, & R. J. Sternberg, The nature of leadership. Thousand
Oaks, CA: Sage. Fiedler, F.E. (1967). A Theoryof Leadership
Effectiveness. New York: Mc Graw-Hill.

Hailan Salamun dan Rahimah Hj. Ahmad (2012). Kepemimpinan Rabbani
Model Kepemimpinan Masa Depan. Diakese pada 18 November 2019
daripada

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/medc2012/pdf/43.pd
f

Kamus Dewan. (4th ed.). (2014). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Diakses pada 21 November 2019 daripada
http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=h.

Muhammad Shah Ahmad Nor (2017). Pesan Hamka Kepada Pendidik.
Selangor: Jejak Tarbiah Resources.

Muhammad Syaari Abdul Rahman (2014). Berfikir Gaya Al-Fateh. Batu
Caves: PTS Millennia Sdn. Bhd.

Muhammad Syaari Abdul Rahman (2017). Kuasa Kepemimpinan Al- Fateh.
Selangor: PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Mustafa Masyhur (2012). Jalan Dakwah Antara Qiyadah dan Jundiyyah.
Selangor: Dewan Pustaka Fajar.

Nor Hasliza Mohamad Yahaya (2012). Kepimpinan Aminuddin Baki. Diakses

pada 18 November 2019 daripada

https://www.academia.edu/4070890/Kepimpinan_Aminuddin_Baki

65

Roselena Mansor & Mohd Izham Mohd Hamzah (2015). Jurnal Pengurusan.
Kepimpinan Berkualiti: Perspektif Mengenai Kompetensi Yang
Diperlukan untuk Memimpin Dengan Berkesan. 45. 143-145.
Diakses pada 18 November 2019 daripada
http://ejournals.ukm.my/pengurusan/article/view/12187.

Samsudin Wahab (2004). Belajar Berucap. Pahang: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Sharif Putera Razali Ismail (2012). Arkitek Pendidikan Negara. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

HUBUNGAN MINAT MURID DALAM BIDANG AL-QURAN DENGAN
TAHAP PENGUASAAN AL-QURAN MURID

Rabiatul Adawiyah binti Azhan
[email protected]

66

Mohd So’od bin Chik
Sabawi bin Awang
Jabatan Pengajian Islam dan Moral
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tentang hubungan minat murid
dalam bidang al-Quran dengan tahap penguasaan al-Quran mereka. Minat
adalah merupakan suatu elemen yang menjadi asas dalam melakukan
sesuatu aktiviti. Minat yang mendalam terhadap al-Quran mampu
mendorong murid untuk menguasai al-Quran dengan lebih baik.
Responden dalam kajian ini terdiri daripada 139 murid Tahun Empat
Sekolah Kebangsaan Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu. Kaedah
kajian kuantitatif digunakan dan pensampelan secara rawak mudah
dijalankan bagi pengumpulan data. Data kajian dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package for the Sosial Science (SPSS) versi 22.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa Hubungan Minat Murid dalam
Bidang al-Quran dengan Tahap Penguasaan al-Quran berada pada tahap
sederhana (Min = 3.54, SP = 0.63). Ini menjelaskan bahawa hubungan
antara minat dan penguasaan murid mempunyai perkaitan yang rapat
antara satu sama lain. Kesimpulannya, berdasarkan kepada dapatan
kajian jelas menunjukkan bahawa murid yang meminati bidang al-Quran
secara tidak langsung akan menguasai al-Quran .

Kata kunci: Hubungan, Minat Murid dalam Bidang al-Quran, Tahap
Penguasaan al-Quran

PENGENALAN

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diutuskan kepada Rasulullah SAW
yang menjadi pegangan hidup dan rujukan umat Islam tanpa mengira

67

keturunan, bangsa mahupun latar belakang. Hal ini menunjukkan bahawa
sebagai umat Islam, kita haruslah sentiasa berpegang teguh kepada ajaran
Islam dan menjadikan al-Quran sebagai peneman hidup kita sepanjang masa.
Memahami dan mempelajari al-Quran bukan sahaja menjadi tuntutan kepada
orang dewasa sahaja malahan sejak kecil lagi, kanak-kanak harus diberi
pendedahan tentangnya. Menurut Shahabuddin dan Noor Miza (2014), anak-
anak banyak mengikuti teladan yang ditonjolkan oleh ibu bapa mereka. Hal
ini kerana kanak-kanak dibentuk dan diasuh melalui pendidikan yang
diberikan oleh ibu bapanya sejak dari dalam kandungan lagi.

Sebelum mempelajari al-Quran, kebiasaannya ibu bapa akan mengajarkan
anak-anak mereka membaca Iqra’ terlebih dahulu. Ini adalah kerana bacaan
Iqra’ dilihat lebih mudah dan tersusun mengikut peringkatnya iaitu bermula
dari Iqra’ Satu sehingga Iqra’ Enam. Kaedah pembacaan Iqra’ dalam kalangan
anak-anak ini dilihat sebagai pengenalan awal kepada mereka sebelum
diperkenalkan mereka kepada al-Quran. Menurut Kementerian Pendidikan
Malaysia (2004), kaedah pengajaran Iqra’ ini terus digunakan sehingga
sekarang sebagai modul asas dalam program j-QAF di seluruh Malaysia. Oleh
itu, pembacaan Iqra’ adalah merupakan suatu pembacaan yang sesuai
sepanjang zaman serta sebagai pendedahan awal kepada kanak-kanak
sebelum mereka mengenal al-Quran.

Dalam masa yang sama, pihak sekolah turut memikul tanggungjawab dalam
mendidik murid-murid menjadi golongan yang cinta akan ilmu pengetahuan
terutamanya dalam bidang al-Quran. Menurut H. Ramayulis (2011), pekerjaan
sebagai guru ini adalah merupakan suatu pekerjaan yang luhur dan mulia
sama ada dari sudut masyarakat, negara atau agama. Tambahan pula, salah
satu fungsi asas falsafah pendidikan adalah membimbing sikap guru-guru
(Hasan, 1991). Jika gurunya mempunyai sikap yang baik, maka anak
muridnya juga akan mencontohi sikap gurunya seperti mana mereka
mengikut contoh teladan daripada ibu bapa. Oleh itu, Guru Pendidikan Islam

68

(GPI) harus memiliki ilmu agama yang mencukupi sebelum disebarkan
kepada murid.

PERNYATAAN MASALAH
Terdapat banyak kajian yang dilakukan dengan menyatakan pelbagai
masalah tentang kelemahan murid dalam menguasai al-Quran dengan baik.
Salah satunya adalah berkaitan dengan kelemahan murid dalam menguasai
al-Quran akan membawa kesan kepada penguasaan Jawi mereka dan
sebaliknya (Nur Syamira et. al, 2017). Kelemahan dari aspek pedagogi guru
serta penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) juga menjadi antara faktor
yang menyebabkan murid lemah dalam penguasaan al-Quran. Oleh yang
demikian, minat murid terhadap al-Quran tidak dapat dipupuk oleh guru
kerana kelemahan tersebut berpunca daripada guru itu sendiri.

Selain itu, Sapie et. al. (2018) mengkaji tentang tahap penguasaan bacaan al-
Quran murid Tahun Lima. Dalam kajian ini, beliau menyatakan tentang
kekuatan dan kelemahan pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) al-Quran melalui kaedah dan bimbingan yang sesuai digunakan
terhadap murid. Walau bagaimanapun, di akhir kajian ini, beliau mendapati
bahawa masih terdapat murid yang gagal menguasai bacaan al-Quran
dengan baik disebabkan oleh beberapa faktor seperti proses PdPc dan
penilaian konteks terhadap tahap pelaksanaan pembelajaran al-Quran perlu
ditambah baik.

Di samping itu, kajian oleh Haziyah dan Masitah (2018) mengkaji tentang
keberkesanan kaedah al-Matien dalam pembelajaran tilawah al-Quran. Kajian
ini menunjukkan bahawa kelemahan penguasaan murid dalam tilawah al-
Quran secara bertajwid masih tidak dapat diselesaikan. Keadaan ini
memerlukan penciptaan inovasi dan kaedah baharu yang dapat
menyelesaikan masalah penguasaan tilawah al-Quran murid di samping
menarik minat mereka untuk lebih seronok dalam mempelajari al-Quran.
Kajian ini juga membuktikan bahawa murid itu sendiri memerlukan cara yang

69

baharu untuk mereka belajar al-Quran dengan cara yang sesuai mengikut
tahap mereka.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian:
a. Mengenal pasti tahap minat murid dalam bidang al-Quran.
b. Mengenal pasti tahap penguasaan al-Quran dalam kalangan murid.
c. Mengenal pasti perbezaan signifikan antara tahap minat murid dalam
bidang al-Quran dengan faktor jantina.
d. Mengenal pasti hubungan antara tahap minat murid dalam bidang al-
Quran dengan tahap penguasaan al-Quran dalam kalangan murid.

Soalan Kajian:

a. Apakah tahap minat murid dalam bidang al-Quran?
b. Apakah tahap penguasaan al-Quran dalam kalangan murid?
c. Apakah terdapat perbezaan signifikan antara tahap minat murid dalam

bidang al-Quran dengan faktor jantina?
d. Apakah terdapat hubungan signifikan antara tahap minat murid dalam

bidang al-Quran dengan tahap penguasaan al-Quran dalam kalangan
murid?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif secara tinjauan yang menggunakan

soal selidik untuk mengenal pasti tentang minat murid dalam bidang al-Quran

dengan tahap penguasaan al-Quran dalam kalangan murid. Kajian ini

dijalankan kepada murid Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan Tok Jembal,

Kuala Nerus, Terengganu.

70

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang menggunakan skala likert
untuk menilai setiap aspek yang disertakan. Instrumen ini terbahagi kepada
tiga bahagian iaitu demografi responden, minat murid dalam bidang al-Quran
dan tahap penguasaan al-Quran dalam kalangan murid. Soal selidik yang
dipilih telah diadaptasi dan dimodifikasi daripada soal selidik Syaza et. al.
(2014) iaitu berkaitan dengan minat murid dalam bidang al-Quran dan Mohd
Khairulazman (2014) tentang tahap penguasaan al-Quran dalam kalangan
murid.

Populasi bagi kajian ini ialah murid Tahun Empat di SK Tok Jembal, Kuala
Nerus, Terengganu iaitu seramai 169 orang. Setelah dirujuk menggunakan
jadual Krejcie dan Morgan (1970) (Kenpro, 2012), sampel kajian yang
digunakan dalam kajian ini adalah 139 orang murid Tahun Empat di SK Tok
Jembal. Maka soal selidik ini telah diedarkan pada seramai 139 orang murid
Tahun Empat di SK Tok Jembal tersebut.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Data-data soal selidik untuk kajian ini diproses dengan menggunakan
Statistical Package for the Sosial Science (SPSS) versi 22. Statistik seperti
min, sisihan piawai, kekerapan dan peratus digunakan dalam analisis
deskriptif. Analisis inferensi yang digunakan pula adalah ujian-t dan pekali
korelasi. Dalam menganalisis makna skor min skala likert lima, kajian ini
membahagikan interpretasi tersebut kepada tiga tahap seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 1 berikut.

Jadual 1: Interpretasi Skor Min (Sanger et. al, 2007)

Skor Min Interpretasi Skor Min
1.00 – 2.33 Rendah (R)
2.34 – 3.67
Sederhana (S)

71

3.68 – 5.00 Tinggi (T)

Tahap Minat Murid Dalam Bidang Al-Quran
Soal selidik dalam bahagian ini mengandungi 12 item yang berkaitan dengan
tahap minat murid dalam bidang al-Quran.

Jadual 2 : Statistik Deskriptif bagi Tahap Minat Murid dalam Bidang al-Quran

Bil Item Kekerapan dan Peratus Min Sisihan Tahap
STB TB TP B SB Piawai T
1.14
Saya seronok S
1.29
1 semasa 6 7 28 29 69
mempelajari 4.3% 5.0% 20.1% 20.9% 49.6% 4.06

al-Quran.

Saya selalu

bertanya

kepada guru

2 sekiranya 19 17 43 32 28 3.24
mempunyai 13.7% 12.2% 30.9% 23.0% 20.1%
masalah

berkaitan al-

Quran.

Saya selalu

bertanya

kepada ibu

3 bapa 17 14 32 43 33 1.29 S
sekiranya 12.2% 10.1% 23.0% 30.9% 23.7% 3.44
mempunyai

masalah

berkaitan al-

Quran.

Saya berasa

mempelajari

4 al-Quran 5 12 26 31 65 T
adalah 3.6% 8.6% 18.7% 22.3% 46.8% 4.00 1.16 T

sesuatu yang

mudah.

Saya berasa

5 mempelajari 6 7 22 42 62 4.06 1.10
al-Quran 4.3% 5.0% 15.8% 30.2% 44.6%
tidak

membosanka

n.

72

Saya selalu

menonton

6 program 18 23 59 34 5 1.03 S
berkaitan al- 12.9% 16.5% 42.4% 24.5% 3.6% 2.89 1.18 S
1.15 T
Quran di 1.11 T
1.17 S
televisyen.
1.30 S
Saya selalu
1.26 T
mendengar
73
7 program 17 13 59 28 22
berkaitan al- 12.2% 9.4% 42.4% 20.1% 15.8% 3.18

Quran di

radio.

Saya ingin

8 menguasai 7 7 16 26 83 4.23
al-Quran 5.0% 5.0% 11.5% 18.7% 59.7%
dengan lebih

baik.

Saya selalu

memberikan

9 perhatian 4 14 26 42 53
semasa 2.9% 10.1% 18.7% 30.2% 38.1% 3.91

pengajaran

al-Quran.

Saya

sentiasa

meminta

10 tunjuk ajar 10 10 39 41 39
dalam 7.2% 7.2% 28.1% 29.5% 28.1% 3.64

perkara

berkaitan al-

Quran.

Saya sering

mengikuti

program yang

berkaitan

11 dengan al- 28 18 49 24 20
Quran sepert 20.1% 12.9% 35.3% 17.3% 14.4% 2.93

pertandingan

tilawah al-

Quran dan

hafazan.

Saya

berazam

12 untuk belajar 10 7 22 18 82 4.12
bersungguh- 7.2% 5.0% 15.8% 12.9% 59.0%
sungguh dan

lulus

cemerlang

dalam al- 3.64 0.60 S
Quran.

Jumlah

Jadual 2 menunjukkan analisis deskriptif digunakan untuk
menentukan tahap minat murid dalam bidang al-Quran berdasarkan
kekerapan, skor min dan sisihan piawai. Analisis tahap minat murid dalam
bidang al-Quran adalah mengikut item. Item yang berada pada tahap yang
tinggi adalah sebanyak enam item manakala enam item lagi berada pada
tahap sederhana. Dapatan secara keseluruhannya menunjukkan bahawa
tahap minat murid dalam bidang al-Quran berada pada tahap sederhana.

Tahap Penguasaan Al-Quran Murid
Soal selidik dalam bahagian ini mengandungi lapan item yang berkaitan
dengan tahap penguasaan al-Quran murid.

Jadual 3 : Statistik Deskriptif bagi Tahap Penguasaan al-Quran dalam
kalangan Murid

Bil Item Kekerapan Min Sisihan Tahap
Piawai S
STB TB TP B SB
1.37
1 Saya

mengenal

huruf 16 10 34 24 55
hijaiyyah 11.5% 7.2% 24.5% 17.3% 39.6% 3.66

(huruf a

Quran).

74

2 Saya bole

menyebut

huruf

hijaiyyah 12 16 48 34 29 1.19 S
mengikut 8.6% 11.5% 34.5% 24.5% 20.9% 3.37 1.24 S
makhraj 1.33 S

(tempat 1.29 T

keluar huruf 1.20 S
1.23 S
yang betul. 1.42 S
0.63 S
3 Saya bole

menyebut 13 16 41 35 34
kalimah a 9.4% 11.5% 29.5% 25.2% 24.5% 3.44

Quran.

4 Saya bole

menyebut 15 11 37 27 49 3.60
kalimah a 10.8% 7.9% 26.6% 19.4% 35.3%
Quran yang

bersambung.

5 Saya

mengenal

tanda-tanda

bacaan yang 12 14 29 34 50 3.69
terdapat a 8.6% 10.1% 20.9% 24.5% 36.0%
dalam

Quran seper

tanda waqa

(berhenti).

6 Saya

mempunyai 21 15 49 38 16 3.09
pengetahuan 15.1% 10.8% 35.3% 27.3% 11.5%
tentang

hukum tajwid

7 Saya bole

membaca a

Quran 20 13 54 30 22
mengikut 14.4% 9.4% 38.8% 21.6% 15.8% 3.15

hukum tajwid

yang betul.

8 Saya bole

membaca a 32 16 39 24 28
Quran 23.0% 11.5% 28.1% 17.3% 20.1%
dengan 3.00

berlagu.

Jumlah 3.38

Jadual 3 menunjukkan analisis kepada tahap penguasaan al-Quran dalam

kalangan murid. Item yang berada pada tahap tinggi hanya satu item iaitu item
75

saya mengenal tanda-tanda bacaan yang terdapat dalam al-Quran seperti
tanda waqaf (berhenti) manakala tujuh item yang lain berada pada tahap
sederhana. Min dan sisihan piawai bagi setiap item turut disertakan. Dapatan
tersebut menunjukkan tahap penguasaan al-Quran dalam kalangan murid
berada pada tahap sederhana.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa minat murid
dalam bidang al-Quran berada pada tahap yang sederhana manakala tahap
penguasaan al-Quran dalam kalangan murid juga berada pada tahap
sederhana. Ini menunjukkan bahawa minat murid dalam bidang al-Quran
berada pada tahap yang sama dengan tahap penguasaan al-Quran dalam
kalangan murid. Kedua-dua pemboleh ubah ini juga telah merekodkan nilai
min sebanyak 3.54 dan sisihan piawai, 0.63 iaitu berada pada tahap yang
sederhana.

Kajian ini memberi implikasi terhadap perlunya penambah baikkan dalam
meningkatkan lagi minat murid dalam bidang al-Quran dan tahap penguasaan
al-Quran mereka. Kajian ini juga akan memberi kesan kepada guru-guru
Pendidikan Islam, murid-murid serta Siswa Guru IPGM. Justeru itu, menjadi
suatu keperluan kepada seorang guru mahupun bakal guru menguasai
bidang al-Quran dengan sebaiknya sebelum mengajar kepada murid yang
bukan sahaja menambahkan minat murid terhadap al-Quran bahkan
meningkatkan tahap penguasaan al-Quran mereka.

Antara cadangan kepada kajian lanjutan pada masa hadapan adalah
pemboleh ubah boleh dipelbagaikan. Ini adalah kerana kajian ini hanya
mengkaji perkaitan antara dua pemboleh ubah sahaja iaitu minat dan
penguasaan al-Quran. Pemboleh ubah juga boleh dibanyakkan lagi dan tidak
terhad kepada dua sahaja. Seterusnya, kajian ini adalah merupakan kajian
tinjauan yang hanya menggunakan instrumen kajian soal selidik sahaja.

76

Kajian lanjutan boleh dipelbagaikan penggunaan instrumen kajian seperti
kaedah analisis dokumen. Di samping itu, populasi serta sampel kajian juga
boleh ditambah baik. Pada kajian ini hanya SK Tok Jembal yang dipilih
sebagai populasi kajian, oleh itu dengan memperluas populasi, maka kajian
ini akan menjadi bertambah tepat.

Kesimpulannya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara minat
murid dalam bidang al-Quran dengan tahap penguasaan al-Quran dalam
kalangan murid. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa
minat murid dalam bidang al-Quran berada pada tahap sederhana manakala
tahap penguasaan al-Quran dalam kalangan murid juga berada pada tahap
sederhana. Justeru, dapatan kajian ini memberi implikasi terhadap perlunya
penambah baikan dilakukan untuk memastikan bidang al-Quran ini sentiasa
dimantapkan dari semasa ke semasa. Semua pihak perlu mengambil peranan
masing-masing seperti murid, guru, siswa guru serta masyarakat dalam
usaha untuk menjadikan al-Quran sebahagian daripada hidup setiap orang.

RUJUKAN
H. Ramayulis. (2011). Ilmu Pendidikan Islam. Jakarta: Kalam Mulia.
Hasan Langgulung. (1991). Asas-Asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haziyah Husin & Masitah Ismail. (2018). Keberkesanan Kaedah al-Matien

dalam Pembelajaran Tilawah al-Quran. Jurnal al-Turath; Vol. 3, No.
2; 2018 e-ISSN 0128-0899.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2004). Buku Panduan Perlaksanaan

Program ra’ dan Jawi Enam Bulan Pertama. Kuala Lumpur: Jabatan
Pendidikan Islam dan Moral.
Kenpro. (2012). Sample Size Determination Using Krejcie and Morgan Table.
Diakses pada 1 Februari 2020. http://www.kenpro.org/sample-size-
determination-using-krejcie-and-morgan-table/.
Mohd Khairulazman Abu Bakar. (2014). Kebolehupayaan Pembacaan Al-
Quran dalam kalangan Pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
(PSMZA). Open University Malaysia.

77

Nur Syamira Abdul Wahab, Maimun Aqsha Lubis, Ramlee Mustapha, Aisyah

Sjahrony & Dedek Febrian. (2017). Kefahaman Al-Quran dan Jawi

Melalui Permainan Bahasa Bermultimedia. ASEAN Comparative

Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J)

Volume 1(1) January 2017, 41-53.

Sanger, D., Spilker, A. Williams, N. & Belau, D. (2007). Opinions Of Female
Juvenile Delinquents On Communication, Learning And Violence.
Journal of Correctional Education 58(1): 69-92.

Sapie Sabilan, Barinah Ibrahim, Suhana Mohamed Lip, Mohamad Fuad Ishak

& Siti Nga’ishah Mohni. (2018). Analisis Tahap Penguasaan Bacaan

AlQuran Murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Karang

Berdasarkan Model Khatam Al- Quran Dan Model Tasmik j-QAF.

International Islamic University College Selangor. Conference

Paper May 2018.

Shahabuddin Hashim & Noor Miza Abdul Rahman. (2014). Kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran Kerohanian Kanak-Kanak. Selangor: PTS
Media Groups Sdn. Bhd.

Syaza Mohd Sabri, Sharini Che Ishak & Asmawati Suhid. (2014). Kajian Minat
dan Motivasi Murid Terhadap Pengajaran Pendidikan Islam.
Seminar Pasca Siswazah dalam Pendidikan (GREDUC 2014).

78

PENGGUNAAN ‘KIT APPKAKE’ MEMBANTU MENINGKATKAN
KEMAHIRAN TAHUN 3 DALAM KATA KERJA AKTIF TRANSITIF DAN

TAK TRANSITIF

Ghayathri a/p Illango
[email protected] Ab Rahman, Ph.D

Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penguasaan
kata kerja aktif transitif dan tak transitif dalam kalangan murid Tahun 3 Ibnu
Khaldun di Sekolah Kebangsaan Maras, Kuala Nerus, Kuala Terengganu.
Hasil tinjauan saya mendapati, seramai lima orang murid yang terdiri daripada
tiga orang perempuan dan dua orang lelaki menghadapi masalah untuk
memahami kata kerja aktif transitif dan tak transitif. Kajian ini menggunakan
reka bentuk kajian tindakan berdasarkan Model Kemmis & Mc Taggart (1988).
Kajian ini dilaksanakan dengan alat intervensi ‘Kit AppKake’ dengan
menggunakan pelbagai bahan seperti peta minda melalui banner, Video
Powtoon, Kuiz Interaktif Plickers, Permainan Kahoot. Alat intervensi ini satu
medium dalam menyelesaikan masalah kata kerja aktif transitif dan tak
transitif dalam kalangan murid tahun 3 menerusi peta I-think dan
penggabungjalinan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Saya
menggunakan tiga instrumen untuk mengumpul data antaranya penilaian
melalui ujian bertulis, temu bual tidak berstruktur dan pemerhatian turut serta.
Hasil dapatan kajian selepas intervensi dijalankan, semua peserta kajian ini
menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dengan pencapaian
100 peratus lulus dalam ujian bertulis pasca pertama dan kedua berbanding
dengan ujian pra yang mempunyai pencapaian 0 peratus. Dapatan ini
membuktikan bahawa ‘Kit AppKake’ berjaya menjadi suatu wadah dalam
meningkatkan tahap kemahiran murid Tahun 3 dalam kata kerja aktif transitif
dan tak transitif secara menyeluruh.

Kata kunci: meningkatkan, ‘Kit AppKake’, kata kerja transitif dan tak transitif,
Model Kemmis & Mc Taggart

79

PENGENALAN

Tatabahasa sebenarnya menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah
dan mudah difahami oleh murid (Nik Safiah, Farid, Hashim dan Abdul Hamid,
2014). Namun begitu, kesalahan penggunaan tatabahasa ini kerap dilakukan
oleh murid-murid di sekolah rendah. Mereka masih lemah dalam penguasaan
bahasa, terutamanya dalam aspek tatabahasa kata kerja aktif transitif dan tak
transitif. Oleh hal demikian, saya telah memilih untuk mengkaji kesalahan
penggunaan kata kerja aktif transitif dan tak transitif yang kerap dilakukan oleh
murid-murid sekolah rendah khususnya ujian pemahaman dan penulisan.

REFLEKSI DAN PENGALAMAN PDP
Mengimbas kembali pengalaman mengajar, semasa menjalani praktikum fasa
dua di Sekolah Kebangsaan Maras, saya mendapati murid sekolah ini
mempunyai masalah dalam kata kerja aktif transitif dan tak transitif. Hal ini
lanjutan daripada semakan lembaran kerja saya berikan dalam buku latihan
aktiviti mereka. Daripada 34 murid, hanya sepuluh orang sahaja yang saya
perhatikan mempunyai prestasi yang membanggakan, yang lain berada pada
tahap sederhana dan lemah dalam penggunaan kata kerja aktif transitif dan
tak transitif ini.

HARAPAN TERHADAP KAJIAN YANG DICADANGKAN
Saya berharap ‘Kit AppKaKe’ dapat mengatasi masalah murid terhadap kata
kerja aktif transitif dan tak transitif. Menerusi kit ini, murid diberi nota yang
berunsurkan banner serta video tentang kata kerja aktif transitif dan tak
transitif dengan menggunakan aplikasi Powtoon manakala permainan kata
kerja aktif transitif dan tak transitif menggunakan aplikasi Plickers dan Kahoot.

PENGUMPULAN DATA AWAL
Saya telah menggunakan tiga cara mengumpul data awal untuk penyelidikan

80

tindakan saya iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.
PEMERHATIAN
Saya menggunakan gambar dan senarai semak tingkah laku dalam
mengumpul data melalui kaedah pemerhatian. Pemerhatian yang telah saya
dilakukan dalam bilik darjah adalah dari aspek sikap, penglibatan dalam kelas
dan pengetahuan murid terhadap kata kerja aktif transitif dan tak transitif.

TEMU BUAL
Saya menggunakan teknik temu bual dalam mengumpul data kajian saya.
Melalui temu bual, saya dapat memahami sebab peserta kajian saya
menunjukkan perlakuan tertentu. Temu bual yang telah saya jalankan
terhadap murid adalah dari aspek sikap, minat, pendapat atau pemahaman
mereka tentang pengajaran yang dilalui. Saya menjalankan temu bual ke atas
peserta kajian saya sebelum sesi PdPc.

ANALISIS DOKUMEN
Saya telah menggunakan analisis dokumen sebagai salah satu cara
mengumpul data. Antara instrumen analisis dokumen yang telah saya
gunakan ialah lembaran kerja. Melalui dokumen ini, saya dapat
mengumpulkan data yang dikehendaki secara tersusun dan sistematik. Data
daripada lembaran kerja atau latihan lebih jelas menunjukkan penguasaan
murid dalam kemahiran kata kerja aktif transitif dan tak transitif.

FOKUS KAJIAN
Berdasarkan refleksi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc), saya telah
menjalankan kajian berfokuskan masalah tatabahasa khususnya dalam kata
kerja aktif transitif dan tak transitif dalam kalangan murid 3 Bestari. Setelah
melakukan temu bual tidak berstruktur, saya mendapati bahawa murid agak
lemah untuk membezakan kata kerja transitif dan tak transitif. Mereka tidak
berminat untuk mempelajari topik ini kerana mereka beranggap topik ini susah

81

untuk dikuasai. Melalui pemerhatian tanpa turut-serta, saya mendapati murid
tidak dapat mengaplikasikan kata kerja aktif transitif dan tak transitif dalam
binaan ayat. Manakala, menerusi lembaran kerja, saya dapat mengetahui
murid lemah dalam mengenal pasti kata kerja aktif transitif dan tak transitif.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif kajian ini ialah:

i) Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam mengenal pasti
perbezaan kata kerja aktif transitif dan tak transitif melalui ‘Kit AppKaKe’.
ii) Membantu murid menguasai kemahiran kata kerja aktif
transitif dan tak transitif dalam soalan bahasa Melayu menggunakan ‘Kit
AppKaKe’.
iii) menjelaskan kelebihan ‘Kit AppKaKe’ alam membantu
meningkatkan kemahiran kata kerja aktif transitif dan tak transitif.

SOALAN KAJIAN
Soalan kajian ini ialah:

i) Bagaimanakah ‘Kit AppKaKe’ dapat meningkatkan tahap
pencapaian murid dalam mengenal pasti perbezaan kata kerja aktif transitif
dan tak transitif?
ii) Bagaimanakah ‘Kit AppKaKe’ dapat membantu menguasai
kata kerja aktif transitif dan tak transitif dalam soalan bahasa Melayu?
iii) Apakah kelebihan ‘Kit AppKaKe’ dalam membantu
meningkatkan kemahiran kata kerja aktif transitif dan tak transitif?

PESERTA KAJIAN
Kajian ini mensasarkan kepada Sekolah Kebangsaan Maras, 21020 Kuala
Nerus, Kuala Terengganu yang terletak berhampiran dengan bukit Maras.
Seramai lima orang murid dari Kelas 3 Ibnu Khaldun yang terdiri daripada tiga

82

orang murid perempuan dan dua orang lelaki dipilih sebagai peserta kajian.
Kesemua peserta kajian ini berketurunan Melayu, beragama Islam dan juga
dilahirkan di Kuala Nerus. Secara terperinci, latar belakang keluarga peserta
kajian terdiri daripada keluarga sederhana dan golongan miskin. Ibu bapa
peserta kajian kebanyakan bekerja sebagai buruh binaan, petani dan peniaga
kecil-kecilan.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Langkah-langkah tindakan PdPc

Terdapat beberapa aktiviti tindakan PdPc yang akan dilakukan dengan
menggunakan ‘Kit AppKaKe’ pada gelung pertama ini. Langkah-langkah yang
akan dijalankan adalah seperti berikut:

Langkah 1: Pengenalan ‘AppKaKe’

Sebelum sesi intervensi menggunakan ‘Kit AppKaKe’, saya akan cara untuk
mengendalikan kit ini iaitu mengakses laman wixsite terlebih dahulu. Laman
wixsite yang saya hasilkan ini merangkumi segala aktiviti yang dirancangkan
bagi mengatasi masalah ini.

Kemudian, saya juga akan menerangkan aktiviti dan kandungan yang terdapat
dalam ‘Kit AppKaKe’ kepada peserta kajian iaitu terbahagi kepada empat
aktiviti:

i) Video Powtoon mengenai Kata Kerja Aktif Transitif dan Tak Transitif

ii) Ingat Saya melalui peta minda menerusi banner

iii) Kuiz Interaktif mengenai Kata Kerja Aktif Transitif dan Tak Transitif
melalui aplikasi

Plickers

iv) Permainan Kahoot mengenai Kata Kerja Aktif Transitif dan Tak
Transitif.

83

Bagi gelungan kedua saya telah membuat penambahbaikan dengan
menambahkan satu lagi permainan iaitu permainan Quizziz. Tambahan pula,
semua aplikasi ‘Kit AppKake’ disediakan dalam satu platform yang tersendiri.
Murid boleh memuat naik aplikasi ini dengan mengimbas kod imbasan yang
diberikan oleh guru melalui telefon pintar mereka.

KAEDAH MENGUMPUL DATA
Saya telah menggunakan tiga kaedah mengumpul data untuk penyelidikan
tindakan iaitu pemerhatian, temu bual dan ujian bertulis.

PEMERHATIAN
Kaedah pertama yang digunakan ialah melalui pemerhatian turut serta. Saya
melakukan pemerhatian berdasarkan tema iaitu minat belajar murid,
pengetahuan murid terhadap kata kerja aktif transitif dan tak transitif, kesulitan
dalam kata kerja aktif transitif dan tak transitif serta aplikasi kata kerja aktif
transitif dan tak transitif dalam binaan ayat.

TEMU BUAL
Temu bual yang saya jalankan ialah temu bual tidak berstruktur kerana
peserta kajian saya kurang memahami beberapa soalan dan akan
memudahkan saya bertanyakan soalan lain.

UJIAN BERTULIS
Ujian Pra dan Ujian Pasca yang mengandungi 20 soalan diberikan kepada
peserta kajian untuk mengenal pasti tahap kebolehan murid untuk menguasai
kata kerja transitif dan tak transitif. Ujian pra ini dijadikan sebagai pengukur
tahap pencapaian peserta kajian setelah semua tindakan dijalankan dan
keputusannya akan dibuat perbandingan dengan ujian pasca 1 dan 2 untuk
melihat pencapaian peserta kajian meningkat atau menurun.

84

CARA MENGANALISIS DATA
Saya menggunakan cara analisis data kualitatif dan kuantitatif dalam kajian
ini. Dalam analisis semasa berada di lapangan, segala pemerhatian turut-
serta, temu bual tidak berstruktur, dan sebagainya saya analisis terlebih
dahulu supaya data yang terkumpul tidak kabur. Maklumat yang dikumpul
daripada ujian pula akan dinilai terlebih dahulu. Saya mencari peratusan dan
dapat dilihat melalui carta bar, carta pai dan sebagainya. Bagi kajian ini, saya
memilih analisis bertema supaya memberi makna kepada data yang
dikumpulkan.

CARA MENYEMAK DATA
Untuk menyemak data, saya telah menggunakan kaedah triangulasi. Iaitu
menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan ujian bertulis. Pemerhatian
dilaksanakan bagi engenai tahap pencapaian murid. Manakala temu bual
telah dibuat setelah semua tindakan dilaksanakan untuk mendapatkan
maklum balas yang diberikan oleh peserta kajian ini. Seterusnya, ujian bertulis
dibuat untuk menguji keberkesanan ‘Kit AppKaKe’ yang dihasilkan.

DAPATAN KAJIAN
1. Bagaimanakah ‘Kit AppKaKe’ dapat meningkatkan tahap
pencapaian murid dalam mengenal pasti perbezaan kata kerja aktif transitif dan
tak transitif?
Bagi menjawab soalan kajian ini saya menggunakan instrumen pemerhatian
turut serta.

85

120 100

100 88
76

Skor

24 Ya
12 Tidak

Sebelum Selepas Gelung 2

Ya 24 88 100

Tidak 76 12

Perbezaan Skor Senarai Semak Tingkah Laku Murid
Sebelum, Selepas Intervensi dan Gelung 2

Rajah 1. Perbezaan Skor Senarai Semak Sebelum, Selepas Intervensi dan
Gelung 2

Rajah 1 menunjukkan perbezaan skor sebanyak 76 peratus yang menjawab
‘Ya’ sebelum intervensi iaitu 24 peratus peserta kajian sahaja yang
mempunyai pengetahuan berkaitan aspek kata kerja aktif transitif dan transitif
berbanding peserta kajian yang tidak mengetahui kata kerja aktif transitif dan
tak transitif yang mendapat ‘Tidak’ sebanyak 88 peratus. Seterusnya, pada
gelung pertama, peratus bagi ‘Ya’ ialah ‘ 88 peratus berbanding dengan ‘Tidak’
iaitu 12 peratus. Setelah memasuki gelungan kedua dapatan yang menjawab
‘Ya’ telah meningkat kepada 100 peratus.

2. Bagaimanakah ‘Kit AppKaKe’ dapat membantu menguasai kata kerja
aktif transitif dan tak transitif dalam soalan bahasa Melayu?

Bagi menjawab soalan kajian ini, saya menggunakan instrumen ujian bertulis
iaitu ujian pra dan pos.

86

120 100 100 90
100 65
Peratus 75 60 75 65 Ujian Pra
80 50 35 45 25 Ujian Pos 1
60 25
40 15 PK 3 10 PK 5
20 PK 1 PK 2 35 PK 4 25
0 25 10
15
Ujian Pra

Perbandingan Ujian Pra, Pos 1 dan Pos 2

Rajah 2. Markah Ujian Pra, Pos 1 dan Pos 2 Peserta Kajian

Rajah 2 menunjukkan markah ujian pra, pos 1 dan pos 2. Jika diteliti analisis
perbandingan di antara ujian pra, pos 1 dan 2, dari semasa ke semasa telah
berlaku peningkatan prestasi antara kesemua peserta kajian. Hasil daripada
gelungan kedua setelah penambahbaikan terhadap ‘Kit AppKaKe’
menunjukkan peratusan lulus keseluruhan telah meningkat iaitu daripada sifar
peratus dalam ujian pra telah meningkat kepada 100 peratus dalam ujian pos
1 dan 2.

3. Apakah kelebihan ‘Kit AppKaKe’ dalam membantu meningkatkan
kemahiran kata kerja aktif transitif dan tak transitif?

Persoalan kajian ini dijawab melalui temu bual tidak berstruktur. Saya
mendapati bagi gelung pertama, murid seronok belajar kata kerja aktif transitif
dan tak transitif melalui ‘Kit AppKaKe’ ini. Namun begitu, mereka tidak
mengetahui cara untuk mengakses maklumat dalam kit ini. Sehubungan
dengan itu, saya telah membuat penambahbaikan dalam gelung kedua
dengan menghasilkan satu aplikasi bagi ‘AppKaKe’ dan menambahkan
permainan Quizziz bagi mengukuhkan ingatkan murid terhadap topik ini.
Implikasinya, saya mendapati semua peserta kajian dapat memberikan

87

respon yang positif terhadap ‘Kit AppKaKe’ ini.

REFLEKSI
Penggunaan ‘Kit AppKaKe’ telah meningkatkan kemahiran peserta kajian
saya tentang kemahiran kata kerja aktif transitif dan tak transitif. Melalui
penyelidikan tindakan ini, saya telah menyelesaikan masalah dengan lebih
sistematik setelah melakukan langkah penyelidikan menerusi Model Kemmis
dan Mc Taggart ini (1988).

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam ‘Kit AppKaKe telah dapat membantu
meningkatkan penguasaan murid dalam kata kerja aktif transitif dan tak
transitif. Saya bercadang untuk mengaplikasikan kit ini ke sekolah yang
berlainan demografi dan bangsa. Contohnya, kit ini diperluas ke sekolah
orang asli atau Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil.

RUJUKAN
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Australia:
Deakin University Press. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Lee Kook Choong, Zaki Abdullah & Chua Lay Nee. (2018). Siri Pendidikan
Guru: Penyelidikan dalam Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Mohd Fuad Sam, Marina A. Majid, Rosnah A.Rajak & Nordin Mohd

Nik Safiah, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2014).

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu I Edisi
Kedua.
Tatabahasa Dewan: Edisi Ketiga: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

88

Ting Len Siong, Ahmad Sabry Othman & Ting Hun Yong. (2013). Penyelidikan
Tindakan dalam Pendidikan. Wilayah Persekutuan: Freemind Horizons
Sdn.Bhd.
Yusof. (2017). Murid dan Pembelajaran. Selangor: Sasbadi Sdn.Bhd.

89

MENINGKATKAN PENGUASAAN SIMPULAN BAHASA MENGGUNAKAN
KIT ‘SIMBAS’ DALAM KALANGAN MURID TAHUN TIGA

Archanaa A/P Krishnamoorthy Muhammad
[email protected]
Irfan Nyia bin Abdullah, Ph.D
Jabatan Pengajian Melayu

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bagi meninjau dan meningkatkan penguasaan
simpulan bahasa dalam kalangan murid tahun tiga. Seramai empat orang
murid Tahun 3 Bestari di Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting, Kuala
Nerus, Terengganu telah dipilih sebagai peserta kajian. Kajian ini telah
dijalankan selama empat minggu. Pengkaji telah menggunakan instrumen
ujian pra, ujian pos, temu bual dan pemerhatian untuk mengumpul data.
Melalui pengumpulan data, pengkaji dapat mengenal pasti pengetahuan asas
dan tahap penguasaan setiap peserta kajian dalam topik yang dipilih. Data
yang dikumpulkan melalui semua instrumen telah dianalisis dan diinterpretasi
berdasarkan analisis bertema. Pengkaji telah memperkenalkan satu kit
pembelajaran yang dikenali sebagai ‘Kit SimBas’ bagi mengatasi masalah
penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan peserta kajian. Tahap
penguasaan murid telah dinilai berdasarkan keputusan ujian-ujian yang
dilaksanakan. Berasaskan hasil analisis dapatan kajian, pengkaji mendapati
peningkatan ketara berlaku selepas Kit SimBas digunakan iaitu, keempat-
empat peserta kajian telah memperoleh markah sebanyak 100% dalam ujian
pasca 2 berbanding dengan ujian pasca 1 dan ujian pra. Keberkesanan
pembinaan kit SimBas bagi meningkatkan tahap penguasaan simpulan
bahasa dapat dilihat melalui hasil pencapaian peserta kajian dalam ujian yang
dikendalikan. Pengkaji mendapati bahawa peserta kajian telah menunjukkan
minat terhadap pembelajaran yang berkaitan dengan tajuk simpulan bahasa
setelah kit pembelajaran SimBas diperkenalkan dalam sesi pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc). Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan
penggunaan kit SimBas telah berjaya meningkatkan tahap penguasaan
simpulan bahasa dan membantu peserta kajian untuk menghasilkan penulisan
Bahasa Melayu yang gramatis dan berkualiti.

Kata kunci: Simpulan bahasa, Kit SimBas, Tahap penguasaan, Murid tahun
tiga Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting.

90

PENGENALAN
Gambaran awal

Topik simpulan bahasa telah menjadi pilihan pengkaji untuk melaksanakan
kajian. Rasional pengkaji memilih simpulan bahasa sebagai kajian adalah
kerana simpulan bahasa merupakan cabang peribahasa yang pertama
dipelajari oleh murid di sekolah rendah. Dalam konteks penulisan karangan di
sekolah, penggunaan simpulan bahasa sangat diberi perhatian. Oleh itu,
pengkaji telah mencipta sebuah BBM berdasarkan simpulan bahasa bagi
mengatasi masalah murid sukar mengingati susunan dan maksud simpulan
bahasa dengan tepat dalam kalangan murid tahun tiga.

REFLEKSI DAN PENGALAMAN PDPC
Semasa pengkaji menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Padang
Kemunting, pengkaji telah memberi ujian diagnostik. Pengkaji dapat mengenal
pasti bahawa segelintir murid tidak dapat membina ayat yang betul. Justeru,
sebuah BBM telah dibina oleh pengkaji bagi menangani masalah penguasaan
simpulan bahasa dalam kalangan murid tahun 3 Bestari.

HARAPAN
BBM yang dibina ini diharap dapat membantu murid untuk mengaplikasi
penggunaan simpulan bahasa dalam penulisan, membina ayat atau membina
perenggan.

PENGUMPULAN DATA AWAL
Pengkaji telah menggunakan empat kaedah untuk mengenal pasti
permasalahan murid, iaitu melalui ujian diagnostik, ujian pra, temu bual dan
pemerhatian.

91

FOKUS KAJIAN
Penguasaan simpulan bahasa dan memahahami maknanya menjadi isu
utama bagi murid tahun 3 di sekolah tersebut. Berdasarkan markah yang
diperoleh oleh murid dalam ujian diagnostik, terdapat segelintir murid
memperoleh keputusan rendah yang menunjukkan murid-murid tersebut
menghadapi masalah untuk menguasai simpulan bahasa.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian

i. Menjelaskan cara kit ‘SimBas’ dapat meningkatkan penguasaan
simpulan bahasa.
ii. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid semasa mengingati
maksud dan susunan simpulan bahasa.
Persoalan Kajian

i. Bagaimanakah kit SimBas dapat meningkatkan penguasaan simpulan
bahasa dalam kalangan murid tahun 3?
ii. Apakah masalah yang dihadapi oleh murid semasa mengingati
maksud dan susunan simpulan bahasa?

PESERTA KAJIAN

Pengkaji telah memilih seramai empat orang murid iaitu dua orang murid lelaki
dan dua orang murid perempuan sebagai peserta kajian daripada kelas 3
Bestari. Mereka telah dipilih berdasarkan empat instrumen iaitu ujian
diagnostik, ujian pra, temu bual dan pemerhatian yang dilakukan semasa
pengumpulan data awal.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pelaksanaan tindakan akan dihuraikan berdasarkan model yang dipilih iaitu

92

Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggert (1988) yang mengandungi
empat bahagian iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.

Mereflek
Berdasarkan data-data yang dikumpul, pengkaji telah memastikan bahawa
empat peserta kajian yang dipilih memang menghadapi masalah penguasaan
simpulan bahasa. Hal ini dapat dipastikan melalui instrumen pengumpulan
data awal.
Merancang
Pengkaji telah merancang suatu kit yang dikenali sebagai Kit SimBas. Kit ini
telah direka bagi mengatasi masalah mengingati makna simpulan bahasa.
Pengkaji telah memilih wadah Powerpoint kerana memudahkan pengkaji
membina bahan. Pengkaji juga menggunakan gambar berbentuk ‘GIF’ yang
menggambarkan setiap simpulan bahasa.

Bertindak
Pengkaji telah mengaplikasikan Kit SimBas semasa PdPc yang berkaitan
dengan topik simpulan bahasa. Langkah-langkah menggunakan Kit SimBas
telah ditunjukkan dalam jadual yang berikut.

93


Click to View FlipBook Version