The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JUN 2018
(MATEMATIK SEKOLAH RENDAH)
DAN
(SAINS SEKOLAH RENDAH)
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PISMP
2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tracymajit, 2022-09-28 00:01:51

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2018 (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) DAN (SAINS SEKOLAH RENDAH) SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PISMP 2022

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JUN 2018
(MATEMATIK SEKOLAH RENDAH)
DAN
(SAINS SEKOLAH RENDAH)
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PISMP
2022

Keywords: Sains,Matematik

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2018
(MATEMATIK SEKOLAH RENDAH)

DAN
(SAINS SEKOLAH RENDAH)
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PISMP

2022

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

@Hak Cipta Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

Hak Cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk
atau dengan sebarang alat juga sama ada dengan cara elektronik, gambar serta
rakaman tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru

Kampus Kent terlebih dahulu.

Penerbit:
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
Peti Surat 2, 89207, Tuaran, Sabah.

Dicetak oleh:
CP FORMS SDN BHD
Lot 5A, Lorong 2B, Jln 7,
Fasas 1, KKIP Timur, Jalan Norowot
88450 Kota Kinabalu Sabah.
Tel: 088-498830/498832

Fax: 088-498931

SIDANG EDITOR

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PISMP JUN 2018
SAINS DAN MATEMATIK

PENAUNG PEMBACA PRUF

Dr. Hajah Rosmawati Binti Hamzah, B.S.K Nur Athyrah Bintii Awang
Pengarah Nur Arifah Binti Abdul Karim
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Abdul Rahman Bin Mohamad Hanapi
Vergeer Voi Anak Paul
PENASIHAT
REKA BENTUK MUKA DEPAN
Datin Dr. Hajah Rosinah Binti Edinin
Timbalan Pengarah Ahmad Afiq bin Ahmad Nazri
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

PENYELARAS

Dr. Salina Abdullah Sangguro
Pensyarah
Jabatan Penyelidikan Dan Inovasi Profesionalisme Keguruan
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

PANEL EDITOR

Dr. Chiam Sun May
Dr. Khoo Chwee Chun
Dr. Rosinah @ Nining Binti Sidek
Benny Kong Tze Loong
Haslan Bin Manja
Dr. Ng Lee Fong
Dr. Kok Boon Shiong
Teh Ah Huat
Zaieddi Bin Shahadan@Sackdan
Dr, Adeline Leong Suk Yee
Tan Cho Chiew
Zakaria Bin Barabag
Ainon Binti Hadim
Low Kee Sun

KATA-KATA ALUAN

PENGARAH
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

SEUNTAI MADAH PENGARAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera, dan salam KENT;
Kerana Engkau Nama Terbilang.

Pada kesempatan bernilai ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Jawatankuasa Jurnal Koleksi Artikel Penyelidikan Pendidikan Sains dan Matematik PISMP Jun
2018 kerana menunjukkan komitmen yang tinggi sehingga terhasilnya jurnal yang bernilai.
Jurnal ini bukan sahaja menjadi paparan pemikiran kritis dan kreatif pelajar dengan
bimbingan pensyarah dalam menampilkan citra aspresiasi penyelidikan pendidikan tetapi juga
menjadi indikator pembudayaan dokumentasi rujukan yang bermakna kepada sesiapa sahaja
yang ingin melihat pemikiran serta teknik penyelesaian pedagogi di bilik darjah dalam
kalangan warga Kent. Melalui persembahan dan kandungan jurnal ini, saya yakin kehendak
keilmuan dan nilai kajian yang ingin dimiliki dan dirasai pembaca dan pengkaji dapat
dipenuhi.

Justeru, penerbitan jurnal ini merupakan antara inisiatif besar untuk merealisasikan
strategi memantapkan budaya penyelidikan, inovasi dan penerbitan ilmiah berimpak tinggi
terhadap kecemerlangan upaya dan kualiti penyelidikan, kreativiti dan inovasi warga pendidik
IPGK Kent. Saya juga percaya jurnal ini akan menjadi pemangkin motivasi kepada pendidik
dan pengkaji untuk menghasilkan lebih banyak kajian di bilik darjah serta kajian yang selaras
dengan kepakaran masing-masing.

Akhir sekali, saya berharap kandungan ilmu, pemikiran, gaya persembahan yang
dikongsi melalui jurnal ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar, pensyarah serta
peminat ilmu dalam memperkasa tahap profesionalisme dan kualiti kendiri terhadap
pemerolehan ilmu keguruan khususnya inovasi pedagogi yang bernilai tambah.

Sekian dan Terima kasih,

DR. HAJAH ROSMAWATI BINTI HAMZAH, B.S.K

PRAKATA

KETUA JABATAN

JABATAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN
MATEMATIK

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

Salam sejahtera dan salam 1KENT;

Kerana Engkau Nama Terbilang.

Koleksi Artikel Penyelidikan Pendidikan Sains dan Matematik PISMP Jun 2018 ini digagaskan
sebagai angkubah kekuatan penulisan ilmiah warga Kent dalam bidang Kajian Penyelidikan. Pemilihan
tajuk Koleksi Artikel Penyelidikan Pendidikan sebenarnya merujuk kajian penyelidikan yang telah
dihasilkan oleh pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPGK Kent dengan bimbingan pensyarah
Jabatan Semester 8 2022. Justeru, melalui garapan pelbagai bentuk kajian seperti kajian kes, kajian
tinjauan, kajian tindakan dan kajian eksperimental. Kajian ini diharap dapat mengongsi dan
menyebarluaskan usaha memperkasakan amalan pedagogi di bilik darjah dalam kalangan guru
permulaan. Tegasnya, nilai insaniah dan ihsaniah dalam mendidik warga Malaysia akan dilestarikan
berdasarkan citra peribadi yang diselarikan dengan sifat keikhsanan dan keinsanan mulia.

Paparannya yang membaurkan teks, gambar dan inti siratan dirasakan mampu menjelaskan
kandungan dan nilai maknawi yang ingin disampaikan oleh pengkaji. Melaluinya, pengkaji atau pihak yang
akan dapat mengakses kandungan dalam sajian kajian susulan secara ekspresif, komprehensif dan mudah.
Semua artikel kajian terpilih yang dimuatkan dalam koleksi ini merupakan kajian asli pelajar PISMP
Semester 8 dengan bimbingan berterusan pensyarah. Apa yang jelas, semua kajian ini memberikan
gambaran kepada pembaca tentang alir permikiran, persoalan, teknik dan intervensi pragmatik yang
sering menyelubungi rasa keprihatinan dalam kalangan pengkaji terhadap profesionalisme keguruan di
bilik darjah.

Sebagai penyelanggara, kami mengharapkan koleksi ini dapat memberikan suntikan jiwa dan
semangat kepada pengkaji dan pembaca untuk menghayati dan akhirnya menghasilkan kajian sendiri
supaya pelestarian ‘soft skill’, kemahiran rasa peduli dan kemahiran intrapersonal dalam kalangan mereka
dapat diperkukuhkan. Kami juga mengharapkan pengguna atau pembaca dapat memanfaatkan koleksi ini
semaksimun mungkin dan sebarang maklumbalas dalam bentuk komen, pendapat dan cadangan amatlah
diharapkan demi kecemerlangan profesionalisme warga dalam pendokumentasian karya bernilai tambah.

Sekian Terima kasih

DR. RONALD YUSRI BATAHONG

Bil Tajuk Artikel/Nama Penyelia Muka
Surat
1. Teknik Gundalan: Meningkatkan Kemahiran Membahagi dengan
Nombor Satu Digit dalam Kalangan Murid Tahun Lima 1
Abdul Rahman Bin Mohamad Hanapi, 12
Zaieddi bin Shahadan@Sackdan 20

2. Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Terhadap Tahap 32
Motivasi dan Pencapaian Matematik Murid 42
Ahmad Afiq Bin Ahmad Nazri 51
Dr. Kok Boon Shiong 59
70
3. Kesediaan Murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Terhadap
Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah di
Daerah Tuaran
Erika Steffi Anak Rogie
Dr. Ng Lee Fong

4. Penggunaan Kaedah Inkuiri Terhadap Tahap Penguasaan Murid
Tahun Tiga dalam Topik Penukaran Unit Ukuran Panjang
Fatin Nurul Athira binti Ismail
Dr. Ng Lee Fong

5. TriPikto: Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Penukaran
Perpuluhan Kepada Peratus Murid Tahun Tiga
Haziq Bin Abdul Latif
Dr. Kok Boon Shiong

6. Penggunaan LiMi Bagi Meningkatkan Kemahiran Penukaran Unit
Liter dan Mililiter dalam Kalangan Murid Tahun 4
Joan Ng
Dr. Ng Lee Fong

7. Kaedah e-JPM Meningkatkan Penguasaan Penukaran Unit
Melibatkan Pecahan Masa Murid Tahun Lima
Kimberly Chia Dee Na
Dr. Khoo Chwee Hoon

8. Pembelajaran Aktif dalam Kemahiran Penukaran Unit Ukuran Jisim
Murid Tahun Tiga Menggunakan KGG Converter
Mohamad Azzrul Hafizs Bin Mokti
Dr. Kok Boon Shiong

9. Penggunaan Kaedah Petak Pecahan Ajaib (PPA) dalam 79
Meningkatkan Kemahiran Penambahan Pecahan Murid Tahun 3 89
Muhammad Amir Faruq Bin Mat Kamil 98
Zaieddi Bin Sackdan @ Shahadan 111
122
10. Kesediaan dan Penggunaan Video Pembelajaran Semasa Mengajar 132
dalam Tempoh PdPR dalam Kalangan Guru Pelatih Matematik 143
IPGK Di Malaysia 150
Muhammad Takbir Idham Bin Jepre@Kipli
Zaieddi bin Shahadan@Sackdan

11. Penggunaan “Lunch Board” untuk Meningkatkan Kemahiran
Penukaran Unit Ukuran Panjang Murid Tahun 4 di Sekolah
Kebangsaan Kuala Kubu Bharu Dua
Najmuddin Rifaie bin Ahmad Shubki
Zaieddi bin Sackdan@Shahadan

12. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) oleh Guru
Praperkhidmatan Matematik Dalam Pelaksanaan Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Rumah (PdPR)
Norasyikin binti Mohd Zamuri
Dr Ng Lee Fong

13. Penggunaan Kaedah KoADTa dalam Membantu Meningkatkan
Kemahiran Penukaran Unit Masa Dalam Kalangan Murid Tahun 4
Nur Izzah Zakiah Binti Majdi
Dr. Kok Boon Shiong

14. Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Terhadap Proses
Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kalangan Guru
Praperkhidmatan Matematik
Nur Izzati binti Roslah
Dr Khoo Chwee Hoon

15. Teknik MPC: Meningkatkan Kemahiran Pendaraban dan
Penguasaan Sifir dalam Kalangan Murid Tahun Tiga
Ronald Chin Chun Hwa
Zaieddi Bin Shahadan@Sackdan

16. Tahap Kesediaan dan Penerapan KBAT Guru Matematik Sekolah
Rendah dalam PdPR di Daerah Tuaran
Ronna Karen Haliam
Dr. Khoo Chwee Hoon

17. Kesediaan Dan Amalan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 162
(PAK21) Semasa PdPR dalam Kalangan Guru Praperkhidmatan 175
Matematik Di Malaysia 186
Vergeer Voi Anak Paul 197
Dr. Khoo Chwee Hoon 210
222
18. Kesediaan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah 233
(PdPR) dalam Kalangan Guru Praperkhidmatan Matematik Sekolah 241
Rendah Di Malaysia
Zulaikha binti Mamat
Dr. Khoo Chwee Hoon

19. Konsep Kartun: Meningkatkan Kemahiran Inkuiri Murid Tahun 5
Melalui Komunikasi Dalam Membuat Ramalan Dan Hipotesis.
Ainin Sofiya Binti Mohd Hadi
Dr. Ronald Yusri Batahong

20. Penggunaan OdriTrello Sebagai Alat Pengurusan Bahan Pdpr
Dalam Mata Pelajaran Sains Sekolah Rendah
Audrie Sison
Dr Ronald Yusri Batahong

21. Kesedaran, Kesediaan Dan Cabaran Guru Pelatih Stem Ipg
Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)
Elise Woon Shuek Feng
Dr Ronald Yusri Batahong

22. Pengetahuan, Kemahiran Dan Sikap Guru Pelatih Sains Terhadap
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Eunice Lau Wang Ee
Dr Chiam Sun May

23. Meningkatkan Kemahiran Melabel Struktur Gigi Dengan
Menggunakan Ar-LaGi Bagi Murid Tahun 3
Mack Lee
Dr Chiam Sun May

24. Intervensi Multimedia Interaktif Dalam Pelaksanaan Eksperimen
Sains Terhadap Daya Tumpuan Murid Tahun 3
Mohd Nizam Bin Matusin
Dr Chiam Sun May

25. Tahap Pengetahuan, Kemahiran Dan Sikap Guru Sains Dalam 251
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) 262
Muhammad Farhan Bin Khairuddin 273
Low Kee Sun 284
297
26. Pengetahuan PAK-21 Dan Penerapan Elemen 4K Dalam Kalangan 309
Guru Sains Di Daerah Tuaran Sepanjang Pelaksanaan Pengajaran 319
Dan Pemudahcaraan (Pdpc) Atas Talian. 331
Nisha Natasha Binti Nain
Low Kee Sun

27. Meningkatkan Penguasaan Topik Tabiat Pemakanan Haiwan
Dalam Kalangan Murid Tahun 3 Menggunakan Permainan Match
Up
Nur Afiqah Binti Mohd Zain
Low Kee Sun

28. Meningkatkan Ingatan Murid Tahun 3 Bagi Tajuk Proses
Pencernaan Menggunakan Kaedah Nyanyian
Nur Anis Nadia Binti Mohd Asmadi
Tan Cho Chiew

29. Pengetahuan Dan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Dalam Kalangan Guru Sains Di Daerah Tuaran
Nur Arifah Binti Abdul Karim
Tan Cho Chiew

30. Kesediaan Guru Sains Terhadap Pelaksanaan Dual Language
Programme (DLP)
Nur Athyrah Binti Awang
Tan Cho Chiew

31. Cabaran Dan Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam Pelaksanaan
Pendidikan STEM Di Sekolah Rendah Daerah Tuaran
Nur Hannani Binti Mukhtar
Ainon Binti Hadim

32. Amalan IBSE Melalui Kit Litar Cahaya Dapat Meningkatkan
Kefahaman Murid Tahun 5 Terhadap Topik Litar Elektrik
Nurul Izzati Binti Zulkafle
Ainon Binti Hadim

33. Sikap Dan Kesediaan Guru Sains Di Daerah Tuaran Terhadap 343
Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 (Pak21) 350
Siti Nuraina Binti Abdul Rahim 362
Adeline Leong Suk Yee

34. Pengetahuan, Kemahiran Pelaksanaan Dan Sikap Guru Sains
Terhadap Amalan Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri
(PSBI/IBSE) Di Daerah Tuaran.
Wan Amirul Amin Bin W.Hussin
Adeline Leong Suk Yee

35. Pengetahuan Dan Cabaran Guru Sains Terhadap Pengajaran Dan
Pembelajaran Berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Wan Nur Atikah Binti Abdul Majid
Adeline Leong Suk Yee

TEKNIK GUNDALAN: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBAHAGI DENGAN
NOMBOR SATU DIGIT DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA

Abdul Rahman bin Mohamad Hanapi, Encik Zaieddi bin Shahadan@Sackdan
Jabatan Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Bahagi merupakan antara empat operasi asas dalam matematik. Operasi ini wajib
dikuasai murid supaya ia tidak membantutkan penguasaan kemahiran matematik
pada peringkat yang lebih tinggi. Namun, halangan seperti tidak menghafal sifir
dan tidak menguasai pembahagian panjang telah menyebabkan ramai murid tidak
menguasai operasi ini. Atas kesedaran ini, satu kajian tindakan telah dibuat demi
meningkatkan kemahiran operasi membahagi dengan nombor satu digit dalam
kalangan murid tahun lima dengan menggunakan Teknik Gundalan. Teknik ini
diperkenalkan sebagai tindakan kepada murid kerana ia tidak mementingkan sifir
serta algoritmanya yang mudah serta berbentuk konkrit. Seramai enam orang murid
daripada sebuah sekolah di daerah Tuaran, Sabah telah dipilih sebagai peserta
kajian. Enam orang murid ini dipilih berdasarkan penguasaan mereka yang rendah
dalam operasi membahagi ini. Model Kemmis dan McTaggart (1988) telah
diadaptasi dalam kajian ini. Model ini mempunyai empat langkah iaitu merefleksi,
merancang, bertindak dan memerhati. Kajian ini telah menggunakan kaedah
gabungan iaitu kualitatif dan kuantitatif untuk memperoleh dan menganalisis data.
Ujian pra dan pasca serta soal selidik akan dianalisis secara kuantitatif iaitu
dengan menggunakan statistik deskriptif seperti min dan peratusan, manakala temu
bual dianalisis secara kualitatif iaitu dengan menganalisis kod dan tema. Dapatan
menunjukkan terdapat peningkatan peratusan untuk ujian pasca sebanyak 77.8%
setelah Teknik Gundalan diperkenalkan, manakala data soal selidik dan temu bual
murid menunjukkan Teknik Gundalan dapat meningkatkan minat mereka dalam
operasi membahagi. Tuntasnya, Teknik Gundalan ini amatlah disyorkan untuk
digunakan sebagai pendekatan pengajaran yang baharu dan sesuai digandingkan
dengan kaedah tradisional dalam meningkatkan kemahiran operasi membahagi
dengan nombor satu digit dalam kalangan murid.

Kata kunci: kemahiran, bahagi satu digit, Teknik Gundalan, peningkatan
peratusan ujian, menarik minat.

1

PENGENALAN

Bahagi merupakan operasi yang sangat lazim dalam matematik.
Contohnya, dalam penukaran unit, penukaran mata wang dan penyelesaian
masalah. Oleh itu, amat penting bagi murid untuk menguasai kemahiran
membahagi supaya mereka dapat menangkap isi pengajaran akan datang yang
melibatkan operasi ini. Namun demikian, sepanjang pelaksanaan praktikum satu
dan dua, terdapat ramai murid yang tidak menguasai operasi membahagi walaupun
dengan nombor satu digit. Misalnya, tidak tahu akan bentuk lazim atau algoritma
pembahagian panjang (long division). Implikasinya, murid menjadi lambat untuk
menerima dan memahami isi pengajaran baharu.

Antara sebab murid tidak menguasai operasi ini adalah kerana tidak
menguasai sifir (St Peters Prep, 2020). Selain itu juga, murid tidak menguasai
operasi membahagi kerana mereka tidak memahami algoritma bahagi iaitu
pembahagian panjang (Shikha Takker dan K. Subramaniam, 2018). Murid juga
tiada minat dan emosi untuk mempelajari operasi ini (Noor Erma inti Abu dan Leong
Kwan Eu, 2014). Lautert, S.L., Spinillo, A.G. dan Correa J. (2012) pula menyatakan
murid tidak menguasai operasi membahagi kerana tidak memahami konsep bahagi
iaitu penolakan berulang dan songsangan darab. Bukan itu sahaja, kelemahan
teknik, strategi dan pendekatan pengajaran menyebabkan lebih ramai murid tidak
menguasai operasi ini.

Justeru itu, untuk membuktikan masalah ini benar-benar berlaku dalam
mata pelajaran matematik, satu pengumpulan data awal telah dilaksanakan.
Analisis lembaran kerja terhadap 12 orang murid tahun lima seperti dalam Jadual 1
menunjukkan 50% murid (6) tidak menguasai operasi ini. Pemerhatian guru seperti
dalam Jadual 2 pula menunjukkan purata 6.5 orang tidak menguasai kemahiran
operasi membahagi dan 6 orang tidak berminat mempelajari kemahiran ini.
Pemerhatian ini diadaptasi daripada kajian Siti Hajar Aishah Ramli dan Md Yusoff
Daud (2017).

Jadual 1

Senarai Semak Penguasaan Murid Dalam Operasi Membahagi Dengan Nombor

Satu Digit.

Murid Penguasaan

Murid 1 /

Murid 2 /

Murid 3 X

Murid 4 /

Murid 5 /

Murid 6 /

Murid 7 /

Murid 8 X

Murid 9 X

Murid 10 X

Murid 11 X

Murid 12 X

2

Jadual 2

Pemerhatian Terhadap Penguasaan Dan Minat 12 Orang Murid Dalam Operasi

Membahagi Dengan Nombor Satu Digit.

Aspek Bilangan Murid

Penguasaan Murid mengambil masa yang lama untuk 6 (M3, M8, M9,

menyelesaikan soalan operasi membahagi M10, M11, M12)

dengan nombor satu digit.

Murid bertanya kepada guru. 7 (M1, M3, M8,

M9, M10, M11,

M12)

Murid tidak dapat menyelesaikan soalan 6 (M3, M8, M9,

operasi membahagi dengan nombor satu digit M10, M11, M12)

lebih baik daripada rakan yang lain.

Murid memerlukan bantuan orang lain untuk 7 (M3, M5, M8,

menyelesaikan soalan operasi membahagi M9, M10, M11,

dengan nombor satu digit. M12)

Minat Bila murid tidak dapat jawapan atau algoritma 6 (M3, M8, M9,

yang betul, murid terus berhenti. M10, M11, M12)

Murid tidak berminat menyelesaikan soalan 6 (M3, M8, M9,

operasi membahagi dengan nombor satu digit. M10, M11, M12)

Murid tidak mencuba menyelesaikan soalan 6 (M3, M8, M9,

operasi membahagi dengan nombor satu digit M10, M11, M12)

sehingga dapat jawapan yang betul.

Oleh hal yang demikian, satu tindakan perlu dirancang dan dilaksana
untuk mengatasi masalah ini. Dalam kajian ini, tindakan yang dilaksanakan ialah
Teknik Gundalan. Secara umumnya, teknik ini menggunakan gundalan iaitu coretan
untuk menyelesaikan ayat matematik bahagi dengan nombor satu digit dalam
lingkungan 1 000 000. Teknik ini adalah untuk menggantikan pembahagian
panjang dalam mengajar operasi membahagi. Justeru itu, diharapkan dengan
teknik ini, murid boleh menguasai kemahiran membahagi dengan nombor satu digit
dan menarik lagi minat murid untuk mempelajari operasi ini. Secara tidak langsung
teknik ini akan meningkatkan lagi pencapaian murid dalam matematik.

FOKUS KAJIAN

Kajian tindakan ini adalah untuk menguji keberkesanan Teknik Gundalan
dalam meningkatkan kemahiran membahagi dengan nombor satu digit dalam
kalangan murid tahun lima. Ini bermaksud kajian ini hanya untuk ayat matematik
bahagi dalam lingkungan 1 000 000 dengan nombor satu digit. Selain itu, kajian ini
juga untuk meningkatkan minat murid dalam mempelajari operasi ini dengan
bantuan Teknik Gundalan. Kajian ini dilaksanakan di daerah Tuaran, Sabah dan
melibatkan sebuah sekolah sahaja.

3

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti penguasaan kemahiran operasi membahagi dengan
nombor satu digit dalam kalangan murid tahun lima.

2. Meningkatkan kemahiran operasi membahagi dengan nombor satu digit
dalam kalangan murid tahun lima dengan menggunakan Teknik
Gundalan.

3. Meningkatkan minat dan keseronokan murid dalam operasi membahagi
dengan nombor satu digit dalam kalangan murid tahun lima dengan
menggunakan Teknik Gundalan.

SOALAN KAJIAN

1. Adakah murid tahun lima menguasai kemahiran operasi membahagi
dengan nombor satu digit?

2. Adakah teknik gundalan dapat meningkatkan kemahiran operasi
membahagi dengan nombor satu digit dalam kalangan murid tahun lima?

3. Adakah teknik gundalan dapat meningkatkan minat dan keseronokan
murid dalam operasi membahagi dengan nombor satu digit dalam
kalangan murid tahun lima?

PESERTA KAJIAN

Peserta kajian terdiri daripada murid-murid tahun lima dari sebuah
sekolah di daerah Tuaran, Sabah. Peserta kajian ini merupakan murid-murid yang
masih belum menguasai kemahiran operasi membahagi dengan nombor satu digit.
Maklumat murid peserta kajian boleh dirujuk dalam Jadual 3.

Jadual 3

Maklumat Peserta Kajian Jantina Umur Perwakilan
Murid L 11 tahun M1
Murid 1 L 11 tahun M2
Murid 2 P 11 tahun M3
Murid 3 P 11 tahun M4
Murid 4 P 11 tahun M5
Murid 5 L 11 tahun M6
Murid 6

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Langkah-Langkah Tindakan

Model Kemmis dan Mc Taggart (1988) telah diadaptasikan sebagai
panduan pelaksanaan kajian. Terdapat empat peringkat dalam model ini iaitu 1)
Merefleksi, 2) Merancang, 3) Melaksana dan 4) Memerhati. Rajah 1 menunjukkan
tindakan yang dilaksanakan dalam setiap peringkat.

4

Merefleksi •Membuat refleksi PdPc
Merancang •Memilih sekolah kajian
Melaksana •Membuat pemerhatian data awal
Memerhati
•Merancang objektif dan soalan kajian
•Merancang insrumen kajian dan cara
menganalisis setiap istrumen

•Melaksanakan ujian pra
•Memperkenalkan Teknik Gundalan kepada
murid
•Melaksanakan ujian pasca, temu bual murid
dan soal selidik murid
•Menganalisis instrumen kajian
•Membuat refleksi berdasarkan dapatan kajian

Rajah 1. Perancangan tindakan.

Teknik Gundalan

Teknik gundalan atau gundalan menggunakan tanda gundalan iaitu coretan
seperti “/”. Gundalan ini dilukis untuk mewakili pembahagi (divisor) untuk setiap

nombor satu digit. Jadual 4 menunjukkan contoh gundalan untuk pembahagi setiap

nombor satu digit.

Jadual 4

Contoh Gundalan Untuk Pembahagi Bagi Nombor Satu Digit

Pembahagi (Divisor) Gundalan

÷2

÷3

÷4

÷5

÷6

÷7

÷8

÷9

Daripada gundalan di atas, murid akan menyelesaikan ayat matematik
bahagi lingkungan 1 000 000 dengan nombor satu digit dengan menggundal setiap
digit dalam dividen (dividend). Contohnya seperti dalam Jadual 5.

5

Jadual 5

Langkah Teknik Gundalan
Soalan yang diberikan ialah 24 612 ÷ 2 = ?. Maka
untuk menyelesaikan ayat matematik dengan teknik
gundalan, murid perlu membuat garisan antara setiap
digit.

Mula menggundal dari rumah puluh ribu iaitu pada digit
2. Mestilah menggundal mengikut nilai pembahagi
(divisor) iaitu dua. Gundalan hendaklah sama nilai
dengan digit yang digundal. Maka terdapat 1 gundalan
dua lengkap.

Kemudian menggundal di rumah ribu iaitu pada digit 4.
Mestilah menggundal mengikut nilai pembahagi
(divisor) iaitu dua. Gundalan hendaklah sama nilai
dengan digit yang digundal. Maka terdapat 2 gundalan
dua lengkap.

Seterusnya menggundal di rumah ratus iaitu pada digit
6. Mestilah menggundal mengikut nilai pembahagi
(divisor) iaitu dua. Gundalan hendaklah sama nilai
dengan digit yang digundal. Maka terdapat 3 gundalan
dua lengkap.

Setelah itu, menggundal di rumah puluh iaitu pada digit
1. Mestilah menggundal mengikut nilai pembahagi
(divisor) iaitu dua. Gundalan hendaklah sama nilai
dengan digit yang digundal. Maka terdapat 0 gundalan
dua lengkap. Disebabkan gundalan pada rumah ini
tidak lengkap iaitu ada baki 1, maka baki tersebut
dipindahkan atau dikumpulkan di rumah sa atau rumah
sebelah kanan.
Selepas itu, menggundal di rumah sa iaitu pada digit
12. Mestilah menggundal mengikut nilai pembahagi
(divisor) iaitu dua. Gundalan hendaklah sama nilai
dengan digit yang digundal. Maka terdapat 6 gundalan
dua lengkap.

6

Akhir sekali ayat matematik dapat diselesaikan dengan
melihat gundalan yang lengkap pada setiap rumah.
Maka jawapan akhir ialah 12 306.

Kaedah Mengumpul, Menganalisis dan Menyemak Data

Kajian ini menggunakan kaedah gabungan iaitu kualitatif dan kuantitatif.
Kaedah mengumpul kualitatif ialah temu bual murid selepas tindakan. Kaedah
mengumpul kuantitatif ialah ujian pra dan pasca serta soal selidik murid. Oleh itu,
terdapat tiga kaedah mengumpul data dalam kajian ini iaitu ujian pra dan pasca,
soal selidik dan temu bual. Untuk menganalisis dan menyemak data boleh dilihat
dalam Jadual 6.

Jadual 6

Kaedah Mengumpul, Menganalisis dan Menyemak Data Bagi Setiap Soalan Kajian

Soalan Kajian Kaedah Kaedah Kaedah

Mengumpul Data Menganalisis Menyemak Data

Data

Adakah murid tahun Ujian Pra Peratus dan Min Triangulasi dalam

lima menguasai kaedah

kemahiran operasi

membahagi dengan

nombor satu digit?

Adakah teknik Ujian Pra dan Peratus dan Min Triangulasi antara

gundalan dapat Pasca kaedah

meningkatkan Soal Selidik Peratus dan Min

kemahiran operasi Temu Bual Bertema

membahagi dengan

nombor satu digit

dalam kalangan

murid tahun lima?

Adakah teknik Soal Selidik Peratus dan Min Triangulasi antara

gundalan dapat Temu Bual Bertema kaedah

meningkatkan minat

dan keseronokan

murid dalam operasi

membahagi dengan

nombor satu digit

dalam kalangan

murid tahun lima?

7

DAPATAN KAJIAN

Soalan Kajian Satu : Adakah murid tahun lima menguasai kemahiran operasi
membahagi dengan nombor satu digit?

Jadual 7

Analisis Keputusan Setiap Soalan Ujian Pra

Murid Item Jumlah Peratus (%)

1 2 3 4 5 6 Betul Salah

M1 X X X X X X 0 6 0

M2 X X X X X X 0 6 0

M3 / / X X X X 2 4 33

M4 / / X X X X 2 4 33

M5 / X X X X X 1 5 17

M6 / / X X X X 2 4 33

Jadual 7 menunjukkan bahawa kesemua murid mendapat peratusan
markah dalam lingkungan 0% - 33%. Ini menunjukkan kesemua murid tidak
menguasai kemahiran operasi membahagi dengan nombor satu digit. Hal ini kerana
mengikut gred pemarkahan Kementerian Pendidikan Malaysia, markah di bawah
40% menunjukkan murid gagal untuk menguasai kemahiran yang ingin dinilai. Min
keseluruhan murid dalam ujian pra ialah 19%.

Soalan Kajian Dua : Adakah Teknik Gundalan dapat meningkatkan kemahiran
operasi membahagi dengan nombor satu digit dalam kalangan murid tahun
lima?

Ujian pra dan pasca menunjukkan terdapat peningkatan dari segi
peratusan markah setiap murid dan peningkatan dari segi min keseluruhan murid.
Peningkatan dari segi peratusan markah setiap murid dijelaskan dalam Jadual 8.

Jadual 8

Perbandingan Peratusan Markah Ujian Murid dan Peratus Peningkatan

Murid Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%) Peratus Peningkatan (%)

M1 0 83 83

M2 0 100 100

M3 33 100 67

M4 33 100 67

M5 17 100 83

8

M6 33 100 67

Daripada Jadual 8, murid memperoleh markah sekurang-kurangnya 83%
dalam ujian pasca setelah Teknik Gundalan diperkenalkan. Peningkatan mereka
pula sekurang-kurangnya 67%. M2 mengalami peningkatan mendadak 100%. Min
keseluruhan ujian pasca ialah 97%. Ini menunjukkan terdapat peningkatan
sebanyak 81% daripada ujian pra (19%) ke ujian pasca (97%).

Selain itu juga, soalan satu soal selidik digunakan untuk menjawab soalan

kajian dua. Dapatan menunjukkan lima murid memberikan respons sangat setuju

(5) dan seorang murid memberikan respons setuju (4) untuk soalan yang ditanya
iaitu “Saya mahir membahagi dengan nombor satu digit selepas menggunakan
Teknik Gundalan”. Min untuk item satu ialah 4.8 iaitu menghampiri sangat setuju

(5). Jadual 9 menunjukkan dapatan item satu soal selidik.

Jadual 9

Dapatan Item Soalan Satu Soal Selidik

Item Sangat Tidak Sederhana Setuju Sangat Min
setuju 4.8
tidak setuju (4)
1 (5)
setuju 5

(1) (2) (3)

S1 0 0 0

(0%) (0%) (0%) (17%) (83%)

Di samping itu, item soalan satu temu bual juga adalah untuk menjawab
soalan kajian dua. Soalan dalam temu bual ialah “Adakah penggunaan Teknik

Gundalan dapat membantu anda meningkatkan kemahiran operasi membahagi
dengan nombor satu digit”. Dapatan temu bual seperti dalam Jadual 10

menunjukkan 100% murid (6) memberikan respons sangat membantu kepada

soalan ini.

Jadual 10

Dapatan Item Soalan Satu Temu Bual Murid

Tema Kod Kekerapan Peratus (%)
6 100
Sangat membantu S2TI 0 0
0 0
Tidak pasti S2T2 6 100

Tidak membantu S2T3

Jumlah

Kesimpulannya daripada tiga kaedah mengumpul data ini, Teknik Gundalan
berkesan dalam meningkatkan kemahiran operasi membahagi dengan nombor satu
digit. Ini disebabkan oleh 1) Peningkatan min keseluruhan peratusan ujian pasca
murid sebanyak 81% berbanding ujian pra, 2) Min item soalan satu soal selidik 4.8
iaitu menghampiri 5 (sangat setuju) dan 3) Respons murid soalan satu temu bual
yang menyatakan Teknik Gundalan sangat membantu.

9

Soalan Kajian Tiga : Adakah Teknik Gundalan dapat meningkatkan minat dan
keseronokan murid dalam operasi membahagi dengan nombor satu digit
dalam kalangan murid tahun lima?

Jadual 11

Dapatan Item Soalan Dua Soal Selidik

Item Sangat Tidak Sederhana Setuju Sangat Min
setuju 5.0
tidak setuju (4)
0 (5)
setuju 6

(1) (2) (3)

S2 0 0 0

(0%) (0%) (0%) (0%) (100%)

Daripada Jadual 11, didapati bahawa semua murid memberikan respons

sangat setuju kepada soalan yang diajukan dalam soal selidik. Soalannya ialah
“Teknik Gundalan menarik minat saya dan seronok digunakan dalam operasi
membahagi dengan nombor satu digit”. Min soalan ini ialah 5.0 iaitu tepat pada nilai

sangat setuju (5).

Selain itu juga, soalan dua dalam temu bual murid adalah untuk menjawab
soalan kajian tiga. Soalan dalam temu bual ialah “Adakah penggunaan Teknik

Gundalan dapat menarik minat murid dan menjadikan operasi membahagi dengan
nombor satu digit seronok?”. Daripada soalan tersebut, rata-rata murid seperti

dalam Jadual 12 memberikan jawapan kepada dua tema iaitu menarik minat dan

seronok.

Jadual 12

Dapatan Item Soalan Dua Temu Bual Murid

Murid Data Kod

M1 Ya, saya lagi rasa berminat nak jawab Rasa berminat
soalan lagi sebab boleh lukis

M2 Emmmm....sangat menarik dan seronok Menarik
untuk guna Seronok
Best/menarik
M3 Sangat best dan senang guna Seronok
M4 Seronok sebab buat garis je dah selesai menarik
M5 Menarik, saya boleh bahagi sudah Seronok
M6 Seronok sangat dan suka guna teknik tu Suka guna

Tuntasnya, jawapan kepada soalan kajian tiga ialah Teknik Gundalan dapat
meningkatkan minat dan keseronokan murid dalam operasi membahagi dengan

10

nombor satu digit dalam kalangan murid tahun lima. Hal ini kerana 1) Soalan dua
soal selidik memberikan min 5.0 iaitu sangat setuju dan 2) Soalan dua temu bual
memberikan dua tema yang positif iaitu menarik minat dan seronok.

REFLEKSI

Kajian ini telah mendatangkan pelbagai impak yang positif. Antaranya ialah
kajian ini membantu murid menguasai kemahiran operasi membahagi dengan
nombor satu digit. Selain itu juga, melalui kajian ini didapati bahawa Teknik
Gundalan sangat menarik minat murid untuk mempelajari operasi ini di samping
menjadikan PdPc lebih seronok. Bukan itu sahaja, teknik ini yang bersifat konkrit
memudahkan lagi murid untuk menguasai konsep bahagi sebagai fair sharing.
Justeru itu, amatlah wajar untuk guru-guru mengaplikasikan teknik ini dalam PdPc
mereka jika berhadapan dengan murid yang tidak boleh memahami long division.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Daripada kajian ini terdapat beberapa perkara yang boleh ditambah baik
pada kajian yang akan datang. Antaranya ialah mengembangkan Teknik Gundalan
ini kepada operasi membahagi dengan nombor dua digit. Selain itu juga,
mendigitalkan teknik ini dalam talian untuk memudahkan murid dan guru lain
mengakses teknik ini. Tidak ketinggalan juga, kajian boleh dijalankan dengan
menambah lagi peserta kajian seperti menambah bilangan sekolah atau daerah
untuk memperoleh data yang lebih banyak dan tepat. Akhir sekali, menyebar luas
teknik kepada guru-guru matematik lain untuk memperoleh maklum balas yang
boleh membantu memperbaiki teknik ini.

RUJUKAN

St Peters Prep (2020). The Importance of learning Multiplication – Time Tables. Retrieved
from https://stpetersprep.co.uk/importance-learning-multiplication/

Takker, S dan Subramaniam, K., (2018). Teacher Knowledge and Learning In-Situ: A Case
Study of the Long Division Algorithm. Australian Journal of Teacher Education,
43(3), 1-20.

Noor Erma binti Abu dan Leong Kwan Eu (2014). Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran
Guru dan Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Tambahan
Tingkatan 4. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik 2(1), 1-10.

Labres Lautert, S., Spinillo, A., & Correa, J. (2012). Children’s difficulties with division: an

intervention study. Educational Research, 3(5), 447–456.

https://www.interesjournals.org/articles/childrens-difficulties-with-division-an-

intervention-study.pdf

Siti Hajar Aishah Ramli dan Md Yusoff Daud (2017). Penggunaan Kaedah Petak Bijak Dalam
Mengatasi Masalah Mencari Hasil Darab dan Bahagi: Satu Kajian Tindakan.
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017) 65-
76.

11

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI TERHADAP
TAHAP MOTIVASI DAN PENCAPAIAN MATEMATIK MURID

Ahmad Afiq bin Ahmad Nazri, Dr. Kok Boon Shiong
Jabatan Sains, Kejuruteraan, Teknologi dan Matematik (JSTEM)

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
[email protected]

ABSTRAK

Kelemahan murid-murid dalam matematik merupakan isu utama dalam pendidikan
di negara kita. Penggunaan kaedah tradisional dalam kalangan guru menjadikan
murid kurang berminat dengan pembelajaran dan menjurus kepada kemerosotan
motivasi dan pencapaian murid. Kajian ini bertujuan untuk menentukan
keberkesanan pembelajaran berasaskan inkuiri terhadap motivasi dan pencapaian
murid dalam matematik. Kajian eksperimen ini telah dijalankan ke atas 61 orang
murid dari Tahun Lima. Kajian ini menggunakan borang soal selidik untuk
mengenalpasti tahap motivasi dan ujian pra pasca berkaitan pembelajaran Operasi
Darab bagi menentukan keberkesanan pengajaran berasaskan inkuiri dalam
meningkatkan pencapaian murid. Data analisis secara statistik deskriptif dan
inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap motivasi murid tahun 5 adalah
sederhana. Analisis ujian -t tidak bersandar mendapati terdapat perbezaan yang
signifikan antara skor min tahap motivasi kumpulan eksperimen dan skor min tahap
motivasi kumpulan kawalan. Analisis ujian -t sampel berpasangan mendapati
terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian skor min ujian pra dan ujian pasca
bagi kumpulan eksperimen. Kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam
pencapaian murid dalam pembelajaran Operasi Darab Tahun 5. Kajian ini dapat
memberi implikasi terhadap amalan pendidikan matematik terutamanya dalam
aspek pengajaran, pembelajaran dan perkembangan kurikulum. Kajian ini juga
membantu guru memilih gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan murid bagi
menjadikan pembelajaran berkesan dan bermakna.

Kata Kunci: Pembelajaran berasaskan inkuiri, tahap motivasi, pencapaian
matematik murid, Operasi Darab

PENGENALAN

Kurikulum di Malaysia adalah sebahagian perancangan kepada sistem pendidikan
yang berteraskan pembelajaran abad ke-21 terkandung penerapan pelbagai
kaedah dan pendekatan dalam pengajaran dan pemudahcaraan bagi pendidik
dalam bilik darjah. Dalam era globalisasi bertunjangkan arus teknologi dan
pemodenan, subjek matematik sememangnya menjadi tumpuan penuh kepada
pendidikan era ini dan tanpa disedari menjadi indikator kepada kepintaran
seseorang murid dalam menyelesaikan masalah harian dan sebagai alat untuk
membangunkan potensi diri individu (Mohd Suhaimi Omar, Noor Shah Saad, Mohd.
Uzi Dollah, 2017). Matematik telah menjadi satu standard ke arah pengukuran
kemajuan ekonomi dan sistem Pendidikan meliputi secara globalisasi dengan bukti
kewujudan Ujian Programme for International Student Assesment (PISA) dan

12

Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS). Maka
sedemikian, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) telah diwujudkan dengan menjadikan matematik
sebagai subjek teras dan komponen utama dalam pembelajaran bagi memenuhi
hasrat kepentingan matematik dalam pendidikan di Malaysia.

Guru memiliki tanggungjawab yang besar bagi menjayakan pencapaian
murid dalam bilik darjah (Maulana, Helms-Lorenz, & Van De Grift, 2015). Guru
mempunyai tanggungjawab dalam memotivasikan murid untuk bersemangat dan
meningkatkan tahap pencapaian murid. Motivasi mempunyai hubungan yang
signifikan dalam menentukan tahap pencapaian murid (Deci & Ryian, 2016). Murid
yang bermotivasi akan berusaha mencari cara bagi mencapai matlamat tanpa
mudah dipengaruhi oleh sekeliling (Zainuddin & Perera, 2017).

PERNYATAAN MASALAH

Kelemahan murid-murid dalam matematik merupakan isu utama dalam pendidikan
di negara kita. Pencapaian murid yang tidak memuaskan dan mempunyai banyak
kelemahan dalam mata pelajaran matematik perlu diambil tindakan dan inisiatif
yang sewajarnya dengan lebih efisien dan teliti. Hal ini adalah disebabkan
kekurangan pada subjek ini memberi satu kesan yang berterusan kepada haluan
pembelajaran murid di sesebuah institusi pendidikan. Menurut Norlia, T. Subahan,
Lilia Halim dan Kamisah Osman (2006), kelemahan dalam subjek Matematik ini
boleh mengakibatkan kurangnya peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi dan kelayakan untuk mengikuti kursus tertentu yang memerlukan
tahap kemahiran dan pengetahuan dalam bidang Matematik. Guru menggunakan
kaedah tradisional dan penerangan sahaja dalam menjelaskan konsep matematik.
Menurut Maidinsah (2004), murid menjadi tidak meminati mata pelajaran matematik
dan menjurus kepada kemerosotan dalam pencapaian belajar. Menurut Masliza &
Nor’ain (2021) guru-guru masih lagi mengamalkan kaedah pengajaran
konvensional serta tidak mengalakkan amalan berfikir berbanding pembelajaran
inkuiri. Pembelajaran perlu memberi peluang murid membina pengetahun dan
berfikir dan memperkayakan persekitarab pembelajaran dengan mempelbagaikan
startegi pengajaran seperti inkuiri.

Kaedah pembelajaran berasaskan inkuri perlu digunakan bagi menambah
minat murid bagi meningkatkan motivasi dan pencapaian murid. Murid memerlukan
bimbingan dan kaedah pembelajaran supaya pembelajaran lebih berkesan dan
memahami konsep dalam matematik. Hal ini demikian kerana kemampuan murid
dalam memahami konsep matematik adalah berbeza-beza dan guru boleh memberi
bimbingan kepada murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (Saarani, 2010).
Justeru itu, akibatnya apabila murid mudah hilang tumpuan dan membuat kerja
sendiri ketika proses PdPC dijalankan serta akan mengakibatkan penurunan
prestasi murid dalam peperiksaan (Mohamed Arip et.al., 2014).

13

OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengenalpasti tahap motivasi murid terhadap matematik dalam
kalangan murid tahun lima.

ii. Mengenalpasti kesan pengajaran pembelajaran berasaskan inkuiri
terhadap tahap motivasi murid berbanding murid yang tidak
menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan inkuiri.

iii. Menentukan keberkesanan pengajaran berasaskan inkuiri dalam
meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran Operasi Darab.

SOALAN KAJIAN

i. Sejauhmanakah tahap motivasi murid terhadap matematik dalam
kalangan murid?

ii. Adakah murid yang menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan
inkuiri mempunyai tahap motivasi yang lebih tinggi berbanding murid
yang tidak menggunakan kaedah tersebut?

iii. Adakah terdapat keberkesanan pengajaran berasaskan inkuiri dalam
meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran Operasi Darab?

METODOLOGI KAJIAN

Bentuk kajian ini ialah kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian
eksperimen untuk mengumpul data. Kajian ini menggunakan reka bentuk Pre- and
Posttest kumpulan kawalan dan kumpulan kawalan. Kajian ini menggunakan
kaedah persampelan secara rawak mudah yang melibatkan seramai 61 responden
yang terdiri daripada 30 orang murid bagi kumpulan eksperimen dan 31 orang
murid bagi kumpulan kawalan dari sebuah sekolah kategori bandar dalam daerah
Tuaran. Bagi mengukur soalan kajian dan memperoleh data yang dikehendaki,
pengkaji menyediakan dua instrumen bagi kajian ini. Kedua-dua instrumen ini dipilih
berdasarkan bentuk kajian yang digunakan iaitu secara kualititaif bagi menilai tahap
motivasi murid tahun 5 di daerah Tuaran dan keberkesanan pembelajaran
berasaskan inkuiri kepada tahap motivasi dan pencapaian murid dalam subjek
matematik. Instrumen kajian ini terbahagi kepada iaitu borang soal selidik dan kuiz
(pra ujian dan pasca ujian). Prosedur pengumpulan data bermula dengan pengkaji
memberi ujian pra kepada kepada kumpulan eksperimen dan kawalan. Seterusnya,
pengkaji menjalankan rawatan kepada kumpulan eksperimen manakala kumpulan
rawatan melaksanakan pembelajaran tradisional. Seterusnya, kedua-dua kumpulan
diberikan borang soal selidik dan ujian pra bagi mengenalpasti tahap motivasi dan
peningkatan dalam pencapaian murid.

Kesemua data yang diperolehi adalah berbentuk kuantitatif. Data-data ini
akan dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan The Statistical Package For
The Social Science atau SPSS. Bagi melihat tahap motivasi murid tahun lima,
analisis dekspriptif digunakan berdasarkan Jadual 1.

14

Jadual 1

Analisis Tahap motivasi terhadap matematik berdasarkan skor

Julat Skor Interprestasi

48 ke bawah Rendah

40 - 49 Sederhana

50 - 60 Tinggi

Bagi mendapatkan perbandingan perbezaan tahap motivasi terhadap matematik
antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan, analisis ujian-t tidak
bersandar digunakan. Analisis bagi kebekesanan pembelajaran berasaskan inkuiri
terhadap peningkatan tahap pencapaian matematik murid dengan membandingkan
skor min bagi ujian pra dan ujian pasca bagi kedua-dua kumpulan.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Soalan Kajian 1: Sejauhmanakah tahap motivasi murid terhadap matematik
dalam kalangan murid?

Berdasarkan kajian dan dapatan, tahap motivasi murid tahun 5 diukur bagi
keseluruhan sampel adalah pada tahap sederhana. Berdasarkan, soal selidik tahap
motivasi murid tahun 5 terhadap matematik menunjukkan 52.5% pada tahap
motivasi sederhana. Diikuti dengan tahap motivasi terhadap matematik sebanyak
37.3% pada tahap yang tinggi dan hanya 9.8% mempunyai tahap motivasi
matematik pada tahap rendah. Julat skor tahap motivasi murid bagi tahun 5 adalah
pada tahap sederhana (48.8).

Jadual 2
Analisis skor tahap motivasi bagi murid tahun 5

Julat Skor Interpretasi Bilangan Peratus
28 - 38 Rendah 6 9.8%
39 - 49 32 52.5%
50 - 60 Sederhana 23 37.7%
Tinggi 61 100 %

Jumlah

15

Soalan 2: Adakah murid yang menggunakan kaedah pembelajaran
berasaskan inkuiri mempunyai tahap motivasi yang lebih tinggi berbanding
murid yang tidak menggunakan kaedah tersebut?

Jadual 3
Analisis ujian -t tidak bersandar perbandingan skor min tahap moitvasi bagi
kumpulan rawatan dan kawalan

Levene's Test for t-test for Equality of Means

Equality of

Variances

F Sig. t df Sig. Mean Std. Error

(2- Differenc Differenc

tailed) e e

TAHAP Equal .109 .743 11.33 59 .000 10.239 .903
MOTIVA variances 9 .905
SI assumed
Equal 11.30 56.88 .000 10.239
variances 99
not assumed

Berdasarkan jadual 8 menunjukkan keputusan Levene's Test menunjukkan nilai
signifikan adalah 0.743 (p > 0.05), iaitu tidak signifikan. Memandangkan nilai Sig.
(2-tailed) adalah 0.000 (p>0.05) maka, terdapat perbezaan yang signifikan.
Keputusan ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam
tahap motivasi murid yang menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan inkuiri
dan murid yang tidak menggunakan inkuiri. Maka, hipotesis nul iaitu tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara min tahap motivasi murid yang menggunakan
kaedah pembelajaran berasaskan inkuiri dengan murid yang tidak menggunakan
pembelajaran berasaskan inkuiri ditolak. Kesimpulannya, terdapat perbezaan yang
signifikan tahap motivasi murid yang menggunakan kaedah pembelajaran
berasaskan inkuiri dan murid yang tidak menggunakan inkuiri.

16

Soalan 3: Adakah terdapat keberkesanan pengajaran berasaskan inkuiri
dalam meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran Operasi Darab?

Jadual 4
Ujian -t perbandingan skor min markah sebelum dan selepas pembelajaran
berasaskan inkuiri bagi kumpulan Eksperimen

Paired Differences

Mean Std. Std. 95% Confidence Sig. (2-
tailed)
Deviation Error Interval of the t df

Mean Difference

Lower Upper

Pair SKOR UJIAN - 17.235 2.207 -16.545 -7.717 - 60 .000
1 PRA -SKOR 12.131
UJIAN PASCA 5.497

Berdasarkan jadual 10, keputusan kajian adalah signifikan t=-5.497 (p>.005).
Hipotesis nul iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min ujian
pra dan pasca murid yang menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan inkuiri
ditolak. Maka, terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min ujian pra dan
pasca murid yang menggunakan pembelajaran berasaskan inkuiri. Keputusan ini
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam pencapaian murid apabila
dilaksanakan kaedah pembelajaran berasaskan inkuiri bagi kumpulan eksperimen.
Maka, terdapat keberkesanan pembelajaran berasaskan inkuiri meningkatkan
pencapaian murid dalam pembelajaran Operasi Darab tahun 5.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Bagi soalan kajian pertama, hasil dapatan mendapati bahawa tahap motivasi murid
terhadap matematik adalah pada tahap sederhana. Kajian ini disokong oleh Wan
Naliza Wan Jaafar dan Siti Misitima Maat (2020) dalam kajiannya yang bertajuk
‘Hubungan antara motivasi dengan pencapaian matematik dalam kalangan murid
sekolah luar bandar’ mendapati bahawa tahap motivasi murid dalam kalangan
murid sekolah adalah pada tahap sederhana. Bagi soalan kajian yang kedua, hasil
dapatan mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min
tahap motivasi murid yang menggunakan pembelajaran berasaskan inkuiri dan
murid yang tidak menggunakan pembelajaran berasaskan inkuiri. Skor min tahap
motivasi murid kumpulan eksperimen lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan.
Kajian ini disokong oleh Madden (2011) mendapati bahawa kaedah pembelajaran
berasaskan inkuiri ini memberi kesan kepada motivasi murid. Namun, kajian ini
bertentangan dengan kajian Bayram, Oskay, Erdem, Ozgur dan Sen (2013) dalam
kajiannya ‘Effect of inquiry-based learning method on students’ motivation’. Kajian
ini mendapati bahawa terdapat keberkesanan pembelajaran berasaskan inkuiri
meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran Operasi Darab. Kajian ini
bertepatan dengan kajian Nelly (2012) dalam kajian ‘Kesan Pembelajaran
Berasaskan Kaedah Inkuiri Bagi Subjek Matematik’ yang menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian pra dan pasca bagi kumpulan
eksperimen iaitu murid yang menggunakan kaedah pembelajaran inkuiri.
Kesimpulannya, murid yang menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan inkuiri
lebih tinggi pencapaian berbanding murid yang menggunakan kaedah pengajaran
tradisional. Hasil kajian ini bertepatan dengan kajian Ali Abdi (2014).

17

Hasil kajian ini mempunyai implikasi terhadap amalan pendidikan
matematik terutamanya dalam aspek pengajaran, pembelajaran dan perkembangan
kurikulum. kajian ini membantu guru dalam pemilihan aktiviti yang
memberangsangkan agar dapat meningkatkan tahap motivasi murid terhadap
matematik. Guru boleh memanfaatkan hasil kajian ini dengan memberi perhatian
yang lebih kepada pengayaan kandungan dan gaya pembelajaran yang
menerapkan inkuiri dalam pengajaran mereka. Guru boleh memanfaatkan kajian ini
dengan merancang pengajaran dan pelaksanaan aktiviti pengajaran berasaskan
inkuiri dengan memberikan masalah situasi dunia sebenar yang sesuai bagi
membantu murid dalam menyelesaikan masalah, menjana idea dan
mengintegrasikan pembelajaran yang melibatkan konsep pendaraban atau
penambahan berulang.

Dalam dapatan kajian telah mengenalpasti tahap motivasi murid tahun 5
terhadap matematik. Dicadangkan bahawa kajian lanjutan ke atas murid dari
pelbagai aras peguasaan dan kefahaman murid. Kajian lanjutan boleh dijalankan
untuk mengenalpasti keberkesanan pembelajaran berasaskan inkuiri terhadap
murid yang mempunyai pelbagai aras yang berbeza seperti aras rendah, sederhana
dan tinggi. Hal ini adalah disebabkan terdapat kemungkinan mereka mempunyai
tahap dan hasil dapatan yang berbeza mengikut kefahaman yang melibatkan
konsep Darab. Bagi limitasi kajian seterusnya ialah kategori motivasi yang
digunakan untuk menguji tahap motivasi terhadap matematik dalam kajian ini hanya
motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinsik. Kajian lanjutan dicadang untuk
melibatkan lebih banyak kategori seperti aktiviti kelas dan sokongan guru.
Dicadangkan juga untuk bahawa kajian lanjutan dan untuk memberi pendekatan
pembelajaran berasaskan inkuiri melibatkan penggunaan integrasi teknologi dalam
pendidikan. Dengan adanya pengintegrasian teknologi dalam kajian ini, pengkaji
dapat mengenalpasti keberkesanan pembelajaran berasaskan inkuiri terhadap
pencapaian murid. Selain itu, kajian lanjutan boleh dijalankan terhadap topik yang
berbeza misalnya Operasi Darab, sukatan dan geometri dan sebagainya. Pengkaji
dapat memperolehi hasil dapatan bagi mengenalpasti keberkesanan pembelajaran
berasaskan inkuiri selain daripada dalam pembelajaran Operasi Darab seperti
penukaran unit jisim atau sebagainya.

RUJUKAN

Ali Abdi. (2014). The Effect of Inquiry-Based Learning Method on Students' Academic
Achievement in Science Course. Universal journal of educational Research, 2(1),
37-41.

Bayram, Z., Oskay, Ö. Ö., Erdem, E., Özgür, S. D., & Şen, Ş. (2013). Effect of inquiry based
learning method on students’ motivation. Procedia-Social and Behavioral
Sciences, 106, 988-996.

Deci, E. L., & Ryan, R. M. (2016). Optimizing Students’ Motivation in the Era of Testing and
Pressure : A Self-Determination Theory Perspective, 9–29. Retrieved from
https://doi.org/10.1007/978-981-287-630-0

Madden, K. R. (2011). The use of inquiry-based instruction to increase motivation and
academic succes in a high school biology classroom. Master Thesis, Montana State
University, Bozeman, Montana.

18

Maidinsah. (2004). Kesan Kaedah Pengajaran Metakognisi-Inkuiri Terhadap Prestasi Dalam
Matematik dan Penaakulan Saintifik Di Kalangan Pelajar Diploma. Universiti
Teknologi Mara: Tesis Ph.D.

Masliza Siti Ramli & Nor’ain Mohd Tajudin. (2021). Analisis keperluan untuk membangunkan
Modul Pembelajaran Berasaskan Challenge dalam Mempelajari Matematik bagi
murid tingkatan 4. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 11 (Special
Issue), 50–58.

Maulana, R., Helms-Lorenz, M., & van de Grift, W. (2015). A longitudinal study of induction
on the acceleration of growth in teaching quality of beginning teachers through the
eyes of their students. Teaching and Teacher Education, 51, 225–245. Retrieved
from https://doi.org/10.1016/j.tate.2015.07.003

Mohamed Arip, Mohammad Aziz Shah, Mohd Sa’ad,F, Jaapar, Mohd Ali,K.,Athdzar,N.H dan
Wan Abd. Rashid. (2014). Faktor, Kesan Dan Strategi Menangani Permasalahan
Kurang Tumpuan Murid Sekolah Menengah Di Dalam Kelas: Suatu Kajian Kualitatif.
Fakulti Pendidikan dan pembangunan Manusia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Suhaimi Omar, Noor Shah Saad, Mohd. Uzi Dollah. (2017). Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar Guru Matematik Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik
Malaysia, 7(1), 32-46.

Nelly Ezatul Fazlina MD Sah. (2012). Kesan pembelajaran berasaskan kaedah inkuiri bagi
subjek matematik (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).

Norlia Abd. Aziz, and T. Subahan M. Meerah, and Lilia Halim, Kamisah Osman. (2006).
Hubungan antara motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian matematik
tambahan pelajar tingkatan 4. Jurnal Pendidikan Malaysia, 31(7), 123-141.

Wan Naliza Wan Jaafar & Siti Misitima Maat. (2020). Hubungan antara motivasi dengan
pencapaian matematik dalam kalangan murid sekolah luar bandar. Jurnal
Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 10(1), 39-48.

Zainuddin, Z., & Perera, C. J. (2017). Exploring Students’Competence, Autonomy and
Relatedness in The Flipped Classroom Pedagogical Model. Journal of Further
and Higher Education, 9486 (August), 1–12. Retrieved from
https://doi.org/10.1080/0309877X.2017.135691

19

KESEDIAAN MURID DALAM PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
TERHADAP PENCAPAIAN MATEMATIK DALAM KALANGAN MURID

SEKOLAH RENDAH DI DAERAH TUARAN

Erika Steffi anak Rogie, Dr. Ng Lee Fong
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]

ABSTRAK

Kajian tinjauan ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap kesediaan murid dalam
pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), hubungan antara kesediaan murid
dari aspek pengetahuan, motivasi intrinsik dan persepsi murid terhadap guru
Matematik dalam pelaksanaan PBD dengan pencapaian Matematik dan pengaruh
kesediaan murid dalam pelaksanaan PBD terhadap pencapaian Matematik dalam
kalangan murid sekolah rendah di daerah Tuaran. Sampel kajian seramai 370
orang yang merupakan murid Tahun 1 sehingga Tahun 6 bagi sesi 2021 daripada
14 buah sekolah rendah di daerah Tuaran. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan borang soal selidik dengan lima skala Likert sebagai instrumen
kajian. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 28 telah
digunakan untuk analisis data. Analisis deskriptif mendapati min bagi pengetahuan
murid (3.62) berada pada tahap sederhana manakala min bagi motivasi (3.99) dan
persepsi murid (3.99) adalah sama dan pada tahap tinggi. Dapatan kajian
berdasarkan analisis pekali korelasi Pearson menunjukkan ketiga-tiga aspek yang
merupakan pemboleh ubah tidak bersandar iaitu pengetahuan murid (r=.55,
p<0.01), motivasi intrinsik murid (r=.59, p<0.01) dan persepsi murid (r=.53, p<0.01)
mempunyai hubungan signifikan yang positif dengan pemboleh ubah bersandar
iaitu pencapaian Matematik. Melalui ujian regresi linear berganda, dapatan kajian
mendapati bahawa terdapat 36.3% pengaruh kesediaan murid terhadap
pencapaian Matematik.

Kata kunci: Kesediaan murid, pengetahuan, motivasi, persepsi, Pentaksiran Bilik
Darjah.

PENGENALAN
Sistem pentaksiran di Malaysia sering mengalami perubahan seiring dengan
perkembangan sistem pendidikan di negara lain dan ia juga semakin mencabar.
Dahulunya, sistem pendidikan negara dianggap sangat berorientasikan
peperiksaan lalu diperkenalkan sistem pentaksiran sekolah mulai tahun 2011 dan
seterusnya ditukar kepada sistem pentaksiran bilik darjah (PBD) pada tahun 2016
bagi sekolah rendah. Tujuannya untuk melihat peningkatan dalam kemajuan murid
dan seterusnya membantu guru dalam membuat penambahbaikan PdP. Oleh itu,
ini merupakan salah satu tindakan yang wajar daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) untuk menaik taraf sistem pentaksiran murid. PBD merupakan
pentaksiran yang lebih lengkap, bermakna, sahih dan tepat untuk mengenal pasti
tahap penguasaan murid (Sh. Siti, 2019). Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau
kesediaan murid dalam PBD dari segi pengetahuan, motivasi intrinsik dan persepsi
murid terhadap guru Matematik terhadap pencapaian Matematik. Kita sering

20

mendengar bahawa murid menganggap bahawa Matematik merupakan mata
pelajaran yang paling susah dan tahap penguasaan Matematik masih pada tahap
yang lemah dalam kalangan majoriti murid di negara ini (Noor & Leong, 2014). Ada
sesetengah murid yang menunjukkan pencapaian yang baik dan ada juga yang
terus ketinggalan dalam menguasai mata pelajaran ini walaupun dengan tajuk yang
mudah. Pencapaian ini juga ada berkait rapat dengan kesediaan murid dalam
pelaksanaan PBD.

PERNYATAAN MASALAH
Dalam kajian ini, aspek seperti pengetahuan murid mengenai pelaksanaan PBD
akan diuji dan impaknya terhadap pencapaian Matematik. Menurut kajian Sh. Siti
(2019), tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu mengenai pelaksanaan PBD
adalah pada tahap yang tinggi. Jadi, ini memudahkan proses PBD dilakukan
dengan baik dan tepat mengikut kemahiran, keupayaan dan kebolehan
berdasarkan aspek yang hendak diukur. Perkara sebegini juga boleh diaplikasi
kepada pengetahuan murid. Persoalannya adalah murid-murid di sekolah rendah
benar-benar mengetahui dan memahami konsep PBD memandangkan ia baru
sahaja dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun dan bersedia untuk
melaksanakan PBD serta impaknya terhadap pencapaian Matematik? Pencapaian
murid dalam Matematik juga dipengaruhi dengan tingkah laku murid dalam bilik
darjah. Tingkah laku murid juga bergantung dengan motivasi yang terdapat di
sekeliling ataupun dalam diri (Noraini & Zamri, 2016). Dengan adanya motivasi
dalam diri murid, ia dapat meningkatkan keyakinan diri untuk terus belajar atau
belajar sesuatu yang baharu. Kajian ini juga akan mengambil kira aspek motivasi
intrinsik murid yang membawa maksud motivasi yang dirangsang dalam diri yang
bertujuan untuk mendorong diri terhadap pelaksanaan PBD dan seterusnya
memberi kesan kepada pencapaian Matematik murid. Setiap proses PdP akan
menjadi lancar jika guru tersebut memahami konsep pelaksanaan PBD dengan
memahami kandungan subjek yang diajar, menguasai kemahiran pedagogi dan
pentaksiran (Noraini et al, 2016). Faktor kesediaan guru boleh dijadikan sebagai
penentu kepada kebolehpercayaan murid terhadap guru agar dapat menjalankan
PBD dengan jelas, tepat, adil dan dapat meningkatkan tahap aktif murid dalam
melaksanakan PBD (Noraini et al, 2016). Ketidaksediaan guru dalam PBD akan
menimbulkan pelbagai isu seperti isu kesahan, kebolehpercayaan, praktikaliti,
pentadbiran dan pemantauan (Mohd Haidzir et al, 2019). Kebanyakan guru tidak
bersedia untuk bertindak sebagai penilai PBD dalam bilik darjah dan ia memberi
impak terhadap pencapaian Matematik. Tanggapan negatif murid terhadap guru
akan juga memberi kesan negatif kepada kesediaan murid dalam pelaksanaan
PBD. Oleh itu, persepsi murid terhadap guru Matematik dalam pelaksanaan PBD
menjadi salah satu fokus kajian.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif untuk kajian ini adalah:

i. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara
pengetahuan murid dalam PBD dengan pencapaian Matematik dalam
kalangan murid sekolah rendah di daerah Tuaran.

21

ii. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara
motivasi intrinsik murid dalam PBD dengan pencapaian Matematik dalam
kalangan murid sekolah rendah di daerah Tuaran.

iii. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara
persepsi murid terhadap guru Matematik dalam pelaksanaan PBD dengan
pencapaian Matematik dalam kalangan murid sekolah rendah di daerah
Tuaran.

iv. Mengenal pasti sama ada terdapat pengaruh kesediaan murid dalam PBD
terhadap pencapaian Matematik murid sekolah rendah di daerah Tuaran.

Berikut merupakan soalan kajian:
i. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan murid
dalam PBD dengan pencapaian Matematik dalam kalangan murid sekolah
rendah di daerah Tuaran?
ii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi intrinsik murid
dalam PBD dengan pencapaian Matematik dalam kalangan murid sekolah
rendah di daerah Tuaran?
iii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi murid terhadap
guru Matematik dalam pelaksanaan PBD dengan pencapaian Matematik
dalam kalangan murid sekolah rendah di daerah Tuaran?
iv. Adakah terdapat pengaruh kesediaan murid dalam PBD terhadap
pencapaian Matematik murid sekolah rendah di daerah Tuaran?

METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan data - data kuantitatif
yang dikumpul melalui soal selidik secara atas talian dengan menggunakan Google
Form. Creswell (2008) menyatakan reka bentuk kajian tinjauan adalah langkah-
langkah dalam kajian kuantitatif.

Persampelan
Sampel kajian terdiri daripada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tahun 1 sehingga
Tahun 6 bagi sesi 2021 di daerah Tuaran. Penyelidik membuat keputusan untuk
mendapatkan 370 murid sebagai sampel kajian. Bagi tujuan kajian ini, penyelidik
menggunakan prosedur persampelan rawak mudah untuk memilih sekolah sampel.

Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan sepenuhnya soal selidik sebagai instrumen kajian bagi
memperoleh data daripada responden (Mohammad Chin, Syed & Ramraini, 2017).
Set soalan borang soal selidik adalah yang telah dibangunkan dan diadaptasi item
soalan yang pernah digunakan oleh pengkaji terdahulu. Jumlah keseluruhan item
yang terkandung dalam instrumen dibina dalam kajian ini ialah sebanyak 24 item
berskala jenis Likert 5 mata dan mempunyai 5 bahagian.

Kesahan dan Kebolehpercayaan
Item soalan dalam soal selidik perlu melalui proses kesahan terlebih dahulu
sebelum mengedarkan soal selidik kepada responden. Dalam kajian ini, penyelidik
merujuk kepada penyelia iaitu Dr Ng Lee Fong untuk menilai kesahan kandungan
bagi setiap item yang dibina. Tahap kebolehpercayaan item dapat ditentukan

22

dengan menggunakan interprestasi nilai Alfa Cronbach yang mempunyai julat
antara 0.00 hingga 1.0. Rujuk Jadual 1.

Jadual 1: Jadual Interprestasi Skor Alfa Cronbach (Bond & Fox, 2015)

Skor Alpha Cronbach Tahap Kebolehpercayaan

0.8 hingga 1.0 Sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi

tinggi

0.7 hingga 0.8 Baik dan boleh diterima

0.6 hingga 0.7 Boleh diterima

<0.6 Item perlu dibaiki

<0.5 Item perlu digugurkan

Prosedur Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Penyelidik memerlukan surat kebenaran untuk menjalankan kajian daripada pihak-
pihak tertentu seperti Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Institut Pendidikan
Guru (IPG) Kampus Kent dan PPD Tuaran kerana ia melibatkan sekolah rendah di
daerah Tuaran. Setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan, penyelidik
memohon kebenaran pula daripada sekolah untuk menjalankan kajian sebenar.
Setelah guru besar memberikan kebenaran, penyelidik meminta bantuan daripada
guru sekolah untuk mengedarkan pautan soal selidik kepada murid-murid yang
berkenaan. Setelah data yang diperlukan telah dikumpul dan mencapai jumlah
sampel seramai 370 murid, prosedur penganalisisan data dilaksanakan untuk
memperoleh dapatan kajian. Analisis data dilakukan dengan menggunakan perisian
SPSS versi 28.0. Penyelidik menggunakan dua bentuk analisis data iaitu analisis
statistik deskriptif dan analisis statistik inferensi. Bagi mengintepretasi tahap
kesediaan murid berdasarkan skor min, rujuk kepada Jadual 2.

Jadual 2: Interpretasi Berdasarkan Skor Min

Skor Min Kriteria

1.00 – 2.39 Rendah

2.40 – 3.70 Sederhana

3.71 – 5.00 Tinggi

Sumber: Neuman (2012)

DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Profil Peserta Kajian
Jadual 3,4 dan 5 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden
berdasarkan sekolah, jantina dan tahun.

Jadual 3: Taburan Bilangan Responden Mengikut Sekolah

Sekolah Bilangan Responden Peratus (%)

A 16 4.3

B 24 6.5

C 30 8.1

D 18 4.9

E 27 7.3

23

F 31 8.4
G 36 9.7
H 19 5.1
I 25 6.8
J 28 7.6
K 35 9.5
L 30 8.1
M 23 6.2
N 28 7.6
370 100
JUMLAH

Jadual 4: Taburan Bilangan Responden Mengikut Jantina

Jantina Bilangan Responden Peratus (%)

Lelaki 165 44.6

Perempuan 205 55.4

JUMLAH 370 100

Jadual 5: Taburan Bilangan Responden Mengikut Tahun

Tahun Bilangan Responden Peratus (%)

1 35 9.5

2 39 10.5

3 58 15.7

4 77 20.8

5 97 26.2

6 64 17.3

JUMLAH 370 100

Majoriti responden terdiri daripada murid Sekolah G dengan 36 murid
(9.7%), diikuti Sekolah K dengan 35 murid (9.5%) dan Sekolah F dengan 31 murid
(8.4%). Hanya 3 buah sekolah yang mempunyai jumlah responden kurang daripada
20 murid iaitu Sekolah A dengan 16 murid (4.3%), Sekolah D dengan 18 murid
(4.9%) dan SK Sekolah H dengan 19 murid (5.1%). Selain itu, responden lelaki
terdiri daripada 165 murid (44.6%) manakala responden perempuan pula terdiri
daripada 205 murid (55.4%). Di samping itu, majoriti responden adalah daripada
Tahun 5 iaitu 97 murid (26.2%) dan minoriti adalah daripada Tahun 1 iaitu 35 murid
(9.5%).

Pencapaian Matematik

Jadual 6: Taburan Bilangan Responden Mengikut Tahap Penguasaan dalam PBD

Tahap Penguasaan (TP) Jumlah

12 3 4 5 6

Bilangan 2 19 82 138 112 17 370

Responden

Peratus (%) 0.5 5.1 22.2 37.3 30.3 4.6 100

Majoriti murid iaitu seramai 138 murid (37.3%) memperoleh TP4. 112 murid
(30.3%) mendapat TP5 dan 82 murid (22.2%) mendapat TP3. Hanya 2 murid
(0.5%) daripada jumlah keseluruhan responden yang mendapat TP1. Rumusannya,

24

majoriti responden memperoleh tahap penguasaan yang tinggi dalam pencapaian
Matematik.

Kebolehpercayaan Item Kesediaan Murid dalam PBD
Berdasarkan Jadual 7, nilai Alfa Cronbach bagi setiap aspek adalah pengetahuan =
0.937, motivasi intrinsik = 0.915 dan persepsi = 0.945. Keseluruhannya, nilai Alfa
Cronbach menghampiri 1 iaitu 0.971 dan pada tahap sangat baik dan efektif
dengan tahap konsistensi tinggi. Ini bermaksud instrumen soal selidik mempunyai
nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan dalam kajian.

Jadual 7: Analisis Kebolehpercayaan Item Kesediaan Murid dalam PBD

Pemboleh Bil. Nilai Alfa Catatan

ubah item Cronbach

Pengetahuan 8 0.937 Sangat baik dan efektif dengan tahap

konsistensi tinggi

Motivasi 8 0.915 Sangat baik dan efektif dengan tahap

Intrinsik konsistensi tinggi

Persepsi 8 0.945 Sangat baik dan efektif dengan tahap

konsistensi tinggi

Keseluruhan 24 0.971 Sangat baik dan efektif dengan tahap

konsistensi tinggi

Hubungan antara Kesediaan Murid dalam PBD dengan Pencapaian Matematik

Jadual 8: Kekuatan Hubungan Mengikut Nilai Pekali Korelasi

Saiz Pekali Korelasi (r) Kekuatan Korelasi

±.81 hingga 1.00 Sangat kuat

±.51 hingga .80 Kuat

±.31 hingga .50 Sederhana

±.21 hingga .30 Lemah

±.01 hingga .20 Sangat lemah

Sumber: Cohen, Manion dan Marrison (2011)

Jadual 9: Min Pengetahuan Murid dalam PBD Mengikut Item

Kod Item M SP Tahap
A1
A2 Saya mengetahui maksud PBD. 3.60 1.149 Sederhana
A3
A4 Saya pernah mendengar tentang PBD. 3.70 1.178 Sederhana
A5
Saya tahu tentang PBD melalui guru 3.86 1.127 Tinggi
A6
A7 saya.

A8 Saya mengetahui banyak maklumat 3.29 1.171 Sederhana

mengenai PBD.

Saya tahu PBD tidak membebankan 3.57 1.163 Sederhana

murid dalam pembelajaran bagi subjek

Matematik.

Saya tahu PBD Matematik lebih mudah 3.66 1.141 Sederhana

berbanding peperiksaan Matematik.

Saya tahu PBD akan memudahkan murid 3.67 1.143 Sederhana

untuk berjaya dalam pelajaran untuk

subjek Matematik.

Saya tahu PBD bagi subjek Matematik 3.61 1.169 Sederhana

25

akan lebih disukai oleh semua murid.
KESELURUHAN 3.62 1.155 Sederhana

Berdasarkan Jadual 9, item yang mempunyai nilai min tertinggi ialah item

A3 (M=3.86) pada tahap tinggi manakala item dengan nilai min terendah ialah item

A4 (M=3.29) pada tahap sedarhana. Keseluruhannya, tahap pengetahuan murid

dalam PBD ialah sederhana dengan min 3.62.

Jadual 10: Hubungan Pengetahuan Murid dalam PBD dengan Pencapaian Matematik

Pencapaian Matematik

Pengetahuan Pearson Correlation .550**

Sig. (2-tailed) <.001

N 370

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)

Berdasarkan Jadual 10, terbukti bahawa terdapat hubungan yang positif
signifikan di antara pemboleh ubah pengetahuan murid dalam PBD dengan
pemboleh ubah pencapaian Matematik. Nilai pekali Pearson, r adalah 0.55
manakala nilai p ialah kurang daripada 0.001, iaitu lebih kecil dari 0.05 (r = 0.55, p <
0.05). Ini bermaksud terdapat perkaitan di antara pengetahuan murid dalam PBD
dan pencapaian Matematik. Berdasarkan Jadual 8, ini menunjukkan bahawa
kekuatan korelasi bagi aspek ini adalah pada tahap kuat.

Jadual 11: Min Motivasi Intrinsik Murid dalam PBD Mengikut Item

Kod Item M SP Tahap
B1 Tinggi
B2 Saya melibatkan diri secara aktif dalam 3.85 1.072 Tinggi
B3 Tinggi
B4 PBD bagi subjek MT. Tinggi
B5 Tinggi
B6 Saya sentiasa buat latihan MT untuk 3.94 1.050 Tinggi
B7 Tinggi
mendapatkan skor yang baik.
B8 Tinggi
Saya menyiapkan tugasan MT dalam 3.79 1.072
Tinggi
masa yang ditetapkan.

Saya perlukan bantuan guru untuk 4.29 0.963

menguasai subjek MT.

Saya melakukan aktiviti pembelajaran MT 3.93 1.050

bersama-sama rakan sekelas lain.

Saya belajar MT dengan tekun untuk 4.09 1.329

mendapatkan skor yang lebih baik.

Saya seronok apabila membuat PBD 3.95 1.046

subjek MT kerana mempelajari benda

yang baharu.

Saya belajar melalui kesilapan untuk 4.04 1.044

mendapatkan skor yang lebih baik bagi

subjek MT.

KESELURUHAN 3.99 1.078

Berdasarkan Jadual 11, item yang mempunyai nilai min tertinggi ialah item
B4 (M=4.29) pada tahap tinggi manakala item dengan nilai min terendah ialah item
B3 (M=3.79) pada tahap tinggi. Keseluruhannya, tahap motivasi intrinsik murid
dalam PBD adalah tinggi dengan min 3.99.

Jadual 12: Hubungan Motivasi Intrinsik Murid dalam PBD dengan Pencapaian Matematik

26

Motivasi Pearson Correlation Pencapaian Matematik
.593**
Sig. (2-tailed) <.001
370
N

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)

Berdasarkan Jadual 12, jelas bahawa terdapat perkaitan signifikan positif di
antara pemboleh ubah motivasi intrinsik murid dalam PBD dengan pemboleh ubah
pencapaian Matematik. Perkara ini ditunjukkan oleh nilai korelasi Pearson iaitu
0.593 (r = 0.593) yang terletak di antara -1 dan +1. Nilai signifikan adalah lebih kecil
dari 0.05 iaitu kurang daripada 0.001 (p < 0.05). Berdasarkan Jadual 6, ini
menunjukkan bahawa kekuatan korelasi bagi aspek ini adalah pada tahap kuat.

Jadual 13: Min Persepsi Murid Terhadap Guru Matematik dalam Pelaksanaan PBD Mengikut

Item

Kod Item M SP Tahap

C1 Pelaksanaan PBD oleh guru Matematik 3.97 1.054 Tinggi

menarik minat murid.

C2 Penerangan guru Matematik mengenai 3.93 0.996 Tinggi

aktiviti PBD sangat jelas dan teratur.

C3 Guru Matematik sangat aktif dalam 3.98 0.996 Tinggi

pelaksanaan PBD dalam bilik darjah.

C4 Guru Matematik menggunakan istilah yang 4.04 0.999 Tinggi

mudah difahami, tepat dan jelas apabila

berbincang.

C5 Guru Matematik menggunakan pelbagai 3.94 1.106 Tinggi

cara pengajaran ketika pelaksanaan PBD.

C6 Guru Matematik membuat penilaian yang 4.06 0.972 Tinggi

adil kepada semua murid semasa PBD.

C7 Guru Matematik memberikan masa yang 3.98 1.085 Tinggi

mencukupi kepada murid untuk

menyiapkan tugasan PBD.

C8 Guru Matematik dapat mengawal kelas 4.03 0.975 Tinggi

dengan baik ketika melaksanakan PBD.

KESELURUHAN 3.99 1.023 Tinggi

Berdasarkan Jadual 13, item yang mempunyai nilai min tertinggi ialah item
C6 (M=4.06) pada tahap tinggi manakala item dengan nilai min terendah ialah item
C2 (M=3.93) pada tahap tinggi. Keseluruhannya, tahap persepsi murid terhadap
guru Matematik dalam pelaksanaan PBD tinggi dengan min 3.99.

Jadual 14: Hubungan Persepsi Murid terhadap Guru Matematik dalam Pelaksanaan PBD

dengan Pencapaian Matematik

Pencapaian Matematik

Persepsi Pearson Correlation .528**

Sig. (2-tailed) <.001

N 370

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)

27

Berdasarkan Jadual 12, r = 0.528, p < 0.001 menunjukkan bahawa terdapat
korelasi yang signifikan antara pemboleh ubah persepsi murid terhadap guru
Matematik dalam pelaksanaan PBD dengan pemboleh ubah pencapaian
Matematik. Berdasarkan Jadual 6, ini menunjukkan bahawa kekuatan korelasi bagi
aspek ini adalah pada tahap kuat.
Pengaruh Kesediaan Murid dalam PBD terhadap Pencapaian Matematik
Untuk menentukan terdapatnya pengaruh kesediaan murid dalam PBD terhadap
pencapaian Matematik, ujian regresi linear berganda digunakan.

Jadual 15: Ringkasan Model

Jadual 15 menunjukkan Ringkasan Model. Nilai korelasi di antara
pemboleh ubah bersandar dan ketiga-tiga pemboleh ubah tidak bersandar ialah
0.368. Nilai 2 (pekali determinasi berganda) adalah sebanyak 0.363 menunjukkan
bahawa ketiga - tiga variabel peramal menyumbang sebanyak 36.3% dalam
pemboleh ubah bersandar (pencapaian Matematik). Jadi, ini bermaksud bahawa
terdapat 36.3% pengaruh daripada kesediaan murid dalam PBD terhadap
pencapaian Matematik murid sekolah rendah di daerah Tuaran.

Jadual 16: Jadual ANOVA

Berdasarkan Jadual 16, nilai signifikan untuk kajian ini adalah 0.05. Oleh
sebab nilai p<0.001. iaitu kurang dari nilai signifikan iaitu 0.05, ini bermaksud
sekurang-kurangnya satu faktor adalah lebih signifikan daripada pemboleh ubah
lain. Analisis Linear Berganda mempunyai kaedah penganalisisan iaitu Ujian-F.
Ujian-F digunakan untuk menguji jika terdapat pengaruh dalam kesediaan murid
dalam PBD yang merangkumi 3 aspek terhadap pencapaian Matematik.
Berdasarkan Jadual 16, data menunjukkan bahawa ketiga-tiga pemboleh ubah
tidak bersandar adalah signifikan sebagai pengaruh terhadap pencapaian

28

Matematik (pemboleh ubah bersandar) pada aras kesignifikanan p<0.05. Ini
bermaksud kesediaan murid dalam PBD boleh mempengaruhi pencapaian
Matematik jika ketiga-tiga aspek tersebut dianalisis di bawah satu kumpulan iaitu
kesediaan murid dalam PBD.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Kesimpulan
Dalam kajian ini, penyelidik telah mengenal pasti bahawa faktor yang mendorong
ke arah penerimaan PBD ialah daripada sikap penerimaan murid sendiri di mana
murid mempunyai pengetahuan yang baik hasil daripada membuat PBD. Kekuatan
yang ada pada PBD dapat dilihat ialah pertama terletak kepada murid itu sendiri di
mana murid mempunyai pengetahuan mengenai PBD pada tahap sederhana. Hal
ini terbukti melalui item A3 (Saya tahu tentang PBD melalui guru saya) yang berada
pada tahap tinggi iaitu min = 3.86, sisihan piawai = 1.127. Ini menunjukkan bahawa
guru menjadi pembimbing dalam PBD sangat diperlukan kepada murid untuk
menguasai subjek Matematik dan mencapai tahap penguasaan terbaik. Dengan
bantuan guru, murid akan sentiasa seronok belajar melalui PBD dan sentiasa
bersedia untuk menghadapi PBD.

Selain itu, PBD dapat membentuk murid yang kritis dan kreatif. PBD
memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kebolehan masing-masing
sama ada individu atau berkumpulan. Walau bagaimanapun, mereka memerlukan
bantuan guru untuk menguasai subjek Matematik. Keadaan ini boleh dilihat melalui
item B4 (min = 4.29, sisihan piawai = 0.963). Di samping itu, guru memainkan
peranan penting. Mereka merupakan individu yang terlibat secara langsung dengan
kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kejayaan dan keberkesanan
pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran guru terhadap
tanggungjawab, kelengkapan ilmu, keluhuran budi dan pemudah cara (Noraini et al,
2015). Faktor guru menyumbang kepada kekuatan pelaksanaan PBD dan guru
semestinya tidak dapat elak daripada proses PdP di dalam kelas. Hubungan dua
hala antara guru dan murid perlu diwujudkan bagi memastikan matlamat
pembelajaran tercapai. Sikap adil juga penting dalam pelaksanaan PBD. Dapat
dilihat pada item C6 (Guru Matematik membuat penilaian yang adil kepada semua
murid semasa PBD) yang berada pada tahap tinggi (min = 4.06, sisihan piawai =
0.972).

Dapatan kajian menunjukkan hubungan antara ketiga-tiga aspek kesediaan
murid dalam PBD dan pencapaian Matematik adalah signifikan. Kesediaan murid
dalam PBD juga dapat mempengaruhi pencapaian Matematik murid. Bagi masalah
yang dihadapi semasa melaksanakan PBD, ia sepatutnya ditangani dengan segera
oleh pihak yang berkaitan. Kerjasama daripada pelbagai pihak seperti ibu bapa,
sekolah dan PPD perlu diambil perhatian untuk mengatasi masalah yang
melibatkan murid. Ibu bapa perlu diberi pendedahan dan penerangan mengenai
pelaksanaan PBD supaya dapat membantu pihak sekolah untuk melicinkan
pelaksanaan PBD di sekolah. Untuk pihak guru pula, mereka perlu berusaha untuk
mempelbagaikan kaedah dan aktiviti PdP agar pelaksanaan PBD dapat diterima
murid.

29

Implikasi
Kajian ini memberi gambaran bahawa pengetahuan, motivasi intrinsik dan persepsi
murid terhadap guru Matematik terhadap pelaksanaan PBD berada pada tahap
sederhana dan tinggi. Hasil kajian ini boleh memberi maklumat yang membantu
untuk pihak tertentu dan bertanggungjawab seperti pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia selaku pihak yang menggubal
kurikulum. Dapatan ini boleh digunakan untuk penambahbaikan pelaksanaan PBD
pada beberapa sudut. Dapat dilihat bahawa kesediaan murid dalam PBD ialah
pada tahap yang baik di mana majoriti murid memberi keyakinan yang tinggi
terhadap PBD seperti yang ditunjukkan dalam item pengetahuan, motivasi intrinsik
dan persepsi murid terhadap guru Matematik dalam pelaksanaan PBD. Matlamat
penggubalan sebarang kurikulum adalah dengan mengambil kira persediaan orang
yang disasarkan iaitu keadaan murid yang berada di sekolah sama ada mereka
dapat menerima perubahan atau tidak (Noraini et al, 2015). Dengan dapatan ini,
penyelidik berharap ini dapat membantu penggubal kurikulum.

Cadangan
Cadangan ringkas daripada penyelidik yang boleh diaplikasikan untuk kajian
seterusnya adalah melibatkan sekolah daripada dua daerah untuk mendapatkan
lokasi yang berbeza. Contohnya, melibatkan sekolah di daerah Tuaran dan Kota
Kinabalu dan perbezaan boleh dilakukan berdasarkan sekolah di bandar dan luar
bandar. Di samping itu, penyelidik juga boleh berusaha mendapatkan jumlah
responden yang sama bagi setiap jantina, tahun dan sekolah. Ini memudahkan
penyelidik untuk membuat ujian-T tidak bersandar (untuk menguji perbezaan
signifikan berdasarkan jantina) dan ujian ANOVA (untuk menguji perbezaan
signifikan berdasarkan sekolah dan tahun). Selain itu, penyelidik juga boleh
mengkaji faktor lain yang dapat mempengaruhi pencapaian Matematik dari segi
kesediaan murid seperti motivasi entrinsik.

RUJUKAN

Sh. Siti Hauzimah Wan Omar. (2019). Pengetahuan, Kemahiran, Sikap dan Masalah
Guru dalam Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu di Sekolah
Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(3), 56-67.

Noor Erma Abu & Leong, K. E. (2014). Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran
Guru dan Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Tambahan
Tingkatan 4. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 1-10.

Noraini Bidin & Zamri Mahamod. (2016). Kesediaan Murid Sekolah Menengah Terhadap
Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam Mata Pelajaran Bahasa
Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(1), 64-76.

Mohd Haidzir Yusof@Jusoh & Norasmah Othman. (2019). Isu dan Permasalahan
Pentaksiran Alternatif dalam Sistem Penilaian di Malaysia. e-Prosiding
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor, 24-25 April 2019.

Creswell, J.W. (2008). Educational research planning, conducting, and evaluating
quantitative and qualitative research (3rd Ed.). Pearson Prentice Hall.

Mohammad Chin, Syed Azizi Wafa & Ramraini Ali Hassan. (2017). Niat untuk
Meninggalkan Organisasi, Sistem Kenaikan Pangkat dan Kepuasan Kerja di

30

Kalangan Penjawat Awam Persekutuan yang Dilantik di Bawah Skim
Perkhidmatan Tertutup di Sabah, Malaysia. Journal of The Asian Academy of
Applied Business, 4, 29- 47.
Bond, T. G., & Fox, C. M. (2015). Applying The Rasch Model Fundamental
Measurement in the Human Sciences. (Routledge & T. & F. Group, Eds.)
(Third Edit). New York & London.
Neuman W.L (2012). Understanding Research Canada. Prentice Hall Publisher.
Cohen, L., Manion, L., & Marrison, K. (2011). Research methods in education (7thed.). New
York, USA: Routledge Taylor & Francis Group.

31

PENGGUNAAN KAEDAH INKUIRI TERHADAP TAHAP PENGUASAAN
MURID TAHUN TIGA DALAM TOPIK PENUKARAN UNIT UKURAN
PANJANG

Fatin Nurul Athira binti Ismail, Dr. Ng Lee Fong
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]

ABSTRAK

Kaedah inkuiri telah digunakan untuk membantu meningkatkan tahap penguasaan
murid dalam topik penukaran unit ukuran panjang. Seramai lapan orang murid
daripada 13 orang murid Tahun Tiga dari sebuah sekolah di daerah Tuaran terlibat
dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pelaporan keputusan ujian
bulanan dan hasil kerja murid. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid tidak
memahami dan mengingati cara penukaran unit ukuran panjang melibatkan unit
meter dan sentimeter. Murid kemudiannya didedahkan kepada penggunaan kaedah
inkuiri selama 60 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh empat
minggu. Data kajian dikumpul melalui instrumen ujian bertulis, soal selidik dan temu
bual. Dalam kajian ini, ujia pra dan temu bual digunakan untuk mengetahui
kesalahan yang sering dilakukan oleh murid dalam menukar unit ukuran panjang
melibatkan unit meter dan sentimeter. Ujian pra dan ujian pasca yang dilakukan
pula menunjukkan peningkatan min pencapaian peserta kajian sebanyak 70.88
markah. Dapatan soal selidik juga menunjukkan murid lebih mengingati, memahami
dan seronok belajar topik penukaran unit ukuran panjang melibatkan meter dan
sentimeter melalui kaedah inkuiri. Oleh hal yang demikian, berdasarkan hasil
dapatan kajian, saya merumuskan bahawa tindakan yang dilaksanakan berjaya
meningkatkan tahap penguasaan dan minat murid dalam topik penukaran unit
ukuran panjang melibatkan unit meter dan sentimeter.

Kata kunci: Inkuiri dalam Matematik, Penukaran Unit, Ukuran Panjang, Meter dan
Sentimeter.

PENDAHULUAN
Kaedah pengajaran yang digunakan mempunyai peranan yang penting dalam
meningkatkan kemampuan murid untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran
yang ditetapkan (Norazlin dan Siti Rahaimah, 2018). Hal ini adalah bagi
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) matematik yang berkesan.
Namun demikian, guru masa kini masih menggunakan kaedah pengajaran
tradisional membuatkan murid-murid menjadi bosan dan tidak berminat ketika sesi
PdP berlangsung. Menurut Salehudin, Hassan dan Hamid (2015), perubahan
dalam kaedah pengajaran yang baru beserta dengan rancangan pengajaran yang
kreatif dapat membantu meningkatkan pemahaman murid dengan lebih berkesan.

32

Justeru, guru perlu tahu dan faham setiap kaedah dan teknik pengajaran yang
berkualiti dan bersesuaian dengan Pendidikan Abad ke-21 (PAK-21).

Berdasarkan pengalaman PBS, praktikum fasa 1 dan fasa 2 yang lepas,
pengkaji membuat refleksi kendiri bahawa satu kaedah pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan
pembelajaran yang relevan dan sesuai dengan perkembangan semasa adalah
lebih baik berbanding PdP secara konvensional seperti ‘chalk and talk’. Hal ini
kerana pengkaji mendapati murid-murid kurang menunjukkan minat dan memberi
tumpuan terhadap pembelajaran matematik di dalam kelas kerana kurangnya
penglibatan diri murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Namun, ramai guru
masih selesa menggunakan kaedah pembelajaran ‘chalk and talk’ di mana kaedah
ini lebih memfokuskan peranan guru sebagai sumber maklumat (Asmita, 2013).

Pemahaman konsep yang kukuh dalam subjek Matematik pada peringkat
awal pendidikan dapat membantu murid untuk membina strategi yang teratur bagi
menyelesaikan permasalahan melibatkan subjek tersebut. Oleh itu, mutu
pengajaran matematik perlu diperbaiki bagi membolehkan masalah pemahaman
konsep matematik dapat diatasi dengan sebaiknya. Seperti yang berlaku pada
pengalaman pengkaji sewaktu melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR) dalam topik Ukuran dan Sukatan yang lepas, pengkaji
memerhatikan bahawa kebanyakan murid sudah biasa menggunakan unit meter
dan sentimeter kerana sering menggunakannya dalam kehidupan seharian. Tetapi,
terdapat beberapa orang murid mengalami masalah apabila pengkaji memberikan
lembaran kerja yang memerlukan murid untuk menukarkan unit ukuran panjang
melibatkan meter dan sentimer. Buktinya, kebanyakan jawapan yang diberikan oleh
murid dalam lembaran kerja yang diberikan adalah salah.

FOKUS KAJIAN
Tujuan umum kajian ini adalah untuk membangunkan kaedah pengajaran dan
pembelajaran berasaskan kaedah inkuiri untuk mata pelajaran Matematik peringkat
rendah. Kaedah yang dibangunkan akan menjadi panduan untuk menunjukkan
bagaimana kaedah inkuiri boleh dilaksanakan dalam pengajaran matematik.
Kegagalan murid untuk memahami konsep dalam topik matematik masih berlaku
walaupun setelah diberikan penerangan secara mudah dan ringkas. Hal ini
membuktikan kaedah penerangan secara biasa sahaja tanpa melibatkan diri murid
secara aktif dalam aktiviti pembelajaran tidak berjaya memberi kefahaman yang
kukuh kepada mereka. Oleh itu, bagi menangani masalah ini daripada menjadi lebih
kritikal, pengkaji memperkenalkan kaedah inkuiri kepada peserta kajian untuk
menarik minat dan perhatian mereka dalam aktiviti pembelajaran.

Menurut Mok Soon Sang (2009), langkah-langkah pengajaran melalui kaedah
inkuiri adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti topik kajian
ii. Merancang strategi penyelesaian
iii. Mengumpul maklumat yang berkaitan
iv. Mengkaji dan menganalisis maklumat dikumpul
v. Membuat generalisasi atau rumusan

33

Berdasarkan langkah-langkah pengajaran melalui kaedah inkuiri yang disenaraikan,
maka terbentuklah satu kaedah inkuiri TAKAR yang digunakan oleh pengkaji
terhadap peserta kajian.

i. T – Tahu topik
ii. A – Atur strategi
iii. K – Kumpul maklumat
iv. A – Analisis maklumat
v. R – Rumusan

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengurangkan kesalahan yang dilakukan oleh murid Tahun Tiga semasa
menukar unit ukuran panjang melibatkan unit meter dan sentimeter.

2. Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam topik penukaran unit ukuran
panjang melibatkan unit meter dan sentimeter menggunakan kaedah inkuiri.

3. Mengenal pasti persepsi murid terhadap penggunaan kaedah inkuiri dalam
topik penukaran unit ukuran panjang melibatkan unit meter dan sentimeter.

SOALAN KAJIAN

1. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh murid Tahun Tiga semasa menukar unit
ukuran panjang melibatkan unit meter dan sentimeter?

2. Adakah kaedah inkuiri dapat meningkatkan tahap penguasaan murid dalam
topik penukaran unit ukuran panjang melibatkan unit meter dan sentimeter?

3. Apakah persepsi murid terhadap penggunaan kaedah inkuiri dalam topik
penukaran unit ukuran panjang melibatkan unit meter dan sentimeter?

PESERTA KAJIAN

Kajian ini melibatkan lapan orang murid Tahun Tiga di salah sebuah sekolah
rendah di Tuaran, Sabah. Jantina bagi peserta kajian terdiri daripada empat orang
lelaki dan empat orang perempuan. Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan
analisis markah ujian bulanan murid. Rosinah Edinin (2015) menyatakan bahawa
peserta kajian dipilih mestilah bersesuaian dengan keperluan kajian. Maka,
pemilihan lapan orang peserta kajian ini membantu pengkaji untuk menilai tahap
penguasaan murid dalam menukar unit ukuran panjang melibatkan unit meter dan
sentimeter sebelum dan selepas penggunaan kaedah inkuiri.

Jadual 1: Analisis Markah Ujian Bulanan Murid

Gred Kategori Kekerapan Peratus (%)
A 0
B Sangat baik 0 8
C 31
D Baik 1 31
E 31
Sederhana 4
100
Lemah 4

Sangat Lemah 4

Jumlah 13

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Pelaksanaan kajian ini dilaksanakan berpandukan kepada Model Penyelidikan Kurt
Lewin (1948). Model penyelidikan ini mengandungi empat peringkat dalam gelung
yang bermula dengan perancangan kemudian diikuti dengan tindakan, pemerhatian
dan refleksi.

34

1. Merancang
Masalah utama yang menjadi fokus kajian dikenal pasti. Pemilihan peserta
kajian dilakukan berdasarkan analisis markah ujian bulanan. Kemudian,
pengkaji merancang pelaksanaan tindakan.

2. Tindakan
Melaksanakan ujian pra, tindakan, ujian pasca, mengedarkan soal selidik dan
melaksanakan temu bual. Kaedah inkuiri TAKAR dijadikan panduan pengkaji
dalam pelaksanaan tindakan. Lima peringkat kaedah inkuiri TAKAR adalah
seperti dalam jadual 2.

Jadual 2: Lima Peringkat Kaedah Inkuiri TAKAR Dalam Sesi Tindakan

T Tahu • Guru menentukan topik yang akan dipelajari dalam kajian

topik yang dijalankan.

• Guru mendedahkan topik kajian kepada murid.

• Guru menjelaskan kepada murid topik pada hari ini ialah

Perkaitan Unit Meter dan Sentimeter.

A Atur • Cara pelaksanaan kajian ditentukan melalui sesi soal

strategi jawab bersama murid.

• Murid menentukan cara mengukur objek dengan alat

pengukuran yang sesuai.

• Contoh-contoh soalan:

i. Apakah alat yang sesuai untuk mengukur tinggi

seseorang?

ii. Antara pita pengukur dan pembaris, yang mana

lebih sesuai untuk mengukur panjang pintu?

K Kumpul • Berdasarkan soalan yang diberi, murid memikirkan cara

maklumat dan alat pengukur yang sesuai untuk mengukur objek.

• Murid-murid berbincang bersama rakan dan meneroka

ilmu baru secara kendiri semasa aktiviti mengukur dan

merekodkan ukuran objek pada borang yang disediakan.

A Analisis • Murid mencatat hasil ukuran objek dalam jadual pada

maklumat borang yang disediakan oleh guru.

• Berdasarkan ukuran objek pada borang tersebut, murid

mentafsir maklumat yang dicatat.

R Rumusan • Murid-murid membuat generalisasi atau rumusan

berdasarkan hasil pentafsiran.

3. Pemerhatian
Selepas tindakan, pengkaji mula merekod dan menganalisis segala data yang
diperolehi berdasarkan instrumen kajian yang digunakan.

4. Refleksi
Pengkaji membuat rumusan keseluruhan berkaitan kajian yang telah
dilaksanakan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan kajian.
Penambahbaikan akan dibuat sekiranya terdapat kelemahan yang ketara
dikenal pasti sebagai cadangan tindakan susulan.

35

Kaedah Mengumpul Data

Analisis dokumen
Analisis dokumen yang pengkaji gunakan berbentuk artifak, iaitu kertas ujian pra
dan ujian pasca peserta kajian. Daripada dua ujian tersebut, pengkaji dapat
mengetahui kesalahan dan perkembangan peserta kajian dalam menguasai
kemahiran menukar unit ukuran panjang melibatkan unit meter dan sentimeter.
Temu bual
Pengkaji menemu bual tiga orang peserta kajian untuk mengetahui kesalahan yang
dilakukan oleh peserta kajian serta respon mereka terhadap kaedah inkuiri yang
digunakan dalam sesi tindakan. Peserta kajian yang dipilih ialah PK1, PK3 dan
PK5. Rajah 1 menunjukkan contoh transkrip temu bual peserta kajian 1.
Soal Selidik
Soal selidik digunakan untuk meningkatkan lagi ketepatan maklum balas peserta
kajian terhadap tindakan yang dijalankan. Soal selidik ini juga membolehkan
pengkaji mendapatkan respon jujur daripada peserta kajian terhadap pernyataan-
pernyataan yang dikemukakan di dalam borang soal selidik.

Kaedah Menganalisis Data
Pengkaji telah menganalisis data yang membabitkan hasil kerja murid (ujian pra
dan ujian pasca). Data yang telah dikumpul diteliti dan dianalisis kandungannya.
Perbandingan keputusan murid dalam ujian pra dan ujian pasca dibuat bagi
mendapatkan data tahap penguasaan dan pencapaian peserta kajian. Peratus, min
dan sisihan piawai bagi ujian pra dan ujian pasca dikira dan direkodkan. Selain itu,
pengkaji menganalisis pola bagi transkrip temu bual bagi ketiga-tiga peserta kajian.
Analisis data borang soal selidik pula dilakukan dengan mengira kekerapan bagi
setiap skala untuk setiap item yang diberikan dalam borang soal selidik.

Kaedah Menyemak Data
Pengkaji menggunakan kaedah triangulasi kaedah untuk menyemak data.
Triangulasi kaedah dilakukan dengan membuat perbandingan antara sumber data
yang dikumpul iaitu dokumen ujian pra dan pasca, temu bual dan soal selidik.
Kaedah ini membolehkan pengkaji untuk mengesahkan data yang diperoleh
daripada pelbagai kaedah yang berbeza dalam pengumpulan data penyelidikan
tindakan pengkaji. Contohnya, pengkaji membandingkan temu bual bersama tiga
orang peserta kajian dengan soal selidik terhadap semua peserta kajian. Kedua-
dua sumber ini menunjukkan peserta kajian minat dan seronok belajar
menggunakan kaedah inkuiri.

DAPATAN KAJIAN
1. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh murid Tahun Tiga semasa

menukar unit ukuran panjang melibatkan unit meter dan sentimeter?

Analisis dokumen dilakukan untuk mengetahui kesalahan-kesalahan yang
dilakukan oleh peserta kajian dalam penukaran unit ukuran panjang melibatkan unit
meter dan sentimeter. Pengkaji mendapati terdapat tiga kesalahan yang telah
dilakukan oleh peserta kajian.

36

Jadual 3: Kesalahan peserta kajian dalam menukar unit melibatkan meter dan
sentimeter

K1 K2 K3

Kesalahan peserta kajian adalah melakukan operasi yang salah (K1), menulis
jawapan sesuka hati (K2) dan membuat pengiraan yang salah (K3).

Temu bual dijalankan ke atas tiga orang peserta kajian untuk mengetahui
kesalahan-kesalahan yang dilakukan semasa menjawab ujian pra.

Jadual 4: Temu bual bersama peserta kajian bagi soalan 1

Peserta Soalan temu bual Jawapan temu bual
Kajian
Mengapakah kamu melakukan Saya tulis saja jawapan ikut
PK1 kesalahan ini dalam ujia pra? nombor dalam kertas.
Mengapakah kamu melakukan Saya tidak tahu.
PK3 kesalahan ini dalam ujia pra?
Mengapakah kamu melakukan Saya keliru mau guna darab
PK5 kesalahan ini dalam ujia pra? atau bahagi.

Peserta kajian menyatakan bahawa mereka tidak tahu, keliru dan mengalami
masalah dalam menjawab soalan tersebut. Kesalahan yang dilakukan oleh peserta
kajian dikategorikan kepada tiga kesalahan iaitu menulis jawapan sesuka hati,
menggunakan operasi yang salah dan membuat pengiraan yang salah dalam
bentuk lazim.

2. Adakah kaedah inkuiri dapat meningkatkan tahap penguasaan murid
dalam topik penukaran unit ukuran panjang melibatkan unit meter dan
sentimeter?

Temu bual mendapati bahawa peserta kajian dapat menjawab soalan menukar unit
ukuran panjang melibatkan unit meter dan sentimeter dengan baik.

Jadual 5: Temu bual bersama peserta kajian bagi soalan 2

Peserta Soalan temu bual Jawapan temu
Kajian
bual
PK1
Adakah kamu dapat menjawab soalan pasca Boleh sudah.
PK3
dengan baik selepas sesi pembelajaran tadi?
PK5
Adakah kamu dapat menjawab soalan pasca Ya.

dengan baik selepas sesi pembelajaran tadi?

Adakah kamu dapat menjawab soalan pasca Bolehlah.

37

dengan baik selepas sesi pembelajaran tadi?

Peserta kajian yang ditemu bual memberi respon yang positif terhadap soalan 2.
Mereka dengan yakin menyatakan bahawa mereka sudah boleh menjawab soalan
berkaitan penukaran unit ukuran panjang melibatkan unit meter dan sentimeter
dengan betul. Jadual 6 menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh peserta kajian

Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian
Pasca

120
100

80
60
40
20

0
PK1 PK2 PK3 PK4 PK5 PK6 PK7 PK8

UJIAN PRA UJIAN PASCA

Rajah 1. Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pasca Peserta Kajian

berjaya diatasi selepas tindakan penggunaan kaedah inkuiri dilaksanakan.

Jadual 6: Perbandingan Skrip Jawapan Ujian Pra Dengan Ujian Pasca PK1

Ujian Pra (PK1) Ujian Pasca (PK1)

Jadual 6 membuktikan bahawa peserta kajian sudah boleh menjawab soalan
menukar unit ukuran panjang melibatkan unit meter dan sentimeter dengan betul.
Kesalahan yang sering dilakukan pada awalnya dalam ujian pra sudah dapat
diatasi dan peserta kajian berjaya menjawab soalan dengan betul dalam ujian
pasca.

Ujian pra dijalankan terhadap peserta kajian sebelum kaedah inkuiri
diperkenalkan. Setelah sesi tindakan berjaya dilaksanakan, ujian pasca dijalankan.
Ujian ini adalah bagi mendapatkan maklumat serta bukti kukuh yang dapat
menunjukkan kaedah inkuiri yang dilaksanakan dapat memperlihatkan impak positif
dari segi tahap penguasaan dalam kalangan murid.

38

Selepas tindakan dijalankan, markah keseluruhan peserta kajian telah
menunjukkan peningkatan yang positif. Terdapat peningkatan yang sangat ketara
selepas penggunaan kaedah inkuiri dalam sesi PdP. Malah, terdapat empat orang
peserta kajian yang memperoleh markah penuh 100% dalam ujian pasca. Hal ini
menunjukkan bahawa keempat-keempat peserta tersebut telah menguasai
kemahiran penukaran unit ukuran panjang melibatkan unit meter dan sentimeter.

Jadual 7: Nilai Min dan Sisihan Piawai Bagi Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Analisis Ujian Pra Ujian Pasca Perbezaan
Min, ̅ 12.25 83.13 70.88

Terdapat juga peningkatan pada nilai min skor ujian pasca daripada nilai min skor
ujian pra iaitu sebanyak 70.88. Hal ini jelas menunjukkan purata markah peserta
kajian dalam ujian pasca adalah lebih tinggi daripada purata markah ujian pra.

3. Apakah persepsi murid terhadap penggunaan kaedah inkuiri dalam topik
penukaran unit ukuran panjang melibatkan unit meter dan sentimeter?

Dapatan soal selidik menunjukkan persepsi murid terhadap penggunaan kaedah
inkuiri dalam topik penukaran unit ukuran panjang melibatkan unit meter dan
sentimeter adalah sangat positif. Hal ini kerana hampir kesemua peserta kajian
bersetuju terhadap setiap items yang terdapat dalam borang soal selidik seperti
dalam jadual 8.

Jadual 8: Analisis soal selidik

Pernyataan Sangat Tidak Setuju Sangat
tidak setuju setuju
setuju 1
1 7
1. Saya berasa seronok belajar hari ini. - - 4 6
2. Saya minat mata pelajaran Matematik. - 1 - 3
3. Saya dapat selesaikan tugasan 1 - 2
8
dengan mudah. - -
4. Saya tahu dan faham perkaitan di 6

antara unit meter dan sentimeter.

5. Saya lebih memahami cara - -
penukaran unit ukuran panjang
melibatkan unit meter dan sentimeter.

Temu bual juga mendapati bahawa peserta kajian berasa seronok belajar topik
penukaran unit ukuran panjang melibatkan unit meter dan sentimeter menggunakan
kaedah inkuiri. Hal ini kerana peserta kajian memberikan respon yang baik setelah
penggunaan kaedah inkuiri dalam sesi tindakan dilaksanakan seperti yang tertera
dalam jadual 9.

Jadual 9: Temu bual bersama peserta kajian bagi soalan 3

Peserta Soalan temu bual Jawapan temu

Kajian bual

PK1 Adakah murid berasa seronok belajar Baik.

menggunakan kaedah inkuiri?

39


Click to View FlipBook Version