KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
Penerbit Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Level 5, Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Jalan Punai Tanah
88450 Likas, Kota Kinabalu Sabah
@Penerbit Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2020
Cetakan pertama Mei 2020
2
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
Sidang Redaksi
E-BUKU KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Pengerusi : Dr. Mistirine Radin
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
Timbalan Pengerusi : Abidin bin Marjan
Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Penyelaras : Ikhbal Khan bin Ismail
Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Panel Editor : Sylvia Miting Pakoi
Pegawai SISC+ PPD Kota Marudu
Betty D Primus @ Betty Adantus
Pegawai SISC+ PPD Papar
Chang Yee Shee
Pegawai SISC+ PPD Kota Marudu
Dg. Norliah Ali Omar
Pegawai SISC+ PPD Papar
Dr. Laimah Sungap
Pegawai SISC+ PPD Keningau
Doreen Pakoi @ Pius M.
SMK Apin-Apin Keningau
Saliah binti Masalin
SK Talantang Kota Marudu
Maria Oyong
SK Gas Sandakan
Pereka Grafik : Mohammad Azmi bin Awang Ladis (PPD Papar)
Pengurusan Data PBL: Damanhuri bin Saleh Huddin (JPN Sabah)
3
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
ISI KANDUNGAN
MUKA
SURAT
DARI MEJA EDITOR 5 – 6
KATA ALU-ALUAN 7
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SABAH
SETINTA KATA TIMBALAN PENGARAH 8
SEKTOR PEMBELAJARAN, JABATAN
PENDIDIKAN NEGERI SABAH
BAB 1 PENGENALAN KEPADA PEMBELAJARAN 9
BERASASKAN PROJEK/ PROJECT-BASED
LEARNING (PBL)
1.1 DEFINISI PBL 10
1.2 KONSEP PBL 10
1.3 PERBEZAAN PBL DENGAN PROJEK MUDAH 11
1.4 CONTOH APLIKASI PBL 11
1.5 GARIS PANDUAN PBL SEPANJANG TEMPOH 12
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
BAB 2 KOMPILASI CONTOH PBL TERBAIK 13
2.1 PBL PRASEKOLAH (PELBAGAI TUNJANG) 14
2.2 PBL SEKOLAH RENDAH TAHAP 1 54
(PELBAGAI MATA PELAJARAN)
2.3 PBL SEKOLAH RENDAH TAHAP 2 108
(PELBAGAI MATA PELAJARAN)
2.4 PBL SEKOLAH MENENGAH RENDAH 205
(PELBAGAI MATA PELAJARAN)
2.5 PBL SEKOLAH MENENGAH ATAS 262
(PELBAGAI MATA PELAJARAN)
BAB 3 PBL SISIPAN BONUS: 400
KESINAMBUNGAN JILID 1 & JILID 2.
PENGHARGAAN 449
4
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
Dari Meja Editor
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Sabah Hebat katakan tidak pada nombor 16!
Covid-19, pandemik yang melanda dunia pada ketika ini telah mengubah kebiasaan kita kepada
amalan norma baharu. Perubahan tersebut memberi impak yang ketara terhadap seluruh aspek
pengurusan sedunia termasuklah dunia pendidikan.
Berikutan hal luar jangka yang kita alami, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS)
khususnya masih tidak ketandusan idea untuk memastikan kelangsungan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran. JPNS melanjutkan pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek
sebagai salah satu alternatif kaedah pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah sempena
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Alternatif ini juga difikirkan boleh mengurangkan
kekangan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran terutamanya di kawasan yang mengalami
ketidakstabilan mahupun kesukaran capaian Internet.
Sehubungan dengan itu, kompilasi PBL Jilid 2 berjaya diterbitkan selepas kejayaan
menghasilkan Kompilasi PBL dan Projek Mudah Jilid 1 yang lalu. Kali ini, pihak editor telah
menerima beribu bahan tugasan daripada guru-guru seluruh Sabah. Hal ini menunjukkan
komitmen dan kesungguhan para pendidik dalam mencurah ilmu kepada anak didik biarpun
dalam situasi yang agak sukar sekali gus merealisasikan tema Hari Guru pada tahun ini “Berguru
Demi Berilmu, Bina Generasi Baharu”. Tahniah! Para pendidik Negeri Sabah. Dalam ribuan bahan
yang diterima, pihak editor telah berusaha sedaya upaya meneliti dan memilih yang terbaik dari
ribuan yang terbaik untuk dijilidkan. Pendek kata, kami mendapat aspirasi dan inspirasi daripada
ribuan bahan yang diterima untuk menghasilkan kompilasi kali ini.
Kompilasi PBL Jilid 2 ini mengandung 6 bahagian iaitu, PBL Prasekolah, PBL Sekolah
Rendah Tahap 1, PBL Sekolah Rendah Tahap 2, PBL Menengah Rendah, PBL Menengah Atas dan
5
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
beberapa PBL Sisipan Bonus kesinambungan hasilan daripada Jilid 1 dan Jilid 2. Pembahagian
sedemikian dilakukan untuk memudahkan kita pendidik di Negeri Sabah merujuk kategori yang
berkenaan.
Kami selaku barisan editor, memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam
kompilasi ini, kami telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan kualiti kompilasi ini berada
pada tahap selayak dijadikan rujukan pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek. Kami
bersyukur kerana akhirnya Kompilasi PBL Versi PKP Jilid 2 berjaya disiapkan hasil kesepaduan
kerjasama guru-guru dan para pegawai Pendidikan Negeri Sabah.
Akhir sekali, semoga usaha ini memberi manfaat kepada seluruh warga pendidik Negeri Sabah
yang akhirnya memberi impak positif terhadap kualiti Pendidikan negeri dalam usaha melahirkan
generasi mapan yang berupaya menjadi pemain global.
Sekian dan terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
30 Mei 2020
6
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
KATA ALU- ALUAN
Dr. Mistirine Radin
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
Salam sejahtera kepada semua pendidik dan murid di negeri Sabah.
Sabah Hebat, Katakan Tidak Kepada Nombor 16! Katakan Tidak Kepada MTM 0%!
Sebelum ini, e-Buku Versi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Jilid 1 yang mengandungi
maklumat asas dan kompilasi bahan Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-Based
Learning – PBL) telah dilancarkan pada 27 April 2020. Penerbitan e-Buku Versi PKP Jilid 1
tersebut telah memberi panduan asas kepada guru dan murid merancang dan melaksanakan
PBL di peringkat sekolah masing-masing.
e-Buku kompilasi PBL Versi PKP Jilid 2 ini merupakan kesinambungan daripada projek
penerbitan e-Buku Jilid 1. Kompilasi PBL Versi PKP Jilid 2 memasukkan beberapa produk
PBL yang berjaya dihasilkan oleh murid sepanjang tempoh PKP. Sehingga pertengahan Mei
2020, pautan google form PBL Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), hampir empat ribu
hasil PBL telah dimuat naik. Hal ini menunjukkan bahawa PBL disambut baik oleh guru dan
murid, serta ibu bapa dan ahli keluarga yang telah berperanan sebagai pembantu guru dalam
membimbing anak-anak mereka sepanjang tempoh PKP. Kejayaan ini turut memperlihatkan
wujudnya kerjasama erat dalam memastikan tiada murid tercicir dalam pembelajaran
sepanjang tempoh PKP ini. Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua penulis
bahan PBL dan murid-murid yang telah berjaya menghantar produk.
PBL yang merupakan alternatif kaedah pembelajaran semasa PKP ini mampu menggalakkan
pembelajaran yang lebih mendalam mengenai sesuatu tajuk. Selain itu, memberi pendedahan
kepada murid berkaitan dunia sebenar; membuka minda murid ke arah tujuan dan matlamat
hidup; melibatkan fizikal, minda dan emosi murid secara aktif; membekalkan murid dengan
kemahiran abad ke-21; membina hubungan positif antara guru, murid, ibu bapa dan ahli
keluarga; dan melahirkan murid yang berkemahiran menggunakan teknologi serta kreativiti
sejajar dengan keperluan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).
Saya berharap agar PBL terus lestari sebagai salah satu medium PdP guru dan murid dan e-
Buku ini boleh dijadikan panduan untuk melaksanakan PBL.
31 Mei 2020
7
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
SETINTA KATA
Abidin bin Marjan
Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh
Salam Sabah HEBAT, Katakan Tidak Kepada Nombor 16!
Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita masih berupaya
untuk menggalas tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan komited. Hal ini
dibuktikan melalui penghasilan e-Book PBL Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Jilid ke-2.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang telah bekerjasama, memberikan
komitmen tinggi serta menyokong usaha JPN Sabah dalam memastikan sesi pengajaran dan
pembelajaran terus berjalan walaupun negara sedang berada tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya tujukan kepada semua guru yang telah
menyumbangkan hasil aktiviti PdP yang menggunakan kaedah Project Based Learning. Di
sebalik kekangan serta cabaran yang dihadapi sepanjang tempoh ini, usaha berterusan guru-
guru demi memastikan pelajaran anak murid tidak terabai amatlah dipuji. Di samping itu,
sokongan berterusan para ibu bapa juga amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Disertai
dengan kesungguhan ibu bapa yang membimbing anak-anak di rumah, akhirnya menjadikan
PBL versi PKPB ini lebih bermakna kerana dilakukan bersama keluarga di rumah.
Tidak dilupakan kepada pasukan sidang editor yang telah bertungkus-lumus mengedit dan
memurnikan hasilan PBL murid untuk dimuatkan dalam edisi kali ini. Syabas dan tahniah saya
ucapkan. Akhir kata, saya berharap selepas ini PBL akan dijadikan sebagai kaedah pilihan
guru dalam aktiviti PdP memandangkan pelaksanaan aktiviti ini memfokuskan kepada
kelestarian konsep amalan bersesuaian dengan perkembangan dan amalan pembelajaran
abad ke-21. Semoga melalui usaha ini pedagogi PBL akan menjadi budaya dalam kalangan
guru di Sabah ke arah kemenjadian murid.
Sekian dan selamat maju jaya.
30 Mei 2020
8
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
BAB 1
PENGENALAN KEPADA
PEMBELAJARAN
BERASASKAN PROJEK/
PROJECT-BASED LEARNING (PBL)
9
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
1.1 DEFINISI PBL
“MURID MENGKAJI SECARA MENDALAM TENTANG SESUATU ISU ATAU
TOPIK BAGI MENGHASILKAN SESUATU PRODUK”
Sumber: KIT PAK21 Kementerian Pendidikan Malaysia
1.2 KONSEP PBL
Sumber: KIT PAK21 Kementerian Pendidikan Malaysia
10
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
1.3 PERBEZAAN PBL DAN PROJEK MUDAH
PROJEK PBL
Memerlukan kolaboratif
Boleh dilaksanakan secara individu
dan bimbingan guru
Mementingkan proses
Mementingkan produk / hasil akhir
menghasilkan produk / hasil akhir
Berorientasikan guru Berorientasikan murid
Hasil akhir / produk yang sama untuk Murid menentukan hasil akhir/ produk
semua murid
Produk dibentangkan
Produk dihantar kepada guru
kepada audiens sebenar
Tidak semestinya berkaitan Berdasarkan pengalaman
dengan dunia sebenar atau isu dunia sebenar
Dilaksanakan setelah Pembelajaran murid berlaku melalui
pembelajaran berlaku pengalaman menyiapkan projek.
Sumber: LeapEd Services Sdn. Bhd
1.4 CONTOH APLIKASI PBL
Sumber: KIT PAK21 Kementerian Pendidikan Malaysia
11
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
1.5 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PBL DAN PROJEK MUDAH
SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Boleh dijalankan secara individu dengan dibantu oleh ahli keluarga di rumah
atau berkumpulan.
Adalah digalakkan untuk dijalankan secara individu bersama ahli keluarga
sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan oleh MKN.
Hasil projek boleh dalam pelbagai bentuk seperti laporan, artifak, buku
skrap, video, persembahan multimedia dan lain-lain yang bersesuaian.
Secara luar talian atau dalam talian.
Hasil projek boleh dibentangkan oleh murid kepada guru selepas tamat
tempoh PKP dan selepas pihak kementerian menerima arahan oleh MKN
untuk membenarkan guru dan murid kembali ke sekolah seperti biasa
Bagi guru yang ingin membuat PBL atau projek mudah secara dalam talian,
guru berkenaan perlu memahami cara menggunakan aplikasi yang sesuai.
CONTOH RUBRIK PEMARKAHAN (PENILAIAN GURU)
Rujuk panduan yang telah disediakan oleh JPN Sabah:
GARIS PANDUAN PBL VERSI PKP
https://online.anyflip.com/bcmeq/koxj/mobile/index.html
12
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
BAB 2
KOMPILASI
CONTOH PBL TERBAIK
(PROJECT BASED LEARNING)
PEMBELAJARAN BERASASKAN
PROJEK
13
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
2.1
PROJECT BASED LEARNING
PRASEKOLAH
(PELBAGAI TUNJANG)
14
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
PERANCANGAN UNIT DAN LAPORAN PROJECT BASED LEARNING PRASEKOLAH
Maklumat Guru
Nama Guru NOREEN ABDUL HARI
Subjek Sains Awal
Sekolah Sekolah Kebangsaan Gas Sandakan
PPD PPD Sandakan
Maklumat Projek
Tema Alam Hidupan
Topik Haiwan Liar
Tunjang Sains dan Teknologi
Kandungan Kurikulum
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
SA 3.3 Membuat S.A 3.3.1 Menamakan haiwan
penerokaan ke atas S.A 3.3.3 Mengecam bunyi haiwan
haiwan
Objektif Pembelajaran Pada akhir penghasilan projek ini, murid boleh:
• Menamakan haiwan liar yang terdapat di mini zoo.
• Mengecam bunyi haiwan liar yang terdapat di mini
zoo.
Subjek lain Bahasa Melayu (BM 1.4.4),
(Merentas Kurikulum) Kreativiti Dan Estetika (KE 3.3.4)
Tempoh Pelaksanaan 20 April 2020 hingga 24 April 2020 (1 minggu)
Soalan Kurikulum
Essential Question Apakah benda hidup yang ada di bumi selain manusia?
(Soalan Asas)
Unit Question Apakah perasaan kamu apabila melihat haiwan?
(Soalan Unit)
Content Questions 1. Apakah haiwan liar di hutan yang kamu tahu?
Soalan kandungan 2. Apakah haiwan liar yang pernah kamu lihat?
3. Di manakah haiwan liar ini tinggal?
15
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
4. Bagaimanakah bunyi haiwan liar ini?
5. Apakah beza bunyi antara singa dengan harimau?
6. Mengapakah haiwan mengeluarkan bunyi?
7. Apakah organ yang terlibat semasa bunyi itu
dikeluarkan?
Proses Pembelajaran
Fasa 1: Guru memberikan tugasan dan panduan kepada
Permulaan / Memilih ibu bapa dalam dan luar talian
Topik Guru berinteraksi bersama ibu bapa dan murid
berkenaan projek based learning ‘Zoo Mini’ yang
akan dihasilkan dalam tempoh masa seminggu.
Guru membantu ibu bapa dan murid mengumpul
bahan dan memberikan sumber rujukan melalui
internet (youtube, google images, buku, majalah
dan video)
Ibu bapa dan murid menentukan dan memilih
projek yang akan dihasilkan dan menyediakan
bahan yang diperlukan untuk menghasilkan projek
tersebut.
Fasa 2: Ibu bapa dan murid memulakan projek dengan
Perkembangan / menggunakan kreativiti masing-masing.
Pembangunan Projek Murid membuat pentaksiran kendiri menggunakan
instrumen pentaksiran yang disediakan oleh guru
dengan bantuan ibu bapa / penjaga.
Fasa 3: Ibu bapa dan murid bekerjasama menyiapkan
Penutup / projek dan murid membuat rakaman persembahan
Kesimpulan Projek pembentangan projek yang telah dihasilkan
Murid membuat penilaian hasil projek dengan
bimbingan guru dan ibu bapa / penjaga
Kaedah Pentaksiran Pentaksiran Kendiri
Instrumen Pentaksiran Senarai Semak
yang digunakan Video pembentangan
16
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
Laporan Bergambar
Lembaran Pentaksiran Kendiri / Refleksi
Bahan atau sumber https://youtu.be/Yf31PeRV1co
yang digunakan https://youtu.be/7x7qjViNY-Y
bahan kitar semula , kotak , gam , gunting , warna
dan
permainan haiwan liar
Artifak/ Produk yang Kraf / Origami
dihasilkan Video
Audio
Presentation of Video persembahan pembentangan dan laporan
Learning (POL) bergambar
Pembentangan Hasil Pameran Project Based Learning di kelas
Pembelajaran Prasekolah
17
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
LAMPIRAN 1:
CONTOH RUBRIK TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN BAGI PROJEK
Murid menggunakan rubrik ini untuk menentukan Tahap Penguasaan Sendiri.
Murid menggunakan borang Senarai Semak dan Lembaran Pentaksiran Kendiri /
Refleksi untuk menentukan Tahap Penguasaan Sendiri dengan bantuan ibu bapa
/ penjaga.
Tahap penguasaan Huraian Kriteria
1 Boleh menyatakan pemerhatian secara lisan
Boleh berinteraksi tetapi tidak memberi respons
Boleh menghasilkan karya seni dengan rangsangan
2 Boleh merekodkan dan menerangkan pemerhatian
melalui hasil kerja atau lisan
Boleh berinteraksi menggunakan ayat yang sesuai
Boleh menghasilkan karya seni mengikut kreativiti
sendiri
3 Boleh merekod dan membuat kesimpulan
berdasarkan pemerhatian melalui hasil kerja atau
lisan
Boleh berinteraksi mengikut situasi dengan
menggunakan ayat sesuai dan sopan
Boleh menghasilkan karya seni mengikut kreativiti
sendiri dengan menggunakan pelbagai media yang
sesuai
18
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
LAMPIRAN 2:
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR PROJEK ‘WELCOME TO MY MINI ZOO‘
FASA 1 : PERMULAAN / MEMILIH TOPIK
MINI ZOO SAYA
FASA 2 : PERKEMBANGAN / PEMBANGUNAN PROJEK
19
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
FASA 3 : PENUTUP / KESIMPULAN PROJEK
PEMBENTANGAN VIDEO
PROJECT BASED LEARNING (PBL)
Mohd Ramadhan Bin Jipidin
Prasekolah Gemilang 1
SK Gas Sandakan
https://youtu.be/jAYFgpEuNEM
20
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
PERANCANGAN UNIT DAN LAPORAN PROJECT BASED LEARNING PRASEKOLAH
Maklumat Guru
Nama Guru Sharin Aizrulidana Binti Samsuri
Subjek Perkembangan Fizikal & Estetika
Sekolah Sekolah Kebangsaan Bukit Padang
PPD Kota Kinabalu
Maklumat Projek
Tema Makanan
Topik Piramid Makanan
Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika: Perkembangan Fizikal
& Penjagaan Kesihatan
Kandungan Kurikulum
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
FK 6.1 Mengamalkan
FK 6.1.2 Menceritakan kepentingan pemakanan yang
pemakanan yang sihat
sihat
dan selamat
FK 6.1.3 Menceritakan kepentingan pemakanan yang
sihat
FK 6.1.4 Mengamalkan pemakanan yang seimbang
BM 1.5 Bertutur untuk
BM 1.5.1 Menyampaikan idea tentang sesuatu yang
menyampaikan idea
didengar, dilihat atau dialami
SA 2.2 Mengelaskan
SA 2.2.3 Mengumpul objek mengikut ciri yang
objek
dikenalpasti
KE 3.3 Menzahirkan
KE 3.3.6 Menghasilkan karya kreatif menggunakan
idea kreatif dalam
bahan kitar semula
penghasilan karya seni
(Ekspresi Kreatif)
KE 3.4 Menghargai
KE 3.4.1 Menceritakan hasil kerja sendiri
karya seni (Apresiasi
Seni)
21
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
Pada akhir penghasilan projek ini, murid boleh:
• kenal pasti dan menyatakan contoh makanan yang
berkhasiat dan tidak berkhasiat dalam piramid
makanan
• menceritakan kepentingan pemakanan yang sihat
mengikut aras dalam piramid makanan.
Objektif Pembelajaran • menyatakan akibat makan makanan yang tidak
berkhasiat dalam piramid makanan.
• mengumpul dan mengelas gambar makanan
mengikut 4 aras dalam piramid makanan.
• menghasilkan kraf/origami/3D piramid makanan
menggunakan bahan kitar semula / bahan sedia
ada.
• menceritakan tentang piramid makanan yang
dihasilkan.
Subjek lain Bahasa Melayu, Kreativiti Dan Estetika (Senivisual),
(Merentas Kurikulum) Sains Dan Teknologi (Sains Awal)
Tempoh Pelaksanaan 29 April 2020 hingga 05 Mei 2020 (1 minggu)
Soalan Kurikulum
Essential Question Adakah kanak-kanak di Malaysia menghadapi masalah
(Soalan Asas) pemakanan? Mengapakah keadaan tersebut boleh
berlaku?
Unit Question Bagaimanakah untuk kita terus kekal sihat?
(Soalan Unit)
Content Questions ● Apakah 4 fasa yang terdapat dalam piramid
Soalan kandungan makanan?
● Apakah contoh makanan yang anda tahu bagi setiap
fasa dalam piramid makanan? Sebutkan makanan
yang paling anda gemari untuk setiap fasa.
● Apakah contoh makanan yang berkhasiat dan
makanan yang tidak berkhasiat yang terdapat dalam
piramid makanan?
22
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
● Apakah jenis makanan yang perlu diambil
secukupnya, lebih banyak, sederhana dan sedikit?
● Apakah contoh makanan yang perlu diambil untuk
membantu tumbesaran kanak-kanak?
● Apakah maksud makanan yang terdapat di puncak
piramid makanan?
● Apakah akibat jika kita makan makanan di puncak
piramid ini dengan banyak?
● Apakah akibat jika kita kurang makan sayur-sayuran
dan buah-buahan?
● Apakah akibat jika kita mengambil makanan
karbohidrat terlalu berlebihan?
● Bagaimanakah kita dapat mengelakkan diri daripada
obesiti?
● Bagaimanakah kita dapat mengelakkan gigi daripada
mudah rosak?
● Bagaimanakah kita dapat menjadikan tulang dan gigi
yang kuat?
Proses Pembelajaran
Fasa 1: ● Ibu bapa dimaklumkan tentang tugasan PBL
Permulaan / Memilih menggunakan aplikasi whatsapp dan Google
Topik Classroom.
● Ibu bapa boleh menggunakan langkah-langkah yang
dicadangkan oleh guru untuk melasanakan projek
piramid makanan ini dalam tempoh 1 minggu seperti
dalam lampiran 1.
● Mohon anak bersama ibu bapa mencari maklumat
tentang piramid makanan di internet. Contohnya,
layari portal rasmi MyHEALTH Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) ATAU blogspot piramid
makanan seperti makan2sihat.blogspot.com
23
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
/sistemguruonline.my /
pendidikankesihatanremaja.blogspot.com.
● Murid bersama ibu bapa menonton video
penerangan piramid makanan di youtube seperti
https://youtu.be/HoZ-1a7Ti-c atau
https://youtu.be/ulMOCAJQw5M
● Murid harus berbincang bersama ibu bapa
berdasarkan soalan-soalan yang dicadangkan untuk
murid faham tentang piramid makanan.Ibu bapa
digalakkan menyoal murid dan merangsang murid
untuk berfikir serta memandu murid memberikan
jawapan.
● Murid dikehendaki cari, gunting dan kumpul gambar
makanan kegemaran sendiri mengikut aras 1-4 di
majalah/surat khabar/pamplet pasar raya /
pembungkus makanan dll. Sekiranya tiada, murid
perlu melukis dengan bimbingan ibu bapa dan
kemudian menggunting gambar makanan yang
dilukis.
Fasa 2: ● Murid bersama ibu bapa menonton video bagaimana
Perkembangan / menghasilkan prototaip piramid makanan di youtube
Pembangunan Projek seperti https://youtu.be/RUNYevwtlrk ATAU
https://youtu.be/Jp014YSm2CY ATAU
https://youtu.be/VbEiEYI7HxQ ATAU
https://youtu.be/KiXthrb1yFQ
● Murid dengan kerjasama ibu bapa akan
menghasilkan prototaip piramid makanan
berdasarkan pilihan masing-masing sama ada dalam
bentuk kraf/origami /bentuk 3D, buku skrap,
risalah/brosur dan lain-lain. Murid boleh menghias
piramid mengikut kesesuaian dan menggunakan
bahan sedia ada.
24
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
● Kemudian, murid menampal gambar makanan
kegemaran yang telah digunting dan dikumpulkan
mengikut aras 1 hingga 4. Murid perlu melabel aras
piramid makanan.
Fasa 3: ● Ibu bapa dikehendaki menghantar gambar projek
Penutup / piramid makanan yang telah dihasilkan. Ibu bapa
Kesimpulan Projek juga dikehendaki mengambil gambar anak dan
dijadikan (photogrid / slaid powerpoint) bagi setiap
langkah / proses sepanjang menghasilkan projek.
● Murid akan menceritakan tentang piramid makanan
yang dihasilkan melalui rakaman video. Rakaman
video yang dihasilkan haruslah dapat menjawab
persoalan tentang piramid makanan seperti yang
telah disediakan untuk guru melihat sejauhmana
murid faham tentang piramid makanan.
● Gambar dan rakaman video yang telah siap perlu
hantar di Google Classroom /Telegram/Whatsapp
sebelum /pada 05 Mei 2020.
● Hasil kerja murid perlu disimpan dengan baik dan
akan dipamerkan di sekolah setelah tamat PKP.
Kaedah Pentaksiran ● Merujuk Standard Prestasi DSKP Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK SEMAKAN 2017)
FK8: Pemakanan sihat dan selamat (FK 6.1)
TP 1: Boleh mengambil pemakanan seimbang dengan
rangsangan.
TP 2: Boleh mengambil pemakanan seimbang dalam
situasi tertentu
TP 3: Mengamalkan pemakanan seimbang
KE4: Menzahirkan idea kreatif dlm penghasilan karya
seni (KE 3.3)
TP 1: Boleh menghasilkan karya seni dengan
rangsangan.
25
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
TP 2: Boleh menghasilkan karya seni mengikut kreativiti
sendiri
TP 3: Boleh menghasilkan karya seni mengikut kreativiti
sendiri dgn menggunakan pelbagai media yg
sesuai.
Instrumen Pentaksiran ● Instrumen bergambar (photogrid) mengikut setiap
yang digunakan langkah.
● Rakaman video.
● Produk Piramid Makanan (kraf / origami piramid
makanan / piramid makanan 3D / buku skrap /
brosur/risalah).
Bahan atau sumber ● Portal rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan
yang digunakan Malaysia (KKM)
● makan2sihat.blogspot.com /sistemguruonline.my /
pendidikankesihatanremaja.blogspot.com
● Youtube piramid makanan seperti
https://youtu.be/HoZ-1a7Ti-c atau
https://youtu.be/ulMOCAJQw5M
● Youtube menghasilkan prototaip piramid makanan
seperti https://youtu.be/RUNYevwtlrk
https://youtu.be/Jp014YSm2CY
https://youtu.be/VbEiEYI7HxQ
https://youtu.be/KiXthrb1yFQ
Majalah / surat khabar / risalah jualan murah di
pasar raya / internet
Bahan kitar semula untuk membina piramid
makanan.
Gam / gunting / silotip
Kertas warna
Lain-lain bahan sedia ada yang sesuai untuk
membina piramid
26
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
Artifak/ Produk yang ● Kraf / origami piramid makanan
dihasilkan
● Piramid makanan 3D
● Buku skrap / brosur / risalah.
Presentation of ● Rakaman video / Gambar photogrid
Learning (POL)
● Pameran Piramid makanan di sekolah selepas PKP.
Pembentangan Hasil
● Rumusan: Projek ini sangat berkait rapat dengan
Pembelajaran
kehidupan sebenar kanak-kanak yang lazimnya tidak
mengamalkan pemakanan yang sihat dan
berkhasiat. Berdasarkan rakaman pembentangan
video murid beserta gambar photogrid setiap
langkah / proses dalam menghasilkan projek ini,
Alhamdulillah... projek ini dapat mencapai objektif
yang dirancang. Murid dapat membezakan makanan
yang berkhasiat dengan makanan yang tidak
berkhasiat. Projek ini juga akan membantu murid
memahami kepentingan mengamalkan pemakanan
yang berkhasiat dan seimbang dan mereka tahu
akibat atau penyakit yang mungkin dialami sekiranya
tidak mengamalkan pemakanan yang sihat.
27
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
LAMPIRAN:
Lampiran 1: Jadual Pelaksanaan PBL
Lampiran 2: Panduan untuk murid dan ibu bapa
Lampiran 2 : Panduan Untuk Murid Dan Ibu bapa
PANDUAN PENGISIAN TEMPLAT PERANCANGAN PBL PRASEKOLAH
Lampiran 3 : Contoh Projek Murid
28
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
Lampiran 3 : Contoh hasilan projek murid
Persembahan Video PBL Aisyah Zahra
Prasekolah SK. Bukit Padang
29
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
PERANCANGAN UNIT DAN LAPORAN PROJECT BASED LEARNING PRASEKOLAH
Maklumat Guru
Nama Guru Hashifah Munirah Binti Julkipli
Subjek Sains Awal
Sekolah Sekolah Kebangsaan Kawang Papar
PPD Papar
Maklumat Projek
Tema Serangga
Topik Kitar Hidup Serangga
Tunjang Sains Dan Teknologi
Kandungan Kurikulum
Standard Standard Pembelajaran
Kandungan
SA 3.3 S.A 3.3.5 Mengenal pasti tempat tinggal haiwan
Membuat S.A 3.3.7 Memerhati dan menceritakan kitaran hidup haiwan
penerokaan ke
atas haiwan
Objektif
Pada akhir penghasilan projek ini, murid boleh :
Pembelajaran
• Meneroka dan mengenal pasti tempat tinggal haiwan
• Menceritakan kitaran hidup haiwan yang dipilih
Subjek lain Bahasa Melayu (BM 1.5.2), Kreativiti Dan Estetika (KE 3.3.6),
(Merentas Sains Dan Teknologi (SA 3.3.6)
Kurikulum)
Tempoh 04 Mei 2020 hingga 10 Mei 2020 (1 minggu )
Pelaksanaan
Soalan Kurikulum
Essential
Question Mengapakah kita perlu menyayangi hidupan lain seperti haiwan?
(Soalan Asas)
30
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
Unit Question Apakah serangga yang paling kamu suka?
(Soalan Unit)
Content 1. Apakah nama serangga ini?
Questions
2. Berapakah jumlah kaki serangga ini?
Soalan
3. Berapakah jumlah mata serangga ini?
kandungan
4. Bagaimanakah cara serangga ini bergerak?
5. Apakah warna serangga ini?
6. Di manakah tempat tinggal serangga ini?
7. Apakah kitaran hidup serangga ini?
8. Apakah kebaikan serangga ini kepada manusia?
Proses Pembelajaran
Fasa 1: Guru membimbing murid dan ibu bapa untuk memahami
Permulaan / Objektif Pembelajaran dan Soalan Kurikulum.
Memilih Topik Murid mengumpul maklumat melalui pelbagai sumber
(Internet, majalah, buku, temu bual dll).
Murid menentukan produk/artifak yang akan dihasilkan
Menyediakan takwim
Murid menyediakan bahan dan peralatan sebelum
melaksanakan projek
Fasa 2: Murid mencari jawapan Soalan Kurikulum melalui pelbagai
Perkembanga sumber atau aktiviti (pembacaan, pemerhatian terhadap menu
n / seharian di rumah, temu bual dll).
Pembangunan
Murid mula mencipta produk/artifak menggunakan
Projek
bahan/peralatan yang berkaitan.
Murid membuat pentaksiran kendiri menggunakan instrumen
pentaksiran dengan bantuan ibu bapa/ahli keluarga/guru).
Fasa 3: Murid menyiapkan projek.
Penutup / Murid membuat pameran / persembahan / pembentangan
31
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
Kesimpulan Murid menilai hasil projek (produk/artifak) dengan bimbingan
Projek guru / ibu bapa
Kaedah
● Pentaksiran kendiri dengan bantuan ibubapa dan ahli keluarga
Pentaksiran
Instrumen
● Senarai semak
Pentaksiran
● Laporan aktiviti bergambar
yang
digunakan ● Video pembentangan
Bahan atau ● Rujukan temubual ibubapa / ahli keluarga
sumber yang Majalah
digunakan
Gambar
Artifak/ Video / Rakaman Audio / Buku Skrap dan lain-lain
Produk yang
dihasilkan
Presentation Murid membentang melalui rakaman video / audio dan dihantar
of Learning kepada guru
(POL)
Pautan video pembentangan:
Pembentanga
https://drive.google.com/open?id=1NEkL2URkWGnWJcpO8eRaGc1BAjYgQj
n Hasil H6
Pembelajaran
32
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
LAMPIRAN 1:
CONTOH RUBRIK TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN BAGI PROJEK
Guru menggunakan rubrik ini untuk menentukan tahap penguasaan murid
Guru boleh menggunakan borang senarai semak / lembaran pentaksiran kendiri /
video / dll instrumen untuk menentukan tahap penguasaan murid.
Guru boleh menambah kriteria yang ditaksir jika perlu.
Tahap penguasaan Huraian Kriteria
1 Murid tidak memberi respons.
Murid tidak dapat menyampaikan idea yang
terdapat dalam Soalan Kandungan.
Projek tidak dapat disiapkan dalam masa yang
ditetapkan
2 Murid boleh memberi respons.
Murid dapat menyampaikan sebahagian idea yang
terdapat dalam Soalan Kandungan.
Projek dapat disiapkan tetapi kurang kemas.
3 Murid boleh memberi pelbagai respons dengan
bertatasusila.
Murid dapat menyampaikan kesemua idea
berpandukan Soalan Kurikulum.
Projek dapat disiapkan dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
Produk/artifak yang dihasilkan kemas.
Murid dapat mengaitkan perkara yang dipelajari
dengan kehidupan sebenar.
33
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
LAMPIRAN 2:
CONTOH SENARAI SEMAK YANG DIGUNAKAN.
34
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
LAMPIRAN 3:
CONTOH LEMBARAN PENTAKSIRAN KENDIRI.
35
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
LAMPIRAN 4:
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR
GAMBAR AKTIVITI BERSERTA PENERANGAN RINGKAS PROJEK SAYA
Gambar Fasa 2: Pembangunan
Gambar Fasa 1: Memilih Projek
Projek
Gambar Fasa 3: Kesimpulan Projek
PAUTAN VIDEO PEMBENTANGAN MURID:
https://drive.google.com/open?id=1hqOXwAd_lgYNwRe3EFVzlEXv8Xq4i10
a
36
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
PERANCANGAN UNIT DAN LAPORAN PROJECT BASED LEARNING PRASEKOLAH
Maklumat Guru
Nama Guru Ruji binti Timbong
Subjek Kemanusiaan
Sekolah Sekolah Kebangsaan Tagaroh
PPD Kota Marudu
Maklumat Projek
Tema Perayaan di Malaysia
Topik Warisan Budaya
Tunjang Kemanusiaan
Kandungan Kurikulum
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
KM 4.1 Memahami KM 4.1.5 Mengenal warisan budaya.
warisan budaya KM 4.1.6 Menghasilkan produk warisan budaya
masyarakat Malaysia. KM 4.1.7 Melibatkan diri dalam warisan budaya.
KE 3.3 Menzahirkanidea KE 3.3.6 Menghasilkan karya kreatif menggunakan
kreatif dalam bahan kitar semula.
penghasilan karya seni
(Ekspresi Kreatif)
KE 3.4 Menghargai KE 3.4.1 Menceritakan hasil kerja sendiri.
karya seni (Apresiasi
Seni)
Objektif Pembelajaran Pada akhir penghasilan projek ini, murid boleh:
Murid dapat mengenalpasti perayaan utama di
Malaysia seperti Pesta Menuai (Pesta Kaamatan).
Murid dapat menceritakan tentang warisan budaya
Malaysia seperti jenis perhiasan yang dipakai
sempena perayaan Pesta Menuai.
Murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti warisan
budaya Malaysia dengan menghasilkan sejenis
produk tradisi yang dipakai semasa Pesta Menuai.
37
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
Subjek lain Kreativiti Dan Estetika (KE 3.3.6, KE 3.4.1)
(Merentas Kurikulum)
Tempoh Pelaksanaan 29 April 2020 hingga 05 Mei 2020 (1 minggu)
Soalan Kurikulum
Essential Question Apakah persediaan kamu untuk menyambut peristiwa
(Soalan Asas) penting seperti perayaan?
Unit Question Apakah perasaan kamu semasa menyambut
(Soalan Unit) perayaan?
Content Questions 1. Apakah jenis perayaan yang anda tahu?
Soalan kandungan 2. Apakah contoh perayaan yang anda sambut setiap
tahun? Sebutkan perayaan yang anda paling
sukai.
3. Apakah contoh perayaan tradisi yang anda tahu?
4. Apakah jenis perhiasan tradisi yang anda tahu?
5. Apakah bahan -bahan yang anda perlukan untuk
membuat satu perhiasan tradisi?
6. Bagaimanakah cara untuk menghasilkan suatu
perhiasan tradisi? Ceritakan.
7. Bilakah perhiasan tradisi ini digunakan? Ceritakan.
8. Adakah membuat perhiasan tradisi membantu
anda melibatkan diri dalam mengenali warisan
budaya anda?
Proses Pembelajaran
Fasa 1: Memilih jenis perhiasan tradisi yang hendak dibuat
Permulaan / Memilih Merancang pelaksanaan projek Bersama ibubapa
Topik dan murid
Menyediakan bahan – bahan untuk membuat
bahan perhiasan tradisi
Fasa 2: Murid bersama ibu bapa melihat contoh
Perkembangan / menghasilkan projek.
Pembangunan Projek
38
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
Murid dengan kerjasama ibu bapa akan
menghasilkan prototaip perhiasan tradisi
Fasa 3: ● Ibu bapa dikehendaki menghantar gambar projek
Penutup / perhiasan tradisi yang telah dihasilkan. Ibu bapa
Kesimpulan Projek juga dikehendaki mengambil gambar anak dan
dijadikan bukti pelaksanaan aktiviti bagi setiap
langkah / proses sepanjang menghasilkan projek.
● Murid akan menceritakan tentang perhiasan tradisi
yang dihasilkan melalui rakaman video. Rakaman
video yang dihasilkan haruslah dapat menjawab
persoalan tentang warisan budaya seperti yang
telah disediakan untuk guru melihat sejauhmana
murid faham tentang warisan budaya.
● Gambar dan rakaman video yang telah siap perlu
hantar di Whatsapp sebelum /pada 08 Mei 2020.
● Hasil kerja murid perlu disimpan dengan baik dan
akan dipamerkan di sekolah setelah tamat PKP.
Kaedah Pentaksiran ● Merujuk Standard Prestasi DSKP Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK
SEMAKAN 2017)
KM6: Menghargai warisan budaya masyarakat
Malaysia (KM 4.1)
TP 1: Boleh menyebut perayaan utama
TP 2: Boleh bercerita tentang warisan budaya Malaysia
TP 3: Melibatkan diri dalam aktiviti warisan budaya
Malaysia
KE4: Menzahirkan idea kreatif dlm penghasilan karya
seni (KE 3.3)
TP 1: Boleh menghasilkan karya seni dengan
rangsangan.
TP 2: Boleh menghasilkan karya seni mengikut kreativiti
39
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
sendiri
TP 3: Boleh menghasilkan karya seni mengikut kreativiti
sendiri dgn menggunakan pelbagai media yang
sesuai.
Instrumen Pentaksiran
● Instrumen bergambar (photogrid) mengikut setiap
yang digunakan
langkah.
● Rakaman video.
● Produk Perhiasan Tradisi (kraf pilihan).
Bahan atau sumber ● Sumber kajian Internet.
yang digunakan
● Bahan kitar semula untuk membina perhiasan
tradisi.
● Gam / gunting / silotip.
● Lain-lain bahan sedia ada yang sesuai untuk
membina perhiasan tradisi.
Artifak/ Produk yang
● Kraf perhiasan tradisi (pilihan).
dihasilkan
Presentation of
● Rakaman video / Gambar photogrid
Learning (POL)
● Pameran Perhiasan tradisi di sekolah selepas PKP.
Pembentangan Hasil
● Rumusan: Projek ini sangat berkait rapat dengan
Pembelajaran
kehidupan sebenar kanak-kanak yang lazimnya
terdedah dengan perayaan yang melibatkan warisan
budaya keturunan yang diwarisi kanak-kanak
tersebut. Berdasarkan rakaman pembentangan
video murid beserta gambar photogrid setiap
langkah / proses dalam menghasilkan projek ini,
projek ini dapat mencapai objektif yang dirancang.
Murid dapat mengenali warisan budaya mereka.
Projek ini juga akan membantu murid memahami
kepentingan melibatkan diri dalam warisan budaya
keturunan mereka sendiri melalui aktiviti
40
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
menghasilkan produk warisan budaya dalam bentuk
kraf.
LAMPIRAN 1:
CONTOH RUBRIK TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN BAGI PROJEK
Guru menggunakan rubrik ini untuk menentukan tahap penguasaan murid
Guru boleh menggunakan borang senarai semak / lembaran pentaksiran kendiri /
video / dll instrumen untuk menentukan tahap penguasaan murid.
Guru boleh menambah kriteria yang ditaksir jika perlu.
Tahap penguasaan Huraian Kriteria
1 Murid tidak memberi respons.
Murid tidak dapat menyampaikan idea yang
terdapat dalam Soalan Kandungan.
Projek tidak dapat disiapkan dalam masa yang
ditetapkan
2 Murid boleh memberi respons.
Murid dapat menyampaikan sebahagian idea yang
terdapat dalam Soalan Kandungan.
Projek dapat disiapkan tetapi kurang kemas.
3 Murid boleh memberi pelbagai respons dengan
bertatasusila.
Murid dapat menyampaikan kesemua idea
berpandukan Soalan Kurikulum.
Projek dapat disiapkan dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
Produk/artifak yang dihasilkan kemas.
Murid dapat mengaitkan perkara yang dipelajari
dengan kehidupan sebenar.
41
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
LAMPIRAN 2:
CONTOH SENARAI SEMAK YANG DIGUNAKAN.
42
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
LAMPIRAN 3:
CONTOH LEMBARAN PENTAKSIRAN KENDIRI.
43
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
LAMPIRAN 4:
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR
GAMBAR AKTIVITI BERSERTA PENERANGAN RINGKAS PROJEK SAYA
Gambar Fasa 1: Memilih Projek Gambar Fasa 2: Pembangunan Projek
Gambar Fasa 3: Kesimpulan Projek
LINK VIDEO PEMBENTANGAN MURID:
https://youtu.be/eMg1kt7hJ3w
44
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
PERANCANGAN UNIT DAN LAPORAN PROJECT BASED LEARNING PRASEKOLAH
Maklumat Guru
Nama Guru Ivana Asvian Binti Washif
Subjek Seni Visual
Sekolah Sekolah Kebangsaan Lohan
PPD Ranau
Maklumat Projek
Tema Haiwan
Topik Diorama Habitat Haiwan
Tunjang Kreativiti dan Estetika
Kandungan Kurikulum
Standard Standard Pembelajaran
Kandungan
KE 3.3 Menzahirkan KE 3.3.1 Mengeksplorasi media
idea kreatif dalam KE 3.3.3 Membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti
penghasilan karya sendiri
seni (Ekspresi KE 3.3.4 Menghasilkan binaan kreatif
Kreatif)
BM 3.1 Menguasai BM3.1.4 Mengkoordinasi pergerakan mata dengan tangan
kemahiran pratulis melalui lakaran bentuk, corak dan garisan bebas.
SA 3.3 Membuat SA 3.3.5 Mengenal pasti tempat tinggal haiwan.
penerokaan ke atas
haiwan
KM 5.3 Memelihara KM 5.3.1 Menggambarkan keindahan alam sekitar.
dan memulihara
alam sekitar
KD 2.1 Membina KD 2.1.1 Menunjukkan sikap positif iaitu berusaha,
konsep kendiri berdikari, sabar tolong menolong.
45
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
PM 1.1 Mengetahui PM 1.1.1 Menyatakan ciptaan tuhan
kewujudan tuhan
Objektif Pada akhir penghasilan projek ini, murid boleh:
Pembelajaran Murid mengenalpasti habitat haiwan yang dipilih.
Murid dapat menceritakan tentang habitat haiwan yang
dipilih.
Subjek lain
Bahasa Melayu, Sains Awal, Kemanusiaan, Keterampilan
(Merentas
Diri, Pendidikan Moral
Kurikulum)
Tempoh
04 Mei 2020 hingga 09 Mei 2020 (1 Minggu)
Pelaksanaan
Soalan Kurikulum
Essential Question Apakah hidupan lain yang ada di muka bumi selain
(Soalan Asas) manusia?
Unit Question Apakah perasaan kamu apabila melihat tempat tinggal
(Soalan Unit) hidupan lain selain manusia?
Content Questions 1. Apakah jenis haiwan yang telah anda pelajari?
Soalan kandungan 2. Nyatakan nama haiwan yang anda tahu berserta
habitatnya?
3. Apakah maksud habitat haiwan.
4. Berapakah jenis haiwan yang tinggal dalam sesuatu
habitat?
5. Mengapakah habitat penting kepada setiap haiwan?
6. Bagaimana haiwan boleh meneruskan kehidupan
dalam habitat mereka?
7. Apakah contoh habitat haiwan?
8. Apakah yang terdapat dalam habitat haiwan?
9. Sebagai manusia, apakah tanggungjawab kita dalam
memastikan habitat haiwan terjaga?
10. Bagaimana kita boleh membantu haiwan menjaga
habitat mereka?
11. Apakah yang terjadi jika habitat haiwan musnah?
46
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
Proses Pembelajaran
Fasa 1: Sebelum memulakan projek ini, murid mempelajari
Permulaan / pelbagai ilmu pengetahuan mengenai haiwan seperti
Memilih Topik mengenal nama haiwan, habitat, diet haiwan, anggota
badan haiwan dan sebagainya selama beberapa
minggu iaitu 30.3.2020 – 3.4.2020 Haiwan domestik,
6.4.2020 – 10.4.2020 : Haiwan liar, 13.4.2020 –
17.4.2020 : Hidupan akuatik, 20.4.2020 - 24.4.2020 :
Kumbang dan serangga serta 27.4.2020 – 1.5.2020 :
burung. Langkah ini adalah sebagai pendedahan untuk
memudahkan murid menyiapkan projek diorama
dengan mudah.
Guru memberikan broshure mengenai projek yang
bakal dilaksanakan oleh murid
Guru memberikan beberapa contoh mengenai projek
diorama yang bakal di jalankan oleh murid bersama ibu
bapa di rumah.
https://www.youtube.com/watch?v=Gc8lIfAao-A&t=131s
https://www.youtube.com/watch?v=5AeeZoMXBzg
https://www.facebook.com/356796044854210/posts/projek-
diorama-haiwan-liar-oleh-luqman
naufalterbaik/508067693060377/
47
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
Fasa 2: Murid menyiapkan tugasan dengan bimbingan ibu bapa
Perkembangan / selama seminggu.
Pembangunan Murid membuat pilihan jenis diorama yang ingin
Projek disiapkan.
Murid dibimbing oleh ibubapa/ahli keluarga dalam
penyediaan bahan – bahan sebelum menjalankan
proses penghasilan diorama.
Fasa 3: ● Ibu bapa dikehendaki menghantar gambar projek
Penutup / diorama yang telah dihasilkan.
Kesimpulan Projek
● Ibu bapa perlu mengambil gambar anak semasa
pelaksanaan aktiviti mengikut langkah – langkah dalam
proses penghasilan projek diorama untuk dijadikan
evidens dalam proses pentaksiran.
● Penilaian tahap penguasaan murid adalah berdasarkan
standard perstasi dan hasil projek akan diberi markah
berdasarkan rubrik pemarkahanyang telah ditentukan
seperti dalam lampiran.
● Murid akan menceritakan tentang projek yang dihasilkan
melalui rakaman video.
● Hasil kerja murid perlu disimpan dengan baik dan akan
dipamerkan di sekolah setelah tamat PKP.
● Guru Membuat laporan mengenai pelaksanaan projek
murid dan menghantar laporan tersebut ke PPD
Kaedah ● Merujuk Standard Prestasi DSKP Kurikulum Standard
Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (KSPK SEMAKAN 2017)
KE4: Menzahirkan idea kreatif dlm penghasilan karya
seni (KE 3.3)
TP 1: Boleh menghasilkan karya seni dengan
rangsangan.
TP 2: Boleh menghasilkan karya seni mengikut kreativiti
sendiri
48
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
TP 3: Boleh menghasilkan karya seni mengikut kreativiti
sendiri dgn menggunakan pelbagai media yg
sesuai.
Instrumen ● Gambar
Pentaksiran yang
● Rakaman video
digunakan
● Produk Diorama – Hasil kerja akhir
Bahan atau sumber Material dari bahan terbuang seperti kotak, surat khabar.
yang digunakan Bahan lain seperti warna, palet warna, gam, gunting,
kapas, benang, tali.
Bahan dekoratif seperti manik, straw dan lain-lain.
Sumber
https://www.youtube.com/watch?v=Gc8lIfAao-A&t=131s
https://www.youtube.com/watch?v=5AeeZoMXBzg
https://www.facebook.com/356796044854210/posts/projek-
diorama-haiwan-liar-oleh-luqman-
naufalterbaik/508067693060377/
Artifak/ Produk
Satu diorama habitat haiwan yang dipilih.
yang dihasilkan
Presentation of ● Gambar dan rakaman video
Learning (POL)
● Pameran hasil kerja murid di gallery walk kelas.
Pembentangan
● Rumusan: Alhamdulillah akhirnya projek ini berjaya
Hasil Pembelajaran
dilaksanakan. Sepanjang projek ini berlangsung, banyak
kebolehan murid saya dapat lihat terutama dari aspek
menggunakan imaginasi untuk mengumpul, mencerna
dan menjana idea atau mencipta sesuatu yang baharu
atau asli melalui ilham atau gabungan idea yang wujud
dalam pemikiran mereka. Pengetahuan mengenai
haiwan serta kesedaran mengenai betapa pentingnya
menjaga dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid
juga amat ketara sepanjang menyiapkan projek ini.
Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ibu bapa
yang sentiasa mendorong anak untuk melaksanakan
49
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
dan menyiapkan tugasan yang mustahil untuk mereka
siapkan. Dengan dorongan yang ada, anak-anak
sentiasa bersemangat meyiapkan tugasan.
LAMPIRAN 1:
CONTOH RUBRIK PEMARKAHAN PENGHASILAN PROJEK DIORAMA
50