The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOMPILASI KAJIAN TINDAKAN TS25 DAN PSA JPN PERAK 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Dr. Lydia, 2024-03-17 03:00:38

KAJIAN TINDAKAN TS25 DAN PSA JPN PERAK 2024

KOMPILASI KAJIAN TINDAKAN TS25 DAN PSA JPN PERAK 2024

Keywords: KAJIAN TINDAKAN JPN PERAK

Rajah 1 : Kerangka Konsep Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kementerian Pendidikan Malaysia Sekiranya konsepTS25 ni dapat diaplikasikan sepenuhnya seperti yang dihasratkan oleh KPM, maka tidak syak lagi ianya dapat mengangkat kualiti sistem pendidikan dari aspek keberkesanan kepimpinan, kualiti guru, kemenjadian murid dan sokongan komuniti. 2.2 Objektif Kajian Bagi menjayakan kajian ini, objektif adalah seperti berikut : 2.1 Objektif Umum: i. Mengenalpasti tahap kefahaman guru dan kakitangan sokongan terhadap konsep dan pelaksanaan TS25 sepanjang tempoh 2 tahun pelaksanaannya di SK Seri Selamat. 2.2 Objektif Khusus: i. Meningkatkan pemahaman guru dan kakitangan sokongan terhadap konsep dan pelaksanaan TS25 di SK Seri Selamat berdasarkan Model CEO. 2.3 Persoalan Kajian Kajian ini dijalankan bertujuan menjawab persoalan kajian tersebut : i. Apakah tahap kefahaman guru dan kakitangan sokongan terhadap konsep sekolah TS25 dan pelaksanaannya di SK Seri Selamat? ii. Adakah terdapat peningkatan kefahaman guru dan kakitangan sokongan terhadap konsep dan pelaksanaan sekolah TS25 dengan menggunakan Model CEO? ii. Apakah strategi yang dilaksanakan oleh pemimpin bagi merealisasikan konsep TS25 di SK Seri Selamat? Program Transformasi Sekolah 2025 KONSEP TS25 240


2. Mengumpul data 1. Mengenalpasti 3. Menganalisis 2.4 Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada kumpulan sasaran langsung dan kumpulan sasaran tidak langsung. Kumpulan sasaran langsung merupakan 32 orang guru dan kakitangan sokongan sekolah. Manakala kumplan sasaran tidak langsung pula adalah murid-murid SK Seri Selamat. 3.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan Model Somekh, (1989) yang melibatkan lapan fasa, iaitu mengenal pasti masalah, mengumpul data, menganalisis data dan membina hipotesis, merancang pelan tindakan, melaksana pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan, menganalisis dan menilai serta mengenal pasti fokus penyelidikan yang baharu secara berterusan. Setiap langkah yang diambil dalam model ini adalah lebih terperinci dan sistematik. Putaran 7. Menganalisis Data dan 6. mengumpul Data 4. Merancang 5. Melaksanakan Pelan Rajah 2 : Langkah-langkah pelaksanaan kajian tindakan mengikut teori Model Somekh, (1989) 3.1 Kaedah Kajian Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuatitatif yang dilihat sangat sesuai dengan kelompok sample yang terdiri daripada kalangan mereka yang terlibat sebagai pelaksana dasar. Kajian ini melihat skop kefahaman dan penerimaan yang menyeluruh mencakupi setiap aspek bidang tugas mereka. Bersesuaian dengan pandangan Creswell (2012), yang menyatakan kajian kualitatif dijalankan bertujuan untuk meneroka secara mendalam tentang suatu fenomena yang berlaku. 3.2 Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan untuk kajian ini terdiri daripada borang soal selidik secara atas talian (google form) bersesuaian dengan situasi pandemik yang melanda negara serta tidak membolehkan pengkaji untuk bersemuka dan membuat serahan tangan. Soal selidik kajian merangkumi dua bahagian utama: Bahagia A : maklumat berkaitan demografi responden yang mengandugi tiga soalan iaitu jantina, pengalaman mengajar di SK Seri Selamat dan jawatan yang disandang. 241


Bahagian B : mengandungi 10 item soalan untuk menjawab objektif dan persoalan kajian bagi mengenalpasti tahap kefahaman guru dan kakitangan sokongan terhadap konsep TS25 dan pelaksanaannya. Instrumen bahagian B diukur dengan menggunakan skala Likert 5 mata pemeringkatan (Sangat Tidak Setuju [1], Tidak Setuju [2], Kurang Setuju [3], Setuju [4] dan Sangat Setuju [5]) sebagai pilihan jawapan. Soalan jenis Likert sangat popular dalam soal selidik kerana ia mudah ditadbir dan mempunyai format yang memudahkan data dianalisis Najib (2003). Selain itu, pemerhatian juga digunakan sebagai alat untuk menilai tahap kefahaman konsep TS25 dan pelaksanaannya meliputi aspek tingkah laku, pemikiran, komunikasi, tindakan dan pola hubungan. Dalam konteks kajian ini kita menggunakan pemerhatian langsung kerana pengkaji terlibat secara langsung dengan responden dalam tempoh kajian ini dilaksanakan. Kaedah pemerhatian adalah amat berguna untuk pengkaji menentukan samada responden benar-benar melakukan perkara yang diberitahu kepada pengkaji (Bell, 2005). Selain itu, mengikut (Moleng, 1989) alasan ahli metodologi penggunaan teknik pemerhatian ini ialah : i. Pemerhatian memungkinkan pengkaji untuk melihat, merasa dan memahami dunia berserta ragam peristiwa dan gejala sosial dalamnya sebagaimana subjek pengkajian melihat, merasa dan memahaminya. ii. Pemerhatian memungkinkan pembentukan pengetahuan secara bersamasama antara pengkaji dan subjek pengajiannya. 3.3 Prosedur Pengumpulan Data Pengumpulan data kajian dilaksanakan melalui ujian pra dan pasca. Ujian pra dilaksanakan diawal kajian bagi mengumpul maklumat awal tentang kefahaman konsep dan tahap pelaksanan TS25 di SK Seri Selamat pada Januari 2021. Memandangkan SK Seri Selamat merupakan Kohort 4 (lantikan 2019), maka pengkaji terpanggil untuk melihat sejauhmana tahap pemahaman dan pelaksanaannya. Dapatan daripada ujian pra ini dibentangkan kepada kepimpinan baharu sekolah untuk tindakan lanjut. Seterusnya ujian pasca dijalankan pada bulan Jun 2021 selepas tindakan susulan diambil oleh kepimpinan baharu hasil dari analisis data pra. 3.4 Kaedah Analisis Data Kajian deskriptif ini menggunakan kaedah analisis data secara perbandingan langsung untuk melihat peratus (%) perbezaan pemahaman dan pelaksanaan secara langsung bagi setiap item soal selidik, pra dan pasca. Seterusnya generalisasi data dibuat secara perspektif dan sintaksis bagi menjawab persoalan kajian. Data kualitatif akan dianalisis berdasarkan langkahlangkah yang dicadangkan oleh Strostrauss dan Corbin (1995), maklum balas bertulis subjek bagi setiap soalan dianalisis untuk mengenalpasti kategori utama yang terhasil. Dengan menggunakan teknik ini pengkaji akan mengenalpasti frasa penerimaan dan pemahaman subjek dan melaporkan kategori atau ciri-ciri yang sesuai (Berg, 1998). 3.5 Refleksi Dapatan Kajian Responden kajian ni melibatkan warga SK Seri Selamat seramai 32 orang. 21.9% atau 7 orang responden lelaki dan seramai 78.1% atau 25 orang responden perempuan. Bagi item pengalaman mengajar dan berada di SK Seri Selamat adalah seramai 14 responden (43.8%) berpengalaman mengajar di SK Seri Selamat selama 1 hingga 5 tahun, seramai 13 orang (40.6%) antara 6 hingga 10 tahun. Manakala seramai 2 responden (6.3%) antara 11 hingga 15 tahun, seorang responden (3.1%) selama 16 tahun dan 2 responden (6.3%) selama 23 tahun. Seterusnya bagi item jawatan responden di sekolah majoriti responden bagi kajian ini merupakan guru aliran arus perdana iaitu seramai 21 orang (65.5%) diikuti guru pendidikaan khas seramai 4 orang (12.5%) dan kakitangan sokongan seramai 3 orang (9.4%). Kajian ini juga melibatkan guru 242


penyelaras bestari seramai 2 orang (6.3%) dan seorang guru pra (3.1%) serta seorang pentadbir (3.1%). Ini dijelaskan seperti Rajah 2 di bawah. Rajah 3 : Jantina, Pengalaman Mengajar dan Jawatan Di SK Seri Selamat 3.5.1 Hasil Analisis Pra Secara Deskriptif Dapatan kajian ini adalah untuk menjawab objektif dan persoalan kajian, iaitu mengenal pasti tahap kefahaman guru dan kakitangan sokongan terhadap konsep sekolah TS25 dan pelaksanaannya di SK Seri Selamat. Bagi memberi gambaran yang lebih jelas, analisis secara perspektif dan sintaksis (tanggapan dan rumusan) adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1 di bawah. Jadual 1: Hasil Dapatan Ujian Pra BIL PERNYATAAN 1 2 (STS) (TS) 3 (KS) 4 (S) 5 (SS) Anda faham maksud dan konsep pelaksanaan 28.1% 46.8 18.8% 6.3% 1 TS25 dengan jelas di sekolah anda. (9) % (6) (2) (15) GB dan pentadbir membantu anda dlm proses 28 1% 62.5 6.3% 3.1% 2 memahami TS25 dan konsep pelaksanaannya (9) % (2) (1) sebagai warga sekolah. (20) GB dan pentadbir membantu menjelaskan 15 6% 78.1 6.3% 3 bagaimana cara untuk menjayakan TS25 di (5) % (2) sekolah anda. (25) Adakah anda faham pelaksanaan PAK21 ketika 21.9% 46.8 25% 6.3% 4 PdPc. (7) % (8) (2) (15) PAK21 boleh berlaku di bilik darjah dan di luar 25% 46.8 21.9% 6.3% 5 bilik darjah (8) % (7) (2) (15) 84.4 15.6% 6 Anda membudayakan PAK21 semasa PdPc % (5) (27) Penilaian PdPc adalah melalui hasil yang 100 7 diperolehi sepanjang PdPc berlangsung? % (32) 243


8 GB dan pentadbir membudayakan komunikasi dua hala dalam memastikan maklumat diterima dengan jelas. 81.2 % (26) 18.8% (6) 9 GB menyampaikan maklumat dengan menggunakan medium yang betul dan tepat supaya maklum balas dan tindakan segera dapat diambil oleh warga sekolah. 12.5% (4) 84.4 % (27) 3.1% (1) 10 GB membimbing dan membantu warga sekolah memahami hala tuju sekolah dan menyempurnakan tugas serta memotivasikan mereka untuk melakukan yang terbaik demi kecemerlangn sekolah dan profesion perguruan 78.1% (25) 9.3% (3) 6.3% (2) 6.3% (2) Berdasarkan jadual 1 di atas dapat dijelaskan untuk item 1, seramai 28.1% (9) responden memilih skala 1 (sangat tidak setuju) dan 46.8% (15) responden memilih skala 2 (Tidak Setuju). Manakala 18.8% (6) responden memilih skala 3 (kurang setuju). Hanya seramai 6.3% (2) responden memilih skala 4 (setuju). bagi menjelaskan tahap pemahaman maksud dan konsep pelaksanaan TS25 di sekolah. Tidak ada responden yang memilih skala 5 (sangat setuju). Ini jelas menunjukan warga sekolah SK Seri Selamat masih belum memahami maksud dan konsep TS25 yang sebenarnya sepanjang tempoh 2 tahun pelaksanaannya di sekolah tersebut. Untuk item 2 jelas menunjukkan seramai 28.1% (9) respondan memilih skala 1 (Sangat Tidak Setuju) dan seramai 62.5% (20) respondan memilih skala 2 (Tidak Setuju).Manakala 6.3%(2) respondan memilih skala 3 (kurang setuju) bagi menjawab persoalan Guru Besar(GB) dan pentadbir membantu warga sekolah dalam proses memahami TS25 dan konsep pelaksanaannya. Hanya seramai 3.1%(seorang) respondan memilih skala 4 (setuju).Tidak ada responden memilih skala 5 (sangat setuju) bagi penyataan ini. Ini menjelaskan kurangnya kerjasama dari kalangan Guru Besar dan pentadbir dalam usaha membantu warga sekolah memahami TS25 di sekolah. Item 3 pula menunjukkan GB dan pentadbir tidak membantu menjelaskan bagaimana cara untuk menjayakan TS25 di sekolah. Ini terbukti apabila seramai 15.6% (5) responden memilih skala 1 (sangat tidak setuju). Manakala seramai 78.1% (25) responden memilih skala 2 (tidak setuju) dan seramai 6.3% (2) responden memilih skala 3 (kurang setuju) bagi persoalan tersebut. Tidak ada responden memilih skala 4 (setuju) dan 5 (sangat setuju) bagi penyataan ini. Untuk item 4 dapat disimpulkan guru dan kakitangan sekolah masih belum jelas kaedah pelaksanaan PAK21 ketika PdPc. Ini dibuktikan apabila seramai 21.9% (7) responden memilih skala 1 (sangat tidak setuju) dan seramai 46.8% (15) responden memilih skala 2 (tidrrtuju). Manakala seramai 25% (8) responden memilih skala 3 (kurang setuju) berbanding hanya 6.3% (2) respondan memilih skala 4 (setuju). Tiada respon memilih skala 5 (sangat setuju). Item 5 menunjukkan warga sekolah juga masih kurang jelas pelaksanaan PAK21 samada ianya berlaku di bilik darjah atau di luar bilik darjah. Ini dapat dilihat apabila seramai 25% (8) responden memilih skala 1 dan seramai 46.8% (15) responden memilih skala 2 (tidak setuju). Manakala seramai 21.9% (7) responden memilih skala 3 (kurang setuju). Hanya 6.3% (2) orang responden memilih skala (4). Tiada responden memilih skala 5 (sangat setuju) bagi penyataan ini. Item 6 menjelaskan pembudayaan PAK21 semasa PdPc juga masih belum dilaksanakan sepenuhnya oleh warga SK Seri Selamat. Ini dibuktikan apabila majoriti responden memilih skala 2 (tidak setuju) iaitu seramai 84.4%(27) responden dan 15.6% (5) responden memilih skala 3 (kurang setuju). Tiada responden memilih skala 1 (sangat tidak setuju), skala 4 (setuju) dan skala 5 (sangat setuju). 244


Item 7 menunjukkan pemahaman guru amat jelas berkaitan penilaian PdPc yang diperolehi sepanjang proses PdPc berlangsung. Ini dibuktikan apabila seramai 100% (32) reponden memilih skala 5 (sangat setuju) dengan penyataan ini. Untuk item 8 di atas 81% (26) responden memilih skala 2 (tidak setuju) dan 18.8% (6) responden memilih skala 3 (kurang setuju) bahawa Pengetua atau Guru Besar (PGB) dan pentadbir membudayakan komunikasi dua hala dalam memastikan maklumat diterima dengan jelas. Tiada responden memilih skala 1 (sangat tidak setuju), skala 4 (setuju) dan skala 5 (sangat tidak setuju). Ini membawa maksud komunikasi dua hala di SK Seri Selamat tidak berlaku dengan baik diantara pihak pentadbir dan kakitangan bawahannya. Item 9 juga menunjukkan bahawa GB tidak menyampaikan maklumat menggunakan medium yang betul dan tepat kepada warga sekolah untuk diambil tindakan segera. Ini dibuktikan apabila 12.5% (4) responden memilih skala 1 (sangat tidak setuju) dan 84.4% (27) responden memilih skala 2 (tidak setuju) skala 3 (kurang setuju). Hanya 3% (seorang) memilih skala 3 (kurang setuju). Tiada responden memilih skala 4 (setuju) dan skala 5 (sangat setuju). Item terakhir menjelaskan tiada bimbingan dan bantuan PGB kepada warga sekolah untuk memahami hala tuju sekolah dan menyempurnakan tugas serta memotivasikan mereka untuk melakukan yang terbaik demi kecemerlangan sekolah dan profesion perguruan. Ini dibuktikan apabila seramai 78.1% (25) reponden memilih skala 1 (sangat tidak setuju) dan 9.3% (3) responden memilih skala 2 (tidak setuju ). Manakala 6.3% (2) responden memilih skala 3 (kurang setuju) dan skala 4 (setuju) dengan penyataan di atas. Tiada responden memilih skala 5 (sangat setuju) bagi penyataan ini. 4.0 PERANCANGAN DAN TINDAKAN 4.1 Model CEO Model CEO diperkenalkan oleh kepimpinan baharu sebagai asas kepada pengurusan sekolah khasnya sebagai intervensi kepada ketidakfahaman tentang konsep dan pelaksanaan TS25 dalam kalangan guru. Model CEO merupakan hasil adaptasi gabungan Kod Urus Tadbir Korperat dan model-model pengurusan pendidikan sedia ada iaitu Model Generik dan Model Struktural Baharu sehingga memberi impak yang sangat besar ke atas kefahaman guru dan kakitangan SK Seri Selamat terhadap konsep dan pelaksanaan TS25. 245


Rajah 4 : Kerangka Konseptual Model CEO oleh Che Azhar bin Ahmad (2021) Rajah 4 di atas menjelaskan konsep asas kepada Model CEO adalah kefahaman dan penerimaan dalam kalangan entiti yang terlibat. Seterusnya di dasari oleh perancangan dan pelaksanan aktiviti/program yang mencakupi semua elemen yang terkandung dalam dasar konsep TS25. Proses pelaksanaannya juga berlaku mengikut kesesuaian dan kemampuan semua pihak yang terlibat mencakupi keperluan, pemuafakatan, perubahan, komunikasi, halangan, kesinambungan dan pengukuhan yang akhirnya membawa kepada hasil/keuntungan jangka sederhana dan jangka panjang seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Justeru, hasil/keuntungan yang diperolehi bukan sahaja dalam bentuk material tetapi mencakupi skop yang lebih besar termasuklah kualiti, prestasi, reputasi, produktiviti dan lain-lain melewati dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS) menepati Fasafah Pendidikan Negara (FPN). Rajah 5: Falsafah Pendidikan Kebangsaan 246


4.2 Kebersamaan Dalam Tindakan Pengkaji juga melihat bagaimana kepimpinan organisasi meletakkan kebersamaan dalam tindakan yang melibatkan seluruh warga SK Seri Selamat tanpa mengira jantina, pengalaman dan jawatan sebagai sempadan untuk membentuk pasukan kerja yang mantap bagi merealisasikan matlamat TS25 demi meningkatkan kualiti, kredibiliti dan integriti guru dan staf untuk menjana kemenjadian murid khususnya di SK Seri Selamat. Pengenalan motto “Together We Are The Best” merupakan kata kunci kepada amalan kebersamaan dalam tindakan bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah dan kemenjadian murid. Ini terbukti apabila pendekatan kebersamaan yang menggunakan “tage line” ini dapat menyelesaikan permasalahan kajian dari aspek kefahaman dan pelaksanaan TS25 dalam kalangan warga SK Seri Selamat. Rajah 6: Perancangan dan Pelaksanaan ; Kebersamaan Dalam Tindakan Pendekatan kebersamaan dalam tindakan seperti dalam rajah di atas, jelas dapat dilihat dalam fasa perancangan dan pelaksanaan (rujuk kerangka konsep Model CEO). Sebagai contoh dalam proses persekolahan fasa pasca pandemik Covid19 ini, SK Seri Selamat telah mempelbagaikan kaedah PdPR dengan menggunakan kaedah atas talian, luar talian dan gabungan. Dalam proses pembinaan modul pembelajaran bagi semua subjek tindakan secara bersama oleh setiap guru berjaya menghasilkan modul pembelajaran yang berkualiti, berimpak tinggi dan memenuhi keperluaan kurikulum bagi setiap subjek. Selain itu, pendekatan kebersamaan dalam tindakan ini diterjemahkan melalui Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) bermula dari pembinaan tamplet pembelajaran, menyusun aktiviti pengajaran dan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) secara bersama dalam kumpulan. Setiap fasa pelaksanaan PBL ini melibatkan semua guru mengikut subjek dan pentadbir secara kolektif. Justeru, projek PBL “Bunga Telang” telah berjaya menjadi antara 30 projek terbaik daripada 286 projek di peringkat antarabangsa anjuran MELTA 2021. Menurut Sarvinder Singh & Ahmad, (2008) gaya kepimpinan adalah strategi untuk menyelesaikan isu kepimpinan berpasukan antaranya : i. Menerapkan elemen kebersamaan melalui kerjasama (collaboration) yang dijalinkan bersama ahli organisasi untuk mencapai kepentingan diri dan orang lain. ii. Menghindari dan mengenepikan sebarang konflik (aroidance). 247


iii. Bertolak-ansur (compromise) - menghasilkan sesuatu kejayaan demi kepentingan diri dan kumpulan dengan cara yang sewajarnya. 4.3 Interaksi Tanpa Sempadan Mohd Yusof Othman dalam karya bertajuk “Pengurusan Diri” mentakrifkan komunikasi sebagai “suatu kuasa yang menghubungkan pemimpin dengan orang yang dipimpin supaya dapat menggerakkan tenaga dengan tersusun untuk mencapai objektif bersama.” Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada keberkesanan komunikasi antara pemimpin dengan orang yang dipimpinnya. Ini kerana komunikasi merupakan alat penghubung antara pemimpin dengan orang bawahannya bagi memastikan matlamat dan objektif sesebuah organisasi itu dapat difahami dan digerakkan bersama. Pengkaji juga melihat kepimpinan sekolah mengamalkan interaksi tanpa sempadan dimana tidak ada halangan dalam interaksi dan keterbukaan dalam semua situasi interaksi untuk memastikan segala maklumat dan arahan dapat difahami dengan jelas tanpa menimbulkan sebarang tanda tanya dan kekeliruan dalam kalangan warga sekolah ketika merancang dan melaksanakan. Kepimpinan juga menekankan setiap keputusan yang diambil bersama adalah merupakan tanggungjawab bersama. Ini dijelaskan melalui gambarajah di bawah. Rajah 7: Perancangan dan Pelaksanaan ; Interaksi Tanpa Sempadan Di samping itu sikap kesediaan pemimpin untuk mendengar, menerima, memberi pendapat/pandangan dan menerima kritikan dalam semua aspek yang dicakupi secara menyeluruh bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Situasi ini memberi ruang yang lebih kepada setiap individu dalam organisasi untuk menjadi lebih kreatif, kritis dan inovatif dalam perancangan dan tindakan. Interaksi ini menjadi lebih baik apabila pengiktirafan dan penghargaan berterusan diberi dalam pelbagai bentuk sebagai motivasi dan pemangkin ke arah lebih baik. Sebagai contoh penghasilan kajian dan penyertaan dalam Kolokium Pendidikan hari ini adalah bukti pendekatan interaksi tanpa sempadan sebagai pendekatan penambahbaikan kefahaman dan pelaksanaan TS25 di SK Seri Selamat. 248


5.0 TINDAKAN DAN PEMERHATIAN 5.1 Hasil Analisis Pasca Secara Deskriptif Berikut adalah dapatan kajian pasca bagi mencapai objektif dan menjawab persoalan kajian, iaitu mengenal pasti tahap kefahaman guru dan kakitangan sokongan terhadap konsep sekolah TS25 dan pelaksanaannya di SK Seri Selamat selepas proses intervensi dilaksanakan oleh kepimpinan baharu. Bagi memberi gambaran yang lebih jelas, analisis secara perspektif dan sintaksis (tanggapan dan rumusan) adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2 di bawah. Jadual 2: Hasil Dapatan Ujian Pasca BIL PERNYATAAN 1 (STS) 2 (TS) 3 (KS) 4 (S) 5 (SS) 1 Anda faham maksud dan konsep pelaksanaan TS25 dengan jelas di sekolah anda. 3.1% (1) 28.1% (9) 62.5% (20) 6.3% (2) 2 GB dan pentadbir membantu anda dlm proses memahami TS25 dan konsep pelaksanaannya 21.9% (7) 59.3% (19) 18.8% (6) sebagai warga sekolah. 3 GB dan pentadbir membantu menjelaskan bagaimana cara untuk menjayakan TS25 di 3.1% (1) 12.5% (4) 78.1% (25) 6.3% (2) sekolah anda. 4 Adakah anda faham pelaksanaan PAK21 ketika PdPc. 6.3% (2) 6.3% (2) 78.1% (25) 9.3% (3) 5 PAK21 boleh berlaku di bilik darjah dan di luar bilik darjah 6.3% (2) 3.1% (1) 68.8% (22) 21.8% (7) 6 3.1% 25% 65.6% 6.3% Anda membudayakan PAK21 semasa PdPc (1) (8) (21) (2) 7 Penilaian PdPc adalah melalui hasil yang diperolehi sepanjang PdPc berlangsung? 100% (32) 8 GB dan pentadbir membudayakan komunikasi dua hala dalam memastikan maklumat diterima 3.1% (1) 15.6% (5) 68.8% (22) 12.5% (4) dengan jelas. 9 GB menyampaikan maklumat dengan menggunakan medium yang betul dan tepat supaya maklum balas dan tindakan segera dapat diamnil oleh warga sekolah. 3.1% (1) 12.5% (4) 78.1% (25) 6.3% (2) GB membimbing dan membantu warga sekolah memahami hala tuju sekolah dan 10 menyempurnakan tugas serta memotivasikan mereka untuk melakukan yang terbaik demi 3.1% (1) 3.1% (1) 68.8% (22) 25% (8) kecemerlangn sekolah dan profesion perguruan Item 1 menunjukkan peningkatan pemahaman maksud dan konsep pelaksanaan TS25 dalam kalangan warga SK Seri Selamat setelah tindakan dan langkah drastik diambil oleh pimpinan baharu sekolah. Seramai 68.% (22) responden memilih skala 5 (sangat setuju) dan skala 4 (setuju) bagi menjelaskan tahap pemahaman maksud dan konsep pelaksanaan TS25 di 249


sekolah. Manakala 31.2% (10) responden memilih skala 3 (kurang setuju) dan skala 2 (tidak setuju). Tiada responden memilih skala 1 (sangat tidak setuju). Item 2 pula menunjukkan berlaku proses kerjasama dari kalangan pentadbir khasnya guru besar dalam usaha membantu warga sekolah memahami konsep dan pelaksanaan TS25 di sekolah. Ini dibuktikan apabila seramai 84.4% (27) responden memilih skala 5 (sangat setuju) dan skala 4 (setuju) bagi menjawab persoalan tersebut. 15.6% (5) orang responden memilih skala 3 (kurang setuju) dan skala 2 (tidak setuju). Tiada responden memilih skala 1 (sangat tidak setuju) bagi penyataan tersebut. Untuk item 3, jelas menunjukkan kepimpinan baharu dan pentadbir sangat membantu warga sekolah dalam usaha menjelaskan bagaimana cara untuk menjayakan TS25 di sekolah. Ini terbukti apabila seramai 84.4% (27) responden memilih skala 5 (sangat setuju) dan skala 4 (setuju). Manakala seramai 12.5% (4) responden memilih skala 3 (kurang setuju) dan 3.1% (1) responden memilih skala 2 (tidak setuju) dengan pernyataan tersebut. Tiada responden memilih skala 1 (sangat tidak setuju) bagi penyataan tersebut. Bagi item 4 dapat disimpulkan guru dan kakitangan sekolah telah jelas dan faham kaedah pelaksanaan PAK21 ketika PdPc apabila seramai 6.3% (2) responden memilih skala 5 (sangat setuju) dan 78.1% (25) responden memilih skala 4 (setuju). Manakala hanya seramai 6.3% (2) responden masing-masing memilih skala 3 (kurang setuju) dan skala 2 (tidak setuju). Tiada responden memilih skala 1 (sangat tidak setuju). Item 5 menunjukkan pemahaman guru amat jelas bahawa PAK21 boleh berlaku di bilik darjah dan di luar bilik darjah. Ini dibuktikan apabila seramai 21.8% (7) responden memilih skala 5 (sangat setuju) dan 68.8% (22) responden memilih skala 4 (setuju) dengan pernyataan tersebut. Hanya 3.1% (1) responden memilih skala 3 (kurang setuju) dan 6.3% (2) responden memilih skala 2 (tidak setuju). Tiada responden memilih skala 1 (sangat tidak setuju) bagi penyataan tersebut. Di bawah pimpinan pentadbiran yang baru, guru-guru membudayakan PAK21 semasa PdPc. Ini dijelaskan di dalam item 6 apabila seramai 71.9% (23) responden memilih skala 5 (sangat setuju) dan skala 4 (setuju). Hanya 25% (8) responden memilih skala 3 (kurang setuju) dan 3.1% (1) responden memilih skala 2 (tidak setuju). Tiada responden memilih skala 1 (sangat tidak setuju) bagi penyataan tersebut. Item 7 menunjukkan pemahaman guru amat jelas berkaitan penilaian PdPc yang diperolehi sepanjang proses PdPc berlangsung. Ini dibuktikan apabila seramai 100% (32) reponden memilih skala 5 (sangat setuju) bahawa penilaian PdPc berlaku sepanjang proses PdPc berlangsung. Bagi item 8 seramai 12.5% (4) responden memilih skala 5 (sangat setuju) dan 68.8% (22) responden memilih skala 4 (setuju) bahawa GB dan pentadbir membudayakan komunikasi dua hala bersama warga sekolah bagi memastikan maklumat diterima dengan jelas. Hanya 15.6% (5) responden memilih skala 3 (kurang setuju) dan 3.1% (1) responden memilih skala 2 (tidak setuju). Tiada responden memilih skala 1 (sangat tidak setuju) bagi penyataan tersebut. Item 9 juga jelas menunjukakan responden bersetuju bahawa GB menggunakan medium yang betul dan tepat untuk memastikan maklum balas dan tindakan ssegera dapat diambil oleh warga sekolah. Ini dibuktikan apabila seramai 84.4% (27) responden memilih skala 5 (sangat setuju) dan skala 4 (setuju) bagi penyataan tersebut. Hanya 15.6% (5) responden sahaja memilih skala 3 (kurang setuju) dan skala 2 (tidak setuju). Tiada responden memilih skala 1 (sangat tidak setuju) bagi penyataan tersebut. Item 10 menjelaskan GB membimbing dan membantu warga sekolah untuk memahami hala tuju sekolah dan menyempurnakan tugas serta memotivasikan mereka untuk melakukan 250


yang terbaik demi kecemerlangn sekolah dan profesion perguruan. Ini dibuktikan apabila seramai 25% (8) responden memilih skala 5 (sangat setuju) dan seramai 68.8% (22) responden memilih skala 4 (setuju). Hanya 3.1% (1) respnden masing-masing memilih skala 3 (kurang setuju) dan skala 2 (tidak setuju). Tiada responden memilih skala 1 (sangat tidak setuju) bagi penyataan ini. 5.2 Analisis Statistik Penakbiran (Inferen) Secara Peratus Dapatan Pra Dan Pasca Statistik Penakbiran (inferen) digunakan untuk membuat perbandingan dapatan pra dan pasca bagi membolehkan pengkaji membuat rumusan ramalan atau kenyataan ke atas perubahan pemahaman dan penerimaan responden. Perbezaan peratus (%) ujian pra dan pasca digunakan sebagai penanda kepada keberkesanan tindakan dan strategi yang dilaksanakan oleh kepimpinan baharu sekolah dalam usaha menyebar luaskan pemahaman konsep dan pelaksanaan TS25 di sekolah. Dapatan perbezaan peratus (%) analisis pra dan pasca dapat dilihat di dalam jadual di bawah : Jadual 3 : Perbandingan Kefahaman maksud dan konsep pelaksanaan TS25 1. Anda faham maksud dan konsep pelaksanaan TS25 dengan jelas di sekolah anda? 1 2 3 4 5 (STS) (TS) (KS) (S) (SS) Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca 28.1% - 46.8% 3.1% 18.8% 28.1% 6.3% 62.5% - 6.3% Untuk item faham maksud dan konsep pelaksanaan TS25 dengan jelas, bagi skala 1 hingga 3 ujian pra mencatatkan 93.7% tidak faham. Hanya 6.3% sahaja yang memahami. Manakala bagi ujian pasca untuk 1 hingga 3 hanya 31.2% yang masih belum memahami. Ini bermakna skala 4 dan 5 berlaku peningkatan yang ketara sebanyak 62.5%. Jadual 4: Perbandingan pemimpin membantu dalam proses memahami TS25 dan konsep pelaksanaannya 2. GB dan pentadbir membantu anda dalam proses memahami TS25 dan konsep pelaksanaannya sebagai warga sekolah 1 2 3 4 5 (STS) (TS) (KS) (S) (SS) Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca 28.1% 62.5% 6.3% 21.9% 3.1% 59.3% 18.8% Bagi item GB dan pentadbir membantu anda dalam proses memahami TS25 dan konsep pelaksanaannya, skala 1 hingga 3 ujian pra mencatatkan 96.9% memilih tidak membantu. Hanya 3.1% sahaja yang memilih membantu. Manakala bagi ujian pasca untuk skala 1 hingga 3 hanya 21.9% memilih tidak membantu. Manakala bagi skala 4 dan 5 terdapat peningkatan peratus yang ketara sebanyak 75% memilih membantu berbanding 3.1% sebelumnya. 251


Jadual 5: Perbandingan pentadbir membantu menjelaskan warga sekolah bagaimana menjayakan TS25 di sekolah 3. GB dan pentadbir membantu menjelaskan bagaimana cara untuk menjayakan TS25 di sekolah anda. 1 (STS) 2 (TS) 3 (KS) 4 (S) 5 (SS) Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca 15.6% 78.1% 3.1% 6.3% 12.5% 78.1% 6.3% Seterusnya bagi item GB dan pentadbir membantu menjelaskan bagaimana cara untuk menjayakan TS25 di sekolah, skala 1 hingga 3 ujian pra mencatatkan 100% memilih tidak membantu menjelaskan. Manakala bagi ujian pasca untuk skala 1 hingga 3 hanya 15.6% memilih tidak membantu menjelaskan. Manakala bagi skala 4 dan 5 terdapat peningkatan peratus yang ketara sebanyak 84.4% memilih membantu menjelaskan berbanding 0% sebelumnya. Jadual 6: Perbandingan pelaksanaan PAK21 ketika PdPc 4. Adakah anda faham pelaksanaan PAK21 ketika PdPc. 1 (STS) 2 (TS) 3 (KS) 4 (S) 5 (SS) Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca 21.9% 46.8% 6.3% 25% 6.3% 6.3% 78.1% 6.3% Untuk item faham pelaksanaan PAK21 ketika PdPc, skala 1 hingga 3 ujian pra mencatatkan 93.7% memilih tidak faham. Hanya 6.3% sahaja yang memilih faham. Manakala bagi ujian pasca untuk skala 1 hingga 3 hanya 12.6% memilih masih tidak faham. Manakala bagi skala 4 dan 5 berlaku peningkatan peratus kefahaman yang sangat besar sebanyak 78.1% berbanding 6.3% sebelumnya. Jadual 7: Perbandingan pelaksanaan PAK21 di bilik darjah dan di luar bilik darjah 5. PAK21 boleh berlaku di bilik darjah dan di luar bilik darjah 1 (STS) 2 (TS) 3 (KS) 4 (S) 5 (SS) Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca 25% 46.8% 6.3% 21.9% 3.1% 6.3% 68.8% 21.8% Seterusnya bagi PAK21 boleh berlaku di bilik darjah dan di luar bilik darjah skala 1 hingga 3 ujian pra mencatatkan 93.7% tidak menerima penyataan item. Hanya 6.3% sahaja yang menerima. Manakala bagi ujian pasca untuk skala 1 hingga 3 hanya 9.4% tidak menerima. Sebaliknya bagi skala 4 dan 5 terdapat peningkatan peratus yang ketara sebanyak 84.3% memilih menerima penyataan item berbanding 6.3% pada ujian pra. 252


Jadual 8: Perbandingan membudayakan PAK21 semasa PdPc 6. Anda membudayakan PAK21 semasa PdPc 1 (STS) 2 (TS) 3 (KS) 4 (S) 5 (SS) Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca 84.4% 3.1% 15.6% 25% 65.6% 6.3% Untuk item membudayakan PAK21 semasa PdPc, skala 1 hingga 3 ujian pra mencatatkan 100% tidak jelas kaedah membudayakan PAK21. Manakala bagi ujian pasca untuk skala 1 hingga 3 hanya 28.1% masih tidak jelas. Sebaliknya bagi skala 4 dan 5 terdapat peningkatan peratus yang ketara sebanyak 71.9% jelas tentang membudayakan PAK21 berbanding 0% pada ujian pra. Jadual 9: Perbandingan penilaian PdPc adalah melalui hasil yang diperolehi sepanjang PdPc berlangsung 7. Penilaian PdPc adalah melalui hasil yang diperolehi sepanjang PdPc berlangsung 1 (STS) 2 (TS) 3 (KS) 4 (S) 5 (SS) Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca 100% 100% Seterusnya untuk item penilaian PdPc adalah melalui hasil yang diperolehi sepanjang PdPc berlangsung, keputusan ujian pra dan pasca adalah sama iaitu mencatatkan 100% menerima bahawa penilaian PdPc berlakau sepanjang proses pembelajaran. Jadual 10: Perbandingan pembudayaan komunikasi dua hala oleh kepimpinan baharu 8. GB dan pentadbir membudayakan komunikasi dua hala dalam memastikan maklumat diterima dengan jelas. 1 (STS) 2 (TS) 3 (KS) 4 (S) 5 (SS) Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca 81.2% 3.1% 18.8% 15.6% 68.8% 12.5% Bagi item GB dan pentadbir membudayakan komunikasi dua hala dalam memastikan maklumat diterima dengan jelas, skala 1 hingga 3 ujian pra mencatatkan 100% memilih tidak membudayakan komunikasi dua hala. Manakala bagi ujian pasca untuk skala 1 hingga 3 hanya 18.7% memilih tidak membudayakan komunikasi dua hala. Sebaliknya bagi skala 4 dan 5 terdapat peningkatan peratus yang ketara sebanyak 81.3% memilih membudayakan komunikasi dua hala berbanding 0% pada ujian pra. 253


Jadual 11: Perbandingan GB menyampaikan maklumat dengan menggunakan medium yang betul dan tepat 9. GB menyampaikan maklumat dengan menggunakan medium yang betul dan tepat supaya maklum balas dan tindakan segera dapat diambil oleh warga sekolah. 1 (STS) 2 (TS) 3 (KS) 4 (S) 5 (SS) Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca 12.5% 84.4% 3.1% 3.1% 12.5% 78.1% 6.3% Seterusnya bagi item GB menyampaikan maklumat dengan menggunakan medium yang betul dan tepat supaya maklum balas dan tindakan segera dapat diambil oleh warga sekolah, skala 1 hingga 3 ujian pra mencatatkan 100% memilih tidak menggunakan medium yang betul dan tepat. Manakala bagi ujian pasca untuk skala 1 hingga 3 hanya 15.6% memilih tidak menggunakan medium yang betul dan tepat. Sebaliknya bagi skala 4 dan 5 terdapat peningkatan peratus yang ketara sebanyak 84.4% memilih menggunakan medium yang betul dan tepat berbanding 0% pada ujian pra. Jadual 12 : Perbandingan kepimpinan membimbing dan membantu warga sekolah memahami hala tuju sekolah 10. GB membimbing dan membantu warga sekolah memahami hala tuju sekolah dan menyempurnakan tugas serta memotivasikan mereka untuk melakukan yang terbaik demi kecemerlangan sekolah dan profesion perguruan 1 (STS) 2 (TS) 3 (KS) 4 (S) 5 (SS) Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca 78.1% 9.3% 3.1% 6.3% 3.1% 6.3% 68.8% 25% Bagi item GB membimbing dan membantu warga sekolah memahami hala tuju sekolah dan menyempurnakan tugas serta memotivasikan mereka untuk melakukan yang terbaik demi kecemerlangn sekolah dan profesion perguruan, skala 1 hingga 3 ujian pra mencatatkan 93.7% memilih tidak membimbing dan membantu. Hanya 6.3% sahaja memilih membantu. Manakala bagi ujian pasca untuk skala 1 hingga 3 hanya 6.2% memilih tidak membimbing dan membantu. Sebaliknya bagi skala 4 dan 5 terdapat peningkatan peratus yang ketara sebanyak 87.5% memilih membimbing dan membantu berbanding 6.3% pada ujian pra. 6.0 RUMUSAN DAN IMPLIKASI 6.1 Cadangan Setelah meneliti analisa ujian pra, pengkaji mendapati tahap kefahaman dan pelaksanaan konsep TS25 dalam kalangan guru dan warga SK Seri Selamat masih rendah. Hal ini boleh dijelaskan apabila majoriti responden memilih skala 1 hingga 3 bagi kesemua item melebihi 50% iaitu menolak penyataan, kecuali bagi item 7 dimana 100% responden bersetuju dengan penyataan item. Dapatan ini menjelaskan untuk tempoh 2 tahun pelaksanaan TS25 di SK Seri Selamat guru-guru dan kakitangan tidak dapat memahami apatah lagi untuk melaksanakan TS25 ini dengan berkesan seperti yang dihasratkan oleh KPM. Seterusnya dapatan ini juga menunjukkan terdapat kepincangan/kelemahan kepimpinan sekolah dalam pendekatan menyampaikan maklumat yang jelas tentang konsep TS25 dan pelaksanaannya kepada warga sekolah. Kelemahan ini merujuk kepada gaya kepimpinan yang dipraktikkan dalam menyampaikan dan melaksanakan TS25 di SK Seri Selamat untuk tempoh 2 tahun menjadi 254


sekolah TS25 bermula tahun 2019 adalah tidak bersesuaian dengan citrasa warga sekolah. Ini menjadikan kepimpinan sekolah tidak berkesan dan tidak menepati keperluan konsep TS25 yang menekankan kepada dimensi pemimpin berkesan. Berdasarkan dapatan ini beberapa intervensi dan strategi telah diambil secara drastik oleh kepimpinan sekolah bagi menangani permasalahan pemahaman guru dan kakitangan terhadap konsep TS25 dan pelaksanaannya di SK Seri Selamat. Intervesi dan strategi yang telah diambil adalah perubahan struktur organisasi berdasarkan Model CEO antaranya pendekatan kebersamaan dalam tindakan (Together We Are The Best) dan komunikasi tanpa sempadan. 6.2 Rumusan dan Kesimpulan Sebagai rumusan kepimpinan merupakan elemen penting dalam proses transformasi organisasi (sekolah) untuk menjadi sebuah komuniti pembelajaran. Setiap pemimpin perlu melakukan sesuatu untuk mendorong, memahami dan membangunkan potensi individu dan pasukan di dalam organisasinya melalui pembelajaran berterusan. Menurut Watkins & Marsick (1993), pemimpin membantu orang lain membentuk wawasan yang kolektif supaya keseluruhan organisasi dapat berfungsi. Hasil dapatan kajian oleh Muhammad Faizal (2008) mendapati antara ciri sekolah berkesan di Malaysia ialah sekolah sebagai organisasi pembelajaran. Organisasi pembelajaran mempunyai kelebihan dari segi menyokong dan menggalakkan pembelajaran yang berterusan kepada semua lapisan warga sekolah. Pembelajaran berterusan mampu merangsang motivasi di kalangan guru dan murid. Pemimpin untuk pembelajaran dilihat perlu untuk kejayaan orang lain. Dalam erti kata lain, adalah sukar untuk membentuk organisasi pembelajaran tanpa galakkan dari pemimpin yang sesuai dalam organisasi. Untuk sesebuah organisasi bergerak ke arah visi organisasi, individu dalam organisasi mesti menerima sepenuhnya perkongsian akauntabiliti untuk kemajuan organisasi dan kepimpinan inovatif. Bukan semua individu mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan. Pemimpin yang berkesan berkait rapat dengan sejauh mana penerimaan ahli organisasi terhadap kepimpinannya. Kemampuan beliau membawa perubahan dan menghadapi halangan serta rintangan sering dinilai. Pemimpin begini biasanya tahan diuji dan bersedia mengambil risiko tehadap sebarang keputusan yang telah diambilnya. Dapatan daripada kajian ini jelas menunjukkan bahawa guru dan warga sekolah seharusnya didedahkan dengan konsep dan penerangan yang jelas berkaitan TS25. Ini kerana guru dan kakitangan merupakan kumpulan pelaksana bagi setiap perubahan yang direncanakan oleh pentadbir. Diharapkan dapatan ini dapat digunakan oleh pihak lain seperti untuk memartabat dan memperkasakan lagi sistem pendidikan negara. 255


RUJUKAN Hussein Mahmood. (2008). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ishak, R., & Faizal, M. (2012). Amalan Kepimpinan Terbaik untuk Sekolah “Organisasi Pembelajaran”. Jurnal Pendidikan Malaysia, 37(2), 35-41. Katzenmeyer, M., & Moller, G. (2009). Awakening the sleeping giant: Helping teachers develop as leaders. Corwin Press. Lewin, K. (1951). Resolving Social conflicts & field 1997: theory in the social science. Washington: American Psychological Association. Muhammad Faizal A. Ghani. 2008. Pembentukan model keberkesanan dan penambahbaikan sekolah di Malaysia.Tesis Doktor Falsafah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Othman, M. B., & Ahmad, M. K. (2003). Pengantar Komunikasi (UUM Press). UUM Press. Usang Anak Ngrambang, Abdul Jawi Abnoh Sawi & Kamarudin Mansur. (2010). Hubungan Kepemimpinan Pengetua Dan Kepuasan Kerja Guru Dengan Prestasi Peperiksaan. Dimuat turun pada 17.11.2012 dari http://www.iab.edu.my/sn19/KertasFinal/Usang_%20 Hubungan%20Kepemimpinan%20%20Prestasi%20Peperiksaan.pdf (Tidak jelas sumber) Watkins, K. E., & Marsick, V. J. (1993). Sculpting the Learning Organization. San Francisco, CA: Jossey-Bass. 256


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TINGKATAN 5 PSV MENULIS RUMUSAN MENGGUNAKAN TEKNIK LUMUS (LULUS RUMUSAN) BAZILAH BINTI BAHARUDIN¹, ZURITA BINTI ABDUL AZIZ² SMK Dato’ Ahmad, Hulu Perak [email protected] ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran menulis rumusan dalam kalangan murid tingkatan lima. Teknik LUMUS dihasilkan dan digunakan untuk membantu memudahkan murid mengenalpasti fokus soalan, mengumpul isi yang tepat dan cukup berdasarkan bahan petikan bagi memperoleh markah cemerlang bagi soalan rumusan selain meningkatkan kemahiran mengajar rumusan dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan 9 orang murid dari satu kelas tingkatan lima yang dinamakan murid PASKAL(Pasti akan lulus). Ujian Penilaian telah dilaksanakan untuk mengesan tahap kelemahan murid dalam menulis rumusan. Selepas guru mengajar menggunakan Teknik LUMUS, hasil ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun nanti akan menunjukkan dapatan ini menunjukkan bahawa Teknik LUMUS telah berjaya membantu murid untuk cemerlang dalam menulis rumusan. Kesimpulannya, penggunaan kaedah menulis rumusan menggunakan LUMUS ini adalah sesuai dan releven digunakan oleh guru Bahasa Melayu untuk meningkatkan kemahiran menulis rumusan dalam kalangan murid. Implikasi kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan ilmu pengetahuan dan amalan mengajar rumusan khususnya terhadap guru dan murid dalam mempelajari Bahasa Melayu. Kata kunci: Bahasa Melayu, Rumusan 1.0 Pengenalan Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Antara objektif Bahasa Melayu diajar di sekolah adalah untuk melahirkan idea dan pendapat secara lisan menggunakan kata, istilah, frasa, ungkapan, dan ayat yang betul dan gramatis. Namun demikian masih terdapat murid yang tidak dapat menguasai sepenuhnya kemahiran menulis rumusan dalam bahasa Melayu (Mohamed, 2016). Hakikatnya, Bahasa Melayu merupakan satu mata pelajaran penting dan penentu kepada pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa menekankan tentang, guru perlulah kreatif dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Menurut Chuah dan Al Amin (2022) proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah pengajaran kreatif harus dipertingkatkan supaya dapat 257


merangsangkan minda murid dalam menjawab soalan. Sehubungan itu, guru perlu sentiasa berusaha mendorong murid untuk berfikir dan menyelesaikan masalah secara kreatif demi memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Dalam subjek bahasa Melayu juga, kemahiran menulis merupakan kemahiran asas yang murid perlu dikuasai selain kemahiran mendengar bertutur dan kemahiran membaca. Semua kemahiran bahasa ini dilihat saling melengkapi untuk membolehkan murid menguasai bahasa Melayu dengan cemerlang. Namun demikian, gaya penulisan dalam kalangan murid pengkaji masih kurang kreatif dan amat memerlukan latihan yang berterusan. Murid didapati masih tidak dapat menulis rumusan dengan lengkap dengan format yang betul. Kesannya, murid hanya mampu memperoleh markah dalam kategori sederhana dan lemah. Penekanan dan fokus utama kajian ini adalah memastikan semua murid pengkaji dapat menguasai teknik dan kemahiran menulis rumusan agar mereka berjaya mendapat peningkatan markah bagi kertas 2. Rumusan menjadi fokus kajian pengkaji memandangkan berdasarkan pemerhatian pengkaji murid agak keliru untuk mengenalpasti fokus dan mengaitkan dengan isiisi yang terdapat dalam bahan rumusan. 2.0 Fokus kajian Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM mempunyai dua bahagian, iaitu Bahasa Melayu Kertas 1 (1103/1) dan Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2). Format pentaksiran bagi mata pelajaran ini telah mengalami perubahan format bermula tahun 2020 iaitu berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Satu instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 ialah rumusan. Rumusan merupakan satu komponen penting dengan peruntukan markah yang ditetapkan sebanyak 30 markah. Aspek yang diberikan penekanan dalam penulisan rumusan ialah kemahiran mengenalpasti beberapa kata kunci atau fokus yang terdapat dalam pelbagai bahan yang diberikan dalam soalan. Berdasarkan kata kunci atau fokus tersebut pelajar mesti mengumpul 8 isi dengan tepat daripada semua bahan yang diberikan. Oleh itu, penulisan rumusan memerlukan pelajar yang mahir menguasai maklumat yang terdapat dalam petikan dan mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi untuk memastikan mereka menguasai semua bahan yang diberikan. Sehubungan itu, projek penyediaan dan pemilihan bahan-bahan bantu mengajar (BBM) dengan Teknik LUMUS disediakan yang bertujuan untuk membantu murid 5 PSV bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam aspek penulisan rumusan. Berdasarkan ujian rumusan yang dilaksanakan oleh guru kepada 9 orang murid pada Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) tingkatan 4 didapati 9 murid dalam kelas PSV dan 1 orang dari kelas SGT berkenaan memperoleh markah kurang daripada 10 markah dalam penulisan rumusan. Murid lemah dalam penulisan rumusan berpunca daripada kegagalan memahami tugasan soalan. Pendedahan terhadap isu kegagalan pelajar dalam pembelajarannya, khususnya dalam penulisan rumusan perlu dilaksanakan segera dan tidak boleh dibiarkan berpanjangan. Seandainya mereka tidak menguasai kemahiran menulis rumusan dengan baik kebarangkalian mereka tidak akan mendapat keputusan cemerlang. Oleh itu, kajian tindakan perlu dilakukan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menulis rumusan dengan menggunakan kaedah terancang dan sistematik serta mudah dikuasai murid. Selain itu, perlu ada satu pendekatan dan strategi yang sesuai dan pelbagai untuk pengajaran dan pembelajaran menulis karangan. Lantaran itu, bagi meningkatkan kemahiran menulis karangan melalui Teknik LUMUS. 258


2.1 Objektif Kajian Objektif kajian ini ialah: 1. Murid dapat mengenalpasti fokus soalan. 2. Murid dapat mengumpul isi yang tepat dan cukup berdasarkan bahan petikan. 3. Murid memperoleh markah cemerlang bagi soalan rumusan. 2.2 Persoalan Kajian 1. Adakah murid dapat mengenal pasti fokus kajian? 2. Adakah murid dapat mengumpulkan isi yang tepat dan cukup berdasarkan bahan petikan? 3. Adakah murid dapat memperoleh markah yang cemerlang bagi soalan rumusan? 2.3 Kumpulan Sasaran Kajian melibatkan pengajaran seorang guru dan 9 orang murid Tingkatan 5 iaitu 8 orang murid 5 PSV dan seorang murid 5 SGT. Mereka terdiri daripada 5 orang murid Melayu,3 orang murid cina dan 1 orang murid India, 4 orang murid perempuan dan 5 orang murid lelaki. Keseluruhan kebolehan murid ini adalah pada tahap lemah dalam menulis rumusan dan sederhana dalam bahagian soalan yang lain. Oleh itu, kajian tindakan dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut. 3.0. Metodologi Kajian Kajian ini dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. 3.1 Pemerhatian Sikap murid yang kurang fokus dan kurang memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru didapati telah menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi kemahiran murid dalam penulisan rumusan. Malahan keupayaan berfikir dan menyelesaikan masalah secara kreatif murid untuk menyelesaikan latihan yang diberikan oleh guru menyebabkan penulisan rumusan mereka menjadi kurang berkualiti. Masalah yang mereka hadapi ini dapat diperhatikan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Berdasarkan pemerhatian, sikap murid dilihat secara langsung di dalam kelas sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 3.2 Ujian Penilaian Akhir Tahun Tingkatan 4 (Ujian Pra) Ujian penilaian Akhir tahun tingkatan 4 ialah ujian yang dilaksanakan sebelum intervensi dilakukan. Ujian ini diberikan kepada murid untuk mengukur tahap pencapaian mereka dalam penulisan rumusan sebelum pelaksanaan teknik LUMUS. Dapatan kajian dalam ujian pra menunjukkan bahawa, semua murid mendapat markah sederhana iaitu antara 8 hingga 15 markah. Manakala tidak ada murid yang mendapat markah cemerlang dan baik. 259


Jadual 1: Pencapaian Murid Dalam Ujian Penilaian Akhir Tahun Tingkatan 4 MURID PASKAL Bil Nama Murid Ujian 1 1 Murid 1 3 2 Murid 2 0 3 Murid 3 0 4 Murid 4 0 5 Murid 5 15 6 Murid 6 0 7 Murid 7 5 8 Murid 8 4 9 Murid 9 3 3.3 Tindakan Yang Dilaksanakan Berdasarkan pemerhatian dan ujian pra, maka pengkaji telah melaksanakan satu intervensi untuk meningkatkan kemahiran menulis rumusan dalam kalangan murid-murid ini. Di dalam kajian tindakan ini, pengkaji mendorong murid-murid untuk menjawab soalan rumusan menggunakan Teknik LUMUS ini. Setiap minggu, aktiviti latihan penulisan rumusan akan dijalankan. Aktiviti tersebut memerlukan murid menulis rumusan berpandukan pelbagai bahan yang diberikan oleh guru. Guru merancang aktiviti sesuai agar murid dapat menguasai pembelajaran. Sebelum menulis rumusan, guru memberikan penerangan tentang Teknik LUMUS. Perkataan LUMUS merupakan akronim bagi semangat LULUS RUMUSAN yang merujuk kepada susun kerja murid bagi menghasilkan sebuah rumusan yang lengkap dan tepat. Cetusan idea LUMUS telah saya hasilkan berdasarkan strategi penting dalam proses menulis rumusan iaitu persediaan: a. Sebelum menulis rumusan b. Semasa membaca semua bahan yang diberikan dalam soalan (Petikan atau grafik) dan mengenalpasti semua fokus yang terdapat dalam bahan yang diberikan. c. Semasa mengumpul isi-isi penting berdasarkan fokus soalan. d. Memberikan idea yang bernas dan lengkap sebagai kesimpulan rumusan dengan mengetengahkan isu atau tema dalam bahan. 260


Murid dibimbing untuk melaksanakan dua langkah membuat rumusan berdasarkan LUMUS iaitu: Langkah Pertama: a. Sebelum membuat rumusan murid akan melakarkan LUMUS yang berbentuk jadual. b. Semasa membaca dan menganalisis bahan yang disediakan sama ada dua atau lebih murid akan membuat catatan pada jadual yang telah dihasilkan. c. Murid akan menyenaraikan fokus-fokus soalan yang terdapat dalam setiap bahan sama ada petikan ataupun grafik. d. Murid juga akan menyenaraikan isi-isi yang diperoleh daripada bahan mengikut fokus yang tepat. Langkah Kedua: a. Murid akan mula menulis rumusan dengan membuat pendahuluan berdasarkan fokus dalam jadual b. Seterusnya murid akan menentukan isi mengikut keutamaan fokus bagi menulis perenggan isi. c. Akhirnya murid akan menulis kesimpulan yang lengkap sebagai penutup rumusan berpandukan tema bahan dengan mengemukakan cadangan serta kesan atau harapan. Aktiviti menulis Rumusan menggunakan Teknik LUMUS : Rajah 1: Menghafal untuk mengingat Roda Fokus 261


4.0 Dapatan Kajian Setelah beberapa aktiviti dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang dijalankan, dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam penguasaan kemahiran menulis rumusan dalam kalangan murid tingkatan 5 yang terlibat dalam kajian ini. Murid sendiri melakukan penerokaan kendiri berdasarkan panduan yang diberikan oleh guru berdasarkan pendekatan berfokus. Kelemahan murid dalam menulis rumusan dapat dapat di atasi bagi murid yang berpotensi cemerlang. Manakala murid yang lemah dapat diminimumkan kesilapan menulis rumusan. Setiap kali latihan menulis rumusan, pengkaji telah memeriksa latihan tersebut dan memberikan markah mengikut standard SPM sebenar. Jadual 2: Pencapaian Pelajar Dalam Ujian 1 2023 MURID PASKAL Jadual 3: Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pertengahan Tahun 2023 MURID PASKAL Bil Nama Murid Ujian 1 1 Murid 1 8 2 Murid 2 6 3 Murid 3 5 4 Murid 4 8 5 Murid 5 17 6 Murid 6 8 7 Murid 7 10 8 Murid 8 8 9 Murid 9 7 Bil Nama Murid Ujian 1 1 Murid 1 10 2 Murid 2 10 3 Murid 3 9 4 Murid 4 12 5 Murid 5 18 6 Murid 6 11 7 Murid 7 12 8 Murid 8 13 9 Murid 9 10 262


MARKAH MURID PASKAL 20 18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 PASKAL 1 PASKAL 2 PASKAL 3 PASKAL 4 PASKAL 5 PASKAL 6 PASKAL 7 PASKAL 8 PASKAL 9 PAT 2022 UJIAN 1 PPT 2023 Rajah 2: Graf Peningkatan Markah Murid PASKAL Graf di atas menunjukkan pencapaian murid pengkaji selepas menulis rumusan menggunakan teknik LUMUS. Terdapat peningkatan markah murid PASKAL bagi soalan rumusan. Jika latih tubi berterusan diberikan kepada murid PASKAL boleh mendapat markah yang lebih tinggi. 5.0. RUMUSAN Rumusannya, penggunaan teknik LUMUS ini telah berjaya meningkatkan kemahiran menulis rumusan dalam kalangan murid. Guru juga telah meningkatkan kemahiran mengajar rumusan melalui teknik yang diperkenalkan ini. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, langkah-langkah dan aktiviti pengajaran yang dirancang telah dilaksanakan dengan lancar. Berdasarkan pemerhatian, semasa aktiviti pembelajaran, didapati kemahiran berfikir kreatif dan keyakinan murid untuk menjawab soalan rumusan semakin meningkat. Murid rajin membuat penerokaan kendiri melalui pelbagai sumber. Soalan-soalan rumusan yang diberikan diambil daripada pelbagai bahan. Walau bagaimanapun pencapaian murid bagi ujian pra agak kurang cemerlang, namun melalui bimbingan guru dengan teknik yang digunakan mampu meningkatkan pencapaian murid yang sederhana dan lemah menulis rumusan kepada tahap yang lebih baik dan cemerlang. Keadaan ini terbukti melalui ujian pasca yang dilaksanakan berlaku peningkatan markah dalam soalan rumusan bagi peperiksaan Ujian 1 dan Ujian Pertengahan Tahun. Masalah pembelajaran murid yang ditunjukkan melalui tingkah laku pembelajaran murid pasif telah dapat diatasi. Sikap mereka yang gemar berbual, kurang tumpuan, dan tidak minat membuat latihan amat berkurangan. Secara tidak langsung menunjukkan bahawa teknik LUMUS mampu memberi panduan kepada murid untuk meningkatkan pembelajaran sekali gus menjadi aktif dan fokus bagi mencapai kecemerlangan dalam penulisan Rumusan. 263


6.0 KESIMPULAN Berdasarkan dapatan ujian pra, langkah membina Teknik LUMUS adalah perlu bagi tujuan mencapai objektif kajian yang ditetapkan. Dapatan kajian dalam ujian 1 dan ujian pertengahan tahun telah membuktikan bahawa teknik LUMUS telah berjaya membantu murid meningkatkan penguasaan menulis rumusan dan pencapaian yang lebih cemerlang. Murid didapati telah berjaya mengenal pasti fokus soalan dengan lebih mudah. Hasilnya didapati mereka berupaya mengumpul isi yang tepat dan cukup berdasarkan bahan petikan malahan murid yang terlibat dalam kajian ini telah berjaya memperoleh markah cemerlang bagi soalan rumusan. Teknik yang diperkenalkan ini telah digunakan secara meluas dalam kalangan guru sekolah pengkaji untuk membantu murid meningkatkan penguasaan mereka dalam menulis rumusan khususnya dalam kalangan murid menengah atas. Kecekapan guru dalam mengajar kemahiran menulis rumusan juga telah berjaya ditingkatkan melalui penggunaan teknik ini. Dalam kajian seterusnya diharapkan guru menggunakan teknik LUMUS ini untuk mengajar kelas murid sederhana dan lemah kerana kajian yang pengkaji telah lakukan ini melibatkan murid PASKAL. Oleh itu, sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu, pencapaian murid dalam penulisan Rumusan ini diharap dapat membantu meningkatkan peratus keseluruhan markah Kertas 2 Bahasa Melayu khususnya di peringkat SPM 2023 nanti. 264


RUJUKAN Chuah, Siew Mei and Al Amin, Mydin (2022). Pengaruh Amalan PenyeliaanTerhadap Pengajaran Kreatif Guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. pp. 30-40. ISSN E-ISSN: 2289- 9669 Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohamed, H. (2016). Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Melalui Penggunaan Track Changes. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 13(1), 135–159. 265


MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID 6S2C DALAM MENGHASILKAN GRAF PENGAJIAN AM MENGGUNAKAN TEKNIK DO-DO LEE SHENG YUE SMK Methodist (ACS), Sitiawan, Perak [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan murid 6S2C menghasilkan graf bagi mata pelajaran Pengajian Am Semester 2. Model Kemmis & McTapelajarggart (1988) digunakan sebagai asas kerangka konseptual kajian. Seramai 10 orang 6S2C dipilih secara pensampelan bertujuan di SMK Methodist (ACS) Sitiawan. Soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan data kajian. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu peratus dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam markah pasca ujian berbanding markah praujian bagi menghasilkan graf selepas melaksanakan aktiviti menggunakan teknik Do-Do. Tambahan pula, dapatan kajian menunjukkan terdapat kesan yang positif ke atas strategi pengajaran dan pembelajaran mereka terutamanya suasana belajar menjadi berkolaborasi, berpasukan, menyeronokkan dan ceria. Justeru, kajian ini mencadangkan untuk menambahkan lagi beberapa jenis aktiviti yang melibatkan kumpulan. Selain itu, kajian ini mencadangkan untuk melaksanakan dengan menggunakan teknik yang sama tetapi untuk mata pelajaran berbeza untuk mendapatkan sejauh mana teknik Do-Do ini meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid. Kata Kunci: Pengajian Am, teknik Do-Do 1.0 PENGENALAN Pengajian Am merupakan satu mata pelajaran di peringkat STPM yang menyepadukan pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan ilmu dalam pembelajaran sepanjang hayat. Mata pelajaran ini juga memainkan peranan dalam melahirkan pelajar prauniversiti yang menguasai ilmu dan mengamalkan secara bersepadu, berfikir matang, berkemahiran, berakhlak, dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan diri, bangsa, negara, dan alam sejagat. Tambahan pula, Pengajian Am merupakan mata pelajaran yang wajib lulus penuh iaitu sekurang-kurangnya memperolehi gred C bagi melayakkan murid-murid STPM untuk membuat permohonan kemasukan UPU. 266


1.1 Refleksi Pdpc Yang Lalu Pengkaji telah memeriksa satu lembaran kerja murid-murid 6S2C didapati hampir 60% murid membuat banyak kesilapan semasa menghasilkan graf dalam mata pelajaran Pengajian Am Semester 2. Mereka juga merupakan murid yang sederhana dalam akademik walaupun pelbagai jenis latihan pengukuhan telah diberikan. Selain itu, pengkaji telah berusaha untuk mempelbagaikan kaedah PdPc namun masih terdapat murid yang masih kurang menguasai teknik menghasilkan graf. Sekiranya pengkaji tidak memperbetulkan keadaan ini, pengkaji pasti murid-murid 6S2C tidak dapat menjawab dengan baik bagi mata pelajaran Pengajian Am STPM Semester 2 yang akhirnya menyebabkan kemerosotan dalam pencapaian keseluruhan Pengajian Am STPM Semester 2. 1.2 Fokus Kajian/ Isu Keperihatian Walaupun banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah teknik menghasilkan graf. Mereka melakukan banyak kesilapan apabila menghasilkan graf. Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid ialah: i. Kesilapan dalam label seperti paksi x, paksi y dan titik permulaan ii. Kesilapan dalam skala iii. Kedudukan graf yang dihasilkan kurang kemas iv Kedudukan petunjuk dan sumber kurang tepat Dengan membantu murid menghasilkan graf dengan teknik yang betul, saya yakin murid boleh menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penghasilan graf yang seterusnya akan dapat membantu pelajar lulus dengan baik dalam mata pelajaran Pengajian Am Semester 2. 2.0 TUJUAN/OBJEKTIF KAJIAN 2.1 Objektif Umum : i. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan pencapaian murid 6S2C dalam mata pelajaran Pengajian Am Semester 2. 2.2 Objektif Khusus : i. Meningkatkan kemahiran murid menghasilkan graf dengan betul selepas menggunakan Teknik Do-Do. ii. Meningkatkan peratus murid yang mendapat markah cemerlang untuk bahagian graf. 2.3 Persoalan Kajian : i. Adakah terdapat peningkatan dalam kemahiran murid menghasilkan graf dengan betul selepas menggunakan teknik Do-Do? ii. Adakah terdapat peningkatan dalam peratus murid yang mendapat markah cemerlang untuk bahagian graf? 267


3.0 KUMPULAN SASARAN Peserta kajian ini akan melibatkan 10 orang murid yang terdiri daripada 8 orang murid Melayu, seorang murid India dan seorang murid Cina. Pemilihan murid tersebut kerana mereka masih kurang menguasai teknik dalam menghasilkan graf. 4.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN (REKA BENTUK KAJIAN) 4.1 Langkah-Langkah Tindakan (Berdasarkan Model Kajian Tindakan) Kajian ini telah menggunakan Model Kemmis & McTaggart (1988) iaitu merefleks, merancang, bertindak dan memerhati. Model ini telah dipilih untuk kajian ini kerana model ini sesuai dengan cara perancangan pengajaran dan pembelajaran pengkaji. 4.1.1 Merefleks Praujian dijalankan untuk menguji tahap penguasaan kemahiran menghasilkan graf. Soalan bahagian B graf dilampirkan semasa Praujian dijalankan. Murid 6S2C mengambil bahagian dalam Praujian tersebut. Apabila pengkaji menyemak hasil kerja murid, didapati bahawa murid masih mempunyai banyak kesilapan semasa menghasilkan graf seperti kedudukan yang kurang kemas, kedudukan petunjuk dan sumber kurang tepat dan terdapat kesilapan dari segi label seperti paksi, titik permulaan dan skala dalam hasil kerja yang dihantar. Hal ini jelas membuktikan murid masih tidak berkemahiran dalam menghasilkan graf Pengajian Am. 4.1.2 Merancang i. Pengenalan Teknik Do-Do Teknik Do-Do diperkenalkan setelah pengkaji menguji kefahaman pelajar dengan praujian. Penerangan berkaitan aktiviti diberikan kepada responden dengan jelas. Responden akan melakukan aktiviti yang diberikan guru secara teratur. Justifikasi pemilihan teknik Do-Do dibuat adalah kerana: a. Berpusatkan murid. Teknik Do-Do dapat meningkatkan tingkah laku murid untuk meneroka dan berbincang isi pelajaran secara kendiri. Ini amat bersesuaian dengan Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21). Biasanya teknik Do-Do yang cepat diingat kerana melibatkan perbincangan secara serentak. b. Sesuai digunakan bagi tahap perkembangan fizikal dan mental muridr. Teknik Do-Do dapat menjana pelbagai deria murid secara menyeluruh seperti penggunaan visual yang diikuti oleh audio melibatkan deria lihat, dengar dan cakap. c. Menyeronokkan. Elemen aktiviti melibatkan pergerakan psikomotor pastinya menyeronokkan dan penglibatan aktif semua murid. d. Mesra dengan guru dan menarik bagi murid. Teknik ini mesra dengan guru kerana teknik ini sebenarnya sudah lama wujud cuma melalui teknik perbincangan. 268


4.1.3 Bertindak Langkah 1: Pengkaji membentuk murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan perlu berbincang untuk melantik seorang ketua. Pada masa yang sama, setiap kumpulan mendapat lampiran graf besar. Langkah 2: Pengkaji mengagihkan soalan kepada setiap kumpulan. Langkah 3: Pengkaji meminta murid untuk berbincang dengan ahli kumpulann sambil menjawab soalan dalam lampiran graf besar yang diberikan. Langkah 4: Pengkaji meminta murid untuk membentangkan hasil kerja. Langkah 5: Pengkaji meminta murid untuk menghasilkan graf secara individu. Penutup : Pengkaji meminta murid untuk menghantar hasil kerja masing-masing. Foto 1: Lampiran Graf Besar Foto 2: Pelaksanaan Aktiviti 269


Foto 3: Pelaksanaan Aktiviti Foto 4: Pelaksanaan Aktiviti Foto 5: Hasil Graf Besar Foto 6: Hasil Graf Besar 270


4.1.4 Pemerhatian i. Pasca ujian Setelah aktiviti kelas menggunakan teknik Do-Do dilaksanakan, pengkaji memberi pelajar pasca ujian. Hasil dapatan itu membolehkan pengkaji menilai keberkesanan teknik ini. Jadual 1 menunjukkan perbandingan markah praujian dan pascaujian yang dianalisis. Jadual 1: Peserta Markah pra Markah Pasca Peningkatan/ Pengurangan 1 6 8 2 2 7 7 0 3 7 8 1 4 9 20 11 5 8 16 8 6 7 18 11 7 5 8 3 8 6 20 14 9 6 8 2 10 5 5 0 271


Foto 7: Hasil Graf Pra Ujian Foto 8: Hasil Graf Pra Ujian Foto 9: Hasil Graf PraUjian Foto 10: Hasil Graf PraUjian 272


Foto 11: Hasil Graf Pasca Ujian Foto 12: Hasil Graf Pasca Ujian Foto 13: Hasil Graf Pasca Ujian Foto 14: Hasil Graf Pasca Ujian 273


4.1.4 Soal Selidik Selain itu, item berbentuk soal selidik juga disediakan untuk mengetahui tanggapan mereka dan kesan pendekatan ini terhadap ingatan dan kemahiran mereka menguasai kemahiran menghasilkan graf. Borang soal selidik diedarkan untuk mendapatkan maklum balas murid berhubung teknik pembelajaran yang dilaksanakan sedia ada. Soal selidik ini membolehkan pengkaji mendapat maklumat tambahan berkenaan tanggapan murid berkenaan pembelajaran graf mata pelajaran Pengajian Am. Hasil soal selidik boleh dilihat dalam Carta 2 (a) hingga (j). Carta 2 (a) Carta 2 (b) 274


Carta 2 (c) Carta 2 (d) Carta 2 (e) 275


Carta 2 (f) Carta 2 (g) Carta 2 (h) 276


Carta 2 (i) Carta 2 (j) Melalui borang soal selidik yang telah diisi oleh responden pula, sebahagian besar responden mengatakan bahawa penggunaan teknik Do-Do memberikan kesan yang positif ke atas strategi pengajaran dan pembelajaran mereka terutamanya suasana belajar menjadi berkolaborasi, berpasukan, menyeronokkan dan ceria. Selain itu, terdapat responden yang mengatakan teknik ini mampu meningkatkan ingatan, pemahaman dan kemahiran dalam menghasilkan graf. Namun begitu, terdapat seorang responden yang kurang setuju teknik Do-Do mampu meningkatkan ingatannya dalam menghasilkan graf. Terdapat responden yang mengatakan aktiviti yang dilaksanakan menggunakan tersebut menarik, menyeronokkan dan memberikan manfaat. 5.0 Refleksi Keberkesanan teknik ini dapat dilihat daripada dapatan pasca ujian yang telah pengkaji jalankan. Perbandingan dapatan markah daripada praujian dan pasca ujian boleh dijadikan kayu ukur keberkesanannya. Melalui dapatan markah pasca ujian didapati 4 orang murid mencatatkan peningkatan markah berbanding dapatan daripada markah praujian yang dijalankan. Peningkatan ini dapat dilihat dalam julat yang agak membanggakan sehingga peningkatan 8-14 markah. Terdapat juga 4 orang murid yang mencatatkan peningkatan yang rendah daripada markah pasca ujian yang dijalankan. Peningkatan tersebut dapat dilihat dalam julat peningkatan 1-3 markah. Melalui 277


pemerhatian ini, pengkaji dapat menyimpulkan peningkatan ini berlaku kerana penglibatan murid ini dalam aktiviti PdPc dan pengaplikasian teknik Do-Do dalam pembelajarannya. Terdapat 2 daripada jumlah 10 orang murid tidak menunjukkan peningkatan daripada markah pasca ujian yang dijalankan dengan memperoleh 5 dan 7 markah daripada 20 markah penuh. Pengkaji mendapati terdapat kekangan dalam aplikasi teknik ini. Kekangan masa merupakan satu aspek. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti ini memerlukan masa untuk setiap murid melibatkan diri secara aktif. 6.0 Cadangan Seterusnya Setelah mengaplikasi teknik ini, pengkaji mendapati teknik ini memang mendatangkan kesan positif kepada murid. Walaupun teknik ini secara dasarnya ada kekangan bagi kumpulan sasaran ini, namun keberkesannya terbukti pada kohort sebelum ini. Walaupun hasilnya memberangsangkan, namun jika dilihat aplikasi teknik ini pada kumpulan sasaran masih banyak mempunyai kekangan. Jadi, pengkaji akan meneruskan teknik ini tetapi akan menambahkan lagi beberapa jenis aktiviti yang melibatkan kumpulan. Sebagai contoh, aktiviti 1 Stay 3 Stray. Pengkaji juga menyarankan kajian lanjut dilaksanakan menggunakan teknik yang sama tetapi untuk mata pelajaran berbeza sebagai contoh Matematik, Sains dan lain-lain. Kajian ke atas mata pelajaran berbeza ini akan dapat membuktikan sejauh mana teknik Do-Do ini boleh membantu mata pelajaran yang berkisarkan fakta. Pengkaji mengharap semoga hasil kajian tindakan ini dapat dimanfaatkan dan mampu menjadikan sesi PdPc lebih menarik, berkesan dan mampu mengubah tanggapan negatif terhadap mata pelajaran Pengajian Am. 278


Rujukan Abdul Rahman Abdul Majid. (2007). Guru Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Azizi Yahya et. al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Rosni Zamuddin Shah Sidek & Rohayah Binti Abdullah. (2010). Amalan Pengajaran Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan. Johor Baharu Mengikut Aras Kognitif Bloom. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. 279


MENINGKATKAN KEMAHIRAN PSIKOMOTOR MURID-MURID TINGKATAN 4 PKKS DENGAN MENGGUNAKAN PROJEK MINUMAN LIMAU KASTURI CHIA SEED ROSLINA BINTI ISHAK¹, MOHAMAD KAZI BIN WAHI², MOHAMMAD IQBAL BIN ZULKIFLI³ SMK Kg. Dato’ Seri Kamaruddin [email protected] Abstrak Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran psikomotor murid-murid tingkatan 4 PKKS melalui Project Based Learning (PBL) minuman Limau Kasturi Chia Seed dalam mata Pelajaran Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) Asas Penyediaan dan Pembuatan Makanan (PPM). Model Pembelajaran Kemmis & McTaggart digunakan sebagai asas kerangka konseptual kajian. Seramai 8 orang Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dipilih secara pensampelan di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Dato’ Seri Kamaruddin digunakan sebagai nstrument untuk mendapatkan data kajian. Data dianalisis melalui pemerhatian, soal selidik, temu bual dan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) murid. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemahiran psikomotor murid. Justeru, kajian ini mencadangkan Projek PBL seperti ini diperluaskan di semua program PPKI di semua sekolah. Kata kunci : Kemahiran Vokasional Spesifik, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas, Projek PBL 1.0 PENGENALAN Inisiatif penanaman pokok limau kasturi di kawasan sekolah bermula pada tahun 2018. Pemilihan tanaman ini adalah atas faktor kesesuaian tanah dan ekosistem sekolah. Kawasan percubaan telah dipilih berhampiran dengan blok kelas pendidikan khas. Pada peringkat awal penanaman, sebanyak 50 pokok limau telah ditanam oleh warga PPKI. Menariknya lagi, setiap pokok limau ditanam di dalam tayar terpakai dan ditanam oleh warga Pendidikan Khas. Ini adalah sebagai langkah kitar semula atau menggunakan bahan terbuang bagi melindungi alam sekitar. Bagi memudahkan proses penyiraman dan pemantauan pokok, projek ini telah diserahkan kepada PPKI. Kini bilangan pokok limau kasturi telah mencecah ke 250 pokok. Rajah 1: Penanaman pokok limau kasturi oleh murid Pendidikan Khas 280


Gotong royong PIBG dan TLDM di Laman Kasturi lambakan buah limau akibat daripada kurang permintaan di pasaran menyebabkan warga sekolah berusaha mempelbagaikan produk. Melalui PBL guru dan murid MBPK diminta mempelbagaikan produk berasaskan limau kasturi. Ini kerana murid MBPK ini mengambil matapelajaran Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) Asas Penyediaan dan Pembuatan Makanan. Menyahut cabaran ini, maka terhasillah produk sulong yang diberi nama ‘Minuman Limau Kasturi D’Seri. D’Seri adalah sempena nama Dato Seri Kamaruddin Menteri Besar Perak. Minuman ini menggunakan jus limau kasturi yang diperah sendiri oleh murid PPKI dan dimasak menggunakan resepi yang telah dicuba jaya oleh Pn. Salina binti Mohamad bersama 8 murid Tingkatan 4 PKKS. Untuk menjadikan minuman lebih baik dan berkhasiat, air minuman tersebut telah dicampurkan dengan chia seed untuk menjadikan minuman ini lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Rajah 2: Produk pertama Minuman Chia Seed Limau Kasturi D’Seri 1.1 Refleksi Pdpc Yang Lalu Daripada pemerhatian pengkaji didapati hampir 70% pelajar membuat banyak kesilapan semasa kelas masakan subjek Asas Penyediaan dan Pembuatan Makanan, terutama dalam memegang pisau, memotong bahan dan menghidupkan api dapur. Mereka juga merupakan murid yang takut pada alatan tajam dan alatan dapur dan mempunyai sedikit masalah dalam psikomotor. Pengkaji telah berusaha untuk mempelbagaikan kaedah PdPc namun masih terdapat murid yang masih takut terutama kepada penggunaan pisau dan dapur gas. Sekiranya pengkaji tidak memperbetulkan keadaan ini, pengkaji pasti kelas ini tidak dapat melaksanakan aktiviti memasak dengan baik bagi mata Pelajaran Asas Masakan dan Penyediaan makanan yang akhirnya menyebabkan murid gagal dalam penilaian akhir Persijilan Kemahiran Malaysia Program Modular. 281


Rajah 3 : Tangan murid terketar-ketar untuk memerah dan memotong buah limau kasturi 2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN Walaupun banyak masalah yang dihadapi oleh murid, pengkaji hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah psikomotor murid. Mereka melakukan banyak kesilapan apabila melakukan aktiviti memasak. Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid ialah: i. Cara penggunaan pisau yang salah (memegang pisau terbalik) memotong atau menghiris menggunakan bahagian yang tumpul. ii. Cara memegang alatan memasak yang salah dan psikomotor lemah ketika menggunakan tenaga untuk memerah. iii. Tangan selalu terketar semasa memerah buah limau dan mengangkat periuk . Keadaan ini akan menyebabkan murid terdedah kepada kecederaan sekiranya murid mengangkat periuk yang panas. Dengan membantu murid menggunakan Projek PBL membuat Minuman Limau Kasturi Chia Seed, pengkaji yakin pelajar boleh menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan masalah psikomotor yang seterusnya akan dapat membantu pelajar lulus dengan baik dalam matapelajaran Asas Penyediaan dan Pembuatan Makanan dan penilaian akhir Persijilan Kemahiran Malaysia Program Modular. 3.0 TUJUAN / OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran psikomotor pelajar dalam mata pelajaran Asas Penyediaan dan Pembuatan Makanan, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Khas. 282


3.2 Objektif Khusus i. Meningkatkan kemahiran psikomotor murid Pendidikan khas memegang pisau dengan betul menggunakan Teknik projek PBL Minuman Limau Kasturi Chia Seed. ii. Meningkatkan kemahiran psikomotor murid menggunakan alatan memasak seperti memegang periuk, mengangkat dan memerah dalam menyediakan air limau kasturi chia seed. iii. Meningkatkan peratus kebolehan murid dalam memasak dan sekali gus dapat mengurangkan kadar kegagalan dalam penilaian. iv. Kebolehpasaran murid. 3.3 Persoalan Kajian i. Adakah terdapat peningkatan dalam kemahiran psikomotor murid Pendidikan Khas memegang pisau dengan betul menggunakan teknik projek PBL Minuman Limau Kasturi Chia Seed? ii. Adakah minat murid meningkat untuk belajar menggunakan kaedah PBL Minuman Limau Kasturi Chia Seed? iii. Adakah terdapat peningkatan dalam peratus murid yang mendapat markah cemerlang bagi matapelajaran Asas Penyediaan dan Pembuatan Makanan? iv. Adakah murid yang mengikuti PBL Minuman Limau Kasturi Chia Seed ini mudah mendapat pekerjaan selepas mereka menamatkan alam persekolahan? 3.4 Kumpulan Sasaran Peserta kajian ini akan melibatkan 8 orang murid yang terdiri daripada pelbagai masalah kecacatan , kesemua mereka terdiri daripada kalangan murid Melayu. Empat orang terdiri daripada masalah lembam (slow Learner), Dua orang masalah Autisme sederhana dan dua orang lagi terdiri daripada murid yang mempunyai masalah ADHD (seorang mempunyai masalah fizikal tangan lemah sebelah kiri). Pemilihan murid tersebut kerana mereka mempunyai masalah dalam psikomotor dan terlibat secara langsung dalam mata pelajaran Asas Penyediaan dan Pembuatan Makanan. 4.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN (Reka Bentuk Kajian) 4.1 Langkah-Langkah Tindakan (Berdasarkan Pemerhatian, Temubual, Soal Selidik Dan Rancangan Pendidikan Individu). Kajian ini telah menggunakan Model Kemmis & McTaggart iaitu merefleks, merancang, bertindak dan memerhati. Model ini telah dipilih untuk kajian ini kerana ia sesuai dengan cara perancangan pengajaran dan pembelajaran pengkaji. 4.1.1 Merefleks Pemerhatian selama 2 minggu telah dijalankan untuk melihat tahap keupayaan kemahiran psikomotor murid-murid tingkatan 4PKKS. Sebanyak 8 orang murid pelbagai kecacatan telah dijalankan ke atas responden . Tempoh masa yang digunakan untuk menguji kemahiran menguasai kemahiran psikomotor adalah selepas selesai sesi pembelajaran selama dua bulan. Satu soal selidik telah dijalankan kepada murid dan ibu bapa selepas selesai 8 kali program PBL memasak air Limau Kasturi Chia Seed. 283


Pengkaji telah membuat analisis pemerhatian terhadap psikomotor murid dalam kelas semasa kelas KVS Asas Penyediaan dan Pembuatan Makanan dijalankan. Murid dilihat agak kurang berkemahiran, takut kepada alatan memasak dan tidak berminat dengan sesi PdPc yang dilaksanakan oleh guru. Pengkaji percaya bahawa murid kurang diberi pendedahan untuk memasak di rumah. Ditambah pula dengan ibu bapa kurang percaya kepada kebolehan anak mereka. Ada juga dikalangan murid yang kekuatan psikomotor mereka agak lemah untuk memegang sesuatu benda. Masalah ini dilihat agak ketara dalam kalangan murid Autisme. Keadaan sebegini menyebabkan murid-murid kurang berminat untuk memasak. Pengkaji turut menganalisis secara pemerhatian kemahiran psikomotor murid melalui aktiviti memasak yang diberikan kepada murid. Hasil dapatan melalui pemerhatian yang diadakan boleh dilihat melalui Jadual Pemerhatian X di bawah: Jadual 1: Pemerhatian X (Sebelum) Murid Menghiris limau Memerah Memasak Murid 1 Tidak boleh Tidak boleh Tidak boleh Murid 2 Tidak boleh Tidak boleh Tidak boleh Murid 3 Tidak boleh Boleh Tidak boleh Murid 4 Tidak boleh Tidak boleh Tidak boleh Murid 5 Boleh Boleh Boleh Murid 6 Boleh Boleh Tidak boleh Murid 7 Tidak boleh Boleh Tidak boleh Murid 8 Tidak boleh Tidak boleh Tidak boleh Seramai 2 orang sahaja murid yang mampu melakukan kerja dengan sempurna untuk ketiga-tiga aktiviti iaitu memotong, memerah dan memasak. Seramai 3 oarng memerlukan bantuan guru untuk melakukan aktiviti sama ada menegur untuk membetulkan kesalahan memegang dan memotong buah dan tidak pandai menggunakan alatan memerah buah limau. Manakala 3 orang murid lagi tidak boleh melakukan semua aktiviti memasak dengan betul . Hasil pemerhatian ini menggambarkan murid tidak dapat menguasai kemahiran psikomotor sepenuhnya. Hal ini merisaukan kerana sekiranya pengkaji tidak memperbetulkan keadaan ini, pasti murid tidak dapat melaksanakan aktiviti memasak dengan baik bagi mata Pelajaran Asas Masakan dan Penyediaan makanan yang akhirnya menyebabkan murid gagal dalam penilaian akhir Persijilan Kemahiran Malaysia Program Modular. 4.1.2 Merancang Pengenalan Projek PBL Minuman Limau Kasturi Chia Seed kepada murid-murid Tingkatan 4PKKS semasa kelas Kemahiran Vokasional Spesifik Asas Penyediaan dan Pembuatan Makanan(PPM). Projek PBL Minuman Limau Kasturi Chia Seed diperkenalkan setelah pengkaji melihat melalui pemerhatian semasa di dalam kelas masakan. Penerangan berkaitan aktiviti diberikan kepada responden dengan jelas. Responden akan melakukan aktiviti yang diberikan guru secara teratur. Justifikasi penilaian adalah melalui kemahiran psikomotor murid memotong, memerah dan memasak: i. Berpusatkan murid. Murid diberikan peluang untuk mencuba minuman mereka sendiri dengan menggunakan resepi yang di beri. Mereka diberi peluang untuk menilai sendiri minuman yang mereka hasilkan dan cuba memperbaiki pada masa akan datang. 284


ii. Sesuai digunakan bagi memperkukuhkan kemahiran psikomotor murid. iii. Menyeronokkan. Elemen memasak melibatkan pergerakan psikomotor pastinya menyeronokkan/ penglibatan aktif semua pelajar. iv. Penghargaan dan pemberian ganjaran. Guru memberikan penghargaan kepada murid yang berjaya menghasilkan minuman dengan baik dalam aktiviti. iv. Penggunaan alatan yang selamat (bimbingan guru) menjadikan murid sentiasa mahu mencuba. 4.1.3 Bertindak Langkah 1: Belajar teknik menghiris buah limau dengan betul Langkah 2: Memerah buah limau untuk dapatkan jus Langkah 3: Didihkan di dalam periuk (memasak jus) Langkah 4: Mencampur chia seed yang telah direbus ikut sukatan yang betul. Penutup: Tunggu sejuk dan masukkan ke dalam botol. 4.1.4 Pemerhatian i. Pasca Ujian Setelah beberapa kali aktiviti kelas menggunakan PBL Minuman Limau Kasturi Chia Seed ini diperkenalkan di kelas 4PKKS, pengkaji memberi murid sekali lagi pascaujian. Hasil dapatan itu membolehkan pengkaji menilai keberkesanan teknik ini. Jadual XX menunjukkan perbandingan kemahiran psikomotor murid sebelum dan selepas menggunakan projek PBL Minuman Limau Kasturi Chea Seed. Kalau sekiranya sebelum ini ramai murid yang membuat aktiviti dengan bimbingan guru tetapi selepas projek PBL minuman Limau Kasturi Chia Seed ini diperkenalkan murid sudah boleh menghiris limau dengan yakin dan sudah tahu bahagian pisau yang tajam atau yang tumpul. Jadual 2: Pemerhatian XX Murid Menghiris limau Memerah Memasak Murid 1 Boleh Dengan bantuan Dengan bantuan Murid 2 Boleh Boleh Boleh Murid 3 Boleh Boleh Dengan bantuan Murid 4 Boleh Boleh Boleh Murid 5 Boleh Boleh Boleh Murid 6 Boleh Boleh Boleh Murid 7 Boleh Boleh Boleh Murid 8 Boleh dengan bantuan Dengan bantuan Dengan bantuan 4.1.5 Soal Selidik Selain itu, item berbentuk soal selidik juga disediakan kepada 8 orang ibu bapa mereka dan kesan pendekatan ini terhadap kemahiran psikomotor dan kemahiran memasak mereka. Borang soal selidik diedarkan untuk mendapatkan maklum balas ibu bapa berhubung kemahiran psikomotor anak- anak di rumah . Soal selidik ini membolehkan pengkaji mendapat maklumat tambahan berkenaan pendapat ibu bapa berkenaan kemahiran psikomotor anakanak di rumah. Anak mereka sudah boleh menghiris bawang, cabai dan limau dengan baik sekali. Anak mereka juga sekarang sudah mula menunjukkan minat untuk memasak di dapur tanpa perlu perhatian dan bimbingan daripada ibu bapa. Ada juga ibu bapa yang melahirkan 285


rasa tidak bimbang jika membiarkan anak mereka memasak di dapur.Hasil soal selidik bersama ibu bapa boleh dilihat dalam Jadual XXX di bawah. Melalui borang soal selidik yang telah disi oleh ibu bapa, sebahagian besar responden mengatakan bahawa selepas murid diberi pendedahan dengan projek PBL Minuman Kasturi Chia Seed memberikan kesan yang positif ke atas psikomotor murid, ceria, dan murid seronok hadir ke sekolah. Terdapat responden yang mengatakan teknik ini mampu merangsang minat dan sikap inkuiri mereka terhadap isi kandungan dan memperbaiki daya ingatan fakta mereka. Mereka juga yakin kebolehpasaran selepas anak mereka tamat persekolahan, anak mereka akan mudah mendapat kerja terutama dalam bidang masakan. Jadual 3: Responden XXX Bil Item Ya Tidak 1. Adakah anak anda dapat menghiris 7 1 makanan dengan baik di rumah. 2. Adakah anak anda dapat menghidupkan 7 1 api di rumah. 3. Adakah anak anda dapat menggunakan 8 - pisau di rumah. 4. Adakah anak anda dapat menyediakan 7 1 minuman dengan baik 5. Adakah anak anda boleh memerah santan 6 2 atau limau dengan betul. 6. Adakah anak anda boleh mengangkat 8 - peralatan memasak 7. Adakah anak anda dapat memegang 7 - peralatan memasak. 8. Adakah anak anda dapat mengemas 8 = semula peralatan selepas digunakan. 9. Adakah anak anda menunjukkan minat 8 - memasak di rumah 10. Adakah anda rasa projek PBL ini berkesan 8 = terhadap anak anda. Rajah 4: Carta di bawah perbezaan sebelum PBL Minuman Kasturi Chia Seed dijalankan 286


Rajah 5: Carta di bawah perbezaan selepas PBL Minuman Kasturi Chia Seed dijalankan 5.0 REFLEKSI Keberkesanan projek ini dapat dilihat daripada dapatan pascaujian yang telah pengkaji jalankan. Perbandingan dapatan kemahiran psikomotor daripada praujian dan pascaujian boleh dijadikan kayu ukur keberkesanannya. Melalui dapatan pemerhatian pascaujian didapati 88% orang murid mencatatkan peningkatan kemahiran psikomotor melalui menghiris limau, 75% menunjukkan peningkatan dalam psikomotor memerah dan 63% peningkatan psikomotor memasak. Peningkatan ini dapat dilihat dalam julat yang agak membanggakan sehingga peningkatan 80% . Melalui pemerhatian ini, pengkaji dapat menyimpulkan peningkatan ini berlaku kerana penglibatan pelajar ini dalam aktiviti PdPc dan pengaplikasian teknik PBL minuman limau kasturi chia seed dalam pembelajarannya. Murid ini telah mengambil pendekatan mencuba hingga jaya di rumah apabila selesai PdPc kerana beliau mencatatkan kelemahan dalam kemahiran psikomotor semasa praujian. Selain peningkatan dalam kemahiran psikomotor, terdapat juga murid yang lebih mudah menghafal menu dan mengingat teknik pembuatan air limau kasturi chia seed tanpa bimbingan guru. Terdapat murid yang menepati dapatan soal selidik, iaitu dua orang murid tidak berminat dengan Projek PBL minuman limau kasturi ‘chia seed’. Hasil perbincangan dengan guru-guru mata pelajaran yang lain mendapati murid ini juga turut mencatatkan markah gagal bagi mata pelajaran lain. Jadi, pengkaji beranggapan bahawa pelajar ini memerlukan intervensi berbeza yang lebih berkaitan motivasi diri untuk belajar dan murid ini juga mempunyai masalah kecacacatan fizikal di mana sebelah tangannya tidak berfungsi. Selain itu, pengkaji mendapati terdapat juga kekangan dalam aplikasi projek ini. Kekangan buah limau yang matang merupakan satu aspek dimana projek ini tidak dapat dilaksanakan. Ini kerana aktiviti ini memerlukan masa dan hasil tuaian buah limau kasturi untuk setiap murid melibatkan diri secara aktif. Pengkaji juga melihat sifat ekstovert ada pada diri sesetengah murid terutamanya untuk membentang dan mempertahan pandangan ketika 287


aktiviti berkenaan. Mereka boleh memilih akronim namun memerlukan bantuan daripada pengkaji. 6.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN SETERUSNYA Setelah mengaplikasi projek PBL ini, pengkaji mendapati projek ini memang mendatangkan kesan positif kepada Murid Berkeperluan Pendidikan khas (MBPK). Walaupun projek ini secara dasarnya ada kekangan bagi kumpulan sasaran ini, namun keberkesannya terbukti pada kohort sebelum ini. Walaupun hasilnya memberangsangkan, namun jika dilihat aplikasi projek ini pada kumpulan sasaran masih banyak mempunyai kekangan. Jadi, pengkaji akan meneruskan projek PBL ini tetapi akan menambahkan lagi beberapa aktiviti sampingan yang menyeronokkan. Sebagai contoh, aktiviti menyediakan minuman disamping memasak makanan lain. Pengkaji juga menyarankan kajian lanjut dilaksanakan menggunakan projek PBL yang sama tetapi untuk mata pelajaran berbeza sebagai contoh dalam subjek Sains Kehidupan topik Makanan Sihat. Kajian ke atas mata pelajaran berbeza ini akan dapat membuktikan sejauh mana projek PBL Minuman Limau Kasturi Chia Seed ini boleh membantu mata pelajaran yang berkisarkan fakta. Pengkaji mengharap semoga hasil kajian tindakan ini dapat dimanfaatkan dan mampu menjadikan sesi PdPc lebih menarik, berkesan dan mampu mengubah tanggapan negative terhadap mata pelajaran Penyediaan dan Pembuatan Makanan. 288


RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2017: Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 9 Tahun 2016. Ernie Suliana Binti Md. Shariff. (2008). Prestasi Kemahiran Motor Halus dan Motor Kasar Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran Menggunakan Insrumen Movement Assessment Battery for Children (MABC) Mohamad Jaafar,S (2006) Sains Pertanian Tingkatan 5. Bukit Katil: Percetakan Surya Sdn. Bhd. Othman Y dan Shamsuddin, J (1982). Sains Tanah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noor Izzaidah Noramy & Siti Marhamah Kamarul Arifain. (2017) Perbezaan Kemahiran Motor Berdasarkan Jantina Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Dengan Menggunakan Movement Assesment Battery For Children (MABC): Universiti Islam Melaka. Dr. Suri Roowi, Blog Rasmi Mardi. https:blogmardi.wordpress.com 289


Click to View FlipBook Version