satu media yang boleh membantu para guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Justeru, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) merupakan
salah satu wadah yang sesuai untuk mencapai matlamat ini.
PENYATAAN MASALAH
Penularan pandemik COVID-19 menyebabkan perubahan sistem
pendidikan di Malaysia melibatkan kurikulum sedia ada, dimana ia memberi
gambaran supaya kurikulum yang sedia ada perlu digantikan dengan elemen-
elemen baru melalui konsep pembaharuan kurikulum berteraskan teknologi
maklumat dan komunikasi (Zazila Shafinaz Zaharon & Ahmad Nurzid Rosli, 2021).
Oleh sebab itu, Nor Amalina dan Zanaton, (2018) mengatakan dalam Ain Nur Atika
Agus (2021) guru harus sentiasa bersedia memperbaiki diri dan mengubah
pendekatan pengajaran selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan
kerjaya semasa. Selain itu juga, tahap kesediaan guru untuk mengimplementasikan
pendekatan teknologi maklumat khususnya penggunaan video pembelajaran
semasa mengajar Matematik dalam tempoh PdPR perlulah mencapai tahap yang
tinggi agar dapat mencapai objektif pembelajaran. Maimun Aqsha Lubis et. Al
(2017) berpendapat kesediaan guru-guru menerima atau mengadaptasi perubahan
akan menentukan kejayaan atau kegagalan dalam proses pengajaran.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah seperti berikut :
1. Mengenal pasti hubungan antara tahap kesediaan dari aspek sikap dengan
penggunaan video pembelajaran dalam mengajar Matematik semasa PdPr
dalam kalangan guru pelatih Matematik di tiga buah IPGK di Malaysia.
2. Mengenal pasti hubungan antara tahap kesediaan dari aspek pengetahuan
dengan penggunaan video pembelajaran dalam mengajar Matematik
semasa PdPr dalam kalangan guru pelatih Matematik di tiga buah IPGK di
Malaysia.
3. Mengenal pasti hubungan antara tahap kesediaan dari aspek kemahiran
dengan penggunaan video pembelajaran dalam mengajar Matematik
semasa PdPr dalam kalangan guru pelatih Matematik di tiga buah IPGK di
Malaysia.
4. Mengenal pasti sama ada terdapat pengaruh tahap kesediaan (sikap,
pengetahuan, dan kemahiran) dengan penggunaan video pembelajaran
semasa PdPr dalam kalangan guru pelatih Matematik di tiga buah IPGK di
Malaysia.
SOALAN KAJIAN
Terdapat empat soalan yang dikemukakan dalam kajian ini iaitu :
1. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan dari
aspek sikap dengan penggunaan video pembelajaran dalam mengajar
Matematik semasa PdPr dalam kalangan guru pelatih Matematik di tiga
buah IPGK di Malaysia ?
2. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan dari
aspek pengetahuan dengan penggunaan video pembelajaran dalam
90
mengajar Matematik semasa PdPr dalam kalangan guru pelatih Matematik
di tiga buah IPGK di Malaysia?
3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan dari
aspek kemahiran dengan penggunaan video pembelajaran dalam mengajar
Matematik semasa PdPr dalam kalangan guru pelaatih Mateamtik di tiga
buah IPGK di Malaysia?
4. Adakah tahap kesediaan (sikap, pengetahuan, kemahiran) boleh
mempengaruhi penggunaan video pembelajaran dalam kalangan guru
pelatih pengkhususan Matematik semasa tempoh PdPr?
METODOLOGI
Kajian yang dijalankan berbentuk tinjauan menggunakan instrumen borang soal
selidik skala likert empat mata secara atas talian dan menggunakan pendekatan
kuantitatif serta dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Data dikumpul daripada 3
IPGK di Malaysia iaitu IPGK Kent, IPGK Teknik, dan IPGK Pulau Pinang. Sampel
Kajian terdiri daripada 118 orang guru pelatih Matematik ambilan Jun 2018 yang
dipilih secara persampelan bertujuan dan pemilihan sampel dibuat berdasarkan
model krejchie Morgan (1970). Data yang dikumpul dianalisis menggunakan
statistik deskriptif iaitu min bagi mencari tahap kesediaan (sikap, pengetahuan,
kemahiran) guru pelatih Matematik dalam menggunakan video pembelajaran
semasa mengajar. Manakala, ujian korelasi pearson dan ujian regresi linear
digunakan untuk mencari hubungan dan pengaruh antara pemboleh ubah tidak
bersandar dengan pemboleh ubah bersandar.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Jadual 1 menunjukkan min berserta sisihan piawai skor dan
kebolehpercayaan (Alpha-Cronbach) bagi setiap tahap kesediaan. Tahap
kesediaan (sikap) dan kesediaan (pengetahuan) penggunaan video pembelajaran
dalam guru pelatih Matematik adalah sederhana dengan min masing-masing
sebanyak 3.37 dan 3.38. Manakala, tahap kesediaan (kemahiran) penggunaan
video pembelajaran dalam kalangan guru pelatih Matematik pula berada pada
tahap yang tinggi dengan min sebanyak 3.55. Kebolehpercayaan bagi setiap
kesediaan berada pada tahap baik iaitu berada pada julat 0.70-0.80.
Jadual 2 menunjukkan pekali korelasi Pearson antara tahap kesediaan
(sikap, pengetahuan, kemahiran) dengan penggunaan video pembelajaran.
91
Berdasarkan jadual 2, didapati bahawa pekali korelasi Pearson menunjukkan
wujudnya hubungan linear positif yang kuat dan signifikan pada tahap 1%.
Kesediaan sikap dengan penggunaan video pembelajaran [r(79)=0.787, p<0.01] ;
kesediaan pengetahuan dengan penggunaan video pembelajaran [r(67)=0.667,
p<0.01] dan kesediaan kemahiran dengan penggunaan video pembelajaran
[r(73)=0.729, p<0.01].
Jadual 3 membentangkan nilai r kuasa dua bagi setiap tahap kesediaan.
Kesediaan sikap membawa perubahan ke atas penggunaan penggunaan video
pembelajaran sebanyak 61.6% (0.616) ; kesediaan pengetahuan pula sebanyak
5.7% (67.3%-61.6%). Manakala, kesediaan kemahiran sebanyak 2.8% (70.1%-
67.3%). Gabungan ketiga-tiga aspek kesediaan menyumbang sebanyak 70.1%
varians.
92
Keputusan ujian ANOVA yang ditunjukkan pada jadual 4 mendapati
bahawa nilai ℎ > (92.301>2.68) dengan tahap signifikansi 0.000<0.05.
Maka, dapat disimpulkan bahawa terdapat pengaruh tahap kesediaan dari ketiga-
tiga aspek dengan penggunaan video pembelajaran dalam kalangan guru pelatih
Matematik.
Keputusan analisis data dengan menggunakan perisian SPSS pada
jadual 5 menunjukkan bahawa secara signifikan ketiga-tiga pemboleh ubah tidak
bersandar, iaitu sikap ( = 2.047, < .05), pengetahuan ( = 0.721, < .05), dan
kemahiran ( = 1.444, < .05) merupakan faktor atau penyumbang kepada
penggunaan video pembelajaran semasa PdPr dalam kalangan guru pelatih
Matematik.
93
KESIMPULAN, CADANGAN, DAN IMPLIKASI
Kesimpulannya, melalui analisis inferensi yang telah dijalankan, kajian ini
menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif antara tahap kesediaan (sikap),
tahap kesediaan (pengetahuan) dan tahap kesediaan (kemahiran) dengan
penggunaan video pembelajaran dalam kalangan guru pelatih Matematik di tiga
buah IPGK di Malaysia semasa mengajar dalam tempoh PdPR. Malah, dapatan
kajian juga menunjukkan bahawa wujud pengaruh tahap kesediaan yang
merangkumi aspek sikap, pengetahuan, dan kemahiran dengan penggunaan video
pembelajaran guru pelatih Matematik. Dapatan deskriptif dalam kajian ini juga
mendapati bahawa tahap kesediaan dari aspek sikap dan pengetahuan dalam
penggunaan video pembelajaran dalam kalang guru pelatih berada pada tahap
sederhana manakala tahap kesediaan pula berada pada tahap yang tinggi.
Daripada kajian yang telah dijalankan. Penyelidik telah mengemukakan
beberapa cadangan yang boleh dilakukan pada kajian masa hadapan seperti
menggunakan faktor-faktor lain yang dilihat mampu mempengaruhi penggunaan
video pembelajaran. Selain itu, kajian juga boleh menggantikan skop kajian iaitu
sampel dalam kalangan guru pelatih elektif Matematik atau guru Matematik yang
telah berkhidmat di sekolah. Malah, kajian pada masa hadapan juga boleh
dilakukan dengan mengkhususkan lokasi kajian dijalankan misalnya mengikut
negeri, zon semananjung Malaysia atau zon Sabah dan Sarawak.
Implikasi yang diperolehi berdasarkan dapatan kajian ini ialah Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dapat memberi pendedahan pada peringkat awal
kepada guru pelatih untuk menerapkan pedagogi berteraskan teknologi maklumat
dan multimedia khususnya video pembelajaran menerusi pelbagai program dan
latihan kursus. Seterusnya, pensyarah di Jabatan Teknologi Pendidikan juga dapat
merangka program-program yang dapat membina dan meningkatkan tahap
kesediaan dari aspek sikap, pengetahuan dan kemahiran misalnya bengkel, kursus,
pertandingan dan sebagainya. Akhir sekali, dapatan kajian ini juga dapat
menyedarkan dan membuka mata para guru pelatih tentang kepentingan tahap
kesediaan tinggi dalam mengimplementasikan teknologi dalam pendidikan secara
spesifiknya video pembelajaran terutama sekali dalam matapelajaran Matematik.
94
RUJUKAN
Azizah Azizah, Sapti Wahyuningsih, Vita Kusumari, Asmianto Asmianto, Dedy Setiawan.
Validity and Reliability of Matehamtical Instruments in Online Learning Using the
Rasch Measurement Model at UM Lab School. AIP Conference Proceedings.
Retrieved from : https://doi.org/10.1063/5.0043356
Baharin Abu, Hasnita Ismail. (2017). Tahap Kesediaan Guru Pelatih Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup Mengajar Subjek Kemahiran Hidup di
Sekolah Menengah. Universiti Teknologi Malaysia. Retrieved from
http://eprints.utm.my/id/eprint/10523/1/Tahap_Kesediaan_Guru_Pelatih_Ijazah_Sarj
ana_Muda_Teknologi_Serta_Pendidikan_Kemahiran_Hidup_Mengajar_Subjek_Ke
mahiran_Hidup_Di_Sekolah_Menengah.pdf
Chew, L.Y, Suziyani Mohamed. (2021). Kemahiran Guru dalam Mengintegrasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam Pembelajaran di Prasekolah. Jurnal Dunia
Pendidikan. 3(2), 44-53. Retrieved from
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/13497
Christina Andin, Hazman Ali. (2010) Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
dalam kalangan guru-guru sekolah kebangsaan. Universiti Teknologi Malaysia.
Retrieved from http://eprints. utm.
my/10521/1/Penggunaan_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi. Pdf
Darchinie Rani Ravendran, Md Yusoff Daud. (2020). Faktor-faktor yang mempengaruhi guru
Matematik sekolah rendah dalam mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam
PdPc. Jurnal Dunia Pendidikan, 1(3), 24-33. Retrieved from
:http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd
Hashiroh Hussain, Norshuhada Shiratuddin. (2016). Kebolehpercayaan dan korelasi elemen
multimedia dan antara muka tablet dalam menilai penceritaan digital. Asia Pasific
Journal of Educators and Education, 31, 27-45. Doi:
http://dx.doi.org/10.21315/apjee2016.31.3
Janet L.S.C, Roslinda Rosli. (2020), Pengetahuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Guru
Matematik Sekolah Rendah. Malaysia Journal of Social Science and Humanities
(MJSSH), 5(11), 71-84. Retrieved from: https://doi.org/10.4705/mjssh.v5i11.546
Johari Hassan, Norsuriani Ab Aziz. (2011). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Minat
Terhadap Matematik di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. (Doctoral dissertation,
Universiti Teknologi Malaysia) Retrieved from: http://eprints.utm.my/id/eprint/11972/
Khodijah Abdul Rahman, Siti Zaharah Mohid, Roslinda Ramli. (2018). Kesediaan Guru
Menggunakan Teknologi Multimedia dalam Penagajran dan Pembelajaran di
Sekolah Rendah Agama di Selangor. Kertas kerja dibentangkan pada 4th
International Conference on Information Technology & Society.
Kamus Dewan (Edisi Keempat). (2007). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
Kubai, E. (2019). Reliability and Validity of Research Instruments. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/335827941_Reliability_and_Validity_of_Re
search_Instruments_Correspondence_to_kubaiedwinyahoocom
95
Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Syuhada’ Wan Hasan, Mohd Isa Hamzah (2017). Tahap
Pengetahuan dan Kesediaan Guru-Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah di
Selangor terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajaran Pendidikan Islam.
ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization. 1(1), 1-
13. Retrieved from: https://spaj.ukm.my/acerj/index.php/acer-j/article/view/3
Melvina C.H.C, Jamaluddin Badusah. (2010). Sikap guru bahasa Melayu terhadap
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran di
sekolah-sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(1), 59-
65.
Mohd Asri Harun, Zulkifley Hamid, Kartini Abd Wahab. (2016). Melahirkan Warga yang
Berketerampilan Bahasa: Kajian Hubungan antara Pengetahuan dengan Amalan
Komunikatif dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu.
Mohd Faizal Mazalan, (2012). Faktor yang Berkaitan dengan Pencapaian Matematik Pelajar
Melayu Sekolah Menengah Agama Daerah Pontian. (Degree’s thesis, Universiti
Teknologi Malaysia, Johor). Retrieved form: http://eprints.utm.my/id/eprint/32080/
Muhammad Azhar Jamaluddin, Norazrena Abu Samah, Noor Dayana Abd Halim. (2012).
Video Pembelajaran Mateamtik bagi Tajuk Geometri Pepejal Tingkatan 1 dan 2.
Bahan Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan Komputer. Universiti Teknologi
Malaysia, Johor. Retrieved from: https://people.utm.my/noordayana/files/2012/10/3-
bab3.pdf
Norabeerah Saforrudin. (2010). Aplikasi Portal Video Internet dalam P&P dalam Kalangan
Guru. Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT.
Retrieved from:
https://www.academia.edu/1803440/APLIKASI_PORTAL_VIDEO_INTERNET_DAL
AM_P_and_P_DALAM_KALANGAN_GURU
Norliza Brahim. (2012). Kesediaan guru melaksanakan pembelajaran berasaskan projek di
sekolah. (Tesis Ijazah Master). Retrieved from:
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85037/1/FPP%202012%204%20ir.pdf
Norliza Mat Ali. (2016). Tahap Kesediaan Guru Bahasa Melayu Terhadap Pelaksanaan
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam Pengajaran dan
Pembelajaran di Selangor, Malaysia. (Master’s thesis, Universiti Putra Malaysia,
Selangor). Retrieved from: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/65641
Nur Hawa Hanis Abdullah, Ghazali Darusaslam. (2018). Kesediaan Guru Melaksanakan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran. Jurnal Kurikulum & Pengajaran
Asia Pasifik. 6(3), 22-31. Retrieved from:
https://juku.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/14033/8712
Lalian, O. N (2019). The Effect of Using Video Media in Mathematics Learning on Students’
Cognitive and Affective Aspects. Kertas kerja dibentangkan pada The 9th
International Conference on Global Resource Conservation (ICGRC) and AJI from
Ritsumeikan University. Retrieved from: https://doi.org/10.1063/1.5061864
Ranjit Kumar. (2005). Research Methodology a step-by-step guide for beginners. Sage
Publications
96
Rosinah Edinin. (2015), Penyelidikan Tindakan: Kaedah & Penulisan. Selangor. Pelangi
Professional.
Sarah Alia Mohamed Faisal, Nor Hafizah Adnan. (2021). Tahap kesediaan dan penerimaan
guru dalam mempraktikkan penggunaan teknologi digital 4.0 sebagai bahan bantu
mengajar dalam pendidikan rendah. International Journal of Advanced Research in
Islamic Studies and Education (ARISE), 1(3), 66-79.
Siti Aminah Sallehin, Fazlinda Ab Halim (2018). Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar
Berasaskan Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah
Zon Benut. Online Journal for TVET Practitioners. Retrieved from:
https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4814
Siti Zaleha Hamid, Siti Mastima Maad. (2017). Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru Matematik di Zon
Kajang, Selangor. Universiti Kebangsaan Malaya. Retrieved from:
https://seminarserantau2017.files.wordpress.com/2017/09/79-siti-zaleha-hamid.pdf
Syamsulaini Sidek, Mashitoh Hashim. (2019). Pengajaran Berasaskan Video dalam
Pembelajaran Berpusatkan Pelajar: Analisis dan Kajian Kritikal. Journal of ICT in
Education (JCTIE), 3, 24-33. Retrieved from:
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/view/2606
Vanessa Phang Iywon, Nurfadilla Mohd Nasri. (2020). Tahap kesediaan dan sokongan bagi
pelaksanaan pendekatan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran guru sekolah rendah. International Journal of
Education and Pedagogy (IJEAP), 2(4) 489-508.
Zakri Abdullah, Lee, K.C, Chua, L.N. (2018). Penyelidikan dalam Pendidikan. Selangor.
Oxford Fajar.
Zazila Shafinaz Zaharon Lai, Ahmad Nurzid Rosli. (2021). Keberkesanan Penggunaan Video
Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Tahun 6 Semasa Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Journal of ICT in Education (JICTIE), 8(3), 76-
99. Retrieved from: https://doi.org/10.37134/jictie.vol8.sp.1.7.2021.
97
PENGGUNAAN “LUNCH BOARD” UNTUK MENINGKATKAN
KEMAHIRAN PENUKARAN UNIT UKURAN PANJANG MURID TAHUN 4
DI DAERAH HULU SELANGOR
Najmuddin Rifaie bin Ahmad Shubki, Zaieddi bin Sackdan@Shahadan
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Terdapat murid tahun 4 yang tidak menguasai kemahiran penukaran unit ukuran
panjang semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Antara punca utama
masalah ini berlaku adalah kerana mereka tidak mengingati rumus penukaran unit
ukuran panjang. Mereka juga keliru dengan perbezaan nilai seperti milimeter dan
sentimeter. Oleh itu, fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid
bagi penukaran unit ukuran panjang. Sampel diambil daripada murid-murid kelas
sederhana dan lemah iaitu 4 Active dan 4 Brilliant di SK Kuala Kubu Bharu Dua.
Setelah LUnCh Board digunakan sebagai bahan intervensi untuk meningkatkan
kemahiran penukaran unit panjang, murid kelihatan seronok untuk menjawab
soalan penukaran unit panjang dan mereka merasakan bahawa penggunaan
LUnCh Board membantu mereka untuk menukar unit panjang. Penyelidikan ini
bukan sahaja dilakukan untuk meningkatkan kemahiran unit ukuran panjang murid
malah menggalakkan murid terlibat aktif dan seronok mengalami pembelajaran.
Kata kunci: LUnCh Board, penukaran unit ukuran panjang, tahun 4, bahan
intervensi
PENGENALAN
Menurut Yusni dan Kamaruddin (2015), kemahiran penukaran unit murid masih
berada pada tahap yang lemah. Murid masih menghadapi masalah dalam
kemahiran penukaran unit walaupun mereka sudah mempelajari asas penukaran
unit panjang yang melibatkan unit milimeter (mm), sentimeter (cm), meter (m) dan
kilometer (km) (Nor Asmah, 2015). Murid gagal memahami konsep dan tidak
mengingat rumus penukaran unit menyebabkan murid melakukan kesilapan dalam
penukaran unit ukuran panjang (Datu & hu, 2014). Masalah yang dihadapi oleh
murid ini perlu diambil perhatian oleh guru dan berusaha untuk meningkatkan
penguasaan murid dalam kemahiran penukaran unit panjang ini.
Melihat kepada masalah yang berlaku, kajian ini dilaksanakan untuk
menguji keberkesanan bahan inovasi yang telah diberi nama “LunCh Board”
terhadap penguasaan kemahiran penukaran unit ukuran panjang dalam kalangan
murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu Dua.
98
Rajah 1: Standard kandungan dan standard pembelajaran penukaran unit ukuran
panjang
Pengkaji telah membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan
mendapati hampir keseluruhan murid di dalam kelas itu masih belum menguasai
konsep penukaran unit ukuran panjang dengan baik. Mereka tidak mengingati
rumus untuk penukaran unit ukuran panjang itu di samping masih keliru dengan
perbezaan nilai seperti milimeter dan sentimeter. Penukaran unit ukuran panjang
menjadi salah satu masalah bagi murid dalam subjek Matematik. Kesannya murid
yang tidak berjaya menguasai proses penukaran unit ini sukar untuk menguasai
suatu isi pelajaran yang lain pula kerana proses Matematik yang mempunyai
perkaitan antara satu sama lain. Sebagai contoh, jika murid masih belum mahir
tentang proses penukaran unit ukuran panjang, murid mempunyai masalah ketika
ingin membuat penyelesaian masalah. Hal ini demikian kerana proses asas masih
belum dikuasai. Akhirnya, murid tidak dapat mempersembahkan jawapan yang
sepatutnya dengan baik.
Selain itu, refleksi kepada diri pengkaji sebagai guru yang mendidik,
pengkaji perlu meningkatkan kemahiran pengkaji dalam mengendalikan kelas.
Sikap murid murid yang mahu tidak mahu untuk belajar ataupun kurang fokus
terhadap pembelajaran mereka perlu diatasi dengan baik. Murid kelihatan bosan
dan bermain dengan rakan mereka di dalam kelas. Faktor pengajaran yang kurang
menarik perhatian murid juga perlu diambil kira supaya pengkaji lebih berusaha
untuk memperbaiki diri dalam pengajaran. Pengajaran yang mesra murid seperti
mengaitkan pembelajaran dengan perkara kegemaran mereka sudah pasti akan
meningkatkan daya kemahuan untuk belajar.
Oleh itu, pengkaji telah menghasilkan suatu inovasi bahan bantu mengajar
untuk membantu murid meningkatkan kemahiran penukaran unit ukuran panjang.
Penggunaan objek maujud di dalam PdPc dilakukan untuk menarik perhatian dan
minat murid terhadap isi kandungan pelajaran yang diajarkan. Murid juga dapat
99
terlibat secara aktif di dalam kelas apabila setiap murid berpeluang untuk
menggunakan bahan konkrit tersebut yang dikenali sebagai “LUnCh Board”
singkatan daripada perkatan “Length Unit Changer Board”. Menurut Ja’apar dan
Faizah (2017), penggunaan bahan bantu mengajar dalam PdPc adalah amat
penting bagi guru untuk memastikan penyampaian maklumat berkaitan subjek yang
diajar adalah lebih jelas dan sistematik serta dapat diikuti oleh murid dengan lebih
baik.
Pengkaji telah melakukan proses pengumpulan data awal untuk lebih
memahami dan mendekati masalah yang dihadapi oleh murid. Pengumpulan data
awal dibuat dengan menjalankan ujian pra kepada murid tahun 4. Hasil analisis
ujian pra tersebut, pengkaji mendapati sebilangan murid tahun 4 tidak menguasai
kemahiran penukaran unit ukuran panjang dengan baik. Segelintir murid juga tidak
menunjukkan minat untuk belajar apabila melakukan tingkah laku yang tidak
berfokus terhadap pengajaran guru di dalam kelas secara dalam talian.
Pengumpulan data awal ini juga dapat mengukuhkan bukti kajian pengkaji dalam
fokus kajian yang dipilih.
Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra
100
FOKUS KAJIAN
Pengkaji dapat mengenal pasti masalah murid berkenaan topik penukaran unit
ukuran panjang. Murid tidak dapat mengingati rumus penukuran unit ukuran
panjang tersebut di samping kurang memahami konsep penukaran unit panjang
iaitu kilometer, meter, sentimeter dan milimeter. Masalah ini dikesan apabila soalan
diberikan untuk menukar unit ukuran panjang suatu nombor, terdapat sebilangan
murid yang tidak tahu cara memulakan langkah penyelesaian. Hal ini menunjukkan
kelemahan murid dalam menguasai konsep penukaran unit ukuran panjang. Oleh
itu, kajian ini telah memberi fokus untuk membantu meningkatkan kemahiran murid
dalam penukaran unit ukuran panjang menggunakan bahan intervensi “LUnCh
Board” dalam kalangan murid tahun 4.
OBJEKTIF
Objektif umum kajian ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan penguasaan
kemahiran penukaran unit ukuran panjang dalam kalangan murid tahun 4 di SK
Kuala Kubu Bharu Dua. Kajian ini dijalankan menggunakan bahan intervensi yang
dinamakan “LUnCh Board”.
Objektif Khusus
i) Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran penukaran unit ukuran panjang
dalam kalangan murid tahun 4.
ii) Meningkatkan penguasaan kemahiran penukaran unit ukuran panjang apabila
menggunakan LUnCh Board dalam kalangan murid tahun 4.
iii) Menarik minat murid untuk terlibat aktif dalam sesi PdPc apabila menggunakan
LUnCh Board.
SOALAN KAJIAN
i) Apakah tahap penguasaan kemahiran penukaran unit ukuran panjang dalam
kalangan murid tahun 4?
ii) Adakah terdapat peningkatan penguasaan kemahiran penukaran unit ukuran
panjang selepas penggunaan LUnCh Board dalam kalangan murid tahun 4?
iii) Adakah murid terlibat aktif dalam sesi PdPc apabila menggunakan LUnCh
Board?
PESERTA KAJIAN
Kajian ini melibatkan 7 orang peserta kajian. Peserta kajian kesemuanya berumur
10 tahun. Mereka berjantina lelaki dan perempuan. Rasional kumpulan sasaran ini
dipilih adalah kerana mereka telah mempelajari topik berkaitan penukaran unit
ukuran panjang semasa di tahun 4. Mereka juga telah didedahkan dengan
penggunaan kaedah lazim bagi menyelesaikan soalan tentang penukaran unit
ukuran panjang. Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan keputusan ujian pra
yang dilakukan oleh pengkaji.
101
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pengkaji telah menggunakan model kajian tindakan Kurt Lewin (1948) untuk
melaksanakan kajian ini. Pengkaji telah mengikut 4 peringkat yang dicadangkan
dalam model kajian ini. Rajah dibawah menunjukkan tindakan yang telah dilakukan
oleh pengkaji.
Rajah 2 : Tindakan berdasarkan model kajian
LANGKAH PENGGUNAAN CATATAN
“LUnCh Board”
Contoh :
Langkah 1 :
23km = _____ m
Soalan yang berkaitan dengan
penukaran unit ukuran panjang diberikan
kepada murid.
Contoh : 23 km = _____ m 23
Langkah 2 :
Murid diminta untuk memindahkan
soalan yang diberi ke dalam LUnCh
Board mengikut unit ukuran panjang
yang betul.
Langkah 3 : 2 3.
Letakkan titik pada ruang unit ukuran
panjang pada soalan.
Langkah 4 :
102
Pindahkan titik pada ruang unit ukuran .2 3 .
panjang dalam soalan kepada ruang unit
ukuran panjang yang diminta dalam .2 3 0 0 0
jawapan.
23 km = 23000 m
Langkah 5 :
Isikan ruang kosong antara nombor
dalam soalan dan titik pada unit ukuran
panjang jawapan dengan nombor sifar.
Langkah 6 :
Nombor yang tertera pada LUnCh Board
bersama unit ukuran panjang yang diisi
ruangnya dengan titik adalah jawapan
akhir bagi soalan yang diberikan.
Jadual 2 : Langkah Penggunaan LUnCh Board
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Instrumen Ujian
Menurut Lee K. C., Zakri Abdullah & Chua L. N. (2018), ujian ialah kaedah yang
digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan mengesan kefahaman murid
terhadap sesuatu pembelajaran yang telah dipelajari. Oleh itu, ujian pra dan pos
akan dijalankan terhadap murid tahun 4 bagi menguji kefahaman dan penguasaan
mereka tentang kemahiran penukaran unit ukuran panjang. Ujian pra akan
dilakukan oleh murid menggunakan kaedah lazim yang diajarkan oleh guru. Ujian
pos pula akan dijawab oleh murid menggunakan LUnCh Board. Melalui kedua-dua
ujian pra dan pos ini, saya akan mendapatkan data markah mereka di samping
dapat mengenal pasti kesilapan mereka dalam memahami topik tersebut. Ujian pra
dan pos adalah soalan yang sama bagi melihat perubahan peningkatan dalam
kemahiran yang diuji serta menguji keberkesanan intervensi yang dilakukan dengan
lebih jelas. Soalan uji pra dan pos ini mengandungi 10 soalan yang terdiri daripada
soalan aras rendah, sederhana dan sukar.
Instrumen Pemerhatian
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), pemerhatian didefinisikan sebagai
pengawasan atau penelitian. Pemerhatian juga merupakan proses meneliti situasi
atau kejadian secara kritikal (Lee C. K. et al., 2018). Kaedah pemerhatian ini baik
untuk melihat dan mengkaji tingkah laku murid dalam sesi pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) berdasarkan aspek yang difokuskan. Dalam kajian ini, saya
akan menggunakan senarai semak dan juga rakaman video sebagai alat
pemerhatian semasa sesi PdPc yang berkaitan kajian berlangsung.
Instrumen Soal Selidik
Menurut Lee K. C. et al. (2018), kaedah soal selidik merupakan satu daripada cara
paling mudah untuk memperoleh data yang diperlukan bagi membolehkan guru
103
mengetahui keadaan sebenar tentang isu-isu pengajaran dan pembelajaran.
Borang soal selidik ini juga banyak digunakan oleh pengkaji sebagai alat
pengumpulan data (Khalid Johari, 2003). Saya menggunakan borang soal selidik ini
untuk mendapatkan maklum balas murid tentang penggunaan “LUnCh Board”
dalam meningkatkan penguasaan kemahiran penukaran unit ukuran panjang. Soal
selidik ini akan diedarkan kepada murid selepas ujian pasca dilaksanakan terhadap
murid dalam sesi PdPc. Item soal selidik adalah selari dengan objektif dan masalah
yang dikaji.
CARA PENGANALISISAN DATA
Analisis Data Ujian
Menurut Rosinah Edinin (2012), ujian adalah salah satu kajian yang digunakan
untuk menentukan pencapaian dan keupayaan responden dalam pembelajarannya
serta dapat menilai keberkesanan intervensi. Oleh itu, ujian pra dan pasca yang
dilakukan terhadap murid pasti akan menunjukkan keberkesanan penggunaan
“LUnCh Board” dalam kemahiran penukaran unit ukuran panjang. Markah murid
untuk ujian pra dan pasca akan direkodkan di dalam borang yang telah disediakan.
Data markah murid akan dianalisis dengan pengiraan purata peningkatan markah
ujian. Setelah itu, graf palang dibina untuk melihat peningkatan markah murid
dengan lebih jelas selepas menggunakan LUnCh Board. Oleh itu, kesimpulan dapat
dibuat bahawa penggunaan “LUnCh Board” dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran murid dalam topik penukaran unit ukuran panjang.
Analisis Data Pemerhatian
Kaedah pemerhatian dilakukan supaya dapat mengenal pasti tingkah laku murid
ketika sesi PdPc. Selain itu, kelemahan-kelemahan yang guru tidak sedari ketika
sedang mengendalikan sesi PdPc juga dapat dikenal pasti supaya ianya dapat
diatasi pada sesi PdPc akan datang. Data yang diperoleh daripada senarai semak
akan dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk carta palang supaya dapat
dibezakan tingkah laku sebelum dan selepas diaplikasikan “LUnCh Board”.
Analisis Data Soal Selidik
Setelah semua borang soal selidik yang diisi oleh murid sebagai responden telah
dikumpulkan. Soal selidik akan dianalisis satu persatu dan menghasilkan graf
kekerapan mengikut soalan dan skala yang ditetapkan. Hasil analisis borang soal
selidik ini menunjukkan maklum balas murid terhadap penggunaan LUnCh Board
untuk meningkatkan penukaran unit ukuran panjang.
104
DAPATAN KAJIAN
Instrumen Ujian Pra Dan Pasca
Perbandingan Skor Peserta Kajian
bagi Ujian Pra dan Pasca
120
100
100 90 90 90
80
80 70
60
60
40
20
0
Peserta 1 Peserta 2 Peserta 3 Peserta 4 Peserta 5 Peserta 6 Peserta 7
Ujian Pra Ujian Pasca
Rajah 3 : Perbandingan Skor Peserta Kajian bagi Ujian Pra dan Pasca
Rajah 3 di atas menunjukkan perbandingan skor peserta kajian antara ujian pra dan
pasca dalam bentuk graf bar. Dapat diihat daripada rajah bahawa terdapat
peningkatan prestasi peserta skor kajian dalam ujian pra berbanding ujian pasca.
Ujian Pra Ujian Pasca
N Min Sisihan Min Sisihan Beza Min
Piawai Piawai
7 58.57 22.32 82.86 12.78 24.29
Jadual 3 : Perbandingan Skor Min Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca
Jadual 3 menunjukkan hasil analisis perbandingan skor min markah ujian
pra dan pasca bagi menguji keberkesanan penggunaan bahan intervensi LUnCh
Board bagi meningkatkan kemahiran penukaran unit ukuran panjang untuk subjek
Matematik tahun 4. Hasil daripada analisis menunjukkan skor min dan sisihan
piawai ujian pra ialah 58.57 dan 22.32 manakala skor min dan sisihan piawai ujian
pasca selepas menggunakan LUnCh Board ialah 82.86 dan 12.78. Keputusan ini
menunjukkan peningkatan dari segi pencapaian dengan perbezaan skor minnya
24.29. Berdasarkan analisis daripada rajah di atas, dapat disimpulkan bahawa
peserta kajian telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran penukaran unit
ukuran panjang.
105
Instrumen Soal Selidik
Dalam bahagian ini, pengkaji telah menyediakan 10 soalan untuk dijawab oleh
peserta kajian berkenaan penggunaan bahan intervensi “LUnCh Board” untuk
meningkatkan kemahiran penukaran unit ukuran panjang dalam kalangan murid
tahun 4. Dapatan soal selidik dapat dirumuskan seperti mana yang terdapat dalam
Jadual 4 di bawah.
Bil Item Skala Min Persepsi
12 3 4
1. LUnCh Board - - 71.43% 28.57% 3.29 Positif
membantu murid (5) (2)
memahami
konsep
penukaran unit
dalam topik
Panjang.
2. LUnCh Board - - 85.71% 14.29% 3.14 Positif
membantu murid (6) (1)
menukar unit
ukuran panjang
dengan baik.
3. LUnCh Board - - 71.43% 28.57% 3.29 Positif
mudah digunakan (5) (2)
oleh murid
4. LUnCh Board - - 71.43% 28.57% 3.29 Positif
menarik minat (5) (2)
saya untuk
terlibat aktif
dalam pengajaran
guru.
5. LUnCh Board - - 85.71% 14.29% 3.14 Positif
menjimatkan (6) (1)
masa menjawab
soalan.
6. LUnCh Board - 14.29% 57.14% 28.57% 3.14 Positif
menerapkan (1) (4) (2)
kaedah
pengajaran dan
pembelajaran
abad ke-21.
7. LUnCh Board - - 71.43% 28.57% 3.29 Positif
sesuai digunakan (5) (2)
untuk murid
sekolah rendah.
8. Saya berasa - - 85.71% 14.29% 3.14 Positif
seronok (6) (1)
106
menggunakan - - 57.14% 42.86% 3.43 Positif
LUnCh Board. (4) (3)
9. Saya ingin
mencuba
menggunakan
LUnCh Board
lagi.
Jadual 4 : Maklum balas persepsi peserta kajian berkenaan penggunaan bahan
intervensi LUnCh Board untuk meningkatkan kemahiran penukaran unit ukuran
panjang.
Secara keseluruhannya, hasil analisis maklum balas persepsi peserta
kajian berkenaan penggunaan bahan intervensi LUnCh Board untuk meningkatkan
kemahiran penukaran unit ukuran panjang, didapati bahawa majoriti peserta kajian
memberikan jawapan yang positif.
PERBANDINGAN TINGKAH LAKU PESERTA
KAJIAN SEBELUM DAN SELEPAS MENGGUNAKAN
LUNCH BOARD
PERATUS (%) 100 85.71 85.71
14.29
42.86 42.86
1
2 3
ASPEK YANG DINILAI
SEBELUM SELEPAS
Rajah 4 : Perbandingan Tingkah Laku Peserta Kajian Sebelum dan Selepas
Menggunakan LUnCh Board
Rajah 4 merupakan sebuah graf palang yang telah dibina untuk
menunjukkan perbandingan tingkah laku peserta kajian sebelum dan
selepas menggunakan bahan intervensi LUnCh Board. Rajah ini telah
menunjukkan peningkatan positif peserta kajian dari segi tingkah laku
semasa sesi pengajaran dan pemudahcaraan apabila menggunakan LUnCh
Board untuk menukar unit ukuran panjang dalam kalangan murid tahun 4.
107
REFLEKSI
Berdasarkan hasil kajian, antara masalah yang dihadapi oleh peserta kajian dalam
kemahiran penukaran unit ukuran panjang ialah peserta kajian tidak menguasai
dengan baik kaedah lazim untuk membuat penukaran unit ukuran panjang. Selain
itu, penguasaan peserta kajian terhadap kemahiran operasi asas bahagi dan darab
yang lemah menjadi antara faktor mereka mempunyai masalah untuk menjawab
soalan berkaitan kemahiran penukaran unit ukuran panjang. Tambahan pula,
terdapat peserta kajian yang tidak menguasai konsep perpuluhan dalam unit
ukuran dengan baik. Apabila bahan intervensi LUnCh Board diaplikasikan, terdapat
peningkatan prestasi peserta kajian dalam menjawab soalan berkaitan kemahiran
penukaran unit ukuran panjang.
Pengkaji telah mengenalpasti beberapa kelemahan untuk diperbaiki pada
masa akan datang. Antara kelemahannya ialah medium penghantaran jawapan
untuk ujian pra dan pasca sedikit susah untuk digunakan menyebabkan peserta
kajian tersilap hantar gambar jawapan yang dikehendaki. Pengkaji perlu
memikirkan medium yang lebih sesuai dan mesra pengguna buat peserta kajian
agar tiada kesilapan teknikal kurang berlaku. Selain itu, pengkaji perlu
menerangkan cara penggunaan bahan intervensi LUnCh Board dengan lebih
mendalam kepada peserta kajian. Tempoh masa penerangan dan latihan untuk
peserta kajian juga mungkin perlu ditambah supaya kefahaman peserta kajian
tentang penggunaan bahan intervensi LUnCh Board yang betul dapat dicapai.
Tambahan pula, pengkaji perlu memberikan arahan yang jelas kepada peserta
kajian tentang cara menulis jawapan untuk ujian pra dan pasca supaya dapat
memudahkan pengkaji menyemak hasil kerja murid.
Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini berjaya menjawab kesemua
soalan kajian dan mencapai objektif kajian utama yang ditetapkan iaitu bagi
meningkatkan kemahiran penukaran unit ukuran panjang dalam kalangan murid
tahun 4 di SK Kuala Kubu Bharu Dua menggunakan bahan intervensi LUnCh
Board.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, pengkaji berhasrat agar kajian ini dapat
diperluaskan lagi kepada lebih ramai peserta kajian di sekolah yang lain yang
berbeza budaya agar dapatan kajian dapat dikukuhkan. Selain itu, kelemahan dan
kekuatan LUnCh Board dapat ditambahbaik apabila maklum balas peserta kajian
lebih ramai dan meluas dari segi perbezaan persekitaran pembelajaran.
Mengambil kira dapatan kajian yang telah dilakukan menunjukkan
keberhasilan penggunaan LUnCh Board dalam membantu peningkatan kemahiran
unit ukuran panjang murid tahun 4, pengkaji mencadangkan agar bahan intervensi
LUnCh Board ini diubahsuai supaya dapat digunakan oleh murid di tahun yang lain
bagi penukaran unit ukuran panjang selain topik di tahun 4 bagi subjek Matematik.
Di samping itu, penukaran unit ukuran jisim juga boleh mengaplikasikan
pelaksanaan LUnCh Board dengan menjadikan ruang unit ukuran di LUnCh Board
itu sebagai pemboleh ubah yang mudah ditukar ganti agar penggunaannya lebih
meluas.
108
Melalui kajian yang telah dilaksanakan ini, pengkaji mencadangkan untuk
menambahbaik lagi bahan intervensi LUnCh Board bukan sahaja untuk digunakan
secara fizikal bersemuka tetapi juga dapat digunakan secara digital dengan baik
bagi mengikuti arus kemodenan teknologi yang semakin pesat digunakan dalam
bidang pendidikan. Semoga dengan pengaplikasian bahan intervensi LUnCh Board
ini dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran murid dalam subjek Matematik
khususnya dan menarik minat murid untuk belajar secara amnya.
RUJUKAN
Ahmad Muslim Dolhan, Siti Mistima Maat (2016). Penggunaan “Kaedah Jari” dalam
Kemahiran Penukaran Unit Ukuran Panjang Melibatkan Nombor Pecahan Kepada
Nombor Bulat. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
https://sted18.files.wordpress.com/2016/12/4-2-ahmad-muslim dolhan-siti-mistima-
maat.pdf
Bahagian Perkembangan Kurikulum (2018). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
Kuala Lumpur:Kementerian Pelajaran Malaysia.
Baharudin Omar, Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat (2002). Faktor
Kecemerlangan dan Kemunduran Pelajar di Sekolah Menengah dalam Matematik:
Satu Tinjauan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Datu Abdul Wahid, & Hu, L. N. (2014). Menggunakan Kaedah 'Kotak' untuk Membantu
Meningkatkan Kemahiran Menukar Unit Ukuran Panjang. Seminar Penyelidikan
Tindakan PISMP (ms. 45 - 58). IPG Kampus Sarawak.
Dewey J. (1933). How We Think, New York: Heath.
Harun Abu Bakar (2018). Elas: Edugames. Kuala Lumpur: Elas Training & Consultancy.
Ja’apar, Faizah. (2017). Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P) Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Daerah Pontian. Masters thesis,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur.
Khalid Johari. (2003). Penyelidikan dan Pendidikan: Konsep dan Prosedur. Selangor:
Prentice Hall.
Khoo Chwee Hoon, Lay Yoon Fah (2015). Keberkesanan KiCUP dalam Penukaran Unit
Panjang dalam KelasPemulihan Matematik. Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015.
http://ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/10.pdf
Lee K. C., Zakri Abdullah & Chua L. N. (2018). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Shah Alam,
Oxford Fajar.
Lewin K. (1951). Field theory in social science, New York: Harper & Brothers.
Mohd Khairul Ikhwan Zumat. (2016). Meningkatkan Kemahiran Menyebut dan Membaca
Perkataan Bahasa Arab Tahun Lima Menggunakan Teknik Permainan Mumtaz.
(Kajian Tindakan, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah).
109
Nor Asmah, B. (2015). Penggunaan Kaedah "Ri - Ra" Dalam Topik Penukaran Unit Ukuran
Panjang Bagi Murid Tahun 5. Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan PPG 2015,
(ms. 122 - 133).
Nurul Huda Ngasiman,. (2014). Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif Terhadap
Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Matematik. Kota Bharu : Institut
Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.
Rosinah Edinin (2015). Penyelidikan Tindakan : Kaedah & Penulisan.Selangor: Pelangi
Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Rosmawati Musa (2010). Pengesahan dan Penggunaan Ujian Matematik Tahun Empat
Sekolah Rendah : Analisis Rasch (Doctoral Dissertation, Universiti Sains Malaysia).
110
PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) OLEH GURU
PRAPERKHIDMATAN MATEMATIK DALAM PELAKSANAAN PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)
Norasyikin binti Mohd Zamuri, Dr. Ng Lee Fong
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah.
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi guru praperkhidmatan
matematik terhadap penggunaan BBM serta cabaran dan masalah yang dihadapi
dalam penggunaan BBM bagi pelaksanaan PdPR. Kajian ini juga bertujuan untuk
mengenal pasti perbezaan tahap penggunaan BBM oleh guru praperkhidmatan
matematik berdasarkan lokasi sekolah serta hubungan dan pengaruh antara
persepsi serta cabaran dan masalah dalam penggunaan BBM terhadap tahap
penggunaan BBM oleh guru praperkhidmatan matematik dalam pelaksanaan
PdPR. Responden kajian ini terdiri daripada 173 guru praperkhidmatan matematik
yang telah menjalani latihan mengajar secara PdPR dari tiga buah kampus Institut
Pendidikan Guru (IPG). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan
kerja pentafsiran kuantitatif daripada instrumen soal selidik. Segala data yang
diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science
(SPSS) versi 26 untuk mendapatkan data deskriptif dan data inferensi. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa persepsi penggunaan BBM dalam kalangan guru
praperkhidmatan matamatik adalah tinggi (min=3.75, SD=0.473) manakala cabaran
dan masalah yang dihadapi oleh guru praperkhidmatan matematik dalam
penggunaan BBM berada pada tahap sederhana (min=3.35, SD=0.731). Selain itu,
terdapat perbezaan tahap penggunaan BBM dalam kalangan guru praperkhidmatan
matematik berdasarkan lokasi sekolah (p<0.05). Dapatan kajian ini juga
menunjukkan persepsi mempunyai hubungan yang positif (r=0.41, p<0.01)
manakala cabaran dan masalah dalam penggunaan BBM tidak mempunyai
hubungan (r=-0.07, p>0.01) terhadap tahap penggunaan BBM. Kesimpulan
daripada kajian mengambarkan bahawa penggunaan BBM adalah penting bagi
guru praperkhidmatan matematik untuk membantu mereka dalam pelaksanaan
PdPR.
Kata kunci: bahan bantu mengajar, tahap penggunaan, persepsi, cabaran dan
masalah
PENGENALAN
Sejak pandemik COVID-19 melanda, dunia pengajaran dan pembelajaran (PdP)
telah berubah hampir keseluruhannya di mana guru dan murid perlu menggunakan
kaedah PdP yang berbeza (Irma, Ugartini & Intan Nur Syuhada, 2021). Kekangan
situasi pandemik ini menyebabkan sesi PdP yang normal berubah kepada
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Keadaan ini
mewujudkan satu paradigma baharu dalam pelaksanaan PdPR yang memerlukan
perubahan serta pendekatan yang boleh diterima oleh semua pihak khususnya
guru dan murid. PdPR adalah kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
111
yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak bulan Mac 2020 yang memerlukan para
guru meneruskan pengajaran dan tuntutan silibus yang perlu diselesaikan. Turut
terkesan sama adalah para guru praperkhidmatan dalam mendepani cabaran
pelaksanaan PdPR apabila menjalani latihan mengajar secara atas talian susulan
daripada PKP yang berlarutan hingga ke tahun 2021.
Pelaksanaan PdPR memerlukan guru menjadi lebih kreatif untuk
menjalankan proses PdP. Dalam perkara ini, objektif pengajaran yang ingin dicapai
amat mementingkan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) bagi setiap
rancangan pengajaran (Abdul Halim Masnan & Nor Mashitah Mohd Radzi, 2015).
Namun begitu, tahap penggunaan BBM yang efektif masih belum dilaksanakan
secara maksimum dalam kalangan guru (Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias,
Ab Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah, 2011). Penggunaan BBM yang
berkesan tidak wujud dengan sendirinya melainkan dengan usaha guru untuk
menggunakan pelbagai sumber ketika menghasilkan BBM. Perkara ini wajar
diterapkan dengan lebih awal dalam diri seorang bakal guru ketika mereka masih
menjalani latihan mengajar lagi. Sehubungan itu, kajian ini menjurus kepada
tinjauan terhadap tahap penggunaan BBM, persepsi terhadap penggunaan BBM
serta cabaran dan masalah yang dihadapi oleh guru praperkhidmatan matematik
dalam penggunaan BBM bagi pelaksanaan PdPR. Dapatan kajian ini dijangka
berguna untuk rujukan guru, bakal guru dan juga warga pendidik dalam usaha
memberikan yang terbaik untuk proses PdP sama ada secara atas talian atau
secara bersemuka di sekolah.
PERNYATAAN MASALAH
PdPR merupakan kaedah pembelajaran dari rumah dan bukannya di sekolah
ataupun di kampus (Li Mingyong, An Ziye & Ren Miaomiao, 2020). Norma baharu
pendidikan ini memerlukan warga pendidik berubah sepenuhnya dari kaedah
pengajaran tradisional kepada kaedah pengajaran dalam talian. Menurut Fenny,
Kee, Khoo dan Lee (2021), kaedah pengajaran dengan penggunaan BBM yang
biasa dijalankan oleh guru di sekolah terpaksa diubah atau disesuaikan mengikut
fungsi aplikasi dalam talian yang dikendalikan. Namun begitu, dapatan kajian Siti
Nurbaizura dan Nurfaradila (2020) mendapati bahawa para guru kurang
pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan PdPR serta tidak mahir dalam
penggunaan BBM di platform pendidikan atas talian.
Dari sudut lain, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
menekankan kepelbagaian kaedah pengajaran serta mengutamakan penggunaan
BBM untuk menjadikan proses PdP lebih berkesan. Namun demikian, masih
terdapat dalam kalangan guru yang tidak berminat dengan penggunaan BBM
(Zakaria Omar, 2014). Tambahan pula, Mohd Musa (2011) mendapati bahawa rata-
rata guru tidak dapat menggunakan BBM disebabkan kekurangan sumber dalam
mendapatkan bahan, kekurangan masa, beban mengajar yang tinggi dan tidak
mahir membina bahan. Md Zuki (2015) pula menyatakan masalah yang sering
dihadapi oleh guru praperkhidmatan ialah kurang mahir menguruskan kepelbagaian
kaedah PdP serta penggunaan BBM secara berkesan. Senario ini amat
membimbangkan apabila proses PdP yang dijalankan oleh guru praperkhidmatan
tidak dapat menarik minat murid terutamanya ketika proses PdP secara atas talian.
112
Di Institut Pendidikan Guru (IPG), guru praperkhidmatan khususnya
matematik telah didedahkan dengan pelbagai kaedah pengajaran berpusatkan
murid, penggunaan sumber PdP dan BBM dengan berkesan. Mereka juga
mempelajari cara untuk memilih BBM yang sesuai bagi mencapai objektif
pembelajaran. Sehubungan itu, satu kajian berkaitan penggunaan BBM oleh guru
praperkhidmatan matematik dalam pelaksanaan PdPR dijalankan berdasarkan isu
yang telah dikenalpasti. Guru praperkhidmatan matematik menjadi fokus kajian
kerana mereka merupakan orang penting dalam dunia pendidikan pada masa akan
datang. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk memupuk penggunaan BBM dalam
kalangan guru praperkhidmatan kerana aplikasi dari peringkat awal menjadikan
guru yang lebih profesional dan kompeten pada masa akan datang.
OBJEKTIF KAJIAN
Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk:
i. Mengenal pasti persepsi guru praperkhidmatan matematik terhadap
penggunaan BBM.
ii. Mengenal pasti cabaran dan masalah yang dihadapi oleh guru
praperkhidmatan matematik dalam penggunaan BBM bagi pelaksanaan
PdPR.
iii. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan signifikan tahap penggunaan
BBM oleh guru praperkhidmatan matematik dalam pelaksanaan PdPR
berdasarkan lokasi sekolah.
iv. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara
persepsi penggunaan BBM dengan tahap penggunaan BBM oleh guru
praperkhidmatan matematik dalam pelaksanaan PdPR.
SOALAN KAJIAN
Soalan kajian yang diketengahkan dalam kajian ini adalah:
i. Apakah persepsi guru praperkhidmatan matematik terhadap penggunaan
BBM?
ii. Apakah cabaran dan masalah yang dihadapi oleh guru praperkhidmatan
matematik dalam penggunaan BBM bagi pelaksanaan PdPR?
iii. Adakah terdapat perbezaan signifikan tahap penggunaan BBM oleh guru
praperkhidmatan matematik dalam pelaksanaan PdPR berdasarkan lokasi
sekolah?
iv. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi penggunaan
BBM dengan tahap penggunaan BBM oleh guru praperkhidmatan
matematik dalam pelaksanaan PdPR?
METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan berbentuk deskriptif dan inferensi
dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Instrumen soal selidik digunakan
dalam kajian ini untuk mengumpul data yang diperlukan bagi menjawab soalan
kajian.
113
Persampelan
Populasi kajian ini terdiri daripada guru praperkhidmatan matematik bagi Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2018 dan Ambilan Jun 2019
yang telah menjalani latihan mengajar secara PdPR bagi semester satu sesi
2021/2022. Terdapat 299 guru praperkhidmatan matematik bagi PISMP Ambilan
Jun 2018 dan Ambilan Jun 2019 dari tiga buah IPG iaitu IPG Kampus Kent, IPG
Kampus Teknik dan IPG Kampus Pulau Pinang. Sampel kajian dipilih
menggunakan kaedah persampelan bertujuan dan saiz sampel ditentukan dengan
merujuk jadual penentuan saiz sampel Kerjcie dan Morgan (1970). Menurut Kerjcie
dan Morgan’s (1970), jumlah minimum bagi populasi seramai 299 orang adalah 169
orang. Berdasarkan kajian yang dijalankan, seramai 173 guru praperkhidmatan
matematik telah dipilih sebagai sampel kajian bagi mewakili populasi kajian.
Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen soal selidik untuk memperoleh
data kerana instrumen jenis ini mudah ditadbir dan dianalisis (Chua, 2014). Soal
selidik untuk kajian ini telah diadaptasikan dengan merujuk soal selidik yang
digunakan dalam kajian Mohd Suhaimi, Shah dan Uzi (2017) serta Dinie Ruzaini
(2019). Seterusnya, soal selidik tersebut diubah suai mengikut keperluan objektif
kajian. Set soal selidik yang digunakan terbahagi kepada empat bahagian iaitu
Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. Taburan bilangan item soal
selidik mengikut bahagian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
Jadual 1: Taburan Bilangan Item Soal Selidik Mengikut Bahagian
Bahagian Perkara Bilangan Item
A Demografi responden 4
B Tahap penggunaan BBM 22
C Persepsi terhadap penggunaan BBM 9
Cabaran dan masalah dalam penggunaan
D BBM 7
Kesahan dan Kebolehpercayaan
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kesahan kandungan untuk menguji
kesahan instrumen soal selidik. Pengkaji telah merujuk pensyarah penyelia dari
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) dan pensyarah di Jabatan
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM) untuk menyemak dan
mengesahkan kandungan instrumen soal selidik. Kajian rintis pula dilaksanakan
untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen soal selidik. Seramai 30 guru
praperkhidmatan elektif matematik bagi PISMP Ambilan Jun 2018 dan Ambilan Jun
2019 dari tiga buah IPG dipilih untuk menjalankan kajian rintis. Hasil kajian rintis
yang telah dijalankan mendapati nilai pekali Alfa Cronbach bagi keseluruhan item
soal selidik ialah 0.885. Menurut Bond dan Fox (2007), nilai Alfa Cronbach yang
melebihi 0.8 dikategorikan sebagai item yang sangat baik dan efektif serta
mempunyai tahap konsistensi yang tinggi. Oleh itu, item-item soal selidik yang
digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan tiada item yang
digugurkan atau diperbaiki.
114
Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data untuk kajian ini adalah melalui satu set soal selidik yang
telah dibina oleh pengkaji berdasarkan bacaan literatur. Soal selidik ditadbir oleh
pengkaji di aplikasi Google Forms bagi memudahkan pengedaran soal selidik.
Pautan Google Forms yang lengkap dengan kesemua bahagian soal selidik
diedarkan kepada responden menerusi aplikasi Whatsapp dan Telegram. Masa
yang diperuntukkan untuk memperoleh kembali maklum balas soal selidik daripada
responden adalah selama seminggu.
Kaedah Penganalisisan Data
Data yang diperoleh daripada sampel kajian dikumpul dan dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26 bagi menjawab
enam soalan kajian. Analisis dapatan kajian dibahagikan kepada dua iaitu analisis
secara deskriptif dan analisis secara inferensi. Analisis statistik deskriptif untuk
mendapat frekuensi dan peratusan digunakan untuk menerangkan profil sampel
kajian. Analisis statistik deskriptif untuk mendapatkan nilai min dan sisihan piawai
pula digunakan bagi menjawab dua persoalan pertama dalam kajian iaitu aspek
persepsi serta cabaran dan masalah dalam penggunaan BBM. Tafsiran min yang
digunakan diadaptasi daripada interpretasi skor min oleh Riduwan (2012).
Bagi analisis statisitik inferensi, pengkaji menggunakan ujian-t tak
bersandar untuk mengenal pasti perbezaan tahap penggunaan BBM oleh guru
praperkhidmatan matematik berdasarkan lokasi sekolah. Ujian-t tak bersandar
ditentukan dengan melihat nilai aras signifikan sama ada signifikan (p ≤ 0.05) atau
tidak signifikan (p > 0.05). Ujian Korelasi Pearson pula digunakan untuk mengenal
pasti hubungan antara persepsi serta cabaran dan masalah dalam penggunaan
BBM dengan tahap penggunaan BBM dalam kalangan guru praperkhidmatan
matematik. Pengkelasan nilai korelasi yang digunakan adalah berdasarkan
pengkelasan yang dibina oleh Wiratna Sujawerni (2014).
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Profil Sampel Kajian
Jadual 2 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut lokasi sekolah
semasa menjalani latihan mengajar. Daripada jumlah 173 responden, seramai 94
orang bersamaan 54.3% telah menjalani latihan mengajar di kawasan bandar.
Sebanyak 45.7% (79 orang) pula telah menjalani latihan mengajar di kawasan luar
bandar.
Jadual 2: Taburan Bilangan Responden Mengikut Lokasi Sekolah Semasa Latihan
Mengajar
Lokasi Sekolah Bilangan Responden Peratusan (%)
Bandar 94 54.3
79 45.7
Luar Bandar 173 100.0
Jumlah
115
Persepsi Guru Praperkhidmatan Matematik Terhadap Penggunaan BBM
Jadual 3: Persepsi Guru Praperkhidmatan Matematik Terhadap Penggunaan BBM
Bil Item Soalan Sisihan Min Tahap
piawai 3.84 Tinggi
3.85 Tinggi
1 Penggunaan BBM adalah sangat penting 3.84 Tinggi
3.65 Tinggi
untuk meningkatkan kefahaman murid tentang .364 3.83 Tinggi
3.83 Tinggi
konsep matematik. 3.75 Tinggi
3.31 Sederhana
2 Penggunaan BBM adalah sangat penting 3.83 Tinggi
3.75 Tinggi
untuk meningkatkan minat dan motivasi murid .358
terhadap pembelajaran matematik.
3 Penggunaan BBM dapat meningkatkan
penglibatan murid dalam aktiviti PdPR yang .400
dilaksanakan.
4 Penggunaan BBM dalam proses pengajaran
dan pembelajaran adalah penting untuk aktiviti .587
peneguhan dan pemulihan.
5 Penggunaan BBM adalah sangat penting .409
untuk memupuk perasaan ingin tahu murid.
6 Penggunaan BBM adalah cara yang
menyeronokkan dan mudah untuk .390
memperkenalkan dan menggambarkan konsep
matematik.
7 Penggunaan BBM memberi kesan yang kuat .508
ke atas pembelajaran murid.
8 Penggunaan BBM tidak membuang masa .831
serta memperuntukkan masa yang pendek.
9 Penggunaan BBM memudahkan guru untuk
memberi penjelasan dan penerangan .409
berkaitan sesuatu tajuk.
Keseluruhan .473
Jadual 3 menunjukkan skor min bagi persepsi guru praperkhidmatan matematik
terhadap penggunaan BBM. Berdasarkan Jadual 3, didapati bahawa skor min yang
paling tinggi adalah item kedua dengan min sebanyak 3.85 (SD = 0.358). Dapatan
yang diperoleh menunjukkan bahawa majoriti responden sangat bersetuju bahawa
penggunaan BBM sangat penting untuk meningkatkan minat motivasi murid
terhadap pembelajaran matematik. Bagi skor min yang terendah ialah 3.31 (SD =
0.831) bagi item 8. Persepsi bagi item 8 berada pada tahap sederhana
menunjukkan bahawa terdapat beberapa pandangan yang berbeza dalam kalangan
guru praperkhidmatan matematik berkaitan penggunaan BBM yang tidak
membuang masa dan memperuntukkan masa yang pendek. Secara
keseluruhannya, didapati persepsi repsonden terhadap penggunaan BBM berada
pada tahap yang tinggi dengan min iaitu 3.75.
116
Cabaran dan Masalah oleh Guru Praperkhidmatan Matematik dalam
Penggunaan BBM
Jadual 4 menunjukkan skor min bagi cabaran dan masalah oleh guru
praperkhidmatan matematik dalam penggunaan BBM.
Jadual 4: Cabaran dan Masalah oleh Guru Praperkhidmatan Matematik dalam
Penggunaan BBM
Bil Item Soalan Sisihan Min Tahap
Paiwai
3.42 Sederhana
1 Guru tidak mempunyai masa yang .682 3.21 Sederhana
mencukupi untuk membina atau .789 3.01 Sederhana
menyediakan BBM. .892
3.69 Tinggi
2 Guru tidak dibekalkan dengan panduan .586 3.60 Tinggi
penggunaan BBM yang mencukupi. .680 3.25 Sederhana
.733 3.29 Sederhana
3 Tidak cukup bimbingan dan sokongan .755 3.35 Sederhana
daripada pentadbir sekolah serta guru .731
pembimbing.
4 Masalah rangkaian jalur lebar yang
menyukarkan guru dan murid mengakses
bahan.
5 Bebanan kerja terlalu banyak menyebabkan
guru tidak dapat menyediakan BBM.
6 Kurang pengalaman dan kepakaran untuk
menggunakan BBM
7 Kurang motivasi diri kerana murid tidak
menyertai sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan.
Keseluruhan
Berdasarkan Jadual 4, item keempat mencatatkan skor min tertinggi iaitu
3.69 (SD = 0.586). Hal ini menjelaskan bahawa cabaran dan masalah besar yang
dihadapi oleh responden dalam penggunaan BBM adalah masalah rangkaian jalur
lebar. Seterusnya, nilai skor min yang paling rendah adalah item ketiga dengan nilai
min sebanyak 3.01 (SD = 0.892). Dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa
ketiadaan bimbingan dan sokongan yang mencukupi daripada pentadbir sekolah
serta guru pembimbing bukanlah antara cabaran dan masalah besar dalam
penggunaan BBM. Secara keseluruhannya, cabaran dan masalah yang dihadapi
responden berada pada tahap sederhana dengan min 3.35.
117
Perbezaan Tahap Penggunaan BBM Berdasarkan Lokasi Sekolah
Jadual 5 menunjukkan analisis ujian-t bagi tahap penggunaan BBM berdasarkan
lokasi sekolah.
Jadual 5: Analisis Ujian-t Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berdasarkan
Lokasi Sekolah
Lokasi Sekolah N Mean Std. Deviation
94 85.19 12.141
Tahap Penggunaan Bandar
79 79.94 15.341
BBM Luar Bandar
t-test for Equality of Means
Sig. (2- Mean Std. Error
t Df tailed) Difference Difference
2.514
Tahap Penggunaan 171 .013 5.255 2.090
BBM
Berdasarkan Jadual 5, keputusan kajian mendapati bahawa skor min bagi
tahap penggunaan BBM bagi lokasi sekolah bandar ialah 85.19 lebih tinggi
berbanding skor min tahap penggunaan BBM bagi lokasi sekolah luar bandar iaitu
79.94. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min bagi tahap
penggunaan BBM berdasarkan lokasi sekolah ( 1 ≠ 2). Dapatan kajian daripada
Jadual 5 juga mendapati nilai signifikan tahap penggunaan BBM ialah p = 0.013.
Nilai tersebut berada pada aras signifikan (p < 0.05) iaitu kurang daripada 0.05.
Oleh itu, terdapat perbezaan signifikan tahap penggunaan BBM oleh guru
praperkhidmatan matematik dalam pelaksanaan PdPR berdasarkan lokasi sekolah.
Hubungan antara Persepsi Penggunaan BBM dengan Tahap Penggunaan
BBM
Jadual 6 menunjukkan output analisis korelasi hubungan antara persepsi
penggunaan BBM dengan tahap penggunaan BBM.
Jadual 6: Hubungan Antara Persepsi Penggunaan BBM dengan Tahap
Penggunaan BBM
Persepsi Penggunaan BBM Pearson Correlation Tahap Penggunaan
Sig. (2-tailed) BBM
.405**
N .000
173
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Berdasarkan Jadual 6, nilai korelasi adalah r = 0.41 menunjukkan bahawa
hubungan antara persepsi penggunaan BBM dengan tahap penggunaan BBM
adalah sederhana. Nilai signifikan bagi hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah
adalah p = 0.000. Nilai tersebut berada pada aras signifikan (p < 0.01) iaitu kurang
118
daripada 0.01. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara persepsi penggunaan BBM dengan tahap penggunaan BBM oleh
guru praperkhidmatan matematik dalam pelaksanaan PdPR pada tahap sederhana.
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Berdasarkan kepada dapatan kajian, guru praperkhidmatan matematik
menunjukkan persepsi yang positif terhadap penggunaan BBM dalam pelaksanaan
PdPR. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian Mohd Suhaimi, Shah dan Uzi (2017)
serta Siti Aminah dan Fazlinda (2018) yang menyatakan bahawa guru mempunyai
persepsi yang positif terhadap penggunaan BBM dalam proses PdP. Selain itu,
dapatan kajian ini menunjukkan bahawa cabaran dan masalah dalam penggunaan
BBM berada pada tahap sederhana. Dapatan ini disokong oleh Zakaria, Baskaran,
Malar, Abdul Malek, Chin dan Orhayakumaran (2020) yang menyatakan isu dan
cabaran yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan teknologi pendidikan bagi
keperluan pembelajaran berada di tahap sederhana. Hasil kajian ini juga
membuktikan bahawa lokasi sekolah menjadi faktor kepada tahap penggunaan
BBM oleh guru praperkhidmatan matematik di mana guru praperkhidmatan
matematik di sekolah bandar mempunyai tahap penggunaan BBM yang lebih tinggi
berbanding guru di sekolah luar bandar. Perkara ini selari dengan kajian Shahrin
Hashim dan Herdy Bailun (2017) yang menyatakan bahawa terdapat perbezaan
signifikan penggunaan BBM yang mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan lokasi sekolah. Di samping itu, dapatan kajian yang
diperoleh mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi
penggunaan BBM dengan tahap penggunaan BBM oleh guru praperkhidmatan
matematik. Kenyataan ini disokong oleh Siti Aminah dan Fazlinda (2018) yang
menyatakan persepsi guru yang positif terhadap penggunaan BBM mempengaruhi
tahap penggunaan BBM. Namun begitu, cabaran dan masalah penggunaan BBM
tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap penggunaan BBM.
Secara konklusinya, diharapkan dengan kajian yang dijalankan ini dapat
memberi manfaat kepada guru khususnya guru matematik dalam membuat
penambahbaikan kaedah PdP seterusnya meningkatkan keberkesanan
penggunaan BBM selaras dengan perubahan dalam dunia pendidikan yang
semakin pantas. Dapatan kajian ini juga penting kepada pihak sekolah dan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya lebih cakna dengan keperluan
guru berkaitan isu penggunaan BBM. Pihak sekolah dan KPM hendaklah
membantu guru menangani isu berkaitan penggunaan BBM dan memastikan
keperluan asas dalam membimbing guru ke arah pendidikan digital mencukupi.
Satu kajian lanjutan yang lebih mendalam diharapkan dapat dijalankan dengan
melibatkan guru matematik di Malaysia, membuat perbandingan tahap penggunaan
BBM di antara guru praperkhidmatan dengan guru dalam perkhidmatan dan
menggunakan pemboleh ubah tambahan seperti tahap kemahiran guru dalam
penggunaan BBM dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.
119
RUJUKAN
Irma Mahad, Ugartini Magesvaran & Intan Nur Syuhada Hamzah. (2021). Sikap dan motivasi
murid sekolah rendah terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dalam talian
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(1).
16-28.
Abdul Halim Masnan & Nor Mashitah Mohd Radzi. (2015). Pengetahuan persediaan
pengajaran guru prasekolah baru. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Kebangsaan, 4, 90-108.
Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah.
(2011). Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru
cemerlang Pendidikan Islam di sekolah menengah di Malaysia. Journal of Islamic
and Arabic Education, 3(1), 59-74.
Li, M., An, Z., & Ren, M. (2020). Student-centred webcast + home-based learning model and
investigation during the COVID-19 epidemic. Inteligencia Artificial, 23(66), 51-65.
Fenny, L.Y.F, Kee, G.F, Khoo, P.L., & Lee, H.S. (2021). Kaedah pengajaran dalam talian
guru Bahasa Melayu dan motivasi murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 11(1), 57-74.
Siti Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Pandangan guru terhadap
pembelajaran dalam talian melalui pendekatan Home Based Learning semasa
tempoh pandemik COVID 19. PENDETA: Journal of Malay Language,
Education and Literature, 11 (Edisi Khas), 46-57.
Zakaria Omar. (2014). Pendekatan konstruktif dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu di kolej vokasional (Tesis sarjana). Johor: Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia.
Mohd Musa Mahidi. (2011). Pembangunan bahan bantu mengajar berasaskan e-peta minda
bertajuk “The Reactivity Series Of Metals And Its Applications” untuk kimia tingkatan
lima (Tesis sarjana). Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Md Zuki Hashim. (2015, Jun). Masalah amalan pengajaran dalam kalangan guru pelatih
praktikum. Seminar Antarabangsa Penyelidikan Pendidikan, Universiti Islam Ar-
Raniery, Indonesia.
Krejcie, R. & Morgan, D. (1970). Determining sample size for research activities. Educational
and Psychological Measurement, 30, 607-610.
Chua, Y.P. (2014). Kaedah penyelidikan: Kaedah dan statistik penyelidikan (Edisi Ketiga).
Shah Alam: McGraw-Hill Education.
Mohd Suhaimi Omar, Noor Shah Saad & Mohd Uzi Dollah. (2017). Penggunaan bahan bantu
mengajar guru matematik sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik
Malaysia, 7(1), 32-46.
120
Dinie Ruzaini Mohd Zainudin. (2019). Tinjauan tahap penggunaan bahan bantu mengajar
dalam kalangan guru pelatih matematik. Tanjung Malim: Fakulti Sains dan
Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Bond, T. G., & Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch Model: Fundamental measurement in
the human sciences. (2nd Ed.). London: Mahwah, New Jersey.
Riduwan MBA. (2012). Skala pengukuran variabel-variabel: Penelitian. Indonesia: Alfabeta
Sdn. Bhd
V. Wiratna Sujawerni. (2014). Panduan penelitian kebidanan dengan SPSS.
http://ucs.sulsellib.net//index.php?p=show_detail&95172
Siti Aminah Sallehin & Fazlinda Ab Halim. (2018). Penggunaan alat bahan bantu mengajar
berasaskan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah
zon Benut. Online Journal for TVET Practitioners.
https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4814
Zakaria Saad, Baskaran Subramaniam, Malar Muthiah, Abdul Malek Yaakub, Chin, S.F. &
Othayakumaran Kandasamy. (2020, November). Kesediaan penggunaan Google
Meet sebagai platform pengajaran dan pembelajaran dalam talian bagi siswa
guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Proceedings of
International Conference on The Future of Education. Institute of Teacher Education
Tuanku Bainun, Pulau Pinang.
Shahrin Hashim & Herdy Bailun. (2017). Perbandingan faktor-faktor yang mempengaruhi
proses pengajaran dan pembelajaran antara sekolah di bandar dan luar bandar.
Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Faeez Ilias, Muhammad Faiz Ismail & Kamarul Azmi Jazmi. (2013). Faktor dorongan
dan halangan penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru Pendidikan Islam di
sekolah bestari. Persidangan Antarabangsa Pengajian Islam Kali ke-3, Kajang,
Selangor. Institut EPF, Malaysia. 943-953.
Siti Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan bahan
bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran j-QAF.
Journal of Islamic and Arabic Education, 2(2), 53-64.
121
PENGGUNAAN KAEDAH KoADTa DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN
KEMAHIRAN PENUKARAN UNIT MASA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4
Nur Izzah Zakiah Binti Majdi, Dr. Kok Boon Shiong
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Kaedah “KoADTa” merupakan suatu kajian tindakan yang dilakukan dalam proses
penukaran unit masa melibatkan abad, dekad dan tahun. Seramai lima orang
peserta kajian tahun Empat dipilih berdasarkan kepada persampelan bertujuan di
sebuah sekolah rendah di daerah Baling, Kedah terlibat dalam kajian ini. Peserta
kajian dipilih berdasarkan tinjauan awal bagi topik penukaran unit masa. Hasil
daripada tinjauan awal menunjukkan bahawa penguasaan murid mengenai
kefahaman dan kemahiran penukaran unit masa sangat lemah. Kajian tindakan ini
dilakukan untuk membantu murid meningkatkan penguasaan topik menukar unit
masa abad, dekad dan tahun menggunakan kaedah “KoADTa”. Dalam kajian ini,
kaedah pengumpulan data yang digunakan melalui kaedah instrumen pemerhatian
menggunakan senarai semak, ujian bertulis iaitu ujian pra–ujian pasca dan analisis
dokumen untuk menguji keberkesanan penggunaan kaedah “KoADTa” bagi
membantu murid meningkatkan penguasaan topik penukaran unit masa. Secara
keseluruhannya, kaedah “KoADTa” berjaya membantu murid tahun Empat dalam
meningkatkan penguasaan dan kemahiran menukar unit masa abad, dekad dan
tahun semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dilaksanakan.
Kata kunci: Penukaran unit masa, kaedah “KoADTa”, penguasaan, Pembelajaran
dan Pemudahcaraan (PdPc)
PENGENALAN
Mata pelajaran Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih pemikiran
murid supaya berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan. Menurut Amat Ujali Lan & Affero (2017) menyatakan bahawa
murid tidak meminati subjek matematik disebabkan oleh murid tidak memberikan
tumpuan terhadap pengajaran guru. Oleh itu, sebagai seorang guru haruslah
melaksanakan perancangan yang menarik serta pendekatan yang bersesuaian
dalam proses PdPc untuk menjadikan suasana pembelajaran yang menarik minat
dan tidak membosankan murid dalam bilik darjah. Hasil dapatan kajian Samsudin et
al., (2017) menyatakan bahawa pemilihan kaedah yang bersesuaian dalam subjek
matematik dapat membimbing murid untuk menarik minat dan perhatian terhadap
matematik antaranya penggunaan permainan interaktif.
Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) merupakan suatu komponen yang
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd Suhaimi Omar,
Noor Shah Saad & Mohd. Uzi Dollah (2017) penggunaan BBM yang bersesuaian
122
yang selari dengan topik, memberikan impak positif, iaitu meningkatkan semangat
murid semasa proses PdPc berlangsung. Dalam erti kata lain, murid yang pasif
yang tidak memberikan perhatian, ataupun murid yang tidak memahami konsep
dapat memberikan rangsangan kepada mereka untuk menggunakan bahan yang
disediakan oleh guru dan memberikan tumpuan perhatian untuk belajar semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pernyataan di atas disokong
dalam kajian Rabaah Abdullah, Wan Noorlizawati Wan Mat Ali, & Adnan Jusoh
(2021), penggunaan BBM memberikan kesan positif kepada dua pihak iaitu kepada
guru dan murid. Bagi guru, kaedah pengajaran akan menjadi konkrit serta mudah
difahami dan bagi murid membuat murid fokus kepada pengajaran. Sehubungan
dengan itu, alat sokongan yang digunakan memberi impak positif kepada kedua
pihak sekaligus dapat mencapai objektif pembelajaran yang disediakan.
Semasa praktikum fasa kedua, saya telah mengesan permasalahan yang berlaku
dalam kalangan murid tahun Empat berkenaan dengan proses penukaran unit
masa melibatkan abad, dekad dan tahun. Murid-murid tahun Empat menghadapi
kesukaran untuk mengingati konsep dan perkaitan bagi proses penukaran unit
masa. Justeru, kajian tindakan yang dilaksanakan ini adalah suatu usaha bagi
membantu dan mengatasi permasalahan yang berlaku oleh murid-murid tahun
Empat dalam melaksanakan proses penukaran unit masa melibatkan abad, dekad
dan tahun dengan memperkenalkan penggunaan kaedah KoADTa.
FOKUS KAJIAN
Semasa menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi topik penukaran
unit masa melibatkan abad, dekad dan tahun, saya mendapati bahawa segelintir
murid mempunyai masalah terhadap proses penukaran unit masa. Oleh itu, saya
cuba untuk menyelesaikan masalah ini ketika saya menjalani sesi praktikum.
Melalui pemerhatian terhadap latihan murid tahun Empat bagi kelas yang saya
mengajar, saya dapat mengenal pasti isu dan kesilapan yang dilakukan oleh murid
berkaitan dengan proses penukaran unit masa melibatkan abad, dekad dan tahun.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
1. Mengetahui kesilapan murid yang dilakukan dalam melaksanakan
penukaran unit masa melibatkan abad, dekad dan tahun.
2. Membantu meningkatkan penguasaan kemahiran penukaran unit masa
menggunakan kaedah KoADTa dalam kalangan murid tahun Empat.
3. Meningkatkan minat murid tahun Empat untuk melakukan penukaran unit
masa menggunakan kaedah KoADTa.
Soalan Kajian
1. Apakah kesilapan-kesilapan murid yang dilakukan dalam melaksanakan
penukaran unit masa melibatkan abad, dekad dan tahun?
2. Adakah kaedah KoADTa dapat membantu meningkatkan penguasaan
kemahiran murid dalam kalangan murid tahun Empat melakukan
penukaran unit masa?
123
3. Adakah kaedah KoADTa dapat membantu meningkatkan minat murid
dalam kalangan murid tahun Empat semasa melakukan penukaran unit
masa?
PESERTA KAJIAN
Kajian ini melibatkan seramai lima orang murid dalam kalangan murid tahun 4 iaitu
dua orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan yang bersekolah di sebuah
sekolah daerah Baling, Kedah. Kelima-lima peserta kajian berdasarkan kepada
pencapaian ujian diagnostik melalui hasil tinjauan awal dan mempunyai ciri-ciri
masalah yang sama iaitu masalah dalam melakukan penukaran unit masa.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Langkah-Langkah Tindakan
Model kajian tindakan yang digunakan dalam kajian ini ialah Model Kemmis dan
Mctaggart (1988) dalam melaksanakan kajian ini.
Jadual 1
Kitaran pelaksanaan kajian mengikut kitaran Model Kemmis dan McTaggart (1988)
LANGKAH AKTIVITI PELAKSANAAN
Perancangan i. Mengenalpasti isu dan masalah yang dihadapi oleh murid
ii. Data dikutip melalui kaedah pemerhatian dan analisis
dokumen (lembaran kerja/ujian)
iii. Merancang pelan tindakan bagi mengatasi masalah yang
dihadapi (objektif dan soalan kajian, peserta kajian,
penyediaan instrument, menghasilkan intervensi)
Tindakan i. Melaksanakan langkah tindakan berdasarkan perancngan
dalam intervensi iaitu penggunaan kaedah KoADTa
Pemerhatian i. Pemerhatian direkodkan (borang senarai semak) dan
analisis dokumen (ujian pra, ujian pasca)
ii. Gelung kedua dilaksanakan sekiranya gelung pertama tidak
berjaya dilaksanakan
Refleksi i. Refleksi dibuat berdasarkan dapatan kajian sepanjang
pelaksanaan tindakan
ii. Mengenalpasti kelemahan pada intervensi bagi
melaksanakan penambahbaikan pada masa akan datang
Kaedah Mengumpul Data
Terdapat tiga cara yang digunakan bagi mengumpul data kajian iaitu analisis
dokumen, pemerhatian dan ujian bertulis iaitu ujian pra-ujian pasca.
124
Analisis Dokumen
Saya telah melaksanakan instrumen analisis dokumen berdasarkan lembaran kerja
murid bagi mengenal pasti tahap penguasaan murid sama ada dalam keadaan baik
atau lemah dalam melaksanakan penukaran unit masa melibatkan abad, dekad dan
tahun. Dalam kajian ini, saya perlu menyemak dokumen-dokumen dalam dua fasa
iaitu fasa sebelum kajian dijalankan dan fasa selepas kajian dijalankan bagi melihat
perubahan yang berlaku ke atas prestasi peserta kajian.
Pemerhatian
Pemerhatian ke atas lima orang murid dilakukan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Kaedah pemerhatian yang digunakan ialah pemerhatian
berstruktur bagi melaksanakan instrumen pemerhatian ke atas murid. Pengkaji
telah melakukan borang senarai semak bagi proses pemerhatian terhadap aspek
tingkah laku murid dalam melaksanakan penukaran unit masa melibatkan abad,
dekad dan tahun.
Ujian Pra-Ujian Pasca
Ujian pra diberikan kepada murid sebelum tindakan atau kaedah KoADTa
diperkenalkan untuk mengesan tahap penguasaan kemahiran murid selepas saya
mengajar topik ini menggunakan kaedah bentuk lazim. Seterusnya, ujian pasca
diberikan kepada peserta selepas kaedah KoADTa diperkenalkan kepada peserta.
Setiap ujian menggunakan soalan yang sama dan mengandungi bilangan item
sebanyak lima soalan penukaran unit masa melibatkan abad, dekad dan tahun.
Kaedah Menganalisis Data
Data-data yang diperoleh akan dianalisis bagi memberikan dan membuktikan
dengan jelas terhadap isu yang hendak dikaji. Terdapat dua jenis analisis yang
digunakan bagi menganalisis data iaitu analisis kandungan dan analisis pola.
Analisis Kandungan
Analisis kandungan dokumen yang telah dilaksanakan oleh kelima-lima murid diberi
tumpuan dalam analisis dokumen dalam hasil kerja peserta kajian ujian pra dan
ujian pasca. Kandungan latihan dilakukan pada analisis data awal kajian dan akhir
kajian, iaitu saya melaksanakan analisis untuk mengenal pasti kesilapan-kesilapan
yang dilakukan oleh murid pada kedua-dua ujian bertulis yang dilaksanakan.
Analisis Pola
Analisis pola digunakan dalam ujian pra-ujian pasca serta borang senarai semak
pemerhatian bagi melihat peningkatan prestasi serta tingkah laku peserta kajian
semasa pengajaran dan pembelajaran dalam melakukan penukaran unit masa
melibatkan abad, dekad dan tahun. Analisis pola membantu saya menganalisis
jumlah kekerapan peningkatan prestasi terhadap murid selepas diperkenalkan
dengan kaedah KoADTa.
125
Kaedah Menyemak Data
Data kajian ini disemak melalui triangulasi sumber. Teknik ini melibatkan
penyemakan semula hasil kerja murid-murid menggunakan soalan berbeza
berkenaan dengan penukaran unit masa dengan mengaplikasikan kaedah
KoADTa. Saya juga memberikan soalan yang berbeza kepada murid untuk melihat
kefahaman dalam melakukan penukaran unit masa. Tujuannya adalah untuk
melihat kesahan dan kebolehpercayaan penggunaan kaedah KoADTa dalam
melakukan proses penukaran unit masa melibatkan abad, dekad dan tahun.
Rajah 1. Triangulasi sumber hasil kerja murid.
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
1. Apakah kesilapan-kesilapan murid yang dilakukan dalam
melaksanakan penukaran unit masa melibatkan abad, dekad dan
tahun?
Berikut merupakan pola kesilapan yang dapat dikenalpasti berdasarkan analisis
item ujian pra.
Jadual 2
Rumusan pola kesilapan murid dalam ujian pra
Jenis Kesilapan Hasil Kerja Peserta Kajian Peserta
Kajian
Peserta kajian tidak PK1,
PK2,
menulis jawapan dan PK3,
PK4,
meninggalkan kertas PK5
dengan kosong
126
Murid menulis PK1,
PK2,
berdasarkan nombor PK3
yang tertera pada soalan
yang dikehendaki
Jadual 2 menunjukkan rumusan pola kesilapan murid dalam ujian pra. Berdasarkan
Jadual 2, didapati terdapat dua pola kesilapan yang telah dilakukan oleh murid
semasa ujian pra iaitu kesilapan tidak menulis jawapan dan hanya menulis nombor
pada tempat jawapan.
2. Adakah kaedah KoADTa dapat membantu meningkatkan
penguasaan kemahiran murid dalam kalangan murid tahun Empat
melakukan penukaran unit masa?
Bagi menjawab persoalan kajian kedua ini, analisis data yang digunakan ialah
perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pasca, perbandingan data pemerhatian
terhadap peserta kajian sebelum dan selepas kajian diperkenalkan.
Jadual 3
Analisis Perbandingan Keputusan Ujian Pra dengan Ujian Pasca
Senarai Markah Ujian Pra Markah Ujian Pasca Peningkatan
Markah
Peserta Kajian (Peratus%) (Peratus%)
PK 1 2 (33.33%) 5 (83.33%) +3
PK 2 2 (33.33%) 6 (100.0%) +4
PK 3 2 (33.33%) 6 (100.0%) +4
PK 4 0 (0.0%) 5 (83.33%) +5
PK 5 0 (0.0%) 6 (100.0%) +5
Jadual 3 di atas menunjukkan perbandingan markah peserta kajian antara ujian pra
dan ujian pasca. Berdasarkan jadual, peningkatan markah yang sangat
memberangsangkan bagi setiap peserta kajian dapat diperhatikan. Terdapat dua
orang peserta kajian yang mendapat 0 markah semasa menjalani ujian pra iaitu
peserta kajian 4 dan peserta kajian 5. Berikutnya, terdapat tiga orang peserta kajian
yang mendapat 2 markah semasa menjalani ujian pra.
Berbeza dengan keputusan ujian pasca, berlaku peningkatan prestasi atau markah
yang cemerlang bagi keputusan ujian peserta kajian. Jika dirujuk pada jadual di
atas terdapat beberapa orang peserta kajian yang menunjukkan prestasi markah
yang cemerlang, iaitu memperoleh markah daripada 0 markah pada ujian pra
127
kepada 5 dan 6 markah pada ujian pasca. Terdapat beberapa orang peserta kajian
menunjukkan peningkatan prestasi markah yang cemerlang, iaitu dari 2 markah
pada ujian pra kepada 5 dan 6 markah pada ujian pasca, ini sudah memberikan
suatu perasaan yang menggembirakan dan teruja terhadap peningkatan
penguasaan peserta kajian dalam melakukan proses penukaran unit masa
melibatkan abad, dekad dan tahun menggunakan kaedah “KoADTa”.
Berikut, instrumen pemerhatian juga digunakan bagi menjawab persoalan kajian ini.
Saya melaksanakan pemerhatian awal dan pemerhatian akhir terhadap peserta
kajian bagi melihat penguasaan kemahiran murid dalam kalangan murid tahun
Empat melakukan penukaran unit masa menggunakan kaedah KoADTa. Jadual 4
di bawah menunjukkan perbandingan data analisis dokumen pemerhatian sebelum
dan selepas kajian dilaksanakan.
Jadual 4
Perbandingan Data Analisis Dokumen Pemerhatian Sebelum Dan Selepas Kajian
Bil Aspek Pemerhatian Sebelum Kaedah Selepas kaedah
“KoADTa” “KoADTa”
Y %T %Y %T %
1 Peserta kajian memberi respon 2 40 3 60 4 80 1 20
apabila guru bertanya %%%%
2 Peserta kajian dapat 0 0 5 10 5 10 0 0
menunjukkan jalan pengiraan % 0 0 %
semasa melakukan penukaran %%
unit masa
3 Peserta kajian dapat 0 0 5 10 5 10 0 0
menyelesaikan kesemua % 0 0 %
soalan penukaran unit masa %%
4 Peserta kajian memberi 0 0 5 10 3 60 2 40
tumpuan semasa menjawab % 0 %%
soalan penukaran unit masa %
Hasil dapatan pada Jadual 4 menunjukkan peningkatan sebanyak 40% untuk
peserta kajian memberi respon apabila guru bertanya. Manakala peningkatan
sebanyak 100% berlaku pada aspek pemerhatian peserta kajian dapat
menunjukkan jalan pengiraan semasa melakukan penukaran unit masa. Berlaku
peningkatan sebanyak 100% juga kepada item aspek pemerhatian tiga iaitu peserta
kajian dapat menyelesaikan kesemua soalan penukaran unit masa dan
peningkatan sebanyak 60% pada item aspek pemerhatian empat iaitu tumpuan
semasa menjawab soalan penukaran unit masa.
128
3. Adakah kaedah KoADTa dapat membantu meningkatkan minat
murid dalam kalangan murid tahun Empat semasa melakukan
penukaran unit masa?
Seterusnya bagi melihat keberkesanan “KoADTa” dalam membantu meningkatkan
minat dalam kalangan murid tahun Empat semasa melakukan penukaran unit masa
adalah berdasarkan kepada taburan kekerapan soalan yang telah dijawab di antara
ujian pra dan ujian pasca.
Rajah 2. Analisis Perbandingan Kekerapan Soalan yang Dijawab Semasa Ujian Pra
dengan Ujian Pasca
Berdasarkan Rajah 2 menunjukkan kekerapan bilangan soalan yang dijawab oleh
peserta kajian semasa menjalani ujian pasca dalam melakukan penukaran unit
masa menggunakan kaedah KoADTa. Semasa ujian pra dilaksanakan, terdapat
dua orang peserta kajian yang tidak menjawab soalan manakala tiga orang lagi
peserta kajian hanya menjawab dua soalan daripada enam soalan. Berlaku
peningkatan bilangan soalan yang telah dijawab semasa ujian pasca oleh kesemua
peserta kajian iaitu kesemua peserta kajian menjawab keenam-enam soalan yang
diberikan. Di dalam kajian Gusniwati (2015), minat yang tinggi, menjadikan murid
dapat memberikan perhatian sehingga dapat memiliki prestasi yang tinggi.
REFLEKSI
Hasil dapatan kajian telah membuktikan bahawa kaedah KoADTa berjaya
membantu murid untuk menguasai kemahiran penukaran unit masa melibatkan
abad, dekad dan tahun. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan satu kaedah
yang dinamakan bahan bantu mengajar sebagai bahan maujud untuk memastikan
murid di dalam bilik darjah terlibat aktif mengikuti sesi pembelajaran. Hasilnya
pelaksanaan kajian ini menunjukkan beberapa impak terhadap murid, guru dan
mata pelajaran Matematik.
129
Impak terhadap murid ialah dengan adanya penggunaan bahan KoADTa
membantu murid lebih aktif dan cepat memberikan respon kepada setiap persoalan
semasa guru mengajar. Murid juga lebih seronok dan bersungguh-sunguh semasa
pembelajaran di bilik darjah dijalankan.
Kemudian, impak terhadap amalan pengajaran guru ialah penggunaan bahan
KoADTa telah memberikan impak yang positif kepada amalan pengajaran guru
berjaya meningkatkan motivasi murid terlibat aktif semasa pelaksanaan PdPc di
dalam bilik darjah.
Akhir sekali, impak terhadap mata pelajaran Matematik ialah murid lebih berminat
dengan penggunaan bahan bantu mengajar mempelbagaikan kaedah pengajaran
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Pengkaji mencadangkan agar pengkaji seterusnya boleh memfokuskan kepada
komunikasi berkesan antara guru dan murid semasa di dalam bilik darjah di
samping amalan menambah baik kawalan kelas dengan aktiviti PAK-21 sebagai
contoh menjalankan aktiviti kolaboratif dalam bilik darjah. Hal ini bertujuan untuk
meningkatkan motivasi murid untuk belajar dengan menyeronokkan dan menarik.
Seterusnya, pengkaji mencadangkan bahawa bahan KoADTA ini juga
diintegrasikan dalam bentuk digital supaya dapat diakses secara dalam talian.
Sebagai contoh penggunaan aplikasi Google Jamboard bagi penggunaan bahan
bantu mengajar yang bersifat interaktif. Perkongsian di antara guru sekolah rendah
dan guru pelatih terhadap penggunaan bahan KoADTa agar guru dapat merancang
PdPc menjadi lebih menarik dan meningkatkan motivasi murid untuk mengikuti sesi
pembelajaran di bilik darjah.
130
RUJUKAN
Lan, Amat & Affero, Ismail. (2016). Minat Pelajar dalam Subjek Matematik Sekolah Rendah
Daerah Pontian. Seminar Pendidikan Johor 2016: Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia.
https://www.researchgate.net/publication/313565119_Minat_Pelajar_dalam_Subjek
_Matematik_Sekolah_Rendah_Daerah_Pontian
Samsudin, N., Wan Mohd Rosly, W. N., Mohaamad Japeri, A. Z. U.-S., Shakirah Mohd, A.
R., & Syed Abdullah, S. S. (2017). Keberkesanan Permainan Interaktif dalam
Mengatasi Masalah Kebimbangan terhadap Matapelajaran Matematik di
kalangan Pelajar. International Academic Research Journal of Social
Science, 3(1), 202–207. http://www.iarjournal.com/wp-
content/uploads/IARJSS2017_1_202-207.pdf
Omar, M. S., Saad, N. S., & Dollah, M. U. (2017). Penggunaan bahan bantu mengajar guru
matematik sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 7(1),
32–46. https://doi.org/10.37134/jsspj.vol7.no1.3.201
Rabaah Abdullah, Wan Noorlizawati Wan Mat Ali, & Adnan Jusoh. (2021). Penggunaan
Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Subjek Tema “Penjajahan di Asia Tenggara pada
Abad ke-19.” Perspektif: Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 13(1), 1–13.
https://doi.org/10.37134/perspektif.vol13.1.1.2021
Gusniwati, M. (2015), Pengaruh Kecerdasan Emosional Dan Minat Belajar Terhadap
Penguasaan Konsep Matematika Siswa Sman Di Kecamatan Kebon Jeruk,
Jurnal Formatif 5(1): 26-41. http://dx.doi.org/10.30998/formatif.v5i1.165
131
INTEGRASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TERHADAP PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN
GURU PRAPERKHIDMATAN MATEMATIK
Nur Izzati binti Roslah, Dr. Khoo Chwee Hoon
Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM)
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penggunaan, kemahiran dan
keyakinan guru terhadap integrasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kalangan guru
praperkhidmatan Matematik. Kajian kes berbentuk tinjauan ini melibatkan 124
responden guru praperkhidmatan Matematik daripada tiga buah institut pendidikan
guru. Sampel kajian ini ditentukan berdasarkan persampelan bertujuan. Data yang
dikumpul melalui soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian ‘Statistical
Package of Social Sciences’ (SPSS) versi 21.0. Analisis dibuat secara kaedah
statistik deskriptif iaitu dalam bentuk min dan sisihan piawai manakala statistik
inferensi dalam bentuk ujian Korelasi Pearson dan ujian-t tak bersandar. Hasil
daripada kajian ini menunjukkan bahawa tahap penggunaan TMK dalam kalangan
guru-guru Matematik berada pada tahap sederhana dengan min 3.151 (SP =
0.832). Namun mereka mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dalam
penggunaan TMK dengan nilai min 3.51 (SP = 0.643) dan bersikap positif serta
berkeyakinan tinggi dalam mengaplikasikan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran dengan nilai min 3.63 (SP = 0.581). Selain itu, dapatan menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap penggunaan TMK oleh guru
praperkhidmatan Matematik dalam PdP berdasarkan lokasi sekolah dengan nilai p
adalah 0.00 (p < 0.05). Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa perlunya
usaha yang berterusan untuk menggalakkan amalan pengintegrasian TMK dalam
kalangan guru praperkhidmatan Matematik agar mereka mengamalkan strategi
pengajaran yang lebih efisien dan dinamik.
Kata kunci: tahap penggunaan, kemahiran, keyakinan, teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK)
PENGENALAN
Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah
menguasai global dengan sangat berleluasa dan telah menjadi suatu keperluan
penting bagi manusia untuk menjalani kehidupan seharian yang banyak bergantung
kepada teknologi. Begitu juga dengan sistem pendidikan di Malaysia, teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) semakin digunakan secara meluas dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada abad ke-21. Dalam konteks pendidikan
di Malaysia, inisiatif bagi melahirkan guru berkualiti telah banyak dilakukan. Melalui
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), anjakan ke-7 transformasi
pendidikan negara adalah untuk memanfaatkan TMK dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan. Ianya bertujuan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran negara
kita, khususnya pembelajaran mata pelajaran kritikal seperti Matematik. Individu
yang berupaya menguasai kemahiran pembelajaran abad ke-21 seperti kemahiran
132
menggunakan teknologi, berkolaborasi dan berfikir secara kreatif adalah individu
yang bakal berjaya di dalam bidang kerjaya yang sebenar. Jadi, ia turut bertindak
sebagai platform KPM untuk menghasilkan tenaga kerja yang celik teknologi,
berfikir secara kritis, bersedia untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam
ekonomi global abad ke-21 (Ghavifekr & Mohammed Sani, 2015). Maka, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan 2017 telah menekankan kepentingan
golongan pendidik untuk menerapkan penggunaan TMK dalam aktiviti PdP.
Pengintegrasian TMK dalam PdP boleh menjadikan persekitaran
pembelajaran di sekolah lebih canggih, futuristik dan sesuai dengan era teknologi
maklumat (Syed Ismail & Ahmad Subkhi, 2010). Pengajaran dan pembelajaran
menggunakan teknologi juga membolehkan sesi pembelajaran menjadi lancar,
menjimatkan masa, tenaga serta sumber-sumber kewangan (Khadijah Abdul
Razak, Tengku Norhayati Tengku Othman, Mohd Isa Hamzah & Hafizhah Zulkifli,
2014). Para pendidik perlu mengintegrasikan TMK dalam PdP agar pengajaran
guru menjadi lebih menarik dan berkesan (Safuan & Fong, 2003), memudahkan
pelajar memahami konsep (Rozhan, 2009), meningkatkan kualiti persekitaran
pembelajaran (Lever Duffy, Jean McDonald & P. Mizel, 2003) dan meningkatkan
pencapaian pelajar (Soon, 2003). Sehubungan dengan itu, guru perlu mempunyai
pengetahuan dan kemahiran bagi mengintegrasi TMK secara efektif dalam proses
PdP untuk menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna.
PERNYATAAN MASALAH
Pengintegrasian teknologi dalam pendidikan khususnya semasa proses PdP telah
mendapat perhatian ramai pengkaji (Koehler & Mishra, 2009). Walaupun
penggunaan TMK dalam PdP sudah lama diperkenalkan, masih terdapat ramai
guru yang memandang kaedah ini secara sambil lewa. Guru lebih selesa dengan
kaedah tradisional dan tidak mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran mereka. Selain itu, masih terdapat ramai guru
praperkhidmatan dan guru dalam perkhidmatan tidak memiliki pengalaman dan
pengetahuan yang memadai bagi mengintegrasikan teknologi semasa mengajar
walaupun ketersediaan kemudahan komputer dan capaian internet semakin
bertambah di sekolah dan institusi pengajian tinggi (Niess, 2005). Antara alasan
utama yang dinyatakan atas kekurangan pengetahuan dalam penguasaan
teknologi pendidikan ini adalah kerana kurangnya program latihan semasa berada
di Institut Pendidikan Guru (Angeli & Valanides, 2005; Koehler, Mishra, & Yahya,
2007). Selain itu, guru-guru Matematik juga masih berdepan dengan kekurangan
pengetahuan dan kemahiran dalam pengintegrasian TMK yang sesuai dengan
mata pelajaran Matematik (Abdul Wahab et al., 2006).
Guru perlu sentiasa berkeyakinan tinggi untuk menggunakan TMK semasa
pengajaran dan percaya dengan impak yang bakal diperoleh dengan penggunaan
teknologi tersebut. Sharipah Khadijah S Hashim (2001) menunjukkan guru
mempunyai minat dan bersedia menggunakan komputer dalam PdP tetapi sikap
mereka adalah negatif. Berdasarkan kepada permasalahan di atas, sejauh mana
pengintegrasian TMK dalam kalangan guru praperkhidmatan merupakan faktor
utama dalam menghadapi dunia TMK khususnya dalam bidang pendidikan. Justeru
itu pengkaji akan memfokuskan kajian ini untuk menentukan tahap penggunaan,
kemahiran serta keyakinan guru praperkhidmatan Matematik dalam
mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi semasa proses PdP
Matematik.
133
OBJEKTIF KAJIAN
Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk:
i. Menentukan tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
oleh guru praperkhidmatan Matematik semasa melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran Matematik.
ii. Mengenal pasti tahap kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
dalam kalangan guru praperkhidmatan Matematik semasa
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.
iii. Menentukan tahap keyakinan guru praperkhidmatan Matematik dalam
mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi semasa
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.
iv. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan signifikan bagi tahap
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi oleh guru
praperkhidmatan Matematik semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan lokasi sekolah.
SOALAN KAJIAN
Soalan kajian yang diketengahkan dalam kajian ini ialah:
i. Apakah tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi oleh
guru praperkhidmatan Matematik semasa melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran Matematik?
ii. Apakah tahap kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam
kalangan guru praperkhidmatan Matematik semasa melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran Matematik?
iii. Apakah tahap keyakinan guru praperkhidmatan Matematik dalam
mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi semasa
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Matematik?
iv. Adakah terdapat perbezaan signifikan bagi tahap penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi oleh guru praperkhidmatan
Matematik semasa proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
lokasi sekolah.
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian
Dalam usaha menyumbangkan pengetahuan TMK dalam kalangan guru
praperkhidmatan Matematik, kajian ini dijalankan secara tinjauan berbentuk
deskriptif dan inferensi dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Data-data
yang diperlukan untuk kajian ini dikumpul melalui instrumen soal selidik yang
ditadbir oleh pengkaji sendiri melalui aplikasi google form.
Persampelan
Populasi dalam kajian ini ialah pelajar-pelajar ambilan Jun 2018 yang sedang
menjalani Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di tiga buah institusi
134
pendidikan guru (IPG) yang menawarkan pengkhususan Matematik bagi sekolah
rendah, iaitu IPGK Kent, IPGK Pendidikan Teknik dan IPGK Pulau Pinang. Bagi
menentukan jumlah sampel, pengkaji telah memilih kaedah persampelan rawak.
Populasi adalah terdiri daripada 172 orang berdasarkan maklumat yang diperoleh
daripada bahagian akademik institut pendidikan pada tahun semasa kutipan data
iaitu 2022. Saiz sampel ditentukan melalui pengiraan Krejcie dan Morgan (1970).
Berdasarkan pengiraan tersebut, sekurang-kurangnya seramai 119 orang sampel
diperlukan untuk mewakili populasi.
Instrumen
Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik untuk menentukan corak kajian
integrasi teknologi maklumat dan komunikasi oleh guru praperkhidmatan Matematik
dalam proses PdP di Malaysia. Soal selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan
untuk populasi besar. Soal selidik yang digunakan diadaptasi dan diubahsuai dari
Siti Zaleha Hamid & Siti Mistima Maat (2017) yang mengandungi empat bahagian,
iaitu bahagian A bagi latar belakang responden (4 item), bahagian B bagi tahap
penggunaan TMK oleh guru praperkhidmatan Matematik dalam proses PdP
(10item), bahagian C bagi tahap kemahiran TMK oleh guru praperkhidmatan
Matematik dalam proses PdP (11 item) dan bahagian D bagi tahap keyakinan guru
praperkhidmatan Matematik dalam mengaplikasikan TMK dalam proses PdP (lapan
item). Keseluruhan soal selidik ini mengandungi 33 item.
Kesahan Dan Kebolehpercayaan
Kesahan adalah suatu proses bagi menentukan instrumen yang digunakan adalah
sesuai untuk mengukur perkara yang sepatutnya diukur (Ghazali & Sufean, 2016).
Kajian ini menggunakan pendekatan secara bersemuka dengan pensyarah
penyelia di IPGK Kent dan telah menyerahkan instrumen kajian ini iaitu borang soal
selidik untuk disemak, dinilai dan diberikan komen terhadap kandungan instrumen
kajian. Hal ini bertujuan untuk memastikan instrumen yang disediakan oleh pengkaji
mempunyai kesahan yang tinggi dan mempunyai kandungan yang tepat sebelum
diberikan kepada responden untuk mendapatkan maklum balas.
Prosedur Pengumpulan Data
Pengkaji telah menyediakan instrumen kajian iaitu borang soal selidik yang dapat
diakses secara atas talian iaitu menerusi pautan google form. Kemudian, pengkaji
mengedarkannya kepada responden melalui aplikasi media sosial seperti
Whatsapp dan Telegram. Masa yang diperuntukkan untuk memperoleh kembali
maklum balas soal selidik daripada responden adalah selama seminggu.
Prosedur Penganalisisan Data
Setelah memasukkan data ke dalam perisian Statistical Packages for the Social
Sciences (SPSS) versi 21.0, data kemudiannya diproses mengikut objektif kajian.
Statistik data di dalam kajian ini terdiri daripada statistik deskriptif dan statistik
inferensi. Analisis deskriptif telah digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis
bahagian A, bahagian B, bahagian C dan bahagian D yang melibatkan skor min
dan sisihan piawai bagi melihat deskriptif data secara keseluruhan. Jadual 1
menunjukkan interpretasi skor min yang digunakan daripada Riduwan (2012).
Analisis statistik inferensi yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian-t tak
bersandar bagi menjawab Ho1 iaitu tidak terdapat perbezaan signifikan bagi tahap
135
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi oleh guru praperkhidmatan
Matematik semasa proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan lokasi
sekolah. Ujian-t tak bersandar ditentukan dengan melihat nilai aras signifikan sama
ada p>0.05 untuk menolak hipotesis nul atau p>0.05 untuk gagal menolak hipotesis
nul.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Profil Sampel Kajian
Jumlah bilangan responden dari setiap IPGK adalah berbeza, iaitu 14.52% (18
orang) adalah terdiri daripada guru praperkhidmatan Matematik dari IPGK Kent,
36.29% (45 orang) adalah dari IPGK Pendidikan Teknik dan selebihnya dengan
jumlah peratus responden tertinggi, iaitu 49.19% (61 orang) adalah daripada guru
praperkhidmatan Matematik dari IPGK Pulau Pinang. Daripada 124 orang
responden, sebanyak 49.19% (61 orang) telah menjalani latihan mengajar di
sekolah bandar manakala selebihnya, 50.81% (63 orang) adalah di skeolah luar
bandar.
Tahap Penggunaan TMK oleh Guru Praperkhidmatan Matematik semasa
proses PdP
Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai dijalankan bagi
menentukan tahap penggunaan TMK oleh guru praperkhidmatan Matematik. Jadual
2 menunjukkan keputusan tahap penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik. Berdasarkan jadual tersebut, didapati majoriti item adalah
berada di tahap sederhana. Min tertinggi adalah pada pernyataan ketiga, iaitu
“Saya melayari internet dalam penyediaan bahan PdP” dengan nilai 3.69 (SP =
0.575). Manakala bagi min terendah adalah pada pernyataan ke-10, iaitu “Saya
menggunakan TMK semasa menggantikan guru yang tiada” dengan nilai min 2.65
(SP = 1.098). Secara keseluruhannya, kesemua item yang digunakan mendapat
keputusan min pada tahap sederhana dengan min keseluruhan 3.15 (SP = 0.832).
Justeru, dapat disimpulkan bahawa tahap penggunaan TMK oleh guru
praperkhidmatan Matematik semasa melaksanakan proses PdP berada di tahap
sederhana.
Jadual 2: Min Tahap Penggunaan TMK oleh Guru Praperkhidmatan Matematik
semasa PdP
BIL ITEM SOALAN SP M TAHAP
.811 3.01 Sederhana
1 Saya menggunakan TMK .772 3.19 Sederhana
.575 3.69
sepenuhnya dalam PdP .727 3.37 Tinggi
.906 2.98 Sederhana
2 Saya menggunakan video sebagai .888 2.99 Sederhana
Sederhana
bahan PdP
3 Saya melayari internet dalam
penyediaan bahan PdP
4 Saya menggunakan slaid/Power
Point dalam PdP
5 Saya menggunakan TMK untuk
merancang aktiviti pemulihan
6 Saya menggunakan TMK untuk
merancang aktiviti pengayaan
136
7 Saya menggunakan TMK untuk sesi .923 3.04 Sederhana
3.35 Sederhana
ulangkaji 3.24 Sederhana
8 Saya menggunakan multimedia .817 2.65 Sederhana
3.151 Sederhana
untuk tajuk yang sukar difahami
9 Saya menggunakan TMK kecuali .800
untuk mengajar tajuk tertentu
sahaja
10 Saya menggunakan TMK semasa 1.098
menggantikan guru yang tiada
KESELURUHAN 0.832
Tahap Kemahiran TMK Guru Praperkhidmatan Matematik dalam PdP
Jadual 3: Min Tahap Kemahiran TMK Guru Praperkhidmatan Matematik dalam PdP
BIL ITEM SOALAN SP M TAHAP
1 Saya mahir menyediakan nota .494 3.70 Tinggi
.522 3.71 Tinggi
dalam Microsoft Office Word .430 3.76 Tinggi
2 Saya mahir menyediakan lembaran .487 3.72 Tinggi
.846 3.09 Sederhana
kerja .713 3.44 Sederhana
3 Saya mahir menggunakan Microsoft .697 3.34 Sederhana
.681 3.48 Sederhana
Office Power
4 Saya mahir menghasilkan slaid .430 3.81 Tinggi
1.004 3.13 Sederhana
Power Point .766 3.42 Sederhana
5 Saya mahir menggunakan Microsoft 0.643 3.51
Tinggi
Office Excel
6 Saya mahir menggunakan video
7 Saya mahir dalam pengetahuan
multimedia
8 Saya mahir menggunakan
multimedia yang interaktif untuk
menjadikan PdP berkesan
9 Saya mahir mengakses internet
10 Saya mahir mewujudkan laman web
pembelajaran
11 Saya mahir dalam aplikasi youtube
sebagai pemudahcara dalam PdP
KESELURUHAN
Jadual 3 menunjukkan keputusan skor min dan sisihan piawai bagi tahap
kemahiran TMK dalam kalangan guru praperkhidmatan Matematik semasa
melaksanakan proses PdP di dalam bilik darjah. Min tertinggi adalah pada
pernyataan kesembilan iaitu “Saya mahir mengakses internet” dengan nilai min
3.81 (SP = 0.430). Manakala min terendah adalah pada pernyataan kelima “Saya
mahir menggunakan Microsoft Office Excel” dengan min 3.09 (SP = 0.846).
Daripada dapatan yang diperoleh, secara keseluruhannya, tahap kemahiran TMK
guru praperkhidmatan Matematik berada pada tahap tinggi dengan jumlah min
keseluruhan 3.51 (SP = 0.643).
137
Tahap Keyakinan Guru Praperkhidmatan Matematik dalam Mengaplikasikan
TMK semasa PdP
Jadual 4: Min Tahap Keyakinan Guru Praperkhidmatan Matematik dalam
Mengaplikasikan TMK semasa PdP
BIL ITEM SOALAN SP M TAHAP
1 Saya yakin bahawa TMK mampu .474 3.77 Tinggi
menjadikan PdP lebih menarik dan
berkesan
2 Saya yakin dengan menggunakan .654 3.44 Sederhana
TMK tingkah laku murid dapat
dikawal
3 Saya yakin TMK dapat merangsang .561 3.73 Tinggi
minat murid dalam PdP
4 Saya yakin bahawa mempunyai .642 3.55 Tinggi
kemahiran yang mencukupi untuk
mengintegrasikan TMK dalam PdP
5 Saya yakin bahawa kemahiran yang .594 3.61 Tinggi
diperkenalkan dapat memperbaiki
cara PdP serta meningkatkan
keupayaan pelajar untuk belajar dan
berfikir
6 Saya yakin penggunaan TMK dapat .578 3.68 Tinggi
meningkatkan kecenderungan
pelajar-pelajar lemah untuk
meminati Matematik
7 Saya yakin dengan penggunaan .598 3.59 Tinggi
TMK pelajar hanya tidak bergantung
kepada pengajaran guru semata-
mata
8 Saya yakin bahawa penggunaan .549 3.68 Tinggi
TMK mampu meningkatkan prestasi
murid dalam mata pelajaran
Matematik
KESELURUHAN 0.581 3.63 Tinggi
Berdasarkan Jadual 4, dapat dilihat bahawa min bagi setiap item yang
mengukur tahap keyakinan guru praperkhidmatan Matematik dalam
mengaplikasikan TMK semasa PdP kebanyakkannya berada pada tahap yang
tinggi. Bagi pernyataan pertama, iaitu “Saya yakin bahawa TMK mampu
menjadikan PdP lebih menarik dan berkesan” mencatatkan nilai min tertinggi, iaitu
3.77 (SP = 0.474) manakala nilai min terendah adalah pada pernyataan kedua
“Saya yakin dengan menggunakan TMK tingkah laku murid dapat dikawal” dengan
catatan nilai min 3.44 (SP = 0.654). Kesimpulannya, dapat disimpulkan bahawa
tahap keyakinan guru praperkhidmatan Matematik dalam mengaplikasikan TMK
semasa proses PdP berada pada tahap tinggi dengan catatan min sebanyak 3.63
(SP = 0.581).
138
Perbezaan Tahap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Oleh
Guru Praperkhidmatan Matematik Semasa Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Berdasarkan Lokasi Sekolah
Ujian-t tak bersandar digunakan untuk menguji sama ada terdapat perbezaan yang
signifikan tahap penggunaan TMK oleh guru praperkhidmatan Matematik semasa
proses PdP berdasarkan lokasi sekolah. Berdasarkan Jadual 5, perbandingan
tahap penggunaan TMK oleh guru praperkhidmatan Matematik dalam PdP bagi
lokasi sekolah luar bandar dan bandar menunjukkan p = 0.00 (p < 0.05). Keputusan
ini telah berjaya menolak hipotesis nul ( 1). Oleh itu, terdapat perbezaan yang
signifikan bagi tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi oleh guru
praperkhidmatan Matematik semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan lokasi sekolah.
Jadual 5: Ujian-t Tak Bersandar Perbezan Tahap Penggunaan TMK Oleh Guru
Praperkhidmatan Matematik dalam PdP berdasarkan Lokasi Sekolah
t-test for Equality of Means
t df Sig. (2-tailed) Mean Std. Error
TAHAP PENGGUNAAN TMK -0.4006 Difference Difference
122 .000 -4.08171 1.01882
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Hasil analisis deskriptif yang dijalankan jelas menunjukkan bahawa tahap
penggunaan TMK dalam kalangan guru praperkhidmatan Matematik semasa
proses PdP adalah sederhana. Hal ini memberi gambaran bahawa guru
praperkhidmatan Matematik kurang mengaplikasikan sepenuhnya teknologi dalam
PdP. Ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Christina Andin dan Hazman
(2010) serta Tengku Norhayati (2015) di mana tahap penggunaan TMK dalam
kalangan guru-guru adalah berada di tahap sederhana. Hasil kajian juga
menunjukkan bahawa min paling rendah ialah penggunaan TMK untuk merancang
aktiviti pemulihan, pengayaan serta waktu mengganti guru yang tiada. Antara faktor
kemungkinan yang menjurus kepada perkara ini berlaku adalah dari segi kekangan
masa oleh guru praperkhidmatan Matematik untuk menyediakan bahan bantu
mengajar berasaskan teknologi. Hal ini disokong oleh Ghavifekr Simin dan Wan
Athirah Wan Rosdy (2015) yang menyatakan bahawa antara cabaran yang
dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan TMK semasa proses PdP adalah kekangan
masa.
Seterusnya, dapatan kajian mendapati bahawa guru praperkhidmatan
Matematik berkemahiran tinggi dalam TMK terutamanya dalam mengakses internet.
Ia membuktikan bahawa guru praperkhidmatan mendapat pendedahan yang
mencukupi dalam penggunaan internet bagi mengakses maklumat secara atas
talian. Guru-guru praperkhidmatan Matematik juga didapati berkemahiran tinggi
dalam menggunakan perisian Microsoft Office Word. Hasil kajian ini konsisten
dengan kajian Ahmad Hambali (2011) dan Lim Bee Yeok (2008) menyatakan guru-
guru mempunyai pengetahuan yang tinggi terutama dalam perisian pemprosesan
perkataan kerana mereka kerap menggunakan komputer untuk menyiapkan
139