PK3 Adakah murid berasa seronok belajar Seronok.
menggunakan kaedah inkuiri?
PK5 Adakah murid berasa seronok belajar Suka.
menggunakan kaedah inkuiri?
Justeru, penggunaan kaedah inkuiri bukan sahaja dapat membantu peserta kajian
meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam menukar unit ukuran panjang
melibatkan unit meter dan sentimeter tetapi juga dapat menggalakkan mereka
untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesi pembelajaran. Peserta kajian juga
berasa seronok belajar menggunakan kaedah inkuiri ini.
REFLEKSI
Kajian yang dijalankan berjaya menjawab ketiga-tiga persoalan kajian yang telah
ditetapkan pada awal kajian. Selain itu, pengkaji mendapati terdapat perubahan
dalam sikap pengkaji dan peserta kajian yang mengambil bahagian dalam kajian ini
selepas pelaksanaan kajian. Perubahan yang berlaku dalam diri pengkaji ialah
pengkaji belajar untuk memahami masalah yang dihadapi peserta kajian. Pengkaji
juga belajar untuk bersabar dengan peserta kajian memandangkan peserta kajian
yang dipilih adalah dalam kalangan murid yang lemah dalam mata pelajaran
Matematik. Tambahan lagi, kajian ini bukan sahaja memberi kepuasan kepada
pengkaji tetapi turut memberi kesedaran dan keinsafan kepada pengkaji mengenai
kepentingan pembinaan konsep Matematik kepada murid-murid sekolah rendah.
Pengkaji juga mendapati terdapat perubahan dalam diri setiap peserta
kajian di mana peserta kajian dilihat lebih bersemangat untuk belajar dan
bersungguh-sungguh ketika melaksanakan aktiviti mengukur tiga objek di sekeliling
mereka. Dapatan kajian juga mendapati berlakunya peningkatan prestasi mereka
dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Buktinya, terdapat peningkatan pada nilai
min skor ujian pasca daripada skor ujian pra peserta kajian sebanyak 70.88
markah.
Secara keseluruhannya, pengkaji yakin dan percaya bahawa penggunaan
kaedah inkuiri dalam topik penukaran unit ukuran panjang melibatkan unit meter
dan sentimeter sangat banyak membantu peserta kajian dalam meningkatkan
pemahaman mengenai perkaitan unit meter dan sentimeter serta meningkatkan
kemahiran mereka dalam menukar unit ukuran panjang melibatkan unit meter dan
sentimeter.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Cadangan yang pertama ialah pengkaji perlu memastikan semua bahan dan
peralatan yang diperlukan dalam aktiviti tindakan adalah mencukupi untuk setiap
peserta kajian. Maka, setiap peserta kajian tidak perlu bekerja secara berkumpulan
dan dapat menjimatkan masa.
Bagi soalan ujian pra dan ujian pasca, bilangan soalan boleh ditambah
dengan lebih banyak lagi. Hal ini disebabkan kurangnya bilangan soalan akan
menyebabkan markah bagi setiap soalan adalah tinggi. Maka, jurang keputusan
antara murid menjadi besar walaupun jumlah bilangan soalan yang dijawab dengan
betul adalah sedikit.
40
Seterusnya, pengkaji mencadangkan kajian ini melibatkan lebih ramai
murid. Hal ini bagi memberi peluang bukan sahaja kepada murid yang lemah dan
sangat lemah dalam mempelajari topik-topik dalam mata pelajaran Matematik
dengan menggunakan kaedah inkuiri tetapi juga murid lain yang tidak terpilih
sebagai peserta kajian.
PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, penggunaan kaedah inkuiri adalah merupakan suatu
kaedah yang baik untuk diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
topik-topik mata pelajaran matematik yang sukar difahami murid. Penggunaan
kaedah inkuiri ini sememangnya dapat membantu murid untuk belajar dengan lebih
berkesan dan bermakna seperti yang telah dibuktikan dalam kajian ini. Melalui
kaedah ini, murid-murid tidak memperoleh pengetahuan secara langsung daripada
guru semata-mata tetapi murid akan menerokai ilmu baru ini sendiri semasa
melaksanakan kaedah inkuiri dalam sesi pembelajaran. Kemudian, murid akan
melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan aktiviti. Hal ini membuatkan murid-
murid akan belajar dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri dan
seterusnya meningkatkan prestasi murid.
RUJUKAN
Norazlin Mohd Rusdin, Siti Rahaimah Ali (2018). Implementation of 21st Century Learning
and the Challenges. Faculty of Human Development, Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Malaysia.
Salehudin, N. N., Hassan, H. N., & Hamid, N. A. A. (2015). Matematik dan Kemahiran
Abad Ke-21: Perspektif Pelajar. Jurnal Pendidikan Matematik. Vol. 3, Bil.1,
24- 36. ISSN: 2231-9425.
Asmita, H.D. (2013). Colaborative Learning as Effective Teaching. Global Online Electronic
International Interdisciplinary. Research Journal. 2(1), pp. 400- 403.
Mok Soon Sang (2009). Nota Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran. Multimedia-ES
Resources Sdn. Bhd., Puchong, Selangor.
Rosinah Edinin (2015). Penyelidikan Tindakan: Kaedah & Penulisan. Selangor: Pelangi
Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Mohd Paris, Saleh. (2016). Model pengajaran M-Pembelajaran Berasaskan Kaedah Inkuiri
Mata Pelajaran Sejarah Peringkat Menengah. PhD Thesis, University of Malaya.
41
TRIPIKTO: MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN
PENUKARAN PERPULUHAN KEPADA PERATUS MURID TAHUN TIGA
Haziq Bin Abdul Latif, Dr. Kok Boon Shiong
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu murid tahun tiga bagi meningkatkan
kemahiran penukaran perpuluhan kepada peratus dengan menggunakan kaedah
TriPikto. Seramai sembilan orang murid aliran perdana telah dipilih dari sebuah
sekolah di dalam daerah Tuaran, Sabah sebagai peserta kajian. Hasil tinjauan awal
mendapati bahawa kesemua peserta kajian mempunyai masalah dalam topik
perpuluhan dan peratusan. Dapatan awal menunjukkan peserta tidak berjaya
menyelesaikan soalan, kesilapan operasi dan meneka jawapan. Bagi memastikan
kajian ini mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang baik, triangulasi data
diperoleh melalui kaedah pemerhatian, temubual, ujian dan analisis dokumen.
Intervensi kajian dengan menggunakan bahan konkrit iaitu kaedah TriPikto
dilaksanakan setelah mengenalpasti permasalahan yang berlaku. Ujian pra,
temubual, dan analisis dokumen digunakan untuk mengenalpasti masalah yang
berlaku dalam kalangan peserta kajian. Sepanjang kajian dilaksanakan, kedua-dua
analisis kualitatif dan kuantitatif dilaksanakan. Peningkatan penguasaan peserta
kajian diukur melalui ujian pasca yang dilakukan selepas intervensi TriPikto
diperkenalkan. Dapatan kajian dibincangkan secara teratur dan teliti mengikut
kaedah mengumpul data yang telah dipilih. Pengkaji juga membincangkan
cadangan kajian yang boleh dilakukan pada masa akan datang yang menyentuh
aspek digitalisasi, PAK-21 dan Seni Dalam Pendidikan. Secara tuntasnya,
pendekatan berasaskan bahan konkrit melalui intervensi TriPikto dapat
meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran perpuluhan kepada peratus.
Kata kunci: Kemahiran penukaran, TriPikto, perpuluhan, peratus, konkrit
PENGENALAN
Masalah penguasaan murid dalam topik perpuluhan adalah menjadi salah satu isu
pengajaran pada hari ini. Penguasaan konsep dan kemahiran murid adalah menjadi
perkara yang perlu diselesaikan oleh guru dalam hal ini. Penggunaan bahan
bersifat konkrit adalah menjadi perkara tuntas bagi menjadi penyelesaian untuk
murid yang lemah dalam masalah ini (Cheun & Rosli, 2021).
42
Penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru di dalam bilik darjah harus
diaplikasikan kerana murid akan mudah memahami perkara yang diajar dengan
menggunakan bahan konkrit mengenai perkara perkara abstrak. Kebanyakan
konsep di dalam pendidikan Matematik adalah bersifat abstrak, namun ianya
menjadi tanggungjawab guru bagi memastikan murid -murid memahami dengan
lebih mudah (Kassim & Zakaria, 2015). Melalui cara ini, murid dapat merasai
pengalaman sebenar melalui aktiviti yang dijalankan sekaligus menjadikan
pengajaran di dalam bilik darjah itu lebih bermakna.
Pengumpulan data awal telah diambil melalui kaedah ujian dalam kalangan peserta
kajian yang terlibat. Selain itu, pemerhatian secara berstruktur juga telah dilaksana
untuk memperoleh data yang tepat sepanjang kajian dilaksanakan.
FOKUS KAJIAN
Kajian yang dilaksanakan ini mempunyai fokus terhadap keberkesanan
penggunaan bahan konkrit sebagai penyelesaian untuk sesuatu masalah. Saya
berfokuskan kepada keberkesanan bahan konkrit sebagai intervensi iaitu TriPikto
untuk menyelesaikan masalah atau isu yang wujud iaitu masalah penguasaan
murid dalam kemahiran penukaran perpuluhan kepada peratus. Dalam isu ini,
murid seharusnya menggunakan teknik dan cara yang betul untuk melakukan
kemahiran penukaran perpuluhan kepada peratus bagi mendapatkan jawapan yang
betul dan tepat. Maka, saya ingin mengkaji dengan lebih mendalam mengenai
masalah yang menyebabkan murid kurang menguasai kemahiran penukaran
perpuluhan kepada peratus.
Melalui kajian tindakan ini, murid-murid di sekolah sebagai peserta kajian akan
mudah untuk memahami cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan masalah
yang melibatkan penukaran perpuluhan kepada peratus dengan baik dan mudah.
Intervensi yang diperkenalkan dapat membantu menyelesaikan masalah yang
dihadapi murid sekaligus dapat menjawab persoalan kajian yang terkandung.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Secara terperincinya, kajian ini bermatlamat untuk
1. Mengenalpasti masalah murid Tahun Tiga dalam menguasai kemahiran
penukaran perpuluhan kepada peratus dalam topik perpuluhan
2. Membantu murid Tahun Tiga dalam menguasai kemahiran perpuluhan
kepada peratus dengan Kaedah TriPikto
3. Meningkatkan kaedah pengajaran dan pemudahcaraan guru dalam topik
perpuluhan melalui kaedah TriPikto.
Kajian yang dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk menjawab soalan-soalan
berikut.
1. Apakah masalah murid yang menyebabkan kurang penguasaan dalam
kemahiran penukaran perpuluhan kepada peratus dalam topik perpuluhan?
2. Adakah penggunaan TriPikto mampu meningkatkan penguasaan
kemahiran penukaran perpuluhan kepada peratus dalam topik perpuluhan
dalam kalangan murid Tahun Tiga?
3. Bagaimanakah kaedah TriPikto dapat membantu guru dalam meningkatkan
kaedah pengajaran dan pemudahcaraan guru dalam topik perpuluhan
melalui kaedah TriPikto?
43
PESERTA KAJIAN
Saya telah menetapkan untuk melaksanakan proses intervensi TriPikto kepada
kumpulan sasaran saya iaitu seramai 30 orang murid dan hanya 9 orang murid
sahaja dipilih untuk menjadi peserta kajian berdasarkan analisis dokumen dan
pemerhatian dijalankan. 9 orang murid ini hanya mendapat skor bahawah 40%
sahaja dimana mereka dikategorikan sebagai murid yang sangat lemah dan
memerlukan bimbingan.Selain itu, mereka ini juga mempunyai masalah tidak
mengetahui konsep penukaran perpuluhan kepada peratus. Bagi kajian ini,
pengkaji telah memberikan bimbingan terhadap sembilan orang murid tersebut
kerana berdasarkan keputusan pencapaian ujian diagnostik,saya mendapati murid
ini agak lemah dan perlu dibantu.
KOD PESERTA UMUR JANTINA ETNIK
A1 9 L BAJAU
A2 9 L BAJAU
A3 9 L BAJAU
A4 9 L KADAZAN
A5 9 L KADAZAN
A6 9 P BAJAU
A7 9 P BAJAU
A8 9 P BAJAU
A9 9 P BAJAU
Dari segi etika dan kerahsiaan, nama peserta dirahsiakan bagi menjaga etika dalam
penyelidikan tindakan. Nama dari segi pengekodan ditentukan oleh guru bagi setiap
pelajar yang menjadi peserta kajian.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Intervensi Kaedah TriPikto
Penggunaan bahan konkrit ini dihasilkan bertujuan untuk menyelesaikan masalah
yang ada dalam kajian ini. Pengkaji memikirkan bahawa bahan konkrit merupakan
kaedah yang boleh digunakan sebagai intervensi dalam menyelesaikan
permasalahan kajian ini.
44
Kaedah TriPikto merupakan suatu intervensi dimana pengggunaan bahan konkrit
dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran penukaran perpuluhan
kepada peratus. Intervensi ini bukan hanya dapat membantu penukaran perpuluhan
kepada peratus, malah sebaliknya juga. Penggunaan bahan bersifat konkrit ini
dapat membantu murid membuat penyelesaian secara berurutan dalam membuat
penukaran perpuluhan kepada peratus dengan baik seterusnya dapat
menyelesaikan soalan yang berkaitan.
Cara-Cara untuk mengendalikan intervensi TriPikto.
1) Murid meletakkan potongan kad peratus diikuti kad perpuluhan dan 100%.
2) Untuk menukarkan nombor perpuluhan kepada peratus, perpuluhan mesti
didarab dengan 100%. Murid perlu melihat kad apa yang diletakkan terlebih
dahulu.
3) Operasi boleh dilakukan dalam bentuk lazim atau bentuk alternatif yang
diperkenalkan
4) Jawapan penukaran dalam peratus akan diperoleh setelah operasi
dilakukan.
DAPATAN KAJIAN
Kajian ini mempunyai dapatan yang menjawab ketiga-tiga persoalan kajian yang
terkandung.
Masalah Murid Dalam Penguasaan Kemahiran Penukaran Perpuluhan Kepada
Peratus
Dapatan menunjukkan bahawa persoalan ini berjaya dijawab oleh beberapa
instrumen yang digunakan seperti analisis dokumen, temubual dan senarai semak
pemerhatian berstruktur.
i. Temubual
45
Temubual juga mendapati guru bersetuju dan menyatakan bahawa terdapat
permasalahan yang utama murid dalam kemahiran ini. Ini dapat dibuktikan melalui
petikan temubual yang direkod.
“..Ya, murid mempunyai masalah dalam menguasai topik ini kerana bersifat abstrak
dan hafalan. Balik-balik salah juga jawapan mereka. Ada yang meneka jawapan
saja tau...” (G1)
“..Ya,murid Tahun 3 kelas saya kelihatan tidak mahir dalam membuat penukaran
perpuluhan kepada peratus. Sudah banyak kali saya membuat ulang ajar. Tapi,
masih sama..” (G2)
Melalui perbincangan temubual guru ini, saya dapat mentafsirkan bahawa terdapat
kepincangan masalah yang berlaku iaitu masalah murid dalam memahami konsep
penukaran perpuluhan kepada peratus dengan baik.
ii. Pemerhatian Berstruktur
Berdasarkan pemerhatian juga, dapatan mendapati bahawa murid kelihatan tidak
berminat melalui tingkah laku murid ketika menjawab soalan ujian pra dijalankan. Ini
dapat dilihat melalui borang senarai semak pemerhatian berstruktur melalui senarai
semak pengkaji.
No Kelakuan ketika Bilangan Peratus
menjawab ujian pra
1 Menjawab dengan 21 70%
tenang dan bersedia
2 Melihat rakan di sebelah 4 13.3%
3 Termenung 5 16.6%
Melalui jadual ini, dapat diperhatikan bahawa terdapat wujudnya masalah yang
dihadapi murid berdasarkan tingkahlaku ketika menjawab ujian pra.
46
iii. Analisis Instrumen
Melalui analisis dokumen terhadap ujian pra, pengkaji mendapati terdapat
beberapa kesilapan yang berlaku yang menunjukkan murid tidak menguasai
kemahiran penukaran perpuluhan kepada peratus. Sebagai contoh, kesilapan
operasi, meneka jawapan dan tidak menjawab soalan. Instrumen ini boleh
dilakukan oleh guru bagi mengenalpasti kelemahan dan kesilapan murid ketika
melakukan penukaran perpuluhan kepada peratus.
Dapatan menujukkan bahawa kesemua 9 orang peserta kajian menunjukkan
kesilapan yang berbeza melalui ujian yang dijalankan. Melalui dapatan ini jelas
menunjukkan peserta kajian mempunyai masalah yang berkaitan dalam kajian ini.
Maka, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga instrumen ini dapat menjawab
persoalan kajian yang pertama.
Penggunaan Intervensi TriPikto dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran
Perpuluhan Kepada Peratus
Dalam persoalan kajian ini, instrumen yang digunakan ialah ujian. Dapatan ujian
mendapati bahawa terdapat kesan positif penggunaan TriPikto dalam menjawab
persoalan kajian ini. Ujian pra dijalankan bagi mengesan tahap penguasaan
sebelum intervensi manakala ujian pasca dijalankan selepas intervensi.
47
Melalui graf yang ditunjukkan di atas, adalah dapat dilihat berlaku peningkatan bagi
setiap markah yang diperoleh peserta kajian semasa ujian pra. Berlaku juga
peningkatan ketika ujian pasca dijalankan. Dapat dilahat berlakunya keberkesanan
kaedah TripIkto yang diperkenalkan oleh pengkaji bagi kajian ini.
Murid Markah Ujian Pra Markah Ujian Perbezaan Markah
Pasca (%)
A1 20% 60% +40
A2 20% 80% +60
A3 20% 80% +60
A4 0% 60% +60
A5 40% 80% +40
A6 40% 60% +20
A7 0% 60% +60
A8 40% 100% +60
A9 20% 60% +40
48
Berdasarkan jadual yang ditunjukkan, dapat dilihat bahawa terdapat peningkatan
yang ketara dapat dicapai oleh peserta kajian sebelum dan selepas intervensi
TriPikto diperkenalkan. Secara keseluruhannya, peningkatan markah dapat
ditunjukkan sebelum kepada selepas intervensi dilaksanakan ketika kajian.
Kesemua peserta kajian dapat menunjukkan peningkatan setelah kaedah TriPikto
digunakan sewaktu menjawab soalan penyelesaian penukaran perpuluhan kepada
peratus dalam ujian pasca yang dijalankan.
Penggunaan Kaedah TriPikto dalam Meningkatkan Kaedah PdPc Guru
Melalui analisis dokumen, dapat menunjukkan bahawa penggunakan kaedah
TriPikto dapat meningkatkan kaedah PdPc guru. Ini dapat dilihat melalui kaedah
yang diperkenalkan oleh guru dapat diikuti oleh peserta kajian dalam hal ini. Murid
didapati memilih beberapa kedah yang diikuti dengan baik seperti melukis segitiga
dan melakukan jalan kira seperti yang terkandung dalam prosedur Kaedah Tripikto
yang diperkenalkan. Penerapan PAK-21 juga boleh diterapkan dengan
menggunakan bahan konkit bagi memastikan pengajaran menjadi lebih baik
(Mantihal & Maat, 2020).
REFLEKSI
Kajian ini telah mendatangkan implikasi yang positif kepada diri pengkaji kerana
telah banyak memberi pengetahuan dan pengalaman baru. Pengkaji telah
menimba pengetahuan baharu mengenai kaedah menjalankan kajian terutamanya
prosedur kajian tindakan dilaksanakan. Kedua, Pengkaji juga telah menyedari
bahawa terdapat wujudnya perbezaan latar belakang dalam kalangan murid.
Wujudnya keadaan murid yang baik dan serba kurang dalam aspek akademik.
Saya juga telah mendapati bahawa murid juga semakin aktif ketika kajian ini
dijalankan. Ini dapat dilihat melalui intervensi dengan menggunakan bahan konkrit
iaitu TriPikto dijalankan kepada murid. Pembelajaran aktif dalam kalangan murid
dapat membuktikan bahawa berlakunya pemahaman ketika belajar (Wan & Nur,
2015). Selain itu, kajian ini juga dapat menjadi salah satu kaedah alternatif kepada
murid dalam menjawab soalan yang berkaitan. Kaedah ini dapat memudahkan
murid dalam memahami dan menguasai suatu kemahiran dan konsep.
Seterusnya, pihak sekolah juga dapat impak positif melalui kajian ini menerusi
perkongsian pintar yang dikakukan ketika pelaksanaan kajian. Ini dapat dibukti
melalui perkongsian pintar oleh pengkaji kepada guru yang berkaitan. Secara tidak
langsung memberi kelebihan win-win situation kepada kedua pihak yang terlibat
dalam kajian ini.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Setelah kajian tindakan ini dilaksanakan, saya telah memikirkan beberapa
cadangan kajian lanjutan setelah kajian ini dilaksanakan. Pertama, perlaksanaan
intervensi ini ditingkatkan lagi dengan menggunakan kaedah TMK. Bahan konkrit ini
boleh dijadikan bahan TMK sebagai intervensi pada masa yang mendatang. Pada
masa ini, penggunaan TMK dalam pendidikan amat penting dan giat luas
digunakan. Hal ini demikian kerana pada era pasca pandemik Covid-19 ini,
penggunaan TMK sering digunakan bagi menggantikan pengajaran berbentuk
49
fizikal. Adalah menjadi harapan saya agar intervensi ini digunapakai dalam bentuk
TMK bagi meningkatkan kaedah PdPc dalam kalangan guru. Bukan itu sahaja,
mendigitalisasikan produk kepada bentuk TMK juga dapat memberi peluang dan
ruang kepada guru dan murid untuk meneroka dengan lebih luas mengenai amalan
pengajaran berbentuk digital dengan lebih baik.
Selain itu, kajian lanjutan yang boleh dicadangkan penggunaan intervensi ini
sebagai bahan untuk melaksanakan pengajaran secara kolaboratif. Hal ini
sekaligus dapat mendukung amalan PAK21 di dalam bilik darjah. Penggunaan
intervensi ini boleh ditambahbaik dengan melaksanakan aktiviti berkumpulan
semasa mengendali dan menggunakan intervensi ini oleh guru dan murid. Secara
tidak langsung amalan kerja berpasukan dapat diterapkan dalam kalangan murid
ketika menggunakan intervensi ini. Apabila aktiviti kolaboratif dijalankan, maka
strategi pengajaran bersifatkan bahan dan berpusatkan pelajar dapat diterapkan
seterusnya pengajaran dapat berlangsung secara dua hala dan pengajaran
bersifatkan kaedah tradisional dapat diminimakan.
Ketiga, cadangan kajian lanjutan lanjutan yang dicadangkan ialah dengan
menerapkan seni dalam pendidikan khususnya muzik ketika intervensi dijalankan.
Dalam hal ini, pengkaji mencadangkan bahawa perlu ada pemurnian dalam cara
untuk mengingati langkah untuk menyelesaikan masalah mengikut prosedur yang
betul. Antara cadangan yang diutarakan oleh pengkaji ialah dengan menerapkan
hafalan berbentuk bunyian muzik. Hal ini sekaligus dapat membantu murid untuk
mengingati perkara yang berkaitan untuk jangka masa yang panjang tanpa perlu
menghafal prosedur dengan sukar.
RUJUKAN
Wan Hasmah Wan Mamat & Nur Munirah Teoh Abdullah. (2015). Pembelajaran Aktif.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Chuen, T. L., & Rosli, R. (2021). The Content Domain Analysis of the Revised KSSR
Standard 4 Mathematics Textbook Version 2017. Jurnal Pendidikan Sains Dan
Matematik Malaysia, 11(2), 51-66.
Kassim, N., & Zakaria, E. (2015). Integrasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik: Analisis keperluan guru. In Prosiding
Seminar Education Graduate Regional Conference (EGRC 2015).
Mantihal, S., & Maat, S. M. (2020). Pengaruh Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21)
Terhadap Minat Murid Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik: Satu
Tinjauan Sistematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 82-91.
50
PENGGUNAAN LiMi BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENUKARAN UNIT
LITER DAN MILILITER DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4
Joan Ng, Dr. Ng Lee Fong
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dilaksanakan apabila pengkaji mendapati majoriti murid Tahun 4
yang ditemui semasa menjalankan Pembelajaran Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa
Ketiga membuat kesilapan dalam menjawab soalan kuiz mini berkaitan dengan
konsep penukaran unit liter dan mililiter. Murid juga kelihatan bosan dan kurang
berminat untuk menulis jawapan. Masalah ini telah memberikan inspirasi kepada
pengkaji untuk menghasilkan alat inovasi LiMi bagi membantu murid menguasai
konsep tersebut serta meningkatkan tahap minat murid dalam topik Ukuran dan
Sukatan. Miskonsepsi murid yang terdapat bagi konsep penukaran unit liter dan
mililiter juga akan dihuraikan oleh pengkaji agar pengkaji dapat mengetahui punca
masalah murid. Seramai dua belas peserta kajian telah terlibat dalam kajian ini.
Bagi pengumpulan data, pengkaji telah menggunakan gabungan kajian kualitatif
dan kuantitatif yang melibatkan menganalisis data ujian pra dan pos, menghuraikan
miskonsepsi murid, pemerhatian serta borang soal selidik. Hasil analisis data
mendapati alat inovasi LiMi berjaya meningkatkan tahap penguasaan murid dalam
konsep penukaran unit liter dan mililiter, di mana min bagi ujian pra (15.00%) dan
ujian pos (88.33%) mempunyai perbezaan sebanyak 73.33%. Sisihan piawai bagi
ujian pra (18.48) dan ujian pos (9.860) juga mempunyai perbezaan sebanyak
8.620. Selain itu, kebanyakan murid memberi respon yang positif selepas
menggunakan inovasi LiMi yang menunjukkan tahap minat murid meningkat.
Berdasarkan pemerhatian pula, kesemua peserta kajian menunjukkan perubahan
sikap yang positif dan mendapat skala ‘ya’ dalam borang soal selidik selepas
penggunaan alat inovasi LiMi. Kajian ini diharapkan dapat memberi inspirasi
kepada guru-guru di sekolah dalam penerapan kaedah pengajaran yang pelbagai
seperti penggunaan inovasi dalam sesi PdP.
Kata kunci: Alat inovasi LiMi, konsep penukaran unit liter dan mililiter, miskonsepsi
PENGENALAN
Sistem pendidikan di Malaysia lebih menitikberatkan hafalan dan pencapaian
akademik sehingga menepis banyak kehendak dan keseronokan belajar murid
semasa sesi Pengajaran dan Pembalajaran (PdP) Matematik dijalankan (Amina
Min, t.t). Pendidikan yang berkualiti seharusnya memberikan kuasa kepada murid,
suara, mendedahkan potensi mereka, menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan
diri serta meluaskan pandangan dan pemikirannya kepada dunia tanpa sempadan
(Tribus, 1992 dalam Samion et al., 2017).
Semasa menjalankan PBS Fasa Ketiga pada semester 4, pengkaji
mendapati bahawa kebanyakan murid dalam kelas Tahun 4 Bestari menghadapi
masalah dalam penguasaan konsep penukaran unit liter dan mililiter. Pengalaman
51
ini telah memberikan inspirasi kepada pengkaji bahawa suatu tindakan harus
dilaksanakan untuk membantu murid. Oleh itu, pengkaji telah menghasilkan sebuah
inovasi yang bertajuk LiMi (liter dan mililiter).
Inovasi ini akan digunakan semasa pengkaji menjalankan Praktikum Fasa
Kedua terhadap murid kelas Tahun 4C. Selain Kelas 4C, pengkaji juga akan
menggunakan inovasi ini terhadap murid Kelas 4D sebagai tujuan penyebar luasan
penggunaan alat inovasi LiMi ini. Kajian ini diharapkan dapat membantu murid
menguasai konsep penukaran unit liter dan mililiter serta mempunyai tahap minat
yang lebih tinggi terhadap topik ini selepas memperkenalkan inovasi LiMi.
FOKUS KAJIAN
Kajian ini adalah tertumpu kepada murid tahun 4 yang menghadapi masalah dalam
penguasaan konsep penukaran unit liter dan mililiter. Alat inovasi LiMi akan
digunakan untuk membimbing murid sehingga mereka mahir dalam konsep yang
dinyatakan. Walau bagaimanapun, alat inovasi ini hanya akan tertumpu kepada
konsep penukaran unit liter dan mililiter sahaja dan tidak termasuk unit lain.
Bagi kajian ini, pengkaji telah menganalisis dokumen iaitu kuiz mini sebagai
instrumen pengumpulan data awal. Bagi melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji
telah merujuk kepada Model Lewin (1948) seperti dalam Rajah 1.
Merancang
Mereflek Bertindak
Memerhati
Rajah 1. Model Lewin, 1948
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif bagi kajian ini ialah:
1. Mengukur tahap penguasaan murid Tahun 4 dalam penukaran
unit liter dan mililiter dengan menggunakan alat inovasi LiMi.
2. Menghuraikan miskonsepsi murid yang terdapat dalam konsep
penukaran unit liter dan mililiter.
3. Mengukur tahap minat murid terhadap topik Ukuran dan Sukatan
setelah alat inovasi LiMi digunakan.
52
SOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi menjawab dan menjelaskan tiga persoalan kajian berikut:
1. Apakah tahap penguasaan murid dalam penukaran unit liter dan
mililiter selepas alat inovasi LiMi digunakan?
2. Apakah miskonsepsi murid yang terdapat dalam konsep
penukaran unit liter dan mililiter?
3. Adakah terdapat perbezaan dalam tahap minat murid terhadap
topik Ukuran dan Sukatan sebelum dan selepas alat inovasi LiMi
digunakan?
PESERTA KAJIAN
Kajian ini melibatkan 12 murid dari kelas Tahun 4C dan Tahun 4D di sebuah
Sekolah Kebangsaan di daerah Miri, Sarawak. Peserta kajian akan dikodkan
dengan PK1, PK2, PK3 dan seterusnya untuk mengenal pasti peserta kajian tanpa
menggunakan nama sebenar mereka.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Melaksanakan Melaksanakan Memperkenalkan Melaksanakan
kuiz mini ujian pra inovasi LiMi ujian pos
(Dapatan Awal) Melaksanakan Melaksanakan
pemerhatian pemerhatian
Rajah 2. Pelaksanaan Kajian
Pelaksanaan kajian ini adalah berpandukan urutan yang ditunjukkan dalam
Rajah 2. Pengkaji telah menggunakan gabungan kajian kualitatif dan kuantitatif
yang melibatkan menganalisis data ujian pra dan pos, pemerhatian serta borang
soal selidik. Kaedah persampelan bertujuan juga digunakan untuk mengenal pasti
peserta kajian yang menghadapi masalah dalam menguasai konsep penukaran unit
liter dan mililiter.
TAHAP PENGUASAAN MURID DALAM PENUKARAN UNIT LITER DAN
MILILITER SEBELUM DAN SELEPAS ALAT INOVASI LIMI DIGUNAKAN
Berdasarkan Jadual 1, terdapat peningkatan yang ketara dicapai sebelum dan
selepas penggunaan inovasi LiMi. Kesemua peserta kajian dapat menunjukkan
peningkatan selepas penggunaan inovasi LiMi bagi menjawab soalan yang
berkaitan dengan konsep penukaran unit liter dan mililiter.
Jadual 1
Analisis Pencapaian Peserta Kajian Sebelum Dan Selepas Penggunaan Inovasi
LiMi
53
Peserta Markah Markah Peratus Peratus Peningkatan
Kajian Ujian Ujian Ujian Ujian Pencapaian
Pra Pos Pra (%) Markah (%)
PK1 1 5 20 Pos (%)
PK2 0 4 0 100 80
PK3 3 5 60 80 80
PK4 0 4 0 100 40
PK5 1 4 20 80 80
PK6 0 4 0 80 60
PK7 0 4 0 80 80
PK8 1 5 20 80 80
PK9 0 4 0 100 80
PK10 2 5 40 80 80
PK11 1 5 20 100 60
PK12 0 4 0 100 80
80 80
Pengkaji juga menganalisis perbezaan min dan sisihan piawai bagi ujian pra dan
ujian pos. Hasil analisis adalah seperti dalam Jadual 2.
Jadual 2
Perbandingan Analisis Nilai Min Dan Sisihan Piawai Ujian Pra Dan Pos
Analisis Ujian Pra Ujian Pos Perbezaan
Min, 15.00% 88.33% 73.33%
Sisihan Piawai, 18.48 9.860 8.620
Dengan melihat kepada perbezaan min bagi ujian pra dan pos sebanyak
73.33%, ini membuktikan bahawa tahap penguasaan murid Tahun 4 dalam
penukaran unit liter dan mililiter dengan menggunakan alat inovasi LiMi telah
meningkat. Nilai sisihan piawai ujian pos yang lebih rendah menunjukkan markah
ujian peserta bersifat homogen iaitu markah-markah peserta kajian saling
berdekatan. Hal ini membuktikan alat inovasi LiMi dapat meningkatkan penguasaan
konsep penukaran unit liter dan mililiter.
MISKONSEPSI MURID TAHUN 4 YANG TERDAPAT DALAM KONSEP
PENUKARAN UNIT LITER DAN MILILITER
Melalui hasil analisis dokumen ujian pra peserta kajian, terdapat beberapa
miskonsepsi yang dapat dikesan. Jadual 3 menunjukkan hasil analisis dokumen
ujian pra mengenai miskonsepsi yang terdapat dalam kalangan peserta kajian
mengenai konsep penukaran unit liter dan mililiter.
Kod Miskonsepsi Jadual 3
M1 Jenis Miskonsepsi
Jenis Miskonsepsi
Menyusun semula nombor sesuka
hati.
M2 Menyalin balik digit yang terdapat
pada soalan.
54
M3 Membuat operasi penolakan dan
penambahan.
M4 Terkurang gerakan titik perpuluhan
M5 Meletakkan titik perpuluhan sesuka
hati.
M6 Mengulang unit yang terdapat
dalam soalan.
Berdasarkan analisis ujian pra ini, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa
terdapat 6 jenis miskonsepsi yang dikesan dalam peserta kajian. Jadual 4
menunjukkan analisis kekerapan peserta kajian menunjukkan miskonsepsi.
Jadual 4
Analisis Kekerapan Peserta Kajian Menunjukkan Miskonsepsi
Peserta Kekerapan Miskonsepsi Dalam Ujian Pra Jumlah
Kajian
M1 M2 M3 M4 M5 M6
PK1
PK2 050000 5
PK3
PK4 041000 5
PK5
PK6 010100 2
PK7
PK8 041000 5
PK9
PK10 121000 4
PK11
PK12 000005 5
Jumlah
000050 5
020110 4
031010 5
000030 3
021010 4
020030 5
1 25 5 2 14 5 52
Berdasarkan jadual tersebut, miskonsepsi yang paling banyak dilakukan
oleh peserta kajian ialah kod M2 iaitu menyalin balik digit yang terdapat pada
soalan. Miskonsepsi ini paling kerap diulangi kerana peserta kajian tidak tahu
kaedah untuk mengaplikasikan konsep penukaran unit liter dan mililiter. Oleh sebab
itu, mereka hanya mampu menyalin balik digit yang terdapat dalam soalan.
PERBEZAAN DALAM TAHAP MINAT MURID TERHADAP TOPIK ISIPADU
SEBELUM DAN SELEPAS ALAT INOVASI LIMI DIGUNAKAN
Soal Selidik
Tahap minat murid terhadap topik Ukuran dan Sukatan bagi peserta kajian adalah
sangat tinggi. Kesemua peserta kajian memberi respon yang positif di mana
55
mereka bersetuju dengan pernyataan positif dan tidak bersetuju dengan pernyataan
negatif borang soal selidik selepas menggunakan inovasi LiMi bagi menyelesaikan
soalan yang berkaitan dengan penerapan konsep penukaran unit liter dan mililiter.
Jadual 5 menunjukkan hasil analisis soal selidik.
Jadual 5
Analisis Borang Soal Selidik
Kenyataan Skala Kekerapan Peratus
Kekerapan
1. Saya berasa seronok Sangat Bersetuju 8
apabila menggunakan alat Setuju 4 (%)
inovasi LiMi. Tidak Bersetuju 0
Sangat Tidak Bersetuju 0 66.67
2. Saya lebih suka cara Sangat Bersetuju 0 33.33
pengajaran guru sebelum Setuju 0
ini. Tidak Bersetuju 9 0
Sangat Tidak 0
3. Saya gembira apabila Bersetuju 3 0
guru mengajar dengan Sangat Bersetuju 0
menggunakan alat inovasi Setuju 8 75
LiMi. Tidak Bersetuju 4
4. Saya mahu Sangat Tidak Bersetuju 0 25
meneruskan pelajaran Sangat Bersetuju 0
dengan menggunakan alat Setuju 11 66.67
inovasi LiMi. Tidak Bersetuju 1 33.33
5. Saya suka kerana Sangat Tidak Bersetuju 0
dapat memahami dengan Sangat Bersetuju 0 0
lebih jelas setelah Setuju 7 0
menggunakan alat inovasi Tidak Bersetuju 5 91.67
LiMi. 0 8.33
6. Saya tidak mengantuk Sangat Tidak Bersetuju 0
semasa guru 0 0
menggunakan alat inovasi Sangat Bersetuju 58.33
LiMi. Setuju 9 41.67
7. Penggunaan alat Tidak Bersetuju 3 0
inovasi LiMi sangat Sangat Tidak Bersetuju 0
menarik dan tidak Sangat Bersetuju 0 0
membosankan. Setuju 11
8. Saya lebih Tidak Bersetuju 1 75
bersemangat untuk belajar Sangat Tidak Bersetuju 0 25
semasa menggunakan Sangat Bersetuju 0 0
alat inovasi LiMi. Setuju 6 0
Tidak Bersetuju 6 91.67
Sangat Tidak Bersetuju 0 8.33
0 0
0
50
50
0
0
Pemerhatian
56
Pengkaji telah menggunakan dua keping borang senarai semak yang sama bagi
membandingkan tahap minat murid terhadap topik Ukuran dan Sukatan sebelum
dan selepas alat inovasi LiMi digunakan.
Jadual 6
Analisis Borang Senarai Semak
Kenyataan Skala Sebelum Selepas
1. Murid Ya Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus
berfokus
dalam sesi Kekerapan (%) Kekerapan (%)
Google Meet.
4 33.33 12 100
Tidak 8 66.67 0 0
2. Murid lelaki Ya 3 50 6 100
melibatkan diri Tidak 3 50 0 0
dalam aktiviti 2 33.33 6
secara Ya 4 66.67 0 100
sukarela. Tidak 3 25 12 0
3. Murid
perempuan Ya 9 75 0 100
melibatkan diri
dalam aktiviti Tidak 5 41.67 12 0
secara 7 58.33 0
sukarela. Ya 3 12 100
4. Murid Tidak 9 25 0 0
mempunyai 5 75 12
kecendungan Ya 7 41.67 0 100
untuk belajar Tidak 58.33 0
topik yang
diajar oleh Ya 100
guru. Tidak 0
5. Murid cuba
menjawab
soalan yang
ditanya oleh
guru.
6 Murid
kelihatan
sangat
gembira
semasa guru
mengajar.
7. Murid
bersemangat
untuk belajar.
8. Murid Ya 4 33.33 12 100
mematuhi dan
57
mengikuti Tidak 8 66.67 0 0
arahan guru.
Berdasarkan Jadual 6, semua peserta kajian menunjukkan perubahan sikap yang
positif dan mendapat skala ‘ya’ berdasarkan pemerhatian selepas penggunaan alat
inovasi LiMi. Dengan itu, pengkaji dapat merumuskan bahawa tahap minat mereka
untuk mempelajari topik Ukuran dan Sukatan bertambah.
REFLEKSI
Setelah selesai menganalisis dapatan kajian, pengkaji telah membuat refleksi
terhadap kajian ini. Sebelum memulakan kajian ini, pengkaji telah mendapati
bahawa hasil kuiz mini yang telah dijalankan pada murid Tahun 4 Bestari semasa
PBS Fasa 3 adalah tidak memuaskan. Oleh sebab itu, pengkaji telah membuat
keputusan untuk menghasilkan inovasi LiMi untuk mengatasi masalah tersebut.
Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji ingin mengenal pasti tahap
penguasaan, miskonsepsi dan tahap minat murid Tahun 4 dalam penukaran unit
liter dan mililiter setelah menggunakan alat inovasi LiMi. Walau bagaimanapun,
pengkaji telah menghadapi cabaran di mana pengkaji tidak dapat menjalankan
kajian ini secara bersemuka atas sebab pandemik Covid-19 yang semakin serius.
Oleh sebab itu, penyelia bagi pengkaji telah memberikan cadangan untuk
melaksanakannya secara atas talian dengan bantuan aplikasi Google Meet.
Cadangan penyelia bagi pengkaji telah diterima dan pengkaji telah
melaksanakannya berpandukan perancangan yang bersesuaian. Akhirnya, hasil
dapatan kajian yang didapati adalah sangat memuaskan.
Selepas pelaksanaan kajian tersebut, peserta-peserta kajian berjaya
memahami konsep penukaran unit liter dan mililiter dan bersedia untuk melanjutkan
pelajaran ke subtopik yang seterusnya. Mereka juga kelihatan lebih bersemangat
dan gembira untuk belajar setelah menggunakan alat inovasi LiMi.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Sebagai tindakan susulan, pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan
berdasarkan kajian ini boleh dilaksanakan bagi memahami miskonsepsi yang sering
diulangi pada setiap soalan ujian pra bagi peserta-peserta kajian tertentu. Selain
itu, kajian ini boleh dijalankan pada sekolah yang berlainan serta peserta kajian dari
darjah yang berbeza untuk meninjau sejauh mana keupayaan inovasi LiMi dapat
membantu murid dalam penguasaan konsep penukaran unit liter dan mililiter.
Bukan itu sahaja, lembaran kerja yang bersertakan rajah inovasi LiMi dalam soalan
boleh disediakan agar peserta kajian boleh terus menerapkan cara penyelesaian
dengan bantuan inovasi LiMi.
RUJUKAN
Amina Min. (t.t). Contoh Proposal. 1 Mac 2022 daripada
https://www.academia.edu/19381502/Contoh_proposal
Samion, S.S. & Azahan Awang. (2017). Pendidikan Sebagai Komponen Kualiti
Hidup Masyarakat Pinggir Bandar. Asian Journal of Environment, History
and Heritage, 1(1), 267-280.
58
KAEDAH E-JPM MENINGKATKAN PENGUASAAN PENUKARAN UNIT
MELIBATKAN PECAHAN MASA MURID TAHUN LIMA
Kimberly Chia Dee Na, Dr. Khoo Chwee Hoon
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid Tahun Lima menyelesaikan
masalah penukaran unit melibatkan pecahan masa dengan menggunakan kaedah
E-JPM. Kemahiran penukaran unit melibatkan pecahan masa merupakan
kemahiran yang sukar dikuasai oleh murid-murid. Sampel seramai 6 orang daripada
34 orang murid dipilih secara bertujuan sebagai peserta kajian berdasarkan
keputusan ujian pra dilaksanakan di salah sebuah sekolah daerah Kota Kinabalu.
Tinjauan awal telah dilakukan melalui analisis dokumen lembaran kerja dan
pemerhatian. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kurang mahir dalam
membuat penukaran unit melibatkan pecahan masa. Hal ini terjadi kerana murid
tidak tahu atau keliru dengan perhubungan antara unit-unit masa. Oleh itu, kaedah
E-JPM telah diperkenalkan sebagai intervensi meningkatkan kemahiran murid yang
lemah dalam penukaran unit melibatkan pecahan masa. Instrumen bagi dapatan
data diperolehi melalui ujian pra dan ujian pos, analisis dokumen, pemerhatian dan
soal selidik. Analisis dokumen dan pemerhatian digunakan untuk mengenal pasti
kesilapan murid berlaku dalam kemahiran penukaran melibatkan pecahan masa.
Setelah intervensi dijalankan, keputusan ujian pasca peserta kajian menunjukkan
peningkatan yang positif. Terdapat persepsi murid yang positif terhadap
penggunaan kaedah E-JPM melalui soal selidik. Dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa kaedah E-JPM berkesan dalam membantu murid Tahun Lima yang lemah
dalam penukaran unit melibatkan pecahan masa. Diharapkan kaedah E-JPM dapat
digunakan sebagai pemudahcara kepada para guru Matematik secara meluas.
Kata Kunci: Penukaran unit masa, pecahan masa, kaedah E-JPM
PENGENALAN
Salah satu topik dalam Matematik yang agak sukar dikuasai oleh murid ialah
penukaran unit masa dan waktu (Siti Norainul Afiqah Muhammad Anuar dan Aziz
Omar, 2013). Ddaripada hasil pemerhatian Praktikum Fasa 2, didapati bahawa
murid tidak menguasai topik masa dan waktu khususnya penukaran unit masa
melibatkan pecahan. Murid didapati tahu menyatakan unit-unit masa tetapi lemah
dalam menyatakan hubungan di antara unit-unit masa. Pernyataan ini boleh
disokong oleh Hasni Osman (2012) bahawa, murid agak lemah untuk menguasai
konsep masa bagi jam iaitu 60 minit.
Oleh itu, pengkaji memilih dan mendapat kebenaran daripada pemilik
inovasi kaedah Jari Pecahan Masa (JPM) iaitu Dr. Khoo Chwee Hoon di bawah
pendaftaran tahun 2021 untuk ditambahbaik dan diubahsuaikan terhadap
pelaksanaan JPM secara maya iaitu kaedah E-JPM untuk membantu murid
59
meningkatkan penguasaan kemahiran penukaran unit melibatkan pecahan masa
murid Tahun Lima.
FOKUS KAJIAN
Pengkaji mendapati isu dan permasalahan murid dalam topik penukaran unit
melibatkan pecahan masa melalui pemerhatian dan analisis lembaran kerja murid
semasa pengumpulan data awal dikutip
Contoh Masalah
Kesilapan dalam tidak mendarab nombor
setelah membuat hasil bahagi pecahan masa
1.
Tidak dapat membuat penukaran unit
melibatkan pecahan masa dan hanya
membuat pecahan setara pada pecahan masa
2.
Tidak dapat menulis jawapan penukaran unit
melibatkan pecahan masa dan membiarkan
3. kosong.
Tidak dapat menulis jawapan penukaran unit
melibatkan pecahan masa dengan
4. menunjukkan langkah
Tidak dapat mengaitkan hubungan penukaran
unit antara jam dan minit
5.
Rajah 1. Kesilapan dilakukan oleh murid
Penggunaan jari mampu merangsang pemahaman murid berkaitan
penukaran unit-unit masa berlaku. Melalui bermain, murid melalui penggunaan
multisensori dan komunikasi dua hala antara guru dan murid melalui TMK semasa
proses pembelajaran, menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan dan maklumat
(Nur Afiqah Zakaria & Fariza Khalid, 2016). Justeru, kaedah E-JPM sesuai
digunakan untuk membantu murid membuat penukaran unit melibatkan pecahan
masa dengan betul.
60
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
1. Mengenal pasti kesilapan murid Tahun Lima semasa menukarkan unit
melibatkan pecahan masa
2. Mengenal pasti sama ada penggunaan E-JPM dapat membantu murid
Tahun Lima menguasai penukaran unit melibatkan pecahan masa.
3. Mengenal pasti persepsi murid terhadap penggunaan E-JPM semasa
melakukan penukaran unit melibatkan pecahan masa
Soalan Kajian
1. Apakah kesilapan yang dilakukan oleh murid Tahun Lima semasa
penukaran unit melibatkan pecahan masa?
2. Adakah kaedah E-JPM dapat membantu murid Tahun Lima menguasai
penukaran unit melibatkan pecahan masa?
3. Apakah persepsi murid terhadap penggunaan E-JPM semasa melakukan
penukaran unit melibatkan pecahan masa?
PESERTA KAJIAN
Kajian ini melibatkan enam orang murid Tahun Lima iaitu lima orang murid lelaki
dan seorang murid perempuan yang belajar di sebuah Sekolah Rendah di daerah
Kota Kinabalu, Sabah. Keenam-enam orang peserta kajian ini adalah mencapai
pada tahap pencapaian yang memuaskan (C), tahap minimum (D) dan belum
mencapai tahap minimum (E).
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Langkah-langkah Tindakan
Pengkaji melaksanakan kajian tindakan ini berpandukan dengan Model
Penyelidikan Lewin (1946, dalam Rosinah, 2015). Langkah-langkah pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran telah ditunjukkan dalam Rajah 3 dan 4.
61
Rajah 2. Langkah-langkah tindakan berdasarkan Model Lewin (1946)
Pengkaji melaksanakan ujian Pra dengan paparan skrin
Langkah 1: Soalan Uji Diri di video chaat Telegram dan murid diminta mengupload
hasil kerja ke dalam google form.
Langkah 2: Aktiviti Murid diberikan sesi soal jawab berkaitan penukaran unit
Rangsangan melibatkan jam dan minit.
Langkah 3: Penerangan Murid dibimbing untuk menunjukkan jari semasa bersoal
guru dalam kaedah E- jawab tentang penukaran unit melibatkan pecahan
dengan menggunakan kaedah E-JPM
JPM
Langkah 4: Aktiviti Pengkaji memaparkan Classpoint link untuk meminta
Pengukuhan menjawab soalan padanan dan isi tempat kosong untuk
menguji kefahaman murid.
menggunakan Classpoint
Langkah 5: Ujian Pasca Pengkaji melaksanakan ujian pasca dan murid diminta
dan soal selidik mengupload hasil kerja ke dalam google form. Edaran
borang soal selidik dalam google form juga disediakan
untuk menilai persepsi murid terhadap kaedah E-JPM
Rajah 3. Kaedah E-JPM dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran
62
Rajah 4. Pendekatan Kaedah E-JPM dilaksanakan semasa paparan skrin Video
Chat Telegram
Rajah
5. Kaedah pengumpulan data dan cara menganalisis
Terdapat empat instrumen telah digunakan iaitu analisis dokumen, pemerhatian,
ujian dan soal selidik untuk menganalisis dan mendapat hasil dapatan bagi
menjawab soalan kajian.
63
Analisis
Dokumen dan
Pemerhatian
TRIANGULASI
Ujian Pra dan Soal Selidik
Pasca
Rajah 6. Cara menyemak data
Pengkaji menggunakan kaedah triangulasi dengan tiga kaedah yang
berbeza iaitu analisis dokumen dan pemerhatian, ujian pra dan pasca, dan soal
selidik bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data.
DAPATAN KAJIAN
Kesilapan yang dilakukan oleh murid Tahun Lima semasa penukaran unit
melibatkan pecahan masa.
Analisis Dokumen
Bil. Kod Jenis Kesilapan Contoh Kesilapan Peserta Kajian
yang melakukan
kesilapan
1. K1 Tidak mendarab M1, M5
pengangka pada
pecahan masa setelah
membuat hasil bahagi
pecahan masa
2. K2 Proses membuat M3, M4, M6
M2, M3, M4, M6
penukaran unit
melibatkan pecahan
masa tidak dilakukan
3. K3 Tidak mendarab dengan
penukaran unit masa
iaitu 60 minit
64
4. K4 Tidak mendarab dengan M3, M4, M6
penukaran unit masa
iaitu 60 saat
5. K5 Tidak menulis jawapan M2, M3, M4
bagi penukaran unit M5
melibatkan pecahan
masa
6. K6 Tidak dapat mengaitkan
hubungan penukaran
unit antara jam dan minit
7. K7 Tidak dapat mengaitkan M5
hubungan penukaran M5
unit antara minit dan
saat
8. K8 Kesilapan dalam
pengiraan membuat
hasil bahagi bagi
pecahan masa
Rajah 7. Analisis kod kesilapan yang dilakukan oleh murid
Jadual 1 Analisis kekerapan dan peratus peserta kajian dalam kesilapan
Peserta Kekerapan dan peratus kesilapan dalam ujian pra Jumlah
Kajian (M) K1 K2 K3 K4 K5 K6 K7 K8
M1 7 0 0 0 0 000 7
M2 0 0 5 0 2 000 7
M3 0 9 5 4 4 000 22
M4 0 5 5 4 4 000 18
M5 7 0 0 0 0 435 19
M6 0 9 5 4 0 000 18
65
Jumlah 14 23 20 12 10 4 3 5 91
Peratus 15.4 25.3 22.0 13.2 11.0 4.4 3.3 5.5
Kesilapan
(%)
Terdapat lapan kod kesilapan didapati dalam peserta kajian semasa
menjawab soalan penukaran unit melibatkan pecahan masa. Terdapat juga dua
kod kesilapan dilakukan secara serentak oleh peserta kajian dalam sebuah soalan.
Terdapat 91 jumlah kesilapan dilakukan oleh peserta kajian. Kod kesilapan K2
sebanyak 25.3% adalah tertinggi dilakukan oleh peserta kajian.
Pemerhatian
Perkara yang diperhatikan Item 3
Item 2 Selepas Intervensi
Item 1 Sebelum Intervensi
02468
Kekerapan bilangan murid mencapai pernyataan
Catatan:
Pernyataan Perkara yang diperhatikan
Pernyataan Murid mengenal pasti hubungan penukaran unit masa
1 dari jam ke minit dan minit ke saat
Pernyataan Murid dapat menukarkan unit masa jam ke minit
2 melibatkan pecahan masa sekurang-kurangnya 3 soalan
daripada 5 soalan
Pernyataan Murid dapat menukarkan unit masa minit ke saat
3 melibatkan pecahan masa sekurang-kurangnya 3 soalan
daripada 5 soalan
Rajah 8. Perbandingan kekerapan analisis pemerhatian murid sebelum dan selepas
penggunaan kaedah E-JPM terhadap pernyataan yang disertakan
66
Dapatan Rajah 8 menunjukkan sebelum intervensi dijalankan, hanya dua
orang peserta kajian yang mencapai pernyataan 1 manakala seorang peserta
kajian sahaja yang mencapai pernyataan 2. Setelah intervensi Kaedah E-JPM
dijalankan, semua perseta kajian telah mencapai setiap pernyataan dan
menunjukkan peningkatan dalam setiap pernyataan. Keseluruhannya, peserta
kajian telah berjaya mengenal pasti hubungan dan penukaran unit masa berlaku
dan seterusnya menguasai kemahiran penukaran unit melibatkan pecahan masa.
Kaedah E-JPM dapat membantu murid Tahun Lima menguasai penukaran unit
melibatkan pecahan masa.
Ujian Pra dan Pasca
Jadual 2 Perbandingan markah ujian, status peningkatan peratusan dan nilai min
bagi ujian pra dan pasca
PESERTA MARKAH UJIAN STATUS
KAJIAN PENINGKATAN
UJIAN PRA UJIAN PASCA
M1 PERATUSAN (%) PERATUSAN (%) PERATUSAN
M2 (%)
M3 30 100
M4 30 90 +70
M5 10 100 +60
M6 50 100 +90
Min, 10 90 +50
10 90 +80
23.3 95.0 +80
+71.7
Berdasarkan Jadual 2, terdapat tiga orang peserta kajian yang mendapat
10% dan seterusnya dua orang murid mendapat 30% serta seorang mendapat 50%
yang menyatakan mereka belum menguasai kemahiran penukaran unit melibatkan
pecahan masa. Setelah intervensi dijalankan, semua peserta kajian menunjukkan
peningkatan peratusan markah ujian pasca dan mendapat markah yang lebih
tinggi. Terdapat purata markah bagi peserta kajian meningkat dan perbezaan
peratusan peningkatan min yang besar iaitu 71.7% menunjukkan pengkaji telah
mencapai objektif kajian iaitu membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran
penukaran unit melibatkan pecahan masa dengan jayanya.
Persepsi murid terhadap penggunaan E-JPM semasa melakukan penukaran
unit melibatkan pecahan masa.
Soal Selidik
Jadual 3 Min dan peratusan persepsi selepas penggunaan E-JPM daripada data
soal selidik (N=6)
67
Bil. Pernyataan Min Peratusan Status
Persetujuan Persetujuan
(%)
1 Saya suka kaedah E-JPM. 4.3 87% Setuju
2 Kaedah E-JPM lebih senang 4.3 87% Setuju
difahami.
3 Kaedah E-JPM membantu saya 4.3 87% Setuju
menjawab soalan.
4 Kaedah E-JPM mengurangkan 4.5 90% Sangat Setuju
kesilapan saya.
5 Saya suka belajar topik masa dan 4.3 87% Setuju
waktu selepas belajar kaedah E-
JPM.
Berdasarkan Jadual 3, terdapat min 4.3 bahawa persepsi minat kesemua
peserta kajian bersetuju saya suka kaedah E-JPM dan suka belajar topik masa dan
waktu selepas belajar kaedah E-JPM. Min yang paling tinggi iaitu 4.5 adalah
kaedah E-JPM membantu mengurangkan kesilapan dan seterusnya ialah min 4.3
menunjukkan penggunaan kaedah E-JPM adalah senang difahami dan membantu
saya menjawab soalan.
REFLEKSI
Hasil dapatan telah membuktikan bahawa kaedah E-JPM telah berjaya membantu
murid menguasai kemahiran penukaran unit melibatkan pecahan masa.
Pelaksanaan kaedah E-JPM mampu merangsang kepelbagaian multisensori
murid melalui TMK dan menggunakan jari untuk mewakili perhubungan antara
unit-unit masa. Kaedah E-JPM berimpak dalam memperbaiki amalan kendiri guru
dalam penyelesaian isu PdPR. Kaedah ini menjadi satu pemudahcara kepada
para guru Matematik. Guru perlu adil terhadap perbezaan perkembangan kognitif
murid dan sentiasa mereflek kendiri serta merujuk guru pakar untuk memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru Matematik, hal ini penting
untuk memupuk semangat belajar dan betul-betul memahami serta menguasai
kemahiran asas Matematik.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Cadangan penambahbaikkan kaedah E-JPM boleh diperluas ke topik kemahiran
penukaran unit melibatkan pecahan isipadu cecair, jisim, panjang dan
sebagainya. Penstrukturan digitalisasi E-JPM juga ditambahbaik secara meluas
seperti menggunakan google site atau google classroom. Dicadangkan
mengadakan aktiviti permainan secara berkumpulan seperti breakout room atau
kaedah yang lebih menarik. Pengkaji juga bercadang pengutipan data secara
meluas untuk kajian yang seterusnya.
RUJUKAN
Siti Norainul Afiqah binti Muhammad Anuar & Aziz bin Omar. (2013). Penggunaan
68
kaedah Jumpung Box bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menukar unit
masa hari, jam, minit dan saat dalam kalangan murid 5 Amanah.
https://www.academia.edu/8454458/SEMINAR_KAJIAN_TINDAKAN_PISMP_2013
_98_PENGGUNAAN_KAEDAH_JUMPING_BOX_BAGI_MENINGKATKAN_PENG
UASAAN_KEMAHIRAN_MENUKAR_UNIT_MASA_HARI_JAM_MINIT_DAN_SAAT
_DALAM_KALANGAN_MURID_5_AMANAH
Hazni Osman. (2012). Teknik GA-MA: Satu Kaedah Menguasai Kemahiran “Masa
dan Waktu”.
Khoo Chwee Hoon. (2021). Keberkesanan jari pecahan masa dalam meningkatkan
pencapaian matematik murid sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Akademik IPGM.
Jilid 6.
Nur Afiqah Zakaria dan Fariza Khalid. (2016). Manfaat penerapan teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK) dalam pembelajaran matematik serta kekangannya.
https://www.researchgate.net/publication/301678141_Manfaat_Penerapan_Teknolo
gi_Maklumat_dan_Komunikasi_TMK_dalam_Pembelajaran_Matematik_serta_Keka
ngannya
Rosinah Edinin. (2015). Penyelidikan tindakan: kaedah & penulisan. Kuala Lumpur.
Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.
69
PEMBELAJARAN AKTIF DALAM KEMAHIRAN PENUKARAN UNIT
UKURAN JISIM MURID TAHUN TIGA MENGGUNAKAN KGG
CONVERTER
Mohamad Azzrul Hafizs Bin Mokti, Dr. Kok Boon Shiong
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penukaran unit ukuran
jisim melibatkan kilogram dan gram dalam kalangan murid Tahun 3 dengan
menggunakan intervensi KGG Converter (Kilogram-Gram Converter). Pendekatan
kajian secara kualitatif digunakan bagi mengumpul data. Kajian ini melibatkan
beberapa orang murid dari sebuah sekolah rendah di daedah Tuaran, Sabah yang
dipilih berdasarkan kepada analisis ujian dignostik yang dilaksanakan. Tinjauan
masalah menunjukkan murid masih lemah dalam penukaran unit ukuran jisim
kerana keliru dengan nilai tempat dan penggunaan titik perpuluhan dalam ukuran
jisim. Justeru, instrumen KGG Converter dihasilkan bagi membantu mengurangkan
kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam operasi penukaran unit ukuran jisim.
Instrumen kajian ini terdiri daripada ujian, temu bual dan soal selidik. Analisis dibuat
berdasarkan pencapaian murid dalam ujian pra dan pasca, serta keberkesanan
instrumen yang digunakan. Terdapat peningkatan yang ketara dalam ujian pasca
selepas murid diperkenalkan dengan instrumen yang digunakan. Selain itu, analisis
terhadap senarai semak dan temu bual murid menunjukan reaksi positif dan
memberansangkan terhadap instrumen yang digunakan. Maka, dapat dirumuskan
bahawa pembelajaran aktif melalui menggunaan instrumen KGG Converter dapat
meningkatkan kemahiran penukaran unit ukuran jisim dalam kalangan murid Tahun
Tiga. Oleh itu, diharapkan melalui kajian ini dapat membantu guru meningkatkan
kemahiran penukaran unit ukuran jisim dalam kalangan murid.
Kata Kunci: Matematik, Penukaran Unit Jisim, Sekolah Rendah, KGG Converter
PENGENALAN
Pendidikan Matematik di Malaysia kini menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan
Malaysia. Selaras dengan keperluan semasa yang mempunyai permintaan tinggi
dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Pendidikan
Matematik merupakan mata pelajaran teras sama ada di peringkat rendah
mahupun menengah. Kementerian juga menetapkan bahawa setiap murid yang
bersekolah di sekolah bawah seliaan kementerian wajib menguasai asas 4M
(Membaca, Menulis, Mengira, Menaakul).
Pembelajaran Matematik dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) adalah untuk membina kefahaman murid tentang konsep nombor,
kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran tersebut dengan berkesan
(BPK,2010).
70
Pendidikan di sekolah rendah terbahagi kepada dua tahap iaitu Tahap 1
dan Tahap 2. Tahap 1 melibatkan murid Darjah 1, Darjah 2 dan Darjah 3 akan
didedahkan dengan penguasaan kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi
asas serta penguasaan numerasi. Manakala, bagi murid di Tahap 2 iaitu Darjah 4,
Darjah 5 dan Darjah 6 pula lebih berfokus kepada penguasaan kefahaman,
kemahiran matematik dan aplikasi kompleks.
Dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik
Tahun 3, terdapat 4 pecahan utama bidang pembelajaran iaitu Nombor dan
Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Algebra serta Statistik dan
Kebarangkalian. Dalam bidang Sukatan dan Geometri, tajuk Ukuran dan Sukatan
yang merangkumi panjang, jisim dan isipadu. Kefahaman murid dalam kemahiran
ini sangat signifikan untuk dikuasi kerana ianya melibatkan aplikasi dalam
kehidupan seharian serta menjadi asas kepada pembelajaran yang seterusnya
(Zakwan&Samsiah,2013).
FOKUS KAJIAN
Saya memfokuskan kepada bagaimana saya dapat mewujudkan pembelajaran aktif
dalam kalangan murid-murid semasa sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
topik penukaran unit ukuran jisim melibatkan kilogram dan gram melalui kaedah
alternatif KGG Converter. Ini kerana pencapaian murid dalam kemahiran penukaran
unit adalah masih berada pada tahap yang lemah (Yusni dan Kamaruddin,2015).
Hasil penelitian terhadap lembaran kerja dan aktiviti pembelajaran, murid didapati
tahu menyatakan unit ukuran jisim tetapi lemah dalam penukaran unit jisim
menyebabkan murid tidak berminat dengan pengajaran yang berlangsung lalu
murid bertindak untuk tidak terlibat dalam aktiviti pembelajaran. Keterlibatan murid
merujuk kepada penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran di dalam
dan luar bilik darjah (Trowler,2010). Maka, pembelajaran aktif diperlukan dengan
memperkenalkan instrumen KGG Converter sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM)
bagi membantu murid Tahun Tiga menguasai asas kemahiran penukaran unit
ukuran jisim.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Umum
Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran dalam operasi penukaran unit
jisim yang melibatkan unit kilogram dan gram. Kajian ini dijalankan melalui kaedah
pembelajaran aktif dengan menggunakan KGG Converter yang dihasilkan sebagai
salah satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang dapat membantu murid melakukan
penukaran unit jisim.
Objektif Khusus
1. Meningkatkan tahap penguasaan kemahiran penukaran unit ukuran jisim
yang melibatkan kilogram dan gram dan sebaliknya dengan pembelajaran
aktif melalui penggunaan KGG Converter.
2. Menarik minat murid agar terlibat secara aktif semasa sesi PdPc
berlangsung.
3. Mendapatkan maklum balas guru terhadap penggunaan KGG Converter
untuk operasi penukaran penukaran unit jisim sebagai instrumen
pembelajaran aktif.
71
Soalan Kajian
1. Apakah tahap penguasaan murid dalam kemahiran penukaran unit ukuran
jisim yang melibatkan kilogram dan gram dan sebaliknya dengan
pembelajaran aktif melalui penggunaan KGG Converter?
2. Adakah murid berminat untuk terlibat secara aktif semasa sesi PdPc
berlangsung?
3. Apakah maklum balas guru terhadap penggunaan KGG Converter untuk
operasi penukaran unit ukuran jisim sebagai instrumen dalam pembelajaran
aktif?
PESERTA KAJIAN
Kajian ini melibatkan 31 orang murid tahun tiga di sebuah Sekolah Kebangsaan di
daerah Tuaran, Sabah. Berdasarkan analisis lembaran kerja murid, saya memilih 8
orang murid yang terdiri daripada kumpulan murid lemah dan sangat lemah dalam
kemahiran penukaran unit ukuran jisim.
TINDAKAN
Kajian ini menggunakan model penyelidikan tindakan Kemmis dan McTaggart
(1988)
REFLEKSI
• Mengenal pasti masalah
penukaran unit jisim
PEMERHATIAN PERANCANGAN
• Pemerhatian terhadap • Merancang tindakan yang
kekuatan dan kelemahan PdPc sesuai
• Pemerhatian terhadap maklum • Menghasilkan intervensi KGG
balas murid Converter
• Pemerhatian terhadap maklum • Merancang instrumen
balas guru pengumpulan data
TINDAKAN
• Melaksanakan ujian pra
• Melaksanakan intervensi
• Menjalankan ujian pasca
• Menjalankan temu bual dan soal
selidik
Rajah 1 : Model Pelaksanaan Kajian
72
Tindakan yang saya jalankan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi adalah
seperti yang dijelaskan seperti berikut.
Langkah-langkah Tindakan
1. Refleksi
Saya mengenal pasti masalah berlaku sekitar sesi pengajaran dan
pembelajaran yang saya laksanakan. Saya mengesan kekeliruan dalam
kalangan murid berkenaan dengan tajuk penukaran unit ukuran jisim yang
berkemungkinan menjejaskan prestasi pencapaian murid dalam tajuk
berkenaan.
2. Perancangan
Setelah analisis dijalankan, saya menyenaraikan beberapa alternatif yang
berkemungkinan membantu murid mengatasi masalah penukaran unit jisim.
Maka, saya telah memilih kaedah pembelajaran aktif dengan penggunaan
KGG Converter sebagai bahan bantu mengajar (BBM) sebagai usaha
meningkatkan penguasaan kemahiran penukaran unit ukuran jisim. Saya
telah merancang kaedah pelaksanaan intervensi yang dilakukan kepada
kumpulan sasaran. Seterusnya, saya turut merancang instrumen
pengumpulan data yang digunakan bagi mengukur keberkesanan tindakan
tersebut.
3. Tindakan
Saya menjalankan tindakan intervensi kepada kumpulan sasaran seperti
yang dirancang. Saya menjalankan ujian pra bagi mengesahkan dapatan
terhadap analisis dokumen berkenaan kelemahan murid dalam operasi
penukaran unit jisim disamping menentukan tahap penguasaan murid
sebelum intervensi dijalankan. Seterusnya, saya menjalankan intervensi
KGG Converter seperti yang dirancang.
Setelah itu, ujian pasca dilaksanakan bagi mendapatkan gambaran
tahap penguasaan murid setelah diberi intervensi. Setelah itu, sesi temu
bual dan soal selidik dijalankan bagi mendapatkan respon murid dan guru
yang terlibat dalam kajian ini.
4. Pemerhatian
Pemerhatian dijalankan bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang
berlaku sepanjang tempoh masa kajian dijalankan. Seterusnya,
pemerhatian terhadap hasil dapatan dilaksanakan bagi mendapatkan
jawapan kepada persoalan kajian yang diutarakan dalam kajian ini. Jadual
1 menunjukkan kaedah pengumpulan, analisis dan menyemak data kajian.
Jadual 1 :Kaedah Pengumpulan, Analisis dan Menyemak Data
Kaedah Cara Menganalisis Cara Menyemak Data
Pengumpulan Data
Data
73
Ujian Analisis Kaedah Triangulasi Data
Temubual perbandingan ujian
Soal Selidik pra dan pasca serta • Mengesahkan
peratus peningkatan
hasil dapatan
Temubual murid
Analisis respon murid • Meningkatkan
Temu bual guru kesahan dan
Analisis respon guru
kebolehpercayaa
n data kualitatif
Analisis item soalan
DAPATAN KAJIAN
Soalan 1: Apakah tahap penguasan murid dalam kemahiran penukaran unit
jisim yang melibatkan kilogram dan gram dan sebaliknya dengan
pembelajaran aktif melalui penggunaan KGG Converter?
Saya membuat analisis perbandingan markah bagi ujian pra dan ujian pasca bagi
membuat perbandingan dan pengukuran perbezaan tahap penguasaan kemahiran
murid sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan. Berikut adalah analisis
perbandingan markah ujian murid dan peratus perbezaan.
Jadual 2 : Analisis Dapatan Ujian Bertulis
Peserta Ujian Pra Ujian Pasca Peratus Peningkatan
Kajian (%) (%) (%)
M1 16.67 83.33 66.67
M2 33.33 100.00 66.67
M3 16.67 83.33 66.67
M4 16.67 100.00 83.33
M5 16.67 66.67 50.00
M6 50.00 100.00 50.00
M7 33.33 83.33 50.00
M8 16.67 83.33 66.67
74
Berdasarkan perbandingan markah tersebut, dapat dilihat bahawa semua murid
berjaya memperolehi peningkatan markah yang ketara selepas sesi intervensi
dilaksanakan. Ini membuktikan bahawa pembelajaran aktif menggunakan KGG
Converter meningkatkan tahap penguasaan kemahiran penukaran unit ukuran jisim
murid Tahun Tiga.
Soalan 2: Adakah murid berminat untuk terlibat secara aktif semasa sesi
PdPc berlangsung?
Kaedah soal selidik dan temu bual dilaksanakan bagi menjawab soalan kajian ini.
Analisis terhadap setiap borang soal selidik telah membantu saya mengenal pasti
sejauh mana penggunaan KGG Converter membantu murid meningkatkan
penguasaan kemahiran penukaran unit ukuran jisim. Jadual 3 menunjukkan analisis
dapatan soal selidik. Seterusnya jadual 4 menunjukkan analisis dapatan temu buat
murid.
Jadual 3 : Analisis Item Soal Selidik
ITEM SOAL SELIDIK RESPON KEKERAPAN PERATUS
KGG Converter dapat menarik minat
saya untuk menyelesaikan soalan YA 8 100
penukaran unit ukuran jisim TIDAK 0 0
KGG Converter adalah mudah untuk
digunakan YA 8 100
Saya seronok menggunakan KGG TIDAK 0 0
Converter 8
KGG Converter membantu saya YA 0 100
menguasai kemahiran penukaran unit TIDAK 0
ukuran jisim 8
YA 0 100
TIDAK 0
Jadual 4 : Analisis Item Temu Bual Murid
ITEM TEMU BUAL KO RESPON KEKERAPAN PERATUS
D
Adakah murid Berminat 8 100
berminat dengan A1 Tidak berminat 00
penggunaan KGG A2 00
Converter semasa A3 Tidak pasti
sesi PdPc 8 100
berlangsung? B1 Mudah 00
Adakah KGG B2 Tidak mudah 00
Converter mudah B3 Tidak pasti 8 100
untuk digunakan? 00
Adakah murid berasa C1 Seronok 00
seronok C2 Tidak seronok
menggunakan KGG C3
Converter? Tidak pasti
75
Adakah KGG
Converter membantu D1 Membantu 8 100
murid menguasai D2 Tidak membantu 0 0
kemahiran D3 0 0
penukaran unit Tidak pasti
ukuran jisim?
Berdasarkan jadual tersebut, dapat dibuktikan bahawa pengunaan KGG Converter
dalam pembelajaran aktif dapat membantu menarik minat murid untuk
menyelesaikan masalah penukaran unit jisim. Disamping murid menyatakan
bahawa KGG Converter mudah dan seronok digunakan serta membantu murid
menguasai kemahiran penukaran unit ukuran jisim. Dapatan ini disokong oleh
Khadijah dan Shahrin (2006) yang menyatakan bahawa kefahaman murid tentang
isi pembelajaran meningkat apabila guru menggunakan BBM yang sesuai.
Soalan 3: Apakah maklum balas guru terhadap penggunaan KGG Converter
untuk operasi penukaran unit ukuran jisim sebagai instrumen dalam
pembelajaran aktif?
Temu bual dijalankan terhadap tiga orang guru matematik di sekolah tersebut bagi
mendapatkan respon maklum balas terhadap penggunaan KGG Converter untuk
operasi penukaran unit ukuran jisim. Jadual 5 menunjukkan dapatan hasil temu
bual tersebut.
Jadual 5 : Dapatan Temu Bual Guru
ITEM G1 G2 G3
…membantu …pandai …suka
Apakah pandangan cikgu murid saya sudah murid- dengan bahan
terhadap kit KGG menyelesaikan hands on,
Converter dalam penukaran unit murid sesuai lah alat
membantu murid menukar
jisim.. ini
membuat penukaran unit unit… digunakan…
ukuran jisim? Betul, cikgu
setuju …murid- …data ujian
Adakah kit ini dapat murid dapat pra dan pasca
meningkatkan pencapaian menukar unit
menjawab
murid dalam operasi sudah.. soalan ini…
penukaran unit ukuran
Menarik, …menarik.
jisim? mudah dan Gunakan
murid boleh pelbagai
Adakah kit ini menarik …sangat warna untuk
untuk digunakan pada menarik… faham
lebih
pandangan cikgu? …cikgu akan menarik…
gunakan… …cikgu nak
Adakah cikgu berminat …mestilah guna nanti
untuk menggunakan kit ini berminat… untuk kelas
cikgu yang
dalam sesi PdPC? lemah tu…
76
Berdasarkan jadual , kebanyakkan guru yang ditemu bual memberi maklum
balas yang positif terhadap penggunaan KGG Converter sebagai instrumen dalam
pembelajaran aktif. Malah, guru juga menyatakan Hasrat mereka untuk
menggunakan kit ini dalam sesi PdPc mereka akan datang.
REFLEKSI
Melalui kajian ini, saya melihat impak kesan positif terhadap peserta kajian yang
mana murid menjadi lebih bersemangat dan mempunyai keyakinan yang tinggi
untuk belajar terumata kemahiran penukaran unit ukuran jisim yang melibatkan
kilogram dan gram. Disamping memberi galakan kepada murid yang lemah untuk
belajar melalui penerokaan dengan bimbingan guru. Pembelajaran aktif berlaku
dapat membina imaginai murid agar dapat melakukan operasi penukaran unit jisim
tanpa bantuan kit ini di masa akan datang.
Seterusnya, impak ke atas amalan kendiri saya selaku pengkaji dan guru
matematik. Saya membuat refleksi kendiri atas kelemahan diri dan seterusnya
mencari penyelesaian kepada masalah tersebut. Saya juga menyedari bahawa
terdapat pelbagai kaedah menarik dan mudah yang perlu diterokai dalam
pengajaran Matematik agar dapat diaplikasikan bagi membantu murid belajar
dengan lebih baik.
Kajian ini juga memberi impak kepada sekolah yang mana kajian ini
memberi panduan kepada guru di sekolah khususnya dalam tajuk penukaran unit
jisim. Intervensi yang dijalankan boleh digunakan oleh guru bagi membantu murid
menguasai kemahiran asas penukaran unit ukuran jisim. Intervensi ini juga boleh
dikembangkan penggunaannya kepada unit ukuran lain seperti panjang dan isipadu
dengan sedikit pengubahsuaian.
Melalui kajian ini juga, saya menyedari bahawa sebagai seorang guru yang
menerapkan nilai dan sahsiah yang tinggi, saya perlu sentiasa berlaku adil
terhadap murid tanpa mengira latar belakang dan kemampuan akademik. Oleh itu,
saya perlu sentiasa memberikan komitmen yang terbaik dalam mendidik murid dan
peka terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Sebagai guru yang memahami
kepelbagaian perkembangan kognitif kanak-kanak, saya perlu mencari alternatif
dengan mempelbagaikan kaedah penyampaian pengajaran sejajar dengan
kemampuan murid. Disamping itu, saya perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan
dan amalan professional sebagai seorang guru.
Sebagai seorang guru matematik, saya perlu sentiasa memastikan bahawa
setiap murid menguasai konsep asas sebelum beralih ke peringkat seterusnya.
Sebagai contoh, murid perlu menguasai kemahiran penukaran unit terlebih dahulu
sebelum melangkah ke peringkat kemahiran operasi tambah. Disamping itu,
penekanan terhadap pembelajaran aktif amat elektif dalam memberi pengalaman
pembelajaran bermakna kepada murid berpandukan bahan sokongan. Murid perlu
diberi ruang untuk terus meneroka pembelajaran dengan guru sebagai fasilitator
yang membimbing. Oleh itu, murid dapat belajar dengan lebih mudah dan
menyeronokkan.
77
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Saya bercadang untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
dengan mendigitalisasi kit ini yang boleh diakses menggunakan gajet. Ini kerana,
penerapan unsur TMK amat signifikan pada masa sekarang yang dunia kini beralih
ke era digital. Disamping, kit digital yang dihasilkan boleh menjimatkan kos dan
ruang penyimpanan.
Cadangan kedua, variasi aktiviti semasa sesi PdPC berlangsung. Saya bercadang
untuk menerapkan unsur seni dalam pendidikan seperti menerapkan penggunaan
warna dan irama bagi meningkatkan keseronokan murid belajar. Ini penting bagi
murid melibatkan diri secara aktif dan seterusnya memudahkan proses intervensi
dilaksanakan.
Cadangan terakhir ialah saya akan meluaskan skop kajian. Dicadangkan agar
kajian seterusnya dapat melibatkan murid dari tahun dua hingga tahun empat
kerana kemahiran penukaran unit amat kritikal dalam kalangan murid tahun dua
hingga tahun empat. Murid perlu menguasai kemahiran penukaran unit sebelum
melaksanakan operasi tambah dan tolak berlainan unit misalnya. Tindakan ini akan
membuktikan bahawa penggunaan KGG Converter releven dan boleh digunakan
sebagai salah satu BBM yang praktikal.
RUJUKAN
Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah
Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Khadijah Abdul Razak & Shahrin Awaludin. (2006). Amalan Pengajaran Guru Pendidikan
Islam: Penilaian Kendiri Guru Pendidikan Islam. Seminar Amalan Pengajaran Guru
Pendidikan Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Trowler, V. (2010). Student engagement literature review. Higher Education, (November), 1–
15. Dicapai pada 28 Oktober 2020 daripada
http://americandemocracy.illinoisstate.edu/documents/democratic engagement-
white- paper-2_13_09.pdf.
Yusni Shaaree, &Kamaruddin, A.H. (2015). Penggunaan Kaedah “Rakan Sifir Saya” dalam
Penukaran Unit Panjang Melibatkan Operasi Penolakan Bagi Murid Tahun 5.
Seminar Penyelidikan Tindakan PPG 2015, (ms. 77-89).
Zakwan Daniel, & Samsiah Hassan. (2013). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5
Dalam Topik Penukaran Unit Ukuran Panjang Menggunakan “Kotak Unit”.
Seminar penyelidikan PISMP 2013, (ms. 322-331)
78
PENGGUNAAN KAEDAH PETAK PECAHAN AJAIB (PPA)
DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENAMBAHAN PECAHAN MURID
TAHUN 3
Muhammad Amir Faruq Bin Mat Kamil, En Zaieddi Bin Sackdan @ Shahadan
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan kaedah Petak
Pecahan Ajaib (PPA) untuk membantu 6 orang murid tahun 3 di sebuah sekolah
luar bandar gred A di daerah Machang dalam melaksanakan operasi penambahan
dua pecahan melibatkan penyebut yang sama atau berbeza hingga 10. Kajian ini
telah dijalankan semasa pengkaji menjalani praktikum fasa dua selama 3 bulan.
Pengkaji telah mengadakan ujian pra, ujian pasca, senarai semak, pemerhatian
dan temu bual untuk mengesan masalah yang dihadapi responden semasa
melakukan operasi penambahan dua pecahan. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa penggunaan kaedah PPA telah berjaya mengurangkan pola – pola
kesilapan responden. Min pencapaian ujian pasca juga meningkat berbanding
dengan ujian pra. Dapatan kajian juga menunjukkan keenam – enam responden
telah dapat menjawab soalan – soalan berkaitan penambahan dua pecahan
dengan jayanya. Justeru itu, penggunaan kaedah PPA membantu murid – murid
untuk memahami konsep serta meningkatkan kemahiran penambahan dua
pecahan dengan betul di samping meningkatkan lagi minat murid terhadap topik
pecahan.
Kata Kunci: Kemahiran penambahan pecahan, kaedah Petak Pecahan Ajaib
(PPA)
PENGENALAN
Merujuk Bahagian Pembangunan Kurikulum (2018) lagi, KSSR mata pelajaran
Matematik untuk tahap 1 yang terdiri daripada tahun 1, 2 dan 3 telah
membahagikan tajuk - tajuk Matematik kepada 4 bidang iaitu nombor dan operasi,
sukatan dan geometri, perkaitan dan algebra serta statistik dan kebarangkalian.
Dalam bidang nombor dan operasi, terdapat tajuk pecahan, perpuluhan dan
peratus. Kemasukan tajuk ini adalah bertujuan untuk membantu murid dalam
membuat penaakulan, perkaitan, perwakilan, penerokaan, berkomunikasi dan
menggunakan teknologi dalam memahami konsep pecahan, perpuluhan dan
peratus. Bagi murid Tahun 3, mereka akan mempelajari kaedah untuk
menambahkan dua pecahan wajar melibatkan penyebut yang sama atau berbeza
hingga 10.
Menurut Noorbaizura dan Leong (2013), konsep pecahan merupakan suatu
konsep yang agak sukar untuk difahami oleh murid sekolah rendah. Dalam hal ini,
isu murid menghadapi masalah untuk menguasai konsep pecahan adalah tidak
asing di sekolah. Dalam sebuah jurnal berkenaan analisis kesilapan penambahan
79
dan penolakan pecahan, didapati bahawa 50.4% kesalahan dalam operasi
penambahan pecahan merupakan kesalahan sistematik, 13.1% kesilapan rawak
dan 7.7% adalah kesalahan kecuaian (Zakiah, Norhapidah, Mohamad, Hazaka dan
Effandi, 2013, p. 6).
Justeru, berdasarkan isu yang telah diperhatikan, kajian ini dilaksanakan
bagi menguji keberkesanan kaedah yang dikenali sebagai kaedah Petak Pecahan
Ajaib (PPA) terhadap penguasaan penambahan dua pecahan wajar melibatkan
penyebut yang sama atau berbeza dalam kalangan murid Tahun 3 di daerah
Machang.
FOKUS KAJIAN
Penguasaan kemahiran operasi penambahan pecahan sangat penting dalam
Matematik. Menurut Rey, Lambdin, Lindquist, dan Smith (2009), setiap kemahiran
Matematik adalah saling berkait rapat antara satu sama lain. Dengan kata lain,
kegagalan murid untuk menguasai kemahiran operasi penambahan pecahan akan
mempengaruhi kebolehan murid untuk memahami tajuk yang lain seperti
perpuluhan, peratus, nisbah, sukatan dan geometri serta pengendalian data.
Tambahan lagi, murid akan menghadapi masalah untuk mengaplikasikan pecahan
dalam kehidupan seharian.
Dengan perlaksanaan kajian tindakan ini, murid akan dapat menguasai
konsep penambahan pecahan dengan menggunakan kaedah PPA. Kaedah ini
dapat membantu murid dalam melaksanakan operasi penambahan pecahan
dengan mudah dan tepat seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian:
1. Mengenalpasti pasti kesilapan murid dalam menyelesaikan soalan
penambahan pecahan melibatkan penyebut sama atau berlainan.
2. Meningkatkan penguasaan kemahiran penambahkan pecahan yang
melibatkan penyebut sama atau berlainan menggunakan kaedah PPA dalam
kalangan murid tahun 3.
3. Meningkatkan minat terhadap topik penambahan pecahan dengan
menggunakan kaedah PPA dalam kalangan murid tahun 3.
Soalan Kajian:
1. Apakah kesilapan murid dalam menyelesaikan soalan penambahan pecahan
melibatkan penyebut sama atau berlainan?
2. Adakah penggunaan kaedah PPA dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran penambahkan pecahan melibatkan penyebut sama atau berlainan
dalam kalangan murid tahun 3?
3. Adakah penggunaan kaedah PPA dapat meningkatkan minat terhadap topik
penambahan pecahan dalam kalangan murid tahun 3?
80
PESERTA KAJIAN
Peserta kajian merupakan lima orang murid Tahun 3 yang terdiri daripada empat
orang lelaki dan dua orang perempuan di salah sebuah Sekolah Kebangsaan
daerah Machang, Kelantan. Peserta kajian dipilih berdasarkan keputusan ujian
saringan dan pemerhatian dan analisis ujian pra apabila pengkaji memberikan
latihan kepada peserta kajian. Tambahan lagi, pengkaji juga telah memeriksa hasil
kerja mereka melalui buku latihan. Oleh itu, keputusan dibuat untuk memilih
keenam – enam murid tersebut sebagai peserta kajian kerana menunjukkan
kesukaran untuk menambahkan pecahan berlainan penyebut yang jelas. Hal ini
kerana, didapati murid – murid tersebut kurang mahir dalam menyamakan
penyebut dan mendapat markah yang kurang memuaskan apabila diberikan
soalan berkaitan penambahan pecahan. Latar belakang peserta kajian yang dipilih
ditunjukkan seperti berikut:
Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid lelaki dan dua orang
perempuan dalam kelas yang sama. Jika ditinjau melalui pemerhatian, didapati
kesemua peserta kajian ini mempunyai perwatakan yang rata – ratanya hampir
sama iaitu sikap yang aktif, suka kerja berkumpulan, aktiviti kuiz tetapi tidak gemar
menghafal sifir dan mengalami kesukaran dalam menyelesaikan soalan berkaitan
penambahan pecahan. Berdasarkan pengalaman mengajar sewaktu praktikum
fasa 2, mereka sering gagal menyiapkan kerja sekolah yang diberikan dengan
alasan tidak faham dengan kaedah menyamakan penyebut. Dalam hal ini juga,
mereka juga memerlukan sokongan dan dorongan daripada guru, rakan – rakan
dan ibu bapa.
81
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
PENAMBAHAN DUA PECAHAN MELIBATKAN PENYEBUT SAMA
LANGKAH CONTOH HURAIAN
Lukiskan dua segi empat
LANGKAH 1 Soalan: 1 + 1 = sama.
33
LANGKAH 2 Lukiskan lajur pada kedua segi
LANGKAH 3 empat sama mengikut bilangan
penyebut pecahan.
LANGKAH 4
LANGKAH 5 Lorekkan lajur segiempat yang
LANGKAH 6 pertama mengikut bilangan
pengangka pecahan yang
pertama dan lorekkan lajur segi
empat yang kedua mengikut
bilangan pengangka pecahan
yang kedua.
Lukiskan satu lagi segi empat
sama dengan bilangan lajur
yang sama dengan segi empat
yang telah dilukis.
Lorekkan lajur segi empat
ketiga mengikut jumlah
keseluruhan bilangan lajur
yang telah dilorek pada segi
empat pertama dan kedua.
Kirakan jumlah lajur yang telah
dilorek pada segi empat yang
ketiga.
LANGKAH 7 Tuliskan jawapan dalam bentuk
pecahan. Jumlah bilangan lajur
Jawapan: 2 yang berlorek pada segi empat
ketiga merupakan mewakili
3 pengangka manakala jumlah
keseluruhan lajur merupakan
penyebut pecahan.
82
PENAMBAHAN DUA PECAHAN MELIBATKAN PENYEBUT BERBEZA
LANGKAH CONTOH HURAIAN
LANGKAH Soalan: 1 + 1 = Lukiskan dua segi empat sama.
1 43
LANGKAH Pada segi empat sama yang pertama,
2 lukiskan lajur mengikut bilangan penyebut
pecahan yang pertama. Lorekkan setiap
lajur mengikut, bilangan pengangka
pecahan yang pertama.
LANGKAH Pada segi empat sama yang kedua,
3 lukiskan baris mengikut bilangan
penyebut pecahan kedua. Lorekkan
LANGKAH setiap baris mengikut, bilangan
4 pengangka pecahan yang kedua.
LANGKAH
5 Lukiskan baris pada segi empat sama
yang pertama mengikut bilangan
penyebut pecahan yang kedua.
Lukiskan lajur pada segi empat sama
yang kedua mengikut bilangan
penyebut pecahan yang pertama.
83
LANGKAH Pada segi empat sama yang pertama,
6 kirakan jumlah petak yang berlorek dan
jumlah keseluruhan petak yang ada dan
3 tulis dalam bentuk pecahan. Petak yang
12 berlorek merupakan pengangka dan
jumlah keseluruhan petak merupakan
LANGKAH penyebut.
7
Pada segi empat sama yang kedua,
4 kirakan jumlah petak yang berlorek dan
12 jumlah keseluruhan petak yang ada tulis
LANGKAH dalam bentuk pecahan. Petak yang
8 berlorek merupakan pengangka dan
jumlah keseluruhan petak merupakan
LANGKAH penyebut.
9
Lukiskan segi empat sama yang ketiga
LANGKAH dengan jumlah lajur dan baris yang sama
10 dengan segi empat yang pertama dan
kedua.
Jawapan: 7
Lorekkan petak segi empat yang ketiga
12 mengikut jumlah keseluruhan bilangan
petak yang berlorek segi empat sama
pertama dan kedua. Sekiranya bilangan
petak ketiga sudah penuh dilorek,
lukiskan segi empat sama yang keempat
dengan bilangan petak yang sama dan
lorekkan sehingga mencukupi jumlah
keseluruhan petak berlorek segi empat
sama pertama dan kedua.
Kirakan jumlah petak yang berlorek pada
segi empat yang ketiga. Tuliskan jawapan
dalam bentuk pecahan atau pecahan
bercampur.
84
DAPATAN KAJIAN
Jenis Kesilapan Yang Dilakukan Oleh Murid Semasa Menyelesaikan Masalah
Penambahan Pecahan
Jenis Kesilapan Soalan Penerangan operasi
1 Kesilapan pecahan
penambahan penyebut
melibatkan
yang sama.
2 Kesilapan operasi
penambahan pecahan
melibatkan penyebut
yang berbeza
3 Kesilapan proses
menyamakan penyebut
yang berlainan.
Berdasarkan hasil analisis dokumen, didapati peserta kajian menghadapi masalah
memahami konsep serta menguasai kemahiran penambahan pecahan. Menurut
Young – Loveridge (2007) menambahkan penyebut merupakan kesilapan yang
biasa dilakukan oleh murid semasa menambahkan dua pecahan. Tambahan lagi,
menurut Brown & Skow (2016), kesilapan konsep berlaku apabila murid tidak
memahami berkenaan konsep berkaitan dengan masalah seperti konsep
penambahan dua pecahan. Masalah memahami konsep dan menguasai kemahiran
penambahan pecahan akan memberi impak yang negatif kepada murid jika tidak
diatasi. Hal ini kerana, murid akan menghadapi masalah untuk memahami konsep
operasi asas pecahan yang lain seperti penolakan pecahan di masa akan datang.
Pencapaian Peserta Kajian Sebelum Dan Selepas Kaedah PPA Diperkenalkan
Peserta Markah Markah Peratus Peratus Peningkatan
Kajian Ujian Pra Ujian Ujian Pra Ujian Pecapaian
Pasca Markah (%)
1 1/8 8/8 (%) Pasca (%) 87.50
12.50 100.00
85
2 0/8 6/8 0.00 75.00 75.00
3 0/8 7/8 0.00 87.50 87.50
4 1/8 8/8 12.50 100.00 87.50
5 3/8 8/8 37.50 100.00 62.50
6 1/8 8/8 12.50 100.00 87.50
Jumlah 6/48 45/48 75.00 562.50 487.50
Min 0.02 0.16 12.50 93.75 81.25
Hasil dapatan pencapaian peserta kajian meningkat dalam julat 62.5% hingga
87.5% markah. Dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pencapaian
murid dalam menyelesaikan masalah matematik penambahan pecahan sebelum
dan selepas kaedah PPA yang diperkenalkan. Walaubagaimanapun, kaedah PPA
yang diperkenalkan perlulah diaplikasikan sewaktu PdPc di dalam kelas setiap kali
mengajar topik penyelesaian masalah agar murid lebih biasa dan mahir mengikuti
langkah-langkah di dalam kaedah tersebut.
Temu Bual Mengenai Minat Murid Terhadap Topik Penambahan Pecahan
Soalan Maklumat/Data Kod Tema
PK1 Adakah kamu berasa lebih minat untuk
PK2 belajar topik penambahan pecahan Perasaan
PK3 selepas menggunakan kaedah PPA? Perkembangan
...Rasa lebih minat sebab seronok dapat
jawab soalan penambahan pecahan Kelulusan
dengan mudah. Perasaan
...Ya, saya berasa semakin minat untuk Kelulusan
belajar pecahan. Perkembangan
Perasaan
...Saya rasa sangat gembira. Dulu saya Perkembangan
tak pandai tambah pecahan, sekarang dah Kelulusan
pandai.
PK4 ...Rasa lebih berminat sebab dapat jawab Perasaan
soalan penambahan pecahan. Perkembangan
PK5 ...Rasa semakin berminat sebab dah boleh Kelulusan
Perasaan
tambah pecahan yang ada penyebut Perkembangan
Kelulusan
berbeza. Perasaan
Perkembangan
PK6 ...Saya rasa sangat berminat dan seronok. Kelulusan
Sebab boleh jawab soalan dengan lukis –
lukis.
Hasil temu bual dengan peserta kajian menunjukkan mereka berasa seronok dan
gembira semasa menyelesaikan masalah penambahan pecahan selepas
mempelajari kaedah PPA. Secara tidak langsung, dapat simpulkan bahawa
terdapat berlaku peningkatan minat dalam diri peserta kajian terhadap topik
penambahan pecahan. Norhani Bakri et al (2005) menyatakan prestasi
pembelajaran dipengaruhi oleh faktor pergaulan, minat serta motivasi pelajar. Oleh
86
itu, dengan adanya minat dalam diri peserta kajian ini, dijangka mereka akan terus
berminat untuk belajar topik yang seterusnya.
REFLEKSI
Pelaksanaan kajian tindakan ini memberi impak positif kepada peserta kajian dan
pengkaji. Berdasarkan hasil analisis data yang telah dibincangkan secara terperinci,
penggunaan kaedah PPA didapati berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan
kemahiran peserta kajian dalam menyelesaikan masalah penambahan pecahan
yang melibatkan penyebut yang sama atau berbeza. Di samping itu, penggunaan
kaedah PPA juga memberi kesan positif terhadap minat peserta kajian terhadap
tajuk pecahan. Peserta kajian menunjukkan motivasi dan minat dalam
menyelesaikan masalah penambahan pecahan yang melibatkan penyebut yang
sama atau berbeza.
Seterusnya, kajian ini juga memberi impak yang positif kepada pengkaji.
Pelaksanaan penyelidikan ini memberi banyak pengetahuan dan pengalaman
baharu yang boleh dinilai dan direnung oleh pengkaji melalui kelemahan dan
kekuatan, di samping cara-cara mengatasi masalah melalui pemikiran kritis dan
kreatif.
Implikasi kajian ini juga berguna kepada guru-guru di sekolah. Guru lain
juga boleh menggunakan kaedah penyelesaian masalah PPA ini di dalam kelas
mereka untuk membantu pelajar yang lemah. Memahami keperluan pelajar dan
menyediakan mereka untuk mengajar sesuatu yang baru atau lebih sukar
berdasarkan latar belakang dan pengetahuan sedia ada adalah satu kemestian
bagi guru.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Kajian lanjutan berdasarkan kajian ini dapat dilakukan untuk topik yang lain supaya
murid-murid dapat mengaplikasikan penggunaan kaedah PPA dalam semua topik
yang melibatkan pecahan. Di samping itu, ia juga dapat dijalankan bermula dengan
murid pada tahap yang lebih rendah supaya murid dapat memahami konsep
penambahan pecahan melibatkan penyebut yang sama atau berlainan.
Selain itu, ia juga boleh dijalankan di sekolah yang berlainan dan peserta
kajian yang lebih ramai untuk meninjau sejauh mana keupayaan kaedah PPA
membantu dalam penyelesaian masalah penambahan pecahan. Di samping itu,
penyediaan lembaran senarai semak langkah penggunaan kaedah PPA boleh
dilakukan untuk membantu murid menyelesaikan soalan melibatkan pecahan. Hal
ini demikian kerana, lembaran senarai semak penggunaan kaedah PPA yang
dihasilkan boleh menjadi bahan rujukan ataupun nota kepada murid. Lembaran
senarai semak penggunaan kaedah PPA boleh dihasilkan mengikut sub topik yang
terdapat dalam topik pecahan seperti penolakan pecahan.
RUJUKAN
Azlina Mohd Kosnin, SIti Hajar Mohd Khalid. (2010). Strategi-strategi dalam Penyelesaian
Masalah Matematik Berperkataan dalam Kursus Statistik 1. Universiti Teknologi
Malaysia
Howard, A. C. (1991). “Addition of Fractions—The Unrecognized Problem”. The Mathematics
Teacher, 84(9), 710-713.
87
Kocaoglu, Y. (2010). 5 th grade students’ mistakes and misconceptions in solving problems
about fractions. Dicle Üniversity Journal of Ziya Gökalp Education Faculty, 14, 71-
85.
Lewin K. (1951). Field theory in social science, New York: Harper & Brothers.
McNiff, J. (1988). Action research for professional selling. Farnham Gower Publications.
Mok, S. S. (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran & Pembelajaran. Ipoh, Malaysia:
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd
Noorbaizura Thambi & Leong, K. E. (2013). Effect of students’ achievement in fractions using
GeoGebra. SAINSAB 16: 97-106.
Norhani Bakri, Boon, Noor Zainab Abd. Razak, Hamidah Ab. Rahman, Aminah Ahamad
Khalid. (2005). Punca prestasi pembelajaran yang lemah di kalangan pelajar Fakulti
Pengurusan dan Pembangunan Manusia. Jurnal Teknologi 43 (E) Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Johor, 29-44
Noriati A. Rashid, Boon, Y.P., & Wong, K. W. (2010). Asas Kepimpinan dan perkembangan
professional guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Razak, F., Noordin, N., Dollah, R., & Alias, R. (2011). How Do 13-Year-Olds in Malaysia
Compare Proper Fractions? Journal of Asian Behavioral Studies, 1(3), 31–40.
Reys, R., Lindquist, M. M., Lambdin, D. V., & Smith, N. L. (2009). Helping Children Learn
Mathematics. United State of America: John Wiley & Sons, Inc.
Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd
Rosli Sahat. (2001). Kajian Tindakan untuk PISMP. Perak: IPG Kampus Ipoh
Samsudin Drahman dan Fatimah Saleh. (2004). Visualisasi dalam Penyelesaian Masalah
Matematik Berayat. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 47-66.
Sinari Mohd Eunos (2003). Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Guru Dalam Mata
Pelajaran KHB KBSM. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda
Syed Abdul Hakim Syed Zainuddin, Mohini Mohamed. (2010). Keupayaan dan Sikap dalam
Menyelesaikan Masalah Matematik Bukan Rutin. Jurnal Teknologi, 47-62.
Zakiah Salleh, Norhapidah Mohd Saad, Mohamad Nizam Arshad, Hazaka Yunus, Effafi
Zakaria. (2013). Analisis Jenis Kesilapan Dalam Operasi Penambahan Dan
Penolakan Pecahan. Jurnal Pendidikan Matematik 1 (1), 1 – 10. Diperoleh daripada
https://www.researchgate.net/publication/278848355_Analisis_jenis_kesilapan_dala
m_operasi_penambahan_dan_penolakan_pecahan
88
KESEDIAAN DAN PENGGUNAAN VIDEO PEMBELAJARAN SEMASA
MENGAJAR DALAM TEMPOH PDPR DALAM KALANGAN GURU PELATIH
MATEMATIK IPGK DI MALAYSIA
Muhammad Takbir Idham Bin Jepre @ Kipli, Zaieddi Bin
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]
Abstrak:
Kajian tinjauan ini dijalankan untuk mengkaji tahap kesediaan dengan penggunaan
video pembelajaran dalam kalangan guru pelatih Matematik di tiga buah IPG di
Malaysia. Kajian ini dijalankan dengan memberikan tumpuan kepada kesediaan
dari aspek sikap, pengetahuan dan kemahiran dengan penggunaan video
pembelajaran semasa tempoh PdPR dalam kalangan guru pelatih Matematik IPG.
Objektif dalam kajian ini ialah mengenal pasti hubungan kesediaan dari aspek
sikap dengan penggunaan video pembelajaran, mengenal pasti hubungan
kesediaan dari aspek pengetahuan dengan penggunaan video pembelajaran,
mengenal pasti hubungan kesediaan dari aspek kemahiran dengan penggunaan
video pembelajaran serta mengenal pasti pengaruh tahap kesediaan (sikap,
pengetahuan, kemahiran) terhadap penggunaan video pembelajaran dalam
kalangan guru pelatih semasa PdPr di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian
tinjauan deskriptif dengan menggunakan soal selidik atas talian untuk mengutip
data kuantitatif yang berkaitan tahap kesediaan dari ketiga-tiga aspek dalam
kalangan guru pelatih Matematik dan analisis data dilakukan dengan menggunakan
perisian SPSS versi 21.0. 118 orang guru pelatih dipilih menjadi responden kajian
dan kaedah persampelan yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah
persampelan bertujuan. Pemilihan responden adalah berdasarkan kepada model
Krejchie dan Morgan (1970). Berdasarkan analisis data, ketiga-tiga aspek
kesediaan iaitu sikap, pengetahuan dan kemahiran mempunyai hubungan dengan
penggunaan video pembelajaran dalam kalangan guru dengan nilai pekali korelasi
pearson masing-masing (r=78), (r=66.7), dan (r=72.9). Malah, ujian regresi linear
berganda mendapati tahap kesediaan dengan kombinasi ketiga-tiga aspek tersebut
mampu mempengaruhi penggunaan video pembelajaran dalam kalangan guru
pelatih semasa mengajar dalam tempoh PdPr. Oleh yang demikian, semua
hipotesis nol berjaya ditolak.
Kata kunci : kesediaan, sikap, pengetahuan, kemahiran, video pembelajaran
PENGENALAN
Berikutan daripada pandemik COVID-19, perintah kawalan pergerakan
(PKP) telah dikuatkuasakan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi
mengelakkan jangkitan berleluasa , sebarang interaksi bersemuka dan pergerakan
fizikal adalah terhad dan tidak dibenarkan dalam tempoh PKP. Walaupun demikian,
guru tetap perlu menjalankan tugas dan melaksanakan tanggungjawab mengajar
dan membimbing murid untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran penaakulan
Matematik meskipun mengajar dari rumah. Video pembelajaran merupakan salah
89