The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROSIDING SEMPENA SEMINAR PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN DAN PERTANDINGAN INOVASI 2017 (SEPINO '17)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-07-27 03:23:02

PROSIDING SEMPENA SEMINAR PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN DAN PERTANDINGAN INOVASI 2017 (SEPINO '17)

PROSIDING SEMPENA SEMINAR PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN DAN PERTANDINGAN INOVASI 2017 (SEPINO '17)

Keywords: SEPINO,KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Skala Likert 1 hingga 5 yang diadaptasi daripada Mohamad Majid (1994) seperti
Jadual 1 digunakan untuk mengukur maklum balas responden bagi setiap item yang
dikemukakan

Jadual 1: Tafsiran Skala Likert Bahagian B dan C

Skala Skor

Sangat Tidak Setuju (STS) 1

Tidak Setuju (TS) 2

Tidak Pasti (TP) 3

Setuju (S) 4

Sangat Setuju (SS) 5

3.4 Kaedah Analisis

Kajian ini mengaplikasikan analisis data secara kuantitatif. Dapatan data yang diperolehi
dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) Version
16.0 dengan menggunakan teknik seperti analisis kekerapan dan deskriptif. Analisis
kekerapan dilakukan untuk mendapatkan dapatan mengenai latar belakang responden
seperti jantina, umur dan maklumat program. Teknik min pula digunakan dalam analisis
deskriptif. Penentuan interpretasi min adalah berdasarkan julat skor min sebagaimana
diubah suai daripada Creswell (2005) seperti Jadual 2.

Jadual 2: Interpretasi Min

Julat Skor Min Interpretasi Min

1.00 - 1.80 Sangat tidak memuaskan

1.81 - 2.60 Tidak memuaskan

2.61 - 3.40 Sederhana

3.41 - 4.20 Memuaskan

4.21 - 5.00 Sangat memuaskan

3.5 Kajian Rintis

Kajian rintis telah dijalankan oleh pengkaji terhadap 6 orang pelajar Sijil Operasi
Perhotelan yang tidak terlibat sebagai sampel dalam kajian ini. Tujuan kajian rintis
ialah untuk memastikan instrumen kajian yang dibina mempunyai kesahihan dan
kebolehpercayaan. Kajian rintis perlu dilaksanakan bagi memastikan item-item yang
dibina oleh pengkaji adalah bersesuaian dan difahami oleh responden dari aspek bahasa
dan maksud agar memudahkan apabila kajian sebenar dilaksanakan.

Pekali Alpha Cronbach digunakan untuk menguji kebolehpercayaan soal selidik dan
bagi menunjukkan kesesuaian hubungan item-item sebagai satu set soal selidik. Hair
et.al (2003) menyatakan tahap penerimaan kebolehpercayaan sesuatu instrumen kajian
menunjukkan responden telah menjawab soalan atau pernyataan yang dikemukakan
pengkaji dalam keadaan yang konsisten. Garis panduan mengenai nilai Cronbach Alpha
bagi menerangkan kekuatan hubungan telah dijelaskan seperti Jadual 3.

192

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Jadual 3: Pekali Saiz Cronbach Alpha (Peraturan Umum)

Julat Angkali Cronbach Alpha Kekuatan Hubungan

Kurang dari 0.6 Lemah

0.6 < 0.7 Sederhana

0.7 < 0.8 Baik

0.8 < 0.9 Sangat Baik

Melebihi 0.9 Terbaik

Terdapat dua pembolehubah yang dikaji dalam kajian ini. Hasil ujian Cronbach Alpha
ke atas pembolehubah ini ditunjukkan dalam Jadual 4.

Jadual 4: Hasil Ujian Kebolehpercayaan

Pembolehubah Nilai Cronbach Alpha

Pembelajaran amali 0.920

Penggunaan alat bantu mengajar 0.845

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Analisis Kekerapan

Data demografi (latar belakang responden) telah dianalisis menggunakan kaedah
statistik kekerapan. Data demografi merangkumi jantina, umur dan maklumat program.
Hasil analisis mengikut jenis data demografi diperbincang berdasarkan Jadual 5, Jadual
6 dan Jadual 7.

Jadual 5: Profil Responden mengikut jantina

Jantina Frekuensi Peratus (%)

Lelaki 13 32.5

Perempuan 27 67.5

Jumlah 40 100.0

Berdasarkan Jadual 5, dapatan kajian menunjukkan bahawa responden kajian adalah
terdiri daripada 40 orang pelajar. Jumlah pelajar lelaki adalah 13 orang (32.5%) dan bagi
pensyarah perempuan pula adalah seramai 27 orang (67.5%).

Jadual 6: Profil Responden mengikut Semester

Umur Frekuensi Peratus (%)

Semester 1 5 12.5

Semester 3 27 67.5

Semester 4 8 20.0

Jumlah 40 100.0

193

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Analisis data demografi mengikut semester berdasarkan Jadual 6 menunjukkan kategori
responden mengikut semester di mana (12.5%) adalah daripada Semester 1, 27 orang
(67.5%) yang merupakan responden majoriti adalah daripada Semester 3. (20%) adalah
daripada Semester 4 di mana ini adalah baki yang terakhir bagi jumlah responden.
Dalam kajian ini, Semester 2 tiada kerana tiada ambilan pelajar bagi sesi tersebut pada
Sesi November 2016.

4.2 Analisis Deskriptif
Analisis deskriptif dibuat untuk pembolehubah keberhasilan merekod video amali
pelajar sebagai alat bantu mengajar (ABM) bagi pelajar Sijil Operasi Perhotelan di
Kolej Komuniti Rompin terhadap kepuasan pelajar terhadap amali yang dipraktikkan
sekarang pada Bahagian B dan kepuasan pelajar terhadap penggunaan video untuk
merekod pembelajaran amali sebagai alat bantu mengajar (ABM) pada Bahagian C.
Kaedah statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan bacaan nilai min.

Jadual 8: Analisis Kepuasan Pelajar Terhadap Amali Yang Dipraktikkan Sekarang

Bil. Item Skor Min Sisihan Piawai Interpretasi
Min

B1 Pembelajaran bercirikan Amali 4.15 0.533 memuaskan
yang sedang dipelajari sekarang
mudah difahami.

B2 Amali yang dipelajari masa kini 4.23 0.768 sangat
menambah minat untuk dipela- memuaskan
jari.

B3 Tempoh masa untuk mempela- 3.70 0.758 memuaskan
jari amali yang dipelajari adalah
mencukupi.

B4 Pembelajaran Amali kini mem- 4.09 0.641 memuaskan
bantu masalah pemahaman dalam
Arena Pembelajaran yang sedang
dipelajari.

B5 Nota pembelajaran Amali adalah 4.22 0.698 sangat
cukup untuk pengetahuan diri. memuaskan

B6 Pensyarah mengajar pembelajaran 4.32 0.694 sangat
Amali dengan sebaiknya sehingga memuaskan
mudah difahami.

B7 Kemudahan-kemudahan untuk 4.15 0.533 memuaskan
mempelajari pembelajaran Amali
adalah mencukupi.

Skor min keseluruhan 4.12 0.434 memuaskan

Berdasarkan Jadual 8, item B6 mendapat skor min tertinggi (skor min = 4.32, sisihan
piawai = 0.694). Ini diikuti dengan item B2 dan B5. Item B1 dan B7 mendapat skor min
yang sama iaitu 4.15 dan diikuti oleh item B4 (skor min = 4.10). Manakala item B3
mendapat skor min terendah iaitu 3.70. Walaupun mendapat skor min paling rendah
tetapi pernyataan ini masih berada pada tahap interpretasi min yang memuaskan.
Hasil daripada analisis yang dijalankan mendapati skor min keseluruhan bagi item ini
adalah 4.12 dan ini menunjukkan bahawa tahap kepuasan pelajar terhadap amali yang
dipraktikkan sekarang pada tahap yang memuaskan.

194

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Jadual 9: Analisis Kepuasan Pelajar Terhadap Penggunaan Video Untuk Merekod
Pembelajaran Amali Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM)

Bil. Item Skor Min Sisihan Piawai Interpretasi
Min

C1 Penggunaan video dari Internet 4.40 0.632 sangat
sebagai Alat Bantu Mengajar memuaskan
(ABM) membantu dalam mema-
hami pembelajaran yang dipela-
jari.

C2 Pembelajaran dengan menggu- 4.45 0.504 sangat
nakan pemancaran video yang memuaskan
diambil dari Internet adalah
menyeronokkan.

C3 Aktiviti merekod video dalam 4.10 0.778 memuaskan
pembelajaran amali adalah rele-
van bagi proses pembelajaran

C4 Pembelajaran Amali akan menjadi 4.15 0.949 memuaskan
lebih menyeronokkan sekiran-
ya aktiviti merekod video amali
dilakukan.

C5 Video-video pelaksanaan Amali 4.35 0.802 sangat
yang direkod wajar dipertontonk- memuaskan
an kepada pelajar-pelajar sesi lain
sebagai sumber rujukan pembela-
jaran amali.

C6 Merekod video semasa pembela- 4.32 0.764 sangat
jaran Amali membantu dari segi memuaskan
aspek Soft Skill

Skor min keseluruhan 4.30 0.489 sangat
memuaskan

Jadual 9 memaparkan analisis data dan dapatan bagi pembolehubah kepuasan pelajar
terhadap penggunaan video untuk merekod pembelajaran amali sebagai alat bantu
mengajar (ABM). Secara keseluruhannya, min yang dicatatkan bagi item ini adalah
4.30. Ini menunjukkan responden yang terlibat sangar bersetuju dengan item-item yang
dinilai dalam mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap penggunaan video untuk
merekod pembelajaran amali sebagai alat bantu mengajar (ABM). Ini adalah kerana min
yang ditunjukkan berada dalam julat 4.10 hingga 4.45 yang mana adalah memuaskan
seperti yang ditafsirkan dalam jadual interpretasi min pada jadual 2. Item C2 mendapat
skor min tertinggi iaitu 4.45. Manakala skor min yang terendah diperolehi daripada
item C3 iaitu 4.10. Walau bagaimanapun, min bagi pernyataan tersebut masih berada
pada tahap kecenderungan skor min yang memuaskan.

195

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

5.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Perbincangan
Perbincangan dalam bahagian ini adalah mengikut dapatan persoalan kajian yang
dibentangkan dalam bahagian dapatan kajian sebelum ini.
5.1.1 Kepuasan Pelajar Terhadap Amali Yang Dipraktikkan Sekarang
Hasil kajian ini memperlihatkan min keseluruhan berada pada tahap yang memuaskan
iaitu 4.12. Hasil ini menunjukkan bahawa bagi pandangan para pelajar, pembelajaran
amali yang sedang dipraktikkan sekrang adalah pada tahap memuaskan. Namun
demikian terdapat beberapa perkara yang harus diambil kira dalam pelaksanaan amali
di dalam kelas terutama tempoh masa pembelajaran amali dan kemudahan-kemudahan
bagi pembelajaran amali yang disediakan di dalam kelas. Hal ini kerana, di dalam kajian
soal selidik kajian ini, bahagian-bahagian ini mendapat keputusan min yang paling
rendah.
5.1.2 Kepuasan Pelajar Terhadap Penggunaan Video Untuk Merekod Pembelajaran
Amali Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM)
Hasil kajian ini menunjukkan min keseluruhan berada pada tahap yang sangat
memuaskan iaitu 4.30. Daripada dapatan kajian, didapati bahawa kesemua item
soalan yang dikaji menunjukkan interpretasi min yang sangat memuaskan. Hanya
dua item sahaja berada berada dalam interpretasi min memuaskan iaitu item aktiviti
merekod video dalam pembelajaran amali adalah relevan bagi proses pembelajaran dan
pembelajaran amali akan menjadi lebih menyeronokkan sekiranya aktiviti merekod
video amali dilakukan. Kedua-dua item persoalan yang ditanyakan di dalam borang
soal selidik ini merupakan persoalan utama bagi kajian ini. Meskipun kedua-dua item
persoalan kajian tersebut berada pada tahap memuaskan, namun purata daripada
persoalan-persoalan kajian ini menunjukkan bahawa majoriti para pelajar bersetuju
bahawa penggunaan video membantu pembelajaran amali mereka
5.2 Cadangan
Berdasarkan kepada analisis data yang dibuat dan perbincangan ke atas hasil dapatan
kajian, pengkaji mencadangkan beberapa perkara yang dirasakan wajar untuk diambil
perhatian oleh pihak yang terlibat. Hal ini supaya tahap keberhasilan pelajar terhadap
penggunaan video untuk merekod pembelajaran amali sebagai alat bantu mengajar
(ABM) dapat dimantapkan lagi bagi menjamin kualiti PdP pelajar. Di sini pengkaji
menggariskan beberapa perkara yang memerlukan perhatian untuk penambahbaikan:
i. Pihak pengurusan kolej perlulah menyediakan kemudahan asas seperti komputer/

komputer riba, LCD screen, projector dan perakanm video pada setiap kelas untuk
melancarkan lagi perjalanan PdP.
ii. Mewujudkan satu blog/website yang boleh diakses oleh pensyarah dan pelajar bagi
tujuan upload dan download video PdP.
iii. Penggunaan teknologi terkini yang bersesuaian dalam proses PdP selain amali yang
dipraktikkan sekarang.

196

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

6.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa tahap keberhasilan pelajar
terhadap penggunaan video untuk merekod pembelajaran amali sebagai alat bantu
mengajar (ABM) adalah sangat memuaskan berdasarkan skor min keseluruhan yang
dicatatkan. Oleh kerana kajian ini amat bermanfaat kepada institusi dalam menaiktaraf
proses PdP, maka kajian lanjutan amat penting dan berguna untuk membantu Unit
Operasi Perhotelan Kolej Komunit Rompin khususnya dalam meningkatkan lagi kualiti
PdP dan pelajar.
Diharapkan hasil dapatan kajian ini membantu Unit Operasi Perhotelan dalam
mewujudkan suasana PdP yang menarik seterusnya meningkatkan tahap penggunaan
teknologi terkini dalam proses PdP kepada para pelajar Kolej Komuniti Rompin agar
para pelajar tidak ketinggalan di era baru ini.

RUJUKAN
Bransford, J. D., Brown, A. L., & Cocking, R. R. (2000). How people learn; Brain, mind,

experience and school. Washington: National Academy Press.

Clifton, A. & Mann, C. 2010. Can YouTube enhance student nurse learning? Journal
Nurse Education Today 31 (2011): 311- 313.

Creswell, J. W. (2005). Educational research-planning, conducting and
evaluating quantitative and qualitative research. Columbus: Pearson Merril
Prentice Hall

Filius, R., & Lam, I. (2009). Rapport evaluatie weblectures Universiteit Utrecht. Utrecht.
Fransen, J. (2015). Instrumentatie van beteknisvolle interacties. den haag: Inhholland.
Greenberg, A. D., & Zanetis, J. (2012). The impact of broadcast and streaming video

ineducation. San Jose. Retrieved from http://www.cisco.com/web/strategy/docs/
education/ciscovideowp.pdf
Gorissen, P. (2013). Facilitating the use of recorded lectures: Analysing students’
interactions to understand their navigational needs. Eindhoven School of
Education. Retrieved from http://recordedlectures.com/
Guo, P. J., Kim, J., & Rubin, R. (2014). How video production affects student
engagement: An empirical study of MOOC videos. Retrieved from http://pgbovine.
net/publications/edX-MOOC-video-production-and-engagement_LAS-
2014.pdf
Hair, J.F., Anderson, R.E., Tatham, R.L.,and Black, W.C. (2003). Multivarite Data
Analysis: Pearson Education, Singapore and India.

197

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam pendidikan. Bentong:
PTS Publication & Distributors.

Koumi, J. (2013). Pedagogic video design principles – Instructivist exposition with
constructivist learning opportunities. Retrieved from: https://www.dropbox.com/s/
hpoqnrqt2d6brxd/paper-on-screenwritingnew plus embedded clips.pdf

Koumi, J. (2014). Potent Pedagogic Roles for Video. In Media and learning
association. Brussels. Retrieved from http://association.media-and-learning.eu/
portal/resource/potent-pedagogic-roles-video

Laurillard, D. (2002). Rethinking university teaching: A framework for the effective use
of learning technologies (2nd ed.). Abingdon: RoutledgeFalmer.

Mohd Majid Konting (1994). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nazeri Mohammad. (2014). Kajian Kepuasan Pelajar Terhadap Perkhidmatan
Perpustakaan Al Basuti, IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu:
Seminar Kepustakawan 2014 : 68 -78.

Stover, S., & Veres, M. (2013). TPACK in higher education: Using the TPACK framework
for professional development. Global Education Journal. (1), 93–111.

Thomson, A., Bridgstock, R., & Willems, C. (2014). “Teachers flipping out” beyond the
online lecture: Maximinsing the educational potential of video. Journal of Learning
Design, 7(3).

Waters, J. K. (2011). Lecture capture: Lights! Camera! Action! Retrieved from http://
campustechnology.com/Articles/2011/06/01/Lecture-Capture-Lights-Camera-
Action.aspx?m=2&Page=1

198

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

KAJIAN TAHAP KEMAHIRAN GENERIK PELAJAR SIJIL HOTEL DAN
KATERING KOLEJ KOMUNITI ROMPIN MELALUI PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN
Fatin Fathiah Azman
Kolej Komuniti Rompin
[email protected]
Zamri Azuddin Mohamad Anuar
Kolej Komuniti Rompin

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kemahiran generik pelajar Sijil Hotel dan Katering
di Kolej Komuniti Rompin melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Sampel kajian
terdiri daripada 120 orang pelajar Sijil Hotel dan Katering yang masih menjalani proses PdP
di dalam kolej. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang
mengandungi 39 item soalan. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 10 orang responden
yang terdiri daripada pelajar Sijil Hotel dan Katering Kolej Komuniti Rompin untuk melihat
kebolehpercayaan item-item soal selidik. Nilai kebolehpercayaan alat kajian alpha cronbach
bagi kesemua item kemahiran adalah 0.89. Analisis statistik dengan menggunakan perisian
SPSS 21.0 (Statical Package for Social Science) telah digunakan ke atas data kajian untuk
mendapatkan kekerapan, min dan sisihan piawai. Kajian ini penting bagi tujuan mempersiapkan
pelajar dengan kemahiran generik sebelum melanjutkan pelajaran atau bekerja dalam bidang
masing-masing.
Kata kunci: kemahiran generik, Pembelajaran dan Pengajaran (PdP), Hotel dan Katering

1.0 PENGENALAN

1.1 Kemahiran generik sebagai pemangkin graduan berdaya saing
Kemahiran generik atau juga disebut sebagai kemahiran insaniah telah lama menjadi isu
perbincangan para ilmuan dan penyelidik di serata dunia. Kemahiran ini berkembang
melalui proses semulajadi seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan (Noor Afizah,
Mohd Amin dan Farhana, 2015)
Kemahiran generik secara umumnya adalah kemahiran yang penting untuk dikuasai
dan berupaya membentuk personaliti diri. Pernyataan ini boleh dikaitkan dengan
kajian oleh Mohd Hasril, Noorazman dan Norasmah (2015) yang bersetuju bahawa
kemahiran generik perlu ada dalam diri seseorang individu bagi menjadikannya modal
insan yang cemerlang berasaskan pengetahuan, meningkatkan produktiviti dan sikap
berdaya saing. Fenomena keperluan pasaran pekerjaan kini pula amat memerlukan
pekerja yang produktif dan berpengetahuan luas selain mempunyai kemahiran dalam
bidang akademik. (Mohd Hasril, Isma Atiqah, Fathin Liyana dan Norhayati, 2016)

199

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

1.2 Pembangunan modal insan melalui institusi TVET
Bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia perlu memesatkan
pembangunan modal insan berkualiti dan bertaraf dunia. Corak amalan sebegini telah
dipraktikkan oleh banyak negara maju yang mengamalkan dasar yang komprehensif dan
progresif dalam membangunkan modal insan yang berkemahiran serta berdaya saing
untuk menjana ekonomi berpendapatan tinggi. (Ahmad, 2016). Maka, peningkatan
kemahiran secara radikal perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kebolehpasaran
graduan dengan fokus utama untuk mengarusperdanakan dan memperluas akses
kepada program TVET yang berkualiti (Pelan Strategik Interim, 2011-2020).
1.3 Peranan Kolej Komuniti Malaysia
Dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan sistem pendidikan negara
berfungsi secara berkesan terutama dalam menjayakan Model Baru Ekonomi, Program
Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan, Kolej Komuniti Malaysia
telah menggariskan misi terhadap penubuhannya yang tersendiri iaitu :

“Membangun komuniti setempat sebagai tenaga kerja berpengetahuan dan terlatih
untuk memenuhi tuntutan dunia pekerjaan melalui pendidikan dan latihan teknikal

dan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat.”
(Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti)

Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mencapai misi yang digariskan termasuklah
penyediaan kursus sepenuh masa dan kursus pendek berbentuk kemahiran, penyediaan
prasarana yang lengkap untuk tujuan pembelajaran, penyediaan peluang pembelajaran
tanpa mengira usia dan penyediaan tenaga mahir untuk mengendalikan program
latihan yang disediakan.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Apabila membincangkan isu graduan, pastinya akan diikuti dengan perbincangan
tentang kadar pengangguran di Malaysia. Secara amnya, kadar pengangguran di
Malaysia bagi Januari 2016 adalah sebanyak 3.4 peratus. Perbandingan kepada tahun
sebelumnya menunjukkan kadar pengangguran meningkat sebanyak 0.3 mata peratus.
(Jabatan Perangkaan Malaysia 2016)
Mohd Ridhuan (2016) yang mengkaji tentang program pengajian kejuruteraan di
politeknik, beliau menegaskan terdapat banyak kajian yang menjadi petunjuk dan bukti
bahawa wujudnya beberapa faktor kelemahan dalam perlaksanaan program pengajian
kejuruteraan semasa latihan dijalankan di industri. Beliau mendapati kelemahan-
kelemahan ini dilihat berkait rapat dengan elemen-elemen kemahiran generik dan nilai
yang seharusnya dipupuk, dilatih dan diterapkan ke dalam diri pelajar kejuruteraan
sebelum mereka memasuki dunia industri sama.

200

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Jadi, jelaslah bahawa kemahiran generik merupakan elemen tambahan yang sangat
penting untuk diterapkan sedari awal bagi setiap tahap pendidikan. Graduan perlu
menguasai kemahiran generik sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan sebenar
yang mencabar. (Wong, Rosnidar & Syakirah, 2015).
Sebagai peneraju institusi TVET, Kolej Komuniti Malaysia terus memegang visinya yang
tersendiri iaitu “Menjadi peneraju pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional serta
hab pembelajaran sepanjang hayat”. Pada asasnya, institusi ini bertunjangkan Technical
and Vocational Education Training atau TVET yang menekankan kemahiran atau skills.
Namun, kemahiran atau skills yang diberi penekanan dalam silibus pembelajaran tidak
mencukupi tanpa dilengkapkan dengan kemahiran insaniah. Keadaan ini merujuk
kepada hasil perbincangan bagi kajian Norliana, Peng Kee dan Mat Pauzi (2016) yang
menerangkan bahawa graduan lepasan institusi TVET semakin terdedah dengan risiko
pengangguran akibat keperluan baharu yang mula digariskan oleh syarikat-syarikat
yang menawarkan pekerjaan di luar sana. Keperluan baharu yang dimaksudkan
adalah keperluan kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang dijadikan prasyarat
baharu dalam pengambilan pekerja baik di bidang pengurusan profesional mahupun
kemahiran.
Kajian-kajian lepas banyak memperkatakan tentang penekanan terhadap kehendak
majikan kepada graduan masa kini. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengukur
sejauh mana tahap kesediaan kemahiran generik di kalangan pelajar Sijil Hotel dan
Katering di Kolej Komuniti Rompin sebelum mereka memasuki pasaran pekerjaan.
2.2 Objektif kajian
Berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan, objektif kajian ini dijalankan
adalah untuk:
i. Mengenalpasti tahap kemahiran generik pelajar Sijil Hotel dan Katering Kolej

Komuniti Rompin dari aspek komunikasi, kepimpinan, kemahiran kerja berpasukan
dan kemahiran menyelesaikan masalah.
ii. Mengukur tahap kemahiran generik pelajar Sijil Hotel dan Katering Kolej Komuniti
Rompin secara keseluruhan.
2.3 Soalan kajian
i. Apakah tahap kemahiran generik pelajar Sijil Hotel dan Katering Kolej Komuniti
Rompin bagi kesemua elemen kemahiran yang dikaji?
ii. Apakah tahap kemahiran generik pelajar Sijil Hotel dan Katering Kolej Komuniti
Rompin yang dicatat secara keseluruhan?
2.4 Batasan Kajian
Kajian ini hanya mengkaji pelajar semester satu hingga empat yang masih menjalani
PdP di Kolej Komuniti Rompin bagi kursus Sijil Hotel dan Katering sahaja. Dapatan
kajian tidak menggambarkan keputusan yang sama bagi kursus-kursus yang lain dan
tidak boleh dirujuk sebagai rumusan kepada kolej komuniti lain yang turut menawarkan
bidang yang sama.

201

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

3.0 KAJIAN LITERATUR
Kebolehpasaran graduan adalah matlamat utama yang ingin dicapai apabila
tertubuhnya sesebuah institusi pendidikan. Dalam menjamin kebolehpasaran graduan,
institusi pendidikan kini perlu meluaskan skop mempersiapkan pelajar bukan sahaja
dari segi pencapaian akademik, malahan juga nilai yang dibawa sebelum melangkah
ke tahap yang lebih tinggi. Nilai yang dimaksudkan adalah kemahiran generik. Mohd
Hasril et. al. (2016) turut menyokong bahawa kemahiran generik sangat penting
dalam melahirkan graduan institusi pendidikan di Malaysia yang membawa bersama
keperluan yang dikehendaki. Kemahiran generik perlu dipupuk dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran seharian supaya apabila sampai di tahun akhir, pelajar sudah bersedia
menghadapi kehendak industri. Noor Afizah et. al. (2015) pula menyatakan pelajar
tahun akhir khususnya perlu dimantapkan tahap kemahiran generik ini. Oleh yang
demikian, kerjasama daripada semua pihak yang terdiri daripada bahagian pengurusan,
pensyarah, pihak industri mahupun pelajar itu sendiri perlu diintegrasikan secara
keseluruhan bagi memastikan kemahiran generik diadaptasikan dalam pendidikan
releven dengan keperluan dan kehendak pasaran pekerjaan semasa.
Mengambil petikan Yang Amat Berhormat mantan Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri
Dato; Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, beliau berkata :
“Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara termaju di dunia, sistem pendidikan
kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir
secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan
berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global”
(PPPM 2013-2025)
Sebagai salah satu elemen kemahiran generik, definisi komunikasi bukan hanya sekadar
bercakap. Komunikasi mempunyai skop yang lebih luas. Sama ada komunikasi itu
bercorak sehala ataupun dua hala, tujuan berkomunikasi tetap sama iaitu menyampaikan
maklumat dari satu pihak ke pihak yang lain. Komunikasi boleh jadi melibatkan
hanya satu penggunaan bahasa, namun komunikasi menggunakan bahasa kedua lebih
memberi cabaran dalam proses penyaluran sesuatu maklumat (Noor Shakirah, 2012).
Maka, komunikasi yang menggunakan bahasa utama perlulah cukup berkesan dan
segala bagi mewujudkan komunikasi berkesan dipenuhi dalam menjamin penyampaian
maklumat yang tepat.
Kepentingan penekanan dari sudut kepimpinan pula boleh dilihat sedari awal, apabila
pendidikan peringkat rendah di Malaysia telah diterapkan dengan kemahiran ini.
Penerapan kemahiran ini boleh dilihat melalui konsep ASPIRASI MURID yang
diketengahkan dalam PPPM 2013-2025 bahawa sistem pendidikan Malaysia berhasrat
memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya. Dalam Dialog Nasional,
kepentingan memupuk kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berkesan dalam satu
pasukan bagi setiap murid sering dibangkitkan. Sistem pendidikan berusaha membantu
setiap murid mencapai potensi penuh mereka melalui pelibatan sebagai pemimpin,
serta bekerja dalam kumpulan.

202

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Dalam membahaskan tentang keperluan memiliki kemahiran kerja berpasukan, Gallie,
Zhou, Felstead & Green (2012) mendefinisikan kerja berpasukan sebagai kebolehan
untuk bekerjasama dengan orang lain untuk mencapai matlamat yang sama. Pengertian
kerja berpasukan diperkuat oleh Saadan (2011) yang merujuk kemahiran kerja
berpasukan kepada sekumpulan individu dalam sesebuah organisasi yang melaksanakan
tugas secara berganding bahu antara satu sama lain dan sama-sama berganding bahu
bagi mencapai matlamat kumpulan. Dalam sesebuah organisasi, pastinya kemahiran
ini dituntut agar tidak berlaku lahirnya pekerja yang mementingkan diri, bersikap
tidak bertanggungjawab atas keputusan berkumpulan, dan tidak mengarah kepada
keberhasilan output yang optimum dalam operasi kerja seharian. Maka, tepatlah jika
dikatakan bahawa elemen kerja berpasukan adalah suatu keperluan yang kritikal dan
sangat diperlukan dalam sektor pekerjaan (Zainal et. al., 2011).
Di samping kerja berpasukan, kemahiran pemikiran kritis juga menjadi keperluan di
mana-mana sektor pekerjaan kini. Matlamat utama dalam sistem pendidikan negara
sebagaimana yang dinyatakan dalam PPPM 2013-2025 adalah untuk melahirkan
modal insan yang mempunyai tahap dan penguasaan kemahiran berfikir yang tinggi
lagi berkesan. Namun, perlu disemak juga pendekatan yang digunakan dalam sistem
pendidikan kerana tanpa sedar, masih ada sesetengah institusi pendidikan tinggi yang
mengamalkan pendekatan secara tradisional. Kemahiran mengingat dan menghafal
terkadang menjadi keutamaan pendidik yang menyebabkan pelajar tidak berpeluang
mencuba mengutarakan pendapat peribadi dan sebagai akibat, pelajar hilang minat
terhadap mata pelajaran yang diajar (Leach B. T., 2011). Hakikatnya, dalam meneruskan
usaha meningkatkan penguasaan kemahiran ini dalam sistem pendidikan, pelajar boleh
mengambil peranan dengan mempelajari asas kemahiran ini supaya persediaan boleh
dijalankan bagi menggilap dan meningkatkan kompetensi pelajar dalam kemahiran
generik (Norasmah, Mohd Hasril & Haliza, 2011).
Dalam menyediakan tenaga kerja bagi mengisi pasaran kerja yang meluas, penglahiran
penggubal undang-undang serta ahli badan-badan pengurusan serta bakal pendidik,
usaha ini tidak akan membuahkan hasil sekiranya pelajar yang meninggalkan institusi
pengajian tinggi tidak mampu mendemonstrasi kemahiran berfikir secara kritis dengan
baik (Leach B.T., 2011). Pembinaan sekumpulan pemikir adalah sangat penting.
Namun, proses pelaksanaannya juga bukanlah mudah. Pemikiran sebegini perlu
dipupuk terlebih dahulu dalam kalangan agen pelaksana, iaitu guru. Peranan guru
dilihat penting dalam melaksanakan amalan penerapan kemahiran ini dengan jayanya.
Guru perlu menunjukkan penguasaan ilmu pengetahuan yang luas, serta berkemahiran
tinggi dalam melaksanakan amalan Kemahiran Pemikiran Kritis (KPK) tersebut
(Shamsuddin, Ruzlan & Siti Noor, 2016).

4.0 METODOLOGI KAJIAN
Sample Kajian
Sampel kajian terdiri daripada pelajar Sijil Hotel dan Katering semester 1 hingga 4 di
Kolej Komuniti Rompin. Merujuk kepada jadual persampelan Krejcie dan Morgan
(1970), sampel kajian ditentukan sebanyak 120 pelajar daripada populasi sebenar iaitu
180 pelajar Sijil Hotel dan Katering. Penentuan bilangan sampel ini turut disokong oleh
Roscoe (1975) yang menyifatkan bahawa sampel 30 hingga 500 adalah sesuai bagi satu-
satu kajian.
203

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Instrumen Kajian

Instrumen kajian menggunapakai satu set borang soal selidik yang telah diadaptasikan
daripada kajian pengkaji terdahulu iaitu Mohd Hasril Amiruddin, Isma Atiqah
Ngadarin, Fathin Liyana Zainudin dan Norhayati Ngadiman (2016). Borang soal selidik
ini mempunyai 5 bahagian. Bahagian A meliputi demografi responden, dan terdapat
39 item soalan yang merujuk kepada kemahiran generik iaitu kemahiran komunikasi
(Bahagian B), kemahiran kepimpinan (Bahagian C), kemahiran kerja berkumpulan
(Bahagian D) dan kemahiran menyelesaikan masalah (Bahagian E).

Skala Likert 1 hingga 5 yang diadaptasi daripada Mohamad Majid (1994) seperti Jadual
1 digunakan untuk mengukur maklum balas responden bagi setiap item soalan yang
dikemukakan

Jadual 1: Tafsiran skala likert Skor
1
Skala 2
Sangat Tidak Setuju (STS) 3
4
Tidak Setuju (TS) 5
Tidak Pasti (TP)

Setuju (S)
Sangat Setuju (SS)

Kajian Rintis

Merriam (2001) menyarankan kajian rintis dilaksanakan bertujuan mendapatkan
pengesahan terhadap tahap kebolehpercayaan item soal selidik yang digunakan dalam
kajian supaya dasil dapatan adalah sah dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
Menurut Johnson dan Cristensen (2000) dan Neuman (2000), kebolehpercayaan adalah
konsistensi atau kestabilan data yang diperoleh setelah pengumpulan data dijalankan.
Manakala, kesahan adalah penilaian terhadap kesesuaian dalam terjemahan dan
tindakan yang dilakukan terhadap skor-skor ujian. Sesuatu instrumen mempunyai
kesahan yang tinggi apabila dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur (Creswell,
2002; Pallant, 2007).

Dalam kajian ini, kebolehpercayaan instrumen dianalisis berdasarkan nilai Alpha
Cronbach iaitu 0.89 yang menunjukkan item-item dalam instrumen mempunyai kesahan
dan kebolehpercayaan yang tinggi. Pernyataan ini disokong oleh Sekaran (1992) yang
menyatakan nilai Alpha Cronbach di antara 0.60 hingga 0.80 boleh diterima dan nilai
yang melebihi 0.80 adalah dianggap baik.

Jadual 2: Nilai alpha cronbach bagi setiap item kemahiran generik

Item Kemahiran Generik Nilai Alpha (α)

Komunikasi 0.742

Kerja Berkumpulan 0.653

Kepimpinan 0.757

Menyelesaikan Masalah 0.760

Nilai α Keseluruhan 0.890

204

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Analisis Data

Data dianalisis menggunakan 3 kaedah iaitu analisis data secara kuantitatif, deskriptif
dan inferens. Data Bahagian A hingga E diproses menggunakan perisian Statistical
Package for Social Science versi 21.0 (SPSS 21.0). Analisis min pula digunakan dalam
analisis deskriptif. Penentuan interpretasi min adalah berdasarkan julat skor min yang
diubahsuai daripada Creswell (2005) seperti Jadual 3.

Jadual 3: Interpretasi min

Julat Skor Min Interpretasi Min

1.00 - 1.80 Sangat rendah

1.81 - 2.60 Rendah

2.61 - 3.40 Sederhana

3.41 - 4.20 Tinggi

4.21 - 5.00 Sangat tinggi

Analisis Bahagian A akan memaparkan bilangan dan peratusan, manakala analisis
Bahagian B, C, D dan E ditunjukkan dalam jadual min dan sisihan piawai. Tahap
kemahiran generik pelajar akan ditafsir berdasarkan skor min yang dicapai.

5.0 DAPATAN KAJIAN

Latar belakang responden

Jadual 4 menunjukkan bilangan responden mengikut jantina yang terdiri daripada 50
pelajar lelaki (42%) dan 70 pelajar perempuan (58%).

Jadual 4: Maklumat responden kajian

Jantina Bilangan Peratusan (%)

Lelaki 50 42

Perempuan 70 58

Jumlah 120 100

Tahap amalan kemahiran komunikasi
Jadual 5 menunjukkan nilai min, sisihan piawai dan tahap bagi amalan kemahiran
komunikasi melalui proses PdP. Min tertinggi dicatat di item B7 dengan nilai 4.43(SP:0.62)
iaitu berkaitan dengan pelajar bersetuju bahawa kemahiran komunikasi yang baik
adalah boleh berinteraksi dengan rakan sekelas yang berlainan bangsa dan agama. Nilai
min terendah dengan nilai 3.59(SP:0.91) diwakili oleh item B9 menunjukkan pelajar
bersedia untuk mempelbagaikan kemahiran komunikasi selain lisan seperti komunikasi
isyarat. Secara keseluruhannya, min bagi Item Kemahiran Komunikasi adalah 4.08 dan
berada pada tahap tinggi.

205

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Jadual 5: Min, sisihan piawai dan tafsiran bagi tahap amalan kemahiran komunikasi
melalui PdP

No Item Kemahiran Komunikasi Min Sisihan Interpretasi
Item Piawai Min

B7 Kemahiran komunikasi yang baik adalah 4.43 0.62 Sangat
boleh berinteraksi dengan rakan sekelas yang Tinggi
berlainan bangsa dan agama

B10 Saya akan berusaha menjadikan kemahiran 4.39 0.77 Sangat
komunikasi sebagai satu skill yang penting Tinggi
pada saya untuk masa hadapan

B3 Saya menganggap memberikan tumpuan 4.37 0.71 Sangat
ketika pensyarah memberikan penjelasan Tinggi
adalah salah satu kemahiran komunikasi

B4 Saya menganggap kemahiran komunikasi 4.22 0.65 Sangat
mula terbentuk apabila saya berupaya Tinggi
melahirkan idea secara lisan dengan jelas dan
baik

B6 Saya perlu sentiasa mendengar penerangan 4.16 0.77 Tinggi
rakan sebelum memberikan pendapat

B2 Saya boleh berkomunikasi yang melibatkan 4.03 0.75 Tinggi
interaksi dengan pensyarah

B1 Saya boleh berkomunikasi dalam 4.01 0.72 Tinggi
melaksanakan pembentangan apabila diminta

B5 Saya cenderung untuk melaksanakan 3.82 0.97 Tinggi
perbincangan dengan rakan sewaktu
melaksanakan amali di bengkel

B8 Saya perlu bersedia menjadi penghubung 3.81 0.87 Tinggi
bicara di antara dua pihak yang bertelagah

B9 Saya bersedia untuk mempelbagaikan 3.59 0.91 Tinggi
kemahiran komunikasi selain lisan seperti
komunikasi isyarat

Tahap amalan kemahiran kepimpinan

Jadual 6 menunjukkan nilai min, sisihan piawai dan tahap bagi amalan kemahiran
kepimpinan melalui proses PdP. Min tertinggi dicatat di item C1 dengan nilai
4.73(SP:0.06) iaitu berkaitan dengan kerjasama dalam satu kumpulan dalam
melaksanakan amali di bengkel adalah sangat penting dalam kemahiran kepimpinan.
Nilai min terendah dengan nilai 3.12(SP:0.11) diwakili oleh item C5 berkaitan dengan
keupayaan menggalas tanggungjawab yang diberikan sebagai ketua kumpulan adalah
tugas yang mudah. Secara keseluruhannya, min bagi Item Kemahiran Kepimpinan
adalah 4.17 dan berada pada tahap tinggi.

206

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Jadual 6: Min, sisihan piawai dan tafsiran bagi tahap amalan kemahiran kepimpinan
melalui PdP

No Item Kemahiran Kepimpinan Min Sisihan Interpretasi
Item Piawai Min

C1 Kerjasama dalam satu kumpulan dalam 4.73 0.06 Sangat
melaksanakan amali di bengkel adalah sangat Tinggi
penting dalam kemahiran kepimpinan

C2 Saya perlu menjaga hubungan yang baik 4.69 0.05 Sangat
sesama ahli kumpulan Tinggi

C4 Pemimpin yang baik akan menyelesaikan 4.49 0.06 Sangat
perselisihan faham yang dihadapi antara ahli Tinggi
kumpulan dengan kadar segera

C3 Saya boleh menerima keputusan yang telah 4.39 0.06 Sangat
dipersetujui oleh ahli kumpulan Tinggi

C10 Pemimpin yang cemerlang mampu menga- 4.35 0.07 Sangat
nalisis situasi kompleks dengan tepat dan Tinggi
cepat

C6 Saya perlu bersedia memberikan kerjasama 4.29 0.06 Sangat
yang konsisten selagi diperlukan oleh ahli Tinggi
kumpulan

C8 Saya sentiasa perlu memberikan penghargaan 3.95 0.09 Tinggi
kepada ahli kumpulan yang menjalankan
tugas dengan cemerlang

C7 Saya boleh memberikan arahan kepada ahli 3.89 0.07 Tinggi
kumpulan dalam pembahagian tugas sewaktu
amali di bengkel

C9 Saya boleh mengawal emosi terhadap ahli 3.79 0.08 Tinggi
kumpulan walaupun dalam keadaan yang
mencabar sewaktu melaksanakan kerja-kerja
amali di bengkel

C5 Keupayaan menggalas tanggungjawab yang 3.12 0.11 Sederhana
diberikan sebagai ketua kumpulan adalah
tugas yang mudah

Tahap amalan kemahiran kerja berkumpulan

Jadual 7 menunjukkan nilai min, sisihan piawai dan tahap bagi amalan kemahiran
kerja berkumpulan melalui proses PdP. Min tertinggi dicatat di item D2 dengan nilai
4.53(SP:0.05) iaitu berkaitan dengan pernyataan sentiasa memberikan kerjasama di
dalam kumpulan adalah satu elemen penting dalam kemahiran kerja berkumpulan. Nilai
min terendah dengan nilai 3.71(SP:0.07) diwakili oleh item D8 berkaitan keupayaan
pelajar dalam melaksanakan proses sumbang saran(brainstorming) antara ahli dalam
kumpulan. Secara keseluruhannya, min bagi Item Kemahiran Kerja Berkumpulan
adalah 4.19 dan berada pada tahap tinggi.

207

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Jadual 7: Min, sisihan piawai dan tafsiran bagi tahap amalan kemahiran kerja
berkumpulan melalui PdP

No Item Kemahiran Komunikasi Min Sisihan Interpretasi
Item Piawai Min

D2 Sentiasa memberikan kerjasama di dalam 4.53 0.05 Sangat
kumpulan adalah satu elemen penting dalam Tinggi
kemahiran kerja berkumpulan

D10 Pemikiran kreatif dan perbincangan dengan 4.48 0.07 Sangat
ahli kumpulan akan memupuk kerjasama Tinggi
yang baik dalam menyelesaikan tugasan
dengan lebih mudah

D6 Saya boleh bekerja dengan rakan dari 4.32 0.08 Sangat
pelbagai peringkat umur, jantina, bangsa dan Tinggi
agama

D1 Saya berkeupayaan untuk bekerja keras demi 4.29 0.07 Sangat
mencapai matlamat kumpulan dalam tugasan Tinggi
yang diberikan

D3 Saya perlu menyesuaikan diri dengan cepat 4.29 0.07 Sangat
dengan ahli kumpulan yang lain Tinggi

D4 Saya perlu berkeupayaan merancang dan 4.23 0.06 Sangat
memberikan sumbangan terhadap keputusan Tinggi
kumpulan

D9 Saya berkeupayaan untuk membezakan 4.16 0.06 Tinggi
kebaikan dan keburukan bagi keputusan yang
telah diambil oleh ahli kumpulan

D7 Saya berkeupayaan untuk melaksanakan 4.09 0.06 Tinggi
perbincangan antara ahli kumpulan dalam
menyelesaikan masalah yang diberikan

D5 Saya berkeupayaan dalam menyelaraskan 3.82 0.08 Tinggi
hasil usaha kumpulan bagi mencapai
matlamat organisasi

D8 Saya berkeupayaan dalam melaksanakan 3.71 0.07 Tinggi
proses sumbang saran (brainstorming) antara
ahli dalam kumpulan

Tahap amalan kemahiran menyelesaikan masalah

Jadual 8 menunjukkan nilai min, sisihan piawai dan tahap bagi amalan kemahiran
menyelesaikan masalah melalui proses PdP. Min tertinggi dicatat di item E7 dengan
nilai 4.17(SP:0.06) iaitu berkaitan dengan keperluan pelajar untuk menyemak semula
proses penyelesaian masalah dengan mengekalkan kebaikan dan menambah baik proses
yang telah dijalankan. Nilai min terendah dengan nilai 3.50(SP:0.09) diwakili oleh item
E9 berkaitan keupayaan pelajar untuk menyelesaikan masalah yang rumit dalam masa
yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, min bagi Item Kemahiran Menyelesaikan
Masalah adalah 3.88 dan berada pada tahap tinggi.

208

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Jadual 8: Min, sisihan piawai dan tafsiran bagi tahap amalan kemahiran menyelesaikan
masalah melalui PdP

No Item Kemahiran Komunikasi Min Sisihan Interpretasi
Item Piawai Min

E7 Saya perlu menyemak semula proses 4.17 0.06 Tinggi
penyelesaian masalah dengan mengekalkan
kebaikan dan menambah baik proses yang
telah dijalankan

E8 Saya akan menggunakan teknik menyoal 4.03 0.07 Tinggi
kepada diri sendiri dalam menyelesaikan
masalah sewaktu diberikan tugasan

E3 Saya berupaya memilih beberapa kaedah yang 3.98 0.07 Tinggi
sesuai dalam menyelesaikan masalah

E4 Saya boleh merancang strategi yang boleh 3.93 0.07 Tinggi
digunakan dan diterima oleh individu yang
terlibat dalam menyelesaikan masalah

E5 Saya mampu menunjukkan pemikiran kritis 3.87 0.07 Tinggi
dan kreatif dalam menyelesaikan tugasan
yang diberikan

E2 Saya berupaya untuk mengenalpasti 3.83 0.07 Tinggi
maklumat yang diperlukan dalam
menyelesaikan masalah

E6 Saya boleh membuat penilaian untuk proses 3.83 0.07 Tinggi
yang dijalankan dalam menyelesaikan
masalah

E1 Saya berkeupayaan untuk menyelesaikan 3.74 0.08 Tinggi
masalah yang diberikan dalam masa yang
ditetapkan

E9 Saya mampu menyelesaikan masalah yang 3.50 0.09 Tinggi
rumit dalam masa yang sangat lama

D8 Saya berkeupayaan dalam melaksanakan 3.71 0.07 Tinggi
proses sumbang saran (brainstorming) antara
ahli dalam kumpulan

6.0 PERBINCANGAN
Jadual 9 menunjukkan rumusan tahap kemahiran generik dalam kalangan pelajar Sijil
Hotel dan Katering bagi kesemua elemen yang dikaji.

209

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Jadual 9: Min, sisihan piawai dan tafsiran bagi tahap amalan kemahiran menyelesaikan
masalah melalui PdP

Item Kemahiran Generik Nilai Min Interpretasi Min

Komunikasi 4.08 Tinggi

Kerja Berkumpulan 4.17 Tinggi

Kepimpinan 4.19 Tinggi

Menyelesaikan Masalah 3.88 Tinggi

Nilai min keseluruhan 4.08 Tinggi

Persoalan kajian 1
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa min tertinggi dengan nilai 4.17 dicatatkan
oleh kemahiran generik iaitu kepimpinan. Ini menunjukkan pelajar Sijil Hotel dan
Katering memahami bahawa dalam PdP, pelajar perlu membentuk organisasi dan
menetapkan tugas dan tanggungjawab sebagai langkah pertama sebelum menjalankan
sebarang projek atau amali. Pensyarah mendapati output daripada tugasan atau projek
pelajar didapati memberangsangkan setiap kali pimpinan yang efektif ditunjukkan di
permulaan gerak kerja. Ini kerana hasil yang diingini oleh ketua projek memenuhi
tetapan yang digariskan dalam hasil pembelajaran. Maka tepatlah definisi kepimpinan
yang menyatakan bahawa kepimpinan ialah proses individu mempengaruhi anggota-
anggota lain dalam kumpulannya ke arah mencapai tujuan dan matlamat kumpulan itu
(Ainon Mohd & Abdullah Hassan, 2011).
Item kemahiran kerja berkumpulan mencatatkan bilangan kedua tinggi berdasarkan nilai
min iaitu 4.17. Hasil min berada pada tahap tinggi dan dapatan ini berkait rapat dengan
dapatan sebelumnya iaitu kemahiran kepimpinan. Amalan mempraktikkan kepimpinan
yang baik akan memupuk budaya kerja berkumpulan yang akan menyumbang kepada
penghasilan output sehingga ke tahap yang optimum. Berdasarkan kajian Alunawati
dan Ahmad (2014), kurangnya graduan mendapat tempat di alam pekerjaan adalah
bermulanya dari kelemahan praktikal pelajar seperti penglibatan pelajar dalam
kemahiran kerja berpasukan
Seterusnya, hasil dapatan min ketiga tinggi adalah daripada item komunikasi iaitu 4.08.
Semestinya, kemahiran komunikasi sangat penting dalam mencapai hasil pembelajaran
seperti yang telah digariskan dalam kurikulum bidang masing-masing. Komunikasi
mengambil peranan yang penting dalam pelaksanan setiap tugasan, amali dan projek
yang telah diberi oleh pensyarah. Kajian Umi Nadiha, Zamri dan Jamaludin (2011)
yang mengkaji tentang penerapan kemahiran generik dalam pengajaran guru bahasa
melayu sekolah menengah menujukkan tenaga pengajar sedar kepentingan komunikasi
yang berkesan perlu wujud di dalam suasana pembelajaran di dalam kelas. Hasil
dapatan terhadap tahap kemahiran komunikasi guru berada pada tahap yang tinggi
kerana fungsi guru di dalam bilik darjah juga mempengaruhi bentuk interaksinya
dengan pelajar. Oleh itu, dapat dilihat hasil dapatan kajian ini seiring dengan amalan
pensyarah menganggap dirinya mempunyai pengetahuan yang lebih daripada pelajar,
jadi pensyarah telah memainkan peranan dalam menentukan tujuan dan mengawal
perkembangan interaksi di dalam bilik darjah.

210

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Akhir sekali, item kemahiran yang mencatatkan min terendah adalah kemahiran
menyelesaikan masalah dengan nilai min 3.88. Kemahiran penyelesaian masalah
memerlukan pelajar untuk berfikir secara lebih kritis dan kreatif. Pensyarah berperanan
tinggi dalam mencorak pemikiran berfikir aras tinggi agar pelajar mampu menyelesaikan
sebarang masalah yang berlaku dalam proses PdP. Leach B. T. (2011) menerangkan
bahawa pembentukan pemikiran kritis adalah melalui dorongan dan tunjuk ajar. Guru
sebagai pemangkin dalam pembentukan pemikiran kritis dengan cara menyusunsuai
suasana pembelajaran, mendemonstrasi pemikiran kritis, dan mengaplikasikan teknik
yang mampu mendorong pelajar untuk aktif di dalam proses PdP. Secara keseluruhannya,
kemahiran generik dalam kalangan pelajar perlu dipandang serius seiring dengan
laporan daripada The National Graduate Employability, Blueprint 2012-2017 yang
menerangkan bahawa masalah yang paling kerap dikenal pasti oleh majikan terhadap
graduan adalah lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris (55.8%), sikap dan personaliti
yang lemah (37.4%), meminta gaji/ faedah yang tidak realistik (33%), ketidaksepadanan
kemahiran (30.2%), memilih kerja (27.7%), tidak berkemampuan untuk menyelesaikan
masalah (25.9%) dan kurang pengetahuan yang mendalam (23.8%). Langkah-langkah
peningkatan penguasaan kemahiran ini dalam diri pelajar perlu dipergiat oleh institusi
pendidikan masa kini. Norliana et. al. (2016) dalam kajiannya telah memperjelaskan
bahawa pengukuran ini adalah merupakan permintaan utama industri Generic Student
Attribute (GSA) dan hal ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran ini kurang didapati
dalam kalangan graduan yang baru.
Persoalan kajian 2
Melihat kepada nilai min keseluruhan, catatan min 4.08 adalah tinggi. Ini menunjukkan
bahawa pelajar mengamalkan kemahiran generik dan ianya dapat dilihat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Petanda positif ini penting memandangkan majikan
bidang globalisasi masa kini lebih memerlukan pekerja yang mempunyai elemen-
elemen kemahiran generik. (Mohd Hasril et. al., 2016). Tambahan pula, tiada disiplin
yang dikhususkan bagi pembangunan kemahiran generik kecuali ia dibangunkan
bersama-sama dalam kursus yang diambil oleh pelajar.
7.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Kajian lanjutan yang dicadangkan adalah kajian bagi melihat hubungan antara jantina
dan tahap kemahiran generik. Seperti kajian lepas, terdapat kajian yang menunjukkan
ada hubungan antara jantina dan tahap kemahiran generik dan begitu juga sebaliknya.
Pengkajian tahap kemahiran generik juga boleh diperluaskan kepada institusi
pendidikan tinggi lain dengan mengambil sampel pelajar yang mengikuti kursus yang
berbeza aliran. Hasil dapatan boleh digunakan untuk melihat kesan aliran yang dipilih
terhadap tahap kemahiran generik.

211

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

8.0 KESIMPULAN

Bagi kajian ini, secara kesuluruhannya, nilai min yang dicatatkan bagi keempat-
empat elemen iaitu komunikasi, kepimpinan, kerja berkumpulan dan menyelesaikan
masalah ialah 4.08. Nilai ini menunjukkan tahap kemahiran generik pelajar Sijil Hotel
dan Katering Kolej Komuniti Rompin berada pada tahap tinggi. Pelajar dilihat telah
menerapkan elemen kemahiran yang dikaji dalam proses PdP. Dapatan ini selari dengan
dapatan kajian yang dijalankan oleh Noor Afizah et. al., (2015), yang memperoleh
keputusan yang sama dalam pengkajian tahap generik ke atas pelajar semester akhir
Diploma Hotel dan Katering di Politeknik Johor Bahru, Johor. Pengkajian tahap
generik dalam PdP terhadap pelajar mampu memberi gambaran tentang penekanan
yang perlu dijalankan oleh pensyarah bagi mengubahsuai pendekatan yang digunakan
dalam menyampaikan pengajaran terutamanya bagi aspek penyelesaian masalah. Hasil
dapatan kajian juga boleh dijadikan kayu ukur dalam mempersiapkan pelajar kepada
pihak industri bagi proses pembelajaran di luar kelas.

RUJUKAN

AB Marzita. (2000). “Bab 3.” Studentsrepo.Um.Edu.My, (2007), p.154–186. Dicapai
daripada http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/3270

Ahmad bin Zainal. (2016). Model Kelestarian Program TVET Berasaskan Kompetensi
Pensyarah Dan Amalan Lestari Kolej Vokasional. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia. Ainon Mohd, Abdullah Hasan (2011). 11 teori dan prinsip motivasi di
tempat kerja. PTS Professional Pub., 2011.

Alunawati Buhari, Ahmad Esa. (2014). Pembangunan Kemahiran Kerja Berpasukan
Menerusi Kokurikulum Sukan Hoki Dalam Kalangan Pelajar UTHM. Retrieved from
eprints.uthm.edu.my/6927/1/5._MDP-53.pdf

Creswell, J. W. (2005). Educational Research-Planning, Conducting And Evaluating
Quantitative And Qualitative Research. Columbus: Pearson Merril Prentice Hall.

Gallie, D., Zhou, Y., Felstead, A., 7 Green, F. (2012). Teamwork, Skill Development and
Employment and Employee Welfare. British Journal of Industrial Relations, 6(9),
78- 88.13.

Graduate Employability (GE) Blueprint 2012-2017 (2012) Kementerian Pendidikan
Malaysia. Dicapai daripada https://www.scribd.com/.../National-Graduate-
Employability-Blueprint-2012-2017 pada 15 Oktober 2016.

Jabatan Perangkaan Malaysia (2016). Dicapai daripada https://www.statistics.gov.my/
on 20 Oktober 2016.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012b). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 - 2035: Laporan Awal.

212

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Krejcie V.R. & Morgan W.D. (1970). “Determining Sample Size for Research Activities.”,
Education and Psychological Measurement. Vol. 30, Duluth: University of Minnesota

Leach, B. T. (2011). Critical Thinking Skills as Related to University Students Gender
and Academic Discipline. Electronic Thesis and Dissertations. Paper 1251. 100-106

Mansoor Fahim, Mohammad Reza Ghamari (2011). Critical Thinking in Education:
Globally Developed and Locally Applied In Theory and Practice in Language
Studies (Vol. 1, pp. 1632–1638). ACADEMY PUBLISHER. https://doi.org/10.4304/
tpls.1.11.1632-1638

Mohd Hasril Amiruddin, Isma Atiqah Ngadiran, Fathin Liyana Zainudin, Norhayati
Ngadiman (2016). Tahap Kemahiran Generik Pelajar Malaysia Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran : Kajian Kes Pelajar Institut Kemahiran Mara , Johor
Baharu Malaysian Students ’ L Evel Of Generic Skill In Teaching And Learning
Process : A Case Study Of Mara Skills Insti. Journal Of Society And Space, 3(3),
111–121.

Mohd Hasril Amiruddin, Noorazman Abd. Samad, Norasmah Othman (2015) An
Investigation Effects Of Mastery Learning Strategy on Entrepreneurship Knowledge
Acquisition among Aboriginal Students. Procedia Social and Behavioral Sciences
204, 183-90.

Mohd Hasril Amiruddin, Norasmah Othman (2010) Meninjau Keperluan Pendidikan
Keusahawanan Berdasarkan Kepada Perspektif Belia Orang Asli di Selatan Malaysia.
Seminar 2nd World Congress On Teacher Education For TVET 2010.

Mohd Ridhuan Mohd Jamil. (2016). Pembangunan Model SkiVes Program Work Based
Learning (WBL) bagi Pelajar Kejuruteraan Politeknik Malaysia. University of Malaya.
Nik Mustafa, Mat Ali (2016). Model kepimpinan Murabbi Maktab Rendah Sains
Mara dan Sekolah Menengah Malaysia. http://studentsrepo.um.edu.my/id/
eprint/6682

Noor Afizah Atan, Mohd Amin Zakaria, Farhana Sabidin (2015). Tahap Kesediaan
Kemahiran Generik Pelajar Semester Akhir Diploma Hotel dan Katering: Kajian Kes.
Tourism and Hospitality Essentials (THE) Journal, Vol.V No.2(2), 947–954.

Norliana Hashim, Chang Peng Kee dan Mat Pauzi Abd Rahman(2016). STOPS :
Mengungkai Isu Kebolehpasaran Graduan di Malaysia. Malaysian Journal of
Communication, 32(2), 139–164.

Pelan Strategik Interim, 2011-2020
Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti

http://www.jpkk.edu.my/jpkk/index.php/maklumat-kami/visi-dan-misi.html
Pusat rujukan persuratan melayu, PPRM@DBP Malaysia, http://prpmv1.dbp.gov.my/

Search.aspx?k=lestari&d=10
Rainal Hidayat Wardi, Ruzaika Omar Basaree, Jaffri Hanafi (2016). Penggunaan
Sumbang Saran Berkategori Sebagai Pendekatan Dalam Pembangunan Kemahiran

213

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Rainal Hidayat Wardi, Ruzaika Omar Basaree, Jaffri Hanafi (2016). Penggunaan
Sumbang Saran Berkategori Sebagai Pendekatan Dalam Pembangunan Kemahiran
Pemikiran Kreatif Pelajar Reka Bentuk Tekstil Di Universiti Teknologi Mara Malaysia.
Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 4(4), 1–11.

Saadan, R., Bokhari, M., Yahya, Aziz, Rajikon, M. A. N., Hassan, S.N.S., & Pilus, A.
M. (2011). Keberkesanan Kursus Kokurikulum Berkredit Dalam Memperkasakan
Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam.
ISSN:1985-7012. Melaka: Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Pp. 109-111.

Shaheda MK, Zaiham H (2012) Amalan Kemahiran Generik Bagi Kursus ET201 dalam
Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Wlektronik Komputer di Jabatan
Kejuruteraan Elektrik Politeknik Merlimau. Politeknik Merlimau.

Shamsuddin Muhammad, Ruzlan Md. Ali, Siti Noor Ismail (2016). Tahap Amalan
Penerapan Kemahiran Pemikiran Kritis (KPK) di Sekolah Menengah Berprestasi
Tinggi, Sederhana dan Rendah. International Seminar On Generating Knowledge
Through Research, UUM-UMSIDA (Vol. 1, pp. 1–9).

Thompson, R. (2011). Reclaiming the disengaged? A Bourdieuian analysis of work-
based learning for young people in England. Critical Studies in Education, 52(1),
15–28.

Umi Nadiha Mohd Nor, Zamri Mahamod, Jamaludin Badusah (2011). Penerapan
kemahiran generik dalam pengajaran guru bahasa melayu sekolah menengah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 1(i), 71–84.

Wong Yeou Min, Rosnidar Mansor, Syakirah Samsudin (2015). The Challenge of
Producing Progressive Teachers in Malaysia : A Case Study of Reflective Writings
among UPSI Student Teachers. Malaysian Journal of Society and Space, 7(7), 21–32.

Zainal et al. (2011). Peningkatan tahap perkembangan kemahiran insaniah mentor
melalui ‘microcontroller school mentoring project’. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dicapai pada April 2, 2017, dari http://www.ukm.my/p3k/images/sppb11/47.pdf

214

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

KAJIAN KEPERLUAN TERHADAP PROGRAM REKABENTUK KRAF BERBANTU
CAD

Mahfuz bin Zaman
Politeknik Ibrahim Sultan
[email protected]

Yusoff bin Mohd. Dali
Politeknik Ibrahim Sultan
[email protected]
Norsarah Puspita binti Gahzali
SMK Kota Masai, Pasir Gudang

[email protected]
ABSTRAK

Produk kraf adalah satu keperluan di setiap rumah tradisional di Malaysia dan kini mulai mati
disebabkan oleh perubahan gaya hidup moden. Kehilangan kraf tradisional membawa kepada
kerugian yang besar bagi masyarakat kita dan nilai-nilai tradisional. Penggunaan teknologi
komputer diguna secara meluas dalam pengeluaran, jasteru itu tujuan kajian ini adalah untuk
melihat tahap kesedaran minat dan keperluan pelajar terhadap CAD dalam proses rekabentuk
Kraf yang terdiri daripad 180 pelajar diikuti 55 bilangan pensyarah politeknik dan 12 industri.
Kajian terhadap pelajar di sekitar pusat pengeluaran kraf kayu di daerah Besut Secara puratanya
pelajar sangat bersetuju dengan pendekatan rekabentuk produk kraf berbantu CAD. Respon
pensyarah poitekniknik(JRKV) pula menunjukan sekiranya mereka ini di beri pendedahan
kepada ilmu CAD yang lengkap dengan tahap kebolehan profesion mereka ke alam pekerjaan
kelak. Mereka juga bersetuju apabila ilmu Kraf dapat di pelajari secara teori dan terus kepada
praktikal. Hal ini dipersetujui oleh pihak industri Rekabentuk termasuk syarikat perusahaan
dengan mengutamakan kemahiran tangan membuat kraf dan mahir dalam merekabentuk
mengunakan CAD dan membuktikanya terhadap pengeluaran dengan bantuan CAM.

Kata kunci: Kraf, seniukir, senikreatif

1.0 PENGENALAN

Kraf adalah senikreatif pembuatan atau penghasilan produk hasil tangan produk
tradisional seni budaya seperti ukiran kayu, seramik, besi dan lain-lain. Manakala CAD
pula adalah rekabentuk berbantu komputer. Kaedah merekabentuk kraf kebanyakannya
menggunakana kaedah manual untuk mengukir permukaan yang mempunyai yang
tidak sekata. Apabila CAD dapat membantu dalam merekabentuk permukaan tidak
sekata ini, maka proses penghasilnya akan menjadi mudah dan cepat serta dapat
menggurangkan pengunaan bahan mentah seperti kayu, ianya dapat diganti dengan
bahan sintetik. Program Industri Kraf adalah program memartabatkan seni kayu kraf di
Malaysia yang masih aktif di Pantai Timur. Oleh itu satu kajian respon pelajar terhadap
penggunaan CAD memudahkan rekabentuk Kraf telah dijalankan keatas sampel pelajar
dan institusi bertujuan untuk mendapatkan pandangan pelajar dan institusi mengenai

215

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

keperluan CAD dalam merekabentuk. Rasional menjalankan Kajian ini untuk
mendapatkan gambaran sebenar tahap minat pelajar, tahap minat institusi(pensyarah)
sebagai tenaga pengajar dan sekaligus tahap minat penglibatan industri sebelum
Program Industri Kraf dapat ditawarkan di Politeknik. Oleh itu Program Baharu JRKV
Politeknik yang akan menawarkan program ini boleh membuat persediaan rapi sebelum
pelaksanaan program tersebut.
1.1 Objektif
Dalam kajian keperluan ini, penyelidik telah menggunakan pelbagai kategori populasi
bagi meningkatkan keberkesanan kajian ini dalam memberi makna kepada institusi.
Justeru itu, dalam menentukan objektif kajian ini ia berbeza berdasarkan populasi.
Objektif untuk sampel pelajar Sekolah Menilai demografi pelajar sekolah Menilai tahap
minat pelajar dalam bidang rekabentuk Industri Kraf dan Menilai tahap kesediaan
pelajar untuk menyambung pengajian dalam program Industri Kraf Berbantu CAD.
Objektif untuk sampel Pensyarah Politeknik menilai demografi pensyarah politeknik
menilai tahap kesediaan pensyarah politeknik dari aspek infrastruktur, sumber manusia
dan operasi dengan menilai tahap kesediaan pelaksanaan pendekatan pembelajaran
berasaskan Latihan di Industri. Objektif untuk sampel Industri menilai demografi
industri. Penilaian tahap keperluan industri dalam bidang Industri Kraf dan menilai
tahap keperluan kandungan bidang Industri Kraf terhadap penilai tahap kesediaan
pelaksanaan pendekatan pembelajaran Kraf berbantu CAD/CAM.
2.0 PENULISAN LITERATUR

Teras Pertama dalam Rancangan Malaysia Ke-10 menyatakan hasrat kerajaan untuk
memberi tumpuan secara berterusan terhadap beberapa bidang tertentu termasuk
industri pembuatan. Perkembangan industri pembuatan yang pantas menjadikannya
sebagai sektor pemangkin terpenting dalam pertumbuhan ekonomi negara. Didapati
bahawa sektor pembuatan semakin meningkat iaitu dari RM167.1 billion kepada
RM185.5 billion dari tahun 2008 sehingga tahun 2012. Dari tahun 2007 sehingga
2011 menunjukkan pertambahan tenaga buruh serta berlakunya pengurangan kadar
pengangguran dari tahun 2009 sebanyak 3.7% kepada 3.1% pada tahun 2011. Industri
pembuatan mempunyai bilangan tenaga buruh yang paling ramai iaitu sebanyak 17.1%.
Justeru itu, amat wajarlah program Rekabentuk dipertingkatkan kepada pembelajaran
seni Kraf berbantu CAD ini dikaji.
Kajian lepas yang dikeluarkan dari penulisan CdeCpractice (MahfuzZaman 2016),
dalam kajiannya terhadap Analisa Keperluan dalam pembangunan program Kraf di
Politeknik Besut menunjukkan kesedaran pelajar, pensyarah dan industri terhadap
kepentingan Politeknik membangunkan Program Kraf diperingkat diploma memenuhi
keperluan dan permintaan perlunya diwujudkan sebuah institusi politeknik di sekitar
besut untuk menaikkan lagi martabat seniukir melayu.
Tahap tertinggi kesedaran penggunaan teknologi komputer dikalangan pengusaha batik
di Kelantan menunjukkan seramai 14.5%. sedangkan terdapat 211 pengusaha kraf batik
termasuk pengusaha dan penjual dengan diantara 1400 hingga 2300 orang pekerja Nilai
pengeluarannya adalah 4.8 juta sebulan. Di Perbadanan Kemajuan Kraftangan

216

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

dan pusat penyelidikan dan Piawaian Industri Malaysia(SIRIM) Berhad alat canting
yang digunakan adalah Integrated Computer Aided Tjanting System(ICATS) yang
dibangunkan oleh Pusat Automasi Industri/mekatronik . tahap kesedaran akhirnya
meningkat kepad 50% dari tahun 2000 hingga 2002 (Danuri Sakijan 2004).
Menurut (Azhari 2006) dari penulisan Tesisnya bertajuk mengenalpasti kesesuaian
perisian 3D Modeling CAD di gunapakai di industri dan IPT tempatan, iaitu seperti
MODENAS, Proton, E-Cosway, ITC Corporation, Champwell. Di peringkat IPT pula
menunjukkan penggunaan CAD meluas seperti di UPSI, Politeknik Johor Bahru dan
lain-lain lagi. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat industri rekabentuk
menggunakan perisian CAD masing-masing untuk membangunkan produk
pengeluaran mereka.
Kajian literatur juga di perluaskan hingga kepada penubuhan Pusat Penyelidikan di
JPP dibawah Kajian keperluan program baharu (PNA) di Politeknik seperti contoh
penulisan bertajuk PNA Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan mekanikal(rekabentuk
produk) mendapati penggunaan perisian CAD dalam membantu rekabentuk program
mereka adalah melibatkan perian Autocad 37%, Inventor 15%, Catia 24%, Creo 8%,
Campro 6%, Solidworks 15% Dan Lain-Lain 6%. Selain itu peluang kerja lulusan
ini akan diperluaskan sehingga ke mana-mana bidang dengan adanya ilmu tentang
CAD/CAM ini. Hasil dapatan mereka adalah mendapati tahap minat pelajar terhadap
program ini adalah 74.6% manakala respon pensyarah 86.8% menyatakan kesesuiaan
bidang di politeknik, 65.8% memiliki pengetahuan untuk mengajar, 63% mempunyai
pengetahuan dan 71% bersedia untuk mengajar.
3.0 METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan dengan pendekatan kuantitatif. Data primier
kajian diperolehi secara kaji selidik. Data kemudian diproses menggunakan perisian
statistik SPSS. Data ini dianalisa dan diterjemah secara qualitatif untuk menjadikan
ia lebih bermakna dan kesimpulan dapat dibuat dengan tepat. Kajian literatur dibuat
untuk mendapatkan data dan maklumat bagi menyokong cadangan rekabentuk kraf
berbantu CAD.
Proses Pelaksanaan Kajian telah melalui beberapa peringkat.
3.1 Populasi Sampel Kajian
Ketepatan pengukuran sampel melalui pemilihan sampel dilakukan secara rawak kepada
sub-group strata seperti di bawah. Dengan kaedah strata, variasi dapat dikurangkan
oleh itu kesilapan boleh dikurangkan. Jadual 3.1 menunjukkan bilangan sampel dalam
kajian ini.

217

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Jadual 3.1: Bilangan sampel

3.1.1 Sampel Pelajar Sekolah
Pemilihan sampel berdasarkan strata, Sekolah Harian dan Sekolah Kluster. Sekolah
di daerah Besut Terengganu Sampel mewakili populasi sebenar telah dipilih.
Walaubagaimanapun sampel berjaya dikumpulkan dari Sekolah Harian (n = 120) yang
menawarkan matapelajaran seni dan juga Sekolah Kluster (n = 60).
3.1.2 Sampel Pensyarah Politeknik
Sampel pensyarah di ketiga - tiga Jabatan Rekabentuk di PTSS, PMS dan PIS. Populasi
pensyarah Rekabentuk ialah seramai 18 PTSS, 15 PMS dan 22 PIS.
3.1.3 Sampel Industri
Sampel yang berjaya dikumpul kurang memberangsangkan. Walaubagaimanapun
sampel dari sekitar Melaka, Shah Alam dan beberapa pengusaha Kraf di Besut
Terengganu memberikan jumlah sampel (n = 12).
4.0 ANALISIS
Analisis dan dapatan di buat mengikut turutan objektif.
4.1 Sampel pelajar Sekolah
4.1.1 Demografi pelajar sekolah
Data kaji selidik ini telah dikumpul dari pelajar sekolah (n = 180)

218

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Gambarajah 4.1: Aliran pengajian

Gambarajah 4.2: Tahap Minat responden
4.1.2 Tahap minat pelajar dalam bidang Rekabentuk Kraf.
Responden lebih berminat dengan pembelajaran gabungan teori dan praktikal.
Responden telah menunjukkan bahawa (78%) berminat berbanding yang tidak
berminat dengan kaedah gabungan teori dan praktikal dalam pembelajaran. (97%)
responden berminat dengan penggunaan teknologi Komputer CAD/CAM berbanding
yang tidak berminat (3%). merujuk pada sepuluh bidang pengkhususan bagi program
Diploma Rekabentuk. Jelas menunjukkan bahawa setiap bidang tersebut diminati oleh
responden. Program pengkhususan yang diminati oleh responden ialah Rekabentuk
Perabot (75%); diikuti dengan teknologi CAD/CAM (96%); Ukiran Kayu Kraf (66%);
Rekabentuk Kraf(54%); Rekabentuk Industri (75%); Keusahawanan (68%); dan yang
lain-lain (52%)

Gambarajah 4.5: Berminat dengan penggunaan teknologi komputer

219

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

4.1.3 Tahap kesediaan pelajar untuk menyambung pengajian dalam program
Rekabentuk Kraf.

Domain Psikomotor/ Kognitif
Didapati kebanyakan responden mengetahui asas peralatan pertukangan kayu iaitu
(44.1%) yang ‘setuju’. Merujuk pada pengetahuan asas perisian CAD. Responden
lebih ramai yang ‘setuju’ dengan memberi peratusan sebanyak (40.6%). Analisis data
pada domain psikomotor/ kognitif di mana kebanyakan responden boleh mengendali
komputer dengan peratusan ‘setuju’ sebanyak (41.8%). (42.4%) responden ‘setuju’
bahawa mereka boleh merekabentuk dengan menggunakan komputer. Manakala
Berkemahiran dan pengetahuan dalam proses pembuatan Perabot iaitu (44.1%) yang
‘setuju’.

Domain Afektif
Merujuk kepada proses penyelesaian masalah dengan aplikasi komputer, hampir
sebanyak 33.5% ‘setuju’; diikuti dengan ‘sangat setuju’ (15.9%). Begitu juga dengan
membuat kerja secara individu, responden juga memberi jawapan ‘setuju’ (26.5%);
diikuti dengan ‘tidak setuju’ (17.1%). Merujuk pada cara bekerja secara berpasukan
di mana responden lebih ramai menyatakan ‘setuju’ dengan peratusan empat puluh
sembilan perpuluhan empat (49.4%) dan ‘sangat bersetuju’ (33.5%). Pada responden
yang berupaya berfikir secara kreatif dan juga ‘sangat bersetuju’ (28.8%) dan ‘setuju’
(30.6%)

4.2 Sampel pensyarah Politeknik

4.2.1 Demografi pensyarah politeknik

Data kaji selidik ini telah dikumpul dari Pensyarah PIS (n=54).
Bahagian A (3 variable); pengalaman bekerja sebagai pensyarah (skala ratio), kelayakan
akademik (nominal), dan bidang kelayakan (nominal).

Data dalam Jadual 4.1 menunjukkan empat puluh dua (42.9%) individu dari sampel ini
mempunyai pengalaman berkerja kurang 3 tahun, dan tiga puluh lapan perpuluhan satu
(38.1%) berpengalaman selama 3 -10 tahun. Dari jumlah 21 responden 19 mempunyai
kelayakan akademik sarjana muda dan 2 berkelayakan Sarjana.

Jadual 4.1: Pengalaman dan kelayakan akademik

Frekuensi %

Pengalaman Kerja Kurang 3 tahun 9 42.9

3-10 tahun 8 38.1

Lebih 10 tahun 4 19

Kelayakan Akademik Sarjana 2 9.5

Sarjana Muda 19 90.5

Data Jadual 4.2 menunjukkan 16 responden dari sampel ini adalah dalam bidang
Rekabentuk Industri, 7 responden dalam bidang Senibina, 10 Seni Kraf , 6 Rekabentuk
Perabot, 5 Teknologi kayu dan 3 Grafik Multimedia. Data menunjukkan 7 individu dari
sampel ini mempunyai kelayakan pelbagai bidang lain.

220

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Jadual 4.2: Bidang dan kelayakan

Frekuensi %
29.6
BIDANG KELAYAKAN R/B Industri 16 13
18.5
Senibina 7 11.1
9.3
Seni Kraf 10 5.6
12.9
R/B Perabot 6

Teknologi Kayu 5

Grafik Multimedia 3

Lain-lain 7

4.2.2 Tahap hasil pembelajaran Rekabentuk Kraf Berbantu CAD.

Bahagian ini mengutarakan isu berkaitan Sasaran Program dan Hasil PLO untuk
Diploma Rekabentuk Kraf berbantu CAD. Bahagian ini memerlukan pendapat
responden tentang kebolehan perlu ada pada graduan program ini dari segi domain
psaikomotor / kognitif dan afektif (ordinal).

Domain Psaikomotor/ Kognitif
Graduan seharusnya mempunyai kebolehan mengguna perisian dan mengendali
komputer. (71.4%) responen sangat bersetuju yang graduan perlu ada domain kognitif
kedua-dua ini dan 28.6% ‘bersetuju’, menjadikan ianya seratus peratus (100%) sangat
penting ditekankan bagi kedua-dua variable ini.
Sementara (66.7%), (33.3%) ‘setuju’ graduan boleh mengendalikan peralatan asas. Ini
juga menjadikan ianya seratus (100%) penting ditekankan.

Domain Afektif
Responden berpendapat 6 variable ini (penyelesaian masalah, mengaplikasi kemahiran
merekabentuk, berkomunikasi dengan berkesan, bekerja secara berpasukan, berupaya
mengetuai pasukan kerja, dan keupayaan berfikir secara kreatif) menjadi penting dengan
jumlah kedua-duanya membawa seratus (100%) ‘Sangat Bersetuju’ dan ‘Bersetuju’.
Kecuali ‘berkerja secara individu’ responden memberi pendapat yang pelbagai (Jadual
4.3).

Jadual 4.3: Pelbagai pendapat tentang bekerja secara individu
Bekerja Secara Individu

Frekuensi Peratus

Tidak Setuju 3 14.3

Tidak Pasti 1 4.8

Setuju 5 23.8

Sangat Bersetuju 12 57.1

Jumlah 21 100.0

221

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

4.3 Sampel Industri

Demografi industri.
Data kajiselidik ini telah dikumpul dari Melaka, Shah alam dan Perusahaan di daerah
Besut (n = 12).

Bahagian A (4 variables) menguatarakan isu berkenaan profil syarikat: jenis organisasi/
industri (nominal, 4 kategori), bilangan pekerja (skala), lama syarikat beroperasi (skala),
dan bidang utama perniagaan syarikat (nominal, 10 kategori).

Jadual 4.4 menunjukkan industri tempatan adalah responden terbesar iaitu (41.7%).
Saiz syarikat ditunjukkan oleh bilangan pekerja sebagai indikator. Ini dapat dilihat
dalam Jadual 4.5 bahawa peratus terbesar sampel iaitu (55.3%) mempunyai bilangan
pekerja antara 101-1000. Secara terperinci pula taburan bilangan pekerja mengikut
syarikat boleh dilihat dalam jadual 4.5. Data dalam Jadual 4.6 menunjukkan (52.6%)
syarikat beroperasi antara 5-10 tahun.

Jadual 4.4: Jenis organisasi

Jenis industri Frekuensi Peratus
16.7
Industri antarabangsa 2 41.7
33.3
Industri tempatan 5 8.3
100.0
IKS 4

Sektor Kerajaan 1

Jumlah 12

Jadual 4.5: Saiz syarikat

Bilangan Pekerja Frekuensi Peratus
21.1
Kurang 10 orang 8 23.7
55.3
10-100 orang 9 100.0

101-1000 21

Jumlah 38

Jadual 4.6: Jangka masa syarikat beroperasi

Lama syarikat beroperasi Frekuensi Peratus

3-5 tahun 12 31.6

5-10 tahun 20 52.6

Lebihn dari 10 tahun 6 15.8

Total 38 100.0

222

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

4.3.1 Tahap keperluan industri terhadap kraf berbantu CAD.

Bahagian B (6 variable): pengetahuan asas rekabentuk grafik dan media baru yang
diperlukan oleh syarikat (nominal, 7 kategori), jenis pekerja diperlukan (nominal, 5
kategori), pendapat tentang kesesuaian lulusan program berkerja di syarikat (nominal,
2 kategori) gaji yang ditawarkan (ratio), bilangan jawatan yang boleh diisi oleh lulusan
(ratio) dan bidang tugas yang relevan kepada lulusan (nominal, 6 kategori). Responden
dibenarkan menjawab lebih dari satu jawapan.

Data dalam Jadual 4.7 menunjukkan responden memilih pengetahuan asas diperlukan
oleh pekerja ialah keupayaan kreativiti (81.6%) sebagai paling penting selain
berkerjasama berkumpulan (68.4%).

Sesuatu yang menarik disini ialah, responden tidak menitikberatkan kemahiran
berkomunikasi sebagai penting yang ditunjukkan sebanyak empat puluh tujuh
perpuluhan empat (47.4%).

Jadual 4.7 Pengetahuan asas bidang diperlukan oleh pekerja syarikat

Frekuensi Peratus

Keupayaan Kreativiti 31 81.6

Menyelesaikan Masalah 19 50.0

Kemahiran Rekabentuk Visual 20 52.6

Kemahiran Berkomputer dan CAD 22 57.9

Kemahiran Berkomunikasi 18 47.4

Bekerjasama dalam Kumpulan 26 68.4

Lain-lain 4 10.5

Seterusnya 29 responden melaporkan mereka memerlukan pekerja separa profesional,
27 memilih profesional dan 22 memilih pekerja kemahiran untuk berkerja di syarikat
mereka. Seratus (100%) responden berpendapat pelajar politeknik adalah sesuai
berkerja di organisasi mereka.

Gaji yang sedia ditawarkan kepada lupasan program sebanyak RM 1,500 - RM2,000
dipersetujui ramai iaitu sebanyak (55.3%), diikuti dengan gaji sebanyak RM2,001-
RM2,500 dipersetujui sebanyak (36.8%), dan (7.9%) ‘setuju’ gaji RM 2,500-RM3,000
dibayar kepada lepasan program ini. (84.2%) menyatakan 3-5 jawatan boleh diisi oleh
lulusan program ini.

Seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.8, (65.8%) responden menyatakan pereka kreatif
adalah sangat relevan bekerja di syarikat mereka berbanding jawatan lain.

Jadual 4.8: Pekerjaan / jawatan yang relevan di industri

Frekuensi Peratus

Pengarah Seni 12 31.6

Pereka Kreatif 25 65.8

Editor 3 7.9

Koordinator 6 15.8

Lain-lain 5 13.2

223

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

4.4 Tahap keperluan kandungan kurikulum bidang rekabentuk Kraf berbantu CAD.

Hasil PLO untuk program pengajian ini. Bahagian ini memerlukan pendapat responden
tetang kebolehan perlu ada pada graduan dari segi domain psikomotor, kognitif dan
efektif. Domain psikomotor(3 variable): mengaplikasi pengetahuan perisian dalam
bidang mengaplikasi kemahiran berkomputer dan mengaplikasikan pengetahuan asa
peralatan. Kecenderungan respoden yang positif ditunjukkan dalam jadual 4.9. Domain
afektif (7varian) iaitu menyelesaikan masalah, mengaplikasi kemahiran merekabentuk
komunikasi visual, berkomunikasi berkesan di kalangan komuniti pereka kraf, bekerja
secara individu, bekerja secara berpasukan, berupaya mengetuai pasukan kerja dan
keupayaan berfikir secara kreatif.

Jadual 4.9: Jadual kekerapan domain psaikomotor
Statistics

Mengguna Mahir Boleh
Perisian CAD Mengguna Mengendali
Komputer Peralatan Asas

N Valid 38 38 38

Missing 0 0 0

Mean 4.45 4.53 4.37

Median 5.00 5.00 4.00

Mode 5 5 4a

Std. Deviation .795 .797 .786

a. Multiple modes exist. The smallest value is shown

5.0 DAPATAN

Jadual 5.1 adalah rumusan dapatan kajian berdasarkan objektif yang diringkaskan
dibawah tajuk minat dan kesediaan merangkumi semua ketiga-tiga sampel.

Jadual 5.1: Rumusan dapatan kajian

OBJEKTIF SAMPEL DAPATAN PERATUSAN
KAJIAN 97%
83%
MINAT 81%

Tahap minat pelajar dalam Pelajar
bidang Rekabentuk Kraf Ber- Sekolah
bantu CAD/CAM

Tahap kesediaan pelajar untuk
menyambung di peringkat Di-
ploma Rekabentuk Kraf

Tahap minat pelajar dalam Pro-
gram Rekabentuk Kraf perabot
berbantu CAD

224

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Jadual 5.1 adalah rumusan dapatan kajian berdasarkan objektif yang diringkaskan
dibawah tajuk minat dan kesediaan merangkumi semua ketiga-tiga sampel.

Jadual 5.1: Rumusan dapatan kajian

OBJEKTIF SAMPEL DAPATAN KAJIAN PERATUSAN
97%
MINAT 83%
81%
Tahap minat pelajar dalam bidang Pelajar
Rekabentuk Kraf Berbantu CAD/ Sekolah 71.4% SB
CAM 76.2% SB
85.7% SB
Tahap kesediaan pelajar untuk 85.7% SB
menyambung di peringkat 81% SB
Diploma Rekabentuk Kraf 57.1%
49% SB
Tahap minat pelajar dalam
Program Rekabentuk Kraf perabot
berbantu CAD

KESEDIAAN

Tahap kesediaan pensyarah po- Pensyarah
liteknik dari aspek : Politeknik

• Infrastruktur Kemudahan infrastruktur
yang perlu disediakan
12 item
5 item
1 item

• Peralatan Komputer Macintosh dan
perisian media perlu ada

• Sumber manusia Bersedia melanjutkan
pengajian
Meningkatkan kerjaya
seperti latihan dan kursus.

• Operasi Pensyarah luar separuh
masa

Tahap keperluan industri dalam Industri Keupayaan kreativiti 81.6%
bidang rekabentuk Kraf berbantu Bekerjasama berkumpulan 68.4%
CAD
Tahap kesediaan pelaksanaan Kraf Syarikat faham konsep 28.9% TP
berbantu CAD di Politeknik. Kraf CAD 55.3% S
15.8% SB
10.5% TS
13.2% TP
50.0% S
26.3% SB

Menurut kajian mendapati minat pelajar adalah ditahap tertinggi. Ini menunjukkan
pelajar yang datang dari lulusan Sekolah Menengah adalah penyumbang kepada tahap
minat tertinggi. Hal ini menunjukkan keperluan CAD dalam Rekabentuk Kraf adalah
satu keperluan dengan disokong oleh permintaan industri rekabentuk yang memahami
hasrat peningkatan tenaga mahir mereka yang kreatif dan dapat bekerjasama dalam satu
kumpulan. Manakala pensyarah pula menunjukkan respon dengan menunjukkan minat
untuk meningkatkan operasi P&P terutama peralatan seperti kemudahan komputer,
kemudahan sumber manusia dari segi peningkatan latihan serta kelengkapan

225

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

insfrastruktur. Maka hasil dapatan ini 100% mencapai tahap kehendak objektif yang
telah dirancang sebelum penyelidikan dibuat

6.0 PERBINCANGAN
Kajian dijalankan berdasarkan objektif yang telah ditetapkan kepada tiga skop yang
merangkumi semua sampel. Hasil kajian melihat tahap minat pelajar sekolah adalah
calon yang berpotensi besar mengikut program Kraf ini. Analisa dan dapatan
merangkumi tahap minat dalam Industri Kraf berbantu CAD dikalangan pelajar
sekolah sangat positif. Kebolehan berdaya saing dan kualiti kerja, kebolehpasaran,
memenuhi keperluan industri, kemahiran komunikasi dan kemahiran keusahawanan
sangat diperpersetujui perlu ada pada graduan program ini. Hasil kajian menunjukkan
graduan yang kreatif sangat diperlukan untuk memenuhi keperluan industri selain
boleh berkerjasama dalam kumpulan. Pelajar adalah positif terhadap konsep latihan
di Industri dan mereka bersedia menerima konsep ini. Pensyarah politeknik faham
dan bersetuju dengan konsep latihan industri. Pihak industri faham dan bersedia
dengan pelaksanaan ini. Pensyarah politeknik juga faham dan bersedia dengan
pelaksanaan. Dapatan kajian ini adalah rujukan kepada mana-mana kajian sebelum ini,
menunujukan bahawa kepentingan CAD dalam merekabentuk produk pengeluaran
adalah jaminan kepada peningkatan kualiti sosio ekonomi. Kajian ini juga diharapkan
agar dapat diperluaskan skop kajiannyan terutama dalam pemilihan sampel responden.
Kemungkinan kraf juga diminati oleh golongan peringkat tinggi atau dikalangan
masyarakat yang berpendapatan rendah. Kemunculan pusat R&D di Malaysia juga
harus di perluaskan kajiselidiknya bagi mendapatkan maklum balas industri yang dapat
menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan Kraf.

RUJUKAN

Azhari MD Hashim, shahriman.(2006). Mengenalpasti kesesuian perisiaan CAD
digunapakai di sektor industri dan IPT. Laporan Penyelidikan UiTM Kedah.

Danuri sakijan, M Sabri Mohammad, Hamdan Lias(2004). Kajian tahap kesedaran
penggunaan teknologi computer dikalangan pengusaha-pengusaha batik di Kelantan.
Laporan penyelidikan UiTM Machang, Kelantan.

Somchai, Norhafiz, shariza azwin, wan majdah,Norazlan, Asri.(2014).PNA Program
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk). Kajian
Keperluan Program Baharu. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Jabatan
Pengajian politeknik.

MahfuzZaman.(2016) Analisa Keperluan dalam pembangunan program Kraf di
Politeknik Besut. CDeC Practice. Politeknik Ibrahim Sultan.

Duan, X. R. (2003). Industrial Designs,Mechanical Engineering, Vol.125,No. 9,66-67.
Duan, X. R. (2004). A Model Curriculum for Computer Aided Design (CAD) Associate

Degree Programs. Journal of Industrial Technology, 20(2), 1-9

226

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Hodgson, T. and Fraser, A. (2005). The Impact of Computer Aided Design and
Manufacture (CAD/CAM) on School-based Design Work. D&T Association
International Research Conference 2005. The Design & Technology Association:
Wellesbourne, UK, pp 95-106.

Aede Hatib Bin Musta’, Amal, Ahmad Fairus(2014). Computer Aided Design (Cad):
Peranannya Di Dalam Mereka Bentuk. Universiti Teknologi Malaysia.
http://www.medc.com.my/medc/seminar_medc/fromCD/pdf/35.pdf

Economic Transformation Programme (ETP). Economic Planning Unit &
PEMANDU. Retrieved on March 23, 2011, from http: //www.pemandu.gov.my

227

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN SMART PATTERN DALAM MENDRAF
POLA PAKAIAN DI KALANGAN PELAJAR SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN KOLEJ

KOMUNITI TEMERLOH
Norulaini Binti Mohd Ramly

Kolej Komuniti Temerloh
[email protected]

ABSTRAK
Smart Pattern diilhamkan hasil daripada pemerhatian dan pemasalahan yang dialami oleh
pelajar semasa pembelajaran dan pengajaran (PdP) dijalankan. Hasil daripada pemasalahan
yang dialami oleh pelajar maka terhasillah Smart Pattern. Dengan menggunakan Smart Pattern
pelajar lebih mudah membuat pola bahagian kolar baju kurung, kolar baju teluk belanga, kocek,
kantung kocek, plaket dan fly. Smart Pattern adalah blok pola yang mempunyai saiz standard
yang mana boleh digunakan pada semua saiz S, M, L dan XL. Penggunaan blok yang siap ini
akan membolehkan proses PdP dijalankan dengan lebih mudah dan dapat menjimatkan masa.
Pelajar lebih mudah dan dapat menyiapkan pola dengan sistematik serta teratur. Selain itu,
dengan adanya Smart Pattern ini penggunaan meja pola semasa PDP dijalankan lebih kemas
dan teratur disebabkan blok pola bahagaian kolar, kocek dan plaket adalah bahagian pola kecil
yang seringkali mendapat aduan daripada pelajar berkenaan pola kocek, kolar dan plaket yang
sentiasa hilang. Dengan menggunakan Smart Pattern ini pemudahcara serta penggunaan tanpa
perlu membuat pola lagi. Smart Pattern juga merupakan produk mesra pengguna dan boleh
digunakan oleh sesiapa sahaja bukan sahaja kepada pelajar fesyen tapi kepada orang ramai
seperti tukang jahit, pensyarah jurusan fesyen, pereka fesyen, cutter, pattern maker dan kepada
yang meminati bidang fesyen terutamanya dalam penghasilan pakaian. Smart Pattern diperbuat
daripada perspek yang lutsinar dan boleh dilihat dengan jelas dibahagian bawah semasa proses
menekap pola dijalankan. Berbeza dengan cara sebelum ini pelajar perlu membuat pola setiap
kali hendak menggunakannya. Justeru itu, penggunaan blok pola yang dihasilkan daripada
Smart Pattern amatlah penting penggunaan kepada para pelajar dan boleh digunakan serta
disimpan sampai bila-bila.

1.0 PENGENALAN
Program Sijil Fesyen dan Pakaian merupakan salah satu program yang ditawarkan
di Kolej Komuniti Temerloh. Kursus ini mengandungi empat modul iaitu Modul 1
Asas Pola Pakaian, Modul 2 Pakaian Tradisional Wanita 1 dan Pakaian Kontemporari
Wanita 1, Modul 3 Pakaian Tradisional Wanita 2 dan Pakaian Kontemporari Wanita 2
serta Modul 4 Pakaian Kontemporari Wanita 3 dan Pakaian Lelaki. Objektif program
ini dilaksanakan bagi memberi kemahiran dan kepakaran yang mendalam dalam
menghasilkan pakaian mengikut permintaan industri fesyen di Malaysia. Melalui
pembelajaran dan pengajaran (PdP) ini, pelajar dapat mengenalpasti dan boleh
menghasilkan pola pakaian setelah mempelajari setiap modul yang telah disediakan
dalam Program Sijil Fesyen dan Pakaian

228

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

2.0 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN
Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pelajar program Sijil Fesyen dan Pakaian
dalam memahami cara mendraf pola pakaian adalah disebabkan oleh latar belakang
pencapaian akedamik terdahulu mereka yang berbeza serta kaedah pengajaran yang
berpusatkan pensyarah telah memberi kesan terhadap pembelajaran mereka. Selain
itu, kekangan masa dan ketidaksesuaian bahan rujukan dari segi gambarajah, aktiviti
dan bahasa yang terdapat dipasaran turut mengganggu pelajar dalam menguasai
isi pembelajaran. Oleh itu, Smart Pattern dibina sebagai bahan pembelajaran dan
pengajaran (PdP) bagi program Sijil Fesyen dan Pakaian di
Kolej Komuniti Temerloh. Smart Pattern turut dinilai kesesuaiannya supaya pelajar
dapat belajardengan lebih efektif melalui penggunaan Smart Pattern.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini adalah untuk melihat respon pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian Modul 3 dan 4
untuk:-
i. Menilai keberkesanan dan kesesuaian penggunaan Smart Pattern dalam
menghasilkan pola pakaian.
ii. Menerapkan amalan penjimatan masa, ruang, tempat dan kos dalam penghasilan
pakaian.

4.0 PERSOALAN KAJIAN
i. Adakah penggunaan Smart Pattern memudahkan pelajar mendraf pola pakaian
berbanding dengan kaedah tradisional sebelum ini?
ii. Adakah pelajar dapat menjimatkan masa, ruang, tempat dan kos dalam penghasilan
pakaian?

5.0 SKOP KAJIAN
Kajian ini melibatkan pelajar sesi Julai 2014 Program Sijil Fesyen dan Pakaian Modul
3 dan 4 Kolej Komuniti Temerloh seramai 30 orang. Terdiri daripada 29 orang pelajar
perempuan dan seorang pelajar lelaki yang kebanyakannya berkelulusan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).

229

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

6.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan bagi mengetahui keberkesanan Smart Pattern:
i. Meningkatkan penggunaan alatan yang dapat membantu dalam menyelesaikan

permasalahan pelajar yang lemah di dalam mendraf pola terutamanya bahagian
yang memerlukan ketepatan di dalam penghasilkan pola.
ii. Dapat membantu pelajar dalam menghasilkan pakaian dengan cepat menggunakan
eralatan acuan pola yang siap, mudah, cepat dan menjimatkan masa tanpa perlu
mendraf pola.
iii. Meningkatkan penggunaan alatan yang mudah, ringkas dan efisien dalam mendraf
pola pakaian.
iv. Menerapkan amalan menjimatkan masa, ruang dan penggunaan kertas tanpa perlu
menggunakan kertas lagi.

7.0 KAEDAH KAJIAN

Di dalam kaedah kajian ini, penyelidik akan menggunakan kajian tindakan mengikut
kemmis (1986) dalam pengumpulan data terhadap responden.
1. Fasa Merancang
i. Melakukan soal jawab masalah yang timbul kepada pelajar semasa kelas

menghasilkan pakaian dijalankan.
ii. Melakukan pemerhatian terhadap permasalahan yang timbul.
iii. Melaksanakan sesi perbincangan dua hala antara pensyarah dan pelajar.
iv. Melakukan soal selidik (ujian pra) untuk mengetahui permasalahan yang

dihadapi oleh pelajar di dalam kelas penghasilan pola pakaian dan melihat sejauh
mana keberkesanan penggunaan Smart Pattern yang digunakan oleh pelajar semasa
proses amali menghasilkan pola dan pakaian dijalankan di dalam kelas.
2. Soal selidik (Instrument Kajian)
Soal selidik telah dilaksanakan bagi melihat keberkesanan produk inovasi yang ditelah
dihasilkan dengan menggunaan pendekatan kuantitatif. Dengan adanya instrument
kajian penyelidik boleh melihat keberkesanan produk yang digunakan oleh responden
iaitu pelajar sebelum dan selepas menggunakan Smart Pattern. Penyelidik telah
menggunakan skala kekerapan penilaian bagi membolehkan mengetahui keberkesanan
penggunan produk semasa proses amali di dalam kelas menjahit pakaian. Melalui kaedah
ini, penyelidik dapat menggunakan insturumen soal selidik sebagai pengganti diri untuk
digunakan sebagai pengganti diri dalam mendapatkan tindak balas penggunaan Smart
Pattern (Mohd Sheffie, 1991).
Kajian ini menggunakan soal selidik yang mengandungi 3 bahagian dan dinilai
melalui skala kekerapan penilaian antara (1-5). Bahagian pertama menjurus kepada
penggunaan alatan dan bahan semasa PDP dijalankan di dalam kelas amali mendraf
pola iaitu SFP 3402 (Pakaian Tradisional Wanita 2), SFP 3403 (Pakaian Kptemporari
Wanita 2), SFP 4204 (Pakaian Lelaki) dan SFP 4305 ( Pakaian Kotemporari Wanita 3)
yang mengandungi (11 soalan). Bahagian dua mengandungi (10 soalan) yang berkaitan

230

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

dengan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas yang dilaksanakan di dalam Studio
1, Kolej Komuniti Temerloh dan bahagian 3 adalah pembelajaran di luar kelas yang
terdiri daripada (5 soalan) yang kesemuanya dinilai oleh responden melalui medium
skala kekerapan penilaian
3. Fasa bertindak
i. Melaksanakan proses sebelum dan selepas adanya Smart Pattern untuk melihat

keberkesanan penggunaan produk inovasi semasa kelas amali.
ii. Menggunakan jadual perbandingan untuk membuat penilaian sebelum dan selepas

adanya Smart Pattern.
iii. Menggunakan instrument kajian soal selidik untuk mengetahui keberkesanan

produk inovasi dan keberkesanannya di dalam kelas amali.
4. Fasa memerhati
i. Penyelidik membuat penilaian terhadap penggunaan cara mendraf pola secara

manual semasa kelas amali menghasilkan pola dijalankan.
ii. Pemerhatian dijalankan semasa pelajar menggunakan Smart Pattern di dalam kelas

amali bagi melihat keberkesanann penggunannya.
iii. Membut perbandingan di antara penggunaan sebelum dan selepas adanya Smart

Pattern untuk melihat keberkesanan penggunaan.
iv. Melaksanakan ujian pra terhadap secara manual mendraf pola atu menggunakan

Smart Pattern yang berkesan daripada keberkesanan penjimatan masa, tempat,
kertas dan kekemasan.
v. Menggunakan soal selidik (solan) untuk memastikan keberkesanan penggunaan
Smart Pattern sebagai acuan pola mudah digunakan menggantikan secara manual
sebelum ini.
5. Fasa refleksi
i. Setelah dibuat soal kaji selidik didapati responden (pelajar) memilih penggunaan
Smart Pattern sebagai satu medium baru di dalam kelas amali mendraf pola.
ii. Hasil dapatan mendapati keberkesanan penggunaan produk inovasi Smart Pattern
dapat membantu pelajar dalam menghailkan pakaian dengan cepat, mudah dan
kemas. Selain daripada itu, Smart Pattern dapat meningkat kualiti penghasilan dan
kekemasan pakaian berbanding menggunakan secara manual sebelum ini.

231

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

8.0 KAEDAH ANALISIS DATA
Data dianalisa diperolehi daripada soal selidik di analisis dengan menggunakan
penggunaan Smart Pattern di analisa bagi melihat peningkatan kualiti pembelajaran
dan pengajaran semasa melaksanakan kelas amali mendraf pola dengan menggunakan
Ms. Excel version 2013. Penyelidik menggunakan analisis yang menerangkan data
dengan menggunakan jadual dan graf. Kajian ini menggunakan taburan skala kekerapan
penilaian mengikut jawapan pelajar memberi markah (1-5) bagi menerangkan persoalan
kajian penggunaan smart ruler sebelum dan selepas adanya penggunaan Smart Pattern
yang dikemukakan serta melihat kepada perbandingan markah skala kekerapan
penilaian penggunaan smart ruler kepada pelajar sebelum dan selepas implimentasi.

9.0 DAPATAN KAJIAN
9.1) Pemerhatian
Pemerhatian ini dilakukan sebelum dan selepas implimentasi Smart Pattern kepada
pelajar. Melalui pemerhatian pensyarah di dalam kelas mendapati beberapa perilaku
pelajar semasa kelas amali mendraf pola sebelum adanya Smart Pattern:
1. Pelajar memerlukan pemantaun sepenuhnya daripada pensyarah semasa kelas
mendraf pola.
2. Pelajar seringkali meninggalkan latan mendraf pola dirumah menyebabkan PDP
tidak dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.
3. Pelajar yang lemah manghadapi masalah dalam menyelesaikan tugasannya dirumah.
4. Seringkali terjadi pelajar membuat kesalahan di dalam membuat pola kolar,
tetulang, fly seluar dan poket. Walaupun saiz pola ini kecil namun kesan kepada
penghasilan pakaian sangat besar memandangkan bahagian tersebut menjadi fokus
pada pakaian yang siap.
5. Pelajar juga selalu terlupa membawa pola yang telah siap didraf dirumah ke kelas
amali.
Selepas implimentasi smart ruler di dalam kelas mendraf pola:
1. Pelajar mudah membawa Smart Pattern memandangkan ianya ringan dan mudah
dibawa kemana sahaja.
2. Pelajar dapat membuat pola dengan mudah dan cepat menggunakan Smart Pattern
tanpa perlu melalui proses mendraf pola terlebih dahulu.
3. Memudahkan proses PDP di dalam kelas amali menghasilkan pola.
4. Pelajar dapat menjimatkan kos penggunaan kertas minyak dan box board untuk
menghasilkan pola.
5. Pelajar dapat menyiapkan kerja-kerja menjahit dengan tepat menggunakan Smart
Pattern disebabkan saiz acuan yang tepat dan mudah ditekap.

232

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

9.2 Analisis data soal selidik

Soal selidik yang dijalankan sebelum implimentasi Smart Pattern ini terbahagi
kepada 3 skop utama iaitu dari aspek penggunaan bahan, pembelajaran dan pengajaran
di dalam kelas amali dan pembelajaran di luar kelas. Jadual 9.1 menunjukkan hasil
kekerapan jawapan sebelum dan selepas menggunakan skala kekerapan penilaian bagi
soal selidik yang dilakukan sebelum dan selepas implimentasi Smart Pattern di dalam
kelas amali menghasilkan pola serta penghasilan pakaian.

10.2.1 Analisis data soal selidik sebelum implimentasi Smart Pattern

Didapati hasil dapatan melalui soal selidik yang digunakan oleh
penyelidik untuk melihat mendraf pola secara manual sebelum adanya Smart Pattern
markah penilaian skala 5 markah untuk saya mudah mendapatkan dan mempelajari
menggunakan alatan dan peralatan membuat pola sendiri mendapat penilaian seramai 22
orang pelajar serta diikuti oleh oleh skala kekerapan penilaian pensyarah menerangkan
bahan-bahan yang digunakan di dalam mendraf pola iaitu skala 4 markan seramai 20
orang pelajar. Seterusnya, skala kekerapan penilaian 4 markah yang ketiga tertinggi
seramai 18 orang pelajar terdiri daripada skala saya mengetahui bahan-bahan yang
digunakan di dalam menghasilkan pola, saya mengetahui bahan-bahan yang digunakan
di dalam menghasilkan pola serta saya boleh mendapatkan dimana-mana sahaja alatan
mendraf pola.

Bagi skala penilaian skop kedua pula, seramai 25 orang pelajar membuat penilaian
bagai 4 markah untuk mudah bagi saya menyiapkan pola dengan menyiapkan pola
dengan menggunakan peralatan mendraf pola tanpa pemantauan daripada pensyarah.
Kemudian diikuti oleh skala kekerapan 5 markah dari pengajaran pensyarah di
dalam kelas lebih interaktif dan berkesan serta pensyarah banyak berkongsi cara-cara
penggunaan peralatan PDP di dalam kelas seramai 20 orang pelajar. 16 orang pelajar
memilih skala kekerapan penilaian 5 markah untuk saya boleh membuat latihan sendiri
tanpa pantauan daripada pensyarah.

Dalam skop pembelajaran di luar kelas pula, 20 orang pelajar membuat skala kekerapan
penilaian untuk 5 markah bagi saya suka membuat kerja amali mendraf pola bersama-
sama rakan saya. Seterusnya diikuti 15 orang pelajar untuk skala kekerapan penilaian 4
markah bagi saya boleh menggunakan alatan membuat pola dengan sendiri dan juga
saya suka mendraf pola di rumah berbanding di dalam studio fesyen di kolej. Daripada
keseluruhannya boleh dirumuskan bhawa pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian menghadapi
masalah melaksanakan tugasan yang diberikan oleh penyarah di sisi pembelajaran di
luar kelas.

233

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

10.2.2 Analisis data selepas implimentasi Smart Pattern di dalam kelas mendraf
pola
Setelah membuat analisis data soal selidik selepas implimentasi Smart Pattern yang
diberikan kepada responden didapati Smart Pattern dapat membantu pensyarah dan
pelajar dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa PDP. Antaranya di dalam
penghasilan pola pakaian yang menjadi nadi utama untuk menghasilkan pakaian.
Selepas menggunakan Smart Pattern kadar peningkatan penghasilan pakaian seperti
kekemasan semakin baik dan menjimatkan masa. Di dalam 3 skop utama bagai alatan
dan peralatan didapati seramai 30 orang pelajar telah memberi 5 markah bagi penilaian
untuk saya mudah menggunakan peralatan mendraf pola, saya rasa penggunaan
peralatan mendraf pola perlu dipermudahkan bentuk dan saiznya serta saya dapat
menggunakan peralatan mendraf pola dengan cepat, mudah dan efisien. Kemudian
diikuti pula oleh saya mahir menggunakan mendraf pola di bahagian kolar, poket, fly
dan tetulang seramai 29 orang pelajar memberikan 5 markah.
Bagi aspek kedua iaitu pembelajaran dalam kelas amali mendraf pola pula, terdapat 3
skop mendapat penilaian penuh 5 markah oleh kesemua responden 30 orang pelajar
yang menggunakn Smart Pattern antaranya saya dapat memahami penggunaan
peralatan mendraf pola dengan mudah, saya dapat menggunakan peralatan pola dengan
cepat dan juga cara pembelajaran mendraf dan menghasilkan pola lebih menarik minat
saya. Seramai 29 orang pelajar memberi penilaian 5 markah untuk skala kekerapan
bagi item pengajaran pensyarah di dalam kelas lebih interakrif dan berkesan serta
proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas lebih sistematik dan efisien. Skala
kekerapan penilaian 5 markah juga seterusnya dinilai seramai 28 orang pelajar bagi
item penggunaan peralatan mendraf pola yang berlainan fungsi dan saiz melambatkan
saya untuk proses mendraf pola dengan cepat dan diikuti seramai 27 orang pelajar
mudah bagi saya menyiapakan pola dengan menggunakan peralatan mendraf pola
tanpa pemantauan daripada pensyarah serta diikuti oleh saya mudah membuat dan
menghasilkan pola.
Dalam aspek pembelajaran di luar kelas pula, 30 orang pelajar telah bersetuju
memberikan skala penilaian yang penuh 5 markah kepada saya boleh menggunakan
alatan membuat pola dengan sendiri, 29 orang pelajar untuk saya boleh mendraf pola
di rumah dengan menggunakan nota pensyarah bekalkan dan diikuti oleh 28 orang
pelajar untuk saya boleh membuat latihan sendiri mendraf pola tanpa pemantauan dari
pensyarah bersetuju untuk memilih skala kekerapan penilaian mengikut soal selidik
menggunakan skala kekerapan penilaian (1-5). Keseluruhannya penyelidik mendapati
seramai 30 orang pelajar bersetuju penggunaan Smart Pattern dapat membantu mereka
di dalam penghasilan baju dan memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran di
dalam kelas amali dan di luar kelas amali.

234

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

10.3 Analisis data dari aspek penilaian prestasi sampel responden

235

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Rajah 9.2 Graf perbandingan skala kekerapan penilaian sebelum dan selepas.
Rajah 9.2 di atas menunjukkan perbandingan penilaian sebelum dan selepas
implimentasi penggunaan Smart Pattern oleh 30 orang pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian.
Ini menunjukkan selepas penggunaan Smart Pattern perbandingan keberkesanan dilihat
dengan jelas melalui jadual skala kekerapan penilaian dan juga graf perbandingan yang
digunakan. Penggunaan Smart Pattern dapat membantu pelajar dalam menjimatkan
masa, tenaga, alatan dan bahan untuk menghasilkan sehelai pakaian.
11.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Hasil dapatan kajian yang telah dibuat menggunakan pemerhatian, ujian pra dan soal
selidik mendapati penggunaan Smart Pattern dapat memberi manfaat dan kebaikan
kepada pensyarah, pelajar dan juga orang ramai yang menggunaan Smart Pattern
sebagai satu medium baru di dalam alatan mendraf pola. Selain daripada itu, segala
persoalan dan pengukuhan terhadap penggunaan produk inovasi ini dapat dilihat
keberkesanan penggunaan Smart Pattern. Antara 3 skop utama iaitu alatan dan
peralatan, pembelajaran dalam kelas amali mendraf pola dan pembelajaran di luar kelas
boleh dirumuskan bahawa:
a. Smart Pattern dapat meningkatkan tahap penghasilan pakaian yang kemas, cepat

dan mudah dengan menggunakan alatan acuan pola siap.
b. Dapatmeningkatkantahapkemahirandidalampenghasilanpakaianmemnggunakan

cara yang lebih inovatif dan efisien.
c. Merupakan satu medium baru di dalam PDP yang mana dapat membantu pensyarah

dan pelajar di dalam menghasilakan pola dengan mudah.
d. Menerapkan pengurangan kos bahan seperti kertas, masking tape, gam, pensil dan

pemadam di dalam penghasilan pola di sesi pembelajaran dan pengajaran semasa di
dalam kelas amali dan pembelajaran di luar kelas.

236

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

12.0 CADANGAN
Cadangan untuk kajian ini seterusnya untuk menambah kebaikan kepada penggunaan
Smart Pattern ialah dengan membuat promosi memperkenalkan Smart Pattern kepada
semua pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Temerloh dan juga kolej-kolej
lain.
i. kajian ini boleh melibatkan kelas-kelas lain untuk Program Fesyan dan Pakaian
dan juga kepada kolej-kolej lain untuk melihat skop yang lebih besar lagi di dalam
penggunaan produk inovasi untuk peralatan mendraf pola yang baru.
ii. kajian ini dapat menghasilkan satu tranformasi di dalam alatan pemudahcara untuk
menghasilkan pakaian tanpa perlu membuat pola dan dapat menjimatkan masa,
tenaga, kertas minyak, pensil, gam dan memudahkan penghasilan pakaian dengan
menggunakan acuan membuat pola.
iii. dan kajian juga boleh melibatkan pengguna luar yang bukan terdiri daripada
pelajar Kolej Komuniti sahaja untuk melihat keberkesanan penggunaan peralatan
mendraf pola dengan menggunakan Smart Pattern yang telah diperbaharui dan
dipermudahkan daripada bentuk, saiz dan juga kegunaanya.

RUJUKAN
Kolej Komuniti Pasir Mas (2014) . Prosiding Seminar Pengajian Zon Timur
Abdul Aziz (1993). Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Proses Pengajaran dan

Pembelajaran Kejuruteraan Awam di Politeknik-politeknik Malaysia. Satu tinjauan.
UTM: Tesis Ijazah Sarjana Muda.
Atan Long (1998). “Pedagogi Kaedah Am Mengajar”. Petaling Jaya: Armiza Publishing
Sdn. Bhd.
Bity Salwana Alias. (2009). Pembudayaan Kajian Tindakan. Kertas Kerja Seminar
Penyelidikan Kebangsaan 2007. Institut Aminuddin Baki, Pahang, 29 – 31 Julai.
Ng Ying Shya (2004). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru
Teknikal Sekolah Menengah Teknik, Negeri Kedah. Universiti Teknologi Malaysia :
Tesis Sarjana Muda.
Omardin Ashaari (1999). Pengajaran kreatif untuk pembelajaran aktif. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.
Tengku Sarina Aini dan Yusmini (2006). Kaedah Mengajar & Kemahiran Interpersonal
Guru. Kuala Lumpur: Pencetakan Zafar Sdn. Bhd

237

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

KOMPETENSI PELAJAR SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN DALAM KEMAHIRAN
MELUKIS FIGURA

Fara Azeerin Binti A Karim
Kolej Komuniti Temerloh
[email protected]
Farahana Nadhirah Binti Mohamad Nadzar
Kolej Komuniti Temerloh
[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji sebab pelajar yang tidak kompetensi dalam
melukis figura.objektif kajian adalah Mengenal pasti tahap kompentensi pelajar sijil fesyen dan
pakaian dalam melukis figura. mengenalpasti perbezaan faktor luar pelajar tidak mencapai
tahap kompentensi dalam melukis figura serta mengenalpasti perbezaan faktor dalam pelajar
tidak mencapai tahap kompentensi dalam melukis figura.. Sampel kajian dijalankan keatas
pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian semester satu dan semester tiga Kolej Komuniti Temerloh.
Instrumen kajian adalah melalui borang soal selidik untuk menilai kompetensi pelajar dalam
kemahiran melukis figura. Perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 2016
telah digunakan untuk menganalisis data. Pendekatan yang digunakan untuk kajian ini adalah
dalam bentuk kuantitatif. Hasil semoga dengan kajian tinjauan ini dapat membantu pelajar
untuk mencapai tahap kompetensi dalam penguasaan Sijil fesyen dan pakaian.
Kata kunci :kompetensi, Fesyen dan pakaian, lukisan figura

1.0 PENGENALAN

Dalam sesebuah institusi pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran dilihat
sebagai satu medium atau pendorong yang penting bagi mencorakkan modal insan yang
dilahirkan berkualiti dan berkemahiran. Bagi Program fesyen dan Pakaian pelbagai
inisiatif telah diwujudkan bagi menarik minat pelajar untuk menguasai pembelajaran
yang berasaskan kemahiran. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 hingga
2025, lonjakan yang dicadangkan adalah kecemerlangan kerjaya dan pemupukan
bakat pendidikan yang tinggi masyarakat yang belajar sepanjang hayat serta graduan
pendidikan tinggi dan vokasional berkualiti tinggi. Salah satu program Tvet yang
mendapat sambutan adalah Program Sijil Fesyen dan Pakaian. Dalam Program Sijil
Fesyen dan Pakaian pelajar akan belajar cara untuk menghasilkan pakaian. Selain
menghasilkan pakaian, pelajar juga diajar cara untuk melukis figura, rekaan pakaian,
lukisan teknikal pakaian serta motif sulaman dan corak pada fabrikdi dalam modul
ilustrasi fesyen. Pelajar Fesyen seharusnya perlu menguasai semua pembelajaran yang
mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi dan mempunyai ilmu pengetahuan yang luas
serta jati diri dan identiti sebagai pelajar yang berkemahiran seiring dengan permintaan
dan keperluan industri masa kini. Dalam ucapan sempena Hari Guru yang bertemakan
“Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”, Menteri Pendidikan
Malaysia, Tan Sri Dato` Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin (2012), menekankan guru
berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan

238

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

pembelajaran tetapi sentiasa berfikir diluar kotak untuk mencari kaedah dan pendekatan
baru yang lebih berkesan dengan keutamaan objektif pengajaran dapat dicapai.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kajian ini dijalankan semasa sesi pembelajaran di dalam kelas, pelajar yang lemah
dan tidak mempunyai kemahiran dalam melukis akan mengalami masalah dalam
menyiapkan tugasan terutama dalam modul ilustrasi fesyen. Melalui permasalahan yang
terjadi kajian dibuat untuk mengenalpasti tahap kompentensi pelajar fesyen dan pakaian
dalam kemahiran melukis figura di Kolej Komuniti Temerloh di dalam pembelajaran
modul ilustrasi fesyen bagi Program Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Temerloh.
Ini mendorong penyelidik melakukan pemerhatian ke atas pelajar dan mendapati
bahawa masalah utama yang dihadapi pelajar adalah sukar untuk menyiapkan tugasan
mengikut masa yang ditetapkan. Ini sedikit sebanyak memberi impak dan kesan semasa
proses (PdP) dijalankan di dalam kelas.
Justeru itu pelajar juga merasakan bahawa mereka tidak begitu efisien di dalam
pembelajaran dan pengajaran kelas ilustrasi fesyen. Kebanyakkan pelajar yang tiada
kemahiran dan bakat dalam melukis menggunakan kaedah-kaedah lama yang diajar
oleh pensyarah. Hasil tugasan pelajar yang tidak kemas dan jelas merupakan kelemahan
bagi pelajar yang tiada kemahiran dalam melukis. Hasil kerja juga tidak mencapai
tahap skala tertinggi pemarkahan akan mengakibatkan markah penilaian rendah dan
penguasaan pelajar terhadap melukis atau melakar tidak mencapai tahap dan objektif
pembelajaran.
Didalam kelas ilustrasi fesyen pensyarah lebih mengalakkan pelajar menggunakan
kaedah lama seperti menekap sampel yang siap untuk menyiapkan tugasan mereka
supaya lebih cepat dan mudah. Daripada permasalahan dihadapi di dalam kelas
penyelidik telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian dengan mengenalpasti
faktor-faktor pelajar tidak mencapai kompetensi dalam kursus ilustrasi fesyen
berdasarkan permasalahan. Penyelidik menjalankan kajian ini bagi mengatasi masalah
tersebut. Banyak kajian melaporkan bahawa pelajar yang berjaya adalah mereka yang
bergiat aktif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Hartman dan Virginia,
1995; Dewer d Tammy, 1996;).

3.0 PENYATAAN MASALAH

Daripada pemerhatian pengkaji sewaktu kelas Ilustrasi Fesyen dan senireka Fesyen Di
Kolej Komuniti Temerloh, Terdapata segelintir pelajar berhadapan dengan masalah
tidak kompetensi dalam melukis. Berdasarkan permasalahan yang dihadapi bagi pelajar
Sijil Fesyen dan pakaian yang tidak mencapai tahap kompetensi dalam melukis figura
akan memberi impak negatif dari segi pemarkahan dan prestasi pelajar. Pensyarah
perlu memainkan peranan yang besar bagi menarik minat pelajar. Menurut Kartiman
(1995), guru terpaksa membuat persediaan yang banyak dari segi pembacaan dan
menyediakan alat bantu mengajar yang telah membebankan tugas guru dan tugasan ini
yang menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

239

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

Diantara permasalahan yang dihadapi oleh pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian adalah
kebanyakkan pelajar fesyen tidak pandai melukis. Ini kerana system pengambilan
pelajar bagi bidang Fesyen dan Pakaian tidak meletakkan syarat kelayakkan dalam
matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Seperti yang kita ketahui, pelajar Fesyen di
lain-lain institusi pengajian tinggi meletakkan syarat kelayakkan sekurang-kurangnya
B dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Ini sedikit sebanyak mempengaruhi
minat dan bakat pelajar. Permasalahan kedua ialah Pelajar tiada asas kemahiran dalam
melukis. Ini dapat dikaitkan dengan bakat pelajar sendiri. Melukis merupakan satu
bakat atau anugerah kepada seseorang. Jika pelajar tiada kemahiran melukis, kesannya
dapat dilihat kepada hasil tugasan pelajar. Pelajar tidak dapat menyiapkan tugasan
yang diberikan dengan kemas. Teori pendidikan menjurus ke arah paradigma yang
lebih mencabar dan berpusatkan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis serta
menyelesaikan masalah (Bates, 2000). Akhir sekali permasalahan yang bole kita lihat
adalah dari segi minat pelajar. Pelajar yang tidak mempunyai minat dalam melukis
akan mempengaruhi pelajar untuk menghadiri kelas Ilustrasi Fesyen dan Senireka
Fesyen. Para pelajar yang tiada minat dalam melukis juga akan memberi masalah
kepada para pensyarah untuk memberi tugasan. Kebanyakkan pelajar yang tiada
minat dalam melukis hanya dapat memberi tumpuan kepada kursus jahitan sahaja.
Ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi markah penilaian pelajar. Menurut Chua
Yock Chuan (2001) berpendapat motivasi dan minat serta semangat baharu akan
diperolehi dengan pengisian pembelajaran yang positif dan konkrit untuk merangsang
minda pelajar. Peranan guru dalam kelas adalah untuk memastikan pelajar sentiasa
berminat untuk mengikuti pembelajaran seperti yang dinyatakan oleh Che Mansor
Che Tom (2000). Menurut Hidhir Ismail dan Mat Jizat Abdol (2004), guru masa kini
gemar menggunakan pendekatan pengajaran cara tradisional. Ini menyebabkan PdP
menjadi tidak menyeronokkan dan membosankan. Justeru itu, amat wajarlah kajian ini
dijalankan untuk emlihat faktor para pelajar fesyen tidak kompetensi dalam melukis
figura
4.0 OBJEKTIF
Secara umumnya kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap kompentensi pelajar
fesyen dan pakaian dalam kemahiran melukis figura di Kolej Komuniti Temerloh.
Secara khususnya kajian bertujuan untuk:
i. Menentukan tahap kompentensi pelajar sijil fesyen dan pakaian dalam melukis

figura.
ii. Mengenalpasti perbezaan faktor luar pelajar tidak mencapai tahap kompentensi

dalam melukis figura bagi kelas SFP1 dan SFP 3.
iii. Mengenalpasti perbezaan faktor dalam pelajar tidak mencapai tahap kompentensi

dalam melukis figura bagi kelas SFP1 dan SFP 3.

240

Seminar Pembentangan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Pahang 2017 (SEPINO’17)

5.0 PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut:
i. Apakah tahap pelajar tidak kompetensi dalam melukis figura?
ii. Apakah perbezaan faktor luar pelajar tidak mencapai tahap kompetensi dalam
melukis figura bagi kelas SFP1 dan SFP 3?
iii. Apakah perbezaan faktor dalam pelajar tidak mencapai tahap kompetensi dalam
melukis figura bagi kelas SFP1 dan SFP 3?

6.0 SKOP KAJIAN
Skop kajian dijalankan kepada pelajar Sijil Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti
Temerloh. Pelajar tersebut akan disaring berdasarkan hasil pemerhatian. Seramai 30
orang responden telah dipilih sebagai sampel kajian daripada pelajar sijil Fesyen dan
Pakaian bagi sesi Mac 2017. Penentuan saiz sampel ini adalah berdasarkan sampel
bertujuan. Pengambilan sampel ini bertujuan keatas penelitian, kemahiran ilmiah serta
kekangan waktu PdP, sehingga tidak dapat mengambil sampel yang besar dan jauh.
Kajian ini melibatkan pelajar semester satu dan tiga. Berumur dalam linkungan 18
hingga 21 tahun ke atas. Kebanyakkan mereka adalah pelajar lepasan SPM dan kajian
melibatkan pelajar yang menjalani kelas amali iaitu Ilustrasi Fesyen dan Senireka Fesyen
(SFP 1302 dan SFP 3102).

7.0 METADOLOGI KAJIAN
7.1 Rekabentuk Kajian
Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian tinjauan (survey research) yang
melibatkan pengumpulan maklumat daripada responden melalui kaji selidik.
Responden akan diberi masa yang secukupnya untuk menjawab soalan soal selidik
yang diberikan kepadanya. Pendekatan yang digunakan untuk kajian ini adalah dalam
bentuk kuantitatif.

7.2 Sampel
Kajian melibatkan pelajar Sijil Fesyen dan pakaian kolej komuniti Temerloh bagi bagi
sesi Mac 2017.Lokasi dijalankan di kolej Komuniti Temerloh. sampel kajian daripada 30
orang pelajar sijil Fesyen dan Pakaian. Sampel ini adalah berdasarkan sampel bertujuan
dimana kesemua pelajar yang mendaftar kursus SFP1032 Ilustrasi fesyen bagi sesi Mac
2017.

241


Click to View FlipBook Version