UTHM - SMAPOnline https://smap.uthm.edu.my/exam/performance/201920201/assessment?co...
ASSESSMENT LIST
SEMESTER : 1
SESSION : 20192020
Name SITI FATIMAH BINTI MD YAZID
Matric No CB160071 IC/Passport 950715015046
Programme BBF - BACHELOR OF VOCATIONAL Faculty B - FACULTY OF TECHNICAL AND
EDUCATION (MULTIMEDIA CREATIVE) WITH VOCATIONAL EDUCATION
HONOURS
Course BBU40303 - BUSSINESS IN MULTIMEDIA
Name
ASSESSMENT METHOD MARK FULLMARK PERCENTAGE TOTAL (%)
TUGASAN INDIVIDU ASSIGNMENT * *
UJIAN 1 TEST * 20 20 *
UJIAN 2 TEST * *
PROJEK 2 PROJECT * 55 10 *
PROJEK PRESENTATION PROJECT * *
AMALI OTHERS * 60 10 *
*
30 30
10 10
20 20
TOTAL 100
NOTE
• * Assesment marks are not displayed
• Total (%) = (Mark/Fullmark)*Percentage
• Total coursework marks are excluded final examination
• All marks and assessment details are subject to amendments
Printed date: Saturday 11th of September 2021 09:23:03 PM
1 of 1 11/9/2021, 9:23 pm
KOD KURSUS TUGASAN INDIVIDU
TAJUK: PRODUK KOSMETIK SILKYGIRL
BBU40303
NAMA KURSUS PERNIAGAAN DALAM MULTIMEDIA
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
NAMA PELAJAR SITI FATIMAH BINTI MD YAZID
NO MATRIK CB160071
SEKSYEN 1
NAMA Ts. DR FAZLINDA BINTI AB HALIM
PENSYARAH
TARIKH HANTAR 15 OKTOBER 2019
MARKAH
TUGASAN
ISI KANDUNGAN HALAMAN
1
BIL PERKARA
2-3
1. 4-5
1.0 Pendahuluan 6-8
8-9
2. 9-10
2.0 Sejarah Penciptaan Produk 10
10
3.
3.0 Pengasas Jenama/Produk
4.
4.0 Strategi Permasaran Produk
5.
5.0 Kronologi Logo Produk
6.
6.0 Kejayaan
7.
7.0 Kesimpulan
8.
8.0 Rujukan
1.0 Pendahuluan
Perniagaan ialah urusan jual beli yang melibatkan nilai serta menawarkan
perkhidmatan dan produk kepada orang ramai untuk mendapatkan keuntungan. Tujuan
perniagaan dilaksanakan adalah bagi memenuhi permintaan, keperluan dan kehendak
masyarakat. Selaras dengan peredaran zaman yang semakin maju,penggunaan teknologi
dalam perniagaan amat diperlukan bagi membantu para usahawan dapat bersaing dalam
meningkatkan ekonomi Negara.Oleh itu, penggunaan multimedia dapat diaplikasikan dalam
perniagaan. Contohnya digunakan untuk pengiklanan.Hal ini membantu usahawan dalam
memasarkan lagi produk/ perkidmatan dengan lebih meluas tanpa jaringan. Contohnya,
membangunkan laman web bagi sesuatu produk. Penggunaan medium tersebut memberi
peluang kepada pelanggan untuk mengakses pada bila-bila masa untuk membeli produk atau
barangan.
Kemudahan teknologi tersebut dapat memberi banyak kelebihan kepada kedua-dua
pihak antara penjual dan pembeli kerana dapat menjimatkan masa dalam urusan jual beli.
Medium tersebut juga dapat menarik pembeli kerana adanya elemen multimedia seperti teks,
grafik,audio,video ,animasi dan interaktif berbanding iklan yang berbentuk statik. Strategi
pemasaran tersebut dapat membantu usahawan dalam mempromosikan penjualan dan
memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai sesuatu produk/ perkhidmatan. Maka
tidak hairanlah ramai usahawan dalam Negara meningkat naik dan bersaing dalam pelbagai
sektor supaya pelanggan dapat mengenali produk mereka dengan lebih tepat. Namun, tiada
usahawan yang terus maju dan meningkat naik tanpa usaha dan strategi yang berkesan.
Berdasarkan tugasan individu Perniagaan dalam Multimedia yang telah diberikan
saya diminta untuk mencari satu jenama dan menerangkan dengan lebih lanjut proses
penubuhan jenama tersebut. Saya lebih gemar untuk mengetengahkan jenama
produk/perkhidmatan daripada usahawan dalam Negara kerana dapat memberi contoh dan
menjadi ikon kepada anak muda untuk menceburi bidang perniagaan. Oleh itu saya telah
memilih jenama SILKYGIRL sebuah jenama kosmetik tempatan yang dikenali ramai. Saya
juga dapat melihat sisi kejayaan daripada awal penubuhannya sehingga kini prestasi
pencapaian perniagaannya dilihat amat membanggakan.
1
2.0 Sejarah penciptaan produk
SILKYGIRL adalah salah satu jenama produk kosmetik yang dikeluarkan dibawah
syarikat Alliance Cosmetics Group Sdn Bhd. Syarikat Alliance Cosmetic Group telah
melancarkan produk tersebut pada tahun 2005. SILKYGIRL menawarkan pelbagai jenis
kosmetik dengan penggunaan warna yang berkualiti tinggi disamping memenuhi keperluan
pengguna. Konsep jenama SILKYGIRL adalah ‘happy,young colourful and exudes confidence
’.Konsep jenama tersebut diaplikasikan melalui trend warna terkini dan spesifikasi produk
yang berkualiti tinggi. Selain itu, sasaran pengguna kosmetik tersebut ialah pada usia 18
hingga 25 tahun. Produk kosmetik tersebut juga telah diuji ketat oleh kakitangan Alliance
Cosmetic Group yang terdiri daripada 95% dalam kalangan perempuan sebelum dilancarkan
di pasaran.
Produk SILKYGIRL memperoleh sumbernya daripada pembekal di seluruh dunia
termasuk Thailand, Jerman,Rebuplik Czexh dan China.Jenama tersebut berkerjasama
dengan pembekal untuk memformulasikan produk yang sesuai dengan kulit, warna dan
tekstur pengguna asia. Alliance Cosmetic Group juga menambah bahan seperti teh
hijau,gingo biloba dan manjakani kerana pengguna SILKYGIRL kebanyakannya adalah
pengguna tempatan. SILKYGIRL menyediakan kosmetik yang lengkap khususnya gincu,
pembayang mata, bedak’foundation’ dan bedak asas. Bedak dan gincu adalah antara produk
terbaik dan laris di pasaran pernah dikeluarkan oleh SILKYGIRL. SILKYGIRL juga
bekerjasama dengan personaliti TV Sharifah Amani sebagai jurucakap produk kosmetik
SILKYGIRL pada awal pelancarannya.
Gambar 2.0.1 Duta SILKYGIRL Sharifah Amani
2
Alliance Cosmetic Group juga merupakan pengedar terkemuka bagi produk
kosmetik,produk pewarna rambut dan penjagaan diri . Antara portfolio jenama termasuk
kosmetik SILKYGIRL ialah wangian lelaki (SGMen),gincu (Lipcare), produk muka Silky White,
penjagaan kebersihan feminin, REVLON cosmetic, REVLON haircolor ,Cutex nail polish dan
penjagaan Kulit Eau Thermale Avène. Menariknya , sebanyak 80% produk SILKYGIRL adalah
berharga kurang daripada RM20 di awal pengeluarannya.
Gambar 2.0.2 Rangkaian produk Alliance Cosmetic Group Sdn Bhd
3
3.0 Pengasas Produk
Pengasas produk SILKYGIRL ialah Tan Thiam Hock selaku,pengarah urusan dan
ketua pegawai eksekutif Alliance Cosmetic Group Sdn Bhd. Beliau memulakan perniaganya
dengan mendapatkan modal daripada Ang Guan Seng pemilik Petaling Garden yang berada
dalam kumpulan yang sama dengan Tan Chin Nam pemilik Ipoh Garden dan pemaju Mid
Valley.Beliau turut menjual sahamnya ke Navis Capital dan Ekuinas. Ekuinas adalah sebuah
syarikat pengurusan dana ekuiti persendirian berkaitan kerajaan dengan matlamat untuk
menggalakkan pegangan ekuiti dan penglibatan Bumiputera di dalam sektor ekonomi
menerusi penubuhan syarikat-syarikat peneraju generasi baru di Malaysia. Peluang tersebut
diambil oleh Tan Thiam Hock dengan terus bekerja keras mengembangkan perniagaan itu
kepada perusahaan bernilai RM200 juta. Terkini Navis dan Ekuinas memliki 80% dana ekuiti
swasta daripada syarikat tersebut .
Gambar 3.0.1 Tan Thiam Hock Pengasas SILKYGIRL
4
3.1 Latar Belakang Tan Thiam Hock
Selepas beliau menamatkan pengajian dengan ijazah dalam ekonomi dan pentadbiran
perniagaan dari Universiti Malaya pada tahun 1980,beliau bekerja selama dua tahun di bawah
majikannya sendiri, sebelum merealisasikan impiannya untuk memulakan perniagaan sendiri
. Pada tahun 1987 , Tan mempunyai syarikatnya sendiri dan mula mengimport pisau cukur
jenama Topaz dari India di bawah syarikatnya, Golden Blaze Sdn Bhd. Kemudian, Golden
Blaze menjadi GB8 Corp sebagai pengedar makanan seperti Lea & Perrins dan Rakan
Nelayan. Pada tahun 1986, Tan merekrut Ng dari syarikat perdagangan MITCO di mana dia
bekerja dan tahun berikutnya, dia mempelbagaikan sarung tangan getah, akhirnya menjadi
pengeluar dan pengeksport utama sarung tangan berkualiti tinggi di Malaysia. Pada tahun
1994, beliau menjual sahamnya dan mengasaskan syarikat Alliance.
1980 1987
Tamat Pengajian di Menubuhkan syarikat
Universiti Malaya Golden Blaze
1986
Menjadi pengeluar dan
pengeksport sarung
tangan getah
1994
Mengasas Alliance
Rajah 3.1.1 Kronologi kejayaan Tan Thiam Hock
5
4.0 Strategi Pemasaran Produk
Pelbagai kaedah yang digunakan oleh usahawan untuk memperkenal, mempromosi
dan memasarkan produk untuk menarik perhatian dan memikat pelanggan mengenai
kewujudan jenama mereka.Dengan lambakan pelbagai jenama dalam pasaran, usahawan
perlu lebih kreatif supaya produk mendapat sambutan bagi melonjakkan perniagaan.
Kejayaan sesuatu produk tidak akan dapat dicapai tanpa adanya strategi pemasaran yang
berkesan.Ianya memerlukan proses perancangan dan perlaksanaan keseluruhan aktiviti
pengagihan produk. Empat elemen penting yang diperlukan dalam strategi pemasaran iaitu
produk (fungsi produk),harga (nilai produk) ,tempat (dimana produk diagihkan) dan promosi
(kaedah komunikasi).Elemen tersebut perlu diambil kira untuk memastikan setiap
perancangan dapat dicapai.
Sebagai contoh pengasas Alliance Cosmetic Group Sdn Bhd, Tan thiam Hock, beliau
merancang dan melabur dengan sebaiknya bagi memastikan produknya diterima oleh
penduduk tempatan mahupun di luar Negara. Beliau mengaplikasikan elemen dalam strategi
pemasaran sebaiknya. Tidak hanya dari segi pemasaran dan promosi beliau turut
menggunakan medium multimedia Laman Web sebagai platform kepada pengguna untuk
lebih mengetahui produk-produk yang dikeluarkan. Laman web rasminya adalah
http://silkycosmetics.com
Gambar 4.0. 1 Laman web SILKYGIRL
6
Antara strategi pemasaran produk SILKYGIRL ialah:
i. Alliance Cosmetic Group Sdn Bhd menggunakan pendekatan mass-market iaitu garis
pasaran besar yang mengetengahkan kualiti pada harga yang rendah.Ini
menunjukkan produk SILKYGIRL adalah produk yang berkualiti dan setanding dengan
produk antarabangsa seperti Maybelline,Za, The body shop, dan Chanel tetapi masih
mampu dimiliki oleh semua orang dengan harga yang berpatutan.
ii. Memulakan perniagaan dengan mengedarkan barangan FMCG iaitu produk yang
dapat dijual dengan cepat dengan kos yang rendah. Kemudian pada tahun 2000
Alliance Cosmetic Group Sdn Bhd telah mengambil alih Revlon USA, yang
mengedarkan kosmetik Revlon di Malaysia dan Singapura.
iii. Merangka rangkaian dan menyediakan produk yang sesuai untuk pasaran tempatan,
dengan harga yang tepat. Syarikat mengkaji jenis kulit pengguna tempatan dan di
eropah adalah berbeza dimana pengguna tempatan memerlukan produk yang dapat
mengawal minyak berbanding di eropah yang mempunyai jenis kulit kering.
iv. Syarikat ini mengeluarkan enam hingga lapan produk baru dalam masa setahun
termasuk prduk untuk wangian.Ini adalah kerana produk kosmetik adalah barangan
peribadi maka perlu dipelbagaikan dan mempunyai banyak pilihan.
v. Menggunakan peluang dan keupayaan dalam pengedaran barang , syarikat tersebut
melancarkan produk SILKYGIRL di farmasi dalam Negara pada dua bulan pertama
pelancarannya.
vi. Alliance Cosmetic Group Sdn Bhd melancarkan SILKYGIRL dengan membuat
promosi melalui pengiklanan secara besar-besaran termasuk iklan di televisyen,
risalah serta menampilkan personaliti TV Malai Ali, Sharifah Aleya dan Sharifah Amani
sebagai jurucakap SILKYGIRL . Sebanyak RM5 juta dibelanjakan oleh syarikat
tersebut pada tahun pertama pelancarannya
7
vii. SILKYGIRL turut mempamerkan iklan bersama Sharifah Aryana, yang juga bintang
filem Yasmin Ahmad, Mukhsin pada tahun 2006. Beliau juga adik kepada Sharifah
Aleya dan Sharifah Amani. Lebih membanggakan filem tersebut telah memenangi
anugerah di Berlin, Cinemanila, dan festival filem Malaysia.
viii. Menilai produk SILKYGIRL 20% hingga 25% lebih rendah daripada garisan kosmetik
yang lain dan
ix. Syarikat menyempatkan set kosmetik SILKYGIRL di atas pesawat AirAsia untuk dijual
kepada penumpang.
x. Mengekalkan 8% hingga 10% daripada bajet untuk perbelanjaan pengiklanan untuk
terus mengembangkan jenamanya.
5.0 Kronologi Pertukaran Logo
Gambar 5.0.1 Logo asal SILKYGIRL
Logo di atas adalah logo asal SILKYGIRL tetapi Tan Thiam Hock telah menambah
tagline ‘Unleash your confidence’ kerana wujudnya kontroversi melibatkan jurucakap
SILKYGIRL Sharifah Amani yang menjadi botak pada ketika itu kerana terlibat dengan filem
Muallaf (filem yang dilarang di Malaysia). Tan Thiam Hock mengawal keadaan dengan
menangkap gambar Sharifah Amani dan menggunakan tagline tersebut. Beliau cuba
meyampaikan bahawa setiap orang boleh menjadi cantik dan harus sentiasa yakin walaupun
terdapat kekurangan.
8
Gambar 5.0. 2 Logo terkini SILKYGIRL
Perbezaan logo asal dengan logo terkini adalah dari segi warna tulisan tersebut dan tagline
‘unleash your confidence’ dilihat tidak kelihatan pada logo terkini. Warna logo SILKYGIRL
adalah berbeza mengikut jenis produk tetapi masih menggunakan jenis font yang sama.
6.0 Kejayaan
Antara pencapaian SILKYGIRL ialah:
i. Hanya 2½ tahun selepas pelancarannya, SILKYGIRL dinobatkan produk kosmetik No
1 di Malaysia dari segi jualan dalam kategori kosmetik.
ii. kempen "A Girl's 1st Love, 1st Make-Up" oleh SILKYGIRL memenangi perak di
Anugerah Effie Malaysia yang pertama, yang mengiktiraf kempen pengiklanan
tersebut adalah yang paling berkesan dari segi kaedah pengiklanannya.
iii. Silkygirl telah mencapai kira-kira 15% pasaran kosmetik tempatan
iv. Alliance Cosmetic Group Sdn Bhd telah mengeluarkan produk haruman di Malaysia
pada tahun 2006 sempena kejayaan memasarkan produk SILKYGIRL di farmasi,
pasaraya besar, dan personal care stores.
9
v. Selain haruman untuk wanita ,Alliance Cosmetic Group(ACG) turut mengeluarkan
produk haruman untuk lelaki iaitu SGMen. Pada tahun 2015, SILKYGIRL
melancarkan rangkaian SILKYGIRL & Silky Professional Haircolor
vi. Pencapaian terbesar SILKYGIRL ialah kini dipasarkan di lebih daripada 5,000 kaunter
kosmetik di Wilayah ASEAN meliputi pasaran geografi Malaysia, Singapura, Brunei,
Indonesia, Kemboja, Vietnam, Filipina, Myanmar & Mongolia.
7.0 Kesimpulan
Kesimpulanya,melalui tugasan yang diberikan saya dapat mengetahui sejarah
penciptaan produk SILKYGIRL , latar belakang pengasas produk tersebut, strategi
pemasaran yang digunakan, mengetahui isu perubahan logo SILKGIRL serta kejayaan yang
dikecapi oleh syarikat Alliance Cosmetic Group Sdn Bhd dalam mengeluarkan produk
SILKYGIRL tersebut. Selain itu ,saya juga mendapati pencapaian produk kosmetik tersebut
dipengaruhi oleh strategi pemasaran melalui pengiklanan. Di sini saya melihat kekuatan
multimedia dalam perniaagaan amat mempengaruhi keberkesanan sesuatu produk tersebut.
Oleh itu, saya mengalakan pengunaan medium multimedia sebagai platform kepada
usahawan mengembangkan perniaagaan.
8.0 Rujukan
1. https://www.theedgemarkets.com/article/taking-centre-stage
2. http://silkycosmetics.com/
3. https://www.thestar.com.my/business/business-news/2008/12/20/more-than-cosmetics-
for-school-girls
10
UTHM
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
TUGASAN KUMPULAN
KOD KURSUS BBU 40403
NAMA KURSUS
PERNIAGAAN DALAM MULTIMEDIA
FAKULT
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN
NAMA PELAJAR VOKASIONAL
NO MATRIK
MUHAMMAD AMIRUL FAIZ BIN ZON (CB160024)
SEKSYEN MUHAMMAD NADZMI BIN MOHD NoOR (CB160127)
NAMA PENSYARAH CAROLINA VON AK cOLLIN (CB160047)
NOR SYIFA BINTI MOHD NASIR (CB160064)
TARIKH HANTAR SITI FATIMAH BINTI MID YAZID (CB160071)
SITI HAWALIANABINTIIBRAHIM (CB160038)
1
Ts. Dr. FAZLINDA BT AB HALIM
16 DISEMBER 2019
MARKAH 17,
TUGASAN
/wna
ISI KANDUNGAN M/S
1
Bil. Perkara 2-3
1.0 Pendahuluan 4-7
7-8
2.0 Latar Belakang Syarikat
8- 15
3.0 Produk Yang Dipasarkan 16
4.0 Strategi Pemasaran (Temuramah)
17-19
5.0 Penerangan Laman Web
6.0 Kesimpulan
Lampiran
a. Gambar
b. Carta Gantt
c. Minit Mesyuarat
1
1.0 PENDAHULUAN
Di Malaysia, sebuah agensi telah ditubuhkan dengan objektif untuk membangunkan
dan mengkordinasikan program-program IKS iaitu Perbadanan Pembangunan Industri
Kecil dan Sederhana. IKS dalam sektor perkilangan didefinisikan sebagai syarikat
yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh
masa tidak melebihi 150 orang. Oleh itu, kami telah diberi tugasan secara kumpulan
bagi subjek Perniagaan Dalam Multimedia Seksyen 1 Fakulti Pendidikan Teknikal
Dan Vokasional, UTHM. untuk memilih sebuah syarikat IKS dan membangunkan
laman web untuk syarikat tersebut bagi memudahkan pembelian secara atas talian dan
kami telah memilih syarikat Wamanlinja Food Industries Sdn.Bhd.
Tujuan tugasan yang telah diberikan adalah berdasarkan kepada objektif
projek iaitu untuk mendedahkan pelajar mengenai dunia perniagaan sebenar. Objektif
projek ini adalah mempraktikkan cara-cara berurusan dengan pelanggan. Selain itu,
mempelbagai dan mengaplikasikan strategi, pendekatan, teknik dan kaedah
pemasaran berasaskan multimedia. Seterusnya meningkatkan kebolehan pelajar dalam
membuat perancangan dan penilain secara eksplisit dan berkesan. Selain itu,
meningkatkan kebolehan pelajar membuat minit mesyuarat (12 minit mesyuarat).
Di dalam projek ini, temuramah telah dijalankan bertempat di Wamanlinja
Food Industries Parit Raja oleh pegawai pemasaran iaitu Pn.Hafizzon binti Mohd
Hasyim untuk mengetahui berkaitan dengan produk dan strategi pemasaran yang
digunakan oleh syarikat ini.
2
2.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT
Nama syarikat : Wanmalinja Food Industries Sdn.Bhd.
Alamat syarikat: KSB 2-6, Kompleks Perindustrian IKS Parit Raja,
86400 Batu Pahat, Johor, Malaysia.
Nama Pemilik Syarikat: 1. En. Zurawan Bin Surip
2. Pn. Rina Binti Hashim
Jenis industri: Industri Makanan
Tahun Penubuhan syarikat: 1998
2.1 Logo
Rajah 2.1 Logo Wamanlinja Food Industries Sdn.Bhd
2.2 Misi dan Visi
Misi
"Untuk menjadi pengeluar makanan halal antarabangsa melalui produk yang
berkualiti, perkhidmatan yang baik dan sekumpulan pasukan yang sangat baik ."
3
Visi
1. Untuk menjadi sebuah syarikat yang Berjaya
2. Untuk menjadi sebuah syarikat yang mengamalkan etika yang baik
3. Untuk menjadi sebuah syarikat setaraf antarabangsa
2.3 Pencapaian Syarikat
1. Champion on agricultural products in MAHA 2006
2. Anugerah Perdana Menteri Sempena MAHA international – 2012
3. Thailand Best Friends Awards -2012
4. Pemenang Anugerah Usahawan Muda SME -2012
4
3.0 PRODUK YANG DIPASARKAN
SENARAI PRODUK WANMALINJA FOOD INDUSTRIES
a) Daging Kebab Berempah
b) Daging Ayam Kebab Berempah
c) Daging kebab Berempah
5
d) Lamb Chop
e) Chicken Chop
f) Sirloin Steak
6
g) Chicken Maryland
h) Chickn BBQ
i) Satay Kambing
7
j) Satay Ayam
k) Satay Daging
4.0 STRATEGI PEMASARAN MELALUI TEMURAMAH
Berdasarkan kepada soalan – soalan yang telah dikemukakan kepada pegawai
pemasaran syarikat ini untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan pemasaran produk dan
perkembangan pemasaran. Antara isi kandungan temuramah soalan dan jawapan yang telah
dijalankan berkaitan dengan pemasaran adalah seperti berikut:
1. Apakah antara pelan perniagaan yang anda praktikkan?
Jawapan :
Sebelum ini mempunyai 10 orang pekerja dalam bahagian pemasaran dan mempunyai
8 orang jurujual yang mempunyai tanggungjawab untuk mempercepatkan proses
penjualan. Semakin banyak berkomunikasi tinggi lah hasil pemasaran yang akan
dapat.
8
2. Apakah teknik pemasaran yang anda gunakan untuk mempromosikan syarikat?
Jawapan:
Perkembangan pemasaran adalah bermula dengan 3 orang pemilik dalam satu syarikat
tetapi telah berpecah kepada pembukaan syarikat-syarikat lain untuk
memperkembangkan lagi perniagaan kebab. Setiap syarikat membuat kebab yang
mempunyai perisa yang berbeza. Selain itu, wamanlinja telah mengeluarkan beberapa
produk lain seperit satay, ayam atau daging yang telah diperap.
3. Cara anda menangani / berhadapan dengan pesaing?
Jawapan:
Pesaing yang banyak bersaing adalah orang cina yang berkaitan juga dengan industri
pemakanan. Kepercayaan adalah tinggi disebabkan syarikat ini adalah syarikat
melayu kerana berkaitan produk yang halal. Setiap produk yang dikeluarkan akan
dinilai oleh JAKIM setiap setahun sekali. Pekerja di syarikat ini hanya lah orang
melayu , kami tidak mengambil mana-mana orang bangsa asing selain melayu
walaupun ramai orang asing seperti orang bangla, orang myammar dan sebagainya.
Tujuannya adalah untuk menjaga kebersihan.
4. Apakah rangkaian perniagaan yang anda peroleh?
Jawapan:
Rangkaian perniagaan utama kami ada membekalkan produk kepada Aeon Jusco dan
juga KLIA.
5. Apakah perancangan anda pada masa hadapan?
Jawapan:
Kebiasaannya kami akan mengembangkan lagi produk syarikat kami. Produk utama
adalah ayam, melalui ayam tersebut kami akan mengeluarkan pelbagai perisa
mengikut kehendak rangkaian perniagaan kami iaitu Aeon Jusco. Contoh kalau
produk satay pelanggan mahu kecilkan atau besarkan saiz kami akan keluarkan.
Sekarang kami membekalkan makanan kepada KLIA bagi penerbangan untuk umrah.
Mengikut perancangan untuk tahun hadapan adalah membekalkan produk untuk
penerbangan ke Hong Kong.
9
LAMAN WEB WANMALINJA FOOD INDUSTRIES
1) Halaman Utama
Gambar di atas adalah halaman utama bagi laman web Wanmalinja Food Industries. Pada
halaman ini, pelanggan dapat melihat senarai produk yang dijual oleh syarikat IKS ini.
2) Daftar Masuk
Pelanggan yang hendak membuat pesanan atau pembelian, perlulah membuat akaun.
Berikut adalah gambar halaman buat akaun di mana pelanggan perlu mengisi maklumat
pendaftaran yang diperlukan.
10
3) Log Masuk
Pelanggan yang sudah mempunyai akaun boleh terus daftar masuk untuk meneruskan
pesanan dan pembelian.
Berikut adalah paparan selepas pelanggan log masuk. Pada halaman ini pelanggan dapat
melihat rekod pesanan atau pembelian yang terdahulu. Pelanggan juga boleh mengetahui
status pesanan.
11
4) Halaman Profil
Paparan di atas merupakan bahagian profile syarikat yang mengandungi visi, misi dan senarai
anugerah yang telah dimenangi oleh syarikat wamanlinja food industries.
5) Halaman Produk
Paparan di atas merupakan senarai produk wamanlinja food industries yang telah disertakan
dengan harga dan gambar bagi memudahkan pengguna untuk memilih produk.
12
6) Membuat pesanan
Pelanggan boleh memilih produk berdasarkan pilihan harga bermula dengan harga yang
rendah
Setelah pengguna menekan kepada produk yang dipilih, maklumat produk akan dipaparkan
dan pengguna boleh masukkan berapa unit atau gram apabila ingin membuat tempahan
13
selepas itu tekan di menu tambah ke dalam troli. Setelah pelanggan memlih untuk membeli
belah, pesanan akan terus masuk ke dalam menu troli. Pada menu troli pelanggan dapat
melihat jumlah pesanan yang dilakukan. Contoh paparan di atas pelanggan telah mendapat
pemberitahuan bahawa terdapat satu pesanan telah dibuat.
7) Halaman Pembelian
Berikut adalah halaman troli di mana pelanggan boleh memilih kuantiti produk dan melihat
jumlah harga pesanan yang dilakukan. Pelanggan perlu checkout untuk teruskan pembelian.
Perlu diingatkan, hanya pelanggan yang sudah mempunyai akaun sahaja dibenarkan untuk ke
proses pembayaran.
14
Gambar di atas adalah proses pembelian di mana pelanggan perlu mengisis maklumat
pembayaran untuk memproses pesanan.
8) Halaman Hubungi
Gambar di atas adalah maklumat lokasi Syarikat IKS Wanmalinja Food Industries yang
disertakan dalam bentuk google maps.
15
9) Halaman Carian
Gambar di atas adalah halaman carian pengguna. Contohnya pelanggan membuat carian
bagi produk ayam, senarai produk berasaskan ayam akan dipaparkan.
16
6.0 Kesimpulan
Laman web yang telah dibangunkan tujuannya adalah mempromosikan dan menambahbaik
dalam proses pemasaran. Pemasaran melalui elemen multimedia merupakan teknik
pemasaran yang digunakan pakai pada masa kini. Perkembangan penggunaan laman web
mengalakkan revolusi dalam bidang pemasaran yang mampu memberi kesan yang positif
kepada syarikat ini. selain itu, meningkatkan persaingan yang tinggi dan meningkatkan jualan
produk syarikat ini. Berdasarkan kepada soalan yang ditanya, syarikat ini sepenuhnya
dimiliki oleh orang melayu yang telah disahkan oleh JAKIM. Produk utama syarikat ini
adalah kebab, satay, ayam yang diperap dan pelbagai produk kecil yang lain. Oleh itu,
objektif projek ini mampu dicapai dengan maklumat yang telah dikumpul.
17
LAMPIRAN
1. Gambar bersama pegawai pemasaran syarikat Wamalinja Food Industries Sdn.Bhd.
Gambar 1
Gambar 2
18
LAMPIRAN 2 : Gantt Chart
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14
MINGGU
AKTIVITI
1. Pembentukan ahli
jawatankuasa syarikat
2. Pemilihan IKS
3. Membuat perjanjian
dengan IKS
4. Membuat lawatan ke
IKS
5. Pengagihan tugas
dan Progress tugasan
suntingan video
6. Mengumpul
maklumat IKS
mengenai produk
7. Pembangunan laman
web
8. Membuat laporan
akhir
9. Perbentangan
19
LAMPIRAN 3
MINIT MESYUARAT