The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOMPILASI KAJIAN TINDAKAN TS25 DAN PSA JPN PERAK 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Dr. Lydia, 2024-03-17 03:00:38

KAJIAN TINDAKAN TS25 DAN PSA JPN PERAK 2024

KOMPILASI KAJIAN TINDAKAN TS25 DAN PSA JPN PERAK 2024

Keywords: KAJIAN TINDAKAN JPN PERAK

7.5 POTENSI UNTUK DISEBAR LUAS KEPADA PIHAK LAIN 7.5.1 Peringkat Sekolah a) PPKI Projek Inovasi ini telah digunakan oleh guru-guru PPKI SMK Sri Tapah yang mengajar mata pelajaran Matematik. Penggunaan CBLane ini dapat membantu murid-murid menambah tanpa dan dengan mengumpul semula. Gambar Rajah 19 b) Aliran Perdana Projek Inovasi ini juga telah digunakan oleh guru Aliran Perdana SMK Sri Tapah yang mengajar mata pelajaran Matematik. Majoriti murid-murid Tingkatan 1 merupakan murid yang turut mempunyai masalah dalam kemahiran mengira. Menurut guru tersebut, penggunaan CBLane ini membantu murid-murid tersebut memahami cara menyusun nombor mengikut nilai tempat dengan betul sekali gus dapat menambah tanpa dan dengan mengumpul semula. Gambar Rajah 20 7.5.2 Peringkat Luar (Kolaborasi Ibu Bapa Dan Murid Di SK Tapah) Projek Inovasi ini juga telah digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak di Pra Sekolah dan Tahun 1 yang kini belajar di SK Tapah. Berdasarkan pemerhatian ibu bapa tersebut, alat ini amat mudah digunakan dan memudahkan anak mereka memahami konsep menambah dengan cepat. Oleh itu, penggunaan CBLane ini dapat membantu murid tersebut menambah tanpa dan dengan mengumpul semula. 390


Gambar Rajah 21 8.0 KESIMPULAN Setelah kajian dijalankan, CBLane ini dilihat memberi impak kepada murid, guru dan ibu bapa Merujuk kepada pemerhatian kami, CBLane ini boleh digunakan oleh Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), murid Prasekolah, murid Tahap 1 di aliran perdana sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 di aliran perdana. Berdasarkan pemerhatian kami juga, CBLane turut membantu murid-murid dalam mengenalpasti kaedah menyusun nombor mengikut nilai tempat serta menambah tanpa dan dengan mengumpul semula dimana ia merupakan proses yang penting dalam menentukan nilai bagi mendapatkan jawapan yang betul sekali gus menjadi pemudahcara kepada guru-guru untuk mengajar mata pelajaran ini. Setelah melakukan kajian ini juga, kami berpandangan bahawa kit ini boleh dinaik taraf pada masa akan datang. 391


RUJUKAN Abdullah Yusoff & Che Rabiaah Mohamed (2014), Masalah Pembelajaran: Tanda Dan Simptom Kecacatan Komunikasi Lisan Murid Pendidikan Khas. Jurnal Bahasa, 14(2), 302-324. AJ Muhammad Fahmi (2012), Penulisan Metodologi Kajian http://studentsrepo.um.edu.my/3982/5/chapter_4.pdf Jabatan Pendidikan Khas, 2004. Maklumat Pendidikan Khas 2004. Kuala Lumpur:Jabatan Pendidikan Khas. Noor Aini Ahmad & Zamri Mahamod (2015), Pengubahsuaian dalam Pengajaran Kemahiran Bahasa Malaysia bagi Murid Bermasalah Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40(1), 63-73. Norshafariza Mamat & Muhammad Nubli Abdul Wahab (2022), Kajian Masalah Pembelajaran Matematik di kalangan Murid Sekolah Rendah Luar Bandar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(6), 1-16. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i6.1531 Rozila Muda, Kway Eng Hock & Abdul Razalli (2023). Penggunaan Aktiviti Multisensori Dalam Pengajaran Mengenal Huruf Murid Masalah Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 16, 77–91. https://doi.org/10.37134/bitara.vol16.sp.6.2023 392


LAMPIRAN Gambar Rajah 22: Ujian Pra yang dijalankan kepada murid Gambar Rajah 23: Ujian Pos yang dijalankan kepada murid dengan menggunakan CBLane 393


QR CODE VIDEO PELAKSANAAN INOVASI CBLane SCAN ME 394


MARIANI BINTI MOHAMAD PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DG44 SMK SERI SAMUDERA, MANJUNG, PERAK. PEMBELAJARAN SECARA INKUIRI MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN 4 ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan kaedah pembelajaran inkuiri terhadap pelajar-pelajar tingkatan 4 dalam subjek sains. Kajian berbentuk eksperimen telah dijalankan bagi mengukur kesan kaedah pembelajaran inkuiri terhadap pencapaian pelajar.Tujuan kajian ini adalah untuk membandingkan pencapaian pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran yang berbeza. Analisis kajian ini menggunakan Model Instruksional 5E (Engagemant,Exploration, Explaination, Elaboratation dan Evaluation). 34 orang pelajar mengambil bahagian dalam kajian ini. 37 orang dari pelajar tersebut menggunakan kaedah pembelajaran inkuiri selama 4 minggu. Ujian pra ditadbir sebelum pembelajaran bermula dan ujian pos ditadbir selepas pembelajaran secara inkuiri berakhir. Ujian pencapaian digunakan sebagai instrumen kajian dan ianya didapati sah dengan nilai peningkatan markah antara ujian pra dan ujian pos. Pelajar didedahkan dengan beberapa sesi pembelajaran secara inkuiri. Pelajar dibimbing untuk menerokai sesi pembelajaran dalam kumpulan, setelah itu pelajar perlu membuat pemerhatian dan penerangan tentang apa yang diperhatikan. Daripada penerangan tersebut, pelajar dapat dibimbing untuk menguasai tajuk yang dipelajari. Aktiviti pembelajaran secara inkuiri sangat menarik, seronok, meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar terhadap sesuatu tajuk Sains. 395


LATAR BELAKANG Pembelajaran Berasaskan Inkuiri atau Inquiry Based Learning adalah satu pendekatan pedagogi pembelajaran yang menggabungkan pelbagai elemen pembelajaran abad ke21. Dalam pendekatan ini, pembelajaran adalah berpaksikan kepada persoalan dan soalan-soalan untuk merungkai tajuk yang dipelajari. Dengan berpandukan tajuk, beberapa soalan dibina dan seterusnya aktiviti dijalankan untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Terdapat 4 jenis inkuiri: Terdapat 5 aspek pembelajaran berasaskan inkuiri (5E): OBJEKTIF Kajian tindakan ini dijalankan bagi mencapai objektif-objektif yang berikut: ● Meningkatkan tahap kefahaman pelajar dalam penguasaan konsep sains terutamanya tajuk yang sukar. ● Menggalakkan pembelajaran secara inkuiri dengan merangsang minda pelajar supaya berfikir secara kritis dan kreatif. ● Melatih pelajar belajar berkomunikasi dengan baik sesama rakan bagi membentuk satu kesimpulan bagi aktiviti yang dilakukan. ● Meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap konsep sains yang dipelajari melalui pembelajaran secara inkuiri. ● Menimbulkan rasa keseronokan dalam belajar sains serta memadamkan tanggapan pelajar bahawa subjek sains itu sukar. 396


KAEDAH PELAKSANAAN Peringkat / fasa Perkara Catatan Peringkat 1 √ Soalan Utama Saya Bagaimanakah saya dapat meningkatan tahap kefahaman pelajar dalam menguasai kesan bahan antioksidan kepada proses pengoksidaan dalam kalangan pelajar tingkatan 4SI1? √ Visi Saya 1. Memastikan murid dapat menguasai kemahiran menjalankan pembelajaran secara inkuiri dalam kumpulan dengan betul. 2. Memastikan murid dapat menganalisis sendiri kesan bahan antioksidan terhadap proses pengoksidaan. 3. Memastikan pelajar dapat membuat rumusan dan kesimpulan berdasarkan pemerhatian yang dilakukan sendiri √ Strategi Saya 1. Memperkenalkan Teknik pembelajaran secara inkuiri dan memberi ruang kepada pelajar menjalankan aktiviti dengan bimbingan yang minimum. 2. Menilai tahap kefahaman pelajar sebelum dan selepas aktiviti dijalankan. 3. Mendapatkan respon pelajar tentang kesan aktiviti yang dijalankan, adakah membantu pelajar menguasai atau tidak. √ Potensi Keberhasilan 1. Murid dapat meningkatkan tahap kefahaman berdasarkan pemerhatian yang dibuat. 2. Murid akan seronok sepanjang aktiviti kerana mereka diberi ruang untuk belajar secara sendiri. 3. Murid akan lebih mudah mengingat tajuk tersebut dalam jangka masa yang Panjang kerana melibatkan aktiviti VAK ( visual, audio, kinestetik) Peringkat 2 Rancang 1. Melaksanakan kaji selidik kepada pelajar tentang kaedah pembelajaran yang dirasakan brkesan untuk mereka. 2. Melaksanakan ujian pre-test selepas kelas PDP. 3. Melaksanakan aktiviti PDP secara inkuiri dan memberi ruang kepada pelajar merancang sendiri aktiviti mereka bagi menguasai tajuk. 4. Menlaksanakan ujian post-test selepas pembelajaran secara inkuiri. 5. Membuat perbandingan pencapaian pelajar. 6. Membuat rumusan daripada kajian yang dijalankan. 397


DAPATAN KAJIAN Setelah selesai menjalankan aktiviti PDP seperti yang dirancang, perbandingan markah pre-test dan post-test dilakukan serta respon menggunakan borang kaji selidik. Jadual 1: Perbandingan markah pre-test dan post-test Bil Nama PRE-TEST POST-TEST 1 ADAM NAJMI BIN JUHAIMI 3 9 2 AFIQ HAIKAL BIN AZHAR 3 9 3 AHMAD FAHMI AIZAD BIN ZAIDI 3 10 4 ANIQ ZAFRAN BIN ZAINAL ABIDIN 3 9 5 HAFIZ BIN MOHD SHAHURI 4 10 6 MANUR FATIHAH BINTI MIOR AZIZUL 0 10 7 MARSYA LIYANA BINTI ROSLAN 3 9 8 MOHAMAD HAIQAL ASYRAF BIN MOHD HARIZI 5 8 9 MOHAMMAD FAKHRUL AKID BIN MOHD FARID 4 9 Peringkat 3 Laksana 1. Memberikan ruang pelajar menjalankan pembelajaran secara inkuiri dengan bimbingan yang minimum. 2. Memberi peluang pelajar membuat pemerhatian sendiri apakah hasil yang diperolehi sert membandingbeza pada beberapa sempel kajian. 3. Pelajar merekod pemerhatian dan membuat kesimpulan kesan bahan antioksidan terhadap proses pengoksidaan. 4. Aktiviti kolaboratif dalam kumpulan dijalankan seiring dengan penyiasatkan saintifik. Review (semak semula) 1. Pelajar menjawab soalan post-test berdasarkan kefahaman mereka daripada pembelajaran secara inkuiri. 2. Guru menyemak jawapan pelajar mengikut rubrik markah yang disediakan 3.Guru melihat sama ada terdapat peningkatan markah selepas melaksanankan pembelajaran secara inkuiri. 4. Melakukan sesi perbincangan jawapan dan pelajar menjawab soalan kaji selidik semula. Peringkat akhir Kongsi 1. Kongsi hasil AR ini semasa PLC /mesyuarat panitia / PLC untuk proses SEF 2. Celebration 398


10 MOHAMMAD IZZ DANIAL BIN MOHAMMAD LATIF 3 10 11 MUHAMMAD AQIF IZZUDIN BIN MD SAHARUDIN 3 10 12 MUHAMMAD AZRIE 3 10 13 MUHAMMAD FARIS BIN MOHAMAD 2 10 14 MUHAMMAD IMAN DANISH BIN MUHAMAD FIRDAUS 1 10 15 MUHAMMAD KHAIRUNNAS BIN NOR RASIDI 5 9 16 MUHAMMAD TAUFIQ BIN BAKRI 4 8 17 MUHAMMAD WAFIY FARHAN BIN MOHD SHAYUTI 3 9 18 NUR DAYANA AYUNNI BINTI AHMAD SYUKRI 4 10 19 NUR FADLIN QISTINA BINTI ZAHARUDDIN 3 10 20 NUR FAHMIDAH BINTI SAMMUNGI 2 10 21 NUR FARAHANIS BINTI HARIF 3 10 22 NUR HANIS ILLYANA BINTI IZAM 1 8 23 NUR SYAMIMI BINTI ZULMUKHSHAR 3 10 24 NURAIDA BALQIS BINTI DA'AN 2 10 25 NURIN ATHIQAH BINTI ABDUL MUKHLIS 3 10 26 NURIN ATHIRAH BINTI ABDUL MUKHLIS 2 10 27 NURSYAZA ADLINA BINTI TAUFIK ADAM 4 10 28 PUTRI BALQIS BINTI BADRUL HISHAM 1 9 29 SITI MUSHAHIRAH BINTI MOHAMAD MUSHARIZAN 1 8 30 SITI NUR UMAIRAH BATRISYA BINTI RAHMAT TH TH 31 SITI NURFATIHAH BINTI MAJRI 2 10 32 SYAFIQAH BINTI JARRY 5 10 33 SYAZLIANA EKMA BINTI JAMES 0 10 34 WAN NUR FASHA AIDA WAN ZULKHIBRI 2 10 MARKAH PURATA 3 10 399


Jadual 2: Maklum balas kaji selidik yang dijalankan kepada 33 pelajar tingkatan 4SI1 berkenaan pembelajaran secara inkuiri. Carta pai bagi menunjukkan respon pelajar dalam kaji selidik yang dijalankan. 1. Saya menghadapi masalah untuk memahami sesuatu tajuk jika guru hanya memberikan penerangan sahaja. 2. Saya tidak yakin dalam menjawab soalan sekiranya tidak menjalankan pembelajaran secara inkuiri. 3. Saya tidak dapat bayangkan hasil eksperimen sehingga saya lakukan sendiri dan membuat pemerhatian 4. Pemerhatian sangat penting untuk saya faham sesuatu tajuk dalam sains. 5. Saya mampu belajar sendiri tanpa bimbingan guru untuk tajuk yang susah. 6. Saya akan melakukan sendiri pembelajaran secara inkuiri di rumah jika guru tidak jalankan di sekolah. 400


7. Saya mudah memahami sesuatu tajuk jika menjalankan pembelajaran secara inkuiri (penyiasatan) 8. Pembelajaran secara inkuiri lebih yakin dalam menjawab soalan kelak. 9. Pembelajaran secara inkuiri lebih yakin dalam menjawab soalan kelak. 10. Saya seronok jika belajar secara inkuiri bersama-sama rakan di dalam kelas dan bimbingan guru. 401


RUMUSAN 1. Terdapat peningkatan markah yang diperolehi oleh semua pelajar yang telah menjalankan pembelajaran secara inkuiri. 2. Pelajar lebih diberi pelung untuk menyiasat dan membuktikan kefahaman sains yang telah dipelajari daripada guru. 3. Pelajar lebih seronok, yakin dan menguasai sesuatu tajuk serta memberikan ingatan jangka Panjang kepada pelajar. 4. Pembelajaran secara inkuiri memberi peluang pelajar menilai sesuatu ilmu sains berdasarkan kehidupan seharian mereka. 5. Guru lebih kreatif dan inovatif dalam merancang PDP yang lebih menarik dan menyeronokkan. Strategi Peningkatan Prestasi Dan Mengatasi Kelemahan Pelajar. 1. Galakkan pelajar memberi idea dan berkongsi pendapat dengan rakan sekumpulan semasa menjalankan aktiviti. 2. Merancang satu modul PDP secara inkuiri dan diaplikasikan kepada pelajar terutamanya kelas belakang pada masa akan datang. 3. Merangsang minat pelajar untuk melakukan lebih banyak lagi pembelajaran inkuiri sendiri di rumah untuk projek PBL pada masa akan datang. 402


RUJUKAN Jumaat, N. F., Saupian, Y., & Che Lah, N. H. (2022). Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dalam Meningkatkan Kemahiran Literasi Sains dan Pencapaian Murid menerusi Persekitaran Pembelajaran dalam Talian. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(1), 73-84. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Program Latihan Peningkatan Profesionalisme Guru Sains 2014. https://www.slideshare.net/elizamohdsalleh/ibse-pembelajaran-sainssecara-inkuiri What is inquiry-based learning: 7 benefits & strategies you need to know. (n.d.). Free Math Learning Game for Kids | Prodigy Education. https://www.prodigygame.com/mainen/blog/inquiry-based-learning-definition-benefits-strategies/ What is teach for Malaysia? (2018, May 21). YouTube. https://youtu.be/AoXPrqjWnsw 403


LAMPIRAN Gambar-Gambar Sepanjang Kajian Dijalankan. Semasa Pre-Test & Post-Test Dijalankan Semasa Pembelajaran Secara Inkuiri 404


SOALAN PRE-TEST & POST-TEST Bahagian A 1. Jadual 1 menunjukkan keadaan potongan pisang yang disimpan di dalam dua bekas yang berlainan. Selepas 2 jam, pemerhatian dibuat terhadap rupa potongan pisang tersebut. Table1 shows the condition of sliced banana which being kept in two different containers. After 2 hours, observations are made on appearance of the sliced banana. Keadaan awal potongan pisang Initial condition of sliced banana Bekas P Container P Bekas Q Container Q Terdedah kepada udara Exposed to the air Direndam di dalam jus lemon Soaked in lemon juice a) Nyatakan pemerhatian anda terhadap rupa potongan pisang tersebut dalam Bekas Q State your observation on appearance of the sliced banana in Container Q ……………………………………………………………………………………………………… [1 Markah / Mark] Konstruk: KPS b) Berdasarkan pemerhatian di Soalan 1(a), nyatakan inferens anda. Based on onbservation in Question 1(a), state your inference. ……………………………………………………………………………………………………… [1 Markah / Mark] Konstruk: KPS 405


c) Berdasarkan aktiviti diatas, nyatakan definisi operasi secara operasi untuk bahan antioksidan. Based on this activity, state the operational definition of antioxidant substance ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… [1 Markah / Mark] Konstruk: KPS 2. Rajah 1 menunjukkan buah epal yang dipotong dan dibiarkan selama dua jam. Diagram 1 shows an apple is cut and exposed to air for two hours. a) Nyatakan satu faktor yang menyebabkan buah epal yang dipotong berubah warna. State one factor that causes the apple to change color. ………………………………………………………………………………………………….. [1 Markah / Mark] Konstruk : MengetahuI b) Berdasarkan pada rajah di atas, apakah proses K? Based on the diagram above, what is process K? ………………………………………………………………………………………………….. [1 Markah / Mark] Konstruk : Mengetahui 406


c) Huraikan dengan contoh, bagaimanakah satu bahan kegunaan harian dapat memperlambatkan kadar proses yang anda namakan di 1(b). Explain with an example, how a daily used substance is able to slow down the rate of process stated in 1(b). ………………………………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………………………….. [3 Markah / Marks ] Konstruk: Mengetahui d) Proses pengoksidaan berlaku dalam badan manusia. Berikan satu contoh kesan pengoksidaan kepada kesihatan badan manusia. The oxidation process takes place in the human body. Give an example of the effect of oxidation on the health of the human body. ………………………………………………………………………………………………….. [1 Markah / Mark] Konstruk: Mengetahui 407


SEJAUH MANAKAH PENGGUNAAN APLIKASI KUIZ DALAM TALIAN MEMBANTU MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID DALAM MENGHANTAR KERJA RUMAH SEMASA PdPR? KHAIRUNNISA BINTI ABDUL LATIFF SK SERI BAYU, SERI MANJUNG. [email protected] ABSTRAK Kajian Tindakan ini menumpukan bilangan penghantaran kerja rumah oleh murid daripada kelas Bahasa Inggeris 6 Ibnu Sina 2021. Kajian memberi tumpuan kepada lima orang murid yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Mereka adalah murid yang mempunyai potensi dalam subjek Bahasa Inggeris tetapi mempunyai kekangan dalam menghantar kerja rumah yang dilakukan secara bertulis. Kadar penghantaran kerja rumah secara bertulis dilihat rendah dan kurang diminati oleh murid. Guru mencuba mengubah cara pemberian kerja rumah dengan memberikan latihan secara atas talian. Kaedah ini dipilih berdasarkan bacaan kajian terdahulu yang memberikan dapatan bahawa kaedah latihan atas talian lebih tinggi bilangan penglibatan murid. Kesimpulannya, latihan atas talian memberi peningkatan yang signifikan dalam penghantaran kerja rumah berbanding latihan bertulis yang diberikan kepada murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran dari rumah. Kata Kunci: atas talian, PdPR, minat 408


1.0 PENGENALAN Pandemik Covid-19 membuatkan kehidupan manusia berubah 360⁰. Pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua warga Malaysia panik dan tidak tahu bagaimana untuk bertindak. Sekolah-sekolah dan pejabat ditutup untuk mengawal daripada merebaknya wabak Covid-19. Seluruh rakyat perlu berkurung dan duduk di rumah. Segala aktiviti perlu dilakukan daripada dalam rumah kecuali mereka yang bertugas di barisan hadapan. Murid-murid sekolah tidak kurang juga turut menerima tempiasnya. Sekolahsekolah diarahkan tutup bermula awal tahun 2020. Pada mulanya para guru dan murid menghadapi masalah untuk menjalankan pembelajaran dan pengajaran dari rumah. Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin kemudiannya mengumumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju meneruskan pembelajaran dan pengajaran dari rumah (PdPR) untuk sesi 2021. Guru-guru boleh melaksanakan aktiviti PdPR mengikut kreativiti dan kesesuaian murid daripada segi kemudahan peranti, keadaan bentuk muka bumi dan lain-lain faktor. Bermula bulan Mei 2021, murid perlu menjalani PdPR. Sehubungan dengan itu, pelbagai kaedah telah digunakan oleh para guru untuk menyampaikan ilmu kepada murid secara berkesan supaya diterima baik oleh murid-murid. Guru-guru juga berusaha keras untuk memantapkan PdP mereka melalui Professional Learning Community (PLC) yang juga mula dibuat dalam talian. Perubahan PdP semasa PKP menyebabkan perubahan daripada segi jadual pembelajaran. Murid-murid diberi jadual waktu yang baharu bergantung kepada pentadbiran sekolah masing-masing. Penglibatan 100 peratus pelajar amat dititikberatkan dalam PdPR supaya tidak berlaku murid cicir. Segala usaha perlu dibuat supaya peratus penglibatan murid dalam pembelajaran dapat dipertingkatkan. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Kelas PdPR berlangsung dari rumah selama beberapa bulan. Guru melaksanakan kelas secara dalam talian bersama murid-murid tahun 6 Ibnu Sina. Melalui kelas secara dalam talian, guru memberi penerangan dan berbincang tentang contoh-contoh yang sesuai berdasarkan topik yang diajar pada hari tersebut. Pada akhir pengajaran secara dalam talian, guru akan memberikan kerja rumah kepada murid-murid. Kerja rumah yang diberikan adalah daripada soalan latihan daripada buku teks KPM. Soalan adalah berkisar tentang latihan topikal hari tersebut. Murid perlu menyalin soalan daripada buku teks dan menjawab soalan tersebut yang ditulis di dalam buku tulis Bahasa Inggeris. Kemudian, murid perlu menghantar kerja rumah tersebut melalui aplikasi ‘Whatsapp’ atau ‘Telegram’ secara individu kepada guru. Berdasarkan analisa yang dibuat daripada senarai semak penghantaran kerja rumah daripada masa ke semasa, guru mendapati lima orang murid daripada kelas 6 Ibnu Sina menunjukkan satu corak yang sama di dalam penghantaran kerja rumah. Guru menghadapi masalah jika kerja yang diberi berbentuk penulisan yang perlu dilakukan di dalam buku tulis dan buku kerja. Justeru, satu kajian tindakan telah dibuat untuk meningkatkan penglibatan lima orang murid tersebut di dalam penghantaran kerja rumah. 409


3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum 1. Meningkatkan kadar penglibatan murid dalam penghantaran kerja rumah semasa PdPR melalui tugasan yang diberikan. 3.2 Objektif Khusus 1. Memastikan murid faham dengan tajuk yang dipelajari melalui penghantaran kerja rumah. 2. Memilih kaedah yang bersesuaian dengan murid dalam membuat kerja rumah dan latihan yang diberi. 4.0 SOROTAN KAJIAN 4.1 Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Bahasa adalah medium yang penting dalam komunikasi. Dalam sesi persekolahan di Malaysia, daripada sesi prasekolah sehingga ke sekolah menengah, Bahasa Inggeris telah diajar sebagai bahasa kedua selepas Bahasa Melayu. Rata-rata murid menganggap Bahasa Inggeris adalah bahasa yang sukar. Menurut Amjah (2013), murid yang mempunyai daya fikir aras tinggi lebih berminat mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. 4.2 Minat Murid Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, minat bermaksud keinginan, kesukaan atau kecenderungan terhadap sesuatu. Minat murid terhadap Bahasa Inggeris boleh menjadi salah satu faktor yang menentukan tahap penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris. Menurut Amjah (2013), murid-murid datang daripada pelbagai latar belakang dan mempunyai kehendak akademik tersendiri, budaya, bahasa dan minat yang tertentu terhadap pembelajaran. Faktor-faktor tersebut sangat mempengaruhi cara pembelajaran dan minat murid apabila mula belajar sesuatu. Walau bagaimanapun, menyedari kepentingan Bahasa Inggeris yang digunakan di seluruh dunia secara meluas, peranan guru sangat penting dalam menaikkan minat murid terhadap pembelajaran di dalam kelas. Minat sangatlah penting kerana apabila murid mempunyai minat untuk mempelajari sesuatu, mereka akan mempelajarinya dengan usaha sendiri dan berasa sangat teruja apabila menunjukkan perkembangan yang baik di dalam kelas (Lestari,N.R., 2020). Motivasi yang kurang untuk belajar Bahasa Inggeris juga boleh berpunca daripada sikap guru-guru dan ibu bapa mereka sendiri. Menurut Lestari N.R (2020), guru yang mengajar dengan baik dan menggunakan kaedah yang terancang dan baik akan dapat menambahkan minat dalam diri para pelajar. Dapatan satu kajian oleh Amjah (2013), seorang guru yang baik akan melakukan demonstrasi dan menggunakan bahan-bahan yang berwarna-warni untuk menyokong pembelajaran beliau. Pembelajaran murid semasa mempelajari sesuatu bahasa juga dipengaruhi dengan beberapa faktor lain seperti cara guru mengajar, kedudukan di dalam kelas, keadaan persekitaran semasa pembelajaran dan juga saiz kelas. Emosi negatif akan hadir dalam diri pelajar jika faktor-faktor tersebut tidak dipenuhi (Gethie,A.S., 2020). 410


Menurut Mekuria (2018), penglibatan di dalam kelas Bahasa Inggeris menurun apabila soalan yang lebih mencabar ditanya. Pelajar juga kurang bersemangat dan tidak langsung mahu mencuba untuk aktif dalam pembelajaran Bahasa Inggeris tersebut dan kurang motivasi ekstrinsik dan intrinsik yang mana akan membawa lebih banyak masalah di dalam kelas. Walaupun guru mengambil pendekatan yang sangat baik, pelajar tersebut masih lagi tidak termotivasi untuk belajar bahasa kedua yang agak asing bagi mereka. 4.3 Penggunaan Teknologi Di Malaysia, penggunaan informasi dan teknologi untuk komunikasi (ICT) dianggap salah satu elemen penting bagi pembangunan untuk masa hadapan. Dapatan kajian oleh Ghavifekr & Wan Athirah (2015) mendapati guru-guru yang dilengkapi dengan alat-alat ICT semasa pengajaran dan pembelajaran menyumbang kepada kejayaan menjalankan PdP yang menggunakan ICT. Dalam PdP, penggunaan ICT merujuk kepada pengintegrasian penggunaan komputer dalam kelas. Murid menggunakan ICT sebagai cara untuk memahami kandungan pembelajaran berbanding kaedah ‘chalk and talk’ yang kebiasaannya dilakukan selama ini. Kajian yang telah dibuat oleh Amjah (2013) mendapati 90% daripada responden yang terdiri daripada murid-murid daripada sebuah sekolah sangat bersetuju (strongly agreed) bahawa mereka suka guru-guru menggunakan ICT dan muzik untuk menyokong pembelajaran manakala hanya 10% sahaja yang tidak bersetuju (disagreed) untuk guru menggunakan ICT. Dalam era yang serba moden dan canggih ini, para pelajar dan penuntut perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang membolehkan mereka seiring atau lebih ke hadapan dengan dunia sekarang. Pengetahuan yang bersesuaian akan menyediakan mereka menjadi murid yang mempunyai komunikasi yang lebih baik dan meningkatkan kemahiran mereka seiring dengan abad ke-21 terutamanya dalam sektor ICT (Ghavifekr, Kunjappan et al, 2000). Hennessy,S., Deaney, R,.and Ruthven,K., (2001) menyatakan pemerhatian di dalam kelas dan temubual bersama guru menunjukkan terdapat penggunaan ICT yang banyak membantu peranan guru sebagai pembimbing. Kajian juga menunjukkan guru membuat kesimpulan bahawa apabila ICT digunakan di dalam kelas, kebergantungan murid terhadap guru adalah kurang. Guru tidak perlu menyampaikan pengajaran secara sehala kepada para pelajar. Masa berkualiti bersama pelajar dapat diwujudkan apabila ICT digunakan di dalam kelas. Ini adalah kerana cara penyampaian pengajaran tersebut telah bertukar. Murid lebih banyak melibatkan diri secara aktif dan lebih menumpu kepada penerangan guru yang sedikit berbanding sebelum penggunaan ICT (Hennessy,S, Deaney, R. and Ruthven,K, 2001). 411


5.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan Kitaran Kajian Tindakan. Kitaran ini mengandungi empat langkah iaitu – Plan (Rancang), Do (Buat), Review (Semak Semula), Share (Kongsi). Rajah 1.1: Kitaran yang digunakan semasa melakukan Kajian Tindakan 5.1 Plan (Rancang) Guru telah membuat tinjauan masalah sebelum melakukan kajian tindakan. Bagi mengenalpasti masalah, guru menganalisa senarai penghantaran kerja rumah murid dan meneliti corak penghantaran kerja rumah murid. Perancangan Kajian Tindakan bermula daripada pemerhatian guru terhadap corak penghantaran kerja rumah yang diberikan secara bertulis di dalam buku latihan semasa PdPR. Untuk kerja-kerja rumah tersebut, murid perlu menyiapkan kerja secara bertulis dan menangkap gambar hasil kerja mereka, dan disemak oleh guru di dalam aplikasi ‘Telegram’. Setelah PdPR berjalan agak lama, kadar penghantaran kerja rumah murid semakin berkurang melalui ‘Telegram’. Terdapat banyak kekangan di rumah yang menghalang murid membuat kerja rumah secara bertulis. Guru telah menyediakan objektif kajian tindakan yang bersesuaian. Sasaran juga dikenalpasti daripada beberapa orang murid daripada 6 Ibnu Sina. Faktor seperti keputusan PBD, adanya peranti dan talian internet di rumah, keadaan murid pada tahun terakhir persekolahan rendah diambil kira sebelum memilih sasaran. 412


Rajah 1.2: Keputusan PBD murid-murid sasaran semasa Kajian Tindakan dijalankan. Rajah menunjukkan keputusan PBD semasa kajian dijalankan. Guru berharap pemahaman murid masih berada di tahap yang baik semasa PdPR dan tidak berlaku keciciran supaya prestasi PBD pada akhir tahun dapat dipertingkatkan. 5.2 Do (Buat) Bagi tahap Pra Kajian, murid-murid diberi kerja rumah secara bertulis. Kelas dalam talian telah diadakan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Semasa kelas dalam talian dijalankan, guru menerangkan topik pelajaran dan memberikan contoh untuk kefahaman murid. Kemudian, murid diberi kerja rumah daripada latihan yang terdapat di dalam buku teks sebagai pengukuhan bagi tajuk tersebut. Tempoh masa yang sesuai diberikan kepada murid-murid untuk menyiapkan kerja rumah. Murid boleh menghantar pada bila-bila masa yang sesuai dalam tempoh yang ditetapkan. Murid hanya perlu menangkap gambar kerja rumah mereka dengan jelas dan menghantar kepada aplikasi ‘Telegram’ guru secara personal. Guru akan menanda secara edit gambar. Kesalahan yang dibuat akan diberikan komen dan jawapan yang betul untuk penambahbaikan dan kemajuan murid. Seterusnya, guru akan menanda pengesahan penghantaran kerja rumah murid di dalam senarai semak. Rajah 1.3: Senarai semak penghantaran kerja rumah sebelum murid membuat kuiz dalam talian. 413


Apabila guru mendapati kadar penghantaran kerja rumah semakin menurun, satu intervensi dan kaedah difikirkan oleh guru untuk meningkatkan minat murid membuat kerja rumah sekaligus menghantar kerja tersebut kepada guru. Penghantaran kerja rumah adalah penting kerana guru perlu mengetahui tahap kefahaman murid semasa pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung di rumah. Murid dan guru tidak menjalankan pembelajaran bersemuka, jadi guru hanya mengharapkan penglibatan penuh daripada murid-murid untuk menghantar kerja-kerja rumah mereka. Melalui pembacaan dan faktor persekitaran, guru telah memilih dan menetapkan beberapa platform yang menyediakan kuiz dan latihan atas talian. Menurut Brothen & Warmback (2004) dan Kiviniem (2009), penggunaan kuiz dalam talian telah menunjukkan peningkatan motivasi murid dalam menyiapkan tugasan ‘reading’, meningkatkan penglibatan di dalam perbincangan kelas dan juga meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan. Dapatan daripada kajian Hilman (2012) mendapati murid mengatakan kuiz secara dalam talian membuatkan mereka lebih menumpukan perhatian semasa ‘reading’. Pemilihan murid sasaran juga dibuat berdasarkan faktor utama murid mempunyai peranti sendiri dan talian internet yang stabil di kawasan kediaman mereka. Murid yang mempunyai peranti sendiri dipilih kerana murid mempunyai akses mudah jika mempunyai peranti sendiri. Seperti yang diketahui, pembelajaran semasa pandemik Covid-19 adalah berbeza dengan pembelajaran yang normal. Terdapat ibu bapa yang terpaksa keluar bekerja walaupun pada musim pandemik. Anak-anak yang mengikuti PdPR di rumah akan bertindak untuk kerja rumah dengan lebih pantas jika mempunyai peranti sendiri. Murid-murid yang dipilih juga adalah murid-murid yang berpotensi untuk berkembang lebih baik dalam subjek Bahasa Inggeris. Mereka juga adalah murid yang rajin menghantar kerja rumah semasa sesi persekolahan bersemuka. Bagi melaksanakan kajian ini, guru telah memilih untuk mencuba beberapa aplikasi dalam talian kerana murid telah diketahui lebih menyukai penggunaan aplikasi di dalam telefon bimbit kerana lebih mudah dan terkini. Kajian ini telah dilakukan dari bulan Julai sehingga bulan Oktober 2021. Kajian mensasarkan kepada lima orang murid daripada 6 Ibnu Sina. Lima orang murid tersebut adalah: i. Muhammad Harris Hafizi Bin Md Salihen ii. Muhammad Alif Aiman Bin Ahmad Nazri iii. Nur Alya Batrisyia Binti Mohamed Rifai iv. Siti Aralia Binti Norhan v. Tengku Nur Syifa Anis Binti Tengku Shukkri 5.3 Review (Semak Semula) Data yang diambil daripada setiap murid akan dikumpulkan dan diletakkan di dalam satu jadual. Daripada jadual tersebut, guru boleh menganalisis kekerapan penghantaran kerja rumah dari segi bertulis dan secara dalam talian. Graf juga dilakar untuk menganalisis data. 414


Pembacaan berdasarkan kajian lepas dibuat untuk mencari faktor dan sebab bagi setiap perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid dalam penghantaran kerja rumah. 5.4 Share (Kongsi) Selepas Kajian Tindakan selesai, guru telah berkongsi hasil kajian dan dapatan dengan beberapa pihak supaya dapatan kajian dapat disebarluaskan. Guru berkongsi dengan pihak Middle Leaders Team (MLT) untuk penambahbaikan dan kritikan membina. Guru berada di bawah pengawasan dan seliaan ML Puan Arul Mani a/p Subramanian. Semasa Kajian Tindakan sedang dalam proses, perkongsian juga dibuat dengan Professional Learning Partner (PLP). PLP guru adalah Puan Noor Atiqah Binti Basiran. Tujuan perkongsian bersama PLP adalah untuk menjana idea, berkongsi cara yang lebih baik dalam mencapai objektif kajian dan meminta cadangan dan pendapat PLP untuk kajian tindakan ini. Kajian Tindakan ini juga dibentang di hadapan Senior Leaders Team (SLT) untuk sesi soal jawab dan penambahbaikan untuk kajian akan datang. Semua perkongsian ini telah dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet. 6.0 DAPATAN KAJIAN Kajian telah dilakukan bermula bulan Julai 2021 hingga Oktober 2021. Beberapa hasil yang signifikan telah ditunjukkan dalam data pada akhir kajian. Jadual 1.1 Kekerapan menghantar kerja rumah secara bertulis dan secara dalam talian. Nama murid/ Tarikh Pra – Ujian (kerja rumah bertulis) Pasca Ujian (Kerja rumah dalam talian) Peratus kenaika n (%) 6/8 12/8 26/8 1/9 10/9 24/9 8/10 Alif x x x / / / / 100 Harris x x x / / / / 100 Syifa x x x / / / / 100 Alya x x x / x / / 75 Aralia x x x / x / x 50 Dapatan kajian menunjukkan peratusan responden menghantar kerja rumah menggunakan platform dalam talian meningkat. Sebanyak tiga orang murid (Alif Aiman, Harris Hafizi dan Tengku Nur Syifa Anis) berjaya menghantar semua kerja rumah yang diberi melalui kuiz dalam talian. Peningkatan penghantaran sebanyak 100% dapat dilihat, kepada tiga murid berkenaan manakala untuk dua orang lagi (Nur Alya Batrisyia dan Siti Aralia) menunjukkan peningkatan lebih 50% berbanding sebelum menggunakan platform dalam talian. 415


Rajah 1.4: Graf perbandingan penghantaran kerja rumah bertulis dan secara dalam talian. Melalui graf diatas, jelas dapat diperhatikan peningkatan ketara penghantaran kerja rumah secara dalam talian bagi murid-murid tersebut. Murid menjawab soalan-soalan topikal yang diberikan secara dalam talian yang lebih menyeronokkan murid. Rajah 1.5: Penghantaran kerja rumah melalui aplikasi Quizizz bagi tajuk Conjunctions. 416


Rajah 1.5: Penghantaran kerja rumah melalui aplikasi Google Form bagi soalan pemahaman. Rajah 1.6: Penghantaran kerja rumah melalui aplikasi Wordwall bagi ulangkaji Grammar. Melalui rajah- rajah diatas, dapat dilihat guru menggunakan tiga platform dalam talian iaitu Quizizz, Google Form dan aplikasi Wordwall. 7.0 PERBINCANGAN Guru telah memilih untuk menggunakan aplikasi Quizizz, Google Form dan Wordwall. Aplikasi dalam talian yang telah dipilih oleh guru adalah berdasarkan beberapa faktor. Faktor yang utama adalah ketiga-tiga aplikasi tersebut boleh diakses secara percuma. Walaupun aplikasi-aplikasi tersebut percuma, platform tersebut sangat menarik dan mudah diakses oleh pengguna terutama oleh guru dan murid yang mempunyai tahap kompetensi ICT yang sederhana. Tambahan pula, aplikasi-aplikasi tersebut hanya mula digunakan semasa PdPR dijalankan. Guru dan murid sama-sama masih berada pada tahap mencuba aplikasi-aplikasi tersebut. 417


Guru juga berupaya membuat pilihan bagi ketiga-tiga aplikasi tersebut juga adalah rentetan daripada perkongsian Professional Learning Community (PLC)- Pembelajaran Digital yang telah diadakan pada 16 Julai 2021. Dalam sesi tersebut, guru-guru di bawah seliaan MLT masing-masing telah membentang satu aplikasi mudah yang boleh digunakan di dalam sesi PdPR bersama-sama murid. Dalam perkongsian tersebut, guru telah mempelajari aplikasi-aplikasi kuiz dalam talian tersebut dan membuat intervensi terhadap sesi PdP bersama murid. Aplikasi Wordwall mempunyai pelbagai mod kuiz. Guru boleh mempelbagaikan mod kuiz untuk topik yang sama untuk aktiviti penggayaan dan pemulihan. Wordwall juga mempunyai paparan markah. Murid boleh juga mengetahui jawapan yang betul dan salah secara terus semasa menjawab soalan-soalan tersebut. Aplikasi Google Form pula digunakan oleh guru kepada murid kerana soalan-soalan dalam satu hantaran pautan boleh direka dalam bentuk yang pelbagai. Dalam kajian ini, guru telah menguji pemahaman reading murid. Guru telah membuat soalan berbentuk multiple choice questions (MCQ), soalan jawapan pendek dan soalan jawapan panjang. Jika aplikasi lain digunakan untuk jawapan-jawapan yang lebih pendek, Google Form boleh menguji keupayaan murid menjawab soalan yang lebih panjang secara bertaip kepada guru. Ini sangat membantu semasa PdPR kerana pembelajaran tidak boleh dilakukan secara bersemuka. Bagi penggunaan Quizizz pula, guru menggunakan aplikasi ini kepada murid kerana pelbagai fungsi menarik. Quizizz mempunyai perkongsian soalan daripada guru dan pembuat soalan daripada seluruh dunia. Akses kepada soalan sangat mudah dan guru boleh mengubahsuai soalan-soalan tersebut mengikut aras kemampuan murid sendiri. Selain daripada itu, aplikasi Quizizz juga mempunyai paparan dashboard. Dashboard akan memaparkan nama murid yang telah menjawab soalan, markah mereka dan masa yang mereka gunakan untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Daripada sudut murid pula, Quizizz menarik minat mereka kerana soalan-soalan akan keluar di paparan mereka secara rawak. Quizizz juga mempunyai sistem ganjaran di mana apabila murid menjawab soalan dengan laju dan betul, token akan diberikan kepada murid. Token tersebut adalah pelbagai, sebagai contoh, token boleh digunakan untuk membuang pilihan jawapan yang salah untuk soalan seterusnya. Ini boleh meningkatkan motivasi murid semasa menjawab soalan. Kajian yang dilakukan oleh Hillman (2012), penggredan secara automatik oleh komputer yang menilai markah tertinggi murid di dalam sistem telah memudahkan dan menjimatkan masa yang signifikan kepada instruktor dan membolehkan murid mendapat maklum balas segera apabila menjawab soalan-soalan dalam talian. Hal ini diakui benar dan dapat dirasai oleh guru dan murid. Masa untuk menanda setiap jawapan murid dapat dikurangkan. Guru terus boleh menilai soalan yang lemah dan tidak dijawab betul oleh murid memandangkan aplikasi-aplikasi tersebut memaparkan secara jelas apabila soalan dijawab salah oleh setiap individu. Bagi pihak murid pula, mereka dapat meningkatkan pemahaman topikal setiap unit apabila diberi soalan secara dalam talian 418


kerana jawapan yang betul akan terus dipaparkan sebaik sahaja mereka menjawab secara salah. Hillman (2012) juga menambah di dalam kajian beliau dan menyatakan pelajar merasakan peluang positif semasa membuat kuiz dalam talian kerana mereka lebih terlibat secara aktif, lebih bersedia untuk pembelajaran dan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan dan mendapat gred yang lebih baik. Ini adalah kerana pemahaman mereka bertambah dengan kuiz secara dalam talian berbanding hanya menghafal fakta sebelumnya. Kelebihan menggunakan kuiz secara dalam talian juga adalah guru boleh menggunakan kuiz yang telah disediakan berulang kali mengikut kesesuaian dan juga boleh dikongsi bersama guru-guru lain. Kuiz secara talian juga boleh diubah dan dikemas kini dengan mudah mengikut situasi semasa dan keupayaan murid. Lima orang murid 6 Ibnu Sina yang terlibat dalam kajian ini juga menunjukkan peningkatan penglibatan dalam menjawab kuiz secara dalam talian. Hal ini kerana apabila murid duduk di rumah semasa pandemik, murid lebih terdedah dan menggunakan peranti dengan lebih lama. Mereka gemar bermain permainan video dalam talian. Apabila diberi kerja rumah secara dalam talian, mereka mempunyai akses mudah dan cepat dalam menyiapkan kerja rumah yang diberi. Selain daripada itu, lumrah kanak-kanak yang sukakan sesuatu yang ceria dan menarik juga adalah antara faktor kuiz secara dalam talian digemari oleh murid-murid. Kandungan grafik yang bergerak, berwarna, mempunyai muzik dan ganjaran berbentuk token telah menambat hati murid-murid dengan lebih mudah. Oleh kerana kajian kali ini menunjukkan peningkatan yang positif, beberapa penambahbaikan akan dilakukan dalam kajian akan datang menggunakan responden yang berbeza. Pada masa akan datang, guru boleh menggunakan aplikasi kuiz dalam talian dengan lebih kerap. Selepas selesai belajar setiap topik, murid akan diberikan pautan untuk menjawab kuiz dalam talian. Kuiz dalam talian masih boleh diberi sebagai latihan tambahan sekiranya pandemik telah berakhir satu hari nanti. Aplikasi kuiz dalam talian juga boleh digunakan oleh guru sebagai salah satu cara untuk mentaksir murid dalam Penilaian Bilik Darjah (PBD) pada masa akan datang. 8.0 KESIMPULAN Dalam keadaan pandemik dan memerlukan murid dan guru berada di rumah masingmasing dan menjalankan PdPR, banyak kekangan yang telah dihadapi sama ada daripada pihak guru ataupun pihak murid. Mana-mana pihak tidak patut menuding jari dan mencari salah sesiapa. Malah sepatutnya, guru, ibu bapa dan murid perlu berganding bahu mencari jalan penyelesaian. Untuk kajian pada kali ini, guru mendapati murid tidak berminat untuk menghantar kerja rumah secara bertulis kerana mereka bosan dengan kaedah konvensional dan kerja tersebut perlu dibuat secara bersendirian di rumah. Kerja bertulis juga memakan masa yang lebih lama. Apabila guru menukar kaedah pemberian kerja rumah secara dalam talian, didapati murid memberi respon dan melibatkan diri secara aktif dalam menghantar kerja rumah. Ini disebabkan aplikasi kuiz dalam talian lebih mudah diakses. Mereka boleh membuat kerja rumah semasa sedang berehat bersama keluarga di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Jadi, kekerapan dan peratus penghantaran menjadi lebih tinggi. Terdapat pelbagai cabaran dalam menjalankan kajian ini. Sebagai contoh, guru perlu mengkaji penggunaan setiap aplikasi dan cara merekodkan data supaya data dapat dikumpul dan dianalisa selepas murid menjawab 419


soalan. Bantuan dan PLC dalam kalangan para rakan guru juga sangat membantu dalam mempelajari aplikasi baru yang mesra murid dan mesra guru. Kesimpulannya, kajian tindakan ini telah memberi impak positif terhadap penglibatan lima orang murid daripada kelas 6 Ibnu Sina. Harapan guru dengan penggunaan kuiz dalam talian ini serba sedikit membantu mereka daripada terus tercicir daripada membuat sebarang kerja rumah yang diberikan. 420


RUJUKAN Amjah, D.Y., (2013). A Study of Teachers’ Strategies So Develop Students’ Interest Towards Learning English as a Second Language. Procedia Social and Behavioral Science. Bein Classy, (2020) Getting started with Quizizz Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=7sP2jX9kHvY Dewan Bahasa dan Pustaka (2016), Kamus Dewan Edisi Keempat. Getie, A. (2020). Factors affecting the attitudes of students towards learning English as a foreign language. Cogent Education. Ghavifekr, S. & Rosdy, W.A.W. (2015). Teaching and learning with technology: Effectiveness of ICT integration in schools. International Journal of Research in Education and Science (IJRES), 1(2), 175-191. Ghavifekr,S. Kunjappan, T., Ramasamy, L. and Anthony, A., (2000). Teaching and Learning with ICT Tools: Issues and Challenges from Teachers’ Perceptions. Malaysian Online Journal Hennessy,S., Deaney, R,.and Ruthven,K., (2001). Pedagogic Strategies for Using ICT to Support Subject Teaching and Learning: An Analysis Across 15 Case Studies. Research Report No.03/1. Hillman.J., (2012) The Impact of Online Quizzes on Student Engagement and Learning., Retrieved from https://berks.psu.edu/sites/berks/files/campus/Hillman_TLI_report.pdf Lestari, N.R., (2020). The Relationship Between Student’s Interest in Learning English and Their Speaking Ability at Muq Langsa. JADE’s: Journal of Academia in English Education. Teacher Azida, (2020) Cara Guna Wordwall untuk PdPR Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=cOsouEF1LPE 421


KIT BAWANG UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN HURUF JAWI TIDAK BOLEH BERSAMBUNG SELEPASNYA DALAM KALANGAN 5 INOVATIF SITI FAUZIAH MOHD NOH SK Seri Samudera [email protected] SURIA MUSTAPHA SK Seri Samudera [email protected] ABSTRAK Tulisan Jawi berasal dari huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan Bahasa Melayu serta diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam sehingga kini. Tinjauan awal mendapati dalam kalangan murid 5 Inovatif kurang mengenali formula tujuh huruf Jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya dengan tepat, kurang aktif dan sentiasa memberi maklum balas tidak memberansangkan ketika tugasan diberikan oleh guru. Hal demikian ini menunjukkan sebilangan murid 5 Inonatif ketinggalan dalam menyiapkan tugasan diberikan oleh guru. Kajian kualitatif dan kuantitatif merujuk Model Kemmis dan Mc Taggart mensasarkan seramai 6 orang murid sebagai peserta kajian. Dalam kajian ini Kit Bawang diperkenalkan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid terhadap tujuh huruf Jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya dengan betul. Dapatan kajian mendapati murid 1 (10), 2 (10), 3 (10), 4 (10), 5 (10), 6 (8) memperoleh skor markah yang baik ini menunjukkan peningkatan prestasi baik. Implikasi kajian ini memberi impak yang positif dengan penggunaan Kit Bawang terhadap peserta kajian. dapat mengingat dengan mudah dan cepat. Diharap dengan penggunaan Kit Bawang tersebut murid dapat menarik perhatian terhadap pembelajaran Jawi di samping dapat meningkatkan kefahaman, minat dan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya pembelajaran Jawi sekaligus mata pelajaran jawi seronok dan diminati. Cadangan pengkaji kajian seterusnya ialah membuat penambahbaikan Kit Bawang dalam bentuk aplikasi. Kata Kunci :Bersambung,Formula, Kemahiran, Selepas, Tujuh Huruf Jawi 422


1.0 PENGENALAN Kemahiran menulis adalah penting dalam pendidikan terutamanya di peringkat awal kanak-kanak. Walaupun proses pengajaran dan pembelajaran kini perlu seiring dengan teknologi digital namun menurut Jaslinah dan Hillary (2019) menulis dianggap sebagai satu cara untuk meluahkan perkataan melalui huruf yang dibentuk, cara genggaman pensil dan postur badan. Matlamat pelajaran jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran menulis dan membaca jawi bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam. Pengajaran jawi adalah salah satu daripada bidang di dalam Pendidikan Islam dan terdapat banyak kaedah serta teknik yang perlu digunakan dari semasa ke semasa mengikut tahap kemahiran murid. Justeru, penggunaan Kit Bawang telah diperkenalkan dalam kajian ini bagi pembelajaran dan pemudahcaraan mata pelajaran Jawi dalam kalangan murid tahun 5 Inovatif. Kit Bawang tersebut mempunyai formula yang terdiri dari 7 huruf yang tidak boleh bersambung selepasnya Selain daripada itu, penggunaan Kit Bawang untuk membantu meningkatkan kemahiran huruf jawi tidak boleh bersambung selepasnya dalam kalangan murid 5 Inovatif. 1.1 Isu dan permasalahan kajian Menurut Norhawati, 2000 & Shazana, 2009, menguasai kemahiran menulis tulisan jawi bukanlah mudah seperti kemahiran bahasa lain. Ianya memerlukan keupayaan kognitif dan psikomotor, perkembangan dan kecekapan deria motor yang sempurna untuk membentuk dan menghasilkan bentuk huruf di samping memerlukan koordinasi mata dan otak. Ini kerana tulisan jawi merupakan suatu hasil kraf dan seni yang mesti diajar dengan cara dan teknik yang betul sejak awal lagi. Manakala menurut kajian Zamferi Ibrahim (2009) mendapati ramai murid yang lemah dan kurang memahami kaedah bagaimana untuk menulis huruf-huruf jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya diberikan, sehinggakan mereka sering gagal untuk menulis huruf yang tidak boleh bersambung selepasnya dengan tepat dan betul. Dalam kajian ini pengkaji telah mengenal pasti 6 peserta kajian yang mempunyai masalah pengetahuan dan kemahiran huruf jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya. Oleh hal demikian pengkaji telah memperkenalkan Kit Bawang bagi mengatasi masalah murid murid tersebut. Kesimpulan, diharap Kit Bawang ini dapat membantu meningkatkan prestasi murid dalam kemahiran mereka mengenal pasti huruf yang tidak boleh bersambung selepasnya. 1.2 Fokus Kajian Fokus dalam kajian ini adalah permasalahan dalam kemahiran huruf jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya serta mengaplikasinya. Kemahiran ini sebenarnya merupakan kemahiran asas dalam bidang jawi dan perlu dikuasai semasa murid tahun 2 lagi. Justeru, kemahiran huruf jawi tidak boleh bersambung selepasnya bukan masalah baru yang perlu diselesaikan oleh guru Pendidikan Islam. Hal demikian ini, pengkaji sebagai guru Pendidikan Islam bertanggungjawab untuk memulihkan khususnya 6 peserta kajian. Dalam masa yang sama pengkaji memilih masalah yang lebih penting berbanding dengan masalah yang lain. Oleh itu, teknik atau kaedah yang sesuai untuk membantu murid tersebut supaya mereka dapat dibantu dengan sewajarnya. 423


Diharap kajian yang akan dilaksanakan ini dapat membantu meningkatkan lagi kemahiran huruf jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya dalam kalangan 6 peserta 5 Inovatif, disamping meningkatkan penguasaan dan prestasi mereka dalam Pelajaran Jawi. Kesimpulan, semoga Kit Bawang ini dapat menyelesaikan persoalan tentang kemahiran huruf jawi tidak boleh bersambung selepasnya dalam kalangan 5 Inovatif khususnya 6 peserta kajian dalam kajian ini. Dengan menggunakan Kit Bawang tersebut peserta kajian menunjukkan minat dan sikap terhadap Pelajaran Jawi. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2.1 Objektif kajian ini adalah untuk : 1) Meningkatkan pengetahuan murid terhadap tujuh huruf yang tidak boleh bersambung selepasnya menggunakan Kit Bawang. 2) Meningkatkan kemahiran murid terhadap tujuh huruf jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya menggunakan Kit Bawang. 3.0 PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah pengetahuan murid terhadap tujuh huruf yang tidak boleh bersambung selepasnya dapat ditingkatkan menggunakan Kit Bawang? 2) Adakah kemahiran murid terhadap tujuh huruf jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya dapat ditingkatkan menggunakan Kit Bawang? 4.0 SOKONGAN LITERATUR Dalam kajian ini pengkaji telah mengenal pasti kajian lepas dari beberapa artikel yang dikenal pasti dan dikaji, pengkaji mengumpulkan artikel terbabit berdasarkan fokus kajian yang iaitu perkembangan tulisan Jawi, pengajaran dan pembelajaran Jawi dan penguasaan Jawi. Kesemua artikel tersebut mengupas mengenai perkembangan tulisan Jawi yang mengaitkan isu seperti daya saing dan cabaran tulisan Jawi, pemerkasaan tulisan Jawi, peminggiran tulisan Jawi dan persepsi semasa masyarakat terhadap tulisan Jawi. Misalnya kajian oleh Ibrahim (2019) mendapati tulisan Jawi sangat penting untuk dipelajari oleh sesiapa sahaja sama ada murid sekolah rendah, menengah mahupun orang dewasa. Menurut Hamdzah dan Surat (2020) merumuskan dapatan pengkaji lepas mengatakan cabaran pembelajaran Jawi adalah disebabkan faktor kurang minat , Jawi sukar dipelajari dan tidak penting, kaedah pengajaran yang kurang sesuai, pengkaedahan Jawi moden yang mengelirukan, dan kurang mendapat galakan ibu bapa. 5.0 METODOLOGI Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Instrumen Pemerhatian, Ujian Pra dan Ujian Pos digunakan sebagai alat kajian bagi mendapatkan data yang diperlukan berkaitan kajian. Analisis data berdasarkan ketiga-tiga ujian yang dijalankan . Data-data diperolehi dan direkodkan dan di analisis berdasarkan prosedur biasa yang kemudiannya akan dijadikan dalam bentuk markah. 5.1 Peserta Kajian Terdiri daripada 6 murid 5 Inovatif dari SK Seri Samudera, kelas tersebut terdiri daripada murid yang mempunyai pencapaian sederhana. 424


5.2 Kaedah Pengumpulan Data 5.2.1 Merancang Dalam kajian ini pengkaji telah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan Kit Bawang bagi mengatasi masalah yang timbul semasa tinjauan. Pengkaji memilih tujuh huruf Jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya, kerana murid sukar dan keliru untuk mengenal pasti tujuh huruf Jawi tersebut sehingga menyebabkan mereka sukar untuk mencari dan menulis perkataan yang terdapat huruf yang tidak boleh bersambung selepasnya. Sebelum kajian dilaksanakan, Ujian Pra dijalankan bagi mengenal pasti penguasaan sedia ada murid sebelum pengukuran dilakukan. 5.2.2 Bertindak Dalam kajian ini sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil oleh pengkaji, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah dihadapi. Pengkaji menyediakan Ujian Pra dan Ujian Pos untuk mengumpul data-data. Instrumen ini disediakan untuk merekod keputusan peserta kajian sama ada mereka mengetahui dan berkemahiran tentang bagaimana menulis perkataan yang mengandungi formula tujuh huruf jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya. Ujian Pra ini adalah menandakan perkataan yang mengandungi salah satu dari tujuh huruf tidak boleh bersambung selepasnya. Ujian Pra dan Ujian Pos adalah sama, rasional instrumen yang sama digunakan untuk membandingkan prestasi murid dalam menjawab soalan sebelum dan selepas kajian dijalankan. 5.2.3 Ujian Pra Satu set soalan Ujian Pra diberikan kepada peserta kajian bagi mengesan sejauh mana penguasaan mereka terhadap tujuh huruf yang tidak boleh bersambung selepasnya. Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab soalan ialah selama 30 minit. Rajah 1 : Contoh Ujian Pra 5.2.4 Ujian Pos Satu set soalan Pasca Ujian Pos diberikan kepada murid selepas mereka mengikuti sesi PdPc menggunakan Kit Bawang. Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab soalan ialah selama 30 minit. 425


Rajah 2 : Contoh Ujian Pos 5.2.5 Memerhati Dalam kajian ini pemerhatian telah dibuat ke atas tingkah laku murid semasa proses PdPc berlangsung mendapati kebanyakan murid pasif, bosan dan lebih banyak mendiamkan diri serta tidak dapat berinteraksi dengan baik. Ini adalah disebabkan murid-murid tidak dapat mengenal pasti huruf Jawi yang tidak boleh bersambung dengan betul. 5.2.6 Mereflek Markah yang direkod daripada Ujian Pra dan Ujian Pos, pengkaji akan membuat analisis adakah Kit Bawang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran huruf Jawi tidak boleh bersambung selepasnya dalam kalangan peserta kajian. Hal demikian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada objekif yang ditetapkan tercapai atau tidak. 5.3 Kaedah Analisis Data 5.3.1 Pemerhatian Semasa peserta kajian menggunakan Kit Bawang, pengkaji cuba membimbing peserta kajian untuk mengesan cara mengingat tujuh huruf Jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya. Kemudian pengkaji bersama peserta kajian untuk menyebut huruf yang tidak boleh bersambung selepasnya. Dalam masa yang sama pengkaji juga melibatkan rakan sekelas untuk membantu dan menerangkan kepada peserta kajian tentang huruf Jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya dengan perkatan-perkataan yang telah ada dalam Kit Bawang. 426


5.3.2 Ujian Pra Jadual 1 : Markah Ujian Pra Ujian Pra Markah Murid 1 2/10 Murid 2 4/10 Murid 3 6/10 Murid 4 4/10 Murid 5 4/10 Murid 6 2/10 Berdasarkan keputusan Ujian Pra, pengkaji telah mengenal pasti beberapa tindakan yang perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah kajian. Maka Kit Bawang digunakan dan dijalankan ke atas murid. 1) Memperkenalkan Kit Bawang kepada peserta kajian. 2) Murid dibekalkan Kit Bawang yang telah dicetak. 3) Memberikan ruang masa kepada murid dalam masa setengah jam untuk menghafal tujuh huruf Jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya. 4) Murid membentangkan hasil yang telah dibuat secara individu setelah mempelajari Kit Bawang. Rajah 3 : Menunjukkan Kit Bawang Yang Mengandungi Tujuh Huruf Yang Tidak Boleh Bersambung Selepasnya. 5.3.3 Ujian Pos Jadual 1 : Markah Ujian Pra Ujian Pra Markah Murid 1 10/10 Murid 2 10/10 Murid 3 10/10 Murid 4 10/10 Murid 5 10/10 Murid 6 8/10 Berdasarkan keputusan Ujian Pos, pengkaji telah mendapati peningkatan yang sangat baik setelah 6 peserta kajian menggunakan Kit Bawang 427


5.4 Model Kajian Tindakan Yang Digunakan Dalam kajian ini Model kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988). Rajah 4 : Model Kemmis dan Mc Taggart 5.5 Intervensi Dalam kajian ini, pengkaji bersama peserta kajian bersoal jawab mengenai huruf Jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya untuk menguji ingatan mereka disamping menerangkan aktiviti bagaimana menggunakan Kit Bawang berdasarkan formula yang diberikan. Seterusnya pengkaji beberapa contoh perkataan di kertas kemudian peserta kajian mencuba menulis. Rajah 5 : Gambar Menunjukkan Peserta Kajian Sedang Menulis Perkataan Bagi Huruf Jawi Yang Tidak Boleh Bersambung Selepasnya. 6.0 DAPATAN KAJIAN Rajah 6 : Graf Menunjukkan Keputusan Ujian Pra 428


Berdasarkan Graf Ujian Pra tersebut dapatlah pengkaji membuat kesimpulan bahawa sebelum penggunaan Kit Bawang diperkenalkan peserta kajian kurang berpengetahuan dan berkemahiran sederhana mengetahui tujuh huruf Jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya. Murid 1 (2), 2 (4), 3 (6), 4 (4), 5 (4), 6 (2). Murid memperoleh skor markah tujuh huruf Jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya kurang memuaskan. Rajah 7 : Graf Menunjukkan Keputusan Ujian Pos Berdasarkan Graf Ujian Pos tersebut dapatlah pengkaji membuat kesimpulan bahawa selepas penggunaan Kit Bawang diperkenalkan, murid berpengetahuan, berkemahiran dalam menulis dan menentukan perkataan yang mengandungi tujuh huruf yang tidak boleh bersambung selepasnya. Murid 1 (10), 2 (10), 3 (10), 4 (10), 5 (10), 6 (8). Murid memperoleh skor markah tujuh huruf Jawi yang tidak boleh bersambung dengan betul menunjukkan peningkatan prestasi baik. 6.1 Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos Peserta Kajian Ujian Pra Ujian Pos Murid 1 2/10 10/10 Murid 2 4/10 10/10 Murid 3 6/10 10/10 Murid 4 4/10 10/10 Murid 5 4/10 10/10 Murid 6 2/10 8/10 Jadual 3 : Jadual Perbandingan Keputusan Markah Ujian Pra Dan Ujian Pos Perkataan Yang Mengandungi Tujuh Huruf Jawi Tidak Boleh Bersambung Selepasnya, Sebelum Dan Selepas Menggunakan Kit Bawang. Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan sebelum ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa penggunaan Kit Bawang memudahkan murid mengingat dan menentukan perkataan yang mempunyai tujuh huruf Jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya. dengan betul dan berkesan. Analisis Ujian Pra dan pasca Ujian Pos dijalankan dengan membandingkan skor pelajar bagi kedua-dua ujian tersebut menunjukkan bahawa 429


terdapat peningkatan prestasi selepas sesi pengajaran menggunakan kaedah baharu yang dijalankan. (Othman Lebar,2015). 7.0 PROSEDUR Perbincangan berkaitan hasil dapatan kajian telah dianalisis secara prosuder biasa melibatkan pemerhatian, Ujian Pra dan Ujian Pos dan impak penggunaan Kit Bawang dalam pengajaran dan pembelajaran peserta kajian. Data-data ini dianalisis bagi menjawab kedua-dua objektif dan persoalan kajian dalam kajian ini. Murid 1 (10), 2 (10), 3 (10), 4 (10), 5 (10), 6 (8). Murid memperoleh skor markah tujuh huruf Jawi yang tidak boleh bersambung dengan betul menunjukkan peningkatan prestasi baik. Walaubagaimanapun kaedah yang pengkaji fikirkan sesuai untuk diaplikasikan di dalam pembelajaran bersama murid dengan menggunakan Kit Bawang dapat membantu mengingatkan tujuh formula bagi huruf Jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya mencapai prestasi lebih tinggi daripada sebelumnya. Kit Bawang ini menekankan perkataan yang mempunyai tujuh huruf Jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya dengan betul. Ini akan menjadikan murid dapat memahami dengan mudah dan akhirnya dapat mengingat apa yang dipelajari dalam tempoh masa yang singkat berbanding dengan kaedah hafalan yang biasa. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa murid-murid seronok menggunakan Kit Bawang kerana mudah serta dapat membantu mereka untuk mengingat dengan cepat. Perasaan minat dan seronok belajar yang timbul di dalam diri mereka itu secara tidak langsung akan memudahkan mereka mengingati apa yang dipelajari. Maka dengan itu, penggunaan Kit Bawang dalam proses PdPc Pendidikan Islam khususnya Mata Pelajaran Jawi adalah amat tepat bagi memudahkan ingatan murid berkaitan tajuk Jawi. Selain itu, dalam masa yang sama Kit Bawang juga dapat merangsang kemahiran berfikir murid selaras dengan kehendak pendekatan pedagogi abad ke 21 yang berpusatkan murid dengan mengambil kira standard asas PAK21 iaitu komunikasi, kolaboratif, kreativiti, pemikiran kritis dan nilai murni.Selain itu,unsur KBAT juga dapat diterapkan melalui Kit Bawang.Tidak ada satu model khusus untuk melaksanakan pembelajaran terbeza kerana pembelajaran ini bergantung kepada pengetahuan sedia ada, minat dan kebolehan murid. Oleh itu, guru perlu memilih dan menyesuaikan kandungan untuk memenuhi minat, kebolehan dan gaya pembelajaran murid.(Pegawai SISC+ PPD Seberang Prai Tengah,2019). Rumusan keseluruhan, Kit Bawang dicipta untuk menarik minat murid untuk menguasai tujuh huruf Jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya dengan baik manakala objektif pula ialah murid-murid dapat mengetahui, berkemahiran menulis perkataan yang mengandungi tujuh huruf Jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya dengan mudah dan cepat. 430


8.0 KESIMPULAN Kajian ini hanya melibatkan beberapa orang murid namun begitu aktiviti yang direka juga sesuai untuk dijalankan murid lain yang mempunyai masalah yang sama. Semoga perkongsian ini dapat membantu buat guru-guru bagi memastikan murid tidak jauh ketinggalan dalam penguasaan kemahiran menulis Jawi khususnya tujuh huruf Jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya. Diharap kajian ini dapat menyumbang kepada peningkatan tahap pencapaian murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya bagi mata pelajaran Jawi kerana Pelajaran Jawi berkait rapat dengan sumber dan bahan bacaan untuk mata pelajaran Pendidikan Islam . 8.1 Implikasi Kajian 8.1.1 Implikasi Terhadap Peserta Kajian Hasil pemerhatian cara pengetahuan dan kemahiran yang ditunjukkan oleh murid sebelum pelaksanaan kajian ini menunjukkan minat dan sikap amat mengecewakan dan tidak membantu ke arah peningkatan diri. Namun apabila dipilih melibatkan diri dalam kajian ini murid mula menunjukkan perubahan dari aspek pengetahuan, kemahiran, minat dan sikap dalam penguasaan kemahiran tujuh huruf Jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya. 8.1.2 Implikasi Terhadap Amalan Kendiri Perubahan yang yang ditunjukkan dari aspek pengetahuan, kemahiran, minat dan sikap. Murid rasa diberi perhatian dan mahu melibatkan diri serta yakin bersama rakan-rakan yang lain di dalam kelas. Murid juga memberi kerjasama dalam semua aktiviti yang dirancang, malah tidak rasa tertekan mengikuti setiap aktiviti, serta berani mencuba walaupun melakukan kesilapan pada awalnya. 8.1.3 Implikasi Terhadap Kurikulum Perubahan terhadap Kurikulum murid tidak lagi keliru dalam membina perkataan yang mempunyai tujuh huruf Jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya. Murid berjaya membina perkataan yang mempunyai formula tujuh huruf Jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya malah dapat menyiapkan kerja atau latihan sehingga siap serta menjawab latihan dengan betul. 8.1.4 Cadangan penambahbaikan. Kajian ini memberi impak yang positif dengan penggunaan Kit Bawang dalam kalangan murid 5 Inovatif ianya dapat mengingat formula tujuh huruf Jawi yang tidak boleh bersambung selepasnya dengan mudah dan cepat. Cadangan pengkaji kajian seterusnya ialah membuat penambahbaikan Kit Bawang dalam bentuk aplikasi. 431


RUJUKAN Ab. Halim, Kamarul Azmi. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Hairia’an, N. H., & Dzainudin, M. (2020). Pengajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 9, 18- 28. Ibrahim, R., Embong, R., Kadir, F. K. A., & Hashim, H. A. (2019). Pemerkasaan Tulisan Jawi Dahulu dan Kini. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN: 2600-9080), 2(1), 29-37. Panel Penulis (2018). Modul Pedagogi Pembelajaran Abad Ke-21 Pendidikan Islam Tingkatan Penerbit Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Sabilan, S., Jamaluddin, M. B., Mohni, S. N. I., & Malaysia, K. P. (2018). Penggunaan Kad Warna Jawiku Dalam Meningkatkan Kemahiran Menyambung Huruf Jawi.IN International Conference On Research And Education 2018, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Tamyis, M. M., Suppian, Z., Ghazali, N. H. C. M., Manusia, F. P., & Malim, T. Bidang Jawi Dalam Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah: Satu Analisis Literatur. Yaacob, N. R. N. (2007). Penguasaan jawi dan hubungannya dengan minat dan pencapaian pelajar dalam pendidikan Islam. Malaysian Journal of Educators and Education, 22, 161-172. 432


LAMPIRAN Kit Bawang Peserta Kajian Peserta Menerangkan Kepada Rakan Kelas Ujian Pra Dan Ujian POS 433


PENULISAN PENDAHULUAN, ISI DAN PENUTUP BERASASKAN TEKNIK PENULISAN TaHuMaT, IMBaKUP DAN KeCaKeHa DALAM PENULISAN KARANGAN NOOR MEME YANTI BT MOHD SHAMSUDDIN The Malay College Kuala Kangsar [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah membina perenggan bagi penulisan karangan dalam kalangan murid Tingkatan 5. Seramai 10 orang murid tingkatan 5 Sains Sosial terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui aktiviti penulisan karangan di dalam kelas dan semakan latihan di dalam buku latihan. Saya dapati terdapat beberapa kelemahan dalam pembinaan penulisan karangan murid iaitu pembinaan ayat pendahuluan yang klise, kurang menarik dan kurang bermaklumat. Murid juga cenderung menulis ayat yang tidak berkesinambungan dalam perenggan isi. Saya juga mendapati bahawa murid kurang peka tentang isu semasa yang boleh dikaitkan dengan tajuk karangan yang dikemukakan. Bagi perenggan kesimpulan pula, murid kurang mahir dalam membuat rumusan bagi keseluruhan karangan yang telah dihasilkan. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah menyarankan formula yang mudah bagi murid-murid ini untuk menambah baik kemahiran membina perenggan karangan mereka. Hasilnya saya dapati, terdapat peningkatan dalam penghasilan karangan oleh murid-murid. 434


1.0 PENGENALAN Penulisan karangan Bahasa Melayu SPM mengikut format baharu dimuatkan dalam Kertas 1 SPM. Jenis item yang diuji ialah Subjektif Respons Terhad dan Subjektif Respons Terbuka. Terdapat dua bahagian yang perlu dijawab oleh murid iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Karangan Bahagian A (30 markah) merupakan 1 soalan yang terdiri daripada kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan manakala Karangan Bahagian B (70 markah) yang terdiri daripada 4 soalan yang berlainan domain iaitu Domain Peribadi, Domain Awam, Domain Pendidikan dan Domain Kerjaya. Murid hanya perlu memilih satu soalan sahaja daripada Bahagian B. Karangan merupakan susunan perkataan yang membentuk ayat dan ada pula yang disusun sehingga menjadi perenggan, fakta dan fikiran, disusun lengkap menjadi satu kesatuan. Hal ini bermakna perkataan dalam ayat tidak boleh disusun tanpa fakta dan fikiran, malahan fakta dan fikiran tidak boleh disusun tanpa menggunakan sejumlah perkataan yang asalnya terpisah menjadi ayat dan perenggan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran mengarang merupakan kemahiran berbahasa yang tinggi dan semua murid boleh menguasai kemahiran mengarang dengan baik jika mereka menguasai kemahiran mendengar, bertutur dan membaca. (Sulaiman Masri, 2006) Pelbagai masalah sering dihadapi oleh murid dalam penulisan karangan. Masalah yang sering terjadi dalam penulisan karangan ialah murid-murid tidak membuat perancangan sebelum menulis karangan terlebih dahulu. Murid hanya terus menulis tanpa ada panduan serta teknik yang sesuai bagi menghasilkan sebuah karangan yang mantap. Hal ini menjadikan perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup yang dihasilkan oleh murid kurang menarik dan tidak bermaklumat. Oleh hal yang demikian, tujuan kajian tindakan ini diadakan adalah untuk memastikan murid mempunyai panduan dalam penulisan karangan bagi menghasilkan sebuah karangan yang cemerlang dan matang dalam penulisan. 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN: Bahagian penulisan karangan (Kertas 1) menyumbang lebih kurang 33% daripada markah keseluruhan kertas Bahasa Melayu. Peratus yang agak besar dalam penulisan karangan ini boleh mempengaruhi murid untuk mendapatkan markah yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kelemahan dalam penulisan karangan murid boleh terdiri daripada pelbagai faktor. Antara faktor yang paling ketara ialah kurangnya amalan membaca dalam kalangan murid bagi mendapatkan maklumat. Hal ini sedikit sebanyak mengganggu penulisan murid kerana penulisan yang dihasilkan kurang matang dan mempunyai banyak kesalahan dari segi tatabahasa. Oleh itu, penulisan maklumat yang tepat dalam penulisan amat penting bagi menghasilkan sebuah karangan yang cemerlang dan matang. Selain menulis perenggan isi yang tepat dan bagus, penulisan karangan yang cemerlang perlu mengandungi ciri-ciri pengolahan bahasa yang menarik, pengenalan atau pendahuluan terbaik, mempunyai unsur-unsur keindahan, kepelbagaian struktur ayat dan peribahasa. Dengan meminimumkan kesalahan dalam karangan, para murid dapat menghasilkan sebuah karangan yang memperlihatkan penggunaan bahasa yang baik dan lancar, kosa kata yang luas serta tanda baca yang betul. Menulis perenggan pendahuluan merupakan antara masalah yang sering dihadapi oleh murid bagi mendapat dan menghuraikan idea dengan berkesan dalam penulisan karangan sekaligus mengganggu murid mendapat markah yang cemerlang. Masalah mengembangkan idea ini dikesan semasa saya menyemak latihan murid di dalam buku latihan. Saya mendapati murid mengambil masa yang agak lama bagi memulakan penulisan perenggan pendahuluan dan seterusnya mengembangkan idea dengan baik. Murid juga didapati tidak dapat membuat 435


rumusan bagi keseluruhan karangan yang ditulis dengan baik ditambah pula murid hanya dapat membina dua ayat dalam satu perenggan pendahuluan mahupun perenggan penutup. Oleh sebab itu, saya memilih teknik penulisan yang dapat membantu murid untuk mengembangkan dan mencambahkan idea bagi menghasilkan sebuah karangan yang cemerlang dan matang. Teknik penulisan karangan yang saya pilih ialah teknik TaHuMaT untuk menulis perenggan pendahuluan, teknik IMBaKUP untuk menulis perenggan isi dan teknik KeCaKeHa untuk menulis perenggan penutup bagi mengatasi kelemahan murid dalam setiap perenggan karangan. 3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN Saya memilih isu ini kerana berdasarkan tinjauan awal, saya dapati bahawa 10 orang murid dari kelas 5 Sains Sosial ini tidak boleh membina perenggan karangan yang mantap sama ada perenggan pendahuluan, perenggan isi atau perenggan penutup karangan. Apabila mereka menulis karangan, mereka gagal menyusun struktur ayat dengan baik selain penggunaan kosa kata, istilah dan tatabahasa yang kurang tepat. Perenggan karangan yang dihasilkan hanya dalam beberapa baris dan huraian isi dalam setiap perenggan terlalu ringkas dan idea tidak dapat dikembangkan dengan baik. Hal ini seterusnya menyebabkan jumlah perkataan bagi setiap karangan tidak mencukupi kerana tidak memenuhi jumlah perkataan yang telah ditetapkan dalam arahan soalan. Oleh hal yang demikian, teknik penulisan ini diperkenalkan kepada semua murid kelas ini amnya dan 10 orang ini khususnya untuk membantu mereka menghasilkan perenggan pendahuluan, isi dan penutup yang menarik, berkesinambungan dan bermaklumat. Hal ini secara tidak langsung dapat menambah baik kemahiran mereka dalam pembinaan ayat dalam perenggan agar murid-murid ini tidak terus tercicir dalam aspek penulisan karangan. 4.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada murid dalam menghasilkan sebuah penulisan karangan yang cemerlang melalui teknik penulisan yang diaplikasikan. 4.1 Objektif Am (i) Meningkatkan kemahiran murid untuk membina perenggan pendahuluan, isi dan penutup karangan yang lengkap, menarik dan bermaklumat. 4.2 Objektif Khusus (i) Murid dapat menulis perenggan pendahuluan yang menarik dan bermaklumat. (ii) Murid dapat menghasilkan perenggan isi yang berkesinambungan dan mempunyai huraian serta contoh yang jelas dan tepat. (iii) Murid dapat menghasilkan perenggan penutup yang mantap dan lebih berstruktur. 436


5.0 PERSOALAN KAJIAN Persoalan-persoalan kajian yang ingin dijawab menerusi kajian ini adalah seperti berikut: (i) Adakah murid dapat mengaplikasikan teknik penulisan yang diberikan semasa menulis karangan? (ii) Adakah teknik yang digunakan dapat membantu murid dalam penulisan karangan mereka? 6.0 KUMPULAN SASARAN/ METODOLOGI KAJIAN Kumpulan murid yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 10 orang murid dari kelas 5 Sains Sosial yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi. Secara keseluruhannya, murid-murid ini mempunyai masalah dalam memulakan penulisan karangan, masalah dalam menghasilkan karangan yang baik serta masalah dalam pengurusan masa untuk menyiapkan karangan tersebut. Ada dalam kalangan murid menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkan karangan menyebabkan pengembangan idea dalam penulisan tidak boleh dibuat dengan baik. Dalam kajian ini, saya telah fokuskan kepada penulisan karangan Bahagian B iaitu Karangan Respons Terbuka (70 markah) dalam Kertas 1 Bahasa Melayu SPM. Penulisan karangan ini mengambil masa sebanyak 1 jam 30 minit. Murid-murid dikehendaki menuliskan sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Sebelum teknik penulisan ini diajarkan kepada murid, terdapat sebahagian daripada murid kelas ini menulis karangan tanpa membuat kerangka karangan terlebih dahulu. Hal ini menyebabkan murid tidak mampu mengolah isi dengan baik, tidak mampu menulis idea dengan ayat yang gramatis, penggunaan kosa kata yang terhad serta struktur ayat yang tidak betul. Selain itu, murid tidak menguasai aspek kohesi (pertautan) dan koheren (runtutan) dalam penulisan karangan. Kohesi ialah ciri-ciri linguistik yang membantu menghubungkan satu urutan ayat sehingga melahirkan sebuah perenggan yang mantap atau memperlihatkan pautannya. Kohesi merupakan aspek formal bahasa dalam wacana atau teks. Kohesi yang utuh terhasil melalui jalinan ayat secara berkaitan atau berkesinambungan. Koheren pula merujuk kepada kesinambungan atau keterikatan antara satu ayat dengan ayat yang lain dalam sesebuah wacana supaya dapat difahami. Menurut Asmah Haji Omar (1980), koheren ialah keteraturan fikiran yang dapat dilihat melalui bentuk-bentuk bahasa yang mempamerkan pautan dalam teks. Koheren ini wujud apabila bahagian-bahagian dalam teks itu memperlihatkan logik antara idea-idea. Dalam erti kata lain, koheren dalam wacana sama ada dalam penulisan atau pertuturan menggambarkan pertautan antara idea-idea yang ingin disampaikan oleh penulis atau penutur. Oleh sebab itu, teknik penulisan ini dicadangkan agar dapat membantu murid mencambahkan idea dan menuliskan sebuah karangan yang mantap dan matang. Teknik penulisan ini telah didedahkan kepada semua murid di dalam kelas ini (21 orang) secara umumnya, manakala 10 orang murid sahaja telah dipilih sebagai responden bagi kajian ini. 7.0 PELAKSANAAN KAJIAN 7.1 Tinjauan Awal Masalah Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian tindakan, tinjauan awal terhadap masalah yang dikenal pasti ialah saya mendapati bahawa hasil penulisan murid tidak mencapai tahap yang sepatutnya iaitu menghasilkan sebuah karangan yang 437


cemerlang. Tinjauan awal yang dilakukan mendapati sebahagian murid-murid ini mempunyai masalah dalam membina perenggan pendahuluan, perenggan isi mahupun perenggan penutup karangan. Langkah-langkah berikut telah dilakukan bagi mengenal pasti kelemahan murid dalam penulisan karangan iaitu berdasarkan pemerhatian, pemeriksaan buku latihan dan pelaksanaan ujian/ peperiksaan. (i) Pemerhatian Pemerhatian tingkah laku murid melalui sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam kelas telah dibuat. Di dalam kelas, guru berperanan sebagai pemudah cara manakala murid akan melibatkan diri secara total dalam proses pembelajaran. Melalui pemerhatian guru, murid telah dikenal pasti mempunyai masalah untuk mencari idea bagi memulakan penulisan karangan. Murid juga mengambil masa yang agak lama untuk menuliskan pendahuluan kerana tidak mempunyai panduan. Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan penting. Murid yang tidak peka akan terburu-buru menuliskan karangan. Selain itu, sikap murid yang tidak mahu menulis rangka karangan juga menjadi salah satu faktor kurangnya percambahan idea. Terdapat murid yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Murid yang tidak merangka karangan menggambarkan bahawa murid tersebut tidak menyusun isi. Hal ini menyebabkan karangan tidak kemas dan bercelaru. Selain itu, didapati isi yang sama juga diulang-ulang dalam penulisan karangan murid. (ii) Pemeriksaan buku latihan Setelah semakan buku latihan dibuat oleh guru, didapati sebahagian murid belum dapat menguasai teknik untuk membina perenggan yang mantap terutamanya perenggan pendahuluan karangan yang hanya ditulis dalam tiga atau empat baris dan terdiri daripada dua ayat sahaja dalam satu perenggan. Perenggan yang dibina juga hampir sama bagi setiap kali penulisan dan kurang bervariasi. Murid didapati tidak mahir dalam menuliskan perenggan pendahuluan yang sesuai dan kurang kreatif untuk menggunakan bahan yang ada di sekeliling mereka seperti petikan lagu, petikan akhbar, pantun, iklan dan sebagainya. Huraian isi pula didapati sangat terhad dan menunjukkan murid tidak cukup maklumat/ idea bagi menghasilkan perenggan isi yang jelas dan matang. Isi bercampur-aduk dan tidak disusuli dengan contoh yang jelas daripada pembacaan atau pengalaman murid. Ada contoh yang hanya direka-reka dan pemberian contoh yang kurang matang dan tidak logik. Bahagian penutup/ kesimpulan karangan pula memperlihatkan murid tidak dapat membina perenggan penutup yang merangkumi keseluruhan karangan. Murid hanya membina satu atau dua ayat sahaja bagi merumuskan karangan mereka. Perenggan itu juga tidak diolah dengan baik dan tidak dimasukkan peribahasa atau ungkapan yang menarik. Hal ini sekali gus menyebabkan jumlah perkataan dalam penulisan karangan murid tidak mencukupi. (iii) Ujian dan peperiksaan Dapatan awal kajian ini adalah berdasarkan markah karangan Bahagian B dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2022. Dalam peperiksaan tersebut, murid tidak mahir untuk membina perenggan dengan baik terutamanya bagi 10 orang murid ini. Teknik penulisan telah diperkenalkan oleh guru dan diaplikasikan di dalam kelas. Dua latihan penulisan karangan bahagian B telah dipilih dan dijalankan kepada semua murid tingkatan 5 Sains Sosial pada bulan Jun dan bulan Julai tahun 2023. Latihan penulisan ini bertujuan menguji tahap penguasaan murid dalam penulisan karangan setelah menggunakan teknik penulisan. Hasil daripada latihan 438


tersebut, guru mendapati terdapat perkembangan yang baik dalam gaya penulisan karangan murid kelas ini. 7.2 Analisis Tinjauan Masalah Hasil pemerhatian, pemeriksaan buku latihan dan peperiksaan dapat dilihat melalui jadual data yang disediakan. Senarai Rekod Pencapaian (Jumlah markah = 70 markah) Jadual 1 : Senarai nama dan markah murid dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2022 Bil Nama Murid Markah (PAT 2022) 1 ADAM DANIEL BIN MUHAMMAD IMRAN 40 2 AHMAD AQMAR THAQIF BIN AZMI 54 3 ALI ASYRAF AFKAR BIN AHMAD FAISAL 52 4 HALEEFZ BIN HASHINI 40 5 IMAN RAZIQUE BIN SYAHRIMAN 55 6 MUHAMMAD ADIB SAFWAN BIN MOHD SAHRIN 55 7 MUHAMMAD DANISH BIN AZWAN 48 8 MUHAMMAD ZAFRAN BIN MOHAMAD ZIAD 57 9 NIK MUHAMMAD DARWISH DANIAL BIN NIK MOHD SYAMSUL AZRI 50 10 WAFIQ DANIAL BIN WAHED 48 Berdasarkan Jadual 1, markah murid yang paling rendah ialah sebanyak 40/70 manakala markah murid yang paling tinggi ialah 57/70. Daripada markah ini, didapati tahap penulisan murid masih berada pada tahap yang sederhana iaitu peringkat MEMUASKAN (36-44), peringkat BAIK (45 - 54) dan peringkat KEPUJIAN (55 - 63). Hal ini menunjukkan bahawa tiada seorang murid yang dapat mencapai tahap CEMERLANG (64 - 70) dalam penulisan karangan Bahagian B ini. 7.3 Tindakan yang dijalankan Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik penulisan TaHuMaT, teknik IMBaKUP dan teknik KeCaKeHa ini telah dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan yang melibatkan 10 orang murid khasnya dan 21 orang murid amnya di dalam kelas 5 Sains Sosial. Pengajaran dan pembelajaran berkaitan karangan ini dijalankan sebanyak 2 minggu sekali dan dan saya memilih waktu 90 minit untuk melaksanakannya. Hal ini bagi membolehkan murid-murid dapat membiasakan diri dengan teknik penulisan yang diperkenalkan dan mengaplikasikannya dalam penulisan karangan mereka. Guru telah melaksanakan beberapa langkah pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan pendekatan ini. Antara langkahnya ialah : 1. Guru menyediakan karangan contoh dan meminta murid mengenal pasti jenis-jenis ayat yang terdapat dalam perenggan pendahuluan, isi dan penutup. Dalam perenggan pendahuluan, murid akan menggunakan teknik TaHuMaT iaitu menuliskan 4 ayat yang terdiri daripada Ayat Tajuk, Ayat Huraian, Ayat Masalah dan Ayat Tugasan (Ayat Fokus). Dalam perenggan isi pula, murid akan menuliskan sekurang-kurangnya 6 ayat bagi setiap perenggan isi. Satu perenggan isi akan mengandungi Ayat Idea, Ayat Mengapa (sebab/ 439


Click to View FlipBook Version