Berdasarkan Jadual 1, didapati bilangan responden perempuan adalah seramai
48 orang manakala responden lelaki pula adalah seramai 28 orang. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa siswa guru lelaki opsyen Sejarah adalah sedikit
berbanding siswa guru perempuan opsyen Sejarah di Zon Utara dan Timur.
Jadual 2: Profil responden yang berkaitan dengan maklumat demografi
(tempat belajar)
Demografi Faktor Bilangan
Peratus
A2 Tempat belajar IPG Kampus Perlis 15
19.70
IPG Kampus Ipoh 15
19.70
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail 14
18.40
IPG Kampus Sultan Mizan 1
22.40
IPG Kampus Kota Bharu 1
19.70
Jumlah 7
100.00
Berdasarkan Jadual 2, didapati IPG Kampus Sultan Mizan mempunyai bilangan
siswa guru opsyen Sejarah Ambilan Jun 2016 yang paling ramai di Zon Utara
dan Timur iaitu seramai 17 orang responden atau 22.40 peratus.
b) Soalan kajian 1: Apakah tahap kesediaan kemahiran siswa guru
opsyen Sejarah melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK
Jadual 3: Min, sisihan piawai dan tahap kemahiran
Pemboleh ubah Min Sisihan piawai Tahap
144
1 Saya sangat mahir 5.25 1.63 Tinggi
menyediakan blog untuk 5.18 1.61 Tinggi
kemudahan murid membuat
rujukan yang berkaitan 5.71 1.47 Tinggi
dengan mata pelajaran 4.08 1.99 Sederhana
Sejarah. 4.67 1.88 Sederhana
B2 Saya mempunyai
kemahiran menggunakan
perisian live video streaming
(Facebook live dan Instagram
live) untuk diaplikasikan dalam
PdPc Sejarah.
B3 Saya sangat mahir
membuat slaid pembentangan
menggunakan perisian atas talian
seperti Prezi untuk diaplikasikan
dalam PdPc Sejarah.
B4 Saya sangat mahir
menggunakan perisian seperti
Blender, Anime Studio dan Synfig
Studio untuk membuat animasi untuk
diaplikasikan dalam PdPc Sejarah.
B5 Saya sangat mahir menggunakan
perisian Adobe Photoshop untuk
menyunting grafik dan gambar
yang berkaitan dengan mata
pelajaran Sejarah.
145
B6 Saya sangat mahir mengendalikan 5.39 1.62 Tinggi
perisian Google Classroom untuk
diaplikasikan dalam PdPc Sejarah.
Min keseluruhan 5.05 Tinggi
Berdasarkan Jadual 3 berikut, dapatan kajian menunjukkan bahawa purata min
kesuluruhan bagi tahap kesediaan kemahiran siswa guru opsyen Sejarah
melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK adalah sebanyak 5.05.
Dalam erti kata lain, ia berada pada tahap yang tinggi. Perkara ini selari dengan
hasil dapatan kajian oleh Ahmad (2013) yang mendapati bahawa 71 peratus
guru Pendidikan Islam mahir dalam menggunakan perisian TMK.
Sisihan piawai bagi item soalan B4 telah mencatatkan sebanyak 1.99. Dalam
erti kata lain, nilai sisihan piawai bagi item soalan ini adalah yang paling besar.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa jawapan yang dipilih oleh responden pada
item ini adalah pelbagai sehingga membolehkan data tersebar luas antara satu
sama lain (heterogen). Berlainan pula dengan sisihan piawai bagi item soalan
B3 yang mana nilai sisihan piawai yang direkodkan adalah paling kecil iaitu
sebanyak 1.47. Hal ini menunjukkan bahawa jawapan yang dipilih oleh
responden pada item soalan ini adalah hampir sama dan kurang pelbagai
sehingga menyebabkan data yang diperoleh berhampiran antara satu sama
lain (homogen).
Justeru, dapat dirumuskan bahawa rata-rata responden amat berkemahiran
melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK.
c) Tahap kesediaan pengetahuan siswa guru opsyen Sejarah
melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK?
146
Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan bagi tiga soalan telah
dikemukakan di item soalan C1, C2 dan C3 mencatatkan tahap yang tinggi.
Secara tidak langsung telah menghasilkan purata min kesuluruhan bagi tahap
kesediaan pengetahuan siswa guru opsyen Sejarah melaksanakan PdPc
menggunakan perisian TMK adalah sebanyak 5.69. Dalam erti kata lain, ia
berada pada tahap yang tinggi. Perkara ini dilihat tidak selari dengan hasil
dapatan kajian oleh Baharin & Lim (2010) yang mendapati tahap pengetahuan
dalam kalangan guru-guru di sekolah menengah teknik menggunakan perisian
TMK adalah sederhana. Keterangan lanjut adalah seperti berikut:
Pemboleh ubah Min Sisihan piawai Tahap
C1 Saya sangat tahu 5.38 1.31 Tinggi
membina laman sesawang
yang berkaitan dengan mata
pelajaran Sejarah.
C2 Saya sangat tahu mencari 5.57 1.34 Tinggi
peluang bagi meningkatkan
pengetahuan mengenai perisian-
perisian terkini dalam TMK untuk
diaplikasikan dalam PdPc
Sejarah.
C3 Saya sangat tahu untuk 6.13 1.14 Tinggi
membuat demonstrasi menggunakan
perisian kuiz atas talian seperti Kahoot
dan Quizizz dalam mata pelajaran Sejarah
Min keseluruhan 5.69 Tinggi
Jadual 4 : Min, sisihan piawai dan tahap pengetahuan
147
Sisihan piawai bagi item soalan C2 telah mencatatkan sebanyak 1.34. Dalam
erti kata lain, nilai sisihan piawai bagi item soalan ini adalah yang paling besar
berbanding nilai item soalan yang lain. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
jawapan yang dipilih oleh responden pada item ini adalah pelbagai sehingga
membolehkan data tersebar luas antara satu sama lain (heterogen). Berlainan
pula dengan sisihan piawai bagi item soalan C3 telah merekodkan sisihan
piawai paling kecil iaitu sebanyak 1.14. Hal ini menunjukkan bahawa jawapan
yang dipilih oleh responden pada item ini adalah hampir sama dan kurang
pelbagai sehingga menyebabkan data yang diperoleh berhampiran antara satu
sama lain (homogen).
Justeru, berdasarkan kajian ini, dapat dirumuskan bahawa para responden
yang terlibat mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam menggunakan
perisian di dalam TMK.
d) So
alan kajian 3 : Apakah tahap kesediaan afektif (minat) siswa guru opsyen
Sejarah melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK?
Jadual 5 :Min, sisihan piawai dan tahap afektif (minat)
Pemboleh ubah Min Sisihan Piawai Tahap
Tinggi
D1 Saya berasa sangat teruja 5.89 1.14
mengikuti kursus yang berkaitan
dengan pembinaan aplikasi atas
talian untuk meningkatkan
kemahiran dalam perisian TMK.
D2 Saya sangat suka melayari
internet untuk mendapatkan
148
perisian terkini yang boleh digunakan 6.09 0.97 Tinggi
sebagai BBM dalam PdPc Sejarah.
D3 Saya lebih berminat menggunakan 5.70 1.33 Tinggi
perisian atas talian berbanding perisian
offline.
D4 Kepelbagaian perisian dalam 5.84 1.12 Tinggi
TMK telah menyebabkan saya
lebih berminat mengaplikasikannya
dalam sesi PdPc Sejarah.
D5 Saya berasa sangat seronok apabila 6.08 0.99 Tinggi
menggunakan perisian-perisian TMK
semasa sesi PdPc Sejarah.
D6 Keterujaan saya dalam menggunakan 6.05 0.95 Tinggi
perisian TMK telah menyebabkan saya
berasa sangat berpuas hati semasa sesi
PdPc Sejarah dijalankan.
Min keseluruhan 5.94 Tinggi
Berdasarkan Jadual 5 berikut, dapatan kajian menunjukkan bahawa purata min
kesuluruhan bagi tahap kesediaan afektif (minat) siswa guru opsyen Sejarah
melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK adalah sebanyak 5.94.
Dalam erti kata lain, ia berada pada tahap yang tinggi. Perkara ini dilihat selari
dengan hasil dapatan kajian oleh Melvina & Jamaludin (2010). yang mendapati
bahawa tahap minat guru Bahasa Melayu menggunakan perisian TMK adalah
tinggi.
149
Sisihan piawai bagi item soalan D3 telah mencatatkan sebanyak 1.33. Dalam
erti kata lain, nilai sisihan piawai bagi item soalan ini adalah yang paling besar.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa jawapan yang dipilih oleh responden pada
item ini adalah pelbagai sehingga membolehkan data tersebar luas antara satu
sama lain (heterogen). Berlainan pula dengan sisihan piawai bagi item soalan
D6 yang mana nilai sisihan piawai yang direkodkan adalah paling kecil iaitu
sebanyak 0.95. Hal ini menunjukkan bahawa jawapan yang dipilih oleh
responden pada item soalan ini adalah hampir sama dan kurang pelbagai
sehingga menyebabkan data yang diperoleh berhampiran antara satu sama
lain (homogen). Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa siswa guru opsyen Sejarah
amat berminat dalam menggunakan perisian TMK sebagai Bahan Bantu
Mengajar (BBM).
Justeru, tahap kesediaan dari segi kemahiran, pengetahuan dan minat siswa
guru opsyen Sejarah (Zon Utara dan Timur) Ambilan Jun 2016 dalam
melaksanakan PdPc menggunakan perisian TMK adalah pada tahap yang
tinggi. Dalam erti kata lain, para responden amat berkemahiran,
berpengetahuan dan berminat dalam melaksanakan PdPc menggunakan
perisian TMK.
IMPLIKASI DAN CADANGAN
Implikasi
Pihak KPM menerima manfaat rentetan aspirasi nasional iaitu para pendidik
digalakkan mengoptimumkan penggunaan TMK seiring dengan perkembangan
dunia pendidikan yang sedang berada di abad ke-21 dan Revolusi Industri 4.0.
Berikutan hasil dapatan yang positif ini, maka secara tidak langsung akan
merealisasikan matlamat keberhasilan dan kemenjadian murid dalam arus
perdana PAK21.
Melalui hasil dapatan yang telah dilaporkan ini, maka secara tidak langsung
150
telah memberi impak yang positif kepada siswa guru opsyen Sejarah (Zon Utara
dan Timur) Ambilan Jun 2016. Dalam hal ini, mereka boleh mengaplikasikan
penggunaan perisian TMK sebagai BBM dalam PdPc tanpa sebarang masalah
kerana mereka telah pun mahir, berpengetahuan serta berminat terhadap
perkara ini. Lantaran itu, PdPc berasaskan kepada TMK boleh dijalankan
dengan teratur dan lancar sekali gus mendorong kepada peningkatan minat
murid terhadap PdPc yang dilaksanakan (Balakrishnan, 2002).
Cadangan
Cadangan untuk tindakan susulan berdasarkan hasil kajian ini adalah pihak
IPGM boleh mewajibkan setiap siswa guru mengambil elektif TMK sebagai
persiapan awal kepada mereka bagi mendepani sistem pendidikan negara ke
arah abad ke-21. Dalam hal ini, mereka akan mempelajari pelbagai aspek
dalam TMK seperti pembinaan aplikasi perisian-perisian terkini supaya dapat
diserapkan dalam aspek merentas kurikulum semasa PdPc berlangsung.
Selain itu, pihak IPGM turut perlu mewajibkan siswa guru menggunakan
pelbagai perisian TMK semasa pembentangan kerja kursus secara individu
atau berkumpulan. Secara tidak langsung, memberi peluang kepada mereka
meneroka dan mempelajari perisian-perisian yang sesuai untuk digunakan
dalam tugasan-tugasan yang tertentu.
Di samping itu, pihak IPG bagi setiap kampus melalui JPP boleh mengambil
inisiatif untuk menganjurkan bengkel membuat video menggunakan perisian
seperti Blender, Anime Studio dan Synfig Studio, bengkel menyunting grafik
dan gambar menggunakan perisian Adobe Photoshop serta bengkel
pembinaan perisian-perisian TMK supaya dapat menambahkan ilmu
pengetahuan berkaitan dengan TMK dalam kalangan mereka sekali gus
melahirkan siswa guru yang kreatif dan kompeten dalam segenap aspek
kehidupan.
151
Seterusnya, pengkaji di masa akan datang boleh mempelbagaikan objektif
kajian yang berkaitan dengan tajuk ini seperti mengenal pasti perbezaan tahap
kemahiran, pengetahuan dan minat siswa guru opsyen Sejarah dengan faktor
demografi (jantina dan tempat belajar). Hal ini secara tidak langsung mampu
mempelbagaikan lagi kajian yang berkaitan dengan topik ini supaya lebih
menarik.
KESIMPULAN
Tuntasnya, hasil kajian menunjukkan bahawa siswa guru opsyen Sejarah (Zon
Utara dan Timur) Ambilan Jun sudah bersedia dalam melaksanakan PdPc
menggunakan perisian TMK. Hal ini selari dengan pendidikan abad ke-21 dan
Revolusi Industri 4.0 yang sedang dilalui sekarang.
RUJUKAN
Ahmad Hambali Mat Daud. (2013). Tahap Kemahiran Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) Guru Pendidikan Islam MRSM: Satu Tinjauan, 1-12.
Ayob Jantan. (2018). Pak21 - Mentransformasikan Kepimpinan Berprestasi
Tinggi. Melaka: Bintang Printing Sdn. Bhd.
Baharin Abu & Lim, L.H. (2010). Tahap Pengetahuan Dan Penggunaan
Komputer Dalam Kalangan Guru-Guru Di Tiga Buah Sekolah Menengah Teknik
di Kuala Lumpur, 1-8.
Balakrishnan, M. (2002). Penggunaan komputer oleh guru pelatih: Dahulu,
sekarang dan harapan masa depan. Seminar teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pendidikan, MPBL.
Creswell, J.W., & Creswell, J.D. (2017). Research Design Qualitative,
Quantitative and Mixed Methods Approaches: Fifth edition. Los Angeles: Sage
Publication.
Creswell, J.W., & Guetterman, T.C. (2019). Educational Research: Planning,
Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research: 6th Edition.
152
New Jersey: Pearson Education.
Dawes, J. (2008). Do Data Characteristics Change According To The
Number of Scale Points Used? An Experiment Using 5-Point, 7-Point and 10-
Point Scales. International Journal of Market Research, 50(1), 61-104.
Khodijah Abdul Rahman, Siti Zaharah Mohid & Roslinda Ramli. (Oktober
2018). Kesediaan Guru Menggunakan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran
dan Pembelajaran di Sekolah Rendah Agama di Selangor. Dibentang di 4th
International Conference on Information Technology & Society, Selangor,
Malaysia.
Lily Hanefarezan Asbulah, Maimun Aqsha Lubis, Ashinida Aladdin & Mus’ab
Sahrim. (2018). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Strategi
Pembelajaran Kolokasi Bahasa Arab: Analisis Menggunakan Model Rasch.
Jurnal Pendidikan Malaysia, 1(1), 131-140.
Melvina, C.H.C., & Jamaludin Badusah. (2010). Sikap Guru Bahasa Melayu
terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam
Pengajaran di Sekolah-sekolah Rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 35(1), 59-65.
Mohd Izham Mohd Hamzah & Noraini Attan. (2007). Tahap Kesediaan Guru
Sains Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi, 46, 45-60.
Rosnah Ishak & Siti Nur Fatihah Rusman. (2018). Prestasi Kerja Guru dan
Hubungannya Dengan Faktor Beban Tugas, Persekitaran Kerja dan Personal:
Kajian Kes di Sebuah Sekolah di Sabah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5(1),
1-15.
Thomas, J. R., Nelson, J. K., & Silverman, S. J. (2011). Research Methods in
Physical Activity. Champaign: Human Kinetics.
Toth, M.J., Beardsley. A.A., & Foulger, T.S. (2010). Changing Delivery
Methods, Changing Practices: Exploring Instructional Practices in Face-to-Face
and Hybrid Courses. MERLOT Journal of Online Learning and Teaching, 6(3),
617-633.
153
TEKNIK PENYOALAN SOKRATIK GURU SEJARAH DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: SATU KAJIAN KES
Nur Khairul Bariah Binti Mohd Fauzi
[email protected]
Nurhijrah binti Zakaria, Phd
Jabatan Sains Sosial
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian kes yang dijalankan untuk mengenal pasti dan
meneroka cara pengaplikasian teknik penyoalan Sokratik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah. Kajian kualitatif
dilaksanakan terhadap dua orang guru mata pelajaran Sejarah yang dipilih
melalui kaedah pensampelan bertujuan. Kaedah pengumpulan data
menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen.
Instrumen temu bual menggunakan protokol temu bual separa berstuktur,
manakala kaedah pemerhatian menggunakan borang senarai semak. Analisis
dokumen yang digunakan terhadap buku latihan serta lembaran kerja murid.
Penganalisan data adalah menggunakan analisis bertema dan kaedah
triangulasi dibuat bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian.
Dapatan menunjukkan bahawa soalan berbentuk penjelasan lebih popular
digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran
Sejarah berlangsung. Kajian ini memberikan implikasi kepada
penambahbaikkan teknik penyoalan guru dalam PdP Sejarah.
Kata Kunci: Teknik Penyoalan Sokratik, Pengajaran dan Pembelajaran, Sejarah
KSSR,
154
PENGENALAN
Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah salah
satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mendapatkan tindak balas
daripada pelajar sama ada mereka memahami atau tidak tajuk yang
disampaikan. Selain itu, soalan juga dapat membantu pelajar secara langsung
dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Oleh hal yang demikian
kaedah menyoal dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah amat
penting untuk memastikan seseorang pelajar dapat memahami topik
pembelajaran yang dipelajari pada hari tersebut. Levin dan Long (1981)
mendefinisikan soalan sebagai sebarang ayat yang mempunyai fungsi atau
unsur pertanyaan. Mereka menerangkan bahawa soalan juga merupakan
rangsangan atau panduan yang berkeupayaan untuk menjelaskan kepada
pelajar tentang isi kandungan yang harus dipelajari dan mengapa serta
bagaimana ianya harus dipelajari. Penggunaan soalan merupakan salah satu
cara guru menyampaikan kandungan pelajaran kepada para pelajarnya.
Soalan-soalan yang dikemukakan berpotensi untuk membantu pelajar untuk
mencapai keupayaan kognitif optimum. Hal ini bersesuaian dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 yang menyasarkan
setiap pelajar di Malaysia akan mempunyai enam atribut utama untuk
memenuhi keperluan abad ke-21 iaitu salah satunya kemahiran berfikir
(Norazlin & Siti Rahimah, 2019).
155
Secara keseluruhannya, kajian ini berkisarkan tentang teknik-teknik penyoalan
sokratik guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dan bagaimana
teknik tersebut digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.
Melalui soalan dan penyoalan ini, murid dapat mengasah kemahiran pelbagai
dalam mendengar, bertutur, membaca, dan menulis begitu juga dalam
kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan
masalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan
kerjaya pelajar pada masa depan.
PENYATAAN MASALAH
Secara umumnya, semua guru dilatih menggunakan pelbagai jenis soalan
dalam pengajaran mereka. Mereka juga dikehendaki membentuk soalan-
soalan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran masing-masing.
Namun terdapat segelintir guru-guru yang lebih bergantung pada teks dan
soalan-soalan yang terkandung dalam buku teks semata-mata. Hal ini telah
menyebabkan perkembangan pemikiran murid agak terbantut. Penggunaan
kaedah penyoalan yang tidak betul ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
menyebabkan murid tidak berminat untuk menjawab soalan yang ditujukan oleh
guru (Wilen, 1999). Oleh itu, penyoalan guru mestilah dirancang dengan baik
bagi menepati penggunaan soalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan.
Kegagalan guru untuk merangsang pemikiran pelajar telah menyebabkan
kurangnya penglibatan pelajar dalam mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran guru mata pelajaran Sejarah. Hal ini kadang kalanya telah
mendorong seseorang guru tersebut mengambil langkah untuk meneruskan
pengajarannya dengan menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional,
iaitu bersyarah untuk memberi maklumat. Melalui kajian yang dilakukan oleh
Seman (2005), Waheedawati (2003) dan Roselan (2001) menunjukkan
penggunaan penyoalan guru hanya berkisar pada aras kognitif rendah atau
sederhana sahaja. Sebagai contoh, kajian Waheedawati (2003) mendapati
156
segelintir guru tidak dapat menguasai atau mengabaikan penyoalan di dalam
bilik darjah. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah dalam jumlah yang kecil
dan kurang merangsangkan daya pemikiran pelajar. Hal ini telah menyebabkan
perkembangan pemikiran murid agak terbantut.
Kaedah penyoalan yang diaplikasikan oleh guru di dalam kelas dapat menjadi
salah satu pencetus kepada aras kemahiran pelajar untuk berfikir.
Sebagaimana contoh kajian oleh Balakrishan (2002) dan Muhundhan (2002),
mendapati aplikasi kemahiran berfikir melalui kaedah penyoalan guru semasa
pengajaran dan pembelajaran adalah kurang. Apabila teknik penyoalan guru
kurang mengandungi unsur kemahiran berfikir, hal ini menyebabkan pemikiran
pelajar kurang berkembang melalui soalan yang dikemukakan oleh guru.
Skop kajian ini adalah berdasarkan dua persoalan kajian yang dinyatakan
berkenaan dengan kaedah penyoalan sokratik yang diaplikasikan oleh guru
serta cara kedua-dua guru mata pelajaran Sejarah tersebut menggunakan
teknik penyoalan tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Batasan kajian ini hanya melibatkan dua orang guru mata
pelajaran Sejarah yang mengajar di sebuah sekolah yang terletak di Kuala
Nerus. Nama-nama bagi peserta kajian dirahsiakan bagi menghormati privasi
setiap reponden dan digantikan dengan nama samara iaitu PK1 serta PK2. PK
disini membawa maksud Peserta Kajian. Kedua-dua peserta kajian merupakan
guru perempuan yang telah lama berkhidmat dan merupakan guru yang paling
lama mengajar mata pelajaran Sejarah sejak mata pelajaran Sejarah
diperkenalan pada tahun 2014.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif kajian adalah untuk meneroka teknik penyoalan sokratik yang
digunakan oleh guru Sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran. Soalan
kajian ini dijalankan adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan-
persoalan yang dinyatakan di bawah iaitu :
157
Bagaimanakah teknik penyoalan sokratik digunakan oleh guru Sejarah dalam
pengajaran dan pembelajaran
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Kajian kualitatif adalah kajian
yang menggunakan maklumat atau data yang bersifat kualitatif atau secara
mudahnya boleh diukur dan memerlukan beberapa insturumen pengukuran
seperti soal selidik dan ujian.
Pada dasarnya, pensampelan dilakukan bertujuan untuk memperoleh
maklumat berkenaan dengan sesuatu populasi atau yang mewakili kelompok
populasi. Menerusi kajian ini, penyelidik telah memilih dua peserta kajian (PK)
yang terdiri daripada dua orang gueu yang mengajar di salah sebuah sekolah
di Kuala Nerus, Terengganu. PK ini telah dipilih melalui pensampelan bertujuan
yang mana memberika penekanan terhadap pengalaman bekerja, tempoh
berkhidmat menjadi guru sejarah serta kelebihan mereka dalam subjek mata
pelajaran sejarah..
Antara instrumen kajian yang digunapakai dalam kajian ini adalah Borang
pemerhatian atau senarai semak, protokol temu bual dan analisis dokumen.
Kesahan dan kebolehpercayaan adalah dapat dikenal pasti melalui maklum
balas antara pengkaji Bersama-sama PK. Segala dapatan kajian yang
diperolehi oleh pengkaji akan melakukan sesi kolaboratif bersama dengan
penyarah penyelia dan pensyarah pakar bagi menganalisis dan mentafsir
dapatan kajian sepanjang proses pengumpulan data mentah kajian seperti
senarai semak, protokol temu bual dan analisis dokumen yang disediakan.
Perkara ini bertujuan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan yang terdapat
pada instrumen berkenaan dan akan dibuat penambahbaikan.
Kaedah pengumpulan data telah diambil dengan cara pemerhatian, temu bual
dan analisis dokumen. Pembinaan dan penetapan tema dalam sesebuah kajian
adalah amat penting bagi menjawab persoalan kajian dengan baik iaitu melalui
konsep kejujuran dalam menganalisis data (Kamarul, 2013). Beliau juga
158
memperakui bahawa perbezaan antara kajian kuantitatif dengan kualitatif
adalah kajian kualitatif lebih dekat dengan data yang dikaji sehingga boleh
menceritakan situasi sebenar yang berlaku semasa kajian sedang dijalankan.
Penganalisisan data yang digunakan oleh kajian ini adalah analisis bertema.
Analisis bertema merupakan kaedah penganalisisan data yang digunakan bagi
menjawab soalan kajian.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Soalan Kajian 2: Bagaimanakah teknik penyoalan sokratik diaplikasikan
oleh guru Sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran
Penyoalan kedua ini adalah untuk melihat cara pengaplikasian PK1 dan PK2
dalam menyoal murid dengan menggunakan teknik penyoalan sokratik.
Dapatan data untuk menjawab persoalan kedua ini lebih tertumpu kepada cara
perlaksanaan kedua-dua PK dalam menggunakan teknik penyoalan sokratik
terhadap murid-murid mereka sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Data dikumpul melalui proses pemerhatian merangkumi
penyoalan berterusan, perbincangan berkumpulan dan Analisis Dokumen
daripada lembaran kerja, buku latihan dan lain-lain. Cara pengaplikasian teknik
penyoalan Sokratik yang digunakan oleh kedua-dua PK adalah seperti berikut:
159
Rajah 1 : Penyoalan berterusan
Rajah 1 menunjukkan PK1 melaksanakan sesi soal jawab sewaktu bermulanya
sesi pengajaran dan pembelajaran. PK1 telah melaksanakan teknik penyoalan
iaitu berkenaan dengan sajak yang didendangkan ketika set induksi
pembelajaran hari tersebut berlangsung. Sajak tersebut adalah berkenaan
dengan tajuk ‘Bahasa Melayu Warisan Kita’. Sepanjang proses pemerhatian
berlangsung, penyelidik mendapati bahawa PK1 telah menggunakan sesi
penyoalan yang berterusan bermula dari set induksi sehingga kepada rumusan
isi pembelajaran. Sesi soal jawab ini juga berlaku secara dua hala, dimana PK1
memberikan sepenuhnya ruang kepada murid untuk bertanya soalan.
Sepanjang menyampaikan isi kandungan pembelajaran juga, penyelidik
mendapati bahawa PK1 banyak menyelitkan soal jawab secara spontan
kepada murid-muridnya. Hal ini telah membawakan suasana yang seronok
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana murid dapat
memahami isi pembelajaran dan mengetahui kebenaran terhadap suatu
kemusykilan yang terbuku didalam hati.
160
Rajah 2 : Perbincangan berkumpulan
Seterusnya seperti yang dapat dilihat pada Rajah 2 murid-murid sedang diminta
oleh PK untuk mengadakan perbincangan berkumpulan. Sewaktu proses
pemerhatian dilaksanakan, penyelidik mendapati bahawa kedua-dua PK
banyak memberikan galakan kepada murid untuk mengerak secara
berkumpulan dalam menjana idea, memberi pendapat dalam menyelesaikan
permasalahan berkenaan dengan soalan yang ditetapkan oleh guru. Sewaktu
proses ini berlangsung PK1 telah meminta murid untuk menyatakan kesan dan
akibat sekiranya bahasa Melayu tidak menjadi bahasa kebangsaan Negara kita
sekarang. Manakala PK2 telah memberikan soalan yang merangsang andaian
berkenaan dengan ramalan yang bakal berlaku sekiranya bahasa Melayu tidak
dimartabatkan.
161
Rajah 3 : Aktiviti pembelajaran (membuat peta minda)
Pada Rajah 3 pula, dapat dilihat bahawa cara perlaksaan yang digunakan oleh
kedua-dua PK adalah dengan melaksanakan aktiviti pembelajaran berasaskan
pembinaan Peta Minda. Penggunaan Peta Minda dalam menjawab sesuatu
persoalan secara tidak langsung memberi galakkan kepada para pelajar untuk
berfikir. Ini kerana peta minda adalah salah satu medium untuk murid
menyatakan jawapan melalui percambahan idea mereka. Selain itu, PK1 juga
turut menggunakan buku teks dalam menggalakkan sesi soal jawab bersama-
sama murid. Sebagai contoh, PK1 telah menggunakan buku teks untuk
bersajak bersama-sama murid dan mengadakan sesi soal jawab berlaku
apabila PK1 telah meminta murid untuk menjelaskan isi penting yang ingin
disampaikan melalui sajak tersebut.
162
Rajah 4 : Latihan bertulis
Kedua-dua PK juga turut melaksanakan latihan bertulis seperti yang dapat
dilihat pada Rajah 4 Antara pendekatan yang digunakan untuk melaksanakan
latihan bertulis ini adalah dengan cara memberikan latihan lembaran kerja dan
latihan yang perlu disalin oleh murid-murid ke dalam buku tulis mereka.
Berdasarkan pemerhatian dan analisis dokumen yang dilakukan, didapati
bahawa kedua-dua PK telah mengaplikasikan tenik penyoalan Sokratik ini
dengan pelbagai cara iaitu melalui penyoalan yang berterusan, perbincangan
berkumpulan, aktiviti pembelajaran serta latihan bertulis. Oleh itu kajian ini
mampu disokong oleh penulisan kajian yang dilakukan oleh Gopinat (2013),
dimana beliau menerangkan bahawa guru menggunakan 80% masa
pengajaran dan pembelajarannya untuk menyoal murid.
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Kesimpulan
Berdasarkan keseluruhan kajian, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa
teknik penyoalan merupakan satu proses yang sangat penting dan banyak
digunakan oleh peserta kajian ketika proses pengajaran dan pembelajaran
163
berlangsung bagi mendapat maklum balas serta menguji tahap kefahaman
murid terhadap topik yang dipelajari pada hari tersebut. Dapatan kajian juga
merumuskan bahawa jenis soalan penjelasan, soalan merangsang pandangan
an soalan memereangsang kesan dan akibat sangat kerap digunakan oleh
kedua-dua PK. Namun, terdapat juga jenis soalan yang kurang diberikan
perhatian seperti soalan merangsang andaian dan soalan merangsang sebab
dan bukti. Terdapat juga terabai dari diajukan kepada murid, contohnya soalan
yang menyoal soalan. Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa PK
menggunakan kepelbagaian kaedah atau cara dalam menyoal murid-murid.
Antaranya soal jawab secara lisan samada terbuka atau individu, lembaran
kerja atau aktiviti berkumpulan.
Menurut Zamri Mahamod dan Nor Razah (2011), kepelbagaian teknik dan
kaedah seseorang guru semasa mengemukakan soalan merupakan salah satu
faktor yang penting bagi memastikan murid dapat memahami dan menerima isi
pengajaran yang disampaikan di dalam bilik darjah. Oleh itu, penyoalan guru
mestilah dirancang dengan baik bagi menepati penggunaan soalan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran agar ianya berkesan. Justeru, guru boleh
menggunakan soalan untuk mencabar pemikiran pelajar atau menimbulkan
perasaan ingin tahu dan minat pelajar pada awal pengajaran hinggalah ke akhir
pengajaran (M. Mojibur, 2010). Dengan ini, penyelidik dapat menyimpulkan
bahawa teknik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting
dilaksanakan, bukan sahaja kepada guru mata pelajaran Sejarah tetapi juga
untuk mata pelajaran yang lain kerana teknik penyoalan ini dapat menjadi salah
satu alat ukur dalam menilai kefahaman dan pengetahuan murid terhadap
pembelajarannya seterusnya memberikan ruang dan peluang kepada guru
untuk merangka gerak kerja yang sepatutnya
Cadangan
164
Terdapat tiga prinsip cadangan yang boleh digunakan sebagai panduan
penggunaan untuk guru melaksanakan kemahiran menyoal dengan berkesan.
Tiga prinsip berkenaan yang perlu difahami guru adalah prinsip pembentukan
soalan, prinsip teknik mengemukakan soalan, dan prinsip penerimaan jawapan.
Huraian lanjut bagi setiap prinsip menyoal adalah sebagaimana berikut.
a) Pembentukan soalan
b) Teknik mengemukakan soalan
c) Penerimaan jawapan
Bagi cadangan kajian lanjutan, para pengkaji boleh mengintegrasikan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT bagi mempraktikkan
teknik penyoalan sokratik ini. Integrasi teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran memainkan peranan penting dan seiring dengan perkembangan
pendidikan terkini terutama dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.
Kajian Ani Omar (2016), menyatakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi akan menukarkan cara pelajar menimba, menggunakan dan
mengedarkan ilmu pengetahuan secara besar-besaran. Hal ini tentu akan
membolehkan para pelajar bersedia untuk bersaing secara global. Kefahaman
penggunaan ICT dengan efektif dan efisien yang mampu membina dan
mengeluarkan idea baharu dalam pembelajaran dilihat begitu penting bagi
membolehkan pelajar bermotivasi untuk menjelajah isi pembelajaran dan
seterusnya memperkayakan proses pembelajaran mereka. Antara medium ICT
yang boleh digunakan oleh para guru adalah melalui aplikasi ‘Otus’, ‘NearPod’,
‘Cacoo’, ‘Lesson Paths’, ‘Voki’, ‘PowToon’, ’Power Point Interaktif’ dan banyak
lagi. Penggunaan Power Point Interaktif atau Slide Interaktif sangat membantu
guru dalam menarik minat pelajar untuk menjawab soalan berbanding dengan
kaedah lama (Muhammed Salleh, 2007). Sebagai contoh, melalui penggunaan
Slide Interaktif ini, guru dapat menyediakan soalan bertemakan kuiz. Slide ini
juga mudah diakses oleh guru, melibatkan kos yang rendah dan tidak
165
memerlukan rangkaian Internet. Sudah jelas disini bahawa kewujudan ICT telah
membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran
Implikasi kajian
Kajian yang telah dijalankan ini dapat membantu mengesan jenis kategori dan
cara sesebuah soalan itu dikemukakan serta mengkaji jenis frasa tanya atau
frasa tugasan yang digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran bacaan dan
pemahaman murid Tahun 4 dan 5 dalam subjek mata pelajaran sejarah. Hal ini
kerana kategori penyoalan juga memainkan peranan penting untuk
menggerakkan murid berfikir pada pelbagai tahap pemikiran. Penyelidikan ini
akan memberi maklumat yang berguna kepada semua guru mata pelajaran
Sejarah, khususnya yang ingin melakukan perubahan dalam penyoalan ketika
mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran bersama-sama murid. Hal ini
akan memberi manfaat kepada guru dalam membentuk intelek murid daripada
aras pemikiran rendah ke tahap pemikiran yang lebih berkualiti, iaitu untuk
memperoleh hasil pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif.
Selain itu, kajian ini akan memberi kesan kepada semua pendidik yang terdiri
daripada guru sekolah rendah dan sekolah menengah yang meliputi semua
kategori soalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut pendapat
Noor Rohana Mansor (2009), pendidik yang berkesan akan dapat membentuk
dan membimbing murid ke arah pemerolehan dan penggunaan ilmu dengan
baik. Tambahan pula, tanggungjawab guru adalah membekalkan murid dengan
ilmu dan merangsang minda agar dapat memberikan respon yang baik dalam
proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, kajian ini telah dilaksanakan
untuk dijadikan salah satu panduan kepada para guru dan juga kepada bakal-
bakal guru terhadap pemilihan item soalan sokratik yang boleh diaplikasikan
ketika proses pengajaran dan berlangsung. Disamping itu juga, kajian ini
diharapkan dapat menyumbang idea kepada para guru dan bakal guru
berkenaan dengan cara pengaplikasian teknik penyoalan sokratik di dalam
kelas masing-masing pada masa yang akan datang.
166
RUJUKAN
Ani Omar. (2016). Interasi Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Kesusasteraan Melayu Mempertingkatkan Keyakinan Dan
Keberhasilan Guru Semasa Latihan Mengajar. Jpbu Vol. 9, 1-13.
Balakrishnan A/L Govinthasamy. (2002). Penilaian Pelaksanaan Kemahiran
Berfikir Secara Kreatif Dan Kritis (Kbkk) Dalam Mata Pelajaran
Sejarah Kbsm Tingkatan 4: Satu Kajian Kes Di Daerah Tampin Dan
Rembau Negeri Sembilan. Kertas Projek Sarjana Pendidikan., Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Kamarul Azmi Jasmi. (2013). Sejarah, Kaedah, Model Pengajaran Dan
Pembelajran Al-Quran. Kertas Dibentang Di Konferens: Bengkel
Pemulihan Dan Pengayaan Pdp Al-Quran Sra Jawi.
Levin, T., & Long, R. (1981). Effective Instruction. Washington: Dc:
Association For Supervision And Curriculum Development.
M. Mojibur Rahman. (2010). Teaching Oral Communication Skills: A Task
Based Approach. Esp World Issue, 1 (27):, 1-11.
Muhammed Salleh A. (2007). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran
Berbantukan Komputer (Penggunaan Perisian Power Point
Interaktif)Terhadap Peningkatan Penguasaan Konsep Sains Dalam
Tajuk Sel Untuk Sains Tingkatan Satu). Universiti Terbuka Malaysia.
Muhundhan A/L Mayappan. (2002). Aplikasi Kemahiran Berfikir Melalui
Kaedah Penyoalan Oleh Guru Dalam Pengajaran Mata Pelajaran
Ekonomi Asas: Satu Kajian Kes. Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
167
Noor Rohana Mansor. (2009). Model Analisis Aras Soalan Kognitif: Kajian
Terhadap Buku Teks Bahasa Melayu Sekolah Menengah Atas. Jurnal
Melayu, 4, 73-90.
Norazlin Mohd Rusdin' & Siti Rahimah Ali. (2019). Amalan Dan Cabaran
Pelaksanaan Pembelajaran. Research Institute For Islamic Product
And Malay Civilization (Inspire) Universiti Sultan Zainal Abidin
(Unisza), 87-105.
Roselan Baki. (2001). Interaksi Lisan Dalam Pengajaran Penulisan Bahasa
Melayu. Tesis Doktor Falsafah., Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Seman Salleh. (2005). Interaksi Lisan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Komponen Kesusasteraan Melayu (Komsas) Dalam Mata Pelajaran
Bahasa Melayu. Tesis Doktor Falsafah., Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Waheedawati Wahap. (2003). Penggunaan Penyoalan Lisan Dalam
Kalangan Guru Sejarah Di Sekitar Bandar Sibu. Kertas Projek Sarjana
Pendidikan., Falkuti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.
Wilen, W. W. (1995). A Rationale For Developing Students' Critical Thinking
Through Questioning. Jurnal Pendidikan Guru, 33-44.
Zamri Mahamod & Nor Razah Lim. (2011). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan
Lisan Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1), 51-65.
PENGGUNAAN KIT KARDEKA DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN
DAN INGATAN MURID TAHUN 5 DALAM KRONOLOGI PERJUANGAN
MENUNTUT KEMERDEKAAN
168
Nur Arifah binti Abdul Rashed
[email protected]
Mansor bin Abd. Rahman
Jabatan Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu meningkatkan
kefahaman, ingatan dan minat murid dalam menguasai Kronologi Perjuangan
Menuntut Kemerdekaan dengan menggunakan Kit KaRDeka. Kajian ini telah
dijalankan terhadap empat orang peserta kajian dari Tahun 5 Ibnu Khaldun
yang mempunyai masalah dalam memahami, mengingati peristiwa perjuangan
menuntut kemerdekaan mengikut kronologi dengan betul selain kurangnya
minat terhadap topik ini. Intervensi Kit KaRDeka adalah hasil dari Analisis
Pareto 80/20 rule dan Diagram ‘Ishikawa’. Instrumen yang digunakan dalam
mengumpul data kajian termasuklah melalui pemerhatian, temu bual, analisis
dokumen dan soal selidik. Data dianalisis secara deskriptif serta disemak
menggunakan kaedah triangulasi. Pengkaji mendapati penggunaan Kit
KaRDeka yang menggabungkan elemen kod warna, nyanyian, permainan,
gambar, video dan augmented reality telah membantu meningkatkan
kefahaman, ingatan serta menarik minat mereka terhadap Kronologi
Perjuangan Menuntut Kemerdekaan. Hasil analisis data mendapati kesemua
peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang positf dari aspek
kefahaman, ingatan dan minat murid bagi topik ini.
Kata kunci: Kit KaRDeka, Merdeka, kefahaman, ingatan, minat.
PENGENALAN
Pendidikan Sejarah di peringkat rendah berperanan mendidik generasi muda
menghayati perjuangan masyarakat terdahulu bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang patriotik dan beridentiti nasional. Berpandukan Kemahiran Pemikiran
Sejarah (KPS), murid mestilah memahami kronologi peristiwa untuk
169
memperoleh kefahaman yang jitu. Oleh itu, teknik penyampaian PdPc perlu
mengambil kira keperluan kecerdasan murid serta penggunaan Bahan Bantu
Belajar (BBB) yang sesuai. Sebagaimana dijelaskan oleh Shahabuddin,
Rohizani & Mohd. Zohir (2007) penggunaan bahan bantu mengajar yang baik
akan membantu mengekal minat dan tumpuan murid, boleh mengaktifkan
murid melalui perbincangan yang berkaitan dengan bahan dan akhirnya
meningkatkan kefahaman murid berkenaan perkara yang ingin disampaikan.
Mengimbas kembali sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) semasa
praktikum fasa dua di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, pengkaji mendapati
murid-murid tahun 5 Ibnu Khaldun (5 IK) tidak dapat menguasai Standard
Pembelajaran 7.3.1 iaitu menyatakan peristiwa ke arah perjuangan
kemerdekaan. Di mana, analisis markah lembaran kerja menunjukkan 29
peratus murid berada pada kategori lemah dan gagal. Hal ini membimbangkan
pengkaji, lantas kajian ini dirancang bagi membantu murid untuk memahami
dan mengingati Kronologi Perjuangan Menuntut Kemerdekaan.
FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan menggunakan Kit KaRDeka berfokuskan kepada empat orang
peserta kajian (PK) dari tahun 5 IK. Berdasarkan pemerhatian, mereka dilihat
tidak dapat menyenaraikan peristiwa dengan betul bahkan keliru akan
turutannya. Hal ini jelas mempengaruhi keputusan lembaran kerja yang tidak
memuaskan. Menurut Mohd Mahzan, Abdul Razaq & Mohd Muhaimi (2014),
“…fakta dan jalan cerita yang meliputi pelbagai kronologi telah menyukarkan
pelajar untuk memahami, mengingati dan meminati mata pelajaran Sejarah.
Jelasnya, kaedah penceritaan pada sesi PdPc yang lalu tidak sesuai untuk
mereka. Oleh itu, hasil temu bual dengan peserta kajian yang mencadangkan
pengintegrasian muzik, video dan permainan telah diberikan perhatian dalam
kajian ini. Kaedah permainan sememangnya serasi dengan fitrah kanak-kanak.
Manakala aktiviti nyanyian, menurut Mohd Suhaimin (2017) “….dapat
menceriakan sesi pengajaran dan pembelajaran, mengukuhkan aspek
170
kemahiran asas berbahasa serta membantu murid mengingati apa-apa yang
dipelajari dengan mudah”. Justeru, gabungan elemen kod warna, nyanyian,
permainan, gambar, video dan augmented reality mampu memudahkan PK
memperoleh kefahaman yang jelas dan seterusnya membantu PK mengingati
turutan peristiwa dengan lebih baik.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Tujuan kajian adalah untuk membantu meningkatkan penguasaan murid dalam
Kronologi Perjuangan Menuntut Kemerdekaan dengan menggunakan Kit
KaRDeka. Objektif kajian adalah seperti berikut :
a) Me
mbantu meningkatkan kefahaman peserta kajian dalam Kronologi Perjuangan
Menuntut Kemerdekaan melalui penggunaan Kit KaRDeka.
b) Me
mbantu meningkatkan kemahiran mengingat peserta kajian mengenai
Kronologi Perjuangan Menuntut Kemerdekaan menggunakan Kit KaRDeka.
Soalan Kajian
a) Ad
akah pengkaji dapat membantu meningkatkan kefahaman murid mengenai
Kronologi Perjuangan Menuntut Kemerdekaan melalui penggunaan Kit
KaRDeka?
b) Ba
gaimanakah penggunaan Kit KaRDeka dapat membantu meningkatkan
kemahiran mengingat peserta kajian mengenai Kronologi Perjuangan Menuntut
Kemerdekaan?
PESERTA KAJIAN
171
Pengkaji telah memilih empat orang peserta kajian berdasarkan dapatan awal
kajian berserta perbincangan dengan guru kelas dan guru mata pelajaran
Sejarah tahun 5 IK. PK1 merupakan seorang murid yang pendiam, pemalu dan
rajin bertanya apabila tidak memahami sesuatu perkara. Seterusnya, PK2
adalah murid yang rajin membuat kerja sekolah dan mempunyai akhlak yang
baik. PK3 pula diperhatikan mudah hilang tumpuan dalam kelas namun rajin
bertanya apabila tidak faham selain menerima teguran guru dengan hati yang
terbuka. Manakala, PK4 menunjukkan penguasaan akademik yang lemah
tetapi turut mempamerkan kesungguhan dalam memahami pelajaran selain
mempunyai budi pekerti yang baik.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Berdasarkan Model Penyelidikan Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988)
yang telah dipilih, langkah pertama yang dilakukan oleh pengkaji adalah
mereflek sesi PdPc lepas. Hal ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah PdPc
dan seterusnya menganalisis data awal yang dikumpul melalui kaedah
pemerhatian, analisis dokumen, temu bual dan soal selidik. Kemudian, pengkaji
merancang intervensi yang sesuai dengan kecerdasan pelbagai dan tahap
kognitif murid. Setelah itu, pengkaji bertindak melaksanakan intervensi
terhadap PK dan memerhati keberkesanannya. Berikut merupakan langkah
yang telah diambil dalam fasa bertindak.
Langkah 1:
a. Pengkaji menceritakan semula kronologi peristiwa menggunakan lirik
yang telah digubah dengan bantuan paparan video.
b. Pengkaji menerangkan cara bermain Kit KaRDeka kepada para peserta
kajian.
Langkah 2:
a. Peserta kajian menyanyikan lirik lagu yang telah diubahsuai dan
mengulanginya sehingga dapat mengingati fakta dalam lagu tersebut.
172
b. Peserta kajian mula bermain menggunakan dadu octagon berwarna
mengikut giliran. Sekiranya balingan dadu menunjukkan warna merah, peserta
kajian akan mencatatkan peristiwa dalam kotak berwarna merah dan suai
padan gambar dengan peristiwa berkaitan yang terdapat pada helaian latihan
pengukuhan yang telah disediakan.
c. Kemudian, peserta kajian perlu mencari kad dengan kod warna merah
dan memadankan gambar-gambar peristiwa yang berkaitan.
d. Peserta kajian boleh menyanyikan lirik lagu yang telah digubah untuk
membantunya menyelesaikan masalah tersebut.
e. Sekiranya peserta kajian mendapat balingan dadu dengan pelekat
bonus, mereka boleh meminta bantuan rakan untuk mengetahui padanan
peristiwa yang telah dilakukan adalah betul atau salah.
Langkah 3:
a. Peserta kajian menyemak padanan magnet bergambar menggunakan
aplikasi HP Reveal.
b. Sekiranya jawapan mereka betul, hasil imbasan akan memaparkan
animasi dan sebaliknya jika tiada animasi dipaparkan.
c. Peserta kajian boleh bermain beberapa kali sehingga berpuas hati
dengan markah yang diperoleh.
Selesai fasa bertindak, keberkesanan sesi intervensi diukur melalui analisis
hasil pemerhatian tingkah laku, analisis dokumen, temu bual dan soal selidik.
Di mana, kesemua data dianalisis menggunakan jenis analisis kandungan,
tematik dan pola bagi memberikan makna kepada data dan menjawab
persoalan kajian. Bagi meningkat kebolehpercayaan dan kesahan data,
triangulasi kaedah bagi memastikan data daripada pelbagai kaedah
menunjukkan corak yang sama lantas menyokong keberkesanan alat
intervensi. Jelasnya, triangulasi membolehkan pengkaji menilai jawapan atau
reaksi yang diberikan PK adalah selari atau bercanggah.
173
DAPATAN KAJIAN
a) Adakah pengkaji dapat membantu meningkatkan kefahaman murid
mengenai Kronologi Perjuangan Menuntut Kemerdekaan melalui
penggunaan Kit KaRDeka?
Hasil pemerhatian tingkah laku keempat-empat peserta kajian menunjukkan
perubahan tingkah laku yang positif. Di mana, mereka sebelum ini diperhatikan
tidak aktif dalam sesi PdPc serta kurang yakin dengan jawapan yang diberikan.
Tetapi setelah intervensi dilakukan, PK didapati berupaya mengenalpasti
peristiwa dengan baik, yakin dengan jawapan sendiri bahkan mampu
membetulkan jawapan rakan. Selain itu, hasil analisis dokumen turut
membuktikan peningkatan kefahaman murid yang dapat diukur melalui graf
perbandingan markah PK seperti berikut.
Rajah 1: Graf perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca.
Berdasarkan Rajah 1 kesemua PK telah berjaya beralih daripada gred gagal
kepada sekurang-kurangnya gred B dengan peningkatan tertinggi sebanyak
60% bagi PK3 sementara PK 2 memperoleh gred A. Hakikatnya, kefahaman
yang kukuh telah membantu peningkatan markah PK yang
memberangsangkan.
174
b) Bagaimanakah penggunaan Kit KaRDeka dapat membantu
meningkatkan kemahiran mengingat peserta kajian mengenai Kronologi
Perjuangan Menuntut Kemerdekaan?
Menerusi pemerhatian, kesemua PK diperhatikan dapat menyusun gambar
peristiwa mengikut kronologi yang betul. Begitu juga semasa temu bual, PK
ternyata berupaya menyenaraikan peristiwa secara lisan tanpa sebarang
masalah. Menerusi temu bual, PK menyatakan beberapa elemen yang telah
membantu mereka untuk mengingat dengan lebih baik. Antaranya,
penggunaan kod warna, gambar, lagu dan video. Hal ini turut disokong dapatan
soal selidik. Di mana, keempat-empat PK bersetuju penggunaan kod warna,
gambar, lagu dan video dan kaedah bermain dalam Kit KaRDeka telah
membantu mereka untuk fokus dalam pelajaran dan mengingat turutan
peristiwa dengan berkesan. Sementara analisis dokumen telah membuktikan
peningkatan penguasaan PK bagi item soalan aras mengingat seperti dalam
jadual berikut.
Jadual 1: Skor Markah Peserta Kajian Mengikut Aras Kesukaran Soalan
Jelasnya, dapatan kajian yang diperoleh saling menyokong antara satu dengan
yang lain serta telah dapat menjawab persoalan kajian mengenai peningkatan
kefahaman dan kemahiran mengingat peserta kajian terhadap Kronologi
Perjuangan Menuntut Kemerdekaan menggunakan Kit KaRDeka.
REFLEKSI
175
Sepanjang tempoh pelaksanaan kajian tindakan, pengkaji telah melakukan
refleksi kendiri. Melalui kajian ini, pengkaji menyedari kepentingan BBB perlu
menepati tahap kognitif murid. Hal ini kerana BBB yang sesuai dapat membantu
perkembangan pemikiran murid. Selanjutnya menyumbang kepada perubahan
tingkah laku dan peningkatan penguasaan dalam sesuatu subjek. Seterusnya,
penghasilan Kit KaRDeka telah membuka mata pengkaji akan keperluan
terhadap penggabungjalinan elemen-elemen yang berlainan dalam PdPc bagi
memenuhi tuntutan kecerdasan pelbagai murid-murid. Misalnya, penggunaan
gambar sesuai untuk murid visual-ruang sementara aktiviti nyanyian untuk
murid dengan kecerdasan muzik.
Selain itu, pengkaji turut menyedari pengaruh galakan dan sokongan daripada
guru terhadap motivasi dan prestasi murid dalam pembelajaran. Melalui
pembinaan “rapport” antara pengkaji dan peserta kajian telah menyumbang
kepada perubahan tingkah laku positif PK seperti berani menyuarakan
pendapat dan menjawab soalan dengan yakin. Di samping itu, kelancaran
pentadbiran intervensi menjadi panduan kepada pengkaji untuk mempunyai
hubungan yang baik dengan pihak sekolah dan ibu bapa. Kerjasama mereka
telah membolehkan penyelidikan dijalankan tanpa sebarang masalah dan
mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Jelasnya, pengalaman yang
diperoleh dapat dijadikan panduan apabila bergelar guru novis kelak.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Antara tindakan susulan yang dapat dikemukakan adalah menggabungkan
video dan muzik agar dapat digunakan secara serentak. Tindakan ini berupaya
menjimatkan masa dan memastikan sesi intervensi dapat dijalankan dengan
lebih efisien. Seterusnya, menambahkan unsur pergerakan semasa aktiviti
menyanyi. Hal ini menepati keperluan murid dengan kecerdasan kinestetik
selain memudahkan PK memahami dan mengingat turutan peristiwa. Selain itu,
cadangan mempelbagaikan penggunakan bahan dalam bentuk perisian
multimedia seperti website dan Quizizz dilihat sesuai dengan trend generasi
176
kini. Tindakan tersebut berupaya menarik minat mereka untuk memahami
pelajaran dengan lebih berkesan. Tuntasnya, pengkaji berharap kajian ini dapat
membantu lebih ramai lagi murid yang menghadapi kesukaran dalam
memahami dan mengingati fakta-fakta Sejarah.
RUJUKAN
Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Mohd Muhaimi Abdul Rahman.
(2014). Penggunaan Peta Minda Oleh Pelajar Pintar Cerdas Dalam
Pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 39 (2), 95-100.
Mohd Suhaimin Isnen. (2017). Elemen Didik Hibur Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu. Dilayari dari
http://www.cikgusuhaimin. com/2017/02/elemen-didik-hibur-dalam-
pengajaran-dan.html
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, Mohd. Zohir Ahmad. (2007).
Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
PENGGUNAAN FUN-MAP UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENGINGAT
NAMA DAN LOKASI KERAJAAN MELAYU AWAL
Teo Ke Xin
[email protected]
Anisah binti Harun
Jabatan Sains Sosial
177
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
ABSTRAK
Tajuk Kerajaan Melayu Awal dalam mata pelajaran Sejarah KSSR Tahun 4
kurang dikuasai oleh murid kerana murid sukar mengingati nama dan lokasi
tapak kerajaan awal. Sehubungan dengan itu, satu kajian tindakan
dilaksanakan untuk membantu murid mengingat nama dan lokasi tapak
kerajaan Melayu Awal menggunakan alat intervensi “Fun-Map”. Kajian tindakan
menggunakan model Kurt Lewin yang melibatkan empat fasa, iaitu fasa
merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Berdasarkan analisis terhadap
data awal, tiga orang murid Tahun 4 telah dipilih sebagai peserta kajian
berdasarkan kaedah pensampelan bertujuan. Data dikumpul menggunakan
kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Instrumen yang
digunakan dalam penyelidikan tindakan ini adalah senarai semak pemerhatian,
protokol temu bual dan borang analisis dokumen dan dianalisis menggunakan
pendekatan analisis bertema. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan alat
intervensi “Fun-Map” yang terdiri daripada kaedah mnemonik, kaedah EMK,
kaedah TMK, dan kaedah belajar sambil bermain ini dapat membantu guru
meningkatkan keupayaan murid untuk mengingat nama dan lokasi kerajaan-
kerajaan Melayu Awal. Rumusan yang dapat dibuat adalah kepelbagaian
kaedah mengajar dan penggunaan bahan bantu belajar yang menggalakkan
pembelajaran aktif dalam kalangan murid dapat meningkatkan keupayaan
murid untuk mengingat nama dan lokasi tapak kerajaan Melayu awal. Kajian ini
memberi implikasi kepada penambahbaikan amalan pengajaran guru dalam
bilik darjah serta pemupukan semangat dan motivasi kepada murid untuk
belajar Sejarah.
Kata Kunci: Fun-Map, kaedah mnemonik, kaedah EMK, kaedah TMK, kaedah
belajar sambil bermain.
PENGENALAN
Saya merupakan guru pelatih daripada Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan bagi mata pelajaran Sejarah ambilan Jun 2016 di Institut Pendidikan
Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Pada Semester 7, saya telah menjalankan
178
penyelidikan tindakan bagi mata pelajaran Sejarah di Sekolah Kebangsaan
Bukit Chempaka, Terengganu, yang merupakan sekolah Praktikum Fasa II
saya selama tiga bulan. Dengan ini, saya telah diamanahkan untuk mengajar
subjek Sejarah bagi kelas 4 Pintar dan bilangan murid adalah seramai 30 orang
yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga. Kelas ini memiliki
pelbagai sikap dan perangai yang memberikan cabaran mahupun kenangan
kepada saya.
Sehubungan dengan itu, semasa sesi PdP 4 Pintar, saya telah menggunakan
bahan konkrit yakni rumput lalang untuk memberikan pencambahan idea
kepada murid tentang kerajaan-kerajaan Melayu Awal yang menjalankan
kegiatan penanaman padi. Hal ini boleh dikaitkan dengan pendedahan
pembelajaran kontekstual kepada para murid semasa fasa induksi. Dengan ini,
sebagai seorang pengkaji guru transformasi yang mendepani cabaran era
globalisasi ini, guru tidak seharusnya mengamalkan kaedah Chalk and Talk
dalam sesi PdP. Kaedah Chalk and Talk merupakan suatu kaedah pengajaran
tradisional yang berpusatkan guru. (Abdullah Sani, Abdul Rashid, & Abdul
Ghani, 2007). Walaubagaimanapun, terdapat beberapa orang murid yang tidak
fokus dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, saya turut telah
mengaplikasikan kaedah belajar sambil bermain semasa langkah kedua namun
tetap mempunyai beberapa orang murid yang bersifat terlalu aktif mahupun
pasif semasa aktiviti dijalankan.
Tambahan pula, terdapat beberapa orang murid yang menunjukkan respon
yang pasif dan tidak memberikan kerjasama semasa proses PdP dijalankan.
Mereka tidak teruja dengan peta Malaysia yang telah terbahagi kepada
beberapa warna dan tidak memberikan tumpuan semasa kerja berkumpulan
membina “puzzle”. Dalam konteks ini, pembelajaran koperatif merupakan suatu
teknik pengajaran moden yang dapat meningkatkan pemahaman murid,
menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis, dan sebagainya. (Bhavani &
Zamri, 2017). Namun, beberapa orang murid tersebut bersifat pasif dan tidak
menyumbangkan tenaga mahupun idea kepada arahan yang ditujukan oleh
179
guru. Selepas itu, saya bertanyakan soalan kepada beberapa orang murid
tersebut namun terbukti bahawa mereka tidak dapat menjawab soalan dengan
tepat. Mereka keliru tentang nama dan tertukar lokasi Kerajaan-kerajaan
Melayu Awal pada peta Malaysia.
Pada akhir sesi PdP, murid diedarkan lembaran kerja sebagai ujian formatif
agar dapat menguji kefahaman murid dalam topik pelajaran ini. Ekoran
daripada lembaran kerja tersebut, terdapat beberapa orang murid yang gagal
menjawab soalan dengan baik. Pemilihan 3 orang peserta kajian telah
ditentukan berdasarkan analisis dokumen lembaran kerja ini. Maka, data ini
boleh dijadikan sebagai dapatan awal yang boleh menjadi bukti nyata dan
pengukuhan bagi pelaksanaan kajian tindakan ini. Berikut merupakan data awal
mengenai lembaran kerja bagi murid Tahun 4 Pintar ini.
Jadual 1: Markah Lembaran Kerja
Bil Nama (bukan nama sebenar) Markah
1 Insyirah 2/12
2 Anis Ikhwan 3/12
3 Akma 1/12
Jadual 1 menunjukkan bahawa ketiga-tiga peserta kajian tersebut tidak
berupaya untuk mengingat nama dan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu Awal
pada peta Malaysia. Tambahan pula, hasil temu bual bersama dengan peserta
kajian juga menunjukkan bahawa mereka mudah lupa dan ingat tentang apa
yang mereka pelajari dalam tajuk Kerajaan Melayu Awal. Jadual 2 merupakan
rumusan dapatan temu bual dengan peserta kajian.
180
Rajah 1 :
Dapatan
temu bual
awal
Oleh itu,
dapatan
awal juga
telah
mengesahkan bahawa mereka tidak mampu mengingat fakta tersebut. Secara
tidak langsungnya, saya berharap kajian yang dilaksanakan ini dapat
membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran mengingat murid terhadap
tajuk Kerajaan Melayu Awal berasaskan penggunaan “Fun-Map”.
FOKUS KAJIAN
Fokus kajian untuk penyelidikan tindakan saya adalah kesukaran murid Tahun
4 dalam mengingat nama dan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu Awal pada peta
Malaysia. Kesukaran ini telah dikesan melalui pengumpulan data awal yang
dikutip iaitu berdasarkan 3 instrumen, pemerhatian, temu bual, dan analisis
dokumen. Masalah ini jelas ditunjukkan semasa mereka menyiapkan lembaran
kerja yang disediakan. Mereka sukar untuk mengingat fakta tentang kerajaan
181
Melayu Awal tersebut dan ia menjadi satu tanggunjawab saya selaku guru
Sejarah berusaha mencari inisiatif untuk membantu mereka. Dengan ini, alat
intervensi yang akan digunakan dalam penyelidikan tindakan ini diberi nama
“Fun-Map”, di mana Fun iaitu bermaksud pembelajaran yang menyeronokkan,
Map yang bermaksud peta, iaitu suatu alat intervensi yang belajar melalui peta
dengan seronok iaitu berkisarkan kepada panduan yang akan digunakan oleh
peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran mengingat bagi tajuk Kerajaan-
kerajaan Melayu Awal.
Oleh itu, inisiatif yang telah saya gunakan untuk membantu mereka
meningkatkan kemahiran mengingat bagi topik kerajaan-kerajaan Melayu Awal
ini adalah menggunakan alat intervensi “Fun-Map”. Dengan ini, aspek
pemilihan fokus kajian dilihat berdasarkan kriteria berikut seperti
kebolehtadbiran, kerelevanan, kolaborasi, dan sebagainya.
Kebolehtadbiran. Fun-Map merupakan bahan bantu mengajar (BBM)
berasaskan prinsip pembelajaran menyeronokkan yang boleh digunakan dalam
mengajar topik Kerajaan Melayu Awal bagi murid Tahun 4. Fun-Map
merupakan suatu BBM yang bersifat konkrit yang diperlukan dan digunakan
oleh guru untuk membantu murid-murid belajar dengan lebih berkesan serta
menarik agar dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna.
(Nurul Haniza, Puteri Roslina, & Salinah, 2017).
Kerelevanan. Fun-Map boleh digunakan di semua sekolah memandangkan ia
merupakan BBM yang bersifat fizikal dan digital. Dengan ini, Fun-Map tetap
sesuai digunakan di sekolah yang berbentuk pedalaman mahupun bandar.
Oleh itu, dengan menggunakan Fun-Map ini, kandungan isi pelajarannya yang
sama dapat digunakan pada bila-bila masa.
Kolaborasi. Menurut Ahmad Marzuki (2005), perbincangan secara bersama
untuk membuat keputusan adalah lebih baik berbanding keputusan individu.
Justeru itu, saya telah berkolaborasi dengan rakan guru dan merujuk kepada
ketua panitia Sejarah dalam penghasilan ayat mnemonik yang sesuai dan
182
mudah bagi gabungan nama kerajaan-kerajaan Melayu Awal bagi memastikan
ayat yang dibina ini mudah difahami dan diingati oleh murid.
OBJEKTIF KAJIAN
a. Memperihalkan cara pengkaji menggunakan Fun-Map untuk membantu
murid mengingat nama kerajaan-kerajaan Melayu Awal dan lokasi kerajaan-
kerajaan Melayu Awal pada peta Malaysia.
b. Adakah pengkaji membantu murid mengingat nama kerajaan-kerajaan
Melayu Awal dan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu Awal pada peta Malaysia
menggunakan “Fun-Map’?
SOALAN KAJIAN
a. Bagaimanakah pengkaji menggunakan Fun-Map untuk membantu
murid mengingat nama kerajaan-kerajaan Melayu Awal dan lokasi kerajaan-
kerajaan Melayu Awal pada peta Malaysia?
b. Adakah pengkaji membantu murid mengingat nama kerajaan-kerajaan
Melayu Awal dan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu Awal pada peta Malaysia
menggunakan “Fun-Map’?
PESERTA KAJIAN
Kajian ini telah melibatkan saya sendiri sebagai pengkaji, di mana
membolehkan saya untuk menambah baik amalan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) sebagai seorang guru Sejarah. Kajian ini juga merujuk
kepada murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka, Terengganu.
Kajian ini melibatkan 3 orang peserta kajian (satu murid lelaki dan dua murid
perempuan) yang lemah pencapaian terutamanya bagi tajuk kerajaan-kerajaan
Melayu Awal. Mereka menghadapi masalah dari segi tidak mengingat nama
dan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu Awal pada peta Malaysia serta sentiasa
183
memerlukan bantuan dan bimbingan daripada guru. Dengan ini, tiga orang
murid yang terpilih sebagai peserta kajian saya mempunyai personaliti, gender,
kekuatan, kelemahan dan kebolehan yang berbeza. Jadual 2 merupakan
rumusan berkenaan dengan peserta kajian.
Jadual 2 :Peserta Kajian
Bil. Peserta Kajia Jantina Tahap Ciri-ciri
Pencapaian
(Bukan Nama Sebenar
1. Akma Perempuan Sangat Lema Selalu berkhayal dan
(Gred: D) kurang fokus dalam
sesi PdP.
2. Anis Ikhwan Lelaki Lemah Aktif tetapi suka
(Gred: C) mengganggu rakan-
rakannya.
3. Insyirah Perempuan Sangat Lemah Pendiam dan agak
(Gred: D) pasif di dalam kelas.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Bagi tindakan yang harus diambil, saya telah memilih model Kajian Tindakan
Kurt Lewin sebagai panduan untuk tindakan yang saya lakukan. Menurut
Nataliya (2015), Model Lewin 1948 boleh diaplikasikan dalam kajian ini dan ia
merupakan suatu kitaran kajian tindakan yang mempunyai 4 langkah, iaitu
merancang (plan), bertindak (action), memerhati (observe), dan mereflek
(reflect) seperti Rajah 2 di bawah.
184
Rajah 2 : Model Kurt Lewin
Peringkat pertama bagi model Kurt Lewin ini ialah peringkat merancang. Pada
bahagian ini, saya telah merancang tindakan atau intervensi bagi mengatasi
masalah yang dihadapi. Dengan ini, saya juga telah membuat perancangan
dengan pemilihan alat intervensi. Sebagai bukti, saya telah mengambil kira
faktor masa, wang, dan tenaga dalam penghasilan alat intervensi “Fun-Map”
ini. Saya menghasilkan alat intervensi “Fun-Map” dengan berprinsip untuk
meminimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan penggunaan alat. Alat
intervensi ini diberi nama “Fun-Map” di mana ia berilhamkan aspek Learning Is
Fun. Dengan ini, sebuah peta berbentuk fizikal akan dibentuk melalui
penggunaan mounting board, dan pengadaptasian daripada QR Code, kaedah
mnemonik, Elemen Merentas Kurikulum, TMK, serta teknik belajar sambil
bermain telah diaplikasikan agar dapat memudahkan murid untuk mengingati
nama dan lokasi Kerajaan-kerajaan Melayu Awal pada peta Malaysia.
Sel
ain itu, peringkat kedua bagi model Kurt Lewin ialah peringkat bertindak.
Setelah melalui fasa merancang, pengkaji mula melaksanakan tindakan bagi
mengatasi masalah yang dihadapi. Dalam konteks ini, pengkaji melakukan
185
rancangan intervensi yang telah dibuat. Pemilihan tempat bersesuaian
menggunakan alat intervensi iaitu “Fun-Map” dalam masa yang diperuntukkan
juga amat dititikberatkan. Pada peringkat ini, penggunaan “Fun-Map” telah mula
digunakan kepada PK. Berikut merupakan langkah penggunaan “Fun-Map” :
a. Pengkaji merangsang idea murid dengan video yang berkaitan dengan
topik kerajaan-kerajaan Melayu Awal.
b. Pengkaji memperkenalkan kaedah mnemonik iaitu GCB TSK kepada
PK berasaskan penggunaan “Fun-Map”.
c. Pengkaji memperkenalkan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu Awal pada
peta Malaysia kepada PK dengan mengaplikasikan teori sudut tirus berasaskan
penggunaan “Fun-Map”.
d. PK mengimbas kod QR dan melayari Laman Web KMA yang
mempunyai pelbagai pautan seperti Youtube, maklumat tambahan berkenaan
topik Kerajaan Melayu Awal, kuiz atas talian, dan sebagainya.
e. PK diminta untuk melihat bahan bantu mengajar konkrit (peta Malaysia)
yang dilengkapi dengan kepelbagaian warna dan lampu LED.
f. Seterusnya, PK diminta untuk belajar sambil bermain di samping
mewujudkan persaingan positif antara satu sama lain dengan mengenalpasti
nama kerajaan-kerajaan Melayu Awal dan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu
Awal pada peta Malaysia tersebut berasaskan kartun karakter yang telah
disediakan oleh pengkaji. Lampu LED hijau akan bernyala sekiranya jawapan
betul manakala lampu LED merah akan bernyala sekiranya jawapan salah.
g. Setelah itu, PK diminta untuk bersaing secara aktif dan positif antara
satu sama lain, dengan menuliskan nama kerajaan-kerajaan Melayu Awal pada
“Mini Whiteboard” serta mengenalpasti lokasi kerajaan-kerajaan Melayu Awal
berasaskan kad label pada kit “Fun-Map” tersebut.
h. Pengkaji membuat pemerhatian dan merekod setiap perkembangan
yang ditunjukkan oleh PK.
186
Di samping itu, peringkat ketiga adalah memerhati dalam model Kurt Lewin.
Saya telah melakukan pemerhatian semasa Fun-Map ini digunakan dalam
proses intervensi. Pemerhatian yang saya lakukan ini meliputi keberkesanan
alat yang digunakan dan penglibatan murid dalam aktiviti yang dikendalikan.
Dalam konteks ini, saya juga telah menggunakan tiga instrumen, iaitu
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen dalam peringkat memerhati ini.
Pemerhatian ini adalah untuk mengesan perubahan tingkah laku serta
tindakbalas yang ditunjukkan oleh murid semasa intervensi dijalankan.
Pemerhatian ini juga telah dilakukan oleh saya dengan pengaplikasian borang
rekod senarai semak dan rakaman video semasa intervensi dijalankan untuk
tujuan memudahkan proses menganalisis data. Seterusnya, temu bual juga
telah digunakan dalam peringkat memerhati ini. Temu bual merupakan satu
kaedah yang membolehkan seseorang penyelidik mendapat maklumat secara
mendalam kerana melibatkan hubungan bersua muka secara langsung dengan
peserta kajian. Selanjutnya, analisis dokumen iaitu lembaran kerja juga
merupakan suatu kaedah dalam proses pelaksanaan kajian ini. Saya
menggunakan lembaran kerja sebagai panduan data awal untuk pemilihan
peserta bagi kajian ini. Saya juga telah menjalankan ujian pra dalam kajian ini
untuk memastikan bahawa peserta kajian tersebut adalah amat sesuai dan
berkelayakan untuk menjalankan kajian intervensi tersebut. Menurut Mohd
Ridzuan (2012), ujian turut merupakan suatu prosedur yang sistematik bagi
mengukur perubahan tingkah laku murid dan pencapaian murid dalam sesuatu
pembelajaran. Dengan ini, saya telah menggunakan ujian pra dan pos dalam
pelaksanaan kajian ini.
Bukan itu sahaja, peringkat keempat bagi model Kurt Lewin adalah mereflek di
mana saya membuat refleksi berdasarkan pemerhatian untuk menentukan
sama ada intervensi perlu digunakan untuk gelungan kedua ataupun tidak.
Dalam konteks ini, kajian penyelidikan berasaskan penggunaan “Fun-Map” ini
hanya melibatkan gelungan pertama sahaja kerana para peserta kajian telah
187
mencapai tahap pencapaian yang tinggi dan menunjukkan perkembangan
kemajuan yang amat memuaskan.
Dari segi konteks lain pula, terdapat 3 kaedah pengumpulan data iaitu
pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Data yang diperoleh mesti
dikumpul dan memastikan kesahihan data-data tersebut supaya dapat
menghasilkan penyelidikan tindakan yang mempunyai kebolehpercayaan dan
kesahan yang tinggi. Seterusnya, kaedah menganalisis data pula terbahagi
kepada 2 iaitu analisis bertema dan analisis skor markah. Dalam konteks ini,
analisis bertema adalah untuk menjawab soalan kajian yang pertama dan
kedua manakala analisis skor markah adalah untuk menjawab soalan kajian
yang ketiga. Selanjutnya, kaedah penyemakan data pula adalah melalui
triangulasi kaedah dan triangulasi peserta kajian. Triangulasi bermaksud
penggunaan pelbagai sumber data, penyelidik, kaedah pemungutan data dan
analisis dengan cara membuat perbandingan data yang dikumpul daripada
pelbagai sumber. Dengan ini, saya telah menggunakan pelbagai kaedah seperti
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen bagi sebelum, semasa dan
selepas intervensi bagi memastikan objektif kajian tercapai dan soalan kajian
terjawab dalam kedua-dua triangulasi ini.
DAPATAN KAJIAN
a) Bagaimanakah pengkaji menggunakan Fun-Map untuk membantu
murid mengingat nama kerajaan-kerajaan Melayu Awal dan lokasi
kerajaan-kerajaan Melayu Awal pada peta Malaysia?
Kajian ini dapat membantu meningkatkan kemahiran murid untuk mengingat
nama dan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu Awal pada peta Malaysia melalui 4
cara, iaitu kaedah mnemonik, EMK, TMK, dan belajar sambil bermain
berasaskan Fun-Map.
188
Rajah 3 : Kaedah mnemonik pada Fun-Map
Murid hanya perlu menulis satu ayat sahaja bagi menyenaraikan kesemua
GCBTSK, iaitu “Grilled Chicken Burger Tak Sihat Kan” untuk menguasai nama
kerajaan-kerajaan Melayu Awal yakni Gangga Negara, Chih-Tu, Beruas,
Temasik, Santubong, dan Kedah Tua.
Selain itu, Fun-Map sebagai BBM juga dapat membantu peserta kajian
mengingati lokasi kerajaan Melayu Awal dengan jelas kerana mengaplikasikan
konsep sudut tirus dalam Matematik. Sudut tirus kecil mewakili GCB (Gangga
Negara, Chih Tu, Beruas) manakala sudut tirus besar mewakili TSK (Temasik,
Santubong, Kedah Tua).
189
Rajah 4 - Sudut Tirus Kecil (GCB) Rajah 5 - Sudut Tirus Besar (TSK)
Bukan itu sahaja, Fun-Map juga mengaplikasikan kaedah TMK yang dapat
meningkatkan kemahiran murid dalam mengingat nama dan lokasi kerajaan-
kerajaan Melayu Awal pada peta Malaysia. Dalam konteks ini, laman web
Yolasite Kerajaan Melayu Awal @ Cikgu Teo dan Kod QR yang terdapat pada
Fun-Map membolehkan peserta kajian untuk mudah mengingat kerana mereka
amat teruja dan mempunyai minat yang tinggi dalam penggunaan teknologi
berasaskan telefon pintar serta komputer riba selaras dengan konsep
pembelajaran abad ke-21 (PAK-21).
Di samping itu, Fun-Map yang menerapkan kaedah belajar sambil bermain juga
dapat meningkatkan ingatan murid terhadap nama dan lokasi kerajaan-
kerajaan Melayu Awal. Dengan ini, PK akan mengambil giliran untuk bermain
pada Fun-Map tersebut dengan penerapan kartun karakter dan permainan
secara round boardgame. Penggunaan lampu LED juga memberi rasa seronok
kepada PK untuk belajar kerana ia mempunyai pelbagai warna di mana LED
hijau adalah untuk jawapan betul dan LED merah adalah untuk jawapan salah.
Murid bersemangat gigih untuk belajar sambil bermain kerana persaingan
positif dalam kalangan mereka dapat membakar semangat dalam diri sendiri
supaya belajar dalam keseronokan. Berdasarkan Jadual 3, terbuktilah bahawa
190
peserta kajian mengukuhkan bahawa aktiviti belajar sambil bermain
merangsang mereka untuk mempelajari topik ini.
Jadual 3 : Transkrip Temu Bual
Bil Soalan Temu Bual Jawapan
1 Adakah anda mengingati kerajaan-kerajaa Akma :
Melayu Awal manakah yang terletak di nege “Ye cikgu... Gangga Negara dan
Perak? Beruas...”
Insyirah :
“Ye cikgu.. Mestilah saya ingat!
Gangga Negara dan Beruas..”
Anis :
“Ye cikgu... ingat! Gangga Negara
dan Beruas..”
2 Antara kaedah mnemonik, kaedah EMK, belaja Anis :
melalui TMK, belajar sambil bermain, yang“Ye cikgu.. Saya suka bermain
diaplikasikan dalam Fun-Map ini, manaka sambil belajar hok yang bermain
yang lebih berkesan bagi anda? sekali dengan member lain tu...
Dengan menggunakan kartun
karakter tu... Debar boh main tadi..
Nak main lagi cikgu..”
Oleh itu, setelah penggunaan “Fun-Map” terhadap peserta kajian, saya dapati
keberkesanan alat ini menunjukkan impak yang positif di mana Anis berjaya
menjawab kesemua soalan dengan betul dalam ujian pos manakala Akma dan
Insyirah yang hanya salah satu soalan bagi ujian pos masing-masing. Hal ini
telah menunjukkan perbezaan tahap pencapaian kemajuan yang amat ketara
dan keberkesanan selepas penggunaan “Fun-Map” bagi pengajaran topik
191
Kerajaan-kerajaan Melayu Awal tersebut. Dengan ini, hasil daripada ujian pra
dan pos dapat dilihat melalui Rajah 5 dan Jadual 5 di bawah.
b) Adakah pengkaji dapat membantu murid mengingat nama
kerajaan-kerajaan Melayu Awal dan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu Awal
pada peta Malaysia menggunakan “Fun-Map’?
Berdasarkan ujian pra dan ujian pos, penggunaan “Fun-Map” dapat membantu
murid mengingat nama kerajaan Melayu Awal dan lokasi kerajaan Melayu Awal
pada peta Malaysia. Keterangan lanjut seperti dalam Rajah 6.
18 17 18 17
16
Markah 14
12
10 43
8 Anis Ikhwan Insyirah
64
4
2
0
Akma
Peserta Kajian (Bukan Nama Sebenar)
Ujian Pra Ujian Pos
Rajah 6 : Analisis perbandingan hasil dapatan ujian pra dan ujian pos
Skor markah peserta kajian dalam ujian pra dan ujian pos adalah seperti dalam
Jadual 4.
192
Jadual 4 : Markah Peserta Kajian dalam Ujian Pra dan Ujian Pos
Bil Peserta Kajia Markah Ujian Pra Markah Ujian Pos
(Bukan Nama Sebenar)
1. Akma 4/18 17/18
2. Insyirah 4/18 17/18
3. Anis Ikhwan 3/18 18/18
Kesimpulannya, “Fun-Map” dapat membantu peserta kajian untuk
meningkatkan kemahiran mengingat dalam nama dan lokasi kerajaan-kerajaan
Melayu Awal pada peta Malaysia.
REFLEKSI
Sepanjang tempoh menjalani kajian tindakan, saya telah memperoleh banyak
ilmu pengetahuan dan pengalaman baharu khususnya bagi diri sendiri untuk
menambah baik amalan pengajaran sebagai seorang pendidik yang
mempunyai profesionalisme yang tinggi dalam mengajar murid Tahun 4 untuk
membantu mereka meningkatkan kemahiran mengingat tentang nama dan
lokasi Kerajaan-kerajaan Melayu Awal pada peta Malaysia. Dengan ini, melalui
penyelidikan tindakan ini juga saya telah banyak didedahkan dengan
kepelbagaian kaedah pembelajaran dan pengajaran. Secara izharnya,
kepelbagaian dalam kaedah pengajaran bertujuan untuk memberi pengalaman
pengajaran dan pembelajaran yang bermakna kepada para murid malah
meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. (Kamarul Azmi, Ab Halim, &
Mohd Izham, 2011).
Tambahan pula, saya dapat mengenal pasti kekuatan penggunaan “Fun-Map”
terhadap para peserta kajian. Dalam konteks ini, antara kekuatan “Fun-Map”
adalah cirinnya yang mempunyai pelbagai elemen tambahan iaitu kaedah
mnemonik, kaedah Elemen Merentas Kurikulum dengan teori sudut tirus dalam
subjek Matematik, kaedah Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK), kaedah
belajar sambil bermain dan sebagainya. Ciri-ciri yang istimewa ini telah
membolehkan peserta kajian mampu mengingat nama dan lokasi Kerajaan-
193