The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROSIDING SEMPENA SEMINAR PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN DAN PERTANDINGAN INOVASI 2017 (SEPINO '17)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-07-27 03:23:02

PROSIDING SEMPENA SEMINAR PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN DAN PERTANDINGAN INOVASI 2017 (SEPINO '17)

PROSIDING SEMPENA SEMINAR PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN DAN PERTANDINGAN INOVASI 2017 (SEPINO '17)

Keywords: SEPINO,KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Maka dengan ini Diploma Teknologi Telekomunikasi yang merupakan sebuah kursus
baru diperkenalkan pada Julai 2013 dan Kolej Komuniti Ampang merupakan institusi
pengajian tinggi awam pertama yang memperkenalkan kursus ini. Walaupun kursus
ini merupakan sebuah kursus yang baru kerana tidak pernah dijalankan dimana –
mana institusi pangajian tinggi awam menyebabkan agak sukar pada awalnya untuk
mendapat sambutan di kalangan masyarakat kerana orang ramai mempunyai keraguan
atas keberkesanan kursus ini namun setelah mendapat kerjasama dari pelbagai pihak
industry terutamanya Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd kini sambutannya
memberansangkan. Konsep pengajaran dan pendidikan yang lebih ke arah teknikal
merupakan satu kelebihan kepada para graduan kolej komuniti berbanding dengan
graduan IPT yang lain untuk peluang mendapat pekerjaan.
Program Diploma Teknologi Telekomunikasi merupakan kursus yang direkabentuk
supaya dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam
merekabentuk, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan telekomunikasi

2.0 PERNYATAAN MASALAH
Tidak dinafikan bahawa seseorang graduan di Malaysia menghadapi persaingan
yang sengit untuk mendapatkan pekerjaan. Setiap tahun institusi pengajian samada
awam ataupun swasta menghasilkan graduan yang cukup memenuhi keperluan di
pasaran namun ramai graduan masih menganggur. Salah satu faktor yang menyumbang
ke arah ini adalah kerana kebanyakan graduan tidak menepati keperluan kemahiran
industry dimana kursus yang dipelajari oleh graduan samada tidak diperlukan ataupun
tidak terkini. Maka para graduan haruslah menyedari bahawa pemilihan kursus untuk
dipelajari di institusi memainkan peranan penting dalam pencapaian kerjaya seseorang
serta perlu pastikan bahawa kursus yang dipilih mempunyai permintaan yang tinggi di
industry pada masa depan.

3. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
Objektif kajian adalah untuk mengkaji samada program Diploma Teknologi
Telekomunikasi memenuhi kebolehpasaran pekerjaan pada masa kini. Secara khususnya
objektif kajian ialah untuk mengenalpasti perkara berikut:-
i. Peluang pekerjaan graduan Diploma Teknologi Telekomunikasi di kalangan majikan
dan industry.
ii. Mengenalpasti potensi seseorang graduan Diploma Teknologi Telekomunikasi
untuk mendapat penempatan kerja dan pekerjaan.
iii. Mengenalpasti tawaran gaji yang diterima oleh graduan Diploma Teknologi
Telekomunikasi dan adakah gaji yang ditawarkan memenuhi piawan pendapatan
yang ditetapkan.

292

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Soalan kajian dibentuk untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan berhubung
dengan kajian ini;-
i. Status graduan lepasan Diploma Teknologi Telekomunikasi samada bekerja atau

tidak.
ii. Jika bekerja, apakah status pekerjaan samada tetap atau kontrak.
iii. Sektor pekerjaan yang diceburi serta permintaan di sektor tersebut.
iv. Anggaran pendapatan bulanan dan adakah menepati status pendapatan graduan

bertaraf diploma.
SKOP KAJIAN
Skop kajian ini melibatkan pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian Diploma
Teknologi Telekomunikasi di Kolej Komuniti Ampang, yang terdiri daripada 13
graduan sesi November 2013 dan 11 graduan sesi November 2014. Kesemua graduan ini
adalah lepasan sijil kolej komuniti yang terdiri daripada jurusan Teknologi Maklumat
dan Kejuruteraan. Maka semua graduan Diploma Teknologi Telekomunikasi telah
mempunyai pendedahan latihan industri ketika menjalankan pengajian sijil di kolej
komuniti masing – masing.

4.0 KAJIAN LITERATUR
Memiliki kerjaya sejurus seorang graduan menamatkan pengajian di sesebuah pusat
pengajian tinggi adalah salah satu ukuran kebolehpasaran graduan bagaimanapun,
kebolehpasaran seseorang graduan adalah berbeza-beza sifat dan darjahnya. Dacre
Poll & Sewell (2007) menyatakan kemahiran employability adalah set begi kemahiran,
pengetahuan, pemahaman dan personal bagi individu yang membolehkan sesorang
individu itu memilih serta berjaya di dalam sesuatu pekerjaan. Mengikut Panduan
Gaji Permulaan 160 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran, Edisi Pertama(2016)
yang diterbitkan oleh Kementerian Sumber Manusia mengesyorkan kadar gaji pokok
permulaan yang setimpal dengan kemahiran yang dimiliki oleh lulusan Sijil dan Diploma
Kemahiran Sijil Malaysia maka berdasarkan panduan tersebut adalah disyorkan bahawa
gaji pokok permulaan berdasarkan kadar gaji minimum RM1000.00 mulai 1 Julai 2016.
Menurut kajian yang dijalankan oleh pihak Majlis Ekonomi Negara(MTEN), terdapat
lima factor yang menyebabkan graduan sukar untuk mendapatkan pekerjaan iaitu
kekurangan kemahiran dan pengalaman kerja, ketidaksepadanan antara keperluan
industry dengan bidang pengajian graduan, kurang keupayaan untuk berkomunikasi
dengan baik , sikap negative sestengah graduan terhadap pekerjaan dan kurangnya
kesedaran tentang kewujudan berbagai-bagai peluang pekerjaan. Manakala Bank
Dunia dalam kajiannya yang bertajuk “Malaysia and the Knowledge Economy: Building
a World Class Higher Education System” (2007) telah mengenalpasti tiga factor utama
yang menyumbang kepada pengangguran di kalangan graduan iaitu permintaan dan
penawaran graduan, proses pencarian pekerjaan dan ketidaksepadanan kemahiran.
Pengesanan graduan dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang
kebolehpasaran graduan serta untuk menambahbaikan kurikulum kursus supaya
membolehkan graduan mendapat pekerjaan.

293

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

5.0 METODOLOGI
Kajian pengesanan graduan dijalankan melalui kaedah soal selidik dengan menghantar
borang kaji selidik secara on-line kepada para graduan berdasarkan maklumat yang
diperolehi oleh Pengawai Latihan Industri dan Alumni Kolej Komuniti Ampang.
Bilangan responden adalah semua bilangan graduan yang dikthirafkan berjaya
menamatkan pengajian.
Borang soal selidik yang disediakan mengandungi 3 bahagian yang utama. Bahagian A
mengandungi maklumat responden meliputi a) nama b) jantina c) umur d)no.telefon
dan alamat surat-menyurat , emel. Bahagian B pula memerlukan responden mengisi
maklumat berkaitan maklumat syarikat iaitu nama, alamat, faks dan no.telefon syarikat
jika berkerja dan yang tidak bekerja diminta menyatakan sebab tidak berkerja. Jika
graduan tersebut sedang melanjutkan pengajian maka diminta menyatakan institusi
serta kursus yang dipilih.
Bahagian C pula memerlukan calon mengisi bidang pekerjaan, jawatan yang disandang
dalam syarikat, taraf pekerjaan dan anggaran gaji yang diperolehi serta tahap kepuasan
dengan gaji yang diterima serta memerlukan responden mengisi status pekerjaan.Semua
responden diminta melengkapkan soal selidik mengikut urutan bahagian dan diminta
menhantar semula kepada alumini Kolej Komuniti Ampang dalam tempoh 2 minggu
diberikan. Kepada mereka yang bekerja di tapak diberi masa tambahan seminggu
disebabkan oleh kekangan yang dihadapi. Pihak majikan telah dimaklumkan tentang
soal selidik berikut untuk mengelakkan salah persefahaman antara pihak kolej dengan
pihak majikan.

6.0 DAPATAN KAJIAN

Secara keseluruhan, kadar responden adalah 100 peratus kerana kesemua 24 borang
soal selidik dikembalikan yang telah dihantar melalui emel.Jadual 1.1: Jadual yang
menunjukkan bilangan serta peratus responden berdasarkan jantina.Berdasarkan jadual
tersebut,sebanyak 71 peratus adalah responden lelaki dan 29 peratus adalah responden
perempuan. Berdasarkan kepada jadual menunjukkan bahawa bilangan pelajar lelaki
adalh lebih berbanding pelajar perempuan, ini mungkin disebabkan minat diantara
perempuan adalah kurang terhadap kursus Diploma Teknologi Telekomnikasi.

Jadual 1.1 Profil Graduan dan Responden

JANTINA GRADUAN RESPONDEN

Lelaki BILANGAN PERATUS BILANGAN PERATUS
Perempuan
JUMLAH 17 71 17 71

7 29 7 29

24 100 10 100

294

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Jadual 2.2 menunjukkan status responden ketika menjawap boaran soal selidik yang
menunjukkan seramai 71% graduan sedang bekerja , 8 peratus melanjutkan pelajaran, 4
peratus sedang menunggu penempatan dan hanya 17 peratus masih tidak bekerja lagi.
JIka data dilihat dengan teliti didapati bahawa 71 peratus graduan yang bekerja terdiri
daripada 17 graduan lelaki dan 4 graduan perempuan , 8 peratus yang melanjutkan
pengajian terdiri daripada seorang graduan lelaki dan seorang graduan perempuan, 4
peratus yang sedang menunggu penempatan adalah seorang graduan lelaki manakala
17 peratus yang tidak bekerja terdiri daripada dua graduan lelaki dan dua graduan
perempuan.

Jadual 2.2 Status Semasa Responden

JANTINA BILANGAN PERATUS % JUMLAH

Bekerja LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN %
Melanjutkan
Pengajian 17 71 17 71 71
Meningkatkan
Kemahiran 7 29 7 29 8
Menunggu
Penempatan 0000 0
Pekerjaan
Belum Bekerja 1060 4

JUMLAH 2 2 12 29 17

17 7 100 100 100

Jadual 3.3 menunjukkan responden yang melanjutkan pengajian dan meningkatkan
kemahiran. Berdasarkan jadual tersebut, hanya seorang graduan perempuan yang
melanjutkan pengajian ke tahap ijazah di IPTA dimana tempoh pengajian adalah lebih
kurang 3 tahun manakala hanya seorang graduan lelaki sedang menjalankan kursus
jangka pendek iaitu kursus yang spesifik untuk mendapatkan lesen selama 18 bulan di
IPTS.

Jadual 3.3 Melanjutkan Pengajian Dan Meningkatkan Kemahiran

TARAF LELAKI PEREMPUAN

Melanjutkan pengajian 01

Sedang mengikuti SLSM / SLG / SUTKS dll 0 0

Kursus Jangka Pendek 10

Jadual 4.4 menunjukkan taraf pekerjaan responden, daripada 71 peratus yang
mempunyai pekerjaan,didapati seramai 10 graduan lelaki dan 3 graduan perempuan
mempunyai pekerjaan yang tetap ,3 graduan lelaki dan seorang graduan perempuan
bekerja secara kontrak kerana syarikat mereka beroperasi berdasarkan kontrak yang
diterima walaupun tidak diberi status pekerjaan tetap namun diberi peluang untuk terus
bekerja jika berminat. Seorang graduan lelaki menyatakan bekerja sementara kerana
telah menerima tawaran untuk bekerja di syarikat lain manakala seorang graduan lelaki
menyatakan statusnya sedang menunggu penempatan pekerjaan kerana menunggu
keputusan temuduga yang ketiga dari syarikat yang telah dipohon.

295

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Jadual 4.4: Status Taraf Pekerjaan

TARAF LELAKI PEREMPUAN
3
Tetap 10 1
0
Kontrak 2 0
0
Sementara 1

Bekerja Sendiri 0

Bekerja dengan keluarga 0

Menunggu penempatan pekerjaan 1

Jadual 5.5 menunjukkan anggaran pendapatan graduan yang bekerja dan anggaran gaji
ini adalah jumlah gaji pokok bersama elaun-elaun dan kerja lebih masa (overtime).
Merujuk kepada jadual tersebut didapati bahawa anggaran gaji seseorang graduan
paling rendah adalah antara RM1000 hingga RM1500 dan paling tinggi adalah RM3001
hingga RM3500. Berdasarkan jadual tersebut, didapati seorang graduan lelaki dan
seorang graduan perempuan menerima pendapatan dalam anggaran RM1000 – RM
1500, lima graduan lelaki dan dua graduan perempuan menerima pendapatan dalam
anggaran RM1501 hingga RM2000, 4 graduan lelaki dan seorang graduan perempuan
menerima pendapatan dalam anggaran RM2000 hingga RM2500 manakala seorang
graduan lelaki menerima pendapatan dalam anggaran RM2501 hingga RM3000 dan
akhirnya seorang graduan lelaki menerima pendapatan dalam anggaran RM3000
hingga RM3500. Didapati kebanyakan graduan yang mempunyai pengalaman setahun
lebih menerima anggaran pendapatan RM1500 ke atas sementara mereka yang baru
bermula kerja ditawarkan antara RM1200 hingga RM1500 sebagai permulaan.

Jadual 5.5 Anggaran Pendapatan

PENDAPATAN BULANAN JANTINA JUMLAH

LELAKI % PEREMPUAN % 0
0 0
RM500 dan ke bawah 00 0 0 4
50 6
RM500 – RM1000 00 0 25 5
25 2
RM1001 – RM1500 18 1 0 1
0 0
RM1501 – RM2000 5 38 2 0 18
100
RM2002 – RM2500 4 31 1

RM2501 – RM3000 2 15 0

RM3001 – RM3500 18 0

RM3500 ke atas 00 0

JUMLAH 13 100 4

Jadual 6.6 menunjukkan sebab mengapa sesorang graduan masih belum bekerja atau
tidak bekerja. Didapati dua graduan lelaki masih tidak bekerj kerana seorang masih
mencari pekerjaan berdekatan dengan tempat tinggal manakala seorang lagi berpendapat
bahawa setakat ini pekerjaan ynag ditwarkan oleh syarikat tidak bersesuaian.Di
kalangan graduan perempuan , terdapat 2 graduan yang tidak bekerja kerana seorang
telah berumahtangga manakala seorang lagi memilih untuk tidak bekerja.

296

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Jadual 6.6: Belum / Tidak Bekerja

TARAF LELAKI PEREMPUAN

Sedang mencari pekerjaan 10

Kerja yang ditawarkan tidak sesuai 10

Tanggungjawap terhadap keluarga 00

Kurang keyakinan diri untuk memasuki dunia pekerjaan 0 0

Lain - lain 00

Memilih untuk tidak bekerja 11

Ingin menukar jurusan 00

Berumahtangga 01

Masalah Kesihatan 00

Menunggu penempatan melanjutkan pengajian 00

7.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Kajian ini telah dijalankan ke atas 24 orang graduan Diploma Teknologi
Telekomunikasi yang telah bekerja di mana soal selidik di edarkan kepada para graduan
melaui emel dan mereka telah menjawap berdasarkan persepsi kebolehpasaran kursus
Diploma Teknologi Telekomunikasi. Hasil daripada kajian, didapati 17 graduan
daripada 24 telah berjaya memperolehi pekerjaan dalam tempoh 1 hingga 4 bulan
selepas menamatkan pengajian Diploma Teknologi Telekomunikasi di Kolej Komuniti
Ampang. Salah satu sebab pelajar perempuan kurang berminat terhadap kursus ini
mungkin disebabkan permintaan untuk bekerja di tapak serta perlu lasak. Kemahiran
yang dipelajari tidak begitu sesuai untuk bahagian pentadbiran menyebabkan kursus
ini tidak begitu menonjol di kalangan perempuan namun tidak dinafikan bahawa
permintaan untuk graduan kursus ini khususnya lepasan Kolej Komuniti Ampang
adalah tinggi di kalangan majikan.
Skop Teknologi Telekomunikasi adalah luas maka perlulah pelajar – pelajar Kolej
Komuniti harus membuka minda dan mengubah tanggapan bahawa khusus ini hanya
bersesuaian untuk pelajar lelaki sahaja. Para graduan perlulah sedar bahawa kini
dimana tahap pengangguran yang agak tinggi dikalangan siswasah tidak kira lepasan
IPTA ataupun IPTS susah untuk mendapat pekerjaan. Maka dinasihatkan supaya
untuk mengendali situasi yang sengit ini seseorang graduan tidak harus memilih
pekerjaan tetapi harus mendapatkan pendedahan sebelum menbuat keputusan.
Anggaran pendapatan yang ditawarkan oleh pihak majikan adalah melebihi piawaian
yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia menunjukkan permintaan untuk
graduan Diploma Teknologi Telekomunikasi adalah tinggi di industry.
Didapati kebanyakan penempatan kerja adalah dikalangan swasta, ini kemungkinan
kerajaan masih belum mempunyai permintaan untuk kemahiran Teknologi
Telekomunikasi.

297

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

8.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhan, hasil kajian ini memuaskan kerana memenuhi sasaran kajian dan
semua responden dapat menjawap soal selidik dengan ikhlas berdasarkan pengalaman
dan pengetahuan masing –masing maka dengan ini matlamat kajian dapat dicapai.
Kebolehan seseorang graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh tidak lebih dari 6
bulan selepas tamat pengajian menunjukkan kebolehpasaran yang cukup baik.Kajian
ini menunjukkan bahawa hampir semua graduan Diploma Teknologi Telekomunikasi
samada sedang bekerja atau melanjutkan pengajian menunjukkan bahawa kursus
Diploma Teknologi Telekomunikasi menepati serta memenuhi permintaan industry.
Pelajar lepasan sijil kolej komuniti harus didorong untuk melanjutkan pengajian
diploma di peringkat kolej untuk meningkatkan kemahiran serta pengetahun teknikal
kerana tahap sijil sahaja tidak mencukupi untuk bersaing di alam pekerjaan serta
peluang pekerjaan untuk graduan diploma adalah lebih tinggi berbanding graduan sijil.
RUJUKAN
Ernisuhani bt Mohamad Zamri,Noraimi bt Ahmad(2017)”Kajian Terhadap
Kebolehpasaran Graduan Diploma Kejeruteraan Perkhidmatan Bangunan,Politeknik
Sultan Azlan Shah.
Hamzah bin Zakaria,Saidatul Nizan bt Nasroddin,ZulHilmy bin Hashim(2015)”Softskills
Kepentingan Dalam Memenuhi Kebolehpasaran Pekerjaan Terhadap Graduan
Politeknik Johor Bahru”.
Muhammad Hazrul Ismail (2012)”Kajian Mengenai Kebolehpasaran Sisiwazah di
Malaysia: Tinjauan dari Perspektif Majikan”.
Nurhanim Saadah bt Abdullah (2016) “Life and Career Skills Among Tvet Students In
Polytechnics in Malaysia”
Panduan Gaji Permulaan 160 Pekerjaan Terpilih Berasakan Kemahiran,Edisi
Pertama(2016)Kementerian Sumber Manusia
Shaharuddin Ahmad,Noraziah Ali & Mohd Fauzi Hamzah(2011)”Kebolehpasaran
Graduan UKM: Satu Kajian Perbandingan Antara Graduan Displin Sains dan Bukan
Sains”
Zaliza Hanapi, Arasinah Kamis (2017)Ӏnalisis Perbandingan di Antara
Industri,Pensyarah dan Graduan Terhadap Kepentingan Kemahiran Teknikal dan
Kemahiran Employability yang perlu dikuasai oleh Graduan”.

298

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

TAHAP KEMAHIRAN EMPLOYABILITY PELAJAR SIJIL KOLEJ KOMUNITI ROMPIN
Fazliatunisak binti Kamarudin
Kolej Komuniti Rompin
[email protected]
ABSTRAK

Kajian deskriptif kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kemahiran employability
pelajar Sijil Kolej Komuniti Rompin. Satu borang soal selidik telah diedarkan kepada 58 orang
responden yang terdiri daripada pelajar Sijil Kemahiran Kolej Komuniti semester 4 dalam
program Sijil Penyejukan & Penyamanan Udara, Sijil Kenderaan Ringan, Sijil Pemasanagn
Elektrik, Sijil Kulinari dan Sijil Operasi Perhotelan di Kolej Komuniti Rompin. Hasil kajian
diproses menggunakan Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 21.0 Hasil
dapatan kajian dianalisis dalam bentuk min. Sebeleum kajian dilakukan, satu kajian rintis turut
dijalankan untuk menguji kesahan soalan kajian dan nilai Alpha yang diperolehi adalah 0.78.
Skor ini menunjukkan kesahan soalan kerana berada di dalam julat >0.75. Skor yang diperoleh
adalah baik dan soalan kajian boleh digunakan bagi mengetahui tahap kemahiran employability
pelajar. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran pelajar Sijil Kolej Komuniti Rompin
berada pada tahap yang tinggi iaitu pada skor 4.55. Skor ini menunjukkan melalui penilaian
kendiri, pelajar mengetahui tahap kemahiran employability yang mereka miliki bagi mendepani
cabaran dalam merebut peluang pekerjaan dan menjadi pilihan majikan. Skor yang baik ini juga
memberikan impak positif kepada kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti Rompin.
Kata kunci : kemahiran employability, kolej komuniti

1.0 PENGENALAN

Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib bin Abdul Razak dalam ucapannya semasa
membentangkan RMK-11 menyatakan bahawa empat daripada pemacu perubahan
dalam memajukan negara adalah kritikal untuk mencapai status negara maju. Pemacu
perubahan ini bertujuan meningkatkan produktiviti bagi mempercepat pertumbuhan
sektoral; mempergiat inovasi bagi menjana sumber hasil baharu; memperkukuh
pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) bagi menyediakan tenaga kerja
berkemahiran tinggi; dan membangunkan bandar sebagai sumber daya saing. (RMK
11, 2016)
Kolej Komuniti merupakan sebuah institusi TVET yang menawarkan program
kemahiran kepada pelajar lepasan SPM dan kursus pendek keada komuniti setempat.
Objektif penubuhan kolej komuniti adalah untuk menyediakan pendidikan yang
berkualiti, berteknologi tinggi dan bersifat holistik. Lepasan Kolej Komuniti disasarkan
untuk memenuhi pasaran kerja dalam bidang kemahiran atau menyambung pengajian
ke peringkat yang lebih tinggi. Graduan lepasan kolej kemahiran seperti Kolej Komuniti
disasarkan untuk memenuhi permintaan pasaran kerja mahir dan separa mahir. Bagi
memenuhi tuntutan pekerjaan menjelang abad ke-21 ini, graduan lepasan institusi
kemahiran bukan sahaja perlu menguasai bidang yang mereka ceburi, tetapi juga
perlu mempunyai kemahiran yang tinggi. Penguasaan kemahiran employability dalam
kalangaan pelajar merupakan isu yang kritikal bagi sesebuah negara dan juga

299

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Institusi Pendidikan Tinggi dan Malaysia juga tidak terkecuali daripada menghasilkan
tenaga kerja yang mempunyai kemahiran employability yang dapat memenuhi
kehendak pasaran tenaga kerja bagi meningkatkan ekonomi negara. (Mohamad Sattar
Rasul et al., 2009) telah menjalankan kajian bagi meninjau kepentingan kemahiran
employability dari perspektif majikan kejuruteraan bagi lulusan politeknik Kementerian
PengajianTinggi Malaysia. Responden terdiri dari majikan dalam pelbagai bidang
kejuruteraan dan perkhidmatan di Semenanjung Malaysia untuk melihat persepsi
majikan terhadap kepentingan kemahiran employability merentas saiz syarikat, status
pemilikan syarikat dan jenis syarikat. Dapatan kajian mendapati majikan meletakkan
kepentingan kemahiran employability yang harus dimiliki oleh graduan berada pada
tahap tinggi.

2.0 PERNYATAAN MASALAH
Perubahan dan persaingan yang berlaku dalam dunia pekerjaan kini memerlukan
institusi pendidikan kini menyediakan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran
employability bagi menyediakan tenaga kerja yang memenuhi kehendak global.
Fenomena terjadinya masalah pengangguran dalam kalangan graduan bukanlah satu
isu yang baharu. Dalam konteks Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), didapati
bahawa hampir 80000 lulusan teknikal masih menganggur dan mereka didapati banyak
bergantung kepada kelayakan akademik untuk mendapat pekerjaaan serta kurang
kemahiran employability. (Zaliza, Arasinah, Kiong, & Mohd Hasni, 2016). Terdapat
industri yang melaporkan kekosongan jawatan di dalam suatu bidang pekerjaan
adalah disebabkan oleh kurangnya calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan
tersebut. Ini boleh dibuktikan melalui laporan yang dikeluarkan National Associated
of Manufactured (NAM) yang menyatakan bahawa terdapat jurang kemahiran yang
wujud di dalam hampir semua bidang pekerjaan untuk memenuhi keperluan industri
dengan kemahiran yang dimiliki oleh pekerja. Maka, atas dasar ini sebahagian graduan
yang telah menjalani proses temuduga tidak berjaya dalam menemukan pekerjaan
selepas tamat pengajian. Kemahiran employability merupakan kemahiran yang penting
untuk dikuasai oleh graduan kerana kemahiran ini dapat membantu meningkatkan
produktiviti pekerjaan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menilai aspek kemahiran
graduan Sijil Kolej Komuniti Rompin memandangkan aspek ini amat penting dalam
membantu meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan dari segi mengekalkan mereka
di dalam sesebuah organisasi.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai. Objektif bagi kajian ini
adalah :
i. Untuk mengetahui tahap kemahiran employability pelajar dari sudut pandang
pelajar Sijil Kolej Komuniti di Rompin
ii. Untuk mengenalpasti tahap kemahiran employability mengikut program yang
diambil oleh pelajar Sijil Kolej Komuniti di Rompin
iii. Untuk mengetahui kemahiran employability yang dirasakan paling dominan oleh
pelajar Sijil Kolej Komuniti di Rompin
300

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

4.0 PERSOALAN KAJIAN
i. Apakah tahap kemahiran employability pelajar Sijil Kolej Komuniti di Rompin?
ii. Apakah tahap kemahiran employability mengikut program yang ditawarkan di
Kolej Komuniti Rompin?
iii. Apakah kemahiran employability yang paling dominan bagi pelajar Sijil Kolej
Komuniti di Rompin?

5.0 METODOLOGI
5.1 SAMPEL DAN POPULASI
Kajian deskriptif ini menggunakan teknik survey bagi menjawab persoalan kajian.
Populasi pelajar semester 4 di Kolej Komuniti adalah seramai 63 orang dan sampel
yang diambil daripada populasi ini adalah seramai 58 orang. (Krejcie & Morgan, 1970).
Kajian ini telah dijalankan ke atas pelajar Sijil Kolej Komunti Rompin dan 28 (48.3%)
daripada responden adalah pelajar lelaki manakal 30 (51.7%) responden terdiri daripada
pelajar perempuan. Sampel merupakan pelajar daripada pelbagai program kemahiran
seperti Sijil Kulinari, Sijil Operasi Perhotelan, Sijil Pemasangan Elektrik, Sijil Teknologi
Penyejukan dan Penyamanan Udara dan Sijil Kenderaan Ringan.
5.2 INSTRUMEN KAJIAN
Untuk mengetahui tahap kemahiran employability pelajar, satu borang soal selidik
penilaian kendiri telah diambil daripada Profil Kemahiran Negara Canada, (Corporate
Council on Education, 1990). Pengkaji menggunakan borang soal selidik untuk
mendapatkan maklumat daripada responden. Menurut (Yahya Buntat & Noor Al
Mahdin Mohamad, 2009) dalam Mohd Najib, (1998) adalah lebih berkesan untuk
responden bertindak terhadap rangsangan soalan yang piawai berbanding dengan
kaedah temubual. Ini kerana kaedah temubual yang akan dijalankan akan mempengaruhi
pengkaji. Soal selidik yang mengandungi 2 bahagian telah diedarkan kepada pelajar.
Bahagian A mengandungi soalan mengenai jantina, bangsa dan kursus kemahiran
pelajar. Manakala Bahagian B meliputi soalan penilaian kemahiran employability yang
mengandungi instrument seperti kemahiran akademik, kemahiran pengurusan kendiri
dan kemahiran bekerjasama dalam satu pasukan. Semua pembinaan soalan adalah
diselaraskan penggunaan jawapan. Ini memudahkan responden memberi maklum balas
berdasarkan penilaian mereka dengan menggunakan skala Likert lima mata. Kesahan
soal selidik berada pada tahap 0.78 dan skor ini adalah baik dan memyokong kesahan
soalan kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 21.0.
Analisis deskriptif kuantitatif min digunakan bagi menjawab persoalan kajian.

301

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

6.0 KAJIAN PERPUSTAKAAN

Kemahiran employability merupakan kebolehpercayaan diri dan kebolehan untuk
mendapatkan kepercayaan bakal majikan untuk memberi peluang pekerjaan. Ini juga
bermaksud, kebolehan graduan untuk meningkatkan produktiviti mereka. Kemahiran
employability merupakan kemahiran yang penting bagi graduan untuk bersaing bagi
mendapatkan pekerjaan. Antara elemen-elemen kemahiran yang perlu diberi penekanan
adalah kemahiran kritikal dan penyelesaian masalah, pemikiran kepimpinan, kemahiran
komunikasi, penggunaan teknologi dan keusahawanan. (Mustapha, Husain, Syed
Mohamad, & Mokhtar, 2014). Kecemerlangan akademik bukan sahaja boleh dicapai
melalui amalan gaya pembelajaran yang bersesuaian malah secara tidak langsung turut
melibatkan beberapa pemboleh ubah lain seperti persekitaran tempat belajar, motivasi
dan latar belakang diri pelajar. (Mustapha et al., 2014). Dalam kajian (Sarimah Ismail
& Dahiru Sale Mohammed, 2015) telah meletakkan elemen kemahiran employability
seperti di dalam Jadual 1.

Jadual 1 : Kemahiran Employability

Kategori Kemahiran Employability

Kemahiran Generik Penyelesaian masalah & Penyesuaian diri

Sikap Profesional

Pembelajaran sepanjang hayat

Bekerja di dalam pasukan

Komunikasi

Komunikasi teknologi maklumat & Komputer

Keusahawanan

Kebolehan memimpin organisasi

Pengurusan diri dan Pengurusan masa

Mencapai objektif yang dirangka

Kesedaran dan pembelajaran kendiri

Kemahiran Asas TVET Pengetahuan tentang isu kontemporari

Penyelesaian masalah dan kemahiran membuat keputu-
san

Pembelajaran sepanjang hayat

Personaliti Diri Sikap

Sifat

Untuk menghasilkan graduan yang cemerlang, beberapa aspek perlu ditambah baik
antaranya penghasilan siswazah yang menepati kehendak pasaran (employable
graduates) dan pembinaan persepsi positif dalam kalangan masyarakat terhadap
pendidikan kemahiran. Terdapat perbezaan kemahiran soft skills dan pengaruhnya
terhadap employability graduan. (Fanny Thindawa, 2016). Menurut kajian yang telah
dijalankan oleh (Ab. Rahim Bakar & Ivan Hanafi, 2007), konstruk elemen kemahiran
employability mengandungi 7 elemen iaitu (1) Kemahiran asas, (2) Kemahiran berfikir,
(3) Kemahiran mengumpul maklumat, (4) Kemahiran pengetahuan, (5) Kemahiran
interpersonal, (6) Kemahiran sistem & teknologi, (7) Kemahiran kualiti personal.
Manakala, (Corporate Council on Education, 1990) pula telah mengekelaskan
kemahiran employability kepada tiga kumpulan iaitu, kemahiran akademik, kemahiran

302

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

pengurusan kendiri dan kemahiran bekerjasama di dalam kumpulan. Graduan
merupakan isu utama bagi sektor pengajian tinggi. Graduan yang telah tamat pengajian
akan bersaing untuk mendapatkan pekerjaan. Bagi memastikan mereka mendapat
pekerjaan, graduan perlu menunjukkan bahawa mereka mampu memenuhi kehendak
majikan melalui latihan kemahiran yang mereka peroleh daripada institusi pengajian
secara formal. (Sarkar, Overton, Thompson, & Rayner, 2016). Dalam kajian (Rauf, Mansor,
Yasin, & Mahamod, 2013) pengkaji menyatakan bahawa majikan menitikberatkan
kemahiran employability bagi setiap pekerjanya. Maka, adalah menjadi tanggungjawab
tenaga pengajar untuk memupuk kemahiran employability ini dalam kalangan pelajar
dan tanggungjawab pelajar untuk mengetahui elemen kemahiran employability yang
dicari oleh bakal majikan.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Apakah tahap kemahiran employability pelajar Sijil Kolej Komuniti di Rompin?
Desktriptif analisis akan ditunjukkan seperti di dalam Jadual 2.

Jadual 2 : Skor min dan sisihan piawai bagi kemahiran employability pelajar mengikut
program
Report

Fokus

PROGRAM Min N Sisihan Piawai

SOP 3.88 8 .641
SKU 4.32 28 .476
SKR 4.33 3 .577
SPE 4.00 3 .000
SPU 4.29 7 .488
MKU 3.89 9 .333
Total 4.17 58 .500

Dapatan menunjukkan min keseluruhan bagi kemahiran employability pelajar
adalah agak tinggi iaitu (M= 4.17, SP= 0.55). Nilai ini menunjukkan tahap kemahiran
employability pelajar Sijil Kolej komuniti di Rompin adalah baik dan memuaskan.
Melalui penilaian kendiri ini, pelajar dapat memberi maklumblas persepsi mereka
mengenai tahap kemahiran yang telah mereka perolehi.
Apakah tahap kemahiran employability mengikut program yang ditawarkan di Kolej
Komuniti Rompin?
Untuk skor min tertinggi, pelajar Sijil Kenderaan Ringan mencatatkan min skor 4.33
berbanding pelajar Sijil Operasi Perhotelan iaitu 3.88. Hasil dapatan ini memerlukan
kajian lanjutan memandangkan jumlah pelajar Sijil Kenderaan Ringan yang turut serta
dalam soal selidik ini adalah seramai 3 orang sahaja. Jumlah ini mungkin mempengaruhi
nilai skor min yang diperoleh.
Apakah kemahiran employability yang paling dominan dalam kalangan pelajar Sijil
Kolej Komuniti di Rompin? Analisis skor min akan ditunjukkan di dalam Jadual 3.

303

PROGRAMSeminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)
Fokus
PenggunaanJadual 3 : Skor min bagi setiap item kemahiran employability mengikut program
Sumber
PenyelesaianSOP 3.88 4.25 3.38 3.50 3.88 4.38 4.00 4.25 3.63 4.38 3.75 4.75
masalahSKU 4.32 4.21 3.79 3.75 3.79 4.04 4.18 4.43 3.89 4.25 3.93 4.50
Penyesuaian diriSKR 4.33 4.67 4.00 5.00 3.67 4.33 4.67 4.67 4.00 4.67 4.00 4.67
KreatifSPE 4.00 4.00 3.33 3.67 4.00 3.67 4.00 4.00 3.67 4.00 4.00 4.00
PenggunaanSPU 4.29 4.29 4.14 4.00 3.71 4.00 3.86 4.14 3.29 3.86 3.71 4.14
teknologiMKU 3.89 4.33 3.89 3.89 3.89 4.22 4.11 4.11 3.67 4.44 4.00 4.44
InterpersonalJUMLAH 4.17 4.26 3.78 3.83 3.81 4.10 4.12 4.31 3.74 4.26 3.90 4.47
KerjaDapatan kajian menunjukkan skor min tertinggi 4.47 adalah pada sikap positif yang
berpasukangraduan tunjukkan sepanjang menjalani latihan kemahiran di Kolej Komuniti manakala
Berdikariskor min terendah adalah 3.74 iaitu kebolehan bekerja tanpa arahan ataupun berdikari.
Kualiti KendiriSikap positif yang dipamerkan oleh pelajar adalah melalui kesediaan untuk mempelajari
Kepimpinanperkara baharu sepanjang melakukan tugasan. Berdasarkan skor ini, pelajar merasakan
Sikap positifmereka sentiasa bersikap positif dalam melakukan tugas yang diberikan dan bersedia
untuk mempelajari pengetahuan baharu yang berkaitan dengan industry mereka.
Tetapi, berdasarkan dapatan ini juga menunjukkan, pelajar merasakan kemampuan
untuk melaksanakan tugas tanpa arahan dan berdikari untuk mencari maklumat adalah
rendah. Senario ini perlu diatasi memandangkan pelajar akan menceburkan diri dalam
dunia pekerjaan dan kebolehan menjalankan tugas tanpa arahan merupakan ciri-ciri
yang dicari oleh para majikan. Maka, pensyarah perlu sentiasa memikirkan secara kreatif
untuk menggalakkan pelajar melaksanakan tugasan tanpa arahan dengan memberikan
motivasi dan penghargaan.

8.0 PERBINCANGAN

Analisis kajian menunjukkan selain menguasai kemahiran akademik, graduan juga perlu
mempersiapkan diri mereka dengan kemahiran employability untuk bersaing secara
kompetetif dalam mencari pekerjaan. Melalui soal selidik penilaian kendiri kemahiran
employability ini, pelajar terbuka dan juga bersedia untuk menerima perkara baharu
selain daripada mampu bekerjasama di dalam satu pasukan. Kemahiran yang perlu
dititikberatkan adalah kemampuan untuk melaksanakan tugas tanpa arahan. Graduan
seharusnya dapat mengurangkan kebergantungan terhadap pensyarah dan mampu
untuk memimpin dan bergerak sendiri untuk mencari maklumat. Budaya spoon feed
perlu dikurangkan agar graduan dapat berdikari dan menyelesaikan masalah secara
kreatif megikut garis panduan yang ditetapkan.
Kajian juga menunjukkan kemahiran employability lain seperti fokus, penggunaan
sumber dan penggunaan teknologi berada pada tahap sederhana. Maka, kajian yang
akan datang boleh berfokuskan untuk mencari kaedah penambahbaikan kemahiran
employability yang lain. Sebagai kesimpulan, sistem pendidikan tenik dan vokasional di
Kolej Komuniti Rompin telah berjaya membekalkan kemahiran employability kepada

304

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

graduan kemahiran untuk mereka aplikasikan di alam pekerjaan. Dalam mendepani
cabaran abad ke- 21 ini, pelajar bukan sahaja harus menguasai bidang akademik, tetapi
juga perlu menunjukkan kemahiran employability mereka untuk bersaing di dalam
pasaran global. Nilai tambah ini merupakan elemen yang dapat memenangi hati majikan
dan menjadikan graduan pekerja yang boleh dijadikan role model kepada pekerja yang
lain.

RUJUKAN

Ab. Rahim Bakar, & Ivan Hanafi. (2007). Assessing Employability Skills of Technical-
Vocational Students in Malaysia.

Corporate Council on Education. (1990). EMPLOYABILITY SKILLS PROFILE : The
Critical Skills Required of the Canadian Workforce Skills, (613).

Fanny Thindawa. (2016). Factors influencing employability of Technical Education
graduates in Malawi, (March).

Krejcie, R. V, & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities
Robert. Educational and Psychological Measurement, 38(1), 607–610. http://doi.
org/10.1177/001316447003000308

Mohamad Sattar Rasul, Yusof Ismail, Napsiah Ismail, Muhammad Rashid Rajuddin,
Rose Amnah, & Abdul Rauf. (2009). Peranan Institusi Pendidikan Teknikal Dalam
Pemupukan Kemahiran “ Employability ” Pelajar. Jurnal Teknologi, 50(E), 113–127.
http://doi.org/10.11113/sh.v50n1.280

Mustapha, R., Husain, M. Y., Syed Mohamad, S. A. M., & Mokhtar, seri bunian. (2014).
Persepsi Majikan Kejuruteraan Terhadap Tahap Kemahiran Empolyabiliti Pelajar
Kejuruteraan Institusi Teknikal: Satu Kajian Kes. Journal Of Science, Mathematics
and Technology, 1(2), 41–55. http://doi.org/10.13140/2.1.5118.9120

Rauf, R. A. A., Mansor, A. N., Yasin, R. M., & Mahamod, Z. (2013). Graduate
Employability For Manufacturing Industry. Procedia - Social and Behavioral Sciences,
102(Ifee 2012), 242–250. http://doi.org/10.1016/j.sbspro.2013.10.739
RMK 11. (2016). Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020.

Sarimah Ismail, & Dahiru Sale Mohammed. (2015). Employability Skills in TVET
Curriculum in Nigeria Federal Universities of Technology. Procedia - Social
and Behavioral Sciences, 204(November 2014), 73–80. http://doi.org/10.1016/j.
sbspro.2015.08.111

Sarkar, M., Overton, T., Thompson, C., & Rayner, G. (2016). Graduate Employability:
Views of Recent Science Graduates and Employers. International Journal of Innovation
in Science and Mathematics Education, 24(3), 31–48.

305

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Yahya Buntat, & Noor Al Mahdin Mohamad. (2009). Keberkesanan Penggunaan Alat
Bantu Mengajar Berbantukan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Subjek
Kemahiran Hidup (KH) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, Alor Star,
Kedah. Jurnal Kejuruteraan, 3(1), 34–60.

Zaliza, H., Arasinah, K., Kiong, T. T., & Mohd Hasni, H. (2016). Jurang integrasi
kemahiran employability di Malaysia : Satu kajian empirikal graduan kejuruteraan
Kolej Komuniti Integrated employability skills gaps in Malaysia : An empirical study
of Community College graduates. Malaysian Journal of Society and Space 12, 3(3),
145–153.

306

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

KATEGORI
PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN

307

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

TAHAP KESEDIAAN UNTUK BERUBAH DALAM KALANGAN STAF KOLEJ
KOMUNITI SUNGAI PETANI
Wei Boon Quah
Kolej Komuniti Sungai Petani
[email protected]
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan untuk
berubah dalam kalangan staf Kolej Komuniti Sungai Petani. Secara khususnya, kajian ini
mempunyai tiga objektif iaitu: (i) Mengenal pasti tahap kesediaan untuk berubah, pengurusan
dan pentadbiran, komitmen organisasi, dan perhubungan rakan sekerja di Kolej Komuniti
Sungai Petani; (ii) Mengenal pasti hubungan antara pengurusan dan pentadbiran, komitmen
organisasi, dan perhubungan rakan sekerja dengan kesediaan untuk berubah dalam kalangan
staf Kolej Komuniti Sungai Petani dan (iii) Mengenal pasti perbezaan kesediaan untuk berubah
dalam kalangan staf Kolej Komuniti Sungai Petani berdasarkan faktor demografi (umur dan
tahap pencapaian akademik tertinggi). Seramai 74 responden iaitu staf Kolej Komuniti Sungai
Petani telah dipilih secara rawak mudah untuk menjawab soalan-soalan dalam borang soal
selidik yang telah diedarkan oleh pengkaji. Data ini telah dianalisis menggunakan “Statistical
Package for Social Science” (SPSS) Versi 21.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan
untuk berubah (M=3.59, SP=.48), pengurusan dan pentadbiran (M=3.47, SP=.37), komitmen
organisasi adalah berada pada tahap tinggi (M=3.63, SP=.38), dan perhubungan rakan sekerja
adalah berada pada tahap sederhana (M=3.16, SP=.46). Ujian Kolerasi Pearson pula mendapati
bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara pengurusan dan pentadbiran dengan
kesediaan untuk berubah dalam kalangan staf di Kolej Komuniti Sungai Petani (r = .666, p <
.01). Namun begitu, Ujian-Anova Sehala pula mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan di antara umur dengan kesediaan untuk berubah dalam kalangan staf Kolej Komuniti
Sungai Petani F(2,51) = .307, p >.05. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa faktor kesediaan untuk berubah dalam kalangan staf Kolej Komuniti Sungai Petani
adalah berada pada tahap yang tinggi.
Kata Kunci: Pengurusan dan Pentadbiran, Komitmen Organisasi, Perhubungan Rakan Sekerja

1.0 PENDAHULUAN

Perubahan, secara umum, menggambarkan transformasi sesuatu daripada keadaan
kepada yang lain. Perubahan telah dianggap sebagai satu faktor penting dalam
pembangunan organisasi. Terdapat banyak sebab sesuatu perubahan berlaku dalam
organisasi. Antara sebabnya adalah tekanan daripada politik, ekonomi, teknologi,
kerajaan, peningkatan persaingan global, dan perubahan keperluan dan cita rasa
pelanggan (Idris & Uli, 2011).
Menurut Durmaz (2007), perubahan sesebuah organisasi adalah bergantung pada
tahap kesediaan pekerja. Pekerja melihat perubahan organisasi dengan cara yang
berbeza kerana individu yang berbeza melihat bahawa ia boleh menyediakan peluang
pembelajaran dan peningkatan atau sebagai satu ancaman. Jika pekerja mempunyai
persepsi yang negatif terhadap perubahan yang akan dilakukan, maka ia akan

308

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

mengurangkan komitmen organisasi terhadap kesediaan untuk berubah (Martin, Jones,
& Callan, 2005). Malah pekerja mempunyai persepsi yang positif akan menunjukkan
bahawa mereka sudah bersedia terhadap perubahan yang akan dilakukan (Desplaces,
2005).
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Perubahan telah menjadi keperluan utama bagi kehidupan organisasi. Hussey (2000)
mengemukakan bahawa perubahan merupakan salah satu aspek yang paling kritikal
untuk mewujudkan pengurusan yang efektif. Perubahan yang dialami secara terus-
menerus oleh organisasi boleh disebabkan oleh beberapa hal seperti kadar perkembangan
global yang pesat, risiko perniagaan yang baru ditemui, peluang yang mengghairahkan,
inovasi dan sistem kepimpinan yang baru (Madsen, Miller, & John, 2005). Menurut
Pati Anak Aleng (2014, hlm 13), beliau menyatakan bahawa “transformasi dalam sistem
pendidikan negara perlu dilaksanakan secara holistic yang merangkumi pemantapan
kepimpinan dan kompetensi model insan, perubahan minda dan cara bertindak,
pengukuhan nilai dan intergriti, anjakan paradigm dan kerangka pemikiran serta
penggemblengan sumber secara bijak.” Kesediaan pekerja merupakan faktor penting
dalam kejayaan perubahan organisasi kerana perubahan organisasi berlaku melalui
pekerja. Pekerja merupakan elemen paling penting untuk kejayaan organisasi (Berneth,
2004). Untuk mempersiapkan pekerja agar bersedia berubah, diperlukan pemahaman
mengenai cara-cara yang boleh digunakan dalam menumbuhkan kesediaan untuk
berubah. Ada dua hal yang dapat dilakukan oleh organisasi iaitu membentuk kesediaan
pekerja untuk berubah dan menyelesaikan masalah rintangan untuk berubah (Cummings
& Worley, 2001). Kajian lepas yang dijalankan oleh penyelidik telah mendedahkan
bahawa kesediaan untuk berubah organisasi adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor
kesediaan pekerja seperti komitmen organisasi (Armenakis, Harris, & Mossholder,
1993; Hanpachern, Morgan, & Griego, 1998; Genevičiūtė-Janonienė & Endriulaitienė,
2014) dan perhubungan rakan sekerja (Madsen Miller, & John, 2005). Pengurusan
dan pentadbiran (Ibrahim & Don, 2014) turut memainkan peranan yang penting
terhadap kesediaan untuk berubah. Justeru menyedari kepentingan untuk memahami
dan meneliti kesediaan untuk berubah, penyelidik ingin mengkaji faktor-faktor yang
mempengaruhi kesediaan untuk berubah dalam kalangan staf Kolej Komuniti Sungai
Petani (KKSP).

309

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan untuk
berubah dalam kalangan staf Kolej Komuniti Sungai Petani. Secara khususnya, kajian
ini mempunyai tiga objektif iaitu:
i. Mengenal pasti tahap kesediaan untuk berubah, pengurusan dan pentadbiran,
komitmen organisasi, dan perhubungan rakan sekerja di Kolej Komuniti Sungai
Petani;
ii. Mengenal pasti hubungan antara pengurusan dan pentadbiran, komitmen
organisasi, dan perhubungan rakan sekerja dengan kesediaan untuk berubah dalam
kalangan staf Kolej Komuniti Sungai Petani dan
iii. Mengenal pasti perbezaan kesediaan untuk berubah dalam kalangan staf Kolej
Komuniti Sungai Petani berdasarkan faktor demografi (umur dan tahap pencapaian
akademik tertinggi).

4.0 KAJIAN LITERATUR
Pengurusan dan Pentadbiran
Dalam kajian Kool dan van Dierendonck (2012) menyatakan bahawa seorang ketua
dalam pentadbiran dan pengurusan di sesebuah organisasi dapat memberi sumbangan
yang besar terhadap perubahan organisasi. Pernyataan ini disokong oleh Melchar
dan Bosco (2010) yang menyatakan bahawa amalan pentadbiran dan pengurusan
dalam organisasi membantu penyesuaian terhadap pengurusan perubahan serta
dapat meningkatkan kecemerlangan organisasi. Manakala Ibrahim dan Don (2014),
menyatakan bahawa perubahan organisasi yang efektif tidak akan berlaku jika tanpa
pengurusan dan pentadbiran yang mantap dari seseorang ketua.
Komitmen Organisasi
Menurut Marsidi dan Abdul Latip (2007) dan Meyer dan Allen (1991), komitmen
merupakan suatu tali perhubungan di antara pekerja dengan organisasi. Komitmen
organisasi menurut Caruana dan Calleya (1998) merupakan satu proses yang berterusan
di mana ahli-ahli organisasi menunjukkan minat mereka dalam organisasi; menurut
Crowford dan Lock (2001) merupakan suatu jenis penilaian terhadap koordinasi di
antara nilai-nilai individu dan kepercayaan organisasi; dan menurut Colquitt, LePine,
dan Wesson (2011) dan Mathins dan Jackson (2004) sebagai keinginan pekerja untuk
kekal sebagai anggota organisasi. Kajian Zulkarnain dan Hadiyani (2014) mengenai 206
pekerja perkebunan dan kajian Pramadani dan Fajrianthi (2012) terhadap 56 pekerja
Divisi Enterprise Service (DES) Telkom Ketintang Surabaya, hasil dapatan masing-
masing menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara komitmen
organisasi dengan kesediaan untuk berubah. Menurut Firestone dan Pennell (1993),
apabila pekerja mempunyai komitmen yang tinggi, maka pekerja akan menghasilkan
hasil kerja yang berkualiti dan pekerja akan bekerja dengan penuh bersemangat untuk
mencapai matlamat organisasi. Selain itu, dalam kajian Singh dan Vinincomber (2000)
menyatakan bahawa pekerja mempunyai komitmen yang tinggi terhadap organisasi

310

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

secara tidak langsung akan mempamerkan rasa gembira di tempat kerja, mengurangkan
masa yang tidak berfaedah dan tidak cenderung untuk meninggalkan organisasi
seterusnya akan memberi kesan kepada produktiviti dan kualiti kerja yang positif.
Perhubungan Rakan Sekerja
Dalam organisasi, pekerja berinteraksi dengan rakan-rakan dalam bentuk orang
bawahan, rakan sekerja atau penyelia tetapi perasaan, sikap dan persepsi boleh menjadi
positif atau negatif. Menurut Miller et al. (2006), hasil dapatan menunjukkan hubungan
pekerja dengan pengurus mereka adalah peramal yang terkuat terhadap kesediaan
untuk perubahan. Kajian lepas Hanpachern et al. (1998) dan Madsen et al. (2005) fokus
kepada hubungan sosial dengan kesediaan pekerja untuk perubahan dan mendapati
hubungan yang signifikan di antara mereka.
Manakala hasil kajian Naimatullah Shah (2010) menunjukkan bahawa penyelia dan
rakan sebaya hubungan mempunyai hubungan yang positif dan signifikan kepada
kesediaan untuk perubahan. Perhubungan personal dengan subordinat adalah penting
untuk memahami dan menyokong motivasi personal mereka (Vondey, 2008).
5.0 METODOLOGI
Kajian ini merupakan suatu kajian deskriptif menggunakan pendekatan kuantitatif dan
data dikumpul melalui soal selidik yang dijawab oleh responden. Populasi kajian adalah
semua kakitangan KKSP iaitu seramai 97 orang (75 pensyarah dan 22 staf sokongan).
Penentuan saiz sampel dalam kajian ini adalah berasaskan kaedah yang digunakan oleh
Krejcie dan Morgan (1970) iaitu responden perlulah sekurang-kurangnya 78 orang.
Oleh itu, dalam kajian ini responden adalah seramai 78 tetapi sebanyak 4 responden
telah dibuang berdasarkan kepada ujian normaliti data, maka data bersih yang telah
digunakan dalam penyelidikan ini sebanyak 74 responden. Oleh itu hanya 74 sampel
sahaja digunakan untuk mewakili populasi staf di KKSP. Dalam kajian ini, data
diperolehi melalui borang soal selidik yang telah diedarkan kepada seramai 78 orang staf
KKSP. Kesemua 78 borang yang dihantar telah diterima. Kajian dibuat menggunakan
Skala Likert dimana terdapat lima jenis Skala Likert yang digunakan iaitu, sangat
tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju, dan sangat setuju. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini diadaptasi daripada Questionnaire Perubahan Organisasi
(OCQ) yang dibangunkan oleh Bouckenooghe, Devos dan Broeck (2009). Data yang
diperolehi dianalisis menggunakan analisis deskrptif (butiran peribadi staf seperti
umur, pencapaian akademik tertinggi), analisis Korelasi Pearson (hubungan antara
pengurusan dan pentadbiran, komitmen organisasi, perhubungan rakan sekerja dengan
kesediaan untuk berubah), dan analisis Anova sehala (perbezaan antara kesediaan
untuk berubah dalam kalangan staf Kolej Komuniti Sungai Petani berdasarkan umur
dan pencapaian akademik tertinggi). Keputusan ujian Cronbach Alfa menunjukkan
semua variabel yang dikaji dalam instrumen kajian mempunyai nilai kebolehpercayaan
yang tinggi (α = .899).

311

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

6.0 DAPATAN KAJIAN

Profil Responden

Dari segi umur, sampel yang terpilih merangkumi 32(57.1%) orang antara 26-35 tahun
dan 2(3.6%) orang adalah 45 tahun dan ke atas. Manakala bagi kategori pencapaian
akademik tertinggi responden 38(51.4%) orang berkelayakan sarjana muda dan
10(13.5%) responden mempunyai sarjana.

Analisa deskriptif

Nilai min menerangkan kecenderungan setiap pemboleh ubah bersandar dan pemboleh
ubah tidak bersandar. Jadual 1 di bawah menunjukkan analisa pengelasan bagi skor min
dan tahap penilaian.

Jadual 1.1: Interpretasi Skor Min bagi Setiap Pemboleh Ubah

Skor Min Tahap

0.1 - 1.67 Rendah

1.68 - 3.34 Sederhana

3.35 - 5.00 Tinggi

Jadual 1.2: Kategori Tahap setiap Pemboleh Ubah

Pemboleh Ubah Min Sisihan Piawai Tahap
Tinggi
Kesediaan untuk berubah 3.59 .48 Tinggi
Tinggi
Pengurusan dan Pertadbiran 3.47 .37 Sederhana

Komitmen Organisasi 3.63 .38

Perhubungan Rakan Sekerja 3.16 .46

Berdasarkan Jadual 1.2, dapatan kajian menunjukkan majoriti staf di KKSP berpersepsi
bahawa kesemua faktor bagi pemboleh ubah tidak bersandar adalah berada pada tahap
tinggi kecuali faktor perhubungan rakan sekerja. Manakala faktor pemboleh ubah
bersandar iaitu kesediaan untuk berubah juga berada pada tahap tinggi (min =3.59,
S.P=.48). Faktor komitmen organisasi (min=3.63, S.P=.38) merupakan faktor pemboleh
ubah bebas yang paling tinggi, diikuti oleh faktor pengurusan dan pentadbiran
(min=3.47,S.P=.37) dan yang terakhir faktor perhubungan rakan sekerja (min=3.16,
S.P=.46).

Hubungan antara Pengurusan dan Pentadbiran, Komitmen Organisasi, Perhubungan
Rakan Sekerja dengan Kesediaan untuk Berubah
Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hubungan antara pengurusan dan
pentadbiran, komitmen organisasi, dan perhubungan rakan sekerja dengan kesediaan
untuk berubah. Jadual 1.3 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan
antara pengurusan dan pentadbiran dengan kesediaan untuk berubah dalam kalangan
staf (r = .666, p < .01). Komitmen organisasi mempunyai hubungan yang signifikan
dengan kesediaan untuk berubah (r = .500, p < .01). Manakala hasil ujian korelasi
Pearson menunjukkan bahawa perhubungan rakan sekerja tidak mempunyai hubungan
yang signifikan dengan kesediaan untuk berubah (r = -.171, p > .01).

312

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Jadual 1.3: Korelasi Pearson antara Pengurusan dan Pentadbiran, Komitmen
Organisasi, Perhubungan Rakan Sekerja dengan Kesediaan untuk Berubah

Variabel Pengurusan Komitmen Perhubungan
Pentadbiran Organisasi Rakan Sekerja

Kesediaan Korelasi Pearson .666** .500** -.171
untuk berubah Sig. (2-tailed) .000 .000 .172
N 64 65 65

**. Kolerasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-tailed)

Ujian Anova Sehala Perbezaan antara Kategori Umur dan Kesediaan untuk Berubah
Kaedah ujian Anova Sehala digunakan kerana ianya melibatkan satu pemboleh ubah
bebas iaitu umur dengan empat kategori (18-25 tahun, 26-35 tahun, 36-45 tahun dan
45 tahun ke atas) dan satu pemboleh ubah bersandar (interval) iaitu kesediaan untuk
berubah. Jadual 1.4 menunjukkan keputusan Ujian Anova Sehala kesediaan untuk
berubah berdasarkan umur dan didapati keputusan yang diperolehi adalah tidak
signifikan, F(2,51) = .505, p >.05. Justeru, tidak terdapat perbezaan yang signifikan
diantara kategori umur dengan kesediaan untuk berubah dalam kalangan staf KKSP.

Jadual 1.4: Keputusan Ujian Anova Sehala Perbezaan antara Kategori Umur dan
Kesediaan untuk Berubah

SS Dk MS F Sig.

Antara Kumpulan .247 2 .123 .505 .606

Dalam Kumpulan 12.463 51 .244

Jumlah 12.710 53

Ujian Anova Sehala Perbezaan antara Kategori Pencapaian Akademik Tertinggi dan
Kesediaan untuk Berubah

Ujian Anova Sehala digunakan kerana data pemboleh ubah bebas iaitu pencapaian
tertinggi akademik mempunyai 6 kategori (diploma, sijil, sarjana Muda, sarjana,
kedoktoran dan lain-lain) dan satu pemboleh ubah bersandar (interval) iaitu kesediaan
untuk berubah. Jadual 1.5 menunjukkan dapatan ujian Anova Sehala antara kategori
pencapaian akademik tertinggi dan kesediaan untuk berubah dan didapati keputusan
yang diperolehi adalah tidak signifikan, F(3,61) = .567, p >.05. Maka, tidak terdapat
perbezaan yang signifikan diantara kategori pencapaian akademik tertinggi dengan
kesediaan terhadap perubahan dalam kalangan staf KKSP.

Jadual 1.5: Keputusan Ujian Anova Sehala antara Kategori Pencapaian Akademik
Tertinggi dan Kesediaan untuk Berubah

SS Dk MS F Sig.

Antara kumpulan .405 3 .135 .567 .639

Dalam kumpulan 14.527 61 .238

Jumlah 14.932 64

313

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

7.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Dapatan kajian menunjukkan tahap perhubungan rakan sekerja adalah sederhana.
Secara keseluruhannya, staf mempersepsikan bahawa faktor-faktor bagi pemboleh ubah
bebas (pengurusan dan pentadbiran dan komitmen organisasi) adalah berada pada
tahap yang tinggi. Sepertimana yang ditunjukkan oleh hasil kajian Melchar dan Bosco
(2010) mendapati pengurusan dan pentadbiran yang cekap dalam sesebuah organisasi
dapat memberi sumbangan yang besar dan meningkatkan kecemerlangan organisasi
dan mencapai visi dan misi terhadap kesediaan untuk berubah.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa komitmen organisasi adalah pada tahap tinggi
menggambarkan bahawa staf yang bekerja di sini mempunyai komitmen yang tinggi dan
sanggup untuk melaksanakan kerja-kerja tambahan dan taat terhadap kolej komuniti.
Dapatan ini bersamaan dengan pendapat Gamon (1991) yang mengatakan bahawa
pekerja setia dan mempunyai komitmen terhadap organisasi. Ini kerana ketua yang
mempunyai sifat yang terbuka, memahami dan sudi mendengar pandangan pekerjanya
akan menghasilkan golongan pekerja yang komitmen, bermotivasi dan setia. Vakola
dan Nikolau (2005) juga menyatakan bahwa individu yang memiliki komitmen yang
tinggi terhadap organisasi dapat menerima dan meningkatkan tahap terhadap kesediaan
untuk berubah.
Perhubungan rakan sekerja yang dilaporkan sederhana menunjukkan bahawa
hubungan antara rakan sekerja tidak seperti dijangkakan mempunyai hubungan yang
baik. Hasil kajian ini tidak sejajar dengan dapatan kajian Madsen, Miller, & John (2005)
yang menunjukkan hubungan pekerja dengan pengurus mereka adalah peramal yang
terkuat terhadap kesediaan untuk perubahan. Manakala Eby, Adams, Russell, dan Gaby
(2000) pula menyatakan bahawa bekerjasama dengan rakan sekerja dan mempunyai
kepercayaan terhadap rakan sekerja dapat membantu meningkat tahap kesediaan untuk
berubah.
Keputusan analisis korelasi mendapati bahawa pengurusan dan pentadbiran
mempunyai hubungan positif yang tinggi dengan kesediaan untuk berubah. Keputusan
ini juga bermakna apabila tahap pengurusan dan pentadbiran meningkat maka
persepsi terhadap pengurusan dan pentadbiran dan perhatian yang diberi oleh pihak
kolej komuniti kepada pensyarah juga meningkat. Dapatan kajian ini selari dengan
kajian Kirrane, Lennon, O’Connor, dan Fu (2017) yang mendapati bahawa sokongan
pengurusan adalah penting dan menyumbang terhadap kesediaan untuk berubah.
Analisis korelasi menunjukkan komitmen organisasi mempunyai yang signifikan dengan
kesediaan untuk berubah. Hal ini bermakna staf KKSP memiliki komitmen terhadap
organisasinya mempunyai keyakinan yang kuat, menerima tujuan dan nilai organisasi,
siap untuk bekerja keras dan memiliki keinginan yang kuat untuk bertahan dalam
organisasi (Mowday, 1982). Dapatan kajian ini selari dengan kajian Madsen, Miller, &
John (2005) yang mendapati bahawa komitmen organisasi juga dihubungkait dengan
kesediaan untuk berubah. Dapatan kajian ini menyokong Zulkarnain dan Hadiyani
(2014) yang mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara komitmen
organisasi terhadap kesediaan untuk berubah. Selain itu, keputusan kajian mengenai
komitmen organisasi mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesediaan untuk
berubah didapati konsisten dengan dapatan kajian Pramadani dan Fajrianthi (2012)
yang dijalankan di DES Telkom Ketintang Surabaya di Indonesia.

314

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Keputusan analisis korelasi mendapati bahawa perhubungan rakan sekerja tidak
mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesediaan untuk berubah. Keputusan
ini bertentangan dengan dapatan kajian Xerri, Nelson, dan Brunetto (2015) yang
menunjukkan bahawa hubungan antara rakan sekerja dengan pengurus mempunyai
hubungan positif yang signifikan dengan kesediaan untuk berubah.

8.0 KESIMPULAN
Pengurusan dan pentadbiran yang baik dalam sesebuah organisasi dapat meningkatkan
tahap kesediaan untuk berubah sesebuah organisasi. Malah komitmen organisasi juga
penting terhadap kesediaan untuk berubah dalam kalangan staf KKSP. Walaupun
hasil dapatan menunjukkan perhubungan rakan sekerja tidak mempunyai hubungan
yang signifikan dengan kesediaan untuk berubah. Tetapi ini tidak bermakna pihak
pengurusan tertinggi boleh mengabaikan faktor tersebut. Pengkaji mengharapkan
kajian hadapan harus dilakukan ke atas faktor perhubungan rakan sekerja kerana kajian
lepas Miller et al. (2006) menunjukkan hubungan pekerja dengan pengurus mereka
merupakan peramal yang terkuat terhadap kesediaan untuk perubahan.

RUJUKAN
Armenakis, A. A., Harris, S. G., & Mossholder, K. W. (1993). Creating readiness for

organizational change. Human Relations, 46(6), 681-703. doi:10.1177/00187267930
4600601
Berneth, J. (2004). Expanding our understanding of the change message. Human
resource Development Review, 3(1), 36-52. doi:10.1177/1534484303261230
Bouckenooghe, D., Devos, G., & van den Broeck, H. (2009). Organizational
change questionnaire-climate of change, processes, and readiness:
Development of a new instrument. The Journal of Psychology, 143, 559-599.
doi:10.1080/00223980903218216
Caruana, A., Calleya, P. (1998). The effect of internalmarketing on organisational
commitment among retail bank managers. International Journal of Bank Marketing,
16(3),108-116. doi:10.1108/02652329810213510
Colquitt, J., LePine, J. A., & Wesson, M. J. (2011). Organizational behavior: Improving
performance and commitment in the workplace (2nd ed.). New York: McGraw-Hill
Irwin.
Crowford, J., & Lock, P. (2001). Antecedents of organizational commitment and the
mediating role of job satisfaction. Journal of Managerial Psychology, 16(8). 594-613.
doi: doi:10.1108/EUM0000000006302

315

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Cummings, T. G., & Worley, C. G. (2001). General introduction to organization
development: Organization development and change. MN: South-Western College
Publishing.

Desplaces, D. (2005). A multilevel approach to individual readiness to change. Journal
of Behavioral and Applied Management, 7(1), 25-39.

Durmaz, H. (2007). Officer attitudes toward organizational change in
the Turkish national police. (Unpublished doctoral thesis). University of
North Texas, Texas. Retrieved from http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/
download?doi=10.1.1.474.6620&rep=rep1&type=p

Eby, L. T., Adams, D. M., Russell, J. E. A., & Gaby, S. H. (2016). Perceptions of
Organizational Readiness for Change: Factors Related to Employees’ Reactions
to the Implementation of Team-Based Selling. Human Relations, 53(3), 419-442.
doi:10.1177/0018726700533006

Firestone, W. A., & Pennell, J. R. (1993). Teacher Commitmnet, Working Conditions
and differential incentive policies. Review of Educational Research, 63(4), 489-525.
doi:10.3102/00346543063004489

Gamon, C. K. (1991). Managing commitment: Developing loyalty in a changing
workplace. Los Altos, Calif: Crisp Publications.

Genevičiūtė-Janonienė, G., & Endriulaitienė, A. (2014). Employees’ organizational
commitment: Its negative aspects for organizations. Procedia - Social and Behavioral
Sciences, 140, 558-564. doi:10.1016/j.sbspro.2014.04.470

Hanpachern, C., Morgan, G. A., & Griego, O. V. (1998). An extension of the theory of
margin: A framework for assessing readiness for change. Human Resource
Development Quarterly, 9(4), 339-350. doi:10.1002/hrdq.3920090405

Hussey, D. E. (2000). How to manage organization change. London: Kogan Page.
Ibrahim, I., & Don, Y. (2014). Kepimpinan servant dan pengaruhnya terhadap

pengurusan perubahan di sekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 39(1),
19-26. Retrieved from http://www.ukm.my/jurfpend/JPM%2039(1)%20
2014/3KepimpinanServant.pdf
Idris, K., & Uli, J. (2011). Modul pembelajaran: DCE 3602 Pengurusan perubahan.
Retrieved from http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/PENGURUSAN%20
PERUBAHAN%20(DCE%203602).pdf
Kirrane, M., Lennon, M., O’Connor, C., & Fu, N. (2017). Journal of Change Management,
17(1),
Kool, M., & van Dierendonck, D. (2012). Servant leadership and commitment to
change, the mediating role of justice and optimism. Journal of Organizational Change
Management, 25(3), 422-433. doi:10.1108/09534811211228139

316

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Krejie, R.V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610. https://home.kku.ac.th/
sompong/guest_speaker/KrejcieandMorgan_article.pdf

Madsen, S. R., Miller, D., & John, C. R. (2005). Readiness for organizational change: Do
organizational commitment and social relationships in the workplace make a
difference? Human Resource Development Quarterly, 16(2), 213-234. doi:10.1002/
hrdq.1134

Marsidi, A., & Abdul Latip, H. (2007). Faktor-faktor yang mempengaruhi komitmen
pekerja di organisasi awam. Jurnal Kemanusiaan, 10. Retrieved from http://www.
management.utm.my/jurnal-kemanusiaan/attachments/article/152/JK10_152.pdf

Martin, A. J., Jones, E. S., & Callan, V. J. (2005). The role of psychological climate in
facilitating employee adjustment during organizational change. European Journal of
Work & Organizational Psychology, 14(3), 263-289. doi:10.1080/13594320500141228
Mathis, R. L., & Jackson, J. H. (2004). Human resource management (10th ed.).
Singapore: South-Western.

Melchar, D. E., & Bosco, S. M. (2010). Achieving A high organization performance
through servant leadership. The Journal of Business Inquiry, 9(1), 74-88. Retrieved
from
https://www.uvu.edu/woodbury/docs/achieving_high_organization_performance_
through_servant_leadership.pdf

Meyer, J. P., & Allen, N. (1991). A three-component conceptualization of organizational
commitment. Human Resource Management Review, 1(1), 61-89. doi:10.1016/1053-
4822(91)90011-Z

Miller, D., Madsen, S. R., & John, C. R. (2006). Readiness for change: implications on
employees’ relationship with management, job knowledge and skills, and job demands.
Journal of Applied Management and Entrepreneurship, 11(1), 3-16. Retrieved from
https://works.bepress.com/susan_madsen/31/download/

Naimatullah Shah, S. G. S. S. (2010). Relationships between employee readiness for
organisational change, supervisor and peer relations and demography. Journal of
Enterprise Information Management, 23(5), 640-652.
doi:10.1108/17410391011083074 Pati Anak Aleng (2014). Transformasi pendidikan
dan pembangunan modal insan. Front Cover. Selangor, Malaysia: PTS Publications
& Distributors Sdn Bhd.

Pramadani, A. B., & Fajrianthi. (2012). Hubungan antara komitmen organisasi dengan
kesiapan untuk berubah pada karyawan Divisi Enterprise Service (DES) Telkom
Ketintang Surabaya. Jurnal Psikologi Industri dan Organisasi, 1(2), 102-109. Retrieved
from http://journal.unair.ac.id/filerPDF/110810026_7v.pdf

Singh, V., & Vinincomber, S. (2000). What does “commitment” really means? Views
of UK and Swedish engineering managers. Personnel Review, 29(2), 228-259.
doi:10.1108/00483480010296014

317

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Vondey, M. (2008). Follower-focused leadership: Effect of follower self-concepts and
self-determination on organizational citizenship behavior. Emerging Leadership
Journeys, 1(1) 52-62. Retrieved from https://www.regent.edu/acad/global/
publications/elj/issue1/ELJ_V1Is1_Vondey.pdf

Xerri, M., Nelson, S., & Brunetto, Y. (2015). Importance of workplace relationships and
attitudes toward organizational change in engineering asset-management organizations.
Journal of Management in Engineering, 31(5), 641-655. doi:10.1061/(ASCE)ME.1943-
5479.0000306

Zulkarnain, & Hadiyani, S. (2014). Peranan komitmen organisasi dan employee
engagement terhadap kesiapan karyawan untuk berubah. Jurnal Psikologi, 41(1), 17-
33. doi:10.22146/jpsi.6955

318

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

MENGKAJI TAHAP PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN PELAJAR KOLEJ
KOMUNITI ROMPIN TERHADAP SISTEM PEPERIKSAAN
Fatin ‘Ainaa binti Othman
Kolej Komuniti Rompin
[email protected]
Mohd Juwahir bin Pa’iman
Kolej Komuniti Rompin
[email protected]
ABSTRAK

Sistem peperiksaan di Kolej Komuniti dibahagikan kepada dua kategori iaitu pentaksiran
berterusan dan penilaian akhir. Pentaksiran berterusan adalah penilaian yang dinilai dari
awal semester sehingga ke minggu akhir pembelajaran dan pengajaran, yang mengandungi
beberapa ujian kecil, antaranya tugasan, amali, pembentangan dan kuiz. Manakala penilaian
akhir dijalankan pada minggu akhir sebelum berakhirnya semester tersebut. Namun,
berdasarkan statistik peperiksaan Kolej Komuniti Rompin bagi tahun 2016, pencapaian pelajar
bagi pentaksiran berterusan adalah rendah dan tidak mencapai tahap cemerlang. Oleh yang
demikian, kajian berbentuk diskriptif ini dijalankan untuk melihat tahap pengetahuan dan
kefahaman pelajar terhadap kepentingan pentaksiran berterusan di dalam sistem peperiksaan.
Borang soal selidik yang mengandungi 22 item soalan berdasarkan skop kajian. Item soal
selidik dibahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, melibatkan latar belakang responden
dan bahagian B dan C merangkumi maklum balas responden terhadap aspek yang dikaji. Soal
selidik diedarkan kepada 109 orang pelajar Kolej Komuniti Rompin. Hasil dapatan diproses
menggunakan perisian SPSS versi 21.0 (Statistical Package for Social Sciense). Analisis kajian
dibuat berdasarkan sisihan piawai, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan pelajar
mengetahui mengenai sistem peperiksaan dengan nilai min 4.12 iaitu pada tahap memuaskan.
Begitu juga dengan tahap kefahaman pelajar terhadap sistem peperiksaan dengan nilai min
4.11. Implikasinya adalah pelajar Kolej Komuniti Rompin mengetahui dan memahami sistem
peperiksaan dengan baik namun masih perlu kepada proses penambahbaikan serta langkah
yang sesuai untuk mengekalkan prestasi akademik masing-masing.
Kata kunci: Tahap Kefahaman Pelajar, Sistem Peperiksaan Kolej Komuniti

319

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) telah diperkenalkan di
Malaysia sejak dari era sebelum kemerdekaan. Secara asasnya, TVET menekankan
kemahiran pertukangan, membaiki mesin, pendawaian elektrik dan pembinaan
bangunan. TVET telah mula ditawarkan oleh kedua-dua institusi pendidikan, awam
atau swasta (Jailani Md. Yunos, Wan Mohd Rashid Wan Ahmad, Noraini Kaprawi dan
Wahid Razally, n.d). TVET di Malaysia telah melalui proses secara berperingkat melalui
pelbagai inisiatif oleh pihak kerajaan dengan memasukkan bidang-bidang kemahiran
ini ke dalam Rancangan Malaysia bermula daripada Rancangan Malaysia Pertama
(1965-1970) sehingga ke Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020).
Ketika Rancangan Malaysia Pertama, Sekolah Vokasional telah dibangunkan di Malaysia
dengan tujuan utama membekalkan tenaga separa mahir kepada bidang-bidang yang
memerlukan, contohnya pertanian dan kejuruteraan. Pembangunan institusi TVET
tidak hanya terhad kepada sekolah vokasional sahaja, namun turut merangkumi
Politeknik, Pusat Giat MARA dan Kolej Komuniti.
Walaupun institusi-institusi ini lebih menekankan aspek kemahiran, sistem peperiksaan
tetap diadakan sebagai satu mekanisme menguji tahap pengetahuan dan kemahiran
pelajar. Menurut Farhana Sabidin (2002) penilaian ialah sebahagian besar daripada
aktiviti pengajaran yang dilakukan oleh guru. Kadangkala penilaian dilakukan dengan
cara terkawal menerusi ujian dan peperiksaan, dan ada ketikanya dibuat dengan
cara tida terkawal dan berterusan. Selain menguji minda dan ingatan pelajar, sistem
peperiksaan juga dapat menilai tahap kebolehan pelajar menggunakan bakat untuk
mencapai keputusan yang cemerlang.
Terdapat pelbagai kaedah untuk menilai kebolehan pelajar melalui sistem peperiksaan,
samada dilakukan secara formatif atau sumatif. Penilaian formatif digunakan untuk
mengesan dan mengetahui sejauh mana kemajuan dan penguasaan pelajar. Penilaian
sumatif pula digunakan untuk mengesan dan mengetahui pencapaian pelajar (Kamarul
Azmi Jasmi, Siti Hanim Naim dan Hilman Muhamad, 2012).
Sistem peperiksaan di Kolej Komuniti lebih menekankan kepada penilaian secara
formatif. Para pelajar diuji setelah selesainya satu Learning Area (LA) mengikut
struktur program. Penilaian ini dilakukan secara tidak formal dan dibahagikan kepada
dua bahagian iaitu Pentaksiran Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA). Antara
mekanisma dalam Pentaksiran Berterusan adalah kaedah soal jawab secara lisan
(pembentangan), kuiz, memeriksa hasil kerja pelajar (laporan) dan penyediaan tugasan.
Manakala mekanisme dalam penilaian akhir pula adalah peperiksaan akhir yang
diadakan pada setiap kali berakhirnya Learning Area (LA) atau pada akhir semester.

320

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

2.0 PERNYATAAN MASALAH
Sistem pendidikan di Malaysia lebih berorientasikan kepada peperiksaan. Sejak negara
mencapai kemerdekaan, setiap pelajar diwajibkan menduduki peperiksaan sebagai
syarat menguji kecekapan, keupayaan dan prestasi dalam akademik. Selain itu perkara
ini juga sebagai prasyarat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
(Arbain Abdullah, 2006). Justeru, Sistem peperiksaan telah diguna pakai bermula dari
sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti.
Sistem peperiksaan di Kolej Komuniti dijalankan menggunakan dua kategori penilaian
iaitu Pentafsiran Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA). Pentaksiran Berterusan
dijalankan dari awal semester dan meliputi 70% dari markah keseluruhan. Ianya
terdiri daripada tugasan, pembentangan, kuiz dan amali mengikut struktur program
masing-masing. Manakala Penilaian Akhir dijalankan pada akhir semester atau apabila
berakhirnya Learning Area sesuatu program. Penilaian Akhir ini pula meliputi 30% dari
markah keseluruhan pelajar.
Penerangan yang baik dari pensyarah dan pihak terlibat kepada para pelajar Kolej
Komuniti mengenai sistem peperiksaan dapat memberi impak positif kepada tahap
kefahaman pelajar. Merujuk kajian Noraini dan Zamri Mahamod (2015) dapat
dirumuskan bahawa penyampaian maklumat berkaitan pelaksanaan pentaksiran
secara berkesan kepada pelajar adalah sangat wajar supaya pelajar dapat mengetahui
dan memahami seterusnya menyimpan maklumat tersebut untuk jangka masa yang
panjang.
Penerangan demi penerangan telah disampaikan kepada pelajar dalam pelbagai bentuk.
Namun, tahap kefahaman pelajar terhadap sistem peperiksaan masih lagi pada tahap
sederhana mengenai sistem peperiksaan. Hal ini adalah kerana faktor kekangan masa
atau dari tingkah laku pelajar yang tidak mahu menumpukan perhatian semasa sesi
penerangan disampaikan.
Ini dibuktikan lagi, dengan statistik peperiksaan Kolej Komuniti Rompin bagi tahun
2016, pencapaian pelajar bagi Pentaksiran Berterusan masih sederhana. 23.7% pelajar
bagi sesi pengajian tahun 2016 tidak mendapat keputusan yang cemerlang. Perkara ini
boleh menjejaskan markah serta skor keseluruhan pelajar dan akhirnya pelajar tidak
layak menerima Sijil Modular Kebangsaan bagi setiap kursus. Justeru, timbul persoalan
oleh pengkaji, adakah pelajar mengetahui dan memahami sistem peperiksaan Kolej
Komuniti? Oleh yang demikian kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap
pengetahuan dan pemahaman pelajar terhadap sistem peperiksaan yang dijalankan di
Kolej Komuniti Rompin khususnya.

321

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

3. 0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif berikut:
i. Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar Kolej Komuniti Rompin terhadap sistem

peperiksaan yang dijalankan di Kolej Komuniti.
ii. Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar Kolej Komuniti Rompin terhadap sistem

peperiksaan yang dijalankan di Kolej Komuniti.
3.2 Soalan kajian
Kajian ini cuba untuk menjawab dua soalan kajian seperti berikut:
i. Apakah tahap pengetahuan pelajar Kolej Komuniti Rompin terhadap sistem

peperiksaan yang dijalankan di Kolej Komuniti?
ii. Apakah tahap kefahaman pelajar Kolej Komuniti Rompin dengan terhadap sistem

peperiksaan yang dijalankan di Kolej Komuniti?

4. 0 KAJIAN LITERATUR

Pentaksiran berasal dari perkataan taksir yang dimaksudkan sebagai menyangka,
menelaah, mengagak dan mengira (Kamus Dewan, 2007). Penilaian pula ialah satu
sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi
dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan
tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan (Noor Afzan Ahmad,
Noorhayani Yahya, Tan May Ling, 2001).
Oleh yang demikian, sistem peperiksaan yang diamalkan di Kolej Komuniti adalah
berdasarkan ketetapan oleh Bahagian Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan
Kolej Komuniti (JPKK). Justeru, pemarkahan bagi pentaksiran dan penilaian adalah
merujuk kepada kurikulum yang telah disediakan oleh Bahagian tersebut sebagaimana
dinyatakan oleh Mohd Fadli (2008) Penetapan elemen pentaksiran dan penilaian sangat
berkait rapat dengan kurikulum kerana kurikulum merupakan elemen utama dalam
proses pendidian. Tenaga pengajar di Kolej Komuniti akan menyediakan soalan yang
sesuai untuk diberikan kepada pelajar sebagai satu bentuk pentaksiran berterusan.
Pentaksiran ini akan dilaksanakan sepanjang pengajian mengikut Learning Area
(LA) dalam pelbagai bentuk sama ada pembentangan, amali, kuiz dan tugasan yang
membawa markah sebanyak 70% daripada markah keseluruhan. Penilaian akhir pula
dijalankan pada akhir semester atau pada akhir Learning Area (LA). Penilaian ini
boleh dijalankan dalam bentuk teori atau amali yang membawa markah sebanyak 30%
daripada keseluruhan markah pelajar.
Penilaian membolehkan pelajar menilai kembali keputusan peperiksaan mereka dan
memberi maklumat balas kepada pensyarah (Noor Afzan, Noorhayani Dan Tan, 2001).
Perkara ini disokong oleh kajian Mohamad Abdillah Royo dan Zul Azli Zainun (n.d).
bahawa peperiksaan adalah sebagai kayu pengukur bagi melihat sejauh mana pelajar
menerima pelajaran yang diajar oleh tenaga pengajar.

322

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

5. 0 METODOLOGI KAJIAN

5.1 SKOP DAN SAMPEL KAJIAN
Kajian yang dijalankan hanyalah memfokuskan kepada sebuah institusi sahaja iaitu
Kolej Komuniti Rompin, Pahang di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Pengkaji
ingin mengetahui apakah tahap pengetahuan dan pemahaman pelajar terhadap sistem
peperiksaan yang dijalankan di Kolej Komuniti. Oleh yang demikian, dalam kajian ini,
seramai 109 orang responden telah diambil sebagai sampel kajian yang terdiri daripada
pelajar semester 3 sesi Mac 2017. Responden terdiri daripada pelajar Program Kulinari,
Program Operasi Perhotelan, Program Pemasangan Elektrik, Program Servis Kenderaan
Ringan serta Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara. Pelajar semester
3 dipilih kerana responden telah melalui dua kali sesi peperiksaan disamping telah
diberikan penerangan mengenai sistem peperiksaan pada minggu suai kenal ketika
mereka di awal semester 1. Penentuan jumlah sampel kajian ini adalah merujuk kepada
Krejcie, Robert V., Morgan, Daryle W. (1970).
Data telah dikumpulkan daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada responden.
Oleh kerana kajian ini dibuat hanya melibatkan pelajar di Kolej Komuniti Rompin,
Pahang sahaja, dengan itu data yang diperoleh tidak boleh disamakan kepada semua
Kolej Komuniti yang terdapat di seluruh Malaysia. Skop yang dikaji dalam penyelidikan
ini adalah tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar Kolej Komuniti Rompin terhadap
sistem peperiksaan yang dijalankan di Kolej Komuniti.
5.2 INSTRUMEN KAJIAN
Kaedah kajian adalah berbentuk kajian tinjauan (survey research) untuk tujuan
menjawab persoalan-persoalan kajian dan pernyataan masalah di dalam kajian ini.
Kaedah ini dipilih berdasarkan kesesuaian dengan bentuk kajian yang dibuat kerana
ia lebih praktikal dan realistik untuk mendapatkan maklum balas yang baik daripada
responden. Reka bentuk kajian untuk penyelidikan ini adalah berbentuk kuantitatif
yang berbentuk kajian tinjauan semasa.
Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan data
daripada responden. Menurut Syed Arabi (1992), penggunaan soal selidik adalah
lebih praktikal, berkesan dan menjimatkan masa. Oleh yang demikian, kajian ini
menggunapakai instrumen kajian yang telah dibina oleh Noraini Bidin dan Zamri
Mahamod dalam kajiannya bertajuk Kesediaan Murid Sekolah Menengah Terhadap
Pelaksaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Matapelajaran Bahasa Melayu
(2012). Namun pengkaji telah membuat pengubahsuaian pada bahagian demografi
responden serta beberapa item soal selidik agar ia bertepatan dengan objektif kajian
yang dikehendaki.
Dalam penyediaan borang soal selidik kajian ini, item-tem yang dibina adalah bagi
mencapai kedua-dua objektif kajian yang digariskan oleh pengkaji. Borang soal selidik
yang telah dibangunkan mengandungi tiga bahagian utama iaitu Bahagian A, B dan C.
Bahagian A mengandungi tiga maklumat berkaitan dengan demografi responden iaitu
jantina, bidang pengajian dan umur. Bahagian B mengandungi sembilan pernyataan
yang menjurus kepada pengetahuan responden mengenai sistem peperiksaan. Bahagian

323

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

C pula mempunyai 10 soalan yang memfokuskan kepada tahap kefahaman responden
terhadap sistem peperiksaan yang dijalankan di Kolej Komuniti.

Skala pengukuran yang digunakan dalam kajian ini adalah Skala Likert Lima Mata.
Mohd Majid (1994) menyatakan skala ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang
sangat tinggi iaitu sehingga 85 peratus. Pemeringkatan Skala Likert ditunjukkan dalam
Jadual 1.

Jadual 1: Pemeringkatan Skala Likert

Aras Sangat Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat
Tidak Setuju Setuju
(SS)
Pengukuran (STS) (TS) (TP) (S)
5
Skala 1 2 3 4
(Sumber: Mohd Majid Konting (1994))

Data diproses menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages For Social Science) versi
21.0. Interpretasi min yang digunakan dalam analisis deskriptif ini adalah sebagaimana
yang dicadangkan oleh Creswell (2005) dalam buku metodologi penyelidikan tersohor
beliau iaitu Educational Research-Planning, Conducting and Evaluating Quantitative
and Qualitative Research. Interpretasi min yang dianjurkan oleh Creswell (2005)
ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Interpretasi Min

Julat Skor Min Interpretasi Min

1.00 - 1.80 Sangat tidak memuaskan

1.81 - 2.60 Tidak memuaskan

2.61 - 3.40 Sederhana

3.41 - 4.20 Memuaskan

4.21 - 5.00 Sangat memuaskan

(Sumber : J.W Creswell (2005))

5.3 KAJIAN RINTIS

Kajian rintis bertujuan menguji item-item soal selidik dari segi tatabahasa, kejelasan
dan kebolehpercayaan. Selain itu juga, kajian ini bertujuan untuk mengesahkan item
soal selidik supaya responden dapat menjawab item soalan yang digunapakai dalam
kajian. Dengan itu, pengkaji telah memutuskan untuk mengadakan satu kajian rintis
sebelum kajian sebenar diadakan. Kajian ini dijalankan ke atas sepuluh orang pelajar
Kolej Komuniti Rompin yang dipilih secara rawak. Nilai Alpha Cronbach untuk kajian
rintis ini adalah 0.90. Menurut Mohd Najib (1999) sekiranya nilai Alpha Cronbach
melebihi 0.8, ini bermakna tahap kebolehpercayaan item adalah tinggi dan seragam,
semakin tinggi nilai alpha menghampiri 1.0, makin tinggi keboleh percayaannya.

324

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

6.0 DAPATAN KAJIAN
Dalam set soal selidik bahagia A, terdapat tiga item yang menerangkan data demografi
responden. Seramai 33 orang (30.3%) responden terdiri daripada Sijil Kulinari, 30 orang
(27.5%) responden terdiri daripada pelajar Sijil Operasi Perhotelan, 25 orang (22.9%)
daripada Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, 13 orang (11.9%) daripada
Sijil Pemasangan Elektrik dan 8 orang (7.3%) daripada Sijil Servis Kenderaan Ringan.
Daripada data tersebut juga seramai 77 orang (70.6%) responden adalah lelaki dan
32 orang (29.4%) adalah perempuan. Seramai 105 orang (96.3%) responden berumur
18 hingga 20 tahun, 3 orang (2.8%) berumur 21 hingga 23 tahun dan seorang (0.9%)
responder berumur 27 hingga 29 tahun.
Soalan kajian 1:
Apakah tahap pengetahuan pelajar terhadap sistem peperiksaan yang dijalankan di
Kolej Komuniti?
Jadual 3 menunjukkan keputusan kajian mengenai tahap pengetahuan pelajar terhadap
sistem peperiksaan yang dijalankan di Kolej Komuniti. Item B5 dan B8 masing-masing
iaitu “saya tahu sistem peperiksaan terbahagi kepada 2, iaitu Pentaksiran Berterusan
(PB) dan Penilaian Akhir (PA)” dan “saya tahu Pentaksiran Berterusan (PB) terdiri
daripada tugasan, pembentangan, kuiz dan amali” memperoleh nilai min tertinggi iaitu
4.35, pada tahap sangat memuaskan. Manakala min terendah adalah item B1 iaitu “saya
tahu mengenai sistem peperiksaan di Kolej Komuniti Rompin” dengan nilai 3.85 iaitu
pada tahap memuaskan. Justeru, berdasarkan keseluruhan item bagi soalan kajian ini
jumlah keseluruhan min adalah 4.12 iaitu pada tahap memuaskan.

325

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Jadual 3: Tahap pengetahuan pelajar terhadap sistem peperiksaan Kolej Komuniti

NO. ITEM SOALAN Min SP Tahap

B1 Saya tahu mengenai sistem peperiksaan di Kolej 3.85 0.84 Memuaskan
Komuniti Rompin

B2 Saya tahu tentang sistem peperiksaan di Kolej Ko- 4.02 0.83 Memuaskan
muniti melalui pensyarah saya

B3 Saya tahu mengenai sistem peperiksaan di Kolej 3.89 0.92 Memuaskan
Komuniti melalui penerangan dari Pegawai
Peperiksaan.

B4 Saya tahu sistem peperiksaan ini meliputi semua 3.92 0.80 Memuaskan
subjek di Kolej Komuniti Rompin.

B5 Saya tahu sistem peperiksaan terbahagi kepada 2, 4.35 0.79 Sangat
iaitu Pentaksiran Berterusan (PB) dan Penilaian memuaskan
Akhir (PA).

B6 Saya tahu Pentaksiran Berterusan (PB) mewakili 4.28 0.81 Sangat
70% dari markah keputusan peperiksaan akhir. memuaskan

B7 Saya tahu Pentaksiran Berterusan (PB) dinilai dari 4.17 0.72 Memuaskan
awal semester.

B8 Saya tahu Pentaksiran Berterusan (PB) terdiri dari- 4.35 0.72 Sangat
pada tugasan, pembentangan, kuiz dan amali. memuaskan

B9 Saya tahu bahawa Penilaian Akhir (PA) mewakili 4.28 0.76 Sangat
30% daripada keputusan peperiksaan akhir. memuaskan

Purata Skor Min 4.12 Memuaskan

Soalan kajian 2:
Apakah tahap kefahaman pelajar terhadap sistem peperiksaan yang dijalankan di Kolej
Komuniti?

Jadual 4 di bawah menunjukkan dapatan hasil kajian bagi menilai tahap kefahaman
pelajar terhadap sistem peperiksaan yang dijalankan di Kolej Komuniti. Min tertinggi
adalah pada item C9 iaitu “saya memahami Penilaian Akhir (PA) dijalankan dalam dua
bentuk, iaitu ujian bertulis atau amali” dengan memperoleh 4.27 iaitu pada tahap sangat
memuaskan. Manakala item C6 “saya memahami markah Pentaksiran Berterusan (PB)
memberi kesan kepada Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM)” dan C7 “saya memahami
Penilaian Akhir (PA) dijalankan selepas berakhirnya satu Learning Area (LA) atau pada
minggu peperiksaan akhir” didapati mempunyai nilai min terendah iaitu 3.96 iaitu pada
tahap memuaskan. Purata nilai min keseluruhan adalah 4.11, memuaskan.

326

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Jadual 4: Tahap kefahaman pelajar terhadap sistem peperiksaan Kolej Komuniti

NO. ITEM SOALAN Min SP Tahap

C1 Saya memahami tujuan sistem peperiksaan diada- 4.06 0.90 Memuaskan
kan di Kolej Komuniti Rompin.

C2 Saya memahami tujuan Pentaksiran Berterusan 4.13 0.79 Memuaskan
(PB) dinilai dari awal semester.

C3 Saya memahami item Pentaksiran Berterusan (PB) 4.17 0.80 Memuaskan
terdiri daripada tugasan, pembentangan, kuiz dan
amali.

C4 Saya memahami setiap pentaksiran berterusan (PB) 4.17 0.79 Memuaskan
perlu disiapkan dengan bersungguh-sungguh.

C5 Saya memahami 70% proses pengiraan markah 4.03 0.87 Memuaskan
adalah daripada Pentaksiran Berterusan (PB) me-
wakili keseluruhan markah peperiksaan akhir.

C6 Saya memahami markah Pentaksiran Berterusan 3.96 0.81 Memuaskan
(PB) memberi kesan kepada Himpunan Purata
Nilai Mata (HPNM).

C7 Saya memahami Penilaian Akhir (PA) dijalankan 3.96 0.86 Memuaskan
selepas berakhirnya satu Learning Area (LA) atau
pada minggu peperiksaan akhir.

C8 Saya memahami setiap Penilaian akhir (PA) perlu 4.23 0.74 Sangat
dijawab dengan bersungguh-sungguh. memuaskan

C9 Saya memahami Penilaian Akhir (PA) dijalankan 4.27 0.81 Sangat
dalam dua bentuk, iaitu ujian bertulis atau amali. memuaskan

C10 Saya memahami 30% proses pengiraan markah 4.12 0.96 Memuaskan
adalah daripada Penilaian Akhir (PA) mewakili
keseluruhan markah peperiksaan akhir.

Purata skor min 4.11 Memuaskan

7.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Hasil kajian mendapati responden mempunyai pengetahuan dan kefahaman pada tahap
yang memuaskan terhadap sistem peperiksaan yang dijalankan ke atas mereka.
Pengkaji melihat walaupun sistem peperiksaan terdiri dari dua komponen iaitu
pentaksiran berterusan dan penilaian akhir, ia tidak memberi kesan terhadap
pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap sistem peperiksaan.
Dapatan kajian berkaitan pengetahuan responden, 81% daripada responden menjawab
setuju dan sangat setuju. Hal ini menunjukkan pelajar mempunyai tahap pengetahuan
yang memuaskan terhadap sistem peperiksaan. Manakala dari segi tahap kefahaman
pula, 83% daripada responden bersetuju dan sangat bersetuju bahawa responden
memahami sistem peperiksaan di Kolej Komuniti.

327

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

8. 0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan, hasil dapatan kajian yang diperoleh memaparkan tahap pengetahuan
dan kefahaman pelajar terhadap sistem peperiksaan Kolej Komuniti adalah memuaskan.
Walaupun keputusan kajian telah menunjukkan pada tahap yang baik, namun pelbagai
langkah perlu dilakukan seperti penerangan secara berkala dan hebahan melalui
program serta aktiviti pelajar masih wajar dilaksanakan oleh semua pihak. Perkara ini
sangat perlu sebagai mekanisma peringatan kepada pelajar agar tidak leka serta sentiasa
mengambil perhatian terhadap keputusan peperiksaan masing-masing.

RUJUKAN

Arbain Abdullah (2006). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan di
Sekolah Menengah Teknik dalam Daerah Kerian, Perak. Universiti Teknologi
Malaysia: Laporan Projek.

Farhana Sabidin. (2002). Perlaksanaan Penilaian Berterusan Meningkatkan Pencapaian
Akademik Pelajar: Satu Kajian di Politeknik Johor Bahru. Fakulti Teknologi
Kejuruteraan, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn: Tesis.

Jailani Md. Yunos, Wan Mohd Rashid Wan Ahmad, Noraini Kaprawi & Wahid Razally
(n.d). System of Technical & Vocational Education & Training in Malaysia. 2nd
International TT-TVET EU-Asia-Link project Meeting, VEDC Malang, 1-13.

Kamarul Azmi Jasmi, Siti Hanim Naim & Hilman Muhamad. (2012). Kaedah Penilaian
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Prosiding Seminar Antarabangsa
Perguruan dan Pendidikan Islam 2012 (SEAPPI2012, 78 89.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Koh B. H. (1999). A study Of Realtionship between Emotional Intelligence, Academic

Achievement and Vocational Choice. Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah:
Kertas Projek.
Meor Ibrahim Kamarudin & Hatimah Naim Haji Isa. (n.d). Tahap Kefahaman dan
Pengaplikasian Konsep Daya dan Tekanan dalam Kehidupan Seharian dalam
Kalangan Pelajar Tahun Akhir Program Pendidikan Fizik. Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia: Laporan Projek.
Mohamad Abdillah Royo & Zul Azli Zainun (n.d). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Kualiti Keputusan Peperiksaan Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan di
Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru. Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd Fadhli Ahmad. (2008). Amalan Pentaksiran Pengajaran dan Pembelajaran di
Kolej Komuniti di Negeri Johor. Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia: Laporan Projek.

328

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Mohd Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Najib Ghafar (1999). Asas Penyelidikan Sains Sosial. Skudai: Penerbitan Universiti
Teknologi Malaysia.

Noor Afzan Ahmad, Noorhayani Yahya & Tan May Ling. (2001). Pengunaan Jenis-Jenis
Penilaian Oleh Pensyarah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Jabatan Kejuruteraan
Awam, Politeknik Ungku Omar. Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan, Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn: Laporan Projek.

Noraini Bidin & Zamri Mahamod. (2015). Kesediaan Murid Sekolah Menengah
Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam Mata Pelajaran Bahasa
Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – (JPBM) ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1
Mei 2016): 64 – 76.

Ravikumar K. Varatharaj. (2015). Amalan Pentaksiran Dalam PdP Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) Di Sekolah Kluster. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, jilid 9,
2015 : 1 – 17.

Rosni Zamudin Shah Sidek & Ahmad Saiful Redza Ahmad Azman. (n.d). Persepsi
Pelajar Tahun Akhir Aliran Teknikal Terhadap Penilaian Berterusan untuk
Matapelajaran Asas Pneumatik dan Hidraulik Di Fakulti Pendidikan Di Universiti
Teknologi Malaysia Skudai. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Syed Arabi Idid. (1992). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zalizan Mohd Jelas, Saemah Rahman, Roselan Baki & Jamil Ahmad. (2005). Prestasi
Akademik Mengikut Gender. Jurnal Pendidikan 30 (2005), 93-111.

Zamiyah Ali. (2008). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup
Bersepadu di Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah Kuantan, Pahang. Universiti
Teknologi Malaysia: Tesis.

329

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

KAJIAN PELAKSANAAN PENGAMBILAN PELAJAR TIGA KALI SETAHUN DI KOLEJ
KOMUNITI JERANTUT, PAHANG
Nurrul Hasanah Binti Md Teni
Kolej Komuniti Jerantut
[email protected]
Norsaritanaini Binti Mahasan,
Kolej Komuniti Jerantut
Siti Masliza Binti Mohd Nawi
Kolej Komuniti Jerantut
Nor Amalina Binti Abdullah
Kolej Komuniti Jerantut
[email protected]
ABSTRAK

Dalam mengejar era globalisasi, transformasi negara ke arah mencapai ekonomi berasaskan
kepada pengetahuan (k-economy) memerlukan perancangan pembangunan yang komprehensif
terutamanya dalam konteks pembangunan institusi pendidikan tinggi bagi memenuhi
aspirasi pembangunan negara dan pasaran antarabangsa. Sebagai salah satu institusi penyedia
Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Latihan (TVET, Kolej Komuniti juga turut terlibat
dalam mencapai keperluan tersebut. Sehingga akhir tahun 2016, sebanyak 94 Kolej Komuniti
telah ditubuhkan di seluruh negara bagi memperluaskan ruang dan peluang kepada masyarakat
untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengikut bidang yang diminati. Kolej
Komuniti telah melaksanakan pengambilan tiga (3) kali setahun iaitu Mac, Julai dan November
dan di Kolej Komuniti Jerantut sendiri bermula pada Julai 2013. Pengambilan 3 kali setahun ini
bertujuan untuk meningkatkan enrolmen pelajar. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat
pola pengambilan pelajar mengikut sesi pengambilan, melihat kesesuaian pengambilan pelajar
dan meneroka cadangan penambahbaikan bagi sesi pengambilan di Kolej Komuniti Jerantut.
Kajian ini adalah kajian berbentuk tinjauan deskriptif dan analisis SWOT. Data dianalisis
mengikut keperluan penyelidik dan dipersembahkan dalam bentuk graf dan jadual. Data
kemasukan pengambilan pelajar yang diperoleh dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah
systematic review iaitu data primer yang diperolehi daripada HEP, pensyarah dari akademik,
data populasi dari Jabatan perangkaan, data sekolah menengah dari PPD dan jurnal-jurnal
berkaitan kolej komuniti. Hasil analisis mendapati pola pengambilan pelajar bagi SKKT(T)
Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan dan Sijil Akuakultur mempunyai pengambilan
paling tinggi bagi sesi Julai dan November dari tahun 2013 hingga 2016. Kesesuaian pengambilan
pelajar sebanyak dua kali berbanding 3 kali pengambilan membolehkan pensyarah fokus dalam
pembelajaran dan pengajaran sekaligus memberi impak dalam promosi bagi mengenalpasti
sasaran pelajar lepasan SPM. Selain itu, cadangan penambahbaikan pelaksanaan pengambilan
dua kali setahun telah dikenalpasti iaitu sesi Julai dan sesi November bagi dua kursus di Kolej
Komuniti Jerantut. Ini kerana sesi Julai dan November menunjukkan enrolmen pengambilan
pelajar yang positif berbanding sesi Mac. Enrolmen pengambilan dua kali setahun memberi
impak yang besar kepada kolej antaranya ialah penjimatan kos yang ditanggung oleh pihak
kolej dan mengurangkan beban pengurusan pelajar yang beroperasi sepanjang tahun.
Kata Kunci: pola enrolmen pengambilan 3 kali setahun, Kolej Komuniti Jerantut

330

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

1.0 PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi merupakan satu akses kepada pelajar
lepasan sekolah menengah untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran dengan
menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat sebelum menceburi
bidang pasaran kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.
Bersandarkan misi, Kolej Komuniti berhasrat membangun komuniti setempat sebagai
tenaga kerja berpengetahuan dan terlatih untuk memenuhi tuntutan dunia pekerjaan
melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional dan Pembelajaran Sepanjang
Hayat selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara (Abdul Rahim et al., 2015).
Pelaburan dalam pendidikan dan perluasan peluang mendapatkan pendidikan tinggi
telah menjadi antara polisi utama dalam pembangunan ekonomi di kebanyakan
negara termasuk Malaysia. Institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam
menghasilkan komuniti berpendidikan tinggi yang sangat diperlukan dalam ekonomi
global pada hari ini (Siti Norihan & Hasnah, 2013). Secara umumnya Kerajaan Malaysia
sangat memberi fokus kepada sektor pendidikan yang merupakan salah satu sektor
terpenting dalam pembangunan Negara. Oleh itu, kerajaan memperuntukkan bajet
yang amat signifikan setiap tahun kepada sektor pendidikan.
Konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti adalah di setiap kawasan parlimen
yang bertujuan untuk memastikan semua rakyat Malaysia terutama komuniti setempat
mendapat akses kepada pendidikan tidak kira di mana mereka berada. Penubuhan
Kolej Komuniti mencatatkan satu perkembangan baru dalam sejarah pengajian tinggi
sejak tahun 2001. Pada awal penubuhannya, sebanyak sepuluh buah kolej komuniti
rintis diwujudkan dan kini jumlahnya menjadi 94 buah. Dalam bidang pendidikan,
komitmen kerajaan adalah untuk memastikan setiap warga Malaysia tanpa mengira
kaum, agama dan juga latar belakang dapat menikmati pendidikan yang berkualiti dan
berkemampuan. Bagi mencapai hasrat ini, kerajaan telah menyusun pelan transformasi
menyeluruh dalam sistem pendidikan negara (Ahmad et. al., 2013).
Secara amnya kolej komuniti menawarkan dua jenis kursus iaitu kursus sepenuh masa
untuk lepasan SPM dan juga kursus pendek untuk masyarakat umum. Bagi kursus
sepenuh masa, program-program yang ditawarkan adalah sebanyak 16 Diploma dan
48 Sijil di tawarkan oleh 94 Kolej Komuniti seluruh Malaysia.. Kursus di peringkat
sijil ini ditawarkan selama 16 sehingga 20 bulan manakala diploma selama 24 bulan
dijangka mampu untuk memberi peluang kepada lepasan SPM untuk meneruskan
pengajian dalam bidang-bidang kemahiran. Bagi kursus pendek pula, kursus masakan,
fotografi, komputer, biskut, menjahit baju, roti, urutan refleksiologi dan sebagainya
ditawarkan kepada semua golongan masyarakat bagi memberi peluang kepada mereka
untuk meningkatkan kemahiran ataupun bagi membina peluang-peluang perniagaan
di masa depan. Enrolmen pelajar untuk mengikuti pendidikan teknik dan vokasional
amat penting dalam membuat persediaan ke arah Malaysia mencapai status negara
maju yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dari segi penyediaan tenaga
kerja mahir dan separa mahir (Effendi, 2012).

331

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Kolej Komuniti telah memulakan pengambilan 3 kali setahun bermula Mac 2013 dengan
pelaksanaan di beberapa buah kolej. Pengambilan pelajar dilakukan pada bulan Mac,
Julai dan November setiap tahun. Manakala di Kolej Komuniti Jerantut pengambilan
pelajar dibuat sebanyak 3 kali setahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan November
bermula pada tahun Julai 2013. Berdasarkan kepada data kajian, kemasukan pelajar ke
Kolej Komuniti menunjukkan satu corak yang hampir sama di kebanyakan di seluruh
Malaysia. Hampir semua kolej dilihat mempunyai enrolmen yang rendah bagi sesi Mac
dan November berbanding sesi Julai (Mohamad et.al, 2015). Sementara itu, terdapat
juga kolej yang mempunyai enrolmen yang konsisten sepanjang tahun. Oleh itu kajian
perlu dijalankan untuk melihat sejauhmana pola enrolmen pengambilan pelajar dan
kesesuaian pengambilan pelajar Kolej Komuniti Jerantut dari segi bilangan dan sesi.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Sehingga Disember 2016 sebanyak 94 Kolej Komuniti telah ditubuhkan diseluruh
negara bagi membuka akses yang lebih luas kepada masyarakat untuk mendapatkan
ilmu pengetahuan dan kemahiran mengikut bidang yang diminati. Kolej Komuniti
telah memulakan pengambilan 3 kali setahun bermula Mac 2013 dengan pelaksanaan
di beberapa buah kolej. Pengambilan pelajar dilakukan pada bulan Mac, Julai dan
November setiap tahun. Manakala di Kolej Komuniti Jerantut pengambilan pelajar
dibuat sebanyak 3 kali setahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan November bermula
pada tahun Julai 2013. Pengambilan 3 kali setahun bertujuan untuk meningkatkan
enrolmen pelajar. Namun demikian, ia telah menimbulkan banyak masalah sampingan
dimana tidak semua kolej mampu melaksanakan pengambilan 3 kali enrolmen setahun.
Enrolmen 3 kali setahun memerlukan bajet yang lebih besar dari pengambilan 2 kali
setahun. Menjadi satu kerugian jika bajet tambahan yang dikeluarkan untuk membuat
3 kali enrolmen tetapi tidak berlaku pertambahan pelajar.
Berdasarkan kepada data kajian, kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti Jerantut
menunjukkan satu corak yang hampir sama di kebanyakan di seluruh Malaysia. Hampir
semua kolej dilihat mempunyai enrolmen yang rendah bagi sesi Mac dan November
berbanding sesi Julai (Mohamad et.al, 2015). Sementara itu, terdapat juga kolej yang
mempunyai enrolmen yang konsisten sepanjang tahun. Oleh itu kajian perlu dijalankan
untuk melihat sejauhmana pola enrolmen pengambilan pelajar dan kesesuaian terhadap
pengambilan pelajar tiga kali setahun berbanding dua kali setahun di Kolej Komunti
Jerantut.

332

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya kajian ini dilakukan bagi melihat kerelevanan pengambilan tiga kali
setahun Kolej Komuniti Jerantut dari segi jumlah pengambilan pelajar. Secara khususnya
kajian ini bertujuan:
i. Melihat pola pengambilan pelajar mengikut sesi pengambilan di Kolej Komuniti
Jerantut
ii. Melihat kesesuaian pengambilan pelajar Kolej Komuniti Jerantut dari segi bilangan
dan sesi
iii. Meneroka cadangan penambahbaikan bagi sesi pengambilan pelajar Kolej Komuniti
Jerantut

4.0 PERSOALAN KAJIAN
Persoalan yang perlu dijawab bagi kajian ini adalah
i. Apakah pola pengambilan pelajar mengikut sesi pengambilan di Kolej Komuniti
Jerantut?
ii. Apakah kesesuaian pengambilan pelajar Kolej Komuniti Jerantut dari segi bilangan
dan sesi?
iii. Apakah cadangan penambahbaikan bagi sesi pengambilan pelajar Kolej Komuniti
Jerantut?

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada Kolej Komuniti Jerantut
khususnya dan Kementerian Pendidikan Tinggi umumnya supaya dapat mengurangkan
sesi pengambilan pelajar iaitu kepada 2 enrolmen sahaja setahun agar pensyarah dapat
merencana aktiviti atau program yang bersesuaian bagi meningkatkan sahsiah pelajar
sekaligus memberi ruang untuk pihak kolej membuat persediaan hebahan dan promosi
serta menguruskan kewangan secara berkesan.

6.0 SKOP DAN BATASAN KAJIAN
Kajian yang dijalankan hanya tertumpu kepada data kemasukan pelajar Kolej Komuniti
Jerantut sahaja dari tahun 2013 hingga 2016 bagi pengambilan 3 kali setahun dan
ia mengambil kira untuk dua program yang ditawarkan disini iaitu Program Sijil
Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan dan Sijil Akuakultur.

333

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

7.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini hanya melibatkan data kemasukan pelajar bermula 2013 hingga 2016 dan
meliputi semua program yang berada di Kolej Komuniti Jerantut. Pengiraan enrolmen
adalah secara berasingan mengikut pelajar yang telah mendaftar di Kolej Komuniti
Jerantut bagi satu-satu semester dengan mengira jumlah program yang ditawarkan di
kolej pada semester tersebut. Rekabentuk kajian adalah melalui pendekatan kualitatif
secara analisis dokumen dan temubual menggunakan S.W.O.T. Data kemasukan
pengambilan pelajar yang diperoleh dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah
systematic review iaitu data primer yang diperolehi daripada HEP, pensyarah dari
akademik, data populasi dari Jabatan perangkaan, data sekolah menengah dari PPD dan
jurnal-jurnal berkaitan kolej komuniti. Analisis data yang diperolehi telah dikemaskini
dan dianalisis secara deskriptif dan analisis S.W.O.T dilakukan mengikut keperluan
penyelidik.

8. 0 DAPATAN KAJIAN

Kolej Komuniti Jerantut menawarkan 2 kursus iaitu Sijil Pemprosesan dan Kawalan
Mutu Makanan dan Sijil Akuakultur. Berikut adalah senarai sampel pengambilan
pelajar Kolej Komuniti Jerantut sesi Mac 2013 sehingga sesi November 2016.

Jadual 1: Senarai sampel pengambilan pelajar Kolej Komuniti Jerantut

BULAN PEMPROSESAN AKUAKULTUR JUMLAH
MAKANAN

MAC 25 0 25

JULAI 183 68 251

NOV 54 29 83

262 97 359

Rajah 1: Laporan Enrolmen Pengambilan Pelajar Tahun 2013 sehingga 2016 Kolej
Komuniti Jerantut
334

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Berdasarkan Jadual 1, jumlah pelajar Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan
adalah seramai 262 orang manakala Sijil Akuakultur seramai 97 orang pelajar bagi
sesi Mac 2013 sehingga November 2016. Jumlah keseluruhan pelajar bagi sesi Mac
2013 sehingga November 2016 adalah 359 orang. Merujuk kepada Rajah 1, didapati
pola pengambilan pelajar pada sesi Mac 2013 – 2016 bagi Sijil Pemprosesan Dan
Kawalan Mutu Makanan adalah seramai 25 orang manakala bagi Sijil Akuakultur tiada
pengambilan pelajar mendaftar pada sesi tersebut. Kajian yang lepas menunjukkan
permasalahan pengambilan pelajar ini disokong oleh dapatan statistik pengambilan
pelajar 2003-2012 yang tidak memberangsangkan dan kemasukan pelajar tidak
mencapai tahap yang dikehendaki oleh pihak JPKK (Ahmad et. al, 2013). Bagi sesi
Julai 2013 – 2016 pola pengambilan pelajar adalah tinggi untuk Sijil Pemprosesan Dan
Kawalan Mutu Makanan iaitu seramai 183 orang pelajar yang mendaftar. Manakala,
pengambilan pelajar untuk Sijil Akuakultur bagi sesi Julai 2013 – 2016 adalah seramai
68 orang. Bagi sesi November 2013 – 2016 pola menunjukkan pengambilan pelajar
berkurangan dari sesi Julai 2013 – 2016 iaitu Sijil Pemprosesan Makanan Dan Kawalan
Mutu Makanan adalah seramai 54 orang dan Sijil Akuakultur seramai 29 orang pelajar.
Pola pengambilan pelajar bagi Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan di Kolej
Komuniti Jerantut adalah paling tinggi pada sesi Julai diikuti oleh sesi November dan
Mac 2013 sehingga 2016. Manakala pola pengambilan pelajar bagi Sijil Akuakultur di
Kolej Komuniti Jerantut menunjukkan sesi Julai adalah yang paling ramai iaitu seramai
68 orang pelajar mendaftar diikuti oleh sesi November iaitu seramai 29 orang dan sesi
Mac 2013 – 2016.

Rajah 2: Laporan Enrolmen Pengambilan Pelajar Tahun 2013 sehingga 2016 Kolej
Komuniti Jerantut

Didapati Rajah 2 menunjukkan enrolmen pengambilan pelajar Sijil Pemprosesan
Dan Kawalan Mutu Makanan adalah lebih ramai berbanding enrolmen pengambilan
pelajar Sijil Akuakultur bagi tahun 2013 sehingga 2016 di Kolej Komuniti Jerantut. Ini
adalah kerana norma pengambilan pelajar bagi Sijil Pemprosesan Dan Kawalam Mutu
Makanan adalah seramai 30 orang bagi satu kelas manakala norma pengambilan pelajar
bagi Sijil Akuakultur hanya seramai 15 orang pelajar. Berdasarkan Rajah 2, enrolmen
pengambilan pelajar bagi sesi Julai 2013 – 2016 adalah yang paling tinggi diikuti sesi
November 2013 – 2016 dan enrolmen pengambilan pelajar paling rendah adalah pada
sesi Mac 2013 – 2016 bagi kedua-dua kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti

335

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Jerantut. Ini menunjukkan hanya dua sesi pengambilan pelajar sahaja yang boleh
memberi impak yang tinggi bagi pengambilan pelajar berbanding tiga sesi pengambilan
yang dijalankan di Kolej Komuniti Jerantut pada masa kini bagi kedua-dua kursus.
Berdasarkan kepada data kajian, kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti menunjukkan
satu corak yang hampir sama di kebanyakan di seluruh Malaysia. Hampir semua kolej
dilihat mempunyai enrolmen yang rendah bagi sesi Mac dan November berbanding sesi
Julai (Mohamad et.al, 2015). Tempoh pengajian bagi SKK(T) iaitu Sijil Pemprosesan
Dan Kawalan Mutu Makanan memperuntukkan tempoh pengajian selama 4 semester
atau 5 semester bergantung kepada program yang ditawarkan dengan 13 minggu per
semester. Setelah hampir 3 tahun pelaksanaan, SKK(T) ini dilihat bukan sahaja memberi
impak terhadap Pembelajaran dan Pengajaran (PdP), tetapi juga turut memberi
impak kepada pengurusan PdP itu sendiri. Jika dibandingkan dengan mod pengajian
terdahulu iaitu 2 kali pengambilan setahun, pensyarah mempunyai banyak ruang dan
masa untuk merancang, melaksana dan memantau perjalanan PdP. Namun kini dengan
sistem pengajian 13 minggu per semester dan pengambilan tiga kali setahun ini dilihat
semakin mengurangkan ruang dan masa pensyarah untuk mengimbangi tumpuan
terhadap pelajar, pengurusan PdP serta tugas-tugas lain yang berkaitan. Pelaksanaan
sistem ini juga akan memberi kesan negatif kepada pembelajaran akademik pelajar di
mana pelajar tidak akan mendapat masa yang cukup untuk membaca, mengulangkaji,
membuat tugasan dan sebagainya kerana tiada minggu persediaan sebelum peperiksaan
akhir.

Jadual 2: Laporan pengambilan pelajar Kolej Komuniti Jerantut bagi tahun 2013

LAPORAN TAHUN 2013

BULAN PEMPROSESAN AKUAKULTUR
MAKANAN

MAC 00

JULAI 24 13

NOV 13 2

JUMLAH 37 15

JUMLAH KESELURUHAN 52
PELAJAR

336

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Rajah 3: Laporan Enrolmen Pengambilan Pelajar Tahun 2013 Kolej Komuniti Jerantut

Daripada Jadual 2 dan Rajah 3 di atas menunjukkan enrolmen pengambilan pelajar
Kolej Komuniti Jerantut bagi dua kursus iaitu Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu
Makanan dan Sijil Akuakultur pada tahun 2013. Jumlah pelajar bagi Sijil Pemprosesan
Dan Kawalan Mutu Makanan bagi sesi Mac sehingga November 2013 adalah seramai 37
orang manakala Sijil Akuakultur adalah seramai 15 orang. Pola enrolmen pengambilan
pelajar menunjukkan bilangan pelajar yang mendaftar bagi Sijil Pemprosesan Dan
Kawalan Mutu Makanan adalah lebih tinggi berbanding pelajar yang mendaftar bagi
Sijil Akuakultur. Rajah 3 menunjukkan pola enrolmen pengambilan bagi sesi Julai 2013
adalah paling tinggi berbanding sesi November manakala sesi Mac menunjukkan tiada
pendaftaran pelajar bagi kedua-dua kursus bagi tahun 2013. Peningkatan pelajar pada
setiap ambilan bergantung kepada kekerapan melaksanakan promosi atau hebahan
dengan berkesan (Mohamad et.al, 2015).

Jadual 3: Laporan pengambilan pelajar Kolej Komuniti Jerantut bagi tahun 2014

LAPORAN TAHUN 2014

BULAN PEMPROSESAN AKUAKULTUR
MAKANAN

MAC 00

JULAI 52 25

NOV 16 9

JUMLAH 68 34

JUMLAH KESELURUHAN 102
PELAJAR

337

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Rajah 4: Laporan Enrolmen Pengambilan Pelajar Tahun 2014 Kolej Komuniti Jerantut

Berdasarkan Jadual 3 dan Rajah 4 di atas menunjukkan enrolmen pengambilan pelajar
Kolej Komuniti Jerantut bagi dua kursus iaitu Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu
Makanan dan Sijil Akuakultur pada tahun 2014. Jumlah pelajar bagi Sijil Pemprosesan
Dan Kawalan Mutu Makanan bagi sesi Mac sehingga November 2014 adalah seramai 68
orang manakala Sijil Akuakultur adalah seramai 34 orang. Pola enrolmen pengambilan
pelajar menunjukkan bilangan pelajar yang mendaftar bagi Sijil Pemprosesan Dan
Kawalan Mutu Makanan adalah lebih tinggi berbanding pelajar yang mendaftar bagi
Sijil Akuakultur. Rajah 4 menunjukkan pola enrolmen pengambilan bagi sesi Julai
2013 adalah paling tinggi berbanding sesi November manakala sesi Mac menunjukkan
kedua-dua kursus tiada pengambilan pelajar bagi tahun 2014.

Jadual 4: Laporan pengambilan pelajar Kolej Komuniti Jerantut bagi tahun 2015

LAPORAN TAHUN 2015

BULAN PEMPROSESAN AKUAKULTUR
MAKANAN

MAC 00

JULAI 51 10

NOV 25 10

JUMLAH 76 20

JUMLAH KESELURUHAN 96
PELAJAR

338

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Rajah 5: Laporan Enrolmen Pengambilan Pelajar Tahun 2015 Kolej Komuniti Jerantut

Jadual 4 dan Rajah 5 menunjukkan enrolmen pengambilan pelajar bagi tahun 2015
bagi Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan dan Sijil Akuakultur adalah paling
tinggi pada sesi Julai 2015 diikuti oleh sesi November 2015 dan Mac 2015. Bagi sesi Mac
2015 tiada pengambilan pelajar bagi kedua-dua kursus manakala sesi Julai menunjukkan
pengambilan pelajar paling ramai iaitu 51 orang pelajar Sijil Pemprosesan Dan Kawalan
Mutu Makanan dan 10 orang pelajar Sijil Akuakultur. Enrolmen pengambilan pelajar
pada sesi November 2015 adalah seramai 25 orang pelajar Sijil Pemprosesan Dan
Kawalan Mutu Makanan dan 10 orang pelajar Sijil Akuakultur. Jurang perbezaan yang
besar pengambilan pelajar diantara Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan
berbanding Sijil Akuakultur adalah disebabkan norma ambilan Sijil Pemprosesan Dan
Kawalan Mutu Makanan adalah lebih tinggi daripada norma ambilan Sijil Akuakultur.
Kecenderungan dan minat pelajar terhadap pemprosesan makanan juga merupakan satu
aspek penambahan kepada enrolmen pengambilan pelajar di Kolej Komuniti Jerantut.

Jadual 5: Laporan pengambilan pelajar Kolej Komuniti Jerantut bagi tahun 2016

LAPORAN TAHUN 2016

BULAN PEMPROSESAN AKUAKULTUR
MAKANAN

MAC 25 0

JULAI 56 20

NOV 08

JUMLAH 81 28

JUMLAH KESELURUHAN 109
PELAJAR

339

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Rajah 6: Laporan Enrolmen Pengambilan Pelajar Tahun 2016 Kolej Komuniti Jerantut
Berdasarkan Jadual 5 dan Rajah 6, menunjukkan enrolmen pengambilan pelajar Kolej
Komuniti Jerantut bagi tahun 2016 adalah tinggi bagi sesi Mac dan Julai 2016 bagi
Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan iaitu seramai 25 orang pelajar dan 56
orang pelajar. Ini disebabkan oleh pelajar lepasan SPM yang baru mendapat keputusan
SPM pada bulan Mac berminat dan mendaftar sebagai pelajar Sijil Pemprosesan Dan
Kawalan Mutu Makanan. Walaubagaimanapun enrolmen bagi pelajar Sijil Akuakultur
menunjukkan pola paling tinggi pada sesi Julai 2016 dan diikuti oleh sesi November
2016 iaitu seramai 20 orang dan 8 orang pelajar. Ini menunjukkan pola enrolmen
pengambilan bagi kursus Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan adalah pada
sesi Mac dan Julai bagi tahun 2016. Manakala pola enrolmen pengambilan pelajar bagi
Sijil Akuakultur menunjukkan sesi Julai dan November bagi tahun 2016 adalah yang
paling sesuai. Kesesuaian pengambilan pelajar adalah berdasarkan pelajar kolej komuniti
adalah pelajar daripada lepasan SPM dan hebahan serta promosi yang dijalankan oleh
pihak kolej kepada komuniti.
9.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
Kajian ini adalah untuk melihat pola pengambilan pelajar mengikut sesi pengambilan di
Kolej Komuniti Jerantut sahaja. Ianya dapat disimpulkan bahawa pengambilan tiga kali
setahun memberi kesan kurang baik kepada pola pengambilan pelajar bagi kedua-dua
kursus di Kolej Komuniti Jerantut ini dibuktikan melalui hasil kajian yang menunjukkan
tiada pendaftaran pelajar pada sesi Mac dari tahun 2013 sehingga 2015 bagi kedua-
dua kursus. Ini menunjukkan kolej hanya boleh menerima sistem pengambilan dua
kali setahun dengan baik. Selain daripada itu, dapatan kajian ini juga boleh dijadikan
panduan kepada Kolej Komuniti Jerantut untuk membuat jangkaan terhadap enrolmen
pelajar pada masa akan datang dan merangka pelan-pelan promosi yang berstrategi
dalam meningkatkan lagi kemasukan pelajar pada ambilan yang akan datang. Faktor
sebaran maklumat iaitu strategi pemasaran yang dilakukan oleh IPT terutamanya IPTS
menjadi faktor penarik minat pelajar memilih kursus pengajian yang ditawarkan oleh
institusi tersebut (Davies dan Peter, 2003).

340

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Walaupun begitu, sistem ini turut memberi kesan kepada aktiviti utama institusi
pendidikan sama ada pengajaran, pembelajaran mahupun penyelidikan. Oleh yang
demikian, setiap institusi perlu memastikan pelaksanaan pengambilan ini tidak
memberi impak yang negatif terhadap pelaksanaan aktiviti utama samaada kepada
pelajar dan khususnya kepada pensyarah Kolej Komuniti Jerantut.

RUJUKAN

Abdul Hair, 2012, Faktor tarikan pelajar siswazah antarabangsa ke university
penyedilidkan di Malaysia dalam Geografia online Malaysia Journal Of Society and
Space.

Ahmad, Z., Zarulrizam A. J., dan Nor A. C. A. (2013). Trend Kemasukan Pelajar Ke
Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia: Satu Analisa Ke Atas Sebuah
Kolej Komuniti Di Negeri Melaka. Penulisan Ilmiah dan Karya Kreatif. ms 42-53.

Baldwin, G., & McInnis, C. (2002). The Organisation of the Academic Year: Trends,
Implications and Issues. Australia: Commonwealth Department of Education, Science
and Training.

Davies, R dan Peter, E. (2003). Dropping Out: A Study of Early Leaves from
Higher Education. Dicapai di http://webarchive.nationalarchives.
gov.uk/20130401151715/ http://www.education.gov.uk/publications/
eOrderingDownload/RR386.pdf.

Haji Abdul Rahim Othman, 2Mejar (K) Zulkifli Ariffin and 3Prof. Madya. DR Yahya
Don. Penilaian Outcome Dan Impak Program Kemahiran Kolej Komuniti Malaysia.
Advanced Journal of Technical and Vocational Education Research Article 2015
October; 1(2): 57-60 Published Online 18 October 2015

James R, t.t, Perceptions Of New College Students : A Study Of One University.
Mohamad, S.N.M, Intan, S.S. dan Azlan. M (2015). Faktor-faktor yang mempengaruhi
tren kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti, Prosiding Persidangan Pendidikan
(Penyelidikan dan Inovasi) Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknikal Dan
Vokasional 2015 (Cie-Tvet 2015).

Mohd Effendi, J. (2012). Faktor Yang Mempengaruhi Enrolmen Pelajar Aliran Pendidikan
Teknik Dan Vokasional. Tesis Sarjana, Universiti Tun Husein Onn Malaysia.

Mohd Nizam, T. A. (2014). Kesan Perbelanjaan Awam Terhadap Pembangunan
Pendidikan Di Malaysia. PROSIDING PERKEM ke-9. Ms 34-40.

Nurzatil Ismah Azizan, Zanariah Dimon, Nazneen Ismail dan Sahlawati Abu Bakar
(2015). Faktor-faktor Yang Mendorong Pemilihan Institusi Pengajian Tinggi Di
Kalangan Pelajar. Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(KUIS).

341


Click to View FlipBook Version