Jadual 4 : Kekerapan dan peratusan penerimaan pakar dari aspek interaktiviti laman web
Kekerapan Peratus
Item Pernyataan Penerimaan
Ya Tidak (%)
1 Opsyen pada menu berfungsi dengan baik 11 50
2 Video berfungsi dengan baik 20 100
3 Pangkalan data berjaya diakses dengan baik 20 100
4 Laman web mudah dikendalikan 20 100
5 Setiap pautan dapat berfungsi dengan baik 11 50
6 Log keluar berfungsi dengan baik 20 100
Jadual 4
Berdasarkan Jadual 4, hasil daripada analisis interaktiviti laman web dalam
pembangunan laman web Klinik Dr Hannani ini, bagi item Opsyen pada menu berfungsi
dengan baik dan item Setiap pautan dapat berfungsi dengan baik , purata bagi pakar yang
bersetuju dan tidak bersetuju adalah sama iaitu 50% . Manakalan bagi item Video berfungsi
dengan baik, Pangkalan data berjaya diakses dengan baik , Laman web mudah dikendalikan,
Log keluar berfungsi dengan baik , semua pakar bersetuju dengan semua item tersebut dengan
peratusan pada keempat-empat item tersebut ialah 100%.
Komen dan cadangan oleh pakar
Berdasarkan kepada hasil penilaian yang dibuat oleh kedua-dua pakar. Komen untuk pakar
yang pertama adalah kesesuaian menggunakan logo sebagai link perlu diubahsuai semula,
maklum balas pada halaman “hubungi” tidak bersesuaian, layout yang digunakan adalah
bersesuaian dan cadangannya adalah gunakan button atau teks link untuk login admin, perlu
sediakan ruang di mana-mana halaman untuk pengunjung yang telah mengunjung
memberikan maklum balas kepada perkhidmatan yang diberikan.
Bagi pakar yang kedua pula memberi komen iaitu tentukan saiz gambar yang boleh di
upload supaya kualiti gambar lebih baik apabila dipaparkan dan video perlu berfungsi dengan
baik..
ANALISIS PENGGUNA
Bahagian A : Demografi Pengguna
Jantina Lelaki 40% Perempuan 60%
2 3
Rajah 1: Jantina Responden
Kajian ini melibatkan 5 orang responden yang terdiri daripada 40% responden lelaki dan 60%
responden perempuan. Daripada kajian ini digambarkan bahawa bilangan responden
perempuan mendominasi bilangan responden lelaki kerana responden yang dipilih adalah
didominasi oleh pengguna perempuan.
Umur Frekuensi Peratus (%)
25 Tahun ke bawah
3 60
26 - 35
36 – 45 2 40
45 Tahun ke atas 00
00
Rajah 2: Umur Responden
Rajah 2 menunjukkan umur responden untuk kajian ini. Ruang untuk pilihan umur ialah
pilihan umur dari 25 tahun ke bawah, 26 hingga 35 tahun, 36 hingga 45 tahun dan juga 45
tahun ke atas. Umur responden pengguna adalah Antara 25 tahun hingga 45 tahun. Seramai
60% responden 25 tahun ke bawah. Manakala pilihan umur Antara 26 hingga 35 tahun
seramai 40%.
Frekuensi Peratus (%)
Melayu 5 100
India
Cina 00
00
Rajah 3: Bangsa Responden
Responden kesemuanya adalah berbangsa Melayu sebanyak 100%. Tiada resoponden dari
bangsa India dan Cina.
Bahagian B : Isi Kandungan
Jadual 5: Kekerapan dan peratusan penerimaan pakar dari segi aspek reka bentuk
Kekerapan Peratus
Item Pernyataan Penerimaan
Ya Tidak
(%)
1 Maklumat di dalam laman web ini adalah jelas 50 100
Laman web ini memudahkan pengguna untuk 50 100
2 41 80
41 80
memasukkan maklum balas pengguna
3 Paparan program mudah dibaca
Maklumat program dinyatakan dengan jelas
4
5 Gambar program di laman web ini menarik 41 80
6 Jenis-jenis perkhidmatan dipaparkan dengan jelas 4 1 80
7 Harga setiap rawatan dinyatakan dengan jelas 50 100
Video mengenai maklumat Klinik Dr. Hannani 14 20
8
adalah jelas
Jadual
Berdasarkan Jadual 5, hasil daripada analisis isi kandungan laman web dalam pembangunan
laman web Klinik Dr. Hannani ini, bagi item maklumat yang ada terdapat laman web adalah
jelas, kesemua responden bersetuju dengan item tersebut dan peratusan persetujuan ialah
sebanyak 100%. Bagi item laman web memudahkan pengguna untuk memasukkan maklum
balas, kesemua responden bersetuju dengan peratusan sebanyak 100%. Manakala bagi item
paparan program mudah dibaca, maklumat yang dipaparkan jelas, gambar program di lama
web menarik dan item jenis-jenis perkhidmatan dipaparkan dengan jelas, hanya mendapat
peratusan persetujuan sebanyak 80% dengan kekerapan seramai 4 orang. Selain itu, bagi item
harga setiap rawatan yang dinyatakan di dalam laman web, kekerapan responden yang
bersetuju ialah seramai 5 orang dengan peratusannya ialah 100%. Bagi item yang terakhir
untuk analisis isi kandungan laman web, kekerapan responden yang tidak bersetuju dengan
item tersebut ialah seramai 4 orang dengan peratusan 80%. Hanya mendapat 1 kekerapan
yang bersetuju dengan video mengenai Klinik klien adalah jelas dengan peratusan sebanyak
20%.
Bahagian C : Komen dan Cadangan
Berdasarkan komen dan cadangan yang dinyatakan oleh pengguna ketika melayari laman web
ini, responden memberikan komen mengenai perkhidmatan tidak dinyatakan dengan
penerangan yang terperinci secara jelas serta video yang dipaparkan tidak memaparkan
maklumat mengenai Klinik dalam bentuk tulisan. Manakala cadangan yang diberikan oleh
responden ialah perlu membuat penambahbaikan dalam penambahan maklumat di dalam
perkhidmatan , menjelaskan gambar program yang dipaparkan di bahagian program serta
memperbanyakkan penggunaan grafik, paparan program dan memasukkan teks di dalam
video.
MANUAL PENGGUNA
LAMAN WEB KLINIK DR HANNANI
MANUAL PENGGUNA (ADMIN)
1. Menu log masuk admin
I. Masukkan username admin
II. Masukkan password
III. Tekan butang masuk untuk log masuk
2. Menu tambah program
VI. Masukkan nama program
V. Masukkan tarikh program
IV. Masukkan maklumat
program
III. Masukkan gambar program II. Tekan butang upload untuk
tambah program
I. Tekan butang log keluar
untuk keluar
LOG MANUAL PENGGUNA (ADMIN)
1. Tekan pada “Admin”
2. Masukkan username
3. Masukkan password
4. Klik butang “Masuk”
5. Masukkan nama program
6. Masukkan tarikh program
7. Isikan maklumat program
8. Tekan butang “Choose File” jika ingin masukkan gambar
9. Kemudian tekan “Upload”
10. Kemudian tekan butang “Log Keluar” apabila telah selesai
LOG MANUAL PENGGUNA (PELANGGAN)
1. Klik pada butang “Laman” untuk mengetahui waktu operasi Klinik Hannani
2. Klik pada “Tentang Kami” jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Klinik Hannani
3. Klik pada “Perkhidmatan” jika ingin mengetahui mengenai jenis-jenis perkhidmatan
yang disediakan di Klinik Hannani
4. Klik pada “Program” jika ingin mengetahui program yang telah dijalankan oleh Klinik
Hannani
5. Klik pada “Hubungi Kami” jika ingin mengetahui lokasi serta alamat Klinik Hannani
6. Jika anda ingin memberi sebarang maklumbalas, isikan Nama, Subject serta Komen di
dalam ruangan yang disediakan
7. Kemudian tekan butang “Submit”