The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JUN 2018
(MATEMATIK SEKOLAH RENDAH)
DAN
(SAINS SEKOLAH RENDAH)
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PISMP
2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tracymajit, 2022-09-28 00:01:51

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2018 (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) DAN (SAINS SEKOLAH RENDAH) SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PISMP 2022

KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JUN 2018
(MATEMATIK SEKOLAH RENDAH)
DAN
(SAINS SEKOLAH RENDAH)
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PISMP
2022

Keywords: Sains,Matematik

tugasan mereka. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat guru praperkhidmatan
Matematik yang kurang berkemahiran dalam penggunaan Microsoft Excel,
multimedia serta pembinaan laman web sesawang. Ini menunjukkan bahawa guru
praperkhidmatan Matematik masih belum menguasai kemahiran-kemahiran
tersebut dengan sepenuhnya mungkin disebabkan kurang diberi pendedahan dan
jarang menggunakan perisian tersebut.

Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keyakinan guru
praperkhidmatan Matematik terhadap pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran berada pada tahap tinggi. Ini memberi gambaran bahawa guru-guru
praperkhidmatan Matematik memberikan pandangan positif terhadap TMK. Mereka
berkeyakinan tinggi bahawa pengintegrasian TMK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
menarik, berkesan serta mampu menarik minat murid untuk belajar. Dapatan ini
berbeza dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Rohani (2011) dalam Siti
Zaleha Hamid dan Siti Mistima Maat (2017) yang mendapati bahawa guru kurang
yakin terhadap penggunaan TMK. Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Zulkifli
Abd Manaf dan Raja Maznah (1994) mendapati sikap guru yang positif penting
untuk mendorong murid mempelajari sesuatu subjek. Oleh itu, sikap dan keyakinan
yang tinggi daripada guru dapat membantu memudahkan proses pelaksanaan
pengintegrasian TMK ketika proses PdP di dalam bilik darjah.

Seterusnya, hasil analisis ujian-t tak bersandar terhadap tahap penggunaan
TMK oleh guru praperkhidmatan Matematik dalam proses PdP berdasarkan lokasi
sekolah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek lokasi
sekolah, iaitu bandar dan luar bandar. Faktor utama yang mungkin menyumbang
kepada perbezaan ini adalah dari segi faktor kemudahan TMK yang terhad di
sekolah luar bandar berbanding sekolah bandar. Dapatan kajian Siti Norazlina
(2008) mendapati faktor kemudahan merupakan salah satu faktor yang
menghalang guru daripada menggunakan TMK dalam PdP. Masalah kemudahan
TMK mampu menghalang seseorang guru daripada menggunakan TMK dalam
PdP. Perkara ini boleh dilihat dari dapatan kajian Alwani dan Soomro (2010)
menunjukkan faktor infrastruktur dan sumber merupakan faktor utama yang
menghalang guru menggunakan TMK dalam PdP. Dapat diringkaskan di sini
bahawa perbezaan lokasi sekolah bandar dan luar bandar mempengaruhi tahap
penggunaan TMK oleh guru praperkhidmatan Matematik dalam PdP.

Secara konklusinya, diharapkan kajian ini dapat memberi implikasi positif
kepada banyak pihak. Sebagai seorang bakal pendidik adalah menjadi suatu
keperluan untuk sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan selaras dengan
perkembangan teknologi semasa. Selain itu, untuk menjayakan proses integrasi
TMK dalam pendidikan, sekolah-sekolah perlu dibekalkan dengan pelbagai
kemudahan antaranya seperti makmal komputer, jaringan internet yang laju dan
LCD yang mencukupi. Satu kajian lanjutan yang lebih mendalam diharapkan dapat
dijalankan dengan meluaskan populasi kajian melibatkan guru pelatih IPG dengan
universiti awam atau swasta, membuat perbandingan tahap penggunaan TMK
antara guru praperkhidmatan dengan guru dalam perkhidmatan yang telah lama
mengajar di sekolah dan mengenal pasti halangan dan cabaran yang dihadapi guru
praperkhidmatan serta guru dalam perkhidmatan dalam mengintegrasi TMK dalam
PdP untuk mendapatkan kesimpulan yang baik dalam dunia pendidikan.

140

RUJUKAN

Ghavifekr, S. & Rosdy, W.A.W. (2015). Teaching and learning with technology: Effectiveness
of ICT integration in schools. International Journal of Research in Education and
Science (IJRES), 1(2), 175-191.

Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon. (2010). Guru dan Cabaran Semasa.
Selangor: Penerbitan Multimedia.

Khadijah Abdul Razak, Tengku Norhayati Tengku Othman, Mohd Isa Hamzah & Hafizhah
Zulkifli. (2014). Information and Communication Technology among Excellent
Islamic Education Teachers in Selangor Malaysia. International Education Studies.
7 (13).

Safuan Haji Rabaai & Fong S. F. (2003). Kesan persembahan visual dalam
pembelajaran prosa tradisional. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia 3(2):
17-24.

Rozhan M. Idrus. (2009). Learner ontinuum technology enhance learning model via
technology. Proceedings of the 5th WSEAS/IASME International Conference on
Educational Technologies (EDUTE' 09), hlm. 198-201.

Lever-Duffy, J., McDonald, J. B. & Mizell, A. P. (2003). Teaching and Learning with
Technology. Boston, MA: Allyn & Bacon.

Soon Fook Fong. (2003). Effect graphic presentation on student of different cognitive
style in the learning of Malaysia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia 3(2):
51-58.

Koehler, M. J., & Mishra, P. (2009). What is technological pedagogical content

knowledge? Contemporary Issues in Technology and Teacher Education,

9(1). https://citejournal.org/volume-9/issue-1-09/general/what-is-technological-

pedagogicalcontent-knowledge

Koehler, M. J., Mishra, P. & Yahya, K. (2007). Tracing the development of teacher knowledge

in a design seminar: Integrating content, pedagogy and technology. Computers and
Education, 49(3), pp. 740–762. doi:10.1016/j.compedu.2005.11.012

Niess, M. L. (2005). Preparing Teachers to Teach Science and Mathematics with
Technology: Developing a Technology Pedagogical Content Knowledge.
Teaching and Teacher Education, 21, 509-523.
https://doi.org/10.1016/j.tate.2005.03.006

Angeli, C. & Valanides, N. (2005). Preservice elementary teachers as information and

communication technology designers: An instructional systems design model

based on an expanded view of pedagogical content knowledge. Journal of
Computer Assisted Learning, 21(4), pp. 292–302. doi:10.1111/j.1365-

2729.2005.00135.x

Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap, Hasrina Mustafa (2006).
Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan
Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang. Kajian Malaysia,
Vol. XXIV, No. 1 &2

141

Sharipah Khadijah & S. Hashim. (2001). Minat, Sikap dan Kesediaan guru terhadap
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Johor: Kolej
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

Ary, D., Jacobs, L. C., & Razavieh, A. (2006). Introduction to research in education
(Edisi ke 7). Belmont: Thomson Wadswoorth.

Krejcie, R. V, & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities.
Education and Psychological Measurement, 30, 607-610

Siti Zaleha Hamid & Siti Mistima Maat. (2017). Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru matematik di zon

Kajang, Selangor. Diakses daripada

https://seminarserantau2017.files.wordpress.com/2017/09/79-siti-zaleha-

hamid.pdf

Ghazali Darusalam., & Sufean Husin (2016). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan:
amalan dan analisis kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Bond, T., & Fox, C.M. (2015). Applying the Rasch Model: Fundamental Measurement in the
Human Sciences, Third Edition (3rd ed.). Routledge.

https://doi.org/10.4324/9781315814698

Riduwan. (2012). Skala Pengukuran Variable-variable: Penelitian. Alfabeta, Bandung.

Christina Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah& Hazman Bin Ali. (2009). Penggunaan

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru

Sekolah Kebangsaan. Diakses daripada

http://eprints.utm.my/id/eprint/10521/1/Penggunaan_Teknologi_Maklumat_D

an_Komunikasi.pdf

Tengku Norhayati bt Tengku Othman. (2015). Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Cemerlang Pendidikan
Islam Di Negeri Selangor. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Hambali Mat Daud. (2013). Tahap Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) Guru Pendidikan Islam MRSM: Satu Tinjauan. Retrieved from
https://www.academia.edu/6037190/Tahap_Kemahiran_Teknologi_Maklumat_Dan_
Komunikasi_TMK_Guru_Pendidikan_Islam_MRSM_Satu_Tinjauan

Lim Bee Yeok (2008). Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah Penggunaan Komputer Di
Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. Universiti Teknologi
Malaysia. Tesis Sarjana Muda.

Zulkifli Abdul Manaf, & Raja Maznah Raja Hussain. (1994). Attitudes, knowledge and

previous computer experience of teacher trainees in the Diploma of Education
Programme at the University of Malaya. Journal of Educational Research, 16, 1 –

19.

142

TEKNIK MPC: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENDARABAN DAN
PENGUASAAN SIFIR DALAM KALANGAN MURID TAHUN TIGA

Ronald Chin Chun Hwa, Zaieddi Bin Shahadan@Sackdan
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan penguasaan sifir iaitu sifir 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7,
8 dan 9 bagi murid tahun 3. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di daerah
Tuaran. Seramai 6 orang peserta kajian telah dipilih melalui soalan-soalan latihan,
ujian pra, ujian pasca, temu bual dan juga pemerhatian. Kajian ini berbentuk kajian
tindakan dengan kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini ialah latihan, Ujian Pra, Ujian Pasca, analisis dokumen,
temu bual dan pemerhatian. Data kuantitatif dianalisis secara diskriptif bagi Ujian
Pra dan Ujian Pasca manakala analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian
dianalisis secara kualitatif bagi menyokong dapatan kajian diskriptif. Dapatan yang
diperolehi dengan nilai min 27.5 pada ujian pra telah meningkat sebanyak 68.5
kepada 96 pada ujian pasca menunjukkan berlakunya peningkatan dalam
menguasai fakta asas darab iaitu sifir 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 dalam kalangan
peserta kajian. Kesimpulannya, dengan menggunakan teknik Magic Passcode
(MPC) berlakunya perubahan dalam diri murid dimana murid boleh menguasai fakta
asas darab iaitu sifir 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 dengan baik tanpa perlu menghafal
sifir tersebut. Tambahan juga, diharapkan agar kajian ini dapat menjadi garis
panduan yang baik untuk kajian lain pada masa akan datang.

Kata Kunci: Kemahiran pendaraban, penguasaan sifir, Teknik MPC, peningkatan
peratusan ujian.

PENGENALAN

Tidak dapat disangkal bahawa operasi asas Matematik khususnya pendaraban
merupakan salah satu operasi yang sukar dikuasai oleh murid. (Barmby, 2009).
Bagi murid-murid yang masih berada di sekolah rendah pula, kemahiran
pendaraban yang melibatkan sifir yang sukar seperti sifir 6, 7, 8, dan 9 menjadi
salah satu punca mereka menghadapi masalah untuk melakukan operasi
pendaraban. Dalam kajian oleh Philip (2005), adalah didapati bahawa rata-rata
murid dapat menjawab soalan pendaraban yang melibatkan sifir 2 dan 3 sahaja
manakala soalan yang melibatkan sifir 4 dan ke atas tidak dapat dijawab dengan
tepat oleh murid-murid. Tambahan juga, kajian yang lain juga menunjukkan bahawa
murid melakukan kesilapan tidak menghafal sifir, kesalahan konsep, dan kecuaian
semasa membuat pengiraan tentang pendaraban (Razali dan Ahmad, 2012).

Justeru, pernyataan di atas jelas menunjukkan bahawa adalah penting
untuk murid betul-betul menguasai konsep asas matematik terlebih lagi
pendaraban. Persoalannya, siapakah yang memainkan peranan penting dalam

143

menarik minat serta memudahkan penguasaan matematik khususnya dalam
pendaraban? Tepuk dada, tanya selera. Kecemerlangan pendidikan matematik
hanya berlaku, jika guru-guru mempunyai keyakinan penuh terhadap matematik
serta perubahan pengajaran dan pembelajaran (Noraini, 2010). Jelas sekali
bahawa guru merupakan insan yang memainkan peranan penting dalam mencipta
suatu pemudahcara untuk menarik minat murid dalam menguasai konsep asas
matematik khususnya untuk kajian ini iaitu pendaraban.

Tujuan kajian ini adalah untuk membantu murid menyelesaikan soalan
pendaraban walaupun mereka tidak menguasai sifir. Justeru, kajian ini bertujuan
untuk mencari teknik yang terbaik untuk membantu murid-murid yang lemah dalam
pendaraban untuk menguasai kemahiran tersebut. Kajian ini melibatkan 6 orang
murid tahun 3 yang mempunyai jantina yang berbeza. Tiga orang daripada mereka
diambil daripada murid yang mempunyai tahap pencapaian subjek matematik yang
sederhana manakala tiga orang yang selebihnya pula diambil daripada mereka
yang mempunyai tahap pencapaian matematik yang kurang memberangsangkan.
Kajian ini ditumpukan kepada operasi pendaraban yang melibatkan ayat matematik
darab bagi sebarang nombor hingga empat digit dengan nombor satu digit.
Tinjauan awal yang dilakukan ialah mengenal pasti masalah murid melalui ujian
diagnostik.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Melalui pemerhatian yang dibuat sepanjang mengajar topik pendaraban Tahun 3 di
salah sebuah sekolah di daerah Tuaran, pengkaji mendapati bahawa faktor utama
murid tidak dapat menjawab soalan pendaraban yang saya berikan adalah
disebabkan oleh mereka tidak menguasai sifir. Mereka telah terbiasa dengan
merujuk buku sifir untuk menyelesaikan soalan pendaraban walhal semasa waktu
peperiksaan, mereka tidak dibenarkan untuk merujuk buku sifir. Hal ini selaras
dengan Fredricks et.al. (2004) yang menyatakan bahawa majoriti murid-murid tidak
mampu untuk mengingati dan memahami seratus peratus pembelajaran yang
disampaikan oleh guru semasa berada di bilik darjah. Jadi tidak hairan jika ada
murid yang mampu untuk menguasai sampai sifir 9 manakala ada juga murid yang
hanya mampu untuk menguasai sampai sifir 2 sahaja kerana setiap murid
mempunyai kognitif yang berbeza. Pengkaji melihat isu ini sebagai sesuatu yang
sangat serius kerana jika konsep asas pun murid tidak dapat kuasai, bagaimana
mungkin murid mampu untuk menguasai kemahiran-kemahiran Matematik yang
lebih sukar seperti mendapatkan jawapan bagi penyelesaian masalah melibatkan
operasi darab.

Oleh itu, pengkaji telah memikirkan satu teknik atau bahan yang lebih
efektif untuk membantu mereka menyelesaikan masalah ini. Oleh itu, saya lebih
banyak mencari idea di Internet untuk menghasilkan suatu bahan bantu mengajar
atau teknik untuk membantu murid-murid memahami langkah-langkah dan konsep
pendaraban supaya mereka dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan
konsep pendaraban dengan betul dan tepat tanpa perlu merujuk kepada buku sifir.

144

OBJEKTIF & SOALAN KAJIAN

OBJEKTIF KAJIAN

i) Mengenal pasti tahap keupayaan murid-murid tahun 3 semasa melakukan
operasi pendaraban yang melibatkan ayat matematik darab bagi sebarang nombor
hingga empat digit dengan nombor satu digit.

ii) Meningkatkan tahap kemahiran murid dalam melakukan operasi pendaraban
yang melibatkan ayat matematik darab bagi sebarang nombor hingga empat digit
dengan nombor satu digit dengan bantuan teknik MAGIC PASSCODE (MPC).

iii) Meningkatkan minat murid dalam melakukan operasi pendaraban yang
melibatkan ayat matematik darab bagi sebarang nombor hingga empat digit dengan
nombor satu digit dengan bantuan teknik MAGIC PASSCODE (MPC).

SOALAN KAJIAN

i) Sejauhmanakah tahap keupayaan murid-murid Tahun 3 semasa melakukan
operasi darab yang melibatkan ayat matematik darab bagi sebarang nombor hingga
empat digit dengan nombor satu digit?

ii) Adakah teknik MAGIC PASSCODE (MPC) dapat membantu murid yang belum
menguasai sifir agar dapat menjawab soalan pendaraban yang melibatkan ayat
matematik darab bagi sebarang nombor hingga empat digit dengan nombor satu
digit?

iii) Adakah teknik MAGIC PASSCODE (MPC) dapat meningkatkan minat murid
dalam melakukan operasi pendaraban yang melibatkan ayat matematik darab bagi
sebarang nombor hingga empat digit dengan nombor satu digit?

PESERTA KAJIAN

Kajian ini melibatkan enam orang murid tahun tiga iaitu tiga orang murid perempuan
dan tiga orang murid lelaki dari sebuah sekolah di daerah Tuaran. Semua murid
dipilih berdasarkan kepada ujian diagnostik yang dijalankan.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Kajian ini dijalankan dengan dua kitaran. Kitaran yang pertama dijalankan
bagi memilih murid-murid yang mengalami masalah belum menguasai kemahiran
pendaraban serta sifir dengan sempurna untuk dijadikan sebagai peserta kajian.
Selanjutnya, kitaran kedua pula dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah-
masalah yang dihadapi oleh para peserta kajian. Berdasarkan kepada model yang
telah dipilih, kajian ini dijalankan dengan dua kitaran dengan setiap kitarannya
empat proses iaitu merancang, bertindak, memerhati serta refleksi.

145

Jadual 1

Kaedah Pengumpulan Data

Persoalan Kajian Kaedah Instrumen
Pengumpulan Kajian
Adakah kaedah Magic Passcode (MPC) dapat Data
meningkatkan pencapaian murid dalam Analisis Ujian Pra dan
kemahiran pendaraban yang melibatkan ayat Dokumen Ujian Pasca
matematik darab bagi sebarang nombor
hingga empat digit dengan nombor satu digit? Analisis Borang Soal
Adakah kaedah Magic Passcode (MPC) dapat Dokumen Selidik
menarik minat murid untuk menyelesaikan Temu Bual Perakam
soalan yang melibatkan ayat matematik darab Temu Bual
bagi sebarang nombor hingga empat digit Pemerhatian Pemerhatian
dengan nombor satu digit?

DAPATAN KAJIAN

ANALISIS UJIAN PRA

Pengkaji telah menguji para peserta kajian dengan memberi ujian pra. Ujian pra kali
ini berbeza dengan latihan kerana murid tidak dibenarkan untuk melihat buku sifir
dan juga berbincang. Tambahan, murid juga diberi tempoh masa selama 30 minit
untuk menjawab 8 soalan pendaraban yang berbentuk ayat matematik.

Jadual 6.3

Analisis Ujian Pra

Soalan 12345678
(S2) (S3) (S4) (S5) (S6) (S7) (S8) (S9) Markah
Murid
ML1 √ √ √ 38%
ML2 √ √ √ 38%
ML3 √ √ 25%
MP1 √ 13%
MP2 √ 13%
MP3 √ √ √ 38%

√ - Soalan yang berjaya dijawab dengan betul oleh peserta kajian
- Soalan yang tidak berjaya dijawab dengan betul oleh peserta kajian

146

ANALISIS UJIAN PASCA

Selepas pengkaji memperkenalkan teknik Magic Passcode (MPC) kepada para
peserta kajian, sekali lagi pengkaji berinisiatif untuk menguji peserta kajian bagi
melihat keberkesanan teknik MPC dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh
para peserta semasa melakukan soalan pendaraban. Hasil analisis dapat dilihat
pada jadual 6.

Jadual 6.6

Analisis Ujian Pasca

Soalan 12345678
(S2) (S3) (S4) (S5) (S6) (S7) (S8) (S9) Markah
Murid
ML1 √ √ √ √ √ √ √ √ 100%
ML2 √ √ √ √ √ √ √ 88%
ML3 √ √ √ √ √ √ √ √ 100%
MP1 √ √ √ √ √ √ √ 88%
MP2 √ √ √ √ √ √ √ √ 100%
MP3 √ √ √ √ √ √ √ √ 100%

ANALISIS PERBANDINGAN MARKAH BAGI UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA

Setelah pengkaji selesai membuat ujian pra dan ujian pasca, pengkaji telah
membuat analisis perbandingan markah untuk kedua-dua ujian tersebut untuk
melihat sejauhmanakah keberkesanan teknik Magic Passcode (MPC) dalam
membantu murid melakukan operasi pendaraban.

Jadual 6.10

Perbandingan Markah Bagi Ujian Pra Dan Pasca

Markah

Murid Ujian Pra (Gred) Ujian Pasca (Gred)
ML1 38% (F) 100% (A)
ML2 38% (F) 100% (A)
ML3 25% (F) 88% (A)
MP1 13% (F) 100% (A)
MP2 13% (F) 88% (A)
MP3 38% (F) 100% (A)

147

ANALISIS BORANG SOAL SELIDIK

Setelah intervensi dan ujian pasca dijalankan, pengkaji telah memberi borang soal
selidik kepada para peserta kajian untuk diisi. Oleh itu, data yang diperolehi
daripada borang soal selidik tersebut telah dicatat seperti pada jadual 6.10
dibawah.

Jadual 6.14

Analisis Hasil Dapatan Borang Soal Selidik Para Peserta Kajian

Bil. Pernyataan Bilangan Peserta Kajian

STS TS KS S SS

(1) (2) (3) (4) (5)

1. Adakah teknik MPC dapat meningkatkan 24

keupayaan peserta kajian dalam melakukan

operasi darab?

2. Adakah teknik MPC dapat membantu peserta 6

kajian untuk meguasai sifir?

3. Adakah teknik MPC dapat meningkatkan minat 15

murid dalam melakukan operasi pendaraban?

4. Adakah teknik MPC mudah difahami? 1 14

5. Adakah kamu akan menggunakan teknik MPC 6

semasa melakukan operasi darab?

ANALISIS TEMU BUAL SELEPAS INTERVENSI

Selepas pengkaji memperkenalkan teknik MPC kepada peserta kajian, sekali lagi
pengkaji menemu bual setiap peserta kajian dengan soalan iaitu “Adakah kamu
minat untuk melakukan operasi pendaraban selepas mengetahui teknik MPC? Sila
nyatakan sebab daripada jawapan kamu.”

Jadual 6.17

Analisis Temu Bual Peserta Kajian Selepas Teknik MPC Diperkenalkan

Peserta Jawapan Peserta Kajian Kata Kunci Kod
Kajian
Lepas cikgu ajar kami MPC lagi sa suka ni. Suka M
ML1 Suka cikgu, senang guna MPC. Suka M
ML2 Ada sudah minat saya sikit-sikit dalam buat Minat Sikit- M
ML3 darab! Sikit
Lebih mudah guna MPC untuk buat darab. Ok La M
MP1 Ok la juga.
Hmm, syukur ada MPC, sifir 9 pun saya buli Boleh Buat M
MP2 buat.
Makin mudah dan bikin saya suka untuk Suka M
MP3 buat soalan darab lagi.

148

REFLEKSI

Kesimpulannya, ketiga-tiga persoalan kajian yang telah dinyatakan dalam kajian ini
berjaya dicapai. Hal ini kerana pengkaji telah dapat mengesan punca utama dalam
kalangan murid-murid semasa melakukan pendaraban lalu pengkaji juga telah
memperkenalkan kaedah intervensi yang terbukti berkesan untuk membantu para
peserta kajian mengatasi masalah yang mereka hadapi semasa melakukan operasi
pendaraban.

Kepentingan yang boleh didapati daripada kajian ini adalah murid-murid
dapat menguasai sifir dengan mudah tanpa perlu menghafalnya dan seterusnya
dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam melakukan operasi pendaraban,
menarik minat murid untuk mempelajari subjek Matematik khususnya pendaraban
dengan adanya teknik MPC, dapat meningkatkan teknik pedagogi dan pengajaran
pengkaji dalam pengajaran dan pemudahcara (PdPC) atau pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) dan dapat memberi manfaat kepada guru-guru
Matematik yang ada di Malaysia.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Sesungguhnya, kajian tindakan kali ini telah mencapai ketiga-tiga objektif yang
ditetapkan oleh pengkaji. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan terdapat beberapa
cadangan dan penambahbaikkan yang boleh dilakukan lagi pada masa akan
datang. Antaranya adalah pengkaji berhasrat untuk memperluaskan lagi teknik
Magic Passcode (MPC) ini bukan sahaja untuk meningkatkan operasi asas
pendaraban namun pengkaji juga berhasrat untuk menggunakan teknik MPC bagi
meningkatkan operasi asas pembahagian kepada murid-murid, pengkaji juga
bercadang untuk mengambil jumlah peserta kajian yang lebih ramai, pengkaji juga
bercadang untuk menggunakan instrumen yang pelbagai dan lebih meluas untuk
kajian pada masa akan datang, pengkaji berpendapat bahawa untuk kajian yang
akan datang, pengkaji boleh menambah lebih banyak aktiviti menarik agar murid-
murid lebih tertarik untuk mempelajari subjek Matematik, dan akhir sekali pengkaji
juga mencadangkan agar intervensi teknik Magic Passcode (MPC) ini boleh
dijalankan dengan tempoh masa yang lebih panjang supaya para peserta kajian
dapat memahami setiap konsep teknik MPC dengan lebih mendalam.

RUJUKAN

Barmby, P., Bilsborough, L., Harries, T., & Higgins, S. (2009). Primary mathematics: teaching
for understanding. Buckingham: Oxford Univesity Press.

Fredricks, J. A., Blumenfeld, P. C., & Paris, A. H. (2004). School engagement: Potential of
the concept, state of the evidence. Review of Educational Research, 74(1): 59-109.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McMraw-Hill (Malaysia)
Sdn. Bhd.

Philip, A. (2005). Mengatasi Masalah Mendarab Sebarang Nombor 4 Digit Dengan Nombor 2
Digit. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP amb Januari 2008.

Razali, F. & Ahmad, N. (2012). Penggunaan Teknik Ziefir Dalam Meningkatkan Kemahiran
Menyelesaikan Soalan Darab Nombor Tiga Digit Dengan Nombor Dua Digit Bagi
Murid Tahun 4. Penyelidikan Tindakan PISMP 2012.

149

TAHAP KESEDIAAN DAN PENERAPAN KBAT GURU MATEMATIK
SEKOLAH RENDAH DALAM PDPR DI DAERAH TUARAN

Ronna Karen Haliam, Dr. Khoo Chwee Hoon
Jabatan Sains Kejuruteraan Teknologi dan Matematik

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kesediaan dan tahap penerapan
KBAT guru Matematik dalam PdPR di daerah Tuaran, mengenal pasti hubungan
antara tahap kesediaan dengan tahap penerapan KBAT guru Matematik dalam
PdPR di daerah Tuaran dan meninjau pelbagai cara yang boleh digunakan untuk
mengamalkan KBAT dalam PdPR. Data kajian dikutip melalui kaedah tinjauan
kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik. Seramai 132 orang guru Matematik
dipilih sebagai sampel menggunakan kaedah pensampelan sistematik daripada 53
buah sekolah kebangsaan di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah
Tuaran. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.0
digunakan bagi menganalisis statistik deskriptif (min dan sisihan piawai) untuk
menentukan tahap kesediaan dan tahap penerapan KBAT guru Matematik dalam
PdPR manakala ujian korelasi Pearson r digunakan untuk mengenal pasti
hubungan antara tahap kesediaan dengan tahap penerapan KBAT guru Matematik
dalam PdPR di daerah Tuaran. Kajian mendapati tahap kesediaan dan tahap
penerapan KBAT guru Matematik dalam PdPR adalah pada tahap sederhana
dengan nilai min masing-masing ialah 3.16 (SD = 0.543) dan 2.91 (SD = 0.659).
Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif dengan
kekuatan hubungan sederhana antara tahap kesediaan dengan tahap penerapan
KBAT guru Matematik sekolah rendah dalam PdPR di daerah Tuaran dengan nilai
r=0.476, p = 0.000 (p<0.01). Beberapa amalan KBAT dalam PdPR yang
dikenalpasti termasuklah penggunaan aplikasi seperti Nearpod, Classpoint dan
Zoom, pembelajaran berasaskan projek serta komunikasi dua hala. Kajian ini
memberi implikasi dalam usaha memperhalusi segala kepincangan dengan
matlamat dapat meningkatkan kompetensi guru Matematik dalam konteks KBAT.

Kata kunci: Kesediaan, Penerapan, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT),
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Matematik

PENGENALAN

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) diperkenalkan melalui Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) untuk memperkukuh kemahiran berfikir dengan memberi
penekanan kepada kemahiran menaakul (KPM, 2014). KBAT membantu murid
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan
dan refleksi untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2014). Dalam konteks Matematik, KBAT
memainkan peranan penting agar murid dapat membina ilmu matematik yang
konstruktif, memahami konsep di sebalik simbol dan nombor, mengelakkan murid
daripada menghafal tanpa memahami seterusnya membantu murid melihat

150

kegunaan Matematik dalam kehidupan seharian melalui hubungkait Matematik
dengan pelbagai disiplin ilmu (Rubananthan, P. & Nurfaradilla Mohamad Nasri,
2021). Justeru, kesediaan guru mengaplikasikan KBAT dalam pendidikan
Matematik penting bagi memastikan pembelajaran Matematik murid yang
bermakna.

PERNYATAAN MASALAH

Transisi global pendidikan Matematik daripada penekanan kemahiran algoritma
kognitif kepada KBAT telah memberi impak terhadap pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Matematik (Nooriza Kassim & Effandi Zakaria, 2015). KBAT dalam
Matematik telah menyumbang kepada peningkatan skor dalam Trends in
International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for
International Student Assessment (PISA) namun dari segi prestasi, Malaysia masih
jauh ketinggalan (OECD, 2019). Perkara ini berlaku akibat format soalan yang
panjang dan memerlukan murid untuk membuat interpretasi, refleksi serta penilaian
berdasarkan kehidupan sebenar (Norshuhada Jusoh & Kamisah Osman, 2018),
murid masih lemah dalam menyelesaikan soalan penyelesaian masalah melibatkan
soalan Matematik berayat (Tajularipin Sulaiman, 2020), sikap, kaedah pengajaran
dan kaedah penyelesaian masalah guru (Shara Nor Raifana, Noor Shah Saad &
Mohd Uzi Dollah, 2016) serta murid yang jarang didedahkan dengan soalan bukan
rutin dalam proses pembelajaran Matematik (Nor Adibah Abdullah, 2020).

Justeru, guru menjadi tonggak pengintegrasian KBAT dalam Matematik di
sekolah (Wan Nor Shairah Sharuji & Norazah Mohd Nordin, 2017). Oleh itu,
kesediaan guru memainkan peranan penting bagi memindahkan kemahiran
tersebut kepada murid. Namun begitu, pandemik COVID-19 telah mengubah corak
pendidikan di Malaysia mewujudkan paradigma baharu Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang memberi cabaran untuk guru mengadaptasi
norma baharu dalam proses pendidikan (Nur Hanisah Ahman Saifudin & Mohd Isa
Hamzah, 2021). Hal ini dikhuatiri akan mempengaruhi tahap kesediaan dan
penerapan KBAT guru Matematik sekolah rendah dalam PdPR yang mana
seterusnya mempengaruhi pencapaian murid dalam pentaksiran bertaraf global.

Perkara ini semakin membimbangkan apabila 65% guru didapati belum
dapat menyesuaikan diri dengan proses belajar dari rumah dan memerlukan
kemahiran tambahan dalam menggunakan aplikasi pembelajaran maya, kebolehan
menghasilkan bahan pembelajaran yang berkesan serta kemahiran menghasilkan
tugasan tambahan yang berkesan (Marzoan, 2020). Tambahan pula, medium
pembelajaran maya kurang mendapat sambutan daripada guru akibat kurang
kemahiran dalam mengendalikan alatan berasaskan teknologi serta menghadapi
cabaran dalam menghasilkan bahan pengajaran yang mudah diikuti dan difahami
oleh murid (Shahfiezul Suhaimi & Fariza Khalid, 2017; Shahiza Zaharuddin & Fariza
Khalid, 2019). Oleh itu, bagi memastikan pengamalan KBAT dalam PdPR tidak
tergendala, pengkaji telah meninjau tahap kesediaan dan penerapan KBAT guru
Matematik sekolah rendah kebangsaan dalam PdPR di daerah Tuaran. Hal ini
penting untuk memberi kesedaran dan gambaran yang jelas berkenaan tahap
kompetensi guru dalam konteks KBAT mengikut situasi pendidikan semasa agar
semua pihak dapat bekerjasama memperhalus segala kepincangan demi
meningkatkan kompetensi profesionalisme guru.

151

OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengenal pasti tahap kesediaan KBAT guru Matematik sekolah rendah
dalam PdPR di daerah Tuaran.

ii. Menentukan tahap penerapan KBAT guru Matematik sekolah rendah dalam
PdPR di daerah Tuaran.

iii. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara tahap
kesediaan dengan tahap penerapan KBAT guru Matematik sekolah rendah
dalam PdPR di daerah Tuaran.

iv. Meninjau pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mengamalkan KBAT
dalam PdPR.

SOALAN KAJIAN

i. Apakah tahap kesediaan KBAT guru Matematik sekolah rendah dalam
PdPR di daerah Tuaran?

ii. Apakah tahap penerapan KBAT guru Matematik sekolah rendah dalam
PdPR di daerah Tuaran?

iii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan dengan
tahap penerapan KBAT guru Matematik sekolah rendah dalam PdPR di
daerah Tuaran?

iv. Apakah cara yang boleh digunakan untuk mengamalkan KBAT dalam
PdPR?

HIPOTESIS KAJIAN

0: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan dengan
tahap penerapan KBAT guru Matematik sekolah rendah dalam PdPR di
daerah Tuaran.

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk cross-sectional menggunakan penyelidikan tinjauan dengan
pendekatan kuantitatif yang mana data-data dikutip melalui borang soal selidik.

Persampelan

Jenis persampelan yang digunakan adalah persampelan sistematik. Saiz sampel
dipilih berdasarkan jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970).
Seramai 132 daripada 200 orang guru Matematik yang berpengalaman mengajar
sepanjang tempoh PdPR dipilih sebagai sampel daripada 53 buah sekolah rendah
kebangsaan (SK) di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang terdiri daripada tiga
bahagian iaitu Bahagian A (Maklumat Sampel), Bahagian B (Kesediaan KBAT
dalam PdPR) dan Bahagian C (Penerapan KBAT dalam PdPR). Instrumen ini telah

152

mendapat kesahan daripada pensyarah penyelia, Dr. Khoo Chwee Hoon dan
kebolehpercayaannya turut diuji dalam kajian rintis yang dilaksanakan ke atas 23
orang guru Matematik di enam buah sekolah rendah kebangsaan di daerah Kota
Belud, Sabah. Hasil dapatan menunjukkan nilai Alpha Cronbach pada kedudukan
item amat baik dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Prosedur Pengumpulan Data

Rajah 1. Prosedur Pengumpulan Data

Prosedur Penganalisisan Data

Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science
(SPSS) versi 21.0. Statistik deskriptif min dan sisihan piawai digunakan untuk
mengenalpasti dan menentukan tahap kesediaan KBAT dan tahap penerapan
KBAT guru Matematik sekolah rendah dalam PdPR di daerah Tuaran. Ujian
korelasi pearson r digunakan untuk melihat hubungan antara tahap kesediaan
KBAT dengan tahap penerapan KBAT guru Matematik sekolah rendah dalam PdPR
di daerah Tuaran. Akhir sekali, statistik deskriptif frekuensi digunakan untuk
meninjau pelbagai cara yang menjadi amalan guru dalam pelaksanaan KBAT
semasa PdPR Matematik.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Kebolehpercayaan Item Instrumen Soal Selidik

Jadual 1: Analisis Cronbach Alfa Item Ordinal Soal Selidik

Subkonstruk Cronbach’s Cronbach’s Alpha based N of
items
Alpha on Standardized Item
6
Pengetahuan Asas .910 .913
KBAT 11

Pengetahuan Pedagogi .946 .946
KBAT

153

Pengetahuan Pembinaan .925 .926 5
Item KBAT .938 .938 12
.970 .971 34
Penerapan KBAT dalam
PdPR

Keseluruhan Item Soal
Selidik

Berdasarkan Jadual 1, analisis ke atas setiap item ordinal menunjukkan bahawa
nilai Cronbach Alpha bagi setiap konstruk adalah melebih 0.90. Berdasarkan
panduan interpretasi tahap nilai pekali kebolehpercayaan bersumberkan Lim
(2007), dapat disimpulkan bahawa instrumen soal selidik yang digunakan adalah
amat baik, boleh diterima dan amat sesuai digunakan untuk kajian ini.

Tahap Kesediaan KBAT Guru Matematik dalam PdPR di Daerah Tuaran

Jadual 2: Tahap Kesediaan KBAT Guru Matematik dalam PdPR

BIL SUBKONSTRUK SD M TAHAP

1 Pengetahuan asas KBAT dalam PdPR .522 3.25 Sederhana

2 Pengetahuan pedagogi Matematik .557 3.15 Sederhana

berunsurkan KBAT dalam PdPR

3 Pengetahuan pembinaan item elemen KBAT .550 3.10 Sederhana
dalam PdPR

KESELURUHAN .543 3.16 Sederhana

Berdasarkan Jadual 2, analisis subkonstruk secara keseluruhan menunjukkan
kesediaan KBAT guru Matematik sekolah rendah kebangsaan dalam PdPR di
daerah Tuaran berada pada tahap sederhana dengan nilai min sebanyak 3.16 (SD
= 0.543). Ini menunjukkan bahawa guru Matematik sekolah rendah kebangsaan di
daerah Tuaran mempunyai pengetahuan yang mencukupi berkenaan asas KBAT
dalam PdPR (Min = 3.25, SD = 0.552), pedagogi Matematik berunsur KBAT dalam
PdPR (Min = 3.15, SD = 0.557) dan pembinaan item elemen KBAT dalam PdPR
(Min = 3.10, SD = 0.550). Data ini menjelaskan bahawa guru Matematik sekolah
rendah kebangsaan di daerah Tuaran mempunyai pengetahuan dan berupaya
merangka PdPR Matematik berunsur KBAT.

154

Tahap Penerapan KBAT Guru Matematik dalam PdPR di Daerah Tuaran

Jadual 3: Tahap Penerapan KBAT Guru Matematik dalam PdPR

BIL PERNYATAAN SD M TAHAP

1 Saya merancang pelajaran untuk mengajar .618 2.88 Sederhana
KBAT dalam PdPR Matematik.

2 Saya menjalankan aktiviti inkuiri Matematik .620 2.83 Sederhana
dalam PdPR Matematik.

3 Saya memberikan soalan-soalan KBAT .616 2.84 Sederhana
semasa PdPR Matematik.

Saya menggalakkan pelajar mengidentifikasi .651 2.80 Sederhana
4 dan melakukan penyelidikan terhadap

soalan Matematik.

5 Saya menggalakkan murid bertanya banyak .615 3.20 Sederhana
soalan semasa PdPR Matematik.

6 Saya melibatkan murid secara aktif dalam .659 2.96 Sederhana
PdPR bagi KBAT.

Saya meminta murid memberikan justifikasi .793 2.83 Sederhana
7 terhadap jawapan Matematik yang diperoleh

dalam PdPR.

8 Saya meminta murid mencari jalan alternatif .625 3.08 Sederhana
untuk menyelesaikan masalah Matematik.

9 Saya menggunakan peta pemikiran i-Think .700 2.73 Sederhana
dalam pengajaran Matematik semasa PdPR.

10 Saya menggalakkan murid melontarkan idea .680 2.95 Sederhana
baharu.

11 Saya menilai perkembangan murid dalam .628 3.05 Sederhana
KBAT.

12 Saya memberikan tugasan pembelajaran .697 2.77 Sederhana
berasaskan projek dalam PdPR Matematik.

KESELURUHAN .659 2.91 Sederhana

Berdasarkan Jadual 3, min bagi setiap pernyataan yang mengukur tahap
penerapan KBAT guru Matematik dalam PdPR kebanyakannya berada pada tahap
yang sederhana. Pernyataan sembilan mencatatkan min terendah iaitu 2.73 (SD =
0.700) diikuti oleh pernyataan ke-12 dengan min sebanyak 2.77 (SD = 0.697).
Pernyataan lima mencatatkan nilai min tertinggi iaitu sebanyak 3.20 (SD = 0.615)

155

diikuti dengan pernyataan lapan dengan nilai min 3.08 (SD = 0.625). Secara
keseluruhannya, tahap penerapan KBAT guru Matematik dalam PdPR berada pada
tahap yang sederhana dengan min keseluruhan 2.91 (SD = 0.659).

Hubungan Tahap Kesediaan KBAT dan Tahap Penerapan KBAT dalam PdPR

Jadual 4: Hubungan Tahap Kesediaan dan Tahap Penerapan KBAT dalam
PdPR

Tahap Penerapan
KBAT
Tahap Kesediaan Pearson Correlation .476**
KBAT Sig. (2-tailed)
N .000
132

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Berdasarkan Jadual 4, r = 0.476, p = 0.000 (p < 0.01). Nilai r yang positif
menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara kedua pemboleh ubah
manakala nilai p<0.01 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan
antara kedua pemboleh ubah. Berdasarkan pengkelasan korelasi bersumberkan
Wiratna (2014) menunjukkan bahawa kekuatan hubungan adalah pada tahap
sederhana. Justeru, dapat disimpulkan bahawa terdapat hubungan positif yang
signifikan dengan kekuatan hubungan yang sederhana antara tahap kesediaan
dengan tahap penerapan KBAT guru Matematik sekolah rendah dalam PdPR di
daerah Tuaran.

Pelbagai Amalan KBAT dalam PdPR Matematik

Jadual 5: Amalan Kaedah Berunsur KBAT Guru Matematik dalam PdPR

Responses Percen Percen
N t t of
4.4% Cases
Breakout Rooms Zoom 8 8.9%
16 6.4%
Canva 4 12.8%

Justifikasi 5 2.2% 3.2%
menggunakan 76
Amalan KBAT Classpoint/ Nearpod 71
dalam PDPRa 180
Pemikiran Inkuiri

menggunakan 2.8% 4.0%

Classpoint/ Nearpod 42.2% 60.8%

Komunikasi Dua Hala 39.4% 56.8%
100.0 144.0
Pembelajaran % %
Berasaskan Projek

Jumlah

a. Dichotomy group tabulated at value 1.

156

Berdasarkan Jadual 5, majoriti guru memilih kaedah komunikasi dua hala
melibatkan penyoalan aras tinggi antara murid dan guru dalam kelas segerak
menggunakan pelbagai aplikasi dalam talian untuk melaksanakan KBAT dalam
PdPR (76 guru Matematik, 42.2%) diikuti oleh pengamalan kaedah pembelajaran
berasaskan projek (71 guru Matematik, 39.4%). Hanya sejumlah kecil guru
Matematik yang menggunakan kaedah breakout rooms dalam aplikasi Zoom
sebagai medium pembelajaran kolaboratif, gallery walk atau aktiviti inkuiri (8 guru
Matematik, 6.4%) justifikasi menggunakan Classpoint/ Nearpod (4 guru Matematik,
2.2%) dan pemikiran inkuiri menggunakan Classpoint/ Nearpod (5 guru Matematik,
2.8%). Seterusnya, guru turut menggunakan aplikasi Canva (16 orang guru
Matematik, 8.9%). Lain-lain cara yang dinyatakan adalah guru memberikan soalan
KBAT dalam modul dan siaran Youtube.

KESIMPULAN

Tahap Kesediaan KBAT Guru Matematik dalam PdPR di Daerah Tuaran

Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru Matematik mengaplikasikan
KBAT di daerah Tuaran berada pada tahap yang sederhana (Min = 3.16, SD =
0.543). Dapatan kajian ini berbeza dengan dapatan kajian-kajian lepas (Nor
Hasmaliza Hasan, 2016; Siti Azeana Zulkifli & Abdul Halim Abdullah, 2017; Maxwell
Aling et al, 2021) yang mana menunjukkan tahap kesediaan guru dalam
mengaplikasikan KBAT dalam PdP berada pada tahap yang tinggi. Dapatan ini
menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru mengaplikasikan KBAT dalam PdP di
bilik darjah adalah lebih tinggi berbanding tahap kesediaan guru Matematik
mengaplikasikan KBAT dalam PdPR. Hal ini kerana, kesediaan KBAT guru dalam
PdPR turut dipengaruhi oleh aspek lain dan guru memerlukan masa untuk
beradaptasi dengan paradigma baharu PdPR sejajar dengan kajian Siva dan
Vimala (2021).

Tahap Penerapan KBAT Guru Matematik dalam PdPR di Daerah Tuaran

Dapatan kajian menunjukkan tahap penerapan KBAT guru Matematik sekolah
rendah kebangsaan dalam PdPR di daerah Tuaran berada pada tahap yang
sederhana (Min = 2.91, SD = 0.659). Hal ini bercanggah dengan dapatan kajian Nor
Hasmaliza et al (2016), Desy Pusparini et al (2020) dan Maxwell Aling et al (2021)
yang menunjukkan bahawa tahap penerapan KBAT dalam PdP Matematik adalah
tinggi. Ini menunjukkan guru Matematik kurang menerapkan KBAT dalam PdPR jika
dibandingkan dengan tahap penerapan KBAT guru Matematik dalam PdP.

Jika dibandingkan dengan tahap kesediaan KBAT guru Matematik dalam
PdPR, tahap penerapan KBAT guru Matematik dalam PdPR adalah lebih rendah
berbanding tahap kesediaan KBAT guru Matematik dalam PdPR. Ini menunjukkan
bahawa meskipun guru mempunyai tahap kesediaan yang tinggi namun guru
terbatas dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam sistem pendidikan
berasaskan maya sejajar dengan dapatan Marzoan (2020) dan Shahfiezul et al
(2017). Ini disokong oleh kajian Mazura dan Wak (2018) menyatakan bahawa 80%
guru di sekolah tidak mempunyai pengetahuan berkenaan PdPc berbeza.

157

Hubungan antara Tahap Kesediaan KBAT dan Tahap Penerapan KBAT Guru
Matematik dalam PdPR

Keputusan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap
kesediaan dengan tahap penerapan KBAT guru Matematik sekolah rendah dalam
PdPR di daerah Tuaran. Dapatan kajian ini bertentangan dengan kajian Hasnah
Isnon dan Jamaludin Badusah (2017) yang mendapati terdapat hubungan negatif
antara tahap kesediaan KBAT dan tahap penerapan KBAT dalam kalangan guru
Bahasa Melayu namun adalah sejajar dengan dapatan kajian Muzirah dan Wan Nor
Atiqah (2021) yang menunjukkan tahap kesediaan KBAT yang tinggi akan menjurus
kepada tahap penerapan KBAT yang tinggi. Justeru, dapat disimpulkan bahawa
tahap kesediaan KBAT dan tahap penerapan KBAT guru Matematik dalam PdPR
adalah berkadar secara terus. Ini bermaksud, jika tahap kesediaan KBAT guru
Matematik dalam PdPR adalah tinggi, maka tahap penerapan KBAT guru
Matematik dalam PdPR juga adalah tinggi. Justeru bagi kajian ini, tahap kesediaan
KBAT guru Matematik dalam PdPR adalah sederhana maka tahap penerapan
KBAT guru Matematik dalam PdPR juga adalah sederhana.

Pelbagai Amalan KBAT dalam PdPR

Kaedah pertama yang menjadi amalan guru adalah pembelajaran berasaskan
projek. Pembelajaran berasaskan projek membantu murid meningkatkan kemahiran
dan pengetahuan menerusi penerokaan berstruktur sehingga dapat mencipta idea
konseptual terhadap kemahiran yang sukar dicapai (Nor Izzati Mohd Nor, 2019;
Geviana & Nurfaradilla, 2021). Namun begitu, meskipun guru memilih pembelajaran
berasaskan projek tetapi penerapannya masih kurang dalam PdPR Matematik (Min
= 2.77, SD = 0.697). Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa guru memerlukan
bengkel, kursus atau modul dalam menerapkan pembelajaran berasaskan projek
dalam PdPR.

Cara kedua adalah mengamalkan komunikasi dua hala melibatkan
penyoalan aras tinggi antara murid dan guru menggunakan Telegram. Misalnya
dengan mewujudkan bahagian-bahagian mengikut topik KBAT dalam Channel
Telegram dan mewajibkan murid memberikan respon mengikut topik KBAT
tersebut. Dengan ini, murid dapat belajar dengan sistematik kerana perbincangan
yang terpisah dan guru dapat membimbing murid dengan lebih mudah. Kaedah ini
sesuai digunakan untuk pendekatan PdPR online dan offline.

Cara ketiga adalah penggunaan breakout rooms dalam aplikasi Zoom. Eko
Febri Syahputra Siregar, Suci Perwita Sari, Baihaqi Siddik Lubis dan Ismail Hanif
Batubara (2021) menyatakan bahawa breakout rooms dalam aplikasi zoom dapat
menimbulkan keterampilan berfikir kritis pelajar. Breakout rooms membolehkan
guru untuk mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan tertentu dan
memberikan waktu yang lebih peribadi kepada murid untuk berbincang. Justeru,
kaedah ini dapat mendigitalisasikan aktiviti kolaborasi dan gallery walk.

Cara seterusnya adalah menggunakan aplikasi Classpoint ataupun
Nearpod sebagai aktiviti inkuiri iaitu menggunakan fitur draw it dan field trip.
Misalnya guru meminta murid membulatkan objek dengan sukatan mililiter (ml)
dapat menimbulkan inkuiri murid. Contoh aktiviti field trip, guru membawa murid
belajar di kawasan lain secara maya dan bertanya mengenai bentuk bangunan
apabila mengajar topik bentuk. Selain itu, penggunaan Nearpod galakkan KBAT

158

secara offline dengan menggunakan fitur collaborate dan open ended question.
Contohnya, guru menyelitkan soalan aras tinggi pada waktu-waktu tertentu semasa
murid menonton video untuk membantu murid memahami proses penyelesaian
Matematik. Aktiviti collaborate membenarkan murid berkolaborasi antara murid lain
untuk menjawab topik yang disediakan guru.

Cara terakhir adalah menggunakan gabungan modul dan video
pembelajaran yang dimuatnaik ke dalam aplikasi YouTube. Guru boleh
menggunakan pendekatan induktif untuk melaksanakan KBAT dalam PdPR
Matematik. Misalnya, guru memberikan beberapa contoh soalan KBAT langkah
demi langkah agar murid dapat melihat pola seterusnya memberikan soalan yang
serupa untuk murid praktikkan. Guru juga boleh menggunakan peta i-Think untuk
melatih murid membuat penyelidikan terhadap soalan Matematik contohnya untuk
melihat perkaitan penukaran unit menggunakan peta titi.

IMPLIKASI

Kajian ini memberikan implikasi kepada tiga pihak. Pertama sekali kepada guru
Matematik yang mana guru Matematik dapat mengetahui tahap kesediaan dan
tahap penerapan KBAT guru Matematik dalam PdPR. Hal ini memberi kesedaran
kepada guru untuk meneroka pelbagai ilmu pengetahuan demi meningkatkan
kompetensi diri dalam pendekatan pengajaran terbeza yang melibatkan KBAT.
Kajian ini juga menjadi pendorong kepada guru untuk meningkatkan kemahiran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) memandangkan banyak aplikasi TMK
yang boleh dimanfaatkan. Akhir sekali, kajian ini memberi panduan kepada guru
tentang cara mengamalkan KBAT dalam PdPR Matematik. Implikasi seterusnya
kepada pihak sekolah yang mana pihak sekolah menjadi lebih cakna terhadap
peningkatan kompetensi guru terhadap pengaplikasian KBAT guru dalam PdPR
seterusnya dapat merancang dan menjadi pendorong kepada guru untuk
melibatkan diri dalam aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) agar
lengkap dengan kemahiran pedagogikal terkini. Implikasi terakhir kepada pihak
PPD yang mana pihak PPD dapat mengenal pasti keperluan guru dan merangka
pelan serta strategi yang sesuai bagi meningkatkan kecekapan guru dan
memperhalusi segala kepincangan yang wujud.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Terdapat beberapa cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan. Antaranya,
mengkaji faktor yang mempengaruhi tahap penerapan KBAT guru Matematik dalam
PdPR di daerah Tuaran untuk membantu pihak bertanggungjawab dalam merangka
pelan strategik yang lebih efisien dengan mengambil kira faktor-faktor tersebut.
Selain itu, mencari lokasi kajian yang berbeza. Ini berikutan setiap lokasi kajian
yang berbeza mungkin memberikan keputusan yang berbeza dan memerlukan
pelan strategik yang berlainan. Penambahan instrumen kajian seperti temubual
juga boleh digunakan untuk mengetahui dengan lebih jelas cara guru mengamalkan
KBAT dalam PdPR Matematik menggunakan kaedah tertentu. Akhir sekali,
mengkaji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesediaan
dan tahap penerapan KBAT guru Matematik dalam PdPR berdasarkan pendekatan
PdPR yang berbeza mahupun antara guru Matematik opsyen dan bukan opsyen.

159

Dengan ini, guru, pihak sekolah, pihak PPD serta KPM dapat melihat dengan lebih
jelas dan teliti kepincangan yang ada untuk diperhalusi.

RUJUKAN

KPM. (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Aplikasi di Sekolah. Putrajaya: Bahagian

Pembangunan Kurikulum. https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/pener

bitan/kbat/1336-kemahiran-berfikiraras-tinggi-aplikasi-di-sekolah-2014/file

Nooriza Kassim & Effandi Zakaria. (2015, Januari). Integrasi kemahiran berfikir aras tinggi

dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik: Analisis Keperluan Guru.

Persidangan serantau siswazah pendidikan.

file:///C:/Users/ASUS/Downloads/Artikel_penuh_Medan_NOORIZA-with-cover-

page-v2.pdf

Rubananthan Paramasveran & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2021). Isu-isu penerapan

KBAT dalam Matematik. (Tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan Malaysia.

https://xdocs.tips/doc/isu-isu-penerapan-kbat-dalam-matematik-jovm03ep4qov

OECD. (2019). Where all students can succeed. PISA 2018 results. doi:

https://doi.org/10.1787/19963777

Norshuhada Jusoh & Kamisah Osman. (2018). Tahap kesediaan dan keperluan latihan guru

dalam mengaplikasikan KBAT dalam PdPc Sains. Jurnal penyelidikan pendidikan
guru, 13 (2), 14 – 28

Muhammad Sofwan Mahmud, Aida Suraya Md Yunus, Ahmad Fauzi Mohd Ayub dan

Tajularipin Sulaiman. (2020). Enhancing Mathematical Language through Oral

Questioning in Primary Schools. International Journal of Learning, Teaching
and Educational Research, 19 (5), 395 – 410.

https://www.ijlter.org/index.php/ijlter/article/view/2170/pdf#

Shara Nor Raifana, Noor Shah Saad & Mohd Uzi Dollah. (2016). Analisis jenis kesilapan

melalui kaedah Newman Error dalam penyelesaian masalah berayat Matematik

dalam kalangan murid tahun 5. Jurnal pendidikan Sains dan Matematik Malaysia,
6(2), 109 –119. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/download/

2170/1792/

Nor Adibah Abdullah. (2020). Kompetensi penyelesaian masalah dan pengetahuan

konseptual guru matematik sekolah menengah. Jurnal Kurikulum dan

Pengajaran Asia Pasifik, 8(3), 1 – 14.

https://juku.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/25771/12086

Wan Nor Shairah Sharuji & Norazah Mohd Nordin. (2017). Kesediaan guru dalam

pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi. Simposium Pendidikan
diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017), 140 – 146.

https://conference.ukm.my/sprin/index.php/sprin/sprin/paper/viewFile/51/19

Nur Hanisah Ahmad Saifudin & Mohd Isa Hamzah. (2021). Cabaran Pengajaran dan

Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam talian dengan murid sekolah rendah.
Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 250 – 264. https://myjms.

mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/15715/8137

Marzoan. (2020). Studi eksploratif persepsi guru terhadap kebijakan belajar dari rumah
pada masa pandemi covid-19. Jurnal Ilmiah Mandala Education, 6(2), 198 – 207.

http://ejournal.mandalanursa.org/index.php/JIME/article/view/1422/1261#

Shahfiezul Shahimi & Fariza Khalid. (2017). Persepsi guru terhadap ciri-ciri inovasi

VLE FROG di sekolah di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Selangor.

Simposium pendidikan di peribadikan: Perspektif Risalah An-Nur

(SPRiN2017).

Shahiza Zaharuddin & Fariza Khalid. (2019). Penerimaan pelajar tingkatan 1 terhadap

penggunaan aplikasi web 2.0 untuk pembelajaran. Graduate research in education

Seminar 2019.

Nor Hasmaliza Hasan & Zamri Mahamod. (2016). Persepsi guru Bahasa Melayu sekolah

menengah terhadap kemahiran berfikir aras tinggi. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 6(2), 78 – 90. http://journalarticle.ukm.my/10198/1/120-236-1-SM.pdf

160

Siti Azeana Zulkifli & Abdul Halim Abdullah. (2017). Kesediaan guru menerapkan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam penyelesaian masalah matematik.
https://www.researchgate.net/publication/312460496_Kesediaan_Guru_Menerapka
n_Kemahiran_Berfikir_Aras_Tinggi_KBAT_Dalam_Penyelesaian_Masalah_Matema
tik

Maxwell Aling & Siti Mistima Maat. (2021). Tahap penerapan dan kefahaman guru Matematik
terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP Matematik di Sekolah
Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3 (1), 331 – 341.
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/12587/6303

Siva Rabindarang & Vimala Arjunan. (2021). Paradigma baharu PdPR: Satu sorotan
kajian. Jurnal Asian Pendidikan, 2(1), 19 – 24. Doi: https://doi.org/10.5379
7/aspen.v2i1.3.2021

Desy Pusparini, Suparno & Teguh Sarosa. (2020). Teachers’ knowledge about higher-order
thinking skills and its implementation in teaching reading. Jurnal Edulingua, 7(2), 75
– 84. https://ejournal.unisnu.ac.id/JE/article/view/1255/1499

Mazura Sulaiman & Wak C.W. (2018). Tinjauan tentang pengetahuan dan penerimaan
terhadap pengajaran berbeza dalam kalangan siswa pendidik Program Ijazah
Sarjana Muda Peguruan. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan
Universiti Awam, 283-294. Kuala Terengganu: Penerbitan Universiti Sultan Zainal
Abidin

Hasnah Isnon & Jamaludin Badusah. (2017). Kompetensi guru Bahasa Melau dalam
menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 56 – 65.
http://journalarticle.ukm.my/10413/1/133-256-1-SM.pdf

Muzirah Musa & Wan Nor Atiqah Meor Samsudin. (2021). Implementasi Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Matematik: Adakah suatu realiti?. Sains Malaysia,
50(9), 2781 – 2790. http://journalarticle.ukm.my/18072/1/23.pdf

Nor Izzati Mohd Nor. (2019). Kaedah berasaskan projek dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Islam. Jurnal refleksi kepemimpinan, Jil 2, 2019
(ISSN 2636 – 9885)

Geviana Gladysha Anak George & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2021). Pendekatan
pengajaran terbeza: Pengetahuan dan amalan guru kelas bercantum di sekolah
kurang murid (Kajian Literatur Sistematik). Jurnal Dunia Pendidikan, Jil 3 (2), 484 –
494. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/14301/7545

Eko Febri Syahputra Siregar, Suci Perwita Sari, Baihaqi Siddik Lubis, Ismail Hanif
Batubara. (2021). Pengaruh Breakout Room aplikasi Zoom terhadap
kemampuan berfikir kritis mahasiswa PGSD pada perkuliahan dalam jaringan.
Jurnal Basicedu, 5 (5), 4160 – 4168. https://jbasic.org/index
.php/basicedu/article/view/1479/pdf

Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan pendidikan: Pendekatan kuantitatif dan kualitatif.
Selangor: McGraw Hill (Malaysia).

V. Wiratna Sujawerni. (2014). Panduan penelitian kebidanan dengan SPSS.
http://ucs.sulselib.net/index.php?p=show_detail&id=95172

161

KESEDIAAN DAN AMALAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21
(PAK21) SEMASA PdPR DALAM KALANGAN GURU PRAPERKHIDMATAN

MATEMATIK DI MALAYSIA

Vergeer Voi anak Paul, Dr. Khoo Chwee Hoon
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]

ABSTRAK

Kajian berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan dan
tahap amalan pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) semasa Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam kalangan guru praperkhidmatan
Matematik di Malaysia. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji perbezaan
dalam tahap kesediaan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR mengikut semester
pengajian dan mengenal pasti perbezaan dalam tahap amalan pelaksanaan PAK21
semasa PdPR mengikut pendekatan PdPR. Kajian ini turut bertujuan untuk melihat
hubungan antara tahap kesediaan dengan tahap amalan pelaksanaan PAK21
semasa PdPR. Data diperoleh menggunakan borang soal selidik daripada 169
orang guru praperkhidmatan Matematik di tiga buah IPG di Malaysia. Seterusnya,
data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi
21.0 untuk pemerihalan data deskriptif dan inferensi. Kajian ini menggunakan
analisis deskriptif, iaitu min dan sisihan piawai dan analisis inferensi, iaitu ujian-t
dua kumpulan sampel tak bersandaran, ujian ANOVA sehala dan analisis pekali
korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan dan tahap amalan
adalah pada tahap sederhana dengan min sebanyak 3.31 (SD = 0.625) dan 3.19
(SD = 0.682) masing-masing. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang
signifikan dalam tahap kesediaan mengikut semester pengajian dengan nilai p
melebihi 0.05 (p = 0.810). Kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan
dalam tahap amalan mengikut pendekatan PdPR dengan nilai p kurang daripada
0.05 (p = 0.000). Dapatan kajian turut menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara tahap kesediaan dengan tahap amalan (r = 0.872, p < 0.01).
Kajian ini dapat memberikan maklumat tentang tahap kesediaan dan tahap amalan
untuk tujuan penambahbaikan daripada pelbagai pihak.

Kata kunci: tahap kesediaan, tahap amalan, Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21),
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),

PENGENALAN
Tatkala badai pandemik COVID-19 kian reda, dunia kini menghadapi suatu fasa
perubahan normalisasi kehidupan yang sangat mencabar (Ahmad Al-Munzir
Ridzuan & Mansur Nasir, 2020). Sektor pendidikan adalah antara yang terkesan
dengan hebat akibat malapetaka yang tidak dijangka ini. Ekoran daripada isu
semasa ini seiring dengan senario pembelajaran abad kini yang lebih cenderung ke
arah teknologi yang memerlukan akses kendiri, pembelajaran kendiri dan juga
pendidikan kendiri, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil
langkah proaktif bagi mengadaptasi kepada perubahan yang mendadak ini (Nur

162

Amanina Ab Hamid & Mohd Jasmy Abd Rahman, 2021). Hal ini adalah selaras
dengan intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), iaitu setiap
murid berhak mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi
menghadapi kehidupan masa hadapan (KPM, 2013).

Oleh itu, pihak KPM telah memperkenalkan kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang bermaksud pengajaran dan pembelajaran
(PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi
yang bersesuaian (KPM, 2021). Meskipun proses penyampaian dan pemerolehan
ilmu pengetahuan telah berubah akibat pandemik ini, namun intipati pendidikan
masih lagi relevan. Antaranya adalah dasar Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) yang menggariskan enam aspirasi murid yang perlu dicapai.
Dalam hal ini, Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) merupakan pendekatan yang
sesuai sejajar dengan era globalisasi dalam melahirkan generasi yang
berkemahiran dan kompeten (Wardyawaty Rajikal & Mohd Isa Hamzah, 2020a).
Justeru, PdP menjadi platform dalam melaksanakan dasar ini dengan kepelbagaian
kaedah digunakan oleh guru. Menurut Mahamod (2011), pengetahuan PAK21 amat
diperlukan oleh guru bagi memacu negara menjadi negara maju melalui sistem
pendidikan.

PERNYATAAN MASALAH
Masalah timbul apabila berlaku isu global secara tiba-tiba yang memberi kesan
drastik kepada sistem pendidikan. Isu terkini ialah bencana pandemik COVID-19 di
mana menurut Azman Ab Rahman, Syed Salim Syed Shamsuddin, Nurul Nadia
Nozlan, Muhd. Faiz Abd. Shakor dan Afaf Sukari (2021), hal ini telah menyebabkan
pelbagai sektor turut terkesan dengan penularan wabak COVID-19 tersebut
termasuklah institusi pendidikan di Malaysia. Pandemik ini telah menyukarkan
proses PdP yang konvensional untuk dilaksanakan, iaitu secara bersemuka kerana
terdapat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi.

Penutupan sekolah merupakan satu daripada proses mengurangkan kadar
penularan COVID-19 selaras dengan tujuan pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yang pertama kali dilaksanakan pada 18 Mac 2020 yang lalu
(Azman Ab Rahman et al., 2021). KPM kemudian telah merangka dan mengambil
inisiatif untuk mengimplementasikan PdPR bagi memastikan tiada murid yang
tercicir dalam pelajaran sepanjang penutupan sekolah akibat pandemik COVID-19.
Namun begitu, aktiviti yang dapat dijalankan untuk pembelajaran Matematik
semasa PdPR adalah terhad. Perkara ini dipengaruhi oleh aspek seperti kesediaan
guru dalam melaksanakan PdPR di mana menurut Mazura Sulaiman dan Wak
(2018), sebanyak 80% guru sekolah tidak mempunyai pengetahuan yang baik
tentang PdP terbeza. Hal ini menandakan bahawa guru masih kurang didedahkan
dengan maklumat berkaitan pendekatan terbeza.

Sehubungan dengan itu, pelaksanaan PAK21 semasa PdPR turut terjejas
akibat kekangan yang timbul. Guru perlu memikirkan kaedah baharu untuk
mengaplikasikan PAK21 semasa PdPR. Keberkesanan PdP berteraskan PAK21
bergantung kepada kemahiran dan kesediaan guru dalam mengolah corak
pengajaran sesuai dengan dasar pendidikan negara (Wardyawaty Rajikal & Mohd
Isa Hamzah, 2020a). Hal ini dikatakan demikian kerana Rafferty, Jimmieson dan
Armenakis (2013) menyatakan kesediaan merupakan aspek penting dalam
menghadapi perubahan bagi menentukan kejayaan terhadap pembaharuan
tersebut. Bertitik tolak daripada masalah yang wujud dalam pelaksanaan PAK21

163

semasa PdPR khususnya, timbul persoalan dan minat untuk mengkaji tahap
kesediaan dan amalan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam kalangan guru
praperkhidmatan Matematik di Malaysia.

OBJEKTIF KAJIAN
Secara khusus, objektif bagi kajian ini adalah untuk:

i. Mengkaji tahap kesediaan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam
kalangan guru praperkhidmatan Matematik di Malaysia.

ii. Mengkaji tahap amalan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam
kalangan guru praperkhidmatan Matematik di Malaysia.

iii. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap
kesediaan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam kalangan guru
praperkhidmatan Matematik di Malaysia mengikut semester pengajian.

iv. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap
amalan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam kalangan guru
praperkhidmatan Matematik di Malaysia mengikut pendekatan PdPR.

v. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara tahap
kesediaan dengan tahap amalan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR
dalam kalangan guru praperkhidmatan Matematik di Malaysia.

SOALAN KAJIAN
Soalan bagi kajian ini adalah:

i. Apakah tahap kesediaan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam
kalangan guru praperkhidmatan Matematik di Malaysia?

ii. Apakah tahap amalan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam kalangan
guru praperkhidmatan Matematik di Malaysia?

iii. Adakah terdapat perbezaan yang signfikan dalam tahap kesediaan
pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam kalangan guru praperkhidmatan
Matematik di Malaysia mengikut semester pengajian?

iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap amalan
pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam kalangan guru praperkhidmatan
Matematik di Malaysia mengikut pendekatan PdPR?

v. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan
dengan tahap amalan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam kalangan
guru praperkhidmatan Matematik di Malaysia?

HIPOTESIS KAJIAN
Hipotesis bagi kajian ini adalah:
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesediaan pelaksanaan
PAK21 semasa PdPR dalam kalangan guru praperkhidmatan Matematik di
Malaysia mengikut semester pengajian.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap amalan pelaksanaan
PAK21 semasa PdPR dalam kalangan guru praperkhidmatan Matematik di
Malaysia mengikut pendekatan PdPR.
Ho3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan dengan
tahap amalan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam kalangan guru
praperkhidmatan Matematik di Malaysia.

164

METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk kuantitatif yang dilaksanakan melalui kaedah tinjauan dengan
menggunakan borang soal selidik sebagai alat pengumpulan data untuk mengkaji
tahap kesediaan dengan amalan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam
kalangan guru praperkhidmatan Matematik di Malaysia.

Persampelan
Populasi bagi kajian ini ialah guru-guru praperkhidmatan Matematik di IPG Malaysia
Semester 3 Tahun 3 dan Semester 3 Tahun 4. Kaedah persampelan yang
digunakan dalam kajian ini ialah persampelan rawak mudah. Bagi memastikan
jumlah sampel yang dipilih dapat mewakili populasi dengan tepat, Jadual
Penentuan Saiz Krejcie dan Morgan (1970) (Krejcie & Morgan, 1970) telah
digunakan. Justeru, dalam kajian ini, seramai 169 orang guru praperkhidmatan
telah diambil sebagai sampel bagi mewakili populasi tersebut.

Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian bagi meninjau
tahap kesediaan dan amalan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam kalangan
guru praperkhidmatan Matematik di Malaysia. Ekoran kekangan yang wujud
disebabkan oleh pandemik COVID-19, borang soal selidik tersebut diedarkan
secara atas talian melalui google forms. Kesemua item borang soal selidik ini
menggunakan skala likert empat mata, iaitu 1=Sangat tidak setuju, 2=Tidak setuju,
3=Setuju dan 4=Sangat setuju.

Kesahan
Bagi memastikan tahap kesahan yang tinggi dari segi permukaan dan kandungan
borang soal selidik, draf soal selidik telah diserahkan kepada pensyarah yang pakar
dalam penyelidikan di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, iaitu Dr Khoo Chwee
Hoon bagi mendapatkan komen terhadap kandungan serta format instrumen kajian
tersebut.

Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan item soal selidik dirujuk menggunakan interprestasi Alpha
Cronbach oleh Field (2009). Kebolehpercayaan instrumen tersebut telah dianalisis
sesuai dengan pandangan Kerlinger dan Lee (2000) melalui kajian rintis terhadap
25 orang responden yang terdiri daripada guru praperkhidmatan minor Matematik,
IPG Kampus Pendidikan Teknik, IPG Kampus Temenggong Ibrahim dan IPG
Kampus Bahasa Melayu.

Jadual 2: Jadual Nilai Pekali Kebolehpercayaan Kedudukan Item
Amat baik
Nilai Alfa Baik
Sederhana
> 0.90 Diragui
0.80 – 0.89 Ditolak
0.60 – 0.79
0.40 – 0.59
0.00 – 0.39

Sumber: Lim (2007)

165

Kajian Rintis

Jadual 3: Analisis Alfa Cronbach Kajian Rintis

Bahagian Nilai Alfa Cronbach Bilangan Item Kedudukan Item

B (Tahap Kesediaan) .915 19 Amat baik

C (Tahap Amalan) .747 8 Sederhana

Keseluruhan .917 27 Amat baik

Secara keseluruhan, nilai Alfa Cronbach bagi instrumen kajian untuk kajian rintis

adalah sebanyak 0.917 yang menunjukkan kebolehpercayaan instrumen adalah

pada tahap amat baik dan boleh diterima.

Prosedur Pengumpulan Data
Borang soal selidik telah diedarkan secara atas talian menggunakan Google forms.
Kemudian, setelah mendapat respons yang mencukupi, data-data tersebut telah
diproses dengan melakukan analisis berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian. Data-
data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 21.0 dengan memasukkan
semua data yang diperoleh ke dalamnya.

Prosedur Penganalisisan Data
Setelah memperoleh data yang diperlukan, analisis data dilakukan menggunakan
perisian SPSS versi 21.0. Kajian ini telah menggunakan dua bentuk analisis data,
iaitu analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferensi. Statistik deskriptif
digunakan untuk menganalisis tahap kesediaan dan tahap amalan pelaksanaan
PAK21 semasa PdPR dalam kalangan guru praperkhidmatan Matematik di
Malaysia. Skor min yang diperoleh diinterprestasikan berdasarkan skala likert
empat mata yang diadaptasi daripada Mohd Asri, Zulkifley dan Kartini (2016)
seperti dalam Jadual 4.

Jadual 4: Interprestasi berdasarkan skor min Interprestasi Min
Sangat rendah
Skor Min Rendah
1.00 – 1.50 Sederhana
1.51 – 2.50 Tinggi
2.51 – 3.50
3.51 – 4.00

Sumber: Mohd Asri, Zulkifley dan Kartini (2016)

Analisis statistik inferensi juga digunakan dalam kajian ini. Ujian-t dua
kumpulan sampel tak bersandaran digunakan untuk mengenal pasti sama ada
terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesediaan pelaksanaan PAK21
semasa PdPR dalam kalangan guru praperkhidmatan Matematik di Malaysia
mengikut semester pengajian. Ujian ANOVA sehala pula digunakan untuk
mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap amalan
pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam kalangan guru praperkhidmatan
Matematik di Malaysia mengikut pendekatan PdPR.

Akhir sekali, ujian Korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti sama
ada terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan dengan tahap
amalan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam kalangan guru praperkhidmatan
Matematik di Malaysia. Jadual 5 menunjukkan pengkelasan bagi nilai korelasi
antara pemboleh ubah menurut Wiratna Sujawerni (2014).

166

Jadual 5: Pengkelasan Nilai Korelasi Tahap
Sempurna
Nilai Korelasi Hubungan sangat kuat
Hubungan kuat
1.00 Hubungan sederhana
0.91 – 0.99 Hubungan lemah
0.71 – 0.90 Hubungan sangat lemah
0.41 – 0.70
0.21 – 0.40
0.00 – 0.20

Sumber: Wiratna Sujawerni (2014)

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

a. Profil Sampel Kajian

Jadual 6: Profil Sampel Kajian Mengikut IPG Kampus

IPG KAMPUS BILANGAN RESPONDEN PERATUS (%)
10.65
Kent 18 31.95
57.40
Pendidikan Teknik 54 100

Pulau Pinang 97

JUMLAH 169

Jadual 7: Profil Sampel Kajian Mengikut Semester Pengajian

SEMESTER PENGAJIAN BILANGAN RESPONDEN PERATUS (%)
34.91
Semester 3 Tahun 3 59 65.09
100
Semester 3 Tahun 4 110

Jumlah 169

b. Kebolehpercayaan item
Jadual 8 menunjukkan nilai Alfa Cronbach bagi instrumen kajian dengan merujuk
kepada Jadual Nilai Pekali Kebolehpercayaan (Lim, 2007).

Jadual 8: Analisis Alfa Cronbach Instrumen Kajian

Bahagian Nilai Alfa Cronbach Bilangan Item Kedudukan Item

B (Tahap Kesediaan) .931 19 Amat baik

C (Tahap Amalan) .875 8 Baik

Keseluruhan .952 27 Amat baik

Nilai Alfa Cronbach keseluruhan bagi instrumen penilaian ini ialah 0.952,

iaitu berada di kedudukan item yang amat baik. Kesimpulannya, berdasarkan

analisis dapatan kajian sebenar, instrumen borang soal selidik ini boleh dikatakan

mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi, boleh diterima dan sesuai

digunakan dalam kajian ini.

c. Soalan kajian 1: Apakah tahap kesediaan pelaksanaan PAK21 semasa
PdPR dalam kalangan guru praperkhidmatan Matematik di Malaysia?

Jadual 9: Min Kesediaan Pelaksanaan PAK21 Semasa PdPR Mengikut Item

BIL PERNYATAAN M SD TAHAP

1 Saya mempunyai pengetahuan yang baik 3.36 0.571 Sederhana

tentang PAK21.

2 Saya dapat menerapkan aspek komunikasi 3.23 0.664 Sederhana

167

dalam PdPR Matematik.

3 Saya dapat menerapkan aspek kolaborasi 3.09 0.758 Sederhana

dalam PdPR Matematik.

4 Saya dapat menerapkan aspek kreativiti 3.30 0.642 Sederhana

dalam PdPR Matematik.

5 Saya dapat menerapkan aspek pemikiran 3.21 0.619 Sederhana

kritis dalam PdPR Matematik.

6 Saya dapat menerapkan aspek nilai murni 3.40 0.620 Sederhana

dan etika dalam PdPR Matematik.

7 Saya menguasai kemahiran PAK21 dengan 3.14 0.620 Sederhana

baik.

8 Saya mahir merancang aktiviti PdPR 3.22 0.713 Sederhana

Matematik yang menggalakkan komunikasi.

9 Saya mahir merancang aktiviti PdPR 3.08 0.735 Sederhana

Matematik yang menggalakkan kolaborasi.

10 Saya mahir merancang aktiviti PdPR 3.31 0.636 Sederhana

Matematik yang menggalakkan kreativiti.

11 Saya mahir merancang aktiviti PdPR 3.27 0.612 Sederhana

Matematik yang menggalakkan pemikiran

kritis.

12 Saya mahir merancang aktiviti PdPR 3.41 0.641 Sederhana

Matematik yang menerapkan nilai murni dan

etika.

13 Saya mahir memanfaatkan teknologi dalam 3.44 0.565 Sederhana

aktiviti PdPR Matematik.

14 Saya mahir menilai penguasaan murid dalam 2.95 0.684 Sederhana

kemahiran PAK21.

15 Saya sentiasa berusaha untuk menambah 3.62 0.522 Tinggi

pengetahuan tentang PAK21.

16 Saya yakin menggunakan teknologi sebagai 3.39 0.599 Sederhana

alat untuk mengajar kemahiran abad ke-21.

17 Saya yakin menggunakan strategi PAK21 3.27 0.632 Sederhana

dalam PdPR Matematik.

18 Saya percaya kemahiran PAK21 adalah 3.62 0.500 Tinggi

penting untuk dikuasai oleh murid.

19 Saya percaya pembelajaran Matematik 3.57 0.543 Tinggi

adalah lebih berkesan menggunakan PAK21.

KESELURUHAN 3.31 0.625 Sederhana

Berdasarkan Jadual 9, dapat dilihat bahawa kebanyakkan item yang mengukur

tahap kesediaan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR adalah pada tahap

sederhana. Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap

kesediaan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam kalangan guru

praperkhidmatan Matematik di Malaysia adalah pada tahap sederhana dengan min

keseluruhan 3.31 (SD = 0.625).

d. Soalan kajian 2: Apakah tahap amalan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR
dalam kalangan guru praperkhidmatan Matematik di Malaysia?

Jadual 10: Min Amalan Pelaksanaan PAK21 Semasa PdPR Mengikut Item

BIL PERNYATAAN M SD TAHAP

1 Saya kerap melaksanakan aktiviti PdPR 3.21 0.723 Sederhana

Matematik yang menggalakkan komunikasi.

2 Saya kerap melaksanakan aktiviti PdPR 2.99 0.744 Sederhana

Matematik yang menggalakkan kolaborasi.

168

3 Saya kerap melaksanakan aktiviti PdPR 3.27 0.657 Sederhana

Matematik yang menggalakkan kreativiti.

4 Saya kerap melaksanakan aktiviti PdPR 3.19 0.617 Sederhana

Matematik yang menggalakkan pemikiran

kritis.

5 Saya kerap melaksanakan aktiviti PdPR 3.37 0.651 Sederhana

Matematik yang menerapkan nilai murni dan

etika.

6 Saya kerap menggunakan strategi PAK21 3.14 0.672 Sederhana

dalam aktiviti PdPR Matematik.

7 Saya kerap memanfaatkan teknologi dalam 3.43 0.652 Sederhana

aktiviti PdPR Matematik.

8 Saya kerap menilai penguasaan murid dalam 2.93 0.737 Sederhana

kemahiran PAK21.

KESELURUHAN 3.19 0.682 Sederhana

Berdasarkan Jadual 10, kesemua item berada pada tahap sederhana.

Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan tahap amalan pelaksanaan PAK21

semasa PdPR dalam kalangan guru praperkhidmatan Matematik di Malaysia

adalah pada tahap sederhana dengan min sebanyak 3.19 dan sisihan piawai 0.682.

e. Soalan kajian 3: Adakah terdapat perbezaan yang signfikan dalam tahap

kesediaan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam kalangan guru

praperkhidmatan Matematik di Malaysia mengikut semester pengajian?

Jadual 11: Analisis Deskriptif Tahap Kesediaan Mengikut Semester Pengajian

SEMESTER N Mean Std. Std. Error Mean

PENGAJIAN Deviation

TAHAP SEMESTER 3 TAHUN 4 110 62.99 7.988 .762

KESEDIAAN SEMESTER 3 TAHUN 3 59 62.68 8.155 1.062

Berdasarkan Jadual 11, guru praperkhidmatan Semester 3 Tahun 4 dengan nilai

min sebanyak 62.99 (SD = 7.988) mencatatkan tahap kesediaan yang lebih tinggi

berbanding dengan Semester 3 Tahun 3 dengan nilai min sebanyak 62.68 (SD =

8.155) dengan perbezaan sebanyak 0.31.

Jadual 12: Analisis Ujian-t Dua Kumpulan Sampel Tak Bersandaran Bagi
Tahap Kesediaan Mengikut Semester Pengajian

Levene's Test t-test for Equality of Means
for Equality of
t df Sig. Mean Std. Error 95% Confidence
Variances 167 (2- Difference Difference Interval of the
tailed) Difference
F Sig. .313 1.298
.810 Lower Upper
Equal .010 .922 .241 -2.250 2.876
variances
TAHAP assumed .240 116.626 .811 .313 1.307 -2.275 2.901
KESEDIAAN
Equal
variances
not
assumed

Berdasarkan Jadual 12, keputusan Levene’s Test menunjukkan nilai
signifikan adalah 0.922 (p > 0.05), iaitu tidak signifikan. Maka, nilai pada “Equal

169

Variances Assumed” dijadikan rujukan kerana menurut Pallant (2011), seandainya
nilai signifikan untuk Levene’s Test lebih besar dari nilai 0.05, maka baris pertama
dalam Jadual 12 digunakan iaitu “Equal Variances Assumed”. Memandangkan nilai
sig. (2-tailed) adalah 0.810 (p > 0.05), maka tidak terdapat perbezaan yang
signifkan dalam tahap kesediaan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam
kalangan guru praperkhidmatan Matematik di Malaysia mengikut semester
pengajian.

Hipotesis nol (Ho1) yang menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan dalam tahap kesediaan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam
kalangan guru praperkhidmatan Matematik di Malaysia mengikut semester
pengajian adalah gagal ditolak kerana nilai signikan adalah lebih daripada 0.05 (sig.
= 0.810). Kesimpulannya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap
kesediaan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam kalangan guru
praperkhidmatan Matematik di Malaysia mengikut semester pengajian.

f. Soalan kajian 4: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap
amalan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam kalangan guru
praperkhidmatan Matematik di Malaysia mengikut pendekatan PdPR?

Jadual 13: Analisis Ujian ANOVA Sehala Bagi Tahap Amalan Mengikut

Pendekatan PdPR

AMALAN

Sum of Squares Df Mean Square F Sig.

Between Groups 895.942 2 447.971 41.913 .000

Within Groups 1774.236 166 10.688

Total 2670.178 168

Jadual 13 menunjukkan nilai F = 41.913 dan p = 0.000 (p < 0.05). Keputusan

analisis ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap amalan

pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam kalangan guru praperkhidmatan

Matematik di Malaysia mengikut pendekatan PdPR. Dengan ini, hipotesis nol (Ho2)

yang menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap

amalan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam kalangan guru praperkhidmatan

Matematik di Malaysia mengikut pendekatan PdPR adalah ditolak kerana p adalah

kurang daripada 0.005 (p = 0.000). Kesimpulannya, terdapat perbezaan yang

signifikan dalam tahap amalan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam kalangan

guru praperkhidmatan Matematik di Malaysia mengikut pendekatan PdPR.

g. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan dengan
tahap amalan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam kalangan guru
praperkhidmatan Matematik di Malaysia?

Jadual 14: Tahap Kesediaan Dengan Tahap Amalan

TAHAP AMALAN

TAHAP Pearson Correlation .872**
KESEDIAAN Sig. (2-tailed) .000
N 169

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Jadual menunjukkan nilai pekali korelasi Pearson, r bagi hubungan antara tahap

kesediaan dengan tahap amalan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam

kalangan guru praperkhidmatan Matematik di Malaysia mempunyai hubungan

170

korelasi yang kuat dan positif dengan nilai r = 0.872. Nilai p = 0.000 (p < 0.01)
menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang signifikan secara statistik.

Dengan ini, hipotesis nol (Ho3) yang menyatakan bahawa tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan dengan tahap amalan
pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam kalangan guru praperkhidmatan
Matematik adalah ditolak. Kesimpulannya, terdapat hubungan yang signifikan
antara tahap kesediaan dengan tahap amalan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR
dalam kalangan guru praperkhidmatan Matematik di Malaysia.

KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan kajian, tahap kesediaan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR
dalam kalangan guru praperkhidmatan Matematik di Malaysia berada pada tahap
sederhana, iaitu dengan min sebanyak 3.31 (SD = 0.625). Dapatan ini disokong
oleh kajian Rowen et al. (2021) yang mendapati bahawa tahap kesediaan dalam
melaksanakan PAK21 di sekolah oleh guru praperkhidmatan Matematik adalah
pada tahap sederhana. Dapatan ini juga bertepatan dengan kajian Raja Abdullah
Raja Ismail dan Daud Ismail (2018) yang mendapati guru praperkhidmatan masih
kurang memahami konsep keseluruhan PdP berasaskan PAK21. Selain itu,
dapatan kajian turut menunjukkan tahap amalan pelaksanaan PAK21 semasa
PdPR dalam kalangan guru praperkhidmatan Matematik di Malaysia berada pada
tahap sederhana, iaitu dengan nilai min sebanyak 3.19 (SD = 0.682). Dapatan ini
bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Saliza (2019). Kajian Badrul Hisham
Alang Osman dan Mohd Nasruddin Basar (2016) turut mendapati bahawa amalan
guru yang menggunakan kemahiran PAK21, iaitu pemikiran kritis mencatat min
terendah, iaitu 3.22.

Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
dalam tahap kesediaan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam kalangan guru
praperkhidmatan Matematik di Malaysia mengikut semester pengajian di mana nilai
signifikan adalah 0.810 (p > 0.05). Dapatan ini selaras dengan kajian yang
dijalankan oleh Muhammad Ayisy dan Mohd Ashraf (2019) yang mendapati tahap
kesediaan pelaksanaan PAK21 dalam kalangan guru praperkhidmatan IPG Zon
Selatan mengikut semester pengajian tidak mempunyai perbezaan yang signifikan.
Seterusnya, berdasarkan dapatan kajian, terdapat perbezaan yang signifikan dalam
tahap amalan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR dalam kalangan guru
praperkhidmatan Matematik di Malaysia mengikut pendekatan PdPR di mana nilai
signifikan ujian ANOVA sehala ialah 0.000 (p < 0.05). Perkara ini mungkin
disebabkan oleh halangan yang wujud dalam melaksanakan PAK21 sama ada
secara atas talian, luar talian mahupun off-site. Kajian Noriyani Doman (2017)
menyatakan antara cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan PdPR adalah
seperti kekurangan kemudahan peralatan dan sambungan rangkaian internet.

Akhir sekali, dapatan kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan
antara tahap kesediaan dengan tahap amalan pelaksanaan PAK21 semasa PdPR
dalam kalangan guru praperkhidmatan Matematik di Malaysia, iaitu berhubung
secara positif dan kuat dengan nilai r = 0.872. Dapatan ini disokong oleh kajian
Wardyawaty Rajikal dan Mohd Isa Hamzah (2020b) yang mendapati pekali korelasi
antara tahap kesediaan dengan tahap amalan pengajaran PAK21 adalah pada
tahap tinggi, iaitu r = 0.695 yang menunjukkan terdapatnya hubungan yang
signifikan.

171

IMPLIKASI
Implikasi kajian ini dilaporkan berdasarkan gambaran dapatan kajian secara
keseluruhan di mana kesannya difokuskan kepada tiga pihak. Pertama, dapatan
kajian ini memberikan maklumat kepada guru praperkhidmatan Matematik tentang
sejauh mana tahap kesediaan dan tahap amalan mereka dalam melaksanakan
PAK21 khususnya semasa PdPR. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa masih
terdapat ruang untuk peningkatan baik dari segi kesediaan mahupun amalan.

Kedua, dapatan kajian ini boleh memberikan kesan positif kepada pihak
guru. Dapatan kajian ini seharusnya menimbulkan kesedaran dalam diri guru
sebenar, terutamanya guru baharu. Hal ini dikatakan demikian kerana dapatan
kajian ini memberikan gambaran bahawa latihan yang diterima di IPG sahaja tidak
mencukupi. Oleh itu, guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk mengikuti latihan
dalam perkhidmatan berkaitan PAK21 bagi meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran dalam aspek tersebut.

Ketiga, pihak yang boleh mengeksploitasi maklumat daripada kajian ini
ialah KPM. Dapatan kajian ini memberikan maklumat bahawa pendekatan PdPR
mempengaruhi tahap amalan tersebut di mana pendekatan PdPR secara atas
talian adalah paling berkesan. Oleh itu, KPM perlu memastikan lebih ramai murid
mendapat peranti dan rangkaian internet yang baik agar pembelajaran secara atas
talian dapat berlaku dengan lebih kerap (Nurul Azwani Mohd Idriki & Tan, 2022).
Selain itu, dapatan kajian ini seharusnya mendorong pihak KPM menerusi IPGM
untuk memperhalusi kerangka dan struktur pembelajaran di IPG agar guru-guru
praperkhidmatan ini mampu mempersiapkan diri dalam aspek pelaksanaan PAK21.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Terdapat beberapa cadangan kajian lanjutan yang boleh diambil kira sekiranya
kajian ini ingin dijalankan pada masa akan datang. Cadangan kajian lanjutan yang
pertama adalah memperincikan tahap kesediaan pelaksanaan PAK21 kepada
aspek atau konstruk khusus seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap agar
pengaruh setiap satu konstruk ini terhadap tahap kesediaan boleh dikenal pasti
dengan terperinci.

Seterusnya, cadangan kajian lanjutan yang kedua adalah menggantikan
skop kajian daripada guru praperkhidmatan kepada guru dalam perkhidmatan.
Dengan ini, dapat ditentukan perbezaan dalam tahap kesediaan dan tahap amalan
pelaksanaan PAK21 guru praperkhidmatan dengan guru yang telah diiktiraf secara
rasmi. Bagi menjadikan kajian ini lebih bermakna, tinjauan boleh dilakukan ke atas
pandangan dan persepsi murid terhadap pelaksanaan PAK21 oleh guru dalam
proses PdP atau PdPR.

Akhir sekali, cadangan kajian lanjutan yang ketiga adalah meninjau
halangan dan cabaran yang dihadapi oleh guru praperkhidmatan atau guru dalam
perkhidmatan dalam melaksanakan PAK21 semasa PdPR khususnya. Hal ini
dikatakan demikian kerana setakat ini, belum ada kajian yang mengkaji berkenaan
cabaran melaksanakan PAK21 semasa PdPR.

172

RUJUKAN

Ahmad Al-Munzir Ridzuan & Mansur Nasir. (2020). Kajian tinjauan impak pandemik COVID-

19 terhadap tahap kesediaan pelajar kolej komuniti Lahad Datu bagi pembelajaran

secara atas talian. Dalam Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat

Kebangsaan (SPSH), Masjid Tanah (pp. 11-20).

https://www.researchgate.net/publication/348317544_Kajian_Tinjau

an_Impak_Pandemik_Covid-19_Terhadap_Tahap_Kesediaan_Pelajar_Kolej

_Komuniti_Lahad_Datu_Bagi_Pembelajaran_Secara_Atas_Talian

Azman Ab Rahman, Syed Salim Syed Shamsuddin, Nurul Nadia Nozlan, Muhd. Faiz Abd.

Shakor, & Afaf Sukari (2021). Pandemik COVID-19: Cabaran pengajaran dan

pembelajaran (PdP) pendidikan Islam dalam pendidikan khas bagi pelajar orang

kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran di Malaysia: Pandemic COVID-19:

Challenges of teaching and learning (PdP) Islamic education in special education for

students with learning disabilities in Malaysia. Journal of Quran Sunnah Education &

Special Needs, 5(1), 127-138. https://doi.org/10.33102/jqss.vol5 no1.104

Badrul Hisham Alang Osman & Mohd Nasruddin bin Basar. (2016). Amalan pengajaran dan

pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru

Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 10.

https://sme6044.files.wordpress.com/2017/03/abad-21-ipg-ipoh.pdf

Field, A. (2009). Discovering statistics using SPSS (3rd Edition). London: Sage Publications

Ltd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-

2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah

versi 2. https://www.moe.gov.my/pekeliling/4081-manual-pengaj aran-dan-

pembelajaran-versi-2-2-feb-2021-1/file

Kerlinger, F. N. & Lee, H. B. (Eds.). (2000). Foundations of behavioral research. Orlando, FL:

Harcourt College Publishers.

Lim, C. H. (2007). Penyelidikan pendidikan: Pendekatan kuantiatif dan kualitatif. Selangor:

McGraw-Hill.

Mazura Sulaiman & Wak, C. W. (2018). Tinjauan tentang pengetahuan dan penerimaan

terhadap pengajaran berbeza dalam kalangan siswa pendidik Program Ijazah

Sarjana Muda Perguruan. In Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan

Pendidikan Universiti Awam (pp. 283-294). https://docplayer.info/128723437-

Tinjauan-tentang-pengetahuan-dan-peneri maan-terhadap-pengajaran-berbeza-

dalam-kalangan-siswa-pendidik-progra m-ijazah-sarjana-muda-pergur uan.html

Mohd Asri Harun, Zulkifley Hamid & Kartini Abd Wahab. (2016). Melahirkan warga yang

berketerampilan bahasa: Kajian hubungan antara pengetahuan dengan amalan

komunikatif dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Malaysian Journal of Society and

Space, 12(9), 32-45. http://journalarticle.ukm.my/10574/1/4x. geografia-jul16-

zulkifleyedam%20%281%29.pdf

Muhammad Ayisy & Mohd Ashraf. (2019). Kesediaan pelaksanaan pengajaran abad ke 21

dalam kalangan guru pelatih Sejarah IPG zon selatan. Jurnal Penyelidikan Sains

Sosial, 2(5), 32-42. http://www.jossr.com/PDF/JOSSR-2019-05-12-05.pdf

Noriyani Doman. (2017). Implikasi Google Apps dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid

pesisir UTHM. (Master’s thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Kuala

Lumpur).

Nur Amanina Ab Hamid & Mohd Jasmy Abd Rahman. (2021). Penerimaan pelajar institut

pengajian tinggi terhadap pembelajaran dalam talian: tinjauan di daerah Muallim

Perak. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 164-173. https://my

jms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/13509/6926

Nurul Azwani Mohd Idriki & Tan, B. P. (2022). Aplikasi pembelajaran abad ke-21 dalam

talian: cabaran guru Pendidikan Moral. Muallim Journal of Social Sciences and

Humanities, 16-35. http://dx.doi.org/10.3330 6/mjssh/174

Pallant, J. (2011). SPSS survival manual: A step by step guide to data analysis using the

SPSS program (4th Ed.). Berkshire: Allen & Unwin.

173

Rafferty, A. E., Jimmieson, N. L., & Armenakis, A. A. (2013). Change readiness: A multilevel

review. Journal of management, 39(1), 110-135. https://doi.org/1

0.1177%2F0149206312457417
Raja Abdullah Raja Ismail & Daud Ismail. (2018). Aplikasi ‘Konsep 4C’pembelajaran abad ke-

21 dalam kalangan guru pelatih pengajian agama Institut Pendidikan Guru Kampus
Dato’ Razali Ismail. Asian People Journal (APJ), 1(1), 45-65.

https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/vie w/8/10

Rowen Tingang Musa, Nor Suriya Abd Karim, Nur Hamiza Adenan, Rawdah Adawiyah

Tarmizi, Noor Wahida Md Junus, & Vicky Ezekiel Kelong. (2021). Tahap kesediaan

guru pelatih Matematik UPSI dalam melaksanakan PAK21. Jurnal Pendidikan Bitara

UPSI, 14, 82-91. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPB/arti cle/view/5137/2887

Saliza Ali. (2019). Amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, pengetahuan

kandungan dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru Matematik.
(Master’s thesis).

Wardyawaty Rajikal & Mohd Isa Hamzah. (2020a). Kajian sistematik Pengajaran Abad ke-21

(PAK21) dalam kalangan guru Pendidikan Islam (GPI). Malaysian Online Journal of

Education, 4(2), 103-113. http://journal.kuis.edu.my/attarbawiy/wp-

content/uploads/2020/12/103-113

Wardyawaty Rajikal & Mohd Isa Hamzah. (2020b). Hubungan tahap kesediaan mengajar

dengan tahap amalan pengajaran abad ke-21 (PAK21) dalam kalangan guru

pendidikan Islam (GPI). In Proceedings of 7th International Conference On Islamic

Education 2020, 377-385. http://dx. doi.org/10.5281/zenodo.4513 994

Wiratna Sujawerni, V. (2014). SPSS untuk penelitian. Yogyakarta: Pustaka Baru Press.

174

KESEDIAAN PELAKSANAAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)
DALAM KALANGAN GURU PRAPERKHIDMATAN MATEMATIK

SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA

Zulaikha binti Mamat, Dr. Khoo Chwee Hoon
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan
kemahiran mentaksir para guru praperkhidmatan matematik berkaitan PdPR,
hubungan antara pemboleh ubah, perbezaan kesediaan pelaksanaan PdPR
berdasarkan lokasi sekolah dan kohort (ambilan) serta mengkaji pengaruh
kesediaan pelaksanaan PdPR. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini dilakukan
menggunakan soal selidik. Data kajian dikumpulkan melalui borang soal selidik
secara atas talian iaitu google form yang dibina sendiri oleh pengkaji dan dianalisis
secara statistik deskriptif serta statistik inferensi berbantukan perisian Statistical
Package for Social Sciences (SPSS) Versi 21.0. Responden bagi kajian ini dipilih
secara persampelan rawak iaitu seramai 172 orang yang terdiri dari tiga buah
institut pendidikan guru (IPG). Dapatan kajian mendapati bahawa tahap
pengetahuan, sikap dan kemahiran mentaksir guru praperkhidmatan matematik
adalah berada pada tahap tinggi dengan nilai min keseluruhan 3.58 (SP = 0.606),
3.61 (SP = 0.580) dan 3.60 (SP = 0.581) masing-masing. Kajian turut mendapati
terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan, sikap dan kemahiran
mentaksir dengan kesediaan pelaksanaan PdPR. Dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan bagi kesediaan
pelaksanaan PdPR berdasarkan lokasi sekolah dan kohort (ambilan) dengan nilai
signifikan p > 0.05 iaitu p = 0.440 dan p = 0.575 masing-masing. Hasil kajian juga
mendapati tiada pengaruh daripada profil responden terhadap kesediaan
pelaksanaan PdPR dengan nilai signifikan lebih besar daripada 0.05. Konklusinya,
kajian ini berupaya memberi kesan pendedahan serta kesedaran kepada guru
praperkhidmatan, guru dan KPM tentang kesediaan melaksanakan PdPR di mana
perlunya untuk pendidik berusaha melengkapkan diri dengan keterampilan yang
diperlukan sekaligus diberi penilaian pelaksanaan PdPR secara berterusan.

Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), kesediaan,
pengetahuan, sikap, kemahiran mentaksir

PENGENALAN
Kehadiran Coronavirus Disease (COVID-19) telah meragut banyak nyawa serta
melumpuhkan perkembangan kemajuan banyak negara termasuklah Malaysia.
Pandemik COVID-19 telah menjejaskan pelbagai sektor negara seperti ekonomi,
pendidikan dan sosial. Umum mengetahui, penularan virus COVID-19 yang
melanda telah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dua

175

hala dan bersemuka kepada pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Perubahan ini semestinya menjadi suatu perkara baharu dan cabaran kepada para
guru kerana ia berlainan daripada kaedah pengajaran kebiasaan mereka.
Kesediaan guru praperkhidmatan matematik khususnya dalam melaksanakan
pengajaran kepada murid perlulah dititikberatkan kerana melalui pengetahuan dan
kesediaan inilah yang mendorong guru untuk menggunakan atau melaksanakan
kaedah PdP yang sesuai terhadap murid.

Kajian ini berfokus untuk mengenal pasti kesediaan pelaksanaan PdPR
dalam kalangan para guru praperkhidmatan matematik. Tidak dapat dinafikan
bahawa anak muda kini sememangnya tidak asing lagi dengan perkembangan
teknologi terkini malah ianya adalah salah satu cara untuk menarik perhatian
mereka dalam pembelajaran. Namun begitu, kesediaan para guru terhadap
pelaksanaan PdPR ini belum dapat dipastikan kerana kita tidak pasti jika mereka
bersedia menyesuaikan diri dengan norma perubahan yang mengharuskan mereka
mengikuti kuliah, memberi markah dan menilai sepenuhnya dalam talian (Ahmad
Fuad Abdul Rahim, 2020). Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti
kesediaan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam
kalangan guru praperkhidmatan matematik sekolah rendah di Malaysia dalam
norma baharu ini.

PERNYATAAN MASALAH
Norma baharu menuntut guru untuk bertugas dari rumah akibat penularan wabak
COVID-19 sehingga menyebabkan rutin dan budaya kerja guru juga berubah
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) (Rahayu Ahamad Bahtiar,
Sham Ibrahim, Halijah Ariffin, Nor Hazimah Ismail & Wan Mohd Khairul Wan Isa,
2020). Rutin kerja guru bukan sahaja berbeza daripada segi kaedah pengajaran
tetapi memerlukan guru untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam
pengendalian PdPR menepati konsep yang sepatutnya seperti penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang pelbagai dan sebagainya.
Perubahan corak dalam pengajaran yang berlaku berupaya menyebabkan guru
kurang bersedia dalam melaksanakan pendekatan berbeza dalam PdPR. Neal,
Joseph dan Marilyn (1971) dalam Mohd Safarin Nordin dan Nur Hidayah Ismail
(2014) telah menyenaraikan tiga halangan yang dihadapi oleh guru semasa
melaksanakan sesuatu perubahan iaitu kurangnya penjelasan terhadap perubahan
yang diberikan kepada mereka yang melaksanakan perubahan tersebut,
kekurangan kebolehan untuk melaksanakan peranan baru tersebut dan
kemerosotan motivasi guru dalam melaksanakan perubahan boleh menyebabkan
mereka menghadapi masalah.

Kredibiliti seorang guru akan dipertikaikan apabila guru kurang membuat
persiapan sebelum melaksanakan proses PdP atau PdPR. Kegagalan merancang
atau melaksanakan PdPR yang sesuai juga boleh mengakibatkan murid hilang
tumpuan dan minat semasa PdPR dijalankan. Memandangkan pelaksanaan PdPR
buat julung kali dilaksanakan di seluruh sekolah rendah di Malaysia, maka
kesediaan guru praperkhidmatan matematik amatlah penting bagi memastikan
kelancaran PdPR yang dilaksanakan. Menurut Nor Amalina dan Zanaton (2018),
guru harus sentiasa bersedia memperbaiki diri dan mengubah pendekatan
pengajaran selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan kerjaya semasa.
Oleh itu, kajian ini berfokus untuk mengenal pasti kesediaan pelaksanaan PdPR
dalam kalangan para guru praperkhidmatan matematik merangkumi tiga aspek

176

utama iaitu pengetahuan tentang PdPR, sikap terhadap pelaksanaan PdPR dan
kemahiran mentaksir semasa PdPR.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Secara khusus, objektif kajian adalah untuk:
i. Menentukan tahap pengetahuan dalam kesediaan pelaksanaan PdPR
dalam kalangan guru praperkhidmatan matematik di Malaysia.
ii. Menentukan tahap sikap dalam kesediaan pelaksanaan PdPR dalam
kalangan guru praperkhidmatan matematik di Malaysia.
iii. Menentukan tahap kemahiran mentaksir dalam kesediaan pelaksanaan
PdPR dalam kalangan guru praperkhidmatan matematik di Malaysia.
iv. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara aspek
pengetahuan, sikap dan kemahiran mentaksir dengan kesediaan
pelaksanaan PdPR dalam kalangan guru praperkhidmatan matematik
sekolah rendah di Malaysia.
v. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam
kesediaan pelaksanaan PdPR berdasarkan lokasi sekolah dalam kalangan
guru praperkhidmatan matematik sekolah rendah di Malaysia.

Soalan yang diketengahkan dalam kajian ini adalah:
i. Apakah tahap pengetahuan dalam kesediaan pelaksanaan PdPR dalam
kalangan guru praperkhidmatan matematik di Malaysia?
i. Apakah tahap sikap dalam kesediaan pelaksanaan PdPR dalam kalangan
guru praperkhidmatan matematik di Malaysia?
ii. Apakah tahap kemahiran mentaksir dalam kesediaan pelaksanaan PdPR
dalam kalangan guru praperkhidmatan matematik di Malaysia?
iii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara aspek pengetahuan,
sikap dan kemahiran mentaksir dengan kesediaan pelaksanaan PdPR
dalam kalangan guru praperkhidmatan matematik sekolah rendah di
Malaysia?
iv. Adakah terdapat perbezaan signifikan dalam kesediaan pelaksanaan PdPR
berdasarkan lokasi sekolah dalam kalangan guru praperkhidmatan
matematik sekolah rendah di Malaysia?

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan berbentuk deskriptif dan
menggunakan pendekatan kuantitatif. Pendekatan kuantitatif berupaya memberikan
penemuan yang sah (Mailizar, Abdulsalam Almanthari, Suci Maulina & Sandra
Bruce, 2020) serta membolehkan penganalisisan tren, perbandingan kumpulan
atau perkaitan antara pemboleh ubah dalam dilakukan (Creswell, 2014).

Persampelan
Sampel kajian ini adalah berdasarkan persampelan rawak di mana ia melibatkan
guru-guru praperkhidmatan matematik daripada PISMP Ambilan Jun 2018 dan
2019 yang mengajar mata pelajaran Matematik dan melaksanakan PdPR semasa
praktikum pada semester satu sesi Jun hingga Oktober 2021. 299 orang guru
praperkhidmatan matematik daripada PISMP Ambilan Jun 2018 dan 2019 dari tiga
buah IPGK iaitu IPGK Kent, IPGK Pulau Pinang dan IPGK Pendidikan Teknik dipilih

177

secara rawak dan penentuan bilangan sampel yang diperlukan adalah berdasarkan
formula yang disediakan oleh Krejcie dan Morgan (1970).

Instrumen Kajian
Instrumen kajian ini adalah borang soal selidik yang dibina secara atas talian iaitu
google form. Borang soal selidik ini mengandungi lima bahagian utama iaitu A
(Demografi), B (Pengetahuan guru berkaitan PdPR), C (Sikap guru terhadap
pelaksanaan PdPR), D (Kemahiran mentaksir guru semasa PdPR) dan E (Kaedah
pelaksanaan PdPR). Item soal selidik dalam bahagian B, C dan D adalah berbentuk
skala Likert empat mata yang mengandungi 4 pilihan jawapan iaitu sangat tidak
setuju, tidak setuju, setuju dan sangat setuju.

Kesahan
Pengkaji telah menyerahkan instrumen dalam kajian ini iaitu borang soal selidik
kepada pensyarah penyelia di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent untuk
disemak dan mendapatkan komen terhadap kandungan instrumen kajian milik
pengkaji. Hal ini adalah untuk memastikan instrumen yang disediakan oleh pengkaji
mempunyai tahap kesahan yang tinggi dan memiliki kandungan yang tepat
sebelum diedarkan kepada para responden.

Kebolehpercayaan
Pengkaji telah menjalankan kajian rintis dengan menguji item-item borang soal
selidik di mana pengkaji telah mengedarkan 32 set borang soal selidik kepada 32
orang responden yang terdiri daripada guru praperkhidmatan matematik yang
mengambil subjek matematik sebagai subjek minor di beberapa buah IPG di
Malaysia. Kemudian, dapatan kajian rintis ini dianalisis dengan ujian
kebolehpercayaan Alpha Cronbach dan diinterpretasi menggunakan jadual skor
Alpha Cronbach oleh Bond dan Fox (2015).

Jadual 2 Jadual Interpretasi Skor Alpha Cronbach (Bond & Fox, 2015)

Skor Alfa Cronbach Tahap Kebolehpercayaan
0.8 hingga 1.0 Sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang
tinggi
0.7 hingga 0.8 Baik dan boleh diterima
0.6 hingga 0.7 Boleh diterima
<0.6 Item perlu dibaiki
<0.5 Item perlu digugurkan

Prosedur Pengumpulan Data
Pertama, pengkaji mendapat kelulusan tajuk kajian daripada pensyarah penyelia.
Kemudian, borang soal selidik disediakan dalam bentuk google form seterusnya
mendapatkan kesahan daripada pensyarah penyelia berkaitan ketepatan instrumen
tersebut. Seterusnya, surat permohonan diperolehi dan pautan google form
diedarkan kepada para responden menerusi media sosial iaitu aplikasi Whatsapp
dan Telegram. Berikutnya, kajian rintis dilaksanakan kepada 32 orang responden
dan setelah itu kajian sebenar dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik
kepada para responden sebenar. Akhirnya, pengkaji akan menganalisis dapatan
kajian mengikut tujuan serta hipotesis kajian.

178

Prosedur Penganalisisan Data
Kajian ini menggunakan analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferensi di
mana kesemua data dianalisis menggunakan perisian Statitical Packages for the
Social Sciences (SPSS) versi 21.0. Statistik deskriptif digunakan bagi menganalisis
tahap kesediaan pelaksanaan PdPR dalam kalangan guru praperkhidmatan
matematik sekolah rendah mengikut aspek iaitu pengetahuan, sikap dan kemahiran
mentaksir. Data mentah yang dikumpul dianalisis dalam bentuk frekuensi, min dan
sisihan piawai. Kemudian, pengkaji mentafsirkan min yang diperoleh berdasarkan
interpretasi skala Likert empat mata oleh Riduwan (2012) seperti Jadual 3.

Skor min Interpretasi Min

1.00 – 1.50 Kurang kaitan
1.51 – 2.50 Rendah
2.51 – 3.50
3.51 – 4.00 Sederhana
Tinggi

Jadual 3 Interpretasi Skor Min Skala Likert Empat Mata

Analisis statistik inferensi yang digunakan dalam kajian ini adalah Korelasi
dan Ujian-t Tak Bersandar. Pengkaji menggunakan ujian-ujian ini untuk
menentukan sama ada hipotesis kajian diterima ataupun ditolak.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Profil Sampel Kajian
Profil sampel kajian adalah terdiri daripada 172 orang guru praperkhidmatan
matematik dari tiga buah IPG di Malaysia iaitu IPGK Kent di Sabah, IPGK Pulau
Pinang di Pulau Pinang dan IPGK Pendidikan Teknik di Negeri Sembilan. Bilangan
sampel ini adalah mencukupi berdasarkan penentuan saiz sampel oleh Krejcie dan
Morgan (1970). Seramai 103 orang (59.88%) guru praperkhidmatan matematik
melaksanakan praktikum fasa 2 di bandar manakala 69 (40.12%) orang
melaksanakan praktikum di luar bandar.

Tahap Pengetahuan Guru Praperkhidmatan Matematik
Hasil analisis mendapati kesemua pernyataan bagi aspek pengetahuan adalah
berada pada tahap tinggi kecuali pernyataan ketiga iaitu “Saya pernah menghadiri
taklimat PdPR” yang berada pada tahap sederhana dengan skor 3.33 (SP = 0.823)
sekaligus mencatatkan skor min terendah. Pernyataan yang memiliki nilai min
tertinggi pula adalah pernyataan kedua iaitu “Pengetahuan saya terhadap PdPR
meningkat setelah merujuk panduan atau manual yang disediakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)” dengan nilai 3.69 (SP = 0.555). Min
keseluruhan bagi tahap pengetahuan guru praperkhidmatan matematik ialah 3.58
(SP = 0.606). Maka, dapat disimpulkan bahawa guru praperkhidmatan matematik
mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi berkaitan PdPR.

Tahap Sikap Guru Praperkhidmatan Matematik
Dapatan kajian bagi aspek sikap guru menunjukkan pernyataan 10 iaitu “Saya
yakin pengetahuan saya tentang PdPR khususnya bagi mata pelajaran Matematik
mencukupi” dengan min 3.45 (SP = 0.661) mencatatkan nilai min terendah

179

manakala pernyataan 13 iaitu “Saya berusaha untuk meningkatkan kemahiran dan
keupayaan melaksanakan PdPR bagi mata pelajaran Matematik dengan lebih baik”
mencatatkan min tertinggi iaitu 3.74 (SP = 0.491). Dapatan kajian menunjukan

bahawa secara keseluruhannya guru praperkhidmatan matematik mempunyai

tahap sikap yang tinggi terhadap pelaksanaan PdPR dengan min keseluruhan 3.61

(SP = 0.580).

Tahap Kemahiran Mentaksir Guru Praperkhidmatan Matematik

Analisis bagi aspek kemahiran mentaksir menunjukkan kesemua pernyataan
adalah berada pada tahap tinggi kecuali pernyataan 10 iaitu “Saya mahir mentaksir
prestasi murid sepanjang PdPR” yang berada pada tahap sederhana dengan skor

3.42 (SP = 0.701) sekaligus mencatatkan skor min terendah. Pernyataan 2 iaitu
“Saya menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti pemerhatian, ujian
bertulis, kuiz, dan demonstrasi semasa melaksanakan PdPR” telah dikenal pasti

mencatatkan nilai min yang paling tinggi dalam konstruk ini dengan skor min 3.70

(SP = 0.507). Nilai min keseluruhan 3.60 (SP = 0.581) menunjukkan bahawa tahap

kemahiran mentaksir guru praperkhidmatan matematik semasa PdPR adalah pada

tahap tinggi.

Hubungan antara Pengetahuan, Sikap dan Kemahiran Mentaksir dengan
Kesediaan Pelaksanaan PdPR

Jadual 11 Hubungan Pengetahuan, Sikap dan Kemahiran Mentaksir dengan
Kesediaan Pelaksanaan PdPR

KESEDIAAN PENGETAHU SIKAP KEMAHIRAN
.945** MENTAKSIR
PELAKSANA AN
.936**
AN PDPR

Pearson 1 .858**

KESEDIAAN Correlation

PELAKSANA Sig. (2- .000 .000 .000

AN PDPR tailed)

N 172 172 172 172
.858** 1 .709** .703**
Pearson
.000 .000
PENGETAHU Correlation .000
AN Sig. (2- 172 172
tailed) .945** .846**

N .000 172 172 .000
.709** 1
Pearson 172 172
.936** 1
Correlation

SIKAP Sig. (2- .000
tailed)

N 172 172
.703** .846**
Pearson

KEMAHIRAN Correlation
MENTAKSIR
Sig. (2- .000 .000 .000
tailed)

N 172 172 172 172

180

Berdasarkan Jadual 11, terdapat korelasi antara kesemua pembolehubah
dengan taraf signifikasi 1% dan kesemua nilai signifikan p = 0.000, p < 0.01
menunjukkan bahawa setiap pembolehubah dengan pembolehubah lainnya
mempunyai korelasi yang signifikan secara statistik. Merujuk nilai r bagi aspek
pengetahuan dengan kesediaan pelaksanaan PdPR, sikap dengan kesediaan
pelaksanaan PdPR dan kemahiran mentaksir dengan kesediaan pelaksanaan
PdPR ialah 0.858 (p = 0.000), 0.945 (p = 0.000) dan 0.936 (p = 0.000) masing-
masing memberi makna terdapat hubungan yang kuat dan positif bagi kesemua
aspek dengan pembolehubah bersandar iaitu kesediaan pelaksanaan PdPR.

Sementara itu, hubungan antara pembolehubah pengetahuan dengan
sikap, pengetahuan dengan kemahiran mentaksir dan sikap dengan kemahiran
mentaksir juga adalah kuat dan positif dengan nilai r 0.709 (p = 0.000), 0.703(p =
0.000) dan 0.846 (p = 0.000) masing-masing. Konklusinya, Ho1 berjaya ditolak dan
didapati bahawa memang terdapat hubungan signifikan antara aspek pengetahuan,
sikap dan kemahiran mentaksir dengan kesediaan pelaksanaan PdPR dalam
kalangan guru praperkhidmatan matematik sekolah rendah.

Perbezaan dalam Kesediaan Pelaksanaan PdPR Berdasarkan Lokasi Sekolah
Dapatan kajian menunjukkan nilai min kesediaan pelaksanaan PdPR bagi lokasi
bandar adalah 118.13 (SP = 13.653) manakala min bagi luar bandar pula adalah
119.68 (SP = 11.730). Hal ini menunjukkan bahawa kesediaan pelaksanaan PdPR
dalam kalangan guru praperkhidmatan matematik di lokasi luar bandar adalah lebih
tinggi berbanding di bandar dengan beza 1.55 sahaja.

Jadual 13 Ujian-t Tak Bersandar (Lokasi Sekolah)

Levene's t-test for Equality of Means
Test for
Equality of t df Sig. Mean Std.
Variances (2- Differe Error

F Sig. tailed nce Differ
) ence

KESEDIAAN Equal variances .514 .474 -.774 170 .440 -1.555 2.010
PELAKSANA assumed
AN PDPR -.797 159. .426 -1.555 1.950
Equal variances 726
not assumed

Berdasarkan Jadual 13, keputusan Levene Test menunjukkan nilai F =
0.514 dengan sig. = 0.474 pada baris pertama (equal variances assumed).
Disebabkan nilai signifikan 0.474 > 0.05, maka varians bagi kedua-dua data adalah
homogen dan nilai t yang akan digunakan adalah nilai t pada baris pertama. Nilai t
pada baris pertama (equal varians assumed) ialah -0.774 dengan nilai sig. (2-tailed)
= 0.440. Oleh itu, hipotesis nul (Ho2) adalah gagal ditolak kerana nilai signifikan
adalah lebih besar daripada 0.05 iaitu p = 0.440. Hal ini menunjukkan tidak terdapat
perbezaan signifikan kesediaan pelaksanaan PdPR dalam kalangan guru
praperkhidmatan matematik sekolah rendah berdasarkan lokasi sekolah.

181

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kesimpulan

Tahap Pengetahuan, Sikap dan Kemahiran Mentaksir Guru Praperkhidmatan
Matematik dalam Pelaksanaan PdPR.
Tahap pengetahuan guru praperkhidmatan matematik berkaitan PdPR berada pada
tahap tinggi. Para responden bersetuju bahawa pengetahuan mereka terhadap
PdPR meningkat setelah merujuk manual yang disediakan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Muhammad Izzat Mailis (2021) menyatakan menerusi
Manual Pelaksanaan PdPR yang dikeluarkan oleh KPM (2020), terdapat beberapa
garis panduan untuk memudahkan guru menjalankan aktiviti PdP walaupun secara
atas talian. Selain itu, tahap pengetahuan guru praperkhidmatan matematik adalah
tinggi mungkin disebabkan faktor untuk melaksanakan sesi praktikum secara PdPR
dengan sebaiknya. Hal ini bertepatan dengan kenyataan Mohd Fairuz Jafar, Zetty
Akmar Amran, Mohd Faiz, Mat Rahimi Yusof dan Hapini Awang (2020) iaitu situasi
pandemik COVID-19 telah menjadi “push factor” kepada golongan pendidik untuk
meningkatkan pengetahuan dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian.

Tahap sikap guru praperkhidmatan matematik terhadap pelaksanaan PdPR
juga adalah tinggi. Kesediaan pelaksanaan PdPR dalam kalangan guru
praperkhidmatan matematik mungkin tinggi berpunca sikap mereka yang positif
terhadap pelaksanaan PdPR. Hal ini disokong oleh Adibah dan Malathy (2010)
yang menyatakan sikap positif dalam diri seorang guru akan menghasilkan
kesediaan yang diharapkan untuk melaksanakan sesuatu perubahan. Dapatan
kajian Lieberman dan Miller (1990) dan Little (1990) juga menunjukkan guru yang
memiliki sikap positif terhadap tugas dan mempunyai kesediaan bekerja bersama
rakan setugas berupaya menampilkan budaya kerja yang sihat seterusnya
mempengaruhi keberkesanan proses pelaksanaan perubahan di sekolah mereka.

Tahap kemahiran mentaksir guru praperkhidmatan matematik dalam
pelaksanaan PdPR juga adalah tinggi. Walau bagaimanapun, pernyataan 10 “Saya
mahir mentaksir prestasi murid sepanjang PdPR” berada pada tahap sederhana
sekaligus mencatatkan nilai min terendah. Hal ini bertepatan dengan dapatan kajian
yang dijalankan oleh Masfarizan Maslan dan Mohammed Yuoff Mohd Nor (2020)
iaitu tahap kebolehlaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD) secara atas talian
daripada aspek praktikal hanya pada tahap sederhana. Secara keseluruhannya,
kesemua aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran mentaksir mencatatkan nilai
min keseluruhan dengan tahap yang tinggi.

Hubungan antara Aspek Pengetahuan, Sikap dan Kemahiran Mentaksir
dengan Kesediaan Pelaksanaan PdPR dalam Kalangan Guru Praperkhidmatan
Matematik Sekolah Rendah
Berdasarkan dapatan kajian, hubungan antara pengetahuan dengan kesediaan
pelaksanaan PdPR adalah kuat dan positif. Dapatan kajian ini selari dengan
pendapat Magdeline dan Zamri (2014) iaitu pengetahuan guru yang tinggi tentang
kandungan pengajaran memudahkan mereka untuk melakukan persediaan dan
perancangan mengajar yang lebih berkesan terhadap murid. Hubungan antara
aspek sikap dengan kesedian pelaksanaan PdPR pula turut kuat dan positif. Nilai
signifikan bagi korelasi sikap dan kesediaan pelaksanaan PdPR yang diperolehi
daripada analisis kajian ini juga bersamaan dengan dapatan kajian-kajian lepas
(Lieberman & Miller, 1990; Little, 1990; Ghaith & Yaghi, 1997). Dapatan kajian

182

mereka turut mendapati bahawa wujud perkaitan signifikan antara sikap dengan
amalan guru dalam melaksanakan kurikulum dan pelaksanaan tugas rutin mereka.

Aspek kemahiran mentaksir dengan kesediaan pelaksanaan PdPR turut
menunjukkan hubungan yang kuat dan positif. Keseluruhannya, diketahui bahawa
sememangnya terdapat hubungan yang signifikan antara aspek pengetahuan,
sikap dan kemahiran mentaksir dengan kesediaan pelaksanaan PdPR dalam
kalangan guru praperkhidmatan matematik sekolah rendah. Hasil kajian telah
menunjukkan pemboleh ubah pengetahuan, sikap dan kemahiran mentaksir turut
memiliki hubungan kuat dan positif antara satu sama lain. Aniza Ahmad dan Zamri
Mahamod (2015) menyatakan proses PdP akan menjadi lancar dan bermakna
sekiranya guru menguasai kandungan subjek yang diajar dan trampil dalam
menguasai kemahiran pedagogi serta mahir menjalankan pentaksiran. Keputusan
ini juga disokong oleh Woolkfoy dan Hoy (1990) yang menyatakan beberapa
dapatan kajian mendapati pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai oleh seorang
guru boleh membantu dalam melaksanakan tugas pengajaran dengan lebih cekap
dan berkesan.

Perbezaan dalam Kesediaan Pelaksanaan PdPR Berdasarkan Lokasi Sekolah
dalam Kalangan Guru Praperkhidmatan Matematik Sekolah Rendah di
Malaysia.
Keputusan analisis menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan
dalam kesediaan pelaksanaan PdPR berdasarkan lokasi sekolah dalam kalangan
guru praperkhidmatan matematik di Malaysia. Secara logiknya, pengkaji
beranggapan bahawa kesediaan pelaksanaan PdPR di lokasi luar bandar adalah
lebih rendah, namun dapatan kajian membuktikan bahawa lokasi sekolah tidak
membezakan kesediaan pelaksanaan PdPR dalam kalangan guru praperkhidmatan
matematik. Hal ini disokong oleh Norhannan Ramli dan Hafizhah Zulkifli (2022) di
mana mereka mendapati guru-guru sekolah rendah luar bandar dan pedalaman di
daerah Semporna adalah bersedia serta bermotivasi melaksanakan PdP secara
atas talian.

Implikasi
Dapatan kajian ini mendedahkan guru praperkhidmatan berkaitan kesediaan
pelaksanaan PdPR merangkumi aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran
mentaksir secara atas talian perlu dititikberatkan. Ia diharapkan berupaya membuka
mata guru praperkhidmatan matematik untuk mendalami dan mengambil berat
terhadap perubahan pendidikan khususnya PdPR. Selain itu, kajian ini
mendedahkan para guru tentang aspek yang perlu ditekankan bagi menyiapkan diri
untuk melaksanakan PdPR dengan lebih baik. Ia memberi kesedaran dan
pendedahan kepada guru untuk sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan,
sikap dan kemahiran yang diperlukan sesuai dengan perubahan pendidikan yang
berlaku. Akhirnya, kajian ini diharapkan memberi implikasi kepada pihak KPM untuk
sentiasa membuat penilaian terhadap kesediaan para guru praperkhidmatan dalam
perubahan pelaksanaan pendidikan. Hasil kajian juga boleh dirujuk oleh pihak KPM
untuk mengetahui sejauh mana tahap kesediaan pelaksanaan PdPR dalam
kalangan guru praperkhidmatan.

Cadangan Kajian Lanjutan
Antara cadangan kajian lanjutan oleh pengkaji adalah penyelidik mengkaji cabaran
yang dihadapi oleh pihak-pihak terlibat seperti guru, murid dan ibu bapa dalam

183

pelaksanaan PdPR bagi mengetahui cabaran yang dihadapi dan cadangan
solusinya. Seterusnya, dicadangkan kepada penyelidik mengkaji faktor-faktor
utama yang boleh mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan PdPR di lokasi
bandar dan luar bandar serta menggantikan skop responden guru praperkhidmatan
matematik kepada guru matematik sekolah rendah yang mempunyai pengalaman
mengajar berlainan. Akhirnya, pengkaji mencadangkan penyelidik melaksanakan
kajian perbandingan kesediaan pelaksanaan PdPR antara guru praperkhidmatan
dari institut pendidikan guru (IPG) dengan guru praperkhidmatan dari institut
pengajian tinggi (IPT).

RUJUKAN

Ahmad Fuad Abdul Rahim. (2020). Guidelines for online assessment in emergency remote
teaching during the COVID-19 pandemic. Education in Medicine Journal,12(3).

Rahayu Ahamad Bahtiar, Sham Ibrahim, Halijah Ariffin, Nor Hazimah Ismail & Wan
Mohd Khairul Wan Isa. (2020). Peranan dan cabaran pemimpin
pendidikandalam memastikan matlamat dan agenda pendidikandilestari
dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) Covid-19.
https://iab.moe.edu.my/bahanportal/pemberitahuan/2020/2.%20PERANA
N%20DAN%20CABARAN%20PEMIMPIN%20GURU PRAPERKHIDMATANAN.pdf
(1 Mei 2021).

Mohd Safarin Nordin & Nur Hidayah Ismail. (2014). Kesediaan Guru Terhadap Perlaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu. International Seminar on Technical and Vocational Education (TVEIS
2014), 475.

Nor Amalina Ab Hakim & Zanaton Iksan. (2018). Pengetahuan, kemahiran

pelaksanaan dan sikap guru terhadap pembelajaran berasaskan masalah

(PBM) dalam mata pelajaran Sains. Seminar Antarabangsa Isu-Isu

Pendidikan (ISPEN 2018) (pp. 72- 82).

Mailizar, Almanthari, A., Maulina, S., & Bruce, S. (2020). Secondary school
mathematics teachers’ views on e-learning implementation barriers during the

COVID-19 pandemic: The case of Indonesia. Eurasia Journal of

Mathematics, Science and Technology Education, 16(7), 1– 9.

https://doi.org/10.29333/EJMSTE/8240

Creswell, J. W. (2014). Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods
approaches, (4thed.). Thousand Oaks, California: SAGE Publications.

Bond, T. G., & Fox, C. M. (2015). Applying The Rasch Model Fundamental
Measurement in the Human Sciences. (Routledge & T. & F. Group, Eds.)
(Third Edit). New York & London.

Riduwan, M. D. (2012). Skala Pengukuran Variabel-variabel Penelitian. Bandung:
Alfabeta.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research
activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610.

184

Muhammad Izzat Mailis. (2022). Pandangan dan cabaran guru terhadap pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran di rumah (pdpr) dalam tempoh pandemik covid-
19. Jurnal ILMI, 11(1), 14-25.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di

Rumah. https://www.moe.gov.my/muat-turun/lain- lain/bpsh- 2/manual-

pdp-di rumah-1/4667-manual-pdpdr-1/file

Mohd Fairuz Jafar, Zetty Akmar Amran, Mohd Faiz Mohd Yaakob, Mat Rahimi Yusof &
Hapini Awang. (2020). Kesediaan pembelajaran dalam talian semasa pandemik
COVID 19. Kertas kerja dibentang dalam Seminar Darulaman 2020 Peringkat
Kebangsaan.

Adibah Abdul Latif & Malathy Kuberan. (2010). Kesediaan Bakal Guru Siswazah
YangMengikuti Program khas Pensiswazahan Guru Untuk Mengajar Mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Satu Kajian Kes (Doctoral dissertation, Universiti
Teknologi Malaysia). http://merr.utm.my/id/eprint/11051

Lieberman, A., & Miller, L. (1990). Teacher development in professional practice schools.
Teachers College Record, 92(1), 105-122.

Little, J. (1990). The mentor phenomenon and the social organizational of teaching. In C.
Cadzen (Ed.), Review of Research in Education, 16, 297- 351. Washington,
DC:American Educational Research Asscociation.

Masfarizan Maslan & Mohammed Yusoff Mohd Nor (2020). Kebolehlaksanaan Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD) Secara Atas Talian Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) di Daerah Sentul, Kuala Lumpur. In (Webinar) SeminarNasional Pendidikan
2020 (Vol. 1, No. 1, pp. 213-218).

Magdeline Nor & Zamri Mahamod. (2014). Penterjemahan pengetahuan pedagogi
kandungan dalam proses tindakan guru bahasa Iban baharu dan
berpengalaman bukan opsyen. Jurnal Pendidikan Malaysia, 39 (1): 37-49.

Ghaith, G., & Yaghi, H. (1997). Relationships among experience, teacher efficacy, and
attitude towards the implementation of instructional innovation. Teaching and
Teacher Education, 13(4), 451-458.

Aniza Ahmad & Zamri Mahamod. (2015). Tahap kemahiran guru bahasa melayu sekolah
menengah dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah berdasarkan
jantina, opsyen dan tempat mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5, 18–
29.

Woolfolk, A., & Hoy, W. (1990). Prospective teachers’ sense of efficacy and belief
about control. Journal of Educational Psychology, 82,181-191.

Norhannan Ramli & Hafizhah Zulkifli. (2022). Tahap Kesediaan Dan Motivasi Guru

Pendidikan Islam Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Atas Talian [Level of
Islamic Education Teachers’readiness and Motivation Towards Online Teaching

And Learning]. International Journal of AdvancedResearch in Islamic Studies and

Education, 2(2), 16-30.

185

KONSEP KARTUN: MENINGKATKAN KEMAHIRAN INKUIRI MURID TAHUN 5
MELALUI KOMUNIKASI DALAM MEMBUAT RAMALAN DAN HIPOTESIS.

Ainin Sofiya Binti Mohd Hadi, Dr Ronald Yusri Batahong
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]

ABSTRAK

Berdasarkan refleksi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) pengkaji dan
disokong dengan pemerhatian terhadap pengajaran guru yang berpengalaman,
pengkaji mendapati murid mempunyai masalah dalam berkomunikasi
menggunakan bahasa saintifik bagi melakukan ramalan dan hipotesis berdasarkan
situasi kehidupan harian. Murid juga kurang memberikan respons terhadap
rangsangan guru berbentuk penyoalan lisan semata-mata. Pengkaji mendapati
murid memerlukan rangsangan berbentuk visual bagi membantu mereka untuk
berkomunikasi. Lantaran itu, model konsep kartun diperkenalkan bagi
menggantikan teknik penyoalan lisan. Seramai 20 orang murid tahun 5 di salah
sebuah sekolah rendah sekitar Jitra, Kedah telah terlibat dalam kajian ini. Dalam
kajian ini, kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah analisis dokumen dan
pemerhatian. Dokumen yang terlibat merupakan rakaman video sesi intervensi dan
hasil kerja bertulis murid. Instrumen yang digunakan bagi merekod pemerhatian
terdiri daripada senarai semak dan rekod anekdot. Tatacara menganalisis data bagi
dokumen adalah secara analisis kualitatif menggunakan kaedah analisis
kandungan. Seterusnya data pemerhatian penglibatan murid dianalisis
menggunakan analisis kuantitatif dan kualitatif. Hasil dua intervensi yang telah
dijalankan menunjukkan konsep kartun berjaya meningkatkan kemahiran murid
tahun 5 dalam membuat ramalan dan hipotesis secara komunikasi lisan dan
bertulis. Trend penglibatan murid dalam PdPc sepanjang penggunaan model
konsep kartun juga menunjukkan peningkatan. Secara kesimpulannya, konsep
kartun berjaya meningkatkan kemahiran murid tahun 5 dalam membuat ramalan
dan hipotesis secara komunikasi lisan dan bertulis serta meningkatkan penglibatan
murid sewaktu PdPc.
Kata kunci: Model konsep kartun, ramalan dan hipotesis, komunikasi lisan dan
bertulis, penglibatan murid.

Pengenalan Konteks dan Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Mengimbas kembali pengalaman mengajar ketika praktikum fasa dua di

sebuah sekolah dalam daerah Kubang Pasu, saya telah diberi peluang untuk
mengajar mata pelajaran Sains tahun 5. Kelas tersebut terdiri daripada 27 orang
murid. Topik yang diajar ialah Haba dengan standard kandungan Haba dan Suhu.
Salah satu teknik yang telah digunakan bagi merangsang inkuiri murid untuk
membuat ramalan dan hipotesis melalui komunikasi lisan ialah teknik penyoalan
lisan. Teknik ini digunakan pada fasa penglibatan. Teknik penyoalan lisan,
ditakrifkan sebagai ucapan guru yang bertujuan untuk membangkitkan tindak balas
lisan daripada pelajar (David H. Gliessman dan Richard C.Pugh, 1987). Semasa
melaksanakan pengajaran, teknik penyoalan lebih tertumpu kepada teknik
penyoalan terbuka. Hal ini demikian kerana, soalan-soalan bersifat terbuka dapat

186

merangsang pemikiran murid dan menggalakkan murid untuk meluahkan idea
berbanding dengan soalan tertutup (Arshad Jais et.al, 2014).

Semasa melaksanakan teknik penyoalan lisan, murid diberikan rangsangan
soalan terlebih dahulu dan diikuti dengan soalan. Rangsangan soalan yang
diajukan adalah berbentuk naratif. Soalan yang diajukan ialah:

“One morning, you feel thirsty. You go to the kitchen. You take a kettle of
water and place it on the stove. After that you light a fire. After 5 minutes,
predict what will happen to the water in the kettle?”

Berdasarkan kajian literatur teknik penyoalan lisan seperti yang digunakan ini telah
dipersetujui keberkesanannya dalam meningkatkan tahap pemikiran pelajar serta
menggalakkan penglibatan secara aktif dalam aktviti yang dilaksanakan di dalam
kelas (Muhammad Sofwan Mahmud dan Aida Suraya Md. Yunus, 2018). Teknik ini
juga dipersetujui berupaya menggalakkan interaksi guru dan pelajar secara
berkesan (Zamri Mahamod dan Nor Razah Lim, 2011). Walaupun teknik penyoalan
lisan ini dipersetujui dapat merangsang komunikasi murid dan mewujudkan
komunikasi dua hala yang baik di antara guru dan murid, tetapi selama
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) teknik ini dilihat kurang berkesan.
Hal ini demikian kerana, hasil pengumpulan data awal dan pemerhatian daripada
pengajaran guru berpengalaman menunjukkan kaedah penyoalan lisan tanpa
bantuan rangsangan berbentuk visual gagal merangsang murid untuk terlibat dalam
komunikasi lisan semasa sesi perbincangan. Hasil dapatan awal juga menunjukkan
kemahiran peserta kajian terhadap kemahiran meramal dan membuat hipotesis
pada tahap yang lemah.

Oleh yang demikian, berdasarkan hasil refleksi daripada pemerhatian dan
pengalaman mengajar, didapati kaedah pengajaran yang dilihat lebih berkesan
dalam meningkatkan kemahiran inkuiri murid melalui komunikasi bagi membuat
ramalan dan hipotesis ialah kaedah konsep kartun. Kaedah konsep kartun ialah
model yang berteraskan kombinasi elemen-elemen visual dan teks serta perkaitan
antara visual dan teks (Knieper, 2002). Konsep ini menampilkan watak-watak yang
berlainan berdebat atau berbincang mengenai situasi harian (Norfarah et.al, 2019).
Kaedah ini telah dipersetujui sangat sesuai untuk diaplikasikan dalam pelbagai
bidang, terutamanya dalam bidang sains yang sering dianggap bidang yang bersifat
abstrak dan sukar (Siti Najihah Jamal et.al, 2019).

FOKUS KAJIAN
Meningkatkan Kemahiran Membuat Ramalan dan Hipotesis Murid Tahun 5 Melalui
Komunikasi Sains dengan Menggunakan Model Konsep Kartun.

Berdasarkan refleksi PdP saya dan disokong dengan pemerhatian terhadap
pengajaran guru yang berpengalaman, saya mendapati murid mempunyai masalah
dalam berkomunikasi menggunakan bahasa saintifik bagi melakukan ramalan dan
hipotesis berdasarkan situasi kehidupan harian. Murid juga kurang memberikan
respons terhadap rangsangan guru berbentuk penyoalan lisan semata-mata.
Berdasarkan refleksi, saya mendapati murid memerlukan rangsangan berbentuk
visual bagi membantu mereka untuk berkomunikasi. Hal ini adalah selaras dengan
perkembangan kognitif murid menurut teori Jean Piaget (Babakr et.al, 2019). Pada
tahap ini, murid mampu untuk berfikir secara abstrak sekiranya mereka mendapat

187

rangsangan daripada bahan bersifat konkrit. Lantaran itu, model konsep kartun
diperkenalkan bagi menggantikan teknik penyoalan lisan. Melalui model konsep
kartun, guru akan menggunakan bantuan visual yang menggambarkan situasi di
mana beberapa orang murid berdebat membincangkan sesuatu isu dalam
kehidupan harian. Gambaran situasi berserta teks dalam konsep kartun dapat
membantu guru untuk membimbing murid untuk berkomunikasi secara saintifik bagi
membuat ramalan dan hipotesis.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran inkuiri yang
terdiri daripada kemahiran membuat ramalan dan hipotesis melalui komunikasi
bagi murid tahun 5 dengan menggunakan konsep kartun.

I. Meningkatkan kemahiran murid tahun 5 dalam membuat ramalan dan
hipotesis secara komunikasi lisan dengan menggunakan konsep kartun.

II. Meningkatkan kemahiran murid tahun 5 dalam membuat ramalan dan
hipotesis secara komunikasi bertulis dengan menggunakan konsep kartun.

III. Melihat trend penglibatan murid dalam PdP sepanjang menggunakan
model konsep kartun dalam dua intervensi yang dijalankan.

SOALAN KAJIAN
Soalan kajian dibina bagi menjawab objektif kajian.

I. Adakah konsep kartun dapat meningkatkan kemahiran murid tahun 5
dalam membuat ramalan dan hipotesis secara komunikasi lisan?

II. Adakah konsep kartun dapat meningkatkan kemahiran murid tahun 5
dalam membuat ramalan dan hipotesis secara komunikasi bertulis?

III. Apakah trend penglibatan murid dalam PdP sepanjang menggunakan
model konsep kartun dalam dua intervensi yang dijalankan?

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi kajian ini terdiri daripada 20 orang pelajar tahun 5 daripada
sebuah sekolah rendah yang terletak di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah. Hasil
temu bual guru pembimbing mendapati tahap penguasaan murid terhadap
kemahiran saintifik adalah pada tahap rendah dan peserta kajian yang bersifat pasif
dan sukar untuk memberi respons secara lisan terhadap soalan guru terutamanya
semasa PdP dalam talian.

PELAKSANAAN KAJIAN
Dalam melaksanakan kajian ini pengkaji mengaplikasikan penggunaan

model penyelidikan tindakan Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1988). Model ini
menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelung atau
kitaran(cycle) (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008). Langkah-langkah tersebut
terdiri daripada mereflek (Reflect), merancang (Plan), bertindak (Action), dan
memerhati (Observe).

a. Perincian Bahan (Konsep Kartun) yang Digunakan Sebagai Tindakan
Berdasarkan penerangan Sebnem Kandil Ingec, (2008), Konsep Kartun

adalah satu gambaran situasi secara visual yang terdiri daripada tiga sehingga lima
orang watak murid dalam sebuah situasi. Watak-watak murid tersebut menyatakan
perbezaan pendapat mengenai topik tertentu. Pernyataan pendapat dari watak-
watak dalam rajah berkenaan terdiri daripada pernyataan yang salah, pernyataan

188

yang dapat diterima melalui pemikiran logik dan penyataan yang betul serta boleh
diterima secara saintifik.

Antara ciri-ciri utama model konsep kartun adalah ianya bersifat luwes
(flexible) dan menggunakan pembelajaran berperantara (mediated learning) yang
disesuaikan untuk suatu pembelajaran individu atau kumpulan (Ong Eng Tek et.
al,2013). Oleh itu, konsep kartun yang dibina oleh guru adalah bersifat spesifik
terhadap topik atau sub-topik yang diajar dan bersesuaian dengan keperluan murid
(Sebnem Kandil Ingec, 2008). Pengkaji juga boleh memilih untuk mengosongkan
salah satu atau beberapa buih perbualan bagi memberi ruang kepada respon
murid.

Rajah 1: Konsep Kartun.
b. Proses Penggunaan Konsep Kartun Meningkatkan Kemahiran Inkuiri
Murid Tahun 5 Melalui Komunikasi dalam Membuat Ramalan dan Hipotesis.
Berdasarkan pendekatan pengajaran konsep kartun Keogh dan Naylor (1999),
terdapat lima peringkat utama yang dicadangkan. Peringkat pertama merupakan
pengenalan ringkas mengenai konsep kartun. Peringkat kedua adalah pelajar diberi
ruang untuk memikirkan konsep kartun dan seterusnya membincangkan idea
mereka. Peringkat ketiga adalah proses interaksi dan intervensi di antara guru dan
murid. Interaksi dan intervensi adalah berdasarkan idea pelajar semasa
perbincangan mengenai konsep kartun. Peringkat keempat adalah, penyiasatan
atau aktiviti sebagai tndakan susulan berdasarkan idea murid yang dinyatakan
semasa perbincangan mengenai konsep kartun yang difasilitasi oleh guru.
Peringkat kelima adalah perkongsian seluruh kelas. Walaubagaimanapun,
penyelidik ini hanya memfokuskan peringkat pertama sehingga peringkat ketiga.

c. Prinsip yang Menjadi Asas Kepada Tindakan
Prinsip yang menjadi asas kepada tindakan adalah berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Kajian tindakan ini hanya memberi fokus
terhadap kemahiran berkomunikasi murid menggunakan bahasa saintifik bagi
membina ramalan dan hipotesis. Ketiga-tiga kemahiran ini iaitu kemahiran
berkomunikasi, kemahiran membuat ramalan dan kemahiran hipotesis dinyatakan
dengan jelas dibawah kemahiran proses sains dalam DSKP Sains tahun 5 terbitan
2019. Berdasarkan penerangan terhadap setiap kemahiran proses sains,
kemahiran berkomunikasi merujuk kepada kemahiran menggunakan perkataan
atau simbol grafik seperti jadual, graf, rajah atau model untuk menerangkan
tindakan, objek atau peristiwa (Kementerian Pendidikan Malaysia,2019).
Seterusnya, kemahiran membuat hipotesis merujuk kepada kemahiran membuat
sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang
dimanipulasi dan pemboleh ubah yang bergerak balas untuk menerangkan sesuatu
peristiwa atau pemerhatian (Kementerian Pendidikan Malaysia,2019). Kemahiran
membuat ramalan pula merupakan kemahiran membuat jangkaan tentang sesuatu

189


Click to View FlipBook Version