The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JUN 2018
(MATEMATIK SEKOLAH RENDAH)
DAN
(SAINS SEKOLAH RENDAH)
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PISMP
2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tracymajit, 2022-09-28 00:01:51

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2018 (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) DAN (SAINS SEKOLAH RENDAH) SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PISMP 2022

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JUN 2018
(MATEMATIK SEKOLAH RENDAH)
DAN
(SAINS SEKOLAH RENDAH)
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PISMP
2022

Keywords: Sains,Matematik

SIKAP DAN KESEDIAAN GURU SAINS DI DAERAH TUARAN
TERHADAP AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-

21 (PAK21)

Siti Nuraina binti Abdul Rahim, Dr Adeline Leong Suk Yee
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]

ABSTRAK

Kajian dilaksanakan untuk mengenal pasti sikap dan kesediaan guru Sains sekolah
rendah di daerah Tuaran terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-
21 (PAK21). Kajian berbentuk kuantitatif ini dijalankan secara tinjauan melalui
edaran soal selidik. Kajian rintis terhadap soal selidik telah dijalankan dan
mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Seramai 76 orang
guru Sains di sekolah rendah di daerah Tuaran telah dijadikan sampel kajian
sebenar. Statistik deskriptif melibatkan skor min, kekerapan dan peratusan,
manakala statistik inferensi menggunakan analisis korelasi Pearson dan regresi
pelbagai stepwise untuk menentukan sejauh mana hubungan antara sikap dan
kesediaan guru Sains mempengaruhi amalan mereka dalam PAK21 dengan
menggunakan perisian SPSS versi 27.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
tahap sikap guru, kesediaan guru dan amalan guru Sains adalah pada tahap tinggi
(min SG=4.25, min KG=4.12 dan min AG=4.04). Dapatan data juga menunjukkan
bahawa hipotesis nul ditolak kerana terdapat hubungan signifikan antara sikap guru
Sains dengan amalan PdP dalam PAK21 (r=0.778, p=0.000); terdapat hubungan
signifikan antara tahap kesediaan guru Sains dengan amalan PdP dalam PAK21
(r=0.873, p=0.000) dan terdapat pengaruh signifikan antara pembolehubah sikap
dan kesediaan guru dengan amalan dalam PAK21 (78.5%, p=0.000) di mana
domain kesediaan guru menyumbang sebanyak 76.2% diikuti dengan domain sikap
guru menyumbang sebanyak 2.3%. Dengan ini, jelaslah bahawa kesediaan guru
lebih banyak mempengaruhi amalan guru dalam PAK21 berbanding dengan sikap
guru. Implikasi kajian ini membawa mesej yang jelas kepada pihak pengurusan
kurikulum dan semua pihak yang terlibat untuk membuat perancangan awal dan
menambahbaik sistem pendidikan di negara kita ke arah yang lebih baik.

Kata Kunci: Sikap, Kesediaan, Amalan, Guru Sains, Pembelajaran Abad Ke-21

PENGENALAN
Pembelajaran Abad Ke-21 menyediakan suatu kerangka tersusun yang
memastikan murid terlibat dalam proses pembelajaran dan membantu mereka
membina keyakinan, memupuk inovasi dan kepemimpinan (Abualrob, 2019).
Pelaksanaan PAK21 bertujuan untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama
yang produktif, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi
serta mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Menurut Abdul
Ghoni (2018), tranformasi pendidikan merupakan suatu kemestian kerana kejayaan
transformasi ekonomi amat bergantung pada kejayaan pelan pendidikan yang
bersifat futuristik. Sejajar dengan perubahan ini, Malaysia berhasrat mendapat

340

kedudukan terbaik dalam Trends in International Mathematics and Science Study
(TIMSS) dan Programme for International Student Assesment (PISA) menjelang
2025 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Oleh itu, selaras dengan
pelaksanaan transformasi pendidikan, keutamaan sekolah hendaklah ke arah
penghasilan pendidikan yang berkualiti. Bagi melahirkan modal insan yang
cemerlang dan holistik, kualiti guru menjadi unsur yang penting untuk dikaji (Noor
Lela, Sho, Hariyaty & Rohaila, 2019).

PERNYATAAN MASALAH
Dalam menghadapi golongan generasi berilmu abad ke-21, guru perlu peka
terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran masa hadapan yang menggunakan
literasi media baharu serta tangkas dalam mengadaptasi semua perubahan dalam
sistem pendidikan. Walau bagaimanapun, kualiti dan keupayaan guru sering
dipertikaikan oleh masyarakat dalam menyampaikan pengajaran seperti yang
dikehendaki oleh sistem pendidikan. Kajian Raja Abdullah dan Daud (2018)
menunjukkan konsep keseluruhan PdP dalam PAK21 masih kurang difahami
dengan jelas. Sikap seseorang guru adalah penting bagi melaksanakan dan
memperkasakan PAK21. Dalam era digital ini, sesetengah daripada guru
mempunyai kesukaran untuk membuat persediaan rapi dalam penyediaan bahan
bantu mengajar agar PdP berjalan dengan lebih berkesan (Rowen, Nor Suriya, Nur
Hamiza, Rawdah, Noor Wahida & Vicky, 2021). Punca berlakunya perkara
demikian adalah kerana guru lebih selesa menggunakan kaedah tradisional
daripada menguasai kemahiran menggunakan teknologi di dalam kelas. Ini
disokong oleh Masyuniza (2015) yang menyatakan bahawa guru merasakan rumit
untuk melaksanakan PAK21 apabila ianya berlainan dengan pengalaman sedia
ada.

Selain itu, dapatan kajian Abualrob (2019) juga menjelaskan ramai guru
masih memberi tumpuan kepada kaedah pendidikan tradisional. Mereka masih
kurang mahir mengaplikasikan elemen kemahiran abad ke-21 dalam amalan PdP di
bilik darjah. Guru menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada kelemahan
murid dalam menguasai kemahiran seperti komunikasi, pemikiran kritikal dan
penyelesaian masalah (Carlgren, 2013) dan pendapat ini juga dipersetujui oleh
Zamri dan Anita (2020). Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti
tahap sikap dan kesediaan guru Sains di sekolah rendah di daerah Tuaran serta
amalan pengajaran mereka dalam PAK21. Kajian ini juga adalah untuk menentukan
hubungan antara pembolehubah tidak bersandar iaitu sikap dan kesediaan guru
Sains dengan pembolehubah bersandar iaitu amalan guru Sains dalam PAK21
serta pengaruhnya.

OBJEKTIF KAJIAN
Berikut merupakan objektif kajian ini dilaksanakan:
1. Mengenalpasti tahap sikap guru Sains dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Abad ke-21.
2. Mengenalpasti tahap kesediaan guru Sains dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Abad ke-21.
3. Mengenalpasti tahap amalan guru Sains dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Abad ke-21.
4. Menentukan hubungan antara sikap guru Sains terhadap amalan pengajaran

dan pembelajaran guru dalam PAK21.

341

5. Menentukan hubungan antara kesediaan guru Sains terhadap amalan
pengajaran dan pembelajaran guru dalam PAK21.

6. Menentukan pengaruh sikap guru dan kesediaan guru Sains terhadap amalan
pengajaran dan pembelajaran guru dalam PAK21.

SOALAN KAJIAN
Persoalan kajian ini dibentuk berdasarkan kepada objektif kajian. Berikut adalah
persoalan kajian bagi kajian ini.

1. Apakah tahap sikap guru Sains dalam PAK21?
2. Apakah tahap kesediaan guru Sains dalam PAK21?
3. Apakah tahap amalan pengajaran dan pembelajaran guru Sains dalam

PAK21?
4. Apakah hubungan antara sikap guru terhadap amalan pengajaran dan

pembelajaran dalam PAK21?
5. Apakah hubungan antara kesediaan guru terhadap amalan pengajaran dan

pembelajaran dalam PAK21?
6. Apakah pengaruh sikap guru dan kesediaan guru Sains terhadap amalan

pengajaran dan pembelajaran guru dalam PAK21.

METODOLOGI
Kajian ini merupakan sebuah kajian tinjauan yang dilaksanakan secara kuantitatif
dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini ditumpukan kepada guru-guru
Sains di sekolah rendah di daerah Tuaran, Sabah dengan menggunakan jenis
persampelan secara rawak mudah. Saiz sampel ditentukan dengan merujuk
kepada jadual penentu saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Seramai 76 orang
guru Sains telah memberi respon kepada borang soal selidik yang diedarkan.
Instrumen soal selidik yang dibangunkan adalah menggunakan nilai skala Likert
lima mata dan telah mendapat kebenaran untuk diubahsuai dari kajian Sofiana
(2020), Norezan, Azzlina, Rosilawati dan Siti Fairuz (2019) dan Ravitz (2014).
Manakala, kesahan dan kebolehpercayaan bagi instrumen yang dibangunkan ini
adalah tinggi dan sesuai digunakan dalam kajian ini. Instrumen telah diperiksa
kesahannya oleh Dr. Ronald Yusri Batahong dan Dr. Adeline Leong Suk Yee yang
lebih berpengalaman serta satu ujian pra dengan seorang guru Sains juga
dilakukan. Seterusnya, kajian rintis juga telah dilaksanakan dan nilai alpha
Cronbach diperoleh menunjukkan bahawa instrumen ini mempunyai nilai
kebolehpercayaan yang tinggi. Data yang dikumpul dari responden guru-guru
melalui google form yang diedarkan ini dianalisis menggunakan perisian SPSS
versi 27.0. Analisis skor min, kekerapan dan peratusan digunakan untuk
menentukan tahap bagi setiap pembolehubah kajian, manakala analisis korelasi
Pearson dan regresi pelbagai Stepwise untuk menentukan hubungan dan pengaruh
antara pembolehubah yang dikaji.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Jadual 1 Rumusan Keseluruhan Analisis Data Mengikut Soalan Kajian

Bil Soalan Kajian Skala Pengukuran Skala Pengukuran Alat Statistik Keputusan
Pembolehubah Pembolehubah Ujian
Tak Bersandar Bersandar Frekuensi
Peratus Min=4.25
1. Apakah tahap sikap guru Sains dalam 342
PAK21? Min

2. Apakah tahap kesediaan guru Sains Frekuensi Min=4.12
dalam PAK21? Peratus
Min=4.04
3. Apakah tahap amalan guru Sains Min
dalam PAK21? Frekuensi r=.778**
Peratus p=.000
Apakah hubungan antara sikap guru Amalan H01 Ditolak
Pengajaran Guru Min r= .873**
4. terhadap amalan pengajaran dan Sikap Guru p= .000
Amalan Korelasi H02 Ditolak
pembelajaran dalam PAK21? Kesediaan Guru Pengajaran Guru Pearson
R2 = .785
Apakah hubungan antara kesediaan Sikap Guru Amalan Korelasi % = 78.5
dan Pengajaran Guru Pearson H03 Ditolak
5. guru terhadap amalan pengajaran dan
Kesediaan Guru Regresi
pembelajaran dalam PAK21? Pelbagai
Stepwise
Apakah pengaruh sikap guru dan

6. kesediaan guru Sains terhadap amalan
pengajaran dan pembelajaran guru

dalam PAK21.

Berdasarkan dapatan kajian bagi tahap sikap guru terhadap penggunaan
kemahiran abad ke-21 dalam PdP Sains menunjukkan skor min keseluruhan adalah
min=4.25 di mana merujuk kepada jadual interpretasi skor min oleh Chua (2006),
tahap sikap guru adalah berada pada aras tinggi. Majoriti guru Sains bersetuju
untuk memastikan elemen kemahiran abad ke-21 diterapkan dalam PdP mereka.
Guru yakin dalam menerapkan kemahiran abad ke-21 untuk memperbaiki amalan
pengajaran mereka. Malahan, guru juga bersedia untuk berkolaborasi dengan guru
lain untuk menjayakan kemahiran abad ke-21. Dapatan kajian ini selari dengan
kajian Adibah (2019) yang mendapati sikap guru yang tinggi dalam
mengaplikasikan pembelajaran berasaskan masalah dalam pengajarannya. Guru
yang mempunyai sikap positif untuk melaksanakan pembelajaran kemahiran abad
ke-21, membolehkan penerapan kemahiran abad ke-21 banyak diaplikasikan dalam
PdP Sains. Menurut Zamri et al. (2020), sikap positif guru dalam menerapkan peta
pemikiran seperti i-think dapat menjadikan proses PdP menjadi berkesan dan
menyeronokkan.

Melalui analisis deskriptif untuk domain kesediaan guru pula menunjukkan
skor min keseluruhan sebanyak min=4.12 di mana tahap kesediaan guru adalah
berada pada aras yang tinggi. Kesediaan guru merupakan salah satu elemen
penting serta dapat memainkan peranan untuk membantu murid menyesuaikan diri
dalam suasana dan kaedah pembelajaran yang baru. Sekiranya guru tidak
bersedia, maka suasana PdP menjadi kurang menarik, murid kurang bermotivasi,
kawalan kelas menjadi longgar dan objektif pembelajaran tidak tercapai. Dapatan
ini bertentangan dengan kajian Nur Hawa dan Ghazali, (2018); Nooraini et al.,
(2017); Mashira et al., (2019) yang menunjukkan tahap kesediaan guru adalah
pada tahap yang rendah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu kekangan untuk
menghabiskan sukatan pelajaran, bilangan murid yang ramai, kemudahan alat
bantu mengajar yang kurang dan beban tugas yang lain.

Nilai min seterusnya menunjukkan tahap amalan guru juga berada pada
tahap tinggi dengan nilai min=4.04. Menerusi amalan PAK21 yang tinggi, para guru
akan mempunyai kemahiran pedagogi abad ke-21 iaitu berbantukan ICT dan
kepelbagaian dalam metodologi penyampaian ilmu adalah penting (Sharifah, 2015).
Di peringkat sekolah, memerlukan guru yang mempunyai amalan pengajaran dan
pembelajaran abad 21 yang tinggi bagi membangunkan modal insan yang
berkualiti. Jika murid hanya belajar melalui buku teks sahaja yang berorientasikan
peperiksaan tanpa ada pengetahuan tentang teknologi maka mereka akan

343

kekurangan daya saing untuk berdepan cabaran pada masa akan datang (Luqman,
2020).

Seterusnya, analisis korelasi Pearson yang dijalankan pada data yang
diperoleh berkaitan sikap guru dengan amalan guru dalam PAK21 mendapati
bahawa nilai pekali korelasi, r adalah 0.778 dan nilai p ialah 0.000, iaitu lebih kecil
dari 0.01 (r = 0.778, p <0.01). Keputusan analisis ini menjelaskan bahawa terdapat
hubungan positif yang signifikan diantara sikap guru dan amalan pengajaran guru
Sains dalam melaksanakan PAK21. Dengan itu, hipotesis nul 1 ditolak. Manakala,
anggaran kekuatan hubungan korelasi antara sikap dan amalan guru Sains dalam
melaksanakan PAK21 adalah pada tahap tinggi.

Manakala, analisis korelasi Pearson terhadap pembolehubah kesediaan
guru dengan amalan guru dalam PAK21 memaparkan nilai pekali korelasi, r adalah
0.873 dan nilai p ialah 0.000, iaitu lebih kecil dari 0.01 (r = 0.873, p <0.01).
Keputusan analisis ini menjelaskan bahawa terdapat hubungan positif yang
signifikan diantara kesediaan guru dan amalan pengajaran guru Sains dalam
melaksanakan PAK21. Dengan itu, hipotesis nul 2 juga ditolak. Oleh itu, anggaran
kekuatan hubungan korelasi antara kesediaan dan amalan guru Sains dalam
melaksanakan PAK21 adalah pada tahap tinggi.

Akhir sekali, pengkaji menentukan pengaruh sikap dan kesediaan guru
dengan amalan guru dalam PAK21 melalui analisis regresi pelbagai Stepwise.
Apabila kedua-dua domain iaitu sikap guru dan kesediaan guru Sains dimasukkan
ke dalam persamaan regresi ialah R2=0.785. Nilai ini menunjukkan bahawa 78.5%
jumlah varians dalam amalan pengajaran guru dalam PAK21 adalah gabungan
daripada domain sikap guru dan kesediaan guru. Domain kesediaan guru Sains
menyumbang sebanyak 76.2%, diikuti dengan domain sikap guru Sains yang
menyumbang sebanyak 2.3%. Maka, jelaslah dapatan data ini menunjukkan
bahawa amalan guru dalam PAK21 lebih banyak dipengaruhi oleh domain
kesediaan berbanding sikap guru. Kesimpulan yang dibuat turut disokong oleh
analisis ANOVA yang signifikan di mana nilai signifikannya p=0.000 adalah lebih
kecil dari nilai aras signifikan yang ditentukan iaitu p<0.01. Dengan ini, hipotesis nul
3 adalah ditolak.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya mencapai objektif kajian dan berupaya
menjawab soalan kajian yang telah dikemukakan. Hasil dapatan analisis secara
deskriptif bagi tahap sikap guru, kesediaan guru dan tahap amalan guru Sains
kesemuanya adalah berada pada tahap tinggi. Semua hipotesis nul kajian ini
ditolak kerana melalui analisis korelasi Pearson, menunjukkan terdapat hubungan
signifikan antara sikap guru dan kesediaan guru dengan amalan pengajaran guru
Sains dalam pelaksanaan PAK21 serta melalui analisis regresi pelbagai stepwise,
menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan antara sikap guru dan kesediaan
guru Sains dengan amalan PdP dalam PAK21. Dengan itu, jelaslah bahawa
kesediaan untuk berubah dan sikap semula jadi seseorang amat penting dalam
menghadapi cabaran daripada kerjaya yang diceburi. Apabila seorang guru itu
bersikap matang dan bersedia menerima dan berupaya mengurus apa sahaja
masalah atau cabaran yang timbul dengan bijak, nescaya guru tersebut dapat

344

meningkatkan amalan pengajaran dengan jayanya seiring dengan era globalisasi
abad ke-21.

Implikasi kajian ini adalah ia amat penting kepada pihak-pihak
berkepentingan seperti pihak penggubal kurikulum agar perancangan transformasi
dalam bidang pendidikan yang dibuat akan dapat menghasilkan keputusan yang
optimum. Selain itu, kajian ini boleh dijadikan sebagai garis panduan kepada guru-
guru Sains untuk merancang pelan peningkatan profesionalisme kendiri dan dapat
merangka cara penyelesaian yang berkesan agar sikap dan kesediaan guru-guru
dapat ditingkatkan. Seterusnya, fasiliti dan kemudahan PdP yang bersesuaian
mestilah disediakan kepada guru-guru Sains di sekolah agar dapat meningkatkan
keberkesanan penerapan PAK21 di sekolah.

Cadangan yang dinyatakan dalam kajian ini pula adalah agar kajian
lanjutan dapat dilakukan dengan menambah pembolehubah-pembolehubah yang
lain yang berkaitan dengan skop kajian seperti cabaran, minat dan sebagainya.
Selain itu, dengan memperluaskan saiz populasi dan sampel kajian sehingga ke
peringkat zon dan seterusnya peringkat negeri Sabah ataupun seluruh negeri di
Malaysia. Kajian seterusnyany juga boleh menggabungkan dengan kepelbagaian
status lokasi sekolah iaitu sekolah luar bandar, sekolah bandar dan sekolah
pedalaman serta menggabungkan reka bentuk kuantitatif dan kualitatif bagi
mendapatkan maklumat yang lebih mendalam berkaitan skop kajian yang ingin
dilaksanakan.

Sebagai penutup, guru sebagai agen perubahan merupakan tunjang dan
pelaksana yang paling utama dalam menjayakan transformasi pendidikan. Seluruh
warga pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan
yang penuh persaingan, pendidikan adalah bersifat futuristik. Kita juga sepatutnya
boleh mempersiapkan generasi muda dengan pengetahuan dan kemahiran abad
ke-21 yang pelbagai sebagai persediaan mereka menempuh masa depan yang
cerah.

RUJUKAN

Abualrob, M. M. (2019). The Role of Science Teachers in Developing the 21st Century Skills
for the Elementary School Students. Interdisciplinary Journal of Environmental and
Science Education, 15(1), e02206. https://doi.org/10.29333/ijese/6368

Adibah Arshad. (2019). Tahap Pengetahuan, Kemahiran Pelaksanaan dan Sikap Guru
Bahasa Melayu Sekolah Menengah Tentang Pembelajaran Berasaskan Masalah.
Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Carlgren. T. (2013). Communication, Critical Thinking, Problem Solving: A Suggested For All
High School Students in the 21st Century. Interchange, 44, 63-81.

Chua Yun Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan – Asas Statistik Penyelidikan.
Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Kit Pembelajaran Abad ke-21. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Krejcie, R. V., Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities.
Education and Psychogical Measurement, 30, 608-619.

345

Luqman Arif Abdul Karim. (2020). PKP: E-Pembelajaran Tidak Segerak Sesuai Di Luar
Bandar, Pedalaman. Kuala Lumpur: Berita Harian Online. Diperoleh pada 5 Januari
2022 daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677952/pkp-e-
pembelajaran-tidak-segerak-ses uai-di-luar-bandar-pedalaman/

Mashira Yahaya, Rusyati Hanafiah, Nor Sazila Zakaria, Rohana Osman, Khairul Anur Bahrin.
(2019). Amalan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) Dalam Pengajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) Guru-Guru Sekolah Rendah. Jurnal IPDA Bil. 26. Institut
Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah.

Masyuniza Yunos. (2015). Hubungan Sikap dan Persepsi Murid Terhadap Pembelajaran
Bahasa Melayu dengan Kemahiran Abad Ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
5(2), pp.22-30.

Nooraini Abdul Rahim, Abdul Halim bin Abdullah. (2017). Kesediaan Guru Matematik
Sekolah Menengah dalam Melaksanakan Proses Pembelajaran dan Pengajaran
Abad ke-21. Jurnal Isu-Isu Pendidikan Kontemporari.Universiti Teknologi
Malaysia.ISBN 978-967-0194-68-4

Noor Lela Ahmad, Sho, S. L., Hariyaty Wahid & Rohaila Yusof. (2019). Kepentingan Amalan
Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 Terhadap Pembangunan Pelajar.
International Journal of Education, Psychology and Counseling. Volume: 4 Issues:
28 pp.-28-51]. eISSN: 0128-164x

Norezan Ibrahim, Azzlina Adzra’ai, Rosilawati Sueb & Siti Fairuz Dalim. (2019). Trainee
Teachers’ Readiness Towards 21st Century Teaching Practices. Tesis. Universiti
Teknologi MARA.

Nur Hawa Hanis binti Abdullah & Ghazali bin Darusalam. (2018). Kesediaan Guru
Melaksanakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran. Jurnal Kurikulum
& Pengajaran Asia Pasifik. Bil.6, Isu 3.

Ravitz, J. (2014). A Survey for Measuring 21st Century Teaching and Learning: West Virginia
21st Century Teaching and Learning Survey [WVDE-CIS-28]. Charleston: West
Virginia Department of Education.

Raja Abdullah Raja Ismail & Daud Ismail. (2018). Aplikasi ‘Konsep 4C’ Pembelajaran Abad
Ke-21 Dalam Kalangan Guru Pelatih Pengajian Agama Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail. Asian People Journal (APJ), 1(1), 45–65.

Rowen Tingang Musa, Nor Suriya Abd Karim, Nur Hamiza Adenan, Rawdah Adawiyah
Tarmizi, Noor Wahida Md Junus & Vicky Ezekiel Anak Kelong. (2021). Tahap
Kesediaan Guru Pelatih Matematik UPSI Dalam Melaksanakan PAK21. JURNAL
PENDIDIKAN BITARA UPSI. Vol. 14 Special Issue (2021). ISSN 1394 -7176 (82-
91)

Sofiana Hassan. (2020). Tahap Pengetahuan dan Sikap Guru Bahasa Melayu Daerah Sibu
dalam Mengaplikasikan Kemahiran Abad Ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
– JPBM. Vol. 10, Bil. 2 (Nov. 2020): 74-81. ISSN: 2180-4842.

Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman. (2020). Profesion Keguruan dan Pembangunan
Insan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

346

PENGETAHUAN, KEMAHIRAN PELAKSANAAN DAN SIKAP GURU SAINS
TERHADAP AMALAN PENDIDIKAN SAINS BERASASKAN INKUIRI
(PSBI/IBSE) DI DAERAH TUARAN

Wan Amirul Amin Bin W.Hussin, Dr Adeline Leong Suk Yee
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap dan hubungan pengetahuan guru,
kemahiran pelaksanaan guru, sikap guru sains dan tahap amalan Pendidikan Sains
Berasaskan Inkuiri (PSBI) di daerah Tuaran, Sabah. Kajian ini turut mengenalpasti
pengaruh pengetahuan guru, kemahiran pelaksanaan guru, sikap guru terhadap
amalan PSBI di daerah Tuaran. Kajian tinjauan ini menggunakan borang soal
selidik yang melibatkan sampel seramai 76 orang guru sains di daerah Tuaran,
Sabah. Analisis data menggunakan perisian SPSS 26.0 yang melibatkan analisis
deskriptif (peratus, min dan sisihan piawai) serta analisis inferensi (ujian Korelasi
Pearson dan regresi pelbagai stepwise). Hasil kajian rintis berdasarkan analisis Alfa
Cronbach bagi item pengetahuan guru adalah 0.812, item kemahiran pelaksanaan
guru adalah 0.893, sikap guru adalah 0.885 dan amalan PSBI adalah 0.891. Hasil
kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan guru, tahap kemahiran pelaksanaan
guru, tahap sikap guru dan tahap amalan guru terhadap PSBI berada pada tahap
yang tinggi. Hasil analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan diantara pengetahuan guru dengan amalan PSBI r =
0.55,P = 0.00 (p<0.05), kemahiran pelaksanaan guru dengan amalan PSBI r = 0.59,
P = 0.00 (p<0.05) dan sikap guru dengan amalan PSBI r = 0.59, P = 0.00 (p<0.05)
dalam kalangan guru sains di daerah Tuaran, Sabah. Analisis regresi pelbagai
stepwise menunjukkan kemahiran pelaksanaan guru paling mempengaruhi amalan
PSBI, diikuti pengetahuan guru dan sikap guru. Berdasarkan kepada dapatan
kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan lagi mutu
pengajaran guru-guru sains.

Kata kunci: Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri, pengetahuan, kemahiran
pelaksanaan, sikap guru sains, sekolah rendah

PENGENALAN

Pada abad ke-21 ini terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran Sains seperti pendekatan inkuiri penemuan, masteri,
eksperimen dan konstruktivisme. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan
salah satu daripada komponen kemahiran berfikir. Pemupukan kemahiran ini dapat
merangsang kebolehan pelajar untuk berfikir seperti penaakulan, membina
persoalan, menilai bukti, serta mempertimbangkan hipotesis alternatif menerusi
perasaan ingin tahu. Daripada itu, pendekatan Pembelajaran Sains Berasaskan
Inkuiri (PSBI) atau lebih dikenali sebagai Inquiry Based Science Education (IBSE)
merupakan salah satu kaedah pengajaran yang bersesuaian dalam merangsang
pemikiran aras tinggi pelajar melalui pembinaan pengetahuan secara
konstruktivisme.

347

Oleh itu, kajian ini memfokuskan tentang tahap, hubungan dan pengaruh
pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru sains terhadap amalan
Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (PSBI) di daerah Tuaran. Dapatan ini
diharapkan dapat membantu pihak seperti Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran atau
Jabatan Pendidikan Negeri sebagai indikator bagi melaksanakan tindakan
selanjutnya seperti kursus pemantapan amalan Pendidikan Sains Berasaskan
Inkuiri (PSBI) bagi guru-guru sains di daerah Tuaran.

PERNYATAAN MASALAH

Permasalahan utama dalam kajian ini ialah guru-guru sukar untuk beralih
daripada pengajaran secara tradisional kepada pengajaran berpusatkan pelajar.
Lazimnya guru lebih selesa menggunakan kaedah kuliah dan latih tubi bagi
menyediakan murid untuk menghadapi peperiksaan. Senario pengajaran dan
pembelajaran Sains di sekolah menunjukkan bahawa amalan pengajaran Sains di
Malaysia lebih tertumpu kepada pemerolehan fakta walaupun kurikulum Sains
menggariskan beberapa matlamat pengajaran Sains lain seperti kemahiran
menguasai proses sains (Akademi Sains Malaysia, 2015).

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai objektif khusus seperti mengenalpasti tahap
pengetahuan, kemahiran pelaksanaan guru, sikap guru dan amalan Pendidikan
Sains Berasaskan Inkuiri (PSBI) guru sains di daerah Tuaran terhadap PSBI. Selain
itu, kajian ini menentukan hubungan antara pengetahuan guru sains terhadap PSBI
dan amalan Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (PSBI), kemahiran pelaksanaan
guru sains terhadap PSBI dan amalan Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri, sikap
guru sains terhadap PSBI dan amalan Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (PSBI)
di daerah Tuaran. Kajian ini juga menentukan pengaruh antara pengetahuan,
kemahiran pelaksanaan dan sikap guru sains terhadap amalan Pendidikan Sains
Berasaskan Inkuiri (PSBI) di daerah Tuaran.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk

Kajian ini adalah suatu kajian kuantitatif menggunakan kajian berbentuk tinjauan
bagi tujuan pengumpulan data.

Persampelan

Responden kajian ini dipilih secara teknik pensampelan rawak mudah.
Pemilihan yang dicadangkan adalah berdasarkan populasi kajian yang terdiri
daripada semua guru sains sekolah rendah di daerah Tuaran. Berdasarkan Pejabat
Pendidikan Daerah Tuaran, jumlah populasi guru-guru yang mengajar mata
pelajaran Sains sekolah rendah di daerah Tuaran ialah seramai 95 orang. Saiz
sampel kajian yang ditetapkan berdasarkan jadual penentuan saiz sampel oleh
Krejcie dan Morgan. Guru-guru yang dipilih dalam kajian ini ialah seramai 76 orang
terdiri daripada semua guru terlatih yang mengajar mata pelajaran Sains sekolah
rendah di daerah Tuaran, Sabah.

348

Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set borang soal
selidik yang diedarkan kepada responden menggunakan aplikasi Google Form bagi
mendapatkan maklum balas. Item-item dalam soal selidik ini diadaptasi daripada
Kajian Pengetahuan, Kemahiran Pelaksanaan Dan Sikap Guru Terhadap
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dalam Mata Pelajaran Sains oleh Nor
Amalina Ab Hakim dan Zanaton Iksan serta Instrumen tinjauan PRIMAS
(Mempromosikan pembelajaran berasaskan Inkuiri dalam Pendidikan Matematik
dan Sains) yang dibangunkan untuk tinjauan besar mengenai pembelajaran dan
pengajaran berasaskan inkuiri di 12 negara rakan kongsi Eropah.

Kesahan

Semakan pakar adalah perlu untuk memastikan ketepatan konstruk serta
kejelasan kandungan (Kline, 2005). Justeru, instrumen penilaian yang dibina telah
diberikan kepada pakar yang mempunyai kemahiran dalam bidang yang berkaitan
untuk disemak bagi memastikan isi kandungannya bersesuaian dan menepati
matlamat kajian. Pemilihan panel pakar adalah terdiri daripada empat orang
pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent dan seorang guru sains sekolah
rendah yang mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran sains lebih
daripada 3 tahun. Kumpulan pakar ini telah membuat semakan, memberi maklum
balas serta komen terhadap item-item yang dibina dan secara langsung kesahan
muka diperoleh.

Kebolehpercayaan

Kajian rintis telah dijalankan terhadap 30 orang guru sains di daerah
Tuaran yang mempunyai persamaan dari segi latar belakang dengan responden
kajian sebenar. Data yang diperoleh daripada kajian rintis dianalisis untuk
mengukur kebolehpercayaan alat kajian dengan melihat kepada nilai pekali Alfa
Cronbach. Nilai pekali Alfa Cronbach yang ideal adalah 0.70 ke atas (Pallant,
2001). Jadual 1 menunjukkan pekali kebolehpercayaan yang telah diperoleh bagi
kesemua 4 konstruk dalam soal selidik ini.

Jadual 1

Ringkasan Analisis Kebolehpercayaan Instrumen Penilaian Bagi Kajian Rintis

Konstruk Bilangan Item Nilai Alfa Cronbach
Pengetahuan Guru 9 0.812
Kemahiran Pelaksanaan Guru 10 0.893
10 0.885
Sikap Guru Sains Berasaskan Inkuiri
10 0.891
Amalan Pendidikan
(PSBI/IBSE)

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Prosedur kajian dimulakan dengan pemilihan tajuk kertas tinjauan,
perbincangan dengan penyelia. Setelah mendapat kelulusan dari pihak Institut
Pendidikan Guru Kampus Kent (IPGKK), pengkaji mendapatkan kebenaran melalui
IPGKK dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)
untuk menjalankan kajian seterusnya mendapatkan kebenaran daripada Pejabat
Pendidikan Daerah Tuaran, Sabah. Borang soal selidik diedarkan kepada guru-

349

guru sains di daerah Tuaran yang dipilih secara rawak sebagai responden melalui
aplikasi Google Form.

PROSEDUR PENGANALISIAN DATA

Penganalisian data secara statistik diskriptif bagi mendapatkan nilai min dan
statistik inferensI bagi mendapatkan nilai korelasi dan regresi dilakukan dengan
menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS).

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

S1 : Tahap Pengetahuan Guru Terhadap PSBI Dalam Mata Pelajaran Sains.

Jadual 2

Analisis Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Pendidikan Sains Berasaskan
Inkuiri(PSBI)

Saya tahu tentang Pendidikan Kekerapan dan Peratusan Min SP Tahap
Bil Sains Berasaskan Inkuiri

(PSBI/IBSE) iaitu

STS TS S SS

B1 Definisi PSBI. 0 0 46 30 3.39 0.49 Tinggi
(0) (0) (60.5) (39.5)

B2 Model PSBI. (La main à la pâte) 0 0 76 0 3.00 0.00 Sederhana
(0) (0) (100) (0)

B3 Fasa-fasa dalam pelaksanaan 0 0 73 3 3.04 0.19 Tinggi
PSBI. (0) (0) (96.1) (3.9)

Perbezaan antara kaedah PSBI 0 0 72 4 3.05 0.22 Tinggi
B4 dengan kaedah pembelajaran (0) (0) (94.7) (5.3)

secara tradisional.

Persamaan antara kaedah PSBI 0 1 76 4 3.00 0.00 Tinggi
B5 dengan kaedah pembelajaran (0) (1.2) (100) (4.8)

secara tradisional.

Kelebihan melaksanakan kaedah 0 0 48 28 3.37 0.48 Tinggi
B6 PSBI. (0) (0) (63.2) (36.8)

Kaedah melaksanakan

pembelajaran menggunakan 0 4 70 2
(0) (5.3) (92.1) (2.6)
B7 pendekatan PSBI dengan 2.97 0.28 Sederhana

terancang.

Kesesuaian melaksanakan 0 4 72 0
(0) (5.3) (94.7) (0)
B8 pendekatan PSBI berdasarkan 2.95 0.22 Sederhana

topik-topik tertentu. Tinggi
Tinggi
B9 Peranan guru dalam melaksanakan 0 0 74 2 3.03 0.16
pendekatan PSBI. (0) (0) (97.4) (2.6)

Min Keseluruhan 3.08 0.13

STS : Sangat Tidak Setuju, TS : Tidak Setuju, S : Setuju, SS :Sangat Setuju

Analisis deskriptif dalam Jadual 2 menunjukkan bahawa tahap pengetahuan
guru terhadap PSBI berada pada tahap tinggi iaitu dengan nilai skor min=3.08.
Tahap pengetahuan guru ini berdasarkan kepada interpretasi skor min yang
mempunyai nilai di antara 3.01 hingga 4.00 (Ain Binti Mohd Md. Som dan En.
Zolkepeli Bin Haron, 2017). Hal ini menunjukkan, guru-guru sains di daerah Tuaran
tidak asing lagi dengan istilah PSBI atau IBSE. Namun dapat diperhatikan, nilai min
item B9 iaitu ‘Peranan guru dalam melaksanakan pendekatan PSBI’ lebih rendah
berbanding nilai min tahap pengetahuan guru secara keseluruhan dengan nilai
min=3.03. Ini menjelaskan bahawa terdapat sebahagian guru sains di Tuaran yang
masih kurang mengetahui peranan-peranan guru dalam melaksanakan pendekatan
PSBI. Dalam pembelajaran berasaskan inkuiri, guru perlu memainkan peranan
sebagai fasilitator untuk membimbing dan mengurus pelajar sehingga mereka

350

memperoleh pengetahuan (McLoughlin, 2009). Di samping itu, Hmelo-Silver,
Duncan dan Chinn (2007) juga berpendapat bahawa tugas guru perlu diubah
menjadi fasilitator.

Seterusnya, item pengetahuan guru yang mempunyai nilai min terendah ialah
item B8 iaitu ‘mengetahui kesesuaian melaksanakan pendekatan PSBI berdasarkan
topik-topik tertentu’. Jamian dan Ismail (2013) menyatakan bahawa pendekatan

pedagogi yang bersesuaian yang diterapkan dalam pembelajaran mampu untuk

menyediakan suasana pembelajaran yang berkualiti. Namun, kurangnya
pengetahuan mengenai kesesuaian melaksanakan pendekatan PSBI berdasarkan

topik-topik tertentu menyebabkan ia sukar untuk diamalkan. Ini selari dengan Yin

Peen dan Yusof Arshad (2014) bahawa penyiasatan melalui inkuiri terbuka

bukanlah perkara yang biasa dilaksanakan oleh guru-guru Sains di Malaysia.

S2 : Tahap Kemahiran Pelaksanaan Guru Terhadap PSBI Dalam Mata
Pelajaran Sains.

Jadual 3

Analisis Tahap Kemahiran Pelaksanaan Guru Terhadap Pendidikan Sains
Berasaskan Inkuiri (PSBI)

Saya mempunyai kemahiran melaksanakan Kekerapan dan Peratusan

Bil Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri STS TS S SS Min SP Tahap
(PSBI/IBSE) dari segi : 3.46 0.50 Tinggi
Tinggi
C1 Mewujudkan persekitaran pembelajaran 0 0 41 35 Tinggi
untuk menarik minat dan perhatian murid. (0) Tinggi
(0) (53.9) (46.1) Tinggi

Menyediakan rancangan mengajar dan 0 0 75 1 3.01 0.11 Tinggi
C2 bahan-bahan yang merangsang perasaan (0) (0) (98.7) (1.3)
Tinggi
ingin tahu murid. Tinggi
Tinggi
C3 Memberi ruang dan peluang kepada murid- 0 0 65 11 3.14 0.35 Tinggi
murid untuk memikirkan tentang persoalan. (0) (0) (85.5) (14.5) Tinggi
0
Membimbing murid dengan rangsangan (0) 0 66 10 3.13 0.34
C4 penyoalan dari semasa ke semasa untuk (0) (86.8) (13.2)
0
membantu penyiasatan. (0)

Menggalakkan murid untuk memberi 0 0 62 14 3.18 0.39
C5 penerangan berkenaan konsep atau definisi (0) (0) (81.6) (18.4)

menggunakan perkataan sendiri. 0
(0)
Memberi peluang untuk murid

C6 mengemukakan idea, pandangan dan dapatan 0 72 4 3.05 0.22
dalam sesi perbincangan atau sesi (0) (94.7) (5.3)

pembentangan.

Menggalakkan murid untuk mengaplikasikan 0 63 13
(0) (82.9) (17.1)
C7 konsep dan kemahiran dalam situasi baharu. 3.17 0.37

Pemudah cara dan bukannya pemberi 0 0 63 13 3.17 0.37
C8 maklumat secara terus. (0) (0) (82.9) (17.1)

Memberikan penggredan dan peneguhan 0 0 71 5 3.07 0.25
C9 kepada murid selepas PSBI. (0) (0) (93.4) (6.6)

Membuat penilaian dan refleksi terhadap 0 0 64 12 3.16 0.36
C10 keberkesanan pendekatan PSBI yang (0) (0) (84.2) (15.8)

digunakan.

Min Keseluruhan 3.21 0.19

STS : Sangat Tidak Setuju, TS : Tidak Setuju, S : Setuju, SS :Sangat Setuju

Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan, tahap kemahiran
pelaksanaan guru sains terhadap PSBI di daerah Tuaran berada pada tahap yang
tinggi berdasarkan nilai interpretasi skor min iaitu min=3.21. Namun demikian,
terdapat beberapa item yang berada di bawah skor nilai min tahap pengetahuan

351

seperti item C4 kemahiran guru “membimbing murid dengan rangsangan penyoalan
dari semasa ke semasa untuk membantu penyiasatan” (M= 3.13). Ini menunjukkan
guru sains perlu meningkatkan lagi kemahiran dalam membimbing murid dengan
rangsangan penyoalan. Hal ini kerana, teknik penyoalan dalam pengajaran
berasaskan inkuiri akan mempengaruhi perkembangan murid untuk mengaitkan
pengetahuan sedia ada dan pengetahuan konseptual murid.

Disamping itu, kemahiran penyoalan merupakan salah satu elemen inkuiri
yang paling utama dan paling kerap dilakukan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung bagi merangsang pemikiran murid-murid. Menurut
Stotter dan Gillon (2010), elemen penyoalan yang digunakan dalam pendekatan
inkuiri merupakan komponen asas dan penting untuk membina pengetahuan
konseptual murid. Kemahiran membimbing murid melalui rangsangan penyoalan
memerlukan seorang guru itu untuk mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dengan baik agar pengajaran yang dilaksanakan mampu menarik
minat murid menghasilkan dan mencambahkan idea mereka.

S3 : Tahap Sikap Guru Terhadap PSBI Dalam Mata Pelajaran Sains.

Jadual 4
Analisis Tahap Sikap Guru Terhadap Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (PSBI)

Bil Saya tahu tentang Pendidikan Sains Kekerapan dan Peratusan Min SP Tahap
Berasaskan Inkuiri (PSBI/IBSE) iaitu:
0.49 Tinggi
STS TS S SS 0.37 Tinggi
0.42 Tinggi
D1 Salah satu kaedah pedagogi yang sesuai 0 1 33 43 3.57 0.41 Tinggi
dalam pengajaran. (0) (1.2) (43.4) (55.6) 0.49 Tinggi
0.29 Sederhana
D2 PSBI boleh meningkatkan kemenjadian 0 0 63 13 3.17
murid dalam menyelesaikan masalah. (0) (0) (82.9) (17.1) 0.49 Tinggi

D3 PSBI boleh membentuk nilai-nilai murni dan 0 0 58 18 3.24 0.19 Tinggi
interaksi sosial yang positif. (0) (0) (76.3) (23.7) 0.30 Sederhana
0.43
D4 PSBI mewujudkan suasana pembelajaran 0 0 60 16 3.21 0.13 Tinggi
yang menggalakkan. (0) (0) (78.9) (21.1) Tinggi

D5 PSBI akan berkesan apabila dilaksanakan 0 0 44 32 3.42
dengan terancang. (0) (0) (57.9) (42.1)

D6 PSBI mampu mengurangkan beban tugas 0 7 69 0 2.91
guru. (0) (9.2) (90.8) (0)

Terdapat perubahan positif sikap murid 0 0 45 31 3.41
D7 terhadap PSBI berbanding pembelajaran (0) (0) (59.2) (40.8)

secara tradisional.

D8 PSBI adalah praktikal dari segi teori dan 0 0 73 3 3.04
implementasi. (0) (0) (96.1) (3.9)

D9 Pelaksanaan kaedah PSBI memudahkan 0 4 69 3 2.99
guru menghabiskan sukatan pelajaran. (0) (5.3) (90.8) (3.9)

D10 PSBI dapat mewujudkan suasana 0 0 57 19 3.25
pembelajaran yang lebih terkawal. (0) (0) (75.0) (25.0)

Min Keseluruhan 3.15

STS : Sangat Tidak Setuju, TS : Tidak Setuju, S : Setuju, SS :Sangat Setuju

Analisis deskriptif dalam Jadual 4 menunjukkan bahawa tahap sikap guru
terhadap PSBI berada pada tahap tinggi iaitu dengan nilai skor min= 3.15. Tahap
sikap guru ini berdasarkan kepada interpretasi skor min yang mempunyai nilai di
antara 3.01 hingga 4.00 (Ain Binti Mohd Md. Som dan En. Zolkepeli Bin Haron,
2017). Hal ini menunjukkan, guru-guru sains di daerah mempunyai sikap yang
positif terhadap PSBI atau IBSE. Guru-guru sains di daerah Tuaran majoriti
bersetuju dengan nilai min tertinggi iaitu 3.57 bahawa PSBI merupakan salah satu
kaedah pedagogi yang sesuai dalam pengajaran. Dapatan ini disokong oleh kajian
yang dijalankan oleh Rozali & Abd Halim (2020), membuktikan bahawa kaedah

352

pembelajaran berasaskan inkuiri adalah sangat berkesan diterapkan dalam aktiviti
pembelajaran.

Namun berdasarkan jadual 4 dapat diperhatikan nilai min item D9 iaitu
‘Pelaksanaan kaedah PSBI memudahkan guru menghabiskan sukatan pelajaran.’
lebih rendah berbanding nilai min tahap guru secara keseluruhan dengan nilai
min=2.99. Hal ini menunjukkan sebahagian guru sains di daerah Tuaran
beranggapan kaedah PSBI kurang memudahkan guru menghabiskan sukatan
pembelajaran dalam mengikut kehendak kurikulum. Dapatan ini selari dengan
kajian Barron, L., Finlayson, O., McCabe, D., Fazio, C., Ottander, C. et al. (2013),
yang menyatakan bahawa sebahagian guru sains merasakan inkuiri mengambil
terlalu banyak masa bilik darjah untuk diimplimentasikan dalam pengajaran.

S4 : Tahap Amalan Guru Terhadap PSBI Dalam Mata Pelajaran Sains.

Jadual 5

Analisis Tahap Amalan Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (PSBI) Oleh Guru
Sains

Bil Saya mengamalkan Pendidikan Sains Berasaskan Kekerapan dan Peratusan Min SP Tahap
Inkuiri (PSBI/IBSE) dari segi

STS TS S SS

E1 Murid memulakan dengan soalan yang mudah 0 0 38 38 3.50 0.50 Tinggi
dan seterusnya kepada soalan yang susah pada (0) (0) (50.0) (50.0)
fasa pelibatan.

E2 Murid diberikan peluang untuk menerangkan idea 0 0 70 6 3.08 0.27 Tinggi
sendiri. (0) (0) (92.1) (7.9) 0.49 Tinggi
0.11 Tinggi
E3 Murid mempunyai perbincangan mengenai topik. 0 4 56 16 3.16 0.43 Tinggi
(0) (5.3) (73.7) (21.1) 0.00 Sederhana
0.22 Sederhana
E4 Murid melakukan aktiviti penerokaan atau 0 0 75 1 3.01 0.00 Sederhana
eksperimen secara praktikal. (0) (0) (98.7) (1.3)

E5 Murid menghasilkan kesimpulan daripada aktiviti 0 0 57 19 3.25
yang dijalankan. (0) (0) (75.0) (25.0)

E6 Murid melakukan eksperimen berdasarkan 0 0 76 0 3.00
arahan saya. (0) (0) (100) (0)

E7 Murid diberikan kebenaran untuk mereka 0 4 72 0 2.95
eksperimen sendiri. (0)) (5.3) (94.7) (0)

E8 Murid diminta untuk melakukan penyiasatan bagi 0 0 76 0 3.00
menguji idea/ramalan/hipotesis mereka. (0) (0) (100) (0)

E9 Murid mempunyai peluang untuk menyelesaikan 0 0 75 1 3.01 0.11 Tinggi
masalah yang berkaitan dengan pengalaman (0) (0) (98.7) (1.3)
hidup sebenar mereka.

E10 Murid terlibat dalam perbahasan dan 0 5 59 12 3.09 0.46 Tinggi
perbincangan di dalam kelas. (0) (6.6) (77.6) (15.8) 0.16 Tinggi

Min Keseluruhan 3.10

STS : Sangat Tidak Setuju, TS : Tidak Setuju, S : Setuju, SS :Sangat Setuju

Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan tahap amalan Pendidikan
Sains Berasaskan Inkuiri (PSBI) guru sains di daerah Tuaran berada pada tahap
yang tinggi berdasarkan nilai interpretasi skor min iaitu min=3.10. Antara item-item
yang mempunyai initerprestasi skor min tertinggi ialah menggalakkan murid
menghasilkan kesimpulan daripada aktiviti yang dijalankan (M=3.25) dan murid
mempunyai perbincangan mengenai topik (M=3.16). Ini menunjukkan guru sains di
Tuaran mengamalkan ciri-ciri pendekatan PSBI iaitu pengajaran yang berpusatkan
murid. Dapatan ini disokong dengan kajian yang dilakukan oleh Anders Jönsson,
Mats Lundström, Odilla Finlayson, Eilish McLoughlin, James Lovatt, Paul van
Kampen dan Deirdre McCabe (2012), dimana lebih 60% guru menyatakan bahawa
mereka kerap mengamalkan elemen inkuiri ini di dalam bilik darjah mereka iaitu

353

amalan seperti murid membuat kesimpulan sendiri daripada penyiasatan atau murid
mempunyai peluang untuk bercakap dan mendengar perbincangan murid lain di
dalam bilik darjah inkuiri.

S5 : Hubungan Antara Pengetahuan Guru Sains Terhadap PSBI Dan Amalan
Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (PSBI) Di Daerah Tuaran.

Jadual 6

Analisis Korelasi Pearson Tahap Pengetahuan Guru Sains Terhadap PSBI Dan
Amalan Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (PSBI)

Pengetahuan Guru Korelasi Pearson Pengetahuan Guru Amalan Pendidikan Sains
Sig. (2-hujung) 1 Berasaskan Inkuiri (PSBI)
N 76
0.550**
** Signifikan pada aras 0.01 (2-hujung) 0.000

76

Kajian mendapati bahawa pekali Korelasi Pearson antara tahap pengetahuan guru
sains terhadap PSBI dan tahap amalan Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (PSBI)
adalah r = 0.55, P = 0.00 (p<0.05). Ini menunjukkan kedua pemboleh ubah
berhubung secara positif dengan kekuatan perhubungan pada tahap yang tinggi.

Hal ini kerana, pengetahuan guru terhadap PSBI akan mendasari amalan
PSBI guru tersebut di dalam pengajarannya. Dapatan ini selari dengan kajian
Rosidah Ramli dan Nurahimah Binti Mohd Yusoof (2020) yang menyatakan bahawa
wujudnya hubungan positif yang tinggi antara pengetahuan pedagogi dan amalan
pedagogi sekali gus membuktikan bahawa pengetahuan pedagogi mempunyai
pengaruh yang besar serta mampu meramal amalan pedagogi guru dalam bilik
darjah. Dengan berpandukan hasil analis dalam Jadual 16, maka hipotesis H01
yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan
guru sains terhadap PSBI dan amalan Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (PSBI)
di daerah Tuaran adalah ditolak.

S6 : Hubungan Antara Kemahiran Pelaksanaan Guru Sains Terhadap PSBI
Dan Amalan Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (PSBI) Di Daerah Tuaran.

Jadual 7

Analisis Korelasi Pearson Kemahiran Pelaksanaan Guru Sains Terhadap PSBI Dan
Amalan Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (PSBI)

Kemahiran Korelasi Pearson Kemahiran Amalan Pendidikan Sains
Pelaksanaan Guru Berasaskan Inkuiri (PSBI)
Pelaksanaan Sig. (2-hujung)
1 0.595**
Guru N 0.000
76
76

** Signifikan pada aras 0.01 (2-hujung)

Hasil analisis Korelasi Pearson, kajian mendapati bahawa pekali Korelasi
Pearson antara tahap kemahiran pelaksanaan guru sains terhadap PSBI dan tahap
amalan Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (PSBI) di daerah Tuaran adalah r =
0.59, P = 0.00 (p<0.05). Ini menunjukkan kedua pemboleh ubah berhubung secara
positif dengan kekuatan perhubungan pada tahap yang tinggi.

Hal ini demikian kerana, kemahiran pelaksanaan guru yang merangkumi
persediaan sebelum mengajar seperti menyediakan perancangan pengajaran yang
dapat menimbulkan perasaan ingin tahu murid amat penting bagi memastikan guru

354

tersebut berasa yakin dalam mengamalkan PSBI dalam pengajarannya. Hal ini
selari dengan pandangan Azhari Mariani dan Zaleha Ismail (2013), yang
menyatakan bahawa perancangan dan persediaan guru sebelum melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi amalan pengajaran
mereka. Hal ini bermaksud dalam memastikan pengajaran guru itu berkesan,
persediaan dan perancangan yang rapi sebelum masuk ke dalam bilik darjah amat
dititikberatkan. Dengan berpandukan hasil analis dalam Jadual 7, maka hipotesis
H02 yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran
pelaksanaan guru sains terhadap PSBI dan amalan Pendidikan Sains Berasaskan
Inkuiri (PSBI) di daerah Tuaran adalah ditolak.

S7 : Hubungan Antara Sikap Guru Sains Terhadap PSBI Dan Amalan
Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (PSBI).

Jadual 8

Analisis Korelasi Pearson Sikap Guru Sains Terhadap PSBI Dan Amalan
Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (PSBI)

Sikap Guru Korelasi Pearson Sikap Guru Amalan Pendidikan Sains
1 Berasaskan Inkuiri (PSBI)
Sig. (2-hujung) 76
0.572**
N 0.000

76

** Signifikan pada aras 0.01 (2-hujung)

Kajian mendapati bahawa pekali Korelasi Pearson antara tahap sikap guru
sains terhadap PSBI dan tahap amalan Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (PSBI)
di daerah Tuaran adalah r = 0.57, P = 0.00 (p<0.05). Ini menunjukkan kedua
pemboleh ubah berhubung secara positif dengan kekuatan perhubungan pada
tahap yang tinggi.

Dapatan ini menunjukkan bahawa guru yang bersikap positif pada tahap
yang tinggi akan menginterpretasikan sikap ini melalui kesungguhan dan komited
dalam amalan pengajaran. Hal ini selari dengan kajian oleh Norma binti Jusof
(2021) yang menyatakan bahawa sikap guru mempunyai perkaitan rapat dengan
amalan guru semasa dalam kelas. Sikap guru yang positif akan menentukan
keberkesanan dalam amalan pengajaran seharian dan sebaliknya sikap guru yang
negatif akan menjejaskan pembelajaran murid. Dengan berpandukan hasil analis
dalam Jadual 8, maka hipotesis H03 yang menyatakan tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara sikap guru sains terhadap PSBI dan amalan Pendidikan
Sains Berasaskan Inkuiri (PSBI) di daerah Tuaran adalah ditolak.

S8 : Pengaruh Pengetahuan, Kemahiran Pelaksanaan Dan Sikap Guru Sains
Terhadap Amalan Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (PSBI).

Pembolehubah tidak bersandar dalam analisis ini ialah pengetahuan guru (PG),
kemahiran pelaksanaan guru, (KPG) dan sikap guru (SG). Manakala,
pembolehubah bersandar ialah amalan Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri
(APSBI).

Jadual 9
Rumusan Analisis Regresi Pelbagai Stepwise

355

KPG, PG, SG R Gandadua R, Gandadua R Ralat Piawai
0.739 R2 Diubahsuai 0.11219

0.546 0.528

ANOVA

KPG, Regresi Jumlah Darjah Min F Sig, p
PG, Residual Gandadua Kebebasan,df Gandadua 28.912 0.000
SG
Jumlah 1.092 3 0.364
0.906 72 0.013

1.998 75

Pembolehubah Dalam Persamaan

Pembolehubah B Ralat Piawai Beta, β ΔR2 t Sig, p

(Pemalar) -0.123 0.357 -0.344 0.732

KPG 0.412 0.109 0.346 0.354 3.776 0.000

PG 0.360 0.105 0.305 0.124 3.437 0.001

SG 0.254 0.077 0.303 0.069 3.305 0.001

Pekali berganda penentuan (R2), apabila ketiga-tiga pembolehubah

Pengetahuan guru, kemahiran pelaksanaan guru dan sikap guru terhadap PSBI

dimasukkan ke dalam persamaan regresi ialah (R2= 0.546). Nilai ini menunjukkan

bahawa 54.6% jumlah varians dalam amalan PSBI oleh guru sains adalah

gabungan daripada pembolehubah kemahiran pelaksanaan guru, pengetahuan

guru dan sikap guru. pembolehubah kemahiran pelaksanaan guru menyumbang

sebanyak 35.4%, diikuti pembolehubah pengetahuan guru 12.4% dan

pembolehubah sikap guru kurang menyumbang kepada amalan PSBI guru sains

iaitu hanya 6.9%. R2 bagi gabungan ketiga-tiga pembolehubah ini adalah signifikan

secara statistik (p<0.05). Dengan berpandukan hasil analisis dalam Jadual 9, maka

hipotesis H04 yang menyatakan tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara

pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru sains terhadap amalan

Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (PSBI) di daerah Tuaran adalah ditolak.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa guru sains di daerah
Tuaran mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran pelaksanaan, sikap dan amalan
PSBI yang tinggi. Seterusnya, hubungan korelasi antara pengetahuan dan amalan
PSBI, kemahiran pelaksanaan dan amalan PSBI, sikap dan amalan PSBI turut
berada pada tahap tinggi. Selain itu, dapatan analisis regresi pelbagai stepwise
menunjukkan bahawa pemboleh ubah kemahiran pelaksanaan guru merupakan
pengaruh utama dan telah menyumbang sebanyak 35.4% pengaruh terhadap
amalan PSBI di daerah Tuaran berbanding pemboleh ubah pengetahuan guru dan
sikap guru. Namun demikian, apabila diteliti tahap min keseluruhan kemahiran
pelaksanaan guru, nilai min keseluruhan tahap kemahiran pelaksanaan adalah
lebih rendah iaitu min=3.15 berbanding nilai keseluruhan min tahap sikap guru iaitu
min=3.21. Hal ini menunjukkan bahawa kemahiran pelaksanaan guru dalam PSBI
perlu dipertingkatkan lagi agar dapat lebih mempengaruhi amalan Pendidikan Sains
Berasaskan Inkuiri (PSBI) di daerah Tuaran. Oleh itu, hasil kajian ini diharap
dapatan kajian ini diharap boleh membantu pihak-pihak tertentu yang terbabit
dalam usaha untuk meningkatkan lagi pelaksanaan pendekatan Pendidikan Sains
Berasaskan Inkuiri (PSBI) dalam menghasilkan lebih ramai murid yang mempunyai
sifat inkuiri dalam diri mereka. Kajian ini hanya dijalankan berdasarkan persepsi
guru-guru sains. Oleh yang demikian, kajian lanjutan boleh dibuat berdasarkan
persepsi murid terhadap penerapan PSBI.

RUJUKAN

356

Akademi Sains Malaysia. (2015). Penilaian pelaksanaan projek rintis pendidikan sains
berasaskan amalan inkuiri (IBSE) di empat buah sekolah rendah di Daerah Hulu
Langat. Akademi Sains Malaysia.

Kline, T. (2005). Psychological Testing: A practical approach to design & evaluation.
California: Sage Publication.

Pallant, J. (2001). SPSS survival manual: A step by step guide to data analysis using SPSS
for Windows version 10. Buckingham: Open University Press.

Irma-Ain Binti Mohd Md. Som & En. Zolkepeli Bin Haron. (2017). Kesediaan guru
mengimplementasikan kbat dalam pembelajaran dan pengajaran matematik sekolah
rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 18: 147-161.

McLoughlin, M. (2009). Incorporating inquiry-based learning in the calculus sequence: A
most challenging endeavour. Paper presented at the Annual Joint Meetings of the
American Mathematical Society & the Mathematical Association of America.
Washington, DC

Hmelo-Silver, C., Duncan, R. G., & Chinn, C. A. (2007). Scaffolding and achievement in
problembased and inquiry learning: a response to Kirschner, Sweller, and Clark
(2006). Educational Psychologist, 42, 99-107

Jamian, A. R., & Ismail, H. (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu
(JPBM), 3(2), 49-63

Yin Peen, T., & Yusof Arshad, M. (2014). Teacher and student questions: A case study in
Malaysian secondary school problem-based learning. Asian Social Science, 10(4),
174–182. https://doi.org/10.5539/ass.v10n4p174

Stotter, J., & Gillon, K. (2010). Diversity challenge Resilience : School Libraries in Action :
Proceddings of the 12th Biennial School Library Association of Queensland, the 39th
International Association of Scholl Librarianship Annual Conference incorporating the
14th International Forum on Research in School Librarianship (pp. 1-7), Brisbane QLD
Australia.

Rozali, N. A. & Abd Halim, N. D. (2020). Kesan pembelajaran berasaskan inkuiri dengan
integrasi video terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran Matematik.
Innovative Teaching and Learning Journal, 3(2), 42–60.

Barron, L., Finlayson, O., McCabe, D., Fazio, C., Ottander, C. et al. (2013)Profiling in-service
teachers across Europe to determine their attitude to IBSE.In: D. Couso & L. Louca
(ed.), Science education Research for evidence-based Teaching and Coherence in
Learning ESERA

Anders Jönsson, Mats Lundström, Odilla Finlayson, Eilish McLoughlin, James Lovatt, Paul
van Kampen dan Deirdre McCabe. (2012). Report on IBSE Teacher Education and
Assessment programme - Stage 1. Diambil daripada
http://www.sailsproject.eu/sites/default/files/outcomes/d4-2.pdf

Ramli, Rosidah & Mohd. Yusoff, Nurahimah. (2020). Pengaruh Pengetahuan Pedagogi
Kandungan Terhadap Amalan Pedagogi Terbeza Guru-guru Sekolah Menengah Zon
Pantai Timur Malaysia.

Azhari Mariani & Zaleha Ismail. (2013). Pengaruh Kompetensi Guru Matematik Ke Atas
Amalan Pengajaran Kreatif. 2nd International Seminar On Quality and Affordable
Education (ISQAE 2013), 181–187

Norma binti Jusof. (2021). Sikap Guru Terhadap Pengajaran Berpusatkan Murid Di Kalangan
Guru Pendidikan Islam Dalam Mata Pelajaran Al-Quran Di Sekolah Kebangsaan:

357

Satu Tinjauan. Proceedings The 7th International Conference On Quran As
Foundation Of Civilization (SWAT)
2021.https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/14339

358

PENGETAHUAN DAN CABARAN GURU SAINS DALAM AMALAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) BERASASKAN
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Wan Nur Atikah Binti Abdul Majid, Dr Adeline Leong Suk Yee
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengetahuan dan cabaran guru Sains
sekolah rendah dalam amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berasaskan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di daerah Tuaran. Seramai 76 orang guru
Sains sekolah rendah di daerah Tuaran dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini
menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai
alat instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For
Science Social (SPSS) versi 27.0 untuk pemerihalan data deskriptif dan inferensi.
Statistik deskriptif digunakan untuk melihat min, sisihan piawai, kekerapan dan
peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai purata min bagi pengetahuan
guru Sains terhadap KBAT berada pada tahap yang tinggi (min=3.32). Dapatan
yang diperolehi bagi dua lagi pembolehubah lain yang dikaji iaitu cabaran guru
Sains terhadap KBAT (min=2.74) berada pada tahap yang sederhana manakala
amalan pengajaran dan pembelajaran berasaskan KBAT (min=3.32) berada pada
tahap yang tinggi. Selain itu, analisis inferensi menggunakan pekali Korelasi
Pearson turut digunakan bagi mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dan
cabaran guru Sains terhadap KBAT dengan amalan pengajaran dan pembelajaran
berasaskan KBAT. Dapatan kajian menunjukkan pemboleh ubah tidak bersandar
iaitu pengetahuan guru Sains terhadap KBAT (r=.86, p<.01) mempunyai hubungan
yang signifikan dengan pembolehubah bersandar iaitu amalan pengajaran dan
pembelajaran berasaskan KBAT. Manakala dapatan kajian bagi pemboleh ubah
tidak bersandar iaitu cabaran guru Sains terhadap KBAT tidak mempunyai
hubungan signifikan dengan pembolehubah bersandar iaitu amalan pengajaran dan
pembelajaran berasaskan KBAT. Analisis regresi linear menunjukkan terdapat
pengaruh antara pengetahuan guru Sains terhadap KBAT dengan amalan
pengajaran dan pembelajaran berasaskan KBAT. Berdasarkan kepada dapatan
kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan lagi mutu-
mutu pengajaran guru-guru Sains berasaskan KBAT.

Kata Kunci: Pengetahuan, cabaran, amalan, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT).

359

PENGENALAN

Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2025, terdapat enam ciri
utama setiap murid yang yang telah diperkenalkan untuk bersaing dengan sistem
pendidikan global iaitu pengetahuan, kemahiran memimpin, kemahiran berfikir,
kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan insiatif Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) untuk membangunkan generasi yang berkemahiran tinggi dalam berfikir bagi
menempuh pelbagai cabaran di abad globalisasi kini.

Guru mempunyai peranan yang besar dalam membudayakan KBAT di
sekolah kerana guru merupakan tonggak utama dalam pendidikan (Baharom
Mohamad & Mohamad Johdi Salleh, 2009). Oleh itu, amalan KBAT amat penting
untuk dilaksanakan secara efektif dalam proses pembelajaran dan pengajaran serta
bagi memastikan hasrat yang terkandung dalam kurikulum mampu bertukar realiti.

PERNYATAAN MASALAH

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) bertindak sebagai suatu medium terpenting
kepada para guru untuk mengaplikasikan KBAT dalam mata pelajaran Sains. Hal ini
melihat tentang tahap keupayaan guru mengajar dan mengaplikasi atau
menerapkan KBAT dalam PdP tersebut.

Menurut Norlaila dan Md. Nasir (2019), proses PdP yang melibatkan
penerapan KBAT berada pada tahap rendah. Pengetahuan seseorang guru tentang
konsep KBAT amat penting kerana perkara tersebut akan mempengaruhi
keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran bagi pelajar. Manakala, menurut
Jamilah dan Zamri (2016), para guru mempunyai kesukaran untuk menukar
daripada mengajar secara tradisional kepada pengajaran berpusatkan pelajar.
Pengajaran yang masih bercorak kepada kaedah tradisional akan menjadi masalah
ataupun halangan untuk merangsang kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar
(Syazana dan Zamri 2018).

Pengetahuan dan cabaran guru berkaitan dengan konsep KBAT
mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas.
Oleh hal yang demikian, pengetahuan dan cabaran guru tentang KBAT dalam
proses PdP masih perlu untuk perubahan supaya segala inovasi yang telah direka
oleh pihak KPM boleh digapai (Nor Hasmaliza 2016). Oleh itu, kajian ini
menfokuskan kepada tahap pengetahuan dan cabaran guru terhadap penerapan
KBAT dalam proses PdP mata pelajaran Sains.

360

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian

I. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru sains terhadap KBAT
II. Mengenal pasti tahap cabaran guru sains terhadap KBAT
III. Mengenal pasti tahap amalan pengajaran dan pembelajaran guru sains

berasaskan KBAT
IV. Mengenal pasti hubungan antara tahap pengetahuan guru sains terhadap

KBAT dan tahap amalan pengajaran dan pembelajaran sains berasaskan
KBAT
V. Mengenal pasti hubungan antara tahap cabaran guru sains terhadap KBAT
dan tahap amalan pengajaran dan pembelajaran sains berasaskan KBAT
VI. Mengenal pasti pengaruh antara tahap pengetahuan dan tahap cabaran
guru sains terhadap KBAT dengan tahap amalan pengajaran dan
pembelajaran sains berasaskan KBAT

Soalan Kajian
I. Apakah tahap pengetahuan guru sains terhadap KBAT?
II. Apakan tahap cabaran guru sains terhadap KBAT?

III. Apakah tahap tahap amalan pengajaran dan pembelajaran guru sains
berasaskan KBAT?

IV. Apakah hubungan di antara tahap pengetahuan guru sains terhadap KBAT
dan tahap amalan pengajaran dan pembelajaran sains berasaskan
kemahiran berfikir aras tinggi?

V. Apakah hubungan antara tahap cabaran guru sains terhadap KBAT dan
tahap amalan pengajaran berasaskan dan pembelajaran sains berasaskan
KBAT?

VI. Apakah pengaruh antara tahap pengetahuan dan tahap cabaran guru sains
terhadap KBAT dengan tahap amalan pengajaran dan pembelajaran sains
berasaskan KBAT?

361

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Bagi mencapai tujuan kajian, kajian kuantitatif iaitu dengan menggunakan
kaedah tinjauan dijalankan dalam kajian ini bagi mengenal pasti tahap pengetahuan
dan cabaran guru sains sekolah rendah terhadap amalan pengajaran dan
pembelajaran berasaskan KBAT. Menurut Creswell (2008), kaedah tinjauan yang
dijalankan ke atas sampel atau populasi dapat menggambarkan sikap, pendapat,
tingkah laku atau ciri-ciri dalam populasi tersebut.

Persampelan Kajian

Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah melibatkan
persampelan rawak mudah. Menurut Noraini Idris (2013), setiap ahli populasi
mempunyai peluang yang sama untuk terpilih sebagai sampel dalam persampelan
rawak mudah. Pengkaji memilih bilangan sampel kajian dengan merujuk kepada
Krecjie & Morgan (1970) dalam Norfariza & Nur Fadhilah (2018). Oleh itu seramai
76 orang guru sains dari sekolah-sekolah di daerah Tuaran telah dipilih sebagai
sampel kajian.

Instrumen Kajian

Soal selidik yang digunakan sebagai instrumen untuk pengumpulan data
dibina berdasarkan soal selidik kajian lepas. Soal selidik yang diberikan kepada
responden mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A meliputi latar belakang
demografi responden, bahagian B merangkumi tahap pengetahuan guru, bahagian
C merangkumi tahap cabaran guru dan bahagian D pula merangkumi tahap amalan
guru. Kesahan kandungan dijalankan dengan merujuk kepada beberapa pakar
semakan yang mempunyai kepakaran dalam bidang Pendidikan Sains dan bidang
Kemahiran Berfikir. Kemudiannya, bagi menguji kebolehpercayaan dalam soal
selidik yang digunakan, satu kajian rintis bagi kajian ini dijalankan ke atas
responden yang memiliki ciri-ciri yang sama seperti responden sebenar. Menurut
Kamisah, Zanaton & Lilia (2007), kajian rintis dijalankan untuk mengukur
kebolehpercayaan item yang terkandung di dalamnya sebelum instrumen kajian
ditadbirkan kepada responden sebenar. Oleh itu, program Cronbach Alpha
digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman bagi setiap pembolehubah. Nilai
pekali Cronbach Alpha yang diperoleh adalah berada dalam lingkungan skor Alpha
Cronbach 0.8-1.0. Ini menunjukkan instrumen berada dalam keadaan sangat baik
dan efektif dengan tahap konsisten yang tinggi sekaligus boleh digunakan dalam
penyelidikan sebenar (Bond & Fox, 2015). Data dan maklumat yang diperolehi
daripada responden ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi.

362

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini dijalankan ke atas guru-guru sekolah rendah yang mengajar mata
pelajaran Sains. Responden kajian yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 76
orang guru yang mengajar mata pelajaran Sains. Dalam kalangan guru-guru
tersebut, terdapat 27.6% guru lelaki dan 72.4% guru perempuan yang mengajar
mata pelajaran Sains yang terlibat dalam kajian ini. Analisis juga mendapati bahawa
terdapat 3.9% guru yang mempunyai pengalaman mengajar 1 tahun, 11.8%
mempunyai pengalaman mengajar 2 hingga 3 tahun, 10.5% mempunyai
pengalaman mengajar 4 hingga 5 tahun dan 6 hingga 9 tahun serta 63.2%
mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 10 tahun. Dari segi latar
belakang pendidikan, terdapat 78.9% guru mempunyai kelulusan ijazah sarjana
muda, 11.8% guru mempunyai kelulusan ijazah sarjana dan selebihnya mempunyai
latar belakang pendidikan diploma iaitu sebanyak 9.2%. Profil sampel kajian ini
dipaparkan secara terperinci dalam Jadual 1.

Demografi Sampel Kajian Kekerapan Peratusan (%)
responden
Jantina Lelaki 21 27.6
Perempuan 55 72.4
Pengalaman 1 Tahun 3 3.9
mengajar 2-3 Tahun 9 11.8
4-5 Tahun 8 10.5
Latar belakang 6-9 Tahun 8 10.5
pendidikan 10 Tahun ke atas 48 63.2
Diploma 7 9.2

Sarjana muda 60 78.9

Sarjana 9 11.8

Jadual 1: Demografi Responden

Dapatan dan perbincangan seterusnya ini adalah merumuskan keseluruhan kajian
dengan membincangkan dan mengemukakan penemuan kajian berdasarkan
analisis dapatan kajian dengan menjawab persoalan kajian. Berikut ialah
penemuan-penemuan kajian tersebut yang dipaparkan secara terperinci dalam
Jadual 2:

363

Bil. Soalan Kajian/ Skala Skala Alat Keputusan

Hipotesis Pengukuran Pengukuran statistik Ujian

Pembolehubah Pembolehubah

Tak Bersandar Bersandar

1. Apakah Frekuensi Min = 3.32

pengetahuan guru Peratus Tahap =

sains terhadap Min Tinggi

KBAT?

2. Apakan cabaran Frekuensi Min = 2.74

guru sains Peratus Tahap =

terhadap KBAT? Min Sederhana

3. Apakah amalan Frekuensi Min = 3.32

pengajaran dan Peratus Tahap =

pembelajaran guru Min Tinggi

sains berasaskan

KBAT?

4. Tidak terdapat Pengetahuan Amalan Korelasi r = 0.86

hubungan Pearson p = < 0.01

signifikan antara Ditolak

pengetahuan guru

sains terhadap

KBAT dan amalan

pengajaran dan

pembelajaran sains

berasaskan

kemahiran berfikir

aras tinggi.

5. Tidak terdapat Cabaran Amalan Korelasi r = 0.18

hubungan Pearson p = > 0.01

signifikan antara Diterima

cabaran guru sains

terhadap KBAT dan

amalan pengajaran

dan pembelajaran

sains berasaskan

kemahiran berfikir

aras tinggi.

6. Tidak terdapat Pengetahuan Amalan Regresi R2 = 0.77

pengaruh Linear Ditolak

pengetahuan guru

sains terhadap

KBAT dengan

amalan pengajaran

dan pembelajaran

berasaskan

kemahiran berfikir

aras tinggi

Jadual 2: Rumusan keputusan Ujian Kesuluruhan Kajian Pengetahuan dan

Cabaran Guru Sains Terhadap Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

364

Analisis Min Tahap Pengetahuan Guru Sains terhadap KBAT

Hasil dapatan kajian menunjukkan purata skor min keseluruhan bagi tahap
pengetahuan guru ialah 3.32 dan nilai min tersebut berada pada tahap yang tinggi.
Dapatan kajian ini disokong oleh kajian Hasmaliza (2016) yang menunjukkan guru
mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang KBAT. Menurutnya, guru
sememangnya perlu untuk mengetahui dan memahami bagaimana untuk
menjalankan pelbagai cara, teknik dan strategi bagi memastikan pemupukan KBAT
berjaya dilaksanakan dalam pengajaran.

Analisis Min Tahap Cabaran Guru Sains terhadap KBAT

Hasil dapatan kajian menunjukkan purata skor min keseluruhan bagi tahap
cabaran guru ialah 2.73 dan nilai min tersebut berada pada tahap yang sederhana.
Dapatan kajian ini menunjukkan item guru bergantung pada buku rujukan untuk
menyepadukan item KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran pada tahap yang
tinggi. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian Arsaythamby, Rosidah & Rozalina
(2016) menyatakan guru mengalami kesukaran membina pentaksiran
menggunakan kecekapan dan pengetahuan mereka walau bagaimanapun mereka
menggunakan soalan KBAT atau instrumen daripada buku rujukan. Ini
menunjukkan guru hanya bergantung kepada buku rujukan sebagai alat bantuan
dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam amalan KBAT.

Analisis Min Tahap Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan KBAT

Hasil dapatan kajian menunjukkan purata skor min keseluruhan bagi tahap
amalan guru ialah 3.32 dan nilai min tersebut berada pada tahap yang tinggi.
Dapatan kajian ini disokong oleh kajian Natrah Mohamad, Jamil Ahmad dan
Kamisah Osman (2019) yang mendapati tingkah laku guru tentang KBAT secara
keseluruhan berada pada tahap tinggi. Peningkatan tahap amalan guru tentang
KBAT dari aspek kurikulum, pedagogi dan pentaksiran KBAT penting dalam
meningkatkan KBAT dalam kalangan murid itu sendiri.

Analisis Hubungan Antara Tahap Pengetahuan Guru Sains terhadap KBAT
dengan Tahap Amalan Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan KBAT

Hasil dapatan memaparkan nilai pekali korelasi, r adalah 0.86 dan nilai p
ialah 0.00, iaitu lebih kecil daripada 0.01 (r=0.86, p<0.01). Analisis ini menjelaskan
terdapat hubungan yang signifikan diantara pengetahuan guru dan amalan
pengajaran dan pembelajaran guru berasaskan KBAT. Oleh itu, hipotesis nul
pertama ditolak. Manakala anggaran kekuatan hubungan korelasi antara
pengetahuan guru dan amalan pengajaran dan pembelajaran guru berasaskan
KBAT adalah pada tahap tinggi.

365

Analisis Hubungan Antara Tahap Cabaran Guru Sains terhadap KBAT dengan
Tahap Amalan Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan KBAT

Hasil dapatan memaparkan nilai pekali korelasi, r adalah 0.18 dan nilai p
ialah 0.11, iaitu lebih besar daripada 0.01 (r=0.18, p>0.01). Oleh kerana nilai pekali
korelasi yang diperoleh adalah lebih besar daripada aras signifikan yang ditetapkan
iaitu 0.01, maka hipotesis nul kedua diterima. Ini menunjukkan tidak terdapat
hubungan antara tahap cabaran guru Sains terhadap KBAT dengan tahap amalan
pengajaran dan pembelajaran berasaskan KBAT. Oleh itu, data tidak dapat
memberikan bukti yang cukup untuk menyimpulkan yang terdapat korelasi yang
signifikan di antara tahap cabaran guru sains terhadap KBAT dengan tahap amalan
pengajaran dan pembelajaran berasaskan KBAT. Oleh itu, dalam proses
penganalisian data seterusnya bagi analisis regresi adalah tidak melibatkan
pembolehubah tahap cabaran.

Analisis Regresi Pengaruh Pengetahuan Guru Sains terhadap KBAT dengan
Amalan Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan KBAT

Keputusan analisis data menunjukkan perubahan dalam pembolehubah
tidak bersandar menyumbang kepada perubahan dalam pembolehubah bersandar
apabila ia dikombinasikan. Nilai R2 sebanyak 0.77 menunjukkan bahawa 76.5%
perubahan dalam pembolehubah bersandar iaitu amalan adalah disebabkan oleh
perubahan dalam pembolehubah tidak bersandar aspek pengetahuan. Sebanyak
23.8% perubahan dalam pembolehubah bersandar tidak dapat diramalkan mungkin
disebabkan pembolehubah yang lain (faktor-faktor lain) yang tidak dikaji dalam
kajian ini.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mempunyai
tahap pengetahuan yang tinggi tetapi mempunyai tahap cabaran yang sederhana
terhadap pelaksanaan KBAT semasa pembelajaran. Oleh itu, hasil kajian ini
diharap dapat memberi gambaran kepada semua pihak seperti pihak sekolah,
pentadbiran dan KPM terutamanya untuk berusaha meningkatkan lagi kemahiran
berfikir aras tinggi dalam kalangan guru. Hal ini kerana penguasaan KBAT yang
tinggi dalam kalangan guru mampu melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri
murid abad ke-21 antaranya mempunyai kemahiran berfikir. Kajian ini hanya
dijalankan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan cabaran dalam kalangan guru
sains. Oleh yang demikian, kajian lanjut berkaitan amalan pelaksanaan KBAT oleh
guru boleh dilihat daripada aspek sikap, kesediaan dan minat responden yang
mempengaruhi amalan pengajaran dan pembelajaran sains berasaskan KBAT.

366

RUJUKAN

Arsaythamby, Ramli, Rosidah Khalid & Rozalina (2016) Assessment practices among
English teachers in Malaysian secondary schools. International Journal for Infonomics
(IJI), 9 (4). pp. 1220-1227.

Baharom Mohamad & Mohamad Johdi Salleh. (2009). Kepimpinan pendidikan dalam
pembangunan modal insan. Prosiding Seminar Pembangunan Modal Insan
2009, Kelantan.

Bond T. G. & Fox C.M. (2015). Applying the Rasch Model: Fundamental
Measurement in the Human Sciences. Ed.ke-3. Mahwah, NJ: L. Erlbaum.

Creswell, J.W. (2008). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research. New Jersey: Pearson Merrill Prentice
Hall.

Jamilah Hassan dan Zamri Mahamod (2016). Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan
sikap guru Bahasa Melayu menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan masalah
dalam pengajaran KOMSAS sekolah menengah. Prosiding seminarpascasiswazah
Pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu kali kelima: 27- 40. Fakulti
Pendidikan UKM, Bangi.

Kamisah Osman, Zanaton Haji Iksan & Lilia Halim. (2007). Sikap terhadap Sains dan
sikap saintifik di kalangan pelajar Sains.Jurnal Pendidikan Malaysia 32: 39-
60.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Laporan Tahunan 2015 Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Natrah Mohamad, Jamil Ahmad & Kamisah Osman. (2019) Latihan dalam
Perkhidmatan sebagai Medium untuk Meningkatkan Tahap Tingkah Laku
KBATdalam Kalangan Guru Sains. Jurnal Pendidikan Malaysia 44 (1).

Nor Hasmaliza Hasan. (2016). Persepsi guru Bahasa Melayu sekolah menengah
kebangsaan terhadap penerapan KBAT dalam pengajaran dan
pembelajaran. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Nor Laila dan Md Nasir (2019). Pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam
pendidikan seni visual disekolah menengah. Journal of educational research
and indigeneous studies, 1(1), 1-15.

Norfariza Mohd Radzi & Nur Fadhilah Muzammil. (2018). Tahap kompetensi gurudalam
pelaksanaan KBATdi sekolah kebangsaan daerah Sepang, Selangor [Levels of
teacher competence in the implementation of high school thinking skills in Sepang,
Selangor national school]. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik [Asia
Pacific Curriculum and Teaching Journal], 6(4), 12-28

Syazana Sahari dan Zamri Mahamod (2018). Persepsi guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Daerah Sri Aman terhadap kemahiran berfikir aras tinggidalam pengajaran dan
pembelajaran. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6(1), 63-78.

367


Click to View FlipBook Version