The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DASAR-DASAR DAN GARIS PANDUAN JAB PERANCANGAN PEMBANGUNAN_r1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by matisarazali, 2022-06-19 22:43:54

DASAR-DASAR DAN GARIS PANDUAN JAB PERANCANGAN PEMBANGUNAN_r1

DASAR-DASAR DAN GARIS PANDUAN JAB PERANCANGAN PEMBANGUNAN_r1

G.6 - 3

LAMPIRAN G.7

GARISPANDUAN UNTUK PEMAJUAN DI DALAM KAWASAN PERUMAHAN
DI KAWASAN YANG DI SEMPADANKAN OLEH JALAN MOHD TAIB,
JALAN JELUTONG, JALAN MADRASAH DAN LAUT
PELAN NO: MPPP/PN/036(PG/BJ)(D1/97)

1.0 Tujuan

1.1 Tujuan untuk kawalan pemajuan untuk pengezonan semula dari
perdagangan di bidang hadapan Jalan Jelutong dan kediaman di
bahagian kawasan yang di sempadankan oleh Jalan Mohd Taib,
Jalan Jelutong, Jalan Madrasah, jalan 40 kaki dan pantai
(Ditunjukkan dalam pelan).

2.0 Kawalan Jenis Pemajuan, Ketumpatan Dan Nisbah Plot

2.1 Pemajuan perumahan dan perdagangan adalah dibesarkan tetapi isi
kandungan perniagaan yang dibenarkan di dalam sesuatu pemajuan
bercampur adalah dihadkan kepada 70% dari jumlah ruang lantai
yang dicadangkan.

2.2 Ketumpatan Perumahan Yang Dibenarkan

Ketumpatan dibenarkan - 15 unit/ekar
Ketumpatan maksima - 30 unit/ekar

Untuk pengiraan ruang lantai isi kandungan perniagaan, luas lantai
unit kediaman yang akan digunakan ialah jumlah lantai sepadan
(total equivalent floor area) iaitu : bilangan unit kediaman x 1400
kaki persegi, yang mana yang lebih kecil. Luas ruang lantai untuk
kediaman boleh dipertingkatkan sekiranya unit-unit kos rendah
(keluasan 500 kp) atau kos sederhana rendah (463 kp)
diperuntukkan di dalam pemajuan mengikut garispanduan sediada.

G.7 - 1

2.3 Tawaran Bayaran Pemajuan (Infrastruktur)

Untuk pembangunan kediaman atau perdagangan yang melebihi
(sehingga ketumpatan/nisbah plot maksima), tawaran bayaran pemajuan
(infrastruktur) akan dibuat mengikut kadar yang berikut:-

Untuk pemajuan kediaman melebihi  RM5.00 sekaki persegi keluasan

15 unit/ekar : lantai untuk kediaman (Pemajuan

perumahan kos sederhana (700

kaki/ unit) dikecualikan jika

permohonan dikemukakan sebelum

01.01.1996) *

 RM7.00 sekaki persegi keluasan
lantai untuk perdagangan. *

Bonus untuk pemilik bumiputra 30% tambahan untuk pemajuan perumahan
dan 10% tambahan untuk pemajuan perdagangan mengikut garispanduan.

Pengecualian akan diberi berasaskan kepada unit-unit sehingga 15 unit
seekar dan unit yang terkecil akan dikecualikan dahulu dan nisbah plot
yang dibenarkan menngikut garispanduan pemajuan perdagangan.

* Nota: kadar bayaran pemajuan bagi nisbah plot dan ketumpatan melebihi
dibenarkan adalah atas kadar RM 15.00 sekaki persegi bagi pemajuan
kediaman dan RM21.00 setiap kaki persegi untuk perniagaan. (Sila rujuk
pindaan dasar mengenai kawalan ketumpatan & bayaran pemajuan
Lampiran 1)

3.0 Tarikh Perlaksanaan

Tarikh perlaksanaan garispanduan ini ialah tarikh ianya diterimapakai
dengan rasminya oleh Jawatankuasa Perancang Negeri pada 13.08.1997.

G.7 - 2

G.7 - 3

LAMPIRAN G.8

GARIS PANDUAN LOT-LOT KECIL DI PANTAI UTARA YANG TERLIBAT
DENGAN PELEBARAN JALAN DAN ANJAKAN 50 KAKI DARIPADA
SEMPADAN LOT DI SEBELAH LAUT.

1.0 TUJUAN

1.1 Tujuan garis panduan ini adalah untuk membenarkan pengecualian
pemakaian garis panduan anjakan 50 kaki daripada sempadan lot di
sebelah laut ke atas lot-lot kecil di kawasan Pantai Utara iaitu lot-lot
22, 23, 24, 25, 26, 28, 30, 31, 32 dan 33, Jalan Tanjung Bungah,
Bandar Tanjung Bungah, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

1.2 Rasional untuk membenarkan pengecualian garis panduan anjakan
50 kaki ini ke atas lot-lot kecil di atas adalah setelah peruntukkan
untuk pelebaran jalan, garisan dan anjakan bangunan, dan anjakan
50 kaki daripada sempadan lot di sebelah laut dikenakan ke atas lot-
lot ini, kawasan tepu bina (plinth area) akan berkurangan dan tidak
lagi ekonomik untuk pembangunan.

1.3 Implikasi yang akan wujud sekiranya lot-lot kecil ini tidak lagi
ekonomik untuk pembangunan adalah Pengambilan Balik Semula
Tanah perlu dilakukan oleh Pihak Kerajaan dan wujudnya binaan-
binaan tanpa kebenaran yang perlu dikawal oleh pihak MPPP.

2.0 KAWASAN PEMAKAIAN

2.1 Garis panduan ini hanya terpakai ke atas lot-lot 22, 23, 24, 25, 26,
28, 30, 31, 32 dan 33, Jalan Tanjung Bungah, Bandar Tanjung
Bungah, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

(Sila rujuk pelan tapak yang dilampirkan)

3.0 PELEBARAN JALAN / GARISAN BANGUNAN

3.1 Keperluan anjakan bangunan dan garisan bangunan seperti yang
digariskan di dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984
(UBBL) dan peruntukkan garisan pelebaran jalan adalah masih
terpakai bagi lot-lot di atas.

4.0 TARIKH PELAKSANAAN

4.1 Garis panduan ini telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Tetap
Perancangan Pemajuan pada 13.6.2012.

4.2 Tarikh pemakaian garis panduan ini adalah tarikh ianya di sahkan di
Mesyuarat Biasa Majlis pada 29.6.2012.

G.8 - 1

261

G.8

8-2

Lampiran H

LAMPIRAN DASAR / POLISI / TARIKH KATA
GARISPANDUAN PERLAKSANAAN KUNCI

H.1 Garispanduan untuk penyediaan 14.12.1989 KEMUDAHAN
kemudahan masyarakat di (20.8.2009) MASYARAKAT
kawasan pemajuan perumahan (27.9.2013)
baru. (beserta dengan pelan) (29.5.2015)

H.2 Tambahan Kepada “Garispanduan 16.01.2003 TAPAK
Untuk Penyediaan Kemudahan IBADAT
Masyarakat Di Kawasan Pemajuan BUKAN
Perumahan Baru” Untuk ISLAM
Penyediaan Tapak Ibadat bukan
Islam

H.3 Garispanduan Bagi Penggunaan 17.12.2007 TANAH
Tanah Lapang Sedia ada Ada Di LAPANG
Dalam Kawasan MPPP MPPP

LAMPIRAN H.1

GARISPANDUAN UNTUK PENYEDIAAN KEMUDAHAN MASYARAKAT
DI KAWASAN PEMAJUAN PERUMAHAN BARU

1.0 Perlaksanaan

1.1 Tarikh Perlaksanaan: DILULUSKAN OLEH MAJLIS PADA
14.12.1989

Tarikh perlaksanaan garispanduan ini haruslah dari tarikh
kelulusan oleh Majlis. Untuk melaksanakan garispanduan ini,
semua permohonan-permohonan kebenaran merancang akan
dibahagikan kepada klasifikasi-klasifikasi berikut :-

i) Untuk permohonan kebenaran perancangan yang
dikemukakan selepas tarikh perlaksanaan garispanduan baru
ini, pemohon itu mestilah mematuhi garispanduan ini.

ii) Untuk permohonan yang sudah dikemukakan sebelum tarikh
perlaksanaan garispanduan baru ini, tetapi masih menunggu
keputusan, pemohon ada pilihan samada hendak mengikut
garispanduan yang baru atau mengikut kehendak-kehendak
yang lama.

(Untuk permohonan yang telah dikemukakan sebelum
12.3.87, dan masih menunggu keputusan, permohonan ada
pilihan samada hendak mengikut kehendak-kehendak yang
dikenakan sebelum tarikh ini atau garispanduan-
garispanduan baru).

iii) Untuk permohonan yang sudah diluluskan dan belum luput,
tetapi kerja pembinaan belum dimulakan pada tarikh
perlaksanaan, pemohon mempunyai pilihan samada hendak
menukar supaya mengikut garispanduan baru yang telah
ditentukan atau mengikut kehendak-kehendak yang lama.

iv) Untuk permohonan yang sudah diluluskan dan kerja-kerja
pembinaan telah dimulakan dan dijalankan secara berfasa,
untuk fasa-fasa yang mana kerja pembinaan belum
dimulakan, pemohon diberi pilihan samada hendak
menggunakan garispanduan yang baru atau mengikut
kehendak-kehendak lama. Fasa-fasa yang telah dibina
mesti mengikut kehendak-kehendak lama. Kawasan tiap-tiap
fasa ditetapkan mengikut pelan bangunan fasa ini.

v) Untuk permohonan yang sudah diluluskan dan kerja-kerja
pembinaan telah dimulakan tetapi telah dihentikan kerja dan
mengakibatkan pelan luput, permohonan baru hendaklah
dibuat dan garispanduan baru hendaklah diikuti.
H.1 - 1

vi) Untuk permohonan yang sudah diluluskan dan kerja-kerja sudah
dimulakan tetapi beberapa perubahan “material” telah dibuat,

a. Untuk kes yang tiada kenaikan ketumpatan, kehendak-
kehendak lama berasaskan yang mana permohonan telah
diluluskan hendak diikuti.

b. Untuk kes yang ada kenaikan ketumpatan, hanya tambahan ke
ketumpatan dalam permohonan pindaan hendak mengikut
garispanduan baru.

1.2 Jenis Pemajuan Yang Dikecualikan

Semua pemajuan untuk tujuan kediaman yang perlu dikemukakan
untuk kebenaran perancangan kecuali pemajuan yang melibatkan
4 unit perumahan atau kurang, adalah perlu mematuhi keperluan-
keperluan garispanduan-garispanduan ini. Cadangan unit-unit
rumahkedai dan pemajuan bercampuran dalam kawasan
perniagaan juga dikecualikan daripada kehendak garispanduan
ini.

1.3 Jabatan Yang Bertanggungjawab

Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Perbandaran Pulau
Pinang hendaklah bertanggungjawab bagi mempastikan
bahawa garispanduan ini adalah dipatuhi.

2.0 Piawaian-Piawaian Perancangan

2.1 Kemudahan-kemudahan masyarakat yang diperuntukkan untuk
setiap kejiranan hendaklah dikumpulkan dalam 2 kategori.

(i) Kategori I: Tapak-tapak atau ruang-ruang kemudahan

masyarakat yang harus disediakan oleh pemaju

dan diserahkan kepada MPPP untuk

penyelenggaraan. Kesemua ini adalah

disenaraikan dalam Jadual I.

(ii) Kategori II: Tapak-tapak yang harus disediakan tertakluk

kepada keperluan-keperluan terakhir oleh jabatan-

jabatan yang berkaitan. Tapak-tapak ini

hendaklah diperuntukkan dan diambil oleh

jabatan-jabatan yang berkaitan. Kesemua ini

disenaraikan dalam Jadual II.

2.2 Penyediaan kemudahan-kemudahan masyarakat dan taman-
taman rekreasi peringkat lebih tinggi untuk dua atau lebih
kejiranan harus disediakan tertakluk kepada keperluan-keperluan
muktamad oleh jabatan-jabatan yang berkaitan dan hendaklah

H.1 - 1

ditentukan dan diperuntukkan untuk pengambilalihan jabatan-
jabatan itu. Kemudahan- kemudahan masyarakat peringkat lebih
tinggi, ini adalah diberikan dalam Jadual III.

2.3 Untuk tujuan garispanduan ini, satu “kejiranan” adalah
didefinasikan sebagai satu kawasan geografikal dalam mana
semua penduduk boleh dengan selesanya berkongsi kemudahan-
kemudahan masyarakat dan perkhidmatan tertentu yang
disediakan dalam kejiranan itu.

Digantikan 3.0 Kaedah Mengira Penduduk Kediaman Dalam Satu Pemajuan
29.05.2015 Perumahan
pada

Jawatankuasa Dalam pengiraan penduduk kediaman sesuatu cadangan
pemajuan,kadar-kadar kepenghunian (occupancy rates) 5 3.9 orang
Perancang Negeri setiap unit perumahan hendaklah digunakan. Walau bagaimanapun
untuk menggalakkan pemajuan rumah kos rendah, diskaun akan diberi
pada 29.05.2015 untuk unit-unit perumahan kos rendah seperti berikut:-

memutuskan kadar

penghunian bagi

Negeri Pulau Pinang

dipinda dari 5

orang/unit kepada

kadar baru iaitu 3.9 Kadar diskaun

orang/unit

Dibatalkan pada (i) Untuk perumahan kos rendah 60%
15.12.2017 rancangan khas

MBM pada 15.12.2017

telah bersetuju

meluluskan pindaan (ii) Untuk rumahpangsa kos rendah swasta 40%
dengan saiz unit kurang daripada atau
Pengiraan Kadar sama dengan 65m. persegi

Penghunian Untuk

Pemajuan Rumah Kos

Rendah Dan Rumah

Kos Sederhana

Rendah selaras (iii) Untuk unit-unit perumahan dengan 20%
saiz unit antara 65m. persegi dan
dengan pemajuan 75m. persegi

kediaman lain dengan

kadar penghunian 3.9

orang/unit. Oleh itu,

kadar diskaun yang

digunapakai bagi Kadar diskaun yang dispesifikasikan dalam garispanduan ini
hanyalah untuk kegunaan garispanduan ini sahaja dan tidak
rumah kos rendah dan boleh digunakan untuk mengira kehendak-kehendak lain seperti
untuk keperluan tapak bagi loji pembetungan.
rumah kos sederhana

rendah yang diluluskan

oleh Majlis pada

14.12.1989 adalah

terbatal.

4.0 Sumbangan Kewangan Sebagai Ganti Bagi Penyediaan
Kemudahan- Kemudahan Masyarakat Kategori I

4.1 Di bawah kes-kes berikut di mana :-

(i) Tapak yang sesuai untuk kemudahan-kemudahan
masyarakat tidak dapat disediakan secara fizikal pada
keseluruhannya atau sebahagian disebabkan kawasan tanah
yang tidak baik atau sebab-sebab lain.

(ii) Cadangan pemajuan adalah terlalu kecil untuk
membolehkannya memenuhi had minimum kawasan
keluasan tanah atau keluasan bangunan yang perlu

H.1 - 1

diperuntukkan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan
masyarakat.

(iii) Cadangan tapak pemajuan adalah tidak diperuntukkan untuk
tapak-tapak kemudahan-kemudahan masyarakat Kategori I
dalam satu rancangan tempatan, draf rancangan tempatan
atau pelan nasihat tatasusunan yang telah disediakan untuk
kawasan itu.

(iv) Pihak MPPP bersetuju untuk membenarkan pemaju atau
Perbadanan Pengurusan (Management Corporation terus
memiliki kemudahan masyarakat yang telah disediakan
dalam Pemajuan tersebut.

Majlis mungkin boleh meluluskan cadangan pemajuan tanpa
penyediaan fizikal kemudahan-kemudahan masyarakat Kategori I
atau penyerahan kemudahan-kemudahan masyarakat itu kepada
MPPP untuk kegunaan awam, jikalau dibuat bayaran sumbangan
kewangan oleh pemaju. Kewangan yang dikutip ini adalah untuk
tujuan MPPP mendapatkan tapak-tapak yang sesuai di lokasi-
lokasi lain dalam kawasan kejiranan untuk penyediaan
kemudahan-kemudahan masyarakat bagi kegunaan awam dan
kegunaan penduduk-penduduk di kejiranan ini.

Jumlah sumbangan kewangan akan bergantung kepada jumlah
keluasan tanah yang diperlukan untuk setiap kemudahan dalam
Kategori I dan ianya tidak disediakan dalam pemajuan atau tidak
diserahkan kepada MPPP.

4.2 Luas tanah atau luas tanah yang setara (equivalent land area)
yang diperlukan ialah :-

(i) 4.0 m.persegi tanah setiap orang untuk kawasan lapang
rekreasi kejiranan,

(ii) 0.2 m.persegi luas tanah yang setara setiap orang untuk
pusat-pusat masyarakat,

(iii) 0.1 m.persegi luas tanah yang setara setiap orang untuk
surau,

(iv) 0.1 m.persegi tanah setiap orang untuk lain-lain
kemudahan keagamaan.

Kemudahan masyarakat Kategori I yang tidak disediakan atau
kurang disediakan bolehlah diofset oleh kelebihan peruntukan
suatu kemudahan masyarakat lain Kategori I dalam pemajuan
tersebut, sekiranya MPPP bersetuju untuk membuat demikian di
bawah keadaan-keadaan berikut:-

H.1 - 1

(i) Kawasan tapak/bangunan yang telah disediakan dengan
lebih dalam pemajuan itu adalah sesuai dan mencukupi
untuk kegunaan kejiranan atau ianya telah dikenalpasti di
dalam rancangan tempatan/pelan nasihat untuk
kejiranan, dan

(ii) Ia diserahkan kepada MPPP untuk kegunaan awam.
4.3 Kadar Sumbangan Kewangan

Kadar sumbangan kewangan adalah seperti yang berikut:-
(i) Untuk kes-kes yang dinyatakan dalam Seksyen 4.1,

Bahagian (i), (ii) dan (iii), jumlah wang sebagai ganti bagi
penyediaaan kemudahan masyarakat akan ditentukan
mengikut kadar yang ditentukan dalam Jadual IV.
(ii) Untuk kes-kes yang dinyatakan dalam Seksyen 4.1,

bahagian (iv) RM10 per meter persegi untuk luas tanah
atau luas tanah setara yang diperlukan mengikut
garispanduan ini tetapi tidak diserahkan kepada MPPP
untuk kegunaan awam dalam pemajuan.
4.4 Cara Membuat Bayaran
Bayaran sumbangan kewangan untuk kemudahan-kemudahan
masyarakat boleh dibuat seperti berikut:-
50% hendaklah dibayar sebelum kerja dimulakan. Yang
selebihnya hendaklah dibayar sebelum dikeluarkan “Occupation
Certificate” (O.C.).
Walau bagaimanapun, MPPP boleh membenarkan supaya
bayaran penuh dibuat sebelum O.C. sekiranya dirasakan perlu.

H.1 - 1

JADUAL I
Piawaian-piawaian Perancangan Untuk Kemudahan-Kemudahan Masyarakat

Kategori I: Tapak-tapak dan kemudahan-kemudahan yang harus disediakan
oleh pemaju dan diserahkan kepada MPPP untuk penyelengaraan.

Kemudahan Piawaian Jenis-jenis
Masyarakat Kemudahan

Kawasan 2hk tanah per 5000 Termasuk lot-lot taman
lapang penduduk atau 4m.
Rekreasi persegi tanah setiap permainan kanak-kanak dan
Kejiranan penduduk
padang permainan. Pemaju

hendaklah menyediakan

peralatan permainan, perabut,

pokok-pokok, kerja lanskap

dan lain-lain mengikut pelan

dan rekabentuk yang hendak

diluluskan oleh MPPP.

Peratusan kawasan lapang

rekreasi tanah untuk

pemajuan harus mempunyai

tadahan maksima 40% dan

ketumpatan maksima sesuatu

pemajuan akan dikira dengan

sewajarnya.

Pusat 500m. persegi ruang Termasuk bilik bacaan,
Masyarakat bangunan per 5000 perpustakaan, dewan awam
penduduk atau 0.1m. dan bilik darjah serta
persegi ruang bangunan lain-lain.
setiap penduduk (atau
0.2m. persegi luas tanah
yang setaranya setiap
penduduk untuk tujuan
mengira sumbangan
kewangan.

Surau 250m. persegi ruang
bangunan per 5000
penduduk atau 0.05m.
persegi ruang bangunan
setiap penduduk (atau
0.10m. persegi luas
tanah yang setaranya

H.1 - 1

Kemudahan Piawaian Jenis-jenis
Masyarakat Kemudahan
setiap penduduk untuk
tujuan mengira
sumbangan kewangan.

Lain-lain 500m. persegi tanah
tujuan per 5000 penduduk
keugamaan atau 0.10m. persegi
tanah setiap
penduduk.

Penjaja/Tapak Tertakluk kepada
tapak pasar keperluan-keperluan
Jabatan Kesihatan.

Taska/tadika Rujuk Garis panduan
Penyediaan Tadika /
Taman Asuhan
Kanak-kanak (TASKA)
Untuk Pemajuan Baru
Di Peringkat
Permohonan
Kebenaran Merancang

H.1 - 1

JADUAL II

Piawaian-piawaian Perancangan Untuk Kemudahan-kemudahan Masyarakat
Kejiranan

Kategori II: Tapak-tapak yang hendak disediakan adalah tertakluk kepada
kehendak-kehendak terakhir jabatan-jabatan yang berkaitan. Tapak-tapak ini
hendaklah diperuntukkan dan diambilalih jabatan-jabatan yang berkaitan.

Kemudahan Piawaian Jenis-jenis
Masyarakat Kemudahan

Sekolah 1 tapak setiap kejiranan Tertakluk kepada
Rendah keperluan-keperluan
Jabatan pendidikan.
Cadangan-cadangan
pemajuan yang
melibatkan lebih
daripada 700 unit rumah
akan dirujuk kepada
Jabatan Pendidikan.
Tapak-tapak untuk
sekolah rendah akan
ditunjukkan dalam pelan
nasihat tatasusunan/draf
rancangan-rancangan
tempatan MPPP.

Pondok polis 1 tapak setiap kejiranan Tertakluk kepada
keperluan-keperluan
Jabatan Polis.

Klinik 1 bagi setiap kejiranan Tertakluk kepada
Kerajaan keperluan-keperluan
Jabatan Kesihatan
Negeri.

Pejabat Pos 1 bagi setiap kejiranan Tertakluk kepada
keperluan
keperluan Jabatan Pos.

H.1 - 1

JADUAL III

Piawaian-piawaian Perancangan Untuk Kemudahan-kemudahan Masyarakat
Peringkat Lebih Tinggi.

Kemudahan Piawaian Catatan
Masyarakat

Sekolah 1 tapak untuk 2 kejiranan Tapak-tapak untuk
Menengah Sekolah
Menengah akan
ditunjukkan
dalam pelan penasihat
tata-
susunan/draf rancangan-
rancangan tempatan
MPPP,
tertakluk kepada
keperluan-
keperluan Jabatan
Pendidikan.

Balai Polis/ 1 tapak (1.2 hk) setiap Tapak untuk balai-balai
polis akan ditunjukkan
Berek bandar (6-8 kejiranan) dalam pelan nasihat
tatasusunan/draf
rancangan-rancangan
tempatan MPPP, tertakluk
kepada keperluan-
keperluan
Jabatan Polis.

Kegunaan- 1 tapak (0.4-0.5hk) untuk Tapak-tapak akan
kegunaan setiap bandar (6 hingga ditunjukkan dalam pelan
keagamaan 8 nasihat tata-susunan/ draf
(masjid- kejiranan) rancangan-rancangan
masjid, tempatan MPPP, tertakluk
tokong- kepada keperluan-
tokong keperluan organisasi-
& gereja- organisasi pihak berkuasa
gereja) yang berkaitan.

H.1 - 1

Nota :
1. Sebahagian daripada ”Garispanduan Untuk Penyediaan Kemudahan

Masyarakat di Kawasan Pemajuan Perumahan Baru” yang diluluskan
pada 14.12.1989 khasnya penyediaan tapak sekolah dibatalkan dan
digantikan dengan arahan Jawatankuasa Perancang Negeri pada
20.08.2009 memutuskan berkenaan perancangan tapak sekolah iaitu
”Sekiranya jumlah unit rumah yang disediakan 1250 unit dan ke atas,
maka pihak pemaju dikehendaki memperuntukkan (set aside) dan
diserahkan tapak yang direzabkan untuk sekolah kepada Kerajaan
Negeri”.
2. MBM pada 27.09.2013 telah bersetuju dengan jadual penetapan harga
nilai tanah oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. Untuk kadar
binaan akan ditentukan oleh Jabatan Bangunan. Pelaksanaan kadar baru
bermula daripada 01.10.2013. Kedua-dua kadar perlu dikaji setiap 6
bulan oleh Jabatan masing-masing.
3. Jawatankuasa Perancang Negeri pada 29.05.2015 memutuskan kadar
penghunian bagi Negeri Pulau Pinang dipinda dari 5 orang/unit kepada
kadar baru iaitu 3.9 orang/unit.
4. MBM pada 15.12.2017 telah bersetuju meluluskan pindaan Pengiraan
Kadar Penghunian Bagi Kemudahan Masyarakat Untuk Pemajuan
Rumah Kos Rendah Dan Rumah Kos Sederhana Rendah iaitu selaras
dengan pemajuan kediaman lain dengan kadar penghunian 3.9
orang/unit. Oleh itu, kadar diskaun yang digunapakai bagi rumah kos
rendah dan rumah kos sederhana rendah yang diluluskan oleh
Majlis pada 14.12.1989 adalah terbatal.

H.1 - 1

H.1 - 1

LAMPIRAN H.2

TAMBAHAN KEPADA “GARISPANDUAN UNTUK PENYEDIAAN
KEMUDAHAN MASYARAKAT DI KAWASAN PEMAJUAN PERUMAHAN

BARU” UNTUK PENYEDIAAN TAPAK IBADAT BUKAN ISLAM

1.0 Piawaian

i). Piawaian yang digunapakai berdasarkan keperluan mengikut
bilangan penduduk iaitu:-

0.10 mp luas tanah bagi setiap penduduk bersamaan
500 mp luas tanah per 500 penduduk

ii). Luas tapak ini dikehendaki secara berasingan dan tidak di ‘offset’
dengan kemudahan lain

2.0 Kaedah Pengiraan Penduduk

Mengikut garispanduan induk dan apa-apa perubahan selaras dengan
garispanduan kos sederhana rendah dan kos rendah dari masa ke
semasa.

3.0 Saiz Pemajuan Yang Dikecualikan

Ini hanya terpakai bagi pemajuan perumahan mengandungi 5 unit dan ke
atas. Tidak termasuk pemajuan rumah kedai.

4.0 Kesesuaian Tapak Fizikal

Lokasi keluasan tapak yang disediakan hendaklah sesuai dan memuaskan
kepada MPPP. Keluasan tapak hendaklah menampung bangunan rumah
ibadat yang munasabah dengan saiz ruang lantai minima 10 mp dengan
anjakan dari sempadan plot atau dari bangunan-bangunan terdekat yang
diperlukan mengikut piawaian perancangan dan undang-undang kecil
sediada.

5.0 Penyerahan Tapak Fizikal

Tapak-tapak fizikal perlu diserahkan kepada Majlis Perbandaran Pulau
Pinang dengan harga namaan RM1.00 seplot. Sebarang permintaan untuk
memiliki tapak tersebut oleh mana-mana pertubuhan akan dirujuk oleh
Majlis Ibadat Bukan Islam di peringkat negeri.

H.2 - 1

6.0 Tabung Sumbangan Kewangan
Jika pada pendapat MPPP kelulusan tapak tidak dapat disediakan dengan
memuaskan dan tidak boleh diterima, pemohon boleh menawarkan
sumbangan kewangan sebagai ganti mengikut kadar dan zon di dalam
garispanduan induk.
Tawaran sumbangan kewangan sebagai ganti tapak ibadat bukan islam
secara fizikal akan dimasukkan ke dalam tabung khas Majlis Perbandaran
Pulau Pinang untuk tapak ibadat bukan islam.

7.0 Perlaksanaan
Tarikh perlaksanaan tambahan kepada ‘Garispanduan Untuk Penyediaan
Kemudahan Masyarakat Di Kawasan Pemajuan Perumahan Baru’ adalah
tarikh kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri pada 16.01.2003.
Semua permohonan kebenaran merancang yang telah dikemukakan
sebelum tarikh perlaksanaan dan masih menunggu keputusan serta semua
pelan bangunan yang belum diluluskan adalah tertakluk kepada
garispanduan ini.

H.2 - 2

LAMPIRAN H.3

GARISPANDUAN BAGI PENGGUNAAN TANAH LAPANG
SEDIA ADA DI DALAM KAWASAN MPPP

1.0 Tujuan Garispanduan

1.1 Tujuan penggunaan tanah lapang sedia ada yang didaftarkan
atas hakmilik Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

2.0 Definisi Tanah Lapang

2.1 Tanah lapang sebagaimana yang ditakrif oleh Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dalam Seksyen
2 (f) adalah sebagai “mana-mana tanah sama ada dikepung
atau tidak yang dikhaskan atau direzabkan untuk dikhaskan
keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman
bunga awam, taman awam, padang sukan dan rekreasi awam,
tempat makan angin awam, tempat jalan kaki awam atau
sebagai suatu tempat awam”

3.0 Syarat Penggunaan Tanah Lapang Sedia Ada

3.1 Syarat penggunaan tanah lapang sedia ada yang
sebahagiannya dibenarkan untuk digunakan lain-lain aktiviti
adalah seperti berikut:

a) Saiz minimum tanah lapang dan rekreasi ialah 0.2 hektar
(0.5 ekar) atau di mana sesuai.

b) Dataran untuk pelbagai tujuan seperti bersenam,
beriadah dan bermain. Dataran ini tidak melebihi 10%
dari kawasan lapang dengan keluasan maksimum 1000
kaki persegi. Dicadang kegunaan alternatif untuk dataran
sebagai tempat letak kereta pada waktu malam.

Atau

c) Satu bangunan serbaguna atau bangunan komuniti yang
boleh digunakan sebagai dewan komuniti, rukun
tetangga, Dewan Jawatankuasa Keselamatan dan
Kemajuan Kampung, pondok polis, perpustakaan dan
persatuan penduduk. Maksimum keluasan tapak (foot-
print) bangunan tersebut hendaklah tidak melebihi 3000
kaki persegi dengan syarat tidak ada bantahan daripada
organisasi dari penduduk tempatan.

H.3 - 1

d) Perletakan bangunan serbaguna ini hendaklah sesuai
keadaan persekitaran dan tidak mengganggu fungsi
tanah lapang berkenaan.

e) Bangunan serbaguna ini tidak boleh digunakan untuk
tujuan selain dari aktiviti kemasyarakatan dan tidak
terhad kepada satu organisasi sahaja. Pemohon
hendaklah membenarkan lain-lain pertubuhan/individu
menggunakan bangunan tersebut jika ada permohonan.

f) Bangunan dan aktiviti keagamaan tidak dibenarkan di
atas kawasan lapang.

g) Mendapat sokongan Jabatan Perpaduan Negara, Pejabat
Tanah dan Daerah, KEMAS dan dirujuk kepada YB
ADUN.

h) Pelan Bangunan hendaklah dikemukakan kepada Pihak
Berkuasa Tempatan untuk tujuan rekod sahaja.

i) Dewan komuniti diuruskan dan diselenggara oleh Pejabat
Tanah dan Daerah.

j) Bangunan hendaklah tidak lebih daripada 2 tingkat.

4.0 Panduan Permohonan Tanah Lapang Sedia Ada Untuk
Kemudahan Awam

4.1 Memenuhi syarat penggunaan tanah lapang sedia ada seperti di
para 2 sahaja.

4.2 Orang yang layak memohon:

4.2.1 Agensi/Jabatan Kerajaan

4.2.2 Pertubuhan/Persatuan yang berdaftar dengan Jabatan
Daftar Pertubuhan (ROS)

4.3 Cara-cara permohonan (senarai semak):

4.3.1 Sertakan pelan-pelan seperti berikut:

a) Pelan kunci dan lokasi tapak

b) Pelan tapak asal yang sedia ada

c) Gambarfoto sedia ada

d) Pelan cadangan yang berskala. Catatkan keluasan
yang dipohon

H.3 - 2

e) Pelan perincian
f) Anggaran kos
4.3.2 Permohonan beserta pelan cadangan hendaklah
dikemukakan kepada Tuan Setiausaha Perbandaran,
Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tingkat 17, KOMTAR,
10675, Pulau Pinang.
Diluluskan oleh Mesyuarat Biasa Majlis pada 17.12.2007

H.3 - 3

Lampiran I

LAMPIRAN DASAR / POLISI / TARIKH KATA
GARISPANDUAN PERLAKSANAAN KUNCI
I.1
Garispanduan Pengawalan 28.09.2012 TADIKA,
(26.11.2015) TASKA,
Tukarguna Bangunan Kediaman (23.06.2016) PUSAT
(24.11.2016) JAGAAN
Kepada Tadika, Taska, Pusat (28.06.2018)
(27.08.2019)
Jagaan Kanak-Kanak Dan Pusat (13.12.2019)

Jagaan Orang Tua Di Kawasan

Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Garispanduan Penyediaan

I.2 Tadika/Taman Asuhan Kanak- 28.08.2014 PKM
(25.04.2017) TADIKA,
Kanak (Taska) Untuk Pemajuan TASKA

Baru Di Peringkat Permohonan

Kebenaran Merancang

Panduan Pendaftaran Taska,

Tadika dan Pusat Jagaan Di Pulau

Pinang Dan Pemberian Insentif 12.12.2020 PANDUAN
(10.02.2021) PENDAFTA
I.3 Oleh Kerajaan Negeri Pulau (16.02.2022) RAN TTPJ

Pinang Dalam Usaha

Memudahcara Pengusaha Untuk

Mendapatkan Perakuan

Pendaftaran

LAMPIRAN I.1

GARISPANDUAN PENGAWALAN TUKARGUNA BANGUNAN KEDIAMAN KEPADA
TADIKA, TASKA, PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK DAN PUSAT JAGAAN ORANG TUA DI

KAWASAN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

1.0 Tujuan

Garispanduan ini merupakan panduan kepada pihak Majlis dalam mempertimbang
permohonan tukarguna bangunan kediaman sediada bagi tujuan menjalankan aktiviti
tadika, taska, pusat jagaan kanak-kanak dan pusat jagaan orang tua di kawasan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

1.1 Garispanduan Khusus

Garispanduan khusus tukarguna bangunan kediaman sediada bagi tujuan

menjalankan aktiviti tadika, taska, pusat jagaan kanak-kanak dan pusat jagaan orang
tua di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Perkara Kawalan

1. Perlingkungan (Pelan Dibenarkan dalam zon `Perumahan Am‟ dan zon

Dasar Perancangan `Kawasan Perumahan Tetap Sedia Ada‟ kecuali 7 zon

Dan Kawalan „Kawasan Perumahan Tetap Sedia Ada berikut:-

Pemajuan, MPPP 1996) - Jesselton Height

- Kawasan yang disempadani oleh Jalan Utama,

Jalan Gottlieb, Jalan Burma, Jalan Brother James,

Jalan Cantonment dan Jalan Nunn. Ini termasuk

Jalan Tunku Abdul Rahman, Lebuhraya Rose, Rose

Avenue, Jalan Park, Jalan Brown dan Jalan D.S

Ramanathan.

- Jalan Bell

- Pearl Hill

- Lebuh Bukit Jambul

- Taman Sungai Ara

- Minden Height

(Lampiran `A‟)

2. Jenis Kediaman Yang i. Rumah sesebuah
Boleh Ditukarguna

ii. Rumah berkembar

iii. Rumah teres unit hujung dan yang mempunyai
halaman (hanya dibenarkan di lot tepi sahaja)

iv. Bagi rumahpangsa, tadika, taska, dan pusat jagaan
kanak-kanak hanya dibenarkan di tingkat bawah
sahaja tertakluk kepada kebenaran MC/JMB dan
Jabatan Kebajikan Masyarakat.

v. Bagi pusat jagaan orang tua hanya boleh
dipertimbangkan/dibenarkan dengan syarat
menukarguna keseluruhan bangunan blok

I.1 - 1

Perkara Kawalan
3. Perletakkan vi. Bangunan kediaman berpangsa tersebut kepada

pusat jagaan orang tua tertakluk kepada perakuan
Jabatan Bomba dan Jabatan Kebajikan
Masyarakat. Blok bangunan hendaklah dilengkapi
kemudahan „lift‟.

vii. Pertambahan ruang lantai bangunan asal tidak
dibenarkan.

Sebanyak 7 unit (maksima) termasuk :
i. tadika, taska dan pusat jagaan kanak-kanak,
ii. pusat jagaan orang tua
dibenarkan beroperasi dalam lingkungan 400 meter bagi
kawasan kediaman landed.

Jika terdapat pemajuan melibatkan tukarguna keseluruhan
blok bangunan kediaman kepada pusat jagaan orang tua
maka ianya termasuk dalam kawalan lingkungan 400
meter.

Untuk permohonan yang tidak melibatkan premis
kediaman, kelulusan adalah tertakluk kepada Pelan Dasar
Perancangan dan Kawalan Pemajuan MPPP serta
Permohonan Kebenaran Merancang untuk tukarguna dan
tidak terikat dengan perkara di atas.

Bagi bangunan kediaman yang telah dibenarkan untuk
tukarguna komersil yang telahpun terdapat dalam
garispanduan sedia ada Majlis maka permohonan
tukarguna boleh dipertimbangkan.

Bukti lokasi bagi premis yang telah menjalankan aktiviti
tadika, taska dan pusat jagaan kanak-kanak dan pusat
jagaan orang tua sediada hendaklah ditunjukkan bersama
pelan dan gambarfoto sebelum permohonan kebenaran
merancang dikemukakan di Pusat Setempat OSC.

4. Penyediaan Tempat Bagi setiap unit, 1 tempat letak kenderaan hendaklah

Letak Kenderaan disediakan.

5. Sumbangan Penyediaan Kadar bayaran sumbangan bagi menggantikan tempat

Tempat Letak letak kenderaan yang tidak dapat disediakan, adalah

Kenderaan berikut:

RM 25,000.00 bagi setiap tempat letak kereta
RM 2,500.00 bagi setiap tempat letak motosikal

6. Syarat Nyata Tanah Hendaklah selaras dengan syarat nyata tanah mengikut
geran. Perakuan dari Pejabat tanah hendaklah diperolehi
sebelum permohonan dikemukakan.

I.1 - 2

Perkara Kawalan

7. Persetujuan tuan Bagi permohonan yang melibatkan kediaman berjenis

tanah/bangunan yang rumah berkembar & rumah teres, surat persetujuan tuan

berkongsi dinding dwi- tanah/bangunan yang berkongsi dinding dwi-tuan dan /

tuan dan / atau atau pemunya lot yang berkongsi batu sempadan

pemunya lot yang (immediate neighbour) hendaklah disertakan dalam

berkongsi batu pelan permohonan.

sempadan (immediate

neighbour)

8. Pengesahan Jabatan Cadangan Pengesahan Jabatan teknik

Teknikal Yang Perlu pemajuan yang perlu diperolehi

Diperolehi Sebelum i. tadika, taska Jabatan Pendidikan Negeri,

Kemuka Permohonan dan pusat Jabatan Bomba Dan

Kebenaran Merancang. jagaan kanak- Penyelamat, Jabatan

kanak Kebajikan Masyarakat &
Pejabat Tanah Dan Daerah

ii. pusat jagaan Jabatan Kebajikan

orang tua Masyarakat & Jabatan Bomba
Dan Penyelamat

9. Bayaran Infrastruktur Tidak tertakluk.
(perlingkungan semula)

10. Bayaran Pemajuan Caj dikenakan bagi ruang lantai bangunan kediaman yang

Infrastruktur ditukarguna atas kadar RM40.00 smp.

11.

Sumbangan Untuk Sebanyak 5 sen bagi setiap kaki persegi bagi seluruh

Penanaman Pokok- lantai yang berbumbung kecuali kawasan-kawasan yang

pokok Dan digunakan sebagai tempat letak kereta atau

Pemandangan Daratan. RM200.00 minima tertakluk kepada yang mana lebih

tinggi.

12. Pengecualian Bayaran Pengecualian bayaran-bayaran berikut boleh diberi

Untuk Taska, Tadika, kepada pengusaha / badan yang tidak berlandaskan

Pusat Jagaan Kanak- keuntungan („Non-Profit Organizations‟) tertakluk kepada

Kanak Dan Pusat surat pengesahan daripada Jabatan Kebajikan

Jagaan Orang Tua Masyarakat Negeri (bagi permohonan taska, pusat jagaan

Sahaja kanak-kanak dan pusat jagaan orang tua) atau Jabatan

Pendidikan Negeri (bagi permohonan tadika); iaitu:

i) bayaran pemajuan infrastruktur (tukarguna)

ii) bayaran sumbangan penyediaan tempat letak
kenderaan

iii) bayaran sumbangan untuk penanaman pokok dan
pemandangan daratan

I.1 - 3

12A. Pertukaran nama i. Permohonan pertukaran pemohon asal kepada
pengusaha lain dibenarkan di bawah garis panduan
pemohon asal kepada ini. Permohonan Kebenaran Merancang baru tidak
perlu dikemukakan memandangkan bangunan tersebut
pengusaha lain telahpun diluluskan / diberi Kebenaran Merancang
tukar guna bangunan dari kediaman kepada tadika/
taska/ pusat jagaan kanak-kanak, /pusat jagaan orang
tua;

ii. Pengeluaran lesen kepada pengusaha baru hendaklah
dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat atau
Jabatan Pendidikan Negeri dan hendaklah

dimaklumkan kepada Majlis bagi tujuan rekod.

12B. Pertukaran aktiviti i. Permohonan pertukaran aktiviti bagi bangunan
13. Tarikh Pemakaian kediaman yang telah diberi kebenaran merancang

tukar guna bangunan kepada aktiviti lain yang
dibenarkan di bawah garis panduan ini boleh

dibenarkan tanpa perlu mengemukakan Permohonan
Kebenaran Merancang yang baru. Contohnya daripada

Pusat Jagaan Kanak-Kanak kepada Tadika;

ii. Walau apapun peruntukan para (1), pertukaran aktiviti
adalah dikawal seperti di jadual di bawah :

Pertukaran Aktiviti Tukarguna yang

Aktiviti tukarguna dibenarkan
yang telah
diluluskan Pusat Pusat

Tadika Tadika Taska jagaan jagaan
Taska kanak- orang
Pusat jagaan
kanak-kanak kanak tua
Pusat jagaan
orang tua BB TB

B B TB

BB TB

TB TB TB

B – dibenarkan
TB – tidak dibenarkan

Pelaksanaan garispanduan ini adalah pada tarikh sah
MBM iaitu pada 13.12.2019

Nota :

1. Pindaan garispanduan ini melibatkan pembatalan kawalan Pusat Jagaan Ibu Bersalin
Dan Anak di dalam garispanduan sedia ada.

2. Garispanduan terdahulu iaitu :
i) ”Garispanduan Pengawalan Tadika, Taska Dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Di
Kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang” (terimapakai pada 28.09.2012) dan

I.1 - 4

ii) “Garispanduan Pengawalan Tukarguna Bangunan Kediaman Kepada Tadika, Taska,
Pusat Jagaan Kanak-Kanak, Pusat Jagaan Ibu Bersalin Dan Anak Dan Pusat Jagaan
Orang Tua Di Kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang” (terimapakai pada
26.11.2015);

iii) “Pindaan Garispanduan Pengawalan Tukarguna Bangunan Kediaman Kepada Tadika,
Taska, Pusat Jagaan Kanak-Kanak, Pusat Jagaan Ibu Bersalin Dan Anak Dan Pusat
Jagaan Orang Tua Di Kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang” (terimapakai pada
23.06.2016);

iv) “Pindaan Garispanduan Pengawalan Tukarguna Bangunan Kediaman Kepada Tadika,
Taska, Pusat Jagaan Kanak-Kanak, Pusat Jagaan Ibu Bersalin Dan Anak Dan Pusat
Jagaan Orang Tua Di Kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang” (terimapakai pada
24.11.2016)

v) “Garispanduan Pengawalan Tukarguna Bangunan Kediaman Kepada Tadika, Taska,
Pusat Jagaan Kanak-Kanak, Pusat Jagaan Ibu Bersalin Dan Anak Dan Pusat Jagaan
Orang Tua Di Kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang” (terimapakai pada
28.06.2018); DAN

vi) “Garispanduan Pengawalan Tukarguna Bangunan Kediaman Kepada Tadika, Taska,
Pusat Jagaan Kanak-Kanak, Pusat Jagaan Ibu Bersalin Dan Anak Dan Pusat Jagaan
Orang Tua Di Kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang” (terimapakai pada
27.08.2019).

adalah Terbatal.

I.1 - 5

LAMPIRAN ‘A’
I.1 - 6

LAMPIRAN ‘A’
I.1 - 7

LAMPIRAN ‘A’
I.1 - 8

LAMPIRAN ‘A’
I.1 - 9

LAMPIRAN I.2

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN TADIKA / TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK
(TASKA) UNTUK PEMAJUAN PERUMAHAN BARU DI PERINGKAT
PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG.

1.0. Tujuan

Garis panduan ini merupakan rujukan kepada pihak Majlis dalam merancang
perletakkan tadika / taska untuk pemajuan-pemajuan kediaman baru yang
melibatkan pemajuan landed dan bertingkat (high rise) di peringkat Permohonan
Kebenaran Merancang.

2.0 Garis Panduan Umum

2.1 Penyediaan tapak tadika / taska untuk pemajuan-pemajuan
kediaman yang baru adalah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan
oleh Majlis.

2.2 Setiap permohonan yang melibatkan penyediaan tadika / taska
hendaklah merujuk terus kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan
Jabatan Kebajikan Masyarakat. Salinan ulasan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat hendaklah
disertakan bersama pelan tunai syarat bagi pematuhan syarat di
peringkat Permohonan Kebenaran Merancang.

3.0 Garis Panduan Khusus

3.1 Pemajuan Landed

i) Setiap pemajuan „landed‟ yang mencapai 21 unit kediaman – 40
unit kediaman hendaklah memperuntukkan sebuah tadika /
taska .

ii) Setiap 20 unit kediaman seterusnya hendaklah memperuntukkan
sebuah tadika / taska.

iii) Rumah sesebuah, rumah berkembar dan rumah teres bagi
“corner unit” dan unit hujung yang mempunyai halaman
hendaklah ditandakan / diplotkan di atas pelan di peringkat
Permohonan Merancang dan Pelan Bangunan sebagai dwi-
kegunaan iaitu unit kediaman. Unit ini dibenarkan tukarguna
kepada tadika / taska.

iv) Rumah sesebuah, rumah berkembar dan rumah teres yang
terletak di jalan “cul-de-sac” tidak dibenarkan.
I.2 - 1

v) Operasi tadika/taska tertakluk kepada kelulusan lesen daripada
Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Contoh Penandaan Plot Tadika / Taska Untuk Pemajuan Landed

( unit hujung dan tidak berhalaman )

(“corner unit” dan
berhalaman)

( unit hujung dan berhalaman)

Dibenarkan tukarguna
Tidak dibenarkan tukarguna

3.2 Pemajuan Bertingkat (High Rise) dan Pemajuan Strata Secara
Berpagar (Gated).

i) Penyediaan adalah dikecualikan.

ii) Walau bagaimanapun, sebahagian daripada ruang dewan
yang disediakan mengikut keperluan garis panduan
kemudahan masyarakat boleh dibenarkan untuk ditukarguna
kepada penyediaan tadika/taska.

4.0 Pemakaian Garis Panduan

4.1 Garis panduan ini adalah terpakai bagi Permohonan Kebenaran
Merancang yang dikemukakan selepas tarikh garis panduan ini
diluluskan di Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 4/2017
iaitu pada 25.04.2017.

4.2 Garis panduan Penyediaan Tadika/Taman Asuhan Kanak-Kanak
(Taska) Untuk Pemajuan Baru Di Peringkat Permohonan Kebenaran
Merancang yang telah diluluskan pada 28 Ogos 2014 adalah
terbatal.

I.2 - 2

LAMPIRAN I.3

PANDUAN PENDAFTARAN TASKA, TADIKA DAN PUSAT JAGAAN DI
PULAU PINANG DAN PEMBERIAN INSENTIF OLEH KERAJAAN NEGERI
PULAU PINANG DALAM USAHA MEMUDAHCARA PENGUSAHA UNTUK

MENDAPATKAN PERAKUAN PENDAFTARAN

1.0 Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Bil. 44/2020 pada 17 Disember 2020
dan disahkan pada hari yang sama telah meluluskan cadangan
mewujudkan Panduan Pendaftaran Taska, Tadika dan Pusat Jagaan
(TTPJ) di Pulau Pinang antaranya seperti berikut :

i. Panduan Pendaftaran TASKA seperti di Lampiran A;

ii. Panduan Pendaftaran TADIKA seperti di Lampiran B;

iii. Panduan Pendaftaran Pusat Jagaan seperti di Lampiran C;

iv. Pemberian insentif oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam
usaha memudahcara pengusaha untuk mendapatkan perakuan
pendaftaran untuk beroperasi secara sah seperti di Lampiran 1;

v. Mewujudkan satu Jawatankuasa Penilaian Keakuran Pengusaha
Taska, Tadika dan Pusat Jagaan yang diurusetia oleh Bahagian
Kerajaan Tempatan bagi perkhidmatan ‘Pro Bono’ (tanpa bayaran)
atau fi minima oleh panel-panel arkitek di bawah Persatuan Arkitek
Malaysia (PAM) bagi menentukan keakuran terhadap pengusaha-
pengusaha Taska, Tadika dan Pusat Jagaan bagi memperolehi
status pembiayaan fi arkitek melalui kaedah pembiayaan ‘Pro
Bono’ (tanpa bayaran) atau fi minima oleh panel-panel arkitek di
bawah Persatuan Arkitek Malaysia (PAM);

vi. Tarikh kuatkuasa Panduan Pendaftaran bermula pada 1 Januari
2021; dan

vii. Tarikh Pemutihan Taska, Tadika dan Pusat Jagaan mulai 1 Januari
2021 hingga 31 Disember 2021.

2.0 Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bil. 4/2022 pada 16 Februari
2022 telah bersetuju untuk meluluskan cadangan pelanjutan tempoh
moratorium bagi pemuitihan Taska, Tadika dan Pusat Jagaan (TTPJ) di
Pulau Pinang yang tamat pada 31 Disember 2021 kepada 31 Ogos
2022.

I.3 - 1

LAMPIRAN 1

PANDUAN PEMBERIAN INSENTIF OLEH KERAJAAN NEGERI

(a) Pemberian pengecualian bagi perkara-perkara berikut:

i) Sumbangan bagi menggantikan tempat letak
kenderaan yang tidak dapat disediakan;

ii) Sumbangan untuk penanaman pokok;

iii) Pengecualian denda 10 kali ganda daripada fi
permohonan yang dikenakan bagi aktiviti TASKA,
TADIKA dan Pusat Jagaan yang dijalankan tanpa
kelulusan;

iv) Pengecualian kepada 319 pengusaha TASKA,
TADIKA dan Pusat Jagaan yang belum mendapat
perakuan pendaftaran diberikan sehingga 31
Disember 2021. Walau bagaimanapun, Pelan
Kebenaran Merancang perlu dikemukakan pada
atau sebelum 31 Disember 2021;

iv) Pengecualian kepada pengusaha TASKA, TADIKA
dan Pusat Jagaan selain daripada 319 di bawah
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan
Pendidikan Negeri Pulau Pinang yang belum
mendapat perakuan pendaftaran diberikan
sehingga 31 Disember 2021. Walau
bagaimanapun, Pelan Kebenaran Merancang perlu
dikemukakan pada atau sebelum 31 Disember
2021; dan

v) Bagi TASKA, TADIKA dan Pusat Jagaan yang sedia
beroperasi dikawasan larangan dibenarkan untuk
beroperasi dalam tempoh pemutihan iaitu mulai 1
Januari 2021 hingga 31 Disember 2021 sahaja.
Selepas tarikh tersebut pengoperasian TASKA,
TADIKA dan Pusat Jagaan di kawasan larangan
perlu diberhentikan.

(b) Penetapan kadar tetap bagi bayaran Pemajuan Fi untuk
perakuan pendaftaran Infrastruktur (caj tukarguna) sebanyak
RM1,000.00 bagi kedua-dua PBT untuk setiap permohonan.

(c) Pelanjutan tempoh pemutihan TASKA dan Pusat Jagaan
sehingga 31 Disember 2021.

(d) Tempoh pemutihan TADIKA diberikan sehingga 31 Disember
2021.

Maklumat tambahan :

1. Mana-mana permohonan pendaftaran TASKA, TADIKA dan Pusat
Jagaan yang telah dilakukan sebelum tempoh pemutihan yang mana
telah membuat bayaran, tidak boleh dipertimbangkan untuk
mendapat kemudahan-kemudahan yang tertakluk dalam Panduan
Pendaftaran TASKA, TADIKA dan Pusat Jagaan di Negeri Pulau Pinang
kerana tarikh kuatkuasa Panduan Pendaftaran tersebut adalah mulai
1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.

2. Bagi mana-mana permohonan pendaftaran TASKA, TADIKA dan Pusat
Jagaan yang telah dilakukan sebelum tempoh pemutihan dan belum
membuat sebarang pembayaran, permohonan boleh
dipertimbangkan sekiranya pengusaha mengemukakan surat rayuan
dan diperakukan oleh Jawatankuasa Majlis bagi mendapat
kemudahan-kemudahan yang tertakluk dalam Panduan Pendaftaran
TASKA, TADIKA dan Pusat Jagaan di Negeri Pulau Pinang.

KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

PANDUAN PENDAFTARAN TASKA DI NEGERI
PULAU PINANG

Berkuatkuasa
1 JANUARI 2021

1

KANDUNGAN

1. TUJUAN

2. LATAR BELAKANG

3. TAFSIRAN

4. DASAR KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI

5. PROSES BAGI URUSAN PERMOHONAN BAHARU PENUBUHAN
TASKA

6. PEMATUHAN AKTA DAN PERATURAN OLEH TASKA YANG
BEROPERASI SEDIA ADA

7. PERINGATAN DAN PENGECUALIAN

LAMPIRAN A - PROSES PERMOHONAN
LAMPIRAN PENUBUHAN TASKA

LAMPIRAN B - JENIS BANGUNAN
LAMPIRAN
B (I) - JENIS BANGUNAN YANG
DIBENARKAN SERTA
DIBENARKAN UNTUK
TUKARGUNA

B (II) - LOKASI PREMIS YANG SESUAI
UNTUK PENUBUHAN TASKA

B (III) - LOKASI PREMIS YANG TIDAK
DIBENARKAN UNTUK
PENUBUHAN TASKA

C - SENARAI SEMAK KEPERLUAN
TASKA UNTUK PERAKUAN
BOMBA

D - SENARAI SEMAK DOKUMEN
UNTUK PERAKUAN PIHAK
BERKUASA TEMPATAN

D (I) - PERMOHONAN KEBENARAN
MERANCANG – MBPP

2

D (II) - PERMOHONAN KEBENARAN
MERANCANG – MBSP

D (III) - PERMOHONAN LESEN – MBPP

D (IV) - PERMOHONAN LESEN – MBSP

D (V) - KESIHATAN

LAMPIRAN E - KRITERIA YANG PERLU
LAMPIRAN DIPATUHI OLEH PENGUSAHA
TASKA BAGI MEMASTIKAN
OPERASI YANG SAH

F - KADAR BAYARAN UNTUK
PERMOHONAN PENDAFTARAN
TASKA

3

1. TUJUAN
Panduan ini disediakan untuk memudah cara pengusaha TASKA
mendapatkan maklumat mengenai kriteria-kriteria yang perlu
dipatuhi untuk menjalankan operasi secara sah sebagaimana yang
ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan
Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan selaras dengan visi
Penang2030 bagi inisiatif strategik A3 iaitu untuk memperkukuh
sistem penjagaan dan kebajikan di negeri Pulau Pinang.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) menyediakan
perkhidmatan asuhan gantian kepada kanak-kanak di bawah
umur empat (4) tahun. Penubuhan TASKA dapat menggalakkan
wanita terutama yang telah berkeluarga, bekerja dan
menyumbang tenaga serta kemahirannya secara produktif
dalam usaha meningkatkan ekonomi negara. Perkhidmatan
TASKA secara sistematik mula dirasai keperluannya di Malaysia
semenjak 1982. Kementerian Kebajikan Masyarakat pada masa
itu membuat kajian dan mendapati adanya keperluan untuk
meningkatkan mutu amalan asuhan di kalangan pengusaha
TASKA.

2.2 Penubuhan dan operasi TASKA melibatkan beberapa isu seperti
di bawah:

a) Kewujudan operasi TASKA yang tidak berdaftar;
b) Peraturan dan syarat untuk menimbang kelulusan yang tidak

seragam di antara pelbagai agensi yang boleh menyebabkan
kekeliruan kepada pengusaha TASKA; dan

4

c) Tempoh permohonan kelulusan tukar syarat tanah,
kebenaran merancang, pelesenan dan pendaftaran yang
mengambil masa yang lama.

2.3 Terdapat beberapa perbezaan kriteria dari segi aspek teknikal
melibatkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis
Bandaraya Seberang Perai. Hal ini disebabkan kedudukan
geografi, kepadatan penduduk, keluasan tanah, nilai tanah, isu
perbandaran dan sebagainya di kawasan Pulau dan Seberang
Pulau Pinang.

3. TAFSIRAN

3.1 TASKA bermaksud mana-mana premis yang menerima masuk
empat (4) atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4)
tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan
upah. Seksyen 5 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta
308] memperuntukkan empat (4) jenis TASKA sepertimana
berikut:

(a) TASKA Institusi;
(b) TASKA di tempat kerja;
(c) TASKA Komuniti; dan
(d) TASKA di rumah.

3.2 Pihak Berkuasa Tempatan bermaksud satu badan yang diberi
peranan untuk mentadbir sesuatu kawasan dalam negeri yang
telah diisytiharkan menjadi suatu kawasan Pihak Berkuasa
Tempatan, sepertimana yang dimaksudkan di bawah Akta
Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]. Terminologi ini merujuk
kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis
Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

5

3.3 Pegawai Diberi Kuasa bermaksud pegawai yang dilantik di
bawah Seksyen 13 Akta 308 yang terdiri daripada Pegawai
Kebajikan Masyarakat dan Penolong Pegawai Kebajikan
Masyarakat yang berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pegawai yang dilantik itu mempunyai kad kuasa sebagai autoriti
dan pengenalan diri. Pegawai ini berperanan untuk
melaksanakan tugas pendaftaran, pemeriksaan serta
penguatkuasaan TASKA.

3.4 Agensi Teknikal bermaksud agensi yang terdiri daripada Pihak
Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat. Agensi ini
adalah terlibat untuk memberikan sokongan bagi pendaftaran
dan pemantauan sesebuah TASKA.

4. DASAR KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI

4.1 Panduan ini dibangunkan sebagai langkah untuk memudahcara
pengusaha TASKA berdasarkan Akta dan Peraturan yang
sedang berkuatkuasa seperti berikut:
a) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984;
b) Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012;
c) Akta Kanak-Kanak 2001;
d) Akta Kerajaan Tempatan 1976;
e) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976;
f) Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan;
g) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133];
h) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975;
i) Akta Makanan 1983;
j) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2019; dan
k) Undang-Undang lain yang sedang berkuatkuasa.

6

4.2 Selaras dengan visi Penang 2030, Kerajaan Negeri berpendirian
bahawa tadbir urus pengoperasian TASKA hendaklah sentiasa
memberi keutamaan kepada perlindungan dan kebajikan
mereka yang mendapatkan perkhidmatan asuhan yang
berasaskan pengurusan selamat.

4.3 Ciri-ciri keselamatan ini diukur dari aspek aktiviti asuhan dan
penyediaan premis perkhidmatan yang teratur dari segi
undang-undang, pemberian perkhidmatan yang berkualiti dan
tidak melibatkan bebanan kos pengurusan yang akan
dipindahkan kepada pengguna-pengguna perkhidmatan.

4.4 Sehubungan dengan itu, atas prinsip 'ease of doing business',
Kerajaan Negeri membangunkan Panduan ini sebagai inisiatif
untuk membantu penyedia perkhidmatan asuhan berhubung
kepatuhan kepada apa-apa proses perundangan berhubung
pengoperasian yang boleh diimbangi dengan kos-kos
pengurusan yang perlu ditanggung, dengan apa-apa
penjimatan yang boleh diusahakan melalui kerjasama semua
agensi kerajaan yang berhubungan dengan pelesenan,
kebenaran dan pengoperasian perkhidmatan asuhan tersebut.

5. PROSES BAGI URUSAN PERMOHONAN BAHARU PENUBUHAN
TASKA

5.1 Proses permohonan penubuhan TASKA baharu diilustrasi dalam
carta alir seperti di Lampiran A.

5.2 Pengusaha TASKA perlu mengambil perhatian untuk tidak
memulakan operasi tanpa pendaftaran yang sah supaya tidak
memprejudiskan keselamatan kanak-kanak yang mendapatkan
perkhidmatan asuhan.
7

5.3 Sesebuah TASKA hendaklah menggunakan pada permulaan
namanya perkataan “TASKA Di Rumah” bagi TASKA di rumah
@ “TASKA” bagi TASKA institusi / tempat kerja jika
menggunakan Bahasa Melayu dan “Home Based Child Care
Centre” bagi TASKA di rumah @ “Child Care Centre” bagi TASKA
institusi / tempat jika menggunakan Bahasa Inggeris.

Contoh :

PAPAN TANDA TASKA

PERKARA 7 (2) PERATURAN-PERATURAN TAMAN ASUHAN KANAK-
KANAK 2012

1. NAMA TASKA (Seperti Dalam Perakuan Pendaftaran
TASKA)

2. NOMBOR PERAKUAN PENDAFTARAN TASKA
3. ALAMAT LENGKAP DAN NO. TELEFON TASKA

TASKA ABCDEF

NO. PERAKUAN : P / TI 001 / 2020

NO. 31, JALAN BUNGA RAYA,
TAMAN BUNGA RAYA,
11000 GEORGETOWN
PULAU PINANG

NO. TELEFON : 04-5677669 / 019-7766889

6. PEMATUHAN AKTA DAN PERATURAN OLEH TASKA YANG
BEROPERASI SEDIA ADA

6.1 Pengusaha TASKA perlu mematuhi kriteria-kriteria seperti di
Lampiran E bagi memastikan operasi secara sah.

6.2 Pengusaha TASKA perlu membuat bayaran fi dengan wang pos
atau bank draf berjumlah RM250.00 bagi TASKA Institusi dan
8

TASKA di Tempat Kerja atau RM50.00 bagi TASKA di rumah
untuk mendapatkan perakuan pendaftaran bagi tempoh 5
tahun. Pengusaha disarankan untuk berurusan dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat bagi memastikan dokumen lengkap
sebelum membeli wang pos untuk mendapatkan perakuan
pendaftaran.

7. PERINGATAN DAN PENGECUALIAN

7.1 Kegagalan pihak pengusaha TASKA mematuhi mana-mana
akta dan peraturan yang sedang berkuatkuasa boleh
menyebabkan tindakan undang-undang dikenakan.

7.2 Pengusaha adalah dilarang sama sekali untuk menjalankan
operasi TASKA selagi pendaftaran tidak dilaksanakan dan tidak
mematuhi akta serta peraturan yang sedang berkuatkuasa.

7.3 Majlis Bandaraya Pulau Pinang membenarkan 7 unit
TASKA/TADIKA/Pusat Jagaan dalam jarak lingkungan 400
meter.

7.4 Majlis Bandaraya Seberang Perai membenarkan 9 untuk
TASKA/TADIKA/Pusat Jagaan dalam jarak lingkungan 250
meter hendaklah 3 unit TASKA, 3 unit Pusat Jagaan dan 3 unit
TADIKA. Lingkungan 250 ini tidak terpakai sekiranya
pembangunan tersebut dipisahkan oleh sempadan fizikal iaitu
sungai dan jalan raya 100 kaki antara pembangunan lain.
Sekiranya, bilangan TASKA/TADIKA/Pusat Jagaan adalah lebih,
penubuhannya boleh dipertimbangan mengikut keperluan dan
lokasi.

9

7.5 Jabatan Kesihatan Negeri di bawah Kementerian Kesihatan
Malaysia akan terlibat dalam pemantauan aspek kesihatan
selepas TASKA/TADIKA/Pusat Jagaan mendapat perakuan
pendaftaran.

7.6 Panduan penubuhan dan pengedalian TASKA di negeri Pulau
Pinang boleh dipinda dari semasa ke semasa mengikut
kesesuaian.

7.7 Panduan ini adalah sebagai rujukan sahaja dan hendaklah
dibaca bersama undang-undang dan peraturan lain yang
sedang berkuatkuasa.

10


Click to View FlipBook Version