TERHAD 5-3B-8 TERHAD d. Adakah pembekal yang telah diwujudkan boleh dipercayai dari segi tahap kualiti, keupayaan untuk penghantaran tepat pada masa yang telah ditetapkan dan kesanggupan untuk menerima waranti perbekalan yang ditetapkan? e. Adakah kebolehpercayaan, keboleh senggaraan dan faktor kejuruteraan sumber manusia telah dibuat konsultasi dalam pemilihan dan aplikasi bahagian (parts) peralatan? Kebolehpercayaan menitik beratkan kadar tahap kegagalan, tekanan, toleransi dan tahap suhu tinggi yang dibenarkan. Kebolehselenggaraan dan faktor sumber manusia berhubung kait dengan bahagian yang terlibat dengan masa selenggaraan, human interface dan sebagainya. 15. Keseragaman (Standardization) a. Adakah piawaian/standard peralatan dan bahagian (parts) yang dipasangkan dalam reka bentuk telah dilaksanakan sebaik mungkin? b. Adakah peralatan dan/atau bahagian (parts) yang sama digunakan untuk aplikasi yang seakan serupa (similar applications)? c. Adakah bilangan jenis bahagian (part types) yang berlainan digunakan sepanjang reka bentuk diminimakan? Di dalam kepentingan membangunkan keupayaan sokongan bekalan yang berkesan, bilangan alat ganti yang berlainan perlu dipegang pada tahap yang minima. d. Adakah label pengenalan peralatan diseragamkan ke tahap yang sebaik mungkin? e. Adakah kedudukan panel kawalan peralatan dan susun atur (dari panel ke panel) yang sama atau hampir serupa apabila digabungkan akan menghasilkan fungsi yang berbeza? 16. Pembungkusan a. Adakah fungsi pembungkusan dirancang ke tahap maksima dengan mengambil kira perkara berikut: (1) Tempoh masa diperlukan untuk menyiapkan pembaikan? (2) Jenis pengangkutan dan MHE yang diperlukan? (3) Peruntukkan ruang penyimpanan untuk pengstoran peralatan? (4) Jenis material peralatan dengan mengambil faktor kebakaran, keselamatan dan pelupusan?
TERHAD 5-3B-9 TERHAD (5) Penggunaan penandaan (marking) yang bersesuaian? (6) Penggunaan pembungkusan yang standardised? 17. Kebolehcapaian (Accessibility) a. Adakah pintu akses yang disediakan di mana sesuai? b. Adakah pembukaan akses dalam saiz yang mencukupi dan optimum terletak untuk akses yang diperlukan? c. Bolehkah akses pintu yang berengsel disokong dalam kedudukan terbuka? 18. Pengendalian a. Adakah prosedur mengangkat peralatan berat yang menggunakan forklift telah ditetapkan terutama berat yang boleh membahayakan? b. Adakah hoist and base lifting points dikenalpasti relatif dengan kapasiti mengangkat (lifting capacities)? Adakah label berat muatan disediakan? c. Adakah pembungkusan ke atas barang-barang yang berat melebihi 5 kilogram disediakan dengan pemegang mengikut saiz dan kedudukan yang betul? d. Adakah bekas atau penutup disediakan untuk melindungi kelengkapan yang terdedah daripada kerosakan semasa pengendalian? 19. Pelarasan dan Penjajaran a. Adakah keperluan pelarasan dan penjajaran dikenal pasti? b. Adakah keperluan pelarasan telah diminimakan? c. Adakah tempat (point) pelarasan mudah diakses? d. Adakah lokasi tempat pelarasan selaras dengan tahap penyelenggaraan di mana pelarasan itu dibuat? e. Adakah pelarasan oleh OEM dinyatakan? f. Adakah tempat pelarasan dilabel secukupnya?
TERHAD 5-3B-10 TERHAD 20. Kabel dan Penyambung a. Adakah pelabelan kabel mencukupi? b. Adakah penyambung yang dipasang pada permukaan mengambil kira jarak yang mencukupi supaya ia boleh berfungsi untuk menyambung dan diputuskan? c. Adakah penyambung dan bekas-bekas (receptacles) dilabel? d. Adakah penyambung dan bekas-bekas (receptacles) perlu dikunci? e. Adakah penyambung telah diseragamkan? f. Adakah penyambung mengambil kira faktor pencegahan kelembapan (moisture prevention)? 21. Rawatan dan Pelinciran a. Adakah keperluan rawatan telah diambil kira sehingga tahap minimum? b. Adakah keperluan khusus dikenal pasti apabila rawatan diperlukan? Ini termasuk kekerapan rawatan dan bahan-bahan yang diperlukan. c. Adakah perolehan untuk bahan-bahan rawatan telah dikenali pasti? d. Adakah lokasi, kakitangan dan keperluan peralatan untuk rawatan telah dikenal pasti? 22. Tentukuran (Calibration) a. Adakah keperluan penentukuran telah disediakan pada tahap minimum? b. Adakah keperluan penentukuran telah dikenali pasti? c. Adakah kekerapan penentukuran telah dikenali pasti? d. Adakah had toleransi penentukuran telah dikenali pasti? e. Adakah piawaian disediakan untuk penentukuran? f. Adakah prosedur penentukuran telah disediakan? g. Adakah fasilitas untuk penentukuran telah dikenal pasti?
TERHAD 5-3B-11 TERHAD h. Adakah keperluan penentukuran selaras dengan analisis bantuan logistik dan konsep selenggaraan? 23. Persekitaran a. Adakah reka bentuk peralatan mengambil kira perkara-perkara berikut: suhu, kejutan, getaran, kelembapan, tekanan, angin, semburan garam, pasir, debu, hujan, kulat dan radiasi dalam julat dan syarat-syarat yang ekstrem yang telah dikenalpasti? b. Adakah peraturan telah dibuat untuk menentukan dan mengawal bunyi, pencahayaan, kelembapan dan suhu di kawasan-kawasan di mana anggota diperlukan untuk melaksanakan operasi dan penyelenggaraan? 24. Pengstoran a. Bolehkah peralatan dan alat ganti disimpan untuk jangka masa yang panjang tanpa penurunan darjah berlebihan (excessive degradation)? b. Adakah keperluan penyelenggaraan berjadual untuk peralatan yang disimpan telah ditakrifkan? c. Adakah kekerapan keperluan penyelenggaraan berjadual bagi peralatan yang tersimpan telah dihapuskan atau diminimumkan? d. Adakah keperluan sumber-sumber penyelenggaraan yang diperlukan untuk selenggaraan stor penyimpanan dikenal pasti? e. Adakah persekitaran pengstoran telah ditakrifkan? f. Adakah keperluan fasilitas kawalan persekitaran yang khusus telah di ambil kira? 25. Pengangkutan a. Adakah keperluan pengangkutan dan pengendalian telah ditakrifkan? b. Adakah keperluan pengangkutan dipertimbangkan dalam reka bentuk peralatan? Ini termasuk mengambil kira julat suhu, getaran dan kejutan (shock), kelembapan, dan sebagainya. Adakah kemungkinan penurunan darjah peralatan dapat diminimumkan jika diangkut melalui pengangkutan darat, udara atau laut? c. Adakah peralatan mudah dilerai, dibungkus, diangkut dari satu lokasi ke lokasi lain dan dipasang semula serta dikendalikan dalam toleransi (tolerance) penurunan darjah prestasi dan kebolehpercayaan yang minimum?
TERHAD 5-3B-12 TERHAD d. Adakah keperluan kontena telah ditakrifkan? e. Adakah keperluan MHE telah ditakrifkan? f. Adakah pemilihan MHE berdasarkan pertimbangan keberkesanan kos? 26. Produktiviti a. Adakah reka bentuk stabil (perubahan minimum)? b. Adakah reka bentuk disahkan berdasarkan prototaip dan ujian kelayakan? c. Adakah reka bentuk kebanyakkan model yang sama boleh dihasilkan dengan keputusan serupa? d. Adakah pangkalan data, lukisan teknikal, dan senarai bahan mencukupi? e. Adakah bahan-bahan yang biasa (common) digunakan sebagai ganti bahanbahan khas? f. Bolehkah peralatan standard (standard tooling) dan kemudahan yang sedia ada digunakan untuk fabrikasi, pemasangan, dan ujian pengendalian? g. Adakah keperluan kerja semula (rework) dan faktor-faktor kerosakan ke atas reka bentuk diminimakan? h. Adakah standard fabrikasi, pemasangan, ujian, dan prosedur pemeriksaan bersesuaian (applicable)? i. Adakah reka bentuk proses pembuatan automatik (contohnya robotik atau mekatronik) boleh digunakan untuk fungsi-fungsi berulang? j. Adakah definisi reka bentuk oleh kontraktor berlainan boleh menghasilkan keputusan yang serupa daripada spesifikasi dan lukisan peralatan? 27. Keselamatan (Safety) a. Adakah keputusan uji cuba yang gagal telah diambil kira dalam proses reka bentuk? b. Adakah langkah-langkah keselamatan ke atas peralatan/peranti yang tersembul (protruding) diambil kira dan dilindungi? c. Adakah perolehan ke atas peralatan mengambil kira perlindungan terhadap voltan tinggi?
TERHAD 5-3B-13 TERHAD d. Adakah tepi logam yang tajam, laluan keluar/masuk dan sudut-sudut dilindungi dengan getah, kambi, gentian, atau salutan plastik? e. Adakah interlock telah dipasang pada semua litar elektrik? f. Adakah standoffs atau handles disediakan untuk melindungi prestasi peralatan dari kerosakan semasa bench maintenance? g. Adakah peralatan yang digunakan berhampiran kawasan voltan tinggi terlindung secukupnya pada pemegang atau di bahagian-bahagian lain peralatan berkemungkinan tersentuh oleh anggota penyelenggara? h. Adakah jaminan keselamatan persekitaran kakitangan dengan memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi? (1) Tahap bunyi bising dalam julat yang selamat? (2) Pencahayaan mencukupi? (3) Sistem pengudaraan yang bersih dan selamat? (4) Suhu pada tahap yang sepatutnya? i. Adakah Peralatan Perlindungan Diri (Personal Protective Equipments) yang sesuai untuk kawasan-kawasan di mana alam sekitar boleh menjejaskan keselamatan manusia contohnya sinaran, sejuk atau panas, gas, dan bunyi bising dikenalpasti? j. Adakah keperluan peralatan keselamatan di kawasan-kawasan yang berpotensi mendatangkan kemudaratan dikenalpasti? k. Adakah sistem analisis hazard telah siap terpasang di lokasi yang telah dikenalpasti? 28. Keboleharapan a. Adakah tempoh hayat (wear out) sistem/peralatan telah ditakrifkan? b. Adakah mod kegagalan dan kesannya dikenal pasti? c. Adakah kadar kegagalan item telah dikenali? d. Adakah bahagian dengan kadar kegagalan yang berlebihan (excessive failure) dikenal pasti?
TERHAD 5-3B-14 TERHAD e. Adakah min hayat peralatan telah ditentukan? f. Adakah faktor-faktor nyahkadaran (derating) yang mencukupi diwujudkan dan dipatuhi di mana sesuai? g. Adakah kompleksiti reka bentuk (design complexity) peralatan telah diminimakan? h. Adakah perlindungan terhadap kegagalan sekunder (akibat kegagalan utama) diambil kira di mana mungkin? i. Adakah penggunaan komponen boleh laras (adjustable components) telah diminimakan? j. Adakah penggunaan geseran atau tekanan sentuhan (pressure contacts) dalam peralatan mekanikal dielakkan? k. Adakah peruntukan penyejukan dan perkara-perkara yang paling kritikal telah dimasukkan dalam reka bentuk pada bahagian hot spot? l. Adakah semua keperluan program keboleharapan telah dipenuhi? 29. Perisian a. Adakah semua keperluan perisian sistem untuk aktiviti-aktiviti penyelenggaraan dipenuhi? b. Adakah penyelenggaraan perisian lengkap daripada segi skop dan kedalaman liputan (depth of coverage)? c. Adakah perisian serasi (compatible) dengan antara muka (interfaces) peralatan? Adakah perisian penyelenggaraan serasi dengan perisian operasi dan elemen-elemen lain dalam sistem? d. Adakah bahasa perisian penyelenggaraan (maintenance software language) serasi dengan bahasa sistem perisian secara umum? e. Adakah perisian diuji dan disahkan secukupnya untuk kejituan dan keboleharapan?
TERHAD 5-3C-1 TERHAD KEMBARAN C KEPADA SEKSYEN 3 KEPADA BAB 5 PATM JIL III FORMAT ILS KONSEP (ILSC) AM 1. Perenggan ini perlu memberikan kenyataan ringkas tentang pendekatan yang dimaksudkan bagi mendefinisikan keperluan ILS dan menunjukkan skop program ILS untuk keupayaan baru (new capability)..Skop tersebut harus ditentukan oleh analisis teknologi yang berkemungkinan akan diperkenalkan bersama peralatan, persekitaran di mana peralatan tersebut dirancang dan akan digunakan serta Life of Type. Andaian, sumber data dan kajian terdahulu perlu disenarai sebagai rujukan dan tindakan. Tujuan 2. Tujuan Konsep Bantuan Logistik Bersepadu adalah untuk mengenalpasti opsyen ILS yang akan dibangunkan bagi peralatan kapital XXXXXXXX. Objektif Kesiagaan Sistem 3. Objektif Kesiagaan Sistem (SRO) adalah keperluan kebolehsediaan operasi atau keupayaan misi bagi peralatan kapital tersebut. Ia adalah bertujuan untuk memastikan kesiagaan peralatan kapital tersebut dicapai semasa pengoperasian (operational) samada di masa aman dan perang. SRO menentukan atau mempengaruhi cara di mana sistem ini akan menyokong peranannya di dalam operasi. SRO menyediakan asas untuk menilai kesiagaan sistem sebenar terhadap kesiagaan sistem sasaran (target system readiness) dengan mengambil kira perkara berikut: a. Profil Misi. b. Kebolehpercayaan dan Kebolehsengaraan dalam Reka Bentuk Sistem. c. Ciri-ciri dan Prestasi Sistem Bantuan. d. Skala masa (timescale) yang dirancang untuk fasa kitaran hayat, termasuk tarikh pemberhentian (withdrawal) dan pelupusan yang dirancang. e. Kuantiti dan Lokasi Sumber Bantuan. 4. Cara yang paling berkesan untuk menentukan SRO adalah dengan melakukan Use Study. Hasil dan keputusan Use Study perlu dirumuskan secara ringkas di dalam SRO.
TERHAD 5-3C-2 TERHAD Pengurusan ILSC 5. Rangka kerja pengurusan ILSC ini perlu diperincikan dan ianya merangkumi: a. Pencalonan/perlantikan (Pengurus Keupayaan Peralatan Kapital) ke atas perjawatan (Nomination of the appointment) yang dibuat bagi perolehan sesuatu peralatan kapital akan bertanggungjawab dalam keseluruhan pengurusan dan proses ILSC mengikut fasa berikut: (1) Fasa Konsep - Desk Officer dibahagian Rancang dan Pembangunan (R&D) Perkhidmatan masing-masing yang bertanggungjawab di dalam pembangunan keupayaan yang diperlukan. (2) Semasa Perolehan - Pengarah Projek atau pihak berkuasa tertinggi yang dipertanggungjawabkan. (3) Fasa Operasi - Markas Operasi (operational authority) Perkhidmatan masing-masing adalah dilantik dan dipertanggungjawabkan. (4) Fasa Pelupusan - Pengarah Projek perlu bertanggungjawab dan mengambilkira keperluan/keupayaan/kemampuan yang lama dan baru (synchronize) di dalam menguruskan penggantian peralatan kapital. b. Garis panduan (outline) bagi memperolehi fakta dan idea untuk proses pengurusan ILSC, tercetus daripada bidang kuasa pelantikan tim projek dan proses kelulusan Jawatan Kuasa Keupayaan Perkhidmatan dan ATM (capability management committee). c. Perlantikan jawatankuasa untuk pengurusan konfigurasi ILSC perlu dilaksanakan sepanjang kitaran hayat peralatan kapital. d. Huraian proses yang akan digunakan untuk menguruskan pelaksanaan keputusan yang direkod di dalam ILSC, termasuk tanggung jawab untuk audit pematuhan. Tugas dan tanggung jawab ini dipertangungjawabkan kepada Pengurus Keupayaan Peralatan Kapital. Analisis Bantuan Logistik (LSA) 6. Analisis Bantuan Logistik digunakan untuk mempengaruhi reka bentuk dan pilihan material bagi membangunkan sistem bantuan yang diperlukan dan membina data sistem di dalam pengurusan Fasa Operasi. Perenggan ini perlu menghurai objektif LSA, sejauh mana LSA yang akan dilakukan, siapa yang akan melaksanakannya dan hasil yang dijangkakan (expected) diperolehi daripada LSA. Fakta-fakta ini menyumbang ke arah samada dan
TERHAD 5-3C-3 TERHAD bagaimana ia digunakan untuk mempengaruhi reka bentuk, bantuan Fasa Operasi dan lainlain. Elemen Bantuan Logistik Bersepadu 7. Konsep untuk setiap elemen ILS perlu dinyatakan dengan jelas. Konsep ini perlu berasaskan kepada Konsep Bantuan Senggaraan dan berdasarkan SRO. Sepuluh elemen yang perlu diambil kira adalah seperti berikut: a. Konsep Bantuan Kejuruteraan. Semasa Fasa Konsep, nyatakan keperluan dan pilihan yang sediada untuk bantuan kejuruteraan, termasuk pengurusan konfigurasi, kejuruteraan sumber manusia (human engineering), kejuruteraan RAM, keseragaman dan Interoperability, kesiagaan udara dan laut (airworthiness and seaworthiness), kejuruteraan keselamatan, analisis kejuruteraan senggaraan, kebolehsesuaian (survaivability) dan kebolehtahanan (vulnerability), ujian dan penilaian, kebolehujian (testability) dan kebolehangkutan (transportability). Semasa Fasa Perolehan dan Operasi, opsyen-opsyen di atas adalah bergantung kepada diskripsi (description) keperluan bantuan kejuruteraan untuk peralatan kapital, tugas dan tanggungjawab serta proses-proses yang akan digunakan. b. Konsep Bantuan Selenggaraan. Konsep Bantuan Senggaraan merupakan penyumbang utama untuk ILSC di mana sebahagian besar elemen ILS adalah diperolehi daripadanya. Semasa Fasa Konsep, tahap pilihan yang ada untuk penyelenggaraan adalah termasuk jangkaan peringkat perbaikan, jenis bantuan senggaraan jika diperlukan dan polisi pembaikan/pelupusan. Pertimbangan tahap sokongan kontraktor yang diperlukan di dalam struktur penyelenggaraan dan sebarang jaminan khas perbekalan (special warranty provisions) hendaklah diambil kira. Semasa Fasa Konsep juga, metodologi dan tanggungjawab perlu dikenalpasti bagi membangun dan melaksanakan konsep senggaraan untuk diterapkan di dalam Fasa Operasi. Keputusan hasil analisis penyelenggaraan yang telah direkodkan perlu diguna pakai atau sebagai rujukan ketika fasa perolehan dan operasi. c. Konsep Bantuan Bekalan. Konsep Bantuan Bekalan berkait rapat dan berpandukan dengan konsep penyelenggaraan dalam hal pembaikan dan penilaian strategi. Konsep Bantuan Bekalan merangkumi tanggung jawab dan proses yang akan digunakan untuk penentuan paras stok bagi alat ganti, alat pembaikan (repair parts) dan di mana perlu distok. Ini adalah termasuk pertimbangan strategi pengawalan dan pengagihan, hak pegangan alat ganti (spares ownership) dan tanggungjawab kodifikasi. Konsep bekalan juga perlu merangkumi keperluan untuk stok simpanan termasuk keperluan bagi penambahan simpanan. d. Konsep Data Teknikal. Berdasarkan Konsep Selenggaraan, keperluan untuk pembelian dan mengakses data teknikal perlu dikenal pasti. Hal ini perlu merangkumi keperluan dan format dokumentasi untuk operator, penyelenggaraan dan latihan.
TERHAD 5-3C-4 TERHAD e. Konsep Sumber Manusia. Liabiliti/keperluan sumber manusia perlu dinyatakan secara umum di dalam JKOKK Perkhidmatan dan seterusnya kepada peringkat atasan. Keperluan kepakaran atau liabiliti tenaga kerja ini hendaklah dikenal pasti di peringkat awal iaitu semasa capability requirement. Jumlah liabiliti tenaga kerja secara terperinci hendaklah dinyatakan pada peringkat ini termasuk keperluan staf projek semasa fasa perolehan dan operasi. Penekanan hendaklah diambil kira terhadap kemahiran (skill) dan kepakaran yang tiada dalam ATM, awam termasuk kontraktor yang diperlukan untuk mengendali, menyelenggara dan melupus sesuatu aset kapital/sistem sepanjang hayat penggunaanya. Penerangan hendaklah merangkumi pertimbangan dan penambahbaikan LCC dengan mengambil kira penjimatan liabiliti tenaga kerja, kepakaran baru, kursus latihan atau struktur kerjaya. Konsep Sumber Manusia dan Tenaga Kerja ini akan berkait rapat dengan kedua-dua konsep penyelenggaraan dan latihan. f. Konsep Latihan dan Bantuan Latihan. Mengenalpasti keperluan latihan individu dan latihan kolektif serta tanggung jawab untuk pembangunan latihan dengan mengadakan dasar dan polisi serta keperluan infrastruktur latihan. Kaedah dan pelaksanaan latihan harus dipertimbangkan dengan mengambil kira dana, keperluan personel dan perubahan yang dijangka (anticipated) selaras dengan doktrin/prosedur latihan. Konsep ini juga perlu mengenalpasti kesan value for money daripada cadangan latihan semasa proses LCC. Latihan yang diperlukan untuk Tim Projek dan tenaga pakar juga harus dijelaskan dalam konsep ini. g. Fasilitas. Mengenalpasti semua kemudahan yang diperlukan untuk menyokong peralatan kapital/sistem tersebut sepanjang hayat dengan mengambil kira lokasi, keperluan ruang dan persekitaran serta kesan terhadap kemudahan/peralatan yang sedia ada. Keperluan ini perlu dinilai (evaluated) dengan penilaian (assessment) kos, implikasi keselamatan dan tempoh pembinaan. Fasilitas yang berkait dengan latihan, penyelenggaraan dan pengurusan termasuk tempoh pembinaan yang boleh menjejaskan program projek secara keseluruhan mesti diambil kira. h. Konsep Peralatan Bantuan dan Ujian (S & TE). Mengenalpasti keperluan S & TE (ini berkait rapat dengan konsep penyelenggaraan), termasuk semua peralatan bantuan dan ujian sama ada bergerak (mobile) dan tidak bergerak (fitted) yang diperlukan untuk membantu di dalam pengendalian dan penyelenggaraan perkakasan sistem. Ini termasuklah keperluan kalibrasi, serta keperluan-keperluan lain untuk menyokong peralatan uji dengan mengambil kira latihan personel, keperluan ujian serta penyelenggaraan. i. Pembungkusan, Pengendalian, Penyimpanan dan Pengangkutan (PHS&T). Mengenalpasti sumber, proses, tatacara, pertimbangan rekabentuk dan kaedah dalam memastikan elemen Mission System dan Komponen Sistem Bantuan dipelihara (preserved), dibungkus, dikendalikan, disimpan dan digerakkan dengan sewajarnya apabila diperlukan atau dilupuskan. Ini meliputi kesan ke atas persekitaran
TERHAD 5-3C-5 TERHAD seperti kelembapan atau tahap suhu dan hazard di samping keperluan peralatan pengawetan untuk penyimpanan jangka pendek dan jangka panjang serta reka bentuk sistem. Jika item besar, berat atau bentuk canggung (awkward shape), pertimbangan khusus mungkin diperlukan dengan memastikan samada syarat-syarat khusus untuk pergerakan melalui udara, jalan laut, jalan darat atau kereta api diambil kira. j. Bantuan Komputer. Mengenalpasti keperluan sumber aset komputer untuk menyokong di sepanjang kitaran hayat peralatan kapital. Ini termasuk kemudahan, perkakasan, perisian, dokumen, rangkaian komputer dan kakitangan yang diperlukan untuk menyokong sistem komputer. Bantuan Komputer juga melaksanakan pengurusan kepada: (1) Prosedur. (2) Dokumentasi. (3) Source Code. (4) Hak Cipta. (5) Peralatan. (6) Latihan untuk Operator. (7) Kawalan terhadap Pembangunan dan Perlaksanaan Perubahan Perisian. Pelupusan (8) Keselamatan. 8. Fasa ini merupakan proses mengeluar dan melupuskan sesuatu peralatan kapital daripada perkhidmatan. Ia juga adalah sebahagian daripada proses kitar hayat sistem dan perlu dipertimbangkan di peringkat awal konsep dan kajian perolehan bagi menentukan value for money dan penjimatan yang optimum kepada kerajaan. Pada Fasa Konsep, perancangan untuk pelupusan sistem yang dicadangkan perlu diambil kira. Ini mungkin melibatkan perancangan pelupusan bahan berbahaya/terlarang (contohnya sisa radio aktif) dan bahanbahan terkawal atau pemusnahan peralatan, pemberian senjata kepada agensi lain atau pengubahsuaian item sebagai bantuan latihan. Prosedur pengurusan untuk pelupusan perlu dikenalpasti (misalnya, tanggung jawab pasukan Tim Projek untuk pengambilalihan pengganti peralatan dalam pertimbangan). 9. Pada fasa ini juga hendaklah membincangkan pengurusan pelupusan sistem yang sedang digantikan oleh peralatan yang baru, dan mengenalpasti bagaimana sistem lama akan
TERHAD 5-3C-6 TERHAD dilupuskan, sambil mengekalkan tahap kemampuan operasi yang mencukupi (adequate) selaras dengan kelulusan yang diperolehi. Kos Kitar Hayat (LCC) 10. Kajian Kos Kitar Hayat diperlukan untuk membandingkan kos keseluruhan operasi dan keberkesanannya untuk melaksanakan tugas ketenteraan. Tujuan kajian LCC adalah untuk membantu dalam penilaian awal opsyen untuk mengenalpasti penawaran nilai potensi terbaik (value for money) daripada segi keberkesanan kos sepanjang kitaran hayat peralatan. 11. Bahagian ILSC ini harus menunjukkan tujuan analisis LCC di setiap fasa kitaran hayat peralatan kapital. Lanjutan daripada analisis LCC yang akan dilaksanakan perlu dihuraikan, bersama-sama dengan siapa yang akan melaksanakannya dan output yang diharapkan dari analisis (iaitu apakah dan bagaimana akan digunakan untuk mempengaruhi reka bentuk, penilaian tender, sokongan operasi dan lain-lain). 12. Kajian LCC harus mengenalpasti: a. Cost Drivers ILS dengan tujuan untuk mengurangkan atau melupuskan kos, b. Jangkaan tempoh masa pada setiap kitaran hayat peralatan, termasuk tarikh pengeluaran yang dirancang, c. Opsyen kos value for money daripada perspektif sepanjang hayat, dan d. Kemungkinan kos sepanjang hayat yang terlibat untuk mengoperasikan peralatan. 13. Antara kos yang perlu diambilkira dalam kajian LCC meliputi: a. Kos perolehan, b. Kos operasi dan bantuan, termasuk: (1) Kos operasi/consumable (contohnya petrol, minyak, pelincir dan peluru), (2) Penyelenggaraan, pengubahsuaian dan peningkatan (upgrade), (3) Bantuan dan alat ujian (S&TE), (4) Bantuan bekalan dan stok simpanan,
TERHAD 5-3C-7 TERHAD (5) Pembungkusan, pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan (PHS & T), (6) Latihan dan bantuan latihan, (7) Sumber manusia, (8) Fasilitas, (9) Data teknikal, dan (10) Bantuan komputer. c. Kos pelupusan. 14. Cara yang paling berkesan untuk melaksanakan kajian LCC adalah memilih opsyen daripada hasil analisis komparatif.
TERHAD 5-3D-1 TERHAD KEMBARAN D KEPADA SEKSYEN 3 KEPADA BAB 5 PATM JIL III FORMAT RANCANGAN BANTUAN LOGISTIK BERSEPADU (ILSP) BAHAGIAN I - AM PENDAHULUAN 1. Bahagian ini mengandungi perkara-perkara berikut: a. Penyataan tentang tujuan rancangan dan bagaimana ianya akan dilaksanakan. b. Ringkasan latarbelakang projek. c. Maklumat-maklumat berkaitan yang boleh digunakan di dalam pelaksanaan projek termasuk hasil daripada usaha terdahulu yang berkaitan dengan projek berkenaan. d. Rujukan yang digunakan sebagai kuasa pelaksanaan projek. e. Perlu juga memasukan senarai akronim dan singkatan (abbreviations). PENERANGAN TENTANG PERALATAN 2. Butiran yang diperlukan ialah: a. Maklumat lengkap peralatan dan peralatan sokongan yang akan diperolehi serentak (concurrently). b. Prestasi (performance) peralatan yang diperlukan mestilah selaras dengan matlamat kontrak (contract goal). c. Perancangan ATM untuk mengadakan mana-mana sumber untuk sebahagian daripada projek hendaklah dikenal pasti dan perlu selaras dengan maklumat logistik sedia ada daripada ketiga-tiga Perkhidmatan. PENGURUSAN ILS 3. Penerangan tentang konsep pengurusan ILS perlu diterangkan dalam bentuk matrik yang lengkap. Perkara-perkara yang perlu dinyatakan ialah: a. Organisasi Tim Pengurusan ILS (ILS Management Structure).
TERHAD 5-3D-2 TERHAD b. Tugas dan tanggungjawab anggota tim. c. Penglibatan agensi dalaman kerajaan (internal government interfaces) dan government-to-contractor interfaces perlu dinyatakan. d. Proses semakan prosedur ILS hendaklah mengambil kira aktiviti tim pengurusan ILS sekiranya berkaitan. BAHAGIAN II – RANCANGAN, MATLAMAT & STRATEGI RANCANGAN 4. Perancangan Organisasi dan Operasi. Dalam perenggan ini, penerangan mengenai perancangan organisasi dan operasi perlu diberi penekanan berkaitan senario misi dan keperluan, persekitaran pengoperasian, keperluan pengangkutan, konsep penugasan (employment), pelan aturgerak (deployment) dan struktur pasukan bantuan khidmat tempur. Menyediakan maklumat lengkap seperti jangkamasa operasi, masa operasi, kadar keperluan alatganti dan keperluan senggaraan untuk dimasukan ke dalam Jadual Data LSAR. 5. Objektif Kesiapsiagaan (Readiness). Kenyataan mengambarkan keupayaan peralatan untuk digunakan bila-bila masa diperlukan semasa aman dan perang. Keupayaan boleh dijadikan ukuran kesiapsiagaan apabila peralatan tersebut digunakan. 6. Strategi Perolehan. Kenyataan mengenai strategi menggunakan konsep ILS semasa proses perolehan peralatan. Perbincangan mengenai skop dan peringkat bantuan logistik pada peralatan baru mesti diberi perhatian. Penekanan khusus hendaklah diberi kepada usahausaha yang disediakan mengambil kira aspek return of investment dan value for money. Sebarang maklumat atau teknologi sedia ada yang boleh mengurangkan risiko pembelian hendaklah dikenal pasti sepanjang proses perolehan peralatan. 7. Pemilihan Sumber. Perenggan ini perlu menekankan dasar kerajaan untuk pemilihan sumber dalam usaha membudayakan ILS dan bagaimana ia melengkapkan atau memberi kesan kepada keseluruhan proses pemilihan. Perhatian khusus diberikan dalam mengenal pasti kriteria minimum untuk kontraktor yang layak dan berpotensi. 8. Elemen Sokongan Perolehan. Kaedah merancang elemen sokongan perolehan untuk peralatan baru perlu dinyatakan dalam perenggan ini. Maklumat khusus elemen sokongan perolehan perlu berkait dan selaras dengan keperluan yang terkandung dalam proses tender dan kontrak. Penggunaan elemen-elemen sokongan yang sedia ada juga perlu dibincangkan dalam konteks mengurangkan kos keseluruhan. 9. Kebolehharapan, Kebolehsediaan dan Kebolehsenggaraan (RAM). RAM digunakan bagi menentu dan meningkatkan keberkesanan sistem khasnya dalam kesiapsiagaan penggunaan, operasi dan reka bentuk. Kaedah yang dirancang hendaklah
TERHAD 5-3D-3 TERHAD diterangkan bersama-sama dengan mana-mana insentif yang akan digunakan untuk meningkatkan RAM peralatan baru. Faktor awal RAM seperti MTBF dan MTTR perlu dimasukkan sebagai petunjuk faktor penting untuk mencapai objektif sistem. 10. Analisis Bantuan Logistik (LSA). Proses LSA merupakan kaedah terpenting dalam perlaksanaan ILS di mana analisis yang dilaksanakan bertujuan menghasilkan data dan maklumat untuk digunakan bagi merumuskan keputusan dalam aspek rekabentuk dan bantuan logistik keperluan sepanjang hayat peralatan kapital. Dalam perenggan ini strategi untuk melaksanakan LSA hendaklah dinyatakan secara terperinci termasuk pemilihan kriteria bagi tugasan (tasks) LSA yang perlu dilakukan oleh kontraktor. Disamping sebarang pertindihan tugasan (duplication of effort) perlu dielakkan. 11. Perancangan Bantuan Logistik. Setiap elemen ILS akan dipecahkan kepada aktiviti dan tugas yang tertentu untuk mencapai objektif bantuan logistik melalui Work Breakdown Structure (WBS). Kenyataan mengenai konsep dan prosedur pada setiap elemen ILS seperti berikut: a. Bantuan Kejuruteraan-Cadangan konsep bantuan kejuruteraan. b. Perancangan Selenggaraan-Cadangan konsep perancangan selenggaraan. c. Bantuan Bekalan-Cadangan konsep bantuan bekalan. d. Data Teknikal -Keperluan untuk Manual Teknikal. e. Sumber Manusia-Keperluan sumber manusia yang dijangkakan. f. Latihan dan Bantuan Latihan-Konsep latihan dan bantuan latihan yang dirancang. g. Fasilitas-Keperluan fasilitas. h. Pembungkusan, Pengendalian, Penyimpanan dan Pengangkutan (PHS&T) - Konsep PHS&T dirancang dan kekangan. i. Peralatan Bantuan dan Ujian -Perancangan penggunaan peralatan bantuan dan ujian. j. Bantuan Komputer-Cadangan konsep bantuan komputer. 12. Pengaruh Reka Bentuk. Perenggan ini menerangkan bagaimana perancangan ILS boleh mempengaruhi reka bentuk. Proses pemilihan sumber dan keputusan perolehan memainkan peranan penting dalam ILS untuk memberikan maklumat mengenai reka bentuk dan perkara ini perlu diberi penekanan sewajarnya. Dalam perenggan ini juga perlu
TERHAD 5-3D-4 TERHAD menghuraikan proses pemilihan sumber yang akan digunakan. Ini adalah untuk memastikan kekeliruan kakitangan ILS yang terlibat dalam kajian reka bentuk dan pindaan cadangan dapat dielakkan. Faktor ILS yang mempengaruhi reka bentuk, seperti selenggaraan, sumber manusia dan peralatan bantuan perlu diberi penekanan. 13. Objektif dan Kekangan. Bantuan berkaitan kekangan reka bentuk dan objektif, seperti sumber yang terhad, sumber manusia, masa, saiz, kebolehsediaan dan sebagainya perlu dimasukkan dalam perenggan ini. Faktor-faktor lain yang mempengaruhi pencapaian misi sepanjang projek dilaksanakan perlu dikenal pasti. 14. Pelan Selenggaraan. Pelan selenggaraan untuk peralatan perlu dibincangkan dengan terperinci dan harus menjadi konsep selenggaraan peralatan secara keseluruhan. Pelan khusus ini perlu merangkumi selenggaraan organisasi/unit, intermediate dan depot dengan menggunakan analisis tahap pembaikan, unjuran (projected) selenggaraan dan lain-lain pertimbangan yang bersesuaian. Pelan selenggaraan ini juga hendaklah merujuk dan selaras dengan konsep selenggaraan Perkhidmatan. 15. Keperluan Kewangan. Perenggan ini perlu menerangkan unjuran keperluan kewangan untuk peralatan baru termasuk anggaran bagi semua fasa kitaran hayat peralatan. a. Keperluan peruntukan kewangan kos kitar hayat bagi 10 elemen bantuan ILS yang berkaitan. b. Penyataan mengenai impak dan kesan daripada pengurangan pembiayaan atau kewangan yang tidak mencukupi juga perlu dikenalpasti. c. Menyediakan maklumat dana operasi kepada organisasi pengguna untuk membolehkan unjuran keperluan pembiayaan dibuat sepanjang tempoh operasi. 16. Pelan Penyeragaman (Standardisation) dan Interoperability. Dalam perenggan ini pelan penyeragaman dan interoperability perlu diterangkan berkaitan penggunaan peralatan bantuan umum (contohnya tukul, pemutar skru, multimeter dan sebagainya), peralatan ujian, komponen-komponen, peranti-peranti atau subsistem-subsistem. Maklumat ini adalah untuk mengurangkan kos pertindihan perolehan yang dirancang, kos latihan, operasi, penyelenggaraan dan sokongan yang diperuntukkan. Kaedah untuk menggunakan barangbarang standard untuk mengurangkan risiko juga perlu dikenal pasti. 17. Perancangan Peralihan. Perenggan ini menerangkan prosedur yang akan dirancangkan untuk peralihan peralatan daripada kontraktor kepada pengguna. Perhatian khusus harus diberikan kepada pemindahan tanggungjawab antara organisasi yang bertanggungjawab dalam bantuan penyelarasan logistik dan akauntabiliti. 18. Teknik Permodelan. Pelan ini perlu mengenalpasti kaedah dan prosedur yang dicadang sebagai opsyen semasa proses perolehan melalui pendekatan model berkomputer,
TERHAD 5-3D-5 TERHAD carta alir, prototaip atau simulasi. Pelan model ini perlu merangkumi model kos kitar hayat, kebolehpercayaan, kebolehsenggaraan, pemilihan alatganti, analisis tahap pembaikan, dan lain-lain maklumat berkaitan. 19. Struktur Pecahan Kerja (Work Breakdown Structure). WBS perlu dimasukkan dalam pelan dan digunakan sebagai kawalan untuk semua aktiviti yang berkaitan dengan peralatan termasuk kos perakaunan, perancangan bantuan dan data yang dijana oleh semua aktiviti. 20. Laporan. Semua keperluan laporan yang penting dalam menyokong projek perlu dikenal pasti dalam pelan. Ini membolehkan penyebaran maklumat kepada pelbagai aktiviti yang diperlukan. Keperluan laporan ILS ini juga mesti dikoordinasikan dengan usaha pembangunan lain untuk menghapuskan pertindihan (redundancy). 21. Penilaian Fasa Operasi. Semasa peralatan di dalam fasa operasi, satu mekanisma penilaian dalam perancangan dan pelaksanaan ILS perlu dirancang. Mekanisma ini kebiasaannya dilakukan melalui analisis data yang dijana (generated) daripada organisasi pengguna. Maklumat penting yang diperolehi melalui proses ini boleh digunakan bagi penambahbaikan projek-projek masa depan. 22. Sokongan Pasca Perolehan. ILSP hendaklah mengandungi pelan untuk menyokong peralatan selepas pasca perolehan. Ini termasuk mengenal pasti sumber bagi alat ganti dan pembaikan, perubahan teknologi kejuruteraan dan pengurusan kewangan. Sokongan pasca perolehan bagi peralatan mewakili peratusan terbesar kos kitar hayat disebabkan oleh kos operasi dan bantuan logistik. Dalam pendekatan ILS usaha untuk mengurangkan kos pasca perolehan juga perlu dikenal pasti. BAHAGIAN III - PENJADUALAN 23. Program Carta Perbatuan (Milestones). Menerangkumi kemajuan projek pada semua peringkat supaya objektif projek akan tercapai. Penjadualan ini mestilah lengkap dengan penerangan tugas pada setiap peringkat yang mengandungi tarikh mula dan siap sesuatu projek, pergantungan antara tugas serta mengenal pasti tugas dan tanggungjawab. 24. Koordinasi. Perancangan mestilah mengenalpasti kaedah yang akan digunakan bagi mengkoordinasi ILS Task Schedu1e dengan organisasi dan aktiviti yang lain. Perhatian khusus harus diberikan bagaimana perubahan penjadualan boleh dinilai dan dikoordinasikan. 25. Keperluan Laporan. Prosedur laporan berpandukan penjadualan hendaklah dinyatakan di dalam rancangan ILS. Laporan hendaklah mengandungi kemajuan program serta mengenalpasti sebab-sebab kelewatan serta masalah-masalah lain. Maklumat laporan ini hendaklah menggambarkan penjadualan projek secara menyeluruh dan bukan terhad kepada program ILS sahaja.
TERHAD 5-3E-1 TERHAD KEMBARAN E KEPADA SEKSYEN 3 KEPADA BAB 5 PATM JIL III FORMAT ARAHAN ILS (ILSI) PENDAHULUAN 1. Am. Nyatakan latar belakang pengenalan peralatan kapital baru ke dalam perkhidmatan termasuk keupayaan penggantian peralatan sediada dalam tempoh kerangka masa yang telah digariskan serta nyatakan unit atau organisasi yang terlibat. 2. Objektif. Tujuan arahan ini adalah untuk menerangkan pengurusan ILS untuk peralatan kapital baru semasa pengenalan ke dalam perkhidmatan dan sepanjang tempoh hayat perkhidmatan. 3. Autoriti dan Skop Arahan. Arahan ini dikeluarkan dengan autoriti XXXX bagi menghuraikan prosedur dan tanggungjawab untuk: a. Memperkenalkan peralatan kapital yang baru ke dalam perkhidmatan. b. Menguruskan peralatan kapital yang sedang diganti. c. Sokongan sepanjang hayat peralatan kapital yang diperkenalkan. 4. Tanggungjawab. Tanggungjawab untuk perlaksanaan arahan adalah: a. Pengurus Projek XXXX bertanggungjawab mengeluarkan arahan untuk menyokong pengenalan peralatan tersebut. b. AKS Log (Perkhidmatan) bertanggungjawab membuat pindaan dan mengeluarkan arahan selepas pengenalan dalam perkhidmatan selesai. c. Autoriti dan Organisasi Yang Berkenaan bertanggungjawab untuk memberi nasihat pakar dan menyediakan maklumat untuk membangun dan menguatkuasakan arahan kepada Pengurus Projek. d. Di perenggan ini perbincangan hubungkait antara ILSI mendominasi pengurusan ILSC dan ILSP diperjelaskan bagi mengelak sebarang kekeliruan. 5. Diskripsi Peralatan. Jelaskan peralatan dan tata-nama (nomenclature) serta semua ciri signifikan yang memerlukan pengurusan special-to-type. Hal ini harus merangkumi:
TERHAD 5-3E-2 TERHAD a. Varian/Derivatif. Senaraikan variasi/derivatif dan mengenalpasti perbezaan yang signifikan dibanding dengan peralatan primer berserta NATO Stock Number dan Stock Indicator Group Code untuk setiap variasi. b. Peralatan yang berkaitan. Jelaskan perbezaan yang signifikan berkaitan aksesori, peralatan tambahan (ancillary) dan peralatan latihan dibanding dengan peralatan utama. Gambar boleh dilampirkan jika perlu. c. Keselamatan. Jelaskan setiap implikasi keselamatan khusus yang berkaitan dengan peralatan dan barang-barang tambahan tersebut. Ini termasuk keperluan simpanan, kawalan komponen berdarjah (classified), bahagian pembaikan dan dokumen. Ini harus diperkembangkan (expanded) dalam tajuk berasingan atau lampiran jika diperlukan. 6. Konsep Operasi. Jelaskan secara ringkas Konsep Operasi berdasarkan kelulusan yang diberi oleh Jawatankuasa Konsep Operasi dan Keupayaan Ketenteraan (JKOKK). Maklumat ini menyediakan rangka kerja untuk dikembang dan dibangunkan berdasarkan kepada ILS sepanjang hayat peralatan tersebut. Sebarang perubahan pada konsep operasi memerlukan semakan semula ke atas keperluan ILS. Dalam perenggan ini, sebarang perubahan dan pindaan berdasarkan keperluan ILS harus dipersiapkan dan diubah melalui konsultasi dan kelulusan JKOKK merangkumi perkara-perkara berikut: a. Peranan. b. Kaedah penugasan. c. Keterangan kriteria pengoperasian. d. Ramalan prestasi RAM. e. Penggunaan data yang diramal untuk membangunkan ILSP. f. Perancangan peralatan berdasarkan life of type. PENGENALAN KEPADA PERKHIDMATAN 7. Jelaskan falsafah keseluruhan untuk memperkenalkan peralatan yang baru ke dalam perkhidmatan dan peruntukan untuk menguruskan peralatan yang sedang diganti. Hal ini harus merangkumi: a. Kaedah Pengeluaran. Adakah peralatan akan dikeluarkan terus daripada pengilang (manufacturer); adakah pengeluaran seterusnya dilakukan oleh formasi atau wilayah (region)?
TERHAD 5-3E-3 TERHAD b. Tim Pentauliahan. Adakah Tim Pentauliahan atau mana-mana tim lain yang akan terlibat untuk penerimaan peralatan baru? c. Pengurusan Peralatan yang digantikan. Mendeskripsikan prosedur untuk menguruskan setiap peralatan yang sedang diganti, termasuk unit Jadual Peralatan Lengkap dan tambahan, alat pembaikan (repair parts), peluru, alat bantuan latihan, alat pakai habis, dan lain-lain. Perkara ini termasuk: (1) Pemusnahan. (2) Pengagihan semula. (3) Penukaran (Conversion). (4) Jualan. d. Isu Uji Cuba (Trials). Jelaskan isu-isu uji cuba yang dirancang untuk menguji proses pengenalan peralatan kepada perkhidmatan. Bangkitkan sebarang sokongan khusus yang diperlukan untuk aktiviti ini. 8. Pengagihan, Penghantaran dan Pengeluaran. Arahan Pengendalian yang melibatkan pengagihan, penghantaran dan pengeluaran hendaklah dikeluarkan dengan mengambil kira jadual pengeluaran kepada formasi/unit termasuk tarikh, kuantiti, variasi, Jadual Peralatan Lengkap dan butiran peralatan tambahan. Ini termasuk pengeluaran untuk stok dan simpanan berpusat (pool). Arahan khusus penghantaran mengikut keutamaan hendaklah dinyatakan. Jadual penghantaran harus disertakan sebagai lampiran kepada Arahan Pengendalian. Jadual penghantaran harus menyediakan maklumat yang cukup untuk membolehkan pembekal membuat persiapan awal bagi pengeluaran dan membolehkan unit penerima mengenalpasti peralatan yang akan dibekalkan. Ini termasuk publikasi dan peralatan lain dari Jadual Peralatan Lengkap. PERANCANGAN BANTUAN LOGISTIK DAN PENGURUSAN DALAM PERKHIDMATAN 9. Memberikan gambaran umum tentang tatacara bantuan dalam perkhidmatan. Ini harus merangkumi keterangan konsep bantuan logistik dan kenyataan generik pada penggunaan sumber tentera dan kontraktor. 10. Pengurus Dalam Perkhidmatan. Mengenalpasti pengurus dalam perkhidmatan untuk peralatan baru dan menjelaskan tugas dan tanggungjawab mereka. 11. Implikasi Kewangan. Perenggan ini perlu menjelaskan peruntukan dana dan mengenalpasti bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk menyokong peralatan dalam tempoh peralihan ke dalam perkhidmatan dan seterusnya sepanjang tempoh hayat
TERHAD 5-3E-4 TERHAD perkhidmatannya. Perenggan ini juga perlu menyatakan bahagian yang bertanggungjawab membuat ramalan (forecasting) dana di setiap Pusat Kos dan bahagian yang akan membelanjakan dana tersebut selaras dengan prosedur/peraturan kewangan semasa yang berkuatkuasa. 12. Data Kos Kitar Hayat. Jelaskan tanggungjawab, proses dan kaedah yang akan digunakan untuk mengumpul dan mengenalpasti elemen-elemen terlibat serta kaedah menganalisis data LCC. Antara kos yang perlu diambil kira adalah seperti berikut: a. Kos Operasi/Pakai Habis (consumable). b. Kos Bantuan Kejuruteraan. c. Kos Perancangan Selenggaraan. d. Kos Peralatan Bantuan dan Ujian. e. Kos Bantuan Bekalan. f. Kos Pembungkusan, Pengendalian, Penyimpanan dan Pengangkutan. g. Kos Latihan dan Bantuan Latihan. h. Kos Sumber Manusia. i. Kos Fasilitas. j. Kos Data Teknikal. k. Kos Bantuan Komputer. l. Kos Pelupusan. 13. Nyatakan jenis sistem komputer sedia ada yang boleh membantu pengurusan dalam perkhidmatan. Gariskan tanggungjawab untuk pengendalian dan penyelenggaraan data yang berkaitan dengan sistem ini misalnya keperluan Logistics Support Analysis Record. 14. Kajian Separuh Hayat (Mid-Life Reviews). Huraikan jadual masa dan skop kajian separuh hayat peralatan yang dirancang (jika ada) serta mengenalpasti organisasi yang bertanggungjawab untuk melaksanakan kajian ini. 15. Pengurusan Logistik Perkhidmatan Tunggal. Deskripsikan tatacara dan tanggungjawab untuk setiap Pengurusan Logistik Perkhidmatan Tunggal sekiranya ada.
TERHAD 5-3E-5 TERHAD BANTUAN SELENGGARAAN 16. Konsep Selenggaraan. Memberikan penerangan sistem penyelenggaraan yang merangkumi perkara berikut: a. Penerangan mengenai peringkat bantuan selenggaraan dan tahap pembaikan yang bersesuaian dengan peralatan. b. Garis panduan perancangan penggunaan sumber daripada perkhidmatan atau kontraktor. c. Terma mana-mana kontrak selenggaraan dalam fasa operasi. d. Maklumat lengkap had bumbung pembaikan untuk peralatan utama. 17. Tanggungjawab. Keterangan lengkap unit pembaikan dan organisasi yang diberi kuasa untuk setiap tahap pembaikan harus dinyatakan dan jika perlu, masukkan pasukan/unit tanggungan logistik di bawah tanggungjawab organisasi berkenaan. 18. Perjanjian Bantuan Khusus. Jelaskan setiap tatacara khusus untuk mendapatkan bantuan selenggaraan daripada agensi dan kontraktor luar negara, contohnya Foreign Military Sales. 19. Laporan Kecacatan. Jelaskan sistem laporan kecacatan atau tidak memuaskan termasuk keperluan laporan khas mengikut format perkhidmatan sedia ada. 20. Kod Pembaikan Peralatan. Senaraikan kod pembaikan peralatan, jika ada dan disenaraikan dalam lampiran di mana bersesuaian. 21. Dasar Pembaikan Komponen. Jelaskan dasar untuk pembaikan, kanibalisasi dan pelupusan ke atas komponen tertentu termasuk daripada aspek keselamatan. Sertakan lampiran jika diperlukan. 22. Waranti. Dalam perenggan ini, perlu diekstrak dari peruntukan waranti yang dinyatakan dalam kontrak perolehan. Ini perlu merangkumi tanggungjawab untuk penghantaran atau recovery sehingga ke tempat pembaikan, pembekalan alat pembaikan (repair parts), maklumat lengkap prosedur yang mesti dipatuhi untuk pembaikan dalam waranti dan penyelesaian tuntutan yang tidak diluluskan semasa waranti. PERALATAN BANTUAN DAN UJIAN 23. Penerangan secara umum keperluan peranggu khas (special tools) dan alat uji (test equipment). Jelaskan keperluan khusus untuk setiap peringkat pembaikan. Mengenalpasti keperluan baru dan disenaraikan dalam bentuk jadual atau lampiran. Ianya merangkumi
TERHAD 5-3E-6 TERHAD kuantiti tambahan termasuk peralatan penggunaan am (general purpose equipment) yang perlu dibuat perolehan dan cadangan agihan. 24. Kalibrasi. Jelaskan keperluan kalibrasi dan perancangan untuk peralatan utama dan peralatan uji termasuk senarai agensi yang terlibat. 25. Perisian Selenggaraan. Nyatakan perisian untuk selenggaraan bagi setiap Built-In Test Equipment (BITE), program uji peralatan automatik, program kalibrasi dan perisian self test. PENGURUSAN KONFIGURASI 26. Dalam perenggan ini, perlu jelaskan keperluan Pengurusan Konfigurasi dan prosedur yang telah dikenal pasti serta merujuk kepada Pelan Pengurusan Konfigurasi yang dimasukkan sebagai lampiran. Perkara ini juga perlu merangkumi Pengurusan Konfigurasi selama tempoh peralihan ke dalam perkhidmatan dan sepanjang hayat perkhidmatan. 27. Modifikasi. Jelaskan prosedur dan limitasi modifikasi kepada peralatan. BANTUAN BEKALAN 28. Konsep Bekalan. Memberikan gambaran sistem bekalan yang akan digunakan dan merangkumi: a. Garis panduan sistem ulang bekal (resupply) pada peringkat taktikal, operasi dan strategik. b. Penyataan rancangan penglibatan kontraktor dan sumber daya ketenteraan. c. Gambaran keseluruhan perancangan peringkat pembekalan yang melibatkan peralatan kapital. 29. Pegangan Stok dan Pools. Huraikan tanggungjawab untuk menguruskan pegangan stok peralatan dan pools termasuk: a. Jenis. b. Lokasi. c. Kuantiti peralatan yang akan dipegang. d. Kuasa pengeluaran.
TERHAD 5-3E-7 TERHAD 30. Tanggungjawab Penguasa Bekalan. Mengeluarkan dasar perolehan dan pegangan alat ganti merangkumi tanggungjawab depot-depot dan organisasi untuk perolehan, penyimpanan, pengeluaran dan pelupusan alat ganti di peringkat taktikal, operasi dan strategik. 31. Polisi Stok Pusingan. Menjelaskan dasar pusingan stok dan tanggungjawab untuk peralatan dan peralatan tambahan (ancillaries). Ini termasuk peralatan untuk kegunaan bersama (pools) yang diperuntukkan kepada pembaikan dan latihan. PEMBUNGKUSAN, PENGENDALIAN, PENYIMPANAN DAN PENGANGKUTAN (PHS&T) 32. Jelaskan keperluan PHS&T untuk peralatan termasuk: a. Limitasi pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan. b. Pengangkutan khas kontena. c. Keperluan MHE. d. Keperluan pergerakan pengangkutan termasuk: (1) Klasifikasi jalan, terowong dan jambatan. (2) Pertimbangan mudah alih peralatan melalui jalan darat termasuk keretapi, laut dan udara. e. Interoperability dan keserasian dengan mod pengangkutan yang sedia ada. f. Dimensi kritikal pengangkutan. g. Berat peralatan. BANTUAN LATIHAN 33. Konsep Latihan. Memberikan gambaran umum tentang skop dan konsep untuk menguruskan semua latihan yang berkaitan dengan peralatan semasa Introduction Into Service (IIS) dan sepanjang kitaran hayat perkhidmatannya. Sebagai contoh latihan yang akan diberikan oleh kontraktor merangkumi Train The Trainers. 34. Tanggungjawab. Jelaskan tanggungjawab untuk persediaan dan pelaksanaan semua arahan dan latihan. Ini termasuk pembangunan doktrin dan dasar latihan yang merangkumi latihan untuk tenaga pengajar, latihan penyelenggaraan, latihan operator, latihan pengurusan, conversion training dan aspek latihan yang lain. Jadual perbatuan untuk program
TERHAD 5-3E-8 TERHAD pembangunan mesti disertakan jika perlu. Pengenalan peralatan ini ke dalam perkhidmatan akan memberi kesan ke atas latihan dan bantuan latihan semasa dan ianya perlu diambil kira. 35. Penasihat Latihan (Training Adviser(s)). Mengenalpasti tanggungjawab penasihat latihan sama ada pihak kontraktor atau perkhidmatan dalam aspek pengendalian latihan ke atas peralatan berkenaan. 36. Keperluan Latihan. Menjelaskan skop latihan individu dan kolektif yang diperlukan untuk pendedahan dan pengendalian peralatan. Ini harus merangkumi senarai programprogram yang akan dilakukan, lokasi yang dirancang dan organisasi yang bertanggungjawab melaksanakan kursus mengikut tahap dan kepakaran. 37. Alat Bantuan Mengajar, Simulator dan Built-In Peranti Latihan. Nyatakan peruntukan untuk sebarang alat bantu mengajar, simulator dan built-in peranti latihan yang telah dibuat perolehan untuk latihan termasuk latihan penyelenggaraan. 38. Dana Kewangan. Menjelaskan peruntukan dana untuk pelaksanaan latihan termasuk: a. Perjalanan dan sara hidup. b. Freight dan pengangkutan. c. Pembayaran kepada kontraktor. LIABILITI SUMBER MANUSIA 39. Menyediakan garis panduan implikasi liabiliti sumber manusia yang berkaitan dengan peralatan. Menyediakan jadual yang menunjukkan rancangan penempatan dan penempatan semula (reallocation) keanggotaan kepada unit-unit bagi memenuhi keperluan latihan, operasi, pengurusan dan keperluan penyelenggaraan. Ini termasuk anggota yang diperlukan untuk tim ujicuba, tim latihan dan tim pentauliahan (commissioning team) serta tambahan sumber manusia (additional personnel) juga perlu dikenal pasti. 40. Implikasi Kepakaran (Trade). Jelaskan sebarang implikasi ke atas struktur kepakaran sumber manusia sedia ada merangkumi keperluan kepakaran untuk mengendali dan menyelenggara peralatan termasuk keperluan kepakaran baru. Menengahkan implikasi pengurusan kerjaya dan mengenalpasti penajaan untuk kepakaran yang baru. KESIHATAN DAN KESELAMATAN TEMPAT KERJA 41. Hazard. Senarai semua kemungkinan hazard diketahui atau berkaitan dengan peralatan, penggunaan dan penyelenggaraan contohnya seperti bahan radioaktif dan bahan kimia berbahaya.
TERHAD 5-3E-9 TERHAD 42. Keperluan Keselamatan. Nyatakan sebarang keselamatan khusus/pengendalian peralatan dan prosedur yang akan digunakan. Sekiranya perlu, ia didokumenkan dalam bentuk handbook atau didokumentasikan dalam bentuk yang bersesuaian. 43. Hazardous Substances. Jelaskan hazardous substances yang mungkin ditemui semasa menggunakan atau menyelenggara peralatan utama dan ancillaries. Nyatakan pengendalian, penstoran khas dan keperluan pelupusan selaras dengan prosedur dan peraturan semasa yang berkuatkuasa. FASILITAS 44. Jelaskan implikasi kepada fasilitas sedia ada apabila peralatan diperkenalkan, dikendalikan dan diselenggara. Nyatakan tempoh masa kerja-kerja modifikasi yang sedang dan akan dilaksanakan ke atas fasilitas tersebut. 45. Keperluan Fasilitas. Kenalpasti semua implikasi fasilitas yang berkaitan dengan peralatan. Ini mungkin termasuk: a. Fasilitas baru. b. Pengubahsuaian fasilitas sedia ada. c. Menaik taraf separa tempoh kepada fasilitas baru. d. Melupuskan kemudahan sedia ada. e. Persekitaran dan/atau isu warisan (heritage). 46. Menyediakan jadual atau lampiran untuk mengenalpasti perubahan yang diperlukan bagi setiap unit termasuk menyediakan jadual untuk pelaksanaan. 47. Tanggungjawab. Mengenalpasti tanggungjawab dari semua organisasi yang terlibat dalam pembangunan fasilitas. 48. Peruntukan Kewangan. Mengenalpasti peruntukan kewangan untuk pembangunan dan pembinaan fasilitas. DATA TEKNIKAL DAN DOKUMENTASI 49. Jelaskan kaedah menyediakan semua dokumentasi yang berkaitan dengan peralatan misalnya format elektronik (softcopy), interaktif (contohnya sistem pengurusan stor), helaian cerai (loose-leaf), kontraktor atau Penyedia Perkhidmatan, perolehan berterusan dan pematuhan sepanjang bantuan kitar hayat peralatan kapital.
TERHAD 5-3E-10 TERHAD 50. Skop Dokumentasi. Menjelaskan skop user handbooks, dokumen operator, manual latihan dan penyelenggaraan, peringkat pembaikan dan skala alat ganti, Jadual Lengkap Peralatan (CES) dan pengagihan dokumentasi. 51. Rancangan Pengagihan. Jelaskan tatacara untuk pengurusan pengagihan dokumendokumen utama dan pindaan seterusnya (subsequent amendments) kepada semua dokumen. 52. Tanggungjawab untuk Pindaan. Senaraikan unit dan organisasi yang bertanggungjawab untuk menyediakan pindaan kepada pelbagai publikasi dan dokumen termasuk hak serta kelayakan pegangan dokumentasi. 53. Pakej Data Teknikal. Jelaskan tahap Pakej Data Teknikal yang diperlukan untuk peralatan, ancillaries dan perisian berkaitan. Kenal pasti unit atau organisasi yang bertanggungjawab untuk menyimpan dan menyelenggara elemen Pakej Data Teknikal. BANTUAN KOMPUTER 54. Nyatakan keperluan bantuan komputer yang berkaitan dengan peralatan. Ini termasuk: a. Tujuan sistem. b. Peruntukan sistem untuk unit dan organisasi. c. Peruntukan perisian. d. Diskripsi/keterangan peruntukan untuk penyelenggaraan dan menaik taraf perkakasan dan perisian. e. Mengenalpasti penaja sistem komputer. f. Integrasi dan perbandingan (compatibility) dengan sistem dalam perkhidmatan/sedia ada. g. Keselamatan data komputer.
TERH LSA LIFE CY 5-3F TERH
HAD KEMBARAN F KEPADA SEKSYEN 3 KEPADA BAB 5 PATM JIL III YCLE FLOW F-1 HAD
TERHAD 5-3G-1 TERHAD KEMBARAN G KEPADA SEKSYEN 3 KEPADA BAB 5 PATM JIL III FORMAT PELAN PENGURUSAN KONFIGURASI (PPK) Am 1. Perenggan ini perlu memberikan kenyataan ringkas tentang skop dan tujuan Pelan Pengurusan Konfigurasi ini dilaksanakan. 2. Perenggan ini perlu memberikan kenyataan gambaran keseluruhan/konsep aplikasi Sistem Pengurusan Konfigurasi dengan memperincikan: a. Hubungkait isu Pengurusan Konfigurasi dan strategi yang akan digunakan contohnya seperti isu Harta Intelektual (IP), Kontraktual, Peraturan dan lain-lain. b. Perantaraan utama (key interfaces) yang melibatkan pihak berkepentingan (stakeholder) dengan sistem Pengurusan Konfigurasi dan lain-lain projek berkaitan. Tujuan 3. Tujuan Pelan Pengurusan Konfigurasi adalah untuk mengenalpasti dan merekodkan semua pindaan serta perubahan yang dilakukan sepanjang tempoh hayat peralatan kapital XXXXX. Diskripsi Material 4. Dalam perenggan ini perlu memberi kenyataan dan memperincikan: a. Dokumen dan rujukan material yang berkaitan. b. Sumber-sumber (Personel, Fasilitas, Peralatan, Sistem Pengurusan Maklumat dan lain-lain). c. Jadual Program Berfasa (Fasa Perolehan sahaja) untuk: (1) Penyerahan (submission) dan Pelepasan (release) data Pengurusan Konfigurasi. (2) Mewujudkan asas panduan Pengurusan Konfigurasi. (3) Peralihan tanggungjawab Pengurusan Konfigurasi daripada Kontraktor kepada Tim Projek dan seterusnya kepada perkhidmatan.
TERHAD 5-3G-2 TERHAD (4) Mewujudkan Lembaga Pengawalan Konfigurasi. (5) Mewujudkan Sistem Analisis Konfigurasi. (6) Audit Fungsi dan Fizikal Konfigurasi. Tanggungjawab Pengurusan Konfigurasi dan Operasi Lembaga Pengawalan Konfigurasi 5. Dalam perenggan ini perlu memberi penerangan dengan memperincikan perkara berikut: a. Gambaran keseluruhan Lembaga Pengawalan Konfigurasi merangkumi tujuan skop dan tanggungjawab. b. Mengenalpasti perjawatan, bidang kuasa dan tanggungjawab Pengurusan Konfigurasi. c. Sokongan bidang kuasa dan tanggungjawab Pengurusan Konfigurasi. d. Standard yang diguna pakai, publikasi dan rujukan. e. Identiti dan tanggungjawab ahli tetap Lembaga Pengawalan Konfigurasi. f. Prosedur Lembaga Pengawalan Konfigurasi. g. Organisasi Pengurusan Konfigurasi dan Struktur Lembaga Pengawalan Konfigurasi. h. Kontraktor, subkontraktor dan pengawal vendor. Pengurusan dan Perancangan Pengurusan Konfigurasi 6. Satu dokumen rasmi dan rancangan sebagai panduan kepada program Pengurusan Konfigurasi merangkumi perkara berikut: a. Sumber manusia. b. Tanggungjawab dan sumber. c. Keperluan latihan. d. Garis panduan pentadbiran, termasuk takrif prosedur dan tools.
TERHAD 5-3G-3 TERHAD e. Proses asas panduan (baselining). f. Kawalan konfigurasi dan perakaunan status konfigurasi. g. Audit dan ulasan. h. Keperluan subkontraktor/pembekal Pengurusan Konfigurasi. Identifikasi Konfigurasi 7. Terdiri daripada penetapan (setting) dan mengekalkan asas panduan, yang mentakrifkan sistem atau subsistem architecture, komponen, dan apa-apa pembangunan pada bila-bila masa. Ia adalah merupakan asas perubahan kepada mana-mana bahagian sistem maklumat yang dikenal pasti, didokumenkan, dan kemudian dikesan melalui reka bentuk, pembangunan, pengujian, dan penghantaran akhir. Identifikasi Konfigurasi secara berperingkat mewujudkan dan mengekalkan asas muktamad semasa bagi Status Kawalan dan Perakaunan (CSA) bagi sebuah sistem dan item konfigurasi di sepanjang kitaran hayat peralatan kapital meliputi fasa pembangunan, pengeluaran, penggunaan, dan operasi sehingga pelupusan. 8. Dalam perenggan ini perlu memberi penerangan dengan memperincikan Identifikasi Konfigurasi merangkumi perkara berikut: a. Gambaran keseluruhan proses. b. Identiti Item Konfigurasi. c. Butiran Skim Penomboran Konfigurasi. d. Proses diskripsi kepada Pengeluaran/Penyiaran Item Konfigurasi ke dalam perkhidmatan. e. Prosedur kepada pengurusan Dokumentasi Konfigurasi. Pengawalan Konfigurasi 9. Merangkumi penilaian semua permohonan dan cadangan perubahan samada diluluskan atau sebarang penolakan. Ia adalah proses mengawal pengubahsuaian kepada reka bentuk sistem, perkakasan, perisian dan dokumentasi. 10. Dalam perenggan ini perlu memberi penerangan dengan memperincikan Identifikasi Konfigurasi merangkumi perkara berikut: a. Gambaran keseluruhan Proses Pengawalan Konfigurasi.
TERHAD 5-3G-4 TERHAD b. Proses Pengawalan Pertukaran Kejuruteraan. c. Proses Pengawalan Pertukaran Kontraktual. d. Proses Pengurusan Perantaraan. e. Proses kepada pengurusan sebarang perubahan ke atas semua Penyimpangan (Deviations) dan Pengecualian (Waivers) yang termaktub di dalam dokumen kontrak. Perakaunan Status Konfigurasi 11. Merangkumi proses merekodkan dan melaporkan diskripsi item konfigurasi (contohnya, perkakasan, perisian, dan lain-lain) yang bermula dari asas panduan semasa reka bentuk dan pengeluaran. Sekiranya disyaki sebarang masalah yang mungkin berlaku tindakan pembetulan segera perlu diambil dengan merujuk verifikasi asas panduan konfigurasi dan pengubahsuaian yang diluluskan. 12. Dalam perenggan ini perlu memberi penerangan dengan memperincikan Identifikasi Konfigurasi merangkumi perkara berikut: a. Gambaran keseluruhan Sistem Analisis Konfigurasi. b. Butiran terperinci Rekod Sistem Analisis Konfigurasi. c. Prosedur Sistem Analisis Konfigurasi. d. Pengurusan Sistem Analisis Konfigurasi. e. Pengurusan Data. Audit Konfigurasi 13. Satu kajian ke atas perkakasan dan perisian bertujuan menilai pematuhan dengan keperluan prestasi yang ditetapkan dan berfungsi selaras dengan asas panduan produk mengikut standard komersil dan sesuai dengan standard ketenteraan. Audit konfigurasi mengesahkan dokumentasi konfigurasi sistem dan subsistem yang mematuhi ciri-ciri fungsi dan prestasi fizikal sebelum penerimaan ke dalam asas panduan architectural. 14. Dalam perenggan ini perlu memberi penerangan dengan memperincikan perkara berikut: a. Gambaran keseluruhan (overview) Proses Audit. b. Proses audit.
TERHAD 5-3G-5 TERHAD c. Senarai semak.
TERHAD 5-4-1 TERHAD BAB 5 BANTUAN LOGISTIK BERSEPADU (ILS) SEKSYEN 4 - DASAR KASTING PENDAHULUAN 050101. Istilah kasting adalah bermaksud membuang, menanggalkan atau meninggalkan sesuatu aset kapital itu. Ini bermakna sesuatu aset kapital itu akan ditinggalkan dan tidak akan digunakan lagi selepas satu tempuh tertentu. Bagi tujuan dasar ini, ia ditakrifkan sebagai tindakan penetapan jangka hayat penggunaan sesuatu jenis aset kapital dari mula ianya diperolehi hingga penamatannya dari Perkhidmatan. Dasar kasting ini bertujuan memberi satu garis panduan untuk Perkhidmatan melaksanakan kasting terhadap semua aset kapital ATM. 050102. Dasar kasting yang diwujudkan ini adalah penting bagi membolehkan setiap Perkhidmatan dapat merancang dengan baik dan teratur dalam semua pengurusan pelupusan asetnya. Dalam melaksanakan perkara ini, setiap Perkhidmatan hendaklah mematuhi kaedah kasting yang ditetapkan. DEFINISI 050103. Definisi bagi semua istilah yang digunakan dalam perintah ini adalah seperti berikut: a. Alat Pelbagai. Ia adalah semua jenis peralatan yang digunakan sama ada untuk membantu tugas tempur atau pentadbiran. Alat Pelbagai dibahagikan kepada 2 kategori seperti berikut: (1) Kategori A. Ia adalah peralatan sama ada berasaskan mekanikal, elektrik atau eletronik yang digunakan untuk membantu tugas operasi. (2) Kategori B. Ia adalah peralatan sama ada berasaskan mekanikal, elektrik atau eletronik yang digunakan untuk membantu semua tugas pasukan selain dari tugas operasi. b. Akan Menjadi Usang (obsolescent). Ia adalah penetapan tempoh penggunaan aset kapital yang diisytiharkan oleh setiap Perkhidmatan masing-masing sebelum aset tersebut menjadi Usang. Bagaimanapun, dalam tempoh „akan menjadi usang‟ ini pembekalan alatganti untuk penyenggaraan adalah dari stok simpanan dan perolehan alatganti dihadkan kepada item-item untuk rawatan dan pembaikan kecil sahaja. Sesuatu aset kapital akan menjadi usang apabila telah mencapai sekurangkurang dua syarat di bawah berikut:
TERHAD 5-4-2 TERHAD (1) Alat gantinya tidak lagi dikeluarkan oleh pengeluar asal. (2) Tidak dapat digunakan lagi disebabkan perubahan teknologi semasa. (3) Kos pembaikan aset kapital ini melebihi Nilai Sisa semasa. (4) Aset kapital yang diisytiharkan telah mencapai Had Umur Ekonomik. c. Had Kos Pembaikan Yang Ekonomik. Ia adalah had kos pembaikan tertinggi yangdibenarkan untuk membaiki sesuatu aset kapital. Had kos pembaikan ini tidak boleh melebihi nilai sisa semasa sesuatu aset kapital itu. d. Kos Kitaran Hayat. Kos Kitaran Hayat (Life Cycle Cost) bagi sesuatu aset kapital adalah jumlah kos yang terlibat di sepanjang tempoh kitaran hayat aset kapital berkenaan. Ia meliputi kos tetap dan kos berubah daripada Fasa Konsep sehingga ke Fasa Pelupusan. e. Kanabalisasi. Ia adalah tindakan bagi mengeluarkan komponen/pasangan yang boleh diguna daripada sebuah aset kapital yang rosak untuk dipasang kepada yang lain agar dapat berfungsi semula. f. Nilai Sisa. Ia adalah anggaran nilai sesuatu aset kapital selepas sesuatu tempoh penggunaan. Ia diperolehi dengan menolak jumlah nilai susut mengikut jangka masa penggunaan daripada harga pembelian. g. Nilai Selepas Pembaikan. Ia adalah nilai semasa bagi sebuah aset kapital selepas dibaiki. Ia diperolehi dengan mencampurkan nilai sisa dengan kos pembaikan. h. Aset Kapital. Ia merupakan peralatan dan kelengkapan utama yang digunakan oleh Perkhidmatan bagi melaksanakan peranan dan fungsi Perkhidmatan masing-masing. Ini termasuk sistem peralatan yang dibaik pulih (Retrofit/Reconditioned). Peralatan kapital merangkumi: (1) Semua jenis kenderaan kategori A,B,C dan D. (2) Semua jenis sistem persenjataan termasuk artileri. (3) Semua jenis sistem komunikasi. (4) Semua jenis alat pelbagai Kategori A seperti OBM. (5) Semua jenis kapal laut dan peralatan perairan. (6) Semua jenis pesawat udara dan peralatan khas bagi pesawat udara.
TERHAD 5-4-3 TERHAD i. Program Pemanjangan Hayat (Service Life Extension Programme). Ianya suatu program untuk meningkatkan atau memperbaharui keupayaan sesuatu aset kapital supaya ia boleh terus digunakan melampaui had umur ekonomik yang sedia wujud. j. Susut Nilai. Ia adalah anggaran penurunan nilai bagi sesuatu aset kapital. k. Tidak Ekonomik Dibaiki (TEB). Ia adalah suatu pengelasan yang bermaksud aset kapital yang rosak dan pembaikannya melampaui kos ekonomik. l. Umur Ekonomik. Ia adalah jangka masa penggunaan yang ekonomik bagi sesuatu kenderaan atau peralatan. m. Usang (obsolete). Ia adalah status penggunaan sesuatu aset kapital yang sebelumnya telah diisytiharkan `akan menjadi usang‟. Aset kapital yang diisytiharkan `usang‟ pada dasarnya telah mencapai Had Umur Ekonomik di mana ia tidak akan diteruskan penggunaannya lagi dan seterusnya hendaklah dipulangkan kepada depot pemulangan Perkhidmatan masing-masing. KEPENTINGAN KASTING 050104. Kasting adalah penting kerana ia membolehkan Perkhidmatan merancang penggunaan aset secara optima dengan lebih berkesan. Justeru itu perancangan pembelanjaan akan lebih efisien dan mengelakan pembaziran. 050105. Melalui kasting, had umur ekonomik sesuatu aset dapat diketahui maka penyelenggaraannya dapat dirancang dengan baik dan teratur. Ini bermakna penyelenggaraan dapat dilakukan secara berjadual dan lebih sistematik. 050106. Apabila tanda-tanda kerosakan dapat dikenalpasti melalui penyelenggaraan yang sempurna maka perolehan alat ganti dapat dibuat dengan lebih baik dan efisien. Disamping itu ianya dapat mempastikan perolehan alatganti aset itu diguna dengan berhemah dan tanpa pembaziran. 050107. Pada keseluruhannya dasar kasting ini adalah penting untuk pihak Perkhidmatan bagi menentukan aset kapital ini dapat dipergunakan dengan sepenuhnya serta kebolehkepercayaan (Reliability) sesuatu aset itu dapat dipertingkatkan. KAEDAH KASTING 050108. Pertimbangan untuk melaksanakan kasting terhadap sesuatu aset kapital ATM itu perlu memenuhi salah satu dari kriteria berikut: a. Aset tersebut telah mencapai had umur atau had jarak perbatuan atau had jam operasi atau pun had kos pembaikan yang ekonomik.
TERHAD 5-4-4 TERHAD b. Jika sesuatu jenis atau varian aset tersebut mengalami kerosakan yang teruk dan sukar dibaikpulih lagi. c. Apabila sesuatu aset itu tidak dapat berfungsi mengikut peranan yang sepatutnya dikehendaki atau disahkan tidak diperlukan lagi oleh Perkhidmatan ATM. d. Pengeluar Asal Peralatan (Original Equipment Manufacturer) mengesahkan tidak lagi dapat menjamin sokongan alat ganti bagi aset berkenaan. e. Apabila disahkan berlaku perubahan dan peningkatan teknologi terhadap sesuatu aset dan peningkatan ini menyebabkan secara tidak langsung aset kapital berkenaan menjadi usang. f. Apabila tahap keselamatan dan kebolehpercayaan sesuatu aset kapital disahkan terus menurun dan ini akan membahayakan keselamatan pengguna. 050109. Apabila salah satu kriteria di atas berlaku kepada sesuatu aset kapital tersebut maka Perkhidmatan perlu memutuskan samada ianya hendak dilupuskan atau masih mahu diteruskan ke satu tempoh tertentu pula. Sekiranya Perkhidmatan memutuskan untuk tidak mengekalkan penggunaannya (non retention) sesuatu aset kapital itu maka perolehan alat ganti tidak akan dibuat lagi. Sebaliknya ianya akan dikategorikan sebagai akan menjadi usang (obsolescent) di mana Perkhidmatan akan menggunakan alat ganti yang sedia ada atau melalui kaedah kanabalasi (Canabalisation). Justeru itu ianya dapat mengurangkan pembaziran dengan longgokkan alat ganti peralatan kapital tersebut apabila ia menjadi usang (oboselete) nanti. Selepas aset kapital ini diistiyharkan menjadi usang maka proses pelupusan aset akan dibuat mengikut prosedur pelupusan Perkhidmatan masing-masing. 050110. Sebaliknya jika Perkhidmatan memutuskan untuk meneruskan penggunaan aset kapital tersebut atau membuat pemanjangan hayat aset (SLEP) maka beberapa faktor perlu dipertimbangkan seperti berikut: a. Alat ganti aset itu masih dalam pasaran dan mudah diperolehi. b. Harga semasa alat ganti aset masih munasabah dan berpatutan. c. Perolehan alat ganti dibuat hanya jika ada keperluan saja dan tidak dibenarkan menyimpan stok alatganti tersebut. d. Aset tersebut masih berkemampuan untuk memenuhi keperluan operasi Perkhidmatan. e. Kos pembaikan atau senggaraan tidak melebihi kos asal pembelian aset.
TERHAD 5-4-5 TERHAD f. Penetapan jangka hayat penggunaan yang baru aset kapital ini ditetapkan semula. 050111. Setiap Perkhidmatan hendaklah menetapkan had umur dan jarak perbatuan /had jam operasi yang ekonomik bagi setiap aset kapital yang memasuki Perkhidmatan masing-masing. Sebagai panduan pengurusan kasting, senarai had umur dan jarak kilometer yang ekonomik bagi setiap kenderaan ATM adalah seperti di Kembaran A Bab 3 Seksyen 5. IMPLIKASI TIDAK MELAKSANAKAN KASTING 050112. Implikasi tidak melaksanakan dasar kasting ini terhadap aset kapital ATM adalah seperti berikut: a. Kesiapsiagaan ATM. Apabila dasar kasting ini tidak dilaksanakan maka kesan yang amat ketara adalah kegagalan dalam menentukan aset kapital berfungsi dengan baik. Maka kegagalan ini sudah tentu akan menjejaskan kesiapsagaan aset ATM secara keseluruhannya. b. Menjejaskan Perancangan Perolehan/Penggantian Aset Kapital. Aset yang uzur akan menyebabkan kos pembaikan meningkat dan ini akan menjejaskan peruntukan perolehan/penggantian aset kapital. c. Pegangan Aset Kapital Ketinggalan Teknologi. Ketiadaan perancangan kasting akan menyebabkan aset kapital akan berada dalam Perkhidmatan terlalu lama dan ini akhirnya menyebabkan Perkhidmatan akan memegang aset kapital yang telah usang dan ketinggalan dalam teknologi. d. Kos Senggaraan Meningkat. Aset yang menjangkaui jangka hayatnya akan menyebabkan kos senggaraan meningkat kerana kesukaran memperolehi alat ganti dan harganya boleh dimanupulasikan oleh pembekal.