The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cawan Hebat, 2023-03-23 01:19:12

PATM BAHAGIAN I (RANTAI BEKAL)

PATM BAHAGIAN I (RANTAI BEKAL)

TERHAD 1-6-2 TERHAD b. TLDM. Prosedur lengkap pengeluaran untuk TLDM adalah seperti di dalam Perintah Am TLDM Seksyen Bekalan dan Kewangan Bab 9 Seksyen 9. c. TUDM. Prosedur permohonan dan pengeluaran peluru untuk TUDM adalah berpandukan kepada PU 4309-000, Leaflet 5/2 (untuk permohonan dalam) dan Leaflet 6/1 (untuk permohonan luar).


TERHAD 1-6A-1 TERHAD PASUKAN PENGGUNA/PUSAT LATIHAN KEMBARAN A KEPADA SEKSYEN 6 KEPADA BAB 1 PATM JIL III CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN DAN PENGELUARAN PELURU Memajukan Permohonan BAT L 8 (G1098/Latihan). Memajukan Permohonan BAT L 8 (G1098/Latihan). Gagal Gagal Lulus Memproses/meluluskan BAT L 8 mengikut skala peruntukan. Memproses/Meluluskan BAT L 8 mengikut skala peruntukan. Lulus Kelulusan akhir BAT L 8 dan pengesahan. Menerima BAT L 8 dari OPLAT dan MK Latihan TD. Memproses BAT L 8/BAT L 145 untuk dimajukan ke pasukan. Menerima BAT L 8/BAT L 145 dari Tek 4 dan berhubung dengan pasukan Ordnans untuk tarikh pengambilan. Menerima BAT L 8/BAT L 145 dari Tek 4 dan menguruskan pengeluaran dan menetapkan tarikh pengambilan oleh pasukan pengguna. Menguruskan pengambilan peluru di Depot Peluru. MK LATIHAN TD Gerak/Latih Pasukan Pengguna Depot Peluru Pasukan Pengguna TEK 4 OPLAT DIV Gerak/Latih BGD Gerak/Latih


TERHAD 1-7-1 TERHAD BAB 1 DASAR PELURU DAN BAHAN LETUPAN ATM SEKSYEN 7 - PELURU SEDIAGUNA AM 010701. Seksyen ini menerangkan perkara-perkara berhubung dengan penggunaan peluru yang telah dibuka dan telah siap disediakan termasuk bahan letupan yang telah dipasang lengkap dengan fuze untuk penggunaan di kawasan operasi seperti peluru-peluru yang digunakan oleh Kenderaan Jenis A dan peluru khas. PENYIMPANAN 010702. Keperluan. Peluru sediaguna hendaklah disimpan di tempat yang kering, dingin dan hendaklah terlindung dari sinaran matahari serta cuaca buruk. Peluru hendaklah juga sentiasa bersih. 010703. Larangan. Barang-barang mudah terbakar dan yang boleh menyala dengan serta merta dan alatan yang mempunyai kesan arus elektrik yang boleh mengaktifkan fuze tidak boleh diletakkan berhampiran dengan peluru. PENYENGGARAAN DAN PENGENDALIAN 010704. Pemeriksaan Harian. Peluru hendaklah diperiksa oleh seorang pegawai pada setiap hari. 010705. Membersih Peluru. Pasukan hanya dibenarkan membuat kerja-kerja seperti membersih, mengering dan membuang segala kekotoran sahaja. 010706. Peluru Yang Terdedah. Kuantiti peluru yang minima sahaja dibenarkan keluar untuk kegunaan pada sebilang masa. Peti-peti peluru yang telah dikosongkan hendaklah disimpan di tempat yang kering untuk digunakan semula. Peluru yang tidak digunakan hendaklah dimasukkan semula ke dalam bekas yang asal supaya pengenalan batch/lot dapat dikekalkan. 010707. Komponen Bom Mortar. Primary dan Augmenting Cartridge adalah komponen yang mudah rosak. Untuk mengelakkan kerosakan, komponen-komponen tersebut hendaklah dilindungi oleh penutup atau lain-lain jenis pelindung.


TERHAD 1-7-2 TERHAD 010708. Kesan Kelembapan dan Pembungkusan Peluru Piroteknik. Jika dibandingkan dengan peluru-peluru lain, peluru piroteknik mempunyai kerumitan tersendiri. Antaranya diperbuat daripada lapisan kertas yang menyebabkan ianya tidak boleh dimasukkan ke dalam senjata. Peluru piroteknik hendaklah dibungkus dengan cara menggunakan bungkusan dalam yang memberi perlindungan maksimum daripada kelembapan. Oleh itu peluru tersebut hanya dikeluarkan dari bungkusannya apabila ia hendak digunakan sahaja. PENYENGGARAAN DAN PENGENDALIAN PELURU KHAS UNTUK PERKHIDMATAN 010709. Penyenggaraan dan pengendalian peluru khas untuk perkhidmatan sebagai contoh peluru berpandu hendaklah berpandukan kepada tatacara yang telah ditetapkan oleh perkhidmatan.


TERHAD 1-8-1 TERHAD BAB 1 DASAR PELURU DAN BAHAN LETUPAN ATM SEKSYEN 8 - PROSEDUR PEMULANGAN PELURU AM 010801. Arahan ini menetapkan prosedur pemulangan peluru yang didapati cacat, rosak, melebihi peruntukan pasukan, tidak digunakan lagi, untuk pelupusan atau atas arahan dari pihak atasan dan yang gagal ujibukti. Ianya meliputi peluru, inert, drill dan instructional, peti/bekas peluru dan kartus kosong peluru. ARAHAN PEMULANGAN 010802. Penguasa Eksekutif Teknik Peluru (PETP) setiap perkhidmatan adalah merupakan badan yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan pemulangan peluru. PROSEDUR PEMULANGAN TERPERINCI 010803. Prosedur arahan pemulangan peluru yang terperinci hendaklah dirujuk kepada Arahan Teknikal Perkhidmatan masing-masing. a. TDM. Prosedur pemulangan adalah seperti berikut: (1) Pasukan membuat permohonan kepada Inspektorat Peluru yang berkenaan untuk pemulangan peluru. (2) Inspektorat Peluru membuat pemeriksaan ke atas peluru berkaitan. (3) Inspektorat Peluru akan mengeluarkan Laporan Pemeriksaan Peluru dan Arahan Pemulangan kepada pasukan. (4) Pemulangan peluru hendaklah dilaksanakan seperti berikut: (a) Hubungi depot peluru berdekatan bagi mendapatkan tarikh pemulangan. (b) Sediakan BAT L 5 sebanyak empat salinan dan BAT L 111 sebanyak satu salinan. (c) Pemulangan hendaklah dibuat pada tarikh yang telah ditetapkan.


TERHAD 1-8-2 TERHAD (d) Anggota pasukan yang ditugaskan untuk membuat pemulangan peluru hendaklah diketuai oleh sekurang-kurangnya anggota berpangkat Sjn ke atas setaraf. Nombor tentera, pangkat dan nama wakil pasukan yang membuat pemulangan hendaklah diberitahu kepada depot yang menerima terlebih dahulu. (e) Peluru yang telah diperiksa oleh Inspektorat Peluru tidak boleh dibuka peti dan meterinya. Depot peluru tidak akan menerima peti yang telah terbuka dan tanpa meterinya. b. TUDM. Prosedur pemulangan adalah seperti berikut: (1) Peluru yang berlebihan, sama ada dalam keadaan baik ataupun rosak, atau yang telah disenarai hitam (blacklist) hendaklah dipulangkan ke Cawangan Material/Terminal Peluru Pangkalan. Sebelum memulangkan peluru tersebut, Pemegang Inventori hendaklah menyediakan borang TUB 20- 0287 dengan melaksanakan tindakan seperti berikut: (a) Satu borang boleh digunakan bagi setiap peluru yang mempunyai nombor rujukan yang sama dan dari vendor yang sama. Nombor Lot peluru dan status keadaan peluru hendaklah dinyatakan di dalam borang tersebut. (b) Kebenaran pemulangan peluru hendaklah dinyatakan pada setiap salinan borang tersebut. (c) Menghantar kawat ke Markas Logistik Udara (Sis Gp D) dan salinan kepada Cawang Material Pangkalan untuk memaklumkan mengenai kesediaan untuk pemulangan peluru. (2) Pemeriksaan Pra-Penghantaran hendaklah dilakukan oleh Juruteknik Senjata untuk memastikan keadaan peluru dan seterusnya mengeluarkan sijil keselamatan yang mengesahkan bahawa peluru tersebut selamat untuk dibuat urusan penghantaran pemulangan. (3) Tindakan seterusnya ke atas borang TUB 20-0287 adalah berpandukan kepada Arahan Teknikal Perkhidmatan. Salinan borang TUB 20-0287 yang berwarna biru dan merah hendaklah dihantar bersama dengan peluru tersebut. (4) Bagi peluru yang berlainan nombor rujukan atau vendor, ianya hendaklah menggunakan borang yang berasingan bagi setiap peluru.


TERHAD 1-8-3 TERHAD c. TLDM. Prosedur pemulangan adalah seperti berikut: (1) Kapal-kapal yang hendak membuat pemunggahan peluru hendaklah memohon kelulusan ke Markas untuk kelulusan melalui kawat dan salinan untuk Depot Peluru dan Letupan TLDM, 2 minggu sebelum tarikh pemunggahan dilakukan. (2) Sediakan BAT L 63, BAT L 111 dan BAT L 5B mengikut salinan yang ditetapkan. (3) Langkah keselamatan hendaklah diambil sebelum dan semasa kerja pemunggahan peluru dan bahan letupan. Radar hendaklah dimatikan, Bendera Merah (Bravo) dinaikkan, merokok adalah adalah dilarang sama sekali serta mematuhi lain-lain peraturan keselamatan yang telah ditetapkan. (4) Kapal hendaklah menyediakan segala peralatan semasa pemunggahan seperti berikut: (a) Menentukan jenis-jenis kotak yang diperlukan bagi setiap jenis peluru dan bahan letupan sebelum tarikh pemunggahan. Jika berkehendakkan kotak-kotak tersebut pihak kapal hendaklah membuat permintaan ke depot peluru terlebih dahulu. (b) Tentukan kesemua jenis peluru dan bahan letupan adalah kiraannya sama dengan akaun kapal dan lejar Depot. (c) Tentukan peluru dan bahan letupan tidak bercampur di dalam kotak termasuk kelongsong-kelongsong kosong. (d) Kotak-kotak peluru hendaklah diikat dengan baik dan ditulis di kotak-kotak tersebut jenis peluru serta jumlahnya. (e) Pemeriksaan Khas (Special Inspection (SI)) Peluru hendaklah dilaksanakan untuk menentukan peluru di dalam keadaan baik dan boleh guna sebelum pemulangan. (f) Menyediakan pengiring serta anggota-anggota pekerja semasa pemunggahan/pengambilan. Seorang anggota berpangkat Bintara hendaklah mengikut kenderaan dari jeti ke depot peluru atau sebaliknya.


TERHAD 1-8-4 TERHAD PROSEDUR PEMULANGAN PETI/BEKAS PELURU DAN KARTUS KOSONG 010804. Peti/Bekas peluru dan kartus kosong peluru adalah dikira sebagai barang dalam akaun dan perlu dibuat pemulangan. 010805. Contoh sijil bebas dari bahan letupan sebelum pemulangan dibuat adalah seperti di Kembaran A.


TERHAD 1-8A-1 TERHAD KEMBARAN A KEPADA SEKSYEN 8 KEPADA BAB 1 PATM JILID III SIJIL BEBAS DARI BAHAN LETUPAN Dengan ini adalah disahkan bahawa bekas-bekas/sisa-sisa peluru seperti yang tercatat di dalam baucar no.....................................tidak mengandungi sebarang bahan letupan. Tarikh: .................………………............................... Tandatangan Pegawai yang mengesahkan: Nama: ......................……………………………... Jawatan: ...............................................…………. Alamat: ................................................................. Cop Pasukan:


TERHAD 1-9-1 TERHAD BAB 1 DASAR PELURU DAN BAHAN LETUPAN ATM SEKSYEN 9 - PEMUSNAHAN PELURU BLIND DAN LAPORAN KEJADIAN PELURU AM 010901. Perintah ini menetapkan tatacara pemusnahan peluru blind semasa latihan di Lapang Sasar dan kawasan latihan ataupun peluru-peluru peninggalan perang dalam kawasan kem/tanah tentera. Perintah ini juga menetapkan tatacara membuat laporan apabila berlaku sesuatu kejadian/kemalangan yang melibatkan peluru dalam pegangan dan simpanan pasukan. DEFINISI 010902. Blind. Peluru yang telah ditembak atau dilancarkan ataupun dihidupkan (activated) tetapi gagal berfungsi sebagaimana yang ditetapkan. ANGGOTA-ANGGOTA BERKELAYAKAN 010903. Anggota-anggota yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman yang diakui oleh Perkhidmatan sahaja dibenarkan mengendalikan pemusnahan peluru Blind. Sekiranya mengalami kesulitan teknikal peluru, Inspektorat Peluru Perkhidmatan masing-masing hendaklah dihubungi untuk tindakan selanjutnya. TANGGUNGJAWAB 010904. Tanggungjawab ini adalah terletak kepada pasukan yang menjalankan latihan yang berkenaan. Walaubagaimanapun jika pasukan berkenaan tidak mempunyai anggota yang berkelayakan, pasukan tersebut hendaklah meminta bantuan daripada pasukan yang mempunyai anggota yang berkelayakan seperti yang dinyatakan di dalam PMAT 3/89 bertajuk Tanggungjawab Bersabit Dengan Pengurusan Kejuruteraan Peluru Angkatan Tentera. Sekiranya dijalankan di Lapang Sasar dan di bawah kawalan Pegawai Lapang Sasar, beliau adalah bertanggungjawab di dalam urusan pemusnahan. KAEDAH PEMUSNAHAN PELURU BLIND 010905. Peluru blind hendaklah dimusnahkan secara insitu. Prosedur pemusnahan adalah mengikut Arahan Teknikal Perkhidmatan masing-masing.


TERHAD 1-9-2 TERHAD PERINTAH TETAP 010906. Pasukan. Semua pasukan yang menjalani latihan di lapangsasar yang berkaitan hendaklah mematuhi semua Perintah Tetap yang dikeluarkan oleh unit lapangsasar berkenaan. Bagi pasukan yang menggunakan kawasan latihan terbuka, pasukan hendaklah mengadakan arahan latihan meliputi langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya mengikut keadaan. 010907. Lapang Sasar. Unit Lapang Sasar mestilah mengadakan perintah tetap berhubung dengan pemusnahan peluru blind untuk dipatuhi oleh semua pasukan yang menjalankan latihan di Lapang Sasar tersebut. LAPORAN PELURU BLIND 010908. Apabila berlaku blind semasa latihan, pasukan berkenaan hendaklah melaporkan kejadian tersebut mengikut prosedur Laporan Kejadian Peluru yang diterangkan di Seksyen 10 bab ini.


TERHAD 1-10-1 TERHAD BAB 1 DASAR PELURU DAN BAHAN LETUPAN ATM SEKSYEN 10 - LAPORAN KEJADIAN PELURU AM 011001. Perintah ini menetapkan tatacara membuat laporan apabila berlaku sesuatu kejadian/kemalangan yang melibatkan peluru dalam pegangan dan simpanan pasukan. KETERANGAN 011002. Kejadian. Kejadian terhadap peluru yang dimaksudkan di dalam seksyen ini adalah kejadian yang berlaku akibat dari perkara-perkara berikut: a. Kecacatan (Defect). b. Kegagalan Prestasi (Performance Failure). c. Kemalangan (Accident). d. Pramatang (Premature). 011003. Kecacatan. Kecacatan adalah kerosakan pada peluru dari segi rupa bentuk, komponen-komponen, tanda pengenalan dan kerendahan mutu. 011004. Kegagalan Prestasi. Mana-mana peluru atau komponen-komponennya yang tidak meletup apabila ditembak, gagal berfungsi apabila kena pada sasarannya atau tersasar dari sasarannya. 011005. Kemalangan. Kemalangan adalah kejadian-kejadian yang berlaku akibat kecacatan dan kegagalan prestasi peluru yang boleh mengakibatkan: a. Kehilangan nyawa atau kecederaan pada manusia. b. Kerosakan harta benda awam atau tentera. c. Kerosakan peralatan dan senjata. 011006. Pramatang. Mana-mana peluru apabila ditembak, meletup sebelum masa yang telah ditetapkan mengikut spesifikasinya. Jenis-jenis pramatang adalah seperti berikut: a. Pramatang Dalam Laras (Bore Premature). Letupan atau ledakan yang berlaku dalam laras.


TERHAD 1-10-2 TERHAD b. Pramatang Pada Muncung Laras (Muzzle Premature). Letupan atau ledakan yang berlaku semasa dalam penerbangan selepas projektil meninggalkan muncung laras di dalam lingkungan jarak 100 meter dari muncung laras senjata. c. Pramatang Semasa Dalam Penerbangan (Flight Premature). Pramatang semasa dalam penerbangan terbahagi kepada dua bahagian: (1) Peluru. Letupan atau ledakan yang berlaku semasa penerbangan pada mana-mana jarak projektil selepas 100 meter dari muncung laras. (2) Peluru Berpandu/Roket. Letupan atau ledakan yang berlaku semasa pelancarannya. TINDAKAN PASUKAN APABILA BERLAKU KEJADIAN 011007. Apabila berlaku sesuatu kejadian seperti dinyatakan di atas semasa menjalankan latihan menembak, latihan pengeboman dan tembakan dari pesawat, latihan penembakan dari kapal dan aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan peluru dan bahan letupan maka pasukan hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: a. Hentikan semua aktiviti-aktiviti tersebut. b. Asingkan semua peluru yang terlibat mengikut batch/lot. c. Asingkan senjata dan peralatan yang terlibat untuk tindakan penyiasatan. d. Laporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa peluru perkhidmatan. PROSEDUR MELAPOR KEJADIAN 011008. Prosedur melapor kejadian adalah mengikut arahan perkhidmatan masingmasing. a. TDM. Prosedur melapor kejadian merujuk kepada PATD 61/84. b. TLDM. Prosedur melapor kejadian mengikut arahan yang dikeluarkan oleh perkhidmatan dalam BR 862 - Naval Magazine and Explosive Regulation. c. TUDM. Prosedur melapor yang dipraktikkan oleh TUDM adalah seperti yang terkandung dalam Risalah No 3 kepada PU 2204.


TERHAD 1-11-1 TERHAD BAB 1 DASAR PELURU DAN BAHAN LETUPAN ATM SEKSYEN 11 - PERGERAKAN PELURU PASUKAN MELALUI JALAN DARAT, LAUT DAN UDARA AM 011101. Perintah ini menetapkan tatacara pergerakan peluru pasukan menggunakan kenderaan pasukan atau mana-mana kenderaan yang dibenarkan untuk pergerakan darat, laut dan udara melainkan pergerakan khas yang diuruskan oleh pihak berkenaan tertentu. Bagi pergerakan peluru melalui laut dan udara hendaklah mematuhi peraturan pergerakan berikut: a. Pergerakan Melalui Darat - A & ER Vol 2 Part 11 Sec 2. b. Pergerakan Melalui Keretapi - A & ER Vol 2 Part 11 Sec 3. c. Pergerakan Bahan Letupan Melalui Laut - BR 1029 Vol 6-Royal Naval Supply & Transport Service 1980 (Armament General) dan A & ER Vol 1 Pam 7 Sec 5. d. Pergerakan Bahan Letupan Melalui Udara - IATA-Restricted Articles and Dangerous Goods Regulations dan PU 4304-000 (Peraturan Pergerakan Udara) termasuk carta yang terdapat di Kembaran A sebagai panduan dan A & ER Vol 2 Part 11 Sec 4. PENGETAHUAN AM 011102. Pengendalian Peluru. Peluru adalah barangan bahaya dan perlu dikendalikan dengan cara yang betul. Semasa pengendalian perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian: a. Peluru hendaklah diangkat dan diletak dengan cara yang betul. Jangan sekalikali dihempas, dicampak atau diheret di atas tanah dan lantai kenderaan. b. Jika ada peti peluru yang rosak, ianya hendaklah diasingkan dan perkara tersebut hendaklah dilaporkan kepada PTP yang berhampiran. c. Tentukan peluru dalam keadaan kering, terlindung dari pancaran matahari dan suhu panas yang berterusan sama ada di dalam pergerakan atau penyimpanan. d. Semua pancaran radio dan radar yang berhampiran hendaklah dihentikan untuk peluru berkaliber tinggi dan peluru berpandu.


TERHAD 1-11-2 TERHAD 011103. Kenderaan. Semua kenderaan seperti trak 3 ton, ¾ ton kargo dan trailer dalam perkhidmatan kecuali motosikal, kereta utiliti dan ¾ ton FFR (Fit For Radio) boleh digunakan untuk mengangkut peluru dengan syarat perkara-perkara berikut dipatuhi: a. Kenderaan yang digunakan untuk tujuan tersebut tidak boleh ditarik atau menarik kenderaan lain kecuali menarik treler. b. Kenderaan hendaklah berkanopi. Jika kain tarpaulins digunakan, tentukan peluru mendapat peredaran udara yang cukup serta untuk melindunginya daripada panas dan hujan. c. Sekiranya kenderaan menarik treler, treler hendaklah mempunyai brek bebas yang boleh digunakan jika ia perlu diceraikan dari kenderaan yang menariknya semasa berhenti. d. Peluru hendaklah disusun supaya beratnya seimbang dan tidak melebihi tinggi dinding kenderaan. e. Kenderaan mesti disediakan Alat Pemadam Api Kecil (APAK) yang bersesuaian dan diiktiraf. 011104. Pengiring Kenderaan. Pengiring kenderaan hendaklah disediakan di sepanjang perjalanan mengikut keadaan di mana perlu. Sebaik mungkin semua kenderaan mempunyai seorang pengiring. Sekiranya pengiring tidak dapat disediakan sepenuhnya bagi setiap kenderaan dalam pergerakan konvoi, penempatan pengiring yang perlu adalah seperti berikut: a. Bagi pergerakan konvoi tidak melebihi lima kenderaan, maka kenderaan yang pertama dan terakhir sahaja perlu diadakan pengiring. b. Sekiranya pergerakan konvoi melebihi lima kenderaan, maka kenderaan yang pertama dan terakhir serta setiap selang lima kenderaan berikutnya mestilah diadakan pengiring. 011105. Pengiring Keselamatan. Anggota dan bilangan pengiring keselamatan adalah bergantung kepada keadaan keselamatan yang ditetapkan oleh markas formasi setempat. Anggota pengiring hendaklah membawa senjata kecil dan menaiki kenderaan yang berasingan dan ditempatkan di bahagian hadapan dan di bahagian belakang konvoi.


TERHAD 1-11-3 TERHAD 011106. Tugas PTP/JTP. Garis panduan tugas PTP/JTP semasa mengiringi pengangkutan udara adalah seperti berikut: a. Pemunggahan Masuk (1) Mengesah dan menandatangani safety certificate sebagaimana yang diperlukan oleh Air Standardization Coordinating Committee (ASCC) Air Standard 44/94. (2) Memastikan APAK dari jenis yang bersesuaian disediakan dan diletakkan di lokasi yang terhampir dan approachable dengan peluru yang dibawa. (3) Nasihat Load Master sewaktu kerja pemunggahan peluru ke dalam pesawat. (4) Menentukan perkara-perkara berikut: (a) Tiada kerosakan ke atas kotak ordnans, dimeteri dan ditanda dengan betul. (b) Kotak peluru/bahan letupan disusun rapi dan diikat dengan sempurna. (c) Pengasingan HD mengikut kategori yang bersesuaian. (d) Mengenalpasti tahap bahaya peluru yang dibawa dan disusun di lokasi yang bersesuaian agar mudah digugurkan sewaktu kecemasan. b. Sewaktu Kecemasan (1) Menggugurkan peluru setelah diarahkan oleh Kapten Pesawat. (2) Menasihati dan menyelaras kaedah pemunggahan keluar/masuk peluru dari/ke dalam pesawat sewaktu selepas pendaratan kecemasan. (3) Menasihati dan menyelaras kaedah pengstoran dengan memastikan jarak selamat diperolehi di samping bangunan yang digunakan untuk tujuan pengstoran bersesuaian dan menepati spesifikasi yang ditetapkan (selepas pendaratan kecemasan).


TERHAD 1-11-4 TERHAD (4) Menasihat dan memaklumkan pihak berkuasa tempatan/lapangan terbang berkenaan dengan tahap bahaya peluru/bahan letupan, langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil dan tindakan-tindakan yang perlu diambil sewaktu kecemasan (selepas pendaratan kecemasan). c. Pemunggahan Keluar (1) Aktiviti ini hendaklah ditangani dengan berhati-hati, tindakan dan langkah keselamatan hendaklah diberikan perhatian serius. (2) Semua peluru yang tercatat di dalam air way bill hendaklah dipunggah keluar. (3) Pemeriksaan fizikal ke atas ruang kargo pesawat dan kotak-kotak peluru. (4) Menasihat anggota ground crew berkenaan peluru yang dibawa. 011107. Penumpang. Penumpang hanya boleh dibenarkan dibawa bersama-sama peluru di dalam sesebuah kenderaan dengan mematuhi syarat-syarat seperti berikut: a. Had NEQ tidak melebihi 2 kg. b. Peluru dari HD 1.4 sahaja. 011108. Penggunaan Simbol Melawan Kebakaran (SMK) Pada Kenderaan. Setiap kenderaan hendaklah dilengkapi dengan pelekat SMK yang bersesuaian dengan muatan yang dibawa. Pelekat-pelekat tersebut hendaklah dipamerkan di sebelah hadapan dan belakang kenderaan supaya mudah dilihat. Butir-butir lanjut berhubung dengan penggunaan dan penentuan pelekat tersebut adalah seperti di Seksyen 5 bab ini. 011109. Penggunaan Bendera dan Papan Tanda Bahaya Letupan. Bendera merah hendaklah dipasang di hadapan setiap kenderaan yang membawa peluru. Bagi kenderaan pertama di dalam konvoi pergerakan peluru, bendera biru dan merah hendaklah dipamerkan di hadapan kenderaan manakala kenderaan terakhir adalah bendera hijau dan merah. Setiap kenderaan hendaklah mempamerkan papan tanda BAHAYA LETUPAN di belakang kenderaan. Papan tersebut hendaklah dicat dengan warna merah dan bertulisan BAHAYA LETUPAN berwarna putih serta boleh dilihat dan dibaca.


TERHAD 1-11-5 TERHAD TANGGUNGJAWAB PASUKAN YANG MEMBUAT PENGHANTARAN 011110. Pasukan yang membuat penghantaran hendaklah melantik seorang pegawai yang dipertanggungjawabkan kepada pergerakan ini. Beliau hendaklah menentukan perkaraperkara seperti berikut: a. Kenderaan yang berasingan hendaklah digunakan untuk membawa peluru yang mengandungi White Phosphorus (WP) dan bergerak sebagai kenderaan terakhir yang membawa peluru. b. Peluru yang dibawa hendaklah ditempatkan di dalam peti yang dibenarkan sahaja. c. Tentukan kenderaan yang digunakan dalam keadaan baik. d. Kenderaan hendaklah dibekalkan dengan alat pemadam api yang cukup dan sesuai serta boleh digunakan. e. Kenderaan hendaklah membawa sebuah bekas khas untuk tujuan menyimpan peralatan merokok di bawah jagaan seorang anggota yang dipertanggungjawabkan. f. Pemandu dibekalkan dengan peta-peta jalan yang hendak dilalui. g. Menyediakan perintah pergerakan peluru. KEMALANGAN DAN KEBAKARAN SEMASA PERGERAKAN 011111. Kemalangan. Jika berlaku kemalangan yang mengakibatkan kerosakan kepada peluru, butir-butir peluru yang rosak hendaklah dilaporkan kepada PTP yang berhampiran. Peluru tersebut tidak boleh digunakan sehingga mendapat kebenaran dari PTP. 011112. Kebakaran. Pemandu dan pengiring kenderaan hendaklah sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya kebakaran supaya kebakaran mudah diatasi di peringkat awal. Berikutnya adalah tindakan yang perlu diambil: a. Jika kebakaran tidak boleh dipadamkan dengan segera, bergantung kepada keadaan, muatannya hendaklah dipunggah keluar dari kenderaan. b. Jika muatan tidak boleh dikeluarkan ataupun kebakaran tidak dapat dikawal, pemandu dan pengiring kenderaan hendaklah beredar dari kenderaan tersebut pada jarak selamat dan memberi amaran tentang kebakaran kepada orang ramai dan kenderaan yang melalui tempat kejadian tersebut. Pihak bomba dan polis hendaklah diberitahu tentang kejadian.


TERHAD 1-11-6 TERHAD c. Sekiranya peluru yang mengandungi White Phosphorus (WP) terbakar, cara yang berkesan untuk melawan kebakaran peluru jenis ini ialah dengan merendamkan peluru tersebut ke dalam bekas yang berisi air. Dalam apa jua keadaan peluru yang terlibat itu hendaklah dengan segera dipunggah keluar dari kenderaan. Jika tidak terdapat kemudahan untuk merendam peluru yang terlibat ke dalam air, ianya hendaklah dibiarkan membakar ditempat di mana apinya tidak boleh merebak. Tempat kejadian tersebut hendaklah dilaporkan kepada pihak-pihak berkenaan dengan segera. PERINTAH UNTUK PEMANDU 011113. Berikut adalah panduan-panduan yang perlu diambilkira oleh pemandu apabila membawa peluru dan letupan berdasarkan arahan-arahan pergerakan peluru: a. Pemandu mesti mematuhi jalan-jalan yang akan dilalui. b. Pemandu mestilah mematuhi had laju yang akan ditetapkan. c. Jarak keselamatan antara kenderaan ialah antara 50 meter ke 70 meter semasa Bergerak ataupun berhenti. d. Berhenti Pendek (Short Halt) ialah setiap 110 minit perjalanan berhenti 10 minit. Berhenti Panjang (Long Halt) ialah setiap enam jam perjalanan berhenti satu jam. Pemandu hendaklah membuat pemeriksaan terhadap kenderaan supaya dalam keadaan baik serta menentukan susunan muatan dalam kedudukan yang betul. e. Kenderaan tidak boleh membawa barangan lain. Membawa bahan bakar dalam bentuk cecair atau gas di dalam kenderaan dilarang sama sekali. f. Dilarang merokok di dalam kenderaan ataupun di dalam lingkungan 45 meter dari kenderaan. g. Dilarang meletak kenderaan di bawah pokok semasa ribut/petir. h. Semasa berhenti rehat, kenderaan tidak boleh ditinggalkan tanpa pengawasan. i. Hadkan penggunaan brek dan jangan memandu kenderaan dengan cara mengejut. j. Muatan peluru/bahan letupan hendaklah dipindahkan sebelum kenderaan dibawa ke bengkel atau pembaikan. k. Kenderaan dengan muatan peluru tidak dibenarkan tinggal di kawasan perhentian semalaman tanpa pengawasan.


TER PENGANGKUTAN PELURU DAN B PERCAMPURAN KUMPULAN BE 1-1 TER KUMPULAN BERSESUAIAN A B C D E F G H J A @ # # # # # # # # B # @ # # # # # # # C # # @ @ @ # # # # D # # @ @ @ # # # # E # # @ @ @ # # # # F # # # # # @ # # # G # # # # # # @ # # H # # # # # # # @ # J # # # # # # # # @ K # # # # # # # # # L # # # # # # # # # S # @ @ @ @ @ @ @ @


RHAD KEMBARAN A KEPADA SEKSYEN 11 KEPADA BAB 1 PATM JILID III BAHAN LETUPAN MELALUI UDARA ERSESUAIAN YANG DIBENARKAN PETUNJUK * = Tidak dibenarkan diletak di dalam satu pallet yang sama dengan lain-lain bahan letupan termasuk bahan letupan Kumpulan L. # = Boleh dibawa dengan pesawat yang sama tetapi tidak boleh diletak di dalam pallet yang sama. @= Boleh dibawa dengan pesawat yang sama dan boleh diletak di dalam satu pallet yang sama. 1A-1 RHAD K L S # # # # # @ # # @ # # @ # # @ # # @ # # @ # # @ # # @ @ # @ # * @ @ # @


TERHAD 1-12-1 TERHAD BAB 1 DASAR PELURU DAN BAHAN LETUPAN ATM SEKSYEN 12 - KESELAMATAN AM PENGGUNAAN PELURU SEMASA LATIHAN, PERTUNJUKAN DAN PAMERAN AM 011201. Perintah ini menetapkan tindakan keselamatan am yang perlu diambil oleh pasukan apabila menggunakan peluru untuk latihan, pertunjukan dan pameran (Rujuk A & ER Vol 2 Part 9). Langkah-langkah keselamatan untuk menghindarkan kecurian pula ada terkandung dalam Federation Armed Forces Security Instructions (FAFSI). PENGGUNAAN PELURU 011202. Latihan. Peluru hidup tidak boleh digunakan untuk latihan melainkan untuk tujuan latihan Suntikan Perang (Battle Inoculations) atau latihan menembak yang dijalankan di lapangsasar atau di mana-mana tempat yang diaturkan oleh pihak penganjur. Untuk TUDM, kecuali jika dibenarkan oleh publikasi perkhidmatan. Pasukan hendaklah mengeluarkan/menyediakan arahan-arahan keselamatan berpandukan kepada risalah-risalah senjata yang hendak digunakan yang diterbitkan oleh perkhidmatan masing-masing dari masa ke semasa. Pasukan juga boleh mengeluarkan arahan-arahan lain melalui nasihat dari Pegawai Teknik Peluru (PTP)/Penguasa Eksekutif Teknik Peluru (PETP) Perkhidmatan. 011203. Pameran. Peluru hidup tidak boleh digunakan untuk tujuan pameran atau syarahan. Hanya gambarajah, model atau peluru inert, drill dan instructional digunakan untuk tujuan tersebut. 011204. Pertunjukan atau Tatu. Sekiranya pasukan bercadang untuk menggunakan peluru hidup di dalam sesuatu pertunjukan atau Tatu, seorang pegawai keselamatan hendaklah dilantik oleh pasukan. Pegawai tersebut bertanggungjawab memastikan segala arahan keselamatan termasuk melindungi orang awam dilaksanakan. Beliau hendaklah menghubungi PTP bagi mendapatkan nasihat pakar tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa pertunjukan diadakan. PENYALAHGUNAAN PELURU 011205. Peluru tidak boleh digunakan untuk perhiasan atau cenderahati. Untuk mengelakkan kejadian tersebut pasukan hendaklah menentukan semua arahan keselamatan peluru yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh pihak atasan dipatuhi. Pasukan juga hendaklah mematuhi arahan-arahan berikut: a. Pasukan dilarang mengubahsuai, membuka atau memotong peluru untuk apa jua tujuan.


TERHAD 1-12-2 TERHAD b. Pasukan dilarang menggunakan peluru yang belum diterima penggunaannya dalam perkhidmatan (Initial Acceptance (IA)). c. Pasukan dilarang menjalankan penyelidikan atau kajian ke atas semua jenis peluru di pasukan melainkan pasukan yang mempunyai cawangan khas penyelidikan peluru yang diiktiraf sahaja seperti Institut Teknologi Sains dan Pertahanan (STRIDE). d. Pasukan dilarang membuat atau mereka bahan letupan buatan sendiri (home made explosive) atau alat letupan reka ganti (improvised explosive device) melainkan ianya dikendalikan oleh anggota pasukan yang terlatih atau Juruteknik Peluru. PENGGUNAAN ALAT SIMULASI PERANG (BATTLE SIMULATOR) 011206. Terdapat sebilangan jenis peluru digunakan sebagai alat simulasi perang semasa latihan terup seperti piroteknik. Alat-alat ini direka khas untuk mewujudkan suasana perang (Battle Effects). Arahan penggunaannya yang terdapat di badan atau peti mestilah dipatuhi. Arahan tambahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa hendaklah dipatuhi. JARAK KESELAMATAN SIMULASI SEMASA LATIHAN DAN PERTUNJUKAN TATTOO 011207. Jarak keselamatan berikut hendaklah dipatuhi semasa latihan, pertunjukan atau Tattoo dan pameran: a. Kehadiran Ramai Penonton Di Tempat Awam. Jarak keselamatan biasanya 100 meter di atas tanah lapang. Jarak ini boleh dikurang sekiranya permukaan tanah tidak berbatu-bata dan atas nasihat PTP. b. Kehadiran Penonton Tidak Ramai Di Tempat Awam. Jarak keselamatan biasanya 30 meter di atas permukaan tanah lapang. Jarak ini hendaklah ditambah jika keadaan permukaan tanah berbatu-batan. c. Penglibatan Anggota Tentera Di Kawasan Latihan. Jika simulasi tersebut dijalankan di kawasan latihan dan hanya melibatkan anggota tentera maka jarak keselamatan yang perlu dipatuhi bergantung kepada nasihat pakar yang mengendalikan simulasi tersebut.


TERHAD 1-13-1 TERHAD BAB 1 DASAR PELURU DAN BAHAN LETUPAN ATM SEKSYEN 13 - PEMERIKSAAN PELURU PASUKAN AM 011301. Perintah ini menetapkan prosedur pemeriksaan peluru pasukan yang dijalankan oleh Tim Pemeriksaan Peluru yang ditubuhkan oleh perkhidmatan masing-masing. 011302. Peluru pasukan yang tertakluk di bawah pemeriksaan Tim Pemeriksaan Peluru ialah peluru yang digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peluru yang dimaksudkan itu meliputi: a. Peluru Operasi. b. Peluru Latihan: (1) Peluru Hidup. (2) Peluru Drill. (3) Peluru Inert. (4) Peluru Sectionized. TUJUAN 011303. Tujuan pemeriksaan ini ialah untuk memastikan bahawa pasukan menyimpan dan menyelenggara peluru sesuai dengan Arahan Teknikal Perkhidmatan. JENIS PEMERIKSAAN 011304. Pemeriksaan Permulaan (Initial Acceptance (IA)). IA ialah Pemeriksaan sebelum peluru tersebut dimasukkan ke dalam inventori. Pemeriksaan berikutnya ialah Pemeriksaan Rutin yang dilaksanakan selepas 18 bulan daripada tarikh IA. 011305. Pemeriksaan Rutin (Routine Inspection (RI)). RI ialah untuk pemeriksaan pakar peluru yang dibuat sekali dalam jangka masa setahun. Pemeriksaan ini dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan oleh perkhidmatan masing-masing.


TERHAD 1-13-2 TERHAD 011306. Pemeriksaan Khas (Special Inspection (SI)). SI ialah pemeriksaanpemeriksaan yang dibuat oleh pakar peluru dalam keadaan-keadaan berikut: a. Pemeriksaan semula yang diarahkan oleh perkhidmatan masing-masing di atas pasukan yang mana semasa pemeriksaan biasa, mereka gagal dalam peratus pencapaian yang ditetapkan. b. Pemeriksaan yang diarahkan oleh Penguasa Tertinggi Teknikal Peluru perkhidmatan masing-masing atas sebab-sebab berikut: (1) Peluru yang gagal dalam ujian. (2) Peluru yang tidak digunakan lagi dalam mana-mana perkhidmatan Angkatan Tentera. (3) Apabila berlakunya letupan pramatang (Premature Explosion and Detonation), kemalangan dan kebakaran yang melibatkan peluru serta kegagalan peluru untuk berfungsi dan lain-lain kecacatan seperti yang diterangkan dalam Seksyen 10 kepada Bab ini. (4) Peluru-peluru yang bolehguna (serviceable) untuk dipulangkan ke Depot. c. Pemeriksaan yang diminta oleh pasukan dalam situasi berikut: (1) Peluru yang berkemungkinan tidak selamat untuk digunakan. (2) Peluru yang mengalami kerosakan akibat bencana alam atau diserang serangga seperti anai-anai. PERMOHONAN UNTUK PEMERIKSAAN KHAS 011307. Apabila pasukan menghadapi keadaan-keadaan yang diterangkan dalam perenggan 041306(c), mereka hendaklah membuat permohonan untuk pemeriksaan. Permohonan boleh dikemukakan mengikut Arahan Teknikal Perkhidmatan masing-masing. PERSEDIAAN PASUKAN 011308. Pasukan-pasukan hendaklah membuat persiapan sebelum dan semasa pemeriksaan biasa atau khas dijalankan mengikut Arahan Teknikal Perkhidmatan masingmasing.


TERHAD 1-13-3 TERHAD TANGGUNGJAWAB TIM PEMERIKSA PELURU 011309. Semasa dan selepas pemeriksaan, Tim Pemeriksa Peluru bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara-perkara berikut: a. Memaklumkan kepada Pegawai Memerintah/Pemerintah tentang keadaan peluru yang diperiksa. b. Memberi nasihat kepada Pegawai Memerintah/Pemerintah tentang cara-cara yang sesuai dari segi penyimpanan dan penyelenggaraan yang betul sekiranya terdapat kelemahan dalam aspek-aspek tersebut. c. Menentukan pasukan mempunyai publikasi-publikasi teknikal yang berkaitan. d. Mengatur dan melaksanakan tindakan pemusnahan ke atas peluru yang rosak. e. Membuat penilaian ke atas segala aspek yang diperiksa. f. Menyedia, memproses dan mengagihkan laporan pemeriksaan. PENGAGIHAN LAPORAN 011310. Laporan pemeriksaan yang telah siap hendaklah diagihkan oleh Tim Pemeriksa Peluru mengikut Arahan Teknikal Perkhidmatan. a. TDM. Pembahagian adalah seperti berikut: (1) Markas Medan TD - Logistik. (2) Mk Log TD - Tek 4. (3) Divisyen/Briged - Latih dan Ordnans. (4) Pasukan terlibat. b. TLDM. Laporan pemeriksaan yang telah siap hendaklah diagihkan oleh Tim Pemeriksa Peluru kepada unit-unit berikut: (1) Markas Tentera Laut. (UP: Inspektorat Jeneral) (UP: Cawangan Material-PETP) (2) Markas Sistem Armada.


TERHAD 1-13-4 TERHAD (3) Depot Peluru dan Letupan TLDM (DPL TLDM). (4) Lain-lain unit formasi yang berkaitan. c. TUDM. Pembahagian adalah seperti berikut: (1) Unit yang diperiksa. (2) Markas Logistik Udara. (UP: Sis Gp D) (3) Markas Operasi Udara. (UP: BANOP) TINDAKAN KE ATAS LAPORAN PEMERIKSAAN BIASA/PEMERIKSAAN SEMULA 011311. Pasukan hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap teguranteguran yang dicatatkan oleh Tim Pemeriksa Peluru. Tindakan selanjutnya mestilah mengikut Arahan Teknikal Pekhidmatan masing-masing. a. TDM. Pasukan akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap BAT L 110 dan BAT L 111 yang dikeluarkan oleh Tim Pemeriksa. b. TLDM. Pasukan hendaklah mengambil tindakan terhadap teguranteguran dan syor-syor yang dibuat oleh Tim Pemeriksa dalam tempoh satu bulan dari tarikh laporan pemeriksaan diterima. Tim Pemeriksa akan membuat pemeriksaan ulangan bagi menentukan segala jawapan kepada teguran diambil oleh pasukan sebagaimana yang disyorkan. Agihan maklumbalas oleh pasukan hendaklah diagihkan mengikut agihan di perenggan 011310(b). c. TUDM. Pasukan dikehendaki mengambil tindakan seperti yang dinyatakan di dalam PU 2204. PEMUSNAHAN PELURU 011312. Jika semasa pemeriksaan terdapat peluru yang rosak dan tidak boleh dibaiki untuk kegunaan selanjutnya, Tim Pemeriksa Peluru hendaklah mengatur dan melaksanakan pemusnahannya di tempat yang sesuai. Di dalam perkara ini, pasukan dikehendaki memberi bantuan dan kerjasama kepada Tim Pemeriksa Peluru untuk melaksanakan tugas-tugas pemusnahan. Tim Pemeriksa Peluru hendaklah juga mencatatkan ke dalam laporan pemeriksaan tentang segala maklumat berkaitan dengan pemusnahan tersebut.


TERHAD 1-14-1 TERHAD BAB 1 DASAR PELURU DAN BAHAN LETUPAN ATM SEKSYEN 14 - PELUPUSAN PELURU AM 011401. Kondisi peluru boleh merosot/menurun dan akhirnya tidak lagi dalam keadaan baik untuk di simpan serta selamat digunakan. Peluru yang rosak adalah sensitif, tidak stabil dan sangat merbahaya. Ianya mestilah dilupuskan dengan kadar segera mengikut darjah keutamaan, berasaskan kepada kondisi dan jenis. 011402. Peluru yang rosak hendaklah dilupuskan dengan segera mengikut peraturan yang terkandung dalam arahan-arahan Perbendaharaan dan Kementerian atau Arahan Teknikal Perkhidmatan masing-masing. TANGGUNGJAWAB 011403. Penguasa Eksekutif Teknik Peluru (PETP) adalah bertanggungjawab untuk mengarahkan melalui Tim Inspektorat mengadakan pemeriksaan/pembuktian dan memberi sokongan bagi pengelasan terhadap peluru serta mengesyorkan supaya pelupusan dilaksanakan mengikut prosedur semasa. PENGELASAN UNTUK PELUPUSAN 011404. Peluru yang gagal semasa pemeriksaan/pembuktian dan tidak boleh digunakan lagi akan diberi pengelasan pelupusan seperti berikut: a. Pengelasan Kondisi D. Ia adalah peluru yang tidak boleh digunakan dan dikelaskan seperti berikut: (1) Kondisi D1. Tidak mempunyai had dari segi pergerakan dan pengendalian. (2) Kondisi D2. Mempunyai had dari segi pergerakan dan pengendalian. b. Pengelasan Pelupusan. Kategori Pelupusan Peluru (KPP) (Ammunition Disposal Category) adalah seperti berikut: (1) D1 KPP 1. Dipulangkan kepada pembekal. (2) D1 KPP 2. Siap untuk pelupusan dengan cara dibuang ke dasar laut.


TERHAD 1-14-2 TERHAD (3) D1 KPP 3. Perlu persiapan untuk pelupusan dengan cara dibuang ke laut. (4) D1 KPP 4. Pelupusan secara jualan. (5) D1 KPP 5. Pelupusan secara pemusnahan. PELUPUSAN PELURU DI PERINGKAT PASUKAN 011405. Keputusan pelupusan peluru diperolehi setelah Tim Inspektorat membuat pemeriksaan biasa/khas dengan menggunakan Borang Pemeriksaan mengikut perkhidmatan masing-masing. 011406. Peluru yang didapati gagal pemeriksaan oleh Tim Inspektorat seperti ada kecacatan ataupun kerosakan mestilah dilupuskan mengikut pengelasan kondisi D1 KPP 5. Tindakan susulan diambil oleh Tim Inspektorat adalah mengasingkan peluru yang didarjahkan ke kondisi D1 KPP 5 dan memusnahkannya insitu jika dalam keadaan kritikal. 011407. Bagi pemusnahan insitu, majukan Laporan Pemeriksaan Peluru Pasukan, Laporan Lembaga Pemeriksa (Borang KEW PA-17) dan Sijil Penyaksian Pemusnahan Aset Alih Kerajaan (KEW PA-18). Di dalam Borang KEW PA-17 dan Borang KEW PA-18, nama peluru dan bahan letupan secara terperinci tidak dibenarkan hanya gunakan nama umum sahaja iaitu ‘Peluru dan Bahan Letupan’ sahaja. Arahan dan saluran proses pelupusan peluru adalah mengikut arahan setiap perkhidmatan. 011408. Sekiranya peluru berkenaan selamat untuk digerakkan, pasukan hendaklah mengambil tindakan pelupusan mematuhi prosedur dan proses LPA. Permohonan perlu dimajukan kepada PETP Perkhidmatan masing-masing melalui Pasukan Inspektorat Peluru. Pasukan menyediakan Sijil Pelupusan Aset Alih Kerajaan (Borang KEW PA-19) dan Tim Inspektorat menyediakan Laporan Pemeriksaan Peluru Pasukan serta mengkordinasikan penghantaran ke PETP. PETP perlu memajukan permohonan pelupusan kepada Cawangan Pengurusan Aset, Bahagian Kewangan, KEMENTAH. Peluru yang hendak dilupuskan tidak dibenarkan disimpan bersama peluru kondisi yang lain. 011409. Setelah mendapat kelulusan pelupusan, pemusnahan hendaklah dilaksanakan oleh Tim Inspektorat. Sekiranya tiada kawasan untuk pemusnahan, pasukan hendaklah mengasingkan peluru dan menunggu arahan selanjutnya dari Tim Inspektorat. 011410. Peluru dan bahan letupan yang telah mendapat kelulusan LPA hendaklah dimusnahkan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh kelulusan diperolehi. Pasukan dikehendaki memajukan justifikasi sekiranya gagal melaksanakan pemusnahan di dalam tempoh tersebut.


TERHAD 1-14-3 TERHAD PENGESAHAN PENGELASAN UNTUK PELUPUSAN 011411. Semua pengelasan ke Kondisi D atau yang seumpamanya (pengelasan yang diberi oleh perkhidmatan) hendaklah dimajukan kepada PETP perkhidmatan masing-masing bagi mendapatkan pengesahan. 011412. Peluru Kondisi D1 KPP 5, yang disahkan oleh PTP sebagai sensitif, tidak stabil, merbahaya dan perlu dilupuskan dengan serta merta, boleh dilupuskan insitu tanpa merujuk kepada PETP terlebih dahulu. PTP berkenaan hendaklah mengemukakan laporan pelupusan dan sebab-sebab tindakan demikian diambil dengan memasukkan butir-butir berikut: “Saya sahkan bahawa, oleh kerana kondisi yang merbahaya (nyatakan pengelasan kondisi.............. dan memerlukan pelupusan segera dengan cara (nyatakan cara pelupusan)”


TERHAD 1-15-1 TERHAD BAB 1 DASAR PELURU DAN BAHAN LETUPAN ATM SEKSYEN 15 - PROSEDUR PEMERIKSAAN STOK DAN PENYESUAIAN AM 011501. Peluru adalah barangan yang bernilai dan berisiko tinggi. Pengurusan stok peluru hendaklah diselenggarakan dengan betul dan berkesan dengan membuat pemeriksaan stok dan penyesuaian untuk menentukan rekod dan kuantiti pegangan sebenar adalah betul. JENIS PEMERIKSAAN STOK 011502. Jenis-jenis pemeriksaan stok adalah seperti berikut: a. Pemeriksaan Stok Pusingan. b. Pemeriksaan Stok Khas. 011503. Pemeriksaan Stok Pusingan. Pemeriksaan stok ini dijalankan tiap-tiap enam bulan sekali. Pemeriksaan meliputi semua jenis stok yang disimpan di dalam depot yang mana lejarnya dikawal oleh depot tersebut. 011504. Pemeriksaan Stok Khas. Pemeriksaan stok ini dijalankan berdasarkan sebabsebab berikut: a. Selepas kebakaran, banjir, kecurian atau disyaki hilang. b. Laporan kekurangan. c. Arahan dari Pegawai Memerintah/Pemerintah. d. Arahan dari pihak berkuasa atasan seperti berikut: (1) Penguasa Eksekutif Teknik Peluru Perkhidmatan. (2) Markas atau formasi tertinggi perkhidmatan ATM. (3) Ketua Audit Negara, Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Am dan Tim Verifikasi Stok Bahagian Kewangan dan Akaun.


TERHAD 1-15-2 TERHAD TINDAKAN AWAL PASUKAN 011505. Pasukan akan menyediakan satu jadual Pemeriksaan Stok Pusingan dua kali setahun. Jadual ini akan meliputi semua jenis peluru, kartus kosong dan peti-peti peluru yang disimpan mengikut lejar yang dipegang oleh pasukan. 011506. Peluru tanpa bahan letupan jenis inert, drill dan instructional yang biasanya disimpan di luar kawasan simpanan peluru juga perlu dibuat pemeriksaan stok. 011507. Untuk Pemeriksaan Stok Khas, pasukan-pasukan akan diberitahu oleh pihak yang berkuasa. Maklumat-maklumat lanjut akan diberi untuk tujuan ini. 011508. Setelah dimaklumkan, pasukan-pasukan hendaklah membuat persiapan dan mengemaskini perkara-perkara berikut: a. Tentukan kuantiti peluru sebenar dan kad stok seimbang dan dikemaskini. b. Menyediakan penyata penerimaan peluru. c. Menyediakan penyata pengeluaran dan penggunaan peluru. d. Tentukan anggota yang bertanggungjawab berada di kawasan masing-masing apabila pemeriksaan stok dijalankan. e. Tentukan pemetian peluru berada di dalam keadaan yang sepatutnya: (1) Peti-peti hendaklah dimeteri. (2) Kotak pecahan (fraction box) hendaklah dikenal pasti. (3) Susunan peti hendaklah mengikut jenis dan batch/lot. 011509. Untuk tujuan pemeriksaan stok peluru, pengeluaran dan penerimaan tidak perlu ditangguhkan. Semasa pemeriksaan stok dijalankan, tindakan pengeluaran dan penerimaan boleh dijalankan dengan cara mencatit butir-butir pengeluaran atau penerimaan untuk tujuan penyelarasan. TINDAKAN OLEH PENJAGA LEJAR/AKAUN 011510. TDM. Setelah diberitahu, penjaga lejar/akaun hendaklah membuat persiapan seperti berikut: a. Mengemaskini lejar peluru dengan menyemak dokumen-dokumen berkaitan.


TERHAD 1-15-3 TERHAD b. Menyediakan penyata penerimaan dan pengeluaran yang belum diambil tindakan oleh pasukan. c. Menentukan setiap kondisi peluru mempunyai lejar yang berasingan. 011511. TLDM. Semasa pemeriksaan stok dilakukan, tindakan pasukan/kapal adalah seperti berikut: a. Memberhentikan pengeluaran peluru dan bahan letupan kecuali dalam keadaan mendesak atas kelulusan Pegawai Memerintah/Pemerintah. b. Mengemaskini segala transaksi dalam kad lejar. c. Mengambil tindakan ke atas segala perkara yang ditegur pada pemeriksaan yang lepas. 011512. TUDM. Setelah diberitahu, pasukan hendaklah membuat persiapan seperti berikut: a. Mengemaskini lejar peluru dengan menyemak dokumen-dokumen berikut: (1) TUB 20-0281 - EO Stock Record Sheet. (2) TUB 20-0290 - EO Schedule of Indent. (3) TUB 20-0143 - Annual/Special Inspection on EO. (4) TUB 20-0288 - EO Certificate Issue Voucher (CIV). (5) TUB 20-0287 - EO Certificate Receipt Voucher (CRV). (6) TUB 20-0286 - EO Conversion Voucher (CV). (7) TUB 20-0276 - Explosive Lot Register . b. Menyediakan penyata penerimaan dan pengeluaran yang belum diambil tindakan oleh Bahagian Simpanan. Butir-butir untuk mengesahkan perkara ini dapat diperiksa dari dokumen seperti berikut: (1) TUB 20-0282 - EO Bin Stock Card. (2) TUB 20-0284 - EO Internal Demand and Issue Voucher. (3) TUB 20-0285 - EO Internal Return and Receipt Voucher.


TERHAD 1-15-4 TERHAD (4) TUB 20-0287 - EO External Demand and Issue Voucher. (5) TUB 20-0292 - EO Expanded Certificate. (6) TUB 20-0283 - EO Stack Card. (7) TUB 20-0294 - EO Internal Movement Sheet. c. Menentukan setiap kondisi peluru mempunyai lejar yang berasingan. TINDAKAN PEMERIKSAAN STOK DI PASUKAN 011513. Pasukan adalah bertanggungjawab untuk menjalankan pemeriksaan stok. Lembaga Pemeriksaan Stok yang ditugaskan untuk membuat pemeriksaan stok akan diberikan BAT L 123 (untuk TDM) dan BAT L 3011 (untuk TUDM) yang disediakan pada peringkat awal. 011514. Pemeriksaan stok peluru hendaklah dibuat mengikut BSP/TSP. Pengiraan stok sebenar hendaklah dibuat dan dibandingkan dengan kad stok sebelum dicatat ke dalam BAT L 123. Peluru mestilah dikenalpasti mengikut BAT L 85 sebelum catatan ke dalam BAT L 123 dibuat. Semua jenis peluru yang terdapat atau dijumpai di dalam BSP/TSP tersebut hendaklah dicatatkan. 011515. Pengiraan dilakukan adalah mengikut jenis, batch/lot dan jumlah yang ditandakan di peti peluru berkenaan sahaja. Peti-peti ini mestilah dimeteri pada sebilang masa. 011516. Sekiranya jumlah stok sebenar dan kad stok tidak seimbang, depot adalah bertanggungjawab menyelesaikan. TINDAKAN PENYELARASAN PEMERIKSAAN STOK 011517. Setelah selesai pemeriksaan stok ke atas semua BSP/TSP, Ketua Pemeriksaan Stok akan mengumpul semua BAT L 123 yang telah diisi dan melaksanakan penyelarasan. Penyelarasan pemeriksaan stok untuk TUDM adalah berpandukan PU 4301-000. TINDAKAN PENYESUAIAN 011518. Setelah butir-butir stok sebenar diisi ke dalam BAT L 123 barulah kuantiti dipotong dari lejar. Penyesuaian perlu dibuat di sini dan apa-apa catatan seperti Certificate Issue Voucher dan Certificate Receipt Voucher dilakukan. Segala penyesuaian dibuat hendaklah berdasarkan kepada butir-butir berdokumen. Tindakan penyesuaian di dalam TUDM adalah berpandukan PU 4301-000.


TERHAD 1-15-5 TERHAD PENGAGIHAN LAPORAN 011519. Laporan-laporan Pemeriksaan stok mestilah dimajukan kepada pihak yang telah ditetapkan melalui Arahan Teknikal Perkhidmatan masing-masing. a. TDM. Agihan laporan semak stok adalah seperti berikut: (1) Markas Tentera Darat - Jabatan Arah masing-masing. (2) Markas Medan TD - Cawangan Logistik. (3) Mk Log TD - Tek 4. (4) Divisyen - Ordnans. (5) Briged - Ordnans. (6) Inspektorat Peluru KOD. b. TLDM. Agihan laporan pemeriksaan stok adalah seperti berikut: (1) Markas Tentera Laut. (2) Bahagian Kewangan KEMENTAH. (3) Audit Dalam KEMENTAH. (4) Audit Pertahanan KEMENTAH. (5) Markas Sistem Armada. c. TUDM. Agihan laporan pemeriksaan stok adalah seperti berikut: (1) Markas Formasi masing-masing. (2) Markas Tentera Udara - Wang. (3) Bahagian Kewangan KEMENTAH.


TERHAD 2-1-1 TERHAD BAB 2 DASAR RANGSUM ATM SEKSYEN 1 - AM PENDAHULUAN 020101. Perintah ini bertujuan memberi panduan asas kepada pasukan ATM di dalam pengurusan pembekalan rangsum. Ia mengandungi arahan-arahan tertentu berhubung dengan pentadbiran urusan rangsum yang mesti dipatuhi. 020102. Perintah ini juga menerangkan hak-hak sukatan rangsum, sistem dan tatacara pengurusan rangsum yang dilaksanakan di peringkat pasukan pengguna. Walau bagaimanapun, di bawah Sistem Perkhidmatan Tunggal, setiap perkhidmatan akan mempunyai arahan terperinci masing-masing. DEFINISI 020103. Di dalam bab ini istilah - istilah digunakan didefinisikan seperti berikut: a. Rangsum Percuma. Sukatan Rangsum ATM yang dibekalkan secara percuma dan ditanggung oleh Kerajaan tanpa bayaran balik. b. Rangsum Pecahan. Sukatan Rangsum yang dipecahkan dan dimakan mengikut masa-masa sajian. c. Rangsum Persinggahan. Rangsum yang disediakan semasa persinggahan (rujuk para h). d. Rangsum Segar. Bahan-bahan makanan mentah segar yang mudah dan cepat rosak yang dikeluarkan setiap hari untuk dimasak. e. Rangsum Kering. Jenis bahan makanan kering dan tidak tahan lama yang dikeluarkan setiap dua minggu sekali. f. Rangsum Pukal. Semua jenis bahan makanan yang tahan lama. g. Keluarga Anggota dan Tanggungan. Meliputi suami/isteri, anak dalam tanggungan di bawah 21 tahun atau masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sehingga ke peringkat Ijazah Pertama, anak angkat, anak tiri dan seorang Pembantu Rumah berbayar, sementara anak cacat pula tidak tertakluk kepada had umur.


TERHAD 2-1-2 TERHAD h. Persinggahan. Bermaksud perjalanan/pergerakan atas sebab seperti berikut: (1) Pertukaran. (2) Pindah alih pasukan. (3) Tugas Rasmi yang melibatkan luar stesen. i. Kem Transit. Tempat tumpangan sementara bagi anggota-anggota tentera dan anggota awam KEMENTAH yang di dalam perjalanan/pergerakan persendirian atau pindah alih pasukan. Tempat ini ialah tempat-tempat yang telah diisytiharkan sebagai Kem Transit tetap ataupun mana-mana kem yang diisytiharkan dan digunakan sebagai Kem Transit sementara oleh Mk Formasi. j. Detasmen. Sekumpulan anggota yang terpisah dan jauh dari pasukan asal hingga terpaksa mendapatkan bekalan terus dari Pasukan Bekalan atau pihak pembekal.


TERHAD 2-2-1 TERHAD BAB 2 DASAR RANGSUM ATM SEKSYEN 2 - SUKATAN RANGSUM PENDAHULUAN 020201. Perintah ini menetapkan Sukatan Rangsum yang diperuntukkan kepada ATM. SUKATAN ASAS 020202. Sukatan Asas terdiri daripada sukatan-sukatan Rangsum ATM yang diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera (MAT) dan diisytiharkan di dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT). Sukatan adalah sebagai asas pengeluaran bagi Rangsum Angkatan Tentera dan di dalam keadaan-keadaan yang tertentu. Sukatan-sukatan yang disenaraikan adalah seperti berikut: a. Sukatan Rangsum Biasa Angkatan Tentera. b. Sukatan Rangsum Kapal Besar TLDM. c. Sukatan Rangsum Pecahan/Persinggahan Angkatan Tentera. d. Sukatan Rangsum Pesakit Angkatan Tentera. e. Sukatan Rangsum Gugur Angkatan Tentera. f. Sukatan Rangsum Penerbangan Angkatan Tentera. g. Sukatan Rangsum Tempur Angkatan Tentera. h. Sukatan Rangsum Serigala Angkatan Tentera. i. Sukatan Rangsum Kuda Angkatan Tentera. j. Sukatan Rangsum Kapal Selam TLDM. k. Sukatan Rangsum Tambahan kepada Sukatan Rangsum Angkatan Tentera. l. Sukatan Rangsum Khas Operasi.


TERHAD 2-2-2 TERHAD RANGSUM TAMBAHAN 020203. Rangsum tambahan boleh dikeluarkan di dalam keadaan-keadaan seperti berikut: a. Pengeluaran lebihan rangsum untuk pasukan kecil dan detasmen. b. Peruntukan wang tunai untuk pembelian makanan pada hari-hari kebesaran. c. Rangsum percuma untuk anggota tentera yang bertugas dalam kem di pasukan. d. Pengeluaran rangsum percuma kepada keluarga anggota tentera semasa persinggahan. e. Perjalanan/Pergerakan Persendirian/Bersama Keluarga. f. Pindah Alih Pasukan. 020204. Pengeluaran rangsum lebihan untuk pasukan kecil dan detasmen. a. Pasukan Kecil dan detasmen yang mempunyai kekuatan sajian harian 100 orang atau kurang adalah berhak mendapatkan rangsum melebihi daripada hak Sukatan Asas untuk mengimbangi kerugian dan kehilangan bahan makanan semasa persediaan masakan dan hidangan. Kadar lebihan ini adalah seperti berikut: (1) Untuk pasukan/detasmen yang mempunyai kekuatan sajian harian 50 anggota atau kurang: Kekuatan Sajian Harian Kadar Tambahan Di dalam Rangsum Sehari 1 - 7 1 8 - 12 2 13 - 17 3 18 - 22 4 23 - 27 5 28 - 32 6 33 - 37 7 38 - 42 8 43 - 47 9 48 - 50 10


TERHAD 2-2-3 TERHAD (2) Untuk pasukan/detasmen yang mempunyai kekuatan sajian harian 51 hingga 100 anggota: Kekuatan Sajian Harian Kadar Tambahan Di dalam Rangsum Sehari 51 - 55 5 56 - 65 6 66 - 75 7 76 - 85 8 86 - 92 9 93 - 100 10 b. Pasukan atau detasmen yang mempunyai kekuatan sajian harian melebihi 100 orang adalah tidak berhak mendapat apa-apa rangsum lebihan. c. Kapal-kapal TLDM yang mempunyai kekuatan sajian harian 100 orang atau kurang berhak untuk mendapat apa-apa rangsum lebihan mengikut kadar seperti yang dinyatakan di atas. d. Pengeluaran rangsum lebihan secara tunai juga diberi kepada pasukan-pasukan atau detasmen yang menerima sajian rangsum segar sekiranya kekuatan sajian mereka 100 orang atau kurang. e. Kekuatan sajian keseluruhan kurang dari 100 orang, pengeluaran tambahan bagi daging kambing untuk anggota beragama Hindu hendaklah juga dikeluarkan mengikut nisbah. f. Wisma Perwira dan Wisma Bintara tidak dikira sebagai pasukan atau “detasmen” yang berasingan. Penghuni-penghuni mesti dikira sebagai sebahagian dari jumlah kekuatan sajian harian bagi tiap-tiap satu pasukan/detasmen. 020205. Peruntukan Wang Tunai untuk Rangsum Pada Hari-Hari Kebesaran. a. Anggota-anggota tentera yang terdiri dari pegawai atau lain-lain pangkat yang menerima sajian dari rumah-rumah masak atau wisma-wisma adalah berhak mendapat peruntukan berupa wang tunai untuk membeli makanan lebihan di Hari-Hari Kebesaran berikut: (1) Anggota-anggota beragama Islam - Hari Raya Puasa (Aidilfitri). (2) Anggota-anggota beragama Kristian - Hari Natal (Christmas).


TERHAD 2-2-4 TERHAD (3) Anggota-anggota dari lain-lain agama/keturunan - satu hari kebesaran setahun seperti berikut: (a) Cina - Tahun Baru Cina. (b) Hindu/Sikh - Deepavali. (c) Buddha- Hari Wesak. (d) Iban - Hari Gawai. (e) Kadazan - Pesta Keamatan (Menuai). (f) Lain-lain - Mana-mana hari yang berkaitan. b. Peruntukkan ini diberi kepada semua rumah masak atau wisma-wisma yang menerima bekalan bahan makanan dari pasukan bekalan ataupun yang sedang menerima Sajian Tunai Rangsum Segar. c. Kelayakan menerima peruntukan ini bagi tiap-tiap anggota terhad kepada sekali dalam setahun berdasarkan kepada agama dan kepercayaan. Oleh yang demikian, bagi anggota India dan Cina yang beragama Kristian berhak menerima peruntukan ini hanya pada hari Natal sahaja dan tidak pada hari Deepavali atau Tahun Baru Cina. d. Kadar peruntukkan bagi tiap-tiap anggota adalah seperti yang ditetapkan di dalam arahan pentadbiran yang berkuat kuasa dari masa ke semasa. e. Wang peruntukkan diperolehi melalui saluran seperti berikut: (1) Darat - Permohonan dimajukan ke Mk Log TD - Kump KP dan Sijil Pengesahan Peruntukan akan disalurkan ke Pejabat Gaji Unit pasukan yang memohon. (2) Udara - Permohonan dimajukan ke MTU - Belanjawan dan Sijil Pengesahan Peruntukkan akan disalurkan ke PTJ pasukan yang memohon. (3) Laut - Permohonan dimajukan ke panjar Markas Formasi pasukan yang memohon. f. Bahan-bahan yang dibeli hendaklah berupa jenis-jenis makanan dan mematuhi spesifikasi bahan-bahan makanan ATM. Pembelian makanan dan minuman yang tidak halal tidak dibenarkan.


TERHAD 2-2-5 TERHAD 020206. Rangsum Percuma Untuk AT Yang Bertugas Dalam Kem Di Pasukan. a. Pasukan-pasukan boleh menempah untuk mendapatkan rangsum percuma bagi anggota-anggota yang bertugas dalam kem dengan syarat tugas mereka tidak membenarkan mereka meninggalkan tempat bertugas untuk makan. Rangsum yang ditempah boleh berupa rangsum penuh untuk 24 jam atau rangsum pecahan yang terdiri daripada minum pagi, makan tengah hari, minum petang atau makan malam. Untuk rangsum penuh, anggota-anggota hendaklah bertugas lebih daripada 12 jam, dan sekiranya kurang mereka hanya berhak diberi rangsum pecahan sahaja meliputi masa-masa sajian di masa-masa mereka menjalankan tugas sama ada minum pagi, makan tengah hari, minum petang atau makan malam. b. Sukatan rangsum yang telah dipecahkan mengikut masa-masa sajian dipanggil Sukatan Rangsum Pecahan/Persinggahan. c. Tempahan dan Perakaunan Rangsum adalah seperti berikut: (1) Rangsum Penuh. Ditempah dan diakaun sama seperti rangsum biasa pasukan. Tempahan dan perakaunan berasingan adalah tidak perlu. (2) Rangsum Pecahan. Rangsum pecahan hendaklah ditempah secara berasingan. Tempahan rangsum ini hendaklah dilaksanakan seperti berikut: (a) Tempahan. Tempahan hendaklah dibuat dengan menggunakan BAT L 96 yang berasingan dengan menyatakan keperluan rangsum mengikut masa-masa sajian yang diperlukan dan mencatatkan di ruangan-ruangan yang dikhaskan seperti di berikut: i. Sarapan pagi. ii. Makan tengah hari. iii. Minum petang. iv. Makan malam. (b) Perakaunan Rangsum Pecahan. Akaun Makanan Pasukan (BAT L 523) hendaklah digunakan untuk perakaunan rangsum pecahan dengan menggunakan bahagian-bahagian yang disediakan. Pengambilan lebih atau kurang hendaklah dibuat ke atas tiap-tiap masa sajian.


TERHAD 2-2-6 TERHAD (c) Perakaunan Rangsum Kering. Permohonan, pengeluaran dan perakaunan rangsum kering untuk rangsum pecahan ini hendaklah diuruskan sama seperti rangsum segar. Pesanan juga direkodkan mengikut masa-masa sajian yang diperlukan dan dicatat di ruanganruangan yang dikhaskan seperti sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. 020207. Pengeluaran Rangsum Percuma Kepada Tanggungan Anggota-Anggota Tentera Semasa Persinggahan. Tanggungan-tanggungan anggota tentera berhak mendapat rangsum percuma semasa terlibat dalam pergerakan semasa pindah alih pasukan atau semasa perjalanan/pergerakan persendirian. 020208. Perjalanan/Pergerakan Persendirian/Bersama Keluarga. Keluarga/ tanggungan anggota tentera adalah berhak mendapat rangsum percuma sepanjang masa ianya menginap di Kem Transit. 020209. Pindah Alih Pasukan. Tertakluk kepada kelulusan oleh Bahagian yang berkenaan, keluarga tanggungan anggota tentera adalah berhak mendapat rangsum percuma selama 14 hari mulai daripada 7 hari sebelum tarikh bertolak meninggalkan tempat asal sehingga 7 hari selepas tarikh sampai kepada tempat yang dituju. Pengeluaran rangsum percuma melebihi dari 14 hari bagi satu-satu pergerakan mestilah dengan kelulusan Bahagian Kewangan dan Akaun, KEMENTAH. 020210. Sukatan Rangsum. Pengeluaran rangsum sama ada bagi tujuan pergerakan persendirian ataupun pindah alih pasukan mestilah berasaskan hanya kepada Sukatan Rangsum Pecahan/Persinggahan AT. Juga bagi kedua-dua keperluan, tanggungantanggungan yang berumur 12 tahun ke atas adalah berhak mendapat sukatan rangsum harian yang penuh dan tanggungan-tanggungan yang berumur kurang dari 12 tahun pula berhak mendapat setengah sukatan harian sahaja. 020211. Tatacara Permohonan dan Perakaunan. Permohonan hendaklah mengikut tatacara biasa yang dijalankan menerusi Pasukan Bekalan atau secara hantaran terus di mana sistem tersebut telah diluluskan. Rangsum yang diperolehi hendaklah diakaun sebagai rangsum pecahan/persinggahan dalam BAT L 523. Tiap-tiap 2 tanggungan bagi kanakkanak di bawah umur 12 tahun hendaklah dikira sebagai satu kekuatan. PEMBEKALAN RANGSUM SECARA PERCUMA KEPADA ANGGOTA ATM 020212. Selain dari sukatan-sukatan yang telah dinyatakan sebelum ini, pembekalan rangsum kepada anggota ATM di dalam keadaan biasa adalah atas dasar “bayar balik” mengikut cara dan kadar yang telah ditetapkan. Walaupun demikian, pembekalan rangsum dalam keadaan-keadaan berikut diberi percuma tanpa bayaran balik:


TERHAD 2-2-7 TERHAD a. Semasa operasi atau bertugas di atas kapal laut yang membuat rondaan atau berada luar daripada pangkalan asal. b. Semasa menjalankan latihan rasmi yang dikelolakan lebih daripada 12 jam. c. Semasa mengikut kursus atau latihan dengan syarat ia tinggal di dalam institut latihan berkenaan. d. Semasa dikenakan bertugas dan tidak dapat pulang untuk makan di tempat biasa. TATACARA PERMOHONAN KELULUSAN RANGSUM TAMBAHAN KEPADA SUKATAN RANGSUM ATM 020213. Permohonan untuk mendapatkan Rangsum Tambahan adalah seperti berikut: a. Pasukan TD hendaklah menggunakan borang seperti di Kembaran A. Sebanyak 3 salinan hendaklah dimajukan kepada Mk KP Div yang berkaitan atau Kump KP – Mk Log TD (bagi pasukan-pasukan yang mendapat bekalan daripada 91 Depot Bekalan Pusat) untuk kelulusan. Agihan borang-borang jika diluluskan adalah seperti berikut: (1) Salinan pertama - Mk KP yang berkaitan atau Kump KP. (2) Salinan kedua - Pasukan pemohon. (3) Salinan ketiga - Pasukan Bekalan berkaitan. b. Pasukan TLDM hendaklah menggunakan borang seperti di Kembaran B. 3 salinan hendaklah dimajukan ke Mk Formasi berkenaan untuk kelulusan. Agihan borang -borang jika diluluskan adalah seperti berikut: (1) Salinan pertama - Mk Formasi berkenaan. (2) Salinan kedua - Unit pemohon. (3) Salinan ketiga - Pasukan Bekalan (Unit Pengurusan Rangsum). c. Pasukan TUDM hendaklah menggunakan borang seperti di Kembaran C. Sebanyak 3 salinan hendaklah dimajukan ke Mk TUDM (Bahagian Materiel) untuk kelulusan. Agihan borang-borang jika diluluskan adalah seperti berikut: (1) Salinan pertama - Mk TUDM (Materiel).


TERHAD 2-2-8 TERHAD (2) Salinan kedua - Pasukan pemohon. (3) Salinan ketiga - Mk Formasi berkenaan. 020214. Kelulusan tersebut hanya sah tempoh laku untuk jangka masa 3 bulan dari tarikh diluluskan. Jika keperluan rangsum masih dikehendaki melebihi dari tempoh sah laku tersebut, permohonan yang baru mesti dimajukan mengikut saluran-saluran pemerintahan yang berkenaan seperti yang dinyatakan.


TERHAD 2-2A-1 TERHAD KEMBARAN A KEPADA SEKSYEN 2 KEPADA BAB 2 PATM JILID III TERHAD BORANG PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN KEBENARAN PENGELUARAN RANGSUM TAMBAHAN KEPADA SUKATAN RANGSUM ANGKATAN TENTERA UNTUK PASUKAN-PASUKAN TENTERA DARAT BAHAGIAN I (Untuk diisi oleh Pasukan) Daripada......................................................................................................................(Pasukan) Kepada ............................................................................................... (Mk KP yang berkaitan) 1. Kebenaran adalah dipohon untuk pengeluaran Sukatan Rangsum Tambahan kepada Sukatan Rangsum AT seperti berikut: a. Kategori tambahan : ......................................................................................... b. Jumlah anggota yang terlibat ........................................(senarai anggota disertakan) c. Untuk tempoh masa ................................................................................ (hari) mulai .................................................. hingga .................................................. d. Jenis Tugas : .......................................................................................................... .............................................................................................................................. .............................................................................................................................. 2. Saya mengesahkan bahawa butir-butir di atas adalah betul dan kategori tambahan yang dipohon benarbenar diperlukan untuk tugas-tugas rasmi. Tarikh: ................................ .................................................................. Tandatangan Pegawai Memerintah/Pemerintah Cop Pasukan Nama:...................................................... Pangkat:............................................... A - 1 TERHAD


TERHAD 2-2A-2 TERHAD TERHAD BAHAGIAN II (Untuk kegunaan Mk KP/ Kump KP - Mk Log TD ) 3. Permohonan diluluskan/tidak diluluskan. 4. Rujukan : ...................................................................................................................... 5. Arahan-arahan khas : ....................................................................................................... ...................................................................................................................................................... Tarikh : .................................... .......................................................... Tandatangan Peg Mk KP/Kump KP - Mk Log TD Cop Markas Nama : ............................................ Pangkat : ......................................... Nota: 1. Pasukan yang memohon hendaklah memajukan borang ini dalam 3 salinan terus kepada Mk KP Div yang berkenaan atau Kump KP - Mk Log TD. 2. Sekiranya diluluskan, Mk KP Div atau Kump KP - Mk Log TD akan mengedarkan salinan kedua kepada pasukan pemohon, salinan ketiga kepada Pasukan Bekalan yang berkaitan dan salinan asal disimpan sebagai salinan fail. 3. Tempoh sah laku adalah 3 bulan dari tarikh kelulusan. A - 2 TERHAD


TERHAD 2-2B-1 TERHAD KEMBARAN B KEPADA SEKSYEN 2 KEPADA BAB 2 PATM JILID III TERHAD BORANG PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN KEBENARAN PENGELUARAN RANGSUM TAMBAHAN KEPADA SUKATAN RANGSUM ANGKATAN TENTERA UNTUK PASUKAN-PASUKAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA BAHAGIAN I (Untuk diisi oleh Unit/Kapal TLDM) Daripada.....................................................................................................................(Unit/Kapal) Kepada.....................................................................................................................(Mk Formasi) 1. Kebenaran adalah dipohon untuk pengeluaran Sukatan Rangsum Tambahan kepada Sukatan Rangsum AT seperti berikut: a. Kategori tambahan : .............................................................................................. b. Jumlah anggota yang terlibat........................................(senarai anggota disertakan) c. Untuk tempoh masa ......................................................................................(hari) mulai ..................................................... hingga .................................................... d. Jenis Tugas : .......................................................................................................... ............................................................................................................................... ............................................................................................................................... 2. Saya mengesahkan bahawa butir-butir di atas adalah betul dan kategori tambahan yang dipohon benar-benar diperlukan untuk tugas-tugas rasmi. Tarikh: ................................ .................................................................. Tandatangan Pegawai Memerintah/Pemerintah Cop Pasukan Nama:......................................................... Pangkat:...................................................... B - 1 TERHAD


TERHAD 2-2B-2 TERHAD TERHAD BAHAGIAN II (Untuk kegunaan Mk Formasi) 3. Permohonan diluluskan/tidak diluluskan. 4. Rujukan: ........................................................................................................................... 5. Arahan-arahan khas:.......................................................................................................... ...................................................................................................................................................... Tarikh:.................................... .................................................... Tandatangan Pegawai Meluluskan Cop Markas Nama:............................................ Nombor:........................................ Nota: 1. Unit-unit atau kapal-kapal TLDM yang memohon hendaklah memajukan borang ini dalam 3 salinan terus ke Mk Formasi. 2. Sekiranya diluluskan, Mk Formasi akan mengedarkan salinan kedua kepada pasukan pemohon, salinan ketiga kepada Unit Pengurusan Rangsum yang berkaitan dan salinan asal disimpan sebagai salinan fail. 3. Tempoh sah laku adalah 3 bulan dari tarikh kelulusan. B - 2 TERHAD


TERHAD 2-2C-1 TERHAD KEMBARAN C KEPADA SEKSYEN 2 KEPADA BAB 2 PATM JILID III TERHAD BORANG PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN KEBENARAN PENGELUARAN RANGSUM TAMBAHAN KEPADA SUKATAN RANGSUM ANGKATAN TENTERA UNTUK PASUKAN-PASUKAN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA BAHAGIAN I (Untuk diisi oleh Unit) Daripada ............................................................................................................................ (Unit) Kepada : Mk Tentera Udara. 1. Kebenaran adalah dipohon untuk pengeluaran Sukatan Rangsum Tambahan kepada Sukatan Rangsum AT seperti berikut: a. Kategori tambahan : ......................................................................................... b. Jumlah anggota yang terlibat........................................ (senarai anggota disertakan) c. Untuk tempoh masa................................................................................. (hari) mulai .................................................. hingga .................................................. d. Jenis Tugas : .......................................................................................................... .............................................................................................................................. .............................................................................................................................. 2. Saya mengesahkan bahawa butir-butir di atas adalah betul dan kategori tambahan yang dipohon benar-benar diperlukan untuk tugas-tugas rasmi. Tarikh: ................................ .................................................................. Tandatangan Komander Pangkalan/ Pegawai Memerintah Cop Pasukan Nama : ....................................................... Pangkat: ..................................................... C - 1 TERHAD


Click to View FlipBook Version