Koleksi Artikel Kajian Tindakan PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) & PROGRAM SEKOLAH AMANAH (PSA) Diterbitkan oleh: Unit Sekolah Jenis Khas, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Jabatan Pendidikan Negeri Perak Terbitan Pertama (2023) © : Unit Sekolah Jenis Khas, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak Hak Cipta Terpelihara Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, atau ditukar dalam apa jua bentuk atau apa-apa jua alat kecuali setelah mendapat izin bertulis daripada Unit Sekolah Jenis Khas, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Begitu juga ilustrasi kulit luar ialah hasil kreatif ilustrator semata-mata – Penerbit. Diterbitkan Oleh: Unit Sekolah Jenis Khas, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak Jalan Tun Abdul Razak, 30640 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Tel : 05- 501 5000 Faks : 05- 527 7273 Email: [email protected]
ISI KANDUNGAN 1. Meningkatkan pencapaian dan minat murid Tahun 6 dalam topik kata berimbuhan menggunakan permainan Dart Imbuhan Mohd Harman Bin Md Rodzi, SK Sultan Yussuf, Batu Gajah 1 - 14 2. Meningkatkan kemahiran pembinaan ayat gramatis dan komprehensif bagi murid Tingkatan 3 terkois menggunakan kaedah BO.M.M Noor Syafawani Binti Che Shaffine, SMK San Min, Hilir Perak 15 - 28 3. Meningkatkan penguasaan topik kata ganti nama diri orang melalui penggunaan kagando dalam kalangan murid Tahun 5 UPM Muhammad Affan Bin Ahamad, SK Sungai Jejawi, Teluk Intan, Perak 29 - 42 4. Overcoming the problem of regular past tense ‘-ed’ form in writing via ‘snap’ card game Selvalazi A/P Subramaniam, Sri Chitra A/P Saigar,SJKT Ladang Ulu Bernam 2 43 - 56 5. Meningkatkan penguasaan kemahiran huruf vokal bagi murid Orang Asli Tahun 1 menggunakan Teknik Gaya Pembelajaran VAK Muhammad Nur Asnawi Bin Romly, Itaerdayu Binti Shahidan, Azman Bin Ismon SK Pos Musoh (LZ), PPD Batang Padang 57 - 68 6. Improving pupils’ spelling ability using “save flower” game for Year 5 Intan. Aqeela Binti Azhar, SK Simpang, Perak 69 - 78 7. The integration of web 2.0 tools in the Form 4 english language collaborative writing activities to improve writing skills among low proficiency learners. Mohana Ram A/L Murugiah, SMK Perempuan Methodist, Ipoh 79 - 101 8. Enhancing confidence and participation among Year 3 pupils in speaking using role play activity. Maria Farhana Binti Asmawi, SK Seri Iskandar 102 - 113 9. Life book writing approach to improve indigenous students’ writing skill in an ESL classroom. Jasveen Kaur Berdewa Singh, SMK Kampar, Perak 114 - 127 10. Meningkatkan tahap penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris Tingkatan Peralihan Wawasan menggunakan ‘smartboard’ Sashveta Darsyini A/P Segaran, SMK Katholik, Tanjong Malim 128 - 138 11. Refined traditional-drilling method to improve Year 6 Mawaddah’s receptive vocabulary. Mohamad Ulwi Bin Abd Aziz, Sekolah Rendah Agama (SABK) Ar-Ridhwaniah 139 - 157 12. Meningkatkan kemahiran operasi tolak murid berkeperluan pendidikan khas pembelajaran Tahun 3 menggunakan Kit Multisensori 2PB Lost Box Nur Zawani Bt Ahmad, SK Kampung Muhibah, Sungai Siput (U) 158 - 170 iv
13. Meningkatkan kemahiran menambah dan menolak integer dalam kalangan murid Tingkatan Satu dengan kaedah snopa with emoji operations Leow Tze Wei, SMK Shing Chung, Sungai Siput (U) 171 - 188 14. Meningkatkan penguasaan konsep tambah di kalangan murid PPKI Tahun 2 menggunakan Teknik Butang Baju Saya (BBS) Rozimah Binti Ramli, SK Meru Raya, Perak 189 - 206 15. Meningkatkan penguasaan operasi pendaraban dalam kalangan murid pemulihan dengan menggunakan Teknik Darab Box Deviga A/P Munusamy, SJKT Keruh 207 - 218 16. Meningkatkan kemahiran mengira nisbah segi tiga bersudut tegak dalam kalangan murid Tingkatan 3 dengan menggunakan Teknik Tasik Mohamad Riduan Bin Masri, SMK Changkat Lada, 219 - 227 17. The benefits and challenges faced by Form Six teachers in implementing peer coaching at SMK Ayer Tawar Deviki A/P K.Muniandy, SMK Ayer Tawar, Perak 228 - 237 18. Meningkatkan kefahaman konsep sekolah TS25 dan pelaksanaannya di SK Seri Selamat menggunakan pendekatan model CEO Juriatul Aini Binti Johari, Che Azhar Bin Ahmad, SK Seri Selamat, Manjung 238 - 256 19. Meningkatkan kemahiran murid Tingkatan 5 PSV menulis rumusan menggunakan teknik LUMUS (lulus rumusan) Bazilah Binti Baharudin, Zurita Binti Abdul Aziz, SMK Dato’ Ahmad, Hulu Perak 257 - 265 20. Meningkatkan penguasaan murid 6S2C dalam menghasilkan graf Pengajian Am menggunakan Teknik Do-Do Lee Sheng Yue, SMK Methodist (Acs), Sitiawan, Perak 266 - 279 21. Meningkatkan kemahiran psikomotor murid-murid Tingkatan 4 PKKS dengan menggunakan Projek Minuman Limau Kasturi Chia Seed Roslina Binti Ishak, Mohamad Kazi Bin Wahi, Mohammad Iqbal Bin Zulkifli, SMK Kg. Dato’ Seri Kamaruddin 280 - 289 22. Meningkatkan penguasaan murid 2 KAA terhadap tajuk kemahiran geografi menggunakan aplikasi SUKAGEO dan Teknik ADUNDIRI Jamaiyah Binti Mohamed Saparman, SMK Seri Perkasa 290 - 300 23. Meningkatkan kemahiran penguasaan isu-isu perkahwinan dalam Pendidikan Islam murid Tingkatan 5 dengan menggunakan Kaedah “Four Square Writing” Mohamad Nasuha Bin Ahmad, SMK Bandar Behrang 2020 301 - 320 24. Meningkatkan kefahaman murid Tahun Satu Al Farabi dalam menambah dan menolak nombor menggunakan Magic Ruler Noorrezan Binti Othman, SK Alor Pongsu, Bagan Serai 321 - 334 25. Meneroka kaedah demontrasi guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual Aisah Binti Baharin, The Malay College Kuala Kangsar 335 - 347 v
26. The application of Fem Cubes in present continuous tense mastery among Year 5 pupils Nurul Farah Idayu Binti A Razak, Raja Nurul Emileen Binti R Zainal, Masniza Binti Miskam, Sk Seri Samudera 27. Kaedah rumah nombor dapat meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam bentuk lazim di kalangan murid Pendidikan Khas pembelajaran Mariati Binti Mamat, SK Seri Bayu, Seri Manjung 28. Penggunaan kit sokongan alat bantu mengajar CBLane dalam meningkatkan kemahiran operasi tambah di kalangan murid Pendidikan Khas Alfariza Binti Aladdin, Roseidayu Binti Elias, Siti Hamidah Binti Hambali, SMK Sri Tapah 29. Pembelajaran secara inkuiri meningkatkan kefahaman pelajar dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 4 Mariani Binti Mohamad, SMK Seri Samudera, Manjung, Perak 30. Sejauh manakah penggunaan aplikasi kuiz dalam talian membantu meningkatkan penglibatan murid dalam menghantar kerja rumah semasa PdPR? Khairunnisa Binti Abdul Latiff, SK Seri Bayu, Seri Manjung 31. Kit bawang untuk meningkatkan kemahiran huruf jawi tidak boleh bersambung selepasnya dalam kalangan 5 Inovatif Siti Fauziah Mohd Noh, Suria Mustapha, SK Seri Samudera 32. Penggunaan “Kaedah kPek pada Kit i-flip kPek 3.0” dalam meningkatkan kemahiran menyambung huruf jawi di kalangan murid Tahun 4 Inovatif Norhaida Binti Abd Rahman, SK Seri Samudera 33. Penulisan pendahuluan, isi dan penutup berasaskan teknik penulisan TaHuMaT, IMBaKUP dan KeCaKeHa dalam penulisan karangan Noor Meme Yanti Bt Mohd Shamsuddin, The Malay College Kuala Kangsar vi 348 - 361 362 - 376 395 - 407 377 - 394 408 - 421 422 - 433 434 - 452 453 - 463
JAWATANKUASA PENERBITAN PENAUNG : Dato' Mohamad Fauzi bin Mahson, D.P.M.P, A.M.P Pengarah Pendidikan Negeri Perak PENGERUSI : Pn. Sabarina binti Jamaluddin Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah PENYELARAS : Datin Wanita binti Wari Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Sekolah Jenis Khas Sektor Pengurusan Sekolah PENOLONG PENYELARAS : En. Hafiz Noorhakim bin Hasan Penolong Pengarah, Unit Sekolah Jenis Khas Sektor Pengurusan Sekolah PENOLONG PENYELARAS : Pn. Noranita Suzila binti Norizab Penolong Pengarah, Unit Sekolah Jenis Khas Sektor Pengurusan Sekolah JK KAWALAN MUTU : Pn. Hjh. Junaidah binti Hassan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Manjung : En. Shahrulnizam bin Abdullah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Manjung : En. Ahmad Zaki bin bin Shamsuddin Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang : En. Mohd Syahrul Anuar bin Mahamad Salleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kerian : Pn. Halimatun Sa’adiah binti Akhiruddin Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar : En. Mohamad Nurza’im bin Ab. Sota Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar : En. Shahul Hamid bin Abdul Muthalif Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak : En. Mohammad Firdaus bin Musa Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang & Selama : Hj. Hamidi bin Mat Ali Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak vii
: En. Mohd Sani bin Abd Hamid Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah : En. Mohd Fazrul bin Abu Hashim Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara : En. Ishak bin Ismail Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan : En. Muhamad Shahrie bin Suid Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk : Dr. Deviki A/P K.Muniandy, SMK Ayer Tawar, Perak REKA LETAK & GRAFIK : Dr. Lydia Patrick Padri Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Muallim : En. Azman bin Ismon Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang viii
KATA ALU-ALUAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya maka Koleksi Artikel Kajian Tindakan TS25 dan Program Sekolah Amanah ini telah dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Koleksi ini merupakan satu usaha menghargai kajian tindakan yang dihasilkan oleh warga pendidik di Negeri Perak. Sebagaimana kita tahu kajian tindakan melibatkan pengumpulan dan penterjemahan data untuk memudahkan pemahaman seseorang tentang sesuatu fenomena atau permasalahan di tempat kerja. Perkara utama dalam prinsip pelaksanaan kajian tindakan ialah matlamat untuk memperbaiki amalan seseorang atau mengatasi masalah yang dihadapi dengan membuat tindakan terhadap penemuan yang didapati tentang sesuatu amalan itu. Kajian tindakan dalam pendidikan menjadi satu perkembangan penting yang memberi alternatif penyelidikan kepada pendidik. Kajian Tindakan yang dihasilkan dapat membantu guru dalam menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran serta dapat memperkembangkan kemahiran professional guru khususnya dalam mengenal pasti teknik atau kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan. Penghasilan koleksi artikel kajian tindakan ini juga merupakan satu ruang dan peluang kepada guru-guru membuat sumbangan penting untuk mengukuhkan asas pengetahuan professional di samping membolehkan guru menyelesaikan masalah professional tanpa merujuk kepada arahan luar. Pembudayaan kajian tindakan ini membolehkan warga pendidik menggunakan pendekatan proses inkuri penemuan dengan mengkaji masalah secara saintifik supaya mereka boleh menilai, menambahbaik dan memantapkan proses membuat keputusan dan amalan. Ia sekaligus dapat mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah berusaha merealisasikan penerbitan buku ini. Segala jerih payah dan sumbangan dalam penerbitan buku ini adalah perlambangan kepada usaha merakamkan pengalaman seorang pendidik. Besar harapan saya agar buku ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh pembacanya. DATO' MOHAMAD FAUZI BIN MAHSON, D.P.M.P., A.M.P. Pengarah Pendidikan Negeri Perak ix
KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PENGARAH , SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya maka Koleksi Artikel Kajian Tindakan TS25 dan Program Sekolah Amanah ini telah berjaya diterbitkan. Tahniah diucapkan kepada semua penulis Kajian Tindakan TS25 dan Program Sekolah Amanah atas sumbangan mereka dalam menjadikan buku ini sebagai medan perkongsian amalan terbaik dan cetusan idea ke arah pembudayaan kajian tindakan. Dalam buku ini terdapat banyak perkongsian amalan terbaik dan percambahan ilmu yang berkaitan dengan kaedah, strategi dan teknik pembelajaran yang berkesan untuk diamalkan. Pengalaman dan perkongsian yang bermakna dalam buku ini diharap dapat meningkatkan kualiti pedagogi guru sekali gus melahirkan murid yang berpengetahuan, kreatif dan mempunyai kemahiran berfikiran aras tingg. Perkara seumpama ini akan dapat memaksimumkan keberhasilan murid untuk mencapai Anjakan ke-10 Pelan Pembangunan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Dalam menyediakan buku ini, sudah tentu pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi bagi menghasilkan sebuah buku yang mantap dari segi isi penyampaiannya. Justeru dalam konteks ini, kajian tindakan yang dihasilkan mempunyai dua unsur utama iaitu kajian dan tindakan. Oleh itu, ia sangat sesuai diaplikasikan dalam konteks pendidikan kerana dua unsur penting ini seringkali dijalankan secara beriringan, iaitu tindakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pendidikan; dan kajian dijalankan bagi mendapatkan bukti-bukti emperik yang dapat menyokong sesuatu tindakan yang dilaksanakan. Akhir kata semoga hasil dapatan dan penemuan dalam kajian tindakan ini akan dapat membawa pandangan baharu dan seterusnya meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih baik. Sekian. SABARINA BINTI JAMALUDDIN Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Perak x
KATA ALU-ALUAN PENASIHAT SIDANG EDITOR Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, Koleksi Artikel Kajian Tindakan TS25 dan Program Sekolah Amanah ini telah berjaya diterbitkan. Koleksi artikel ini merupakan satu penerbitan oleh Unit Sekolah Jenis Khas yang berhasrat untuk membudayakan amalan pelaksanaan kajian tindakan dan kajian konvensional dalam kalangan warga pendidik secara amnya dan guru khususnya. Penerbitan koleksi artikel ini merupakan satu platform bagi para guru untuk menyebar luas dan berkongsi hasil kajian mereka agar dapat memberi manfaat kepada seluruh warga pendidik di Negeri Perak. Di samping itu, penerbitan koleksi artikel ini juga memberi pengiktirafan kepada hasil kajian warga pendidik dan seterusnya memupuk budaya penyelidikan dalam kalangan warga pendidik itu sendiri. Pembudayaan Kajian Tindakan dalam kalangan warga pendidik telah dapat dlaksanakan secara meluas berdasarkan minat dan peningkatan berterusan bilangan guru dalam menjalankan Kajian Tindakan setiap tahun. Pada masa sekarang, Kajian Tindakan bukan sahaja dijalankan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, tetapi ia juga digunakan untuk memperkukuhkan pengurusan di sekolah. Matlamat utama Kajian Tindakan adalah berdasarkan kepada satu hasrat iaitu untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan pentadbir dan guru di sekolah. Penerbitan koleksi artikel Kajian Tindakan dihasilkan dan dimantapkan bersesuaian dengan keperluan semasa dan akan datang. Ia merupakan garis panduan bagi melaksanakan kajian berdasarkan proses yang betul, tepat dan sistematik supaya dapatan yang bermakna dapat dihasilkan serta mampu menyumbang kepada penambahbaikan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran dan pengurusan pendidikan. Penerbitan koleksi ini diharapkan dapat membangkitkan minat guru-guru khususnya untuk menjalankan kajian di sekolah, di samping menambahkan pengetahuan dan kefahaman guru tentang tata cara melaksanakan Kajian Tindakan. Moga penerbitan koleksi artikel ini, akan dapat mendekatkan diri pembaca dan para pendidik khususnya dengan dunia Kajian Tindakan Adalah diharapkan artikel yang dimuatkan dalam koleksi artikel ini dapat membantu warga pendidik mendapat maklumat baharu yang boleh dijadikan sebagai sumber rujukan serta mendorong warga pendidik untuk melaksanakan tugas dengan lebih efisien. Semoga penerbitan koleksi artikel ini turut membina keyakinan warga pendidik untuk melaksanakan penyelidikan dan seterusnya menulis artikel mengenai dapatan kajian mereka untuk dikongsi dengan warga pendidik lain. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada para penyelidik yang telah menyumbangkan artikel serta tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan Koleksi Artikel Kajian Tindakan TS25 dan PSA tahun 2023 ini. DATIN WANITA BINTI WARI Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Sekolah Jenis Khas, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Perak xi
MENINGKATKAN PENCAPAIAN DAN MINAT MURID TAHUN 6 DALAM TOPIK KATA BERIMBUHAN MENGGUNAKAN PERMAINAN DART IMBUHAN MOHD HARMAN BIN MD RODZI SK Sultan Yussuf, Batu Gajah [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi meningkatkan pencapaian dan minat murid-murid Tahun 6 dalam topik kata berimbuhan melalui pengaplikasian permainan Dart Imbuhan. Berdasarkan analisis dokumen, didapati murid-murid menghadapi masalah untuk membina kata berimbuhan daripada kata dasar dengan betul, seterusnya menyukarkan mereka bagi membina ayat dan menulis karangan dengan baik. Kajian tindakan ini dijalankan dengan menggunakan Model Kemmis dan Mc Taggart (1988) yang melibatkan empat fasa iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi. Untuk kajian ini, penyelidik telah memilih seramai 18 orang murid Tahun 6 dari sebuah sekolah di Daerah Kinta sebagai peserta kajian. Peserta kajian ini dipilih secara pensampelan bertujuan iaitu murid yang mempunyai pencapaian akademik yang sederhana dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk pengumpulan data, penyelidik telah memilih kaedah kertas ujian dan kajian tinjauan yang melibatkan ujian pra-ujian pasca dan borang soal selidik sebagai instrumen. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 17 orang murid atau 94.45% telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam skor ujian pasca berbanding ujian pra. Hanya seorang murid atau 5.55% tidak menunjukkan sebarang perubahan antara skor ujian pra dan ujian pasca. Selain itu, didapati min bagi skor ujian pra ialah 24.56, manakala min bagi skor ujian pasca pula ialah 38.00. Perbezaan min adalah 13.44. Dapatan yang positif ini memperlihatkan bahawa pengaplikasian permainan Dart Imbuhan ini telah berjaya meningkatkan pencapaian murid dalam topik kata berimbuhan. Manakala, dapatan borang soal selidik pula menunjukkan bahawa semua murid telah memilih sama ada skala Sangat Setuju dan skala Setuju untuk semua item yang disediakan. Hal ini membuktikan bahawa semua murid telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap penggunaan Dart Imbuhan dalam sesi pembelajaran kerana ia menerapkan unsur didik hibur dan ‘bermain sambil belajar’ yang menimbulkan perasaan seronok dan keterujaan dalam kalangan murid. Kata kunci: Kata Berimbuhan, Dart Imbuhan, Bermain Sambil Belajar, Didik Hibur. 1.0 PENDAHULUAN Pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah mengandungi lima komponen utama yang perlu dipelajari oleh murid-murid iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis, aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa. Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tahun 6 (2021), aspek tatabahasa merujuk kepada aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Aspek ini perlu diajarkan dan dilaksanakan melalui pengajaran yang terancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan supaya murid memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam pelbagai konteks secara lisan dan bertulis. Fokus utamanya adalah untuk memastikan murid dapat menguasai tatabahasa dengan baik agar murid boleh 1
berkomunikasi dengan menggunakan sistem bahasa yang betul dan menghasilkan penulisan yang berkualiti dan kreatif. Topik kata berimbuhan merupakan salah satu topik yang terkandung di bawah proses pembentukan kata dalam tatabahasa. Dianggap sebagai salah satu aspek yang amat kompleks, maka penekanan diberikan pada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna termasuk aspek baharu dalam proses pengimbuhan. Kajian ini memberi fokus kepada empat jenis kata berimbuhan iaitu kata berimbuhan awalan, kata berimbuhan akhiran, kata berimbuhan apitan dan kata berimbuhan sisipan. Memandangkan kata berimbuhan ini merupakan topik yang agak luas, maka pengaplikasian kaedah pengajaran yang berkesan amat dititikberatkan agar murid boleh menguasai topik ini dengan cemerlang, misalnya mampu membina kata berimbuhan yang betul daripada kata dasar. Sehubungan dengan itu, penyelidik telah mengaplikasikan inovasi permainan bahasa yang dikenali sebagai “Dart Imbuhan” dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi merealisasikan matlamat untuk membantu murid menguasai topik kata berimbuhan dengan baik. Pengaplikasian permainan bahasa ini bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti PdPc yang berunsurkan didik hibur bagi memberikan suatu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid, seterusnya membantu mereka menguasai dan menghayati pembelajaran dengan lebih berkesan. 2.0 REKLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Berdasarkan pengalaman mengajar murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) dalam aspek tatabahasa khususnya topik kata berimbuhan, penyelidik telah mengesan beberapa masalah yang dihadapi oleh murid. Antaranya ialah murid-murid sukar untuk mengenal pasti dan membezakan jenis-jenis dan contoh kata berimbuhan. Seperti yang sedia maklum, kata berimbuhan terdiri daripada empat jenis iaitu kata berimbuhan awalan, kata berimbuhan akhiran, kata berimbuhan apitan dan kata berimbuhan sisipan. Oleh kerana topiknya yang agak luas, terdapat sebahagian murid yang masih belum dapat membeza atau mengklasifikasikan jenis dan contoh kata berimbuhan dengan betul. Hal ini menyebabkan murid sering terkeliru dan sukar untuk menjelaskan definisi dan contoh sesuatu kata berimbuhan dengan tepat. Selain itu, murid-murid juga sukar untuk membina atau membentuk kata berimbuhan daripada kata dasar dengan betul. Masalah ini telah menyumbang kepada kegagalan murid untuk menulis kata berimbuhan dengan betul semasa membina ayat dan menulis karangan. Hal ini telah menjejaskan markah mereka ketika ujian atau peperiksaan. Contoh kesalahan yang sering dilakukan oleh murid dalam topik kata berimbuhan ini adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah : Jadual 1 : Penggunaaan Kata Imbuhan Penggunaan kata berimbuhan yang salah dalam ayat ( X ) 1. Tingkah lakunya yang bersopan santun itu akan saya teladan. 2. Razif tidur dengan diselimuti kain tebal kerana cuaca di luar sangat sejuk. 3. Ayah menghadiahkan ibu sebentuk cincin sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Penggunaan kata berimbuhan yang betul atau sepatutnya (√) Tingkah lakunya yang bersopan santun itu akan saya teladani. (kata berimbuhan akhiran). Razif tidur dengan berselimutkan kain tebal kerana cuaca di luar sangat sejuk. (kata berimbuhan apitan) Ayah menghadiahi ibu sebentuk cincin sempena ulang tahun perkahwinan mereka. (kata berimbuhan apitan) 2
Sebenarnya, murid-murid Tahap 2 khususnya Tahun 5 dan Tahun 6 telah didedahkan atau mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai topik kata berimbuhan ini. Namun begitu, mereka dilihat masih belum mampu untuk menguasai topik ini dengan berkesan kerana kurang membuat ulang kaji. Selain itu, penyelidik turut menyedari bahawa penggunaan kaedah pembelajaran konvensional berpusatkan guru yang tidak menggunakan sebarang teknik atau bahan batu mengajar (BBM) selain daripada “chalk and talk” telah menjadi salah satu penyumbang kepada kegagalan murid untuk menguasai topik kata berimbuhan ini. 3.0 FOKUS KAJIAN Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk menangani masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 6 yang sukar membina atau membentuk kata berimbuhan daripada kata dasar. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan murid mampu menguasai topik kata berimbuhan dengan baik, penyelidik telah menghasilkan satu inovasi permainan bahasa yang dikenali sebagai “Dart Imbuhan”. Tujuan inovasi Dart Imbuhan ini dihasilkan adalah seperti berikut : i. Meningkatkan pencapaian murid-murid dalam topik kata berimbuhan. ii. Memperkayakan murid-murid dengan kata berimbuhan yang boleh membantu mereka membina ayat dan menulis karangan dengan baik. iii. Memupuk minat murid-murid untuk mempelajari topik kata berimbuhan melalui pengaplikasian permainan bahasa berunsurkan didik hibur. iv. Boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar yang membantu guru untuk memberi kefahaman kepada murid-murid mengenai topik kata berimbuhan. Selain itu, pengaplikasian permainan bahasa ini juga bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti PdPc yang berunsurkan “bermain sambil belajar” bagi memberikan suatu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid, seterusnya membantu mereka menguasai dan menghayati pembelajaran dengan lebih berkesan. 3.1 Objektif Kajian Kajian ini dilaksanakan bagi mencapai objektif-objektif berikut : 3.1.1 Objektif Umum Meningkatkan pencapaian dan persepsi murid-murid Tahun 6 dalam topik kata berimbuhan dengan menggunakan permainan dart imbuhan. 3.1.2 Objektif Khusus i. Meningkatkan penguasaan murid-murid Tahun 6 dalam topik kata berimbuhan menerusi pengaplikasian permainan dart imbuhan. ii. Meningkatkan minat murid-murid Tahun 6 terhadap topik kata berimbuhan menerusi pengaplikasian permainan dart imbuhan. 3.2 Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan seramai 18 orang murid Tahun 6 dari sebuah sekolah rendah yang terletak di Daerah Kinta sebagai peserta kajian. Murid-murid ini dipilih melalui pensampelan bertujuan (purposive sampling) iaitu murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik sederhana khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 3
REFLEKSI - Dapatan kajian -Perbincangan kajian 4.0 METODOLOGI KAJIAN Penyelidikan ini dilaksanakan dengan menggunakan Model Kemmis dan Mc Taggart (1988) yang mengandungi empat fasa iaitu Perancangan, Tindakan, Pemerhatian dan Refleksi seperti yang terdapat dalam Rajah 2 di bawah ini : Rajah 1 : Model Kemmis dan Mc Taggart (1988) 4.1 Fasa Perancangan Selepas mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam topik kata berimbuhan melalui analisis dokumen, penyelidik telah menghasilkan satu inovasi permainan bahasa yang dikenali sebagai “Dart Imbuhan” (Rujuk Rajah 2). Dart Imbuhan ini dihasilkan bagi membantu murid membina atau membentuk kata berimbuhan daripada kata dasar dengan betul. Konsep yang digunakan dalam permainan bahasa ini adalah “bermain sambil belajar” iaitu untuk mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran, seterusnya memupuk minat murid-murid terhadap topik kata berimbuhan. Seramai 18 orang murid Tahun 6 telah dipilih sebagai peserta kajian iaitu dalam kalangan murid yang mempunyai pencapaian akademik yang sederhana dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Rajah 2 : Inovasi permainan bahasa “Dart Imbuhan” Markah yang diperuntukkan ContohContoh Imbuhan Jenis-Jenis Kata Imbuhan TINDAKAN - Langkah-langkah pelaksanaan PEMERHATIAN - Pengumpulan data - Analisis data PERANCANGAN - Pemilihan kaedah untuk mengatasi masalah - Tempoh pelaksanaan intervensi - Kumpulan sasaran 4
Permainan dart imbuhan ini diinspirasikan daripada permainan dart konvensional tetapi dibuat sedikit pengubahsuaian untuk diselaraskan dengan PdPc Bahasa Melayu. Komponen Dart Imbuhan ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu tapak dart, paparan dart dan anak panah. Tapak dart diperbuat daripada EPE Foam, manakala paparan dart pula diperbuat daripada kertas banting (banner). Ia dinamakan sebagai “Dart Imbuhan” kerana menggabungkan dua elemen utama iaitu “Dart” sebagai suatu permainan dan “Imbuhan” yang mengambil sempena nama topik Kata Berimbuhan. Dari segi reka bentuk, dart imbuhan ini sama sahaja seperti dart konvensional yang berbentuk bulat. Namun begitu, perbezaannnya adalah pada kandungan paparan dart tersebut. Paparan dart ini memaparkan empat jenis Kata Berimbuhan iaitu : i. Kata Imbuhan Awalan ii. Kata Imbuhan Akhiran iii. Kata Imbuhan Apitan iv. Kata Imbuhan Sisipan Selain itu, papan dart tersebut turut mengandungi contoh-contoh bagi setiap Kata Berimbuhan. Misalnya, Kata Imbuhan Awalan terdiri daripada awalan “di.....”, “ber.....”, “ter ”, Kata Imbuhan Akhiran mengandungi imbuhan akhiran “.....i”, “.....an” dan “ kan”, Kata Imbuhan Apitan mengandungi imbuhan apitan “peN.....”, “ber ” dan Kata Imbuhan Sisipan mengandungi imbuhan sisipan “...em...”, “...el...” dan sebagainya. Contoh-contoh kata imbuhan inilah yang menjadi fokus utama permainan dart ini, di mana murid-murid perlu membina kata berimbuhan berdasarkan arah anak panah dart yang melekat pada salah satu contoh kata imbuhan. Selain itu, paparan dart imbuhan ini turut memperuntukkan markah bagi setiap contoh kata imbuhan yang berjaya dijawab oleh murid. Julat markah adalah antara 0 hingga 12 markah. Bagi menjadikan permainan dart imbuhan ini lebih mencabar, terdapat bahagian yang akan menolak markah murid sekiranya anak panah dart melekat di bahagian tersebut. 4.2 Fasa Tindakan Proses pengaplikasian permainan Dart Imbuhan ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan melibatkan tiga peringkat iaitu sebelum permainan, semasa permainan dan selepas permainan. 4.2.1 Peringkat Sebelum Permainan Sebelum permainan dijalankan, murid-murid akan diberikan bahan pembelajaran dalam bentuk nota pembelajaran tentang topik kata berimbuhan untuk tujuan ulang kaji. Ia bertujuan untuk membentuk pemahaman awal tentang topik pelajaran sebelum aktiviti PdPc dilaksanakan dalam kelas. Kemudian, ketika aktiviti PdPc berlangsung di dalam kelas, murid-murid akan terlibat dengan sesi perbincangan dan soal jawab, aktiviti kolaboratif, sesi pembentangan dan aktiviti pengukuhan (latihan atau kuiz). Peringkat ini akan melibatkan tempoh masa selama satu minggu atau tiga kali sesi PdPc. 4.2.2 Peringkat Semasa Permainan Kemudian, murid-murid akan didedahkan dengan permainan Dart Imbuhan. Peringkat ini akan melibatkan tempoh masa selama satu minggu atau tiga kali sesi PdPc. Berikut merupakan cara atau peraturan bermain Dart Imbuhan yang dijalankan di dalam kelas: 5
i. Murid-murid dibahagikan kepada enam kumpulan. ii. Setelah ditentukan giliran bermain melalui undian, permainan pun bermula. Setiap kumpulan secara bergilir-gilir akan melemparkan anak panah ke arah papan dart imbuhan. iii. Selepas melemparkan anak panah ke papan dart, setiap kumpulan dikehendaki membina kata berimbuhan berdasarkan kedudukan anak panah yang melekat di mana-mana zon kata berimbuhan. Contohnya, jika anak panah melekat di zon Kata Imbuhan Awalan “ber...”, maka, kumpulan perlu membina kata imbuhan yang bermula dengan “ber...”. Contohnya “bermain”. Setiap kumpulan diberi masa selama 10 saat untuk mencari jawapan. iv. Guru akan mencatatkan jawapan setiap kumpulan di dalam Borang Pemarkahan yang disediakan. Markah akan diberikan sekiranya jawapan tersebut adalah betul. Markah yang diberikan adalah seperti yang telah ditetapkan pada papan dart tersebut mengikut zon kata imbuhan. v. Selepas tamat permainan, guru akan mengira jumlah markah keseluruhan yang diperoleh oleh setiap kumpulan. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan diumumkan sebagai pemenang. 4.2.3 Peringkat Selepas Permainan Selepas permainan Dart Imbuhan selesai dilaksanakan, guru akan memberikan aktiviti pengayaan kepada murid seperti latihan, kuiz atau tugasan berkumpulan. Ini bertujuan untuk memantapkan dan menambahbaik penguasaan murid dalam topik kata berimbuhan selepas tamat permainan. Peringkat ini akan melibatkan tempoh masa selama dua kali sesi PdPc. 4.3 Fasa Pemerhatian Bagi menilai sejauhmana pengaplikasian permainan Dart Imbuhan mampu memberi impak terhadap pencapaian dan minat murid dalam topik kata berimbuhan, penyelidik telah memilih kaedah kertas ujian dan kajian tinjauan sebagai teknik pengumpulan data. Untuk kaedah kertas ujian, instrumen yang akan digunakan ialah ujian pra-pasca, manakala kajian tinjauan pula akan menggunapakai borang soal selidik. Perincian mengenai teknik pengumpulan data adalah seperti berikut : 4.3.1 Kertas Ujian i. Ujian Pra Tujuan ujian pra ini dilaksanakan adalah bagi mendapatkan maklumat mengenai tahap pengetahuan sedia ada murid dalam topik kata berimbuhan. Ujian ini dijalankan sebelum murid didedahkan dengan permainan Dart Imbuhan yang diaplikasikan dalam sesi PdPc topik kata berimbuhan. Ujian pra ini mengandungi empat bahagian yang perlu dijawab oleh murid. Markah yang diperuntukkan oleh ujian pra ini ialah 50 markah. 6
Rajah 3 : Murid-murid sedang menduduki Ujian Pra ii. Ujian Pasca Selepas Ujian Pra dijalankan, semua murid akan menjalani sesi rawatan iaitu sesi PdPc topik kata berimbuhan terlebih dahulu. Sesi ini akan melibatkan tempoh masa selama satu minggu (tiga sesi PdPc). Sesi PdPc ini bermula dengan murid diajar tentang topik kata berimbuhan yang melibatkan definisi, jenis dan contoh secara teori oleh guru. Murid juga turut dibekalkan dengan nota pembelajaran untuk memudahkan pemahaman mereka. Sepanjang sesi ini dijalankan, murid akan berbincang, bersoal jawab, melakukan aktiviti berkumpulan, menyelesaikan aktiviti pengukuhan (latihan atau kuiz) dan sebagainya. Rajah 4 : Murid-murid sedang menjalani sesi PdPc topik kata berimbuhan Selepas tamat sesi PdPc, barulah murid-murid didedahkan dengan permainan Dart Imbuhan. Sesi “bermain sambil belajar” ini akan melibatkan tempoh masa selama satu minggu (tiga sesi PdPc). Tujuan sesi ini dilaksanakan adalah untuk memantapkan kemahiran murid dalam membina atau membentuk kata berimbuhan selepas menjalani sesi PdPc. Selain itu, ia juga untuk memperkayakan pengetahuan murid tentang kata berimbuhan yang dibentuk melalui permainan Dart Imbuhan ini. Selepas tamat sesi “bermain sambil belajar” dengan menggunakan permainan Dart Imbuhan, semua murid akan menduduki Ujian Pasca. Ujian Pasca ini dilaksanakan bagi menilai 7
sejauh mana pengaplikasian permainan Dart Imbuhan mampu untuk meningkatkan pencapaian murid dalam topik kata berimbuhan. Impak ini boleh dilihat melalui perbandingan skor ujian pasca berbanding skor ujian pra. Item yang disediakan untuk ujian pasca ini adalah sama seperti item Ujian Pra. Perbandingan di antara skor ujian pra dan ujian pasca akan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan data dalam bentuk peratus dan min. 4.3.2 Kajian Tinjauan Borang Soal Selidik Kajian tinjauan dilaksanakan bagi menilai minat murid terhadap topik kata berimbuhan selepas didedahkan dengan permainan Dart Imbuhan. Borang soal selidik yang disediakan menghendaki murid menjawab lapan item yang disediakan berdasarkan lima tahap yang terkandung dalam Skala Likert iaitu : 1 – Sangat Tidak Setuju, 2 – Tidak Setuju, 3 – Kurang Setuju, 4 – Setuju dan 5 – Sangat Setuju. Dapatan soal selidik ini akan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, di mana data akan dipaparkan dalam bentuk peratus. Dapatan soal selidik ini akan menjelaskan sama ada pengaplikasian permainan Dart Imbuhan mampu meningkatkan minat murid terhadap topik kata berimbuhan ataupun sebaliknya. Dapatan ini juga boleh digunakan untuk menilai sama ada ia selaras dengan dapatan ujian pra dan ujian pasca. 4.4 Fasa Refleksi Pada peringkat ini, dapatan daripada analisis skor kertas ujian (ujian pra dan ujian pasca) dan analisis kajian tinjauan (borang soal selidik) akan diperolehi. Ia akan menjelaskan mengenai sama ada pengaplikasian permainan Dart Imbuhan ini mampu meningkatkan pencapaian dan minat murid dalam topik kata berimbuhan ataupun sebaliknya. Perincian mengenai dapatan kajian akan dibincangkan dalam perkara 7.0 Kesimpulan (Dapatan Kajian dan Cadangan). 5.0 KESIMPULAN (DAPATAN KAJIAN DAN CADANGAN) 5.1 Dapatan Kajian Perbincangan mengenai dapatan kajian ini akan dibahagikan kepada dua aspek iaitu dapatan kertas ujian (ujian pra dan ujian pasca) dan dapatan kajian tinjauan (borang soal selidik). Jadual 1 dan Rajah 6 di bawah menunjukkan perbandingan antara skor ujian pra dengan skor ujian pasca murid-murid : 8
Jadual 2 : Status Perbandingan Skor Ujian Pra – Ujian Pasca Bil Murid / Peserta Skor Skor Pencapaian Kajian Ujian Pra Ujian Pasca 1 M1 12 22 ↑ Meningkat 10 markah 2 M2 18 42 ↑ Meningkat 24 markah 3 M3 18 34 ↑ Meningkat 16 markah 4 M4 20 20 □ Sama/Tiada Perubahan 5 M5 20 30 ↑ Meningkat 10 markah 6 M6 20 30 ↑ Meningkat 10 markah 7 M7 20 48 ↑ Meningkat 28 markah 8 M8 22 32 ↑ Meningkat 10 markah 9 M9 24 40 ↑ Meningkat 16 markah 10 M10 26 46 ↑ Meningkat 20 markah 11 M11 26 36 ↑ Meningkat 10 markah 12 M12 28 44 ↑ Meningkat 16 markah 13 M13 28 40 ↑ Meningkat 12 markah 14 M14 28 46 ↑ Meningkat 18 markah 15 M15 28 48 ↑ Meningkat 20 markah 16 M16 34 40 ↑ Meningkat 6 markah 17 M17 34 40 ↑ Meningkat 6 markah 18 M18 36 46 ↑ Meningkat 10 markah *M1 = Murid 1 ↑ = Peningkatan □ = Sama / Tiada Perubahan *Markah penuh ujian ialah 50 markah 9
Rajah 5 : Perbandingan Skor Ujian Pra – Ujian Pasca Jadual 2 dan Rajah 5 menunjukkan seramai 17 orang murid atau 94.45% telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam skor ujian pasca berbanding ujian pra. Hanya seorang murid atau 5.55% tidak menunjukkan sebarang perubahan antara skor ujian pra dan ujian pasca. Dapatan yang positif ini memperlihatkan bahawa pengaplikasian permainan Dart Imbuhan ini telah berjaya meningkatkan pencapaian murid dalam topik kata berimbuhan. Selain itu, didapati min bagi skor ujian pra ialah 24.56, manakala min bagi skor ujian pasca pula ialah 38.00. Perbezaan min adalah 13.44. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pengaplikasian permainan Dart Imbuhan telah memberi impak kepada skor murid dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Sementara itu, peningkatan skor murid adalah dalam lingkungan 6 hingga 28 markah. Terdapat dua orang murid yang hampir mencatatkan markah penuh iaitu 48 berbanding markah penuh 50. Rajah 6 di bawah menunjukkan perbandingan dapatan Ujian Pra dan dapatan Ujian Pasca. Perbandingan Skor Ujian Pra - Ujian Pasca 60 50 40 30 20 10 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Ujian Pra Ujian Pasca 10
DAPATAN UJIAN PRA DAPATAN UJIAN PASCA Rajah 6 : Perbandingan Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pasca 11
(a) Dapatan Kajian Tinjauan (Soal Selidik) Jadual 3 di bawah menunjukkan hasil soal selidik yang telah dijalankan : Jadual 3: Dapatan soal selidik Bil Item STS TS KS S SS 1 Saya berasa seronok (0) (0) (0) (3) (15) untuk mempelajari topik Kata Berimbuhan selepas bermain Dart Imbuhan. (0%) (0%) (0%) (16.67%) (83.33%) 2 Permainan Dart Imbuhan (0) (0) (0) (4) (14) telah memudahkan saya untuk memahami topik Kata Berimbuhan. (0%) (0%) (0%) (22.22%) (77.78%) 3 Saya bersedia dan (0) (0) (0) (5) (13) tiada masalah untuk (0%) (0%) (0%) (27.78%) (72.22%) terus mempelajari topik Kata Berimbuhan melalui permainan Dart Imbuhan. 4 Saya semakin berminat (0) (0) (0) (4) (14) dengan topik Kata Berimbuhan selepas bermain Dart Imbuhan. (0%) (0%) (0%) (22.22%) (77.78%) 5 Nota pembelajaran yang (0) (0) (0) (3) (15) disediakan oleh guru telah memudahkan saya untuk bermain Dart Imbuhan, seterusnya memahami topik Kata Berimbuhan. (0%) (0%) (0%) (16.67%) (83.33%) 6 Permainan Dart Imbuhan (0) (0) (0) (5) (13) ini telah meningkatkan kemahiran saya untuk membina / membentuk kata berimbuhan. . 7 Guru memberi penerangan (0%) (0) (0%) (0) (0%) (0) (27.78%) (4) (72.22%) (14) dengan jelas mengenai cara-cara bermain Dart Imbuhan. (0%) (0%) (0%) (22.22%) (77.78%) 8 Pengetahuan saya (0) (0) (0) (3) (15) mengenai topik Kata Berimbuhan semakin meningkat selepas didedahkan dengan permainan Dart Imbuhan. (0%) (0%) (0%) (16.67%) (83.33%) 12
Jadual 2 menunjukkan bahawa semua peserta kajian telah memilih sama ada skala Skala 4 – Setuju atau Skala 5 – Sangat Setuju untuk semua item yang disediakan. Tiada responden yang memilih Skala 1 - Sangat Tidak Setuju, Skala 2 - Tidak Setuju dan Skala 3 - Kurang Setuju. Hal ini membuktikan bahawa semua peserta kajian telah memberikan maklum balas yang positif terhadap pengaplikasian permainan Dart Imbuhan dalam sesi PdPc topik kata berimbuhan. Para peserta kajian juga menunjukkan minat yang tinggi terhadap penggunaan Dart Imbuhan dalam sesi PdPc kerana ia menerapkan unsur didik hibur dan berkonsepkan ‘bermain sambil belajar’ yang menimbulkan perasaan seronok dan keterujaan dalam kalangan murid untuk menjalani sesi pembelajaran. Kesimpulannya, permainan Dart Imbuhan ini sangat sesuai diaplikasikan dalam sesi PdPc bagi topik kata berimbuhan kerana menawarkan suatu pengalaman pembelajaran yang menarik, mencabar dan menyeronokkan murid-murid selaras dengan konsepnya “bermain sambil belajar”. Dorongan seperti ini telah memupuk minat murid untuk mempelajari topik kata berimbuhan, seterusnya berjaya meningkatkan pemahaman dan penguasaan murid dalam topik tersebut. Impak positif kajian ini juga selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Karthikesan et al., (2020), Melvina dan Norazah (2021) dan Nurul Nabila et al., (2022) mengenai pengaplikasian permainan bahasa dalam pengajaran. Walaupun penyelidik menghadapi sedikit cabaran dari aspek kekangan masa dan kawalan kelas semasa mengendalikan permainan ini akibat keterujaan murid, namun secara keseluruhannya, pengaplikasian permainan Dart Imbuhan telah berjaya memenuhi objektif kajian ini iaitu untuk meningkatkan pencapaian dan minat murid dalam topik kata berimbuhan. 5.2 Cadangan Walaupun kajian ini telah menunjukkan hasil yang positif, namun, ruang untuk melaksanakan penambahbaikan tetap boleh dibuat. Walaupun kajian ini menggunakan dua teknik pengumpulan data seperti kaedah kertas ujian dan kajian tinjauan, tetapi penyelidik merasakan bahawa adalah sesuatu yang menarik sekiranya ditambah satu lagi teknik iaitu sama ada pemerhatian atau temu bual. Ia boleh memantapkan lagi dapatan kajian melalui triangulasi data. Sehubungan dengan itu, sekiranya terdapat penyelidik lain berminat untuk melaksanakan kajian mengenai pengaplikasian permainan bahasa atau bahan bantu mengajar (BBM) dalam PdPc Bahasa Melayu, adalah dicadangkan supaya penyelidik terbabit meneroka teknik pengumpulan data yang lebih ke arah kualitatif seperti pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. 13
RUJUKAN Ghazali Darusalam & Sufean Hussin (2021). Metodologi Penyelidikan Dala Pendidikan : Amalan dan Analisis Kajian (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur :Penerbit Universiti Malaya. James Ang Jit Eng & Lim Siew Ngen (2020). Guru Sebagai Pakar : Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21. Batu Caves : PTS Media Group Sdn. Bhd. Karthikesan Manikabasagan, Sana Kaiteri Yehambaram & Komathi Subramania (2020). “Letter Chunk” Meningkatkan Kemahiran Membentuk Kosa Kata Dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. The 9th International Innovation, Invention & Design Competition, 17 May - 10 Oct 2020, Perak, Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (2021). Kurikulum Standard Sekolah Rendah –Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan : Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 6. Kementerian Pendidikan Malaysia. Melvina Chung Hui Ching & Norazah Mohd Nordin (2021). Penilaian Terhadap Permainan Interaktif Didik Hibur Dalam Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, April 2021, Bil. 9, Isu 2. Nurul Amisya Nabila Jaafar, Nurul Farah Nadiah Maspor, Nurul Balqish Mat Jurit & Zuraida Ibrahim (2022). Meneroka Peribahasa : Aplikasi Permainan dan Pembelajaran Peribahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun 1 hingga Tahun 6. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, Vol. 3No. 2(2022) 120-128. Othman Talib (2013). Asas Penulisan Tesis Penyelidikan & Statistik. Serdang Penerbit Universiti Putra Malaysia. Pasukan Penyelidik (2013). Penyelidikan Tindakan : Panduan Penulisan Laporan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd. 14
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PEMBINAAN AYAT GRAMATIS DAN KOMPREHENSIF BAGI MURID TINGKATAN 3 TERKOIS MENGGUNAKAN KAEDAH Bo.M.M NOOR SYAFAWANI BINTI CHE SHAFFINE Sekolah Menengah Kebangsaan San Min, Hilir Perak [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam pembinaan ayat gramatis dan komprehensif Bahasa Inggeris dalam kalangan murid Tingkatan 3 Terkois. Kajian yang melibatkan seramai 15 orang murid. Model yang digunakan adalah model kajian tindakan Kemmis & McTaggart (1998). Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui aktiviti semakan buku latihan dan didapati bahawa ayat-ayat yang dibina adalah tidak berasaskan struktur bahasa yang tepat dan mempunyai pelbagai kesalahan tatabahasa. Bagi mengatasi permasalahan ini, kaedah Bo.M.M. telah dibangunkan untuk membantu murid membina ayat yang gramatis dan komprehensif dengan mengintegrasikan beberapa komponen tatabahasa ke dalam proses pembinaan ayat. Instrumen yang diguna pakai untuk kutipan data adalah melalui pemerhatian, ujian pra dan juga ujian pos yang diberikan kepada murid. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan ketara dalam kemahiran dan penguasaan murid untuk membina ayat yang gramatis dan komprehensif. Kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Namun, usaha yang berterusan perlu dijalankan bagi membantu murid-murid dalam pembinaan ayat, seterusnya penghasilan penulisan yang gramatis dan komprehensif. Kata kunci: pembinaan ayat, gramatis, komprehensif 1.0 PENGENALAN Subjek Bahasa Inggeris di sekolah menengah melibatkan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus untuk meningkatkan pemahaman dan penguasaan murid terhadap empat aspek utama subjek Bahasa Inggeris iaitu; mendengar (listening), bertutur (speaking), membaca (reading), dan menulis (writing). Kajian ini berkaitan secara langsung dengan aspek penulisan atau writing. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi aspek penulisan, murid akan belajar menulis dalam perbagai format dengan jelas, kohesif dan koheren serta menggunakan tatabahasa yang tepat. Murid juga didedahkan dengan pelbagai cara untuk menyusun idea, mengembangkan hujah, dan menyunting tulisan mereka. Kemahiran murid untuk menulis akan dinilai melalui Kertas 2 atau Kertas Penulisan yang hanya berfokus pada kemahiran menulis. Pembinaan ayat yang gramatis dan komprehensif merupakan antara kemahiran menulis yang merupakan asas yang penting dalam menghasilkan penulisan yang koheren. 15
Masalah pembinaan ayat dikenal pasti semasa penyemakan buku bagi latihan penulisan dan juga latihan tatabahasa. Melalui pemerhatian, terdapat sebilangan murid yang menulis ayat yang tergantung, manakala terdapat sebilangan lagi yang tidak menggunakan struktur ayat yang betul. Melalui pengalaman saya, permasalahan ini timbul disebabkan penguasaan Bahasa Inggeris yang terhad dan murid menggunakan struktur ayat bagi bahasa utama mereka iaitu Bahasa Mandarin dalam pembinaan ayat Bahasa Inggeris. Murid juga dapat diperhatikan menggunakan kaedah ‘direct translation’ atau terjemahan langsung dari bahasa lain kepada Bahasa Inggeris. Permasalahan ini merupakan antara punca utama murid tidak dapat menguasai kemahiran pembinaan ayat yang komprehensif dan gramatis bagi Bahasa Inggeris. 1.1 PENGENALAN KAEDAH Bo.M.M Menurut teori yang telah dibangunkan oleh Noam Chomsky pada tahun 1957, setiap bahasa manusia mempunyai struktur dasar yang memainkan peranan yang penting dalam pengembangan semua bahasa tersebut. Teori tersebut yang dikenali sebagai Teori Tatabahasa Generatif Transformasi atau Generative-Transformational Grammar Theory juga menerangkan bahawa manusia secara amnya mampu menghasilkan ayat menggunakan struktur dasar untuk fungsi komunikasi. Setelah itu, melalui transformasi atau pengubahan struktur, ayat-ayat dan frasa-frasa yang lebih kompleks dan bervariasi akan terbentuk. Schleppegrell (2004), bersetuju dengan teori ini dan berpendapat bahawa ia merupakan salah satu cara untuk melihat bagaimana makna dapat dibentuk secara berbeza melalui transformasi sistem tatabahasa dan struktur ayat sesuatu bahasa. Di samping itu, terdapat pelbagai kajian yang telah dijalankan untuk menyokong teori ini dengan mengkaji pelbagai bahasa dan pengguna semua bahasa tersebut dan ternyata, semua bahasa mempunyai struktur dasar yang tersendiri. Pada masa yang sama, penggunapengguna bahasa tersebut mempunyai kebolehan untuk menggunakan bahasa mereka untuk berkomunikasi. Melalui proses transformasi, manipulasi dan pengubahan struktur ayat, komunikasi antara pengguna bahasa akan menjadi lebih koheren dan makna ayat akan menjadi lebih mendalam. Sehubungan dengan ini, proses yang sama perlu dijalankan bagi menambah baik proses komunikasi di sekolah, tidak kira secara formal atau tidak formal. Murid akan mendapat lebih kemampuan untuk berkomunikasi dengan lebih kohesif dah kompeten, dan khususnya, bagi kajian ini, murid mampu untuk menulis dengan lebih gramatis dan komprehensif. Kaedah Bo.M.M yang digunakan dalam kajian ini sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran penulisan bagi membantu murid menghasilkan ayat gramatis dan seterusnya penulisan yang komprehensif. Interaksi sosial dan pembelajaran bahasa berperanan penting dalam memberi pengetahuan kepada murid dari segi kemahiran berkomunikasi secara amnya dan secara khasnya kemahiran untuk membina ayat yang dapat difahami secara meluas. Namun begitu, kemahiran yang dipelajari adalah terbatas kepada penggunaan struktur dasar. Pengembangan kognitif murid melalui pembelajaran secara langsung akan membantu murid untuk memanipulasi dan mengubah ayat-ayat yang dihasilkan untuk menjadi lebih komprehensif dan gramatis. Kaedah Bo.M.M adalah salah satu kaedah yang boleh diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid untuk menambah baik pembinaan ayat untuk membina ayat hebat atau ‘super sentence’. Guru perlu memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan tatabahasa Bahasa Inggeris yang mencukupi sebelum mengaplikasikan kaedah ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana, kaedah Bo.M.M. mengguna pakai pengetahuan tatabahasa murid untuk memanipulasi ayat dasar kepada ayat yang lebih komprehensif. Antara komponen tatabahasa yang perlu dikuasai sebelum pengaplikasian adalah ‘noun’ atau kata nama, ‘adverb’ atau kata sifat kerja, dan ‘conjunction’ atau kata hubung. Kaedah ini akan membantu murid untuk mengubah ayat dari tiga aspek iaitu, ‘beginning’ atau hadapan, ‘middle’ atau pertengahan, dan ‘more’ atau lebih lagi. Setiap aspek akan diberi penambahbaikan menggunakan komponen tatabahasa bagi menghasilkan ayat yang komprehensif. 16
Proses pengajaran dan pembelajaran akan bermula dengan murid membina beberapa ayat dasar dengan merujuk kepada gambar-gambar yang telah disediakan sebagai bantuan visual. Murid akan diberi pendedahan terhadap ketiga-tiga aspek pengubahan ayat satu demi satu. Semasa pendedahan, murid akan diberikan peluang untuk membuat latihan kendiri bagi setiap aspek menggunakan lembaran kerja yang akan diedarkan. 2.0 FOKUS KAJIAN Walaupun melalui dapatan awal terdapat banyak permasalahan yang dapat dikesan, kajian ini hanya akan berfokus kepada penguasaan pembinaan ayat dengan menggunakan komponen-komponen tambahan untuk menghasilkan ayat yang komprehensif. Murid yang terlibat didapati tidak mampu menggunakan struktur ayat yang betul dan tidak yakin dalam pembinaan ayat menggunakan komponen yang lebih gramatis. Ramai antara mereka menggunakan struktur ayat bahasa utama mereka iaitu Bahasa Cina kerana tidak membiasakan diri dengan struktur ayat Bahasa Inggeris. Selain itu, sesetengah murid juga tidak yakin untuk menggunakan komponen-komponen gramatis lain selain komponen asas untuk membina ayat. Ayat-ayat yang dibina adalah sangat ringkas dan tidak selari dengan tahap umur mereka di tingkatan tiga. Antara permasalahan yang dapat diperhatikan ialah: • Kesalahan tatabahasa dalam pembinaan ayat. • Murid menggunakan struktur pembinaan ayat yang tidak betul. • Murid menggunakan terjemahan langsung atau ‘direct translation’ dalam pembinaan ayat. Mengikut pemerhatian di atas, murid-murid yang terlibat amat memerlukan satu kaedah atau teknik yang sesuai untuk digunakan dalam meningkatkan penguasaan mereka dalam pembinaan ayat yang gramatis dan komprehensif. Kaedah yang digunakan semestinya perlu menarik minat murid dan secara langsung dapat mengurangkan dan seterusnya menangani masalah ini dari berterusan. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka mendapat markah yang lebih tinggi bagi Kertas Bahasa Inggeris, yang juga akan membantu meningkatkan prestasi sekolah. 2.1 OBJEKTIF KAJIAN Setelah kajian selesai dijalankan, murid-murid diharapkan akan mencapai objektif-objektif berikut: Objektif Umum • Meningkatkan kemahiran membina ayat karangan dengan menggunakan tiga komponen tambahan dalam pembinaan ayat yang komprehensif dan gramatis. Objektif Khusus • Murid dapat meningkatkan kemahiran membina ayat dengan menggunakan tiga komponen tatabahasa tambahan untuk menghasilkan ayat yang lebih komprehensif. • Murid dapat meningkatkan kemahiran membina ayat tanpa melakukan kesalahan tatabahasa bagi menghasilkan ayat yang gramatis. 17
Refleksi/ Tinjauan Awal Pemerhatian Perancangan Pelaksanaan Perancangan 3.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian tindakan ini dijalankan berasaskan gelung kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Model kajian tindakan ini dipilih berdasarkan kesesuaian dalam pelaksanaan kajian yang dijalankan. Model ini melibatkan empat tahap dalam proses kajian tindakan iaitu; refleksi, perancangan, pelaksanaan perancangan, dan pemerhatian. Setiap tahap memiliki langkahlangkah khusus yang harus dijalankan oleh pengkaji dan peserta yang terlibat dalam kajian tindakan. Gelung kajian tindakan oleh Kemmis dan McTaggart membantu untuk memastikan kajian tindakan dilaksanakan secara sistematik dan efektif. Rajah 1: Model Kemmis dan McTaggart (1998) 4.0 PESERTA SASARAN Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan San Min, Teluk Intan, Perak. Kumpulan sasaran yang terlibat bagi kajian ini terdiri daripada 15 orang murid Tingkatan 3 Terkois di mana 100% murid adalah berbangsa Cina. Murid yang terlibat terdiri daripada sembilan orang murid perempuan dan enam orang murid lelaki. Murid- murid ini adalah dari kumpulan murid yang mencapai markah yang kurang memuaskan selepas semakan latihan yang telah diberikan kepada murid. 5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 5.1 Tinjauan awal masalah Bagi memastikan kajian dapat dijalankan dengan lancar, tinjauan awal terhadap masalah yang dikenal pasti dijalankan terlebih dahulu sebelum langkah-langkah seterusnya dijalankan. Langkah untuk tinjauan awal telah dijalankan melalui semakan buku latihan dan juga ujian pra. 5.1.1 Semakan buku latihan Selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, buku latihan murid akan dihantar dan disemak. Buku latihan yang terlibat untuk semakan adalah buku latihan tatabahasa dan juga buku latihan penulisan. Bagi buku latihan tatabahasa, selepas semakan, sesetengah murid didapati 18
tidak dapat mengaplikasikan pemahaman tatabahasa mereka dengan tepat. Perubahan struktur ayat akan mengelirukan pemahaman tatabahasa murid membuktikan bahawa penguasaan tatabahasa mereka adalah agak lemah. Untuk buku latihan penulisan, selepas semakan, sesetengah murid didapati belum dapat menguasai cara untuk menulis dengan lengkap dan gramatis. Ayat yang dibina, walaupun mengikut struktur dasar ayat Bahasa Inggeris, adalah tidak lengkap dan kebanyakannya adalah tergantung. 5.1.2 Ujian pra Satu ujian pra yang berperanan sebagai ujian diagnostik telah diberikan kepada murid yang terlibat, iaitu 15 orang murid dari tingkatan 3 Terkois yang bertujuan untuk menguji tahap kemampuan murid dalam pembinaan ayat bahasa Inggeris. Hasil dari ujian tersebut mendapati murid-murid yang terlibat kurang mahir untuk membina ayat yang gramatis dan komprehensif. 5.2 Analisis tinjauan masalah Analisis hasil ujian pra terhadap murid-murid yang terlibat adalah seperti berikut: i) Struktur ayat – 8 dari 15 orang murid didapati tidak menggunakan struktur ayat untuk pembinaan ayat bahasa Inggeris yang betul. Ada antara murid yang menggunakan struktur ayat bahasa Melayu dalam pembinaan ayat untuk ujian pra. Murid juga menggunakan kaedah terjemahan langsung dari bahasa lain dalam pembinaan ayat yang menjadikan ayat yang dibina salah dari segi struktur. 19
Rajah 2: Contoh kesalahan-kesalahan struktur ayat ii) Kesalahan tatabahasa – sebilangan kecil murid didapati membuat kesalahan tatabahasa yang berulang, menunjukkan bahawa murid-murid tersebut masih belum menguasai komponen-komponen tatabahasa yang terlibat. 20
Rajah 3: Contoh kesalahan-kesalahan tatabahasa Dari ujian tersebut, para murid didapati masih tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi dalam pembinaan ayat yang gramatis dan komprehensif. Kebanyakan ayat yang dibina adalah mengikut asas struktur ayat bahasa Inggeris iaitu menggunakan struktur ‘subject + verb + object’. Namun begitu ayat yang dibina adalah tidak selari dengan tahap tingkatan murid kerana hanya mempunyai struktur basis. Selain itu, sebahagian kecil murid membina ayat yang hanya mencakupi ‘subject’ atau subjek dan ‘verb’ atau kata kerja, dan tidak mempunyai ‘object’ atau objek bagi menjadikan ayat yang dibina lebih komprehensif. 5.3 Tindakan yang dijalankan Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan dalam tempoh satu bulan. Pelaksanaan ini melibatkan seramai 15 orang murid khasnya dan 34 orang murid secara amnya. Pengajaran dan pembelajaran kaedah yang berkaitan dengan kajian ini dijalankan dalam masa dua waktu pada minggu kedua dan ketiga semasa tempoh pelaksanaan tindakan. Pembelajaran dimulakan dengan pop kuiz pantas berkaitan dengan komponen tatabahasa untuk merangsang pemikiran murid dan memberi sedikit gambaran tentang pembelajaran yang akan dilaksanakan. Set Induksi 1. Guru menjalankan aktiviti pop kuiz pantas yang berkaitan dengan komponen tatabahasa. (Aktiviti memanaskan minda) Langkah 1 1. Guru mengedarkan kertas edaran aktiviti bagi setiap langkah penghasilan ‘super sentence’ menggunakan kaedah Bo.M.M. kepada setiap murid. 2. Guru memberi penerangan kepada murid tentang kaedah Bo.M.M. (Beginning, Middle and More) bagi menghasilkan ‘super sentence’ melalui persembahan slaid powerpoint. Langkah 2 1. Senarai bank perkataan untuk ‘adverbs’ atau kata sifat kerja dikongsi kepada murid melalui persembahan slaid powerpoint. 2. Guru memberi penerangan tentang ‘adverbs’ atau kata sifat kerja (perkataan atau frasa yang mengubah, menggambarkan, atau memberikan informasi tambahan tentang kata kerja, kata sifat atau kata keterangan lain). 3. Murid diberi peluang untuk melakukan aktiviti dengan menambahkan ‘adverbs’ atau kata sifat kerja di bahagian hadapan ayat atau ‘beginning of the sentence’ sebagai langkah pertama dalam membina ‘super sentence’. Contoh: Sebelum – Jane waited for the train to Shah Alam. Selepas – Patiently, Jane waited for the train to Shah Alam. 21
Jadual 1: Langkah pertama bagi kaedah Bo.M.M. STEP 1 – BEGINNING (ADVERBS) a. Patiently , Jane waited for the train to Shah Alam. b. , Sally read her interesting story book. c. , the cat sat on the warm bed. d. , my brother went to the shopping mall. e. , Mr. Jones is cleaning his car. f. , the students smiled for the photographer. Langkah 3 1. Guru memberi penerangan tentang langkah kedua dalam proses pembinaan ‘super sentence’ dengan menerangkan tentang ‘adjective’ atau kata sifat. 2. Kata sifat akan ditambah kepada kata nama yang terdapat dalam ayat dasar. 3. Murid diberi peluang untuk melakukan aktiviti dengan menambahkan ‘adjectives’ atau kata sifat kepada kata nama yang terdapat di tengah ayat atau ‘middle of the sentence’ sebagai langkah kedua dalam pembinaan ‘super sentence’. Contoh: Sebelum – a bird Selepas – a tiny, colorful bird Jadual 2: Langkah kedua bagi kaedah Bo.M.M. STEP 2 – MIDDLE (ADJECTIVES) a. a bird a tiny, colorful bird b. my teacher c. the car d. his girlfriend e. a house f. her laptop g. the couple h. my cat Langkah 4 1. Senarai bank perkataan untuk ‘conjunctions’ atau kata hubung dikongsi kepada murid melalui persembahan slaid powerpoint. 2. Guru memberi penerangan tentang langkah ketiga dalam proses pembinaan ‘super sentence’ dengan menerangkan tentang ‘conjunctions’ atau kata hubung. 3. Murid diberi peluang untuk melakukan aktiviti dengan menambahkan ‘conjunctions’ atau kata hubung di bahagian belakang ayat untuk menambah informasi dalam pembinaan ayat sebagai langkah terakhir dalam membina ‘super sentence’. 22
4. Guru menerangkan penggunaan kata hubung untuk menghubungkan ayat dasar dengan ‘subordinate clause’ atau klausa bawahan yang akan membawa informasi tambahan kepada ayat. Contoh: Sebelum – We ate lots of popcorn. Selepas – We ate lots of popcorn when we’re watching a film. (conjunction) + (subordinate clause) Jadual 3: Langkah ketiga bagi kaedah Bo.M.M. STEP 3 – MORE (CONJUNCTIONS) a. We ate lots of popcorn we’re watching a film. b. I couldn’t finish my homework I was busy playing video games. c. Maria and Jake danced at the party they were tired. d. Sam had wanted a pet fish he was a little boy Langkah 5 1. Murid secara individu melaksanakan ketiga-tiga langkah dalam pembinaan ‘super sentence’ yang gramatis dan komprehensif. 2. Guru menunjukkan beberapa gambar di slaid powerpoint dan memberi peluang untuk murid membina ‘super sentence’ menggunakan dengan menambahkan tiga komponen tatabahasa yang telah diajar oleh guru; ‘adverbs’, ‘adjectives’, dan ‘conjunctions’, di bahagian ayat yang betul. Contoh: Rajah 4: Contoh gambar yang disediakan untuk murid 23
Jadual 4: Contoh penggunaan penuh kaedah Bo.M.M. Base sentence The couple walks their dogs. Step 1 Beginning (adverbs) Every morning, the couple walks their dogs. Step 2 Middle (adjectives) The young, lovely couple walks their well-behaved dogs. Step 3 More (conjunctions) The couple walks their dogs before they have to leave for work. Super sentence! Every morning, the young, lovely couple walks their wellbehaved dogs before they have to leave for work. Penutup 1. Murid menyemak kembali ayat-ayat yang dibina terutamanya dari aspek ejaan, tanda baca dan tatabahasa. Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan selama beberapa kali sehingga semua langkah telah dilaksanakan dan murid-murid, terutamanya yang terlibat secara langsung mempunyai peluang yang cukup untuk menjalankan aktiviti dan latihan untuk kaedah ini. Sepanjang tempoh ini, dua ujian pos telah dijalankan. Ujian pos pertama dijalankan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran yang kedua manakala ujian pos yang terakhir dijalankan setelah murid-murid selesai dengan semua latihan dan aktiviti tambahan untuk mengukuhkan penguasaan mereka dalam pembinaan ayat yang lebih gramatis dan komprehensif. Bagi kedua-dua ujian pos, instrumen yang digunakan adalah menggunakan lembaran kerja yang mengandungi lapan gambar rajah. Murid perlu membina ayat yang komprehensif dan gramatis yang berkaitan dengan rajah-rajah yang disediakan. Bagi pengumpulan data untuk dapatan kajian, kriteria yang disemak dan dianalisis oleh guru adalah dari segi kualiti pembinaan ayat, secara khususnya tatabahasa, penggunaan bahasa dan struktur ayat. 6.0 DAPATAN KAJIAN Hasil kerja murid dari dua ujian selepas proses pengajaran dan pembelajaran telah dianalisis. Bagi ujian pos pertama yang dijalankan bagi menguji semula kemahiran murid selepas proses pengajaran dan pembelajaran, dapatan ujian menunjukkan sedikit penambahbaikan dari segi tatabahasa. Ayat-ayat yang dibina adalah lebih gramatis dengan penambahan tiga komponen tatabahasa yang telah ditekankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, kebanyakan murid masih berada di tahap kemahiran rendah dalam kemahiran pembinaan ayat di mana kebanyakan murid di tahap ini masih menggunakan kaedah ‘direct translation’ yang menghasilkan kesalahan struktur ayat. Terdapat empat orang murid yang masih melakukan kesalahan kecil, secara umumnya, kesalahan tatabahasa dalam pembinaan ayat. Seramai 10 orang murid atau 66.67% murid berada di tahap kemahiran rendah, empat orang 24
murid atau 26.67% murid berada di tahap sederhana dan seorang murid 6.67% berada di tahap cemerlang bagi ujian pos pertama. Rajah 5: Graf Tahap Kemahiran Murid bagi Ujian Pos Pertama Ujian pos kedua menunjukkan perkembangan yang lebih baik. Hanya dua orang murid yang masih membuat kesalahan tatabahasa dan kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan kecil yang tidak mengubah struktur ayat atau mengubah maksud ayat. Bagi ujian ini juga, muridmurid menggunakan tahap ‘vocabulary’ atau kosa kata yang lebih tinggi untuk menghasilkan ayat yang lebih selari dengan tahap umur mereka di tingkatan tiga. Murid-murid juga dapat diperhatikan tidak lagi menggunakan ‘direct translation’ atau terjemahan langsung dalam pembinaan ayat. Hanya dua orang dari 15 murid atau 13.3% murid masih berada di tahap kemahiran rendah, empat orang murid (26.67%) berada di tahap kemahiran sederhana dan seramai sembilan orang murid atau 60% murid berjaya mencapai tahap kemahiran cemerlang bagi ujian pos kedua. Rajah 6: Graf Tahap Kemahiran Murid bagi Ujian Pos Kedua 12 10 10 8 6 4 4 2 1 0 Rendah Sederhana Tahap Kemahiran Cemerlang 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 9 4 2 Rendah Sederhana Tahap Kemahiran Cemerlang Bilangan Murid Bilangan Murid 25
Berdasarkan dapatan dari kedua-dua ujian pos, peningkatan kemahiran dalam pembinaan ayat dapat diperhatikan dengan amat jelas. Dapatan dari ujian pos juga adalah amat memberangsangkan jika dibandingkan dengan dapatan daripada ujian pra yang diberikan kepada murid pada awal kajian. Dapatan kajian adalah selari dengan teori Chomsky (1957), iaitu teori Tatabahasa Generatif-Transformatif yang menerangkan bahawa proses pengubahan struktur dasar ayat dapat mengembangkan fungsi komunikasi. Teori ini dapat dibuktikan dengan dapatan kajian yang menunjukkan peningkatan kemahiran murid dalam membentuk ayat-ayat yang lebih kompleks dan bervariasi menggunakan proses transformasi yang diperkenalkan dengan kaedah Bo.M.M.. 7.0 KESIMPULAN DAN IMPLIKASI Berdasarkan daripada dapatan kajian, kaedah yang dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat dibuktikan telah memberikan kesan yang positif terhadap kemahiran murid, khasnya kemahiran dalam pembinaan ayat yang dibuktikan melalui analisis penulisan ayat yang dibina oleh murid yang terlibat. Ini membuktikan bahawa kedah Bo.M.M. yang telah dijalankan adalah sesuai dan berkesan. Murid mampu untuk menghasilkan ayat yang lebih baik, mempunyai aspek tatabahasa yang betul dan mengikut struktur ayat yang tepat, justeru menghasilkan ayat yang gramatis dan komprehensif. Tiada lagi kesalahan struktur ayat dapat diperhatikan di kalangan murid yang terlibat dan proses penulisan ayat berjalan dengan lebih lancar kerana murid telah menguasai komponen-komponen tatabahasa yang perlu ada pada setiap ayat yang dibina. Kekangan utama bagi kajian ini adalah pengetahuan sedia ada murid tentang tatabahasa bagi subjek Bahasa Inggeris. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan pengetahuan tatabahasa yang digunakan bagi kaedah Bo.M.M. perlu dijalankan secara intensif terlebih dahulu kerana semasa proses pengenalan kaedah kepada murid, ramai murid yang masih keliru dengan frasa-frasa tatabahasa yang disebut oleh guru, terutamanya ‘adverb’ atau kata sifat kerja dan ‘conjunction’ atau kata hubung. Sehubungan dengan itu, cadangan utama untuk pembaikan bagi kajian seterusnya adalah dengan memastikan murid yang terlibat faham tentang penggunaan tatabahasa dengan memberikan lebih banyak pendedahan dan latihan. Faktor kejayaan utama yang dapat diperhatikan sepanjang perjalanan kajian ini adalah motivasi intrinsik yang berjaya diwujudkan dalam diri murid yang terlibat. Dengan penerangan mendalam tentang komponen tatabahasa yang digunakan dan penyediaan bank perkataan, murid didapati lebih seronok semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana mereka boleh membina ayat dengan lebih komprehensif. Jika dibandingkan semasa ujian pra, murid tidak mempunyai motivasi dan merasa terbeban kerana mereka tidak mempunyai idea untuk membina ayat yang komprehensif dan gramatis. Namun, ini juga akan menimbulkan masalah kerana jika murid tidak membiasakan diri dengan komponen-komponen yang didedahkan, murid akan kembali ke tahap asal dalam kemahiran pembinaan ayat. Ini adalah kerana teknik Bo.M.M. adalah teknik yang akan dikuasai dengan latihan berterusan. Ringkasnya, dengan teknik atau kaedah yang betul dan berkesan, murid akan lebih mampu untuk mencapai kemahiran yang lebih tinggi. Refleksi bagi proses-proses yang digunakan dalam kajian ini juga dapat membantu untuk memperbaiki kelemahan penyelidik sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran. 26
8.0 RUMUSAN Kesimpulannya, kajian ini berjaya mencapai objektif yang telah disasarkan. Dapatan dari ujian-ujian yang telah dijalankan menunjukkan peningkatan dalam kemahiran pembinaan ayat yang gramatis dan komprehensif. Walaupun bukan 100%, kemahiran murid dalam membina ayat adalah semakin meningkat dan murid yang terlibat juga menunjukkan tahap kefahaman yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan ujian pra. Usaha akan terus dijalankan supaya murid akan mencapai kemahiran yang akan membantu mereka dalam penulisan dengan penghasilan ayatayat yang gramatis dan komprehensif. Secara keseluruhannya, kajian tindakan yang dijalankan adalah bermanfaat kepada murid-murid yang terlibat dalam meningkatkan kemahiran pembinaan ayat khususnya. Akhir sekali, dengan ini diharapkan agar dapatan daripada kajian ini akan memberi kelebihan kepada rakan-rakan guru untuk membantu murid-murid yang memerlukan bimbingan kerana subjek Bahasa Inggeris adalah subjek yang penting untuk dikuasai murid bukan hanya untuk ujian di sekolah, tetapi juga untuk masa hadapan murid. 27
RUJUKAN Chomsky, N. (1957). Syntactic Structures. Mouton de Gruyter. Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The action research planner (3rd ed.). Deakin University Press. Schleppegrell, M. J. (2004). The Language of Schooling: A Functional Linguistics Perspective. Routledge. 28
MENINGKATKAN PENGUASAAN TOPIK KATA GANTI NAMA DIRI ORANG MELALUI PENGGUNAAN KaGaNDO DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 UPM MUHAMMAD AFFAN BIN AHAMAD Sekolah Kebangsaan Sungai Jejawi, Teluk Intan, Perak [email protected] ABSTRAK KaGaNDO merupakan sebuah produk inovasi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi topik kata ganti nama diri orang. Objektif kajian tindakan ini dilaksanakan untuk membantu murid memahami konsep kata ganti nama diri orang, meningkatkan kemahiran bahasa sewaktu menggunakan kata ganti nama diri orang, mewujudkan pembelajaran yang aktif serta meningkatkan motivasi dan keseronokan sewaktu belajar. Metodologi kajian ini menggunakan Model Lewin (1946). Kajian ini menggunakan inovasi KaGaNDO yang menggunakan teknik belajar sambil bermain. Seramai 20 orang murid dijadikan sebagai responden kajian. Instrumen kajian ini menggunakan ujian pra dan ujian pasca serta soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 25 untuk mendapatkan peratusan, min dan sisihan piawai. Kajian ini dijalankan sebanyak tiga kali semasa sesi PdPc. Dapatan kajian ini adalah sebanyak 16% peningkatan dalam penguasaan topik kata ganti nama diri orang dalam kalangan murid setelah ujian pra dan ujian pasca dilaksanakan. Dapatan soal selidik pula menunjukkan nilai min bagi keempat-empat aspek berada di tahap yang tinggi iaitu pengetahuan (M=2.98), kemahiran bahasa (M=3.10), sikap (M=3.33) dan afektif (M=3.48). Impaknya, murid dapat menjelaskan, meningkatkan kemahiran bahasa, memupuk sikap kerjasama dan bermotivasi semasa mempelajari kata ganti nama diri orang. Oleh itu, kajian tindakan ini membuktikan bahawa penggunaannya membantu guru untuk menambah baik amalan pengajaran yang lebih kreatif. Seiring pendigitalan pendidikan ini, penggunaan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) turut diterapkan untuk memudahkan murid menjawab kuiz sebagai aktiviti pengayaan melalui imbasan kod QR. Kajian ini boleh didedahkan kepada guru-guru lain sama di peringkat sekolah melalui Professional Learning Community (PLC) mahupun di peringkat tertinggi melalui perkongsian amalan terbaik. Kata kunci: kata ganti nama diri orang, belajar sambil bermain. 29
DSKP KSSR Semakan 2017 Bahasa Melayu tahun 5: 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata ganti nama mengikut konteks. Belajar sambil bermain Teori Pembelajaran: Konstruktivisme (Scaffolding) Pembelajaran Abad ke-21: (kritis, kreatif, komunikasi, kolaboratif, nilai & etika) Pendigitalan pendidikan: Imbasan Kod QR Kuiz KaGaNDO (pengayaan) 1.0 PENGENALAN Menurut Karim, Onn, Musa & Mahmood (2008) dalam buku Tatabahasa Dewan menjelaskan bahawa kata ganti nama diri orang merujuk kepada diri seseorang iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga. KaGaNDo ini merupakan singkatan daripada gabungan perkataan “Kata Ganti Nama Diri Orang”. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti nama yang merujuk manusia dan terdiri daripada tiga kategori iaitu orang pertama, kedua dan ketiga. Merujuk Inovasi KaGaNDO ini dicipta selari dengan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tahun 5 (KSSR Semakan 2017) dalam aspek tatabahasa. Standard Pembelajaran yang difokuskan oleh penyelidik bagi penciptaan KaGaNDO ini ialah 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata ganti nama mengikut konteks. KaGaNDO ini sesuai digunakan melalui penerapan belajar sambil bermain kerana dapat meningkatkan minat, keseronokan dan motivasi murid untuk belajar. Selain itu, KaGaNDO ini juga amat menekankan kepada pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang menggalakkan murid belajar secara aktif dan kerjasama secara berkumpulan. Kerjasama rakan sekumpulan iaitu murid yang lebih mahir amat membantu penguasaan murid yang kurang mahir sesuatu kemahiran. Secara tidak langsung, elemen scaffolding dalam kalangan murid mampu menggalakkan penyelesaian masalah secara bersama-sama. Menurut Tar, Dayang dan Muhd (2021), menjelaskan bahawa pembelajaran murid adalah berlaku semasa proses interaksi sosial bersama-sama rakan mereka melalui teknik scaffolding. Akhir sekali, KaGaNDO ini juga dihasilkan dengan penerapan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) iaitu menerapkan kuiz secara digital sebagai aktiviti pengayaan. Murid hanya perlu mengimbas kod QR yang disediakan pada KaGaNDO ini untuk menjawab soalan kuiz KaGaNDO. Perkara ini membantu murid mengaitkan pengetahuan sedia ada yang telah dipelajari untuk diaplikasikan dalam aktiviti kuiz tersebut. Secara tidak langsung, inovasi ini mampu meningkatkan minat murid terhadap penggunaan TMK seiring pendigitalan pendidikan pada masa kini. Rajah 1 di bawah menunjukkan rumusan penciptaan inovasi KaGaNDO. Rajah 1: Rumusan penciptaan inovasi KaGaNDO 30
2.0 FOKUS KAJIAN Tujuan kajian ini dilaksanakan untuk membantu guru menambah baik amalan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi topik kata ganti nama diri orang. Objektif kajian tindakan ini adalah: a) Murid dapat meningkatkan pengetahuan untuk memahami konsep penggunaan kata ganti nama diri orang melalui penggunaan inovasi KaGaNDO. b) Murid dapat meningkatkan kemahiran berbahasa dalam penggunaan kata ganti nama diri orang mengikut konteks yang sesuai orang melalui penggunaan inovasi KaGaNDO. c) Murid dapat mengikuti pembelajaran aktif dalam pembelajaran dan pemudahcaraan topik ganti nama diri orang orang melalui penggunaan inovasi KaGaNDO. d) Murid dapat meningkatkan keseronokan dan minat murid dalam pembelajaran topik kata ganti nama diri orang orang melalui penggunaan inovasi KaGaNDO. Persoalan kajian tindakan ini adalah: a) Adakah penggunaan inovasi KaGaNDO ini membantu murid meningkatkan pengetahuan untuk memahami konsep penggunaan kata ganti nama diri orang? b) Adakah penggunaan inovasi KaGaNDO ini membantu murid meningkatkan kemahiran berbahasa dalam penggunaan kata ganti nama diri orang mengikut konteks yang sesuai? c) Adakah inovasi KaGaNDO ini menggalakkan pembelajaran aktif dalam pembelajaran dan pemudahcaraan topik ganti nama diri orang? d) Adakah inovasi KaGaNDO ini meningkatkan keseronokan dan minat murid dalam pembelajaran topik kata ganti nama diri orang? 3.0 KAEDAH KAJIAN (METODOLOGI) Penyelidik telah menggunakan model Kurt Lewin (1946) bagi menjalankan kajian tindakan ini. Dalam model ini, ia mempunyai empat perkara yang perlu diikuti oleh guru untuk memastikan keberhasilan kajian tindakan ini dilaksanakan dengan sebaiknya. Antaranya melibatkan proses merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi. Guru memilih model ini kerana membantu guru untuk menambah baik amalan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara berulang kali. Berdasarkan Rajah 2 di bawah ini menunjukkan Model Lewin (1946) yang mengandungi empat peringkat pelaksanaan kajian tindakan ini. Keempat-empat peringkat ini mestilah diikuti oleh guru agar memastikan keberkesanan kajian tindakan yang dijalankan ini serta membolehkan guru melaksanakan pengulangan kajian sekiranya kajian ini memerlukan intervensi yang seterusnya. 31
Rajah 2: Model Lewin (1946) 4.0 PERANCANGAN 4.1 Intervensi Guru telah menjalankan intervensi melalui perancangan yang sistematik bagi menjalankan kajian tindakan ini agar dapat menambah baik amalan PdPc dengan lebih lancar dan baik. Berdasarkan Rajah 2 di atas merujuk kepada proses perancangan kajian tindakan yang perlu diikuti oleh guru. Guru telah mengenal pasti instrumen kajian yang sesuai diguna pakai untuk memperoleh data kajian. Antaranya, guru menggunakan ujian pra dan pasca dan soal selidik. Kajian tindakan ini dirancang untuk dilakukan selama tiga minggu iaitu melibatkan tiga kali kitaran kajian. Oleh itu, guru telah menghasilkan sebuah Bahan Bantu Belajar (BBB) yang merupakan inovasi bagi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu yang membantu murid untuk meningkatkan penguasaan topik kata ganti nama diri orang. Penyelidik telah merancang tiga aktiviti yang sesuai bagi pengajaran topik kata ganti nama diri orang. Antaranya: i. Aktiviti 1: Pengajaran penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) ii. Aktiviti 2: Pengajaran penggunaan kad bergambar iii. Aktiviti 3: Pengajaran yang diterapkan bersama elemen permainan. 5.0 TINDAKAN DAN PEMERHATIAN 5.1 Tindakan i. Aktiviti 1: Pengajaran penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Guru dapat memaparkan maklumat mengenai kata ganti nama diri orang kepada murid melalui pancaran projektor di hadapan kelas. Murid diterangkan oleh guru mengenai merancang Bertindak a) Aktiviti 1: Penggunaan TMK b) Aktiviti 2: Penggunaan kad bergambar c) Aktiviti 3: Belajar sambil bermain memerhati merefleks 32
konsep kata ganti nama diri orang terlebih dahulu. Kemudian, murid menyebut dan membaca perkataan yang mengandungi ejaan kata ganti nama diri orang. Seterusnya, murid diminta untuk menjelaskan penggunaan kata ganti nama diri orang mengikut konteks yang sesuai. Murid diminta untuk mencatat nota. Gambar 1 dan 2 di bawah menunjukkan contoh kad kata ganti nama diri orang ketiga dan kad kata ganti nama diri orang pertama yang dipaparkan oleh guru melalui projektor. Gambar 1: Kad kata ganti nama diri orang ketiga Gambar 2: Kad kata ganti nama diri orang pertama ii. Aktiviti 2: Pengajaran penggunaan kad bergambar Dalam aktiviti kedua ini, murid perlu meneka kad soalan bergambar yang ditunjukkan oleh guru untuk menyesuaikan jenis-jenis kata ganti nama diri orang. Murid perlu mengecam gambar mengikut kesesuaian watak. Misalnya, Gambar 3 di bawah menunjukkan seorang pemuda yang menunjukkan dirinya sendiri sesuai mewakili wataknya sebagai rakyat biasa manakala Gambar 4 pula menunjukkan seorang lelaki yang bertengkolok dan berpakaian berwarna kuning amat sesuai mewakili wataknya sebagai seorang raja atau sultan. Gambar 3: Kad soalan bergambar watak rakyat biasa 33
Gambar 4: Kad soalan bergambar watak raja atau sultan iii. Aktiviti 3: Pengajaran yang diterapkan bersama elemen permainan. Produk inovasi KaGaNDo ini digunakan melalui belajar sambil bermain. Mula-mula, murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada murid yang mahir (murid arus perdana) dan murid yang kurang mahir (murid pemulihan). Tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan ahli kumpulan dari aspek pengetahuan dan kemahiran murid serta mewujudkan kerjasama ahli kumpulan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Selepas itu, setiap set kad KaGaNDO akan diagihkan oleh guru kepada setiap kumpulan. Turut diedarkan oleh penyelidik kepada setiap kumpulan ialah borang skor bagi memudahkan pengiraan markah dan menentukan kemenangan kepada kumpulan. Kemudian, guru menunjukkan satu keping kad soalan bergambar untuk kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan haruslah berbincang untuk memilih jawapan yang sesuai iaitu memilih kata ganti nama diri orang melalui kad KaGaNDO yang telah diedarkan oleh guru. Setelah setiap kumpulan berbincang untuk memilih kata ganti nama diri orang yang sesuai berdasarkan gambar yang dilihat tadi, guru membalikkan kad bergambar tadi bagi menyemak jawapan yang dinyatakan oleh setiap kumpulan. Bagi menentukan kemenangan pemain, markah diambil kira berdasarkan pungutan mata yang dinyatakan pada kad KaGaNDO tersebut untuk dicatatkan dalam kad skor. Murid yang tepat memilih penggunaan kata ganti nama diri orang akan diberikan markah yang tercatat dalam bentuk “bintang” pada kad KaGaNDO manakala murid yang tidak tepat memilih penggunaan kata ganti nama diri orang akan ditolak markahnya seperti yang tercatat dalam bentuk “pentagon” pada kad KaGaNDO itu. Pada akhir sesi permainan ini, akan dikira jumlah pungutan markah yang terkumpul. Kumpulan yang banyak mengumpul mata akan dinobatkan sebagai pemenang. Oleh itu, kumpulan tersebut boleh menjawab kuiz sebagai aktiviti pengayaan melalui cara imbasan kod QR yang disediakan pada kad KaGaNDO. 34
5.2 Pemerhatian i. Aktiviti 1: Pengajaran penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan oleh guru, didapati bahawa sebahagian murid dapat memberikan perhatian sewaktu pengajaran topik kata ganti nama diri orang manakala sebahagian lagi tidak memberikan perhatian bagi topik tersebut. Oleh itu, murid memerlukan bahan rangsangan seperti imej untuk menjelaskan konsep kata ganti nama diri orang yang sesuai. Gambar 5 di bawah menunjukkan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi topik kata ganti nama diri orang yang dilaksanakan oleh guru dengan menggunakan TMK. Gambar 5: Aktiviti PdPc melalui penggunaan TMK ii. Aktiviti 2: Pengajaran penggunaan kad bergambar Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan oleh guru, didapati murid berasa minat untuk mempelajari kata ganti nama diri orang melalui kad gambar. Murid sentiasa mencuba untuk menaakul gambar watak pada inovasi KaGaNDO yang ditunjukkan oleh guru. Secara tidak langsung, penggunaan kad ini menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru. Guru mendapati bahawa murid-murid sentiasa mencuba untuk melontarkan idea dan pandangan mereka berdasarkan gambar watak yang ditunjukkan oleh guru. Gambar 6 di bawah menunjukkan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi topik kata ganti nama diri orang dengan menggunakan kad bergambar. Gambar 6: Aktiviti PdPc melalui penggunaan kad bergambar 35
iii. Aktiviti 3: Pengajaran yang diterapkan bersama elemen permainan. Berdasarkan pemerhatian guru, didapati murid berasa seronok untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Melalui belajar sambil bermain yang diterapkan dalam inovasi KaGaNDO ini, sememangnya menggalakkan pembelajaran yang aktif dalam kalangan murid. Tambahan lagi, pemberian mata atau markah diberikan kepada kumpulan yang berjaya menjawab soalan dengan betul dapat menaikkan semangat kekitaan dalam kumpulan masing-masing. Perkara ini dapat menggalakkan persaingan yang sihat dalam kumpulan kerana setiap kumpulan mahukan kemenangan dalam permainan ini melalui pengumpulan markah yang tertinggi. Oleh itu, nilai kerjasama dan tolak ansur dapat diperhatikan dalam kalangan ahli kumpulan mereka. Gambar 7, 8, 9, 10, 11 & 12 menunjukkan aktiviti belajar sambil bermain melalui penggunaan inovasi KaGaNDO. Gambar 7: Murid bersedia untuk meneka penggunaan kata ganti nama diri orang yang sesuai berdasarkan kad gambar yang ditunjukkan oleh guru. Gambar 8: Murid berbincang dengan rakan untuk memilih penggunaan kata ganti nama diri orang yang sesuai berdasarkan gambar yang dilihatnya. Gambar 9: Murid mencatatkan markah pada kad skor berdasarkan markah yang telah disediakan pada kad KaGaNDO tadi selepas semakan jawapan dilakukan bersama-sama guru Gambar 10: Murid menjumlahkan markah yang terkumpul untuk mengetahui kutipan markah yang tertinggi antara kumpulankumpulan lain. 36
Gambar 11: Murid mengimbas kod QR untuk menjawab kuiz KaGaNDO. Gambar 12: Murid menjawab kuiz KaGaNDO bersama ahli kumpulan secara perbincangan sebagai aktiviti pengayaan. 6.0 DAPATAN KAJIAN Bagi memastikan keberkesanan inovasi KaGaNDO ini dalam penguasaan murid bagi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) topik kata ganti nama diri orang ini ialah guru telah menggunakan instrumen kajian iaitu ujian pra dan ujian pasca serta soal selidik. a) Ujian Pra dan Ujian Pasca Ujian pra dan pasca diedarkan oleh guru kepada setiap murid yang terlibat dalam kajian yang dijalankan ini. Gambar 13 dan 14 di bawah menunjukkan murid melaksanakan ujian pra dan ujian pasca. Gambar 13: Murid menjawab ujian pra Gambar 14: Murid menjawab ujian pasca. 37
Berikut Jadual 1 menunjukkan keputusan perbezaan pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca. Jadual 1: Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Bil. Responden Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%) Peratus peningkatan (%) 1. R1 50 54 8 2. R2 34 38 12 3. R3 36 44 22 4. R4 40 46 15 5. R5 34 40 18 6. R6 40 48 20 7. R7 42 46 10 8. R8 28 34 21 9. R9 48 58 21 10. R10 60 68 13 11. R11 44 50 14 12 R12 56 62 11 13. R13 36 46 28 14. R14 48 54 13 15. R15 60 70 17 16. R16 58 64 10 17. R17 52 60 15 18. R18 36 44 22 19. R19 42 50 19 20. R20 40 48 20 JUMLAH 884 1024 16 *R=Responden *Peratus peningkatan: [ (Ujian Pasca-Ujian Pra/ Ujian Pra)] x 100 *Purata peratus peningkatan: (Jumlah peratus peningkatan/ Jumlah responden) x 100 Rajah 3 di bawah yang merupakan graf bar bagi menunjukkan perbandingan markah ujian dan ujian pasca dalam kalangan murid yang terlibat dalam kajian yang dijalankan oleh guru. Rajah 3: Perbandingan Markah Ujian Pra dengan Ujian Pasca Peratus Peningkatan Pencapaian Ujian Pra dengan Ujian Pasca dalam penggunaan KaGaNDO 80 70 60 50 40 30 20 10 0 5054 48 68 58 60 48 62 56 70 60 64 58 50 44 54 48 60 52 50 42 3438 44 36 46 40 40 40 34 4246 34 28 46 36 44 36 48 40 R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 R11 R12 R13 R14 R15 R16 R17 R18 R19 R20 Bilangan Responden Ujian Pra Ujian Pasca Markah (%) 38
Berdasarkan markah keputusan ujian pra dan ujian pasca, didapati murid-murid tahun lima yang menggunakan inovasi KaGaNDO ini menunjukkan peningkatan markah yang agak ketara. Purata peratus peningkatan pencapaian ujian pra dengan ujian pasca ialah 16%. Jelaslah bahawa di sini, penggunaan inovasi KaGaNDO ini amat membantu muridmurid tahun lima dalam penguasaan topik Kata Ganti Nama Diri Orang. b) Soal selidik Borang soal selidik telah diedarkan oleh guru kepada setiap murid yang terlibat dalam kajian tindakan ini setelah ketiga-tiga kitaran dilaksanakan. Jadual 2 di bawah menunjukkan keputusan analisis soal selidik bagi aspek pengetahuan murid selepas penggunaan inovasi KaGaNDO. Jadual 2: Keputusan analisis soal selidik bagi aspek pengetahuan Item Perkara STS % TS % S % ST % Min/ interpretasi S.P A1 Saya tahu menjelaskan konsep penggunaan kata ganti nama diri orang melalui KaGaNDO. 15 25 35 25 2.70 Tinggi 1.031 A2 Saya tahu mengklasifikasikan jenis-jenis kata ganti nama diri orang melalui KaGaNDO. 5 15 60 20 2.95 Tinggi 0.759 A3 Saya tahu menggunakan kata ganti nama diri orang dengan betul mengikut konteks yang sesuai melalui KaGaNDO. 5 10 35 50 3.30 Tinggi 0.864 2.98 Tinggi Berdasarkan keseluruhan analisis aspek pengetahuan berdasarkan soal selidik ini yang terdapat dalam Jadual 2 ini menunjukkan nilai min berada di tahap yang tinggi iaitu M=2.98. Namun begitu, nilai min yang terendah antara ketiga-tiga item ini ialah item A1 iaitu M=2.70. Perkara ini menunjukkan bahawa murid boleh menjelaskan konsep penggunaan kata ganti nama diri orang dengan baik. Jadual 3 di bawah menunjukkan keputusan analisis soal selidik bagi aspek kemahiran bahasa dalam kalangan murid selepas penggunaan inovasi KaGaNDO. Jadual 3: Keputusan analisis soal selidik bagi aspek kemahiran bahasa Item Perkara STS % TS % S % ST % Min/ Interpretasi S.P B1 Saya dapat berkomunikasi dengan rakan dan guru dengan menggunakan kata ganti nama diri orang yang sesuai setelah menggunakan inovasi KaGaNDO - 5 55 40 3.35 Tinggi 0.587 B2 Saya dapat menjelaskan penggunaan kata ganti nama diri orang dalam ayat yang dibaca setelah menggunakan inovasi KaGaNDO. 5 30 25 40 3.00 Tinggi 0.973 B3 Saya dapat melengkapkan ayat dengan menggunakan kata ganti nama diri setelah menggunakan inovasi KaGaNDO 5 15 60 20 2.95 Tinggi 0.759 3.10 Tinggi 39