huraian), Ayat Bagaimana (cara/ contoh), Ayat Kesan, Ayat Ungkapan Menarik dan Ayat Penegasan. Penulisan menggunakan teknik IMBaKUP ini akan menghasilkan sebuah perenggan isi yang mantap dan menepati kohesi atau koheren dalam sesebuah perenggan karangan. Perenggan kesimpulan atau penutup pula akan mengandungi 4 ayat dengan menggunakan teknik KeCaKeHa yang terdiri daripada Ayat Kesimpulan, Ayat Cadangan, Ayat Kesan dan Ayat Harapan. Berdasarkan karangan contoh yang diberikan, murid mempunyai panduan untuk memulakan penulisan bagi setiap jenis ayat tersebut. Jadual 2 : Jenis Perenggan Dan Jenis Ayat Yang Terdapat Dalam Perenggan Yang Dibina Jenis Perenggan Jenis Ayat PENDAHULUAN (TaHuMaT) Ayat Tajuk + Ayat Huraian + Ayat Masalah + Ayat Tugasan ISI (IMBaKUP) Ayat Idea + Ayat Mengapa + Ayat Bagaimana + Ayat Kesan + Ayat Ungkapan Menarik + Ayat Penegasan PENUTUP (KeCaKeHa) Ayat Kesimpulan + Ayat Cadangan + Ayat Kesan + Ayat Harapan 2. Latihan Penulisan Karangan Bahagian B. • Murid menulis sebuah karangan lengkap dengan menggunakan teknik penulisan yang diberikan. Murid diminta menuliskan karangan dalam masa yang ditetapkan iaitu selama 1 jam 30 minit mengikut jumlah perkataan yang dikehendaki iaitu antara 350 hingga 500 patah perkataan sahaja. • Kajian ini telah dijalankan dalam tempoh 3 bulan. Sepanjang tempoh itu, 2 kali siri latihan penulisan diambil sebagai sampel bagi teknik penulisan yang diaplikasikan. Aktiviti ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang digunakan bagi mencapai objektif kajian dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. 440
8.0 DAPATAN KAJIAN Markah murid hasil daripada 2 siri latihan yang telah dijalankan pada bulan Jun dan Julai serta pencapaian murid dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023 (Ogos). Jadual 3: Senarai Nama Murid dan Markah Murid Dalam 2 Siri Latihan Dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023 BIL NAMA MURID JENIS LATIHAN Latihan 1 (JUN) Latihan 2 (JULAI) PPT 2023 (OGOS) 1 ADAM DANIEL BIN MUHAMMAD IMRAN 48 50 52 2 AHMAD AQMAR THAQIF BIN AZMI 58 60 64 3 ALI ASYRAF AFKAR BIN AHMAD FAISAL 50 55 53 4 HALEEFZ BIN HASHINI 47 50 56 5 IMAN RAZIQUE BIN SYAHRIMAN 57 58 60 6 MUHAMMAD ADIB SAFWAN BIN MOHD SAHRIN 53 55 58 7 MUHAMMAD DANISH BIN AZWAN 48 50 44 8 MUHAMMAD ZAFRAN BIN MOHAMAD ZIAD 57 59 61 9 NIK MUHAMMAD DARWISH DANIAL BIN NIK MOHD SYAMSUL AZRI 48 55 52 10 WAFIQ DANIAL BIN WAHED 51 55 57 Berdasarkan Jadual 3 di atas ini, dapatan kajian menunjukkan bahawa 9 daripada 10 orang murid telah menunjukkan peningkatan markah dalam penulisan karangan Bahagian B. Berdasarkan latihan dalam kelas yang dijalankan dengan menggunakan teknik penulisan TaHuMaT, IMBaKUP dan KeCaKeHa ini, murid dapat meningkatkan prestasi dalam penulisan karangan mereka sedikit demi sedikit. Berdasarkan Jadual 3 ini, terdapat seorang murid telah mencapai gred A iaitu tahap CEMERLANG, 5 orang murid telah berjaya mencapai tahap KEPUJIAN dan 3 orang murid mendapat markah di peringkat BAIK. Hal ini menunjukkan bahawa sebahagian besar murid dapat mengaplikasikan teknik penulisan yang diberikan semasa menulis karangan mereka dan seterusnya membantu mereka menulis karangan dengan berkesan. Dengan adanya teknik penulisan, murid menjelaskan bahawa teknik TaHuMaT ini dapat membantu mereka dalam menuliskan pendahuluan karangan dengan lebih lancar dan tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk memulakan karangan. Selain itu, murid juga dapat menuliskan pendahuluan karangan yang menarik dan bermaklumat. Seterusnya, bagi perenggan isi pula, teknik IMBaKUP dapat membantu mereka membina perenggan isi bermula dengan ayat topik hinggalah ayat penutup bagi setiap perenggan isi. Teknik ini membantu mereka menghasilkan perenggan karangan yang berkesinambungan dan mereka dapat menyusun isi mengikut jenis ayat yang ditetapkan. Murid juga tidak perlu lagi mengulang ayat atau isi yang sama dalam perenggan yang sama atau perenggan yang lain. Idea juga boleh dikembangkan dan dipelbagaikan mengikut jenis ayat. Selain itu, murid juga dapat memasukkan penggunaan bahasa yang kreatif seperti ungkapan menarik yang boleh terdiri daripada peribahasa iaitu pepatah, bidalan, perumpamaan, simpulan bahasa mahupun kata-kata hikmah. Akhir sekali, pada perenggan kesimpulan pula, murid dapat membina dan menghasilkan perenggan penutup yang merumuskan keseluruhan karangan mereka. Empat jenis ayat dalam 441
perenggan penutup menjadikan penutup karangan mereka lebih mantap dan menjadikan perenggan penutup seimbang dengan perenggan pendahuluan. 8.1 Data pencapaian pelajar Carta 1 : Teknik Penulisan TaHuMaT, IMBaKUP dan KeCaKeHa di dalam Kelas 8.2 Refleksi Kajian Berdasarkan kajian yang dilakukan, pendekatan yang telah dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran ini telah memberikan suatu impak yang positif dalam kalangan murid. Peningkatan skor murid dilihat semakin baik. HaI ini menunjukkan pendekatan yang dilaksanakan ini bersesuaian dan berkesan dalam menghasilkan sebuah karangan yang lebih baik. Daripada tinjauan yang dibuat, sebahagian besar murid selesa dan dapat menyesuaikan teknik penulisan yang dipelajari dalam penulisan karangan Bahagian B. Hal ini menyebabkan murid tidak membuang masa untuk berfikir lama semasa menulis karangan. Dengan adanya teknik penulisan ini juga, murid dapat menunjukkan hala tuju karangan dan tidak terkeluar atau terpesong daripada tajuk yang diberikan. Selain itu, perenggan karangan yang seimbang dan sekata dapat dihasilkan oleh murid. 40 54 52 40 55 55 48 57 50 48 48 58 50 47 57 53 48 57 48 51 50 60 55 50 58 55 50 59 55 55 52 64 53 56 60 58 44 61 52 57 ADAM THAQIF ALI HALEEFZ IMAN ADIB DANISH ZAFRAN ABE WAFIQ PAT22 LATIHAN 1 LATIHAN 2 PPT23 CARTA BAR PENCAPAIAN PELAJAR 442
9.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian murid semakin baik walaupun bukanlah 100% cemerlang. Namun begitu, usaha ini akan diteruskan agar murid mahir sehingga mereka boleh menghasilkan karangan cemerlang. Berdasarkan dapatan kajian, murid percaya bahawa dengan menggunakan teknik penulisan yang diberikan, mereka dapat menghasilkan sebuah penulisan yang lebih matang, bermakna dan berkesan. Hal ini secara tidak langsung memberi keyakinan kepada murid dalam menghasilkan sebuah karangan yang lebih baik. Sebagai kesimpulan, kajian tindakan yang dijalankan ini sangat memberi manfaat kepada murid untuk meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya dalam penulisan karangan. Kemahiran menulis sememangnya kemahiran aras tinggi yang perlu dikuasai oleh semua murid. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh guru dalam meningkatkan tahap penulisan murid sejak awal iaitu bermula dari tingkatan 1 lagi. Usaha ini seharusnya diteruskan dan ditingkatkan sehingga murid berada di tingkatan 5. Secara keseluruhannya, kajian ini mencadangkan agar teknik penulisan yang berkesan diimplimentasikan kepada murid agar dapat melahirkan murid yang mahir dalam penulisan karangan yang cemerlang. 443
RUJUKAN Abdul Rahman Abd Majid ( 2007 ) Guru Sebagai Penyelidik , Kuala Lumpur , PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (2008) Modul Kajian Tindakan Teknologi Pendidikan. Bahagian Perancangan , Penyelidikan Dasar Pendidikan (2008) Panduan Asas Menulis Laporan Kajian Tindakan , Kementerian Pelajaran Malaysia. Munsyi Mohd Salleh dan Normizah Mihat (2017) Penulisan Berkesan Bahasa Melayu SPM (Kertas 1) Inovasi Penulisan Berasaskan Pendekatan Tunjang. Sulaiman Masri , Abdullah Yusof , Mohd Ra’in Shaari (2006) Bahasa Melayu : Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran ,Kuala Lumpur , Utusan Publication & Distributor. 444