- Bayaran pengecualian
4 tingkat dan lebih: sumbangan penyediaan TLK
kewangan secara fizikal
- TLK secara fizikal dijelaskan boleh diberi
hendaklah disediakan sepenuhnya berdasarkan kes
sepenuhnya di tapak sebelum merit dan
Kebenaran perakuan
cadangan tambahan Merancang “Technical
tingkat kepada (Borang C1) Review Panel‟
bangunan sedia ada: diberi.
- TLK tambahan secara
fizikal hendaklah
disediakan di tapak,
tawaran sumbangan
kewangan tidak
dibenarkan
6.0 Tarikh Pelaksanaan
Pelaksanaan garispanduan baru ini adalah selepas tarikh sah di Mesyuarat
Biasa Majlis (MBM) iaitu pada 23.6.2016.
K.4 - 3
LAMPIRAN K.5
PENGGUNAAN BAHAGIAN TANAH YANG TELAH DISERAHKAN UNTUK
TUJUAN AWAM DALAM PENGIRAAN KETUMPATAN DI MAJLIS BANDARAYA
PULAU PINANG.
1.0 POLISI MAJLIS
Majlis mempunyai polisi yang diluluskan pada 12.4.1991 bahawa :-
“Sebagai dasar Majlis untuk digunakan di dalam kes di mana tuantanah telah
menyerahkan sebahagian tanah untuk tujuan awam seperti pelebaran jalan
dan belum mendapat satu faedah kerana pemajuan belum dilaksanakan maka
keluasan bahagian tanah yang telah diserahkan boleh diambilkira untuk
ketumpatan dan jumlah unit”.
2.0 PEMAJUAN YANG DIBENARKAN
2.1 Bagi maksud perkara yang dinyatakan dalam polisi Majlis, “...belum
mendapat satu faedah kerana pemajuan belum dilaksanakan..”
antaranya adalah :
i. Bagi Kebenaran Merancang untuk sesuatu pemajuan yang telah
diberi, pelan pecah sempadan telah diluluskan dan hakmilik baru
telah dikeluarkan tetapi pembangunan masih belum dilaksanakan;
dan atau,
ii. Pindaan kepada Pelan Induk (Master Plan) yang mana masih
dalam perancangan sama ada pelan bangunan / kerja tanah /
kebenaran untuk memulakan kerja pembinaan telah diberi tetapi
pemajuan tersebut masih belum diberi Sijil Layak Menduduki (OC)
atau diberi Perakuan Siap Kerja Dan Pematuhi (CCC).
2.2. Pemajuan di dalam senario seperti di para 2.1 BOLEH dipertimbangkan
untuk menggunakan keluasan bahagian tanah yang telah diserahkan
untuk tujuan awam dalam pengiraan ketumpatan dan nisbah plot.
3.0 PEMAJUAN YANG TIDAK DIBENARKAN
3.1 Walau bagaimanapun, bagi maksud perkara yang dinyatakan dalam
polisi Majlis, “...belum mendapat satu faedah kerana pemajuan belum
dilaksanakan..” adalah TIDAK TERMASUK :
i. Pindaan kepada Pelan Induk (Master Plan) yang sebahagian
pemajuannya telah siap dan diberi Sijil Layak Menduduki (OC)
atau diberi Perakuan Siap Kerja Dan Pematuhi (CCC); dan atau,
ii. Keadaan di mana rezab jalan yang masih berada di dalam tapak
pemajuan tetapi tidak boleh diambilkira dalam pengiraan
ketumpatan dan jumlah unit kerana pengambilan sebahagian balik
tanah (Borang K) telah diselesaikan dan dicatatkan di atas salinan
hakmilik.
K.5 - 1
3.2. Pemajuan di dalam senario seperti di para 3.1(i) TIDAK BOLEH
dipertimbangkan untuk menggunakan keluasan bahagian tanah yang
telah diserahkan untuk tujuan awam dalam pengiraan ketumpatan dan
jumlah unit nisbah plot secara keseluruhan tapak. Pengiraan ketumpatan
dan jumlah unit nisbah plot bagi pindaan sebahagian Pelan Induk (Master
Plan) hanya dibenarkan menggunakan baki keluasan plot yang belum
dibangunkan.
3.3. Pemajuan di dalam senario seperti di para 3.1(ii) TIDAK BOLEH
dipertimbangkan untuk menggunakan keluasan bahagian tanah yang
telah diserahkan untuk tujuan awam (contoh : pelebaran jalan) dan telah
mendapat faedah berupa pampasan.
4.0 SYOR JABATAN
4.1 Memandangkan polisi ini telah digunapakai oleh Majlis sejak 12.4.1991
sebagai asas rujukan bagi mempertimbangkan Permohonan Kebenaran
Merancang di Majlis Bandaraya Pulau Pinang sebelum ini maka
disyorkan ianya dijadikan sebagai garispanduan majlis.
4.2 Pemajuan yang dibenarkan dalam garispanduan ini adalah :
i. Bagi Kebenaran Merancang untuk sesuatu pemajuan telah diberi,
pelan pecah sempadan telah diluluskan dan hakmilik baru telah
dikeluarkan tetapi pembangunan masih belum dilaksanakan; dan
atau,
ii. Pindaan kepada Pelan Induk (Master Plan) yang pemajuan
tersebut masih belum diberi Sijil Layak Menduduki (OC) atau diberi
Perakuan Siap Kerja Dan Pematuhi (CCC).
5.3. Pemajuan yang tidak dibenarkan dalam garispanduan ini adalah :
i. Bagi sebahagian Pelan Induk (Master Plan) yang sebahagian
pemajuannya telah siap dan diberi Sijil Layak Menduduki (OC)
atau diberi Perakuan Siap Kerja Dan Pematuhi (CCC); dan atau,
ii. Keadaan di mana rezab jalan yang masih berada di dalam tapak
pemajuan tetapi pengambilan sebahagian balik tanah (Borang K)
telah diselesaikan dan dicatatkan di atas salinan hakmilik.
5.0 TARIKH PEMAKAIAN
5.1 Tarikh pemakaian garispanduan ini adalah pada tarikh diluluskan di
Mesyuarat Biasa Majlis (MBM) iaitu pada 24.11.2016.
K.5 - 2
Lampiran L
LAMPIRAN DASAR / POLISI / TARIKH KATA
GARISPANDUAN PERLAKSANAAN KUNCI
L.1 Garispanduan Untuk Hostel 27.10.1998 HOSTEL
Pekerja.
L.2 Garis Panduan Perancangan 28.05.2021 PENGINAPAN
Penginapan Pekerja Di Kawasan (26.11.2021)
Majlis Bandaraya Pulau Pinang PEKERJA
2021
LAMPIRAN L.1
GARISPANDUAN UNTUK HOSTEL PEKERJA
1.0 Definasi
1.1 Hostel pekerja adalah bangunan untuk diduduki pekerja sebuah
syarikat/pertubuhan yang akan mengawal/mengendalikan
pengurusan hostel tersebut. Ianya tidak boleh disewakan kepada
pengguna lain-lain samada untuk tujuan jangka panjang atau jangka
pendek. Hostel pekerja pada amnya mengandungi bilik-bilik tidur
untuk pekerja dengan bilik mandi/tandas dan dapur berkongsi
(common bathroom/toilet facilities and common kitchen). Bangunan
hostel pekerja boleh mengandungi kegunaan ‘ancillary’ seperti
kantin, bilik rehat/permainan dan kedai yang hanya digunakan oleh
pekerja-pekerja yang mendudukinya.
2.0 Perlingkungan
2.1 Hostel pekerja boleh dibenarkan di kawasan-kawasan yang dizon
sebagai ‘Perniagaan Am’, ‘Pelancongan Am’, ‘Pemajuan
Bercampur’, Pelancongan Terhad’ dan ‘Perniagaan Terhad’.
Pembangunan hostel pekerja boleh juga dibenarkan di dalam
kawasan ‘Perumahan Am’ yang dianggap sesuai oleh Majlis.
Pembangunan hostel pekerja tidak boleh dibenarkan di dalam
‘Kawasan Perumahan Tetap’.
2.2 Pembangunan hostel adalah tertakluk kepada kehendak-kehendak
yang lain seperti kehendak-kehendak bomba, pelesenan,
penyediaan untuk tempat letak kereta/motosikal, ruang untuk koc
dan sebagainya mengikut undang-undang dan garispanduan yang
sediada.
3.0 Saiz Tapak Minima
3.1 Hostel pekerja hanya akan dibenarkan di atas tapak/lot dengan saiz
1 ekar minima.
4.0 Ketumpatan/Nisbah Plot
4.1 Ketumpatan yang dibenarkan
Ketumpatan yang dibenarkan adalah seperti ketumpatan atau ruang
lantai yang sepadannya yang dibenarkan bagi pemajuan yang
ditunjukkan di dalam pelan-pelan dasar ketumpatan di dalam
Bandaraya George Town atau tempat-tempat lain di dalam Pelan
Dasar Perancangan dan Kawalan Pemajuan MPPP atau di dalam
draf rancangan tempatan dalam penyediaan.
L.1 - 1
4.2 Ketumpatan/Nisbah Plot Maksima
Walau bagaimanapun, ketumpatan atau keluasan lantai kasar yang
melebihi ketumpatan atau ruang lantai sepadan yang dibenarkan
boleh dipertimbangkan sehingga 2.5:1 nisbah plot maksima jika
tawaran dibuat oleh pemaju kepada Kumpulan Wang Perkhidmatan
Kemajuan (Services Improvement Fund).
4.3 Bonus yang bersamaan dengan 10% lebih daripada ketumpatan
yang dibenarkan dan maksima akan diberi untuk pemilik tanah
bumiputra.
5.0 Ruang Lantai untuk Kegunaan Ancillari
5.1 Ruang lantai untuk kegunaan ancillari seperti restoran dan kedai
hendaklah tidak melebihi 25% ruang lantai bangunan hostel. Ini
termasuk kemudahan masyarakat dalam bangunan. Ruang
kegunaan ‘ancillary’ atau perniagaan adalah tertakluk kepada
tawaran sumbangan kewangan kepada Kumpulan Wang
Perkhidmatan Kemajuan (Services Improvement Fund).
6.0 Kehendak Tempat Letak Kereta dan Koc
6.1 Mengikut garispanduan tempat letak kereta MPPP sediada, hostel
diperlukan menyediakan 1 petak tempat letak kereta setiap 200
meter persegi untuk 80% daripada keseluruhan keluasan lantai hotel
dan 3 petak tempat letak kereta setiap 100 meter persegi untuk 20%
daripada keseluruhan keluasan lantai hotel berkenaan serta 1 petak
tempat letak motosikal untuk setiap petak tempat letak kereta.
6.2 Di samping itu, hostel yang mempunyai 50 hingga 100 bilik perlu
menyediakan 1 petak tempat letak koc, 2 petak koc untuk
hotel/hostel yang mempunyai 101 hingga 200 bilik dan 3 petak koc
untuk hotel/hostel yang mempunyai lebih dari 200 bilik.
7.0 Sumbangan Kewangan Kepada ‘Kumpulan Wang Perkhidmatan
Kemajuan’ (Services Improvement Fund) (Di bawah Seksyen 132 (1)
Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974)
7.1 Untuk Pertukaran Kegunaan Tanah *
Setiap permohonan untuk memaju hostel di kawasan perumahan
melibatkan pertukaran kegunaan tanah dari perumahan kepada kegunaan
yang bukan kediaman dan hendaklah disertai dengan satu ‘Unilateral
Undertaking’ untuk tujuan memberi tawaran sumbangan kewangan kepada
‘Kumpulan Wang Perkhidmatan Kemajuan’ (Services Improvement Fund)
seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 132 (1) Akta Jalan, Parit dan
Bangunan 1974) mengikut prosidur seperti telah ditentukan oleh MPPP
berdasarkan kepada kadar-kadar berikut:-
RM50.00 setiap meter persegi atau sebahagian daripadanya.
L.1 - 2
* Nota:Kadar pertukaran kegunaan tanah telah dikurangkan dari
RM100.00 kepada RM50.00 setiap meter persegi mengikut
Mesyuarat Biasa Majlis pada 30.4.1999.
7.2 Untuk Keluasan Lantai yang Melebihi Ruang Lantai yang
Dibenarkan
Di dalam permohonan untuk kebenaran merancang bagi pemajuan hostel,
satu ‘Unilateral Undertaking’ hendaklah dikemukakan bersama
permohonan untuk pertimbangan Majlis sekiranya bilangan unit/keluasan
lantai melebihi ketumpatan/nisbah plot yang dibenarkan mengikut kadar
berikut:-
** RM7.00 sekaki persegi untuk keluasan lantai hostel dan kegunaan
‘ancillary’ yang merupakan ‘perniagaan’ atas ketumpatan yang dibenarkan,
unit-unit yang paling kecil akan dikecualikan terlebih dahulu.
** Nota: kadar bayaran pemajuan bagi nisbah plot dan ketumpatan
melebihi dibenarkan adalah atas kadar RM21.00 sekaki persegi untuk
perniagaan. (Sila rujuk pindaan dasar mengenai kawalan ketumpatan &
bayaran pemajuan Lampiran B.1)
8.0 Kehendak-kehendak Jabatan Lain
Kehendak-kehendak Jabatan lain seperti Bomba, STM, TNB, PBA, MPPP,
dll hendaklah dipatuhi.
9.0 Jenis Pemohon
Hanya syarikat-syarikat yang boleh membuktikan bahawa hostel akan
digunakan oleh pekerja-pekerja dan akan dikawal dan dipenyelenggarakan
oleh syarikat yang memohon akan dipertimbangkan.
10.0 Tarikh Perlaksanaan
Tarikh perlaksanaan garispanduan ini ialah tarikh ianya diterimapakai
dengan rasminya oleh MPPP iaitu pada 27.10.1998.
L.1 - 3
LAMPIRAN L.2
PINDAAN GARIS PANDUAN PERANCANGAN PENGINAPAN PEKERJA DI
KAWASAN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG 2021
1.0 TUJUAN
Garis Panduan ini disediakan sebagai panduan kepada pihak berkepentingan iaitu
Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, majikan dan pemaju dalam
perancangan dan kawalan penyediaan kemudahan penginapan pekerja di kawasan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) secara jangka pendek dan jangka panjang.
Pindaan garis panduan ini dibuat supaya Garis Panduan Perancangan Penginapan
Pekerja Di Kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang 2021 (28.05.2021) selaras
dengan Garis Panduan Perancangan Penginapan Pekerja Di Negeri Pulau Pinang
2021 yang telah diluluskan oleh SPC pada 29.06.2021.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Di peringkat negeri, kedua-dua PBT ketika ini sedang menggunapakai Garis
Panduan Perancangan Pembinaan Asrama Warga Asing Negeri Pulau
Pinang (GPP). GPP ini telah diluluskan dan disahkan pada hari yang sama
oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri pada 30 Julai 2015.
2.3 Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 3/2018 pada 15 Mac 2018
telah meluluskan pindaan kecil pada garis panduan ini dengan meminda
tajuk dengan menggantikan perkataan asrama warga asing kepada asrama
pekerja iaitu Garis Panduan Perancangan Pembinaan Asrama Pekerja Di
Negeri Pulau Pinang 2018.
2.4 Berkuatkuasa pada 1 September 2020, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung
Malaysia telah menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Standard Minimum
Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja (Penginapan Dan
Penginapan Berpusat) 2020 selaras dengan pindaan Akta Standard
Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja, (Akta 446) (Pindaan) 2019.
Majikan dan penyedia penginapan berpusat hendaklah terlebih dahulu
mendapatkan kelulusan atau kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) mengenai bangunan yang akan digunakan sebagai penginapan atau
penginapan berpusat sebelum mengemukakan permohonan Perakuan
Penginapan.
2.5 Majlis pada 28.05.2021 telah meluluskan Garis Panduan Perancangan
Penginapan Pekerja Di Kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang 2021
(selepas ini dikenali sebagai GPP MBPP 2021) dengan menggabungkan
GPP sedia ada dan Prosedur Pemohonan Bagi Penyediaan Penginapan
Pekerja Secara Jangka Pendek di atas.
2.6 Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 7/2021 pada 29.06.2021
telah meluluskan cadangan Pindaan Garis Panduan Perancangan
Penginapan Pekerja Di Negeri Pulau Pinang 2021 dengan beberapa pindaan.
2.7 Pindaan kepada GPP MBPP 2021 yang telah digunapakai oleh Majlis pada
28.05.2021 dibuat pada Perkara 9.0 Garis Panduan Khusus Bagi
Penginapan Pekerja Secara Jangka Panjang : Jarak Zon Penampan
(Penginapan Pekerja di kawasan industri) supaya selaras dengan GPP
Negeri Pulau Pinang 2021 yang telah diluluskan oleh SPC pada 29.06.2021.
L.2 - 1
3.0 TAKSIRAN
Bagi maksud penyediaan Garis Panduan ini;-
“Penginapan” ertinya mana-mana bangunan atau struktur kekal atau sementara
digunakan bagi maksud kediaman manusia;.
“Pekerja” ditakrifkan sebagai mana-mana individu atau kumpulan orang yang
termasuk dalam mana-mana kategori dalam Jadual Pertama atau orang yang
diperintah oleh Menteri Sumber Manusia di bawah subseksyen (3) atau seksyen 2A
(Akta Standard Minimum Perumahan Dan Pekerja Asing (Akta 446), 1990).
“En bloc” ditakrifkan sebagai suatu entiti yang digabungkan secara bersama-
sama.
4.0 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DAN GARIS PANDUAN SEMASA
Peruntukan undang-undang dan garis panduan semasa yang digunakan untuk
menjadi rujukan dalam membangunkan asrama pekerja adalah seperti berikut:
i. Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172);
ii. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171);
iii. Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UUKBS), 1984
iv. Akta Standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja, (Akta 446)
(Pindaan) 2019;
v. Peraturan-Peraturan Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan
Kemudahan Pekerja (Penginapan Dan Penginapan Berpusat) 2020;
vi. Guideline for Sitting and Zoning of Industry and Residential Areas – (Jabatan
Alam Sekitar 2012);
vii. Environmental Essentials for Siting of Industries In Malaysia (EESIM) Jabatan
Alam Sekitar, 2017);
viii. Draf Garis Panduan Perancangan Penginapan Pekerja Asing, PLANMalaysia,
2019
5.0 OBJEKTIF
i. Memastikan perancangan pembangunan penempatan penginapan pekerja
disediakan di lokasi yang bersesuaian dan strategik serta mengambilkira
kemudahsampaian ke tempat kerja.
ii. Memastikan aktiviti penginapan pekerja ini dikawal dengan garis panduan
yang boleh dipatuhi oleh majikan dan penghuninya.
iii. Kemudahan bangunan penginapan pekerja dijadikan kemudahan sokongan
kepada sektor perindustrian yang tidak menyediakan kemudahan asrama.
iv. Memastikan kesesuaian industri dan lokasi penginapan pekerja diambilkira
untuk menjaga kesejahteraan dan keselamatan pekerja.
L.2 - 2
6.0 ISU DAN MASALAH
i. Bilangan penginapan pekerja yang telah diluluskan Permohonan Kebenaran
Merancang oleh Pihak Berkuasa Tempatan masih belum dibina sepenuhnya.
Ini menyebabkan majikan perlu mencari alternatif penginapan dengan segera
bagi mematuhi Akta 446.
ii. Kebanyakkan majikan tidak menyediakan penempatan khusus kepada
pekerja dan menyebabkan pekerja terutamanya warga asing menyewa di
kawasan rumah-rumah jenis kos rendah dan kos sederhana rendah yang
menimbulkan ketidakselesaan dan masalah sosial.
iii. Keperluan asas air bersih dan tempat tinggal yang tidak sempurna dan
penyebaran penyakit berjangkit dan Covid-19 dikalangan pekerja di
penginapan pekerja.
iv. Ketiadaan kemudahan asas (tandas, surau, tempat mandi, tempat makan,
basuh baju dan tempat pembuangan sampah).
7.0 PRINSIP PERANCANGAN
Beberapa kriteria perlu diambilkira dan diberi penekanan di dalam membangunkan
penginapan pekerja ke arah membentuk cara hidup yang berteraskan kepada
Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat adalah seperti berikut:
a. Adil dan Saksama
Pelan susunatur direkabentuk dengan mengambilkira pertapakan penginapan
pekerja dan kepadatan serta komponan sokongannya berasaskan falsafah
Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat.
b. Keselesaan
Menyediakan ruang persekitaran yang selesa dan selamat daripada sebarang
pencerobohon fizikal serta unsur-unsur jenayah malah dapat menikmati
kehidupan bebas dari kacau ganggu.
c. Kemudahan
Segala bentuk kemudahan yang berkualiti perlulah ditempatkan di lokasi yang
kemudahsampaian agar dapat dikongsi oleh semua penghuni penginapan
pekerja.
d. Kebebasan
Memastikan semua aktiviti dapat dikawal dengan garis panduan yang boleh
dipatuhi oleh penghuni penginapan pekerja supaya kesan kepada
persekitaran dari segi gangguan bunyi bising dan masalah sosial dapat
dikurangkan.
8.0 GARIS PANDUAN UMUM
8.1 Aspek Perancangan Tapak Penginapan Pekerja
a. Konsep Pembangunan Penginapan Pekerja
Terdapat dua (2) jenis konsep pembangunan penginapan pekerja yang
dibenarkan iaitu:
L.2 - 3
i. Konsep Hostel/Asrama - ‘Penginapan Dormitori’
Unit dormitori disediakan dalam ruang yang luas dan kebiasaannya
dalam bangunan bertingkat mengikut aras yang memuatkan
penghuni bagi satu unit dormitori (tertakluk kepada Akta 446) dan
keluasan unit dormitori.
Aktiviti memasak adalah tidak dibenarkan dalam dormitori, walau
bagaimanapun disediakan ruang khas untuk memasak secara
berpusat serta disediakan juga ruang dewan makan dan kantin.
ii. Konsep Pangsapuri – ‘Penginapan Selain Dormitori’
Unit kediaman/premis biasanya mempunyai 2-3 bilik berasingan, 2
bilik mandi, ruang tamu dan dapur. Bilangan penghuni menginap
tertakluk kepada Akta 446.
b. Perancangan Pertapakan
i. Kawasan Baru
Pembangunan di kawasan baru penginapan pekerja hanya
dibenarkan di dalam zon perniagaan dan zon industri. Zon
industri hanya dibenarkan kepada aktiviti industri ringan dan
sederhana SME/E&E sahaja.
Zon yang dibenarkan ini bertujuan mengurangkan kesesakan
lalulintas dan pekerja-pekerja boleh berjalan kaki ke tempat
kerja dan menjimatkan masa mereka.
Kawasan Zon perumahan adalah tidak dibenarkan kerana
akan menimbulkan pelbagai masalah kepada masyarakat
setempat.
Penginapan pekerja dikawasan ini perlu mematuhi syarat-
syarat berikut :-
a. Keperluan penyediaan zon penampan perlu mematuhi
garis panduan oleh Jabatan Alam Sekitar jika
pembangunan penginapan pekerja terletak di dalam
kawasan zoning industri.
b. Tapak yang dicadangkan hendaklah tidak melibatkan
kawasan sasaran penting atau mana-mana kawasan
yang boleh menjejaskan keselamatan negara.
c. Peredaran angin perlu mengambilkira arah
orientasi/kedudukan penginapan pekerja.
d. Tidak berada dalam kawasan mudah banjir.
ii. Kawasan Premis Sediada (Tukar Guna Bangunan Kepada
Penginapan Pekerja Secara Jangka Masa Panjang)
Penginapan pekerja di premis sediada membenarkan majikan
untuk menggunakan premis perniagaan dan perindustrian
L.2 - 4
berstruktur kekal tertentu yang telah kosong untuk dijadikan
penginapan pekerja.
Dibenarkan di dalam zon perniagaan yang jauh dari
kediaman dan zon industri bagi aktiviti industri ringan dan
sederhana SME/E&E sahaja.
Penginapan pekerja dikawasan ini perlu mematuhi syarat-
syarat berikut :-
a. Mendapat kelulusan pemajuan daripada PBPT bagi
tukar guna bangunan;
b. Pengubahsuaian dalaman dibenarkan dengan syarat
mendapat kelulusan daripada PBPT;
c. Keperluan penyediaan zon penampan perlu mematuhi
garis panduan oleh Jabatan Alam Sekitar jika
pembangunan penginapan pekerja terletak di dalam
kawasan industri.
d. Jarak antara penginapan pekerja dengan kediaman
adalah 100m.
e. Tapak yang dicadangkan hendaklah tidak melibatkan
kawasan sasaran penting atau mana-mana kawasan
yang boleh menjejaskan keselamatan negara.
Jadual 2 : Zon Guna Tanah dan Jenis Bangunan Yang Dibenarkan Untuk
Premis Sediada (Tukar Guna Bangunan Kepada Penginapan
Pekerja Secara Jangka Masa Panjang)
Zon Gunatanah Jenis Bangunan Yang Syarat-Syarat Pembangunan
Dibenarkan
Perindustrian Kilang atau gudang Unit-unit individu dibenarkan
sesebuah
Kilang atau gudang
berkembar
Kilang berbilang Secara en bloc sahaja
tingkat
Kilang teres
Perniagaan Kedai pejabat teres Secara en bloc sahaja
Rumah kedai teres Perlu penjarakkan 100 meter
daripada kediaman di sekitar.
Premis yang diluluskan
sebagai 20% komponen
perniagaan di dalam
kawasan perumahan adalah
TIDAK DIBENARKAN
Bangunan
komersial
sesebuah Unit-unit individu dibenarkan
Hotel/resort
Bangunan Pejabat
Bangunan Hendaklah membangunkan
berbilang tingkat keseluruhan skim
berstrata seperti Perlu mendapat persetujuan
pangsapuri
perkhidmatan dan daripada Management
SoHo
Corporation (MC)
L.2 - 5
c. Rekabentuk dan Saiz tapak
Konsep pembangunan penginapan pekerja yang dibenarkan
adalah berkonsepkan Hostel/Asrama (Penginapan Domitori) dan
Konsep Pangsapuri/Bedsitter (Penginapan Selain Domitori)
sahaja bagi pembangunan di kawasan baru dan Kawasan
Premis Sediada.
Saiz minima pembangunan penginap pekerja adalah 2 ekar bagi
memastikan urustadbir kawasan terjamin dan lancar untuk tujuan
keselamatan. Walaubagaimanapun bagi keluasan tapak kurang
daripada 2 ekar (< 2 ekar) dibenarkan bagi pembinaan
penginapan pekerja di atas lot yang sama atau bersempadanan
dengan kilang/gudang di dalam kawasan zon industri bagi
menempatkan pekerja sendiri sahaja.
Aspek ketinggian, anjakan dan nisbah plot bangunan perlu
mengikut/mematuhi garis panduan khusus.
Setiap blok perlu mempunyai tangga dan akses keluar/masuk yang
mencukupi dan mengambilkira keadaan semasa berlakunya
kecemasan mengikut spesifikasi Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia.
Pembinaan hendaklah mempunyai pengudaraan dan pencahayaan
semulajadi yang mencukupi untuk setiap unit.
Susunatur perlu memberi ruang kepada komponen-komponen
berikut seperti saiz blok bangunan, kemudahan masyarakat dan
utiliti, kemudahan sosial dan ruang komuniti, rangkaian jalan
dalaman, anjakan bangunan dan anjakan dari sempadan jalan dan
sempadan lot, kawasan lapang dan rekreasi.
Keperluan penyediaan kemudahan tersebut adalah mengikut
kesesuaian pembangunan.
d. Sirkulasi / tempat letak kenderaan
Kawasan penempatan hendaklah dilengkapi dengan hierarki jalan
dan laluan fizikal yang berterusan dan cukup lebar bagi laluan
jentera bomba ke setiap bangunan yang dibina.
Tertakluk kepada laluan masuk yang berasingan dengan pemajuan
sediada.
Pemilikan kenderaan bermotor adalah TIDAK DIBENARKAN
kepada penghuni penginapan pekerja dan mereka hanya
dibenarkan menggunakan khidmat bas kilang atau menunggang
basikal.
Tertakluk kepada penyediaan tempat letak basikal di kawasan
penginapan pekerja.
L.2 - 6
Tertakluk kepada penyediaan tempat menunggu bas atau depo bas
pekerja/bas kilang di dalam kawasan penempatan penginapan
pekerja.
Penyediaan tempat letak kenderaan di dalam kawasan penginapan
pekerja hanya untuk pihak pengurusan sahaja.
Tempat letak kenderaan/bas dan bangunan penempatan perlu
dilengkapi dengan laluan dan siar kaki yang bersambungan serta
berteduh selaras dengan rekabentuk sejagat (universal).
Mematuhi kehendak TIA dari Pihak Berkuasa Tempatan dan RSA
dari JKR.
e. Kemudahan Awam
Menyediakan kemudahan sosial masyarakat seperti telekomunikasi
dan internet.
Menyediakan kemudahan seperti kedai runcit, klinik, kedai dobi,
mesin ATM, perkhidmatan permindahan wang dan bas
pengangkutan di dalam kawasan penginapan pekerja atau
diletakkan di aras bawah bangunan penginapan pekerja.
Kemudahan seperti dewan serbaguna, kedai runcit dalam bentuk
“lock-up shop”, dan padang serbaguna perlu dipusatkan sebagai
satu komuniti.
Menyediakan bilik rekreasi, gimnasium, gelanggang sukan di dalam
kawasan penginapan pekerja.
Pihak pengurusan perlu memastikan tiada sebarang aktiviti
perniagaan atau penjajaan tanpa lesen di dalam sekitar kawasan
ini.
f. Bekalan Air
Setiap kediaman mesti memperolehi bekalan air dan tekanan yang
mencukupi untuk keperluan domestik dan juga mengambilkira
bencana kebakaran dan semua kerja-kerja rekabentuk dan
pembinaan paip bekalan air mesti mematuhi kehendak dan
mendapat kelulusan Perbadanan Bekalan Air (PBA) di peringkat
kelulusan Kebenaran Merancang.
g. Bekalan Elektrik
Kesemua kerja rekabentuk, pembinaan dan penyiapan bangunan
pencawang elektrik, lampu jalan dan hal-hal yang berkaitan,
hendaklah mematuhi kehendak dan mendapat kelulusan pihak
Tenaga Nasional Berhad (TNB) di peringkat kelulusan Kebenaran
Merancang.
L.2 - 7
h. Pembentungan
Sistem pembentungan hendaklah mematuhi keperluan IWK di
peringkat kelulusan Kebenaran Merancang.
i. Perparitan
Sistem perparitan hendaklah mampu mengelakkan air bertakung
dan mempunyai saiz yang bersesuaian dan mematuhi kehendak
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Sistem perparitan yang berkonsepkan pengawalan punca atau
Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) hendaklah digunakan.
j. Kawalan Pembangunan
Cadangan pembangunan penginapan pekerja memerlukan pihak
pemaju memohon permohonan kebenaran merancang. Sesuatu
kebenaran merancang diperlukan bagi menjalankan aktiviti
pemajuan hendaklah disertakan Laporan Cadangan Pemajuan
(LCP) mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta
A1522), Seksyen 21A(1)(ea).
Bagi pembangunan penginapan pekerja yang mempunyai 10,000
penghuni perlu dirujuk kepada Majlis Perancang Fizikal Negara
(MPFN) untuk mendapatkan nasihat berdasarkan kepada
Subseksyen 22(2A) Akta 172:
Jika permohonan yang dikemukakan di bawah seksyen ini
melibatkan —
(a) pembangunan suatu perbandaran baru bagi penduduk
yang melebihi sepuluh ribu, atau meliputi suatu
kawasan yang lebih daripada satu ratus hektar, atau
kedua-duanya;
(b) suatu pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastruktur atau
kemudahan utama; atau
(c) suatu pemajuan yang melibatkan puncak atau lereng
bukit, dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan
alam sekitar yang sensitif dalam suatu rancangan pemajuan,
Jawatankuasa hendaklah meminta daripada Majlis
nasihatnya berkenaan dengan permohonan yang
dikemukakan itu.
Selari dengan Manual Penyediaan Laporan Penilaian Impak Sosial
bagi Projek Pembangunan Edisi Ke-2 oleh PLANMalaysia dan
Kelulusan Senarai tambahan projek dalam Kategori 3 bagi
penyediaan Laporan Penilaian Impak Sosial meliputi projek-projek
selain daripada yang di bawah SIA Kategori 1 dan SIA Kategori 2,
yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perancang
Negeri Bil.10/2019 pada 28 November 2019, sebarang
pembangunan penginapan/asrama pekerja perlu menyediakan
Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) untuk dinilai dan diluluskan
sebelum permohonan Kebenaran Merancang diberikan.
L.2 - 8
8.2 Aspek Keselamatan
a. Mematuhi Kehendak Jabatan-jabatan Teknikal
Pengusaha perlu mematuhi syarat-syarat kehendak Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan mendapat sokongan
diperingkat permohonan Kebenaran Merancang.
Pili Bomba hendaklah disediakan dengan lokasi dan jumlah seperti
yang disyaratkan di dalam Undang-undang Kecil Bangunan
Seragam (UUKBS), 1984 dan mematuhi keperluan kehendak
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Bangunan kediaman penginapan pekerja perlu mempunyai sistem
pencegahan kebakaran sebagaimana disyaratkan di dalam Akta
Perkhidmatan Bomba, 1988 dan (UUKBS), 1984.
Menempatkan alat pemadam kebakaran di lokasi yang sesuai dan
mudah untuk digunakan semasa kecemasan serta memastikan
bilangan yang mencukupi dan diselenggara dengan baik.
Mematuhi kehendak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sewaktu
penyediaan pelan permohonan untuk kelulusan dari segi
pendawaian di dalam bangunan.
Menyediakan akses keluar masuk yang sempurna termasuk ruang
tangga dan pintu kecemasan.
b. Tapisan Keselamatan
Semua pekerja industri terutamanya melibatkan pekerja warga
asing perlu menjalani tapisan keselamatan oleh pihak-pihak yang
ditetapkan oleh kerajaan.
Semua maklumat setiap pekerja terutamanya pekerja warga asing
yang akan ditempatkan di penginapan pekerja hendaklah
disalinkan kepada Jabatan Imigresen, Majlis Keselamatan Negara,
Polis dan pihak pengurusan.
c. Penggera Keselamatan, Rondaan dan Pemasangan CCTV
Memasang alat penggera keselamatan dan lampu kecemasan jika
berlakunya kecemasan.
Rondaan dalaman perlu dijalankan selama 24 jam untuk
memastikan keadaan keselamatan sentiasa terkawal.
Pemasangan CCTV (Close Circuit Television) dalam kawasan
penempatan hendaklah disediakan di tempat-tempat strategik.
L.2 - 9
d. Pondok Keselamatan
Pihak pengurusan hendaklah menempatkan pondok keselamatan
di kesemua pintu keluar/masuk utama ke kawasan penempatan
penginapan pekerja.
Pihak pengurusan bertanggungjawab melantik syarikat
keselamatan yang berkelayakan untuk mengawal kawasan
asrama.
Hendaklah disediakan sistem kawalan di pintu keluar masuk
termasuk penggunaan sistem biometrik atau setara yang diperakui
oleh pihak keselamatan.
Kawasan penginapan pekerja haruslah dipagar di sekeliling
kawasan di antara blok lelaki dan wanita.
e. Kawalan aktiviti di kawasan asrama
Penghuni asrama TIDAK DIBENARKAN:
Memelihara haiwan peliharaan
Meminum minuman keras/arak
Aktiviti pelacuran dan perjudian
Menimbulkan kacau ganggu/kekacauan kepada jiran bersebelahan
f. Pengasingan Asrama Pekerja
Pihak pengurusan hendaklah memastikan pengasingan setiap blok
dan unit dengan mengambilkira jantina, negara asal, agama yang
dianuti untuk mengelakkan sebarang perbalahan/pergaduhan
sesama mereka.
8.3 Aspek Kesihatan Dan Kebersihan
Pembangunan penginapan pekerja perlulah menitikberatkan aspek kesihatan
dan kebersihan bagi mewujudkan persekitaran yang selesa dan harmoni,
antaranya;
a. Bekalan air
Bekalan air harus mencukupi pada setiap masa bagi mengelakkan
pekerja mencari air dari punca yang tidak selamat.
b. Penyediaan Makanan Di Dewan Makan/Kantin
Pihak pengurusan hendaklah menyediakan makanan dan
bertanggungjawab untuk melantik ‘katerer’ yang berkelayakan bagi
mengendalikan makanan di dalam kawasan penempatan pekerja
asing selaras dengan syarat-syarat daripada Pihak Berkuasa
Tempatan dan Jabatan Kesihatan.
Harga makanan yang disajikan mesti berpatutan dan dipantau dari
semasa ke semasa.
Memasak hanya dibenarkan di tempat yang disediakan dan tidak
dibenarkan memasak di dalam bilik penginapan.
L.2 - 10
c. Penjagaan Persekitaran
Kawasan persekitaran penginapan pekerja ini hendaklah diurus
dengan baik oleh pihak pengurusan.
Penghuni tidak dibenarkan sama sekali memelihara apa-apa jenis
binatang peliharaan.
Aktiviti perjudian, pelacuran, minum arak adalah dilarang sama
sekali bagi mengelak pergaduhan sesama penghuni.
d. Kemudahan Rawatan dan Kesihatan
Pemeriksaan kesihatan adalah diwajibkan bagi setiap penghuni
asrama bagi mengesan penyakit berjangkit di peringkat awal.
Penghuni yang mengidap penyakit berjangkit mesti dihantar pulang
ke negara asal dengan segera.
Kemudahan rawatan dan kesihatan hendaklah dikendalikan oleh
anggota yang bertauliah. ‘Sick bay’ disediakan bagi pengasingan
mereka yang sakit, pemeriksaan dan rawatan dapat diberikan di
lokasi sebelum mereka dipindahkan ke hospital atau pusat rawatan
jika keadaan memerlukan.
Dalam kes kematian, jenazah, mayat hendaklah diuruskan dengan
sempurna dan mematuhi keperluan dan undang-undang sediada,
dan mayat/jenazah tersebut hendak di bawa pulang ke negara
asal.
e. Pembuangan Sampah
Kawasan penginapan pekerja mestilah berada di dalam keadaan
sentiasa bersih.
Kawasan penginapan pekerja perlu disediakan tempat
pembuangan sampah yang mudah dipungut oleh Pihak Berkuasa
Tempatan.
Pihak pengurusan perlu menyelaras dan menguruskan pelupusan
sampah serta sisa pepejal lain.
Pengusaha dikehendaki menyediakan tong sampah dan tong kitar
semula yang mencukupi dan diletakkan di lokasi yang bersesuaian.
Semua sampah sarap dimasukkan ke dalam karung plastik dan
diikat sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
Sistem pengurusan sisa pepejal hendaklah sentiasa diawasi dan
dipantau oleh pihak pengurusan penginapan pekerja.
Pihak pengurusan boleh menyediakan peraturan dari semasa ke
semasa tertakluk kepada garis panduan ini.
L.2 - 11
9.0 GARIS PANDUAN KHUSUS BAGI PENGINAPAN PEKERJA SECARA JANGKA
PANJANG
9.1 Intensiti Pembangunan
Kategori Piawaian
Pembangunan Kawasan Baru
Zon
Dibenarkan Perniagaan dan Industri (Hanya dibenarkan di industri ringan
dan sederhana)
Zon industri hanya dibenarkan kepada aktiviti industri ringan
dan sederhana SME/E&E sahaja.
Zon perumahan adalah TIDAK DIBENARKAN.
Kawasan Premis Sediada (Tukar Guna Bangunan Secara
Kekal)
Perniagaan dan Industri (Hanya dibenarkan di industri ringan
dan sederhana) (Rujuk Jadual 2)
Unit kediaman adalah TIDAK DIBENARKAN.
Perlu penjarakan 100 meter dari kediaman sediada
Nisbah Plot Bagi pembangunan kawasan baru dibenarkan 2:1 maksima
3.5:1
Keluasan (Tertakluk kepada bayaran pemajuan bagi melebihi nisbah plot
Tapak 2:1)
Ketinggian Syarat ini tidak tertakluk kepada kawasan premis sediada
Bangunan (Tukar guna bangunan)
Minima 2 Ekar (Kawasan Baru)
Walaubagaimanapun bagi keluasan tapak kurang daripada 2
ekar (< 2 ekar) dibenarkan bagi pembinaan penginapan
pekerja di atas lot yang sama atau bersempadanan dengan
kilang/gudang di dalam kawasan zon industri bagi
menempatkan pekerja sendiri sahaja dan mematuhi
penyediaan kemudahan penginapan yang ditetapkan
Syarat ini tidak tertakluk kepada premis sediada (Tukar guna
bangunan)
Tertakluk kepada ketinggian di sesuatu kawasan yang telah
diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan;
Perlu rujuk ke Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia
(CAAM) sekiranya terletak di laluan ‘Flight Path’.
L.2 - 12
Saiz Ruang 800 kaki persegi/unit atau 74.32 meter persegi /unit (minima)
Lantai
Bilangan Bilik Penginapan Domitori Penginapan Selain Domitori
(Hostel/Asrama) (Pangsapuri)
Unit dormitori disediakan Unit kediaman / premis
dalam ruang yang luas dan biasanya mempunyai 2-3 bilik
kebiasaannya dalam berasingan, 2 bilik mandi,
bangunan bertingkat ruang tamu dan dapur.
mengikut aras yang Bilangan pekerja menginap
memuatkan sejumlah tertakluk kepada Akta 446.
pekerja bagi satu unit
dormitori (tertakluk kepada
Akta 446) dan keluasan
lantai unit dormitori.
Aktiviti memasak adalah
tidak dibenarkan dalam
dormitori, walau
bagaimanapun disediakan
ruang khas untuk memasak
secara berpusat serta
disediakan juga ruang
dewan makan dan kantin.
Contoh kiraan bilangan
pekerja penginapan selain
dormitori.
Contoh kiraan bilangan Luas lantai bilik tidur / 3.6 m²
pekerja penginapan
dormitori = Bilangan maksimum
Luas dormitori / 3 m² pekerja yang boleh
ditempatkan di dalam 1 bilik
= Bilangan maksimum tidur.
pekerja yang boleh Contoh:
ditempatkan di dalam 1 bilik
asrama / dormitori Keluasan bilik tidur
Bilik tidur 1 (3.03m x 3.5m)
Contoh: = 10.6 m²
800 kp (74.32 m²) / 3 m² Bilik tidur 2 (3.5m x 3m)
= 24 orang = 10.5 m²
Bilik tidur 3 (3m x 2.7m)
= 8.1 m²
Bilangan maksimum pekerja
Bilik tidur 1
10.6 m² / 3.6 m² = 2 pekerja
Bilik tidur 2
= 10.5 m² / 3.6 m² = 2 pekerja
Bilik tidur 3
= 8.1 m² / 3.6 m² = 2 pekerja
L.2 - 13
Ruang Tidur Hendaklah menyediakan Hendaklah menyediakan bilik
bilik tidur dengan keluasan
Keperluan lantai yang tidak kurang tidur dengan keluasan lantai
Minimum yang tidak kurang daripada
daripada 3.0 meter
persegi bagi setiap 3.6 meter persegi bagi
setiap pekerja.
pekerja.
Satu ruang rehat; Satu ruang rehat;
Satu ruang makan dengan Satu ruang makan dengan
kerusi dan meja; kerusi dan meja;
Bilik tidur; Bilik tidur;
Satu ruang dapur; Satu ruang dapur;
Bilik air dan tandas (sama Bilik air dan tandas (sama ada
ada berasingan atau berasingan atau bersekali)
dengan nisbah 1 bilik air dan
bersekali) dengan nisbah tandas : 6 pekerja;
1 bilik air dan tandas : 15
pekerja;
Kipas bagi setiap ruang Kipas bagi setiap ruang
rehat, ruang makan dan rehat, ruang makan dan bilik
bilik tidur; tidur;
Lampu bagi setiap ruang Lampu bagi setiap ruang
rehat, ruang makan, bilik rehat, ruang makan, bilik
tidur, ruang dapur, bilik air tidur, ruang dapur, bilik air dan
dan tandas; tandas;
Satu ruang untuk menyidai Satu ruang untuk menyidai
pakaian; pakaian;
Satu alat pertolongan Satu alat pertolongan cemas;
cemas; dan dan
Tong sampah Tong sampah
Rekabentuk Rekabentuk bersifat mesra alam.
Bangunan Menggunakan bahan binaan yang berkualiti dan tidak mudah
Anjakan terbakar serta mematuhi syarat yang ditetapkan oleh PBT.
Bangunan
Ketinggian Mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh PBT.
lantai ke lantai
3.6m (maksima) untuk kawalan ketinggian lantai.
L.2 - 14
Jarak Zon Mematuhi ketetapan dan keperluan zon penampan oleh
Penampan Jabatan Alam Sekitar (Guideline for Sitting and Zoning of
(Penginapan Industry and Residential Areas – (DOE, 2012) dan
Pekerja di
kawasan Environmental Essentials For Siting Of Industries In
industri) Malaysia (EESIM) (DOE 2017)
Tempat Letak Kereta – 3% (maksima) dari bilangan unit domitori
dan pangsapuri.
Tempat Letak Motosikal – 5% (maksima) dari bilangan unit
domitori dan pangsapuri.
Tempat Letak Penyediaan Tempat Letak Kenderaan adalah untuk pihak
Kenderaan pengurusan sahaja.
Tempat Letak Bas Pekerja – (minima) 3 petak. (Pembangunan
Premis Sediada (Tukarguna bangunan secara kekal)
Depot Bas Pekerja – Pembangunan Baru
Rangkaian 66 kaki bagi kawasan industri.
Jalan raya 50 kaki bagi kawasan perniagaan.
Penyediaan Kawasan lapang di atas tanah perlu disediakan 10% daripada
Kawasan luas tapak pembangunan penginapan pekerja.
Lapang
Kemudahan rekreasi seperti padang bola, gelanggang
permainan dan lain-lain persamaan boleh diambil kira sebagai
sebahagian kawasan lapang.
Perimeter 3 meter (10’) di sekeliling kawasan pembangunan
Planting Termasuk di dalam anjakan bangunan
Tertakluk kepada PBT/Bomba
9.2 Penyediaan Kemudahan Sokongan Lain
Kemudahan sokongan lain yang perlu disediakan di penginapan pekerja yang
dicadangkan.
KEMUDAHAN PIAWAIAN
Dewan Serbaguna
Dewan Makan / Kantin Disediakan secara bersepadu dan lengkap
Pejabat Pengurusan dengan tandas.
Pondok Keselamatan / Pengawal Mempunyai kemudahan sinki basuh tangan
dan dilengkapi dengan kerusi meja.
Perlu disediakan di tingkat bawah asrama
bagi memudahkan sebarang urusan.
Menerima sebarang aduan berkaitan
penginapan pekerja daripada penghuni
penginapan pekerja atau penduduk sekitar.
Disediakan dihadapan pintu masuk
kawasan asrama.
Penggunaan sistem biometrik atau setara
yang diperakui oleh pihak keselamatan.
Melantik syarikat keselamatan yang
berkelayakan untuk mengawal kawasan
L.2 - 15
Ruang Rehat / Bilik TV / Bilik asrama.
Bacaan Menyediakan pengawal keselamatan yang
Ruang Membasuh dan Menyidai
Pakaian mencukupi dan mahir.
Kedai Dobi dan Runcit Disediakan di mana-mana aras yang
Perkhidmatan Pemindahan Wang bersesuaian dan mudah untuk digunakan.
Ruang Peti Pos Disediakan di setiap aras blok.
Bilik Sakit Memastikan ruang ini terlindung dan tidak
dapat dilihat secara terus.
Disediakan di tingkat bawah.
Sekurang-kurangnya 1 unit di setiap blok.
Kiraannya termasuk di dalam nisbah plot.
Disediakan dalam kawasan penginapan
pekerja bagi mengelakkan pekerja warga
asing keluar dari penempatan yang
disediakan.
Memastikan penyediaan langkah-langkah
keselamatan jika melibatkan jumlah wang
yang besar.
Memastikan perkhidmatan yang disediakan
adalah telah lama berkecimpung dalam
perniagaan tersebut.
Disediakan mengikut unit dan diletakkan di
tingkat bawah setiap blok.
Disediakan bagi pengasingan pekerja yang
sakit untuk mendapat rawatan dan
pemeriksaan di lokasi sebelum
dipindahkan ke hospital.
Hendaklah dikendalikan oleh anggota yang
bertauliah.
Disediakan berasingan bagi lelaki dan
perempuan.
10.0 ALTERNATIF PELAKSANAAN PENGINAPAN PEKERJA SECARA JANGKA
PENDEK
10.1 Tujuan
Alternatif ini disediakan sebagai penyelesaian jangka pendek yang
memerlukan tindakan segera bagi membantu PBN, PBT, agensi kerajaan,
pemaju, majikan, pengilang dan pengusaha penginapan di dalam
menyediakan penginapan pekerja terutama dalam waktu pendemik Covid-19.
10.2 Tempoh Sementara Yang Dibenarkan
i. Pelaksanaan penginapan pekerja secara jangka pendek terpakai dalam
tempoh tiga (3) tahun bermula tahun 2021 hingga 2023, sehingga
penginapan pekerja secara jangka panjang siap dibina dan beroperasi.
ii. Kegunaan premis yang ditukarguna kepada penginapan pekerja secara
jangka pendek perlu ditukarkan kembali kepada keadaan asal setelah
tempoh tamat.
L.2 - 16
10.3 Alternatif Penginapan Pekerja Secara Jangka Masa Pendek yang Boleh
Dibenarkan
Terdapat empat (4) alternatif penginapan pekerja yang BOLEH
DIBENARKAN secara jangka masa pendek iaitu :
i. Penginapan pekerja di unit rumah kedai sedia ada - majikan boleh
menyewa di unit rumah kedai sedia ada bagi tujuan penginapan
pekerja. Unit rumah di atas rumah kedai sedia ada boleh dibenarkan
tertakluk kepada pemberian KM Tukarguna dan kelulusan Pelan
Bangunan secara serentak.
ii. Penginapan pekerja di kedai pejabat atau plot perniagaan sedia ada -
unit kedai pejabat atau plot perniagaan (bertanah/ bertingkat/ strata)
sedia ada dibenarkan tertakluk kepada kelulusan Pelan Bangunan dan
Mematuhi Peraturan Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan
Kemudahan Pekerja, 2020.
iii. Penginapan pekerja di premis perindustrian sedia ada / gudang -
premis perindustrian sedia ada / gudang dibenarkan tertakluk kepada
kelulusan Pelan Bangunan dan Mematuhi Peraturan Standard Minimum
Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja, 2020.
iv. Penginapan pekerja di dalam tapak bina – cadangan penginapan
pekerja di dalam tapak bina boleh dilaksanakan dengan mematuhi
Prosedur Permohonan Permit Sementara Bangunan Bagi Rumah
Pekerja Di Dalam Tapak Bina (Jabatan Kawalan Bangunan).
10.4 Zon Guna Tanah dan Jenis Bangunan Yang Dibenarkan Sebagai
Penginapan Pekerja Jangka Masa Pendek
Zon guna tanah dan jenis bangunan yang dibenarkan sebagai penginapan
pekerja jangka masa pendek adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual
3.0 di bawah :
Jadual 3 : Zon Guna Tanah dan Jenis Bangunan Yang Dibenarkan
Sebagai Penginapan Pekerja Jangka Masa Pendek
Zon Gunatanah Jenis Bangunan Yang Syarat-Syarat Pembangunan
Dibenarkan
Kilang atau gudang Unit-unit individu dibenarkan
sesebuah
Perindustrian Kilang atau gudang
berkembar
Kilang berbilang Secara en bloc sahaja
tingkat
Kilang teres
Struktur Sementara Dibenarkan di dalam plot
Mudah Alih (Kontena industri milik majikan
dan Kabin) Mematuhi anjakan 20 kaki dari
sempadan lot.
Tertakluk kepada pemberian
Kebenaran Merancang dan
kelulusan Pelan Bangunan
L.2 - 17
Zon Gunatanah Jenis Bangunan Yang Syarat-Syarat Pembangunan
Perniagaan Dibenarkan
Secara en bloc sahaja
Tapak Bina Kedai pejabat teres
Perlu penjarakkan 100 meter
Rumah kedai teres daripada kediaman di sekitar.
Premis yang diluluskan
sebagai 20% komponen
perniagaan di dalam kawasan
perumahan adalah TIDAK
DIBENARKAN
Bangunan komersial
sesebuah
Hotel/resort Unit-unit individu dibenarkan
Bangunan Pejabat
Bangunan berbilang Hendaklah membangunkan
keseluruhan skim
tingkat berstrata
Perlu mendapat persetujuan
seperti pangsapuri daripada JMB / MC
perkhidmatan dan
SoHo
Dibenarkan di atas tapak yang
terlibat dengan pembinaan yang di
atasnya telah diberi Kebenaran
Merancang.
10.5 Zon Guna Tanah dan Jenis Bangunan Yang Tidak Dibenarkan Sebagai
Penginapan Pekerja Jangka Masa Pendek
i. Penginapan pekerja di kawasan perumahan sedia ada / kawasan yang
diperlingkungkan sebagai perumahan adalah TIDAK DIBENARKAN.
ii. Walau apa pun peruntukan di para 11.5 (i) di atas, plot-plot yang
berdampingan dengan premis yang telah diluluskan sebagai Hostel
Pekerja di bawah Garis Panduan Untuk Hostel Pekerja (27.10.1998)
boleh dipertimbangkan sebagai penginapan secara jangka pendek
walaupun plot tersebut ditunjukkan sebagai Perumahan Am di bawah
Pelan Dasar Perancangan dan Kawalan Pemajuan, MBPP 1996
dengan syarat jenis bangunan yang disediakan adalah struktur
sementara mudah alih (kontena / kabin).
10.6 Ruang Penginapan Pekerja
Penyedia penginapan pekerja perlu memastikan penginapan pekerja jangka
pendek yang disediakan mematuhi keperluan minima di bawah Akta 446 dan
peraturan-peraturan di bawahnya seperti di dalam Jadual 4.0 di bawah :
L.2 - 18
Jadual 4.0 : Keperluan Pematuhan Akta 446 Dan Peraturan-Peraturan Di
Bawahnya
Keperluan Minima
Perkara
Konsep Dormitori Konsep Pangsapuri
Ruang Tidur 3.0 mp / pekerja 3.6 mp / pekerja
Tandas 1 tandas : 15 pekerja 1 : 6 pekerja
Kemudahan asas yang i. Katil bujang tidak kurang 1.7 mp / katil jenis 2
tidak boleh dikongsi tingkat dengan jarak ruang 0.7 mp;
ii. Tilam tidak kurang 4 inci (10.2 cm) tebal;
iii. Bantal;
iv. Selimut; dan
v. Almari berkunci bersaiz tidak kurang daripada
0.35m panjang x 0.35m lebar x 0.9m tinggi
Bekalan air dan elektrik Memastikan terdapat bekalan air dan elektrik dalam
penginapan pekerja
Kemudahan asas yang i. Satu ruang rehat;
lain ii. Satu ruang makan dengan kerusi dan meja;
iii. Satu ruang dapur;
iv. Kipas bagi setiap ruang rehat, makan dan bilik
tidur;
v. Lampu bagi setiap ruang rehat, ruang makan, bilik
tidur, ruang dapur, bilik air dan tandas;
vi. Ruang penyidai pakaian;
vii. Satu alat pertolongan cemas; dan
viii. Tong sampah
Sumber : Akta Standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja,
(Akta 446) (Pindaan) 2019
Nota : Keperluan minima di bawah Akta 446 dan peraturan-peraturan di
bawahnya akan dikuatkuasakan oleh Jabatan Tenaga Kerja.
10.6 Syarat Pembangunan
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh majikan bagi pelaksanaan penginapan
pekerja secara jangka pendek adalah seperti ditunjukkan di dalam Jadual 5.0
hingga Jadual 8.0.
11.0 PELAKSANAAN PEMAKAIAN
i. Pindaan garis panduan ini adalah terpakai bagi semua permohonan baru dan
permohonan yang masih dalam proses kelulusan di peringkat Majlis.
ii. Bagi permohonan yang telah mendapat kelulusan Permohonan Kebenaran
Merancang (PKM) daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan yang telah
beroperasi perlu mematuhi Peraturan-Peraturan Standard Minimum
Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja (Penginapan Dan
Penginapan Berpusat) 2020 selaras dengan pindaan Akta Standard Minimum
Perumahan Dan Kemudahan Pekerja, (Akta 446) (Pindaan) 2019 bagi
mendapatkan kelulusan Perakuan Penginapan daripada Jabatan Tenaga
Kerja Semenanjung Malaysia.
L.2 - 19
iii. Dengan pemakaian pindaan garis panduan ini, Garis panduan Perancangan
Pembinaan Asrama Pekerja Di Kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang
2021 yang telah digunapakai oleh Majlis pada 28.05.2021 adalah
DIBATALKAN.
iv. Tarikh pemakaian pindaan garis panduan ini adalah pada tarikh ianya
diluluskan dan disahkan di MBM Bil 11/2021 pada 26.11.2021.
L.2 - 20
i ALTERNATIF 1 : PENGINAPAN PEK
.
P
i. Majiknean boleh menyewa di unit rumah kedai sedia ada bagi tuj
ii. Usencitarginruamsaehrednitaaktas rumah kedai sedia ada boleh dibenarkan te
iii. Syarapat-syarat yang perlu dipatuhi
1. anMematuhi Peraturan Standard Minimum Perumahan, Pe
2. pBangunan kekal dan telah mendapat CCC daripada PBT
3. keJarak ke tempat kerja (di mana pekerja tersebut berkerja
4. er Memastikan tidak menyebabkan kacau ganggu
5. jaSekiranya melibatkan pengubahsuaian dalaman, perlu m
6. dPerlu mendapatkan kebenaran dan persetujuan JMB bag
7. Pihak majikan digalak menyediakan pengangkutan khas
8. Perlu mendapatkan kelulusan Permit Khas dari PBN bag
adalah tertakluk kepada PBN)
9. Memastikan kemudahan asas seperti bekalan air dan ele
10 Kemudahan seperti kawalan keselamatan, surau, tempa
L.2
JADUAL 5.0
KERJA DI UNIT RUMAH KEDAI SEDIA ADA
juan penginapan pekerja..
ertakluk kepada pemberian KM Tukarguna dan kelulusan Pelan Bangunan
enginapan dan Kemudahan Pekerja, 2020
T
a) yang munasabah
mendapatkan kelulusan PBT
gi bangunan berstrata
untuk mengambil pekerja
gi kebenaran penggunaan yang lain dari syarat nyata tanah (prosedur
ektrik, sistem kumbahan dan pembuangan sisa pepejal yang teratur.
at makan dan dapur perlu disediakan
- 21
i ALTERNATIF 2 : PENGINAPAN PEKERJA DI KE
i
i. Majik.an boleh menyewa di kedai pejabat atau plot perniagaan
ii. pUenkitenePrkjaedtearitapkelujakbkaet paatdaau plot perniagaan (bertanah/ bertingk
kelulusan pelan bangunan
iii. Syaraigt-syarat yang perlu dipatuhi
1. naMematuhi Peraturan Standard Minimum Perumahan, Pe
2. paBangunan kekal dan telah mendapat CCC daripada PBT
3. nJarak ke tempat kerja (di mana pekerja tersebut berkerja
4. peMemastikan tidak menyebabkan kacau ganggu
5. kePerlu mendapatkan kebenaran dan persetujuan JMB bag
6. r Pihak majikan digalak menyediakan pengangkutan khas
j
7. Sekiranya melibatkan pengubahsuaian dalaman, perlu m
8. Perlu mendapatkan kelulusan Permit Khas dari PBN b
adalah tertakluk kepada PBN)
9. Memastikan kemudahan asas seperti bekalan air dan ele
10 Kemudahan seperti kawalan keselamatan, surau, tempa
L.2
JADUAL 6.0
EDAI PEJABAT ATAU PLOT PERNIAGAAN SEDIA ADA
n sedia ada bagi tujuan penginapan pekerja.
kat/ strata) sedia ada dibenarkan untuk ditukarguna kepada penginapan
enginapan dan Kemudahan Pekerja, 2020
T
a) yang munasabah
gi bangunan berstrata
untuk mengambil pekerja
mendapatkan kelulusan PBT
bagi kebenaran penggunaan yang lain dari syarat nyata tanah (prosedur
ektrik, sistem kumbahan dan pembuangan sisa pepejal yang teratur.
at makan dan dapur perlu disediakan
- 22
ALTERNATIF 3 : PENGINAPAN PEKERJA DI
i. Premis perindustrian sedia ada / gudang dibenarkan untuk d
bangunan
ii. Syarat-syarat yang perlu dipatuhi
1. Mematuhi Peraturan Standard Minimum Perumahan, Pe
2. Bangunan kekal dan telah mendapat CCC daripada PBT
3. Jarak ke tempat kerja (di mana pekerja tersebut berkerja
4. Memastikan tidak menyebabkan kacau ganggu
5. Unit Perindustrian yang dibenarkan adalah meliputi lot ki
6. Hanya dibenarkan dalam kawasan industri kategori sede
7. Pihak majikan digalak menyediakan pengangkutan khas
8. Sekiranya melibatkan pengubahsuaian dalaman, perlu m
9. Perlu mendapatkan kelulusan Permit Khas dari PBN b
adalah tertakluk kepada PBN)
10. Memastikan kemudahan asas seperti bekalan air dan ele
11 Kemudahan seperti kawalan keselamatan, surau, tempa
L.2
JADUAL 7.0
I PREMIS PERINDUSTRIAN SEDIA ADA / GUDANG
ditukarguna kepada penginapan pekerja tertakluk kepada kelulusan pelan
enginapan dan Kemudahan Pekerja, 2020
T
a) yang munasabah
ilang teres/ sesebuah/ berkembar atau kluster
erhana dan ringan sahaja. Kawasan industri berat tidak dibenarkan
untuk mengambil pekerja
mendapatkan kelulusan PBT
bagi kebenaran penggunaan yang lain dari syarat nyata tanah (prosedur
ektrik, sistem kumbahan dan pembuangan sisa pepejal yang teratur.
at makan dan dapur perlu disediakan
- 23
ALTERNATIF 4 : PENGINAPAN
ai. Cadangan penginapan pekerja di dalam tapak bina boleh d
Bangunan Bagi Rumah Pekerja Di Dalam Tapak Bina (Jabatan
ii. Syarat-syarat yang perlu dipatuhi
1. Mematuhi Peraturan Standard Minimum Perumahan, Pe
2. Memastikan kemudahan asas seperti bekalan air dan ele
3 Kemudahan seperti kawalan keselamatan, surau, tempa
L.2
JADUAL 8.0
N PEKERJA DI DALAM TAPAK BINA
dilaksanakan dengan mematuhi Prosedur Permohonan Permit Sementara
n Kawalan Bangunan)
enginapan dan Kemudahan Pekerja, 2020
ektrik, sistem kumbahan dan pembuangan sisa pepejal yang teratur.
at makan dan dapur perlu disediakan
- 24
L.2
- 25
Lampiran M
LAMPIRAN DASAR / POLISI / TARIKH KATA
GARISPANDUAN PERLAKSANAAN KUNCI
M.1 Dasar memberikan insentif 06.07.1985 TANAH
kepada pemilik-pemilik tanah (28.01.2003)
bumiputra yang ingin memajukan BUMIPUTRA
tanah mereka di Pulau Pinang.
LAMPIRAN M.1
DASAR MEMBERIKAN INSENTIF KEPADA PEMILIK-PEMILIK TANAH
BUMIPUTRA YANG INGIN MEMAJUKAN TANAH MEREKA
DI PULAU PINANG
1.0 Kawasan plot yang kecil di mana bidang hadapan tidak melebihi
40 kaki dan tinggi kemajuan tidak melebihi 5 tingkat
Tambahan 1 tingkat tanpa bayaran kemajuan akan diberikan kepada
pemohon-pemohon bumiputra bagi ketinggian maksima 5 tingkat masa
kini ke atas kemajuan rumah kedai, menjadikan ketinggian maksima
untuk pemohon-pemohon bumiputra bagi kawasan seperti ini kepada 6
tingkat. Insentif keutamaan ini akan diberi kepada semua kes lain
dalam mana insentif itu pernah diberi dahulu dalam kawasan yang
sama kepada pemohon-pemohon bumiputra untuk tujuan mengadakan
persamaan dalam ketinggian bangunan-bangunan.
2.0 Nisbah plot ke atas kemajuan hotel, kemajuan perdagangan dan
kemajuan perdagangan terhad
Nisbah plot yang dibenarkan bagi pemajuan-pemajuan tersebut akan
dinaikkan sebanyak 0.5 manakala bonus yang bersamaan dengan
10% lebih dari nisbah plot maksima yang diberikan kepada pemohon-
pemohon bumiputra pada masa kini dikekalkan seperti berikut:-
i) Kemajuan Hotel
Nisbah plot yang boleh dibenarkan untuk saiz plot sehingga
(3.5+0.5) : 1) 30,000 k.p.
Nisbah plot maksima
(6 +0.6) : 1)
Nisbah plot yang boleh dibenarkan untuk saiz plot yang melebihi
(2.5+0.5) : 1) 30,000 k.p.
Nisbah plot maksima
(6 +0.6) : 1)
Untuk pemajuan usahasama antara tuan tanah bumiputra dan
bukan bumiputra di mana ekuiti bumiputra dalam syarikat ialah 50%
atau kurang akan tetapi tidak kurang daripada 5%, maka tambahan
0.5 kepada nisbah plot yang dibenarkan dan juga bonus 10% lebih
dari nisbah plot maksima akan diberi juga mengikut peratusan
pemilik ekuiti bumiputra di dalam projek itu.
Keluasan lantai yang melebihi nisbah plot yang boleh dibenarkan 3
: 1 atau 4 : 1 mengikuti keadaan kesnya dan juga 10% bonus
adalah tertakluk kepada bayaran kemajuan (infrastruktur) seperti
L.M - 1
yang terkandung dalam dasar garispanduan-garispanduan yang
berkenaan.
ii) Kemajuan Perdagangan dan Perdagangan Terhad
Nisbah plot yang boleh untuk saiz plot sehingga
dibenarkan(2.5+0.5) :1) 30,000 k.p.
Nisbah plot maksima
(5 +0.5) :1)
Nisbah plot yang boleh untuk saiz plot yang melebihi
dibenarkan(2.5+0.5) : 1) 30,000 k.p
Nisbah plot maksima
(5 +0.5) : 1)
Untuk pemajuan usahasama antara tuan tanah bumiputra dan
bukan bumiputra, di mana ekuiti bumiputra ialah 50% atau kurang
akan tetapi tidak kurang daripada 5%, maka tambahan 0.5 kepada
nisbah plot yang dibenarkan dan juga bonus 10% lebih dari nisbah
plot maksima akan diberi juga mengikut peratusan pemilik ekuiti
bumiputra di dalam projek itu.
Keluasan lantai yang melebihi nisbah plot yang boleh di benarkan 3
: 1 atau 4 : 1 mengikuti keadaan kesnya dan juga 10% bonus
adalah tertakluk kepada bayaran kemajuan (infrastruktur) seperti
yang terkandung dalam dasar garispanduan-garispanduan yang
berkenaan.
3.0 Bayaran Pemajuan (Infrastruktur) dan Bayaran Saliran
Insentif kepada pemohon-pemohon bumiputra dalam bayaran-bayaran
di atas adalah diberi dengan cara memberi potongan-potongan ke atas
bayaran-bayaran yang akan dikenakan seperti berikut:-
i) Bayaran pemajuan
RM500,000 pertama yang dikenakan diberi potongan 30%.
RM500,000 berikutnya yang dikenakan diberi potongan 20%.
RM500,000 berikutnya yang dikenakan diberi potongan 10%.
Sebarang jumlah bayaran pemajuan selepas RM1.5 juta yang dikenakan
Diberi potongan 5%.
Dalam kes pemajuan bumiputra di mana permintaan diterima untuk
pembayaran bayaran kemajuan secara ditangguhkan (deferred
basis) sepertimana dibenarkan di dalam garispanduan Majlis,
pengenaan faedah ke atas bayaran kemajuan tersebut akan
dikecualikan.
L.M - 2
ii) Bayaran Saliran
Sebarang jumlah bayaran yang dikenakan diberikan potongan
20% rata.
iii) Untuk pemajuan usahasama antara tuan tanah bumiputra dan
bukan bumiputra di mana ekuiti bumiputra dalam syarikat
adalah 50% atau kurang akan tetapi tidak kurang dari 5%,
konsesi ke atas bayaran kemajuan dan bayaran saliran akan
diberikan juga mengikut peratusan pemilikan ekuiti bumiputra
dalam projek itu.
4.0 Tempat Letak Kereta
Dalam semua jenis kemajuan dalam kawasan luar bandar, Majlis akan
mempertimbangkan kelonggaran dalam peruntukan tempat letak fizikal
yang dikehendaki dalam bentuk sumbangan wang sebagai ganti
seperti berikut:-
i) Memandangkan bahawa tempat letak kereta di dalam
bandaraya yang ditubuhkan pada tahun 1971 ada perbezaan di
antara kehendak perletakan kereta di luar bandaraya dari segi
sumbangan berdasarkan penilaian, maka konsesi rata sebanyak
30% akan diberi untuk kehendak perletakan kereta ke atas
penilaian itu. Dalam kes kesemua permohonan lain, diskaun
15% hendaklah diberi.
ii) Di dalam kes di mana walaupun konsesi ini diberikan, penilaian
itu dianggap berlebihan berkaitan dengan kadar perletakan
kereta yang ada di dalam bandaraya, Majlis akan
dipertimbangkan memberi konsesi selanjutnya berdasarkan
kepada buruk dan baik setiap kes.
iii) Untuk pemajuan usahasama antara tuan tanah bumiputra dan
bukan bumiputra di mana ekuiti bumiputra dalam syarikat
adalah 50% atau kurang akan tetapi tidak kurang dari 5%
konsesi ke atas bayaran sumbangan sebagai ganti tempat letak
kereta (di mana berkenaan) akan diberikan juga mengikut
peratusan pemilikan ekuiti bumiputra dalam projek itu.
Dalam semua jenis kemajuan dalam kawasan bandar, konsesi sebanyak
5% atas amaun Sumbangan Kewangan bagi menggantikan penyediaan
L.M - 3
tempat-tempat letak kenderaan diberikan kepada pemilik-pemilik
bumiputra sahaja yang ingin memajukan tanah mereka dengan syarat
ekuiti penyertaan bumiputra dalam syarikat-syarikat berkenaan
hendaklah sekurang-kurangnya 51%.
5.0 Kemajuan kediaman bukan kos rendah dan kos rendah
i) Bonus bersamaan 30% lebih dari ketumpatan maksima diberi
kepada pemohon-pemohon bumiputra.
ii) Potongan-potongan yang sama diberi ke atas bayaran
kemajuan dan bayaran saliran yang dikenakan ke atas
kemajuan kediaman bukan kos rendah seperti yang diberi untuk
kemajuan hotel dan perdagangan.
Untuk mengelakkan kekeliruan, apabila ekuiti bumiputra ke atas tanah yang
dimajukan melebihi 51% maka ia dianggap sebagai pemajuan bumiputra
100%, maka bonus dan konsesi sekadar yang akan diberi hendaklah diberi
dengan sewajarnya.
Tarikh kuatkuasa dasar ini ialah pada 01.01.1985 akan tetapi tarikh
perlaksanaan adalah mulai daripada tarikh diluluskan iaitu 30.05.1985.
Nota: Dasar ini yang komprehensif dengan memasukkan pindaan-pindaan
seperti yang diluluskan oleh M.J.T.A./Majlis pada 30.05.1985 telah dibentang
dan dipersetujui oleh Majlis pada 06.07.1985 dan juga diluluskan pada
28.08.1986.
DILULUSKAN PADA 06.07.1985
Nota: Pindaan terhadap kriteria lain bagi memenuhi pengiktirafan taraf
syarikat Bumiputera atas dasar ini dan tarikh perlaksanaan pindaan adalah
mulai daripada tarikh diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri pada
28.01.2003.
Kriteria lain bagi memenuhi pengiktirafan taraf syarikat Bumiputra adalah:-
Keanggotaan Lembaga - Sekurang-kurangnya 51% dimiliki Pengarah
Bumiputra, samada 3 bumi, 2 bukan bumi atau samada 2 bumi, seorang
bukanbumi
Pengurusan - Keanggotaan bumiputra dalam pengurusan syarikat hendaklah
sekurang-kurangnya 51%.
Tenaga kerja - Keanggotaan bumiputra dalam tenaga kerja hendaklah
sekurang-kurangnya 51%.
L.M - 4
Semakan untuk pengesahan taraf syarikat Bumiputra akan dirujuk kepada
Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputra, Jabatan Perdana Menteri
oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
L.M - 5
Lampiran N
LAMPIRAN DASAR / POLISI / TARIKH KATA
GARISPANDUAN PERLAKSANAAN KUNCI
Garispanduan Pengecualian
Permohonan Kebenaran TAPAK-
TAPAK
Merancang Bagi Tapak-Tapak
KEMUDAHAN
N.1 Kemudahan Masyarakat Dan MASYARAKAT
Utiliti Yang Telah Ditunjukkan Di 26.04.2018 DAN
UTILITI
Dalam Pelan Induk Yang Telah
Diluluskan Atau Pelan Susunatur
Yang Telah Diberi Kebenaran
Merancang
Polisi Bagi Jenis Pemajuan Yang PEMAJUAN
YANG
N.2 Tidak Memerlukan Permohonan TIDAK
Kebenaran Merancang 26.03.2020 MEMERLUKAN
Dikemukakan Kepada Majlis PKM
Bandaraya Pulau Pinang
LAMPIRAN N.1
GARISPANDUAN PENGECUALIAN PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG
BAGI TAPAK-TAPAK KEMUDAHAN MASYARAKAT DAN UTILITI YANG TELAH
DITUNJUKKAN DI DALAM PELAN SUSUNATUR YANG TELAH DIBERI
KEBENARAN MERANCANG BAGI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN
DAN KAWASAN TEBUS GUNA TANAH SUBSEKSYEN 5 (2) AKTA
PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172).
1.0 Pengenalan
Cadangan Garis Panduan Pengecualian Permohonan Kebenaran Merancang
Bagi Tapak-Tapak Kemudahan Masyarakat Dan Utiliti Yang Telah Ditunjukkan
Di Dalam Pelan Susunatur Yang Telah Diberi Kebenaran Merancang telah
diluluskan pada hari yang sama di Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri
Bil. 05/2018 pada 26 Julai 2018 yang melibatkan kawasan pentadbiran Majlis
Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai.
Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 04/2020 pada 29 Jun 2020
telah meluluskan cadangan pemakaian garis panduan di atas kawasan tebus
guna tanah di bawah subseksyen 5 (2) Akta Perancangan Bandar Dan Desa
1976 (Akta 172) di mana “Bagi mana-mana kawasan di dalam Negeri yang
tidak menjadi sebahagian daripada kawasan mana-mana Pihak Berkuasa
Tempatan, Pengarah Negeri hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang
tempatan...”
Mengikut Seksyen 19 (1) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 tiada
seorang pun, selain pihak berkuasa tempatan, boleh memulakan,
mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika
kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan intu telah diberikan
kepadanya di bawah seksyen 22 (3) atau dilanjutkan di bawah subseksyen 24
(1).
Mengikut Seksyen 19 (2)(g) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976, walau
apa pun peruntukkan subseksyen 19(1) kebenaran merancang tidak perlu bagi
pembuatan apa-apa perubahan secara metarial kepada penggunaan tanah
atau bangunan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri sebagai suatu
perubahan material yang baginya kebenaran untuk merancang tidak perlu.
Pengecualian mengemukakan Permohonan Kebenaran Merancang ini, jika
diluluskan di peringkat majlis hendaklah dibawa untuk kelulusan Pihak
Berkuasa Negeri (PBN) di bawah seksyen 3 Akta Perancangan Bandar Dan
Desa 1976 (Akta 172) iaitu “Tertakluk kepada Fasal (5) dan (6) Perkara 91
Perlembagaan, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah bertanggungjawab bagi
dasar am berkenaan dengan perancangan pemajuan dan penggunaan semua
tanah dan bangunan dalam kawasan tiap-tiap pihak berkuasa tempatan di
dalam negeri; dan Pihak Berkuasa Negeri boleh, pada atau bagi maksud
menunaikan tanggungjawabnya di bawah seksyen ini, dari masa ke semasa
memberi arahan secara am kepada Jawatankuasa atau mana-mana pihak
berkuasa perancang tempatan yang selaras dengan peruntukan Akta ini, dan
Jawatankuasa atau pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah
menguatkuasakan arahan itu.”
N.1 - 1
2.0 Asas Pertimbangan
Tujuan kertas kerja ini adalah unyuk memberi pengecualian terhadap
Permohonan Kebenaran Merancang bagi pembangunan kemudahan
masyarakat dan utiliti yang mana plotnya telah diperuntukkan dan ditunjukkan
jelas di dalam Kebenaran Merancang yang diberikan atau pelan tatasusunan
yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau Pihak Berkuasa
Perancangan Tempatan.
Di dalam Kebenaran Merancang yang diberi, ditunjukkan lokasi cadangan
kemudahan masyarakat seperti dewan, surau, masjid, tapak lain -lain ibadat,
loji rawatan air, pencawang elektrik, loji kumbahan dan kemudahan awam lain
yang seumpama dengannya. Cadangan kemudahan masyarakat hanya
ditunjukkan sebagai ‘tapak’ sahaja tanpa dinyatakan butir-butir terperinci
pembangunan.
Pemaju disyaratkan memperuntukan tapak sahaja tanpa pendirian bangunan
kepada agensi-agensi tertentu seperti surau /masjid kepada Majlis Agama
Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), dewan dan tapak ibadat lain-lain kepada
MBPP, dan tangki air kepada PBA, loji kumbahan kepada IWK, tapak
pencawang elektrik kepada TNB dan kemudahan awam lain yang seumpama
dengannya.
Pengecualian bagi Permohonan Kebenaran Merancang hanya diberikan
kepada kemudahan masyarakat satu tingkat yang mana plotnya telah diserah
ditunjukkan di dalam Kebenaran Merancang diberi atau pelan susunatur yang
diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri dengan syarat
pembinaannnya tidak melebihi satu tingkat.
Pemohon hanya perlu mengemukakan pelan bangunan sahaja. Pemajuan
kemudahan masyarakat yang melebihi satu tingkat (dua tingkat dan ke atas)
perlu mengemukakan Permohonan Kebenaran Merancang. Perkara ini selaras
dengan seksyen 19 dibaca bersama seksyen 2 di bawah definisi kerja
bangunan, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172).
Pengecualian Kebenaran Merancang bagi pembangunan kemudahan
masyarakat dan utiliti dapat mempercepatkan proses pembangunan hartanah
terutama bagi pemajuan yang mudah dan menambahbaik prosedur
permohonan kelulusan dengan mengurangkan proses yang berlapis dan
berulang.
3.0 Syarat-Syarat Pengecualian Kebenaran Merancang
3.1 Kawasan-kawasan yang dibenarkan
Bagi tujuan penyelarasan pemakaian Garis Panduan Pengecualian
Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Tapak-Tapak Kemudahan
Masyarakat Dan Utiliti Yang Ditunjukkan Di Dalam Pelan Susunatur Yang
Telah Diberi Kebenaran Merancang Bagi Kawasan Tebus Guna tanah,
berikut adalah cadangan untuk pertimbangan Jawatankuasa:-
i. Semua kawasan di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan -
Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang
Perai
N.1 - 2
ii. Mana-mana kawasan tebusguna yang tertakluk dalam subseksyen
5 (2) Akta 172 di mana Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan
adalah Pengarah PLANMalaysia@Pulau Pinang.
3.2 Jenis Pemajuan yang dikecualikan Kebenaran Merancang
Jenis pemajuan yang dicadangkan dikecualikan daripada
mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang adalah seperti
berikut :-
a) Bangunan utiliti : PMU, PPU, SSU, PE, Loji Rawatan Kumbahan,
rumah pam, tangki air dan lain-lain.
b) Kemudahan masyarakat yang diperuntukan kepada kerajaan /
Pihak Berkuasa Tempatan.
c) Tapak ibadat yang diserah kepada kerajaan / Pihak Berkuasa
Tempatan / Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
d) Pembinaan struktur bangunan tidak melebihi ketinggian 1 tingkat.
e) Walau bagaimanapun, pengecualian Kebenaran Merancang hanya
diberi kepada tapak-tapak yang telah ditunjukkan dengan jelas di
dalam pelan tatasusunatur yang telah diberi Kebenaran
Merancang. Pihak Berkuasa Tempatan berhak untuk mengenakan
syarat Kebenaran Merancang jika difikirkan perlu berdasarkan
kepada kes atau permohonan.
4.0 Tarikh Kuat Kuasa
Garis Panduan ini berkuatkuasa pada 14 Julai 2021.
N.1 - 3
LAMPIRAN N.2
POLISI BAGI JENIS PEMAJUAN YANG TIDAK MEMERLUKAN PERMOHONAN
KEBENARAN MERANCANG DIKEMUKAKAN KEPADA MAJLIS BANDARAYA
PULAU PINANG
1.1. Polisi ini digunakan oleh Majlis seperti setelah diluluskan oleh Mesyuarat Biasa Majlis
(MBM) pada 26.03.2020.
1.2. Polisi ini adalah seperti berikut :
i. Pemajuan industri dan bangunan sokongan kepada bangunan industri sedia ada
dan kawalan industri tambahan di dalam kawasan Perindustrian Bayan Lepas
Fasa I, II, III, IV dan kawasan tambak yang dimajukan oleh PDC. Pemajuan
selain dari tujuan industri dan sampingannya tidak dikecualikan oleh
Permohonan Kebenaran Merancang.
ii. Pemajuan yang tertakluk kepada Garispanduan Pelan Komuniti.
iii. Pemajuan :
(a) Perumahan sesebuah untuk 1 unit seplot bagi kawasan mengikut pelan
perkawasan yang disediakan oleh JPBD Negeri Kawasan Kg. Tersusun
Koperasi Serbaguna Gelugor.
(b) Perumahan sesebuah untuk 1 unit seplot mengikut pelan pecah
sempadan yang telah diluluskan untuk Kawasan Kg. Tersusun Sg. Ara di
bawah Koperasi Tunas Muda.
(c) Perumahan sesebuah untuk 1 unit seplot mengikut pelan pecah
sempadan Pearl Hill.
(d) Perumahan sesebuah untuk 1 unit seplot untuk kawasan penempatan
semula Nelayan di Kg. Masjid Teluk Kumbar. (Keputusan bertarikh
13.03.1986).
iv. Pelan tambahan kepada 1 unit perumahan bertanah (landed perseorangan atau
landed strata) yang tidak melebihi 50% dari keluasan asal dan kurang dari 1500
k.p. dan tidak melibatkan peningkatan tingkat (pindaan 1000 k.p. kepada 1500
k.p).
v. Pelan pindaan kepada kebenaran merancang untuk pengurangan bilangan unit,
bilangan tingkat tetapi tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada pecah
sempadan dan lain-lain isu perancangan.
vi. Pindaan kepada kebenaran merancang untuk ubahsuaian bilangan unit dan
kemudahan masyarakat antara blok-blok atau podium tanpa melibatkan
tambahan tingkat dan ‘form’ bangunan (tanpa mengubah anjakan bangunan).
vii. Pindaan kepada rumah kedai, ruang komersil, industri, institusi hotel dan lain-
lain yang tidak melibatkan sebarang tambahan ruang lantai, ketinggian dan
susunatur.
viii. Tambahan tingkat basemen untuk utiliti sahaja.
ix. Cadangan bangunan 3 tingkat kemudahan masyarakat dan/atau utiliti yang
mana tapak telah tercatat dalam pelan kebenaran merancang asal dan
diselenggara oleh agensi berkaitan. (Tambahan baru)
x. Pembatalan basemen. (Tambahan baru)
K.5 - 1
Lampiran O
LAMPIRAN DASAR / POLISI / TARIKH KATA
GARISPANDUAN PERLAKSANAAN KUNCI
O.1 Garispanduan Bagi Bilik Pameran, 24.08.2017 BILIK
Rumah Contoh, Pejabat Jualan (28.08.2018) PAMERAN,
Dan Bangunan Sementara Di
Majlis Bandaraya Pulau Pinang RUMAH
(MBPP CONTOH,
PEJABAT
JUALAN
LAMPIRAN O.1
PENAMBAHBAIKAN GARISPANDUAN BAGI BILIK PAMERAN, RUMAH
CONTOH, PEJABAT JUALAN DAN BANGUNAN SEMENTARA DI MAJLIS
BANDARAYA PULAU PINANG (MBPP).
1.0 TUJUAN
Garis panduan ini merupakan panduan bagi membenarkan permohonan bagi
bilik pameran, rumah contoh, pejabat jualan dan bangunan sementara di
kawasan MBPP.
Garis panduan ini terbahagi kepada dua (2) iaitu bangunan sementara di luar
tapak pemajuan dan bangunan sementara / kekal di dalam tapak pemajuan
yang diberi Kebenaran Merancang.
2.0 GARIS PANDUAN KHUSUS
2.1 Bangunan Sementara Di Luar Tapak Pemajuan
Bil Perkara Butiran
1 Kawasan yang Zon Perniagaan.
Dibenarkan Zon Pelancongan.
2 Aktiviti yang Bilik Pameran.
Dibenarkan Rumah contoh.
Pusat jualan.
Lain-lain yang setara.
3 Tempoh bangunan Tiga (3) tahun bermula dari tarikh Pelan
Sementara Bangunan diluluskan.
Permohonan Hendaklah mengemukakan PKM .
Kebenaran
Merancang bagi Mematuhi lain-lain polisi dan piawaian
4 bangunan perancangan Majlis.
sementara
di luar di tapak Mematuhi Jabatan-jabatan teknikal yang dirujuk.
pemajuan
Hendaklah nyatakan No. Kebenaran Merancang
yang telah diberi atau pelan bangunan yang
telah diluluskan.
PKM dikecualikan dan hanya perlu kemukakan
‘identical building plan’ bersama penjelasan
Pelanjutan tempoh (rayuan) permohonan perlanjutan.
5 bangunan Perubahan struktur tidak dibenarkan.
sementara Pertimbangan bagi pelanjutan tempoh bangunan
sementara tertakluk kepada pertimbangan
Jawatankuasa.
6 Had ketinggian Maksima lima (5) tingkat.
7 Pelebaran / Pengecualian dari menyediakan pelebaran /
penyerahan jalan penyerahan jalan kepada kerajaan mengikut
Draf Tatasusunan Jalan Majlis / kehendak
Jabatan Kerja Raya (JKR) boleh dikecualikan
atas dasar ianya bangunan sementara.
O.1 - 1