The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROSIDING SEMPENA SEMINAR PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN DAN PERTANDINGAN INOVASI 2017 (SEPINO '17)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-07-27 03:23:02

PROSIDING SEMPENA SEMINAR PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN DAN PERTANDINGAN INOVASI 2017 (SEPINO '17)

PROSIDING SEMPENA SEMINAR PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN DAN PERTANDINGAN INOVASI 2017 (SEPINO '17)

Keywords: SEPINO,KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH

ANJURAN :
KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH

12 JULAI 2017

Diterbitkan oleh :
KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
By Pass Batu 2, Jalan Temerloh,
Kg Chatin Ulu, 28400 Mentakab,
Pahang Darul Makmur.
Tel : 09-2701550/ 52/ 53
Faks : 09-2701551
Email : [email protected]

Prosiding ini merupakan penerbitan tunggal dan tidak bersiri.
2017

Hak cipta terpelihara.
Semua bahagian dalam cakera padat (CD) ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam
cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam sebarang cara, sama ada dengan
cara elektronik, fotologi, mekanik, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis dari-
pada KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH.

Dicetak oleh :
KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
By Pass Batu 2, Jalan Temerloh,
Kg Chatin Ulu, 28400 Mentakab,
Pahang Darul Makmur.
Tel : 09-2701550/ 52/ 53
Faks : 09-2701551
Email : [email protected]

SIDANG EDITOR

PENAUNG
Mejar Bersekutu (PA) Suhairi bin Ismail

Pengarah Kolej Komuniti Temerloh
KETUA PENYELIDIKAN & PENERBITAN ILMIAH

Amutha A/P Gopal Villoo @ Venugopal
SETIAUSAHA

Nurul Aisyah binti Abdul Ghani
KETUA EDITOR

Norfadzilah binti Ishak
EDITOR

Farahana Nadirah binti Mahamad Nadzar
PEREKA GRAFIK

Nur Syuhadah binti Mahadi

i

KATA-KATA ALUAN

SUHAIRI BIN ISMAIL
Pengarah Kolej Komuniti Temerloh

Merangkap
Pengerusi Bersama SEPINO 2017
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah, kurnia, izin dan
inayahNya, maka Kolej Komuniti Temerloh dapat menerbitkan buku prosiding sempena Seminar Pem-
bentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi 2017 (SEPINO 2017) peringkat Negeri Pahang.
Saya juga turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pengajian Kolej Ko-
muniti dan Kolej Komuniti Paya Besar selaku penganjur bersama. Tidak lupa juga kepada semua Kolej
Komuniti Pahang dan Kolej-Kolej Komuniti lain yang telah memberikan sokongan padu kepada Kolej
Komuniti Temerloh. Dengan sokongan inilah kita berjaya merealisasikan impian dalam melaksanakan
penerbitan Program Seminar Pembentangan Penyelidikan & Pertandingan Inovasi Wilayah Pahang ini.
Penganjuran seminar ini diadakan selaras dengan matlamatnya untuk menyemarakkan budaya penyeli-
dikan & Inovasi dalam kalangan staf Kolej Komuniti Wilayah Pahang. Penerbitan ini, di harap dapat
memberi peluang kepada semua peserta yang berminat untuk mengetengahkan hasil penyelidikan ke
peringkat yang lebih tinggi kelak.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua Jawatankuasa yang terlibat
di atas komitmen dan semangat yang telah diperlihatkan dalam menjayakan penerbitan kali ini.
Sekian, terima kasih dan salam hormat.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

ii

ISI KANDUNGAN

iKANDUNGAN MUKA

SURAT

SIDANG EDITOR i
KATA-KATA ALUAN PENGARAH ii
ISI KANDUNGAN iii

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KOMITMEN GRADUAN 2
KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU DALAM MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN

Noorul Huda Binti Muda, Kolej Komuniti Kuala Terengganu
Azizah Binti Mohamed, Kolej Komuniti Lipis

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAKSANAAN 14
SOLAT FARDHU PELAJAR KOLEJ KOMUNITI PEKAN

Zuraini Binti Abdul Shaer, Kolej Komuniti Pekan
Zurul Amidar Binti Mustafa, Kolej Komuniti Pekan

ANTESEDAN KECERDASAN EMOSI, KECERDASAN SPIRITUAL DAN KECERDASAN 20
EMOSI SPIRITUAL (ESQ) DALAM KALANGAN PELAJAR
KOLEJ KOMUNITI KOTA MARUDU, SABAH

Raja Nurul Waheeda Binti Raja Zilan, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Zulkurnain Bin Hassan, Kolej Komuniti Kota Marudu

TAHAP PENGAMALAN SYARIAT MENUTUP AURAT DI KALANGAN 32
PELAJAR MUSLIMAH KOLEJ KOMUNITI ZON PAHANG

Ab Aziz Bin Omar, Kolej Komuniti Raub Pahang

PENGAMALAN DAN KEFAHAMAN SOLAT FARDHU DALAM KALANGAN 41
PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MARUDU

Raja Nurul Waheeda Binti Raja Zilan, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Shazrin Neerwan Bin Christopher, Kolej Komuniti Kota Marudu
Zulkurnain bin Hassan, Kolej Komuniti Kota Marudu

KAJIAN HUBUNGAN 5 FAKTOR KEMAHIRAN GENERIK TERHADAP 56
MOTIVASI DIKALANGAN PELAJAR SIJIL OPERASI PERHOTELAN
KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

Tg Nur-Wina Bt Tuan Abu Bakar, Kolej Komuniti Kuantan
Noornajmi Idayu Bt Mazlan, Kolej Komuniti Kuantan
Mohd Fadzly Bin Mohd Shuraimi, Kolej Komuniti Kuantan

FESYEN DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI, FAKTOR-FAKTOR DAN CARA 66
PENAMPILAN PELAJAR DAN PENSYARAH KOLEJ KOMUNITI RAUB,
BENTONG DAN TEMERLOH

Roshanida Hajaratul Laila Binti Aini , Kolej Komunti Raub
Safariyanor Binti Narzri, Kolej Komunti Raub

iii

KANDUNGAN MUKA

SURAT

KATEGORI C : KEMAHIRAN / INOVASI

MULTI-INPUT PUSH-PULL INVERTER FOR HYBRID POWER SYSTEM 74
APPLICATIONS VIA MULTISIM

Mohd Azman Rosli, Bentong Community College
Ahmad Muzaffar bin Abdul Aziz, Bentong Community College
Mohd Fazli Khaisunizam bin Ismail, Bentong Community College

KATEGORI D : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN 84
PEMBELAJARAN DI BENGKEL PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA 102
KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT 114

Abd. Haris Bin Ismail, Kolej Komuniti Hulu Langat 125
Zulkurnain Bin Hassan, Kolej Komuniti Kota Marudu

PRINCIPLES OF ORIGAMI FOLDS IN FASHION DESIGN

Azrina Binti Othman, Kolej Komuniti Raub

PERSEPSI PENSYARAH KOLEJ KOMUNITI PAYA BESAR TERHADAP SISTEM
PENGURUSAN ADUAN KEROSAKAN

Mohd Azhar Bin Ahmad, Kolej Komuniti Paya Besar
Nur Salehah Binti Saadon, Kolej Komuniti Paya Besar
Nor Azita Binti Abu Hanifah, Kolej Komuniti Paya Besar

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PERALATAN AUTOMOTIF DALAM PEMBELAJARAN
DAN PENGAJARAN SIJIL SERVIS KENDERAAN RINGAN DI SEBUAH KOLEJ KOMUNITI

Mohd Roslan bin Yussof, Kolej Komuniti Rompin
Mohamad Rasidi bin Ahmad, Kolej Komuniti Rompin
Rosli bin Abd Aziz, Kolej Komuniti Rompin

ATTITUDE TOWARDS ENGLISH LANGUAGE LEARNING MODULES: A STUDY OF 140
COMMUNITY COLLEGE STUDENTS IN NEGERI SEMBILAN 151
161
Nur Farhana Binti Misno, Kolej Komuniti Tampin
Nur Hidayah Binti Jumat, Kolej Komuniti Rembau 168

MEMRISE AS A SELF-STUDY TOOL FOR ENGLISH VOCABULARY DEVELOPMENT
AMONG DIPLOMA STUDENTS AT AMPANG COMMUNITY COLLEGE

Thilagavathi a/p Malayandy, Kolej Komuniti Ampang

KEBERKESANAN TAHAP PENGGUNAAN SMART CCT SEBAGAI ALAT BANTUAN
MENGAJAR MODUL SKR4102 (LNP 01.03) : KAJIAN DI KOLEJ KOMUNITI PEKAN

Muhd Azmir bin Abdullah, Kolej Komuniti Pekan
Mohamad Hisyam bin Wahab, Kolej Komuniti Pekan
Mustafa bin Bakri, Kolej Komuniti Pekan

TAHAP KEMAHIRAN KOMUNIKASI BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN PELAJAR
KULINARI KOLEJ KOMUNITI ROMPIN, PAHANG

Ez-zatul Asma Binti Abdul Aziz, Kolej Komuniti Rompin, Pahang
M. Anwar Fakaruddin Bin M. Jalaludin, Kolej Komuniti Rompin, Pahang

iv

KANDUNGAN MUKA

SURAT

PENILAIAN MAJIKAN TERHADAP TAHAP KEMAHIRAN PELAJAR 178
KOLEJ KOMUNITI ROMPIN PAHANG SEMASA LATIHAN INDUSTRI

M. Anwar Fakaruddin Bin M. Jalaludin, Kolej Komuniti Rompin
Ez-zatul Asma Binti Abdul Aziz, Kolej Komuniti Rompin

KEBERHASILAN MEREKOD VIDEO AMALI PELAJAR SEBAGAI ALAT BANTU 187
MENGAJAR (ABM) BAGI PELAJAR SIJIL OPERASI PERHOTELAN 199
DI KOLEJ KOMUNITI ROMPIN

Ali Jalal Bin Mohd Hatta@Azman, Kolej Komuniti Rompin
Wan Muhammad Amin Bin Wan Sazali, Kolej Komuniti Rompin

KAJIAN TAHAP KEMAHIRAN GENERIK PELAJAR SIJIL HOTEL DAN KATERING
KOLEJ KOMUNITI ROMPIN MELALUI PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Fatin Fathiah Azman, Kolej Komuniti Rompin
Zamri Azuddin Mohamad Anuar, Kolej Komuniti Rompin

KAJIAN KEPERLUAN TERHADAP PROGRAM REKABENTUK KRAF BERBANTU CAD 215

Mahfuz bin Zaman, Politeknik Ibrahim Sultan
Yusoff bin Mohd. Dali , Politeknik Ibrahim Sultan
Norsarah Puspita binti Gahzali, SMK Kota Masai, Pasir Gudang

KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN SMART PATTERN DALAM MENDRAF POLA 228
PAKAIAN DI KALANGAN PELAJAR SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN
KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH

Norulaini Binti Mohd Ramly, Kolej Komuniti Temerloh

KOMPETENSI PELAJAR SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN DALAM 238
KEMAHIRAN MELUKIS FIGURA 248

Fara Azeerin Binti A Karim, Kolej Komuniti Temerloh
Farahana Nadhirah Binti Mohamad Nadzar, Kolej Komuniti Temerloh

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
DI KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH

Fairoz binti Jumhat, Kolej Komuniti Temerloh
Wan Norhayati binti Wan Saupi, Kolej Komuniti Temerloh
Mohd Darabi bin Zolkafli, Kolej Komuniti Temerloh

KAJIAN PENYELIDIKAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN 256
KAD NEUMONIK BERGAMBAR

Nor Aishah Binti Othman, Kolej Komuniti Temerloh

KATEGORI E : PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 271
TAHAP KEPUASAN PESERTA KURSUS PENDEK TERHADAP KEMUDAHAN 279
DAN PRASARANA DI KOLEJ KOMUNITI ROMPIN

Noor Haslinda Binti Zainoldin, Kolej Komuniti Rompin
Zulkhabri Bin Md Kardi @ Md Kadri , Kolej Komuniti Rompin

KAJIAN KEBERKESANAN KURSUS PENDEK ANJURAN JABATAN PEMBELAJARAN
SEPANJANG HAYAT KOLEJ KOMUNITI AMPANG DALAM PEMBANGUNAN USAHAWAN

Thilagavathi a/p Malayandy, Kolej Komuniti Ampang
Nurasykin binti Fazil, Kolej Komuniti Ampang

v

KANDUNGAN MUKA

SURAT

KATEGORI F: KEBOLEHPASARAN

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN DIPLOMA TEKNOLOGI TELEKOMUNIKASI 291
KOLEJ KOMUNITI AMPANG

Sharmila Devi a/p Krishnan, Kolej Komuniti Ampang
Razali bin Sadeli, Kolej Komuniti Ampang

TAHAP KEMAHIRAN EMPLOYABILITY PELAJAR SIJIL KOLEJ KOMUNITI ROMPIN 299

Fazliatunisak binti Kamarudin, Kolej Komuniti Rompin

KATEGORI G: PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN 308
TAHAP KESEDIAAN UNTUK BERUBAH DALAM KALANGAN STAF 319
KOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI 330

Wei Boon Quah, Kolej Komuniti Sungai Petani 344
354
MENGKAJI TAHAP PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN PELAJAR 363
KOLEJ KOMUNITI ROMPIN TERHADAP SISTEM PEPERIKSAAN 373

Fatin ‘Ainaa binti Othman, Kolej Komuniti Rompin
Mohd Juwahir bin Pa’iman, Kolej Komuniti Rompin

KAJIAN PELAKSANAAN PENGAMBILAN PELAJAR TIGA KALI SETAHUN
DI KOLEJ KOMUNITI JERANTUT, PAHANG

Nurrul Hasanah Binti Md Teni, Kolej Komuniti Jerantut
Norsaritanaini Binti Mahasan, Kolej Komuniti Jerantut
Siti Masliza Binti Mohd Nawi, Kolej Komuniti Jerantut
Nor Amalina Binti Abdullah, Kolej Komuniti Jerantut

KATEGORI H: LAIN-LAIN
PERBANDINGAN KUALITI AIR DAN TUMBESARAN IKAN ANTARA
BETTA EASI CARE SYSTEM DENGAN CARA PENTERNAKAN KONVENSIONAL

Jason Choy Min Sheng, Kolej Komuniti Jerantut
Mohd Ridhwan bin Che Amat, Kolej Komuniti Jerantut

MUNICIPAL SOLID WASTE CHARACTERISTICS IN TAMAN UNIVERSITI, SKUDAI

Fairoz binti Jumhat, Kolej Komuniti Temerloh
Nurul As’shikin binti Ramli, Kolej Komuniti Bandar Penawar

EFFECTS OF DRYING METHODS ON THE BIOCHEMICAL QUALITY
IN ANCHOVIES, (Engraulis sp.)

Mardhiah Mohd Zain, Kolej Komuniti Bera

TAHAP KEPUASAN PELANCONG TERHADAP PRODUK CENDERAMATA DI
SAUNG ANGKLUNG UDJO, BANDUNG INDONESIA

Elena binti Anwar, Kolej Komuniti Pekan, Pahang
Mohd Hanif bin Khairuddin, Politeknik Muadzam Shah, Pahang

vi

PEMBENTANGAN

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

KATEGORI
SAHSIAH PELAJAR

1

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KOMITMEN GRADUAN KOLEJ
KOMUNITI KUALA TERENGGANU DALAM MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN

Noorul Huda Binti Muda
Kolej Komuniti Kuala Terengganu

[email protected]
Azizah Binti Mohamed
Kolej Komuniti Lipis
[email protected]
ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan bagi mengetahui faktor yang mempengaruhi komitmen graduan
dalam menghadiri majlis konvokesyen kolej komuniti. Daripada statistik kehadiran graduan
ke Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan Tahun
2015 menunjukkan kehadiran graduan Kolej Komuniti Kuala Terengganu hanyalah 63.1%
yang mana ia tidak mencapai kehendak dari Bahagiaan Peperiksaan dan Penilaian, Jabatan
Pendidikan Kolej Komuniti iaitu peratusan sebanyak 80%. Objektif kajian ini adalah untuk
mengenalpasti samada terdapat perhubungan antara faktor yang terlibat iaitu kewangan, masa,
kesedaran diri dan keyakinan diri mempengaruhi komitmen graduan untuk menghadiri majlis
konvokesyen. Kaedah kajian yang dijalankan adalah dengan mengumpul data melalui borang
soal selidik terdiri daripada 16 item soalan. Kajian ini mengkhususkan kepada 71 responden
dari Kolej Komuniti Kuala Terengganu yang tidak menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej
Komuniti Terengganu, Pahang dan Kelantan Tahun 2015. Hasil dapatan kajian membuktikan
bahawa kewangan dan masa merupakan faktor utama yang mempengaruhi komitmen graduan
menghadiri majlis konvokesyen kolej komuniti. Ini kerana majlis tersebut melibatkan graduan
yang kurang berkemampuan dari segi kewangan dan sebahagian dari mereka mempunyai
komitmen dengan pekerjaan serta melanjutkan pelajaran, di mana dapatan kajian menunjukkan
bahawa 71% graduan bersetuju mereka perlu memperuntukkan perbelanjaan untuk menghadiri
majlis tersebut. Manakala 68% graduan menyatakan masa memainkan peranan dalam
komitmen ketidakhadiran mereka. Daripada analisis ini juga didapati sebanyak 34.5% graduan
kurang mengambil berat untuk melibatkan diri dalam majlis tersebut. Selain itu terdapat 32.4%
graduan yang kurang keyakinan diri untuk terlibat dalam majlis yang berprestij seperti majlis
konvokesyen.
Kata kunci: majlis konvokesyen, komitmen, graduan

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang
Setiap tahun Kolej Komuniti berjaya melahirkan ramai graduan yang telah menamatkan
pengajian mereka. Sehubungan itu, setiap graduan yang layak, akan dianugerahkan Sijil
Kolej Komuniti di dalam satu Majlis Konvokesyen. Objektif utama Majlis Konvokesyen
ini adalah memberi pengiktirafan kepada pelajar Kolej Komuniti kerana berjaya
menamatkan pengajian. Bagi kolej komuniti wilayah timur, Majlis Konvokesyen Kolej
Komuniti Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan Tahun 2015 diadakan di Negeri
Terengganu. Bagi tahun 2015, seramai 1294 graduan daripada 16 buah kolej komuniti
seluruh Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan telah layak untuk dianugerahkan Sijil
2

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Kolej Komuniti. Daripada jumlah 1294 graduan, seramai 694 graduan dari Lulusan Jun
2014 (Kohort 4) dan 600 graduan dari Lulusan Disember 2014 (Kohort 5) yang terdiri
daripada program pengajian Sijil Modul Kebangsaan (SMK) dan program pengajian
Sijil Kolej Komuniti (SKK). Jumlah graduan dari Kolej Komuniti Kuala Terengganu
adalah seramai 206 orang, namun graduan yang menghadiri majlis konvokesyen hanyalah
seramai 130 orang iaitu hanya 63.1% kehadiran graduan dan tidak mencapai kehendak
dari Bahagiaan Peperiksaan dan Penilaian, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti yang mana
peratusan kehadiran graduan mestilah mencapai 80%. Begitu juga dengan kolej-kolej
komuniti lain di negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan yang menunjukkan peratusan
kehadiran tidak mencapai 80% di kebanyakkan kolej seperti ditunjukkan di dalam Jadual 1.
Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan Tahun
2015 yang telah berlangsung pada 8 Ogos 2015 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun
Islam Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu tidak dapat menarik graduan
Kolej Komuniti Kuala Terengganu sendiri untuk hadir ke majlis yang di adakan
khas untuk mereka walaupun telah diadakan di tempat mereka sendiri. Persoalan
apakah faktor-faktor yang telah mempengaruhi komitmen graduan Kolej Komuniti
Kuala Terengganu dalam menghadiri majlis konvokesyen inilah yang akan dikaji.

Jumlah Jumlah Peratus
Jumlah Tidak Tiada Kehadiran
Bil Nama Kolej Hadir Hadir Respon Jumlah Graduan (%)

1 KK Kuala Terengganu 130 23 53 206 63.1
2 KK Kemaman 0
3 KK Kok Lanas 19 8 23 27 70.4
4 KK Pasir Mas 64 18 0 105 61.0
5 KK Jeli 55 22 0 77 71.4
6 KK Kuantan 14 1 52 15 93.3
7 KK Paya Besar 145 31 16 228 63.6
8 KK Pekan 94 27 1 137 68.6
9 KK Rompin 38 2 7 41 92.7
10 KK Bera 126 60 0 193 65.3
11 KK Temerloh 74 15 11 63.6
12 KK Bentong 52 15 11 82 63.4
13 KK Lipis 66 24 0 101 65.3
14 KK Raub 91 0 10 90.0
15 KK Jerantut 81 0 9 88.9
Keseluruhan Graduan 39 13 178 52 75.0
866 250 1294 66.9

Jadual 1: Statistik Kehadiran Graduan ke Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri
Terengganu, Pahang dan Kelantan Tahun 2015

1.2 Penyataan Masalah

Bahagiaan Peperiksaan dan Penilaian, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti telah
menetapkan peratusan kehadiran graduan ke majlis konvokesyen mestilah mencapai

3

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

80%. Namun bagi Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Terengganu,
Pahang dan Kelantan Tahun 2015, peratusan kehadiran bagi keseluruhan
kolej komuniti negeri-negeri Pantai Timur hanyalah 66.9%. Lebih memberi
kesan apabila peratusan graduan Kolej Komuniti Kuala Terengganu terlalu
rendah iaitu hanya 63.1% walaupun majlis berlangsung di Kuala Terengganu.
Konvokesyen merupakan satu majlis berprestij yang mana kebiasaanya graduan berasa
bangga untuk menghadiri bagi menerima segulung sijil menandakan mereka telah
berjaya menamatkan pengajian. Menjadi persoalan apabila statistik kehadiran graduan
menunjukkan peratusan yang hadir adalah mendukacitakan seolah-olah mereka tidak
menghiraukan peluang untuk merasai pengalaman meraikan majlis konvokesyen
mereka sendiri. Justeru itu, Unit Peperiksaan Kolej Komuniti Kuala Terengganu
mengambil inisiatif untuk mengkaji faktor yang telah menyumbang kepada kemerosotan
peratusan kehadiran graduan Kolej Komuniti Kuala Terengganu ke majlis konvokesyen.
Daripada perbualan dengan beberapa orang graduan yang tidak hadir, maklumat awal
yang diperolehi adalah masalah kewangan dan masa (kerana mereka telah bekerja)
menyumbang kepada faktor ketidakhadiran mereka ke majlis konvokesyen selain tiada
kesedaran dan keyakinan diri. Oleh itu, kajian ini mengkhususkan kepada samada
terdapat perhubungan antara faktor yang terlibat iaitu kewangan, masa, kesedaran diri dan
keyakinan diri mempengaruhi komitmen graduan untuk menghadiri majlis konvokesyen.

2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Matlamat Kajian
Hasil kajian akan dibentangkan kepada Pengarah Kolej Komuniti Kuala Terengganu
selaku Pengerusi Jawantankuasa Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Terengganu,
Pahang dan Kelantan Tahun 2015 dan seterusnya diharapkan dapat memberi idea atau
tindakan yang dapat dijalankan oleh Unit Peperiksaan Kolej Komuniti Kuala Terengganu
khasnya dan seluruh pensyarah Kolej Komuniti Kuala Terengganu amnya dalam
meningkatkan peratusan kehadiran graduan ke majlis konvokesyen di masa akan datang.
2.2 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian telah dirangka untuk mencapai objektif bagi kajian ini:
i. Apakah wujud hubungan antara jantina graduan dengan jumlah ketidakhadiran
graduan
ii. Apakah wujud hubungan antara status pekerjaan dengan faktor masalah kewangan
iii. Apakah wujud hubungan antara status pekerjaan dengan faktor masalah masa

2.2 Skop Kajian

Kajian ini hanya mengkhususkan kepada graduan Kolej Komuniti Kuala Terengganu
yang tidak hadir ke Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Terengganu, Pahang dan
Kelantan Tahun 2015. Ini kerana majlis konvokesyen ini diadakan di Kuala Terengganu
dan peratusan kehadiran graduan Kolej Komuniti Kuala Terengganu adalah antara
yang terendah. Oleh itu kajian hanya tertumpu kepada graduan Kolej Komuniti Kuala
Terengganu sahaja.

4

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

2.3 Batasan Kajian
ii. Kajian ini hanya dijalankan dalam kalangan graduan Kolej Komuniti Kuala

Terengganu yang tidak hadir serta dapat dihubungi sahaja. Jumlah graduan yang
tidak hadir adalah seramai 76 orang. Namun yang memberi respon hanyalah 71
orang.
iii. Semua soalan soal selidik telah dipos ke kediaman responden dan responden diberi
tempoh masa untuk menjawab soal selidik tersebut serta dikehendaki menghantar
semula ke Unit Peperiksaan Kolej Komuniti samada di pos, email atau faks. Oleh
itu maklumat yang diperolehi dalam kajian ini akan dipengaruhi oleh kejujuran
responden semasa menjawab soalan soal-selidik tersebut.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengenalpasti hubungan antara faktor kewangan dengan komitmen graduan ke
majlis konvokesyen
ii. Mengenalpasti hubungan antara faktor masa dengan komitmen graduan ke majlis
konvokesyen
iii. Mengenalpasti hubungan antara faktor kesedaran dengan komitmen graduan ke
majlis konvokesyen
iv. Mengenalpasti hubungan antara faktor keyakinan diri dengan komitmen graduan
ke majlis konvokesyen
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Penggunaan kaedah yang bersesuaian menentukan ketepatan dan hasil kajian yang
terbaik serta berupaya untuk mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.
Aspek yang dibincangkan termasuk penentuan reka bentuk kajian, kaedah pengumpulan
data, persampelan, instrumentasi dan penganalisisan data.
4.1 Rekabentuk Kajian
Satu rekabentuk kajian telah dibangunkan bagi membantu pengkaji menjalankan
kajian ini dengan lebih teratur. Rajah 1 menunjukkan aliran proses bagi kajian ini. Bagi
permulaan kajian, data-data kehadiran graduan ke Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti
Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan Tahun 2015 telah dikumpul. Sebelum kajian
dijalankan, objektif, skop dan matlamat kajian telah dikenalpasti.
Metodologi kajian yang digunapakai adalah kaedah kuantitatif yang menggunakan
analisis statistik. Kaedah ini digunakan kerana ianya lebih bersifat objektif dan
berorentasikan kepada hasil.

5

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Rajah 1: Carta Alir Proses Kajian
4.2 Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data dilakukan menggunakan instrumen borang soal selidik.
Borang soal selidik ini akan diedarkan kepada responden melalui pos dan responden
diberi tempoh masa untuk menjawab soal selidik tersebut serta dikehendaki menghantar
semula ke Unit Peperiksaan Kolej Komuniti samada di pos, email atau faks. Borang
soal selidik kajian mengandungi dua (2) konstruk iaitu bahagian A mengenai latar
belakang graduan. Manakala bahagian B mengenalpasti faktor ketidakhadiran graduan
ke majlis konvokesyen kolej komuniti. Semua data telah dianalisis secara deskriptif
menggunakan perisian Microsoft Excel. Perisian Microsoft Excel dipilih adalah kerana
jumlah item yang dikaji adalah minima dan jumlah responden yang kecil. Analisis
berbentuk peratusan digunakan untuk menganalisa setiap hasil maklumbalas yang
terdiri daripada 71 responden yang tidak hadir ke majlis konvokesyen.

6

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

5.0 ANALISA DATA DAN KEPUTUSAN
Dapatan daripada soal selidik yang telah di jalankan direkodkan seperti berikut:
5.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden

5.1.1 Jumlah Graduan Tidak Hadir Mengikut Jantina.

Peratusan Jumlah Kehadiran Graduan Mengikut Jantina

18% Lelaki
82% Perempuan

Rajah 2: Peratusan Jumlah Kehadiran Graduan Mengikut Jantina

Berdasarkan Rajah 2 di atas, dapat dirumuskan bahawa graduan lelaki lebih cenderung
untuk tidak hadir ke majlis konvokesyen dengan peratusan sebanyak 82 berbanding
pelajar perempuan yang hanya 18% sahaja yang tidak hadir.
5.1.2 Jumlah Graduan Tidak Hadir Mengikut Status Pekerjaan

Peratusan Jumlah Kehadiran Graduan Mengikut Status
Pekerjaan

31% 48% Bekerja
21% Tidak Bekerja
Pelajar

Rajah 3: Peratusan Jumlah Graduan Mengikut Status Pekerjaan

7

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Rajah 3 menunjukkan bahawa hampir separuh daripada graduan yang tidak hadir ke
majlis konvokesyen merupakan pelajar yang telah bekerja iaitu sebanyak 48% diikuti
graduan yang sedang menyambung pengajian iaitu sebanyak 31%. Manakala graduan
yang tidak bekerja sebanyak 21%. Ini dapat dirumuskan graduan yang bekerja dan
graduan yang sedang menyambung pengajian mempunyai komitmen dengan pekerjaan
dan pengajian masing-masing seterusnya masa merupakan faktor utama di atas
ketidakhadiran ke majlis konvokesyen.
5.1.3 Jumlah Graduan Tidak Hadir Mengikut Pendapatan (Sendiri / Keluarga)

Peratusan Jumlah Kehadiran Graduan Mengikut Pendapatan

21% < RM 1000
31% RM 1000 - RM 2000
RM 2001 - RM 3000
23% > RM 3000
25%

Rajah 4: Peratusan Jumlah Graduan Mengikut Pendapatan
Dapatan peratusan jumlah graduan mengikut pendapatan sendiri atau keluarga
ditunjukkan dalam Rajah 4 di atas. Daripada dapatan tersebut dapat dirumuskan
separuh daripada jumlah graduan tidak hadir ke majlis konvokesyen mempunyai
pendapatan yang rendah iaitu kurang dari RM2000 dimana jumlah paling banyak
adalah pendapatan kurang dari RM1000 iaitu 31% diikuti pendapatan antara RM1001
hingga RM2000, 25%. Manakala pendapatan sederhana iaitu antara RM2001 hingga
RM3000 sebanyak 23% dan pendapatan melebihi RM3000 sebanyak 21%. Daripada
dapatan ini, dapat dirumuskan ramai graduan yang tidak hadir ke majlis konvokesyen
mempunyai pendapatan yang rendah.

8

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

5.2 Bahagian B : Faktor Ketidakhadiran Graduan Ke Majlis Konvokesyen Kolej
Komuniti

5.2.1 Faktor Kewangan

Peratus Hubungan Faktor Kewangan Dengan Setuju
Kehadiran Graduan Tidak Setuju

90
80
70
60
50
40
30
20
10

0
B1 B2 B3 B4

Item Soalan

Rajah 5: Peratusan Hubungan Faktor Kewangan Dengan
Kehadiran Ke Majlis Konvokesyen

Item Soalan Setuju (%) Tidak Setuju (%)

B1 Saya berminat untuk hadir tetapi memerlukan 70 30
perbelanjaan yang besar untuk perjalanan
dan penginapan.

B2 Keluarga saya mempunyai masalah kewangan. 77 23

B3 Saya tidak mempunyai kenderaan untuk 63 37
hadir.

B4 Saya berminat untuk hadir tetapi jarak lokasi 73 27
jauh.

Purata Peratusan 71% 29%
Jadual 2: Petunjuk Hubungan Faktor Kewangan Dengan Kehadiran Ke Majlis
Konvokesyen

Rumusan yang dapat dibuat daripada Rajah 5 adalah terdapat hubungan masalah
kewangan dengan ketidakhadiran graduan ke majlis konvokesyen dimana sebanyak
71% graduan bersetuju bahawa mereka tidak hadir ke majlis konvokesyen disebabkan
masalah kewangan. Untuk menghadiri satu-satu majlis konvokesyen, graduan perlu
memperuntukkan kos yang agak tinggi. Yuran bagi menghadiri Majlis Konvokesyen
Kolej Komuniti Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan Tahun 2015 adalah sebanyak
RM120. Pelajar juga perlu membayar yuran alumni sebanyak RM30. Bagi pelajar di luar
kawasan Kuala Terengganu di mana majlis konvokesyen berlangsung, mereka terpaksa
memperuntukkan kos penginapan, makanan dan pengangkutan. Sudah tentulah ia
memerlukan belanja yang tinggi lebih-lebih lagi jika membawa keluarga. Oleh kerana
itu ramai graduan yang mempunyai masalah kewangan mengambil keputusan untuk
tidak hadir ke majlis tersebut.

9

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

5.2.2 Faktor Masa

Peratus Hubungan Faktor Masa Dengan Setuju
Kehadiran Graduan Tidak Setuju

90
80
70
60
50
40
30
20
10

0
B5 B6 B7

Item Soalan

Rajah 6: Peratusan Hubungan Faktor Masa Dengan Kehadiran Ke Majlis
Konvokesyen

Item Soalan Setuju (%) Tidak Setuju (%)

B5 Saya berminat untuk hadir tetapi saya sibuk 77 23
dengan tugasan lain.

B6 Saya berminat untuk hadir tetapi tidak 59 41
mendapat kelulusan cuti dari majikan/ pusat
pengajian.

B7 Saya mempunyai kerja/ tugasan yang lebih 68 32
penting dari menghadiri majlis konvokesyen
ini.

Purata Peratusan 68% 32%

Jadual 3: Petunjuk Hubungan Faktor Masa Dengan Kehadiran Ke Majlis

Konvokesyen

Dapatan menunjukkan sebanyak 68% graduan mempunyai urusan lain yang perlu
diutamakan berbanding hadir ke majlis konvokesyen. Walau bagaimanapun,
graduan mempunyai keinginan untuk hadir tetapi tidak dapat mengelak daripada
kekangan masa yang mereka hadapi. Ini membuktikan faktor masa mempengaruhi
ketidakhadiran graduan ke majlis konvokesyen. Untuk menghadiri majlis
konvokesyen, mereka terpaksa bercuti lebih awal dari tarikh majlis konvokesyen
berlangsung. Bagi pelajar yang bekerja dan yang sedang menyambung pengajian
mereka terikat dengan kerja dan pengajian.

10

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

5.2.3 Faktor Sikap Kurang Ambil Berat

Hubungan Faktor Sikap Kurang Ambil Berat Dengan
Kehadiran Graduan

Peratus 90 Setuju
80 Tidak Setuju
70
60 B9 B10 B11
50
40
30
20
10

0
B8

Item Soalan

Rajah 7: Peratusan Hubungan Faktor Sikap Kurang Ambil Berat
Dengan Kehadiran Ke Majlis Konvokesyen

Item Soalan Setuju (%) Tidak Setuju (%)

B8 Saya berminat untuk hadir tetapi tidak sempat 28 72
untuk membalas surat jawapan hadir.

B9 Persediaan dokumen untuk konvo banyak 38 62
dan rumit.

B10 Saya tahu mengenai majlis ini, tetapi tidak 15 85
mengambil kisah kerana ianya hanya
diperingkat sijil.

B11 Saya prihatin terhadap sebarang surat daripada 56 44
kolej.

Purata Peratusan 34.5% 65.5%

Jadual 4: Petunjuk Hubungan Sikap Kurang Ambil Berat Dengan
Kehadiran Ke Majlis Konvokesyen

Daripada analisis ini didapati sebanyak 34.5% graduan kurang mengambil berat untuk
melibatkan diri dalam majlis tersebut.

11

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

5.2.4 Faktor Keyakinan Diri

Peratus Hubungan Faktor Keyakinan Diri Dengan Setuju
Kehadiran Graduan Tidak Setuju

90
80
70
60
50
40
30
20
10

0
B12 B13 B14 B15

Item Soalan

Rajah 8: Peratusan Hubungan Faktor Keyakinan Diri Dengan Kehadiran Ke Majlis
Konvokesyen

Item Soalan Setuju (%) Tidak Setuju (%)

B12 Keputusan saya tidak hebat jadi saya tidak 20 80
perlu hadir ke majlis konvokesyen.

B13 Saya tidak hadir kerana kawan-kawan saya 35 65
juga tidak hadir.

B14 Saya cuba untuk mengelak dari menghadiri 30 70
majlis yang melibatkan ramai orang.

B15 Saya tidak hadir kerana keluarga saya tidak 45 55
dapat hadir.

Purata Peratusan 32.5% 67.5%
Jadual 5: Petunjuk Hubungan Keyakinan Diri Dengan Kehadiran Ke Majlis
Konvokesyen

Namun begitu hanya sebanyak 32.5% graduan yang kurang keyakinan diri untuk terlibat
dalam majlis yang berprestij seperti majlis konvokesyen.

12

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

6.0 REFLEKSI KAJIAN
Secara keseluruhan dapat dirumuskan graduan lelaki lebih cenderung untuk tidak hadir
ke majlis konvokesyen berbanding graduan perempuan. Selain itu status pekerjaan
juga mempunyai hubungan dengan faktor kewangan dan masa dan seterusnya
memberi kesan ke atas komitmen graduan terhadap majlis konvokesyen. Sebilangan
besar daripada graduan yang tidak hadir mempunyai masalah kewangan untuk
menampung perbelanjaan untuk menghadiri majlis konvokesyen. Sebahagian graduan
pula mempunyai masalah untuk memperuntukkan masa untuk hadir disebabkan oleh
bekerja, mempunyai tugasan lain dan tidak mendapat cuti daripada majikan. Walau
bagaimanapun, graduan mempunyai keinginan untuk hadir tetapi tidak dapat mengelak
daripada kekangan masa yang mereka hadapi.

7.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Kajian ini perlu dipanjangkan untuk merangka langkah-langkah penambahbaikan bagi
meningkatkan kehadiran graduan ke majlis konvokesyen di masa-masa akan datang.

8.0 RUJUKAN
Laporan Majlis Konvokesyen Negeri Terengganu, Pahang Dan Kelantan Tahun 2015

13

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAKSANAAN
SOLAT FARDHU PELAJAR KOLEJ KOMUNITI PEKAN
Zuraini Binti Abdul Shaer
Kolej Komuniti Pekan
[email protected]
Nurul Amidar Binti Mustafa
Kolej Komuniti Pekan
[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
pelaksanaan solat fardhu pelajar. Kajian ini dijalankan di Kolej Komuniti Pekan yang melibatkan
pelajar-pelajar muslim sebagai responden. Secara ringkasnya, kajian ini merangkumi
pengenalpastian faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan solat fardhu dikalangan
pelajar dan langkah-langkah susulan hasil dari pengenalpastian tersebut. Metodologi yang
digunakan dalam kajian ini ialah pendekatan kuantitatif. Ia meliputi 44 responden yang
menjawap borang soal selidik. Hasil dapatan daripada kajian ini ialah terdapat lima faktor
yang mempengaruhi pelaksanaan solat fardhu pelajar. Faktor guru atau pensyarah merupakan
faktor yang paling mendapat peratusan tertinggi iaitu 93% responden memilih guru atau
pensyarah mempengaruhi pelaksanaan solat mereka. Begitu juga faktor keluarga meliputi
81.8% mempengaruhi pelaksanaan solat mereka. Selain daripada itu faktor sikap pelajar, rakan
sebaya dan masyarakat sekeliling juga memberi pengaruh terhadap pelaksanaan solat mereka
dengan masing-masing mencatat 72.7%, 50% dan 18%. Kesimpulannya, hasil daripada dapatan
ini, pengkaji mengambil langkah-langkah susulan seperti mengadakan program-program yang
mengarah kepada pembinaan syahsiah dan jatidiri pelajar. Dengan adanya program-program
ini, diharapkan pelajar-pelajar dapat menambahbaikkan pelaksanaan solat mereka.
Kata Kunci : Solat fardhu, Syahsiah, Jatidiri

1.0 PENGENALAN
Solat merupakan tiang agama yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim yang mukallaf.
Ia merupakan ibadah yang diwahyukan secara langsung kepada Nabi Muhammad s.a.w.
di malam peristiwa Isra’ dan Mikraj. Oleh itu nilaian ibadah ini tidak sama dengan
ibadah-ibadah yang lain, sehinggakan ibadah solat adalah ibadah yang akan mula-mula
dihitung di Hari Akhirat.
Ibadah solat merupakan satu rantaian ibadah bagi mencapai ketakwaan kepada Allah.
Ia merupakan pengabdian langsung kepada Pencipta Yang Esa. Bahkan mempelajarinya
merupakan satu kefardhuan dan seharusnya ibubapa mengambil peranan mendidik
anak-anak mereka mengerjakan solat apabila sampai umur mereka 7 tahun.
Dato’ Ismail Khamus (2009), dalam mukaddimah bukunya mengatakan bahawa
seorang Muslim yang beriman seharusnya mendidik diri, keluarga dan masyarakat serta
memnuhi tuntutan ibadah. Proses pendidikan ini tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna sekiranya seseorang Muslim itu tidak mempunyai ilmu atau memahami
perkara-perkara asas dalam Islam.
14

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Ringkasnya, objektif kajian yang hendak dicapai ialah
i. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan solat fardhu di
kalangan pelajar Koelj Komuniti Pekan.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Secara umumnya, kajian ini amat penting dalam nengenalpasti perlaksanaan solat
fardhu di kalangan pelajar. Ringkasnya, kepentingan kajian dapat disimpulkan seperti
berikut:
i. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menjaga solat
ii. Membantu pelajar membina jatidiri sebagai seorang muslim
iii. Sebagai satu langkah pemerhatian secara langsung yang amat diperlukan oleh
seorang pelajar untuk cemerlang dunia dan akhirat.

4.0 KAJIAN LITERATUR
Dalam kajian ini, penyelidik mengambil beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan
tajuk kajian. Tujuan penyelidik mengambil kajian lepas adalah untuk menguatkan kajian
yang akan dijalankan dan secara tidak langsung ia membantu penyelidik menjalankan
kajian tersebut.
Menurut Nur Dalilah Zakaria (2012) dalam kajiannya yang bertajuk “ Hubungan
Antara Tahap Pelaksanaan Solat Fardu Dengan Konflik Rumah Tangga : Kajian Di Unit
Rundingcara Keluarga (ERK) Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga
(BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)”, mendapati hamper 80
peratus pasangan yang hadir sesi rundingcara di Unit Rundingcara Kelaurga (URK)
Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan (JAWI) kebanyakannya tidak menunaikan soalt fardu secara
konsisten. Ada di antara mereka menunaikan solat hanya satu atau dua waktu sahaja
dan ada yang langsung tidak menunaikan solat.
Menurut Rahmat bin Abdullah (2012-2013) dalam kajiannya yang bertajuk “ Mengkaji
Tahap Kefahaman dan Perlaksanaan Ibadat Solat Lima Waktu di Kalangan Pelajar
Muslim di Kolej Komuniti Selandar” mendapati tahap kefahaman dan perlaksanaan
solat lima waktu di kalanagn pelajar adalah pada tahap yang sederhana.
Manakala menurut Sharifah Nur Binti Abu (2012) dalam kajiannya yang bertajuk
“ Pengamalan solat fardhu Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak”,
mendapati pengamalan soalt fardhu di kalangan pelajar Politeknik Kuching Sarawak
masih kurang memuaskan. Akan tetapi para pelajar mempunyai pengetahuan yang
baik dalam hal ibadah solat dan penguasaan ilmu dalam bidang ini. Sharifah Nur
berpendapat bahawa ianya perlu diperkaya dan diperkukuhkan lagi sama ada secara
langsung atau melalui program-program yang dirangka khas untuk tujuan ini. Tambah
beliau, kaedah pendidikan kerohanaian perlu dikaji semula dan diberi penekanan agar
ianya seiring dengan kecemerlangan akademik.
15

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Menurut Norlyana Binti Sulong (2006), kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengkaji
tahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat. Kajian ini mempunyai tiga
skop kajian iaitu pengetahuan, tahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat
dan pandangan pelajar terhadap kesan perlaksanaan solat terhadap diri seseorang.
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa secara keseluruhan tahap pencapaian min
adalah tinggi iaitu 4.73 bagi pengetahuan, 4.22 bagi tahap pengamalan pelajar terhadap
tanggungjawab solat dan 4.63 pandangan pelajar terhadap kesan pengamalan solat
terhadap diri seseorang. Dari kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada semua
pihak agar asas peneguhan agama dititikberatkan di kalangan masyarakat. Penyelidik
bersetuju dengan pendapat beliau dan ingin menambah peneguhan agama bukan sahaja
diterapkan dan ditekankan diperingkat sekolah sahaja tetapi ibubapa perlu mengambil
peranan dirumah dalam memberi penekanan agama terhadap anak-anak mereka.
Kesimpulan daripada kajian-kajian lepas, penyelidik mendapati pengamalan atau
perlaksanaan solat dikalangan rakyat Malaysia dan pelajar khsusnya adalah ditahap
yang kurang memuaskan. Oleh itu, perlu ada langkah-langkah yang lebih berkesan dan
tersusun untuk menangani isu gejala meninggalkan solat ini.

5.0 METODOLOGI
Metodologi kajian yang digunakan oleh penyelidik ialah pendekatan kuantitatif.
Pengumpulan data dilaksanakan secara tinjauan dan temubual sesuai digunakan
terutama dalam bidang sains sosial (Chua, 2006). Melalui kaedah ini, data dikumpul
dalam bentuk kuantitatif dan dianalisa menggunakan kaedah statistic deskriptif. Melalui
kaedah ini juga borang soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Antara kelebihan
borang selidik iala h responden boleh mengambil masa untuk menjawap soalan yang
diterima dan ini akan memberi maklum balas yang lebih baik.
Skop kajian pengkaji ialah merangkumi pelajar-pelajar Kolej Komuniti Pekan yang
berada pada sesi Julai 2016. Kajian dijalankan selama lebih kurang 2 bulan iaitu pada
bulan Julai dan Ogos 2016.
Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama adalah bahagian
demografi yang berkaitan dengan latar belakang responden. Ia mengandungi beberapa
item antaranya jantina, program, bangsa dan semester.Bahagian kedua pula ialah soalan
1 hingga 9 yang menyentuh tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan
solat responden.
Saiz sampel kajian ditentukan dengan mengambil kira pandangan dan garis panduan
yang dikemuakakan oleh beberapa orang pengkaji. Menurut Kreijcie dan Morgan
(1970), jumlah minimum sampel yang diperlukan hanyalah 80 orang bagi populasi 100
orang. Namun, sampel yang melebihi had minimum lebih dipercayai dan menyakinkan.
Oleh itu, dengan kemampuan yang ada, penyelidik berjaya mengumpulkan 44 orang
pelajar sebagai responden.

16

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

6.0 ANALISA DATA DAN HASIL
Dapatan data yang diperolehi hasil dari tinjauan dan soal selidik kepada responden
mendapati bahawa secara umumnya beberapa faktor telah dikenalpasti mempengaruhi
pelaksanaan solat fardhu pelajar. Antara faktor-faktornya ialah faktor pensyarah atau
guru, sikap pelajar, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.
Faktor guru atau pensyarah merupakan faktor yang paling mendapat peratusan tertinggi
iaitu 93% responden memilih guru atau pensyarah mempengaruhi pelaksanaan solat
mereka. Begitu juga faktor keluarga meliputi 81.8% mempengaruhi pelaksanaan solat
mereka. Selain daripada itu faktor sikap pelajar, rakan sebaya dan masyarakat sekeliling
juga memberi pengaruh terhadap pelaksanaan solat mereka dengan masing-masing
mencatat 72.7%, 50% dan 18%. (lihat lampiran, Jadual 1 dan Rajah 1)
Kesimpulannya, bagi pendapat penyelidik, dapatan di atas merupakan sesuatu yang amat
membantu penyelidik untuk merangka dan membuat tindakan susulan selanjutnya.
Dengan kata lain, pensyarah Kolej Komuniti khususnya Kolej Komuniti Pekan perlu
mengadakan program-program yang boleh membantu pelajar menambahbaikkan
pengamalan dan pelaksanaan solat mereka.

7.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Hasil dapatan daripada kajian ini amat membantu penyelidik khasnya untuk merangka
program-program yang boleh menambahbaik pengamalan dan pelaksanaan solat fardhu
di kalangan pelajar. Ia menjadi titik tolak kepada penyelidik untuk mengambil langkah-
langkah susulan yang lebih efektif dan efisyen. Program yang telah dijalankan seperti
Smart Circle, pemantauan solat menggunakan buku Smart Solat Checklist, program-
program umum seperti Prgoram Ihya’ Ramadhan, Sambutan Maulidur Rasul, ceramah
sempena Isra’ Mikraj dan lain-lain lagi akan diteruskan dengan menambahbaikkan
program dari sudut pengisian dan aktiviti-aktiviti yang menarik.
Selain daripada itu, program-program yang mengarah kepada pembinaan jatidiri
pelajar diharapkan dapat dijalankan apabila perkara yang asas dapat disantuni dan
dititikberatkan.
Hasil daripada tinjauan dan temubual yang dijalankan di kalangan pelajar juga,
mendapati sebahagian kecil mereka kurang memahami kepentingan menjaga solat.
Oleh itu program-program yang diadakan, diharapkan memberi kesan di hati pelajar
bahawa pihak kolej memandang berat tentang isu perlaksanaan solat.

17

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

8.0 KESIMPULAN
Dapatan data yang diperolehi hasil dari tinjauan dan soal selidik kepada responden
mendapati bahawa secara umumnya beberapa faktor telah dikenalpasti mempengaruhi
pelaksanaan solat fardhu pelajar. Antara faktor-faktornya ialah faktor pensyarah atau
guru, sikap pelajar, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.
Faktor guru atau pensyarah merupakan faktor yang paling mendapat peratusan tertinggi
iaitu 93% responden memilih guru atau pensyarah mempengaruhi pelaksanaan solat
mereka. Begitu juga faktor keluarga meliputi 81.8% mempengaruhi pelaksanaan solat
mereka. Selain daripada itu faktor sikap pelajar, rakan sebaya dan masyarakat sekeliling
juga memberi pengaruh terhadap pelaksanaan solat mereka dengan masing-masing
mencatat 72.7%, 50% dan 18%. (lihat lampiran, Jadual 1 dan Rajah 1)
Kesimpulannya, bagi pendapat penyelidik, dapatan di atas merupakan sesuatu yang amat
membantu penyelidik untuk merangka dan membuat tindakan susulan selanjutnya.
Dengan kata lain, pensyarah Kolej Komuniti khususnya Kolej Komuniti Pekan perlu
mengadakan program-program yang boleh membantu pelajar menambahbaikkan
pengamalan dan pelaksanaan solat mereka.

9.0 RUJUKAN

Ismail Kamus (2009), “ Indahnya Hidup Bersyariat”, Shah Alam: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Nur Dalilah Zakaria (2012),‘Pelaksanaan Ibadat Solat dan Hubungannya dengan
Konflik Rumahtangga: Kajian di Unit Rundingcara Keluarga, Bahagian
Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI’, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya

Rahmat Bin Abdullah (2012-2013), “Mengkaji Tahap Kefahaman dan Perlaksanaan
Ibadat Solat Lima Waktu di Kalangan Pelajar Muslim di Kolej Komuniti
Selandar”,Koleksi Penulisan Ilmiah, Kolej Komuniti Selandar

Sharifah Nur Binti Abu (2012), “Pengamalan Soalt fardhu Dalam Kalangan Pelajar
Politeknik Kuching Sarawak”, Jabatan Pengajian Am, Politernik Kuching Sarawak

Al-Quran, tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran 30 Juzuk. Terj.
Sheikh Abdullah Bin Muhammad Basmith, Kuala Lumpur: Darul Fikr

Norlyana Sulong (2006). Tahap Pengamalan Pelajar Terhadap Tanggungjawab Solat:
Satu Kajian Di Kolej 11. Tesis Sarjana Muda. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Chua Yan Piaw (2006), “Kaedah Penyelidikan”, Shah Alam, Selangor : McGraw-Hill
(M)

John W. Creswell (2005), “ Educational Research: Planning, Conducting, and
Evaluating Quantitative and Qualitative Research.

18

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

LAMPIRAN

Jadual 1 : Bilangan dan peratusan jantina

Jantina Bilangan Peratusan (%)
Lelaki 31 70.45
Perempuan 13 29.54
Jumlah 44 100

Jadual 2 : Analisis skor min pelajar bagi setiap faktor

Faktor yang mempengaruhi pelaksanaan solat fardhu pelajar Skor min

Pensyarah atau guru 4.65
Keluarga 4.09
3.6
Sikap pelajar 2.5
Rakan sebaya 0.9
Masyarakat 3.15
Min keseluruhan

Jadual 1 : Faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan solat fardhu pelajar
19

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

ANTESEDAN KECERDASAN EMOSI, KECERDASAN SPIRITUAL DAN KECERDASAN
EMOSI SPIRITUAL (ESQ) DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA

MARUDU, SABAH
Raja Nurul Waheeda Binti Raja Zilan
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

[email protected]
Zulkurnain Bin Hassan
Kolej Komuniti Kota Marudu
[email protected]

ABSTRAK
Kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual memainkan peranan penting dalam kehidupan
khususnya dalam kalangan pelajar yang membolehkan mereka untuk mengatasi dan mengha-
dapi cabaran dalam kehidupan mereka. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui dan me-
nentukan tahap ESQ pelajar Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah(KKKMS) disamping untuk
mengenalpasti samaada terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ESQ pelajar mengikut
demografi. Insrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah diadaptasikan dari
soal selidik Emotional Spiritual Quotient Instrument Augustian (2001). Responden dalam ka-
jian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar KKKMS semua semester bagi sesi Julai 2016.
Data diproses dengan menggunakan statistik deskriptif untuk mendapatkan nilai min, peratus
dan sisihan piawai dengan menggunakan Perisian Statistical Package For The Social Scienc-
es (SPSS) Versi 20.0. Hasil analisis menunjukkan bahawa tahap ESQ pelajar KKKMS adalah
pada tahap tinggi(min keseluruhan=3.20) dengan 72.5%(29 responden) mendapat skor ESQ
melebihi 400 dan tidak terdapat pelajar yang mempunyai tahap ESQ yang rendah. Dari analisa
korelasi didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ESQ dari segi pekerjaan
ibu bapa, umur dan bilangan adik beradik, namun terdapat hubungan yang signifikan antara
tahap ESQ pelajar dengan status perkahwinan ibu bapa.Secara keseluruhannya didapati sema-
kin positif pemikiran seseorang pelajar maka semakin baik tahap ESQ pelajar berkenaan.
Kata Kunci : Kecerdasan emosi, spiritual, pelajar

1.0 PENGENALAN
Prestasi akademik seseorang pelajar dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kecerdasan
intelek, kecerdasan emosi, persekitaran, peranan ibubapa, komunikasi keluarga,
hubungan dengan pensyarah dan sebagainya. Kecerdasan emosi dan spiritual (ESQ)
dapat membantu para pelajar mempunyai prestasi yang memuaskan dari segi akademik
serta menangani permasalahan-permasalahan lain yang timbul dalam konteks
kehidupan mereka seharian. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mengetahui apakah
faktor demografi keluarga berperanan selaku antesedan kepada ESQ seseorang pelajar.
Salah satu dari punca perkara ini adalah kerana corak komunikasi yang diamalkan oleh
sesebuah keluarga turut mendatangkan pelbagai implikasi terhadap anak-anak. Dapatan
kajian ini diharap dapat memberikan sumbangan dari segi penambahan kajian-kajian
berkaitan dengan ESQ serta juga aspek-aspek teoretikal berkaitan dengan hubungan
antara pembolehubahpembolehubah ini dalam konteks masyarakat di Malaysia

20

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

1.1 Permasalahan Kajian
Kecerdasan spiritual (SQ) merupakan satu penemuan baru secara ilmiah buat pertama
kali oleh Zohar dan Marshall (2000). Hasil tinjauan di Amerika Syarikat pada tahun
1918 tentang kecerdasan intelek (IQ) ternyata menghasilkan sebuah paradoks yang
membahayakan di mana skor IQ kanak-kanak semakin baik dan kecerdasan emosi
semakin menyusut (Agustian, 2001). Kebimbangan yang timbul ialah apabila hasil
tinjauan menunjukkan bahawa anak-anak generasi sekarang lebih banyak menghadapi
masalah emosi berbanding generasi terdahulu. Secara purata anak-anak generasi
sekarang ini mengalami kesepian, tekanan, lebih cepat marah, lebih sukar dididik, lebih
gugup, lebih cepat cemas dan agresif. Kajian yang dilakukan oleh Najib dan rakan-
rakan (2003) tentang tahap EQ dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi
Awam di Malaysia menunjukkan secara umum, tahap EQ responden berada dalam
kategori yang tidak memuaskan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap EQ perlu
dipertingkatkan kerana EQ mempunyai hubungan dengan kompetensi-kompetensi
yang lain. Kompetensi-kompetensi yang berhubungan secara signifikan dengan EQ
ialah kompetensi berkomunikasi, kompetensi berbahasa Inggeris dan kompetensi
teknologi maklumat.
Goleman (1995) berpendapat bahawa kualiti kecerdasan emosi (EQ) sangat berbeza
dengan IQ. IQ umumnya tidak berubah dan kecerdasan dapat dipelajari dengan mudah
sahaja. Sama ada individu berkenaan peka atau tidak, pemalu, pemarah atau sukar
bergaul dengan orang lain sekalipun dengan motivasi dan usaha yang benar, kita dapat
mempelajari dan menguasai kecerdasan emosi tersebut. Namun begitu, keseimbangan
antara IQ dan EQ harus wujud. Perkara ini ditambah lagi dengan penemuan terkini
berkaitan dengan SQ iaitu kecerdasan spiritual yang harus wujud dalam diri individu.
Zohar dan Mashall (2000) menyatakan kecerdasan spiritual adalah kecerdasan untuk
menghadapi persoalan makna atau value, iaitu kecerdasan untuk menempatkan perilaku
dan hidup kita dalam konteks makna yang lebih luas dan kaya, kecerdasan untuk
menilai bahawa tindakan atau jalan hidup seseorang lebih bermakna dibandingkan
dengan yang lain. SQ adalah landasan yang diperlukan untuk menfungsikan IQ dan EQ
secara efektif. SQ merupakan kecerdasan tertinggi yang harus dimiliki oleh seseorang
dalam konteks menjalani kehidupan seharian. Persoalan yang dikemukakan seterusnya
ialah adakah terdapat perbezaan dari segi ESQ bagi responden yang berbeza demografi
dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah.
1.2 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
i. Menentukan tahap ESQ pelajar KKKMS.
ii. Mengenalpasti samaada terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ESQ

pelajar mengikut demografi

21

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

1.3 Persoalan Kajian
Kajian ini adalah untuk menjawab beberapa persoalan iaitu:
i. Bagaimanakah tahap ESQ dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Kota Marudu,

Sabah?
ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ESQ pelajar mengikut

pendidikan ibu bapa?
iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ESQ pelajar mengikut

bilangan adik beradik?
iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ESQ pelajar mengikut

umur?
v. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ESQ pelajar mengikut

status perkahwinan ibu bapa?
1.4 Hipotesis Kajian
Hipotesis yang dibentuk untuk mencapai objektif kajian adalah seperti berikut
Hipotesis nol 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ESQ pelajar
mengikut pendidikan ibu bapa
Hipotesis nol 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ESQ pelajar
mengikut bilangan adik beradik
Hipotesis nol 3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ESQ pelajar
mengikut umur
Hipotesis nol 4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ESQ pelajar
mengikut status perkahwinan ibu bapa
2.0 KAJIAN LITERATUR
Dalam konteks spiritual Islam, Agustian (2001) telah memperkenalkan istilah ESQ
di dalam tulisan beliau Emotional Spiritual Quotient (ESQ). Beliau menggabungkan
lima rukun Islam bersama dengan enam rukun iman sebagai elemen pengukuran
tahap ESQ. ESQ juga merupakan rangkuman emosi-sosio-spiritual yang bukan hanya
menjadikan seseorang itu berupaya untuk mengenali emosi sendiri dan berupaya
membuat keputusan yang bijak, tetapi juga berupaya menguasai tiga domain utama
lain iaitu (Sohaimi 2004) memotivasikan emosi negative, mengenali emosi orang dan
mengendali hubungan dengan orang lain

22

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Dari segi ESQ pula dalam bidang pendidikan, Kates dan Maria (2002) telah mengkaji
hubungan di antara SQ dengan kesedaran kreativiti pendidik. Kajian yang menggunakan
penceritaan sebagai kaedah pengumpulan data menghuraikan hasil kerja tiga orang
pendidik yang telah membentuk model aktiviti kreatif bagi mewujudkan kesedaran
transpersonal dan spiritual. Kates dan Maria meneliti perkaitan antara kreativiti dan
kepintaran spiritual menggunakan kaedah analisis naratif. Responden yang terlibat ialah
tiga orang pendidik yang telah mencipta model aktiviti kreatif menggunakan kesedaran
spiritual dan transpersonal. Prinsip mengambil berat dan authienticity diamalkan
melalui kesepaduan kendiri. Mereka mengamalkan keseimbangan dalaman termasuklah
kepintaran emosi, intusi, imaginasi dan kualiti kendiri. Secara keseluruhannya, hasil
kajian tentang IQ, EQ dan ESQ menunjukkan kepentingan ketiga-tiga elemen terhadap
kehidupan seseorang. Pemboleh ubah berkenaan tidak hanya menyumbang kepada
kejayaan dalam pendidikan tetapi juga dalam aspek kerjaya dan kehidupan.
Kajian oleh Amato (1993) tentang hubungan ibu bapa dan anak remaja serta psikologi
remaja pada peringkat awal dewasa mendapati wujud perbezaan yang signifikan di
antara hubungan ibu bapa dengan anak remaja dan juga tekanan psikologi yang dialami
oleh remaja. Remaja yang mempunyai hubungan rapat dengan ibu bapa akan merasa
gembira, mengalami kepuasan hidup dan tiada tekanan.
Kajian yang dilakukan oleh Idham et al. (2010) berkaitan profil kecerdasan emosi guru
pelatih bahasa mengikut tahun pengajian mendapati terdapat perbezaan perhubungan
kecerdasan emosi guru pelatih yang belajar pada tahun satu, tahun dua dan tahun
tiga sama ada dalam perkara kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi, empati,
kemahiran sosial, kerohanian, kematangan atau kecerdasan.
Rorlinda (2009) dalam kajiannya terhadap kecerdasan emosi, efikasi kendiri dan
sumbangan terhadap komitmen tugas guru kaunseling sekolah menengah mendapati
kecerdasan emosi guru kaunseling dalam kajian ini berada pada kadar sederhana ke
tinggi, dengan kecekapan kerohanian, kematangan dan empati mengatasi domain-
domain yang lain seperti regulasi kendiri, motivasi kendiri, kesedaran kendiri dan
kemahiran sosial. Kajian juga menunjukkan kecerdasan emosi dan efikasi kendiri
merupakan dua kecekapan penting yang dapat menjana komitmen tugas guru kaunseling
dalam kajian ini.
Noriah dan Zuriah (2003) juga telah membuat kajian kepintaran emosi di kalangan
pelajar Tahun Satu mendapati wujudnya perbezaan yang signifikan kecerdasan emosi
dalam kalangan pelajar berlainan jantina yang dikaji. Min yang diperoleh menunjukkan
pelajar perempuan mempunyai min yang lebih tinggi dari pelajar lelaki. Pelajar
perempuan yang dikaji mempunyai min skor yang lebih tinggi bagi kedua-dua domain
empati dan kemahiran sosial. Ini menunjukkan pelajar perempuan lebih berkemampuan
untuk membina hubungan interpersonal dengan orang lain

23

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

3.0 METODOLOGI
Rekabentuk kajian yang digunakan adalah kuantitatif iaitu kaedah tinjauan keratan
rentas. Kaedah kuantitatif dipilih kerana kelebihannya iaitu dapat menjimatkan masa
dan kos lantaran data dapat dikumpulkan dalam masa yang singkat dengan jumlah
responden yang ramai (Sekaran, 2004). Pemilihan rekabentuk kajian ini selaras dengan
matlamat kajian iaitu mengkaji hubungan antara pembolehubah. Data dikumpulkan
melalui pengedaran borang soal selidik kepada responden yang tediri daripada semua
pelajar-pelajar Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah(KKKMS) bagi sesi Julai 2016.
Secara keseluruhan jumlah pelajar adalah seramai 31 orang yang terdiri dari pelajar
semester 1 hingga 4 dari Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
dan Sijil Penyelenggaraan Bangunan. Sebanyak 31 borang soal selidik telah diedarkan
dan pulangan yang didapati adalah sebanyak 31 borang serta semua soal selidik adalah
lengkap dan boleh dianalisis.
Tahap ESQ diukur melalui pembentukan instrumen yang dicadangkan oleh Agustian
(2001) Soal selidik ini menggunakan skala lima pilihan jawapan iaitu 1 = Sangat Tidak
Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Tidak Pasti, 4 = Setuju dan 5 = Sangat Setuju. Bahagian
ini mengandungi 99 soalan. Julat skor bagi jawapan ialah 99 minimum dan maksimum
ialah 495. Semakin baik skor, semakin baik tahap kecerdasan emosi seseorang (Agustian,
2001). Nilai Alfa Cronbach bagi instrumen ini ialah 0.96 yang bererti instrumen ini
boleh diguna pakai dalam konteks kajian ini.

Jadual 3.1: Pemarkatan Skor dan Tahap ESQ

Tahap Skor

Rendah 1.00 hingga 2.33

Sederhana 2.34 hingga 3.67

Tinggi 3.68 hingga 5.00

Bagi tujuan analisis data, analisis deskriptif berdasarkan min skor dan sisihan piawai
digunakan bagi menggambarkan skor responden berkaitan dengan tahap ESQ mereka.
Bagi mengkaji perbezaan tahap ESQ dari segi pekerjaan ibu bapa, umur, bilangan adik
beradik dan status perkahwinan ibu bapa ujian-t digunakan.

24

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

4.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Dapatan Kajian

4.1.1 Analisa Demografi

Jadual 4.1: Ciri-ciri Demografi Responden

CIRI-CIRI DEMOGRAFI FREKUENSI PERATUS (%)
65.0
Pekerjaan Bapa 26 10.0
Berkerja Sendiri 4 5.0
Berkerja dengan Kerajaan 2 5.0
Swasta 2 10.0
Tiada Pekerjaan 4 5.0
Meninggal dunia 2 57.5
Lain-lain 7.5
5.0
Pekerjaan Ibu 23 20.0
Berkerja Sendiri 3 2.5
Berkerja dengan Kerajaan 2 7.5
Swasta 8 12.5
Tiada Pekerjaan 1 35.0
Meninggal dunia 3 25.0
Lain-lain 7.5
20.0
Bilangan Adik beradik 5 80.0
1–2 14 20.0
3–4 10 29.0
5–6 3 29.0
7–8 8 42.0
Lebih dari 8

Umur 32
18 – 20 Tahun 8
21 – 25 Tahun

Status Perkahwinan Ibu bapa 30
Bersama 5
Berpisah 5
Lain-lain

4.1.2 Persoalan Kajian
Persoalan Kajian 1: Apakah tahap ESQ dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Kota
Marudu, Sabah?
Analisis deskriptif dilakukan bagi memberikan gambaran yang lebih terperinci tentang
tahap ESQ secara keseluruhannya. Dapatan menunjukkan nilai min ESQ pelajar
adalah 3.20 dengan sisihan piawai sebanyak 0.85335. Hasil analisis mendapati terdapat
beberapa item yang mempunyai nilai min yang paling tinggi seperti jadual 4.2 di bawah.

25

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Jadual 4.2. Item ESQ yang menunjukkan nilai min tertinggi

Item Pernyataan Min Sisihan Piawai

1 Saya selalu membayangkan masa depan 4.3000 0.88289

2 Saya menyanjung orang yang adil 4.3500 0.66216

3 Saya selalu memberikan bantuan yang ter- 4.1500 0.62224
mampu oleh saya

4 Saya selalu menjaga dan memelihara diri saya 4.2000 0.88289

5 Saya selalu memberi keutamaan kepada perk- 4.1250 0.75744
ara-perkara yang penting

6 Saya seorang yang bersimpati pada orang lain. 4.2750 0.59861

7 Saya selalu berterima kasih kepada orang lain 4.2000 0.75786

8 Saya selalu berusaha meningkatkan kekuatan 4.2250 0.73336
rohani dan jasmani saya

9 Saya memiliki kekuatan dan semangat yang 4.1250 0.75744
tinggi

10 Saya selalu berhati-hati. 4.2250 0.65974

Jadual 4.3. Item ESQ yang menunjukkan nilai min terendah

Item Pernyataan Min Sisihan Piawai
1
Saya memiliki kuasa yang mutlak untuk mem- 2.9500 0.90441
2 buat keputusan
3
Saya selalu bersikap terpuji 2.9500 0.74936
4
5 Saya memiliki kekuatan untuk mempengaruhi 2.9500 0.98580
orang lain
6
7 Saya berjaya dalam segala bidang 2.8750 1.04237

8 Saya mempunyai kemewahan harta dan 2.1000 0.87119
keperibadian
9
10 Saya seorang yang hebat dalam semua bidang 2.4250 1.05945

Saya orang yang pertama memulakan sesuatu 2.8750 1.06669
perkara

Saya seorang yang terbaik dalam segala-galan- 2.5000 0.90582
ya.

Saya selalu mencatatkan semua aktiviti saya 2.8750 1.11373

Saya bersikap selalu menjadi orang terakhir. 2.8000 1.13680

Dapatan ini menunjukkan bahawa responden lebih mengutamakan sifat-sifat
mengasihi, membantu orang lain, berusaha memenuhi kehendak semua orang dan
mengelakkan sikap-sikap negatif yang dapat menimbulkan masalah kepada orang lain.
Dapat kajian ini juga dapat memberikan gambaran bahawa item-item yang digunakan
untuk mengukur ESQ dikalangan pelajar berkenaan dapat memberikan gambaran
dalam konteks kehidupan mereka seharian

26

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Skor Jadual 4.4: Julat skor pelajar Peratus
250 - 300 2.5
301- 350 Bilangan Pelajar 15.0
351- 400 1 45.0
401- 450 6 32.5
450 - 500 18 5.0
13
2

Jadual 4.4 menunjukkan taburan responden mengikut julat skor bagi faktor ESQ.
Diperhatikan seorang pelajar berada pada skor 250 – 300, 6 orang pelajar berada dalam
julat skor 301 – 350, seramai 18 pelajar berada pada skor 351 – 400, 13 pelajar mendapat
skor antara 401 – 450 dan hanya 2 orang pelajar yang mencatat skor ESQ tertinggi iaitu
salam skor 450 – 500.

• Julat skor 99 minimum dan maksimum 495. Semakin baik skor, semakin baik tahap
kecerdasan emosi seseorang (Agustian, 2001).

Jadual 4.5 Taburan respoden mengikut tahap rendah, sederhana, dan tinggi bagi faktor
ESQ

Tahap Kekerapan Peratus

Rendah 0 0

Sederhana 11 27.5%

Tinggi 29 72.5%

40 100%

Jadual 4.5 menunjukkan taburan respoden mengikut tahap rendah, sederhana, dan
tinggi bagi faktor ESQ. Diperhatikan tiada berada pada tahap rendah, 11 orang berada
pada tahap ESQ yang sederhana dengan 27.5 peratus dan seramai 29 orang responden
dengan 72.5 peratus berada pada tahap tinggi

Persoalan Kajian 2: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ESQ pelajar
mengikut pendidikan ibu bapa?

Hipotesis nol 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ESQ pelajar
mengikut pendidikan ibu bapa.

Jadual 4.6: Analisis hubungan korelasi antara tahap ESQ pelajar mengikut pendidikan
bapa

Pekerjaan bapa Signifikan Pearson,r Keputusan

ESQ 0.195 -0.209 Tidak terdapat hubungan yang
signifikan
*Signifikan pada aras keertian 0.05 Diterima

27

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Jadual 4.7: Analisis hubungan korelasi antara tahap ESQ pelajar mengikut pendidikan
ibu

Pekerjaan Ibu Signifikan Pearson,r Keputusan

ESQ 0.558 0.095 Tidak terdapat hubungan yang
signifikan
*Signifikan pada aras keertian 0.05 Diterima

Persoalan Kajian 3: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ESQ pelajar
mengikut bilangan adik beradik?

Hipotesis nol 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ESQ pelajar
mengikut bilangan adik beradik

Jadual 4.8: Analisis hubungan korelasi antara tahap ESQ pelajar mengikut bilangan adik
beradik

Bilangan Adik Signifikan Pearson,r Keputusan
beradik

ESQ 0.223 0.197 Tidak terdapat hubungan yang
signifikan
*Signifikan pada aras keertian 0.05 Diterima

Persoalan Kajian 4: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ESQ pelajar
mengikut umur?

Hipotesis nol 3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ESQ pelajar
mengikut umur

Jadual 4.9: Analisis hubungan korelasi antara tahap ESQ pelajar mengikut pendidikan
ibu bapa

Umur Signifikan Pearson,r Keputusan

ESQ 0.130 -0.244 Tidak terdapat hubungan yang
signifikan
*Signifikan pada aras keertian 0.05 Diterima

Persoalan Kajian 5 : Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ESQ
pelajar mengikut status perkahwinan ibu bapa?

Hipotesis nol 4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ESQ pelajar
mengikut status perkahwinan ibu bapa

28

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Jadual 4.10: Analisis hubungan korelasi antara tahap ESQ pelajar mengikut status
perkahwinan ibu bapa

Status Signifikan Pearson,r Keputusan
Perkahwinan Ibu
bapa

ESQ 0.040 -0.326 Terdapat hubungan yang signifikan
Ditolak
*Signifikan pada aras keertian 0.05

5.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Perbincangan Hasil Kajian
Secara keseluruhannya, kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau tahap ESQ
dalam kalangan pelajar-pelajar KKKMS dan mengkaji perbezaan tahap ESQ dari segi
demografi. Bagi menjawab objektif pertama kajian, analisis deskriptif dilakukan. Hasil
analisis deskriptif menunjukkan tahap ESQ yang tinggi dalam kalangan responden yang
dikaji. Ini selaras dengan pandangan sarjana-sarjana lain bahawa elemen spiritual adalah
penting. Pengukuran IQ dan EQ sahaja tidak memadai. Elemen-elemen lain juga perlu
diambil kira dalam membincangkan tentang kecerdasan diri seseorang. Hasil kajian
ini membuktikan pandangan oleh sarjana seperti Gardner (1984), Zohar dan Marshall
(2000) dan Augustian (2001). Pandangan Augustian terutamanya berkaitan dengan
kecerdasan emosi yang perlu dititikberatkan berlandaskan perspektif Islam merupakan
suatu pandangan baru yang telah dibuktikan dalam kajian ini. Ini bererti kecerdasan
emosi dan kecerdasan spiritual seseorang itu perlu bukan hanya mengambilkira aspek-
aspek jasmaniah tetapi juga aspek-aspek rohaniah.
Dapatan ini menunjukkan bahawa responden lebih mengutamakan sifat-sifat
mengasihi, membantu orang lain, berusaha memenuhi kehendak semua orang dan
mengelakkan sikap-sikap negatif yang dapat menimbulkan masalah kepada orang lain.
Dapat kajian ini juga dapat memberikan gambaran bahawa item-item yang digunakan
untuk mengukur ESQ dikalangan pelajar berkenaan dapat memberikan gambaran
dalam konteks kehidupan mereka seharian
Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati semakin positif pemikiran semakin
baik tahap ESQ responden berkenaan. Dari dapatan didapati kebanyakan responden
mempunyai tahap ESQ yang tinggi dan 2 orang pelajar mempunyai tahap ESQ melebihi
skor 450. Hanya seorang pelajar yang mempunyai tahap ESQ yang rendah iaitu dibawah
skor 300.
Analisis dari segi perbezaan menunjukkan bahawa tahap ESQ dalam kalangan pelajar
tiada perbezaan yang signifikan mengikut pendidikan ibu bapa, bilangan adik beradik,
dan umur. Walaubagaimanapun terdapat korelasi antara tahap ESQ pelajar mengikut
status perkahwinan ibu bapa. Ini mungkin disebabkan keluarga yang berpisah memberi
pengaruh kepada tahap ESQ seseorang pelajar. Hasil kajian ini telah mencapai objektif
yang digariskan. Hasil kajian ini telah memaparkan tentang analisis secara deskriptif
item-item yang berkaitan dengan kecerdasan emosi sepertimana yang dikemukakan
oleh Augustian (2001). Misalnya responden menitikberatkan masa depan mereka,
mengasihi diri sendiri serta juga menyanjungi orang lain.

29

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Di samping itu, item-item ESQ yang rendah tahap persetujuan telah dikenalpasti.
Hasil kajian juga menunjukkan bahasa komunikasi keluarga dan komunikasi institusi
berperanan selaku ansedan kepada ESQ. Korelasi antara pembolehubah berkenaan
dibuktikan dalam kesemua konteks responden yang dikaji. Dari segi perbezaan tiada
perbezaan yang signifikan antara tahap ESQ mengikut pekerjaan ibu bapa, umur dan
bilangan adik beradik. Hanya terdapat perbezaan yang signifikan ESQ pelajar mengikut
status perkahwinan ibu bapa

5.2 Cadangan
Berdasarkan hasil kajian yang diperoleh, disertakan beberapa cadangan kepada pihak-
pihak tertentu untuk diberi perhatian yang sewajarnya
i. Pensyarah perlu memastikan bahawa pelajar tidak mengalami kesepian, tekanan,

lebih cepat marah, lebih sukar dididik, lebih gugup, lebih cepat cemas dan agresif.
Sebarang perubahan pada pelajar hendaklah sentiasa diperhatikan
ii. Tahap EQ pelajar perlu dipertingkatkan kerana EQ mempunyai hubungan dengan
kompetensi-kompetensi yang lain
iii. Pihak KKKMS perlulah merancang program yang dapat meningkatkan tahap ESQ
pelajar.
iv. Kajian lanjutan dilakukan bagi mengenalpasti faktor-faktor utama yang
mempengaruhi tahap ESQ seseorang

6.0 RUJUKAN

Agustian, A.G. (2001). Kecerdasan Emosi Dan Spiritual: Rahsia Sukses Membangun
Amato, P.R. (1993). “Children Adjustment To Divorce: Theories, Hypotheses And

Empirical Support”. Journal Of Marriage And The Family, 55, 23-39.
Barnes, G. M., & Farrell, M. P. (1992). “Parental support and control as predictors of

adolescent drinking, delinquency, and related problem behaviors”. Journal of
Marriage and the Family, 54, 763-776.
Baxter, L. A., Babbie, E. (2006). The Basic of Communication Research. Australia:
Thomson and Wadsworth.
Bowling, J.L. (1998). “An Examination Of Spirituality Based On Howard Gardner’s
Theory Of Multiple Intelligences”. Digital Ph.D Thesis, The Southern Baptist
Theological Seminary. Retrieved 30 August 2004, From Http://Wwwlib.Uni.Com.
Esrv.Uum.Edu.My/Dissertations/Fullcit/9903139
Clark, R.D. & Shields, G. (1997). Family Communication And Delinquency. Adolescence,
30, 125, 81-92.

30

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Dickson, W.P. (1982). Creating Communication-Rich Classroom: Insight From The
Sociolinguistic And Referential Traditions. In Wilkonson L.C (Peny). Communicating
In The Classroom. Academic Press, Inc: New York.

Fitzpatrick, M.A. & Marshall, L. J. (1996). “The effect of family communication
environments on children’s social behavior during middle childhood”. Communication
Research, 23(4), 379-407.

Fitzpatrick, M.A. & Ritchie, L.D. (1994). “Communication Schemata Within The Family:
Multiple Perspective On Family Interaction”. Human Communication Research, 20,
275-301.

Gardner, H. (1984). Frames Of Mind: The Theories Of Multiple Intelligences. New York:
Basic Books.

Gardner, H. (1993). Multiple Intelligences: The Theory In Practice. New York: Basic
Books. Goleman, D. (1995). Emotional Intelligence: Why It Can Matter More Than
IQ. New York: Bantam Books.

Goleman, D. (1998). Working With the Emotional Intelligence. New York: Bantam
Books.

Hite, L.M. (1985). “Female Doctoral Students: Their Perceptions And Concerns”. Journal
Of College Student Personnel, 26, 18-22.

Kecerdasan Emosi Dan Spiritual.Indonesia: Penerbit Arga
Salinah Pit (2008) Kecerdasan emosi di kalangan pelajar. (Tesis Sarjana). Fakulti

Pendidikan, UKM.

31

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

TAHAP PENGAMALAN SYARIAT MENUTUP AURAT DI KALANGAN PELAJAR
MUSLIMAH KOLEJ KOMUNITI ZON PAHANG
Ab Aziz Bin Omar
Kolej Komuniti Raub Pahang
[email protected]
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pengamalan syariat menutup aurat di kalangan pelajar
muslimah Kolej Komuniti Zon Pahang, seterusnya untuk memberi pendedahan, pengetahuan
serta kesedaran kepada mereka dalam penjagaan aurat yang merangkumi persyaratan pakaian
dan memenuhi syariat Islam sepenuhnya. Sampel kajian terdiri daripada 155 orang pelajar
dari lima buah kolej komuniti di negeri ini iaitu Kolej Komuniti Raub, Kolej Komuniti Lipis,
Kolej Komuniti Bentong, Kolej Komuniti Temerloh dan Kolej Komuniti Jerantut. Dalam
melaksanakan kajian ini, penulis telah menggunakan dua metod iaitu kajian kepustakaan dan
kajian lapangan. Kajian kepustakaan dilaksanakan dengan mengumpul bahan-bahan berkaitan
yang menyentuh konsep aurat, hukum-hukum dan batas-batas aurat bagi muslimah. Metod
kedua ialah kajian lapangan, ia dilaksanakan melalui soal selidik yang diedarkan kepada
pelajar-pelajar dan temu bual bersama pensyarah kolej komuniti tersebut. Data kajian daripada
soal selidik dan temu bual tersebut dianalisis dan dijadikan sumber untuk mengetahui tahap
pengetahuan pelajar muslimah terhadap kewajipan menjaga aurat bagi mendapatkan gambaran
yang jelas berkenaan tahap pengamalan pelajar Muslimah terhadap kewajipan menutup aurat
serta mengetahui kedudukan aurat dari perspektif Islam. Secara keseluruhannya dapatan
kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan responden berada di tahap yang agak tinggi
dan majoriti responden mengetahui konsep, kewajipan dan tujuan menutup aurat. Walau
bagaimanapun, dari segi amalan menutup aurat di kalangan responden kurang memuaskan
kerana mereka ini mudah terpengaruh dengan persekitaran semasa. Hasil daripada dapatan
kajian yang diperolehi, penulis mengemukakan beberapa cadangan bagi membantu para pelajar
mempertingkatkan kesedaran pengamalan menutup aurat dalam kalangan mereka.
Kata kunci: Pelajar, laksana dan tutup aurat.

1.0 PENGENALAN
Islam mewajibkan umatnya sama ada lelaki atau wanita supaya menutup aurat dengan
berpakaian sempurna mengikut ketentuan syariat agar dapat membezakan dengan
umat-umat agama lain, tujuannya ialah untuk menghindarkan mereka dari mendapat
dosa mudah, firman Allah SWT. Yang bermaksud:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan
mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan lehir bajunya dengan
tudung kepala mereka.
(surah al-Nur : 31)

32

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Berpakaian sopan dengan menutup aurat juga sebagai lambang pegangan agama dan
akhlak seseorang Islam dan memberi persepsi baik terhadap masyarakat kerana orang
ramai secara umumnya melihat pada zahiriah sahaja. Dengan ini secara taklangsung
mereka dipandang mulia, dihormati dan disayangi oleh masyarakat umum.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Berdasarkan kepada pemerhatian pengkaji dan pensyarah-pensyarah lain, didapati ada
segelintir pelajar yang berpakaian tidak menepati kehendak syariat Islam di dalam kelas
dan kawasan kolej walaupun pada pandangan zahirnya nampak macam menutup aurat
seperti tudung singkat, baju dan seluar ketat, kain yang nipis dan tidak pakai sarung
kaki. Pada program-program tertentu di luar kawasan kolej, masalah pendedahan aurat
makin ketara terutamanya pada program sukan, lawatan, pertandingan-pertandingan
dan lain-lain, apabila ditegur ada yang cuba mengubah ada juga yang memberi alasan-
alasan remeh dan ada juga yang tidak peduli langsung
Kalaulah di dalam kawasan kolej atau pada program-program anjuran kolej, ada
dikalangan pelajar yang tidak dapat menutup aurat dengan sempurna, sudah tentulah
di luar kawasan kolej seperti di tempat-tempat awam yang bebas, masalah pendedahan
aurat ini makin bertambah serius dan tidak terkawal, ini terbukti apabila pengkaji
ternampak pelajar di Bandar Raub yang berpakain tidak menepati kehendak syariat
dan ada yang mendedah aurat.
Oleh yang demikian, pengkaji rasa tengpanggil untuk membuat kajian mengenai Tahap
Pengamalan Syariat Menutup Aurat di Kalangan Pelajar Muslimah Kolej Komuniti Zon
Pahang. Ini kerana pelajar bakal mewarisi generasi dewasa sekarang dalam mencorak
masyarakat dan pengaruh mereka sangat besar dalam membudayakan golongan muda.
Kajian ini dilakukan untuk melihat persepsi, pengetahuan dan amalan mereka dalam
menutup aurat.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian ini, terdapat tiga objektif yang ingin dicapai oleh pengkajii aitu:
i. Untuk mengetahui persepsi pelajar kolej komuniti zon Pahang terhadap kewajipan

menutup aurat
ii. Untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar kolej komuniti zon Pahang terhadap

kewajipan menutup aurat
iii. Untuk mengetahui tahap pengamalan menutup aurat di kalangan pelajar kolej

komuniti

33

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

4.0 KAJIAN LAMPAU
Terdapat beberapa kajian terdahulu yang membicarakan tentang amalan menutup aurat
di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi antaranya ialah kajian oleh Farahwahida
binti Mohd Yusof dan Nur Afzan binti Muhamad Fakulti pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia bertajuk Aurat Wanita Muslim Menurut Perspektif Islam: Penerimaan Dan
Pengamalan Di Kalangan Masyarakat. Hasil kajian dapat dirumuskan bahawa, majoriti
responden menyedari tentang kewajipan menutup aurat dan hikmah di sebaliknya,
namum mereka ini kurang memberi maklumbalas yang baik terhadap perlaksanaannya.
Dalam kajian lain yang di buat oleh oleh Abdullah bin Sulong Norliza binti Ahmad dari
Universiti Teknologi Malaysia bertajuk Kesedaran Menutup Aurat Dalam Kalangan
Pelajar Tahun Empat. Satu kajian di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor. Dapatan kajian secara umumnya dapat dirumuskan bahawa sebahagian
besar pelajar tahu tentang hukum menutup aurat dan kebaikkanya, tetapi dari segi
pelaksanaan, mereka masih lagi terikut-ikut dengan persekitaran. Di lihat kepada
contoh-contoh kajian tadi, didapati hasilnya hampir sama iaitu masalah responden
ialah tidak dapat melaksanakan amalan menutup aurat.

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil daripada dapatan kajian ini boleh memberi manfaat kepada pihak-pihak yang
berkepentingan dan terlibat antaranya ialah:
i. Pihak pengurusan kolej dalam mengajar, mendidik dan mendisiplinkan pelajar
supaya berpakaian mengikut kehendak syariat Islam
ii. Kajian ini membolehkan ibu bapa melakukan pengawasan terhadap anak-anak
mereka supaya tidak terpengaruh dengan persekitaran tidak baik
iii. Dapat memberi kesedaran kepada individu terlibat dan berusaha untuk berubah
kepada yang terbaik.

6.0 SKOP/BATASAN KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan di kolej komuniti Pahang barat sahaja yang terdiri dari Kolej
Komuniti Raub, Kolej Komuniti Lipis, Kolej Komuniti Bentong, Kolej Komuniti
Jerantut dan Kolej Komuniti Temerloh yang melibatkan pelajar perempuan beragama
Islam sahaja, ini kerana kedudukan kolej-kolej ini agak dekat antara satu sama lain.
Sementara pelajar perempuan dipilih kerana golongan ini mudah terlibat dengan
masalah pendedahan aurat kerana berpakaian tidak mengikut ketetapan syariat Islam
dan kesannya kepada individu itu sendiri serta masyarakat umum.

34

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

7.0 REKA BENTUK KAJIAN
Kaedah kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini berbentuk deskriptif bertujuan
untuk mengumpul data dan maklumat secara terperinci dan mengkaji tahap kesedaran
pelajar dalam hal menutup aurat. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang
menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapat data sebenar bagi melihat peratusan,
min dan kekerapan. Kaedah soal selidik yang digunakan sebagai instrument kajian,
memudahkan pengkaji untuk mengetahui respon pelajar selain ia dapat menjimatkan
masa, tenaga dan kos perbelanjaan jika dibandingkan dengan instrument yang lain.
Setiap maklumat yang didapati melalui soal selidik ini akan dianalisis secara kuantitatif.

8.0 POPULASI

Populasi dalam kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar perempuan muslim Kolej
Komuniti Raub yang terdiri daripada 25 orang, Kolej Komuniti Lipis10 orang, Kolej
Komuniti Bentong 38 orang, Kolej Komuniti Jerantut 45 orang dan Kolej Komuniti
Temerloh 37 orang, keseluruhanya 155 orang

Jadual 1: Jumlah sampel pelajar Bil. Pelajar
25
Bil Kolej Komuniti 10
1 Kolej Komuniti Raub 38
2 Kolej Komuniti Lipis 45
3 Kolej Komuniti Bentong 37
4 Kolej Komuniti Jerantut 155
5 Kolej Komuniti Temerloh

Jumlah

Pemilihan populasi ini sebagai sampel kajian kerana terdapat ciri-ciri yang boleh dikaji
dalam kalangan pelajar-pelajar berbanding kolej komuniti lain.

9.0 INSTRUMEN KAJIAN
Penyelidik menggunakan kaedah soal selidik dalam kajian ini. Soal selidik ini dibentuk
berdasarkan objektif kajian persoalan kajian yang ditetapkan. Ia terdiri dari empat
bahagian iaitu Bahagian A yang berkaitan dengan maklumat diri pelajar dan Bahagian
B, C dan D berkaitan objektif dan persoalan kajian yang terdiri dari tiga item iaitu
persepsi pelajar terhadap penutupan aurat, pengetahuan tentang aurat dan pengamalan
berpakaian menutup aurat

35

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Bahagian Jadual 2: Maklumat setiap bahagian
A
B Maklumat
C Latar belakang responden
D Persepsi pelajar terhadap hukum menutup aurat
Pengetahuan pelajar tentang menutup aurat
Amalan pelajar dalam menutup aurat

Pada bahagian A, responden perlu menandakan pada ruang berkaitan. Pada bahagian
B pula pengkaji menggunakan kaedah skala likert, iaitu responden dikehendaki
menandakan jawapan pada salah satu jawapan yang disediakan. Lihat jadual 3:

Sangat Tidak Tidak Setuju Sederhana Setuju Sangat
setuju Setuju 4 Setuju

Skor 1 2 3 5

10. KAJIAN RINTIS
Seramai 10 orang pelajar Kolej Komuniti Raub telah digunakan oleh penyelidik untu
menjawab soal selidik. Pemilihan sampel untuk kajian rintis ini kerana ianya mempunyai
ciri-ciri yang sama dengan sampel yang hendak diuji. Kajian rintis dilaksanakan
bertujuan untuk menentukan kesahihan dan kebolehpercayaan terhadap soal selidik
yang hendak digunakan oleh penyelidik. Nilai alpha bagi kajian rintis ini ialah 0.825.

11.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
11.1 Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap hukum menutup aurat

36

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Bil Perkara Kekerapan dan peratusan (%)
12345

Peribadi saya akan berubah 0 35 10 85 25
1 sekiranya berpakaian menut- (22.58) (8.33) (70.83) (20.83)

up aurat mengikut syariat

Orang yang menutup aurat 0 25 23 90 27
2 sempurna adalah orang yang (16.12) (17.69) (69.23) (20.76)

berakhlak mulia

Berpakaian menutup aurat
sempurna, menyebabkan 40 22 75 18
3 seseorang itu bertambah 0 25.80) (14.19) (48.38) (11.61)

maju

Berpakaian menutup aurat 0 31 11 93 20
4 boleh menjauhkan diri dari (20.0) (7.09) (60.0) (12.90)

perkara maksiat.

Berpakaian menutup au- 15 24 95 21
rat menyebabkan hati rasa (9.67) (15.48) (61.29) (13.54)
5 tenang tanpa diganggu oleh 0

lelaki

Orang yang tidak menutup 10 105 11 22 7
6 aurat adalah orang yang (6.45) (67.74) (7.09) (14.19) (4.51)

berakhlak buruk

Dengan menutup aurat, saya 0 7 32 103 13
7 kelihatan lebih anggun dan (4.51) (20.64) (66.45) (8.38)

menawan.
Jadual 4 : Persepsi pelajar terhadap hukum menutup aurat

Dalam bahagian Persepsi pelajar terhadap amalan menutup aurat, hasil kajian mendapati
77.41% responden menyatakan peri badi mereka akan berubah sekiranya berpakaian
menutup aurat mengikut syariat Islam. Seramai 83.87% responden mengakui orang
yang menutup aurat sempurna adalah mereka yang ber akhlak mulia. Seramai 74.19%
pula bersetuju bahawa orang yang menutup aurat dengan sempurna, ia boleh bertambah
maju dalam kehidupannya. 80% responden bersetuju menyatakan bahawa dengan
menutup aurat boleh menjauhkan diri seseorang dari perkara maksiat. Seramai 90.32%
responden menyatakan mereka merasa tenang tanpa diganggu oleh lelaki apabila
berpakaian menutup aurat. Seramai 90.96 responden pula berpandangan bahawa
berpakaian menutup aurat bukanlah sesuatu yang membebankan mereka bahkan lebih
senang apabila menjadi kebiasaan. Seramai 74.20% responden tidak bersetuju dengan
kenyataan bahawa orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna adalah orang
buruk akhlaknya dan terdapa seramai 95.48% responden bersetuju bahawa menutup
aurat menyebabkan mereka kelihatan anggun dan menawan. Secara keseluruhannya
para pelajar bersepsi baik terhadap berpakain menutup aurat.

37

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

11.2 Mengenal pasti pengetahuan pelajar terhadap hukum menutup aurat

Bil Perkara Kekerapan dan peratusan (%)
12345

Berpakain menutup aurat 0 2 8 125 20
1 adalah wajib ke atas setiap (1.29) (5.22) (81.69) (13.07)

orang Islam yang mukallaf

Wanita Islam tidak boleh 0 5 14 115 21
2 mendedahkan auratnya (3.22) (9.33) (74.19) (13.54)

kepada wanita bukan Islam

Muslimah yang berpakaian 5 20 12 113
menutup aurat boleh terus (3.84) (15.38) (9.23) (86.82)
3 solat tanpa menukar kepada 5 (3.84)

pakaian khas solat

Aurat wanita Islam dengan 0 2 6 (3.92) 130 17
bukan mahramnya adalah (1.30) (84.96) (11.11)
4 seluruh anggota badan
kecuali muka dan tapak
tangannya

Wanita Islam yang
berpakaian ketat dan nipis 5 28 121 1
5 boleh menimbulkan fitnah 0 (3.22) (18.66) (80.66) (0.66)

dan haram

Wanita yang bersolek 0 4 31 119 1
6 melampau juga boleh (2.53) (20.52) (78.80 (0.66)

menimbulkan fitnah

Saya mengetahui bahawa
aurat seorang muslimah
7 dengan muslimah yang lain 0 1 18 133 3
(0.64) (11.68) (86.36) (1.94)
adalah antara pusat hingga
paras lutut.
Jadual 5: Pengetahuan pelajar tentang hukum menutup aurat

Dalam bahagian pengetahuan pelajar, terdapat seramai 98.70% responden mengetahui
bahawa hukum menutup aurat bagi orang Islam yang mukallaf adalah wajib.
Seramai96.77% responden menyatakan mereka mengetahui bahawa tidak boleh wanita
Islam mendedahkan auratnya kepada wanita bukan Islam kecuali muka dan dua
tapak tangan. Seramai 83.87% responden mengetahui hukum wanita yang berpakaian
menutup aurat dengan sempurna boleh melakukan solat tanpa menukar pakaiannya
kepada memakai pakaian khas. Seramai 98.70% responden menyatakan mengetahui
hokum mendedahkan aurat kepada seseorang yang bukan mahramnya kecuali muka
dan tapak tangan. Seramai 96.77% responden mengetahui hukum berpakaian ketat
dan nipis boleh menimbulkan fitnah. Seramai 97.41 % responden juga tahu tidak
diharuskan wanita Islam bersolek berlebihan dan berpakaian menjolok mata kerana ia
boleh menarik perhatian lelaki. Kesimpulannya dalam bahagian ini secara umumnya
pelajar-pelajar kolej komuniti tahu hukum menutup aurat dan hikmah di sebaliknya.

38

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

11.3 Mengenal pasti amalan berpakaian menutup aurat

Bil Perkara Kekerapan dan peratusan (%)
12345

Saya berpakaian menutup 0 5 (3.33) 13 110 27
aurat semasa berada di kolej (8.66) (73.33 (18.0)
1 kerana mengikut keteta-
pan cara berpakaian pihak
berkuasa

Saya memakai sarung kaki 0 35 29 80 11
2 ketika keluar rumah untuk (29.16) (24.16) (66.66) (9.16)

ke tempat belajar.

Saya suka berpakaian yang
tidak menyerlah warnan- 24 21 93 17
3 ya semasa berada bersama 0 (18.32) (16.03) (70.19) (12.97)

orang ramai

Saya selalu memakai 9 31 17 83 15
wangian melampau ketika (7.82) (26.95) 14.78) (72.17) (13.04)
4 keluar rumah dengan

kawan-kawan

Saya suka memakai tudung 2 35 25 80 12
yang melepasi paras dada (1.70) (29.91) (21.36 (68.37) (10.25)
5 kerana dapat memberi

keselesaan kepada saya.

Saya berpakaian menutup 4 41 32 73 5
6 aurat dengan sempurna (3.63) (37.27) (29.09) (66.36) (4.54)

ketika berada di luar rumah.
Jadual 6: Amalan menutup aurat di kalanagan pelajar

Dari segi amalan pemakaian pula, terdapat seramai 96.77% responden bersetuju
bahawa mereka berpakaian menutup aurat kerana mengikut peraturan pemakaian
yang ditetapkan, kalau melanggar peraturan tersebut, mereka akan dikenakan tindakan
disiplin. 77.41% responden pula menyatakan mereka memakai sarung kaki ketika
keluar rumah untuk ke tempat belajar. Seramai 84.51 responden menyatakan mereka
suka berpakaian yang tidak menyerlah warnanya ketika berada dalam kalangan
orang ramai, kerana warna yang menyerlah boleh menarik perhatian orang. 74.19%
responden menyatakan mereka selalu memakai wangiwangian ketika keluar rumah
kerana perbuatan itu merupakan kebiasaan bagi wanita. Seramai 75.48% responden
menyetakan suka memakai tudung yang melepasi paras dada kerana ia dapat memberi
keselesaan kepada mereka semasa berada di kolej. Dan terdapat seramai 70.96%
responden mengaku mereka berpakaian sempurna ketika berada di luar rumah. Dengan
ini dapat dirumuskan bahawa walaupun majoriti pelajar berpakaian menutup aurat
mengikut ketetapan syariat, tetapi ada juga yang masih melanggar ketetapan hukum itu.

Oleh yang demikian, pengkaji mencadangkan agar lungkah-langkah sewajarnya perlu
diambil seperti membimbing, tazkirah, menziarahi dan lain-lain untuk menyalurkan
pengetahuan serta kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan penjagaan
aurat. Semoga dengan usaha dan lungkah-langkah yang diambil, akan meningkatkan
kesedaran mereka.

39

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

RUMUSAN
Berdasarkan kepada dapatan kajian tadi, dapatlah dirumuskan bahawa majoriti pelajar
wanita di kolej komuniti Pahang barat ini, mempunyai persepsi yang baik terhadap
pakaian menutup aurat, mereka juga mengetahui hukum tidak harus seseorang wanita
Islam yang mukallaf berpakaian tidak sempurna. Walau bagaimanapun dari segi
amalan, terdapat juga yang masih berpakaian tidak mengikut kehendak Islam sebenar,
golongan inilah yang perlu diberi perhatian untuk dinasihati, dididik supaya mereka
boleh menjadi seorang Islam yang solihat.

RUJUKAN
Aminah Hj Ali (2005) Persepsi pelajar terhadap kewajipan menutup aurat. Kajian di

sekolah agama Bandar Baru Uda, Johor. Universiti Teknologi Malaysia Projek Sarjana
Muda.
Jaafar Salleh (2006). Batas-batas Aurat dan pergaulan serta hokum persolekan dalam
Islam. Johor Darul Ta’zim: Pustaka Azhar.
Rasyidah Rahman (2005) 50 Hadis tentang jilbab: Jasmin Enterprise
Al-Maududi, Abu al-a’la (1985), Sikap Islam terhadap pakaian (Terj. Mat Saad Abd
Rahman): Penerbit Hizbi.
KHE. Abdul Rahman (2005) Pedoman Wanita: Pustaka Ilmi.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Md Izuddin Ali (2007). Jaga Pandangan Orang. Selangor: Pustaka Ilmi.
Rahmat Ismail (1997). Sosial Satu Peradaban Dalam Kehidupan Manusia. Kuala
Lumpur: Utusan Publications and Distributor Sdn. Bhd.
Al-Barazi Muhammad Fuad (1995), Hijab al-Muslimah Bayn Intihal al-Mubtalin Wa
Ta’wil al-Jahilin, Riyadh: Maktabah Adhwa’ al-Salaf.
Al-Syarawi Mutawalli (2001), 442 Persoalan Umat Bersama Syaikh Mutawalli al-
Sya’rawi, Jakarta: Cendekia Sentra Muslim.
Danial Zainal Abidin (2007), Quran Saintifik, Selangor: PTS Millenia Sdn Bhd.

40

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

TAHAP PENGAMALAN DAN KEFAHAMAN SOLAT FARDHU DALAM KALANGAN
PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MARUDU
Raja Nurul Waheeda Binti Raja Zilan
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Shazrin Neerwan Bin Christopher
Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah
[email protected]
Zulkurnain bin Hassan
Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah
[email protected]
ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauhmana pengamalan dan kefahaman pelajar
Kolej Komuniti Kota Marudu terhadap pengamalan ibadah solat dalam kehidupan seharian.
Kajian ini memfokuskan kepada tiga skop iaitu tahap kefahaman, faktor-faktor utama yang
mempengaruhi pelajar melaksanakan ibadah solat dan tahap pengamalan solat dalam kalangan
pelajar Kolej Komuniti Kota Marudu (KKKMS), Sabah. Responden dalam kajian ini adalah
terdiri daripada pelajar Muslim semua semester di Kolej Komuniti Kota Marudu (KKKMS),
Sabah yang berjumlah 31 orang. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik sebagai
instrumen kajian. Data diproses dengan menggunakan statistik deskriptif untuk mendapatkan
nilai min dan peratus dengan menggunakan Perisian Statistical Package For The Social Sciences
(SPSS) Versi 20.0. Hasil analisis menunjukkan bahawa responden kebanyakan telah mengetahui
dan memahami tentang kepentingan solat. Walaubagaimanapun tahap pengamalan pelajar
dalam melaksanakan solat masih kurang memuaskan. Tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara tahap pengamalan solat dengan pekerjaan ibu bapa dan bilangan adik beradik. Terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi pelajar dalam melaksanakan solat yang perlu diberi
perhatian. Beberapa cadangan turut dikemukakan kepada pihak tertentu untuk diambil
tindakan bagi meningkatkan tahap kesedaran dan mempertingkatkan lagi pengamalan solat
dalam kalangan pelajar.

Kata Kunci : Pengamalan ibadat solat,Tahap kefahaman, Tahap pengamalan

1.0 PENGENALAN
Solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas pengakuan syahadah yang
diperintahkan oleh Allah kepada hamba-Nya. Al-Qur’an dalam surat al-Ankabut ayat
45 menyatakan bahwa solat dapat mencegah diri seseorang daripada perbuatan keji dan
mungkar. Ini adalah satu prinsip dari falsafah umum solat. Oleh yang demikian kita
melihat, majoriti orang yang berbuat jahat adalah orang yang tidak mendirikan solat
(Fahrur Muis, 2012).
Beliau juga menyatakan bahawa solat merupakan alat pengukur dalam menentukan
keimanan dan keislaman seseorang kerana ia adalah tiang agama. Seseorang yang
mendirikan solat dengan baik bererti perbuatannya yang lain juga baik. Ketika Nabi
diberitahu oleh sahabat, ada orang yang solat sepanjang malam, tetapi apabila masuk
waktu subuh dia mencuri, beliau berkata “solat akan menghentikan perbuatannya.”
(HR. at-Thahawi).

41


Click to View FlipBook Version