2.2 Bangunan Sementara / Kekal Di Dalam Kawasan Yang Diberi
Kebenaran Merancang
Bil Perkara Butiran
1 Kawasan yang Bangunan sementara bagi bilik pameran, rumah
Dibenarkan contoh dan pusat jualan hendaklah dinyatakan
dan ditandakan di atas Kebenaran Merancang
yang diberi untuk keseluruhan pemajuan.
Contohnya di atas kawasan lapang yang
disediakan.
Bangunan kekal bagi rumah contoh / unit contoh
atas plot-plot yang diberi Kebenaran Merancang
untuk keseluruhan pemajuan. Contohnya di atas
plot rumah teres, berkembar, sesebuah dan
kedai.
2 Aktiviti yang Bilik Pameran.
Dibenarkan Rumah contoh.
Pusat jualan.
Lain-lain yang setara.
Permohonan
Kebenaran
Merancang bagi
3 bangunan Hendaklah selaras dengan Kebenaran
sementara / kekal Merancang yang diberi
di dalam
kawasan yang
diberi Kebenaran
Merancang
PKM dikecualikan dan hanya perlu kemukakan
‘identical building plan’ bersama penjelasan
Pelanjutan tempoh (rayuan) permohonan perlanjutan.
4 bangunan Perubahan struktur tidak dibenarkan.
sementara Pertimbangan bagi pelanjutan tempoh bangunan
sementara tertakluk kepada pertimbangan
Jawatankuasa.
5 Had ketinggian Selaras dengan Kebenaran Merancang yang
diberi. (Maksima lima (5) tingkat.)
3.0 TARIKH PEMAKAIAN
3.1 Pemakaian garis panduan ini berkuatkuasa dari tarikh diluluskan dan
disahkan di Mesyuarat Biasa Majlis (MBM) iaitu pada 28.08.2018.
3.2 Dengan pemakaian garis panduan ini, garis panduan terdahulu iaitu
Garispanduan Bagi Bilik Pameran, Rumah Contoh, Pejabat Jualan Dan
Bangunan Sementara di Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang
diterimapakai pada 24.08.2017 adalah dibatal.
O.1 - 2
Lampiran P
LAMPIRAN DASAR / POLISI / TARIKH KATA
GARISPANDUAN PERLAKSANAAN KUNCI
P.1 Garispanduan Perancangan 11.09.1998 STESEN
(29.01.2008) MINYAK
Pembinaan Stesen Minyak Di (29.05.2015)
(28.08.2020)
Negeri Pulau Pinang
LAMPIRAN P.1
Nota : Tarikh pemakaian GPP ini adalah pada 28.08.2020
P.1 - 1
P.1 - 2
P.1 - 3
P.1 - 4
P.1 - 5
P.1 - 6
P.1 -7
Lampiran Q
LAMPIRAN DASAR / POLISI / TARIKH KATA
GARISPANDUAN PERLAKSANAAN KUNCI
Q.1 Dasar untuk pengawalan 28.9.1989 KLINIK
penempatan klinik-klinik haiwan. HAIWAN
LAMPIRAN Q.1
DASAR UNTUK PENGAWALAN PENEMPATAN KLINIK-KLINIK HAIWAN
1.0 Definasi :-
a) Haiwan ; Binatang-binatang jinak (domesticated), tidak
termasuk binatang-binatang “livestock”, binatang-
binatang besar atau binatang-binatang liar.
b) Klinik Haiwan ; Tempat di mana haiwan-haiwan boleh dirawat
sahaja dan tidak boleh disimpan di situ
semalaman.
c) “Infirmary ; Tempat di mana haiwan-haiwan boleh dirawat dan
Haiwan disimpan di situ. Ini termasuk pemeliharaan
(breeding), latihan (training) dan penumpang
(boarding) haiwan-haiwan.
2.0 Lokasi
a) Klinik-klinik dan “infirmary” haiwan boleh dibenarkan di kawasan-
kawasan bukan kediaman seperti pertanian, komersial dan
perindustrian, tetapi “infirmary” haiwan hendaklah ditempatkan dalam
bangunan atau kawasan tanah dengan keluasan yang sesuai untuk
menempatkan kandang-kandang haiwan atau “kennel”.
b) Di kawasan-kawasan kediaman, penempatan klinik-klinik atau
“infirmary” haiwan boleh dipertimbangkan dalam kes-kes berikut :-
(i) Klinik-klinik haiwan boleh dibenarkan di rumah-rumah kedai.
(ii) Dalam sebahagian kes, klinik haiwan dan “infirmary” haiwan
boleh dibenarkan di kawasan-kawasan perumahan tidak kekal
atau separuh kekal (non permanent or semi-permanent housing
areas).
(iii) Dalam sebahagian kes, klinik haiwan boleh dibenarkan di
tempatkan di bangunan sesebuah sahaja yang mana jarak di
antara bangunan ini dengan bangunan lain yang terdekat
haruslah sekurang-kurangnya 50 kaki dan Jabatan Perkhidmatan
Kesihatan, MPPP haruslah berpuas hati bahawa tidak akan
terdapat sebarang “nuisance” atau kebisingan yang melebihi had
yang ditentukan oleh jabatan tersebut.
Q.1 - 1
3.0 Bahan Buangan Klinik-klinik Haiwan dan ”Infirmary” Haiwan
Najis-najis binatang dan air buangan (other liquid wastes) daripada
klinik-klinik haiwan dan “infirmary” haiwan haruslah disalurkan ke
dalam pembetungan atau loji rawatan najis.
4.0 Kawalan-kawalan lain
Sebarang aduan mengenai gangguan-gangguan, kebisingan yang
keterlaluan, bau, penyakit-penyakit dan sebagainya daripada
jiran-jiran akan dipertimbangkan dan diuruskan secara kes demi kes
tanpa tertakluk kepada garispanduan-garispanduan di atas.
5.0 Perlaksanaan Dasar Untuk Pengawalan Penempatan Klinik-Klinik
Haiwan
Dasar ini akan digunakan untuk pertimbangkan semua klinik-klinik dan
‘infirmary’ haiwan yang sedia wujud dan tidak sah dan juga untuk
permohonan-permohonan bagi penukaran kegunaan atau penubuhan
klinik-klinik dan “infirmary’ baru.
DILULUSKAN OLEH MAJLIS PADA 28.09.1989
Q.1 - 2
Lampiran R
LAMPIRAN DASAR / POLISI / TARIKH KATA
GARISPANDUAN PERLAKSANAAN KUNCI
R.1 Garispanduan Kawalan Papan 23.09.2005 BILLBOARD
Iklan (Billboard) Dan Menara UNIPOLE
Papan Iklan Setiang (Unipole) Dan
Iklan Di Pagar Keselamatan
(Hoarding) Di Kawasan MPPP.
LAMPIRAN R.1
GARISPANDUAN KAWALAN PAPAN IKLAN (BILLBOARD) DAN
MENARA PAPAN IKLAN SETIANG (UNIPOLE) DAN IKLAN DI PAGAR
KESELAMATAN (HOARDING) DI KAWASAN MPPP
1.0 Tujuan
Tujuan garispanduan ini adalah untuk mengawal pemasangan papan
iklan, menara papan iklan dan iklan di pagar keselamatan (hoarding)
supaya menghasilkan suasana persekitaran yang menarik di kawasan
MPPP.
1.1 Definisi Papan Iklan
Pada amnya papan iklan (‘bill-board’ atau ‘advertisement board’)
bermakna papan/tanda iklan dalam pelbagai saiz, yang
dipasang di atas sesuatu bingkai (frame), tiang (post/pole),
papan (board) atau lain struktur sendiri yang terletak di atas
tanah (‘free-standing and attached to the ground’) untuk maksud
iklan perdagangan. Garispanduan ini dipakai juga untuk menara
papan iklan (atau ‘unipole’ iaitu papan/tanda iklan yang
dipasang di atas sebatang tiang (single post/pole) metrolites,
iklan dinding/hoarding.
Kawasan yang diambilkira di dalam garispanduan ini adalah
kawasan MPPP yang merangkumi kawasan “Jelutong
Expressway, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), tanah-tanah
PDC dan jejambat.
1.2 Garispanduan ini tidak terpakai untuk:-
a) Tanda nama jalan dan petunjuk arah (“road name sign
and directional sign”) yang dipasang oleh MPPP dan
tanda nama jalan dan petunjuk arah yang mempunyai
penaja di bahagian bawah.
b) “Roof top sign” kecuali iklan-iklan pada dinding yang tidak
melibatkan tambahan struktur pada bangunan adalah
tertakluk kepada garispanduan ini.
c) Iklan Pilihanraya
d) Pengendalian di bawah Undang-Undang Kecil 18(1)
Undang-Undang Kecil Iklan MPPP 2000
e) Billboard sementara untuk acara-acara yang dianjurkan
oleh agensi/Jabatan Kerajaan di mana Lesen Permit
R.1 - 1
Sementara (TOL) telah diluluskan oleh Pentadbir Tanah
Daerah untuk tempoh tiga (3) bulan sahaja.
Walaubagaimanapun, kebenaran untuk memasangkan
“hoarding” beserta dengan pihak berkuasa jalan raya (JKR dan
MPPP) yang tidak mengganggu pengguna jalan raya dan
pejalan kaki. Iklan ini juga perlu menepati garispanduan bandar
selamat yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan.
Pemasangan “public message” juga hendaklah mendapat
kebenaran daripada MPPP.
1.3 Kawasan-kawasan untuk Menara Iklan Setiang (Unipole)dan
Papan Iklan (Billboard)
1.3.1 Kawasan-kawasan terhad dengan lokasi terpilih yang
dibenarkan untuk menara iklan setiang (Unipole) dan Papan
Iklan (Billboard)
Tempat pembinaan untuk papan iklan dan menara papan iklan
setiang hendaklah bersesuaian. Terdapat kawasan-kawasan
yang boleh dibenarkan dengan kajian yang teliti dan mengikut
merit setiap kes. Kawasan-kawasan yang dibenarkan dengan
lokasi terpilih dan kajian terperinci untuk papan iklan dan
menara papan iklan setiang adalah seperti berikut:-
a) Tapak yang berhadapan atau di jalan-jalan protokol seperti
berikut:-
(i) Jalan Scotland
(ii) Jalan Residensi
(iii) Jalan Utama
(iv) Lebuhraya Peel
(v) Lebuhraya Codrington
(vi) Persiaran Gurney
(vii) Jalan Sultan Ahmad Shah
(viii) Jalan Macalister (dari Jalan Utama ke Jalan Perak)
(ix) Jalan Cantonment
(x) Jalan York
(xi) Jalan Masjid Negeri
(xii) Jalan Sultan Azlan Shah
(xiii) Jalan Tun Dr Awang
(xiv) Jalan Bayan Lepas
(xv) Jalan Gottlieb
(xvi) Jalan Bagan Jermal
b) Jalan-jalan di mana terletaknya bangunan-bangunan warisan
di luar zon pemuliharaan
R.1 - 2
(i) Jalan Burma – sekeliling Bangunan Hotel 1926,
Burma Square (Chow Thyre Road/Service
Road/Irrawadi Road)
(ii) Jalan Macalister (dari simpang Jalan Anson ke Jalan
Perak)
(iii) Jalan Anson (dari simpang Jalan Burma ke Jalan
Perak)
(iv) Jalan Krian
(v) Jalan Nagore
(vi) Jalan Bawasah
(vii) Lorong Hutton
(viii) Jalan Brown
(ix) Jalan Kelawai
(x) Jalan Logan
(xi) Jalan Gurdwara
(xii) Jalan C.Y.Choy
(xiii) Jalan Magazine
(xiv) Jalan Pemenang
(xv) Jalan Puah Hin Leong
(xvi) Lorong Bangkok
(xvii) Peel Avenue
(xviii) Jalan Residensi
(xix) Jalan Tuanku Abdul Rahman
(xx) Jalan Air Terjun
(xxi) Jalan Pangkor
Kawasan-kawasan (a) juga dibenarkan untuk tujuan iklan di
tiang lampu dan pencahayaan.
Walaubagaimanapun, permohonan untuk perkara (b) perlu
dirujuk juga kepada Unit Warisan MPPP.
1.3.2 Kawasan-kawasan yang tidak dibenarkan untuk Menara Iklan
Setiang (Unipole) dan Papan Iklan (Billboard)
Kawasan/lokasi yang dinyatakan seperti di bawah ini adalah
kawasan/lokasi yang tidak dibenarkan untuk tujuan perletakan
menara iklan setiang (unipole) dan juga papan iklan (billboard)
a) Kawasan dalaman Bandaraya Georgetown yang
merupakan kawasan warisan yang disempadani oleh
Jalan Penang dan Jalan Dr. Lim Chwee Leong termasuk
zon teras dan zon penampan.
b) Zon kawasan-kawasan perumahan tetap sediada
(‘established housing areas’).
c) Kawasan pemuliharaan, Pekan Balik Pulau, Pekan Air
Itam dan Kampung Tradisi yang disebut serta kawasan-
kawasan pemuliharaan yang akan dikenalpasti dalam
R.1 - 3
Draf Rancangan Struktur Negeri Draf Rancangan
Tempatan.
d) Perletakan papan iklan dan menara papan iklan setiang
tidak dibenarkan di dalam bulatan jalan.
e) Kawasan-kawasan keutamaan di sekitar rumah
kediaman rasmi Tuan Yang Terutama dan Dewan
Undangan Negeri.
1.4 Syarat-syarat Untuk Pertimbangan Perletakan Papan Iklan
(Billboard) dan Menara Papan Iklan Setiang
Kedudukan/perletakan papan iklan dan menara papan iklan
setiang yang dibenarkan/tidak dibenarkan adalah tertakluk
kepada syarat-syarat yang berikut:-
a) Kedudukan/perletakan papan iklan dan menara papan
iklan setiang tidak melibatkan rezab parit dan koridor
sungai, “sewer line” dan lain-lain saluran seperti saluran
Tenaga Nasional, Telekom, Pihak Berkuasa Air dan
sebagainya.
b) Tidak menghalang laluan pejalan kaki.
c) Tidak menghalang penglihatan lalulintas.
d) Kedudukan/perletakan papan iklan dan menara papan
iklan setiang tidak akan menjejaskan persekitaran di
sekeliling. Ianya tidak akan melindungi sesuatu tempat
yang indah atau pemandangan yang menarik, bangunan
warisan atau bangunan yang mempunyai ciri-ciri senibina
istimewa dan bangunan-bangunan awam seperti bomba,
hospital, balai polis dan sekolah.
e) Papan iklan dan menara papan iklan setiang yang baru
adalah dilarang sama sekali melindungi atau menghalang
pemandangan papan tanda/papan iklan dan menara
papan iklan setiang lain yang sediada.
f) Menara papan iklan setiang tidak dibenarkan di dalam
kawasan warisan. Semua permohonan yang melibatkan
bangunan-bangunan di zon baru teras dan penampan
Pekan Air Itam dan kawasan pemuliharaan Pekan Balik
Pulau perlu dirujuk kepada Unit Warisan MPPP untuk
persetujuan dan mematuhi syarat-syarat unit tersebut.
g) Semua permohonan untuk mendirikan papan iklan dan
menara papan iklan setiang di dalam dan “flight path”
sepanjang “runway” dan kawasan Lapangan Terbang
R.1 - 4
Antarabangsa Bayan Lepas perlu dirujuk kepada Jabatan
Penerbangan Awam (Department Of Civil Aviation) untuk
persetujuan dan mematuhi syarat-syarat jabatan
tersebut.
1.5 Saiz –Anjakan Untuk Papan Iklan/Menara Papan Iklan Setiang.
1.5.1 Saiz dan ukuran maksimum untuk papan iklan (termasuk
“unipole”) adalah dibahagikan kepada 2 jenis
berdasarkan kepada saiz seperti berikut:-
a) Papan iklan dalam saiz maksimum : 10’x40’
b) Papan iklan (unipole) dalam saiz maksimum :
20’x60’
1.5.2 Anjakan papan iklan dan menara papan iklan setiang dari
garisan ‘carriageway’ jalan dan bangunan-bangunan
yang sediada adalah seperti berikut:-
a) Tiang iklan atau sebarang bahagian dari
struktur/papan iklan tidak dibenarkan menjejas
atau menghalang pejalan kaki di tepi ‘carriageway’
jalan dan hendaklah sekurang-kurangnya 3 m (10’)
dari ‘edge of carriageway’ kecuali bahagian papan
iklan yang mengadakan sekurang-kurangnya 3 m
(10’) “clear height” dari paras tanah. Oleh yang
demikian, papan iklan hendaklah sekurang-
kurangnya 1.5 m (5’) dari ‘edge of carriageway’.
b) Jarak minima dari bangunan yang sediada
hendaklah sekurang-kurangnya 6 meter atau
sama panjang dengan ketinggian struktur/papan
iklan (diukur dari paras tanah hingga bahagian
iklan yang paling tinggi)(mana yang lebih besar).
R.1 - 5
c) Anjakan minima papan iklan dan menara papan
iklan atau sebarang bahagian iklan dari sesuatu
persimpangan jalan hendaklah sekurang-
kurangnya 15 m (50 ‘).
1.6 Bahasa, Grafik, Warna, Pencahayaan dan Rupabentuk
R.1 - 6
Rekabentuk, bahasa dan grafik yang dicadangkan untuk papan
iklan dan menara papan iklan setiang hendaklah dikemukakan
untuk pertimbangan dan kelulusan MPPP.
1.6.1 Bahasa
a) Penggunaan Bahasa Malaysia yang betul adalah
wajib dan diutamakan serta menjadikan bahasa
yang utama di dalam iklan sama ada digunakan
secara persendirian atau bersama bahasa-bahasa
lain.
b) Isi kandungan di dalam papan/tanda iklan
hendaklah sesuai dari segi moral, sosial dan
sebagainya dan perlu diberikan semasa memohon
kebenaran/lesen untuk papan iklan dan menara
papan iklan setiang.
1.6.2 Grafik
a) Bilangan perkataan dan grafik yang digunakan
hendaklah terhad, ringkas dan tepat supaya
pemandu tidak mengambil masa yang lama untuk
membaca papan tanda tersebut dan hendaklah
mematuhi kehendak-kehendak Undang-Undang
Kecil Iklan Majlis Perbandaran Pulau Pinang 2000.
c) Segala warna boleh digunakan di dalam
pengiklanan baik untuk permukaan atau di dalam
pencahayaaan. Walaubagaimanapun,
penggunaan warna dan pencahayaan tidak akan
menyebabkan kesilauan dan gangguan kepada
orang ramai iaitu pejalan kaki, pemandu
kenderaan dan penunggang motosikal.
d) Sekiranya papan iklan dan menara papan iklan
setiang hanya mempunyai satu permukaan
beriklan maka di bahagian belakangnya tidak
dipamerkan dengan iklan adalah tidak dibenarkan
menghala ke jalan kecuali ia tidak menjejas dan
memburukkan pemandangannya.
1.6.3 Pencahayaan
a) Papan iklan dan menara papan iklan setiang yang
berlampu pula seharusnya tidak terlalu
menyilaukan sehingga boleh mengganggu
pengguna jalan raya.
R.1 - 7
b) Pencahayaan hendaklah juga tidak menyebabkan
penyilauan kepada penduduk setempat, pejalan
kaki dan para pemandu atau penunggang
kenderaan.
c) Keperluan pencahayaan dan pemasangan papan
iklan di jejambat hendaklah tidak melindungi
keseluruhan jejambat.
1.7 Proses Permohonan Untuk Papan Iklan/Menara Papan Iklan
Setiang
1.7.1 Semua permohonan untuk mendirikan papan iklan dan
menara papan iklan setiang melibatkan 2 proses iaitu:-
a) Permohonan untuk ‘building permit’ dari Jabatan
Bangunan MPPP diberi di bawah peruntukan Seksyen
35, Akta Jalan, Parit dan Bangunan dan,
b) Permohonan pelesenan dari Jabatan Pelesenan
MPPP mengikut Undang-Undang Kecil Iklan MPPP
2000, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Jabatan-jabatan
MPPP yang menerima permohonan tersebut akan
memproses permohonan yang dikemukakan
kepadanya serta memastikan syarat-syarat di dalam
garispanduan ini dipatuhi.
1.7.2 Permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan
dengan :-
a) Pelan tapak berskala yang menunjukkan dengan
jelas kedudukan/perletakan papan iklan dan
menara papan iklan setiang yang dicadangkan
termasuk lot-lot tanah yang terlibat, anjakannya
dari garisan “carriageway” jalan dan bangunan-
bangunan sediada yang berhampiran, cadangan
garisan bangunan, pelebaran jalan, rezab parit
dan saluran-saluran yang terlibat atau yang
berhampiran, pokok-pokok yang sediada dan
cadangan landskap pokok dan bunga dan
sebagainya.
b) Gambar atau “artist’s impression’ untuk
lokasi/pandangan papan iklan dan menara papan
iklan setiang yang dicadangkan.
c) Struktur yang diperlukan hendaklah direkabentuk
oleh seorang Jurutera Bertauliah yang berdaftar
R.1 - 8
dan pelan struktur papan iklan dan menara papan
iklan setiang hendaklah dikemukakan kepada
MPPP oleh seorang Jurutera Bertauliah sebagai
rekod permohonan dan pelan hendaklah
ditandatangani oleh pemohon dan pemilik tanah
atau pemilik.
d) Kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri atau
State Secretary Incorporated (SSI) hendaklah
diperolehi dahulu sekiranya papan iklan dan
menara papan iklan setiang dibina di atas tanah
Kerajaan Negeri dan tanah kepunyaan MPPP,
Kebenaran MPPP sebagai pemilik tanah/pemilik
bangunan perlu diperolehi dahulu.
e) Tapak cadangan pemasangan papan iklan yang
dikemukakan kepada MPPP telah mendapat
kelulusan daripada SSI dan permohonan lesen
boleh diproses.
f) Keteguhan serta keselamatan struktur papan iklan
dan menara papan iklan setiang itu hendaklah
disahkan oleh Jurutera Bertauliah Yang Berdaftar
dan beliau, pemohon dan pemilik/tuan tanah
adalah bertanggungjawab ke atas kekuatan dan
keselamatan struktur /papan iklan dan menara
papan iklan dan sebagainya di dalam apa juga
keadaan sekalipun.
g) Setelah siap dibina, Jurutera Bertauliah hendaklah
membuat perakuan kepada Jabatan Pelesenan
MPPP bahawa papan iklan dan menara papan
iklan setiang yang didirikan telah disiapkan
mengikut spesifikasi MPPP.
1.8 Pemasangan, Penyelenggaraan, Pembaharuan dan Penurunan
a) Permit untuk struktur papan iklan dan menara papan
iklan setiang dan lesen iklan hendaklah diperbaharui
setiap tahun. Bayaran iklan tahunan kepada MPPP
adalah mengikut kadar di dalam Undang-Undang Kecil
Papan Iklan yang sediada. Nombor permit dan tarikh
luput perlu dipamerkan dengan jelas di sudut kanan
bawah papan iklan.
b) Permohonan pembaharuan permit struktur papan iklan
dan menara papan iklan setiang hendaklah
ditandatangani oleh pemilik tanah/pemilik bangunan yang
akan bertanggungjawab bersama-sama juga dengan
pemohon.
R.1 - 9
c) Laporan pemeriksaan struktur oleh seorang Jurutera
Bertauliah hendaklah dikemukakan setiap tahun sebelum
pembaharuan permit diberi. Pihak MPPP boleh meminta
pemeriksaan dilakukan terhadap struktur papan iklan dan
menara papan iklan setiang bila-bila masa apabila
dikhuatiri keselamatan papan iklan dan menara papan
iklan setiang tersebut diragui.
d) Pada sepanjang masa, pemegang permit struktur papan
iklan dan menara papan iklan setiang atau pemilik tanah
hendaklah kerap melakukan pemeriksaan serta
penyelenggaraan ke atas struktur/papan iklan dan
menara iklan setiang. MPPP tetap mempunyai hak untuk
meminta diadakan pemeriksaan bersama pada bila-bila
masa dan pembaikan, jika perlu.
e) MPPP mempunyai hak untuk meminta penurunan mana-
mana papan iklan dan setiang pada bila-bila masa
difikirkan perlu tanpa memberi apa-apa sebab. Apabila
dikehendaki, pemegang permit atau pemilik tanah
hendaklah menurunkan papan iklan dan menara papan
iklan setiang dalam tempoh empat belas (14) hari dari
notis tersebut.
f) Kelulusan hendaklah diperolehi dari Jabatan
Kejuruteraan MPPP dahulu akan tarikh dan masa untuk
pemasangan atau penurunan struktur papan iklan dan
menara papn iklan.
g) Gangguan trafik tidak dibenarkan semasa pemasangan
dan penurunan struktur/’unipole’/’billboard’. Kawasan
tapak hendaklah dibersihkan setelah diperolehi atau
penurunan struktur tersebut siap. Satu permit hendaklah
diperolehi dari pihak polis dan Jabatan Kejuruteraan
MPPP dan /atau Jabatan Kerja Raya dahulu sebelum
kerja pemasangan atau penurunan papan iklan dan
menara papan iklan setiang dimulakan jika trafik akan
diganggu.
h) Pihak pemilik papan iklan dan menara papan iklan
setiang hendaklah bertanggungjawab menyelenggara
struktur/papan iklan dan menara papan iklan dan
kawasan persekitaran supaya sentiasa dalam keadaan
baik dan cantik.
i) Papan tanda papan iklan dan menara papan iklan setiang
termasuk perkataan/catnya hendaklah selalu di dalam
keadaan kemas dan bersih.
R.1 - 10
j) Kos pemasangan dan sambungan serta penggunaan
bekalan elektrik hendaklah ditanggung oleh pihak pemilik.
k) Tindakan penguatkuasaan akan diambil untuk
menurunkan struktur papan iklan jika ianya dipasang
tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.
1.9 Insuran dan Cagaran
a) Pemohon atau Pemilik/Tuan tanah perlu mengemukakan
cagaran kewangan (wang deposit) sebagai gerenti utnuk
digunakan apabila pengusaha gagal menurunkan
struktur/papan tanda papan iklan dan menara papan iklan
setiang apabila dikehendaki. Jumlah deposit kewangan
atau “bank guarantee” adalah berdasarkan kepada saiz
papan iklan yang dipohon seperti berikut:-
(i) Papan Iklan sehingga saiz maksimum 10’x40’
RM10/- setiap kaki persegi permukaan yang akan
dipasangkan atau jumlah minima RM500/- untuk
setiap papan iklan.
(ii) Papan iklan sehingga saiz maksimum 220’x60’
RM10/- setiap kaki persegi saiz permukaan yang
akan dipasangkan atau jumlah minima dan
M50,000/- untuk setiap menara papan iklan
setiang.
b) Sekiranya tanah yaag akan dipasang papan iklan itu
melibatkan tanah kerajaan dan pemohon telah membayar
wang cagaran , maka pemohon hanya perlu
menunjukkan salinan resit cagaran semasa permohonan.
c) Pemohon atau Pemilik/Tuan tanah perlu mengadakan
“Public Lialibility Insurance” untuk satu tuntutan dan
bilangannya tidak terhad dengan had tuntutan seperti
berikut:-
(i) Papan iklan sehingga saiz maksimum 10’x40’:-
RM 250,000 bagi setiap papan iklan
(ii) Papan iklan sehingga saiz maksimum 20’x60’:-
RM1.0 Juta setiap papan iklan
d) Salinan polisi hendaklah dikemukakan kepada MPPP.
“Public Lialibility Insurance” tersebut hendaklah
melindungi pihak Kerajaan iaitu MPPP dan lain-lain pihak
berkuasa atau kedua-dua sekali dalam satu-satu polisi
untuk sebarang kemalangan atau gantirugi dari pihak
R.1 - 11
ketiga. Pemegang permit papan iklan dan menara papan
iklan setiang seterusnya hendaklah memberi
perlindungan kepada MPPP atas segala kerja
“temporary” yang diperlukan semasa pemasangan dan
penurunan struktur terlibat. Tempoh polisi hendaklah
berkuatkuasa dari masa pemasangan sehingga
penurunan.
1.10 Cadangan Iklan Di Pagar Keselamatan (Hoarding) Bagi
Bangunan-Bangunan Usang/Bahaya
a) Pagar Keselamatan (Hoarding) Yang Dipasang Oleh
MPPP Bagi Bangunan-bangunan Usang/Bahaya
(i) Pembinaan ‘hoarding’ diambilkira dengan
menyediakan kaedah/ruang permukaan untuk
menempatkan iklan.
(ii) Saiz/ruang iklan adalah bergantung kepada saiz
‘hoarding’ (ketinggian ‘standard’ bagi ‘hoarding’
adalah 10 kaki – satu tingkat, dan/atau 20 kaki – 2
tingkat). Sila rujuk Lampiran ‘III(a)’ dan ‘III(b)’.
(iii) Pemohon yang berminat perlu membuat
permohonan lesen iklan kepada MPPP mengikut
prosedur yang sewajarnya di samping
mengemukakan pelan/lakaran cadangan. Aspek-
aspek grafik, pencahayaan, tulisan dan
sebagainya hendaklah mengikut Garispanduan
MPPP.
(iv) Lesen yang diberi hendaklah dari setahun ke
setahun.
(v) Pemohon adalah bertanggungjawab untuk
memastikan iklan dan ‘hoarding’ berada dalam
keadaan yang baik atau lesen tidak akan
diperbaharui atau ditarikbalik dan MPPP boleh
menurun iklan yang sedemikian.
(vi) Pemohon perlu mengemukakan cagaran
kewangan (wang deposit) sebagai gerenti untuk
digunakan apabila pengusaha gagal menurunkan
tanda papan iklan. (Kadar dicadangkan seperti
para 1.9(a)(i)).
(vii) Pemohon atau Pemilik/Tuan tanah perlu
mngeadakan “Public Lialibility Insurance” untuk
satu tuntutan. (Kadar dan kaedah dicadangkan
seperti para 1.9(c)(i)). Salinan polisi hendaklah
R.1 - 12
dikemukakan kepada MPPP. “Public Lialibility
Insurance” tersebut hendaklah melindungi pihak
Kerajaan iaitu MPPP dan lain-lain pihak berkuasa
atau kedua-dua sekali dalam satu-satu polisi untuk
sebarang kemalangan atau gantirugi dari pihak
ketiga.
b) Pagar Keselematan (Hoarding) Yang Dipasang Sendiri
Oleh Pemohon Dan/Atau Pemunya Bangunan Tanah
(i) Permit hendaklah diperolehi dari MPPP bagi
pembinaan ‘hoarding’ mengikut prosedur yang
sewajarnya, dengan mengambilkira penyediaan
kaedah/ruang permukaan untuk menempatkan
iklan.
(ii) Saiz/ruang iklan adalah bergantung kepada saiz
‘hoarding’ (ketinggian ‘standard’ bagi ‘hoarding’
adalah 10 kaki – satu tingkat, dan/atau 20 kaki – 2
tingkat). Sila rujuk Lampiran ‘III(a)’ dan ‘III(b)’.
(iii) Pemohon yang berminat perlu membuat
permohonan lesen iklan kepada MPPP mengikut
prosedur yang sewajarnya di samping
mengemukakan pelan/lakaran cadangan. Aspek-
aspek grafik, pencahayaan, tulisan dan
sebagainya hendaklah mengikut Garispanduan
MPPP.
(iv) Lesen yang diberi hendaklah dari setahun ke
setahun.
(v) Pemohon adalah bertanggungjawab untuk
memastikan iklan dan ‘hoarding’ berada dalam
keadaan yang baik atau lesen tidak akan
diperbaharui atau ditarikbalik dan MPPP boleh
menurun iklan yang sedemikian.
(vi) Pemohon perlu mengemukakan cagaran
kewangan (wang deposit) sebagai gerenti untuk
digunakan apabila pengusaha gagal menurunkan
tanda papan iklan. (Kadar dicadangkan seperti
para 1.9(a)(i)).
R.1 - 13
(vii) Pemohon atau Pemilik/Tuan tanah perlu
mengadakan “Public Lialibility Insurance” untuk
satu tuntutan. (Kadar dicadangkan seperti para
1.9(c)(i)). Salinan polisi hendaklah dikemukakan
kepada MPPP . “Public Lialibility Insurance”
tersebut hendaklah melindungi pihak Kerajaan
iaitu MPPP dan lain-lain pihak berkuasa atau
kedua-dua sekali dalam satu-satu polisi untuk
sebarang kemalangan atau gantirugi dari pihak
ketiga.
2.0 Tarikh Perlaksanaan
Tarikh perlaksanaan garispanduan ini ialah tarikh ianya dilulus oleh
MBM pada 23.9.2005.
R.1 - 14
Lampiran S
LAMPIRAN DASAR / POLISI / TARIKH KATA
GARISPANDUAN PERLAKSANAAN KUNCI
S.1 Garispanduan Kawalan Perletakan 19.01.2006 KOLUMBARIUM
Kolumbarium, Krematorium, KREMATORIUM
‘Funeral Parlour’, Pembuatan Dan
Penjualan Keranda Di Kawasan ‘FUNERAL
Majlis Perbandaran Pulau Pinang. PARLOUR’
KERANDA
LAMPIRAN S.1
GARISPANDUAN KAWALAN PERLETAKAN KOLUMBARIUM, KREMATORIUM,
“FUNERAL PARLOUR”, PEMBUATAN DAN PENJUALAN KERANDA DI
KAWASAN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG
1.0 Tujuan
Tujuan garispanduan ini adalah untuk dijadikan sebagai panduan bagi
mengawal perletakan kolumbarium, krematorium, “ funeral parlour”,
pembuatan dan penjualan keranda di kawasan MPPP.
2.0 Definisi
2.1 Kolumbarium
Kolumbarium bermakna satu struktur atau bilik atau ruang dalam
sesuatu bangunan atau lain-lain bangunan untuk menyimpan abu
mayat penganut agama bukan Islam.
2.2 Krematorium
Krematorium merupakan tempat pembakaran mayat penganut agama
bukan Islam.
2.3 “ Funeral Parlour”
Suatu bangunan yang mempunyai kemudahan-kemudahan untuk
penyediaan urusan mayat sebelum dibawa ke tempat pengkebumian
atau pembakaran mayat.
3.0 Garispanduan
3.1 Perlingkungan
Kawasan di mana lokasi kolumbarium, krematorium dan “funeral
parlour” dibenarkan di Pulau Pinang.
a) Perletakan kolumbarium, krematorium dan “funeral parlour”
boleh dibenarkan di kawasan yang dizonkan sebagai tanah
perkuburan seperti yang dinyatakan di dalam Rancangan
Pemajuan samada Rancangan Struktur atau Rancangan
Tempatan atau Pelan Dasar Perancangan dan Kawalan
Pemajuan. Jarak zon penampan perletakan kolumbarium dan
krematorium di atas tanah perkuburan dari perumahan dan
pembangunan terdekat ialah minimum 30 meter.
b) Pembuatan keranda dan penjualan keranda boleh dibenarkan Dibatalkan
di kawasan yang dizonkan sebagai tanah perkuburan sahaja melalui
dan di premis perniagaan keranda sediada iaitu di Mount pindaan GP
bertarikh
Erskine, Jalan Perak, Jalan York dan di Lebuh Carnavon 22.02.18
sahaja seperti yang ditunjukkan di Lampiran ‘A’.
S.1 - 1
3.2 Keperluan semasa mengemukakan Permohonan Kebenaran
Merancang (PKM)
a) Mana-mana lokasi premis perniagaan keranda sedia ada Dimasukkan
melalui
seperti di Lampiran ‘A’ yang TIDAK mematuhi perlingkungan
(selain zon perniagaan), boleh dipertimbangkan untuk pindaan GP
beroperasi tertakluk kepada mematuhi garispanduan dan bertarikh
syarat-syarat sediada jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan 22.02.18
semasa mengemukakan permohonan kebenaran merancang.
PKM perlu dikemukakan.
b) Mana-mana lokasi premis perniagaan keranda sedia ada Dimasukkan
melalui
seperti di Lampiran ‘A’ yang mematuhi perlingkungan (zon pindaan GP
perniagaan), hanya permohonan lesen perniagaan diperlukan. bertarikh
PKM dikecualikan di dalam tempoh pemutihan. 22.02.18
3.3 Rekabentuk Bangunan
a) Rekabentuk bangunan sesuai dengan keadaan sekeliling.
b) Kawasan kolumbarium, krematorium dan “funeral parlour”
perlu dilandskapkan untuk bertindak sebagai zon pemisah di
antara dua jenis kegunaan tanah.
4.0 Tempoh Pemutihan
Tempoh pemutihan bagi premis perniagaan keranda yang mematuhi Dimasukkan
perlingkungan Pelan Dasar Perancangan Dan Kawalan Pemajuan Pelan No.:
MPPP/PN-020(PL/PP) adalah selama satu (1) tahun bermula dari tarikh melalui
pindaan GP
disahkan di Mesyuarat Biasa Majlis (MBM) iaitu pada 22.02.2018 bertarikh
22.02.18
5.0 Tarikh Perlaksanaan
1. Tarikh perlaksanaan garispanduan ini ialah tarikh ianya dilulus dan
disahkan Jawatankuasa Perancang Negeri iaitu pada 19.1.2006.
2. Tambahan ke atas senarai lokasi untuk aktiviti penjualan keranda dalam
Garispanduan Kawalan Perletakan Kolumbarium, Krematorium,
“Funeral Parlour”, Pembuatan Dan Penjualan Keranda Di Kawasan
Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah diluluskan di MJTPP Bil 9/2017
pada 06.09.2017.
3. Pindaan ke atas senarai lokasi untuk aktiviti penjualan keranda dalam
Garispanduan Kawalan Perletakan Kolumbarium, Krematorium,
“Funeral Parlour”, Pembuatan Dan Penjualan Keranda Di Kawasan
Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah diluluskan di MJTPP Bil 2/2018
pada 01.02.2018 dan disahkan di Mesyuarat Biasa Majlis (MBM) pada
22.02.2018
S.1 - 2
LAMPIRAN ‘A’
Senarai pemutihan premis perniagaan keranda
Bil Nama Perniagaan Jenis Zoning Lesen Nota
Perniagaan GP Asal
GP Asal
1. Hock Bean Guan, 184 Kedai Keranda Komersil √ GP Asal
Lebuh Carnarvon GP Asal
GP Asal
2. Hock Guan Huat, 196 & Kedai Keranda Komersil x
198 Lebuh Carnarvon GP Asal
3. Hock Lean Seng, 161 & Kedai Keranda Komersil √ tambahan
163 Lebuh Carnarvon tambahan
tambahan
4. Sin Huat Pembuat Peti Pembuat Peti Komersil √ tambahan
Mayat, Jalan Perak Mayat tambahan
tambahan
Kedai Keranda Malaysia Perumahan tambahan
5. Casket Co., 3A Jalan Kedai Keranda Tetap x tambahan
Mount Erskine Sedia Ada
Perkhidmatan
6. Pengebumian Secara Kedai Keranda Perumahan x
Casket Enterprise, 8A Am
Jalan York
7. Eternal Bliss Enterprise, Kedai Keranda Komersil √
420 Jalan Perak
8. Forover Bliss Enterprise, Kedai Keranda Komersil x
No. 64 Jalan Kuantan
9. NV Care Sdn. Bhd., No. Kedai Keranda Komersil x
94, 96 & 98 Lebuh Citra
10. Seng Casket Service, Kedai Keranda Komersil x
138-D Lebuh Melaka
11. Eternity Bliss Enterprise, Kedai Keranda Komersil x
No. 76 Jalan Seang Teik
12. Hock Shan Trading, No. Kedai Keranda Komersil x
78 Jalan Hutton
13. Kedai Keranda Malaysia Kedai Keranda Perumahan x
Casket Co., 6 Jalan Am
Mount Erskine
14. Modern Coffin Trading, Kedai Keranda Perumahan x
No. 7 Jalan Mount Am
Erskine
Sumber : 1 : Senarai perniagaan – GP asal & Jabatan Pelesenan
2 : Lesen : Jabatan Pelesenan (sehingga 31.7.2017)
S.1 - 3
Lampiran T
LAMPIRAN DASAR / POLISI / TARIKH KATA
GARISPANDUAN PERLAKSANAAN KUNCI
T.1 Garispanduan Pemajuan Loji-loji 28.10.2011 LOJI
Pembancuh Konkrit (Beserta
Dengan Pelan) PEMBANCUH
KONKRIT
LAMPIRAN T.1
GARISPANDUAN PEMAJUAN LOJI-LOJI PEMBANCUH KONKRIT
i. Untuk pemajuan besar, loji pembancuh konkrit adalah digalakkan diletak di
dalam tapak pembinaan yang telah diberi kelulusan untuk membekal
konkrit untuk pembinaan di tapak sendiri sahaja.
ii. Untuk lain-lain loji pembancuh konkrit, perletakan loji-loji pembancuh
konkrit dihadkan kepada beberapa lokasi yang tertentu, khususnya jauh
dari kawasan kediaman dan loji-loji pembancuh konkrit ini boleh
membekalkan konkrit ke lain-lain tapak pembinaan.
iii. Mengawal dan menghadkan masa operasi untuk loji-loji pembancuh
konkrit.
iv. Mengena syarat-syarat yang ketat ke atas loji-loji pembancuh konkrit untuk
menjaminkan operasinya mengikut taraf-taraf sebagai ditetapkan
berhubung dengan kawalan kebisingan dan pengeluaran habuk.
v. Mengena syarat-syarat yang ketat ke atas lori-lori yang mengangkutkan
konkrit.
vi. Untuk kawalan yang lebih ketat mengenai perjalanan lori-lori yang
membekalkan konkrit, mengawal dan menghadkan jarak dan bilangan bagi
lori-lori yang membekalkan konkrit.
1.0 Lokasi Yang Dibenarkan
Untuk projek pembinaan yang besar, aktiviti loji pembancuh konkrit
digalakkan terletak di dalam tapak pembinaan projek yang diluluskan tetapi
dibenarkan beropersi hanya pada tempoh pembinaan projek sahaja dan
operasi loji pembancuh konkrit perlu berhenti dan strukturnya
diroboh/dipindah apabila siap pembinaan projek tersebut. Pembekalan
konkrit basah ke projek-projek yang luar tidak dibenarkan.
Untuk loji pembancuh konkrit yang lain, hanya tapak tertentu yang jauh dari
kawasan perumahan atau kegunaan lain. Kawasan-kawasan yang telah
dikenalpasti adalah seperti berikut:- *
i) Tapak off Vale of Temple (berhampiran tapak kuari sediada)
ii) Tapak off Jalan Yeap Chor Ee
iii) Tapak di Relau (berhampiran tapak kuari sediada)
iv) Tapak berhampiran “dumping ground” di Jalan Bakau
v) Tapak tebusguna di kawasan perindustrian di Batu Maung
(sila rujuk pelan tapak yang dilampirkan)
T.1 - 1
2.0 Masa Beroperasi
Untuk semua loji-loji pembancuh konkrit, tempoh masa yang dibenarkan
menjalankan aktiviti pembancuh konkrit adalah seperti berikut:-
Hari Isnin-Sabtu : 8 pagi hingga 6 petang
Hari Ahad & Cuti Am : Tidak dibenarkan
3.0 Lain-Lain Syarat Kawalan
Untuk Tapak Loji Pembancuh Konkrit
(i) Mematuhi kehendak-kehendak Jabatan Alam Sekitar di bawah
peraturan 4 di dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekitar
(Udara Bersih) 1978.
(ii) Tapak loji pembancuh konkrit hendaklah ditutup dengan penutup
yang sesuai utnuk mengelakan habuk, simen dan pasir halus
ditiupkan oleh angin serta mengurangkan pencemaran kebisingan.
(iii) Loji-loji pembancuh konkrit hendaklah dipasangkan dengan “air
filters” dan “water sprinkles” yang sesuai dan berkesan.
(iv) “Water trough” hendak disediakan di tapak loji pembancuh konkrit
untuk mencuci tayar-tayar lori sebelum keluar ke jalan raya.
Sebarang pelepasan efluent hendaklah mematuhi peraturan-
peraturan kualiti alam sekeliling (efluent perindustrian 2009);
(v) “Water trough” yang disediakan hendaklah ditukar/cuci setiap hari
dan air kotor tidak dibuang di dalam parit-parit jalan.
(vi) Syarikat hendaklah mengadakan satu pasukan pekerja untuk
membersihkan kawasan tapak dan parit-parit jalan yang
berhampiran.
Untuk Lori-Lori Pengangkutan Konkrit:-
(vii) Lori-lori hendaklah di “water-jet” sebelum keluar ke jalan raya.
(viii) Lori-lori hendaklah dipasang dengan “spillage boxes”
(ix) Sebarang tumpahan konkrit di jalan raya oleh lori-lori tidak
dibenarkan tindakan penguatkuasaan akan dijalankan terhadap
semua syarikat-syarikat yang menggunakan jalan raya yang
tertumpah konkrit sekiranya lori syarikat yang bersalah tidak dapat
diasingkan.
(x) Lesen, pelan bangunan dan kebenaran merancang akan hanya
dilulus/diberi tertakluk kepada syarat-syarat yang disebut di atas dan
akan ditarik balik jika syarat-syarat tersebut tidak diikuti atau
sekiranya bantahan yang valid diterima daripada penduduk-
T.1 - 2
penduduk berhubung dengan kebahayaan dari sesuatu loji
pembancuh konkrit. Tindakan penguatkuasaan hendaklah diambil
supaya loji pembancuh konkrit tersebut ditutup.
4.0 Prosedur Permohonana Untuk Kebenaran Merancang Membina Loji
Pembancuh Konkrit **
(a) Jika Loji Pembancuh Konkrit Hendak Didirikan Di Atas Tapak Projek
Yang Telah Diluluskan.
(i) Permohonan untuk Pelan Bangunan perlu dibuat oleh syarikat pembekal
konkrit keapda Unit Pendaftaran Pelan MPPP dengan kemukakan 6
salinan pelan lokasi dan pelan struktur dengan tandatangan, nama dan
alamat tuan tanah dan syarikat pembekal di atas setiap pelan. Setiap
salinan mestilah disertai di atas pelan dengan pengesahan Jurutera
berdaftar tentang kekukuhan dan keselamatan struktur tersebut.
(ii) Sertakan surat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar.
(iii) Sertakan surat kelulusan dari Jabatan Kilang & Jentera.
(iv) Sertakan surat kelulusan dari Jabatan Perkhidmatan Bomba dan
Penyelamat.
(v) Jika semua jabatan berkenaan tiada bantahan, Jabatan Bangunan akan
mengeluarkan permit bagi struktur yang akan didirikan bagi tempoh satu
tahun dan boleh diperbaharui setiap tahun.
(vi) Selepas ini, permohonan untuk lesen hendaklah dibuat kepada Jabatan
Pelesenan yang boleh keluar lesen tanpa rujukan kepada jabatan lain.
(vii) Wang cagaran RM 10,000.00 setiap lesen hendaklah dibayar kepada
Jabatan Pelesenan sebelum pengeluaran lesen.
(b) Jika Loji Pembancuh Konkrit Hendak Didirikan Di Atas Tapak Tanpa
Apa-apa Projek Diluluskan Oleh Majlis
(i) Permohonan untuk kebenaran merancang hendak dibuat oleh syarikat
pembekal konkrit kepada Jabatan Perancangan Bandar &
Pembangunan MPPP dengan kemukakan Borang A serta 8 salinan
pelan lokasi dan susunan dengan tandatangan, nama dan alamat tuan
tanah dan syarikat pembekal di atas setiap pelan. Setiap salinan pelan
mestilah ditunjukkan dengan peruntukan infrastruktur seperti tempat
letak kenderaan. Bilangan kenderaan hendaklah juga dicatatkan di atas
pelan.
(ii) Jika Permohonan Merancang diluluskan prosedur (a) di atas perlu
dipatuhi.
T.1 - 3
(c) Tindakan Ke atas Loji-loji Pembancuh Konkrit Sedia Ada
Syarikat-syarikat pembekal konkrit yang beroperasi tanpa kebenaran
sekarang adalah diberi tempoh 3 bulan (dari tarikh 29 Julai 1997) untuk
membuat pemohonan mengikut proseduryang tersebut di atas. Tindakan
penguatkuasaan akan diambil terhadap syarikat yang tidak
mengemukakan permohonan dalam tempoh 3 bulan ini. Selepas kelulusan
pelan, loji pembancuh konkrit diberi 2 bulan untuk ditempatkan semula ke
tapak baru.
(Garispanduan ini telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Tetap
Perancangan Pemajuan pada 04.08.1997 dan disahkan oleh Mesyuarat
Biasa Majlis pada 29.08.1997)
Nota:
* Pindaan terhadap lokasi yang dibenarkan (perkara 1.0) dan tarikh pemakaian garis
panduan ini adalah pada 28.10.2011. Kajian semula mengenai tapak-tapak loji
pembancuh konkrit serta tinjauan tapak yang dilakukan pada 1 Jun 2011 telah
mengenalpasti 3 tapak yang masih boleh dibenarkan iaitu:
i. Tapak off Vale of Temp
ii. Tapak off Jalan Yeap Chor Ee
iii. Tapak tebusguna di kawasan perindustrian Batu Maung
iv. Kawasan yang diperlingkungkan sebagai “industri” di bawah Pelan Dasar
Perancangan dan Kawalan Pemajuan MPPP. Kawasan ini akan
dipertimbangkan merujuk kepada ulasan Jabatan Alam Sekitar dan lain-
lain jabatan teknikal.
Manakala tapak Relau dan tapak berhampiran “dumping ground” di Jalan Bakau
dibatalkan memandangkan pembangunan-pembangunan baru telah hampir di
sekitarnya.
** Pindaan terhadap prosedur permohonan kebenaran membina loji pembancuh
konkrit (perkara 4.0) dan Tarikh pemakaian garis panduan ini adalah pada
28.10.2011
(a) Jika Loji Pembancuh Konkrit Hendak Didirikan Di Atas Tapak Projek
Yang Telah Diluluskan.
i. Permohonan untuk Pelan Bangunan perlu dibuat oleh syarikat pembekal
konkrit kepada Unit Pusat Setempat (OSC) dengan mengemukakan 6 salinan
pelan lokasi dan pelan struktur dengan tandatangan, nama dan alamat tuan
tanah dan syarikat pembekal di atas setiap pelan. Setiap salinan mestilah
disertai di atas pelan dengan pengesahan Jurutera berdaftar tentang
kekukuhan dan keselamatan struktur tersebut;
ii. Sertakan surat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar;
iii. Sertakan surat dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;
T.1 - 4
iv. Sertakan surat kelulusan dari Jabatan Kerja Raya (jika permohonan terletak di
kawasan luar bandar);
v. Setiap salinan pelan mestilah disertai di atas pelan dengan pengesahan
jurutera berdaftar tentang kekukuhan dan keselamatan struktur dan beliau
bertanggungjawab ke atas kekukuhan dan keselamatan struktur tersebut;
vi. Sekiranya tiada bantahan daripada jabatan berkenaan;
Jabatan Bangunan boleh mempertimbangkan pengeluaran permit bagi struktur
yang akan didirikan bagi tempoh satu tahun (tertakluk kepada syarat Jabatan
Alam Sekitar) dan boleh diperbaharui setiap tahun dengan tempoh maksima 5
tahun (5 kali pembaharuan);
Jabatan Perlesenan boleh mempertimbang untuk mengeluarkan lesen setelah
kelulusan Majlis;
vii. Permohonan lesen perlulah dikemukakan kepada Jabatan Perlesenan MPPP
dan perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan;
viii.Permohonan hanya akan dipertimbang sekiranya terdapat Kebenaran
Merancang di atas tapak-tapak yang dipohon.
ix. Jika terdapat rayuan atas sebab-sebab tertentu yang boleh dipertimbangkan,
maka Permohonan Merancang perlu dikemukakan. Sekiranya diluluskan,
prosedur (a) i-vii perlu dipatuhi.
(b) Jika Loji Pembancuh Konkrit Hendak Didirikan Di Atas Tapak Tanpa Apa-
apa Projek Diluluskan Oleh Majlis.
i. Permohonan untuk Kebenaran Merancang hendaklah dibuat oleh syarikat
pembekal konkrit kepada pihak Majlis.
ii. Permohonan hanya akan dipertimbangkan bagi lokasi-lokasi seperti yang
dinyatakan di Perkara 1.0.
(c) Tindakan Ke Atas Loji-loji Pembancuh Konkrit Sedia Ada
Loji-loji sedia ada yang sedang menjalankan aktiviti di luar kawasan operasi yang
dibenarkan mengikut garis panduan baru diberi tempoh 1 tahun untuk
menghentikan operasi. Pengusaha boleh memohon semula untuk menempatkan
loji pembancuh konkrit di kawasan yang dibenarkan. Syarat dan prosedur di
bawah garis panduan baru hendaklah dipatuhi.
T.1 - 5
T.1 - 6 151