MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID 2 IKHLAS TERHADAP TAJUK SKALA DAN JARAK MENGGUNAKAN APLIKASI SUKAGEO JAMAIYAH BINTI MOHAMED SAPARMAN Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perkasa [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan intervensi laman web SUKAGEO bagi meningkatkan penguasaan murid terhadap tajuk Skala dan Jarak. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian tindakan iaitu melibatkan pemerhatian, refleksi, perancangan dan tindakan. Hasil refleksi menunjukan bahawa murid tidak dapat menguasai topik ini dengan baik dan tidak bersemangat semasa sesi pembelajaran Geografi. Hal ini ditambah pula dengan faktor murid yang tidak berminat untuk membuat pembelajaran kendiri. Namun begitu, selepas intervensi dilaksanakan, pengkaji mendapati terdapat peningkatan dalam pencapaian murid yang sangat ketara dalam memahami dan menguasai tajuk ini. Murid juga dilihat lebih teruja untuk menerokai ilmu Geografi. SUKAGEO yang berteraskan teknik pembelajaran kendiri juga dilihat berpotensi untuk mewujudkan pembelajaran yang lebih aktif dan bermakna. Ia juga dapat membantu pengkaji menjadikan sesi pembelajaran lebih lancar, pencarian maklumat lebih mudah dan menggalakkan murid melakukan pembelajaran kendiri di rumah. Reka bentuk kajian ini melibatkan pengumpulan data melalui ujian pra, ujian pasca, pemerhatian dan soal selidik dengan murid. Berdasarkan dapatan ini, dapat disimpulkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik bukan sahaja dapat menarik minat murid, malah dapat meningkatkan penguasaan murid bagi tajuk Skala dan Jarak. Pengkaji akan terus menggunakan SUKAGEO dengan versi yang ditambah baik bagi kumpulan murid yang akan datang. Kata kunci : SUKAGEO, Geografi, laman web. 1.0 PENDAHULUAN Penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sama dalam tempoh yang lama sudah tentu akan memberi kesan yang negatif kepada murid. Mereka menjadi tidak berminat, tidak bermotivasi dan bosan ketika di dalam kelas. Keadaan ini secara tidak langsung akan mempengaruhi prestasi akademik mereka. Menurut Fullan (2011), mengajar perlu menjadi profesion yang sangat intelektual dan prihatin. Seseorang guru itu perlu prihatin dengan kehendak dan kemahuan pelajarnya terutamanya ketika proses pembelajaran di dalam kelas. 290
1.1 REFLEKSI PdPC YANG LALU Tajuk Skala dan Jarak perlu dikuasai sepenuhnya oleh murid kerana menjadi soalan wajib dalam kertas soalan peperiksaan Geografi di Bahagian B. Berdasarkan maklumat daripada pemerhatian pengkaji sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, murid dilihat tidak menunjukkan kesungguhan untuk menguasai tajuk ini. Ini mungkin disebabkan amalan pengajaran pengkaji yang tidak menarik dan kurang kreatif. Tambahan pula, untuk mengulangkaji pelajaran secara kendiri, murid hanya menggunakan buku teks masing-masing dan lembaran kerja yang disediakan oleh pengkaji. Justeru, murid mudah berasa bosan untuk mengulangkaji pelajaran. Pengkaji juga telah memeriksa lembaran kerja murid-murid kelas 2 Ikhlas dan didapati lima orang murid telah membuat banyak kesilapan semasa menjawab soalan bagi tajuk ini. Sekiranya pengkaji tidak memperbetulkan keadaan ini, pasti mereka tidak dapat menjawab dengan baik yang akhirnya menyebabkan kemerosotan dalam pencapaian mata pelajaran Geografi. 2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN Kajian yang dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pencapaian pengajaran yang disampaikan oleh pengkaji kepada pelajar khususnya bagi tajuk Skala dan Jarak Tingkatan 2 dengan menggunakan teknologi digital melalui pelantar e-pembelajaran. 2.1 TUJUAN / OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan pencapaian murid terhadap tajuk Skala dan Jarak. Objektif Khusus 1. Meningkatkan pencapaian murid dalam Geografi terutamanya dalam tajuk Skala dan Jarak Tingkatan 2. 2. Menambahbaik amalan pengajaran guru menggunakan aplikasi SUKAGEO. 2.2 PERSOALAN KAJIAN 1. Adakah murid menguasai tajuk Skala dan Jarak menggunakan intervensi SUKAGEO? 2. Adakah amalan pengajaran guru dapat ditambahbaik dalam tajuk Skala dan Jarak apabila menggunakan aplikasi SUKAGEO? 2.3 KUMPULAN SASARAN Peserta kajian ini melibatkan lima orang murid kelas 2 Ikhlas di SMK Seri Perkasa iaitu empat orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Kelima-lima murid ini mendapat markah yang rendah daripada ujian pra yang telah dijalankan. Mereka juga dikenali sebagai murid yang kurang bergaul dengan rakan-rakan dan kurang memberi 291
tumpuan ketika di dalam kelas menyebabkan persekitaran pembelajaran menjadi kurang aktif dan tidak menarik. 3.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN (REKA BENTUK KAJIAN) 3.1 Langkah-langkah tindakan (berdasarkan model kajian tindakan) Kajian ini telah menggunakan model Kemmis & McTaggart iaitu merefleks, merancang, bertindak dan memerhati. Model ini telah dipilih untuk kajian ini kerana ia sesuai dengan cara perancangan pengajaran dan pembelajaran pengkaji. Merefleks Ujian pra ke atas lima orang murid telah dijalankan untuk menguji tahap penguasaan mereka terhadap tajuk Skala dan Jarak. Tempoh masa yang digunakan untuk menguji kemahiran murid adalah selepas selesai sesi pengajaran bagi tajuk ini. Ujian pra diberikan terlebih dahulu kepada responden bagi mengetahui tahap ingatan mereka terhadap isi pelajaran yang baharu. Setelah membuat penelitian, pengkaji cuba mencari punca masalah murid tidak dapat menguasai tajuk Skala dan Jarak serta sikap yang ditunjukkan oleh murid yang kurang berminat untuk mempelajari Geografi. Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui keputusan ujian, kerja rumah dan cara mereka menjawab soalan secara lisan, pengkaji mendapati mereka mengalami masalah dalam memahami konsep yang telah mereka pelajari. Latihan yang diberi tidak meransang minda murid serta tidak dapat membantu meningkatkan penguasaan murid terhadap tajuk ini. Refleksi ke atas pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang lepas juga telah menimbulkan permasalahan yang memerlukan pengkaji membuat satu pengubahsuaian yang jitu untuk meningkatkan penguasaan murid dalam tajuk Skala dan Jarak. Pengkaji turut menganalisis ujian pra yang diberikan kepada pelajar. Hasil dapatan melalui ujian pra yang diadakan boleh dilihat melalui Jadual 1. Jadual 1 Markah ujian pra Murid 1 0/20 markah Murid 2 0/20 markah Murid 3 2/20 markah Murid 4 4/20 markah Murid 5 5/20 markah Markah tertinggi adalah 5 markah untuk seorang murid manakala empat orang murid mendapat kurang daripada 5 markah. Hasil dapatan ujian pra ini menggambarkan murid tidak dapat menguasai sepenuhnya bagi tajuk Skala dan Jarak. Hal ini merisaukan kerana ujian pra dilakukan sebaik sahaja topik tersebut diajar. 292
Merancang Pengkaji telah membuat perancangan bagi mengatasi masalah yang dihadapi iaitu menghasilkan intervensi SUKAGEO iaitu membangunkan sebuah laman web interaktif yang mengandungi nota-nota menarik yang boleh dimuat turun, soalansoalan kuiz yang pelbagai, buku teks secara atas talian dan video-video pembelajaran. SUKAGEO merupakan satu intervensi yang dapat membantu murid meningkatkan penguasaan tajuk Skala dan Jarak dan penggunaan SUKAGEO turut dilihat dapat membantu meningkatkan minat dan motivasi murid untuk mempelajari Geografi. SUKAGEO adalah sebuah platform e-pembelajaran yang dibangunkan menggunakan Google Sites dengan ciptaan domain dan logo sendiri serta boleh diakses di alamat url www.sukageo.com. Laman web ini boleh dicapai di mana-mana lokasi dengan pelbagai jenis peranti seperti telefon pintar, tablet dan komputer yang mempunyai talian internet. SUKAGEO mempunyai ciri-ciri keunikan yang tersendiri antaranya mempunyai antaramuka yang menarik dan sesuai bagi pengguna sasaran iaitu murid sekolah menengah yang berusia lingkungan 13 hingga 17 tahun serta mempunyai butang navigasi yang ringkas dan mudah difahami oleh pengguna. Di samping itu, murid juga boleh memuat turun nota-nota ringkas lagi menarik yang telah disediakan dalam format PDF. Murid juga boleh merujuk buku teks atas talian dan menonton video-video pembelajaran yang telah disediakan. Murid juga boleh diuji dengan soalan latihan berfokus yang disediakan di dalam laman web SUKAGEO. Bertindak Tumpuan kajian tindakan ini adalah untuk menangani masalah yang berkaitan dengan kelemahan murid dalam memahami topik Skala dan Jarak. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti adakah kaedah pengajaran menggunakan laman web SUKAGEO dapat meningkatkan tahap penguasaan murid kelas 2 Ikhlas terhadap tajuk Skala dan Jarak. Pengkaji telah meminta murid melakukan pembelajaran kendiri di rumah bagi tajuk yang sama iaitu Skala dan Jarak dengan menggunakan laman web SUKAGEO. Pembelajaran kendiri seperti ini dapat melatih murid menjadi lebih berdikari dan fokus terhadap pembelajaran. Di samping itu, pelibatan murid secara aktif dalam pembelajaran kendiri secara tidak langsung membantu mereka menjana idea dan berkolaborasi bersama rakan lain. Seterusnya, murid-murid diuji dengan soalan-soalan ujian pasca bagi mengukur kefahaman mereka tentang tajuk Skala dan Jarak Geografi setelah pembelajaran menggunakan SUKAGEO selesai dilaksanakan. Pengkaji juga telah menjalankan soal selidik bagi mendapatkan maklum balas murid terhadap intervensi yang dijalankan menggunakan borang soal selidik. Semua data yang diperoleh daripada ujian pra, ujian pasca, borang soal selidik dan senarai semak pemerhatian dikumpul dan dianalisis. 293
Jadual 2 Langkah-langkah menggunakan laman web SUKAGEO Bil Langkah-langkah Penggunaan Laman Web SUKAGEO 1. Murid boleh menaip url www.sukageo.com untuk ke halaman utama. 2. Murid boleh memilih menu TINGKATAN 2 : BAB 1 3. 294
Pelbagai menu boleh dipilih untuk murid melakukan pembelajaran kendiri iaitu NOTA, VIDEO dan LATIHAN. BUKU TEKS atas talian juga turut disediakan untuk dijadikan rujukan oleh murid sekiranya buku teks tidak dibawa pulang. 4. Paparan nota yang menarik boleh dimuat turun untuk dicetak. 295
5. Murid boleh memilih latihan-latihan interaktif yang disukai dan boleh dijawab berulang kali secara individu mahu pun bersama rakan. 6. Latihan berbentuk didik hibur. 7. Pautan buku teks secara atas talian turut disediakan. 296
Pemerhatian Ujian Pasca Setelah aktiviti kelas menggunakan SUKAGEO dilaksanakan, pengkaji memberi murid soalan ujian pasca. Hasil dapatan itu membolehkan pengkaji menilai keberkesanan SUKAGEO dalam pembelajaran. Jadual 3 menunjukkan perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca yang dianalisis. Jadual 3 Perbandingan analisis dapatan bilangan jawapan betul bagi soalan ujian pra dan ujian pasca Bil Peserta Kajian (Murid) Markah ujian pra Markah ujian pasca Bilangan jawapan betul Bilangan jawapan betul 1. Murid 1 0/20 15/20 2. Murid 2 0/20 17/20 3. 4. 5. Murid 3 Murid 4 Murid 5 2/20 4/20 5/20 17/20 19/20 20/20 Soal Selidik Selain itu, item berbentuk soal selidik juga disediakan untuk mengetahui tanggapan mereka dan kesan pendekatan ini terhadap ingatan mereka menguasai tajuk Skala dan Jarak. Borang soal selidik diedarkan untuk mendapatkan maklum balas responden berhubung teknik pembelajaran yang dilaksanakan. Soal selidik ini membolehkan pengkaji mendapat maklumat tambahan berkenaan tanggapan responden berkenaan tajuk ini. Hasil soal selidik boleh dilihat dalam Jadual 4. Melalui borang soal selidik yang telah disi oleh responden pula, sebahagian besar responden mengatakan bahawa penggunaan SUKAGEO memberikan kesan yang positif ke atas strategi pembelajaran mereka terutamanya suasana belajar menjadi ceria dan menyeronokkan. Responden juga mengatakan bahawa teknik ini mampu merangsang minat dan meningkatkan keseronokan mereka untuk belajar. 297
Jadual 4 Analisis data soal selidik Bil Pernyataan Item Peratus(%) YA TIDAK 1. Nota, video dan latihan yang terdapat dalam SUKAGEO menarik dan meningkatkan keseronokan saya untuk belajar. 100 - 2. Minat saya terdapat mata pelajaran Geografi bertambah selepas menggunakan SUKAGEO. 100 - 3. Saya gembira menggunakan SUKAGEO. 100 - 4. Murid dapat menguasai hasil pembelajaran dengan baik. 100 - Refleksi Keberkesanan SUKAGEO dapat dilihat daripada dapatan ujian pasca yang telah dijalankan oleh pengkaji. Perbandingan dapatan markah daripada ujian pra dan ujian pasca boleh dijadikan kayu ukur keberkesanannya. Melalui dapatan markah ujian pasca didapati kesemua responden mencatatkan peningkatan markah daripada markah ujian pra yang dijalankan. Peningkatan ini dapat dilihat dalam julat yang agak membanggakan. Melalui pemerhatian ini, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa peningkatan markah ini berlaku setelah murid mengaplikasian SUKAGEO dalam pembelajarannya mereka. Jadi, pengkaji beranggapan bahawa murid ini memerlukan intervensi berbeza yang lebih berkaitan disiplin dan motivasi diri untuk belajar. Selain itu, pengkaji mendapati terdapat juga kekangan dalam penggunaan SUKAGEO. Ini kerana SUKAGEO hanya boleh digunakan di dalam makmal komputer yang lengkap dengan talian internet. Namun begitu, pembelajaran kendiri menggunakan SUKAGEO boleh dilakukan dirumah kerana SUKAGEO boleh diakses menggunakan pelbagai peranti dan boleh dijalankan tanpa had serta tidak terhad kepada sesuatu ruang dan masa menjadikan pembelajaran lebih mudah. Di samping itu, melalui SUKAGEO murid dapat mengikuti pembelajaran secara aktif Melalui SUKAGEO, murid mempunyai lebih fleksibiliti untuk mencipta persekitaran belajar yang berkesan. Oleh itu, jelas dapat dilihat melalui penggunaan SUKAGEO, murid boleh menggunakannya secara santai untuk mempelajari Geografi yang berfokuskan tajuk Skala dan Jarak. 298
Cadangan Seterusnya Setelah mengaplikasi teknik ini, pengkaji mendapati penggunaan SUKAGEO memang mendatangkan kesan positif kepada murid. Walaupun hasilnya memberangsangkan, namun jika dilihat aplikasi teknik ini pada kumpulan sasaran masih mempunyai kekangan. Justeru, pengkaji akan terus meneruskan teknik ini tetapi akan menambahkan lagi beberapa aktiviti dalam SUKAGEO. Pengkaji juga menyarankan kajian lanjut dilaksanakan menggunakan aplikasi yang sama tetapi untuk mata pelajaran yang berbeza. Kajian ke atas mata pelajaran berbeza ini akan dapat membuktikan sejauh mana teknik seperti SUKAGEO ini boleh membantu mata pelajaran yang berkisarkan kemahiran. Pengkaji berharap agar hasil kajian tindakan ini dapat dimanfaatkan dan mampu menjadikan sesi PdPc lebih menarik, berkesan dan mengubah tanggapan negatif terhadap mata pelajaran Geografi. 299
Bibliografi / Rujukan Alis bin Putih (2012). Pedagogi Strategi Pengajaran Kontemporari yang Berkesan : Jitra, Kedah. Bitara Media. Harits Asyraf Hasnan (2012). Pendidikan Alaf Baharu: Kandungan Perlu Kreatif, Inovatif dan Dinamik. Diperoleh daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pendidikan-alaf-barukandungan-perlu-kreatif-inovatif-dan-dinamik-302712 Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan (2011). HBEF2103 Psikologi Pendidikan : Perkembangan Kanak-kanak Hingga Remaja. Selangor Darul Ehsan : Open University Malaysia Mohamed Amin Embi (2011). Aplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran & Pembelajaran. Diperoleh daripada http://www. ukm.my/ctlt/wpcontent/media/ebook/2011_ Aplikasi_Web_2.0_Dalam_PnP.pdf Mohd Azli Yeop, Kung Teck Wong & Noraini Mohamed Noh (2016). Pembelajaran Teradun: Satu Tinjauan Literatur Terhadap Faktor-faktor Penerimaan Guru Melalui Model-Model Penerimaan. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education Vol. 6, No. 1, June 2016, 67-85 1. Mohd Nasaruddin Parzi (2021). Tiada Tercicir Penyampaian Pendidikan Alaf a. Baharu. Diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/817215/ tiada-tercicir-penyampaian-pendidikan-alaf-baharu-pm Sajap Maswan (2011). Kelebihan Penggunaan Internet dan dan Laman Web dalam Pengajaran dan Pembelajaran : Jabatan Teknologi Pendidikan, Institut Perguruan Tuanku Bainun Pulau Pinang. Tabatha Rayment (2011). 101 Essential Lists on Assessment : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad Vespanathan (2015). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Kalangan Guru-guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah Luar Bandar Negeri Johor. Laporan Projek Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. 300
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGUASAAN ISU-ISU PERKAHWINAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM MURID TINGKATAN 5 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “FOUR SQUARE WRITING” MOHAMAD NASUHA BIN AHMAD SMK Bandar Behrang 2020, Muallim [email protected] ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran penguasaan Isu-isu dalam Perkahwinan Murid Tingkatan Lima dengan menggunakan kaedah ‘Four Square Writing’. Seramai 22 orang peserta kajian tingkatan 5 Inovatif, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Behrang 2020, Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan dijadikan kumpulan sasaran. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah analisis (pemerhatian) iaitu semakan latihan murid dan pra ujian. Peserta kajian didapati tidak dapat menguasai sepenuhnya topik pembelajaran dan pengajaran apabila diberikan latihan Praktis Sumatif yang banyak menekankan penguasaan murid dari segi Istilah-istilah yang terdapat dalam topik isu-isu perkahwinan. Skor markah sangat rendah di kalangan peserta kajian jelas kepada penyelidik mengenai apakah permasalahan yang dihadapi oleh peserta kajian ini. Pelaksanaan kajian tindakan ini sebagai inisiatif kepada guru untuk memperkenalkan templat ‘Four Square Writing’ bagi membantu peserta kajian dalam proses menghasilkan catatan nota ringkas mengenai topik yang telah dipelajarinya sekali gus meningkatkan penguasaan peserta kajian mengenai istilah-istilah yang dibahaskan dalam sub topik Isuisu perkahwinan. Analisis pasca ujian (post test I dan II) yang telah diadakan setelah kaedah penggunaan templat ‘Four Square Writing’ diperkenalkan kepada peserta kajian menunjukkan perubahan yang positif dengan peningkatan kadar penskoran markah yang jauh lebih baik semasa pra ujian dilaksanakan. Penggunaan templat ‘Four Square Writing’ dalam sub topik isu-isu perkahwinan dalam Islam telah berjaya meningkatkan kemahiran penguasaan Isu-isu perkahwinan tingkatan 5. Kata kunci : Pendidikan Islam tingkatan 5 KSSM, Kaedah templat ‘Four Square Writing, Teknik Mencatat Nota Ringkas dan peningkatan skor pemarkahan. 301
1.0 PENGENALAN Dalam proses pembelajaran dan pengajaran, terhasilnya kepelbagaian teknik yang digunakan untuk membantu murid menguasai topik pembelajaran dengan lebih berkesan. Matlamat utama penggunaan teknik sebagai salah satu kaedah atau pendekatan yang dapat meningkatkan tahap penguasaan murid secara optimum. Pembelajaran yang menarik, mudah, menyeronokkan dan penggunaan bahan yang semaksimal kos perbelanjaan mampu meningkatkan tahap kefahaman murid mengenai topik yang dipelajarinya. Mengingati sesuatu fakta sememangnya cabaran dan halangan utama kepada murid untuk terus menguasai dan memahami topik yang berkenaan. Situasi sebegini selalu menjadi keresahan para guru dalam usahanya memastikan anak didiknya menguasai, memahami dan mengurangkan kesalahan-kesalahan fakta semasa menjawab soalansoalan yang berkaitan tajuk ini. Lantaran ini, guru perlu mencari dan mencuba kepelbagaian kaedah atau teknik yang dapat membantu anak didiknya menguasai topik-topik yang memerlukan daya ingatan dan pengecaman fakta yang tinggi. Tambah lagi, halangan jelas ketika guru menghadapi dengan situasi atau keadaan murid yang agak lemah dalam pelajaran. Pelbagai faktor yang mendorong ketidakupayaan mengingati fakta-fakta oleh murid seperti tahap kecerdasan yang berbeza, tahap penumpuan mereka sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran harian di dalam kelas dan strategi pembelajaran yang mantap (Khalid, 2005). Kejayaan dalam bidang akademik adalah sesuatu yang tidak mustahil jika murid memperoleh cara-cara dan strategi pembelajaran yang lebih berkesan. (Zamri, 2015) menyatakan bahawa kejayaan dan kecemerlangan dalam sesuatu pelajaran berkait rapat dengan gaya pembelajaran dan teknik yang diguna pakai oleh murid berkenaan. Guru perlu mencari dan berani mencuba kepelbagaian kaedah pembelajaran dan pengajaran yang mana sesuai digunakan untuk anak didiknya yang semesti berbeza latar belakang sosial budaya dan tahap kecerdasan minda mereka. Teknik dan kaedah yang dapat memberikan kesan positif kepada daya ingatan murid yang akhirnya dapat diterjemahkan dalam ketelitian murid semasa menjawab soalan-soalan yang bersifat fakta. Penggunaan teknik yang tepat dapat juga mengurangkan tahap tekanan murid untuk menguasai dan memahami tajuk dengan lebih mudah. Pembelajaran menggunakan teknik ‘Four Square Writing Templat’ banyak diguna pakai dalam menguasai teknik karangan (penulisan) sama ada Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Melayu. Lantas guru rasa perlu mencuba teknik ini dalam usaha membantu murid mendapatkan keyakinan dalam mengingati tajuk-tajuk yang bersifat fakta yang sememangnya tidak lari dengan kaedah hafalan semata-mata. Teknik ini diadaptasi daripada perkongsian pengalaman antara guru dengan rakan guru dari Bidang Bahasa. Cetusan idea penggabung jalinan ini terhasil apabila guru memikirkan konsep kembali kepada yang asal. Jadi, bertitik tolak itulah guru menggunakan teknik ‘Four Square Writing’ dalam membantu meningkatkan tahap penguasaan kemahiran tajuk Isu-isu dalam perkahwinan murid tingkatan 5 Inovatif di SMK Bandar Behrang 2020. 302
2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Saya mendapati topik Pembubaran Perkahwinan ini banyak menekankan aspek penguasaan dan kefahaman beberapa istilah yang memerlukan daya ingatan murid yang tinggi. Latar belakang peserta kajian yang berbeza tahap kecerdasannya menyukarkan sedikit pada peringkat awalnya untuk mereka menguasai dan memahami topik pembelajaran dan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Saya menghadapi situasi yang agak celaru dengan mencari kaedah yang sesuai dalam usaha membantu murid mengingati fakta-fakta yang diterjemahkan semasa murid menjawab soalan latihan pengukuhan yang disediakan guru. Kaedah penerangan dan bercerita pada awalnya dapat membantu menarik minat murid terhadap tajuk pembelajaran hari berkenaan. Sememang hasil pemerhatian guru mendapati murid hanya seronok mendengar cerita guru mengenai isu-isu perkahwinan, tetapi hasil di akhir pembelajaran dan pengajaran guru mendapati tahap penguasaan murid tidak mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran guru. Rajah 1: Pemerhatian hasil kerja murid menggunakan Instrumen Praktis Sumatif (Subjektif) buku aktiviti Pendidikan Islam Tingkatan 5 KSSM Sepanjang aktiviti pembelajaran dan pengajaran, murid hilang minat semasa guru menyuruh mereka mengingati perkara-perkara yang bersifat fakta terutama maksud pada istilah yang memerlukan kepada daya ingatan yang kuat. Semasa sesi soal jawab bersama murid, guru mendapati jawapan yang diberikan secara lisan tidak tepat dan mereka sukar mengingati dengan tepat mengenai sesuatu istilah. Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran lebih ketara kelihatan murid tidak menguasai sepenuhnya, kerana tidak dapat menjawab soalan latihan pengukuhan yang diberikan guru. Hasil refleksi pengajaran guru, melalui pemerhatian dan soal jawab sama ada secara lisan atau latihan bertulis, didapati murid tidak mampu menjawab soalan dengan betul. 303
Saya perlu berusaha mencari kaedah atau teknik pembelajaran mana yang berkesan terhadap anak didiknya di tingkatan 5 Inovatif yang dapat meningkatkan daya ingatan murid yang bukan lagi bertunjangkan teknik menghafal semata-mata. Pelbagai teknik, kaedah dan alat bantu mengajar dijadikan sebagai alat atau instrumen yang dijadikan sebagai kayu ukur tahap penguasaan murid. Penggunaan peta minda, i-think maps dan teknik mnemonik dan sebagainya. Refleksi pengkaji terhadap penguasaan peserta kajian dapat dilihat pada latihan pengukuhan yang diberikan oleh guru. Lihat rajah 1. 3.0 TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran tahap penguasaan Isu-isu dalam perkahwinan menggunakan kaedah ‘Four Square Writing’ di kalangan murid tingkatan 5 Inovatif SMK Bandar Behrang 2020. 3.1 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk: i. Meningkatkan kemahiran murid mengingati istilah-istilah dalam isu-isu perkahwinan melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan. ii. Menghasilkan satu kaedah atau pendekatan yang dapat membantu murid tingkatan 5 Inovatif menguasai topik isu-isu dalam perkahwinan iii. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan Four Square Writing bagi meningkatkan tahap penguasaan murid tingkatan 5 dalam subjek Pendidikan Islam di bawah topik Isu-isu dalam perkahwinan. 3.2 PERSOALAN KAJIAN i. Adakah kemahiran murid mengingati istilah-istilah dalam isu-isu perkahwinan dapat ditingkatkan melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan. ii. Adakah kaedah Four Square Writing dapat membantu murid tingkatan 5 Inovatif menguasai topik isu-isu dalam perkahwinan 3.3 KUMPULAN SASARAN Peserta kajian ini akan melibatkan seramai 22 orang pelajar tingkatan 5 Inovatif yang terdiri murid yang berbangsa Melayu sahaja. Pemilihan pelajar tersebut kerana mereka mempunyai pencapaian akademik yang kurang memuaskan terutama dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. 304
4.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN (REKA BENTUK KAJIAN) Rentetan daripada permasalahan yang dihadapi, pengkaji telah merancang dan melaksanakan kajian tindakan berdasarkan model Kemmis & McTaggart (1988) yang melibatkan proses memerhati, refleksi, merancang dan tindakan. Rajah 2: Model Kemmis & McTaggart (1988) 5.0 DAPATAN KAJIAN Berdasarkan isu yang diperhatikan, pengkaji telah membina inkuiri kendiri dan catatan dapatan refleksi seperti yang dinyatakan dalam lampiran. Berdasarkan refleksi kendiri pengkaji, sebaik tamat sesi pembelajaran dan pengajaran, mendapati tiada instrumen pengukuran yang diguna pakai untuk mengetahui sejauh mana penguasaan peserta kajian terhadap tajuk yang telah dipelajarinya. Peneliti menjalankan (Pre test) untuk mengetahui isu-isu yang boleh dijadikan kajian tindakan nanti. Peserta kajian diberi masa selama 30 minit untuk menjawab soalan berbentuk subjektif sebagai refleksi kendiri. Pelaksanaan aktiviti 1: Peserta kajian telah dijelaskan oleh peneliti mengenai tajuk Isu-isu yang berkaitan dengan perkahwinan sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran harian guru. Hasil soal jawab secara lisan dengan murid, peneliti mendapati terdapat masalah yang tidak dikuasai sepenuhnya oleh peserta kajian terutama kesukaran mereka untuk mengingati terminologi atau pengertian bagi istilah-istilah tertentu. Peneliti cuba mencari apakah instrumen yang sesuai yang dapat diguna pakai untuk membantu peserta kajian agar dapat mengingati istilah-istilah tertentu. Kebiasaan peneliti akan meminta peserta kajian menghasilkan catatan ringkas menggunakan i-Think map (peta bulatan dan peta buih). Namun, peserta kajian tidak berfokus kepada kemahiran menjawab soalan yang berbentuk subjektif. 305
Rajah 3: Latihan Pengukuhan (Praktis Sumatif) Topik Isu-isu Perkahwinan dalam Islam Pemerhatian Aktiviti 1 - Bagi pengkaji mendapati bahawa peserta kajian tidak didedahkan dengan kemahiran mencatat nota yang boleh digunakan sebagai bahan bacaan peserta kajian yang dapat membantu proses mengingati istilah-istilah yang berkaitan dengan isu-isu perkahwinan. Kebanyakan daripada peserta kajian tidak menguasai dan mengingati istilah-istilah tertentu. Semasa menjawab soalan subjektif, pengkaji mendapati peserta kajian langsung tidak boleh mengingati semula isi pembelajaran yang telah mereka pelajari, pengkaji perlu mencari instrumen yang sesuai diguna pakai oleh peserta kajian dengan harapan mereka lebih berfokus mengingati istilah-istilah yang terdapat dalam topik isu-isu perkahwinan secara lebih bersistematik. Peserta kajian tidak menguasai kemahiran menjawab soalan subjektif lebih-lebih lagi istilah yang memperuntukkan 2 markah bagi setiap soalan yang berkaitan dengan istilah atau pengertian bagi setiap subtopik pembelajaran. Pelaksanaan Aktiviti 2: Peserta kajian didedahkan secara teori penggunaan templat ‘Four Square Writing’ yang akan dijadikan sebagai instrumen peserta kajian dalam menghasilkan catatan ringkas yang lebih berfokus kepada usaha mengingati fakta atau sesuatu istilah pengertian. Peserta kajian diberikan sehelai templat ‘Four Square Writing’ dan diminta oleh peneliti menghasilkan catatan nota ringkas yang hanya sebatas ‘Four Square’ itu sahaja. Peserta kajian diberikan kebenaran untuk melihat buku teks atau buku rujukan sebagai bahan catatan mereka. 306
Rajah 4: Contoh catatan nota ringkas mengenai Isu-isu Perkahwinan dalam Islam dengan menggunakan templat ‘Four Square Writing’ Pemerhatian aktiviti 2 - Peserta kajian lebih bersemangat menghasilkan catatan nota ringkas menggunakan ‘Four Square Writing’, pertama kali peserta kajian menggunakan kaedah ini jika dibandingkan kaedah seperti mind mapping, i think map dan sebagainya. Peserta kajian menghasilkan nota ringkas dengan menjawab soalan latihan pengukuhan dalam buku teks. Secara tidak langsung gaya dan corak pemikiran peserta kajian hanya berkisar kepada tapak 4 ini sahaja. Peneliti mendapati hanya berteraskan ‘Four Square Writing’ dapat merangkumi semua subtopik yang telah dipelajari. Peserta kajian lebih kreatif semasa menghasilkan nota, menggunakan pen yang berlainan warna agar nota yang dihasilkan menarik dan menjadikan warna sebagai salah satu medium yang dapat membantu kemahiran mengingati mereka. Pelaksanaan Aktiviti 3: Peneliti menyediakan soalan praktis sumatif sebagai salah satu bahan sebagai ‘post test’ untuk melihat sejauh mana keberkesanan templat ‘Four Square Writing’ membantu peserta kajian dalam proses usaha mengingati fakta topik isu-isu perkahwinan yang dihasilkan sebagai catatan nota mereka. Soalan dalam bentuk subjektif sebanyak 10 soalan bertulis sahaja. Masa yang diberikan untuk peserta kajian menjawab soalan berikut selama 30 minit tanpa melihat sebarang catatan nota. 307
Pemerhatian Aktiviti 3 - Peserta kajian diberikan latihan subjektif sebagai instrumen pengukuran terhadap keberkesanan penggunaan ‘Four Square Writing’ dalam membantu peserta kajian mengingati fakta-fakta yang berkaitan dengan istilah-istilah dalam topik Isu-isu perkahwinan dalam Islam. Hasil pemerhatian penelitian melihat tahap kesediaan dan keyakinan murid semasa menjawab soalan semakin baik dan lebih berfokus pada peruntukkan markah pada setiap soalan yang berbentuk istilah. Sebelum ini (Pre test) yang dilaksanakan peserta kajian banyak yang tidak mampu menjawab soalan yang sama seperti mana yang dijelaskan dalam pemerhatian 1. Rajah 5: Soalan (Post Test I) Praktis Sumatif - Isu-isu perkahwinan dalam Islam 308
Pelaksanaan Aktiviti 4: Peneliti melaksanakan kaedah soal selidik terhadap peserta kajian bagi memperoleh data tentang keberkesanan penggunaan templat ‘Four Square Writing’ dalam membantu proses mengingati fakta atau istilah yang digunakan dalam topik Isu-isu perkahwinan tingkatan 5 KSSM. Soal selidik dilaksanakan atas talian menggunakan aplikasi google form. Soal Selidik Aktiviti 4: Sebanyak 10 soalan respons terbuka yang dihasilkan oleh peneliti bagi mendapatkan respons dari peserta kajian. Soalan yang berbentuk pilihan Ya atau Tidak perlu dijawab secara atas talian. Peserta kajian diberi masa selama 15 minit untuk menjawab soalan tersebut. Maklum balas daripada peserta kajian menyatakan penggunaan templat ‘Four Square Writing’ sememangnya mendatangkan kesan positif yang dapat membantu mereka mengingati faktafakta atau memahami dan mengingati istilah-istilah yang diguna pakai dalam topik pembelajaran dan pengajaran harian mereka. Selain itu, peserta kajian menyatakan penggunaannya lebih kepada mudah dihasilkan dan menjimatkan masa hanya setakat petak empat sahaja. Peserta kajian memberi respons yang menyatakan penggunaan ‘Four Square Writing’ dapat membantu mereka dalam menghasilkan catatan nota yang lengkap dan padat menjurus kepada menjawab soalan latihan pengukuhan yang terdapat dalam buku teks di akhir bab yang lebih berfokus catatan nota peserta kajian. Penggunaan ‘Four Square Writing’ sebenar menyasarkan kepada proses pengembangan ayat dalam aktiviti penulisan (karangan) Bahasa Melayu dan (Writing) bagi Bahasa Inggeris. Namun peneliti cuba melakukan adaptasi penerapan dan pembudayaan lebih kepada membantu proses memahami dan mengingati sesuatu fakta atau istilah-istilah terminologi dalam mata pelajaran Pendidikan Islam KSSM. Pelaksanaan Aktiviti 5: Peneliti memberikan sekeping kertas A4 dengan nilai masa diberikan hanya sebatas 10 minit, tugasan kepada peserta kajian untuk melakar dan menghasilkan templat ‘Four Square Writing’ bersesuaian petak empat sahaja. Walau bagaimanapun bergantung kepada kreativiti peserta kajian boleh menghasilkan pecahan petak lain bergantung kepada bahan catatan peserta kajian atau mereka boleh jadikan petak tambahan sebagai catatan tambahan yang dibuat selepas semakan catatan mereka selesai dilaksanakan. Rajah 6: Contoh lakaran ‘Four Square Writing’ yang dilakarkan oleh peserta kajian 309
Pemerhatian Aktiviti 5 - Daripada pemerhatian peneliti mendapati peserta kajian dapat menghasilkan lakaran ‘Four Square Writing’ dengan mudah tidak memerlukan jangka masa yang lama untuk melakarnya dan tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Ada sebahagian peserta kajian yang hanya melakar empat kotak yang asas saja, ada juga peserta kajian yang kreatif dapat melakar pecahan 4 tapak menjadi 6 atau 8 kotak bergantung kepada bilangan soalan yang terdapat dalam buku teks. Pelaksanaan Aktiviti 6: Peneliti meminta peserta kajian mencatat nota ringkas dengan menggunakan templat ‘Four Square Writing’ dengan menggunakan pen yang berwarna (Fineliner) dengan kaedah warna asas digunakan menyalin apa yang peserta kajian ingat selepas melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran guru, manakala semasa membuat semakan catatan nota dengan merujuk kepada buku teks sekiranya ada tambahan isi catatan, maka peserta kajian akan menggunakan pen yang berlainan warna sebagai bahan catatan tambahan. Rajah 7: Penggunaan templat ‘Four Square Writing’ menggunakan catatan nota ringkas menggunakan pen berwarna (Fineliner) Pemerhatian Aktiviti 6 - Peserta kajian teruja dan seronok dengan menggunakan pen ‘Fineliner’ ketika mereka menghasilkan catatan nota yang lebih menarik dan catatan yang kerana peserta kajian yang pada kali yang pertama mereka mencatatkan di templat ‘Four Square Writing’ apa yang keluar daripada kotak pemikiran mereka selepas proses pembelajaran dan pengajaran guru. Manakala selepas semakan catatan dengan rujukan bahan menggunakan buku teks, seandainya ada peserta kajian yang terkurang atau catatannya tidak lengkap maka boleh membuat catatan tambahan dengan menggunakan pen ‘Fineliner’ yang berlainan warna. Pelaksanaan aktiviti 6: Peneliti mendapat keterlibatan peserta kajian semasa menghasilkan catatan nota dengan menggunakan kepelbagaian warna amat mengagumkan penglibatan mereka. Hasil kreatif peserta kajian untuk mempercantik bentuk tulisan dengan menggunakan pelbagai warna, sebagai mana maklum otak amat tertarik dan lebih berfokus kepada kepelbagaian warna. Seandainya peserta kajian tidak mempunyai set pin warna (Fineliner) mereka boleh menggunakan pen biru, hitam atau merah dengan baik. 310
Pemerhatian Aktiviti 7 - Post test (II) diberikan kepada peserta kajian untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan templat ‘Four Square Writing’ dalam menjawab soalan peperiksaan, cuma beza soalan bertulis yang berpandukan jawapan bagi peserta kajian yang lemah dan gagal masa Pre Test I. Pelaksanaan aktiviti 7: Peneliti memberikan masa 30 minit beberapa orang peserta kajian yang gagal semasa ujian Pra ujian I lalu. Dapatan Pra Ujian II akan dijadikan kepada permasalahan kajian tindakan ini. Juga dijadikan sebagai intervensi sejauh mana penggunaan templat ‘Four Square Writing’ dapat mengatasi masalah penguasaan daya ingatan peserta kajian mengenai topik semasa proses pembelajaran dan pengajaran harian guru. Rajah 8: Soalan subjektif berbantu jawapan untuk post test II murid 5 Inovatif SMK Bandar Behrang 2020. 311
Jadual 1: Keputusan Pra Test dan Post Test I & II bagi murid 5 Inovatif Murid Ujian Pra Test I (menggunakan instrumen Praktis Sumatif I) (markah penuh 10) Ujian Post Test I (menggunakan instrumen Soalan Subjektif) (markah penuh 20) Ujian Post Test II (menggunakan instrumen Soalan Subjektif berpandu jawapan (markah penuh 10) 1. 2 3 5 2. 2 4 9 3. 4 13 6 4. 2 8 7 5. 2 13 8 6. 2 8 9 7. 2 3 6 8. 6 3 7 9. 4 7 8 10. 4 7 9 11. 4 13 6 12. 6 15 7 13. 8 19 10 14. 2 8 8 15. 4 8 9 16. 4 10 8 17. 6 6 7 18. 6 16 9 19. 8 16 9 20. 6 11 5 21. 2 6 2 22. 2 8 2 312
Rajah 8: Perbandingan skor markah Pre test, Post Test I dan Post Test II Murid Tingkatan 5 Inovatif Berdasarkan jadual 1 dan rajah 8 menunjukkan data yang diperoleh oleh peserta kajian. Rajah 8, menunjukkan julat skor markah Pre Test antara markah 2-8 sahaja, namun selepas peneliti menerapkan penggunaan templat ‘Four Square Writing’ dalam upaya penghasilan catatan nota ringkas mengenai tajuk kajian tindakan. Post test II, penyelidik mendapat perubahan yang tinggi dari segi skor markah mereka. (sila rujuk kotak warna biru). Namun peneliti masih ada data yang boleh diproses dengan mengadakan penilaian skor yang melibatkan Post Test II perlu dilaksanakan bagi melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan templat ‘Four Square Writing’ dalam membantu murid mengingati sesuatu fakta. 6.0 RUMUSAN DAN PERBINCANGAN Berikut adalah rumusan dan perbincangan mengenai dapatan kajian berdasarkan kepada objektif kajian; Objektif 1: Meningkatkan kemahiran murid mengingati istilah-istilah dalam isu-isu perkahwinan melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan. Pengkaji mendapati bahawa penggunaan templat ‘Four Square Writing’ sebagai instrumen atau kaedah yang digunakan oleh membantu peserta kajian dapat meningkatkan daya ingatan murid tingkatan 5 Inovatif. Pada dasar penggunaannya templat “Four Square Writing’ sama seperti mind mapping (peta minda), i-Think map dan sebagainya. Peta minda juga merupakan salah satu pendekatan yang membolehkan murid menyusun fakta dan fikiran murid yang lebih cenderung membantu meningkatkan keupayaan murid mengingati fakta dengan lebih berkesan jika dibandingkan dengan menggunakan catatan nota secara tradisional. Templat ‘Four Square Writing’ 313
dapat membantu peserta kajian dalam usaha menyediakan catatan ringkas. Tumpuan peserta kajian hanya kepada empat tapak asas dan menjawab pada soalan ramalan SPM 2023. Di Malaysia sahaja, peneliti tidak menemukan sebarang kajian atau tulisan ilmiah mengenai keberkesanan penggunaan four square writing dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Cuma banyak tulisan ilmiah mengenai penggunaan alat fikir seperti kajian mengenai penggunaan iThink map, kajian mengenai keberkesanan penggunaan peta minda dalam meningkatkan mutu pembelajaran murid-murid di sekolah. Melalui soal selidik atas talian yang diberikan kepada peserta kajian, mengenai penghasilan instrumen templat ‘four square writing’ dalam membantu proses memahami dan mengingati topik Isu-isu perkahwinan dengan dapatan kajian seramai 16 orang peserta kajian menyatakan 100% instrumen ini membantu mereka dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Rajah 9: Peratusan murid tingkatan 5 Inovatif menyatakan keberkesanan penggunaan templat ‘Four Square Writing’ dalam membantu mereka mencatat nota ringkas. Begitu juga dapatan soal selidik ini, sebanyak 93.8% peserta kajian menyatakan bahawa penggunaan templat ‘Four Square Writing’ membantu mereka dalam proses memahami dan mengingati istilah-istilah yang terdapat dalam tajuk Isu-isu perkahwinan. Cuma 6.3% sahaja yang menyatakan tidak dalam instrumen soal selidik berikut. 314
Rajah 10: Kadar peratusan murid 5 Inovatif menggunakan templat ‘Four Square Writing’ dalam proses memahami dan mengingati topik pembelajaran. Jika dibandingkan peningkatan tahap skor pemarkahan dalam post test I dan post test II, mendapati selepas penggunaan templat ‘Four Square Writing’ dapat meningkatkan mutu jawapan peserta kajian yang memperoleh markah sebagaimana mengikuti kehendak pemarkahan yang disediakan oleh pihak sekolah. Purata skor markah yang diperoleh antara 15-20 markah seramai 10 orang murid manakala 12 orang murid memperoleh purata markah antara 2-14 markah dan mereka ini akan diberikan latihan pengukuhan dengan soalan-soalan berstruktur yang berpandu kepada penggunaan kata kunci panduan jawapan mereka. Kesimpulannya, peneliti mendapati bahawa penggunaan templat ‘Four Square Writing’ sebagai salah satu daripada instrumen atau alat fikir yang dapat membantu meningkatkan tahap kefahaman dan proses mengingat fakta-fakta yang terdapat topik pembelajaran harian di kelas harian. Objektif 2: Menghasilkan satu kaedah atau pendekatan yang dapat membantu murid tingkatan 5 Inovatif menguasai topik isu-isu dalam perkahwinan. Instrumen atau alat fikir yang digunakan dalam proses membantu peserta kajian untuk menguasai topik isu-isu perkahwinan dengan menggunakan templat ‘Four Square Writing’ yang lebih berfokus dan dapat menghubung kait antara satu fakta dengan fakta yang lain. Dari segi menghasilkan templat berkenaan, melalui beberapa aktiviti yang dilaksanakan mendapati peserta kajian lebih selesa dan mudah untuk menghasilkan satu alat fikir yang sangat ringkas dalam proses melakar ‘Four Square Writing’ mengikut kesesuaian topik yang dipelajari oleh peserta kajian. Peserta kajian hanya memerlukan alat tulis seperti pensel, pen dan pembaris dengan masa yang cukup singkat maka peserta kajian dapat menghasilkan sebuah instrumen yang sangat membantu proses memahami, mengingati fakta dan membantu peserta kajian dalam penghasilan bahan catatan nota secara ringkas. Penghasilan templat ‘Four Square Writing’ dibuat mengikut kepada kadar kesesuaian murid itu sendiri. Peserta kajian tidak merasa terikat pada satu-satu 315
lakaran alat fikir sahaja, mereka lebih berkreatif dalam menghasilkan lakaran yang lebih komprehensif. Rajah 11: Murid tingkatan 5 Inovatif lebih berminat menggunakan templat ‘Four Square Writing’ dalam penghasilan catatan nota pembelajaran mereka Melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti kajian, peneliti mendapati peserta kajian lebih kreatif dalam menghasilkan catatan nota yang menarik dan kepelbagaian variasinya. Penggunaan pen yang berlainan warna seperti ‘Fineliner’ dapat mempercantik dan memperkemaskan susunan catatan mereka. Dari segi kekuatan minda, kebiasaannya lebih cenderung tertarik dan kekuatan memori pada seseorang lebih berfokus dan kuat kerana nota yang dihasilkan oleh peserta kajian. Pelbagai kajian ilmiah dan kajian yang pernah dilaksanakan sebelum ini mendapati otak manusia lebih suka kepada kepelbagaian warna dan bentuk lakaran objek berbanding dengan keupayaan mengingati sesuatu perkara hanya bergantung kepada bentuk tulisan semata-mata. Penciptaan alatalat ini telah melahirkan definisi yang pertama tentang teknologi pengajaran yang dikenali sebagai komunikasi audio visual pada tahun 1963. Definisi tersebut telah diperkenalkan oleh Department of Audio Visual Instruction (DAVI) yang memberikan tumpuan kepada teori komunikasi yang mempunyai pengaruh kuat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dale (1946) telah mengemukakan pendapatnya dalam teori pembelajaran manusia yang disebut sebagai ‘Cone of Experience’ (Kon Pengalaman). Dalam teori ini, Dale memperjelaskan kesan media yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah kefahaman pelajar daripada sukar kepada yang lebih mudah. 316
Rajah 12: Murid 5 Inovatif lebih menyukai kemahiran mencatat nota menggunakan templat ‘Four Square Writing’. Berdasarkan pemerhatian penelitian yang dilakukan sama ada melalui sorotan literatur atau pengalaman sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran harian guru menyimpulkan bahawa keselesaan dan kesesuaian murid sepanjang tempoh pembelajaran merupakan titik awal murid untuk menguasai sesuatu topik pembelajaran. Alat fikir atau instrumen yang diguna dapat memicu tahap kefahaman dan proses mengingati menjadi lebih mudah. Peserta kajian didedahkan dengan kemahiran mencatat nota yang dapat meningkatkan tahap kefahaman mereka, kebiasaan murid malas untuk mencatat nota kerana mereka tidak didedahkan penggunaan instrumen-instrumen yang boleh digunakan dalam usaha meningkatkan tahap penguasaan pemahaman peserta kajian ini. Objektif 3: Mengenal pasti keberkesanan penggunaan Four Square Writing bagi meningkatkan tahap penguasaan murid tingkatan 5 dalam subjek Pendidikan Islam di bawah topik Isu-isu dalam perkahwinan. Melalui beberapa proses pelaksanaan aktiviti kajian bersama peserta kajian, peneliti mendapati bahawa penggunaan templat ‘Four Square Writing’ sama ada aktiviti itu bersifat kepada pemerhatian peneliti terhadap sikap murid atau pemberian ujian bertulis Pre test atau Post test I dan II peneliti mengkaji beberapa maklum balas peserta kajian yang mengatakan bahawa penghasilan dan penggunaan templat ‘Four Square Writing’ banyak membantu mereka dalam menguasai dan meningkatkan tahap penguasaan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di bawah topik isu-isu perkahwinan dalam Islam. Peningkatan skor markah ujian post test I dan II menunjukkan perkembangan yang sangat positif jika dibandingkan sebelum peserta kajian didedahkan dengan penggunaan templat ‘Four Square Writing’ dalam proses pembelajaran dan pengajaran harian mereka. Ada di kalangan peserta kajian memperoleh skor markah 19/20 dalam ujian yang dilakukan kepada peserta kajian. 317
Penggunaan templat ‘Four Square Writing’ di kalangan peserta kajian amat positif. Situasi ini diperjelaskan oleh peneliti dengan melaksanakan aktiviti soal selidik atas talian yang mencatatkan seramai 16 peserta kajian menyatakan 100% setuju tentang keberkesanan penggunaan ‘Four Square Writing’ dalam membantu mereka menguasai topik pembelajaran dengan lebih baik jika dibandingkan dengan sebelumnya. Rajah 13: Peratusan murid 5 Inovatif menyatakan bahawa penggunaan templat ‘Four Square Writing’ lebih berfokus semasa menjawab soalan yang berstruktur. Kesimpulannya, peneliti dapat membuat andaian bahawa sememangnya penggunaan templat ‘Four Square Writing’ dalam melaksanakan kajian tindakan terhadap murid tingkatan 5 Inovatif sebagai peserta kajian dalam mengatasi masalah meningkatkan tahap penguasaan dan kefahaman dalam sesuatu topik yang memerlukan mengingati istilah-istilah penting. Unsur Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) yang diterapkan juga dapat merangsang minda murid untuk belajar. Murid tetap aktif dan bersemangat melaksanakan tugasan yang diberikan. Ganjaran, ucapan dan penghargaan juga sering saya berikan kepada murid sebagai pemangkin kepada mereka untuk belajar serta membina hubungan mesra dengan murid. Dapatan ini sesuai dengan pendapat Zamri (2014) yang menyatakan ganjaran banyak membantu murid-murid aktif dalam sesuatu pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Guru yang bermotivasi akan melahirkan murid yang berjaya dan cemerlang. 318
7.0 KESIMPULAN Berdasarkan kepada kajian tindakan ini, pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam dapat dikuasai sepenuhnya oleh murid tingkatan 5 Inovatif. Permasalahan ini dikaji, setelah peneliti mendapati dan mencari apakah punca atau faktor mereka ini tidak menguasai topik pembelajaran dan pengajaran guru. Maka hasil kajian ini, peneliti dapat menjelaskan bukan mereka tidak menguasai atau faham topik berkenaan tetapi mereka ini tidak didedahkan dengan mana-mana kemahiran mencatat nota ringkas yang membawa impak yang besar terhadap penguasaan topik pembelajaran. Bermula sesi bual bicara santai peneliti dengan murid tingkatan 5 Inovatif ini, maka tercetus maklumat apa sebenarnya permasalahan yang dihadapi murid akhirnya membawa kepada usaha penyelesaian kepada masalah dengan menggunakan instrumen atau alat fikir templat ‘Four Square Writing’ bagi membantu mereka meningkatkan tahap penguasaan dan kefahaman mereka dalam topik Isu-isu perkahwinan dalam Islam. Dari segi kemahiran mereka mencatat nota semakin positif dan lebih menarik penghasilan catatan nota pembelajarannya. Nota lebih komprehensif dan menarik dapat dihasilkan dengan mudah, selesa dan meminimumkan penggunaan kos perbelanjaan dan masa. Peneliti mendapati isu atau masalah pembelajaran murid tingkatan 5 Inovatif terutama dalam masalah mengingati istilah-istilah tertentu dapat diatasi dengan penerapan kemahiran mencatat nota menggunakan instrumen atau alat fikir templat ‘Four Square Writing’ seterusnya menghasilkan perubahan dari segi penskoran markah murid 5 Inovatif dalam keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2023 nanti. 319
RUJUKAN Abdullah Yuoff, Tan Siew Poh, Yusmiza Hanim Yusuf, (2019). Panduan Penulisan Ilmiah, Laporan Penyelidikan, Kajian Tindakan dan Tugasan Akademik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku Manual Kajian Tindakan, (2008), Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, edisi ketiga. Carla, How To Effectively Use The Four Square Writing Methods In Elementary, Jurnal Penyelidikan Pendidikan, Tekat Bestari, Jabatan Pendidikan Negeri Perak Jld.2 tahun 2022. Pusat Pembangunan Akademik, Institut Pendidikan Guru Malaysia, (2018). Buku Panduan Penyelidikan Tindakan:Kementerian Pendidikan Malaysia. Zuyina Masunah, Erna Setyawati, (2019), Meningkatkan Kemampuan Siswa Dalam Menulis Deskriptif Teks Menggunakan Four Square Writing Method. Semarang, Indonesia: Media Penelitian Pendidikan Jurnal Penelitian Dalam Bidang Pendidikan dan Pengajaran 12(1):76. 320
MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN SATU AL FARABI DALAM MENAMBAH DAN MENOLAK NOMBOR MENGGUNAKAN MAGIC RULER NOORREZAN BINTI OTHMAN Sk Alor Pongsu 34300 Bagan Serai, Kerian [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid dalam menambah dan menolak nombor bulat dalam lingkungan 100 hanya dengan menggerakkan anak panah pada Magic Ruler sama ada secara ke depan atau ke belakang. Operasi asas menambah dan menolak merupakan topik yang sangat penting dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran sekolah rendah. Topik Operasi Asas Nombor telah mula diajar sejak dari tahun 1 hingga tahun 6. Namun begitu masih terdapat murid Tahap 1 dan Tahap 2 yang tidak memahami dan menguasai konsep dalam operasi tambah dan tolak. Magic Ruler ini disediakan untuk guru Matematik sekolah rendah bagi membantu murid menguasai fakta dan konsep sekaligus memenuhi peringkat tertinggi dalam pembelajaran iaitu penyelesaian masalah matematik dalam topik nombor yang merupakan topik yang paling penting untuk dikuasai oleh murid. Seramai 10 orang murid Tahun 1 Al Farabi SK Alor Pongsu telah terpilih untuk kajian Tindakan ini. Dapatan awal menunjukkan murid belum mencapai tahap penguasaan minimum dalam ujian pra yang dijalankan. Metadologi yang digunakan ialah pemerhatian tingkah laku ketika pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dan temubual selepas PdPc manakala ujian pra dan ujian pos dijalankan untuk menguji konsep dan kefahaman murid dalam menambah dan menolak nombor.Ujian pos menunjukkan peningkatan ketara dalam penguasaan konsep menambah dan menolak. Justeru penggunaan Magic Ruler mampu menarik minat murid dalam PdPc matematik. Maka penggunaan Magic Ruler mampu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dan murid secara kritis dan kreatif. Reka bentuk Magic Ruler ini yang ringan dan mudah dibawa amat bersesuaian digunakan oleh pelbagai tahap murid termasuk dalam aktiviti pengayaan dan pemulihan. Kata kunci: operasi asas nombor, Magic Ruler, matematik, menambah dan menolak, meningkat 321
1.0 PENGENALAN Pengkaji merupakan guru yang mempunyai pengalaman mengajar subjek Matematik selama 25 tahun dan sekolah terkini Pengkaji ialah di SK Alor Pongsu, Bagan Serai dan memegang jawatan sebagai Ketua Panitia Matematik. Sekolah pengkaji merupakan sekolah luar bandar yang mempunyai enrolmen murid seramai 601 orang murid arus perdana, 28 murid PPKI dan 75 orang murid pra sekolah. Pengkaji mengajar murid Tahun 1 AL FARABI yang terdiri daripada 18 lelaki dan 11 perempuan .Kebanyakan mereka mempunyai latar belakang keluarga yang agak susah , ibu dan ayah adalah dari golongan pekebun dan pesawah. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian pengkaji selama dua minggu melalui sesi soal jawab , kuiz dan penandaan buku latihan murid , pengkaji merasa sangat terkejut kerana didapati murid langsung tidak dapat menambah dan menolak nombor dengan betul terutamanya yang melibatkan mengumpul semula. Pengkaji merasakan masalah ini perlu ditangani segera kerana ia akan berlanjutan ke tahap berikutnya memandangkan operasi tambah dan tolak adalah merupakan operasi yang sangat penting murid kuasai sehingga ke tahun enam. Sebagai seorang guru matematik, pengkaji berasa sedih melihat keadaan ini berlaku kerana ia akan berlanjutan ke peringkat yang lebih tinggi terutamanya penyelesaian masalah. Ia akan menjejaskan tahap penguasaan murid ke peringkat yang lebih tinggi. Justeru pengkaji telah merasakan perlu membuat sesuatu sebelum masalah ini berlanjutan. Pengkaji perlu membantu murid dengan membuat tranformasi di mana pengkaji perlu membuat alat yang mampu untuk membantu murid menguasai kemahiran tambah dan tolak. Pengkaji perlu mereka cipta alat yang boleh menarik minat murid agar murid dapat menambah dan menolak dengan mudah dan betul di samping alat tersebut mudah dibawa dan menarik minat mereka untuk menggunakannya. Salah satu aspek yang boleh meningkatkan kefahaman pelajar adalah melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang efektif (Mohd Amin, Mohd Faeez, Kalthom, & , Muhammad Syakir, 2016). 2.0 FOKUS KAJIAN Objektif kajian tindakan ini adalah: i. Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi asas tambah dan tolak berbanding dengan menggunakan Magic Ruler. ii. Membuktikan Magic Ruler sebagai alat bantu mengajar yang sesuai dan menarik minat murid untuk operasi tambah dan tolak. 3.0 KAEDAH KAJIAN(METODOLOGI) Penyelidikan yang dilakukan ini merupakan penyelidikan kajian tindakan yang menggunakan Model Kajian Kemmis and Mc Taggart(1988). Berdasarkan kajian ini, satu proses kajian Tindakan bermula dengan guru membuat refleksi, kemudian merancang tindakan(plan), bertindak(action) dan memerhati (observe) iaitu dipanggil gelung 1. Jika masalah masih tidak dapat diatasi, guru akan memulakan proses semula ke gelung 2 sehinggalah masalah itu selesai. Model ini telah membantu pengkaji merancang dan bertindak dalam menyempurnakan kajian. 322
Rajah 1: Model Kajian Kemmis and Mc Taggart(1988) 4.0 PERANCANGAN Kajian Tindakan ini telah dijalankan mengikut proses yang sistematik di mana proses dijalankan melalui pemerhatian, refleksi, perancangan dan tindakan yang disusun. Kajian ini merupakan kajian bersifat kualitatif untuk melihat sejauh mana penggunaan Magic Ruler dapat meningkatkan penguasaan tambah dan tolak di kalangan murid tahun 1 di SK Alor Pongsu. Seramai 10 orang murid telah terpilih sebagai responden iaitu 6 lelaki dan 4 perempuan. Kesemua mereka mempunyai latar belakang keluarga yang sederhana dan tinggal di kawasan kejiranan yang sama. Data kajian dijalankan dan diperolehi daripada sesi pemerhatian, temu bual, ujian pra dan ujian pos. 4.1 TINJAUAN AWAL Semasa tinjauan awal pengkaji iaitu semasa sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dijalankan, didapati murid tidak dapat menambah dan menolak dengan betul terutamanya yang melibatkan hasil tambahnya melebihi 10 begitu juga mereka tidak dapat menolak jika melibatkan mengumpul semula. Ada yang menggunakan kiraan jari tangan dan kaki untuk mendapatkan jawapan. Ada juga yang menggunakan kaedah melukis garisan untuk menambah dan menolak. Daripada pemerhatian yang dibuat, reaksi murid-murid ini sangat negatif, pasif dan tiada komunikasi antara guru dan murid. Jawapan yang diberikan sering salah, mereka berasa malu untuk menjawab takut akan ditertawakan oleh rakan-rakan lain . Bila diberi latihan seringkali mereka tidak siap kerja rumah yang diberi walaupun kuantiti soalan hanya sedikit sahaja. Apabila guru memeriksa hasil kerja mereka, didapati mereka langsung tidak dapat menjawab dengan betul. Mereka tidak mencapai tahap penguasaan yang ditetapkan oleh guru. 4.2 MERANCANG TINDAKAN Pengkaji telah menetapkan masa selama 4 minggu untuk menjalankan kajian ini. Sebagai guru pengkaji perlu mendekati murid-murid yang bermasalah ini. Pengkaji perlu mengambil tanggungjawab membantu murid-murid mengatasi masalah mereka. Sebagai langkah awal pengkaji perlu membina set ujian pra untuk mengesan kemahiran yang menjadi punca masalah mereka. Pengkaji perlu menyediakan dan memantau perubahan tingkah laku murid sepanjang kajian ini dijalankan dengan membina senarai kod perubahan tingkah laku murid . Pengkaji juga perlu menjalankan ujian pra untuk mendapatkan data untuk dianalisis dan intervensi akan dijalankan. Pengkaji telah membina 10 set magic ruler untuk digunakan sepanjang sesi intervensi 323
untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menambah dan menolak nombor bulat dalam lingkungan 100 melalui 4 sesi pertemuan bersama murid-murid tersebut. Selepas itu pengkaji akan menjalankan ujian pos untuk menguji pencapaian mereka di samping temu bual dan kod perubahan tingkah laku. Daripada hasil dapatan ini, pengkaji akan membuat analisis dan jadikan kayu pengukur sama ada kajian ini berjaya atau perlu diulang semula untuk kitaran kedua dan dibuat penambahbaikan. 4.3 MELAKSANA TINDAKAN & MEMERHATI Proses kajian dimulakan dengan mengadakan sesi temubual bersama murid di mana murid-murid ini akan ditanya beberapa perkara yang boleh menarik minat mereka semasa sesi pembelajaran. Seterusnya pengkaji mentadbir ujian pra untuk mengesan punca masalah murid. Setelah selesai ujian pra, pada minggu seterusnya, pengkaji terus menjalankan sesi intervensi kepada pelajar. Sesi intervensi dijalankan sebanyak 3 sesi mengikut kemahiran berbeza melibatkan tambah dan tolak nombor bulat dalam lingkungan 100. Pada pertemuan pertama kemahiran menambah nombor bulat yang melibatkan tanpa dan kumpul semula, pertemuan kedua adalah intervensi penolakan yang melibatkan tanpa dan kumpul semula, penambahan dan penolakan melibatkan tanpa dan mengumpul semula pada pertemuan yang ketiga. Ujian pos diberikan selepas seminggu intervensi dijalankan. Proses pentadbiran ujian pos adalah sama dengan ujian pra. Pada minggu berikutnya, murid-murid dipanggil semula untuk sesi temubual. Keseluruhannya kajian ini mengambil masa empat minggu termasuk ujian pra, intervensi, ujian pos dan temubual. 4.4 MEREFLEK Reaksi awal amat positif semasa pengkaji mendekati murid-murid ini. Daripada sesi temubual yang dijalankan, didapati murid-murid ini lebih berminat menggunakan alat bantu mengajar berbanding cikgu hanya mengajar menggunakan teknik hafalan dan teknik biasa seperti menggunakan jari dan melukis garis-garis kecil untuk menambah dan menolak. Data daripada dapatan ujian pra dan pos juga dianalisis untuk mendapatkan data. Begitu juga melalui sesi pemerhatian yang dijalankan sebelum dan selepas menggunakan Magic Ruler. 5.0 TINDAKAN DAN PEMERHATIAN Keseluruhannya kajian ini mengambil masa empat minggu termasuk ujian pra, intervensi, ujian pos dan temubual. 10 orang murid terlibat dalam kajian ini. Proses kajian dimulakan dengan mengadakan sesi temubual bersama murid di mana murid-murid ini akan ditanya beberapa perkara yang boleh menarik minat mereka semasa sesi pembelajaran. Seterusnya pengkaji mentadbir ujian pra untuk mengesan punca masalah murid. Ujian pra dijalankan secara sistematik di mana semua proses peperiksaan sebenar dipatuhi. Kedudukan sampel dipisahkan di antara satu sama lain. Semua rujukan tidak dibenarkan dibawa bersama. Pelajar hanya dibenarkan membawa alat tulis. Setelah selesai ujian pra, pada minggu seterusnya, pengkaji terus menjalankan sesi intervensi kepada pelajar. Sesi intervensi dijalankan sebanyak 3 sesi mengikut kemahiran bereza melibatkan tambah dan tolak nombor bulat dalam lingkungan 100. Pada pertemuan pertama kemahiran menambah nombor bulat yang melibatkan tanpa dan kumpul semula, pertemuan kedua adalah intervensi penolakan yang melibatkan tanpa dan kumpul semula, penambahan dan penolakan melibatkan tanpa dan mengumpul semula pada pertemuan yang ketiga. Ujian pos diberikan selepas seminggu intervensi dijalankan. Proses pentadbiran ujian pos adalah sama dengan ujian pra. Pada minggu berikutnya, murid-murid dipanggil semula untuk sesi temubual. Semua data dikumpulkan dan dibuat analisis secara kualitatif dan kuantitatif. Data kualitatif diulas berdasarkan dapatan daripada sesi temubual bersama murid. Data kuantitatif diulas berdasarkan statistik menerusi perbandingan peratus 324
pencapaian dalam ujian pra dan ujian pos. Data senarai semak diulas melalui pemerhatian tingkah laku murid semasa pengajaran dan pembelajaran menggunakan Magic Ruler. 6.0 DAPATAN KAJIAN Semua data dikumpulkan dan dibuat analisis. Dapatan dari sesi temubual bersama murid, peratus pencapaian dalam ujian pra dan ujian pos dan dapatan senarai semak diulas melalui pemerhatian tingkah laku murid semasa pengajaran dan pembelajaran menggunakan Magic Ruler ini. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, Magic Ruler amat disukai sebagai alat bantu mengajar untuk kemahiran menambah dan menolak nombor bulat dalam lingkungan 100. Ini berdasarkan dapatan daripada jadual di bawah: Jadual 1: Temubual Bersama Murid Soalan Respons Bilangan Murid bersetuju Peratus Adakah guru kamu Ada 10 100% menggunakan alat bantu mengajar semasa mengajar tajuk nombor bulat Apakah perasaan anda Seronok , gembira 10 100% apabila menggunakan ,menarik Magic Ruler? Adakah anda bersetuju Ya 10 100% Magic Ruler membantu kamu dalam menambah dan menolak nombor? Apakah kesimpulan yang Menarik , Mudah , warna 10 100% boleh anda buat tentang warni, Magic Ruler ini? Melalui hasil temubual yang dijalankan, didapati 100% murid bersetuju bahawa penggunaan Magic Ruler sangat membantu mereka dalam meningkatkan kemahiran menambah dan menolak nombor bulat. Dapatan dari sesi pemerhatian perubahan tingkah laku murid juga dicatatkan dan dibuat perbandingan sebelum dan selepas menggunakan Magic Ruler. Perubahan tingkah laku ini dinilai mengikut kod yang ditetapkan oleh guru. Kod yang digunakan adalah seperti berikut: 1. Berbual / Buat bising 2. Membuat kerja lain 3. Mengacau kawan 4. Tidak buat kerja/latihan 5 . Asah pensel / warna 325
Jadual 2: Tingkah Laku murid sebelum Penggunaan Magic Ruler Murid 1 2 3 4 5 Peratus 1 √ √ √ 60% 2 √ √ √ 60% 3 √ √ √ 60% 4 √ √ √ 60% 5 √ √ √ 60% 6 √ 20% 7 √ √ √ √ 80% 8 √ √ √ √ 80% 9 √ √ √ 60% 10 √ √ √ √ √ 80% Apabila melakukan pemerhatian terhadap murid berkenaan, pengkaji mendapati berlaku perubahan tingkah laku sebelum intervensi diperkenalkan dan semasa intervensi dijalankan. Jadual 2 menunjukkan tingkah laku yang dilakukan oleh pelajar berkenaan sebelum intervensi diperkenalkan. Dapatan menunjukkan berlaku penurunan tingkah laku negatif selepas Magic Ruler diperkenalkan. Dapatan ini digambarkan menerusi Jadual 3. Jadual 3: Tingkah Laku murid selepas intervensi Magic Ruler Murid 1 2 3 7 10 Peratus 1 √ 20% 2 √ 20% 3 √ 20% 4 √ √ √ 60% 5 √ 20% 6 0% 7 √ √ 40% 8 √ √ √ 60% 9 √ √ 40% 10 √ √ 40% Dapatan menunjukkan bahawa berlaku penurunan tingkah laku negatif di dalam kelas. Murid 6 berjaya menghilang semua tingkah laku negarif manakala murid 7 dan 10 menunjukkan penurunan yang ketara . Manakala sampel yang lain menunjukkan penurunan sekitar 20% hingga 40%. Ini menunjukkan terdapat perubahan tingkah laku yang positif kepada pelajar dan pelajar memberikan tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang guru sedang jalankan. Hasil daripada analisis ujian pra yang dijalankan ditunjukkan dalam Jadual 4 di bawah. Sebanyak 4 set soalan telah diberikan kepada 10 orang murid terlibat. 326
Berikut adalah data skor individu murid bagi setiap set lembaran kerja yang diberikan: Jadual 4: Skor Individu (Ujian Pra) BIL NAMA MURID L1 L2 L3 L4 SKOR PERATUS 1 MURID 1 2 1 1 1 5/20 25% 2 MURID 2 2 2 1 1 6/20 30% 3 MURID 3 4 3 2 2 11/20 55% 4. MURID 4 2 1 1 0 4/20 20% 5. MURID 5 3 2 1 1 7/20 35% 6. MURID 6 4 4 2 2 12/20 60% 7. MURID 7 3 2 1 1 7/20 35% 8 MURID 8 1 1 1 1 4/20 20% 9 MURID 9 3 3 2 0 8/20 40% 10. MURID 10 3 1 1 0 5/20 25% Di dapati 7 orang murid tidak mencapai tahap minimum penguasaan iaitu mereka mendapat markah di bawah 40% dan ini bermaksud 70% daripada murid ini gagal menguasai operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 100. Jika masalah ini dibiarkan dan tidak diatasi segera , ia akan menyebabkan masalah ini akan berlarutan ke tahun-tahun berikutnya dan akibatnya murid langsung tidak akan menguasai operasi tambah dan tolak melibatkan nombor yang lebih besar seterusnya mereka akan menghadapi di tahap penguasaan yang lebih tinggi iaitu penyelesaian masalah. Setelah seminggu intervensi dijalankan , pengkaji telah mentadbir ujian pos ke atas 10 orang murid terlibat. Set soalan yang sama tetapi susunannya saja yang berbeza telah diberikan kepada murid-murid terlibat. Hasil analisis yang dijalankan telah ditunjukkan dalam Jadual 5 di bawah: Jadual 5 Skor Individu (Ujian Pos) BIL NAMA MURID L1 L2 L3 L4 SKOR PERATUS 1 MURID 1 4 3 3 3 13/20 65% 2 MURID 2 4 4 3 3 14/20 70% 3 MURID 3 5 4 4 3 16/20 80% 4. MURID 4 4 3 3 2 12/20 60% 5. MURID 5 4 3 2 2 11/20 55% 6. MURID 6 5 5 5 5 20/20 100% 7. MURID 7 4 4 3 3 14/20 70% 8 MURID 8 4 3 2 2 11/20 55% 9 MURID 9 3 3 3 2 11/20 55% 10. MURID 10 3 3 2 2 10/20 50% 327
Markah Pencapaian Matematik 100% 80% 65% 70% 70% 55% 60% 55% 60% 55% 55% 50% 35% 35% 40% 25% 30% 20% 20% 25% MURID 1MURID 2MURID 3MURID 4MURID 5MURID 6MURID 7MURID 8MURID 9 MURID 10 Ujian Pra Ujian Pos Dapatan ujian pos menunjukkan peningkatan yang sangat positif di mana 100% murid mencapat lebih dari 50% markah. Seorang murid juga telah mencapai 100% penguasaan dalam semua set ujian yang diberi. Berdasarkan data di atas terdapat peningkatan yang sangat baik dalam ujian pos berbanding ujian pra. Peningkatan murid sangat positif selepas intervensi Magic Ruler ini diperkenalkan kepada murid dan sangat membanggakan pengkaji sebagai guru Matematik mereka. Rajah 2: Dapatan Perbandingan Antara Ujian Pra dan Ujian Pos 7.0 RUMUSAN DAN IMPLIKASI Hasil dapatan 1 dan dapatan 2 telah menunjukkan penggunaan Magic Ruler telah banyak membantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam menambah dan menolak nombor dalam lingkungan 100 dengan lebih mudah. Perubahan tingkah laku murid juga dapat diperhatikan sepanjang kajian ini dijalankan. Murid telah menunjukkan perubahan yang sangat positif sepanjang intervensi ini dijalankan. Dapatan kajian ini memberi implikasi kepada pengkaji sebagai guru untuk lebih bersedia dan lebih peka terhadap permasalahan miskonsepsi yang sering berlaku pada topik nombor bulat khasnya operasi tambah dan tolak. Penggunaan Magic Ruler ini sebagai bahan bantu mengajar adalah tepat kerana berjaya membina pengalaman yang menyeronokkan. Hal ini mampu meningkatkan minat mu ri d ke atas mata pelajaran matematik . Sebagai seorang guru .pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran perlu dipraktikkan untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai. Di samping itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang efektif sangat membantu murid unuk memahami sesuatu konsep dengan baik. Ia terbukti melalui dapatan ujian, sesi pemerhatian dan temu bual yang dijalankan. Ini sekaligus membuktikan bahawa bahan yang dibawa oleh p en gk aj i merupakan alat bantu mengajar yang baik kerana mampu menyelesaikan masalah murid. Pengkaji bercadang untuk menjadikan Magic Ruler ini lebih menarik dengan menambah elemen-elemen asas Matematik yang berkaitan dengan nombor bulat seperti nilai tempat dan nilai digit, penerapan subjek Bahasa dengan meletakkan abjad A hingga Z. Begitu juga pengkaji berhasrat untuk mewujudkan sedikit unsur permainan agar murid lebih minat dan tertarik memandangkan murid tahun1 yang memang suka bermain dan dalam masa yang sama ingin belajar . Untuk menjadikan Magic Ruler ini lebih bermakna bukan sahaja kepada murid Tahun 1 bahkan semua murid di sekolah rendah, semua penambahbaikan ini perlu laksanakan. Jika murid berminat dengan pembelajaran yang dijalankan, murid akan lebih menguasai subjek/topik 328
yang diajar. Pengkaji juga telah membuktikan bahawa matematik bukanlah subjek yang sukar boleh dimudahkan dengan pelbagai cara, kaedah dan inovasi bergantung kepada kreativiti guru itu sendiri. Magic Ruler ini mudah digunakan dan relevan kepada semua murid sekolah rendah dalam matapelajaran matematik. Hasil maklum balas murid – murid di SK Alor Pongsu yang telah diuji menggunakan Inovasi Magic Ruler ini sangatlah positif dan memberi rasa seronok belajar matematik. Sebagai seorang guru, pengkaji amat berpuas hati dengan kejayaan kajian yang jalankan ini. Secara amnya penggunaan Magic Ruler ini telah membantu meningkatkan kemahiran murid dalam topik nombor bulat khususnya dalam penambahan dan penolakan nombor bulat. Kesukaran dan ketidakupayaan murid menambah dan menolak nombor telah dapat diatasi hanya dengan cara yang mudah. Selain boleh diguna sebagai pembaris untuk membuat garisan dalam menyiapkan tugasan sekolah ia juga boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah harian matematik bagi operasi tambah dan tolak dengan lebih mudah dan berkesan seterusnya merealisasikan hasrat saya iaitu ‘Satu Murid Satu Magic Ruler. 329
RUJUKAN Amar Saidi . (2007) . Misconseption In Number . Diperoleh daripada http://www.Ugru.Ueau.Ae/U grujournal_Files/SR5/MIN. Atan Long. (1991). Pelbagai Kaedah Mengajar, Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka. ( 2005). Kamus Dewan edisi ke-4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahagian Pendidikan Guru .(1998). Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Nombor Bulat Sekolah Rendah .Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. David Tall, Mohamad Roshidi Razali. (1991) . Diagnosing Students’ Difficulties In Learning Mathematics. Coventry: University of Warwick. Flores, M. M. (2010). Using the Concrete- Respresentational- Abstract Sequence to Teach Subtraction With Regrouping to Students at Risk for Failure. Remedial and Special Education (Vol 31, No 3), Auburn University, Alabama, 195-207. Kemmis, Stephen and Robin McTaggart (eds) 1988a The Action Research Planner. Deakin University, Australia: Deakin University opress (3rd edition). Kemmis, Stephen and Robin McTaggart (eds) 1988b The Action Research Reader. Deakin University, Australia: Deakin University opress (3rd edition). Kementerian Pendidikan Malaysia.(2016). Buku Teks Matematik Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 330
LAMPIRAN (UJIAN PRA DAN UJIAN POS) 331
LAMPIRAN ( SEMASA SESI INTERVENSI BERSAMA GURU) 332
LAMPIRAN ( SET UJIAN) SK ALOR PONGSU 34300 BAGAN SERAI,PERAK Nama .....................................................................................Pre Test / Post Test HITUNGKAN: OPERASI TAMBAH 1. 9 + 2 = 2. 8 + 3 = 3. 8 + 4 = 4. 6 + 7 = 5. 9 + 6 = MARKAH : 333
SK ALOR PONGSU 34300 BAGAN SERAI,PERAK Nama .....................................................................................Pre Test / Post Test HITUNGKAN: OPERASI TOLAK 1. 11 - 3 = 2. 19 - 8 = 3. 17 – 8 = 4. 16 – 7 = 5. 13 – 8 = MARKAH : 334
MENEROKA KAEDAH DEMONSTRASI GURU DALAMPENGAJARANDAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL AISAH BINTI BAHARIN The Malay College Kuala Kangsar [email protected] ABSTRAK Dalam konteks pendidikan seni visual, guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan pedagogi berkaitan ilmu melukis, mewarna dan pelbagai teknik dalam penghasilan hasil seni. Ia bukan sahaja mampu menarik minat murid terhadap seni visual malah ia juga strategi untuk mengembangkan keupayaan murid dalam meningkatkan kreativiti dalam seni. Justeru satu kajian telah dilakukan terhadap murid di sebuah sekolah berasrama penuh di negeri Perak berkenaan kaedah demonstrasi ketika pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kajian kes kualitatif dimana enam orang peserta telah ditemubual secara mendalam. Selain dari itu kaedah analisa secara tematik juga telah digunakan. Dapatan kajian juga menunjukkan tema utama mendasari kaedah pengajaran melalui demonstrasi terbukti membantu murid meningkatkan lagi kemahiran dalam berkarya. Kajian ini juga membincangkan bagaimana penerokaan kaedah demonstrasi berjaya meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran seni visual. Kata Kunci: pedagogi, pemudahcara, demonstrasi,analisa tematik, karya seni 335
1.0 PENGENALAN Pembelajaran yang efektif sememangnya menuntut tahap kompetensi yang tinggi dari warga pendidik. Dunia pendidikan kini memperlihatkan pelbagai kaedah yang telah digunakan dalam usaha memantapkan pengajaran guru di bilik darjah. STEM, TPACK, SMAR, Learning 4.0, APPLE School (ADE), Middle Year Program (MYP), program Sekolah Amanah dan pelbagai lagi jenis singkatan perkataan yang membawa kepada satu maksud iaitu pemodenan dunia pengajaran dan pembelajaran. Guru abad ke-21 merupakan guru yang berorientasikan sains dan teknologi dalam pembelajaran. Ini jelas apabila perkembangan teknologi telah mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan ICT membawa implikasi yang besar terhadap kehidupan manusia termasuk dalam bidang pendidikan. Gelombang teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menanam dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran secara E-Learning. Menurut Siti Muyasarah et.al. (2023), pelbagai kaedah pedagogi yang berpusatkan murid menggunakan kaedah problembase learning mampu memantapkan lagi kaedah pengajaran di bilik darjah dan secara tidak langsung ia menarik minat murid untuk belajar. Bagaimanapun, guru perlu sedar bahawa guru adalah sebagai fasilitator di dalam bilik darjah. Ini terbukti apabila dunia pendidikan telah menambah perkataan pemudah cara di hujung singkatan PDP kepada PDPC. Secara tidak langsung, pembelajaran perlulah berpusatkan kepada murid untuk menjadi kejayaan dalam sesuatu pengajaran. Berdasarkan kajian ini, seperti yang diterangkan oleh Roslina et.al (2020), pengajaran merangkumi bagaimana guru merancang dan menstruktur pengajaran dengan efektif di samping menggunakan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan yang perlu dicapai dalam bilik darjah. Selain dari itu, guru juga mampu menggunakan pelbagai sumber dan bahan bantuan mengajar bagi menyokong pengajaran. Menurut Farhana Nadirah (2022), guru perlu mewujudkan persekitaran emosi dan fizikal yang selesa dan selamat Ketika pengajaran berlangsung. Tambahan lagi, guru juga perlu mahir dalam pentaksiran yang berterusan ketika mengajar murid. Bagaimanapun satu kajian telah dijalankan untuk melihat pengalaman guru menggunakan kaedah demonstrasi sebagai satu kaedah ketika mengajar pendidikan seni visual. 336
2.0. TINJAUAN LITERATUR Kurikulum pendidikan haruslah sentiasa mengikut peredaran zaman bagi memastikan pelajar yang dilahirkan bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan malah menguasai kemahiran abad ke-21 bagi menghadapi era globalisasi pada masa kini. Dunia guru pada masa sekarang bukanlah lagi dipandang sebagai satu kerja profesional tetapi ia sebagai satu kerja yang mampu mengubah dunia melalui kemenjadian anak murid. Justeru dalam usaha menyediakan guru untuk mengubah dunia, pelbagai kemahiran yang telah dirangka oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pengajaran dan pembelajaran telah dibuat selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 hingga 2025. Revolusi pendidikan juga menuntut guru sekarang mengajar dengan lebih efektif dalam pedagogi malah guru juga perlu berkualiti dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran dimana gurulah yang menjadi tonggak sandaran Kementerian Pendidikan Malaysia. Abad ke-21 memerlukan seorang guru bukan sahaja menjadi seorang yang berpendidikan, malah perlu peka kepada sekeliling, berkeyakinan, optimistik, mampu berkomunikasi dengan baik, komited dalam pekerjaan, penyabar, mampu berkongsi maklumat dan bekerjasama, sumber maklumat, kreatif dan inovatif dalam penggunaan kaedah pengajaran. (Eni Darvita, 2022). Berkaitan sikap guru, kualiti sesuatu sekolah tidak boleh melebihi kualiti seorang guru. Beberapa kajian telah dilakukan tentang sikap guru berkaitan kesedaran mereka sebagai pendidik. Bagaimana hebatnya perancangan sesebuah sekolah ataupun Kementerian Pendidikan tiada maknanya jika guru tersebut tidak berusaha untuk meningkatkan kompetensi dan komitmen mereka terhadap pedagogi dan kawalan bilik darjah (Rohmat Umara, 2022). Menurut Kara (2021) di dalam (Enock Swanzy-Impraim et.al, 2023), kaedah pengajaran yang berkesan pula memerlukan guru yang kompeten untuk melahirkan pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti dengan menggalakkan pembelajaran melalui pengalaman seseorang murid di bilik darjah. Persekitaran pembelajaran yang berkualiti merujuk kepada pedagogi yang memerlukan guru dan pelajar bekerjasama dalam pembelajaran merentasi kurikulum di samping berpegang kepada falsafah pendidikan. Di sinilah kita dapat lihat pelbagai penggunaan kaedah pengajaran bagi mencapai keperluan tersebut. Guru pada zaman sekarang harus menyebarluaskan lagi kaedah mengajar, alat yang digunakan dan kemahiran berdasarkan ujian yang diberikan kepada pelajar. 337
Malah kenyataan ini disokong oleh Rohani et.al (2022), yang menjelaskan dengan pembelajaran berorientasikan visual, audio dan kinestetik yang seiring dengan teknologi seperti penggunaan ipad, smartboard, digital classroom, i-Think dan sebagainya mampu memberikan pembelajaran bermakna kepada murid. Penggunaan “chalk and talk” sama sekali masih relevan dalam pembelajaran kini. Secara tidak langsung, ia mampu memberikan impak kepada penggunaan kompetensi oleh guru. Oleh itu guru sekarang perlu tahu menggunakan sumber mencukupi untuk keperluan pelbagai gaya pembelajaran yang berbeza mengikut kepelbagaian kecerdasan murid. Iklim bilik darjah juga haruslah sesuai dan menggalakkan bagi meningkatkan kemahiran menjalankan uji kaji, mengembangkan kreativiti dan bekerjasama secara berpasukan secara discovery learning dan digabungkan secara hands on seperti tahun 90 an. Demonstrasi adalah salah satu cara melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Melalui proses ini terdapat komunikasi lisan secara langsung daripada guru kepada murid. Teknik ini bertujuan memberi peluang kepada murid agar benar-benar memahami perkara yang hendak dipelajari melalui prosedur yang ditunjukkan. Menurut Rohmat Umara (2022), kaedah demonstrasi membolehkan murid-murid menguasai sesuatu perkara dengan jelas. Demonstrasi yang baik memerlukan objektif dan kandungan yang teliti, penerangan yang jelas, tumpuan daripada murid, rumusan dan aktiviti susulan dalam memperkukuhkan kefahaman murid. Berhubung dengan kesan demonstrasi guru terhadap murid pula, Vangrieken et al, (2017) menyatakan pengajaran yang efektif juga sangat penting dalam pedagogi kerana ia sangat berkait rapat dengan demonstrasi pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan itu, setiap guru seharusnya perlu mahir dalam merancang dan menstrukturkan pengajaran dengan baik di mana setiap PDP perlulah relevan dengan konteks lain iaitu dunia sebenar murid ataupun merentas kurikulum. Kesan demonstrasi bidang keguruan diharapkan dapat menghasilkan kualiti pembelajaran yang seiring dengan kefahaman mendalam seorang guru tentang konsep, idea dan kemahiran tentang pedagogi dan signifikan yang merujuk kepada pedagogi berkesan, bermakna dan penting kepada murid untuk kehidupan seharian dan di luar konteks bilik darjah. 338
3.0. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengumpul data kualitatif berkaitan penerokaan penggunaan demonstrasi guru dalam bilik darjah. Secara lebih khusus, objektif kajian ini juga untuk: 1. Meneroka kesan demonstrasi dalam tugasan seni terhadap murid. 2. Meneroka kesan kekerapan penggunaan demonstrasi pengajaran dan pembelajaran terhadap kemahiran seni pelajar. 3. Meneroka faktor sokongan pembelajaran selain demonstrasi guru yang mempengaruhi kemahiran seni murid. 4.0 PESERTA KAJIAN Peserta kajian terdiri dari enam murid tingkatan dua yang telah melalui pelaksanaan KSM selama dua tahun. Sampel ini sebenarnya merupakan purposive sampel dan guru merasakan sampel ini merupakan calon terbaik untuk mendapatkan data dan memahami masalah ini ataupun kumpulan fokus. Selain mudah dihubungi dan bersedia untuk memberi kerjasama, murid juga mempunyai latar belakang pendidikan, pengalaman, dan pengetahuan berbeza yang menyumbang kepada hasil dapatan guru terhadap permasalahan kajian. 5.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes yang melibatkan pengaplikasian kaedah temu bual separa berstruktur. Pengkaji menggunakan alat kajian ini supaya maklumat yang diperolehi daripada murid adalah mendalam dan mencakupi pelbagai permasalahan yang hendak dikaji. Menurut Othman (2017), kajian kes memfokuskan kepada huraian yang mendalam, terperinci, dan bermakna mengenai sesuatu perkara yang dialami oleh peserta kajian. Pengkaji bukan sahaja mampu meneroka persoalan kajian bahkan mencungkil isu-isu lain yang berkaitan dengan kes yang dikaji (Cresswell, 2014). Melalui temubual separa berstruktur, Pengkaji telah mempunyai gambaran secara kasar berkaitan bentuk soalan yang akan diajukan kepada murid semasa temu bual. Bagaimanapun, ia bersifat separa terbuka supaya murid berpeluang memberikan respon tanpa batasan kepada pengkaji karena tidak semua murid memahami soalan dengan maksud yang sama (Chua, 2014) di dalam Adha (2019). 5.1 PENGANALISISAN DATA Pengkaji melakukan penganalisisan data dalam kajian ini dengan menggunakan Model Analisis Tematik yang dikemukakan oleh Braun dan Clarke (2006). Kaedah penyelidikan secara kualitatif ini dianggap mudah dan disarankan oleh kedua-dua tokoh tersebut. Kandungan Temubual murid dianalisis melalui prosedur yang terancang di mana pengkaji mentranskripnya menggunakan model tematik tersebut (Erlingsson & Brysiewicz, 2017). Proses mengumpul data daripada murid. Secara ringkasnya, model ini terdiri daripada enam tahap iaitu: 1. Membiasakan diri dengan data 2. Menjana kod awal 339