The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cawan Hebat, 2023-03-23 01:19:12

PATM BAHAGIAN I (RANTAI BEKAL)

PATM BAHAGIAN I (RANTAI BEKAL)

TERH 4-5E TERH (a) (b) (c) 11. Penilaian Teknikal MK TD MTL MTU Bhg Perolehan Bhg Industri Pertahanan PSTP PSTP a b s b p K ( p ( in ( ( 12. Penilaian Tender Bhg Bekalan


HAD E-5 HAD (d) (e) (f) (g) (h) (i) a. Menjalankan ujikaji berdasarkan kepada spesifikasi. b. Memastikan perkaraperkara berikut: J/Kuasa Tender Kos „life cycle‟ (2) Kesesuian peralatan antara perkhidmatan. (3) Kesesuaian kendalian nfrastruktur dan sokongan. (4) „Local content‟. (5) Pemindahan teknologi.


MPT LM MKN JPP TERH CARTA ALIRAN PEROLEHAN 4-5F TERH P P E R R O O S L E E S H A N P E R K A E N W C A A N N G G A A N N P P E E R M A B N A C N A G N U G N A A N N PENILAIAN STRATEGIK PENYEMAKA N PENILAIAN STRATEGIK P E R A M N A C K A R N O G A N AGENSI PUSAT AP JPKP JSPP PENYEDIAAN BELANJAWAN TAHUNAN JSPP AP AP LM LEMBAGA TENDER NOTA: MPT JPP LM MKN - MESYUARAT PEGAWAI-PEGAWAI TINGGI - JAWATANKUASA PANGLIMA-PANGLIMA - LEMBAGA MENTERI - MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JSPP JPKP AP MEMPROSES TENDER BAHAGIAN PEROLEHAN PENILAIAN TEKNIKAL MTU MK TL MK TD MARKAS ATM


PENYEDIAAN PELAN PERSPEKTIF HAD N PERALATAN PERTAHANAN F-1 HAD KEMBARAN F KEPADA SEKSYEN 5 KEPADA BAB 4 PATM JILID III MK TD RANCANGAN LIMA TAHUN KEMENTERIAN PERTAHANAN MTU MK TL MARKAS ATM JSPP JPKP LEMBAGA MENTERI PENYEDIAAN DRAF PERANCANGAN LIMA TAHUN PENYEDIAAN KESAM JPKP - JAWATANKUASA SUMBER-SUMBER PERTAHANAN - JAWATANKUASA PEMBANGUNAN KEUPAYAAN PERTAHANAN - AGENSI PUSAT PSTB INDUSTRI BEKALAN MTU MK TL MK TD MARKAS ATM PENYEDIAAN SPESIFIKASI CADANGAN CARA PEROLEHAN BAHAGIAN PEROLEHAN


TERHAD 5-1-1 TERHAD BAB 5 BANTUAN LOGISTIK BERSEPADU (ILS) SEKSYEN 1 - AM PENDAHULUAN 050101. Pembangunan keupayaan pertahanan dinilai melalui perspektif strategik serantau dan kemudiannya akan ditafsirkan di dalam penentuan keperluan keupayaan ATM. Penentuan keperluan ATM akan membantu di dalam menyediakan pelan perspektif jangka pendek dan panjang ATM. Pelan ini perlu disemak sebelum ianya diluluskan untuk proses pembangunan keupayaan tersebut seterusnya akan melibatkan proses perolehan peralatan kapital ATM. 050102. ATM perlu menentukan semua perolehan peralatan kapital ATM memenuhi keperluan kos, jadual dan prestasi serta bantuan logistik pada kos kitar hayat yang minimum. Memandangkan kemampuan memberi bantuan merupakan komponen penting, prestasi, prinsip dan amalan Bantuan Logistik Bersepadu (ILS) hendaklah digunakan bagi semua projek perolehan untuk memastikan perolehan tersebut memenuhi spesifikasi prestasi pada kos bantuan yang paling minimum. Kaedah ILS hendaklah juga digunapakai bagi pengurusan kasting terhadap peralatan kapital ATM termasuk usaha untuk meningkatkan semula keupayaan dan memanjangkan hayat perkhidmatan agar tahap kesiapsiagaan yang tinggi setiap peralatan dapat dicapai. 050103. Bab ini sebagai panduan asas kepada ATM dan Awam KEMENTAH di dalam pengurusan pelaksanaan ILS. Ia menerangkan dasar dan prosedur pelaksanaan ILS ATM. Perkhidmatan bertanggungjawab mengeluarkan dasar dan prosedur pelaksanaan ILS yang khusus untuk Perkhidmatan masing-masing. Arahan dan dasar ini hendaklah dibaca bersama: a. Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bilangan 11 Tahun 1990. b. Perintah Am Angkatan Tentera Bilangan (PAAT) 1-2 Tahun 2004. c. Manual Logistics Support Analysis (LSA) (Sila rujuk penyataan di Seksyen 3 perenggan 050320). Nota: PMAT Bil 11 Tahun 1990 – Dasar Perolehan Peralatan Kapital. PAAT Bil 2004 – Panduan Pelaksanaan Bantuan Logistik Bersepadu.


TERHAD 5-2-1 TERHAD BAB 5 BANTUAN LOGISTIK BERSEPADU (ILS) SEKSYEN 2 – KONSEP ILS DALAM ATM PENDAHULUAN 050201. Konsep ILS dalam ATM adalah bagi menentukan proses di peringkat awal pembangunan atau perolehan peralatan kapital ATM dirancang, ditentukan dan disediakan untuk memberi bantuan logistik mengikut keperluan kitar hayat peralatan kapital tersebut. Dalam perancangan proses menganalisis memberi fokus terhadap kebolehsokongan (supportability) dan sustainability pengoperasian sesuatu peralatan tersebut berdasarkan jangka hayat yang ditetapkan pada kos yang minimum. Bagi melaksanakan konsep ILS dalam ATM, pengguna perlu menghayati dan mematuhi disiplin ILS yang telah ditetapkan. KITAR HAYAT PERALATAN (MATERIEL LIFE CYCLE) 050202. Pelaksanaan konsep ILS dalam ATM adalah bagi menentukan aktiviti-aktiviti pengurusan dilaksanakan mengikut keperluan di kitar hayat peralatan kapital. Kitar hayat dibahagikan kepada empat fasa berikut: a. Fasa Konsep (Concept). Keperluan pengguna dikenalpasti dan ditaja untuk mendapatkan kelulusan. Aktiviti-aktiviti meliputi keperluan peralatan kapital baru, penggantian, peningkatan termasuk untuk pengubahsuaian, memanjangkan jangka hayat peralatan (SLEP), keperluan operasi baru dan perubahan teknologi. Untuk keperluan operasi baru, penaja perlu menyediakan kertas cadangan konsep dan pilihan terhadap keperluan tersebut melalui Use Study bagi menghasilkan KESAM, ASOR, KSTL untuk proses kelulusan. Fasa ini kelazimannya akan mengambil masa satu hingga dua tahun dari tempoh keseluruhan proses kitar hayat tertakluk kepada keadaan dan peruntukan kewangan serta berbeza di antara satu projek dengan projek yang lain. b. Fasa Perolehan (Acquisition). Aktiviti merangkumi pembangunan rekabentuk asas (prototype) dan pembangunan rekabentuk terperinci. Proses seterusnya adalah pembuatan dan pengeluaran. Fasa ini lazimnya akan mengambil masa satu hingga dua tahun dari tempoh keseluruhan proses kitar hayat tertakluk kepada keadaan dan peruntukan kewangan serta berbeza di antara satu projek dengan projek yang lain.


TERHAD 5-2-2 TERHAD c. Fasa Operasi (In-Service). Pada fasa ini peralihan tanggungjawab daripada tim projek kepada pengguna dilaksanakan. Dalam tempoh ini semua sumber bantuan logistik secara optimum yang memenuhi keperluan operasi dan kos yang ditetapkan telah dikenalpasti dalam proses LSA dan direkod dalam LSAR. Semua dokumen hasil keputusan ujian dalam LSAR dan penilaian perlu diserahkan kepada pengguna dan tim bantuan. Dalam fasa ini juga akan berlaku penambahbaikan peralatan kapital termasuklah modifikasi, memanjangkan jangka hayat peralatan atau dirancang untuk dilupuskan disebabkan keperluan operasi baru atau perubahan teknologi. Fasa ini merupakan fasa yang paling panjang tertakluk kepada dasar kasting sesuatu peralatan kapital tersebut. d. Fasa Pelupusan (Disposal). Fasa ini merupakan proses mengeluar dan melupuskan sesuatu peralatan kapital daripada perkhidmatan. Ia juga adalah sebahagian daripada proses kitar hayat sistem dan perlu dipertimbangkan di peringkat awal konsep dan kajian perolehan bagi menentukan value for money dan penjimatan yang optimum kepada kerajaan. Fasa ini lazimnya akan mengambil masa satu hingga dua tahun dari tempoh keseluruhan proses kitar hayat tertakluk kepada keadaan dan peruntukan kewangan serta berbeza dari satu projek dengan projek yang lain. KOS KITAR HAYAT (LCC) 050203. Pelaksanaan konsep ILS dalam ATM adalah untuk menentukan LCC bagi sesuatu peralatan kapital dengan mengambilkira kos yang terlibat secara langsung, tidak langsung, berulang, tidak berulang, kos tetap dan berubah yang terlibat di sepanjang kitaran hayat dari fasa konsep hingga ke fasa pelupusan. Ini termasuk kos modal yang berkaitan semasa perolehan. Analisis Kos Kitar Hayat (LCCA) bagi sesuatu perancangan pembangunan keupayaan hendaklah disediakan di peringkat awal fasa konsep bersama dengan dokumen Front End Logistics Support Analysis (FELSA) untuk membantu membuat keputusan. ELEMEN BANTUAN ILS 050204. Pelaksanaan konsep ILS dalam ATM menentukan semua elemen bantuan ILS di bawah dipertimbangkan mengikut keperluan kitar hayat. Pertimbangan perlu diberi kepada persekitaran sistem dengan menentukan semua teras elemen diambilkira bagi menyokong peralatan kapital beroperasi dengan efektif dan efisien supaya dapat mengekalkan tahap kesiapsiagaan. Semua teras elemen tersebut adalah seperti berikut: a. Bantuan Kejuruteraan (Engineering Support). Bantuan kejuruteraan merangkumi semua pertimbangan yang perlu bagi memastikan integriti reka bentuk sepanjang kitaran hayat peralatan kapital. Ianya merangkumi perkakasan (hardware), perisian (software), fasilitas, keanggotaan (personnel), proses dan data yang diperlukan untuk membolehkan kejuruteraan dan reka bentuk yang kompeten.


TERHAD 5-3-2 TERHAD Bantuan Kejuruteraan termasuk analisis kejuruteraan, siasatan, peraturan teknikal dan kelulusan pembangunan dan modifikasi serta perubahan konfigurasi. b. Perancangan Selenggaraan (Maintenance Planning). Ini adalah asas dan elemen yang terpenting sekali kepada ILS bagi mengenalpasti range dan scale keperluan bantuan logistik seterusnya. Perancangan Selenggaraan ini meliputi semua pertimbangan yang perlu untuk menentukan suatu sistem yang berupaya disenggara dengan optima melalui struktur bantuan senggaraan yang komprehensif. Proses ini boleh dicapai dengan pematuhan pengurusan polisi dalam perkhidmatan, melaksana senggaraan pencegahan (preventive) dan pembetulan (corrective) serta pemantauan ke atas prestasi aktiviti selenggaraan. c. Bantuan Bekalan (Supply Support). Merupakan semua aktiviti yang diperlukan semasa perolehan, katalog, penerimaan, penyimpanan, perpindahan, pengeluaran dan pelupusan ke atas alatganti dan juga peralatan yang dibaiki. Ini termasuklah keperluan alat ganti permulaan (initial spares requirement) sehingga bantuan bekalan ke atas sistem dapat dikenalpasti dan dibangunkan yang merangkumi: (1) Semua Alat Ganti. (2) Alatan Pembaikan (Repair Parts). (3) Barangan Pakai Habis Am (Consumable Item). (4) Bekalan Khas (Special Supplies). (5) Kemudahan dan Peralatan Latihan. d. Data Teknikal (Technical Data). Data Teknikal dan Penerbitan Teknikal terdiri daripada maklumat saintifik atau teknikal yang perlu untuk menterjemahkan keperluan sistem ke dalam kejuruteraan diskret dan dokumentasi sokongan logistik. Data teknikal yang digunakan dalam pembangunan manual pembaikan, manual penyelenggaraan, manual pengguna dan dokumen-dokumen lain yang digunakan untuk mengendalikan atau menyokong sistem. Data teknikal termasuk, tetapi tidak terhad kepada: (1) Manual Teknikal. (2) Buletin Teknikal dan Bekalan. (3) Transportability Guidance Technical Manuals. (4) Had Perbelanjaan Penyelenggaraan dan Prosedur Kalibrasi.


TERHAD 5-4-2 TERHAD (5) Repair Parts and Tools Lists. (6) Carta Peruntukan Penyelenggaraan. (7) Corrective Maintenance Instructions. (8) Preventive Maintenance and Predictive Maintenance Instructions. (9) Lukisan/Spesifikasi/Pakej Data Teknikal. (10) Dokumentasi Perisian. (11) Dokumentasi Perbekalan. (12) Senarai Komponen. (13) Product Support Data. (14) Safety Critical Parts List. (15) Lifting and Tie down Pamphlet/References. (16) Dokumentasi Bahan Berbahaya (HAZMAT documentation). e. Sumber Manusia (Manpower and Personnel). Mengenalpasti dan mendapatkan keperluan kakitangan tentera dan awam termasuk kontraktor yang diperlukan untuk mengendali, menyelenggara dan melupus sesuatu sistem sepanjang hayat penggunaanya. f. Latihan dan Bantuan Latihan (Training and Training Support). Pelaksanaannya merangkumi proses, prosedur, alat latihan, peralatan dan teknik yang digunakan untuk melatih anggota di dalam mengendali dan menyelenggara sesuatu sistem. Ini termasuklah rancangan untuk memperolehi dan memasang peralatan latihan contohnya simulator latihan. g. Fasilitas (Facilities). Merupakan semua kemudahan yang diperlukan untuk menyokong sistem baru. Merangkumi semua pertimbangan yang perlu untuk mengendali, menyelenggara dan melupus sesuatu sistem sepanjang hayat penggunaanya. h. Pembungkusan, Pengendalian, Penyimpanan dan Pengangkutan (Packaging, Handling, Storage & Transportation). Merangkumi sumber, proses, tatacara, pertimbangan rekabentuk dan kaedah dalam memastikan elemen Mission System dan Komponen Sistem Bantuan dipelihara (preserved), dibungkus,


TERHAD 5-5-2 TERHAD dikendalikan, disimpan dan digerakkan dengan sewajarnya apabila diperlukan atau dilupuskan. Ini meliputi kesan ke atas persekitaran, keperluan peralatan pengawetan untuk penyimpanan jangka pendek dan jangka panjang serta reka bentuk sistem untuk memudahkan pengangkutan. i. Peralatan Bantuan dan Ujian (Support and Test Equipment). Merupakan semua peralatan bantuan dan ujian samada bergerak (mobile) dan tidak bergerak (fitted) yang diperlukan untuk membantu di dalam pengendalian dan penyelenggaraan perkakasan sistem. Ini termasuklah keperluan bantuan logistik untuk menyokong peralatan bantuan/ujian itu sendiri. j. Bantuan Komputer (Computer Support). Ini termasuk kemudahan, perkakasan, perisian, dokumen, rangkaian komputer dan kakitangan yang diperlukan untuk menyokong sistem komputer. Bantuan Komputer juga melaksanakan pengurusan kepada: (1) Prosedur. (2) Dokumentasi. (3) Source Code. (4) Hak Cipta. (5) Peralatan. (6) Latihan untuk Operator. (7) Kawalan terhadap Pembangunan dan Perlaksanaan Perubahan Perisian. (8) Keselamatan. KEBOLEHARAPAN, KEBOLEHSEDIAAN DAN KEBOLEHSELENGGARAAN (RAM) 050205. Pelaksanaan konsep ILS dalam ATM adalah untuk menentukan aspek keboleharapan, kebolehsediaan dan kebolehselenggaraan yang akan memberi kesan ke atas keupayaan dan kos peralatan kapital. Kajian kejuruteraan ini hendaklah dilaksanakan melalui Analisis Bantuan Logistik (LSA) bagi mematuhi kehendak operasi dengan bermatlamat mendapatkan kos yang minimum. 050206. Keboleharapan, Kebolehsediaan dan Kebolehselenggaraan juga dikenali sebagai Reliability, Availability and Maintainability (RAM) yang digunakan bagi menentu dan meningkatkan keberkesanan sistem khasnya dalam kesiapsiagaan penggunaan, operasi


TERHAD 5-6-2 TERHAD dan reka bentuk. Pencapaian objektif untuk persediaan operasi pertahanan ATM amat bergantung kepada RAM peralatan kapital. Keboleharapan adalah penentu paling ketara yang menunjukkan kekerapan sesuatu peralatan kapital gagal melaksanakan fungsinya. Kebolehselenggaraan sesuatu sistem atau peralatan kapital adalah bergantung kepada kebolehan selenggara dan pembaikan dalam sesuatu lingkungan masa dan sumber tertentu. Parameter fungsi keboleharapan dan kebolehsenggaraan serta organisasi bantuan logistik adalah penentu kepada kebolehsediaan operasi sesuatu peralatan kapital. ANALISIS BANTUAN LOGISTIK (LSA) 050207. Proses LSA merupakan kaedah terpenting dalam perlaksanaan ILS di mana analisis yang dilaksanakan bertujuan menghasilkan data dan maklumat untuk digunakan bagi merumuskan keputusan dalam aspek rekabentuk dan bantuan logistik keperluan sepanjang hayat peralatan kapital. 050208. Analisis Bantuan Logistik juga merupakan kaedah atau teknik untuk mengenalpasti sumber bantuan secara optimum yang memenuhi keperluan operasi dan kos yang ditetapkan. LSA perlu diguna pakai dalam semua jenis perolehan dan boleh diubahsuai mengikut keperluan dan objektif pembangunan keupayaan pertahanan ATM. PENGURUSAN KONFIGURASI 050209. Pengurusan Konfigurasi merupakan satu proses kesinambungan untuk mengekalkan disiplin ILS secara konsisten ke atas prestasi (perfomance), fungsi dan physical attribute selaras dengan keperluan, reka bentuk dan maklumat pengoperasian (operational information) sepanjang kitaran hayat sesuatu aset kapital. Disiplin pengurusan ini melibatkan aspek teknikal dan pengurusan kearah pembangunan, pengeluaran dan seterusnya bantuan sepanjang kitaran hayat sesuatu aset kapital. Bantuan ini meliputi semua aspek perkakasan, perisian, material, perkhidmatan dan dokumentasi teknikal dengan tujuan untuk mengurangkan risiko keselamatan dan mengelak pembaziran wang kerajaan. PENGURUSAN RISIKO 050210. Pengurusan risiko merupakan analisis untuk mengenalpasti dan menilai risiko. Seterusnya perancangan dan tindakan untuk meminimumkan risiko bagi mengoptimumkan sesuatu operasi peralatan kapital dilaksanakan. Penerapan pengurusan risiko sepanjang proses kitar hayat semasa perolehan sangat penting untuk tujuan penghantaran tepat pada masa dan kos yang minima serta output yang memenuhi objektif prestasi. Proses ini membantu untuk memastikan bahawa output yang menepati keperluan disamping sejajar dengan value for money, boleh diharap (reliable) dan mudah untuk diselenggara sepanjang hayat.


TERHAD 5-3-1 TERHAD BAB 5 BANTUAN LOGISTIK BERSEPADU (ILS) SEKSYEN 3 - PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN ILS PENDAHULUAN 050301. Pengurusan dan pelaksanaan ILS hendaklah diamalkan mengikut kitaran hayat pembangunan keupayaan pertahanan dengan mematuhi dasar-dasar berkaitan sediada yang berkuatkuasa. Pelaksanaan ini akan dikawal dan dipantau melalui jawatankuasajawatankuasa ILS yang telah ditubuhkan di peringkat Kementerian Pertahanan, ATM dan Perkhidmatan. Jawatankuasa ini juga berperanan untuk melaksanakan fungsi pengurusan konfigurasi sepanjang kitaran hayat sesuatu peralatan kapital. PENGURUSAN ILS 050302. Pengurusan ILS merangkumi proses perancangan, arahan, kawalan, koordinasi dan pemantauan ke atas elemen-elemen ILS serta aktiviti yang dilaksanakan di dalam memberi bantuan logistik mengikut kitaran hayat peralatan kapital. Ini adalah bertujuan supaya kos yang diperuntukan adalah setimpal dengan tahap kebolehsediaan (availability). Antara perkara-perkara yang perlu ditekankan oleh pihak pengurusan ialah: a. Peruntukan sumber kewangan untuk perolehan peralatan kapital dan unjuran kos kitaran hayat yang akan terlibat. b. Lead Time perolehan elemen bantuan logistik untuk membantu perancangan perolehan pada masa dan kuantiti yang tepat. c. Pengaruh bantuan logistik terhadap reka bentuk, keboleharapan, kebolehsediaan dan kebolehsenggaraan (design, reliability, availability and maintainability) peralatan. d. Pembabitan industri luar di dalam pengeluaran dan selenggaraan peralatan yang di luar kemampuan ATM. e. Pengurusan sistem maklumat (MIS). OBJEKTIF PENGURUSAN ILS 050303. Pengurusan ILS meliputi proses merancang, mengarah, mengawal, mengkoordinasi dan memantau elemen-elemen ILS, deliverables dan aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada bantuan sepanjang hayat terhadap peralatan kapital ATM pada kos kitar


TERHAD 5-3-2 TERHAD hayat yang minimum. Pada masa yang sama, ia akan meningkatkan prestasi untuk memenuhi keperluan operasi ATM dengan objektif-objektif seperti berikut: a. Untuk mempengaruhi spesifikasi material dan reka bentuk sistem bantuan supaya keupayaannya dalam perkhidmatan dicapai pada tahap maksimum dengan kos kitar hayat minimum. b. Menentukan semua elemen bantuan dirancang, dibangun, diperolehi, dinilai dan diguna pakai serentak dengan proses perolehan dan kemasukan peralatan kapital ke dalam Perkhidmatan. c. Melengkapkan pengguna dan agensi bantuan dengan kemahiran untuk mengendali dan memberikan bantuan yang berkesan kepada peralatan kapital (baharu atau dipertingkatkan). d. Menyediakan prosedur untuk mengintegrasikan dan memperolehi elemenelemen bantuan dengan berkesan. e. Memberikan penekanan awal mengenai kos kitar hayat semasa penentuan keperluan dan proses perolehan peralatan kapital. f. Menyediakan program kasting dan prosedur pelupusan yang paling efektif. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 050304. Peringkat ATM. a. Bahagian Logistik Pertahanan. Sebagai penguasa ILS di dalam ATM dan tanggungjawab bahagian ini adalah seperti berikut: (1) Merancang dan membangun, menyedia dan menyebar dasar ILS dan menasihati Jawatankuasa Tertinggi ATM dan/atau Kementerian Pertahanan dalam aspek ILS. (2) Merancang dan mengadakan latihan yang berterusan kepada semua anggota ATM dan Kementerian Pertahanan yang mempunyai kaitan dengan urusan ILS termasuk Kementerian lain dan Angkatan Tentera negara luar jika ada keperluan. b. Bahagian Perancangan Pertahanan. Bahagian ini bertanggungjawab mengkonsolidasikan program kasting dari setiap Perkhidmatan bagi tujuan menyediakan belanjawan Rancangan Lima Tahun Malaysia (RMK) di peringkat KEMENTAH.


TERHAD 5-3-3 TERHAD 050305. Peringkat Perkhidmatan. a. Menubuhkan jawatankuasa kerja ILS peringkat Perkhidmatan bagi tujuan memantau, menyelaras, mengawal dan merancang aktiviti-aktiviti berkaitan ILS Perkhidmatan. b. Melaksanakan ILS di peringkat Perkhidmatan masing-masing dan memajukan laporan setiap aktiviti/kemajuan kepada Bahagian Logistik Pertahanan, Markas ATM. c. Bagi perancangan kasting, setiap Perkhidmatan hendaklah menentukan semua peralatan kapital yang memasuki Perkhidmatan ditetapkan jarak penggunaan, had umur dan kos pembaikan ekonomik. d. Menyediakan program kasting bagi setiap RMK dan dimajukan kepada Bahagian Perancangan Pertahanan, Markas ATM. e. Mengadakan latihan yang berterusan kepada semua anggota yang mempunyai kaitan dengan urusan ILS. f. Memastikan dokumen-dokumen berikut diwujudkan untuk setiap perolehan keupayaan peralatan kapital ATM: (1) Integrated Logistics Support Concept (ILSC). (2) Integrated Logistics Support Plan (ILSP). (3) Integrated Logistics Support Instruction (ILSI). 050306. Rancangan Latihan. Untuk memperkukuhkan kefahaman serta pengetahuan semua warga ATM dan awam di dalam pengurusan ILS, beberapa kursus perlu dilaksanakan oleh Markas ATM dan Perkhidmatan mengikut kategori berikut: a. Perkhidmatan. (1) Kursus Kesedaraan (Awareness Course). Kursus ini melibatkan semua warga ATM termasuk kakitangan awam dan pendedahan hendaklah dilaksanakan diperingkat awal perkhidmatan. Fokus utama kursus ini adalah untuk menyampaikan konsep ILS dan memberi kesedaran tentang tindakantindakan yang perlu diambil sepanjang hayat penggunaan peralatan kapital. Modul ini juga perlu dianjurkan kepada semua kursus bakal pegawai, kursus kenaikan pangkat dan kursus asas bagi Lain-Lain Pangkat (LLP). Berikut adalah kursus yang perlu dilaksanakan diperingkat ini: (2) Integrated Logistics Support (ILS) Introduction For Managers.


TERHAD 5-3-4 TERHAD (3) Life Cycle Costing (LCC) Introduction For Managers. b. Markas ATM. (1) Kursus Lanjutan. Kursus peringkat ini mesti difokuskan kepada pegawai yang melakukan tugas di mana akan memberi sumbangan dan impak yang besar ke atas perancang ILS secara keseluruhanya. Kursus ini melibatkan semua pegawai staf hingga ke peringkat Pengarah dan semua tim projek terbahagi kepada: (a) Logistics Support Analysis (LSA). (b) Reliability, Availability and Maintainability (RAM). (c) Defence Systems Project Management (DSPM). (d) Configuration Management Analysis Course. 050307. Modul kursus di atas hendaklah ditambahbaik dengan mengaplikasikan Reliability Engineering sebagai tool dalam membantu perlaksanaan ILS terutama dalam proses LCC, LSA dan RAM. 050308. Tim Projek ILS. Tim yang ditubuhkan untuk melaksanakan pembangunan bagi peralatan kapital baru adalah bertanggungjawab untuk merancang proses-proses ILS dilakukan bermula dari fasa konsep sehingga fasa pelupusan dengan mematuhi dasar/garis panduan yang telah ditetapkan. Keanggotaan, tugas dan tanggungjawab tim projek ILS adalah seperti di Kembaran A. Senarai semak di Kembaran B boleh digunakan sebagai panduan sepanjang tempoh perlaksanaan projek dilaksanakan. PELAKSANAAN ILS 050309. Setiap perolehan pembangunan keupayaan peralatan kapital ATM hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut: a. Konsep. Dokumen Integrated Logistics Support Concept (ILSC) hendaklah diwujudkan untuk setiap perolehan peralatan kapital ATM. Dokumen ini diwujudkan semasa fasa konsep dan dikemaskini sehingga mendapat kelulusan. Format ILSC adalah seperti di Kembaran C. b. Pelan. Dokumen Integrated Logistics Support Plan (ILSP) hendaklah disediakan berdasarkan ILSC yang telah dipersetujui dan diluluskan. Format ILSP adalah seperti di Kembaran D.


TERHAD 5-3-5 TERHAD c. Arahan. Dokumen Integrated Logistics Support Instruction (ILSI) hendaklah disediakan berdasarkan ILSP yang telah dipersetujui dan diluluskan. Format ILSI adalah seperti di Kembaran E. 050310. Pelaksanaan ILS mengikut fasa. Garis panduan yang berkaitan dengan aktivitiaktiviti di dalam setiap fasa adalah seperti di bawah: a. Fasa Konsep (Concept Phase). (1) Perancangan Makro (Rujuk PMAT Bil 11/1990): (a) Penilaian Strategik (Strategics Guidance). (b) Penyemakan konsep keupayaan ketenteraan. (c) Penyediaan pelan perspektif ATM. (2) Peringkat Analisis Kemampuan (Capability Analysis). (a) Sistem yang sediada/peralatan yang menghampiri had ekonomik. (b) Keperluan operasi baru. (c) Teknologi baru. (3) Peringkat Capability Submission. Pada peringkat ini, sistem sedia ada yang hampir usang memerlukan rancangan projek penggantian. Peralatan gantian yang dirancang memerlukan kajian peruntukan dan pengumpulan maklumat mengenai data teknikal terkini dan spesifikasi produk. (a) Bagi keperluan operasi baru, ia memerlukan pembangunan dari konsep asal dan pilihan dengan menggunakan kaedah Front End Logistics Support Analysis (Rujuk perenggan 140321) seperti berikut: i. Functional Logistics 1 (FL1) - Use Study. ii. Functional Logistics 3 (FL3) Analisis Perbandingan. iii. Functional Logistics 4 (FL4) - Piawaian. iv. Kos Kitar Hayat (Life Cycle Cost). v. Keputusan Pemilihan dan Letter of Intent (LOI).


TERHAD 5-3-6 TERHAD (4) Penubuhan Tim Projek. (5) Strategi Perolehan (Acquisition Strategy) - Penyediaan dokumendokumen ILSC, ILSP dan ILSI. Aktiviti-aktiviti di dalam Konsep Advanced Planning dan Preliminary Design Stage adalah seperti berikut: (a) Analisis Pasaran. (b) Feasibility Studies. (c) Keperluan Analisis Misi. (d) Keperluan Operasi. (e) Sokongan Awal Analisis Logistik. (f) Konsep Penyelenggaraan. (g) Kriteria Reka Bentuk. (h) Spesifikasi Sistem dan Perancangan Logistik. (6) Pembangunan Spesifikasi: (a) Pembangunan hadapan/Peringkat awal rekabentuk. (b) Selalunya bermula selepas sistem baru/peralatan diiktiraf secara rasmi dan diberikan status projek. (c) Aktiviti di dalam pembangunan masa hadapan/Peringkat awal rekabentuk. i. Analisis fungsi dan peruntukan keperluan logistik. ii. Analisis Sistem. iii. Pengoptimuman. iv. Sintesis. v. Tukar-ganti (Trade-off). vi. Definisi dan Analisis Sokongan Logistik.


TERHAD 5-3-7 TERHAD (7) Kelulusan projek. (8) Penilaian Tender (Tender Evaluation). (9) Rundingan dan Menandatangani Kontrak (LOA). (10) Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)/Pengujian dan Penilaian (Test and Evaluation). b. Fasa Perolehan (Acquisition Phase). (1) Reka bentuk terperinci dan Peringkat Pembangunan. (a) Peringkat akhir reka bentuk disiapkan secara terperinci, prototaip yang dibangunkan diuji keberkesanan fungsinya dan tahap prestasi yang boleh dicapai. (b) Aktiviti dalam reka bentuk terperinci dan peringkat pembangunan adalah: i. Sistem secara terperinci/reka bentuk peralatan. ii. Analisis sokongan reka bentuk. iii. Peruntukan dan perolehan bagi sokongan elemen logistik untuk operasi pengeluaran dan sokongan kitaran hayat penggunaan. iv. Ujian sistem dan penilaian. v. Pengumpulan data, analisis dan maklum balas untuk tindakan pembetulan. (2) Pengeluaran/Peringkat Pembuatan (Production and Delivery). (a) Kontraktor/pengilang perlu mendapatkan bahagian-bahagian komponen dan materialnya, pengangkutan dan mengendalikannya selaras/dengan mengikut program pengeluaran yang ditetapkan. (b) Tim Projek perlu terlibat di dalam keperluan data/peralatan. (c) Aktiviti di Peringkat Pengilangan/Pengeluaran: i. Aliran Material.


TERHAD 5-3-8 TERHAD ii. Perolehan dan Keperluan Inventori. iii. Pembungkusan. iv. Pengstoran. v. Pengedaran Fizikal. vi. Pengangkutan. vii. Komunikasi. viii. Penilaian Keupayaan Sokongan Logistik. ix. Pengeluaran dan Peruntukan Pengurusan Logistik. x. Perolehan Elemen Sokongan Logistik untuk Pengguna dan Sokongan Kitar Hayat. xi. Pengumpulan dan Pemprosesan Data. xii. Analisis dan Maklum Balas untuk Tindakan Pembetulan. c. Fasa Operasi (In-service Phase). (1) Fasa ini merupakan fasa yang paling panjang tertakluk kepada dasar kasting sesuatu peralatan kapital tersebut. Dalam fasa ini juga akan berlaku peningkatan peralatan kapital (support-related upgrades) termasuk pengubahsuaian (modifications), memanjangkan jangka hayat peralatan (SLEP) atau dirancang untuk dilupuskan disebabkan keperluan operasi baru (mission profile changes) dan perubahan teknologi. (2) Aktiviti-aktiviti yang terlibat di dalam Fasa Operasi adalah seperti berikut: (a) Senggaraan Berterusan dan Bantuan Logistik. (b) Bantuan Bekalan (Supply Support). (c) Ujian dan Peralatan Sokongan, Personel danKemudahan Latihan. (d) Pengangkutan dan Pengendalian.


TERHAD 5-3-9 TERHAD (e) Pemprosesan Data Logistik. (f) Pengstoran. (g) Penilaian Keupayaan Sokongan Logistik. (h) Pengumpulan Data. (i) Analisis dan Maklum Balas untuk Tindakan Pembetulan. d. Fasa Pelupusan (Disposal Phase). (1) Perancangan diperlukan terlebih dahulu untuk sesuatu sistem baru atau peralatan yang bakal dilupuskan. (2) Aktiviti dalam Fasa Pelupusan: (a) Sistem atau Peralatan obsolescent/obsolete hendaklah dilupuskan secara berperingkat. (b) Melerai/membuka/mengeluarkan (Demilitarisation) peralatan termasuk kemudahan pengstoran, material, peralatan bantuan khas, manual teknikal, peralatan sokongan dan kemudahan-kemudahan lain berkaitan dengan peralatan yang akan dilupuskan. (c) Tapisan keselamatan (safety clearance) sekiranya diperlukan. (d) Pelupusan barang-barang usang. (e) Kitar semula. (f) Penjualan barangan dan bahan-bahan sokongan yang berlebihan. PELAKSANAAN KOS KITAR HAYAT (LCC) 050311. Pelaksanaan LCC adalah satu kaedah yang penting di dalam usaha ATM untuk mencapai nilai wang (value for money) yang terbaik di sepanjang kitaran hayat peralatan kapital. Secara khususnya, LCC akan dilaksanakan untuk mendapat maklumat kos perbelanjaan sepanjang kitaran hayat sesuatu peralatan kapital tersebut. Terdapat empat prosedur utama yang perlu diambil kira di dalam melaksanakan LCC iaitu: a. Mengenalpasti cost drivers.


TERHAD 5-3-10 TERHAD b. Meramalkan kos masa hadapan mengikut fasa. c. Pengiraan nilai semasa bagi kos keseluruhan setiap tahun. d. Jumlah keseluruhan nilai semasa (add up present value). MENGENALPASTI COST DRIVERS. 050312. Langkah pertama di dalam melakukan analisis LCC adalah dengan mengenalpasti cost drivers yang terlibat bagi setiap perolehan peralatan kapital. Kos tersebut akan dibahagikan mengikut fasa iaitu bermula dari fasa konsep hingga fasa pelupusan di sepanjang kitaran hayat peralatan kapital tersebut: a. Fasa Konsep (Concept Phase). (1) Membuat Kajian Anggaran Kos (cost estimation): (a) Kos yang terlibat semasa fasa ini adalah minimum, namun secara signifikan akan mempengaruhi keseluruhan kos kitar hayat peralatan kapital tersebut. (b) Semua kos yang berkaitan dengan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) termasuklah perancangan, pengurusan, kejuruteraan, pengujian, penilaian, peralatan khas dan lain-lain adalah dipertimbangkan. b. Fasa Perolehan (Acquisition Phase). (1) Kos perolehan merangkumi, kos sebenar dalam menghasil/membangunkan sesuatu sistem/peralatan kapital. Kos perolehan termasuk, tetapi tidak terhad kepada: (a) Produk. (b) Latihan. (c) Dokumentasi Teknikal. (d) Alat Ganti. (e) Pembungkusan, Pengendalian, Penyimpanan dan Pengangkutan. (f) Peralatan Ujian.


TERHAD 5-3-11 TERHAD (g) Kemudahan Senggaraan. (h) Perisian. c. Fasa Operasi (In-Service Phase). (1) Merupakan fasa yang paling panjang dan melibatkan kos perbelanjaan terbesar dianggarkan 75% daripada kos keseluruhan hayat peralatan tersebut. Secara amnya kos ini dibahagikan kepada dua iaitu Kos Tetap (fixed cost) dan Kos Berubah (variable cost). (a) Kos Tetap - Kos ini merangkumi sokongan perkhidmatan, bantuan tenaga kerja dan non-investment item yang diperlukan untuk mengekalkan operasi dan senggaraan. Sebarang kos yang tidak berkait secara terus kepada penggunaan sesuatu sistem/peralatan kapital dikategorikan sebagai indirect cost. Contohnya kos tetap adalah seperti emolumen staf perubatan, pentadbiran dan pengurusan. (b) Kos Berubah – Sebarang kos yang berkait secara terus dengan operasi dan sokongan kepada sistem. Kos ini juga akan meningkat mengikut kadar kenaikan semasa sesuatu peralatan contohnya alat ganti, minyak dan lain-lain peralatan yang membantu mengekalkan operasi dan senggaraan. d. Fasa Pelupusan (Disposal Phase). (1) Kos melupuskan sesuatu peralatan adalah berbeza mengikut jenis dan kategori. (2) Kos yang mungkin terlibat di dalam fasa pelupusan, tetapi tidak terhad kepada: (a) Mengeluarkan dari Senarai Inventori. (b) Pengurusan Data. (c) Pengurusan Sisa. (d) Penyahtenteraan (Demilitarisation). (e) Baik Pulih. (f) Pembungkusan, Pengendalian, Penyimpanan dan Pengangkutan (PHS & T).


TERHAD 5-3-12 TERHAD MENGANGGAR KOS MASA HADAPAN (FUTURE COST) 050313. Setelah mengenalpasti cost driver pada setiap fasa kitaran hayat sistem/peralatan kapital, beberapa kaedah akan digunakan untuk membuat anggaran terhadap kos masa hadapan bagi pelaksanaan LCC iaitu: a. Analisis Stokastik. Analisis di mana data dan parameter tidak diketahui dengan tepat, tetapi taburan kebarangkaliannya diketahui. Sesetengah kos masa depan adalah dianggar berdasarkan pengalaman lepas dan data operasi sebenar yang dikemaskini. Data yang diperolehi daripada pihak pengeluar asing mestilah bertepatan dengan keperluan persekitaran operasi di dalam negara. Data prestasi sebenar yang telah direkodkan semasa perkhidmatan boleh digunakan untuk analisis LCC namun perhatian perlu diberikan kepada penggunaan teknik-teknik statistik yang betul (dengan mempertimbangkan saiz sampel) untuk mendapatkan implikasi sebenar daripada data stokastik. b. Analisis Parametric. Analisis yang menggunakan model matematik dengan meramal kos berubah untuk mendapatkan kos masa hadapan. Sebagai contoh, pengeluar peralatan menggunakan pelbagai teknik untuk menganggarkan kebolehpercayaan komponen dan sistem. Seterusnya data yang reliable boleh diaplikasikan di dalam model matematik atau simulasi untuk meramal future failure rates dan kos seterusnya. Sebagaimana yang telah digariskan di dalam RAM, asas parameter kebolehpercayaan boleh dikemaskini daripada data operasi (menggunakan teknik-teknik analisis statistik yang sah) membantu analisis LCC untuk membuat keputusan. c. Simulasi. Analisis dengan bantuan simulasi komputer merupakan bahagian penting daripada analisis LCC. Kaedah ini adalah untuk membolehkan ujian pelbagai pilihan sokongan dalam Perkhidmatan untuk mengoptimumkan keupayaan. Teknikteknik yang sama juga boleh diguna untuk meramalkan Kos Operasi di dalam model LCC. d. Analisis Kepekaan (Sensitivity). Merupakan proses yang digunakan untuk membantu mengenalpasti kos mungkin penyumbang utama jumlah kos dengan menggunakan Prinsip Pareto. Hal ini membolehkan analisis LCC harus dimudahkan untuk hanya mempertimbangkan kos yang utama.


TERHAD 5-3-13 TERHAD PENGIRAAN NILAI SEMASA BAGI KOS KESELURUHAN SETIAP TAHUN 050314. Pengiraan Nilai Semasa (present value). Nilai semasa wang dikira dengan menggunakan formula berikut: PV = FV / (1+r)n. PV = Present Value (Nilai Semasa) FV = Future Value (Nilai Hadapan) r = Discount Rate (Kadar Diskaun) n = bilangan tahun di antara tempoh semasa dan hadapan. JUMLAH KESELURUHAN NILAI SEMASA (ADD UP PRESENT VALUE) 050315. Bagi mendapatkan jumlah keseluruhan nilai semasa kaedah-kaedah pelaksanaan LCC yang digunakan untuk mengira/menganggar kos semasa dan masa hadapan adalah seperti berikut: a. Helaian Lejar (Spreadsheet). Analisis LCC boleh dilakukan secara manual dengan menggunakan kertas dan mesin kira bagi melaksanakan LCC yang ringkas. Bagi pengiraan yang lebih kompleks bantuan komputer boleh digunakan untuk memudahkan proses analisis seperti Microsoft Excel. b. Lain-lain Aplikasi. Analisis LCC juga boleh dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi-aplikasi semasa yang berada dipasaran contohnya Reliability Excellence (RELEX), Cost Analysis Strategy Assessment (CASA), Automated Cost Estimating Integrated Tools (ACEIT) dan Equipment Designer’s Cost Analysis System (EDCAS), Excel Based for Minor Projects (AMS LCC Model), OmegaPS Analyzer dan lain-lain perisian berkaitan. PELAKSANAAN RAM 050316. Prestasi keboleharapan dan kebolehsenggaraan memberi petunjuk di mana akan mempengaruhi bilangan peralatan kapital yang mesti diperolehi merangkumi keperluan sokongan logistik sepanjang hayat. Oleh itu, keboleharapan dan kebolehsenggaraan akan memberi kesan yang sangat ketara kepada kebolehsediaan operasi (operational availability) (Ao), kesiagaan (preparedness) dan LCC.


TERHAD 5-3-14 TERHAD 050317. Parameter utama yang perlu ditentukan semasa penggunaan dalam perkhidmatan adalah kebolehsediaan operasi di mana formulanya adalah seperti di bawah: Faktor Rekabentuk Keboleharapan dan Kebolehsengaraan Faktor Dokumentasi dan Latihan Nota: Faktor Sumber Manusia Faktor Bantuan Bekalan (Spares Availability) Ao = Operational Availability MTBF = Mean Time Between Failures MTTR = Mean Time To Repair MLDT = Mean Logistic Delay Time MADT= Mean Administrative Delay Time 050318. Maklumat seperti nilai keboleharapan dan kebolehsenggaraan boleh didapati melalui LSA semasa proses perolehan peralatan kapital baru. Pemantauan nilai keboleharapan dan kebolehsenggaraan akan membantu dalam validasi LSA serta perancangan masa depan untuk perolehan baru. Ini secara tidak langsung akan membantu keputusan tepat dilakukan dalam keperluan bantuan logistik dan memastikan keupayaan operasi tercapai. 050319. Dengan implementasi prinsip keboleharapan dan kebolehsenggaraan, ia akan membantu: a. Keputusan tepat untuk perolehan peralatan baru dan modifikasi peralatan sediada. b. Memberi gambaran terhadap tahap kesiagaan peralatan dalam perkhidmatan sediada. c. Mengurus sokongan logistik secara lebih berkesan. d. Menggunakan sumber logistik secara optimum.


TERHAD 5-3-15 TERHAD KEPERLUAN SPESIFIKASI RAM 050320. Untuk peralatan kapital, keperluan RAM adalah seperti berikut: a. Semasa aktiviti penetapan (specifying), penilaian, ujian dan penerimaan peralatan baru atau modifikasi peralatan sediada. b. Semasa analisis dilakukan berdasarkan piawaian (readiness and sustainability) yang telah ditetapkan. c. Memberikan keutamaan yang sama kepada peralatan yang lain berdasarkan kriteria kontrak daripada segi prestasi, jadual dan kos. d. Menunjukkan tahap keyakinan berlandaskan statistik, kelaziman tidak kurang daripada 95% had keyakinan, contohnya dengan membuat analisis kritikal Failure Modes, Effects and Criticality Analysis (FMECA) dan lain-lain analisis yang berkaitan. PELAKSANAAN LSA 050321. Logistics Support Analysis (LSA). Merupakan kaedah untuk mengenalpasti sumber bantuan secara optimum yang memenuhi keperluan operasi dan kos yang ditetapkan. LSA perlu digunapakai dalam semua perolehan dan boleh diubahsuai mengikut keperluan dan objektif sesuatu projek. LSA mengandungi beberapa siri analisis di mana ianya dilaksanakan pada waktu yang sesuai semasa mereka bentuk dan perolehan sesuatu peralatan kapital. Tidak semua analisis relevan untuk semua projek dan LSA seharusnya disesuaikan kepada setiap projek tertentu, termasuk dengan non-development project. Kebanyakan analisis dilaksanakan oleh pihak industri/kontraktor namun Kementerian Pertahanan (tim projek) perlu menyemak setiap kerja yang dilaksanakan. Setiap projek dibahagikan kepada empat tugasan (task) berasingan seperti di bawah: a. LSA Management (LM1 - LM3) - Perancangan Program dan Aktiviti Kumpulan Pengurusan LSA. (1) Tujuan Perancangan Program dan Aktiviti Kumpulan Pengurusan LSA adalah untuk menyediakan perancangan efektif, halatuju, pengurusan berterusan dan semakan (review) untuk memastikan nilai untuk wang dicapai dari Program LSA. Aktiviti perancangan, program dan pengurusan LSA merangkumi keseluruhan Program LSA dan merupakan interface bagi capaian maklumat di antara Pengurusan ILS dan Aktiviti LSA. (2) Program dan Pengurusan LSA merangkumi aktiviti berikut: (a) LSA Strategy (LM1).


TERHAD 5-3-16 TERHAD (b) LSA Plan (LM2). (c) Management and Analysis Reviews (LM3). b. Functional Logistics Requirement (FL1 - FL8) - Keperluan Fungsi Logistik (FLR). (1) Tujuan FLR merupakan kumpulan aktiviti yang menyediakan satu proses bersistematik dan boleh dikesan (traceable) untuk formulasi, merekod dan justifikasi kepada keperluan sokongan. (2) Aktiviti dalam kumpulan ini adalah berkait rapat di mana sesuatu urutan (Step) merujuk kepada aktiviti lain untuk dilaksanakan. Contohnya dalam Comparative Analysis, urutan (Step) 4 “Gunakan Requirements Evaluations dan Tradeoffs Activity untuk...” perlaksanaan aktiviti yang dirujuk akan menjadi urutan (Step) tersebut. Usaha ini tidak dikira sebagai pertindihan dan tidak seharusnya dikontrakan dua kali. (3) Kumpulan LSA FLR merangkumi aktiviti berikut: (a) Conduct a Use Study (FL1). (b) Functional Requirements Identification (FL2). (c) Comparative Analysis (FL3). (d) Standardisation Opportunities (FL4). (e) Technological Opportunities (FL5). (f) Support System Alternatives (FL6). (g) Requirements Evaluations and Tradeoffs (FL7). (h) Functional Requirements Definition (FL8). c. Physical Logistic Requirement (PL1 - PL6) - Keperluan Logistik Fizikal. (1) Keperluan Sumber Fizikal (Physical Resource Requirements) merupakan kumpulan aktiviti yang menyatukan sumber logistik fizikal dan keperluan perlaksanaan untuk sesuatu projek atau penambahbaikan dalam perkhidmatan. Aktiviti analisis orientasi fizikal merangkumi LSA Fizikal dan berasaskan kepada analisis terperinci di dalam tugasan (task) individu dan keperluan agregat dalam semua tugasan yang terlibat. Aktiviti Keperluan


TERHAD 5-3-17 TERHAD Sumber Fizikal bertanggungjawab dalam Aktiviti Perlaksanaan (Performing Activity) kecuali tugasan Analisis Pelupusan (PL6). (2) Kumpulan Keperluan Sumber Fizikal mengandungi aktiviti seperti berikut: (a) Task Analysis (PL1). (b) Resource Evaluations and Tradeoffs (PL2). (c) Definition of Logistics Resource Package (PL3). (d) Transition Analysis (PL4). (e) Post Production Support Planning (PL5). (f) Disposal Analysis (PL6). d. Supportability Assessments (SA1 – SA5) - Penilaian Sokongan. (1) Penilaian Sokongan menjangkau kedua-dua aspek fungsi dan fizikal dalam Program LSA di mana ianya memberikan pendekatan analitis kepada perancangan dan aplikasi dalam aktiviti varifikasi dan validasi untuk sifat sokongan (Supportability-characteristics) serta keperluan Sistem Bantuan. (2) Kumpulan Penilaian Sokongan mengandungi aktiviti seperti berikut: (a) Supportability Test & Evaluation (ST&E) Strategy (SA1). (b) Evaluation of Functional Requirements (SA2). (c) Verification of Physical Characteristics and Resources (SA3). (d) In-service Supportability Assessments (SA4). (e) Deployment Supportability Assessments (SA5). 050322. Butiran pelaksanaan LSA Life Cycle Flow seperti di Kembaran F dan penerangan secara terperinci terkandung di dalam Manual LSA. 050323. Logistics Support Analysis Record (LSAR). Rekod analisis bantuan logistik merupakan pangkalan data yang merekodkan keputusan analisis pencapaian dalam LSA. Ia memberi maklumat tepat tentang senggaraan dan polisi bantuan yang sesuai. LSAR merangkumi garis panduan berkaitan pakej bantuan yang boleh dinilai dan merupakan


TERHAD 5-3-18 TERHAD contract deliverable daripada kontraktor kepada Kementerian Pertahanan. LSAR juga merupakan live documentation yang perlu dikemaskini dan ditambah baik sepanjang hayat peralatan kapital serta dijadikan rujukan untuk perolehan baru akan datang. PENGURUSAN PELUPUSAN 050324. Fasa melupuskan sesuatu peralatan kapital adalah sebahagian daripada proses kitaran hayat sistem/peralatan kapital. Ianya perlu dipertimbangkan serta ditentukan di peringkat awal konsep dan kajian perolehan untuk menentukan kos dan kepakaran yang diperlukan. PELAN PELUPUSAN 050325. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian terhadap pelan pelupusan adalah seperti berikut: a. Pengeluaran Peralatan. b. Pengasingan Peralatan. c. Pengambilan (cannablization) Komponen/Peralatan yang boleh digunakan. d. Pelupusan Bahan-bahan Sisa. e. Penjualan bagi Komponen/Peralatan yang mempunyai nilai sisa. f. Pengangkutan dan Pengendalian. g. Keperluan Penyimpanan. h. Isu Alam Sekitar berkaitan Pelupusan (amalan Teknologi Hijau dalam Pengurusan Sisa). i. Keperluan Tenaga Kerja dan Kepakaran Khusus. j. Data yang diperlukan untuk Pemprosesan Item daripada Inventori. FASA PELUPUSAN 050326. Fasa pelupusan bermula apabila organisasi melupuskan atau mengeluarkan sesuatu peralatan daripada inventori. Pelupusan sesuatu sistem hendaklah dipertimbangkan di fasa konsep untuk memastikan kekangan yang bakal dihadapi dapat diatasi dan meramalkan kos yang mungkin berlaku semasa proses pelupusan.


TERHAD 5-3-19 TERHAD 050327. Prosedur dan tatacara laporan hendaklah merujuk kepada arahan-arahan pelupusan semasa yang sedang berkuatkuasa. Elemen-elemen sokongan yang perlu diberi perhatian semasa proses pelupusan terhadap sesuatu peralatan kapital adalah seperti berikut: a. Alat Ganti dan Pembaikan. b. Sokongan dan Peralatan Ujian. c. Dokumentasi. d. Pengangkutan dan Peralatan Pengendalian. e. Kemudahan. f. Peralatan latihan. KOS PELUPUSAN 050328. Perkara-perkara yang mungkin melibatkan kos bagi fasa pelupusan adalah seperti berikut: a. Inventory Close-Out. Pengeluaran alatganti dan pembaikan daripada inventori akan melibatkan kos yang mahal di mana pengeluaran item boleh berlaku melibatkan banyak lokasi yang berasingan. b. PHS&T. Kos pembungkusan, pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan perlu diambil kira sebelum sesuatu tindakan pelupusan dilaksanakan. c. Pengurusan Data. Data-data yang melibatkan peralatan untuk pelupusan hendaklah dikeluarkan dan diasingkan. Proses mengeluarkan data-data tersebut boleh menyebabkan berlakunya perubahan terhadap sesuatu sistem maklumat penyimpanan data. d. Baik pulih (Refurbishment). Apabila sesuatu peralatan dibuat pelupusan secara jualan maka tindakan refurbishment hendaklah dilaksanakan terhadap peralatan tersebut dan faktor ini perlu dipertimbangkan sebelum tindakan jualan dibuat. e. Demilitarisation. Adalah istilah yang digunakan bagi mengeluarkan atau menghilangkan identiti ketenteraan terhadap sesuatu peralatan yang dibuat pelupusan. Beberapa sub sistem atau komponen yang mempunyai ciri-ciri ketenteraan hendaklah dikeluarkan dan dilupus/dijual secara berasingan. f. Pengurusan Sisa. Tanggungjawab menjaga alam sekitar adalah memerlukan sesuatu item tersebut dilupuskan atau disimpan di kawasan yang khas untuk


TERHAD 5-3-20 TERHAD mengelakkan berlakunya pencemaran alam. Kos bagi pelupusan sisa ini perlu dibuat kajian semasa proses perolehan disebabkan keperluan peralatan/kepakaran khusus sekiranya proses pelupusan dilaksanakan. Secara tidak langsung kos pelupusan ini akan menjadi elemen penting di dalam sesuatu perolehan. PENGURUSAN KONFIGURASI 050329. Pengurusan Konfigurasi ini adalah sebahagian daripada disiplin ILS yang penting untuk mengelak kegagalan operasi dan fungsi serta meningkatkan keselamatan (safety) dalam pengurusan kitaran hayat sesuatu peralatan kapital berdasarkan prinsip System Engineering. Pendekatan ini adalah merupakan pengurusan sistem (management of systems) dengan mengambilkira perkara berikut: a. Definisi keperluan (Requirements definition). b. Reka bentuk (Design). c. Pengeluaran (Production). d. Operasi (Operation). e. Bantuan (Support). f. Pelupusan (Disposal). 050330. Ciri-ciri utama dalam Pengurusan Konfigurasi adalah: a. Interoperability. Merupakan tahap tertinggi dalam keperluan Pengurusan Konfigurasi bagi memastikan peralatan berkeupayaan beroperasi dan pertukaran maklumat dengan peralatan lain. b. Supportability. Tahap (degree) di mana peralatan perlu diberi sokongan bagi memastikan interoperability dengan peralatan lain. c. Reproduceability. Dalam sesetengah keadaan tertentu, penggantian adalah lebih ekonomik berbanding pembaikan. Merupakan keperluan untuk memastikan peralatan/item konfigurasi yang boleh dihasilkan semula (reproduced) mengikut standard yang sama. Contohnya pakaian, peluru, major assemblies, alat ganti dan makanan. Dalam aspek ini keutamaan maklumat reka bentuk peralatan ketenteraan hendaklah spesifik dan dikawal secara terperinci di semua peringkat supaya produk yang dipesan sentiasa mempunyai standard yang sama.


TERHAD 5-3-21 TERHAD 050331. Tiga perkara asas dalam Pengurusan Konfigurasi untuk menentukan pengeluaran yang konsisten sepanjang kitar hayat sesuatu peralatan kapital yang perlu diambil kira adalah seperti berikut: a. Rekabentuk. Keperluan pengawalan pembangunan rekabentuk dengan menentukan pengeluaran produk yang stabil dan boleh dijejaki (traceable) semasa fasa pembuatan. b. Dokumentasi. Proses mendokumentasikan sesuatu produk hendaklah dilaksanakan dari peringkat awal sehingga akhir. Butir-butir maklumat yang menerangkan tentang produk merangkumi perkara berikut: (1) Keperluan (tulin, perubahan dan semasa). (2) Spesifikasi. (3) Lukisan reka bentuk. (4) Senarai alat ganti. (5) Dokumen dan senarai perisian. (6) Model. (7) Spesifikasi ujian. (8) Buku log selenggaraan dan operasi. c. Peralatan. Pelbagai modifikasi diperlukan bagi menguruskan peralatan di sepanjang kitaran hayat seperti berikut: (1) Keselamatan (Safety). Untuk mengelakkan potensi berlakunya kemalangan yang boleh mengakibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa. (2) Mempertingkatkan Keboleharapan. Hasil dari kegagalan yang rendah akan mengakibatkan peningkatan kebolehsediaan sesuatu peralatan dan akan mengurangkan kos bantuan logistik. (3) Mempertingkatkan Kebolehselenggaraan. Mengurangkan tempoh pembaikan dan mempertingkatkan responsif sistem bantuan logistik. (4) Mempertingkatkan Keupayaan. Peningkatan penggunaan peralatan akan mengakibatkan peningkatan terhadap kos bantuan logistik.


TERHAD 5-3-22 TERHAD (5) Mempertingkatkan Jangka Hayat Peralatan. Berlaku apabila penggantian alat ganti tidak dapat dipenuhi dan peralatan perlu di buat modifikasi untuk menerima alat ganti yang berlainan. Tindakan modifikasi akan memanjangkan jangka hayat dan membendung kos bantuan peralatan lama (ageing). 050332. Lembaga Pengawalan Konfigurasi. Terdapat 5 aspek untuk mengawal konfigurasi sesuatu peralatan yang memerlukan pertimbangan seperti berikut: a. Pengurusan dan Perancangan Pengurusan Konfigurasi. Satu dokumen rasmi dan rancangan sebagai panduan kepada program Pengurusan Konfigurasi merangkumi perkara berikut: (1) Sumber manusia. (2) Tanggungjawab dan sumber. (3) Keperluan latihan. (4) Garis panduan pentadbiran, termasuk takrif prosedur dan tools. (5) Proses asas panduan (baselining). (6) Kawalan konfigurasi dan perakaunan status konfigurasi. (7) Audit dan ulasan. (8) Keperluan subkontraktor/pembekal Pengurusan Konfigurasi. b. Identifikasi Konfigurasi. Kaedah identifikasi teknikal secara formal hendaklah didefinasikan melalui sistem penomboran rujuk silang (cross reference) yang boleh dijejaki (traceable) kepada dokumentasi teknikal terutama dalam proses penghasilan lukisan teknikal (technical drawing). Mewujudkan asas panduan (baseline) konfigurasi untuk membuat keputusan. c. Kawalan Konfigurasi. Merupakan proses formal bagi perubahan asas panduan (baseline) konfigurasi. Kawalan ke atas pembangunan dan penerimaan cadangan, implimentasi tasks bagi perubahan penerimaan cadangan dan pengesahan kepada perubahan yang telah dilakukan. d. Status Perakaunan Konfigurasi. Sistem yang dibangunkan adalah untuk memastikan keupayaan menjejaki bagi semua data konfigurasi dan bantuan sistem transaksi, daripada reka bentuk hingga peralatan beroperasi serta sebarang perubahan yang berlaku sepanjang hayat peralatan kapital.


TERHAD 5-3-23 TERHAD e. Audit dan Verifikasi Konfigurasi. Pematuhan verifikasi ke atas spesifikasi dan lain-lain keperluan konfigurasi mengikut standard yang telah ditetapkan. Dua jenis audit yang terlibat iaitu audit ke atas sistem (functional) dan pemeriksaan peralatan sebenar (physical). 050333. Fungsi Ahli Lembaga Pengawalan Konfigurasi. a. Wakil Pengguna. Memastikan peralatan dan perubahan memenuhi keperluan pengguna. b. Pihak Berkuasa Kelulusan Reka Bentuk. Memastikan cadangan perubahan reka bentuk dihebahkan. c. Pihak Berkuasa Latihan. Memastikan sebarang perubahan peralatan diselaraskan dengan latihan yang diberi. d. Pihak Berkuasa Selenggaraan. Memastikan perubahan boleh diselenggara dalam perkhidmatan. e. Pihak Berkuasa Bekalan. Memastikan perubahan tidak mengakibatkan pembaziran dalam sistem bekalan terutamanya kepada pembelian alat pembaikan dan alatganti. 050334. Fungsi Pengurus Konfigurasi: a. Membangunkan dan mengekalkan butiran prosedur Pengurusan Konfigurasi. b. Mengekalkan asas panduan dokumen peralatan. c. Mengawal status perakaunan. d. Kajian semula dan semakan semua cadangan perubahan kepada Lembaga Pengawalan Konfigurasi. e. Mengadakan mesyuarat Lembaga Pengawalan Konfigurasi. f. Mengkoordinasikan tindakan hasil daripada keputusan Lembaga Pengawalan Konfigurasi. g. Melaksanakan audit konfigurasi. h. Mencadangkan pindaan yang perlu dan impak di bawah kawalan (consequences acceptable).


TERHAD 5-3-24 TERHAD i. Memastikan pindaan telah didokumen dan dikategorikan dengan betul. j. Menentukan pengimplimentasian aktiviti yang telah dilaksanakan dalam bentuk perkakasan, perisian dan didokumentasikan dengan sewajarnya. k. Memastikan Pelan Pengurusan Konfigurasi disediakan oleh pihak kontraktor mengikut format seperti di Kembaran G. 050335. Penglibatan Kontraktor a. Kawalan konfigurasi ke atas sebilangan besar peralatan teknikal tidak dapat dicapai tanpa bantuan dan penglibatan pihak pembuat (OEM). b. Kebanyakkan perubahan adalah di jana oleh perekabentuk untuk memastikan ianya mampu mengekalkan peralatan dan menepati keperluan lain-lain pelanggan. c. Kebanyakkan pembekal utama menyediakan Fasilitas Bantuan Konfigurasi untuk menaksir kesan dan mencapai perubahan dengan membangunkan pakej modifikasi. d. Mengekalkan dokumentasi reka bentuk secara konsisten dengan asas panduan (baseline) dalam perkhidmatan. e. Perkhidmatan perlu memperincikan keperluan bagi memastikan perubahan dilakukan menepati keperluan operasi dan bukannya contractor driven. f. Memastikan Pelan Pengurusan Konfigurasi disediakan dan dimajukan kepada Pengurus Konfigurasi. SISTEM PENGURUSAN RISIKO 050336. Pengurusan Risiko perlu diambilkira semasa Perolehan Peralatan Kapital ATM agar kos yang dibelanjakan dapat memberi manfaat yang optimum. Sistem pengurusan risiko yang baik dapat menghindar/mengurangkan kemalangan dan penyakit, disamping menyumbang persekitaran sesuai dengan fisiologi dan psikologi. Pengurusan risiko perlu mengambil kira dari segi aspek anggota, aktiviti dan persekitaran kerja. Sistem pengurusan ini melibatkan empat peringkat utama yang berlaku secara berurutan dan saling memberikan input untuk memastikan pengurusan yang berkesan iaitu mengenal pasti ancaman (hazard), menilai risiko, mengawal risiko dan mengukur pencapaian. MENGENAL PASTI ANCAMAN (HAZARD) 050337. Sebelum hazard boleh diuruskan, ia mesti dikenal pasti terlebih dahulu. Lebih awal hazard dikenal pasti, lebih mudah dan murah untuk menguruskannya. Di peringkat reka bentuk, permasalahan dan pembetulan dapat ditangani di peringat pelan. Walau


TERHAD 5-3-25 TERHAD bagaimanapun hazard boleh juga wujud di peringkat operasi, akibat tidak disedari kewujudannya semasa perancangan. Di samping itu, hazard baru boleh timbul akibat perubahan yang dibuat atau berlaku kepada bahan, sistem dan reka bentuk selepas ia digunakan atau dilaksanakan. Pengurusan hazard di peringkat selain daripada peringkat pelan dan reka bentuk, biasanya adalah lebih sukar dan mahal. 050338. Proses mengenal pasti hazard bermula dengan mentakrifkan sistem yang ingin dikaji dan mentakrif serta memahami ciri fizikal dan fungsi sistem tersebut. Contohnya, sistem ini mungkin sebuah bengkel membaiki kereta. Seterusnya sistem ini dibahagikan kepada sub-sistemnya, misalnya, struktur dan susun atur bangunan, servis baik pulih, perlindungan kebakaran, pengurusan bahan kimia, dokumentasi dan sebagainya. Seterusnya setiap sub-sistem ini dibahagikan pula kepada komponen-komponennya yang merangkumi komponen reka bentuk, pelan lantai dan bahan binaan, sistem penggera kebakaran, kelengkapan memadam kebakaran, pengesan asap dan api, keperluan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan sebagainya. PENILAIAN RISIKO 050339. Penilaian risiko merangkumi proses menganalisis risiko dan membandingkan risiko yang dianggarkan dengan risiko rujukan di dalam menentukan kesignifikanan risiko tersebut. Risiko rujukan ini mempunyai ciri-ciri yang telah ditetapkan merangkumi implikasi kos, perundangan dan standard, sosio-ekonomi dan persekitaran. Ada kalanya sistem rujukan ini diambil daripada standard yang berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan. Contohnya, risiko hilang pendengaran akibat hingar (noise) dibuat dengan membandingkan aras hingar di tempat kerja dengan had dedahan yang dibenarkan di kilang dan jentera. Melalui proses penilaian risiko, pihak pengurusan dapat membuat keputusan untuk menerima risiko atau menolaknya. 050340. Penilaian risiko hazard penting dilakukan kerana tidak semua hazard itu mendatangkan kesan yang negatif, berbahaya dan tidak boleh diterima. Penilaian risiko juga mesti dilakukan kerana terdapat terlalu banyak hazard dan tahap risiko berkaitan untuk dikawal sekali gus. Kekangan sumber manusia, masa dan kewangan memerlukan risikorisiko yang dinilai diberikan keutamaan bagi membolehkan ia dikawal secara berperingkat mengikut keutamaannya. Tindakan kawalan perlu mengambil kira: a. Risiko tersebut dapat dielakkan atau tidak diterima langsung. b. Risiko boleh diterima kerana ia memberikan kebaikan yang lebih berbanding dengan keburukan. c. Risiko boleh diminimumkan dan diterima tanpa perlu mengawal risiko tersebut.


TERHAD 5-3-26 TERHAD MENGAWAL RISIKO 050341. Terdapat dua pilihan utama di dalam mengawal risiko sesuatu hazard, iaitu menghapus dan mengurangkan hazard sehingga ia boleh diterima. Menghapuskan hazard adalah kaedah kawalan yang terbaik kerana sekiranya sesuatu hazard tidak wujud, maka risiko hazard dan soal menguruskannya tidak timbul. Jika penghapusan risiko tidak dilakukan, maka kaedah mengurangkan hazard dengan mengawal dari puncanya dan persediaan menghadapinya melalui kawalan kejuruteraan dan pengurusan. PENGUKURAN PENCAPAIAN RISIKO 050342. Apabila hazard telah dikenal pasti, risikonya dinilai dan tindakan kawalan diambil ke atas risiko yang perlu dikurangkan atau untuk memantau risiko had terima. Langkah seterusnya ialah mengukur pencapaian tindakan kawalan yang telah diambil. Pengukuran pencapaian ini terbahagi kepada pengukuran proaktif dan pengukuran reaktif bagi mencapai sesuatu langkah kawalan yang diperkenalkan. Ini dilakukan agar usaha berterusan dibuat untuk mencapai tahap kecemerlangan di dalam pengurusan risiko.


TERHAD 5-3A-1 TERHAD KEMBARAN A KEPADA SEKSYEN 3 KEPADA BAB 5 PATM JIL III TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TIM PROJEK ILS Bil Jawatan Tanggungjawab (a) (b) (c) 1. Pengarah Projek 1. .Bertanggungjawab kepada Panglima Perkhidmatan ke atas semua aspek ILS ATM. 2. Mengarah pengurusan ILS mengikut keperluan ATM. 3. Mengawal kemajuan prestasi jawatankuasa pengurusan ILS. 2. Pengurus Projek ILS 1. Merancang dan mengawasi program ILS dan bertanggungjawab kepada Pengarah Projek untuk perkara berikut: a. Mengurus semua aktiviti untuk mengimplimentasikan ILS. b. Mengkoordinasikan input yang diterima dari ILS Working Group (ILSWG). c. Menentukan ILS pelan disiapkan untuk setiap peralatan kapital. d. Menyediakan input ILS untuk mendapatkan kelulusan daripada jawatankuasa tertinggi ATM. e. Mewujudkan konsep penyelenggaraan peralatan kapital. 3. Pengurus Elemen Logistik: a. Selenggaraan 1. Menyiapkan Pelan Selenggaraan. Ianya termasuk, tetapi tidak terhad kepada: a. Membangun polisi senggaraan yang paling efektif seimbang (commensurate) dengan keperluan operasi dan ekonomik serta kekangan politik. b. Menyediakan strategi dan sasaran selenggaraan dengan pengambilan kira (inclusion) dalam proses pemilihan reka bentuk. c. Analisis teknikal peralatan. d. Mengenalpasti kekangan senggaraan, keperluan, masa seperti keperluan kepakaran teknikal dan sumber. e. Mengenalpasti keperluan interface dengan infrastruktur sedia ada. f. Membangunkan polisi pembaikan dan selenggaraan mengikut tahap (level). g. Membangunkan tugasan selenggaraan dengan menggunakan analisis tugasan selenggaraan untuk menentukan keperluan jadual rancangan selenggaraan termasuk akses dan laluan pembongkaran jentera (removal machinery). h. Pengeluaran, verifikasi dan keperluan pindaan terhadap dokumentasi selenggaraan. 2. Menyediakan garis panduan selenggaraan untuk ILSWG.


TERHAD 5-3A-2 TERHAD (a) (b) (c) 3. Menyediakan input pelan elemen selenggaraan sebagai salah satu elemen Integrated Logistics Support Plan (ILSP). b. Pembekalan 1. Menyediakan Supply Support Plan alat ganti. Ianya termasuk, tetapi tidak terhad kepada: a. Memperolehi item sokongan dan alat ganti. b. Katalog barang-barang. c. Menerima barang-barang. d. Menyimpan peralatan/barang-barang. e. Memindahkan item ke tempat yang diperlukan. f. Mengeluarkan barang-barang. g. Melupuskan item bukan pilihan utama. h. Menyediakan sokongan awal sistem. i. Memperoleh, mengedar dan mengisi semula inventori. 2. Menyediakan garis panduan pembekalan untuk ILSWG. 3. Mengadakan sistem kod (Part Number). c. Peralatan Bantuan dan Ujian (Support and Test Equipment – S&TE) 1. Menyediakan pelan perancangan peralatan bantuan dan ujian. Ianya termasuk, tetapi tidak terhad kepada: a. Menyediakan senarai Test Equipment untuk pembaikan dan kalibrasi. (1) Alat Gunasama dan Perenggu Khas (Common Use Tools and Special Tools). (2) Peralatan Ujian Am (General Purpose Test Equipment). (3) Peralatan Ujian Khas (Special Purpose Test Equipment). (4) Peralatan Ujian Automatik (Automatic Test Equipment). (5) Peralatan Ujian Terbina Dalam (Built-In Test Equipment - BITE). (6) Peralatan Kalibrasi (Calibration Equipment). b. Mengadakan Plan Maintenance Schedule untuk Test Equipment. c. Mengadakan Supply Support Plan untuk alat ganti Test Equipment. d. Mengadakan Pelan Kalibrasi.


TERHAD 5-3A-3 TERHAD (a) (b) (c) e. Penyeragaman (Standardization) S&TE untuk meminimumkan pegangan peralatan tersebut bagi melaksanakan fungsi yang sama. Proses penyeragaman mengambilkira: (1) Polisi Penyeragaman S&TE. (2) Pegangan Inventori S&TE Sedia ada. (3) S&TE Pelbagai Fungsi. (4) Perkongsian Penggunaan S&TE (Shared Use S&TE). d. Data Teknikal dan Dokumentasi 1. Program Pengurusan data merupakan satu tindakan bersepadu untuk mengenal pasti keperluan data semasa hayat peralatan kapital serta proses memperbaharui data. Ia terdiri dari semua bentuk rekod, spesifikasi, lakaran operasi, senggaraan, buku panduan overhaul, test dan calibration. Tindakan yang perlu diambil semasa menguruskan data ialah: a. Menilai tahap keperluan data. b. Format data yang diperlukan. c. Mengurangkan data bertindih. d. Proses untuk perolehan data. 2. Data teknikal termasuk, tetapi tidak terhad kepada: a. Manual Teknikal. b. Buletin Teknikal dan Bekalan. c. Transportability guidance technical manual. d. Had Perbelanjaan dan Proses Kalibrasi. e. Repair Parts and Tools List. f. Carta Peruntukan Penyelenggaraan. g. Corrective maintenance instructions. h. Preventive Maintenance and Predictive Maintenance Instructions. i. Lukisan/Spesifikasi/Pakej Data Teknikal. j. Dokumentasi Perisian. k. Dokumentasi Perbekalan. l. Senarai Komponen. m. Product Support Data. n. Safety Critical Parts List. o. Lifting and Tie Down Pamphlet/References.


TERHAD 5-3A-4 TERHAD (a) (b) (c) p. Dokumentasi Bahan Berbahaya (HAZMAT documentation). e. Latihan. 1. Memastikan modul latihan yang merangkumi proses, prosedur, teknik-teknik, alat-alat latihan dan fasilitas yang digunakan untuk melatih kakitangan mengendali dan menyokong aset kapital. Latihan ini menyeluruh kepada: a. Latihan untuk operator. b. Latihan untuk anggota penyelenggaraan (maintainance personnel). c. Latihan untuk tenaga pengajar (instructor). f. Fasilitas. 1. Mengenalpasti infrastruktur yang ada seperti bangunan samada boleh digunakan untuk peralatan kapital baru dengan mengambilkira: a. Fasilitas Penyelenggaraan (maintainance facilities). b. Fasilitas Bantuan (Supply Facilities). c. Fasilitas Latihan (Training Facilities). d. Fasilitas Operasi (Operational Facilities). g. Pengagihan Fizikal (PHS&T) 1. Pembungkusan (Packing). Mengenalpasti sistem pembungkusan bagi pembekal untuk membuat penghantaran peralatan serta alat ganti yang diperlukan. 2. Pengendalian (Handling). Mengenalpasti Handling Equipment yang diperlukan supaya peralatan boleh diletakkan ditempat yang bersesuaian. 3. Penyimpanan (Storage). Mengenalpasti keperluan-keperluan penyimpanan bagi aspek yang berikut: a. Keperluan stor semasa penilaian. b. Keperluan stor mengikut. peringkat senggaraan. c. Keperluan stor pada setiap peringkat Supply Support alat ganti. d. Kaedah perstoran. samada secara manual, semi auto atau automatik. 4. Pengangkutan (Transport). Mengenalpasti keperluan pengangkutan berikut: a. Pengagihan peringkat awal. b. Penggantian semasa senggaraan. 5. Faktor-faktor penting yang perlu diambil kira semasa mengenalpasti keperluan ini ialah: a. Jarak. b. Kuantiti. c. Kapasiti.


TERHAD 5-3A-5 TERHAD (a) (b) (c) d. Kos. e. Jenis Pengangkutan h. Sumber Manusia. 1. Mengenalpasti keperluan sumber manusia mengikut pangkat dan kemahiran pada proses yang berikut: a. Perolehan. b. Instalasi. c. Latihan. d. Ujian. e. Operator. f. Penyelenggaraan. 2. Keperluan sumber manusia untuk jangka hayat peralatan terbahagi kepada kumpulan pengurusan dan Direct Labour. i. Bantuan Komputer 1. Mengenalpasti perkakasan dan perisian untuk Operational Computer Support dan Administration Computer. 2. Mengenalpasti keperluan pengurusan data untuk Operational and Administration. 3. Bertanggungjawab melaksanakan pengurusan berkaitan: a. Prosedur. b. Dokumentasi. c. Source Code. d. Hak Cipta. e. Peralatan. f. Latihan Untuk Operator. g. Kawalan terhadap pembangunan dan perlaksanaan perubahan perisian. h. Keselamatan. i. Latihan Untuk Operator. j. Kawalan terhadap pembangunan dan perlaksanaan perubahan perisian. k. Keselamatan.


TERHAD 5-3A-6 TERHAD (a) (b) (c) j. Bantuan Kejuruteraan 1. Bantuan kejuruteraan merangkumi semua pertimbangan yang perlu bagi memastikan integriti reka bentuk sepanjang kitaran hayat peralatan kapital. Ianya merangkumi perkakasan (hardware), perisian (software), fasilitas, keanggotaan (personnel), proses dan data yang diperlukan untuk membolehkan kejuruteraan dan reka bentuk yang kompeten. Bantuan Kejuruteraan termasuk analisis kejuruteraan, siasatan, peraturan teknikal dan kelulusan pembangunan, modifikasi dan konfigurasi. k. Pengurus Konfigurasi 1. Membangunkan dan mengekalkan butiran prosedur Pengurusan Konfigurasi. 2. Mengekalkan asas panduan dokumen peralatan. 3. Mengawal status perakaunan. 4. Kajian semula dan semakan semua cadangan perubahan kepada Lembaga Pengawalan Konfigurasi. 5. Mengadakan mesyuarat Lembaga Pengawalan Konfigurasi. 6. Mengkoordinasikan tindakan hasil daripada keputusan Lembaga Pengawalan Konfigurasi. 7. Melaksanakan audit konfigurasi. 8. Mencadangkan pindaan yang perlu dan impak di bawah kawalan (consequences acceptable). 9. Memastikan pindaan telah didokumen dan dikategorikan dengan betul. 10. Menentukan pengimplimentasian aktiviti yang telah dilaksanakan dalam bentuk perkakasan, perisian dan didokumentasikan dengan sewajarnya. 11. Memastikan Pelan Pengurusan Konfigurasi disediakan oleh pihak kontraktor mengikut format seperti di Kembaran G.


TERHAD 5-3B-1 TERHAD KEMBARAN B KEPADA SEKSYEN 3 KEPADA BAB 5 PATM JIL III SENARAI SEMAK PENGURUSAN PROJEK ILS AM 1. Keperluan Sistem Operasi a. Adakah misi tersebut ditakrifkan (defined) dan mempunyai senario misi yang telah dibangunkan? b. Adakah semua parameter prestasi asas sistem telah ditakrifkan? c. Adakah atur gerak (deployment) operasi yang dirancang telah ditentukan (kuantiti sistem di setiap lokasi)? d. Adakah kitaran hayat sistem telah ditakrifkan? e. Adakah keperluan penggunaan sistem telah ditakrifkan? Ini termasuk sistem/peralatan beroperasi mengikut jam atau kuantiti kitaran operasi pada satu tempoh masa yang diberi. f. Adakah persekitaran operasi telah ditakrifkan dari segi suhu yang ekstrem, kelembapan, gegaran (shock) dan getaran, penyimpanan, pengangkutan dan pengendalian (handling)? 2. Faktor Keberkesanan a. Adakah kebolehsediaan, keboleharapan, kesiagaan atau faktor-faktor keberkesanan operasi sistem telah dikenal pasti? b. Adakah kuantitatif kebolehpercayaan dan faktor kebolehsenggaraan telah dinyatakan? Ini termasuk MTBF, MTBM, MTTR, dan MLDT? 3. Konsep Penyelenggaraan Sistem a. Adakah eselon (echelons) atau tahap (levels) penyelenggaraan telah ditentukan dan ditakrifkan? b. Adakah fungsi asas penyelenggaraan dikenal pasti bagi setiap tahap? c. Adakah parameter kuantitatif telah diwujudkan (established) untuk pembekalan semula (reorder level) di setiap tahap dan tempoh masa penghantaran (lead time).


TERHAD 5-3B-2 TERHAD d. Adakah masa antara pembekalan semula di setiap tahap dan tempoh masa penghantaran telah diminimakan untuk meningkatkan feasible considering cost? Sebarang kepincangan pembekalan semula dan tempoh masa penghantaran akan menjejaskan keseluruhan bantuan logistik (total logistic support). e. Adakah polisi tahap pembaikan (level of repair policies) telah dibangunkan? (Iaitu Pembaikan vs membuang (discard) atau Pembaikan peringkat pertengahan/depot?). f. Adakah kriteria untuk tahap pembaikan diputuskan dan ditakrifkan secukupnya? g. Adakah tahap penyelenggaraan (organisasi, pertengahan, depot atau pembekal) telah ditakrifkan untuk setiap peralatan yang boleh dibaiki? h. Adakah kriteria telah dibangunkan (established) untuk ujian dan peralatan sokongan di setiap tahap penyelenggaraan? i. Adakah kriteria telah dibangunkan (established) bagi jumlah kakitangan dan/atau kemahiran pada setiap tahap penyelenggaraan? 4. Analisis Fungsi dan Peruntukan a. Adakah pengoperasian sistem dan fungsi penyelenggaraan telah ditakrifkan? b. Adakah faktor-faktor kebolehpercayaan dan kebolehsenggaraan diperuntukkan kepada system elements yang sesuai (contohnya, unit, assembly, subassembly, dan lain-lain)? c. Adakah faktor-faktor kos telah diperuntukkan kepada system elements sesuai? d. Adakah faktor-faktor bantuan logistik diperuntukkan mengikut kesesuaian? 5. Analisis Bantuan Logistik a. Adakah penilaian dan analisis tukar ganti (trade-off) telah dicapai untuk menyokong semua keperluan bantuan logistik? b. Adakah pakej data analisis bantuan logistik mewajarkan reka bentuk sistem untuk kebolehbantuan (supportability)? c. Adakah penilaian dan analisis tukar ganti (trade-off) telah didokumenkan secukupnya? d. Adakah proses use study disiapkan? (Jika tidak, apakah asas sokongan logistik untuk dibangunkan)?


TERHAD 5-3B-3 TERHAD 6. Pelan Operasi Bantuan Logistik a. Adakah pelan telah dibangunkan untuk reka bentuk, pengeluaran, perolehan, penempatan, dan integrasi peralatan utama dan elemen bantuan logistik di medan? Ini termasuk preliminary ILSP. b. Adakah pelan telah dibangunkan untuk mengendalikan pengubahsuaian sistem di medan (in the field)? c. Adakah pelan yang telah dibangunkan merangkumi pelan tamat perkhidmatan (phase out) sistem/peralatan? ELEMEN BANTUAN LOGISTIK 8. Peralatan Bantuan dan Ujian (S & TE) a. Adakah keperluan S & TE telah ditakrifkan untuk setiap tahap penyelenggaraan? b. Adakah piawaian (standard) peralatan S & TE telah ditetapkan? Reka bentuk peralatan baru tidak semestinya memerlukan piawaian baru melainkan jika tiada piawaian (standard) sedia ada. c. Adakah item S & TE yang dipilih bersesuaian (compatible) dengan peralatan utama? Adakah peralatan ujian berfungsi dengan baik? d. Adakah keperluan S & TE bersesuaian (compatible) dengan analisis bantuan logistik (LSA) e. Adakah keperluan S & TE (kedua-duanya dari segi kepelbagaian dan kuantiti) telah diminimumkan sebaik mungkin? f. Adakah ciri-ciri kebolehpercayaan dan kebolehselenggaraan di dalam S & TE serasi/selaras dan bersamaan dengan ciri-ciri dalam peralatan utama? Adalah tidak praktikal untuk memilih item peralatan sokongan yang tidak reliable sebagai item yang disokong. g. Adakah keperluan bantuan logistik untuk S & TE yang dipilih telah ditakrifkan? Ini termasuk tugas-tugas penyelenggaraan, peralatan ujian, alat ganti/pembaikan, kakitangan dan latihan, data serta fasilitas. h. Adakah proses pemilihan S & TE berdasarkan pertimbangan keberkesanan kos (iaitu, kos kitaran hayat)?


TERHAD 5-3B-4 TERHAD i. Adakah keperluan perisian ujian dan penyelenggaraan ditakrifkan secukupnya? 9. Sokongan Bantuan (Alat ganti/Alat Pembaikan) a. Adakah jenis dan kuantiti alat ganti/pembaikan bersesuaian dengan tahap analisis pembaikan? b. Adakah jenis dan kuantiti alat ganti/pembaikan yang ditetapkan (designated) untuk sesuatu lokasi bersesuaian dengan anggaran permintaan lokasi tersebut? Alat ganti yang terlalu banyak atau terlalu sedikit boleh melibatkan kos yang tinggi. c. Adakah faktor peruntukan (provisioning) alatganti/pembaikan selaras dengan analisis bantuan logistik (LSA)? d. Adakah tempoh masa (pipeline times) logistik yang khusus bersesuaian dengan keberkesanan bantuan bekalan? Tempoh masa yang panjang akan mengakibatkan beban kos yang tinggi kepada bantuan logistik. e. Adakah alat ganti/pembaikan dikenal pasti dan diperuntukkan untuk aktivitiaktiviti bantuan pra operasi (contohnya, pembekal sokongan interim, program ujian, dan lain-lain)? f. Adakah keperluan alat ganti/pembaikan telah diminima sebaik mungkin? g. Adakah ujian dan prosedur penerimaan dibangunkan bagi alat ganti/pembaikan. Proses, tata cara, dan penerimaannya adalah bersamaan dengan komponen-komponen di dalam peralatan utama. h. Adakah akibat (consequences) risiko daripada kehabisan stok ditakrifkan kesannya ke atas keperluan misi dan kos? i. Adakah paras stok inventori selamat (inventory safety stock) telah ditakrifkan? j. Adakah peruntukan atau kitaran perolehan telah ditakrifkan (perolehan atau kekerapan pesanan)? k. Adakah keperluan kebolehsediaan bekalan telah dikenal pasti (kebarangkalian memperolehi alat ganti apabila diperlukan)? 10. Sumber Manusia dan Latihan a. Adakah keperluan kakitangan operasi dan penyelenggaraan (bilangan dan tahap kemahiran) telah ditakrifkan?


TERHAD 5-3B-5 TERHAD b. Adakah keperluan kakitangan operasi dan penyelenggaraan diminimum yang mungkin? c. Adakah keperluan kakitangan operasi dan penyelenggaraan bersesuaian dengan analisis bantuan logistik (LSA) dan data faktor anggota? Bilangan kakitangan dan peringkat kemahiran perlu mengambil kira kedua-dua sumber tersebut. d. Adakah tahap kemahiran kakitangan dirancang disetiap lokasi adalah bersesuaian dengan kompleksiti operasi dan tugas selenggaraan yang dinyatakan? e. Adakah pertimbangan yang maksimum telah diberikan kepada kakitangan berkemahiran yang sedia ada terhadap peralatan baru? f. Adakah kadar susutan (attrition rate) kakitangan telah dikenalpasti? g. Adakah kompetensi kakitangan telah ditentukan (masa sebenar kerja disiapkan sejajar dengan jumlah masa yang diperuntukkan)? h. Adakah keperluan latihan pengoperasian dan penyelenggaraan telah dinyatakan? Ia termasuk pertimbangan latihan awal (initial training) dan latihan tambahan (replenishment training) sepanjang kitaran hayat. i. Adakah program latihan khusus telah dirancang? Jenis latihan, kekerapan latihan, tempoh latihan, dan syarat kemasukan pelajar telah dikenalpasti. j. Adakah program latihan yang dirancang bersesuaian dengan keperluan tahap kemahiran kakitangan yang telah ditentukan (specified) untuk keupayaan melaksanakan tugasan selenggaraan dan pengoperasian? k. Adakah keperluan peralatan untuk latihan telah ditakrifkan? l. Adakah peruntukan penyelenggaraan untuk peralatan latihan telah dirancang? m. Adakah keperluan data latihan telah ditakrifkan? n. Adakah prosedur operasi dan penyelenggaraan yang dirancang (direka untuk sokongan sepanjang kitar hayat sistem tersebut) diguna pakai di dalam program latihan dengan semaksimun yang mungkin. 11. Data Teknikal (Prosedur Operasi dan Penyelenggaraan) a. Adakah keperluan prosedur operasi dan penyelenggaran telah ditakrifkan? Adakah prosedur yang diperlukan telah disediakan?


TERHAD 5-3B-6 TERHAD b. Adakah prosedur operasi dan penyelenggaraan bersesuai dengan data analisis bantuan logistik? Ia berkaitan kepada diagram „logic trouble-shooting flow‟, urutan tugas, dan keperluan sokongan yang telah ditakrifkan di dalam analisis penyelenggaraan. c. Adakah prosedur operasi dan penyelenggaraan telah diringkaskan (brief) sebaik mungkin tanpa mengabaikan maklumat penting yang diperlukan? d. Adakah prosedur pengendalian dan penyelenggaraan mencukupi daripada standpoint step by step instructions; untuk persembahan data dengan penggunaan ilustrasi termasuk jadual dan lain-lain teknik yang bersesuaian? e. Adakah prosedur operasi dan penyelenggaraan sepadan (compatible) dengan peringkat aktiviti yang dilakukan di lokasi di mana prosedur digunakan? f. Adakah prosedur operasi dan penyelenggaraan telah dirangka dengan mengambil kira peringkat kemahiran individu dan memenuhi fungsi yang sejajar dengan prosedur? g. Adakah prosedur operasi dan penyelenggaraan telah menentukan (specify) ujian dan bantuan peralatan yang betul, alat ganti pembaikan (spare repair parts), pengangkutan dan peralatan pengendalian dan fasilitas? h. Adakah prosedur-prosedur telah mengambil kira notis amaran khas dalam kawasan di mana keselamatan diutamakan? i. Adakah prosedur operasi dan penyelenggaraan khusus (designated) digunakan dalam program pengujian sistem/peralatan. 12. Fasilitas dan Penyimpanan a. Adakah keperluan fasilitas (ruang, jumlah (volume), peralatan kapital, utiliti dan lain-lain) perlu untuk sistem penyelenggaraan pada setiap peringkat telah ditakrifkan? b. Adakah keperluan fasilitas operasi dan penyelenggaraan telah diminimakan ke tahap optimum? c. Adakah keperluan sistem persekitaran (contohnya suhu, kelembapan dan kawalan debu) berkaitan dengan fasilitas operasi dan penyelenggaraan telah dikenal pasti? d. Adakah penyimpanan dan ruang rak untuk alat ganti/alat pembaikan telah ditakrifkan?


TERHAD 5-3B-7 TERHAD e. Adakah persekitaran penyimpanan daripada segi keselamatan telah ditakrifkan? f. Adakah keperluan fasilitas dan penyimpan khusus yang direka bersesuaian dengan analisis bantuan logistik dan data faktor kemanusiaan (human factors data)? 13. Pengangkutan dan Pengendalian a. Adakah keperluan pengangkutan dan pengendalian untuk kedua-dua fungsi operasi dan penyelenggaran telah ditakrifkan? Ia termasuk pengangkutan peralatan utama, ujian dan peralatan sokongan, alat ganti, sumber manusia dan data termasuk keperluan negara dan antarabangsa telah dikenal pasti? b. Adakah persekitan pengangkutan dan pengendalian (kebanjiran, suhu, gegaran dan getaran, terdedah kepada debu dan semburan garam (salt spray), penyimpanan dan lain-lain) ditakrifkan? c. Adakah mod pengangkutan (udara, pengangkutan darat, keretapi, laut atau kombinasi) telah dikenal pasti dan dibangunkan berdasar kepelbagaian pengangkutan dan keperluan pengendalian sejajar dengan profil atau senario bagi memenuhi perlaksanaan definisi misi? d. Adakah keperluan dan maklumat kontena guna semula telah diketahui? Rekabentuk kontena harus dibangunkan berdasar maklumat yang dikenalpasti. e. Adakah keperluan untuk pembungkusan diketahui? Ini termasuk buruh, material, pengawitan, limitasi penyimpanan dan pemprosesan peralatan untuk penghantaran. CIRI –CIRI REKA BENTUK 14. Pemilihan Bahagian (Selection of Parts) a. Adakah piawaian yang sesuai telah dibuat konsultasi dalam pemilihan komponen? b. Adakah kesemua bahagian komponen dan bahan-bahan yang dipilih untuk reka bentuk dinilai dengan sebaiknya sebelum perolehan dan aplikasi? Penilaian harus mempertimbangkan parameter prestasi (performance parameters), kebolehpercayaan, kebolehselenggaraan dan faktor sumber manusia? c. Adakah sumber pembekalan untuk perolehan komponen (components part) telah diwujudkan?


Click to View FlipBook Version