The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cawan Hebat, 2023-03-23 01:19:12

PATM BAHAGIAN I (RANTAI BEKAL)

PATM BAHAGIAN I (RANTAI BEKAL)

TERHAD 3-3-5 TERHAD PROSEDUR PENGELUARAN DAN PERAKUAN 030313. Pengeluaran Kepada Kenderaan Pasukan Sendiri. Setiap pengeluaran tidak boleh dihadkan, ia bergantung kepada keperluan pengguna. Adalah menjadi tanggungjawab Cawangan Kenderaan Pasukan untuk mengawal penggunaan kenderaan. a. Pemandu dikehendaki mengemukakan Tiket Kerja Pengangkutan (BAT J 7) atau Buku Rekod Kenderaan A (BAT M 88) atau Kad Kerja Loji (BAT M 229) kenderaannya kepada Petugas Stesen PMP dan menyatakan jenis petroleum yang dikehendaki. b. Petugas Stesen PMP akan mengisi petroleum ke dalam tangki kenderaan sebagaimana yang diperlukan. Petroleum tidak dibenarkan diisi ke dalam bekasbekas lain kecuali mendapat kebenaran bertulis dari seorang Pegawai Bertauliah. Surat Kebenaran bertulis ini hendaklah disimpan dengan baik untuk tujuan semakan. c. Petugas Stesen PMP tersebut dikehendaki merekodkan dengan dakwat merah di ruangan yang dikhaskan di dalam BAT J 7 atau BAT M 88 atau BAT M 229 kenderaan itu perkara-perkara berikut: (1) Nama pasukan pengeluar. (2) Tarikh pengeluaran. (3) Jenis dan kuantiti sebenar petroleum yang telah diambil dalam sukatan liter. (4) Menurunkan tandatangannya. d. Rekodkan pengeluaran tersebut dengan menggunakan Baucar Pengeluaran Petrol, Minyak dan Pelincir (BAT L 556), dalam dua salinan, serta rekodkan juga di dalam Buku Pengeluaran PMP Harian. Pemandu dikehendaki menandatangani baucar tersebut (BAT L 556) dan Buku Pengeluaran PMP Harian, sebagai pengakuan penerimaan. e. Ketua Stesen PMP dikehendaki menyerahkan semua BAT L 556 di atas bersama Buku Pengeluaran PMP Harian, Rekod Stok Petroleum Harian (BAT L 553) dan Rekod Akaun Petrol, Minyak dan Pelincir (BAT L 554) kepada Pegawai Pemegang Akaun PMP Pasukan pada hari berikutnya. f. Pegawai Pemegang Akaun PMP Pasukan dikehendaki memeriksa semua BAT L 556 tersebut, Buku Pengeluaran PMP Harian, Rekod Stok Petroleum Harian (BAT L 553) dan menentukan jumlah pengeluaran telah direkodkan ke dalam BAT L 554 dengan menggunakan BAT L 556 itu sebagai baucar pengeluaran.


TERHAD 3-3-6 TERHAD 030314. Pengeluaran Kepada Kenderaan Dari Pasukan Lain. Setiap pengeluaran tiada had, ia bergantung kepada keperluan pengguna. Selain daripada perkara-perkara yang dinyatakan di perenggan 030313a, Petugas Stesen PMP dikehendaki meminta pemandu kenderaan mengemukakan dokumen pengenalan diri seperti berikut: a. Kad Pengenalan Tentera bagi anggota tentera. b. Kad Pengenalan Awam bagi anggota awam. c. Petugas Stesen PMP akan mengambil tindakan seterusnya seperti di para 030313.b dan 030313.c. d. Petugas Stesen PMP dikehendaki menyediakan tiga salinan BAT L 556, bagi setiap pasukan pengguna dan ditandatangani oleh pemandu. Nama penuh dan alamat pos pasukan hendaklah dicatatkan dengan terang di BAT L 556 tersebut. e. Ketua Stesen PMP akan mengambil tindakan seterusnya seperti di para 030313.e dan 030313.f. f. Pegawai Pemegang Akaun PMP Pasukan yang mengeluarkan petroleum tersebut dikehendaki mengemukakan melalui pos dua salinan BAT L 556 tersebut di atas kepada pasukan yang menerima petroleum berkenaan selewat-lewatnya tujuh hari selepas tindakan di para 030313.f dilaksanakan. g. Pasukan yang menerima petroleum tersebut dikehendaki menyemak BAT L 556 itu dengan BAT J 7 atau BAT M 88 atau BAT M 229 kenderaan yang berkenaan terhadap kuantiti yang telah diterima dan mengembalikan salinan kedua kepada pasukan yang mengeluarkan petroleum dalam masa tujuh hari. Semua dokumen hendaklah disimpan dengan baik untuk tujuan semakan. PEMERIKSAAN PENERIMAAN 030315. Ambil contoh bahan dari tiap-tiap petak melalui paip pengeluaran. Tiap-tiap contoh yang diambil hendaklah sebanyak lima (5) liter. Secara visual, pastikan gred bahan dan tentukan ianya tidak mengandungi air atau benda asing serta buat ujian yang diperlukan. Jika contoh tersebut mengandungi air atau benda asing, ambil contoh kedua dan ketiga. Jika contoh kedua dan ketiga masih mengandungi air atau benda asing, maka muatan tersebut hendaklah ditolak. Ambil dua contoh lagi bahan tersebut tiap-tiap satu sebanyak lima (5) liter. Satu contoh disimpan di pasukan dan satu lagi diberikan kepada pemandu trak tersebut. Penerimaan boleh dilaksanakan sekiranya kualiti minyak adalah seperti ditetapkan.


TERHAD 3-3-7 TERHAD PENOLAKAN PENGHANTARAN 030316. Bagi semua penolakan penghantaran disebabkan oleh perkara kuantiti dan kualiti, pasukan hendaklah mengambil tindakan-tindakan berikut: a. Laporkan melalui telefon atau dengan cara lain yang sesuai kepada: (1) Kontraktor yang berkenaan. (2) Markas Logistik Perkhidmatan masing-masing. b. Selepas itu, buat laporan bertulis menggunakan „Sijil Penolakan Bahan‟ di Kembaran D sebanyak tiga salinan dan diagihkan tiap-tiap satu salinan kepada: (1) Kontraktor berkenaan. (2) Markas Logistik Perkhidmatan masing-masing. (3) Untuk simpanan pasukan. PROSEDUR PERAKAUNAN 030317. Pegawai yang bertanggungjawab dikehendaki membuat pengakuan penerimaan bahan tersebut di sebelah belakang salinan keempat dan kelima BAT L 367 yang berkaitan dan kemukakan salinan keempat kepada Pasukan Bekalan yang berkenaan tidak lewat daripada tiga hari selepas tarikh penerimaan. 030318. Rekodkan penerimaan bahan tersebut ke dalam rekod Stok Petroleum Harian (BAT L 553) dan Akaun Petrol, Minyak dan Pelincir (BAT L 554) dengan menggunakan salinan kelima BAT L 367 dan salinan kedua Nota Penghantaran berkenaan sebagai baucar penerimaan. Salinan kelima BAT L 367 tidak dibenarkan diceraikan dari buku asal. ARAHAN TEKNIKAL TERPERINCI 030319. Markas Logistik Perkhidmatan masing-masing dikehendaki mengeluarkan Arahan Teknikal Petroleum Perkhidmatan yang merangkumi aspek-aspek berikut: a. Prosedur pesanan, pengeluaran, penerimaan dan perakaunan PMP kepada kapal-kapal TLDM. b. Prosedur pesanan, pengeluaran, penerimaan dan perakaunan PMP kepada pesawat-pesawat udara TUDM.


TERHAD 3-3-8 TERHAD c. Prosedur pengeluaran, penerimaan dan perakaunan petroleum menggunakan Fuel Bowser, Fuel Tanker dan Mobile Fuel Dispensing System.


TERHAD 3-3A-1 TERHAD Penutup Lubang Materi Lubang ‘Ullage „Ullage Materi Paras Bahan Materi Paip Pengeluaran Petak (Compartments) KEMBARAN A KEPADA SEKSYEN 3 KEPADA BAB 3 PATM JILID III KEDUDUKAN ULLAGE MARKER Catatan: Sukatan Tidak Mengikut Skala.


TERHAD 3-3B-1 TERHAD Lubang Pengisi Atas „T‟ Piece 0- 1- 2- Bacaan Kalibrasi Paras Materi 3- 4- 5- 6- „Ullage Paras Bahan 7- 8- 9- 0- Bahan Api Dinding Petak Tangki KEMBARAN B KEPADA SEKSYEN 3 KEPADA BAB 3 PATM JILID III CARA MENGGUNAKAN ‘T’ PIECE UNTUK MENYUKAT CALIBRATION HEIGHT


TERHAD 3-3C-1 TERHAD KEMBARAN C KEPADA SEKSYEN 3 KEPADA BAB 3 PATM JILID III CONTOH JADUAL TENTUKURAN RUANGAN (COMPARTMENT) 1 2 3 4 5 MUATAN (LITER) 3920 4036 3612 - - „ULLAGE SETTINGS‟ (CM) Tarikh 2/1/11 38 42 39 - -


TERHAD 3-3D-1 TERHAD KEMBARAN D KEPADA SEKSYEN 3 KEPADA BAB 3 PATM JILID III SIJIL PENOLAKAN BAHAN BAHAGIAN 1 1. Saya………………………………………………………….(Nama, pangkat dan nombor) dari..............................................................................(nama pasukan) telah membuat pemeriksaan di atas pembekalan ................................................(nama bahan petroleum) yang dipesan melalui BAT L 367 Siri No …………………….… dan dihantar dengan kenderaan ……………………………………………….…….(Nombor daftar kenderaan) yang dipandu oleh ………………………………………..……………….(nama penuh dan nombor Kad Pengenalan) pada …………………………………. (tarikh dan masa). Saya menolak pembekalan tersebut kerana perkara-perkara berikut: a. …………………………………………………………………….. b. …………………………………………………………………….. c. …………………………………………………………………….. d. …………………………………………………………………….. e. …………………………………………………………………….. 2. Pemandu kenderaan dari Depot Pembekal yang berkenaan telah diberitahu mengenai perkara di atas. Tarikh dan Cop Pasukan…………………………. ……………………………………... (Tandatangan) BAHAGIAN II 3. Perkara-perkara di atas adalah diakui benar. Tarikh:………………………………….. ……………………………………............... Tandatangan Pemandu Kenderaan Pembekal ………..…………………………… Nama Penuh Pemandu Kenderaan Nombor Kad Pengenalan


TERHAD Pindaan 01 Apr 21 3-4-1 TERHAD BAB 3 DASAR PENGURUSAN PETROLEUM, MINYAK DAN PELINCIR ATM SEKSYEN 4 - PROSEDUR PEROLEHAN PETROLEUM, MINYAK DAN PELINCIR DARI STESEN MINYAK AWAM PENDAHULUAN 030401. Perintah ini menetapkan prosedur pesanan, penerimaan dan perakaunan petroleum dari stesen minyak awam. Sumber dari stesen minyak awam hanyalah untuk menampung keperluan kecemasan atau jika ketiadaan kemudahan tentera di lokasi berkenaan. Perolehan boleh dilakukan dengan menggunakan Kad Inden. SYARAT-SYARAT PEROLEHAN MINYAK DI STESEN AWAM 030402. Pasukan-pasukan boleh menggunakan sumber dari stesen minyak awam dalam masa dan keadaan berikut: a. Pasukan yang tidak mempunyai stesen PMP dan terletak jauh dari mana-mana stesen ATM yang mana tidak berekonomi untuk berulang-alik bagi mendapatkan bahan api. Markas Logistik Perkhidmatan masing-masing akan menetapkan jarak jauhnya dari semasa ke semasa. b. Stesen PMP yang berdekatan rosak atau tidak boleh digunakan oleh sebabsebab tertentu. c. Dalam keadaan tidak sesuai, tidak menjimatkan dan tidak praktikal untuk kenderaan atau konvoi keluar dari jalan yang dilalui. d. Dalam keadaan kecemasan atau sebab-sebab keselamatan. e. Ketiadaan atau kehabisan stok. PEROLEHAN PETROL DAN DIESEL MENGGUNAKAN KAD INDEN 030403. Kelayakan Penggunaan. Pengguna yang layak menggunakan Kad Inden adalah seperti berikut: a. Pegawai Kanan ATM. Pegawai Kanan ATM berpangkat Brig Jen setaraf dan ke atas yang diperuntukkan dengan kereta rasmi.


TERHAD Pindaan 01 Apr 21 3-4-2 TERHAD b. Pemegang Kad Inden Yang Dibenarkan. Pegawai atau LLP yang diberi kebenaran untuk memegang Kad Inden dengan kelulusan Markas Logistik Perkhidmatan masing-masing. 030404. Pengurus Yang Dilantik. Kuasa untuk mengeluarkan Kad Inden ini hanya boleh lakukan oleh Pengurus Yang Dilantik seperti berikut: a. Markas ATM. Markas Angkatan Tentera Malaysia – Bahagian Logistik Pertahanan (BLP) dilantik untuk mengeluarkan Kad Inden kepada Pegawai Kanan berpangkat Brig Jen setaraf dan ke atas dan untuk kegunaan pasukan Mk ATM. b. Tentera Darat. Markas Logistik TD - Kumpulan KP dilantik untuk mengeluarkan Kad Inden kepada Pegawai Kanan berpangkat Brig Jen setaraf dan ke atas dan untuk kegunaan pasukan Tentera Darat. c. Tentera Laut Diraja Malaysia. Markas Tentera Laut - Cawangan Material dilantik untuk mengeluarkan Kad Inden kepada Pegawai Kanan berpangkat Laksamana Pertama setaraf dan ke atas dan untuk kegunaan pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia. d. Tentera Udara Diraja Malaysia. Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) – AKS A4 dilantik untuk mengeluarkan Kad Inden kepada Pegawai Kanan berpangkat Brig Jen TUDM setaraf dan ke atas dan untuk kegunaan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia. 030405. Senarai Pemegang Kad Inden. Senarai nama Pegawai Kanan dan pemegang Kad Inden yang layak akan dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Pengurus Yang Dilantik dan hendaklah sentiasa dikemaskinikan. 030406. Kategori Kad Inden. Kategori Kad Inden yang boleh dikeluarkan adalah seperti berikut: a. Kad Persendirian. Kad Inden ini dikeluarkan kepada Pegawai Kanan ATM berpangkat Brig Jen setaraf ke atas yang diperuntukkan dengan kereta rasmi. Nama Pegawai Kanan serta nombor daftar kereta rasmi akan dicetak di atas kad ini. b. Kad Pemandu. Kad Inden ini dikeluarkan kepada pemandu ATM yang dilantik. c. Kad Kenderaan. Kad Inden ini dikeluarkan khas untuk sesebuah kenderaan ATM yang diiktiraf. Nombor daftar kenderaan tersebut akan dicetak di atas kad ini.


TERHAD Pindaan 01 Apr 21 3-4-3 TERHAD d. Kad Gunasama (Pool). Kad Inden ini dikeluarkan kepada Pegawai Kenderaan yang diiktiraf. Dalam keadaan kecemasan, kad ini boleh digunakan untuk membeli petroleum bagi keperluan kenderaan ATM selain kenderaan pajakan. 030407. Had Penggunaan. Kad ini akan disekat penggunaannya jika melebihi had yang ditetapkan. Jika memerlukan penggunaan yang melebihi had yang ditetapkan, pengguna bolehlah memohon kelulusan kepada Markas Logistik Perkhidmatan masingmasing. Had maksimum bagi pembelian bahan api yang telah ditetapkan adalah seperti berikut: a. Kad Persendirian. RM 300.00 sehari atau RM 1,500.00 sebulan. b. Kad Pemandu. RM 300.00 sehari atau RM 1,500.00 sebulan. c. Kad Kenderaan. RM 300.00 sehari atau RM 1,500.00 sebulan. d. Kad Gunasama. RM 10,000.00 sehari atau RM 50,000.00 sebulan. 030408. Permohonan Untuk Mendapatkan Kad Inden. Pasukan dikehendaki membuat permohonan berserta justifikasi kepada Pengurus Yang Dilantik. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui saluran pemerintahan masing-masing dengan menyatakan perkara-perkara berikut: a. Kategori Kad Inden. b. Nama yang hendak dicetak diatas Kad Inden (Tidak lebih 25 huruf). c. Jenis petroleum yang diperlukan. d. Justifikasi keperluan. 030409. Setelah diluluskan, Pengurus Yang Dilantik dikehendaki memajukan dan mendapatkan Kad Inden daripada syarikat pembekal petroleum yang dilantik oleh kerajaan. Sekiranya kad ini tidak digunakan dalam masa enam bulan, kad ini terbatal dengan sendirinya dan perlu membuat permohonan semula. Penyerahan Kad Inden kepada Pasukan hendaklah dilakukan seperti berikut: a. Daftarkan butir-butir berikut ke dalam Buku Daftar Kad Inden seperti contoh di Kembaran A: (1) Nombor Kad Inden. (2) Kategori kad.


TERHAD Pindaan 01 Apr 21 3-4-4 TERHAD (3) Nombor pin. (4) Had bumbung. (5) Tarikh luput. (6) Jenis petroleum. b. Serahkan Kad Inden dan Nombor Pin kepada Pemegang Kad Inden serta menandatangani Buku Daftar Kad Inden sebagai pengesahan penerimaan. c. Serahkan salinan Prosedur Penggunaan dan Perakaunan Kad Inden serta berikan penerangan. PROSEDUR PENGGUNAAN KAD INDEN 030410. Pembelian petroleum boleh dibuat daripada mana-mana syarikat pembekal petroleum awam yang dilantik oleh kerajaan. Transaksi boleh dibuat di terminal penerimaan kad atau kaunter pembayaran. Prosedur penggunaan Kad Inden yang perlu dipatuhi oleh setiap pengguna adalah seperti berikut: a. Kad Persendirian. Kad Inden ini hendaklah disimpan oleh Pegawai Kanan ATM atau wakilnya yang dibenarkan. Prosedur penggunaanya adalah seperti berikut: (1) Setiap pengisian petrol/diesel adalah untuk pengisian penuh. (2) Mengambil dan menyimpan resit pembelian bagi setiap pengisian yang dibuat. (3) Merekodkan jenis petrol/diesel, jumlah pengambilan, nama dan tempat stesen dengan dakwat merah ke dalam Tiket Kerja Pengangkutan (BAT J 7) bagi setiap pengisian. (4) Memajukan Penyata Penggunaan Kad Inden beserta resit seperti di Kembaran B kepada Pengurus Yang Dilantik berkenaan sebelum 7 haribulan, bulan berikutnya. b. Kad Pemandu/Kad Kenderaan/Kad Gunasama. Kad Inden ini hendaklah disimpan oleh Pegawai Kenderaan pasukan. Prosedur penggunaanya adalah seperti berikut: (1) Apabila diperlukan, pemandu memohon daripada Pegawai Kenderaan Pasukan. Pengeluaran Kad Inden hendaklah didaftarkan ke dalam Buku


TERHAD Pindaan 01 Apr 21 3-4-5 TERHAD Daftar Kad Inden Pasukan seperti contoh di Kembaran C dan ditandatangani oleh pemandu yang mengambil sebagai pengesahan. (2) Setiap pengisian petrol/diesel adalah untuk pengisian penuh. (3) Apabila membuat pengambilan petrol/diesel untuk kenderaan yang lebih dari sebuah, hanya sebuah pam sahaja digunakan dan setiap kenderaan dipenuhkan tangki secara berasingan. Nozzle pam hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya sebelum pengeluaran seterusnya dibuat terhadap kenderaan yang berikutnya. (4) Mengambil resit pembelian bagi setiap pengisian yang dibuat. (5) Merekodkan jenis bahan api sama ada petrol atau diesel, jumlah pengambilan berserta dengan nama dan tempat stesen menggunakan pen dakwat merah ke dalam BAT J 7 bagi setiap kenderaan terlibat. (6) Apabila balik ke pasukan, pemandu hendaklah menyerahkan kembali Kad Inden bersama resit pembelian kepada Pegawai Kenderaan Pasukan dan menandatangani Buku Daftar Kad Inden Pasukan sebagai tanda pemulangan Kad Inden. (7) Pegawai Kenderaan Pasukan dikehendaki menyemak kuantiti petrol/diesel yang diambil telah direkodkan ke dalam BAT J 7 dan kuantitinya hendaklah sama dengan resit pembelian. (8) Memajukan Penyata Penggunaan Kad Inden seperti di Kembaran B kepada Pengurus Yang Dilantik berkenaan sebelum 7 haribulan, bulan berikutnya. 030411. Pengesahan Pembayaran. Pengurus Yang Dilantik adalah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan perolehan, pengeluaran, perakaunan dan pembayaran Kad Inden ini. Sistem pembayaran adalah seperti berikut: a. Pihak syarikat pembekal petroleum yang dilantik akan memajukan penyata pembelian kepada Pengurus Yang Dilantik. b. Pengurus Yang Dilantik perlu menyemak dan mengesahkan penyata berkenaan berbanding dengan penyata yang dihantar oleh pemegang Kad Inden yang dibenarkan.


TERHAD Pindaan 01 Apr 21 3-4-6 TERHAD SISTEM KAWALAN KAD INDEN 030412. Kad Persendirian. Kad ini akan disimpan sendiri oleh Pegawai Kanan ATM Brig Jen setaraf dan ke atas. Pegawai Kanan ATM yang menggunakan Kad Inden ini dikehendaki mengisi butir-butir di dalam BAT J 7 bagi tugas rasmi dan dengan dakwat merah bagi setiap perjalanan persendirian. Pegawai Kenderaan Pasukan hendaklah membuat perkiraan bagi menentukan jumlah bahan api yang digunakan bagi tujuan perjalanan persendirian dibuat kutipan pada setiap awal bulan berikutnya. 030413. Kad Pemandu, Kad Kenderaan dan Kad Gunasama. Kad-kad ini hendaklah disimpan oleh Pegawai Kenderaan pasukan di mana Kad Inden ini akan dikeluarkan kepada pemandu sekiranya ada keperluan untuk mengisi petrol atau diesel. Kad Inden ini mesti diserahkan semula kepada Pegawai Kenderaan pasukan selepas tamat tugas. Pegawai Kenderaan Pasukan mestilah menyediakan Buku Daftar Kad Inden Pasukan untuk merekodkan pergerakan setiap Kad Inden yang dipegang. Buku rekod ini hendaklah dikemaskinikan dan dijaga dengan baik serta diperiksa oleh Ketua Pasukan dari semasa ke semasa. KEHILANGAN/KEROSAKAN 030414. Setiap kehilangan/kerosakan kad perlu dilaporkan kepada Pengurus Yang Dilantik dan kepada syarikat pembekal bahan api yang dilantik dengan segera. Pengurus Yang Dilantik hendaklah menguruskan penggantian. PENGAMBILAN SECARA BERBUNGKUS 030415. Pengambilan secara berbungkus atau diisikan ke dalam bekas-bekas lain untuk sebarang tujuan yang lain adalah dilarang sama sekali.


TERH 3-4A TERH BUKU DAFT BIL NO KAD INDEN NAMA DI KAD INDEN NO PIN H BUM (a) (b) (c) (d)


HAD A-1 HAD KEMBARAN A KEPADA SEKSYEN 4 KEPADA BAB 3 PATM JILID III TAR KAD INDEN HAD MBUNG TARIKH LUPUT JENIS PETROLEUM T/T PENERIMA KAD CATATAN (e) (f) (g) (h) (i)


TERH 3-4B TERH PENYATA PENGGUNAAN KAD INDE Nama Pasukan: ..................................... Bil. Tarikh Pengambilan Nama Pemandu No Daf Kender (a) (b) (c) (d) Tarikh:………………… Tanda Tangan Pegawai Kenderaan Pasukan ……………………………………………..


HAD B-1 HAD KEMBARAN B KEPADA SEKSYEN 4 KEPADA BAB 3 PATM JILID III EN BAGI BULAN ......... TAHUN ........... ftar raan Jenis Petroluem Kuantiti Nama Dan Alamat Stesen Minyak Catatan (e) (f) (g) (h) Cop Pasukan:


TERH 3-4C TERH BUKU DAFTAR PENGELU BIL NAMA PEMANDU NO DAFTAR KENDERAAN TARIKH KAD DIAMBIL (a) (b) (c) (d)


HAD C-1 HAD KEMBARAN C KEPADA SEKSYEN 4 KEPADA BAB 3 PATM JILID III UARAN KAD INDEN PASUKAN D T/T PEG YANG MEMBERI JENIS BAHAN T/T PEG PENERIMA KAD CATATAN (e) (f) (g) (h)


TERHAD 3-5-1 TERHAD BAB 3 DASAR PENGURUSAN PETROLEUM, MINYAK DAN PELINCIR ATM SEKSYEN 5 - BORANG PESANAN BAHAN-BAHAN PETROLEUM (BAT L 367) PENDAHULUAN 030501. Perintah ini menetapkan prosedur, pengawalan, penerimaan, pengeluaran dan penggunaan Borang Pesanan Bahan-Bahan Petroleum (BAT L 367). BAT L 367 adalah dokumen rasmi terkawal yang hanya sah dikeluarkan kepada kontraktor yang mempunyai kontrak membekalkan bahan-bahan PMP kepada ATM. Ia dikeluarkan dalam bentuk buku dan tiap-tiap buku mengandungi 50 set borang. Setiap set mengandungi 5 salinan dan mempunyai nombor kawalan. 030502. Pengeluaran dan penggunaan borang ini hendaklah dikawal rapi supaya tidak disalahgunakan. PENGAWALAN 030503. Borang ini dikeluarkan oleh Depot Ordnans kepada Pasukan/Depot Bekalan Perkhidmatan. BAT L 367 hanya digunakan untuk memesan PMP dan juga Gas Petroleum Cecair dan tidak boleh digunakan untuk memesan bahan-bahan yang lain. 030504. Kehilangan borang ini hendaklah dilaporkan segera dengan apa jua cara yang paling praktikal kepada pihak-pihak seperti diterangkan dalam perintah ini. PROSEDUR PENERIMAAN DAN PENGELUARAN 030505. Semua BAT L 367 yang diterima dan dikeluarkan hendaklah direkodkan di dalam Buku Daftar Penerimaan dan Pengeluaran BAT L 367 Untuk Stesen PMP Pasukan Pengguna. Pendaftaran hendaklah dibuat mengikut format seperti di Kembaran A. Buku ini hendaklah diperiksa sekurang-kurang sebulan sekali oleh Ketua Pasukan. PROSEDUR PERMOHONAN 030506. Untuk mendapatkan BAT L 367, pasukan hendaklah mengambil tindakan berikut: a. Pasukan Pengguna. Prosedur yang perlu dipatuhi adalah: (1) Permohonan untuk mendapatkan BAT L 367 hendaklah dibuat secara bertulis dengan menggunakan BAT L 8 kepada Pasukan/Depot Bekalan Perkhidmatan yang berhampiran.


TERHAD 3-5-2 TERHAD (2) Pasukan dikehendaki mengasingkan penggunaan buku BAT L 367 bagi memesan PMP atau Gas Petroleum Cecair untuk menyenangkan perakaunan. (3) Pasukan hendaklah melantik tidak lebih dari tiga Pegawai Bertauliah yang dibenarkan menandatangani BAT L 367 dan Borang Pengecualian Cukai dan Eksais Kastam. Butir-butir peribadi seperti nombor perkhidmatan, pangkat, nama dan contoh tandatangan mereka hendaklah dikemukakan dengan menggunakan format di Kembaran B kepada pihak-pihak berikut: (a) Bahagian Kewangan (Cawangan Urusan Bil). (b) Pembekal yang berkenaan. (c) Pejabat Kastam yang berkaitan. (d) Markas Logistik Perkhidmatan yang berkenaan (Mk Log TD – Kump KP), Mk TL (Material) dan MOU-BANOP). (4) BAT L 367 yang digunakan untuk memesan PMP hendaklah diakaunkan dan selenggara oleh Pegawai Pemegang Akaun PMP pasukan. b. Pasukan/Depot Bekalan PMP. Prosedur yang perlu dipatuhi: (1) Daftarkan bilangan buku dan nombor kawalan BAT L 367 yang dikehendaki serta nombor tentera, pangkat, nama anggota dan pasukan yang mengambilnya di dalam Buku Daftar Pengeluaran. Contoh format pendaftaran adalah seperti di Kembaran C. (2) Turunkan cop pasukan bekalan PMP, nombor akaun kontraktor dan tanda „PMP‟ di bahagian atas tiap-tiap salinan BAT L 367 tersebut selepas mendapat kebenaran pengeluaran dari Ketua Pasukan. 030507. Semua permohonan PMP kepada pembekal yang berkenaan hanya boleh dibuat oleh pegawai yang telah dilantik sebagaimana yang dinyatakan di perenggan 060506.a.(3). 030508. Jika pasukan pengguna berpindah ke lokasi baru tindakan berikut hendaklah diambil: a. Serahkan semua BAT L 367 yang belum digunakan kepada pasukan bekalan PMP yang berkenaan untuk pembatalan dan beritahu sebab-sebabnya.


TERHAD 3-5-3 TERHAD b. Pembatalan tersebut hendaklah didaftarkan dalam buku daftar BAT L 367 masing-masing. c. Beritahu pihak-pihak di perenggan 030506.a.(3) (a) hingga (d) dan membatalkan contoh tandatangan pegawai-pegawai yang telah dilantik. d. Apabila sampai di lokasi baru, permohonan baru hendaklah dibuat seperti di perenggan 030506.a dan 030506.b kepada pasukan bekalan PMP berkaitan. e. BAT L 367 yang belum digunakan tidak boleh diserahkan kepada pasukan yang mengambil alih atau pasukan-pasukan yang lain.


TERH BUKU DAFTAR PENERIMAAN DAN PENGELUA Pasukan:................................................................. (Potong Yang Mana Bil Tarikh PENERIMAAN Daripada No Baucar Jumlah Buku No Siri BAT L 367 Kepa Dari Hingga (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) 3-5A TERH


HAD KEMBARAN A KEPADA SEKSYEN 5 KEPADA BAB 3 PATM JILID III ARAN BAT L 367 UNTUK PASUKAN PENGGUNA a Tidak Dikehendaki) PENGELUARAN T/Tangan Pegawai Pengeluar ada Bil Set No Siri BAT L 367 No, Pangkat Dan Nama Penerimaan Tandatanga n Penerima ) (i) (j) (k) (l) (m) A-1 HAD


TERHAD KEMBARAN B KEPADA SEKSYEN 5 KEPADA BAB 3 PATM JILID III TANDATANGAN PEGAWAI YANG DIBENARKAN MENANDATANGANI BAT L 367 BORANG EKSAIS KASTAM NO 1 Pasukan:……………………………………………… 1. Pegawai-pegawai berikut telah diberi kuasa menandatangani BAT L 367, Borang Kastam No 1 bagi pihak pasukan ini. Maklumat pegawai dan tandatangannya adalah seperti berikut: a. No: ……………… Pkt: ………. Nama: …………………………………….. (1) ………………………………………….. (2)............................................................................... Contoh Tandatangan (3) ………………………………………….. b. No: ……………… Pkt: ………. Nama: …………………………………….. (1) ………………………………………….. (2)............................................................................... Contoh Tandatangan (3) ………………………………………….. c. No: ……………… Pkt: ………. Nama: …………………………………….. (1) ………………………………………….. (2)............................................................................... Contoh Tandatangan (3) ………………………………………….. 2. Sebarang perubahan terhadap pegawai berkenaan akan dimaklumkan kemudian. Tarikh: ………………….. ………………………………….......……………… (Tandatangan Pegawai Memerintah/Pemerintah) Cop Rasmi Pasukan Nama:…………….……………………….. Pangkat: ..…………………….……………..... 3-5B-1 TERHAD


TERH BUKU DAFTAR PENG (UNTUK PASUKAN Tarikh Nama Pasukan Pengguna Butir-butir BAT L 367 Bilangan Buku No Siri (a) (b) (c) (d) (e) Catatan: Buku BAT L 367 akan dicap dengan kod khas untuk membezakan 3-5C TERH


HAD KEMBARAN C KEPADA SEKSYEN 5 KEPADA BAB 3 PATM JILID III GELUARAN BAT L 367 N BEKALAN PMP) No, Pkt Dan Nama Wakil Pasukan Pengguna No, Pkt Dan Nama Wakil Pasukan Bekalan Tandatangan Pegawai Pengeluar (f) (g) (h) n kegunaan pesanan PMP atau Gas Petroleum Cecair. C-1 HAD


TERHAD 3-6-1 TERHAD BAB 3 DASAR PENGURUSAN PETROLEUM, MINYAK DAN PELINCIR ATM SEKSYEN 6 - PROSEDUR PENGURUSAN PETROLEUM, MINYAK DAN PELINCIR UNTUK ALAT JENTERA, PERKAKAS MEMASAK DAN MEMBAKAR PENDAHULUAN 030601. Perintah ini menetapkan prosedur pesanan, penerimaan, pengeluaran dan perakaunan PMP yang digunakan untuk alat jentera, perkakas memasak dan membakar. 030602. Prosedur untuk pasukan pengguna mendapatkan petroleum dari pasukan bekalan PMP adalah seperti ditetapkan dalam Bab 6 Seksyen 2 perintah ini. 030603. Alat-alat jentera yang dimaksudkan di sini adalah alat jentera seperti mesin rumput, gergaji berantai dan sebagainya yang tidak termasuk dalam kategori Kenderaan Jenis A, B dan C. PROSEDUR PESANAN 030604. Pesanan hendaklah dikemukakan oleh pegawai yang bertanggungjawab kepada Stesen PMP secara berkelompok setiap hujung bulan untuk keperluan bulan berikutnya, bukan secara tiap-tiap satu alat/perkakas. Setiap pesanan hendaklah dengan menggunakan borang permohonan seperti di Kembaran A. 030605. Sekiranya keperluan petroleum melebihi 200 liter sebulan, pasukan pengguna perlu mendapatkan kelulusan daripada Markas Logistik Perkhidmatan masing-masing. PROSEDUR PENERIMAAN DAN PERAKAUNAN 030606. Semua penerimaan PMP oleh pasukan pengguna untuk alat-alat jentera, perkakas memasak dan membakar hendaklah diperakaunkan secara berasingan dari akaun PMP yang digunakan untuk Kenderaan Jenis A, B dan C. Prosedur perakaunan adalah seperti berikut: a. Untuk Alat Jentera. Rekodkan semua PMP diterima ke dalam BAT L 554 khas untuk alat jentera dengan menggunakan BAT L 5 yang berkenaan sebagai baucar penerimaan. b. Untuk Perkakas Memasak dan Membakar. Rekodkan semua Gas Petroleum Cecair yang diterima ke dalam Lejer (BAT L 84) dengan menggunakan BAT L 5 yang berkenaan sebagai baucar penerimaan.


TERHAD 3-6-2 TERHAD PROSEDUR PENGELUARAN DAN PERAKAUNAN 030607. Pengeluaran dan Perakaunan dari Stor/Stesen PMP Pasukan. Semua pengeluaran daripada Stor/Stesen PMP hendaklah dibuat secara berkelompok bagi semua alat atau perkakas dengan menggunakan BAT L 5 dan diakaunkan ke dalam BAT L 554 dan BAT L 553 kepunyaan stor pasukan pengguna. Pengeluaran daripada Stor/Stesen PMP pasukan terus kepada alat atau perkakas tidak dibenarkan. 030608. Pengeluaran dan Perakaunan Runcit Kepada Alat Jentera/Perkakas. Pengeluaran dan perakaunan PMP runcit kepada alat jentera/perkakas memasak dan membakar hanya dibuat oleh stor pasukan. Prosedur pengeluaran hendaklah dibuat seperti berikut: a. Pengeluaran Runcit Kepada Alat Jentera. Ianya hendaklah dilaksanakan seperti berikut: (1) Pengeluaran hendaklah dibuat kepada operator alat berkenaan. (2) Pengeluaran menggunakan satu salinan BAT L 556. (3) Operator dikehendaki menandatangani BAT L 556 tersebut di ruangan yang berkenaan. (4) Kuantiti PMP yang dikeluarkan hendaklah direkodkan ke dalam BAT M 229 dan BAT L 554 khas alat jentera pasukan dengan menggunakan BAT L 556 sebagai Baucar Pengeluaran. (5) Selaraskan akaun setiap hujung bulan. b. Pengeluaran Runcit Kepada Perkakas Memasak dan Membakar. Pengeluaran tersebut hendaklah dilaksanakan seperti berikut: (1) Pengeluaran hendaklah kepada anggota yang mengendalikan perkakasperkakas tersebut. (2) Pengeluaran menggunakan satu salinan BAT L 5. (3) Anggota yang mengendalikan perkakas berkenaan hendaklah menandatangani BAT L 5 tersebut. (4) Rekodkan kuantiti petroleum yang dikeluarkan dengan menggunakan BAT L 5 sebagai Baucar Pengeluaran. (5) Selaraskan akaun setiap hujung bulan.


TERHAD 3-6-3 TERHAD 060609. Ketua Pasukan hendaklah membuat pemeriksaan terhadap akaun ini secara bulanan.


TERHAD 3-6A-1 TERHAD KEMBARAN A KEPADA SEKSYEN 6 KEPADA BAB 3 PATM JILID III BORANG PESANAN PETROL, MINYAK DAN PELINCIR UNTUK ALAT JENTERA, PERKAKAS MEMASAK DAN MEMBAKAR Daripada : …………………………………………………………………………… Kepada : …………………………………………………………………………….. Harap bekalkan bahan-bahan berikut: Bil Jenis Bahan Kuantiti (ltr/kg) Jenis Peralatan (a) (b) (c) (d) Tandatangan : .………............…………… Tarikh: ……………………...... Nama : ………..………………................... Pangkat : …..……………………………… Jawatan :…………………………………… Salinan Pertama kepada Stor/Stesen PMP pasukan. Salinan Kedua untuk rekod pemesan.


TERHAD 3-7-1 TERHAD BAB 3 DASAR PENGURUSAN PETROLEUM, MINYAK DAN PELINCIR ATM SEKSYEN 7 - PROSEDUR PENGURUSAN PETROLEUM, MINYAK DAN PELINCIR KEPADA AGENSI KERAJAAN MALAYSIA DAN TENTERA ASING PENDAHULUAN 030701. Perintah ini menetapkan prosedur pengeluaran dan perakaunan bahan-bahan PMP yang dibekalkan kepada agensi kerajaan Malaysia dan tentera asing. Biasanya bahan PMP ini dibekalkan untuk kegunaan latihan atau operasi bersama atau dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja dan dikenakan bayaran mengikut kadar ditetapkan oleh Markas Logistik Perkhidmatan masing-masing. KUASA PENGELUARAN 030702. Pengeluaran bahan-bahan PMP ATM kepada agensi kerajaan atau tentera asing hanya boleh dilakukan dengan kelulusan berikut: a. Ketua Setiausaha KEMENTAH. b. Perjanjian di antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan asing berkenaan. c. Perjanjian di antara KEMENTAH dengan tentera asing berkenaan. d. Persetujuan di antara KEMENTAH dengan agensi kerajaan Malaysia yang berkenaan. e. Arahan yang dikeluarkan oleh KEMENTAH dari semasa ke semasa. PROSEDUR PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN KUASA PENGELUARAN 030703. Pihak-Pihak Yang Berkuasa. Agensi kerajaan atau tentera asing yang memerlukan bahan-bahan PMP ATM akan mengemukakan keperluan mereka kepada pihakpihak berikut: a. Ketua Setiausaha, KEMENTAH, atau b. Formasi atau pihak penganjur ATM.


TERHAD 3-7-2 TERHAD 030704. Permohonan Yang Dimajukan Kepada KEMENTAH. Permohonan tersebut diproses oleh KEMENTAH dan jika diluluskan, formasi/pasukan ATM yang bersesuaian akan diarahkan untuk membuat pengeluaran kepada pihak yang berkenaan. 030705. Permohonan Yang Dimajukan Kepada Formasi Atau Pasukan ATM. Formasi atau pasukan yang berkenaan hendaklah mengemukakan permohonan tersebut kepada Bahagian Kewangan, KEMENTAH dan salinan kepada Markas Logistik Perkhidmatan masingmasing melalui saluran pentadbiran dengan mengemukakan perkara-perkara berikut: a. Nama pertubuhan agensi atau kerajaan yang memohon. b. Nama dan jawatan pegawai yang membuat permohonan tersebut. c. Jenis dan kuantiti PMP yang diperlukan. d. Tarikh dan lokasi PMP tersebut diperlukan. e. Nama wakil pertubuhan/agensi kerajaan yang akan membuat penerimaan. f. Sebab-sebab pembekalan dari ATM diperlukan. PROSEDUR PENGELUARAN DAN PERAKAUNAN 030706. Berasaskan kepada kelulusan dari KEMENTAH, pasukan tentera yang membekalkan PMP hendaklah mengambil tindakan berikut: a. Sediakan lima salinan BAT L 5 dan tuliskan kuasa pengeluaran di sebelah atas BAT L 5 tersebut. b. Sebelum pembekalan dibuat pastikan perkara-perkara di perenggan 030605.a hingga 030605.f adalah betul. c. Tuliskan nama dan nombor daftar kenderaan, pesawat, kapal atau alat yang menerima bahan-bahan PMP tersebut di dalam BAT L 5 berkenaan. d. BAT L 5 tersebut hendaklah ditandatangani oleh si penerima dan mengandungi maklumat seperti berikut: (1) Nama penuh (Huruf Besar). (2) Pangkat/Jawatan.


TERHAD 3-7-3 TERHAD (3) Nombor perkhidmatan atau kad pengenalan. (4) Pasukan atau Jabatan. (5) Tarikh penerimaan. 030707. Berpandukan kepada BAT L 5 tersebut, sediakan BAT E 64A sebanyak lima salinan dengan memasukkan bayaran PMP dan juga bayaran perkhidmatan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Markas Logistik Perkhidmatan berkenaan (Kadar bayaran akan dikeluarkan oleh Markas Logistik Perkhidmatan masing-masing dari semasa ke semasa). 030708. Gunakan salinan kelima BAT L 5 tersebut dan BAT E 64A di atas sebagai baucar pengeluaran. 030709. Kemukakan empat salinan borang-borang tersebut di atas kepada Markas Logistik Perkhidmatan masing-masing. PROSEDUR MENDAPATKAN BAYARAN DAN PERAKAUNAN 030710. Tindakan Markas Logistik Perkhidmatan. Pihak yang berkenaan di Markas Logistik Perkhidmatan masing-masing hendaklah mengambil tindakan berikut: a. Rekodkan pengeluaran tersebut di Buku Daftar Pengeluaran PMP seperti di Kembaran A. b. Uruskan pembayaran balik dengan mengemukakan tiga salinan BAT L 5 dan BAT E 64A kepada pihak-pihak yang berkenaan. Dalam surat tuntutan bayaran balik itu, nyatakan bahawa pembayaran hendaklah dibuat kepada: Akauntan Kanan Perbendaharaan Kementerian Pertahanan Jalan Padang Tembak 50634 KUALA LUMPUR 030711. Satu salinan surat tuntutan bayaran balik itu hendaklah diedarkan kepada Pejabat Akauntan Kanan Perbendaharaan KEMENTAH dan Bahagian Kewangan, KEMENTAH. Pejabat Akauntan Kanan Perbendaharaan KEMENTAH, apabila menerima bayaran hendaklah menghantar satu salinan surat akuan penerimaan kepada Markas Logistik Perkhidmatan. Markas Logistik Perkhidmatan hendaklah merekodkan pembayaran tersebut di dalam buku daftar yang dinyatakan di perenggan 060710.a.


TERHAD 3-7-4 TERHAD 030712. Markas Logistik Perkhidmatan masing-masing adalah dikehendaki mengemukakan laporan pembayaran balik yang belum diselesaikan kepada Bahagian Kewangan, KEMENTAH pada tiap-tiap suku tahun dan mengambil tindakan untuk mendapatkan bayaran balik yang masih belum diselesaikan dari pihak-pihak yang berkenaan.


TERH BUKU DAFTAR KEPADA AGENSI KERA TAHUN Bil Nama Pertubuhan/ Tentera Asing Butir Tuntutan No BAT E 64A PMP Jenis Kuantiti (a) (b) (c) (d) (e) 3-7A TERH


HAD KEMBARAN A KEPADA SEKSYEN 7 KEPADA BAB 3 PATM JILID III R PENGELUARAN PMP AJAAN ATAU TENTERA ASING : ……………… Bayaran Diterima Catatan Rujukan Surat & Tarikh Pasukan Pengeluaran Jumlah Rujukan Surat Dan Tarikh (f) (g) (h) (i) A-1 HAD


TERHAD 3-8-1 TERHAD BAB 3 DASAR PENGURUSAN PETROLEUM, MINYAK DAN PELINCIR ATM SEKSYEN 8 - KEBENARAN PENGELUARAN DAN PERAKAUNAN PETROLEUM, MINYAK DAN PELINCIR UNTUK KENDERAAN DAN PERALATAN YANG DISEWA ATAU DIPINJAMKAN PENDAHULUAN 030801. Kenderaan dan peralatan yang disewa atau dipinjamkan untuk menjalankan tugas-tugas ATM adalah dibenarkan menggunakan PMP ATM. Kebenaran untuk menggunakan kenderaan dan peralatan tersebut dari pihak yang tertentu hendaklah diperolehi terlebih dahulu. KEBENARAN 030802. Pasukan atau formasi yang menggunakan kenderaan dan peralatan tersebut adalah dikehendaki mengemukakan permohonan kepada pemerintahan Markas Logistik Perkhidmatan masing-masing melalui saluran pentadbiran yang tertentu dengan menyatakan perkara-perkara berikut: a. Jenis tugas/aktiviti. b. Tempoh tugas/aktiviti. c. Anggaran kuantiti dan jenis PMP yang diperlukan untuk menjalankan tugas/ aktiviti tersebut. d. Nama pasukan di mana kenderaan atau peralatan tersebut digunakan. e. Nama dan lokasi stesen PMP yang akan mengeluarkan bahan api. f. Bilangan kenderaan atau peralatan yang disewa atau dipinjamkan yang terlibat (sertakan senarai kenderaan atau peralatan). g. Butir-butir lengkap pemandu atau pengendali termasuk nombor kad pengenalan awam jika pemandunya anggota awam. PROSEDUR PENGELUARAN 060803. Pasukan atau formasi yang menggunakan kenderaan atau peralatan tersebut adalah dikehendaki memberitahu Stesen PMP yang berkenaan dengan mengemukakan salinan sebenar kuasa pengeluaran serta maklumat berikut:


TERHAD 3-8-2 TERHAD a. Nombor pendaftaran semua kenderaan atau peralatan terlibat. b. Butir-butir lengkap semua pemandu atau pengendali termasuk nombor kad pengenalan awam jika pemandunya anggota awam. c. Bagi peralatan, butir-butir lengkap pasukan pengguna. 030804. Stesen PMP yang mengeluarkan bahan api adalah dikehendaki mengambil tindakan berikut: a. Pengeluaran hanya dibuat setelah mendapat perkara-perkara yang dinyatakan di perenggan 030803. b. Sediakan tiga salinan BAT L 556 untuk tujuan ini dengan mencatatkan kebenaran pengeluaran di bahagian atas borang tersebut. c. Lain-lain perkara mengenai pengeluaran adalah seperti di perenggan 030310 Bab 6 Seksyen 3 perintah ini. PROSEDUR PERAKAUNAN 030805. Pasukan atau formasi yang menggunakan kenderaan atau peralatan adalah dikehendaki mengambil kira semua bahan api digunakan sebagai kegunaan pasukan sendiri dan merekodkan ke dalam akaun PMP pasukan sepertimana yang dinyatakan di Bab 6 Seksyen 3 perintah ini. 030806. Setelah tugas-tugas diselesaikan, pasukan atau formasi adalah dikehendaki mengemukakan jumlah kuantiti PMP yang telah digunakan kepada Markas Logistik Perkhidmatan masing-masing.


TERHAD 3-9-1 TERHAD BAB 3 DASAR PENGURUSAN PETROLEUM, MINYAK DAN PELINCIR ATM SEKSYEN 9 - PROSEDUR PENGURUSAN BAHAN PETROLEUM YANG DIBEKALKAN TERUS KEPADA KAPAL-KAPAL TLDM PENDAHULUAN 030901. Perintah ini menetapkan prosedur pesanan, penerimaan dan perakaunan bahan-bahan petroleum yang dibekalkan terus kepada kapal-kapal TLDM semasa berada jauh daripada pangkalan mereka di perairan Malaysia atau di luar negara. 030902. Bekalan PMP boleh diperolehi terus daripada pembekal atau pihak yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia. PERAIRAN MALAYSIA 030903. Prosedur Pesanan. Kapal-kapal TLDM adalah dikehendaki memberitahu pembekal di atas keperluan mereka melalui Markas Pemerintahan TLDM sekurangkurangnya tiga hari sebelum bahan diperlukan. Tindakan berikut perlu dilaksanakan: a. Sediakan borang-borang berikut: (1) Lima salinan (satu set) BAT L 367. (2) Lima salinan Borang Pengecualian Cukai Eksais Kastam Nombor 1. b. Serahkan salinan pertama, kedua dan ketiga BAT L 367 dan empat salinan borang pengecualian cukai kepada pembekal atau wakilnya di pelabuhan yang berkenaan. Salinan keempat dan kelima BAT L 367 dan satu salinan borang Kastam hendaklah disimpan. c. Pegawai yang menandatangani kedua-dua borang tersebut hendaklah pegawai yang telah dilantik sepertimana yang dinyatakan di para 030506.a.(3) perintah ini. 030904. Prosedur Penerimaan. Pegawai Kejuruteraan atau Juruteknik hendaklah membuat pemeriksaan untuk menentukan jenis dan mutu bahan yang akan diterima. Cara membuat pemeriksaan adalah seperti berikut: a. Pembekalan Melalui Kapal Tangki Minyak. Prosedur perolehan, penerimaan dan perakaunan adalah berpandukan kepada Arahan Teknikal Petroleum TLDM.


TERHAD 3-9-2 TERHAD b. Pembekalan Melalui Saluran Paip (Pipe Line). Prosedur yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (1) Ambil contoh minyak diesel dari saluran paip pembekal dan tangki simpanan pembekal. Tentukan minyak diesel tersebut tidak mengandungi air, kekotoran atau benda-benda asing. Di samping itu juga rekodkan perkaraperkara berikut: (a) Suhu minyak. (b) Ketumpatan (Density) minyak. c. Pastikan kuantiti minyak diesel yang berada dalam tangki kapal dan catatkan suhu dan ketumpatannya. d. Periksa dan catatkan bacaan meter pembekal sebelum pembekalan dibuat. e. Dapatkan Sijil Mutu (Certificate of Quality) bahan api tersebut daripada pembekal dan semak butir-butir tersebut memenuhi keperluan. f. Selepas menerima bekalan minyak diesel yang diperlukan, ambil dan catatkan perkara-perkara berikut: (1) Suhu dan ketumpatan minyak diesel dari tangki kapal. (2) Jumlah kuantiti minyak diesel yang terkandung dalam tangki kapal. (3) Bacaan meter pembekal. (4) Gunakan Kembaran A untuk mengira jumlah kuantiti bahan api yang dibekalkan. g. Setelah berpuas hati dengan kuantiti minyak diesel yang diterima, pegawai yang bertanggungjawab hendaklah menandatangani dan memenuhkan ruangan penerimaan di BAT L 367 yang berkenaan dan tiga salinan Resit Penghantaran (Bunkering Receipt) yang dikemukakan oleh pembekal. Sediakan dua salinan BAT L 556 dan tandatangan kedua-dua BAT L 556 sebagai tanda penerimaan. h. Serahkan salinan pertama, kedua dan ketiga BAT L 367 dan salinan pertama dan ketiga Resit Penghantaran kepada pihak pembekal. i. Simpan salinan keempat dan kelima BAT L 367, satu salinan Borang Pengecualian Cukai Kastam dan salinan kedua Resit Penghantaran.


TERHAD 3-9-3 TERHAD 030905. Prosedur Perakaunan. Pegawai kapal TLDM yang bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan berikut: a. Sempurnakan Sijil Pengakuan Penerimaan di belakang salinan keempat dan kelima BAT L 367. b. Kemukakan salinan keempat BAT L 367 tersebut kepada Markas Pemerintahan TLDM setempat yang mengeluarkan BAT L 367. c. Membuat pengesahan penerimaan minyak diesel tersebut di sebelah belakang Resit Penghantaran berkenaan. Contoh sijil pengesahan adalah seperti di Kembaran B. d. Kemukakan salinan kedua Resit Penghantaran tersebut dan salinan pertama BAT L 556 kepada Markas Pemerintahan TLDM setempat untuk direkodkan ke dalam akaun. Gunakan BAT L 367, Resit Penghantaran tersebut sebagai baucar penerimaan oleh kapal TLDM. e. Rekodkan penerimaan bahan tersebut ke dalam Akaun Petrol, Minyak Dan Pelincir (BAT L 554) khas untuk kapal TLDM tersebut. Gunakan salinan kedua BAT L 5 sebagai baucar penerimaan. LUAR NEGARA 030906. Prosedur Pesanan. Keperluan bahan-bahan petroleum di luar negara hendaklah dikemukakan kepada Markas Tentera Laut - Cawangan Operasi melalui Markas Armada dan salinan kepada Markas Bantuan, empat minggu sebelum tarikh keperluan, dengan menyatakan perkara-perkara berikut: a. Negeri atau Pelabuhan di mana PMP dikehendaki. b. Gred/Jenis/Spesifikasi PMP yang dikehendaki. c. Kuantiti yang dikehendaki bagi tiap gred/jenis PMP. d. Nama kapal. e. Nama pegawai yang berkenaan termasuk nombor telefon yang boleh dihubungi. f. Tugas kapal. g. Tarikh bekalan dikehendaki.


TERHAD 3-9-4 TERHAD 030907. Markas Tentera Laut – Cawangan Operasi akan mengumumkan butir-butir pembekalan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum keperluan. 030908. Prosedur Penerimaan. Pegawai Memerintah atau wakilnya (pegawai yang dilantik) dikehendaki menghubungi pembekal sebagaimana yang dinyatakan. Cara membuat penerimaan adalah seperti di para 030904a dan 030904b, melainkan perkara-perkara berikut: a. BAT L 367 dan Borang pengecualian Kastam tidak diperlukan. b. Pembekal akan mengemukakan lima salinan Resit Penghantaran yang perlu ditandatangani oleh pegawai yang membuat penerimaan. Kembalikan salinan pertama, keempat dan kelima kepada pembekal. Salinan kedua dan ketiga disimpan sebagai rekod. Semua Penerimaan hendaklah disahkan oleh Pegawai Memerintah. c. Menyimpan sampel PMP yang dibekal untuk ujian kualiti. 030909. Prosedur Perakaunan. Ambil tindakan perakaunan seperti berikut: a. Buat pengesahan penerimaan bahan api di sebelah belakang di salinan kedua dan ketiga Resit Penghantaran berkenaan seperti yang dinyatakan di para 030905.c kecuali kosongkan ruangan “Nombor Siri dan Tarikh BAT L 367”. b. Rekodkan kuantiti bahan yang diterima ke dalam Akaun PMP (BAT L 554) khas untuk kapal TLDM seperti yang dinyatakan di para 030905.e dengan menggunakan salinan ketiga Resit Penghantaran. c. Apabila kembali ke tanah air, kemukakan salinan kedua Resit Penghantaran kepada Markas Pemerintahan TLDM berkenaan untuk direkodkan ke dalam akaun. 030910. Pengesahan Bahan Yang Telah Diterima. Selepas tugas diluar negeri selesai, Pegawai Memerintah hendaklah membuat pengesahan gred dan kualiti tiap-tiap bahan yang diterima kepada Markas Armada. Pengesahan ini hendaklah disempurnakan dalam tempoh 14 hari sekembalinya kapal ke tanah air.


TERHAD 3-9A-1 TERHAD KEMBARAN A KEPADA SEKSYEN 9 KEPADA BAB 3 PATM JILID III CARA MENGIRA KUANTITI DIESEL YANG DITERIMA 1. Berdasarkan Kepada Sukatan Tangki Kapal Perkara Bacaan Permulaan/Akhir a. Jumlah Isi Padu (Net Observed Volume) Diesel - Liter b. Suhu –°C (Observed Temperature) c. Ketumpatan (Observed Density) d. Ketumpatan pada 15°C – ASTM Table e. Faktor Pembetulan isi padu kepada 15°C – ASTM Table (Volume Correction Factor) f. Isi padu (Volume) pada 15°C dalam Liter – ASTM Table g. Faktor pembetulan Isi padu (Volume Correction Factor) kepada 30°C – ASTM Table h. Isi padu (Volume)pada 30°C dalam liter i. Jumlah Isi padu Diterima(Total Volume Received) pada 15°C j. Jumlah Isi padu Diterima (Total Volume Received) pada 30°C 2. Berdasarkan Kepada Bacaan Meter Pembekal a. Bacaan Meter. (1) Mula (2) Akhir (3) Kuantiti Diterima ( (2) – (1) ) b. Suhu – °C (Observed Temperature) c. Ketumpatan (Observed Density) d. Ketumpatan (Density) pada 15°C – ASTM Table e. Faktor Pembetulan Isi padu (Volume Correction Factor ) pada 15°C – ASTM Table f. Ketumpatan (Volume) pada 15°C dalam Liter – ASTM Table g. Faktor Pembetulan Isi padu (Volume Correction)kepada 30°C – ASTM Table h. Ketumpatan (Volume ) pada 30°C dalam liter– ASTM Table


TERHAD 3-9A-2 TERHAD i. Jumlah Isi padu Diterima(Total Volume Received) pada 15°C j. Jumlah Isi padu Diterima (Total Volume Received) pada 30°C Tarikh: Cop Rasmi Pasukan …………………………………………… (Tandatangan Penerima) Nama……………………………….……. Pangkat………………………………….. No Tentera………………………………. ………………………………………….. (Tandatangan Pembekal/Wakil) Nama……………………………….……. Pangkat………………………………….. No Tentera……………………………….


TERHAD 3-9B-1 TERHAD KEMBARAN B KEPADA SEKSYEN 9 KEPADA BAB 3 PATM JILID III SIJIL PENGESAHAN UNTUK RESIT PENGHANTARAN Saya mengesahkan bahawa Diesel sebanyak …………………….. Liter sepertimana yang dinyatakan dalam BAT L 367 No Siri ………………… bertarikh ............................ dan Resit Penghantaran telah diterima, dimasukkira, perlu dan sebenarnya digunakan dalam perkhidmatan awam. Nama Kapal : …………………………… Pelabuhan : …………………………….. Tarikh: … ………………………………… Cop Rasmi Tandatangan : ……………………………… Nama : ……………………………………….. Pangkat : ……………………………………. Jawatan : …………………………………….


TERHAD 3-10-1 TERHAD BAB 3 DASAR PENGURUSAN PETROLEUM, MINYAK DAN PELINCIR ATM SEKSYEN 10 - PROSEDUR PENGURUSAN BAHAN PETROLEUM YANG DIBEKALKAN TERUS KEPADA PESAWAT ATM PENDAHULUAN 031001. Perintah ini menetapkan prosedur pesanan, penerimaan dan perakaunan bagi bahan-bahan petroleum yang dibekalkan terus kepada pesawat-pesawat ATM. 031002. Pesawat-pesawat ATM yang bertugas di luar pasukan dan memerlukan bahanbahan petroleum di lapangan terbang awam, boleh mendapatkannya dari pembekal yang telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia. DALAM NEGARA 031003. Prosedur Pesanan. Pasukan yang berkenaan hendaklah mengambil tindakan berikut. a. Berikan notis 24 jam kepada pembekal dengan menyatakan perkara-perkara berikut: (1) Tarikh dan masa bahan diperlukan. (2) Nama lapangan terbang awam di mana bahan diperlukan. (3) Jenis dan kuantiti yang dikehendaki. (4) Bilangan dan jenis pesawat terlibat. (5) Nombor penerbangan/nombor pesawat. b. Sediakan lima salinan borang pengecualian Cukai Eksais Kastam No 1 bagi bahan yang diproses dalam negeri dan serahkan empat salinan borang tersebut kepada juruterbang pesawat berkenaan. Satu salinan hendaklah disimpan sebagai rekod. 031004. Prosedur Penerimaan. Juruterbang atau pegawai yang bertanggungjawab hendaklah memeriksa jenis dan mutu bahan yang akan diterima dan mengambil tindakan berikut:


TERHAD 3-10-2 TERHAD a. Serahkan empat salinan borang pengecualian cukai Kastam kepada kontraktor/pembekal atau wakil mereka. b. Selepas menerima bahan, tentukan kuantiti bahan yang telah diterima. c. Kontraktor/pembekal atau wakil mereka akan mengemukakan tiga salinan Resit Penerbangan (Flight Receipt) yang menyatakan kuantiti bahan yang telah dibekalkan. d. Juruterbang atau pegawai berkenaan adalah dikehendaki menandatangani ketiga-tiga salinan Resit Penerbangan tersebut serta menuliskan butir-butir berikut: (1) Nama Penuh (Huruf Besar). (2) Pangkat. (3) Nombor Perkhidmatan. (4) Nombor Pesawat/Penerbangan. (5) Nama pasukan. (6) Tarikh penerimaan dibuat. e. Tentukan kuantiti bahan yang dinyatakan di dalam Resit Penerbangan tersebut sama dengan kuantiti yang sebenarnya diterima. f. Serahkan salinan pertama dan ketiga Resit Penerbangan tersebut kepada pihak kontraktor/pembekal dan simpan salinan kedua resit tersebut. 031005. Prosedur Perakaunan. Apabila kembali ke pasukan, juruterbang atau pegawai yang bertanggungjawab kepada pesawat berkenaan hendaklah menyerahkan salinan kedua Resit Penerbangan kepada Pegawai Bekalan Pasukan berkenaan untuk diperakaunkan. Pegawai Bekalan Pasukan adalah dikehendaki mengambil tindakan berikut: a. Rekodkan kuantiti bahan yang telah diterima sebagaimana yang dinyatakan di dalam Resit Penerbangan tersebut ke dalam Akaun PMP Pesawat (BAT L 554)/ Buku Log pesawat. Gunakan resit tersebut sebagai Baucar Penerimaan dan buat pengesahan di sebelah belakang resit tersebut seperti di Kembaran A. b. Kemukakan penyata AVTUR/AVGAS yang telah diterima dalam bulan berkenaan sebelum 8 haribulan berikutnya ke Markas Logistik Perkhidmatan masingmasing.


TERHAD 3-10-3 TERHAD LUAR NEGARA 031006. Prosedur Pesanan. Keperluan PMP di luar negara hendaklah dikemukakan kepada Markas Logistik Perkhidmatan masing-masing sekurang-kurangnya tiga minggu dari tarikh keperluan mengikut saluran tertentu dengan menyatakan perkara-perkara berikut: a. Lapangan terbang di mana bahan PMP dikehendaki. b. Gred/Jenis dan kuantiti bahan PMP diperlukan. c. Tarikh dan masa bahan PMP diperlukan. d. Nombor pesawat/penerbangan. e. Nama dan Pangkat Ketua Juruterbang. f. Jenis tugas. g. Lain-lain maklumat jika ada. 031007. Prosedur Penerimaan. Markas Logistik Perkhidmatan masing-masing akan memaklumkan nama pembekal yang telah dilantik sebelum pesawat berlepas ke luar negara. Juruterbang adalah dikehendaki menghubungi pembekal apabila tiba di lokasi yang ditujui. Cara membuat penerimaan adalah seperti di perenggan 030904, kecuali tidak ada Borang Pengecualian Cukai Kastam. 031008. Prosedur Perakaunan. Ambil tindakan seperti yang dilaksanakan prosedur perakaunan di dalam negara seperti di perenggan 031006.


Click to View FlipBook Version