TERHAD TERHAD PERINTAH ANGKATAN TENTERA MALAYSIA JILID III PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK ANGKATANTENTERA MALAYSIA BAHAGIAN I RANTAI BEKAL BAB 1 – DASAR PELURU DAN BAHAN LETUPAN BAB 2 – DASAR RANGSUM BAB 3 – DASAR PENGURUSAN PMP BAB 4 – PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN BAB 5 – BANTUAN LOGISTIK BERSEPADU
TERHAD 1 TERHAD PRAKATA 1. Perintah Angkatan Tentera Malaysia (PATM) Jilid III adalah merupakan perintah yang menetapkan peraturan-peraturan berhubung dengan Pengurusan Logistik ATM yang perlu dipatuhi oleh setiap perkhidmatan. PATM Jil III sediaada merangkumi 18 Bab yang pelbagai dan dilihat tidak dikategorikan dengan sistematik. Sebagai contoh, berkaitan pengurusan Kenderaan terdapat di dalam tiga (3) Bab yang berbeza. Oleh yang demikan, penambahbaikan ke atas PATM ini telah dilaksanakan. Perintah ini disediakan berdasarkan Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Perbendaharaan, Surat Pekeliling Am, Arahan-Arahan Kementerian yang telah disesuaikan untuk kegunaan ATM. Ianya juga merangkumi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh perkhidmatan dan Markas ATM yang bersangkutan dengan hal ehwal logistik yang perlu dipatuhi oleh semua Perkhidmatan. 2. Bagi menentukan ianya sentiasa kemaskini dan relevan sepanjang masa, setiap Perkhidmatan dijemput memberi maklum balas bersabit dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Perintah ini yang memerlukan penambahbaikkan. Ketiga-tiga Perkhidmatan dibenarkan untuk mengeluarkan arahan-arahan khas atau teknikal bagi memperincikan atau menjelaskan perlaksanaan arahan-arahan yang dikeluarkan melalui perintah ini. Semua maklumbalas hendaklah dimajukan kepada: Markas Angkatan Tentera Malaysia Bahagian Logistik Pertahanan Wisma Pertahanan Jalan Padang Tembak 50634 KUALA LUMPUR
TERHAD 3 TERHAD PERINTAH ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (PATM) JILID III REKOD PINDAAN Bil Pindaan Bab Seksyen Dipinda Oleh (No., Pkt dan Nama) Siri Tarikh Bahagian (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Nota: 1. Semua pindaan terhadap PATM Jil III hendaklah dilakukan dengan merekodkan pegawai/anggota yang melakukan pindaan.
TERHAD 4 TERHAD PENGENALAN PERINTAH ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (PATM) JILID III PENDAHULUAN AM 1. Bahagian ini telah membuat penambahbaikan ke atas PATM Jil III ini dan mengkategorikannya mengikut enam (6) Bahagian yang merangkumi pengurusan setiap perkhidmatan logistik dalam hal-hal gunasama tiga khidmat. Bahagian-bahagian yang berkenaan adalah seperti berikut: a. BAHAGIAN I - RANTAI BEKAL (1) Bab 1 - Dasar Peluru dan Bahan Letupan. (2) Bab 2 - Dasar Rangsum. (3) Bab 3 - Dasar Pengurusan PMP. (4) Bab 4 - Peraturan Kewangan dan Perakaunan. (5) Bab 5 - Bantuan Logistik Bersepadu (ILS). b. BAHAGIAN II - PENGURUSAN KITAR HAYAT (1) Bab 1 - Dasar Pengurusan Stor. (2) Bab 2 - Dasar Senggaraan Kenderaan dan Peralatan. (3) Bab 3 - Dasar Senggaraan Peralatan Komunikasi. (4) Bab 4 - Arahan Tatacara Pengurusan Aset Alih. (5) Bab 5 - Arahan Tatacara Pengurusan Stor. (6) Bab 6 - Arahan Tatacara Pengurusan Aset Hidup. c. BAHAGIAN III - PENGEDARAN (1) Bab 1 - Dasar Kenderaan (2) Bab 2 - Dasar Pergerakan Logistik (3) Bab 3 - Dasar Pengurusan Pengangkutan Jalan Raya d. BAHAGIAN IV - KEJURUTERAAN AM (1) Bab 1 - Dasar Perumahan dan Pembinaan ATM e. BAHAGIAN V - PERKHIDMATAN KESIHATAN AFMATI f. BAHAGIAN VI - PERKHIDMATAN SOKONGAN (1) Bab 1 - Dasar Perkhidmatan Di Dalam ATM (2) Bab 2 - Dasar Perolehan ATM (3) Bab 3 - Peraturan Penggunaan Pelbagai Kemudahan dan Kelengkapan ATM oleh BAKAT
TERHAD 5 TERHAD FORMAT 1. Format penulisan yang ditetapkan untuk PATM Jilid III adalah merangkumi Bahagian, Bab dan Seksyen. Manakala sistem nombor perenggan pula disusun sedemikian rupa bagi melambangkan bab, seksyen dan perenggan. Contohnya, Perenggan 120710 ialah untuk Bab 12 Seksyen 7 dan perenggan bilangan 10. 2. Format teks menggunakan kertas bersaiz A4, tulisan bersaiz 12 dari jenis Times New Roman. Kandungan teks justify. Jarak tepi kanan ialah 2.54 cm, jarak tepi kiri ialah 2.54 cm, jarak atas 2.54 cm dan bawah ialah 2.54 cm manakala jarak antara baris ialah 1.15 sebaris. Setiap bab dan tajuk hanya bold dan tidak perlu garis bawah. Keseluruhan dokumen PATM Jilid III ini diklasifikasikan TERHAD. 3. Jika manual ini dicetak dan dibukukan, hendaklah menggunakan kertas berukuran A4 dengan kulit keras dan berskru tembaga. Kulit luar depan dan belakang berwarna hitam. Warna tulisan dan Logo ATM menggunakan warna kuning emas. Klasifikasi ‘TERHAD’ dipaparkan di bahagian atas dan bawah di kulit muka hadapan sahaja. Contoh format kulit adalah seperti di Kembaran A. SEKATAN AKSES 4. Perdarjahan dokumen ini adalah TERHAD. Maklumat yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh disampaikan secara langsung atau tidak langsung kepada media atau sesiapa yang tidak berhak menerimanya. Dokumen ini adalah hak milik Kerajaan Malaysia dan digunakan untuk warga ATM. Capaian dihadkan melalui Intranet atau jika menggunakan pautan internet memerlukan kata laluan.
TERHAD 6 TERHAD PENGENALAN PERINTAH ANGKATAN TENTERA MALAYSIA JILID III PROSES SEMAKAN, PINDAAN DAN PENGESAHAN SEMAKAN DAN PINDAAN 1. Perintah PATM Jilid III ini bersifat dinamik dan perlu semakan serta pindaan berdasarkan dasar, arahan, peraturan, akta serta lain-lain arahan yang dikeluarkan dari masa kesemasa yang perlu dipatuhi oleh ATM. Kelebihan ePATM ini memberi ruang untuk melaksanakan semakan serta pindaan dengan lebih cepat dan terkawal. 2 Warga ATM diberi ruang dan peluang untuk memberi cadangan pindaan fakta atau percanggahan maklumat untuk penambahbaikan dari masa ke semasa. Cadangan daripada individu perlu dibuat pengesahan oleh Pegawai Memerintah/Pegawai Pemerintah/Komandan atau pegawai atasan unit berkenaan menggunakan format yang disediakan. Cadangan yang telah disepakati dan dibuat pengesahan oleh Pegawai tersebut perlu dimajukan ke Markas ATM Bahagian Logistik Pertahanan. Cadangan akan melalui beberapa proses seperti carta alir di Kembaran A sebelum boleh diterima. 3. Cadangan daripada pengguna akan disemak dan ditapis melalui 3 peringkat tapisan tertakluk kepada cadangan pindaan yang dibangkitkan. Peringkat tersebut adalah seperti berikut: a. Tapisan 1. Tapisan ini adalah sebagai sekretariat untuk menerima, merekod, menyemak mentadbir PATM Jil III serta membuat pembetulan dan pindaan yang telah diluluskan. (1) Jawatan kuasa Tapisan 1 adalah seperti berikut: Pengerusi: Pengarah Dasar Logistik Mk ATM Ahli 1: PS 1 Peralatan dan Material BLP Mk ATM Ahli 2: Pegawai yang berkaitan dengan isu yang dibincangkan atau Subject Matter Expert (SME) Ahli 3: Wakil Unit Pencadang (jika perlu). Setiausaha: PS 2 Peralatan dan Material BLP Mk ATM (2) Bidang kuasa adalah seperti berikut: (a) Membuat pembetulan keatas kesilapan yang melibatkan staf duty serta susunan perkataan dan pengertian serta pemahaman ayat.
TERHAD 7 TERHAD (b) Pembetulan kesilapan fakta yang melibatkan rujukan kepada arahan-arahan yang sedia ada dan masih berkuat kuasa. (c) Menyemak jika terdapat arahan, polisi atau kuasa yang berkaitan dengan usul yang dibangkitkan. b. Tapisan 2. Tapisan 2 adalah Jawatankuasa Kerja yang akan membuat pertimbangan dan kelulusan diluar bidang kuasa Tapisan 1. (1) Jawatankuasa Tapisan 2 adalah seperti berikut: Pengerusi: AKS Logistik Pertahanan. Ahli 1: Pengarah Log Mk TD Ahli 2: Pengarah Log Mk TL Ahli 3: Pengarah Materiel MTU Sekretariat: BLP Dasar (2) Bidangkuasa adalah seperti berikut: (a) Menyemak cadangan dan usul yang dikemukakan oleh Jawatan kuasa Tapisan 1. (b) Membuat keputusan samada cadangan yang diusulkan adalah relevan. (c) Memutuskan untuk menolak atau menerima cadangan jika di dalam skop dasar sedia ada. (d) Memutuskan pindaan yang melibatkan dasar baru. c. Tapisan 3. Semua usul baharu yang melibatkan pindaan atau perubahan dasar perlu dimajukan kepada KS Mk ATM untuk kelulusan dan pertimbangan. sebelum dirujukkan kepada Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP). (1) Jawatankuasa Tapisan 3 adalah seperti berikut: Pengerusi: KS MATM Ahli: AKS Log Mk ATM AKS Log Mk TD AKS Material Mk TLDM AKS Materiel Mk TUDM
TERHAD 8 TERHAD Wakil Bahagian Perolehan (jika perlu) Wakil Bahagian Kewangan (jika perlu) Penyelaras: Pengarah Dasar dan Rancang Logistik (2) Membuat keputusan perkara yang melibatkan dasar baharu atau mengangkat kepada JPP. 4. Pembahagian PATM Jil III adalah dibawah kawalan Bahagian Logistik Pertahanan Markas Angkatan Tentera Malaysia. Hanya satu salinan naskah hard copy permulaan berserta soft copy akan diedarkan kepada setiap perkhidmatan seperti yang berikut: a. Markas Angkatan Tentera - Pejabat KS. b. Markas Tentera Darat - Markas Log TD. c. Markas Tentera Laut - Bahagian Material. d. Markas Tentera Udara - Bahagian Materiel. e. Markas Angkatan Bersama - Pejabat J4. PENGESAHAN KELULUSAN 5. Semua pindaan, tambahan, pengurangan dan sebarang bentuk pertukaran yang melibatkan isi kandungan dan teks keatas PATM perlu pengesahan kelulusan resmi sebelum disiarkan. 6. Setiap pindaan perlu melalui proses seperti berikut: a. Pendraf pindaan oleh PS 2 Pembangunan Latihan dan Doktrin. b. Semakan Pertama oleh PS 1 Dasar, Doktrin dan Piawaian. c. Semakan Akhir oleh Pengarah Dasar dan Rancang Logistik. d. Pengesahan oleh AKS LP. 7. Penyiaran (Publish) PATM. Setiap pindaan perlu direkod dan rujukan serta butir-butir pindaan dipamerkan di dalam laman sesawang portal tersebut.
CARTA ALIR PROSES PENGGUNA TAPISAN 1/ TAPISAN 2 MULA SEMAKAN YA Ulasan/ Cadangan Perlu Kuasa Kelulusan? TIDAK TERH A - TERH
S PINDAAN PATM TAPISAN 3 SEKRETARIAT SEMAKAN TIDAK SETUJU TUTUP YA PINDAAN Siar PATM TAMAT PENGESAHAN HAD KEMBARAN A - 1 HAD
TERHAD 1-1-1 TERHAD BAB 1 DASAR PELURU DAN BAHAN LETUPAN ATM SEKSYEN 1 - PENDAHULUAN AM 010101. Perintah ini memberi panduan secara am kepada semua pasukan ATM termasuk depot-depot peluru ATM. Arahan dan panduan terperinci akan dikeluarkan oleh Markas Perkhidmatan masing-masing khusus untuk penggunaan di dalam perkhidmatan. DEFINISI 010102. Barang-Barang Larangan. Barang-barang yang dilarang dibawa masuk ke dalam kawasan depot peluru/penyimpanan adalah seperti minyak petrol kecuali pada kenderaan, mancis, pemetik api, rokok atau barang-barang yang mudah terbakar. Kasut kawad atau berladam besi/logam juga adalah dilarang dipakai di dalam kawasan depot peluru/penyimpanan kerana ianya boleh menghasilkan percikan api semasa berjalan. 010103. Bahan Letupan Pukal (Bulk Explosives). Bahan letupan yang telah dikeluarkan dari bungkusan asal sebelum digunakan atau bahan yang telah tersedia yang akan dijadikan sebagai bahan letupan di mana ianya dalam bentuk pukal. 010104. Bahan Letupan Utama (Main Charge). Bahan letupan utama yang terdapat pada peluru (contoh: projektil, misil, roket, grenades, mines atau nature lain) yang menghasilkan kesan serpihan (fragmentation), shock wave dan haba. 010105. Bahan Pelancar (Propelling Charge). Suatu bahan (contoh: propellant dan gun powder) yang mengeluarkan gas hasil tindakbalas kimia yang berupaya menolak (eject) peluru, projektil, misil, roket, grenade, piroteknik dan lain-lain) keluar daripada laras atau pelancarnya. 010106. Bangunan Simpanan Peluru (BSP). Bangunan yang direka dan dibina untuk menyimpan peluru dan bahan letupan. Mempunyai ketahanan dari bahaya kebakaran dan ledakan. Ianya meliputi semua jenis BSP seperti yang dibina di dalam/bawah tanah, permukaan tanah (contoh: medium walled structure), dalam bukit, kubu (bunker), Igloo dan binaan-binaan lain yang mengikut spesifikasi yang diperakui. 010107. Tempat Simpanan Peluru (TSP). Tempat Simpanan Peluru (Ammunition Store or Ammunition Magazine) yang dibenarkan (authorized building) menyimpan peluru mengikut Hazard Division (HD) dan Compatibility Group (CG) yang dibenarkan sahaja.
TERHAD 1-1-2 TERHAD 010108. Benteng (Traverse). Ia adalah timbunan tanah atau batu-bata/konkrit yang dibina pada keliling bagi tiap-tiap BSP/TSP untuk menahan daripada letupan berpunca daripada bangunan itu sendiri atau bangunan yang berhampiran dengannya. 010109. Benteng Dalam (Container Traverse). Ia dibina bagi melindungi anggota dan fasilitas daripada kesan letupan dalam bangunan itu sahaja. Ia seharusnya berdiri teguh selepas letupan dan sesuai untuk jumlah simpanan yang kecil sahaja. 010110. Depot Peluru (Ammunition Depot). Instalasi yang berperanan utama di dalam penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan penyelenggaraan peluru. Ia juga meliputi: 010111. Kawasan depot peluru meliputi BSP, Bangunan Memproses Peluru (BMP), bangunan-bangunan lain dan kawasan pemusnahan peluru. 010112. Kawasan pentadbiran meliputi pejabat di dalam dan di luar kawasan depot peluru. 010113. Kuasa Dispensasi (Dispensation Authority (DA)). Ianya membolehkan BSP/TSP kepunyaan ATM menyimpan peluru melebihi had Net Explosive Quantity (NEQ) yang dibenarkan mengikut peraturan. Ia merupakan langkah jangka pendek yang perlu diambil supaya ATM dan Kerajaan dapat dielakkan dari didakwa sekiranya berlaku sesuatu gejala yang tidak diingini. 010114. Juruteknik Peluru (JTP) (Ammuniton Technician (AT)). JTP meliputi mana-mana anggota yang telah menghadiri serta lulus Kursus Juruteknik Peluru sama ada di dalam atau di luar negara yang diperakui oleh ATM. 010115. Kartus (Cartrigde). Bebalang (cased) yang mengandungi bahan letupan (primer and propellant) dan mempunyai punca penyalaan sendiri. 010116. Pecahan Peti (Fraction Box). Kandungan asal (standard box) di dalam satusatu peti tersebut telah kurang dari kuantiti asalnya yang mana telah dibuat pengeluaran atau diguna. 010117. Pegawai Kerja Peluru (PKP) (Ammuniton Executive Officer (AEO)). Meliputi mana-mana JTP yang telah ditauliahkan sebagai PKP. 010118. Pegawai Teknik Peluru (PTP) (Ammunition Technical Officer (ATO)). PTP meliputi mana-mana pegawai yang telah menghadiri serta lulus Kursus Kejuruteraan Peluru atau Pegawai Teknik Peluru sama ada di dalam atau luar negara yang diperakui oleh ATM.
TERHAD 1-1-3 TERHAD 010119. Peluru (Ammunition). Ditakrifkan sebagai mana-mana peluru (contoh: misil, roket, projektil, periuk api dan lain-lain) yang digunakan untuk menyerang atau pertahanan atau latihan atau bukan kegunaan operasi atau mana-mana komponen sama ada telah diisi atau dicadang untuk diisi dengan bahan letupan, bahan pelancar, piroteknik, bahan nuklear, bahan kimia atau bahan biologi. Ianya juga sinonim dengan Munition. 010120. Peluru Lerai (Loose Rounds). Maksud peluru-peluru lerai adalah seperti berikut: a. Peluru yang telah dibuka dari peti-peti asalnya (standard box) dan tidak dibuat pemetian semula terhadap kuantiti peluru tersebut. b. Peluru di mana komponen-komponen yang diterima secara berasingan. c. Peluru Dalam Perkhidmatan. Peluru yang sah di dalam perkhidmatan adalah peluru yang telah diperakui penerimaannya oleh ATM. Peluru tersebut dimasukkan ke dalam akaun depot-depot peluru yang telah sedia ada untuk penyimpanan dan selenggaraan sebelum pengeluaran dibuat kepada pasukan-pasukan pengguna. d. Peluru Percubaan (Experimental Ammunition). Mana-mana peluru yang digunakan untuk percubaan atau kajian sama ada secara non-destruction test dan destruction test, yang mana peluru berkenaan masih belum masuk dalam perkhidmatan. Peluru berkenaan hendaklah ditandakan dengan huruf X dan E serta tanda (marking) pada peti ditanda EXPTL. 010121. Penguasa Eksekutif Teknik Peluru (PETP). Sebagai penguasa tertinggi dan rujukan terakhir di dalam hal-hal teknikal peluru di dalam perkhidmatan masing-masing. Ia juga bertanggungjawab terus kepada Panglima Perkhidmatan masing-masing. Tugas dan tanggungjawab adalah seperti di Kembaran A. 010122. Peti Peluru. Mana-mana peti, kotak, bekas logam (steel box) atau apa-apa jenis pembungkusan yang mengandungi peluru dan bahan letupan. 010123. Ruang Berpetak (Compartment). Pembahagian ruang penyimpanan peluru untuk membolehkan peluru dapat disimpan mengikut Hazard Classification Code (HCC). Pembahagian tersebut dibina dari konkrit, batu-bata atau bahan simen bukan jenis mudah terbakar. Ketebalan dinding sekurang-kurangnya 230 mm (medium walled structure) dan dibina tanpa ruang udara dan mempunyai pintu berasingan. Secara terperinci rujuk pada Ammunition and Explosives Regulations Vol 1&2.
TERHAD 1-1-4 TERHAD ARAHAN-ARAHAN DAN RUJUKAN-RUJUKAN 010124. Arahan-arahan dan rujukan-rujukan peluru dan bahan letupan yang diguna pakai oleh perkhidmatan adalah seperti di Kembaran B. Arahan dan panduan terperinci yang dikeluarkan oleh perkhidmatan masing-masing perlulah juga dipatuhi oleh pasukanpasukan. DIVISYEN BAHAYA (HAZARD DIVISION (HD)) 010125. Divisyen Bahaya peluru digunakan untuk memudahkan peraturan semasa pengstoran peluru di dalam keadaan selamat dan juga semasa pergerakan dilaksanakan. Kumpulannya adalah seperti di Kembaran C. KUMPULAN BERSESUAIAN (COMPATIBILITY GROUP (CG)) 010126. Dalam sistem North Atlantic Treaty Organisation (NATO), peluru telah dikategorikan kepada tiga belas kumpulan. Kumpulan dipanggil Kumpulan Bersesuaian (Compatibility Group (CG)). Definisi bagi tiap-tiap satu kumpulan adalah seperti di Kembaran D. KOD KLASIFIKASI BAHAYA (HAZARD CLASSIFICATION CODE (HCC)) 010127. Terdiri daripada dua atau tiga digit nombor iaitu dikenali sebagai Hazard Division (HD), digit nombor yang digunakan seperti 1.1, 1.21, 1.22, 1.33, 1.34, 1.4,1.5 dan 1.6 serta diikuti dengan Compatibility Group (CG). Setiap jenis peluru dan bahan letupan diperuntukkan satu dari tiga belas abjab CG (A hingga H, J, K, L dan S) bagi menentukan pengasingan yang betul semasa penyimpanan dan pengangkutan. HD dan CG adalah membentuk HCC yang mengandungi tiga kod digit yang terdiri dua nombor dan satu abjad, contohnya 1.1A, 1.2D, 1.3G atau 1.4S. Senarainya adalah seperti di Kembaran E.
TERHAD 1-1A-1 TERHAD KEMBARAN A KEPADA SEKSYEN 1 KEPADA BAB 1 PATM JILID III TANGGUNGJAWAB PENGUASA EKSEKUTIF TEKNIK PELURU (PETP) 1. Kawalan teknikal terhadap semua aspek kejuruteraan peluru di dalam perkhidmatan masing-masing. 2. Menentukan penyelenggaraan peluru yang dipasang oleh perkhidmatan adalah boleh dan selamat digunakan selaras dengan piawaian yang telah disediakan. 3. Mempastikan kecekapan teknik dan piawaian kejuruteraan di dalam bidang-bidang pengawasan (surveillance), penelitian, pemeriksaan, pembaikan, pembuktian, ujian, pengubahsuaian, pergerakan, pengstoran, punggah memunggah, tanda-tanda pengenalan (marking dan identifications), pelupusan dan pemusnahan peluru di depot-depot dan juga yang dipegang oleh unit-unit. 4. Penyiasatan terhadap segala jenis kemalangan yang melibatkan peluru termasuk keskes atau permohonan PDRM serta pihak-pihak berkuasa awam yang lain. 5. Penyelenggaraan ke atas perpustakaan khas kejuruteraan peluru serta penyelarasan maklumat dan publikasi mengenai kejuruteraan peluru. 6. Menaja, meneliti, mengemaskini dan membuat pembaharuan terhadap seksyenseksyen yang berkenaan dengan teknikal peluru di dalam Perintah-Perintah Angkatan Tentera. 7. Penyelidikan terhadap perkara-perkara kejuruteraan yang berkaitan dengan peluru termasuk peralatan alat tukang untuk pengawasan, pemeriksaan, pembaikan, penyiasatan, pengubahsuaian, pergerakan, penyimpanan, punggah memunggah, pengstoran dan pemusnahan. 8. Menyediakan spesifikasi semua jenis peluru bagi perkhidmatannya untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa yang bertanggungjawab. 9. Penilaian contoh-contoh tender, contoh-contoh sebutharga dan lain-lain jenis pembelian peluru di dalam aspek-aspek teknikal. 10. Membuat kajian tinjauan teknikal dan berhubung rapat dengan pengilang-pengilang peluru dan juga pihak industri mengenai kejuruteraan dan juga untuk tujuan membuat cadangan supaya peluru di dalam perkhidmatan adalah dari jenis yang terkini (state of the art).
TERHAD 1-1A-2 TERHAD 11. Membuat perhubungan dengan pegawai-pegawai, institusi-institusi dan organisasiorganisasi yang setaraf di dalam negara dan di negara-negara sahabat supaya pengetahuan kejuruteraan peluru terus menerus dikemaskinikan mengikut peraturan. 12. Menasihat perkhidmatan masing-masing terhadap perancangan, pembangunan infrastruktur simpanan peluru, tempat simpanan peluru, makmal peluru, atau bangunan memproses peluru di depot-depot dan juga di unit-unit sama ada terhadap tempat yang sudah sedia ada ataupun yang sedang di dalam perancangan. 13. Menyediakan proses aliran kerja yang terperinci terhadap pemeriksaan, pembaikan, pengubahsuaian, ujian dan pembuktian peluru. Juga terhadap susunan depot-depot dan aliran kerja Tempat Simpanan Peluru. 14. Menyediakan rancangan induk pembaikan peluru termasuk menyediakan butir-butir keperluan perbekalan terhadap komponen-komponen dan peralatan yang berkaitan. 15. Menyediakan kemudahan-kemudahan pemusnahan dari segi keanggotaan, peralatan dan persediaan khas terhadap peluru yang tidak meletup dan alat-alat letupan reka ganti mengikut kawasan tanggungjawab seperti di bawah ini: a. TDM - Semua bahan lain yang dijumpai di kawasan-kawasan yang di luar dari keadaan yang tersebut akan diuruskan oleh Pegawai Teknik Peluru/Juruteknik Peluru Kor Ordnans Diraja sebagai persediaan di tahap ketiga yang mana ia di luar kemampuan anggota-anggota PDRM dan/atau Rejimen Askar Jurutera Diraja mengikut prosedur semasa. b. TLDM - Semua bahan letupan kepunyaan TLDM atau khas kegunaan Tentera Laut dan juga semua jenis bahan yang terdapat di dalam air dan di bawah tanda paras air pasang oleh Pegawai Teknik Peluru/Juruteknik Peluru TLDM. c. TUDM - Semua jenis bahan letupan yang dijumpai pada atau di dalam kawasan pagar/garisan tanggungjawab TUDM atau peralatan yang khusus kegunaan TUDM atau Tentera Udara oleh Pegawai-Pegawai Persenjataan (Armament Officer) atau PTTK Juruteknik Senjata. 16. Di dalam keadaan di mana sesuatu bahan letupan yang dijumpai adalah dari jenis yang bukan pengkhususan oleh pakar yang berkuasa terhadap kawasan tertentu, maka adalah menjadi tanggungjawab Penguasa Eksekutif Peluru Perkhidmatan yang berkenaan untuk memanggil perkhidmatan yang sewajarnya untuk bertindak terhadap bahan berkenaan. 17. Di dalam keadaan di mana sesuatu tindakan atau keputusan yang muktamad adalah tidak dapat diambil terhadap sesuatu bahan letupan, maka keputusan muktamad hendaklah diambil oleh Jawatankuasa Teknik Peluru Angkatan Tentera (JTPAT) selaku pakar rujuk dan kuasa tertinggi bagi pemusnahannya.
TERHAD 1-1A-3 TERHAD 18. Memberi pengesahan kebenaran untuk menggunakan bahan letupan atau peluru hidup di dalam sebarang pertunjukan. 19. Menentukan pemeriksaan dan pembersihan terhadap lapangsasar dilakukan dengan sempurna oleh pegawai-pegawai lapangsasar mengikut peraturan-peraturan khas yang telah ditetapkan. 20. Memberi dan mengesahkan bukti-bukti kejuruteraan peluru di dalam kes-kes yang dibawa ke Mahkamah Tentera ataupun Mahkamah Awam di mana pandangan pakar peluru adalah diperlukan. 21. Menentukan depot-depot mengeluarkan dan memberi sijil keselamatan untuk pengangkutan peluru. 22. Menentukan tahap kecekapan teknikal pengkhususan kejuruteraan peluru diletakkan di tahap yang tertinggi bagi pegawai-pegawai dan juga lain-lain pangkat. Tugas ini meliputi penetapan keperluan-keperluan mengenai: a. Pemilihan calon-calon Pegawai dan juga Juruteknik Peluru. b. Isi kandungan kursus dan pengiktirafan tahap prestasi kelulusan bagi latihan yang dijalankan di institusi dalam negeri. c. Meneliti dan mengiktiraf kursus-kursus yang boleh didapati yang dijalankan di institusi luar negeri. 23. Latihan lanjutan dan peningkatan seterusnya terhadap para pegawai dan lain-lain pangkat yang mempunyai pengkhususan di dalam teknikal peluru.
TERHAD 1-1B-1 TERHAD KEMBARAN B KEPADA SEKSYEN 1 KEPADA BAB 1 PATM JILID III ARAHAN-ARAHAN TEKNIKAL PERKHIDMATAN YANG DIGUNAKAN SEBAGAI RUJUKAN 1. A & ER Vol 1&2 - Ammunition and Explosives Regulations Vol 1&2. 2. Federation Armed Forces Security Instructions (FAFSI). 3. Technical Ammunition Circular (TAC). 4. PMAT Bil 3 Tahun 1989 - Tanggungjawab Bersabit Dengan Pengurusan Kejuruteraan Peluru Angkatan Tentera. 5. PATD Bil 20 Tahun 1987 - Arahan Pemusnahan Ordnans Letupan Tidak Meletup dan Alat-Alat Reka Ganti Dalam Tentera Darat. 6. PATD Bil 1 Tahun 1990 - Perintah Tetap Pengendalian Peluru/Bom/ Grenade/Bahan Letupan/Piroteknik. 7. PATD Bil 3 Tahun 1990 - Arahan Keselamatan Gudang Peluru. 8. PATD Bil 4 Tahun 1994 - Arahan Am Peningkatan Penguatkuasaan Langkah-Langkah Keselamatan Depot-Depot dan Tempat Simpanan Peluru, Bom dan Letupan Tentera Darat. 9. AMP 5 - Mine Identifications and Disposal. 10. AMP 6 - Non NATO Mines, Operating Characteristic and Counter Measure. 11. BR 338 - Handbooks of Demolition and Explosive. 12. BR 862 - Naval Magazine and Explosives Regulations. 13. BR 1202I - Rockets (Excluding Pyrotechnics 1961). 14. BR 1203(2) - Instruction for the Quantity Assurance of Naval Armament Storages – 1971 Edition. 15. BR 1203(3) - Instruction Enumerating Proofs Specifies and Apertures -1959.
TERHAD 1-1B-2 TERHAD Royal Naval Supply and Transport Service 1980 (Armament General). Royal Naval Supply & Transport Service (Explosive Process Building). Royal Naval Supply & Transport Service (Explosive Quantity Distance). Descriptive Catalogue of Naval Armament Stores. Safety Requirement for Armament Stores for Naval – 1976. Comprehensive Class List of Government Explosive. General EOD Safety Precaution. Movement of Ammunition by Air Craft. Technical Instruction Armament Depot. Movement of Explosive at Sea. Explosive Regulation - General. Explosive Areas and Dangers Buildings. Explosive Regulation- Storage, Transportation and Inspection of Explosive. Explosive Regulation -Radio Frequency Hazards to Electro Explosive Devices. Explosive Regulation-Radio Frequency Emmiter Field Strength and Power Density Graphs. General Regulation and Instruction for the Disposal of Explosives. Arahan Kejuruteraan Senjata. Explosive Regulations (Material) Volume 1. Explosive Regulations (Material) Volume 2. Explosive Regulations (Material) Volume 3. 16. BR 1029(6) - 17. BR 1029(7) - 18. BR 1029(10) - 19. BR 2535 - 20. BR 8541 - 21. BR 819(1B) - 22. BR 60A-1-1-22 - 23. JSP 335 - 24. TIAD 5019 - 25. The Blue Book - 26. AP 110A-0102-1A - 27. AP 110A-0102-1B - 28. AP 110A-0102-1C - 29. AP 110A-0102-1D - 30. AP 110A-0102-1E - 31. AP 110A-0104-1A - 32. PU 2204 - 33. PU 4306-000 - 34. PU 4307-000 - 35. PU 4308-000 -
TERHAD 1-1B-3 TERHAD 36. PU 4309-00 - Accounting of Explosives (Material). 37. PU 4304-000 - Peraturan Pergerakan Udara. 38. IATA - Buku Panduan International Air Transport Association.
TERHAD 1-1C-1 TERHAD KEMBARAN C KEPADA SEKSYEN 1 KEPADA BAB 1 PATM JILID III DIVISYEN BAHAYA (HAZARD DIVISION (HD)) 1. Divisyen Bahaya. Divisyen Bahaya peluru adalah terbahagi kepada enam Divisyen dan setaraf seperti berikut: a. HD 1.1. Peluru yang mempunyai bahaya letupan yang kuat. Letupannya akan memusnahkan bangunan yang berhampiran. Bahayanya ialah gegaran dan serpihan yang berterbangan. b. HD 1.2. Peluru yang mempunyai bahaya serpihan berterbangan tetapi tidak mempunyai bahaya letupan yang dashyat. Letupannya akan mengakibatkan bahan letupan membakar serta meletup. Serpihan dan komponen-komponen yang belum meletup mungkin berterbangan, sebahagian daripada komponen ini mungkin meletup semasa hentakan dan ini akan menghasilkan letupan atau kebakaran. Bahaya gegaran akan ditumpukan kepada kawasan ianya meletup. Bagi pengiraan jarak, HD 1.2 dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu: (1) HD 1.2.1. Peluru yang akan menghasilkan serpihan yang besar dan akan berterbangan ke jarak yang jauh semasa berlakunya letupan. (2) HD 1.2.2. Peluru yang akan menghasilkan serpihan yang kecil dan akan akan berterbangan ke jarak yang dekat semasa berlakunya letupan. c. HD 1.3. Peluru yang mempunyai bahaya kebakaran kuat dan bahaya letupan yang sederhana. Bagi pengiraan jarak, HD 1.3 dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu: (1) HD 1.3.3. Peluru yang mempunyai bahaya membakar yang dahsyat serta ganas. (2) HD 1.3.4. Peluru yang yang mempunyai bahaya kebakaran. Bahanbahan mungkin meletup dan menghasilkan serpihan kecil. d. HD 1.4. Peluru yang mempunyai bahaya kebakaran yang sederhana tetapi tidak mempunyai bahaya letupan. e. HD 1.5. Peluru yang mempunyai bahaya letupan yang kuat tetapi tidak sensitif. Bagi pengiraan jarak, HD 1.5 dianggap sebagai HD 1.1. f. HD 1.6. Peluru yang amat tidak sensitif dan tidak mempunyai bahaya letupan yang kuat. Bahaya daripada peluru ini adalah terhad kepada jenisnya sahaja.
TERHAD 1-1D-1 TERHAD KEMBARAN D KEPADA SEKSYEN 1 KEPADA BAB 1 PATM JILID III KUMPULAN BERSESUAIAN (COMPATIBILITY GROUP (CG)) 1. Peluru dikategorikan kepada kepada 13 CG. Ianya terdiri daripada Kumpulan A hingga H, J, K, L, N dan S. 2. Definisi bagi tiap-tiap satu kumpulan adalah seperti berikut: a. Kumpulan A - Bahan letupan permulaan. b. Kumpulan B - Peluru mengandungi bahan letupan permulaan. c. Kumpulan C - Peluru yang mengandungi bahan pelancar (propellant) atau bahan pelancar itu sendiri. d. Kumpulan D - Bahan letupan utama atau black powder atau peluru yang mengandungi bahan letupan utama yang mana di dalam semua keadaan tidak mempunyai punca nyalaan sendiri. e. Kumpulan E - Peluru yang mengandungi bahan letupan utama tanpa punya nyalaan sendiri dan mempunyai bahan pelancarnya sendiri. f. Kumpulan F - Peluru yang mengandungi bahan letupan utama dengan mempunyai punca nyalaan dan bahan pelancarnya sendiri. g. Kumpulan G - Bahan-bahan piroteknik atau peluru yang mengandungi bahanbahan piroteknik, atau peluru yang mengandungi kedua-dua bahan piroteknik dan bahan letupan, suaran, incendiary, lachrymatory atau bahan-bahan pengeluar asap (selain daripada unsur yang digiatkan oleh air atau WhitePhosphorus (WP), phosphide atau unsur gel yang boleh menyala). h. Kumpulan H - Peluru mengandungi kedua-dua bahan letupan dan WP. i. Kumpulan J - Peluru yang mengandungi bahan letupan, unsur yang mudah menyala atau gel. j. Kumpulan K - Peluru yang mengandungi bahan letupan dan bahan kimia beracun.
TERHAD 1-1D-2 TERHAD k. Kumpulan L - Peluru yang mengandungi bahan letupan yang memerlukan pengasingan disebabkan darjah bahaya yang luar biasa. l. Kumpulan N - Peluru yang hanya mengandungi bahan letupan yang tidak peka. m. Kumpulan S - Peluru yang dipetikan dengan cara yang mana apabila sebutir daripadanya meletup tidak mengeluarkan serpihan atau fire brand yang boleh mengakibatkan kebakaran, letupan kepada bekas-bekas yang berhampiran ataupun mencederakan anggota yang berhampiran.
TERH KOD KLASIFIKASI BAHAYA (HAZA COMPATIBILITY GROUP (CG) HAZARD DIVISION (HD) A B C D E 1.1 1.1A 1.1B 1.1C 1.1D 1.1E 1.2 - 1.2B 1.2C 1.2D 1.2E 1.3 - - 1.3C - - 1.4 - 1.4B 1.4C 1.4D - 1.5 - - - 1.5D - 1.6 - - - - - 1-1E TERH
HAD ARD CLASSIFICATION CODE (HCC)) KEMBARAN E KEPADA SEKSYEN 1 KEPADA BAB 1 PATM JILID 111 F G H J K L N S E 1.1F 1.1G - - - 1.1L - - E 1.2F 1.2G 1.2H - 1.2K 1.2K - - 1.3F 1.3G 1.3H 1.3J 1.3K 1.3L - - 1.4F 1.4G - - - - - 1.4S - - - - - - - - - - - - - - 1.6N - E-1 HAD
TERHAD 1-2-1 TERHAD BAB 1 DASAR PELURU DAN BAHAN LETUPAN ATM SEKSYEN 2 - PRINSIP-PRINSIP AM PENYIMPANAN AM 010201. Seksyen ini memberikan penjelasan mengenai faktor-faktor penyimpanan yang perlu diambil perhatian dalam penyimpanan peluru dan bahan letupan. FAKTOR-FAKTOR PENYIMPANAN 010202. Faktor-faktor yang mesti dipatuhi semasa penyimpanan adalah: a. Disimpan di tempat yang kering dan mendapat kitaran pengudaraan yang cukup. b. Sebaik-baiknya disimpan di tempat yang mempunyai kawalan suhu yang konsisten dan bebas daripada pertukaran suhu yang kerap berubah-ubah atau berlebihan. c. Perlindungan secara langsung daripada sinaran matahari. d. Dikendalikan dengan baik dan cermat. e. Ditempatkan di lokasi yang selamat. FAKTOR-FAKTOR KEROSAKAN (DETERIORATION) 010203. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan peluru menjadi rosak serta mengubah struktur kimia dan tidak selamat digunakan serta menjadikannya lebih berbahaya semasa pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan adalah: a. Kelembapan. b. Haba (Heat). c. Kecuaian Pengendalian. KELEMBAPAN 010204. Perlindungan. Hujan dan kelembapan boleh mengakibatkan kerosakan yang besar kepada peluru. Oleh itu tindakan hendaklah diambil bagi menentukan peluru sentiasa berada dalam keadaan kering semasa dalam penyimpanan dan pengangkutan.
TERHAD 1-2-2 TERHAD 010205. Pengekalan Mutu. BSP/TSP mestilah diberikan perlindungan yang sempurna dari masalah kelembapan dan mestilah mempunyai peredaran udara (ventilation) yang cukup untuk menghindarkan dari berlakunya pengewapan di luar dan di dalam peti-peti peluru serta kandungannya. 010206. Kesan Kelembapan. Kesan kelembapan ke atas semua jenis peluru dan komponen-komponen yang berkaitan adalah seperti berikut: a. Peluru Yang Tidak Di Dalam Peti. Karat adalah merupakan kesan yang paling buruk. Di peringkat awal, warna asas dan tanda-tanda pengenalan peluru akan luntur serta hilang. Lama-kelamaan lubang liang (pitted) akan terjadi yang boleh menyebabkan peluru itu rosak dan tidak boleh digunakan lagi. b. Peti Besi dan Kandungannya. Warna asas dan tanda-tanda pengenalan di peti besi bukan sahaja akan luntur dan hilang, malahan peti-peti akan menjadi berkarat dan berlubang-lubang serta akhirnya menyebabkan kerosakan yang cepat kepada semua isi kandungannya. Bahan-bahan yang mudah rosak akibat kelembapan adalah komponen-komponen yang diperbuat dari bahan logam, polimer dan juga kertas. c. Komposisi Bahan Letupan. Sebahagian daripada komposisi bahan letupan yang digunakan sebagai campuran adalah bahan yang mudah lembap dan menyerap air yang mana akhirnya akan memecah atau menyebabkan kehilangan keseluruhan sifatsifat asalnya. Prestasi peluru akan menurun, menjadi rosak dan tidak boleh digunakan lagi serta kadangkala boleh menjadi bahaya apabila terdedah kepada kelembapan. d. Material Selain Dari Bahan Letupan. Kain tenunan (fabric), kain bulu (felt) dan bahan kertas akan menyerap kelembapan akibat dari kereputan kayu-kayu peti peluru. Ini akan menyebabkan hakisan kereputan kepada lain-lain material dalam peti yang sama. HABA (HEAT) 010207. Suhu Keterlaluan. Suhu yang keterlaluan iaitu sama ada terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh mempercepatkan kerosakan peluru. Suhu yang terlalu rendah tidak begitu mendatangkan masalah jika dibandingkan dengan suhu yang terlalu tinggi. Walau bagaimanapun bahan letupan yang mengandungi Nitroglycerine boleh menjadi bahaya dalam keadaan suhu yang terlalu rendah. 010208. Had Suhu. Terdapat jenis-jenis peluru yang tertakluk kepada had suhu semasa di dalam pengangkutan dan penyimpanan. Peti-peti peluru yang mengandungi peluru jenis ini akan mempunyai penandaan seperti berikut:
TERHAD 1-2-3 TERHAD a. Segi Empat Bujur. Had suhu semasa dalam simpanan. b. Bulat. Had suhu semasa pengangkutan. 010209. Angka had suhu berkenaan akan ditunjukkan di dalam simbol tersebut dengan warna merah. KECUAIAN PENGENDALIAN 010210. Kegunaan Peti Peluru. Peti-peti peluru adalah direka khas untuk memberi perlindungan kepada peluru semasa dalam simpanan dan pengangkutan. Kerosakan peti peluru akibat dari pengendalian yang cuai boleh menyebabkan: a. Kurang memberi perlindungan kepada kandungannya dan seterusnya menjadi rosak. b. Tanda-tanda pengenalan akan menjadi luntur dan sukar untuk dikenali. 010211. Peti Peluru Yang Dibuka. Jumlah peti peluru yang dibuka hendaklah dikurangkan kepada paras yang minimum. Pembukaan peti-peti peluru mestilah dihadkan melainkan jika ianya benar-benar perlu. Pemetian semula perlulah dilakukan selepas sesuatu latihan atau operasi dilaksanakan dan hanya satu pecahan peti (fraction box) yang dibenarkan bagi setiap Lot/Batch. KESAMAAN JENIS PELURU (HOMOGENEOUS) 010212. Tujuan. Tujuan kesamaan jenis adalah untuk: a. Bagi menentukan peluru mempunyai keupayaan dan kebolehgunaan yang sama sewaktu di dalam perkhidmatan. b. Memudahkan pengenalan, pengasingan dan penarikan semula peluru yang disebabkan kebolehgunaan (performance) telah menurun atau berfungsi tidak mengikut spesifikasi serta yang mempunyai tanda-tanda bahaya atau telah tamat tempoh jangkahayat supaya dapat dikeluarkan dari perkhidmatan. c. Memudahkan pemilihan contoh bagi tujuan pemeriksaan dan ujibukti. d. Memudahkan penyelenggaraan rekod dan akaun. 010213. Sistem Lot. Komponen-komponen peluru adalah diberi nombor lot. Bagi komponen peluru berpandu, ianya mempunyai salah satu nombor lot atau nombor siri untuk tiap-tiap komponen di dalam peluru berpandu tersebut. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan kesamaan jenis di dalam tiap-tiap satu lot/nombor siri itu.
TERHAD 1-2-4 TERHAD 010214. Sistem Batch. Sistem batch ini adalah lanjutan dari sistem lot. Sistem ini adalah digunakan kepada peluru-peluru yang telah dipasang lengkap termasuk punca peletup sendiri seperti Peluru 90 mm dan Bom Mortar 81 mm. Peluru di dalam batch yang sama itu adalah mempunyai kesamaan jenis nombor-nombor lot bagi komponen-komponen di dalamnya. 010215. Peluru Senjata Kecil. Untuk peluru-peluru senjata kecil, hanya tarikh dibuat sahaja digunakan sebagai ganti sistem lot atau batch. Sistem batch juga digunakan pada peluru mixed belt, ianya diberi nombor batch. 010216. Penyelenggaraan. Kesamaan jenis peluru adalah penting untuk diselenggarakan, disimpan, direkodkan dan dikeluarkan mengikut jenis, lot/batch dan tarikh dibuat yang berasingan. PENGENALAN PELURU 010217. Untuk tujuan pengenalan, peti dan peluru adalah dicat dan ditanda dengan jelasnya. Tanda-tanda ini termasuk jenis, nombor lot, nombor batch atau tarikh dibuat. Sebarang kesulitan dalam mentafsirkan tanda-tanda ini hendaklah dirujuk kepada PTP/JTP. PENYERAHAN KAWASAN PENYIMPANAN PELURU DAN BAHAN KIMIA/ RADIOAKTIF 010218. Penyerahan. Sebelum sesebuah bangunan atau kawasan yang telah digunakan untuk simpanan, penggunaan atau pemusnahan peluru atau barangan kimia/radioaktif, kawasan tersebut hendaklah diperiksa untuk menentukan tiada peluru atau pencemaran yang wujud. 010219. Penggunaan. Sebelum kemudahan atau kawasan penyimpanan peluru digunakan berbeza daripada fungsi asalnya, kawasan tersebut hendaklah diperiksa untuk menentukan ia bebas daripada bahaya kimia/radioaktif. 010220. Sijil Pembersihan. Pasukan dikehendaki menghubungi Inspektorat Peluru mengikut perkhidmatan masing-masing bagi mendapatkan nasihat dan bantuan teknikal sebelum memulakan sebarang kerja-kerja pemeriksaan dan pembersihan. Selepas selesai pemeriksaan dan pembersihan, sijil seperti di Kembaran A hendaklah disediakan dan diagihkan mengikut saluran atau arahan yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan masing-masing.
TERHAD 1-2A-1 TERHAD KEMBARAN A KEPADA SEKSYEN 2 KEPADA BAB 1 PATM JILID III SIJIL PEMBERSIHAN BAHAN LETUPAN DAN BAHAN-BAHAN LAIN YANG BAHAYA 1. Lokasi dan rujukan peta ................................ 2. Tarikh pembersihan ..................................... 3. Kawasan yang dimaksudkan dalam sijil ini adalah seperti yang ditandakan (warna) di dalam pelan yang disertakan. 4. Tidak ada sebarang rekod atau pengetahuan bahawa sebarang bahan letupan telah digunakan atau disimpan oleh Kementerian Pertahanan atau pihak-pihak lain di atas kawasan yang bertanda ........................ adalah disahkan bahawa kawasan ini telah (menyebabkan) dibuat pembersihan rapi dengan secara pandang lihat. 5. Rekod menunjukkan adalah diketahui bahawa bahan letupan telah digunakan dan atau disimpan di atas/kawasan yang bertanda .................................................... a. Jenis-jenis pembersihan yang dilaksanakan seperti berikut: (nyatakan kawasan dan jenis pemeriksaan). b. Kerja-kerja pembersihan di luar kemampuan pasukan, kawasan tidak dilakukan pembersihan (nyatakan kawasan yang tidak diperiksa). Perkara ini telah dirujukkan kepada ........................... meminta tindakkan pemeriksaan dilakukan dan satu sijil berasingan dikeluarkan. 6. Kawasan bertanda ...................................... telah digunakan khas untuk rumah keluarga dan tidak diperiksa. 7. Tidak ada peluru/berikut adalah peluru* atau material bahaya yang telah dijumpai. Material tersebut telah dipindahkan dan/atau* dimusnahkan mengikut arahan semasa. 8. Perkara-perkara berikut telah juga ditentukan: a. Tidak ada minyak, gas, bahan kimia atau lain-lain material bahaya masih tertanam atau tersimpan di dalam kawasan yang terlibat dan kawasan ini tidak dicemari oleh material tersebut.
TERHAD 1-2A-2 TERHAD *Potong di mana berkaitan b. Tidak ada catatan atau pengetahuan mengenai radioaktif yang telah digunakan atau disimpan di dalam kawasan tersebut samada oleh Kementerian Pertahanan atau pihak-pihak lain. c. Semua bangunan/kawasan di mana material radioaktif telah digunakan atau disimpan, telah dikenalpasti dan disahkan bebas dari pencemaran radioaktif. d. Adalah didapati tiada bahan yang diketahui wujud di dalam kawasan itu yang boleh/akan membahayakan nyawa atau anggota. 9. Adalah didapati tiada bahan yang diketahui wujud di dalam kawasan itu yang boleh membahayakan nyawa atau anggota. 10. Ulasan dari Markas Formasi. Cop Pasukan Tandatangan : .............................................. Tarikh : ............................ Nama ............................................................ Ketua Pegawai Pemeriksa dan Pembersihan Pasukan ........................................................
TERHAD 1-3-1 TERHAD BAB 1 DASAR PELURU DAN BAHAN LETUPAN ATM SEKSYEN 3 - PENYIMPANAN PELURU PASUKAN AM 010301. Seksyen ini menetapkan tatacara penyimpanan peluru di pasukan mengikut Kumpulan Bersesuaian (Compatibility Group (CG)) yang tidak meliputi penyimpanan peluru dalam kapal TLDM. KUMPULAN LETUPAN 010302. Bagi tujuan penyimpanan dan pengangkutan, semua peluru mestilah disimpan mengikut Hazard Division (HD) dan CG masing-masing. Ini adalah kerana setiap peluru mempunyai sifat-sifat dan bahaya tersendiri semasa dalam penyimpanan atau pergerakannya. Butir-butir lanjut mengenai HD dan CG adalah seperti di Seksyen 1. JENIS-JENIS BANGUNAN SIMPANAN PELURU (BSP) 010303. BSP adalah terdiri dari beberapa jenis bangunan yang direkabentuk khas atau diubahsuai untuk tujuan penyimpanan peluru dan ianya diluluskan oleh pihak yang bertanggungjawab. Jenis-jenis BSP adalah seperti berikut: a. Bangunan yang mempunyai struktur yang rapuh terhadap ledakan letupan. Ianya adalah dari jenis BSP Light Structures. b. Bangunan Berdinding Sederhana Tebal (Medium Walled). Mempunyai ketebalan dinding 230 mm solid brick atau 280 mm cavity brick sama ada mempunyai atau tanpa bumbung yang kukuh. c. Bangunan Berdinding Tebal (Heavy Walled). Mempunyai ketebalan dinding yang minimum 690 mm solid brick atau lebih daripadanya sama ada mempunyai atau tanpa bumbung yang kukuh. d. Bangunan yang diliputi tanah (Earth Covered Building) atau lebih dikenali sebagai igloo. TEMPAT SIMPANAN PELURU (TSP) 010304. Tempat Simpanan Peluru (TSP) merupakan jenis bangunan yang tidak mengikut spesifikasi NATO dan dibina semasa menggunakan ukuran Sistem Imperial (Sistem British). Ia dibenarkan bagi menyimpan peluru mengikut HD dan CG yang dibenarkan sahaja dan kebanyakannya memerlukan Kuasa Dispensasi.
TERHAD 1-3-2 TERHAD DASAR PENYIMPANAN 010305. Setiap BSP/TSP mestilah mempunyai lesen untuk had Kuantiti Letupan Bersih (Net Explosive Quantity (NEQ)) yang dibenarkan untuk disimpan. Lesen ini mestilah diluluskan oleh Jawatankuasa Pelesenan Perkhidmatan masing-masing. Untuk TUDM sahaja, Lembaga Pelesenan Fasilitas Bahan Letupan (LPFBL) bertanggungjawab mengeluarkan lesen tersebut. Bagi setiap peluru yang disimpan di dalam BSP/TSP, borang had penyimpanan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pelesenan Perkhidmatan mestilah disediakan dan ditandatangani oleh Pegawai Memerintah/Pemerintah Pasukan. CARA-CARA PENYIMPANAN 010306. Penyimpanan Mengikut Jenis Peluru. Sebaik-baiknya pasukan hendaklah menyimpan satu jenis peluru sahaja dalam sebuah BSP/TSP atau ruang berpetak (compartment). 010307. Penyimpanan Mengikut Hazard Division (HD). Peraturan penyimpanan mengikut HD hendaklah dipatuhi berdasarkan kepada sistem piawaian NATO. 010308. Penyimpanan Mengikut Compatibility Group (CG). Sekiranya penyimpanan mengikut perenggan 040306 tidak dapat dilaksanakan maka penyimpanan secara percampuran HD dan CG boleh dilakukan dengan mematuhi Arahan Teknikal Perkhidmatan masing-masing. 010309. Penyimpanan Lain-Lain Jenis Peluru. Peluru-peluru dari jenis yang dinyatakan di bawah boleh juga disimpan dengan mematuhi arahan teknikal perkhidmatan: a. Peluru jenis Drill, Instructional dan Inert. b. Bahan Letupan Komersil (Commercial Explosive). c. Peluru Kondisi D atau Restricted-In-Use (RIU). d. Peluru yang telah didarjahkan sebagai Kad Merah atau Senarai Hitam. e. Peluru Contoh (Sample Ammunition). PENYELENGGARAAN DAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 010310. Penjagaan dan keselamatan peluru semasa dalam penyimpanan adalah mengikut Arahan Teknikal Perkhidmatan atau sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar.
TERHAD 1-3-3 TERHAD PENYIMPANAN BAHAN LETUPAN DI UNIT-UNIT TUDM DI DALAM KONDISI YANG DILONGGARKAN (RELAX CONDITION) 010311. Penyimpanan bahan letupan di unit-unit dalam keadaan yang dilonggarkan, adalah tertakluk kepada arahan semasa perkhidmatan seperti TUDM tertakluk kepada arahan Relax Condition AP 110A-0102-1C. KELULUSAN KUASA DISPENSASI (DISPENSATION AUTHORITY) 010312. Kuasa untuk menyimpan bahan letupan melebihi had adalah tertakluk kepada arahan semasa Perkhidmatan. a. TDM. Tertakluk kepada arahan semasa Mk TD – OPLAT. b. TLDM. Tertakluk kepada arahan semasa Markas Tentera Laut – Sel PETP. c. TUDM. Tertakluk kepada arahan semasa Markas Tentera Udara – Kejuruteraan. 010313. Tempoh Dispensation Authority (DA). Tempoh masa DA tidak melebihi satu tahun. Saluran permohonan DA adalah mengikut arahan yang dikeluarkan oleh perkhidmatan masing-masing, walau bagaimanapun setiap permohonan DA perlu disokong oleh Penguasa Eksekutif Teknik Peluru.
TERHAD 1-3-4 TERHAD BAB 1 DASAR PELURU DAN BAHAN LETUPAN ATM SEKSYEN 4 - PENJAGAAN PELURU PASUKAN DALAM PENYIMPANAN TETAP DAN DALAM KEADAAN MENDESAK AM 010401. Seksyen ini meliputi tatacara penjagaan peluru pasukan dari segi pengurusan, pengendalian dan penyelenggaraan di dalam keadaan-keadaan berikut: a. Penjagaan peluru dalam penyimpanan tetap. b. Penjagaan peluru dalam keadaan mendesak. PENJAGAAN PELURU DALAM PENYIMPANAN TETAP 010402. Penjagaan peluru dalam penyimpanan tetap, dibahagikan kepada dua aspek berikut: a. Pengurusan. Di dalam aspek ini perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi: (1) Kawasan Penerimaan dan Pengeluaran. Tempat ini tidak boleh digunakan untuk menyimpan peluru. (2) Had Pengendalian. Hanya satu jenis peluru atau mengikut batch/lot dibenarkan untuk dikendalikan bagi satu-satu masa untuk mengelakkan percampuran semasa kerja-kerja penerimaan, pengeluaran, pembukaan dan pemetian serta pemeriksaan dijalankan di Kawasan Penerimaan dan Pengeluaran. Jika lebih dari satu jenis peluru perlu dikendalikan, hanya satu peti dari satu jenis peluru sahaja yang dibenarkan untuk dibuka pada satu-satu masa. (3) Had Anggota. Bilangan anggota yang minimum sahaja dibenarkan berada di dalam BSP/TSP atau di sekitarnya untuk menjalankan tugas pada satu-satu masa. (4) Had Kandungan Letupan. Kuantiti peluru yang disimpan tidak boleh melebihi had yang dibenarkan di dalam lesen. NEQ dalam kilogram (kg) yang dibenarkan untuk disimpan hendaklah dipamirkan di setiap BSP/TSP.
TERHAD 1-4-2 TERHAD (5) Pengawasan. BSP/TSP pasukan hendaklah dipertanggungjawabkan kepada seorang Pegawai/PW/PTT Kanan atau setaraf. Beliau perlu menjalankan pemeriksaan ke atas stor tersebut sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan dan direkodkan di dalam Buku Pemeriksaan. (6) Pemeriksaan Anggota. Pengurusan pasukan mesti memastikan atau mengetahui jumlah anggota dalam kawalannya sebilang masa untuk memudahkan pemeriksaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Keluar dan masuk semua anggota tentera dan awam yang memasuki kawasan BSP/TSP hendaklah direkodkan. b. Penyelenggaraan. Di dalam aspek ini perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi: (1) Kebersihan. BSP/TSP hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersih. Kayu pengalas dan pallet yang tidak digunakan dilarang disimpan di dalam BSP/TSP. Semua peralatan yang digunakan untuk penyelenggaraan dilarang disimpan di dalam BSP/TSP. Barang-barang seperti cat, kain perca, white spirit dan lain-lain bahan mudah terbakar hendaklah disimpan sekurangkurangnya 10 meter dari BSP/TSP. (2) Pintu. Semua jalan masuk ke dalam BSP/TSP hendaklah terhindar dari sebarang halangan. Semua pintu hendaklah sentiasa terbuka sekiranya ada anggota di dalam BSP/TSP. (3) Pembaikan BSP/TSP. Sekiranya berlaku kerosakan pada BSP/TSP, kerja-kerja pembaikan hendaklah dilaksanakan dengan segera. Sebelum sebarang pengubahsuaian BSP/TSP dijalankan, PTP hendaklah dihubungi bagi mendapatkan nasihat pakar. (4) Pengudaraan. Jika BSP/TSP tidak mempunyai sistem edaran udara, pintu hendaklah dibuka setiap hari bagi mendapatkan pengedaran udara yang cukup melainkan jika cuaca buruk. (5) Perlindungan Dari Kelembapan. BSP/TSP mestilah sentiasa dalam keadaan kering. Jika terdapat sebarang tanda-tanda kelembapan pada lantai atau dinding BSP, perkara ini hendaklah dilaporkan untuk tindakan pembaikan. (6) Perlindungan Dari Haba. Peluru hendaklah ditempatkan di kawasan yang dingin seberapa yang boleh dan terlindung dari sinaran matahari. (7) Barangan Larangan. Barang larangan tidak dibenarkan dibawa ke dalam BSP/TSP atau ke kawasan BSP/TSP yang berpagar. Barang-barang larangan adalah seperti di Kembaran A.
TERHAD 1-4-3 TERHAD (8) Merokok. Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam BSP/TSP dan 20 meter dari kawasan pagar BSP/TSP. (9) Petir/Kilat. Anggota-anggota adalah dilarang berada di dalam BSP/TSP semasa berlaku petir/kilat jika BSP/TSP tersebut tidak dipasang dengan alat pengalir kilat. Jika BSP/TSP pasukan ada dipasang dengan alat pengalir kilat, anggota-anggota tidak perlu meninggalkan BSP/TSP. Walau bagaimanapun semua peti-peti peluru hendaklah ditutup semula dan sebarang kenderaan hendaklah segera beredar dari kawasan BSP/TSP. (10) Compatibility Group H (CG H). Keperluan-keperluan berikut hendaklah disediakan di dalam BSP/TSP yang mengandungi peluru-peluru dari CG H: (a) Bekas besar mengandungi air, cukup untuk merendamkan peluru atau petinya sekali ke dalamnya. (b) Bekas air yang bersih untuk kegunaan rawatan kecemasan. (c) Alat-alat yang sesuai untuk memotong dawai-dawai dan membuka peti-peti peluru. (d) Semua peti peluru hendaklah disusun setinggi tidak melebihi 1.5 meter sahaja. Ini adalah untuk memudahkan peti peluru ditarik keluar semasa berlaku kebocoran white phosphorus untuk direndamkan ke dalam bekas air yang disediakan. (e) Perintah Tetap Rawatan jika terkena white phosphorus. PENGENDALIAN PELURU DALAM PENYIMPANAN TETAP 010403. Perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi: a. Perhatian Semasa Pengendalian. (1) Peluru yang tidak berpeti hendaklah diangkat dan diletakkan dengan cermat dan tidak boleh dicampakkan. (2) Peti-peti peluru yang disusun bertindih-tindih antara satu dengan yang lain hendaklah diletakkan sama rata mengikut susunan bahagian bawah peti dan tidak diterbalikkan. (3) Pelantar pelunsur (conveyor gravity roller (CGR)) yang digunakan hendaklah di dalam keadaan baik serta selamat digunakan.
TERHAD 1-4-4 TERHAD (4) Semasa mengendalikan peluru yang tidak berpeti, tentukan pelindung grummet masih dipasang, driving band dan base plate tidak rosak serta ballastic cap yang dipasang tidak longgar, retak atau kemek. (5) Peluru yang dipasang dengan based fuze hendaklah dielakkan dari terhentak di bahagian tersebut. b. Kebersihan. Semua peluru berpeti dan yang tidak berpeti hendaklah benarbenar kering dan bersih sebelum diterima masuk ke dalam BSP/TSP. Cap dan tandatanda pengenalan peluru hendaklah dijaga dengan baik semasa membersihkan peluru tersebut. c. Penyelenggaraan. Penyelenggaraan peluru hanya dibuat apabila mendapat arahan dari PTP. Untuk TUDM, selain daripada arahan PTP, senggaraan hendaklah dibuat sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak pengeluar. d. Membuka Peti. Tidak dibenarkan mengganggu/membuka segala jenis meteri atau label peti peluru. Ianya hanya boleh dibuka apabila peluru itu akan digunakan. Hanya satu peti dari setiap jenis peluru yang dibenarkan dibuka pada setiap masa. Pembukaannya mestilah dilakukan di tempat yang dikhaskan di luar BSP/TSP. e. Penutup Saluran Udara. Jika peti peluru dilengkapkan dengan penutup saluran udara (air vent cover), ianya hanya boleh dibuka apabila peluru itu akan digunakan. Jika penutup saluran udara itu didapati longgar semasa di dalam simpanannya, ianya hendaklah diketatkan semula. f. Peti Kedap Udara (Hermetically Sealed Box). Bagi peti-peti peluru jenis kedap udara yang telah terbuka meterinya, kandungannya hendaklah digunakan seberapa segera yang boleh. g. Pecahan Peti (Fraction Box). Peti-peti yang telah dibuka semasa membuat pengeluaran sebahagian daripadanya, hendaklah dibuat pemetian semula dan diubah jumlah bacaan kuantiti yang terdapat pada peti tersebut sebelum dikembalikan ke BSP/TSP. Peluru yang dipetikan semula untuk pengeluaran hendaklah dimasukkan ke dalam peti yang dibenarkan dan ditanda dengan tanda-tanda pengenalan yang betul. Peraturan-peraturan ini tidak perlu jika peluru dikeluarkan terus untuk digunakan. h. Keutamaan Pengeluaran. Peluru yang lebih awal buatannya berdasarkan kepada batch/lot akan dikeluarkan dahulu untuk digunakan kecuali peluru di perenggan 040403.j. i. Cara Pengeluaran. Apabila satu-satu batch/lot itu telah mula dibuat pengeluaran, pengeluaran berikutnya hendaklah dibuat dari batch/lot yang sama sehingga batch/lot berkenaan habis, kecuali larangan pengeluaran dikenakan oleh PTP.
TERHAD 1-4-5 TERHAD j. Peluru Yang Tidak Digunakan. Peluru yang telah dikeluarkan tetapi dikembalikan hendaklah dipetikan semula ke dalam peti asalnya atau lain-lain peti yang sesuai dan ditanda dengan tanda-tanda pengenalan yang cukup sebelum ianya disimpan semula ke dalam BSP/TSP. Peluru ini hendaklah diberi keutamaan pengeluaran. k. Pemasangan Komponen. Komponen-komponen peluru yang tidak jadi digunakan hendaklah terlebih dahulu dikeluarkan/diasingkan dari peluru dan dimuatkan semula ke dalam peti asalnya sebelum disimpan ke dalam BSP/TSP. Bahan-bahan letupan seperti Charges Demolition Beehive atau seumpamanya, hendaklah terlebih dahulu dikeluarkan peletupnya (detonator) sebelum dikembalikan ke dalam BSP/TSP. l. Peluru Rosak. Semua peluru yang didapati atau disyaki rosak hendaklah disimpan di tempat yang berasingan dan hendaklah dilaporkan segera kepada PTP. m. Peluru Untuk Kegunaan Operasi. Peluru untuk kegunaan operasi hendaklah disusun berasingan dari peluru kegunaan latihan. n. Penyusunan Peti-Peti Peluru. Susunan peti peluru hendaklah sentiasa tegak, jika perlu gunakan kayu pengalas (dunnage) di antara lapisan peti dengan tujuan untuk lebih menguatkan di samping memberi pengedaran udara yang cukup. Jarak di antara susunan peti-peti peluru dan dinding hendaklah sekurang-kurangnya 150 mm dan juga dengan jarak yang secukupnya di antara bahagian atas susunan dengan siling BSP/TSP untuk memudahkan pengambilan peti-peti peluru yang diperlukan. o. Kayu Pengalas (Dunnage). Peluru sama ada berpeti atau tidak hendaklah dialas dengan pengalas seperti kayu atau seumpamanya. Lantai-lantai hendaklah dibersihkan dahulu sebelum pengalas-pengalas ini diletakkan. p. Cara Susunan. Peti-peti yang berbentuk empat segi hendaklah disusun mengikut tapak. Peti-peti silinder disusun memanjang dengan tinggi tidak melebihi 3.5 meter, melainkan peluru dari jenis CG H setinggi 1.5 meter. PENJAGAAN PELURU DALAM KEADAAN MENDESAK 010404. Penjagaan peluru dalam keadaan mendesak dibahagikan kepada beberapa aspek seperti berikut: a. Perlindungan. Perlindungan dari semua keadaan cuaca adalah mustahak dalam penyimpanan peluru, sebaik-baiknya BSP/TSP yang sesuai hendaklah disediakan. Perlindungan yang dibuat dari bahan besi galvani (iron galvanised) boleh digunakan sebagai gantian.
TERHAD 1-4-6 TERHAD b. Lindungan Besi Galvani (Iron Galvanised Shelter). Apabila bahan besi galvani ini digunakan untuk membuat lindungan, peluru hendaklah disusun dengan memberi pengedaran udara yang cukup disekelilingnya. Tentukan tepi-tepi lindungan ini terjulur keluar melebihi dari permukaan kotak peluru sekurang-kurangnya 0.5 meter. Keperluan bagi mengadakan dinding kepada lindungan ini adalah tertakluk kepada keadaan setempat. c. Lindungan Kain Kajang. Jika peluru disimpan di tempat yang lapang, kain kajang hendaklah ditinggikan dari paras susunan peluru diantara 150 mm hingga 250 mm dengan menggunakan rangka kayu ringan supaya dapat memberikan pengedaran udara secukupnya di sekitar dan sekeliling peluru tersebut. d. Pengalas. Pengalas dari kayu atau batu-bata hendaklah digunakan untuk meninggikan susunan peluru dari paras permukaan tanah setelah diratakan jika perlu. e. Pemeriksaan. Peluru hendaklah sentiasa dibuat pemeriksaan oleh seorang pegawai bagi menentukan peluru disimpan mengikut peraturan-peraturan seperti berikut: (1) Perlindungan sepenuhnya dari semua keadaan cuaca dapat dilaksanakan. (2) Terhindar dari risiko banjir dan serangan anai-anai terutama jika peluru itu disimpan di bawah paras permukaan tanah.
TERHAD 1-4A-1 TERHAD KEMBARAN A KEPADA SEKSYEN 4 KEPADA BAB 1 PATM JILID III BARANG-BARANG LARANGAN DALAM BANGUNAN SIMPANAN PELURU/TEMPAT SIMPANAN PELURU DAN KAWASAN LETUPAN 1. Lampu minyak, lilin, dapur masak, mancis api, pemetik api atau barang-barang serupa yang boleh mengeluarkan api. 2. Tembakau dan rokok dalam apa jua rupa bentuk. 3. Bahan cecair yang mudah terbakar dan pelarut, selain dari yang diluluskan oleh PTP perkhidmatan masing-masing untuk kerja-kerja pembaikan peluru atau bekas peluru. 4. Makanan dan minuman kecuali di kawasan yang dibenarkan. 5. Telefon bimbit, radio, bateri dan sebarang peralatan yang mengeluarkan gelombang elektromagnetic. 6. Senjata api kecuali untuk tujuan kawalan dan uji bukti. 7. Dadah atau ubat selain dari yang dibenarkan bagi peralatan rawatan kecemasan. 8. Jenis-jenis peluru yang dilarang disimpan di BSP/TSP. 9. Kamera. 10. Pakaian dan peralatan yang sensitif kepada aliran elektrik statik bagi BSP/TSP Peluru Berpandu, Ranjau Laut dan sebagainya.
TERHAD 1-5-1 TERHAD BAB 1 DASAR PELURU DAN BAHAN LETUPAN ATM SEKSYEN 5 - MENCEGAH DAN MELAWAN KEBAKARAN DI BANGUNAN SIMPANAN PELURU DAN KAWASAN SIMPANAN TERBUKA AM 010501. Perintah ini menetapkan langkah-langkah mencegah kebakaran dan tindakan yang perlu diambil bagi melawan kebakaran dalam Bangunan Simpanan Peluru (BSP) atau Tempat Simpanan Peluru (TSP) dan kawasan simpanan terbuka. MENCEGAH DAN MELAWAN KEBAKARAN 010502. Tanggungjawab. Sekiranya kebakaran berlaku, siren hendaklah dibunyikan serta merta dan memanggil pihak BOMBA yang berhampiran dan mengambil tindakan melawan kebakaran tersebut sehingga bantuan tiba. 010503. Langkah-Langkah Mencegah Kebakaran. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah kebakaran adalah seperti berikut: a. Api Yang Terdedah. Segala punca api yang terdedah seperti lampu minyak atau seumpamanya, dan alat-alat merokok adalah dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam BSP/TSP atau di kawasan simpanan terbuka. Punca api yang terdedah adalah dilarang sama sekali berada di dalam lingkungan 20 meter daripada BSP/TSP atau kawasan simpanan terbuka. b. Alat-Alat Pertukangan. Semua alat-alat pertukangan yang boleh mengeluarkan api, seperti alat kimpalan tidak boleh dibawa masuk ke dalam BSP/TSP. Sekiranya perlu berbuat demikian pasukan hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada PTP. c. Rumput. Rumput hendaklah dipotong pendek ke paras bumi dalam jarak 20 meter keliling kawasan BSP/TSP atau kawasan simpanan terbuka. d. Pokok dan Tumbuhan. Pokok dan tumbuhan yang banyak menggugurkan daun kering tidak dibenarkan ditanam pada jarak kurang dari 30 meter di sekeliling kawasan BSP/TSP atau di kawasan simpanan terbuka. e. Kebersihan BSP/TSP dan Kawasan Simpanan Terbuka. Alat-alat kerja mencuci BSP/TSP dan alat-alat kerja membersih kawasan simpanan terbuka dibenarkan berada di tempat tersebut pada waktu kerja sahaja.
TERHAD 1-5-2 TERHAD f. Mempamerkan Simbol. Setiap BSP/TSP atau kawasan simpanan terbuka yang mengandungi NEQ 2.0 kg atau lebih hendaklah mempamerkan Simbol Melawan Kebakaran (SMK) yang sesuai. Apabila terdapat sebuah BSP/TSP atau kawasan simpanan terbuka yang mempunyai lebih dari satu SMK, SMK yang menunjukkan risiko kebakaran yang lebih tinggi hendaklah dipamerkan. Pasukan boleh mendapatkan nasihat daripada PTP sekiranya memerlukan penerangan lanjut. g. Lokasi Papan Tanda SMK. SMK hendaklah dipamerkan di semua jalan masuk menuju ke BSP/TSP atau kawasan simpanan terbuka. SMK mestilah mudah dilihat dan boleh dibaca. Sekiranya BSP/TSP mempunyai beberapa bilik di dalamnya, simbol-simbol hendaklah dipamerkan di tempat berikut: (1) Jalan masuk BSP/TSP. (2) Pintu masuk ke bilik-bilik berkenaan. h. Peralatan Mencegah Kebakaran. Pasukan hendaklah menentukan segala peralatan mencegah kebakaran berada dalam keadaan cukup dan dalam keadaan boleh digunakan mengikut nasihat pihak BOMBA. i. Perintah Tetap. Setiap pasukan yang mempunyai BSP/TSP atau kawasan simpanan terbuka mestilah mempunyai perintah tetap kebakaran yang menekankan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah dan melawan kebakaran. PENEMPATAN SIMBOL MELAWAN KEBAKARAN (SMK) 010504. Penempatan Simbol SMK. Bagi menentukan simbol ini mudah dilihat dan dibaca ianya harus ditempatkan: a. SMK hendaklah dipamerkan dengan terang dan jelas, di arahkan pada tiap-tiap tuju dan jalan masuk ke BSP/TSP atau stor yang digunakan untuk pengstoran peluru. b. Lokasi papan simbol hendaklah ditegakkan di tempat yang selamat dan tidak boleh dirosakkan oleh kenderaan yang lalu lintas. c. Papan simbol mestilah boleh dilihat dengan jelas apabila disuluh oleh lampu kenderaan yang sedang mara ke hadapan sama ada pada waktu malam atau siang. d. Ukuran papan simbol ialah 300 mm x 300 mm persegi. Warna latar belakang simbol adalah hitam. Simbol diwarnakan dengan warna jingga (amber). Angka simbol berukuran 125 mm tinggi berwarna hitam dan hendaklah jelas.
TERHAD 1-5-3 TERHAD 1 2 SIMBOL MELAWAN KEBAKARAN DAN TINDAKAN MELAWAN KEBAKARAN 040505. Simbol Melawan Kebakaran (SMK). SMK terbahagi kepada empat dan ianya bertujuan supaya tindakan melawan kebakaran dapat dilakukan dengan cara yang betul ke atas BSP/TSP atau stor peluru yang menyimpan jenis-jenis peluru mengikut sifatnya, berpandu kepada SMK yang dipamerkan: a. SMK No 1 (1) Peluru di dalam kumpulan ini meletup apabila dijilat api mempunyai bahaya gegaran dan serpihan yang akan berterbangan. (2) Tindakan melawan kebakaran adalah seperti berikut: (a) Melawan api ketika kebakaran mula berlaku dengan alat pemadam api yang sedia ada. (b) Melawan api daripada jarak yang bersesuaian, di sebalik bangunan yang berhampiran ataupun benteng yang sedia ada. (c) Sekiranya gagal, tinggalkan bangunan yang terbakar dan tumpukan usaha supaya api tidak merebak ke bangunan-bangunan yang berdekatan dengan cara membasahkan bangunan bersama muatannya sekali. (d) Anggota-anggota yang tidak terlibat dengan tugas tertentu hendaklah dipindahkan ke tempat yang selamat. b. SMK No 2
TERHAD 1-5-4 TERHAD 3 (1) Peluru dalam kumpulan ini mungkin meletup dengan mengambil masa yang lama sedikit sebelum meletup. Risiko letupan kuat tidak terjadi tetapi letupan kecil sering berlaku apabila api semakin membesar. Bahaya yang paling ketara dalam kumpulan ini adalah daripada serpihan yang berterbangan. (2) Tindakan melawan kebakaran adalah seperti berikut: (a) Apabila kebakaran kepada BSP dikesan pada peringkat awal, tindakan melawan kebakaran dengan pantas perlu diambil lagi untuk mengelakkan api daripada merebak dengan lebih mengganas. (b) Usaha melawan kebakaran perlu dilakukan bagi memastikan bahawa peluru tidak dijilat api. Jika tindakan ini gagal, tindakan melawan seterusnya adalah daripada jarak yang bersesuaian, di sebalik bangunan yang berhampiran ataupun benteng yang sedia ada. (c) Gunakan air yang banyak untuk membasahkan peluru yang belum terbakar dan elakkan pancutan air yang kuat. c. SMK No 3 (1) Peluru dalam kumpulan ini tidak akan meletup sepenuhnya dan mempunyai risiko kebakaran dengan atau tanpa kesan letupan. Risiko tersebut adalah daripada peluru lain yang sedang membakar dengan ganas termasuk haba yang tinggi sehingga ke peluru yang akan terbakar dengan kesan letupan yang minimum. Peti-peti peluru yang sedang membakar juga mungkin akan berselerak. (2) Tindakan melawan kebakaran adalah seperti berikut: (a) Apabila kebakaran dikesan berlaku ke atas BSP/TSP pada peringkat awal, tindakan untuk melawan kebakaran dengan pantas perlu diambil bagi mengelakkan api daripada merebak dengan lebih dahsyat.
TERHAD 1-5-5 TERHAD 4 (b) Tindakan melawan kebakaran perlu dilakukan bagi memastikan bahawa peluru tidak dijilat api. Jika gagal, tindakan melawan api seterusnya adalah daripada jarak yang bersesuaian, di sebalik bangunan ataupun benteng yang sedia ada. (c) Apabila suhu menjadi terlampau tinggi, anggota yang melawan kebakaran dikehendaki menjaga keselamatan diri serta peralatan. (d) Air hendaklah digunakan dengan banyak untuk melawan kebakaran dengan lebih berkesan. d. SMK No 4 (1) Peluru dalam kumpulan ini mempunyai bahaya kebakaran yang sederhana dan tidak akan menyumbang kepada kebakaran secara besarbesaran. Tidak mempunyai bahaya serpihan dan letupan. (2) Tindakan melawan kebakaran adalah seperti berikut: (a) Apabila kebakaran kepada BSP/TSP dikesan pada peringkat awal, tindakan untuk melawan kebakaran dengan pantas perlu dilakukan bagi mengelakkan api daripada merebak dengan lebih mengganas. (b) Tindakan melawan api perlu dilakukan bagi memastikan bahawa peluru tidak dijilat api. Jika tindakan ini gagal, maka tindakan melawan api seterusnya adalah daripada jarak yang bersesuaian, di sebalik bangunan atau perlindungan yang sedia ada. (c) Air hendaklah digunakan dengan banyak daripada jarak yang selamat. 010506. Tindakan Semasa Berlaku Kebakaran. Jika berlaku kebakaran, pasukan hendaklah bertindak melawan kebakaran mengikut keupayaan dan kemampuan pasukan. Semua anggota yang membuat tugas pengawal api mestilah mengetahui tindakan yang perlu diambil mengikut jenis SMK. Berikut adalah tindakan yang sesuai diambil terhadap semua jenis kebakaran:
TERHAD 1-5-6 TERHAD 1.1 1.2 a. Sistem amaran kebakaran hendaklah dibunyikan serta-merta dan tindakan melawan api hendaklah dilakukan serta-merta. b. Semua anggota yang tidak berkenaan diarahkan berkumpul di satu tempat yang selamat. c. Sekiranya kebakaran tidak melibatkan peluru, langkah-langkah hendaklah diambil untuk menghalang kebakaran daripada merebak ke bangunan yang mengandungi peluru dan bahan letupan. d. Jika berlaku kebakaran di kawasan simpanan terbuka, kain kajang yang menutup susunan peluru, jika tidak kalis api, mestilah dipindahkan dari susunan peluru tersebut. e. Terdapat juga jenis kebakaran yang mesti dilawan dari belakang benteng (traverse). f. Sekiranya kebakaran tidak melibatkan peluru, langkah-langkah hendaklah diambil untuk menghalang kebakaran daripada merebak ke bangunan yang mengandungi peluru dan bahan letupan. KEDUDUKAN SMK SEMASA PERGERAKAN 010507. Semasa pergerakan peluru melalui jalan raya dan juga kereta api kedudukan SMK yang berkaitan hendaklah dipamerkan seperti berikut: a. SMK No 1 b. SMK No 2
TERHAD 1-5-7 TERHAD 1.3 1.4 c. SMK No 3 d. SMK No 4
TERHAD 1-6-1 TERHAD BAB 1 DASAR PELURU DAN BAHAN LETUPAN ATM SEKSYEN 6 - PROSEDUR PERMOHONAN, PENGELUARAN DAN PENGAMBILAN PELURU AM 010601. Seksyen ini menetapkan prosedur permohonan, pengeluaran dan pengambilan peluru pasukan-pasukan ATM. PERMOHONAN BIASA 010602. Semua permohonan untuk memenuhi sukatan hendaklah disalurkan melalui pihak berkuasa perkhidmatan. PENGELUARAN DAN PENGAMBILAN 010603. Kelulusan Pengeluaran. Kuasa untuk meluluskan pengeluaran adalah dikeluarkan oleh pihak berkuasa perkhidmatan masing-masing. 010604. Pengambilan. Pasukan dikehendaki berhubung dengan depot pengeluar untuk pengambilan. Depot akan memberitahu pasukan melalui surat/kawat akan tarikh pengambilan yang ditetapkan. Pasukan hendaklah mematuhi tarikh pengambilan ini dan menguruskan segala keperluan seperti kenderaan, pengiring, anggota pekerja dan peralatan yang diperlukan. 010605. Wakil Pasukan. Anggota yang diarah untuk membuat pengambilan hendaklah diketuai oleh sekurang-kurangnya anggota yang berpangkat Sarjan ke atas atau setaraf. Nombor tentera dan nama wakil ini hendaklah diberitahu kepada depot pengeluar terlebih dahulu. Selain daripada wakil yang ditetapkan, pengeluaran tidak akan dilakukan kepada anggota lain melainkan mendapat pindaan rasmi dari pasukan. PERMOHONAN KHAS 010606. Permohonan ini boleh dibuat oleh pasukan di dalam keadaan di mana operasi khas yang tidak dirancang dan memerlukan peluru dengan kadar segera. PROSEDUR PERMOHONAN DAN PENGELUARAN PELURU 010607. Prosedur pengeluaran peluru yang lengkap hendaklah dirujuk melalui Arahan Teknikal Perkhidmatan masing-masing: a. TDM. Carta Alir Proses permohonan dan pengeluaran peluru adalah seperti di Kembaran A.