Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
7.3 Instrument Kajian
Instrument bagi kajian yang dijalankan adalah borang soal selidik. Satu set borang
soalselidik diedarkan kepada responden bagi mendapatkan data politomus dan apa yang
paling penting semasa proses mengedarkan borang soalselidik ini adalah kerjasama
yang diberikan oleh responden untuk menjawab borang soal selidik.
Menurut Najib (2003), penggunaan soal selidik sebagai instrument kajian adalah
lebih sesuai kerana ianya lebih mudah mendapat kerjasama daripada responden.
Perkara-perkara yang terkandung dalam soalan kajian akan dijawab melalui borang
soal selidik ini. Menurut Noor Azizah Binti Zakaria (2011), penggunaan soal selidik
boleh mendapatkan jawapan yang lebih konsisten. Mohd Majid Konting (2004)turut
menyatakan, penyediaan soal selidik yang baik dapat menghasilkan item-item yang
konsisten dan boleh dipercayai
Dalam soal selidik yang diedarkan terdapat empat bahagian utama iaitu Bahagian
A,B,C dan D. Dalam bahagian A,ianya melibatkanpengumpulan data berkaitan
dengan maklumat demografi respondan. Dalam Bahagian B, pula melibatkan tentang
kompetensi pengumpulan pelajar sijil fesyen dan pakaian dalam kemahiran melukis
di Kolej Komuniti Temerloh di dalam pembelajaran modul ilustrasi fesyen. Dalam
Bahagian C pula mengenalpasti faktor luar pelajar tidak mencapai kompetensi dalam
melukis figura dan bahagian C mengandungi pula mengenalpasti faktor dalam pelajar
tidak mencapai kompetensi dalam melukis figura. Instrumen kajian yang akan digunakan
akan ditadbirkan oleh pengkaji semasa menjalankan kajian nanti. Dalam kajian soal
selidik bahagian B, C dan D ini pengkaji menggunakan kod skala Likert. Khalid (2011)
menyatakan bahawa penggunaan skala Likert akan menyediakan responden dengan
pilihan yang menggunakan skala yang telah ditetapkan melalui satu tahap ekstrem ke
tahap ekstrem yang lain. Sebagai contoh respon yang disediakan ialah :
Sila bulatkan nombor jawapan. Pilihan anda mengikut skala berikut sekiranya anda:
Rajah 1 : Skala likert
1 2 34 5
Sangat Tidak Sangat Setuju Sangat Setuju
Memuaskan Setuju
Setuju
7.4 Prosedur Kajian
Pengumpulan maklumat daripada responden melalui borang soal selidik. Responden
akan diberi masa secukupnya untuk mejawab soal selidik yang diberikan. Satu sesi
pengumpulan data dilakukan sewaktu kelas Ilustrasi fesyen dan Senireka Fesyen
berlansung. Kaedah pengumpulan data dijalankan selama satu hari.
7.5 Kaedah Analisis
Bagi kaedah analisis data ia bermula di mana borang soal selidik yang telah diedarkan
untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan.
Sebelum memulakan analisis, borang-borang soal selidik akan ditapis dahulu bagi
memastikan hasil yang diperolehi adalah tepat dan menjawab persoalan kajian. Untuk
soal selidik, data-data yang diperolehi akan dikumpul dan dianalisis secara prosedur
statistik deskriptif. Data soal selidik diperolehi hasil daripada analisis dengan
242
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 2016.
Data kajian diambil secara kuantitatif. Analisis kuantitatif adalah untuk menguraikan
kekerapan min dan sisihan piawai.
8.0 DAPATAN KAJIAN
8.1 Analisis data soal selidik
Data soal selidik diperolehi hasil daripada analisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 2016. Data kajian diambil secara
kuantitatif. Analisis kuantitatif adalah untuk menguraikan kekerapan min dan sisihan
piawai.
8.2 Analisis data demografi
Jadual 1 : Demografi
Faktor Demografi Kekerapan Peratusan (%)
50.8
Umur 15 39.0
18 tahun 10 6.8
19 tahun 3 3.4
20 tahun 2 49.2
21tahun > 50.8
75.0
Semester 13 15.0
SFP 1 17 10.0
SFP 3
Aliran pendidikan sebelum (SPM) 25
Aliran akademik (Sastera) 3
Aliran kemahiran dan vokasional 2
Agama
Kajian ini telah melibatkan 30 orang pelajar program Sijil Fesyen dan Pakaian ambilan
Mac 2017 bagi semester satu dan semester tiga di Kolej komuniti Temerloh terdiri
daripada lingkungan umur 18 hingga 21 tahun ke atas dan juga mempunyai aliran
pendidikan sebelum (SPM) iaitu Aliran Akademik (Sains), Aliran Akademik (Sastera),
Aliran Kemahiran dan Vokasional dan Agama. Boleh merujuk kepada jadual yang
disertakan dibawah:
Faktor demografi menunjukkan pelajar berumur 18 tahun seramai 15 orang bersamaan
50.8%. seterusnya responden berumur 19 tahun seramai 10 orang bersamaan 39%
diikuti dengan responden berumur 20 tahun seramai 3 orang bersamaan 6.8%. bagi
responden berumur 21 tahun keatas adalah seramai 2 orang bersamaan 3.4%.
Pemboleh ubah kedua ialah semester responden iaitu seramai 13 orang mewakili kelas
SFP 1 bersamaan 50.8% dan seramai 17 orang mewakili kelas SFP 3 bersamaan 49.2%.
Dari segi aliran pendidikan sebelum (SPM) responden, Aliran Akademik (Sastera)
menguasai dengan bilangan responden seramai 25 orang bersamaan 75.0% dan
seterusnya Aliran Kemahiran dan Vokasional iaitu seramai 3 orang bersamaan 15.0%
243
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
diikuti Aliran Agama sebanyak 10.0%. Kajian dijalankan ke atas dua kelas sahaja
berikutan kelas SFP 1 Dan SFP 3 terlibat dalam pembelajaran modul Ilustrasi Fesyen.
8.3 Analisis tahap kompetensi pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian dalam melukis figura.
Ujian Normaliti dijlankan keatas data menggunakan Ujian Statistik Shapira-Wilks dan
Kolmogorov-Smirnov. Sila rujuk jadual di bawah.
Jadual 2: Test Normality
Test of Normality
kolmogorov-smirnov Shapiro-wilk
statistic df sig. statistic df sig.
0
Tahap kompetensi pelajar SFP1 259 25 0 754 25 13
Tahap kompetensi pelajar SFP 3 199 25 12 893 25
a. Lilliefors Significance Correction
Berdasarkan jadual diatas, dapat dilihat bahawa nilai bagi ujian Normaliti Kolmogorov-
Sirnov dan Shapiro-Wilk menunjukkan nilai Signifikan (0.000) < 0.05. Oleh itu data
tidak tertabur secara normal dan kita meneruskan analisis data sebagai non parametrik.
Bagi melihat tahap kompetensi pelajar Sijil Fesyen dan pakaian dalam melukis figura.
Pengujian data menggunakan Wilcoxon dijalankan. Sebelum itu hipotesis terhadap
kajian perlu ditetapkan terlebih dahulu. Sila rujuk jadual 9 di bawah.
Hse0m=esTteiradsaatup.erbezaan ketara tahap kompetensi pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian bagi
H1 = Terdapat perbezaan ketara tahap kompetensi pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian bagi
semester tiga.
8.4 Analisis tahap kompentensi pelajar sijil fesyen dan pakaian dalam melukis figura
Sepuluh item digunakan untuk menenukan tahap kompetensi pelajar Sijil Fesyen dan
pakaian dalam melukis figura.
244
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
Jadual 3 : Min/ sisihan piawaian 2.67 %
2.52 .944
Penyataan 2.66 .859
Saya mempunyai kemahiran melukis 2.80 .787
Saya minat melukis 2.85 .818
Pensyarah menerangkan cara-cara melukis figura 3.26 .7.85
Saya boleh belajar sendiri melukis figura .689
Saya mahir menggunakan kaedah lama seperti 3.14
menggunakan tracing paper, teknik garisan grid dan me- .770
nekap pada cermin tingkap 3.18
Saya lebih gemar menggunakan kaedah lama dalam .739
lukisan ilustrasi fesyen. 1.94
Lukisan figura penting bagi pelajar fesyen dan pakaian .490
Hasil tugasan saya kemas 1.32
Saya boleh menyiapkan tugasan ilustrasi fesyen mengikut .560
masa yang ditetapkan oleh pensyarah.
Markah penilaian bagi modul ilustrasi fesyen adalah tinggi
SP= Sisihan piawai
Berdasarkan dapatan kajian, tahap kompetensi pelajar Sijil Fesyen dan pakaian dalam
melukis figura melalui markah penilaian bagi modul ilustrasi fesyen adalah tinggi
bagi sampel kajian adalah rendah (min 1.32). Sampel kajian juga menyatakan mereka
tidak boleh menyiapkan tugasan ilustrasi fesyen mengikut masa yang ditetapkan
pensyarah (min 1.94). Saya boleh belajar sendiri melukis figura (min 2.80). Saya
mahir menggunakan kaedah lama seperti (min 2.85). Saya lebih gemar menggunakan
kaedah lama dalam lukisan ilustrasi fesyen (min 3.14) sampel tertinggi adalah Lukisan
figura penting bagi pelajar fesyen dan pakaian (min 3.18).
8.5 Analisis perbezaan faktor luar dan dalam pelajar tidak mencapai tahap kompetensi
dalam melukis figura bagi kelas SFP1 dan SFP 3.
Jadual 4 : skor kesediaan persediaan faktor luar pelajar tidak mencapai Tahap
kompetensi dalam melukis figura bagi kelas SFP 1 dan SFP 3
Item Min SP Tahap
Paksaan ibu bapa untuk belajar 3.77 0.90 Tinggi
Tiada dorongan dari ibu bapa untuk belajar 2.43 0.90 Sederhana
Pengaruh rakan sebaya 3.61 1.08 Sederhana
Terlalu bergantung kepada kawan 3.27 1.12 Sederhana
Kurang kecenderungan untuk belajar 2.28 0.94 Sederhana
Kurang perhatian dari pensyarah 3.31 1.11 Sederhana
Terlibat dengan pelbagai kegiatan luar 2.23 1.02 Sederhana
Keasyikan kepada dunia media sosial 2.45 1.03 Sederhana
Kurang fasiliti untuk belajar 2.19 0.79 Sederhana
Skor keseluruhan 2.79 0.76 Sederhana
SP= Sisihan piawai
245
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
Berdasarkan jadual 4 skor kesediaan persediaan faktor luar pelajar tidak mencapai
Tahap kompetensi dalam melukis figura bagi kelas SFP 1 dan SFP 3 secara
keseluruhannya adalah pada tahap sederhana min 2.79. mereka dikatakan tidak
mempunyai kecenderungan untuk belajar.
Jika dilihat pada setiap pernyataan, tahap tertinggi responden adalah pada item
pertama iaitu paksaan ibu bapa untuk belajar (min. 3.77) diikuti dengan terlalu
bergantung kepada kawan-kawan (min 3.27) . Terdapat juga pengaruh rakan sebaya
(min 3.61). Tahap sederhana bagi tiada dorongan ibu bapa (min 2.43). Terlibat dengan
pelbagai kegiatan luar (min. 2.23), Keasyikan kepada dunia media social di tahap
sederhana (min 2.45) Manakala responden yang memilih Kurang fasiliti untuk belajar
(min 2.19)
Jadual 5 : skor kesediaan persediaan faktor dalaman pelajar tidak mencapai Tahap
kompetensi dalam melukis figura bagi kelas SFP 1 dan SFP 3
Item Min SP Tahap
Tiada matlamat jelas dalam bidang fesyen 2.97 1.06 Sederhana
dan pakaian
Kurang minat dalam melukis 3.04 1.18 Sederhana
Kurang motivasi dalamaan diri 2.40 1.10 Sederhana
Kursus lukisan ilustrasi memerlukan bakat 3.00 1.16 Sederhana
melukis secara azali
Kursus jahitan lebih penting berbanding kursus 4.04 0.67 Tinggi
lukisan ilustrasi
Kurang penekanan dalam silibus bagi LnP luki- 2.35 1.11 Sederhana
san figura
Amalan belajar para pelajar Kolej mahupun di 2.51 1.19 Sederhana
rumah
Faktor persekitaran yang tidak memberang- 2.39 1.34 Sederhana
sangkan
Subjek Ilustrasi fesyen adalah leceh dan menyu- 2.37 1.06 Sederhana
sahkan
Skor keseluruhan 2.75 0.86 Sederhana
SP= Sisihan piawai
Berdasarkan jadual 5 skor kesediaan persediaan faktor dalaman pelajar tidak mencapai
Tahap kompetensi dalam melukis figura bagi kelas SFP 1 dan SFP 3 secara keseluruhannya
adalah pada tahap sederhana min 2.75. mereka dikatakan tidak mempunyai minat atau
kemahiran dalam melukis figura.
Walaupun responden mempunyai kemahiran yang sederhana, jika dilihat pada turutan
min dalam setiap item, min yang paling tinggi dan menunjukkan Kursus jahitan lebih
penting (min 4.04) berbanding kurang minat dalam melukis (min 3.04) diikuti kursus
lukisan ilustrasi memerlukan bakat semulajadi (min 3.00). Amalan belajar para pelajar di
Kolej mahupun di rumah (min 2.51). Faktor persekitaran yang tidak memberangsangkan
(min 2.39). responden memilih Subjek Ilustrasi fesyen adalah leceh dan menyusahkan
pada skor min terendah (min 2.37).
246
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
9.0 KESIMPULAN
Bagi melahirkan pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian yang mempunyai tahap kompetensi
dalam semua aspek, para pensyarah perlulah memainkan peranan yang besar di
dalam PdP. Salah satu cara untuk membantu pelajar kompetensi dalam melukis figura
adalah dengan cara mencipta kaedah baru dalam PdP. Peralatan yang direkabentuk
dengan idea baru merupakan produk inovasi yang dapat memenuhi keperluan pelajar
yang mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-beza. Dengan menggunakan
produk inovasi dapat mewujudkan hubungan dua hala di antara pelajar. Pelajar lebih
tertarik kepada teknik pembelajaran yang berbeza dari kaedah tradisional yang sering
digunakan dari alam persekolahan hinggalah ke alam pengajian tinggi. Justeru itu,
di dalam melahirkan pelajar fesyen yang cekap dan mahir dalam melakar figura dan
mereka pakaian mereka perlu dibekalkan pelbagai cabang ilmu dan juga berkemahiran
dalam pasaran mahupun dalam bidang. Berikut adalah beberapa cadangan untuk
meningkatkan lagi penguasaan pelajar dalam bidang fesyen dan pakaian iaitu:
i. Rekaan produk inovasi sebagai pemudahcara untuk pelajar
ii. Rekaan produk inovasi yang membolehkan pelajar menyiapkan tugasan dengan
cepat, mudah dan kemas.
RUJUKAN
Baharuddin Jabar. (2009). Sikap, pengetahuan, kemahiran pedagogi dan keprihatinan
guru terhadap perubahan kurikulum sejarah. (Disertasi PhD yang tidak diterbitkan.
Universiti Sains Malaysia).
Che Mansor Che Tom. (2000). Jurnal Bestari: Koleksi Guru Johor. Jabatan Pendidikan
Negeri Johor , 48.
Chua Yock Chuan. (2001). Personaliti dan motivasi pelajar. Jurnal Pendidikan PKPSM
Johor, 61-64.
Hidhir Ismail & Mat Jizat Abdol (2004). Penggunaan kaedah pembelajaran koperatif
bagi mata pelajaran Balagah peringkat Sijil Menengah Agama di Sekolah
Menengah Agama Lughatul Quran, Muar. http://www.fp.utm.my/ePusatSumber
untuk mengenalpasti status laporan/tesis.
Khalid (2011). Table krejcie & Morgan. Fantasikhalid.blogspot.com
Mohd Majid Konting (2004). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan”. Kuala Lumpur :
Dewan
Noor Azizah Binti Zakaria (2011). Meningkatkan kemahiran murid dalam
menterjemah objek ke dalam lukisan unjuran ortografik dengan menggunakan
model objek.
Patrick john Ireland (2005). Figure templates for fashion illustration. Spain : Page one
publishing private limited
247
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI KOLEJ
KOMUNITI TEMERLOH
Fairoz binti Jumhat
Kolej Komuniti Temerloh
[email protected]
Wan Norhayati binti Wan Saupi
Kolej Komuniti Temerloh
[email protected]
Mohd Darabi bin Zolkafli
Kolej Komuniti Temerloh
[email protected]
ABSTRAK
Secara umumnya, khidmat masyarakat (CSR) adalah usaha-usaha yang dilakukan untuk
meletakkan atau mengembalikan sesuatu keadaan agar mencapai kesejahteraan hidup bagi
golongan yang memerlukan. Ia dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat
serta tujuan tertentu. Kajian ini adalah bertujuan untuk persepsi pelajar terhadap program CSR
bagi pelajar Sijil Penyelenggaraan Bangunan (SPB) di Kolej Komuniti Temerloh dari aspek
pelaksanaan program, kualiti hasil kerja dan keyakinan diri sepanjang mengikuti program.
Seramai 23 orang responden telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik yang telah
diedarkan dikalangan pelajar SPB yang telah mengikuti program ini. Kajian ini menggunakan
dapatan kajian melalui borang soal selidik berskala likert yang diadaptasi dari kajian-kajian lepas
dan disesuaikan dengan kajian ini. Data-data yang diperolehi, di analisis dengan menggunakan
program SPSS (Statistical Package for Social Science).. Penganalisaan dibuat mengikut kaedah
statistik deskriptif iaitu dalam bentuk skor min.Hasil dapatan kajian menunjukkan keseluruhan
skor min bagi ketiga-tiga aspek mencapai skor min yang tinggi dan sederhana tinggi. Ini
menunjukkan pelaksanaan program CSR memberi impak yang positif dikalangan pelajar dan
seterusnya wajar diteruskan di masa-masa akan datang.
Kata Kunci: Khidmat Masyarakat, persepsi pelajar, pelaksanaan program
1.0 PENGENALAN
Pendidikan secara amnya adalah suatu proses yang membentuk kebolehan dan sikap
manusia. Mok Soon Sang melalui bukunya ”Pendidikan di Malaysia” telah merumuskan
bahawa pendidikan ialah suatu proses untuk memperkembangkan fizikal, intelek, sosial
dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan
dan pengalaman supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam
kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yng lebih sihat
bagi faedah diri sendiri serta masyarakat, bangsa dan negaranya.
Melihat kepentingan pendidikan dalam pembangunan negara, kerajaan telah
mengambil inisiatif untuk mengukuhkan sistem pendidikan dengan menekankan aspek
pembangunan modal insan pada peringkat tinggi. Ini kerana dalam menuju
248
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
sebuah negara industri berasaskan maklumat, pelajar seharusnya seimbang seperti yang
dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun, dalam sistem pendidikan yang
diamalkan, tumpuan kepada kemahiran kognitif dan psikomotor terlalu diutamakan
dan fokus kepada domain afektif dan sosial yang sangat perlu bagi pembentukan insan
kamil yang seimbang sangat jauh ketinggalan (Mohd Fathi et.al, 2013).
Salah satu cara untuk meningkatkan domain afektif dan sosial dalam diri pelajar adalah
dengan menyertakan pembelajaran kemahiran insaniah dalam silibus kurikulum dan
juga melalui aktiviti luar bilik kuliah. Boleh dikatakan semua institusi pengajian tinggi
pada hari ini menerapkan unsur-unsur kemahiran insaniah dalam silibus pengajaran
dan pembelajaran seperti perbincangan, pembentangan, kerja berkumpulan, projek
dan lain-lain. Namun begitu jika dilihat kepada masalah pengangguran yang berlaku
pada hari ini menunjukkan impak penerapan ke atas pelajar masih tidak mencukupi
untuk mereka bersaing di bidang industri (Mohd Fathi et.al, 2013).
Kini, satu program yang popular dan sering dilaksanakan dalam usaha
penerapan kemahiran insaniah di kalangan pelajar adalah khidmat masyarakat (CSR).
Secara umumnya, khidmat masyarakat adalah usaha-usaha yang dilakukan untuk
meletakkan atau mengembalikan sesuatu keadaan agar mencapai kesejahteraan hidup
bagi golongan yang memerlukan. Ia dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai
matlamat serta tujuan tertentu.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Penganjuran program CSR ini biasanya bertujuan untuk mengaplikasi pengetahuan,
kemahiran dan amalan nilai sivik dalam diri setiap individu dengan memberi sumbangan
dalam bentuk tenaga, pengetahuan serta kemahiran. Ia seterusnya diharapkan dapat
meningkatkan tahap kemahiran pelajar di lapangan, kualiti hasil kerja pelajar dan
seterunya meningkatkan keyakinan diri di kalangan pelajar dalam melakukan kerja
berkumpulan dan berhadapan dengan komuniti setempat. Ini kerana menurut Adibah
et al.,(2016), pelajar perlu mempunyai kemahiran adaptabiliti yang tinggi agar mereka
lebih mudah untuk berkomunikasi secara berkesan, tidak kiralah dengan ahli kumpulan
yang baru, malah lebih lagi dengan masyarakat luar yang baru dikenali.
Selain itu, program CSR juga mampu memupuk perasaan bertimbang rasa
dan prihatin terhadap komuniti setempat, membentuk keperibadian dan memahami
konsep kerjasama serta tolong-menolong antara satu sama lain, memupuk semangat
hidup bermasyarakat tanpa mengira latar belakang dan menjadi warganegara yang
patriotik dan bertanggungjawab terhadap masyakat dan negara. Ini disokong oleh hasil
dapatan kajian Hassan & Raja Roslan (2010), iaitu dengan pelaksanaan aktiviti luar, ia
memberi impak positif kepada pelajar dalam membentuk modal insan yang mempunyai
kemahiran kepimpinan, mampu berkomunikasi dengan berkesan, berdisiplin mengurus
diri dan membentuk gaya hidup yang sihat.
Dengan setiap penganjuran program CSR, terdapat dua bentuk hasil yang diperolehi
iaitu positif dan negatif. Positifnya apabila objektif dan tujuan program ini dapat
dicapai dan memberikan impak kepada pelajar. Manakala negatifnya pula sekiranya
ia terlalu kerap dilakukan dan hanya pelajar yang sama terlibat, ia boleh menjejaskan
pembelajaran formal di dalam kelas. Ini kerana, program CSR biasanya memerlukan
249
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
masa dan tenaga dalam pelaksanaannya. Dapatan Adnan (2010) mendapati pihak-
pihak yang tidak terlibat dalam aktiviti kokurikulum merasakan bahawa ianya hanya
membuang masa pelajar, memerlukan peruntukan kewangan yang banyak dan terlalu
banyak komitmen diperlukan. Oleh itu, pemilihan peserta haruslah dibuat dengan baik
dan teratur.
Kajian ini akan mengkaji persepsi pelajar Sijil Penyelenggaraan Bangunan yang telah
menyertai program CSR sepanjang mereka belajar di Kolej Komuniti Temerloh. Rata-
rata pelajar dilihat teruja apabila menyertai program khidmat masyarakat kerana
ia situasi yang berbeza jika dibandingkan dengan pembelajaran formal. Namun, apa
yang pelajar rasakan sendiri perlu dikaji supaya institusi dapat menilai sejauh mana
keberkesanan program khidmat masyarakat dalam mencapai tujuannya yang sebenar.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya kajian ini dilakukan untuk melihat persepsi pelajar terhadap program
Khidmat Masyarakat (CSR)
i. Untuk mengenalpasti perspektif pelajar terhadap pelaksanaan program CSR
ii. Untuk menilai perspektif pelajar terhadap kualiti hasil kerja dalam program CSR
iii. Untuk menilai perspektif pelajar terhadap tahap keyakinan diri pelajar semasa
mengikuti program CSR
4.0 PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini menumpukan kepada tiga persoalan seperti berikut :
i. Apakah perspektif pelajar terhadap pelaksanaan program CSR Kolej Komuniti
Temerloh.
ii. Bagaimanakah perspektif pelajar terhadap kualiti hasil kerja dalam program CSR ?
iii. Bagaimanakah perspektif pelajar terhadap tahap keyakinan diri semasa mengikuti
program CSR?
5.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Berdasarkan kepada penyataan masalah yang telah dibincangkan, maka kepentingan
kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap program CSR dari
aspek pelaksanaan program, hasil kerja pelajar dan juga tahap keyakinan diri pelajar
sepanjang mengikuti program. Memandangkan program CSR ini seringkali diadakan,
adalah perlu untuk mengenalpasti pandangan pelajar terhadap pelaksanaan program
bagi tujuan penambaikan di peringkat organisasi agar impak program CSR ini dapat
dicapai oleh pelajar dan seterusnya memberi kepuasan kepada komuniti. Menyedari
kepentingan ini, kajian dijalankan bertujuan membantu pihak pengurusan membuat
penambaikan pada program yang akan datang dengan lebih berkesan.
250
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
6.0 METODOLOGI KAJIAN
Instrumen bagi kajian yang dijalankan adalah borang soal selidik. Satu set borang
soal selidik diedarkan kepada responden bagi mendapatkan data kajian dan apa yang
paling penting semasa proses mengedarkan borang soal selidik ini adalah kerjasama
yang diberikan oleh responden untuk menjawab borang soal selidik. Soal selidik
yang digunakan di adaptasi dari kajian-kajian yang lepas dan diubahsuai mengikut
kesesuaian persoalan dan objektif kajian. Borang soal selidik yang telah diedarkan
terdiri daripada Bahagian A dan B. Bahagian A berkaitan dengan demografi responden
manakala Bahagian B mengandungi 3 kategori soalan bagi setiap persoalan kajian yang
dinyatakan. Pengukuran yang digunakan bagi soal selidik ini adalah berpandukan skala
Likert yang terdiri daripada Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju dan Sangat
Tidak Setuju.
6.1 Populasi Kajian
Kajian ini dibuat terhadap pelajar Sijil Penyelenggaraan Bangunan yang telah mengikuti
program CSR anjuran Kolej Komuniti Temerloh. yang terdiri daripada pelajar semester
3 dan 4 iaitu seramai 23 orang responden.
6.2 Analisis data
Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk deskriptif bagi mengenalpasti persepsi
pelajar terhadap program CSR yang telah dihadiri. Data yang diperolehi dianalisis
dengan menggunakan SPSS Versi 20.0. Statistik deskriptif yang digunakan melibatkan
taburan kekerapan, peratusan dan min.
7.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Perbincangan adalah berdasarkan objektif yang telah dikenalpasti dan dikaitkan
dengan kajian-kajian yang lepas. Jadual 1a dan 1b menunjukkan taburan responden
berdasarkan bilangan semester pengajian dan kekerapan menyertai program CSR
yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Temerloh. Berdasarkan Jadual 1a, penyertaan
mengikuti program CSR yang melebihi satu kali penyertaan adalah sebanyak 95.6%.
Ini menunjukkan kekerapan penyertaan memainkan peranan penting untuk pelajar
memberi maklumbalas berkenaan perspektif dalam pelaksanaan program CSR yang
telah diikuti.
Jadual 1a : Taburan Responden Berdasarkan Semester Pengajian
Semester Kekerapan Peratus
Tiga 17 73.9
Empat 6 26.1
251
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
Jadual 1b: Taburan Responden Berdasarkan Kekerapan Penyertaan
Bilangan Penyertaan Kekerapan Peratus
Kali Pertama 1 4.3
Kali Kedua 11 47.8
Kali Ketiga 11 47.8
7.1 Persepsi Pelajar Terhadap Pelaksanaan Program CSR
Jadual 2 menunjukkan item soalan berbentuk skala likert bagi menjawab persoalan
kajian yang pertama iaitu persepsi pelajar terhadap pelaksanaan program.
Jadual 2 : Persepsi pelajar terhadap Perlaksanaan Program CSR
% Memilih Skala
Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat Skor
Item Tidak Setuju Pasti Setuju Min
Setuju
1. Saya berminat mengikuti pro- - - 8.7 8.7 56.5 26.1
gram CSR
2. Saya telah diberi penerangan - - - 34.8 34.8 30.4
berkenaan program CSR
sebelum program bermula
3. Saya berpendapat lokasi program - - - 17.4 47.8 34.8
CSR adalah bersesuaian
4. Saya berpendapat skop kerja bagi - - - 17.4 47.8 34.8
program CSR adalah bersesuaian
dengan penguasaan kemahiran
saya
5. Saya melihat perancangan untuk 4.3 4.3 - 34.8 34.8 26.1
pelaksanaan program CSR di
atur dengan baik
6. Saya berpuas hati dengan - - 4.3 21.7 47.8 26.1
perancangan program CSR yang
dilaksanakan
7. Saya rasa program CSR perlu 4.3 4.3 - 4.3 47.8 43.5
diteruskan di masa akan datang
Purata Min 4.04
Nilai purata keseluruhan bagi skor min adalah sebanyak 4.04 iaitu berada pada
tahap tinggi berdasarkan jadual Interpretasi skor min, Nunnally & Bernstein, (1994).
Didapati kebanyakkan responden bersetuju bahawa tahap perlaksanaan program
adalah baik. Walaubagaimanpun bagi item lima perlu diberi perhatian dan ditambah
baik memandangkan skor min yang agak rendah iaitu sebanyak 3.78 iaitu berkenaan
perancangan untuk pelaksanaan program CSR di atur dengan baik berbanding item-
item yang lain sekiranya program sebegini dirancang untuk dilaksanakan pada masa
akan datang. Perancangan program perlu disusun atur dengan baik memandangkan
program seperti ini seringkali diadakan setiap semester. Menurut Tee et. al (2016),
program khidmat komuniti dilaksanakan adalah bertujuan membolehkan pelajar
memperolehi pengetahuan kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri. Sehubungan
252
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
itu adalah penting untuk memastikan pelaksanaan program CSR diatur dengan kemas
dan teratur supaya pelajar jelas akan skop kerja yang perlu dilaksanakan dan dapat
merancang kerja dengan baik mengikut kesesuaian masa program.
7.2 Perspektif Pelajar Terhadap Kualiti Hasil Kerja Dalam Program CSR
Jadual 3 menunjukkan item soalan berbentuk skala likert bagi menjawab persoalan
kajian yang kedua iaitu persepsi pelajar terhadap kualiti hasil kerja dalam program CSR.
Terdapat enam (6) item penilaian yang diketengahkan oleh penyelidik.
Jadual 3 : Persepsi pelajar terhadap Kualiti Hasil Kerja Dalam Program CSR
% Memilih Skala
Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat Skor
Item Tidak Setuju Pasti Setuju Min
Setuju
1. Saya berpuashati dengan hasil - 8.7 17.4 47.8 26.1 3.91
kerja saya sepanjang program
dilaksanakan
2. Saya mendapat pendedahan yang - 4.3 30.4 30.4 34.8 3.96
lebih luas dengan mengikuti
program CSR
3. Saya lebih teliti dalam melak- 4.3 - 39.1 34.8 21.7 3.70
sanakan kerja amali dalam
program CSR berbanding amali
di kolej.
4. Saya bersemangat melaksanakan 4.3 21.7 17.4 30.4 26.1 3.52
amali dalam program CSR ber-
banding amali di Kolej
5. Saya merasakan program CSR - - 17.4 47.8 34.8 4.17
membantu meningkatkan kualiti
hasil kerja saya
6. Saya berpandangan tempoh 4.3 13 17.4 47.8 17.4 3.61
pelaksanaan program CSR
cukup bagi membantu saya
menghasilkan kualiti kerja yang
lebih baik
Purata Min 3.81
Berdasarkan Jadual 3, didapati purata min keseluruhan adalah sebanyak 3.81 iaitu
dikategorikan sebagai sederhana tinggi. Hasil dapatan daripada Jadual 3 mendapati
sebanyak 21.7% responden tidak bersetuju menyatakan mereka bersemangat
melaksanakan amali dalam program CSR berbanding amali di kolej. Ini menunjukkan
terdapat beberapa faktor penyebab yang mungkin boleh dikaji untuk kajian yang akan
datang. Faktor perancangan untuk pelaksanaan program CSR ini boleh menyebabkan
pelajar tidak bersemangat untuk melaksanakan amali memandangkan skor min yang
rendah pada item penilaian tersebut seperti yang terdapat dalam Jadual 2. Ini boleh
menyebabkan penghasilan hasil kerja yang kurang baik dan berkualiti. Menurut Ab.
Rahim bin Selamat (1993), mempersembahkan hasil projek merupakan aktiviti
pembelajaran yang penting yang mana ianya merupakan kemuncak segala perancangan
253
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
pelaksanaan dan usaha.
7.3 Perspektif Pelajar Terhadap Tahap Keyakinan Diri Semasa Mengikuti Program
CSR
Jadual 4 menunjukkan dapatan kajian bagi menjawab persoalan kajian yang ketiga
iaitu menilai persepsi pelajar terhadap kualiti tahap keyakinan diri semasa mengikut
program CSR.
Jadual 4 : Persepsi pelajar terhadap Tahap Keyakinan Diri Semasa Mengikuti
Program CSR
% Memilih Skala
Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat Skor
Item Tidak Setuju Pasti Setuju Min
Setuju
1. Saya mampu melaksanakan kerja - 15 35 25 25 3.60
amali sepanjang program CSR
tanpa bantuan pensyarah
2. Saya jelas tentang penggunaan - - 15 55 30 4.15
peralatan yang sesuai dengan
kerja amali
3. Saya mampu mengaplikasikan - - 10 65 25 4.15
langkah-langkah kerja amali
yang betul sepanjang melak-
sanakan task yang dipertanggu-
ngjawabkan sepanjang program
CSR
4. Saya boleh merancang kerja 5 15 30 30 20 3.45
amali sepanjang program CSR
tanpa bantuan pensyarah
Purata Min 3.84
Nilai Keseluruhan skor min adalah sebanyak 3.81 iaitu berada pada tahap sederhana
tinggi. Berdasarkan Jadual 4, penggunaan peralatan dan langkah-langkah kerja
amali yang betul mencatatkan nilai skor min yang tinggi yang masing-masing adalah
sebanyak 4.15. Ini menunjukkan pelajar mahir mengendalikan peralatan dan menguasai
kemahiran melaksanakan amali dengan baik.
254
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
8.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, program CSR yang dijalankan ini adalah berkesan dari aspek
pelaksanaan program. Manakala bagi perspektif terhadap hasil kerja dalam program
CSR pula, tempoh pelaksanaan program perlu diberi perhatian kerana masalah masa
yang terhad boleh mengakibatkan pelajar kurang teliti untuk melaksanakan task
yang diberikan dan seterusnya menyebabkan hasil kerja yang tidak berkualiti. Bagi
perspektif pelajar terhadap keyakinan diri,anya perlu dilihat semula bagi memastikan
pelajar lebih berkeyakinan untuk merancang dan melaksanakan kerja amali dengan
lebih baik dan teratur. Kajian lanjutan juga dirasakan perlu untuk mengenalpasti faktor-
faktor kenapa pelajar kurang berkeyakinan dalam merancang dan melaksanakan amali
bagi program CSR. Selain itu juga, perancangan program CSR perlu ditambah baik dari
aspek pengurusan organisasi agar program ini memberi manfaat kepada pelajar dan
juga komuniti.
RUJUKAN
Ab Rahim bin Selamat. (1993) . Belajar Cara Belajar : Nurin Enterprise
Adibah Abdul Latif, Mohd Shafry Mohd Rahim, Nor Fadila Mohd Amin dan Crystal
Joan Peter (2016). Kesedaran Sosial dan Penglibatan Mahasiswa Dalam Program
Khidmat Masyarakat. Jurnal Pemikir Pendidikan (2016) 7:89-100
Hassan Adnan & Raja Roslan Raja Abd. Rahman (2010). Keberkesanan Pelaksanaan
Aktiviti Fizikal Trehadap Pembangunan Diri Pelajar: Satu Tinjauan
Mohd Fathi Adnan, Azlan Abdul Latib, Shahrin Hashim dan Noor Syafafwati Mamat
(2013). Impak Kursus UTM dan Khidmat Komuniti Terhadap Pembangunan
Kemahiran Insaniah Pelajar Universiti Teknologi Malaysia. 2nd International Seminar
on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013).
Mok Soon Sang (2000), Pendidikan di Malaysia. Edisi ke-7, Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd., Seri Kembangan
Nunnally, J. C. & Bernstein, I. R. 1994. Psychometric theory. Ed. ke-3. New York:
McGraw- Hill, Inc.
Tee Lian Yong, Nur Bazilah Ishak & Rosilawati Mohd Rasol. (2016). Persepsi Terhadap
Program Khidmat Komuniti Dalam Meningkatkan Kemahiran Insaniah Pelajar.
Persidangan Kebangsaan dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
(NCiE-TVET). Politeknik Sulatan Haji Ahmad Shah, Pahang
255
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
KAJIAN PENYELIDIKAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAD NEUMONIK
BERGAMBAR
Nor Aishah Binti Othman
Kolej Komuniti Temerloh
ABSTRAK
Subjek Pengajian Malaysia 1 (MPU 1152) diwajibkan untuk semua yang mengikuti kursus-
kursus di kolej komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi yang bermatlamat untuk melahirkan
graduan Kolej Komuniti yang holistik, menghayati nilai-nilai patriotisme dan jati diri
beracuankan Malaysia serta menguasai kemahiran insaniah ke arah memenuhi kebolehpasaran
kerja. Justeru, Kolej Komuniti Temerloh telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan
produk inovasi bagi membantu pelajar dalam mengingati fakta-fakta dengan lebih mudah dan
sistematik. Reka bentuk kajian yang dikenal pasti bersesuaian dengan tujuan kajian ini ialah
reka bentuk campuran iaitu kuantitatif dan kualitatif. Responden kajian ini melibatkan seramai
35 orang pelajar iaitu seramai 19 orang pelajar lelaki dan seramai 16 orang pelajar perempuan
yang sedang mengambil modul Pengajian Malaysia 1. Melalui kajian ini, borang soal selidik
akan diserahkan oleh penyelidik kepada responden dengan menggunakan kaedah sampel
rawak berkelompok di mana penyelidik mengedarkan borang soal selidik kepada responden di
Kolej Komuniti Temerloh dan Kolej Komuniti Bera. Data kualitatif dikumpul dari lima orang
pelajar yang telah ditemubual selepas penggunaan kad neumonik bergambar. Objektif kajian
adalah untuk menilai tahap pengajaran dan pembelajaran Pengajian Malaysia 1 sebelum dan
selepas menggunakan kad neumonik bergambar serta tahap keberkesanan penggunaan kad
neumonik bergambar bagi modul pengajian malaysia 1. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
penggunaan ‘Kad Neumonik Bergambar’ dalam subjek Pengajian Malaysia 1 adalah berkesan
dalam meningkatkan proses mengingat secara menyeluruh kepada pelajar, dapat menghilangkan
rasa bosan dalam kalangan pelajar, dapat memberi peningkatan pencapaian dan menambah
minat pelajar dalam subjek Pengajian Malaysia 1 dan pensyarah dapat menggunakan produk
ini sebagai alat bahan bantu mengajar yang lebih menyeronokkan dan berkesan. Justeru, hasil
dapatan menunjukkan penghasilan kad neumonik bergambar dapat memberi impak yang
positif dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar kerana mempunyai ciri-ciri
yang kreatif dan inovatif.
Katakunci :Pengajian Malaysia 1, inovasi, pelajar.
1.0 PENGENALAN
Subjek Pengajian Malaysia 1 (MPU 1152) diwajibkan untuk semua yang mengikuti
kursus-kursus di kolej komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi. Subjek ini juga dikenali
sebagai subjek Sejarah yang di ajar di sekolah menengah dan sekolah kebangsaan di
seluruh Malaysia. Subjek ini dibangunkan untuk mempertingkatkan kualiti modal
insan sejajar dengan matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) untuk
melahirkan graduan Kolej Komuniti yang holistik, menghayati nilai-nilai patriotisme
dan jati diri beracuankan Malaysia serta menguasai kemahiran insaniah ke arah
memenuhi kebolehpasaran kerja.
Di dalam kajian tindakan ini, pengkaji akan membincangkan mengenai keberkesanan
penggunaan kad neumonik bergambar bagi subjek Pengajian Malaysia 1. Diharapkan,
melalui produk kad neumonik bergambar dapat memberi kesan yang positif iaitu
256
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
terdapat peningkatan dalam pencapaian dan menambah minat pelajar dalam subjek
Pengajian Malaysia 1. Selain itu juga, pensyarah dapat menggunakan produk ini sebagai
alat bahan bantu mengajar yang lebih menyeronokkan dan berkesan.
2.0 PENYATAAN MASALAH
Dalam subjek Pengajian Malaysia terdapat pelbagai fakta dan konsep yang perlu
dikuasai oleh pelajar. Berdasarkan hasil tinjauan dan pemerhatian awal semasa proses
Pengajaran dan Pembelajaran, pensyarah mendapati pelajar menghadapi kesukaran
untuk mengaitkan sesuatu fakta dengan fakta yang lain. Selain itu juga, pelajar-
pelajar menghadapi masalah dalam proses mengingat fakta-fakta yang terdapat dalam
Pengajian Malaysia 1 ( MPU 1152 ). Pelajar juga merasa bosan untuk mengulangkaji
subjek Pengajian Malaysia 1.
Berdasarkan matlamat dan masalah ini, produk inovasi telah dihasilkan iaitu kad
neumonik bergambar bagi subjek Pengajian Malaysia 1 untuk setiap topik yang
dipelajari oleh pelajar. Justeru, kajian penyelidikan dilaksanakan bagi mengenalpasti
keberkesanan penggunaan kad neumonik bergambar bagi subjek Pengajian Malaysia 1.
3.0 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan Kad Neumonik
Bergambar bagi subjek Pengajian Malaysia 1.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah untuk :
i. Mengenalpasti tahap pengajaran dan pembelajaran Pengajian Malaysia 1 sebelum
menggunakan kad neumonik bergambar
ii. Mengenalpasti tahap pengajaran dan pembelajaran Pengajian Malaysia 1 selepas
menggunakan kad neumonik bergambar
iii. Mengenalpasti perbezaan markah kuiz pelajar sebelum dan selepas menggunakan
kad neumonik bergambar bagi subjek Pengajian Malaysia 1
iv. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan kad neumonik bergambar bagi Subjek
Pengajian Malaysia 1
257
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
5.0 METODOLOGI KAJIAN
5.1 Pengenalan
Bab ini adalah berkaitan dengan metodologi dan teknik penganalisan data yang terdiri
daripada rekabentuk kajian, populasi dan sampel kajian, pengukuran dan instrumen
kajian dan teknik penganalisaan data. Untuk mencapai objektif kajian, data yang sesuai
dan relevan perlu dikumpulkan. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai metodologi
kajian:
5.2 Rekabentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang dikenal pasti bersesuaian dengan tujuan kajian ini ialah
reka bentuk campuran iaitu kuantitatif dan kualitatif. Untuk kuantitatif, kajian ini
menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data. Menurut Majid Konting (2005:
21) penggunaan soal selidik membolehkan penyelidik mendapatkan maklumat yang
banyak dengan perbelanjaan yang sedikit. Alat ukuran yang digunakan dalam kajian ini
merupakan tiga set soal selidik yang terdiri daripada soal selidik Pra iaitu pengajaran dan
pembelajaran Pengajian Malaysia 1 sebelum menggunakan kad neumonik bergambar,
soal selidik pos berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Pengajian Malaysia 1
selepas menggunakan kad neumonik bergambar dan soal selidik berkaitan dengan tahap
keberkesanan penggunaan kad neumonik bergambar bagi modul pengajian malaysia
1. Berdasarkan soal–selidik ini, penyelidik dapat mengetahui dan mengenalpasti tahap
pengajaran dan pembelajaran Pengajian Malaysia 1 sebelum dan selepas menggunakan
kad neumonik bergambar. Manakala untuk kualitatif, satu kaedah digunakan oleh
penyelidik iaitu data temubual
5.3 Responden Kajian
Responden kajian ini melibatkan seramai 35 orang pelajar iaitu seramai 19 orang pelajar
lelaki dan seramai 16 orang pelajar perempuan yang sedang mengambil modul Pengajian
Malaysia 1. Melalui kajian ini, borang soal selidik akan diserahkan oleh penyelidik
kepada responden dengan menggunakan kaedah sampel rawak berkelompok di mana
penyelidik mengedarkan borang soal selidik kepada responden di Kolej Komuniti
Temerloh dan Kolej Komuniti Bera. Data kualitatif dikumpul dari lima orang pelajar
yang telah ditemubual selepas penggunaan kad neumonik bergambar.
5.4 Instrumen dan Kaedah Kajian
Dari segi pembentukan borang soal-selidik, teknik “closed-ended” digunakan untuk
membentuk soalan di dalam borang soal-selidik. Responden perlu menjawab 10
item bagi soal selidik pengajaran dan pembelajaran Pengajian Malaysia 1 sebelum
menggunakan kad neumonik bergambar, 10 item bagi soal selidik pengajaran dan
pembelajaran Pengajian Malaysia 1 selepas menggunakan kad neumonik bergambar
dan 12 item bagi soal selidik berkaitan dengan tahap keberkesanan penggunaan kad
neumonik bergambar bagi modul pengajian malaysia 1.
258
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
Manakala kaedah yang digunakan ialah kaedah kuantitatif dimana penyelidik
menggunakan skala likert untuk mengukur tahap persetujuan responden terhadap
soal selidik yang dikemukakan. Responden dapat memberi maklum balas dengan
lebih teliti dan tepat. Selain itu juga, pengkaji boleh mendapatkan secara langsung
maklumbalas dan maklumat- maklumat yang diperlukan dari responden yang terlibat
dalam menilai tahap pengajaran dan pembelajaran Pengajian Malaysia 1 sebelum dan
selepas menggunakan kad neumonik bergambar serta tahap keberkesanan penggunaan
kad neumonik bergambar bagi modul pengajian malaysia 1.
5.5 Prosedur Mengumpul Data
Tujuan utama pengumpulan data adalah untuk mengenalpasti dan menjelaskan
mengenai prosedur pengumpulan data yang dilakukan oleh penyelidik. Penyelidik
mengedarkan borang soal selidik kepada 35 orang responden yang terdiri daripada 19
orang pelajar lelaki dan seramai 16 orang pelajar perempuan yang sedang mengambil
modul Pengajian Malaysia 1.
Selain itu, penyelidik memberi penerangan terlebih dahulu kepada setiap
responden bagi memastikan responden dapat memberi maklum balas yang tulen dan
jujur. Penyelidik juga menyediakan ruang yang kondusif kepada responden untuk
menjawab soal selidik tersebut.
5.6 Teknik Analisis Data
Bagi kaedah kuantitatif, penyelidik menganalisis data dengan menggunakan software
Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 19.0 untuk mendapatkan kekerapan,
peratus, sisihan piawai dan min.
Skala interpretasi yang digunakan untuk mengukur tahap pengajaran dan pembelajaran
Pengajian Malaysia 1 sebelum dan selepas menggunakan kad neumonik bergambar
serta tahap keberkesanan penggunaan kad neumonik bergambar bagi modul pengajian
malaysia 1 adalah berpandukan sumber penilaian skor min (Mohd Majid Konting, 1990
dalam Haliyana Tonot dan Atiah Ibrahim, 2014) seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1: Skala interpretasi min kemahiran keibubapaan
Min Interpretasi
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.66 Sederhana
3.67 – 5.00 Tinggi
Jadual 1 dibangunkan berpandukan penilaian skor min Mohd Majid Konting (1990)
dalam Haliyana Tonot dan Atiah Ibrahim (2014) yang menjelaskan bahawa nilai sela
didapati hasil dari perbezaan nilai skala terbesar dan nilai skala terkecil dalam soalan
dan dibahagikan dengan bilangan skala yang hendak dibentuk. Dalam kajian ini, nilai
skala terbesar yang digunakan adalah 5.00 dan nilai skala terkecil adalah 1.00. Perbezaan
adalah 4.00 yang kemudiannya dibahagikan dengan 3 bilangan kategori skala yang
hendak dibentuk.
259
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
6.0 ANALISIS KAJIAN DAN PERBINCANGAN
6.1 Pengenalan
Bab ini adalah berkaitan dengan dapatan kajian yang telah diperolehi oleh penyelidik.
Dapatan kajian ini terdiri daripada dua kaedah iaitu kaedah kualitatif dan kaedah
kuantitatif. Bagi kaedah kuantitatif, maklumat statistik dikemukakan dan penyelidik
melakukan interpretasi terhadap dapatan kajian untuk menambahkan pemahaman
pembaca. Bagi kaedah kualitatif pula, penyelidik menyusun dapatan data temubual
responden.
6.2 Analisis kuantitatif.
Analisis kuantitatif adalah berdasarkan kepada profil demografi responden dan persoalan
kajian yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Pengajian Malaysia 1
sebelum dan selepas menggunakan kad neumonik bergambar dan keberkesanan
penggunaan kad neumonik bergambar Pengajian Malaysia 1. Dapatan kajian adalah
seperti berikut.
6.2.1 Analisis Demografi Pelajar
Analisis deskriptif dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai profil responden
kajian iaitu berdasarkan jantina, program, dan kolej. Analisis deskriptif terhadap soalan
demografi ini hanya melibatkan kekerapan dan peratusan sahaja. Hasil analisis deskriptif
tersebut adalah seperti berikut.
6.2.1.1 Profil demografi responden kajian berdasarkan jantina
Analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan dan peratusan dilaksanakan bagi
menentukan profil demografi kajian berdasarkan jantina. Hasil analisis deskriptif
tersebut adalah seperti jadual 4.1 berikut.
Jadual 2 : Profil demografi responden kajian berdasarkan jantina
Perkara Kekerapan Peratus
Lelaki 19 54.3%
Perempuan 16 45.7%
Jadual 4.1 menunjukkan profil demografi responden kajian berdasarkan jantina.
Seramai 35 orang responden telah terlibat iaitu 19 orang pelajar lelaki mewakili 54.3%
dan seramai 16 orang pelajar perempuan mewakili 45.7%. Dapatan ini menunjukkan
bahawa pelajar lelaki lebih ramai terlibat dalam kajian ini berbanding dengan pelajar
perempuan.
260
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
6.2.1.2 Profil demografi responden kajian berdasarkan program
Analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan dan peratusan dilaksanakan bagi
menentukan profil demografi kajian berdasarkan program. Hasil analisis deskriptif
tersebut adalah seperti jadual 4.2 berikut.
Jadual 3: Profil demografi responden kajian berdasarkan program
Perkara Kekerapan Peratus
Sijil Teknologi Maklumat 9 25.7%
Sijil Fesyen dan Pakaian 10 45.7%
Sijil Penyenggaraan Bangunan 7 20.0%
Sijil Akuakultur 9 25.7%
Jadual 2 menunjukkan profil demografi responden kajian berdasarkan program. Seramai
9 orang adalah program Sijil Teknologi Maklumat mewakili 25.7%, 10 orang adalah Sijil
Fesyen dan Pakaian mewakili 28.6%, 7 orang adalah Sijil Penyenggaraan Bangunan
mewakili 20.0 % dan 9 orang adalah daripada Sijil Akuakultur yang mewakili 25.7 %.
Dapatan ini menunjukkan bahawa program Sijil Fesyen dan Pakaian lebih ramai terlibat
dalam kajian ini berbanding dengan program lain.
6.2.1.3 Profil demografi responden kajian berdasarkan kolej
Analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan dan peratusan dilaksanakan bagi
menentukan profil demografi kajian berdasarkan kolej. Hasil analisis deskriptif tersebut
adalah seperti jadual 4.3 berikut.
Jadual 4: Profil demografi responden kajian berdasarkan kolej
Perkara Kekerapan Peratus
Kolej Komuniti Temerloh 26 74.3%
Kolej Komuniti Bera 9 25.7%
Jadual 4.3 menunjukkan profil demografi responden kajian berdasarkan kolej. Seramai
26 orang daripada Kolej Komuniti Temerloh mewakili 74.3% dan 9 orang daripada Kolej
Komuniti Bera mewakili 25.7%. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar yang terdiri
daripada Kolej Komuniti Temerloh lebih ramai terlibat dalam kajian ini berbanding
dengan Kolej Komuniti Bera.
6.3 Soal Selidik Pra
Pensyarah mengedarkan soal selidik pra iaitu pengajaran dan pembelajaran Pengajian
Malaysia sebelum menggunakan Kad Neumonik Bergambar yang terdiri daripada
pelajar Sijil Tekonologi Maklumat 1, Sijil Fesyen dan Pakaian 3, Sijil Penyenggaraan
Bangunan 4 dan Sijil Akuakultur. Soalan soal selidik adalah seperti di lampiran 1.
Tujuan soal selidik pra dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti tahap pengajaran dan
pembelajaran Pengajian Malaysia 1 sebelum menggunakan kad neumonik bergambar.
Keputusan soal selidik pra boleh digunakan untuk membuat perbandingan di antara
keputusan soal selidik yang menggunakan Kad Neumonik Bergambar dan keputusan
soal selidik yang tidak menggunakan Kad Neumonik Bergambar. Hasil dapatan analisis
adalah seperti berikut :
261
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
Jadual 5 : Min dan sisihan piawai tahap pengajaran dan pembelajaran Pengajian
Malaysia 1 sebelum menggunakan kad neumonik bergambar mengikut item soalan
BIL ITEM Min S.P Interpretasi
1 Saya seronok apabila pensyarah 2.66 0.87 Sederhana
mengajar Modul Pengajian Malaysia
2 Saya amat berminat untuk mempelajari Modul 3.06 1.51 Sederhana
Pengajian Malaysia
3 Saya berpendapat Modul Pengajian Malaysia 2.74 0.82 Sederhana
mempunyai banyak fakta yang sukar dikuasai
4 Saya berpendapat proses mengulangkaji Modul 2.51 0.81 Sederhana
Pengajian Malaysia adalah membosankan
5 Saya merasa yakin untuk menjawab soalan kuiz 2.57 0.81 Sederhana
dan ujian bagi Modul Pengajian Malaysia
6 Saya bersemangat untuk menjawab kuiz dan 2.69 0.90 Sederhana
ujian bagi Modul Pengajian Malaysia
7 Saya menghadapi masalah untuk mengingati 2.80 0.90 Sederhana
fakta bagi Modul Pengajian Malaysia
8 Saya tidak mempunyai satu kaedah yang dapat 2.66 0.87 Sederhana
membantu meningkatkan pencapaian dalam
Modul Pengajian Malaysia
9 Saya pasti dapat markah yang lebih baik jika 3.11 0.87 Sederhana
mempunyai kaedah yang sesuai untuk meng-
ingat fakta
10 Saya suka berbincang dengan kawan-kawan 2.89 0.83 Sederhana
mengenai Modul Pengajian Malaysia
Jumlah 2.78 0.83 Sederhana
Jadual 5 di atas menunjukkan bahawa setiap item terhadap tahap pengajaran dan
pembelajaran Pengajian Malaysia 1 sebelum menggunakan kad neumonik bergambar
berada pada tahap sederhana. Item yang mempunyai min yang paling tinggi pada tahap
sederhana ialah “Saya pasti dapat markah yang lebih baik jika mempunyai kaedah
yang sesuai untuk mengingat fakta” (min = 3.11 dan sp = 0.87). Manakala item yang
mempunyai min yang paling rendah pada tahap sederhana ialah “Saya seronok apabila
pensyarah mengajar Modul Pengajian Malaysia” (min = 2.66 dan sp = 0.87) dan “Saya
tidak mempunyai satu kaedah yang dapat membantu meningkatkan pencapaian dalam
Modul Pengajian Malaysia” (min = 2.66 dan sp = 0.87). Secara keseluruhannya kajian
ini menunjukkan bahawa tahap pengajaran dan pembelajaran Pengajian Malaysia 1
sebelum menggunakan kad neumonik bergambar dari perspektif pelajar berada pada
tahap sederhana (min = 2.78 dan sp = 0.83). Pelajar kurang seronok, bosan dan sukar
mengingati fakta bagi Modul Pengajian Malaysia dan satu tindakan perlu diambil untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
6.4 Dapatan analisis temubual dengan menggunakan kaedah kualitatif
Selain itu juga, pengkaji telah melaksanakan temubual bersama dengan pelajar dan
hasil dapatan menunjukkan bahawa pelajar merasa sukar untuk mengingati fakta-fakta
penting yang terdapat di dalam subjek Pengajian Malaysia. Pelajar juga merasa berat
untuk mengingati fakta-fakta yang berbentuk ilmiah.
262
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
6.5 Dapatan markah soalan kuiz kepada pelajar sebelum menggunakan Kad Neumonik
Bergambar
Pensyarah mengedarkan soalan kuiz bagi topik 1 iaitu Kemasyarakatan Malaysia
sebelum menggunakan Kad Neumonik Bergambar yang terdiri daripada 9 orang
pelajar Sijil Tekonologi Maklumat, 10 orang pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian, 7 orang
pelajar Sijil Penyenggaraan Bangunan dan 9 orang pelajar Sijil Akuakultur. Soalan
kuiz adalah seperti di lampiran 3. Tujuan soalan kuiz ini dilaksanakan adalah untuk
mengenalpasti tahap pencapaian pelajar terhadap Modul Pengajian Malaysia sebelum
menggunakan Kad Neumonik Bergambar. Keputusan markah adalah untuk membuat
perbandingan antara markah sebelum menggunakan Kad Neumonik Bergambar dan
selepas menggunakan Kad Neumonik Bergambar. Markah kuiz yang diperolehi oleh
pelajar adalah seperti berikut :
Jadual 6 : Markah kuiz pelajar sebelum menggunakan Kad Neumonik Bergambar
Skor yang diperolehi 0-0.9 1-1.9 2-2.9 3-3.9 4-4.9 5 Jumlah
(Markah keseluruhan =5)
Sijil Teknologi Maklumat 24210 0 9
Sijil Fesyen dan Pakaian 04212 1 10
Sijil Penyenggaraan Bangunan 1 3 2 0 1 0 7
Sijil Akuakultur 00023 4 9
Jumlah 3 11 6 4 4 5 35
6.6 Pensyarah mengedarkan soal selidik Pasca
Pensyarah mengedarkan soal selidik pasca iaitu pengajaran dan pembelajaran Pengajian
Malaysia selepas menggunakan Kad Neumonik Bergambar yang terdiri daripada pelajar
Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Fesyen dan Pakaian, Sijil Penyenggaraan Bangunan dan
Sijil Akuakultur. Soalan soal selidik adalah seperti di lampiran 2. Tujuan soal selidik
pasca dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap Modul
Pengajian Malaysia selepas menggunakan Kad Neumonik Bergambar. Keputusan soal
selidik pasca boleh digunakan untuk membuat perbandingan di antara keputusan soal
selidik yang menggunakan Kad Neumonik Bergambar dan keputusan soal selidik yang
tidak menggunakan Kad Neumonik Bergambar. Hasil dapatan analisis adalah seperti
berikut :
Jadual 9 : Min dan sisihan piawai tahap pengajaran dan pembelajaran Pengajian
Malaysia 1 selepas menggunakan kad neumonik bergambar mengikut item soalan
263
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
Jadual 9 : Min dan sisihan piawai tahap pengajaran dan pembelajaran Pengajian
Malaysia 1 selepas menggunakan kad neumonik bergambar mengikut item soalan
BIL ITEM Min S.P Interpretasi
1 Saya seronok apabila pensyarah 3.51 0.56 Sederhana
mengajar Modul Pengajian Malaysia
2 Saya amat berminat untuk mempelajari Modul 3.51 0.50 Sederhana
Pengajian Malaysia
3 Saya berpendapat Modul Pengajian Malaysia 3.34 0.68 Sederhana
mempunyai banyak fakta yang sukar dikuasai
4 Saya berpendapat proses mengulangkaji Modul 1.94 0.59 Rendah
Pengajian Malaysia adalah membosankan
5 Saya merasa yakin untuk menjawab soalan kuiz 3.69 0.47 Tinggi
dan ujian bagi Modul Pengajian Malaysia
6 Saya bersemangat untuk menjawab kuiz dan 3.54 0.61 Sederhana
ujian bagi Modul Pengajian Malaysia
7 Saya menghadapi masalah untuk mengingati 2.20 0.83 Rendah
fakta bagi Modul Pengajian Malaysia
8 Saya tidak mempunyai satu kaedah yang dapat 2.31 0.79 Rendah
membantu meningkatkan pencapaian dalam
Modul Pengajian Malaysia
9 Saya pasti dapat markah yang lebih baik jika 3.63 0.49 Sederhana
mempunyai kaedah yang sesuai untuk meng-
ingat fakta
10 Saya suka berbincang dengan kawan-kawan 3.34 0.72 Sederhana
mengenai Modul Pengajian Malaysia
Jumlah 3.10 0.62 Sederhana
Jadual 9 di atas menunjukkan bahawa setiap item terhadap tahap pengajaran dan
pembelajaran Pengajian Malaysia 1 selepas menggunakan kad neumonik bergambar
berada pada tahap sederhana. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah
“Saya merasa yakin untuk menjawab soalan kuiz dan ujian bagi Modul Pengajian
Malaysia” (min = 3.69 dan sp = 0.47). Manakala item yang mempunyai min yang paling
rendah ialah “Saya berpendapat proses mengulangkaji Modul Pengajian Malaysia
adalah membosankan” (min = 1.94 dan sp = 0.59). Secara keseluruhannya kajian ini
menunjukkan bahawa tahap pengajaran dan pembelajaran Pengajian Malaysia 1 selepas
menggunakan kad neumonik bergambar dari perspektif pelajar berada pada tahap
sederhana (min = 3.10 dan sp = 0.62). Justeru, secara keseluruhan daripada dapatan
analisis soal selidik ini menunjukkan bahawa pelajar pelajar menunjukkan perubahan
yang positif selepas mengunakan Kad Neumonik Bergambar.
264
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
6.7 Pensyarah mengedarkan soalan kuiz kepada pelajar selepas menggunakan Kad
Neumonik Bergmabar
Pensyarah mengedarkan soalan kuiz bagi topik 1 iaitu Kemasyarakatan Malaysia
selepas menggunakan Kad Neumonik Bergambar yang terdiri daripada pelajar 10
orang pelajar Sijil Penyenggaraan Bangunan, 10 orang pelajar Sijil Furniture Design dan
10 orang pelajar Sijil Teknologi Maklumat. Soalan kuiz adalah seperti di lampiran 4.
Tujuan soalan kuiz ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti pencapaian pelajar
terhadap Modul Pengajian Malaysia selepas menggunakan Kad Neumonik Bergambar.
Keputusan markah adalah untuk membuat perbandingan antara markah sebelum
menggunakan Kad Neumonik Bergambar dan selepas menggunakan Kad Neumonik
Bergambar. Markah kuiz yang diperolehi oleh pelajar adalah seperti berikut :
Jadual 10 : Markah kuiz pelajar selepas menggunakan Kad Neumonik Bergambar
Skor yang diperolehi 0-0.9 1-1.9 2-2.9 3-3.9 4-4.9 5 Jumlah
(Markah keseluruhan =5)
Sijil Teknologi Maklumat 00013 5 9
Sijil Fesyen dan Pakaian 00011 8 10
Sijil Penyenggaraan Bangunan 0 0 0 1 4 2 7
Sijil Akuakultur 00003 6 9
Jumlah 0 0 0 3 11 21 35
6.8 Perbandingan markah kuiz 1 topik Kemasyarakatan Malaysia sebelum dan selepas
menggunakan Kad Neumonik Bergambar
Jadual 11 : Markah kuiz pelajar selepas menggunakan Kad Neumonik Bergambar
Skor yang diperolehi 0-0.9 1-1.9 2-2.9 3-3.9 4-4.9 5 Jumlah
Skor Markah keseluruhan
sebe- =5)
lum
dan Sijil Teknologi
selepas Maklumat 2421 00 9
0001 35 9
Sijil Fesyen dan 0 4 2 1 2 1 10
Pakaian 0 0 0 1 1 8 10
Sijil penyenggaraan 1320 10 7
Bangunan 0001 42 7
Sijil Akuakultur 0002 34 9
0000 36 9
Jumlah 35
Skor Sebelum
Skor Selepas
Berdasarkan perbandingan keputusan markah kuiz pelajar sebelum dan selepas
menggunakan Kad Neumonik bergambar ialah pelajar menunjukkan peningkatan
pencapaian bagi topik 1. Ini menunjukkan bahawa penggunaan Kad Neumonik
Bergambar dapat memberi peningkatan pencapaian kepada pelajar.
265
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
6.9 Pensyarah mengedarkan soal selidik keberkesanan penggunaan Kad Neumonik
Bergambar bagi Modul Pengajian Malaysia.
Pensyarah mengedarkan soal selidik keberkesanan penggunaan Kad Neumonik
Bergambar bagi Modul Pengajian Malaysia 1 kepada pelajar Sijil Penyenggaraan
Bangunan, Sijil Fesyen dan Pakaian, Sijil Teknologi Maklumat dan Sijil Akuakultur.
Soalan soal selidik adalah seperti di lampiran 3. Tujuan soal selidik dilaksanakan adalah
untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan Kad Neumonik Bergambar terhadap
Modul Pengajian Malaysia. Keputusan soal selidik analisis adalah seperti berikut:
Jadual 12 : Min dan sisihan piawai tahap keberkesanan penggunaan kad neumonik
bergambar bagi modul pengajian malaysia mengikut item soalan
BIL ITEM Min S.P Interpretasi
1 Kaedah neumonik dapat membantu saya 3.69 0.47 Tinggi
mengingat fakta-fakta Modul Pengajian Malay-
sia dengan mudah
2 Kaedah neumonik dapat membantu saya 3.57 0.56 Sederhana
menyenaraikan fakta modul Pengajian Malay-
sia dengan betul
3 Ayat neumonik yang dihasilkan oleh pensyarah 3.60 0.56 Sederhana
untuk proses mengingat adalah menarik
4 Ayat neumonik yang dihasilkan oleh pensyarah 3.71 0.46 Tinggi
untuk proses mengingat adalah mudah
5 Ilustrasi gambar yang disediakan dapat men- 3.60 0.55 Sederhana
guatkan lagi daya ingatan pelajar
6 Ilustrasi gambar yang dikaitkan dengan ayat 3.54 0.56 Sederhana
neumonik adalah menarik
7 Ilustrasi gambar yang dikaitkan dengan ayat 3.54 0.50 Sederhana
neumonik adalah memudahkan proses meng-
ingat
8 Kad neumonik bergambar menyediakan mak- 3.45 0.61 Sederhana
lumat yang lengkap
9 Kad neumonik bergambar adalah mudah un- 3.71 0.46 Tinggi
tuk dibawa oleh pelajar
10 Kad neumonik bergambar dihasilkan dalam 3.63 0.49 Sederhana
warna yang menarik mengikut topik
11 Kad neumonik bergambar adalah tahan lasak 3.43 0.56 Sederhana
12 Kad neumonik bergambar adalah kaedah baru 3.66 0.48 Tinggi
yang berkesan untuk pelajar
Jumlah 3.60 0.52 Sederhana
266
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
Jadual 12 di atas menunjukkan bahawa setiap item keberkesanan penggunaan kad
neumonik bergambar bagi modul pengajian malaysia berada pada tahap rendah dan
sederhana. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah “Ayat neumonik yang
dihasilkan oleh pensyarah untuk proses mengingat adalah mudah” (min = 3.71 dan sp =
0.46),“Kad neumonik bergambar adalah mudah untuk dibawa oleh pelajar” (min = 3.71
dan sp = 0.46 ), “Kaedah neumonik dapat membantu saya mengingat fakta-fakta Modul
Pengajian Malaysia dengan mudah” (min = 3.69 dan sp = 0.47 ) dan “Kad neumonik
bergambar adalah kaedah baru yang berkesan untuk pelajar” (min = 3.66 dan sp = 0.48
). Manakala item yang mempunyai min paling tinggi pada tahap sederhana ialah “Kad
neumonik bergambar dihasilkan dalam warna yang menarik mengikut topik” (min =
3.63 dan sp = 0.49) dan item yang mempunyai min paling rendah pada tahap sederhana
ialah “Kad neumonik bergambar adalah tahan” (min = 3.43 dan sp = 0.56). Secara
keseluruhannya kajian ini menunjukkan bahawa tahap keberkesanan penggunaan kad
neumonik bergambar bagi modul pengajian malaysia berada pada tahap sederhana
(min = 3.60 dan sp = 0.52).
Berdasarkan hasil dapatan analisis keberkesanan penggunaan Kad Neumonik Bergambar
bagi Modul Pengajian Malaysia bersama pelajar menunjukkan bahawa kebanyakan
pelajar bersetuju dan sangat setuju bahawa Kad Neumonik Bergambar memberi kesan
yang positif kepada pelajar.
Selain itu juga, soal selidik bahagian B juga meminta pelajar menyatakan perasaan
beliau mereka setelah menggunakan Kad Neumonik bergambar. Antara maklum balas
yang dinyatak oleh pelajar ialah seperti berikut :
Responden 1 :
“Senang faham dan tidak serabut”.
Responden 2 :
“Senang untuk mengingat dan menarik”.
Responden 3 :
“Kad Neumonik bergambar bagi Modul Pengajian Malaysia adalah sangat Baik
dan menarik. Segala pembelajaran melalui kaedah ini adalah sangat mudah diingati
walaupun di dalam pelajaran ini mempunyai banyak fakta. Secara keseluruhjannya kad
neumonik ini dapat membantu para pelajar untuk lebih berminat dalam pelajaran ini.
Ianya juga boleh membantu untuk mengingat dan mengulangkaji pelajaran dengan
lebih baik dan berkesan”.
Responden 5 :
“Setelah menggunakan kad Neumonik bergambar, ianya membantu memudahkan
pelajar mengingati fakta dengan mudah. Penggunaan gambar ilustrasi dan warna serta
singkatan ayat memudahkan lagi untuk ingatan”.
Responden 6 :
“Kad Neumonik Bergambar ini amat berkesan bagi seorang pelajar untuk lebih
memahami dan mengingati dengan lebih mudah lagi”.
Responden 7 :
Saya berasa yakin untuk menghadapi soalan kuiz atau pun ujian pelajaran Pengajian
Malaysia. Saya juga berminat untuk mengulangkaji pelajaran selepas adanya kaedah
ini”.
267
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
Responden 8 :
Perasaan saya menggunakan Kad Neumonik saya berasa lega kerana kad neumonik
banyak membantu dari segi untuk mengingati dalam subjek Pengajian Malaysia. Saya
harap kad neumonik ini dapat dikembangkan lagi kepada pelajar lain untuk subjek yang
lain. Kad Neumonik terbaik”.
Justeru, berdasarkan hasil dapatan soal selidik keberkesanan penggunaan Kad Neumonik
Bergambar bagi Modul Pengajian Malaysia menunjukkan maklum balas yang positif
daripada pelajar dan Kad Neumonik Bergambar ini dapat membantu pelajar untuk
mengulangkaji pelajaran dengan lebih mudah dan menarik.
7.0 KESIMPULAN
Dapatan dari kajian yang dijalankan terbukti menunjukkan bahawa penggunaan ‘Kad
Neumonik Bergambar’ dalam subjek Pengajian Malaysia 1 adalah berkesan dalam
meningkatkan proses mengingat secara menyeluruh kepada pelajar. Selain itu juga,
kad neumonik bergambar dapat menghilangkan rasa bosan dalam kalangan pelajar.
Kenyataan ini dapat diperkukuhkan lagi dengan perbandingan dapatan temubual
sebelum dan selepas penggunaan ‘Kad Neumonik Bergambar’.
Disamping itu juga, melalui produk kad neumonik bergambar ia dapat memberi
peningkatan pencapaian dan menambah minat pelajar dalam subjek Pengajian Malaysia
1. Selain itu juga, pensyarah dapat menggunakan produk ini sebagai alat bahan bantu
mengajar yang lebih menyeronokkan dan berkesan.
Selain itu juga, soal selidik keberkesanan penggunaan Kad Neumonik Bergambar juga
telah diedarkan kepada pelajar. Justeru, hasil dapatan menunjukkan penghasilan kad
neumonik bergambar dapat memberi impak yang positif dalam menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh pelajar kerana mempunyai ciri-ciri yang kreatif dan inovatif.
268
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
RUJUKAN
Abu Bakar, Bhashah, Phd. ( 2007 ). Kaedah Menjalankan Kajian Tindakan Di Sekolah.
Kuala Lumpur : Syarikat Miharja Sdn. Bhd.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran
Malaysia. ( 2006 ). Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Ke
XIII. Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran
Malaysia. ( 1995 ). Modul Kajian Tindakan. Kuala Lumpur : Program For Innovation,
Excellence and Research.
Bogdan,R.C & Biklen, S.K. (2003). Qualitative Research for Education: An Introduction
to Theories and Methods. New York: Pearson Education Group.
Mohd. Baharin, Omar Hisham. ( 2008 ) . Nota Kuliah: Kajian Tindakan Dalam
Pendidikan. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
269
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
KATEGORI
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)
270
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
TAHAP KEPUASAN PESERTA KURSUS PENDEK TERHADAP KEMUDAHAN DAN
PRASARANA DI KOLEJ KOMUNITI ROMPIN
Noor Haslinda Binti Zainoldin
Kolej Komuniti Rompin
[email protected]
Zulkhabri Bin Md Kardi @ Md Kadri
Kolej Komuniti Rompin
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakankan bagi mengkaji tahap kepuasan peserta kursus terhadap kemudahan
yang ada di Kolej Komunit Rompin. Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi
di seluruh malaysia menawarkan dua (2) program iaitu Program Sepenuh Masa dan
Program Pembelajaran Sepanjang Hayat atau juga dikenali sebagai Kursus Pendek. Program
Kursus Pendek biasanya dijalankan pada hari minggu atau hari bekerja mengikut permintaan
peserta kursus pendek dan kesediaan tenaga pengajar. Ini secara tidak langsung, para peserta
akan menggunakan kemudahan di kolej seperti Makmal Komputer, Billik jahitan, Bengkel
Automotif, Bengkel Kulinari dan lain-lain. Pernyataan Masalah kajian ini adalah kesediaan
kemudahan yang terdapat di kolej untuk peserta kursus dan kekangan bilangan peralatan yang
tidak dapat menampung dengan jumlah peserta dalam suatu masa. Objektif kajian ini adalah
mengenalpasti terhadap kepuasan para peserta kursus pendek terhadap kemudahan di kolej
komuniti. Matlamat kajian adalah memastikan Kolej Komuniti Rompin dapat memberikan
kemudahan yang optimum untuk kegunaan para peserta kursus. Kaedah kajian ini adalah
dengan mengedarkan soal selidik pada peserta kursus pendek yang menghadiri kursus pada
bulan Jan hingga Mac 2017. Sampel kajian adalah seramai 150 orang. Data yang diperolehi
dianalisis menggunakan IBM SPSS 21 dengan nilai alpha 0.814. Dapatan kajian ini adalah para
peserta berpuashati dengan kemudahan di Kolej Komuniti Rompin dengan mendapat tahap
interpretasi min memuaskan. Cadangan kajian agar pihak kolej menjalankan penyelenggaraan
berkala bagi peralatan yang sedia ada bagi memastikan kolej sentiasa bersedia memenuhi
permintaan kursus pendek. Dapat disimpulkan, kolej perlu menyediakan kemudahan yang
terbaik bagi memastikan kepuasan peserta kursus pendek dan secara tidak langsung dapat
meningkatkan bilangan peserta kursus dan permintaan kursus pendek.
Kata Kunci : Kursus Pendek, Kepuasan peserta , kemudahan kolej
271
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
1.0 PENGENALAN
Penubuhan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjadi institusi
yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan
memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga
kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Sebanyak 10 buah Kolej
Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001 dan 2 buah lagi pada bulan
Disember 2001. Sehingga Julai 2007, sebanyak 35 buah Kolej Komuniti telah beroperasi
di seluruh negara. Pada Mac 2004 pula Kolej Komuniti yang berada dalam Jabatan
Pendidikan Teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia telah diletakkan di bawah
naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam Jabatan Pengajian Politeknik
dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Lebih banyak Kolej Komuniti sedang dirancang pembinaannya secara berfasa dalam
Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) bagi membuka lebih banyak peluang kepada
masyarakat setempat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras
dengan objektif penubuhan Kolej Komuniti. 2 lagi kolej baru telah mula beroperasi
bermula Sesi Januari 2008 menjadikan jumlah keseluruhan kolej komuniti adalah
sebanyak 37 buah. Misi Kolej Komuniti adalah membangun komuniti setempat sebagai
tenaga kerja berpengetahuan dan terlatih untuk memenuhi tuntutan dunia pekerjaan
melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional dan Pembelajaran Sepanjang
Hayat.
Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan satu proses pendemokrasian
pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran
dan kompetensi samada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman
dan latihan. Pembelajaran sepanjang hayat menjadi semakin penting di Malaysia
kerana tekanan daripada ledakan globalisasi, perubahan teknologi yang pantas dan
pertumbuhan penduduk di Malaysia (Mohamed Rashid Navi Bax dan Mohd Nasir Abu
Hassan, 2005). Semangat ingin menambah pengetahuan dan kemahiran mendorong
masyarakat melibatkan diri dengan kursus pendek yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti.
Di Kolej Komuniti Rompin khususnya, di bawah Unit Pendidikan Berterusan, (UPB)
adalah salah satu proses Pembelajaran & Pengajaran yang diterapkan adalah melalui
kursus-kursus pendek yang ditawarkan iaitu contohnya seperti bidang masakan, jahitan,
perisian komputer, kecantikan, kamahiran dan sebagainya yang mana relevan dengan
keperluan masyarakat setempat. Kursus pendek ini kebiasaannya dilaksanakan di antara
1 hari hingga 3 bulan bergantung kepada modul yang disediakan. Namun kebiasaannya
jangkamasa kursus adalah kurang daripada 6 bulan dan ia boleh dilaksanakan dalam
waktu pejabat atau luar waktu pejabat. Kursus pendek biasanya dijalankan di dalam
bangunan Kolej Komuniti atau di luar Kolej Komuniti sekiranya keadaan kursus itu
lebih sesuai dibuat di luar bangunan kolej komuniti dan pihak kolej boleh mengaturkan
agar kursus itu dijalankan di bengkel milik syarikat atau majlis tempatan atau mana-
mana agensi yang berkaitan.
272
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kepuasan peserta kursus pendek terhadap
kemudahan dan prasarana di Kolej Komuniti Rompin. Kemudahan yang diambilkira
adalah di Bilik kuliah, bilik seminar, dewan seminar, bilik jahitan, makmal komputer,
bengkel, kafeteria, parkir dan juga tandas. Kekangan peralatan atau kemudahan akan
menjejaskan tahap kepuasan peserta kursus pendek terhadap kemudahan di kolej. Ia
juga secara tidak langsung akan menyukarkan kolej mencapai KPI bilangan peserta
kursus pendek.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah :
i. Menentukan tahap kepuasan peserta kursus pendek terhadap Bilik Kuliah/Bilik
Seminar/ Dewan Seminar di Kolej Komuniti Rompin.
ii. Menentukan tahap kepuasan peserta kursus pendek terhadap Bilik Jahitan/ Makmal
Komputer/ Bengkel di Kolej Komuniti Rompin.
iii. Menentukan tahap kepuasan peserta kursus pendek terhadap Kafeteria di Kolej
Komuniti Rompin.
iv. Menentukan tahap kepuasan peserta kursus pendek terhadap Kemudahan Asas di
Kolej Komuniti Rompin.
4.0 PERSOALAN KAJIAN
i. Apakah tahap kepuasan peserta kursus pendek terhadap Bilik Kuliah/Bilik Seminar/
Dewan Seminar di Kolej Komuniti Rompin?
ii. Apakah tahap kepuasan peserta kursus pendek terhadap Bilik Jahitan/ Makmal
Komputer/ Bengkel di Kolej Komuniti Rompin?
iii. Apakah tahap kepuasan peserta kursus pendek terhadap kemudahan dan prasarana
di Kolej Komuniti Rompin?
iv. Apakah tahap kepuasan peserta kursus pendek terhadap kemudahan dan prasarana
di Kolej Komuniti Rompin?
5.0 KAJIAN LITERATUR
Kepuasan pelanggan adalah sangat penting bagi organisasi yang menawarkan
perkhidmatan .Kepuasan pelanggan perlu diambilkira atau diukur bagi memastikan
sesuatu produk atau perkhidmatan yang diberikan memenuhi kepuasan pelanggan. Jika
organisasi dapat memberikan kepuasan yang optima kepada pelanggan, Nor Aishah
(2012) menyatakan bahawa kualiti perkhidmatan baik, maka kepuasan pelanggan
akan meningkat. Ini disokong oleh Mohd Faiz (2011) yang menyatakan perkhidmatan
yang memberikan kualiti yang terbaik dapat mencapai kepuasan pelanggan. Selain
perkhidmatan yang diberikan, faktor kemudahan organisasi atau agensi juga memainkan
273
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
peranan dalam meningkat kepuasan peserta atau pelanggan. Wan Mohd Rashid (2011)
juga yang menyatakan antara faktor pemilihan kaedah pengajaran dipengaruhi oleh
kemudahan yang disediakan oleh pihak Kolej Komuniti. Peserta atau pelanggan akan
lebih tertarik dengan kemudahan yang lengkap dan ia disokong oleh pernyataan
Norhasyila Minhat (2011) iaitu kemudahan yang lengkap dapat mempengaruhi
kepuasan pelajar/peserta ,.
6.0 METODOLOGI KAJIAN
Terdapat beberapa metodologi kajian yang boleh dilaksanakan dalam kajian antaranya
soal selidik dan lain-lain. Metodologi kajian ini adalah kuantitatif dengan mengedarkan
borang soal selidik pada peserta kursus pendek yang telah menghadiri kursus pada
bulan Januari sehingga Mac 2017. Borang soal selidik diukur menggunakan skala Likert
bermula dengan skala 1 = Sangat Tidak Setuju hingga skala 5= Sangat setuju. Populasi
bagi kajian adalah 283 orang. Sampel bagi kajian ini adalah seramai 150 yang dipilih
secara rawak.
7.0 DAPATAN KAJIAN
Kepuasan peserta kursus pendek diukur pada 5 aspek iaitu kemudahan di Bilik Kuliah/
Bilik Seminar/Dewan Seminar, Bilik Jahitan/Makmal Komputer/Bengkel, Cafeteria,
Kemudahan Asas dan Penceramah/Tenaga Pengajar. Kesemua aspek yang dikaji
berdasarkan kekerapan kemudahan yang digunakan oleh para peserta kursus pendek.
Tahap interpretasi adalah seperti Jadual 1 dibawah:
Jadual 1: Jadual interpretasi skor min (Creswell,2005)
Skor Min Interpretasi
1.00-1.80 Sangat tidak memuaskan
1.81-2.60
2.61-3.40 Tidak memuaskan
Sederhana
3.41-4.20 Memuaskan
4.21-5.00 Sangat memuaskan
Bilik Kuliah/Bilik Seminar/ Dewan Seminar
Bahagian ini mengandungi 5 sub items yang dinilai. Daripada data analisis menunjukkan
min yang sama bagi peralatan seperti kerusi, meja dan papan putih adalah mencukupi
dan juga persekitaran didalam bilik tersebut adalah bersih, selamat dan selesa iaitu skor
min yang sangat memuaskan 4.434 dengan sisihan piawai 0.572 dan 0.866. Skor min
keseluruhan item ini adalah 4.332 pada tahap sangat memuaskan.
274
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
Jadual 2: Skor Min dan Sisihan Piawai Bilk Kuliah/Bilik Seminar/Dewan Seminar
Item Sub Item Min Sisihan Interpretasi
Piawai min
Bilik Kuliah/ Peralatan kerusi, meja dan papan 4.434 0.572 Sangat
Bilik Seminar/ putih adalah mencukupi untuk 0.967 memuaskan
Dewan sesi kursus. 0.866 Sangat
Seminar 0.868 memuaskan
Peralatan barang seperti PA 4.396 0.966 Sangat
sistem dan penghawa dingin memuaskan
beroperasi dengan baik. Sangat
memuaskan
Persekitaran didalam Bilik Kuli- 4.434 Memuaskan
ah/Bilik Seminar/Dewan Seminar
bersih, selamat dan selesa.
Kedudukan Bilik Kuliah/Bilik 4.302
Seminar/Dewan Seminar mudah
dicari
Laluan kecemasan dipaparkan 4.094
pada Bilik Kuliah/Bilik Seminar/
Dewan Seminar.
Bilik Jahitan/ Makmal Komputer/ Bengkel
Sub item bagi bilangan mesin jahit/komputer mencukupi untuk kegunaan semua
peserta mendapat skor min yang memuaskan iaitu 4.113 dengan sisihan piawai 0.993.
Masalah ini mungkin dihadapi bagi kursus pendek yang mempunyai bilangan peserta
yang melebihi 20 orang. Ketidakboleh fungsian mesin jahit atau komputer menyebabkan
peserta kursus terpaksa berkongsi antara satu sama lain. Skor min keseluruhan item ini
adalah 4.173 pada tahap memuaskan.
Jadual 3: Skor Min dan Sisihan Piawai Bilik Jahitan/ Makmal Komputer/ Bengkel
Item Sub Item Min Sisihan Interpretasi
Piawai min
Bilik Jahitan/ Bilangan mesin jahit/komput- 4.113 0.993 Memuaskan
Makmal er mencukupi untuk kegunaan 0.907 Memuaskan
Komputer/ semua peserta. 0.886 Memuaskan
Bengkel 0.912 Memuaskan
Mesin jahit/komputer dapat 4.151 0.869 Memuaskan
digunakan dengan baik tanpa
masalah
Peralatan jahitan/komputer men- 4.151
cukupi untuk semua peserta.
Persekitaran didalam Bilik Jahit/ 4.226
Makmal Komputer/ Bengkel
bersih, selamat dan selesa.
Langkah-langkah keselamatan 4.226
dipamerkan.
275
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
Cafeteria
Tidak semua Kolej Komuniti mempunyai kafeteria kolej. Hanya Kolej Komuniti yang
mempunyai kampus sahaja yang mempunyai kafeteria. Sub item pada kemudahan asas
di kafeteria mencukupi mendapat skor min yang rendah dalam item Kafeteria iaitu
3.868 dan sisihan piawai adalah 0.981. Skor min keseluruhan item ini adalah 3.931 pada
tahap memuaskan.
Jadual 4: Skor Min dan Sisihan Piawai Kafeteria
Item Sub Item Min Sisihan Interpretasi
Piawai min
Kafeteria Kualiti makanan yang disediakan 3.887 0.993 Sederhana
memuaskan. 0.981 Sederhana
0.876 Memuaskan
Kemudahan asas di Kafeteria 3.868
mencukupi
Persekitaran kafeteria selesa dan 4.038
bersih
Kemudahan Asas
Kemudahan Asas adalah seperti tandas dan meletak kenderaan yang selalu digunakan
oleh peserta kursus pendek. Skor min yang paling rendah adalah 3.453 dengan sisihan
piawai 0.992 iaitu tahap kebersihan tandas memuaskan. Skor min keseluruhan item ini
adalah 3.818 pada tahap memuaskan.
Jadual 5: Skor Min dan Sisihan Piawai Kemudahan Asas
Item Sub Item Min Sisihan Interpretasi
Piawai min
Kemudahan Tahap kebersihan tandas 3.453 0.992 Sederhana
Asas memuaskan
Kemudahan tandas mencukupi 3.943 0.929 Sederhana
Kemudahan meletak kenderaan 4.057 0.989 Memuaskan
mencukupi
Penceramah/Tenaga Pengajar
Skor min bagi penceramah atau tenaga pengajar adalah pada tahap yang tinggi. Skor min
yang paling tinggi adalah 4.679 dengan sisihan piawai 0.581 iaitu kaedah penyampaian
penceramah sangat menarik. Ini mungkin juga salah satu faktor peserta kursus pendek
gemar menghadiri kursus pendek di Kolej Komuniti Rompin selain yuran kursus yang
murah. Skor min keseluruhan item ini adalah 4.660 di tahap sangat memuaskan.
276
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
Jadual 6: Skor Min dan Sisihan Piawai Penceramah/Tenaga Pengajar
Item Sub Item Min Sisihan Interpretasi
Piawai min
Penceramah/ Penceramah/Tenaga Pengajar 4.660 0.517 Sangat
Tenaga sentiasa bersedia untuk memberi memuaskan
Pengajar bantuan. 4.679 0.581
Cara pengajaran penceramah/ 4.642 0.591 Sangat
tenaga pengajar sangat menarik. memuaskan
Kepakaran penceramah/tenaga
pengajar bersesuaian dengan Sangat
kursus. memuaskan
8.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
Hasil daripada dapatan yang diperolehi,skor min keseluruhan kajian adalah 4.112
iaitu pada tahap memuaskan terhadap tahap kemudahan yang ada di Kolej Komuniti
Rompin iaitu di Bilik Kuliah/Bilik Seminar/Dewan Seminar, Bilik Jahitan/Makmal
Komputer/Bengkel, Cafeteria dan Kemudahan Asas. Tetapi skor min keseluruhan bagi
item penceramah/tenaga pengajar mendapat 4.660 iaitu pada tahap sangat memuaskan.
Ini menunjukkan tenaga pengajar Kolej Komuniti Rompin adalah di kalangan pengajar
yang kompeten.
Secara keseluruhan , bilangan komputer/mesin jahit mencukupi kepada peserta kursus
pendek dengan skor min memuaskan. Cuma akan bermasalah apabila bilangan peserta
yang dalam bilangan yang ramai contohnya melebihi 20 orang, terdapat kekangan
peralatan dan juga jika ada peralatan yang tidak berfungsi dengan sempurna. Oleh itu,
pihak kolej perlu memastikan semua peralatan dalam keadaan baik dengan sentiasa
mengadakan penyelenggaraan berkala atau membuat penambahbaikan dan jika perlu
sediakan peralatan atau perisian versi yang terbaru. Kemudahan asas seperti tandas
mendapat skor min yang rendah antara semua item, mungkin perlu ditambah kesedaran
penjagaan kebersihan tandas di kalangan warga kolej dan juga boleh di hiasi agar lebih
ceria.
Bagi yang items yang mendapat skor min sangat memuaskan seperti Bilik Kuliah/Bilik
Seminar/Dewan Seminar perlulah sentiasa mengekalkan kualiti tersebut.
277
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
RUJUKAN
Norhasyila Minhat. (2011). Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan yang disediakan di
Pusat Sumber Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
Nurul ‘Ain Binti Kassim (2012). Tahap Kepuasan Pelajar Antarabangsa Terhadap
Kemudahan dan Perkhidmatan yang disediakan di Univesiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
Agatha Francis Umbit (2011), Kepuasan Pelajar Terhadap Perkhidmatan Dan
Kemudahan di Pusat Sumber IPG Kampus Batu Lintang.
Nor Aishah Binti Othman (2011), Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap
Kemudahan dan Perkhidmatan yang disediakan di Kolej Komuniti Temerloh.
Tuan Syarifah Atifah Binti Tuan Mat Zin (2012), Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap
Kemudahan dan Prasarana yang disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi
Disember 2012.
Mohd Hafiz Bin Zainal Abidin (2016), Kajian terhadap Keberkesanan Kursus Kawalan
Proses dan Instrumentasi Kepada Peserta Kursus Pendek Kolej Komuniti Paya Besar.
Wan Mohd Rashid Wan Ahmad, Pelaksanaan Program Pendidikan Sepanjang Hayat
(PSH) Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Sharmili Mohamed Rafi (2014), Kajian Keperluan Program Pembelajaran Sepanjang
Hayat (PSH) di Kolej Komuniti Raub Tahun 2014.
278
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
KAJIAN MAKLUMBALAS PESERTA KURSUS PENDEK ANJURAN JABATAN
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT KOLEJ KOMUNITI AMPANG DALAM ASPEK
PEMBANGUNAN USAHAWAN
Thilagavathi a/p Malayandy
Kolej Komuniti Ampang
[email protected]
Nurasykin binti Fazil
Kolej Komuniti Ampang
[email protected]
ABSTRAK
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan keusahawanan merupakan dua konsep yang saling
berkait rapat. Pelbagai inisiatif sentiasa diambil oleh Kolej Komuniti untuk menghasilkan
usahawan berjaya hasil dari pelaksanaan program Pembelajaran Sepanjang Hayat tersebut.
Bilangan usahawan yang dihasilkan melalui program Pembelajaran Sepanjang Hayat
terutamanya di kolej baru seperti Kolej Komuniti Ampang masih di peringkat permulaan.
Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti potensi kursus pendek anjuran Jabatan
Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Ampang dalam melahirkan usahawan.
Dapatan ini adalah untuk membantu pengurusan Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej
Komuniti Ampang dalam mengatur dan memperbaiki program kursus pendek yang dijalankan
bagi melahirkan peserta kursus pendek yang berpotensi untuk menjadi usahawan pada masa
akan datang. Populasi kajian melibatkan 100 orang peserta kursus pendek di Kolej Komuniti
Ampang dari Januari hingga Disember 2016. Data dikumpul m--elalui edaran borang soal
selidik dan dianalisa menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS)
versi 17.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kursus pendek di Kolej Komuniti Ampang
memberi impak positif dalam memberi kemahiran kepada para peserta walaupun tidak ramai
yang menjadi usahawan sepenuh masa. Justeru pelbagai langkah penambahbaikan perlu diambil
oleh pihak Kolej Komuniti Ampang bagi memberi lebih pengetahuan dalam bidang kursus dan
dorongan bagi memotivasikan para peserta untuk menceburi bidang keusahawanan.
Kata Kunci: Pembelajaran Sepanjang Hayat, Keusahawanan
1.0 PENDAHULUAN
Pembelajaran sepanjang hayat adalah salah satu tunjang utama di Kolej Komuniti di
seluruh Malaysia. Ia merupakan pelaksanaan pelbagai program kursus pendek bagi
menambah pengetahuan, meningkatkan kemahiran (upskilling), melatih semula
tenaga manusia (reskilling) dan memberi nilai tambah kepada produk/ perkhidmatan.
Pelaksanaan dasar PSH secara teratur dapat memastikan PSH menjadi satu gaya
hidup masyarakat Malaysia bagi melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan
kemahiran sepanjang hayat (PSPTN, 2007). Kolej Komuniti Ampang merupakan satu-
satunya hab pembelajaran sepanjang hayat yang terletak di bawah Parlimen Ampang.
Walaupun bangunan Kolej Komuniti Ampang telah dibeli pada tahun 2009, kerja-kerja
pengubahsuaian bangunan menyebabkan ia memulakan operasi di kampus sementara,
iaitu di Kolej Komuniti Kuala Langat, bermula 2 Julai 2013. Setelah kerja pembaikan
279
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
bangunan baru siap sepenuhnya, Kolej Komuniti Ampang mula beroperasi di bangunan
sendiri pada 2 Ogos 2015. Pada masa ini, terdapat tiga program yang ditawarkan di
Kolej Komuniti Ampang, iaitu Diploma Teknologi Telekomunikasi, Diploma in
MobileTechnology dan Sijil Teknologi Telekomunikasi. Walaupun menawarkan kursus
sepenuh masa dalam bidang telekomunikasi, Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kolej Komuniti Ampang juga menawarkan kursus jangka pendek dalam pelbagai kluster,
contohnya katering dan sajian, seni kreatif, kecantikan dan dandanan dan sebagainya,
yang mana relevan dengan keperluan komuniti setempat. Pencapaian bilangan peserta
kursus pendek Kolej Komuniti Ampang juga meningkat sejak pelaksanaannya pada
tahun 2015 iaitu daripada 13 orang pada tahun 2015 ke 1001 pada tahun 2016. Ini
menunjukkan komuniti sekitar Ampang berminat menyertai program pembelajaran
sepanjang hayat anjuran Kolej Komuniti Ampang.
Di Malaysia, bidang keusahawanan bermula sejak aktiviti perdagangan menggunakan
sistem barter (Yusof & Shafie, 2012). Bermula secara kecil-kecilan, aktiviti ekonomi ini
terus berkembang kepada perdagangan antarabangsa melalui kedatangan pedagang
asing dan perdagangan negara luar pada zaman kerajaan Melayu Melaka (Hashim,
Othman& Buang, 2009). Istilah usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970, iaitu
semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru (Mohd Shazuan, 2015). Penekanan terhadap
aktiviti keusahawanan di Kolej Komuniti pula bermula dengan pelaksanaan Pelan
Pengukuhan Keusahahawanan JPKK oleh Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK)
pada tahun 2010 (Sarimah, 2013). Lanjutan ini, Pusat Usahawan Kolej Komuniti
(PUSKOM) telah ditubuhkan pada tahun 2010 untuk membantu pihak pengurusan
JPKK dalam mengendalikan aktiviti keusahawanan dengan lebih teratur. Pelbagai
aktiviti yang dianjurkan oleh PUSKOM berjaya menggalakan budaya keusahawan di
kalangan pelajar kolej komuniti dan masyarakat setempat (Sarimah, 2013).
2.0 PENYATAAN MASALAH
Setiap pensyarah kategori 1 di kolej komuniti diwajibkan mencapai KPI seramai 90
orang peserta kursus pendek setahun, dan ini membawa kepada KPI 990 orang peserta
keseluruhan bagi Kolej Komuniti Ampang. Merujuk kepada Laporan Pelaksanaan
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) 2016 yang dicapai melalui Sistem e-PSH, kursus
di bawah kluster Katering dan Sajian adalah kursus yang mendapat sambutan paling
tinggi di Kolej Komuniti Ampang. Kursus ini dijalankan pada hujung minggu mengikut
modul yang ditetapkan oleh JPSH Kolej Komuniti Ampang, dengan mengambil kira
permintaan komuniti setempat dan tahap kelarisan produk tersebut di pasaran.
Seseorang usahawan memerlukan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam bidang
usahawan yang diceburi serta kelayakan akademik untuk berniaga (Betsy Vine, 2016).
Oleh itu, selain kemahiran menghasilkan produk, para peserta kursus pendek kluster
katering dan sajian di Kolej Komuniti Ampang juga diselitkan dengan panduan
mengenai pembungkusan, pengiraan kos dan teknik pemasaran produk tersebut.
Program PSH dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran dan penyertaan dalam
komuniti agar dapat memanfaatkan potensi kendiri dan menghasilkan impak positif
dari segi produktiviti, daya saing dan kebolehpasaran (PSPTN, 2007). Merujuk Zainab
(2012), Buku Pelan Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015, melengkapkan komuniti
dengan ilmu keusahawanan dan kemandirian (enterprising skills) adalah salah satu
bidang tujahan utama dalam usaha memperkasa program pembelajaran sepanjang hayat
di kolej komuniti. Memandangkan Kolej Komuniti Ampang baru sahaja menawarkan
280
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
kursus pendek bermula pada tahun 2015, potensi pembentukan keusahawanan melalui
pelaksanaan kursus pendek masih kurang jelas. Justeru, melalui kajian ini, pengkaji
ingin mengetahui sejauh manakah program kursus pendek yang dianjurkan oleh Kolej
Komuniti Ampang berjaya memupuk budaya keusahawanan di kalangan para peserta
kluster katering dan sajian, bukan hanya setakat memenuhi KPI yang telah ditetapkan
oleh pihak JPKK.
3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan penyataan masalah yang dinyatakan, objektif kajian ini adalah untuk
mengetahui maklumbalas peserta kursus pendek kluster katering dan sajian terhadap
potensi pembudayaan keusahawanan yang diterapkan melalui pelaksanaan kursus
pendek di Kolej Komuniti Ampang. Secara khususnya, objektif kajian adalah seperti
berikut:
a. Mengenalpasti persepsi peserta terhadap tahap peningkatan pengetahuan dan
kemahiran setelah menghadiri kursus pendek di Kolej Komuniti Ampang.
b. Mengenalpasti persepsi peserta terhadap potensi kursus pendek anjuran Kolej
Komuniti Ampang dalam membentuk usahawan.
Kajian ini dapat memberikan manfaat kepada pihak Kolej Komuniti Ampang untuk
membantu meningkatkan penerapan konsep keusahawanan kepada peserta kursus
pendek setelah tamat kursus bagi menjadi seorang usahawan berjaya.
4.0 KAJIAN LITERATUR
Pembelajaran Sepanjang Hayat atau nama singkatannya PSH tidak asing lagi bagi institusi
pendidikan pada masa ini, terutamanya bagi Kolej Komuniti di bawah sayap Jabatan
Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK). Konsep ini merujuk kepada proses pendidikan
untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran sepanjang masa tidak kira umur,
jantina dan taraf pendidikan. Ianya adalah satu proses menimba ilmu pengetahuan
dan kemahiran yang berterusan sepanjang kehidupan supaya dapat diaplikasi dengan
keyakinan dan kreativiti (Kathryn Barker, 1998). Pembelajaran sepanjang hayat ini
menjadi signifikan di Malaysia akibat ledakan globalisasi, perubahan teknologi yang
pantas dan pertumbuhan penduduk di Malaysia (Mohamed dan Mohd Nasir, 2003).
PSH juga merupakan salah satu agenda negara dalam Rancangan Malaysia Kesembilan,
di mana pembangunan sumber manusia diberi penekanan. PSH dilihat sebagai salah
satu kunci kejayaan dalam mewujudkan modal insan berkualiti bagi mencapai Misi
Nasional ini (Abdullah Ahmad Badawi, 2006).
PSH dan budaya keusahawanan adalah saling berkait, di mana pengetahuan yang
diperoleh daripada program PSH relevan untuk membangunkan budaya keusahawanan
dalam diri seseorang. Terdapat pelbagai definisi usahawan yang bergantung kepada
paradigma seseorang pengkaji. Richard Cantilon (1755) mendefinisikan usahawan
sebagai seseorang yang membeli barangan mentah dengan harga yang diketahui untuk
menjualnya semula pada harga yang tidak diketahui. Teori ini diteruskan oleh Jean-
Baptiste Say yang memberi penekananan pada aspek inovasi, di mana usahawan
281
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
ditakrifkan sebagai seseorang mampu mendapat keuntungan dengan membuat
perubahan atau dengan gaya baru. (Say, 18-15; 1996). Van Gelderen pula menyatakan
bahawa keusahawanan adalah kemampuan seseorang untuk memulakan perniagaan
baru, mengurus perniagaan, membuat keputusan, mengenal pasti peluang, mengurus
masa, berkomunikasi dengan baik, menyelesaikan masalah dan boleh mengurus stress
dengan baik (Van Gelderen, 2007). Dalam kajian ini, pengkaji mendefinisikan usahawan
sebagai seseorang yang mampu melihat peluang perniagaan, menghasilkan inovasi,
membangun serta menguruskan perniagaan dengan sebaiknya dan sentiasa berfikir ke
hadapan demi kemajuannya. Di Malaysia, pendidikan keusahawanan telah diperkenalkan
sejak sekolah melalui subjek Kemahiran Hidup di tingkatan 1 hingga tingkatan 3 dan
subjek Perdagangan di tingkatan 4 dan 5 bagi menyemai budaya keusahawanan dari
kecil (Mohd Shahzuan, 2015). Para pelajar didedahkan dengan ilmu keusahawanan,
penerapan nilai-nilai murni serta ciri-ciri usahawan untuk mewujudkan kesedaran dan
minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan (Boon & Bohari, 2010). Peranan ini
diteruskan oleh kolej komuniti yang bukan sahaja memupuk semangat keusahawanan di
kalangan pelajar sepenuh masa, malahan juga bertanggungjawab memberi kemahiran
dan pengetahuan keusahawanan kepada komuniti melalui pelaksanaan kursus pendek.
Peranan ini adalah seiring dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan bidang
keusahawanan terutamanya sektor industri kecil dan sederhana sebagai penyumbang
utama peluang pekerjaan dan seterusnya membantu meningkatkan ekonomi negara
pada abad ke-2l (Lope Pihie, 2009).
5.0 METODOLOGI
Kajian yang dijalankan adalah satu kajian berbentuk deskriptif dengan menggunakan
kaedah kuantitatif. Deskriptif adalah satu bentuk penulisan untuk menerangkan suatu
keadaan atau situasi secara bersistem dan berfakta (Mohd Najib, 1999). Segala maklumat
yang diperolehi dikaji dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS)
versi 17.0. Model yang digunakan dalam membantu kajian adalah Integrative Model
for Assessing Entrepreneurial Intentions, Nnditsheni (2011) yang diadaptasi dari Teori
Tingkah Laku Terancang, Ajzen (1991). Dalam konteks ini, keinginan mempengaruhi
kelakuan seseorang dalam membentuk budaya keusahawanan, seperti di Rajah 1.
(Nnditsheni (2011)
Rajah 1: Integrative Model for Assessing Entrepreneurial Intentions (Sumber:
Nnditsheni (2011) diadaptasi dari Ajzen (1991).
282
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
5.1 Populasi dan sampel kajian
Azizi Yahya et. al (2006) menyatakan bahawa bilangan minimum sampel kajian
bergantung kepada beberapa perkara seperti saiz populasi, saiz sel-sel yang dibandingkan
dan jenis reka bentuk kajian yang digunakan. Dengan mengambil kira panduan ini,
seramai 100 orang peserta, daripada jumlah populasi 1001 orang peserta kursus pendek
di Kolej Komuniti Ampang sepanjang tahun 2016 telah dipilih sebagai sampel kajian.
Sampel dipilih secara perawakan mudah kerana ia membolehkan sampel mewakili
populasi secara meluas dimana setiap orang dari populasi mempunyai peluang yang
sama untuk dipilih (Gravetter, F.J & Forzano, 2011)
Jadual 1: Bilangan Sampel Mengikut Jenis Kajian (Gay, 1981)
Jenis Kajian Yang Digunakan Bilangan Sampel Minimum Yang Diperlukan
Kajian Deskriptif 10% daripada populasi
Kajian Korelasi 30 orang bagi sesuatu kumpulan
Kajian Berbentuk Eksperimental 15 orang bagi sesuatu kumpulan
Kajian Perbandingan Sebab 30 orang bagi sesuatu kumpulan
(Sumber: Azizi Yahya et. al, 2006)
5.2 Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah borang soal-selidik seperti yang
terkandung dalam Buku Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat
(PSH), Kolej Komuniti KPM- Edisi 2014. Borang soal-selidik digunakan kerana kaedah
ini lebih mudah digunakan bagi mendapatkan maklumbalas daripada responden
(Abdul Fatah Abdul Malik, 1986). Terdapat tiga bahagian dalam borang soal selidik
ini, iaitu Bahagian A mengandungi latar belakang responden, Bahagian B, maklumat
pelaksanaan kursus dan Bahagian C, keberkesanan kursus. Responden boleh memilih
jawapan daripada satu kontinum menggunakan Skala Likert.
Jadual 2: Jadual Skala Likert
Skala Likert Maklumbalas
4 Amat Baik
3 Baik
2 Sederhana
1 Lemah
6.0 DAPATAN KAJIAN
Kajian yang dilakukan ini adalah meliputi kursus dalam kluster katering dan sajian bagi
tempoh Januari hingga November 2016. Kursus yang dijalankan adalah merangkumi
Kursus Aneka Roti, Pembuatan Pizza, Aneka Cheesetart, Macaroon Dan Pavlova,
Pembuatan Kuih Suji, Pembuatan Kuih Talam dan Brownies. Jumlah keseluruhan
peserta bagi kajian ini ialah seramai 100 orang. Peserta bagi kursus pembuatan aneka
roti adalah penyumbang terbesar bagi kajian ini dengan merujuk Rajah 2.
283
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
Rajah 2: Peratus Peserta Mengikut Kursus
Penilaian kursus secara keseluruhan dilakukan oleh peserta setelah selesai kursus tersebut
dengan mengisi borang soal-selidik yang disediakan. Penilaian tersebut menggunakan
Skala Likert 1 hingga 4. Perkara yang dinilai adalah berkaitan pelaksanaan kursus iaitu;
penyampaian kursus, penyampaian menarik, kandungan kursus teratur, tempat kursus
yang sesuai, penyampaian tenaga pengajar jelas dan difahami serta masa dan tempoh
kursus mencukupi.
Rajah 3 menunjukan kebanyakan peserta memberi nilai melebihi 50% bagi skala
amat baik untuk enam kriteria penilaian tersebut. Peratus pelaksanaan yang tinggi
ini menunjukan majoriti peserta berpuas hati dengan tahap pelaksanaan kursus.
Perkara yang dinilai ini adalah menjadi faktor penyumbang kepada penerapan kriteria
keusahawanan bagi setiap kursus pendek yang dilaksanakan.
Rajah 3: Penilaian Pelaksanaan Kursus Pendek Di Kolej Komuniti Ampang
Peserta juga membuat penilaian berkaitan keberkesanan kursus iaitu perbandingan
pengetahuan peserta sebelum dan selepas kursus yang merangkumi pengetahuan
peserta dalam bidang kursus, kemahiran peserta, keyakinan menggunakan pengetahuan
dan kemahiran, membantu meningkatkan kerjaya, membantu memulakan perniagaan
dan membantu mengembangkan perniagaan.
284
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
Rajah 4 menunjukan penilaian yang dilakukan oleh peserta kursus pendek bagi
peningkatan pengetahuan bagi sebelum dan selepas selesai kursus dijalankan. Sebelum
permulaan kursus, pengetahuan peserta bagi kursus pendek tersebut adalah rendah.
Kebanyakan peserta kurang pengetahuan berkaitan kursus yang akan diikuti. Setelah
kursus selesai dilaksanakan pengetahuan peserta telah meningkat dan perubahan yang
begitu ketara. Sebanyak 56% peserta menyatakan pengetahuan mereka terhadap kursus
yang dihadiri bertambah lebih baik. Ini menunjukan terdapat kesinambungan antara
kaedah pengajaran oleh tenaga pengajar dalam meningkatkan pengetahuan peserta
setelah menghadiri kursus pendek tersebut. Peserta dapat memahami perkara yang
diajar dengan penyampaian yang menarik serta jelas oleh tenaga pengajar.
Rajah 4: Peningkatan Pengetahuan Peserta Sebelum dan Selepas Kursus
Pengetahuan yang diterima adalah selari dengan pencapaian kemahiran peserta kursus
pendek dengan merujuk Rajah 5. Peserta dapat meningkatkan kemahiran tersebut
kepada yang lebih baik. Pada peringkat awal, kemahiran peserta adalah lemah dan
sederhana namun setelah selesai kursus pendek, 53% peserta menyatakan kemahiran
mereka adalah kepada amat baik.
Rajah 5: Pencapaian Kemahiran Peserta Sebelum dan Selepas Kursus
285
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
Rajah 6 menunjukan peserta lebih berkeyakinan menggunakan kemahiran mereka
setelah menghadiri kursus pendek bagi kluster katering dan sajian. Sebanyak 59%
peserta menyatakan bahawa mereka kini lebih berkeyakinan menggunakan kemahiran
yang telah dipelajari semasa kursus pendek di Kolej Komuniti Ampang.
Rajah 6: Keyakinan Peserta Menggunakan Kemahiran Yang Dipelajari Sebelum dan
Selepas Kursus
Peserta kursus pendek menyatakan bahawa langkah permulaan sebagai usahawan
dalam memulakan perniagaan telah diterapkan semasa menghadiri kursus pendek. 53%
peserta yang menghadiri kursus tersebut menyatakan bahawa mereka amat bersetuju
bahawa kursus yang dihadiri dapat membantu memulakan perniagaan
Rajah 7: Persepsi Peserta Dalam Keberkesanan Kursus Bagi Memulakan Perniagaan
Dapatan di atas dapat disokong dengan dapatan pada Rajah 8. Rajah 8 menunjukan
49% peserta memberi maklumbalas bahawa kriteria kursus yang dihadiri membantu
mengembangkan perniagaan berada pada skala baik, manakala 44% bersetuju dengan
skala sangat baik. Ini menunjukkan kemahiran dan ilmu keusahawanan yang diperoleh
dari kursus pendek yang dihadiri menjadi panduan bagi mengembangkan perniagaan
yang mereka.
286
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
Rajah 8: Persepsi Peserta Dalam Keberkesanan Kursus Bagi Mengembangkan
Perniagaan
7.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Berdasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan ini, majoriti peserta memberi
maklumbalas bahawa mereka dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
dalam bidang kursus dengan menghadiri kursus di Kolej Komuniti Ampang. Tenaga
pengajar memainkan peranan penting bagi menjayakan sesuatu kursus (Zurainah,
2014). Tidak dinafikan, tenaga pengajar kursus kluster katering dan sajian yang dipilih
oleh Kolej Komuniti Ampang memberi impak yang besar terhadap tahap kepuasan
peserta dan pembudayaan keusahawanan. Ini menunjukkan pihak kolej harus sentiasa
menggunakan khidmat tenaga pengajar yang bukan sahaja berkemahiran, tetapi juga
merupakan seorang usahawan dalam bidang tersebut, seperti mana yang diamalkan
sebelum ini. Bagi mengatasi masalah masa dan tempoh kursus yang tidak mencukupi,
pihak kolej boleh mula menawarkan kursus pendek kluster katering dan sajian secara
bermodular. Latihan berterusan ini boleh meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang
yang diceburi (Mimi Mohaffyza, 2010). Dari segi pembudayaan keusahawanan pula,
dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa kursus pendek anjuran Kolej Komuniti
Ampang berjaya menggalakkan budaya keusahawanan di kalangan para peserta
walaupun belum menyeluruh. Pendidikan keusahawanan memainkan peranan dalam
meningkatkan kesedaran persekitaran dan kepentingan keusahawanan, perubahan
sikap dan kemahiran (Robertson et.al, 2003). Ilmu keusahawanan yang dibekalkan
sewaktu kursus memberi peserta keyakinan untuk memulakan perniagaan dalam
bidang katering dan sajian. Seperti mana yang kita tahu, kemahiran menghasilkan
produk sahaja tidak membantu seseorang untuk berjaya dalam bidang keusahawanan.
Ilmu keusahawanan serta pengalaman bersama tenaga pengajar yang juga merupakan
seorang usahawan membentuk keinginan para peserta untuk memulakan perniagaan,
seperti mana yang disebut dalam teori Integrative Model for Assessing Entrepreneurial
Intentions. Pendidikan keusahawanan melalui kursus pendek memupuk sikap positif
kepada keusahawanan dan motivasi dari pengajar serta rakan kursus mendorong
para peserta untuk menceburi (behaviour) bidang keusahawanan. Para peserta yang
mana telahpun mula berniaga secara kecil-kecilan juga telah dapat memanfaatkan
pengalaman berkursus di Kolej Komuniti Ampang untuk mengembangkan perniagaan
mereka. Namun demikian, pencapaian ini perlu ditambah baik demi melahirkan lebih
ramai usahawan. Pengkaji mencadangkan agar para peserta turut diberi pendedahan
mengenai kursus online marketing dan pinjaman perniagaan yang terdapat di Malaysia.
Success story usahawan hasil kursus pendek kluster katering dan sajian anjuran Kolej
287
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
Komuniti Ampang perlu dikenalpasti dan diberi penekanan supaya menjadi motivasi
kepada komuniti setempat untuk mengikuti kursus di Kolej Komuniti Ampang. Secara
amnya, kejayaan penganjuran dan pelaksanaan kursus-kursus pendek yang memenuhi
keinginan dan keperluan peserta dapat menjadi kepuasan dan kepercayaan kepada
peserta kursus pendek. Kaedah perlaksanaan kursus pendek ini dapat dijadikan panduan
bagi kluster lain dijalankan di Kolej Komuniti Ampang, contohnya bagi melahirkan
komuniti usahawan dalam bidang teknologi dan telekomunikasi.
8.0 KESIMPULAN
Hasil kajian ini dapat dijadikan rujukan dalam menambahbaik kursus pendek kluster
yang lain untuk meningkatkan lagi kualiti penganjuran dan pelaksanaan yang sedia
ada. Diharapkan hasil kajian ini dapat membantu Kolej Komuniti Ampang dalam
meningkatkan pencapaiannya dan menjadi pusat latihan pembelajaran sepanjang hayat
yang utama di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
RUJUKAN
Abdullah Ahmad Badawi, (2006) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), 2006-
2010, (RMK-9). Dicapai pada 30 Mac 2017 melalui capaian http://ww1.utusan.com.
my
Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan
(2006) Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan, PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.
Betsy Vine Sidion, Mohd Suhairi bin Mohd Shariff dan Corine Ahlai @ Eric, (2016)
Potensi Perlaksanaan Kursus Pendek Ke Arah Pembangunan, melalui capaian http://
umcced.edu.my/psh2016/web_paper/1.2.5.pdf
Buku Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti
KPM- Edisi 2014.
Gravetter, F.J & Forzano, L.B. (2011) “Research Methods for the Behavioural Sciences”
Cengage Learning p.146
Lope Pihie (2009).Entrepreneurship as a Career Choice: An Analysis of Entrepreneurial
Self-Efficacy and Intention of University Students. Faculty of Education, Universiti
Kebangsaan Malaysia, European Journal of Social Sciences. Vol. 9 Iss: 2, pp. 1-12.
Louis Jacques Filion, (2008) Defining the Entrepreneur Complexity and Multi-
Dimensional Systems Some Reflections. Dicapai pada Mac 30, 2017 melalui http://
expertise.hec.ca/chair_entrepreneurship/wp-content/uploads/2008-03-Defining-
the-Entrepreneur-Complexity-and-Multi-Dimensional-Systems-Some-Reflections.
pdf
288
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
Mimi Mohaffyza (2010), Keperluan Pembelajaran Sepanjang Hayat Bagi Tenaga Pengajar
Di Institut Latihan Kemahiran Di Malaysia
Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Mohd Shahzuan Bin Ghazalan (2015), Tahap Kesediaan Peserta Program Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) Dalam Kecenderungan Menceburi Keusahawanan Di Kolej
Komuniti Negeri Johor. Dicapai pada Mac 30, 2017 dari http://eprints.uthm.edu.my
Nnditsheni J. Muofhe1, (2011) Entrepreneurial Education’s and Entrepreneurial Role
Model’s Influence on Career Choice
Pelan Stategik Pengajian Tinggi Negara (2007) 2007-2010 Fasa 1 (PSPTN),
Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Yusof & Shafie (2012). Konsep Kesediaan Keusahawanan Di Kalangan Pelajar Kolej
Komuniti Bandar Penawar. Jurnal Pendidikan Malaysia pp 1- 1
Zainab (2012) Buku Pelan Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015, Jabatan Pengajian
Kolej Komuniti
Zurainah& Fairoz (2014) Kertas Konsep Faktor-Faktor Ketidakseimbangan Pemilihan
Kluster Kursus Pendek Di Kolej Komuniti
Capaian http://online.jpkk.edu.my/epsh/admin pada 1 April 2017.
289
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
KATEGORI
KEBOLEHPASARAN
290
Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
KAJIAN PENGESANAN GRADUAN DIPLOMA TEKNOLOGI TELEKOMUNIKASI
KOLEJ KOMUNITI AMPANG
Sharmila Devi a/p Krishnan
Kolej Komuniti Ampang
[email protected]
Razali bin Sadeli
Kolej Komuniti Ampang
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas dari graduan Diploma
Teknologi Telekomunikasi tentang kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti Ampang, khususnya
dari segi perkembangan kerjaya dan impak graduan kolej kepada sektor ekonomi dan sektor
pekerjaan negara. Secara spesifik, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang
penempatan kerja dengan pekerjaan, kepuasan graduan bekerja dengan majikan tersebut serta
tahap permintaan graduan Diploma Teknologi Telekomunikasi di pasaran. Instrumen kajian
yang digunakan adalah soal selidik yang diedarkan melalui email dan faks kepada graduan
tersebut.Hasil kajian ini digunakan bagi membuat penilaian tentang keberkesanan program
Diploma Teknologi Telekomunikasi dan seterusnya membuat perancangan kearah peningkatan
kualiti program Diploma Teknologi Telekomunikasi. Hasil kajian ini turut memberikan
gambaran sebenar tentang peranan graduan Kolej Komuniti dalam memenuhi kehendak
pasaran tenaga pekerja dalam sektor Telekomunikasi. Kajian pengesanan graduan di peringkat
Kolej Komuniti telah dilaksanakan pada kursus Diploma Teknologi Telekomunikasi iaitu pada
13 graduan lepasan sesi Julai 2013 serta 11 orang graduan lepasan Julai 2014 , iaitu secara
keseluruhan seramai 24 graduan .
Kata Kunci: graduan kolej komuniti, kebolehpasaran, Diploma Teknologi Telekomunikasi
1.0 PENGENALAN
Pandangan umum sering merujuk kegagalan graduan mendapat kerja disebabkan mereka
tidak memiliki kemahiran yang diperlukan oleh majikan. Hal ini kerana kebolehpasaran
setiap graduan dinilai dari pelbagai aspek. Selain pencapaian akademik cemerlang,
mereka perlu mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi termasuk komunikasi
secara berkesan dan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran kepimpinan, kerja
berpasukan, pemikiran kritis, dan keusahawanan. Namun satu faktor yang tidak dapat
dinafikan ialah kursus yang dipilih di institusi pengajian tinggi mempengaruhi peluang
pekerjaan seseorang graduan. Tidak dapat dinafikan juga bahawa peluang pekerjaan
di pasaran dipengaruhi oleh perkembangan teknologi semasa dan permintaan industri
maka adalah penting untuk memperkenalkan kursus-kursus yang baru ataupun yang
dilengkapi kurikulum terkini supaya dapat memenuhi permintaan majikan dan industri.
291