The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fyzd95, 2021-12-24 22:03:07

Portfolio SKM

skm siti fatimah

1.0 AGIHAN TUGAS SETIA AHLI KUMPULAN
CARTA ORGANISASI

PENGARAH:

AIMA MUNIRAH BINTI HAJI ABDUL
JALAL

PENGURUS PRODUKSI: VIDEOGRAFER:
MUHAMMAD HAMZAH BIN A SITI HAWALIANA BINTI IBRAHIM

EDITOR: PENULIS SKRIP:
NUR FARZIHAN BINTI MOKHTAR SITI FATIMAH BINTI MD YAZID

1.1 Tugas produksi

a. Pengarah
o Menterjemahkan penulisan skrip kepada visual. Ia melibatkan perancangan lokasi,shot

yang dirakan , cerita , lakonan dan penghayatan serta penceritaan sesebuah filem
o Memelihara kualiti sinematografi dan aspek teknikal
o Melatih para pelakon dan mengarah kea rah persembahan lakonan yang baik
o Merancang dan memantau staf produksi di dalam set, jadual penggambaran dan

memastikan jadual ditepati

b. Pengurus produksi
o Menyediakan kertas kerja
o Mengenal pasti skrip
o Melaporkan perjalanan produksi
o Mengatur perbelanjaan produksi

c. Videografer
o Menentukan shot, kedudukan, sudut dan pergerakkan kamera namun keputusan akhir

ditentukan oleh Pengarah.
o Menetapkan pencahayaan

d. Editor
o Melakukan penyuntingan video

e. Penulis skrip
o Membuat dialog dalam babak
o Merancang babak

2.0 PENGENALAN

Kami telah mendapat tugasan untuk menghasilkan satu filem pendek yang
bertemakan bebas. Tugasan tersebut merupakan projek akhir berkumpulan bagi kursus
Audio dan video BBU30103 . Filem pendek yang telah dihasilkan berdurasi selama…. Hasil
daripada perbincangan kumpulan kami, kami telah menetapkan tema filem pendek tersebut
iaitu bertemakan seram . Filem pendek yang diberi tajuk GANTUNG ini memberi peringatan
dan pengajaran kepada orang ramai mengenai realiti kehidupan masyarakat pada masa kini
yang suka berhutang .GANTUNG mengisahkan seorang gadis yang sering dihantui kejadian
yang menyeramkan kerana suka berhutang dan tidak menghargai orang yang berada
disekelilingnya . Kejadian yang sering dihantui itu berlaku apabila gadis tersebut dilanggar
lari oleh seorang lelaki dan koma seketika .

Bagi memastikan tema filem pendek kami tercapai, kami telah meletakkan watak
sampingan yang memainkan peranan sebagai hantu. Peranan tersebut telah dilakonkan oleh
dua orang yang berperanan untuk memberi peringatan kepada gadis tersebut . Kumpulan
kami juga mengambil pelakon tambahan untuk memainkan watak sampingan yang lain . Di
akhir filem pendek tersebut kami telah membuat satu plot cerita yang mengimbas kembali
waktu untuk memberi tarikan dan persoalan kepada penonton apabila menonton filem
pendek tersebut. Perisian yang digunakan untuk menyunting video ini ialah Sony Vegas 14.0
dan adobe premier

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Berhutang merupakan perkara yang sering berlaku dalam kehidupan masyarakat pada masa
kini. Kos sara hidup yang begitu tinggi menggalakkan perkara ini berlaku tidak kira lapisan
masyarakat . Walaubagaimanapun , terdapat juga individu yang tidak melunaskan hutang
dengan cara yang sepatutnya seperti yang dijanjikan malah terdapat juga individu yang
enggan membayar hutangnya. Oleh itu, kami telah mengambil pendekatan dengan

menghasilkan filem pendek untuk memberi pengajaran dan kesedaran kepada semua
mengenai kepentingan membayar hutang

4.0 OBJEKTIF

Di akhir cerita ini penonton dapat :
1. Mengetahui kesan tidak membayar hutang
2. Mengetahui kesan menyakiti hati dan merendahkan orang lain

Di akhir projek ini kami dapat :
1. Mengetahui kaedah membuat rakaman video dengan baik
2. Mengetahui penggunaan sudut kamera mengikut shot yang bersesuaian dengan
jalan cerita

5.0 SKOP

Penghasilan filem pendek ini sebagai memenuhi kursus projek BBU 30103 iaitu Penerbitan
Audio dan Video Digital. Penggambaran filem pendek ini berdasarkan papan cerita dan skrip
yang telah direka bentuk dan dicipta terlebih awal sebelum memulakan penggambaraan. Kami
telah diberi arahan ataupun tugasan untuk menghasilkan sebuah filem pendek yang bercirikan
seperti berikut:

1. Durasi filem tidak lebih dari 7 minit
2. Filem yang dihasilkan mestilah dalam format .mp4
3. Resolusi 1080 x 720 (25 frame per saat)
4. Footage disunting menggunakan software Sony Vegas, Adobe Primier dan

Filmora
5. Jalan cerita hendaklah merupakan konsep asal diri sendiri
6. Tema jalan cerita tidak boleh menyentuh isu sensitif seperti politik dan

perkauman.
7. Penonton berumur di bawah 13 tahun memerlukan pengawasan dan

bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menonton.

6.0 ANALISA KEPERLUAN

a. Kepentingan Projek
Projek ini dijalankan untuk memenuhi syarat bagi kursus Penerbitan Audio Video Digital bagi
Semester 1 sesi 2018/2019 .Selain itu , kepentingan utama filem pendek yang dihasilkan ini
adalah bertujuan untuk memberi teladan dan pengajaran kepada semua lapisan masyarakat di
luar sana bahawa setiap perkara yang dilakukan sama ada baik atau buruk , pasti akan
mendapat balasan dan ganjaran yang setimpal sesuai dengan tindakan perilaku kita. Filem
pendek ini juga meberi kesedaran kepada kita bahawa setiap hutang yang kita hutangkan dari
orang lain haruslah dibayar sesuai dengan yang kita hutangkan.

b. Kelemahan Projek
Setiap projek tentulah mempunyai kelemahan yang tersendiri, baik dari segi kepakaran ,
peralatan mahupun komitmen setiap individu . Namun , hal itu berjaya diatasi dengan
sempurna . Antara cabaran yang terpaksa dilalui sepanjang proses penerbitan audio video
tersebut :

Jawatan Cabaran

Pengarah  Sukar mencari sudut kamera yang bersesuaian bagi mendapat rakaman yang cantik dan juga
dari pencahayaan yang sesuai dengan jalan cerita

 Kekurangan peralatan agak mengganggu fokus pengarah bagi mendapatkan kesan yang terbaik

Pegurus Produksi  Bekerjasama dengan pengarah dalam membangunkandan mengembangkan idea untuk
membuat jalan cerita filem pendek

 Sukar mengaturkan jadual rakaman shooting kerana kekangan lain

 Para pelakon mengalami masalah kekangan waktu
 Masalah cuaca agak mengganggu jadual pelakon yang telah ditetapkan

Pelakon  Mengambil masa untuk menghayati sesuatu watak
Penulis Skrip
 Sukar untuk mengekal keaslian skrip
Jurusolek  Dialog sering berubah-ubah
Editor
 Tidak mempunyai bajet yang cukup untuk membeli peralatan alat solek yang bersesuaian
 Sukar menentukan solekan yang agak bersesuaian dengan gambaran.

 Mengalami masalah untuk menginstall perisian editing di komputer masing-masing.
 Cabaran dalam mendapatkan audio video yang baik tanpa gangguan sekeliling

 Sukar mendapatkan sudut kamera yang baik
 Masalah kekurangan ahli yang mana jurukamera dan pelakon membuat dua kerja serentak

Videografer

7.0 METODOLOGI

7.1 Pengenalan Model ADDIE
Terdapat beberapa model rekabentuk instruksional yang sering diguna pakai bagi
menghasilkan sesebuah filem pendek atau penerbitan video audio yang lain seperti model
ADDIE, model Dick & Carey, model Hanafin & Peck, model Knirk & Gustafson, model
Robert Gagne, model Kemp, model ASSURE dan model pembelajaran. Dalam methodologi
ini, fokus utama lebih kepada model ADDIE kerana akan dikaitkan dengan kajian-kajian
lepas tentang keberkesanan penggunaan model ADDIE ini. Model ADDIE mempunyai lima
pembahagian utama iaitu (1) analisis, (2) rekabentuk, (3) pembangunan, (4) implimentasi, dan

(5) penilaian.

1. Analyze
Analisis atau “Analyze” bertujuan untuk mengenalpasti objektif sesuatu penerbitan
yang akan diperkenalkan. Kenapa rekabentuk instruksional ini diperlukan? Apakah
ilmu-ilmu yang perlu ada kepada pelajar sebelum filem tersebutditayangkan? Juga
melihat kesesuaian isi kandungan dalam filem tersebut kepada pelajar dan adakah ia
sesuai untuk tontonumum atau sebaliknya? Perlu difikirkan juga logistik sesuatu filem
yang dihasilkan, adakah ia boleh diakses di internet atau pun disebarkan melalui CD
dan DVD.

2. Design
Rekabentuk atau “Design” pula bermaksud menentukan dan mereka kaedah
instruksional yang akan digunakan. Berbincang menentukan tajuk cerita yang akan
dibuat. Memilih lokasi yang sesuai. Contohnya filem pendek tersebut akan
menjalankan penggambaran di lokasi yang bersesuaian dengan isi cerita. Sudut
kamera juga menjadi aspek penting dalam penggambaran untuk memudahkan sesi
penggambaran. Alatan yang akan digunakan juga perlu ditentukan seperti kamera,
tripod dan sebagainya.

3. Develop
Pembangunan atau “Develop” ialah proses menghasilkan filem tersebut seperti yang
dirancang. Pembinaan papan cerita dan skrip sangat penting untuk memulakan
sesebuah penggambaran. Seperti membina dahulu papan cerita, kemudian berbincang
untuk menjalankan penggambaran mengikut scene yang telah ditetapkan dalam papan
cerita yang telah dibuat. Memastikan semua kelengkapan peralatan mencukupi
sebelum memulakan penggambaran.

4. Implement
Melaksanakan atau “Implement” berperanan untuk menjalankan penggambaran seperti
yang dirancang. Segala penambahbaikan semasa fasa ini akan di perbaiki. Terdapat
beberapa kekangan yang akan di tempuhi semasa fasa ini berjalan. Kekangan tersebut
akan diselesaikan dengan sebaik mungkin supaya tidak mengganggu sesi
penggambaran.

5. Evaluate
Penilaian atau “Evaluate” pula mempunyai dua jenis penilaian utama iaitu penilaian
formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk meningkatkan serta
memperbaiki tahap keberkesanan bahan instruksional yang telah direka. Contohnya
meningkatkan mutu filem tersebut selepas fasa pengeditan dijalankan. Manakala
penilaian sumatif bermaksud penilaian keseluruhan bahan instruksional yang telah
dihasilkan. Misalnya satu kajian dibuat untuk menilai berapa peratuskah objektif yang
tercapai setelah proses penggambaran filem tersebut selesai dibuat.

8.0 STORYBOARD





















9.0 SKRIP

GANTUNG

PENGARAH
Aima Munirah bt Haji Abdul Jalal
PENULIS SKRIP
Muhammad Hamzah bin A Rahman
KAMERA
Siti Hawaliana bt Ibrahim
Aima Munirah bt Haji Abdul Jalal
PELAKON UTAMA
Siti Fatimah bt Md Yazid
Nur Farzihan bt Mokhtar

9.1 SINOPSIS
Filem pendek yang diberi tajuk GANTUNG ini memberi peringatan dan pengajaran kepada orang
ramai mengenai realiti kehidupan masyarakat pada masa kini yang suka berhutang. GANTUNG
mengisahkan seorang gadis yang sering dihantui kejadian yang menyeramkan kerana suka berhutang
dan tidak menghargai orang yang berada disekelilingnya . Kejadian yang sering dihantui itu berlaku
apabila gadis tersebut dilanggar lari oleh seorang lelaki dan koma seketika

SCENE 1

CAST : Farzihan
Shot :1
Kamera : Close up
Situasi : Farzihan terbaring di lantai
Sound :
SCENE 1

CAST : Farzihan
Shot :2
Kamera : Long shot
Situasi : Farzihan tersedar dan bangun
Sound :
SCENE 1

CAST : Farzihan
Shot :3
Kamera : Long shot
Situasi : Farzihan ternampak orang sedang berjalan dan mengejar
Sound :
SCENE 1
CAST : Farzihan
Shot :4
Kamera : Long shot
Situasi : Satu lembaga melambai dan mengajak farzihan mengikutnya
Sound :

SCENE 1 : Farzihan
CAST :5
Shot : Long shot
Kamera : Farzihan mengikut lembaga tersebut
Situasi :
Sound

SCENE 1 : Farzihan
CAST :6
Shot : Long shot
Kamera : Farzihan terkejut melihat wajah sendiri
Situasi :
Sound
SCENE 1 : Farzihan
CAST :7
Shot : Long shot
Kamera : Farzihan terkejut melarikan diri
Situasi :
Sound
SCENE 1 :8
Shot : Medium Long shot
Kamera : Farzihan terkejut melihat wajah sendiri
Situasi :
Sound

SCENE 1 : Farzihan
CAST :9
Shot : Long shot
Kamera : Farzihan melarikan diri ke lif selepas dicekik
Situasi :
Sound

SCENE 1 : Farzihan
CAST : 10
Shot : Medium Long shot
Kamera : Farzihan mengikut lembaga tersebut
Situasi :
Sound

SCENE 1 : Farzihan
CAST : 11
Shot : Medium Long shot
Kamera : Farzihan keluar di tempat yang sama
Situasi :
Sound

SCENE 1 : Farzihan
CAST : 12
Shot : Long shot
Kamera : Farzihan mengikut lembaga tersebut
Situasi :
Sound

SCENE 1 : Farzihan
CAST : 13
Shot : Medium Long shot
Kamera : Farzihan masuk lif semula
Situasi :
Sound

SCENE 1 : Farzihan
CAST : 14
Shot : Medium Long shot
Kamera : Farzihan melihat sekitar lif
Situasi :
Sound

SCENE 1 : Farzihan
CAST : 15
Shot : Medium Long shot
Kamera : Farzihan ternampak melihat lembaga di dalam lif
Situasi :
Sound

SCENE 1 : Farzihan
CAST : 16
Shot : Medium Long shot
Kamera : Farzihan menjerit dan pengsan di dalam lif
Situasi :
Sound

SCENE 2 : Nazmi
CAST :1
Shot : Medium Long shot
Kamera : Nazmi memandu dengan laju
Situasi :
Sound

SCENE 2 : Farzihan
CAST :2
Shot : Long shot
Kamera : Farzihan keluar dari simpang
Situasi :
Sound

10.0 Jadual Perancangan Kerja (Gantt Chart)

CARTA GANTT

AKTIVITI M6 MINGGU
M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14

1. Pengumpulan Idea dan

memilih tajuk

2. Perancangan Pembinaan

Papan Cerita

(Storyboard)

3.Menganalisis Filem

Pendek yang akan

dibangunakan

4.Membangunakan Filem

Pendek

5.Melaksanakan Filem

Pendek

6. Menilai Filem Pendek.

7. Pembentangan Filem
Pendek.

11.0 Penutup

Kesimpulan daripada pembangunan filem pendek ini adalah ia memberikan satu
pengalaman yang baru kepada kami untuk menghasilkan sebuah filem pendek yang
berkualiti melalui setiap peringkat perlaksanaan. Sebagai contoh, sebelum
melaksanakan sesebuah perfileman, terlebih dahulu perlu mematuhi dan
menyediakan setiap fasa dalam proses penerbitan audio video. Hal ini bagi
memastikan kelancaran proses penghasilan filem pendek berjalan dengan lancer
seperti yang telah dirancang tanpa berhadapan dengan masalah yang dapat
mengganggu sesi penggambaran.

Selain itu, agihan tugasan untuk setiap ahli dalam kumpulan juga memberi
peranan dan kesan yang sangat besar dan penting. Dengan mengetahui peranan
masing-masing dalam penghasilan sebuah filem pendek ini, ia dapat mewujudkan
satu situasi saling bantu-membantu antara satu sama lain. Hal ini juga dapat
meringankan tugas setiap ahli dalam kumpulan. Kelebihan yang kita boleh lihat untuk
jangka masa yang panjang ialah pengalaman yang diperoleh sepanjang menjalankan
dan menyiapkan filem pendek ini. Setiap jawatan yang diberikan mempunyai tugas-
tugas tertentu, dan tugas-tugas itu perlu dilaksanakan oleh setiap ahli dalam
kumpulan. Oleh itu, kami belajar bagaimana untuk melaksanakan peranan sebagai
seorang pengarah, pengurus produksi, videografer, penulis skrip dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, cara penggunaan kamera DSLR juga turut dipelajari. Kaedah-
kaedah yang perlu digunakan untuk menghasilkan video yang berkualiti. Sudut
kamera yang manarik, kedudukan kamera dan sebagainya telah memberi satu
pengetahuan yang baru untuk kami sebagai pelajar dalam subjek penerbitan audio
video ini. Seterusnya dengan kemudahan penggunaan perisian seperti perisian Sony
Vegas, Adobe Primier dan juga Filmora, telah memudahkan kami dalam proses
penyuntingan video.

Sehubungan dengan itu, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
yang tidak terhingga kepada pensyarah Penerbitan Audi video iaitu En Usuloudin Bin
Hamzah di atas segala ilmu yang di curahkan dan bimbingan kepada kami sepanjang
melaksanakan tugasan yang diberi. Segala ilmu yang telah dicurahkan akan kami
gunakan dan sampaikan kepada orang lain sebagai ilmu yang bermanfaat untuk
semua.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada ahli keluarga kami yang tersayang atas
dorongan dan iringan doa yang diberikan kepada kami sepanjang penggambaran
video dijalankan. Akhir sekali, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada

semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan
tugasan ini.

Harapan kami untuk tugasan ini ialah semua pihak dapat menerima apa yang
ingin kami sampaikan melalui filem pendek ini. Filem pendek yang telah kami
hasilkan ini diharapkan mendapat sokongan daripada En Usuloudin dan rakan-rakan
kelas yang lain. Selain itu, melalui filem pendek ini, para penonton dapat menerima
nilai-nilai murni dan pengajaran yang baik yang akan memberi manfaat kepada
semua dalam menghadapi kehidupan seharian yang penuh cabaran dan dugaan.

12.0 LAMPIRAN














Click to View FlipBook Version